Mari membangun negara berkebajikan - Abdul Hadi |
Harakahdaily |
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden
Ucapan Dasar Presiden : mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110603/udpresiden2.wmv KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS mengajak semua rakyat negara ini untuk menjaga kepentingan mereka dengan menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan di negara ini. Perkara ini dizahirkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar Muktamar PAS ke 57 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (KUIZM) hari ini. Ia berlangsung di dewan yang penuh sesak dengan perwakilan, pemerhati dan para tetamu yang datang untuk melihat muktamar yang dijangka mempersiapkan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke 13. Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR Turut bersama mereka adalah para pemimpin dari parti rakan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail and Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
YB Sdr Lim Kit Siang - Ketua Eksekutif DAP
"Muktamar ini berlangsung di ambang pilihanraya umum ketiga belas yang akan diadakan pada bila-bila masa. Medan pilihanraya itu nanti akan menjadi medan juang yang sangat sengit kepada kita," kata Abdul hadi dalam ucapannya. Maka di atas komitmen ini, kata beliau, tibalah masanya pula PAS memperkukuhkan konsep dan objektif kebajikan secara menyeluruh dalam urustadbir yang PAS bawa sebagai asas komitmennya, untuk mentadbir negara masyarakat majmuk ini secara bersama dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat. "Mauduk yang begitu besar ini, menuntut kita untuk membawa tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN, sebagai tema muktamar pada tahun ini," katanya. Ini bertepatan dengan perjuangan PAS yang berkonsepkan amal kebajikan, di mana seluruh kegiatan kita selama ini adalah kebajikan, apabila Allah SWT memberi kemenangan dengan pertolongannya maka wajib diisi dengan kebajikan, tambahnya. "Tema ini berpaksikan kepada pegangan kita, bahawa Islam yang difahami oleh kita adalah sempurna yang merangkumi seluruh cara hidup manusia, roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, hubungan dengan Allah, diri manusia dan makhluk yang lain. Islam yang terkandung di dalamnya seluruh cara hidup manusia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kemasyarakatan dan sebagainya," kata Abdul Hadi. Abdul Hadi yakin, walaupun mungkin adanya perbezaan dasar dan konsep dengan rakan-rakan yang lain, tetapi banyak titik persamaan dalam pelaksanaan dan objektifnya dalam aspek pentadbiran dan penglibatannya ke dalam masyarakat majmuk. "Walau pun berbeza dalam perkara halal dan haram, tetapi kita tentunya bersama dalam menegakkan adil untuk semua dan menentang kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan seperti rasuah dan sebagainya. Inilah kerjasama yang menuntut kita untuk bersama dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat bagi membawa agenda perubahan ini," tegasnya. Ucapan dasar ini, kata beliau, adalah menggariskan dasar umum serta falsafahnya yang berpihak dan menepati Islam. Maka pemahaman konsep kebajikan dan objektifnya adalah sangat penting kepada PAS supaya apa yang dirancangkan sebagai agenda parti sepanjang sesi ini dapat dilaksanakan, yang akan terus menerus diperincikan oleh seluruh jentera parti di berbagai peringkat dari masa ke semasa. "Dalam kita mengungkap konsep kebajikan menyeluruh ini, maka kepimpinan yang menerajui negara berkebajikan adalah di kalangan yang berilmu dan bertakwa. Maka Islam menegaskan bahawa berpolitik adalah tugas para nabi dan pengikutnya yang setia," kata Abdul Hadi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3611-mari-membangun-negara-berkebajikan-abdul-hadi
Ucapan Dasar: PKR, DAP puji komitmen PAS |
Hazayani Zakaria |
GOMBAK,3 Jun: Ucapan dasar Presiden PAS bertemakan "Membangun Negara Berkebajikan" di Muktamar PAS Pusat kali ke-57 mendapat reaksi positif daripada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Datuk Dr Waqn Azizah Wan Ismail - Presiden PKR Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir sebagai tetamu ke muktamar yang bermula hari ini di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) berkata, ucapan dasar tersebut mempunyai mesej yang jelas mengenai peranan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13. "Satu ucapan yang dinamik yang merangkumi pelbagai aspek untuk kita menghadapi pilihan raya dan juga memberi mesej kepada ahli PAS sendiri dalam pemilihan kali ini. "Satu ucapan yang memberangsangkan dan memberi peringatan dan merangkumi semua aspek yang saya rasa begitu baik sekali," katanya kepada pemberita selepas selesai majlis perasmian muktamar tengah hari tadi. Ditanya mengenai pandangan beliau bahawa wujudnya perbezaan pendapat di kalangan rakan Pakatan, beliau berkata Pakatan selalu berbincang dan mempunyai objektif yang jelas. "Kita memang selalu berbincang.Itu lainnya Pakatan dengan BN.BN tak boleh bincang kena ikut sahaja.Ini perhubungan yang dinamik,ada perbezaan pendapat tapi ada objektif yang utama," katanya.
YB Sdr Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution pula menyifatkan ucapan itu sebagai konfrenhensif dan merangkumi pelbagai perkara untuk menghadapi PRU 13. Beliau berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara jelas menyebut mengenai pelan orientasi bagi menghadapi PRU 13 dan rancangan PAS untuk mengukuhkan lagi Pakatan. "Fungsi dan tugas-tugas penting cawangan-cawangan dalam PAS, Dewan Muslimat dan Pemuda disebutkan. "Ucapan bersifat dalaman, kritikan terhadap isu negara amat kurang tapi lebih fokus kepada membina kekuatan dalaman sebagai prasyarat menghadapi BN," kata beliau kepada pemberita selepas selesai majlis perasmian muktamar tengahari tadi. Zahir kebersamaan dalam PR
YB Teresa Kok - Ketua DAP Selangor
Sementara itu, ahli Parlimen Seputeh daripada DAP, Teresa Kok berkata ucapan dasar tersebut telah menzahirkan arah dan tujuan PAS bersama Pakatan Rakyat. "Dalam ucapan ada disebut hubungan PAS dalam Pakatan yang mana kita perlu ada kerjasama yang lebih erat. Memang ini satu tanda yang menunjukkan Pakatan Rakyat akan terus teguh dan bekerjasama menuju Putrajaya. Beliau juga melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian muslimat PAS yang menjadi golongan penting dalam penggubalan dasar negara. "Saya rasa sangat gembira kerana dalam PAS sendiri ada wakil rakyat di Dun, Parlimen dan Senator. "Saya harap muslimat PAS akan terus mengembangkan pengaruh dalam parti dan memainkan peranan ke arah pusat," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3620-ucapan-dasar-pkr-dap-puji-komitmen-pas
Ucapan bernas ke arah pengukuhan dasar - NGO |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR 3 Jun: Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sememangnya layak diberikan pujian kerana berjaya mengenengahkan fakta-fakta yang bernas bagi kemantapan PAS dan kepentingan negara, menerusi ucapan dasarnya. Dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS Ke-57 di Kolej Univeriti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, hari ini, beliau antara lain telah menyentuh pelbagai perkara bagi pengukuhan dasar PAS yang tidak boleh lari dari perjuangan Islam. Timbalan Pengerusi 1 Sekretariat Misi Cakna Pallestin, Wan Mohd Sharafi berkata, menerusi ucapannya itu, Presiden PAS telah meletakkan harapan yang tinggi kepada ahli-ahli parti agar istiqamah dengan perjuangan walaupun menghadapi tekanan hebat. Menurut beliau, serentak dengan itu, Presiden PAS telah mengingatkan ahli-ahli parti agar terus mempertahankan nilai-nilai murni yang tetdapat dalam perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Katanya, konsep syura', konsep ukhwah islamiah perlu dijaga oleh setiap pemimpin dan ahli-ahli parti walaupun ketika berhadapan dengan pemilihan jawatan dalam parti. "Sebaliknya, pertandingan untuk jawatan dalam parti bukanlah untuk merebut jawatan, tetapi untuk sama-sama menyumbang bagi kepentingan parti demi meneruskan perjuangan untuk Islam. "Dalam masa yang sama, ikatan ikhwan pada semua peringkat perlulah diaga. Itulah mesej awal Presiden yang disampaikan untuk renungan para perwakilan khasnya dan seluruh umat Islam di tanah air amnya," katanya ketika ditemui di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, di sini, hari ini. Selepas itu, menurut beliau, ucapan Abdul Hadi dikembangkan pula dengan menjurus kepada kerangka kerja menerusi rangka yang jelas menerusi lajnah-lajnah dan saluran-saluran parti di semua peringkat supaya bergerak lebih efektif menerusi dasar utama menegakkan Islam. "Ucapan itu memberikan garis panduan yang jelas ke arah pengukuhan parti yang sekali gus boleh mendidik kefahaman awam yang ingin mendapatkan penjelasan yang jelas tentang kedudukan dan perjuangan PAS yang kini turut berada dalam Pakatan Rakyat," katanya. Walaupun berada dalam Pakatan Rakyat, katanya, PAS tetap meneruskan parti yang konsisten dengan nilai-nilai perjuangannya. "Itulah dasar, identiti dan jati diri PAS yang diharapkan berlaku secara berterusan oleh orang ramai yang ditegaskan sendiri oleh Presiden PAS menerusi ucapan dasarnya itu," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi 11 Sekretariat Misi Cakna Palestin, Ausaini Ibrahim ketika ditemui berkata, sebagai pemimpin NGO yang turut komited dengan perjuangan Islam, beliau menyokong penuh ucapan Abdul Hadi itu. Menurut beliau, ucapan Abdul Hadi antara lain jelas ke arah memperkuatkan PAS bersama Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi. Katanya, dalam mentadbir negara, Kerajaan BN ternyata gagal dalam pelbagai perkara termasuk dalam mengurus ekonomi negara. "Selain kenaikan harga petrol dan barangan keperluan utama yang cukup membebankan rakyat, pentadbirtan BN juga penuh dengan rasuah. "Perkara itu berbeza sama sekali dengan PAS yang bukan sekadar bersih dengan rasuah, tetapi juga sentiasa menjaga kebajikan rakyat. "Itulah konsep dan pendekatan PAS jika diberikan amanah memerintah negara bersama Pakatan Rakyat," katanya. Untuk melihat kebenaran dan perubahan itu, katanya, rakyat negara ini yang meliputi pelbagai kaum dan agama perlu memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti. "Dengan itu, rakyat sendiri bolehlah menilainya. Semua pemimpin dan ahli-ahli PAS pula perlulah bersedia ke arah itu. Itulah antara mesej ucapan Abdul Hadi menerusi ucapannya itu," ujar beliau |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3623-ucapan-bernas-ke-arah-pengukuhan-dasar-ngo
PAS dan Umno boleh kerjasama bukan berpakat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Jun: PAS sedia bekerjasama dengan Umno untuk hal-hal tertentu tetapi sama sekali tidak akan berpakat dengan parti nasionalis itu. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=zxS8xH7kSuQ "Dengan Umno, kerjasama boleh tetapi untuk pakat tak ada. Bincang untuk pilihan raya adil dan lebih demokratik, kita bersedia," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya tengahari tadi. Abdul Hadi berkata, pelbagai kerjasama yang telah PAS buat dengan Umno termasuk dalam isu nukleur, Palestine dan juga berusaha sama-sama untuk menghadapi masalah ekonomi melalui Majlis Perunding Ekonomi Negara (Mapen). Beliau menjawab soalan wartawan ekoran sikap Umno yang terus-terusan mengajak PAS bersama dengannya. Untuk menjawab sikap Umno yang terus-terusan membuat kenyataan meminta PAS meninggalkan Pakatan Rakyat, Abdul Hadi berkata, "Itu kena tanya Umno, kenapa tawar PAS sampai begitu sekali, susah sangat ke hingga tawar PAS." Dalam sidang media yang disertai oleh timbalannya, Nasharudin Mat Isa dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali itu, Abdul Hadi mengucapkan terima kasih kepada semua petugas muktamar yang telah memastikan muktamar berjalan dengan baik. "Terima kasih khasnnya ditujukan kepada Jawatankuasa Pemilih pimpinan Datuk Halim yang telah berjaya menjalankan tugas dengan baik dan berjalan lancar," katanya. Pemilihan peringkat pusat berjalan hari ini manakala keputusannya akan dimaklumkan pagi esok. Abdul Hadi juga berpuashati dengan kerjasama yang baik antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat. "Saya turun ke bawah, ke negeri-negeri dan kawasan, saya lihat kerjasama yang baik di kalangan petugas kita dari pelbagai parti Pakatan, kaum dan agama," kata beliau. Beliau mengaku, PAS, PKR dan DAP boleh berbeza idealogi, agama dan pendekatan "tetapi kita boleh kerjasama dalam titik persamamaan." Ketiga-tiga parti juga mencapai kata sepakat dalam perkara asas iaitu menerima Islam sebagai agama persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu. "Masalah yang berbeza agama itu hak masing-masing dan tidak perlu kita perbetulkan," katanya. Negara berkebajikan dan negara Islam Ketika ditanya tentang isu negara berkebajikan yang menjadi tema muktamar kali ini berbanding negara Islam, Abdul Hadi menjelaskan PAS sekarang mementingkan isinya. "Tema kita negara berkebajikan, ia sememangnya dah ada dalam Islam. Dalam al Quran tak sebut negara Islam, dia sebut negara kebajikan, jadi kita laksanakan iaitu kita dahulukan yang ada persamaan," kata Abdul Hadi. Beliau mengaku antara parti-parti ini ada beza antara satu sama lain. "Kita berikan hak mereka yang benarkan minum arak tetapi kita tidaklah turut sama minum arak dengan mereka sebagaimana sesetengah pihak," katanya. Berhubung dengan perbezaan latar belakang pemimpin dalam PAS pula, Abdul Hadi berkata, ia wujud sejak awal PAS lagi jadi tidak berbangkit soal PAS berpecah. "Perpecahan dalam PAS tidak berlaku kerana wujudnya kumpulan ini sejak ditubuhkan lagi, Dr Haji Abas adalah Yang Dipertua PAS, Aminudin Baki dan juga Datuk Asri Muda semuanya bukan ulamak namun PAS kukuh kerana kepimpinannya secara kolektif untuk laksakan Islam yang luas bukan fahaman barat yang sempit," jelas Abdul Hadi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3624-pas-dan-umno-boleh-kerjasama-bukan-berpakat-
Ucapan dasar sesuai keperluan rakyat kini |
Ismail Hashim |
GOMBAK, 3 Jun: Kekuatan ucapan dasar Presiden PAS terus diperkatakan kerana tema Membangunkan Negara Berkebajikan cukup tepat diketengahkan mutakhir ini. Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ir Iskandar Samad berkata, konsep itu amat sesuai sekarang dalam keadaan rakyat berhadapan dengan kerajaan BN yang tidak prihatin pada kebajikan rakyat. Menurutnya, ekoran sikap tidak prihatin kerajaan itu kini, rakyat dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan. "Kerajaan seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dengan apa yang sedang menimpa rakyat," tegasnya ketika ditemui pada tengahari. Ucapan dasar disampaikan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi bagi memulakan Muktamar Tahunan PAS ke 57 di sini. Muktamar berlangsung di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor bertempat di Kolej Universiti Islam Zukifli Mohamad, Taman Melewar. Ribuan perwakilan dari seluruh negara membanjiri dewan dengan segak bergaya berpakaian Melayu dengan bersampin beraneka warna termasuk pemerhati. Kalangan Muslimat juga hadir anggun dengan pakaian seragam berwarna yang digalakkan, begitu pula golongan muda yang tampil perkasa.
YB Ir Iskandar Abdul Samad - Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor
Beliau berkata lagi, melihatkan kepada keperluan memberikan khidmat kepada rakyat, konsep negara berkebajikan itu perlu diperincikan sebaiknya. "Adakah ia semata-mata di mana segala-galanya percuma? Atau sebuah negara yang menjamin kekayaan negara diagih-agihkan dengan adil dan sama rata? Perkara ini perlu diperjelaskan terlebih dahulu. "Sebenarnya bukan segala-galanya percuma tetapi lebih kepada memperkasakan rakyat supaya dapat memajukan diri mereka sendiri. "Berikan joran bukan ikan. Beri ikan mereka dapat makan untuk satu hari. Kalau beri joran mereka dapat makan seumur hidup," tegasnya. Meski dilihat komen beliau seperti berfalsafah namun berpengalaman melaksanakan idea ini sepanjang tiga tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor selepas menumbangkan BN sejak 8 Mac 2008. Menurutnya, apa yang berlaku di Selangor pada mulanya ramai yang salah anggap bahawa negara berkebajikan bermakna segala-galanya percuma. Tetapi sekarang, ujarnya, setelah adanya skim-skim untuk rakyat yang mereka sudah dapat menilai dan menyertainya untuk membantu diri mereka sendiri. Sebagai contoh skim pinjaman Mimbar dan Skimsel untuk membantu rakyat miskin menjadi usahawan dan keluar dari kepompong kemiskinan yang sudah mendatangkan manfaat, tambahnya. Kekuatan ucapan dasar bertemakan Membangun Negara Berkebajikan yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi tadi terus mendapat perhatian. Bagi Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, Negara Berkebajikan adalah perkara yang amat wajar dititikberatkan kerana ia tanggungjawab dan kebajikan yang sepatutnya kerajaan kembalikan kepada rakyat yang berhak menerimanya. Beliau berkata, kebajikan antaranya dalam konteks memperbanyakkan hasil negeri dan kemudian kembalikannya kepada rakyat sebagai kebajikan. Amiruddin yang juga Adun Anak Bukit berkata, dalam negara kebajikan ini juga, rakyat awam secara umumnya turut diberi perhatian dalam perkara-perkara asas hidup. Katanya, sebagai contoh utiliti seperti tenaga elektrik dan bekalan air, perlu dipastikan ia tidak dan menjadi keuntungan sekelompok rakyat sahaja tetapi membebankan rakyat terbanyak. Dalam hal ini, tegasnya, jika sudah ada perjanjian, ia wajib dikaji semula supaya ia tidak menjadi sesuatu yang didagangkan dan akhirnya menguntungkan sebelah pihak tetapi yang lainnya teruk terbeban.
YB Ir Dato' Aminuddin Hamzah - AJK PAS
Amiruddin (gambar) menyebutkan contoh seperti perjanjian IPP untuk elektrik dan sebagainya yang seharusnya menjadi tanggungjawab kerajaan dalam perkara-perkara sedemikian. Katanya, di sinilah bezanya PAS atau Pakatan Rakyat perlu melihat isu-isu asas ini supaya ia tidak diperdagangkan oleh golongan kapitalis padahal seharusnya ia menjadi tanggungjawab kerajaan. "Begitu juga dalam kes tol. Tidak masuk akal semakin tahun ia semakin dinaikkan sedangkan sepatutnya bayaran kepada konsesi semakin berkurangan. "Apa yang berlaku selalunya lebuhraya dijadikan oleh pihak-pihak tertentu untuk 'buat duit' dalam masa yang sama mereka tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan negeri kerana kerajaan negeri tidak beri title untuk tanah yang digunakan kemudahan awam. "Kerajaan negeri tidak mendapat apa-apa padahal pihak berkaitan memperdagangkan kemudahan awam tersebut," jelasnya. Beliau menyatakan di Kedah, lebuh raya ini dahulu adalah kawasan bendang yang produktif dan hasilnya dimiliki sendiri oleh rakyat dan mereka juga membayar cukai kepada kerajaan negeri. Tetapi apabila dijadikan lebuh raya, kerajaan negeri tidak dapat mengutip sebarang cukai daripada Pusat, tiada lagi perkongsian hasil daripada tanah tersebut untuk diagihkan kembali bagi kebajikan rakyat, jelasnya. Bila ini berlaku slogan Tradisi Membela Rakyat dan Rakyat Diutamakan adalah sekadar retorik semata. tegasnya, perkara ini perlu dilihat kembali supaya apa yang dilakukan akhirnya dapat memberi manfaat kepada rakyat. Sebelum itu, beliau menyebut contoh di Kelantan pemberian Kifalah yang mana semua warga emas tidak kira dari bangsa apa sekalipun dalam kategori miskin diberi bantuan kepada keluarganya bila berlaku kematian. "Kita juga pastikan golongan yang perlu dibela dalam masyarakat, contohnya anak yatim, ibu tunggal, yang mana golongan ini perlu diberi perlindungan dan bantuan," jelasnya.
YB Drs Khalil Idham Lim - Ketua Penerangan PAS Perak
Bagi Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim Abdullah pula, beliau melihat dari sudut pentingnya petugas mempertingkatkan usaha memenangi pilihan raya depan. Katanya, ucapan dasar ini jika dilaksanakan semaksimanya mampu mengubah landskap politik tanah air satu hari nanti. Sewajarnya, kata beliau, ucapan ini perlu menjadi perhatian istimewa kepada petugas PAS untuk mengerakkan jentera pilihan raya menghadapi PRU13. "Saya anggap satu lonjakan untuk bergerak bagi pilihan raya yang berupa arahan presiden yang jelas dalam muktamar kali ini. "Begitu juga dengan beberapa pengarahan lain kepada Pemuda dan Muslimat perlu diberikan perhatian paling wajar," tegasnya yang juga Adun Titi Serong, Perak. Baginya, ucapan presiden ini menggambarkan hasrat PAS untuk menjadi tulang belakang kepada usaha jelas menuju negara berkebajikan. Ahli PAS di semua peringkat, tambahnya, tidak perlu lagi menunggu program munaqasyah kerana penegasan di dalam mutamar ini sudah berupa arahan yang perlu disegerakan. "Bila sudah ada arahan, kita anggap ini penting. Jentera kena bergerak sekarang. Perwakilan sebaik pulang perlu segerakan usaha banykkan program ke arah menghadapi pilihan raya yang bakal tiba," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3625-ucapan-dasar-sesuai-keperluan-rakyat-kini
Mohamad Sabu, Salahudin, Husam, Mahfuz menang |
Harakahdaily |
Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS (Sesi 2011/2013)
Ucapan Penggulungan : mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungtp.wmv
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Mohamad Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden menewaskan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Nasharudin Mat Isa. Mohamad mendapat 420 undi berbanding Tuan Ibrahim 399 dan Nasha 224 daripada jumlah keseluruhan 1045 undi.
YB Sdr Salahudin Ayub - Naib Presiden (Sesi 2011/2013 penggal ke-2)
Ucapan Penggulungan :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungnp.wmv
YB Dato' Husam Musa - Naib Presiden (sesi 2011/2013)
Ucapan Penangguhan : mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungnp2.wmv
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden (Sesi 2011/2013 Penggal ke-2)
Ucapan Penangguhan : mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungnp1.wmv
Manakala untuk jawatan Naib Presiden pula dimenangi Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.
Untuk jawatan Naib Presiden pula, dua orang penyandang, juga bekas Ketua Dewan Pemuda PAS, iaitu Salahuddin Ayub (753 undi) dan Mahfuz Omar (616 undi) berjaya mempertahankan jawatan mereka, sementara Husam Musa kembali selepas tewas dalam pertandingan Timbalan Presiden pada tahun 2009 - dengan 660 undi.
Tiga orang lagi calon Naib Presiden adalah Idris Ahmad (491undi), Nik Mohd Amar Nik Abdullah (321 undi) dan Nizar Jamaluddin (217 undi). Yang berikut adalah senarai AJK Pusat dengan undi yang diperoleh:
Mazlan Aliman (804)
Mohd Hatta Md Ramli (765)
Kamarudin Jaafar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (726)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusof Rawa (651)
Khalid Abd Samad (643)
Abdul Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Nik Mohd Amar Nik Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mahmud (445)
Hassan Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)
|
Ucapan Penggulungan Presiden :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungpresiden.wmv
Ucapan Penggulungan Timbalan al Mursyidul Am :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungma.wmv
Ucapan Penangguhan Ketua Dewan Ulama :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungdu.wmv
Ucapan Penangguhan Ketua Dewan Pemuda :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungpemuda.wmv
Ucapan Penangguhan Ketua Dewan Muslimat :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungmuslimat.wmv
Negara kebajikan Umno menekan rakyat |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3708-negara-kebajikan-umno-menekan-rakyat-
Negara kebajikan: Umno ibarat 'kena picit lada hitam'
Umno sedang menggelupor dengan perjuangan Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang berikrar menjadikan Malaysia sebuah negara berkebajikan, kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Pesuruhjaya PAS Pahang
Menurut beliau kegusaran Umno dan BN itu adalah kerana negara berkebajikan yang menjadi agenda Pakatan itu menawarkan penyelesaian kepada rakyat di tengah-tengah kegagalan kerajaan sekarang menjaga rakyat marhaen.
“Apabila PAS mengutarakan negara berkebajikan, tak tersangka pula Umno yang mengelupor dengan istilah tersebut, bak kata tok bomoh, picit lada hitam pada jari kaki orang masuk hantu. Barangkali memang Umno ini dah lama kena rasuk… Cuma mungkin tak kena cara tiupnya saja.
"Kini, kita boleh lihat dengan nyata bahawa Umno benar-benar terasa dengan istilah 'negara kebajikan' ini kerana ia memberi ancaman kepada mereka.
"Maklumlah, PAS menawar sebuah negara berkebajikan di tengah-tengah kegagalan Umno menjaga kebajikan rakyat marhaen demi menjaga hati kroni yang semakin angkuh, sombong dan tamak,” kata Tuan Ibrahim dalam kenyataan akhbarnya yang disiarkan di Harakahdaily.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Sejak Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan gagasan penubuhan sebuah negara berkebajikan semasa ucapan dasarnya di muktamar PAS ke-57 minggu lalu, pimpinan Umno dan media arus perdana milik mereka telah menyerang bertubi-tubi untuk menguasai pemikiran rakyat terhadap parti Islam tersebut dengan tuduhan kononnya PAS telah mengubah dasar perjuangan.
“Walhalnya konsep negara berkebajikan, keadilan, keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran adalah intipati dari negara Islam,” kata Tuan Ibrahim.
Istilah 'negara kebajikan' yang dilaungkan PAS, katanya berjaya menunjukkan kepada rakyat isi perut Umno sebenar yang sememangnya 'rakyat dahulu' menjadi mangsa dalam segala hal berkaitan dengan program pengurangan subsidi berbanding kroni-kroni Umno BN seperti penjana tenaga bebas (IPP).
Mengenai serangan Umno terhadap pimpinan baru PAS, Tuan Ibrahim berkata selain istilah 'negara kebajikan', Umno juga menerima tamparan hebat apabila pewakilan PAS membuat kejutan dengan memilih barisan kepimpinan baru yang di luar jangkaan mereka.
“Kebijaksaan perwakilan membaca keperluan barisan pimpinan bagi mengempur Umno menyebabkan mereka rasa tertekan. Ini dapat dibaca dari luahan kenyataan mereka.
"Mulanya menyerang, kemudian menyatakan bahawa Umno sudahpun melaksana negara kebajikan dan kini bertukar kepada rayuan 'Umno tetap membuka ruang untuk penyatuan Melayu' dan kad simpati dengan mengatakan 'Umno kecewa PAS tolak perpaduan' dan sebagainya,” katanya.
Sumber MK (9/06/2011) : http://www.malaysiakini.com/news/166401
Negara Berkebajikan turut fokus golongan muda |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 10 Jun: Golongan muda di negara ini tidak perlu ragu-ragu untuk menyokong PAS kerana agenda Negara Berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS meliputi kesemua golongan, dengan sebahagian daripadanya turut terfokus kepada golongan muda.
YB salahudin Ayub - Naib Presiden
Antara fokus untuk golongan muda dalam agenda negara berkebajikan PAS termasuk usaha-usaha yang akan dilakukan bagi membolehkan mereka, termasuk lepasan universiti, mendapatkan pekerjaan. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menjelaskan, selain itu, antara agenda negara berkebajikan yang diperjuangkan oleh PAS akan turut berusaha mendapatkan rumah kepada golongan muda dan membantu para pelajar mendapatkan biasiswa. Menurut beliau, kepada para nelayan dan petani, PAS akan turut membantu mereka menerusi skim-skim tertentu yang akan diperkenalkan, manakala golongan miskin pula akan dibantu menerusi skim kebajikan khas kepada mereka. Katanya, negara berkebajikan adalah penyusunan strategi PAS bagi melepaskan rakyat dari mengalami bebanan hidup dan ia akan dilaksanakan secara adil selaras dengan tuntutan Islam. "Ini jelas menunjukkan golongan muda juga tidak diketepikan, sehingga tiada pihak yang terkecuali untuk menikmatinya," katanya pada program Analisis Astro Awani yang disiarkan 5.00 petang semalam dan diulang tayang sekitar jam 11.30 pagi ini. Katanya, antara perkara yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu termasuklah yang menyentuh tentang strategi pelan bernegara, sejajar dengan perjuangan PAS untuk melaksanakan negara berkebajikan sekiranya diberikan mandat oleh rakyat memerintah negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti. Sehubungan itu, beliau berharap agar golongan muda yang mewakili pengundi-pengundi muda turut bangkit bersama PAS untuk menerokai politik baru di tanah air. "Jadi, kita amat berharap agar golongan muda akan turut meninggalkan politik fitnah dan politik penuh tipu daya yang diamalkan oleh Umno BN selama ini," katanya. Menyentuh tentang permintaan Pemuda PAS Pusat yang mahukan PAS memberikan kuota 40 peratus kepada golongan muda dalam parti di semua peringkat termasuk dalam pilihan raya yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi, beliau yakin PAS akan memberikan pertimbangan sewajarnya mengenai tuntutan itu. "Pada saya, tuntutan Pemuda yang disuarakan oleh Ketuanya, Nasrudin itu bukanlah perkara asing kerana sebelum ini saya juga pernah memimpin Pemuda PAS dan turut mempunyai pengalaman seperti itu. "Sekiranya Pemuda berjaya menunjukkan prestasi yang baik dan dapat mempertahankan prestasinya, saya yakin parti akan memberikan tempat kepada mereka seperti yang dikehendaki itu," ujarnya. Strategi PAS sekarang, tegasnya, adalah untuk mencipta satu gelombang kebangkitan untuk membolehkan PAS dan Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya, bagi membolehkan agenda negara berkebajikan dilaksanakan di tanah air demi kepentingan negara dan seluruh rakyatnya. Sejajar dengan itu, PAS pasti akan menggembleng seluruh tenaga dalam parti dengan turut memberikan ruang sewajarnya kepada Pemuda yang berkebolehan serta berkelayakan, dengan gabungan kalangan profesional, ulama dan aktivis yang terdapat dalam PAS sendiri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3737-negara-berkebajikan-turut-fokus-golongan-muda
Cabaran getir menanti pasukan Nik Aziz-Abdul Hadi |
Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my |
TIDAK sampai dua minggu lagi kita akan menyambut ulang tahun ke sembilan pemergian Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor, mantan Presiden PAS yang kembali kerahmatullah pada 23 Jun 2002.
Almarhum Dato' Ustaz Fadzil Mohd Noor - Mantan Presiden PAS
Pemergian Almarhum, yang jasadnya dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, harus diperingati, bukan untuk meratapinya dengan kesedihan semata-mata. Yang paling penting nilai perjuangan yang beliau sumbangkan terlalu besar ertinya kepada PAS.
Almarhum Tuan Guru Yusof ar Rawa - Mantan Yang Dipertua PAS
Selepas Ustaz Fadzil Noor mengambil alih jawatan Presiden (ketika itu Yang Dipertua PAS Pusat) daripada Almarhum Ustaz Yusof Rawa pada tahun 1989, kepimpinan dan ahli PAS yang menjalani tarbiyah serta pemulihan (di zaman Ustaz Yusof 1983-1989), semakin diperkukuhkan. Untuk rekod Ustaz Yusof meninggal dunia pada 28 April 2000 setelah uzur selama beberapa tahun. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gelugor, Pulau Pinang, pada kira-kira pukul 7.00 pagi, pada usia 78 tahun. Ketika itu Almarhum Ustaz Yusof dilantik menjadi Mursyidul 'Am, Ustaz Fadzil selaku Yang Dipertua, Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Dato' Seri) menjadi Timbalan Yang Dipertua, manakala Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Dato') sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat.
Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Al Mursyidul Am
Akibat keuzuran sekian lama Ustaz Yusof melepaskan jawatan Mursyidul Am dan Ustaz Nik Aziz dilantik mengisi kekosongan tersebut. Gandingan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz menerajui PAS. Lebih satu dekad mereka bertiga menjadi pemimpin utama PAS. Wibawa mereka, kehebatan mereka bertiga diakui dan diiktiraf oleh kawan dan lawan. Ketokohan ketiga-tiga Tuan Guru ini dalam PAS begitu terserlah sehingga karisme dan bakat kepimpinan yang mereka warisi, dilihat jauh meninggalkan pemimpin-pemimpin bawahan. Dalam PAS ketika itu masih ramai pemimpin-pemimpin yang hebat serta berpengalaman, namun ketokohan mereka tidak mampu menyamai Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz. Jurang kepimpinan Tanpa disedari, tanpa PAS kehendaki dan harus diakui wujud jurang yang lebar antara ketiga-tiga pemimpin ini dengan pemimpin bawahan. Bukannya PAS tidak mempunyai pemimpin pelapis, tetapi masih belum kelihatan pemimpin yang dapat mewarisi bakal kepimpinan ketiga-tiga mereka. Maka selepas pemergian Ustaz Fadzil, PAS berada dalam keadaan yang tersentak seketika. Ustaz Fadzil adalah pemimpin agung yang kehilangannya sukar untuk digalang-ganti. Secara jujurnya diakui ketika itu (2002), PAS tidak sanggup kehilangan Ustaz Fadzil. Namun kehendak Allah Yang Maha Kuasa mengatasi segala kehendak hamba-hamba-Nya. Maka selepas Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi menerajui PAS. Ustaz Nik Aziz sebagai Mursyidul Am. Akibat daripada kelompongan yang besar ini wujud satu jurang yang sehingga kini masih gagal diisi oleh pemimpin yang lain. Jurang ini sebenarnya bukan persepsi. Jurang ini juga bukan menafikan ketokohan pemimpin PAS yang lain. Tetapi ianya adalah pengiktirafan ahli, penyokong dan rakyat terhadap status seseorang pemimpin. Sehingga hari ini dalam PAS pun diperakui, masih belum lagi dilihat ketokohan pemimpin yang boleh menyamai gandingan Ustaz Fadzil-Ustaz Hadi-Ustaz Nik Aziz.
Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Oleh sebab itu selepas Ustaz Hadi menjadi Presiden PAS. Jawatan Timbalan Presiden sudah diisi dua orang, iaitu Almarhum Ustaz Hassan Shukri dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Mohamad Sabu adalah Timbalan Presiden yang ketiga di bawah Ustaz Hadi.
Almarhum Ustaz Hassan Shukri - Mantan Timbalan Presiden PAS
Ustaz Nasharudin Mat Isa - Mantan Timbalan Presiden
Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Soal mengapa jawatan Timbalan Presiden bertukar tangan, berlaku pertandingan dalam setiap kali muktamar sejak tahun 2005, 2007, 2009 dan 2011, ianya adalah terletak kepada kebijaksanaan perwakilan PAS. Namun, harus diingat, untuk rekod, sepanjang lebih satu dekat semasa Ustaz Fadzil dan Ustaz Hadi menjadi Presiden dan Timbalan Presiden, kedua-dua jawatan ini dimenangi tanpa bertanding. Dalam ertikata yang lain, tiada sesiapa pun yang mahu mencabar mereka berdua. Ketokohan mereka berdua, sama dengan ustaz Nik Aziz, sehingga kini tiada yang mampu menyamainya, masih belum ada pemimpin PAS yang lain memperolehi pengiktirafan sebegini rupa. Inilah sebenarnya cabaran bagi PAS. Iaitu PAS mahu melahirkan lebih ramai pemimpin berwibawa, berkarisme dan hebat seperti ketiga-tiga mereka. Cabaran buat kepimpinan Pasca Muktamar Tahunan PAS ke-57 minggu lepas, PAS memasuki fasa baru. Iaitu pewakilan Muktamar buat pertama kali selepas 28 tahun, menobatkan seorang pemimpin yang bukan ulama menjadi Timbalan Presiden. Dalam penulisan ini, saya tidak berminat untuk terjebak kepada persoalan ulama atau non-ulama. Soal kumpulan pro-ulama atau pro-Erdogan seperti yang dilabel media talibarut Umno-BN, semuanya sudah ditolak oleh perwakilan. Presiden PAS dalam ucapan penggulungannya menegaskan tiada kumpulan profesional atau ulama, tiada kumpulan yang dilabel Erdogan. Yang wujud katanya adalah kumpulan Nik Aziz dan Abdul Hadi. Sama ada Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Dato' Husam Musa mahupun Dato' Mahfuz Omar, kesemua mereka adalah kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi.
Sdr Salahudin Ayub - Naib Presiden
Dato' Husam Musa - Naib Presiden
Dato'' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
Cabaran besar yang dihadapi oleh kumpulan ini adalah bukan sekadar memenangi pemilihan dalam Muktamar PAS. Tetapi, cabaran yang besar adalah, bagaimana mereka ini mengisi kemenangan. Bagaimana kumpulan ini mampu merapatkan jurang persepsi serta pengiktifaran besar ahli dan rakyat kepada Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz. Oleh kerana kumpulan yang menang ini juga dianggap kebanyakan rakyat sebagai kumpulan reformis, maka umum hendak melihat sejauhmana perubahan berlaku dalam PAS, bagi memungkinkan ia menerajui Pakatan Rakyat untuk menerajui Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Bagaimanapun untuk adil kepada yang menang, kita harus memberi ruang yang secukupnya kepada mereka untuk membuat perubahan. Perubahan memang memerlukan masa, namun jangan sampai kedudukan yang tinggi ini menjadikan mereka alpa. Harus juga diingatkan kepada mereka yang menang bahawa, expectation atau pengharapan rakyat terhadap mereka terlalu tinggi. Oleh kerana empat tokoh yang menang dalam jawatan tertinggi ini, bukan bertitle ulama, maka tempoh dua tahun ke hadapan ini amat mencabar bagi mereka. Jika mereka perform, mereka akan dipilih pada muktamar yang akan datang. Jika mereka tidak perform, perwakilan yang akan mengundurkan mereka. Selamat bertugas kumpulan Nik Aziz-Abdul Hadi! |
Negara berkebajikan, mesra pelabur - Presiden |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 11 Jun: Konsep 'negara berkebajikan' yang mahu dilaksanakan PAS jika diberi mandat memerintah negara bersama rakan Pakatan Rakyat, diyakini mampu menarik minat pelabur asing melabur di negara ini. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, minat pelabur itu akan didorong oleh keyakinan mereka terhadap pengurusan ekonomi negara yang sihat iaitu bebas rasuah, tiada salah guna kuasa dan berintegriti seperti yang dianjur Islam. Hasil dari pengamalan urus tadbir yang baik itu juga, sekaligus akan menambah pendapatan negara. "Dalam negara berkebajikan, cukai dipungut mengikut perkembangan, rasuah tidak ada, pelabur suka datang. "Dengan sendiri hasil negara bertambah. Ini caranya," katanya melalui laman Facebook. Beliau menjelaskan demikian dipercayai sebagai menjawab persoalan yang ditimbulkan pemimpin Umno BN berhubung konsep negara berkebajikan yang menjadi tema ucapan dasar presiden PAS pada Muktamar parti itu yang ke 57 minggu lalu. Pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib Razak sebelum ini turut memperkecil hasrat PAS yang mahu memperkenal konsep negara berkebajikan tersebut dan mendakwa BN sudah lama mengamalkannya. Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu membidas kenyataan itu dengan mendakwa BN mengamal pemerintahan diktator dan bukannya negara berkebajikan. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata konsep negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS berbeza dengan yang didakwa Najib bahawa sudah diamal Umno. Katanya konsep negara berkebajikan itu mempunyai elemen yang lebih murni dalam menyelamatkan negara kerana PAS akan menerapkan konsep halal dan haram dalam pelaksanaannya dan tidak seperti Umno. "Di sinilah kuasa barat takut, bimbang dengan pemerintahan Islam," tegasnya. |
Negara berkebajikan: Siapa nak tiru siapa |
Mohd Sabri Said |
TASEK GELUGOR, 11 Jun: PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.
Pesuruhjaya PAS Pahang
Najib menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN. Sebaliknya, kata Tuan Ibrahim, Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan pimpinan Najib. "Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni. Bagi PAS semua itu akan ditentang bagaimana Najib kata kita tiru BN," tegasnya. Katanya, yang sebenarnya BN meniru langkah Pakatan Rakyat apabila cuba melaksanakan sedikit demi sedikit rancangan 10 perkara yang termaktub dalam Buku Jingga. Beliau berkata, jika Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti pasti rakyat akan menikmati banyak manfaat yang tidak pernah dilaksanakan di era pemerintahan BN. Jelasnya, gagasan Negara Berkebajikan yang ingin diperkenalkan oleh PAS kepada rakyat berlainan dengan cara Umno dan BN lakukan kerana Negera Berkebajikan bukan sebuah negara yang hanya membantu rakyat semata-mata tanpa kerajaan sendiri mengubah cara pentadbiran. “Umno melalui BN dan PAS dalam Pakatan Rakyat berlainan corak pendekatan. Umno memperkenalkan kebajikan dan mengulangi apa yang mereka lakukan bila terdesak khususnya ketika menjelang pilihanraya sama umum mahupun kecil. Tetapi PAS, tidak begitu kerana bila menang ia adalah amanah yang perlu dijagai demi memastikan rakyat mendapat manafaatnya," tambah beliau. Katanya, konsep kebajkan yang dipandang oleh BN seperti jalan raya, sekolah, perumahan, rumah kos rendah atau sebagainya tidak memadai. Bagi PAS, katanya ini kerana semua isu tersebut sudah menjadi kewajiban sebagai pemerintahan. Sebaliknya, tambah beliau PAS menerusi Negara Berkebajikan lebih memfokuskan bagaimana mendapatkan dana negara untuk mengurus pentadbiran agar tidak menyeleweng. Menurutnya, sumber yang diperolehi pula tidak hanya berlegar di kalangan kroni sahaja tanpa memberi ruang kepada pihak yang sewajarnya memperolehi berdasarkan kemahiran atau tender terbuka. Turut hadir dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor dan JKKK Sungai Dua itu ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Fadhil Kemi, Ketua Penerangan PAS Negeri, Zulkiply Ishak, Setiausaha PAS Tasek Gelugor, Zamri Darus, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jamil Abdul Rahman, Penyelaras Dun Sungai Dua, Fahmi Abdul Wahab dan Pengerusi JKKK Sungai Dua, Yahya Hasan. |
Najib tak faham negara berkebajikan PAS |
Nazri Abdullah |
Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 11 Jun: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.
Presiden UMNO
Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama. Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat. "Jelas dia (Datuk Seri Najib Razak) tak tahu negara berkebajikan," katanya ketika ditemui di majlis perkahwinan anak sulung kepada Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub di Markaz PAS Taman Melewar di sini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN. Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis. Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat. "Kita tak sama, kita ikut perlembagaan PAS iaitu sandar pada al-Quran dan Hadis. "Kita ada amar makruf nahi mungkar (mengajak kepada kebaikan, mencegah kemungkaran), dia (Umno BN) tidak ada,"katanya. Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN. Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu. Umno tak nyenyak tidur
Al Mursyidul Am PAS
Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS. Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu. "Dulu dia (Umno BN) kata PAS jauh ketinggalan di belakang. "Sekarang ini kita sama-sama, dia kiri kita kanan. Nanti kita akan potong dia,"katanya. |
You tube : Ulasan 2 Tok Guru Mengenai Negara Berkebajikan -
Undi Pakatan jika mahu nikmati negara berkebajikan |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Rakyat digesa memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 jika mahu merasai nikmat negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain.
Presiden PAS
http://www.youtube.com/watch?v=YNhLSB2PRSI Presiden PAS, Datuk Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat bakal menikmati kehidupan lebih baik dibawah konsep negara berkebajikan Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sekarang ini. Tambahnya, ianya boleh dilihat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat iaitu Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang dan juga sebahagiannya telah ditawarkan dalam Buku Jingga. "Kalau nak tahu apa itu negara kebajikan, rakyat pilih kita pada pilihan raya akan datang. "Beri kita lima tahun, kita akan tunjuk apa kita akan lakukan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat kali pertama untuk sesi 2011-2013 di Pejabat Agung PAS hari ini. Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata hasrat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan itu 'meniru' apa yang telah dibuat BN sejak lama.
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Mantan PM
Terbaru, seorang lagi bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan tindakan PAS menggugurkan perjuangan negara Islam dan diganti negara kebajikan, sekadar umpan untuk meraih undi bukan Islam. Menjawab tomahan itu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, "itu kenyataan orang yang tidak membaca apa dia politik Islam". Katanya, negara berkebajikan PAS jauh berbeza dengan Umno di mana PAS meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan yang tidak dibuat oleh Umno BN. "Sebahagiannya kita berjaya buat di negeri yang kita perintah di Kelantan, Kedah, pernah di Perak dan Terengganu termasuk di Selangor dan Pulau Pinang. "Konsep berkebajikan bukan sahaja kebajikan kepada rakyat, tetapi juga tidak mengerjakan perkara yang haram antaranya meninggalkan rasuah bukan sahaja kerana SPRM tetapi kerana perintah Allah," katanya lagi. Mengulas lanjut, beliau menyifatkan pemimpin Umno BN itu sedang 'kepanasan' dengan apa yang mahu diperkenal PAS itu. Apatah lagi, katanya ekonomi negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS akan menambah pendapatan negara tanpa membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan menaikkan cukai kepada rakyat kebanyakan seperti dibuat BN.
Jambatan Kuala Terengganu
"Terengganu kita (PAS) pernah hapuskan tol (jambatan). Jelas itu satu kebajikan yang kita buat kerana melihat yang lalu itu peniaga-peniaga kecil, orang kampung. "Walaupun kita rugi berjuta, namun kita tampung dengan menaikkan cukai kepada mereka yang kaya seperti industri dan pembalakan," ujarnya. |
Negara Berkebajikan: PAS kebah Umno demam |
Wan Nik Wan Yusssof |
Muktamar PAS ke-57 lalu mencipta satu lembaran baru dengan warna yang terang dan ceria. Ia selari dengan keputusan pemilihan ‘saf pilihan raya’ yang agak sepadan (matching) dengan tema dan kandungan ucapan dasar presiden, Membangun Negara Berkebajikan. Kandungan ucapan dasar itu dikira sebagai suntikan vaksin mujarab bagi PAS untuk lebih sihat dan bertenaga melangkah ke medan pilihan raya umum ke-13. Betapa misi dan aturan kerja parti PAS sudah jelas untuk menawan sokongan rakyat. Ini kerana program berkebajikan adalah hak dan keperluan majoriti rakyat masa kini. Sekaligus, pihak pimpinan Umno kelihatan gelisah dan meracau di siang hari, apabila dikhabarkan program berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat. Maka logiknya Umno sudah mengalami suhu badan mencecah paras ‘demam panas’. Apa pun PAS tidak seharusnya setakat menjadi pelawat kepada pesakit demam panas. Apa yang diingini PAS sepatutunya sedia menjadi doktor terus memberitahu rakyat supaya tidak lagi menghampiri Umno yang sudah demam yang mengancam kesihatan awam. Sewajarkah rakyat membawa Umno ke ‘wad sakit’ dalam pilihan raya nanti? Bukti Umno sudah mengalami demam panas boleh disaksikan daripada komen ‘meracau’ pimpinan mereka tentang negara berkebajikan. Bermula daripada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (The Malaysian Insider, 10 Jun 2011) yang menganggap PAS mengikut jejak kerajaan Barisan Nasional dalam isu negara berkebajikan.
Tuan Guru Presiden PAS
Ia suatu respons Mohd Najib terhadap ucapan dasar Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS ke-57. Komen sebegitu tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang bertaraf perdana menteri kerana denyutan jantung rakyat sentiasa kencang (melebihi 60 denyutan seminit) selama di bawah dasar dan program kerajaan pimpinan Umno yang banyak mendera rakyat. Hakikatnya ia sudah bercanggah dengan nilai-nilai berkebajikan––petrol dan gas naik harga mendadak, semua pelajar lepas IPT menjadi pemiutang pelajaran, harga air minuman botol semahal harga minyak, pemborosan wang rakyat kerana terlalu banyak lawatan rasmi ke luar negara dan tiada jaminan pendapatan rakyat meningkat sebaliknya pendapatan kapitalis terus berganda. Kesemuanya menderakan rakyat! Apa yang jelas, pemimpin Umno sudah kabur (kemamar) bila melihat negara berkebajikan tawaran PAS adalah realistik menurut persepktif Islam. Maka Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin (The Malaysian Insider, 5 Jun 2011) telah menyifatkan PAS sudah mengubah matlamat perjuangan Negara Islam kerana mahu membangun negara kebajikan. Malah menafikan matlamat PAS, sebaliknya menegaskan kononnya Malaysia sudah lebih awal melaksana negara berkebajikan. Nampak sangat gopohnya Muhyidin di dalam memahami maksud negara berkebajikan yang dihurai oleh presiden PAS.
YB Senator Mohamaed Nor Yaakop - Menteri di JPM
Turut memberi respons yang songsang (mungkin kerana demam panas) ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Utusan Malaysia, 11 Jun 2011). Nor Yacop sangat kabur tentang konsep negara berkebajikan. Justeru bagi Nor Yacop kerajaan Barisan Nasional sudah lama mengamalkan konsep negara kebajikan. Agak pelik pula, berkebajikan itu disamakan dengan langkah transformasi ke arah negara maju menjelang 2020. Nampak jelas menteri itu seorang yang temberang, kerana tidak merasai sama denyutan kencang jantung rakyat akibat permainan ‘ekonomi kapitalis’ yang segala-galanya mendahulukan kelompok kapitalis. Sekarang rakyat terus dipaksa membayar lebih, sebagaimana harga minyak disel sudah mencecah RM1.90 sen (akan naik lagi ke paras RM2.00), sedangkan Malaysia pengeluar minyak. Jika dilihat kepada Arab Saudi yang juga pengeluar minyak, harga diselnya hanya SR0.25 seliter (bersamaan RM0.22). Begitu pula, harga kenderaan, termasuk yang diimport amat mahal akibat dasar percukaian yang mesra kapitalis. Misalnya, harga kereta Toyota Camry di Malaysia melebihi RM180 ribu, sedangkan di Arab Saudi yang lebih jauh dari bumi Jepun, harga Cuma SR90 ribu (sekitar RM79 ribu). Bayangkan nilai cukai yang duipaksa bayar oleh rakyat semata-mata ingin memakai kereta Toyota tersebut. Oleh itu, sewajarnya omongan berkebajikan jajaan pemimpin Umno itu boleh difahami sebagai negara bercukai. Cukai dikutip sudah melebihi kadar yang mesra rakyat, sebaliknya sudah membebankan. Munasabahnya kerajaan Barisan Nasional hari ini dipanggil kerajaan bercukai memaksa dan membeban rakyat. Natijahnya, Saudi Arabia yang dilitupi padang pasir itu lebih berkebajikan dan mesra rakyat. Apa beza kebajikan Malaysia dibandingkan Arab Saudi? Sangat ketara bezanya ialah untung harga minyak dikaut kapitalis milik negara, iaitu Petronas! Berapa banyak untung itu dipulangkan untuk kebajikan rakyat? Lihat sahaja bangunan milik Petronas, Menara Kembar di Kuala Lumpur, tidak sampai 10 peratus rakyat menerima lelehan minyak itu! Model berkebajikan tajaan Umno tidak mendahulukan rakyat kerana kesemua aspek daruriyat rakyat sudah dikapitaliskan. Aspek pendidikan telah diIPTA dan diIPTSkan yang kesemuanya memaksa rakyat membayar sendiri. Kerajaan Barisan Nasional telah bertindak sebagai pemudahcara menyedia wang untuk dipinjam dan dikenakan faedah (berlindung di sebalik perkataan caj perkhidmatan) secara paksa. Lagaknya kebajikan itu sudah berupa ‘along’ yang halal. Belum lagi dibicara isu kebajikan hospital, tabung penanaman semula Felda dan skim Amanah Ikhtiar! Natijahnya, dasar berkebajikan di sisi kerajaan Barisan Nasional adalah bermaksud rakyat perlu membayar lebih untuk hidup, sementara kerajaan pengaut untung di belakang tabir. Kesannya rakyat terdera dengan kelicikan aturan dan peraturan yang diabsahkan oleh kuasa demokrasi yang sudah tua, berusia 54 tahun!
Dr Abdul Aziz Bari - Pensyarah Undang-undang UIAM
Namun, seorang pensyarah undang-undang, Dr Abdul Aziz Bari (The Malaysian Insider, 10 Jun 2011) kali ini agak bersetuju dengan misi negara berkebajikan PAS. Menurut Abdul Aziz, PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an. Mungkin yang dimaksudkan Dr. Aziz ialah sebagaimana amalan PAS ketika memerintah Kelantan era 1960-an dan masa kini (terlalu banyak, tidak perlu disebut di sini). Malah semua pihak mengetahui. Cuma pemimpin Umno sahaja tidak mengaku yang mereka sebenarnya tahu aspek kebajikan ditawarkan oleh kerajaan Kelantan di bawah pimpinan ulama, Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Justeru, kenyataan Dr Aziz itu telah membela PAS, sekaligus menolak dakwaan Mohd Najib dan Muhyidin serta Nor Yacop. Sebenarnya PAS tetap istiqomah dengan dasar perjuangan Islam. Apa yang nyata, hala tuju bernegara masih menjadi matlamat PAS. Justeru Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (The Malaysian Insider, 9 Jun 2011) menegaskan ‘negara berkebajikan” adalah lebih menepati maksud konsep bernegara adalah selari dengan Islam yang terdapat di dalam al-Quran. Paling membuat Umno terus mengalami demam panas ialah tatkala Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya (Malaysiakini, 11 Jun 2011) turut memberi respon. Sahibul samahah yang dilihat ‘berpolitik’ itu sudah mencadangkan agar PAS mengadakan jawatankuasa pemandu merangka konsep negara berkebajikan memandangkan kedua-dua kerajaan Barisan Nasional dan PAS (Pakatan Rakyat) berebut-rebut cuba membuktikan mereka berada di depan dalam agenda tersebut.
SS Dr Juanda Jaya - Mufti Perlis
Apa pun pandangan Dr. Juanda itu amat bermakna ke arah memantapkan hala tuju perjuangan Islam agar mudah diterima rakyat. Justeru pandangan mufti negeri yang paling utara itu boleh dianggap sebagai aulawiyat (keutamaan) kerana momentum kesedaran rakyat sedang amat kuat kepada PAS dan Pakatan Rakyat! Sehubungan itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menegaskan pihak parti bakal mengadakan munaqasyah ucapan dasar presiden pada muktamar lalu amat dialu-alukan demi memperincikan konsep negara berkebajikan itu. Ia perlu disegerakan bagi melengkap pengetahuan kepada pimpinan dan ahli PAS. Malah ia cukup penting bagi menjawab cakap merapu (umpama orang demam panas) pimpinan Umno yang menidakkan penegasan PAS dalam usaha membangun negara berkebajikan. Syabas, pimpinan PAS yang diperbaharui semula pada muktamar lalu. Wan Nik Wan Yussof adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan. |
Negara Berkebajikan mengikut feqah politik Islam |
Subky Latif |
SEPANJANG pimpinan Dr. Burhanuddin al-Hilmy dalam PAS banyak yang disarankannya tentang pengisian sebuah negara merdeka Islam mengikut konsep Baldatun Toyibatun Warrabun Ghaffur yang diterjemahkannya sebagai membentuk negara berkebajikan yang mendapat restu – keredhaan – Allah. Dalam Muktamar PAS ke 57 awal Jun lalu Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyarankan sasarannya dalam muafakat Pakatan Rakyat bagi Membangun Negara Berkebajikan sebagai thema Ucapan Dasarnya. Sarjana lepasan Oxford yang memimpin Pemuda UMNO mengira saranan negara kebajikan yang PAS hidupkan semula itu telah lari dari pejuangan asalnya bagi mendirikan negara Islam. Menteri Nazri Aziz mengiranya ia meniru apa yang UMNO/BN laksanakan selama ini. Perdana Menteri Najib mengira ia bukan suatu yang bagi kerajaan dan parti yang diwarisinya, manakala Muhyiddin Yassin pula mengira PAS cuba buat yang sama dengan yang UMNO buat. Ustaz Haji Hadi berjaya menarik perhatian semua pemimpin Barisan Nasional apabila sekaliannya segera memberi reaksi yang berbagai-bagai mengikut pengajian dan fahaman mereka. Sarjana lepas Oxford ternyata gagal memahami ajaran Islam tentang kenegaraan dan pemerintahan. Atau cetek pengetahuannya mengenai subjek itu sekali pun dia pernah berkhidmat dengan ISIS, satu istitusi yang menghilang semua pemikiran dan perkembangan dunia. Tidak sampai pengajian orang di Universiti Oxford bahawa pengisian negara berkebajikan itu adalah antara isi negara Islam. Kalau negara Islam itu ditakuti oleh orang-orang jahil kerana disangka kerjanya adalah untuk memotong tangan pencuri dan merejem penzina tetapi dengan tertegaknya negara kebajikan mengikut feqah politik Islam dapat menambah jelaskan bentuk dan corak negara Islam itu. Yang takut kepada Islam selama ini mulai melucutkan perasaan itu hingga ramai yang mendaftar diri menjadi anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Masyarakat bukan Islam dunia sendiri kian bersungguh menerima konsep makanan halal dan sistem perbankan Islam. Semuanya itu adalah sebahagian dari pengisian muamalat Islam dalam cara pemerintahan Islam. Bukanlah Islam itu sekadar solat, jihad, puasa dan menutup aurat bagi wanitanya saja, tetapi dalam negara Islam itu ada konsep negara kebajikannya. Kalau negara Islam itu menyukarkan orang memahaminya tetapi negara kebajikan itu menyenangkan orang menyukainya. Kafir Quraisy Mekah enggan menerima perdamaian Hudaibiyyah yang dibuat dengan Muhammad Rasulullah tetapi bersetuju dengan perjanjian yang dibuat dengan Muhammad saja sekali pun isi perjanjian itu sama. Kalau Islam digeruni oleh kebanyakannya tetapi kebajikan itu disukai oleh semuanya. Dalam pendekatan dakwah, apa saja kaedah yang menarik orang ramai yang tidak bercanggah dengan sunnah Allah dan sunnah RasulNya adalah wajar dan dikehendaki. Tidak berbangkit kebajikan yang disarankan PAS meniru mana-mana politik dunia kerana kebajikan yang hendak diserlahkan adalah bersandar kepada feqah politik Islam. Negara berkebajikan yang mendapat restu-keredhaan Allah adalah ajaran al-Quran yang sudah disebutkan oleh Dr. Buhanuddin sejak sebelum negara merdeka dan sebelum bonda dan ayahanda Khairy Jamaluddin kahwin. Demikianlah tuanya konsep negara berkebajikan itu pada PAS. Tiadalah meniru PAS akan konsep itu dari UMNO kerana kebajikan yang difahami dan diamalkan oleh UMNO ialah mengikut politik dunia dan sekular yang menghalalkan cara sedang kebajikan PAS itu adalah mengikut kehendak feqah politik Islam. Kalau ulama yang tidak berpijak kepada feqah politik Islam boleh terjerumus dalam UMNO maka apa lagilah yang sekadar mengaji di Oxford dan Cambridge serta yang sekadar bersekolah atap dan tidak pernah menjejak kaki di tangga sekolah pondok. Amat dibimbangi ulama yang tidak memahami feqah politik Islam lebih lemah fahamannya tentang politik Islam dari anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS. Mungkin yang layak berdebat dengan ulama UMNO adalah anggota kelab menyokong PAS – bukan ulama PAS. Tentang perintahan kebajikan yang Ustaz Hadi sarankan itu ialah ‘PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN sehingga mengambil kesempatan mendapatkan hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga melalui GLC pula mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian peniagaan ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat biasa.’ Sistem kebajikan UMNO membawa kepada duiawi dan rasuah, sistem negara berkebajikan yang PAS mahu bagi membawa pahala dan menjauhkan dosa. |
Presiden PAS akan terbit buku Negara Berkebajikan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang menyiapkan sebuah buku khas bagi menerangkan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan beliau dengan negara berkebajikan. Ia adalah susulan dari ucapan dasar yang dibentangkan beliau dalam muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan. Buku yang dalam proses akhir penerbitan itu dijangka akan diterbitkan tidak lama lagi. Selepas muktamar baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk para mufti meminta PAS menerangkan apa yang dimaksudkan dengan negara berkebajikan itu. "Buku ini adalah syarahan kepada konsep negara kebajikan yang saya bentangkan dalam muktamar lalu yang saya cedok dari Al Quran, hadis, sejarah Islam khasnya zaman Rasulullah, khalifah Rasyidin dan kemuncaknya zaman Omar Abdul Aziz di samping zaman Zulkarnain dan Nabi Sulaiman," kata Abdul Hadi. Buku bertajuk Apa Maksud Negara Kebajikan itu bakal menjadi komplimen kepada ucapan dasar, Buku Jingga dan bakal menjadi rujukan kepada Buku Hijau yang sedang dirangka oleh PAS. Baru-baru ini, PAS membentuk satu penal khas untuk mengeluarkan Dokumen Konsep dan Ciri-ciri Negara Berkebajikan atau Buku Hijau yang bakal memberikan butiran yang lebih jelas tentang negara berkebajikan. Panel yang diketuai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ini sudah memulakan mesyuaratnya baru-baru ini dan akan mengeluarkan secepat mungkin buku itu. Abdul Hadi berkata, buku yang dibuatnya ini bakal membezakan negara kebajikan dengan negara angkuh yang pernah ada dalam sejarah. "Negara angkuh berusaha membina bangunan yang menjadi mercu tanda tanpa menyedari berapa ramai rakyat yang terkorban di bawah bangunan itu," kata Abdul Hadi. Buku itu akan cuba memujuk rakyat agar mengenali dengan baik apa hasrat PAS termasuk menerima ajakan agar mereka menukar Umno dengan PAS. Buku itu berupa konsep dan dalil-dalil tentang negara berkebajikan manakala Buku Hijau nanti adalah perincian kepada apa yang hendak ditawarkan melalui konsep itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3956-presiden-pas-akan-terbit-buku-negara-berkebajikan
Buku Konsep Negara Berkebajikan dilancar esok |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 4 Ogos: PAS akan mencipta satu lagi catatan sejarah apabila berkesempatan melancarkan sebuah buku yang bukan sahaja amat berguna kepada parti, tetapi juga kepada seluruh lapisan rakyat negara ini, melewati batasan kaum dan agama.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru HjNik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
Pelancaran Buku Konsep Negara Berkebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
YB Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Menurut beliau, buku karangan Presiden PAS itu mengandungi konsep negara berkebajikan berdasarkan panduan Al-Quran dan sirah Nabi saw. Katanya, selain itu, turut dijelaskan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan (Nation Of Care and Opotunity) dengan Negara Kebajikan (Walfare State) bawaan Barat. "Di dalam buku itu turut dijelaskan tentang kaitan Negara Berkebajikan dengan Buku Jingga dan menifesto PAS tahun 2008," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, malam ini. Ciri-ciri Negara Berkebajikan, menurut beliau, berlawanan dengan Negara Kebajikan iaitu negara keangkuhan sebagaimana diamallkan di negara kita hari ini. "Selain itu, di dalam buku itu juga terdapat pelbagai aspek lain lagi yang turut digarap oleh Tuan Guru Presiden PAS yang amat perlu dibaca oleh setiap rakyat negara ini," jelasnya. Buku tersebut, katanya, boleh didapati oleh orang ramai di pasaran selepas majlis pelancarannya pagi esok. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4725-buku-konsep-negara-berkebajikan-dilancar-esok
Buku Negara Berkebajikan tajdid siyasi PAS |
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pelancaran buku karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjudul Konsep Asas Negara Berkebajikan merupakan satu lagi siri gerakan tajdid siyasi di Malaysia dalam mempelopori Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS seperti mana yang ditegaskan dalam muktamar yang lepas.
“Pelancaran buku ini sangat ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan,” kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din.
Katanya, buku tersebut mengandungi 7 bahagian perbincangan yang bermula dengan kupasan tentang ciri Negara Berkebajikan dan berakhir dengan kupasan berkenaan ‘Agenda PAS Ganti Umno’. Buku itu, ujarnya mengandungi 86 halaman dengan kupasan yang sangat menarik yang berkisar tentang konsep asas Negara Berkebajikan. Menurutnya, di antara perkara yang diulas oleh Tuan Guru Presiden di dalam buku karangan beliau tersebut ialah berkenaan ciri-ciri Negara Berkebajikan dan perbezaan di antara Negara Berkebajikan (Nation Of Care and Opportunity) dengan Negara Kebajikan (Welfare State) bawaan Barat. Beliau berkata, buka itu memberikan erti yang sangat besar kepada perjuangan untuk menegakkan keadilan di Malaysia ketika mana Umno BN menjuarai kezaliman dan ketidakadilan di negara ini. Menurutnya Iagi, buka berkenaan sangat memberikan signifikan yang besar apabila dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2 Ramadhan lalu di qaryah Ramadhan, Kota Bharu yang mana Allah SWT senantiasa menekankan peri pentingnya menjaga kebajikan sesama manusia. “Umno sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia, rakyat Malaysia memerlukan suatu perubahan yang besar untuk mencapai cita-cita keadilan yang sebenar,” ujar beliau lagi. Beliau juga turut melahirkan keyakinan bahawa Dewan Ulamak PAS Pusat akan memainkan peranan yang positif dalam usaha memastikan impian untuk mewujudkan sebuah Negara Berkebajikan yang selari dengan tuntutan Islam dapat direalisasikan.
Buku itu diterbitkan oleh Pejabat Presiden PAS dan Dewan Ulamak PAS Pusat.
|
Buku garis konsep umum Negara Berkebajikan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Buku Konsep Asas Negara Kebajikan karangan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekadar menggariskan maksud, konsep umum dan tuntutan sebuah Negara Berkebajikan.
“Buka kecil ini juga bukan sebuah tesis kajian ilmiah di mana susun atur isi dan penulisan dalam buku ini adalah disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh rakyat kebanyakan,” tulis Tuan Guru Abdul Hadi pada bahagian Muqadimmah.
Menurutnya, buku itu juga tidak bermaksud untuk memperincikan seluruh program kebajikan yang dimaksudkan oleh PAS.
Katanya, perincian dan susun atur program yang menjadi pengisiannnya nanti akan dipaparkan kepada seluruh rakyat dalam bentuk manifesto dan butiran khusus dari masa ke semasa menerusi media cetak dan lain-lain siaraya oleh PAS.
Beliau yang juga ahli parlimen Marang berkata, Dokumen Negara Berkebajikan yang akan menyusul selepas buku kecil
ini akan menjelaskan dengan lebih terperinci akan konsep dan tasawwur Negara Berkebajikan.
"Mudah-mudahan kita semua mendapat pahala menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan menyelamatkan manusia dengan petunjuk Allah yang sebenarnya secara beramal," ujarnya lagi.
Buku yang mengandungi tujuh bahagian dan 86 muka surat bercetak itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Qaryah Ramadhan, Kota Bharu pada 5 Ogos lepas. |
Negara Berkebajikan: Jahil feqah politik jadi punca |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Orang yang jahil terhadap feqah politik Islam terus menyatakan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS adalah sama dengan pentadbiran kerajaan Malaysia yang ada pada waktu ini.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Haid Awang - Presiden PAS
Malah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, ada yang menyatakan bahawa Negara Berkebajikan adalah sama dengan istilah welfare state yang diamalkan di negara Britain dan Sweden atau liberal welfare state yang diamalkan di Amerika Syarikat. Justeru, katanya buku kecil Konsep Asas Negara Berkebajikan perlu lahir untuk memberikan penjelasan bahawa Negara Berkebajikan yang ingin dibangunkan oleh PAS adalah tidak sama dengan negara kebajikan (welfare state) yang difahami oleh kalangan pengamal sains sosial dan sains politik pada waktu ini. “Apa yang ingin ditekankan dalam buku ini ialah bahawa pemahaman terhadap konsep Negara Berkebajikan perlu bermula dengan memahami makna, dasar, konsep dan cara pelaksanaannya melalui sumber asasi ajaran Islam iaitu al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan kepada seluruh agenda PAS mengikut perlembagaannya [Fasal 5(1) dan Fasal 7(1)] dan bukan hanya slogan politik pilihan raya semata-mata,” jelasnya dalam buku tersebut. Hakikatnya, kata beliau bahawa Negara Berkebajikan adalah berbeza dengan Negara Kebajikan (welfare state) kerana banyak perbezaan dari segi dasar, objektif dan wawasannya walaupun terdapat sedikit persamaan tertentu dari aspek fizikal yang ingin dibangunkannya tetapi berbeza dari segi semangat rohnya. Jelasnya, aspek fizikal mungkin ada kesamaan atau selari tetapi tamadun Barat meninggalkan aspek rohani atau pembangunan jiwa. “Inilah yang difahami oleh umat Islam bahawa tugas manusia adalah untuk melaksanakan ibadah, amanah dan menegakkan agama dan seterusnya mentadbir urusan dunia menggunakan panduan agama dalam erti katanya yang sebenar dan universal,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. Menurutnya, Islam mengajar orang yang beriman bukan sahaja menerima yang terbaik daripada al-Quran dan as-Sunnah tetapi juga menerima pandangan manusia terbaik dan kebijaksanaannya walau dari mana sekalipun. Ini, ujarnya dihuraikan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Kebijaksanaan itu laksana barang berharga yang jatuh tercicir kepunyaan seseorang yang beriman di mana sahaja sahaja dia menemuinya, maka dialah yang berhak memungutnya. Beliau menambah, penjelasan yang ringkas melalui buku Konsep Asas Negara Berkebajikan tentunya tidak mencukupi, maka berkewajipanlah kalangan ilmuan Islam memanjangkannya dengan kajian yang lebih mendalam dan menyeluruh. Justeru, tambahnya perbincangan dan seminar sama ada secara kecilan atau lebih besar wajar dijadikan suatu medium untuk mencambahkan lagi penbendaharaan ilmu dan maklumat mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi kepunyaan kita semua. |
Konvensyen Negara Berkebajikan tangkis tohmahan Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Ogos: PAS melalui Lajnah Penerangan dan Dakwah akan menganjurkan Konvensyen Negara Berkebajikan pada 10 September depan di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar. Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, konvensyen tersebut diadakan bertujuan menghurai dan memberi kefahaman kepada seluruh kepimpinan parti mengenai Konsep Asas Negara Berkebajikan sebagaimana Ucapan Dasar Presiden tahun ini Menuju Negara Berkebajikan. Katanya, konvensyen juga akan merumuskan sebuah rangka gerak kerja bagi melaksanakan ucapan dasar Presiden. Beliau dalam satu kenyataan memberitahu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan membentangkan Konsep Asas Negara Berkebajikan dalam ucaputamanya. Tambahnya, beberapa tokoh politik dan NGO akan turut memberi ulasan ucaputama itu, antaranya Dr. Mohd Noor Manuty (Ketua Penerangan PKR), Dr. Tan Seng Giaw (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) dan Azmi Abdul Hamid (Presiden Teras).
YB Dr Tan Seng Giaw - Timbalan Pengerusi DAP
Cikgu Azmi Abdul Hamid - Pengerusi TERAS
“Huraian lanjut mengenai Konsep Negera Berkebajikan juga akan dibentangkan sebagai Dokumen Negara Berkebajikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub,” katanya. Katanya lagi, dokumen tersebut merupakan penjelasan berupa tawaran-tawaran PAS kepada rakyat, dan ia tidak lari dari Buku Jingga bahkan melengkapkan lagi tawaran-tawaran Pakatan Rakyat apabila diberi mandat memerintah negara.
Tuan Guru al Mursyidul Am PAS
Jelasnya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga akan hadir bagi menyampaikankan ucapan penutup dalam konvensyen tersebut.
Katanya, peserta terlibat dalam konvensyen tersebut ialah semua kepimpinan tertinggi parti peringkat pusat, negeri dan kawasan-kawasan yang dijangka hampir 1,000 orang.
Menurutnya lagi, para peserta akan berpeluang berdialog dengan pimpinan tertinggi parti dalam memahami Konsep Negara Berkebajikan yang menjadi tema utama PAS dalam Ucapan Dasar Presiden baru-baru ini. “Ia sekali gus bagi menangkis tohmahan Umno BN yang kononnya PAS lari dari hala tuju perjuangan apabila memperkenalkan Negara Berkebajikan,” katanya. Justeru, beliau meminta PAS semua negeri dan kawasan mengosongkan tarikh tersebut bagi memberi tumpuan menghadiri program berkenaan. |
Bantuan kebajikan wajar dipercepatkan |
Harakahdaily |
IPOH, 5 Sept: Kebajikan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Sehubungan itu, kata Adun Tronoh, Sivakumar a/l Varatharaju (gambar), tidak guna ada kementerian dan jabatan untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata tidak wajar pihak-pihak tertentu mempersalahkan kerajaan semata-mata sekiranya bantuan yang disalurkan tidak diterima golongan terbabit. Beliau berkata, kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperuntukkan RM1.26 bilion bagi membantu kira-kira setengah juta golongan sasar sepanjang tahun ini. Bagi Sivakumar, nilai RM1.26 billion adalah terlalu besar, tetapi masalah miskin tegar masih wujud di merata pelosok negara. “Di manakah kesilapan telah berlaku?” soalnya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini. Katanya, persoalan itu perlu dijawab melalui tindakan kerajaan memastikan proses permohonan bantuan kebajikan adalah lancar dan cepat tanpa birokrasi yang terlampau. Ini, ujarnya adalah penting untuk memastikan golongan miskin benar-benar dibantu tanpa sebarang diskriminasi terhadap mereka. Menurutnya, didapati banyak permohonan telah dibuat untuk mendapatkan bantuan kebajikan tetapi tidak mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak berkuasa. Tambahnya, permohonan yang dibuat tidak diberi pertimbangan sehingga ramai yang sudah putus asa dengan pihak yang bertanggunggjawab. “Pelbagai rungutan dan rintihan yang kita dengar daripada orang ramai bahawa permohonan mereka ditolak secara sewenang-wenangnya,” ujarnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. Tambahan pula, katanya yang lebih menyedihkan lagi ialah tempoh masa yang diambil untuk meluluskan sesuatu permohonan bantuan kebajikan. Beliau berkata, ada kalanya tempoh berbulan-bulan diambil untuk memproses sesuatu permohonan bantuan kebajikan. Menurutnya, apa guna memberi bantuan jika ia tidak sampai pada masa yang tepat dan amat memerlukan. Katanya, orang-orang yang memohon bantuan kebajikan adalah dari kalangan miskin atau miskin tegar. Ujarnya lagi, perhatian yang serius harus diberi dengan serta-merta tanpa mengambil masa yang panjang untuk mempertimbangkan permohonan mereka. Tambahnya, apabila suami yang merupakan pembawa rezeki keluarga meninggal dunia, isteri dan anak-anak yang tidak mempunyai tempat pergantungan memerlukan bantuan serta-merta. “Tetapi, apabila kes seperti ini dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, ia mengambil masa lebih daripada sebulan untuk meluluskan bantuan. “Apa salahnya jika pihak jabatan meluluskan bantuan segera untuk membantu isteri dan anak-anak supaya satu jaminan hidup dapat diberikan kepada mereka dalam keadaan yang amat terdesak dan memerlukan,” katanya. Begitu juga, kata beliau banyak lagi permohonan yang dibuat tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ada juga, ujarnya kes-kes di mana fail hilang atau tidak dapat dikesan setelah beberapa bulan permohonan dibuat. “Semua ini menyusahkan lagi pemohon yang sudah pun menderita kerana tekanan hidup dan inflasi yang semakin ketara. “Ramai di antara warga emas dan ibu tunggal yang memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mendapat bantuan yang diharapkan,” katanya lagi. Katanya, setiap kali ditanya, jawapannya adalah yang sama iaitu ‘masih dalam proses’. “Kenapa ini berlaku? Adakah kerajaan tidak serius untuk membantu warga miskin atau wujud ketidakcekapan yang serius dalam pentadbiran memproses bantuan kebajikan?” tanya beliau. Katanya, kerajaan harus memberi perhatian yang sewajarnaya terhadap masalah kebajikan rakyat. Mengenai peruntukan kepada JKM sebanyak RM1.26 bilion, katanya perbelanjaan itu harus didahulukan untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat negara ini. Ini juga, ujarnya penting untuk membendung masalah sosio-ekonomi seperti jenayah, pelacuran dan sebagainya. Beliau berkata, jika kerajaan mengambil sikap sambil lewa terhadap permohonan bantuan kebajikan maka sudah tentu ini akan menambahkan pahit maung pemohon tersebut. Selain daripada itu, tambah beliau keyakinan rakyat terutamanya golongan miskin akan hilang terhadap pentadbiran ini. Oleh yang demikian, katanya pihak kementerian harus memberi satu ‘cut-off date’ untuk setiap jenis permohonan supaya ia dapat dijadikan sebagai kayu pengukur oleh semua pihak yang terlibat dalam permohonan bantuan kebajikan. Tambahan pula, ujar beliau ini adalah penting untuk memastikan pencapaian KRA oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pemberian bantuan kebajikan ini. “Sering kali kita dengar bahawa berjuta-juta ringgit telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk memberi bantuan kebajikan kepada warga miskin, warga tua dan ibu tunggal. “Tetapi, adakah wang itu sampai kepada sasaran?” soalnya. Bagi Sivakumar, janji kerajaan itu seolah-olah ‘di lahir serupa tidak, di batin menggunting angin’. |
Tekuni Negara Berkebajikan tawaran PAS |
Nik Nasri Nik Malek |
Dalam kesibukan tugasan politik dan dakwah, DS TG Presiden PAS berjaya menghasilkan sebuah buku berkenaan konsep ‘Negara Berkebajikan’ yang menjadi tema Muktamar PAS ke 57 yang lepas. (intisari ucapan dasar) Tahniah dan syabas diucapkan.
Ia menjadi bukti bahawa ‘Negara Berkebajikan’ bukan hanya menjadi tema bagi memeriahkan Muktamar sahaja, tetapi hasrat itu adalah hasrat sebenar dan menjadi di antara matlamat yang termaktub dalam Perlembagaan PAS itu sendiri.
Dewan Ulama PAS Terengganu pula menjadi Dewan dalam PAS yang memulakan Nadwahnya sebaik sahaja selesai Muktamar itu mengembangkan tema ‘Negara Berkebajikan’ itu ke peringkat bawah. DS TG sendiri yang membentangkan tajuk itu yang asalnya dijangka akan dikemukakan buku tersebut tetapi tidak sempat kerana ia baharu sahaja dicetak ketika itu.
Sebelum pembentangan tersebut, Tok Guru masih lagi meminta naskhah al-Quran. Barangkali membuat rujukan terakhir kepada ayat tertentu sebelum dibentang. Dari kerusi belakang di atas pentas Markas Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, saya sempat mencatat beberapa idea penting yang dikemukakan dalam pembentangan tersebut yang saya rasa bahawa itu juga bahan yang ada dalam buku tersebut. Saya kongsikan dengan pembaca sekalian:
Asas Negara Berkebajikan: * Perbincangan ‘Negara Berkebajikan’ bertolak dari ayat 177 surah al-Baqarah yang menerangkan konsep kebajikan secara benar menurut perspektif Islam. * komentar dari ahli akademik, ahli politik, media dan lain-lain sangat banyak selepas ‘Negara Berkebajikan’ dikemukakan tetapi tidak dapat mencapai kehendak ‘Negara Berkebajikan’ oleh PAS yang ada dalam perlembagaan PAS itu sendiri. Ini kerana mereka memberikan huraian menurut kacamata mereka sendiri dan kefahaman mereka tentang negara kebajikan ala Barat. * ayat tadi-syumul dan lengkap bagi sebuah ‘Negara Berkebajikan’ yang PAS mahukan. * berbeza dari ‘welfare state’, negara komunis, sosialis untuk tegakkan keadilan cara mereka. * yang lain hanya bersifat kebendaan dan aspek ekonomi-bantu/bela rakyat miskin, hospital percuma. * Al-Quran jelaskan berkebajikan-asasnya iman, jauhkan syirik. Jika syirik amalan batal. Al-Quran menyebut mengenai penduduk negeri beriman dan bertaqwa yang dibuka pintu berkat. Konsep taqwa dan berkat ini hanya ada dalam Islam, tidak dalam sistem yang lain. * Apabila sistem komunis hancur, Cina berubah kepada ekonomi bebas. Objektif Negara Berkebajikan: * menyeru kepada ‘al-khair’ (kebaikan)-seluruh ajaran Islam meliputi pembinaan peribadi hingga pembinaan negara. * Bagi melaksanakan tugas menyeru kebaikan ini, mesti ada kumpulan Islam, suruh yang baik larang kemungkaran. Ciri Negara Berkebajikan: * pemimpin yang mempunyai hubungan dengan Tuhan, sokong dan dokong parti yang meletakkan Allah itu sebagai tempat kepercayaan. * mendirikan solat-dalam dan luar solat. * menunaikan zakat- berbeza dari cukai. Zakat ikut kadar nisab-perkembangan hasil-kharaj (pertanian), usyur, jizyah (beri ganti keamanan). * pembahagian zakat-bahagian terbanyak kepada khidmat masyarakat yang memerlukan. * konsep ‘supaya harta tidak beredar di kalangan golongan tertentu’ dilaksanakan dalam ‘Negara Berkebajikan’. * dalam ‘Negara Berkebajikan’ tiada rasuah, peniaga digalakkan menyumbangkan harta. Bina masjid bukan sahaja dari kerajaan tapi juga sumbangan orangramai. * contoh zakat-tak dipindahkan ke luar hingga fakir di tempat itu selesai (mazhab Shafie). * Islam kuasai bukan sahaja ekonomi tetapi menjaga hati manusia. * ‘al-amr bilmakruf’-’suruh yang baik’-mengutamakan keamanan dan keselamatan, turunkan kadar jenayah. * fiqh semasa dalam perlaksanaan zakat perlu dilihat secara menyeluruh. * Dalam al-Quran-disebut negara kebejatan dan kebajikan. * contoh negara kebejatan-negara pemerintahan Namrud, kaum Aad (punya tiang hebat-gambaran pembangunan kebendaan), kaum Thamud, pemerintahan Firaun. * contoh negara berkebajikan-Mesir di bawah pemerintahan Nabi Yusof (kemahiran mengurus dan mentadbir ekonomi negara di saat berlaku krisis ekonomi terutama makanan), Nabi Sulaiman (katanya selepas menerima hadiah dari Balqis: ‘Allah beri kepada aku lebih baik dari hadiah kamu’), Nabi Daud (dilembutkan besi-industri berat untuk pertahanan negara), Zulqarnain (bina tembok-kawal rakyat dari musuh) * ‘supaya harta tak beredar di antara kamu’ –ada kuasa, beri projek, beri rasuah, sokongan kepada yg berkuasa-pusingan dalam bantu dan sokong sistem yang rosak. * isu gaji tak berpatutan * pemimpin negara tunjuk ego, sombong. Selalu menyebut ‘projek ini aku buat’-ayat digunakan oleh Firaun * Umno rosakkan Islam (melalui sekularisme), tak beri contoh baik kepada Islam dan perlaksanaan Islam, rosakkan hubungan kaum * Omar alKhattab- tadwin addawawin-melaksanakan gaji ikut tahap, meninggalkan taswiah (persamaan) * 3 komponen PR terima konsep ‘negara berkebajikan’ selepas terima ‘Islam Adil Untuk Semua’. Ini adalah sebahagian idea yang dikemukakan. Idea ini sangat perlu dikembang, dihurai, diperinci, diwacana dan ditekuni oleh segenap lapisan masyarakat. Ia adalah sebuah idea yang sangat baik dan diperlukan bagi menggantikan sistem usang warisan penjajah yang diteruskan oleh parti korup BN pimpinan Umno. Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu |
Najib tidak faham Negara Berkebajikan |
Tuan Guru Abdul Hadi Awang |
Berikutan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan belanjawan 2012 di parlimen semalam bahawa BN telah melaksanakan konsep Negara Berkebajikan, PAS ingin menegaskan bahawa Najib tidak memahami konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Paling penting beliau harus memahami tiga ciri asas Negara Berkebajikan yang hampir tidak dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional sehingga kini.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM
Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan. Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Ini semua jelas kepada kita, hampir tiada ciri-ciri Negara Berkebajikan yang dilaksanakan oleh pemerintahan Barisan Nasional. Begitu juga dengan manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep negara berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS. Oleh itu, rakyat harus sedar bahawa ‘Negara Berkebajikan’ yang hendak dibawa oleh Pas bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas, keperluan sosial yang wajib dipenuhi, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS |
Najib tak faham, kata presiden PAS | | Print | |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan Perdana Menteri sebagai "tidak faham" konsep Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS apabila mendakwa BN sudah lama melaksanakannya. Sebagai menjawab 'sindiran' Datuk Seri Najib Razak sewaktu membentangkan Bajet 2012 Jumaat lalu, Presiden PAS itu menjelaskan, tiga asas utama Negara Berkebajikan hampir tidak dilakukan kerajaan BN selama lebih 54 tahun memerintah. "Pertamanya, Negara Berkebajikan mestilah ditadbir oleh pemerintah yang berintegriti atau beriman dan juga rakyat yang berintegriti. Dengan membazirkan wang rakyat untuk membayar bil air dan elektrik rumah Perdana Menteri berjumlah jutaan ringgit tidaklah menggambarkan pemimpin yang berintegriti. "Keduanya, Negara Berkebajikan mestilah bercirikan kerajaan yang wajib memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan secara adil. "Ketiga, negara berkebajikan menekankan ciri kepimpinan yang beriman, berakhlak, menepati janji dan adil untuk semua. Nampaknya Perdana Menteri yang membentangkan belanjawan ini sebagai Menteri Kewangan gagal sama sekali memahami apa yang dimaksudkan oleh PAS sebagai Negara Berkebajikan," katanya. BN nafi hak Tindakan kerajaan terus menafikan royalti minyak di Kelantan dan Terengganu sejak bertahun-tahun juga katanya, jelas menggambarkan ciri pengkhianatan dan tidak menepati perjanjian, malah jauh sekali memenuhi ciri Negara Berkebajikan. Begitu juga dengan pemberian bantuan kepada rakyat yang bersifat bermusim di kala kerajaan memerlukan undi rakyat dan membiarkan rakyat tersepit dengan kenaikan harga barang dan petrol di luar waktu pilihanraya. Selain itu, manipulasi sistem pilihanraya melalui undi pos, daftar pemilih yang kotor, penggunaan jentera kerajaan dan memberi IC kepada warganegara asing untuk mengundi, jelas satu tindakan tidak berintegriti dan tidak amanah serta menutup pintu muhasabah oleh rakyat dalam pilihanraya. "Ini hanya beberapa contoh jelas bahawa BN jauh sekali menepati konsep Negara Berkebajikan yang hendak dibawa oleh PAS," katanya lagi. Sehubungan itu beliau mahu rakyat menilai bahawa Negara Berkebajikan yang mahu dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat jauh lebih besar dan luas kerangkanya berbanding BN yang memfokus kepada pemberian subsidi semata-mata. Konsep Negara Berkebajikan PAS jelasnya meliputi hak rakyat untuk dilayan secara adil, agihan ekonomi yang adil, hak bepolitik secara bebas serta keperluan sosial yang wajib dipenuhi. Lebih penting, pemimpin dan rakyat yang berintegiti dan seterusnya membentuk Malaysia yang sejahtera dalam semua aspek, bukan sekali-kali bersifat pemberian habuan bersifat sementara di masa rakyat diperlukan semata-mata. |
Muhyiddin jahil konsep Negara Berkebajikan | | Print | |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 3 Dis: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa kononnya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, jelas bertujuan untuk menyembunyikan kejahilannya sendiri yang sebenarnya tidak tahu perkara itu. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, realiti itu tidak perlu disembunyikan lagi oleh Muhyiddin kerana dakwaan beliau itu ternyata tidak berasas. Menurut beliau, para pemimpin PAS telah pun menunjukkan contoh konsep Negara Berkebajikan sejak PAS berjaya memerintah Kelantan 21 tahun lalu yang kini turut diikuti di negeri-negeri lain yang berada di bawah Pakatan Rakyat. Katanya, sekiranya pemimpin-pemimpin PAS tidak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan, tidak mungkin mereka bercakap mengenainya dan berkemampuan melaksanakannya seperti yang telah ditunjukkan di Kelantan. "Dia yang tak reti. Bukan pemimpin-pemimpin PAS yang tak tahu. Kalau pemimpin pemimpin-pemimpin PAS tak tahu macam mana boleh dilaksanakan di Kelantan," katanya ketika ditemui di sini. Muhyiddin ketika berucap merasmikan perhimpunan agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Malaysia pada perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, 29 November lalu berkata, pemimpin-pemimpin PAS hanya sekadar tahu menyebut tentang Negara Berkebajikan tetapi sebenarnya tidak tahu tentang konsep sebenar Negara Berkebajikan. Realiti itu didakwa berbeza dengan pemimpin-pemimpin Umno yang bukan sekadar tahu perkara itu, tetapi telah melaksanakannya sejak memerintah negara berpuluh tahun lalu. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dibuat oleh Muhyiddin kerana ia tidak mungkin berkemampuan mempengaruhi orang ramai, melainkan hanya akan memalukan dirinya sendiri sahaja yang terbukti jahil tentang konsep Negara Berkebajikan yang sebenar. Sebelum ini, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, katanya, pernah membuat kenyataan seperti itu dan membandingkannya dengan langkah-langkah yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN tentang sekelumit bantuan kebajikan yang diberikan kepada rakyat menerusi agensi-agensi kerajaan. "Tetapi langkah-langkah yang dibuat oleh Kerajaan BN itu masih jauh dengan konsep Negara Berkebajikan sebenar. Untuk mengetahuinya, Muhyiddin perlu menelitinya dengan mendalam dengan apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan PAS di Kelantan," katanya. Antaranya contoh yang telah ditunjukkan di Kelantan, tambahnya, dengan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan yang kemudiannya turut diikuti di negeri-negeri Pakatan Rakyat. "Langkah Kerajaan PAS Kelantan memberikan cuti 2 hari kepada kakitangan kerajaan itu pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi kemudian Kerajaan BN sendiri juga turut mengikutinya. "Selain itu, di Kelantan juga turut dilaksanakan skim takaful, bantuan kepada ibu tunggal dan lain-lain bantuan kepada rakyat, manakala segala urusan kerajaan dengan rakyat pula dipermudahkan," katanya. Itu, katanya, hanyalah sebahagian sahaja dari langkah yang telah dilaksanakan di Kelantan, manakala sebahagian contoh di Selangor pula dengan sebahagian pemberian bekalan air percuma. "Di Pulau Pinang pula, diberikan RM100 kepada setiap anak negeri itu yang baru lahir sebagai sebahagian bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang kepada rakyat di negeri itu," jelasnya. Kerajaan PAS Kelantan, tegasnya, walaupun miskin, tetapi tetap berkemampuan melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan baik, ekoran kefahaman para pemimpin PAS sendiri tentang konsep Negara Berkebajikan. "Kini, banyak langkah yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan itu yang pada mulanya dikritik dan ditentang hebat oleh Umno BN, tetapi telah ditiru satu demi satu oleh Kerajaan BN. "Jadi siapa sebenarnya yang tak tahu tentang konsep Negara Berkebajikan? Ternyata bukan para pemimpin PAS yang tak tahu, tetapi Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri yang jahil mengenainya," ujar beliau. |
PAS lancar buku dokumen negara berkebajikan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Dis: Seperti dijanjikan sebelum ini, PAS akan melancarkan buku Negara Berkebajikan parti itu pada Ahad 11 Disember ini. Pelancaran buku tersebut akan disempurnakan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program yang akan bermula jam 3 petang bertempat di ruang lobi Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam. Buku yang bertajuk "Negara Berkebajikan: Tawaran PAS" itu merupakan penjelasan dan perincian terhadap kandungan konsep negara berkebajikan yang mahu ditawarkan PAS. Buku setebal 59 muka surat itu mengandungi tujuh bahagian antara lain memuatkan penjelasan konsep negara berkebajikan, teras-teras utama, polisi-polisi umum dan 10 agenda permulaan jika PAS diberi mandat bersama Pakatan Rakyat untuk memerintah Malaysia. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial. Bahagian 10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS antara lain seperti berikut: 1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih 2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu 3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama 4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai 5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai 6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat 7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral 8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela 9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia 10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari Sementara itu, buku ini juga merupakan penjelasan kepada buku pertama yang ditulis Tuan Guru Abdul Hadi sendiri yang bertajuk "Konsep Asas Negara Berkebajikan" yang telah dilancar sebelum ini. Kedua-dua buku ini adalah susulan daripada ucapan dasar yang dibentangkan beliau dalam muktamar tahunan PAS ke 57 baru-baru ini yang bertemakan Membangun Negara Berkebajikan. |
Negara Berkebajikan: PAS tawar hapus cukai dan tol :
Ceramah TGHA : http://www.youtube.com/watch?v=esykNPzZgYg&feature=related
Negara Berkebajikan: Mengada betul Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan. Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. “Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!” kata kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Tambahnya, setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti pelan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan syariat Allah SWT, itulah Fasa 1 projek PAS. Beliau berkata, Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal, bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Jelasnya lagi, ia adalah pengisian dan perlaksanaan, sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga ditohmah sebagai negara mullah. “Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah),” katanya. Katanya, ia menepati pembentukan good governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS. Menurutnya, menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Justeru, ujar beliau selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Pelan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS. “Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah pengukuhan identiti. “Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana,” jelasnya. |
Negara Berkebajikan: Mengada betul Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 25 Dis: Isu Negara Berkebajikan sering dijadikan turning point untuk menyerang PAS kononnya PAS telah tersasar dari landasan perjuangan asal iaitu Negara Islam. Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi berkata, lalu Umno mendesak supaya PAS kembali menggunakan istilah Negara Islam bukannya Negara Berkebajikan. Lebih menarik, katanya Umno juga menyatakan demikian sedang Umnolah antara yang paling kuat menentang hasrat PAS sewaktu PAS menggunakan istilah Negara Islam sebelum ini. “Sekarang apabila PAS menggunakan istilah Negara Berkebajikan, mereka sibuk pula mendesak supaya PAS tukar kembali kepada istilah Negara Islam. Mengada-ngada betullah mereka ni!” kata kepada Harakahdaily. Sehubungan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah dan usaha PAS Membangun Negara Berkebajikan adalah merupakan Fasa 2 pembinaan Negara Islam. Tambahnya, setelah PAS menerbitkan dokumen Negara Islam tempoh lalu, maka ia seperti pelan induk bagi PAS menjayakan hasrat mendaulatkan syariat Allah SWT, itulah Fasa 1 projek PAS. Beliau berkata, Fasa ke 2, PAS bergerak dengan lebih praktikal, bukan sahaja membentang plan induk (Fasa 1) yang lengkap dengan teorinya, kini PAS tampil dengan Negara Berkebajikan sebagai subtance kepada Negara Islam. Jelasnya lagi, ia adalah pengisian dan perlaksanaan, sekaligus menjawab pelbagai tohmahan kononnya Negara Islam adalah negara hukum semata-mata atau juga ditohmah sebagai negara mullah. “Negara Islam ialah negara yang dibina berasaskan bimbingan syariat Islam. Sementara elemen utama dalam Syariat Islam ialah adil, telus, integriti dan amanah selain ubudiyyah (pengabdian diri kepada Allah),” katanya. Katanya, ia menepati pembentukan good governence yang menjadi sendi utama bagi Negara Berkebajikan yang mahu dibangunkan oleh PAS. Menurutnya, menganggap PAS telah tersasar dari landasan asal perjuangannya adalah berpunca dari salah faham atau buat-buat tidak faham terhadap matlamat dan objektif perjuangan PAS. Justeru, ujar beliau selayaknya mereka terlebih dahulu membuka dan melihat Pelan Lengkap Projek PAS bagi memahami keseluruhan fasa yang akan dibina oleh arkitek PAS. “Negara Berkebajikan bukan krisis identiti tetapi ia adalah pengukuhan identiti. “Justeru ia memantapkan lagi pengenalan dan jati diri PAS dengan usaha bina dan tawaran yang lebih praktikal, mudah dan boleh laksana,” jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7210-negara-berkebajikan-mengada-betul-umno
Pemuda PAS Melaka terjemah Negara Berkebajikan |
Shahrin Azam |
JASIN, 29 Dis: Dewan Pemuda PAS Melaka menterjemahkan konsep Negara Berkebajikan dengan membiaya peralatan persekolahan kepada 120 orang kanak-kanak yang terdiri daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan di sekitar Jasin. Usaha itu dibuat rentetan daripada kos sara hidup yang semakin tinggi, di samping keperluan mendesak keluarga untuk menyara anak-anak mereka yang lain bagi memasuki musim persekolahan 2012 nanti. Mereka terdiri daripada buruh kasar, petani, nelayan dan warga emas. Program yang dianjurkan bersama UPU Merlimau Pasir itu dibuat secara berperingkat. Bermula dengan sumbangan kepada 40 orang kanak-kanak yang dibawa ke pasaraya di bandar Muar dan diikuti kumpulan kedua yang dibawa ke pasaraya di sekitar bandar Jasin. Ketua Pemuda PAS Melaka, Yuhaizad Abdullah mengetuai program kebajikan itu (gambar). Turut hadir adalah kepimpinan Pemuda PAS negeri Melaka dan Pemuda PAS Kawasan Jasin. Konsep program merakyat kerana kanak-kanak itu dibawa terus ke pasaraya untuk membeli pakaian dan kasut. Manakala beg sekolah dan alat tulis diberikan terus ke rumah mereka. Program seumpama itu diharap dapat merapatkan ukhuwah antara masyarakat dengan PAS selain menjadi contoh teladan kepada masyarakat untuk terus menyumbang kepada golongan yang memerlukan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7295-pemuda-pas-melaka-terjemah-negara-berkebajikan
Hope2Walk raih perhatian masyarakat |
Nazli Ibrahim |
PETALING JAYA, 4 Jan: Kempen Hope 2 Walk yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu tetap diteruskan dan mendapat perhatian masyarakat meskipun Annisa Mohd Affandi, 10 tahun telah meninggal dunia pada 22 Disember lalu sebelum sempat dana untuk membiayai rawatannya mencukupi. Kempen tersebut diteruskan bagi mendapatkan sumbangan orang ramai bagi membiayai rawatan untuk adik kepada Annisa, An-Nur, 8 tahun yang turut mengidap kecacatan Cerebral Palsy seperti kakaknya. Annur memerlukan dana berjumlah kira-kira RM500,000 untuk membolehkan beliau mendapat rawatan di Hopital Erkang, Beijing, China, kaedah rawatan yang tidak terdapat di negara ini. Bagaimanapun menurut Affandi, jumlah dana yang dilancarkan kira-kira sebulan lalu masih jauh dari jumlah yang disasarkan bagi membolehkan An-Nur diterbangkan ke China. "Sambutan masyarakat termasuk beberapa badan bukan kerajaan memang memuaskan, kira-kira sebulan program ini dilancarkan sehingga kini kutipan baru menghampiri seratus ribu, masih terlalu jauh untuk mencapai sasaran lima ratus ribu. "Selain sumbangan yang datang dari individu, ada beberapa NGO yang turut sama menghulurkan sumbangan dan saya amat berterima kasih kepada semua," beritahu beliau kepada Harakahdaily. Affandi juga memberitahu program Hope2Walk ini akan diteruskan walaupun setelah dana yang diperlukan untuk membiayai rawatan An-Nur telah mencukupi nanti bagi membantu kanak-kanak lain yang senasib. "Insyaallah, bila An-Nur dapat diterbangkan ke China, Hope 2 Walk ini akan diteruskan bagi membantu anak-anak lain yang senasib dengan Annisa dan An-Nur. "Annisa dan An-Nur adalah perintis bagi memberi peluang dan harapan kepada kanak-kanak lain juga, bukan milik kami," ujar beliau. Menurut beliau lagi, masyarakat harus memandang isu ini sebagai satu perjuangan untuk semua, bukannya perjuangan untuk Annisa, An-Nur dan keluarganya sahaja. "Ini adalah perjuangan bersama, perjuangan semua lapisan masyarakat negara ini membuktikan keprihatinan dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang yang tidak hanya mengejar duniawi sahaja. "Banyak atau sedikti jumlah yang kita sumbangkan bukanlah persoalannya, tetapi keikhlasan kita untuk menyertai perjuangan ini dengan turut sama menyumbang walaupun satu ringgit. "Orang ramai boleh membuat sumbangan melalui akaun Maybank saya bernombor 1561 1400 1424 atau akaun Bank Islam anak saya, Annisa Mohd Affandi bernombor 14-229-02-001975-2," kata beliau lagi. Sementara itu, orang ramai yang ditemui di dalam program Mini Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur dan Annisa yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Apartmen Harmoni, Damansara Damai turut menyatakan sokongan terhadap program tersebut. Jangan pilih bulu membantu Suri rumah, Normariah Saleh, 34 tahun menyatakan kes yang menimpa seorang kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum sempat menjalani pembedahan kerana ibu bapanya tidak mempunyai wang yang mencukupi beberapa tahun lalu haruslah dielakkan. "Saya teringat beberapa tahun lalu, seorang kanak-kanak meninggal dunia apabila tabung yang dilancarkan untuk menampung kos pembedahan tidak mendapat sambutan yang baik dari masyarakat kita. "Hairannya, pada masa yang sama tabung bantuan untuk selebriti cepat pulak penuh. "Memang betul, selebriti pun patut diberi perhatian, dibantu sekiranya mereka memerlukan, tetapi ianya membuatkan saya tertanya-tanya adakah masyarakat kita punyai sikap memilih orang-orang terkenal sahaja untuk membantu. "Kita dapat lihat di pentas tadi, ada pihak dari Gereja yang turut sama memberikan sumbangan untuk tabung Hope 2 Walk, sikap yang wajar kita contohi iaitu membantu tanpa mengira ugama dan bangsa. "Kita baru sahaja kehilangan kakaknya, Annisa sebelum sempat beliau mendapat rawatan, kita tidak mampu untuk kehilangan si adiknya pula An-Nur," beritahu beliau. Naimullah, lepasan institusi pengajian tinggi pula menyatakan, semua lapisan masyarakat perlu lebih perihatin dengan isu-isu seperti ini. "Kita kena perihatin dengan isu seperti ini dengan membantu golongan yang memerlukan tak kisahlah walaupun sedikit. "Apatah lagi dalam zaman yang kos sara makin tinggi, memang bukan semua orang mampu memberi sumbangan yang besar, tetapi dengan pengorbanan seringgit kita itulah dapat memberikan seribu harapan kepada kanak-kanak seperti An-Nur ini," katanya. Baru-baru Konsert Amal Seribu Harapan An-Nur dan Annisa yang dianjurkan oleh Seni Suri Jawi dan Hope 2 Walk telah mendapat sambutan meriah di Damansara Damai. Jelajah tersebut juga akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di seluruh negara bagi memenuhi dana yang diperlukan bagi menampung kos rawatan untuk An-Nur. Kempen Hope 2 Walk ini turut mendapat perhatian beberapa media massa termasuk sokongan meluas di laman sosial seperti facebook, twitter dan blog. Kempen ini turut mengundang keprihatinan pemain bola sepak negara yang juga kapten pasukan Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali yang diangkat sebagai duta kempen Hope 2 Walk. Orang ramai yang ingin turut menghulurkan sumbangan, mereka boleh menyalurkan ke akaun Maybank atas nama Mohd Affandi Ramli (1561 1400 1424) atau Bank Islam atas nama Annisa Mohd Affandi (14-229-02-001975-2) atau hubungi sukarelawan Nashita Md Noor di talian 013 209 6373. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7391-hope2walk-raih-perhatian-masyarakat-
Negara Berkebajikan PAS berbeza dengan Negara Kebajikan Umno
21 Feb 2012 |
Masih ramai yang terkeliru sehingga tidak faham perbezaan di antara negara berkebajikan dan negara kebajikan. Negara berkebajikan Islam tidak sama dengan negara kebajikan yang diamalkan di negara barat, kerana perbezaan prinsip, konsep dan matlamatnya berteraskan teori sekularisme yang berwawasan sekadar dunia sahaja seperti wawasan 2020. Negara kebajikan memisahkan urusan negara daripada agama sama ada secara total atau terpilih dan tanpa perhitungan halal dan haram serta dosa dan pahala. Selepas melakukan berbagai salah laku dan dosa, boleh hilang dengan pergi haji dan umrah atau sembahyang Jumaat. Selepas itu mengulangi semula dan kadang-kadang dengan kadar yang lebih besar berlipat kali ganda.
Islam menjadikan kebajikan tajuk umum kepada seluruh sifat kejadian manusia, melibatkan kehidupannya dalam hubungan dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam. Bukan sahaja amalnya kebajikan, bahkan seluruhnya hendaklah bersifat kebajikan. Bermula daripada dasar dan cara, sehinggalah matlamatnya. Maka perkataan ‘berkebajikan’ adalah memberi makna yang tersebut, sehingga meliputi dasar, konsep, amalan dan matlamat seterusnya mencapai kemuncak yang menentukan martabat manusia iaitu taqwa. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah:
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177 ) البقرة .
177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Menunjukkan berkebajikan itu berdasarkan kepada beriman kepada yang zahir dan yang ghaib, serta berwawasan sehingga hari akhirat. Malah sehinggalah menjadikan pelaksanannya ikhlas tanpa rasuah, menipu dan zalim. Membantu mereka yang memerlukan bantuan. Bukannya kosong tidak ada sumber ekonomi, tetapi mestilah dengan mengumpulkan sumber pendapatan tanpa menindas, serta menunaikan janji tarhadap semua manusia secara majmuk dan bersedia menghadapi cabaran dalam dan luar dengan sabar. Kesemua ciri tersebut membentuk sifat taqwa dengan makna yang menyeluruh.
Apabila pemimpin Makkah menolak tawaran Rasulullah S.A.W. kerana menganggap dasar dan konsep berkebajikan yang membawa sifat taqwa itu menjadikan negara bangsat kerana ditolak oleh masyarakat sekeliling dizaman itu. Mereka takutkan bahaya menimpa sekiranya mengikut Rasulullah S.A.W. Maka penduduk Makkah akan kelaparan dan lemah dikuasai musuh. Mereka bersedia untuk beriman sekiranya ditunjukkan di hadapan mata mereka segala projek kebendaan semata-mata yang boleh memberi kebajikan hidup tanpa iman, amal soleh dan akhlak yang baik. Malah tanpa perhitungan dosa dan pahala serta tidak berwawasankan hari akhirat.
Firman Allah SWT mengesahkan desakan mereka terhadap Rasulullah S.A.W:
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا (89) وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا (90) أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا (91) أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا (92) أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا (93) الإسراء.
89. Dan Sesungguhnya kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (Nya).
90. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami.
91. Atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya.
92. Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari bahan paling mahal (saperti emas dan sebagainya), atau kamu naik ke langit, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah(wahai Muhammad S.A.W).: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanyalah seorang manusia yang dilantik menjadi Rasul?"
Seterusnya Allah menjanjikan keberkatan apabila negera beriman dan bertaqwa, bukanlah bermakna tidak ada hasil langsung sehingga bangsat. Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96) الأعراف.
96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat yang banyak dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu. Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Konsep iman dan taqwa bagi negara, dengan makna mengikut para Rasul dalam menegakkan Islam secara menyeluruh, memenuhi perinsip iman, amal soleh dan akhlak tersebut. Ia membawa berkat yang mendatangkan hasil negara sehingga melimpah ruah. Taqwa adalah ungkapan yang memenuhi ciri negara berkebajikan yang tersebut. Masalahnya, perkataan berkat tidak ada dalam kamus sains politik dan ekonomi yang lain daripada Islam.
Rasulullah S.A.W. dilahirkan di Makkah, bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan tenaga manusia. Ia mengandungi hikmat yang besar yang menunjukkan acuan membangun negara bermula dengan pembangunan insan dan dengan konsep taqwa boleh menegakkan negara maju yang sebenar. Tanpa acuan ini, maka ia memusnahkan negara yang paling maju dan kuat dalam sejarah manusia.
Firman Allah:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (6) إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (7) الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (8) وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (9) وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (10) الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (11) فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (12) فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (13) إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (14 ) . الفجر .
6. Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?
7. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.
8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
9. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah.
10. Dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak khemah (tentara yang banyak).
11. Yang melampau (zalim) dalam negeri.
12. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan (maksiat dan berbagai kejahatan) dalam negeri itu.
13. Karana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab.
14. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.
Kaum A’d, Thamud dan Firaun merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah akhirnya semuanya dimusnahkan. Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlak. Walaupun banyak kebajikan bersifat kebendaan untuk rakyat, sehingga rakyat menjadi bodoh dengan kesenangan, temasuk yang berpelajaran tinggi pun menjadi bodoh dan manusiawinya dimusnahkan, maka keberkatan akan hilang keran hilangnya iman, akhlak dan amal soleh.
Allah menceritakan kesah Firaun berbuat kebajikan untuk menipu rakyat:
وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ (51) أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ (52) فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ (53) فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ (54) فَلَمَّا آَسَفُونَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ (55) فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآَخِرِينَ (56 ) الزخرف .
51.
Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir Ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; Maka apakah kamu tidak melihat(nya)?
52. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
53. Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?"
54. Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu sehingga bodoh atau lemah akal) lalu mereka patuh kepadanya. Karana Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.
55. Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut).
56. Dan kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian.
Begitulah nasib Firaun yang bermegah dengan projek pembangunan untuk kesenangan hidup bagi rakyat Mesir dengan membandingkan dirinya dengan Nabi Musa yang tidak dapat membuat apa-apa projek pembangunan dan tidak mampu membantu rakyat kerana belum mandapat memerintah negara.
Ada juga kalangan mereka yang menyatakan PAS sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam. Peranan Majlis Syura Ulama yang mampu merujuk setiap langkah dan keputusan daripada Al Quran dan Sunnah. Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya diwajibkan berbaiah yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, supaya tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya. Maka celaka dunia dan akhirat sesiapa yang melanggar baiahnya.
Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah, menegaskan dalil secara dua pendekatan. Mantuq (dilafazkan secara nyata ) dan Mafhum (secara difahami tujuan dan maknanya ). Walaupun Al-Quran tidak menyebut secara lafaz yang nyata dengan perkataan sembahyang Islam, puasa Islam, zakat Islam, haji Islam dan lain-lain, namun boleh difahami perbezaan diantara ibadat Islam yang sah mengikut hukum Islam dan ibadat yang tidak sah mengikut cara bukan Islam.
Adapun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang melibatkan ajaran Islam dengan masyarakat majmuk, pendekatan yang menerima kewujudan berbagai kaum dan agama, maka sering kali dilafazkan dengan kalimah adil dan kebajikan. Di antaranya tawaran Rasulullah S.A.W. konsep negara kepada Bani Syaiban dengan membaca firman Allah:
إنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (90) النحل .
90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, membantu kaum kerabat yang perlu dibantu dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu, agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Sila baca buku Sirah Nabawiyyah berkenaan perbincangan Rasulullah S.A.W. dengan Kabilah Bani Amir ketika menawarkan sebuah negara sekiranya mereka menerima hijrah dilakukan di negeri mereka.
Negara kebajikan BN berteraskan Umno melaksanakan kebajikan berunsurkan rasuah untuk pilihanraya. Ini kerana acuan kepiminannya dibarahi rasuah dalam pemilihan di semua peringkat dan mendapat undi pilihanraya juga dengan rasuah. Negara terus dibanjiri kemungkaran dan jenayah yang tidak mampu dihapuskan.
PAS tetap Istiqamah dengan pegangan dasar, konsep dan matlamat perjuangan ketika bersama BN sejak awal tahun tujuh puluhan dan dikeluarkan daripada BN di akhirnya, dan bersama Barisan Alternatif sejak tahun 1999 sehingga DAP keluar daripada BA dan masuk semula selepas itu. PAS juga tetap setia dan ikhlas dengan ikatan janjinya dengan sesiapa sahaja dan wajib menunjukkan contoh khusus kepada pihak bukan Islam dengan berpegang teguh dengan pesanan Rasulullah S.A.W.
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
سنن الترمذي - (ج 5 / ص 199)
(Orang-orang Islam itu wajib menunaikan syarat-syarat mereka (khususnya kesetiaan dalam perjanjian dengan pihak lain) malainkan syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Maka PAS tidak boleh menerima adanya arak halal kerana berlesen dan arak haram kerana tidak berlesen mengikut konsep Umno dengan bukan Islam dalam kerjasama BN. Walaupun tidak boleh dihalang hak bukan Islam untuk minum arak sesama mereka. PAS juga memahami sikap melempar batu sembunyi tangan Umno menggunakan MCA bagi menentang undang-undang jenayah Syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah. Sebelum ini mereka menghalang PAS melaksanakan cara Islamnya, dengan merompak royalti petroleum Terengganu melalui perhimpunan agung Umno dan menafikan hak royalti Kelantan. Ia merupakan langkah silat politik yang tidak pernah dilakukan terhadap kerajaan PAP di Singapura ketika dalam Malaysia di tahun enam puluhan, ketika Parti Gerakan masih pembangkang di Pulau Pinang di tahun akhir enam puluhan dan juga ketika Sabah di bawah PBS. Inilah sifat Umno yang mengajak kepada Melayu dan Islam setiap kali pilihanraya.
Di sinilah perbezaan diantara Tahaluf Siyasi PAS dengan kalangan bukan Islam melalui konsep negara berkebajikan dengan mendahulukan titik persamaan yang boleh menunjukkan contoh amanah, bersih dan adil, supaya masyarakat Melayu menolak Umno yang gagal menunjukkan contoh khususnya kepada bukan Islam dan menjahilkan Melayu Islam sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada lima puluh tahun.
Presiden PAS
Sumber HD : 21/02/2012
(Salahudin bersama Tuan Ibrahim dan Mazlan dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: Buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Mandarin bagi memastikan isi kandungan dokumen tersebut dapat difahami oleh semua bangsa dan kaum.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, buku kedua-dua versi itu akan dilancarkan pada 27 Mei di kedai buku MPH Bangsar, jam tiga petang.
"Ini menujukkan betapa seriusnya PAS untuk memberikan kefahaman tentang konsep negara berkebajikan yang telah diterbitkan dalam versi Bahasa Malasysia sebelum ini.
"Untuk memudahkan semua pihak mendapat maklumat, kita terjemahkan ke dalam bahasa lain," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Beliau juga berkata, kemungkinan buku tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Tamil dalam masa terdekat.
Buku versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 11 Disember tahun lalu oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Buku tersebut menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.
Sumber HD : 13/05/2012
Islam menjadikan kebajikan tajuk umum kepada seluruh sifat kejadian manusia, melibatkan kehidupannya dalam hubungan dengan Tuhan, manusia dan seluruh alam. Bukan sahaja amalnya kebajikan, bahkan seluruhnya hendaklah bersifat kebajikan. Bermula daripada dasar dan cara, sehinggalah matlamatnya. Maka perkataan ‘berkebajikan’ adalah memberi makna yang tersebut, sehingga meliputi dasar, konsep, amalan dan matlamat seterusnya mencapai kemuncak yang menentukan martabat manusia iaitu taqwa. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah:
لَيْسَ الْبِرَّ أَنْ تُوَلُّوا وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَالْمَلَائِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآَتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّائِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآَتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُوا وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَاءِ وَالضَّرَّاءِ وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ (177 ) البقرة .
177. Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah sesiapa yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka Itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
Menunjukkan berkebajikan itu berdasarkan kepada beriman kepada yang zahir dan yang ghaib, serta berwawasan sehingga hari akhirat. Malah sehinggalah menjadikan pelaksanannya ikhlas tanpa rasuah, menipu dan zalim. Membantu mereka yang memerlukan bantuan. Bukannya kosong tidak ada sumber ekonomi, tetapi mestilah dengan mengumpulkan sumber pendapatan tanpa menindas, serta menunaikan janji tarhadap semua manusia secara majmuk dan bersedia menghadapi cabaran dalam dan luar dengan sabar. Kesemua ciri tersebut membentuk sifat taqwa dengan makna yang menyeluruh.
Apabila pemimpin Makkah menolak tawaran Rasulullah S.A.W. kerana menganggap dasar dan konsep berkebajikan yang membawa sifat taqwa itu menjadikan negara bangsat kerana ditolak oleh masyarakat sekeliling dizaman itu. Mereka takutkan bahaya menimpa sekiranya mengikut Rasulullah S.A.W. Maka penduduk Makkah akan kelaparan dan lemah dikuasai musuh. Mereka bersedia untuk beriman sekiranya ditunjukkan di hadapan mata mereka segala projek kebendaan semata-mata yang boleh memberi kebajikan hidup tanpa iman, amal soleh dan akhlak yang baik. Malah tanpa perhitungan dosa dan pahala serta tidak berwawasankan hari akhirat.
Firman Allah SWT mengesahkan desakan mereka terhadap Rasulullah S.A.W:
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآَنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ فَأَبَى أَكْثَرُ النَّاسِ إِلَّا كُفُورًا (89) وَقَالُوا لَنْ نُؤْمِنَ لَكَ حَتَّى تَفْجُرَ لَنَا مِنَ الْأَرْضِ يَنْبُوعًا (90) أَوْ تَكُونَ لَكَ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَعِنَبٍ فَتُفَجِّرَ الْأَنْهَارَ خِلَالَهَا تَفْجِيرًا (91) أَوْ تُسْقِطَ السَّمَاءَ كَمَا زَعَمْتَ عَلَيْنَا كِسَفًا أَوْ تَأْتِيَ بِاللَّهِ وَالْمَلَائِكَةِ قَبِيلًا (92) أَوْ يَكُونَ لَكَ بَيْتٌ مِنْ زُخْرُفٍ أَوْ تَرْقَى فِي السَّمَاءِ وَلَنْ نُؤْمِنَ لِرُقِيِّكَ حَتَّى تُنَزِّلَ عَلَيْنَا كِتَابًا نَقْرَؤُهُ قُلْ سُبْحَانَ رَبِّي هَلْ كُنْتُ إِلَّا بَشَرًا رَسُولًا (93) الإسراء.
89. Dan Sesungguhnya kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tetapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (Nya).
90. Dan mereka berkata: "Kami sekali-kali tidak percaya kepadamu hingga kamu memancarkan mata air dan bumi untuk kami.
91. Atau kamu mempunyai sebuah kebun kurma dan anggur, lalu kamu alirkan sungai-sungai di celah kebun yang deras alirannya.
92. Atau kamu jatuhkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana kamu katakan atau kamu datangkan Allah dan malaikat-malaikat berhadapan muka dengan kami.
93. Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari bahan paling mahal (saperti emas dan sebagainya), atau kamu naik ke langit, dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah Kitab yang kami baca". Katakanlah(wahai Muhammad S.A.W).: "Maha Suci Tuhanku, bukankah aku ini hanyalah seorang manusia yang dilantik menjadi Rasul?"
Seterusnya Allah menjanjikan keberkatan apabila negera beriman dan bertaqwa, bukanlah bermakna tidak ada hasil langsung sehingga bangsat. Allah berfirman:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ (96) الأعراف.
96. Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat yang banyak dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu. Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Konsep iman dan taqwa bagi negara, dengan makna mengikut para Rasul dalam menegakkan Islam secara menyeluruh, memenuhi perinsip iman, amal soleh dan akhlak tersebut. Ia membawa berkat yang mendatangkan hasil negara sehingga melimpah ruah. Taqwa adalah ungkapan yang memenuhi ciri negara berkebajikan yang tersebut. Masalahnya, perkataan berkat tidak ada dalam kamus sains politik dan ekonomi yang lain daripada Islam.
Rasulullah S.A.W. dilahirkan di Makkah, bumi yang tidak ada sumber ekonomi dan tenaga manusia. Ia mengandungi hikmat yang besar yang menunjukkan acuan membangun negara bermula dengan pembangunan insan dan dengan konsep taqwa boleh menegakkan negara maju yang sebenar. Tanpa acuan ini, maka ia memusnahkan negara yang paling maju dan kuat dalam sejarah manusia.
Firman Allah:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (6) إِرَمَ ذَاتِ الْعِمَادِ (7) الَّتِي لَمْ يُخْلَقْ مِثْلُهَا فِي الْبِلَادِ (8) وَثَمُودَ الَّذِينَ جَابُوا الصَّخْرَ بِالْوَادِ (9) وَفِرْعَوْنَ ذِي الْأَوْتَادِ (10) الَّذِينَ طَغَوْا فِي الْبِلَادِ (11) فَأَكْثَرُوا فِيهَا الْفَسَادَ (12) فَصَبَّ عَلَيْهِمْ رَبُّكَ سَوْطَ عَذَابٍ (13) إِنَّ رَبَّكَ لَبِالْمِرْصَادِ (14 ) . الفجر .
6. Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum 'Aad?
7. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi.
8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
9. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah.
10. Dan kaum Fir'aun yang mempunyai pasak-pasak khemah (tentara yang banyak).
11. Yang melampau (zalim) dalam negeri.
12. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan (maksiat dan berbagai kejahatan) dalam negeri itu.
13. Karana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab.
14. Sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi.
Kaum A’d, Thamud dan Firaun merupakan contoh kerajaan-kerajaan paling maju di zamannya, tetapi dibejati kezaliman dan maksiat, pembangunan bersama maksiat dan zalim sehinggalah akhirnya semuanya dimusnahkan. Walaupun maju dan bertamadun dari segi kebendaannya. Allah meninggalkan kesan kebendaan yang dapat dilawati sehingga hari ini. Kemusnahannya kerana kemusnahan insan disebabkan musnahkan iman, amal dan akhlak. Walaupun banyak kebajikan bersifat kebendaan untuk rakyat, sehingga rakyat menjadi bodoh dengan kesenangan, temasuk yang berpelajaran tinggi pun menjadi bodoh dan manusiawinya dimusnahkan, maka keberkatan akan hilang keran hilangnya iman, akhlak dan amal soleh.
Allah menceritakan kesah Firaun berbuat kebajikan untuk menipu rakyat:
وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ (51) أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ (52) فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ (53) فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ (54) فَلَمَّا آَسَفُونَا انْتَقَمْنَا مِنْهُمْ فَأَغْرَقْنَاهُمْ أَجْمَعِينَ (55) فَجَعَلْنَاهُمْ سَلَفًا وَمَثَلًا لِلْآَخِرِينَ (56 ) الزخرف .
51.
Dan Fir'aun berseru kepada kaumnya (seraya) berkata: "Hai kaumku, bukankah kerajaan Mesir Ini kepunyaanku dan (bukankah) sungai-sungai ini mengalir di bawahku; Maka apakah kamu tidak melihat(nya)?
52. Bukankah aku lebih baik dari orang yang hina ini dan yang hampir tidak dapat menjelaskan (perkataannya)?
53. Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari emas atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringinya?"
54. Maka Fir'aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu sehingga bodoh atau lemah akal) lalu mereka patuh kepadanya. Karana Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.
55. Maka tatkala mereka membuat kami murka, kami menghukum mereka lalu kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut).
56. Dan kami jadikan mereka sebagai pelajaran dan contoh bagi orang-orang yang kemudian.
Begitulah nasib Firaun yang bermegah dengan projek pembangunan untuk kesenangan hidup bagi rakyat Mesir dengan membandingkan dirinya dengan Nabi Musa yang tidak dapat membuat apa-apa projek pembangunan dan tidak mampu membantu rakyat kerana belum mandapat memerintah negara.
Ada juga kalangan mereka yang menyatakan PAS sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan. Jawapannya, PAS tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam. Peranan Majlis Syura Ulama yang mampu merujuk setiap langkah dan keputusan daripada Al Quran dan Sunnah. Setiap calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya diwajibkan berbaiah yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, supaya tidak menyeleweng daripada dasar Islam, cara dan matlamatnya. Maka celaka dunia dan akhirat sesiapa yang melanggar baiahnya.
Perlu diketahui bahawa setiap ajaran Islam yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah, menegaskan dalil secara dua pendekatan. Mantuq (dilafazkan secara nyata ) dan Mafhum (secara difahami tujuan dan maknanya ). Walaupun Al-Quran tidak menyebut secara lafaz yang nyata dengan perkataan sembahyang Islam, puasa Islam, zakat Islam, haji Islam dan lain-lain, namun boleh difahami perbezaan diantara ibadat Islam yang sah mengikut hukum Islam dan ibadat yang tidak sah mengikut cara bukan Islam.
Adapun dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang melibatkan ajaran Islam dengan masyarakat majmuk, pendekatan yang menerima kewujudan berbagai kaum dan agama, maka sering kali dilafazkan dengan kalimah adil dan kebajikan. Di antaranya tawaran Rasulullah S.A.W. konsep negara kepada Bani Syaiban dengan membaca firman Allah:
إنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (90) النحل .
90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, membantu kaum kerabat yang perlu dibantu dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepada kamu, agar kamu dapat mengambil pelajaran.
Sila baca buku Sirah Nabawiyyah berkenaan perbincangan Rasulullah S.A.W. dengan Kabilah Bani Amir ketika menawarkan sebuah negara sekiranya mereka menerima hijrah dilakukan di negeri mereka.
Negara kebajikan BN berteraskan Umno melaksanakan kebajikan berunsurkan rasuah untuk pilihanraya. Ini kerana acuan kepiminannya dibarahi rasuah dalam pemilihan di semua peringkat dan mendapat undi pilihanraya juga dengan rasuah. Negara terus dibanjiri kemungkaran dan jenayah yang tidak mampu dihapuskan.
PAS tetap Istiqamah dengan pegangan dasar, konsep dan matlamat perjuangan ketika bersama BN sejak awal tahun tujuh puluhan dan dikeluarkan daripada BN di akhirnya, dan bersama Barisan Alternatif sejak tahun 1999 sehingga DAP keluar daripada BA dan masuk semula selepas itu. PAS juga tetap setia dan ikhlas dengan ikatan janjinya dengan sesiapa sahaja dan wajib menunjukkan contoh khusus kepada pihak bukan Islam dengan berpegang teguh dengan pesanan Rasulullah S.A.W.
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ إِلَّا شَرْطًا حَرَّمَ حَلَالًا أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا
سنن الترمذي - (ج 5 / ص 199)
(Orang-orang Islam itu wajib menunaikan syarat-syarat mereka (khususnya kesetiaan dalam perjanjian dengan pihak lain) malainkan syarat mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.
Maka PAS tidak boleh menerima adanya arak halal kerana berlesen dan arak haram kerana tidak berlesen mengikut konsep Umno dengan bukan Islam dalam kerjasama BN. Walaupun tidak boleh dihalang hak bukan Islam untuk minum arak sesama mereka. PAS juga memahami sikap melempar batu sembunyi tangan Umno menggunakan MCA bagi menentang undang-undang jenayah Syariat Islam yang diwajibkan oleh Allah. Sebelum ini mereka menghalang PAS melaksanakan cara Islamnya, dengan merompak royalti petroleum Terengganu melalui perhimpunan agung Umno dan menafikan hak royalti Kelantan. Ia merupakan langkah silat politik yang tidak pernah dilakukan terhadap kerajaan PAP di Singapura ketika dalam Malaysia di tahun enam puluhan, ketika Parti Gerakan masih pembangkang di Pulau Pinang di tahun akhir enam puluhan dan juga ketika Sabah di bawah PBS. Inilah sifat Umno yang mengajak kepada Melayu dan Islam setiap kali pilihanraya.
Di sinilah perbezaan diantara Tahaluf Siyasi PAS dengan kalangan bukan Islam melalui konsep negara berkebajikan dengan mendahulukan titik persamaan yang boleh menunjukkan contoh amanah, bersih dan adil, supaya masyarakat Melayu menolak Umno yang gagal menunjukkan contoh khususnya kepada bukan Islam dan menjahilkan Melayu Islam sejak mencapai kemerdekaan lebih daripada lima puluh tahun.
Presiden PAS
Sumber HD : 21/02/2012
Negara Berkebajikan: Kini dalam English dan Mandarin
Hazayani Zakaria, | 13 Mei 2012 |
(Salahudin bersama Tuan Ibrahim dan Mazlan dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: Buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Mandarin bagi memastikan isi kandungan dokumen tersebut dapat difahami oleh semua bangsa dan kaum.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, buku kedua-dua versi itu akan dilancarkan pada 27 Mei di kedai buku MPH Bangsar, jam tiga petang.
"Ini menujukkan betapa seriusnya PAS untuk memberikan kefahaman tentang konsep negara berkebajikan yang telah diterbitkan dalam versi Bahasa Malasysia sebelum ini.
"Untuk memudahkan semua pihak mendapat maklumat, kita terjemahkan ke dalam bahasa lain," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.
Beliau juga berkata, kemungkinan buku tersebut juga akan diterjemahkan ke Bahasa Tamil dalam masa terdekat.
Buku versi Bahasa Melayu dilancarkan pada 11 Disember tahun lalu oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Buku tersebut menggariskan tentang konsep, polisi dan agenda yang akan ditawarkan oleh PAS bersama Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang mentadbir negara.
Sumber HD : 13/05/2012
Negara berkebajikan PAS bela semua kaum
Harakahdaily, | 21 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bukan sahaja hak bumiputera malah hak kaum lain juga akan lebih terbela jika diberi mandat menerajui negara ini lebih-lebih lagi dengan konsep negara berkebajikan yang digagaskan parti itu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, negara berkebajikan PAS juga akan memastikan negara ini ditadbir lebih baik dengan meletakkan pembangunan seimbang antara fizikal dan rohani.
"Kita tidak mahu membina sebuah negara yang maju dari sudut material dan fizikal, tetapi dipenuhi kemungkaran dari sudut ekonomi, politik dan sosial sehingga mengundang kemurkaan Allah," katanya.
"Kita tidak mahu kekayaan bumi yang Allah beri ini hanya berlegar-legar untuk golongan elit dan pemerintah sahaja," sambungnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program debat Dalam Radar Khas bertajuk 'Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada' anjuran Bernama Radio 24 di wisma Bernama di sini petang tadi.
Selain beliau, dua lagi panel debat adalah Pengerusi Sekriteriat Ilmuan Malaysia (Ilmu) Dr. Fadlan Mohd Othman dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman.
Debat itu dikemudi Sayed Munawar Sayed Mustar dan Wan Syahrina.
Menurutnya, negara berkebajikan PAS berbeza dengan apa yang dilaksanakan Umno BN pada hari ini dan ianya merupakan alternatif kepada pendekatan kerajaan sekarang.
Antara prinsip asas negara berkebajikan PAS adalah memastikan kepimpinan negara di kalangan orang yang berintegriti dan berakhlak.
Ianya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
PAS ujarnya telah terbukti mempunyai kepimpinan dengan ciri-ciri tersebut dan dapat dilihat pada model kerajaan negeri Kelantan yang 20 tahun memerintah dengan sifar rasuah.
"Ini menunjukkan nilai integriti kepimpinan yang kita tawarkan," katanya lagi.
Sayed Munawar turut bertanya, jika yang bermasalah itu adalah pemandu (pemimpin) sahaja, kenapa perlu untuk menukar kenderaannya (pemerintahan) sekali.
Nasrudin kemudian menjawab realiti di negara ini, pemandu bukan sahaja bermasalah malah cenderung mengubah struktur kenderaan sekali mengikut citarasa sendiri dan sebab itu ianya harus ditukar.
Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan bukanlah dasar baru PAS menggantikan negara Islam tetapi hanya pendekatan yang terangkum dalam negara Islam itu sendiri.
Ianya juga katanya penjenamaan semula agar perjuangan Islam PAS itu lebih mudah diterima semua pihak.
"Memberi nama baru yang seerti dengannya (negara Islam) itu adalah satu kebijaksanaan yang perlu ada pada pemimpin sekarang ini," jelasnya.
Sumber HD : 21/06/2012
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, negara berkebajikan PAS juga akan memastikan negara ini ditadbir lebih baik dengan meletakkan pembangunan seimbang antara fizikal dan rohani.
"Kita tidak mahu membina sebuah negara yang maju dari sudut material dan fizikal, tetapi dipenuhi kemungkaran dari sudut ekonomi, politik dan sosial sehingga mengundang kemurkaan Allah," katanya.
"Kita tidak mahu kekayaan bumi yang Allah beri ini hanya berlegar-legar untuk golongan elit dan pemerintah sahaja," sambungnya lagi.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program debat Dalam Radar Khas bertajuk 'Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada' anjuran Bernama Radio 24 di wisma Bernama di sini petang tadi.
Selain beliau, dua lagi panel debat adalah Pengerusi Sekriteriat Ilmuan Malaysia (Ilmu) Dr. Fadlan Mohd Othman dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd Rahman.
Debat itu dikemudi Sayed Munawar Sayed Mustar dan Wan Syahrina.
Menurutnya, negara berkebajikan PAS berbeza dengan apa yang dilaksanakan Umno BN pada hari ini dan ianya merupakan alternatif kepada pendekatan kerajaan sekarang.
Antara prinsip asas negara berkebajikan PAS adalah memastikan kepimpinan negara di kalangan orang yang berintegriti dan berakhlak.
Ianya bagi memastikan tiada unsur penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran.
PAS ujarnya telah terbukti mempunyai kepimpinan dengan ciri-ciri tersebut dan dapat dilihat pada model kerajaan negeri Kelantan yang 20 tahun memerintah dengan sifar rasuah.
"Ini menunjukkan nilai integriti kepimpinan yang kita tawarkan," katanya lagi.
Sayed Munawar turut bertanya, jika yang bermasalah itu adalah pemandu (pemimpin) sahaja, kenapa perlu untuk menukar kenderaannya (pemerintahan) sekali.
Nasrudin kemudian menjawab realiti di negara ini, pemandu bukan sahaja bermasalah malah cenderung mengubah struktur kenderaan sekali mengikut citarasa sendiri dan sebab itu ianya harus ditukar.
Beliau turut menjelaskan negara berkebajikan bukanlah dasar baru PAS menggantikan negara Islam tetapi hanya pendekatan yang terangkum dalam negara Islam itu sendiri.
Ianya juga katanya penjenamaan semula agar perjuangan Islam PAS itu lebih mudah diterima semua pihak.
"Memberi nama baru yang seerti dengannya (negara Islam) itu adalah satu kebijaksanaan yang perlu ada pada pemimpin sekarang ini," jelasnya.
Sumber HD : 21/06/2012
Negara Berkebajikan: Seminar kumpul pakar 5 Ogos
Hazayani Zakaria, | 22 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pusat Penyelidikan PAS (PPP) akan menganjurkan Seminar Zulkifli Muhammad – Membangun Negara Berkebajikan pada 5 Ogos depan untuk membincangkan polisi dan cabaran bagi merealisasikan Tawaran Negara Berkebajikan PAS sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan raya Umum ke-13.
Seminar yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUISZM), Taman Melewar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pembentukan dan Penilaian Polisi Awam pada 8 Julai lalu yang memberi pengenalan kepada ahli-ahli PAS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk merangka dan membentuk polisi-polisi awam.
Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seminar ini akan memberi peluang kepada kepimpinan PAS di peringkat pusat dan wakil-wakil rakyat PAS serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk berbincang mengenai polisi dan cabaran apabila berjaya membentuk kerajaan.
"Seminar ini juga memberi peluang kepda kepimpinan PAS untuk mendapat input, sumbang saran dan pandangan daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan taraf hidup," kata beliau kepada Harakahdaily.
Selain itu juga seminar selama sehari ini berperanan sebagai medium bagi kepimpinan PAS menyampaikan pandangan kepada masyarakat secara perbincangan dua hala.
Tambah beliau juga, PPP akan mengumpul data dan bahan yang diperoleh daripada seminar ini untuk didokumentasikan, seterusnya dijadikan bahan rujukan untuk merangka dan membentuk dasar-dasar berkaitan implementasi Dokumen Negara Berkebajikan.
PPP mensasarkan peserta daripada ahli jawatankuasa PAS Pusat, wakil-wakil Dewan Pemuda, Muslimat, Ulama' dan Himpunan Penyokong PAS, ahli-ahli Parlimen dan Adun, Wakil Badan Perhubungan Negeri, ulama', para profesional, pakar-pakar bidang, kepimpinan mahasiswa, wakil parti PKR dan DAP, NGO dan pimpinan masyarakat.
Dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, seminar ini terbahagi kepada tiga wacana iaitu Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?, Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula, dan Sukan dan Hiburan Di kalangan Belia dan Anak Muda disusuli dengan resolusi.
Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PPP, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Antara ahli panel ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Nik Mohd Zawawi Salleh yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Razak, bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan Pengarah dan Penerbit Drama/Filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri.
Yuran seminar ialah RM30 bagi mereka yang sudah bekerja dan RM 20 bagi mahasiswa.
Seminar yang akan diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUISZM), Taman Melewar ini merupakan kesinambungan daripada Seminar Pembentukan dan Penilaian Polisi Awam pada 8 Julai lalu yang memberi pengenalan kepada ahli-ahli PAS yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk merangka dan membentuk polisi-polisi awam.
Menurut Pengarah Operasi PPP, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, seminar ini akan memberi peluang kepada kepimpinan PAS di peringkat pusat dan wakil-wakil rakyat PAS serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang untuk duduk berbincang mengenai polisi dan cabaran apabila berjaya membentuk kerajaan.
"Seminar ini juga memberi peluang kepda kepimpinan PAS untuk mendapat input, sumbang saran dan pandangan daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang dan peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan taraf hidup," kata beliau kepada Harakahdaily.
Selain itu juga seminar selama sehari ini berperanan sebagai medium bagi kepimpinan PAS menyampaikan pandangan kepada masyarakat secara perbincangan dua hala.
Tambah beliau juga, PPP akan mengumpul data dan bahan yang diperoleh daripada seminar ini untuk didokumentasikan, seterusnya dijadikan bahan rujukan untuk merangka dan membentuk dasar-dasar berkaitan implementasi Dokumen Negara Berkebajikan.
PPP mensasarkan peserta daripada ahli jawatankuasa PAS Pusat, wakil-wakil Dewan Pemuda, Muslimat, Ulama' dan Himpunan Penyokong PAS, ahli-ahli Parlimen dan Adun, Wakil Badan Perhubungan Negeri, ulama', para profesional, pakar-pakar bidang, kepimpinan mahasiswa, wakil parti PKR dan DAP, NGO dan pimpinan masyarakat.
Dirasmikan oleh Naib Presiden, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, seminar ini terbahagi kepada tiga wacana iaitu Mampukah Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Sendiri?, Implementasi Sistem Percukaian Di Malaysia – Satu Kajian Semula, dan Sukan dan Hiburan Di kalangan Belia dan Anak Muda disusuli dengan resolusi.
Manakala majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Eksekutif PPP, Dr Dzulkefly Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Antara ahli panel ialah Ketua Penerangan Dewan Ulamak, Nik Mohd Zawawi Salleh yang juga Setiausaha Majlis Syura PAS, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Prof. Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Razak, bekas pegawai Bank Negara, Dr Rosli Yaakob dan Pengarah dan Penerbit Drama/Filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzzri.
Yuran seminar ialah RM30 bagi mereka yang sudah bekerja dan RM 20 bagi mahasiswa.
Sumber HD : 22/07/2012
No comments:
Post a Comment