JANGAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI, INI DUIT RAKYAT
Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Sewaktu para pemimpin BN berkempen di Kerdau dan Merlimau mengajak para pengundi supaya jangan lupa akan jasa BN dan jangan menggigit tangan pihak yang memberi, tiba-tiba Menteri Besar Kedah mengeluarkan kenyataan yang berbeza.
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - MB Kedah
Ketika berucap di majlis perjumpaan dengan anak-anak Kedah yang belajar di Mesir, beliau meminta para pelajar dan ibu bapa supaya jangan berterima kasih kepada Kerajaan Negeri yang telah membelanjakan RM2.5 juta untuk membantu para pelajar tersebut kembali ke Mesir menyambung pelajaran
"Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh," katanya.
Kata-kata itu ikhlas, bukan menyindir. Ada benarnya kata-kata itu. Lalu kata-kata keramat "Jangan terima kasih Kerajaan Negeri" itu tersebar dengan pantas ke laman-laman sosial medan maya. Ia menjadi hujah untuk meranapkan keegoan BN yang tidak habis-habis mendabik dada seolah-olah segala pemberian dari kerajaan itu adalah harta meredak warisan datuk nenek mereka.
Mengikut fakta Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen, jangkaan pendapatan 2011 adalah sebanyak RM211,987 million. Sebahagian besarnya adalah bersumberkan cukai dan duti: Cukai pendapatan 37.6%, cukai tidak langsung 12.8%, hasil bukan cukai 25.8%, pinjaman dan penggunaan aset kerajaan 21.8% dan selebihnya ialah pelbagai duti impot dan eksport.
Persoalan duit kerajaan adalah duit rakyat adalah perkara yang sangat asas dalam pentadbiran kerajaan dalam semua sistem kerajaan yang wujud di atas muka bumi ini.
Tiada sebuah kerajaan pun yang pemimpinnya bertungkus lumus berniaga untuk mencari sumber kewangan bagi memberi kebajikan kepada rakyatnya. Dalam Islam sendiri terdapat system zakat, jizyah dan kharaj; di mana semua itu adalah untuk mengumpul sumber dana dari rakyat yang akhirnya perlu dipulangkan untuk kesaejahteraan rakyat. Pemimpin kerajaan dan kakitangannya hanyalah mengurus kewangan tersebut, dan gaji sara hidup mereka sendiri adalah diambil dari wang tersebut.

Sebuah kisah yang masyhur sewaktu Saidina Umar menjadi khalifah di mana beliau memadamkan pelita di waktu malam ketika berurusan dengan ahli keluarganya, hanya kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan untuk urusan keluarga, menjadi iktibar untuk urusan keluarga, menjadi iktibar untuk semua pemimpin kerajaan bahawa harta kerajaan adalah harta rakyat, bukannya harta pemimpin negara.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam tulisannya menyebut; seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
Dipetik dari DD : 6.03.2011
semua pemimpin kerajaan bahawa harta kerajaan adalah harta rakyat, bukannya harta pemimpin negara.
Professor Dr Asri Zainal Abidin - Mantan Mufti Perlis
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam tulisannya menyebut; seringkali kali media melaporkan bantuan atau belanja yang dikeluarkan oleh kerajaan digambarkan seakan itu adalah harta kerajaan atau orang politik yang terbabit. Maka bantuan yang disalurkan seakan dari sifat pemurah kerajaan seperti disebut 'kerajaan bermurah hati membantu'.
Tulisnya lagi, rakyat seakan bagaikan peminta sedekah. Begitu juga apabila ada penyelewengan ataupun pembaziran, maka rakyat yang tidak faham merasakan yang rugi hanyalah kerajaan atau duit orang politik, sedangkan mereka lupa wang tersebut adalah wang mereka.
Salah satu faktor yang menyukarkan usaha pembangkang untuk menghakis sokongan sebahagian besar orang Melayu terhadap BN ialah kerana faktor termakan budi. 'Malu alah' dan ‘lemah lembut’ masih menjadi ciri yang bersebati dalam diri orang Melayu. Dengan kepungan kejahilan sifat maka sifat malu, kalah, lemah dan lembut menyebabkan orang Melayu umumnya terus berterima kasih kepada pemimpin kerajaan, sekalipun duit yang dihulurkan kerajaan itu adalah diambil dari poketnya sendiri.
Kira-kira watak orang Melayu dalam kalangan tersebut macam Pak Pandir yang kematian anak. Dengan sedih dia memberitahu Mak Andeh, “Bukan kita saja kehilangan anak, orang lain pun mati anak juga.” Walhal budak yang mati itu anaknya sendiri.
Orang Melayu yang sangat terhutang budi dengan kerajaan BN itu tidak putus-putus meratib, "Terima kasihlah BN yang bermurah hati bagi duit dekat kami rakyat jelata yang tak punya apa-apa ni ..." Walhal itulah duit yang diambil dari rakyat di merata kedai, warung, jalan dan pejabat melalui cukai yang dikutip secara sedar atau tidak. Tapi dia tak sedar bahawa duit itu adalah duitnya sendiri kerana dia pun sama bengap macam Pak Pandir juga.
"Walaupun itu duit rakyat tapi kita kena terima kasih juga pada kerajaan kerana merekalah yang telah menguruskan wang tersebut dengan baik sehingga kita dapat merasainya." Itu hujah penyokong BN di laman sosial setelah kalah dengan pendedahan bahawa duit kerajaan adalah cukai terkumpul dari rakyat.
Sebenarnya para pemimpin kerajaan tidak perlu diucapkan terima kasih kerana mereka tidak buat semua kerja untuk mensejahterakan rakyat (kononnya) secara percuma. Semuanya berbayar. Perdana Menteri dan para menteri, semuanya mendapat gaji dan elaun yang tinggi serta kemudahan yang banyak. Mereka yang patut mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang membayar gaji mereka.
Bagi pemimpin kerajaan BN pula, rakyat mempunyai sebab yang lebih kuat untuk tidak perlu berterima kasih kepada mereka. Pemimpin kerajaan BN telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membina kekayaan secara luar tabie, merompak harta rakyat, menyalahgunakan wang rakyat dan jentera kerajaan milik rakyat untuk kempen politik mereka.
Kitarannya ialah, dengan kuasa yang ada mereka bina kekayaan, dengan kekayaan yang ada mereka gunakan untuk terus berkuasa. Apa yang dihulurkan kepada rakyat hanyalah gula-gula bagi menutup mulut rakyat dari mempersoalkan tindakan mereka. Hulur sedikit, ambil banyak. Macam perangai Belanda.
Kenyataan Ustaz Azizan bahawa rakyat tidak perlu berterima kasih kepada Kerajaan Negeri wajar dieksploit seluasnya bagi melenyapkan keegoan BN, di samping mencerdikkan sebahagian orang Melayu yang masih menyokong BN. Musuh utama pemimpin BN ialah kecerdikan rakyat
Selangor mahu projek penempatan ikut jadual |
semua pemimpin kerajaan bahawa harta kerajaan adalah harta rakyat, bukannya harta pemimpin negara.
Khaulah Azwar |
GOMBAK, 12 Mac: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berharap agensi-agensi kerajaan yang terbabit melaksanakan projek-projek penempatan semula setinggan perlulah prihatin dan memastikan bahawa setiap projek berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual serta berkualiti. |
YB Ir Iskandar Samad - Exco Selangor
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31327:selangor-mahu-projek-penempatan-ikut-jadual&catid=1:utama&Itemid=50
Umno nodai hak istimewa orang Melayu |
Umno nodai hak istimewa orang Melayu |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan pada masa ini dinodai 'fanatik kepartian' Umno. |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31362:umno-nodai-hak-istimewa-orang-melayu-&catid=1:utama&Itemid=50
Judin teraniaya: Rekod hitam 120 tahun JKR |
Anis Nazri |
PAS menuntut Kementerian Kerja Raya memberikan alasan munasabah kepada umum berhubung perpindahan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Datuk Seri Ir Dr Judin Abd Karim, ke satu jawatan yang lebih rendah, baru-baru ini. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata penjelasan itu diperlukan memandangkan rekod perkhidmatan Judin dikatakan bersih, amanah dan bertanggungjawab selama menjalankan tugas beliau di JKR. Beliau yang melahirkan rasa kesal dengan perpindahan tersebut, berkata kementerian sewajarnya berasa bangga memiliki pegawai yang bertanggungjawab dan berintegriti dalam melaksanakan tugas, bukan bertindak sebaliknya dengan memindahkan beliau ke jabatan yang lebih kecil.
Datuk Seri Ir Dr Judin Abdul Karim - Ketua Eksekutif CIDB
Mulai 1 Mei lalu, Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Meskipun mendapat bantahan awam dan protes senyap kakitangan JKR, kerajaan tetap berkeras "menghukum" Judin yang dikenali sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi. "Saya difahamkan, Judin bersikap tegas memastikan setiap prosedur berkaitan tender kerajaan dipatuhi oleh kontraktor. Dalam kes kontroversi pembinaan Istana Negara (yang menelan belanja di luar jangka), beberapa keputusan Judin, termasuk untuk menamatkan khidmat kontraktor utama yang mempunyai prestasi buruk, menjadi punca beliau disingkirkan," dakwa beliau. Tambah Mahfuz, tindakan kementerian itu turut bertentangan dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang dilancarkan pada 2004 bagi meningkatkan integriti penjawat awam apabila berlaku peminggiran terhadap pegawai yang berintegriti seperti Judin. Katanya, perpindahan itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan berlaku pertembungan penyalahgunaan kuasa di peringkat kementerian untuk meminggirkan sesiapa pegawai yang tidak sealiran dengan 'pihak tertentu'. Selain kesal dengan tindakan kementerian tersebut, kekesalan Mahfuz turut dilemparkan terhadap Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila tidak mempertahankan Judin, sedangkan beliau bertanggungjawab penuh ke atas pegawai-pegawai yang bertanggungjawab. "Adakah KSN turut terlibat dalam konspirasi ini, hingga mendiamkan sahaja perkara tersebut? Sedangkan pegawai seperti Judin inilah yang sebaik-baiknya untuk kebaikan dan pembangunan negara," kata Mahfuz. Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan tindakan yang dikenakan terhadap Judin itu menunjukkan kerajaan benar-benar tidak komited dalam mengembalikan dan meningkatkan integriti sistem pentadbiran negara. Tegas beliau, sekiranya kerajaan benar-benar komited dalam soal integriti ini, badan-badan seperti kehakiman dan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan badan-badan lain perlu diberi isyarat yang baik sekiranya pegawai mereka bertindak dengan penuh tanggungjawab. "Tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan pimpinan Najib Tun Razak ini 'bermusuh' dengan pegawai kerajaan yang melaksanakan tugas mereka dengan amanah dan bertanggungjawab. Persoalannya, apakah isyarat yang ingin diberikan kepada kakitangan kerajaan ini? Tindakan terhadap Judin ini hanya menunjukkan pertentangan amalan dengan PIN yang dilancarkan sebelum ini," tegas beliau. Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata pegawai-pegawai awam ini sepatutnya diberikan kepercayaan atas keupayaan mereka menjalankan tugas dan amanah yang diberikan, bukan 'dihukum' kerana bertanggungjawab. Tambahnya, situasi ini akhirnya akan menyebabkan pegawai kerajaan akan dilihat menjadi penakut, tidak bebas dan sentiasa dilihat terkongkong, yang kemudiannya menyebabkan sistem pentadbiran negara tidak akan dapat dipertingkatkan. Dalam pada itu, beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat akan memastikan perkara sedemikian tidak akan berlaku dan berusaha untuk mengembalikan dan memulihkan integriti badan-badan kehakiman dan penguatkuasaan yang selama ini mengundang persepsi negatif di kalangan rakyat. Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, yang mula mendedahkan pertukaran mendadak Judin itu awal April lalu, turut mendesak Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberikan penjelasan segera. "Shaziman seorang yang berpengalaman sebagai jurutera awam sepatutnya mempertahankan Judin daripada tekanan politik elit penguasa dan kontraktor bermasalah. Pertukaran Judin adalah satu pengkhianatan terbuka kerajaan terhadap kakitangan awam yang berintegriti tinggi dan beretika cemerlang," tegas Lutfi. "Kes Judin tidak boleh dipandang remeh. Sikap berdiam diri Perdana Menteri, Najib Razak amat dikesali. Dia mesti memberi jawapan di atas pertukaran jelas yang mahu mengaibkan Ketua Pengarah Kerja Raya itu," tambah Lutfi. Beliau menegaskan: "Ini merupakan rakaman hitam sepanjang sejarah JKR yang sudah berusia 120 tahun. Tidak pernah seorang Ketua Pengarah Kerja Raya ditukarkan ke jawatan lebih rendah walhal Judin dikenali ramai, khususnya warga JKR sebagai pegawai kanan berintegriti tinggi dan teguh memegang prinsip kerja." ------- Nyatakan sokongan anda kepada Dato' Seri Ir Dr Judin Abdul Karim dalam facebook Sokongan Judin Karim |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/3153-judin-teraniaya-rekod-hitam-120-tahun-jkr
Rakyat untung bila oposisi kuat |
Ahmad Lutfi Othman |
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengulas Belanjawan 2010 berkata, terserah kepada mana-mana pihak untuk melabelkannya sebagai "belanjawan pilihan raya". "Kalau ada pihak yang mengatakan ini election budget, itu terserah kepada mereka ... bila election nak diadakan? Bila?" soalnya kepada wartawan. "Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim, yang mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet itu dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat. "Ini bukan cara sesuatu bajet dirangka," katanya yang turut membangkitkan bahawa isu ketelusan, rasuah, salahurus dan pembaziran tidak ditangani. Tiada siapa dapat menafikan, bahawa apa sahaja gerak-tindak Dato' Seri Najib Razak mutakhir ini, pasti sarat dengan motif dan tujuan politik. Apatah lagi event sehebat pembentangan bajet, yang menjadi tumpuan seluruh rakyat, malah ia dianggap ucapan terpenting di Dewan Rakyat setiap tahun, tambahan pula Parlimen dijangka dibubarkan pada bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Apa pun istilah yang mahu dikaitkan, sama ada "bajet pilihan raya", "bajet gelabah", "bajet tiruan" mahupun "bajet cedok", bagi saya, yang lebih penting adalah manfaat yang akan diraih rakyat terbanyak. Biarlah parti-parti politik bersaing secara sihat, dalam iklim demokrasi yang makin segar, menuju pembentukan sistem dua parti yang matang, yang mustahak, natijah akhirnya harus memberi keuntungan kepada setiap warga. Contohnya, jika ucapan Mohamad Sabu mengenai pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong 60 tahun lalu tidak dipersepsikan secara negatif oleh Utusan Malaysia (dengan dorongan strategis Umno-BN dan pihak polis), saya yakin nasib bekas perajurit zaman darurat tentu tidak akan mendapat perhatian serius pihak kerajaan. Mungkin pusara mereka yang terkorban di Bukit Kepong juga terus tidak terjaga. Dan terbukti, dalam bajet Jumaaat lalu, kebajikan bekas anggota keselamatan merupakan antara yang menjadi prioriti. Najib mengumumkan, bagi mengenang jasa polis khas dan polis tambahan pada zaman darurat, kerajaan akan memberi insentif RM3,000 kepada setiap bekas anggota polis, duda dan balu. Apakah anda yakin bantuan ini terfikir oleh kerajaan jika tidak timbul kontroversi Mat Sabu dan "Sabuisme"nya itu? Sekiranya pembangkang kekal di takuk lama, sekadar memanaskan persidangan Dun mahupun Parlimen, tentunya kita terpaksa menunggu masa lebih lama untuk melihat pelbagai perubahan atau langkah transformasi dilakukan kerajaan. Tanpa suara desakan rakyat yang kuat, khususnya yang dilaungkan melalui siri demonstrasi besar-besaran di tengah ibu kota, usah berharap ISA dan PPSMI dimansuhkan, begitu juga dengan langkah penambahbaikan sistem pilihan raya. Kalau pengundi di Sabah dan Sarawak tidak membuktikan mereka sememangnya benar-benar menjadi penyelamat kepada BN dalam PRU12, janganlah bermimpi pemimpin Pusat akan memberi lebih perhatian, dan wakil-wakil rakyat di sana pula tidak akan menjadi "anak emas" yang sentiasa diperhatikan rengekan mereka. Tidak terkecuali, sekiranya Pakatan Rakyat tidak mengemukakan "belanjawan bayangan" lebih awal daripada pembentangan Najib, atau pihak pembangkang tidak berjaya menampilkan keupayaan dan kemampuan untuk menggugat kedudukan BN, seperti dizahirkan pada Mac 2008, saya percaya tidak akan berlaku "perebutan untuk melakukan kebaikan" bagi menunjukkan kepada rakyat, siapa yang lebih prihatin dengan degup jantung masyarakat bawahan. Berulang kali dinyatakan, PRU13 adalah pertembungan paling sengit, bagi menentukan siapa bakal menerajui kerajaan. Sepanjang 54 tahun merdeka, negara belum pernah menyaksikan pilihan raya yang mana pengundi benar-benar "mempunyai pilihan" seperti yang akan kita hadapi tidak lama lagi. Justeru, setiap undi walaupun daripada sektor paling kecil, pasti menjadi perkiraan setiap parti yang bertanding. "Semua parti kini menjadi begitu kalkulatif, cukup 'berkira', dan tidak boleh meremehkan apa jua faktor, meskipun dilihat kecil, apatah lagi kesan atau impak daripada bajet 2012," kata seorang pemerhati politik. "Bagaimanapun, saya kira rakyat lebih cerdik dan matang untuk membuat penilaian. Najib dan BN belum lagi dapat melangkah ke zon selesa hanya kerana bajet yang banyak menawarkan faedah kepada rakyat ini," tambahnya. Malaysian Insider memetik ulasan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Baharuddin yang berkata walaupun bajet yang diumumkan memberi faedah kepada rakyat, namun ia bukan penentu BN akan terus menerajui negara pada PRU13. "Ia memanglah bajet tentang pilihan raya umum kerana semua dapat habuan masing-masing, kalau kita lihat kakitangan awam dapat bonus, pesara, warga emas, pemandu teksi juga dapat. Ia adalah bajet pilihan raya tapi ia bukan penentu kerana ia masih bergantung kepada saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum tapi perkara ini boleh menjadi satu perkara yang baik kepada BN," katanya. Pandangan hampir sama dilontarkan penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani: "Ia bukan penentu tapi kalau kita lihat ia positif kepada rakyat terutamanya golongan sederhana yang menjadi majoriti pengundi dan yang paling utama adalah kakitangan awam dan ia akan beri tempias positif kepada BN." Saya sendiri kurang pasti bagaimana bajet ini dapat membantu golongan rendah dan pertengahan berdepan dengan kegawatan peningkatan kos sara hidup yang berterusan. Dengan pengumuman bonus, kenaikan gaji, bayaran one-off dan beberapa insentif lain, dijangka ia akan disusuli kenaikan harga barangan, yang membebankan rakyat keseluruhannya, terutama yang tidak dapat menyerapnya kerana mereka tidak termasuk dalam golongan yang menerima faedah langsung bajet. "Saya rasa pelik bila media sudah tidak bising lagi walaupun harga ayam mencanak tinggi, melebihi RM9.00 sekilogram. Apakah fenomena kos barangan dapur naik ini sudah dianggap biasa dan tidak perlu diperjuangkan lagi? Kasihanilah kami orang bawahan," demikian panggilan telefon yang saya terima dua bulan lalu. Pemanggil mahu Harakah dan PAS prihatin dengan kesusahan rakyat ekoran kenaikan barangan keperluan harian. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar semasa mengulas bajet, mengingatkan: "Tetapi apa yang saya bimbang, banyak bantuan itu bersifat one-off. Apakah jaminan bahawa bantuan ini tidak akan ditarik balik selepas ini?" Kekhuatiran serupa dilahirkan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng: "Kita tidak tahu apakah ia hanya diberikan setiap tahun atau hanya lima tahun sekali. Hanya masa pilihan raya saja bagi, lepas itu tak ada bagi lagi. Bukan macam negeri Pakatan Rakyat, setiap tahun kita bagi tak kira ada pilihan raya atau tidak." Naib Presiden KeADILan, Tian Chua, turut menyinggung bantuan one-off ini: "Tak cukup dengan bantuan one-off. Lebih penting ialah kukuhkan institusi supaya pembahagian harta negara ini lebih telus dan adil. Kita juga tekankan kecekapan institusi kerajaan di mana rasuah dapat dikurangkan dan ketirisan dikurangkan. Ini tidak banyak ditekankan dalam bajet Perdana Menteri, contohnya pengukuhan SPRM, Suhakam, dan kehakiman. Ini tidak disebut." Dalam hal ini, saya teringat luahan rasa tidak puas hati Najib terhadap sikap rakyat yang dilihat tidak mengenang budi atau berterima kasih terhadap segala bantuan BN. Masa yang sama Najib, dalam satu program politik di Selangor, merungut apabila melihat rakyat lebih menyanjung bantuan kecil daripada kerajaan Pakatan Rakyat. Perkara sama turut diluahkan Dato' Seri Noh Omar, timbalan Najib dalam Umno Selangor. Najib dan Noh seolah-olah hairan mengapa rakyat teruja dengan bantuan kerajaan Pakatan yang nilainya jauh lebih kecil berbanding sumbangan kerajaan pusat. Masakan tidak, misalnya bantuan RM100 Pakatan untuk setahun diingati rakyat tetapi bantuan pusat RM300 sebulan dianggap sebagai hak yang sepatutnya diperolehi. Dan saya yakin, situasi hampir sama mungkin dihadapi Najib dengan pembentangan Najib ini. Rakyat yang melihat bagaimana pemimpin Umno-BN, kroni serta suku-sakat mereka mengaut keuntungan besar daripada projek-projek kerajaan, khususnya yang diumumkan dalam bajet, semakin meluat dengan tindakan tamak itu. Dan jangan lupa karenah dan gelagat Rosmah Mansor yang "memualkan" itu, meskipun peruntukan untuk Permata tidak diselitkan dalam ucapan Najib. "Rakyat hanya dapat kuah dan tulang, sedangkan elit politik sapu segala isinya," itulah suara hati rakyat. Bayangkan berapa banyak "keuntungan atas angin" yang dikaut melalui projek pembinaan jalan, pembinaan infrastruktur dan lain-lain atas nama kemudahan untuk rakyat. Kos projek tidak lagi kompetitif dan ketirisan meleleh di mana-mana apabila tender terbuka tidak dijalankan. Di peringkat negeri, menteri besar ataupun ketua menteri bertindak bagai pengerusi lembaga tender, yang mengagihkan tender sesuka hati. Cubalah tanya pengalaman Dr Khir Toyo atau apa yang dilakukan Dato' Seri Mohd Ali Rustam sekarang. "Lutfi, cuba kau bangkitkan isu gaji minimum yang langsung tak disentuh Najib. Lagi satu, apa sudah jadi dengan janji-janji sistem pengangkutan awam yang efisyen. Juga tentang bebanan hutang negara, kini dah melebihi RM450 bilion. Anak muda kini pula ramai menjadi muflis kerana berbelanja melebihi kemampuan terutama yang dibankrapkan akibat penggunaan kad kredit," seorang teman mengomel. Ya, rupanya masih banyak isu rakyat yang belum ditangani Najib dalam "belanjawan terbaiknya" itu. II. Mengingati anugerah khas PAS buat Pahlawan Umat, Dr Burhanuddin Al-Helmy, saya terbaca puisi khas Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, yang dilafazkannya di kongres 60 tahun PAS di Kepala Batas, baru-baru ini. Tapak yang Luhur (Istimewa buat Dr Burhanuddin Al-Helmy) Bertapak atas batas yang luhur bersumpah lidah sufi tersohor disedarkannya lara bangsa waja dirangsang tepis membantah. Awal lagi semangat bernyala dihembus bara merdeka bangsa. Pagi ke malam berjuang tegap di tengah rakyat gigih bersikap. Bersilat atas bumi yang subur bisik bersikap qalbu sejujur menyala unggun zaman yang garang membakar tekad cekal berjuang. Bersama bangsa bangkitlah ia tegas perkukuh asas merdeka. Sambil membelek koleksi puisi SN Usman Awang, saya terpandang sajak ditujukan khusus buat gandingan Burhanuddin, iaitu Dr Zulkifli Mohamad: Bintang di Langit Zaman (Zulkifli dalam Kenangan) Hanya semalam baru dijulang kemenangan harum direnggut mengejut ketika teman dan lawan merasa kagum meninggalkan terkulai dua hati yang masih muda untuk berteriak dan memanggil-manggil nama yang telah tiada..... Begitu pendek nafas ini berdetik dalam usia hidup setiap manusia dalam perjalanan ke pintu maut tapi kematian seorang berjasa lebih memberi erti kerana kematian itu sendiri menyebabkan ia tidak mati seperti sekarang kita menyebut-nyebut namanya, dan ia telah menjelma menjadi bintang bersinar di langit zaman. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/editor-harakah/5932-rakyat-untung-bila-oposisi-kuat
Akta Kerja: Kerajaan terus bermusuh dengan MTUC? |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Okt: Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar (LPAS) Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta kerajaan mendengar keluhan serta pandangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang membantah pindaan Akta Kerja 1955.
YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - Pengerusi LPAS DPPP
Pengerusinya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, MTUC mempunyai asas yang kukuh membantah Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2011 yang telah dibentang dan diluluskan di Parlimen baru-baru ini. “LPAS berpendapat kerajaan sepatutnya berbincang dahulu dengan pelbagai peringkat terutama golongan pekerja serta kesatuan sekerja bagi mendapatkan pandangan sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Akta Kerja. Ini kerana ia melibatkan hak dan kepentingan golongan ini,” katanya kepada Harakahdaily. Beliau yang juga ahli Parlimen Jerai berkata, jika benar kerajaan prihatin terhadap rakyat, golongan pekerja mestilah antara keutamaan yang perlu diberikan perhatian. MTUC dalam satu kenyataannya menegaskan pihak mereka menentang Rang Undang-Undang Akta Kerja 1955 kerana ia menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem ‘hamba’. Mereka menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja tidak dipedulikan. Katanya, kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini. Dalam hal ini, ujarnya LPAS mempersoalkan bagaimanakah khidmat nasihat yang diterima oleh kerajaan sehingga pindaan Rang Undang-Undang ini menimbulkan kemarahan banyak pihak, khususnya golongan kesatuan sekerja. “Mungkinkah kerajaan mendapat nasihat yang salah, atau maklumat yang tidak tepat sehingga sanggup menegepikan golongan pekerja?” soalnya. Tambahnya, LPAS mengingatkan kerajaan betapa banyak keputusan kerajaan yang dibuat dalam keadaan terburu-buru dan tidak tepat. Katanya lagi, orang Melayu baru kehilangan Kampung Baru ekoran Rang Undnag-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 yang dibentang dan diluluskan baru-baru ini dalam keadaan yang sangat tergesa-gesa. Kata beliau lagi, kerajaan pula sengaja mahu mencari permusuhan berpanjangan dengan MTUC dan kesatuan sekerja yang lain kerana sanggup membentangkan akta itu dan diluluskan pula beberapa jam kemudiannya. Justeru, katanya LPAS juga meminta kerajaan melayan tuntutan MTUC dengan baik dalam piket yang akan mereka anjurkan nanti. Tambahnya, negara demokrasi seperti Malaysia membenarkan hak berhimpun dan menyatakan suara hati mereka, justeru LPAS meminta jaminan kerajaan agar jangan mengambil tindakan terhadap mereka selama mana piket berlangsung dengan aman. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6003-akta-kerja-kerajaan-terus-bermusuh-dengan-mtuc
Kedah teruskan tradisi agih lembu korban |
Mohd Shubihi Muhamad Zain |
ALOR SETAR, 3 Nov: Seperti tahun sebelumnya, kerajaan negeri meneruskan tradisi pengagihan lembu korban ke seluruh Kedah untuk dijadikan ibadah sempena Aidiladha nanti. Keseluruhan lembu yang diagihkan adalah sumbangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu PKNK sebanyak 130 ekor, Kumpulan Ladang (30), BDB (30), PMBKed (28), Yayasan Islam Negeri Kedah (20), Yiked Holding (20) dan syarikat-syarikat lain. Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul hadir mewakili Menteri Besar untuk menerima sumbangan dari GLC terbabit di Stadium Sultan Abdul Halim, dekat sini. (Gambar: Taulan menyerahkan replika lembu korban kepada wakil Dun Tanjung Dawai.) Beliau kemudiannya mengagihkannya itu kepada kesemua wakil-wakil rakyat, agensi-agensi negeri dan persekutuan dan sekolah-sekolah agama rakyat yang bertanggungjawab melaksanakan ibadah tersebut pada hari raya korban nanti. Taulan yang membacakan teks ucapan Menteri Besar berkata, sumbangan lembu untuk dijadikan ibadah korban ini adalah penghargaan dan tanda kasih sayang kerajaan kepada rakyat di negeri ini. "Pemberian daripada syarikat yang terlibat merupakan salah satu usaha melangkah ke hadapan dalam membantu golongan yang memerlukan dan usaha ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa. "Sumbangan ini adalah hadiah untuk rakyat negeri Kedah agar mereka dapat melaksanakan ibadah korban yang menjadi simbol ketakwaan orang-orang yang beriman," katanya. Turut hadir ialah Speaker Dun Kedah, Datuk Dr Isa Ismail, Timbalan Speaker, Ustaz Ahmad Izzat Shauki, exco-exco Kerajaan Negeri Kedah dan wakil-wakil rakyat yang lain. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/74-negeri-kedah/6333-kedah-teruskan-tradisi-agih-lembu-korban
PAS gesa kaji semula guru kerja 9 jam sehari |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Nov: PAS menggesa kerajaan mengkaji semula projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor. Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Idris Ahmad ketika mengulas perkara itu berkata, tindakan itu dilihat tidak wajar memandangkan guru memang sedia terbeban pada masa ini termasuk tugasan selain mengajar. "Rasional apakah guru-guru terpaksa bekerja selama 9 jam? Sebenarnya guru-guru di Malaysia sudah sedia terbeban, bukan sahaja Pembelajaran dan Pengajaran. "Malahan guru sudah menjadi "multi purpose" kerana semua perkara guru terpaksa melakukan. Guru juga pemandu Ambulan jika pelajar sakit, menjadi polis trafik ketika pelajar keluar sekolah, pengawal disiplin, pegawai kewangan kalau ia guru kelas, menjadi kerani untuk masuk markah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily. Menurut Idris, Kementerian Pelajaran sepatutnya mencari jalan untuk menyenangkan guru-guru supaya mereka berada di zon selesa, kerana di tangan mereka yang akan melahirkan modal insan yang berguna untuk masa akan datang. "Mungkin ada orang cemburu kerana guru banyak mendapat cuti berbanding dengan mereka yang berada di pejabat. Tetapi perlu diingat tugas guru bukan sahaja di sekolah, malahan kerja mereka berterusan sehingga balik ke rumah. Kerana kerja latihan pelajar perlu diperiksa, persiapan mengajar perlu dibuat. Budaya ini berlainan dengan mereka yang bekerja di pejabat, selesai sahaja waktu pejabat ia tidak perlu dibawa balik ke rumah," katanya lagi. Kerajaan juga ujarnya perlu membanyakkan kemudahan dan membina banyak sekolah supaya mengurangkan bilangan pelajar di dalam sebuah kelas. Banyak sekolah pada hari ini katanya dibina lebih 20 tahun dahulu dan sudah tidak mampu menampung pertambahan penduduk di sekitarnya sehingga suasana di dalam bilik kelas tidak lagi ada keselesaan kerana bilangan pelajar yanga begitu ramai. Beliau menasihatkan kerajaan agar tidak jadikan guru sebagai makmal percubaan, seperti sebelumnya ketika perlaksanaan PPSMI. "Sekarang terdapat lambakan lebihan opsyen Sains dan Matematk seramai 26000 orang. Pihak Kementerian juga perlu selesaikan masalah graduan Universiti Perguruan Sultan Idris yang tidak ada penempatan bertugas. "Atas asas inilah maka Pakatan Rakyat menjanjikan RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberi mandat ke Putera Jaya. Ini sebagai penghormatan kepada guru-guru yang mendidik rakyat di negara ini," katanya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6482-pas-gesa-kaji-semula-guru-kerja-9-jam-sehari
Kembalikan Cikgu Maarof ke sekolah asal |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kementerian Pelajaran didesak supaya mengambil langkah wajar dengan mengembalikan semula Cikgu Maarof Muttalib ke sekolah asalnya yang terletak di kawasan Dun Tenang di Johor. Desakan itu dibuat atas alasan dakwaan arahan pertukaran Maarof dari sekolah asalnya ke sebuah sekolah kerajaan di Tanjung Pengelih tidak sah, malah penuh kekeliruan dan tanda tanya dari pelbagai pihak. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) berkata, arahan pertukaran ke atas Maarof dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab pada bulan Jun tahun lalu. Menurutnya, bagaimanapun Cikgu Maarof dikatakan didapati bersalah setelah Jawatankuasa Tata Tertib mengadakan mesyuarat pada bulan September tahun lalu. Katanya, dengan itu, arahan tersebut ternyata penuh dengan kekeliruan dan tanda tanya kerana ia dibuat sebelum Maarof disahkan bersalah oleh jawatankuasa itu. "Ternyata arahan pertukaran itu tidak sah. Jadi kita minta supaya pihak Kementerian Pelajaran mengembalikan semula Maarof Muttalib ke sekolah asalnya di Tenang," katanya ketika mencelah sewaktu Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Arahan pertukaran ke atas Maarof, menurut beliau, berlaku apabila isterinya (Normala Sudirman) terlibat dalam pilihanraya kecil Dun Tenang mewakili PAS tahun lalu. Katanya, arahan tersebut ternyata amat merumitkan Maarof memandangkan jarak sekolah asalnya di Tenang ke sekolah barunya di Tanjung Pengelih agak jauh sehingga sekitar 250 kilometer. "Manakala isteri dan keluarganya tinggal di Tenang," kata mantan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak. Disebabkan keadaan itu, beliau yakin arahan pertukaran tersebut mempumyai motif tertentu, memandangkan ia dibuat setelah isterinya terbabit dalam pilihanraya," katanya. Andaian tersebut, tegasnya, diperkuatkan dengan tarikh arahan pertukaran itu dikeluarkan yang jauh mendahului rumusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tata Tertib terbabit. "Maarof Muttalib diarah tukar bulan Jun, tapi Jawatankuasa Tata Tertib baru bermesyuarat bulan September. Bersalah atau tidaknya Maarof perlu diputuskan oleh Jawatankuasa Tata Tertib, tetapi kenapa Maarof dah ditukarkan sebelum Jawatankuasa Tata Tertib mengesahkannya bersalah?" tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6546-kembalikan-cikgu-maarof-ke-sekolah-asal
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6562-penempatan-guru-muhyiddin-wajar-letak-jawatan
Penempatan guru: Muhyiddin wajar letak jawatan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 17 Nov: Gabungan Ikatan Islam Se-Malaysia (Gamis) menasihatkan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan ekoran kegagalannya menangani masalah penempatan guru graduan pendidikan. Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri itu sehingga kini masih gagal memberi jaminan 'posting' kepada graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). "Graduan dalam bidang pendidikan ini memerlukan jawapan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia khususnya oleh Tan Sri Muhyidin untuk memastikan mereka boleh mengatur masa depan yang baik kerana pengangguran dikalangan graduan bakal guru ini semakin teruk ditambah pula kenyataan yang tidak cermat dan mengguriskan hati mahasiswa oleh menteri berkenaan supaya graduan bidang pendidikan ini mencari kerja lain selain dari guru," katanya. Selain itu beliau juga mempersoalkan nasib graduan ISMP yang dianak tiri, dalam masa yang sama sejumlah 13000 guru Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) diserap ke jawatan tetap melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang sepatutnya diisi oleh graduan bidang pendidikan yang tamat pengajiannya pada 2011 ini. Menurutnya, pengumuman pada bajet 2012 untuk melanjutkan umur bersara penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun juga turut memberi kesan berantai kepada pengangguran graduan yang terpaksa menunggu dua tahun lagi untuk mengisi ruang dalam penjawat awam dan juga terpaksa bersaing dengan graduan baru pada masa tersebut. "Lebih mengecewakan ialah bangsa asing lebih diutamakan untuk menjadi pendidik kepada anak bangsa kita setelah pengumuman kerajaan untuk membawa masuk 300 orang guru bahasa inggeris dari Amerika Syarikat yang menelan belanja RM18 juta sedangkan dalam masa yang sama ramai graduan anak watan yang menganggur. "Soalnya, siapa yang lebih diutamakan untuk mendidik generasi bangsa kita," soal Syazwan. Tambahnya lagi, kegagalan garaduan ditempatkan juga menyebabkan mereka terus terbeban untuk membayar wang pinjaman PTPTN. Tekanan ini katanya, sepatutnya diselesaikan dengan bijak oleh seorang Menteri Pelajaran dengan memberikan ruang dan jalan yang sesuai, bukannya lari dari tanggungjawab dengan menyuruh bakal guru untuk bekerja di sektor lain. "Sesunggunya amat songsang dengan falsafah pendidikan apabila seorang bakal guru disaran untuk bekerja diladang ternakan lembu. "Maka pihak Gamis merasakan Tan Sri Muhyidin Yasin perlu meletakkan jawatan atas kegagalan menguruskan graduan dan bakal guru ini disamping dasar pendidikan yang tidak konsisten dan menyusahkan rakyat termasuk juga dalam isu PPSMI. "Jawatan ini perlu diberi kepada yang layak dan mampu berfikir untuk mencari jalan penyelesaian, bukan helah untuk selamatkan diri dan kepentingan," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6562-penempatan-guru-muhyiddin-wajar-letak-jawatan
Perluas perkhidmatan kesihatan percuma |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Nov: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengalu-alukan pengumuman kerajaan untuk memberikan pengecualian terhadap pesakit miskin yang tidak mampu untuk membayar caj perubatan yang diterima di hospital-hospital kerajaan daripada membayarnya. “DPPWP menganggap usaha ini merupakan sesuatu yang positif bagi membantu golongan miskin untuk terus mendapatkan perkhidmatan rawatan secara percuma,” kata timbalan ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Sdr Mohd Suhaimi Abdul Aziz - TKP DPPWP
Kenyataannya, kata beliau perkhidmatan kesihatan merupakan suatu yang asas dalam sesebuah negara. Menurutnya, selain pendidikan, kesihatan merupakan keperluan asas yang tidak boleh dielakkan bagi setiap rakyat. Tambahnya, tiada sesiapa memilih untuk sakit dan berpenyakit, tetapi ia adalah suatu hakikat yang perlu dihadapi oleh segelintir rakyat. Namun demikian, ujarnya dalam keadaan kemelut hidup yang semakin menghimpit, golongan miskin sudah pasti tidak akan mampu mendapatkan rawatan kesihatan di hospital-hospital kerajaan atau swasta jika mereka sakit. “Selalunya golongan miskin terpaksa memilih pilihan lain untuk mendapatkan rawatan kesihatan lanjut seperti rawatan tradisional yang sudah tentu tidak sebaik rawatan biasa di hospital,” ujarnya dalam satu kenyataan. Oleh itu, ujarnya tawaran kesihatan percuma untuk golongan miskin pasti akan membantu mereka ‘menyambung nyawa’ dan mengurangkan risiko penyakit. Menurutnya, DPPWP berpendapat, kerajaan perlu meluaskan perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua rakyat di hospital-hospital kerajaan tanpa mengira latar belakang mereka. Beliau berkata, ramai lagi rakyat yang menderita penyakit tetapi tidak mampu untuk menjalani rawatan bukan kerana kemiskinan, tetapi kerana kos rawatan yang terlalu mahal untuk ditanggung. Katanya, bagi golongan yang berkemampuan pula mereka boleh memilih untuk ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lebih selesa dan kondusif. “DPPWP mengharapkan, rawatan kesihatan percuma dipermudahkan urusannya agar perkhidmatan ini mampu dinikmati oleh setiap lapisan rakyat “DPPWP percaya perkhidmatan kesihatan percuma adalah suatu bentuk kebajikan yang boleh membantu rakyat dalam menjalani kehidupan seharian. Ini juga, kata beliau menepati hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam keadaan sihat serta menjadi negara yang memberikan khidmat kesihatan antara terbaik di dunia. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6572-perluas-perkhidmatan-kesihatan-percuma
Penempatan: Masa depan bakal guru suram |
Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 1 Dis: Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK) hari ini membawa tuntutan mereka agar Menteri Pelajaran menyelesaikan masalah penempatan guru ke Parlimen untuk diambil tindakan segera. Gabungan tersebut mengambil tindakan demikian selepas masih belum ada tindakan positif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mahupun Kementerian Pengajiian Tinggi (KPT) berhubung masalah yang dihadapi mereka. Presiden GMPK, Mohd Abdullah Mohd Yusuf berkata, pihaknya menggesa Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengkaji semula dan menyelaraskan dasar pengambilan Guru Sandaran Tak Terlatih (GGSTT), Kursus Pengajian Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI), j-QAF dan guru pakar luar negara di setiap peringkat. Pengambilan guru-guru selain daripada Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) katanya tidak wajar kerana dalam masa sama masih ramai guru yang belum mendapat penempatan. "Kementerian Pelajaran Malaysia perlu segera mengumumkan tarikh rasmi dibuka permohonan penempatan guru ISMP," kata beliau pada sidang media sebelum menyerahkan memorandum tuntutan kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. GMPK yang ditubuhkan selepas konvensyen pra perguruan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bulan lalu turut menuntut KPM menjelaskan segera status kontrak pemegang biasiswa kementerian yang masih belum mendapat penempatan. Selain itu, kerajaan dicadangkan memberi insentif dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada graduan ISMP sehingga mendapat pekerjaan tetap, serta menyelesaiakan masalah dalaman di antara KPM dan KPT. "Unjuran KPM semasa menawarkan program khusus pendidikan di IPT dengan pengumuman terbaru had umur persaraan dinaikkan ke 60 tahun baru-baru ini tidak selari menyebabkan masalah lambakan graduan ISMP," katanya. Sementara itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS selepas mendengar tuntutan tersebut berkata, KPM perlu mencari penyelesaian segera bagi mengelakkan graduan ISMP tiada pekerjaan setelah bertungkus lumus menjalani pengajian. Katanya, kerajaan seharusnya sudah jelas bilangan guru yang diperlukan sebelum melakukan pengambilan pelajar dalam bidang ini. "Masa depan mereka agak suram dan memerlukan kata putus daripada pihak kerajaan agar mereka segera mendapat penempatan. "Ini merupakan satu kecelaruan, ketidakselarasan di antara KPT dan KPM. "Kerajaan seharusnya dapat mengenal pasti masalah-masalah yang bakal timbul, tidak sepatutnya wujud lambakan bakal guru ini," katanya. Awal November lalu, graduan ISMP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memulakan demonstrasi menuntut diberi penempatan dan membantah kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI supaya "cari kerja lain". |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6814-penempatan-masa-depan-bakal-guru-suram
Graduan cemerlang dipinggir kerajaan Umno BN
Roketkini.com, | 17 Feb 2012 |
PUTRAJAYA, 17 Feb: Semua graduan kelas pertama patut diberi pengecualian dari membayar balik pinjaman pelajaran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Dalam hal ini, kerajaan persekutuan tidak patut memilih kasih kerana graduan yang cermerlang dan lulus dalam kelas pertama adalah kunci kepada kejayaan pembangunan negara.
Adun DAP Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, dasar diperkenalkan kerajaan Umno BN pada 2010 adalah sangat tidak adil buat graduan yang lulus cemerlang sebelum dasar itu diperkenalkan.
Menurutnya, pada 2010, kerajaan persekutuan telah menetapkan bahawa graduan yang lulus dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan menamatkan pengajian pada 2010 akan diberi pengecualian dari membayar balik PTPTN.
“Pada masa sama, graduan yang menandatangi perjanjian dengan PTPTN sebelum 1 Julai 2005 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama pula diberi pengecualian yang sama.
“Saya kecewa. Para graduan cemerlang lagi kecewa. Ibu bapa mereka pun kecewa. Kerajaan persekutuan harus berlaku adil kepada semua graduan Ijazah Kelas Pertama, bukannya bertindak pilih kasih,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.
Menurut Lau, sehingga hari ini rayuan dari graduan-graduan yang tamat sebelum 2010 untuk dikecualikan dari membayar balik PTPTN tidak dilayan oleh kementerian.
Sehubungan itu pagi tadi di sini, beliau bersama lebih 30 graduan telah menyerahkan surat buat kali kedua kepada wakil Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin untuk membangkitkan isu ini, setelah surat beliau pada 10 Januari lalu tidak dilayan.
Lau turut meluahkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pengajian Tinggi yang selama ini gagal memberi jawapan sama ada graduan yang memohon ini untuk dikecualikan dari bayar balik PTPTN diterima atau tidak.
Dalam masa sama, graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama Universiti Malaya 2008, Low Li Si berkata, beliau dan rakan-rakan sebelum ini telah berkali-kali menghubungi kementerian melalui pelbagai cara, tetapi masih tidak diendahkan.
Oleh itu, katanya pada hari ini, beliau dan rakan-rakannya terpaksa mengambil cuti hanya untuk menyampaikan permintaan mereka agar apa yang dituntut mereka, dijawab kerajaan.
“Kami berterima kasih kepada DAP dan YB Lau Weng San kerana sudi membantu kami hari ini,” katanya.
Sumber HD : 17/02/2012

Hutang negara: Dapat dari mana, ke mana dibelanja?
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 24 Mac: Teras Pengupayaan Melayau (Teras) berpendirian pengumuman Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussain bahawa hutang kerajaan masih tidak kritikal kerana kurang 2 peratus di bawah had 55 peratus dari KDNK dan tidak membimbangkan, adalah sangat tidak bertanggungjawab.
“Pertanyaan yang tidak dijawab ialah ke manakah wang yang diperolehi dengan berhutang itu dibelanjakan dan siapa yang menentukan perbelanjaan tersebut?” tanya Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Sepatutnya, kata beliau pihak perbendaharaan negara memastikan ia dibelanjakan mengikut peruntukan undang-undang.
Menurutnya, dengan hanya selisih 2% dari tahap kritkal 55% KDNK menunjukkan perbendaharaan negara cuai dengan kedudukan hutang negara.
“Itupun Teras mempersoalkan atas kriteria apa 55% itu ditentukan?” soalnya lagi.
Beliau berkata, persoalan yang lebih kritikal ialah apakah kerajaan berbelanja berdasarkan bajet yang diluluskan atau sebaliknya (on budget atau off budget).
Katanya, pihak perbendaharaan negara yang kini dibawah kuasa PM kerana beliau adalah juga Menteri Kewangan jelas telah membiarkan hutang bertambah bila defisit dicampur dengan berbelanja lebih dari yang dibenarkan.
Kini, ujarnya apa yang menjadi tanda tanya ketika kerajaan berbelanja lebih dari yang dibenarkan siapakah yang memberi kebenaran untuk berbuat demikian.
“Inilah sebabnya Teras melihat bahawa dalam isu hutang kerajaan yang kini hanya berada 2% di bawah had yang dibenarkan, ternyata tidak ada semak dan imbang (check and balance) lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Tambahnya, kini rakyat berhak untuk tahu bagaimana wang negara yang diperolehi dari hutang dan dibelanja sebabnya rakyatlah yang akan menanggung hutang tersebut.
“Inilah yang disebut sebagai pembiayaan hutang (debt financing) yang akan terbeban kepada setiap orang rakyat sesebuah negara,” ujarnya.
Untuk membayar hutang, tambahnya perbelanjaaan tambahan perlu dikeluarkan dan rakyatlah yang akan menerima beban hutang yang diambil oleh kerajaan.
Katanya, ketika mana hutang kerajaan bertambah bermakna wang rakyat akan diguna untuk membiaya hutang tersebut.
Di Amerika, ujarnya ada maklumat setiap hari yang disebut “U.S. NATIONAL DEBT CLOCK”.
Menurutnya, pada 23hb Mac 2012 jam 10.30.06 petang GMT hutang awam ialah USD15,589,100,336.066.82, juga mencatat populasi Amerika sekarang ialah 312,453,854, maka setiap warga Amerika menanggung hutang tersebut sebanyak USD49,892.19 pada hari tersebut.
Jelasnya, hutang Kerajaan Amerika terus meningkat secara purata USD4.02 billion sehari sejak 28 September 2007.
Ujarnya, setidak-tidaknya warga Amerika mempunyai maklumat mengenai hutang kerajaan setiap hari dan apa implikasinya terhadap setiap individu warganya.
“Di Malaysia maklumat ini bukan sahaja sukar untuk dioperolehi, malah dimanipulasi seolah-olah semuanya dalam kedaan terkawal,” ujarnya.
Justeru, ujarnya Teras menggesa agar rakyat perlu menzahirkan keprihatinan mereka mengenai kepincangan perbelanjaan yang akan menjejaskan kedudukan kewangan negara sekaligus kesejahteraan rakyat.
“Jika rakyat membisu dan tidak peka dengan uruskelola kewangan negara, masa depan rakyat bakal menghadapi keadaan yang tidak menentu, jangan membayangkan situasi seperti Greece tidak akan berlaku di Malaysia,” katanya.
Sumber HD : 24/03/2012

Najib pangku Menteri Wanita beri laluan kepada isteri?
Abdul Aziz Mustafa, | 08 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 April: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Kelulaluan pada arga dan Masyarakat dengan tujuan untuk membolehkan isterinya mendapat laluan menguasai kementerian berkenaan, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan.
Tindakan itu juga, kata beliau, menunjukkan tidak ada Ahli Parlimen atau tokoh Wanita Umno yang mendapat kepercayaan Najib untuk memegang jawatan itu sehingga menyebabkan beliau mengambil keputusan memangku jawatan itu.
"Najib tak percaya sesiapa pun dari kalangan Ahli Parlimen wanita yang ada dari Umno dan Barisan Nasional (BN) dan tidak ada tokoh wanita lain dari Umno dan BN yang dipercayainya untuk dilantik sebagai senator dan seterusnya memegang jawatan sebagai menteri berkenaan," kata Mahfuz.
Sebelum itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat apabila tempoh perkhidmatannya sebagai senator untuk penggal pertama tamat pada 8 April dan tidak disambung oleh pentadbiran Najib dipercayai berikutan kes National Feedlot Corporation (NFCorp) yang melibatkan keluarganya.
Tindakan Najib yang memangku sendiri jawatan yang dikosongkan oleh Shahrizat itu dilihat oleh Mahfuz sebagai usaha membentuk pemikiran rakyat bahawa semua liabiliti kes lembu NFCorp bukan hanya ditanggung oleh Shahrizat seorang sahaja, tetapi hendaklah ditanggung sama oleh semua wanita Umno.
"Sekali lagi Najib memuaskan kehendak hobinya yang tidak berkesudahan iaitu menonjolkan dirinya sebagai penyelamat ketika beliau menunjukkan bahawa beliau tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan tersebut," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga menolak alasan kononnya Najib tidak sempat hendak membuat pilihan berikutan pengunduran Shahrizat dari jawatan itu.
"Najib sudah tahu awal-awal lagi tarikh tamatnya tempoh perkhidmatan Shahrizat sebagai senator.
"Alasan tidak sempat membuat pilihan tidak diterima sama sekali dan tidak boleh dipercayai," katanya.
Alasan sebenarnya, kata Mahfuz, bukan kerana tidak sempat membuat pilihan.
"Alasan yang dilihat umum ialah Najib tidak percaya sesiapa pun dari kalangan wanita Umno dan wanita BN untuk memegang jawatan itu.
"Najib hanya percayakan (isterinya, Datin Seri) Rosmah (Mansor) sahaja.
"Tindakannya memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilihat akan membolehkan isterinya melebarkan lagi cengkaman pengaruhnya," kata beliau.
Selepas ini, kata Mahfuz, Rosmah tidak hanya menguasai secara tidak langsung pelbagai bahagian di Jabatan Perdana Menteri di samping menguasai secara tidak langsung Kementerian Kewangan, malah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga akan dikuasainya secara tidak langsung.
Selain menjadi Perdana Menteri, Najib juga adalah Menteri Kewangan dan kini pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Rosmah dilihat sebagai isteri Perdana Menteri yang paling berpengaruh dan paling berprofil tinggi salamn sejarah politik Malaysia.
Walau dikecam sebagai berlebihan termasuk dari kalangan tokoh-tokoh Umno sendiri, tidak ada sesiapa pun yang berani menghalang kehendak Rosmah termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri walaupun beliau dilihat begitu lantang bersuara.
Sumber HD : 8/04/2012
(Kampung Mawar Tepian Desa, pandangan dari tepi lebuh raya Simpang Pulai-Cameron Highland)
CAMERON HIGHLAND, 13 April: Masyarakat Kampung Raja dekat sini meminta kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Sri Adnan Yaacob menangani segera permasalahan penduduk di situ khususnya berhubung status tanah.
Salleh Mat Saman, 55, salah seorang penduduk, ketika ditemui berkata apa yang menjadi masaalah sekarang empat buah rumah yang sedang dalam pembinaan telah dirobohkan baru-baru ini tanpa sebarang notis terakhir, kecuali yang telah diterima pada tahun lalu.
Salleh (gambar kanan bersama anaknya) yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Raja berkata, apa yang menjadi masaalah sekarang, kawasan perumahan India dan Cina langsung tidak diusik, sedangkan kawasan Melayu tidak dibenarkan membuat sebarang pembinaan, sebaliknya mana-mana bangunan baru dalam pembinaan dirobohkan.
“Bila kami kenapa hanya penempatan kami orang Melayu sahaja diperbuat demikian, Majlis Daerah kata tidak mahu membangkitkan isu perkauman,”ujarnya.
Pihaknya kini dalam proses untuk bertemu menteri besar untuk meminta kebenaran bagi memohon tapak rumah berkenaan.
Beliau yang masih lagi menjadi ahli Umno menambah, setakat ini pihaknya tidak mendapat maklum tanah terbabit ingin dibangunkan sama ada sebagai taman perumahan atau lain-lain pembangunan.
“Cuma kita berharap penempatan ini kekal sebagai kawasan perkampungan orang Melayu yang terdiri dari penyokong kuat parti kerajaan iaitu Umno,”ujarnya.
Umno Kampung Raja termasuk pemimpinnya Ketua Cawangan Kampung Raja, Yaacob Ismail tidak melakukan sebarang tindakan sewaktu Majlis Daerah meroboh empat buah rumah yang dalam pembinaan.
Tambahnya, begitu juga dengan Ketua Umno Bahagian Cameron Highland, Datuk Wan Rusdi Wan Ismail,yang juga Adun Jelai juga tidak hadir sewaktu rumah dirobohkan serta tidak membuat sebarang tindakan termasuk Ketua Kampung.
“Kita ni bukan sahaja penyokong, malah telah menjadi ahli Umno sejak tahun 70-an lagi, memang kawasan ni kawasan Umno kuat lah,”ujarnya sambil menambah tawar hati dengan sikap kerajaan Umno.
Mengulas lanjut berhubung sejarah asal penempatan berkenaan beliau memberitahu tapak berkenaan asalnya milik Malaysian Thai Development (MTD), yang ketika itu diberi tanggungjawab membuat jalan Simpang Pulai ke Cameron Highland.
“Bila siap jalan, MTD serahkan tapak berkenaan kepada Umno Kampung Raja dan kami mengambil tanggungjawab itu,”ujarnya.
Katanya, permohonan itu bertujuan untuk membuat perkampungan orang Melayu pada akhir tahun 1998 dan permohonan itu dipersetujui.
Menurutnya, mana-mana rumah yang ada ketika itu di kawasan berkenaan diserahkan pada Umno Kampung Raja juga.
“Tapak ini asalnya tertulis atas nama TOL, bagaimanapun untuk menghidupkan lesen TOL perlu dihidupkan setahun sekali, kalau tidak ianya akan mati begitu sahaja dan akan menjadi tanah kerajaan balik.
“Setelah menjadi perkampungan baru, ianya dinamakan Mawar Tepian Desa (MTD) dengan 121 anggota keluarga dan semuanya berbangsa Melayu,”ujarnya.
Bagaimanapun, katanya setelah ianya diambil alih sejak tahun 1998, hanya kini masaalah baru telah bermula apabila timbul pula ianya tanah kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak mengetahui kenapa perkara itu boleh berlaku sekarang dan siapa pula yang mendesak sehingga perkara itu berlaku sehingga empat buah rumah yang sedang dalam pembinaan dirobohkan.
“Sekarang ini baru pihak kerajaan datang memohon untuk mengambil semula tanah berkenaan melalui Pejabat Tanah sendiri dengan alasan tanah kerajaan.
“Saya akui ini memang tanah kerajaan, tetapi kenapa masyarakat India atau Cina tidak berlaku pula masaalah seperti kami, sedangkan status tanah sama sahaja,”ujarnya.
Beliau turut melahirkan rasa kesal alasan ‘perkauman’ menyebabkan pihak kerajaan tidak meroboh kawasan perumahan dan kebun pihak terbabit sebagai ‘longgar’.
Katanya, setakat ini empat buah rumah telah diroboh oleh Majlis Daerah Cameron Highland dengan alasan tanah kerajaan dan terdapatnya pembangunan terbengkalai.
Sedangkan, tambahnya bukan pembangunan terbengkalai sebaliknya pihak Majlis Daerah sendiri tidak membenarkan proses menyiapkan bangunan dilakukan.
“Kami perlu menunggu arahan pihak mereka terlebih dahulu sama ada ianya boleh diteruskan atau sebaliknya, kalau pihak mereka kata boleh buat, baru kita boleh buat (meneruskan pembangunan),”ujarnya.
Sambungnya, surat notis meminta rumah dirobohkan diterima sejak setahun lalu, bagaimanapun empat buah rumah yang diroboh itu tidak mendapat sebarang kenyataan bertulis.
Menurutnya, tiba-tiba sahaja pihak Majlis Daerah datang roboh begitu sahaja.
Sumber HD : 13/04/2012
(Pangsapuri Kayangan, tempat Encik Kadir hadapi masalah dengan pengurusannya)
PETALING JAYA: Kerana tidak sehaluan dengan seorang orang kuat pengurusan bersama, sudah 20 hari penyewa rumah Abdul Kadir Othman di Kayangan Apartment, Subang dipotong bekalan air.
Yang menakutkan, ia dibuat oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang dilantik sendiri oleh penduduk apartment itu.
Sudah pelbagai cara dibuat oleh beliau namun sehingga kini ia belum berjaya di selesaikan.
Kadir yang datang sendiri ke pejabat Harakahdaily untuk memohon bantuan telah menceritakan bagaimana ia berlaku.
Katanya, perkara sebegini berlaku sejak 5 Mac 2009 lagi apabila buat pertama kalinya meter air rumah beliau dicabut oleh pihak 'pengurusan' JMB.
Ekoran tindakan itu, laporan polis telah dibuat beliau kerana percaya pendekatan yang dibuat oleh pihak 'pengurusan' JMB itu tidak betul dan berlandaskan undang-undang.
Kadir mengaku memang beliau agak 'vokal' dalam mesyuarat-mesyurat agung JMB namun ia tidak sewajarnya menjadi alasan pihak 'pengurusan' itu bertindak bukan-bukan ke atas beliau.
Kadir yang kini tinggal di Kuala Besut, Terengganu telah menyewakan rumahnya di Petaling Jaya.
Pada 9 May, penyewa beliau menghubunginya dan memaklumkan rumahnya tidak ada air kerana meter air telah dipotong.
Kadir bergegas dari rumahnya di Kuala Besut ke Petaling Jaya, dan mendapati memang rumahnya tidak ada air sejak 8 Mei akibat meter air dicabut.
Ketika beliau hubungi pihak 'pengurusan', beliau diberitahu tangkinya bocor dan atas alasan itulah meter airnya dicabut.
Kadir, seorang jurutera bertauliah cuba untuk membaikinya namun tidak dibenarkan oleh pihak pengurusan dengan alasan tidak mahu ia membahayakan keseluruhan apartment yang mereka diami.
Yang menyebabkan Kadir berang adalah semua masalah yang beliau hadapi adalah berdasarkan sikap seorang yang bertindak kononnya sebagai 'pihak pengurusan' padahal beliau hanya suami kepada seorang penting dalam JMB itu.
Untuk menyelesaikan masalah, Kadir telah pergi ke merata tempat termasuk membuat laporan kepada COB Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Beliau juga membuat laporan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat yang terlibat termasuk Adun Seri Setia (Nik Nazmi Ahmad), anggota Parlimen Subang (Sivarasa Rasiah) namun sehingga kini sudah 20 hari rumah beliau tidak ada air akibat tindakan JMB ini.
"Perbuatan JMB membiarkan Encik *** mengurus Kayangan apartment semenjak di tubuhkan pada tahun 2009 tanpa kawalan dan yang telus menyusahkan ramai penduduk di situ, tetapi mereka hanya berdiam diri kerana tak mahu diinayakan," tulis Kadir kepada Unit Pesuruhanjaya Bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Menurutnya, sudah banyak aduan dan laporan polis telah di buat terhadapnya dan beliau maseh bermahajalela dan mengurus secara sesuka hati di Kayangan Apartment, padahal beliau adalah hanya di lantik sebagai Penasihat.
"Dengan ini saya menggesa supaya pihak COB dan pihak yang bertanggungjawab agar menyiasat dan mengambil tindakkan sewajar nya untuk membawa pengurusan yang lebih sesuai dan tenteram di apartment tersebut," tulis Kadir kepada COB MBPJ yang salinannya diberikan kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 28/05/2012
Sumber HD : 13/08/2012

Adnan diminta selesai masalah tanah Cameron Highland
Rizal Tahir, | 13 Apr 2012 |

Kerana vokal, sudah 20 hari tiada air
Harakahdaily, | 28 Mei 2012 |

Penduduk tuntut penjelasan DBKL bil air tinggi
Hazayani Zakaria, | 13 Ogs 2012 |
AMPANG: Penduduk PPR Hiliran Ampang terkejut apabila menerima bil air yang melambung tinggi dan disifatkan sebagai tidak munasabah.
Apa yang lebih membimbangkan mereka apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan tempoh 15 hari dari tarikh bil dikeluarkan untuk penduduk menjelaskan bayaran bagi mengelakkan bekalan air dipotong.
Seorang penduduk, Rahimah Abd Rahem, 27 menerima bil berjumlah RM2436 iaitu RM1541.54 bagi bil semasa dan tunggakan sebanyak RM894.45.
Beliau berkata, walaupun bil terakhir diterimanya pada Mac lalu, namun jumlah tersebut sangat tidak logik jika dibandingkan dengan penggunaan air di rumahnya.
Tambah beliau, turut menyusahkan penduduk ialah bil yang tidak diterima sebulan sekali sebaliknya tidak konsisten dan pernah sehingga empat bulan sekali.
"Sebelum ini memanglah bayaran selalu tertunggak tapi tak adalah sampai mencecah ribuan ringgit. Biasanya kalau tertunggak dua tiga bulan pun paling tinggi dalam RM400 kena bayar," kata beliau ketika ditemui di surau PPR tersebut hari ini.
Rahimah antara individu yang membuat aduan kepada Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa berhubung perkara ini.
"DBKL tak fikir ke, sekarang dah dekat raya. Nak kena buat pembayaran sebanyak ni, masalah bagi kami," katanya.
Seorang lagi penduduk, Abdul hamid Wahab, 60 menerima bil berjumah RM 1011.36 iaitu dari bulan Mac hingga Ogos termasuk tunggakan sebanyak RM 1319.60.
"Sebelum ni bil tak pernah tinggi sampai macam ni. Saya bimbang kita buat pembayaran di pejabat flat tapi tak masuk dalam rekod DBKL," katanya.
Sementara itu, Hatijah Darus, 74 pula menerima bil berjumlah RM720.90.
Ekoran takut belakan air dipotong di musim perayaan, beliau segara membuat pembayaran pagi tadi.
"Saya dahulukan bil air, rumah saya tak bayar lagi untuk bulan ini sebab nanti kalau air kena potong, susah," luahnya.
Tunggu penjelasan DBKL
Sehubungan itu, PAS Titiwangsa mendesak DBKL mengadakan pertemuan segera dengan penduduk bagi memberikan penjelasan mengenai perkara ini.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, penduduk memerlukan penjelasan daripada DBKL memandangkan bil yang diterima mereka sangat membebankan terutamanya menjelang Aidilfiti.
"Kita minta DBKL tarik balik tempoh sehingga 25 Ogos tu. Semua orang sibuk nak sambut raya. Kalau kena bayar bil air yang sangat tinggi, ini satu masalah. Lagipun bil ini sangat luar biasa daripada kebiasaan," katanya.
Beliau berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada pihak DBKL, PAS Titiwangsa sendiri akan bertemu dengan Datuk Bandar bagi memohon penyelesaian segera.
"Kita tunggu penjelasan mereka, kalau tak ada, kita terpaksalah bertemu Datuk Bandar sendiri," katanya.
Turut bersama Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Suhaimi Abdul Aziz.
Sidang Media PJPWP : http://www.youtube.com/watch?v=sTAqfZkYZ9A

No comments:
Post a Comment