FACE BOOK PAS SELANGOR

FACE BOOK PAS SELANGOR
BERKOMUNIKASI SECARA LEBIH MUDAH DAN CEPAT

Tuesday, March 1, 2011

PANCARAN FIKIRAN PEMIMPIN


YB DATO' HUSAM MUSA - DR M MENGKHIANATI MELAYU :



Dato' Husam Musa - Exco Kelantan

Tun M pengkhianat Melayu, itu kesimpulan saya. Sudah lama saya mempunyai pandangan ini.Tiga bukti sahaja untuk pusingan ini.

Pendaratan minyak dan gas Kelantan (baca kawasan JDA) ke Songkla dilakukan secara sengaja dan terancang oleh Tun M untuk menafikan hak Kelantan terhadap apa sahaja peluang faedah dari sumber minyak dan gas itu, sampai titisan terakhir.



Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95% penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus.

Kawasan JDA hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270km ke Songkla. Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!

Hak royalti Kelantan dengan itu dinafikan. Faedah industri hiliran juga dinafikan. Sekalipun telaga yang kaya itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain baik di Thailand atau Malaysia, namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan. Secara otomatik Melayu Kelantan juga terpencil.

Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu.

Lebih jelas lagi penghianatan Tun M terhadap Melayu anak negeri ialah bila royalti yang telah dibayar kepada Kerajaan Negeri Terengganu selama 22 tahun dibatalkan bila Terengganu terlepas dari tangan BN.

95% rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian UMNO semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik.

Pilihanraya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO ekoran isu DSAI. Kuasa UMNO tergugat. Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu.

Apa yang dilakukan oleh Tun M?













Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM

Mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan UMNO/BN.

Hari ini, pemimpin UMNO melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam. Angkara siapa?

Saya sedia mendebatkan isu pengkhianatan Melayu oleh UMNO dalam diskusi ilmiah dengan Tun.

Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana UMNO mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun UMNO Khianati Melayu'.

Dipetik dari DD : 28.02.2011


Mudahnya PM kita ditipu!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR 


Oleh DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang
baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.


YB Tun Abdullah Ahmad Badawi - Mantan PM Ke-5


Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal
PKFZ ini.



Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM ke-4

Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri
tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari
mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan
Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberikerugian RM12 bilion kepada rakyat  ini menerajui negera. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan
ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan
tatakelola yang baik harus ditamatkan. 

Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa
kebankrapan.

Petikan dari DD : 2/03/2011



KERJASAMA PAS DAN DAP : SATU PENJELASAN

Nasrudin Hassan 
 


1. Kelihatan UMNO dan BN 'all out' menggunakan isu PAS alat DAP, PAS kuda tunggangan DAP, PAS boneka DAP, PAS menggadai prinsip perjuangan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS dan disogok kepada rakyat khasnya orang - orang melayu untukmenanam rasa benci dan curiga yang mendalam terhadap PAS.

2. UMNO dan BN melengkapkan adu dombanya untuk masyarakat melayu menolak perjuangan PAS secara konsisten dengan "sepanduk" mereka bahawa  "PAS berkawan dengan kafir DAP tetapi lawan melayu UMNO". Secara sentimennya, sebahagian masyarakat melayu yang hanya terdedah kepada maklumat sebelah pihak akan terpengaruh dengan dakyah ini.

3. Saya tidak menafikan kemungkinan sebahagian pengundi menolak untuk memberi sokongan kepada PAS atas faktor ini, namun ia bukanlah faktor besar dan sebenar justeru unjuran undi sokong yang diperolehi oleh PAS tidak menunjukkan aras menjunam sebaliknya menurun dengan peratus yang kecil sementelah pula ia diukur nilai dalam saingan pilihanraya kecil.

4. Saya sangat optimis, kiranya PAS diberi laluan serta kemudahan untuk akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana bagi menjelaskan segala kekeliruan yang tersimpul, PAS mampu memberi saingan sengit secara sihat kepada UMNO dan BN lalu memenangi pilihanraya secara gentleman. Malang demokrasi negara kita diurus secara pincang oleh UMNO dan BN selaku pemerintah, lalu memaksa kita bersaing tanpa peluang yang seimbang.

5. Insyaallah, jika UMNO dan BN masih gagal membuka peluang untuk PAS dan rakan - rakan Pakatan Rakyat akses dengan media elektronik dan cetak arus perdana menjelang 1 Mei akan datang, Himpunan 500K BERSIH 2 akan menjadi kenyataan pada bulan june akan datang.

6. Menjawab persoalan kenapa PAS sedia berhubung, berkawan dan bekerjasama dengan DAP, saya mulakan dengan mengajak seluruh rakyat khasnya ummat Islam untuk mengkaji kebijakan Baginda Rasul saw bertindak melalui seerah perjuangan Baginda demi menyelamatkan ummah sekaligus menyalakan obor menerangi kegelapan jahiliyyah. Baginda Rasul saw telah bertindak sebagai Rahmatan Lil A'lamin [ rahmat - naungan kasih buat seluruh alam ].

7. Antara tindakan bestari Baginda Rasul saw ialah Baginda telah mengadakan kerjasama sosial dan politik dengan golongan non muslim pada waktu itu untuk tujuan mempertahankan hak dan menentang kezaliman:
Hilful Mutaiyyibin : Nabi saw. pernah menjelaskan mengenai Tahaaluf ini . Sabda Baginda saw :

 شهدت حلف المطيبين و ما أحب أن أنكثه و أن لي حمر النعم

Aku telah menyaksikan berlakunya perjanjian ( tahaaluf ) al Mutayyibin dan aku tidak ingin memungkirinya walaupun diberi kepada aku unta berwarna merah yang terbaik sekali .
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad. al Musnad Jil 1. hlm 190 - 193
Perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] ini wujud apabila timbul persengketaan dikalangan kabilah dalam merebut kuasa pengawasan Kaabah, hak penyediaan makanan dan ketenteraan serta pengurusan air zam - zam . Lalu mereka berkumpul dan mengadakan perjanjian atau kerjasama [ tahaaluf ] untuk tidak merampas hak masing - masing .

Hilful Fudhul : Urutan Perjanjian Mutayyibin , Perjanjian atau kerjasama Fudhul dimeteri untuk menghentikan kezaliman daripada berleluasa di Kota Makkah . Samaada Kezaliman itu ke atas penduduk asal Makkah , juga kepada orang - orang asing yang berurusan di Kota Makkah .  Mereka berkumpul di rumah Abdullah bin Jud'an lantaran beliau seorang yang sangat dihormati dan yang paling tua dikalangan mereka .

Sabda rasulullah saw : Aku telah menyaksikan di Rumah Abdullah bin Jud'an , adanya satu perjanjian atau kerjasama [Fudhul] yang aku tidak akan membatalkannya sekalipun aku diberikan seekor Unta Merah . Dan sekiranya perjanjian atau kerjasama itu diajak semula pada masa Islam , maka aku akan menyetujuinya .

Diriwayatkan oleh Ibn Ishak dari Muhammad bin Zaid bin Muhajir. Hadis ini bertaraf Mursal namun tidak terjejas kerana tadlis Ibn Ishaq . Ibnu Ishaq tidak melakukan kecurangan ( tadlis ) disini melainkan beliau telah menyebutkan sanadnya.

Al Imam Suhaili menyebut bahawa Hilful Fudhul adalah sebaik - baik perjanjian atau kerjasama yang pernah di dengar dan perjanjian yang paling mulia dikalangan bangsa Arab . Ianya tercetus apabila berlaku penindasan yang dilakukan oleh al- Ashi bin Wai'l , seorang yang kaya raya dan ternama di Kota Makkah membeli barang dagang seorang badwi tetapi enggan membayarnya .

8. Kedua, suka saya tarik perhatian semua kepada satu analogi :
Saya tinggal di kawasan taman perumahan. Suatu malam rumah saya dinaiki pencuri [ waliyazubillah - sbg contoh ]. Sejurus saya sedar, saya dapati wang saya hilang sebanyak RM 134.000. Pencurinya hanya seorang perempuan tapi lariannya agak licik dan pantas, lalu saya berteriak : Tolong ! Tolong ! perempuan itu curi wang saya ! Tiba - tiba jiran - jiran saya yang terdiri orang India beragama hindu namanya Balendran [sekadar contoh ] dan juga orang cina beragama kristian namanya Vincent [ sekadar contoh ], malah ramai lagi jiran saya turut keluar dan mereka terdiri dari pelbaga bangsa dan agama yang tidak serupa dengan saya.

Hasrat mereka mahu membantu saya untuk mengejar dan menangkap pencuri itu. Rupa - rupanya bulan lepas rumah mereka juga dinaiki pencuri yang sama. Ada yang lesap RM 100.000 satu malam begitulah juga yang lain dengan jumlah yang tidak sedikit. Mereka sama - sama nekad mahu menangkap pencuri itu. Mereka berkumpul dihadapan rumah saya di Jalan Raja Laut [ sekadar contoh ], lalu mereka melafaz ikrar untuk bekerjasama bagi mengejar dan menangkap pencuri tersebut demi memelihara keamanan dan kesejahteraan Taman perumahan kami.

Kendati pun saya seorang muslim dan mereka yang menghulur tangan untuk bekerjasama menangkap pencuri licik itu pula terdiri kalangan non muslim, Islam membenarkan saya memeteri perjanjian kerjasama untuk menangkap pencuri profesional itu. Bodohlah saya yang baru kehilangan RM 134.000 dek kerana pencuri perempuan itu, tiba - tiba saya menolak kerjasama yang dihulurkan oleh non muslim yang juga mahu menangkap pencuri yang sama, semata - mata kerana mereka berbangsa cina, india dan pula tidak Islam. Saya tidak akan belajar sampai ke Mesir untuk jadi sebodoh itu.

9. Kenapa UMNO dan BN marah sangat PAS bekerjasama dengan DAP ? bagaimana pula dengan UMNO sendiri yang berselimut toto dengan MCA dan MIC ? Bukankah MCA itu juga Cina dan MIC itu India ? atau ada yang lebih cina dari MCA dan terlebih India dari MIC ? Perangai UMNO ini tidak ubah sebagaimana kata pepatah arab :

ضربني و بكى شتمني واشتكى

Dia pukul aku dia yang menangis , dia fitnah aku dia yang mengadu .
Begitu juga orang tua - tua pernah bisik pada saya, UMNO ni macam paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Tapi lain pula kata orang muda pada saya mengenai UMNO ini. Kata mereka , paku sana paku sini, serpihnya balik atas dia juga.

10. Siapa sebenarnya menjadi alat dan boneka ? bukankah UMNO  menjadi alat dan kuda tunggangan dalam Barisan Nasinal  ? :
Sekian lama UMNO bertanding di kerusi Parlimen Raub akhirnya menyerahkan kerusi itu kepada MCA, demikian juga kerusi Parlimen Kuantan yang akhirnya UMNO terpaksa gadaikannya kepada MCA.
UMNO pernah menang besar dan memiliki majoriti kerusi berbanding parti Gerakan di Pulau Pinang semasa dahulu kala, tetapi malang UMNO menyerahkan kerusi Ketua Menteri kepada parti Gerakan.
Lebih dari 3 penggal pilihanraya, UMNO yang menjadi kerajaan tidak pernah menambah kerusi melayu di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis pada setiap kali persempadan semula kawasan pilihanraya dilakukan, sebaliknya menambah kerusi di negeri - negeri lain yang akhirnya mengurangkan peratus majoriti dan penguasaan melayu di Parlimen. Bukankah UMNO menjadi alat dan boneka kepada pihak lain?

Dipetik dari Harakahdaily : 10.03.2011

Kerjasama PAS dan DAP : Satu Penjelasan. Vol 2

1. Maklum balas saya terima dari beberapa orang rakan dan sebahagiannya dari UMNO yang cuba mencilok penjelasan saya sebelum ini mengenai kerjasama PAS dan DAP.

Menggunakan hujjah dan alasan yang sama lalu mereka mengatakan bahawa UMNO lebih cerdas dari PAS kerana terlebih dahulu membuat kerjasama dengan MCA dan MIC. Sempat juga mereka menempelak PAS dengan nada sinis, kononnya pada waktu itu, PAS mengharamkan kerjasama dengan non muslim.

2. Pertama : Suka saya nyatakan di sini bahawa sesuatu kerjasama itu tidak selamanya dibolehkan. Adakalanya ia dibenarkan dan adakalanya ia tidak dibenarkan sama sekali. PAS sebagai sebuah Gerakan Islam pastinya melandasi tindakan mereka berasaskan nas  [ Al Quran dan As Sunnah ] ataupun ijtihad  [ penelitian dan kesungguhan mengeluarkan pendapat atau hukum tanpa bercanggah dengan prinsip nas yang sedia ada ] para ulamaknya apabila berhadapan dengan sesuatu kes yang tidak mempunyai nas yang jelas.

Firman Allah swt :

وتعاونوا على البر و التقوى و لا تعاونوا على الإثم و العدوان و اتقوا الله إن الله شديد العقاب

dan berkerjasamalah kamu atas perkara yang membawa kebaikan dan taqwa kepada Allah dan jangan sekali - kali kamu berkerjasama atas perkara yang mengundang dosa dan permusuhan.

Surah al Maaidah : Ayat 2

[ Al Imam Nawawi Rhm berpendapat bahawa apa yang dilarang ialah mengadakan kerjasama [ Tahaaluf  ] untuk memberikan hak perwarisan dan melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam . Adapun kerjasama  [ tahaaluf  ] yang berasaskan ketaatan kepada Allah , menolong orang yang dizalimi dan jalinan persaudaraan kerana Allah merupakan perkara yang dibenar dan dianjurkan oleh Agama .]

Fathul Baari : Karya  Syeikh Ibn al Hajar : Maktabah Salafiah : Jil: 10 hal : 502 

3. Ayat dari surah al Maaidah di atas jelas menunjukkan  2  keadaan iaitu kerjasama yang dibenarkan dan kerjasama yang tidak dibenarkan. Ayat ini mudah semudah memahami perkara yang di halalkan dan perkara yang diharamkan. Kecualilah sang juhala'  [ jahil ]  yang tidak tahu membezakan antara yang haq  [ kebenaran ] dan bathil  [ kepalsuan ], selamanya mereka merasakan apa yang mereka lakukan itu benar dan betul.

4. Persoalan kita di sini , apakah kerjasama UMNO dan MCA atau MIC bertolak dari tuntutan agama dan seerah perjuangan Rasulullah saw atau kerjasama yang hanya didorong oleh keinginan untuk berkuasa ? Lebih mudah dan tepat jika saya ajukan pertanyaan " Apakah kerjasama UMNO dan MCA \ MIC berasaskan kebaikan dan taqwa ?" atau sebaliknya "kerjasama yang menghasilkan dosa dan permusuhan" ?

5. Kerjasama  UMNO dengan MCA \ MIC dan lainnya membentuk Barisan Nasional. Barisan Nasional pula telah berpeluang memerintah lebih 50 tahun negara ini. Kononnya UMNO menjadi tulang belakang kepada Barisan Nasional, tetapi :
  • apakah Islam menjadi lebih baik sepanjang mereka memerintah ?
  • apakah sistem pentadbiran negara bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa ?
  • apakah sistem demokrasi yang diamal benar - benar telus, saksama dan adil ?
  • apakah negara menjadi lebih aman dan sejahtera dari jenayah ?
  • apakah pertumbuhan ekonomi dinikmati oleh seluruh rakyat ?
6. Persoalan yang saya kemukakan ini mesti dijawab dengan jujur. Jangan hanya kerana mahu menegakkan benang yang basah atau membasahkan benang yang tegak lalu mengemukakan 1001 dalih.  Cuba kita lirik sebentar anak mata kita untuk melihat keadaan atau kedudukan Islam di kiri dan kanan kita. Usahkan hendak melihat usaha Barisan Nasional mempertahankan agama, pemimpin mereka mempersenda agama , dibiarkan begitu sahaja.

7. Terbaru sebagai contoh yang mudah, apabila Presiden MCA Chua Soi Lek memperlekeh tindakan Cikgu Normala Shamsudin yang tidak bersalam dengan lelaki ajnabi  [asing - sah nikah] dalam pilihanraya kecil Tenang, saya lihat pemimpinan UMNO hanya mampu senyum seperti saling redha meredhai apa yang dilakukan oleh Chua Soi Lek. Mungkin mereka berkata , aah ! ini perkara kecil ! Lalu bagaimana pula tindakan Timbalan Presiden UMNO Datuk Muhyidin Yassin yang menempelak Kerajaan Kelantan kerana mengharamkan industri judi di negeri itu ? Chua Soi Lek pula sokong .

8. Memanglah mereka bekerjasama antara UMNO dan MCA malah kerjasama mereka lebih awal dari kerjasama PAS dan DAP. Namun apa ertinya kerjasama sedemikian ? Ini kerjasama yang berasaskan dosa dan kerjasama seperti ini ditolak oleh Islam. Sudah sekian lama mereka bekerjasama tetapi nampaknya MCA dan MIC sehingga hari ini tidak memahami Islam. Macam mana MCA dan MIC boleh faham Islam jika pemimpin UMNO sendiri pun rabun agama.

9. Ini berbeza dengan kerjasama PAS dan DAP serta PKR. PAS tetap dengan dasar perjuangan Islamnya dan tegas dengan prinsip - prinsip Islam. Malah kita membawa Islam yang tulen sebagaimana Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw. Iaitu Islam yang sangat toleransi, menghormati kebebasan beragama, tidak memaksa orang lain menganut Islam, menyambung tali persaudaraan, menegakkan keadilan, menentang kebhatilan dan memelihara nyawa, aqal, harta, maruah dan keturunan. PAS konsisten memperjuangkan Islam. Tohmahan yang mengatakan PAS menggadai prinsip perjuangan mestilah disertakan bukti, bukan membebel tidak menentu arah.

 10. Jauhlah bezanya dengan UMNO dalam Barisan Nasional. Bukan sahaja MCA dan MIC tidak memahami Islam, malah UMNO sendiri saya lihat sejak dulu lagi keliru tentang Islam. Tun Dr Mahathir bawa Islamisasi sebagai Islamnya. Mari Tun Abdullah Badawi pula membawa Islam Hadhari sebagai mazhabnya. Kini Datuk Seri Najib pula mengendong Islam Sederhana sebagai anutan barunya. Selepas ini, jika UMNO lagi yang memerintah negara, saya tidak tahu, Islam apa pula yang akan diperkenalkan oleh UMNO .... kawan - kawan rockers saya kata,  berapa banyak Islam daaaa !

ermmm, agak - agak nak kena sambung lagi ke ni ! cuba anda perhatikan , kena sambung ke tidak :)

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dipetik dari : Epesode Sebuah Perjuangan - 11.03.2011 http://www.eperjuangan.com/2011/03/kerjasama-pas-dan-dap-satu-penjelasan_11.html



<><><><><><><><><><><> 
Kemenangan Sebenar Di Sisi Allah
Oleh Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Apa sahaja perlawanan yang berlaku pastinya ada yang kalah dan ada yang menang. Di dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau 6 Mac yang lepas, PAS telah gagal untuk merebut kedua-dua kerusi tersebut daripada UMNO. Saya akur dengan kekalahan tersebut. Di mana-mana perlawanan sekalipun, pihak yang menang berhak untuk gembira dan pihak yang kalah berhak untuk kecewa dan bersedih. Tinggal lagi, berapa lamakah kegembiraan dan kekecewaan itu akan bertahan?
Sesiapa sahaja akan gembira jika menang. Seorang pelajar akan gembira jika mendapat keputusan yang cemerlang begitu juga seorang pencuri akan gembira jika berjaya melakukan jenayah mencuri harta benda orang lain hatta jika dapat membunuh mangsanya, itu lebih menggembirakan. Bahkan Allah SWT merakamkan bagaimana gembiranya orang-orang musyrikin yang memusuhi agamaNya ketika berada di dunia. Firman Allah SWT :
وَإِذَا انقَلَبُواْ إِلَى أَهْلِهِمُ انقَلَبُواْ فَكِهِينَ
Yang bermaksud : Dan apabila orang-orang yang berdosa itu kembali kepada pengikutnya, mereka kembali dengan gembira. – Surah al-Muthaffifin, ayat 31.
Demikianlah kegembiraan yang dinikmati oleh orang-orang yang berdosa ketika berada di dunia. Dan dukacita kegembiraan itu tidak sedikitpun menyelamatkan mereka apabila berada di akhirat kelak. Bahkan kegembiraan itu akan ditukar menjadi kehinaan yang amat dahsyat di hadapan Allah SWT.
Salahkah bergembira? Jawabnya tidak salah. Sesiapa yang diberikan nikmat oleh Allah SWT berhak untuk bergembira dan begitu juga sebaliknya. Namun kegembiraan dan kesedihan di dunia bukanlah suatu yang hakiki di sisi Allah SWT. Bahkan beleklah sejarah perjuangan Rasulullah SAW, di Mekah baginda ditolak selama 13 tahun sekalipun sebelum dilantik menjadi nabi, baginda diiktiraf sebagai seorang yang jujur (al-Amin). Sedih pilu perjuangan yang dilalui oleh baginda tercermin melalui doanya sewaktu kembali dari Thaif :
اللهم انى اشكو اليك ضعف قوتى و قلة حيلتى و هوانى على الناس انت رب المستضعفين
Yang bermaksud : Ya Allah, aku mengadu kepadaMu betapa lemahnya kekuatan aku, dan betapa kurangnya kepandaian aku berhujah, dan betapa hinanya aku pada pandangan mata manusia, Engkaulah Tuhan golongan yang ditindas.
Doa ini tidak akan diungkapkan oleh lidah suci baginda kecuali dalam keadaan baginda dirundung kesedihan dan kekecewaan. Jika sedih dan kecewa pun pernah melanda Rasulullah SAW, apatah lagi pendokong Islam pada hari ini. Sesungguhnya pada kekalahan, kesedihan dan kekecewaan inilah tersimpannya ganjaran yang besar yang disediakan oleh Allah SWT.
Apa yang penting, asas hidup ialah Islam. Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Lihatlah penulis buku The Satanic Verse, Salman Rushdie yang diberikan gelaran terhormat oleh Barat sebagai Sir, sedangkan penghormatan itu diberikan kerana tindakannya mengina Islam. Adakah bernilai gelaran itu di sisi Allah? Jawabnya tidak. Demikian juga kemenangan, jika diperolehi dengan cara khianat, langsung tidak bernilai di sisi Allah SWT.
Di Kerdau dan Merlimau, PAS telah kalah. Ia perlu diakui. Namun, penipuan dan fitnah serta penggunaan jentera kerajaan secara besar-besaran juga perlu diakui telah dilakukan oleh UMNO. Saya diserang bertubi-tubi tanpa diberikan peluang yang sama untuk membela diri. Kalau di dalam akhbar, serangan ke atas saya diletakkan di muka hadapan manakala jawapan saya disudutkan di hujung muka surat dalam. Pengarah pilihanraya kami di Kerdau, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dituduh membeli tanah dari peneroka Felda sedangkan tuduhan itu merupakan satu fitnah, dan ia ternafi sebelumpun tenggelamnya matahari pada hari yang sama. Adakah penafian itu disiarkan sebagaimana fitnah itu disiarkan? Jawabnya tidak. Atas nama kebebasan demokrasi pincang, itulah senjata yang ada pada UMNO pada hari ini.
Utusan Malaysia (8 Mac 2011) melalui Senyum Kambingnya melabelkan saya tidak dapat menerima kekalahan. Sebagaimana namanya, demikianlah tahap pemikirannya. Saya hanya mahu menyatakan ayat yang telah diungkapkan oleh tukang-tukang sihir Firaun yang beriman kepada Nabi Musa tatkala diancam bunuh oleh Firaun :
فَاقْضِ مَا أَنتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
Yang bermaksud : Maka buatlah keputusan apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini saja. – Surah Thaha, 72.


 Dipetik dari DD : 9.03.2011  

 

UMNO tersepit lidah pula bercabang




Oleh Faekah Husin

Keputusan Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN) melepaskan 35,000 naskhah kitab Injil dalam Bahasa Malaysia yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Klang telah menimbulkan polemik di kalangan masyarakat Islam.

Sebelum ini, pemimpin-pemimpin UMNO dengan lantang menentang penggunaan kalimah ALLAH
di kalangan bukan Islam kononnya bagi memelihara kesucian agama Islam yang didakwa akan tercemar
jika kalimah suci itu turut digunakan oleh masyarakat bukan Islam khususnya penganut Kristian.

Hasutan dan adu domba yang mereka lakukan hampir menimbulkan ketegangan kaum dan agama.  Beberapa gereja diserang termasuk Gereja Metro Tabernacle yang musnah dalam kebakaran.  Beberapa surau dan masjid di Petaling Jaya dan Kerinchi dirosakkan.  Kepala babi pula dilempar ke kawasan masjid; semuanya dikatakan akibat rasa tak puas hati isu penggunaan kalimah Allah.

Hari ini, demi pilihan raya Sarawak yang dikatakan akan diadakan bulan depan tiba-tiba
UMNO-BN membuat satu kejutan hingga pimpinan UMNO di peringkat akar umbi
tercengang-cengang.  Tidak kurang juga pakcik makcik di kampung yang ternganga kehairanan. 

Mana mungkin UMNO yang begitu garang mempertahankan kalimah Allah dari turut diguna agama lain tiba-tiba meloloskan pengedaran Kitab Injil dalam bahasa Malaysia?  Apakah sebenarnya pendirian UMNO?  Berbagai persoalan timbul akibat keputusan cepu emas di ambang pilihan raya Sarawak ini.

Jawapan saya mudah.  UMNO terdesak.  Dalam keadaan terdesak manusia golongan ini akan
tega menggadaikan apa sahaja walau maruah dan jati diri.  Inikan pula satu pandangan dangkal yang hanya bermatlamatkan politik seperti penggunaan kalimah Allah secara eksklusif.

Justeru, kita tidak hairan apabila melihat sikap flip-flop pemimpin UMNO ini.  Jelas menunjukkan UMNO sanggup melakukan apa sahaja demi pilihan raya dan bukannya atas dasar dan kepercayaan tulus.

Ke mana hilangnya pemimpin-pemimpin dan ulama UMNO yang sebelum ini begitu lancang membantah penggunaan kalimah ALLAH?  Mengapa mereka tidak pula bangkit menentang tindakan Kementerian Dalam Negeri yang membenarkan kitab itu diedarkan di negara ini?  GAPS dan PERKASA turut tersentap umpama tertelan biji salak.

Hari ini rakyat khususnya masyarakat Melayu-Islam sekali lagi dapat menilai wajah sebenar pemimpin UMNO yang mempunyai pendirian berubah-ubah mengikut kepentingan diri dan politik; bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhannya.  Sebaliknya, pemimpin PAS dan KEADILAN telah menyatakan pendirian yang hampir sama dengan isu penggunaan kalimah ALLAH.

oleh Faekah Husin selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor


Betulkah Melayu sukar berubah?

oleh Ustaz Idris Ahmad




BETULKAH orang Melayu sukar berubah, apakah orang Melayu tidak boleh berubah. Jawapannya Insyaallah Melayu boleh berubah. Tidak ada perkara yang mustahil atas dunia ini untuk berubah cuma ia mesti bertepatan dengan sebab dan musabbab.

Firman Allah SWT bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak mengubah suatu kaum itu sehinggalah kaum itu mengubah nasib mereka sendiri”.


Teruk sangatkah Melayu sehingga tergamak orang berkata demikian. Kayu ukur mereka yang berpandangan demikian ialah apabila melihat siri keputusan pilihanraya kecil di Galas, Tenang, Merlimau dan Kedau yang masih menyebalahi BN walaupun terdapat lambakan isu yang tidak menyebelahi BN, namun rakyat tetap memilih BN. Maka mereka merumuskan Melayu sukar untuk berubah.

InsyaAllah Melayu boleh berubah dengan ilmu pengetahuan dan agama. Selagi Melayu berjaya dibutakan maklumat oleh BN melalui media arus perdana seperti Televisyen maka selagi itulah mereka akan digula-gulakan oleh kerajaan BN. Menyedari hakikat ini kerajaan BN akan menggunakan sebaik mungkin tanpa belas kasihan kepada parti lawan.

Dengan skil yang terlatih di kalangan pakar media di media elektronik maka ia berjaya mengelirukan orang Melayu, terutamanya yang berkiblat dengan televisyen.

Tetapi dengan pengetahuan semuanya akan berubah. Benarlah Allah SWT yang menurunkan ayat pertama di dalam Surah al-Alaq dengan arahan” bacalah” membawa erti, bahawa tamaddun suatu umat akan berjaya apabila masyarakat yang mempunyai pengetahuan.

Ramai di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat sekarang berasal daripada keluarga Umno telah bertukar kem untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana mereka dianugerahkan Allah ilmu pengetahuan samaada ketika berada di menara gading atau mereka akses maklumat daripada media baru.

Ketika itu mereka akan meninggalkan perahu bocor yang dinaiki oleh ibu bapa dan datuk nenek mereka selama ini. Mana-mana pemimpin diktator ia mesti menutup maklumat supaya tidak sampai ke pengetahuan rakyat.

Sebab itu orang Melayu yang terdedah dengan maklumat yang bebas mereka boleh membuat pertimbangan yang waras untuk mencorak kepimpinan negara.

Mereka tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang tidak amanah, perasuah, pecah amanah.
Mereka ini ialah Melayu yang rasional dan waras.

Kedua ialah faktor memahami ajaran Islam yang syumul, akan menjadi perkara pokok yang boleh menjadi faktor untuk islahkan masyarakat Melayu. Mereka yang memahami agama akan merasa bersalah menyokong parti yang penuh dengan rasuah, Umno maka ia cepat-cepat dipancong.

Ketika Umno berkuasa di Selangor sebelum PRU 2008, ustaz-ustaz diburu kerana penyampaian agama mereka yang dianggap boleh membunuh virus sekular yang bersarang di dalam otak orang Melayu.

Masyarakat tidak akan lupa tindakan Jabatan Agama Islam (JAIS) yang hendak menangkap Dato’ Dr Haron Din, Dato’ Ishak Baharom, Dato’ Ismail Kamus semuanya gara-gara takut orang Melayu memahami Islam yang sebenar. Maka apabila majlis ilmu tidak hidup di masjid dan surau maka kekuatan Umno begitu bertenaga, Sekiranya tempat itu subur dengan pengajian ilmu seperti pondok maka ia akan menjadi kubu kuat PAS.Oleh itu institusi pondok adalah pengkalan PAS yang paling teguh. Kerana kebanyakan Tok Guru pondok adalah penyokong tegar PAS, walaupun pondok mereka tidak di atas nama PAS.

Contohnya Pondok Pasir Tumbuh di Parlimen Kubang Kerian, Pondok Pak Nik Lah dan Madrasah Darul Anuar Pulau Melaka di Pengkalan Chepa. Di Pasir Emas ada Pondok Tok Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah, Pondok Tuan Guru Haji Zakaria. Di Kedah ada Pondok Pak Ya di Padang Lumat, Pondok Pak Man Bukit Besar, Pondok Tuan Guru Haji Awang Lanai Baling dan banyak lagi pondok yang menjadi kubu PAS.

Umno begitu cemburu dengan kuliah agama maka mereka berusaha menyekat kuliah dan memecat ahli jawatankuasa masjid dengan diganti mereka yang bukan ahli masjid. Pada mereka biar masjid mati tidak mengapa asalkan orang Melayu tidak memahami Islam yang syumul.

Usaha pencerahan maklumat perlu di kalangan orang Melayu jika mahu mereka berubah. Selagi mereka cetek agama. maka selagi itulah mereka akan tidak tahu membezakan antara hak dengan yang batil. Melayu cerdik apabila ada agama, Melayu akan hina apabila jauh daripada pegangan agama.

Benarlah kata-kata Saidina Umar “Kami kaum dimuliakan dengan Islam, jika kami mencari lain daripada Islam maka kami akan dihina oleh Allah”. Hari ini orang Arab dihina kerana mereka tidak menghayati Islam sehingga mereka takut kepada Israel walaupun mereka mempunyai hasil minyak yang banyak untuk dijadikan senjata untuk melumpuhkan ekonomi Israel dan sekutunya.


Video lucah dan dosa politik




Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dalam budaya manusia yang tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik masing-masing.

Dalam Islam, perbuatan mendedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Ia haram



Hanya mereka yang jahil nas-nas agama sahaja yang menyangka itu adalah suruhan syarak. Malangnya praktik ini telah diamalkan oleh ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita ini.

Sama ada PAS, Umno dan PKR; ramai individu dalamparti-parti itu telah terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya sudah menjadi ringan di lidah mereka.

Bahkan kadang-kala mereka menghina rupa ciptaan Allah yang ada pada musuh-musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar, mamak dan lain-lain. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik.

Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini.

Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat." (Riwayat Muslim).

Aib peribadi
Islam melarang didedahkan aib peribadi yang tidak membabitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin.

Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf.

Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan mendedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang menuduh tanpa empat orang saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi - sekalipun mungkin benar - adalah berat di sisi agama.

Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: Ayat 4).

Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata:

"Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: Bahkan untuk manusia keseluruhannya."

Bukan bukti Asas
Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat orang saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah bukan dengan orang lain.

Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran:

"Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis 'barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya...."

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih (bermaksud):

"Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, hal 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

Berbeza Dengan Kes Kezaliman

Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa, rasuah dan seumpamanya. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa.

Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam mengizinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang dilakukan yang boleh memudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa.

Itu pun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Demikian juga boleh mendedahkan kepada pihak yang berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain.

Firman Allah (maksudnya): "Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa". (Surah al-Nisa: Ayat 148-149).

Tidak Perlu Suruhajaya

Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah.

Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'an al-munkar (pencegahan kemunkaran) apabila ia nyata dilakukan.

Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah:

"Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar RA telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar. Lelaki tersebut telah membantah 'Umar dan berkata: Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: Apa dia? Dia berkata: Allah Ta'ala telah berfirman (maksudnya): Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain. Sesungguhnya engkau telah melakukannya. Allah berfirman (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya. Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya): Janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya... Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut." (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

Ingatan

Muslim hendaklah mengelakkan diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup untuk terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu.
|
Mereka ini ada dalam Umno, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani." (Surah al-Hujurat: 12).

Bangkit generasi baru

Marilah kita bermufaraqah atau meninggal segala pelakon atau watak yang selekeh dan rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini.

Kita tentang semua pelakon politik yang suka mengelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka lakonkan.

Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin merupakan bekas mufti kerajaan Perlis. Tulisan ini adalah pendapat peribadi penulis.



MRT- Kerajaan masih tak belajar dari kesilapan lama?





YB Dr Dzulkefli Ahmad - AJK PAS Pusat / AP Kuala Selangor

Saya menulis makalah ini setelah sedikit kecewa dan gagal menjadi penyemak-imbang yang berkesan di Dewan Rakyat, khususnya tentang MRT setelah mendengar jawapan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz. Berdepan dengan realiti kedegilan bercampur keangkuhan pihak kerajaan, saya serah kepada rakyat; tuan dan boss yang sebenar, untuk menilai serta membuat keputusan yang muktamad.
Dalam majalah The Edge, sedikit waktu dahulu (Ogos 16, 2010), wartawan M Shanmugan dalam kolumnya Big Money berkebetulan membuat “Cover Story” tentang projek Bakun, menonjolkan perihal kepincangan dan kebejatan pengendalian projek mega tersebut. Penulisan beliau seperti biasa menarik, cukup bermaklumat serta analisisnya mendalam.




Berdepan dengan satu lagi projek mega yakni Mass Rapid Transit (MRT), amat wajar bagi semua, khususnya pihak pimpinan tertinggi BN supaya meneliti segala teguran tajam dan peringatan berguna beliau. Itu pun kalau kerajaan PM Najib benar-benar menghayati slogannya bahawa ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kalau tidak, maka sah seperti dikatakan sifu pengurusan ”kemuncak kebebalan adalah mengulangi kerja yang sama dan pada setiap kali ulangan mengharapkan natijah yang berbeza”. Kerajaan Najib, kalau tidak mengambil tindakan tegas ke arah penambahbaikan, semakin jelas sedang mengulangi ketempangan pengurusan lama, kalau tidak lebih buruk lagi.

Fasa Pertama MRT Sungai Buloh-Kajang (MRT SG-K) yang mempunyai landasan sepanjang 51 km dengan membabitkan 9.5 km landasan bawah tanah, jelasnya adalah projek infrastruktur paling mega yang pernah dijalankan kerajaan BN. Sejak sebulan perancangan projek ini dipamerkan untuk mendapat maklum balas rakyat dan pengguna, maka banyak juga yang akhirnya terdedah setelah hampir setahun cadangan MRT ini pertama kalinya dibentangkan kepada kabinet oleh Gamuda-MMC.

Dengan Putrajaya berharga RM20 billion sementara KLIA pada RM10bilion, maka MRT SB-K yang pada asal adalah RM26.5 bilion dan kini dianggarkan oleh banyak pihak akan menelan RM50 bilion, adalah projek infrastruktur paling mahal dan mega. Penulis ketika mengasak Menteri JPM yang menggulung perbahasan Titah, ingin memberitahu umum bahawa semua hal tentang harga adalah tentatif dan ’guesstimate’, tidak muktamad seperti yang diberitahu Menteri. Itu hakikat yang semua perlu tahu.

Untuk ingatan semua, pertama-tama diumumkan projek MRT ini semasa PM Najib sebutkan dalam pelancaran RMK-10, kemudian dalam NKRA seterusnya dalam NKEA dan akhirnya menjadi antara mercu-tanda projek EPP atau Entry-Point-Project dalam Economic Transformational Program atau ETP (Program Peralehan Ekonomi). Tegasnya, projek sama yang telah diulang sebut dalam kesemua perancangan Najib.




YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia

Mengikut laporan awalnya, ia adalah pelaburan pihak swasta, mungkin sebagai “Domestic Direct Investment atau DDI”. Itulah kali terkahir ia disebutkan sebagai projek pelaburan swasta sesuai dengan hasrat kerajaan Najib untuk membuktikan bahawa target penambahan pelaburan swasta sebanyak RM115 bilion atau peningkatan 12.5% dalam 5 tahun RMK-10 yang bakal beliau capai KPInya.

Kini umum tahu dan mana-mana kerajaan di bumi ini juga tahu, bahawa projek infrastruktur khususnya pengangkutan awam darat keretapi, sukar untuk dimajukan pihak swasta. Sebabnya mudah. Projek seumpama MRT ini mempunyai pulangan komersial yang rendah tetapi pulangan ekonomi yang tinggi justeru kesan berganda dan limpahan ekonominya. Secara lebih khusus kadar pulangan dalaman ekonominya atau economic Internal Rate of Return (IRR) adalah 25%, sementara kadar pulangan dalaman komersialnya atau commercial IRR hanya 4%.

Ini menyebabkan kaedah memajukan projek ini secara penswastaan adalah tidak menarik kecuali, seperti biasa kerajaan terpaksa membuat pelbagai insentif. Kalau mahu juga dilakukan secara penswastaan, kerajaan akan terpaksa mengulangi kesilapan lama dengan menjanjikan tariff yang tinggi, subsidi dan juga ’pampasan’ andainya tidak memenuhi sasaran target pungutan pendapatan seperti penswastaan lebuhraya, sektor tenaga (IPP) dan penswastaan sektor air.

Sebab itu antara perkara awal yang mesti dijelaskan oleh kerajaan ialah bahawa projek ini adalah pembiayaan kerajaan dan bukan swasta. Adalah amat menasabah mengapa tidak satu pihak swasta pun yang mahu untuk memilikki dan menjadi operator MRT ini. Prasarana Berhad, sebagai syarikat milik Kementerian Kewangan juga akan dipertanggungjawab untuk menjalankan operasinya dan memilki sekaligus.

Ini membawa kita kepada persoalan seterusnya, bagaimanakah kerajaan mahu membiayai projek mega MRT ini? Kerajaan tidak perlu berselindung lagi meskipun tidak mahu menjawab secara telus dan terus dalam parlimen. Jawapannya mudah. Hutang. Berhutang samada dari pinjaman pasaran bon dan kewangan tempatan mahupun antarabangsa.





Bank Negara Malaysia (BNM) baru sahaja mengumumkan tentang menerbitkan ”sovereign bond” untuk menampong defisit belanjawan 2011 dan untuk membayar hutang bon kerajaan Pusat yang sudah matang (maturing debt papers). Antara RM 86 sehingga RM88 bilion akan diterbitkan oleh kerajaan Malaysia dalam bentuk Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dan Sekuriti Kerajaan malaysia (MGS). Mek menasabah untuk menjangkakan bahawa sebahagian dari pinjaman ini adalah untukmenampong keperluan membangunkan infrastruktur pengangkutan.

Dengan perbelanjaan sebesar ini, sekaligus meningkatkan lagi pinjaman kerajaan Pusat yang kini berada pada paars RM362 bilion atau 52.3% KDNK, maka adalah layak rakyat mahukan supaya projek MRT ini menjadi satu yang benar-benar membawa menafaat besar seperti yang diunjurkan dalam pulangan 25% IRR di atas. Pihak swasta hanya berminat untuk bina kerana labanya besar dalam fasa pembinaan seperti biasa. Hampir semua projek mega-mewah kerajaan mengalami nasib yang sama.

Amat wajar kerajaan Najib dingatkan sekeras-kerasnya bahwa pada kali terakhir perbelanjaan mega dan besar dibuat bagi membina sistem pengangkutan awam dalam gelombang penswastaan pertama dahulu, yang didapati rakyat setelah RM10 bilion dibelanjakan, ialah apa yang ada hari ini.



















Dengan sistem ”Light Rail Transit” dulunya milik swasta – Putra dan STAR, KL Monorail dan sistem bas Rapid-KLnya, kesemua gagal menghasilkan satu sistem pengangkutan yang bertaraf dunia! Cuba bandingkan dengan negara jiran seperti Singapura, Hong Kong dan Korea Selatan. Malu kita.

Apa yang telah berlaku? Mudah sahaja hukuman dibuat setelah semua gagal dan perlu diselamatkan oleh kerajaan kembali dengan satu ’bailout’ yang menelan perbelanjaan hampir RM9 bilion. STAR LRT sebanyak RM3.3 bilion, Putra LRT sebanyak RM4.5 bilion, KL Monorial sebanyak RM882 juta bas Rapid-KL sebanyak RM200 juta.





Jumlahkan untuk mengetahui berapa banyak yang kini ditanggung oleh Prasarana Nasional Berhad. Bayaran faedah yang terpaksa ditanggung oleh Prasarana akan hutang-hutang syarikat-syarikat ini sahaja mungkin mencecah RM300 juta setahun!

Kesimpulan dari kritik M Shanmugam dalam makalah The Edge itu boleh diringkaskan sedemikian yakni kepincangan dalam perancangan yang teliti termasuk aspek impak alam sekitar (EIA), jauh sekali untuk menyiapkan satu ’blueprint’ bagi memahami kesan berganda ekonomi setelah pelaburan besar dibuat dalam projek mega seumpama Bakun bakal akan berulang. Pelbagai pihak, bukan sahaja pembangkang, bahkan dari BN sendiri dan NGO, merakamkan hal yang sama.

Ternyata pengurusan MRT SG-K telah menampakkan riak dan isyarat akan ditimpa nasib dan kesudahan yang sama. Kegagalan dan ketiadaan ketelitian merancang semakin terserlah apatah lagi setelah dibuat pameran tentang cadangan MRT-EIA di kesemua pejabat DOE, librari awam dan 7 pejabat bandaraya di DBKL, PJ, Selayang, Shah Alam, Kajang, Bangsar dan termasuk pejabat SPAD di Menara Dayabumi.





Kaedah terbaru ”Rakan Penyampai Projek” yakni ”Projek Delivery Partner”atau PDP diperkenalkan dalam menangani projek mega MRT ini. Namun PDP juga bertindak sebagai PMC atau ’Project Management Consultant’ dan juga selaku ’Turnkey Contractor’nya. Apabila penulis bertanya Menteri JPM semasa penggulungan, beliau segera menjawab bahawa Gamuda-MMC hanya akan diberikan projek pembinaan terowong kerana kepakaran mereka.





Persoalan paling besar yang perlu dijawab kerajaan ialah mengapa cadangan Gamuda-MMC ini dipersetujui terlalu pantas dan tergesa-gesa. Benar, Gamuda-MMC mungkin punya pengalaman dalam hal-hal tertentu seperti kerja-kerja terowong. Mungkin juga mereka punya kekuatan kewangan yang mantap dan kukuh yang tidak dipertikaikan.

Tetapi untuk menganugerahkan projek mega ini perlu penelitian bahkan pembida-pembida lain juga bersedia membida dan harga yang lebih kompetitif. Mungkinkah perlu digunakan kaedah ”Swiss Challenge” – satu mekanisme dalam membida projek infrastruktur mega, contohnya dalam projek ’Landasan Berkembar, sedikit waktu dahulu?

Lagi pun terlalu banyak isu yang masih belum selesai termasuk pertikaian tentang kos, kapasiti serta alignment dan design jalan dan tren MRT itu sendiri termasuk kesan impak alam sekitar dsbnya. Inilah ulangan kesilapan yang diingatkan M Shanmugam, tetapi kesemua bakal berulang tampaknya.
Ketika penulis selaku Ahli Parlimen Kuala Selangor membangkitkan tentang ’cost overrun’ atau ’kos lebihan’ satu penyakit lama yang mencirikan semua projek mega kerajaan BN terutamanya Bakun, Menteri segara menjawab bahawa ia akan ditanggung oleh Gamuda-MMC selaku PDP. Mudah dan yakin sangat bunyinya.

Sayugia dingatkan bahawa mengikut kajian Professor Flyvberg dari Oxford University, bahawa ’cost overrun’ dalam pengalaman membina MRT di seluruh dunia ialah 30-40% dari kos asal. Mampukah ditanggung oleh PDP?

Ini satu jumlah yang besar dan adakah Gamuda-MMC sanggup ataukah terpaksa sanggup kerana hendakkan projek tersebut, tetapi lepas ’kos berlebihan’ membelon maka ia akan kembali diselamatkan atau ’bailout’ oleh wang rakyat mengulangi tabi’at lama hampir semua projek mega kerajaan BN.
Seperkara lagi yang penulis bangkitkan ialah tentang projek penambahan LRT Kelana Jaya dan Ampang yang telah pun diwawarkan sedikit waktu dahulu, yang kini telah dipintas oleh MRT.

Pendeknya projek ini yang bakal menelan belanja RM7 bilion tiba-tiba menjadi sepi dan tak menentu selepas pusingan pertama – ’prequalification round’ dibuat bagi mengenalpasti syrarikat-syarikat yang membida secara terbuka.

Projek penyambungan LRT Kelana Jaya akan menelan belanja RM3.6 bilion untuk kedua-dua fasa 1 dan 2 sepanjang 9.2 km dan LRT Ampang menelan belanja RM3.4 bilion dan menyambung sepanjang 7.4 km.
Persoalan yang penulis bangkit ialah mengapa tiba-tiba senyap dan tiba-tiba dipintas oleh MRT Sungai Buloh-Kajang? Ini yang peliknya semacam ada pihak yang menjadi ’boss’ yang menentukan arah kerja atau keutamaan SPAD.

Bukankah SPAD diberi tanggungjawab menyusun dan merangka satu sistem pengangkutan awam darat yang integrated dan punya ’connectivity’ dalam semua sistem darat itu?

Amat malang sekali belum pun SPAD merumuskan satu ’blueprint’ untuk pengangkutan awam seluruhnya, Gamuda-MMC telah siap dengan cadangan MRT SB-K. Lebih mengejutkan apabila dikatakan bahawa projek akan bermula pembinaan pada 16 Julai tahun ini.
Sebuah badan bukan kerajaan, NGO yang memfokas bidang kerjanya terhadap pengangkutan awam serta memuatkan seluruh penyelidikan, forum dan perbincangan tentang pengangkutan awam dalam sesawang mereka di http://www.transitmy.org/.

Cukup baik, bermaklumat dan profesional. Pelbagai cadangan mereka senantiasa meletakkan rakyat pada perhitungan utama yakni dengan izin, ’rakyat-centric’sementara tidak mengabaikan matlamat untuk membina sebuah sistem pengangkutan awam yang ’integrated’ dan punya ’interconnectivity’ seluruh jenis pengangkutan awam termasuk bas secara berkesan dan efisien.
Bolehkah kerajaan BN belajar dari kesilapan? Katanya ”Era kerajaan tahu semua telah berlalu”. Bukan begitu ke?

Dipetik daripada blog Dr Zulkefly Ahmad dan dsiar di dalam Sinar Harian : 27.03.2011


Pengabdian kepada Allah tunjang masyarakat

























Oleh YB Dato Harun Taib - Ketua DUPP / Adun Manir

MASYARAKAT Islam ialah masyarakat yang menterjemahkan tuntutan kalimah tauhid secara menyeluruh dalam kehidupan manusia.Setiap cabang dan bidang kehidupan masyarakat Islam dikuasai dan diawasi sepenuhnya oleh asas tauhid yang kukuh. Semua tindakannya terbit daripada pancaran cahaya akidah. Setiap aspek hidupnya dibina di atas perhambaan atau pengabdian kepada Allah SWT semata-mata.


La-ilaha-illallah merupakan akidah yang betul yang mampu mengangkat masyarakat Islam kepada suatu darjat yang paling tinggi dan mulia.

Akidah ini meletakkan masyarakat Islam dan anggota-anggotanya di tempat yang betul. Akidah ini sentiasa membetul dan memperbaiki setiap langkah dan tindakan mereka dalam setiap keadaan, masa dan tempat.


Akidah ini merupakan tenaga penggerak yang sentiasa mengarahkan mereka kepada matlamat hidup yang suci dan jelas. Akidah ini memimpin mereka untuk melalui jalan hidup yang terang dan selamat.


Akidah Tauhid menolak jahiliyah


Konsep La-ilaha-illallah atau hakikat pengesaan Allah sebenarnya menolak segala bentuk jahiliyah sama ada berupa nilai, pemikiran atau pegangan hidup.


La-ilaha-illallah membina satu asas kepada hidup masyarakat Islam dalam setiap bidang dan urusan. Oleh itu, masyarakat yang praktik hidupnya tidak menterjemahkan tuntutan tauhid ini digolongkan sebagai masyarakat jahiliyah.

Jahiliyah adalah satu penyusunan masyarakat yang menolak hukum dan peraturan-peraturan Allah SWT. Jahiliyah melawan dan memusuhi Islam sebagai ad-din. Jahiliyah merupakan musuh yang paling ketat kepada akidah Islam.


Sistem hidup jahiliyah, pada hakikatnya tidak menjadikan Allah sebagai Rabb dan Ilah walaupun mengakui ketuhanan Allah SWT. Sistem hidup jahiliyah hanya mengikut kehendak dan keputusan hawa nafsu manusia serta berhakimkan taghut.

Masyarakat jahiliyah juga adalah masyarakat yang mengamalkan ciri-ciri hidup yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam, yang tidak mengarahkan diri dan perhambaannya kepada Allah SWT semata-mata sama ada dalam iktikad, ibadah atau syariat yang merangkumi setiap aspek peraturan hidup.


Masyarakat jahiliyah ialah masyarakat yang mengakui Islam tetapi praktik ubudiyah (pengabdian) dalam peraturan-peraturan dan perundangan hidupnya tidak kepada Allah SWT semata-mata.

Masyarakat ini walaupun merasakan beriítikad kepada Allah SWT tetapi secara tidak disedari amalan dan penguatkuasaan undang-undang, peraturan-peraturan dan nilai-nilai hidupnya bersumberkan selain daripada sumber Allah SWT.


Bentuk masyarakat yang dijelaskan di atas tidak diakui sebagai masyarakat Islam. Islam tidak memandang cogan kata, sepanduk dan laungan sahaja sedangkan hakikat kehidupan masyarakat itu diisi dengan sifat-sifat jahiliyah.


Perlunya mengetahui hakikat jahiliyah


Sesiapa yang ingin menghayati Islam dalam kehidupannya dan memperhambakan diri kepada Allah perlu mengetahui hakikat jahiliyah seperti diterangkan di atas.

Jahiliyah yang meliputi pemikiran, aliran perancangan dan segala cacat cela serta bahayanya agar terselamat dan terpelihara daripada tipu dayanya. Dengan itu dapatlah seseorang itu membuat persediaan dan kelengkapan yang perlu untuk menentang dan menghadapinya.


Meninggalkan jahiliyah


Manusia yang inginkan Islam mestilah meninggalkan diri dan memisahkan jiwa daripada cara hidup jahiliyah. Dia hendaklah memulakan perjalanan hidup baru bersama Islam. Perjalanan hidup yang bebas daripada tekanan nilai jahiliyah samada dalam bentuk konsep adat istiadat, tradisi mahupun pimpinan.


Satu perkara yang penting terutama di peringkat awal dakwah dan pendidikan untuk menghayati Islam ialah manusia perlu membersih dan memutuskan jiwa daripada sebarang campur aduk dan pencemaran antara Islam dengan jahiliyah.

Dakwah Islam sekali-kali tidak menerima sebarang tolak ansur dengan jahiliyah atau mematuhi jahiliyah. Tidak pernah terdapat titik pertemuan di antara Islam dengan jahiliyah.

Yang dikehendaki ialah meninggalkan sepenuhnya suasana, adat, tradisi, pemikiran dan konsep jahiliyah. Juga yang dikehendaki ialah tertegak sepenuhnya pemahaman Islam dan praktik hidup Islam di bawah pimpinan Islam, di mana seluruh ketaatan serta penglibatan tertumpu kepada Islam.


Kewujudan jahiliyah merata


Jahiliyah sekarang dan pada setiap zaman tetap menolak hukum Allah SWT inilah antara pengenalan jahiliyah di setiap tempat, keadaan dan jenis masyarakat.

Jahiliyah berada dalam segenap kemajuan dunia samada dlam pemikiran, politik, social mahupun ekonomi. Apabila manusia enggan menghubungkan diri dengan Allah SWT maka di situ terdapat jahiliyah.

Dewasa ini manusia telah dikongkong oleh jahiliyah yang amat pekat sehingga perkara yang dianggap sebagai aktiviti Islam pun diasaskan atas jahiliyah.

Dipetik dari DD : 27.03.2011



Khalid Samad: Rahsia kemantapan PAS
























YB Ir Khalid Samad   

PAS dewasa ini menjadi satu-satunya wadah bagi golongan yang ingin memperjuangkan Islam melalui proses demokrasi di Malaysia. PAS dianggotai mereka yang faham tuntutan perjuangan Islam dari golongan yang berpendidikan agama secara formal dan golongan yang mempelajari agama tanpa melalui institusi pendidikan agama yang formal.

Dalam masa yang sama, PAS turut disertai oleh golongan berlatar-belakangkan gerakan Islam dan juga yang tidak pernah terlibat dengan gerakan Islam kecuali setelah mereka mengenali PAS. Maka, ada yang datang dari ABIM, IRC, JIM, Al-Arqam, Suara Al-Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan ada yang datang dari tarbiyyah PAS itu sendiri sejak muda. Malah ada juga dari golongan masyarakat awam yang disedarkan melalui kuliyyah dan tazkirah di Masjid dan Surau.

Oleh yang demikian, menangani golongan manusia yang beraneka latar-belakang dan tahap pendedahan bukan suatu yang mudah. Namun, rahsia kesatuan dan perpaduan semestinya terletak kepada rujukan yang satu iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah (SAW), Ijma’ dan Qiyas. Pada masa yang sama, tarbiyyah amaliyah yang dilakukan PAS terhadap anggotanya menghasilkan kefahaman dan kematangan yang mantap dan padu.

Secara amaliyah anggota PAS didedahkan kepada persoalan Siyasah Syariyyah, satu bidang ilmu politik Islam yang mencabar dan memerlukan kefahaman dan ilmu. Timbul darinya konsep ‘Tahaluf Siyaasi’ dan persoalan perubahan masyarakat secara ‘Tadarruj’ mengambil kira maslahah dan mafsadah.

‘Rahsia’ kesatuan PAS ini akan dapat dipertahankan sekiranya semua pihak walau apa sekalipun latar-belakang mereka berpegang teguh kepada konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan yang sama seperti yang disebutkan tadi.

Zaman ini sememangnya satu zaman yang amat mencabar bagi gerakan Islam seluruh dunia, lebih-lebih lagi di Malaysia di mana PAS perlu menghadapi persoalan kefahaman ummat Islam yang beraneka corak di dalam PAS serta yang menyokong PAS itu sendiri. Dalam masa yang sama PAS juga perlu berhadapan dengan kefahaman ummat Islam yang menentangnya dan kefahaman masyarakat bukan Islam yang telah mula memahami kesyumulan perjuangannya.

Sekira PAS tidak mampu menzahirkan perpaduan di kalangan yang bersamanya, di atas alasan berlatar-belakang yang berbeza seperti ABIM, JIM dan sebagainya, bagaimana ianya akan mampu menyatu-padukan rakyat yang berbilang kaum, bangsa dan ugama di Malaysia? Sifat keterbukaan dan inklusif Islam terhadap perbezaan pendapat serta khilaf amat sangat perlu difahami dan dihayati. Maka golongan yang sering berusaha untuk mengadu-domba sesama ahli perlu dipinggirkan dan tidak dilayan.

Perbezaan pendapat akan sentiasa wujud, tetapi melalui konsep syura, ukhuwah Islamiyyah, Huznuz Zann dan rujukan kepada sumber yang sama, cabaran ini akan dapat diatasi. Pengalaman akan merapatkan dan selarikan pandangan dan pengalaman ini akan membuktikan ketepatan dan kesilapan sesuatu tindakan.

Allah memberikan kesedaran dan keinsafan kepada manusia melalui berbagai cara. Tidak ada yang memonopolinya dan sekiranya, pada akhirnya mereka semua datang kepada PAS, melalui apa cara dan persatuan sekalipun seperti yang telah ditetapkan Allah, maka PAS berbesar-hati menerima mereka dan mendengar pandangan dan pendapat mereka, membincangnya, menerima yang baik dari mereka, sehingga tertubuhnya satu gerakan massa yang berasaskan Al-Quran dan Sunnah Ar-Rasul seperti yang dicita-citakan semua.

Datangnya mereka sebagai ahli atau penyokong, secara peribadi atau berkumpulan seperti NGO, harus disambut baik dan diterima sebagai rakan kerana asas perjuangan, iaitu untuk menjadikan Al-Quran sebagai dustur hidup orang-orang yang beriman dan pembela seluruh ummat manusia, adalah sama.

‘Rahsia’ wawasan seperti inilah yang akan membangunkan PAS. Tanpanya ia akan menyebabkan PAS lemah dan tidak berkembang.

WaLlahu 'Alam
----------------------------------
Penulis adalah anggota Parlimen Shah Alam dan juga Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.



Drama kehidupan: Antara realiti dan fantasi



Oleh NURUL IZZAH

Rupanya drama kehidupan juga ada dua darjat: satunya fantasi dan satunya realiti. Saban hari kita menyaksikan pelbagai peristiwa yang mewarnai perjalanan hidup individu, keluarga, masyarakat, Negara mahupun dunia. Ia ibarat menyaksikan drama-drama kehidupan manusia yang pelbagai ragam dan bermacam agenda beraksi di atas pentas yang fana atau maya ini.

Seperti menyaksikan program drama di kaca TV ia mungkin menghiburkan, melekakan dan juga boleh mengalihkan tumpuan kita daripada drama kehidupan realiti yang sedang berlaku di depan mata.


Kadangkala kita tidak dapat membezakan atau dapat menilai yang mana lebih penting untuk diberikan tumpuan kerana lazimnya drama fantasi lebih menarik daripada drama realiti.

Maksud saya di sini ialah apabila kita dipertontonkan peristiwa video lucah hasil usaha Tiga Datuk dan bukannya Tiga Abdul menjadi contoh bagaimana satu fantasi sedang cuba dijadikan realiti untuk politik jahat dan lucah. Segala adab dan juga prinsip agama yang melarang mengaibkan seseorang dan membuat tuduhan fitnah dengan tidak dirujuk kepada mahkamah syariah menjadikan ia lebih sensasi.

Diharap pihak yang berkuasa akan menyiasat dan mengheret pesalah yang telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang menerusi video lucah dipertontonkan ke muka keadilan. Ini belum lagi dihisab di Padang Ma’shar yang tentunya memperlihatkan kebenaran sejelas-jelasnya di sebalik drama ini.

Jika kita lihat beberapa drama bertemakan unsur ketakutan dan perpecahan seperti isu novel Interlok, isu kitab injil penganut Kristian dan isu perkauman; semuanya menggambarkan betapa jahatnya tujuan penulis-penulis skrip drama ini. Ia bukan menghiburkan tetapi menjelikkan lagi meresahkan jiwa penonton. Sebenarnya semua drama ‘seram’ ini hanya untuk mengalihkan perhatian dan pandangan rakyat daripada isu-isu dasar yang penting untuk masa depan negara.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh patriotisme yang menampilkan wira-wira politik dan bukan lanun-lanun politik menggunakan segala jentera dan institusi kerajaan untuk kepentingan kelompok. Seperti lanun-lanun Somalia yang merompak harta orang lain kita juga mesti sedar wujudnya lanun-lanun politik yang merompak hak rakyat di peti undi dengan pelbagai muslihat seperti menggunakan pelakon pengundi hantu, pemindahan pengundi penyokong ke kawasan panas, penggunaan undi pos yang tidak ditawarkan pula kepada beratus ribu rakyat di luar negara, waktu berkempen yang pendek dan kerenah sama waktu dengannya.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh inspirasi bagaimana semua rakyat ada peluang untuk membina kekayaan ekonomi secara saksama, tetapi sebaliknya kita ada drama harga barang naik, drama subsidi rakyat dipotong manakala subsidi kroni dikekalkan dan yang patut diberikan perhatian ialah drama aksi lanun-lanun ekonomi yang menggunakan segala kelebihan jentera kerajaan untuk kekayaan kelompok sahaja. Barulah kita faham maksud dialog drama lanun, “satu untuk awak (rakyat), sejuta untuk saya (lanun ekonomi).” Semuanya bertambah lucu, apabila tontonan program transformasi kerajaan mempersembahkan statistik maha hebat, seolah-olah Malaysia bebas rasuah, jenayah, hatta kemiskinan tegar sekalipun.

Sepatutnya kita dipertontonkan drama-drama penuh harapan dan yang mengangkat martabat negara dan darjat pemimpin semua. Bayangkan adanya drama yang menyaksikan satu debat perdana penuh sopan atau regu berakhlak mengenai dasar-dasar kerajaan dan pembangkang untuk rakyat membuat pilihan berilmiah demi masa depan anak bangsa. Bayangkan pertembungan idea berlangsung dalam drama pembangunan sebuah negara yang bebas daripada rasuah, pembaziran, fitnah dan segala bentuk salah guna kuasa - hanya berkisar tentang dasar mana paling menguntungkan rakyat.

Sepatutnya rakyat menjadi penulis skrip yang penuh harapan dan inspirasi demi membina Malaysia lebih baik untuk semua. Jangan biarkan lanun-lanun politik dan ekonomi terus menulis skrip drama-drama yang penuh ketakutan dan kerugian.

Kesimpulannya, sudah tiba masanya untuk rakyat memilih dengan bijak drama mana seharusnya terus dipersembahkan; yang bercelaru dan mungkin memusnahkan negara, atau drama berkisar realiti yang membina tapak ke arah pembangunan negara sebenar.

Oh hidup di Malaysia penuh drama!

Dipetik dari DD : 31.03.2011



Video Tulen ? .. Pelakonnya ?



Oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

Ketua Polis Negara berkata bahawa pakar tempatan telah meneliti video seks yang menjadi bahan fitnah ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru adalah tulen bukannya palsu.

Persoalannya , apakah manafaatnya membuat pengesahan demikian ? Tulen atau tidak video itu bukan asas dan pokok dalam isu ini. Kerana jika ia disahkan tulen sekalipun, ia kekal sebagai bahan yang tidak menepati piawai untuk membuat tuduhan zina malah ia turut terdedah kepada ruang manipulasi yang ketara.

2. Tuduhan zina mestilah [sama hukumnya terhadap tuduhan liwat] melibatkan 4 orang saksi.

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاء فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka  sebat (deralah) mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik

Surah  An-Nur : Ayat 4

Sungguhpun ayat ini menyebut mengenai tuduhan terhadap perempuan, namun hukumnya sama terhadap tuduhan ke atas kaum lelaki dan ianya menjadi sepakat para ulama' sebagaimana yang disebut di dalam Jame' Li ahkaamil Quran oleh al Qurtubi.

3. Datuk T yang kononnya dikatakan saksi hanya melibatkan 3 orang, ertinya belum mencukupi bilangan 4 orang saksi yang dikehendaki oleh Islam. Tambahan pula syarat saksi itu, selain dari mereka mestilah saksi yang adil [ tidak pernah melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dosa kecil ], mereka juga mestilah menyaksikan perlakuan zina itu sebagaimana masuknya batang celak ke dalam botol celak.

4. Jika hanya menyaksikan melalui rakaman video, ia tidak menepati kehendak syariat dalam membuat tuduhan. Sekalipun videonya disahkan tulen tetapi pelakunya [watak pelakunnya] masih terdedah kepada manipulasi dan kepalsuan. Justeru dunia moden hari ini, tidak hairan video sedemikian boleh dihasilkan tambahan pula dalam bentuk filem hitam putih.

5. Saya masih ingat sebuah filem yang pernah saya saksikan di atas kapal terbang dalam perjalanan saya ke Mesir pada satu ketika dahulu, iaitu filem lakonan John Travolta dan Nicholas Cage yang berjudul Face Off. Saya tidak mengingati keseluruhan jalan cerita filem ini, tetapi apa yang saya masih ingat ialah bagaimana mereka menukar wajah antara dua watak [John Travolta menjadi Nicholas Cage dan Nicholas Cage pula berwajah John Travolta] sehingga isteri mereka sendiri tidak dapat membezakan antara keduanya. Walaupun itu hanyalah watak dalam sebuah lakonan tetapi apa yang saya mahu sebut bahawa filem dan lakonan boleh menghasilkan apa saja yang dikehendaki oleh skripnya. Filem yang saya tonton itu pula adalah filem original  tulen dan sharp pula gambarnya. 

[Kecanggihan teknologi di dalam industri perfilem hari ini memungkinkan directornya menghasilkan apa sahaja bentuk filem dan lakonan yang ia mahukan. Bukan sahaja mahu menjadikan seorang pelakon itu berupa Anwar, malah untuk berupa seekor serigala juga boleh, pontianak pun boleh sehingga kita bisa sahaja menganggap pelakon itu benar - benar telah menjadi serigala atau pontianak seperti dalam filem Van Hestling, Under World, Wolf dan lain - lain dan semua filem itu di cop original.]

6. Justeru itu, saya tegaskan di sini, isunya bukan pada ketulenan video tersebut tetapi kepada kaedah membuat tuduhan yang tidak menepati syara' dan pula perlakuan menyebarkan serta mempertontonkan video lucah kepada umum adalah suatu yang jelas bersalahan dengan agama dan mereka berdepan dengan hukum Qazaf serta undang - undang kerana memiliki dan menyebarkan video lucah.

[Saya bimbang berlaku sebagaimana yang pernah saya alami seketika dulu. Apabila saya membuat report polis mengenai kecurian harta awam yang dilakukan oleh seorang manusia yang saya kenal malah saya namakannya kepada pihak berkuasa, malangnya, saya yang membuat report terpaksa terperok di dalam balai polis  hampir 6 jam kerana di soal siasat oleh pihak polis sementara pihak pencuri iitu sehingga hari ini lepas dan bebas.]

7. Sepatutnya pihak polis segera bertindak ke atas mereka yang memiliki dan menyebarkan video lucah tersebut. Bukan hanya berusaha meneliti ketulenan videonya sahaja. Kalaupun benar video itu tulen, pelakun tidak semestinya sama dengan individu yang difitnah. Boleh jadi dua serupa, boleh jadi ia mengenakan topeng berteknologi tinggi, atau ... atau ... 1001 kekeliruan dan kemungkinan yang mencetus kesangsian. Pastinya kita tidak boleh menuduh seseorang dalam keadaan tidak pasti, keliru dan sangsi.

8. Ummat Islam sewajar menjadikan kaedah dan format Islam sebagai asas untuk proceed sesuatu tuduhan dan menerima prosuder tersebut. Jelas Islam adalah agama yang sangat memelihara maruah manusia agar tidak mudah dieksploit untuk menjayakan misi fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab. Apabila tuduhan itu tidak menepati piawaian Islam, maka tuduhan itu mesti digugurkan jika tidak ia menjadi fitnah.

9. Saya juga teringat satu kisah yang berlaku kepada seorang tokoh pejuang Islam sewaktu saya belajar di Syria sekitar tahun awal 90an. Ia bermula apabila pihak Special Branch [SB] cuba meletakkan dadah dalam handbag tokoh pejuang Islam tersebut yang telah ditahan lebih 10 jam di Airport Damascus. Percubaan itu adalah menghasilkan bukti bagi menjayakan misi mereka menangkap tokoh pejuang Islam tersebut setelah segala soal siasat awalnya gagal untuk mensabitkan beliau bersalah bagi membolehkan beliau ditahan. Alhamdulillah, percubaan itu digagalkan oleh Allah swt apabila ada hamba Allah ternampak perbuatan jahat pihak SB tersebut.

10. Ada orang tanya saya, ustaz ! kenapa ada manusia tergamak berbuat demikian ? tiada hati perutkah mereka ? bagaimana kalau ayah mereka atau ibu, isteri dan anak mereka difitnah sedemikian rupa, apa perasaan mereka ? kenapa mereka tergamak ? Apa yang boleh saya jawab ? melainkan saya hanya berkata : " kalau manusia ini tidak ada gamak, nescaya aman lah dunia ini. Lantaran mereka ada gamak lah, macam - macam berlaku di atas muka bumi ini yang kadangkala terkeluar dari rasional aqal yang waras."

Dipetik dari DD : 1.044.2011


Berbahagialah Sang Ghuraba'


Nasrudin Tantawi   

1. Perjuangan Islam bermula dalam keadaan asing atau dagang [gharib ]. Berdepan dengan manusia jahiliah yang rendah upaya untuk membezakan antara haq dan bathil. Sistem nilai yang kabur diselaputi fahaman syirik dan kebendaan. Mereka merajakan nafsu dan mempertuhankan aqal. Rasuulul ummah saw. sebagai utusan Allah swt. difitnah, dinista dan dicerca. Risalahnya ditertawa dan menjadi bahan lelucon ummat jahiliah.

2. Islam dibawa untuk menyelamatkan ummah. Risalahnya disasarkan kepada semua kecuali mereka yang tekun dan konsisten memerangi Islam. Slogan yang dibawa oleh Pendakwah Agong saw. ialah [Aslim Taslam ] Terima Islam Engkau Selamat. Serendah - serendah pangkat manusia seperti lelaki gasar di padang pasir sehinggalah setinggi - tinggi pangkat manusia seperti raja di istana menjadi sasaran risalah Islam.

3. Islam didokong dan diperjuangkan dengan gigih tanpa peduli pahit getir. Islam digalas dan dipertahankan dengan tabah tanpa peduli susah sukar. Gurun sahara diredah dan lautan luas diharungi demi menyemarakan kebangkitan Islam dan mendaulatkan syariatnya. Sabar membelah masa dan merempuh waktu menanti detik janji Allah ditunaikan. Tidak mengenal erti putus asa dan kecewa.

4. Akhirnya Islam tegak berdaulat dengan bertiangkan aqidah, berdindingkan syariat, berbumbungkan jihad dan berlantaikan akhlak. Bumi diimarahkan dengan peraturan dan manhaj rabbani. Keadilan merata kepada semua tanpa membezakan latar belakang agama, bangsa, kaum dan bahasa lidah. Keamanan dan kesejahteraan dinikmati, bukan sahaja oleh manusia bahkan binatang dan tumbuhan.

5. Namun Nabi saw telah menegaskan yang bermaksud:

"Telah bermula Islam dalam keadaan asing , kelak ia akan kembali menjadi asing sebagaimana ia bermula. Maka berbahagialah mereka yang asing [tetap bersama Islam]."

6. Hari ini Islam kembali ditertawa. Syariat dan syiar Islam dipersenda. Kerja dakwah menjadi bahan lelucon. Dunia kembali menganggap pelik cara kita berjuang dan mengajak ummat manusia kembali kepada Islam dan perjuangannya. Menyeru dan mengajak orang menyertai perjuangan Islam dianggap kerja bodoh sebagaimana tanggapan ummat jahiliah. Firman Allah swt yang bermaksud:

"dan apabila diseru kepada mereka , Berimanlah sebagaimana berimannya manusia yang lain. Mereka menjawab : Apakah kami akan beriman sebagaimana berimannya orang - orang yang bodoh. Ketahuilah sesungguhnya merekalah orang - orang yang bodoh akan tetapi mereka tidak mengerti." - Surah al Baqarah : Ayat 13

7. Sungguhpun Islam kembali menjadi asing dan pejuangnya ditertawa dan diperbodohkan, ianya adalah sunnah yang telah dijanjikan kebahagiaannya oleh Rasulullah saw kepada mereka yang tetap gigih berjuang, berjihad dan berdakwah. Biarpun Nabi saw telah sekian lama meninggalkan ummah, namun kesediaan para pejuang menggalas tugas besar untuk menyelamatkan manusia dari neraka Allah adalah tugas berat yang penuh dengan kemuliaan. Istiqamah dan  iltizam bersama kerja - kerja amal Islami biarpun disinis dan disindir tajam, ia adalah ghuraba' yang dijanjikan kebahagiaan oleh Rasulullah saw.

8. PAS adalah Gerakan Islam yang membawa pakej perjuangan yang menarik, mengulangi pakej asal yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw. Pakej yang dimaksudkan ialah tarbiyah, dakwah dan siasah. Melalui pakej ini, PAS bergerak ke tengah medan lantas mengadun gerakkerja amal Islaminya secara seimbang berasas ramuan 3 elemen dari pakej tersebut.

9. Adunan 3 elemen dari pakej itulah tercetusnya pelbagai slogan seperti :

* Pemuda PAS adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang. Bermaksud Pemimpin dan anggota pemuda PAS turun ke medan, menyantuni masyarakat dengan penuh kasih sayang biarpun mungkin suatu masa dahulu, mereka adalah musuh kita. Mereka menentang kita dengan kejahilan dan hasad dendam yang menyelubungi jiwa mereka. Namun mereka mesti diselamatkan dari terus menjadi hamba nafsu dan syaithan yang menguasai diri mereka untuk memusuhi Islam. Pemuda PAS adalah penyelamat, lalu selamatkan seramai mungkin manusia dari api dosa yang sedang membakar mereka.

* Orang Muda Geng Kite . Adalah slogan lanjutan untuk menterjemah "Duta Penyelamat dan Kasih sayang" bagi mendekati golongan muda dari pelbagai lapisan dan latar belakang. Dari anak muda professional sehinggalah kepada anak muda yang bergelandangan. Mereka didekati oleh pemuda PAS dengan pelbagai cara dan kaedah. Tertubuhnya Alternative Riding Club [ARC] dan wujudnya aktiviti seperti Alternative Futsal Club, Alternative Band Club dan sebagainya adalah untuk melengkapkan usaha mendekati anak muda.

* Jom Sertai PAS . Juga antara slogan popular PAS untuk mendekati semua golongan masyarakat agar mereka menyertai PAS. Menyertai PAS hanya semudah mengisi borang, membayar yuran tahunan dan bersedia mematuhi perlembagaan PAS atau undang - undang tubuh PAS. Penyertaan mereka akan diperkasa dari masa ke semasa melalui proses pentarbiyahan yang wujud di dalam PAS sehinggalah akhirnya mereka menjadi seorang ahli PAS yang soleh dan berjuang. Melalui slogan ini, telah ramai tokoh - tokoh yang suatu masa dahulu sangat memusuhi PAS namun kini berjuang bersama saf perjuangan PAS. Laksana tokoh - tokoh yang menentang Nabi saw kemudiannya menerima Islam lalu gigih berjuang disamping Nabi saw. Kepada mereka Nabi saw menyebut :

"yang terpilih [hebat] di zaman jahiliah jua terpilih [hebat] di zaman Islam asal sahaja mereka memahami Islam."

* PAS For All atau PAS Untuk Semua. Sebahagian dari slogan PAS yang berjaya meletakkan PAS dihati mereka. Bukan sahaja ummat Islam mahu menyertai PAS lalu menjadi ahli yang baik, malah non muslim turut melahirkan hasrat mahu bersama perjuangan Islam lalu tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS [DHPP]. "PAS Untuk Semua" membawa maksud perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang bangsa dan bahasa malah juga bermaksud semua boleh menyertai PAS asal sahaja mereka bersedia untuk mematuhi dasar dan manhaj perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

10. Alhamdulillah, melalui gerakkerja amal Islami bersandarkan slogan - slogan di atas, kini menjadikan keluarga PAS kian besar sehingga mencecah angka sejuta. Pada tahun 1985 saya menjadi ahli PAS yang ke 274,589. Kini angka keahlian tentunya telah mencecah 9 angka. Kita menyedari, ada yang menyertai PAS kemudian gugur ditengah jalan kerana gagal bertahan dengan ujian atau tribulasi perjuangan ini justeru itulah sunnatullah, namun kita jangan kecewa dan putus asa untuk terus berdakwah, menyeru dan mengajak masyarakat ummat Islam menyertai PAS dan non muslim menyertai DHPP.

Biarpun seribu manusia sedang mentertawakan gerakkerja Amal Islami yang dilakukan oleh saudara, lalu menganggap dakwah saudara sebagai suatu lelucon dan kebodohan politik, yakin lah saudara sedang menjadi manusia dagang dan asing dengan Islam yang diperjuangkan. Sedang Rasulullah saw pernah menegaskan : Berbahagialah Sang Ghuraba'

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Dipetik dari Harakahdaily : 4.04.2011



Video sundal: mengurus kesucian diri




Oleh Nik Abduh

Ketika saya sedang menulis catatan ini, saya baru menerima sms tersebarnya video sundal yang dikaitkan dengan seorang pemimpin besar politik tanah air di dalam internet. Kemudian sms demi sms menghujani saya terutama daripada kawan-kawan yang meminta pandangan dan ‘fatwa’ segera demi menghilangkan keluh kesah dan kekeliruan.


Saya komen ringkas, orang mukmin jangan sebar jika pun rasa percaya. Jika palsu, kita selamat daripada dosa menyebarkan fitnah. Jika benar, kita selamat daripada menyelak maksiat tertutup. Kemudian saya menambah, jika Allah murka, Dia buka aib dan dosa tersembunyi kita pula. Apa rasa jika kita pula diaibkan secara terbuka?

Politik negara kita semakin hari semakin kotor. Ahli politik seperti enggan berubah kepada politik yang lebih baik dan lebih bertamadun. Mereka seperti tidak kisah bahawa politik kotor akan menghumban negara kepada bala dan kerosakan yang lebih besar. Di antara politik kotor yang dilihat secara nyata ialah usaha membunuh karier politik lawan dengan fitnah yang memalukan dan menjatuhkan maruah. Fitnah adalah menyebarkan yang tidak benar atau belum disahkan kebenarannya.

Lebih menyayatkan, ia sehingga menyentuh soal-soal yang jawabannya telah dinyatakan secara jelas oleh al Quran. Pun begitu, sebahagian mereka enggan menerima. Apabila diberi nasihat dan teguran, mereka berusaha menghasilkan deretan hujah yang menggambarkan seolah-olah merekalah penyelamat negara daripada kerosakan. Tentunya mereka sedang dilamun cinta iblis kerana sedang menghujah kekuasaan al Quran dan merasakan mereka lebih benar dan lebih tahu hukum Allah daripada Allah sendiri.

Ketahuilah bahawa dosa dan pahala adalah milik Allah. Dia yang menulis dan Dialah yang membalasnya nanti. Kita tidak pun pernah dan akan tahu berapakah jumlah dosa dan pahala kita sekarang. Sebabnya, ia melibatkan syarat keikhlasan yang duduknya di dalam hati. Seribu tahun kita bersolat tidak bererti semuanya berpahala, bahkan ia diikat keikhlasan diri. Walaupun seribu kali kita mengaku ikhlas, seribu kalilah dakwaan kita itu tidak terpakai. Hak menentukan keikhlasan adalah milik Allah semutlaknya.

Kerana itu Allah tidak pernah menuntut agar kita menulis pahala dan menganugerahi seseorang kerana pahala yang dilakukannya. Begitulah kita juga tidak dituntut menulis dosa dan menghukum seseorang kerana dosanya. Bagaimanakah kita layak dan berhak menganugerahi atau membalas jahat seseorang yang berpahala atau berdosa sedangkan kita sendiri gagal mengesan dan melihat keikhlasan, pahala dan dosa diri sendiri? Maka dosa dan pahala adalah milik Allah semutlaknya. Nanti, Dialah tuhan yang akan membalasnya dengan nikmat atau azabNya di akhirat nanti.

Apa yang kita ada di hadapan ialah kebaikan dan kejahatan yang dilihat. Atau keadilan dan kezaliman yang berlaku di dunia ini. Di sinilah penganugerahan baik dan pembalasan buruk dituntut oleh Allah daripada manusia. Kita dituntut untuk menganugerahi kebaikan dan keadilan yang dilakukan manusia setimpalnya. Begitulah kita juga dituntut membalas keburukan dan kezaliman yang dilakukan manusia setimpalnya. Kebaikan, keadilan, keburukan dan kezaliman adalah suatu yang zahir dan dilihat oleh manusia. Ia tidak memerlukan syarat keikhlasan untuk membalasnya, baik atau buruk.

Adakah seorang pekerja dipotong gajinya kerana mengajar tidak ikhlas? Tidak bukan? Mereka digaji kerana kebaikan mereka menuruti perintah yang diarahkan. Juga, mereka dihukum kerana perlanggaran terhadap amanah yang diberikan. Itulah yang kita harus fahami daripada asas syariat bahawa pembalasan sesama manusia hendaklah diukur pada zahirnya, bukan batinnya. Manusia apabila memasuki ruang batin, mereka akan mendakwa dan menghukum di dalam kekeliruan, kesamaran dan kepalsuan.

Maksiat peribadi yang tersembunyi adalah perbuatan yang melibatkan dosa, bukan kezaliman sesama manusia. Maka ia adalah hak Allah dan kita sama sekali dilarang menghukumnya. Zina, minum arak, tidak solat dan sepertinya adalah dosa peribadi yang tidak menzalimi orang lain. Maka Allahlah yang akan mengadilinya. Tetapi jika zina bertukar kepada rogol, atau mabuk arak sehingga mengganggu ketenteraman awam, atau tidak solat secara terbuka yang memalukan, melukakan dan menyebarkan kefasikan di dalam masyarakat Islam, maka ia telah bertukar bukan hanya sekadar maksiat peribadi, bahkan ia telah mencetuskan kezaliman di dalam masyarakat. Saat itulah, Allah menuntut kita bertindak memadamkan kezaliman dan fitnah tersebut.

Begitulah kesalahan lain yang lebih jelas kezalimannya terhadap sesama manusia samada ianya ikhlas atau tidak, tertutup atau terbuka seperti menipu, mencuri, merompak, merasuah, membunuh dan memfitnah. Bayangkan pula jika ianya melibatkan jutaan manusia seperti merompak wang rakyat, merasuah jutaan ringgit dan memfitnah pemimpin rakyat yang membawa kesan buruk yang lebih besar.

Mereka bertanya, jika begitu bagaimana kita mampu menyekat budaya zina yang kian menular di dalam masyarakat? Tidakkah zina biasanya tersembunyi? Ya, selagi ianya tertutup, ia kekal jangan dibuka bongkar. Budaya zina hari ini pula telah melewati batasan keperibadian dan kesembunyian. Ia telah merebak ke ruang terbuka melalui kejelekan muqaddimahnya dan akibat buruknya. Pergaulan bebas begitu ketara, berpacaran dan berpelukan di khalayak ramai begitu terbuka dan akhirnya jenuhlah anak luar nikah, pembunuhan terhadap bayi dan pengguguran kandungan luar nikah.

Membasmi budaya ini bukanlah dengan cara menyerbu dan mengintai orang berzina, tetapi dengan nasihat dan dakwah, juga dengan menutup, menghalang dan mengawasi lokasi-lokasi yang menjadi punca berleluasanya aktiviti terkutuk itu. Jika zina tertutup itu telah diketahui di luar kerana ada yang melaporkannya, atau tempat itu telah terkenal dengan aktiviti tidak bermoral, maka adalah hak bagi pihak berkuasa untuk bertindak memadamkannya samada menangkap, mengawasi atau menutupnya terus. Zina tersebut telah melangkaui sempadan kesembunyian kepada kezaliman terhadap masyarakat. Sebuah masyarakat Islam yang bersih akan terganggu dengan mengetahui dan mendengar maksiat yang berlaku di sekitarnya tanpa tindakan menutupnya.

Mereka bertanya lagi, bagaimana jika ia melibatkan pemimpin yang kejahatannya walaupun bersifat peribadi adalah penipuan dan pengkhianatan terhadap rakyat? Saya menjawab, ya, ia kekal peribadi. Semua kita adalah pemimpin terhadap anak buah masing-masing. Jika maksiat peribadi pemimpin harus dibezakan, maka izinkanlah anak-anak kita sendiri mengintai maksiat kita kerana kita telah mengkhianati mereka. Mahukah?

Mereka enggan berhenti daripada bertanya, video telah tersebar dan ditontonkan secara terbuka. Tidakkah itu telah menjadi maksiat terbuka yang mesti dihukum? Saya menjawab, orang yang sedang melakukan maksiat terbuka itu adalah penontonnya, apatah penyebarnya. Adapun pelaku didalamnya, ia kekal maksiat tertutup yang telah pun berlalu penulisan dosanya oleh Allah. Mungkin juga dia telah pun bertaubat semasa anda menonton video tersebut. Anda menghukumnya sedang Allah telah memaafkannya. Alangkah tuhannya anda!

Kemudian, orang mukmin sudah cukup dirinya sendiri menjadi saksi. Orang mukmin itu amanah sifatnya selama mana tiada kecalaran di dalam rekod zahirnya. Tetapi, pada peringkat tuduhan zina, Allah menuntut empat saksi untuk membenarkannya. Tidakkah anda melihat betapa di antara hikmah yang nyata adalah kerana Allah sendiri enggan maksiat hambanya yang bersembunyi itu disebarkan oleh sesiapapun, apatah dengan tujuan menjatuhkan maruahnya. Adakah saat kita menuduh orang berdosa, kita tidak pernah pun berbuat dosa?
Ah, jikalah tidak kerana kelebihan Allah dan rahmat kasih sayangNya ke atas kita, maka tiadalah siapa pun di antara kita mampu menjadi bersih dan dilihat bersih selama-lamanya. Tetapi Allahlah yang membersih kita dengan menjauhkan kita daripada dosa dan menutupi dosa yang telah kita lakukan.

Apabila anda memahami fiqh dan kehikmatan ini, maka anda akan dapat melihat sejalur hikmah mengapa mengumpat, mengadu domba dan menjaga tepi kain orang adalah diharamkan dan dosa kesalahannya adalah besar di sisi Allah. Mengumpat dan seumpamanya, walaupun jika benar sekalipun adalah terlarang kerana ia banyak melintasi garis peribadi yang tak pun menjejaskan awam.

Itu jika benar, apatah jika ianya adalah satu fitnah! Rakaman video hanyalah fitnah! Seratus kamera yang merakam sekali pun, ia bukan galang ganti seorang mukmin apatah empat orang mukmin yang dituntut oleh Allah. Tidakkah satu kepastian yang nyata bahawa orang mukmin yang amanah tidak akan melakukan perbuatan merakam video perbuatan maksiat tertutup tersebut?! Jadi, bagaimana dibenarkan penghukuman zina oleh saksi fasik dengan bahan bukti tertolak?

Mereka terus tidak berpuas hati kerana fitnah sedang melanda negara, lalu ia memakan dan memamah apa saja yang mampu dimakannya samada kayu atau besi. Mereka bertanya lagi, bagaimana jika video itu benar sebenar-benarnya dan asli seasli-aslinya? Tidakkah dengan tidak mempercayai atau tidak bertindak ke atasnya maka terdedahlah kita dengan penipuan dan pengkhianatan yang menanti jika pemimpin itu naik? Saya menarik nafas kewaspadaan dan kesabaran. Saya berkata, mari saya ajarkan kamu satu sunnah Allah di muka bumi bagaimana Allah menjatuhkan dan menaikkan seseorang hambaNya.

Apabila Allah ingin menjatuhkan seorang yang zalim, maka dihantarnya orang mukmin atau orang jahat untuk memeranginya. Jika Allah menghantar orang jahat, maka ia akan memeranginya dengan cara yang jahat juga. Maka itulah seburuk-buruk kesudahan. Tidakkah anda melihat Saddam yang zalim itu dibunuh oleh Amerika yang lebih jahat daripadanya. Maka alangkah buruknya kesudahan ke atas rakyatnya!

Jika Allah menghantar orang yang baik, maka ia tidak akan memeranginya kecuali secara yang diizinkan syarak. Maka itulah sebaik-baik akibat. Tidakkah Mekah yang paling zalim ahlinya itu dibebaskan oleh hamba Allah yang paling baik, lalu alangkah baik akibatnya juga. Lihat juga Mesir, pemimpin yang baik-baik memimpin rakyat melakukan perubahan, lalu semakin baiklah Mesir dan rakyatnya.

Maka ketahuilah, di negara kita, jika kita menginginkan kelebihan dan kebaikan yang lebih baik untuk masa depan negara, bergeraklah sebagai orang baik dan hendaklah terpimpin oleh orang yang baik-baik. Ulama adalah orang yang terpercaya di sisi Allah. Mereka telah menasihati agar jangan mempercayai fitnah. Rakaman video yang begitu terdedah kepada pengaburan dan pemalsuan hanyalah akan mengundang fitnah lebih besar jika diterima. Maka jangan menghukum pemimpin dengan fitnah yang terlarang oleh syarak.

Maka, orang mukmin tidak boleh menyebarkan sekali pun rasa percaya. Jika ianya nyata palsu, kita selamat daripada dosa menyebarkan fitnah. Jika ianya benar pula, kita selamat daripada menyelak maksiat tertutup. Jika Allah murka, Dia buka aib dan dosa tersembunyi kita pula. Apa rasa jika kita pula diaibkan secara terbuka? Justeru jauhilah politik kotor yang mengundang bala tuhan.

(Artikel adalah untuk kolum ‘Agama Dan Kehidupan’ akhbar Siasah)

http://nikabduh.wordpress.com/



Pilihan Raya Sarawak Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak

Oleh Nasrudin bin Hassan
Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.



2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri  Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS.  Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia



Pilihan Raya Sarawak Rakyat Sarawak rindu video ceramah bukan video lucah




















Oleh Mohamed Hanipa Maidin - AJK PAS Pusat /
Pengerusi Lajnah Undang-undang
Satu-satunya isu yang tidak berkesan di Sarawak adalah isu video terbitan trio Umno atau Dato’ T. Ramai juga yang meramalkan isu tersebut akan makan tuan. Apabila saya, Dato’ Seri Mohamad Nizar, Ustazah Salbiah dan Misbahul Munir berceramah di rumah Wak Pon di Kampung Jawa di Dun Mutiara Tuang, saya sempat bertanya Wak Pon tentang isu video tersebut.





Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin - MB Perak PR






Ustazah Nuridah Mohd Salleh - Ketua DMPP






Ustaz Misbahul Munir Masduki - SUP MB Perak PR

Dengan bersemangat beliau ‘berceramah’ kepada kami lebih kurang begini bunyinya: "Cuba awak terangkan pada saya, siapa yang lebih kenal tubuh badan Anwar kalau bukan isterinya. Kamu (kerajaan BN) boleh panggil pakar dari luar negara nak tentukan video itu tulen, tapi bagi saya pakar sebenarnya ialah Wan Azizah yang lebih tahu tubuh badan suaminya. Bukankah Wan Azizah dah kata lelaki dalam video itu bukan suaminya. Habis cerita."-rebut mengajak bergambar bersama-sama. Meskipun kali pertama bertanding di Dun Muara Tuang rata-rata hadirin amat teruja berada dalam program PAS.







Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR

Itulah reaksi spontan Wak Pon, tokoh berpengaruh di Kampung Jawa itu tentang isu video tersebut.

Dalam ceramah saya di rumah Wak Pon malam itu, saya menyentuh sikit tentang isu video tersebut. Saya katakan lebih kurang begini:

"Tuan Puan! Saya dari PAS iaitu sebuah parti Islam. Mengapa kami menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan kami. Jawapannya kerana kita orang Islam tidak ada pilihan kecuali mengikut ajaran Islam.

"Jika dalam sembahyang kita kena ikut apa yang Allah SWT dan Rasul s.a.w tunjukkan, begitu juga dalam politik. Kita juga kena ikut ajaran Rasul.

"Kita ambil contoh isu video yang dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI). Jika pun diandaikan betul video itu merujuk kepada DSAI, betullkah tindakan menayang video itu di khalayak ramai?

"Islam melarang kita mengaibkan maruah saudara kita tetapi adakah pemimpin BN yang mengaku mereka sebagai orang Islam berpegang kepada ajaran Islam itu? Adakah perbuatan mereka itu mengikut mana-mana ajaran Rasul?

"Jika video itu betul pun Islam tidak benarkan kita tayangkan secara terbuka kerana ia akan mengaibkan diri orang itu dan keluarganya, apatah lagi kalau video itu tidak betul atau diragui. Inilah beza kita (PAS) dengan lawan kita."
Selepas majlis ceramah berakhir, para hadirin menghampiri kami dan berebut
Misbahul Munir memberitahu saya, selama 5 hari beliau di sana telah 5 cawangan PAS ditubuhkan – setiap malam satu cawangan. Wakil calon PAS di Mutiara Tuang menyatakan kepada saya bahawa rakyat Sarawak dahagakan maklumat dari pemimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Malam kedua di Sarawak, saya bersama Dato’ Husam Musa mengadakan pertemuan dengan pengundi Iban di rumah panjang.





























YB Dato' Husam Musa - AJK PAS Pusat

Meskipun ada gangguan dari wanita Parti Bumiputera Bersatu (PBB) pimpinan Tan Sri Taib Mahmud yang cuba menghalang kami berjumpa rakyat Iban di situ, namun ternyata Tok Ketua (tuai rumah) di rumah panjang itu amat gembira menerima kedatangan kami.

Tidak dengar sepatah perkataan pun tentang isu video di rumah panjang itu. Sebaliknya Tok Ketua dengan nada marah berkata: "Kamek (kami) tak akan bagi undi pada BN lagi. Dia tipu kamek. Habis tanah kamek kena rampas. Patutkah? Kamek tanam getah dia (BN) ambil tanah kami tak bayar apa-apa pada kamek. Kamu loyar (peguam)... Patutkah (tindakan kerajaan BN itu)?"

Isu tanah mungkin isu yang paling common’ di Sarawak. Banyak aduan PAS terima tentang isu tanah. Baru Bian, pemimpin KeADILan Sarawak ialah peguam hak asasi yang banyak terlibat dengan isu rampasan tanah adat (NCL) di sana. Cabaran beliau untuk berdebat dengan Taib Mahmud tentang isu tanah tidak berani disambut oleh Taib atau mana-mana Menterinya.

Alhamdulillah pertemuan dan dialog dengan masyarakat Iban berjalan dengan baik dan berakhir dengan mereka berebut meminta baju T berlambangkan simbol PAS.

Selepas pertemuan dan dialog itu, saya dan Husam bergegas ke rumah Encik Murni untuk majlis ceramah. Setiba di sana kami dimaklumkan tuan rumah bahawa beliau telah diugut oleh ketua kampung dan diberi amaran agar tidak meneruskan ceramah PAS jika tidak mahu masa depan gelap (bahasa yang digunakan oleh ketua kampung). Encik Murni yang agak takut itu meminta pandangan kami.

Saya dan Husam berpendapat ceramah wajar diteruskan kerana beliau (Encik Murni) tidak melakukan apa-apa kesalahan. Saya kata kepada beliau, di Semenanjung kami sering kali diganggu polis tetapi baru-baru ini mahkamah memberi gantirugi RM200,000 kepada pemimpin PAS. Encik Murni akur dengan cadangan kami.

Alhamdulillah ceramah berjaya diadakan dengan jayanya tanpa apa-apa masalah. Pengerusi majlis ceramah yang merupakan orang tempatan meskipun kali pertama memegang mikrofon juga bersemangat dalam kegetaran. Sehari sebelum itu pengerusi majlis itu ditumbuk di mukanya oleh orang kuat PBB apabila berkempen di satu kampung di Dun Muara Tuang. Dalam keadaan pipi yang lebam ditumbuk, beliau tidak serik terus bersama PAS.

Yang menarik lagi, adik kembar pengerusi majlis yang berkerja sebagai seorang bilal di masjid juga telah dipanggil oleh orang kuat PBB untuk dipecat. Kesalahan beliau adalah bersama mengikut perarakan calon PAS di hari penamaan calon.

Saya bertanya adakah beliau takut akan dipecat. Lihat jawapannya: "Rezeki saya Allah yang tentukan bukan manusia atau PBB."

Wow! Bukankah ini manifestasi tarbiah PAS!
Pak bilal yang nak dipecat itu sempat memberitahu saya bahawa rakyat Sarawak kini ramai yang menyatakan PAS adalah Partai Anak Sarawak! Pak bilal ini yang amat gemar mendengar ceramah ‘Ahmad Sabu’ sentiasa ternanti-nanti ingin mendengar ceramah atau video ceramah pemimpin PAS.

Untuk BN kita ingin nyatakan di sini rakyat Sarawak tidak mahukan video lucah sebaliknya mereka rindukan video ceramah!

Sumber DD : 17/04/2011


Matlamat yang khusus bagi tarbiah Islamiah



Oleh Dato Harun Taib


ADAPUN yang dikehendaki dengan matlamat khusus bagi tarbiah islamiah itu ialah matlamat dari aspek haraki. Matlamat tarbiah dari aspek ini bolehlah dibahagikan kepada tiga sudut iaitu sudut keahlian dan keanggotaan; sudut jamaah dan sudut kemasyarakatan dan sosial.
Matlamat dari sudut keahlian dan keanggotaan Matlamat tarbiah Islamiah dari sudut kenggotaan dan keahlian adalah untuk melahirkan:

1. Para anggota yang memahami atau bersedia untuk memahami Islam dan perjuangannya sebagaimana yang digariskan di bawah:

a. Ia hendaklah memahami
bahawa Islam itu ialah agama yang lengkap, merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia samada akidah dan syariat ataupun agama dan negara. Oleh kerana itu ia mestilah bersedia untuk membetulkan akidahnya, ibadahnya dan lain-lain selari dengan kehendak al-Quran, as- Sunnah, al-Ijmaí dan Qias.

b. Ia mestilah memahami bahawa al-Quran, as-Sunnah, al- Ijmaí dan Qias itu merupakan rujukan bagi setiap muslim. Pendapat sesiapa jua pun yang berlawanan dengan sumbersumber tersebut tidak boleh dihormati dan dipatuhi malah tidak perlu dipertimbangkan langsung.

c. Manakala pendapat para pempinan yang tidak berlawanan yang tidak berlawanan dengan sumber-sumber tersebut hendaklah dihormati dan dipatuhi.

d. Perselisihan pendapat dalam masalah furuí adalah perkara kecil dan tidak perlu dielakkan. Oleh itu setiap muslim yang belum mencapai martabat ijtihad hendaklah menerima dan memakai mana-mana pendapat alim ulamak yang muktabar dan janganlah menjadikannya sebagai punca perpecahan di kalangan anggota.

e. Setiap anggota mestilah faham bahawa dia tidak boleh mengkafirkan seseorang yang mengucap dua kalimah syahadah selama mana dia beramal dengan tuntutan dan kehendak dua kalimah syahadah itu dan selama mana dia tidak mengeluarkan katakata yang menjadikan seseorang itu terkeluar daripada Islam atau selama mana dia tidak mengingkari suatu yang dharuri atau secara mudah dan senang di dalam Islam seperti ia mengingkari haramnya riba atau haramnya arak atau seperti dia mengingkari wajibnya menjalankan syariat Islam atau selama dia tidak melakukan perbuatan yang tidak boleh ditakwil kecuali kufur seperti dia menyembah berhala atau menghina kitab suci al-Quran al- Karim.

Setiap anggota hendaklah jujur dan ikhlas dalam perjuangan. Perjuangannya semata-mata kerana Islam dan untuk Islam. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” - (Al-Aníam: 162)

Dalam hal ini Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya segala amalan itu bergantung kepada niat dan bagi setiap orang itu ialah apa yang ia niatkan, maka barangsiapa yang Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau kerana peerempuan yang dia ingin mengahwininya maka penghijrahannya itu bergantung kepada niatnya.” - (Hadith disepakati ramai)

Setiap anggota hendaklah bekerja dengan gigih untuk menjayakan matlamat perjuangannya. Allah taala berfirman yang bermaksud: “dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan”. - (At- Taubah: 105)
Oleh kerana itu setiap anggota mestilah menunaikan tanggungjawab masingmasing.

Peringkat pertama hendaklah dia membetulkan dirinya supaya berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya maka penghijrahannya untuk menjadi insan yang soleh, badan yang sihat lagi kuat, cara befikiran baik, pekertinya mulia, akidahnya betul, ibadahnya sah, pandai menjaga masa, bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat.

Manakala peringkat kedua ialah membentuk rumahtangga dan keluarga secara Islam. Bagi yang belum berkeluarga hendaklah memilih pasangan yang soleh seterusnya mendidik anak secara Islam.
Peringkat ketiga ialah memperbaiki masyarakat supaya menjadi sebuah masyarakat yang terlaksana di dalamnya segala ajaran dan peraturan Islam yang dipandu dan dipimpin oleh sebuah kerajaan Islam.

Dan seterusnya berusaha mengembalikan kedudukan umat Islam sebagai pimpinan dunia agar dunia kembali teratur.

Allah swt berfirman maksudnya: “Ö dan Allah Maha Kuasa melakukan Segala perkara Yang telah ditetapkan-Nya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” - (Yusuf: 21)


http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=13378


Jawapan saya ditanya tentang Sumpah Laknat Eskay?























Oleh  YB Dr Dzulkefly Ahmad - AP Kuala Selangor

Kenapa Dato Eskay terdesak untuk bersumpah laknat?

Setelah hampir dua bulan video seks ini didedahkan, rakyatMalaysiaterbelah kepada 3 kelompok: yang tak percaya, yang percaya dan yang tidak kisah. Mungkin dia fikir itu cara paling baik dan berkesan untuk membuktikan bahawa dia benar. Kononnya dia bersama dua lagi rakan tahu siapa pelaku sebenar. Dia mendakwa dia bersama. Dia mahu seluruh rakyat khususnya ummat Islam percaya tuduhannya bahawa sipelaku lelaki dalam video seks yang didedah itu adalah DS Anwar Ibrahim.

Keduanya dia tahu dan kini sedar bahawa pihak berwajib tidak lagi dapat melindungi ketiga-tiga mereka kerana mereka telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan seksyen 5(1) Akta Penafisan Filem. Mereka tertekan untuk membuat sesuatu yang tergempar sebelum tindakan diambil terhadap mereka. ‘Sumpah laknat’ mahu memintas semua ini dan membuktikan mereka benar.

2.   Benarkah sumpah laknat yang mahu Eskay lakukan itu diperuntukkan dalam Islam

Perkara ini yang kita tunggu-tunggu dari para Ulama dalam Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka membisu seribu bahasa. Namun peribadi alim seperti bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang ini telah menyatakan sikap mereka. Ini yang ditunggu rakyat khususnya ummat Islam.

Bagi fahaman saya, prosedur sumpah, memang ada dalam peruntukan syariat Islam dalam hal mengendalikan kes pertuduhan seperti ini atau undang-undang prosedur. Prinsipnya berbunyi: Pembuktian adalah atas orang yang membuat pertuduhan, dan sumpah adalah bagi mereka yang tertuduh. Adapun “sumpah laknat” adalah khas untuk kes pertuduhan zina di antara suami isteri sahaja dan mempunyai kaedah dan cara yang khusus di sebut dalam Al-Quran (Li’an atau prosedur Mula’anah-Surah An-Nur 6-10).

Ringkasnya, kenapa Eskay ini pulak yang nak bersumpah ini, yang membingungkan ramai pihak, terutama alim ulama. Tambahan beliau mangajak dan mencabar sama supaya Ketua pembangkang itu pun bersumpah. Sumpah laknat katanya.

Apa yang perlu Eskay tahu bahawa dia dan dua rakannya sekarang ini tertakluk kepada tuduhan Qazaf kalau perundangan Islam yang dirujuk, apabila dia gagal mendatangkan 4 saksi. Undang-undang sivil tidak punya peruntukan dalam mengendalikan kes di antara dua orang dewasa yang melakukan seks di luar nikah secara rela (illicit sexs between 2 consenting adults).

3.   Apakah kesudahan semua perkara ini pada pandangan Dr?

Saya amat insaf dengan pergolakan politik jelek dan hodoh sekarang ini yang mewarnai dan menjadi budaya politik tanah air kita. Kalau ini berterusan menjadi cara dan tata-orde dan gelagat pelaku politik di negara ini, tidak mustahil rakyat seluruhnya akan benci dan bosan kepada orang politik dan politik sendiri.

Politik yang sepatutnya menjadi urusan kepimpinan, pentadbiran dan tata-kelola yang baik dan berkesan di segi menyemak dan mengimbang sesebuah kerajaan, samada di Pusat atau Negeri, telah menjadi pentas dan ruang untuk melakukan ‘character assasination’ dan sarat perbuatan jelek dan membinasakan ummat. Lebih parah lagi kerana setiap kali ia tampil semakin lebih hodoh dan jelek, khususnya yang membawa implikasi Qazaf, zina dan pelbagai perbuatan sumbang yang merosak akhlak dan budaya masyarakat, khususnya yang golongan remaja dan bahkan anak-anak yang terdedah kepada segala ini. Sekarang ini ianya didedah dalam media seeprti TV3, akhbar-akhbar dsbnya. Ini mengaibkan dan merosakkan akhirnya seluruh ummat dan negara! Ini adalah politik yang menghancurkan – ‘destructive zero-sum game’ yang dinamakan sebagai Gutter or Smute Politics! Hentikan semua politik jelek dan keji ini!!

Sumber DD : 2/05/2011



Dampingi Insan Yang Jasadnya Di Dunia, Hatinya Di Akhirat

Oleh Tuan Guru  Nik Abdul Aziz Nik Mat

TERCETUSNYA persoalan uzlah (menyendiri) ini ialah ketika mula tersebarnya ilmu tasawuf, di kalangan manusia yang cenderung mencari kaedah menjaga diri dan hati daripada pengaruh buruk orang ramai.
Bagaimanapun Imam Al Ghazali lebih cenderung kepada bergaul (mukollatoh) sesama anggota masyarakat, kerana lebih banyak faedah yang diperolehi.
Mereka memikirkan untuk mengasing diri (uzlah) daripada manusia ramai, kerana menganggap bahawa orang ramai jadi punca manusia berdosa kepada Allah SWT dan dosa terhadap sesama manusia.

Antara faedahnya ialah jika seseorang itu berilmu dia boleh laksanakan tanggungjawab berdakwah dan mengajar, jika jahil berpeluang menuntut ilmu bagi hapuskan kejahilan diri.

Banyak lagi manfaat yang diperolehi bergaul berbanding dengan mengasing diri. Pelbagai nas dalil dikemukakan menyokong mukhollatoh lebih berfaedah daripada uzlah dalam perbincangan yang lalu.


Sumber : DD - 16/05/2011


Kekebalan Utusan siar berita palsu




Oleh Lim Guan Eng

Demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno di kawasan parlimen saya, Bagan (Butterworth) menunjukkan permainan politik bahaya Umno yang bukan sahaja menentang pembukaan jalan alternatif bebas tol yang harganya kurang daripada RM2.5 juta.

Lebih membahayakan keharmonian kaum dan agama di negara ini adalah demonstrasi yang terinspirasi oleh Umno ini menyebar kata-kata bohong secara terang-terangan dengan menuduh DAP berhasrat untuk membentuk negara Kristian dan melantik Perdana Menteri beragama Kristian untuk mengutuk diri saya.

Adalah amat tidak bertanggungjawab bagi pihak Umno untuk bermain api dengan menyebarkan pembohongan melalui surat khabarnya Utusan Malaysia semata-mata ingin meraih sokongan kaum Melayu walau apa cara sekalipun.

Ramai pemimpin di kalangan komuniti agama Kristian turut melahirkan kekecewaan atas penipuan bersifat provokasi ini dan menafi dengan sekeras-kerasnya bahawa wujud kumpulan paderi Kristian yang bekerjasama dengan DAP untuk membentuk sebuah negara Kristian dengan Perdana Menteri yang beragama Kristian.


Kegagalan menghentikan akhbar milik Umno, Utusan daripada meneruskan kempen pembohongannya, kerajaan BN sekali lagi menghasut kebencian terhadap komuniti minoriti Kristian. DAP amat khuatir bahawa kempen benci yang dilancarkan terhadap orang beragama Kristian oleh Utusan ini tidak akan berhenti setakat serangan lisan sahaja.


Kerajaan BN perlu menanggung sepenuhnya tanggungjawab terhadap sebarang akibat yang tidak diingini yang berlaku pada komuniti Kristian di Malaysia berikutan dengan kempen bohong dan benci oleh Utusan ini.






DAP mengulangi pendirian parti kami yang menyokong Perlembagaan Persekutuan di mana Islam adalah agama Persekutuan Malaysia. DAP menentang sebarang cubaan untuk membentuk negara teokratis yang berdasarkan mana-mana agama. Bahkan dasar menyokong kedudukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan adalah juga termaktub dalam perlembagaan DAP.






DAP merasa kesal bahawa Perdana Menteri, Najib Razak menyeru semua pihak supaya bertenang dan berjanji akan menyiasat dakwaan yang berkenaan tanpa menyatakan apakah tindakan yang akan diambil terhadap Utusan Malaysia sekiranya didapati mencetak berita palsu. Jelas sekali, kerajaan BN bukan sahaja gagal menghalang Utusan daripada terus membuat serangan tidak berasas, malah telah memberikan galakan kepada Utusan dengan berjanji untuk mengambil tindakan terhadap paderi Kristian dan DAP jika terbukti beritanya benar.





Mengapa kerajaan BN tidak berjanji untuk mengambil tindakan tegas terhadap Utusan sekiranya akhbar berkenaan dibuktikan menyiarkan berita palsu? Double-standard seperti ini daripada barisan pemimpin BN menimbulkan kecurigaan bahawa Utusan menikmati kekebalan sebagai akhbar milik Umno yang dibenarkan untuk menyebarkan pembohongan bahaya dan melancarkan kempen benci terhadap kaum minoriti Kristian yang tidak berdaya untuk mempertahankan diri mereka.
Sumber DD : 18/05//2011





Dalam demonstrasi terhadap saya itu, Umno memang berhak untuk menentang pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan 29–Jalan Siram yang memakan kos kurang daripada anggaran awal iaitu RM5 juta. Melalui kerajaan Pakatan Rakyat yang melaksanakan sistem tender terbuka, kos pembinaan berjaya dikurangkan kepada RM3.3 juta.


Kontraktor yang mengendalikan projek tersebut merupakan kontraktor Melayu yang berjaya mengurangkan kos jauh lebih rendah iaitu RM800,000 menjadikan kos akhir hanya RM2.5 juta. Semua ini dilakukan melalui pengawasan rapi Exco Kerajaan Pulau Pinang, Lim Hock Seng.






YB Lim Hock Seng - Exco Kerajaan Pulau Pinang

Ini adalah kes klasik di mana kos projek di bawah pengawasan Kerajaan Negeri dapat dikurangkan sehingga lebih rendah dari kos yang ditender, sesuatu yang tidak akan berlaku di negeri BN. Lebih-lebih lagi, kontraktor yang berjaya melakukan kerja dengan baik adalah kontraktor Melayu, sekali lagi membuktikan bahawa bukan sahaja kontraktor Melayu boleh bersaing di bawah sistem tender terbuka tetapi kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang juga turut memberi majoriti projek kita kepada kontraktor Melayu.

Sangat menyedihkan apabila Umno sanggup menentang jalan alternatif percuma tetapi tidak pula mengadakan demonstrasi menentang jalan yang dikenakan tol. Ini adalah perbezaan penting ketara di antara BN dan Pakatan. BN hendak membuat jalan bertol untuk mengaut duit daripada rakyat tanpa menyediakan jalan alternatif percuma lain. Pakatan pula menyediakan jalan alternatif tanpa tol.






BN dan Umno mempunyai hak untuk membantah dan menentang kerajaan Pakatan Pulau Pinang di atas pembinaan jalan alternatif tanpa tol di Jalan Bagan (Butterworth). Ini ternyata terdapat perbezaan prinsip antara BN dan Pakatan.






Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berhak melancarkan suatu kempen berdasarkan pembohongan dan Umno tidak berhak untuk membantah sesuatu perkara yang tidak benar. Kalau tidak, sampai bilakah semua ini akan berakhir? Jika negara kita dibina atas pembohongan, maka ianya semestinya akan binasa.


Rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama harus berdiri bersama-sama menentang Umno dan Utusan Malaysia yang sengaja bermain api dan bersedia untuk membakar 1 Malaysia dengan agenda perkauman 1Melayu/1Bumi, 1Cina oleh MCA ataupun 1India oleh MIC.


Antara faedahnya lagi ialah ‘istiknas’ iaitu berusaha agar manusia dapat menjinakkan hati kita supaya tidak liar terhadap agama. Juga ‘inas’ iaitu golongan berilmu mengasuh manusia supaya tenang hati patuhi suruhan agama.

‘Istiknas’ dan ‘inas’ adalah antara perkara yang mustahak dalam urusan agama. Orang yang telah dijinak hatinya dapat dikenal pasti daripada keadaan diri tutur katanya, sentiasa dalam lingkungan agama.


Kenaikan harga gula:Bantu FELDA atau rakyat?





Oleh Lim Guan Eng (KM Pulau Pinang) 


DAP kesal terhadap Kerajaan BN yang lebih cenderung membantu FELDA dengan meningkatkan keuntungan perniagaan gulanya bernilai RM232 juta pada tahun 2010 berbanding membantu rakyat dengan menaikkan harga gula sebanyak 20sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.  Keuntungan yang diperolehi oleh FELDA dalam perniagaan gula didedahkan oleh anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd.

Untuk pertama kalinya, Felda Land Development Authority (FELDA) yang ditubuhkan pada tahun 1956 merupakan badan berkanun yang bertujuan mengurangkan jurang kemiskinan di antara masyarakat Melayu luar bandar melalui skim penempatan semula tanah akan mengembangkan perniagaan gulanya.  Ini diikuti dengan pengambilalihan pada tahun 2010 daripada adik-beradik Kuok - dikuasai oleh PBB Group Bhd iaitu Malayan Sugar Manufacturing Co Bhd (kini dikenali sebagai MSM Malaysia Holdings Bhd), sebuah ladang tebu di Perlis, 50% saham gula di Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd dan 20% pegangan saham di Tradewinds (M) Bhd.

Ketika ini, FELDA yang memiliki salah satu kumpulan terbesar di dunia dalam kepelbagaian bidang pertanian menyasarkan untuk menyenaraikan MSM di dalam Bursa Saham sekitar Julai di mana ia memiliki saham sebanyak 85%.  Baki saham dimiliki Koperasi Permodalan Felda Bhd Malaysia.

Tawaran umum yang dikendalikan oleh CIMB Investment Bank Bhd pada awalnya menganggarkan saham syarikat tersebut bernilai RM2.46 bilion atau RM3.50 untuk setiap saham.  MSM merupakan ladang gula dan beroperasi di bawah FELDA.  MSM menghasilkan hampir 60% daripada pengeluaran gula halus di Malaysia yang bernilai lebih kurang MYR 2.3 bilion.  Pada tahun 2010, MSM memperolehi keuntungan sebanyak RM 232 juta.

Keuntungan sebanyak RM232 juta ini sepatutnya mencukupi untuk mengawal sebarang penjimatan subsidi gula daripada kerajaan berbanding kenaikan harga gula.  Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Zain Mohd Dom telah mengumumkan bahawa kenaikan harga gula adalah untuk mengurangkan subsidi gula sebanyak RM116.6 juta daripada RM400 juta setahun.

Apalah sangat RM116.6 juta berbanding RM232 juta keuntungan yang diperolehi MSM tahun lalu?  Daripada menjalankan tanggungjawab sosial membantu rakyat Malaysia terutamanya golongan miskin, FELDA menerima manfaat daripada RM11.6 juta yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

Kerajaan BN boleh memindahkan kos sebanyak RM11.6 juta kepada MSM dengan mudah memandangkan ianya dimiliki oleh FELDA.  Sebaliknya, dengan dasar BN yang terpesong dan polisi "coprorate-centric" yang hanya membantu syarikat-syarikat besar, sanggup mengorbankan rakyat biasa yang miskin, BN telah memilih untuk memberi tamparan kepada 27 juta poket rakyat Malaysia daripada mengenakan syarikat raksasa yang berkeuntungan besar seperti FELDA atau MSM.

BN belum mampu untuk menjelaskan mengapa masih tiada tindakan diambil untuk mengurangkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion setahun kepada penjana tenaga bebas (IPP) sedangkan ia berupaya untuk mengambil tindakan mengurangkan berjuta-juta subsidi gas dan diesel yang membebankan rakyat Malaysia biasa.  Dasar sosial-ekonomi yang lebih adil seharusnya direncanakan dengan mengurangkan subsidi kepada golongan kaya dan bukan golongan miskin.

DAP mendesak kerajaan BN untuk tidak mengurangkan sebarang subsidi diesel atau gula yang akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia sehingga tindakan untuk memotong subsidi gas kepada IPP diambil.  Kegagalan BN melakukan perkara tersebut memberi gambaran jelas bahawa BN adalah berkaitan Barang Naik manakala PR (Price Reduction).

Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan.


Allah SWT kurniakan kelebihan padanya. Sekadar menatap wajah dan tingkah lakunya walau sebelum berkuliah sudah terasa sejuk di hati, lantas ingat Allah SWT dan hari akhirat.


Kepimpinan PAS dan prospek lanskap baru politik negara




Oleh Mujahid Yusof Rawa

Muktamar PAS ke 57 pada 3,4,5 Jun baru–baru ini mendapat perhatian orang ramai. Kalau dulu tidak ada siapa yang berminat mengikuti perkembangan PAS tetapi sejak pasca PRU ke 11, perkembangan PAS diberi tumpuan yang mendalam.





Utusan Malaysia dan TV arus perdana yang sememangnya bersikap negatif  dengan PAS menggunakan kesempatan Muktamar kali ini untuk ‘membelasah’ PAS tetapi dengan cara yang halus dan menyakitkan.

Apa yang pelik dalam liputan ini, pemimpin-pemimpin Umno dan para ahli akademik yang menjadi alat dan perkakas buruk Umno seolah-olah lebih hebat penghayatan mereka kterhadap perjuangan PAS, malah ada yang mengatakan PAS telah hilang ketulenan perjuangannya apabila sedia tunduk kepada desakan Dap dan PKR dan sanggup meninggalkan perjuangan Islam yng dibawa selama ini.





Kepada Utusan dan TV arus perdana saya ucapkan syabas kerana memberi tumpuan walaupun caranya tidaklah cerdik, tetapi yang penting kepada para penganalisa dari ahli akademik mereka telah menggadaikan nilai akademik mereka untuk kepentingan Umno saya ucapkan takziah kepada karier mereka. Kepada pemimpin Umno saya tak tahu nak ucapkan apa-apa tentang komen mereka tetapi yang pasti mereka ‘lebih PAS dari PAS!’

Apa yang lebih penting dalam memahami isu muktamar PAS bukanlah apa yang mahu difahamkan oleh media massa perdana yang bertaraf ‘longkang’ dan ‘parit’ itu, tetapi apa yang lebih penting ialah apa yang PAS mahu lakarkan untuk masa depan perjuangannya. Perjuangan selama 57 tahun ini bukanlah satu perjuangan yang melalui jalan yang mudah.

Telah beberapa kali PAS rebah dan bangkit, rebah dan bangkit sehinggalah ia mampu sampai kepada tahapnya yang ada hari ini. Tahapnya hari ini bolehlah dibanggakan berdasarkan kepada beberapa halangan yang berjaya diatasi oleh PAS sepanjang keberadaannya di pesada politik tanahair. Antaranya ialah, PAS bukan sahaja didokongi oleh segmen berlatarbelakangkan agama tetapi juga oleh segmen lain yang berperanan aktif. Kedua, PAS berjaya meroboh tembok yang memisahkannya dengan pengundi bukan Islam dengan pencapaiannya yang terbaik di kawasan-kawasan campuran. Ketiga, PAS mempunyai sayap bukan Islam (DHPP) dalam struktur partinya yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini dan akhirnya PAS berjaya melebarkan pengaruhnya di luar kawasan tradisinya di Pantai Timur dan Utara ke Tengah dan Selatan tanahair termasuk Sabah dan Sarawak. Pencapaian-pencapaian ini berlaku di tengah-tengah suasana permusuhan media perdana kepada PAS dan aturcara permainan demokrasi yang tidak adil. Bagi parti lain yang tidak mempunyai kekuatan ideologi dan organisasi parti sudah pasti akan berkubur untuk terus hidup dalam suasana sedemikian rupa, tetapi PAS mampu hidup malah terus segar bugar seperti rangkap akhir lagu PAS yang berbunyi: “Berpandukan Al Quran dan Sunnah, suburlah hidupnya dan pasti berbuah…” Inilah buah-buahnya yang dipetik oleh generasi  PAS hari ini. Malangnya kita tidak akan mengharapkan para ahli akademik ‘dungu’ mampu melihat pencapain-pencapaian ini, janganlah mengharapkan Umno pula nak ingatkan pencapaian-pencapaian PAS!

Para perwakilan Muktamar ke 57 sebenarnya mengirimkan isyarat kepada orang ramai bahawa mereka telah membuat beberapa pertimbangan yang matang di mana asasnya ialah, ketokohan kepimpinan bukan sahaja keperluan dalaman tetapi ia perlu diambil kira keperluan persepsi awam di luar parti. Dengan kata lain ketika mereka mengundi mereka bukan ‘bijaksini’ sahaja tapi juga ‘bijaksana’ maksudnya mereka perlu mengambil kira orang lain dan bukannya syok sendiri. ‘Syok sendiri’ ialah apabila mereka melantik kepimpinan yang mereka kenal dalaman sahaja tetapi tidak mengambil kira populariti kepimpinan di kalangan awam. Barisan teratas yang baru dipilih memperlihatkan populariti kepimpinan yang diiktiraf oleh orang awam. Selain Presiden yang dikenali dalam dan luar negeri, Timbalan Presiden Mat Sabu sememangnya tokoh dikenali ramai kerana pidatonya dan komitmennya kepada reformasi demokrasi di negara ini. Ketiga-tiga Naib Presiden pula iaitu Salehudin, Husam dan Mahfuz mempunyai kekuatan akar umbi dan popular di kalangan massa. Undi tertinggi AJK Pusat pula iaialu Sdr Mazlan Aliman berjaya menggegarkan isu Felda sehingga menjadi isu nasional. Ini adalah sebagai contoh para perwakilan membuat pertimbangan impak kepopularan selain daripada komitmen mereka kepada dasar dan perjuangan parti.

Isyarat perwakilan juga mengharapkan beberapa pembaharuan dalam parti apabila mereka berani memecah tradisi mengundi calon ‘bukan ustaz’ untuk nombor 2 tertinggi parti. Ini bermakna, ‘jika kami berani memecah tradisi, kami mengharapkan sesuatu daripada keberanian ini dengan usaha pembaharuan yang berupaya melonjakkan parti ke hadapan.’ Ketegasan ini mudah difahami kerana perwakilan mengharapkan barisan ini mampu membawa hasrat persediaan PRU 13 dimana untuk PAS berjaya menambat hati pengundi, persediaan organsiasinya perlu di tahap yang meyakinkan pengundi dari sudut PAS seharusnya membawa aspirasi nasional. Mengolah parti dalam proses menasionalkannya memerlukan seni kepimpinan tahap tertinggi dalam mengimbangi prinsip Islam sebagai dasar parti dan keperluan nasional sebagai manifesto politik parti kepada orang ramai. Ini sebahagian daripada harapan yang dikalungkan kepada kepimpinan yang baru.

Satu fakta yang tidak dinafikan ialah kenyataan bahawa lanskap politik negara akan berubah dengan tumbangnya Umno dan BN. Impak tumbangnya regim lama ini akan mengubah cara pentadbiran politik di negara ini dimana satu wajah baru akan muncul dan satu waktu peralihan akan berlaku bagi mengurus ‘after-shock’ jatuhnya satu sistem lama. Kekosongan kejatuhan Umno/BN perlu diisi oleh PR dan PAS mesti memimpin usaha pengisian ini nanti. Retorik kepimpinan PAS perlu diterjemahkan dalam praktikaliti manifestonya di mana buku jingga sedia ada perlu dihadam oleh para pengundi nanti. Kesemua tawaran-tawaran ini akhirya akan berpijak kepada satu persoalan penting iaitu, apakah perubahan yang ditawarkan oleh PR akan menjejaskan asas-asas kenegaraan yang terbina selama ini? Kepimpinan baru mesti meyakinkan 27 juta rakyat Malaysia bahawa tanggungjawab mempertahankan asas-asas kenegaraan adalah komitmen PAS dan PR dan untuk berbuat demikian PAS perlu diyakin dan diterima sebagai pembawa obor aspirasi nasional. Komitmen kepada Perlembagaan Persekutuan dan simbol-simbol serta penghayatan patriotism perlu dilihat mengalir dalam seluruh organ parti dan terungkap dalam retorik ucapan-ucapan kepimpinan.

Makna Muktamar ke 57 ini penting  untuk kita melihat satu perubahan lanskap politik yang bakal akan berlaku dan secara kebetulan PAS memberanikan diri untuk membuat pemilihan pada kali ini walaupun Umno dan DAP menangguhkan pemilihan parti masing-masing. Ini satu keberanian dari PAS untuk mengatakan kepada orang ramai bahawa ia tidak perlu bimbang perubahan pucuk kepimpinan mahupun kesan proses pemilihan bahkan barisan yang dipilih baru-baru ini adalah untuk menyediakan ruang yang akan ditinggalkan oleh regim lama dalam cita-cita PAS untuk memartabatkan maruah dan hak rakyat demi negara yang tercinta. Prospek kepimpinan baru dalam perubahan lanskap politik negara cerah dan meyakinkan.

Ilmu daripada hati akan sampai dan meresap ke hati, tetapi ilmu dari mulut sekadar singgah di telinga pendengarnya sahaja.


Sumber DD : 9//06/2011


Perhimpunan Yang Menamatkan Dominasi BN



Oleh DR. MUHAIMIN SULAM
Dengan siaran berulang kali di kaca tivi dan media tentang himpunan Bersih 2.0, mauduk perhimpuhttp://www.sayaanakbangsamalaysia.net/images/pics/news/bersih-logo-small.jpgnan akan terus berada pada carta teratas perbualan masyarakat. Jumlah undian lebih 1 juta sokongan pada perhimpunan Bersih 2.0 membayangkan bahawa perhimpunan itu akan lebih berskala besar.



Langkah mengadakan perhimpunan di Kuching dan Kota Kinabalu menambah-nambahkan lagi tekanan kepada kerajaan sedia ada.Sokongan terbuka oleh SN Dato' A. Samad Said dan Aziz Bari sememangnya tersedia merungsingkan.





Sasterawan Negara A. Samad Said 





Professor Abdul Aziz Bari - Pakar Perlembagaan / Pensyarah Undang-undang UIAM


Pasukan peguam yang bersedia berkhidmat dan menghadapi risiko kena tangkap.....wow!
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain turun ke jalan raya.
Era memperayai sistem pilihanraya semakin mereput.
Inilah saatnya untuk menamatkan satu marathon lebih setengah abad hegemoni kuasa.

http://muhaiminsulam.blogspot.com/

Sumber DD : 27/06/2011





Oleh itu sekali sekala berilah peluang cerdaskan hati dengan bertemu individu tertentu, iaitu orang yang apabila terpandang dirinya atau mendengar tutur katanya, mencetuskan semangat untuk beramal ibadat.
Abdullah bin Abbas r. anhuma berkata: "Jika aku tidak bermasyarakat, tanpa mendengar suara serta menatap wajah sahabat yang tenteramkan jiwaku, mungkin akan timbul di hatiku kesan yang tidak baik."

Kata-kata Ibnu Abbas itu menjelaskan sikapnya yang suka bergaul, para sahabatnya terdiri daripada sahabat Nabi s.a.w. merupakan golongan ilmuan.

Beliau lebih gembira bergaul supaya perolehi ilmu daripada Nabi s.a.w., boleh dimanfaatkan terhadap persada masyarakat.

Justeru itu sekalipun bagi yang beruzlah, tidak dapat menafikan mustahaknya berinteraksi dan bercakap, dengan kawan yang boleh melapang dan damaikan jiwa.

Luangkan waktu walau sesaat setiap hari untuk tujuan tersebut, kerana jiwa yang tumpul sukar untuk melakukan kegiatan yang baik. Lantaran tidak menajamkan jiwa dengan bertemu sahabat yang berkat situasinya.


Mereka jenis manusia yang jasadnya di dunia tetapi hatinya berada di akhirat, kerana tutur kata individu berkenaan ibarat batu penajam bagi jiwa orang awam.

Apabila masyarakat menganggap begitu mulia dan tinggi kedudukannya, hendaklah usahakan sedaya mungkin supaya harapan orang ramai tidak dikecewa-hampakan.


Seperti kata hukama; apabila memandang orang yang bertakwa, segera ingat kepada Allah SWT serta hari akhirat.

Justeru itu hendaklah berusaha mencari orang yang begitu situasinya, janganlah musnahkan saat berharga pertemuan dengan individu istimewa itu.


Jangan tersalah pilih hingga bertemu orang walau sesaat akan punah seluruh detik selainnya. Lantaran tingkah laku dan tutur katanya tidak menolong hati seseorang untuk ingat Allah SWT.

Sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Seseorang itu dinilai mengikut agama kawan rapatnya."Oleh itu setiap orang hendaklah berfikir dan waspada; dengan siapa mereka berkawan rapat."

Seseorang itu apabila bertemu kawan rapatnya, hendaklah pastikan tujuan pertemuan dan perbincangan hanya dalam urusan agama.

Bincangkan juga mengenai kecuaian diri untuk istiqamah atas kebenaran, agar persoalan tersebut dapat diatasi bersama.
EO dan ISA: Sempurnalah satu kezaliman




Oleh Mujahid Yusof Rawa

Saya begitu simpati dengan dengan penahanan enam anggota PSM yang ditahttp://www.bloggerrakyat.com/wp-content/uploads/2011/07/Tahanan.jpghan di bawah Ordinan Darurat atau Emergency Ordinance (EO) di atas kesalahan “menentang Yang di-Pertuan Agung” kononnya menghidupkan fahaman Komunis! Saya yakin saya tidak keseorangan menyatakan simpati terhadap mereka dan keluarga mereka yang ditahan, seluroh rakyat yang cintakan keadilan pasti “meluat” dengan lagak regim yang sedang nazak sekarang terkial-kial cuba mempertahankan keabsahannya dengan cara yang menjijikkan.




YB Dr Jeyakumar Melcom Exevier

Apatah lagi dalam suasana simpati ini, saya mengenali YB Jeyakumar, seorang komrade yang gigih memperjuangkan hak rakyat marhaein. YB Sungei Siput ini terkenal sebagai seorang sosialis dalam makna yang positif dan memperjuangkan suaranya melalui saluran resmi PSM dan dirinya sebagai Ahli Parlimen. Penangkapan mereka di ambang 9 July di Pulau Pinang adalah satu yang malang bagi hak kebebasan rakyat untuk berkumpul dan menyatakan pendirian mereka. Penangkapan mereka memutarkan jam ke belakang untuk rakyat Malaysia yang sudah 59 tahun merdeka.

Sikap PAS

Tidak syak lagi PAS sebagai sebuah parti Islam menentang akta dan ordinan ini, alasannya terlalu mudah untuk difahami kerana prinsip “Tidak bersalah sehingga terbukti bersalah” Prinsip ini dijulang sebagai mercu tanda keadilan dalam Islam yang disebut oleh Fuqaha Islam sebagai “Baraatuz Zimmah” Tanda keadilan itu dihormati ialah memberikan peluang kepada yang tertuduh hak untuk dibicara dan hak untuk mempertahankan dirinya. Islam juga mewajibkan bebanan bukti ialah di atas bahu orang yang menuduh dan bukan ke atas orang yang kena tuduh. Ini tidak termasuk konsep awal segala perundangan ialah sesuatu pertuduhan itu mestilah mempunyai merit dakwaan yang ada nilai-nilai perundangan. Sesuatu dakwaan tidak boleh mempunyai merit lain seperti politik ataupun bertujuan “mala fide” bertujuan jahat.





Berlatarbelakangkan prinsip-prinsip perundangan di atas saya berani mengatakan bahawa penahanan ke atas 6 orang komrade PSM bercanggah dengan semua nilai-nilai perundangan yang matlamatnya ialah untuk menegakkan keadilan. Penahanan mereka di bawah EO adalah satu bentuk pengadilan yang memualkan dalam masyarakat yang sudah maju pemikirannya dan lebih buruk daripada itu EO dan ISA adalah satu pembudayaan yang buruk dan tidak sesuai dengan pencapaian negara kita yang bangga dengan kemajuannya. Ketidak seimbangan antara kemajuan materil dan pemikiran tentang “justice” adalah episode malang buat rakyat di negara ini.

Selamat tinggal zaman kuno

Lagak regim yang terdesak memang sama di mana-mana, kerana gagal mempertahankan kedudukannya secara berperinsip dan bermaruah mereka akan mencari jalan lain untuk terus berkuasa walaupun ianya bercanggah dengan prinsip-prinsip moral dan perundangan. Akta yang digubal menjadi alat mudah untuk dieksploitasikan dengan mengekalkan kewujudannya walaupun ia sudah tidak releven lagi dalam konteks masakini. Pihak penguatkuasa yang memelihara undang-undang hanya menjadi “Pak Angguk” kepada “Tuan-tuan Politik” mereka dan bukan menjadi benteng menegakkan keadilan unuk rakyat. Zaman perhubungan tuan-hamba ini adalah zaman kuno ketika pendidikan dan kesedaran hak dan kebebasan masih dipenjara dalam bilik-bilik gelap penguasa. Islam telah mengeluarkan hak dan kebebasan dari kegelapan bilik-bilik ini dengan memberikan makna hak dan keadilan dengan cahayanya. Pada ketika makna Keadilan dan Hak ini disimbah cahaya, tertumpulah orang ramai kepadanya, lalu mereka mendapatkan cahaya itu dan meninggalkan penguasa-penguasa yang zalim dan pendokongnya terkapa-kapa. Seperti halnya hari ini perbuatan penguasa yang zalim sudah tidak laku dan tidak dipedulikan oleh rakyat, lalu mereka memaksa dengan ugutan dan ancaman supaya hubungan Tuan-Hamba dikembalikan , dengan itu mereka terus menerus menindas!

Perjuangan diteruskan

Saki baki daki zaman feudal ini harus dikikis supaya kita aman dari ancaman mereka. Sememangnya bukan mudah untuk konsisten dalam satu sikap kerana kita akan diuji, namun kita tidak ada pilihan melainkan mempunyai azam dan jiwa yang kental. Hari ini 6 orang komrade kita dizalimi, esok siapa lagi? Selagi pemimpin zaman feudal kekal menguasai kehidupan rakyat Malaysia selagi itu tiada jaminan peristiwa tidak akan berulang. Kita yang masih bebas bersuara di luar ini mesti meneruskan suara yang dipenjarakan di dalam sana. Rintihan anak isteri dan suami mereka mesti dibela, kita tidak boleh berdiam diri dan mengambil sikap “selamat”. Kita mesti menyuarakan tentang kezaliman ini dengan apa cara sekalipun supaya suara kita memperjuangkan keadilan sampai dipelusok desa dan Bandar. PAS akan terus komited dalam kumpulan GMI (Gerakan Mansuhkan ISA dan EO), kita telah membuktikan dalam satu perhimpunan besar tahun 2009, saya telah ditahan kerana perhimpunan itu tetapi kecil dan malu saya di atas nama mereka yang menjadi mangsa ISA dan EO kerana penderitaan mereka lebih hebat. Teruskan perjalanan kita demi keadilan!

Sempurnalah sudah kezaliman

Sesuatu yang sempurna memang dinanti-nantikan kerana ia lambang satu kejayaan, tapi awas! bukan perkara yang baik sahaja yang sempurna, perkara yang jahat juga menuju kesempurnaan. Kini di saat negara menuju kepada lanskap politik baru dengan terjahan Bersih dan kebobrokan regim yang nazak, rakyat menaruh harapan kepada politik berperinsip dan berkebajikan. Sebelum saat itu tiba rakyat terpaksa menunggu satu “pencapaian” regim Umno/BN dan ia menandakan waktu untuk mereka tunduk dan berundur, rakyat marhaein akan berkata: “…sempurnalahlah sudah kezaliman..”

* The views expressed here are the personal opinion of the columnist.

 Sumber DD : 29/07/2011


Najib ‘liabiliti’ paling besar kepada Umno
SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mhttp://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgenyifatkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sudah menjadi ‘liabiliti paling besar’ kepada Umno menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Katanya, ini kerana kegagalan Najib dalam menangani beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 2.0 dan yang terbaru penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat.

Justeru itu, Najib kini terpaksa mencari ‘talian hayat’ dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa.

“Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

“Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa,” katanya.

Jelas Dr Dzulkefly, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara demi memperoleh semula kepercayaan rakyat, namun usaha itu ternyata sia-sia.

“Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan.”

Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu.

“Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan manteranya ‘Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan’, kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya,” katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu merupakan seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara.

“Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian.

“Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti ‘you help me, I help you (anda tolong saya, saya tolong anda)’, beliau sinonim dengan tabiat flipflop, satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua,” katanya.

Menurut Dr Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu.

Tambah beliau lagi, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi betapa buruknya kepimpinan Najib.

“Kini, rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.

“Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009.

Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai KeADILan dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Sumber DD : 9/082011


Islam tertegak atas dalil bukan sentimen
Oleh Mohamed Hanipa Maidin


NAIB Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan tidak bersetuju dengan pendirian Mufti
 Pulau Pinang berhubung isu larangan membaca al-Quran menggunakan speaker di masjid.

Setakat yang saya ikuti laporan di akhbar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mantan Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin dilaporkan bersetuju dengan pendirian Mufti Pulau Pinang.


Mufti Negeri Perlis juga bersetuju. Tuan Guru Nik Aziz dan Dr Asri menyokong Mufti Pulau Pinang berdasarkan dalil dari nas naqli iaitu Hadis Rasulullah s.a.w. Sehingga kini kita tidak tahu dalil apa yang Zahid Hamidi gunakan untuk tidak menyokong pendirian Mufti Pulau Pinang.

Adakah hanya pendirian itu datangnya dari negeri yang bukan ditadbir BN, maka Umno diarah menentangnya semata-mata untuk menentang biarpun tanpa sebarang dalil?

Untuk Zahid Hamidi dan Umno, sayugia untuk kita ingatkan bahawa politik menentang hanya semata-mata menentang bukanlah politik mentaliti pemimpin kelas pertama. Itu politik pemimpin tak ada kelas!
Keduanya kita juga ingin mengingatkan Umno bahawa isu ini melibatkan soal hukum Islam mengenai prinsip ibadah dalam Islam. Membaca al- Quran adalah satu ibadah.

Bagaimanapun adakah hanya kerana ia ibadah maka kita boleh melakukannya sesuka hati tanpa mengikut panduan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w.

Untuk Umno kita ingin ingatkan ada dua kaedah atau prinsip yang mereka harus faham.
Pertamanya para ulama Islam telah menggariskan kaedah bahawa dalam soal ibadah “sesuatu ibadah itu adalah dilarang kecuali ada nas yang membenarkan”.

Kita berpuasa di bulan Ramadan kerana ada nas. Kita berpuasa sunat Isnin dan Khamis kerana ada nas. Meskipun kita seorang yang kuat berpuasa kita tidak boleh berpuasa pada hari raya kerana tiada nas membenarkan kita berbuat demikian.

Hal yang sama berlaku di dalam isu membaca al-Quran dengan menggunakan speaker di masjid khususnya di waktu dinihari sewaktu manusia sedang berehat - ada nas yang melarang hal tersebut. Jika mufti tidak bersandar nas, apa relevannya jawatan mufti?

Prinsip bahawa “sesuatu ibadah adalah dilarang kecuali ada nas yang membenarkan” adalah penting kerana tujuan ibadah adalah ‘taqarrub ilallah’ (mendekatkan diri kepada Allah) sebab itu ianya hanya boleh dibuat jika ada nas yang jelas. Siapakah yang lebih layak untuk memberi tunjuk ajar kepada kita dalam urusan ibadah jika bukan Rasulullah s.a.w.?

Prinsip ini amat penting untuk diteliti bagi menutup rapat segala pintu bidaah dan khurafat.
Untuk Zahid Hamidi dan Umno saya ingin mencadangkan beliau membaca buku karangan Almarhum Sheikh Muhammad al-Ghazali bertajuk Laysa min al- Islam - satu buku yang mengupas dengan baik berhubung isu bidaah.

Kalau Zahid tidak boleh memahami bahasa Arab beliau bolehlah membaca terjemahan buku tersebut dalam bahasa Inggeris dengan tajuk ‘Within the Bounderies of Islam - A Study on Bid’ah’.

Dalam buku tersebut antara lain Sheikh Ghazali menukilkan kisah di mana seorang yang duduk di sebelah Ibnu Umar r.a. telah bersin dan mengucapkan Alhamdulillah dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Ibnu Umar r.a. lantas menegur orang tersebut dengan nasihat berikut; “Ini bukanlah cara Nabi Muhammad s.a.w. ajarkan kepada kami apabila kami bersin. Rasulullah s.a.w. hanya mengajar kami untuk sekadar mengucapkan ‘Alhamdulillah’.”

Sheikh al-Ghazali menyatakan; “Ibnu Umar r.a tidak berdiam diri berhubung tambahan yang dibuat yang mungkin bagi setengah orang tidak ada mudaratnya dan Ibnu Umar r.a. memilih untuk menegur dan menasihati orang tersebut agar perbuatannya masuk dalam linkungan yang dibenarkan oleh Islam tanpa penambahan dan pengurangan.”

Al-Ghazali seterusnya menyatakan; “Jika sekiranya pintu tambahan ini dibiarkan terus terbuka, mereka yang melampau akan menambah kata-kata yang lebih panjang lagi apabila seseorang bersin. Bidaah dalam perkara sekecil ini akan membawa kepada bidaah dalam perkaraperkara yang lebih besar lagi.”
Dalam perkara yang melibatkan soal bukan ibadah prinsipnya berbeza iaitu “sesuatu perkara itu adalah dibolehkan (ibahah) melainkan ada dalil yang melarangnya”.
Prinsip inilah yang menjadikan Islam terus relevan pada setiap masa. Prinsip ini menunjukkan bahawa Islam bukan agama yang sempit, ortodoks dan tidak menerima perubahan.

Sumber DD : 29/08/2011


Para nabi dan rasul sentiasa hadapi para penentang


Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

DALAM catatan sejarah ada di kalangan nabi yang dibunuh oleh kaumnya. Conhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsoHt7A4yLHC7yT0yBEM-PWe2usVRMBwMyrSZ-GOEE0n2xFhUa5A_Q-XQXOtlD53xI29gPBv68agzTeK_n2UBfJ8TxqfbB7D47fsuhRX6ozft4VdSMH6tX85VFJij8dD1YoYqBeBnZodw/s1600/tuan_guru_haji_nik_abdul_aziz_bin_nik_mat.jpgtohnya Nabi Yahya dan  
Nabi Zakaria a.s. dibunuh dengan kejam oleh kaumnya, iaitu dengan menanam hingga ke paras pinggang lalu digergaji hingga terbelah dua.

Dibunuh kerana nabi berkenaan mempertahankan kebenaran, ajaran berdasarkan tauhid Allah SWT hingga ke akhir hayatnya.

Ketegasan pendiriannya amat jelas jika putih tetap dikata putih tanpa dolak dalih. Meskipun nabi berkenaan menemui ajalnya tetapi akhirnya ajaran mereka diterima juga oleh sebahagian manusia.

Sebagaimana kesah Firaun yang kejam hingga kanak-kanak tidak berdosa dibunuh untuk menyekat berita, dikhabarkan oleh para nujumnya yang mengatakan bakal muncul seorang yang akan menentangnya.
Namun Firaun gagal menyekat kemunculan orang yang dibimbangi, akhirnya dengan takdir Allah SWT orang yang ditakuti kemuculannya itu dibesarkan dalam istananya sendiri.

Oleh sebab usaha Nabi Musa berdakwah dan mengajar tidak kenal jemu dan putus asa, walaupun Firaun dan menteri-menterinya melawan tetapi dalam senyap isteri Firaun turut menganuti ajaran Musa a.s.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan datanglah seorang lelaki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata; hai Musa, sesungguhya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu.” (Surah Al-Qashas ayat 20)

Lelaki yang datang memberitahu Nabi Musa a.s. semestinya orang yang beriman dengan Nabi Musa, menunjukkan selain dari isteri Firaun terdapat juga lelaki yang beriman dengan ajarannya.

Walaupun Musa ditentang dan dihalang, tetapi kesudahan ajarannya diterima juga oleh segolongan manusia.

Nabi Musa a.s. bukan saja berjaya dalam dakwah senyapnya, hingga ramai di kalangan rakyat jadi pengikut Musa beriman kepadanya. Malah berjaya membawa pengikutnya menyelamatkan diri daripada ancaman maut Firaun dan tenteranya.

Dengan pertolongan Allah SWT maka lautan yang jadi halangan, terbelah menjadi lebuh raya selamat untuk Musa a.s. dan pengikutnya.

Sebaliknya ia jadi perangkap maut kepada Firaun dan tenteranya.

Demikianlah kisah sejarah nabi-nabi yang terdapat dalam al-Quran.

Adapun sejarah orang-orang jahat, terdiri para penentang mendustakan nabi-nabi dan para rasul a.s. wassalam teredapat dalam al-Quran.

Antaranya ialah bangsa ‘Aad dan Tsamud, yang kini pupus generasi keturunannya dilenyapkan oleh Allah SWT daripada muka bumi ini.

Bangsa yang pada zamannya bertamadun tinggi, sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT bermaksud: “Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum ‘Aad?” “Iaitu penduduk Iram yang mempunyai bangunan bangunan yang tinggi,” “yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu di negeri-negeri lain,” “dan kaum Tsamud yang memotong batu besar di lembah, dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak).” (Surah Al-Fajar ayat 6 hingga 10)

Bangsa-bangsa yang gagah perkasa dan bertamadun tinggi pun boleh dilenyapkan, baka generasinya pupus daripada muka dunia ini.

Insan daripada kalangan bangsa yang miskin dan lemah takkan Allah SWT tidak boleh melenyapkan juga sekiranya terdiri daripada penentang nabi dan rasul a.s. wassalam.

Dengan demikian akan rasa gerun dan gentar untuk mengingkari, apatah lagi mencabar Allah SWT dan utusan- Nya seperti kaum ‘Aad dan Tsamud.

Demikianlah kisah-kisah golongan penentang para nabi dan rasul termuat dalam al-Quran. Sewajarnya menjadi iktibar dalam kehidupan insan beriman.

Kesan yang mendalam di hati pembaca al-Quran yang memahami maksudnya, iaitu merasa dukacita takut dan penuh harap, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): ‘Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan gembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.” “Kamilah pelindungpelindungmu dalam kehidupam dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperolehi (pula) di dalamnya apa yang kamu pinta.” (Surah Fush-shilat ayat 30 dan 31)

Ayat ini menceritakan bahawa orang yang beriman, istiqamah dan cekal hatinya dengan keimanannya.
Allah SWT turunkan malaikat lalu tiupkan ke dalam hatinya semangat, menyebabkan dia merasa lekeh terhadap pengaruh dan rintangan dunia. Dan perlihatkan gambaran syurga jelas di hatinya hingga rela tinggalkan kemilau duniawi.

Hingga dia rela bangun pada malam yang dingin untuk mencari kelebihan daripada Allah SWT melalui solat malam, kerana dia telah terbayang dan ternampak-nampak kegemilangan syurga yang ditayangkan oleh Allah SWT.

Terkesan di hati apabila berdepan dengan ayat-ayat Allah SWT yang bersifat ‘Ar-Rojaa’ (menaruh harap).
Di antara kesan membaca al-Quran ialah merasa takut hendak melakukan perkara maksiat yang membawa dosa. Kerana dosa itu membawa kepada kemurkaan Allah SWT, yang mengakibat terjerumus ke kawah azab neraka.

Sumber DD : 26/09/2011



Husam: Memacu PAS perintah negara pada PRU-13
Husam Musa   

Ketika Umno mendekati ajalnya, PAS muncul sebagai parti masa depan dengan pendekatan multi racialnya diambil dari Islam adalah agama universal milik semua bangsa. Ini tergambar dalam cogan PAS - ‘PAS Untuk Semua dan Negara Berkebajikan.’

“DAN Nabi Ya’kub, (Sebagaimana bapanya) Nabi Ibrahim telah mewasiatkan pesanan itu kepada kesemua anak-anaknya : “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama yang menjadi cara hidup dan mati ini untuk kamu, oleh itu, janganlah kamu mati kecuali sebagai seorang Islam.”

Sebagaimana Nabi Ya’kub berada di pertengahan antara Dato’ neneknya yang telah berjuang dan anak cucunya yang akan mewarisi perjuangan, kita kini berada di antara sejarah lalu PAS yang gemilang dalam keistiqamahannya dan sambungan perjuangan 60 tahun atau seratus tahun yang akan datang.

60 tahun yang lalu adalah sejarah pembinaan asas perjuangan PAS dan di atas binaan asas atau foundation ini, akan terdiri binaan menaranya.

PAS, seawal pilihan raya 1959 – 8 tahun selepas penubuhannya pada tahun 1951 – telah menjadi Parti Islam pertama di Asia mendapat kuasa melalui pilihan raya - Dengan Berjaya menawan hati rakyat sehingga mengangkat PAS mentadbir dua negeri - Kelantan dan Terengganu.

Satu fakta yang menarik – peranan berkesan gerakan muslimat dalam menyumbang kepada kemengan pilihan raya 1959. Melihat kejayaan dan pentingnya gerakan muslimat ini, Umno membentuk sayap kaum ibu mereka.

Dilihat dari sudut pilihan raya, PAS telah mencapai peningkatan kini, berbanding pencapaian pertama pada tahun 1959 itu. PAS bersekali rakannya dalam Pakatan Rakyat berjaya menerajui Kelantan, Perak dan Kedah – serta menjadi sebahagian kerajaan di Selangor dan Pulau Pinang – tapak sambutan 60 tahun pada hari ini - selepas pilihan raya ke 12.

Tanpa BN ditumbangkan di Pulau Pinang, kita tidak mungkin dapat bersidang di Dewan Milenium ini pada hari ini.

Sekilas imbasan – PAS kini kian menghampiri Umno dari sudut kedudukan politik negara.

Di Pulau Pinang – pada pilihan raya 2008, selain satu kerusi yang dimenangi ada 4 kerusi Dun di mana PAS kalah kecil di bawah 1,000 undi. Jika PAS boleh menang kesemua kerusi Dun, peranan PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang tentunya akan lebih kukuh.

Kemenangan kelima kerusi Dun ini juga boleh membantu PAS mendapatkan dua kerusi Parlimen iaitu Tasek Gelugor dan Kepala Batas.

Di Perak – PAS memenangi hanya 6 kerusi Dun dari 20 kerusi yang ditandingi, namun berjaya menabalkan MB dari parti kita, dengan sokongan parti rakan.

MB Perak dari PAS yang dianggap berkesan, terbuka, cekap , dan berkebajikan – sehingga memaksa Umno menggulingkan kerajaan ini dalam masa singkat bagi menyekat PAS membina pengaruh dalam susunatur masyarakat majmuk yang mewakili model demografi Malaysia.

Di Perak – PAS kalah marginal di sembilan kerusi Dun lain. 9 + 6 = 15 kerusi. Jika PAS berjaya memenangi semua kerusi marginal tadi, insya-Allah boleh memulangkan Perak kepada Pakatan Rakyat dan PAS. Ini juga boleh membantu PAS menambahkan empat kerusi Parlimen di Perak.

Begitu juga di Selangor – 13 kerusi Dun – PAS kalah marginal dan ini memberi ruang PAS bertapak untuk jangka masa panjang di negeri Pantai Barat – menghilangkan momokan selama ini bahawa PAS adalah Parti Pantai Timur atau tapak PAS hanya di Kelantan dan Terengganu semata-mata.

Sekali lagi - ia boleh melonjakkan prestasi PAS di peringkat Parlimen dengan tambahan beberapa kerusi Parlimen dari Selangor dalam pilihan raya akan datang.

Terengganu adalah secara semulajadi di anggap sebagai tapak PAS. Insya-Allah , kita mampu mengembalikan Terengganu kepada PAS dan meningkatkan bilangan kerusi Parlimen kita.

Di Peringkat Persekutuan, sebenarnya PAS menghampiri sasaran 40 kerusi pada pilihanraya lalu - mengambil kira 15 kerusi di mana PAS kalah dengan majoriti hanya 5,000 undi ke bawah. Umno hanya berjaya mendapatkan 78 kerusi Parlimen seperti sekarang kerana menggunakan tayar spare - peneroka felda dan undi pos. Di Pekan sendiri , Kepala Batas, Jeli, Hulu Terengganu dan lain-lain dimenangi melalui pertolongan ghaib undi pos dan bukan sokongan besar rakyat jelata.

Alun membentuk gelombang


Sementara itu, Umno juga dibantu oleh adanya 133 rancangan Felda di 26 kerusi Parlimen yang ditandingi .

Hari ini Alhamdulillah sudah wujud alun yang akan membentuk gelombang di kawasan-kawasan felda ini, insya-Allah.

Sekalipun kekuatan Umno ditunjangi oleh undi Peneroka Felda, PAS tetap mempunyai sokongan asas yang agak besar iaitu purata pada 39 peratus.

Hanya dengan lonjakan 12 peratus lagi insya-Allah kita semua boleh mengubah landskap politik negara.

Ketika PAS berjaya besar dalam pilihan raya 1969, termasuk menewaskan Dr Mahathir – oleh Tuan Haji Yusuf Rawa - yang kemudiannya menjadi Presiden PAS ke 5 - sebagai bukti tidak ada gergasi yang kebal yang tidak boleh ditewaskan - Yang Dipertua Agung PAS masih ditahan.

Yang Dipertua PAS adalah Dr Burhannudin al-Helmi ditahan di bawah ISA bagi kali kedua dan kerana keuzurannya akibat layanan buruk dalam tahanan, beliau dirawat di hospital. Dari katil hospital, Mei 1969, beliau merangka pelan strategi pilihan raya tersebut. Beliau sendiri tidak dapat bertanding kerana perintah mahkamah yang dikenakan ke atas beliau. Lima bulan kemudian, beliau meninggal iaitu hanya sebulan selepas dibebaskan.

Dato’ Ahmad Boestamam, aktivis perjuangan kemerdekaan yang sangat gigih, seangkatan dengan Dr Burhanuddin memuji Dr Burhanuddin sebagai seorang yang tenang, terbuka dan matang.

Beliau menulis tentang pengalaman Dr Burhanuddin berdebat tentang tuhan dengan seorang aktivis berfahaman komunis. Kata aktivis itu, jika anda beriman Tuhan itu wujud dan berkuasa, mintalah Tuhan anda, berikan saya sepasang selipar getah.

Dengan tenangnya Dr Burhanuddin menjawab: Sememangnya tuhan itu ada. Tuhan telah menciptakan semua benda-benda besar seperti bumi dan langi.

Anda dan saya. Kalau hanya sepasang selipar getah, ia boleh dibuat oleh anda sendiri dan tidak perlulah mintakan Tuhan untuk membuatnya..... Demikian catatan Dato’ Ahmad Bosteman.

PAS ternyata terbuka sejak mula. Malah terlantiknya Dr Burhanuddin sendiri selaku Yang Dipertua Agung PAS sedangkan pada waktu itu beliau belum lagi menjadi ahli PAS, adalah satu dari bukti keterbukaan PAS itu.

Ia bermula apabila beberapa pimpinan kanan PAS telah mencadangkan supaya parti menawarkan jawatan itu kepada beliau kerana halangan tugas Dr Abbas Alias dan tawaran itu akhirnya diterima. Dr Abas pula secara terbuka memberikan laluan kepada Dr Burhanudin.

Untuk seribu langkah ke hadapan, pegangan PAS terhadap fundamental Islam dan pada masa yang sama bersikap terbuka dan bijaksana memilih keutamaan-keutamaan perjuangan yang bertahap-tahap dengan latar belakang komposisi penduduk yang beragam menjadikan PAS berbeza dengan Umno. Serentak. Pegangan Islam menjadikan PAS sebuah parti yang sentiasa utuh dan beridealisme tinggi.

Ketika Umno mendekati ajalnya, PAS muncul sebagai parti masa depan dengan pendekatan multi racialnya diambil dari Islam adalah agama universal milik semua bangsa. Ini tergambar dalam cogan PAS - PAS Untuk Semua dan Negara Berkebajikan.

Rahmat perjuangan PAS dinikmati oleh semua rakyat sebagaimana buah-buah yang enak boleh dimakan oleh sesiapa sahaja. Dari sana, Insya-Allah ramai akan tertarik untuk memahami Islam sebagai akidah yang benar dan agama yang sempurna.

Islam yang syumul atau komprehensif sekali lagi meletakkan perjuangan PAS tetap relevan dan seperti kata Syed Qutb, ‘masa depan adalah untuk Islam’, meletakkan PAS mempunyai tapak kekuatan yang sama sekali berbeza dengan lawan politiknya.

Memandang PAS sejak lapan tahun pertama penubuhannya telah berpeluang mentadbir, walaupun hanya di peringkat negeri, menjadikan ahlinya telah mempunyai minda berkerajaan sejak lama. Minda berkerajaan yang ada ini menjadikan PAS boleh menggantikan Umno dalam mentadbir negara dan pada masa yang sama mengekalkan keamanan dan kesejahteraan semua penduduk.

Bagi 60 tahun akan datang, pilihan raya ke 13 adalah sebahagian dari barometer yang penting. Kongres ini dianjurkan tepat menjelangnya tarikh penting itu. Terpulang kepada ahli samada mampu melonjak PAS seibu langkah ke hadapan dan memundurkan lawan kita seribu langkah ke belakang dalam pertarungan penting untuk meletakkan perjuangan kita ke persada utama negara.
----------------------------------
Penulis adalah Naib Presiden PAS yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/5822-husam-memacu-pas-perintah-negara-pada-pru-13


Apabila telaga minyak kering
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-fZraLiy5MYdAwrrKsp2KJb7I6mxvDhRF_S-qaJLUCrpPEiUAzUeGdcakv8ztle5K_Y37y6mEZWLxVLMXetJlviCJSi7ebSn3VdWwu9ePujOLDFjPDqXRbukiFdtYPmfW0OCKAHtBRnk/s400/nurul+izah.jpg
















Oleh NURUL IZZAH

“Salam sejahtera. Saya seorang rakyat Malaysia. Saya cintakan negara kita. Malaysia cukup indah, tapi ada macam-macam masalah. Tak perlulah saya sebutkan, kita tahu apa masalah ini. Masa depan negara kita terletak di tangan kita sendiri. Ingatlah, apa pun terjadi Malaysia ini negara kita. Ia memang banyak masalah. Malaysia perlukan kita semua. Ingatlah walau apa pun terjadi, negara ini adalah negara anda. Ia negara kita. Malaysia perlukan kita semua.” 

Itulah kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah dalam video Undilah yang diharamkan penyiarannya di stesen-stesen televisyen. Ini realiti sekarang tetapi hakikatnya, Malaysia cukup bertuah kerana kaya dengan pelbagai sumber asli, terutama minyak dan gas. Khazanah ini semestinya digunakan untuk manfaat rakyat generasi ke generasi.

Sebaliknya, ia diguna untuk keuntungan pihak terpilih di mana dalam generasi ini jika tidak ada perubahan dasar dan amalan pengurusan yang strategik, rakyat akan terus menjadi mangsa kepada apa yang Perdana Menteri sebutkan sebagai perangkap sumber asli (resource trap) atau sumpahan sumber (the oil curse) - di mana negara-negara yang kaya dengan sumber minyak akan lebih autokratik, pembangunan ekonomi tidak seimbang dan jurang kemiskinan akan melebar.

Adakah negara kita termakan dengan sumpahan sumber ini? Pada hemat saya, memang negara kita menyaksikan bahana sumpahan sumber dalam penyalahgunaan pendapatan sumber minyak dan gas negara yang boleh dibahagi kepada lima, iaitu sebagai Sumber Ketirisan Ekonomi, Sumber Herotan Ekonomi, Sumber Pemborosan Belanjawan Kerajaan, Sumber Kewangan ‘Gelap’ dan Sumber Krisis Ekonomi Generasi Muda.

Pertama, Petronas dijadikan kerajaan sebagai sumber ketirisan ekonomi. Sejak 1974 Petronas peroleh keuntungan (pendapatan tolak perbelanjaan) RM700 bilion. Sekiranya nisbah 30 peratus diambil kira sebagai ketirisan ‘perbelanjaan’ sebagai wang komisen orang tengah, mungkin kah keuntungan Petronas cecah RM1.0 trilion? Ke mana pergi jumlah wang begitu besar ini?

Kedua, Petronas diarah kerajaan menjadi penyumbang sumber herotan ekonomi. Subsidi gas dan petrol yang kurang saksama mencetus herotan ekonomi di mana subsidi ‘tenaga’ dinikmati pelabur asing sebagai sumber kos rendah bila ditambah dengan kos buruh asing yang rendah akan terus memerangkap dan menjerut potensi peningkatan manufacturing value chain untuk negara - tidak seperti di Jepun, Korea dan Singapura di mana mereka ini miskin sumber asli tapi kaya sumber modal insan.

Ketiga, Petronas menjadi telaga buta kewangan untuk belanjawan boros kerajaan. Sepatutnya hasil khazanah negara digunakan secara bijak seperti di Norway yang menubuhkan Tabung Hasil Minyak Negara untuk menabung bagi generasi masa depan apabila sumber minyak habis. Tabung negara Norway hanya membenarkan empat peratus hasil pendapatan minyak (bukan 40 peratus seperti di negara kita) digunakan dalam belanjawan negara.

Keempat, Petronas menjadi sumber kewangan ‘gelap’ di mana segala akaun dan pengurusan kewangan syarikat tidak perlu dilaporkan kepada Parlimen untuk pengetahuan umum. Oleh demikian kita dapati sumber wang Petronas digunakan untuk pelbagai ‘projek khidmat negara’ seperti Malaysia Philharmonic Orhestra yang berbelanja tinggi, membina Putrajaya dengan kos berganda dan pelbagai projek mega yang membazir.
Kelima, lebih dari persoalan penyalahgunaan dan pengurusan tidak strategik sumber asli negara adalah apa yang akan berlaku apabila telaga minyak kering? Apakah ini akan cetuskan krisis ekonomi generasi muda kelak yang akan memperlihatkan negara bukan saja miskin sumber asli, tetapi modal insan kerana kurang tumpuan dan pelaburan pendidikan strategik ketika mewah?

Apabila telaga minyak kering, kerajaan terpaksa mencari sumber pendapatan lain seperti menambah pelbagai jenis kutipan cukai baru seperti GST, menaikkan yuran perkhidmatan kerajaan seperti pendidikan, kesihatan, tol, tarif elektrik dan semua yang boleh dinaikkan sehingga beban rakyat berganda.

Oleh itu tidak terlambat untuk rakyat menuntut agar dasar dan pengurusan sumber minyak dan gas negara dipulihkan dengan bijaksana melalui dua pendekatan iaitu Petronas diletakkan di bawah kawal selia Parlimen dan keuntungannya digunakan 10 tahun untuk menjayakan gagasan revolusi pendidikan yang akan membina kapasiti daya saing rakyat.

Sumber DD : 26//10/2011


Malapetaka bagi negara Ini

Oleh Dr Mujahid Yusof Rawa 

Semasa berita penggantungan Prof Aziz Bari tersebar, wartawan menghubungi saya dan meminta kohttp://media1.malaysiakini.com/399/96dde1330a085f0b68b54e7875b767e1.jpgmen.

 Saya mengatakan dalam bahasa yang mudah "ia adalah malapetaka bagi negara ini" dalam sesebuah negara perkembangan intelektual menjadi antara tunggak utama dalam membentuk negara yang bermaruah dan bertamadun
Apabila golongan intelektual dinafikan hak mereka untuk memberi pandangan dalam bidang kepakaran mereka, kepada siapakah lagi yang kita harapkan untuk dirujuk?

Pepatah Arab ada mengatakan: "Orang yang tiada tak akan dapat memberikan apa-apa" Walaupun bukanlah Prof Azizi Barri satu-satunya pakar di negara ini tetapi dengan mengenakan tindakan penggantungan, pihak Universiti tidak mengirimkan isyarat yang betul kepada perkembangan intelektual di negara kita.
Usaha-usaha kerajaan BN hari ini tidak konsisten dalam membuat transformasi dan kebebasan bersuara, walaupun digembar-gemburkan bahawa negara kita akan menuju kepada era Transformasi tetapi kes Prof Aziz Barri telah menggagalkan usaha-usaha ini khususnya dalam membentuk budaya kebebasan intelektual yang menjadi pra-syarat kepada kemajuan sesebuah negara. Setiap kita berhak untuk mempersoalkan tindakan yang dikenakan ke atas Profesor yang pakar dalam  bidang perlembagaan itu. Selagi seseorang itu bergelar ilmuan dan pakar ia bukan lagi masalah universiti, ia adalah juga masalah masyarakat yang menumpang keupayaan intelek mereka dan keilmuan mereka. Apatah lagi Prof. Aziz Barri adalah tokoh yang banyak mempunyai pengaruh dalam menyedarkan masyarakat isu-isu keperlembagaan yang menjadi dokumen resmi seluruh rakyat Malaysia. Apakah tanggapan orang ramai, jikalau seorang pakar diambil tindakan hanya kerana pandangan kepakarannya?

Kejayaan mana-mana universiti bukan sahaja terletak kepada kejayaan penyelidikan tetapi kebebasan intelektual adalah asas yang menjamin usaha-usaha penyelidikan dan inovasi berterusan. Dengan penggangtungan Prof Aziz Barri oleh pentadbiran UIA satu isyarat telah terbentuk dalam benak orang ramai bahawa kebebasan intelektual tidaklah sebenarnya bebas. Ia juga seolah-olah satu ancaman kepada masyarakat intelektual di menara gading bahawa mereka harus berhati-hati dalam menyuarakan pandangan mereka jikalau tidak mereka akan dikenakan hukuman. Keadaan ini tidak membantu perkembangan intelek yang sifatnya adalah bebas kongkongan dan berlegar di sekitar kepakaran masing-masing. Dengan kes awalan di UIA tentang kebebasan intelek, masyarakat intelek kini hidup dalam keadaan ketakutan untuk memberi pandangan seolah-olah mereka diperhatikan untuk berfikir!

Universiti seharusnya bebas dari kongkongan politik dan isu politik, walaupun isu penggantungan Prof Aziz Barri adalah di bawah kuasa pihak Universiti Islam namun isu dan pandangan yang diberikan oleh Prof Aziz Barri kemungkinan ditafsirkan sebagai menyinggung pihak tertentu. Saya tidak menuduh, tetapi jikalau UIA membuat keputusan kerana tunduk kepada tekanan pihak tertentu, ini adalah sesuatu yang amat malang kepada kepada pentadbiran universiti dalam membuat keputusan.

Saya menrima banyak aduan dalam Facebook yang diposkan kepada saya tentang nasib mereka yang di bawah seliaan Prof Aziz Barri di tahap post graduate. Mereka tidak tahu apa nasib mereka debgan penggantungan ini kerana ramai yang akan tergantung dengan penggantungan Prof ini. Keputusan UIA nampaknya tidak konsisten, setelah tekanan dibuat oleh pelajar pada hari Jumaat lalu dan setelah menerima feedback masyarakat di luar universiti, pihak pentadbiran seolah-olah cuba melembutkan keadaan bahawa ia bukan penggantungan, ia hanya surat tunjuk sebab. Walhal surat yang diterima menurut Prof Aziz Barri ialah menghalang Prof ini dari masuk ke kawasan Universiti melainkan denan izin universiti! Malangnya Prof kini menjadi orang buangan di tempat yang dia sendiri menjadi pendidik di dalamnya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian telah membawa usul tergempar untuk dibahaskan dalam Parlimen isu penggantungan Dr Aziz Barri, malangnya usul ini ditolak dalam kamar Speaker lagi. Saya, YB Kuala Selangor dan Kubang Kerian mengadakan sidang akhbar pagi ini menyatakan kekesalan kami kepada apa yang berlaku ke atas Prof Aziz Barri, kami bersetuju bahawa kes Dr Aziz Barri adalah sejarah hitam kepada perkembangan intelektual di negara kita. Apabila golongan ilmuan dikenakan sekatan untuk memberikan pandangan mereka pastinya kebangkitan untuk perubahan regim semakin mendapat momentum. Ada hadis menyatakan : "Allah tidak akan menghancurkan sesuatu bangsa itu sehinggalah hilang orang yang ilmuan di kalangan mereka" Menyekat kebebasan intelektual adalah proses penghakisan golongan ilmuan.


**Dr Mujahid Yusof Rawa adalah AJK PAS Pusat serta Ahli Parlimen Parit Buntar

Sumber DD : 26/102011



Dan tercabarnya kuasa politik Melayu

Khalid Samad   

Kebelakangan ini, gendang perang perkauman hangat dipalu tanpa henti oleh para pemimpin UMNO. Kedengaran di perhimpunana Agung UMNO dan juga Himpunan Perdana Pekida Malaysia, suara yang ingin ‘menggegarkan’ bangsa Melayu dengan pelbagai amaran, kononnya masa depan kekuasaan politik Melayu sedang dicabar dan ingin dihapuskan. Gambaran yang segelap mungkin dilakarkan oleh para ‘pemimpin Melayu’ ini dengan bertujuan menghasilkan persepsi bahawa sekiranya UMNO/BN dijatuhkan dan PR berkuasa; lebih-lebih lagi sekiranya di peringkat Pusat, maka alamatnya Melayu akan turut terpupus di bumi sendiri.

MELAYU ATAU UMNO YANG TERCABAR?

Pada hakikatnya, yang dicabar adalah kepimpinan UMNO dan juga BN, BUKAN kepimpinan Melayu! Kepimpinan UMNO dan BN dicabar atas sebab kedurjanaan, pengkhianatan dan tidak amanahnya mereka. Walaupun mereka telah diberi amanah untuk memimpin dan memerintah selama 54 tahun, apa yang telah dihasilkan adalah budaya kepimpinan rasuah, pegampuan dan kronisma. Pemimpin bergelumang dengan maksiat dan kekayaan sedangkan rakyat, terutamanya orang Melayu, hidup terhimpit di kota dan di desa.

Sekiranya seseorang membuat tinjauan pada hujung minggu lepas di persekitaran PWTC, maka dia akan melihat segala jenis kenderaan mewah yang terdapat di muka bumi diguna pakai oleh mereka yang mendakwa diri mereka sebagai ‘pejuang’ bangsa. Tersusun rapi barisan Vellfire, Hummer, Mercedes, BMW, Porsche Cayenne dan berbagai lagi kenderaan mewah milik para ‘pejuang’ ini. Kemewahan ini diketengahkan sebagai bukti ‘pengorbanan’ mereka dalam ‘perjuangan’ yang begitu lama dan ‘sukar’. Yang anehnya, si ‘pejuang’ semakin mewah sambil yang kononnya diperjuangkan terus miskin dan semakin tertekan.

Sekiranya yang dimaksudkan dengan ‘politik Melayu’ adalah politik rasuah, fitnah dan rasis yang bercanggah dengan ajaran dan nilai agama Islam, maka politik jenis itu sememangnya ingin kita tumpaskan. Akan tetapi, adakah politik Melayu bersifat begitu? Bagi UMNO, itulah politik Melayu yang mereka ingin orang Melayu pertahan dan banggakan. Sekiranya ada yang menentang politik yang sedemikian rupa, maka mereka ini dikatakan penentang ‘politik Melayu’! Pada hakikatnya ianya bukan politik Melayu tetapi sebaliknya politik UMNO!

Mereka yang mentakrifkan politik Melayu sebagai politik rasuah, fitnah dan rasis serta ingin terus mempertahankannya pada hakikatnya ingin membunuh masa depan politik Melayu. Lihat sahaja pada wanita UMNO yang mengerumun Shahrizat, menyatakan sokongan mereka terhadap dirinya walaupun beliau terbabit dengan skandal Feedlot Negara. Adakah kepimpinan Melayu sebegitu rupa yang ingin dipertahankan? Di manan maruah dan wawasan kepimpinan yang adil dan bertaqwa di sisi UMNO?

KUASA MUTLAK ADA PADA ORANG MELAYU?


Berkata pemimpin UMNO bahawa di dalam BN, UMNO berkuasa sepenuhnya. UMNO yang dominan dan boleh melakukan apa jua yang UMNO inginkan. Tiada yang boleh menghalang dan itulah bukti politik Melayu berkuasa! Sedangkan dalam PR, parti politik Melayu adalah minoriti dan tiada kuasa, terpaksa akur kepada kehendak DAP menurut mereka lagi.

Hakikatnya sebenarnya keadaan berkuasa secara dominan dan tanpa halangan adalah punca masalah politik Negara. Telah dikatakan berulang kali bahawa
“power corrupts and absolute power corrupts absolutely” atau “kuasa merosakkan dan kuasa penuh tanpa batasan merosakkan secara menyeluruh tanpa batasan”. Inilah sebabnya mengapa budaya rasuah, kronisma dan rasis dapat diamalkan oleh UMNO tanpa bantahan. Lihat sahaja pada skandal Feedlot. Tidakkah penyelewengan sebanyak RM 250 Juta itu berlaku tanpa apa-apa tindakan atau hukuman? Malahan ada juga yang berusaha keras mempertahankannya. Melalui pembelaan ini, mereka ingin merosakkan ummat dan bangsa.

Adakah kuasa mutlak diperlukan sekiranya apa yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil? Biasanya, yang terpaksa bersandar kepada kekuasaan yang mutlak adalah pemimpin ‘dictator’ dan mereka yang ingin melebar-luaskan kerosakan di atas muka bumi. Maka apabila mereka ingin melaksanakan kezaliman dan ianya dibantah, maka kuasa mutlak digunakan untuk mengalahkan golongan yang membantah.

Sebaliknya, apabila yang ingin ditegakkan adalah benar dan adil, maka sokongan rakan dan rakyat umum akan menentukan ianya terlaksana. Seperti pada zaman Rasulullah (SAW) di mana ummat Islam minoriti pada awalnya di Madinah, namun kepimpinan Baginda (SAW) telah diterima semua atas sebab keadilan Baginda.

ADAKAH KUASA POLITIK MELAYU AKAN HANCUR?


Maka ditanya pula, “adakah dengan hilangnya kuasa mutlak maka akan hilang juga kuasa politik Melayu?” Jawapannya “Tidak”! Yang akan hilang adalah hanya kemampuan melakukan rasuah dan kezaliman! Dan dengan itu akan dibebaskan politik Melayu dari budaya perosak yang telah diasaskan sekian lama oleh UMNO dan BN di kalangan bangsa Melayu. Akan subur seterusnya politik Melayu dengan budaya keislaman yang sebenar, bebas dari rasuah, penyelewengan, kronisma dan rasisma.

Pada hakikatnya dalam PR tiada pihak yang akan mempunyai kuasa mutlak dan oleh itu dasar semak dan timbang (check and balance) akan lebih bermakna. PAS tidak boleh melakukan sesuka hatinya. Begitu juga DAP dan begitulah juga PKR. Semua berkuasa dan apa sahaja yang ingin dilakukan mesti mendapat persetujuan dari semua pihak. Tidak perlu PAS akur pada kehendak DAP atau DAP kepada kehendak PAS. Apa yang diperlukan ialah menentukan sesuatu dasar yang benar dan adil yang akan dipersetujui bersama.

Maka sebagai contoh, sekiranya ada yang ingin mengurangkan jumlah penjawat awam, sepertimana yang didakwa Najib, ianya tidak mungkin dapat dilakukan tanpa sokongan ketiga-tiga parti. Dan sepertimana yang diulangi, PAS dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan itu. Begitu juga dengan sebahagian pemimpin DAP.

Sebaliknya, apa yang ingin diusahakan adalah keberkesanan perkhidamatan awam dengan ditingkatkan mutu perkhidmatan. Bukti nyata ialah apa yang dilakukan di bawah kerajaan Negeri PR. Berapa ramaikah kakitangan kerajaan Negeri yang dibuang kalau ada? Jawapannya tidak walau seorang.

Jelas UMNO hanya ingin membohongi bangsa Melayu seperti biasa supaya UMNO kekal berkuasa.

PAS TUNDUK PADA DAP?


Dikatakan juga bahawa PAS terpaksa akur kepada kehendak DAP kerana kalau tidak orang bukan Islam tidak akan mengundi PAS di dalam Pilihan Raya. Maka mereka akan undi siapa? Kalau di Parlimen Shah Alam, sebagai contoh, calonnya dari PAS dan UMNO. Kalau mereka tidak undi PAS, adakah mereka akan undi UMNO? Atau mereka akan mengundi DAP yang tidak bertanding?

Kalau undi DAP maka dikira undi rosak dan sekiranya undi UMNO, maka lagi teruklah akibatnya. Selagi PAS berdiri atas prinsip keadilan Islam dan menghormati hak bukan Islam seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri, masyarakat bukan Islam akan terus mengundi PAS. Ini adalah kerana UMNO adalah jauh lagi teruk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dengan merosakkan Melayu, UMNO merosakkan Negara dan masyarakat bukan Islam memahami perkara ini.

Jelas bahawa sekali lagi UMNO ingin membohongi bangsa Melayu dan bukan Melayu.

KEDUDUKAN KUASA POLITIK MELAYU


Sekiranya PR memerintah di Pusat, kerusi perwakilan Melayu di Parlimen akan tetap seperti sekarang iaitu lebih ramai dari yang bukan Melayu, apabila dijumlahkan keseluruhannya iaitu pemerintah dan pembangkang. Oleh itu, tiada undang-undang atau dasar yang merugikan orang Melayu akan dapat diluluskan sekiranya ada yang berniat melakukannya sekalipun. Maka orang Melayu tidak perlu khuatir atau takut akan masa depan mereka.

Dengan itu mereka boleh turut sama dalam usaha membasmi negara dari budaya politik rasuah, kronisma dan rasis yang dijuarai UMNO dan BN. Ini akan membebaskan masyarakat Melayu dari penjajahan minda Melayu yang dilakukan UMNO selama ini sehingga Melayu terpaksa redha dengan rasuah dan penyelewengan ‘pemerintah Melayu’ atas alasan ‘ingin menjaga kuasa politik Melayu’. Dengan itu bangsa Melayu akan sebenarnya bebas.

Dan akan turut berkembang segar politik Melayu selepas itu setelah dibebaskan dari belenggu yang menghimpitnya selama ini; bebas untuk dicorakkan politik Melayu tanpa rasuah dan kronisma; bebas untuk menuju keredhaan illahi.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/6978-dan-tercabarnya-kuasa-politik-melayu


Najib, bilionaire bukan kebanggaan negara la!


Dr Dzulkefly Ahmad, 20 Feb 2012


PM Najib sekali lagi tersilap membuat congakan politik. Kenyataan beliau tentang 30 bilionair seperti didedahkan dalam Majalah ‘Malaysian Business’ disangkanya adalah satu yang baik baginya. Najib menyinggung perkara ini ketika memberi ucaputama dalam Debat antara Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng semalam dan lebih malang lagi ketika beliau menyebutkan setiap seorang mereka ini menjadi kaya kerana dasar kami BN secara langsung atau tidak langsung.

Sudah sampai masanya supaya pemimpin Umno-BN khasnya Najib, memahami bahawa akibat dari urus-tadbir secara hubungan sumbang – ‘incenstuous-relationship’ antara segelintir pimpinan politik Umno-BN dengan elit bisnes inilah yang dinamakan dalam bahasa ekonominya ‘rent-seeking behaviour –crony capitalism’ atau bahasa mudahnya ‘amalan kronisme’, maka wujud pembolotan kekayaan yang keterlaluan di tangan beberapa individu yang hari ini bergelar ‘billionaires’.

Habuan elit politik mendapat ‘suapan balik’ atau kickbacks dalam pelbagai bentuk –langsung dan tidak langsung - dan susunatur hubungan ini kekal dalam satu amalan ‘patronage’ dan kronisme yang berakhir dengan fenomena elit kewujudan ‘super-rich’.  Golongan ini didakwa kemudian berperanan mengekalkan sistem ‘patronage’ dan amalan kronisme ini dengan ‘membiayai kantong politik pemerintah’.

Contoh musim pemberian projek mega-besar adalah juga seperti sekarang ini, yakni sebelum pilihnraya. Lebih besar dan berbilion ringgit lepih baik untuk penguasa kerana ‘kickbacks’ atau‘payback’ atau ‘bayaran-balik’ pun besar. Kalau 10% yang dituntut seseorang menteri itu sudah difikirkan banyak bagi rakyat – ini saya tahu sendiri amalan biasa sebab didedahkan oleh seorang pemaju yang saya kenal sendiri yang mengaku ‘membayarnya kickback’ (baca rasuah) sendiri kepada menteri kerjaraya itu secara ‘upfront’ maka ‘kickbacks’ untuk parti-parti pemerintah sebagai ‘wang politik’ untuk pilihanraya dikatakan biasa sahaja oleh mereka yang telah mendapat projek mega-mewah ini.

Projek penswastaan seperti lebuhraya, utiliti seperti air dan tenaga (IPP) dan perkhidmatan lain telekomunikasi, pelabuhan, pembentungan, Pos, perkhidmatan kesihatan, itu yang menjadikan kewujudan ‘super-rich’ segera itu fenomena yang menjadi rahsia umum.

Meneliti setiap satu nama dari 30 bilionaire akan mendedahkan kepada umum , siapa sebenarnya entrepreneur yang bermula dari bawah dan akhirnya membina kekayaan dari titik-peluh mereka sehingga menjadi ‘bilionaire’.

Yang ‘bilionaire segera’ ciptaan Tun hari ini punya hutang sepuluh kali-keliling pinggang..nama-nama tak payah saya sebutkan dah jadi rahsia umum juga! Semasa zaman mewah atau ‘boom time’ dahulu ini, mereka digelar ‘harimau’ atau ‘tiger’ baru dunia korporat Malaysia tetapi tatkala ekonomi Asia mengalami ‘meltdown’ atau ‘merudum’ mereka dipanggil dengan jolokan ‘Fat Cat’ atau ‘Kucing Gemuk’.

Tidak semua ‘billionaires’ dunia seperti Warren Buffet, Donald Trump dan Bill Gate, lahir dari amalan kronisme pemerintah tetapi hampir semua billionaires di negara, kecuali segelintir sahaja, lahir dengan cara begitu di negara Malaysia Boleh ini! Sebab itu Najib berbangga mendedahkan hakikat itu.

Berkebetulan perkara inilah yang menjadi sanggahan utama YAM Tengku Razaleigh ketika mengecam tentang penyelewangan urus tadbir pembangunan ekonomi di negara sejak awal tahun 80an ketika pemualaan negara mula di pimpin Tun Mahathir. Program penswastaan gelombang pertamanya secara agresif akhirnya menjana ‘jutawan segera’ dan sebilangan mereka menjadi ‘bilionaire’ segera.

Tengku menyifatkan gejala hubungan inilah yang melahirkan berleluasanya ‘politik wang’, kronisme dan kegagalan mencapai ‘pengagihan kekayaan’ yang dihasratkan ketika Rancangan Malaysia ke-dua lagi.

Najib wajar tahu bahawa negara mempunyai beberapa kegagalan utama yang beliau gagal tangani dan tidak pun menjadi fokasnya untuk ditangani, bahkan telah menjadi lebih buruk ketika beliau mengambil alih kepimpinan negara. Mutakhir ini, dalam gelombang penswastaan ke-2, Najib jelasnya hanya memberikan kepada ‘1-bilionaire’ sesuai dengan slogan 1-Malaysianya agaknya, yang berada dalam ranking no.5 dengan jumlah aset (NTA) RM5.9bilion.

Najib wajib malu dengan kesenjangan atau jurang kaya-miskin yang terus melebar di negara ini. Malaysia merupakan negara paling corot dalam tangga ‘agihan kekayaan’ dalam negara Asean. Dengan kata lain amalan kapitalisme kronisme paling teruk di negara ini. Bilionaire bukan ciptaannya pun cuma beliau merancakkan lagi pembolotan kekayaan itu kepada kroni-kroni barunya dalam amalan legasi boss lamanya.

40% pendapatan isi-rumah kurang dari RM1,440 dan hampir 60% dalam lingkungan RM3000 sebulan. 80% dari pendapatan isi-rumah kurang dari RM1000 dalah Melayu- Bumiputera (sumber EPU, 2011)!

Ini gejala ekonomi yang terperangkap dalam jajaran atau regim “Pendapatan Sederhana” yang dikiritik teruk oleh Bank Dunia dengan kenaikan gaji sebenar (real wage) hanya 2.6% sahaja dalam satu dekad lalu mengikut Bank Dunia itu.

Jurang kekayaan (wealth disparity) lebih parah dari jurang pendapatan (income disparity). 90% rakyat Malaysia tidak ada simpanan dan 14% rakyat Malaysia tidak ada langsung apa jua kekayaan dalam bentuk aset dan dari kelompok itu 72% adalah dari kelompok Melayu-bumiputera.

Lebih khusus lagi 80% rakyat Malaysia yang terbawah hanya memilikki 5% aset kewangan negara sementara 20% golongan teratas memiliki 95% dari ‘financial asset’ di negara ini (dengan tidak mengambil kira NTA yang dimiliki kelompok ‘super-rich’).

Daripada berkokok mengisytiharkan bahawa kerajaan BNlah yang menjadikan mereka ‘bilionaires’, satu perkara yang saya yakin, juga memalukan dan mengaibkan mereka, lebih baik Najib memfokas pengeluaran negara dari pelbagai kebejatan ekonomi dan kewangan termasuk kebocoroan akibat rasuah dan penyalahgunaan kuasa, ketirisan dalam sistem penghantaran (delivery), keborosan, kelembapan pelaburan asing langsung, pergantungan kepada warga asing yang ‘low-skill’ serta ketinggalan dalam pembinaan ‘human capital’ untuk membuat lonjakan kepada ekonomi berpendapatan tinggi dengan industri yang punya ‘nilai-tambah’ yang juga tinggi.

Ini yang menjadi cabaran ekonomi negara dan pengurusan yang terus-terusan tempang dan tidak pruden. Rakyat termasuk pembangkang akan boleh bersorak jika kerajaan mengatasi kemelut ekonomi ini. Tetapi ke garis penamat ini, rakyat masih memerhatikan kedudukan tetap sama bahkan disegi beberapa segi semakin buruk lagi. Rakyat tidak berbangga dengan ‘super-rich-billionaires’ ya!

Pakatan Rakyat bukan  hebat sangat, tetapi nampaknya Umno-BN semakin teruk. Maka jangan mintak ‘mandat dari rakyat’ lagi, kalau hanya sekadar mahu mengulangi kerja dan kegagalan yang lama. Pakatan sedia mengambila alih tetapi mesti dengan sokongan Rakyat!

Sumber HD : 20/02/2012


Mengapa Pas tidak boleh bersama Umno?




Oleh YB Khalid Samad




Masih ada lagi yang bertanya, mengapa Pas tidak boleh bersama Umno sedangkan boleh pula bersama DAP dan PKR? Saya rasa saya sudah jawab ini berkali-kali tetapi biarlah buat kali terakhirnya saya jawab sekali lagi.Jawapan saya berbentuk cerita.

Andaikata ada orang Melayu-A menjemput seorang Melayu-B yang lain ke kelab malam untuk minum beer. Tetapi, pada masa yang sama ada seorang bukan Melayu menjemputnya ke kedai mamak untuk minum teh tarik. Maka Melayu-B memilih untuk bersama yang bukan Melayu untuk ke kedai mamak.

Tiba-tiba yang Melayu-A tadi marah dan terus berkata, “Hoi Melayu, tidak sedar dirikah? Awak tu Melayu, aku Melayu, awak Islam, aku Islam, sepatutnya awak bersama aku, bukan dengan yang bukan Islam!” Melayu-B pun terkejut dengan bantahannya dan terus menjawab, “Tapi kamu ajak saya untuk ke kelab malam untuk minum beer!” Dengan bersahaja Melayu-A menjawab, “Tidak mengapa, saya minum beer, awak minumlah air Cola!”

Persoalanya, adakah wajar tindakan sedemikian? Walaupun tidak minum beer bersama, sebagai seorang Islam Melayu-B tidak boleh meminum beer dan jika Melayu-B berada bersama walaupun di tangannya hanya memegang segelas Cola, ia tetap bersubahat dengan kejahatan tersebut.

Pengajaran dari cerita yang ringkas ini ialah, yang penting bukan buat sesuatu ‘dengan siapa’, tetapi ‘buat apa’. Kalau buat jahat, walaupun dengan ustaz, ia tetap jahat dan akan tetap berdosa. Kalau buat baik, walaupun dengan orang bukan Islam, ia tetap kerja baik dan orang Islam tersebut tetap mendapat pahala!

Umno ingin meneruskan budaya politik rasuah, fitnah, menyeleweng, menindas dan perkaumannya. Kalau Pas turut bersama mereka, maka akan turut terpalit dengan budaya yang jijik itu. Pemuda-pemuda Pas akan diminta mengedarkan video lucah yang kononnya melibatkan DSAI. Pas juga akan diminta membela segala penyelewengan NFC dan juga menghalalkan pembantaian rakyat oleh pihak polis pada 28 April lalu.

Sedangkan apabila Pas bertanya kepada PKR dan DAP mengenai apa yang mereka ingin usahakan, mereka menjawab “sebuah kerajaan yang bebas rasuah, adil, berkebajikan terhadap rakyatnya dan bebas perkauman”. Pada masa yang sama, institusi keagamaan akan dibebaskan dari kongkongan Umno yang ingin membantutkan Islam sehingga menjadi agama yang sempit dan tidak berwibawa.

Apabila dibandingkan kedua-dua pilihan dan diletakkan di hadapan, maka adalah amat jelas bahawa pilihan PR adalah yang terbaik. Ingat! Yang penting bukan soal ‘buat dengan siapa’ tetapi yang penting adalah ‘buat apa’?


* Dipetik dari blog Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat


Sumber DD : 4/05/2012

No comments:

Post a Comment