"Bukan Erdogan, ini Nik Aziz dan Hadi Awang" |
Nazri Abdullah |
TUAN GURU - NIK AZIZ DAN ABDUL HADI
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Biarpun PAS diserang hebat oleh media sebelum dan selepas keputusan pemilihan semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetap mengucapkan tahniah kepada perwakilan dan pemimpin yang telah dipilih.
Berucap ketika menyampaikan ucapan penangguhan hari akhir Muktamar PAS ke-57 hari ini, beliau bagaimanapun tidak menyalahkan petugas media yang mebuat liputan selama tiga hari itu.
Reccep Tayyip Erdogan - PM Turki
"Ada (media) menyatakan pimpinan baru ini kumpulan Erdogan.
Lambang AK Parti Turki
"Saya kata ini bukan Erdogan, ini (Tuan Guru Datuk) Nik Aziz dengan Hadi Awang, ini bukan AK parti, ini Parti Islam Se-Malaysia PAS,"katanya membidas laporan media yang membuat label tersebut.
Lambang Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
Membuat bidasan lebih lanjut, beliau kemudiannya turut memperincikan kepelbagaian latar belakang individu di dalam saf kepimpinan baru PAS itu.
Katanya kepimpinan baru yang diterajuinya itu terdiri daripada lapan ulama, dua doktor, dua jurutera, satu peguam, enam bekas pensyarah dan dua aktivis masyarakat.
Komposisi itu katanya menunjukkan kabinet PAS mempunyai pemimpin rencam termasuk ulama.
Malah katanya perlembagaan PAS juga memperuntukkan enam AJK dilantik, empat anggota dewan harian dan semua pesuruhjaya negeri untuk bersama kabinet baru.
Lambang Pakatan Rakyat
Tahaluf siasi dalam Pakatan berjaya
Lambang DAP
Lambang Parti Keadilan Rakyat
Kejayaan itu katanya boleh dilihat kepada sokongan bukan Islam terhadap PAS semakin meningkat akibat kefahaman mereka terhadap perjuangan keadilan Islam yang dibawa PAS.
"Persefahaman kita, mengekalkan jati diri kita sebagai orang Islam, memperkenal mesej Islam kepada bukan Islam tanpa paksaan.
"Berbeza dengan persefahaman wala' Umno BN yang menghilangkan jati diri, hilang hak dan hilang jati diri Islam itu sendiri," katanya menegaskan perbezaan.
Mengulas isu pembahagian kerusi antara Pakatan Rakyat untuk PRU ke-13 pula, beliau mengingatkan jentera di sesuatu kawasan memastikan kekuatan mereka dahulu sebelum berkira-kira mahu PAS bertanding.
"Kalau nak kerusi untuk bertanding, kawasan itu kena ada jentera, cawangan kena hidup dan kuat, (baru) kita boleh bertanding.
"Tapi tak kan semua kerusi kita nak tanding, itu bukan tahaluf,"katanya.
PAS dituduh sesat
Abu Bakar Chik, | 11 Feb 2012 |
Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu telah membuat satu kesilapan besar apabila beliau bertindak menyambung lidah musuh-musuh Islam dan kuasa kuffar antarabangsa dengan melemparkan tuduhan kesat kepada PAS yang didakwa oleh beliau sebagai Parti Ajaran Sesat.
PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia kini mengalami nasib serupa dengan gerakan - gerakan Islam lain di seluruh dunia apabila dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk aqal seperti pengganas, komunis dan kini pembawa ajaran sesat.
Tidak hanya penjajah yang menuduh pejuang Islam dalam negara ini seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong sebagai pemberontak dan pengganas, kini Datuk Ahmad Said pula melangsungkan peranan penjajah untuk melabelkan pejuang dan jamaah yang memperjuangkan Islam dengan label yang jahat.
Umum mengetahui bahawa PAS adalah sebuah pergerakan Islam, didokong pula oleh para alim ulama' yang menyambung warisan perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.
Menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat adalah percubaan jahat yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Said untuk menyamatarafkan PAS (sebagai sebuah parti yang sah dan perlembagaannya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan) dengan pergerakan sesat yang dibawa oleh Ayah Pin.
Perkataan Datuk Ahmad Said sungguh buruk dan hasratnya kelihatan sungguh busuk. Bankrap modal politik serta tandus isu membuatkan Datuk Ahmad Said bertindak jahat dan tidak waras.
Beliau diberi masa selama 3 hari untuk menarik balik semua tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada kami khasnya rakyat Terengganu.
Kegagalan Datuk Ahmad Said untuk menarik balik dan memohon maaf kepada PAS secara rasminya dalam masa 3 hari ini, maka saya akan berbincang dengan pihak tertinggi parti untuk mengambil tindakkan tegas.
*Abu Bakar Chik adalah AJK PAS Pusat
Sumber HD : 11/02/2012

Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS |
Mohamed Zainal Abidin Hussin |
Corak penulisan yang saya amat tidak gemar ialah mengulas tulisan orang lain. Rasanya tidak ada karya seperti itu pernah saya hasilkan. Membaca tulisan Dr. Masitah pagi ini menjadikan saya terpaksa melupakan kebencian ini. Pas - Parti Aloh Sokmo - begitulah bunyi tajuk artikel timbalan menteri agama yang terkenal ini. Sebenarnya bukan beliau seorang. Seluruh tubuh badan parti sekongkol Masitah sedang bergelejat dengan perkembangan PAS sekarang.
PAS mulai memasuki era baru. Dari satu parti yang disokong oleh tok lebai dan pemberontak kampungan, kini parti ini mendapat perhatian banyak pihak.
Satu gelombang dulu para pelajar IPT dan profesional Malayu berjinak dan membantu PAS. Lihat saja sekarang siapa yang jadi AJK PAS pusat. Mereka lulus Ph.D, Sarjana dan hampir tiada lagi yang tidak berijazah. Kalau rajin pergilah banci pimpinan peringkat negeri-negeri. Di negeri yang katanya PAS lemah seperti Melaka, Johor dan Sabah pun pemimpin mereka bukan calang orang. Doktor, Engineer dan akauntan bersepah. Turun lagi ke peringkat kawasan (Parlimen). Kalau berani bandingkan kelulusan mereka yang duduk dalam jawatankuasa PAS berbanding dengan parti sekongkol Masitah, sesiapa saja akan terkejut beruk. Semua ini dah lama diperhatikan oleh orang-orang yang waras dan tidak biul. Sebab itu ombak landaan PAS tidak surut-surut. Pasang dan terus pasang. Orang tua, orang muda, orang berpelajaran malah orang kurang pelajaran semakin percaya PAS parti bagus. Parti yang tidak tipu orang. Parti yang para pemimpinnya boleh ditumpangi dunia dan akhirat. Meskipun diasak alat propaganda parti sekongkol Masitah. TV habis Channel ajak orang benci PAS. Akhbar berpermit tiada langsung benar orang tengok PAS baik. Radio yang ada berpuluh (mungkin beratus) setesen semuanya terbahak-bahak bawa mazhab anti-PAS. Semuanya tidak dapat halang orang ramai semakin dekat dan percaya pada PAS. Fenomena terkini ialah peminat-peminat baru PAS dari kalangan yang tidak pernah terfikir oleh parti puak sekongkol Masitah. Mereka yang tidak amal Islam, malah mereka yang menganut agama bukan Islam turut percaya PAS lebih baik dibuat kawan berbanding parti-parti sekongkol Masitah. Mereka tengok betul PAS parti miskin. Parti orang kecil tanpa pangkat itu pangkat ini, syer itu syer ini. PAS memang tidak pandai berhibur pelik-pelik dan menghabis duit beli cincin mahal-mahal. Tapi mereka buat kesimpulan jenis parti macam ni tak tipu orang. Destinasi wajib harian surau dan masjid. Kawan-kawan tiada perompak, penyamun atau jauh sekali along. Niat orang duduk dengan PAS ialah nak amal Islam. Mula-mula untuk dirinya sendiri. Bila kahwin ada isteri dan anak, mereka mahu semua ikut apa yang dia buat. Dengan kuasa yang sah sebagai suami dan bapa kalau perlu berkeras sikit untuk tujuan kebaikan. Kalau ditakdir dapat jadi ketua di pejabat ke, di kawasan kediaman ke, sahsiah Islam yang dia amal diminta orang di bawah jagaan buat sama. Dalam konteks politik kerana diberitahu sesiapa boleh bertanding secara adil, maka ahli PAS masuk pilihanraya. Kalau ditakdirkan menang (macam di Kelantan) kita buat benda yang sama. Kalau ini mahu dipanggil negara Islam. Negara Islamlah. Kalau nak panggil negera berkebajikan, negara berkebajikanlah. Tok Guru Nik Aziz masa mula masuk pejabat MB Kelantan, wartawan tanya dia apa model pentadbiran yang dia akan pakai. Dia jawab "Ambo nok Kelate jadi supo ambo". Maksudnya mudah. Dia orang Islam. Apa yang Allah suruh sedaya upaya perlu buat. Apa yang Allah larang sedaya upaya ditinggalkan. Kita mewarisi sebuah negara yang kacau bilau dari segi Islam akibat angkara parti sekongkol Masitah. Kelantan hanya sebahagian Malaysia. Memang telah banyak berbeza. Masjid dimakmurkan. Kebajikan rakyat diutamakan. Pintu maksiat ditutup. Tiada premis judi berlesen, arak hanya dijual kepada non-muslim dengan pengutkuasaan ketat, tiada bar dan kelab maksiat. Memang tidak mungkin Kelantan ada undang-undang lain kerana ia sebahagian dari Malaysia. Sebenarnya tiada apa masalah di sini. Sudah 20 tahun lebih Tok Guru jadi MB. Orang bukan Islam tidak pernah kedengaran bermasalah. Kini PAS turut didekati kumpulan-kumpulan baru. Kelab Penyokong PAS terdiri dari mereka yang belum Islam tapi datang kepada PAS untuk memberi sokongan dalam konteks politik. Parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan lain-lain turut percaya bahawa PAS boleh jadi kawan yang baik kalau nak bentuk Malaysia baru yang tidak serupa dengan budaya kuno anjuran parti sekongkol Masitah. Memang PAS tidak terdesak dengan salakan parti sekongkol Masitah supaya berkelahi dengan peminat-peminat barunya. Tidak perlu PAS melalak ke sini sini kononnya aku benci arak, aku benci judi, aku benci murtad, aku benci budaya maksiat. Peminat baru PAS memang amat kenal PAS. Mereka sudah lama tahu apa yang PAS suka dan apa yang PAS tidak akan bertolak ansur. Tidak perlu Masitah dan parti sekongkolnya nak ajar PAS bab ni. PAS akan bergerak terus dengan jatidiri dan kebaikannya sehingga akan sampai matlamatnya untuk menjadikan dunia ini "hasanah" dan menuju ke akhirat dengan "hasanah" menanti di sana. |
Beri peluang Mohd Sabu jelaskan - Anwar |
Fakhri Ali |
PERMATANG PAUH, 2 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sepatutnya diberi ruang untuk menerangkan keadaan sebenar terlebih dahulu sebelum dikecam tanpa usul periksa oleh media arus perdana, dalam isu membabitkan dakwaan membela komunis dalam peristiwa Bukit Kepong.
Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika bercakap kepada media selepas menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas ke majlis rumah terbuka Aidilfitri di Kubang Semang, Penanti, Permatang Pauh, petang semalam.
Menurut beliau lagi, media arus perdana tidak langsung memberi peluang kepada Mohamad untuk menjelaskan perkara sebenar.
"Mereka bersama pimpinan Umno terus menyerang Mohamad Sabu tanpa diberi ruang untuk membela diri di atas dakwaan yang dimainkan oleh media milik mereka.
"Serangan demi serangan ini seolah-olah tidak langsung memberi keadilan kepada Mohamad, kerana beliau bukan saja ditekan tanpa diberi peluang, tetapi diasak bertubi-tubi tanpa ruang.
"Mekanisme yang digunakan oleh media milik pemerintah ini, adalah antara agenda dan serangan yang diaplikasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang," ujarnya yang juga Ketua Umum PKR. Beliau juga berkata, isu ini sengaja dimainkan oleh media milik Umno sebagai usaha memberi imej buruk kepada masyarakat dengan memberi label yang menyimpang kepada pimpinan Pakatan Rakyat. "Sepatutnya Mohamad diberi ruang untuk membela diri dan bukannya dikecam sebegitu rupa oleh media arus perdana milik Umno sekiranya benar-benar mereka adalah media yang adil dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada rakyat negara ini," tegasnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5186-beri-peluang-mohd-sabu-jelaskan-anwar
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5581--bn-kena-selaraskan-serangan-sindir-pakatan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6944-utusan-usah-putar-belit-anugerah-kepada-hasan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7073-hasan-nasharudin-terperangkap-dalam-agenda-umno
Sidang Media SUA PAS : http://www.youtube.com/watch?v=9ZM_2QeTX5A
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7076-isu-hasan-ali-nik-aziz-minta-rujuk-pas-selangor
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7203-solat-jumaat-umno-terengganu-dendang-isu-lapuk
BN kena selaraskan serangan, sindir Pakatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Barisan Nasional (BN) disarankan agar menyelaraskan serangan mereka terhadap PAS khasnya timbalan presidennya, Mohamad Sabu. Ini kerana, cara serangan yang dibuat parti dalam BN sekarang terlalu jauh bezanya dan tidak ada penyelarasan langsung. "Umno tuduh Mat Sabu komunis, MCA pula tuduh Mat Sabu Khomeini ..beza banyak tu!" kata Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. (gambar) "BN kenalah selaraskan serangan!" sindir Saifudin dalam Twitternya. Sejak akhir-akhir ini, tembakan BN terhadap PAS umpama peluru penabur sahaja tanpa sebarang strategi dan penyelarasan antara satu sama lain. Penyataan Mohamad Sabu adalah Khomeini di masa depan disiarkan dalam rungan editorial akhbar rasmi MCA, The Guardian. Sedangkan sebelum itu, Umno telah menuduh Mohamad Sabu sebagai Komunis dan membuat lebih 1,000 laporan polis ke atasnya. Laporan akhbar milik MCA, The Star, yang biasanya menjadi 'meriam' utama BN juga sangat kontras dengan apa berlalu sebenarnya. Hari ini, The Star di muka depan melaporkan perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat tentang hudud tetapi akhbar itu tidak menyatakan di muka depannya pendapat MCA yang sangat berbeza dengan Umno. Bahkan, Presiden MCA, Datuk Dr Chua Soi Lek berkata, MCA akan meninggal BN jika Umno memutuskan untuk melaksanakan hudud. Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini. "Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas. Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Chang Ko Youn berkata, parti itu menolak usaha melaksanakan hudud atau mana-mana undang-undang teokratik kerana ia bertentangan dengan struktur asas persekutuan dan perlembagaan. Chang juga berkata, kerjasama politik Gerakan dengan Umno tidak dapat dipertahankan dan mungkin berakhir jika hasrat melaksanakan Hudud diteruskan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5581--bn-kena-selaraskan-serangan-sindir-pakatan
Utusan usah putar belit anugerah kepada Hasan |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Penganugerahan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Datuk Dr Hasan Ali tidak sewajarnya diputarbelitkan oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, realiti itu juga berlaku ke atas penganugerahan yang diberikan oleh Sultan Selangor atas dasar Hasan adalah Exco kanan kerajaan negeri. "Utusan Malaysia seperti yang diketahui umum sememangnya mempunyai agenda untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PAS dan dalam Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Semalam, akhbar Utusan Malaysia menerusi tulisan kolumnis tetapnya membuat andaian, anugerah tersebut perlu dilihat sebagai satu usaha untuk mengahwinkan PAS dan Umno demi perpaduan umat Islam. Penulis kolum tersebut, Zaini Hassan, menegaskan dalam tulisannya itu bahawa Hasan perlu memainkan peranan “melakukan perkahwinan” antara PAS-Umno. Nama Hassan sering dikaitkan oleh Utusan sebagai orang “penting” dalam mewujudkan kerajaan perpaduan antara Umno dan PAS selepas pilihan raya umum 2008. Dalam kolumnya itu, Zaini berhujah bahawa di Selangor, faktor Dr Hasan masih lagi penting kerana pengikutnya di dalam PAS sangat besar dan pengaruhnya di kalangan penjawat awam Melayu dalam kerajaan Selangor juga amat besar. Perkembangan itu, menurut Zaini, memberikan kelebihan kepada Dr Hasan bertindak sebagai pemangkin kepada perkahwinan PAS dan Umno. Menurut Salahuddin, namun putarbelit Utusan Malaysia itu sememangnya sudah diketahui oleh pelbagai pihak dan pasti gagal mempengaruhi orang ramai "Utusan Malaysia pasti akan berusaha menjayakan agendanya yang juga agenda para pemimpin Umno BN untuk memecahbelahkan para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. "Apa yang dinyatakan berhubung pengenugerahan yang diterima oleh Dr Hassan ini juga sememangnya salah satu dari agenda mereka, tetapi dakwaan mereka itu hanya akan menjadi bahan ketawa sahaja dalam masyarakat," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, pada sidang medianya hari ini turut sependapat dengan beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6944-utusan-usah-putar-belit-anugerah-kepada-hasan
Hasan, Nasharudin terperangkap dalam agenda Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS. Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini. Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam. Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti. "Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS "Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini. Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti. Perkara itu timbul apabila Ketua Penerangan Pas Selangor Shaari Sungib mengeluarkan kenyataan bahawa Hasan tidak menerima pencalonan yang mencukupi daripada cawangan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia. Rentetan itu, Hasan membuat kenyataan bahawa beliau terus bekerjasama dengan Pas dan Pakatan Rakyat selagi pihak berkenaan mempertahankan prinsip Islam, hak Melayu dan institusi Raja dan tidak semudah itu untuk keluar daripada PAS jika menghadapi masalah dalaman parti. Hasan, yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin lalu juga secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno. Katanya, beliau akan berbuat demikian dengan menggunakan Islam sebagai teras. Mustafa berkata, kenyataan Hassan turut menggambarkan dia seolah-olah mempersoal perjuangan PAS selama ini dan terpengaruh dengan tuduhan Umno BN bahawa PAS diperalat DAP. "Saya rasa ini sebab kekecewaan kerana mereka tidak terpilih dan tidak diletakkan di tempat mereka seperti Nasharudin sebagai Timbalan Presiden dan Hasan sebagai pesuruhjaya Selangor," katanya. Nasharudin dalam kenyataan baru-bari ini ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik PAS yang semakin pelik. Mustafa dalam pada itu turut menegur kenyataan Saari Sungip yang dianggap mendahului parti sedangkan katanya urusan calon dalam pilihan raya ditentukan oleh Majlis Syura. "Soal calon ini tak ada siapa boleh buat kenyataan kerana ianya ditentukan oleh Majlis Syura dan akan diumumkan oleh Presiden," katanya. Walaubagaimana pun tegas Mustafa, kenyataan Hasan dan Nasharudin itu tidak menjejaskan parti dan sokongan ahli kerana ahli menyokong dasar Islam yang diperjuangkan PAS, bukan menyokong individu. "Bekerja untuk melemahkan parti, ini tidak betul walaupun kesannya tak besar sebab PAS mempunyai kekuatan tersendiri, memang tak boleh digugat oleh individu. "PAS pernah kehilangan Presiden suatu waktu dahulu tapi ahli tak lari ikut orang, tapi mereka ikut dasar," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7073-hasan-nasharudin-terperangkap-dalam-agenda-umno
Sidang Media SUA PAS : http://www.youtube.com/watch?v=9ZM_2QeTX5A
Isu Hasan Ali: Nik Aziz minta rujuk PAS Selangor |
Rizal Tahir |
KOTA BHARU, 15: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya merujuk pucuk pimpinan di peringkat negeri masing-masing berhubung sebarang isu yang berkait ahli di negeri tersebut. Katanya, adalah sangat tidak wajar jika anggota parti hanya mempercayai maklumat dari laporan media perdana semata-mata tanpa mendapat penjelasan daripada pimpinan di peringkat negeri terlebih dahulu. Menjadikan media perdana sebagai rujukan kata sama sekali tidak patut memandangkan ianya hanya dikuasai oleh Umno dan BN semata-mata. “Jadi amat silap sekiranya kita menjadikan media berkenaan sebagai tempat untuk mengetahui perkembangan PAS dan ahlinya,” ujarnya pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung kedudukan anggota exco kerajaan Selangor, Datuk Dr Hassan Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu temual dengan Harakah dan Harakahdaily hari ini menyifatkan Hasan sebagai 'terperangkap' dengan egenda Umno untuk memecah belahkan parti. Ianya termasuk kenyataan Hasan yang secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan PAS dan Umno Mengulas lanjut Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau juga perlu merujuk kepada pemimpin parti di peringkat negeri terlebih dahulu sebelum membuat sebarang komen berhubung perkara tersebut. “Saya bukan orang negeri Selangor, saya duduk di peringkat atas. "Setakat ni saya belum mengetahui lagi berhubung perkara itu, jadi kena tanya PAS Selangor,” ujarnya. Katanya, apa yang digegerkan dalam media berhubung anggota exco itu, belum tentu betul, mungkin ianya hanya khabar angin. Terdahulu beliau merasmikan pra pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12), di sebuah hotel di sini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7076-isu-hasan-ali-nik-aziz-minta-rujuk-pas-selangor
Solat Jumaat: Umno Terengganu dendang isu lapuk |
Khairul Azlam Mohamad |
BESUT, 24 Dis: PAS Terengganu menyifatkan Umno dan kerajan Barisan Nasional (BN) Terengganu ketandusan isu serta menggunakan isu lapuk bagi menutup kelemahan pentadbiran di negeri ini. Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Datuk Husain Awang (gambar) berkata, Umno sengaja membangkitkan isu lama yang sudah tidak menjadi masalah tetapi sengaja meresahkan masyarakat umum. Katanya, masyarakat Islam di negeri ini telah dapat menerima keadaan dua solat Jumaat dalam satu kariah. “Umno sengaja membangkitkan isu ini untuk menghadapi pilihan raya sedangkan isu ini telah lama selesai dan tidak menjadi masalah dalam masyarakat setempat,” jelasnya. Malah, katanya hampir kesemua masjid yang digunakan bagi solat Jumaat itu bukan terletak berdekatan dengan masjid kerajaan. Menurutnya, masjid di Kampung Padang Landak yang dijadikan isu oleh Umno terletak lebih satu kilometer dengan masjid kerajaan di Kampung Lak Lok. Manakala, Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad mendakwa pemimpin Umno Terengganu memalu gendang berirama songsang bagi mengheret rakyat. Katanya, isu lapuk berkait dengan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah tidak timbul lagi kerana telah selesai ketika pemerintahan PAS sebelum ini. “Kita hairan di saat masyarakat umat Islam berada dalam keadaan tenang dan harmoni untuk menghadapi pilihan raya, tiba-tiba Umno Terengganu kembali memalu gendang berirama songsang. “Mereka cuba mengheret rakyat berbicara sesuatu yang terpisah dari realiti sebenar kerana isu solat Jumaat itu tidak timbul lagi di negeri ini,” ujarnya. Menurutnya, Umno sengaja menimbulkan isu sembahyang berasingan dalam satu kariah dan solat dua imam sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian pada 19 November lalu. Katanya, laporan tersebut jelas berniat jahat apabila memaparkan masjid di Kampung Padang Landak sebagai lokasi penyokong PAS melakukan solat Jumaat berasingan. Sedangkan, kata beliau itulah satu-satunya masjid di Kampung Padang Landak yang mengadakan solat Jumaat dalam kariah tersebut. “Umno tidak wajar memberi gambaran yang salah apa lagi berbohong dalam melaporkan sesuatu hingga meresahkan masyarakat umum. “Kita bimbang kebiasaan ini akan menjadi ‘style’ bicara mereka secara bersahaja sehingga tidak dapat membezakan maklumat yang benar kepada Tuanku Sultan Terengganu,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7203-solat-jumaat-umno-terengganu-dendang-isu-lapuk
Mengapa saya pilih ungkapan ‘Mampus Umno’?
Aiman Athirah Al Jundi, | 12 January 2012 |
Sekadar Perkongsian
Ada sahabat yang prihatin bertanya kenapa saya memilih untuk menggunakan ungkapan "Mampus UMNO" pada Hari 901? Beliau juga berkata…teruk juga Muslimat PAS cuba difitnah oleh Blogger-Blogger UMNO…
Ini jawapan spontan saya….
Inilah sunnatuLlah perjuangan...Allah ingatkan kita dalam al Quran..apakah kamu fikir kamu akan dibiarkan mengatakan kami telah beriman sebelum kamu diuji?.....setiap yang berlaku apatah lagi yang diledakkan oleh musuh-musuh kena disiasat...dan fahamkan.....InsyaAllah kami ni dah lama dalam perjuangan...
901 bukan himpunan yang pertama buat kami...cuma musuh nak jadikan isu dengan...adanya wanita (bukan PAS yg bersorak)...wording ana "Mampus UMNO" dan adanya wanita yang pergi salam Polis…..
Saya katakan…diik, ini realiti mad'u kita....kita memimpin rakyat...bukan memimpin para alim ulama....
Wording "Mampus UMNO" tu expresi spontan...daripada para jiwa yangg sudah lazim dizalimi Regim UMNO BN.... Peliknya…. bila kita guna perkataan Mampus UMNO ramai yang marah dan pertahankan atas uslub dakwah katanya....
Saya tak nafikan…saya antara yang komited memperingati Muslimat dengan Surah An Nahl : 125 dalam keadaan situasi dakwah yang biasa.
Pada hari itu, suasana dakwahnya berbeza. Di keliling saya adalah Wanita-Wanita Pemberani…yang biasa "bertempur" dengan Kezaliman Regim.
Ekpresi kebencian rakyat. Benarkah kita semua kisah pada nasib rakyat yang telah dizalimi? Ekspresi saya yang juga biasa menjadi mangsa kezaliman Regim di sebalik tirai besi lokap…..
Nasib kami yang menjadi habuan dan makanan Regim? Yang komen dan marah barangkali bukan yang dizalimi, melalui pengalaman sepertimana kami. Kami menjiwai keperitahan di bawah Regim kerana kami yang dipukul, yang diterajang, yang dimandikan dengan air berkimia, yang dikepung dengan gas-gas pemedih mata berulang kali, yang dikurung berjam-jam dalam lori polis dengan niat jahat, dijerkah, ditakut-takutkan untuk dirogol ketika berada di dalam lokap tiga hari dua malam dan lelaki-lelaki bertubuh sasa dan bermuka bengis mendatangi pintu-pintu lokap kami....ada siapa tahu...ada siapa ambik tahu...ada siapa kisah....
Nah...sampaikan semua ini kepada para pejuang di sana...kepada adikku para Muslimat....kepada adikku para Pemuda….yang tidak mengenali kekanda-kekanda mereka sendiri dalam perjuangan…sehingga barangkali fitnah dan umpan musuh mudah melekat….atau apa sahaja….mereka tetap adik-adik kami dalam perjuangan…sekalipun mereka memilih tidak bertanya tetapi terus mengikut rentak yang direbanakan musuh…
Ekpresi kami yang dibiarkan kelaparan... ekpresi kami yang pernah dibiarkan hypo dalam tahanan sehingga tidak upaya bangun melangkah sehinggalah dua tiga orang sahabat datang melawat membawa air manis dan bertenaga…...
Ekpresi kami yang dibiarkan tidur di atas simen yang sejuknya mencengkam ke tulang hitam....
Ekpresi kami yang ada ketikanya dibiarkan tidur di atas lantai simen...berbumbungkan langit dan berselimutkan embun dingin pagi...
Semua ini bukan cerita buku atau ceritera penglipurlara....tetapi kisah benar kami....
Nah...Regim UMNO yang membibitkan rasa benci dan marah kami....Regim zalim ini…tiada ungkapan yg benar-benar ana mahu laungkan melainkan "Mampus UMNO" pada ketika itu. UMNO - Pertubuhan Regim. Saya langsung tidak tujukan pada orang atau individu UMNO. Tapi Pertubuhan zalim itu….
Nah….sekadar ekpresi dari jiwa-jiwa kami yang masih sedang diadili dengan tuduhan dan saksi fitnah.
Kalau itu salah….dan menyebabkan ada yang terguris dan simpati kepada UMNO….maka apa lagi yang mampu saya kata…Cukuplah Allah dan Sahabat-Sahabat Perjuanganku yang mukhlis dalam ukhuwwah ini….
Tentu mereka mengerti….. MAAF JUA.
*Tulisan ini dipetik dari Facebook Aiman Athirah Al Jundi, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, dengan keizinan beliau. Utusan Malaysia semalam mendakwa bahawa gelagat Muslimat PAS di himpunan 901 cukup "memalukan".
Sumber HD : 12/01/2012

PAS Negeri Sembilan tidak sentuh isu perkauman
Hazayani Zakaria, | 09 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Pemimpin parti politik berhak mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi semangat kepada jentera parti, selagi tidak menyentuh isu-isu sensitif melibatkan agama dan perkauman.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, tiada salahnya PAS berceramah dan berkempen mengenai tawaran parti itu kepada rakyat Negeri Sembilan, sambil menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbau perkauman seperti didakwa Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
"PAS telah melakukan gerak kerja pilihan raya di Negeri Sembilan, jadi apa salahnya saya mengeluarkan kenyataan untuk menaikkan semangat dan memberi keyakinan kepada jentera parti bahawa PAS boleh menang dalam pilihan raya umum ke-13," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Mohamad Hasan seperti dilaporkan media semalam berkata, Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan apa yang diperkatakan agar tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Taufek baru-baru ini yang menyatakan PAS telah mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum akan datang.
Membalas kenyataan itu, Taufek berkata, sebagai pemimpin politik, beliau harus mempunyai keyakinan untuk menawan sesebuah kerusi sejajar dengan gerak kerja yang dilakukan.
"Saya tidak tahu beliau merujuk kepada kenyataan saya yang mana satu, tapi memang saya ada sebut tentang lapan Dun berpotensi itu.
"Jadi apa masalahnya? Saya bercakap berdasarkan gerak kerja yang dilakukan. Kalau dahulu tiada siapa menjangka Pakatan Rakyat dapat mengambil alih Selangor daripada BN. Jadi di Negeri Sembilan, tidak mustahil perkara itu berlaku. Kenapa perlu ada yang tersinggung sedangkan saya tidak sebut isu sensitif pun," katanya.
Adun Paroi itu juga berkata, Mohamad Hasan seharusnya turut menasihatkan pemimpin-pemimpin BN agar tidak mengeluarkan kenyataan berkempen yang menyentuh isu perkauman.
Katanya, apa yang dilakukan beliau selari dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga turun ke negeri-negeri Pakatan Rakyat untuk berkempen.
"Pakatan Rakyat tidak seperti BN yang sering mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman. DAP ancam Melayu dan sebagainya.
"Perdana Menteri sendiri pernah turun ke Kelantan dan kata yakin boleh rampas Kelantan. Tentulah ada rakyat Kelantan yang tersinggung. Jadi Mohamad Hasan perlu nasihatkan Najib jugalah agar tidak berkempen," sindirnya.
Sumber HD : 9/02/2012

Blogger Papagomo disaman Husam Musa pula
Aslani M, | 16 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 16 Feb: Blogger mesra Umno, Papagomo sekali lagi menerima nasib malang apabila disaman pula Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) berhubung dakwaan fitnah yang disiarkan melalui blognya.
Dua minggu lepas blogger terbabit disaman seorang peguam terkenal, Datuk Shukri Mohamad juga berkaitan artikel fitnah yang disiarkan dalam blognya.
Writ saman tersebut difailkan Husam melalui peguam Hisham Fauzi baru-baru ini dengan menuntut gantirugi sebanyak RM10 juta, memohon maaf secara bertulis, gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Selain itu injunksi menghalang defendan atau ejen atau pembantu berkomunikasi, memberi komen, mengulangi penerbitan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah terhadap plaintif.
Defendan melalui blog; http://www.papagomo.com bertajuk 'gambar ekslusif bakal MB Kelantan pimpin tangan China Doll’ diterbit pada 6 Disember tahun lepas cuba mengaibkan Husam dengan menyiarkan gambar tersebut.
Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri menyifatkan gambarnya dimanipulasikan sehingga memberikan gambaran plaintif sedang berpimpin tangan dengan seorang perempuan Cina.
Defendan atau nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris beralamat di Villa Apartment, Jalan 5/23 e, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur antara lain turut menulis;
“Tapi Kawe yakin rakyat Malaysia bijok dan cerdik bilo keleh gambar ni. Ambo yakin sedikit sebanyak rakyat Kelantan akan buko mato kenal siapo hok dalam gambar ni.”
Dalam writ samannya Husam menjelaskan gambar itu sebenarnya menunjukkan beliau ketika itu bersama rombongan kerajaan Kelantan ke China sedang berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan diikuti oleh jurubahasanya, seorang perempuan warganegara China.
Plaintif sedang memegang saputangan di tangan dan perempuan itu berjalan di belakang.
Plaintif sebelum ini mengemukakan notis tuntutan kepada defendan menuntut supaya memohon maaf secara terbuka dan membayar gantirugi. Bagaimanapun defendan gagal dan enggan berbuat demikian.
Sumber HD : 16/02/2012

No comments:
Post a Comment