Bersih 2.0: Hasrat 80 NGO sangat murni |
Aiman Athirah al-Jundi |
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh inisiatif lebih 80 buah NGO’s yang telah bergabung di dalam BERSIH 2.0 untuk menganjurkan satu program penting dalam sejarah tuntutan demokrasi negara ini yang juga dipanggil sebagai Walk For Democracy atau ”Berjalan Untuk Demokrasi” pada 9 Julai 2011 akan datang. DMPP turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0 atas kejayaan Majlis Pelancaran Bersih 2.0 yang diadakan malam tadi bersamaan Ahad, 19 Jun 2011. DMPP percaya hasrat dan tujuan mereka ini adalah sangat murni, sebagai tanggungjawab sosial mereka kepada seluruh warga dan tentulah juga merupakan manifestasi kehendak seluruh rakyat yang mahu melihat satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih, Adil dan Kredibil (boleh dipercayai). Apatah lagi jika kita melihat NGO-NGO yang terbabit di dalam BERSIH 2.0 ini merupakan NGO-NGO yang aktif dalam hal-hal berkaitan hak asasi manusia, pemberdayaan wanita dan rakyat, pembela terhadap masyarakat tertindas hatta dipimpin pula oleh bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) iaitu Datuk Ambiga Sreenavasan yang tentulah tahu dan faham ruang lingkup yang menjadi hak rakyat hatta batasan serta sempadan-sempadan yang ada, selari dengan undang-undang serta peraturan dalam negara.
Datuk S. Ambiga - Pengerusi Bersih 2.0
Hakikatnya, selepas tempoh 12 kali Pilihan Raya Umum negara dan yang terbaru ialah Pilihan Raya Negeri Sarawak serta 16 kali Pilihan Raya Kecil membabitkan hampir kesemua negeri dalam Malaysia kecuali Perlis dan Wilayah Persekutuan; jelas terbukti bahawa terdapat pelbagai kelemahan ketara di dalam sistem dan perjalanan Pilihan Raya dalam negara ini. Kelemahan-kelemahan ini dapat kita lihat dan fahami melalui 8 Tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0. Seandainya kelemahan tadi berterusan dan tiada usaha bersunguh untuk memperbaikinya daripada semua pihak khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri, maka negara akan terdedah dengan satu situasi di mana keputusan-keputusan pilihan raya itu tidak atau kurang kredibil yang seterusnya akan mewujudkan ketidakpuasan hati dan hilang kepercayaan para warga terhadap sistem dan perjalanan pilihan raya itu sendiri. Fenomena ini nantinya boleh mengakibat satu ledakan cemas dan kebangkitan rakyat. Dan andai ianya tidak terpimpin secara bertanggungjawab maka ia akan memberi implikasi buruk kepada kita semua. Justeru, DMPP percaya bahawa tindakan Jawatankuasa BERSIH 2.0 ini dilihat bertujuan mengimbangi kemarahan serta kebangkitan rakyat dan melorongkan ”kemarahan dan ketidakpuasan hati ini” kepada satu tindakan yang lebih terarah, bertanggungjawab, terpimpin hatta mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan khususnya yang terkandung dalam Perkara 10 berkaitan Kebebasan Bercakap, Berhimpun Dan Menubuhkan Persatuan: secara aman dan tanpa senjata. Oleh yang demikian, DMPP menyeru pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia (PDRM) khususnya agar mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dan mesra rakyat. Tindakan berterusan mengeluarkan ”ancaman tangkap” kepada rakyat adalah suatu yang sangat tidak wajar, tidak menghormati rakyat, membelakangi semangat keluhuran Perlembagaan dan mencabuli serta menyalahgunakan undang-undang itu sendiri. ”Ancaman Tangkap” itu berbaur satu ugutan keras dan ia tidak manis untuk menjadi satu budaya kerja pasukan polis terhadap rakyat. Kalau sikap dan budaya ini berterusan, jangan salahkan rakyat jika polis menjadi satu Institusi Awam yang tidak akan lagi dihormati hatta dipandang rendah. Sudah sampai masanya PDRM berhenti daripada menjadi ”Budak Suruhan Pihak Atasan”. Sudah sampai masanya PDRM mengambil pendekatan ”memahami dan menyantuni” kehendak rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. DMPP menyedari betapa BERSIH 2.0 sendiri telah menegaskan bahawa mereka dalam hasrat membimbing rakyat mempraktiskan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan. BERSIH 2.0 juga bersedia dan sanggup bekerjasama di pihak Polis bagi memastikan program pada 9 Julai nanti akan berlangsung dalam keadaan yang aman, tertib dan terkawal. Justeru, DMPP mendesak Ketua Polis Negara agar segera membuka ruang perbincangan di antara kedua belah pihak demi kepentingan negara.
YB Datuk Ibrahim Ali - Presiden PERKASA
DMPP juga sangat memandang serius akan kenyataan berbau ”ancaman dan ugutan” yang dikeluarkan oleh Ibrahim Ali bersama Perkasa yang menegaskan ”mereka akan menganjurkan protes bagi menghalang rancangan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan”. DMPP menyifatkan kenyataan ini adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan awam khususnya pada hari tersebut. Apatah lagi Ibrahim Ali secara emosional melulu menegaskan bahawa “apa sahaja boleh berlaku pada 9 Julai itu nanti”. DMPP menyifatkan kenyataan ini sangat biadap, tidak ada kelas dan bersifat kebudak-budakan. Ia juga sangat bersifat anti establishment. Amat malang ianya dituturkan oleh seorang Ahli Parlimen tidak berparti (yakni Bebas) atau dalam konteks Malaysia kita fahami mereka ini sebagai Ahli Parlimen “Lompat” (Katak)! Lebih malang bilamana kenyataan “ancaman dan ugutan” seperti ini tidak pula diambil sebarang tindakan oleh pihak berkuasa dan hanya menampakkan PDRM bertindak tidak professional serta double standard. DMPP tidak berhasrat untuk menghalang sesiapapun untuk turut Turun pada 9 Julai nanti, atau berhimpun bila-bila masa dan di mana sahaja; tetapi yang penting perhimpunan itu mestilah diadakan secara aman, tanpa senjata, dengan objektif yang jelas dan bukan berniat untuk menimbulkan sebarang kekecohan atau sebarang tindakan vandalism atau anti sosial. DMPP sangat berdukacita terhadap segala kenyataan tidak bertanggungjawab yang dilontarkan oleh beberapa Menteri terhadap BERSIH 2.0. Ini termasuklah tuduhan Rais Yatim yang mengaitkan ”Serangan Siber” ke atas beberapa laman web kerajaan baru-baru ini sebagai berkait dengan BERSIH 2.0. Manakala Muhyidin Yassin membuat tuduhan bahawa Walk For Democracy itu adalah bertujuan untuk menumbangkan BN. DMPP melihat kenyataan-kenyataan itu sebagai sangat tidak bertanggungjawab dan hanya menampakkan bahawa UMNO BN sekarang berada pada tahap ”ketakutan yang melampau” sehingga ”bayangan sendiri difikirkan hantu!”. DMPP mengajak seluruh rakyat dan semua pihak memahami bahawa apa yang akan berlaku pada 9 Julai 2011 itu nanti ialah satu program bersifat merakyat ; Walk For Democracy . Dan ianya secara khusus berkaitan dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0 untuk kita semua upaya menikmati satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang bersih dan adil. Ianya bukan berkaitan persoalan politik kepartian yang sempit. Ianya bukan berkaitan persoalan individu orang tertentu. Ianya konsistant berkaitan Tuntutan Rakyat untuk SPR dan pihak berwajib bertindak segera Mereformasi Sistem Dan Perjalanan Pilihan Raya yang ada dalam negara ini agar lebih seimbang kepada semua pihak yang mengambil bahagian. Akhirnya, DMPP menyeru seluruh rakyat jelata khususnya para wanita yang mahukan 8 Tuntutan BERSIH ini didengar dan tercapai agar hadir beramai-ramai dan bersama-sama kita BERJALAN UNTUK DEMOKRASI secara aman dan tertib. DMPP juga sedang dalam proses menggerakkan seluruh kekuatan organisasi dan jentera Dewan Muslimat PAS di seluruh negara untuk bersama menggerakkan rakyat HADHIR PADA TEMUJANJI KITA, 9 JULAI DI KUALA LUMPUR. DMPP yakin dan percaya, insyaAllah Kita akan lalui dan hadapi 9 Julai ini dengan penuh kewarasan, kejelasan tujuan dan penuh bertanggungjawab. Sungguhlah benar jihad yang paling besar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim. Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar! AIMAN ATHIRAH AL JUNDI Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat 20 Jun 2011, Kuala Lumpur . |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/art-a-lit/3888-bersih-20-hasrat-80-ngo-sangat-murni
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3979-heret-utusan-ke-mahkamah
Botak: Muslimat PAS ucap syabas pada Hizyati |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan syabas di atas keberanian Hizyati Othman dan keluarganya mendedahkan insiden membotakkan kepala pelatih Bomba wanita.
Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Pnenerangan DMPP
Ketua penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi berkata, jika tidak tindakan membotakkan para pelatih Bomba wanita mungkin akan berterusan dan akan menjadi budaya yang dipandang biasa oleh Umno BN. Justeru, katanya DMPP memandang serius kejadian yang telah menimpa Hizyati itu. Hizyati mendakwa dirinya dan 18 lagi pelatih Bomba wanita telah diarah untuk membotakkan kepala pada 2 Mei lalu ketika mendaftar diri bagi mengikuti latihan di Akademi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Aiman berkata, DMPP percaya bahawa insiden tersebut adalah suatu yang amat malang setelah 54 tahun usia kemerdekaan negara. Katanya, insiden memalukan itu adalah manifestasi kegagalan Umno BN untuk memastikan maruah umat Melayu dan Islam khasnya dijamin dan akan terus terjamin secara kolektif serta efektif. Sehubungan itu, katanya DMPP mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri khususnya yang bertugas untuk menjaga kepentingan ummat Islam agar bertindak lebih pro aktif bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak terus menjadi budaya di dalam pentadbiran kerajaan Umno BN. Tambahnya, tindakan membotakkan kepala wanita adalah jelas bertentangan dengan syariat Islam. Bahkan, katanya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1-3 Februari 2008 juga telah membincangkan Hukum Wanita Membotakkan Kepala Dan Berhias Secara Aneh dan jelas memutuskan bahawa membotakkan kepala wanita serta berhias secara aneh itu adalah haram. “Persoalannya, mengapa dasar dan prinsip ini tidak dijadikan teras yang merentasi tindakan, prosedur dan budaya kerja Kerajaan Umno BN?” soalnya. DMPP juga, katanya percaya bahawa kes seperti itu bukanlah terpencil meskipun menteri berusaha mengatakan bahawa kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku. Katanya lagi, sikap dan jawapan menteri yang mengatakan bahawa ”insiden membotakkan kepala wanita” itu adalah suatu yang tidak disengajakan juga dilihat sebagai satu jawapan yang cukup dangkal, bersifat memperbodoh-bodohkan rakyat hatta berbaur denial syndrome.
YB Datuk Chor Chee Heung - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung itu sangat menyinggung. Beliau berkata, DMPP menggesa menteri dan pihak terbabit agar segera membuat permohonan maaf kepada mangsa, keluarga mangsa dan umat Islam seluruhnya. “Adalah tidak beradab bila mana permohonan maaf kepada mangsa dan keluarga mangsa khususnya hanya dibuat melalui sidang media, sedangkan pihak yang menjadi mangsa tidak langsung disantuni dan ditemui,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4024-botak-muslimat-pas-ucap-syabas-pada-hizyati
Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat sesi 2011-2013 |
http://www.muslimat.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=288&Itemid=51
Muslimat PAS cabar Hisham buktikan Bersih haram |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mencabar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan dakwaannya mengenai Bersih 2.0 adalah haram.
YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein - Menteri Dalam Negeri
Ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, kerajaan sendiri tidak faham dan keliru dengan istilah 'pertubuhan haram' yang digelar kepada Bersih 2.0.
Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan DMPP
Sedangkan katanya, sudah berkali-kali ditegaskan bahawa Bersih 2.0 bukan satu pertubuhan tapi satu kempen untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
"Pentadbiran (Datuk Seri) Najib (Razak) sudah terkeliru atau sengaja mengelirukan rakyat dengan memberikan nama pertubuhan haram kepada Bersih 2.0. "Muslimat mencabar Hishammuddin dan Najib untuk membuktikan pertuduhan mereka bahawa Bersih 2.0 ini satu pertubuhan haram. "Ini satu pengkhianatan maklumat kepada rakyat Malaysia dan dunia bila mengaitkan Bersih 2.0 dengan pertubuhan haram," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum menuntut enam aktivis Parti Sisialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Ordinan Darurat di Bukit Aman hari ini. Menurut Aiman juga, kenyataan Hishammuddin yang mengharamkan segala perkara berkaitan Bersih 2.0 jelas menafikan hak rakyat yang cintakan keadilan. Rakyat khususnya golongan muda tegasnya sangat kecewa dengan pendirian kerajaan itu. "Sebenarnya rakyat terutamanya anak muda kecewa kenapa keadaan seperti ini berlaku dalam pada rakyat ingin menunut pilihan raya bersih dan adil "Bila Hishammuddin kata segala yang berkaitan Bersih 2.0 adalah haram, itu betul-betul penafian kepada hak asasi manusia. "Ia bertitik tolak daripada pemahaman yang silap mengenai Bersih 2.0. yang dianggap satu pertubuhan," katanya. Muslimat konsisten Sementara itu, Aiman berkata, muslimat masih konsisten dengan arahan awal iaitu mengerahkan 100 orang daripada setiap kawasan untuk menyertai himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini. Muslimat katanya sangat menghormati titah yang di-Pertuan Agong dan menghargai perkenan Tuanku Mizan untuk mereka berhimpun di stadium. "Seruan kepada muslimat, kita konsisten menghantar 100 orang setiap kawasan sekurang-kurangnya dan konsisten pada 9 Julai, jam 2 petang di Kuala Lumpur "Memandangkan nasihat daripada yang di-Pertuan Agong dan cadangan Najib untuk buat di stadium, kita berkompromi. "Arahan untuk kita pergi ke negeri-negeri Pakatan yang lain itu sudah mengubah lokasi asal dan ini akan menimbulkan kesulitan," katanya.
YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - Menteri Pertahanan
Semalam, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di negeri-negeri Pakatan rakyat lain seperti Selangor dan Kelantan. Najib sombong Dalam pada itu, Aiman mempersoal sikap sombong dan angkuh Najib yang enggan bertemu dengan pihak Bersih sedangkan Yang di-Pertuan Agong sanggup mencemar duli bertemu dengan pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan. "Kita telah berkompromi dan meminta Najib supaya berbudi bahasa, bertimbang rasa dan jangan engkar kepada yang di-Pertuan Agong. "Kita pun telah tunjukkan sifat hormat kepada titah Yang di-Pertuan Agong, apakah susah sangat Najib untuk menerima dan membuka peluang kepada kita untuk masuk ke stadium merdeka atau paling kurang pun berhimpun di dataran merdeka. "Masa itu kalau polis ingin mengawal termasuk tentera dan kereta kebal kita alu-alukan sebab kita akan berhimpun secara aman," katanya. Tindakan Najib itu tambahnya hanya akan mempamerkan sikap sebenar beliau yang tidak mempedulikan suara rakyat. "Najib sepatutnya menjadi suri teladan kepada rakyat. Bukan bersikap tak ambil peduli begini. PAS bolah menunjukkan sikap terbuka, kenapa najib tak boleh?" soalnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4236-muslimat-pas-cabar-hisham-buktikan-bersih-haram
Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari bankrap
Mumtaz Md Nawi, | 21 Jan 2012 |
Antara keunikan utama dan menambah warna budaya Malaysia ialah kepelbagaian kaum. Hari ini rakan-rakan kita dari kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina 2012 dengan lambang (tahun) Naga Air.
Wujudnya hari besar dalam kehidupan kita sebagai platform untuk bertemu mata dengan kaum keluarga dan merapatkan hubungan setelah setahun terpisah lantaran sibuk dengan urusan kehidupan masing-masing.
Keceriaan kaum wanita dan pendekatan serta persiapan mereka dengan pakaian dan makanan jelas menambah perisa Tahun Baru yang akan diraikan.
Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ingin melebarkan ucapan Tahun Baru Cina terutama kepada wanita dan keluarga mereka moga tahun mendatang ini akan membawa “kekayaan” dan kecemerlangan hidup buat semua. Semua rakyat Malaysia berkongsi rasa gembira bila kaum Tionghua dapat menikmati Tahun Baru di seluruh negara dengan penuh ceria.
Maka sudah tentu keceriaan ini disumbangkan oleh pelbagai faktor termasuklah politik dan ekonomi.Sebarang kenaikan harga barang yang tidak wajar dan berterusan sudah pasti akan memenatkan dan merencatkan persediaan keluarga untuk menyambut Tahun Baru Cina dan selepas perayaan Tahun Baru Cina yang masih berbaki 363 hari.
Keperluan pendidikan, perumahan, makanan serta kegunaan harian adalah antara isu penting untuk diutarakan sebagai bahan dalam majlis YEE SANG dan sudah pasti hidangan Buku Jingga,Buku Hijau Negara Berkebajikan dan Tawaran Jingga dari Pakatan Rakyat untuk Malaysia akan menghangat dan melazatkan lagi juadah makan bersama wanita dan keluarga.
PAS menerusi Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bersedia untuk membantu rakyat kaum Tionghua untuk menyuarakan hasrat dan citra mereka melalui pilihan raya.
Kemajuan demokrasi politik dan negara akan ditentukan rakyat kita melalui bilik mengundi dengan semua warganegara semua kaum semua peringkat umur mendaftar sebagai pengundi dan TURUN mengundi Pakatan Rakyat.
Pesanan dan gesaan serta persediaan untuk balik mengundi bersama rakan dari tempat kerja ke rumah masing-masing semasa Pilihan Raya Umum 13 (PRU 13) nanti. Kepulangan dan komitmen mereka kepada Pakatan Rakyat sama penting dengan duit yang mereka bawa balik kerana nilai RM ditentukan oleh kestabilan politik negara.
Kita perlu menyelamatkan negara ini dari bankrap kalau masih dipegang oleh BN kerana inilah kenyataan dan rekod BN.
Sebagai wanita yang dihargai oleh keluarga dan berpendidikan, pendapat kita dirujuk dan dikira dalam urusan pentadbiran rumahtangga kerana kita rakan kongsi dan pentadbir rumah dan keluarga.
Oleh itu sebagai ibu, isteri,nenek, anak perempuan , adik dan kakak yang saban hari terdedah kepada jenayah ragut, rogol dan rompak termasuk dalam rumah kita wajib menyuarakan hak kita untuk memastikan keselamatan kita oleh pemimpin negara menerusi kertas undi.
Jumlah 52.3% kemasukan pelaburan asing (FDI) ke 4 negeri Pakatan Rakyat berbanding 47.7 % sahaja FDI ke 9 negeri yang diperintah oleh BN dalam tempoh 2008 hingga 2011 sahaja jelas menunjukkan keyakinan pelabur luar negara kepada ketelusan dan integriti pimpinan Pakatan Rakyat mentadbir negeri Pakatan Rakyat.
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan perlu diperkuatkan dan disemarakkan ke seluruh negara. Kita perlu bersatu untuk mara ke Putrajaya!
Justeru, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyeru dan mengajak para wanita untuk mengambil peluang keemasan ini untuk mengajak semua ahli keluarga balik mengundi Pakatan Rakyat sama ada PAS, DAP, Keadilan dan mana parti sekutu dalam Pakatan Rakyat untuk PRU 13 ini.
We wish you a HAPPY CHINESE NEW YEAR AND LETS VOICE OUT... VOICE OF CHANGE!
Bersama Selamatkan MALAYSIA Tanahair Kita!
SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT MENGUNDI Pakatan Rakyat untuk PRU 13!
祝大家身体健康,万事如意!Gong Xi Fatt Chai!
MUMTAZ BINTI MD.NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP)
Mewakili Semua Kepimpinan DMPP & Muslimat PAS Seluruh Malaysia
MUHAMMAD (SAW) ADALAH UTUSAN DAN CIPTAAN ALLAH YANG MAHA AGUNG
Muhammad (SAW) Ibn Abdullah adalah Rasul dan Nabi Pilihan. Rasul Terakhir kepada manusia ini merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung.Kehebatan Muhammad (SAW) terserlah dalam semua aspek, suatu yang tidak perlu dipertikaikan. Baginda dipilih di kalangan manusia kerana baginda adalah Nabi dari segi teori dan praktikal kehidupan manusia dalam segenap kehidupan. Adab akhlaknya dibentuk dan diprogramkan sempurna sebagai makhluk oleh Allah Taala dari kecil sehinggalah ke tempoh kewafatannya.
Baginda adalah nabi yang berkahwin, makan, minum dan tinggal di kediamannya. Namun kadar yang dinikmati oleh Rasulullah SAW adalah kadar paling sederhana dan berhemat yang menunjukkan gaya hidup dan kondisi pemimpin yang dihormati bukan kerana kemewahannya untuk diri tetapi banyak disumbangkan untuk keperluan dan kepentingan ummat, sekaligus keluarga dan para sahabatnya.
Baginda memulakan hidup berkelamin di usia 25 tahun dan mengamalkan monogami selama 27 tahun bersama wanita yang paling mulia yang dicintainya sepenuh hati iaitulah Ummul Mukminin, Saiyidatina Khadijah r.a. Setelah kewafatan Khadijah, dan baginda saw berhijrah, baginda beristeri dengan beberapa orang wanita yang kemudiannya digelar Ummahatul Mukminin.
Terpanggil dengan kontroversi terbaru oleh OWC tentang penonjolan Rasulullah saw sebagai “Ikon Seks Suci”, saya merasa amat prihatin untuk mengulas dengan pendidikan berumahtangga yang disaran oleh Rasulullah saw. Mengapa ada yang tergamak untuk meletak slogan dan label sedemikian? Adakah dengan tidak memberikan anugerah ini berkurangnya kehebatan Rasulullah saw dari aspek perkahwinan? Apa justifikasi mereka untuk berkata demikian?
Banyak sudut yang boleh diulas dengan Qudwah (Contoh) Rasulullah saw dlm memimpin isteri-isteri dan anak menantunya. Pelbagai etika dan adab yang perlu diikuti oleh orang yang telah ditakdirkan sampai jodoh dan ada yang menjalani kehidupan berkeluarga sebagai anak dan adik beradik.
Kita pada hari ini walaupun hanya memiliki dan melayan seorang isteripun GAGAL untuk solat sunat dan puasa sunat. Puasa wajib pun sekadar cukup tinggal makan minum sahaja. Kita sering alpa dan tidak ada kekuatan untuk bangun bertahajjud dan qiyamullail. Kita jarang bahkan mungkin tidak pernah berkhulwah selama sebulan. Kita tidak rajin untuk bertaddarus dan beriktikaf 10 akhir Ramadhan.
Kita culas untuk solat berjamaah apatah lagi memimpin solat setiap waktu dan selalu tidak upaya lekat wudhu'. Kita tidak pernah dapat aduan ada suami hari ini yang solat sehingga bengkak kakinya dan yang bersedekah sehingga dia dan keluarganya tidak punya apa untuk dimakan. Kita juga makan daging dan lauk sehingga kini sering sakit dengan pelbagai macam penyakit kerana terlebih makan!
Nah, Nabi saw berpesan bahawa antara ciri solehahnya isteri itu bilamana dia amanah dalam merahsiakan hal ehwal dalaman dan tempat tidur suaminya. Soal hubungan kelamin tidak pernah menjadi tajuk awam dalam perbicaraan Rasulullah saw kerana baginda memuliakan perkahwinan dan soal intimasi suami isteri adalah hak peribadi yang dilindungi dan difahami.
Majoriti hadith berkait dengan soal kekeluargaan menyentuh santunnya Rasulullah saw melayan anak isterinya dalam semua tahap dan keadaan. Sabarnya ketika meleraikan konflik isteri kesayangan, Aisyah r.a yang difitnah jijik. Psikologi dan diplomasi baginda ketika mendamaikan isteri-isteri akibat cemburu merebut kasih sayangnya.
Hebatnya isteri kerana bukan setakat boleh berkorban makan tapi berkorban giliran. Giliran bersama isteri juga banyak dihabiskan dengan mereka turut serta dalam medan peperangan dan dakwah.
Hadith yang diriwayatkan oleh Aisyah ra.,Maimunah r.a, Hafsah r.a, Juwairiyyah r.a,Sofiyyah r.a dan Ummu Salamah semuanya menjurus ke arah tegarnya komitmen Rasulullah saw terhadap ibadat dalam kehidupan malamnya. Tidak berbuat apapun baginda saw melainkan ianya atas tujuan ibadat hatta untuk bersama isterinya.
Baginda saw berjaya mendidik isteri-isterinya yang baru memeluk Islam untuk turut berqiyamullail dan beriktikaf bersamanya. Ada baiknya untuk kita ketahui bahawa bila beramal seumpama itu di waktu malam ianya mesti dalam keadaan berwudhu' dan tak pernah alpa dan asyik dengan aktiviti badaniah dan seksual yang boleh memenatkan dan merencatkan amalan qiyamullail akibat keletihan.
Makanan ruji dan sajian Rasulullah saw adalah amat ringkas dan mudah. Baginda tidak mengambil vitamin dan pelbagai “pil penguat” kerana Islam mengajar hubungan suami isteri di bilik tidur adalah sebahagian proses untuk mendapatkan zuriat yang soleh bukan atas landasan melampiaskan nafsu yang sentiasa berkobar. Klimaks kemesraan dan kemanjaan bertempat dan sahih serta terhormat antara lelaki dan wanita menyebabkan semua sahabat berlumba untuk berkahwin.
Banyak masa siangnya dihabiskan di luar rumah sebagai “hablun minannas” dan masa malamnya digunakan untuk mengabdi diri dengan meningkatkan hubungan “hablun minaLlah”.
Jadi, adalah kurang molek dan mencemar fokus kalau ketaatan isteri dan kecintaan suami itu ditumpukan pada aspek seksual yang lebih bersifat fizikal dan sementara.
Mengatur dan meletakkan had dan aras dalam hubungan kelamin adalah wajar dan perlu dalam Islam kerana andai tidak dijelaskan manusia mungkin meniru gaya dan kekerapan binatang dan haiwan dalam melakukan hubungan jenis. Seks adalah perkara fitrah tetapi ia harus dipupuk supaya ia menjadi hubungan suci lagi murni bukan keperluan hakiki yang wajib dinikmati setiap ketika atas alasan kerana telah bernikah.
Suami isteri yang tua lagi uzur, mereka masih mempunyai cukup ruang untuk meluahkan kasih sayang dengan sifat mawaddah, ihsan dan rahmah sehingga wujud sakinah dalam rumahtangga dan kehidupan. Organ seks bukanlah kemuncak alat dalam kehidupan yang perlu diagungkan dan manusia yang tidak memilikinya serta menikmatinya dianggap kurang dan tidak sempurna!
Manusia itu sempurna dengan minda, badan, emosi dan spiritual yang sihat dan cerdas. Nabi Isa a.s dan ibunya maryam tidak pernah berkahwin tetapi terbukti mereka masing-masing adalah Rasul Ulul Azmi dan antara 4 perempuan yang paling mulia dalam Islam. Mereka tetap Idola kita sebagai umat Islam. Imam Nawawi juga tidak sempat berkahwin tetapi hadith arbain susunannya tetap unggul dan bermakna untuk kelangsungan ummah.
Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw dan menjalani dan mengurus isteri dan rumahtangga adalah cabaran besar dan rutin yang menuntut ilmu dan hikmah sepanjang masa bukan hanya seks. Aktiviti seks mungkin memakan tempoh 30 minit dalam seminggu atau dalam tempoh 3 bulan jadi adalah tidak munasabah kalau ukuran kehebatan Islam itu diukur dan dilabel dengan fokus itu dan ke situ! Seolah kita juga kini terjerumus dan menjerumuskan masyarakat ke dalam minda “hanya kepuasan seks” segala-galanya.
24 jam bersama suami dan 30 tahun berumahtangga memerlukan kesyumulan contoh dari Rasulullah saw melayari kehidupan. Bukan terhenti atau terikat dengan aktiviti seksual semata. Rasulullah saw diangkat menjadi nabi ketika usianya menjangkau 40 tahun dan mempunyai had masa 23 tahun untuk menyampaikan dan menyempurnakan keseluruhan aspek sosial,politik dan ekonomi Islam yang diwariskan kepada ummat sehingga qiamat.
Piawaian lelaki dan manusia terbaik di kalangan semua ummat adalah lelaki yang paling baik layanan dan penghormatan kepada isteri dan keluarganya. Islam bukan agama hipokrit dan bermotif dengan menyayangi isteri dan anak kerana pulangan khidmat dan balasan seksual dan fizikal tetapi kerana itu adalah hak dan hudud yang ditetapkan oleh Allah swt.
Rasulullah saw pengangkat martabat wanita dan lelaki serta anak-anak dengan setinggi-tingginya dengan penganugerahan hak layanan, penghormatan nasab, harta,nafkah dan pusaka dengan sepatah kata "aku terima nikahnya".
Saya yakin dan saya percaya ramai lagi di luar sana yang menyanjung dan ingin mengamalkan sunnah kehidupan berkeluarga Rasulullah saw yang syumul dan lebih banyak dibuat oleh baginda di luar bilik tidur.
Maka, marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah saw kerana kemuliaannya , jasa pengorbanannya dan sopannya menghargai wanita dan keluarga sebagai manusia yang punya hak dan kemahuan bukan objek seks sebagaimana kefahaman barat mengenai wanita. Janganlah kita terperangkap dan terjerat oleh kehendak dan fahaman mereka mengenai rumahtangga dan perkahwinan.
Berkahwin itu adalah proses yang lebih mulia dan jangka panjang untuk ummah sifatnya dan antara dua keluarga dan masyarakat bukan berobjektifkan ketaatan fizikal individu dan penyerahan tubuh semata mata.
Percayalah, apapun aktiviti kita semuanya adalah untuk beribadah dan menggambarkan kehambaan kita kepada yang Maha Pencipta.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala alihi wasahbihi ajmain.
MUMTAZ MD. NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syarie
Sumber HD : 26/01/2012

Muhammad manusia agung
Mumtaz Md. Nawi, | 26 Jan 2012 |

Muslimat PAS hantar 30 senarai calon PRU13
Hazayani Zakaria, | 18 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Feb: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.
"Muslimat sudah bersedia (menghadapi PRU13) dan senarai nama calon telah siap diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat.
"Kita serahlah kepada pimpinan untuk memilih mana calon yang lebih layak dan sesuai mengikut kawasan untuk bertanding," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut membayangkan separuh daripada calon yang tersenarai terdiri daripada muka baru.
"Muslimat ada ramai calon yang berwibawa dan senarai yang kita kemukakan ini, muka baru dan muka lama bergabung. Ada calon berpengalaman, ada muslimat muda," katanya.
Menurutnya juga, persiapan calon di kalangan DMPP itu sebagai menyahut saranan Buku Jingga yang memperuntukkan 30 peratus perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
"DMPP memandang positif kandungan Buku Jingga yang mengiktiraf golongan wanita dan kita berusaha mencapai sasaran 30 peratus itu," katanya.
Pada PRU12, seramai 13 muslimat bertanding iaitu lima di kerusi Dun manakala 8 di kerusi Parlimen.
Lima kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen berjaya dimenangi.
Kerusi Dun yang menang ialah N.06 Jitra, Kedah N.33 Merbau Pulas, Kedah N.24 Selat Klang, Selangor, Dun Tanjong Mas, dan Dun Kijang, Kelantan (menang tanpa bertanding).
Manakala kerusi Parlimen pula ialah P.23 Rantau Panjang, Kelantan P.119 Titiwangsa, Wilayah Persekutuan dan P.111 Kota Raja, Selangor.
Menyentuh mengenai persiapan menghadapi PRU yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang, Siti Zailah berkata, jentera muslimat sudah bergerak kerja mengikut bilik gerakan Unit Pusat Mengundi (UPU) selain turun ke kawasan yang disasarkan untuk bertanding.
"Muslimat memang sudah bersiap sedia dengan kekuatan yang ada dan kita juga telah menurunkan bakal-bakal calon ke kawasan yang dijangka bertanding supaya masyarakat setempat kenal mereka," katanya.
Sumber HD : 19/02/2012

Muslimat PAS harap ramai calonnya bertanding
Anis Nazri, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Senarai lebih 30 calon wanita yang diserahkan Dewan Muslimat PAS Pusat kepada PAS masih dalam pertimbangan.
Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) berkata, perkembangan mengenai senarai calon itu sedang diteliti dari sudut kesesuaian lokasi untuk bertanding.
"Setakat ini tiada lagi makluman rasmi daripada pihak PAS Pusat kepada DMPP mengenai calon yang kita kemukakan.
“Bagaimanapun, kami mengharapkan lebih ramai calon dikemukakan kali ini berbanding pilihan raya umum yang lalu," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Tambah Siti Zailah, berdasarkan maklumat yang diperolehi pihaknya, rakyat sudah mula menaruh kepercayaan kepada wakil rakyat muslimat yang telah terbukti menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Katanya, kebanyakan akar umbi yang ditemui berpendapat wakil rakyat muslimat yang memenangi Pilihan raya Umum ke-12 lalu benar-benar memberikan perkhidmatan dan tanggungjawab sebaik-baiknya.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi menegaskan agar PAS mengetengahkan lebih ramai calon muslimat pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.
Pada 18 Februari lalu, DMPP telah mengemukakan senarai nama calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada PAS Pusat.
Lebih 30 orang muslimat dari seluruh negara dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dun dan Parlimen.
Ahli Parlimen Rantau Panjang itu turut membayangkan separuh daripada calon yang tersenarai terdiri daripada muka baru.
"Muslimat ada ramai calon yang berwibawa dan senarai yang kita kemukakan ini, muka baru dan muka lama bergabung. Ada calon berpengalaman, ada muslimat muda," katanya.
Menurutnya juga, persiapan calon di kalangan DMPP itu sebagai menyahut saranan Buku Jingga yang memperuntukkan 30 peratus perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.
"DMPP memandang positif kandungan Buku Jingga yang mengiktiraf golongan wanita dan kita berusaha mencapai sasaran 30 peratus itu," katanya.
Pada PRU12, seramai 13 muslimat bertanding iaitu lima di kerusi Dun manakala 8 di kerusi Parlimen.
Lima kerusi Dun dan tiga kerusi Parlimen berjaya dimenangi.
Kerusi Dun yang menang ialah N.06 Jitra, Kedah N.33 Merbau Pulas, Kedah N.24 Selat Klang, Selangor, Dun Tanjong Mas, dan Dun Kijang, Kelantan (menang tanpa bertanding).
Manakala kerusi Parlimen pula ialah P.23 Rantau Panjang, Kelantan, P.119 Titiwangsa, Wilayah Persekutuan dan P.111 Kota Raja, Selangor.
Sumber HD : 8/03/2012

Himpunan 10,000 wanita tuntut kerajaan bersih
Harakahdaily, | 11 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat akan bersama-sama badan NGO akan menganjurkan 'Himpunan 10,000 Wanita' bagi menuntut beberapa perkara daripada kerajaan.
Bertemakan 'menuntut kerajaan yang bersih', himpunan yang dijadual pada 18 Mac ini itu akan diadakan di Padang Astaka 1 Seksyen 14 Petaling Jaya, Selangor bermula jam 2 hingga 5 petang.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi pada sidang media di Pejabat Agung PAS semalam.
"Wanita melihat hari ini, antara krisis utama negara adalah kerajaan tidak bersih dan tidak adil.
"Sebagai simbol menuntut kerajaan yang bersih, kita akan pakai sarung tangan putih pada hari himpunan tersebut," katanya.
Menurutnya lagi, himpunan inisiatif NGO Gabungan Suara Wanita Untuk Perubahan itu akan menuntut enam perkara seperti berikut:
- Kerajaan yang bebas dari rasuah dan penyelewengan.
- Akta gaji minima, bukan dasar gaji minima.
- Kualiti hidup rakyat yang lebih baik.
- Hapuskan keganasan terhadap wanita.
- Membatalkan Akta Perhimpunan Aman.
- Pilihan raya bebas dan adil.
"Yang mana kita tahu tiga kali ganda wang hasil pendapatan negara telah tiris akibat rasuah dan penyelewangan," tambah Aiman.
Menurutnya lagi, perhimpunan wanita yang julung kali diadakan itu dibuat sempena sambutan hari wanita antarabangsa tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh wanita perihatin agar hadir bersama-sama pada hari perhimpunan tersebut.
Sumber HD : 11/03/2012
(Dewan Shah Alam Convention Centre penuh dengan peserta yang menyertai majlis makan malam dengan pemimpin malam tadi)
SHAH ALAM, 17 Mac: Lebih 1,500 termasuk Mursyidul Am dan Presiden PAS menyertai majlis makan malam bersama pemimpin anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat malam tadi.
Mereka memenuhi dewan besar Shah Alam Covention Centre dan menjadikan ia antara majlis makan malam terbesar yang dibuat untuk memungut dana pilihan raya PAS.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang antara yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan majlis itu.
(Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz di SACC malam tadi)
Di samping makan dengan selesa dan berselera, para tetamu sempat mendengar ucapan mereka berdua di samping berdilog dengan Abdul Hadi dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Yusof.
Turut berucap malam tadi adalah timbalannya, Dr Siti Mariah Mahmod.
Selain mereka, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan isteri turut hadir di majlis itu.
Kenapa tidak bersama Umno
Dalam ucapannya malam tadi, Abdul Hadi memberikan penjelasan dengan jelas kenapa PAS tidak bersama Umno walaupun sudah didesak dan dipujuk oleh parti nasionalis itu beberapa kali.
Abdul memberikan alasan, sejak PAS mengambil alih Kelantan pada tahun 1990 lagi sebagai sebab mengapa PAS tidak boleh bersama dengan Umno.
(Istreri dua pemimpin utama PAS turut serta malam tadi...Datin Tuan Sabariah [kiri] Datin Seri Zainab [tengah] dan Siti Zailah)
"Apabila PAS memerintah Kelanta, kerajaan pusat telah melambat-lambatkan capitation grant kepada kerajaan negeri Kelantan dengan satu alasan sahaja iaitu mendera PAS.
"Apabila PAS menang di Terengganu, atas desakan perwakilan di mesyuarat agung Umno, kerajaan pusat telah merampas royalti minyak yang menjadi hak rakyat Terengganu.
"Apakah kerajaan Kelantan dan Terengganu ini Cina ke India...bukankah ini kerajaan Melayu jika mereka kata nak bersatu atas nama Melayu.
"Semasa kerajaan Sabah dimenangi oleh PBS pun, kerajaan pusat tidak menyekat royalti minyak kepada Sabah," kata Abdul Hadi mendedahkan tembelang Umno yang sebenarnya.
Bagi beliau, Melayu akan maju dan bermaruah dengan Islam tetapi yakinlah Melayu akan layu tanpa Islam dan hanya dengan Melayu sahaja.
Ustaz Abdul Hadi juga membangkitkan hubungan PAS dengan Umno dalam kerajaan persekutuan ketika PAS menyertai BN akibat peristiwa 13 Mei 1969.
(Nik Aziz bersalam dengan salah seorang kanak-kanak yang menyertai majlis malam tadi)
Ia pula dibuat hasil dari satu keputusan yang dicapai dalam satu muktamar khas yang dianjurkan oleh PAS.
"Kita berusaha melaksanakan Islam dalam pentadbiran dan berjaya membuat banyak perkara juga tetapi apabila kita mahu laksana Islam lebih jauh, pergeseran berlaku.
"Hasilnya PAS ditendang keluar dari BN," kata Abdul Hadi mengibau peristiwa 1978 apabila PAS ditendang keluar dari BN.
Beliau menjelaskan isu itu panjang lebar selepas ditanya oleh salah seorang peserta majlis makan malam itu kenapa PAS tidak bersama dengan Umno padahal Umno bertalu-talu berusaha mahu bersama PAS.
Sumber HD : 17/03/2012

Makan malam muslimat meriah, Presiden jelas kenapa tidak bersama Umno
Harakahdaily, | 17 Mac 2012 |

Muslimat cadang insentif khas kepada pekerja wanita
Anis Nazri, | 01 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua pekerja seluruh negara yang berjumlah lebih 5 juta di sektor swasta dan 1.5 juta di sektor awam.
“Saya juga meletakkan penghargaan yang tinggi kepada semua pekerja wanita yang meletakkan sumbangan yang besar kepada negara,” ujar Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu kenyataan sempena Hari Pekerja, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, DMPP mengiktiraf jasa dan pengorbanan pekerja wanita yang sanggup berkorban untuk kepentingan keluarga dan negara.
“Kita mencadangkan agar insentif khas kepada semua pekerja wanita termasuk sistem sokongan yang lebih berkesan untuk mempastikan keselesaan, keselamatan dan pada masa yang sama dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu yang solehah serta pekerja yang cemerlang.
“Kira sambut baik cadangan Perdana Menteri menaikkan kadar gaji minimum kepada sektor swasta sebanyak RM900 di Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak walaupun kita rasa penetapan ini tidak berbaloi,” ujarnya mewakili seluruh kepimpinan DMPP.
Sumber HD : 1/05/2012
KOTA BHARU: Dewan Muslimat PAS Kelantan hari ini membakar beberapa naskah akhbar Utusan Malaysia sebagai simbolik mengajak rakyat menolak akhbar itu yang sering membuat laporan lucah dan fitnah.
Ianya dibuat selepas selesai Muktamar Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan ke-39, di perkarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini.
Program itu turut disertai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan.
Tindakan membakar akhbar milik Umno itu dibuat selepas Ketua Ameerah Kelantan Ilvira Mohd Dhasuki mengemukakan usul tergempar yang kemudiannya diluluskan dalam muktamar itu.
Ilvira ketika membentangkan usul itu memberitahu, Utusan telah banyak menabur fitnah dan tidak mempamerkan akhbar yang mampu mendidik minda rakyat.
Zailah ketika ditemui selepas itu pula memberitahu tindakan membakar akhbar berkenaan sebagai memberi mesej kepada rakyat agar menolak akhbar penabur fitnah dan tidak bermoral itu.
Sebelum ini akhbar itu katanya pernah diboikot ekoran laporan karikatur yang menghina hukum hudud.
“Terbaru kes Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang dikatakan terbabit dalam kes seks telah menyiarkan gambar lucah palsu untuk memburukkan imej Azmin dan PKR,”ujarnya.
Katanya, seharusnya perkara itu tidak berlaku terhadap sebuah akhbar yang didakwa sebagai akhbar arus perdana.
Sumber HD : 4/05/2012

Muslimat bakar Utusan simbolik tolak fitnah lucah
Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir, | 04 Mei 2012 |

Jangan kerana wang tidak bina rumahtangga
Salmiyah Harun, | 09 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Mei: Tidak dinafikan masalah kewangan antara menjadi punca mengapa kaum lelaki negara ini tidak berkahwin, bagaimanapun janganlah kerana punca itu rumahtangga tidak dapat dibina.
Pengerusi Lujnah Kebajikan Muslimat PAS Pusat Dr Najihahtussalehah Ahmad berkata, sebuah perkahwinan yang berkat adalah maharnya yang rendah.
"Saya rasa tidak semua faktor kewangan yang menjadi halangan untuk orang lelaki berkahwin, ini kerana lelaki juga mempunyai egonya tersendiri," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas fenomena lelaki tidak berkahwin kerana faktor kewangan, manakala wanita pula tidak menjumpai calon yang sesuai.
Tambahnya, bukan semua wanita tidak menerima lelaki yang tidak berduit, masih ramai lagi wanita seperti ini.
Tegasnya, perkahwinan adalah perkongsian dan ia adalah sunnah yang mana setiap pasangan kena redha dengan apa yang ada pada si suami atau isteri.
Ini kerana katanya, suami tetap menjadi pemimpin kepada rumah tangga tidak kira siapa yang bergaji besar atau siapa yang berpendidikan tinggi.
"Faktor kebahagian bukan bergantung kepada wang ringgit semata-mata. Sikap kasih sayang dan toleransi antara suami isteri itulah bunga-bunga kebahagian," katanya.
Mengulas fenomena wanita yang sukakan perkahwinan yang meriah dan besar-besaran antara penyebab lelaki tidak berkahwin, beliau mempersoalkan "apakah kita hendak jadikan perkahwinan untuk masa kahwin sahaja atau akhir hayat?
Malah Najihatussaleha mengakui persekitaran bersifat meterial telah mempengaruhi wanita hari ini menyebabkan kebanyakkan mereka mendesak sebuah perkahwinan besar-besaran dan gilang gemilang.
"Desakan itu, menyebabkan kaum wanita tidak menemui calon yang sesuai iaitu calon yang boleh memenuhi impian mereka, dalam masa yang sama lelaki pula tidak berani melamar," katanya.
Justeru, beliau mensyorkan kursus perkahwinan yang diwajibkan kepada setiap bakal pasangan sepatutnya menekankan soal ini.
Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).
Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).
Sumber HD : 9/05/2012

Ramadhan: Didik masyarakat dengan sifat takwa
Hazayani Zakaria, | 22 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Puasa itu untuk membentuk takwa dan takwa tidak akan tercapai jika kita tidak berpegang kepada al-Quran, kata ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.
Sambil mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan luar negara, Siti Zailah berkata, masyarakat harus diberi kesedaran agar menjalankan ibadah puasa sambil menghayati isi kandungan al-Quran.
"Tanggungjawab kita sekarang bagaimana memberi pemahaman agar menjadi amalan dalam diri umat Islam supaya berpuasa dengan menghayati al-Quran dan sangup berjihad untuk menegakkan kebenaran.
"Puasa nak lahirkan takwa dan takwa itu tak akan kita capai kalau tak pegang kepada al-Quran. Bagaimana cara hidup ikut al-Quran, bagaimana cara pemerintahan ikut al-Quran, bagaimana cara bergaul dan berpakaian mengikut al-Quran," kata beliau kepada Harakahdaily.
Ini kerana tegas beliau, sifat takwa sangat penting dalam diri seseorang apatah lagi bagi orang yang mengaku memperjuangkan Islam untuk melahirkan negara yang sejahtera.
"Selamat negara kalau rakyat dan pemimpin bertakwa, pegawai kerajaan bertakwa, ibu, bapa dan anak bertakwa. Kalau semua bertakwa, selamat negara, tak ada rasuah, tak ada penipunan dan jenayah.
"Sekarang permasalahan negara berlaku kerana tak adanya pemimpin yang bertakwa," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Justeru beliau menyeru umat Islam khususnya muslimat agar memperbanyak amalan membaca al-Quran dan memahami isi kandungannya agar meningkatkan sifat takwa dalam diri.
"Saya menyeru kepada muslimat, bermula awal Ramadhan ini, selain bertarawih, kita banyakkan baca al-Quran.
"Memang tak semua hafal 30 juzuk al-Quran. Tapi sambil-sambil buat kerja pun kita boleh baca surah-surah yang kita ingat.
"Selain itu kita kena banyakkan bersedekah kerana itu boleh merapatkan hubungan kita dengan jiran tetangga dan fakir miskin," katanya lagi.
Sumber HD : 22/07/2012

Rogol statutori: Sangat malang kepada wanita
Salmiyah Harun, | 06 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Keputusan mahkamah dalam dua kes rogol statutori baru-baru ini bukan sahaja memberi implikasi kepada agama tetapi nilai maruah yang mungkin akan diketepikan masyarakat.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Mumtaz Mohd Nawi tidak menyambut baik hukuman yang dikenakan terhadap pesalah dalam kes terbabit.
"Masyarakat akan keliru, seolah-olah kita banyak pendirian yang berubah-ubah khususnya dari sudut mencegah masyarakat daripada mengulangi perkara sama," katanya ketika dihubungi.
Malah katanya, peruntukan undang-undang harus saksama tidak kira darjat malah ia perlu menilai apakah hukuman itu boleh mencegah berulangnya perbuatan seperti itu.
"Kita mahu apa-apa yang dinikmati harus mengikut agama dan undang-undang," katanya.
Beliau melahirkan kekesalan dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memandang mudah perkara itu dan memberi hukuman yang terlalu ringan.
"Misalnya kalau dia (pemain boling) buat baik kita boleh bagi bonus tapi kita tidak boleh maafkan kesilapan dia. Hukuman itu terlalu ringan," katanya yang juga pengamal undang-undang.
Tambahnya, apabila melibatkan perkara seksual ramai menganggap ianya adalah peribadi dan bergantung kepada kerelaan.
"Bila kerelaan dalam kes membabitkan budak bawah umur ianya tidak sah apatah lagi melibatkan soal maruah diri. Misalnya dia rela tetapi tidak faham apa akibat daripada kerelaan itu.
"Sebab itu kita lihat negara barat penzinaan budak bawah umur satu kesalahan yang dikenakan hukuman mandatori walaupun bawah umur sebab kerelaan ini bukan kerelaan penuh kerana dia belum matang lagi," katanya.
Beliau juga kecewa, dahulu penzinaan akan dipandang satu kesalahan dosa besar sekarang ini masyarakat melihat ia seperti perkara biasa hanya disebut sebagai 'terlanjur'.
Situasi inilah katanya, memberi implikasi besar kepada masyarakat hari ini apabila terlanjur akan anggap ia perkara enteng.
Hakikatnya, jelas Mumtaz ia membabitkan soal maruah dan jati diri, dara dan teruna akhirnya memberi kesan kepada hilangnya harga diri
Sementara itu, Ketua Penerangan Muslimat Pusat Aiman Athirah Al-Jundi berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini dalam dua kes rogol statutori yang menurutnya "sangat malang kepada wanita Malaysia".
Katanya, perkembangan ini adalah suatu yang sangat malang kepada wanita Malaysia, apatah lagi di kala Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sendiri diterajui oleh seorang Perdana Menteri.
"Bahkan ia jelas suatu yang sangat memalukan seluruh kaum wanita dan institusi wanita di seluruh negara," katanya.
Keputusan Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada 28 Ogos lalu yang membebaskan seorang juruelektrik dengan ikat jamin RM25,000 dan bon jaminan berkelakuan baik atas tuduhan merogol gadis bawah umur.
Pemain boling kebangsaan Noor Afizal Azizan yang disabit di bawah Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah telah dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik kerana merogol seorang gadis bawah umur di sebuah hotel di Ayer Keroh Melaka pada 2009.

Sumber HD : 6/09/2012
Rogol: Muslimat PAS sedia bincang dengan Wanita MCA
Anis Nazri, | 23 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat menawarkan sidang meja bulat kepada Wanita MCA bagi membolehkan isu berkaitan wanita Islam dibincangkan.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi (gambar) berkata sidang meja bulat itu boleh dianjurkan sekiranya Wanita MCA benar-benar tidak faham dan keliru berhubung soal aurat wanita, isu rogol dan zina dari perspektif Islam.
Sebaliknya, jika Wanita MCA sengaja mengelirukan masyarakat Cina tentang perkara tersebut, satu tindakan undang-undang akan diambil jika tidak memohon maaf.
Athirah berkata demikian, dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini sebagai mengulas kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kei berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Kemungkinan Heng tersilap dan terkhilaf kerana tidak memahami mantik serta seni bahasa Melayu itu, khususnya yang digunakan oleh Datuk Nik Aziz ketika mengulas soal aurat, serta budaya mendedahkan aurat sehingga cenderung mengundang fitnah serta merangsang “manusia” yang melihatnya, berdasarkan kepada hukum fitrah manusia yang lemah dan mudah terangsang.
"Dan, kemungkinan juga Heng sebenarnya faham maksud sebenar ceramah Tuan Guru Nik Aziz, tetapi sengaja mengambil kesempatan itu bagi memesongkan fahaman masyarakat Cina yang masih 'diperbodohkan' MCA," kata beliau.
Tambah Athirah, jika benar Heng sengaja mengelirukan masyarakat Cina, maka beliau perlu memohon maaf secara terbuka kerana tuduhan itu sangat biadap, liar dan merosakkan perpaduan kaum dan agama yang sekian lama diusahakan, dipertahankan dan saling hormat-menghormati.
Namun, jika Heng benar-benar tidak faham, Muslimat PAS bersedia membantu mereka untuk lebih memahami dan menjernihkan kekeliruan ini.
"Islam itu agama rahmat (kasih sayang). Rogol dan zina jelas adalah dosa besar. Mana mungkin kita di dalam PAS mengatakan ianya boleh, apatah lagi menggalakkannya pula seperti mana tuduhan Heng, yang juga disokong oleh Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Muslimat bersedia menanggung semua perbelanjaan mengadakan sidang meja bulat ini dan kita jemput pimpinan dan penyokong kalangan Wanita MCA untuk hadir," tegas beliau.
Memandangkan Umno gagal menjalankan tanggungjawabnya bagi memastikan MCA faham dan menghormati agama Islam, kata Athirah maka Muslimat PAS sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.
Dua hari lalu, Heng dilaporkan berkata PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan itu berdasarkan video lama Datuk Nik Aziz yang didakwa menyebut demikian tentang wanita.

Sumber HD - 23-10-2012
Muslimat PAS ucap takziah kepada calon PAS Tj Datu
Salmah Mat Husain, | 09 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Marzuki Haji Bujang, merupakan pendukung utama kepada calon PAS Tanjung Datu, dalam pilihan raya negeri Sarawak lalu yang juga isterinya, Nani Sahari (kanan).
Kehilangannya turut dirasai oleh semua penggerak PAS Kuching, Sarawak termasuk Dewan Muslimat PAS Pusat serta lain-lain pimpinan PAS di semenanjung.
Perkara itu dinyatakan Ketuanya, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof (kiri), ketika dihubungi malam tadi.
“Dewan Muslimat PAS Pusat dan Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan mengucapkan takziah di atas kematian insan yang tercinta yang juga pendokong utama kepada Nani.
“Muslimat Pusat merasa simpati di atas apa yang berlaku. Kami berharap Nani bersabar menempuh dugaan ini dan insyaallah mudah-mudahan allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh,” ujarnya.
Zailah seterusnya memberitahu sebulan lalu beliau telah bertemu dengan allahyarham dan Nani dalam satu majlis di Kota Belud.
Jelas Zailah, waktu itu beliau mengucapkan tahniah serta terima kasih kerana memberi keizinan pada isterinya bergiat dalam parti khususnya memperjuangkan parti Islam itu.
“Kak Lah rasa terharu sebab dia berkata, insyaallah saya akan terus sokong dan akan menyokong sampai bila-bila.
“Allahyarham juga berkata setakat ini beliau berpuas hati terhadap perjuangan isterinya,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengharapkan Nani dan keluarga bersabar menghadapi ujian Allah itu dengan tabah dan penuh keimanan.
Zailah juga berharap jemaah parti khususnya di Tanjung Datu diharap menjaga kebajikan Nani yang kini telah hilang tempat bergantung.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi kerana dikatakan diserang sakit jantung.
Sumber HD - 9-11-2012
Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.
“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.
“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.
Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.
Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.
“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.
“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya.
Sumber HD - 30-12-2012
Sumber HD - 7-1-2013
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengarahkan setiap ahli jentera dewan itu memahami susur galur tawaran-tawaran Pakatan Rakyat, termasuk enam tuntutan wanita.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi, menegaskan semua tawaran itu, termasuk tuntutan Agenda Perubahan Wanita wajib dikuasai setiap jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat agar mudah difahami rakyat.
"Jentera parti perlu faham, bukan sahaja tawaran kita, tetapi apa sebab tawaran itu dikemukakan serta kesannya kepada rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, apa yang berlaku, terdapat kesilapan yang kerap dilakukan jentera parti apabila hanya 'menghafal' tawaran tanpa memahami intipatinya yang menyebabkan rakyat tidak dapat memahami secara tuntas mengenainya.
Biarpun menyedari penerangan daripada PAS Pusat berkaitan tawaran itu telah diadakan hampir setiap hari, Athirah berkata pada peringkat ini tawaran tersebut perlu diulang-ulang dengan intipatinya agar ia benar-benar terkesan di hati rakyat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah menyarankan jentera parti, khususnya muslimat melalui Hal Ehwal Wanita (Halwa) agar menjadikan topik tawaran berkenaan sebagai bahan perbincangan dalam usrah mingguan.
Dalam pada itu, beliau menambah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Pusat telah menyediakan modul khusus program sehari berkaitan tawaran tersebut, yang ditawarkan kepada mana-mana DMP.
"Setakat ini sambutan sangat baik. Saya tidak nafikan ada negeri yang kawasan-kawasannya sangat pro aktif panggil kita turun, dan terdapat juga yang masih sepi," kata beliau.
Tegas Athirah, apa yang paling penting, semua program dan usaha dilakukan perlu ditumpukan ke peringkat akar umbi pengundi seperti lokaliti, Unit Peti Undi (UPU) di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen.
"Semarakkan program di situ kerana sama ada kita betul-betul berjaya ke Putrajaya, ianya bergantung sebahagian besarnya ke atas usaha kita di situ," tegas beliau.
Sebelum ini, Wanita Pakatan Rakyat menggariskan tujuh tumpuan wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.
Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat, sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Tuntutan tersebut diulang semula Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Jan lalu.

Amanat: TV1, TV3 wajar sahut hasrat Presiden PAS
Harakahdaily, | 29 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menyokong penuh pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berbentuk permintaan dan harapan agar diberikan ruang untuk muncul sejam di TV1 dan TV3.
Ini bagi menjelaskan segala isu yang berbangkit daripada apa yang disebut-sebut oleh ramai pihak khususnya dimainkan oleh media proksi BN sebagai “Amanat Haji Hadi”.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi berkata, DMPP melihat bahawa pendirian Presiden PAS ini adalah sangat berani, wajar dan bertanggungjawab.
“Pendirian dan sikap ini juga secara tidak langsung membuktikan kepada kita semua bahawa Presiden PAS adalah di pihak yang benar, selari dengan pepatah Melayu ‘berani kerana benar’,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, laporan Utusan Malaysia baru-baru ini bahawa Presiden PAS terus membisu daripada memberi respons terhadap isu itu juga barang kali sudah sampai ‘buku bertemu ruas’ dan sepatutnya pihak media proksi BN dan Umno seperti TV1, TV3 dan Utusan menerima perkembangan ini ibarat ‘orang mengantuk disorongkan bantal’.
“Kami yakin dan percaya bahawa ini adalah sesuatu yang sangat ditunggu-tunggu oleh kebanyakan pihak khususnya rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan parti politik untuk mendengar sendiri penjelasan daripada YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,” ujarnya.
Justeru itu, katanya DMPP mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab ke atas TV1 dan seterusnya pihak Media Prima yang bertanggungjawab ke atas TV3 segera menyahut ‘permintaan’ Presiden PAS yang dikira cukup gentleman itu.
Katanya, keupayaan dan kesungguhan kedua-dua pihak terbabit iaitu TV1 dan TV3 bagi memenuhi permintaan Presiden PAS ini juga akan menjadi tanda aras bahawa kedua-dua pihak berkenaan siap untuk memberi laluan kepada pimpinan utama daripada parti politik selain daripada pihak BN.
“Kita semua tahu TV1 dan TV3 sangat ghairah memainkan isu ini, maka ini adalah peluangnya mereka menunjukkan keberanian mereka pula. Jangan hanya berani ‘lontar batu sembunyi tangan’.
“Bertanggungjawablah dengan apa yang telah kalian laporkan secara fitnah, adu domba dan sangat berniat jahat,” katanya.
Sumber HD - 30-12-2012
Sonamu: Muslimat PAS saran solat hajat
Hazayani Zakaria, | 07 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) meminta seluruh umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia dijauhi daripada sebarang bahaya dan bencana.
Ia ekoran ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) minggu ini berhubung amaran Ribut Tropika Sonamu dijangka melanda Pantai Timur pada 8 Januari, jam dua petang.
MMD menasihatkan penduduk khususnya nelayan di negeri-negeri Pantai Timur menjauhkan diri dari laut.
"Mohon solat hajat dan doa semoga Allah lindungi Malaysia khususnya di Pantai Timur daripada bahaya dan bencana Ribut Tropika Sonamu," kata Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi kepada Harakahdaily.
MMD dalam laman webnya mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.
Situasi ini dijangka berterusan sehingga Jumaat.
Justeru, Aiman mengingatkan ibu bapa agar mengawasi aktiviti anak-anak mereka.
"Minta ibu bapa semua prihatin terhadap kedudukan anak-anak, jangan biarkan berada di luar ketika ribut, hujan dan banjir," katanya.
Ribut Tropika Sonamu akan mengakibatkan keadaan laut bergelora disertai dengan angin kencang dan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir besar.
Mereka yang berada di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir diingatkan agar berwaspada terhadap amaran hujan lebat dari masa ke semasa dan perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Orang ramai juga diminta patuh kepada arahan daripada pihak berkuasa seandainya diminta untuk mengosongkan rumah mereka.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Jentera muslimat perlu hadam tawaran Pakatan
Anis Nazri, | 18 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengarahkan setiap ahli jentera dewan itu memahami susur galur tawaran-tawaran Pakatan Rakyat, termasuk enam tuntutan wanita.
Ketua Penerangannya, Aiman Athirah al-Jundi, menegaskan semua tawaran itu, termasuk tuntutan Agenda Perubahan Wanita wajib dikuasai setiap jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat agar mudah difahami rakyat.
"Jentera parti perlu faham, bukan sahaja tawaran kita, tetapi apa sebab tawaran itu dikemukakan serta kesannya kepada rakyat," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Tambah beliau, apa yang berlaku, terdapat kesilapan yang kerap dilakukan jentera parti apabila hanya 'menghafal' tawaran tanpa memahami intipatinya yang menyebabkan rakyat tidak dapat memahami secara tuntas mengenainya.
Biarpun menyedari penerangan daripada PAS Pusat berkaitan tawaran itu telah diadakan hampir setiap hari, Athirah berkata pada peringkat ini tawaran tersebut perlu diulang-ulang dengan intipatinya agar ia benar-benar terkesan di hati rakyat.
Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah menyarankan jentera parti, khususnya muslimat melalui Hal Ehwal Wanita (Halwa) agar menjadikan topik tawaran berkenaan sebagai bahan perbincangan dalam usrah mingguan.
Dalam pada itu, beliau menambah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Pusat telah menyediakan modul khusus program sehari berkaitan tawaran tersebut, yang ditawarkan kepada mana-mana DMP.
"Setakat ini sambutan sangat baik. Saya tidak nafikan ada negeri yang kawasan-kawasannya sangat pro aktif panggil kita turun, dan terdapat juga yang masih sepi," kata beliau.
Tegas Athirah, apa yang paling penting, semua program dan usaha dilakukan perlu ditumpukan ke peringkat akar umbi pengundi seperti lokaliti, Unit Peti Undi (UPU) di setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen.
"Semarakkan program di situ kerana sama ada kita betul-betul berjaya ke Putrajaya, ianya bergantung sebahagian besarnya ke atas usaha kita di situ," tegas beliau.
Sebelum ini, Wanita Pakatan Rakyat menggariskan tujuh tumpuan wanita sebagai usaha memperkasa dan memberdaya ekonomi, politik dan sosial golongan itu di negara ini.
Agenda digunakan sebagai dasar dan polisi utama Wanita Pakatan Rakyat bagi mengangkat martabat kumpulan itu sebagai salah satu komponen dalam masyarakat, sekaligus melaksanakannya jika berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Tuntutan tersebut diulang semula Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Jan lalu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-1-2013
Projek IC: Pengakuan Tun serius, AG perlu tindak
Muhammad Faizal, | 21 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mempersoalkan mengapa sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara (AG) berhubung pengakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sepatutnya AG mengambil tindakan segera atas pengakuan tersebut termasuk menyiasat sama ada ianya dibuat mengikut undang-undang atau sebaliknya.
"Walaupun pengakuan telah dilakukan tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Maharhir.
"Adakah kerana negara ini di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sehinggakan tiada tindakan boleh diambil," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Dr Siti Mariah juga turut memberitahu segala apa yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini berhubung dengan pengundi yang meragukan atau pengundi hantu adalah berkemungkinan benar.
Katanya, pengakuan Mahathir itu juga mengesahkan apa didedahkan selama ini, bahawa wujud usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kad pengenalan untuk tujuan undi adalah benar.
"Saya tidak menolak kemungkinan di Selangor juga turut ada misi yang sama, untuk mereka menawan balik negeri ini pada PRU13 nanti," sambung beliau.
Selain mengakui beliau memberi kerakyatan kepada warga asing pada zaman pemerintahannya, Mahathir juga mendakwa tindakan serupa oleh Tunku Abdul Rahman adalah 'lebih teruk'.
Mahathir juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama itu.
Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan itu.
Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud menegaskan sepatutnya AG mengambil tindakan segera atas pengakuan tersebut termasuk menyiasat sama ada ianya dibuat mengikut undang-undang atau sebaliknya.
"Walaupun pengakuan telah dilakukan tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada sebarang tindakan diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap Maharhir.
"Adakah kerana negara ini di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sehinggakan tiada tindakan boleh diambil," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Dr Siti Mariah juga turut memberitahu segala apa yang telah didedahkan oleh Pakatan Rakyat selama ini berhubung dengan pengundi yang meragukan atau pengundi hantu adalah berkemungkinan benar.
Katanya, pengakuan Mahathir itu juga mengesahkan apa didedahkan selama ini, bahawa wujud usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memberi kad pengenalan untuk tujuan undi adalah benar.
"Saya tidak menolak kemungkinan di Selangor juga turut ada misi yang sama, untuk mereka menawan balik negeri ini pada PRU13 nanti," sambung beliau.
Selain mengakui beliau memberi kerakyatan kepada warga asing pada zaman pemerintahannya, Mahathir juga mendakwa tindakan serupa oleh Tunku Abdul Rahman adalah 'lebih teruk'.
Mahathir juga mencadangkan agar satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama itu.
Bagaimanapun, Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan itu.
Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah.
"Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno.
"Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India.
“Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment