Maaf Mufti Perak, boleh saya bertanya?
Mohamed Hanipa Maidin, | 01 Feb 2013 |
Baru-baru ini Mufti Perak mengeluarkan kenyataan tentang isu penggunaaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam khususnya penganut Kristian.
Kenyataannya dilaporkan di Mingguan Malaysia di bawah tajuk "Jangan terus cabar, hina Islam" (Mingguan Malaysia 27/1/2013).
Antara lain beliau menyatakan jika Islam terus dicabar termasuk isu penggunaan nama Allah dibimbangi boleh membawa pertumpahan darah kerana menurut beliau umat Islam wajib berjihad mempertahankan kesucian Islam dan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam yang tidak mentauhidkan Allah.
Beliau berkata "kalau diberikan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam, kalimah Allah akan digantung di gereja dan diletakkan pada salib yang ada patung Nabi Isa di situ, seolah-olah Nabi Isa itu Allah. Maka itu tidak boleh dibenarkan kerana menghina akidah Islam."
Beliau juga menegaskan umat Islam sama sekali tidak boleh benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam kerana ia sama seperti mereka bersetuju dengan perbuatan menyekutukan Allah dan persetujuan itu juga menjadikan mereka kafir.
Pembaca dapat melihat betapa kerasnya kenyataan Mufti Perak tersebut. Tidak pula kita dengar dan lihat kenyataan keras seperti itu dikeluarkan oleh Mufti Perak ke atas kenyataan ramai pemimpin Umno sebelum ini yang menghina Islam seperti kenyataan Nabi Muhammad s.a.w tidak bercukur kerana tiada pisau cukur, jika laksana hudud ramai akan kudung tangan, bertafakur di Tugu Negara, membuang nama Islam dari parti politik dan kenyataan atau tindakan seumpama itu.
Saya tidak berniat untuk berdebat dengan Mufti Perak kerana siapalah saya dibandingkan dengan orang berilmu sepertinya. Bagaimanpun saya rasa tidak salah untuk saya bertanya meminta penjelasan atas pendapatnya yang keras itu.
Apabila ada umat Islam yang berpandapat bahawa tidak salah orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah tidakkah pendapat itu sendiri diasaskan atas tindakan Rasulullah s.a.w.?
Mufti Perak, saya percaya arif tentang seerah Rasulullah s.a.w. Saya ingin berkongsi dua buku mengenai seerah, satu dalam bahasa Arab dan satu lagi dalam bahasa Inggeris.
Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" (pembacaan politik di dalam seerah kenabian) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku "Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings (Abu Bakar Siraj al-Din) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.
Kedua-dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah).
Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi (tasamuh) Islam dengan membenarkan kalimah " Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir.
Bukankah kisah tersebut menunjukkan pertamanya penggunaan nama Allah adalah satu perkara rutin oleh orang-orang Arab termasuk yang kafir.
Keduanya meskipun nama Allah yang orang kafir Arab gunakan adalah berbeza dengan pemahaman orang Islam tentang kalimah suci tersebut, kenapakah Rasulullah s.a.w tidak melarang malah benarkan pula mereka menggunakan kalimah Allah.
Pernahkan dalam mana-mana masa dalam fasa da'wah Rasulullah s.a.w, Baginda menyeru jihad untuk memerangi Arab yang kafir kerana menggunakan nama Allah?
Jika Rasulullah membenarkan Suhayl yang kafir itu menggunakan nama Allah bagaimanakah Mufti Perak mengatakan umat Islam yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah dikira menyekutukan Allah. Bagaimanakah mengikut teladan Rasulullah dikira menyekutukan Allah..?
Tentang kenyataan Mufti bahawa orang kafir seperti Kristian tidak boleh guna nama Allah kerana kalimah Allah adalah suci dan yang demikian ia tidak boleh digunakan oleh mereka yang menyekutukan Allah.
Persoalannya sejak bila pula orang kafir tidak menyekutukan Allah? Jika mereka menyekutukan Allah, apa bezanya mereka guna nama Allah atau tidak?
Bukankah kerana mereka salah memahami bahawa Allah itu tiga dan bukan Esa, maka kita kena sampaikan mereka tentang siapakah Allah yang sebenar.
Bukankah surah al Ikhlas dimulakan dengan kalimah "qul" (Katakan atau ceramahkan atau beritahu) bahawa Allah itu Esa. Mengapa perlu adanya kalimah "qul " jika sejak awal Kristian beriman dengan Allah itu Esa.
Perlukah diberitahu kepada orang yang beriman Allah itu Esa bahawa Allah itu Esa?
Apabila Nabi Sulaiman a.s menulis surat kepada Ratu Balqis yang menyembah matahari ketika itu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan. Bukankah dengan menghantar surat yang mengandungi nama Allah kepada Balqis, Nabi Sulaiman hakiktnya menyuruh Balqis membaca/menggunakan nama Allah? Bukankah Balqis kafir ketika itu jadi kenapakah dibenarkan beliau membaca /menggunakan kalimah Allah?
Bukankah penganut Kristian percaya Isa anak Allah dan kepercayaan itu tidak sama dengan kepercayaan orang Islam. Kalau digunakan logik Mufti maka kita juga seharusnya halang penganut Kristian guna kalimah Nabi Isa kerana apa yang mereka percaya tidak sama dengan kita?
Bukankah apabila di dalam Al Quran Allah menyatakan bahawa orang Nasrani menyatakan Nabi Isa adalah anak Allah, Allah menyatakan itu adalah kata kata yang keluar dari mulut mereka. Mulut adalah terjemah kata hati.
Mengapa Allah tidak kata lancarlah jihad dan bakar bible mereka kerana mereka kata Isa anak Allah !!
Tentang dakwaan Mufti Perak jika dibenarkan guna kalimah Allah maka Kristian akan gantung kalimah Allah di gereja atau digantung pada patung Nabi Isa, isunya adakah perkara itu telah berlaku? Jika tidak, mengapa harus kita membuat spekulasi?

Bukankah di zaman Rasulullah jika ada sahabat bertanya soalan spekulasi Rasulullah akan bertanya adakah perkara itu telah berlaku?
Kerana sayangkan umatnya Rasululah larang soalan spekulasi kerana jika ditanya soalan tersebut masa wahyu diturunkkan bukankah ia akan membebankan kita semua?
Wajarkah menghukum orang Kristian atas dasar spekulasi.? Jika perkara itu dah berlaku, bukankah Negara ini ada undang undang? Mengapa perlu nak menumpakan darah?
Mengapakah kita tidak pandang kawan kawan kita di kalangan Kristian dengan kacamata kasih sayang, sesuai Islam adalah agama Rahmah. Bukankah samahah (toleransi) adalah sifat agama ini?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-2-2013
Perlembagaan benarkan kanak-kanak berhimpun |
Oleh Mohamed Hanipa Maidan Berdasarkan laporan media pihak polis dikatakan sedang memburu 14 orang yang dikatakan melakukan kesalahan membawa kanak-kanan menyertai perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada 12 Januari yang lalu. Gambar-gambar suspek kini tersebar di media . Hakikatnya ini satu lagi projek Barisan Nasional (BN) melalui institusi polis bagi melakukan intimidasi ke atas rakyat yang memilih untuk melaksanakan hak berhimpun yang dijamin ke atas mana-mana warganegara sepertimana yang diperuntukkan di bawah Artikel 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Jika BN merasakan intimidasi ini perlu bagi mewujudkan ketakutan ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan aman dan bersejarah itu, BN hakikatnya melakukan kesilapan besar. Kehadiran ratusan ribu rakyat prihatin tersebut termasuk kanak-kanak itu sendiri menunjukkan tiada lagi elemen ketakutan di kalangan rakyat terhadap politik buli oleh BN melalui institusi polis. Amat malang imej buruk pihak polis yang telah berjaya sedikit dipulihkan pada 12 Januari yang lalu kini kembali memusing U-turn kepada imej lamanya dengan tindakan memburu rakyat yang di dalam definisi BN adalah penjenayah kerana membawa kanak kanak menyertai perhimpunan aman. Ya, memang seksyen 4(1)(e) Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang kanak kanak di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan termasuk perhimpunan aman. Ya, seksyen 4(2) Akta yang sama memperuntukkan kanak-kanak dan mereka yang membawa kanak-kanak menyertai perhimpunan meskipun aman adalah melakukan kesalahan. Itulah antara lain kandungan Akta tersebut. Namun saya ingin menegaskan di sini hak rakyat negara ini termasuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun bukan ditentukan oleh Akta tersebut. Hak mereka ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu hukum tertinggi di negara ini. Tiada mana-mana orang atau pihak, dalam konteks negara ini, lebih tinggi dari Perlembagaan. Artikel 10(1)(b) Perlembagaan menjamin semua warganegara termasuk kanak-kanak di bawah umur 15 tahun hak kebebasan asasi iaitu hak berhimpun secara aman tanpa senjata. Apa istimewanya hak ini? Jawapannya hak ini tidak boleh dilenyapkan. Ia boleh dihadkan tetapi tidak boleh sama sekali dilenyapkan. Melarang sama sekali kanak-kanak termasuk di bawah 15 tahun dari berhimpun adalah termasuk melenyapkan hak asasi di bawah Artikel 10(1)(b) itu dan ini dilarang sama sekali oleh Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu mana-mana Akta atau tindakan yang melarang kanak-kanak bawah 15 tahun warganegara Malaysia berhimpun adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Oleh itu yang salah di dalam kes ini bukan kanak-kanak yang menyertai perhimpunan aman 12 Januari lalu atau mereka yang membawa kanak-kanak tersebut atau penganjur yang menganjurkan perhimpunan tersebut. Akta Perhimpunan Aman diwujudkan bagi menggantikan seksyen 27 Akta Polis 1967. Ironinya Akta Polis sendiri tidak melarang kanak-kanak menyertai perhimpunan aman. Hanya di Malaysia kita menyaksikan Akta baru yang mengganti Akta yang lama mengandungi peruntukkan yang lebih teruk. Ini berlaku kerana Malaysia ada BN — makhluk perosak nombor satu. Yang bersalah dalam isu ini adalah Peguam Negara yang gubal undang-undang mengarut tersebut. Yang salah juga adalah Ahli Parlimen BN yang luluskan undang -undang tersebut dan dalam hal ini termasuk para pengundi yang telah beri mandat kepada Ahli Parlimen BN. Yang salah juga adalah pihak polis yang melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan tersebut. Saya telah menghubungi Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selaku penganjur perhimpunan bersejarah tersebut dan beliau telah memberi arahan kepada saya dan pasukan peguam PAS untuk mencabar di mahkamah syarat perhimpunan aman yang dikenakan pihak polis yang melarang kanak kanak menyertai perhimpunan pada 12 Januari yang lalu. Bagi pihak yang diburu saya menasihatkan untuk pergi ke balai polis dengan ditemani peguam PAS bagi mengelakkan tangkapan dibuat. Jadikan sedikit ujian tersebut untuk menaikkan semangat kita untuk menolak BN dalam pilihanraya kelak. Ingatlah mereka boleh tangkap dan dakwa kita namun mereka tidak akan dapat sama sekali merobek harga diri dan kebebasan kita yang diberikan oleh Allah sejak azali lagi. * Mohamed Hanipa Maidan adalah peguam PAS. Sumber DD - 6-2-2013 |
Kenapa Melayu tidak perlu takut DAP
Mohamed Hanipa Maidin, | 19 Feb 2013 |
Semasa berada di Mansoorah, Mesir dengan Timbalan Presiden Pas, Tuan Haji Mohamad Sabu berforum dengan para pelajar Malaysia di sana, soalan berikut ditanya kepada kami : " apa akan jadi sekiranya Dap dan Mca menang banyak kerusi dalam pilihanraya umum nanti?".
Saya menjawab soalan tersebut seperti berikut " jika kita turuti silsilah soalan tersebut percayalah ianya berasal usul dari Umno. Itulah kempen Umno di kampung-kampung dan malangnya kini pelajar di menara gading juga terjerat dengan kempen jahat tersebut.
Hakikatnya soalan itu sendiri adalah tidak betul. Bagaimanakah Dap dan Mca boleh kedua-duanya menang banyak kerusi dalam keadaan kedua -dua parti tersebut lazimya bertanding antara satu sama lain bagi merebut kerusi yang sama. Adakah masuk akal di kawasan Parlimen Bukit Bintang misalnya yang Dap dan Mca bertanding , jika Dap menang Mca juga akan menang? "
Parti perkauman seperti Umno , kerana mahu terus berkuasa , dengan tanpa rasa tanggungjawab berusaha keras menimbulkan keraguan bahawa Dap adalah satu elemen yang bahaya kepada Melayu dan Islam. Justeru itu , menurut logik Umno, jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat yang ada Dap di dalamnya, maka Melayu dan Islam akan terancam. Logik Umno ini berpremiskan Dap adalah bermajoritikan orang bukan Melayu dan Islam maka kepentingan Islam bukan sahaja tidak terbela jika mengundi Dap malahan kedudukan Melayu dan Islam juga terhakis terancam.
Hujah Umno ini sama sekali melupakan bahawa hakikatnya Umno juga berkawan dengan bukan Melayu dan bukan Islam. Jika Mca dan Mic yang boleh dikatakan hampir 100 peratus dikuasai oleh bukan Melayu/Islam, mengapakah mengundi sama ada Umno atau Mca atau Mic tidak dilihat mengancam Islam? Adakah pemimpin Mca khususnya sunyi dari perbuatan menghina dan memperkecilkan Islam? Jika tidak sunyi, mengapa hanya Dap dipersalahkan dan tidak Mca atau Mic?
Apa peliknya jika Dap masih belum menerima Islam dan segala hukum hakamnya sepertimana Mca dan Mic yang juga berkeadaan begitu. Bukankah yang peliknya mengapakah Umno yang bermajoriti Melayu/Islam masih tidak menerima Islam sebagai sistem hidup yang syumul dan sanggup pula dalam banyak keadaan menghina Islam dan hukum hakamnya. Siapa yang hina hukum hudud , Dap atau Umno? Siapakah yang luluskan lesen judi , Dap atau Umno? Siapakah Osu Sukam yang berjudi di luar Negara dan berhutang jutaan ringgit.. adakah beliau Dap atau Umno? Dan senarainya cukup panjang untuk dikongsi di ruang terhad ini.
Benarkah Dap mengancam kepentingan Melayu? Apakah peruntukkan di dalam Perlembagaan yang menyentuh kepentingan Melayu yang Dap kacau dan ganggu gugat? Adakah Dap atau Umno yang ganggu gugat kedudukan bahasa melayu di dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dirombak melalui PPSMI?
Siapakah yang gagal jaga tanah rezab Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan ... Dap atau Umno? Siapakah yang hancurkan Bank Bumiputra yang diilhamkan untuk menjaga kepentingan Melayu? Siapakah yang enggan tambah kerusi Parlimen dan Dun di negeri Kelantan dan Trengganu sekaligus boleh menambah kerusi orang melayu semasa persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat.. Dap atau Umno? Siapakah yang mendera ekonomi majoriti rakyat Melayu/Islam di Trengganu dan kini Kelantan apabila wang royalti pertroleum di rompak di siang hari tanpa sekelumit rasa bersalah.
Siapakah yang menghina Raja Raja Melayu? Siapakah yang ingin menggantikan Sultan Kelantan dengan ditabalkan Tengku Ibrahim , ahli perniagaan sebagai Raja ? Umno atau Dap? Siapakah melarikan anak raja...pemimpin Dap atau Umno? Siapakah yang mengheret secara tidak bermaruah institusi Raja berperlembagaan ke kancah penghinaan dengan menjatuhkan Kerajaan dan Menteri Besar pilihan rakyat di Perak dengan melanggar doktrin Raja Berperlembagaan dan konvesyen Perlembagaan (constitutional convention) secara terang-terangan?
Jika Dap tidak menghormati Islam, mengapa pula di Pulau Pinang yang diterajui oleh pemimpim Dap, YAB Lim Guan Eng, peruntukkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) lebih besar dari peruntukkan Sekolah Cina dan Sekolah Tamil . SAR di bawah negeri yang diterajui Dap memperuntukkan secara purata RM 97, 000-00 setiap sekolah sedangkan sekolah Cina dan Tamil hanya diperuntukkan secara purata RM 60, 000-00 dan RM 63, 000-00 masing -masing bagi setiap sekolah (lihat website Kerajaan Pulau Pinang) . Bukankah Umno pernah menarik bantuan per kapita SAR dan menuduh pula SAR tidak mengajar agama sebaliknya mendidik pengganas?
Satu yang ironi, Dap yang dikatakan mendatangkan ancaman kepada Islam mempunyai pemimpin seperti Lim Guan Eng yang mana Negeri yang beliau terajui mahukan ramai huffaz Al Quran dengan diberi bantuan kepada madrasah tahfiz dan memberikan penghargaan dan sijil-sijil pengiktirafan kepada para penghafal al-Quran ( lihat website Kerajaan Negeri Pulau Pinang). Yang lebih aneh lagi elaun Imam di masjid -masjid di Pulau Pinang jauh lebih tinggi darI elaun imam-imam di negeri-negeri yang Umno perintah. Mengapakah Dap yang dikatakan mengancam Islam suka elaun Imam tinggi manakala Umno yang "sayang" Islam lebih suka pula elaun Imam rendah?
Ya, Karpal Singh yang bukan Islam tidak setuju hukum hudud kerana dia berpendapat hudud bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin Umno yang Islam seperti Mahathir pula tidak setuju hudud kerana jika dilaksanakan akan huru hara dan ramai makan sup tangan !!! Siapa lebih teruk antara mereka berdua?
Jika Karpal yang dari Dap membawa hujah Perlembagaan bagi menentang hudud, mengapa Umno yang Islam dan pernah ada dua pertiga suara di Parlimen tidak mahu pinda Perlembagaan bagi memberi ruang Pas laksana hudud di Kelantan . Bukan sahaja tidak mahu pinda Perlembagaan , Dr .Mahathir (Ya , Mahathir bukan Karpal) bagi pula surat amaran pula kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat jika Kerajaan Kelantan laksana hudud , Kerajaan Pusat yang diterajui Umno akan ambil tindakan.
Siapa yang cabar undang-undang hudud di Mahkamah? Karpal Singh atau Zaid Ibrahim yang masih itu bersama Umno? Siapa yang hina hukum hudud dan hentam Umno apabila Adun Rengit dari Umno mahukan hudud dilaksanakan di Johor ... Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek? Siapakah yang kata di negeri BN perintah hudud tidak akan dilaksanakan ... Najib Tun Razak atau Karpal Singh?
Siapa yang bela gadis Melayu yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu jika bukan Lim Guan Eng? Lim Guan Eng yang bukan Melayu dan bukan Islam masuk penjara 18 bulan kerana bela gadis Melayu/Islam yang dirosakkan oleh pemimpin Melayu berjenama Umno? Di mana maruah orang Melayu? Umno, kerana dendam, aibkan pemimpin Melayu dengan tuduhan seks namun yang bela Anwar Ibrahim adalah peguam bukan Islam dari Dap. Apabila wanita Islam berpurdah, Halimatus Sadiah dibuang kerja oleh regim Umno, peguam Dap juga yang membela wanita tersebut di Mahkamah? Di mana peguam Umno yang kata sayang dan nak jaga Islam?
Kesimpulannya Umno hentam Dap bukan kerana Umno ingin menjaga Islam. Hakikatnya Umno tahu perpaduan PR adalah malapetaka bagi Umno. Oleh itu pecahkan PR adalah agenda jahat Umno. Mana mungkin Umno yang siang malam , pagi petang mempunyai masalah dengan Islam kini secara tiba-tiba ingin membela Islam . Pepatah Amerika kata " kamu boleh bohong sesetengah orang dalam sesuatu masa tapi kamu tidak boleh bohong semua orang dalam semua masa".
*Penulis adalah peguam PAS merangkap AJK PAS Pusat
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-2-2013
Satu budaya politik di negara ini adalah jika Umno, melalui medianya, mendapati wujudnya mana -mana kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang dilihat berbeza dari versi kerajaan, maka kita akan menyaksikan skrip seperti berikut. Utusan dan TV3 akan mula menyerang pemimpin tersebut selama beberapa hari dan adakalanya berminggu, diikuti oleh demonstrasi dan laporan polis oleh golongan yang suka dilihat sebagai pencacai Umno. Jika skrip itu lebih tebal maka pemimpin PR tersebut akan dipanggil polis untuk disoal dan skrip itu kadangkala berakhir dengan pendakwaan di mahkamah.
Itulah yang terjadi pada Haji Mohd Sabu di dalam isu Bukit Kepong. Utusan dan TV3 serang beliau lebih kurang 20 hari diikuti dengan 1,000 lebih laporan polis ke atas beliau, dipanggil polis untuk disoalsiasat dan akhirnya didakwa di mahkamah. Nurul Izzah juga diganggu dengan modus operandi yang sama kecuali beliau tidak didakwa seperti Mohd Sabu.
Kini nampaknya giliran YB Tian Chua. Fasa serangan ke atas Tian Chua kini di peringkat serangan bertalu-talu oleh media Umno diketuai oleh Utusan dan TV3, demonstrasi ke atas Tian Chua oleh mantan-mantan pegawai atasan polis dan laporan polis. Mungkin sehari dua ini polis akan panggil Tian Chua dan tidak mustahil Ghani Patail akan sempurnakan skrip Umno dengan mendakwa Tian Chua.
Saya "termenonton" berita di TV 3 tentang demonstrasi oleh mantan pegawai atasan polis ke atas Tian Chua. Salah seorang peserta demonstrasi tersebut menyebut bahawa isu keselamatan negara tidak boleh sama sekali dipolitikkan. Saya tersenyum dengan kenyataan tersebut tetapi saya juga bersetuju seratus peratus dengan kenyataan tersebut. Ya, isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipolitikkan. Namun kita berhak bertanya, jika benar Tian Chua dilihat mempolitikkan isu Lahad Datu bagaimanapula dengan Umno dan media yang menjadi proksi Umno? Adakah mereka tidak mempolitikkan isu Lahad Datu atau isu keselamatan negara?
Bukankah Utusan sendiri melaporkan kononnya Anwar Ibrahim terlibat dalam isu Lahad Datu? Tidakkah ini dilihat mempolitikkan isu tersebut? Bukankah kegagalan pihak kerajaan BN melalui agensi -agensi keselamatannya mengawal keselamatan di persisiran laut di Sabah menyaksikan para penceroboh yang lengkap bersenjata yang menggelar diri mereka sebagai tentera Kesultanan Sulu boleh dengan mudah menyelusupi masuk tanah air kita dan berkubu di Felda Sahabat 17 di Kampung Tanduo di Lahad Datu pada 9 Februari yang lalu.
Kenapakah kegagalan Kerajaan BN menjaga dan mengawal keselamatan negara hingga penceroboh bersenjata mudah masuk ke negara ini tidak dikritik oleh Umno dan media proksinya? Mengapa Anwar yang tidak memegang kuasa dipersalahkan? Jika ini bukan mempolitikkan isu Lahad Datu apakah namanya tindakan ini?
Isu keselamatan negara juga melibatkan isu pemberian kad pengenalan kepada bukan warganegara dengan begitu mudah dan secara arbitrari seperti yang didedahkan dalam perbicaraan Suruhanjaya DiRaja di Sabah. Bukankah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab itu menunjukkan kerajaan BN sanggup berkompromi tentang isu keselamatan negara bagi menyelamatkan kuasa dan survival politik mereka dengan cara yang paling tidak bermaruah?
Wajarkan golongan imigran yang baru beberapa bulan atau tahun duduk di negara tanpa dkenalpasti kesetiaan mereka kepada negara ini dengan mudah diberikan IC biru meskipun permohonan mereka tidak disokong oleh apa-apa dokumen? Tidakkah satu perkara yang pelik Datuk Ambiga yang vokal meminta kerajaan mengadakan pilihan raya yang adil dan bersih ingin ditarik warganegaraannya sedangkan para imigran begitu mudah diberi kerakyatan. Tidakkah satu yang aneh penceroboh bersenjata yang jejaskan keselamatan negara mudah mendarat dan berkubu di bumi Lahad Datu dan tidak dihalau balik sedangkan Senator Australia dan aktivis alam sekitar Taiwan yang datang ke negara ini dengan secara sah dihantar balik hanya kerana suara mereka dilihat mengancam BN.
Amat malang kita tidak menyaksikan mantan pegawai pegawai atasan polis yang berdemontrasi ke atas Tian Chua tidak pula menunjukkan reaksi yang sama atas isu pemberian kerakyatan dan kad pengenalan kepada bukan warganegara secara berleluasa di Sabah dalam keadaaan penerima IC tersebut tidak layak diterima sebagai warganegara.
Adakah pegawai pegawai polis kanan ini juga dilanda sindrom "demonstrasi terpilih". Adakah kegagalan mantan pegawai pegawai atasan polis ini bersuara jauh sekali berdemontrasi dalam isu pemberian IC kepada bukan warganegara menunjukkan mereka juga ada pengetahuan tentang isu tersebut dan mulut mereka digam oleh BN? Atau adakah polis tersebut merasakan pemberian IC kepada bukan warganegara tanpa mengikuti prosedur undang-undang tidak melibatkan isu keselamatan negara kerana operasi tersebut boleh memenangkan BN di dalam pilihan raya dan BN boleh terus berkuasa dulu, kini dan selamanya?
Untuk mereka ..Janganlah rosakkan nama polis dengan dilihat polis sebagai pencacai Umno!!
Siapa yang main poltik dengan isu keselamatan
Mohamed Hanipa Maidin, | 05 Mac 2013 |

Sumber HD - 5-3-2013
Apabila Umno selalu berbohong
Analisis Mohamed Hanipa Maidin, | 13 Mac 2013 |
Sehingga kini Umno dan Najib menghadapi masalah bagi meyakinkan rakyat bahawa tragedi Lahad Datu bukan hasil teori konspirasi. Mengapa berlaku sebegitu? Jawapannya rekod Najib dan Umno sendiri. Umno dan Najib sudah terlalu biasa menipu rakyat hinggakan kini mereka menghadapi krisis keyakinan bagi menyakinkan rakyat dalam apa sahaja isu yang timbul. Najib dan Umno hanya layak menyalahkan diri sendiri jika rakyat yakin isu Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi.
Dilema Umno meyakinkan rakyat ini mengingatkan saya kepada cerita di zaman kanak-kanak dulu. Kisah bagaimana budak gembala kambing yang sering menipu orang-orang kampung kononnya kambingnya dimakan serigala. Orang kampung yang terpedaya dengan pembohongan budak tersebut dengan jujur cuba memberi bantuan kepada budak tersebut. Apa yang orang kampung dapat? Budak penipu itu mentertawakan orang kampung kerana mudah ditipu. Akhirnya apabila serigala benar benar datang memakan kambing beliau jeritan budak sipenipu itu tidak lagi berguna. Orang kampung sudah tidak percaya lagi pada sipenipu? Sudah 12 pilihanraya Umno tipu rakyat, maka rekod buruk mereka kini nampaknya memakan tuan.
Toeri konspirasi bukan fenomena baru dalam dunia politik. Tragedi 11 September yang menyaksikan serangan ke atas Menara Berkembar, World Trade Centre (WTC) dan Pentagon sehingga kini tidak diterima sepenuhnya sebagai tragedi sebenar. Tidak sedikit rakyat Amerika dan penduduk dunia ini yang percaya tragedi 9/11 adalah hasil teori konspirasi jahat Bush, Dick Cheney dan Donald Rumsfeld. Tidak sedikit tulisan, buku, rencana, dokumentari dan filem dihasilkan bagi menyokong teori konspirasi tersebut.
Malahan wujud satu organisasi yang dinamakan 9/11 Truth Movement yang berjuang untuk membawa mesej bahawa 9/11 adalah hasil teori konspirasi. Ada juga yang menyatakan kemusnahan menara kembar dan TWC adalah daripada apa yang dipanggil "Controlled Demolition" (keruntuhan secara terkawal). Tun Mahathir sendiri antara tokoh poltik yang percaya 9/11 adalah satu drama yang dihasilkan bagi menyerang Islam.
Wujud juga satu kumpulan pakar-pakar tentera yang dikenali sebagai "army specialist April gallop" yang menyaman pentadbiran Bush dalam isu 9 /11 atas alasan kejadian tersebut hasil dari teori konspirasi yang dirancang oleh regim Bush.
Isunya di sini teori konspirasi bukan benda baru. Ia boleh berlaku dan telah berlaku dalam politik. Politik sekular yang bergurukan Machevelli dengan prinsip "matlamat menghalalkan cara" yang tidak menjadikan dosa dan pahala sebagai asas berpolitik memberi laluan mudah untuk teori konspirasi berkembang.
Apa sahaja teori konspirasi sudah tentu beralaskan motif. Apa motif tragedi 9/11? Penyokong teori konspirasi menyatakan motifnya adalah penaklukan Iraq dan Afghanistan serta perkiraaan kepentingan geostrategik di Timur Tengah seperti rancangan "pipeline" yang dilancarkan oleh Unocal dan syarikat-syarikat minyak yang lain.
Adakah tragedi Lahad Datu adalah hasil teori konspirasi masih belum diketahui. Dengan ketiadaan kertas putih dan sidang Parlimen khas membincang isu ini dengan telus, Najib perlu faham ia menyuburkan anggapan bahawa ada suatu yang tidak kena dalam isu ini. Adakah teori konspirasi ...Wallahu 'alam.
Bagaimanapun saya berpendapat Najib menghadapi masalah besar meyakinkan rakyat ianya bukan teori konspirasi. Masa kejadian yang sangat hampir dengan tarikh pilihanraya Umum -pilihanraya yang paling mencabar buat beliau - tidak membantu Najib dan Umno bagi menolak teori konspirasi. Ini ditambah pula dengan Najib sendiri menghadapai pelbagai isu yang dilihat mengikat beliau seperti isu pendedahan Deepak dan Bala tentang Altantuya, isu pendedahan Umno terlibat memberi kad pengenalan secara mudah dan tidak sah kepada bukan warganegara dan yang terbaru pula pendedahan berani bapa Saiful bahawa Anwar menjadi mangsa teori konspirasi. Semua isu ini meyakinkan rakyat Najib amat perlu satu grand design yang besar dan paling licik untuk menarik balik keyakinan rakyat.
Yang lebih malang semakin isu ini berlarutan semakin banyak rakyat melihat kenyataan yang berubah-ubah dan bercelaru dari mulut pemimpin Umno. Kerajaan Najib dilihat secara konsisten tidak konsisten. Kita tidak tahu adakah yang datang ke negara kita adalah penceroboh atau pengganas atau apa? Jika pengganas mengapa di awal isu ini kerajaan bersedia berunding dengan pengganas dan dikhabarkan diberi makan dan minum ketika berunding?
Sejak bila sebuah kerajaan berunding dengan pengganas yang datang menceroboh negara dengan membawa senjata? Jika Senator Australia yang datang secara sah tiada rundingan dibuat dan terus dihalau balik, mesti ada sesuatu yang istimewa kepada pengganas yang datang dari Sulu dengan membawa senjata dan berkubu di Felda Sahabat 17, Lahad Datu hingga mereka dibawa berunding!

Sumber HD - 13-3-2013
Isu Altantuya: Pendedahan tanpa pendakwaan
Mohamed Hanipa Maidin, | 20 Mac 2013 |
Memang banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut.
Mendiang Bala dan Deepak telah mendedahkan secara terperinci bagaimana mendiang Bala diarahkan untuk membuat akuan bersumpah kedua yang palsu dengan tujuan menafikan akuan bersumpahnya yang pertama.
Yang terbaru peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.
Akuan bersumpah Bala yang pertama menurut Bala adalah cerita sebenar tentang pembunuhan Altantuya. Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah sama dengan keterangannya kepada polis apabila beliau disoal siasat oleh polis dalam kes pembunuhan Altantuya.
Menurut Bala apa yang dinyatakan di dalam akuan bersumpah pertamanya adalah cerita sebenar manakala akuan bersumpah yang kedua adalah palsu.
Akuan bersumpah pertamanya mendedahkan penglibatan Najib Tun Razak dalam pembunuhan Altantuya. Najib dikatakan menghantar sms kepada Razak Baginda bahawa beliau (Razak) tidak perlu risau kerana Najib akan berjumpa Ketua Polis Negara dan semuanya akan diselesaikan.
Menurut Bala, Razak telah tunjukkan sms Najib itu kepada beliau. Disebabkan pendedahan berani Bala, Najib telah mengarahkan peguam senior, Cecil Abraham menderaf akuan bersumpah Bala yang palsu dan Bala telah diperdaya dan diugut untuk menandatangani akuan bersumpah palsu tersebut dan kemudianya dilarikan ke India.
Bala mendedahkan nama Deepak dan adik Najib, Nazim sebagai pihak yang terlibat mengugut, melarikan beliau dan keluarga beliau dan memberikan wang kepada beliau.
Menurut Bala semasa beliau berjumpa Nazim, isteri Nazim iaitu bekas pengacara Nona di Tv3 yang ketika itu sedang hamil juga hadir bersama-sama.
Baru-baru ini isteri Nazim tersebut menelepon peguam di firma saya bagi mendapatkan khidmat nasihat kes syariah beliau.
Deepak mengesahkan pendedahan Bala dan sebagai tambahah Deepak mendedahkan pula penglibatan Rosmah Mansor dan peguam senior Cecil Abraham. Peguam Bala, Americk Siddhu pula mendedahkan pengakuan Cecil Abraham baru baru ini bahawa Najib terlibat dalam isu akuan bersumpah palsu Bala yang kedua.
Sehingga kini peguam Cecil Abraham dan Najib masih berdiam diri - tidak mengiya atau menafikan.
Pendedahan telah dibuat . Isunya mengapakah tiada sebarang tindakan dari polis untuk menyiasat pihak yang terbabit?
Adakah polis telah menyoal siasat Deepak, Nazim, Rosmah, Cecil Abraham, Americk Siddhu dan Najib sendiri? Jika sudah mengapa sehingga kini tiada pendedahan tentang status penyiasatan tersebut? Jika belum siasat mengapa tidak disiasat?
Adakah Bala, Deepak dan Peguam Americk Sidhu membuat kenyataan palsu atau menipu atau memfitnah? Jika mereka menipu atau membuat kenyataan palsu atau memfitnah, mengapa Deepak dan Americk Sidhu tidak ditangkap dan didakwa? Jika mereka membuat kenyataan yang benar mengapa pula Nazim, Rosmah, Cecil Abraham dan Najib tidak ditangkap dan didakwa?
Jika Deepak dan Americk Sidhu memfitnah Najib, Rosmah, Cecil Abraham dan Nazim mengapa mereka yang kaya raya ini tidak mahu membersihkan nama mereka dengan menyaman Deepak dan Americk Sidhu di Mahkamah sivil atas tuntutan fitnah?
Pokoknya salah seorang daripada penama-penama itu boleh didakwa atau disaman berdasarkan senario yang saya bentangkan di atas. Ketiadaan pendakwaan ke atas mana mana individu itu adalah suatu yang amat pelik dan ganjil.
Adakah Negara ini tiada pendakwaraya atau tiada undang-undang? Adakah polis dan Ghani Patail juga tidak dibenarkan menyiasat dan mendakwa mana mana penama tersebut?
Sekiranya Deepak Dan Americk Sidhu memberi kenyatan palsu atau menipu atau memfitnah adakah Kerajaan BN merasakan pendakwaan ke atas mereka ditakuti akan mendedahkan lagi banyak pekung isu Altantuya sekaligus meranapkan impian Najib dan Umno untuk terus berkuasa di Putrajaya?
Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?
Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya?
Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana.
Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...
Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa.

Sumber HD - 20-3-2013
Yang dihormati Pengacara Majlis, Ketua Kampung Pulau Meranti, Ketua Cawangan PAS, Sahabat saya YB Abdullah Sani, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat dan para pimpinan Pakatan Rakyat dan Tuan Puan yang saya kasihi sekelian.
Alhamdulillah dapat saya bertemu dengan penduduk di sini di malam yang bertuah ini. Ini kali pertama saya sampai di sini.
Saya percaya mungkin saudara saudari yang masih belum menyokong Pakatan Rakyat (PR) di kampung ini merasa sangsi dengan PR.
Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Islam akan terbela jika PR berkuasa?
Tuan Puan mungkin sangsi adakah hak dan kepentingan Melayu akan terus dipelihara jika PR berkuasa di Putrajaya?
Kesangsian ini adalah suatu yang normal kerana sejak Merdeka, Kerajaan Pusat tidak pernah diperintah selain dari Barisan Nasional ( BN ). Manusia secara fitrinya susah nak terima benda baru.
Inilah yang dihadapi oleh para anbiya a.s dan para Rasul a.s apabila mereka mengajak kaum mereka untuk buat perubahan.. kaum para Nabi selalu memberi dalih kami lebih selesa dengan yang lama ..ajaran tok nenek moyang mereka.. meskipun tradisi lama itu tradisi yang tidak baik dan menyimpang dari ajaran Tuhan ..mereka tetap kata inilah pilihan kami dulu kini dan selamanya..
Kesangsian ini juga diwujudkan oleh BN melalui tuduhan-tuduhan yang tidak berasas dan juga fitnah yang jahat ke atas perjuangan PR.
Asas kesangsian mereka yang belum menyokong PR ini adalah dalam Pakatan ada DAP iaitu parti yang bermajoriti orang Cina maka dibuat satu anggapan bahawa DAP akan menjadi penghalang kepada pembangunan Islam dan Melayu.
Tidak ada masalah untuk sangsi. Yang menjadi masalah adalah kita tidak mahu mencari jawapan kepada kesangsian itu. Untuk mendapat jawapan bagi menghilangkan kesangsian tersebut tuan puan tidak boleh mendapatkan jawapannya daripada Umno dan jentera penerangan mereka. Ini kerana Umno dan jentera penerangan mereka menjadi pihak yang mewujudkan kesangsian itu. Jawapan bagi kesangsian itu hendaklah didapati dari PR, dari media PR seperti Harakah, akhbar Suara Keadilan atau akhbar Roket atau media media alternatif dan juga ceramah- ceramah anjuran PR seperti malam ini.
Saya ingin ulas dulu tentang kesangsian tuan puan tentang isu Islam tadi. Bagi saya kesangsian tentang sama ada Islam akan terbela jika PR memerintah menunjukkan tuan puan mengambil berat tentang Islam. Ini satu perkara yang baik.
Kami ingin nyatakan seperti mana tuan puan kami khususnya PAS juga mahukan Islam terbela. Sebab itu sejak awal lagi PAS ditubuhkan. PAS ditubuhkan antara lain untuk membangunkan Islam dalam semua aspek kehidupan. Islam sebagai al -Deen. PAS ditubuhkan antara lain kerana ulama tidak bersetuju tindakan Umno menghalalkan judi yang Allah haramkan. Jika PAS tidak ambil berat Islam sudah tentu ulama PAS hanya berdiam diri apabila Umno benarkan judi di negara ini.
Apabila Umno mencanangkan Islam tidak akan terbela jika PR perintah Putrajaya, kita juga berhak bertanya adakah Umno benar-benar membela Islam sepertimana yang Islam kehendaki atau ajar? Adakah selama berpuluh tahun Umno memerintah negara ini Islam benar benar terbela?
Saya boleh bagi banyak contoh tentang jenayah Umno terhadap Islam.. lulus lesen judi, tipu dan rasuah dalam pilihanraya seperti didedahkan dalam RCI iaitu projek beri kad pengenalan kepada bukan warganegara atau dikenali projek Dr M di Sabah. Hatta dalam pemilihan parti dia sendiri pun Umno rasuah seperti kes Tan Sri Isa samad yang disabitkan bersalah oleh Badan Disiplin Umno terbabit dengan politik wang .. nama lain bagi rasuah.
Yang lebih peliknya tuan puan Isa Samad yang Umno kata dia rasuah dipilih pula untuk jaga Felda.. lubuk wang ringgit negara ini. Macam mana wang negara tidak habis..Umno lantik orang rasuah jaga wang ..bukankah ini seperti kata pepatah Arab ibarat kita minta serigala jaga kambing sedangkan tujuan jagaan itu untuk lindungi kambing dari dimakan serigala!!
Umno juga banyak melakukan kezaliman sedangkan di dalam Al Quran nyatakan " Janganlah kamu cenderung kepada kezaliman nanti kamu akan disentuh api neraka." Tangkap orang tanpa bicara tak zalim kah?
Macam mana Umno kata dia bela Islam sedangkan dia rompak wang royalti rakyat Kelantan dan Terengganu. Umno tidak hormat perjanjian.. dalam surah al-Maidah ayat 1 Allah memerintahkan orang-orang beriman untuk tunaikan janji. Adakah Umno patuhi tuntutan ayat Allah ini?
Isu salah guna kuasa seperti isu lembu Sharizat, isu pembelian kapal selam, isu pembaziran wang rakyat seperti kes panggil artis Korea Psy yang dikatakan telan belanja RM2 juta untuk persembahan beberapa minit.. isu pemimpin Umno hina hukum Islam.. seperti ucapan Mahathir, Najib dan lain lain. Pokoknya Umno lah yang gagal membela Islam malahan menghina Islam pula.
Mari kita lihat apakah yang dilakukan oleh Umno (sebagai pihak yang mendakwa Pakatan tidak akan jaga Melayu) terhadap kepentingan melayu?
Apa dia kepentingan Melayu..? Dari segi Perlembagaan Persekutuan, kepentingan Melayu adalah Bahasa Melayu ..iaitu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Siapakah yang persetankan kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembgaaan melalui PPSMI...Dap atau Umno?
Hak istimewa orang Melayu seperti tanah rezab Melayu ..Perkara 153 Perlembagaan. Biasiswa untuk orang melayu.. adakah masih terjamin.. apa yang ada PTPTN yang rakyat kena bayar dan jika tidak bayar akan disekat pergerakan .. tak boleh ke luar Negara.
Kepentingan orang Melayu termasuk isntitusi Raja Raja Melayu.. siapakah yang menjatuhkan imej Raja Raja Melayu dan siapakah yang menyerang institusi Raja Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan.. Siapa larikan anak Raja Melayu, siapakah yang nak lantik Raja Melayu baru ganti Sultan Kelantan, siapakah yang menyebabkan website kesultanan Perak diserang dalam isu Perak dulu. Siapakah yang galakkah pembaziran dengan membina Istana Baru dalam keadaaan istana lama masih cantik dan masih boleh digunakan?
Siapakah yang menyebabkan kepentingan ekuiti orang Melayu makin tiris ? Siapakah yang menyebabkan dasar DEB gagal.. adakah DEB menolong Melayu atau Bumiputra yang benar benar perlu ditolong atau DEB menolong Umnoputra atau kelompok kelas Melayu tertentu yang dapat projek hasil amalan kronisme dan nepotisme . Tidakkah kita ingat isu bailout MAS yang rugi yang diterajui oleh Tajuddin Ramli kroni pemimpin Umno. Umno selamatkan Tajuddin Ramli seorang Melayu kaya dengan salah guna wang rakyat termasuk wang orang-orang Melayu yang miskin seperti kita semua tuan puan.
Jika Umno benar benar ingin jaga Melayu kenapakah Kelantan tidak ditolong seperti isu royalti, isu pembinaaan lebuh raya. Kenapakah semasa Umno ada dua pertiga kuasa di Parlimen tidak ditambah kerusi Parlimen dan Dun-Dun di Kelantan, Trengganu dan Kedah.. tidakkah 3 negeri ini majoritinya Melayu yang jika ditambah kerusi Parlimen dan Dun di tiga negeri tersebut nescaya akan bertambah kerusi Melayu/Islam di sana. Kerana bencikan PAS, Umno tidak mahu tambah kerusi di tiga tiga negeri tersebut ketika mereka ada kerusi dua pertiga di Parlimen.
Apa yang Umno buat bagi jaga akhlak remaja/belia Melayu/ Islam. Semasa Umno buat Hari Belia Negara 2012 anjuran Kementerian Belia Dan Sukan yang Menterinya Melayu dan Islam , apa yang mereka buat?
Tahukah kita melalui surat bertarikh 21 Mei 2012 dari Stadium First Sdn Bhd kepada Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan, Dato Mohid Mohamed, syarikat tersebut tuntut belanja sebanyak RM15 juta bagi kos program tersebut. Secara tepatnya kosnya RM5,155, 175.60 untuk belanja kos program lagho tersebut. Dari perincian kos itu tuan puan, RM2.040.56 juta adalah kos memanggil artis wanita Korea yang dikenali sebagai K -Pop.
Bayangkan tuan puan Kerajaaan Umno sanggup hidangkan belia dan beliawanis kita dengan artis wanita luar negara yang berpakaian seksi dan sanggup pula belanja RM2.04 juta .. inikah cara Umno jaga akhlak dan moral remaja Melayu/ Islam? Yang lebih hebat PM yang tuduh PAS berdosa 7 dosa besar boleh berdiri sepentas dengan artis wanita Korea K Pop yang hanya berpakaian seluar pendek .. tak berdosa pula Sahibus Samahah Al fadhil Ustaz Najib !
Tak cukup K-Pop , dipanggil pula artis Korea PSY di Penang.. berapa lama persembahan PSY? 10 minit ... berapa dibayar ..RM2 juta tuan puan.. lepas tu Najib minta pula orang sokong BN..
Sekarang kita lihat adakah tuduhan BN bahawa DAP anti Islam dan Melayu betul atau tidak? Kita lihat negeri Pulau Pinang yang Ketua Menterinya dari DAP. Kita lihat apa yang Lim Guan Eng ( LGE ) buat di sana? Contohnya tentang isu pendidikan agama. Adakah tuan puan ahli Umno tahu bahawa Lim Guan Eng belanja lebih banyak untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) dari SRJK (T) dan SRJK (C). SAR diberi bantuan per kapita sebulan puratanya RM97, 000 sedangkan sekolah Tamil hanya dapat RM 63 ribu sebulan manakala Sekolah Cina hanya dapat RM60 ribu sebulan. Macam mana Umno kata LGE anti Islam?
Umno bukan sahaja tarik balik bantuan per kapita SAR malahan fitnah pula SAR dengan tuduh SAR tidak
ajar agama sebaliknya ajar pelajar jadi pengganas ..sebab itu Umno tarik balik bantuan per kapita SAR...
LGE juga sediakan tanah untuk bina SAR. LGE juga mahukan lebih ramai huffaz , penghafaz Al Quran di Pulau Pinang dengan memberi bantuan dan hadiah. LGE nak tiru cara pemerintahan Umar Abd Aziz r.a dan itu pun Umno marah! Kita pun pelik Umno marah ..tak kan nak suruh LGE tiru pemimpin Umno .. adakah pemimpin Umno yang LGE boleh tiru.
Sebab itu saya katakan tuan puan yang hina Islam dan Melayu ni Umno dan BN bukannya PAS dan Pakatan Rakyat.
(Transkrip ucapan ceramah Mohamed Hanipa Maidin di Pulau Meranti, Sepang pada 27/3/2013.)
Sumber HD - 28-3-2013
Sumber HD - 23-4-2013
(Hanipa [tengah] bersembang dengan calon bebas [kiri sekali] Hanapiah Mohamad di Masjid Al-Ulum semalam)
SEPANG: Kehadiran dua calon bebas yang merupakan bekas ahli Umno di Parlimen Sepang bertekad mahu tumbangkan calon BN Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
Kedua-dua calon itu, dilihat melawan arus perjuangan Umno apabila dengan berani menjadi calon bebas dalam pilihan raya kali ini.
Dua calon bebas itu masing-masing adalah Ajk Umno Bahagian, iaitu Hanapiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali
yang sebelum ini bertanding di Dun Dengkil.
Dalam tinjauan Harakahdaily di Parlimen Sepang semalam, Hanapiah dengan tegas mengatakan matlamatnya adalah untuk menjatuhkan Mohd Zin.
Ketika mengajukan soalan kepada Hanapiah, adakah tindakan beliau untuk memecahkan undi PAS atau BN?
"Satu sahaja, saya hendak jatuhkan Zin," tegas Hanapiah ketika ditemui sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Al-Ulum Kg Bukit Bangkong, Sungai Pelek.
Pada masa yang sama calon PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama dan mereka bertemu sebaik sahaja selesai solat.
Sebelum solat Jumaat, Hanipa sempat menyampaikan tazkirah selama 20 minit.
Di kesempatan itu, Hanipa dan Hanapiah mengambil peluang bersembang dan bertanya khabar terutama berkaitan kerja-kerja berkempen.
Menurut Hanipa, beliau turut bertanya Hanapiah sama ada beliau 'berlakon' untuk menjadi calon bebas dalam PRU ini.
Jelasnya, Hanapiah bersungguh-sungguh menyatakan yang mereka memang ada gerakan untuk menjatuhkan Zin.
"Memang kuat gerakan di dalam Umno untuk menjatuhkan Zin, malah Suhaimi pun ada gerakannya sendiri," kata Hanipa.
Hanipa percaya sistem pesanan ringkas (SMS) 'yang meminta pengundi di Sepang undi calon Pakatan Rakyat mula disebarkan adalah daripada Suhaimi.
"Saya percaya daripada dia, sebab dia ada mengaku. SMS sudah mula disebarkan," kata Hanipa kepada Harakahdaily.
Sebelum menunaikan solat Jumaat, Hanipa sempat menziarah kematian di Sungai Buah, Dengkil kemudian menghadiri ceramah kelompok di Putra Perdana sebelum bertemu pengundi di Bukit Canggang.
PRU kali ini, P.113 Sepang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu dua calon bebas, calon PAS dan BN. Sepang mempunyai tiga Dun iaitu Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.
Hanipa merupakan seorang peguam dan kini beliau adalah Penasihat Undang-undang PAS.
Kenapa saya kata Umno hina Islam dan Melayu?
Mohamed Hanipa Maidin, | 28 Mac 2013 |

Seksyen 9A markaz pengundi hantu SPR
Mohamed Hanipa Maidin, | 08 Apr 2013 |
SUDAH dua permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh dua pimpinan Pakatan Rakyat di Mahkamah bagi membatalkan nama pengundi yang meragukan di dalam daftar pemilih ditolak oleh mahkamah. Permohonan pertama dibuat oleh mantan Ahli Parlimen DAP, Charles Santiago manakala permohonan kedua dibuat oleh Nurul Izzah dari PKR.
Kedua dua mahkamah yang menolak permohonan semakan kehakiman tersebut menerima hujah SPR bahawa seksyen 9A Akta Pilihanraya 1958 melarang mahkamah untuk campurtangan ke atas mana-mana daftar pemilih yang disediakan oleh SPR dan diwartakan.
Dengan lain perkataan daftar pemilih yang siap diwartakan adalah kebal dari semakan mahkamah meskipun daftar pemilih tersebut mengandungi nama atau status pengundi yang meragukan atau dengan bahasa mudah pengundi hantu.
Sedikit tentang sejarah seksyen 9A tersebut. Ia digubal atas respon marah dan negatif Kerajaaan BN atas keputusan Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang yang membatalkan pilihanraya Dun Likas di Sabah.
Pilihanraya tersebut dibatalkan kerana wujudnya para pengundi hantu dalam daftar pemilih. Keputusan berani dan bersejarah Hakim tersebut malangnya menyenakkan perut pemimpin BN. Hasilnya dengan menggunakan kuasa pertiga mereka di Parlimen, BN pinda Akta Pilihanraya tersebut dengan memasukkan seksyen 9A tersebut. Bagi pengamal undang undang seksyen 9A adalah seksyen hantu!!
Seksyen hantu tersebut yang dikenali dalam undang-undang sebagai 'ouster clause' melarang mahkamah menyemak jauh sekali membatalkan daftar pemilih sebaik sahaja ianya disahkan oleh SPR dan diwartakan. Bagi saya seksyen 9A ini adalah markaz atau kubu atau sarang pengundi hantu SPR.
Keputusan mahkamah dengan mudah menolak permohonan Charles Santiago dan Nurul Izzah atas alasan tangan mahkamah terikat dengan seksyen 9A, dengan hormat, adalah satu keputusan yang tidak munasabah.
Hakikatnya bukan suatu yang baru undang undang di negara ini mempunyai peruntukan seperti seksyen 9A tersebut. Banyak Akta lain juga mempunyai peruntukan seperti seksyen 9A itu. Contohnya Akta Perhubungan Perusahaan 1967 juga melarang sebarang keputusan Mahkamah Perusahaan dicabar di mahkamah namun sehingga kini mahkamah di Malaysia konsisten membenarkan keputusan Mahkamah Perusahaan dicabar melalui semakan kehakiman.
Semasa saya mencabar keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang enggan membatalkan keahlian Isa Samad sebagai ahli Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) meskipun beliau tidak layak jadi ahli KPF, peguam SKM juga membangkitkan wujudnya peruntukan dalam Akta Koperasi yang melarang mahkamah mencabar keputusan SKM. Namun Mahkamah menerima hujah saya sekaligus menolak hujah peguam SKM dan memutuskan mahkamah ada kuasa untuk membatalkan keputusan SKM.
Alasan mahkamah SKM tidak boleh buat keputusan yang salah dan jika mahkamah tidak boleh campurtangan bagi menyemak keputusan yang salah maka akan wujudnya ketidakadilan. Mahkamah diwujudkan untuk tegak keadilan.
Oleh itu saya merasa pelik jika mahkamah boleh menerima hujah SPR bahawa seksyen 9A tidak benarkan mahkamah campurtangan bagi menyemak daftar pemilih yang meragukan. Jika mahkamah sebagai badan semak dan imbang kuasa eksekutif tidak boleh campurtangan siapa yang boleh? Adakah wujud hujah yang pelik selain hujah yang kata mahkamah tidak boleh semak ketidakadilan?
Bagi saya seksyen 9A adalah "unconstitutional" (bercanggah dengan Perlembagaan). Seksyen 9A tersebut, menurut hemat saya, bercanggah dengan Artikel 113 (1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada SPR sebagai ejen tunggal pengawal sistem pilihanraya di negara ini untuk menyediakan dan menyemak daftar pemilih. Tidak syak lagi daftar pemilih yang disediakan SPR mestilah sifar keraguan. Ia bukan sahaja perlu bersih tapi juga mesti dilihat bersih.
Persoalannya adakah SPR telah menjalankan tanggungjawab Perlembagaan bagi menyediakan dan menyemak daftar pemilih jika dapat dibuktikan daftar pemilih yang dikatakan disediakan dan disemak SPR itu mengandungi keraguan seperti mengandungi pengundi yang tidak layak mengundi.
Seksyen 9A membuat anggapan bahawa SPR, yang punyai rekod buruk, tidak akan lakukan apa-apa kesilapan atau kealpaan atau penipuan. Maka sebab itu daftar pemilih yang ia sediakan tidak boleh dicabar oleh sesiapa pun hatta mahkamah sekalipun. Tidakkah Seksyen 9A ini dilihat cuba menutup kelemahan SPR yang gagal melaksanakan tanggungjwab perlembagaan itu?
Saya juga berpendapat seksyen 9A itu juga bercanggah dengan Artikel 114 (2) Perlembagaan kerana Artikel tersebut memperuntukkan dalam melantik anggota anggota SPR adalah penting bagi Yang Di-Pertuan Agong memastikan SPR mendapat kepercayaan atau keyakinan orang awam.
Dengan wujudnya daftar pemilih yang disediakan oleh SPR yang diragukan kesahihannya adakah daftar pemilih sebegitu mendapat kepercayaan pihak awam.Tanpa kepercayaan awam adakah SPR telah jalankan tanggungjawabnya?
Bolehkah orang awam percaya kepada Pengerusi SPR apabila SPR sendiri mengakui terima surat bantahan Nurul Izzah, beliau pula dengan tanpa malu dan bermaruah menuduh Nurul tidak pernah hantar surat bantahan kerana dia tidak pernah terima.
Pengerusi SPR dan timbalannya bagi kita hanya dapat kepercayaan Umno bukan orang awam!!

Sumber HD - 8-4-2013
KUALA LUMPUR: “Saya mencadangkan, jika PR berkuasa di Putrajaya pada 5 Mei ini maka pada 13 Mei 2013 iaitu 8 hari selepas PR memerintah, dijadikan sebagai hari perpaduan atau hari kasih sayang,” cadang Mohamed Hanipa Maidin, calon PAS Parlimen Sepang.
(Hanipa dihari penamaan calon Sabtu lepas)
Cadangan itu dikemukakan bagi menghadapi persepsi rakyat hasil mainan politik perkauman BN yang sentiasa menjadi 13 Mei sebagai hari hitam dan ugutan.
Kata Hanipa, selama mana Umno/BN memerintah negara ini rakyat negara ini sering diigaukan dengan tragedi 13 Mei 1969.
Meskipun tragedi malang dan berdarah itu sudah lama berlaku pemimpin Umno seperti Sharizat Jalil , Ketua Wanita Umno dengan tanpa rasa tanggungjawab terus menerus menjadikan tragedi berdarah 13 Mei sebagai modal politik murahan mereka.
Katanya, dalam kempen jahat mereka bertemu rakyat bawahan di kawasan-kawasan yang rakyat kurang menerima maklumat, para jentera Umno tanpa rasa bersalah terus menyuntik jarum tragedi 13 Mei bagi mewujudkan rasa takut dan gementar di kalangan para pengundi khususnya para pengundi melayu.
“Motif politik jahat ini tidak lain hanyalah mewujudkan rasa takut rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat. Adakah politik jahat selain politik sebegini?” tanya Hanipa.
Bagi beliau, politik 13 Mei yang bersulam politik perkauman yang sempit adalah politik lama sesuai untuk Umno yang mewakili rejim lama dan politik kuno.
PR ingin membawa rakyat keluar dari politik lama tajaan Umno itu. PR mahu membawa politik baru yang melihat perbezaan kaum, warna kulit , bahasa dan bangsa bukan sebagai satu ancaman sebaliknya ianya satu rahmat dari Allah, katanya.
Firman Allah dalam surah Al Hujrat 49 : 13 adalah manifestasi perpaduan kaum dan bangsa di mana perbezaan kaum dan bangsa adalah untuk diraikan bukan ditakuti.
“Justeru itu jika ditakdirkan Allah PR berjaya menawan Putrajaya setelah rakyat memberi mandat dalam Pilihanraya Umum ke 13 ini dan jika ditakdirkan saya insya Allah berjaya menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Sepang saya ingin mencadangkan agar Kerajaan PR di Putrajaya mewarnai semula imej 13 Mei yang kotor itu dengan satu imej atau warna yang baru.
“Imej yang membawa rakyat negara ini lari jauh dan jauh dan jauh dari imej 13 Mei yang lama dan kotor itu,” katanya.
Sun Tzu menyatakan di sebalik ancaman wujudnya peluang. Ancaman 13 Mei yang sering dimainkan oleh Umno bagi menakutkan rakyat hendaklah dijadikan peluang untuk PR mengubah imej 13 Mei yang buruk itu.
Kata beliau, 13 Mei , sekiranya PR memerintah , perlu dijadikan tarikh di mana rakyat Negara ini bersama sama meraikan perpaduan dan melupakan terus imej 13 Mei yang lama dan kotor dari kotak pemikiran mereka. Tidak salah jika PR menjadikan 13 Mei sebagai tarikh cuti umum .
“Wahai rakyat undilah PR untuk kita semua keluar dari politik perkauman 13 Mei yang sudah terlalu lama menjadi igauan buruk rakyat Negara. Ini Kali lah kita tukar Kerajaan BN di Putrajaya. Ini Kali lah kita beri imej baru 13 Mei iaitu imej perpaduan kaum bukan imej perpecahan kaum !!” ajak beliau.
Hanipa cadang 13 Mei hari kasih sayang
Harakahdaily, | 23 Apr 2013 |

Calon bebas Sepang berazam mahu jatuhkan Mohd Zin
Salmiyah Harun, | 27 Apr 2013 |
(Hanipa [tengah] bersembang dengan calon bebas [kiri sekali] Hanapiah Mohamad di Masjid Al-Ulum semalam)
SEPANG: Kehadiran dua calon bebas yang merupakan bekas ahli Umno di Parlimen Sepang bertekad mahu tumbangkan calon BN Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed.
Kedua-dua calon itu, dilihat melawan arus perjuangan Umno apabila dengan berani menjadi calon bebas dalam pilihan raya kali ini.
Dua calon bebas itu masing-masing adalah Ajk Umno Bahagian, iaitu Hanapiah Mohamad dan Datuk Suhaimi Mohd Ghazali
yang sebelum ini bertanding di Dun Dengkil.
Dalam tinjauan Harakahdaily di Parlimen Sepang semalam, Hanapiah dengan tegas mengatakan matlamatnya adalah untuk menjatuhkan Mohd Zin.
Ketika mengajukan soalan kepada Hanapiah, adakah tindakan beliau untuk memecahkan undi PAS atau BN?
"Satu sahaja, saya hendak jatuhkan Zin," tegas Hanapiah ketika ditemui sebaik sahaja selesai solat Jumaat di Masjid Al-Ulum Kg Bukit Bangkong, Sungai Pelek.
Pada masa yang sama calon PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin turut menunaikan solat Jumaat di masjid yang sama dan mereka bertemu sebaik sahaja selesai solat.
Sebelum solat Jumaat, Hanipa sempat menyampaikan tazkirah selama 20 minit.
Di kesempatan itu, Hanipa dan Hanapiah mengambil peluang bersembang dan bertanya khabar terutama berkaitan kerja-kerja berkempen.
Menurut Hanipa, beliau turut bertanya Hanapiah sama ada beliau 'berlakon' untuk menjadi calon bebas dalam PRU ini.
Jelasnya, Hanapiah bersungguh-sungguh menyatakan yang mereka memang ada gerakan untuk menjatuhkan Zin.
"Memang kuat gerakan di dalam Umno untuk menjatuhkan Zin, malah Suhaimi pun ada gerakannya sendiri," kata Hanipa.
Hanipa percaya sistem pesanan ringkas (SMS) 'yang meminta pengundi di Sepang undi calon Pakatan Rakyat mula disebarkan adalah daripada Suhaimi.
"Saya percaya daripada dia, sebab dia ada mengaku. SMS sudah mula disebarkan," kata Hanipa kepada Harakahdaily.
Sebelum menunaikan solat Jumaat, Hanipa sempat menziarah kematian di Sungai Buah, Dengkil kemudian menghadiri ceramah kelompok di Putra Perdana sebelum bertemu pengundi di Bukit Canggang.
PRU kali ini, P.113 Sepang menyaksikan pertandingan empat penjuru iaitu dua calon bebas, calon PAS dan BN. Sepang mempunyai tiga Dun iaitu Dengkil, Tanjung Sepat dan Sungai Pelek.
Hanipa merupakan seorang peguam dan kini beliau adalah Penasihat Undang-undang PAS.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 27-4-2013
Adun Tanjung Sepat garis 5 perancangan untuk rakyat
Salmiyah Harun, | 09 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Sepat Ir Mohd Haslin Hassan yang berjaya menewaskan dua calon iaitu BN dan bebas dalam PRU13, telah menggariskan lima perancangan yang perlu diusahakan untuk rakyatnya.
Haslin yang merupakan seorang jurutera profesional berusaha membantu membangunkan generasi muda dengan ilmu dan kefahaman dengan menginstituskan platform yang sedia ada.
Malah katanya, anak muda yang mahukan perubahan pada hari ini perlu diberikan ruang kerjaya berkonsepkan usahawan khususnya anak muda yang keciciran.
Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia berhasrat menaiktaraf dan mengopitimumkan penggunaan bangunan-bangunan usang sedia ada supaya mengembalikan keceriaan dan mempunyai nilai komersil.
"Selain itu, kita akan membantu membangunkan Pantai Batu Laut sebagai pusat Komuniti, riadah & reakrasi. Dan yang paling penting membantu membangunkan prasarana asas nelayan-nelayan kecil tempatan terlebih dahulu," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang pernah bertanding pada PRU12 lalu tidak menafikan pada awalnya untuk menang di kawasan dalam Parlimen Sepang itu agak sukar bagaimanapun beliau optimis.
"Terus terang saya katakan nak menang agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk mencipta sejarah. Keinginan dan adanya angin perubahan daripada rakyat di samping gerak kerja jentera yang bijak mengambil peluang," katanya.
Haslin pernah bertanding pada PRU12 dan tewas dengan calon BN dengan majoriti sebanyak 2,374 undi, namun untuk PRU13 ini beliau bangkit dengan mendapat undi 10,129 sekali gus menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti kemenangan 682 undi.
Haslin yang merupakan seorang jurutera profesional berusaha membantu membangunkan generasi muda dengan ilmu dan kefahaman dengan menginstituskan platform yang sedia ada.
Malah katanya, anak muda yang mahukan perubahan pada hari ini perlu diberikan ruang kerjaya berkonsepkan usahawan khususnya anak muda yang keciciran.
Beliau yang juga merupakan Ahli Lembaga Jurutera Malaysia berhasrat menaiktaraf dan mengopitimumkan penggunaan bangunan-bangunan usang sedia ada supaya mengembalikan keceriaan dan mempunyai nilai komersil.
"Selain itu, kita akan membantu membangunkan Pantai Batu Laut sebagai pusat Komuniti, riadah & reakrasi. Dan yang paling penting membantu membangunkan prasarana asas nelayan-nelayan kecil tempatan terlebih dahulu," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau yang pernah bertanding pada PRU12 lalu tidak menafikan pada awalnya untuk menang di kawasan dalam Parlimen Sepang itu agak sukar bagaimanapun beliau optimis.
"Terus terang saya katakan nak menang agak sukar, tetapi tidak mustahil untuk mencipta sejarah. Keinginan dan adanya angin perubahan daripada rakyat di samping gerak kerja jentera yang bijak mengambil peluang," katanya.
Haslin pernah bertanding pada PRU12 dan tewas dengan calon BN dengan majoriti sebanyak 2,374 undi, namun untuk PRU13 ini beliau bangkit dengan mendapat undi 10,129 sekali gus menewaskan calon BN dan Bebas dengan majoriti kemenangan 682 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-5-2013
Kenyataan Mohd Noor hasil didikan Umno BN
Hazayani Zakaria, | 13 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berpandangan kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah yang berbaur hasutan dipengaruhi pemikiran Umno BN.
Beliau berkata, amat tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan Cina.
"Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga mempersoal gesaan Mohd Noor agar sekolah jenis kebangsaan (SJK) dihapuskan.
Tegasnya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk, setiap kaum berhak mempunyai sekolah aliran mereka.
"Kenapa kita nak tutup semua sekolah jenis kebangsaan sedangkan itu hak mereka?
"Hak mereka untuk belajar bahasa ibunda dan sepatutnya kita menggalakkan anak-anak Melayu turut belajar bahasa Cina dan Tamil supaya tahu pelbagai jenis bahasa. Tutup SJK tidak menyelesaikan apa-apa," katanya.
Tambah beliau, hasil didikan Umno BN selama 55 tahun melahirkan individu seperti Mohd Noor yang penuh dengan prasangka terhadap kaum lain.
"Inilah hasil didikan Umno BN sehingga melahirkan orang-orang seperti ini.
"Mereka penuh dengan rasa syak wasangka, perkauman yang kuat dan takut pada perkara yang tidak wujud," tegasnya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju tindakan Mohd Noor dikaitkan dengan Akta Hasutan kerana berpandangan akta itu harus dimansuhkan.
"Saya tak setujulah kalau nak kaitkan dengan Akta Hasutan sebab Pakatan Rakyat mahu akta ini dimansuhkan jadi kenapa kita nak kenakan ke atas pihak lain mahupun Umno BN.
"Setiap orang berhak beri pandangan dan Mohd Noor kena bersedialah kalau orang ramai serang beliau kerana keluarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian kaum," katanya.
Mohd Noor dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman termasuk mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu dalam satu seminar Pasca PRU13 di Kuala Lumpur semalam.
Beliau berkata, amat tidak wajar seorang cerdik pandai seperti Mohd Noor mengeluarkan kenyataan yang menggalakkan permusuhan kaum khususnya antara Melayu dan Cina.
"Pandangan beliau itu silap dan dipengaruhi oleh Umno BN. Macam mana orang yang bijak pandai fikirannya boleh dipengaruhi seperti ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga mempersoal gesaan Mohd Noor agar sekolah jenis kebangsaan (SJK) dihapuskan.
Tegasnya, dalam negara yang mengamalkan demokrasi dan terdiri daripada masyarakat majmuk, setiap kaum berhak mempunyai sekolah aliran mereka.
"Kenapa kita nak tutup semua sekolah jenis kebangsaan sedangkan itu hak mereka?
"Hak mereka untuk belajar bahasa ibunda dan sepatutnya kita menggalakkan anak-anak Melayu turut belajar bahasa Cina dan Tamil supaya tahu pelbagai jenis bahasa. Tutup SJK tidak menyelesaikan apa-apa," katanya.
Tambah beliau, hasil didikan Umno BN selama 55 tahun melahirkan individu seperti Mohd Noor yang penuh dengan prasangka terhadap kaum lain.
"Inilah hasil didikan Umno BN sehingga melahirkan orang-orang seperti ini.
"Mereka penuh dengan rasa syak wasangka, perkauman yang kuat dan takut pada perkara yang tidak wujud," tegasnya.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju tindakan Mohd Noor dikaitkan dengan Akta Hasutan kerana berpandangan akta itu harus dimansuhkan.
"Saya tak setujulah kalau nak kaitkan dengan Akta Hasutan sebab Pakatan Rakyat mahu akta ini dimansuhkan jadi kenapa kita nak kenakan ke atas pihak lain mahupun Umno BN.
"Setiap orang berhak beri pandangan dan Mohd Noor kena bersedialah kalau orang ramai serang beliau kerana keluarkan kenyataan yang menimbulkan kebencian kaum," katanya.
Mohd Noor dilaporkan mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman termasuk mendakwa masyarakat Cina mengkhianati setiakawan dengan orang Melayu dalam satu seminar Pasca PRU13 di Kuala Lumpur semalam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-5-2013
Mahkamah pilihan raya lawan Mahkamah rakyat
* Mohamed Hanipa Maidin, | 20 Mei 2013 |
PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) boleh memohon semakan supaya pilihan raya diadakan semula dengan mengemukakan petisyen selepas pewartaan keputusan oleh SPR, mengikut undang-undang.
"Selepas diwartakan dalam tempoh 21 hari, mereka boleh buat petisyen, itu yang betul dan kalau bukti-bukti itu jelas serta lengkap dan pihak hakim mengakui wujudnya perlakuan rasuah, penipuan atau menyalahi undang-undang, maka mungkin Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan akan memutuskan bahawa keputusan pilihan raya itu tidak sah," kata Aziz.
Sentimen yang sama juga diluahkan oleh Presiden Umno Najib Tun Razak. Najib menyatakan Umno akan terima apa sahaja keputusan mahkamah.
Inilah skrip basi SPR dan Umno. Bagi kedua-dua tokoh ini penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya adalah mahkamah. Hujah Najib dan SPR ini hakikatnya satu lagi bentuk penipuan halus pihak berkuasa untuk mengelirukan mereka yang jahil tentang petisyen pilihanraya.
Saya ingin nyatakan dengan tegas petisyen piliharaya dan mahkamah bukan penyelesaian kepada kepincangan pilihanraya. Alasannya cukup mudah. Mahkamah pilihanraya (election court) beroperasi dalam ruang lingkup undang-undang pilihanraya yang digubal oleh rejim BN yang korup dan penipu. Jadi bagaimanakah undang-undang yang digubal oleh rejim yang penipu dapat menyelesaikan pilihanraya yang sarat dengan penipuan !!!
Ibarat yang mudah adalah bagaimanakah kita boleh mengharap kambing selamat dari serigala jika yang jaga kambing adalah serigala !!!
Dalam undang-undang pilihanraya, alasan pembatalan sesuatu pilihanraya hanya boleh dibuat oleh hakim pilihanraya melalui seksyen 32 Akta Kesalahan Pllihanraya 1954. Seksyen 32 menggariskan lima alasan [ 32 (a) hingga (e)] bagi pembatalan pilihanraya oleh Mahkamah Pilihanraya.
Najib dan SPR arif dan tahu berdasarkan seksyen 32 (a) hingga (e) Akta tersebut hampir mustahil untuk membatalkan sesuatu pilihanraya. Bagi memudahkan faham mari kita lihat bagaimana seksyen 32 (b) Akta tersebut digubal oleh rejim BN.
Berdasarkan seksyen 32 (b) tersebut sesuatu pilihanraya hanya boleh dibatalkan jika mahkamah pilihanraya berpuashati wujudnya perlanggaran undang-undang pilihanraya namun perlanggaran itu mestilah dalam masa yang sama menjejaskan keputusan pilihanraya.
Sebagai peguam yang banyak terlibat dalam petisyen pilihanraya saya ingin nyatakan membuktikan perlanggaran undang-undang atau peraturan pilihanraya bukan suatu yang susah kerana Umno dan SPR seringkali langgar undang-undang pilihanraya. Malahan banyak kali kami peguam PAS dapat membuktikan hal tersebut.
Yang sukarnya hingga ke tahap hampir mustahil adalah membuktikan perlanggaran undang-undang oleh Umno dan SPR boleh menjejaskan keputusan pilihanraya.
Hakim–hakim di negara ini sehingga sekarang memilih tafsiran kuno tentang maksud menjejaskan keputusan pilihanraya. Di negara maju seperti di England para hakim di sana berpendapat jika berlaku perlanggaran undang-undang secara substantif maka pilihanraya adalah tidak sah tanpa mengira perlanggaran itu menjejaskan atau tidak menjejaskan keputusan pilihanraya.
Tafsiran mahkamah di Malaysia berdasarkan tafsiran matematik. Contohnya jika calon A yang kalah dengan majoriti 1000 undi dapat buktikan wujudnya perlanggaran undang-undang misalnya dakwat tidak kekal di jari pengundi, calon A kena buktikan 1001 pengundi yang dakwat dijari mereka tidak kekal dan kesemua 1001 pengundi itu kena juga dibuktikan telah mengundi dua kali.
Jika tidak dibuktikan meskipun calon A boleh buktikan penggunaan dakwat yang tidak kekal adalah bercanggah dengan undang-undang namun pilihanraya yang langgar undang-undang itu masih dikira sah dan tidak boleh dibatalkan.
Itulah yang hakim-hakim di negara ini akan putuskan. Jika hakim putuskan begitu Najib dan SPR secepat kilat akan berkata “lihatlah mahkamah telah pun memutuskan pilihanraya adalah sah..jadi mengapa Pakatan Rakyat masih tidak puas hati?”
Bagi saya ini satu muslihat licik Umno untuk menggunakan saluran mahkamah untuk menjustifikasi penipuan!!!
Sebab itu saya tegaskan mahkamah atau petisyen bukan jalan penyelesaian kepada kepincangan sistem pilihanraya. Mahkamah rakyat adalah penyelesaiannya.
Bagi rakyat jika SPR atau undang-undang kata dakwat yang digunakan adalah kekal maka SPR kena pastikan dakwat itu benar-benar kekal. Jika tidak kekal maka SPR tipu. Undang-undang juga tipu.
Inilah perbezaan mahkamah pilihanraya dan mahkamah rakyat. Di mahkamah pilihanraya hakim tidak boleh batalkan pilihanraya meskipun SPR tipu kerana hakim terikat dengan undang-undang yang digubal oleh rejim penipu.
Sebaliknya di mahkamah rakyat keadilannya lebih tulen. Jika SPR dan undang-undang tipu maka pilihanraya yang BN menang adalah pilihanraya tipu. Maka PM dan Menteri yang dilantik juga dikira oleh rakyat dikira sebagai PM penipu dan menteri penipu !!!!
* Penulis adalah peguam yang juga anggota Parlimen Sepang

Sumber HD - 20-5-2013
Perjuangan perkauman membuang masa
Mohamed Hanipa Maidin, | 04 Jun 2013 |
MASA itu emas. Maka membuang masa ibarat membuang emas. Tidakkah ini kerja bodoh? Begitulah perjuangan perkauman yang Umno menjadi juara dalam menyalak isu perkauman. Ia adalah perjuangan sia-sia.
Saya kadangkala keliru dan kadangkala geli hati memikirkan gelagat sesetengah golongan cerdik pandai Melayu yang menyokong Umno. Kenyataan bekas Hakim Mahkamah Rayuan tentang perjuagan Melayu mengakibatkan saya membuat kesimpulan begini: apabila bercakap tentang Melayu golongan cerdik pandai dengan tiba-tiba jadi tidak ketahuan. Mereka tidak lagi boleh berfikir dengan jelas dan waras.
Di sinilah perlunya kita mempunyai tasawwur yang jelas tentang bangsa. Kepelbagaian bangsa, keturunan, bahasa dan warna kulit adalah “ma’isyatullah” (Kehendak Allah). Ia suatu pelan asal Allah.
Tujuannya hanya satu iaitu untuk umat manusia yang pelbagai bangsa ini kenal antara satu sama lain. Tidak lebih dan tidak kurang dari itu.
Jika kepelbagaian kaum dan bangsa ini menyebabkan kita bergaduh dan saling tidak mempercayai satu sama lain sudah jelas ia adalah kesilapan dalam memahami tasawwur tersebut. Ia menunjukkan betapa jauhnya Islam dengan kita.
Sayangi bangsa suatu fitrah yang Allah semat dalam diri setiap insan sebagaimana bapa atau ibu sayangkan anaknya. Apabila ia suatu yang fitri sifatnya membuang masa untuk orang Melayu diingatkan perlunya mereka menjaga dan menyayangi bangsa.
Jika bangsa menjadi taruhan sudah tentu yang paling berhak memperjuangkan bangsa Arab adalah Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w adalah seorang Arab. Bahasa Al-Quran adalah bahasa Arab dan dikatakan bahasa syurga adalah bahasa Arab. Mengapa Rasulullah tidak perjuangkan Arab?
Kita lihat dua insan yang berlainan bangsa dalam sejarah Islam dan lihat siapa yang mulia antara mereka berdua. Kita lihat Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil dan kita lihat pula sahabat Rasulullah Bilal bin Rabah r.a.
Abu Lahab dan isterinya satu bangsa dan satu keturunan dengan Rasulullah s.a.w. Dalam istilah moden sekarang kedua-dua pasangan ini adalah pasangan selebriti. Apa yang tiada pada mereka? Mereka ada rupa paras yang cantik, ada kekayaan material, ada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, ada pengikut dan ada pengaruh dan status yang tinggi.. Namun kita tahu kedua-dua insan ini dicela oleh Allah dan ada surah khas dalam Al Quran untuk mereka yang kita baca dan cela mereka sehingga kini.
Kita lihat pula Bilal r.a. Orangnya berkulit gelap dan bekas seorang hamba abdi. Tiada harta dan tiada kekayaan. Tiada rupa paras jauh sekali status dalam masyarakat Arab. Namun sehingga kini nama Muazzin di dunia memakai gelaran Bilal seorang berbangsa Habsyi. Lihat betapa mulianya Bilal r.a
Menyayangi bangsa adalah fitrah. Tapi memperjuangkan bangsa tanpa mengira bangsa itu zalim atau tidak adalah asabiyyah yang Islam tentang habis-habisan.
Kita tahu fahaman asabiyyah dan qaumiyyah Arab jahiliyyah begitu kuat . Ideologi mereka adalah tolong kaum kami sama ada kaum kami zalim atau dizalimi.
Sebab itu dalam sebuah hadith Rasullullah menyatakan “tolonglah saudaramu yang zalim atau yang dizalimi (mazluman)". Para sahabat terasa pelik kenapakah Rasullullah menyuruh ditolong mereka yang zalim. Secara zahirnya perintah Rasullulah itu dilihat seperti ideology Arab jahiliyyah.
Tapi itulah cara Rasulullah s.a.w membetulkan fahaman salah itu. Menolong orang yang zalim, kata Rasullullah s.a.w adalah dengan kita menghentikan kezaliman mereka. Bukan dengan menyokong sizalim. Lihatlah anjakan paradigm yang Rasullullah s.a.w perkenalkan.
Ini yang perlu Melayu faham termasuk cerdik pandai Melayu. Menolong Melayu Umno yang zalim, salah guna kuasa, rasuah bukan dengan terus menerus menyokong mereka. Itu sokong bawa rebah. Tolong Umno yang zalim adalah dengan menghentikan kezaliman Umno – hentikan kuasa mereka memerintah.
Amat malang orang Melayu termasuk cerdik pandai Melayu menyayangi Melayu dengan cara yang salah. Mereka sayang Melayu dengan biarkan pemimpin Melayu Umno yang zalim, rasuah dan salah guna kuasa terus dengan kezaliman mereka. Ini sokong bawa padah di dunia dan akhirah.
* Penulis adalah anggota Parlimen Sepang, AJK PAS Pusat serta seorang peguam.

Sumber HD - 4-6-2013
Saya maafkan orang yang fitnah saya - Hanipa
Harakahdaily, | 07 Jun 2013 |
KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) menjelaskan, beliau tidak pernah membuat kenyataan yang menolak kepimpinan ulama sebagaimana yang disebarkan oleh sesetengah pihak.
Namun begitu, kata Hanipa yang juga anggota Parlimen Sepang, "Bagaimana jahat sekalipun fitnah tersebut saya tetap akan memaafkan orang yang memfitnah saya dan saya harap Allah juga mengampunkan orang tersebut."
Hanipa berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.
Pada masa ini, kata Hanipa, beliau dikhabarkan tersebar merata di internet gambar beliau dan kononnya petikan ucapannya yang menyatakan antara lain bahawa kepimpinan ulama dalam PAS sudah tidak relevan lagi jika PAS ingin ke Putrajaya.
"Pada mulanya saya tidak melayan 'usikan-usikan' jahat seperti tuduhan mengarut tersebut kerana saya terlalu sibuk mengetuai pasukan peguam PAS menyediakan lebih kurang 18 petisyen pilihanraya yang PAS akan failkan di samping sibuk dengan tugas-tugas sebagai Ahli Parlimen sejak mula dilantik daripada 5/5/2013 yang lalu.
"Namun saya menerima banyak sms dari rakan-rakan yang meminta saya megesahkan sama ada benar atau tidak saya ada mengeluarkan kenyataan tersebut. Maka saya terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi ini," katanya.
Beliau menyatakan secara tegas bahawa dakwaan tersebut adalah satu fitnah yang jahat ke atasnya kerana sejak menyertai PAS sejak dari bangku sekolah lagi beliau menerima kepimpinan ulama yang ada di dalam PAS.
"Saya tidak ada masalah dengan perkara tersebut dan saya menafikan ada mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa tersebut," katanya.
"Bagaimanakah saya boleh menolak kepimpinan ulama sedangkan Al Quran menyatakan hanyasanya mereka yang paling takut dengan Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama.
Hanipa menegaskan, beliau menyanjung tinggi ulama yang berilmu dan takut pada Allah dan akan tentang ulama yang jahat yang mementingkan habuan dunia dari akhirat tak kira siapa ulama tersebut.
"Saya tidak fikir ulama dalam PAS termasuk dalam golongan ulama jahat," katanya.
Buku beliau yang baru diterbitkan bertajuk Prima Facie (gambar) mengandungi kata-kata aluan dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Gambar Tuan Guru sejak lama tergantung di dalam pejabat guaman saya sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu, beliau harap kenyataan ini menjelaskan segala keraguan yang ditimbulkan oleh fitnah terebut.
Namun begitu, kata Hanipa yang juga anggota Parlimen Sepang, "Bagaimana jahat sekalipun fitnah tersebut saya tetap akan memaafkan orang yang memfitnah saya dan saya harap Allah juga mengampunkan orang tersebut."
Hanipa berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Harakahdaily hari ini.
Pada masa ini, kata Hanipa, beliau dikhabarkan tersebar merata di internet gambar beliau dan kononnya petikan ucapannya yang menyatakan antara lain bahawa kepimpinan ulama dalam PAS sudah tidak relevan lagi jika PAS ingin ke Putrajaya.
"Pada mulanya saya tidak melayan 'usikan-usikan' jahat seperti tuduhan mengarut tersebut kerana saya terlalu sibuk mengetuai pasukan peguam PAS menyediakan lebih kurang 18 petisyen pilihanraya yang PAS akan failkan di samping sibuk dengan tugas-tugas sebagai Ahli Parlimen sejak mula dilantik daripada 5/5/2013 yang lalu.
"Namun saya menerima banyak sms dari rakan-rakan yang meminta saya megesahkan sama ada benar atau tidak saya ada mengeluarkan kenyataan tersebut. Maka saya terpanggil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi ini," katanya.
Beliau menyatakan secara tegas bahawa dakwaan tersebut adalah satu fitnah yang jahat ke atasnya kerana sejak menyertai PAS sejak dari bangku sekolah lagi beliau menerima kepimpinan ulama yang ada di dalam PAS.
"Saya tidak ada masalah dengan perkara tersebut dan saya menafikan ada mengeluarkan kenyataan seperti yang didakwa tersebut," katanya.
"Bagaimanakah saya boleh menolak kepimpinan ulama sedangkan Al Quran menyatakan hanyasanya mereka yang paling takut dengan Allah di kalangan hambaNya adalah para ulama.
Hanipa menegaskan, beliau menyanjung tinggi ulama yang berilmu dan takut pada Allah dan akan tentang ulama yang jahat yang mementingkan habuan dunia dari akhirat tak kira siapa ulama tersebut.
"Saya tidak fikir ulama dalam PAS termasuk dalam golongan ulama jahat," katanya.
Buku beliau yang baru diterbitkan bertajuk Prima Facie (gambar) mengandungi kata-kata aluan dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
"Gambar Tuan Guru sejak lama tergantung di dalam pejabat guaman saya sejak sekian lama," katanya.
Sehubungan itu, beliau harap kenyataan ini menjelaskan segala keraguan yang ditimbulkan oleh fitnah terebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-6-2013
No comments:
Post a Comment