'Jualan mega politik' sedang berlangsung |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 21 Mac: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung. |
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden / Pengerusi KASE
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31456:jualan-mega-politik-sedang-berlangsung-&catid=1:utama&Itemid=50
Umno sedang terima padah angkara beli ahli |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Julai: Keghairahan Umno BN "membeli" ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mula memberi padah kepada parti pemerintah itu berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang. Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, perkara itu terbukti apabila seperti diakui sendiri oleh presidennya, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pekan kelmarin. Najib dalam ucapannya itu menyeru ahlinya di cawangan dan bahagian mengelakkan berpuak-puak dan bersifat jatuh-menjatuhkan sesama sendiri jika mahu menang pada pilihan raya akan datang. Beliau melahirkan kebimbangan jika perkara itu berlaku, sejarah sama kekalahan teruk pada PRU 2008 bakal berulang. Namun kata Riduan, perdana menteri itu perlu sedar dengan satu lagi kelompok yang telah keluar dari Pakatan Rakyat dan kini berada dalam Umno, yang tentunya akan juga menuntut habuan khususnya sebagai calon pilihan raya. "Orang bermasalah ini memainkan peranan penting dalam mengucar kacirkan umno dengan menuntut jawatan lebih tinggi dan melobi menjadi calon pilihanraya. "Malah ada kalangan mereka yang masuk Umno selepas dibayar dengan wang jutaan ringgit hingga mampu membina rumah banglo, selesaikan hutang dan lain-lain, sedangkan ahli Umno seumur hidup masih ramai hidup susah dengan hutang keliling pinggang. "Kini mereka sudah dalam Umno, perlu teruskan survival. Maka apa sahaja peluang mereka akan ambil walau sampai mengucar kacirkan Umno," kata Riduan. Kelompok ini ujarnya, akan bertarung habis-habisan dalam melobi pemimpin parti itu untuk menjadi calon kerana mahu "cepat kaya" dan mengaut projek manakala ahli umno lain pula akan berpecah mengikut pemimpin yang mampu memberi mereka duit dan kemewahan. Sehubungan itu, Umno kini katanya terpaksa menanggung padah akibat tindakan mereka sebelum ini. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4183-umno-sedang-terima-padah-angkara-beli-ahli
Umno umpan wang jatuhkan PAS sejak 1960-an |
M Faqih |
RANTAU PANJANG, 29 Nov: Umno mempertahankan tradisi lama, menggunakan umpan wang dan hiburan bagi menarik sokongan rakyat. Wang menjadi pengantaraan bagi memaksa ibu bapa hadir pada majlis penyampaian apa-apa sahaja bantuan di bawah kerajaan pusat. Dan sekarang kesempatan digunakan sepenuhnya dengan memaksa ibu bapa datang ke sekolah bagi menerima wang sebanyak RM100 bagi pihak anak mereka. Sebelum wang disampaikan mereka dipaksa mendengar ceramah politik Umno. Begitu juga hiburan dan artis menjadi ‘sajian’ tetap Umno apabila mahu menghimpunkan orang ramai. Program Bekwoh anak Kelantan anjuran Umno di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini juga mengundangkan artis. Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, wang digunakan Umno sejak tahun 1960-an lagi bagi membeli wakil rakyat PAS. “Orang lama tentunya masih ingat lagi peristiwa turn about - about turn, di mana lima Adun PAS diculik dan dikurung di Kuala Lumpur,” katanya pada ceramah di Markas PAS Rantau Panjang malam semalam. Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, bekas Menteri Besar Pakatan Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periuk, Ustaz Mohamad Awang. Peristiwa yang tercatat dalam sejarah itu berlaku pada 1968 selepas Umno (Perikatan) gagal dalam misi merampas Kelantan sejak pilihan raya umum 1959. Lima Adun PAS yang diculik dalam misi tersebut termasuk Adun Kota Bharu Timur, Saufi Idris; Adun Tok Uban, Abdullah Yusof; Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh; Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latiff dan Adun Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad. Menurut Che Omar mereka ditempatkan di sebuah rumah di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur selama sebulan dengan kawalan ketat pegawai polis. Mereka diugut dan dijanjikan dengan pelbagai tawaran sekiranya bersetuju menjatuhkan kerajaan PAS. Sebagai helah bagi melepaskan diri akhirnya mereka bersetuju dengan tawaran dibuat Umno. Kemudian kelima-lima Adun terbabit dibawa pulang ke Kelantan menjelang persidangan Dun diadakan. Bagaimanapun selepas sampai di Kota Bharu mereka mendedahkan peristiwa sebenar yang berlaku, sehingga usul undi tidak percaya pada 1968 terhadap kerajaan PAS gagal. Husam berkata, taktik menumbangkan kerajaan PAS berterusan dilakukan sehingga sekarang, di mana keadaan dianggap kritikal berlaku pada 2004 ketika PAS menang dengan majoriti kecil. “Ramai Adun PAS diumpan dengan tawaran lumayan, namun mereka tidak tergoda dengan umpan kebendaan itu sehingga kerajaan PAS dapat bertahan sehingga ke hari ini,” ujarnya. Nizar juga mendedahkan taktik luar biasa turut digunakan pemimpin Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak pada 2009. Menurutnya rampasan kuasa melalui kudeta itu sebenarnya bukan hanya untuk menyelamatkan Umno, sebaliknya mengangkat keperibadian pemimpin tertentu. “Pemimpin Umno sanggup lakukan apa sahaja termasuk mengulangi misi merampas Perak pada 2009 semata-mata bagi menyelamatkan Putrajaya. “Malah Datuk Seri Najib pernah mengeluarkan kenyataan mahu berjuang mempertahankan Putrajaya sehingga sampai ke tulang,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan penganalisis politik dari beberapa universiti yakin Umno dan BN tidak dapat mempertahankan kerajaan di Perak pada pilihan raya umum akan datang. Kata mereka momentum rakyat terutamanya bukan Melayu dilihat semakin jauh daripada BN. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6775-umno-umpan-wang-jatuhkan-pas-sejak-1960-an
Agen tawar RM2 juta beli MP Pakatan Rakyat
Harakahdaily, | 14 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.
Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.
Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).
Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".
Lalu disambut oleh seorang lagi agen yang dinamakan Mr. X berkata "kita punya maksimum is like that...".
Kemudian kedengaran Zamil mencelah dengan berkata "kita dapat syiling sahaja...cuma itu Pak Zahrain...".
Rakaman perbincangan itu diakhiri dengan Mr. X berkata "Mula-mula dia dah bagi, lepas tu dia increase...tapi dalam Barisan Nasional sudah ada dah, ini price mana standardized,".
Lalu Zamil mencelah dengan berkata "Directlah!".
Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini (gambar bawah) adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam.
Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
"Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno.
"Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.
Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional.
"Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya.
Sumber HD : 14/06/2012

Beli MP Pakatan: Khalid sahut cabaran Zamil
Anis Nazri, | 16 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak' rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen' yang turut wujud dalam rakaman tersebut.
"Tiada masalah, kita memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut. Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran yang dikemukakan Zamil yang meminta beliau mendedahkan lebih banyak rakaman video berkenaan isu tersebut.
Sebelum ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendedahkan rakaman video yang menunjukkan berlakunya 'pembelian' anggota parlimen pembangkang membabitkan Zamil yang dikatakan menjadi 'agen Umno'.
Mengulas lanjut, Khalid berkata kenyataan balas Zamil berhubung pendedahan video tersebut menunjukkan beliau mengakui terbabit dengan beberapa siri pertemuan dengan beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pimpinan Pakatan Rakyat.
"Secara tidak langsung, dia telahpun mengakui terlibat dengan beberapa pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sejak bila dia menjadi kaunselor untuk BN, dia kena jelaskanlah," tegas Khalid.
Mengulas permintaan Zamil kepada beliau untuk menjelaskan tentang pertemuan mereka dua tahun lepas, di sebuah restoran Cina di Kajang, Khalid secara sinikal berkata pertemuan tersebut tidak ada dalam ingatannya.
"Seingat saya, tidak ada pertemuan antara saya dengan dia. Saya pun tidak pernah mengenali dia, tidak pernah berjumpa dengan dia. Kalau betul ada, saya minta Zamil sendiri dedahkanlah butirannya. Seingat saya, memang tidak ada (pertemuan)," tegas beliau.
Sumber HD : 16/06/2012

Video beli MP: Khalid dedah seorang lagi ajen
Hazayani Zakaria, | 21 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan sambungan video perbincangan agen BN bersama wakil Ahli Parlimen Parlimen Pakatan Rakyat untuk melakukan pembelian wakil rakyat.
Video 30 saat yang ditayangkan kepada media itu menunjukkan wajah seorang lagi yang didakwanya sebagai 'agen Umno' yang dinamakannya sebagai Azwanddin Hamzah iaitu Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), .
Sebelum ini, rakaman video pertama yang didedahkan Khalid menunjukkan wajah salah seorang lelaki yang didakwa bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim.
Selain menayangkan video, Khalid turut mengedarkan transkrip dialog antara Zamil dengan Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu.
Bagaimanapun, transkrip itu tidak begitu lengkap.
Zamil dalam transkrip dan video tersebut ada menyebut beberapa nama anggota PKR yang dianggap 'tidak berpuas hati dengan parti.
"Saya pun dari asal PKR. Kawan-kawan saya.. Sala...I mean..sat.. Sallehuddin dengan report itu semua...lepas itu ini Shamsul Iskandar, Jonah dan sebagainya ramai kawan-kawan lagi...kadang kala kita jumpa kita cakap termasuk Dato Rashid Din Merbuk.
"Saya rasa lebih kurang sekarang 31...saya rasa sekarang lebih dari setengah..Sani..Abdullah Sani, ini apa Amran, Ajiz Ketereh, ini semua tidak akan disenarai semula.." Kata Zamil dalam transkrip video tersebut.
Khalid berkata, terdapat usaha yang gigih dan teratur untuk membeli ahli Parlimen PKR bertujuan memburukkan parti itu.
"Mereka tumpu kepada PKR sebab nak tunjuk PKR ini lemah. Nak buat pada PAS tak boleh sebab PAS dah kuat, dah 30 tahun," katanya.
Namun ujarnya, Ahli Parlimen PKR yang ingin dibeli itu sehingga sekarang masih berada di dalam PKR.
Khalid berkata, beliau akan menayangkan secara berperingkat-peringkat video selama tiga jam itu.
Sidang Media YB Khalid Samad : http://www.youtube.com/watch?v=vjFtvgDpsUQ
Sumber HD : 21/06/2012

RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat
Muhammad Faizal, | 12 Jul 2012 |
SHAH ALAM: Umno BN didakwa sanggup membayar RM160 juta kepada Ahli Parlimen PKR bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen sewaktu Datuk Seri Najib Razak mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani memberitahu proses pembelian Ahli Parlimen memang berlaku sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri.
Menurutnya lagi, beliau bersama tujuh lagi telah ditawarkan dalam bentuk pakej iaitu seramai lapan orang bagi mendapatkan majoriti kepada BN di Parlimen.
"Kami seramai lapan orang ditawarkan RM10 juta seorang tetapi dinaikkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.
"Menurut mereka bayaran ini akan dilaksanakan jika kesemua kelapan-lapan Ahli Parlimen lompat," jelasnya pada sidang media di bangunan Annex, di sini.
Beliau turut memberitahu, kesemua mereka tidak perlu lompat masuk ke Umno tetapi cukup sekadar sebagai Ahli Parlimen bebas dan memberi sokongan kepada BN.
"Mereka menjanjikan RM10 juta akan diberikan dalam bentuk aset bangunan kedai manakala RM10 juta lagi diberi tunai.
"BN mengarahkan kami semua tinggal di Indonesia selama dua tahun sehingga semuanya reda," tambah Amran.
Amran menyatakan prinsip perjuangan dan kesetiaan pada parti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun tawaran diberikan itu satu nilai yang tinggi.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memberitahu kegiatan pembelian Ahli Parlimen ini akan diteruskan dan pendedahan video akan dilakukan oleh Azam Ismail dan Indera Mahkota.
"Walaupun mereka dari Umno menafikannya tetapi kita ada video yang boleh membuktikannya.
"Soal beli Ahli Parlimen adalah satu hakikat dan tawar menawar itu berlaku, ia bukan satu perkara yang direka oleh Pakatan Rakyat," jelas Khalid.
Beliau menyata, tranformasi yang dilakukan dalam pemerintahan Najib adalah membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan majoriti di Parlimen.
Sementara itu, Abdul Aziz Kadir, Ahli Parlimen Ketereh beliau turut menerima panggilan telefon dan dipanggil berbincang namu beliau telah menolak pelawaan tersebut kerana kesetiaan beliau pada parti dan juga Pakatan Rakyat.
Sumber HD : 12/07/2012

No comments:
Post a Comment