PRU13: Slogan tawan Putrajaya merimaskan?
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Terbaru, ramai menyebut Julai ini, hanya sekitar dua bulan lagi. Nampak macam begitu tergesa-gesa. Saya sendiri agak payah mencari rasionalnya. Tidak mudah BN menghadapi pilihan raya dalam suasana sekarang. PRU13 adalah hidup-mati buat Najib dan BN.
Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?
Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?
Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?
Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.
Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?
Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?
Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.
Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.
Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.
Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!
Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.
Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.
Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.
Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.
Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.
Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."
Sumber DD : 31//05//2011
Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno.
"Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat.
"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada cermahanya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.
Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi.
Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib.
Nizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.
Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan.
Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."
Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.
"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman.
Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN
Teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 timbul lagi. Memang begitulah. Melepasi tempoh tiga tahun penggal Parlimen, selalunya ramalan dan jangkaan tarikh pilihan raya hangat dibincangkan. Bualan mengenainya heboh diperkatakan terutama selepas memerhati gelagat Perdana Menteri yang mempunyai kuasa mutlak untuk mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Tuanku Mahmud Al Muktafi Billah
(Yang di-Pertuan Agong ke-13)
Juga sama penting kepada Pakatan Rakyat. Pertarungan ini perlu persiapan rapi dari segi taktik, strategi dan logistik. Di samping faktor kekuatan, kecenderungan mengundi juga dipengaruhi oleh "siapa yang paling sedikit melakukan kesilapan"?
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia ke-6
Apakah Najib Razak, yang pertama kali bakal memimpin BN dalam pilihan raya paling sengit pernah disaksikan di negara ini, yakin bahawa momentum Mac 2008 sudah dimatikan? Mampukah dia mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menebus maruah di negeri-negeri Pakatan? Sukar dipastikan apakah petunjuk yang dipegang Najib? Selain itu, dan ini di antara yang terpenting buat jentera BN, bagaimana dengan kantung dana politiknya, yang akan digunakan untuk membeli undi nanti?
Umno juga sering dihantui perpecahan dalaman apabila calon-calon pilihan rayanya dipilih. Begitu juga dengan prestasi merudum komponen BN, yang belum dapat dipulihkan lagi, khususnya parti-parti berasaskan kaum Cina. Pakatan wajar meneliti apakah benar amarah pengundi India terhadap BN sudah diubati?
Selain itu, "peperangan" merebut hati pengundi Melayu tidak seharusnya dibebankan kepada PAS semata-mata. Imej Pakatan di kalangan Melayu -- jika terdapat "gangguan" -- mesti dijernihkan secara bersepadu. Persepsi pengundi jangan diremehkan. Banyak perkara yang bersarang dalam kepala pengundi (sebahagiannya nampak seperti mudah ditepis) harus ditangani dan diperbetulkan.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, selain membayangkan kemungkinan tarikh PRU13 berlegar di antara hujung Ogos sehingga Oktober, turut menekankan soal "pertarungan sebenar adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu".
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini," kata Anwar apabila diwawancara Malaysiakini.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' Anwar daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina -- ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak," kata Anwar.
Lebih merimaskan adalah manipulasi BN terhadap senarai daftar pemilih. Melalui kerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga pihak polis, komplot terancang menjatuhkan Pakatan terlaksana lebih awal sebelum hari mengundi. Berulang kali Harakah membongkar taktik kotor ini, terutama di Selangor dan dipercayai ia juga mensasarkan Kedah. Kelantan turut dimasukkan dalam agenda.
Soalnya, apakah dengan siri pendedahan itu membuatkan konspirasi ini terbantut, ataupun mereka "hanya memekakkan telinga dan buat bodoh sahaja" serta meneruskan tipu-muslihat tanpa segan-silu? Cukupkah satu dua bantahan dibuat kepada SPR, apatah lagi kos hangus yang terpaksa ditanggung cukup besar?
Atau, apa yang kita harapkan dengan perhimpunan raksasa Bersih, 9 Julai depan? Sejauh mana empat tuntutan asas pilihan raya bersih dan adil itu, yang ditambah dua lagi, akan dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan?
Sebagai warga media, saya lebih terdorong untuk memikir dan merencanakan persiapan terbaik Harakah berdepan kempen PRU13 ini. Selain membekalkan maklumat semasa, menjelaskan kekeliruan, mempamerkan perubahan kerajaan negeri Pakatan atau mendedahkan kebobrokan elit penguasa BN, bagi pembaca tertentu, Harakah harus lebih "beremosi" dan mampu "menginspirasikan" transformasi.
Begitu juga dengan tugas sukar membetulkan persepsi, terutama bagi masyarakat Melayu di kampung-kampung, yang berada di luar wilayah tradisi PAS. Harakah dituntut untuk membongkar komplot jahat BN, memerangi penyakit korupsi yang bertambah kompleks dan sukar dikesan undang-undang, tanpa melupai tawaran formula penyelesaian, mengubati krisis sosial, merawati keluh-kesah kenaikan kos sara hidup dan menguruskan secara berhemah khazanah negara; tentunya tidak sekadar membutirkan kembali dokumen Buku Jingga.
Berbanding PRU Mac 2008, kekerapan Harakah hanya dua kali sebulan. Apabila Parlimen dibubarkan, kami terpaksa menerbitkan akhbar tidak berkala, Kempen dan menambahkan halaman Harakah bagi menampung bahan-bahan yang melimpah, termasuk manifesto dan senarai calon. Peningkatan muka surat bermakna penambahan kos cetak.
Agak beruntung waktu itu, tempoh berkempen agak lama, lebih kurang dua minggu. Kuasa siber juga cukup dominan, terutama YouTube, blog dan laman-laman web, menjadikan pengundi selesa mendapatkan informasi daripada dalam bilik tidur sahaja!
Kini, cabaran terbesar Harakah -- selain mempertingkatkan kandungan dan persembahannya bagi menambat hati pembaca -- jumlah edarannya juga mesti dilipatgandakan sebelum tarikh pilihan raya ditentukan. Alhamdulillah, kekerapannya telah dikembalikan kepada dua kali seminggu. Mungkin target 350,000 naskhah seperti dicatatkan menjelang pilihan raya umum 1999 cukup tinggi untuk digapai, tetapi sekurang-kurangnya setiap pelosok dan ceruk rantau harus ditembusi Harakah.
Berdasarkan respons pembaca dan tinjauan rambang, edaran Harakah masih terbatas. Malah terdapat rungutan bahawa pimpinan dan aktivis PAS sendiri seperti tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada Harakah. Lidah rasmi parti itu hanya berkembang atas kehendak pasaran, tidak didokong oleh pelan pemasaran yang lebih agresif. Harus diingat sekatan KDN tetap membelenggunya.
Justeru, ada pihak mencadangkan agar kempen meningkatkan pengedaran Harakah disegerakan. Beberapa syor untuk "memasyarakatkan" Harakah telah dikemukakan, termasuk dalam kolum Wacana Budaya Dinsman, dengan mencari dermawan bagi mengagihkannya secara percuma, selain sokongan terbuka pimpinan tertinggi PAS sendiri. Jika Utusan Malaysia (yang kerap menyiarkan "bahan lucah") itu pun diedarkan secara meluas ke sekolah-sekolah melalui penajaan khas, mengapa Harakah harus bersikap apolegetik.
Sebagai permulaan saya menggagahkan diri mengunjungi pimpinan PAS di peringkat negeri, sekurang-kurangnya mendengar sendiri harapan dan mungkin kekecewaan mereka terhadap Harakah. Berbanding KeADILan dan DAP, tumpuan PAS mungkin lebih difokuskan di peringkat Dun. Berdasarkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya Mac 2008, hampir di semua negeri, PAS diberi kepercayaaan untuk bertanding paling kerusi negeri.
Di samping mengharapkan ada inisiatif segera mempergiatkan rangkaian jualan Harakah, seterusnya memastikan setiap pengundi mendapat maklumat dan penjelasan, sama ada melalui akhbar bercetak atau versi online, kami di bahagian editorial bertekad untuk memastikan satu lagi sejarah baru politik Malaysia bakal terbentuk dalam PRU13, insya-Allah.
Namun begitu, ingatan seorang pembaca Harakah melalui emel kepada saya elok untuk direnung: "Saya kira, Pakatan Rakyat jangan ghairah sangat sebut hendak tawan Putrajaya atau lantang bercakap menambah bilangan negeri untuk dikuasainya, atau terlalu asyik membincangkan hal pilihan raya. Bukan semua rakyat suka dengan teka-teki tarikh PRU13 ini. Mereka lebih prihatin dengan masalah seharian yang bertindan-tindih, dan mahu segera diselesaikan, termasuk di negeri-negeri Pakatan."
Sumber DD : 31//05//2011
Tarikh PRU-13: Najib-Muhyiddin tak sependapat?
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berselisih mengenai tarikh untuk mengumumkan pilihan raya umum ke-13, kata seorang pemimpin PKR, lapor TV Selangor.
YAB Tan Sri Muhyidin Yasin - TPM
Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid berkata perbalahan ini timbul kerana ada pergelutan kuasa dalam Umno.
Sdr Ahmad Nizam Hamid - Timbalan Pengerusi PKR Pahang
"Ramai yang ramalkan PRU bulan Julai ini, saya ingin berkongsi, teman-teman saya di dalam Umno memberitahu apa yang berlaku ialah terdapat desakan daripada kumpulan pro-Muhyidin Yassin mendesak supaya Najib Razak istihar pilihan raya dan bubar parlimen dalam waktu terdekat.
"Kerana penguasaan, Muhyidin ingin berkuasa tetapi Najib masih berbelah-bagi, Namun kumpulan ini terus mendesak (mahukan PRU cepat)," kata Nizam pada cermahanya di Markas PAS Temerloh, malam semalam.
Muhyiddin dilaporkan mendesak Najib untuk mengadakan pilihan raya secepat mungkin walaupun presiden Umno itu menyedari langkah itu bakal mengundang padah berasaskan sentimen semasa pengundi.
Menurut beliau, kekalahan bagi Umno pada pilihan raya akan datang akan membuka laluan untuk Muhyiddin mencabar ketuanya pada pemilihan parti dan jika menang, Muhyiddin sekali gus akan menjadi perdana menteri menggantikan Najib.
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Mantan PM M Ke-5
Nizam berkata kumpulan pro-Muhyiddin menggunakan taktik yang sama untuk mengusir Tun Abdullah Ahmad Badawi dari Putrajaya selepas beliau memanggil pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008 atas desakan pihak tertentu.
Keputusan itu berakhir dengan Umno-BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
Pada pilihan raya itu, Pakatan Rakyat yang mewakili PKR-PAS-DAP turut menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah di samping mengekalkan Kelantan.
Tidak lama selepas itu, Muhyiddin dilaporkan antara pemimpin utama yang mendesak supaya Abdullah berundur "demi masa depan Umno."
Nizam berkata apa yang berlaku dalam Umno ketika itu adalah kes "kawan makan kawan" dan kini episod itu sedang berulang sekali lagi antara Muhyiddin dan Najib.
"Muhyidin mahu perangkap Najib agar nasib yang diterima oleh Abdullah Ahmad Badawi akan terjadi kepada Najib, sebab apa ia berlaku... dari maklumat yang kita terima Muhyidin mengesa anak buahnya kerana beliau sudah berumur berbanding Najib. Jadi sebab itu Muhyidin mahu jadi Perdana Menteri," katanya.
Hadir sama pada majlis itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ADUN Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamad dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Fauzi Abd Rahman.
Sumber MK (29/05//2011) : http://www.malaysiakini.com/news/165458
PAS hantar pemerhati pilihan raya ke Turki |
Harakahdaily |
ISTANBUL, 10 Jun: Setelah mengisytiharkan pemimpin yang dipilih dalam Muktamar ke-57 baru-baru sebagai pasukan pilihan raya, PAS menghantar 7 pemimpin dan petugas ke Turki. Ia bertujuan untuk melihat dan belajar dari dekat teknik dan pengalaman dari pilihan raya Turki yang bakal berlangsung Ahad ini.
YB Dr Siti Mariah Mahmud - Timbalan Pengarah PR PAS Pusat
Selain PAS, PKR turut menghantar tiga pemimpinnya untuk melihat pilihan raya umum Turki ini dari dekat. Antara yang menyertai pasukan PAS yang dipimpin oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Siti Mariah Mahmod adalah Nasir Mustafa (Kedah), Onn Jaffar (Johor), Taufek Abdul Ghani (Negeri Sembilan), Baihaki Atiqullah dan Abdul Rahman Yunus (Kelantan).
YB Nasir Mustafa - ADUN Kobang Rotan
YB Taufek Abdul Ghani - ADUN Paroi
Sdr Zulkifli Sulong - Pengarang al Harakah
PKR pula adalah Nurul Izzah Anwar (naib presiden), Saifudin Nasution Ismail (setiausaha agung) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT).
YB Nurul Izzah Anwar - Naib Presiden PKR
YB Saifudin Nasution - SUA PKR
YB Johari Abdul - Ahli MPP PKR
Mereka sampai di lapangan terbang Atarturk, Istanbul jam 6. 30 pagi dan disambut oleh pegawai dari parti AK.
Lapangan Terbang Istanbul, Turki
Pasukan ini dijangka mengambil pengalaman pilihan raya Turki untuk persiapkan Pakatan Rakyat hadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-13. |
Fakhri Ali
|
PERMATANG PAUH, 31 Julai: Kerajaan disaran supaya tidak sewenang-wenangnya mengenakan tuduhan yang tidak berasas terhadap rakyat negara ini, sekiranya tidak sehaluan dengan kehendak mereka. Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada surau dan masjid dalam Parlimen Permatang Pauh di Kubang Semang, Penanti, petang semalam.
YB Dr Mansor Othman - Timbalan Ketua Menteri 1 / Naib Presiden PKR
Mengulas mengenai pembebasan enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dibebaskan baru-baru ini setelah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai lalu, beliau berkata, pembebasan mereka adalah kemenangan rakyat yang berjuang selama ini bagi menuntut keadilan dalam negara. "Sepatutnya, sebagai pemerintah, kerajaan mendakwa mereka lebih awal di mahkamah, dan bukannya meletakkan mereka dalam keadaan bersalah dengan pelbagai tuduhan yang melampau. "Apabila rakyat bangun dan menuntut keadilan, pemerintah masih lagi dungu tanpa berbuat apa-apa. Setelah keadaan terdesak dan melihat kepada kerugian yang akan mereka terima nanti, barulah tindakan pembebasan akan dilakukan. "Ini semua adalah salah satu dari mesej awal, bahawa pilihan raya semakin hampir. Kerajaan akan cuba mengambil hati rakyat dengan bersandiwara bagi mengaburi mata rakyat, seolah-olah mereka memberi perhatian terhadap nasib rakyat," tegasnya lagi.
YB Ustaz Dato' Salleh Man - PJ PAS PP / ADUN Permatang Pasir
Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR, juga menyatakan tiada apa yang harus dibanggakan dengan pembebasan tersebut, kerana tindakan kerajaan menahan mereka juga adalah menyimpang dari peraturan sedia ada yang memberi hak kebebasan bersuara kepada setiap rakyat dalam negara ini.
Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man dan kepimpinan PAS serta PKR Permatang Pauh. |
Krisis Ekonomi: PRU 13 tidak akan berlaku tahun ini? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka terpaksa menangguhkan pilihan raya umum dari diadakan tahun ini ekoran kemelut ekonomi yang sedang meruncing di seluruh dunia sekarang. Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menjangka, Najib terpaksa menangguh pilihan raya umum ke 13 ekoran krisis ini yang juga mula melanda Malaysia. Bagaimanapun, katanya, PAS masih akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya ke 13 jika ia terus akan diadakan November ini iaitu sebaik sahaja selepas perbentangan Bajet 2012. Menurut beliau, Bursa Malaysia sedang mengalami susut RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang beliau perolehi jam 10 pagi ini. Kedudukan panik kini sedang melanda seluruh dunia khasnya Eropah dan Amerika. "Saya yakin, krisis yang sedang melanda London sekarang tentunya ada hubungkait dengan tekanan hidup akibat ramai yang hilang pekerjaan dengan kos saraan hidup terus meningkat," kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat kepada Harakahdaily. Kota London, England berdepan dengan krisis dan huruhara dengan rusuhan merebak ke seluruh kota lain sekarang yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati. Sementara itu Indeks FTSE London sudah jatuh RM245 bilion sejak seminggu lalu manakala Indeks Dow Jones di Amerika Syarikat jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari, kejatuhan terbesar sejak tahun 2008. Ekoran itu, mata wang Euro di Eropah jatuh dengan mendadak dan hampir lumpuh. Pasaran saham Asia juga merudum sejak beberapa hari ini termasuk di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney. "Apabila kemelesetan berlaku kepada gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika, ia akan membawa kemelesetan ke seluruh dunia," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor. Menurut beliau, suasana ini akan mencetus satu krisis kewangan dan kemelut ekonomi yang telah masuk ke kemelesetan kedua sejak 2008 (double-dip recession). Ini bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi dan bekalan yang merosot akibat ketidaktentuan cuaca. Suasana ini meletakkan Perdana Menteri terhimpit dengan suasana serba salah untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini. "Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan. (Sebuah pasaraya di Tottenham kosong dicuri para perusuh ekoran keadaan gawat di London sekarang) "Saperti telahan ramai pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihanraya mengejut dalam bulan September. Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat pru tahun ini," kata Dr Dzulkefly. Menurut beliau, dengan unjuran ekonomi yang akan merudum ini, Perdana Menteri tidak wajar mampu bermewah seperti lazim dalam budget 2012 yang bakal dibentang pada 7 hb Oktober. Ini adalah Budget pra-PRU 13 . Projek besar yang disebutkan beliau dalam ETP seperti MRT dan Bandar Malaysia juga hanya akan dapat dilihat atau bermula tahun depan dengan kewangan dunia yang tidak menentu ini.
"PM hanya akan mampu memanggil pru jika projek-projek ini boleh berjalan tetapi kini dengan krisis ini ia akan tergendala," tegas beliau.
Bursa Malaysia mula mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu (5 Ogos) ketika penerapan hutang Amerika Syarikat mengalami kejatuhan teruk yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia. Untuk menjadikan bajet 7 Oktober nanti sebagai bajet pilihanraya, Najib akan dikekang dari berbelanja besar untuk tidak mencetuskan defisit fiskal yang melebihi 7 peratus KDNK seperti 2009, katanya. Pada waktu sama juga, katanya, Najib akan berdepan dengan tekanan inflasi yang sudah hampir ke paras 4 peratus sekarang ini dengan CPI (Indek harga pengguna) bulan Jun mencecah paras 3.5 peratus. Program rasionalisasi subsidi dalam perkara asas keperluan bahan bakar - minyak, diesel dan gas, sangat tidak membantu Najib dalam memenangi sokongan rakyat teramai, sementara monopoli dan pengepungan pasaran terus berlaku akibat permit diberikan kepada kroni tertentu. |
Perkuat jentera PAS dekati masyarakat |
Harakahdaily |
ALOR GAJAH, 21 Ogos: PAS perlu memperkuatkan jenteranya melalui pendekatan turun padang untuk bertemu masyarakat di samping aktiviti mesra rakyat.
Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari memberitahu, pihaknya meneruskan program turun padang ke kawasan-kawasan pada bulan Ramadhan ini. Katanya, selepas PAS negeri membentuk jentera yang merupakan asas kekuatan parti, aktiviti mendekati masyarakat diteruskan termasuk mendaftar pemilih dan menjawab tohmohan pihak lawan. Baginya, masyarakat di negeri ini boleh bersama dengan PAS melalui pendedahan pemimpin parti di semua peringkat. Justeru, ujarnya, PAS negeri berusaha untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat bagi menyampaikan mesej perjuangan parti. “Ini merupakan tanggungjawab kita untuk dekat dengan masyarakat dan mereka boleh menerima kita, mereka mahu kita mesra dengan mereka,” ujarnya ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat tarawih di Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal, malam tadi. Sebelum itu, majlis berbuka puasa diadakan di pekarangan sekolah itu yang disertai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
Hadir sama malam tadi ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Mohd Noor Omar, Sofi Wahab, Setiausaha Perhubungan, Asri Shaik Abd Aziz, Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Imran Abd Rahman.
Sdr Yuhaizad Abdullah - Ketua Pemuda
Justeru, beliau menambah, pemimpin PAS setempat perlu lebih peka terhadap permasalah yang dihadapi penduduk dan seterusnya bertindak menyelesaikannya mengikut kemampuan masing-masing.
“Apabila kita berjaya selesai masalah masyarakat, maka mereka rasa PAS dekat dengan mereka dan ini dapat memecahkan tembok yang mengatakan PAS tak boleh mendekati masyarakat,” katanya lagi. Mengenai pengukuhan jentera pilihan raya parti, beliau berkata, sehingga malam tadi, jentera PAS negeri telah turun ke kawasan Masjid Tanah, Kota Melaka, Tangga Batu, Jasin dan Alor Gajah. “Lawatan ini adalah untuk melaksanakan misi pilihan raya bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada petugas,” ujarnya. |
PRU-13: PAS sasar 60 kerusi Parlimen |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 1 Sept: PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. "Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu. Majlis perjumpaan Hari Raya ini diadakan di Dewan Datuk Wan Mutalib, Komplek PAS Kuala Terengganu. Turut menyertai majlis itu adalah pimpinan PAS Terengganu yang dipimpin pesuruhjayanya Mohamad Abdul Wahid Endut. Seluruh penyokong PAS yang pulang beraya di Terengganu berkumpul di situ bersama keluarga masing-masing. Di samping menyediakan juadah raya, kanak-kanak diberikan duit raya yang disampaikan oleh Abdul Wahid. Dalam pilihan raya umum 2008, pemimpin PAS menjadi pemimpin tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Perak namun Perak jatuh kembali apabila dirampas melalui pembelian tiga Adun Pakatan. Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang. "Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya. Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras. "Kalau nak undi Islam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah. "Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi. |
Ucapan TG Presiden : http://www.youtube.com/watch?v=XIt7zhg1-hM
Ucapan PJPT : http://www.youtube.com/watch?v=kNv705qKT44
Mandat BN hampiri garisan akhir, Kit Siang ingatkan Najib
Oleh Debra Chong
KUALA LUMPUR, 1 Sept — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
BN mempunyai 19 bulan lagi sebelum mandatnya berakhir awal 2013.
Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini.
“Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?” kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim (gambar) berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar.
Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang “pecah belah dan berbalah”, di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama.
Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.
Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya.
Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong.
“Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia,” kata Lim lagi.
Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya.
KUALA LUMPUR, 1 Sept — Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengingatkan Datuk Seri Najib Razak mandat kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) menghampiri garisan penamat dan mahu perdana menteri menunaikan pembaharuan dijanjikan secepat mungkin atau menghadapi tamparan pengundi pada pilihan raya umum ke-13.
YB Lim Kit Siang - Ketua Ekskutif DAP
Populariti Najib telah menjunam enam mata dalam kajian terbaru kendalian Merdeka Center baru-baru ini.
“Rakyat Malaysia mengibarkan bendera kebangsaan semalam tetapi mempunyai satu persoalan yang sama - ke mana anda pergi, Malaysia?” kata penasihat DAP ini dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim (gambar) berkata, pemimpin-pemimpin komponen perikatan dalam perutusan Hari Kemerdekaan Ke-54 semalam menyeru rakyat Malaysia yang berlainan latar belakang agama dan kaum agar bersatu, bersikap sederhana dan bertolak ansur antara satu sama tetapi ia kelihatan diterima dengan hambar.
Ini kerana, menurut Lim, landskap nasional yang “pecah belah dan berbalah”, di samping ketidakupayaan Najib untuk memperlihatkan kepimpinan yang berkesan.
Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan, usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab dan semberono cuba memecah belah negara mengikut garisan kaum dan agama.
Beliau memberikan contoh satu laporan menerusi saluran TV1 pada Ahad lalu - didakwa mengaitkan satu laman sosial Facebook menggalakkan murtad di kalangan Muslim dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
YB Tan Kok Wai (DAP)
YB Charles Santiago (DAP)
YB Ean Yong Hian Wah (DAP)
YB Dr Boo Cheng Hau (DAP)
Saluran milik kerajaan itu menyiarkan bahan berkaitan kumpulan Facebook “Murtads in Malaysia and Singapore” menerusi segmen berita perdana 8 malam mengaitkan pemimpin-pemimpin seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah.
Malah, laporan itu mendakwa Presiden Parti Sosialis Malaysia Dr Nasir Hashim sebagai seorang penyokong kumpulan tersebut.
“Pembohongan menjadi hidangan utama disajikan oleh media arus perdana,” kata beliau dengan merujuk kepada liputan bahawa DAP mahu mewujudkan sebuah negara Kristian dan mahukan perdana menteri kalangan penganut Kristian atau kecaman terbaru bahawa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengagungkan komunis dan tidak menganggap Datuk Onn Jaafar dan Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan sebenar.
Katanya, usaha-usaha sedemikian tidak membantu dalam menyatupadukan rakyat Malaysia, tetapi mewujudkan persekitaran sebaliknya.
Lim menegaskan bahawa jika Najib serius dan jujur sebagai perdana menteri bagi semua rakyat, maka beliau seharusnya menyediakan kepimpinan, bukan slogan-slogan kosong.
“Perhimpunan Bersih 9 Julai yang berjaya adalah bukti, jika Najib dan mereka dalam kuasa enggan bertindak, maka rakyat Malaysia sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, pengikut Taoisme, Konfucius atau Sikh bersedia untuk bersatu bertindak menyelamatkan Malaysia,” kata Lim lagi.
Bersih 2.0 menuntut pembaharuan pilihan raya dengan mengemukakan lapan tuntutan sebelum pilihan raya umum ke-13.
Awal bulan lalu, Najib mengumumkan pembentukan sebuah jawatankuasa pilihan khas untuk mengkaji pembaharuan pilihan raya.
Sumber MI // YM : 1/09/2011
PRU 13: MP BN dapat dana khas hingga RM2.5 juta |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Sept: Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing ─ ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan, lapor The Malaysian Insider. BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian. Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai “hitam”, di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.
Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta ─ bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya.
Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan. “Peruntukan ini membolehkan wakil rakyat mengadakan aktiviti mengikut keperluan kawasan dan pengundi masing-masing,” kata wakil rakyat itu sambil menambah, “malah ia memudahkan kami menjalankan aktiviti dengan cepat dan segera, yang menggembirakan pengundi.” “Itu kelebihan. Pengundi dapat melihat permintaan mereka ditunaikan dengan segera. Mereka dapat respons positif,” kata sumber itu. The Malaysian Insider difahamkan, jika seorang ahli Parlimen diperuntukkan RM2 juta, mereka sudah pun menerima peringkat pertama peruntukan sebanyak RM400,000 sebelum Aidilfitri. Difahamkan, mereka yang diperuntukan RM1 juta telah disalurkan RM250,000. “Kawasan yang BN kalah pada pilihan raya umum lalu hanya disalurkan RM500,000. Kepimpinan BN telah mengadakan satu taklimat khas mengenai peruntukan ini pertengahan bulan lalu,” kata seorang lagi wakil rakyat. Katanya, pada taklimat itu tujuan dan kaedah penyaluran dana telah diperjelaskan kepada ahli-ahli Parlimen BN. “Bagaimanapun jika kawasan BN yang pengundinya melebihi 60,000 orang, misalnya, wakil rakyat akan dibayar lebih RM2 juta. Ini yang dijanjikan, mungkin RM2.5 juta dan sebagainya,” kata pemimpin itu lagi. Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN Datuk Bung Mohtar Radin menafikan adanya peruntukan sedemikian. “Tidak ada, tidak. Kami tidak menerima apa-apa peruntukan seperti ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dalam laporannya malam tadi, Sin Chew Daily menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti “hitam”, “kelabu” dan “putih” - di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil - akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta. Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan “putih” di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri. Akhbar itu juga melaporkan bahawa wakil-wakil BN di Selangor menerima peruntukan bulan lalu. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memperuntukkan RM1 juta kepada setiap Adun Janauri lalu tetapi tidak kepada wakil rakyat BN. The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13. Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di PWTC. Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos. Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13. Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan ‘kubu’ pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar. Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5206-pru-13-mp-bn-dapat-dana-khas-hingga-rm25-juta
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5527-pembahagian-kerusi-pakatan-hampir-muktamad
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5553-pru-13-pakatan-rakyat-selangor-selesai-agih-kerusi
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5557-analisis-pakatan-rakyat-menuju-pru-13-di-sabah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5563-pakatan-perlu-waspada-taktik-umno-bn-alih-isu
Ulasan Ketua Pembangkang : SPR tidak upaya laksana reformasi - Anwar
http://www.youtube.com/watch?v=LNmuMM_CmdU
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5946-pru13-orang-kanan-najib-dijangka-kuasai-nstp
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5998-pemuda-pas-perak-himpun-jentera-pru-13
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6510-kekalkan-perpaduan-hadapi-pru13
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6581-jk-khas-teliti-calon-pas-untuk-pru-13
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6639-jejak-anak-muda-dekati-pengundi-muda
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6815-adakah-dakwat-kekal-digunakan-pada-pru13
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7239-pilihan-raya-umum-mac-depan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7318-najib-sukar-umum-pru-13-kerana-isu-dalaman-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7364-pru-13-pas-yakin-satu-sabah-satu-sarawak
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7363-raja-petra-umno-bn-terdesak-melampau
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/7446--bersiap-hadapi-ibu-pilihan-raya
Pembahagian kerusi Pakatan hampir muktamad |
Muhamad Faizal |
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Pembahagian kerusi antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat hampir muktamad, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Bercakap pada sidang media Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS hari ini, Anwar memberitahu perbincangan di peringkat negeri sebahagiannya sudah selesai dan hanya menunggu laporan untuk tindakan selanjutnya di peringkat pusat. Menurutnya, tidak timbul bahawa pembahagian kerusi di dalam Pakatan Rakyat menimbulkan banyak masalah. "Hari ini kita telah berbincang tentang isu pembahagian kerusi dan semuanya telah selesai dan kita minta setiap negeri memberi pandangan kepada jawatankuasa peringkat pusat sehingga akhir bulan ini. "Tidak benar mengatakan rundingan pembahagian kerusi ini gagal dan kita tidak nafikan bahawa rundingan ini memang mempunyai perbezaan pendapat peringkat parlimen dan dewan undangan negeri, tetapi hari ini selesai serta minta negeri menyatakan laporan untuk pertimbangan peringkat pusat, " jelas Anwar. Dalam pada itu Setiusaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali juga memberitahu, sebahagian negeri sudah selesai mengemukakan cadangan.
Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS
"Sudah ada negeri yang telah selesai mengemukakan cadangan masing-masing dan sekarang dalam pertimbangan peringkat pusat. "Buat masa ini kita tidak akan mendedahkan negeri mana yang telah selesai, dalam pada itu mana-mana negeri yang tidak mendapat jalan penyelesaian seperti berlakunya pertindihan maka jawatankuasa peringkat pusat akan membuat keputusan," jelas Mustafa. Sebelum ini terdapat dakwaan mengatakan PAS mahu bertanding di kerusi parlimen PKR yang lompat. Pada pilihan raya umum 2008, PKR mendapat kemenangan terbesar di Parlimen dengan 31 kerusi, yang mana Pakatan Rakyat menang di lima negeri dan 82 kerusi Parlimen manakala PAS memenagi 23 kerusi Parlimen. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5527-pembahagian-kerusi-pakatan-hampir-muktamad
PRU 13: Pakatan Rakyat Selangor selesai agih kerusi |
Muhammad Faizal |
SHAH ALAM, 22 Sept: Isu pembahagian kerusi Pakatan Rakyat di Selangor bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang telah selesai yang mana masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lepas. Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dr Abd Rani Osman (gambar) menjelaskan isu perebutan kerusi seperti yang ditimbulkan itu tidak tepat malah PAS negeri telah menyenaraikan jumlah kerusi kepada Jawatankuasa Peringkat Pusat Pakatan Rakyat bagi tujuan pertimbangan. "Kedudukan kerusi di Selangor masih kekal iaitu 20 kerusi untuk PAS, 21 PKR dan 15 DAP, kita telah mengemukakan senarai kerusi yang dipertandingkan dan juga senarai calon ke peringkat pusat untuk diperincikan. "Sehingga sekarang belum ada pemindahan kerusi antara ketiga-tiga parti dan jika pada peringkat akhir perkara tersebut ditimbulkan, maka penyelesaiannya akan dilakukan d iperingkat pusat dan saya harap ia diselesaikan dengan cara yang terbaik. "Manakala mengenai calon buat masa ini kita tidak akan mendedahkannya," jelasnya. Rani juga menegaskan sebagaimana yang diputuskan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri menyeru seluruh ahli pengerak PAS di akar umbi di seluruh peringkat untuk giat menggerakkan jentera pilihanraya PAS dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke tiga belas (PRU13). "PAS Selangor mendukung sasaran dan gerak kerja Pakatan Rakyat ganti Barisan Nasional di peringkat pusat dan PAS ganti Umno di Selangor. "Selaras dengan konsep asas Negara Berkebajikan yang ditulis oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, PAS Selangor menyeru bahawa tiba masanya bangsa Melayu Islam khasnya bersama PAS dan meninggalkan Umno dan seluruh rakyat amnya bersama Pakatan Rakyat membuat perubahan bersama PAS dalam wadah Pakatan Rakyat, gabungan baru memimpin perubahan. "PAS menjulang perjuangan memartabatkan Islam manakala Umno mendukung perkauman sempit, Islam lebih unggul dan pasti berjaya," sambungnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5553-pru-13-pakatan-rakyat-selangor-selesai-agih-kerusi
Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah |
Siti Salasiah Salamun |
Pendahuluan Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tawaran PR Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain. Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu. Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan ‘tandas segera’, tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud. PAS mengukuh di Sabah Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.
20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki ‘fixed deposit’ BN ini. Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya. Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi ‘pemanis mulut’ sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup. Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini. Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi ‘fixed deposite’ BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan “merakyatkan PAS di Sabah” telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.
Seminar pendidikan yang diadakan di Kundasang yang turut berlangsung beberapa bulan yang lalu turut menarik perhatian. Resolusi seminar ini antaranya menubuhkan Sekolah Rendah Islam (SRI), menubuhkan Pusat Pendidikan Islam, Pusat Tahfiz, Pondok Fi Zilalil Quran, Madrasah Al Ulumiyyah wa Tarbiah dan sebagainya.
Hal ini berikutan insitusi keagamaan yang seperti ini yang kurang di Sabah. Ia merupakan langkah yang sangat bijak untuk mendekatkan rakyat Sabah terhadap ilmu keagamaan yang bersistemkan madrasah, pondok dan SRI. Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin. Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.
Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu ‘Menegakkan Perjuangan’ yang disampaikan oleh Ustaz Anuar Ali merangkap Timbalan Pesuruhjaya Pas 3, ‘Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan’ yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai ‘Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia’ yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.
Jaringan PAS dan NGO Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata. Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu ‘hint’ awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa. Keberkesanan pendidikan rendah PAS Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam. Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara ‘bil hikmah’ melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI. Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan. Rintangan seteru politik Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang. Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat. Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut. Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu ‘orang besar’ masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk. Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik. Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat? Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung. Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau. Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai. Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian? Masalah setinggan Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan ‘zero setinggan’ walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya. Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi ‘front liner’ mempertahankan penduduk. Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya ‘menyayangi’ mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja. Isu PATI Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan. Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI. Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan. Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui. Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.
Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.
Penutup Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5557-analisis-pakatan-rakyat-menuju-pru-13-di-sabah
Pakatan perlu waspada taktik Umno BN alih isu |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 23 Sept: Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk bertindak secara lebih bijaksana dalam menghadapi teknik alih perhatian Umno Barisan Nasional (BN) supaya isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tidak ditenggelamkan begitu saja. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata muktahir ini, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Dalam menghadapi PRU yang semakin hampir, kata beliau, rakyat sedang dan akan bakal saksikan bagaimana media perdana akan menggiatkan usaha untuk mengalihkan perhatian mereka sehingga isu-isu utama yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat tenggelam dengan isu-isu yang sengaja diwujudkan. Katanya, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata Umno BN untuk lima dekad yang lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka. Selain mengalihkan perhatian, kata beliau sebenarnya tujuan asal BN sengaja mewujudkan isu ialah supaya rakyat lupa bahawa mereka perlu menjawab sesuatu isu besar yang dibangkitkan. “Teknik ini sentiasa digunakan tidak lain tidak bukan kerana BN mempunyai kuasa mutlak terhadap media perdana. “Dulu ia sememangnya berkesan, akan tetapi pada zaman teknologi sekarang keberkesanannya boleh dikurangkan secara drastik bergantung kepada kebijaksaan Pakatan Rakyat menghadapi teknik ini,” kata beliau. Menurut Tuan Ibrahim, media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu, antaranya ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Isu sedemikian, kata beliau sengaja diwujudkan oleh Umno BN untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran. Demikian juga, isu warga asing yang diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai GST yang akan dilaksanakan selepas PRU ke 13, isu akta yang akan menggantikan ISA. “Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk PRU ke 13 kerana ianya mempunyai impak kepada rakyat secara langsung,” kata beliau. Tuan Ibrahim juga mengingatkan walaupun ada-kalanya terpaksa jawab isu-isu yang sengaja dibangkitkan, namun pada masa yang sama para pemimpin Pakatan Rakyat harus terus menekankan isu-isu utama yang membabitkan rakyat sehingga BN terpaksa menjawabnya. “Oleh itu, dalam masa menjawab tuduhan dan isu yang sengaja diwujudkan, Pakatan Rakyat mesti lebih bijaksana mengambil peluang untuk mengungkit semula isu-isu utama ini supaya rakyat tidak hilang fokus dan terpengaruh dengan taktik alih perhatian BN,” nasihat beliau. Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menasihatkan Pakatan Rakyat untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi isu-isu yang sengaja dibangkitkan Umno BN. Ini kerana, katanya isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi mereka supaya terus berbalah dengan Umno BN dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit. Dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim turut menyeru Pakatan Rakyat untuk tidak terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi mengalih perhatian kepada isu sebenar yang sedang dihadapi rakyat dan menumpukan perhatian untuk memastikan seluruh jentera parti dapat menumpukan kepada persiapan akhir untuk pertarung PRU-13 dengan mengemaskinikan segala maklumat penting. Katanya, bilik gerakan mestilah dibuka segera, semakan daftar pemilih mesti dilakukan dan semangat pekerja-pekerja jentera parti mesti berada pada tahap optimum. Tambahnya, tindakan segera bagi mengesan kelemahan jentera dan pembekalan peralatan pilihanraya juga mesti disiapkan segera. “Kewangan dan dana pilihanraya mesti dikeluarkan dan dijana segera bagi melengkapkan peralatan asas yang perlu disediakan,” nasihat beliau. Selain itu, katanya gerak kerja rayuan undi, semakan daftar pemilih, peralatan pilihanraya dan cara penerangan isu-isu semasa semua parti mesti dilengkapkan sebelum parlimen dibubarkan. “Gunakan dana pilihanraya di semua peringkat sekarang, bukan setelah parlimen dibubarkan. Segala-galanya akan berubah bilamana parlimen bubar. “Untuk itu, jangan terpengaruh dengan isu yang sengaja diwujudkan bagi melekakan kita dari tugas sebenar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU akan datang,” nasihat beliau lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5563-pakatan-perlu-waspada-taktik-umno-bn-alih-isu
Ulasan Ketua Pembangkang : SPR tidak upaya laksana reformasi - Anwar
http://www.youtube.com/watch?v=LNmuMM_CmdU
PRU13: Orang kanan Najib dijangka kuasai NSTP |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Okt: Penyusun strategi media Datuk Seri Najib Razak, Abdul Jalil Hamid dijangka akan mengetuai New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mulai Isnin ini dalam usaha Umno menyusun semula unit-unit media miliknya menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka diadakan awal tahun depan, lapor The Malaysian Insider. Pengumuman penting mengenai urusan itu dijangka diumumkan hari ini susulan satu mesyuarat diadakan semalam. Difahamkan itu akan disusuli dengan perubahan dalam pasukan editorial menjelang akhir bulan ini. “Saya jangka akan ada pengumuman penting hari ini, lembaga pengarah akan membuat hari ini... itu yang saya dengar setakat malam ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider. NSTP antara lain mengeluarkan New Straits Times, New Sunday Times, Berita Harian, Berita Minggu dan Harian Metro serta Metro Ahad. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5946-pru13-orang-kanan-najib-dijangka-kuasai-nstp
Pemuda PAS Perak himpun jentera PRU-13 |
Harakahdaily |
IPOH, 15 Okt: Bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 pada bila-bila masa, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP) 2011 pada 27 November ini. Himpunan yang akan diadakan di Parit Buntar itu akan mengumpulkan seluruh jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak seluruh negeri yang bertemakan 'Gelombang Kuning' bagi menyediakan petugas Pemuda PAS kelak. Untuk persiapan rapi, Pemuda PAS Perak telah melancarkan Tabung Khas Dana HEMPAP 2011 yang telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Perak Ustaz Shuib Din, di dalam program Liqa' Fikri Pemuda PAS Perak hari ini. Hadir sama bagi melancarkan tabung khas ini ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Naib Ketua Pemuda PAS Perak, Mohd Khairie Jamaludin dan Setiausaha Pemuda PAS Perak yang juga Pengarah HEMPAP 2011, Salman Saleh. Himpunan besar ini mensasarkan peserta lebih 10,000 orang Pemuda PAS Perak yang turut dihadiri pimpinan tertinggi Parti. Sebarang sumbangan untuk HEMPAP 2011 ini bagi meringankan kos bagi himpunan tersebut, boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama 'Perak Care' no akuan 5580 1500 1720. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5998-pemuda-pas-perak-himpun-jentera-pru-13
Kekalkan perpaduan hadapi PRU13 |
Muhammad Faizal |
AMPANG, 14 Nov: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti perlu memastikan perpaduan antara kaum dikekalkan. Beliau yang berucap sewaktu perasmian bilik gerakan utama pilihanraya Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa hari ini memberitahu selain perpaduan kaum setiap jentera perlu bekerja keras bagi memastikan setiap undi di perolehi dari setiap penduduk. "Kalau kita ingin memastikan kemenangan pada PRU13 nanti perkara utama adalah kekalkan perpaduan kaum dan adakah kita sudah pasti perpaduan kaum ini telah kita patuhi sepenuhnya. "Ingat Malaysia milik semua dan jangan hanya kita pentingkan diri sendiri, kita jangan ikut apa yang Umno lakukan kerana mereka hanya memperjuang satu kaum sahaja malah tidak menghiraukan kaum lain," jelasnya. Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh meminta setiap jentera perlu kerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan setiap undi diperolehi dari mereka yang berdaftar. "Selain perpaduan kaum perlu dipertingkatkan dalam masa yang sama kita kena kerja lebih kuat dalam memastikan undi menjadi milik kita. "Kita tahu apa yang telah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) lakukan yang mana terdapat peningkatan nama-nama baru di dalam daftar pemilih mereka, melihat dari apa yang berlaku kita akan rasa sukar untuk kita perolehi kemenangan tetapi kalau kita bekerja kuat itu bukan satu yang mustahil. "Peringkat atas setiap pemimpin akan bekerja tetapi saya harap peringkat jentera perlu pastikan kerja kita juga melebihi apa yang kita buat sebelum ini," sambungnya lagi. Dalam pada itu beliau juga telah mengumumkan kemasukan bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Brid. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab ke dalam PKR bagi memastikan kekuatan jentera parti pada pilihanraya nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6510-kekalkan-perpaduan-hadapi-pru13
JK khas teliti calon PAS untuk PRU-13 |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: PAS telah menubuhankan satu jawatankuasa khas bagi memilih dan menilai calon-calon yang bakal bertanding pada pilihan raya umum nanti. Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, anggota jawatankuasa itu terdiri daripada anggota parti di peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti. "PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti," katanya dipetik Bernama. Beliau yang Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran Ilmu di Kota Baharu hari ini. Menurutnya, PAS berhati-hati dalam melilih calon dan penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar layak dan memenuhi kehendak rakyat. Beliau berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6581-jk-khas-teliti-calon-pas-untuk-pru-13
Jejak Anak Muda dekati pengundi muda |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 22 Nov: Pemuda Pakatan Rakyat hari ini bersepakat untuk melancarkan Jejak Anak Muda (JAM) yang akan dimulakan pada Disember ini bagi mendekati hati pengundi muda di seluruh negara. Bercakap pada satu sidang media di Ibu Pajabat Keadilan, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akim memberitahu Pemuda Pakatan Rakyat akan melaksanakan satu program mendekati pengundi muda di seluruh negara. "Kita telah bersetuju untuk melancarkan satu program Jejak Anak Muda (JAM) pada bulan Disember nanti bagi usaha untuk mendekati pengundi-pengundi muda serta matlamat kita dalam menyampaikan info-info terkini berkenaan dengan usaha Pakatan Rakyat. "Program JAM akan kita lancarkan selepas retreat Pemuda Pakatan Rakyat di Johor nanti iaitu sebelum berlangsungnya Kongres AMK," jelasnya. Shamsul juga memberitahu konsep JAM itu akan dilakukan menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi mahupun keretapi. "Kita akan bergerak menggunakan kenderaan awam, kerana apa yang kita semua ketahui bahawa golongan pemudalah yang paling ramai menggunakan pengangkutan awam dan inilah cara terbaik untuk kita merasai sendiri apa yang mereka alami selain dari kita menyalurkan maklumat kepada mereka. "Untuk permulaan kita akan fokus pada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan selepas itu kita akan memasuki negeri yang dimenangi oleh Barisan Nasional. Program ini akan berterusan sehingga tiba pilihanraya umum," sambungnya lagi. Tambahnya, program itu akan diketuai oleh pemimpin-pemimpin utama Pemuda Pakatan Rakyat selain dari jawatankuasa-jawatankuasa peringkat negeri. Dalam pada itu juga beliau memberitahu selain daripada program JAM, Pemuda Pakatan Rakyat juga telah menubuhkan Sekretariat Khas Pemuda Pakatan bagi membincangkan setiap isu untuk menghadapi pilihanraya umum nanti. Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari memberitahu pada pilihanraya nanti, golongan pemuda adalah penentu kepada pemenang parti yang bertanding. "Kita melihat pengundi muda akan menjadi penentu kepada menangnya parti yang bertanding dan satu yang luar biasa apabila pertambahan pengundi muda hampir dua juta. "Kepada parti yang dapat mengambil hati pengundi muda adalah satu kejayaan. Jadi saya melihat program JAM ini satu cara terbaik untuk kita mendekati mereka," katanya. Tambah Shamsul pula walaupun kita melihat sekarang sokongan pengundi muda berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi tanpa kita mendekati mereka secara terus akan dapat mengurangkan keyakinan mereka. Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut serta mesyuarat tersebut memberitahu sentimen pengundi muda sekarang ini memihak kepada Pakatan Rakyat. "Sokongan pengundi muda sekarang ini sudah memihak kepada Pakatan Rakyat dan kita tahu mereka mula beralih kerana melihat apa yang dijanjikan oleh Barisan Nasional terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanyalah pembohongan semata-mata. "Golongan muda melihat apa yang telah dijanjikan oleh Najib sebelum ini dengan agenda tranformasinya tetapi tiada satu pun dapat dimanafaatkan oleh pengundi muda. Apatah lagi dengan penangkapan tiga belas orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Mereka melihat kalau sebelum ini janji Najib terhadap pemansuhan ISA tetapi dengan penangkapan tersebut membuktikan jelas Najib tidak bercakap benar melainkan hanya ingin membohongi rakyat," jelasnya. Sebelum itu, mesyuarat tersebut yang diadakan di Ibu Pejabat Keadilan turut dihadiri Pemuda dari PKR, PAS dan juga DAP dalam mencari penyelesaian terbaik bagi menghadapi pilihanraya nanti. Pemuda Pakatan Rakyat juga mengucapkan tahniah atas kejayaan skuad Bola Sepak Harimau Muda yang telah berjaya mengalahkan Indonesia semalam dan mempertahankan pingat emas Sukan Sea. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6639-jejak-anak-muda-dekati-pengundi-muda
Adakah dakwat kekal digunakan pada PRU13? |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan adakah kerajaan dan Suruhajaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihanraya umum akan datang. Anwar semasa membahas usul laporan dan cadangan bagi memastikan pilihanraya bebas dan adil di Parlimen hari ini juga berharap kerajaan tidak akan menggunakan alasan bagi melengah-lengah penggunaan dakwat kekal itu. "Bila meneliti laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) saya melihat cadangan penggunaan dakwat kekal juga dicadangkan dan apa yang ini saya tekankan di sini adalah jaminan dari pihak kerajaan dan juga SPR. "Kalau sebelum ini Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat bercanggah dengan perlembagaan tetapi sekarang mengatakan tidak, saya sendiri tidak pasti yang mana satu betul dan boleh diterima pakai. "Malah kenyataan Ketua Polis Negara juga mengatakan dakwat keka boleh jadi senjata, itu kenyataan yang karut sama sekali. Jadi di mana jaminan kerajaan," jelasnya. Tambahnya lagi, intitusi-institusi di negara ini boleh dipermainkan semata-mata untuk melihat kepada sikap dan pendirian pemimpin politik. "Sebab itu semasa membahaskannya pada peringkat awal saya syorkan bahawa isu pilihanraya bebas dan telus ini bukan sahaja SPR atau PSC tetapi ia ada komitmen politik pimpinan negara. "Persoalan ketetapan yang dibawa oleh parlimen meluluskan beberapa cadangan dan bagaimana kita dapat pastikan ia dapat dilaksanakan dengan baik sebelum pilihanraya umum nanti. "PSC ini bersikap tegas memberi cadangan itu dan kita mahu ketetapan dari parlimen, pengeruis dan juga kabinet adakah ia akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ini yang perlu ditekankan," sambung Anwar lagi. Beliau juga berharap perkara ini perlu disegerakan dan Peguam Negara tidak perlu mengambil masa dua bulan untuk membuat kelulusan jika ia tidak bersangkut paut dengan soal perlembagaan. "Walaupun tidak semua tuntutan Bersih diterima tetapi sebahagian daripadanya telah dicadangkan oleh PSC tetapi mengulangi persoalan adakah ia dapat dilaksanakan segera. "Kalau hanya menyatakan ia akan dilaksanakan sebelum pilihanraya itu bagi saya bukan satu jaminan dan apa yang kita inginkan adalah menyatakan tarikh bila ia berkuatkuasa. "Penetapan tarikh ini akan mempermudahkan SPR mahu pun Peguam Negara membuat penetapan tanpa perlu dua bulan untuk kelulusan," jelasnya. Awnar menekankan penetapan tarikh penting kerana tidak mahu pada saat akhir selepas tarikh pilihanraya diumumkan pelbagai alasan diberikan mengenai penggunaan dakwat kekal tidak dapat dilaksanakan. "Kita mahukan tarikh perlaksanaan kerana tidak mahu mendengar alasan dari pihak kerajaan dalam menafikan penggunaan dakwat kekal itu. "Kerajaan, SPR mahupun Peguam Negara malah Parlimen perlu nyatakan pendirian segera perlaksanaannya," ucap beliau lagi. Sebelum itu Anwar menyambut baik tentang laporan yang dikemukakan oleh PSC dan berharap usaha baik cadangan tersebut disegerakan bagi memastikan pilihanraya akan datang lebih bersikap adil dan telus. Selain itu juga beliau berharap peruntukkan tambahan serta penambahan kakitangan diberikan kepada SPR bagi melancarkan pelaksanaan tersebut. "Selain menunaikan perlaksanaan itu saya menyeru jika kerajaan dan juga SPR ingin bersikap demokrasi maka pada pilihanraya nanti SPR perlu menjemput badan-badan bebas dari luar negara untuk menjadi sebagai pemerhati bebas semasa berlangsungnya pilihanraya nanti. "Kita lihat negara-negara lain sudah menjemput pemerhati bebas tetapi negara kita belum lagi melaksanakannya dan harap ia dapat dilakukan," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6815-adakah-dakwat-kekal-digunakan-pada-pru13
Pilihan raya umum Mac depan? |
Harakahdaily |
KUALA TERENGGANU, 27 Dis: PAS menjangkakan pilihan raya umum ke 13 akan diadakan Mac tahun depan dan mahu semua peringkat parti membuat persiapan terbaik. "Kali ini saya agak yakin berbanding dengan tarikh-tarikh sebelum ini," kata ahli politik veteran PAS yang juga Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali (gambar). Beliau berkata demikian dalam satu majlis makan malam dekat sini baru-baru ini. Beliau membuat andaian itu berdasarkan laporan media dan ramalan awal tentang status ekonomi negara. "Bagi saya, Umno akan timbang dua perkara kali ini sebelum mengadakan pilihan raya iaitu keadaan dalam Pakatan Rakyat yang sedang diserang. "Satu lagi, kedudukan ekonomi yang dijangka bermasalah tahun depan ekoran krisis ekonomi dunia khasnya di Amerika dan Eropah. "Sebelum Malaysia terasa kesannya, baik buat pilihan raya dulu," kata Mustafa dalam ucapannya itu. Sehubungan itu, beliau meminta semua organisasi dalam PAS membuat persiapan yang terbaik untuk menghadapi pilihan raya kali ini. "Najib sudah isytiharkan, ini adalah ibu kepada segala peperangan (mother of the batle), yang tidak pernah dirasai BN sebelum ini, jadi kita mesti membuat persiapan terbaik," katanya. Mustafa bersetuju, ramai pemimpin dan Umno sangat terpengaruh dengan teori R.A.H.M.A.N yang menghasilkan Datuk Seri Najib perdana menteri di kalangan Umno yang terakhir. Teori R.A.H.M.A.N adalah teori berdasarkan turutan perdana menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Husein, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib. Sehubungan itu, Mustafa meminta semua ahli PAS memberikan fokus sepenuhnya untuk memenangi pilihan raya kali ini khasnya di Terengganu. Bagi beliau, Umno Terengganu sudah terlalu kekeringan idea dalam menghadapi PAS sehingga terpaksa menimbulkan kembali isu yang sudah berlangsung puluhan tahun lalu iaitu isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman. Ia dibangkitkan dalam satu titah Tuanku Sultan Terengganu di sebuah masjid baru-baru ini yang antara lain kesal kerana masih ada pihak yang tidak bersembahyang di masjid kawasan masing-masing. Namun isu ini dijawab dengan mudah oleh penduduk kariah masjid Pengadang Baru dekat sini. Masjid Pengadang Baru adalah masjid kerajaan negeri tetapi jawatankuasa dan imannya di kuasai oleh pemimpin PAS tempatan. Ekoran itu, ramai pemimpin Umno tempatan tidak sembahyang termasuk sembahyang Jumaat di masjid itu. Antaranya adalah Pengerusi JKKK Pengadang Baru yang sembahyang di masjid lain iaitu Masjid Kubang Durian. (Dua orang kanak-kanak remaja menyampaikan sumbangan derma untuk dana pilihan raya kepada Datuk Mustafa Ali sambil diperhatikan Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar dalam majlis makan malam mengumpul dana Dun Ladang). Ekoran itu, Mustafa merumuskan Umno sudah kekeringan idea untuk melawan PAS. Oleh itu, pilihan raya ini disifatkan beliau sebagai masa terbaik untuk PAS merampas kembali Terengganu. Dalam pada itu juga, Mustafa Ali mengingatkan jentera parti agar tidak mengharapkan masalah ‘dalaman’ Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menang pilihan raya. Justeru itu, kata beliau PAS perlu mempunyai kekuatan sendiri bagi menarik sokongan pengundi dan rakyat seluruhnya. Menurutnya, meski pun Umno-BN menghadapi banyak masalah termasuk isu perbalahan dalaman parti itu tetapi bukan jaminan kepada PAS pada pilihan raya akan datang. “Kita (PAS) tidak boleh bergantung dengan isu Umno dan Barisan Nasional ‘berbalah’ (krisis) tetapi kena ada kekuatan kita sendiri,” tegasnya. Mustafa mahu jentera PAS di semua peringkat bekerja kuat bagi menambah serta memperkukuhkan daftar pemilihnya. Menurutnya, senario politik hari ini menunjukkan gelombang bukan Melayu Islam agak kuat menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7239-pilihan-raya-umum-mac-depan
Najib sukar umum PRU 13 kerana isu dalaman Umno |
Muhammad Yusri Amin |
TUMPAT, 30 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum berjaya menutup isu dan pendedahan yang berlaku dalam negara membabitkan kepimpinannya. Beliau berkata, terlalu banyak isu dan pendedahan yang Najib sedang cuba untuk menutup dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan. Justeru, katanya, disebabkan menghadapi isu-isu tertentu, maka sehingga kini Najib sukar untuk mengisytiharkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian sumbangan beg sekolah bagi pelajar Sekolah Rendah 2012 dalam Parlimen Tumpat di Surau Tuk Ayah Kg Laut dan di Surau Hidayah Pulau Seratus, dekat sini semalam. Sumbangan kewangan dan beg sekolah turut diberikan kepada 50 pelajar termasuk yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun 2011, anak yatim dan pelajar miskin.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, pendedahan demi pendedahan dapat diikuti hari ini walaupun ian datang daripada sumber-sumber belum dipastikan.
“Tetapi daripada maklumat-maklumat itu sudah tentu daripada pihak atau pun orang-orang dalaman termasuk kes bagaimana Timbalan Menteri Kewangan menerima kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun bank peribadinya tiap-tiap bulan. Beliau turut mengulas pembabitan keluarga Perdana Menteri dan mantan Perdana Menteri yang lalu dalam perniagaan, yang bukan saja berlaku semasa kepimpinan Abdullah Badawi, tetapi juga Dr Mahathir. “Begitu juga nampaknya dengan Datuk Najib di mana baru-baru ini anaknya terbabit dalam pembelian syarikat awam dan apabila dibangkitkan, isu itu ‘diredakan’. “Jadi ini bukan saja ciri Datuk Najib tetapi ciri pemimpin-pemimpin Umno yang ada,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7318-najib-sukar-umum-pru-13-kerana-isu-dalaman-umno
PRU 13: PAS yakin satu Sabah, satu Sarawak |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: PAS memberikan harapan penuh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Sabah dan satu lagi di Sarawak dalam pilihan raya umum nanti. (Sebahagian tetamu yang menyertai majlis PAS di Tawau...kebanyakan mereka adalah remaja.) Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru pulang mengetuai ekspedisi lima hari ke kedua-dua negeri itu. Beliau mengetuai rombongan Lajnah Penerangan PAS yang disertai 14 anggota lajnah itu termasuk timbalannya, Datuk Seri Nizar Jamaludin. Rombongan itu berada dua hari di Sarawak iaitu 28 dan 29 Disember dan tiga hari di Sabah iaitu 30, 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2012. Di Sarawak, mereka ke Kucing, Miri dan Labuan manakala di Sabah mereka ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. (Tuan Ibrahim melaksanakan upacara belah mulut untuk seorang bayi di Sandakan.) Di Sarawak Tuan Ibrahim mengetuai rombongan ke Sandakan bersama Nik Zawawi Salleh dan Ustaz Idris Ahmad. Setiausaha Penerangan, Misbahul Munir Masduki bersama Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr Fadzli dan Salehin Mukhyi ke Tawau. Nizar pula bersama Ustazah Nuridah Salleh, Puan Salbiah Wahab dan Suhaimi Embong ke Kota Kinabalu. Kesemua anggota sempat memberikan ceramah kelompok, melawat pulau-pulau dan mendengar sendiri kelohan rakyat Sarawak di samping mengedarkan risalah parti di malam sambutan tahun baru. Suhaimi Embong pula mengendalikan bengkel ICT bagi membentuk soldadu cyber di Sabah dn Sarawak. "Berdasarkan sambutan yang sangat baik ini dan penerimaan mereka terhadap PAS terutama ekspedisi ini, kami yakin PAS dapat menghantar satu wakil dari Sabah dan satu dari Sarawak ke Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang," kata Tuan Ibrahim. PAS di jangka akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen di Sabah dan tiga di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang. (Pimpinan PAS Sarawak bersama rombongan Penerangan PAS Pusat bertemu dalam satu majlis taklimat di Kucing.) Bagaimanapun, perbincangan masih diteruskan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP. Pakatan pada dasarkan yakin, berdasarkan pencapaian mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, Pakatan akan menang 10 kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya umum nanti. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7364-pru-13-pas-yakin-satu-sabah-satu-sarawak
Raja Petra: Umno BN terdesak melampau |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Keterdesakan Umno dan Barisan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin terserlah dan jelas tidak boleh diselindung lagi. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, perkiraan Najib untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum dalam tempoh terdekat ini bakal mengundang padah yang besar bagi dirinya dan isteri beliau, Rosmah serta pada keseluruhan parti usang Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, umum mengetahui bahawa strategi serangan terhadap Anwar Ibrahim adalah usaha terus-terusan Umno dan Barisan Nasional, dan menghumban Anwar ke dalam penjara dianggap bakal memberi sedikit nyawa untuk mereka terus wujud dan merompak harta rakyat dan Negara.
Terbaru sekali, ujarnya adalah kepolokkan Utusan Malaysia dan Berita Harian, media pembohong milik Umno yang cukup pantas memetik dan memperbesar kenyataan Raja Petra Kamaruddin tentang fitnah dan tohmahan kes salah laku seks terhadap Anwar Ibrahim di muka hadapan akhbar masing-masing. “Umum tidak harus lupa bahawa Raja Petra Kamaruddin, yang kini semakin diketahui sebagai ‘blogger upahan Umno’ juga pernah membuat kenyataan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan kejam model Mongolia Altantuya Shariibu tidak lama dahulu yang walaubagaimanapun, sememangnya dan tentunya tidak dilapor langsung oleh akhbar-akhbar ini,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, fitnah pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim yang selama ini menjadi ancaman kepada Najib dan Rosmah bakal diputuskan oleh Mahkamah Tinggi tanggal 9 Januari ini. “Terdesaknya Umno adalah apabila belum apa-apa, hasrat rakyat kebanyakan untuk keluar memberi sokongan kepada Anwar terus dianggap sebagai cubaan mencetuskan huru-hara,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Machang. Menurutnya, harus ditekankan bahawa Anwar Ibrahim merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. “Sebagai seorang pemimpin politik, tentunya beliau mempunyai pengikut dan penyokongnya,” katanya.
Kehadiran pengikut dan penyokong Anwar dan anggota-anggota PKR bagi menunjukkan sokongan terhadap beliau tidak harus dianggap sebagai cubaan menghuru-harakan negara.
Dari nada pimpinan Umno dan media milik Umno berhubung perkara ini kebelakangan ini serta dari pengalaman lampau, beliau dapat menjangka bahawa Umno sendirilah yang akan mencetuskan provokasi pada hari tersebut. “Saya sekali lagi menyeru kalangan anggota dan penyokong parti untuk berhati-hati dan tidak terjebak dengan perangkap Umno dan Barisan Nasional yang ingin menjadikan 9 Januari ini suatu hari hitam dalam diari perjuangan kita,” ujarnya.
Tambahnya, nyata keterdesakan Umno dan Barisan Nasional untuk terus mengekang dan memadam kebangkitan rakyat telah menjangkau ke tahap kritikal.
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7363-raja-petra-umno-bn-terdesak-melampau
P'raya selepas kerja JK Parlimen selesai - Kadir Sheikh Fadzil |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar 'tidak kalut' untuk mengadakan pilihan raya seawal Mac tahun ini. Sebaliknya kata beliau, Najib sewajarnya menunggu Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya selesai melaksanakan tugas mereka terlebih dahulu dan segala syor mereka dilaksanakan sepenuhnya. Jika Perdana Menteri membuat pilihan raya awal tanpa menunggu jawatankuasa yang dibentuknya selesai menjalankan tugas, orang ramai akan mempertikaikan langkah beliau itu dan menganggap beliau menipu. Oleh itu, katanya, Perdana Menteri perlu memastikan jawatankuasa itu selesai menjalankan tugas mereka selepas beliau sendiri melantik mereka sebelum ini. Bekas menteri penerangan dan pelancongan itu berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan Harakahdaily semalam. "Setakat ini baru cap jari (dakwat kekal), benda kecik sahaja, benda-benda pokok belum buat lagi. "Kita ada masa, parlimen ini sampai April 2013, apa duk kalut sangat. Tabur duit merata-rata nak buat pilihanraya bulan Mac," katanya. Sambil mengingatkan Najib bahawa sekarang sudah tahun 2012, rakyat zaman ini sudah pandai menilai dan tidak boleh lagi diperbodohkan, kata beliau yang juga Timbalan Presiden NGO Angkatan Amanah Merdeka (Amanah). Antara lain katanya, keperluan rakyat kepada media yang adil dan bebas, bukan melaporkan sebelah pihak seperti sekarang ini. "Harakah misalnya, mewakili setengah daripada orang Melayu di Semenanjung. "Dia mintak permit nak buat akhbar (harian) ni dah 50 tahun dah, tak bagi juga. Kalau saya ada kuasa saya bagi," katanya lagi. Selain itu, beliau juga mengingatkan kerajaan BN pada hari ini agar matang dan tidak lagi menggunakan taktik kotor untuk menang pilihan raya termasuk amalan membeli undi. "Saya sendiri pernah diberi satu longgok cash suruh saya edar. Pembelian undi secara-terang terangan dua tiga hari sebelum pilihan raya. Berjuta-juta duit diedar cara besar-besaran. "Ramai orang kelabu mata bab duit ni, tapi tak usah buat dah la, hodoh sangat dah," katanya sambil menyeru BN bertanding secara 'gentleman'. Video wawancara akan menyusul. Sidang Media : http://www.youtube.com/watch?v=L2CVyKTnQ0Y |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7418-praya-selepas-kerja-jk-parlimen-selesai-kadir-sheikh-fadzil
Bersiap hadapi ibu pilihan raya |
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com |
Apapun pergolakan atau peristiwa yang berlaku dan akan berlaku dalam waktu terdekat ini, sewajarnya tidak membantutkan persiapan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang. Ini kerana PRU Ke-13 ini, yang dianggap ‘ibu segala pilihan raya’ di Malaysia, akan menentukan sama ada Barisan Naional akan berkuasa kembali atau Pakatan Rakyat akan memerintah Puterajaya. Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengatakan bahawa “sama ada saya dipenjarakan atau dibebaskan oleh mahkamah pada 9 Januari ini tidak penting, yang penting ialah meneruskan perjuangan hinggah Pakatan Rakyat menang dalam piluhan raya umum kali ini.” Beliau mengulangi, keputusan sama ada beliau dipenjarakan atau tidak, tidak penting, namun apa yang dinantikan adalah keputusan rakyat dalam menilai dan membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang untuk merubah kerajaan. Untuk mencapai kemenangan dalam PRU Ke-13, Pakatan Rakyat sewajarnya membuat persiapan paling rapi, strategi dan bacaan politik yang tepat dan dalam masa yang sama berazam dan bertawakkal kepada Ilahi, justru pada akhirnya segala keputusan di tangan-Nya. Dari pelbagai laporan yang diterima, khusunya dri negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Persiapan berjalan lancar. Petugas parti-parti dalam Pakatan Rakyat bertungkus lumus, siang dan malam membuat persiapan dalam semua aspek. Misalnya, PAS Selangor sudahpun melancarkan program ‘Semarak Hijau’ di beberapa kawasan di Selangor untuk memugar pengundi agar menyokong Pakatan Rakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Program berterusan ini yang dikendalikan oleh pengarahnya, Ir. Izham Hashim yang juga Bendahari PAS Selangor, boleh dikatakan telah mencapai matlamat, di mana, menurutnya, sudah ada perubahan pemikiran di kalangan rakyat – khususunya di luar bandar, termasuk di rancangan Felda. Mereka bukan lagi penyokong tegar Umno/BN, tetapi sudah ada yang menunjuklkan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Negeri Selangor yang kaya dan ternama itu, walaupun menghadapi pelbagai cabaran, serangan pelbagai bentuk dari musuh politik Pakatan Rakyat, namun pemerintahannya yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim masih kukuh dan diterima oleh rakyat kerana telah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat Selangor. PAS Negeri Johor pula sedang melancarkan jentera dan program untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Sambutan Ulangtahun PAS Peringkat Negeri Johor yang telah diadakan di Dataran Haji Mardi [Dewan Marwan Al Hakam] Ayer Hitam, Johor baru-baru ini telah dihadari oleh lebih 3,000 orang. PAS negeri itu memutukan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Persuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, mereka ‘menyerahkan’ lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada pilihan raya umum lalu kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). "Kesemua kerusi itu adalah kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit," katanya lagi. PAS Johor, katanya, membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan DUN pada PRU13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 DUN pada PRU 2008. Kata beliau, senarai calon dari PAS Johor yang akan bertanding pada PRU13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui dan diluluskan oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat. Sementara itu, PAS/Pakatan Rakyat Negeri Kedah juga telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRU Ke-13 dengan fokus utama mempertahankan kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lalu. Dalam masa yang sama berusaha keras untuk menawan kerusi yang tewas di tangan BN dalam PRU yang lalu. Ini adalah keazaman pimpinan Pakatan Rakyat Negeri itu. PAS sendiri, yang memimpin kerajaan negeri itu telah melaksanakan pelbagai program untuk rakyat dalam pelbagai bidang. Walaupun menghadapi pelbagai tohmah dari Umn/BN, namun kerajaan pimpinan Datuk Seri Azizan Razak itu berjaya mematahkan tuduhan itu. Di negeri yang belum diperintah oleh Pakatan Rakyat – Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak, jentera pilihan raya Pakatan telahpun digerakkan. Pemimpin Pakatan terus memantau persiapan. Mereja silih berganti ke Sabah dan Sarawak untuk mempatikan jentera pilihan raya Pakatan Rakyat berjalan lancar. Dari tinjauan yang ada, menunjukkan negeri-negeri yang dulunya bukan di bawah Pakatan Rakyat sangat sukar bertapak sudah menunjukkan perubahan. Tetapi kini negeri-negeri tersebut tidak boleh lagi dianggap sebagai negeri ‘simpanan tetap’ Umno/BN. Ini adalah perubahan yang amat ketara termasuk di negeri Johor, yang selama ini dianggap sebagai kubun Umno. Dari tinjauan yang dibuat, menunjukkan perubahan sikap rakyat Johor sangat ketara. Isu rasuah, skandel projek lembu, isu tanah rancangan Felda, isu pelabur asing mendominasi negeri Johor, isu pemimpin Umno/BN hidup bermewah-mewah dan lain-lain diperkatakan dengan meluas dan terbuka di mana-mana oleh rakyat negeri itu. Ini menyebabkan rasa benci mereka terhadap Umno/BN. Sementara itu Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan konvensyen yang bertema ‘Bersihkan Malaysia’ pada 13 dan 14 Januari ini di Alor Setar, Kedah dengan memberikan fokus khusus kepada pembentukan manifesto pakatan itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam Konvensyen terebut, pimpinan Pakatan Rakyat akan membincangkan beberapa isu pokok yang akan menjadi asas kepada manifesto Pakatan Rakyat, selain yang tertera dalam Buku Jingga. Ia adalah manifesto utama yang terus menjadi pegangan dasar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang. Isu-isu yang menjadi fokus dalam konvensyen selama dua hari itu antara lain melibatkan perkhidmatan awam, mahasiswa dan juga isu-isu federalisme. Konvensyen sebelum ini diadakan di Selangor dan Pulau Pinang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/7446--bersiap-hadapi-ibu-pilihan-raya
PRU13: Sebelum nasi menjadi bubur
Penggunaan dakwat kekal yang akan dikuatkuasakan pada PRU-13 nanti hanyalah bertujuan untuk mengelakkan pengundian lebih dari sekali. Tetapi bagaimana pula dengan pungundi yang hanya mengundi sekali sahaja tetapi dia sebenarnya bukan seorang warganegara Malaysia yang sah? Atau pengundi yang sudah mati boleh kembali mengundi oleh mereka yang bukan warganegara Malaysia? Inilah yang berlaku jika daftar pemilih tidak dibersihkan 100% seperti yang dituntut oleh Bersih 2.0.
Ternyata daripada bukti-bukti yang diperoleh daripada sumber-sumber yang sahih, terdapat 'double standard' dan percanggahan maklumat di antara pengkalan data (database) SPR di dalam website dengan pengkalan data SPR versi CD dan lainnya. Bagaimana seseorang individu yang bernama tempat seperti Balai Polis "X" atau Kampung "Y" juga boleh didaftarkan sebagai pengundi? Dan banyak lagi isu-isu pelik bin ajaib yang dikaitkan dengan daftar pengundi SPR tersebut masih menjadi ribuan misteri.
PSC bagi penambahbaikan pilihanraya sepatutnya bertindak untuk melantik Mimos Berhad atau mana-mana badan IT yang bebas daripada sebarang pengaruh politik untuk mengkaji tahap kebolehpercayaan data-data yang tersimpan dalam daftar pemilih SPR tersebut sehingga ia dijamin 100% bebas daripada data-data yang diragui serta 100% tidak bercanggah dengan data yang tersimpan di dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Proses verifikasi di atas amatlah diperlukan bagi menjamin proses pilihanraya yang 100% bersih, dan telus daripada sebarang penyalahgunaan data oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan tidak yakin dengan kemenangan mereka di dalam PRU-13 nanti. Sesuatu perlulah dilakukan sekarang sebelum segalanya sudah terlambat seperti nasi sudah menjadi bubur.
Pemuda Prihatin,
Rawang Selangor
Sumber HD : 13/01/2012

PRU-13 paling sengit untuk BN
Rizal Tahir, | 13 Januari 2012 |
KOTA BHARU, 13 Jan: Umno dan BN tidak mampu mengekang kebangkitan rakyat yang luar biasa khususnya untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13, apa lagi kekuatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat semakin padu.
Justeru itu, PRU Ke-13, dilihat sebagai pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah negara apabila BN bakal menerima tentangan tiga gabungan parti yang semakin hebat, PKR, PAS dan DAP.
Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri, PKR Kelantan, Muhammad Hisomuddin Bakar berkata demikian, ketika mengulas kedudukan PR selepas pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam kes liwat.
Katanya, rakyat kini sudah membuat pilihan sendiri siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri dalam pilihanraya umum akan datang.
“Kita melihat trend rakyat kini yang inginkan perubahan sudah tidak boleh dikawal oleh pihak kerajaan lagi mahupun melalui media masa milik mereka,”ujarnya.
Menurutnya lagi, kebangkitan rakyat yang dapat dilihat sewaktu berhimpun dalam kempen pembebasan Anwar 901, hanyalah sebahagian perubaan mood rakyat ketika ini.
Tegasnya lagi, BN kini terpaksa berhadapan dengan gabungan Pakatan Rakyat yang paling kuat dalam sejarah penubuhan PR itu sendiri.
Tegasnya, semasa PRU 12 (2008), PAS dan PKR sahaja, DAP langsung bersendirian, manakala semasa PRU 11 (2004) pula DAP hanya rapat dengan PKR sahaja.
"Kini ketiga-tiganya amat rapat sekali terutama dengan apa yang diperlihatkan dalam setiap kali konvensyen Pakatan," katanya.
Esok Pakatan akan mengadakan konvensyen ke 3 di Alor Setar. Konvensyen pertama di Shah Alam (Kerajaan negeri pimpinan PKR), kedua di Pulau Pinang (kerajaan negeri pimpinan DAP) dan kini di Alor Setar (kerajaan negeri pimpinan PAS).
“Untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum nanti, dengan sistem parti yang rosak, korupsi, dasar kerajaan yang tidak membela rakyat seharusnya ditangani secara khusus agar rakyat mengetahuinya,”ujarnya lagi.
PKR Kelantan sendiri misalnya semakin kuat khususnya dalam hubungan dengan PAS.
Sambungnya, kehadiran yang begitu ramai penyokong PR pada majlis Anwar di Machang sebelum keputusan dibuat oleh mahkamah, membuktikan sokongan rakyat terhadap PR dan Anwar semakin besar.
Selain sokongan rakyat yang terbaik untuk Pakatan, PRU 13 juga bakal mencatatkan keadaan BN yang paling teruk ekoran kehancuran satu persatu tiang-tiang untuk parti komponen BN.
BN kini seolah-olah ada Umno sahaja selepas MCA, MIC dan Gerakan sedang teraba-raba mencari arah manakala Umno pula saban hari menyusankan rakan komponen mereka.
Bukan sahaja di Semenanjong, rakannya Umno di Sabah dan Sarawak juga menghadapi masalah yang sama.

Rosmah jejas persiapan PRU-13 Najib?
Wan Nordin Wan Yaacob, | 27 Jan 2012 |
Analisis
Isu kemewahan hidup isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hangat kembali dan terkini isu perbelanjaan mewah Rosmah semasa di Sydney, Australia didedah akhbar negara itu.
Meskipun sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang giat dalam program turun padangnya ke negeri-negeri bagi mempersiapkan jentera pilihan raya, namun pendedahan Sydney Morning Herald menjejaskan imej Najib.
Satu artikel dalam akhbar Australia Sydney Morning Herald tulis kolumnis Andrew Hornery yang menggelar Rosmah sebagai "First Lady of Shopping' kerana dikatakan telah membelanjakan RM300,000 membeli-belah di butik mewah pereka fesyen di Sydney, Carl Kapp.
Kolumnis itu dalam satu kenyataanya mempertahankan dakwaannya bahawa Rosmah membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.
"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?
"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya.
Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.
Sebelum ini, Rosmah ada menyatakan penafiannya tentang dakwaan itu dan menggelarkan dakwaan itu sebagai satu tuduhan liar.
Rosmah mendapat perhatian masyarakat sejak Najib menjadi Perdana Menteri.Kehidupan mewahnya diperkatakan khalayak selain didakwa banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat Najib dalam isu-isu dasar kerajaan.
Ramai yang tidak senang dengan kelibat Rosmah selaku wanita pertama yang dilihat terlalu menonjol bukan dengan imej positif, sebaliknya dengan imej yang menggoyahkan imej Najib.
(Rosmah dengan pelbagai gaya beg mewahnya)
Isu perbelanjaan mewahnya semasa menginap disebuah hotel di Dubai seperti yang didedahkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali turut menjadi bulana umum.
Azmin mendakwa, kos penginapan Najib dan Rosmah di hotel mewah Atlantis di Dubai lebih RM100,000 hanya untuk semalaman.
Rakyat turut dimaklumkan, jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isterinya dari tahun 2008 hingga 2011 iaitu dimana mereka membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011.
Memetik keratan sebuah akhbar Australia pula, seorang wanita Pertama yang tidak dinamakan turut membelanjakan A$150,000 (RM487,000) bagi membeli mutiara di gedung mewah di sana.
Kesempatan membeli belah itu diambil ketika Najib dan isterinya, yang juga menggelarkan dirinya ‘Wanita Pertama Malaysia’ berlepas ke Perth untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).
Antara yang turut serta dalam delegasi berkenaan ialah Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan Presiden PPP, Datuk M Kayveas.
Ekoran daripada itu, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor yang sebelum ini dikatakan membeli cincin berlian berharga RM24 juta, terus menerima kritikan.
Dalam pada itu, pada 31 Ogos lalu, Najib dilaporkan sebuah akhbar telah bercuti ke Perth (Australia) dengan menaiki pesawat rasmi Kerajaan Malaysia nombor pendaftaran 9M-NAA.
Menurut laporan tersebut, pesawat tersebut yang berlogokan 1Malaysia dimiliki oleh Jet Premier One (M) Sdn Bhd, anak Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) iaitu sebuah entiti milik Kerajaan Malaysia melalui pegangan saham oleh Khazanah Nasional Bhd.
Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.
Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.
Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat."
Rosmah juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan kemasukan cincin buatan Jacob & Co pada harga RM24 juta.
Kemasukan barangan diatasa nama Rosmah Mansor itu didedahkan oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharim yang katanya mendapat maklumat daripada sumber Kastam.
Rosmah menafikan pembelian cincin itu dan menyatakan ianya sekadar untuk pameran sulit di suatu lokasi yang dirahsiakan dan telahpun dihantar ke Singapura.
Walaupun Rosmah menafikannya, namun hingga kini perisytiharan keluarnya barangan itu kononnya ke Singapura masih menjadi tandatanya.
Selain itu, Ketua Wanita KeADILan, Zuraida Kamaruddin pula ada mendedahkan dakwaan kononnya Rosmah memperoleh wang bagi membeli sekurang-kurangnya 11 beg tangan mewah jenama Birkin.
Zuraida berkata, sekiranya anggaran kasar, Rosmah membelanjakan minima RM638,000 hingga maksima RM5,192,000 untuk membeli beg tangan berkenaan.
Kini nama Rosmah meniti semula dibibir masyarakat selepas Shahrizat 'remuk' dibelasah kerana skandal kelemahan projek NFC yang dikendalikan oleh suaminya, Dato' Seri Mohammad Salleh.
Rosmah dilihat sukar berperang dengan akhbar luar negara apabila setiap dakwaan yang dihadapinya hanya mampu dinafikan tanpa mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berpengkalan di Sydney itu.
Apakah sebenarnya yang berlaku, pastinya tindakan 'penafian' tidak cukup untuk menggambarkan Rosmah benar-benar tidak melakukan apa yang didakwa akhbar Sydney itu.
Sebaliknya seperti kata Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Rosmah harus mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan, dan sekiranya tidak, ia mendatangkan interpretasi bahawa dakwaan akhbar itu benar.
Lebih penting lagi, apakah serangan ke atas Rosmah ini sebenarnya menggugat 'nama baik' yang sedang dirintis Najib bagi menghadapi pilihan raya umum, ramai veteran Umno-BN melihatnya sebagai suatu 'beban' kepada Presiden Umno itu.
Rakyat sedang menantikan tindakan Rosmah mahupun Najib, dan ramai yang mahu agar isu itu bukan sekadar dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa siasatan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jika gagal diatasi, ianya pasti boleh merencatkan keghairahan Najib dalam menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13.
Sumber HD : 27/01/2012

PRU13: Sukarelawan Komas pantau 'kerusi panas'
Harakahdaily, | 10 Feb 2012 |
PETALING JAYA, 10 Feb: Pusat Komuniti Masyarakat (Komas) menubuhkan satu pasukan sukarelawan bagi memantau pilihan raya umum ke -13 di seluruh negara dengan kempen 'Jom Pantau'.
Penyelaras Komas bagi program kewarganegaraan dan pendidikan pengundi, Arul Prakkash berkata, pasukan sukarelwan tersebut akan memantau 20 kerusi yang dikenal pasti mungkin terdedah dengan penipuan.
Beliau berkata, kerusi-kerusi berkenaan adalah di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak, tetapi senarai itu belum dimuktamadkan lagi.
"Kita akan mula memantau keadaan di kerusi berkenaan sebaik sahaja mereka membubarkan Parlimen dan menyenaraikan kesalahan pilihan raya yang mereka lakukan, sekiranya ada," katanya pada sidang media di pejabat Komas hari ini.
Menurutnya, Komas akan bekerjasama dengan “Malaysian Election Observer Network (MEO-Net), Southeast Asian Centre for e-Media (SEACEM), National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) dan BERSIH 2.0 bagi menjalankan pemantauan.
Sehubungan itu, Komas mengalu-alukan orang ramai untuk melaporkan kes-kes penipuan dalam pilihan raya dan mereka akan menyiarkan di laman web selepas membuat pengesahan.
"Kami amatlah memerlukan sokongan rakyat dalam memantau pilihanraya yang akan datang. Khususnya, segala kesalahan yang berlaku semasa pilihan raya dijalankan.
"Setiap warganegara Malaysia haruslah mengetahui proses pilihanraya, kesalahan yang dilakukan dan apakah maksud sebenar pilihanraya bebas, adil dan bersih di Malaysia," katanya.
Jelas beliau juga, kriteria untuk mengenal pasti 'kerusi panas' adalah kawasan yang mempunyai ahli-ahli politik berprofil tinggi sebagai calon, kali terakhir dimenangi dengan majoriti tipis, mempunyai jumlah pengundi pos yang ramai dan peningkatan yang mendadak dalam pengundi berdaftar
Sumber HD : 10/02/2012

Lawatan Presiden PAS fokus kerusi ditandingi
Hazayani Zakaria, | 14 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Ahli khususnya jentera pilihan raya PAS negeri diseru turun ke program sehari misi menawan Negeri Sembilan, 19 Februari ini yang akan dirasmikan oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Taufek Abdul Ghani berkata, program itu sempena lawatan kerja sehari ke negeri itu bagi memantau persediaan terakhir PAS.
"PAS Negeri Sembilan mengatur pelbagai program sempena lawatan Presiden ini.
"Paling penting, Presiden akan menyampaikan amanat khusus bagi menghadapi pilihan raya umum," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Taufek juga, Presiden dijangka mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang dikenal pasti akan bertanding di samping mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin PAS negeri dan Jabatan Pilihan raya Negeri (JPN).
"PAS sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan jadi Presiden akan fokus ke kawasan-kawasan tersebut," katanya.
Berikut ialah tentatif program lawatan rasmi Presiden PAS ke Negeri Sembilan:

Masa | Program | Tempat |
07:45 pagi | Kuliah Dhuha dan Majlis Pelancaran ”Majlis Ilmu” dan sarapan pagi bersama Presiden PAS. | PASTI Wildan (Sebelah Masjid Ampangan), Jalan Jelebu. |
09:30 pagi | Majlis Pelancaran “Dokumen Negara Berkebajikan” dan Manifesto Pakatan Rakyat NS ”Prihatin Rakyat” | Kuala Pilah. |
12:30 t/hari | Jamuan bersama rakyat ~ Ucapan Yang DiPertua PAS Kuala Pilah ~ Ucapan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang | Dataran Dioh, Kuala Pilah. |
04:45 ptg | Minum Petang bersama peneroka Felda Di Felda Raja Alias 4. ~ majlis serahan bantuan peneroka miskin | Rumah YDP PAS Jempol, Felda Raja Alias 4, Bandar Baru Serting. |
7:30 malam | Solat Maghrib | Masjid Senama, Chembong. |
8:00 malam | Jamuan bersama rakyat ~ Ucapan Yang DiPertua PAS Rembau ~ Ucapan Presiden PAS | Kampung Batu, Rembau. |
10:30 malam | Ceramah Perdana ~ Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ~ Mohd Taufek Abdul Ghani ~ Dato’ Kamarul Baharin Abbas ~ Anthony Loke Siew Fook | Kg Tengah, Batu 8, Labu. |
Sumber HD : 14/02/2012
Apa yang boleh anda sumbangkan untuk PRU13
16 Feb 2012 |
Kolum Kesatuan Fikrah adalah wadah untuk rakyat memperlihatkan kepelbagaian idea daripada lapisan-lapisan pemimpin PAS, dari yang veteran ke pemuda dalam isu-isu hangat yang membelungi negara kini.
Mewakili PAS Pusat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, suara ulama diwakili oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala suara pemuda diwakili Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanyakan kepada Abang Mat, Ustaz Tuan, Ustaz Nik Zawawi dan Ustaz Nasrudin, sila email kepada hdaily.kesatuan.fikrah@gmail.com
Minggu ini, mereka berempat berbicara dengan soalan berikut:
Apakah sumbangan yang anda dan ahli PAS boleh lakukan untuk kejayaan PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13?
Abang Mat:
Saya nasihatkan setiap ahli PAS hendaklah berjumpa untuk besembang, berdialog dengan bukan ahli PAS dan mengajak mereka membuat perubahan. Dengan memberikan contoh-contoh penyelewengan dan korupsi kerajaan BN, kita sama-sam memberitahu mereka untuk selamatkan negara dari muflis dan gantikan dengan negara berkebajikan. Saya juga sarankan agar ahli PAS menggunakan Buku Jingga dan Negara Kebajikan terbitan PAS untuk mendekati mereka.
Sementara itu, saya akan memokuskan usaha bersama parti PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengeratkan perpaduan antara parti dan ahli untuk berusaha membentuk kerajaan persekutuan dengan mengalahkan kerajaan BN di PRU-13 dan menzahirkan good governance dalam pemerintahan negeri dan juga persekutuan.
Ustaz Tuan:
PRU ke 13 adalah pilihanraya paling penting dalam perkembangan politik negara kerana umum akan melihat sejauh mana Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kemenangan di negeri yang telah dimenangi, serta perkembangan politik di negeri yang belum dimenangi.
Perubahan mood rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama serta pola politik dijangka mengalami perubahan menjelang PRU akan datang.
Senario ini menuntut peranan semua pihak bagi memastikan BN tumbang dalam PRU ini. Antara peranan yang boleh dimainkan ialah meningkatkan daftar pemilih pengundi baru dan membantu dalam memastikan pengundi luar khususnya di Lembah Klang kembali untuk mengundi pada hari pengundian nanti.
Di samping itu, rakyat perlu didedahkan dengan isu semasa yang berlaku yang mempunyai implikasi langsung ke atas rakyat, samada penyelewengan dana negara dalam isu NFC, teguran audit negara dalam pengurusan kewangan, isu Lynas, SPBA, penyenaraian Felda, penyalahgunaan dana zakat, dan lain-lain. Insya Allah semua ini dapat dilakukan saya bersama dengan jamaah PAS.
Ustaz Nasrudin:
Kejayaan dan kemenangan adalah suatu yang sangat didambakan, justeru itulah kita berjuang saban waktu tanpa henti. Kejayaan dan kemenangan tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha gigih dan kerja kuat dari pimpinan dan anggota parti.
Memburu kemenangan di dalam pilihanraya sebagaimana langkah ijtihad yang diambil oleh PAS di Malaysia sangat berbeza cara dan kaedahnya dengan memburu kemenangan di dalam medan perang sebagaimana langkah yang terpaksa diambil oleh Hamas di Palestin. Oleh kerana mereka dihadapkan oleh musuh [Yahudi] dengan senjata, maka pilihan yang ada pada rakyat Palestin untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan tanahair ialah juga dengan senjata.
PAS sebagai sebuah Gerakan Islam telah mengambil manafaat melalui ruang demokrasi lalu menyertai pilihanraya sejak tahun 1955 untuk menggerakkan kebangkitan rakyat melakukan perubahan secara aman di dalam negara tercinta ini.
Langkah berkesan ke arah memenangi pilihanraya terbahagi kepada 2 kategori utama.
Pertama: Kekuatan dalaman.
a] Bermula dengan hubungan erat antara kita dengan Allah swt. Tuhan yang akan menganugerahkan kemenangan kepada siapa jua yang Ia kehendaki. [ertinya memiliki aqidah perjuangan yang kental ]
b] Memperkukuhkan ikatan ukhuwwah fillah [ persaudaraan kerana Allah ] di kalangan anggota parti di semua peringkat termasuk pimpinannya.
c] Memiliki asas kekuatan strategi yang berkesan dan praktikal, dana kewangan dan keperluan material yang kukuh, serta penyusunan organisasi dan pengarahan gerak kerja yang terancang.
Kedua : Kekuatan Luaran
a] Bermula dengan akhlak dan syakhsiah [keperibadian] yang soleh dan terpuji yang akan menghubungkan kita dengan masyarakat [termasuk pengundi] . Termasuklah akhlak kita terhadap musuh politik agar terbentuk satu public relation yang baik, positif dan berkesan. Menawan hati dan mempengaruhi minda pengundi.
b] Keupayaan ilmu dalam pelbagai lapangan yang diperlukan oleh massa. Mengemukakan polisi dan gagasan yang menepati tuntutan semasa [kontemporary] serta kemampuan menguasai dan menjuarai isu rakyat. Skill ini tidak semestinya dimiliki pada individu tetapi apa yang lebih penting ialah kerja secara berpasukan [ Amal Jamaei ]
c] Membina jaringan dan hubungan luar dengan pelbagai pihak [engagement] yang melibatkan individu, ngo, parti-parti politik dan juga jaringan di peringkat antarabangsa.
Antara apa yang paling penting juga ialah mengurus persepsi namun dalam masa yang sama teguh bersama prinsip perjuangan. Saya suka dengan penegasan yang selalu digunakan oleh al Marhum Tuan Guru Hj. Fadhil Mohd Nor iaitu bersifat futuristik dalam perancangan, kontemporary dalam pendekatan dan fundamental dalam prinsip perjuangan.
Ustaz Nik Zawawi:
Ahli PAS dan saya boleh menyumbangkan tenaga dengan membantu parti untuk mengumpul dana sebanyak mungkin menjelang PRU-13.
Di samping itu, saya dan ahli PAS juga harus membantu parti dengan memperbanyakkan kempen berstrategik dengan turun ke padang dan berdialog dengan sasaran pengundi atas pagar dan pengundi luar yang bekerja di ibukota.
Selain itu, ahli PAS dan saya juga perlu mengeratkan hubungan PAS dengan NGO dan kerajaan negeri agar perjalanan kempen parti dapat digerakkan dengan lebih lancar dan bantuan luar yang tidak diduga.
Sumber HD : 15/02/2012

Pakatan selesai agih kerusi dalam masa terdekat
Harakahdaily, | 18 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 18 Feb: PAS yakin Pakatan Rakyat mampu menyelesaikan rundingan kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu seperti dilapor Merdekareview berkata, rundingan kerusi dengan PKR dan DAP telah hampir 80 peratus selesai dan tidak ada masalah jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.
"Boleh kata kalau dia panggil bubar parlimen minggu depan pun kita boleh selesaikan perkara ini. Insya Allah," katanya pada sidang media selepas forum berjudul "PRU13: Peranan Strategik dan Kritikal PAS menjayakan Roadmap Pakatan ke Putrajaya", anjuran Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) di Hotel Midah, dekat sini, hari ini.
Beliau bagaimana pun mengakui wujud beberapa pertindihan kerusi yang ingin ditandingi antara PAS dengan PKR dan DAP dengan PKR.
Mohamad berkata, PAS mungkin bertanding sekitar 80 kerusi berbanding 66 kerusi Parlimen ketika PRU12, dengan pertambahan kerusi dari Sabah dan Sarawak.
Menjawab soalan wartawan mengenai kerusi di Johor, beliau berkata Pakatan Rakyat tidak banyak mengusik status quo di negeri itu, dengan PAS bertanding lebih banyak kerusi di peringkat Dun, sementara PKR dan DAP lebih bertanding di peringkat Parlimen.
Sementara itu, beliau masih belum pasti akan bertanding atau tidak dan akur jika parti memutuskan beliau tidak bertanding.
Sumber HD : 19/02/2012

PRU13: PAS Melaka sedia tebus maruah
Zulkifli Sulong, | 19 Feb 2012 |
DURIAN TUNGGAL, 19 Feb: PAS Melaka dengan pimpinan barunya membuktikan mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum kali ini dengan lebih bergaya.
Ia dapat dilihat apabila Melaka menjadi negeri yang paling berjaya dalam persiapan dan sambutan terhadap Konvoi Penerangan PAS yang ke Melaka semalam.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menyerahkan sijil keahlian baru kepada salah seorang ahli baru PAS dengan ditemani Adly.)
Pekan Durian Tunggal yang biasanya aman dan tenteram penuh sesak dengan konvoi penerangan PAS, petang semalam.
Bepuluh-puluh buah kereta dan motor mengiringi Presiden dan Ketua Penerangan PAS ke pekan itu bagi menyertai majlis hi tea dengan penduduk tempatan.
Mereka yang menyertai majlis itu pula penuh sesak dengan pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India duduk bersama-sama mendengar pucuk pimpinan PAS bercakap kepada mereka.
"Saya rasa Melaka paling hebat sambutan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat yang memimpin konvoi menjelajah seluruh negara ini.
Melaka adalah negeri ke tujuh dalam siri konvoi menjelajah negara menjelang pilihan raya umum ke 13 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat.
Sebelum in mereka ke Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Jumaat lepas konvoi ke Negeri Sembilan.
Sambutan yang diterima konvoi ini di Melaka amat mengujakan pimpinan PAS yang menyertai konvoi ini kerana jangkaan mereka tidak sampai ke peringkat itu kerana Melaka antara negeri yang belum mempunyai sebarang wakil rakyat dari PAS.
Dalam pilihan raya umum lalu, PAS Melaka gagal memenangi sebarang kerusi walaupun paling banyak bertanding berbanding parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.
(Kanan: Tuan Ibrahim bertemu Mohd Ali Rustam di pasar malam Bukit Baru.)
Ketika membentuk kabinet selepas muktamar lalu, PAS telah melantik pesuruhjaya baru untuk Melaka.
Seorang tokoh muda PAS Melaka, Adly Zahari telah dilantik sebagai pesuruhjaya negeri itu.
Sejak itu, PAS Melaka menampakkan perubahan. Antara langkah awal yang dibuat beliau adalah mengupah satu badan profesional membuat kaji selidik tentang politik di Melaka.
Majlis Hi Tea bersama pimpinan PAS di Durian Tunggal petang semalam nampaknya antara hasil perubahan yang dibuat beliau dan pasukannya.
Turut diadakan semalam majlis penyerahan borang keahlian kepada ahli-ahli baru PAS yang menyertai parti Islam itu.
Ia disempurnakan sendiri oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan ditemani Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah itu.
Di majlis itu Abdul Hadi Awang memberikan penerangan yang jelas tentang negara berkebajikan yang menjadi hala tuju PAS kini.
Beliau juga menerangkan dengan jelas perjuangan PAS yang tidak membezakan antara bangsa-bangsa dan kaum di bawah pentadbirannya yang berasaskan Islam.
"Islam meletakkan bangsa-bangsa ini untuk berkenalan antara satu sama lain dan saling berhubungan antaranya bagi melengkapkan kehidupan manusia.
"Misalnya baju yang kita pakai dari kain, kain dari benang, benang dari kapas. Tidak semua orang boleh buat setiap benda itu melainkan ada pembahagian tugas dan tanggungjawab bagi setiap orang.
"Inilah yang melahirkan pelbagai bangsa itu kerana setiap kumpulan atau kaum mempunyai bidang dan kebolehan masing-masing. Jadi di sinilah lahirnya kerjasama," kata Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang.

PRU13: Tsunami kecil bakal berlaku di selatan
Anis Nazri, | 07 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS menjangkakan satu tsunami kecil akan berlaku di selatan tanahair pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar (gambar), berkata ia berikutan perkembangan politik terbaru yang menyaksikan kesedaran di kalangan rakyat semakin meningkat.
Selain sambutan baik terhadap program Pakatan Rakyat yang diadakan, tahap kesedaran di kalangan anak muda yang semakin meningkat turut memberi impak kepada Pakatan Rakyat.
"Lebih-lebih lagi, apabila terdapat anak muda yang bekerja di bandar yang menyampaikan maklumat kepada ibu bapa mereka, yang akhirnya dapat mengubah serba-sedikit pandangan mereka," jelas Zulkefly.
Katanya di Negeri Sembilan, komposisi penduduknya bercampur-campur, di antara pengundi Melayu, Cina dan India, khususnya di kawasan bandar.
"Kedudukan tersebut sebenarnya memberikan keselesaan kepada kita kerana masyarakat Cina seolah-olah menolak terus kepimpinan BN. Kalau unjuran dibuat, hari ini sokongan masyarakat Cina boleh meningkat sehingga 80 peratus, saya berkeyakinan Negeri Sembilan boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat," tegas beliau dalam wawancara dengan Harakahdaily.
Tambah beliau, di Negeri Sembilan, Pakatan Rakyat memerlukan lebih kurang empat kerusi untuk menang.
Manakala, kata Zulkefly, tujuh lagi kerusi yang kalah dengan majoriti 1,300 ke bawah memerlukan lonjakan tiga hingga lima peratus untuk menang.
"Mana-mana analisis politik mengatakan jika tiga hingga lima peratus lonjakan diperlukan, ia paling kritikal. Cuma, bagaimana kita memastikan perubahan itu terus berlaku," tegasnya sambil menekankan soal calon, gerak kerja dan strategi yang digunakan untuk mencapai kemenangan.
Tambah beliau, sokongan Melayu kepada Pakatan Rakyat juga tidak menurun, tetapi dilihat meningkat dan keadaan itu bukan sahaja di Negeri Sembilan, tetapi juga di Melaka dan Johor.
Di Johor, kata Zulkefly, suasana politiknya juga berkembang di mana beberapa kawasan parlimen dijangka boleh ditawan Pakatan Rakyat seperti Pulai dan Simpang Renggam.
"Jika di Simpang Renggam, komposisinya 55, 45 peratus. Kalau mereka undi kita 65 hingga 80 peratus, sudah tentu kita boleh buat lonjakan baru di Johor hingga Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa tidak semestinya BN akan terus berkuasa di Johor. Ia satu mesej yang jelas BN Johor bimbang," tegas beliau lagi.
Menjelaskan sambutan rakyat terhadap program Pakatan Rakyat, beliau berkata sebagai 'waiting government', PAS bekerja secara menyeluruh dengan melihat rakyat secara keseluruhannya.
Katanya, kesan dari turun padang yang dilaksanakan, sokongan di peringkat akar umbi dilihat meningkat dan banyak aduan berkaitan masalah setempat disampaikan terus kepada PAS.
Lebih menarik, tambahnya yang membuat aduan itu bukan hanya ahli PAS sahaja, tetapi juga ahli Umno.
"Saya sendiri banyak menyelesaikan masalah yang dihadapi ahli Umno. Baru-baru ini datang rakyat dari kawasan BN yang mengadu tentang nasib mereka yang tidak mendapat bekalan air. Jadi, kita tidak pandang parti. Kita cuba atasi segala masalah dan aduan rakyat apabila bekerja sebagai 'waiting government'," jelas Zulkefly.
Bagi menangani beberapa perkara berkaitan kuasa DAP yang dibimbangi menjadi penghalang masyarakat Melayu mengundi Pakatan Rakyat, Zulkefly berkata PAS menggunakan pendekatan penerangan kepada rakyat.
"Kita selalu membangkitkan isu, bagaimana DAP hendak menguasai kerajaan persekutuan, sedangkan semua maklum parlimen mempunyai 222 kerusi dan DAP hanya bertanding 49 atau 50 kerusi. Tidak sampai satu pertiga majoriti," jelas beliau.
Sehubungan itu, tegas beliau rakyat perlu tahu kedudukan kerusi yang ditandingi DAP, yang mana DAP hanya akan berlawan dengan MCA, manakala PAS dan PKR akan menentang Umno.
"Bagi mengelakkan kekeliruan, kita bergerak dari rumah ke rumah sambil mengedarkan risalah tentang tohmahan kononnya jika Pakatan Rakyat menang, DAP akan menjadi Perdana Menteri," kata Zulkefly.
Sedangkan, kata beliau pada konvensyen DAP, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng sendiri menyebut parti itu tidak akan menghantar calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.
Beliau turut mengulas tentang perdebatan antara Guan Eng dengan Presiden MCA, Dato' Seri Chua Soi Lek yang jelas menunjukkan MCA berpegang kepada perkauman.
"DAP sering dikaitkan sebagai cauvinist, sedangkan MCA sebenarnya bersifat sedemikian. Kenyataan Soi Lek jelas menjatuhkan maruah Umno apabila nekad menentang Umno sekiranya melaksanakan undang-undang syariah," tegas beliau.
Manakala, Guan Eng pula bersikap sebaliknya apabila menyatakan DAP menghormati pengamal agama lain sekiranya PAS melaksanakan undang-undang Islam, dan berkeyakinan dalam masa sama PAS juga menghormati amalan agama penganut lain.
Sikap Guan Eng itu, jelas Zulkefly membuktikan DAP bukanlah sebuah parti cauvinis, sebaliknya dengan MCA apabila berhasrat menentang Umno sekiranya mengamalkan undang-undang Islam.
"Saya dimaklumkan, Soi Lek sebenarnya tidak berkemampuan untuk bertutur dalam bahasa Mandarin. Tetapi meminta debat diadakan dalam bahasa tersebut. Kenapa? Kerana dia tidak mahu orang Melayu tahu intipati perdebatan tersebut yang jelas bersifat perkauman," tegas beliau.

Sumber HD : 8/03/2012
PRU13: PAS Johor kemuka 3 calon DHPP
Salmiyah Harun, | 11 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS Johor mengemukakan tiga nama calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) kepada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang akan bertanding dalam PRU13 nanti.
Menurut Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed (gambar), nama-nama berkenaan sudah dihantar kepada PAS Pusat awal Januari lalu.
Tambahnya, salah seorang calon yang dipilih itu nanti akan mengisi kerusi yang pernah dipertandingkan pada pilihan raya 2008.
"Setakat ini kita hanya kemukakan satu kerusi untuk diberi kepada DHPP, dan terpulang pada PAS Pusat untuk memutuskan calon DHPP yang layak untuk kali ini,"katanya kepada Harakahdaily.
Ketika ditanya sama ada PAS Johor kemukakan calon dari kaum India atau Cina, Mahfodz berkata mereka cuba mencari dua calon berkenaan bagaimanapun sehingga kini cuma ada satu kaum sahaja.
Bagaimanapun katanya, langkah itu jelas membuktikan pimpinan Pas mempunyai hubungan erat bersama DHPP di negeri Johor sekali gus serius untuk mengecap kemenangan kerusi yang dipertandingkan.
“Saya yakin dengan hubungan erat antara pucuk pimpinan PAS Johor dengan DHPP negeri akan membolehkan kita (PR) khususnya PAS mengubah fikiran rakyat untuk bersama pakatan pembangkang sekali gus memenangi kerusi yang dipertandingkan dalam PRU13,” katanya.
Dalam PRU-12 lalu, PAS Johor meletakkan calon wanita, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain bertanding di Dun Tiram.
Pencalonan Kumutha itu membuktikan PAS turut memberi tempat kepada penyokong bukan Islam untuk turut mewakili parti itu.
Baru-baru ini, Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional yang juga penasihat DHPP Dr Mujahid Yusof Rawa menyasarkan enam negeri meletakkan calon bukan Islam dalam pilihan raya akan datang.
Negeri berkenaan ialah Selangor, Johor, Perak dan Kedah di samping Sarawak dan Sabah.
DHPP mempunyai keahlian seramai 20,000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.
Sumber HD : 11/03/2012

Henti beri warganegara hingga selesai PRU13
Salmiyah Harun, | 12 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Mac: PAS mendesak kerajaan menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, warga asing sering dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk diberikan kerakyatan bagi membolehkan mereka menjadi pengundi selepas dimasukkan dalam daftar pemilih.
"Kita bimbang daripada maklumat yang kita perolehi ini, sudah tentu menjejaskan perjalanan pilihan raya yang bersih dalam negara, kita percaya pemberian taraf ini akan digunakan untuk mengundi," katanya.
Dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Mahfuz meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan memilih mana-mana parti yang akan memerintah kelak.
"Rakyat negara ini yang mesti diberikan hak mengundi bukannya warga asing. Biar rakyat sendiri yang memutuskan parti mana yang mereka suka," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Justeru katanya program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan kerajaan hari ini masih belum dilaksanakann dengan baik kerana melalui program ini kira-kira sejuta lebih warga asing berkemungkinan turut akan dimanipulasi.
"Kami minta hentikan sebarang bentuk pemberian taraf kewarganegaraan sehingg selepas PRU, bukan bermakna kita setuju bagi kerakyatan tetapi kita hendak pemberian itu dihentikan," katanya.
Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan 1.3 juta pekerja asing tanpa izin yang berdaftar di bawah Program 6P akan mengisi kekosongan dalam sektor perkilangan, perladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.
Sidang Media YB Dato' Mahfuz Omar : http://www.youtube.com/watch?v=lcC7Fx9OgvA

Sumber HD : 12/03/2012
Beri warganegara jadikan PRU13 paling kotor
Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS Wilayah Persekutuan menyokong pandangan Datuk Mahfuz Omar yang menggesa kerajaan supaya menghentikan pemberian taraf kewarganegaraan kepada mana-mana warga asing yang datang ke negara ini sehingga Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) selesai diadakan.
“PAS WP menganggap gesaan Naib Presiden PAS itu sebagai suatu usaha bagi mengelakkan warga asing mengundi dalam PRU13,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Katanya, kerajaan wajar mengambil langkah itu bagi mengelakkan prejudis rakyat bahawa warga asing turut diberikan hak kerakyatan dan mengundi dalam PRU13 seperti mana yang sering dibualkan sebelum ini.
Menurutnya, pilihan raya umum dalam sebuah negara demokrasi adalah hak buat rakyat Malaysia, justeru idak wajar bagi sesebuah kerajaan menggunakan warga asing bagi memenangkan partinya.
Tindakan itu, ujarnya adalah satu penipuan dan pencabulan terhadap hak demokrasi di negara ini.
Bagi PAS WP, tambahnya ebih elok kalah pilihan raya melalui undi rakyat negara yang sah, kerana ia adalah kekalahan bermoral dan terhormat daripada menang dengan cara penipuan.
“Biarkan rakyat negara ini sendiri yang menilai pemerintahan negara kerana mereka kenal pemimpin mana yang betul dan salah untuk dipilih,” ujarnya lagi.
Rakyat asing pula, kata beliau tidak berhak campur tangan dalam politik negara ini serta menentukan masa depan dan pemerintahan negara.
Justeru, katanya PAS WP meminta kerajaan mengambil perhatian terhadap cadangan yang diutarakan itu jika kerajaan benar-benar bersikap telus dalam memastikan perjalanan PRU13 berlangsung dengan adil dan bersih.
“Jika tidak, selamanya kerajaan negara ini tidak bersih dari persepsi masyarakat bahawa sistem demokrasi dan pilihan raya umum di Malaysia amat kotor dan mungkin PRU13 adalah pilihan raya paling kotor dalam sejarah,” katanya.

PRU13: BN makin bimbang mood rakyat
Hazayani Zakaria, | 19 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mac: PAS mendakwa 'nasihat' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar rakyat tidak menggadai masa depan dengan mengundi pembangkang membuktikan BN bimbang dengan perubahan 'mood' rakyat.
Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semakin dekat dengan pilihan raya umum, semakin banyak kenyataan Najib yang menggambarkan kerisauan BN.
"Pemikiran Perdana Menteri ini masih lagi pemikiran lama, belum berubah.
"Dulu Perdana Menteri merayu pengundi berilah peluang sekali lagi kepada BN. Kemudian beliau minta maaf di atas kesilapan BN dan kali ini beliau kata jangan gadai masa depan dengan undi Pakatan.
"Saya fikir ini menggambarkan BN berada dalam keadaan bimbang terhadap perubahan mood rakyat sekarang," kata beliau pada sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa sempena konvoi penerangan Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Wilayah Persekutuan, semalam.
Pesuruhjaya PAS Pahang itu juga berkata, tidak timbul soal menggadai masa depan rakyat kerana terbukti mereka menerima manfaat yang lebih baik di begeri-negeri Pakatan Rakyat berbanding di bawah kerajaan BN.
"Bila rakyat buat perubahan tidak timbul soal gadai maruah atau gadai masa depan sebab negeri-negeri yang rakyat buat perubahan, rakyat ternyata mendapat manfaat lebih baik daripada apa yang ditawar BN.
"Selain pendapatan negeri-negeri yang meningkat berkali ganda, jelas bahawa negeri-negeri yang dimenangi ini, kita berjaya membersihkan imej pemimpin-pemimpin korup dan tak ada isu-isu begitu berlaku di negeri kita menang termasuk di Kelantan selama 20 tahun," katanya.
Tambahnya lagi, negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pentadbiran yang telus contohnya dalam pemberian projek, dilakukan secara tender terbuka.
"Tak timbul soal menggadai masa depan sebab sebarang elemen pembangunan sebagai contoh sumber negeri, kerajaan negeri yang kita menang semua projek melalui tender terbuka dan diadakan perbincangan direct dengan mereka yang terlibat dalam setiap pembangunan yang nak dibuat," katanya.
Kelmarin, Najib mendakwa BN sudah melakukan pelbagai perkara untuk kesejahteraan rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan kerana BN mampu mengurus tadbir negara dengan cekap dan berkesan.
Beliau turut mendakwa Pakatan Rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk mengurus tadbir negara.
Sumber HD : 18/03/2012

Rahsia tarikh PRU13 bukti Najib bukan PM 1Malaysia
Khairil Abdul Rahim, | 20 Mac 2012 |
TEMERLOH, 20 Mac: PAS Pahang menganggap tindakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak merahsiakan tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) membuktikan beliau hanya layak menjadi PM untuk Umno, bukan untuk seluruh rakyat Malaysia atau bukan PM 1Malaysia.
Setiausaha Perhubungan PAS Pahang Roslan Zainal berkata, jika benar Najib PM 1 Malaysia, yang mendakwa kononnya rakyat diutamakan, sudah tentu beliau berani untuk mengumumkan tarikh PRU secara telus mulai sekarang.
“Mengetahui tarikh PRU merupakan hak rakyat justeru amat penting untuk membantu dan memudahkan rakyat mengatur jadual kehidupan mereka kerana PRU13 adalah suatu peristiwa penting dan besar untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Kenapa Najib mahu bermain teka-teki menentukan tarikh peristiwa sebesar itu. Sedangkan jika tarikh PRU13 di ketahui awal, bukan sahaja parti politik yang mendapat manfaat malah jutaan rakyat Malaysia dapat menyesuaikan tarikh kenduri perkahwinan, menunaikan umrah, persidangan, seminar, urusan perniagaan, melancong dan sebagainya.
“Apabila jadual dapat diatur maka mudahlah bagi semua rakyat ikut terlibat secara bertanggungjawab di dalam pilihan raya untuk menentukan teraju kepimpinan negara sekali gus arah tuju masa depan negara,” tegasnya.
Justeru, katanya PAS Pahang menggesa jika benar DS Najib mendukung transformasi politik negara, umumkan segera tarikh PRU 13.
Tambahnya, jadikan PRU13 sebagai pilihan raya pasca 54 tahun kemerdekaan, bukan pilihan raya undur 50 tahun ke belakang dengan memberikan hak yang adil dan saksama kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka melalui demokrasi maklumat kepada seluruh rakyat.
Baru-baru ini media melaporkan Najib masih menyembunyikan tarikh PRU 13 meskipun beliau kini begitu agresif turun berkempen ke setiap negeri.
Difahamkan, tidak banyak negara-negara di dunia yang menyembunyikan tarikh PRU seperti Malaysia.
Sumber HD : 20/03/2012

Pencapaian negeri Pakatan menjadi ketakutan Najib
Abdul Aziz Mustafa, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Pencapaian tiga negeri yang diperintah Pakatan membuktikan kepada rakyat bahawa hidup mereka lebih baik tanpa Umno, kata bekas Ketua Penerangan Umno Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (gambar).
"Tiga negeri teratas yang mendapat pelaburan langsung asing (FDI) paling tinggi ialah negeri-negeri yang dipimpin oleh Pakatan.
"Hanya dalam satu penggal, kerajaan-kerajaan Pakatan boleh mencapai perkara-perkara baik itu yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana negeri yang dipimpin Barisan Nasional (BN) adalah satu testimoni yang tidak boleh dipertikai bahawa orang-orang Pakatan lebih berbakat.
"Itulah yang paling ditakuti oleh Umno dan BN serta Presiden Umno," kata bekas Adun Pulau Manis itu.
Negeri-negeri yang dilaporkan menerima FDI tertinggi itu ialah Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Menurut Ariff, rakyat semakin sedar bahawa hidup tanpa Umno adalah lebih baik.
"Hakikatnya hidup tanpa Umno adalah lebih baik lagi. Beritahu kawan-kawan, jiran-jiran anda perkara ini - mari kita usir kegilaan pemerintahan pencuri-pencuri dari Putrajaya dan membentuk masa hadapan yang baru.
"Mari jadikan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai ketua pembangkang. Kita akan lihat beliau adalah harimau kertas yang tanpa teks yang ditulis terlebih dahulu tidak boleh menjawab soalan-soalan yang tidak dipersetujui terlebih dahulu," katanya dalam tulisan blognya yang bertajuk "Get real Mr Prime Minister!"
Selepas media-media pro-Umno mendakwa bahawa bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menjangka keputusan yang baik untuk BN dalam pilihan raya akan datang, Ariff merasa lega apabila akhirnya dilaporkan bahawa Daim sebenarnya menjangka hanya tiga negeri sahaja selamat untuk BN.
Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Melaka dan Pahang.
Ariff berkata, beliau menemui sumber yang tersangat rapat dengan Daim hampir setiap bulan sedangkan Utusan Malaysia yang membuat dakwaan bahawa Daim menjangka keputusan yang baik untuk BN hanya bertemu dengan bekas Menteri Kewangan itu hanya sekali dalam setahun.
"Anda nilailah sendiri pemerhatian siapa yang lebih absah," kata beliau yang sebelum itu terlebih dahulu melaporkan dalam blognya bahawa Daim hanya menjangkakan tiga negeri tersebut sahaja yang selamat untuk BN.
Ariff seterusnya menceritakan, sumber yang sangat dekat dengan Daim itu juga memberitahu bahawa BN boleh kalah sehingga 16 kerusi di Sarawak dan sehingga 12 kerusi Parlimen di Sabah.
Selain tiga negeri tersebut, kesemua negeri lain di Semenanjung adalah medan yang sukar bagi BN.
"Mereka bolehlah bercakap besar, apabila mereka turun ke medan nanti, mereka akan mendapat sambutan yang sangat asing kepada mereka," kata Ariff yang kini menyertai DAP.
Beliau memberitahu, sumber yang dekat dengan Daim itu juga menyifatkan era membeli undi untuk menang sudah berakhir.
Hari, kata sumber itu, rakyat bertanya ke arah mana negara ini dibawa?
"Selama lebih 50 tahun, anda (Umno) kehilangan arah anda. Bagaimana kami boleh percaya bahawa anda tahu ke mana hendak dituju?" kata Ariff.
Sumber HD : 22/03/2012

Tarikh PRU: Najib teruskan legasi 'PM penakut'
Harakahdaily, | 23 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki dengan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 disifatkan sebagai meneruskan legasi perdana menteri sebelum ini yang juga penakut.
Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia Sany Hamzan (gambar) berkata, Najib hanya nampak gagah perkasa seperti Badang tetapi sebenarnya seorang yang penakut dan bacul kerana masih lagi terus berahsia.
"Datuk Seri Najib meneruskan legasi ketakutan perdana menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.
"Datuk Seri Najib hanya akan berani membubarkan parlimen setelah petunjuk sokongan telah ‘solid’ untuk Umno dan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Menurut Sany, Najib pada masa sama sebenarnya sedang melakukan kezaliman kepada parti-parti pembangkang kerana hanya pihak Umno dan Barisan Nasional sahajalah yang mendapat manfaat daripada merahsiakan tarikh tersebut.
Berbeza dengan negara yang dianggap kurang maju dari Malaysia seperti Thailand dan Indonesia, mereka juga lebih berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya mereka kepada rakyat supaya segala proses pengundian akan berjalan lebih lancar.
"Bahkan di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia (seperti SPR) telah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan proses pilihanraya secara bebas tanpa campurtangan pihak kerajaan hingga te tahap pemilihan tarikh pengundian.
"Tetapi Malaysia yang dikatakan sebagai sebuah negara maju masih lagi memiliki seorang perdana menteri yang berfikiran kuno, sempit dan ketinggalan zaman," katanya.
Beliau berkata, biarpun Najib masih berahsia, Dewan Pemuda PAS telah mempersiapkan jentera mereka untuk berhadapan dengan pilihan raya pada bila-bila masa.
"Kita ingin memberi ‘signal’ kepada Umno dan Barisan Nasional walaupun mereka terus berahsia tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat tetapi pemuda PAS telah cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa," katanya.

Sumber HD : 23/03/2012
Mafrel bekerjasama OKU pantau PRU13
Salmiyah Harun, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Badan Pemantau Pilihan Raya Bersih dan Adil (Mafrel) akan mengadakan kerjasama dengan pihak persatuan orang kelainan upaya (OKU) untuk menjalankan pemantauan pada PRU13 akan datang.
Menurut Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), pihak OKU menyatakan kesediaan mereka untuk membantu Mafrel dalam kerja-kerja pemantauan pada hari berkempen dan membuang undi nanti.
"Kita alu-alukan kerjasama mereka dan mungkin tenaga mereka kita akan manfaatkan mereka di kawasan terpilih seperti Lembah Klang yang akan luas ini," katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau turut memuji usaha Pakatan Rakyat dan PAS yang berterusan memberi penekanan berhubung pembersihan daftar pemilih.
"Sokong usaha membersihkan daftar pemilih sepertimana yang disyorkan oleh Bersih dan Bersih 2.0, ternyata SPR benar-benara tidak dapat selesaikan," katanya.
Bahkan beliau mensasarkan seramai 250 sekarelawan bersama Mafrel bagi menjalankan pemantauan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Syed Ibrahim turut menegaskan pihaknya tetap menjalankan pemantauan pada pilihan raya nanti walaupun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mengiktiraf badan itu.
Apa yang penting bagi Syed Ibrahim, pemantauan harus diadakan pada hari berkempen dan membuang undi.
"Kita ada peranan lebih besar di dalam pusat mengundi dan pada hari penamaan calon, dan untuk memantau tidak semestinya kita masuk ke pusat itu, diluar pun boleh," tegasnya.
Selepas bertindak sebagai badan pemantau bebas dalam sembilan pilihan raya kecil sejak 2008, SPR memutuskan untuk tidak lagi mengiktiraf Mafrel selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor.
Mafrel merupakan satu-satunya badan pemantau tempatan yang telah diiktiraf SPR untuk memantau perjalanan pilihan raya khususnya sejak enam tahun lalu.
Sumber HD : 29/03/2012
KUALA LUMPUR, 30 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) merasa yakin sekiranya Pilihan raya Umum ke 13 dijalankan dengan adil, bersih dan telus berkemungkinan besar Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya.
Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini hasil kajian daripada pelbagai pihak, dan daripada ‘mood’ serta momentum yang dicetuskan oleh rakyat dengan semangat mahukan angin perubahan dalam pilihanraya umum ke 13.
Namun demikian, ujarnya sejak akhir-akhir ini, sudah beberapa gambaran taktik dan strategi kotor dalam PRU digunakan dapat dikesan melalui pendedahan beberapa individu.
Ini, katanya termasuk pendedahan bekas pemimpin terrtinggi Umno, Tan Sri Syeikh Abdul Kadir Syeikh Fadzir bahawa Umno mengamalkan taktik membeli undi dalam pilihanraya sebelum ini.
“Pengakuan bekas Ketua Penerangan Umno bahagian Pekan, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bahawa Umno mengamalkan taktik persempadanan kawasan mengundi bagi memenangkan mereka menguatkan lagi hujah penipuan yang telah dan bakal dicipta,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Selain itu, katanya isu pertukaran tempat mengundi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari Parlimen Petaling Jaya Utara di Selangor kepada Parlimen Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan amat menggusarkan rakyat.
Tambahnya, tidak pasti pula berapa jumlah sebenar ‘mangsa’ pemindahan tempat mengundi dan tiada jaminan pengundi lain tidak akan diperlakukan perkara yang sama dalam PRU ke 13 nanti.
SPR pula, ujar beliau telah mendaftarkan seramai 240,000 petugasnya sebagai pengundi pos, suatu jumlah yang agak besar dan cukup untuk membantu memenangkan banyak parlimen yang terlibat kepada satu pihak.
“Pendedahan Dr Hatta Ramli, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang juga ahli Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen bagi penambahbaikan pilihanraya bahawa terdapat seramai 79,098 pengundi ragu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama menambah keraguan adakah pilihanraya kali ini akan berlangsung dalam suasana yang amat kotor,” katanya lagi.
Oleh yang demikian, katanya PAS WP meminta pemimpin serta jentera Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan menumpukan usaha memastikan segala penipuan dalam PRU13 nanti dapat dihidu dan dibongkarkan agar taktik ini tidak dapat dilaksanakan nanti.
Tambahnya lagi, tidak mustahil semua taktik yang telah didedahkan termasuk ‘taktik tawan Terengganu 2004’ digunapakai di seluruh negara bagi memenangkan sebuah kuasa yang dalam keadaan terdesak sekarang.
Tegasnya, PAS WP percaya rakyat mahukan sebuah pilihan raya yang benar-benar adil dan bersih yang ditentukan oleh rakyat sebagai pengundi yang sah.
Rakyat juga, ujarnya lagi tidak mahukan sebuah pilihan raya kotor yang sarat di dalamnya dengan unsur penipuan.
“Masa depan negara perlu ditentukan oleh pengundi sah, bukan ditentukan oleh pengundi yang bukan mendapat warganegara segera, pengundi yang telah mati, serta pengundi pos,” katanya.
Justeru, kata beliau PAS WP mengingatkan Umno BN agar tidak berniat mahupun melakukan apa juga taktik kotor dalam menghadapi PRU13.
“Jadilah insan yang berjiwa besar dengan menerima apa juga keputusan rakyat dengan menjalani sebuah pilihanraya yang adil dan bersih.
“Jika tidak, jangan dikesali jika rakyat kemudiannya bangkit meruntuhkan rejim yang kotor dan korup ini dengan cara yang paling menghinakan,” katanya lagi.
Sumber HD : 30/03/2012

PRU13: Rakyat gusar taktik kotor Umno BN
Harakahdaily, | 30 Mac 2012 |

Sasterawan Negara ajak rakyat Johor tolak BN
Mohd Rashidi Hassan, | 31 Mac 2012 |
JOHOR BAHARU, 31 Mac: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Johor mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
"Saya mengajak semua orang kampung, dan golongan yang teraniaya supaya bangkit mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat)," ujarnya.
A Samad berkata demikian dalam ucapannya di Dialog Masalah Tanah Rakyat Johor dekat sini.
Program yang dianjurkan PAS Johor berjaya menghimpunkan ramai rakyat Johor, khususnya orang-orang Melayu, mengadu nasib bahawa mereka dianiaya oleh kerajaan Umno BN Johor.
Tegas A Samad, selaku golongan Sasterawan, beliau berkarya dengan puisi dan sajak, untuk mengajak rakyat Johor, supaya bangkit menolak kedangkalan Umno-BN.
Antara pengadu yang hadir adalah golongan nelayan di Penggerang, Kota Tinggi yang mengadu tanah rakyat akan diambil untuk projek Petronas Rapid.
Rakyat bangkit membantah kerana perkampungan nelayan merupakan perkampungan tradisi yang hendak diambil atas alasan pembangunan.
"Tanah kami hendak dirampas, semua hendak dipindahkan, masjid hendak dipindah, rumah, tanah, malah kubur pun hendak dipindahkan.
"Yang hidup teraniaya, yang sudah mati pun menjadi mangsa," ujar wakil nelayan Penggerang.
Hadir sama di majlis dialog tersebut ialah AJK. PAS Pusat, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan panel peguam.
Sumber HD : 31/03/2012
Sumber HD - 27-4-2013
PRU 13 menyaksikan UMNO BN berhabisan menyerang dan membuli Pakatan Rakyat. semua saluran televison, radio, akhbar perdana, jabatan kerajaan, intitusi pendidikan dan pelbagai instrumen awam digunakan untuk membelasah lawan politiknya, Pakatan Rakyat.
Namun kita dapati, kesan kempen UMNO BN tidak berbayar dengan modal besar yang dilabur leburnya itu.
Peluru yang disasarkan kepada PR melencong kembali bak bomerang kepada kubu mereka. Bom jangka yang dipasang pula meletup di karung sendiri. Periuk api yang ditanam diinjak oleh panglima perang UMNO BN sendiri. Usaha mereka selama 55 tahun tepadam dengan kejahatan dan pengkhianatan segelintir taiko UMNO BN yang tamak haloba.
Kita juga melihat sokongan kepada PR datang dari pelbagai sudut yang tidak dijangka.
Bermula dengan letusan ABU, dan TOLAK yang dipelopori anak muda. Seterusnya kepada trend menolak UMNO BN di media alternatif, dan laman sosial seperti FB, Youtube dan Twitter.
Selepas itu, kita melihat gelombang hijrah artis-artis dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pakar-pakar serta intelektual kepada PR. UMNO BN kontang cerdik pandai dan hal ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir.
Seterusnya, muncul pula titah DYMM Raja Nazrin Shah yang memuji PR dan menegur BN. Ia memberi saham yang besar kepad PR dan pukulan yang mencederakan jantung BN.
Kemudian muncul lagi ratusan trend tolak BN lain timbul dari pelbagai arah, di samping tindakan UMNO BN sendiri yang menyebabkan populariti mereka jatuh terutamanya di kalangan pengundi baharu.
Menyokong hal itu, pelbagai pendedahan tentang kelemahan UMNO BN menjadi gelombang menimbus budi yang telah mereka taburkan sejak 55 tahun. Kelemahan UMNO BN dan siri pengkhianatan mereka diabadikan dalam dokumentasi rasmi dan dipermudahkan pemahamannya melalui infografik dan poster malah filem pendek.
Setelah parlimen dibubar, timbul pula cetusan semangat kempen pulang mengundi. Warga Malaysia sejauh Russia, US, UK, Mesir, Jordan, Jepun membuat tindakan tepat untuk pulang mengundi di PRU13. Puluhan video dan gambar dikirimkan ke media sosial dan dikongsi oleh ribuan pengguna.
Manakala selepas itu, trend sokongan dan dokongn kepada Al-Fateh Malaysia, Datuk Paduka Husam Musa di Putrajaya menjadi satu fenomena yang sangat inspiratif kepada petugas PR di seluruh negara.
Berita duka bagaikan menimpa PR seketika tatkala DAP berdepan dengan masalah pendaftaran ROS. Ia cepat dirawat oleh DAP tatkala Lim Kit Siang mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak. Setelah itu, satu lagi gelombang besar timbul, lambang PAS kini bukan sahaja dijulang oleh pemuda berkopiah, bahkan diarak oleh masyarakat cina pelbagai usia bahkan sami budha.
Tidak kurang dari itu, datang pula sokongan moral dari pengerusi Kesatuan Ulama' Islam se-dunia, Syeikh Qaradhawi kepada PR. Setelah itu, timbul pula hasil kajian dari UMCEDEL yang menyatakan natijah sokongan majoriti kepada PR dan Anwar Ibrahim.
Mengakhiri senarai saya, hari ini pertubuhan IKRAM melalui presidennya menyatakan oendirian mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih baik dan mamou membawa inspirasi rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Selain yang saya senaraikan, masih banyak siri sokongan kepada PR yang berlaku di medium dunia sebenar mahupun di medan media sosial.
Ia bagaikan menjadi petanda bahawa UMNO BN sememangnya akan berkubur pada PRU13.
Namun, apakah kita sudah boleh berehat? Selesa dan tidur? Patutkah kita hanya meriba tangan sambil menghirup teh panas di balkoni sementara mendengar pengumuman kemenangan PR pada tengah malam 5 Mei 2013?
Lihatlah Sejarah
Di medan Uhud, ada beberapa pengajaran penting untuk kita renungi.
Selepas kemenangan besar tentera Islam di 'PRU12' Badar pada tahun kedua hijrah, kekuatan moral umat Islam meningkat mendadak. Mereka yang sebelum ini takut-takut dan tidak yakin dengan Islam, semakin yakin dan percaya diri. Masakan 300 tentera yang tidak lengkap logistiknya boleh mengalahkan tentera moden Quraish yang bilangan mereka mencecah 1000.
UHUD. Syawal Tahun Ketiga Hijrah
Setahun kemudian, Quraish menghantar tentera bagi menuntut bela kekalahan 'PRU12' di Badar. Abu Sufyan Bin Harb lebih teliti mengatur strategi. Kepakaran Khalid al-Walid dan Ikrimah Bin Abu Jahal dimanfaatkan sepenuhnya.
Umat Islam mara. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam sendiri bersama mereka selaku penglima tertinggi. Baginda mengatur strategi paling ampuh untuk berhadapan dengan 2000 tentera pimpinan Abu Sufyan Bin Harb. Pelbagai jenis taktik peperangan dipraktikkan.
Tenterai Islam berjaya menguasai beberapa kawasan strategik. 50 pasukan elit pemanah diketuai oleh Abdullah Bin Jubair radhiallah 'anhu ditempatkan di Jabal Rummat yang sedikit tinggi dari gelanggang tempur Uhud. Selain itu, tentera Islam juga lengkap dengan 50 pasukan berkuda dan 100 tentera perisai.
Tentera Quraish yang dipimpin Abu Sufyan Bin Harb porak peranda. Ramai di kalangan mereka terkorban. Sebahagiannya lari lintang pungkang meninggalkan kelengkapan perang dan kuda-kuda yang gagah.
Melihat keadaan itu, tentera Islam merasa selesa. Kemenangan seakan-akan pasti berpihak kepada mereka. Pesan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam agar mereka tidak turun dari Jabal Rummat sekalipun kemenangan sedang diraikan.
Sejumlah pemanah turun dari medan, mengutip barang tinggalan tentera Qurasih. Hanya sepuluh berbaki di puncak Jabal Rummat.
Khalid Al-Walid memecut kuda menggempur pemanah yang berbaki dan menguasai kawasan strategik itu. Hasilnya, Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam tercedera, darah baginda mengalir. Manakala singa Allah Hamzah bin Abdul Muttalib syahid bersama hampir 70 sahabat yang lain.
Tentera Islam mengalami kekalahan. Emosi mereka terganggu dengan kecederaan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam dan kematian ramai sahabat terutamanya Saidina Hamzah radhiallah 'anhu.
Petugas PR di PRU13, teruskan berusaha. Meski kemenangan seakan pasti menyebelahi kita. Kerana senang itu tidak datang selepas susah, tapi ia datang bersama susah payah usaha kita.
"Oleh itu, yakinlah bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. Dan (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. [Al-Insyirah 5-6]"
Hasanhusaini
Darul Muttaqin, Mu'tah Jordan
www.hasanhusaini.com
Sumber HD - 1-5-2013
KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.
Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.
Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman www.change.org/GE13.
Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.
"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.
"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.
Sumber HD - 11-5-2013

PRU13: Muhasabah untuk semua
Idris Ahmad, | 02 Apr 2012 |
Gendang perang pilihan raya semakin hampir. Tarikhnya menjadi teka teki, sejak tahun lepas lagi apabila Umno sendiri menangguhkan Mesyuarat Agung Pemilihan Umno kerana bimbang perpecahan yang sukar diubat. Hampir setahun sudah berlalu, namun tarikhnya belum lagi muncul kerana Datuk Seri Najib Tun Razak belum mendapat ilham.
Di mana sahaja saya bertemu dengan ahli dan orang ramai, soalan yang ditanya bila tarikh pilihan raya? Ini ada soalan lazim yang dikemukakan oleh orang ramai. Persoalannya bukan tarikh pilihanraya, tetapi persediaan untuk menghadapi pilihanraya. Apakah jentera kita sudah bersiap dengan pasarana untuk bertempur, kerana ini adalah pilihanraya yang paling kritikal. Pihak Barisan Nasional tidak semudah itu untuk menyerah kalah kepada Pakatan Rakyat. Lebih lebih lagi mereka sudah melihat regim yang tumbang akan dibawa kepada pengadilan dan dibongkar skandal penyelewingan sepanjang mereka berkuasa.
Oleh itu kepada petugas PAS mesti menganggap bahawa ini adalah kerja jihad. Jihad adalah fardu yang berterusan dan tidak pernah terhenti. Ia berterusan sehingga kiamat. Maka menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memepertahankan kemenangan dan menambahkan kemenangan.
Musuh kita akan berusaha secara berterusan untuk memisahkan manusia daripada pengabdian diri kepada Allah SWT. Yakinlah bahawa kerja Jihad adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Allah sendiri menggalakkan hambanya yang beriman supaya berjihad dengan janji yang cukup mewah tanpa tolak banding.
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai mereka yang beriman, mahukah kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan Rasulnya dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu, itulah yang lebih baik kepada kamu jika kamu mengetahui”(al-Saf: 10-11)
Allah SWT telah menyatakan habuan dan keuntungan yang diperolehi kepada hambanya yang berjihad.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah membeli daripada mukmin (yang berupa) jiwa raga mereka , dan harta benda mereka dengan (keuntungan) syurga untuk mereka, mereka berperang di jalan Allah; mereka membunuh dan juga mereka terbunuh) (al-Taubah, 111)
Tanpa jihad rakyat akan terdedah kepada kezaliman dan ketidak adilan dan diperbodoh-bodohkan. Sebab itu PAS meletakkan bahawa kerja pilihanraya adalah merupakan usaha jihad. Kerana inilah pedekatan muwajahah silmiah (perjuangan secara aman) yang sudah diambil sejak daripada pilihanraya yang pertama 1955. Sehingga kini, inilah pendekatan yang baik di ambil walaupun penuh dengan penipuan dan berat sebelah. Kerana ini adalah merupakan satu cara untuk PAS menyampaikan risalah perjuangan Islam kepada masyarakat di negara ini, termasuk kepada orang bukan Islam.
Persoalannya apakah kita sudah bersedia menghadapai gerombolan Barisan Nasional yang telah menghalalkan cara dalam semua tidakan sehingga mencemar sisitem demokrasi di negara ini. Siri-siri gangguan yang dilakukan oleh penyokong BN tidak pernah melunturkan semangat PAS. PAS terus bersabar sambil menunggu kejayaan.
Beberapa perkara yang boleh menjadi renungan dan muhasabah bersama ketika hampir pilihanraya umum ke 13.
1.Apakah kita telah melakukan kerja semaksimum mungkin?. Bagaimana persiapan bilik gerakan, penculaan, kewangan, pengundi luar. Jika perkara ini tidak diselesaikan, apakah layak kita menempah kejayaan.
2. Amat malang kepada kita, jika ia mampu memberi banyak tenaga dan usaha yang lebih besar tiba-tiba ia tidak menyumbangkan perkara ini untuk merintis perjuangan. Sedangkan Allah di dalam firmannya: “Dan persiapkanlah kekuatan untuk mereka sedaya upaya kamu” (Surah al-Anfal: 60)
3. Adakah kita malas dan lemah semangat untuk berjuang. Sedangkan pihak penentang kita bekerja siang malam bukan kerana redha Allah, sebaliknya hanya untuk kepentingan duniawi. Ingatlah amaran Allah kepada mereka yang dihinggap penyakit ini.
"Wahai orang-orang yang beriman, apakah yang menyebabkan kamu apabila dikatakan kepada kamu, “keluarlah di jalan Allah”, kamu berasa berat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia daripada akhirat. Hidup di dunia ini tidak ada apa-apa kalau dibandingkan dengan akhirat kecuali sedikit sahaja. Sekiranya kamu tidak keluar nescaya diazabkan kamu dengan azab yang pedih dan dilantikan kaum dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat memudaharatkan Allah sesauatu pun, sedangkan Alah amat berkuasa atas setiap sesuatu” ( Surah al Taubah 38-39)
4. Adakah sewaktu berada di waktu kritikal ini kita pula mahu berundur daripada medan perjuangan. Kita menghentikan wakaf diri, harta, jiwa dan tenaga kepada perjuangan. Kita sanggup biarkan sahabat kita bersusah payah, sedangkan kita bercuti daripada berjuang.
5. Betulkan niat kita untuk bersama dengan Pas. Perjuangan kita ialah kerana menuntut redha Allah. Kita berjuang bukan ada agenda peribadi. Bukan untuk mengaut kekayaan jika kita menang Putrajaya. Bukan jawatan yang kita hendak rebut.
6. Kita tidak boleh berlengah-lengah. Sekarang sudah berada dipecutan terakhir. Kita mesti cergas bergerak dan berhemah tinggi. Kita mahu setiap petugas kuat dan lincah supaya hati-hati kita segar dan pantas. Hati yang berperasaan cemburu, marah, bengis, kurang sopan semuanya tidak membantu ke arah kemenangan.
7. Adakah kita menjaga hubungan dengan Allah SWT? Kerana inilah kekuatan yang menjadi senjata yang pailing kukuh. Kita bimbang jika hubungan dengan Allah rosak maka Allah tidak akan membantu kita di saat kita susah. Perbanyakkan doa, baca quran, zikir dan solat hajat untuk kemenangan kepada kita dan keselamatan kepada perjuangan kita.
Sumber HD : 2/04/2012
KUALA LUMPUR, 2 April: “Bagaimanakah SPR boleh menukarkan tempat mengundi seseorang pemilih secara sembrono tanpa ada siasatan yang teliti terhadap borang permohonan seseorang pemilih,” kata Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Sany Hamzan (gambar).
Sehubungan itu, tegasnya pihaknya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak yang cuba melakukan perbuatan khianat dengan memindahkan seseorang pemilih berdaftar dari Dun atau kawasan Parlimen sedia ada ke Dun dan Parlimen yang lain tanpa pengetahuan pemilih tersebut.
Seorang pengundi, Zawawi Abdul terkejut apabila semakan di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati alamat tempat mengundinya telah ditukar tanpa pengetahuannya.
Beliau yang merupakan pengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek sejak tahun 1970-an lagi kini ditukar menjadi pengundi di Dun Duyong.
"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong," kata Zawawi kesal.
“Adakah ini satu cara penipuan secara halus yang cuba dilakukan oleh SPR untuk mempastikan kekalahan Pakatan Rakyat di dalam pilihanraya umum yang akan datang?” soal Mohd Sany.
Katanya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meletakkan sepenuh kesalahan dan kelalaian ini ke pundak SPR sebagai entiti yang bertanggungjawab ke atas akses dan maklumat pemilih yang telah berdaftar.
Menurutnya, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan kemungkinan masih banyak lagi kes yang melibatkan pengundi berdaftar “dipindahkan dan dilenyapkan” tanpa pengetahuan mereka.
“Maka Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan kepada semua pemilih-pemilih yang telah berdaftar supaya menyemak semula status pengundian mereka dan membuat laporan polis sekiranya berlaku perubahan status tanpa disedari,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Justeru, beliau mengingatkan Dewan Pemuda PAS negeri dan kawasan perlu memainkan peranan untuk membantu menyemak status pengundi di setiap Dun dan parlimen masing-masing.
Pihaknya juga, kata Sany ‘menasihatkan’ pihak SPR supaya lebih bertanggungjawab dan berintegriti di dalam melaksanakan tanggungjawab mereka supaya tidak berlaku penipuan di dalam pilihan raya umum yang akan datang.
“SPR perlu menjadi pihak yang benar-benar berkecuali dan bukan menjadi ‘budak suruhan’ untuk memenangkan Umno dan Barisan Nasional,” ujarnya lagi.

Mengapa pengundi tidak tahu alamat ditukar?
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |

Fuad Zarkasi dah kecut perut dengan Salahuddin di Batu Pahat?
http://cenangau.blogspot.com, | 02 Apr 2012 |
Nampaknya Umno Johor dah semakin tertekan dengan strategi PAS yang bukan setakat bawak balik Salahuddin bertanding di Johor tapi diwar-warkan pulak Salahuddin Ayob sebagai calon Menteri Besar Johor.
Kalau sebelum ni kita boleh tengok macamana Muhyiddin dan Ghani Othman tak senang duduk dan kerap buat aktiviti di Johor, kali ni Ahli Parlimen Batu Pahat pulak 'menzahirkan kegelabahan' dia.
Untuk bagi tak berapa nak nampak mengelabah, Ahli Parlimen Batu Pahat, Fuad Zarkasi yang juga Timbalan Menteri Pelajaran itu cuba tunjuk hebat dengan 'mencabar' Salahuddin bertanding di Batu Pahat.

Aku berani kata Fuad semakin gelabah pasai macam dalam laporan oleh SinarHarian, selain dari mencabar Salahuddin tu, Fuad jugak cuba seleweng fakta dan cuba spin macam blogger penchachai buat, tuduh Salahuddin dah tak laku di Kelantan.
Padahal, macam yang aku ada laporkan sebelum ni, Salahuddin di pujuk oleh Pesuruhjaya PAS Johor sendiri supaya balik mengetuai senarai calon PAS di Johor dengan bertanding di Johor.
Yang lebih menarik lagi, bukan setakat Pesuruhjaya PAS pujuk Salahuddin, Ketua DAP Johor Dr Boo Cheng Hau pun secara rasmi dah jemput Salahuddin balik bertanding di Johor.
TG Nik Aziz pulak sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan ada keluarkan statement yang menggambarkan dengan berat hati setuju untuk lepaskan Salahuddin balik bertanding di Johor demi untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat di negeri kelahiran Umno tu.
Dengar ceritanya orang Kubang Kerian pun tak merungut pasai prestasi Salahuddin di kawasan sebab hampir setiap minggu kalau takdak program di tempat lain Salahuddin memang 'balik' ke kawasan untuk bersama dengan masyarakat di Kubang Kerian.
Yang buat Fuad Zarkasi mengelabah tu pasai antara kerusi yang disebut-sebut Salahuddin akan bertanding termasuk kerusi Parlimen Batu Pahat.
Sepatutnya dengan majoriti besar yang dia dapat masa PRU12 sebanyak 12,704 undi tu dia tak sepatutnya risau, tapi dia pun sedar PRU13 tak sama macam PRU12.
Masa PRU12 dulu swing pengundi cina di Johor tak sebesar swing di Perak dan katanya sokongan masyarakat cina di Johor kepada Pakatan Rakyat terutamanya PAS meningkat dengan mendadak dari 55% pada PRU12 kepada sehingga 90% sekarang.
Tak payah swing sampai 35%, kalau orang cina swing 25% pun dah cukup untuk tutup majoriti tu. Tu belum lagi dicampur swing orang Melayu dan orang India. Belum lagi kira pembolehubah-pembolehubah lain termasuk faktor peribadi Salahuddin sendiri sebagai calon dan disebut-sebut pulak sebagai bakal MB Johor.
Ringkas ceritanya, memang patut sangat pun Ahli Parlimen Batu Pahat tu mengelabah.
SinarHarian melaporkan:

[Sumber: SinarHarian] |
Sumber HD - 14-4-2013
Sumber HD - 24-4-2013
Sumber HD - 26-4-2013
KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama.
Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suatu tinjaun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).
Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah.
Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancang untuk membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti Giant, Aeon dan 99 Speedmart.
Faktor ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman.
Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.
Dari segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam.
Contoh keadaan ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik murahan.
Bukan sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.
Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar ‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar ‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam.
Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.
Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, (Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang kian berleluasa dan semakin bahaya.
Ekoran skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.
Keadaan ini lebih jelas dengan rujukan dibuat kepada tinjauan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan, Merdeka Center yang memetakan peratus sokongan terhadap Najib semenjak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga tahun 2013.
v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);}
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}

Graf dipetik dari Merdeka Center
Graf 1 menunjukkan sejak April 2012, kepercayaan orang awam terhadap prestasi sebagai Perdana Menteri kian berkurang dan ini dibalas dengan peningkatan peratus dalam kadar tidak puas hati orang awam terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri. Penurunan kepercayaan kepada prestasi Najib bermula pada Disember 2011 di mana sokongan 71 peratus telah mengalami kejatuhan berterusan sehingga Januari 2013 di mana sokongan tersebut adalah sebanyak 61 peratus. Manakal perasaan tidak puas hati pula kian menunjukkan peningkata bermula Mei 2012 dari 23 peratus meningkat kepada 32 peratus pada Januari 2013.
PRU13 melihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia berdasarkan kelima-lima faktor yang telah disebutkan di atas. Kelima-lima faktor ini akan mempengaruhi keputusan PRU13 ini di mana ianya akan menjadi penentu hala tuju rakyat sama ada untuk memilih PR atau BN sebagai kerajaan baru untuk lima tahun akan datang. Dan mengikut maklumat di atas, peluang untuk PR memenangi PRU13 adalah lebih cerah daripada BN.
PRU13: Siapa Akan Pulihkan Ekonomi Malaysia?
Syahir Sulaiman, | 24 Apr 2013 |
"Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Surah al-A’raf : ayat 96)
Rakyat di antara dua pilihan
Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan.
Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut.
Dalam sektor perniagaan, terdapat dua kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi (exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdaya-eksplorasi.
Di pentas politik pula terdapat dua kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (service-oriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.
Manakala dalam kalangan rakyat juga terdapat dua kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer). Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.
Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak.
Ekonomi Malaysia – Langkah Pemulihan
Tiada siapa dapat menafikan bahawa ekonomi Malaysia perlu dipulihkan,
Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow). Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.
Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti.
Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’, melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat.
Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana. Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan daya tahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (know-how) di dalam masyarakat.
Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear). Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedekah, infaq dan wakaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat.
Pendekatan ekonomi berkebajikan
Gagasan pendekatan ekonomi berkebajikan yang dikemukakan oleh YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang adalah sangat tepat dan berwawasan jauh sebagai jalan penyelesaian kemelut ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia secara keseluruhannya.
Penegasan beliau bahawa tanggungjawab pemerintahan dan memakmurkan bumi ini adalah satu amanah yang mesti ditunaikan, bukan hanya untuk memenuhi tuntutan rakyat yang mengangkat sesebuah kerajaan, bahkan pada kekemuncaknya supaya kepimpinan negara bertanggungjawab kepada Allah SWT, jelas membuktikan iltizam ekonomi yang menjamin nilai keadilan sosial ditegakkan dalam urusan bernegara.
Sebagai kerangka dasar ke arah membetulkan kegagalan sistem ekonomi yang sedang melanda dunia dan negara, beliau telah mengemukakan empat langkah utama seperti berikut:
1. Membetulkan falsafah ekonomi sedia ada kepada yang lebih adil dan memakmurkan pertumbuhan ekonomi melalui dasar fiskal dan monetari yang menjamin keadilan sosial secara mampan;
2. Membetulkan pelaksanaan dasar ekonomi dengan bersendikan akhlak dan perkiraan dosa-pahala, akauntabiliti yang holistik, undang-undang yang mendidik mampu mencegah, dan seterusnya menghalang elemen pembaziran, ketirisan, penyelewangan serta rasuah;
3. Membuat penilaian menyeluruh terhadap kekuatan hasil mahsul negara, supaya pengurusan warisan khazanah negara ini dimanafaatkan dengan lebih telus dan adil untuk semua rakyat dan generasi masa depan;
4. Menolak diskriminasi, yakni dasar ekonomi dan sifat kebajikannnya dilaksanakan tanpa mengira kaum, agama ataupun fahaman politik, negeri, dan wilayah, dengan merujuk kepada keadilan Islam yang sebenar. Tindakan ini sekaligus menolak amalan kronisma nepotisma, dan manipulasi dan monopoli pasaran, melalui pelaksanaan undang-undang yang membela kebajikan rakyat keseluruhannya.
Hal ini pastinya menuntut kepada perincian melalui dasar dan polisi, serta program dan mekanisma yang tersusun ke arah merealisasikan hasrat murni ini.
Menarik untuk disorot ungkapan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam memberi pengertian terhadap sebuah kehidupan, baik untuk diteladani oleh rakyat dan kerajaan, yang menyebut “Saya lebih pentingkan kehidupan yang mewah di akhirat berbanding di dunia sekarang. Saya tanamkan dalam jiwa saya, apabila meninggal dunia nanti saya pasti tanpa meninggalkan sebarang hutang. Ini sudah cukup bagi saya. Paling saya takut meninggalkan hutang di kedai runcit atau sebagainya”.
Justeru, penyelesaian ke arah pemulihan ekonomi Malaysia bukannya terpikul di bahu pakar-pakar ekonomi, tetapi ia sebenarnya terletak di tangan anda.
Syahir Sulaiman adalah Pengarah Kajian Polisi, Dewan Pemuda PAS Malaysia

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-4-2013
Renungan sebelum PRU13
Wan Mohamad Wasif bin Wan Mohamad, | 26 Apr 2013 |
Renungan sebelum PRU13 : Beberapa pandangan Dato' Dr Siddiq Fadzil
Menjelang PRU13 yang bakal tiba nanti, kita mengharapkan ia menjadi satu Hari Rakyat yakni rakyat Malaysia yang layak mengundi berpeluang memilih calon dan parti terbaik pilihan mereka secara bebas dan adil untuk mentadbir negara Malaysia. Kita mengharapkan suasana kempen pilihanraya yang bersih, aman, dan matang dan bukannya kempen politik kotor, samseng, lucah, penuh dengan dendam kesumat, fitnah dan maki hamun. Rakyat Malaysia perlu memberi tekanan kepada semua ahli politik Malaysia agar tiada dalam kalangan mereka yang memanfaatkan tempoh berkempen hanya untuk menabur fitnah, tidak menjaga adab, budaya dan tutur kata-bahasa mereka. Rakyat perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa sesiapapun yang mahu turut serta dalam kempen politik di negara ini perlu mematuhi undang-undang, tidak melangggar tata susila, menerapkan nilai murni, menjaga adab dan berakhlak mulia .
Kita mengharapkan tempoh berkempen pada pilihan raya kali ini dipenuhi dengan agenda pendidikan demokrasi rakyat dan rakyat Malaysia dapat menilai dengan sebaik mungkin calon dan parti politik yang akan bertanding dalam pilihan raya nanti. Untuk itu, kita begitu mengharapkan misalnya diadakan debat manifesto antara pimpinan politik yang bertanding dan juga debat antara calon Perdana Menteri agar rakyat mampu menilai hujah sekali gus mampu membuatkan rakyat berfikir dan memanfaatkan akal mereka ke arah politik yang lebih matang dan bertamadun. Rekod pentadbiran parti yang bakal bertanding misalnya juga perlu dinilai oleh rakyat dan untuk menilai tersebut pastinya maklumat yang adil dan seimbang perlu didedahkan kepada para pengundi. Kita juga mengharapkan para pengundi sesuatu kawasan DUN atau Parlimen mendapat waktu yang mencukupi untuk mengenali calon-calon yang akan bertanding di kawasan mereka.
Dalam tulisan ini,penulis akan memetik beberapa pandangan Dato' Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat dalam bukunya "Islam dan Melayu : Martabat Umat dan Daulat Rakyat’’ yang wajar direnung oleh rakyat Malaysia menjelang PRU 13 nanti.
Kualiti kepimpinan
Sesiapapun calon yang menang dalam pilihan raya nanti, kita mengharapkan mereka terdiri daripada calon-calon yang memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi. Seandainya calon yang menang itu tidak memiliki kualiti kepimpinan atau menang hanya kerana menumpang kehebatan parti yang diwakilinya walaupun dirinya tidak berkualiti, ia pasti akan membawa kemudaratan kepada rakyat bahkan kepada pembangunan negara. Soal kualiti kepimpinan ini disentuh oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Islam dan Kepimpinan Politik Melayu : Dari Tradisi ke Demokrasi-Islami” :-
“Yang menjadi kendala besar pembangunan bangsa dan negara bukan masalah kewangan, tetapi kualiti kepimpinan. Masalah inilah yang diserlahkan oleh Prof Syed Hussein Al-Atas ketika membicarakan isu kendala-kendala pembangunan (obstacles to development). Menurut Al-Atas, kendala terbesar proses pembangunan adalah ketidakmampuan para penguasa yang disebutnya sebagai undeveloped ruling group. Mereka adalah para penguasa yang tidak memiliki kualiti yang diperlukan untuk membangun, iaitu : kewibawaan etika(ethical integrity), kemampuan berfikir (thinking capacity), dan stamina berfikir dan bekerja untuk pembangunan (stamina for development thinking and development work)
Mengulas masalah kualiti kepimpinan Melayu dan apa yang dipanggil sebagai ‘gejala kepudaran idealisme kepimpinan’ beliau mengungkapkan seperti berikut:-
"Ternyata masalah kualiti kepimpinan Melayu masih berterusan dan diperlihatkan dalam gejala kepudaran idealisme kepimpinan. Yang sering terjadi bukan pemilihan pemimpin secara matang, waras dan rasional : tetapi lebih berupa perebutan kuasa dan pertarungan hancur-hancuran dalam aturan main the winner takes all yang membawa kesudahan yang kalah menyimpan dendam, yang menang lupa daratan. Gejala berubahnya pemilihan pemimpin menjadi perebutan kuasa adalah akibat dari kekeliruaan persepsi tentang kepimpinan dan kekuasaan. Dengan ungkapan lain, amanah telah disalah anggap sebagai tuah dan ghanimah. Tidak hairanlah jika yang dirasakan bukan lagi beratnya tanggungjawab kepimpinan,tetapi sedapnya menjadi ‘orang besar’.’
Kita mengharapkan parti yang bakal bertanding dalam pilihan raya nanti menampilkan calon yang terbaik dan berkualiti yang mampu menunaikan amanah sebagai pemimpin rakyat dengan sebaik mungkin seandainya mereka memenangi pilihanraya nanti. Hak dan nasib rakyat kita harapkan dapat diperjuangkan oleh pemimpin berkualiti, pemegang amanah kekuasaan yang diungkapkan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil “datang dari rakyat, yang hidup bersama rakyat, yang menghayati denyut nadi dan degup jantung rakyat, yang merasa senasib dan seperuntungan dengan rakyat’.
Iklim kebebasan
Pemimpin yang berkualiti yang kita harapkan tidak turun dari langit atau muncul mendadak dengan gosokan lampu ajaib Aladdin. Menurut Dato' Dr Siddiq Fadzil:-
“Pemimpin tidak lahir dalam kekosongan. Mereka terbentuk dalam iklim dan persekitaran zaman dan lingkungan. Untuk memunculkan pemimpin yang berkualiti diperlukan persekitaran yang kondusif, terutama kebebasan."
(Islam dan Kepimpinan Politik Melayu : Dari Tradisi ke Demokrasi-Islami)
Kita mengharapkan wujud ruang kebebasan (misalnya kebebasan bersuara, kebebasan media) dan melaluinya rakyat dapat menilai calon pemimpin mereka sekali gus mengangkat calon pemimpin terbaik dalam kalangan mereka. Sekiranya ruang kebebasan disekat, ia hanya akan membantutkan pergerakan calon pemimpin yang berkualiti lantas menimbulkan kekeliruan kepada rakyat dan sering kali terjadi rakyat tersilap dalam membuat pilihan calon pemimpin serta mengangkat dan mengagung-agungkan pemimpin palsu yang tidak memiliki kualiti kepimpinan yang diharapkan.
Oleh itu Dato' Dr Siddiq Fadzil menegaskan :-
“Hanya dalam iklim kebebasan dan kemerdekaan, calon pemimpin mendapat ruang yang seluas-luasnya untuk mengembangkan bakat : membina kemampuan berfikir (thinking capacity) dan memperkasa daya juang (fighting spirit). Persekitaran budaya yang penuh sekatan, belenggu dan kongkongan tidak akan membentuk pemimpin yang kritis, kreatif, cerdas dan berwawasan luas. Yang dapat dilahirkan dari iklim yang tidak mencerdaskan itu hanya budak-budak suruhan yang patuh, pasif dan submisif. Untuk menjayakan misi pemerkasaan bangsa, yang diperlukan bukan cuma ‘orang besar’ tetapi pemimpin rakyat, pemimpin yang tumbuh dari bawah, teruji di gelanggang hempas pulas perjuangan di tengah umat, bukan yang ditunjuk dari atas.”
Iklim kebebasan dengan penuh tanggungjawab mampu mengangkat pemimpin terbaik yang mampu memimpin rakyat ke jalan yang benar. Rakyat yang cerdik pastinya mendokong sepenuh hati terhadap pemimpin yang paling berkualiti dan benar-benar berkhidmat demi rakyat dan bukannya pemimpin yang memanfaatkan kedudukan dan jawatan mereka demi kepentingan peribadi dan rakus membolot harta dan kekayaan negara.
Kuasa media
Menjelang pilihan raya juga kita akan menyaksikan media menjadi satu kuasa yang cukup besar dalam usaha mengawal dan mempengaruhi pemikiran rakyat. Oleh itu kita dapat melihat pihak yang mahu mengekalkan kuasa mereka sanggup berbelanja besar untuk menguasai pelbagai media bahkan isi kandungan media tersebut juga sebenarnya banyak ditentukan oleh agen-agen dan pihak mereka sendiri. Disebabkan itu jugalah media tersebut tidak lagi bebas dan jujur dalam menyampaikan kebenaran bahkan sanggup memutarbelit, menyebar berita palsu, fitnah dan propaganda negatif terhadap pelbagai pihak yang dilihat sebagai musuh dan lawan mereka.
Menurut Dato' Dr Siddiq Fadzil lagi dalam tulisannya:-
“Ketika ini kita tidak hanya menyaksikan kuasa media ,tetapi juga penguasaan ke atas media oleh pihak yang berkuasa. Akibatnya media tidak bebas memaparkan fakta seadanya, tetapi melakukan distorsi yang mengeliru dan menyesatkan. Peranan media sebagai image maker dieksploitasi sedemikian rupa sehingga wajah sebenar pemimpin tidak ditampakkan dalam citra hakikinya. Permainan membesar-besarkan orang kecil dan mengecil-ngecilkan orang besar sudah begitu berleluasa, malah untuk itu fitnah ,gossip dan pembohongan telah dibudayakan.”
Kita mengharapkan pihak media bebas dan berani dalam memperjuangkan kebenaran dan tidak bersubahat dengan pihak yang mempunyai agenda peribadi yang sanggup membuat apa sahaja termasuk taktik kotor demi memuaskan kehendak nafsu mereka. Pihak media sepatutnya memainkan peranan yang cukup besar dalam memberi fokus kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, mengutarakan masalah yang dihadapi rakyat serta bersifat mendidik, mencerah, memandai dan memperkasakan pemikiran rakyat bukannya menjadi alat pembodohan rakyat.
Gerakan melawan pembodohan
Dato Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya, “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat” juga menegur apa yang dipanggilnya ‘unsur-unsur fir’aunisme dalam dasar pembinaan pemikiran rakyat’. Pemikiran rakyat dibelenggu dan dicengkam serta tidak dibenarkan untuk berfikir dengan lebih luas dan terbuka. Apa-apa sahaja pandangan yang dilihat berbeza dengan penguasa akan dilabelkan dengan pelbagai label negatif dan segala perbezaan pandangan tidak diraikan bahkan dikecam hebat serta tidak diberi ruang untuk dibahaskan secara terbuka. Akhirnya ia mampu melahirkan sekelompok manusia yang sangat taksub dengan pandangan mereka, sukar menerima pandangan orang lain bahkan sanggup melakukan tindakan samseng dan biadab terhadap lawan mereka.
Apa yang digelar sebagai ‘Pembodohan ala Fir’aun’ oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil ini juga dijelaskan dengan lebih lanjut oleh beliau seperti berikut:-
“Salah satu bentuk pembodohan ala Fir’aun ialah dengan membelenggu pemikiran rakyat dalam kurungan ideologi penguasa. Rakyat tidak dibenarkan melihat ke luar tembok kekuasaan. Mereka tidak dibenarkan melihat ke mana-mana arah selain arah yang ditetapkan oleh penguasa. Pemikiran yang boleh dimasyarakatkan hanya pemikiran versi pihak berkuasa. Versi-versi lain digelapkan dan diberi label subversif dan meracuni fikiran rakyat."
“Yang mereka lakukan bukan cuma membodohkan,tetapi juga pelbagai strategi lain yang dapat melemahkan rakyat, termasuk menakut-nakutkan. Negara yang rakyatnya lemah, bodoh dan penakut adalah lahan yang subur bagi para penguasa berleluasa merajalela. Dalam konteks seperti itulah perlunya suatu gerakan melawan pembodohan dan sekali gus mengembalikan keberanian rakyat.”
Gerakan melawan pembodohan yang disarankan oleh Dato' Dr Siddiq Fadzil ini perlulah diberi perhatian oleh para pejuang kebenaran dan ia perlu digerakkan dengan lebih tersusun agar rakyat tidak terus diperbodohkan dan hilang keberanian untuk melawan ketidakadilan dan kepalsuan.Kita perlu yakin kepada kebijakan dan kecerdikan rakyat dan rakyat tidak akan mudah diperdaya dan diperbodohkan sekiranya gerakan melawan pembodohan secara sistematik digerakkan dari akar umbi oleh pelbagai pihak secara bersama.
Ilmuwan rakyat
Dalam usaha melawan gejala pembodohan rakyat Dato' Dr Siddiq Fadzil menekankan kepentingan peranan ‘institusi pendidikan kerakyatan yang komited terhadap aspirasi pembinaan kader ilmuwan rakyat, yang mengakar di tengah umat’. Menurut beliau dalam tulisannya “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat”:-
“Telah sekian lama umat dikecewakan oleh para cendekiawan/ulama yang hanya punya majikan, tetapi tidak punya umat. Sekarang adalah saatnya kita membina kader-kader public intellectuals, cendekiawan yang memiliki kepedulian yang tinggi terhadap untung nasib rakyat, ilmuwan yang sedar bahawa ilmu mempunyai fungsi sosial-merubah, memperbaiki dan memperkasa manusia. Pemikiran rakyat seharusnya dibentuk oleh para ilmuwan, bukan oleh media propaganda."
Kita impikan kelahiran para cendekiawan-ilmuwan yang aktif memperjuangkan nasib rakyat bawahan dan bukan sekadar cendekiawan-ilmuwan yang sekadar berbangga dengan status gelaran mereka semata-mata, tidak peka dengan masalah yang dihadapi rakyat, jauh dari rakyat, suka mengampu –membodek pimpinan politik dan menjadi boneka para penguasa.
Para cendekiawan-ilmuwan tersebut juga perlu memainkan peranan penting dalam membentuk pemikiran rakyat sekali gus menggerakkan perubahan ke arah kebaikan. Mereka mampu menjadi rujukan terpenting buat rakyat dan para pemimpin sekaligus mempengaruhi dalam pembinaan dasar-dasar utama negara. Mereka juga harus berani dan jujur dalam menegur segala kepincangan yang berlaku dan tidak menyembunyikan kebenaran mahupun bersekongkol dengan pihak yang aktif menyebarkan kepalsuan dan dan pembohongan.
Semoga kelahiran ilmuwan rakyat itu nanti mampu menggerakkan usaha pencerahan terhadap pemikiran rakyat serta agenda pemerkasaan dan pemberdayaan rakyat.
Pendidikan demokrasi
Agenda pemberdayaan rakyat ini menurut Dato’ Dr Siddiq Fadzil perlu merangkumi pendidikan demokrasi. Demokrasi jangan hanya sekadar menjadi mainan di bibir mulut sahaja dan rakyat juga jangan mudah ditipu dengan segelintir pemimpin politik yang atas nama demokrasi versi mereka, mereka terus melemahkan dan memandulkan pemikiran rakyat.Rakyat perlu dididik tentang pendidikan demokrasi ini dan disedarkan tentang hak-hak mereka yang sering dilupakan oleh segelintir pemimpin politik yang tidak mahu kedudukan mereka tergugat.
Mengulas soal pendidikan demokrasi ini Dato' Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Pemberdayaan umat : Kembalikan daulat keinsanan rakyat” menjelaskan :-
“Pakej pemberdayaan rakyat dalam konteks sekarang harus meliputi pendidikan demokrasi, agar dengan begitu rakyat tahu makna sebenar demokrasi dan bagaimana ia semestinya dilaksanakan. Rakyat harus dididik bagaimana menggunakan hak demokratiknya secara bijaksana dan bermaruah. Mereka juga harus disedarkan tentang hak-hak mereka sebagai pemilih, termasuk maklumat yang cukup dan seimbang tentang semua parti dan calon yang bertanding. Apalah erti hak pilih tanpa maklumat yang cukup tentang apa dan siapa yang hendak dipilih.”
Tanpa usaha pendidikan demokrasi, rakyat selamanya dinafikan hak mereka dan para pemimpin cenderung menipu dan memperbodohkan rakyat.Rakyat akan dikelirukan dengan demokrasi palsu bikinan pemimpin yang memanfaatkan kebodohan rakyat. Demokrasi palsu tersebut dijelaskan oleh Dato Dr Siddiq Fadzil seperti berikut:-
“Demokrasi seperti itu adalah ibarat memberikan hak memilih warna terbaik kepada orang yang telah dibutakan; atau memberikan hak memilih suara paling merdu kepada orang yang telah dipekakkan. Demokrasi yang selalu digambarkan sebagai jelmaan daulat rakyat dan peran serta rakyat, pada praktiknya rakyat diperbodoh dan diketepikan dari proses membuat keputusan. Rakyat hanya diusung ke pusat membuang undi, dan selepas itu mereka tidak dipedulikan lagi. Keputusan-keputusan dibuat atas nama rakyat ,tetapi seringkali mengenepikan suara dan kepentingan rakyat. Sementara itu, wakil rakyat pula tidak lagi menjadi penyuara aspirasi rakyat, tetapi sudah menjadi penyambung lidah ketua parti. Demokrasi yang dicanangkan tetapi feudalism baru yang dibudayakan.”
Kuasa dan daulat rakyat tidak mungkin dapat diperjuangkan seandainya kita masih bergantung kepada pengamalan sistem kuno dan mencengkam kebebasan rakyat. Pendidikan demokrasi yang sihat dan matang mampu memenangkan rakyat dan memberi jalan kepada usaha merealisasikan tuntutan-tuntutan dan harapan rakyat keseluruhannya.
Dato’ Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya “Daulat syariat dan daulat rakyat dalam pemikiran politik Islam” mengupas soal kedaulatan rakyat ini seperti berikut:-
“Kedaulatan rakyat hanya mungkin terlaksana menerusi demokrasi yang memberikan hak pilih secara adil dan bebas. Pemilih harus diberi peluang mendapat maklumat yang cukup dan seimbang tentang apa dan siapa yang hendak dipilih. Apalah erti kedaulatan rakyat pemilih di tengah kongkongan media, telinga rakyat hanya disumbat dengan maklumat sepihak, dan disuapi dengan kebohongan-kebohongan. Demokrasi tanpa integriti selalu diwarnai penipuan dan pelbagai bentuk kecurangan lainnya. Demokrasi tanpa integriti adalah sejenis kemunafikan: pura-pura menjunjung kuasa dan daulat rakyat, tetapi berleluasa menipu dan memperbodoh rakyat.”
Oleh sebab itulah pendidikan demokrasi perlu disebarluaskan dan diajar kepada rakyat keseluruhannya bukan sahaja melalui sistem pendidikan negara, di sekolah-sekolah, institusi-institusi pendidikan bahkan juga digerakkan sendiri oleh rakyat melalui NGO,gerakan masyarakat madani.
Kekuatan NGO-masyarakat madani
Demi kemajuan sesebuah negara, rakyat negara tersebut tidak boleh sekadar bergantung kepada usaha parti-parti politik atau pemerintah semata-mata. Rakyat perlu diyakinkan dengan kekuatan NGO-masyarakat madani dalam menggerakkan perubahan ke arah kebaikan dalam sesebuah negara. NGO-masyarakat madani boleh memainkan peranan besar dalam mendidik rakyat tentang pelbagai isu khususnya isu-isu kemasyarakatan-kerakyatan. Kebergantungan melampau terhadap pemerintah hanya akan melemahkan rakyat dan negara; oleh sebab itulah rakyat harus disedarkan tentang peranan penting yang boleh dimainkan oleh NGO-masyarakat madani dan betapa pentingnya kita memperkasa dan memperkuatkan NGO-masyarakat madani. Dato Dr Siddiq Fadzil dalam tulisannya ‘Pemberdayaan umat:Kembalikan daulat keinsanan rakyat’ mengupas hal ini seperti berikut:-
“...pakej pemberdayaan rakyat juga harus meliputi usaha penguatan organisasi-organisasi kerakyatan (NGO) dan penggemblengannya menjadi kekuatan masyarakat madani. Ketidakseimbangan kekuatan: pemerintah terlalu kuat, sedang rakyat terlalu lemah harus dikoreksi dengan memunculkan masyarakat madani sebagai kekuatan tandingan. Pemerintah yang terlalu kuat selalu meremehkan suara rakyat. Mereka tidak takut menghadapi protes rakyat kerana mereka tahu bahawa rakyat tidak tahu dan tidak berani memprotes. Mereka juga tidak mempedulikan public opinion kerana mereka tahu bahawa public sebenarnya tidak punya opinion. Kekuatan masyarakat madani akan mengurangi ketergantungan rakyat kepada pemerintah dan dengan demikian rakyat mendapatkan semula kebebasan, kemerdekaan dan kemandirian mereka.”
NGO-masyarakat madani yang kita harapkan itu pastinya NGO-masyarakat madani yang bebas dan adil, berani menyatakan kebenaran, jujur dalam memperjuangkan hak rakyat-masyarakat keseluruhannya dan mendapat dokongan rakyat.
Kita mengharapkan pilihanraya umum ke-13 kali ini berjalan lancar dengan penuh keadilan dan apa jua keputusannya dan pilihan rakyat nanti dihormati oleh semua pihak. Semoga pasca pilihan raya nanti kita akan menyaksikan yang berada di sidang DUN/Parlimen dan tampuk pentadbiran negara terdiri daripada pemimpin-pemimpin terbaik dan berkualiti serta yang akhirnya menang nanti tidak lain tidak bukan ialah rakyat! Demi negara Malaysia tercinta ayuh sama-sama kita terlibat mengikut kemampuan kita untuk memenangkan calon-calon yang paling berkualiti dan biarlah pertarungan sengit antara calon-calon dan parti-parti yang bertanding dalam pilihanraya nanti akhirnya dimenangi oleh rakyat!

Umno 2013 bakal alami nasib MCA 2008
KPRU, | 27 Apr 2013 |
Badan Pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) meramalkan, UMNO akan kehilangan banyak kerusi parlimen yang dipertandingkan pada 5 Mei 2013 sepertimana MCA kehilangan kerusinya pada 8 Mac 2008.
KPRU membuat ramalan ini berdasarkan beberapa faktor utama.
Faktor pertama berkait rapat dengan kejatuhan populariti Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding peningkatan populariti pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Suatu tinjaun oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti (Umcedel) telah menemui kadar kelayakan Najib untuk memangku jawatan sebagai Perdana Menteri semakin berkurangan di mana hanya 39 peratus para respondan percaya Najib layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim yang meraih 43 peratus kepercayaan para respondan. Ini adalah pengurangan sebanyak 4 peratus daripada tinjauan yang dilakukan pada awal tahun 2013. Ini adalah seiringan dengan peningkatan dalam kepercayan PR untuk menjadi kerajaan baru pasca Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU13).
Sepertimana MCA kehilangan sokongannya secara signifikan pada tahun 2008, UMNO kini kehilangan sokongan secara signifikan. Kerana itu, strategi kempen BN bergantung kepada seorang manusia bernama Najib yang dipaparkan sebagai pemimpin baik, biarpun beliau tak berani berdepan dengan Anwar Ibrahim di pentas yang sama dan berbahas dengan Anwar Ibrahim mengenai dasar dan manifesto masing-masing sambil disiarkan secara langsung melalui televisyen.
Faktor kedua adalah dasar 1Malaysia gagal untuk menaik taraf hidup rakyat Malaysia. Najib mengumumkan bahawa kadar kemiskinan negara telah jatuh kepada 1.7 peratus sahaja. Walhal ianya dijangka angka sebenar kadar kemiskinan dalam Malaysia sebenarnya mencapai sebanyak 19 peratus mengambil kira kadar pendapatan isu rumah kerajaan dan Laporan Tinjauan Kemudahan Asas 2009 yang diambil oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Pada masa yang sama, kerajaan BN terpaksa membelanjakan hampir RM3 bilion bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysa (BR1M). Begitu juga 60 peratus penjawat awam tidak mampu dari segi kewangan untuk membeli rumah serta kegagalan Skim Rumah Pertamaku untuk membantu warga muda untuk membeli rumah.
Jenama 1Malaysia juga dapat dilihat sebagai kegagalan Najib apabila kira-kira 250 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah dibuka seluruh negara untuk membantu memberikan barangan murah kepada rakyat Malaysia. Najib merancang untuk membuka lagi 57 kedai KR1M seluruh negara. Ini bermakna rakyat Malaysia tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membeli barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kerana kerajaan BN terpaksa membuka kedai runcit yang menjual barangan murah pada harga yang lebih murah dari pasar raya seperti Giant, Aeon dan 99 Speedmart.
Faktor ketiga adalah insan bergelar Anwar Ibrahim yang mempunyai reputasi yang lebih positif berbanding Najib khususnya dari segi keupayaan tadbir urus kewangan negara dan penggubalan dasar baru yang dapat membawa pembaharuan seiring dengan tuntutan sezaman.
Pada tahun 2007, hutang negara adalah sebanyak RM267 bilion. Pada 2013, hutang negara telah melonjak kepada RM502 bilion. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, kadar defisit negara telah diubah menjadi kadar surplus dengan tahun 1998, sebelum Anwar Ibrahim dipecat, Malaysia mencapai surplus sebanyak 2.4 peratus. Keadaan surplus ini terus menjadi deifisit sejurus selepas Anwar dipecat. Ini berbanding dengan kadar defisit di bawah Najib yang melonjak kepada 5.4 peratus pada tahun 2010 di bawah pentadbiran Najib.
Dari segi tenaga kerja pula, Najib juga gagal untuk menaikkan jumlah tenaga kerja mahir dalam negara memandangkan 80 peratus tenaga kerja dalam negara hanya mempunyai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Berbanding dengan reputasi Najib, reputasi Anwar Ibrahim lebih positif di mata orang awam.
Contoh keadaan ini adalah kaum India tidak mempunyai sebarang minat terhadap soal peribadi Anwar dan melihat skandal seks terhadap Anwar hanya sebagai taktik kotor politik UMNO. Berbalik kepada reputasi Najib pula, tindakan kerajaan di sebalik nama Pejabat Pendakwa Raya, perbicaraan liwat terhadap Anwar sebenarnya mencemari reputasi Najib dan pentadbiran beliau sebagai taktik kotor politik murahan.
Bukan sahaja kaum India mengambil keputusan tidak mempedulikan kehidupan peribadi Anwar Ibrahim, malah menurut tinjauan yang dibuat oleh UMCEDEL, 54 peratus responden kaum Melayu setuju Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Najib yang hanya meraih sokongan sebanyak 28 peratus.
Faktor keempat yang akan mempengaruhi keputusan di PRU13 ini adalah dasar Najib yang dilihat sebagai lemah dan tidak berpendirian tetap. Ini mengikut 10 kes dasar ‘flip-flop’ yang pernah dilaporkan oleh KPRU yang berlaku di bawah pentadbiran Najib. Antara 10 kes tersebut adalah terdiri daripada dasar ‘flip-flop’ Lynas, kegagalan pertukaran saham Malaysia Airlines dan Air Asia sehingga kepada pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas penentangan oleh para penjawat awam.
Kegagalan Najib untuk berpendirian tegas kepada dasar-dasar negara yang mempengaruhi kehidupan harian menunjukkan beliau tidak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia kepada arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Ianya juga memberi gambaran bahawa Najib tidak mempunyai kebijaksanaan untuk memutuskan dasar yang paling efektif demi rakyat tanpa mengayakan kroni-kroni beliau.
Faktor kelima adalah skandal-skandal yang kembali menghantui Najib dan pentadbiran beliau. Antara skandal-skandal yang kembali menghantui Najib adalah skandal Scorpene, Altantuya, kritikan terhadap tindakan melampau ke atas para peserta perhimpunan Bersih 2.0 dan 3.0, skandal National Feedlot Center (NFC), kegagalan pentadbiran Najib mengendalikan pencerobohan Lahad Datu dengan pantas dan efektif, skandal perbicaraan liwat terhadap Anwar Ibrahim, skandal kroni AES, skandal kroni emel 1Malaysia, skandal kotor melibatkan Ketua Menteri Sarawak dan keluarganya serta kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak, kegagalan Najib untuk mengambil tindakan terhadap skandal yang melibatkan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Nazri Aziz, skandal melibatkan isteri beliau, Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor dan cincin bernilai RM24 juta, skandal perkauman Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, (Perkasa) yang mendapat perlindungan dan kelulusan pentabiran Najib dan yang terkini, kegagalan pentadbiran Najib menangani masalah keganasan politik yang kian berleluasa dan semakin bahaya.
Ekoran skandal-skandal ini, rakyat mendapat gambaran bahawa soal rasuah yang kononnya giat dibanteras oleh Najib sebenarnya, sebaliknya digalakkan oleh Najib. Ianya kelihatan seperti Najib lebih rela melindungi kroni-kroninya dari membantu rakyat keluar dari belenggu hutang dan kemiskinan.
Keadaan ini lebih jelas dengan rujukan dibuat kepada tinjauan yang dibuat oleh badan bukan kerajaan, Merdeka Center yang memetakan peratus sokongan terhadap Najib semenjak beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga tahun 2013.
v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);}
Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99; mso-style-qformat:yes; mso-style-parent:""; mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt; mso-para-margin:0in; mso-para-margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:11.0pt; font-family:"Calibri","sans-serif"; mso-ascii-font-family:Calibri; mso-ascii-theme-font:minor-latin; mso-fareast-font-family:"Times New Roman"; mso-fareast-theme-font:minor-fareast; mso-hansi-font-family:Calibri; mso-hansi-theme-font:minor-latin; mso-bidi-font-family:"Times New Roman"; mso-bidi-theme-font:minor-bidi;}
v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:* {behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);}
Graf dipetik dari Merdeka Center
Graf 1 menunjukkan sejak April 2012, kepercayaan orang awam terhadap prestasi sebagai Perdana Menteri kian berkurang dan ini dibalas dengan peningkatan peratus dalam kadar tidak puas hati orang awam terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri. Penurunan kepercayaan kepada prestasi Najib bermula pada Disember 2011 di mana sokongan 71 peratus telah mengalami kejatuhan berterusan sehingga Januari 2013 di mana sokongan tersebut adalah sebanyak 61 peratus. Manakal perasaan tidak puas hati pula kian menunjukkan peningkata bermula Mei 2012 dari 23 peratus meningkat kepada 32 peratus pada Januari 2013.
PRU13 melihatkan Najib sudah semakin tidak releven di mata rakyat Malaysia berdasarkan kelima-lima faktor yang telah disebutkan di atas. Kelima-lima faktor ini akan mempengaruhi keputusan PRU13 ini di mana ianya akan menjadi penentu hala tuju rakyat sama ada untuk memilih PR atau BN sebagai kerajaan baru untuk lima tahun akan datang. Dan mengikut maklumat di atas, peluang untuk PR memenangi PRU13 adalah lebih cerah daripada BN.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-4-2013
PRU13: Pintu usaha yang tidak berpenghujung
http://www.hasanhusaini.com, | 01 Mei 2013 |
PRU 13 menyaksikan UMNO BN berhabisan menyerang dan membuli Pakatan Rakyat. semua saluran televison, radio, akhbar perdana, jabatan kerajaan, intitusi pendidikan dan pelbagai instrumen awam digunakan untuk membelasah lawan politiknya, Pakatan Rakyat.
Namun kita dapati, kesan kempen UMNO BN tidak berbayar dengan modal besar yang dilabur leburnya itu.
Peluru yang disasarkan kepada PR melencong kembali bak bomerang kepada kubu mereka. Bom jangka yang dipasang pula meletup di karung sendiri. Periuk api yang ditanam diinjak oleh panglima perang UMNO BN sendiri. Usaha mereka selama 55 tahun tepadam dengan kejahatan dan pengkhianatan segelintir taiko UMNO BN yang tamak haloba.
Kita juga melihat sokongan kepada PR datang dari pelbagai sudut yang tidak dijangka.
Bermula dengan letusan ABU, dan TOLAK yang dipelopori anak muda. Seterusnya kepada trend menolak UMNO BN di media alternatif, dan laman sosial seperti FB, Youtube dan Twitter.
Selepas itu, kita melihat gelombang hijrah artis-artis dan bekas pegawai tinggi kerajaan, pakar-pakar serta intelektual kepada PR. UMNO BN kontang cerdik pandai dan hal ini diakui sendiri oleh Tun Mahathir.
Seterusnya, muncul pula titah DYMM Raja Nazrin Shah yang memuji PR dan menegur BN. Ia memberi saham yang besar kepad PR dan pukulan yang mencederakan jantung BN.
Kemudian muncul lagi ratusan trend tolak BN lain timbul dari pelbagai arah, di samping tindakan UMNO BN sendiri yang menyebabkan populariti mereka jatuh terutamanya di kalangan pengundi baharu.
Menyokong hal itu, pelbagai pendedahan tentang kelemahan UMNO BN menjadi gelombang menimbus budi yang telah mereka taburkan sejak 55 tahun. Kelemahan UMNO BN dan siri pengkhianatan mereka diabadikan dalam dokumentasi rasmi dan dipermudahkan pemahamannya melalui infografik dan poster malah filem pendek.
Setelah parlimen dibubar, timbul pula cetusan semangat kempen pulang mengundi. Warga Malaysia sejauh Russia, US, UK, Mesir, Jordan, Jepun membuat tindakan tepat untuk pulang mengundi di PRU13. Puluhan video dan gambar dikirimkan ke media sosial dan dikongsi oleh ribuan pengguna.
Manakala selepas itu, trend sokongan dan dokongn kepada Al-Fateh Malaysia, Datuk Paduka Husam Musa di Putrajaya menjadi satu fenomena yang sangat inspiratif kepada petugas PR di seluruh negara.
Berita duka bagaikan menimpa PR seketika tatkala DAP berdepan dengan masalah pendaftaran ROS. Ia cepat dirawat oleh DAP tatkala Lim Kit Siang mengumumkan DAP akan menggunakan logo PAS di semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak. Setelah itu, satu lagi gelombang besar timbul, lambang PAS kini bukan sahaja dijulang oleh pemuda berkopiah, bahkan diarak oleh masyarakat cina pelbagai usia bahkan sami budha.
Tidak kurang dari itu, datang pula sokongan moral dari pengerusi Kesatuan Ulama' Islam se-dunia, Syeikh Qaradhawi kepada PR. Setelah itu, timbul pula hasil kajian dari UMCEDEL yang menyatakan natijah sokongan majoriti kepada PR dan Anwar Ibrahim.
Mengakhiri senarai saya, hari ini pertubuhan IKRAM melalui presidennya menyatakan oendirian mereka untuk menyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih baik dan mamou membawa inspirasi rakyat Malaysia secara menyeluruh.
Selain yang saya senaraikan, masih banyak siri sokongan kepada PR yang berlaku di medium dunia sebenar mahupun di medan media sosial.
Ia bagaikan menjadi petanda bahawa UMNO BN sememangnya akan berkubur pada PRU13.
Namun, apakah kita sudah boleh berehat? Selesa dan tidur? Patutkah kita hanya meriba tangan sambil menghirup teh panas di balkoni sementara mendengar pengumuman kemenangan PR pada tengah malam 5 Mei 2013?
Lihatlah Sejarah
Di medan Uhud, ada beberapa pengajaran penting untuk kita renungi.
Selepas kemenangan besar tentera Islam di 'PRU12' Badar pada tahun kedua hijrah, kekuatan moral umat Islam meningkat mendadak. Mereka yang sebelum ini takut-takut dan tidak yakin dengan Islam, semakin yakin dan percaya diri. Masakan 300 tentera yang tidak lengkap logistiknya boleh mengalahkan tentera moden Quraish yang bilangan mereka mencecah 1000.
UHUD. Syawal Tahun Ketiga Hijrah
Setahun kemudian, Quraish menghantar tentera bagi menuntut bela kekalahan 'PRU12' di Badar. Abu Sufyan Bin Harb lebih teliti mengatur strategi. Kepakaran Khalid al-Walid dan Ikrimah Bin Abu Jahal dimanfaatkan sepenuhnya.
Umat Islam mara. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam sendiri bersama mereka selaku penglima tertinggi. Baginda mengatur strategi paling ampuh untuk berhadapan dengan 2000 tentera pimpinan Abu Sufyan Bin Harb. Pelbagai jenis taktik peperangan dipraktikkan.
Tenterai Islam berjaya menguasai beberapa kawasan strategik. 50 pasukan elit pemanah diketuai oleh Abdullah Bin Jubair radhiallah 'anhu ditempatkan di Jabal Rummat yang sedikit tinggi dari gelanggang tempur Uhud. Selain itu, tentera Islam juga lengkap dengan 50 pasukan berkuda dan 100 tentera perisai.
Tentera Quraish yang dipimpin Abu Sufyan Bin Harb porak peranda. Ramai di kalangan mereka terkorban. Sebahagiannya lari lintang pungkang meninggalkan kelengkapan perang dan kuda-kuda yang gagah.
Melihat keadaan itu, tentera Islam merasa selesa. Kemenangan seakan-akan pasti berpihak kepada mereka. Pesan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam agar mereka tidak turun dari Jabal Rummat sekalipun kemenangan sedang diraikan.
Sejumlah pemanah turun dari medan, mengutip barang tinggalan tentera Qurasih. Hanya sepuluh berbaki di puncak Jabal Rummat.
Khalid Al-Walid memecut kuda menggempur pemanah yang berbaki dan menguasai kawasan strategik itu. Hasilnya, Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam tercedera, darah baginda mengalir. Manakala singa Allah Hamzah bin Abdul Muttalib syahid bersama hampir 70 sahabat yang lain.
Tentera Islam mengalami kekalahan. Emosi mereka terganggu dengan kecederaan Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam dan kematian ramai sahabat terutamanya Saidina Hamzah radhiallah 'anhu.
Petugas PR di PRU13, teruskan berusaha. Meski kemenangan seakan pasti menyebelahi kita. Kerana senang itu tidak datang selepas susah, tapi ia datang bersama susah payah usaha kita.
"Oleh itu, yakinlah bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. Dan (sekali lagi ditegaskan) bahawa sesungguhnya bersama kesusahan itu, terdapat kesenangan. [Al-Insyirah 5-6]"
Hasanhusaini
Darul Muttaqin, Mu'tah Jordan
www.hasanhusaini.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-5-2013
Petisyen online terhadap PRU13 Malaysia
Harakahdaily, | 11 Mei 2013 |