Mohd Sabu: Jangan guna nama ulama jika bukan ulama |
Wan Nordin Wan Yaacob |
Wawancara Eksklusif Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama Timbalan Presiden PAS yang baru, Haji Mohammad Sabu di Bilik Wawancara, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar, selepas pengumuman saf kepimpinan baru PAS sessi 2011-2013.
Tn Hj Mohamed Sabu - Timbalan Presiden PAS
PAS melakar sejarahnya tersediri dengan kali ini saf kepimpinan baru yang terdiri daripada kalangan aktivis dan profesional mendominasi jawatan dalam PAS, apa pandangan saudara? Saya melihat saf kepimpinan yang dipilih perwakilan ini, perwakilan lebih cenderung kepada aktivis.Aktivis ini adalah mereka yang terlibat secara langsung dengan masyarakat, samada Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden yang dipilih. Namun pada saya bukanlah yang tidak cukup undi itu tak bersifat aktivis, tetapi pemilihan yang dibuat perwakilan cenderung ke arah itu (mengangkat aktivis).
Sdr Mazlan Aliman - AJK PAS Pusat
Signalnya ialah, apabila kita lihat Mazlan Aliman mendapat undi yang tertinggi (804 undi), diantaranya yang memberi kekuatan kepada sokongannya ialah kerana penglibatan beliau (Mazlan) dalam Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) untuk merobah minda pengundi masyarakat Felda (Peneroka).
YB Dato'' Husam Musa - Naib Presiden
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden
YB Sdr Salahudin Ayub - Naib Presiden
Walaupun secara umumnya ANAK belum berjaya secara menyeluruh, tetapi usaha yang dipelopori Mazlan dan rakan-rakan dapat penghargaan daripada perwakilan seluruh negara. Begitu juga kemenangan pimpinan yang lain-lain seperti Naib Presiden, Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub, 'trend' ini berlaku kerana muktamar kali ini tempohnya sangat dekat dengan Pilihan Raya Umum ke-13, sehubungan itu ahli dan penyokong mahu mereka yang terlibat sepenuhnya dengan masyarakat dan aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana perasaan Saudara setelah ditabalkan selaku pemenang? Ya memanglah gembira, dan terharu, namun terbayanglah tanggungjawab yang akan dipikul oleh saya dan rakan-rakan terutama agenda apa yang disebut tawaran saya untuk bersama Presiden mengepalai parti untuk kembangkan pengaruh PAS kepada non malay dan non parti yang saya nampak untuk menang pilihan raya mereka ini perlu kita dapatkan sokongan daripada mereka. Jadi beban ini terpikul keada saya dan rakan-rakan kerana ini adalah tawaran kita untuk menjadi Timbalan Presiden, dan sudah tentu segala apa yang disebut itu akan diperhitung oleh ahli dan perwakilan di muktamar akan datang, inilah yang sebenrnya kita berat. Apakah akan berlaku sebarang perubahan dalam lajnah-lajnah, dan jabatan tertentu dalam PAS? Secara menyelruh tidaklah, tetapi mungkin perubahan yang berlaku adalah dalam konteks siapa yang mengepalai sesuatu lunjah menjelang pilihan raya umum akan datang ini.,Daru segi Pakatan Rakyat pula, kedudukan PAS cukup teguh dan ianya akan diperteguhkan lagi.Saya mahu hubungan dengan NGO kita mantapkan, dan arah tuju parti telah kita gariskan dalam ucapan dasar Presiden PAS dalam muktamar begitu baik menuju kepada negara kebajikan yang diterima semua kaum dalam negara kita ini, saya tak nampak berubah hala tuju. Adakah kemenangan Saudara ini memberi kesan besar kepada Umno-BN? Saya tidak buat analisa itu tetapi saya lihat surat khabar milik kepada Umno, maaf saya cakap bahawa mereka tidak memihak kepada saya dalam masa menjelang pemilihan,.Saya hairan kenapa tiba-tiba sahaja Utusan Malaysia diluat cukup sayang kepada kepimpinnan ulama, sedangkan merekalah yang mencerca kepimpinan Ulama khasnya Tuan Guru Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - al Mursyidul Am PAS
Namun menjelang muktamar mereka seolah-olah membuat laporan dengan menimbulkan sayang kepada kepimpinan ulama, sedangkan tauke kepada Utusan Malaysia (Umno) hanya ada biro sahaja untuk ulama ini yang hanya kelasnya seperti lajnah dalam PAS.Kita di peringkat PAS, kita sayangkan ulama, kita hormatkan ulama kita letak ulama di peringkat Majlis Syura Ulama, dan kita ada Dewan Ulama PAS Pusat yang meletakkan ulama ini ditempat yang tinggi, kuat teguh dan berwibawa.Perana utusan ini boleh dianalisis oleh sesiapa apa niat mereka yang sebenarnya. Barangkali pada mereka peralihan kepimpinan ini boleh mengubah persepsi umum kepada PAS dengan kita tidak lari teras kita jaga parti dibawah Majlis Syura Ulama. Saudara adalah antara pihak yang mencetuskan kepimpinan ulama sekitar tahun 1982 apakah saudara masih mempunyai agenda memperkasakan kepimpinan ulama?
Sheikh Omar Mukhtar - Pejuang melawan penjajahan Perancis di Libya
Sheikh Ahmad Yaasin - Pemimpin Pelastin yang Mati Syahid Tuan Guru Abu Bakar al Bqir - Pemimpin Hizbul Muslimin Gunung Semanggul
Tuan Guru Yusof ar Rawa - Mantan YDP PAS / Presiden PAS
Dato' Fadzil Mohd Noor - Mantan Presiden PAS
Saya tidak mahu kepimpinan ulama disalah tafsirkan, saya menghormati ulama seperti Sheikh Omar Muktar; Sheik Ahmad Yassin; Abu Bakar Al baqir, Tuan Haji Yusof Rawa, dan Ustaz Datuk Fadhil Noor.Semua ulama ini saya penuh hormat dan menyebut-yebut nama perjuangan mereka dalam ceramah dan penulisan saya. Yang kita tidak mahu orang bertenggek diatas nama kepimpinan ulama. yang berkelulusan agama tetapi bertenggek atas nama kepimpinan ulama.Tetapi Ulama sejati yang berilmu, yang membina masyarakat, yang beri ulmu, berjuang dan berjihad inilah yang kita sanjung yang kita sokong dan sepanjang zaman ulama inilah yang meniupkan kebangkitan. Ini termasuklah mereka yang meniupkan semangat kebangkitan kemerdekaan iaitu Sheikh Jamaludin Al Afghani ialah seorang ulama yang bertaraf Hujjatul Islam.Ulama seperti ini harus diketengahkan, bukan kelulusana sijil ugama sahaja dipanggil ulama. Bahkah kalau yang ulama kontemporari seperti Hassan Nasralllah, saya amat kagum diatas kehebatan beliau kumpul sokongan muslim dan bukan Islam di lubnan dengan meniup semangat jihad menentang Israel.Sheikh Ahmad Yassin, daripada di atas kerusi rrodanya dia mampu untuk meniupkan semangat jihad melawan Israel.Ulama seperti ini yang saya sanjung, bukan yang berkelulusan yang belajar dari sekolah agama kemudian pergi ke Mesir, dan bila balik ke Malaysia kita gelar dia ulama.Sedangkan ia tidak menonjol dirinya sebagai seorang waris kepada Nabi Muhammad Saw, iaitu buat kerja-kerja yang dibuat oleh Nabi Muhammad S.A.W,.Jadi saya tetap berpegang teguh dan menyanjung kepimpinan Ulama ini. Apa harapan yang mahu dilahirkan kepada ahli lebih-lebih lagi kita berdepan dengan musuh menjelang pilihan raya umum ke-13? Kita harap selepas ini (muktamar) ahli dan pemimpin akan terus bekerja menterjemahkan apa sahaja Ucapan Dasar Presiden yang telah digariskan dan disetujui untuk laksnakan dengan bersama Pakatan Rakyat menuju Putrjaya. Kita juga harus bekerja untuk memenangi negeri-negeri yang kita belum menang, selain mempertahankan negeri yang telah kita menang.Itulah harapan kita kerana masa begitu singkat dengan Pilihan Raya Umum ke-13. Saya ucapkan jutaan terima kasih kerana perwakilan memilih saya untuk julung kalinya selaku Timbalan Presiden PAS.Terima kasih. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/tamu-a-wawancara/3640--mohd-sabu-jangan-guna-nama-ulama-jika-bukan-ulama-
Md Sabu sebab Umno tidur tak lena - Nik Aziz |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Jun: Keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dengan memilih Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru akan memberikan keuntungan besar kepada PAS. Dengan pemilihan itu, para pemimpin Umno BN diyakini tidak akan lena tidur kerana bimbang dengan kekuatan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Mohamad Sabu sememangnya merupakan pemimpin PAS yang dibenci oleh Umno kerana memiliki kehebatan tersendiri. Menurut beliau, antara kehebatan Mohamad Sabu termasuklah kekentalan semangat, ketabahannya dalam perjuangan dan kesetiaannya yang jitu terhadap PAS. Katanya, perkara itu terbukti setelah Mohamad Sabu diuji dengan beberapa ujian besar termasuk setelah dua kali ditahan di penjara di bawah ISA. "Namun Mohamad Sabu tetap tidak lari dengan perjuangannya, tetap tidak memilih Umno, malah tetap terus berada dalam PAS," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad di Taman Melewar, di sini, malam ini. Selain mempunyai sikap-sikap itu, menurut beliau, Mohamad Sabu turut diketahui oleh para pemimpin Umno sebagai pemimpin PAS yang berbisa. "Sebab itulah dengan pemilihan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru, Umno tidak akan tidur lena selepas ini. "Kita bersyukur dapat seorang timbalan presiden yang dibenci oleh Umno. Kita doakan semoga Mohamad Sabu terus diberikan perlindungan oleh Allah," katanya. Para pemimpin Umno seperti yang dilaporkan akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia mengatakan, para perwakilan PAS telah melakukan kesilapan besar memilih para pemimpin yang dikatakan dari kalangan profesional bagi menjawat jawatan timbalan dan Naib Presiden PAS pada Muktamar PAS Ke-57. Dengan pemilihan itu, lapor media Umno, ahli-ahli PAS kini ternyata telah menolak golongan ulama untuk memimpin PAS yang tentunya tidak selari dengan dasar perjungan PAS dan konsep kepimpinan Ulama yang diketengahkan dalam PAS. Menurut Nik Aziz, tuduhan Umno itu ternyata meleset kerana realiti dalam PAS sendiri tidak timbul soal golongan ulama dan profesional, malah kesemua pemimpin dan ahli-ahlinya tetap terus dengan dasar perjuangan parti untuk menegakkan Islam sebagai ad-deen di tanah air tercinta ini. "Walaupun dikatakan bukan dari golongan ulama, tetapi Mohamad Sabu ternyata jauh lebih baik dari orang-orang lepasan Al-Azhar terutama yang berada dalam Umno," katanya. Beliau juga tidak hairan dengan tuduhan Umno itu kerana ia melambangkan ketakutan para pemimpin Umno sendiri dengan pemilihan terhadap Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS. "Ini melambangkan Umno semakin cemas dan makin terdesak sebab itulah mereka memainkan isu itu untuk memecahbelahkan dan melemahkan PAS. "Namun itu semua tak akan terjadi. Malah pemilihan ke atas Mohamad Sabu pasti menguntungkan PAS sendiri termasuk dalam soal tarikan ke atas golongan non Muslim kepada PAS," katanya. Mohamad Sabu, katanya, diketahui semua pihak sebagai pemimpin yang disukai oleh orang-orang Cina dan India. Dengan pemilihan ke atas Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS, pasti akan memudahkan beliau mendekati golongan non Muslim. "Dengan itu, Mohamad Sabu pasti akan lebih mudah mendedahkan ajaran Islam kepada golongan non Muslim, sejajar dengan usaha kita untuk suburkan fahaman Islam dalam masyarakat," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3644-md-sabu-sebab-umno-tidur-tak-lena-nik-aziz
Mohd Sabu: Akar tunjang yang menjalar merata |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Jun: Penulis dan pemimpin veteran PAS, Subky Latif (gambar) menyifatkan Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi 'akar ini akar tunjang yang menjalar merata'. "Ulama tak menang kerana tidak ada yang sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan...tetapi Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata," kata Subky. Beliau mengulas kemenangan Mohamad dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PAS hari ini. Mohamad menang apabila mendapat 420 undi berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa (224). Mohamad memecah rekod kepimpinan PAS apabila menjadi timbalan presiden pertama dari kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS pada tahun 1983. Subky adalah antara pemimpin PAS yang yakin, PAS perlu dipimpin oleh ulama. Dalam pemilihan 2009 lalu, Subky antara pemimpin PAS yang bercakap agar perwakilan memilih timbalan presiden di kalangan ulama. "Saya berpendapat, Mohamad perlu diletakkan di situ sebagai pemimpin PAS bukan untuk sementara sahaja misalnya untuk hadapi pilihan raya tetapi sampai bila-bila. "Jangan pula tahun depan ada usaha untuk menukar beliau pula. Biarlah sampai rotan yang dicari benar-benar ditemui barulah ditukar," kata beliau penuh kiasan. Untuk menstabilkan kedudukan beliau dalam hiraki kepimpinan PAS, Subky menasihatkan agar Mohamad Sabu melantik ramai ulama di sekeliling beliau untuk menjadi penasihat-penasihatnya. "Dia jangan pula jadi macam sesetengah kerajaan, tidak dengar cakap mufti, sesetengah kerajaan ambil mufti tetapi mufti yang dengar nasihat kerajaan," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3637-mohd-sabu-akar-tunjang-yang-menjalar-merata
Ucapan Penggulungan Timbalan Presiden - Hj Mohamed Sabu :
mms://webtv.terengganukini.net/muktamar/2011/110604/gulungtp.wmv
Antara Hj Ahmad Fuad Dan Mat Sabu Berjuang Atas Prinsip !!!
Oleh Musli Oli
Hj Mohamed Sabu - Timbalan Presiden PAS
Tahniah kepada Mat Sabu terpilih jawatan kedua tertinggi parti PAS. Mat Sabu yang saya kenal bukan puak mana-mana. Jauh sekali digembar-gemburkan sebagai puak yang menyokong Anwar atau puak Erdogan. Mat Sabu adalah Mat Sabu, dulu dan selamanya yang saya kenal berjuang atas prinsip nya sendiri.
Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM
Semasa menjadi MP, Tun Mahahtir pernah berjumpa empat mata dengan Mat Sabu di menara Petronas KLCC. Apa Tun Mahathir tawarkan kepada Mat Sabu? kita tak tahu kerana Mat Sabu kata, itu antara dia dan Tun.
Tapi yang pasti semua tawaran dan cadangan Tun Mahathir ditolak mentah-mentah Mat Sabu. Sebaliknya Mat Sabu yang membuat tawaran kepada Tun Mahathir.
Itulah kehebatan Mat Sabu. Dia bukanlah seperti pemimpin-pemimpin PKR yang dengan mudah tukar kiblat dan tukar kem. Ramai pemimpin PAS yang mempunyai prinsip yang jelas seperti Mat Sabu. Boleh dikatakan sebilangan besar pemimpin tertinggi PAS yang saya kenal seperti Sallahudin dan Husam. Mahfuz saya tak pasti kerana dia pun banyak masalah.
Allahyarham Hj Ahmad Fuad - YDP PAS pertama
Mimggu lepas saya jumpa Haji Tawfik Hj Ahmad Fuad, anak Presiden PAS yang pertama. Sifatnya yang suka merendah diri menarik perhatian saya. Barangkali mewarisi sifat ayahnya. Saya tak jumpa ayahnya namun saya gembira jumpa anaknya.
Dalam buku terbaru "Bermula atau Berakhir 1Legasi", saya memberi sebab, Hj Ahmad Fuad keluar dari UMNO dan menubuh PAS kerana tidak senang dengan pengaruh Barat meresap dalam UMNO. Pemimpin hisap cigar dan minum wine semasa mesyuarat MKT.
Tun Mahathir memberi alasan, Ahmad Fuad keluar kerana kalah jawatan presdien UMNO.
"Tun Mahathir bersikap tidak adil melempar tuduhan kepada orang yang telah meninggal dunia dan tak berpeluang membela dirinya" Kata Hj Tawfik yang telah 30 tahun menetap di Mekah. Siapa tahu isi hati Hj Ahmad Fuad pada masa itu?
Sebenarnya kata Hj Tawfik, antara sebab utama penubuhan PAS ialah kerana Ahmad Fuad tahu UMNO akan bergabung dengan MCA dan MIC. Hari ini gabungan itu telah menghantui UMNO.
Sama-sama kita renungkan....
http://muslioli.blogspot.com
Sumber DD - 7/06/2011
Negara Berkebajikan: Mat Sabu nasihat Najib diam |
Ismail Hashim |
Tn Hj Mohamed Sabu - Timbalan Presiden PAS
SHAH ALAM, 8 Jun: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - PM M
Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13. Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam. "PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja. "Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu. "Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib. Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu. Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.
Profesor Madya Zainal Abidin Kidam - Timbalan canselor UNISEL
Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan. Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya. "Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja. "Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya. Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib. Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga. Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu.
YB Dr Dzulkifli Ahmad - AJK PAS Pusat
PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3704-negara-berkebajikan-mat-sabu-nasihat-najib-diam
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3726-rampas-kuasa-daripada-puak-gila-kuasa
Mohamad Sabu hadir pelancaran LL4G malam ini |
Ismail Hashim |
Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengesahkan akan hadir dalam Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang diadakan malam ini di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, dekat sini. YAB Datuk Seri Mohd Najib Tub Razak - PM Sebagai salah seorang pemidato dalam majlis itu, beliau akan berada sepentas dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal melancarkan program itu bermula jam 8.00 malam. "Ya, saya akan hadir dalam majlis itu," katanya. Ketika ditanya harapannya kepada rakyat Malaysia, beliau berkata, semua anggota masyarakat perlu bangkit menentang kezaliman di mana sahaja ia berlaku termasuk dalam negara ini. Terdapat tiga lagi ucapan selain dari beliau yang mewakili Pakatan Rakyat, Pengerusi LL4G, Noorazman, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin dan Najib.
YB Sdr Khairy Jamaludin Abu Bakar - Ketua Pemuda UMNO
Selain pidato, hadirin akan melihat persembahan multimedia mengenai apa yang berlaku dalam Flotilla 1, persembahan lagu Gaza dan deklamasi sajak Palestin oleh Dr Lim Swee Tin.
Dr Lim Swee Tin - Sasterawan Negara
Penyanyi nasyid, Muadz Dzulkifley juga akan menghiburkan penonton dengan lagu-lagu bersemangat termasuk adaptasi daripada Hadis Nabi Muhammad SAW. Menghimbau sejarah pada 8 Mei 2002, dua pemimpin utama Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Noor pernah berada sepentas berbicara tentang isu sama, Palestin. Pertemuan dua pemimpin utama umat Islam negara ini telah menghasilkan Pernyataan Bersama berbunyi: "Atas semangat kemanusiaan dan keamanan sejagat, kami atas nama rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan keturunan serta fahaman politik yang berbeza-beza, berkongsi rasa, cita dan perjuangan dengan seluruh rakyat Palestin yang mempertahankan hak di bumi kelahiran mereka. "Kami menggesa seluruh warga dunia agar turut serta menyuarakan dan memberikan sumbangan dalam bentuk apa sahaja sehingga rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dan damai di negara yang berdaulat''. Sementara itu, AJK Pemandu LL4G Malaysia, Zulkefli Mohd Nani dalam kenyataannya berkata, penentangan terhadap kezaliman Israel menuntut kesanggupan semua rakyat negara ini tanpa mengira ras, agama dan budaya. Menurutnya, LL4G adalah sebuah gabungan badan bukan kerajaan Malaysia, akan menyertai bersama lebih 600 sukarelawan antarabangsa dari pelbagai bangsa dan agama, dalam Misi Kemanusiaan “International Freedom Flotilla 11” ke Gaza hujung bulan ini. Menurutnya, kesemua kapal antarabangsa ini dijangka berada di lautan pada 27 atau 28 Jun ini. "Misi Pelayaran Kemanusiaan ini bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa; 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo, akan belayar bersama menghantar bantuan kemanusiaan. "Sekali gus memberi tekanan supaya Israel menamatkan embargo ekonomi yang dikenakan ke atas penduduk di Gaza dan Palestin. "Bertemakan Pertahankan Kemanusiaan atau Stay Human, misi ini bergerak berdasarkan prinsip-prinsip keamanan dan mematuhi seluruh undang-undang antarabangsa termasuk semua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," jelasnya. Zulkefli turut memaklumkan misi ini akan membawa bersama bantuan kemanusiaan seperti peralatan hospital yang amat diperlukan oleh penduduk di Gaza, bahan-bahan pendidikan untuk kanak-kanak serta barangan pembinaan asas yang diperlukan dalam pembinaan semula bangunan. Justeru, beliau berkata, mereka yang ingin menghulurkan bantuan dan menaja pembelian peralatan yang diperlukan, boleh melalui akaun Muslim Care (Viva Palestin: 564490211159 (Maybank). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3858-mohamad-sabu-hadir-pelancaran-ll4g-malam-ini
LL4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN. (Poster asal: kanan) Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri. "Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato. "Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas ketika ditemui. Malah, nama Mohamad dan Khairy di backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup. (Gambar: Nama Mohamad Sabu ditutup pada backdrop di pentas utama.) Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini. Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu. Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka. Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib. Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu. Rasa dipermainkan Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu. Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi. "Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit. "Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini. "Saya rasa dipermainkan," katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini. Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3872-ll4g-najib-arah-batal-pidato-mohamad-sabu
Ahad, Jun 19
Mat Sabu adalah 'senjata PAS' Untuk Menyerang Umno -Bn
Ucapan Dasar Muktamar PAS ke-57 baru-baru ini yang memberi penekanan kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan. Nampaknya Umno BN semakin gelisah apabila hasrat PAS itu mendapat perhatian rakyat negara ini dalam suasana kehidupan mereka yang terus dihimpit sehingga menjejaskan ekonomi keluarga. Dengan itu Umno BN mula mencanang PAS menolak Negara Islam, dan menyifatkan PAS gila kuasa sebab itulah menimbulkan kembali Negara Berkebajikan.
Timbalan Presiden PAS yang baru Muhammad Sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu menyifatkan Umno BN sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Ikuti temubual Wartawan Salmiyah Harun ketika kunjungan beliau ke Harakah baru-baru ini
Umno BN tidak putus-putus memberi persepsi negatif kepada PAS selepas PAS menekankan semua konsep Negara Berkebajikan, sehingga mengatakan PAS mula menolak Negara Islam. Apa pandangan Tuan Haji?
Pemimpin Umno kalau dia tidak bercakap adalah lebih baik, sebab orang tidak tahu yang mereka tidak tahu. Kalau dia bercakap akan terserlahlah bahawa orang akan tahu ketidaktahuan mereka itu. Negara Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW meletakkan gelaran negara itu negara yang baik mendapat pengampunan daripada Allah. Negara yang baik adalah menjalankan dasar Islam serta perundangan Islam dan sebagainya. Tun Mahathir sendiri pernah mengisytiharkan Malaysia, Negara Islam sempena dengan perhimpunan Parti Gerakan. Tetapi apa yang berubah 'substance' dalam negara itu. Sebab itu ia tidak memberi erti langsung negara Islam sebagaimana diisytihar oleh Tun Mahathir.
Negara berkebajikan ini akan diisi dengan program-program kebajikan kepada rakyat yang sebaik mungkin. Dan kita harap PAS yang akan memimpin apabila mendapat kuasa nanti, buktikan dengan menunjukkan bahawa kita negara yang telus, berkebajikan, negara yang baik, dan 'good governance' dan ini perlu dijelmakan. Kalau kita gagal menjelmakan 'good governance' ini barulah selepas itu negara berkebajikan ini akan dipertikaikan.
Oleh itu menjadi cabaran kepada kita. Umno, misalnya jika kita sebut negara Islam mereka akan cakap kita kembali ke zaman unta, bila kita sebut Negara Berkebajikan mereka kata kita meninggalkan negara Islam . Sebenarnya mereka sedang mencari helah untuk mengekalkan sokongan rakyat kepada mereka. Bukan soal dasar Islam dan negara Islam pada mereka.
PAS diberi persepsi seperti orang gila kuasa sebab itulah mereka mengubah dari konsep Negara Islam kepada Membangun Bersama Negara Berkebajikan semata-mata mahu menunju ke Putrajaya. Apa pandangan Tuan Haji?
Memang kami gila kuasa sebab kami nak ambil kuasa daripada orang yang gila. Jadi orang yang gila ini kita tidak boleh biarkan mereka terus lama memerintah. Bayangkan satu tahun berlaku kebocoran sebanyak RM28 billion, jenayah semakin meningkat, indeks rasuah kita pernah capai sehingga 5.5 ertinya peningkatan rasuah.
Pembaziran terus dilakukan termasuklah lawatan ke luar negara, sebagaimana yang berlaku hari ini. Di atas nama lawatan ke luar negara Perdana Menteri mengambil kesempatan untuk membuat kerja-kerja perkahwinan anak. Ini semua menggunakan wang rakyat begitu juga isteri Perdana Menteri menghabiskan wang rakyat seperti sekarang. Dengan itu mereka yang berkuasa perlu ditamatkan kuasa mereka.
Kita berjanji untuk membuat pentadbiran lebih baik terutama menjaga kewangan dan jikalau kita suatu hari ini melakukan kerja-kerja gila seperti ini rakyat boleh menghukum Pakatan Rakyat waktu itu. Buat masa sekarang kita mesti mengambil kuasa daripada orang yang gila ini.
Negara Berkebajikan juga adalah manifesto PAS pada PRU 2008. Mengapa dalam Muktamar PAS kali ini ia disebut kembali?
Ya kita pernah sebut Negara Berkebajikan, tetapi dalam masa sepanjang tiga tahun ini kita banyak menjawab dan memberi reaksi kepada tindakan Umno BN. Misalnya kita sibuk menjawab tentang rampasan kuasa negeri Perak, kita sibuk menjawab gerakan perkauman yang dibuat di Selangor. Kita menjawab isu-isu itu, kita juga sibuk menjawab serangan di Kedah dan di Pulau Pinang. Maka kita kurang menumpukan Negara Berkebajikan. Oleh kerana PRU sudah dekat dan ini tajaan kita kalau dapat menguasai negeri atau Putrajaya maka isu Negara Berkebajikan diperhebatkan semula. Bukan sebelum ini kita tidak sebut, tetapi kita melayan serangan yang dibuat oleh Umno BN terhadap negeri-negeri yang kita kuasai.
Mungkin ada negara berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS?
Negara Berkebajikan yang menjadi aspirasi PAS sudah tentulah negara dipimpin oleh Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Dan sayangnya contoh-contoh negara berkebajikan ini sekarang dilaksanakan di negara barat. Orang Islam mengambil segala buruk dari jahiliah barat sebaliknya orang barat mengambil segala kebaikan yang ada dalam negara Islam. Ini yang berlaku sekarang. Sudah terbalik.
Bagaimana PAS melihat Negara Berkebajikan ini mampu melemahkan Umno BN?
Pertama sekali kita mesti mempersembahkan dari sudut pemimpin yang mesti hidup seperti atau seakan-akan Umar Abdul Aziz. Mesti bersederhana, tidak berbelanja boros dan besar dan yang pentingnya kebajikan rakyat perlu diutamakan. Yang inilah Umno tidak boleh buat. Umno memberi kebajikan kepada rakyat pada masa yang sama mereka sapu untuk mereka, lebih daripada orang lain. Dengan kehidupan serba mewah kepada diri dan keluarga mereka.
Tuan guru Abdul hadi ada menyatakan Tuan haji sebagai senjata PAS untuk menyerang Umno. Apa komen Tuan Haji?
(Ketawa). Saya menyerang Umno sejak daripada dulu. Jadi bukan perkara baru. Bukan menyerang Umno sahaja tetapi segala bentuk kemungkaran yang dilakukan. Saya sendiri tidak boleh kerja keseorangan dan mesti bergerak satu pasukan iaitu Presiden, timbalan dan naib presiden dan seluruh ahli jawatankuasa dan dewan-dewan, semua sekali kena bergerak serentak. Jadi saya yakin dalam usaha kita untuk menghadapi BN saya tidak keseorangan.
Tuan Guru Nik Aziz memberi perumpamaan Tuan Haji adalah umpama enjin kepada PAS Tuan Guru Abdul hadi Awang adalah pemandunya iaitu orang yang menekan minyak. Apakah Tuan Haji yakin pemanduan ini akan lebih hebat?
Tengok kepada pemandunya, kalau dia tekan minyak kuat enjinnya akan laju. Kalau dia tekan perlahan enjinnya akan perlahan (Ketawa). Jadi saya yakin pemandu itu memahami kapasiti enjin, berapa cc. Dan pemandu itu akan memandu mengikut kapasiti enjin itu. Dan saya yakin paduan ini baik untuk kita menggerakkan rakyat dan masyarakat.

Sumber : Warta Utara - 199/06/2011
PAS dakwa Umno kuasai program LL4G |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 19 Jun: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa program Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia cuba dimonopoli oleh Umno BN termasuk NGO milik mereka, Aman Malaysia. Beliau berkata, perkara ini jelas terbukti apabila nama beliau digugurkan sebagai salah seorang pemidato di saat-saat akhir sedangkan pada awalnya beliau sudah diingatkan agar bercakap soal Palestin tanpa menyentuh isu politik. "Saya telah mendapat restu daripada PAS untuk hadir program malam tadi kerana program isu Gaza ini isu bersama. "Saya mestilah sangat gembira dapat duduk satu pentas dengan Perdana Menteri. "Tapi apabila nama saya digugurkan daripada berucap, saya rasa kesallah sedangkan mereka kata isu ini isu bersama," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan sebab ketidakhadiran beliau ke program yang diadakan di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras malam tadi. Bagaimanapun, seorang lagi pemidato Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hadir walaupun slot pidato dibatalkan. "Ini bukan soal kecewa tidak dapat berucap tapi saya tak pergi langsung malam tadi sebab nampak Umno macam nak ambil alih program tersebut," katanya. Mohamad pada mulanya diminta menyampaikan pidato menyentuh isu Palestin selama 20 minit yang kemudiaanya dipendekkan kepada 10 minit dan akhirnya dimaklumkan pembatalan slot pidato jam 10 pagi semalam. Khalid fikir dua kali Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll ke Gaza akan berlepas ke sana pada 26 Jun ini dan PAS akan diwakili oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad. Khalid bagaimanapun ketika dihubungi sebentar tadi memberitahu beliau sedang mempertimbang samaada akan turut serta atau tidak. Ini kerana beliau turut sependapat dengan Mohamad bahawa Umno BN ingin menjadikan misi tersebut program mereka sendiri. "Saya pun sedang fikir balik samaada nak pergi atau tidak labih-lebih lagi bila diberitahu Mat Sabu tidak diberi peluang berucap malam tadi dan nampak Umno BN nak guna program ni untuk naikkan nama mereka," katanya yang juga ahli Parlimen Shah Alam. Beliau turut mengingatkan Umno BN agar jangan mengambil kesempatan di atas penderitaan umat Islam untuk mengharumakan nama parti. "Bagi saya Umno BN nak ambil kesempatan untuk naikkan nama mereka di atas penderitaan umat Islam.Ini tidak bagus untuk keamanan sejagat," katanya. |
Terpalit APCO, Umno berlagak bela Palestin |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 20 Jun: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) mendakwa Umno BN bersungguh-sungguh ingin menonjolkan diri sebagai pembela rakyat Palestin kerana namanya dikaitkan dengan perunding Yahudi, Apco Worldwide. Beliau berkata, demi kepentingan politik, Umno BN sanggup bersikap biadab dengan cuba mengambil alih kuasa daripada pihak penganjur program Lifeline4Gaza (LL4G). "Pandangan saya dalam kes ini Umno oleh kerana dipalit dengan Apco (Worlwide), maka dia nak bersihkan nama, nak tunjukkan diri dia di pihak yang kononnya nak membela orang Palestin kerana satu Malaysia sudah tahu mereka melantik penasihat daripada Yahudi Zionis. "Untuk nak tonjolkan diri mereka sebagai pembela Palestin sangup nak rampas kuasa pengajur LL4G," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang mendakwa beliau ingin menarik diri daripada menyertai Misi kemanusiaan International Freedom Flotilla ll kerana Mohamad Sabu. Semalam, Khalid berkata beliau sedang mempertimbangann sama ada akan menyertai misi tersebut 26 Julai ini atau tidak memandangkan Umno BN cuba menguasai program tersebut. Malah, nama Mohamad Sabu sebagai pemidato pada program LL4G Sabtu lalu digugurkan atas arahan pihak Jabatan Perdana Menter (JPM). "Ada akhbar laporkan saya lemah semangat demi Mat Sabu. Saya nak beritahu, kita sebagai orang Islam tak buat kerja demi manudia tapi buat demi Allah. "Saya kecewa sebab Umno seolah-olah merampas kuasa daripada NGO penganjur LL4G. "NGO penganjur program jemput Perdana Menteri rasmi program dan Mat sabu mewakili Pakatan Pakyat untuk berucap. "Tapi setiausaha Najib telefon kata kalau Mat Sabu berucap Najib tak akan datang, Aman Malaysia akan tarik diri dan kerajaan akan tarik bantuan untuk LL4G," katanya. Ugutan ini kata Khalid sangat mengecewakan kerana Umno tidak ikhlas dalam membawa isu kemanusiaan. "Saya kecewalah dengan sikap yang ditunjukkan Umno yang nak ambil kesempatan demi kepentingan politik, nak tonjolkan diri sebagai juara sedangkan ini program NGO dan kenalah hormat NGO yang jadi penganjur, bukan beri ugutan. "Ini menunjukkan kepentingan politik itu tetap menjadi perkiraan utama mereka," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. Difahamkan, beberapa NGO Islam seperti Cakna Palestin akan menarik diri dari misi tersebut kerana kecewa dengan Umno BN. |
Halang Mohamad berucap bukti Najib penakut |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 20 Jun: Tindakan JPM menggagalkan slot pidato Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam Majlis Pelancaran Flotila ke Gaza, baru-baru ini mengundang rasa kecewa banyak pihak. Ketiadaan beliau menimbulkan keresahan ramai dalam kalangan hadirin di Dewan Badminton Kuala Lumpur, Cheras pada malam 18 Jun lalu. Pada masa ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berucap dan melancarkan acara itu, kelibat Mohamad belum juga kelihatan. Perasaan tidak senang itu bertambah kuat apabila melihat kepada backdrop di pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad sebagai pemidato dalam majlis itu. Penasihat Exco mengenai Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor (Padat), Datuk Dr Ibrahim Ghaffar menyifatkan ucapan Najib ketika pelancaran malam itu sebagai omong kosong dan bercanggah dengan tindakan menggagalkan slot pidato Mohamad. (Gambar: Dr Ibrahim menyampaikan sajak pada malam itu di hadapan backdrop pentas utama yang jelas kelihatan menutup nama Mohamad Sabu.) "Bagaimana beliau boleh menyebutkan perjuangan membantu rakyat Palestin oleh rakyat Malaysia disertai semua pihak tanpa mengira pegangan politik. "Sedangkan slot ucapan Mohamad mewakili sebahagian besar dari rakyat Malaysia dinafikan," tegasnya. Lebih dari itu, Ibrahim berkata, Najib tidak cukup keberanian jika memberi arahan menghalang Mohamad dari berucap. Malah lebih dayus, tegasnya, jika Najib mengetahui ada tindakan tersebut dibuat oleh orang-orang bawahannya dan membiarkan kerja bercanggah dengan keputusan awal terus berlaku.
Tun Dr Mahathir bersama Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor pada 9.05.2002
Ibrahim membandingkan kewarasan politik dan sikap terbuka mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang sanggup sepentas berpidato dalam isu Palestin bersama Datuk Fadzil Mohd Noor pada 9 Mei 2002 ketika itu sebagai Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pendang. Majlis anjuran Abim dan NGO itu diadakan di Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) disiarkan secara lintas langsung menerusi siaran televisyen milik Kerajaan Malaysia. Meskipun ada analisa pihak berkaitan menyatakan terdapat 21 kelebihan pidato Ustaz Fadzil berbanding perdana menteri pada acara itu namun Mahathir tetap berani membenarkan aturcara penganjur berjalan lancar. Menurut Ibrahim, beliau juga terlibat sebagai AJK Pelaksana malah mendeklamasikan sajak di atas pentas utama di dalam kedua-dua majlis berkenaan; pada 2002 dan 2011. Ekoran tindakan mentiadakan slot ucapan Mohamad menyebabkan pihaknya merasa amat kecewa dan sangat segan kerana mempunyai perdana menteri yang kurang keberanian begitu. Katanya, penganjur yakni Life Line For Gaza (LL4G) telah memaklumkan sedari awal kepada pihak atasan tentang aturcara majlis pelancaran melibatkan slot Mohamad tetapi tiada sebarang bantahan dari pihak berkaitan. Namun di saat akhir, beliau sambil menunjukkan sms yang diterima sendiri dari Aman Malaysia mengenai pembatalan slot pidato Mohamad. Menurutnya, tindakan segera dan tergesa-gesa terbukti apabila nama Mohamad yang sedia tertulis di backrop pentas utama hanya ditampal sejenis kain pada jam 8 malam bagi melindungi slot pidato itu. Beliau juga menyatakan rasa kesal kerana majlis yang disifatkannya sebagai malam sejuta wajah itu telah digunakan oleh Pemuda BN khas dengan membawa pemuda berbaju biru tua. Katanya, beliau sendiri bertanya di pintu masuk kenapa perlu berpakaian BN, mereka menjawab ini adalah atas arahan Aman Malaysia di bawah Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaludin. “Sewajarnya malam itu untuk menyatakan hasrat menyokong perjuangan kemanusiaan ini tidak perlu menonjolkan sikap kepartian sendiri tetapi mesti bersatu atas nama rakyat Malaysia. Penganjur di dalam kenyataan mereka beberapa hari menerusi emel kepada Harakahdaily memaklumkan Mohamad adalah salah seorang pemidato dalam majlis itu. Malah sehari sebelum majlis berlangsung, beliau sendiri membuat pengesahan akan hadir dan berucap. |
Mohamad Sabu jawab isu Syiah |
Kuasa dan Keamanan
Merebut kekuasaan adalah satu perkara lumrah sejak wujudnya manusia di atas muka bumi. Habil dan Qabil pertarungan antara golongan tauhid dan kemanusiaan dengan golongan kebendaan dan kepercayaan.Peperangan sering berlaku di sepanjang zaman, daripada generasi selepas Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Peperangan berlaku semata-mata di atas nama mendapatkan kuasa, mempertahankan kuasa dan melahirkan kuasa keegoan pihak yang berkuasa. Firaun melambangkan kuasanya sehingga menyama tarafkan dirinya sebagai tuhan. "Ana Rabbukumul A'ala" bermaksud Akulah Tuhan yang paling tinggi. Nabi-nabi yang dibekalkan dengan senjata keimanan mencabar kuasa Firaun dengan berbagai cara untuk menundukkan keegoan Firaun, samada Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Yusuf dan beberapa Nabi dan Rasul yang lain menghadapi pihak yang berkuasa, samada melalui peperangan, penyeruan dakwah untuk menamatkan Hegamoni kuasa.
Ratusan tahun Rom dan Parsi berperang di antara tujuannya untuk memperlihatkan siapa yang lebih kuat dan siapa yang lebih berkuasa. Cina melalui Maharaja Tse Huang Tee membina tembok besar untuk menunjukkan kehebatan kuasa dan menghalang serangan pihak berkuasa yang lain. Negara-negara barat, negara-negara di Eropah bertarung peperangan demi peperangan untuk melebarkan sempadan kuasa, samada British, Perancis, German atau Rom. Brritish pernah membina angakatan laut yang paling kuat di dalam dunia untuk menyerang dan menguasai negara lain.
Di atas semangat Jihad Fi Sabilillah negara Islam Madinah berhadapan peperangan demi peperangan untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam. Perkembangan di dunia Islam tidak terkecuali, berperang dan diperangi untuk mempertahankan dan melebarkan pengaruh Islam dan negara Islam. Untuk mengambil alih kuasa di dalam negara, "State", kuasa diambil alih melalui pembunuhan ketua negara, pemberontakan dari pasukan bersenjata dan menghasut rakyat supaya menolak penguasa melalui pemberontakan umum dan digantikan dengan pemerintahan baru. Ianya sering berlaku di Afrika, Eropah, Asia Barat dan boleh dikatakan di seluruh negara dunia.
Jelmaan proses pilihanraya dan demokrasi adalah dilihat cara yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa. Barangkali cara demokrasi ini tidaklah sempurna tetapi ianya masih menjadi jalan yang terbaik untuk membuat peralihan kuasa di dalam sesebuah negara. Peralihan kuasa boleh berlaku dengan tidak ada tumpah darah dan kehilangan harta benda. Demokrasi diterima secara meluas oleh manusia di atas muka bumi ini terutama selepas perang dunia ke-2.
Suara majoriti rakyat menjadi kuasa penentu untuk memilih ketua negara dan pihak yang berkuasa. Dengan sistem demokrasi yang adil, pertumpahan darah untuk merebut kuasa dapat dielakkan. Kita dapat melihat selepas perang dunia ke-2 di negara-negara Eropah, kalau ada peperangan berlaku di luar negara mereka, tetapi peralihan kuasa di dalam negara mereka melalui suara rakyat terbanyak. Huru-hara dan peperangan sering berlaku di Afrika, Asia Barat, Asia Tenggara, Latin Amerika di antaranya demokrasi dan pilihanraya yang adil tidak berjalan di negara-negara rantau Afrika, Asia dan Latin Amerika.
Oleh itu, mana-mana pemerintah yang berkuasa adalah menjadi tanggungjawab untuk mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil untuk mengelak peperangan, kacau bilau, pemberontakan dan pergaduhan.
Sebab itulah rakyat Malaysia yang prihatin mahu pilihanraya yang adil dan bersih dijelmakan di negara ini demi untuk menjaga keamanan dan penerusan pembangunan dan kemanusiaan.
Sumber DD : 27/06/2011
Mat Sabu: Kami komited tewaskan BN guna demokrasi, bukan cara lain
Oleh Yow Hong Chieh
SHAH ALAM, 30 Jun — Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengulangi komitmen parti Islam untuk menggunakan pendekatan demokratik sambil menegaskan, ada keperluan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya negara ini.
Bersih merancang untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, yang antara lain menuntut pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas.
“Kami mahu menewaskan kerajaan (Barisan Nasional) menerusi pilihan raya, bukan cara lain. Ini komitmen kami,” kata beliau.
Sehubungan itu, beliau yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata parti Islam yang mencintai keamanan memenuhi janji itu meskipun terus berhadapan dengan retorik daripada kerajaan pusat pimpinan Umno-BN.
PAS merupakan salah satu komponen dalam Pakatan Rakyat. Dua yang lain ialah PKR dan DAP.
Mohamad juga berkata Umno sudah mengabaikan pendekatan kesederhanaannya, sebaliknya menggunakan cara yang berlawanan kerana pemimpin-pemimpin mereka seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah hilang “ketenangan” ekoran kebimbangan boleh hilang kuasa kelak.
Beliau merujuk kepada ucapan Najib pada perhimpunan agung Umno tahun lalu, meminta ahli-ahlinya mempertahankan Putrajaya dalam apa cara sekalipun.
Ketika berucap pada ceramah dan solat hajat anjuran Dewan Pemuda PAS Selangor di sini malam tadi, Mohamad berkata, Pakatan Rakyat sepatutnya telah memerintah negara ini jika pilihan raya umum dijalankan dengan seadil yang mungkin.
“Ramai yang bertanya bagaimana kami mampu boleh menang lima negeri jika pilihan raya tidak adil... sebenarnya, jika pilihan adalah adil dan saksama, kami sepatutnya sudah memerintah Malaysia,” katanya di Stadium Malawati.
“BN menyelamatkan 25 kerusi Parlimen kerana undi pos dan 40 kerusi Parlimen di kawasan Felda. (Jika) tanpa yang ini... kita sepatutnya sudah mengambil alih Putrajaya,” kata beliau.
Sumber DD : 17//08/2011

Sumber MI : 30/06/2011
Buat apa saya tipu |
Harakahdaily |
GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar. “Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan. “Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam. Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Salleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya. “Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” ujarnya semasa ditanya mengenai kesihatannya selepas pembedahan berkenaan. Menurut Hanipa yang merupakan timbalan pengerusi Lajnah Undang-undang PAS pula, Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah Mohamad. Akibatnya, Mohamad terpaksa menjalani pembedahan lutut dan 2 1/2 skru telah dimasukkan ke dalam lututnya untuk mengukuhkan ligamennya yang koyak. Tiga hari lepas, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas ditambak dengan gas pemedih mata secara yang tidak betul sehingga menyebabkan tulang pipinya patah terkena balang berisi gas pemedih mata yang ditembak ke arahnya. |
Mahkamah Tinggi kekalkan bebas Mohamad Sabu |
Harakahdaily
|
PULAU PINANG, 5 Ogos: Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Majistret Jawi, Pulau Pinang yang membebaskan Mohamad Sabu dari dakwaan menghalang tugas pejawat awam dalam kes polis pecah kereta beliau untuk menyerahkan waran tangkap. Di samping bersetuju dengan keputusan mahkamah majistret bahawa waran tangkap yang dikemukakan polis kepada Mohamad Sabu cacat, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim juga berkata, pertuduhan juga cacat. "Dengan pertuduhan yang cacat, tertuduh tidak perlu dipanggil membela diri," kata hakim dalam keputusannya menolak permohonan Ketua Pendakwaraya Pulau Pinang, Suhaimi Ibrahim agar mahkamah mengkaji balik keputusan Mahkamah Majistret Jawi yang membebaskan Mohamad Sabu Disember 2008 tanpa dipanggil membela diri. Mohamad Sabu didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan atas tuduhan menghalang pejawat awam menjalankan tugas. Laporan lanjut menyusul. |
Cina Mahu Mat Sabu tanding Di Bukit Bintang
Oleh Subky Latif
TIDAK dipastikan ramai mana orang MCA sudah meninggalkan parti itu menyertai parti dalam Pakatan Rakyat. Ramai yang keluar itu mengikut Chua Jui Meng menyertai KeADILan. Tidaklah mereka menyertai PAS. Tetapi mereka menunjukkan sikap terbuka dan mesra kepada PAS.
Seorang bekas timbalan menteri yang pernah memimpin MCA Bukit Bintang, kawasan yang padat pengundi Cina di Kuala Lumpur yakin 75 peratus pengundi Cina akan mengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.
Di mana saja PAS bertanding pengundi Cina yang dulunya mengundi DAP dan Barisan Nasional (BN) akan memberikan undinya kepada PAS kali ini, katanya.
Hatta di kawasan padat pengundi Cina yang sebelum ini dimenangi oleh DAP, mereka sedia mengundi calon PAS.
Bagi membuktikan keyakinannya, dia mengesyorkan supaya Timbalan Presiden PAS, Mohamad (Mat) Sabu bertanding di Bukit Bintang di kawasan dia pernah menjadi pemimpin MCA.
Dia yakin Mat Sabu akan mendapat majoriti yang besar bagi mengalahkan calon Barisan Nasional daripada MCA.
Sekalipun calon BN itu Cina bertanding dengan Mat Sabu, seorang Melayu dan PAS pula, dia percaya pengundi Cina memilih Mat Sabu. Dia sendiri akan bekerja kuat mengajak penyokong MCA dulu mengundi Mat Sabu.
Dia yakin penyokong DAP di kawasan itu akan menerima Mat Sabu seperti calon-calon DAP sebelum ini.
Penyokong DAP tidak berubah bahkan bertambah dengan pengundi baru. Jika penyokong MCA dulu yang sedia berubah itu memberi undi kepada Ma Sabu, calon itu akan dapat undi lebih besar daripada yang didapati oleh DAP sebelum ini.
YAB Tuan Lim Guan Eng - KM PP // SUA DAP
Tetapi saya kata kepadanya, Bukit Bintang adalah kawasan DAP sejak tahun 70- an pada zaman Lee Lam Thye. Berundinglah dengan Lim Guan Eng, katanya. Mat Sabu adalah kawan baik Guan Eng. Minta satu kawasan daripadanya dan PAS berilah pula satu kawasannya kepada DAP.
Tan Sri Datuk Seri Lee Lam Thye - Mantan AP BB
Dapatkah persetujuan daripada KeADIL an supaya memberi satu kawasan yang dimenanginya di Wilayah Persekutuan, tentu DAP tidak sukar untuk memberi satu kerusi kepada Mat Sabu.
Datuk Chua Jui Meng - Ahli MPP PKR
Orang Cina memang tertarik dengan keberanian Mat Sabu dan ucapannya yang berani dan lantang mendedahkan kelemahan dan kepincangan kerajaan dan pemimpin Umno dan Barisan Nasional digemar oleh pengundi-pengundi Cina.
Lagipun Mat Sabu tegas. Sudah berapa kali dia ditahan di bawah ISA, dia tidak berganjak dan tidak berubah.
Penyokong dan pemimpin DAP percaya Mat Sabu jadi begitu adalah kerana tarbiyah yang diterima dalam PAS. Mereka menghormati sistem tarbiyah yang ada dalam PAS menyebabkan tidak ada MP dan Adunnya yang melompat parti.
DAP mengaku, ia malu ada wakil rakyatnya melompat. Ia adalah disebabkan DAP tidak ada tarbiyah itu. Itu akuan beberapa orang DAP yang saya temui.
Bekas pemimpin MCA yang mencadangkan Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang itu bukan kerana dia hendak mengelakkan kawasan itu terus diwakili oleh DAP.
Sesudah berada dalam Pakatan Rakyat, mereka menerima siapa saja calon yang diputuskan oleh pimpinan Pakatan. Tetapi bagi menunjuk dan membuktikan pengundi Cina sedia mengundi PAS, cuba letakkan Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang.
Saya tidak menolak akan sikap pengundi Cina bersedia memberi sokongan kepada orang yang disukainya sekali pun calon itu bukan Cina yang bertan ding de ngan pengundi Cina.
Pengundi Cina suka kepada Karpal Singh. Bertan ding dengan Cina mana pun mereka akan menyokong Karpal Singh.
YB Tuan Karpal Singh - Pengerusi DAP
Suatu masa dulu Cina Ipoh menyokong Seenivasagam bersaudara yang memimpin PPP. PPP meletakkan lebih ramai calon keturunan India dan Selon (Ceylon) di Lembah Kinta daripada calon Cina bertanding menentang calon Cina daripada Perikatan. Semua calon Cina itu kalah.
Mendiang D.R. Seenivasagam - Mantan Presiden PPP
Kemudian setelah PPP menyertai Barisan Nasional, seorang pemimpin Cinanya, peguam Cina yang terkemuka, Kong Kok Yat menjadi anggota Parlimen dan menjadi ketua utama dalam Majlis Perbandaran Ipoh yang dikuasai oleh PPP kalah di kerusi Dun di salah satu kawasan di Ipoh kepada calon DAP, seorang Melayu dipanggil Pak Saleh yang bekerja sebagai buruh dalam Majlis Perbandaran itu.
Kong Kok Yat adalah bos di majlis itu. Dia dikalahkan oleh calon DAP Melayu yang menjadi buruhnya.
Saya teringat menjelang pilihan raya umum 1986, saya telah ditetapkan bertanding di Parit Buntar. Ia dikira kawasan yang terbaik bagi PAS. Dalam pilihan raya sebelumnya calon PAS kalah kecil di situ.
Banyak masa saya berkempen di Perak termasuk di Ipoh dan menyampaikan ceramah kepada pengundi Cina.
Seorang SB Melayu yang ditugaskan untuk memantau PAS bertugas di Sungai Siput. Dia tidak menyembunyikan dia SB dan selalu ada dalam ceramah saya.
Suatu hari dia bercakap dengan saya memberitahu supaya saya jangan bertanding di Parit Buntar tetapi bertanding di Ipoh. Mengikut tinjauan pengundi Cina suka kepada saya.
Dia cadangkan supaya saya berunding dengan DAP. Dia tahu saya kenal Lim Kit Siang. Dia cadangkan saya minta Kit Siang setuju memberi satu kawasan di Ipoh kepada saya, saya boleh menang.
Tetapi kalau saya bertanding di Parit Buntar, saya akan kalah.
Saya kata, adakah cadangannya itu untuk melihat saya kalah di Ipoh dan hilang peluang untuk masuk Parlimen. Dia bersungguh bagi meyakinkan saya kalau DAP bersetuju memberi laluan kepada saya di Ipoh, maka saya pasti menang. Saya pun percaya akan pandangannya.
Saya balik ke Kuala Lumpur membincangkan dengan pemimpin PAS tentang hasil risikan SB itu. Tetapi pemimpin PAS tidak berani untuk mengambil risiko dan ketika itu PAS dan DAP pantang bertemu. PAS tidak mahu keadaan itu akan menyulitkan PAS menghadapi bom asap Umno yang menjadikan muafakat sulit PAS dan DAP sebagai isu bagi menyulitkan PAS di kalangan pengundi Melayu. Dan saya percaya apa yang cadangkan oleh SB itu boleh berlaku.
Arus itu tidak berubah hingga sekarang. Pengundi Cina terus membuat kejutan menyokong calon seperti Mat Sabu.
Bekas orang kuat MCA menyebut nama Mat Sabu itu mungkin bukan sangat disebabkan dia sudah berada dalam Pakatan Rakyat, tetapi ciri-ciri pemikiran dan sikap orang Cina yang ada padanya suka kepada orang yang berani dan ada pendirian.
Bahkan semasa dia berada dalam MCA, hati kecilnya boleh berfikiran begitu dan tidak mustahil menyokong calon yang ada ciri demikian sekalipun disiplin BN dan MCA itu mengendaki dia mengundi calon partinya.
Dia berkata, kalau Mat Sabu bertanding di Bukit Bintang, kita dapat tunjukkan satu contoh 1-Malaysia yang baik. Walaupun 1-Malaysia itu satu slogan retorik yang dicipta Najib tetapi kita buktikan kita melaksanakannya.
Katanya, kita akan te ngok pengundi Cina daripada penyokong DAP dan pengundi MCA dulu akan memberi sokongan kepada calon Melayu daripada PAS dan daripada pihak yang memperjuangkan Islam pula.
Dulunya pengundi bukan Islam tidak mungkin menyokong calon yang memperjuangkan Islam dan mahukan negara Islam pula.
Tetapi sekarang PAS mahu menegakkan negara kebajikan untuk semua termasuk orang bukan Islam daripada berbagai-bagai agama. Dalam perkembangan sekarang penganut agama lain tidak bermasalah untuk menyokong Mat Sabu.
Ini peluang kita tunjukkan kita boleh jayakan 1-Malaysia. Bekas orang kuat MCA itu tidak nampak Najib dan Umno boleh jayakan 1-Malaysia.
Sumber DD : 17//08/2011
'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA' |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 18 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.
Tn Hj Mohamad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.
Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman. “Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting? “Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA. “Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam. Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man - Ketua Penerangan PAS Pusat
Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Ketua Pengarah PR PAS Pusat
Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’. Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu. Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung. “Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang,” jelasnya. Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PMM
Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.
|
Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini |
Mohd Sabri Said |
PULAU PINANG, 28 Ogos: Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang. Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.
Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan akan diberikan kepada Mohamad yang akan hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang ini.
Mohamad dalam kenyataanya semalam menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Muhammad Indera
Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. |
Datuk Onn Jaafar - Bapa UMNO
Tunku Abdul Rahman Al Haj - PM Malaya
Komunis: Utusan bohong, Md Sabu akan saman |
Harakahdaily |
KANGAR, 29 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
"Saya agak lambat menjawab isu ini kerana saya mahu melihat dan mendengar balik apa yang saya katakan di ceramah itu. Pagi ini saya melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily. Mohamad Sabu berkata, beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu. "Saya tidak katapun Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Umno itu baru saya tahu nama mereka," jelas Mohamad Sabu yang juga membuat sidang media khas di sini hari ini mengenainya. Akhbar itu pula, kata Mohamad, hanya menyiarkan laporan mengenai ceramahnya di Pulau Pinang itu selepas semingggu. "Saya ceramah 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap, jadi saya tunggu rakaman itu dan pagi ini saya mendengarnya," kata Mohamad. Utusan dan pemimpin Umno menyerang Mohamad Sabu dengan tuduhan kononnya beliau menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu. Peristiwa Bukit Kepong terkenal kerana ia telah difilemkan oleh Datuk Jins Samsudin dengan filem berjodol Bukit Kepong.
Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin - Pelakon / Pengarah filem Bukit Kepong
Video itu kemudiannya disampaikan terus kepada Mohamad petang semalam dan ia dilihat beliau pagi tadi. Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan diberikan kepada Mohamad yang hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang semalam.
YAB Tuan Lim Guan Eng - KM Pulau Pinang
Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. |
Isu sebenar ceramah Md Sabu |
Green Boc |
Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]
Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.
Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera. Sedikit fakta untuk dikongsi bersama. Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta? Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar. Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.
“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.
Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. “Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. KOMENTAR TUKAR TIUB
Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.
Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu
Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.
Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku. Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin. Apa yang Mat Sabu sampaikan?
Ulasan GB Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka. Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British di mana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran. Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini. TAHNIAH MAT SABU! |
Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno |
Mohd Sabri Said
|
BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah. Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM). Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.
"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.
Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai. Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British. Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.
Almarhum Imam Khomeini - Tokoh Revolusiner Iran
Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.
Allahyarham Pak Sako @ Ishak Hj Muhammad
Almarhum Dr Burhanuddin al Helmy - Mantan YDP PAS
Almarhum Mat Kilau - Tokoh Pahlawan Pahang
Almarhum Dato' Bahaman - Tokoh Penentang Inggeris
Allahyarham Ahmad Boestamam - Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara. "Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya. |
Sejarah: Cakaplah benar walaupun pahit |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 31 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, manusia perlu jujur dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
“Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. Cakaplah benar, walaupun ia pahit,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang diputarbelitkan oleh media perdana.
Dalam isu sejarah kejadian Bukit Kepong yang dibangkitkan Mohamad dalam satu ceramahnya yang sengaja dijadikan isu kontroversi hangat oleh Umno baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata isu siapa pejuang dan siapa pengkhianat amat berkait rapat dengan bagaimana isu asas itu. "Apakah British dan konconya yang telah menjajah negara ini dianggap kita sebagai hero ataupun penjajah? “Kaitannya adalah kerana kalau negara terima mereka sebagai penjajah, maka secara logiknya semua yang menentang penjajah akan dianggap sebagai hero. "Inilah yang terjadi kepada penilaian baru sejarah Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan yang lain-lainnya. Mereka ini bangun mengajak rakyat menentang penjajahan British dan sejarah kini menganggap mereka hero dan pejuang,” kata beliau. Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Ini disusuli pula dengan pelbagai kecaman daripada pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British. Tuan Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan dan jasa Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain sebagai nasionalis sehingga berjaya merunding kemerdekaan negara pada 1957 dalam sejarah negara, walaupun mereka pernah menjadi pegawai British tidak perlu dipertikaikan, dinafikan dan jauh sekali nak dipersoalkan dalam tafsiran sejarah. “Namun jika hanya merujuk kepada tahun 1950, apakah pula status golongan yang melawan penjajah British dan kerajaan British pada waktu itu – adakah mereka adalah hero ataupun pengkhianat?” soal beliau. "Disebabkan pada zaman British menjajah negara kita, British telah berjaya memperalatkan beberapa tokoh Melayu untuk bersekongkol dengan mereka, namun tidak dinafikan ada yang bersekongkol untuk menghalau British dari dalam kerajaan, katanya maka kini, timbul satu tafsiran baru daripada segi sudut sejarah. “Kita harus faham kenapa berlakunya penentangan terhadap Inggeris oleh rakyat dari pelbagai bidang - ada yang menyertai PKMM, PKM dan lain-lain - semuanya bagi menentang penjajah British dan mereka yang bersekongkol dengan penjajah British. "Atas penilaian inilah, kita menafsir semula sejarah dan menganggap tokoh-tokoh pejuang yang melawan penjajah British sebagai hero. Jikalau itu adalah tafsiran kita, bagaimana pula dengan golongan yang sanggup bersama dengan penjajah British? Apakah mereka juga hero?” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. “Jika dua-dua pula jadi hero, siapa yang jadi pengkhianatnya? Takkan semua hero, dan takkan pula semua jadi pengkhianat? Jadi landasan mana dalam tafsiran sejarah yang perlu diikut, itulah persoalannya. Katanya, secara penakulan mantik dalam menafsir sejarah secara hitam-putih, kalau yang melawan British adalah hero, maka yang bersekongkol adalah pengkhianat. "Yang menyusahkan dan melawan arus penakulan mantiknya sekarang ialah apabila ada pihak yang hendak menjadikan golongan yang bersekongkol dengan British ini juga sebagai hero,” terang beliau lagi. Secara menafsir sejarah secara jujur, Tuan Ibrahim berpendapat bahawa semua kumpulan yang menentang penjajah waktu itu (1950) bertujuan untuk menghalau penjajah walau di atas landasan mana mereka berjuang sekalipun. Namun demikian, kata beliau ia tidak boleh menafikan ada antara mereka yang mempunyai niat lain selepas berjaya “menghalau penjajah” – namun apa yang pasti, “menghalau penjajah” merupakan common goal yang pertama golongan ini pada waktu itu walaupun mimpi mereka lain-lain. “Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu. Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British. "Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis,” tegas beliau, sambil menambah sekiranya tafsiran sejarah dibuat secara jujur tanpa prejudis, tujuan, motif dan situasi suatu-suatu peristiwa adalah berlainan daripada satu era ke satu era. “Kita harus terima realiti waktu itu (1950) dan sudah tentunya ia tidak sama dengan realiti selepas Merdeka sebagaimana yang saya tegaskan tadi, bahawa tidak boleh dinafikan masing-masing ada agenda tersendiri SELEPAS menghalau penjajah,” kata beliau. Kontroversi yang sama juga timbul pada sejarah tanahair yang paling kritikal iaitu di zaman peralihan antara Jepun dan British, katanya, di mana ada pejuang yang tersepit antara ingin bersama Jepun melawan British atau kekal menyokong British. “Nyata yang selamat dari kontroversi ini ialah pejuang Islam yang bangun menentang atas nama jihad seperti Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau dan Tok Janggut kerana mereka pastinya hero di dunia dan akhirat.
Profesor Datuk Dr Khoo Kay Kim - Pakar Sejarah
Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis berkata kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.
|
Bukit Kepong: Serangan terhadap British |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Isu serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950 iaitu tujuh tahun sebelum Merdeka merupakan serangan ke atas sarang penjajah British dan bukannya kepada anak bangsa sendiri. Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof, serangan kira-kira jam 5.00 pagi pada tanggal 23 Februari 1950 itu manifestasi kemarahan rakyat terhadap penjajah British ketika itu namun sejarah itu telah diseleweng oleh Umno BN. Ianya termasuklah kemarahan terhadap anggota polis yang pada waktu itu menjadi talibarut British. "Isu Bukit Kepong tahun 1950 adalah serangan ke atas sasaran penjajah bukan kepada anak bangsa sendiri. "Polis waktu itu adalah apparatus penjajah, penyerang pula adalah mereka yang menentang penjajah, apakah kerana ini mereka menjadi komunis," soalnya.
Bercakap kepada Harakahdaily beliau yang juga ahli parlimen Parit Buntar berkata, pada zaman dijajah British itu sesiapa sahaja yang menentang mereka akan dicop golongan berhaluan kiri atau komunis.
Manakala golongan kanan atau konservatif pula adalah mereka yang mengikut telunjuk British. "Golongan konservatif akan mengekalkan penguasaan British. "Penentang yang keras dan mahu negara ini merdeka mengikut acuan sebenar dicop kiri atau komunis." jelasnya lagi. Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu yang diputarbelitkan oleh media perdana khususnya akhbar Umno, Utusan Malaysia sehingga menjadi kontroversi. Utusan dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis yang menyerang Bukit Kepong adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Turut mengecam Mohamad termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, timbalannya Muhyiddin Yassin dan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Mohamad dalam satu sidang akhbarnya di Perlis kemudiannya menafikan perkara itu dan mendakwa kenyataannya telah diputarbelitkan dan mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS. Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. Mengulas lanjut kecaman Umno terhadap Mohamad itu, Mujahid berkata Umno adalah anak didik British yang diiktiraf sebagai golongan konservatif sebab itulah sehingga sekarang walaupun sudah 54 tahun merdeka, mereka masih bermati-matian mempertahankan British. "Umno adalah golongan konservatif yang menjadi anak didik British, malangnya setelah 54 tahun merdeka Umno masih mempertahankan British. "Cuma Umno tidak sedar mereka adalah "radio buruk" hari ini di mata rakyat yang sudah merdeka," katanya. |
Saya akan beri kerjasama kepada polis," - Mohamad
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 1 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak akan memohon maaf terhadap kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong kerana perkara itu hanya putarbelit akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
"Pasal apa saya nak mintak maaf, biarlah polis siasat," katanya merujuk kenyataan pihak polis yang mahu menyiasatnya di bawah Seksyen 505 B Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. Sementara itu Mohamad juga memberitahu beliau telahpun dihubungi pihak polis berhubung siasatan yang akan dijalankan terhadapnya. Bagaimanapun katanya, belum ada tarikh khusus ditetapkan kepada beliau untuk hadir disoal siasat. "Saya telah terima panggilan telefon dari pihak polis nak panggil beri keterangan. "Saya akan beri kerjasama penuh kepada pihak polis," katanya lagi.
Dalam laporan muka depannya baru-baru ini, Utusan Malaysia menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.
Kenyataan itu menurut akhbar Umno itu diucapkan timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu. Ekoran itu, isu itu menjadi 'peluru' pemimpin Umno dan medianya menyerang Mohamad Sabu dan PAS kononnya parti itu menghina para polis Bukit Kepong dan membela Komunis yang menyerang balai polis itu. Sejak itu juga, berpuluh laporan polis dibuat terhadap Mohamad khususnya oleh Umno dan menggesa beliau memohon maaf serta menarik balik kenyataannya. Mohamad bagaimanapun menafikan laporan akhbar itu yang didakwa cuba memfitnah dirinya dan tidak akan sesekali memohon maaf. Dalam penjelasannya, beliau memberitahu tidak pernahpun menyatakan Mat Indera itu Komunis, namun dimainkan Utusan sebaliknya. Beliau juga telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu. |
Mohamad Sabu tak sebut komunis |
Kenyataan Media Pakatan Rakyat |
Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang". Di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa. Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis. Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong. Kedua-dua dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Kami percaya Saudara Mohamad Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar-belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media UMNO. Pertama sekali, Mohamad Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan. Justeru kami menegaskan bahawa kami tidak mempersoalkan sebab mengapa Mohamad Sabu cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara. Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat. Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan UMNO-BN dan perkakas propaganda mereka. Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan UMNO dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan. Apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi? Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu. Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara. Harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara. Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan? Tetapi pemimpin UMNO tidak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis UMNO ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan. Hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh Kerajaan Perikatan / BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis. Buku-buku sejarah kita bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara. Jelas sekali lagi bahawa UMNO mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa. Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mohamad Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara. Yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan UMNO-BN. Dr Dzulkefly Ahmad, PAS
Nik Nazmi Nik Ahmad, KEADILAN
Liew Chin Tong, DAP
2 September 2011 |
Isu komunis cuba alih perhatian rakyat – Mat Sabu |
M Faqih |
KOTA BHARU, 2 Sept: Mohamad Sabu menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang. Timbalan Presiden PAS berkata, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah. “Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda. “Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat. Baru-baru ini dalam laporan muka hadapan sebuah akhbar milik Umno mendakwa Mohamad Sabu menganggap Mat Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis sebagai hero sebenar. Kenyataan itu dipetik ucapan Timbalan Presiden PAS itu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Menurutnya juga laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar. ”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat. ”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya. Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya cara itu tidak betul. ”Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya. Kata beliau peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku. Begitu juga katanya dalam peristiwa Memali ada empat anggota polis yang terkorban. ”Cuma dalam setiap peristiwa yang berlaku hanya pemimpin Umno yang selamat. Begitu juga dalam kes Memali pihak yang mengarahkan serbuan iaitu pemimpin Umno masih lagi selamat,” katanya. Mohamad juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya sebagai mendewakan fahaman komunis sebagai amat keterlaluan dan menjijikkan. Kata beliau segala tomohan tersebut tidak lebih bagi memburukkan beliau dan PAS. ”Tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara telah membongkar penyelewengan daftar pemilih dan lain-lain kepincangan. SPR dan kerajaan BN sedang berada di kandang orang salah menurut pandangan rakyat,” ujarnya. Beliau menjelaskan juga perayaan sambutan ulangtahun kemerdekaan negara sekarang tidak lebih sebagai merayakan pemimpin negara dan bukannya tokoh pejuang kemerdekaan sebenar. Katanya apabila ada fakta menyebut penglibatan tokoh lain ketika menuntut kemerdekaan negara, pemimpin Umno mulai menjadi gelabah. ”Maka tidak hairanlah semangat menyambut kemerdekaan sudah mulai luntur di Malaysia sekarang. Kita boleh lihat sendiri berapa buah kenderaan atau rumah yang sanggup memasang Jalur Gemilang. ”Berlainan dengan apa yang berlaku di Indonesia semangat rakyat begitu tinggi ketika perayaan ulangtahun kemerdekaan mereka,” katanya. Beliau juga menjelaskan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat. Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong pula berkata, generasi muda sekarang mulai tahu tokoh-tokoh yang benar-benar terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara. Menurutnya pendedahan itu dibimbangi pemimpin Umno kerana sebelum ini setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan hanya pemimpin negara yang diketengahkan, sedangkan pejuang sebenar disisihkan. |
http://bm.harakah.net.my/index.php/berita-utama/5192-isu-komunis-cuba-alih-perhatian-rakyat--mat-sabu
Kenyataan Media TPP :
Transkrip Ceramah Hj Mohamad Sabu di Padang Menora, Pulau Pinang yang menjadi isu hangat , yang dibangkitkan oleh Utusan Malaysia, TV3 dan RTM ....yang membuat serangan tak putus-putus
________________________________________
Assalamualaikum.
Alhamdulillahirobbil Alamin, Wassalatuwassalamu Ala Ambiya’i Walmursalin, Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in.
Yang Mulia Saudara Pengacara Majlis, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP yang baru meninggalkan majlis kita, Alfadhil Dato’ Dr Mahfoz Muhammad, Naib Ketua Dewan Ulama PAS, juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Ustaz Khalid Man Timbalan Pesurujaya, Seluruh Ahli-ahli Jawatankuasa Peringkat Perhubungan Negeri, Seluruh Jawatankuasa PAS Kawasan Tasik Gelugor, Seluruh Jawatankuasa Pemuda , Muslimat dan Seluruh Alim Ulama , Rakan-rakan daripada Parti Keadilan, Para hadirin hadirat, Muslimin Muslimat yang dihormati sekalian.
Alhamdulillah, sekali lagi kita dapat bertemu pada malam ini, Insya ALLAH lepas raya ni boleh berdiri eloklah kot, aaaa….dah seminggu saya buang kerusi roda, sekarang dah boleh pakai tongkat… aa..jadi lepas raya ni jadi Pak Maunlah , boleh buang tongkat…
Itu adalah dalam perjuangan ini, nasib saya macam tu nak buat macam mana, aaa….kalau kita nak ikut pasai apa tak kena semua orang….kita, redha dengan apa yang ALLAH uji kita dalam perjuangan ini… saya sendiri “ISA” kena 2 kali….bicara kes mahkamah ni…setakat la 5 kes…..dah menang dah … 4 , tinggal satu lagi, hak nak mai kedepan hak kita nak saman tu berlambak lagi , jadi saya hadapi nasib macam tu …dalam perjuangan ini….nak buat camna…kalau ditahan di balai polis, lokap tu ….selalu lah, Cuma kita rasa apa yang dilalui itu adalah perkara yang kadangkalanya terpaksa, untuk kita membuat pembaharuan …politik tentulah melalui perjuangan , bukan melalui hamparan permaidani merah…
Hadirin yang dihormati sekalian, sebelum saya pergi kepada perkara-perkara yang saya nak sampaikan saya lancarkan dulu kutipan derma pada malam ini, untuk tuan-tuan membantu perjuangan kita, para petugas diminta untuk bertemu dengan mereka yang hadir pada malam ini, Alhamdulillah bulan Ramadhan, ramai begini hadir dalam majlis penerangan kita, petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir….ini malam sepuluh terakhir, sebarang sedekah jariah kita untuk perjuangan mendaulatkan Islam , menegakkan keadilan, menentang kemungkaran akan mendapat ganjaran di sisi ALLAH Subhanallahu Taala. Para petugas bertemu dengan setiap mereka yang hadir, saya akan cuba terus memberi ucapan.
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, saya ditempat lain saya tak terangkan hal kemalangan yang saya lalui , tapi ini kampung saya….Jarak, jadi yang ada ni kawan-kawan, adik-beradik, saya terangkanlah sikit …hadirin sekalian.
Dalam televisyen itu….Pengarah Keselamatan Dalam negeri berbohong, dia tunjuk dengan tourch light yang tu….tengok….kereta pajero tak langgar pun Mohamad Sabu, …..saya buat repot polis 14 julai, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri buat kenyataan 22 , dia tak baca repot polis saya….saya dilanggar oleh kereta polis jenis waja….bukan pajero, kemudian dia kata saya jatuh langgar divider….lagi mohong….kereta polis yang belah kepala lutut saya….kemudian dia kata saya berlakon duk atas kerusi roda, dia bukan doktor….lagi dia cakap lagi dia bohong…..lagi dia cakap lagi dia bohong….sepatah tak mai minta maaf sampai hari ini…..dan dia berbohong dalam televisyen…seluruh rakyat Malaysia dengar. Saya jawab dalam majlis ceramah, dalam surat khabar Harakah, surat khabar Keadilan, tapi hadirin sekalian oleh kerana mereka berbohong terlalu banyak, sekarang ni….cakap polis pun orang tak percaya…betui ke dak? ….tambah cakap Najib lagi bohong…aaa tu lah….apa….siakap senohong gelama ikan duri, selalu cakap bohong, lama-lama jadi menteri….
Hadirin sekalian, saya sebut bahawa semasa saya dibawa ke hospital….General Hospital , berada dalam lokap di Jinjang, nak ambik wudhu’ , nak pegi bilik air…nak buat statement polis….nak cop jari….semua dipapah oleh polis…..2 orang kiri-kanan, sebab tak boleh jalan…..dan polis yang papah saya tu….saya ucap terima kasihlah….mereka khidmat sungguh, saya nak bergerak ja dia tau saya tak boleh jalan, dia mai angkat…aaa sampai dah dibebaskan 10 malam….saya letak diletakkan dihadapan lokap…..orang lain semua berjalan kaki keluar, saya tak keluar …..kereta masuk ambik….itu pada hari sabtu, hari isnin saya pergi ke doktor pakar….doktor pakar …aaa..KPJ Hospital dekat rumah di Shah Alam….dia check , didapati ligament hak orang panggil … urat belakang lutut tu terkoyak…..kena buat pembedahan. Dia nak buat pembedahan hari tu, dia tak boleh buat sebab darah saya cayak….duk makan desprin….pasal ada hal jantung…..dia kata kena berhenti makan desprin….4 hari , mai sini , kita nak buat pembedahan….hari Jumaat 15 hari bulan…masuk bilik pembedahan…..pukul 2 petang….pukul 4 keluar dari bilik pembedahan….iaitu dia bubuh satu skru….2 inci setengah….ke dalam lutut ni…jadi saya suruh doktor bubuh skru sebab saya nak berlakon….hadirin sekelian…pelak….sampai rupa ni….pemain sampai macam tu….jadi hadirin sekelian lepas bubuh skru tu….3 hari lepas tu baru boleh lah menapak…dan Alhamdulillah sekarang dah boleh berjalan dah…..Cuma nak naik …..naik tangga turun tangga tu kenalah bantuan tongkat sikit… Alhamdulillah, lepas raya ni kembali pulih lah kot….boleh berjalan dan boleh bekerja lagi dalam ….dalam parti , dalam perjuangan ini….
Hadirin hadirat yang dihormati sekelian….Oleh kerana dia tak minta maaf sampai hari ni, lepas ni akan diikuti lah dengan tindakan mahkamah….Saya sepanjang dalam perjuangan ni tak meniaga , jadi nak kaya lepas ni …dengan saman jer lah….haaa ….Insya ALLAH….peguam-peguam duk kata …kami banyak dah orang yang nak ambik kes saya ni….hak kes pecah cermin kereta tu…menang di peringkat Juru, kemudian pihak pendakwa buat rayuan di Mahkamah Tinggi….5 hari bulan ogos, bulan puasa ni jugak….hakim Mahkamah Tinggi mengatakan…keputusan Mahkamah Majistret Nibung Tebal…betul…..iaitu Saudara Mohamad Sabu ni perlu dibebaskan….dan tak perlu membela diri….kita tengoklah , kalau keadaan sesuai peguam kita akan dakwa pulak….kita akan tuntut…pecah cermin dan juga sebagainya….itu serah lah pada peguam hadirin sekelian….jadi saya….terima kasihlah kepada doa tuan-tuan semua….sebab saya banyak melalui kes-kes mahkamah….haaa …..Dato’ Seri Anwar teruk lagi…jadi saya ni peringkat yang agak …kawan-kawan kata banyaklah juga hadapi kes-kes …mahkamah. Tapi, janganlah bimbanglah …kita takut pun mati, berani pun mati…..
Hadirin yang dihormati sekelian….sekarang ini pemikiran rakyat….sudah mula berubah….mereka tidak lagi di awal merdeka dulu…aaa…sekarang kita ni….suasana nak sambut merdeka, kita tengok takda orang pun bawa bendera di kereta,…. Ada… setengah tu kereta dia bubuh dekat 200 bendera, tu hak jenis masuk ayak dalam kepala tu….haa…hak jenis tu ada….tapi orang biasa , saya tak nampak pun….sebab rakyat tak berasa sambut merdeka….sambut merdeka seolah-olah perayaan umno….betul ke dak? Sepatutnya tokoh pejuang kemerdekaan kena masuk dalam televisyen….kalau nak buh Tengku Abdul Rahman, Dato’ Onn pun takpalah…..kena letak juga Dr Burhanudin, kena letak juga Ustaz Abu Bakar Al Bakir, kena letak juga Dato’ Ahmad Bustamam, kena letak juga Dato’ Ibrahim Yaakob, kena letak juga perjuangan-perjuangan seperti Mat Kilau dan sebagainya…..ini penentang-penentang British….tapi bila merdeka , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman , Dato’ Onn…..kalau gitu umno lah yang layak…..betul ke dak? Di negeri orang lain , sambut merdeka rakyat ambik bendera letak di pintu rumah masing-masing ….kalau kita pegi Indonesia, di Thailand….tak kira parti politik, pembangkang ke …..kerajaan ke , bila merdeka ni rakyat yang menyambutnya….di Malaysia ni kita tak rasa sambut merdeka, rakyat sambut …..macam umno sambut , bahkan berlaku beberapa tahun lepas di mana Majlis Daerah Raub mintak supaya semua parti politik buat perarakan hari merdeka , maka ….aaa….PAS di Raub itu kebetulan ahlinya banyak bekas-bekas tentera berlatih lah berkawat….elok tak kiralah berkawat puak-puak tentera ni…..banyak duk dalam PAS….nak sambut merdeka di majlis bandaran, sehari sebelum merdeka….mai surat….PAS tak boleh terlibat dalam sambut merdeka….haaa…..ni hadirin sekelian yang berlaku…..
Ertinya sambut merdeka ni seolah-olah kepunyaan umno….sebab tu kita lihat tulisan-tulisan, blog-blog kebelakangan ni….anak-anak muda kata …umph sambut buat apa…bendera pun dia kata serupa bendera Amerika….lagu negaraku pulak….lagu Hawai….kemudian diterjemahkan lagu jadi Terang Bulan di Indonesia….kemudian jadi lagu Negaraku…mula-mula saya ingat budak-budak ni melawak….hari tu anak saya tunjuk…dia bukak YouTube…dia kata ayah dengak….ini lagu Terang Bulan di Indonesia….ini lagu Negaraku….hundred percent serupa……ertinya lagu ni lagu di ambik daripada lagu Terang Bulan , bukan lagu patriotik apa-apa pun….sebab tu kita harap….takpalah dah guna pakai nak buat macamana…tapi kita lihat cara yang dibuat itu memang banyak yang tak kena….bila hari merdeka nanti tunjuklah filem Bukit Kepong….Bukit Kepong polis itu….polis British…hak serang Bukit Kepong tu lah pejuang kemerdekaan….ketuanya Mat Indera….Melayu…..tetapi semua sejarah itu ditutup…..Jins Samsudin buat filem….Jins Samsudin tu umno….cerita Bukit Kepong hak serang Balai Polis tu penjahat…..polis tu polis British, sebelum merdeka, negara kita diperintah oleh British…..tapi dibuat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera….ketua penyerang balai polis itu….dan akhirnya dia dihukum gantung di Jail Taiping ….
Begitulah jugak…Tok Janggut , Tok Janggut ni lawan British….tapi sebelum British nak….nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan …untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka….bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka , barulah Tok Janggut di hukum gantung di Pasir Puteh, Kelantan.
Semua sejarah negara kita mohong….bohong ada, dulu kita duk menyanyi di Jarak tu….rupanya cikgu tu mohong kita….cikgu tu pulak Kemeterian Pelajaran mohong dia….jadi , depa duk lawan mohong lah para hadirin sekalian….jadi sejarah kemerdekaan tak kena hadirin sekelian….sebab tu kita tengok pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi jahat….siapa pegawai British? Dato’ Onn , Tengku Abdul Rahman. Itu pegawai British…hak lawan British…hak tu pula jadi pengganas… Abu Bakar Bakir pengganas… Dr Burhanudin pengkhianat, kemudian Rashid Maidin komunis….semua hak lawan British jahat…hak sokong British hero….ini pelik bin ajaib….hak lawan British tulah pejuang kemerdekaan…
Takpalah kita ambik alih Malaysia esok…kita ubah balik sejarah nie….boleh ke dak? Bukan kita nak memihak pada siapa….bagi hak betul…kalau kemerdekaan di tangan Tengku Abdul Rahman….ya!....tapi perjuangan kemerdekaan bukan mereka….pejuang-pejuang kemerdekaan kebanyakannya merengkok dalam penjara, di antara mereka lari menyelamatkan diri ke Indonesia, termasuklah Ibrahim Yaakob…kerana nak ditangkap oleh pihak British….
Hadirin yang dihormati sekalian, begitulah juga hal pembangunan….pembangunan kalau dulu memanglah…umno berkempen, saya sebut selalu mudah…dulu mana ada jalan….La Jarak nak pegi Lunas 15 minit boleh sampai , siapa buat jalan ni? ….umno….haaa….dia senang….macam tu….ceramah zaman Sulaiman Palestin….zaman Dato’ Mat Said….dulu nie…..dia mai ceramah gitu……kita nganga dengak….tali ayak Jarak tu siapa buat? …perikatan….ha ini zaman-zaman begitu….sekarang hadirin sekelian….ceramah dan penerangan macam tu dah tak boleh….rakyat nak pembangunan, rakyat nak pembaharuan….yang rakyat tak mahu penyelewengan dan rasuah….haaa ini yang rakyat tak mahu…..rasuah tak mahu, penyelewengan tak mahu….kalau harga sekolah 20 juta , buat dengan belanja 20 juta….kenapa jadi 30 juta? Kenapa perlu “mark-up” price? Naikkan harga 10 juta….beri kat sapa wang ini? …ha ini yang rakyat tak mahu ….sekolah rakyat mahu dak? …mahu….makmal komputer , rakyat mahu…..tapi kenapa buat…rakyat, anak murid belum masuk….dah runtuh, stadium…..rakyat mahu….nak tengok bola, nak bersukan….tapi kenapa stadium bina , tak sampai setahun runtuh…pasai apa jadi macam tu….? Sedangkan kita tengok bangunan, kita tengok tu Padang Kota….bangunan tu 80 tahun, 100 tahun, sampai la duk kukuh…..Bank-bank duk pakai …British buat dulu….bangunan buat lepas merdeka ni….haaa….retak , pecah ….kerana apa? Rasuah dan penyelewengan berlaku….ini perubahan pemikiran rakyat , sebab itulah dalam satu forum….anjuran KrangKraf , Sinar ….Surat khabar Sinar…di Shah Alam baru-baru ini….yang hadir ialah Dato’ Ambiga , seorang lagi aaaa… Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri….Timbalan Menteri daripada umno….kemudian seorang lagi Dato’ Wan Ahmad daripada SPR…..dan seorang lagi Professor Shamsul Amri….yang rambut panjang tu….Professor Shamsul Amri mengatakan BN sekarang …bukan menghadapi rakyat seperti tahun 60an…..rakyat telah berubah dan rakyat telah faham apa dia pembangunan dan sebagainya…maka BN menghadapi penghakisan sokongan rakyat….kalau penyelewengan terus berlaku…..ini di antara petikan kata-kata Professor Shamsul Amri….beliau mengatakan masalah yang umno hadapi sekarang ini ialah….umno berkempen di tahap lama….pemikiran rakyat telah berubah ke tahap baru…mereka masih lagi di takuk lama , iaitu soal siapa buat pembangunan, siapa itu semua….sedangkan pemikiran rakyat telah maju kehadapan….Ini kata Professor Shamsul Amri….
Hadirin yang dihormati sekelian, macam dulu kita masuk pilihanraya….bila kalah kita kata takdir , nak buat macamana….kita dapat undi macam tu….sekarang kita akui undi kita tak cukup, tapi kenapa tak cukup? Di antaranya kita tak boleh beri penerangan kepada orang ramai….media tidak adil….ini tuntutan yang dituntut kebelakangan ini ….soal keadilan media ….contohnya , Pengarah Keselamatan Dalam Negeri mengatakan , saya tak dilanggar oleh Pajero….takdak kemalangan….dia berbohong….saya takdak peluang untuk jawab dalam televisyen….kalau saya boleh jawab saya kata…..saya dilanggar pada hari itu oleh Waja….maka rakyat dapat dua penerangan….satu penerangan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri….satu penerangan saya , maka rakyat bebas untuk buat pertimbangan…..sekarang rakyat yang boleh buat pertimbangan….rakyat yang mari dengar ceramah malam ni……sebab dia dah tengok televisyen , dia dengar penerangan saya…..macamana rakyat Ijok? Macamana rakyat Selama? Macamana rakyat Parit? Pahat? Padang Tongson? ….aaaa……hak tak mai ooo…. ceruk kudong….kupang , merbau kudong ka apa semua dalam nu…..ayak melintas…yang tak mai dengar penerangan kita, dia percaya lah kepada apa yang tv bagi tau…di sinilah berlaku ketidak ….ketidak adilan media…bukan kita nak apa yang kita cerita mesti rakyat percaya….kita juga nak apa yang pemerintah cerita mesti rakyat percaya….yang pentingnya, kedua-dua dapat peluang memberi penerangan….inilah keadilan media yang kita tuntut….misalnya mereka menyerang , sekarang ini…. PAS alat DAP , naik sepanduk di Terengganu….sepanduk merata kampong , kalau umno kalah , DAP lah yang menang…..sedangkan di Terengganu , DAP satu kerusi pun tak bertanding….yang bertanding PAS lawan umno….adalah Keadilan satu dua…. Tu pun Melayu , tapi dia naik sepanduk, kalau umno kalah ….DAP menang , setengah-setengah orang kampong yang dia tak faham, dia kata habislah…kalau umno kalah , apa nak jadi Melayu ni…..inilah kata Professor Shamsul Amri….iaitu BN masih bertahan di takuk dengan memperbodohkan rakyat, sedangkan rakyat Bandar,rakyat Internet, rakyat Blog…..dah mula mendapat maklumat yang lain….
Oleh itu Barisan Nasional bertahan….undi di kampong-kampong , di pendalaman, tidak lagi di bandar-bandar , saya sebutlah kalau di sebelah bandar sekarang ni…..Shah Alam ka? Petaling Jaya ka? Sebut umno pun orang geli, anak-anak muda…..kamu ni umno ka? ….eeeee….dia geli dengar…..tapi kot Jarak ni , sebut umno dia tak geli lagi….tapi anak-anak muda Bandar , dia tau sejarah , dia baca internet, dia tengok laporan semua …..rupanya banyak berlaku pembohongan sejarah….
Hadirin yang dihormati sekelian…..sebab itu tuntutan kita di antara keadilan media ni…kita tak dapat lagi, terlalu pincang , terlalu pincang….. kita tengoklah menjelang BERSIH , Allah…..saya dipanggil ke Bukit Aman , oleh pemimpin polis yang tingggi-tinggi tu…ketua polis negara , timbalan , dalam cakap dan mereka ….sambut saya dengan mesra saya akui…dan mereka sebutlah, di antaranya dia sebut, nanti ramai orang datang , nanti meniaga tak laku….saya kata pelik….peniaga tak suka orang ramai…..peniaga yang tak suka orang ramai datang….hantar mereka meniaga di Hulu Tembeling….Hulu Tembeling tau….daripada Jerantut tu, kena naik bot….6 jam nu…..pi meniaga dalam tu….ni tuan-tuan di sini orang meniaga ni , betui ke meniaga tak suka orang ramai mai….pelik ke dak? Duk interview dalam televisyen nu….saya tak suka orang datang , nanti perniagaan saya merosot…..ehhhh….pelik , dia kata nanti orang masuk dalam kedai…saya kata orang masuk dalam kedai , kerana hangpa sembur gas pemedih mata….kalau sembur gas pemedih mata , bukan setakat kedai , kandang babi pun kami masuk…..kena gas pemedih mata, kalau babi lari… belum tentu babi dengan kami siapa laju lari….aaa…polis tu diam…. Nak tergelak pun ada depa tu , depa tak berani gelak , boss ada….jadi beri jawapan yang tak logik hadirin sekelian….aaaa….jadi kita hadirin sekelian, kemudian kita , saya kata kenapa ….kumpulan yang nak mandi darah, sorang pun tak diambil tindakan….puak silat, kami sanggup bermandikan darah….eeiiiii….kita bukan nak pi perang , hang nak mandi darah dengan sapa? Tapi hari 9 hb haribulan hari BERSIH tu …Omar Din hadir tau….tuan-tuan tak nampak sebab dia meresap….jangan anggap dia tak hadir….dia hadir….tapi dia meresap….ni banyak hadirin sekelian , perkara-perkara yang tak logik….
Kemudian ini pertubuhan haram….pertubuhan haram…. BERSIH….tiba-tiba Yang Dipertuan Agong jumpa…..takkan Yang Dipertuan Agong jumpa pertubuhan haram…..boleh ka masa…askar dan polis kita duk berlawan dengan parti komunis malaya dulu….sebelum tandatangan perjanjian damai tahun 89…boleh dak Yang Dipertuan Agong bertemu dengan parti komunis malaya….boleh dak? Tak boleh….tetapi BERSIH…Yang Dipertuan Agong bertemu….dan orang yang bertemu tu pulak Dato’ Ambiga …bekas pengerusi majlis peguam , Dato’ A Samad Said…Sasterawan Negara… A Samad Said ialah penggerak utama Himpunan Bersih ….kalau tuan-tuan nak tau….masa dua tiga hari amaran macam-macam….kalau FRU mai tembak lah apalah semua… amaran, masa itu , beberapa orang dah goyang….nak jadi…tak jadi , nak jadi tak jadi….Dato’ A Samad Said…saya Tanya dia…macamana ni Dato’ jadi ka dak himpunan ni?….jangan lihat cakap , lihat tindakan saya….ni Dato’ A Samad Said dia bercakap bila pun sajak ….saya duk depan dia pun saya sebut …Dato’ ni rasa nak ajak bini dia pi tidur pun dia sajak dulu…. “Hari sudah larut malam….begitu dingin rasanya kulitku ini….buat apa kita berbual kosong di sini…kan lebih baik pergi beradu….” , kita tak dak lah kot Jarak ni…..jom tidur….anak semua tidur…. Jomler…..ha jenis-jenis Ustaz Khalid….jenis kita ni lah….
Hadirin sekelian…..A Samad Said dan hari himpunan tu….saya diberitahulah, sebab himpunan baru ni…saya tak terlibat….kenapa tak terlibat? Kena tangkap awal….depa langgar awal ….12.50 cekop dah….aaaa….jadi tak taulah….tapi A Samad Said , dia berjalan……sampai stadium….berjalan sampai pintu istana….dia tak takut, bila orang tembak gas, dia ambik janggut dia ….tutup hidung….janggut dia sampai pusat tu….saya maksud itu berguraulah ….yang pentingnya….beliau mempunyai semangat yang cukup cekal….terutama dia amat tidak setuju dengan kerajaan BN dalam segi menjaga bahasa…..PPSMI , dia menjadi hero….hantar memorandum supaya masuhkan pengajian pendidikan dalam bahasa Inggeris , sebab pada fikiran dia dan cendikiawan Melayu yang lain….kalau berterusan program itu…..Bahasa Melayu akan lupus….. 15 tahun 20 tahun lagi di Malaysia ini…..ni bukan kita kata , orang Kuk Petai, orang Jarak ni….ini kajian dibuat oleh para professor….tiba-tiba umno kata , kami pembela bangsa….tak cukup dengan umno, di swastakan pulak kepada perkasa…..aaaa…..padahal….cendikiawan melayu berarak kena gas dan sebagainya….mintak Bahasa Melayu dipertahankan….ketua di antaranya Dato’ A Samad Said….sekarang dia boikot semua program kerajaan…..satu program kerajaan, dia di undang, dia dibayar tambang, dia di bayar elaun….adalah duit, sekarang dia boikot semua….orang tanya dia banyak mana duit dia ada? ….dia ada akaun bank 96 ringgit….saya jamin dia kata , cukup untuk hidup…ini Dato’ A Samad Said….dia kurus….kalau dia makan teh tarik tu…setengah gelas jer….tapi bukan soal itu…ini semangat pejuang tua… hadirn sekelian…..yang sayangkan bangsa dia, sayangkan agama dia…..saya kagum dengan Dato’ A Samad Said ni…..
Hadirin yang dihormati sekelian…..kita lihat kenapa rakyat nak…ndak….kalah ka, menang pilihanraya ka nombor dua…..yang penting kita nak, pilihanraya adil dan bersih….ini tuntutan anak-anak muda sekarang….media lagi kita lihat, BN bertapak di mana? Dia menang 45 kerusi parlimen kerana undi felda….25 kerusi parlimen kerana undi pos….kenapa undi felda jadi begitu? ….kita tak boleh masuk…..tanya Doktor Mahfuz….kita pergi ceramah di kawasan felda…..polis jadi pekerja umno…..dia mengawal, kepong kita ….tak boleh bersyarah…yang datang ….masuk dalam markaz, ahli PAS….hardcore, ahli Keadilan hardcore ….yang tu tak perlu ceramah…..betul ke dak? Takkan macam Rahman Ayam ni perlu dengak ceramah…..untuk nak menentukan dia nak undi siapa? ……tak perlu…..yang kita perlu orang ramai….orang ramai….tak boleh dengar ceramah kita….di felda-felda , polis jadi jentera umno…..bukan lagi keselamatan rakyat….tapi jaga keselamatan umno….saya sebut di Bukit Aman , depan Ketua Polis, Timbalan Ketua Polis Negara , dan….dan pemimpin-pemimpin tinggi polis ….saya kata….polis sekarang dilihat menjaga umno….bukan menjaga rakyat….hangpa ingat aku kata depan hangpa ni ka?....naik-naik atas tu….dalam parlimen …menteri aku jerkah macam tu jer….zainudin maiden tu…jerkah macam tu ha….pasai dia kata apa? ….mementingkan sukan negara lebih penting dari sembahyang….haaa….aku kalau hangpa maki PAS takpa…..maki ISLAM , lompat selalu lah….kalau dia tak tarik saya merudum….sampai ke peringkat speaker parlimen akhirnya….dah dia tangguh 20 minit… masuk gitu ….dia mintak lah Zainudin Maiden tarik balik….iaitu mementingkan nama negara….sampai tak perlu sembahyang….dia tarik balik , barulah saya duduk….aaa ni…..hak jenis pusak dua ni…ketegak….jadi sekelian…jadi saya sebut….tapi belum terlewat , pasukan polis belum terlewat untuk buat perubahan….supaya mereka menjaga rakyat, menjaga undang-undang, menjaga perlembagaan…. bukan menjaga umno….sebab umno kalah nanti polis akan terus bertugas di bawah pemerintah baru….ini yang kita ingatkan , polis pun banyak datang malam ni….sebab kita , kita tak mahu mereka….mereka menjadi pengawal kepada umno , pengawal keselamatan negara, pengawal rakyat….pengawal perlembagaan…itu sewajarnya….peranan dimainkan oleh pihak keselamatan….
Dan hadirin sekelian , kita tengok….himpunan BERSIH , apa yang berlaku….polis yang buat rusuhan , bukan rakyat….betul kan? ….tembak sana…tembak sini….mati orang….ooooo…..semua pura-pura , saya pura-pura duk atas kerusi…. Bahrudin tu pura-pura mati…. Eh , dia tak mati tau….hangpa pegi tengok di rumah dia… La duk ada tu pura-pura mati….pengawal Anwar Ibrahin tu…pura-pura pecah tulang pipi….pemuda kita daripada Balik Pulau…pura-pura hilang gigi 11 batang….hilang gigi, kelongsong peluru tu masuk mulut….dia tembak…pruuuum , patah semua depan ni….
Hadirin sekelian, dan …walaupun kita begitu, saya tetap rasional…iaitu pasukan keselamatan boleh lagi buat perubahan….kembali kepada tugas secara professional….ini kehendak rakyat sekarang….bukan kehendak rakyat tahun 60 an….rakyat sekarang rakyat twiter….rakyat facebook…tak boleh tipu….oooo kami tak dak berlaku kezaliman….rakyat dilayan dengan baik….
Hadirin sekalian….zaman sekarang , orang pi tunjuk perasaan , bawak i-pad , bawak black berry….pruup…prooom dia hantar pada kawan dia….hantar kepada seluruh dunia dah….ambik gambar…pruuup, semua orang dah tengok…penyepak…kena tendang… kena cekik….hak polis punya …. 2 minggu baru tunjuk….he he…2 minggu mestilah hangpa pinda….betul ke dak? Sebab tu , dia boleh tipu lah orang-orang dalam …apa…siaran-siaran tu…. orang Pahit , orang Pahat …orang dalam tu…. orang Selama …orang belah Ijok ….tu pun Ijok pun ada internet dah la ni….jadi orang dah tengok keadaan…jadi tak boleh, sekarang rakyat nak pembaharuan….haa ini yang …yang professor Shamsul Amri mengatakan SPR dan kerajaan kena sedia buat perubahan…kerana perubahan….berlaku pada rakyat….
Hadirin sekelian, kalah menang dalam pilihanraya perkara kedua , tapi kita nak pilihanraya yang adil , kita kata bersihkan daftar pemilih, Pengerusi SPR dan Timbalan kata ….mana ada pembangkang bohong….mana ada daftar pemilih yang tidak betul? Sekarang saya kata tadi zaman komputer , zaman internet , zaman IT….pemuda kita cari-cari ….tammm…jumpa 17,000 lebih , nama yang 2 kali berulang….ada pulak di Selangor hadirin sekalian perumahan….rumah 35, 37 , 39 …rumah takat tu….pengundi dia ada lagi rumah 41 , 43….. rumah takda…pengundi penuh….dibuktikan oleh kita PAS dan juga Pakatan Rakyat di Selangor….bagaimana tak dak rumah, didaftarkan rumah-rumah hantu….berdebat dan berjumpa dengan SPR …. akhirnya….sekarang mereka mengaku….banyak daftar pemilih tak betul….haaa….bukan soal kalah menang , soalnya…kalau kita …kalau kita menang pun takpa….BN kalah pun takpa….tapi yang penting kita nak pilihanraya yang adil dan saksama….ini yang …dan kita lihat Misma , bagaimana dia jadi warganegara lebih kurang 10 pagi…. 4 petang ….dah jadi pengundi….sedangkan kita kena ambik borang , kena hantar, kena pergi ke pejabat pos nak daftar jadi pemilih….warganegara asing begitu mudah…kerana apa? SPR …agen SPR dan agen Jabatan Pendaftaran Negara buat kerja ….daftar mereka ni sebagai pemilih , untuk memenangkan umno dan Barisan Nasional seperti yang dibuat di Sabah….
Sekarang terdedah pada dunia….tuntutan BERSIH tu betul….tak dapat lari dah….dan baru ni…saya dipanggil , saya ….Nurul Izzah , Tan Seng Giaw….saya pun dipanggil kerana….Timbalan Menteri Luar German datang melawat…dan dia nak jumpa kami….saya pergi lah…..jumpa di pejabat duta German….kita terangkanlah hal pilihanraya di Malaysia….kepada mereka , bukan soal siapa menang , siapa kalah ….tapi cara pilihanraya yang tidak betul….daftar pemilih yang tidak betul….media yang tidak betul….kami tidak boleh ke tv dan radio memberi penerangan….seperti di negara tuan….dia kata …takpa…dia kata negara-negara barat….yang menjalankan demokrasi, kita nak minta Malaysia….keluar daripada alam kolot….kuno….konservatif….lepas tu hadirin sekelian …..saya dengar Najib umum….nak tubuh Jawatankuasa Select Komiti….barangkali tekanan dari negara-negara orang putih ni lah….dan pemimpin mereka datang nanti…. Raja German…di antaranya dia kata , dia nak jumpa kerajaan, dia nak jumpa NGO , nak jumpa jugak Pakatan Rakyat….dan salah seorang tentulah aku…..
Hadirin sekelian….bukan kita nak qiblat pada barat…tidak….kita nak pilihanraya yang adil….kalau pilihanraya yang adil…BN nak menang…menanglah….takpa….kalau kita menang pun takpa lah…pentingnya pilihanraya yang adil , media yang adil….ini tuntutan kita mula di dengar….sekarang ini walaupun mereka buat ke dak….tapi dah akui… 2 hari lepas ….Pengerusi SPR mengatakan secara resmi …keluar dalam televisyen semua….dia sanggup untuk bertemu sekali lagi , dengan jawatankuasa BERSIH….yang sebulan dulu mereka kata haram….sekarang nak bertemu dengan BERSIH…..
Inilah hadirin sekelian….sebab tu sampul raya….Jabatan Lujnah Mahfuz Omar….Dato’ Mahfuz Omar kempen …mari kita menentang BN….BN tu barang naik….saya lancarkan semalam di Kampung Baru, Kuala Lumpur , tempat Allahyarhamah Doktor Lo’lo’ …sampul raya tu kita tak tulis BERSIH….kita tulis tidak kotor….haaa….sebab BERSIH ni…tidak boleh….haaa tulis tidak kotor…..haaa jadi hadirin sekelian….. bila dilihat keadaan begitu sekarang ini…. Select Komiti pun nak buat…tiba-tiba dia kata….pilihanraya boleh buat bila-bila masa sahaja, tak perlu tunggu keputusan Select Komiti atau pun Jawatankuasa Pemilih Khas untuk mengkaji …hal sistem pilihanraya di Malaysia….bila buat begitu …saya tak tahu lah , kami akan mesyuarat 24 haribulan….nak ambil pendirian Pakatan Rakyat….ahli parlimen kita…perlu atau tidak…duduk dalam jawatankuasa itu…..Najib …main-main kita nampak…..walaupun pihak SPR kita nampak….dia dah kona dah…dia rasa nampak… sedikit ada kesungguhan….untuk mendengar pandangan BERSIH terutama…..hal daftar pemilih…
Bila pemuda kita, Suhaizan Kayat….seorang pemuda kita yang bijak dalam hal komputer….dia bekas pensyarah….dia dapati hadirin sekelian…..di Johor , banyak ahli umno….yang daftar mengundi….boleh mengundi 2 kali…..kemudian didapati dalam tentera….dia bawak , beberapa orang bekas pegawai tentera….buat dalam press conference….pegawai tentera tu kata….merekalah yang menipu undi dalam pilihanraya dulu…pangkah bagi pihak kawan-kawan yang lain …menderu….mereka buat pengakuan dalam surat khabar Harakah….yang mereka dulu pangkah bagi pihak rakan yang lain….tiba-tiba Ketua Turus Tentera Malaysia keluar kenyataan …tak berlaku…pilihanraya kami berlaku dengan adil….saya tidak mahu kata adil atau tak berlaku….Ketua Turus tentera tidak boleh terlibat dengan politik kepartian….setuju atau tidak? Kalau ada tuduhan…Menteri Pertahanan , Timbalan ….atau Kementerian Pertahanan kena jawab….atau SPR …bukan tentera yang beruniform…..sekali lagi Najib telah buat silap….mengajak tentera terlibat dalam politik kepartian….ini cukup silap….saya yakin kesilapan mereka itu….mereka sedar , sebab tu 2 hari berita tu , dah tak dak…..saya dengar sahaja keadaan itu…saya pergi hari tu, kebetulan …mesyuarat PBA…saya mintak Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng ….pejabatnya tolong panggil wartawan….saya nak buat press conference….saya nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Turus Angkatan Tentera….kalau ada tak puas hati…mesti Kementerian Pertahanan jawab….SPR jawab….bukan pasukan beruniform…kerana tentera dia wajib berkecuali…kerana tentera , berkhidmat di bawah Yang Dipertuan Agong….betul atau tidak? Ni Najib buat silap banyak ni….ni tak kena….sebab hadirin sekelian kalau tentera terlibat dalam politik kepartian…..rosak habis Malaysia ini…..dan kita harap , perbuatan yang berlaku tiga …empat hari lepas …cukup takat itu….jangan ulang lagi ….ada benda tak puas hati….mengadu kat Menteri Pertahanan…Menteri Pertahanan akan jawab , atau SPR …..bukan pihak tentera sendiri…kalau mereka yang menjawabnya….dia akan jadi politik kepartian, dia tidak sihat di Malaysia…sejak merdeka hingga sekarang….tentera di sanjung tinggi….penghormatan kepada mereka tinggi….dan mereka berkhidmat di bawah panji-panji Yang Dipertuan Agong , bukan bawah umno….bukan bawah PAS…..bukan bawah sesiapa….mereka di bawah panji Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong….
Hadirin yang dihormati sekelian…..ini kita lihat , kepincangan hal pilihanraya…yang sekarang menjadi bahan perbincangan umum….BERSIH tahun ni…..himpunan di Kuala Lumpur…..saya ucap tahniah lah kepada tuan-tuan…..disekat macamana ….diugut macamana….berpuluh ribu, ratus ribu hadir….bahkan di seluruh dunia kali ini paling banyak…35 tempat berlaku….himpunan serentak , di Melbourne, di Sydney, di Brisbane, di London, di New York, di Kampuchea….ada…..di Dubai, di Kaherah, berlaku di 35 tempat….Cuma di England , tunjuk perasaan takda masalah….rusuhan tak boleh lah….sekarang ni Timbalan Ketua Polis cuba samakan tunjuk perasaan dengan rusuhan….tak betul…..rusuhan…bakar kereta , rompak bank , rompak kedai….itu pun kita tak setuju….kalau ada orang yang buat macam tu….kita dengan polis bergabung tenaga….ligan puak-puak ni…..setuju ke dak? Kita tak mau….kita mau aman…..di England tunjuk perasaan , aman…..rakyat Malaysia menyanyi lagu “Yellow Submarine”…..yellow submarine…yellow submarine…..dengan polis-polis semua menyanyi….jadi ni masalah submarine ni masalah….kapal selam yang dibeli….yang perbicaraannya akan berlangsung bermula bulan sembilan ni…..di Paris , tentang rasuah dan penyelewengan yang saya dah terang dah….dan kawan-kawan terang dah banyak tempat….saya nak sebut di sini….hadirin sekelian….kesedaran untuk mintak pilihanraya yang adil….sekarang inilah tuntutan rakyat….dan dalam umno pulak, semakin hari semakin berpecah….sekarang lahir kumpulan Amanah Merdeka , yang diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Razali Hamzah , Amanah Merdeka ni salah seorang bekas menteri yang duduk dalam jawatankuasa itu…..dia jumpa orang kita , dia kata ….wajib jatuhkan kerajaan BN pilihanraya ke 13 , dia kata wajib….bekas….dia bekas menteri , masih umno….saya kata nak tolong kami ke pilihanraya akan datang? ….tentu….
Kemudian dua tiga minggu lepas , lahir lagi satu kumpulan….Penawar , juga veteran umno…yang tak puas hati dengan pemerintahan Najib….Cuma akhirnya saya nak sentuh di sini….orang Melayu…tadi saya sebut sikit , dalam tazkirah ringkas….tazkirah saya bulan ini di Selangor…ini ajalah tajuknya…orang Melayu tidak sensitif dalam hal penyelewengan….sedangkan ISLAM tidak mengajar begitu….Omar Al Khatab…pakai baju baru pun ditanya oleh penduduk waktu itu…mana kamu ambik duit beli baju baru….sifat hisbah , accountability yang dididik oleh ISLAM pada waktu itu…gabenor yang tambah kekayaan tak ikut peraturan….Omar hukum….sebat….ini hadirin sekelian , accountability hisbah di zaman kehebatan ISLAM….sekarang orang ISLAM dia tak peduli….bila kita cerita Rosmah, disebut oleh pegawai kastam, dapat gambak semuanya….cincin 24 juta , cuba tuan-tuan cakap pada orang Cina….sebut ajer cincin 24 juta , …..aiiiyaaa……mana dia angkat itu wang ..aaaa…..gua sendili tak dapat oooo….kalau dia culi wang kita….ini talak boleh….Melayu…kita cerita Rosmah ada cincin 24 juta….dia diam, serupa lembu kenyang ….balik petang nak pegi masuk relau….buat dek ajer….kita cerita rumah Najib , bil ayak 30 ribu sebulan….dia tak rasa, Melayu tak rasa apa….Cina marah….30 ribu , ni hang mandi apa ni ….mandi orang ka mandi badak ni? Pembaziran ….dia suruh rakyat berjimat….kita , harga ayam naik…harga tepung naik, harga gula naik…..wang 28 ribu juta hilang…..hospital tak cukup pakar….yang nu tak cukup, yang ni tak cukup….duit kita hilang…tapi kita cerita pada orang Melayu tak sensitif….betul ke dak ni? Duk tu keadaan sekarang ni…..mereka main isu perkauman nak pertahan undi orang Melayu kepada umno dan BN ….cina tak dak dah, india pun serupa dah…india pun dak balik kat kita habih dah….cina ni sebut….sebut dacing tu….umph….dah tak mahu langsung dah…..tapi Melayu dia tak sensitif , bila cerita hal penyelewengan…..hadirin sekelian , kita harap kita balik kepada perjuangan asal , perjuangan ISLAM , terutama di bawah Nabi Muhammad S.A.W, para sahabat Baginda yang terkemudian…iaitu amar ma’aruf , nahi mungkar , disebut oleh Dato’ Dr Mahfuz tadi…..mesti kita hidupkan….walaupun yang memerintah nanti kerajaan Pakatan Rakyat , kalau berlaku penyelewengan ….rakyat akan bangun di atas sifat amar ma’aruf , nahi mungkar….untuk kita menuntut keadilan….setakat ini lah ucapan , para hadirin sekelian kita harap pilihanraya akan datang…rakyat akan berubah, Sekian…dahulu Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh…..
Sumber Mat Sabu blogspot : 2//09/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5858-akibat-mohamad-sabu-celupar
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5859-samseng-bermotor-serang-ceramah-mat-sabu
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6207-kes-mat-sabu-akan-dibicara-19-dis
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7381-polis-ulang-tayang-skrip-lama-mohd-sabu
Akibat Mohamad Sabu ‘celupar’ |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Setelah mendengar Budget 2012, akibat keceluparan mulut Mat Sabu, para bekas anggota tentera sama ada balu, duda dan sebagainya akan mendapat 'durian runtuh' sebanyak RM3,000 setiap keluarga secara one-off. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan oleh rakyat Malaysia di dalam beberapa blog selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak petang semalam. “Itulah jasa Mat Sabu kepada bekas-bekas pejuang yang kalau tak ditimbulkan isu ni, aku confirm depa-depa ni tak merasa duit pampasan ni. “Dan mereka ini PATUT BERTERIMA KASIH kepada Mat Sabu kerana mengutarakan isu Bukit Kepong dan secara tak langsung nasib mereka terbela,” tulis seorang yang menghantar komen di dalam Tranungkite online yang ditulis perkataan penuh Harakahdaily. Seorang lagi menulis, Kanang Anak Langkau pun dapat pingat kali kedua baru-baru ini atas jasa sebagai perwira negara, mungkin kebetulan kot atau ada agenda di sebaliknya. “Bajet kununnya menghargai pejuang...dah 54 tahun baru nak ingat bagi...berapa orang yang dapat...berapa orang yang tak sempat dapat?” satu lagi pandangan yang dilontarkan. Najib mengumumkan petang semalam bahawa kerajaan akan memberi sumbangan RM3,000 secara one-off kepada setiap bekas anggota pasukan keselamatan serta duda dan balu mereka, kesemuanya hampir 62,000 orang untuk membantu meringankan kos sara hidup. "Mereka yang apabila telah mendengar panggilan Pertiwi untuk berkhidmat, telah menyahutnya tanpa berlengah. Ini termasuklah lebih 48,000 bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat. "Mereka terdiri daripada anggota Home Guard, Special Constable, Extra Police Constable, Auxilliary Police, Women Auxilliary Police, Women Special Constable, Border Scout dan Jungle Scout,” kata Najib. Komen yang disiarkan melalui Malaysiakini pula, ada pandangan yang mengatakan kerana marahkan Mat Sabu, akhirnya bekas anggota polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat mendapat faedah. “Di sinilah pentingya Malaysia mempunyai pembangkang yang kuat. So, sebelum marah Mat Sabu, perlu fikir sejenak,” tulisnya. Pandangan lain pula: Yg tu baru Pakatan sound melalui Mat sabu, kerajaan dah bagi insentif pd bekas anggota pasukan keselamatan. Blom pun kerajaan Pakatan memerintah lagi. Klau betul2 nak terbela nasibnya, undilah Pakatan! Insyaallah x ada siapa yg akan tercicir, semuanya terbela, termasuk bekas anggota pasukan keselamatan... Antara komen lagi: “Di sini mat sabu adalah hero. Tanpa dia jangan mimpi la depa nak pandang kat hampa. tu pun jangan, ada lagi yg dok marah kat dia. “Kepada bekas tentera, balu, duda tu ingat sikit......terima kasih kat Mat Sabu...kalau tak tak merasalah duit tu...” |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5858-akibat-mohamad-sabu-celupar
Samseng bermotor serang ceramah Mat Sabu |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. (Gambar: Amer cedera dimuka terpaksa menerima tujuh jahitan) Presiden Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi hari ini mempersoal sikap polis yang seakan-akan 'melepaskan' mereka membuat gangguan di tempat ceramah. "Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis. "Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat. Ada dalang Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut. "Saya yakin ianya dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya. Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira jam 1.40 pagi tadi. Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka. Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang, bukan membuat serangan sedemikian. "Kalau nak buat bantahan atau nak serah apa-apa memorandum kepada kami, silakan sebab PAS bersikap terbuka.Jangan gunakna budak-budak buat kerja tak sihat begini," katanya. Beberapa hari lalu, insiden serangan turut berlaku di program ceramah Mohamad Sabu di Rembau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5859-samseng-bermotor-serang-ceramah-mat-sabu
Kes Mat Sabu akan dibicara 19 Dis |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Okt: Perbicaraan terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu behubung isu kontoversi pejuang Bukit Kepong ditetapkan 19 hingga 23 Dis. Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan tarikh tersebut selepas Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali memohon tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 9 Dis ditukarkan ke tarikh lain kerana pihak pendakwaan perlu menghadiri satu persidangan pada tarikh berkenaan, lapor Bernama. Pada 21 Sept lalu, Mohamad, 57, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, dari Guar Petai, Tasek Gelugor, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Butterworth dan minta dibicara terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu. Dia didakwa memfitnah anggota-anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka. Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dalam ucapan kepada orang ramai pada 10 malam hingga 12 tengah malam 23 Ogos di hadapan Pusat Asuhan Tadika Islam Al-Fahmi, Markas Tarbiyah Pas, Padang Menora, Tasek Gelugor. Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda atau kedua-duanya. Bagi pertuduhan alternatif, Mohamad didakwa telah memfitnah anggota-anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya. Pertuduhan dibuat setelah aduan dibuat oleh daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serang pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6207-kes-mat-sabu-akan-dibicara-19-dis
Penjelasan polis ulang tayang skrip lama - Mohd Sabu |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 3 Jan: Penjelasan polis mengenai pembantaian mahasiswa pada 1 Januari lalu hanyalah ulang tayang skrip lama yang sudah basi, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. "Ia adalah ulang tayang skrip polis sejak dahulu lagi. Skrip lama itu sebelum ini digunakan selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan ia tidak akan mengurangkan sama sekali kemarahan rakyat terhadap pembelasahan yang tidak tidak berperikemanusiaan itu," kata beliau. Selepas perhimpunan Bersih 2.0, katanya, dengan tujuan hendak meyakinkan orang ramai, polis membuat bising bahawa bukti bergambar dan dirakam akan dikemukakan kononnya untuk mematahkan hujjah dan bukti-bukti yang dikemukakan oleh rakyat tentang keganasan polis dalam perhimpunan itu. "Tetapi, dalam sidang akhbar nak tunjuk bukti bergambar dan dirakam itu pun polis berbohong dan memfitnahkan saya kononnya saya berbohong mengenai penganiayaan ke atas saya sedangkan saya telahpun membuat laporan polis sebelum itu dengan fakta yang sama sekali bercanggah dengan cerita rekaan pegawai polis berkenaan. "Malah, bila saya sekali lagi menceritakan apa yang sebenarnya terjadi dalam pendengaran oleh Suhakam (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia), penjelasan saya itu tidak dicabar pun oleh pihak polis," kata Mohamad. Beliau yakin, apa jua cereka polis tidak akan meredakan sedikit pun kemarahan orang ramai dan akan semakin membara semangat untuk menamatkan kekejaman pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN) yang kian terbukti semakin ketagihkan darah rakyat. "Dalam perhimpunan Bersih 2.0 bukan sahaja banyak yang dimangsakan dan berdarah, malah menyebabkan kematian seorang rakyat yang hanya meminta pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih. "Dalam perhimpunan mahasiswa di Tanjung Malim itu juga mengalir darah pelajar-pelajar Melayu Islam akibat tindakan ganas alat perkakas Umno yang setiap hari berbohong kononnya hendak menolong Melayu," kata Mohamad. Diminta mengulas tentang demonstrasi mahasiswa di perkarangan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada malam tahun baru itu, beliau menyifatkan perhimpunan menuntut mahasiswa dimerdekakan dari Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) itu mempunyai signifikan yang bersejarah. "Perjuangan menuntut kemerdekaan sehingga diturunkan bendera Union Jack di tanah air kita dahulu antara lain tercetus di Maktab Perguruan Tanjung Malam yang kini menjadi UPSI. "Demonstrasi mahasiswa menuntut kebebasan di hadapan UPSI itu pula berlaku selepas apa yang difahamkan kepada saya tentang tindakan berani seorang mahasiswa menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis di negara ini, Apco Worldwide. "Tindakan menurunkan bendera kebanggaan syarikat Yahudi Zionis itu adalah sehebat tindakan menurunkan bendera Star of David," tegas Mohamad. Beliau yakin, semakin ramai anak muda dan para mahasiswa yang akan bangkit untuk menamatkan kezaliman pemerintahan Umno BN. "Bila sesebuah kerajaan jahat semakin ketagihkan darah rakyat, ia hakikatnya sudah semakin dekat dengan penghujung hayat," tegas Mohamad. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7381-polis-ulang-tayang-skrip-lama-mohd-sabu
Guna semangat 'naga air' tolak perkauman sempit Umno
22 Jan 2012 |
Gong Xi Fa Cai buat kaum Tiong Hua.
Tahun ini cukup istimewa kerana ialah tahun naga air. 'Naga air' yakninya bersifat 'cool' di luar tapi sudah semestinya mempunyai hembusan apinya lebih hebat sehingga air pun tidak mampu melenyapkannya.
Atas semangat kiasan itulah, diharap kaum TiongHua meneruskan agenda untuk berubah "換“ (huan) ke arah pendamaian jiwa. Sebagaimana yang kita sedar, di Malaysia, pendamaian jiwa sukar dicapai dengan kerajaan kini, yang suka berflip-flop dan menegakkan benang basah dari segala sudut urusan negara.
Pentadbiran PAS dan Pakatan Rakyat telah terbukti menjunjung prinsip keadilan, iaitu asas terulung dan terpenting untuk mencapai pendamaian jiwa.
Ayuh, mari bersama PAS dan Pakatan Rakyat menjadikan tahun naga air ini menjadi titik noktah terakhir kepada kecelaruan jiwa yang ditimbulkan oleh dasar perkauman sempit Umno-Barisan Nasional.
Selamat Tahun Baru Cina. “新年進步”Xin Nian Jing Bu!
Mohamad Sabu,
Timbalan Presiden PAS
Sumber HD : 22/01/2012

Najib beri isyarat Rela 'bertempur' dengan rakyat
Abdul Aziz Mustafa, | 29 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sukakan huru-hara apabila memberi isyarat akan menggunakan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) untuk 'bertempur' dengan rakyat yang memprotes kerajaannya.
"Kalau di negara yang bertamadun, polis akan mengambil tindakan terhadapnya kerana kenyataannya yang berbau hasutan terhadap Rela supaya bertempur dengan rakyat, buli rakyat.
"Kenyataan Najib itu membuktikan beliau adalah seorang yang suka mencetuskan kekacauan," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Malaysian Insider melaporkan, Najib semalam memberi amaran secara terbuka kepada rakyat yang hendak berdemonstrasi apabila menyatakan Rela sentiasa bersedia mempertahankan negara dari keadaan yang pada pandangannya huru-hara.
"Jangan cetuskan kekacauan," beliau dilaporkan berkata sambil mengingatkan Rela yang "tidak akan berdiam diri" akan digunakan.
Bagi Mohamad, bukan keselamatan negara yang dibimbangkan oleh Najib tetapi keselamatan beliau sendiri dan kerajaannya yang sebenarnya mahu dipertahankan dengan memperalatkan polis, tentera, Rela malah "pasukan bomba pun dia hendak gunakan".
"Pergi tanya Najib, kalau orang-orang Umno berdemonstrasi menentang kerajaan Pulau Pinang dan mencetuskan kekecohan, adakah Najib akan kerah polis atau Rela untuk bertempur dengan mereka?" katanya.
Di Pulau Pinang, kata Mohamad, tidak henti-henti gerombolan pro Umno mengadakan pelbagai demonstrasi dan perhimpunan, tetapi kerajaan Najib bukan sahaja tidak pernah bertindak melarang mereka malah dilihat menggalakkan gerombolan itu.
Beliau bagaimanapun tidak hairan terhadap apa yang disifatkannya sebagai hasutan Najib itu.
"Dalam pilihan raya kecil Padang Terap pada tahun 1985, Najib yang pada masa itu Ketua Pemuda Umno dilihat sebagai orang yang bertanggungjawab membuat provokasi sehingga Othman Talib terbunuh dalam peristiwa di Lubok Merbau.
"Rakyat mesti tamatkan kekuasaan jenis penghasut seperti Najib. Dia sangat berbahaya," tegas Mohamad.
Beliau juga menyifatkan kenyataan Najib itu sebagai dorongan secara tidak langsung kepada gerombolan-gerombolan yang bertindak menyerang ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) supaya bertindak lebih ganas lagi.
"Sekarang sudah ada trend baru menggunakan gerombolan samseng menyerang ceramah-ceramah PR.
"Mereka berani melakukan perbuatan itu kerana mereka yakin kerajaan dan polis tidak akan bertindak kepada mereka," katanya.
Mohamad yakin, jika penyokong-penyokong PR yang menyerang ceramah-ceramah Umno, tentu pihak polis akan bertindak habis-habisan terhadap mereka.
"Kalau terhadap penyokong PR, diburu dan diganasi dengan segala kekerasan.
"Kalau orang Umno, bawa sepanduk caci raja yang kononnya mereka sanjung sebagai binatang pun sampai hari ini tidak dikenakan tindakan," katanya.
Sumber HD : 29/01/2012

BN 'hempuk' rakyat jika menang PRU13
Abdul Aziz Mustafa, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: Penderaan dari segi ekonomi dan keperitan hidup adalah balasan yang disediakan oleh Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jika ia menang dalam pilihan raya akan datang, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Hari ini, semua kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan apa sahaja bebanan ke atas rakyat ditangguhkan.
"Semuanya akan dihempuk ke atas kepala rakyat sebagai balasan kepada rakyat selepas BN menang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
"Bersedialah untuk menahan diri anda dihempuk dengan penderitaan demi penderitaan akibat penyiksaaan BN selepas ia menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Sejak lebih setahun lalu, kata Mohamad, rakyat didendangkan betapa kerajaan kononnya menanggung beban akibat pelbagai subsidi untuk rakyat.
"Itu sahaja lagu yang didendangkan kepada rakyat supaya mereka bersedia menahan diri menanggung penderitaan akibat penyiksaan BN selepas pilihan raya akan datang," katanya.
Walaupun bersetuju dengan jangkaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap seperti Greece kira-kira pada tahun 2019, tetapi Mohamad yakin bukan subsidi kepada rakyat yang menyebabkan negara bankrap.
"Penyakit yang sebenarnya menyebabkan negara bankrap ialah rasuah.
"Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) menganggarkan bahawa rasuah boleh mengakibatkan negara menanggung kerugian kira-kira RM10 bilion setahun.
"Itu jangkaan institusi kerajaan. Saya yakin kerugian yang ditanggung oleh negara jauh lebih besar lagi," kata Mohamad.
Rakyat, katanya, mestilah mempersoalkan dakwaan kerajaan yang meletakkan subsidi kepada mereka sebagai punca utama yang mengakibatkan kemelut ekonomi negara ini.
"Benarkah subsidi merupakan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara sehingga negara dijangka bankrap?
"Adakah salah urus, salah tadbir dan penyelewengan wang rakyat untuk kepentingan pemimpin-pemimpin parti pemerintah dan kroni-kroni mereka bukan punca utama masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh negara?" beliau mempersoalkan.
Sebagai contoh, kata beliau, keluarga Ketua Wanita Umno sahaja mendapat pinjaman mudah sebesar RM250 juta dari Kementerian Kewangan yang hakikatnya seperti diberikan begitu sahaja.
"Itu keluarga Ketua Wanita Umno yang akan tamat tempoh jawatan menterinya April ini.
"Bagaimana dengan keluarga pembesar Umno yang lain? Adakah mereka berdiam diri dan melihat begitu sahaja keluarga (Datuk Seri) Sharizat (Abdul Jalil) mendapat nikmat sehingga RM250 juta?" kata Mohamad.
Beliau yakin, jika dibuat kajian yang telus dan bertanggungjawab, negara sebenarnya lebih banyak menanggung beban akibat penyelewengan dan rasuah berbanding pemberian subsidi kepada rakyat.
Semalam, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) dilaporkan berkata, keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi telah ditangguhkan memandangkan kos sara hidup yang meningkat.
Menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau, Pemandu berkata, langkah itu adalah semata-mata keputusan sementara.
Sebelum ini, badan pemikir yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu mendesak Putrajaya melaksanakan "rasionalisasi subsidi" dalam usaha mengawal kos subsidi yang terus melambung.
Putrajaya mengunjurkan bahawa kerajaan akan terpaksa membelanjakan RM33.2 bilion bagi menampung kos subsidi pada 2012, yang dikatakan punca bajet defisit.
Kali terakhir subsidi dikurangkan adalah pada Jun tahun lalu yang membabitkan gula, bahan api dan tarif elektrik.
Idris yang juga ketua pegawai eksekutif Pemandu pada 2010 memberi amaran bahawa pelan rasionalisasi subsidi adalah perlu atau Malaysia akan menjadi muflis seperti Greece dalam tempoh sembilan tahun.
Dipercayai akibat tekanan demi tekanan dari dalam BN sendiri, tahun lalu beliau menukar pendiriannya dan berkata Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai status ekonomi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, meskipun kenyataan itu bertentangan dengan amarannya sebelum itu.

Sumber HD : 20/03/2012
Inovasi kerajaan vs inovasi Mat Sabu
Rakyat bawahan, |
Tuan Pengarang
Kerajaan BN mewarwarkan akan memperundangkan tugas isi rumah mesti mengasingkan sampah mengikut katogeri masing-masing sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
Undang-undang yang tidak masuk akal. Tujuannya untuk memudahkan kitar semula. Dikatakan hendak menjaga alam sekitar.
Memang kita menyokong hendak menjaga alam sekitar. Tetapi kenapa rakyat terutama rakyat bawahan mesti dipaksakan sesuatu yang tidak masuk akal.
Antara sebab yang kita difahamkan ialah plastik tidak boleh hancur sehingga beratus tahun dan sisa makanan mengeluarkan gas methane.
Jika itu saja sebabnya tidaklah jadi hal. Bukankah Malaysia mempunyai ramai teknokrat saintis yang berinovasi.
Berbagai inovasi telah diciptakan oleh para pakar inovasi, sehingga mendapat anugerah emas dan sebagainya.
Jika ciptaan-ciptaan hebat boleh dibuat takkan masalah sekecil ini tidak dapat dibuat. Masalah sampah yang membelenggu semua orang. Masalah rakyat jadi masalah negara.
Jika kita menonton berita TV sebelum ini, Kerajaan pakatan rakyat Selangor bernasib tidak baik kerana sampah menjadi saudara kembarnya.
Apabila rakyat ditemuramah, tentulah rakyat marah kerana sampah memberikan masalah kepada semua. Macam mana dengan negeri-negeri lain, tidak ada masalah sampahkah?.
Kita rasa tidak mungkin negeri-negeri lain tidak ada masalah sampah. Kita pernah lihat berita suatu ketika dulu petani di Perlis merungut, cecair yang mengalir dari timbunan tempat pembuangan sampah yang dikhaskan merosakan tanaman padi mereka.
Jika pergi membeli belah pada hari Sabtu di pasaraya besar seperti Giant, Tesco dan sebagainya, mereka tidak akan memberi plastik untuk diisi barang-barang yang dibeli.
Mereka menjual beg untuk diisi barang. Ada pasaraya yang menawarkan plastik untuk diisi barang tetapi plastik itu kena bayar.
Tidakkah ini memeras rakyat sebaliknya menguntungkan taukeh?. Kedai rakyat satu Malaysia tak tahulah pula sebab tak pernah pergi.
Di manakah saintis berinovasi yang hebat-hebat untuk mencipta sampah yang menjadi masalah rakyat langsung masalah negara kepada bahan yang berguna dan bernilai tinggi.
Rakyat peduli apa dengan ciptaan inovasi mereka yang hebat-hebat tetapi tidak menyelesaikan masalah asas rakyat.
Mengikut Francis Gurry, ketua pengarah World Intellectual Property Organization, “inovasi ialah ruang/jarak di antara masalah dan penyelesaian”, (kalau tak percaya sila rujuk www.wipo.int).
Ini bermakna inovasi ialah bila manusia menghadapi sesuatu masalah kemudian mencari ilham menyelesaikan masalah.
Daripada ilham itu lahirlah suatu ciptaan yang berguna kepada manusia. Bukan saja-saja
mencari apa yang hendak dicipta untuk masuk pertandingan mencipta. Itu inovasi syok sendiri namanya.
Penciptaan plastik itu adalah inovasi daripada orang yang mula-mula mengilhamkanya. Kerana pada masa itu barang-barang di bungkus dengan kertas yang sifatnya mudah koyak dan barang-barang akan tercicir.
Sudah sekian lama manusia selesa dengan beg plastik, kemudian dikatakan menjadi masalah. Bahan-bahan yang dicipta untuk membuat palstik bukannya datang dari cakrawala lain melainkan dari perut bumi juga.
Takkan tidak ada cara di sudut saintifik yang boleh melupuskannya untuk dipulangkan ke bumi semula. Manusia sendiri pun datang dari tanah pulang juga ke tanah.
Contohnya sampah yang terhasil termasuk plastik diubah menjadi bahan yang boleh menimbus jalan-jalan berlubang di Sungai Petani Kedah seperti yang dipapar di TV tak lama dulu.
Jika jalan semua dah elok boleh diguna untuk menambak pantai yang dihakis ombak laut dan seterusnya kegunaan lain-lain.
Andainya sampah menjadi bahan beharga tentunya tidak akan bertaburan atau terapung di sana sini. Pemungut-pemungut sampah boleh menjana pendapatan.
Sisa makanan pula dikatakan menghasilkan gas methane. Jika begitu baguslah. Semasa sampah diproses untuk menjadi bahan lain ia mengeluarkan gas yang boleh menjana bahan api untuk
menampung bahan yang ada kini yang semakin kekurangan.Ilham yang memberi menafaat kepada manusia itulah dikatakan inovasi.
Inovasi Mat Sabu
Kita boleh katakan Haji Mat Sabu lebih berinovasi bila dia menimbulkan isu kontra Mat Indra sebelum ini. Sebabnya bila isu Mat Indra ditimbulkan dengan begitu kontra, segala polis dan anggota keselamatan lain di zaman British, kini mendapat durian runtuh.
Balu mereka pun dapat. Inovasi Mat Sabu tidak perlu dipatenkan untuk perniagaan tetapi memberi keuntungan kepada ramai veteran polis dan anggota keselamatan yang lain termasuk balu mereka.
Ramai veteran polis dan anggota keselamatan lain yang perkhidmatan mereka tamat sebelum Malaysia merdeka mendapat imbuhan dari kerajaan Malaysia sekarang, (termasuk balu mereka). Dan dengan kadar segera pula.
Sepatutnya apa-apa imbuhan ditanggung oleh kerajaan British kerana sebelum merdeka British yang memerintah. Bila isu kontra Mat Indra dibawa oleh Mat Sabu tiba-tiba mereka berkenaan menjadi terlalu berharga kepada BN.
Macam batu di gunung yang mengalami luluhawa bertukar menjadi berlian. Mereka digunakan oleh BN bagi menjana isu baru memburuk dan menentang pihak lawan. Isu Mat Indra menjadikan mereka itu sangat berharga untuk kepentingan BN. BN pun tumpang dapat untung dari inovasi Mat Sabu.
Kepentingan BN bukan setakat mereka yang disebut di atas tetapi juga kepada bekas kakitangan Kemas. Mereka ini pun berguna kepada BN walaupun sudah tidak bertugas secara rasmi.
Mereka mendapat imbuhan agak lumayan dengan hanya pernah menjadi kakitangan kemas selama lima tahun. Kita pesara kumpulan sokongan yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia lebih tiga puluh tahun dibuang macam sampah.
Semasa dalam perkhidmatan kita memperbaiki kelulusan ke peringkat ijazah setapak demi setapak tanpa batuan. Tetapi bersara pada tahap kumpulan yang sama seperti sewaktu mula-mula berkhidmat. Kerana kerajaan pimpinan BN tidak pun menghargainya untuk mempertimbangkan ke jawatan yang lebih tinggi.
Mungkin tidak berguna seperti kumpulan yang disebutkan di atas. Peliknya kerajaan pimpinan BN sibuk hendak memanggil pulang rakyat yang telah selesa berada di luar negara. Kononnya mereka yang berada di luar negara itu otak geliga.
Pesara kakitangan kerajaan kumpulan sokongan yang berada dalam negara yang selama ini berhempas pulas berusaha memperbaiki diri, dibuang dan dilupakan.
Lebih anih sebelum ini telah dihebahkan bahawa rakyat asing sama ada yang belajar di Malaysia atau yang datang ke Malaysia dan ada kelulusan dipertimbang untuk diberi taraf penduduk tetap.
Alasannya mereka diperlukan untuk pembangunan negara. Adakah rakyat Malaysia sendiri
tidak layak membangunkan negara mereka sendiri?. Itulah yang dikatakan kerajaan pimpinan BN yang ingin meneruskan kuasanya pada pilihanraya
akan datang.
Rakyat bawahan
Sumber HD : 21/03/2012

Mohamad Sabu nafi pujuk Kadir
Abdul Aziz Mustafa, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menafikan bahawa beliau mendakwa sebagai orang yang memujuk Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir keluar Umno.
"Kadir boleh membuat keputusannya sendiri tanpa dipujuk oleh sesiapa. Memang saya mengunjunginya dan berunding serta berbincang mengenai politik negara dengannya.
"Tetapi bukan saya yang memujuknya keluar Umno. Itu keputusan Kadir sendiri," tegas beliau.
Beliau menafikan laporan hari ini yang mendakwa Mohamad membuat pengakuan bahawa beliaulah yang orang memujuk Kadir membuat keputusan keluar Umno.
Mohamad mengakui beliau ada menyatakan bahawa Kadir adalah salah seorang dari banyak lagi tokoh Umno yang akan keluar dari parti itu.
"Tetapi tidak ada misi memujuk. Berunding memang ada dan itu perkara biasa. Saya hanya berjumpa dan berhubung dengan tokoh-tokoh Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sahaja.
"Ada yang mendakwa kepada saya bahawa (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) juga sangat tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.
"Itu yang diberitahu kepada saya dan saya tidak tahu kerana kali terakhir saya jumpa Dr Mahathir ialah ketika dia berlawan dengan Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad badawi) dulu. Selepas itu saya tak pernah jumpa Dr Mahathir," kata Mohamad.
Kadir adalah salah seorang yang ditemuinya.
Mohamad dipetik oleh Berita Harian hari ini sebagai berkata bahawa Kadir yang keluar parti kelmarin hanya salah seorang daripada banyak lagi yang akan menyusul.
"Aku dah berunding dengan dia lama dah. La ni (sekarang) keluar Umno baru hangpa (kamu) tahu.
"Berlambak lagi aku sedang berunding sekarang... tunggu," beliau dipetik oleh akhbar pro-Umno itu sebagai berkata.
Mengulas lanjut kenyataan dalam ceramahnya itu, Mohamad menjelaskan, berunding tidak sama dengan memujuk.
"Kita boleh berunding mengenai masa hadapan negara sambil mendapatkan pandangan tokoh-tokoh Umno berkenaan mengenai kemusnahan yang bakal dihadapi oleh negara jika terus diperintah Umno.
"Pujuk tidak perlu. Mereka ada akal fikiran sendiri. Mereka duduk di dalam Umno dan mereka lebih nampak kehancuran yang akan diakibatkan pemerintahan parti itu," katanya.
Mohamad walaubagaimanapun mengakui, kunjungan hormat serta usaha perundingan dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh Umno berkenaan memang dipertingkatkan lagi.
LAPORAN BERKAITAN
Kadir pun keluar Umno, ahli biasa bila lagi
Kadir Sheikh Fadzir isytihar keluar Umno
Kadir beri signal Umno perlu ditolak pada PRU-13
Sumber HD : 22/03/2012
(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.
"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.
Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.
"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.
"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?
"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.
Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.
"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.
Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.
"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.
Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.
Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.
Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.
Sumber HD : 23/03/2012
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS akan menyokong tindakan mana-mana kumpulan pelajar yang mahu mengadakan perhimpunan menuntut Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.
Menurut Timbalan Presidennya, Mohammad Sabu, sokongan itu adalah selari dengan tawaran Buku Jingga Pakatan Rakyat di mana setiap rakyat dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan biasiswa bagi mereka yang layak.
"Pelajar yang akan menggerakkan himpunan, PAS akan menyokong gerakan pelajar itu," katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS, petang ini.
Tegasnya yang menuntut agar kerajaan menghapuskan hutang PTPTN yang ditanggung oleh pelajar sebagai tanda kasih sayang kerajaan apatah lagi menjelang pilihan raya.
"Hutang korporat yang yang diberi pijaman mudah oleh kerajaan boleh dihapuskira sedangkan pelajar yang akan berkhidmat dengan kerajaan dipaksa begitu rakus untuk membayar hutang.
Jelasnya, hutang Tan Sri Tajudin Ramli daripada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd hampir RM600 juta boleh dihapuskan begittu sahaja malangnya hutang pelajar yang hanya RM6,000, RM10,000 dan RM3,000 tidak boleh dihapuskira.
"Oleh kerana, kerajaan hapus kira hutang-hutang korporat itu, ia membawa perubahan ekonomi dan kepada negara yang lebih dahsyat lagi," katanya.
Muhammad Sabu berkata, tindakan rakus PTPTN dalam mendesak pelajar membayar hutang seolah-olah pelajar terbabit dilihat seperti berhutang dengan institusi bank.
Tegasnya, ramai pelajar tajaan PTPTN tidak dapat sambung belajar di dalam atau luar negara bahkan ada yang ditahan pasport kerana gagal membayar balik pinjaman.
Sehubungan itu, katanya PAS akan mengambil tindakan undang-undang kepada Kerajaan Terengganu kerana tindakan menarik balik biasiswa sembilan pelajar Mesir kerana menyertai Himpunan Bersih tahun lepas.
"Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan sekiranya tidak ada apa-apa perubahan berhubung penarikan biasiswa itu kita akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya.
Bahkan katanya, PAS akan bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan untuk mengutuk tindakan kerajaan Terengganu yang tidak menghormati hak manusia untuk menyertai mana-mana perhimpunan.
"Himpunan aman sudah diterima sebagai fenomena umum, dan ia bukan satu perkara yang pelik bahkan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Sumber HD : 26/03/2012

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je
Abdul Aziz Mustafa, | 23 Mac 2012 |

PAS sokong demo tuntut hapus pinjaman PTPTN
Salmiyah Harun, | 26 Mac 2012 |

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?
Abdul Aziz Mustafa, | 28 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.
"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.
Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.
"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.
"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.
Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.
"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.
Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.
"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.
"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.
"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.
Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.
"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.
"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,
Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.
"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.
"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.
Sumber HD : 28/03/2012

PRU: Najib dicadang Hadiah Nobel jika....
Abdul Aziz Mustafa, | 11 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 April: Jika Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya dengan cara yang adil dan bersih, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan dicadangkan sebagai pemenang Hadiah Nobel, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Dengan pelbagai perkembangan yang berlaku seperti daftar pemilih yang enggan dibersihkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pertambahan pengundi baru yang luar biasa jumlahnya seperti yang berlaku di Subang contohnya, apa yang didakwa sebagai pembetulan sempadan pilihan raya, kehilangan nama dalam daftar pemilih dan pelbagai kerja kotor lain, tidak ada harapan untuk menyaksikan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini selagi diperintah oleh Umno," kata beliau.
Sebab itulah, katanya, beliau sanggup mengambil daya usaha untuk menemui pelbagai pihak yang berkenaan di mana-mana sahaja untuk memastikan nama Najib dicalonkan sebagai pemenang Hadiah Nobel kerana mempromosikan demokrasi jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan adil dan bersih.
"Saya sanggup mencari dana sendiri untuk berusaha menemui pelbagai pihak yang berkaitan di mana sahaja bagi membolehkan mereka mencalon dan melobi untuk memastikan Najib mendapat Hadiah Nobel bagi demokrasi kalau pilihan raya negara ini berjalan dengan adil dan bersih," katanya.
Bagaimanapun, Mohamad yakin kerajaan Umno pimpinan Najib akan "terkencing di dalam seluar" jika pilihan raya negara ini dijalankan dengan bersih dan adil.
"Dengan 51 peratus pengundi menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu, tidak mungkin sama sekali Najib dan Umno serta BN yang diketuainya mahukan pilihan raya yang adil dan bersih.
"Jika dijalankan pilihan raya yang adil dan bersih, ramai pengkaji politik negara ini merasa yakin BN akan kalah dan sebab itulah parti yang diketuai Najib itu tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," katanya.
Umno dan BN, katanya, tidak mampu dan tidak boleh kalah.
"Jika Umno dan BN kalah, ia tidak akan menang lagi kerana tidak boleh lagi memperalatkan jentera kerajaan seperti SPR, polis dan sebagainya yang selama ini dipergunakan untuk memastikan kemenangannya.
"Malah, jentera pilihan raya mereka juga akan lumpuh sama sekali kerana duit rasuah pun tidak mungkin dapat diperolehi lagi kerana sudah tidak ada kuasa," katanya.
Kerajaan Najib terbukti begitu konsisten menolak tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.
Bersih sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.
Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Sumber HD : 11/04/2012

Umno = United Myanmar Nepal Organisation
Mohd Sabri Said, | 13 Apr 2012 |
KEPALA BATAS, 13 April: Umno sudah jadi 'United Myanmar Nepal Organisation' bukan lagi 'United Malays National Organisation' sepertimana yang menjadi kebanggaan orang Melayu suatu hari dulu, kata Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu (gambar).
Ketika berucap di program minum petang anjuran PAS Tasek Gelugor di Taman Sepadu, Tasek Gelugor semalam, beliau menempelak kepimpinan parti perkauman itu kerana sanggup menjual negara semata-mata untuk mencapai kemenangan pada pilihanraya umum akan datang.
"Umno dan jadi parti serabut iaitu United Myanmar Nepal Organisation bukan lagi Umno seperti dulu yang bekerja kuat untuk rakyat walaupun ada kalangan mereka mengamalkan dasar penyelewengan, rasuah dan penipu," jelasnya.
Bagi beliau, Umno sudah tersasar jauh daripada landasan mereka untuk memastikan Melayu terpelihara dengan aman, harmoni di tanah air sendiri.
Sekarang ini Umno tidak boleh di terima ramai sebagai sebuah parti yang mahu membantu anak Melayu sebaliknya menjadi sebuah 'parti penekan' untuk anak bangsa maju di bidang tertentu.
Tambahan lagi kepimpinan mereka tiada lagi rasa tanggungjawab membela kalangan Melayu yang ketinggalan, dakwanya.
Bagi mereka jika ada peluang ambil dulu, manakala yang tinggal serpihan barulah diberikan kepada rakyat jelata khususnya orang Melayu.
Sehubungan itu, Umno jelas Haji Mohamad Sabu, tidak releven lagi untuk diperjuangkan oleh orang Melayu khasnya kerana memperalatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan (JPN) dan penglibatan Pegawai Khas Perdana Menteri bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) kekal menguasai negara.
Ujarnya, mereka sanggup jadi pengkhianat untuk terus berkuasa tanpa berfikir tindakan itu mengancam ketenteraman negara serta membolehkan negara tergadai suatu hari kelak.
"Biar Umno, JPN, SPR dan pegawai Khas Perdana Menteri buat perkara yang tidak betul. Kita tetap akan ke perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Kuala Lumpur nanti.
"Saya harap semua ahli, penyokong dan orang yang prihatin terhadap penyelewengan SPR gerakan langkah ke perhimpunan tersebut nanti, " ajaknya.
Bagi beliau, 'Task Force' yang ditimbulkan oleh ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar itu bukan perkara yang boleh dipandang ringan kerana perbuatan tersebut mengundang keresahan rakyat.
Bukan itu sahaja, kedatangan warga asing untuk mengundi itu kelak pastinya mengundang kemarahan rakyat tempatan walaupun mereka ada kad pengenalan dan nama sebagai pemilih.
"Saya benar-benar bimbang apabila warga asing datang mengundi nanti. Pasti terdapatnya bantahan penduduk tempatan walaupun mereka mempunyai kad pengenalan sah dan terdapat nama dalam buku pemilih.
"Umno mungkin tidak terkejut kerana merekalah perancang utama fenomena tersebut yang jadi mangsa nanti rakyat yang tidak puas hati, " jelasnya beliau lantang.
Sementara itu dalam ceramahnya sempena Paluan Gendang PRU13 yang diadakan di Padang Awam, Penaga, Kepala Batas, Mohamad berbangga sekarang ini kerana ramai anak muda sertai PAS termasuklah golongan artis.
Golongan artis yang dulunya terdedah dengan gejala yang kurang bermoral kini terpanggil untuk membantu PAS menyuarakan kehendak parti dan Pakatan Rakyat.
"Keadaan ini amat membanggakan saya kerana mereka yang bergelar artis sanggup turun padang atau berada sepentas dengan kepimpinan PAS menyuarakan prinsip PAS kepada masyarakat, " tegas beliau.
Turut berucap pada program Paluan Gendang PRU13 itu ialah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mahfudz Mohamed, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain dan wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ir Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Sumber HD : 13/04/2012
KUALA LUMPUR, 14 April: Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad pun turut sama menyelamatkan Tan Sri Tajudin Ramli, Umno dan Barisan Nasional (BN) bertambah tidak selamat.
Demikian reaksi spontan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar atas) apabila Dr Mahathir sekali lagi mengakui bahawa adalah sukar bagi BN untuk mendapat majoriti dua pertiga dan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008.
"Tindakan kerajaan mengetepikan arahan mahkamah supaya Tajudin membayar hutangnya dan sebaliknya menghapuskira hutang Tajudin sebanyak RM589 juta menimbulkan kemarahan rakyat terutama para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diburu. Keluarga mereka juga marah.
"Kalau dalam kes pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) kita lihat Dr Mahathir memberikan komen yang tegas, tetapi komennya begitu lunak dalam kes Tajudin dan oleh sebab itulah dia juga dilihat turut selamatkan bekas pengerusi eksekutif MAS itu.
"Perbuatan Umno menyelamatkan Tajudin itu menjadikan Umno dan BN lebih tidak selamat kerana memarakkan lagi api kemarahan rakyat dan memang benar kata Dr Mahathir, parti pemerintah menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga," katanya.
Dr Mahathir sentiasa mengekalkan pandangannya bahawa adalah sukar bagi BN mendapatkan majoriti dua pertiga.
Mohamad juga sangat tertarik apabila Dr Mahathir berkata kedudukan Najib tidak selamat jika tidak dapat memenangi kerusi yang lebih banyak bagi BN berbanding pilihan raya 2008 ketika beliau sendiri mengakui sukar bagi parti pemerintah itu mendapat majoriti dua pertiga.
"Nampak macam Dr Mahathir memberitahu orang-orang Umno supaya menggantikan Najib dengan pemimpin lain jika tidak mencapai prestasi yang lebih baik bagi BN berbanding 2008.
"Saya nampak apa yang dihajati oleh Dr Mahathir itu akan tercapai," katanya.
Mohamad juga tidak hairan dengan kenyataan Dr Mahathir itu kerana beliau diberitahu berkali-kali oleh sumber dalaman Umno dan Perkasa bahawa bekas Perdana Menteri itu memang begitu tidak senang terhadap Najib.
"Tetapi khabarnya Dr Mahathir mahu menunggu selepas pilihan raya dahulu kerana beliau bimbang BN akan kalah pula jika beliau menentang Najib dari sekarang.
"Tetapi kenyataannya tentang kedudukan Najib yang tidak akan selamat kalau tidak mencapai prestasi lebih baik berbanding 2008 itu membuktikan Dr Mahathir sudah tidak sabar lagi untuk bersuara," katanya.
Dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Reuters itu juga, Dr Mahathir berkata, Umno tidak lagi sekuat dahulu.
"Zaman saya Umno kuat. Sekarang tidak. Jika anda menyokong orang tertentu, anda akan dapat kontrak, anda dapat segala keistimewaan. Sama ada parti jatuh atau tidak, itu tidak relevan kepada mereka. Mereka mesti berpaut kepada jawatan mereka dan mendapat segala keistimewaan," katanya.
Malah, hujung tahun lalu Dr Mahathir mengulangi kenyataannya tentang tanggapan kebanyakan rakyat yang melihat Umno dipimpin oleh orang yang korup.
Sumber HD : 14/04/2012
Sumber HD : 28/08/2012
(Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam)
Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.
Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.
Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.
Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.
"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.
Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.
Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad.
Sumber HD : 30/08/2012
Sumber HD : 28/09/2012
Sumber HD : 4/10/2012
Sumber HD : 6/10/2012
KUALA LUMPUR: Jenis yang hari ini maki hamun dan esok dengan mudah cakap lain pula tidak boleh dipercayai dakwaannya.
(Mahathir dan Soros)
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.
"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.
"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.
"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.
Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.
"Mula-mula dia maki Soros dan tuduh Yahudi itu jatuhkan nilai ringgit, bila jumpa Soros dia kata Soros tak terlibat.
(Mohamad Sabu...boleh percaya ke kenyataan Mahathir tu?)
"Sekejap dia keluar Umno, lepas itu dia masuk pula. Jenis itu cakap dia tak boleh pakai," katanya.
Mohamad berkata, dakwaan Dr Mahathir kononnya undi kepada PR seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula adalah sama bohong dengan tuduhan beliau bahawa Soros yang akibatkan krisis kewangan 1997/1998 itu.
"Kalau 1997/1998 dulu Dr Mahathir berbohong dan main hentam sahaja mengenai Soros, sekarang pun sama - bohong," kata beliau.
Bagi Mohamad, cakap Dr Mahathir hanya boleh dipercayai jika berkaitan kesetiaannya untuk mengkayakan anak-anaknya.
"Dr Mahathir hanya setia kepada skim untuk mengkayakan anak-anaknya. Dalam bab itu sahaja cakap Dr Mahathir boleh dipercayai," katanya.
Mohamad berkata, rekod PR membuktikan dengan jelas ia tidak boleh diperalatkan sesiapa pun.
"PR perintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tunjuk bukti jelas bahawa kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi kepentingan asing.
"Setakat cakap seperti cakap tidak boleh pakai Dr Mahathir, tidak guna," katanya.
Apa yang jelas kepada semua rakyat, kata Mohamad, ialah kerajaan Umno Barisan Nasionallah yang menghabiskan puluhan juta wang rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide.
Sumber HD : 7/10/2012
(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)
Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.
Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.
"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pinggan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.
Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganaktirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.
Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.
Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP.
Sumber HD : 9/10/2012
(Mohamad Sabu di mahkamah)
TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar mengimpot pakar sejarah dari England semata-mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis.
Haji Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin dalam pembicaraan dihadapan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental malahan telah 'syahid' demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.
Semalam 8 dan 9 Oktober merupakan pemulaan pembicaraan kes saman Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia setelah Utusan Malaysia membuat fitnah menuduhnya menyokong komunis.
Ia berikutan kenyataan Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British sebaliknya pejuang Melayu sejati semasa peristiwa Bukit Kepong diera sebelum kemerdekaan negara.
"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England. Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini," terang Haji Mohamad semasa ceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah dalam Parlimen Tasek Gelugor semalam.
Semasa dalam mahkamah beliau bukan sahaja menyifatkan Mat Indera mengamalkan corak perang secara Islam iaitu tidak membunuh tetapi sanggup menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan orang tua daripada tertembak dalam peperangan menentng polis yang bekerja di bawah penjajah.
Cerita tangkapan Mat Indera juga turut dikesali, selepas pengsan ekoran terminum kopi yang dicampur sesuatu oleh kawannya sendiri yang diupah oleh penjajah.
Bila sedar saja sudah berada di balai polis dan seterusnya dihukum gantung sampai mati di Taiping, Perak.
Sedangkan beliau adalah seorang guru agama dan pernah mempelajari agama dari bapa Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tuan Guru Haji Yassin.
Negeri Johor pula mengistiharkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, seorang pengerak cergas rakyat Muar dalam bidang kebajikan dan sebagainya.
Menurut Haji Mohamad lagi, adalah mustahil jika seseorang individu yang pernah berjasa pada masyarakat dianggap komunis melainkan penjajah yang tidak mahu kuasa mereka hilang kerana kebangkitan rakyat.
Katanya, semasa berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora pada Ogos tahun lalu, beliau tidak pun mengeluarkan kenyataan menyokong perjuangan komunis.
Pita rakaman yang dirakam oleh pihak polis juga buat pertama kali diperdengarkan dalam Mahkamah Majistret Butterworth bulan lepas dalam kes dakwaan ke atas beliau atas petuduhan jenayah memfitnah.
Kes tuntutan jenayah itu akan disambung semula di mahkamah sama pada 15-18 Oktober ini.
Sumber HD : 10/10/2012
PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.
(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)
Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.
Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.
Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.
Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.
Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.
Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"
Saksi menjawab "bagi saya tidak perlu".
Hanipa menyatakan hanya kerana Mat Indera bersama Partai Komunis Malaya, tidak semestinya beliau adalah seorang komunis kerana pada masa itu tahun 1950 semua pertubuhan selain Umno telah diharamkan.
(Hanipa mengiringi Mohamad Sabu)
Hanipa bertanya "setuju pada masa itu semua organisasi yang melawan British telah diharamkan kecuali Umno?"
Saksi bersetuju.
Hanipa menyoal "Setuju dengan saya Mat Indera hanya menggunakan platform PKM untuk memerangi British kerana pada masa itu pertubuhan-pertubuhan lain kecuali Umno diharamkan British.
"Adakah anda tahu dalam Islam adalah wajib bagi orang Islam melawan penjajah dan bagi tujuan itu mereka dibenarkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk dengan pihak bukan Islam yang juga mempunyai tujuan yang sama?"
Dr Hack menjawab "Mengapa beliau (Mat Indera) tidak guna cara lain, Mat Indera menyokong revolusi dan istilah revolusi adalah istilah komunis."
Hanipa lantas bertanya "Bagaimana pula revolusi Iran, adakah ia juga komunis?"
Hakim Datuk Seri Zakarian Sam juga bertanya saksi "bagaimana pula revolusi Perancis?
Saksi akhirnya mengakui dia tersilap.
Peguam Utusan Datuk Hafarizam Haron pula membantah tindakan Hanipa mempersoalkan krebiliti laporan Dr Hack dan menyatakan jika Hanipa ingin menyatakan bahawa Mat Indera adalah bukan komunis kerana menentang penjajah beliau perlu panggil saksi pakar dia iaitu ulama Islam bagi memberikan pendapat tentang hukum menentang penjajah.
Hanipa menjawab "Yang Arif, kita tidak perlu panggil ulama untuk beritahu perkara yang jelas, orang Islam perlu tahu mementang penjajah yang datang menjajah negara kita adalah satu jihad yang wajib.
"Maka tidak perlu panggil ulama untuk perkara itu."
Saksi juga mengakui bahawa beliau tidak mengambil maklumat tentang bagaimana kenyataan Mat Indera kepada pihak Polis British diambil dan samada ada unsur ancaman, ugutan dan pujukan.
Beliau juga bersetuju beliau juga tidak merujuk kepada pendapat pakar sejarah yang lain yang mengatakan Mat Indera adalah bukan seorang komunis.
Sumber HD : 10/10/2012
Sumber HD - 4-1-2013

Bila Tun M pun sokong Tajudin Ramli...
Abdul Aziz Mustapha, | 14 Apr 2012 |

Pelakon Bukit Kepong temui Mohamad Sabu
Harakahdaily, | 24 Apr 2012 |
KLANG: Media Umno menobatkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu menghina pengorbanan anggota polis ekoran peritiwa Bukit Kepong.
(Pelakon filem Bukit Kepong, Shamsudin Baslah bersalam dengan Mohamad Sabu)
Namun, bagi pelakon filem Bukit Kepong sendiri, beliau tidak nampak itu yang dibuat oleh Mohamad bahkan kenyataan Mohamad telah memberikan implikasi baik kepada bekas-bekas polis yang selama ini terbiar.
Bahkan, balu anggota polis Bukit Kepong yang selama ini terbiar menerima pencen yang tidak pernah diterimanya sejak tahun 1962.
Baru-baru ini, pelakon filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Shamsudin itu, Shamsudin Baslah yang memegang watak Mata-Mata, Abdul Khadir b. Jusoh telah menyertai Parti Keadilan Rakyat.
Beliau juga sempat bertemu dengan Mohamad Sabu ketika beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat ketika berceramah di Taman Rakyat, Sri Andalas, Klang.
Bagi pemerhati politik, ia memberi tamparan hebat buat Umno BN yang kononnya memperjuangkan mangsa peristiwa Bukit Kepong.
Sumber HD : 24/04/2012

Mat Sabu cedera akibat pelanggaran dengan kereta polis
Nazri Abdullah, | 04 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Panel Siasatan Suhakam merumuskan kecederaan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada himpunan Bersih 2.0 Julai tahun lalu adalah disebabkan pelanggaran dengan kenderaan polis.
Ianya berdasarkan keterangan beberapa saksi termasuk tiga orang doktor yang merawat Mohamad yang dipanggil memberi keterangan kepada panel itu.
"Panel berpendapat, kecederaan W6 (Mohamad Sabu) berpunca daripada pelanggaran dengan kenderaan PDRM," laporan siasatan itu dipetik.
Laporan siasatan itu turut dibaca kepada media pada sidang akhbar di pejabat Suhakam di sini tengahari tadi.
Sidang media itu dikendalikan Pengerusi Panel Prof Datuk Dr. Khaw Lake Tee yang juga Timbalan Pengerusi Suhakam dan dua ahli panel lain iaitu Prof Datuk Dr Mahnood Zuhdi Abd Majid dan Detta Anak Samen.
Dalam penemuan mereka, Suhakam bersetuju dengan pandangan doktor-doktor tersebut bahawa tiada kesan kotoran seperti pasir atau tanah pada bahagian cedera.
Kesemua mereka juga berpendapat ianya mungkin akibat pelanggaran dengan permukaan keras.
Walau bagaimanapun menurut panel tersebut, tiada sebarang bukti konklusif bagaimana cara pelanggaran berlaku sama ada kenderaan polis melanggar Mohamad atau Mohamad sendiri melanggar kereta polis.
Dalam laporan itu panel turut mengesyorkan pihak polis agar mengutamakan hak asasi dan keselamatan anggota mahupun individu yang hendak ditahan.
"Satu garis panduan haruslah diwujudkan oleh PDRM mengenai cara-cara yang boleh digunakan oleh anggota dalam melakukan tangkapan," kata panel itu.
Dalam pelanggaran tersebut pada 9 Julai tahun lalu, Mat Sabu yang membonceng motosikal cedera di lutut kanannya cedera dan terpaksa dibedah ekoran ligamennya koyak.
Sumber HD : 4/05/2012

Mengapa Najib takut pilihan raya adil, bersih?
Abdul Aziz Mustafa, | 05 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 Mei: Mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak begitu takutkan pilihan raya yang adil dan bersih sehingga sanggup menjadikan dirinya dilihat begitu bodoh, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).
"Asalkan dapat mengelakkan pilihan raya yang bersih dan adil, Najib sanggup hina dirinya sehingga beliau nampak bodoh sungguh," katanya.
Beliau juga tidak sangka Najib sanggup bercakap merapu dan menuduh rakyat yang menuntut pilihan raya yang adil dan bersih mahu menggulingkan kerajaan.
Mohamad juga mempersoalkan, Najib terancam dengan siapa sebenarnya?
Siapa mahu guling kerajaan, Bersih atau pesaing-pesaingnya di dalam Umno, tanya beliau lagi.
"Dakwaan Najib mengenai percubaan hendak guling kerajaannya itu ditujukan kepada siapa?
"Ditujukan kepada desakan-desakan dalam Umno sendiri termasuk dari godfather mereka atau kepada Bersih?
"Kalau ditujukan kepada Bersih, dia salah alamat," katanya.
Menurut Mohamad, hanya orang gila sahaja yang sanggup mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 minggu lepas bertujuan mahu menggulingkan kerajaan di luar cara pilihan raya.
"Perhimpunan itu menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Perhimpunan itu menuntut dibersihkan daftar pengundi. Perhimpunan itu menuntut ahli Umno berhenti sebagai Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya).
"Kalau mahu guling kerajaan Najib di luar cara pilihan raya, hendak buat apa tuntut semua itu?" tegas beliau.
Mohamad berkata, walaupun kejayaan perhimpunan Bersih 3.0 menjadikan Najib berasa sangat terancam, tetapi yang lebih mengancam kedudukannya ialah arus deras dari dalam Umno sendiri yang begitu tidak puas hati terhadap cara beliau dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengendalikan kebangkitan rakyat itu.
"Rakyat yang berhimpun dalam Bersih 3.0 itu tak boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan kerajaan Najib, mereka hanya mampu jatuhkan kerajaan Najib melalui pilihan raya dan sebab itulah mereka menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Yang boleh buat pakatan sulit untuk jatuhkan Najib ialah orang-orang utama Umno yang tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Najib," kata beliau.
Mohamad juga ketawa besar bila ditanya tentang dakwaan Najib kononnya ada rancangan mahu mengheret perhimpunan Bersih 3.0 sehingga dua tiga hari atau lebih daripada itu dan menjadikan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir.
"Kalau Najib kata begitu dengan tujuan menjadikan dakwaan itu sebagai propaganda terdesak untuk menipu rakyat, hanya orang bodoh yang percaya.
"Rakyat sudah melihat tiga perhimpunan Bersih dan rakyat yang cerdik tahu bahawa bukan mereka yang berhimpun yang mencetuskan kekacauan itu," katanya.
Jika dengan membuat dakwaan itu Najib menganggap dia telah menghebahkan maklumat sulit yang diberitahu kepadanya, kata Mohamad lagi, akan lebih teruklah penilaian rakyat terhadap kebolehan Najib.
"Kalau Najib mahu rakyat kutip 'disinformation' seperti itu dan mempercayainya, saya bimbang rakyat akan menganggap beliau sebagai Perdana Menteri paling bodoh dalam sejarah Malaysia.
"Najib janganlah jadikan dirinya dilihat begitu bodoh," katanya.
Mohamad juga yakin "dakwaan tidak cerdik" Najib itu langsung tidak dapat membantu kepercayaan rakyat yang semakin merudum terhadap beliau dan kerajaannya.
Sumber HD : 5/05/2012

Penyelewengan BN tingkat sokongan Melayu pada PAS
Salmiyah Harun, | 06 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 Mei: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata, sokongan orang Melayu kepada parti Islam itu akan meningkat semula pada pilihan raya umum akan datang.
Ini kerana katanya, peningkatan sokongan orang Melayu bertambah selepas timbulnya isu-isu penyelewengan Umno BN termasuk isu NFC, PTPTN dan kehilangan wang zakat Wilayah Persekutuan.
"Selepas isu ini menampakkan orang Melayu marah terhadap penyelewengan, apatah lagi membabitkan penyelewengan lembu," katanya.
Berkata kepada media selepas Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan di Kuizm Taman Melewar, beliau baru selesai mengadakan lawatan beberapa negeri antaranya Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, dan Sabah.
Katanya, laporan yang diterima daripada bilik gerakan pilihan raya yang ditemui sokongan Melayu kepada PAS akan mengatasi berbanding pada pilihan raya umum 2008 lalu.
"Bilik gerakan PAS telah membuat culaan malah pelbagai pihak menyatakan ada peningkatan itu. Jadi permainan Perkasa semakin ditolak rakyat. Isu PTPTN buat anak muda melenting, dan isu lembu buat rakyat lagi faham," katanya.
Bagaimanapun, katanya sokongan orang Cina kepada PAS dan Pakatan Rakyat mungkin mencapai lebih 80 peratus dalam pilihan raya nanti.
"Apa yang membimbangkan kami, satu perkara sahaja iaitu daftar pemilih yang masih kotor," katanya ketika ditemui di Kuizm Taman Melewar.
Misalnya, kata beliau di Pulau Pinang memperlihatkan penambahbaikan sokongan kepada PAS dan beliau yakin PAS akan mencapai kemenangan di semua kerusi yang akandipertandingkan.
Katanya, peningkatan sokongan itu lebih 5 peratus berbanding pada PRU 2008 dan dari peningkatan ini PAS dan Pakatan Rakyat yakin akan menawan Negeri Sembilan, Johor antara yang memberi kesannya atau mungkin berjaya merampas Melaka dalam PRU nanti.
Sebelum itu, Mohamad Sabu merasmikan majlis penutup di Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan yang dihadari kira-kira 400 ahli PAS seluruh Wilayah dan Labuan.
Konvensyen yang bertemakan 'Abid di Waktu Malam, Singa di Waktu Siang' yang diadakan setengah hari itu turut memberi peluang setiap PAS kawasan membentangkan laporan pilihan raya masing-masing.
Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Sahutan Berjihad Kebergantungan Kepada ALlah di Medan Perang".

Sumber HD : 6/05/2012
Ahli PAS perlu tonjol kebaikan Islam
Salmiyah Harun, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: "Inilah tanggungjawab kita, kita tonjolkan PAS lah yang berjuang menyeru kepada kebaikan dan beriman kepada Allah. PAS harus dilihat penaung untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam," demikian seru Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Ketika memberi ucapan penutup pada Konvensyen PAS Wilayah Persekutuan, beliau berkata, gerak kerja sukarelawan oleh ahli-ahli PAS sudah mula dihormati semua pihak.
Beliau merujuk dalam insiden perhimpunan Bersih 3.0, di mana sukarelawan Unit Amal PAS sudah menjadi buah mulut semua orang apabila anggota ini memperlihatkan keprihatinan mereka dalam menjaga keselamatan peserta himpunan tempoh hari.
"Dalam siri perhimpunan Bersih 3.0, 2.0 sebelum ini, peserta himpunan yang jatuh longkang, pengsan, sesak nafas kena gas, mereka inilah (Unit Amal) orang pertama yang memberi bantuan. Sukarelawan kita sudah dihati orang ramai.
"Malah, wanita berbangsa Cina yang terkena gas pada himpunan lepas di mana beliau dipapah oleh muslimat kita. Wanita itu menangis bukan kerana gas tetapi terharu apabila ada wanita beragama Islam bertindak memberi kasih sayang disaat dia menghadapi kecemasan," katanya kepada lebih 400 peserta konvensyen yang berlangsung di KUIZM semalam.
Tambahnya, kerja-kerja amal ini dituntut dan dipelopori dalam kerajaan Islam selain mempertahankan prinsip-prinsip istiqmah, sabar , ikhlas dalam perjuangan bersama Islam.
"Kita berlawan dengan Umno BN dalam masa yang sama kita sedang bersaing dengan DAP, dan PKR. Kita perlu tonjolkan prinsip dan perjuangan yang kita pegang," katanya.
Melihat fenomena artis dan selebriti yang berani mendekati PAS, Mohamad Sabu berkata, golongan ini membantu dan menggilap PAS di mata masyarakat tetapi teras kepada perubahan dan 'road map' ke Putrajaya adalah ahli-ahli PAS.
"Terasnya adalah tuan-tuan. Kitalah yang meneruskan perjuangan ini. Insyallah prinsip yang kita pegang ini membolehkan kita ke Putrajaya," katanya yang diikuti laungan 'Allahuakbar' oleh peserta yang hadir.
Turut bersama Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohammad Nor Mohd yang menyampaikan panji-panji kepada beberapa pimpinan kawasan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Sumber HD : 7/05/2012

JK Fatwa disuap dengan maklumat Umno sahaja
Abdul Aziz Mustafa, | 07 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama mengharamkan perhimpunan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil memalukan umat Islam, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Sangat memalukan umat Islam. Pertama, kerana apa yang didakwa fatwa itu dibuat ketika siasatan yang adil dan tidak memihak belum pun dibuat untuk menentukan siapakah yang mencetuskan kerusuhan, keganasan, huru-hara dan kekacauan.
"Adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mahu menconteng arang ke muka umat Islam dengan perbuatannya menghukum tanpa siasat?" katanya.
Mohamad berkata, dari apa yang diberitahu kepadanya, sesuatu fatwa itu dibuat setelah kajian dan siasatan yang menyeluruh dan adil dibuat.
"Sebab itulah saya kata Muzakarah Jawatankuasa Fatwa memalukan umat Islam sebab belum siasat lagi sudah jatuhkan hukum," tegas beliau.
Beliau bimbang perbuatan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa menjatuhkan hukuman tanpa siasat itu akan mengakibatkan orang Islam dituduh sebagai agama yang tidak mementingkan siasatan yang adil dan menyeluruh sebelum membuat sesuatu keputusan dan hukuman.
"Jika selepas ini Islam dituduh sebagai agama yang menghukum secara semberono tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh, Muzakarah Jawatankuasa Fatwalah pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan pandangan buruk sedemikian terhadap Islam," tegas beliau.
Mohamad juga menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa itu berlagak lebih dari Tuhan kerana "Allah pun membicarakan hamba-hamba-Nya di Hari Hisab lengkap dengan saksi dan bukti sebelum menjatuhkan hukuman".
Beliau meminta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa mengemukakan nas dan dalil yang mengharamkan perhimpunan aman rakyat menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Saya tegaskan lagi dan lagi, perhimpunan aman.
"Soalnya, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa hidup seperti katak di bawah tempurung sehingga tidak tahu dan tidak mempunyai sebarang maklumat bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan aman, tidak ada harta benda awam atau persendirian yang dirosakkan sehinggalah rakyat yang berhimpun itu diserang dan diganasi.
"Satu dunia ada maklumat yang tepat, adakah Muzakarah Jawatankuasa Fatwa tidak ada maklumat dan hanya mahu disuap dengan maklumat Umno sahaja?" beliau mempersoalkan.
Beliau juga mempersoalkan, di manakah suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?
"Mengapa membatu dan membisu terhadap daftar pemilih yang tidak bersih? Mengapa tidak ada suara Muzakarah Jawatankuasa Fatwa terhadap pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih?
"Adakah pilihan raya yang tidak adil dan tidak bersih itu tidak haram, tidak mengakibatkan kemudaratan, keresahan, rusuhan, perpecahan malah pertumpahan darah?" Mohamad mempersoalkan lagi.
Beliau terus mempersoalkan, adakah menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak baik dan tidak membawa sebarang manfaat kepada masyarakat?
Mohamad tidak menolak kemungkinan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa akan menghadapi masalah imej seperti yang dihadapi oleh pihak polis serta kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Global: Syed Mokhtar wajar ambil alih MAS
Abdul Aziz Mustafa, | 11 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Mei: Oleh kerana banyak perniagaan besar diambilalih oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, beliau sepatutnya mengambilalih MAS untuk bersaing di peringkat global, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar).
Mengulas laporan bahawa Syed Mokhtar adalah calon utama untuk mengambilalih 45 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Time Engineering Berhad, Mohamad berharap tokoh korporat yang banyak mengambilalih perniagaan-perniagaan strategik itu tidak hanya mengambilalih perniagaan-perniagaan dan perkhidmatan-perkhidmatan monopoli sahaja.
"Saya banyak mendengar dakwaan bahawa kroni-kroni hanya berani mengambilalih perniagaan-perniagaan dan perkhidmatan-perkhidmatan monopoli sahaja.
"Perniagaan yang memerlukan persaingan apa lagi di peringkat global seperti MAS, mereka tak mahu kerana takut bersaing," kata beliau sambil berharap Syed Mokhtar tidak termasuk dalam golongan itu.
Terutama ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, Syed Mokhtar sering dilaporkan sebagai tokoh korporat yang menjadi kesayangan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, peluang Syed Mokhtar dilihat banyak tersekat di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
"Saya tak mahulah cabar, tetapi kalau Syed Mokhtar betul-betul hebat berniaga, dia patut ambil alih MAS yang tak henti-henti rugi dan jadikan syarikat penerbangan nasional itu sebagai syarikat untung.
"Tetapi janganlah ambilalih MAS, lingkupkannya dan lepas itu jual balik saham MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali-kali ganda tinggi,"kata Mohamad.
Mengulas lanjut mengenai pengambilalihan Time Engineering, beliau melihat tindakan itu akan menjadikan Syed Mokhtar antara orang yang paling berkuasa di negara ini.
"Dia akan jadi king of logistics," katanya.
Syed Mokhtar menguasai pelabuhan-pelabuhan Johor, Tanjong Pelepas dan Pulau Pinang ketika laporan-laporan juga menyatakan beliau sedang berusaha untuk mengambilalih Northport Berhad di Pelabuhan Kelang di samping berusaha menguasai PLUS Expressways Berhad dan KTM Berhad.
"Bila dia ambil alih Time Engineering, saya diberitahu Syed Mokhtar bukan sahaja menguasai infrastruktur yang fizikal, urusan kastam pun di dalam tangannya," kata Mohamad.
Time Engineering mempunyai 71.3 peratus pegangan dalam Dagang Net Technologies Sdn Bhd yang mana perniagaan terasnya ialah Sistem Maklumat Kastam Dagang Net.
"Saya difahamkan, urusan keluar masuk barang di negara ini dibuat melalui Dagang Net, bayangkanlah kekuasaan Syed Mokhtar apabila dia menguasai Time Engineering," katanya lagi.
Sebelum ini Mohamad pernah mempersoalkan adakah urusniaga-urusniaga yang melibatkan Syed Mokhtar mempunyai kaitan dengan menambahkan dana pilihan raya Umno dan Barisan Nasional (BN).
Malaysian Insider pernah melaporkan bahawa pihaknya difahamkan bahawa Syed Mokhtar muncul sebagai penyumbang utama dana kepada Umno selepas ahli-ahli perniagaan Cina tempatan keberatan ekoran kekurangan kontrak di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sumber HD : 11/05/2012

Bersih 3.0 mati: Hisham, timbalan KPN merapu
Abdul Aziz Mustafa, | 14 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Dulu dia dakwa tiada bukti wujud unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu Pusat Fidlot Nasional (NFC), sekarang dakwa pula polis ada bukti unsur-unsur mahu kematian dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Demikian jawapan serta merta Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu apabila diminta mengulas tentang dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengenai perkara itu ketika beliau menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Hishammuddin sebelum itu mendakwa, terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan Bersih 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.
"Dulu polis itu (Khalid) kata tak ada bukti berlaku pecah amanah dalam projek NFC. Tak lama selepas itu (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed) Nazri (Abd Aziz) beritahu kita berlaku kes pecah amanah bila National Feedlot Corporation (NFCorp) langgar syarat pinjaman.
"Dulu menteri itu (Hishammuddin) kata rampas kamera wartawan ikut garis panduan operasi polis (SOP). Tak berapa hari lepas itu, Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) terpaksa betulkan kenyataan itu dan kata rampas kamera wartawan bukan SOP," kata Mohamad.
Bagi beliau, dua peristiwa itu sudah cukup untuk memberitahu rakyat sama ada cakap kedua-duanya boleh dipercayai atau tidak.
"Menteri itu banyak sangat bercakap merapu. Elok sangat kalau dia pergi dapatkan rawatan professional," katanya.
Sebelum perhimpunan Bersih 3.0 dan ketika dia menjangka perhimpunan itu tidak mendapat sambutan, kata Mohamad, Menteri Dalam Negeri kata himpunan Bersih 3.0 bukan ancaman keselamatan.
"Bila kerajaan Umno terkejut dengan kehadiran ratusan ribu rakyat dan mereka kucar-kacirkan perhimpunan aman itu, menteri itu tuduh pula saya dan (Ahli Jawatankuasa Bersih) Hishamudin Rais ajak anak-anak muda yang berhimpun malam sebelumnya supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.
"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka.
"Dia dan Umno tak habis-habis cakap merapu sebab mereka macam cacing kepanasan," katanya.
Sumber HD : 14/05/2012

Kalau polis belasah, apa perlu mahkamah
Abdul Aziz Mustafa, | 16 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Kalau polis ikut suka hati pukul peserta Bersih 3.0 yang menyerah diri, tidak perlu ada mahkamah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Sambil mengutuk tindakan membelasah Mohd Safuan Mamat, peserta Bersih yang menyerah diri dengan sukarela, beliau melihat tindakan itu akan menambahkan kebencian rakyat.
"Kalau sudah tidak mahu ikut peraturan dan seronok sangat membelasah orang ikut suka hati, suruh polis runtuhkan semua mahkamah dan lepas itu bolehlah mereka hukum orang ikut suka hati," kata Mohamad yang ternyata marah dengan tindakan tersebut.
Beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai sengaja tidak mahu mengikut peraturan.
"Mereka sengaja tidak mahu ikut peraturan dan saya tidak mahu cakap fasal peraturan dan sifat perikemanusiaan sebab saya sudah tidak nampak sifat-sifat itu ada pada mereka yang membelasah orang lain sesuka hati," katanya.
Mohamad yakin, jika kekejaman seperti itu berterusan dan berleluasa, mungkin jutaan rakyat akan berhimpun sendiri tanpa perlu digerakkan oleh mana-mana pemimpin atau pertubuhan.
"Hari ini, sebahagian rakyat sudah tidak nampak perbezaan antara polis dan Umno.
"Jika rasa sakit hati rakyat tidak dapat dikawal lagi, bukan lagi ratusan ribu malah berjuta rakyat akan berhimpun sendiri di seluruh negara melawan Umno," katanya.
Mohamad juga yakin apa yang berlaku itu akan menjadikan rakyat semakin nampak keengganan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menerima dan menyetujui pilihan raya yang adil dan bersih.
"Saya yakin, isu utama yang rakyat nampak dengan lebih jelas ialah Umno BN tidak mahu pilihan raya yang adil dan bersih," kata beliau.
Rakyat juga, katanya, akan semakin memahami bahawa tindakan ganas yang berterusan itu adalah disebabkan ketakutan Umno apabila melihat ratusan ribu rakyat berhimpun dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
"Mereka tidak sangka ratusan ribu rakyat berhimpun, mereka panik dan seperti kerbau yang disembelih, dia menendang-nendang sana sini," katanya.
Mohd Safuan yang membuat laporan polis semalam terhadap tindakan membelasahnya itu berkata, dia ditahan dan dipukul oleh pihak polis selepas menyerah diri pada hari Isnin.
Pemuda dari Marang, Terengganu itu mengadu, selepas ditendang masuk ke dalam sebuah bilik, beliau dipukul di mukanya dengan batang paip hitam oleh anggota polis yang memakai pakaian seragam sambil memaksa beliau mengaku beliaulah yang memukul kereta polis ketika perhimpunan Bersih 3.0.
Mohd Safuan juga dipukul di bahunya dengan batang paip hitam itu.
Apabila dibawa ke lokap, beliau ditampar pula oleh tahanan lain selepas polis yang membawanya ke lokap itu memberitahu "dia ni Bersih, gangster".
Mohd Safuan juga mengadu beliau dipaksa membuat pengakuan dan menandatangani borang tertentu.

Sumber HD : 16/05/2012
Imej Najib teruk takut mahkamah Perancis
Abdul Aziz Mustafa, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Rakyat akan difahamkan mengenai ketakutan Perdana Menteri menghadapi mahkamah Perancis sama seperti mereka memahami isu lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya difahamkan bahawa ada kajian yang mendapati isu NFC menjejaskan imej Umno kerana ia memberi gambaran parti utama Barisan Nasional (BN) itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.
"Saya yakin jika usaha memahamkan rakyat dijalankan dengan bersungguh-sungguh, imej (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) akan lebih teruk lagi kerana ketakutannya menghadapi inkuiri mahkamah Perancis bagi menyiasat urusniaga kapal selam Scopene antara Malaysia dan negara itu," katanya.
Mohamad berkata, para pengkaji menyifatkan Umno sebenarnya bergantung kepada imej Najib kerana imej parti itu disepakati telah lama tercemar dan hancur.
"Ketika Umno bergantung kepada imej Najib, kita bernasib baik kerana beliau sendiri yang memusnahkan imejnya dengan ketakutannya itu dan saya yakin rakyat akan melihat imej Perdana Menteri akan menjadi lebih buruk dari imej mereka yang dikaitkan dengan NFC.
"Ketakutan Najib itu adalah hadiah beliau yang sangat bernilai kepada rakyat yang berusaha menolak kuasa Umno," katanya yang yakin isu tersebut akan menjadi antara isu utama pilihan raya walaupun pilihan raya diadakan pada bulan Jun ini sekalipun.
Ketakutan Najib menghadapi mahkamah Perancis itu juga mempunyai kesan yang jauh termasuk ke atas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kata Mohamad.
"Rakyat semakin bertanya, apakah yang hendak disembunyikan oleh Perdana Menteri sehingga dia kelihatan takut sungguh untuk menghadapi inkuiri itu?
"Rakyat juga tertanya-tanya betulkan Perdana Menteri terlibat dengan rasuah dalam pembelian Scorpene dan adakah pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan dengan isu tersebut?" katanya yang yakin kesan isu tersebut lebih hebat lagi dari isu NFC.
Mohamad yakin, jika tidak ada benda yang hendak disembunyikan, Najib tentu tidak takut sama sekali dengan perbicaraan itu malah dengan senang hati dan berani sentiasa bersedia menghadapi inkuiri tersebut.
"Najib tak berani buat seperti senator Australia (Nick Xenophon) yang sentiasa bersedia berkerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia sekiranya beliau disiasat atas dakwaan melanggar undang-undang negara ini kerana berada dalam perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
"Itu sifat dan sikap orang yang yakin dia tidak bersalah dan tidak ada apa yang hendak disembunyikan. Orang yang bersalah dan hendak menyembunyikan pekungnya tak mungkin berani buat seperti senator Australia itu," katanya.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi jawapan "tiada komen" bila ditanya mengenai siasatan mahkamah Perancis itu.
"Jawapan Muhyiddin itu memberikan makna yang sangat jelas dan menguatkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap ketakutan Najib menghadapi inkuiri tersebut," katanya sambil menyifatkan Muhyiddin memberikan jawapan yang sangat "straightforward" untuk difahami oleh rakyat.
Ketika ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."
Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".

Sumber HD : 19/05/2012
Polis tanpa jenayah tidak takut sertai PAS, PR
Abdul Aziz Mustafa, | 22 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mei: Polis yang tidak terlibat dengan jenayah tidak akan takut untuk menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Saya yakin sangat, jika seseorang bekas polis tidak terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, dia tidak akan takut menyertai PAS atau mana-mana parti di dalam PR," katanya.
Mohamad menyifatkan kenyataan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari mengenai perkara itu mempunyai pengertian yang sangat mendalam untuk dijadikan iktibar oleh rakyat.
"Menyertai PAS mendedahkan diri untuk menghadapi pelbagai ujian.
"Kalau seseorang itu terlibat dengan jenayah, rasuah atau melindungi gangster, kesemua itu akan digunakan untuk mengugut jika bertentangan dengan Umno," katanya.
Dalam ucapan sulungnya selepas menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Fauzi berkata penyertaannya dalam PAS itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
Beliau juga berkata, penyertaan beliau ke dalam PAS bukanlah atas dasar mahu bertanding kerusi sebaliknya sekadar membantu usaha ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
Serentak dengan penyertaan Fauzi di dalam PAS, Mohamad menjemput presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri agar mengikut jejak langkah Fauzi dan bersama-sama membantu kerja-kerja Islam yang dibawa PAS.
"Sama seperti Fauzi, saya yakin Shafie tidak pernah terlibat dengan jenayah, tidak rasuah dan tidak pernah melindungi gangster dan beliau juga tentulah tidak takut seperti Fauzi," kata Mohamad.
Sebuah akhbar harian hari ini melaporkan Shafie menyifatkan tindakan Fauzi menyertai PAS "mengkhianati kerajaan".
Sambil menolak pandangan Shafie itu, Mohamad menyifatkan pemikiran presiden PBPM itu sebagai pemikiran typical sebahagian bekas polis.
"Pemikiran mereka seperti telah dibrainwash dan diselewengkan untuk mempercayai Umno itu kerajaan, Umno itu negara dan Umno itu Melayu.
"Sebab itulah bila orang menyertai PAS, mereka menuduh orang berkenaan mengkhianati kerajaan, mengkhianati negara dan sebagainya," katanya.
Hanya anggota polis yang bijak seperti Fauzi sahaja, katanya lagi, yang boleh menolak dakyah menyesatkan sedemikian rupa.
Mohamad juga merasa amat bersyukur apabila Fauzi menjelaskan tindakannya menyertai PAS juga didorong keinginan untuk menzahirkan rasa tanggungjawabnya terhadap masyarakat.
"Memang kalau ikut keselesaan, dengan wang pencen dan hasil bulanan dari perniagaan saya dan keluarga, ia sudah cukup untuk saya. Saya boleh duduk rehat sahaja. Tapi, semacam ada rasa satu tanggungjawab untuk saya bersama PAS kini," kata Fauzi kepada Harakahdaily sebelum itu.
Sumber HD : 22/05/2012

Kes B Kepong: Pengadu minta Mat Sabu dibebaskan
Harakahdaily, | 11 Jun 2012 |
PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos 2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya, saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong, sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu lama.
Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat laporan polis ke atas Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan keterangan saksi tersebut dilihat dia berjalan menuju ke kandang Mat Sabu dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar Khan manakala Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu saudara Francis.
Sumber HD : 11/06/2012

Bukit Kepong: Jangan buang masa teruskan kes
Hazayani Zakaria, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Pihak pendakwa disaran menutup kes dan membebaskan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada pertuduhan memfitnah polis Bukit Kepong.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi (gambar) berkata, Jabatan Peguam Negara tidak perlu membuang masa meneruskan kes itu kerana jelas ia cuma pendakwaan politik.
Tambahan pula katanya, saksi pertama kes itu sendiri mengaku membuat laporan polis pada tahun lepas hanya berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia dan meminta maaf kepada Mohamad Sabu serta mahu beliau dibebaskan.
"Sepatutnya Jabatan Peguam Negara memberhentikan kes ini dan membebaskan Mohamad Sabu dari sebarang pertuduhan kerana jelas tak ada kes sebenarnya.
"Mohamad Sabu menyatakan pandangan beliau mengenai sejarah, tiada niat menghasut jadi mahkamah bukan tempat yang sepatutnya untuk mengadili beliau. Pendakwa jangan buang masa, buang duit dan buang tenaga teruskan kes ini," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Zamri berkata, dakwaan kes seperti ini hanya menunjukkan sistem perundangan di negara ini digunakan untuk tujuan politik dan dalam masa yang sama menenggelamkan kes-kes besar yang lain.
"Sekali lagi kita lihat sistem perundangan dan kehakiman diperkudakan untuk tujuan politik. Daripada awal lagi kita melihat kes ini tidak patut dibawa ke mahkamah.
"Mahkamah jangan jadi bahan lawak antarabangsa sedangkan kes melibatkan skandal-skandal besar negara dibiarkan," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa.
Beliau turut mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar membuat transformasi secara menyeluruh termasuk dalam sistem perundangan bagi membuktikan beliau 'bapa transformasi'.
"Kalau Najib betul nak jalankan transformasi, transformasikan semua sistem, jangan biarkan mahkamah jadi medan politik. In merupakan kad merah untuk Najib," katanya.
Semalam, Visvanathan yang merupakan pesara polis berulang-ulang kali memohon maaf kepada Mohamad selepas perbicaraan kes di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan itu berlangsung.

Sumber HD : 12/06/2012
Najib tanggung dosa umat Islam jika PRU musim haji
Harakahdaily, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertanggungjawab ke atas dosa umat Islam di Malaysia sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan pada musim haji tahun ini, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mat Sabu berkata demikian sebagai menyokong kata-kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyeru ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti iaitu calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti untuk menangguhkan ibadah haji tahun ini sekiranya Najib begitu tidak sensitif untuk mengadakan PRU13 di musim haji untuk meningkatkan peluang menangnya.
“Najib yang berkuasa untuk membubarkan parlimen bukan Datuk Tuan. Apa susah sangat nak umum tarikh PRU13? Umumlah sahaja,” kata Mat Sabu kepada Harakahdaily.
Mat Sabu berkata kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13.
Beliau berkata semua pihak mendesak Najib mengumumkan tarikh PRU13 dengan lebih awal supaya mudah untuk rakyat merancang membuat persediaan yang perlu.
“Kalau buat musim haji, sudah tentu orang yang terlibat terus PRU13 akan tangguh, calon tunai haji, siapa yang kempen? Yang paksa mereka tangguh itu Najib sebab buat PRU13 musim haji,” tegas beliau.
Sebelum itu, Tuan Ibrahim menggesa Najib memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.
Kata beliau, Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.
"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti dan bukan semua ahli.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.
"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya. Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji. Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.
Ini, tegasnya bagi membolehkan para pengundi yang beragama Islam menunaikan hak mereka di dalam sistem demokrasi.
Sumber HD : 12/06/2012
MELAKA: Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menegaskan akan menyaman Utusan Malaysia kerana memfitnahnya dalam isu fitnah Polis Bukit Kepong tidak lama dulu.
"Mereka tuduh saya memfitnah Polis Bukit Kepong di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan, tapi yang peliknya pengadu kes tersebut seorang pesara polis bernama Visvanathan mengaku bahawa laporan yang polis yang beliau buat tidak benar dan ada unsur fitnah.
"Akhirnya Visvanathan yang memohon maaf kepada saya dan merayu supaya dia tidak disaman di mahkamah kerana memfitnah aku," ujar Mohamad.
Beliau berkata Visvanathan beberapa kali memohon maaf kepada beliau dan mengharapkan Mohamad tidak mengambil apa-apa tindakan kepadanya.
"Visvanathan beberapa kali berkata 'we are brother', saya mohon maaf.
"Saya sudah maafkan dia, Visvanathan pun dah tua, saya tidak akan menyaman beliau kerana yang jahat dan bongkak ialah Utusan, 'confirm; saya akan saman Utusan," tegasnya disambut laungan takbir oleh para penyokong PAS yang hadir pada Himpunan Hijau Menuju Putrajaya peringkat negeri Melaka di Alai malam tadi.
Sementara Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada majlis yang sama berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berani membubarkan Parlimen kerana sehingga kini semua laporan prestasi terkini BN tidak memihak kepada Barisan Nasional kecuali laporan Kemas.
"Najib mengambil banyak pandangan dari pelbagai pihak, dia tanya 'Military Intelligent', 'Special Branch' polis, Kemas, Jasa dan lain-lain semuanya memberikan maklumat bahawa BN akan kalah kecuali Kemas yang menyatakan BN menang, sebab Kemas kaki bodek.
"Kita pun buat kajian dan dapatkan maklumat dari badan-badan tertentu, saya boleh katakan di sini bahawa graf kita sekarang sedang naik manakala graf BN semakin menurun," ujarnya.
Sumber HD : 25/06/2012

Confirm, aku akan saman Utusan – Mohamad Sabu
Ahmad Danial, | 25 Jun 2012 |

Hari Kebangsaan: Benar sungguh kritikan Mat Sabu
Mohamed Hadi al-Majwi , |
Kira-kira setahun yang lalu sewaktu umat Islam di negara kita sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (Mat Sabu) pula sedang enak 'dilanyak' oleh media perdana mengenai isu Mat Indera dan komunis. Mat Sabu menekankan isu lain, tetapi dek kerana manipulasi media pemerintah, rakyat tertumpu kepada isu komunis pula yang kemudiannya menyaksikan perbicaraan mahkamah yang cukup melucukan dan masih berlangsung sehingga sekarang.
Jika diimbas kembali, Mat Sabu mengkritik bagaimana sambutan Hari Kebangsaan 'disabotaj' oleh parti pemerintah seolah-olah Umno dan Barisan Nasional (BN) sahajalah yang berjuang memerdekakan negara. Walaupun propaganda ini tidak dizahirkan sekurang-kurangnya melalui logo dan tema Hari Kebangsaan, tetapi mesej ini tetap meniti bibir-bibir pak menteri, bagaimana tanpa perjuangan Umno dan BN (dahulunya Parti Perikatan), rakyat negara kita ini masih duduk di atas pokok.
Teguran Mat Sabu ternyata tidak diambil endah oleh parti pemerintah malah makin menjadi-jadi perangainya untuk sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Buat julung-julung kalinya, parti pemerintah telah membuat kesilapan hatrick (setakat inilah) dalam menangani isu sambutan Hari Kebangsaan yang ke-55.
Kesilapan pertama bermula dengan pemilihan tema Hari Kebangsaan iaitu "Janji Ditepati". Meskipun kritikan lantang diberikan di atas pemilihan tema yang mirip kempen pilihanraya ini, tapi para pemimpin parti pemerintah tetap tegar mempertahankan tema ini (syok sendiri barangkali?). Hatta bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir juga meluahkan rasa 'meluat'nya dengan pemilihan tema yang jelas tidak neutral dan "tidak mengalu-alukan" penglibatan semua rakyat termasuklah penyokong parti pembangkang.
Belum selesai kesilapan pertama, kesilapan kedua dilakar pula dengan pemilihan logo Hari Kebangsaan yang begitu hodoh, "lekeh" dan menjadi bahan sendaan rakyat jelata di internet. Kali ini rakyat di atas pagar juga tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini?
Tema yang syok sendiri dan logo yang menyedihkan tidak cukup untuk memberi pengajaran kepada parti pemerintah. Diundang pula kesilapan ketiga dengan pemilihan lagu tema Hari Kebangsaan yang selayaknya menjadi lagu tema kempen pilihanraya BN! Liriknya yang 'murah' dan tiada jati diri membuatkan rakyat kebanyakan sekali lagi tertanya-tanya, apa kaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan perjuangan Tunku Abdul Rahman memerdekakan negara? (Walaupun sarjana kangkung mengatakan negara tidak pernah dijajah). Patutkah kita salahkan Tun Abdul Razak kerana di zaman beliau tiada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) seperti yang di'rap'kan dalam lagu nukilan Rais Yatim itu? Rasanya baru sahaja Perdana Menteri Najib Tun Razak mengingatkan bahawa zaman bodek sudah berlalu, tetapi nampaknya lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini adalah manifestasi 'bodek tahap tertinggi' yang dipamerkan oleh Rais Yatim.
Kesilapan-kesilapan hatrick ini tidak mampu untuk dibetulkan lagi. Menteri Penerangan yang sudah begitu veteran sudah tidak mampu memahami bahasa rakyat yang celik maklumat. Tidak keterlaluan jika dikatakan Perdana Menteri berjaya dimalukan dengan aksi tempang anak-anak buahnya. Benarlah kritikan Mat Sabu bahawa sambutan Hari Kebangsaan sudah dimonopoli oleh parti pemerintah semahu-mahunya. Lagu tema pun sudah menjadi lagu manifesto BN. Jika begini gaya Perdana Menteri ingin melangkah ke gelanggang pilihanraya umum ke-13, rasa-rasanya tidak salah jika kita katakan inilah sambutan Hari Kebangsaan terakhir yang dikendalikan oleh Umno dan BN.

Sumber HD : 29/07/2012
Sumber HD : 22/08/2012
Katanya, selain membuka ruang percambahan pandangan, perbahasan berterusan juga telah membuka minat kepada bukan Islam untuk mengambil tahu apa itu hudud.
"Sekarang ini, perbincangan tentang hukum hudud dah menjadi perbincangan semua kaum dan semua agama, Ini adalah suatu perkembangan yang sihat.
"Cuma orang Islam ini sensitif kalau orang bukan Islam tolak syariat Islam tapi bila orang Islam tolak syariat dia tak kata apa pun, mufti pun tak kata apa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis anjuran PAS Kawasan Arau di Markas PAS Cawangan Simpang Empat di sini baru-baru ini.
Sumber HD : 24/08/2012
Kenapa umat Islam ke kiri Al Quran ke kanan?
Mohd Sabri Said, | 22 Ogs 2012 |
KEPALA BATAS: Kenapa hari ini Al Quran dan umat Islam tidak selari sebaliknya sering bertentangan walaupun berhubung perkara kecil, soal Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar).
Bagi beliau, fenomena itu disebabkan umat Islam tidak istiqamah dan sering berbalah sesama sendiri dan tidak mahu mengambil kaedah penyelesaian mengikut kehendak Al Quran.
"Hari ini kelihatan seolah tiada keserasian antara Al Quran dan umat Islam disebabkan mereka tidak memahami apa isi yang terkandung dalam Al Quran.
"Yang orang tahu hanya melagukanya tanpa meneliti maksud yang terpendam. Natijahnya, ramai yang tinggalkan kitab yang membawa pedoman ke akhirat itu," tegasnya ketika menyampaikan tazkirah di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas.
Umat Islam di dunia paling ramai terlibat dengan rasuah berbanding negara bukan Islam maka reputasi negara Islam merudum dan diperlekehkan oleh negara besar terutamanya blok barat.
Bagi mengembalikan kekuatan bahawa keagungan Islam akan bangkit, umat Islam kena kembali bertaut kepada Islam yang menjadi teras akidah.
"Untuk meninggikan kembali keagungan Islam Umat Islam kena ubah sikap lebih peka kepada persekitaran dengan mengambil iktibar apa yang berlaku pada sejarah lampau yang mengaitkan golongan yang tidak patuh pada seruan Ilahi," ujarnya dalam program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu.
Contoh lain yang paling ketara kelakuan Umat Islam sendiri ialah tidak menghargai alam sekitar berbanding mereka dari negara bukan Islam.
Di Thailand sudah cukup untuk dijadikan contoh di mana negara tersebut mengawal penggunaan racun yang membunuh semua spesis ikan di petak sawah.
Di Malaysia pula racun diguna tanpa had sehingga menyebabkan kematian ikan secara berleluasa.
Begitu juga di Belanda, sungai dijadikan landskap keindahan bandar tetapi di negara umat Islam dasar sungai dipenuhi bangkai haiwan, airnya busuk hasil pembuangan sisa industri dan lebih malang ada juga bangkai motosikal atau kereta yang dicuri.
"Kita puji Kedah nak dijadikan 'Serambi Belanda' sebagai daya tarikan baru namun harus diingat banyak keistimewaan Belanda berbanding kita di Malaysia dari segi kebersihan alam sekitar.
"Sungai yang mengalir di tengah bandarayanya cukup indah penuh dengan beraneka spesis ikan tetapi kita mempunyai sungai yang busuk dan lebih memalukan di dasarnya penuh dengan bangkai motosikal atau kereta curi," ujar Haji Mohamad.
Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Khalid Man dan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin.

Polemik hudud perkembangan sihat
Bashir Ishak, | 24 Ogs 2012 |
ARAU: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan perbahasan tentang hudud yang sedang dipolemikkan banyak pihak ketika ini sebagai perkembangan yang sihat.
Katanya, selain membuka ruang percambahan pandangan, perbahasan berterusan juga telah membuka minat kepada bukan Islam untuk mengambil tahu apa itu hudud.
"Sekarang ini, perbincangan tentang hukum hudud dah menjadi perbincangan semua kaum dan semua agama, Ini adalah suatu perkembangan yang sihat.
"Cuma orang Islam ini sensitif kalau orang bukan Islam tolak syariat Islam tapi bila orang Islam tolak syariat dia tak kata apa pun, mufti pun tak kata apa," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramahnya pada majlis anjuran PAS Kawasan Arau di Markas PAS Cawangan Simpang Empat di sini baru-baru ini.
Sumber HD : 24/08/2012
Sin Chew putar belit kenyataan saya - Mohamad Sabu
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kesal dengan sikap tidak beretika wartawan Sin Chew Daily yang memuatkan berita kononnya PAS akan membentangkan cadangan atau usul di Parlimen bagi meminda Perlembagaan untuk dilaksanakan hudud.
Tegas Mohamad, beliau ditanya mengenai hudud oleh wartawan berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas panjang mengenai hudud.
"Saya katakan kepada wartawan tersebut, jangan sentuh soal hudud berulangkali. Saya tegaskan kepada beliau, pada saya sebarang perubahan yang hendak dilakukan dalam negara, mestilah melalui Parlimen, dibuat secara demokrasi dan dengan mengikut permuafakatan dalam Pakatan Rakyat," tegasnya kepada Harakahdaily.
Star Online hari ini melaporkan:
Mat Sabu: PAS will seek to use hudud law if Pakatan wins
KUALA LUMPUR: PAS will propose Constitutional amendments in Parliament to implement hudud law if it forms the government, said its deputy president Mohamad Sabu.
This was PAS’ stand and MPs from DAP or other parties, and non-Muslim MPs, could then raise their objections in Parliament, he said.
Better known as Mat Sabu, he said in an interview with Sin Chew Daily that the party had not discussed the matter as action would only be taken only after Pakatan Rakyat had formed the federal government. The daily ran the front page story on its evening edition yesterday.
Mat Sabu was commenting on PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang’s statement that the party would seek to implement hudud law through democratic means.
"Wartawan tersebut menelefon saya, pertuturan bahasa Malaysia beliau pun tidak berapa elok, sebab itu saya cakap lain, dia tulis lain.
"Malangnya kesilapan Sin Chew Daily tersebut dipetik Star Online," ujar beliau.

Mat Sabu 'ceramah' di mahkamah
Mohd Sabri Said, | 30 Ogs 2012 |
BUTTETWORTH: Buat Kali pertama kalinya Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berceramah di dalam mahkamah.
(Haji Mohamad Sabu di mahkamah semalam)
Menyaksikan ceramah beliau ialah Hakim Mahkamah Majestrit Butterworth. Akmal Hisham, pendakwa raya dan peguambela yang diketuai oleh Mohamed Hanipa Maidin.
Semalam dan hari ini merupakan sambungan pembicaraan kes Haji Mohamad Sabu yang menafikan Mat Indera sebagai komunis sebagaimana yang lebelkan oleh pihak polis yang bekerja di bawah kerajaan British.
Saksi kedua iaitu Koperal Shanizam Abdul Ghani yang bertugas sebagai jurugambar (video) di Ibupejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan keterangan di mahkamah.
Pembicaraan bersambung pada sebelah petang semalam untuk menonton video ceramah Haji Mohamad hasil rakaman oleh pihak polis.
"Kini Haji Mohamad Sabu bukan berceramah dipentas politik tetapi suaranya sudah berkemumandang dalam mahkamah, " jelas salah seorang ahli PAS yang hadir memberikan sokongan moral.
Sementara itu, kes ditunda lagi ke tarikh baru 15-18 Oktober 2012.
Peguamnya, Aminuddin Zulkili dan Nasar Khan hadir untuk mendengar penundaan tarikh baru itu bagi pihak Mohamad.
Sumber HD : 30/08/2012
SPR sedia tetapi suruhanjaya IC belum jalan tugas
Abdul Aziz Mustafa, | 09 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mendakwa sudah sedia mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13, sedangkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah pun belum memulakan tugasnya.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, suruhanjaya diraja itu ditubuhkan berikutan apa yang disebut sebagai Projek IC Mahathir atau ‘Projek-M’ yang dilaporkan telah menambah secara drastik jumlah penduduk Sabah dan membenarkan pendatang asing menjadi pengundi yang sah.
"Ia dengan sendirinya bermakna daftar pemilih masih tidak bersih dan itulah antara sebab utama rakyat Sabah menuntut suruhanjaya itu ditubuhkan," kata beliau.
Bukan itu sahaja, kata Mohamad, malah banyak lagi perkara yang dilihat sebagai terang-terang merupakan satu penyelewengan dan penipuan berlaku dalam daftar pemilih.
"Ada pendaftaran bertindih di mana seorang pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang sama menjadi pemilih di dua tempat yang berlainan," katanya.
Lebih teruk lagi, seorang wanita berbangsa India tidak dapat mendaftar sebagai pengundi kerana nombor kad pengenalannya digunakan oleh seorang lelaki berbangsa Melayu dalam daftar pemilih.
Malah, katanya lagi, orang yang telah mati pun masih ada lagi nama mereka dalam daftar pemilih.
"Bukan sedikit, tapi banyak dan timbul keraguan ada pihak lain yang mengundi bagi pihak mereka," katanya.
SPR juga, kata Mohamad, tidak memberi penjelasan yang boleh dipercayai mengenai pemindahan pengundi yang jauh lebih banyak dari yang dinyatakannya.
"Contohnya, SPR kata dia pindahkan 19,000 pengundi, sedangkan bila PKR siasat terdapat 31,294 pengundi yang dipindahkan," katanya.
Malah, ada laporan-laporan polis yang dibuat oleh pemilik-pemilik rumah yang mengadu rumah mereka dijadikan alamat oleh pengundi-pengundi yang tidak meraka kenali dalam daftar pemilih.
"SPR perlu menjelaskan semua itu dan banyak lagi perkara yang dilihat sebagai penyelewengan yang terang-terang berlaku dalam daftar pemilih.
"Pengerusi SPR jangan dengan mudah mendakwa pihaknya sudah sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 sedangkan daftar pemilih masih lagi tidak bersih," katanya.
Mohamad menegaskan, kesemua penjelasan dan dakwaaan SPR sebelum ini kononnya daftar pemilih yang ada kini sudah bersih dan masalah pada daftar itu terlalu minima ternyata menimbulkan lebih banyak lagi keraguan.
Daftar pemilih yang bersih adalah antara tuntutan utama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mendakwa pihaknya sudah sedia sepenuhnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dan kini hanya menanti tarikh pembubaran Parlimen.

Sumber HD : 9/09/2012
Mahkamah benar kes Mohamad Sabu digantung
Harakahdaily, | 28 Sep 2012 |
PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen Pulau Pinang membenarkan permohonan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu agar kes pendakwaan ke atasnya dirujuk ke Mahkamah Tinggi.
Ini ekoran bantahan yang dibuat oleh beliau melalui peguamnya berikutan tindakan Pendakwaraya yang hanya mendakwa beliau tetapi tidak mendakwa akhbar Utusan Malaysia yang juga membuat kesalahan yang sama.
Mohamad Sabu didakwa ekoran ceramahnya mengenai kes Bukit Kepong.
Perbicaraan sebelum ini mendedahkan, saksi utama pendakwa iaitu orang yang membuat laporan polis terhadap Mohamad Sabu mengaku dia tidak mendengar ceramah Mohamad Sabu.
Dia mengaku membuat laporan polis berdasarkan laporan Utusan.
Ekoran itu, beliau meminta mahkamah menggugurkan dakwaan ke atas Mohamad.
Peguam Mohamad Hanipa Maidin hari ini memohon Mahkamah Sesyen menggantung perbicaraan hari ini kerana pihaknya ingin memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mempertimbangkan persolan kenapa Utusan tidak didakwa dalam kes ini.
Ini kerana menurut Seksyen 501 Kanun Keseksaan, mana-mana akhbar yang menerbitkan berita fitnah boleh didakwa.
Jelas hanya Mohamad Sabu didakwa tetapi akhbar Umno itu tidak didakwa.
Hanipa memohon agar Mahkamah Sesyen membenarkan perkara ini dibawa ke Mahkamah Tinggi kerana hanya mahkamah itu yang berkuasa untuk menilai hal ini di bawah Seksyen 30 (1) Akta Mahkamah Kehakiman.
Ekoran itu, Hakim Ikmal Hishan setuju dengan permohonan dan tarikh 16 Oktober ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Selain Hanipa, Mohamad Sabu diwakili oleh Aminudin Zulkifli dan Nashar Khan.
Pendakwaraya pula dibuat oleh Tuan Yusaini Amir dan Tuan Suhaimi.

Suruh isteri Hishammuddin berjalan seorang diri
Abdul Aziz Mustafa, | 02 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Rakyat akan rasa selamat kalau menteri berani suruh isterinya berjalan seorang diri di sudut terpencil kawasan letak kereta kompleks beli belah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Suruh isteri (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) jalan seorang diri di sudut terpencil di kawasan letak kereta kompleks membeli belah.
"Kalau isteri dia berani buat begitu, baru menteri itu boleh cakap hendak menumpukan usaha mewujudkan rasa selamat di kalangan masyarakat," katanya.
Hishammuddin hari berkata, indeks jenayah tidak lagi menjadi keutamaan dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) jenayah oleh kerana kerajaan akan memfokuskan kepada persepsi rakyat berkenaan dengan jenayah.
Menurut beliau, kerajaan akan memastikan kebimbangan orang ramai terhadap peningkatan jenayah akan dapat dikurangkan.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, tidak mungkin rasa selamat yang hendak diwujudkan oleh Hishammuddin itu boleh berjaya kalau bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pun tidak percaya indeks kadar jenayah yang cuba disogokkan oleh kerajaan.
Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Musa berkata, kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan beliau meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai.
"Bukan sahaja Musa, bank pun takut akibat peningkatan kadar jenayah," kata Mohamad lagi.
Sebelum ini, bank-bank dilaporkan hendak membatalkan penempatan mesin-mesin ATM mereka di pusat-pusat membeli belah, pasaraya dan stesen-stesen minyak.
Mereka mengambil keputusan itu kerana tidak tahan menghadapi siri-siri samun dan rompak yang berprofil tinggi.
"Bila bank buat keputusan begitu, ia bukan sahaja menafikan kemudahan yang dinikmati orang ramai selama ini, tetapi lebih dari itu, ia memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap kadar jenayah.
"Kalau begitu realitinya, persepsi apa yang Hishammuddin hendak tumpukan dan rasa selamat apa yang beliau hendak wujudkan?" Mohamad terus mempersoalkan.
Beliau juga hairan mengapa Hishammuddin "suka cakap merapu".
"Bekas Ketua Polis Negara kata jenayah meningkat, bank-bank takut dengan rompak dan samun malah menteri pun kata para pelabur asing juga bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini, tiba-tiba Hishammuddin kata nak wujudkan rasa selamat.
"Kenapa dia suka cakap merapu?" Mohamad terus mempertikaikan.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa para pelabur asing bimbang dengan keadaan keselamatan di negara ini.

Sumber HD : 2/10/2012
(Haji Mohamad Sabu...awasi berita propaganda menjelang pilihan raya)
RANTAU PANJANG: Rakyat dijangka berdepan lebih banyak lagi berita-berita berunsur hasutan dan propaganda tajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.
Sehubungan itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengingatkan orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai propaganda bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
Kata beliau usaha itu dilakukan Umno bagi mengekang kemaraan Paktan Rakyat yang semakin mendapat sokongan rakyat sekarang.
“Tumpuan mereka kepada kalangan orang Melayu supaya terus menyokong Umno dan BN pada pilihan raya nanti. Ini kerana orang Cina dan India tidak lagi menjadi deposit tetap mereka.
“Sekarang mereka menjaja Belanjawan 2013 yang disifatkan sebagai mengutamakan rakyat dengan mengumpan pelbagai insentif sehingga telefon bimbit 3D kepada pelajar.
“Bajet gula-gula itu bertujuan untuk melenakan rakyat supaya lupa ketirisan kewangan kerajaan dan pemborosan isteri pemimpin negara,” katanya pada ceramah di Pondok Lati dekat sini malam tadi.
Ramai penduduk tempatan hadir mengikuti ceramah tersebut biar pun keadaan cuaca redup dan hujan renyai-renyai. Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Naib YDP, Mohamad Awang dan Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzukh Shaari.
Mohamad berkata, propaganda kedua dilakukan Umno-BN iaitu menakut-nakutkan orang Melayu supaya curiga terhadap kaum-kaum lain termasuk Cina, India dan Siam.
“Sebagai parti pemerintah Umno-BN sepatutnya bercakap mengenai perpaduan supaya rakyat bersatu padu. Tapi kini sudah terbalik, kita pula bercakap dan memupuk perpaduan rakyat,” katanya.
Menurutnya juga penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat lebih menyeluruh termasuk di kawasan kubu kuat Umno iaitu Johor sehingga setiap program diadakan mendapat sambutan hebat.
Abdul Fatah pula berkata, Pondok Lati tempat berlangsung ceramah tersebut menyimpan banyak sejarah kepada kebangkitan semula PAS di Kelantan selepas tewas pada pilihan raya 1978.
“Bermula dari sinilah PAS dan rakan-rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah akhirnya berjaya merampas semula Kelantan pada pilihan raya 1990 dan kekal sehingga sekarang,” ujarnya.
Sumber HD : 4/10/2012
Lebih banyak berita propaganda menjelang PRU13
Yaakub Dasan, | 04 Okt 2012 |

Ali Rustam mungkin digelar 'Jayalalithaa Malaysia'
Abdul Aziz Mustafa, | 04 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mungkin akan digelar Jayalalithaa Malaysia kerana kenduri kahwin anaknya yang serba hebat dan mewah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
"Di negeri Tamil Nadu di India, ada bekas bintang filem, iaitu Jayalalithaa, pernah jadi Ketua Menteri negeri itu.
"Dia paling terkenal dengan cerita majlis perkahwinan anak angkatnya yang dilapor telah dihadiri oleh 150,000 orang," katanya.
Mohd Ali pula kini menjadi tumpuan kritikan umum apabila kenduri kahwin anaknya, Mohd Ridhwan dengan Nur Azieha Mohd Ali dilapor melibatkan 130,000 jemputan.
Jumlah kehadiran dalam kenduri tersebut direkodkan oleh Malaysia Book of Records sebagai jumlah tetamu paling ramai untuk majlis perkahwinan.
"Samalah seperti majlis kahwin anak angkat Jayalalithaa yang diiktiraf oleh Guinness World Records ketika itu sebagai jumlah jemputan paling ramai untuk majlis perkahwinan dan juga jamuan terbesar sempena majlis perkahwinan," kata Mohamad.
Jayalalithaa Jayaram mula menjadi Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1991. Pada tahun 1996 beliau tersingkir dari jawatannya apabila parti pimpinannya memenangi hanya empat dari 168 yang ditandingi.
Kekalahan itu dikaitkan dengan tuduhan rasuah ke atasnya dan juga kritikan meluas terhadap majlis perkahwinan serba mewah anak angkatnya, V Sudhakaran.
Jayalalithaa bagaimanapun terus Ketua Menteri Tamil Nadu pada tahun 1992 dan 2011.
Dengan sinis, Mohamad bertanya adakah setiausaha Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan tidak mengingatkan Ketua Menteri Melaka itu tentang kisah Jayalalithaa.
Dalam kenyataannya kepada The Star Onlin, Mahadevan menyatakan, 500 orang "sukarelawan" yang bertugas di majlis tersebut "tidak dibayar satu sen sekalipun".
Kenyataan Mahadevan itu selaras dengan pendedahan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar di Dewan Rakyat tentang penglibatan jabatan dan agensi kerajaan dalam mengendalikan majlis perkahwinan anak sulung Mohd Ali pada 30 September itu.

Bajet 2013: Sekadar ambik, sokong tidak
Nazri Abdullah, | 06 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Di Johor, orang tidak tanya MCA akan tinggal berapa kerusi sahaja lagi tetapi orang tanya tinggal berapa orang sahaja lagi di dalam MCA, kata Mohamad Sabu.
"Itu baru di Johor, tempat lain pun sama atau mungkin lebih teruk untuk Umno BN (Barisan Nasional)," katanya lagi.
Timbalan Presiden PAS itu menyatakan demikian merujuk kepada kesan Bajet 2013 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan tidak memberi kesan besar kepada perubahan sokongan rakyat untuk menyokong BN.
Di Johor katanta, MCA dalam keadaan nazak, dan bajet BN itu tidak mungkin akan memberi nyawa baru untuk menyelamatkan parti itu.
Menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkannya itu, Mohamad berkata, rata-rata orang Cina tidak peduli pun belanjawan itu kerana yang lebih penting bagi mereka ialah tarikh pilihan raya kerana mereka sudah tidak sabar hendak menamatkan cengkaman kuasa Umno Barisan BN.
"Itu belanjawan untuk menyasarkan sebahagian orang Melayu, sebab orang Cina tidak hairan dengan duit RM250 sekali bagi itu," katanya.
Malah, katanya, orang-orang Cina rata-ratanya tidak mengendahkan umpan yang bertujuan memancing undi mereka itu.
Mohamad berkata, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu apabila meneruskan amalan 'memberi ikan dan bukan kail' kepada mereka melalui pemberian duit sekali bagi dan pemberian-pemberian lain seumpamanya.
"Ketika bangsa lain boleh diumpamakan sudah maju dengan peralatan canggih untuk menangkap ikan di laut dalam, kerajaan Umno BN terus merosakkan orang-orang Melayu dengan memberikan ikan kepada mereka dan bukan memberi kail," katanya lagi.
Mohamad berharap orang-orang Melayu menolak perbuatan menghinakan mereka dengan duit sekali bagi seperti itu dan menuntut penyelesaian jangka masa panjang terhadap masalah asas mereka.
Umpamanya, kata beliau, masalah pengangguran yang sebahagian besarnya melibatkan orang-orang Melayu.
"Belum kira lagi yang tidak graduan, yang bertaraf siswazah pun sehingga 40,000 orang menganggur kebanyakannya berbangsa Melayu," katanya.
Beliau meminta orang-orang Melayu berfikir, adakah duit sekali bagi RM250 boleh menyelesaikan masalah mereka?
"Jangan biarkan kerajaan Umno BN hina kita dengan gula-gula murahan seperti itu," kata Mohamad.

Boleh percaya ke Mahathir benci Soros?
Abdul Aziz Mustafa , | 07 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Jenis yang hari ini maki hamun dan esok dengan mudah cakap lain pula tidak boleh dipercayai dakwaannya.
(Mahathir dan Soros)
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata demikian ketika menolak apa yang disifatkannya sebagai 'histeria' terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Presiden Umno itu hari ini dilaporkan mendakwa, undi kepada Pakatan Rakyat (PR) sama seperti mengundi George Soros dan penjajahan semula.
"Tak boleh pakai, tak boleh percaya cakap dia. Dulu masa krisis kewangan 1997/1998, garang sungguh dia maki hamun Soros. Penyangaklah, macam-macam dia kata dan pada masa itu ramailah yang percaya.
"Tetapi pada tahun 2006, portal berita berkaitan MCA sendiri yang laporkan Dr Mahathir kata dia terima bahawa Soros tidak bertanggungjawab terhadap krisis kewangan itu.
"Saya ulangi, portal berita berkaitan MCA dan bukan Malaysiakini yang Dr Mahathir tuduh dibiayai Soros," kata Mohamad sambil menyindir.
Beliau berkata, memang itu sifat lumrah Dr Mahathir dan pengikut-pengikutnya.
"Mula-mula dia maki Soros dan tuduh Yahudi itu jatuhkan nilai ringgit, bila jumpa Soros dia kata Soros tak terlibat.
(Mohamad Sabu...boleh percaya ke kenyataan Mahathir tu?)
"Sekejap dia keluar Umno, lepas itu dia masuk pula. Jenis itu cakap dia tak boleh pakai," katanya.
Mohamad berkata, dakwaan Dr Mahathir kononnya undi kepada PR seperti undi kepada Soros dan penjajahan semula adalah sama bohong dengan tuduhan beliau bahawa Soros yang akibatkan krisis kewangan 1997/1998 itu.
"Kalau 1997/1998 dulu Dr Mahathir berbohong dan main hentam sahaja mengenai Soros, sekarang pun sama - bohong," kata beliau.
Bagi Mohamad, cakap Dr Mahathir hanya boleh dipercayai jika berkaitan kesetiaannya untuk mengkayakan anak-anaknya.
"Dr Mahathir hanya setia kepada skim untuk mengkayakan anak-anaknya. Dalam bab itu sahaja cakap Dr Mahathir boleh dipercayai," katanya.
Mohamad berkata, rekod PR membuktikan dengan jelas ia tidak boleh diperalatkan sesiapa pun.
"PR perintah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Tunjuk bukti jelas bahawa kerajaan-kerajaan tersebut dipengaruhi kepentingan asing.
"Setakat cakap seperti cakap tidak boleh pakai Dr Mahathir, tidak guna," katanya.
Apa yang jelas kepada semua rakyat, kata Mohamad, ialah kerajaan Umno Barisan Nasionallah yang menghabiskan puluhan juta wang rakyat untuk memohon petunjuk dari Yahudi Zionis Israel di dalam Apco Worldwide.
Cerita sebenar di sebalik dakwaan Mat Sabu dipukul
Mohd Sabri Said, | 09 Okt 2012 |
GEORGETOWN: "Macamana boleh timbul cerita Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu di pukul ketika makan nasi Kandar di Lebuh Queen semalam pada hal beliau jadi tempat peniaga yang mengamuk mengadu suruh Abang Mat bercakap dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya jangan halau para peniaga kecil di Padang Kota."
(Antara blog Umno yang melaporkan Mohamad Sabu kononnnya dipukul. Gambar beliau bersama isteri ketika pembedahan lutut dahulu dijadikan gambar sokongan)
Demikian kata seorang pegawai peribadinya, Mohd Noor Ismail ekoran laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul semalam.
Beliau ketika dihubungi menafikan berita karut tersebut dan menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imejnya sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.
Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota.
Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan.
"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.
"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pinggan dan cawan bertaburan, " ujarnya.
Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.
Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganaktirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.
Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.
"Blog pro Umno pembohong mencipta cerita yang tidak lojik. Yang hairannya di mana pula mereka dapat gambar kononnya suasana kedai berkecamuk dan malang lagi ada yang meletakan gambar isterinya, Kak Normah berada di sisi katil hospital untuk mengukuh dakwaan mereka. Apa pun cakap kirim salam pada semua blogger tersebut, " tegasnya dengan nada berseloroh.
Sebelum ini Harakah pernah mengeluarkan kenyataan Ahli Majlis MPPP, Haji Mohd Yusof Mohd Noor yang mengatakan peraturan yang diguna pakai oleh MPPP merupakan peraturan lama iaitu sejak di zaman Barisan Nasional (BN) berkuasa.
Cuma di waktu itu mereka tidak bertindak sehinggalah mereka (peniaga) menyebabkan keadaan menjadi kotor, mengganggu lalu lintas dan lebih mendukacitakan peniaga di situ bukannya penduduk tempatan.
Tambahan lagi sikap mereka menjaja dengan kenderaan kecil menimbulkan runggutan daripada peniaga 'Medan Renung' yang berada berhampiran yang dikenakan sewa oleh MPPP.
Sumber HD : 9/10/2012
Kes Mat Sabu: Utusan import pakar dari England
Mohd Sabri Said, | 10 Okt 2012 |
(Mohamad Sabu di mahkamah)
TASEK GELUGOR: Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar mengimpot pakar sejarah dari England semata-mata ingin membuktikan bahawa Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mengatakan Mat Indera bukan komunis.
Haji Mohamad yang diwakili peguam Hanipa Maidin dalam pembicaraan dihadapan hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam bertegas mengatakan Mat Indera pejuang Melayu yang kental malahan telah 'syahid' demi mempertahankan tanah air daripada cengkaman British.
Semalam 8 dan 9 Oktober merupakan pemulaan pembicaraan kes saman Haji Mohamad Sabu terhadap Utusan Malaysia setelah Utusan Malaysia membuat fitnah menuduhnya menyokong komunis.
Ia berikutan kenyataan Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera bukan komunis ketika menentang pemerintahan British sebaliknya pejuang Melayu sejati semasa peristiwa Bukit Kepong diera sebelum kemerdekaan negara.
"Untuk membuktikan Mat Indera Komunis bagi menafikan kenyataan saya Utusan Malaysia sanggup berbelanja besar membawa pakar dari England. Entah berapa kos pula mereka tanggung penerbangan, penginapan dan makan minum ketika di sini," terang Haji Mohamad semasa ceramah merasmikan cawangan baru PAS di Taman Sena Indah dalam Parlimen Tasek Gelugor semalam.
Semasa dalam mahkamah beliau bukan sahaja menyifatkan Mat Indera mengamalkan corak perang secara Islam iaitu tidak membunuh tetapi sanggup menyelamatkan kanak-kanak, wanita dan orang tua daripada tertembak dalam peperangan menentng polis yang bekerja di bawah penjajah.
Cerita tangkapan Mat Indera juga turut dikesali, selepas pengsan ekoran terminum kopi yang dicampur sesuatu oleh kawannya sendiri yang diupah oleh penjajah.
Bila sedar saja sudah berada di balai polis dan seterusnya dihukum gantung sampai mati di Taiping, Perak.
Sedangkan beliau adalah seorang guru agama dan pernah mempelajari agama dari bapa Timbalan Perdana Menteri sekarang, Tuan Guru Haji Yassin.
Negeri Johor pula mengistiharkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan, seorang pengerak cergas rakyat Muar dalam bidang kebajikan dan sebagainya.
Menurut Haji Mohamad lagi, adalah mustahil jika seseorang individu yang pernah berjasa pada masyarakat dianggap komunis melainkan penjajah yang tidak mahu kuasa mereka hilang kerana kebangkitan rakyat.
Katanya, semasa berceramah di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora pada Ogos tahun lalu, beliau tidak pun mengeluarkan kenyataan menyokong perjuangan komunis.
Pita rakaman yang dirakam oleh pihak polis juga buat pertama kali diperdengarkan dalam Mahkamah Majistret Butterworth bulan lepas dalam kes dakwaan ke atas beliau atas petuduhan jenayah memfitnah.
Kes tuntutan jenayah itu akan disambung semula di mahkamah sama pada 15-18 Oktober ini.
Sumber HD : 10/10/2012
Dulu ceramah di Johor hanya kepada pokok
Mohd Sabri Said, | 10 Okt 2012 |
TASEK GELUGOR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, dulu di Johor jika PAS berceramah hanya pokok yang sudi mendengar tapi sekarang dipenuhi lautan orang.
Ini merupakan satu kebangkitan luar biasa yang sukar dipercayai namun itulah hakikat sebenar kemaraan tsunami politik sejak tahun 1999 di Johor.
Walaupun di Johor kebangkitan agak lambat berbanding negeri lain tetapi ianya menyeluruh terutamanya anak muda yang terdedah dengan media baru.
"Itulah kesan media baru terhadap anak muda. Mereka lebih mempercayai media baru yang bersikap tidak menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN)," terangnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Cawangan baru PAS Cawangan Taman Desa Sena dalam Parlimen Tasek Gelugor.
Masyarakat Felda ujarnya, sudah sedar dan menanti saat pilihanraya umum ke 13 untuk menghukum kezaliman BN yang lebih mementingkan kroni daripada menjaga kebajikan rakyat.
Sekarang, katanya, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Saudara Mazlan Aliman berjaya mengoncang Felda dengan isu saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) yang kian merudum.
Menurut Haji Mohamad lagi, kemunculan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Johor, Salahudin Ayob juga menjadi faktor kenapa sambutan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat semakin diterima ramai.
"Terlalu banyak penyelewengan yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN pimpinan Ghani Osman bocor hari demi hari, " tegasnya.
Pemberian BR1M yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pun sekadar 'one off' ekoran tibanya pilihan raya.
Lagipun kemantapan Pakatan Rakyat membuatkan BN tidur tidak lena sampai sekarang sekaligus mengusarkan perasaan Perdana Menteri, Najib Razak.
Ramai rakyat Johor, katanya, kecewa terhadap Najib kerana gagal membawa perubahan yang menguntungkan rakyat umumnya sebagaimana kejayaan mantan Perdana Menteri ke dua Malaysia yang juga ayahanda pada Najib.
"Rakyat kena bandingkan pemerintahan ayahnya dengan beliau baru terasa ada perbezaan yang besar. Ayahnya berjuang untuk rakyat sebaliknya Najib menghalakan perjuangan menyelamatkan kroni, " jelasnya.

Kes Mat Sabu lwn Utusan: Saksi utusan di'gril'
Harakahdaily, | 10 Okt 2012 |
PULAU PINANG: Perbicaraan kes fitnah yang difailkan oleh Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu ke atas Utusan Malaysia mendedahkan banyak perkara baru yang boleh dilihat dakwaan pihak penjajah British bahawa Mat Indera adalah seorang komunis adalah sangat-sangat diragui.
(Dr Karl Hack yang dibawa Utusan untuk mempertahankan dakwaannya)
Pada perbicaraan yang berlangsung pada hari isnin dan semalam di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pihak Utusan nampaknya bersungguh untuk mempertahankan dakwaan dan tuduhan bahawa Mat Indera adalah seorang komunis.
Mereka memanggil seorang ahli sejarah kelulusan Universiti Oxford, Dr.Karl Hack untuk membantu dakwaan itu.
Dalam keterangannya saksi orang Inggeris tersebut mendakwa berdasarkan rujukan beliau dari keterangan Mat Indera yang diberikan kepada polis British pada tahun 1950, beliau berpendapat Mat indera adalah seorang komunis.
Perbicaraan tersebut menjadi panas apabila peguam Mat Sabu, Hanipa Maidin mempertikaikan pendapat Dr Hack.
Ketika menyoal balas saksi tersebut, Hanipa mempersoalkan bahawa bukan di dalam tugas dan skop bidang beliau untuk menentukan ideologi seseorang termasuk Mat Indera, namun saksi menolak saranan Hanipa tersebut.
Hanipa menyatakan "Dr Karl Max (maaf saya maksudkan Dr Karl Hack), saya katakan bahawa bagi menentukan sama ada seseorang seperti Mat Indera sebagai komunis atau tidak, tidak cukup untuk anda sekadar memahami ideologi komunis, anda juga perlu tahu tentang Islam khususnya ajaran islam tentang sikap orang Islam terhadap penjahan?"
Saksi menjawab "bagi saya tidak perlu".
Hanipa menyatakan hanya kerana Mat Indera bersama Partai Komunis Malaya, tidak semestinya beliau adalah seorang komunis kerana pada masa itu tahun 1950 semua pertubuhan selain Umno telah diharamkan.
(Hanipa mengiringi Mohamad Sabu)
Hanipa bertanya "setuju pada masa itu semua organisasi yang melawan British telah diharamkan kecuali Umno?"
Saksi bersetuju.
Hanipa menyoal "Setuju dengan saya Mat Indera hanya menggunakan platform PKM untuk memerangi British kerana pada masa itu pertubuhan-pertubuhan lain kecuali Umno diharamkan British.
"Adakah anda tahu dalam Islam adalah wajib bagi orang Islam melawan penjajah dan bagi tujuan itu mereka dibenarkan bersama-sama dengan mana-mana pihak yang lain termasuk dengan pihak bukan Islam yang juga mempunyai tujuan yang sama?"
Dr Hack menjawab "Mengapa beliau (Mat Indera) tidak guna cara lain, Mat Indera menyokong revolusi dan istilah revolusi adalah istilah komunis."
Hanipa lantas bertanya "Bagaimana pula revolusi Iran, adakah ia juga komunis?"
Hakim Datuk Seri Zakarian Sam juga bertanya saksi "bagaimana pula revolusi Perancis?
Saksi akhirnya mengakui dia tersilap.
Peguam Utusan Datuk Hafarizam Haron pula membantah tindakan Hanipa mempersoalkan krebiliti laporan Dr Hack dan menyatakan jika Hanipa ingin menyatakan bahawa Mat Indera adalah bukan komunis kerana menentang penjajah beliau perlu panggil saksi pakar dia iaitu ulama Islam bagi memberikan pendapat tentang hukum menentang penjajah.
Hanipa menjawab "Yang Arif, kita tidak perlu panggil ulama untuk beritahu perkara yang jelas, orang Islam perlu tahu mementang penjajah yang datang menjajah negara kita adalah satu jihad yang wajib.
"Maka tidak perlu panggil ulama untuk perkara itu."
Saksi juga mengakui bahawa beliau tidak mengambil maklumat tentang bagaimana kenyataan Mat Indera kepada pihak Polis British diambil dan samada ada unsur ancaman, ugutan dan pujukan.
Beliau juga bersetuju beliau juga tidak merujuk kepada pendapat pakar sejarah yang lain yang mengatakan Mat Indera adalah bukan seorang komunis.
Sumber HD : 10/10/2012
Hudud: MCA hina Islam, bukan serang PAS
Muhammad Faizal, | 22 Okt 2012 |
SHAH ALAM: MCA sebenarnya telah menghina Islam bukannya PAS dalam soal pelaksanaan hukum hudud, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Malah menurutnya lagi, apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno dalam mendidik MCA untuk menghormati kaum serta agama lain.
"Apa yang dilakukan oleh MCA itu membuktikan kegagalan Umno untuk mendidik MCA agar menghormati agama lain sehinggakan MCA berani bertindakan sedemikian.
"Selain itu juga tindakan MCA itu bukannya menyerang PAS tetapi telah menghina agama Islam dan seluruh orang Melayu di negara ini," jelasnya.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapannya di perhimpunan agung MCA ke-59 telah memberitahu lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Malah, beliau yang turut menyatakan DAP berjaya meyakinkan orang bukan Islam bahawa hudud PAS akan mengurangkan jenayah dan rasuah di dalam negara ini adalah satu penipuan besar.
"Menghina hukum hudud bukannya menghina PAS tetapi Chua Soi Lek telah menghina Islam dan kita tidak setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau.
"Tetapi kenapa Umno berdiam diri dalam soal ini dan ia seolah-olah Umno sendiri merestui apa yang dilakukan oleh Presiden MCA itu," ujar Mohamad.
Beliau tidak mahu atas tindakan keceluparan pemimpin MCA yang terus menghina Islam akan menyebabkan timbulnya ketegangan agama di negara ini.
"Kita tidak kisah kalau Umno ingin bekerjasama dengan MCA tetapi tindakan Umno membiarkan MCA terus menghina Islam adalah perkara yang tidak boleh dibiarkan," tegasnya.
Sumber HD - 22-10-2012

Lebih banyak keganasan menjelang parlimen dibubar
Abdul Aziz Mustafa, | 07 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Sikap polislah yang menyebabkan pihaknya dilihat bersubahat dengan keganasan yang dilakukan oleh Umno terhadap perhimpunan-perhimpunan Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Malah, katanya, serangan terhadap ceramah PR di Gombak Selasa lalu dengan sendirinya menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya kemarahan Umno terhadap parti lawan "tidak sampai tahap nak tembak bunuh".
Mohamad juga melihat kejadian tersebut sebagai notis keganasan Umno yang kelihatan tidak sabar-sabar lagi mahu mencetuskan ulangan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
"Bila (bekas Ketua Polis Negara Tan Sri) Musa Hassan tegur sikap polis yang tidak halang pihak yang mengganggu ceramah PR di Gombak dan membiarkan pertumpahan darah berlaku, rakyat serta merta melihat polis bersubahat dalam kejadian itu," katanya.
Musa berkata, polis sepatutnya boleh menghidu lebih awal kewujudan sebarang unsur provokasi dan bertindak tegas menghalang pihak yang mengganggu ceramah terbabit.
“Polis patut halang pihak lain mengganggu ceramah dan jangan biarkan pertumpahan darah berlaku," katanya.
Mohamad juga menjangkakan lebih banyak keganasan akan dilakukan oleh Umno menjelang tarikh Parlimen sepatutnya dibubarkan dan pilihan raya diadakan.
"Bila tarikh pilihan raya tidak berani diisytiharkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), ia membuktikan mereka takut menghadapi pilihan raya.
"Sukar ditolak kemungkinan mereka mahu menggunakan peristiwa berdarah seperti peristiwa 13 Mei untuk mengekalkan kuasa.
"Sebab itulah saya melihat serangan ke atas ceramah PR di Gombak itu adalah notis keganasan dari Umno untuk mencetuskan peristiwa 13 Mei yang turut dijangkakan oleh bekas Ketua Polis Negara," kata beliau sambil merujuk kenyataan Musa yang menyatakan tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal.
Sumber HD - 7-12-2012

Putrajaya: Adil boleh, kalau kecoh tak boleh
Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KANGAR: “Boleh ke kita ambil Putrajaya,” tanya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Negeri Perlis di sini, malam tadi.
“Boleh!” jawab para hadirin.
Lantas, Mohamad berkata: “Kalau pilihan raya adil, boleh, kalau kecoh, tak boleh”.
Dengan sebab, katanya diadakan himpunan aman Bersih 1, 2 dan 3 untuk menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
Dalam nada berseloroh, beliau berkata Bersih 4 tidak diadakan kerana telah ‘dicuri’ oleh Umno yang mengadakan ‘tarian punggung’ di hadapan rumah Datuk S Ambiga.
Beliau menegaskan walaupun pilihan raya lalu berlangsung dalam keadaan yang tidak bersih, namun parti pembangkang dapat memenangi lima buah negeri.
Dengan sebab itu, katanya, terdapat pemimpin Umno BN yang mempersoalkan Pakatan Rakyat yang mendakwa perjalanan pilihan raya tidak bersih sedangkan mencapai kejayaan di negeri-negeri berkenaan.
“Mereka kata, pasal apa kamu (Pakatan Rakyat) menang lima negeri, kata (pilihan raya) tak adil.
“Kalau pilihan raya bersih, lama dah kita perintah. Kalau adil, dah lama kamu jadi pembangkang,” ujarnya pada majlis yang diadakan di Kompleks PAS Perlis, Kampung Pondok. Turut berucap ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Sehubungan itu, beliau yakin akan berlaku perubahan dalam pilihan raya umum nanti ekoran sambutan puluhan ribu yang menyertai siri jelajah Himpunan Kebangkitan Rakyat di seluruh negara.
Beliau selanjutnya mengulangi jemputan kepada semua rakyat Malaysia ke Himpunan 1 Juta Rakyat yang akan diadakan di ibu negara pada 12 Januari hadapan.
Sumber HD - 18-12-2012

Kalimah Allah: Mohd Sabu sokong pendirian PAS
Harakahdaily, | 04 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu menyatakan sokongan kepada pendirian PAS dalam isu penggunaan kalimah Allah.
“Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS (Tuan Guru Nik Aziz) dan Presiden PAS (Tuan Guru Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah,” kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.
Beliau turut menjelaskan tidak mengikuti perkembangan isu kalimah Allah yang tercetus sejak Krismas yang lalu kerana baru saja pulang dari luar negara.
“Jadi kenyataan Tuan Ibrahim saya pun tak baca lagi,” kata beliau.
PAS telah menyatakan pendirian boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan sebelum ini.
Manakala, PAS berpendirian terjemahan Bible harus mengikut teks asal di mana Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.
Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman baru-baru ini.
Mohamad berkata ketika menjawab soalan wartawan-wartawan yang menelefonnya, beliau hanya merujuk kepada penggunaan kalimah Allah secara awam di mana PAS telah memutuskan bahawa orang bukan Islam boleh menggunakannya.
“Saya tidak merujuk kepada terjemahan kitab Bible tapi hanya penggunaan kalimah Allah secara general,” kata beliau.

Mat Indera: Kes Mohamad Sabu ditunda lagi
Mohd Sabri Said, | 13 Feb 2013 |
BUTTERWORTH: Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkaitan kenyataannya pada satu majlis ceramah bahawa Mat Indera bukan komunis ditunda kepada 10 April depan.
Peguamnya Hanipa Maidin berkata, sepatutnya kes tersebut disambung hari ini, esok (14 Feb) dan lusa (15 Feb) di Mahkamah Sesyen Butterworth.
Ini, katanya kerana pihak pembela memohon untuk menolak pita rakaman ucapan disebabkan pihak polis merakam tanpa persetujuan penganjur.
Jelasnya, ini mengakibatkan hak bersuara tertuduh terancam dan tindakan polis itu bertentangan perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara termasuk kebebasan berucap yang tidak diancam melalui gangguan rakaman dengan pengawasan pihak polis.
"Pagi tadi Hakim Mahkamah Sesyen 3 Butterworth, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menangguhkan kes ke 10 April 2013 kerana pihak pendakwa memohon untuk menolak pita rakaman kerana pihak polis merakam tanpa persetujuan penganjur," katanya.
Mohamad diwakili peguam Hanipa Maidin, Masar Khan dan Aminudin Zulkipli.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-2-2013
Najib terima bahana akibat terlalu politikkan hiburan
Mohd Sabri Said, | 13 Feb 2013 |
PULAU PINANG: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya menerima kesan yang memalukan akibat terlalu menggunakan hiburan untuk tujuan politik.
Beliau mengulas reaksi spontan penonton ketika Najib bertanyakqn adakah anda bersedia untuk Barisan Nasional (BN) sebelum persembahan Penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang beberapa hari lalu.
Bagi beliau, apa yang berlaku mengambarkan rakyat sudah muak dengan sikap Najib, Umno dan BN yang selalu mengambil peluang terhadap bidang hiburan.
"Itulah risikonya akibat terlalu bermain politik dalam hiburan. Kesannya makan diri. Sebab rakyat kini bukan rakyat macam dulu tambahan golongan Tionghua yang bijak berpolitik,"
ujarnya.
Baginya, Najib tidak ikhlas mengadakan program seumpama itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk menarik sokongan golongan muda.
Paling mengecewakan, apabila pihak BN sampai kini tidak menonjolkan siapakan atau syarikat mana yang membiayai Psy ke Malaysia.
Memang pelik kenapa penaja tidak ditonjolkan sedangkan lazimnya penaja akan ke hadapan untuk kepentingan perniagaanya.
Ini mungkin sambung Mohamad, ada benda yang ingin diselindungkan daripada pengetahuan rakyat yang perihatin.
Sebagai rakyat, katanya, mereka mahu tahu siapa penajanya kerana ia menelan jutaan ringgit wang rakyat.
"Jika tak salah kenapa sembunyikan siapa penaja Psy," soalnya.
Beliau mengulas reaksi spontan penonton ketika Najib bertanyakqn adakah anda bersedia untuk Barisan Nasional (BN) sebelum persembahan Penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang (Psy) sempena Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Kolej Han Jiang beberapa hari lalu.
Bagi beliau, apa yang berlaku mengambarkan rakyat sudah muak dengan sikap Najib, Umno dan BN yang selalu mengambil peluang terhadap bidang hiburan.
"Itulah risikonya akibat terlalu bermain politik dalam hiburan. Kesannya makan diri. Sebab rakyat kini bukan rakyat macam dulu tambahan golongan Tionghua yang bijak berpolitik,"
ujarnya.
Baginya, Najib tidak ikhlas mengadakan program seumpama itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk menarik sokongan golongan muda.
Paling mengecewakan, apabila pihak BN sampai kini tidak menonjolkan siapakan atau syarikat mana yang membiayai Psy ke Malaysia.
Memang pelik kenapa penaja tidak ditonjolkan sedangkan lazimnya penaja akan ke hadapan untuk kepentingan perniagaanya.
Ini mungkin sambung Mohamad, ada benda yang ingin diselindungkan daripada pengetahuan rakyat yang perihatin.
Sebagai rakyat, katanya, mereka mahu tahu siapa penajanya kerana ia menelan jutaan ringgit wang rakyat.
"Jika tak salah kenapa sembunyikan siapa penaja Psy," soalnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-2-2013
SEMBANG-SEMBANG BANG MAT DENGAN LGE TENTANG PERISTIWA SILAM:
Kadir Sheikh Fadzir sokong Wan Ahmad letak jawatan
Hazayani Zakaria, | 15 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kabinet, Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata beliau menyokong cadangan yang mahu Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan.
Beliau berkata, sudah sampai masanya Wan Ahmad meletakkan jawatan dalam SPR dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) atas tiket BN.
Saranan ini katanya, berikutan kenyataan Wan Ahmad akhir-akhir ini yang keras dan jelas berpihak kepada Umno BN.
"Saya nampak memang dia tak layak untuk pegang jawatan dalam SPR.
"Beliau sepatutnya tonjolkan imej yang neutral dan kalau nak buat kenyataan pun biarlah berlapik sikit.
"Lebih baik dia berhenti dan bertandinglah atas tiket BN di mana-mana," kata beliau pada sidang media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan duta hari ini.
Bekas Menteri Penerangan itu juga berkata, seluruh dunia dapat melihat sikap berpihak Wan Ahmad kepada BN.
"Bukan sahaja rakyat Malaysia tapi kalau rakyat luar negara dengar pun mereka hairan dengar kenyataan Wan Ahmad," katanya.
Sebelum ini, beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Wan Ahmad yang dilihat lebih cenderung membuat kenyataan berpihak BN walaupun beliau memegang jawatan dalam SPR.
Tindakan itu dilihat tidak wajar sekaligus memperlihatkan SPR tidak bebas seolah-olah dikuasai parti politik tertentu.
"SPR bukan sahaja perlu bebas tapi perlu nampak bebas. Tetapi dengan beberapa kenyataan Wan Ahmad, kita lihat kredibiliti SPR sebagai badan bebas sudah tercalar teruk," kata Abdul Kadir.
Beliau berkata, sudah sampai masanya Wan Ahmad meletakkan jawatan dalam SPR dan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) atas tiket BN.
Saranan ini katanya, berikutan kenyataan Wan Ahmad akhir-akhir ini yang keras dan jelas berpihak kepada Umno BN.
"Beliau sepatutnya tonjolkan imej yang neutral dan kalau nak buat kenyataan pun biarlah berlapik sikit.
"Lebih baik dia berhenti dan bertandinglah atas tiket BN di mana-mana," kata beliau pada sidang media di lobi Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan duta hari ini.
Bekas Menteri Penerangan itu juga berkata, seluruh dunia dapat melihat sikap berpihak Wan Ahmad kepada BN.
"Bukan sahaja rakyat Malaysia tapi kalau rakyat luar negara dengar pun mereka hairan dengar kenyataan Wan Ahmad," katanya.
Sebelum ini, beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Wan Ahmad yang dilihat lebih cenderung membuat kenyataan berpihak BN walaupun beliau memegang jawatan dalam SPR.
Tindakan itu dilihat tidak wajar sekaligus memperlihatkan SPR tidak bebas seolah-olah dikuasai parti politik tertentu.
"SPR bukan sahaja perlu bebas tapi perlu nampak bebas. Tetapi dengan beberapa kenyataan Wan Ahmad, kita lihat kredibiliti SPR sebagai badan bebas sudah tercalar teruk," kata Abdul Kadir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
SUMBER HD - 15-2-2013
SEMBANG-SEMBANG BANG MAT DENGAN LGE TENTANG PERISTIWA SILAM:
You Tube - 24-4-2013
“Jika ia berlaku juga, saya berjanji akan pastikan siasatan dilakukan secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang berlaku.
"Kita mesti kurangkan kematian dalam tahanan, dan kalau boleh nak tidak berlaku lagi. Langkah ini penting untuk memulihkan semula martabat pihak penguasa di mata rakyat,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Kematian dalam tahanan menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini di bawah pemerintahan BN.
Beberapa kes kematian dalam tahanan telah menimbulkan kemarahan orang awam. Antaranya ialah kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.
Awal tahun ini, SUARAM turut mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.
k. Nagarajan, 32 dilaporkan mati dalam tahanan pada 21 Disember 2012. Dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.
Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam isu kematian dalam tahanan yang melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara sering dikritik.
Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008.
Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009.
Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.
Mat Sabu janji siasatan terbuka untuk kematian dalam tahanan
Harakahdaily
PENDANG: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS dan Pakatan Rakyat tidak ingin melihat kejadian kematian dalam tahanan berulang jika mereka diberi mandat 5 Mei ini melangkah ke Putrajaya.
Apr262013
“Jika ia berlaku juga, saya berjanji akan pastikan siasatan dilakukan secara terbuka supaya rakyat tahu apa yang berlaku.
"Kita mesti kurangkan kematian dalam tahanan, dan kalau boleh nak tidak berlaku lagi. Langkah ini penting untuk memulihkan semula martabat pihak penguasa di mata rakyat,” kata beliau kepada Harakahdaily.
Kematian dalam tahanan menjadi-jadi sejak tiga tahun kebelakangan ini di bawah pemerintahan BN.
Beberapa kes kematian dalam tahanan telah menimbulkan kemarahan orang awam. Antaranya ialah kes melibatkan kematian A Kugan dalam tahanan polis dan dua kematian di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbaini Mohamed.
Awal tahun ini, SUARAM turut mengecam Ketua Balai Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi Zainuddin Ahmad ekoran tiga kematian dalam tahanan daripada September hingga Disember tahun lepas.
k. Nagarajan, 32 dilaporkan mati dalam tahanan pada 21 Disember 2012. Dua lagi mangsa Chandran Perumalu, 47 dan Wong Tip Ping, 51 turut mengalami nasib serupa di balai sama.
Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab kerajaan dalam isu kematian dalam tahanan yang melibatkan agensi penguatkuasa di dalam negara sering dikritik.
Laporan Hak Asasi Manusia yang dikemukakan SUARAM pada 23 Julai 2009 menyatakan sejumlah 1,535 tahanan lokap mati antara 2003 dan 2007, seramai 255 mati dalam penjara dan 13 lagi mati dalam lokap pada 2008.
Pada Mac 2009, Menteri Dalam Negeri ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong pula menyatakan seramai 2,571 tahanan mati dalam penjara, pusat pemulihan, depot tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) antara 1999 dan 2009.
Daripada jumlah itu, 2,563 tahanan mati ketika rawatan di hospital, 22 mati dalam perjalanan ke hospital dan 13 mati dalam penjara.
Sumber HD - 26-4-2013
Sebar mesej perkauman: Mohamad Sabu pula jadi mangsa
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Musuh PAS dilihat sangat terdesak apabila terpaksa menggunakan nombor telefon para pemimpin PAS untuk menyebarkan sentimen perkauman di negara ini.
Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa 'hack' nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.
"Hari ini saya diberitahu saya hantar mesej perkauman merata-rata," kata Haji Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.
Antara mesej yang dihantar adalah, "Mampus Melayu..Hidup cina..." yang dihantar menggunakan nombor telefon beliau.
"Saya akan membuat laporan polis segera," kata beliau kesal dengan tindakan terdesak musuh politik PAS itu.
Bagi Mohamad, ia adalah usaha untuk meniup api perkauman di kalangan orang Melayu agar membenci kaum Cina.
Sebelum ini, akhbar Umno Utusan Malaysia telah membuat laporan muka depan dengan berita bertajuk, "Apa lagi yang Cina mahu."
Laporan ini dibuat selepas kenyataan Presiden Umno yang sedang luka, Datuk Seri Najib Razak, 'Ini tsunami Cina'.
Najib pula ketika ditanya wartawan tentang laporan muka depan Utusan itu mempertahankannya dengan berkata, "Apa kurangnya akhbar Cina."
Ekoran itu, pelbagai pihak membuat kenyataan menyelesalinya dan pihak polis mula membuat siasatan mengenainya.
Semalam nombor telefon Salahudin Ayub di'hack' oleh pihak yang bertanggungjawab dan menghantar mesej perkauman kepada orang ramai atas nama beliau.
Salahudin akan membuat sidang media mengenainya hari ini.
Hari ini Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (gambar) pula menjadi mangsa 'hack' nombor telefon selepas Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub menghadapi masalah yang sama semalam.
"Hari ini saya diberitahu saya hantar mesej perkauman merata-rata," kata Haji Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.
Antara mesej yang dihantar adalah, "Mampus Melayu..Hidup cina..." yang dihantar menggunakan nombor telefon beliau.
"Saya akan membuat laporan polis segera," kata beliau kesal dengan tindakan terdesak musuh politik PAS itu.
Bagi Mohamad, ia adalah usaha untuk meniup api perkauman di kalangan orang Melayu agar membenci kaum Cina.
Sebelum ini, akhbar Umno Utusan Malaysia telah membuat laporan muka depan dengan berita bertajuk, "Apa lagi yang Cina mahu."
Laporan ini dibuat selepas kenyataan Presiden Umno yang sedang luka, Datuk Seri Najib Razak, 'Ini tsunami Cina'.
Najib pula ketika ditanya wartawan tentang laporan muka depan Utusan itu mempertahankannya dengan berkata, "Apa kurangnya akhbar Cina."
Ekoran itu, pelbagai pihak membuat kenyataan menyelesalinya dan pihak polis mula membuat siasatan mengenainya.
Semalam nombor telefon Salahudin Ayub di'hack' oleh pihak yang bertanggungjawab dan menghantar mesej perkauman kepada orang ramai atas nama beliau.
Salahudin akan membuat sidang media mengenainya hari ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013
No comments:
Post a Comment