Angkuhnya Rosnah, baru bertatih dalam politik |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 18 Mac: Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kenyataan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi relevan sebagai angkuh. Sdri Aiman Athirah Al Jundi - Ketua Penerangan DMPP Athirah berkata, sebagai pemimpin muda, Rosnah tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang tidak menghormati hak rakyat untuk memilih mana-mana parti politik. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - Ketua Puteri UMNO(depan) "Ia adalah suatu kenyataan yang terlalu angkuh daripada seorang pemimpin muda dalam Umno yang hakikatnya baru bertatih mengenali dunia politik sebenar. |
http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31418:angkuhnya-rosnah-baru-bertatih-dalam-politik&catid=1:utama&Itemid=50
Srategi Umno runtuhkan Pakatan Rakyat gagal |
M Faqih Foto Yusri |
KOTA BHARU, 23 April: Empat strategi gergasi dilakukan Umno bagi meruntuhkan keutuhan Pakatan Rakyat nampaknya sehingga kini tersasar, namun harus diingatkan usaha tersebut pastinya akan dilakukan berterusan sehingga pilihan raya umum akan datang. |
YB Ir Dato' Seri Nizar Jamaluddin - MB PR Perak / AP Bukit Gantang / ADUN Pasir Panjang
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2935:srategi-umno-runtuhkan-pakatan-rakyat-gagal&catid=34:primary&Itemid=56
DAP TOLAK TAWARAN KERJASAMA DENGAN UMNO - SETIAUSAHA AGUNG
YAB Tuan Lim Guan Eng - SUA DAP / KM Pulau Pinang
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=bD4vYmIPDDk
PAS tegas akan bersama Pakatan - Mustafa Ali |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 30 April: PAS dengan tegas menyatakan akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berjalan dengan baik di negara ini, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Hj Mustafa Ali - SUA PAS
Sehubungan itu, beliau menyifatkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebagai kenyataan yang tidak sihat untuk perkembangan politik di negara ini.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - PM Malaysia
Mustafa (gambar) mengulas kenyataan Najib yang sekali lagi menjemput PAS untuk bersama dengan Barisan Nasional (BN) walaupun sudah beberapa kali ditolak oleh PAS.
Datuk Seri Chua Soi Lek - Presiden MCA
Chua pula berkata, MCA tidak akan berada dalam kabinet lagi jika parti itu tidak mendapat sokongan dalam pilihan raya umum akan datang. Najib hari ini mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam. “Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? “Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Najib ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.
YB Dato' Harun Taib - ADUN Manir / Pesuruhjaya PAS Terengganu / Ketua DUPP
Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini. Sebelum ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin juga datang ke Dun Manir, kawasan yang diwakili oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib. "Suka saya tegaskan sekali lagi, PAS akan tetap komited bersama dengan Pakatan Rakyat - bagi mempastikan proses pembentukan sistem dua parti berkembang dengan baik di negara ini demi kepentingan masa depan Malaysia," kata Mustafa dalam kenyataannya kepada Harakahdaily hari ini. Bagi Mustafa, kenyataan Najib dan Chua ini hanya kenyataan politik. Menurut Mustafa, mempunyai orang Melayu sepenuhnya di pihak kerajaan manakala pembangkang pula Cina adalah satu ciri-ciri kemusnahan kepada negara yang tercinta ini. "Jadi PAS tidak akan membiarkan dirinya ke arah itu," tegas beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3053:-pas-tegas-akan-bersama-pakatan-mustafa-ali&catid=36:headline&Itemid=68
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3061:najib-macam-ketam-minta-pas-berpisah-dengan-dap&catid=36:headline&Itemid=68
Tinggalkan Umno, sertai PAS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Mei: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli-ahli dan pemimpin Umno supaya meninggalkan parti itu dan bersama PAS jika benar-benar hendak melaksanakan Islam dan menegakkan keadilan untuk semua bangsa di negara ini. “Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden
Presiden PAS itu memberi respons terhadap kesekelian kalinya, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan tanpa segan silu mengulangi lagi seruannya supaya PAS bekerjasama dengan Umno BN dan meninggalkan kerjasama PAS menerusi Pakatan Rakyat (PR). Najib berkata, pemimpin PAS perlu menerima kenyataan bahawa mereka mesti keluar daripada pakatan pembangkang jika benar-benar berjuang untuk kepentingan agama Islam. Menurutnya, PAS tidak akan memperoleh apa yang dicita-citakan selama ini dan kerjasama dengan parti pembangkang lain hanya memberi keuntungan kepada DAP. ''Tak kisahlah sama ada PAS mahu bersendirian atau bergabung dengan Umno, yang penting mereka tidak boleh bergabung dengan DAP kerana usaha PAS dalam memperjuangkan Islam akan terhalang," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perumahan Pangsapuri Rakyat di Pulau Duyung, Kuala Terengganu semalam. Bagi PAS, tegas Tuan Guru Abdul Hadi seruan Najib itu adalah janggal dan aneh, kerana PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat yang telah menjadi bencana dalam negara kita yang tercinta ini. Katanya, kerjasama atau penyatuan seharusnya dibina dengan bercirikan asas bertolong-tolong dalam melakukan kebajikan dan keadilan, dan bukan bertolong-tolong dalam melakukan maksiat, kezaliman dan memusnahkan harta negara. “PAS mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,” tegasnya yang juga ahli Parlimen Marang. Jelasnya lagi, kerjasama PAS selama ini dengan DAP contohnya, adalah di atas nama tahaluf siyasi yang dibenarkan agama dan tidak menggadaikan prinsip. “Kita ingin bertanya, siapakah yang sebenarnya menggunakan kuasa tanpa hak dengan menyekat royalti minyak milik rakyat Terengganu dan Kelantan, yang lebih dari 90% adalah orang Melayu-Islam? “Siapakah pula yang mendiskriminasikan penyokong pembangkang di kalangan orang Melayu sehingga peluang berniaga, pendidikan, pengagihan ekonomi hanya tertumpu di kalangan Umnoputra? “Siapakah yang menyekat Kelantan dan Terengganu melaksanakan syariat Islam sebelum ini?” soalnya. Jawapannya, kata beliau adalah kerajaan pimpinan Umno BN itulah yang sebenarnya melemahkan orang Melayu itu sendiri. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3058:tinggalkan-umno-sertai-pas&catid=34:primary&Itemid=56
Tok Guru Nik Aziz Mengulas Gesaan Najib Supaya Pas Tinggalkan PR
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang konsisten menolak idea kerajaan perpaduan dan kerjasama politik Umno-PAS menegaskan, pihaknya tidak akan meninggalkan Pakatan Rakyat sebagaimana diminta oleh Datuk Seri Najib Razak.
YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS / MB Kelantan
Najib menyentuh isu berkenaan dua kali di Kuala Terengganu sempena lawatan kerja ke negeri itu hari ini.
Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pandangan dilontarkan oleh Perdana Menteri dan Presiden Umno itu adalah satu isu lama.
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - PM Malaysia / Presiden UMNO
“Ini (meninggalkan Pakatan) adalah isu lama,” kata Nik Aziz di sini hari ini.
Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Najib berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.
“PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.
Terdahulu, Najib yang juga Presiden Umno meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.TMI.
Sumber : http://malaysiaberih.blogspot.com/2011/04/tok-guru-nik-aziz-mengulas-gesaan-najib.html
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3072:soi-lek-melampau&catid=36:headline&Itemid=68
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3144-umno-musuh-nombor-1-negara
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4010-matilah-bn-kali-ini
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4048-warkah-terbuka-untuk-pemimpin-pas-an-pkr-
Soi Lek melampau |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 3 Mei: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyifatkan kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang mahu BN menutup pintunya kepada PAS kecuali PAS sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islam terlebih dahulu sebagai keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan dengan umat Islam di negara ini.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Presiden MCA
Pengarah Pilihan raya DPPP, Mohd Firdaus Jaafar berkata, presiden MCA itu tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan sentimen keagamaan dan perkauman dalam negara ini.
Katanya, umat Islam adalah sebagai golongan majoriti di negara ini, bahkan agama Islam juga dijadikan sebagai agama Persekutuan.
YB Ustaz Firdaus Jaafar - Pengarah PR DPPP / AP Jerai
“Apakah masalahnya sekiranya PAS meletakkan prinsip Islamnya yang sememangnya bertepatan dengan agama persekutuan ini? “Persoalannya sekarang adakah MCA mahu bermusuh dengan PAS atau bermusuh dengan umat Islam di negara ini?” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, kenyataan Presiden MCA juga menjelaskan siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN. Tambahnya, ternyata kenyataan Soi Lek membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam. Menurutnya, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu. “Mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan Umno mahu melaksanakan Islam,” ujarnya. Ini, tambahnya menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai menambah, mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang. Ini, jelasnya berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) bilamana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
YB Karpal Singh - Pengerusi DAP / AP Bukit Gelugor
Katanya, Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR. “DPPP menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan. “Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini,” katanya. DPPP juga, katanya menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah. PAS, tegasnya tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR. “Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat,” katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3072:soi-lek-melampau&catid=36:headline&Itemid=68
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3144-umno-musuh-nombor-1-negara
Matilah BN kali ini |
Suhaimi Taib |
Mengapa Barisan Nasional (BN) takut dengan Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini kalau benar dia anak jantan? BN sebenarnya takut kepada bayang-bayang sendiri. BN boleh berdiam diri, tidak perlu menggelabah dengan mengaitkan nama Yang di-Pertuan Agong, mendakwa berlaku huru hara dan menggunakan polis untuk provokasi himpunan tersebut, jika parti itu sendiri anak jantan.
YAB Presiden UMNO / BN
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, tidak payah mendakwa pembangkang bukan anak jantan kerana ia bukan anjuran parti pembangkang tetapi anjuran NGO yang ada kaitan dengan rakyat dan tuntutan mereka dari segenap lapisan masyarakat. BN begitu bacul dengan sikap tak endahnya, apabila bukti terang-terangan adanya pengundi hantu dalam daftar pemilih terbaru yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) 13 Mei lalu yang didedahkan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di Parlimen baru-baru ini.
YB Sdr Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Ia diperakui kemudiannya oleh SPRM sendiri. Mengapa BN diam? Mengapa tidak bertindak terhadap bukti tersebut dengan membuat pembersihan semula daftar pemilih itu. Bersih menuntut 8 perkara, mengapa tidak menerima tuntutan tersebut yang telah dikemukakan sejak tahun 2008 lagi. BNlah bukan anak jantan kerana tidak telus dan terbuka membuat pembetulan. Jika terima tuntutan tersebut, BN percaya dia akan kalah dalam pilihan raya. Takut apa kalah pilihanraya kalau kita di pihak yang benar. Hari ini orang benci dengan sikap telus dan terbuka kita, esok orang akan suka semula sikap kita tersebut. Itulah sikap anak jantan. Jadi, jelas BN berkuasa atas penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah, diktatorship, tamak haloba, takut kalah dan takut hilang kuasa sebagaimana Najib berkata, susah jadi naib johan sebagaimana ucapannya dalam satu majlis baru-baru ini. Najib menyindir dan menggambarkan BN berada dalam situasi tertekan dan 'pessimistic' (putus harapan) untuk menarik sokongan rakyat umum yang sudah bosan dengan kerenah pemerintahan parti itu. Sekaligus BN sudah berada di persimpangan jalan. BN tidak relevan lagi untuk mendokong cita-cita dan harapan rakyat untuk melihat suatu pemerintahan yang adil dan berkebajikan kerana parti itu tidak mendokong cita-cita rakyat. Parti itu begitu sukar untuk menukar warna kelam dan hodoh terpalit di mukanya selama ini dalam waktu terdekat kerana rakyat sudah kenal siapa BN atau Umno yang juga parti teras Barisan Nasional itu. Jika datang kepada rakyat dalam keadaan, menyembah-nyembah sekalipun ia sukar lagi diterima, melainkan mereka menerima segala tuntutan rakyat terhadap pilihan raya adil dan bersih. Tetapi bahananya akan menimpa BN kalau ditunaikan tuntutan tersebut, iaitu kalah pilihan raya. BN memang takut kalah kerana kalau kalah pilihan raya, kata orang 'matilah BN'. Parti itu hidup dengan penipuan dan penyelewengan. Tanpanya parti itu mati. jadi kalau parti itu bersih sebagaimana tuntutan Himpunan Bersih 2.0, kekotorannya hilang. Pemimpinnya memang suka mempertahankan kekotoran itu kerana mereka hidup dengan kekotoran tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/4010-matilah-bn-kali-ini
Warkah terbuka untuk pemimpin PAS an PKR |
Sri Taman Cicely |
Cakap-cakap berkenaan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 begitu kuat kedengaran sejak akhir-akhir ini. Di mana-mana sahaja kita berada samaada di dalam atau di luar negara perbincangan berkenaan tarikh pilihan raya umum, semakin hari semakin menyerlah dan menjadi isu penting dalam perbincangan. Ramai juga pihak samaada parti politik, akhbar tempatan dan orang awam menunjukkan minat mereka untuk mengulas berkenaan perkara ini. Daripada cakap-cakap itu, ramai yang mengandaikan pilihan raya umum yang akan datang diadakan dalam waktu terdekat ini dan tidak kurang juga yang mengandaikan secara spesifik pilihan raya umum bakal diadakan sebelum umat islam mengerjakan ibadah puasa pada bulan Ogos 2011 ini. Walaubagaimanapun, penulis berpandangan Pilihan Raya Umum ke-13 berkemungkinan berlaku selepas pembentangan Bajet Negara 2012 yang dijadualkan pada 7 Oktober 2011. Hal ini disebabkan penulis lebih berat melihat Perdana Menteri akan menekan beberapa perkara yang dilihat tidak mengembirakan sebahagian rakyat Malaysia semasa pembentangan Bajet Negara 2011 yang lalu. Antara perkara yang penulis lihat bakal ditekankan semasa Bajet Negara 2012 ialah pemberian bonus sebulan gaji kepada lebih daripada 1.2 juta kakitangan kerajaan. Selain itu juga, pada pengamatan penulis, Perdana Menteri akan menekankan beberapa pendekatan untuk membantu rakyat dalam menghadapi kenaikan harga barang ekoran daripada penyelarasan subsidi dan ketidaktentuan harga minyak di pasaran global dan negara. Atas sebab yang diberikan penulis lebih menjurus kepada pandangan Pilihan Raya Umum ke-13 kemungkinan diadakan selepas pembentangan Bajet Negara 2012. Jika ditanya secara spesifik, sukar untuk diramalkan secara tepat tarikh pilihan raya umum yang datang tetapi ianya hampir pasti selepas Bajet Negara 2012. Berapa lama dari tarikh pembentangan Bajet Negara 2012 masih menjadi persoalan tetapi penulis percaya ia tidak lama dari pembentangan Bajet tersebut bagi membolehkan kerajaan Barisan Nasional mengekalkan momentum pembentangan tersebut. Persoalan berkenaan tarikh pilihanraya adalah penting tetapi persoalan yang lebih penting daripada itu ialah adakah Pakatan Rakyat telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13? Saya mengambil pandangan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Konvensyen Pilihanraya Keadilan pada 19 Jun 2011 yang lalu yang mensasarkan pertambahan 5% perubahan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan membolehkan Pakatan Rakyat mencipta sejarah politik tanahair dengan mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan Nasional dan seterusnya menerajui Putrajaya yang menjadi harapan dan impian Pakatan Rakyat.
Pimpinan Utama PR : TG Hj Hadi Awang, DSAI dan Lim Kit Siang
Pimpinan Pakatan Rakyat daripada PAS, DAP dan PKR juga telah berulang kali menyatakan kesediaan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya ke-13. Walaubagaimanapun, penulis lebih cenderung mengatakan bahawa Pakatan Rakyat belum bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum yang akan datang. Perkara ini disebabkan pengamatan dan sedikit analisis yang dibuat melalui trend dan corak pengundian beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk juga Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu. Penulis melihat trend pengundian sebelum ini telah menjurus kepada penemuan beberapa faktor penting iaitu Faktor Geographical, Faktor Demografi, Faktor Umur dan Faktor Jantina. Warkah kali ini penulis hanya memberikan fokus kepada dua (2) faktor sahaja. Pertamanya, dapat dilihat dengan jelas dalam Faktor Geographical iaitu corak pengundian di kawasan bandar dan luar bandar adalah berbeza di mana Pakatan Rakyat dilihat lebih kukuh di kawasan bandar manakala Barisan Nasional mengekalkan kekuatannya di kawasan luar bandar. Walaupun Pakatan Rakyat mengatakan bahawa mereka berjaya menembusi kawasan luar bandar yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional selama ini tetapi penulis beranggapan sebaliknya iaitu Pakatan dilihat tidak begitu berjaya mempengaruhi pengundi di kawasan luar bandar untuk menyokong mereka. Kenyataan ini dibuat berdasarkan fakta daripada keputusan Pilihan Raya Kecil di peringkat Parlimen di Hulu Selangor dan Batu Sapi dan Pilihan Raya Kecil di peringkat Negeri di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau yang tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Faktor kedua yang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan faktor Geografical yang begitu penting untuk dihalusi oleh kepimpinan Pakatan Rakyat iaitu Faktor Demografi. Tidak dapat dinafikan bahawa melalui trend pengundian terkini, jelas sekali corak pengundian etnik Cina yang mewakili sekitar 25% populasi penduduk Malaysia secara konsisten memihak kepada Pakatan Rakyat. Ada yang membuat analisis sehingga 70% ke 80% pengundi etnik Cina memihak kepada Pakatan tidak kira di kawasan bandar atau luar bandar. Ini berdasarkan kepada keputusan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini termasuk Pilihan Raya Negeri Sarawak. Walaubagaimanapun, trend pengundian etnik India yang mewakili sekitar 7.5% populasi penduduk Malaysia sejak akhir-akhir ini dilihat tidak konsisten dan sebahagian kecilnya sudah mula beralih kepada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat perlu melihat punca trend pengundian etnik India yang sebilangan kecil beralih kepada Barisan Nasional. Hal ini mempunyai kaitan rapat dengan bagaimana Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat menangani isu-isu berkaitan dengan kebajikan pekerja dan keluarga di ladang dan estet, bantuan kepada Sekolah Tamil serta peningkatan taraf hidup masyarakat India di kawasan ladang dan di luar bandar terutamanya di bawah negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Satu fakta yang tidak dapat ditolak oleh mana-mana pihak dan parti-parti politik di Malaysia ialah kerajaan persekutuan hanya boleh dibentuk oleh mana-mana parti politik atau gabungan parti politik yang mendapat undi daripada majoriti pengundi melayu dan Islam. Hal ini kerana pengundi Melayu dan Islam mewakili lebih 60% daripada populasi penduduk di Malaysia. Trend pengundian dalam beberapa pilihan raya kecil mutakhir ini dan Pilihan Raya Negeri Sarawak memberikan isyarat yang jelas kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi etnik Melayu dan Islam. Amat jelas sekali masyarakat Melayu dan Islam tidak berpuas hati dengan beberapa perkara, komitmen dan situasi politik yang akhirnya mempengaruhi trend pengundian mereka. Penulis percaya politik adalah berdasarkan kepada persepsi dan daripada persepsi tersebut akan dizahirkan kepada pengundian. Penulis akan memperincikan dimanakah silapnya Pakatan Rakyat sehingga mereka berhadapan dengan masalah untuk mengekalkan trend pengundian etnik Melayu dan Islam yang telah mereka perolehi sebelum ini melalui Pilihan Raya ke-12 dan beberapa pilihan raya kecil selepas itu. Buku Jingga Pertamanya, langkah Pakatan Rakyat menerbitkan dan memperkenalkan Buku Jingga merupakan satu inisiatif yang amat baik dan ini adalah satu kriteria penting kepada mana-mana pembangkang di mana-mana negara untuk memperkenalkan cadangan polisi mereka untuk dilaksanakan sekiranya diberikan peluang oleh rakyat untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara. Dalam hal ini, ia juga dilihat sebagai salah satu usaha untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa Pakatan Rakyat boleh menjadi alternatif kepada Barisan Nasional dengan memperkenalkan polisi yang lebih baik daripada polisi Barisan Nasional dan akhirnya memberikan manfaat kepada rakyat. Banyak perkara-perkara yang diketengahkan dalam Buku Jingga sebenarnya memberikan impak yang positif kepada Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia. Tetapi penulis lebih terarah melihat kepada isu pokok dan persoalan yang tersemat di lubuk hati kaum Melayu dan Islam di Malaysia. Mereka inginkan jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat sebelum mereka membuat pilihan samaada mengundi Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Selagi mereka tidak mendapat jawapan yang jelas daripada pimpinan Pakatan Rakyat, penulis percaya Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR akan berhadapan dengan situasi yang tidak berubah iaitu mengekalkan isu yang sama yakni berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan undi daripada masyarakat Melayu dan Islam pada Pilihan Raya Ke-13. Terdapat enam (6) soalan dan harapan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia seperti berikut: a) Siapakah Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Perdana Menteri sekarang ia akan mengubah persepsi negatif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Sekelompok kumpulan berkata mengapa tidak memilih yang terbaik untuk menjadi Perdana Menteri dengan bersandar kepada pemilihan Barrack Obama sebagai Presiden US. Perlu dijelaskan di sini bawah Barrack Obama dipilih oleh rakyatnya kerana beliau beragama Kristian. Sekiranya beliau beragama Islam tentu sekali tidak akan dipilih oleh rakyatnya sebagai Presiden US dan beliau juga berkali-kali semasa kempennya menyatakan beliau merupakan penganut agama Kristian bagi tujuan menyakinkan rakyatnya untuk memilih beliau. Ini bermakna negara maju sekalipun masih mempunyai elemen agama dalam pemilihan ketua Negara.) b) Siapakah Timbalan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama bakal Timbalan Perdana Menteri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Timbalan Perdana Menteri. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Timbalan Perdana Menteri sekarang ia akan memperbaiki lagi persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam perkara ini.) c) Apakah komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Putrajaya? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri atau Timbalan Menteri untuk setiap Kementerian cukup sekadar memperincikan komposisi kabinet mengikut etnik atau agama sahaja. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi kabinet sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat dalam hal ini.) d) Siapakah Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri tersebut? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Menteri Besar atau Ketua Menteri untuk setiap negeri, cukup sekadar memperincikan etnik atau agama bakal Menteri Besar atau Ketua Menteri tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana Menteri Besar dan Ketua Menteri sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan pengumuman daripada pimpinan Pakatan Rakyat berkenaan calon bakal Ketua Menteri Sarawak semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, telah terbukti membentuk persepsi yang akhirnya memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Bumiputera Islam Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.) e) Apakah komposisi Exco Kerajaan Negeri sekiranya Pakatan Rakyat ambil alih Kerajaan Negeri? (Masyarakat Melayu dan Islam tidak memerlukan Pakatan Rakyat untuk memperincikan nama setiap Exco untuk setiap negeri cukup sekadar memperincikan etnik atau agama komposisi Exco tersebut. Penulis percaya sekiranya pimpinan Pakatan Rakyat membuat pilihan untuk mengekalkan etnik atau agama sebagaimana komposisi Exco sekarang maka ia akan memberikan satu persepsi positif masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat. Ingin ditekankan di sini bahawa kesan daripada ketidakseimbangan komposisi exco di tanah tumpahnya darah penulis iaitu di Negeri Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat sebelum ini yang tidak mencerminkan populasi sebenar penduduk Negeri Perak iaitu lebih 55% merupakan Melayu dan Islam, berkemungkinan memberikan kesan dan mempengaruhi corak pengundian masyarakat Melayu dan Islam terhadap Pakatan Rakyat di Negeri Perak pada pilihan raya umum yang akan datang. Penulis percaya penyelesaian terbaik dalam hal ini ialah membahagikan komposisi Exco mengikut populasi etnik dan agama penduduk di negeri tersebut dan tidak wajar dibahagikan mengikut bilangan kerusi yang dimenangi oleh mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.) f) Apakah pandangan Pakatan Rakyat berhubung isu Biasiswa PSD dan biasiswa lain yang diminta untuk diberikan berdasarkan kepada Merit sahaja? (Walaupun isu ini dilihat tidak terlalu besar, tetapi penulis berpandangan isu ini amat besar impaknya bagi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Penulis percaya kesan daripada salah satu gabungan Pakatan Rakyat iaitu DAP yang bersungguh-sungguh menekankan bahawa biasiswa perlu diberikan berdasarkan Merit telah memberikan satu persepsi yang negatif daripada masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat. Umum mengetahui bahawa isu biasiswa adalah isu yang sensitif dan dengan penglibatan parti politik dalam isu ini telah memberikan impak dan kesan kepada survival politik parti lain dalam gabungan Pakatan Rakyat. Penulis berpandangan masyarakat Melayu dan Islam rata-rata gusar dan risau terhadap situasi ini yang mana ruang biasiswa yang mereka perolehi dipertikaikan dan diminta untuk diberikan berdasarkan Merit. Banyak petikan berhubung kenyataan pemimpin DAP dalam hal ini seperti dilaporkan oleh The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang secara tidak langsung memberikan kesan kepada penerimaan masyarakat Melayu dan Islam kepada Pakatan Rakyat khususnya PAS dan sebahagian PKR. Penulis percaya apa yang dibuat oleh Kerajaan Barisan Nasional ada kelemahan dan kekurangan, tetapi Pakatan Rakyat perlu menjelaskan perkara apa yang ingin dibuat penambahbaikan. Adakah penambahbaikan bermaksud pemberian biasiswa berdasarkan kepada Merit sepenuhnya atau langkah kerajaan sekarang berdasarkan kepada kouta dan hanya 20% Merit bersesuaian cuma dilakukan penambahbaikan daripada sudut lain. Perkara ini perlu diterangkan dengan sejelas-jelasnya kepada masyarakat Melayu dan Islam kerana isu ini telah membentuk satu persepsi daripada mereka kepada Pakatan Rakyat.) Persepsi Di warkah ini cukup sekadar penulis mencatatkan enam (6) persoalan yang perlu dijawab oleh pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia bagi menyokong semula Pakatan Rakyat. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya pemimpin beranggapan bahawa persepsi orang Melayu dan Islam boleh diubah dalam tempoh masa 2-3 minggu semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-13. Pemimpin-pemimpin besar dalam Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Azmin Ali dan lain-lain pemimpin Pakatan tidak mudah mengubah persepsi seseorang dalam masa yang singkat. Sungguhpun PAS sebagai sebuah parti politik yang berpengalaman dan ditambah pula dengan adanya gabungan saf kepimpinan baru dan lama yang dilihat lebih menyakinkan antaranya Mat Sabu, Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar tetapi penulis percaya ia tidak mudah untuk mengubah persepsi dan pemikiran masyarakat Melayu dan Islam dalam masa yang singkat. Kunci dan bayangan harapan orang Melayu dan Islam telah penulis berikan berupa enam (6) soalan yang perlu dijawab bagi mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam. Terpulang kepada pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya pemimpin PAS dan pemimpin Melayu dan Islam dalam PKR untuk menjawab soalan tersebut. Ia amat penting bagi mengubah persepsi dan menyakinkan masyarakat Melayu dan Islam khususnya bahawa Pakatan Rakyat merupakan perisai yang lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional untuk menjaga dan mempertahankan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia. Kegagalan PAS dan PKR mengubah persepsi masyarakat Melayu dan Islam terhadap mereka akan memungkinkan kesan dan prestasi yang buruk kepada PAS dan PKR dalam pilihan raya umum akan datang yang akhirnya PAS dan PKR bukan sahaja tidak dapat mengekalkan apa yang ada, bahkan boleh kehilangan lebih banyak kerusi dan negeri yang dimenanginya sebelum ini yang majoriti etniknya adalah masyarakat Melayu dan Islam. Pada ketika itu, janganlah pula dipersalahkan pengundi Melayu dan Islam lantaran tidak mengundi Pakatan Rakyat kerana isyarat awal kepada Pakatan Rakyat dan PAS khususnya telah diberikan. ------------------------------------------------------------------------------------------- Penulis adalah seorang pelajar Malaysia yang sedang membuat PhD di luar negara. Beliau adalah ahli PAS dan penyokong kuat Pakatan Rakyat. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4048-warkah-terbuka-untuk-pemimpin-pas-an-pkr-
PAS alu-alukan Najib kumpul 3 juta ahli Umno |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Julai: PAS mengalu-alukan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang dengan penuh bangga untuk menghimpunkan seramai 3 juta ahli Umno. “Persoalannya bolehkah beliau mengumpul ahli sebanyak itu?” tanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Katanya, sedangkan untuk menghimpunkan 1 juta belia pada 27 hingga 28 Mei lalu pun gagal, yang hanya dihadiri lebih kurang 10 ribu orang sahaja. Najib selaku Presiden Umno, berkata jika ia mahu, Umno mampu mengerahkan tiga juta anggotanya untuk menentang habis-habisan hasrat golongan yang mahu mewujudkan kekacauan melalui demonstrasi jalanan. "Kita (Umno) ada tiga juta ahli, tidak termasuk parti komponen (Barisan Nasional)...kita boleh kumpulkan tiga juta orang yang tunggu isyarat. Kalau semboyan dibunyi, mereka juga akan berjuang habis-habisan... tetapi apakah itu satu cara yang bertanggungjawab," katanya ketika berucap pada satu majlis di Sipitang, Sabah, semalam. Idris berkata, pengalaman Umno dalam siri-siri himpunan mereka berakhir dengan kegagalan, seperti program Semarak, himpunan untuk membuang kekebalan Raja-Raja Melayu dan pemimpin bersama rakyat walaupun mereka membuat kerahan kepada pegawai-pegawai kerajaan. Baginya, apabila Presiden Umno mengaku boleh mengumpulkan 3 juta ahli hanya merupakan satu ilusi semata-semata kerana Umno di era ini bukan ada ruh perjuangan sebaliknya menyertai Umno hanya untuk mendapat benda. Menurutnya, bertempit sorak marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat bukan kerana rakyat ditindas, tetapi kerana saluran pernafasan pemimpin Umno semakin sempit kerana projek tidak diperolehi dengan mudah seperti zaman pemerintahan Umno BN. Mereka, ujarnya tidak sanggup berhimpun jika tidak dibayar tambang dan nasi bungkus. Ini, ujarnya boleh dilihat ketika hari penamaan calon pilihan raya, mereka tidak tahan lama untuk berhimpun, kadang- kadang beredar sebelum pengumuman dibuat. “Ia berlainan dengan penyokong Pakatan Rakyat ia hadir dengan jiwa yang tulus dan suci sanggup berjemur dan berpanas semata-mata untuk menuntut pilihan raya yang adil,” katanya. |
Anwar: Imej Najib tercalar, rakyat mahu k'jaan baru
Kemerosotan tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang jatuh enam mata kepada 59 peratus adalah petanda peralihan sokongan kepada Pakatan Rakyat, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Anwar dalam wawancaranya di TV Selangor berkata Pakatan Rakyat perlu bekerja lebih keras menyampaikan maklumat kepada rakyat, khususnya di luar bandar yang masih di bawah pengaruh Umno-BN.
"Jelas ada trend (tidak menyokong Najib) ini, tapi sekarang ni, terutamanya kebanyakan rakyat luar bandar masih dikongkong propaganda kerajaan.
“Tapi saya optimistik dengan usaha Pakatan Rakyat dan prestasi negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat akan mengundi Pakatan," kata Anwar kepada wartawan ketika Majlis Sambutan Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam, semalam.
Badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center pada Isnin lalu dalam laporannya mendedahkan bahawa kemerosotan tahap puas hati terhadap Najib itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat.
Ini kerana pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik yang diumumkan kerajaan pimpinannya, baru-baru ini.
Menurut kajian Merdeka Center itu kepuasan hati rakyat terhadap Najib jatuh ke paras terendah iaitu 59 peratus, berbanding 72 peratus yang dicatatkan pada Jun tahun lalu.
Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 turut mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.
Badan itu turut melaporkan bahawa rata-rata responden yang ditemui faham dan menyokong tuntutan reformasi sistem pilihan raya oleh BERSIH 2.0.
“Cara kejam, propaganda keterlaluan, pembohongan, fitnah kepada pemimpin Pakatan dan Datuk S Ambiga (pengerusi BERSIH 2.0) memberi kesan kepada rakyat. Mereka tak mahu lagi ditipu. Apakah jenayah Ambiga? Hanya kerana sokong (menuntut) pilihan raya adil?" kata Anwar.
Beliau yang juga ketua umum PKR berkata sebarang perubahan polisi yang bakal dilaksanakan oleh Najib sebagai sudah terlewat kerana presiden Umno itu telah tidak menjalankan tanggungjawab sebagai pentadbir yang baik.
"Tak kira disokong atau tidak, wajib menjadi tanggungjawab seorang pemimpin yang dipilih untuk pastikan pilihan raya bersih dan adil. Anda tak boleh terus tadbir dan urus rakyat negara ini seperti tahun 1950-an.

“Libya telah berubah, Syria telah berubah, kenapa Malaysia tidak?" soal Anwar lagi.
Hasil kajian Merdeka Center itu turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.
Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.
Bagaimanapun, tidak seorangpun pemimpin Umno dan BN menerima keputusan kajian berkenaan berbanding reaksi mereka apabila badan bancian yang sama menunjukkan tahap puas hati Najib pada tahap yang tinggi satu ketika dahulu.
Malah, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim menempelak kajian Merdeka Center itu dan berkata kepimpinan Najib diterima majoriti rakyat di negara ini.
Beliau berkata kajian yang dijalankan oleh Jabatan Penerangan Malaysia mendapati kepimpinan perdana menteri amat kukuh di kalangan rakyat di negara ini terutamanya daripada segi penerimaan program pembelaan rakyat.
Sehubungan itu, beliau menganggap laporan kajian Merdeka Centre yang mengatakan populariti perdana menteri semakin menurun sebagai tidak berasas.
“Mereka hanya mengambil beberapa sampel yang tidak menyentuh komuniti luar bandar, masyarakat India yang tidak menyeluruh, masyarakat yang berada di sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai sokongan kuat dan padu kepada Perdana Menteri," katanya.
Menurut Rais, kajian Jabatan Penerangan Malaysia yang melibatkan 50,000 responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak mendapati mereka amat menerima kepimpinan Najib dan kerajaan BN secara ikhlas.

Sumber MK : 31/08/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6315-rakyat-wajib-kenang-1000-hari-rampasan-kuasa
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6476-nizar-terima-kunjungan-wakil-kedutaan-jepun
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6524-dakwat-kekal-pakatan-akan-sokong-pindaan-perlembagaan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6528-pakatan-tunggu-jawapan-hitam-putih-ros
Sidang media PR : http://www.youtube.com/watch?v=SAZOnQ_4uK4
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6694-rakyat-tolak-khurafat-dipertahankan-umno-
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6851-kit-siang-siapa-bohong-umno-atau-mca
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6915-ada-agensi-pusat-pertahankan-hegemoni-umno
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7300-pakatan-lebih-pandai-perintah-dari-bn
Rakyat wajib kenang 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ |
Muhammad Faeez |
IPOH, 2 Nov: Esok genap 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ yang berlaku di Perak. Peristiwa hitam itu berlaku akibat pengkhianatan 3 Adun daripada DAP dan PKR yang telah mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang dipilih oleh Rakyat. Setiausaha Majlis Pakatan Rakyat Negeri, Dr Khairuddin Abd Malek berkata, peristiwa itu wajib dikenang dan menjadi pedoman oleh rakyat khususnya di Negeri Perak. “Rakyat wajib mengenang dan mengambil iktibar daripada peristiwa hitam dalam sejarah moden Perak. BN perlu ingat, rakyat belum lupa dengan peristiwa hitam ini,” katanya pada sidang media di Pejabat PAS Perak, di sini pagi tadi. Tambahnya lagi, setelah ‘kerajaan haram’ mengambil alih negeri Perak, negeri ini ketinggalan terutama pendapatan negeri, pengurusan negeri dan kutipan wang zakat berbanding di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat yang sepatutnya mampu ditandingi oleh Perak. “Kami begitu kesal kerana tidak sempat untuk mengangkat kemajuan Perak setanding dengan negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat,” ujarnya lagi. Justeru, rakyat hendaklah menjadikan peristiwa hitam itu sebagai gelombang semangat bagi menghadapi PRU 13 nanti.
YB Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin - MB PR Perak
Prof Dr Abdul Aziz Bari - Pakar Perlembagaan
Sehubungan itu, Pakatan Rakyat Negeri akan mengadakan Ceramah Perdana sempena 1,000 hari ‘rampasan kuasa’ Perak yang akan diadakan di Markas PAS Chemor dan akan dihadiri oleh ikon rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pakar undang-undang, Prof Dr Abdul Aziz Bari. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6315-rakyat-wajib-kenang-1000-hari-rampasan-kuasa
Nizar terima kunjungan wakil kedutaan Jepun |
Muhammad Faeez |
IPOH, 12 Nov: Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin telah menerima kunjungan hormat daripada Kaunselor Bahagian Politik, Kedutaan Jepun di ibu negara, Natsuko Sakata. Pertemuan hampir 2 jam di Pejabat PAS Perak itu membincangkan pelbagai isu termasuklah urus tadbir dan situasi politik di negara ini khususnya dalam konteks negeri Perak. Natsuko berkata, banyak perubahan dan perbaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ketika mentadbir Negeri Perak. Beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Nizar dan menyatakan perasaan bangga dengan pentadbiran baru walaupun hanya berkesempatan memerintah hanya 11 bulan. “Selepas BN merampas kuasa, ekonomi di negeri ini tidak stabil dan tidak memberi keyakinan kepada pelabur untuk melabur,” katanya. Tambahnya lagi, beliau sentiasa menyokong dan berharap Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak mengambil kembali tampuk pemerintahan negeri selepas ‘dirampas’ Barisan Nasional. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6476-nizar-terima-kunjungan-wakil-kedutaan-jepun
Dakwat kekal: Pakatan akan sokong pindaan perlembagaan |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pakatan Rakyat hari ini menyatakan komitmen akan memberi sokongan penuh kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan dakwat kekal digunakan pada pilihan raya umum nanti. "Bagi memastikan pindaan tersebut dapat dilakukan, kesemua parti di dalam Pakatan Rakyat bersetuju memberi sokongan jika ia memerlukan undi 2/3 di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang di Parlimen hari ini. Menurut beliau, dengan komitmen yang dizahirkan Pakatan Rakyat itu, beliau mahu kerajaan terus berdolak dalih lagi dalam menyegerakan hal tersebut untuk dibawa ke parlimen. Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara menggemukakan draf berhubung pindaan perlembaagaan itu agar dapat dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat pada sesi kali ini. "Sebelum ini kenyataan Peguam Negara mengatakan penggunaan dakwat kekal hanya dapat dilakukan jika ada pindaan dalam Perlembagaan walaupun secara umum ramai pengamal media tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. "Walaupun apa jua kenyataan kita tetap mengganggap ia sebagai elak atau dalih Peguam Negara untuk melambatkan proses ini. Saya ingin nyatakan Majlis Pakatan Rakyat bersedia terima kenyataan tersebut dengan syarat ia dilakukan segera," jelasnya merujuk kepada kenyataan Peguam Negara pada tahun 2008.
Dato' Hj Mustafa Ali - SUA PAS
Turut serta pada sidang media itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan kanan parti masing-masing.
YB Lim Kit Siang - Penasihat DAP
Sebelum ini penggunaan dakwat kekal telah dituntut oleh pembangkang sebelum pilihanraya umum 2008 lagi dan ia juga merupakan salah satu dari lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH 2.0 sebelum ini. Rapat umum PR Sementara itu Anwar juga memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam. "Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar. Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
"Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnya Mahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6524-dakwat-kekal-pakatan-akan-sokong-pindaan-perlembagaan
Pakatan tunggu jawapan hitam putih ROS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 15 Nov: Pemimpin Pakatan Rakyat mahu Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memberi jawapan bertulis berhubung status permohonan mendaftarkan 'Pakatan Rakyat' sebagai parti.
YB Saifuddin Nasution Ismail - SUA PKR
Sehingga kini menurut Setiusaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, ROS tidak memberi jawapan hitam putih berhubung perkara itu kepada pihaknya. Bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini, beliau berkata, jawapan dari ROS itu penting sebelum pihaknya mengemukakan permohonan baru. "ROS mestilah keluarkan keputusan hitam putih terhadap status permohonan terdahulu yang melibatkan Datuk Zaid Ibrahim. "Kalau dia kata tolak, tolak...alasanya apa, Zaid tak anggotai PKR," katanya sambil menegaskan akan menunggu surat itu terlebih dahulu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kepada kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam temubual dengan Utusan Malaysia, bahawa permohonan pendaftaran 'Pakatan Rakyat' secara automatik terbatal selepas Zaid selaku pemohon telah meninggalkan Pakatan. Beliau juga mendakwa, Pakatan Rakyat tidak pernah mengemukakan permohonan baru selepas dari itu. Menurut Saifuddin lagi, Pakatan Rakyat telah melantik AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar menggantikan tempat Zaid dan permohonan baru telah dilakukan kepada Ketua Penolong Pengarah Pendaftar Pertubuhan ROS. Namun ujarnya, ketua penolong pengarah tersebut enggan menerimanya bagi pihak ROS kerana mendakwa permohonan terdahulu belum dimuktamadkan oleh ROS. "Kita follow up dari masa ke masa. Kes itu pending sehingga ketua pengarah ROS kata kita tak buat apa-apa. "Majlis Presiden juga bersetuju untuk satu permohonan baru kita kemukakan sepantas mungkin apakala keputusan ROS itu diketahui," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6528-pakatan-tunggu-jawapan-hitam-putih-ros
Sidang media PR : http://www.youtube.com/watch?v=SAZOnQ_4uK4
Rakyat tolak ‘khurafat’ dipertahankan Umno |
Aslani M |
TUMPAT, 24 Nov: Unsur ‘khurafat’ kononnya hanya Umno mampu mentadbir negara yang dipertahankan pemimpin parti itu sejak 54 tahun lalu, kini semakin hilang. Ini dibuktikan di Kelantan sejak 21 tahun lalu rakyat memilih ketuanan Islam yang ternyata mampu melahirkan kesejahteraan kehidupan rakyat. Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, ‘khurafat’ yang bermati-matian dipertahankan pemimpin Umno sebelum ini sudah tidak lagi diendahkan rakyat. “Umno dok jaja hanya merekalah yang mampu mentadbir negara buat selama-lamanya, kononnya parti lain tidak ada kemampuan. “Sebaliknya rakyat Kelantan membuktikan mereka sudah lama menolak ‘khurafat’ peninggalan Umno sejak pilihan raya 1990 sehingga sekarang,” katanya pada ceramah isu semasa di Dataran Pasir Pekan malam semalam. Hadir sama Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, aggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi dan Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim. Orang ramai tetap memenuhi ruang tempat ceramah biar pun hujan lebat sepanjang hari. Mohamad berkata, pemimpin Umno sejak merdeka lagi melaungkan dogma tanpa Umno rakyat negara ini tidak akan menikmati pembangunan. Bagaimanapun katanya, Kelantan yang bukan ditadbir Umno sejak lebih 21 tahun lalu juga membangun pesat seperti negeri-negeri lain. “Umno mendabik dada sebenarnya kerana sejak dahulu sehingga sekarang mereka bergantung kepada undi pos, pengundi di Felda, Felcra dan sokongan rakyat Sabah serta Sarawak,” ujarnya. Kamaruddin pula berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan begitu rimas sekarang sehingga teragak-agak mahu menentukan tarikh pilihan raya umum ke-13. Katanya, kalau sebelum ini geger diperkatakan Perdana Menteri gemarkan tarikh 11.11.2011 untuk membubarkan parlimen, namun tidak pula menjadi kenyataan. ”Presiden Umno dilihat seperti takut sekarang, lagi lama menduduki kerusi Perdana Menteri musuhnya bertambah ramai. ”Musuh bukan sahaja berada di luar, sebaliknya berada dalam Umno sendiri. Malah, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyebut Umno busuk sehingga ke usus,” katanya. |
Kit Siang: Siapa bohong, Umno atau MCA? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 4 Dis: Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan bahawa kuasa orang Melayu tidak akan tergugat jika Pakatan Rakyat menang pada PRU-13 akan datang.
YB Sdr Lim KIt Siang - Penasihat DAP
Malah beliau berkata, hak orang Melayu itu akan lebih terbela di bawah Pakatan Rakyat berbanding apa yang dilakukan Umno sejak parti itu merintah negara ini beberapa dekad lalu. "Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang benar-benar akan hilang kuasa adalah Umno dan Umno-Putra. "Malah, orang Melayu akan mendapat lebih banyak hak-hak dan kuasa apabila PR memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang akan datang," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Dalam pada itu beliau turut membidas tohmahan pemimpin Umno khususnya timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa DAP sebagai parti cauvinis Cina yang berhasrat menghapuskan raja berpelembagaan dan menjadikan Malaysia sebuah negara Republik. Katanya, kenyataan Muhyiddin itu bukan sahaja satu pembohongan malah keji, tidak bertanggungjawab, dan cubaan menakutkan dan menghasut rakyat berbilang kaum di negara ini. "Dari awal lagi, dalam ucapan pertama saya 40 tahun yang lalu di Parlimen pada 23 Februari 1971, saya telah isytiharkan bahawa DAP menyokong penuh sistem raja berperlembagaan dan bahawa kita "tidak pernah dan tidak mempersoalkan kedaulatan Raja-Raja", tegasnya lagi. Siapa bohong Selain itu mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa 'PAS mengikut telunjuk DAP' yang turut disokong Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, Kit Siang berkata ianya sangat berbeza dengan pandangan MCA terhadap mereka.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek - Presiden MCA
"Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekutu beliau pula menuduh DAP dengan menyatakan 'DAP mengikut telunjuk PAS'.
YAB Datuk Seri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak - PMM
"Siapa yang telah berbohong? Najib dan Muhyiddin atau Chua Soi Lek?," soalnya.
YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin - TPM
Mengulas lanjut beliau berkata, tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat bertindak sebagai 'Big Brother' malah kesemua parti memainkan peranan bersama. "Tidak seperti BN di mana Umno adalah hegemoni dan parti-parti politik yang lain tunduk kepada agenda dan kepentingan Umno," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6851-kit-siang-siapa-bohong-umno-atau-mca
Ada agensi pusat pertahankan hegemoni Umno |
M Faqih |
KOTA BHARU, 7 Dis: Mampukah Umno mempertahankan kuasa yang ada sekarang dengan kederat tiga juta ahli. Jawapannya mungkin tidak. Alasannya segala gerak kerja Umno untuk mempertahankan kuasa sejak merdeka sehingga sekarang bergantung sepenuhnya kepada jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Kebimbangan itulah yang dirasakan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini apabila cuba membayangkan tahkala Umno hilang segala-galanya tanpa kuasa politik. Buktinya ada di Kelantan sejak 21 tahun lalu. Umno hanya bergantung kepada agensi kerajaan pusat terutamanya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Kesedar, Kemas, Jasa, Risda, Kada dan banyak lagi. Setiap kali menjelang pilihan raya agensi-agensi terbabit lebih awal keluar masuk kampung sebelum jentera kempen Umno tiba. Di Kelantan situasi itu berlaku di mana-mana termasuk pada pilihan raya kecil Manek Urai dan Galas. Ditemui banyak kes pejabat kerajaan dijadikan tempat jentera Umno beroperasi. Pada pilihan raya kecil Manek Urai ada pejabat agensi pusat dijadikan tempat membayar wang tambang kepada pengundi. Bekas pegawai kanan kerajaan yang enggan dikenali berkata, tidak hairanlah pendaftaran pemilih baru juga dilakukan agensi-agensi kerajaan bagi pihak Umno. Misalnya bagi suku ketiga tahun ini Kemas, Jasa dan beberapa agensi lain berjaya mendaftar ramai pengundi baru. ”Penglibatan agensi-agensi terbabit bagi mendaftar pengundi baru mungkin lebih mendapat keistimewaan berbanding pendaftaran dilakukan wakil parti politik terutamanya Pakatan Rakyat. ”Ini kerana ada kes pendaftaran dibuat melalui agen lantikan wakil Pakatan Rakyat tidak disenaraikan pada daftar pemilih tambahan sehingga terpaksa pendaftaran dilakukan beberapa kali,” katanya di sini. Persoalan juga timbul mengapa agensi terbabit bekerja bagi pihak Umno. Jawapannya ahli dan penyokong Umno dilonggok di Kemas, Jasa dan beberapa lagi agensi, sebagai kakitangan kerajaan. Ada juga bekas penyokong Pakatan yang melompat parti diberi jawatan di Jasa atau Kemas dan mendapat upah bulanan. ”Merekalah yang bekerja untuk mendaftar pengundi-pengundi baru. Gerak kerja mereka lebih mudah kerana atas statusnya sebagai kakitangan awam. ”Maka tidak hairalah lebih ramai pengundi muda mudah didekati mereka. Inilah sebenarnya cabaran kepada jentera Pakatan bagi mempertingkat gerak kerja mendaftar pemilih baru,” ujar bekas pegawai kerajaan terbabit. Jelaslah Umno dan BN berselindung di sebalik agensi kerajaan pusat bagi memastikan hegemoni kuasa terus dipertahankan. (ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6915-ada-agensi-pusat-pertahankan-hegemoni-umno
Pakatan lebih pandai perintah dari BN |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 29 Dis: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, meminta pengundi-pengundi di Pahang tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya hanya BN yang pandai memerintah sebaliknya membuka mata melihat kejayaan ditunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Katanya, sebagai bukti boleh dilihat negeri Kelantan pimpinan PAS yang seolah-olah dianaktirikan, tetapi berjaya membangun setanding dengan negeri-negeri lain. “Jika di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN dulu Kelantan duduk di ranking nombor dua paling miskin, di bawah PAS kini telah naik ke tangga ke enam dan kadar kemiskinan hanya 4.1%. “Bukan setakat itu, negeri pimpinan Tok Guru berjaya melunaskan hutang kerajaan Pusat setakat 2010 saja RM220 juta sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno dulu ialah RM718 juta. “Ini boleh dibandingkan dengan hutang kerajaan BN Pahang yang sudah menjangkau RM2.3 bilion, dan kita yakin akan terus bertambah,” ujarnya. Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja kepada jentera penerangan parti segenap peringkat di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin. Idris berkata, Kelantan yang ditohmahkan sebagai mundur oleh Umno, mampu memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa riba. “Di Kelantan ada projek ladang rakyat dengan sahamnya diagihkan kepada penduduk miskin yang mendapat dividen bulanan tanpa mengira kaum, agama dan parti . Warga emas pula diberikan Takaful Kifalah yang apabila meninggal waris dapat wang RM2,500. “Di Kedah, tengok hasil balaknya meningkat sehingga 205% seperti diakui Ketua Audit Negara. Kedah juga mencipta sejarah melepasi defisit RM19 juta dan cukai tanah diturunkan demi untuk rakyat. “Cuba bandingkan dengan Pahang yang mewah dengan balak tetapi pendapatan untuk negeri begitu kecil sehingga kerajaan negeri terpaksa meminjam daripada Pusat untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan,” katanya. Dalam pada itu, Ustaz Idris membanding dengan Selangor yang mampu memberikan bekalan air paip percuma kepada rakyatnya sedangkan Pahang yang kaya dengan sumber air sungai ini tidak beri percuma. Tambahnya, beliau diberitahu, di Pahang bukan saja bil air mahal malah bekalan pula kerap terganggu. “Di bawah kerajaan Pakatan di Selangor sekarang gaji guru Kafa dinaikkan kepada RM1,300 hingga RM1,500. Di Pahang berapa? Ditubuhkan pula Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1,500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun. “Tengok Pulau Pinang pula walaupun diterajui Ketua Menteri dari DAP tetapi Sekolah agama Rakyat dibantu dan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam ditambah sehingga RM25 juta setahun. “Wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah. Setiap bayi lahir diberikan wang antara RM100 ke RM200 manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapat RM1 ribu,” tambahnya. Ustaz Idris menjelaskan, rakyat sepatutnya bijak menilai sesebuah kerajaan yang baik dan tidak seharusnya terpedaya dengan propaganda media Umno sahaja. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7300-pakatan-lebih-pandai-perintah-dari-bn
Penyokong Umno patut malu kebangkitan anak muda
Aziz Muda, | 12 January 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Penyokong-penyokong kuat Umno BN kini sepatutnya berfikir panjang dan malu untuk terus menyokong parti itu, memandangkan majoriti anak-anak muda ternyata langsung tidak menaruh sebarang kepercayaan kepada parti itu lagi untuk memerintah negara dengan baik.
Malah bagi golongan muda, pelbagai masalah yang berlaku dalam Umno BN sudah tidak lagi mampu ditutup oleh parti itu, apatah lagi dengan munculnya isu-isu baru yang membabitkan pengaliran wang rakyat ke dalam khazanah kekayaan keluarga mereka.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, kehilangan kepercayaan rakyat terhadap para pemimpin Umno BN sememangnya berpijak di atas dasar yang kukuh jika dirujuk kepada permasalahan yang berlaku di dalam parti itu sejak dulu.
Menurutnya, antaranya termasuk yang membabitkan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan krisis kepimpinan beramanah, sehingga mencetuskan pelbagai isu yang gagal diselesaikan oleh Umno BN termasuk yang melibatkan politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.
Katanya, malah terbaru muncul pula isu NFC, penyenaraian FGVHSB yang membabitkan Felda dan penyalahgunaan wang zakat yang membabitkan seorang menteri.
"Ketika orang ramai sedang menunggu untuk melihat perubahan ke arah yang lebih baik dalam Umno BN, tiba-tiba muncul pula skandal NFC, penyenaraian FGVHSB dan penyalahgunaan wang zakat.
"Kesemua itu isu besar yang membabitkan masalah wang rakyat dan krisis kepimpinan beramanah. Jadi macam mana orang boleh mempercayai parti itu lagi?" katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Isu-isu yang membabitkan kepentingan negara dan amanah kepimpinan, menurut beliau, sememangnya perkara penting yang perlu diatasi dengan baik oleh para pemimpin yang beramanah.
Katanya, walaupun kesemua itu hanya dipandang sebelah mata oleh para penyokong tegar Umno BN, tetapi tidak pula sedemikian bagi golongan muda.
"Malah bagi golongan muda, pemimpin seperti itu tidak sepatutnya diberi ruang untuk terus memerintah negara. Sebaliknya, mereka perlu digantikan dengan pemimpin-pemimpin lain yang lebih beramanah, bertanggungjawab dan berwibawa.
"Pemimpin-pemimpin seperti yang dikehendaki oleh golongan muda itu tiada dalam Umno BN, kecuali dalam PAS dan Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya mereka ingin menukarkan BN kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti," katanya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar.
Kesedaran sedemikian tinggi di kalangan golongan muda itu, katanya, perlu difahami oleh para penyokong tegar Umno BN dan arus kesedaran itu pula pasti gagal dibendung lagi oleh mereka.
"Ini antara lain boleh dirujuk kepada kewujudan sebuah NGO yang dipelopori golongan muda yang dinamakan Asalkan Bukan Umno (Abu) yang jelas menolak Umno dalam kehidupan mereka, akibat kebencian mereka terhadap sikap buruk para pemimpin parti itu sendiri yang penuh dengan rasuah dan kronisme," tegasnya.
Beliau berpendapat, jika para penyokong Umno BN tidak juga menyedari perkara itu, mereka patut malu kerana kebangkitan golongan muda bagi melakukan perubahan di negara ini sememangnya menjadi satu tamparan yang amat hebat kepada mereka.
Sumber HD : 12/01/2012
Keengganan Ha Najib Razak untuk memanggil sama menteri besar Kelantan, Selangor, Kedah dan ketua menteri Pulau Pinang menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Besar menunjukkan apa yang diucapkan Najib masih tidak terlaksanakan.
Najib masih meneruskan politik dendam yang diamalkan sejak zaman Mahathir Mohamad dan sebelumnya yang tidak sedia menjemput menteri besar negeri pembangkang hadir sama dalam mesyuarat itu meskipun ada peruntukan untuk berbuat demikian.
Sekali lagi saya bersetuju dengan pandangan MB Selangor, Khalid Ibrahim; kalau Najib tidak mahu mengundang sama menteri besaar Pakatan Rakyat eloklah mesyuarat itu diubah kepada nama mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri BN. Jangan kelirukan rakyat dengan menamakan mesyuarat itu - Mesyuarat Bersama MB.
Bukan saja Khalid dan menteri besar kerajaan Pakatan Rakyat, rakyat di negeri berkenaan juga sedih dengan tindakan Najib itu. Seperti mana kata Khalid, tindakan Najib mengasing dan mengenepikan menteri besar kerajaan Pakatan menunjukkan Najib tidak sedia mengimplimentasikan slogan yang dilaungkan sendiri, sloga 1 Malaysia.
Tidak sepatutnya MB dari Pakatan dikecualikan kerana sumbangan mereka kepada pembangunan negara bukn sedikit. Lebih separuh sumbangan ekonomi kepada kerajaan Persekutuan datang dari kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Najib beriya mahu melakukan transformasi politik dan perubahan pendekatan dari mengekang mana-mana pihak kepada keadilan. Namun dengan apa yang beliau lakukan itu jelas menunjukkan dia membohongi dirinya sendiri. Beliau masih meneruskan pendekatan lapok berdendam dengan rakyat yang tidak menyokong UBN di dalam pilihan raya.
Apa yang sedang dilakukan Najib diperhatikan.
Dr Mahathir selama menjadi PM 22 tahun itulah yang dipraktikan. Beliau tidak sekali pun mengundang Nik Aziz untuk sama-sama menghadiri mesyuarat menteri-menteri bersar berkenaan. Jadi janji Najib hendak membawa perubahan hanya janji semata-mata bukan sesutau yang benar. Apakah Najib masih menerima nasihat Mahathir dalam hal ini agar terus mengenepikan kerajaan yang tidak sehaluan dengannya?
Walhal konsep federalisme jelas sekali melarang seorang perdana menteri bersikap demikian. Negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang masih tertakluk dengan konsep federalisme itu. Najib sepatutnya tidak boleh merenggangkan mereka.
Kepada saya sikap dan tindakan Najib itu satu kesalahan. Ia tidak memberi markah tinggi kepada pentadbirannya sebagai perdana menteri. Malahan ia salah dan memberi imej buruk kepada dirinya sendiri. Zaman sekarang zaman rakyat sudah cerdik dan pintar serta tahu apa juga undang-undang. Usaha melindungi kebenaran dan meneruskan tindakan zalim dan dendam menyebabkan rakyat akan membenci Najib dan UBN.
Penerusan dasar atau tindakan politik Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi tidak memberi keuntungan kepada Najib dan UBN. Orang ramai akan melihat Najib tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk mengubah pendekatan atau tindakan sebelum ini melainkan menuruti acuan yang sedia ada. Ketidakmampuan Najib melakukan transformasi pentadbirannya itu akan dilihat sebagai kelemahan sebenar Najib dalam politik.[wm.kl.9:10 am 24/02/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD : 24/02/2012

Tidak undang MB Pakatan Najib tidak profesional
Mohd Sayuti Omar, | 24 Feb 2012 |

Transformasi Najib hanya 'transformasi lipstik'
Harakahdaily, | 20 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Mac: PAS menganggap segala pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 3 April 2009 yang didakwa 'transformasi' hanya ibarat lipstik dan halwa telinga, yang isinya kosong.
AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata transformasi yang dilaungkan Najib sebenarnya bukan perkara dasar, namun ia hanya bersifat curahan dan umpanan duit semata-mata kepada rakyat untuk menyokong BN.
"Transformasi yang diharapkan seperti memerangi rasuah, menghapuskan amalan pencabulan demokrasi, menghormati hak rakyat memilih kerajaan yang mereka suka tidak berlaku.
"Gangguan ceramah oleh penyokong Umno terus berlaku, hak kebebasan bersuara tidak berlaku. Jadi apa yang ditransformasikan oleh Najib?," soalnya.
Lebih memalukan lagi katanya, ketika Najib bercakap soal transformasi timbul soal perbelanjaan pertunangan anaknya dengan kos RM409,767 dengan kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang RM18, 792 yang bernilai RM522 seorang.
"Najib riuh rata kampung dengan pemberian RM500 seorang, untuk 3.74 juta rakyat, sedangkan jamuan VIP satu malam RM522. Begitu juga Najib sambut hari jadi beliau dengan kos RM79,053," katanya lagi.
Selain perbelanjaan mewah itu kata Idris, pengumuman pembatalan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SBPA) juga menunjukkan kegagalan transformasi Najib.
Apatah lagi, SBPA itu terpaksa dibatalkan dalam keadaan dibantah banyak pihak ekoran pengumuman untuk skim itu dibuat dengan perbicangan tidak masak.
"Itupun kerana takut kakitangan awam tolak BN di dalam pilihanraya nanti. Berapa banyak wang negara habis kerana membiayai kajian skim ini," soal Idris lagi.
Beliau tidak menolak kemungkinan, selepas ini akan menyusul pula 'musibah' yang akan menimpa kepada Felda, ekoran penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) yang juga turut ditentang veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah dan pegawai kanan Felda.
Dalam isu tersebut ujarnya, Najib lebih mengutamakan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berbanding nasib peneroka secara keseluruhan.
Dalam isu peruntukan kepada negeri-negeri pula, beliau mempersoal keikhlasan Najib terhadap Selangor apabila peruntukkan sebanyak RM2.9 bilion, diberi bukan melalui kerajaan negeri.
Sikap meninakkan kerajaan yang dipilih rakyat melalui sistem demokrasi itu kata Idris menyerlahkan sikap Najib yang mencabul semangat federalisme.
"Najib yang masih tidak memberi royalti gas kepada Kelantan sebanyak RM186 juta setahun. Beliau tidak bertenaga di dalam menghadapi kes NFC sebanyak RM250 juta. Kerana Datuk Sharizat Jalil pun mempunyai rahsia pemimpin Umno yang lain.
"Transformasi Najib tidak mengubah masalah rasuah. Tahun 2010 CPI Malaysia 4.4, nombor 56 di belakang Afrika Selatan yang mendapat markah 4.5," katanya sambil memetik kenyataan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kuan bahawa amalan menganugerahkan projek mega serta kontrak tanpa tender terbuka atau bidaan kompetitif yang masih berterusan.

Sumber HD : 20/03/2012
27/03/2012 : Ucapan DSAI
1. http://www.youtube.com/watch?v=Ur8DpbzmI6M&feature=endscreen&NR=1
Ucapan THMS :
2. http://www.youtube.com/watch?v=xzTfWv1mfrk&NR=1&feature=endscreen
Ucapan AA :
3. http://www.youtube.com/watch?v=rEOffVtMBiI&feature=relmfu

Ramuan khas Cikgu Pa buat Najib banteras rasuah
Harakahdaily, | 31 Mac 2012 |
KUALA TERENGGANU, 31 Mac: Terlupanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk meletakkan ramuan paling utama dalam resipi membanteras rasuah negara merupakan sebab utama aktiviti rasuah di bawah pentadbirannya semakin meningkat, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar).
“Sebenarnya, tidaklah sukar sangat untuk membanteras rasuah. Ia mestilah dilakukan daripada atas ke bawah (topdown) dan bukannya bawah ke atas (bottom up). Atas ke bawah, bermaksud ia harus bermula daripada perdana menteri,” kata Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Pa’ kepada Harakahdaily hari ini.
Selain itu, pemimpin veteran PAS Terengganu itu berkata Najib juga memerlukan keberanian moral untuk bertindak untuk melepaskan kekuatan kuasa politiknya untuk membendung amalan rasuah dalam pentadbiran beliau.
“Dengan itu, segala rintangan yang berada di depan beliau akan runtuh. Beliau mungkin hanya memerlukan setahun saja untuk membersihkan rasuah di peringkat tertinggi,” kata Cikgu Pa.
Berbicara mengenai cadangan supaya para menteri membuat deklarasi aset kepada perdana menteri sahaja, Cikgu Pa berpendapat cadangan tersebut tidak efektif kerana “apa ketakutan yang ada pada para menteri kerana masak bahawa orang yang mereka perlu membuat deklarasi aset sama-sama terlibat dengan aktiviti rasuah seperti mereka juga.”
“Tiada jumlah deklarasi aset yang mencukupi untuk menghindarkan seseorang daripada melakukan dan makan rasuah. Perkara ini telah dilaksanakan sejak zaman Tun Abdul Razak. Untuk saya, benda ini hanyalah menyedapkan mata dan tidak efektif. Duit rasuah boleh diletakkan di bawah nama orang lain yang dipercayai,” tambah Cikgu Pa.
Cikgu Pa, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak selaku sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977 dan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977 berkata pada pengamatan beliau, pentadbiran tiga perdana menteri Malaysia terawal, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn adalah lebih bersih berbanding dengan pengganti mereka.
Penyelesaian
Cikgu Pa berkata hanya cara spiritual sahaja boleh memerangi gejala rasuah.
“Menyemai ke dalam rakyat, nilai kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat. Akauntabiliti bukan sahaja di dunia ini tetapi akan dibawa ke dunia lain,” kata Cikgu Pa, sambil menambah bahawa integriti tidak akan lengkap tanpa elemen ‘Takut kepada Tuhan.”
“Ini juga adalah asas kepada sistem spiritual dan nilai Islam,” tambah beliau.
Di bawah Najib, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus jatuh dari tangga 56 pada tahun 2010 ke tangga 60 pada 2011.
Menurut Transparency International Malaysia (TI-M), Malaysia hanya sekadar mencatatkan markah/skor hanya 4.3, rekod nilai terendah berbanding 5.32 pada 1996 dan sekaligus mencatatkan kejatuhan kali ketiga berturut-turut semenjak 2009.
Sumber HD : 31/03/2012
Malam tadi berlangsungnya dua ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai dan Ceramah PR di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.
Ternyata UMNO / BN cuba mensabotaj ceramah Pakatan Rakyat. Hasilnya.....cuba anda nilaikan gambar-gambar di atas. Jelas berbeza sambutan rakyat. Najib mesti tambah gelabah tengok gambar-gambar ini.
Sumber HD : 8/05/2012
(Pangsapuri Kayangan, tempat Encik Kadir hadapi masalah dengan pengurusannya)
PETALING JAYA: Kerana tidak sehaluan dengan seorang orang kuat pengurusan bersama, sudah 20 hari penyewa rumah Abdul Kadir Othman di Kayangan Apartment, Subang dipotong bekalan air.
Yang menakutkan, ia dibuat oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dilantik sendiri oleh penduduk apartment itu.
Sudah pelbagai cara dibuat oleh beliau namun sehingga kini ia belum berjaya di selesaikan.
Kadir yang datang sendiri ke pejabat Harakahdaily untuk memohon bantuan telah menceritakan bagaimana ia berlaku.
Katanya, perkara sebegini berlaku sejak 5 Mac 2009 lagi apabila buat pertama kalinya meter air rumah beliau dicabut oleh pihak 'pengurusan' JMB.
Ekoran tindakan itu, laporan polis telah dibuat beliau kerana percaya pendekatan yang dibuat oleh pihak 'pengurusan' JMB itu tidak betul dan berlandaskan undang-undang.
Kadir mengaku memang beliau agak 'vokal' dalam mesyuarat-mesyurat agung JMB namun ia tidak sewajarnya menjadi alasan pihak 'pengurusan' itu bertindak bukan-bukan ke atas beliau.
Kadir yang kini tinggal di Kuala Besut, Terengganu telah menyewakan rumahnya di Petaling Jaya.
Pada 9 May, penyewa beliau menghubunginya dan memaklumkan rumahnya tidak ada air kerana meter air telah dipotong.
Kadir bergegas dari rumahnya di Kuala Besut ke Petaling Jaya, dan mendapati memang rumahnya tidak ada air sejak 8 Mei akibat meter air dicabut.
Ketika beliau hubungi pihak 'pengurusan', beliau diberitahu tangkinya bocor dan atas alasan itulah meter airnya dicabut.
Kadir, seorang jurutera bertauliah cuba untuk membaikinya namun tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan dengan alasan tidak mahu ia membahayakan keseluruhan apartment yang mereka diami.
Yang menyebabkan Kadir berang adalah semua masalah yang beliau hadapi adalah berdasarkan sikap seorang yang bertindak kononnya sebagai 'pihak pengurusan' padahal beliau hanya suami kepada seorang penting dalam JMB itu.
Untuk menyelesaikan masalah, Kadir telah pergi ke merata tempat termasuk membuat laporan kepada COB Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Beliau juga membuat laporan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat yang terlibat termasuk Adun Seri Setia (Nik Nazmi Ahmad), anggota Parlimen Subang (Sivarasa Rasiah) namun sehingga kini sudah 20 hari rumah beliau tidak ada air akibat tindakan JMB ini.
"Perbuatan JMB membiarkan Encik *** mengurus Kayangan apartment semenjak di tubuhkan pada tahun 2009 tanpa kawalan dan yang telus menyusahkan ramai penduduk di situ, tetapi mereka hanya berdiam diri kerana tak mahu diinayakan," tulis Kadir kepada Unit Pesuruhanjaya Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Menurutnya, sudah banyak aduan dan laporan polis telah di buat terhadapnya dan beliau maseh bermahajalela dan mengurus secara sesuka hati di Kayangan Apartment, padahal beliau adalah hanya di lantik sebagai Penasihat.
"Dengan ini saya menggesa supaya pihak COB dan pihak yang bertanggungjawab agar menyiasat dan mengambil tindakkan sewajar nya untuk membawa pengurusan yang lebih sesuai dan tenteram di apartment tersebut," tulis Kadir kepada COB MBPJ yang salinannya diberikan kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 28/05/2012
“Sebenarnya, tidaklah sukar sangat untuk membanteras rasuah. Ia mestilah dilakukan daripada atas ke bawah (topdown) dan bukannya bawah ke atas (bottom up). Atas ke bawah, bermaksud ia harus bermula daripada perdana menteri,” kata Mustafa yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Cikgu Pa’ kepada Harakahdaily hari ini.
Selain itu, pemimpin veteran PAS Terengganu itu berkata Najib juga memerlukan keberanian moral untuk bertindak untuk melepaskan kekuatan kuasa politiknya untuk membendung amalan rasuah dalam pentadbiran beliau.
“Dengan itu, segala rintangan yang berada di depan beliau akan runtuh. Beliau mungkin hanya memerlukan setahun saja untuk membersihkan rasuah di peringkat tertinggi,” kata Cikgu Pa.
Berbicara mengenai cadangan supaya para menteri membuat deklarasi aset kepada perdana menteri sahaja, Cikgu Pa berpendapat cadangan tersebut tidak efektif kerana “apa ketakutan yang ada pada para menteri kerana masak bahawa orang yang mereka perlu membuat deklarasi aset sama-sama terlibat dengan aktiviti rasuah seperti mereka juga.”
“Tiada jumlah deklarasi aset yang mencukupi untuk menghindarkan seseorang daripada melakukan dan makan rasuah. Perkara ini telah dilaksanakan sejak zaman Tun Abdul Razak. Untuk saya, benda ini hanyalah menyedapkan mata dan tidak efektif. Duit rasuah boleh diletakkan di bawah nama orang lain yang dipercayai,” tambah Cikgu Pa.
Cikgu Pa, yang pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Tun Abdul Razak selaku sebagai setiausaha parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977 dan Tun Hussein Onn sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977 berkata pada pengamatan beliau, pentadbiran tiga perdana menteri Malaysia terawal, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn adalah lebih bersih berbanding dengan pengganti mereka.
Penyelesaian
Cikgu Pa berkata hanya cara spiritual sahaja boleh memerangi gejala rasuah.
“Menyemai ke dalam rakyat, nilai kepercayaan kepada Tuhan dan kehidupan akhirat. Akauntabiliti bukan sahaja di dunia ini tetapi akan dibawa ke dunia lain,” kata Cikgu Pa, sambil menambah bahawa integriti tidak akan lengkap tanpa elemen ‘Takut kepada Tuhan.”
“Ini juga adalah asas kepada sistem spiritual dan nilai Islam,” tambah beliau.
Di bawah Najib, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) terus jatuh dari tangga 56 pada tahun 2010 ke tangga 60 pada 2011.
Menurut Transparency International Malaysia (TI-M), Malaysia hanya sekadar mencatatkan markah/skor hanya 4.3, rekod nilai terendah berbanding 5.32 pada 1996 dan sekaligus mencatatkan kejatuhan kali ketiga berturut-turut semenjak 2009.
Sumber HD : 31/03/2012
Perang ceramah malam tadi di Batu Caves
http://pejuang-rakyat.blogspot.com, | 08 Mei 2012 |
08 Mei, 2012
PERANG CERAMAH MALAM TADI DI BATU CAVES
CERAMAH BN LAWAN PAKATAN RAKYATMalam tadi berlangsungnya dua ceramah serentak antara pihak Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat. Ceramah BN diadakan di Kg Wira Damai dan Ceramah PR di Kg Baru Batu Caves. BN menampilkan Noh Omar, Zul Nordin, Zahip Md Arip dan Ezam Md Noor (tak datang). Sementara PR menampilkan Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Zuraidah Kamaruddin dan beberapa orang lagi.
poster ceramah Barisan Nasional |
Poster Ceramah Pakatan Rakyat |
Ceramah BN yang dihadiri ratusan orang sahaja |
Lautan manusia di ceramah PR |
Anwar Ibrahim sedang berceramah |
Zul Nordin sedang berceramah di Majlis BN |
Ternyata UMNO / BN cuba mensabotaj ceramah Pakatan Rakyat. Hasilnya.....cuba anda nilaikan gambar-gambar di atas. Jelas berbeza sambutan rakyat. Najib mesti tambah gelabah tengok gambar-gambar ini.
Sumber HD : 8/05/2012
Kerana vokal, sudah 20 hari tiada air
Harakahdaily, | 28 Mei 2012 |
(Pangsapuri Kayangan, tempat Encik Kadir hadapi masalah dengan pengurusannya)
PETALING JAYA: Kerana tidak sehaluan dengan seorang orang kuat pengurusan bersama, sudah 20 hari penyewa rumah Abdul Kadir Othman di Kayangan Apartment, Subang dipotong bekalan air.
Yang menakutkan, ia dibuat oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dilantik sendiri oleh penduduk apartment itu.
Sudah pelbagai cara dibuat oleh beliau namun sehingga kini ia belum berjaya di selesaikan.
Kadir yang datang sendiri ke pejabat Harakahdaily untuk memohon bantuan telah menceritakan bagaimana ia berlaku.
Katanya, perkara sebegini berlaku sejak 5 Mac 2009 lagi apabila buat pertama kalinya meter air rumah beliau dicabut oleh pihak 'pengurusan' JMB.
Ekoran tindakan itu, laporan polis telah dibuat beliau kerana percaya pendekatan yang dibuat oleh pihak 'pengurusan' JMB itu tidak betul dan berlandaskan undang-undang.
Kadir mengaku memang beliau agak 'vokal' dalam mesyuarat-mesyurat agung JMB namun ia tidak sewajarnya menjadi alasan pihak 'pengurusan' itu bertindak bukan-bukan ke atas beliau.
Kadir yang kini tinggal di Kuala Besut, Terengganu telah menyewakan rumahnya di Petaling Jaya.
Pada 9 May, penyewa beliau menghubunginya dan memaklumkan rumahnya tidak ada air kerana meter air telah dipotong.
Kadir bergegas dari rumahnya di Kuala Besut ke Petaling Jaya, dan mendapati memang rumahnya tidak ada air sejak 8 Mei akibat meter air dicabut.
Ketika beliau hubungi pihak 'pengurusan', beliau diberitahu tangkinya bocor dan atas alasan itulah meter airnya dicabut.
Kadir, seorang jurutera bertauliah cuba untuk membaikinya namun tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan dengan alasan tidak mahu ia membahayakan keseluruhan apartment yang mereka diami.
Yang menyebabkan Kadir berang adalah semua masalah yang beliau hadapi adalah berdasarkan sikap seorang yang bertindak kononnya sebagai 'pihak pengurusan' padahal beliau hanya suami kepada seorang penting dalam JMB itu.
Untuk menyelesaikan masalah, Kadir telah pergi ke merata tempat termasuk membuat laporan kepada COB Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Beliau juga membuat laporan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat yang terlibat termasuk Adun Seri Setia (Nik Nazmi Ahmad), anggota Parlimen Subang (Sivarasa Rasiah) namun sehingga kini sudah 20 hari rumah beliau tidak ada air akibat tindakan JMB ini.
"Perbuatan JMB membiarkan Encik *** mengurus Kayangan apartment semenjak di tubuhkan pada tahun 2009 tanpa kawalan dan yang telus menyusahkan ramai penduduk di situ, tetapi mereka hanya berdiam diri kerana tak mahu diinayakan," tulis Kadir kepada Unit Pesuruhanjaya Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Menurutnya, sudah banyak aduan dan laporan polis telah di buat terhadapnya dan beliau maseh bermahajalela dan mengurus secara sesuka hati di Kayangan Apartment, padahal beliau adalah hanya di lantik sebagai Penasihat.
"Dengan ini saya menggesa supaya pihak COB dan pihak yang bertanggungjawab agar menyiasat dan mengambil tindakkan sewajar nya untuk membawa pengurusan yang lebih sesuai dan tenteram di apartment tersebut," tulis Kadir kepada COB MBPJ yang salinannya diberikan kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 28/05/2012
Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih
Anis Nazri, | 28 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.
Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.
"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar, yang menyatakan Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri pada PRU ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.
Tambah Salahuddin, isu yang lebih penting dibangkitkan SPR ialah isu membabitkan tuntutan Bersih, yang juga merupakan tuntutan bersama Pakatan Rakyat yang sehingga ini tidak diendahkan badan itu.
Mengulas status pendaftaran Pakatan Rakyat, Salahuddin melahirkan kekesalan kerana sehingga kini tidak mendapat sebarang jawapan daripada ROS.
"Sudah hampir dua tahun permohonan itu dibuat, sehingga kini tiada sebarang jawapan. Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia tidak menjejaskan jentera kita bagi menghadapi pilihan raya," tegas Salahuddin lagi.

Rumah mampu milik: Di sini dan di seberang
KPRU, | 07 Sep 2012 |
Pendahuluan
Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 24 September 2012. Isu perumahan merupakan antara isu dasar yang akan menjadi tumpuan Belanjawan 2013. Lantaran itu, penulisan Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) kali ini memberi tumpuan kepada masalah rumah mampu milik dengan meninjau skim perumahan berkaitan di Malaysia dan Singapura.
Dalam usaha untuk membantu rakyat Malaysia mempunyai keupayaan untuk memperolehi rumah mampu milik, kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan beberapa program perumahan untuk membantu rakyat Malaysia menyelesaikan kemelut ini. Di antara program-program perumahan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN ialah Skim Rumah Pertamaku (SRP), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
Pelbagai program perumahan telah dilancarkan, namun kejayaan program-program perumahan tersebut terbantut dan menimbulkan beberapa persoalan isu perumahan penting, antaranya termasuk masalah rumah terbengkalai, pelaksanaan konsep jual dan bina, peningkatan harga bahan binaan, serta kuasa membeli rakyat Malaysia yang masih berada pada tahap yang rendah.
Kuasa membeli rakyat Malaysia dikatakan masih berada pada paras yang rendah apabila hampir separuh daripada 1,642 pemohon skim SRP[2] didapati tidak layak untuk menerima pinjaman dari bank untuk membeli rumah di bawah SRP. Ini berikutan industri perbankan mendapati mereka yang mempunyai gaji pendapatan sebanyak RM3,000 dan ke bawah gagal untuk melayakkan diri untuk mendapat pinjaman bernilai RM400,000 kerana dalam skim pembayaran semula pinjaman sebanyak 80 peratus, pemohon perlu membayar deposit sebanyak RM80,000 dan kebanyakan pemohon di bawah skim ini tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan untuk membayar deposit mahupun bayaran bulanan pinjaman tesebut.
Manakala bagi peningkatan harga bahan binaan perumahan pula, syarikat-syarikat pengeluar simen dalam negara mengumumkan peningkatan harga dalam harga simen daripada RM16.50 kepada RM17.50 bagi satu beg simen seberat 50 kg[3]. Hanya satu syarikat di Sarawak yang akan mengekalkan harga simen.
Peningkatan harga simen ini pula telah mengakibatkan peningkatan harga rumah contohnya di Pulau Pinang di mana harga hartanah di Pulau Pinang dijangka meningkat sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus. Ini berikutan 60 peratus hingga 80 peratus[4] bahan binaan terdiri daripada bahan binaan berkaitan dengan penggunaan simen.
Ini sejajar dengan kenyataan media Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA)[5] yang menyatakan peningkatan harga simen akan mempengaruhi kenaikan harga rumah. Lantas, peningkatan harga bahan binaan ini akan mewujudkan jurang di antara rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dan rendah dengan rakyat Malaysia yang berpendapatan tinggi dalam keupayaan memiliki rumah mampu milik dalam pasaran perumahan yang kian melambung. Ini mengambil kira bahawa sebuah rumah yang dibina di Perlis dan Lembah Klang yang menggunakan bahan binaan sama akan mengalami perbezaan harga tinggi. Rumah yang dibina di Perlis mungkin akan berharga RM250,000, manakala sebuah rumah yang dibina di Lembah Klang, contohnya di kawasan KLCC akan berharga RM1 juta. Peningkatan harga bahan binaan ini akan meningkatkan lagi jurang tersebut.
Ini berikutan peningkatan harga pembinaan pada tahun 2011 sebanyak 10 peratus akibat daripada peningkatan inflasi dan harga bahan binaan serta cukai import yang tinggi.[6] Kenaikan harga hartanah ini telah menyebabkan beberapa syarikat pemaju mengalami kenaikan dalam keuntungan pada kadar 18 peratus[7] lebih tinggi daripada keuntungan projek-projek pembinaan mereka. Ini pula dapat mencerminkan bahawa rakyat Malaysia yang menampung keuntungan syarikat-syarikat pemaju berkaitan.
Pasaran hartanah di Sabah dan Sarawak tidak terlepas daripada kemelut kenaikan harga bahan binaan. Walaupun kerajaan telah melaksanakan had harga maksimum[8] bagi rumah harga rendah di Sabah dan Sarawak sebanyak RM50,400 berbanding had harga maksimum di Semanjung sebanyak RM42,000, harga pasaran bagi jenis perumahan lain melambung tinggi. Peningkatan harga bahan binaan di Semanjung akan meningkatkan lagi harga pasaran perumahan di Sabah dan Sarawak, lantas menjauhkan lagi jarak jurang di antara masyarakat di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung dari segi kemampuan kewangan untuk memiliki rumah mampu milik.
Projek Perumahan Menemui Kegagalan
Projek-projek perumahan yang dilancarkan oleh Najib untuk menyelesaikan kemelut perumahan dalam negara merangkumi Skim Rumah Pertamaku (SRP), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).
Jadual 1 menerakan skim-skim perumahan yang dilancarkan dengan agenda untuk membantu rakyat Malaysia memperolehi rumah mampu milik bagi diri sendiri dan keluarga. Persoalan tuntutan keadilan perumahan di Malaysia timbul berikutan persoalan keberkesanan projek-projek perumahan yang dilancarkan ini dalam menyelesaikan kemelut perumahan Malaysia.
Tatkala pada hari ini, skim perumahan SRP dibuka kepada seluruh negara, berbanding dengan skim PR1MA di mana projek-projek perumahannya terhad[18] kepada beberapa tempat seperti di Putrajaya, Seremban, Cyberjaya, Bandar Tun Razak Cheras, Sungai Besi Kuala Lumpur dan beberapa kawasan di Selangor. Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak pula masih tidak dapat merasai kebaikan yang diajukan oleh skim-skim perumahan di Semanjung ini. Maka timbul dakwaan tiada keadilan bagi Sabah dan Sarawak kerana masih terperangkap dalam kemelut perumahan yang berharga melangkaui kemampuan rakyat biasa Sabah dan Sarawak.
Malah jumlah tunggakan bayaran hutang bulanan bagi RMR1M sehingga Julai 2012[19] telah mencecah RM11.7 juta yang terkumpul sejak tahun 2002. Tunggakan hutang ini berdasarkan kategori penerima yang tidak membayar jumlah bulanan lebih daripada tiga bulanan dan menjangkau lebih setahun. Persoalan yang timbul ialah sejauh mana usaha Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dalam mengutip hutang-hutang tersebut? Kegagalan dalam pembayaran semula menandakan para pemohon tidak layak dari segi kewangan untuk memohon rumah di bawah RMR1M tetapi masih diberikan rumah.
Di mana skim perumahan SRP telah menunjukkan kegagalan untuk membantu golongan muda dalam usaha membeli rumah pertama mereka, PR1MA dan RMR1M pula dilancarkan dengan kekurangan butir-butiran mengenai skim tersebut di samping kekurangan maklumat mengenai syarat-syarat permohonan telah menandakan bahawa Kerajaan BN tidak bersedia untuk menyelesaikan kemelut perumahan secara sistematik dan cekap.
Tiada keadilan apabila dalam kejadian projek perumahan PR1MA gagal untuk disiapkan oleh Korporasi PR1MA, tiada kepastian mengenai pihak mana yang akan bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut.[20] Nescaya, rakyat yang akan menanggung kegagalan tersebut dengan wang rakyat digunakan untuk menyiapkan projek perumahan tersebut. Di sebalik memperolehi rumah-rumah mampu milik yang sesuai, rakyat Malaysia dibebani dengan kemungkinan wang mereka digunakan untuk menyelesaikan masalah ekoran kelemahan kerajaan. Jurang dalam pelan pelaksanaan skim-skim perumahan kerajaan BN menonjolkan suatu kelemahan yang mempunyai implikasi besar kepada Malaysia, iaitu, tiada kajian terperinci yang dilakukan sebelum skim-skim ini dilancarkan.
Perbandingan Projek Perumahan Singapura dan Malaysia
Dalam membicarakan masalah perumahan, Singapura mungkin merupakan jiran terdekat yang dapat dijadikan contoh oleh Malaysia. Lembaga Pembangunan dan Perumahan Singapura atau HDB ditubuhkan pada 1 Februari 1960[21] dengan misi menyediakan perumahan awam berkualiti dan berpatutan. Kejayaan HDB terletak pada kejayaan kerajaan Singapura menyediakan perumahan kepada golongan miskin yan terdiri daripada 20 peratus isi rumah[22] di Singapura. Seharusnya, kerajaan Malaysia pimpinan Najib mencontohi atau membandingkan kejayaan kerajaan Singapura sebelum menuntut kejayaan projek-projek perumahan beliau. HDB merupakan projek kelahiran parti politik People’s Action Party (PAP) selepas parti tersebut mula berkuasa sebagai parti politik pemerintah Singapura[23]. Pada mulanya, HDB merupakan suatu projek untuk menyelesaikan kemelut kekurangan perumahan dan ianya mempunyai tempoh masa selama lima tahun untuk dijayakan.
Namun selepas empat dekad, HDB telah membina lebih 800,000 rumah flat kepada kira-kira 85 peratus populasi Singapura. Di antara perbezaaan kejayan projek perumahan Najib dan projek perumahan HDB ialah HDB membenarkan mereka yang berpendapatan rendah untuk menyewa rumah hak milik HDB; di samping itu, rakyat tua juga disediakan apartmen studio yang direka khas dengan persekitaran mesra warga tua.[24] Perbezaannya tidak terhenti di situ. Kadar penyewaan flat-flat HDB ini juga bergantung kepada gaji pendapatan bulanan penyewa[25], lantas tidak membebani rakyat Singapura, terutamanya mereka yang mempunyai gaji pendapatan rendah. Dalam menjamin kemampanan, kebersihan dan keselamatan di kawasan-kawasan perumahan HDB ini, HDB mendesentralisasikan kuasanya kepada majlis perbandaran[26] untuk memberikan kuasa kepada para penduduk kawasan perumahan HDB terhadap penentuan keadaan kebersihan, kemampanan dan keselamatan kawasan perumahan mereka.
Sebagai usaha kerajaan Singapura memberikan peluang kepada rakyat Singapura tidak kira jumlah pendapatannya dalam memiliki rumah mampu milik, pinjaman cagaran bukan sahaja perlu berada pada kadar yang mampu ditanggung oleh para peminjam, ianya juga perlu bersifat daya maju kepada pemberi pinjaman dan bertindak sebagai sumber hasil kepada sektor perumahan. Antara dasar HDB membantu isu rumah yang berpendapatan rendah adalah seperti berikut[27]:
Penjualan rumah flat kepada penyewa yang sedia ada pada kadar diskaun dengan 100 peratus pembiayaan.
HDB membeli balik flat tiga bilik dari pasaran terbuka untuk menjual pada harga bersubsidi kepada keluarga yang mempunyai pendapatan kurang daripada $1500 ( subsidi adalah sebanyak $50,000 untuk setiap flat tiga bilik).
Penjualan flat empat bilik dengan kawasan lantai sedikit kecil dan siapan yang lagi ringkas.
Penyewa yang memohon untuk flat empat bilik di bawah Sistem Pendaftaran Flat diberi permulaan awal selama enam bulan berbanding para bukan penyewa dalam pemberian flat. Syarat kepada ini ialah para penyewa hendaklah merupakan pembeli kali pertama dan menduduki flat sewaan mereka sekurang-kurangnya lima tahun.
Skim sewa dan beli akan membenarkan keluarga dengan pendapatan bulanan yang rendah di antara $800 hingga $1,500 untuk pada awalnya menyewa dan kemudian membeli flat yand disewakan itu.
Ianya dapat dilihat melalui skim HDB ini, rakyat Singapura terutamanya mereka yang berpendapatan bulanan rendah tidak dibebani dengan kadar pinjaman tinggi serta di bawah skim ini, walaupun mereka menyewa atau membeli rumah mampu milik, kawasan rumah tersebut dipastikan bersih, mampan dan selamat melalui Majlis Perbandaran kawasan perumahan tersebut.
Seperti yang dipetik menerusi kata-kata Dr Koon Hean Cheong, CEO, Lembaga Pembangunan dan Perumahan (HDB) Singapura[28]:
“No government has enough money, but you need to decide what is most important to you, and you will make the right choices if you look very long-term. If you look very short-term and worry about the next election, you may not make the right choice. In Singapore, we have not spent money on things that do not help the country or the economy, and we have been quite disciplined.”
Terjemahannya berbunyi:
“Tiada kerajaan yang mempunyai dana mencukupi tetapi anda perlu memutuskan perkara yang paling penting kepada diri anda, dan anda akan melakukan keputusan yang betul jika anda merancang secara jangka panjang. Jika anda merancang pada jangka pendek dan bimbang dengan pilihan raya akan datang, anda tidak akan melakukan keputusan yang sewajarnya.”
Untuk menjayakan rancangan menyelesaikan masalah perumahan, suatu rancangan jangka panjang perlu dilakukan. Dan ianya bukan sahaja melibatkan pelancaran projek-projek perumahan yang tidak mendapat sambutan daripada warganegara, tetapi juga kegagalan projek-projek perumahan tersebut dalam mencerminkan keadaan sebenar pasaran perumahan dan keadaan sebenar ekonomi negara serta taraf hidup melampau yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Malaysia.
Ini merupakan suatu pengajaran yang boleh diambil oleh kepimpinan negara ini. Di sebalik melancarkan projek perumahan dan menggalakkan pembangunan yang mengutamakan para pemaju, pelabur dan kerajaan, adalah wajar untuk projek perumahan dan pembangunan kini dilaksanakan dengan menjaga keperluan dan kepentingan rakyat Malaysia, terutamanya golongan berpendapatan rendah. Di samping menggalakkan pembangunan mampan dan memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia tidak kira status dan kuasa membeli untuk memperolehi rumah idaman sendiri.
Penutup
Menurut kata Dr Vivian Banakrishan, Menteri Alam Sekitar Singapura[29],
“Build the most beautiful city you can. Plant as many threes as you can. Invest in the latest technology. Conserve energy, water and resources. And find a way to have an honest, competent and visionary leadership.”
Terjemahannya berbunyi:
“Bina bandaraya yang paling cantik. Tanam sebanyak pokok yang boleh. Melabur dalam teknologi terkini. Jimatkan tenaga, air dan sumber yang ada. Dan cari cara untuk memperolehi kepimpinan yang paling jujur, berwibawa dan berwawasan.”
Kepimpinan yang jujur, berwibawa dan berwawasan akan memastikan hak para pembeli akan terlindung dari kerakusan para pemaju. Ianya juga akan memastikan segala pembangunan terutamanya pembangunan projek perumahan akan dilakukan dengan mengutamakan kemampanan dan turutan terhadap perundangan yang sedia ada.
Penyelesaian kepada masalah pembangunan projek perumahan di Malaysia tidak terhenti di sini sahaja. Konsep BDJ bukanlah satu-satunya penyelesaian terhadap masalah pembangunan projek perumahan di Malaysia. Negara jiran kita, Singapura telah membuktikan dengan perancangan yang teliti, lebih daripada 70 peratus rakyat mereka, tidak kira gaji pendapatan mempunyai kuasa membeli yang tinggi untuk memperolehi rumah yang diidamkan. Perancangan yang berteraskan keperluan rakyat Malaysia perlu diutamakan.
Oleh itu, ianya dapat dikatakan bahawa projek-projek perumahan Najib menemui kegagalan kerana pertimbangan dibuat untuk tujuan politik dan untuk memuaskan kehendak para pemaju dan bukannya keperluan rakyat Malaysia. Kerana kehendak golongan yang berpendapatan tinggi diutamakan dan keperluan golongan yang berpendapatan rendah tidak diendahkan. Kerana perundangan mengenai pelaksanaan projek perumahan memang sedia ada tetapi penguatkuasaan terhadap undang-undang ini tidak dilaksanakan. Kerana perancangan dilakukan untuk memuaskan jangka masa yang pendek dan bukannya jangka masa yang panjang.
Persoalan yang timbul ialah sampai bilakah situasi ini dibenarkan berlangsung? Sebagai kerajaan yang mentadbir, keperluan rakyat tidak kira status dalam masyarakat mahupun jumlah gaji pendapatan bulanan perlu dipertimbangkan. Kawasan perumahan yang tidak bersih, tidak selamat, kualiti perumahan yang buruk, projek perumahan terbengkalai akan membawa kepada lagi banyak isu ketidakadilan sosial dalam masyarakat, lantas, menjarakkan lagi jurang di antara golongan yang berada dengan golongan sederhana dan miskin. Maka, cita-cita untuk mencapai sebuah negara maju akan tinggal sebagai retorik kerajaan Najib kerana masalah seperti perumahan masih gagal untuk diselesaikan 55 tahun selepas kemerdekaan dan kita berada di era globalisasi di mana kita digalakkan untuk menggunakan kreativiti dan inovasi untuk memajukan dan membangunkan masyarakat dan negara.
[1] http://kpru2010.wordpress.com/
[2] The Malaysian Insider, Almost Half Ineligable For My First Home Scheme Loan, Says BNM, 14 Mac 2012,
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/almost-half-ineligible-for-my-first-home-scheme-loan-say-bnm/
[3] Malaysia Property News, House Price Hike Likely, 17 Ogos 2012,
http://www.malaysiapropertynews.net/2012/08/house-price-hike.html
[4] ibid
[5] Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Joint Communique By Malaysian Developers’ Council, 8 Ogos 2012, http://www.rehda.com/posts/press-release-120808.pdf
[6] The Edge, MBAM: Rising Construction Costs Hurting Industry, 20 Jun 2011,
http://www.theedgemalaysia.com/in-the-financial-daily/188379-mbam-rising-construction-costs-hurting-industry.html
[7] The Star, Are Developers Really Making Too Much? 11 Ogos 2012,
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/8/11/business/11821521&sec=business
[8] The Borneo Post, Govt Mechanisms Help Control Rise In House Prices – Chor, 10 Julai 2012,
http://www.theborneopost.com/2012/07/10/govt-mechanisms-help-control-rise-in-house-prices-chor/
[9] Skim Rumah Pertamaku, Ciri –Ciri Dan Kriteria,
http://www.srp.com.my/docs/html/ciri2_n_feadah.html
[10] PR1MA.net, Eligibility,
http://pr1ma.net/eligibility/
[11] PR1MA.net, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia, 26 Februari 2012,
http://pr1ma.net/category/rmr1m/
[12] The Star, Scheme Launched For Young Adults To Get 100% Financing For New Home, 9 Mac 2011,
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/9/nation/8218336&sec=nation
[13] Sinar Harian, Pendapatan Isi Rumah RM3,000 Layak Pohon RMR1M, 24 Februari 2012,
http://www.sinarharian.com.my/nasional/pendapatan-isi-rumah-rm3-000-layak-pohon-rmr1m-1.26796
[14] The Malaysian Insider, Mid-Range Public Housing Launched With Scant Details On Who Qualifies, 5 Septmeber 2012, http://www.themalaysianinsider.com/mobile/malaysia/article/mid-range-public-housing-launched-with-scant-details-on-who-qualifies/
[15] ibid
[16] MalayMail, 399 Get My First Home Loans, 11 Mei 2012,
http://www.mmail.com.my/story/399-get-my-first-home-loans
[17] Property Guru, Pr1ma Homes Cannot Be Sold To Open Market, 9 Julai 2012,
http://blog.propertyguru.com.my/5339/pr1ma-homes-cannot-be-sold-to-open-market.html
[18] iProperty, PR1MA Pinning Down The Locations, 8 Mei 2012,
http://www.iproperty.com.my/news/5247/PR1MA-Pinning-down-the-locations
[19] Mstar, Tunggakan Bayaran Bulanan Rumah Mesra Rakyat Kini EN11.7 Juta – SPNB, 8 Julai 012, http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/7/8/mstar_berita/20120708163037&sec=mstar_berita
[20] The Sun Daily, Prima Bill 2011 Passed, 30 November 2011,
http://www.thesundaily.my/news/224807
[21] UN Habitat, Housing A Nation – The HDB Story,
http://www.unhabitat.org/downloads/docs/9118_91744_HousingAndDevelopmentBoard_Singapore.pdf
[22] Global Urban Development Magazine, Squatters No More: Singapore Social Housing, November 2007,
http://www.globalurban.org/GUDMag07Vol3Iss1/Yuen.htm
[23] Housing Authority, Public Housing Governance In Singapore: Current Issues and Challenges, 2004,
http://www.housingauthority.gov.hk/hdw/ihc/pdf/phgslc.pdf
[24] World Bank, Sustainable Affordable Housing For A Nation: The Singapore Success Story, 10 Oktober,
http://siteresources.worldbank.org/EXTSDNET/Resources/Presentation3.pdf
[25] ibid
[26] Housing Authority, Public Housing Governance In Singapore: Current Issues and Challenges, 2004,
http://www.housingauthority.gov.hk/hdw/ihc/pdf/phgslc.pdf
[27] Global Urban Development Magazine, Squatters No More: Singapore Social Housing, November 2007,
http://www.globalurban.org/GUDMag07Vol3Iss1/Yuen.htm
[28] Sustainable cities, A part of Danish Architecture Centre, Hpyer-Strategic Singapore, 17 Julai 2012,
http://sustainablecities.dk/en/blog/2012/07/hyper-strategic-singapore
[29] ibid
Sumber HD : 7/09/2012

Jadual 1: Skim-Skim Perumahan Malaysia
Skim Rumah Pertamaku (SRP)[9] | Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)[10] | Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)[11] |
Dilancarkan pada 8 Mac 2011[12] | Dilancarkan pada 4 Julai 2011 | Nama sebelum ini: program Rumah Mesra Rakyat.[13] |
Pembeli rumah pertama | Pembeli rumah pertama. | Pembeli rumah pertama. |
Umur tidak lebih dari 35 tahun | - | Berusia dalam lingkungan 18-65 tahun. |
Pendapatan kasar tidak melebihi RM3000 sebulan dan pendapatan kasa peminjam bersama tidak melebihi RM6000 sebulan. | Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja di sektor awam, swasta dan bekerja sendiri. | Pendapatan isi rumah dari RM3,000 dan ke bawah. |
Nilai minimum hartanah RM100,000. | Nilai minimum hartanah RM150,000[14]. | Rumah-rumah RMR1M dibina menggunakan teknologi Industrialised Building System (IBS). |
Nilai maksimum hartanah RM400,000. | Nilai maksimum hartanah RM300,000[15]. | - |
Pinjaman 100 peratus dari bank, pembayaran semula selama 30 tahun. | Pinjaman 105 peratus dan 5 peratus bagi insurans dan yuran S&P. Pembayaran semula selama 30 tahun. | - |
Pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan. | - | Rumah tersebut usang dan tidak lengkap. |
Sehingga Mac,[16] daripada 1,709 permohonan, hanya 399 diluluskan. 1,118 permohonan ditolak atas pelbagai masalah. | Unit-unit akan dijual pada harga murah tetapi unit tersebut akan mengalami kesusutan nilai berbanding hartanah yang tidak disubsidikan.[17] | - |

Baju T: BN sesuai masuk tong sampah
Harakahdaily, | 16 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Pelbagai cara dibuat oleh orang ramai dalam kempen mereka untuk melawan BN dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Bagi sekumpulan aktivis, mereka merekabentuk baju T untuk dipakai semua orang bagi menyatakan kebencian mereka kepada BN.
"Saya buat ini untuk berkongsi perasaan saya terhadap BN," kata Mohamad Ali Darus ketika menerangkan reka bentuk baju T yang menunjukkan tempat yang layak untuk BN adalah tong sampah.
Beliau yakin, jika ramai orang yang memakai baju ini, ia akan menjadi satu kempen yang baik untuk menentang BN.
"Bagi saya ia memang sentimen rakyat sekarang. Cuma kita perlu ajak mereka menyuarakannya secara jelas iaitu dengan memakai baj ini agar semua orang berani untuk ke hadapan melawan BN," katanya.
Baju T yang beliau jual murah sahaja iaitu RM15 dan bayaran pos adalah RM6 untuk Semenanjung Malaysia.
Klik untuk melihat video promo ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
No comments:
Post a Comment