PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Mesyuarat pertama Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini selesai membentuk kabinet penuh parti itu. Ianya menyaksikan Datuk Mustafa Ali kekal sebagai Setiausaha Agung dengan dibantu tiga penolong setiausaha Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Ahmad Sabki Yusuf. Jawatan Bendahari pula bertukar kepada Datuk Abdul Halim Abd Rahman manakala Dr Mohd Hatta Ramli yang sebelum ini penyandang jawatan itu diberi amanah sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. Ketua Penerangan pula akan dipegang oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi jawatan AJK PAS yang dilantik pula, mereka adalah Nasharudin Mat Isa, Idris Ahmad, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Zulkefly Mohammad Omar dan Abang Ahmad Kerdee Masagus. Perkara itu diumumkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang media di Pejabat Agung PAS sejurus selesai mesyuarat pertama itu. "Kita telah membuat perlantikan dan dipersetujui sebulat suara. "Perlantikan ini berkuatkuasa serta merta dan setiausaha akan mengantar surat kepada mereka," katanya. Bagi Pesuruhjaya PAS negeri pula menyaksikan lima negeri mengalami perubahan iaitu Terengganu- Abdul Wahid Endut, Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani, Selangor- Dr Abd Rani Osman, Melaka- Adly Zahari dan Sabah- Aminuddin Halim. Kesemua negeri lain bagaimanapun kekal seperti senarai berikut: Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed Perak- Ust Abu Bakar Husin Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak P.Pinang- Ust Salleh Man Perlis- Ust Hashim Jasin Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad Sarawak- Ust Adam Ahid |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3752-pas-selesai-lantik-ajk-pesuruhjaya
PRESIDEN:
YB DATO' SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG - AP MARANG / ADUN RHU RENDANG You tube : http://www.youtube.com/watch?v=If0sji7JxtY&feature=channel_video_title
TIMBALAN PRESIDEN:
TN HJ MOHAMAD SABU
NAIB-NAIB PRESIDEN:
YB SALAHUDIN AYUB - AP KUBANG KERIAN
YB DATO' HUSAM MUSA - EXCO KANAN KERAJAAN KELANTAN
YB DATO' MAHFUZ OMAR - AP POKOK SENA
SETIAUSAHA AGUNG:
DATO' HJ MUSTAPA ALI
PENOLONG-PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG:
YB DATO' TAKIYUDDIN HASSAN - EXCO KERAJAAN KELANTAN
YB DR SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI - ADUN BATU BURUK
SDR AHMAD SABKY YUSOF
BENDAHARI:
YB DATO' ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN - AP PENGKALAN CHEPA
KETUA PENGARAH PILIHANRAYA PAS PUSAT:
YB DR MOHD HATTA RAMLI - AP KUALA KRAI
KETUA PENERANGAN:
DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - PESURUHJAYA PAS PAHANG
KETUA DEWAN ULAMA':
YB DATO' HARUN TAIB - ADUN MANIR
KETUA DEWAN PEMUDA:
USTAZ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN MUSLIMAT:
YB SITI ZAILAH MOHD YUSOFF - AP RANTAU PANJANG
LIMA BUAH NEGERI MENDAPAT PESURUHJAYA PAS YANG BARU:
1. SELANGOR
YB Dr Abdul Rani Osman - ADUN Meru
2. TERENGGANU:
YB Mohd Abdul Wahid Endut - AP Kuala Terengganu / ADUN Wakaf Mempelam
3. MELAKA:
SDR IR ADLY ZAHARI
4. SABAH :
HJ MOHD AMINUDDIN ALING
5. NEGERI SEMBILAN :
YB HJ MOHD TAUFEK ABDUL GHANI - ADUN PAROI
NEGERI - NEGERI LAIN KEKAL SEPERTI BERIKUT:
6. KELANTAN
YAB DATO' BENTARA SETIA TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
7. KEDAH:
YAB DATO' SERI AZIZAN ABDUL RAZAK
8. PAHANG:
DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN
9. JOHOR:
DR MAHFODZ MUHAMED
10. PERAK:
USTAZ ABU BAKAR HUSEIN
11. PERLIS:
YB USTAZ HASHIM JASIN
12. PULAU PINANG:
YB USTAZ DATO' SALLEH MAN
14. WILAYAH PERSEKUTUAN:
HJ MUHAMMAD NOOR MUHAMMAD
15. SARAWAK:
HJ ADAM AHID
AHLI-AHLI PERHUBUNGAN PAS NEGERI-NEGERI:
NEGERI KELANTAN:
Perubahan agak besar PAS Kelantan |
M Faqih |
KOTA BHARU, 18 Jun: Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan agak besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Pesuruhjaya PAS Kelantan
Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim.
YB Zulkifli Mamat - SUPP Kelantan
Manakala bendahari - Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.
YB Hanifa Ahmad - Bendahari
Wan Nik Wan Yussof - Pengarah PR
Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
Pengumuman mengenai perubahan itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Pejabat PAS Negeri hari ini.
Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku sebarang perubahan. Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.
YB Dato' Ahmad Yaakub - TPJ 1
YB Dato' Husam Musa - TPJ 2
YB Nik Amar Abdullah - TPJ 3
YB Dr Mohd Fadli Hassan - Ketua Penerangan
Pelantikan tersebut bagi tempoh 2011/2013 dibuat berdasar kepada Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan PAS pindaan 2011. Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik). Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini. Sementara itu Zulkifli berkata, beliau berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Perhubungan PAS Negeri. ”Tugas ini suatu yang berat tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak tentunya ia sukar untuk dilaksanakan. ”Insya Allah saya akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan Setiausaha Perhubungan sebelum ini. Kalau ada perubahan bakal dibuat ia hanya berdasar kepada kehendak semasa,” ujarnya. Beliau juga merakam ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Pesuruhjaya bagi melaksanakan tugas yang begitu mencabar itu. Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan. |
NEGERI TERENGGANU:
PAS Terengganu bentuk pasukan baru |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 18 Jun:PAS Terengganu membentuk pasukan serba baru selepas pesuruhjaya yang baru, Mohamad Abdul Wahid Endut (gambar) (dilantik untuk negeri itu. YB Mohd Abdul Wahid Endut - Pesuruhjaya PAS Terengganu Timbalan pesuruhjaya (TPj) III sesi lepas, Ustaz Saiful Bahari Mamat dilantik TPj I sementara dua lagi adalah bekas bendahari, Muhyiddin Abdul Rashid (TPj II) dan timbalan ketua penerangan yang juga Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak (TPj III).
Ustaz Saiful Bahari Mamat - TPJ 1
Tn Hj Muhyidin Abdul Rashid - TPJ 2
YB Dr Alias Razak - TPJ 3
M Shukrimun Shamsudin pula dilantik bendahari. Selain Saiful, TPj I dan II sesi lalu ialah Datuk Abu Bakar Chik dan Mohd Abdul Wahid Endut. Kedua-duanya dipilih sebagai AJK PAS Pusat pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 awal bulan ini. Abdul Wahid dilantik Pesuruhjaya PAS negeri yang baru bagi menggantikan Datuk Harun Taib sebagaimana yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 12 Jun lepas. PAS negeri sesi ini mengekalkan setiausaha, ketua penerangan dan pengarah pilihan raya iaitu Yahaya Ali, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Ariffin Deraman. Hanafiah Mat, Kamaruddin Yunus dan Zakaria Dagang pula dilantik penolong setiausaha. Di samping mereka, ahli perhubungan yang dilantik adalah Datuk Abu Bakar Chik, Abdul Haris Abdul Malik, Zarani Othman, Dr Khazani Abdullah, Dr Azman Mohamad, Ustaz Harun Jusoh dan Ini bermakna, hanya seorang sahaja bekas lima Adun PAS 1982 yaang masih kekal dalam pasukan ini iaitu Abu Bakar Chik. "Ini adalah pasukan yang dipilih sendiri oleh pesuruhjaya baru," kata Yahaya Ali yang menjadi setiausaha perhubungan di bawah Datuk Mustafa Ali dan Datuk Harun Taib, pesuruhjaya PAS Terengganu sebelum ini. Ketua dewan ulamak PAS Terengganu adalah Datuk Husein Awang, ketua pemuda Ustaz Mohd Nor Hamzah manakala ketua muslimat adalah Safinah Jusoh. |
Jawatankuasa PAS Melaka 2011-2013 dipersetujui |
Ahmad Danial |
MELAKA, 18 Jun: Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata perlantikan semua jawatan dalam PAS negeri sesi 2011-2013 dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat PAS negeri pada mesyuarat pertama petang tadi. Adly dilantik pesuruhjaya yang baru selepas mesyuarat pertama AJK PAS Pusat pada 12 Jun lalu yang diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Bekas Ketua Penerangan negeri sesi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3. Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka. Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai bendahari. Tiga penolong setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said. Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang. Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz. Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Ketua Dewan, Ulamak, Pemuda dan Muslimat negeri telah dipilih pada muktamar masing-masing iaitu Ustaz Zulkifli Ismail, Yuhaizad Abdullah dan Kintan Man. |
WILAYAH PERSEKUTUAN DAN LABUAN:
Pemimpin muda isi Dewan Harian PAS Wilayah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 20 Jun: PAS Wilayah Persekutuan telah selesai membentuk barisan kepimpinan baru badan perhubungannya, dengan empat pimpinan muda mengisi Dewan Harian sebagai timbalan pesuruhjaya 1 dan 3, setiausaha dan ketua penerangan.
Hj Muhammad Noor Muhammad - PJ WPL
Diketuai oleh Mohamad Nor Mohamad sebagai pesuruhjaya, dua muka baru dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya iaitu Salbiah Abd Wahab sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ) 2 dan Ahmad Sabki Yusuf sebagai TPJ 3.
Hjh Salbiah Wahab - TPJ 2
Sdr Ahmad Sabky Yusoff - TPJ 3
PAS Wilayah Persekutuan dalam mesyuarat pertama barisan kepimpinan barunya malam tadi turut mengekalkan pemimpin muda, Dr Azhari Yaakub sebagai Timbalan Pesuruhjaya (TPJ 1. Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan yang baru, Mohd Nasaie Ismail berkata, tiga muka baru yang telah dilantik mengisi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan. Menurut beliau, jawatan setiausaha diamanahkan kepada Khairul Anwar Abd Manaf, bendahari, Ir Najib Ahmad. "Pengarah Pilihanraya kekal kepada Abdul Halim Hasan, manakala tiga Penolong Setiausaha terdiri daripada Kamaludin Mohd Noh, Amran Abd Majid dan Abd Rani Abd Majid," katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Tujuh dilantik sebagai AJK Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan, menurut beliau, terdiri daripada Zamri Ahmad Zakaria Aziz, Mohamad Saidu, Izamudin Ludin, Jailius Arsyad dan Liti Atini Yahya. Katanya, dengan gandingan kepimpinan lama dan baru itu, PAS Wilayah Persekutuan diharap menjadi pasukan yang kuat untuk membantu pesuruhjaya melaksanakan tanggungjawabnya. "Antara usaha yang akan dilakukan dengan memfokuskan kepada pembelaan masalah masyarakat bandar yang terlalu banyak berlaku khususnya dalam isu tanah Kampung Baru dan kampung tradisi, perumahan dan pengangkutan awam. "Selain itu, fokus kita untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi bagi mempertahankan Titiwangsa dan menawan Parlimen Putrajaya dan Labuan," katanya. Beliau juga yakin pasukan kepimpinan baru itu tidak akan memberi ruang yang selesa khususnya kepada Umno BN yang selama ini selesa bertindak sesuka hati kepada rakyat. |
SELANGOR:
Dr Rani yakin saf baru mampu pertahan Selangor |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 21 Jun: PAS Selangor yakin dengan saf kepimpinan sesi 2011-2013 mampu menggerakkan kerja kuat hasil gabungan mantap semua golongan dalam usaha mendepani PRU 13 tidak lama lagi. Menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman, mereka terdiri dari kalangan ulamak, profesional dalam banyak bidang kepakaran, korporat dan aktivis masyarakat menjadi tenaga penggerak PAS Selangor. Katanya, dengan kebolehan dan kelebihan yang ada pada setiap mereka yang dilantik bakal menyemarakkan lagi usaha keras PAS negeri dalam mempertahankan Negeri Selangor kekal di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Dr Rani berkata demikian dalam sidang media pertama khas membentangkan senarai kepimpinan PAS negeri di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di sini, pagi tadi. “Pemilihan mereka kali ini adalah berdasarkan kehendak dan sokongan sebulat suara daripada seluruh PAS Kawasan dalam Negeri Selangor. “Dalam hal ini, tidak timbul pecat atau tidak suka kepada seseorang tetapi kehendak ramai mengatasi persoalan peribadi, apatah lagi dalam PAS tidak ada seorang pun melobi untuk dapatkan jawatan,” tegasnya. Beliau yang juga Adun Meru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor untuk sesi 2011/2013 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada 12 Jun lalu di Ibu Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Dalam majlis tadi, Dr Rani menyanjung tinggi segala jasa dan bakti mantan pesuruhjaya, Dr Hasan Ali yang berusaha menaikkan imej PAS Selangor selama lapan tahun berturut-turut sebelum ini. “Demi Allah, Dr Hasan adalah mentor saya dalam hal ini, beliau banyak berjasa dan saya menyambung usaha-usaha beliau dengan sokongan sahabat-sahabat semua,” jelasnya. Senarai Jawatankuasa PAS Selangor sesi 2011/2013 membariskan Pesuruhjaya dipegang oleh Dr Abd Rani Osman, Tiga Timbalan Pesuruhjaya (Haji Ir Iskandar Abdul Samad, Ustaz Solehin Muhyi dan Khalid Samad), Setiausaha (Peguam Khairuddin Osman), Bendahari (Ir Izham Hashim), Ketua Penerangan (Saari Sungib), Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri (Jaafar Shamsuddin).
YB Ir Iskandar Abdul Samad - TPJ 1
Ustaz Sallehin Mukhyi - TPJ 2
YB Ir Khalid Samad - TPJ 3 Tujuh AJK tambahan yang dilantik terdiri daripada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Dr Hajah Halimah Ali, Noraini Husin, Sani Hamzan, Ahmad Mohamad, Ustazah Mariam Abdul Rasyid dan Abdul Rahman Sadikin. Timbalan Pesuruhjaya, Khalid ketika dihubungi berkata, ucapan terima kasih atas kepercayaan yang diberi dan mengharapkan kerjasasama semua pihak dalam menjayakan cita-cita besar perjuangan. “Kita hendaklah bersatu hadapi Umno, rapatkan saf dalam semua masa apatah lagi menjelang pilihan raya yang semakin dekat, Selangor mesti dipertahankan, kami perlu tumpu untuk membina kekuatan parti khususnya mendapatkan usaha mendapatkan sokongan Melayu, PAS ganti Umno. “Terkandung dalam saranan agar rapatkan saf; lupakan perselisihan lama dan tumpu kepada tugas dan tanggungjawab untuk perkasakan parti dan kuburkan Perkasa/Umno,” mesej beliau dari Arab Saudi. Sementara itu, Khairuddin ketika menjawab soalan berkata, PAS Selangor mengeluarkan arahan kepada ahli-ahlinya bagi menyertai himpunan Bersih pada 9 Julai depan. Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang agar rakyat jangan bimbang menyertai himpunan itu kerana ia sah di sisi Perlembagaan Malaysia yang membenarkan himpunan aman. Khairuddin juga berkata, dalam minggu ini semua PAS kawasan seluruh Selangor akan membuat lapuran polis terhadap kenyataan Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang menyatakan 9 Julai akan berlaku ‘perang’ jika Bersih teruskan hasrat untuk berhimpun.
YB Datuk Ibrahim Ali - Presiden PERKASA
“Kenyataan itu sangat melampau dan tidak bertanggungjawab, pihak berkuasa mesti menyiasat dan segera bertindak,” tegasnya. |
Pemuda PAS Selangor ucap tahniah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS negeri yang baru dibentuk dan telah diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman. Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, pemilihan Iskandar Samad, Ustaz Sallehin Mukhyi, Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, 2 dan 3 menunjukkan bahawa PAS Selangor telah mempunyai sebuah pasukan yang lengkap dan kuat untuk menghadapi Pilihan raya Umum yang ke 13 nanti. Ini, katanya ditambah dengan Khairuddin Othman sebagai setiausaha, Ir. Khairuddin Izham sebagai bendahari dan YB Tuan Hj Shaari Sungib sebagai Ketua Penerangan. “Pastinya saf baru yang mempunyai kepelbagaian ilmu dan pengalaman ini akan diyakini oleh seluruh ahli parti dan rakyat jelata untuk meneruskan kecemerlangan kepimpinan Pakatan Rakyat dan menjadi ‘mimpi ngeri yang berpanjangan’ kepada Umno dan BN kepada Selangor,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, Dewan Pemuda PAS negeri mengharapkan semoga setiap pemegang amanah jawatan itu akan bersungguh-sungguh membantu pesuruhjaya di dalam usaha untuk sungguh merealisasikan agenda “Membangun Negara Berkebajikan” sepertimana yang telah diluluskan pada Muktamar PAS Pusat baru-baru ini mengikut konteks Negeri Selangor. Tegasnya, Dewan Pemuda PAS negeri akan sentiasa berdiri teguh dan istiqamah sebagai sayap parti yang utama untuk terus membantu saf kepimpinan PAS negeri melaksanakan agenda dan program-program parti kepada seluruh masyarakat. Pihaknya juga mengucapkan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya PAS negeri yang telah melantik Mohd Sany Hamzan, Timbalan Ketua Pemuda PAS negeri sebagai AJK tambahan yang baru. “Sudah pastinya pelantikan ini tambahan menggambarkan keprihatinan dan kepekaan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dengan perkembangan semasa anak muda belia yang kini merupakan generasi utama yang akan mencorakkan kepimpinan negeri dan negara pada masa akan datang,” katanya. |
PERLIS:
Pemuda PAS Perlis sokong perhubungan negeri |
Bashir Ishak |
KANGAR, 22 Jun: Pemuda PAS Perlis menyokong penuh jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri sesi 2011-2013 yang baru dibentuk, baru-baru ini. Ketuanya, Ustaz Yussaine Yahya, Pemuda PAS Perlis berharap agar saf kepimpinan baru PAS Perlis itu dapat melakukan suatu perubahan besar dalam gerak kerja parti khususnya bagi menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13. "Pemuda PAS menyokong penuh saf kepimpinan yang diterajui Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin,” katanya. Beliau juga berharap agar kabinet baru PAS Perlis ituakan menjadi kabinet bayangan kepada kerajaan negeri yang ada sekarang. "Semoga barisan kepimpinan inilah yang akan kita kemukakan kepada rakyat Perlis bagi menghadapi PRU akan datang untuk kita mengajak rakyat melakukan perubahan," ujarnya. PAS Perlis membentuk kabinet baru Sabtu lalu dalam mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Ustaz Hashim. Pesuruhjaya: YB Ustaz Hashim Jasin Timbalan Pesuruhjaya 1: Mohd Anuar Tahir Timbalan Pesuruhjaya 2: Hairy Hashim Timbalan Pesuruhjaya 3: YB Rus'sele Eizan Setiausaha: Ustaz Ya'akub Abu Seman Penolong Setiausaha: Ustaz Yahaya Ahmad Penolong Setiausaha: Mohd Iqbal Mohd Shariff Penolong Setiausaha: Ustaz Muhammad Azmir Azizan Bendahari: Abdul Karim Md Rejab Ketua Penerangan: Mohammed Shukery Pengarah Pilihanraya: Hisharuddin Haji Hassan Ahli Perhubungan Wakil Dewan-dewan: Ketua Dewan Ulama: Ustaz Idris Yaacob Ketua Dewan Pemuda: Ustaz Yussaine Yahya Ketua Dewan Muslimat: Hajjah Latifah Mat Setiausaha Dewan Ulama: Che Ani Hassan Setiausaha Dewan Pemuda: Mohd Sahir Ab Raman Setiausaha Dewan Muslimat: Suhanawati Jaafar Wakil PAS Kawasan: Wan Kharizal Wan Khazim (Padang Besar) Remlee Ahmad (Arau) Abdul Zakaria (Kangar) Sarudin Abu Bakar (Padang Besar) Khairudin Mohamed (Arau) Abdul Jamil Kamis (Kangar) AJK dilantik: Hassan Ismail Haji Ahmad Tajuddin Salleh Haji Jaafar Daud Zulmi Sabri Abu Aiman Arof Mohd Razi Mustaffa Hajjah Haton Othman Ustaz Abu Ukaisyah Wan Abd Rahman Wan Ahmad |
PAS Perak mampu rampas kembali negeri |
Harakahdaily |
IPOH, 22 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penuh barisan kepimpinan PAS negeri yang telah dilantik di dalam mesyuarat pertama baru-baru ini bagi memberikan tumpuan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Timbalan ketuanya, Raja Ahmad al-Hiss yakin ‘kabinet’ kali ini yang diterajui Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussien (gambar) adalah pasukan pilihan raya yang mantap bagi memimpin rakyat bersama Pakatan Rakyat (PR) untuk terus memastikan cita-cita Negara Berkebajikan akan menjadi teras dalam pemerintahan Kerajaan Negeri Perak kembali. Ini, katanya sepertimana yang telah dipertegaskan oleh mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa akan terus memastikan kebajikan rakyat diberikan keutamaan. “Malah kami amat yakin Kabinet Pilihanraya PAS Perak ini yang membariskan gabungan muka baru dan lama, serta anak muda profesional dan ulama akan cemerlang dan berjaya untuk misi merampas semula pentadbiran kerajaan negeri nanti. Pemuda PAS juga, katanya yakin pasukan itu akan berganding bahu dengan pimpinan DAP dan PKR negeri untuk mencapai kemenangan yang sama sepertimana PRU 12 lalu. Tambah beliau, pihaknya juga yakin kekuatan Ustaz Abu Bakar dan Datuk Seri Nizar akan menghasilkan satu pasukan yang terbaik bagi berdepan dengan PRU 13 nanti. "Pemuda PAS negeri komited akan bersama-sama dengan PAS Perak dalam menuju sasaran kita untuk merampas kembali negeri Perak seterusnya mendokong cita-cita untuk mewujudkan negara berkebajikan," katanya.
YB Ir Mohd Nizar Jamaludin - TPJ 1
Kepimpinan PAS negeri sesi 2011-2013 terdiri daripada Mohammad Nizar yang kekal sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1, bekas Setiausaha Perhubungan, Ustaz Misbahul Munir Haji Masduki diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) yang juga Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.
Ustaz Misbahul Munir Masduki - TPJ 2
Sdr Razman Zakaria - TPJ 3
Dr. Muhaimin Sulam pula dilantik sebagai setiausaha yang baru menggantikan Misbahul.
Dr Muhaimin Sulam - SUP PAS Perak
Perlantikan Muhaimin yang juga Yang Dipertua PAS Pasir Salak dibaratkan sebagai 'sirih pulang ke gagang' kerana beliau pernah menyandang jawatan berkenaan sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak , Nuri Amin Endut dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS negeri sementara Osman Maseri sebagai bendahari.
Sdr Nuri Amin Endut - Ketua Penerangan
Dua penolong setiausaha telah dilantik iaitu Ismad Sahril dan Puan Mazidah.
Haji Asmuni Awi kekal sebagai Pengarah Pilihanraya PAS negeri. Beberapa orang ahli jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Adun Lubuk Merbau, Zainuddin Yusuf, Ustaz Sidik Noor, Azhar Rafie, Muhammad K Y Tiang, Mohd Zamri Ibrahim, Khairul Anuar Ismail dan Puan Rosaini Ali. |
PAS NS buat perubahan menyeluruh |
Harakahdaily |
SEREMBAN, 22 Jun: PAS Negeri Sembilan membuat perubahan menyeluruh dalam organisasinya apabila membentuk pasukan baru dalam mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS negeri malam tadi. "Pembentukan ahli perhubungan ini adalah berteraskan keupayaan untuk menghadapi PRU 13 dan keseimbangan peranan ahli di peringkat negeri dan kawasan," kata pesuruhjayanya, Mohamad Taufek Abdul Ghani (gambar). Bagi beliau, kabinet ini adalah untuk rakyat Negeri Sembilan dari pelbagai latar belakang, dari peneroka, pegawai kerajaan dan swasta, pekerja industri hingga kepada para profesional untuk memberikan keyakinan bahawa PAS boleh mentadbir negeri khasnya meningkatkan pelaburan.
Mesyuarat pimpinan pesuruhjaya baru PAS negeri itu melantik Dr Rosli Yaakop, bekas pesuruhjaya dan seorang pakar ekonomi sebagai timbalan pesuruhjaya (TPJ) I, Abdul Rahman bin Ramli, seorang peneroka yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jempol sebagai TPJ II, manakala Haji Anuar Azahari bekas pengurus bank yang juga YDP Rasah sebagai TPJ III.
Dr Rosly Yaakop - TPJ 1
Sdr Abdul Rahman Ramli - TPJ 2
Mesyuarat itu juga melantik Mohamad Hassan bin Tamby sebagai Setiausaha Perhubungan, Haji Ramli bin Ismail (Bendahari) manakala Ustaz Norazman bin Mohamad sebagai Ketua Penerangan manakala Hj Kamarol Ridzuan bin Mohd Zain dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) . Dua orang dilantik sebagai penolong setiausaha iaitu Ustaz Khairul Azlan bin Mazlan dan Cik Siti Faridah binti Abd Samad. Di samping itu, bekas pesuruhjaya yang kini dilantik sebagai AJK PAS Pusat, Zulkiply Mohamad bin Omar dilantik sebagai AJK disamping Haji Kassim bin Rahmat, Tuan Syed Mohamad Fuad bin Syed Ahmad, Hj. Ir. Mohd Nor bin Abd Rahman dan Nor Anif bin Selamat. Pembentukan ini dibuat melalui mesyuarat pertama malam tadi yang dibuat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Seremban. Mesyuarat dihadiri oleh semua YDP dan Setiausaha kawasan- kawasan serta ketua dan setiausaha dewan-dewan dalam PAS Negeri Sembilan. Perlantikan Penolong Setiausaha 3 dan 2 lagi AJK tambahan akan dibuat pada minggu depan iaitu dalam mesyuarat ke-2. |
PAHANG:
KENYATAAN MEDIA
PAS Pahang membuat rombakan jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dengan memasukkan Us Nasaruddin Hassan Tantawi sebagai Timbalan Pesuruhjaya. Tindakan ini dilihat sebagai satu usaha memantapkan barisan pemuda negeri sebagai tenaga penting dalam persiapan pilihanraya.
Berikut senarai penuh Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Pahang:
Pesuruhjaya : Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Timbalan PJ 1 : Us Yusuf bin Embong
Timbalan PJ 2 : Dr Hamzah Jaafar
Timbalan PJ 3 : Us Nasaruddin Hassan Tantawi
S/U Perhubungan : Roslan Zainal
Bendahari : Ir Musanif Abd Rahman
Ketua Penerangan : Us. Suhaimi bin Saad
Ketua D. Ulamak : Us Mokhtar Senik
Ketua D. Pemuda : Us Shahril Azman b. Abd Halim AlHafiz
Pengarah JPR : Abdul Majid Hassan
Ahli Jawatankuasa - Sdr Hasanuddin Salim; Yb Syed Hamid bin Syed Mohamad; Sdr Andansura bin Rabu; Yohanis bin Ahmad; Alawiyyah Abdullah; Siti Ruhani bt Abu Bakar; Ramli bin Awang Abd Rahman
Mesyuarat hari ini juga telah membuat komitmen untuk menggerakkan ahli dan penyokong PAS Pahang seramai 30,000 orang untuk menyertai Himpunan Aman BERSIH 02 pada 9hb Julai nanti.
PAS Pahang akan membantu pasukan keselamatan bagi memastikan himpunan ini akan berjalan dengan aman, dan mengecam sebarang tindakan bersifat provokasi yang cuba dicetuskan oleh mana-mana pihak.
Mesyuarat juga menggesa agar ditingkatkan usaha bantahan terhadap projek Lynas yang mempunyai risiko kepada kehidupan penduduk dan alam sekitar. Mesyuarat dimaklumkan beberapa himpunan bantahan yang berterusan akan diadakan di sekitar Kuantan, bersama dengan pelbagai NGO, dan menggesa ahli PAS turut sama dalam siri bantahan tersebut.
PULAU PINANG:
Masa untuk PAS Pulau Pinang bina kekuatan |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 28 Jun: Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man menyeru semua anggota perhubungan negeri dan ahli bekerjasama untuk membina kekuatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.
YB Ustaz Salleh Man - PJ PAS Pulau Pinang
Justeru, beliau berkata, perlantikan jawatankuasa PAS negeri sesi 2011-2013 berdasarkan pengalaman dan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan sama ada ketika PAS berada di bawah ataupun atas. Walaupun sedar pemilihan mereka tidak dapat memenuhi inspirasi semua ahli namun beliau berharap mereka dapat membantu bagi mengeratkan kesepakatan antara parti gabungan Pakatan Rakyat serta membina kekuatan parti menghadapi pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja. Jawatankuasa itu, katanya bukan datang daripada dirinya sendiri malahan hasil perbincangan dengan ahli yang prihatin untuk melihat PAS Pulau Pinang meningkatkan prestasinya. "Teka teki siapa yang akan dilantik dah pun terjawab. Kini masanya semua ahli bekerjasama untuk membina kekuatan untuk menghadapi pilihanraya ke 13 kelak. "Marilah bersama membantu memperkukuhkan PAS agar ianya mencapai kecemerlangan di Pulau Pinang," ujarnya selepas mesyuarat pembentukan PAS negeri sesi 2011-2013 bertempat di bilik mesyuarat Tuan Husain Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam. Ustaz Khalid Man - TPJ 1 Timbalan Pesuruhjaya 1 diamanahkan kepada Ustaz Khalid Man, Timbalan Pesuruhjaya 2, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Pesuruhjaya 3 pula Ustaz Fauzi Yusuf.
YB Dr Mujahid Rawa - TPJ 2
Ustaz Fauzi Yusuf - TPJ 3
Setiausaha Perhubungan pula dijawat oleh bekas Setiausaha Dewan Pemuda PAS negeri, Mohd Noor Harun. Sementara itu tiga orang penolong setiausaha dimandatkan kepada Alzarizal Ahmad, Izuree Ibrahim dan Jamil Abdul Rahman. Bekas setiausaha, Fadhil Kemi diberikan tanggungjawab sebagai Bendahari. Ketua Penerangan bertukar kepada Bukhori Ghazali dan Rosidi Husein dipertangungjawabkan sebagai Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Negeri (JPN) Antara Jawatankuasa tambahan yang turut dilantik ialah Fahmi Abdul Wahab, Jamaludin Said, Marziah Khamis, Mohd Helmi Harun, Ustaz Rizaludin Yahya dan Ustaz Mahadi Abdullah. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4041-masa-untuk-pas-pulau-pinang-bina-kekuatan
PAS Sarawak kenal pasti 4 kawasan parlimen |
Harakahdaily |
KUCHING, 28 Jun: PAS Negeri Sarawak dalam mesyuarat sulungnya pada Ahad lepas yang berlangsung di Markaz PAS Negeri, Matang Jaya telah menampilkan beberapa muka baru sesi 2011-2013 bagi memperkukuhkan saf kepimpinan dalam mendepani Pilihan raya Umum ke-13 nanti. Kesemua kawasan telah menghantar wakil, yang dipertua dan setiausaha dalam mesyuarat tersebut. Pesuruhjaya PAS negeri, Haji Adam Ahid (gambar) yakin dengan komposisi ulama dan profesional serta aktivis PAS dari kalangan penduduk tempatan bakal mengorak perubahan mantap PAS negeri demi membantu kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat menjelang pada PRU 13 nanti. Dalam perkembangan berkaitan, antara sasaran awal PAS negeri adalah mengenal pasti sekurang-kurangnya 4 kerusi Parlimen untuk ditandingi PAS pada PRU 13 iaitu Batang Lupar, Petrajaya, Bintulu dan Miri. Senarai anggota perhubungan PAS negeri sesi 2011-2013 terdiri daripada Haji Adam Ahid selaku pesuruhjaya, timbalan pesuruhjaya 1, Syukri Ahmad Fauzi, Ustaz Ibn Hashim (2) dan Jofri Jaraiee (3).
Sdr Syukri Ahmad Fauzi - TPJ 1
Sdr Jofri Jaraiee - TPJ 3
Setiausaha diamanahkan kepada Ustaz Fizuan Zaidi manakala penolong-penolongnya ialah Rasidi Hasan (1), Syamsul Bahri (2), Zurina Ahmad (3). Bendahari dan penolong ialah Najib Selamat dan Ustaz Halim Ahmad manakala Ketua Pemuda, Mohd Arifiriazul Paijo dan Ketua Muslimat, Ustazah Sharifah. Ketua Penerangan disandang oleh Ir Mohd Azwani Abd Rani dan Pengarah Pilihan raya negeri, Dr Ahmad Jolhi. |
KEDAH:
Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah Sessi 2011-2013
|
http://kedah.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=137:ahli-badan-perhubungan-pas-negeri-kedah-sessi-2011-2013&catid=25:badan-perhubungan-pas-negeri-kedah&Itemid=71
JOHOR:
PESURUHJAYA:
JOHOR:
PESURUHJAYA:
DATO' DR MAHFOZD MOHAMED
TIMBALAN PESURUHJAYA I : TN HJ HUDA HASSAN
TIMBALAN PESURUHJAYA II : TN HJ DZULKEFLY AHMAD
TIMBALAN PESURUHJAYA III : SDR MAZLAN ALIMAN
SETIAUSAHA : SDR ONN JAAFAR
BENDAHARI : SDR ROSALAN MAMAT
KETUA PEMUDA:
SDR SUHAIZAN KAIAT
KETUA ULAMAK:
USTAZ ABDULLAH HUSIN
KETUA PENERANGAN: SDR GHAZALEIY AYIUB
PENGARAH PILHANRAYA PAS NEGERI: TN HJ ABU SATIMAN
KETUA MUSLIMAT : USTAZAH ATIAH AHMAD(kanan)
No comments:
Post a Comment