PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu
Khairul Azlan Mohamad, | 17 Feb 2013 |
(Ustaz Hadi berucap di HKR PGU di Banggol Peradong semalam)
KUALA TERENGGANU: PAS mengulangi pendirian tegas bahawa kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) tidak merugikan orang Melayu dan Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.
Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, PAS tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
“PAS memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (PAS) bersama Pakatan Rakyat.
“Apabila DAP, orang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat menerima Islam sebagai agama Persekutuan, hak-hak agama lain diberi (kebebasan) hak dengan adil. Hak istimewa orang Melayu Bumiputera dan hak kaum lain (diberi) adil. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa ibunda diberi (kepada semua kaum). Raja mengikut Perlembagaan. Semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) 7.0 di Kampung Banggol Peradong, Dewan Undangan Negeri (Dun) Teluk Pasu, Kuala Nerus, hari ini.
Hadir sama pada majlis tersebut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ahli Parlimen Kota Raja Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pengerusi DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran GK, Bendahari PKR Terengganu, Wan Ismail Wan Long dan Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.
Datuk Seri Abdul Hadi menjelaskan PAS menerima hakikat kehidupan masyarakat dalam negara ini berbilang kaum.
Katanya, semua rakyat berbilang kaum yang terdapat dalam negara ini merupakan rakyat Malaysia.
“Kita (PAS) menerima hakikat kita (rakyat) adalah masyarakat majmuk. Semua rakyat pelbagai kaum adalah rakyat kita. Ini sudah jadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan.
“Semua kaum menerima Melayu Islam adalah sebagai teras. Penganut semua agama menerima Islam yang ada dalam Perlembagaan. Tapi Umno tidak pandai hendak jaga Islam, apa hendak jadi dia (Umno) tidak peduli. Asal Umno menang sudah, Islam hendak jadi apa ikut sukalah. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan.
“Sebab itu, PAS mengadakan kerjasama dengan orang Islam dan bukan Islam dalam DAP dan dalam PKR,” ujarnya di hadapan 10,000 hadirin.
Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan PAS mengajar ahlinya berpolitik dengan mengabdikan diri kepada Allah serta tidak berkompromi dalam perkara halal dan haram.
“PAS mengajar berpolitik mengabdikan diri kepada Allah. Apa yang halal itu halal dan yang haram itu haram. Bukannya yang ada lesen halal dan yang tidak ada lesen itu haram,” ujarnya.
Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menyangkal dakwaan Umno yang melabelkan PAS sebagai ‘kuda tunggangan’ DAP.
Sebaliknya, kata beliau, Umno telah lama menjadi kuda tunggangan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.
“Umno kata PAS jadi kuda tunggangan DAP. Umno sudah lama jadi ‘kuda tunggangan’ MCA, MIC dan Gerakan.
“Sedarkah kita (rakyat) apabila MCA kalah, MIC kalah, Gerakan kalah…Umno bagi kerusi (Parlimen) Melayu kepada MCA, MIC dan Gerakan. Umno sanggup bagi kerusi Melayu kepada orang lain demi dia (BN) mengekalkan kuasa memerintah negara. Dia (Umno) tidak kira bagaimana kekuatan politik orang Islam,” jelasnya.
Sertai PAS
(Datuk Mohamad Nazli disarungkan baju baru tanda menyertai PAS)
Pada himpunan tersebut Abdul Hadi menerima penyerahan borang keahlian menyertai PAS oleh bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Datuk Mohamad Nazli Abdul Majid.
Datuk Mohamad Nazli, 62, berasal dari Perak yang kini menetap di Paka, Dungun berkelulusan Bachelor of Agriculture Science (Universiti of Tasmania, Australia) dan master of Science Agriculture, SHSU, Texas, USA.
Beliau bersara tahun 2006 yang pernah bekerja di Jabatan Pertanian tersebut selama 30 tahun iaitu 12 tahun sebagai Pengarah Projek Pembangunan Pertanian di Besut, dua tahun di Johor selaku Pengarah Johor Barat, tiga tahun di Melaka dan lima tahun di Kedah sebagai Pengarah Pertanian Negeri.
Ucapan Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=ELjF57CD538
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-2-2013
SUBANG JAYA: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menegaskan agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tanpa memahaminya terlebih dahulu.
Kata beliau, kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi bahawa PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama dengan PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu perlu ditelitikan kerana ia mempunyai maksud yang mendalam.
"Apa yang diperkatakan oleh Ustaz Hadi semalam mempunyai maksud yang perlu kita telitikan. Saya tegaskan jadi jangan ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atas kenyataan tersebut tanpa memahaminya," jelas beliau.
Salahuddin menjelaskannya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Demi Rakyat PKR Cabang Kelana Jaya di sebuah hotel di sini, malam ini
Menurut Salahuddin, sekiranya Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu sebagai matlamat perjuangan negara selama ini sudah pasti PAS tidak akan bersama Pakatan Rakyat sejak sekian lama.
Namun perkara tersebut tidak berlaku apabila ketiga-tiga parti PAS, PKR dan DAP memahami apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agenda utama mereka.
"Jika Pakatan Rakyat tidak menghormati Islam dan Melayu selama ini sudah parti PAS tidak bersama-sama Pakatan.
"Tetapi itu tidak berlaku, kerjasama semakin kukuh kerana kita memahami apa yang telah diputuskan, apatah lagi ini semua terkandung dalam perlembagaan," jelas beliau lagi.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu memberitahu rakyat negara ini tidak kira apa jua kaum tidak perlu risau dengan apa yang berlaku kerana konsep yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati oleh semua parti di dalam Pakatan Rakyat.
Sumber HD - 17-2-2013
Raja Baharin bersama Perantau memperjuangkan agar Pasar Payang dikekalkan.
KUALA TERENGGANU: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong pembangunan sebuah hotel bertaraf lima bintang yang dirancangkan oleh kerajaan negeri sebagai keperluan kepada pelancongan masa kini tetapi dalam masa yang sama merayu mengekalkan Pasar Payang, sebuah warisan sejarah.
Setiausahanya, Shuhaimi Embong berharap Pasar Payang tersebut tidak dirobohkan seperti mana kerajaan negeri merobohkan rumah-rumah warisan Melayu Terengganu di Ladang Tok Pelam sebelum ini kerana boleh menjadi tarikan utama kepada pelancongan di negeri ini.
Beliau memberitahu, rombongan Perantau baru sahaja selesai mengadakan tinjauan dan berdialog bersama Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Pengerusi Amanah Cawangan Terengganu beserta NGO lain di Terengganu memperjuangkan Pasar Payang.
Katanya, pasar itu bukan sahaja sebuah warisan rakyat Terengganu tetapi juga sebagai sumber ekonomi sebahagian rakyat Melayu yang berniaga di sini.
“Jika kerajaan boleh mengekalkan Kampung Cina sebagai warisan untuk tarikan pelancong, kenapa kerajaan negeri perlu merobohkan Pasar Payang untuk memberikan laluan kepada pembangunan sebuah hotel 25 tingkat bertaraf lima bintang kerana masih banyak lagi tanah kosong milik kerajaan berdekatan dengan lokasi Pasar Payang termasuk Pulau Warisan,” katanya.
Beliau juga berharap setiap pembangunan yang dirancangkan oleh kerajaan Umno BN Negeri Terengganu tidak menyebabkan orang Melayu semakin tersisih dari arus pembangunan di bandar ini.
Ini, katanya kerana ramai peniaga di sini yang ditemui merayu agar Pasar Payang dipertahankan sebagai pusat perniagaan Melayu di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu warisan pesisir pantai.
KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya menyerahkan sumbangan kepada Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila yang telah terbakar minggu yang lalu sebanyak RM10,000 hasil sumbangan orang ramai.
Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM, Mohd Adram Musa serta Exco DPPM, Khalil Abdul Hadi kepada Penasihat MDQ, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabat MDQ, Sabtu lepas.
“Dengan sumbangan ini mudah-mudahan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka di samping membina kembali asrama yang hangus terbakar,” kata Adram.
Musibah yang menimpa MDQ berlaku apabila bangunan di Blok B tiba-tiba terbakar mengakibatkan seramai 90 pelajar lelaki yang menjadi penghuninya tinggal sehelai sepinggang apabila kesemua buku, pakaian dan tempat tinggal mereka hangus terbakar.
Maahad Darul Quran Rusila, Marang yang berusia 28 tahun telah mempunyai jasa dan sumbangan yang besar terhadap pendidikan Islam di negara ini apabila melahirkan ribuan ulama’ yang bertebaran di seluruh pelosok negara.
Ia menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di Terengganu khususnya di Marang sebagai institusi pendidikan Islam terulung di kawasan berkenaan.
Adalah diharapkan lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan kepada maahad tersebut dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).
Sumber HD - 24-2-2013
Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, sebelum ini Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatan ke Langkawi.
Menurutnya, penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalah lumrah Umno setiap kali menjelang pilihanraya.
“Lantaran ini adalah cara yang paling menguntungkan kerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehi secara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno boleh dibolot begitu sahaja oleh orang-orang tertentu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya PAS Jabi terpaksa memberikan peringatan keras kepada mereka yang terlibat bahawa anak-anak yatim adalah amanah Allah untuk dijaga, dikasihi, disayangi, diberikan pendidikan sempurna, diperhatikan kebajikan mereka kerana apabila Allah telah memanggil ibu bapa mereka yang pernah menjadi tempat bergantung kembali kepada-Nya.
“Maka kita yang masih bernyawa akan ditanya oleh Allah tentang amanah ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, mengambil kesempatan dari kedaifan mereka dengan mengeksploitasi tenaga mereka adalah tindakan tidak bermaruah.
Tambah beliau, banyak lagi kegiatan ‘ko-korikulum’ boleh disusun ke arah pembinaan jati diri mereka kalaupun pihak pengurusan asrama dengan arahan Adun terbabit telah menyusun kegiatan ‘ko-korikulum mengarut’ itu kepada anak-anak penghuni asrama setiap kali tiba musim pilihanraya.
“Tentunya anak-anak yatim tidak akan membantah. Dengar dan taat, tapi kita yang telah dewasa sepatutnya boleh menggunakan kewarasan akal dalam bertindak. Nak pasang ratus ribu bendera dacing pun pasanglah.
“Saya sebagai Pengarah Majlis Tindakan PAS Dun Jabi telah mengeluarkan arahan kepada seluruh cawangan-cawangan PAS supaya jangan sekali-kali diusik walau sebatang pun bendera mereka kerana amalan bacul sebegini bukan budaya kita sekalipun syiar parti kita sendiri pernah dikhianati, dipatahkan dan dibakar.
“Kita nak ajar Umno Jabi cara berpolitik yang ‘gentleman’ dan bermaruah,” ujarnya.
Teliti maksud mendalam kenyataan Presiden PAS
Muhammad Faizal, | 17 Feb 2013 |

Perantau rayu kekal Pasar Payang sebagai warisan
Harakahdaily, | 17 Feb 2013 |

Sumber HD - 18-2-2013
Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan semua pembaca mengenai keluhan seorang bekas pegawai tinggi Petronas yang telah hampir 30 tahun tinggal dan berkhidmat di Kerteh, Terengganu yang di anggap sebagai hub kepada “Kuwait Malaysia’.
Beliau mengutuskan e-mail kepada saya untuk berkongsi keluhan mengenai keadaan sebenar industri gas dan minyak di Terengganu serta kelemahan kerajaan Terengganu menguruskan hasil minyak sehingga menjadikan kebanyakan rakyat Terengganu terpaksa hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dalam ‘negeri kaya, rakyat miskin’ ini.
Salam Tuan Syed,
Saya bekas eksekutif kanan Petronas dan tinggal di Kerteh selama hampir 30 tahun. Saya bertugas dengan Petronas hampir 27 tahun dan memegang pelbagai jawatan di Petronas Gas Bhd.
Saya ingin berkongsi pengalaman dan informasi mengenai kawasan industri minyak dan gas dan kawasan persekitaran Kerteh.
Pada pandangan saya, pentadbiran kerajaan Terengganu amat lemah dalam membangunkan kawasan 'KUWAIT MALAYSIA’ yang menjadi jolokan kepada bandar Kerteh dan lebih lagi kepada bandar Kemaman.
Dari aspek pembangunan, Kerteh amat ketinggalan berbanding kawasan lain seperti di Bangi dan Shah Alam, Selangor. Begitu juga dengan kawasan peindustrian di Gong Badak yang terletak dipinggir bandaraya Kuala Terengganu.
Dari sudut pendapatan tahunan, Majlis Daerah Kemaman adalah diantara yang tertinggi di Terengganu dan Malaysia pada amnya.
Cuba Tuan Syed melawat kawasan Kerteh apa yang ada, cuma rasa pembangunan di kawasan ‘Mesra Mall’.
Kawasan-kawasan kampung di sekitar bandar Kerteh, persiapan infrastruktur seperti sistem perparitan dan jalanraya adalah amat tidak sempurna.
Malahan sehingga kini terlalu banyak kawasan di Kerteh masih lagi tiada disediakan sistem perparitan yang sempurna.
Kerajaan Terengganu juga ternyata gagal memajukan kawasan Kerteh dan Kemaman secara amnya. Sepatutnya sudah lama diwujudkan UNIVERSITI PETRONAS di Terengganu yang terletak berdekatan dengan kawasan Minyak dan Gas.
Ia akan memberi banyak faedah dan kebaikan jika ia didirikan di Terengganu. Ia juga akan memajukan ekonomi penduduk dan Petronas sendiri dan kawasan persekitarannya akan membangun dengan pesat.
Malah pada masa kini Terengganu hanya mempunyai seorang menteri yang ‘dok rok cetong’ (tidak berkemampuan) iaitu Datuk Shaberry Chek berbanding dengan JOHOR yang mempunyai ramai Menteri dan Timbalan Menteri.
Sistem jalan keretapi yang Petronas bina tinggal terbengkalai sehingga sekarang. Pengurusan Petronas pula terlalu banyak di pengaruhi oleh Kerajaan Pusat.
Petronas sendiri sekarang terbelenggu dengan banyak dilema. Petronas juga sedang mengalami masalah pengeluaran minyak di Sudan.
Soal Royalti juga menunjukkan kezaliman dan ketidakadilan kerajaan dan Petronas. Projek-projek besar pula di monopoli oleh juak kroni pemerintah.
Apa yang berlaku di Petronas Gas Bhd, projek Plant Revamp and Rejunevation GPP3, di monopoli oleh syarikat-syarikat PFCE dan HYUNDAI serta sedang mengalami banyak masalah.
Masalah keselamatan kilang juga telah menyebabkan berlakunya kes kematian. Begitu juga dengan masalah gaji pekerja PFCE, kualiti kerja dan tiada intergriti dalam menlaksanakan kerja.
Sebenarnya PFCE tak layak mendapat tender kerana telah gagal dalam menguruskan kerja Shutdown di GPP 4.
Weststar, sebuah syarikat pengendali pengangkutan udara ke pelantar Minyak dikaitkan pula dengn pemimpin negara dan banyak lagi isu di kawasan Minyak dan Gas.
Kuasa beli penduduk Kerteh dan persekitarannya juga amat lemah. Tiada perancangan dari pihak kerajaan Terengganu bagi memajukan kawasan Kerteh dan Kemaman.
Saya mendapat tahu, Singapura, sebuah negara yang kecil, kini menjadi Hub minyak dan Gas bagi rantau ini. Walaupun Singapura tiada sumber minyak dan Gas, tapi ia dapat membangunkan kawasan perindustrian minyak dan Gas serta kawasan pembangunan bersepadu petrokimia di Pulau Bukom.
Ini menunjukan pemimpin Singapura lebih berintegriti, cekap, bebas rasuah serta mempunyai pemikiran yang maju dan tinggi.
Saya berkeyakinan Pakatan Rakyat apabila dapat memerintah Malaysia, akan berjaya membangunkan Kerteh dan Kemaman menjadi bandar petrokimia, minyak dan Gas yang unggul di Rantau ini.
Apa kerajaaan Terengganu buat dalam masa 4 tahun dan menghabiskan 10 Billion wang rakyat? Saya berpendapat dan yakin pemimpin Umno dan BN Terengganu tidak Cerdik dalam mentadbir negeri Terengganu.
Saya pernah bercakap dgn YB KEMASIK (YB dari Umno) yang tidak mempunyai wawasan dalam membangunkan DUN Kemasik.
Dia tiada mempunyai master plan Pembangunan Kerteh dan KEMAMAN serta tidak mesra dengan pengurusan Petronas di kawasan Kerteh.
Apa yang ia tahu mengumpan rakyat dengan wang seperti BRIM, Dana Raya, Dana pendidikan yang tidak menjurus untuk memajukan ekonomi org Melayu.
Masyarakat Melayu patut disedarkan dengan kemajuan pemikiran yang sealiran dengan ajaran agama Islam.
Sekian dulu, Wassalam.
Hamba Allah.
-----------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS Pusat. Boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: syedazman.
Kuwait Malaysia: Mendengar rintihan pegawai Petronas
-, | 18 Feb 2013 |

UCAPAN TMAP - DATO' DR HARON DIN :
http://www.youtube.com/watch?v=QtfxxDq6b38&feature=youtu.be
Sumber TVP - 18-2-2013

Pemuda PAS serah kutipan RM10,000 kepada MDQ
Harakahdaily, | 19 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah berjaya menyerahkan sumbangan kepada Maahad Darul Quran (MDQ) Rusila yang telah terbakar minggu yang lalu sebanyak RM10,000 hasil sumbangan orang ramai.
Sumbangan diserahkan oleh Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat DPPM, Mohd Adram Musa serta Exco DPPM, Khalil Abdul Hadi kepada Penasihat MDQ, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabat MDQ, Sabtu lepas.
“Dengan sumbangan ini mudah-mudahan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh pelajar berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka di samping membina kembali asrama yang hangus terbakar,” kata Adram.
Musibah yang menimpa MDQ berlaku apabila bangunan di Blok B tiba-tiba terbakar mengakibatkan seramai 90 pelajar lelaki yang menjadi penghuninya tinggal sehelai sepinggang apabila kesemua buku, pakaian dan tempat tinggal mereka hangus terbakar.
Maahad Darul Quran Rusila, Marang yang berusia 28 tahun telah mempunyai jasa dan sumbangan yang besar terhadap pendidikan Islam di negara ini apabila melahirkan ribuan ulama’ yang bertebaran di seluruh pelosok negara.
Ia menjadi mercu tanda kebanggaan umat Islam di Terengganu khususnya di Marang sebagai institusi pendidikan Islam terulung di kawasan berkenaan.
Adalah diharapkan lebih ramai dermawan tampil menghulurkan sumbangan kepada maahad tersebut dan sumbangan boleh disalurkan melalui akaun di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) atas nama Ma’ahad Darul Quran A/C: 13017010011956 atau hubungi 019-985 4348 (mudir).
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-2-2013
KUALA LUMPUR: Insiden Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu yang runtuh semula semalam menjadi bahan jenaka orang ramai terutamanya di laman sosial Facebook.
Selepas gambar stadium dimuatnaik di laman sosial itu, pengguna laman Facebook terus memberi pelbagai komen, namun komen sindiran antara komen yang paling dominan.
Ramai yang menyifatkan kejadian runtuh itu umpama memberi gambaran bahawa kerajaan Umno BN Terengganu akan 'runtuh' dalam PRU ke-13 ini.
"Tanda-tanda akan runtuhnya sebuah kumpulan...," komen Jamilah Ahmad dari Permatang Pauh.
"Runtuhan ini isyarat sah bahawa Negeri Terengganu yang diperintah BN akan pasti runtuh pada PRU-13, untuk diambil alih oleh PR...sama-sama kita tengok persitiwa ini," demikian komen Kamaruzzaman Jamal dari Kajang.
"Ini menunjukkan BN akan juga runtuh bukan saja di T'ganu tapi seluruh M'sia pada PRU-13 nanti.... doakan," komen Nor Azman Ibrahim dari Bangi.
Sejak beberapa insiden bangunan runtuh berlaku semasa pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said, negeri Terengganu mendapat gelaran 'darul runtuh' sehingga menjadi buah mulut dan kemudian seolah-olah menjadi 'badi' yang terus membadai negeri itu.
Sebelum ini, beberapa kejadian runtuh seperti tangki air Sekolah Menegah Paka, di Dungun Terengganu, perhentian bas Kuala Berang dan astaka di Padang Astaka Jertih.
"Terengganu darul runtuh katakan...," komen Mohd Taib dari Serdang.
"Nama dahlah Darul Runtuh, jadi asyik runtuh aja le!," komen Meor Raz dari Perak.
Malah ada yang menyarankan agar kerajaan Terengganu merobohkan kesemua sisa-sisa bangunan itu kerana dibimbangi akan mengundang bahaya lagi selepas ini.
"Kalau sedang 'repair' pun boleh runtuh...ini menunjukkan struktur lemah...runtuhkan terus...buat yang baru...lebih selamat...jangan gadaikan nyawa orang lain...duit minyakkan banyak!," komen Bro Wandy.
Semalam kira-kira jam 11.30 pagi, lima pekerja rakyat tempatan mengalami kecederaan apabila kerangka bangunan stadium itu menimpa mereka.
Runtuhan itu melibatkan sebahagian daripada struktur asal bumbung tersebut, dianggarkan sepanjang 137 meter.
Kejadian dipercayai akibat kelemahan struktur utama bumbung setelah melalui beberapa proses menurunkan kerangka di bahagian tengah bumbung, katanya.
Ia merupakan kejadian kedua selepas bahagian bumbung stadium di Gong Badak, Kuala Terengganu itu runtuh pada Jun 2009.
Menurut laporan itu, stadium berkenaan sedang dibaikpulik dengan kos RM15 juta.
Bumbung utamanya yang bernilai RM292 juta runtuh pada 2 Jun 2009 menyebabkan kira-kira 50 peratus daripada strukturnya musnah.
Gambaran BN T’ganu runtuh PRU13 - komen Facebook
Salmiyah Harun, | 21 Feb 2013 |

Sumber HD - 21-2-2013
Majlis Syura PAS nafi ramai calon digugurkan
Khairul Azlam Mohamad, | 22 Feb 2013 |
BESUT: Setiausaha Majlis Syura Ulama’ PAS, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menafikan laporan akbar Sinar Harian 20 Februali lalu yang memetik beliau sebagai berkata 'ramai calon PAS digugurkan' pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti .
Menurut Nik Zawawi, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu kepada akhbar bahasa Melayu itu dan beranggapan kenyataan beliau telah disalah petik oleh akhbar itu.
“Saya menafikan ramai calon PAS digugurkan bertanding pada pilihan raya (PRU13) kali ini. Saya ulangi tidak timbul sama sekali ramai calon PAS digugurkan kerana mereka (calon) telah menepati syarat di peringkat kawasan lagi.
“Cuma laporan akhbar Sinar Harian itu…saya hendak menafikan sama sekali dan saya tidak pernah sebut istilah sebegitu (ramai calon PAS digugurkan)," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Himpunan Semarak Hijau ke Putrajaya Muslimat PAS Terengganu dengan tema “Satu Misi, Satu Energi, Satu Hati” di Dewan Haji Salleh, Kampung Alor Lintah, Besut, hari ini.
Sinar Harian pada 20 Februari lalu meletakkan tajuk 'Ramai calon PAS Gugur' di muka hadapan akhbar itu.
Akhbar itu memetik Nik Zawawi sebagai berkata, Majlis Syura Ulama' PAS terpaksa menggugurkan ramai calon yang disenaraikan oleh pimpinan parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang atas beberapa sebab.
Antara sebab utama petik akhbar itu ialah mereka yang berkenaan didapati tidak menepati syarat ketat ditetapkan parti termasuk kemungkinan akan melompat parti setelah dipilih sebagai wakil rakyat.
Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata tidak timbul sama sekali isu ramai calon PAS ‘digugurkan’ dalam pilihan raya kali ini.
Ini kerana, katanya senarai nama-nama calon berkenaan yang dihantar oleh kawasan telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Majlis Syura Ulama’.
“Senarai calon-calon yang dihantar oleh setiap kawasan masing-masing, Alhamdulillah, di peringkat kawasan telah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS,” jelasnya.
Menurutnya, dalam soal pemilihan calon tidak sama antara PAS dengan Barisan Nasional kerana parti Umno tidak meletakkan syarat-syarat tersebut.
“Kita (PAS) tentukan syarat-syarat hendak jadi calon mengikut ciri-ciri kepimpinan Islam, istiqamah dalam perjuangan (Islam), bakal calon tidak melakukan dosa besar dan tidak meneruskan dosa-dosa kecil.
“Kita tidak sebagaimana Umno yang tidak ada syarat untuk dipilih jadi calon, tetapi PAS ada syarat-syaratnya. Sebab itu, calon Umno-BN tidak bersih dan calon PAS bersih sebab kita (PAS) letak syarat untuk jadi calon dan calon PAS menepati syarat Majlis Syura Ulama’,” tegasnya.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu menjelaskan penapisan yang dilakukan oleh Majlis Syura Ulama’, tidak ada calon-calon PAS digugurkan kerana melanggar syarat tersebut.
“Setakat ini, boleh saya sebut calon-calon PRU13 telah hampir selesai 99 peratus dan masalah teknikal calon akan berlaku sehingga hari penamaan calon dan mungkin ada penukaran calon dan sebagainya. Tapi senarai yang dikemukakan kepada Majlis Syura Ulama’ telah selesai 100 peratus,” ujarnya.
Katanya, dalam PAS ini telah jadi budaya dan ahli-ahli faham bahawa untuk menjadi calon mesti bersih serta memenuhi syarat-syarat Majlis Syura Ulama’ PAS.
Pada perhimpunan tersebut seramai hampir 1000 orang petugas dan jentera parti Dewan Muslimat PAS dari seluruh kawasan hadir bagi menjayakan program berkenaan.
Antara pimpinan muslimat yang hadir Ketua Muslimat PAS Pusat, Hajah Siti Zailah Mohd Yusof, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Muslimat Pas Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang Kelantan, Wan Ubaidah Omar dan Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh.

Sumber HD - 22-2-2013
(Anwar bercakap dengan penduduk Kuala Terengganu di Kg Tiong malam tadi)
KUALA TERENGGANU: Berpuluh ribu rakyat Terengganu berhimpun di Kampung Tiong dekat sini malam tadi bagi mendengar ucapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka berkumpul untuk mendengar kupasan-kupasan politik terbaru yang berlaku di negara ini dari mulut tokohnya sendiri.
Turut hadir dalam himpunan ini adalah para pemimpin PAS negeri termasuk Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali.
Ke Kedah
Selepas ke Terengganu, Anwar akan ke Kedah pula hari ini.
Di Kedah, Anwar akan ke majlis Hi-Tea di Pekan Tikam Batu, Sungai Petani, tazkirah Maghrib di Masjid Kuning, Sungai Layar Hujung, Sungai Petani.
Pada sebelah malamnya, beliau akan menyertai ceramah perdana Taman Kempas Fasa 2, Sungai Petani dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian, Ambangan Height, Lembah Jerai.
Ribuan dengar Anwar di Kg Tiong
Harakahdaily, | 24 Feb 2013 |

Umno peralat anak yatim pasang bendera dacing?
Harakahdaily, | 24 Feb 2013 |
SETIU: Umno didakwa memperalatkan anak-anak yatim penghuni asrama yang terletak di Kampung Pondok Paku, Jabi untuk memasang ribuan batang bendera biru berlambang dacing.
Naib Yang Dipertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar) berkata, sebelum ini Umno didakwa menyalahgunakan peruntukan kebajikan anak-anak yatim yang khabarnya mencecah angka RM60,000 untuk tujuan lawatan ke Langkawi.
Menurutnya, penduduk setempat mengakui bahawa memang tradisi memperalatkan anak-anak yatim ini adalah lumrah Umno setiap kali menjelang pilihanraya.
“Lantaran ini adalah cara yang paling menguntungkan kerana khidmat anak-anak yatim ini boleh diperolehi secara percuma agar peruntukan pemasangan bendera yang dikhabarkan berjumlah RM5,000 setiap cawangan Umno boleh dibolot begitu sahaja oleh orang-orang tertentu,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Justeru, ujarnya PAS Jabi terpaksa memberikan peringatan keras kepada mereka yang terlibat bahawa anak-anak yatim adalah amanah Allah untuk dijaga, dikasihi, disayangi, diberikan pendidikan sempurna, diperhatikan kebajikan mereka kerana apabila Allah telah memanggil ibu bapa mereka yang pernah menjadi tempat bergantung kembali kepada-Nya.
“Maka kita yang masih bernyawa akan ditanya oleh Allah tentang amanah ini,” katanya lagi.
Beliau berkata, mengambil kesempatan dari kedaifan mereka dengan mengeksploitasi tenaga mereka adalah tindakan tidak bermaruah.
Tambah beliau, banyak lagi kegiatan ‘ko-korikulum’ boleh disusun ke arah pembinaan jati diri mereka kalaupun pihak pengurusan asrama dengan arahan Adun terbabit telah menyusun kegiatan ‘ko-korikulum mengarut’ itu kepada anak-anak penghuni asrama setiap kali tiba musim pilihanraya.
“Tentunya anak-anak yatim tidak akan membantah. Dengar dan taat, tapi kita yang telah dewasa sepatutnya boleh menggunakan kewarasan akal dalam bertindak. Nak pasang ratus ribu bendera dacing pun pasanglah.
“Saya sebagai Pengarah Majlis Tindakan PAS Dun Jabi telah mengeluarkan arahan kepada seluruh cawangan-cawangan PAS supaya jangan sekali-kali diusik walau sebatang pun bendera mereka kerana amalan bacul sebegini bukan budaya kita sekalipun syiar parti kita sendiri pernah dikhianati, dipatahkan dan dibakar.
“Kita nak ajar Umno Jabi cara berpolitik yang ‘gentleman’ dan bermaruah,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-2-2013
(Presiden Gamis menziarahi mangsa runtuhan stadium di hospital)
KUALA TERENGGANU: Pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) menziarahi mangsa stadium runtuh yang kini dirawat di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Lawatan itu dibuat bagi menunjukkan rasa simpati kepada pekerja tempatan yang menjadi mangsa keruntuhan stadium itu.
Stadium Sultan Mizan yang runtuh sebelum ini runtuh lagi bebereapa hari lepas dan menghempap empat pekerja tempatan.
Mereka terpaksa dirawat di hospital selepas dihempap kerangka bangunan yang sedang dibaiki itu.
Kunjungan ini dibuat dalam rangka lawatan mahasiswa ke Kuala Terengganu.
Kunjungan mahasiswa seharian semalam ke Terengganu untuk bertemu mata dengan masyarakat di sana menyaksikan pelbagai keluhan dan luahan yang mahasiswa terima hasil daripada kebajikan dan hak yang mereka tidak perolehi secukupnya oleh kerajaan hari ini.
Kunjungan yang lebih terfokus di DUN Batu Burok Terengganu di sambut baik oleh kelompok masyarakat khususnya dari Flat Yayasan Pembangunan Keluarga yang memahami tugas mahasiswa yang bukan datang untuk berkempen politik tetapi bertujuan untuk mendengar suara mereka dan menyampaikan harapan mahasiswa buat rakyat Malaysia.
Masalah utama yang melingkari sebahagian besar masyarakat di sana ialah apabila terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang sangat tinggi.
Apabila ditanya tentang keprihatinan Kerajaan Malaysia dengan pembahagian pelbagai skim dan baucer, mereka tidak menafikan bahawa itu satu langkah bantuan yang baik tetapi sangat belum memadai.
Sebuah keluarga miskin yang diziarahi sendiri oleh Presiden Gamis, Muhamad Azan Safar di Kuala Ibai telah menyatakan kesengsaraannya walaupun telah dibantu oleh kerajaan kerana ia sangat tidak memadai dengan keperluan yang terpaksa mereka tanggung seharian.
Walaupun mendapat duit zakat setiap kali hari raya RM300, dan kali ini mendapat BR1M RM500, ia adalah mustahil untuk mencukupi keperluan menjaga seorang anak dan 5 orang cucu yang masih belajar dalam tempoh satu tahun.
Lebih malang apabila seorang cucunya menghidap penyakit hyperaktif yang mengekang nenek tua yang asih bertenaga ni untuk bekerja.
“Saya pelik kenapa orang yang lagi senang daripada kami boleh mendapat duit dari kebajikan masyarakat, sedangkan orang macam kami yang lagi susah selepas beberapa kali minta masih tak dapat-dapat, nak kata tak sokong dia, sokong dah,” kata nenek ini dalam loghat Terengganu.
Presiden Gamis itu ketika mengulas 300 mahasiswa yang turun bertemu masyarakat di Terengganu memberi komentar, “Kita melihat hasil kunjungan mahasiswa untuk betemu masyarakat di Terengganu ini, rata-ratanya mereka ingin lakukan perubahan kerana masalah besar yang kerajaan hari ini tak mampu selesaikan ialah kemiskinan yang melarat.
"Masyarakat mula sedar, hadiah dan baucer yang mereka dapat adalah baik tetapi malangnya belum memadai untuk hidup dalam Negara sekarang yang mempunyai kos sara hidup yang tinggi.
“Mana boleh tahan untuk duduk di dalam negeri kaya, dalam keadaan rakyat sendiri adalah no.2 termiskin dalam negara. Memang padan kena tukar kerajaan di sini,” tambah beliau lagi.
Mahasiswa ziarah mangsa stadium runtuh

Himpunan Anak T'ganu 2013 pada 3 Mac
Harakahdaily, | 26 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan menganjurkan Diskusi Harapan Orang Terengganu Pilihanraya Umum ke-13 sempena Himpunan Anak Terengganu Perantau 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini di Shah Alam.
"Kita memfokus diskusi bertajuk Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran sebagai agenda terpenting dalam HAT13 ini," kata Setiausaha HAT13, Zulhilmi Abd Rahman.
Kertas induk akan dibentangkan oleh Pengarah Institut Kajian Polisi Terengganu, Dr Mohd Khazani Abdullah manakala Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM sebagai moderator.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Ismail Hamzah, mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Raja Idris Raja Kamaruddin, Pengerusi Perangsang dan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.
Beliau memberitahu Harakahdaily, program HAT13 adalah kesinambungan kepada Himpunan Anak Terengganu 2012 yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tahun lepas.
Para peserta boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda, 019-9506457.
"Kita memfokus diskusi bertajuk Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran sebagai agenda terpenting dalam HAT13 ini," kata Setiausaha HAT13, Zulhilmi Abd Rahman.
Kertas induk akan dibentangkan oleh Pengarah Institut Kajian Polisi Terengganu, Dr Mohd Khazani Abdullah manakala Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM sebagai moderator.
Ahli-ahli panel terdiri daripada Datuk Ismail Hamzah, mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Raja Idris Raja Kamaruddin, Pengerusi Perangsang dan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad.
Beliau memberitahu Harakahdaily, program HAT13 adalah kesinambungan kepada Himpunan Anak Terengganu 2012 yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) tahun lepas.
Para peserta boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda, 019-9506457.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-2-2013
Rasuah dalam pengurusan balak di T'ganu?
Harakahdaily, | 26 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mendakwa wujud unsur rasuah dalam pengurusan balak di bawah pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu yang melibatkan wang ratusan juta ringgit.
(Rafizi, Syed Azman dan Shuhaimi dalam sidang media hari ini di Pejabat PKR)
Mendedahkan perkara itu Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman mendakwa, skandal itu melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.
Syarikat tersebut pula ujarnya dikehendaki membeli saham sebuah syarikat proksi dengan harga tinggi.
"Wang jualan syarikat tersebut disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Turut serta pada sidang media Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian telah dimetrai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.
"Kami mempunyai bukti yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak tersebut.
"Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini menjelang pilihan raya umum ke-13 sementara menunggu jawapan menteri besar," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau), Shuhaimi Embong dalam kenyataannya meminta Datuk Seri Ahmad Said mengambil cuti panjang sementara dakwaan ke atasnya ini di siasat.
"Kami Perantau mencadangkan MB bercuti panjang sementara disiasat," kata Shuhaimi yang turut serta dalam sidang media itu.
(Rafizi, Syed Azman dan Shuhaimi dalam sidang media hari ini di Pejabat PKR)
Mendedahkan perkara itu Adun Batu Buruk Dr. Syed Azman mendakwa, skandal itu melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.
Syarikat tersebut pula ujarnya dikehendaki membeli saham sebuah syarikat proksi dengan harga tinggi.
"Wang jualan syarikat tersebut disyaki disalurkan kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Turut serta pada sidang media Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 1,000 ekar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian telah dimetrai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.
"Kami mempunyai bukti yang jelas bahawa perjanjian ini ada kena mengena dengan kelulusan membalak tersebut.
"Bukti-bukti ini akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu ini menjelang pilihan raya umum ke-13 sementara menunggu jawapan menteri besar," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Anak Terengganu di perantauan (Perantau), Shuhaimi Embong dalam kenyataannya meminta Datuk Seri Ahmad Said mengambil cuti panjang sementara dakwaan ke atasnya ini di siasat.
"Kami Perantau mencadangkan MB bercuti panjang sementara disiasat," kata Shuhaimi yang turut serta dalam sidang media itu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-2-2013
Kain rentang yang menjadi punca pertelingkahan tersebut.
MARANG: Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu berkumpul bersama ahli keluarga dan kenalan mangsa tahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang, hari ini.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata Pemuda PAS Terengganu melahirkan rasa simpati dan memberi sokongan moral 100 peratus kepada empat individu terbabit serta ahli keluarga masing-masing.
Katanya, kejadian tersebut dapat dielakkan jika semua pihak bersikap matang serta tidak melakukan sebarang provokasi melampau hingga mencetuskan keresahan masyarakat.
Menurutnya, mutakhir ini kejadian provokasi dan pengkhianatan semakin menjadi-jadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab termasuk dari Umno BN.
“Kami hadir ke balai polis Marang ini untuk sama-sama beri sokongan moral kepada mangsa tahanan reman dan ahli keluarga mereka.
“Semua ini tidak berlaku jika pihak Umno BN bersikap matang dan tidak melakukan provokasi dalam mempamerkan kain rentang atau banner kempen untuk parti mereka,” ujarnya kepada Harakahdaily ketika ditemui di pekarangan balai polis berkenaan.
Justeru, katanya, tuduhan PAS membenarkan kalimah suci Allah itu dipergunakan sewenang-wenang untuk kempen Bible dalam Bahasa Melayu adalah fitnah yang direka Umno BN.
Harakahdaily dimaklumkan, kesemua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun termasuk tiga adik-beradik ditahan reman selama lima hari.
Mereka terdiri daripada Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, yang bekerja sendiri adalah pemuda PAS Cawangan Kampung Jerung
Mereka ditahan gara-gara pemasangan kain rentang bersifat provokasi yang dipasang oleh pengerusi penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Pengerusi penaja itu telah membuat satu laporan polis yang mendakwa kononnya empat individu terbabit menyerang, mencekik serta membuat ugutan bunuh ekoran pertikaman lidah pada kira-kira jam 6.30 petang 25 Feb lalu berhubung kain rentang itu.
Malah, keempat-empat individu berkenaan turut difitnah mahu mencederakan ahli keluarganya serta mahu membakar rumahnya.
Selepas kejadian tersebut dipercayai pihak terbabit segera menurunkan kain rentang berkenaan yang jelas tertera logo Umno dan Barisan Nasional (BN) termasuk lambang 1Malaysia.
Manakala, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi menafikan laporan media mengaitkan tragedi pergaduhan tersebut kerana PAS tidak berpuas hati dengan penubuhan penaja Umno Cawangan Bukit Chempedak.
Katanya, laporan media itu tidak tepat kerana yang menjadi punca adalah pemasangan kain rentang berbentuk provokasi terhadap PAS dalam penggunaan kalimah Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah. Mereka (Umno) kata (tulis) AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bable Bahasa Melayu.
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelasnya yang juga AJK Pemuda PAS Malaysia.
4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang
Khairul Azlam Mohamad, | 27 Feb 2013 |

Sumber HD - 27-2-2013
Mampat sokong gesa MB T'ganu bercuti panjang
Harakahdaily, | 28 Feb 2013 |
KUALA TERENGGANU: Penasihat Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail (gambar) menyokong cadangan Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau) yang meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bercuti panjang sementara dakwaan ke atasnya disiasat.
"Sudah lama kita ingin mencadangkan Ahmad Said 'bercuti' dari tugas sebagai Menteri Besar setelah berbagai dakwaan 'salah laku' dihadapkan kepada pentabirannya.
“Jika beliau berdegil, saya akan membuat siri-siri pendedahan salah lakunya untuk diketahui rakyat umum," kata bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ketika dikunjungi Harakahdaily.
Beliau yang mengesahkan untuk hadir dalam Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini di Shah Alam akan mencadangkan sebuah sekretariat rakyat prihatin untuk menerima aduan dan menyiasat salah laku Ahmad segera dibentuk untuk membincangkan isu berkenaan dan lain-lain berkaitan serta prestasi pentadbiran Menteri Besar itu.
Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong dalam satu kenyataan mencadangkan Ahmad bercuti panjang ekoran pendedahan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agung PAS dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR berhubung dakwaan penganugerahan balak kepada 12 syarikat baru-baru ini yang perlu disiasat.
Sementara itu, Dr Syed Azman yang juga Adun Batu Burok memaklumkan satu laporan dan serahan dokumen kes 'rasuah dan salah laku' pentadbiran Menteri Besar Terengganu dalam pengurusan pembalakan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diadakan di Kuala Terengganu hari ini.
"Sudah lama kita ingin mencadangkan Ahmad Said 'bercuti' dari tugas sebagai Menteri Besar setelah berbagai dakwaan 'salah laku' dihadapkan kepada pentabirannya.
“Jika beliau berdegil, saya akan membuat siri-siri pendedahan salah lakunya untuk diketahui rakyat umum," kata bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ketika dikunjungi Harakahdaily.
Beliau yang mengesahkan untuk hadir dalam Himpunan Anak-anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini di Shah Alam akan mencadangkan sebuah sekretariat rakyat prihatin untuk menerima aduan dan menyiasat salah laku Ahmad segera dibentuk untuk membincangkan isu berkenaan dan lain-lain berkaitan serta prestasi pentadbiran Menteri Besar itu.
Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong dalam satu kenyataan mencadangkan Ahmad bercuti panjang ekoran pendedahan Dr Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agung PAS dan Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR berhubung dakwaan penganugerahan balak kepada 12 syarikat baru-baru ini yang perlu disiasat.
Sementara itu, Dr Syed Azman yang juga Adun Batu Burok memaklumkan satu laporan dan serahan dokumen kes 'rasuah dan salah laku' pentadbiran Menteri Besar Terengganu dalam pengurusan pembalakan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan diadakan di Kuala Terengganu hari ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-2-2013
Syed Azman menyerahkan dokumen kepada Penolong Pegawai Siasatan SPRM Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu bakal disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri berkaitan penyelewengan, rasuah serta salah laku dalam pengurusan hasil balak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata PAS dan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini telah membuat satu laporan serta penyerahan dokumen kepada SPRM Terengganu yang diterima oleh Penolong Pegawai Siasatan, Mohd Fadzil Abd. Jabar.
Katanya, penyerahan dokumen tersebut penting kerana mempunyai unsur rasuah, penyelewengan, salah urus dan salah laku yang mungkin melibatkan Menteri Besar Terengganu.
Menurutnya, setiap syarikat pembalakan masing-masing diagihkan kawasan seluas 1,000 ekar kepada 12 buah syarikat konsesi.
“Kita dapati sebanyak 12 (syarikat) pembalak dikehendaki membayar setiap syarikat RM2.5 juta kepada sebuah syarikat guaman di Kuala Lumpur. Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu, mereka kena bayar ‘under table’ RM2.5 juta.
“Dua dokumen telah diserahkan kepada pihak SPRM Terengganu untuk tindakan selanjut. Insya Allah, kita mengharapkan sesuatu yang positif,” ujarnya pada satu sidang media di lobi pejabat SPRM Terengganu.
Menurutnya, hasil kutipan ‘under table’ RM2.5 juta yang dikenakan kepada 12 buah syarikat pembalakan tersebut mencecah RM30 juta.
Hadir sama ialah Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk’ Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Setiausaha Ikatan Mantan Adun dan MP Parlimen (Imam) Terengganu, Che Ghani Ambak dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohd Fauzi Abu Samah.
Syed Azman berucap pada himpunan aman di luar Wisma Persekutuan.
Isu balak ke SPRM, adakah MB T’ganu terlibat?
Khairul Azlam Mohamad, | 01 Mac 2013 |

Sumber HD - 1-3-2013
BEBAS...Badaruddin (berkaca mata) bersama empat pemuda PAS berkenaan..
MARANG: Empat Pemuda PAS dari Kampung Jerung Seberang, Wakai Tapai yang ditahan reman kerana laporan 'fitnah' oleh Pengerusi Penaja Penubuhan Umno Cawangan Bukit Chempedak dibebaskan petang semalam.
AJK PAS Dun Pengkalan Berangan, Badaruddin Ismail berkata, mereka yang terdiri Roslam Abdullah, 35, Rosdi Abdullah, 34, Muhammad Lukman Abdullah, 28, dan Muhamad Musa, 38, dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.
Beliau berkata, pihak polis memaklumkan mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana tidak ada sabitan kes.
"Saya dimaklumkan oleh IO (pegawai penyiassat) kes tersebut, Inspektor Wan Afzan Wan Mukhtar tidak ada sabitan kes, (mereka) dibebaskan dengan ikat jamin polis," ujarnya dipetik Buletin Online.
Katanya, pembebasan mereka merupakan satu penjelasan kepada 'fitnah' terhadap laporan media bersumberkan kepada laporan yang dibuat ketua penaja cawangan Umno itu.
"Ini bukti laporan akhbar tidak tepat, berdasarkan laporan 'fitnah' semata-mata dan juga bukti jelas pemasangan kain rentang yang tidak bermoral dan penuh fitnah itu telah mencetus situasi yang tidak aman dalam masyarakat," tambahnya.
Empat pemuda tersebut yang ditahan pada 25 Februari lalu ekoran tindakan berani mereka bertemu dengan ketua penaja Umno Cawangan Bukit Cempedak yang baru ditubuhkan yang meminta supaya satu kain rentang yang memfitnah PAS diturunkan.
4 pemuda PAS direman gara-gara kain rentang
Kain rentang: Pemuda PAS dibebas, tiada sabitan kes
Harakahdaily, | 01 Mac 2013 |

Provokasi isu nama Allah punca pergaduhan
Khairul Azlam Mohamad, | 01 Mac 2013 |
MARANG: Pemuda PAS menafikan insiden pergaduhan di Bukit Cempedak baru-baru akibat dari penubuhan cawangan penaja Umno di situ tetapi adalah kerana pemasangan kain rentang yang melampau dan memfitnah.
(Saodah Yatim, isteri kepada Muhamad Musa, salah seorang yang ditahan reman hadir ke IPD Polis Marang dalam keadaan kaki kanannya
terseliuh.)
Ketua Pemuda PAS Marang, Mohamad Khalil Abdul Hadi berkata, ia berpunca dari provokasi terhadap isu nama Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah.
Mereka kata 'AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bible bahasa Melayu.'
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelas Ustaz Muhammad Khalil kepada pihak media di perkarangan Balai Polis Marang.
Laporan penuh dalam Harakah Ahad ini.
(Saodah Yatim, isteri kepada Muhamad Musa, salah seorang yang ditahan reman hadir ke IPD Polis Marang dalam keadaan kaki kanannya
terseliuh.)
Ketua Pemuda PAS Marang, Mohamad Khalil Abdul Hadi berkata, ia berpunca dari provokasi terhadap isu nama Allah.
“Ini kerana, laporan media sebelum ini tidak tepat kerana yang menjadi punca pergaduhan itu bukan kerana Umno tubuh cawangan baru. Hakikat sebenarnya, berpunca dari kain rentang atau banner berbentuk provokasi yang dipasang oleh pihak Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kain rentang itu berkait dengan kalimah Allah.
Mereka kata 'AWAS!!!!!! Anda Undi PAS bermakna Anda Sokong Allah Digunakan Dalam Bible bahasa Melayu.'
“Kita akan membuat laporan polis terhadap kain rentang itu dan harap pihak terbabit diambil tindakan sewajarnya,” jelas Ustaz Muhammad Khalil kepada pihak media di perkarangan Balai Polis Marang.
Laporan penuh dalam Harakah Ahad ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-3-2013
Dr Azman (kiri) menyampaikan sumbangan BKKK kepada Ketua PAS Cawangan Gong Pasir kerana kematian ibunya.
SETIU: Bergerak di atas konsep bersama kita membantu saudara seperjuangan yang ditimpa ujian dan musibah, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian (BKKK) Dun Jabi semakin kukuh mengorak langkah dalam melaksanakan objektifnya setelah menjangkau usia tiga tahun selepas penubuhannya pada 1 Januari 2011.
Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan keahliannya yang kini mencapai angka 400 orang sepanjang 3 tahun, sebanyak RM20,000 telah dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kematian dan RM5,000 dibelanjakan untuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.
“Fasa tahun pertama penubuhan yang dianggap sukar telah dilalui dengan jayanya terutama untuk pihak Jawatankuasa BKKK Jabi menepis keraguan dan kata-kata sinis masyarakat tentang kemampuan kewangan kami untuk melaksanakan objektif menyumbang RM1,000 bagi setiap kematian ahli dan kita meletakkan sasaran supaya wang sumbangan tersebut dapat diterima waris terdekat sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan,” katanya yang juga Pengerusi BKKK Dun Jabi.
Beliau berkata, berkat kerja keras seluruh jawatankuasa yang terlibat, setakat 3 tahun yang pertama dengan angka 20 kematian ahli dan tanggungannya, janji sumbangan itu mampu dilaksanakan dan dibayar dengan ketepatan 100%.
Katanya, kepercayaan masyarakat yang diraih hasil kejayaan ini menyaksikan pertambahan mendadak jumlah keahlian pada tahun kedua penubuhan.
Setiap ahli, ujarnya hanya dikenakan yuran tahunan RM10 setahun serta setiap kali berlaku kematian ahli atau tanggungannya, mereka perlu menghulurkan sumbangan RM3 sahaja.
“Suatu kaedah yang sangat mudah dan praktikal tetapi hasilnya mengkagumkan sehingga menarik minat beberapa orang ahli Umno untuk turut mendaftar,” ujarnya.
Menurutnya, pernah berlaku kematian seorang ahli di Felda Selasih yang dikenali sebagai lubuk Umno Dun Jabi.
“Kita hadir menghulurkan sumbangan RM1,000 ketika rumah si mati dipenuhi orang-orang kuat Umno Felda.
“Insiden secara kebetulan ini menjadi buah mulut mereka lantaran di Felda Selasih, mereka juga mempunyai khairat kematian dengan kutipan RM10 setiap ahli apabila berlaku kematian, tetapi jumlah sumbangan untuk waris simati hanya RM500. Kata mereka, orang PAS cuma kutip 3 riyal (RM3), mereka boleh bagi 1,000 riyal (RM1,000),” ujarnya.
Beliau memberitahu, fokus BKKK Dun Jabi, bukan hanya setakat dalam hal-hal kematian tetapi menjangkau aspek kebajikan yang lebih luas meliputi sumbangan ketika ahli dilanda musibah dan ujian, sumbangan Ramadhan dan Hari Raya, sumbangan anak-anak yatim dan sebagainya.
“Kita berhasrat menjadikan BKKK ini jambatan kukuh penghubung antara PAS Dun Jabi dengan masyarakat pelbagai peringkat dengan mempelbagaikan lagi program dan perancangan selaras dengan kemampuan kewangan yang dimiliki,” katanya.
Tambahnya, perancangan terdekat adalah untuk memiliki sebuah van jenazah dan sebuah van pelbagai guna untuk pusat khidmat masyarakat Dun Jabi.
Sumbangan para dermawan sangat dihargai dan boleh disalurkan ke akaun MayBank 563046108671 atas nama Badan Kebajikan dan Khairat Kematian PAS Dun Jabi.
Presiden PAS dijangka menutup HAT 2013
Harakahdaily, | 01 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan majlis penutup Himpunan Anak Terengganu Di Perantauan 2013 (HAT13) pada 3 Mac ini, kata setiausaha penganjur, Zulhimi Abd Rahman.
Katanya, dua kertas bertajuk Harapan Orang Terengganu PRU13 (HOT13) dan Cadangan Terengganu Negeri Maju (Termaju) disediakan untuk dibincangkan kali ini.
Diskusi bertemakan Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran juga diakan yang dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM, dibarisi oleh empat Ahli panel, iaitu Datuk Ismail Hamzah, Raja Idris Raja Kamaruddin, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad dan Mastura Mohamad.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 600 orang dan dijangka mencecah 1,000 orang kerana tidak ada yuran pendaftaran.
Pihak sekretariat juga, ujarnya sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik, korporat dan pemimpin-pemimpin serta mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk hadir bersama-sama memeriahkan HAT13.
Program HAT13 dinaungi oleh Tengku Ibrahim Sultan Ismail diadakan di Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam bermula jam 8.30 pagi.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.
Katanya, dua kertas bertajuk Harapan Orang Terengganu PRU13 (HOT13) dan Cadangan Terengganu Negeri Maju (Termaju) disediakan untuk dibincangkan kali ini.
Diskusi bertemakan Terengganu Maju: Harapan, Realiti dan Cabaran juga diakan yang dimoderatorkan oleh Profesor Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari UKM, dibarisi oleh empat Ahli panel, iaitu Datuk Ismail Hamzah, Raja Idris Raja Kamaruddin, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad dan Mastura Mohamad.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 600 orang dan dijangka mencecah 1,000 orang kerana tidak ada yuran pendaftaran.
Pihak sekretariat juga, ujarnya sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik, korporat dan pemimpin-pemimpin serta mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk hadir bersama-sama memeriahkan HAT13.
Program HAT13 dinaungi oleh Tengku Ibrahim Sultan Ismail diadakan di Universiti Selangor (Unisel), kampus Shah Alam bermula jam 8.30 pagi.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-3-2013
Badan Khairat Jabi tepis keraguan masyarakat
Harakahdaily, | 01 Mac 2013 |
Dr Azman (kiri) menyampaikan sumbangan BKKK kepada Ketua PAS Cawangan Gong Pasir kerana kematian ibunya.
SETIU: Bergerak di atas konsep bersama kita membantu saudara seperjuangan yang ditimpa ujian dan musibah, Badan Kebajikan dan Khairat Kematian (BKKK) Dun Jabi semakin kukuh mengorak langkah dalam melaksanakan objektifnya setelah menjangkau usia tiga tahun selepas penubuhannya pada 1 Januari 2011.
Pengarah MTD Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, dengan keahliannya yang kini mencapai angka 400 orang sepanjang 3 tahun, sebanyak RM20,000 telah dibelanjakan dalam bentuk sumbangan kematian dan RM5,000 dibelanjakan untuk sumbangan-sumbangan kebajikan yang lain.
“Fasa tahun pertama penubuhan yang dianggap sukar telah dilalui dengan jayanya terutama untuk pihak Jawatankuasa BKKK Jabi menepis keraguan dan kata-kata sinis masyarakat tentang kemampuan kewangan kami untuk melaksanakan objektif menyumbang RM1,000 bagi setiap kematian ahli dan kita meletakkan sasaran supaya wang sumbangan tersebut dapat diterima waris terdekat sebelum jenazah diusung ke tanah perkuburan,” katanya yang juga Pengerusi BKKK Dun Jabi.
Beliau berkata, berkat kerja keras seluruh jawatankuasa yang terlibat, setakat 3 tahun yang pertama dengan angka 20 kematian ahli dan tanggungannya, janji sumbangan itu mampu dilaksanakan dan dibayar dengan ketepatan 100%.
Katanya, kepercayaan masyarakat yang diraih hasil kejayaan ini menyaksikan pertambahan mendadak jumlah keahlian pada tahun kedua penubuhan.
Setiap ahli, ujarnya hanya dikenakan yuran tahunan RM10 setahun serta setiap kali berlaku kematian ahli atau tanggungannya, mereka perlu menghulurkan sumbangan RM3 sahaja.
“Suatu kaedah yang sangat mudah dan praktikal tetapi hasilnya mengkagumkan sehingga menarik minat beberapa orang ahli Umno untuk turut mendaftar,” ujarnya.
Menurutnya, pernah berlaku kematian seorang ahli di Felda Selasih yang dikenali sebagai lubuk Umno Dun Jabi.
“Kita hadir menghulurkan sumbangan RM1,000 ketika rumah si mati dipenuhi orang-orang kuat Umno Felda.
“Insiden secara kebetulan ini menjadi buah mulut mereka lantaran di Felda Selasih, mereka juga mempunyai khairat kematian dengan kutipan RM10 setiap ahli apabila berlaku kematian, tetapi jumlah sumbangan untuk waris simati hanya RM500. Kata mereka, orang PAS cuma kutip 3 riyal (RM3), mereka boleh bagi 1,000 riyal (RM1,000),” ujarnya.
Beliau memberitahu, fokus BKKK Dun Jabi, bukan hanya setakat dalam hal-hal kematian tetapi menjangkau aspek kebajikan yang lebih luas meliputi sumbangan ketika ahli dilanda musibah dan ujian, sumbangan Ramadhan dan Hari Raya, sumbangan anak-anak yatim dan sebagainya.
“Kita berhasrat menjadikan BKKK ini jambatan kukuh penghubung antara PAS Dun Jabi dengan masyarakat pelbagai peringkat dengan mempelbagaikan lagi program dan perancangan selaras dengan kemampuan kewangan yang dimiliki,” katanya.
Tambahnya, perancangan terdekat adalah untuk memiliki sebuah van jenazah dan sebuah van pelbagai guna untuk pusat khidmat masyarakat Dun Jabi.
Sumbangan para dermawan sangat dihargai dan boleh disalurkan ke akaun MayBank 563046108671 atas nama Badan Kebajikan dan Khairat Kematian PAS Dun Jabi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-3-2013
Ustaz Wan Azhar (empat dari kiri) bersama pemimpin PAS Besut turut menyertai solat jenazah Inspektor Zulkifli.
BESUT: PAS Kawasan Besut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat, 29, yang terkorban dalam tragedi berdarah pagi Jumaat di Lahad Datu, Sabah, semalam.
Yang Dipertuanya, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad berkata PAS Besut turut bersedih dan sangat bersimpati dengan kejadian itu serta berharap agar ahli keluarga allahyarham bersabar dengan ujian Allah SWT.
Beliau turut mendoakan agar roh allahyarham Zulkifli serta rakannya yang terkorban itu dicucuri rahmat serta mendapat pahala yang besar di sisi Tuhan.
“Saya bagi pihak PAS Kawasan Besut dan kepimpinan PAS Terengganu khususnya ucap takziah kepada ahli keluarga allahyarham Zul (Zulkifli) dan bersabarlah dengan ujian ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan dianugerahkan pahala yang besar, insya Allah,” ujarnya.
Wan Azhar berkata demikian ketika ditemui selepas solat jenazah anggota komando PDRM itu di rumah ibu allahyarham di Kampung Kubang Ikan, Kota Putra, Besut petang tadi.
Sehubungan itu, Ustaz Wan Azhar menegaskan PAS Besut mendesak satu siasatan menyeluruh dilakukan bagaimana ‘pencerobohan’ boleh berlaku dan mereka dapat memasuki negara ini.
Katanya, masalah keselamatan negara tidak boleh berkompromi dan jika terbukti mana-mana pihak terlibat perlu diambil tindakan segera sekali pun terhadap pemimpin kerajaan yang memerintah hari ini.
“Kita sangsi dan khuatir dengan tragedi pencerobohan oleh ‘tentera Sultan Sulu’ boleh masuk tanpa disedari oleh pihak keselamatan negara.
“Sebab, kerajaan telah menyediakan peruntukan besar kepada Kementerian Pertahanan untuk tujuan menjaga keselamatan dan kedaulatan negara. Ini memalukan rakyat dan negara di mata dunia,” ujarnya.
PAS Besut rakam takziah kepada Inspektor Zulkifli
Khairul Azlam Mohamad, | 02 Mac 2013 |

Sumber HD - 2-3-2013
Tuan Guru Abdul Hadi menerima Deklarasi Shah Alam daripada Setiausaha Perantau.
SHAH ALAM: Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) hari ini berikrar akan menjatuhkan kerajaan Umno BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selepas sekian lama negeri itu berada dalam kemiskinan dan kemunduran.
Ikrar tersebut terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang dibaca di Himpunan Anak Terengganu di Perantauan 2013 (HAT13) di Unisel, dekat sini hari ini.
Kira-kira 800 Perantau yang hadir dari seluruh Lembah Klang itu berikrar akan melaksanakan lima perkara iaitu:
1. Untuk terus berusaha membawa rakyat Terengganu keluar dari kemelut kemunduran, kemiskinan dan kos sara hidup yang tinggi dalam segala bentuk yang kami mampu.
2. Membawa pulang ilmu, kemahiran dan pengalaman yang ditimba demi kemajuan dan kemakmuran Terengganu.
3. Terus menuntut agar hak royalti rakyat negeri Terengganu dikembalikan kepada kerajaan dan rakyat Negeri Terengganu sebagai hak rakyat Terengganu, dan bukannya sebagai belas ihsan.
4. Untuk terus mengembeling usaha bersama rakyat Terengganu mengembalikan kegemilangan dan maruah rakyat Terengganu melalui kedaulatan Islam dalam sebuah negeri yang penuh dengan kebajikan serta kemakmuran.
5. Untuk menyeru dan mengajak rakyat Terengganu seluruhnya agar menumbangkan pemerintahan Umno dan BN yang telah terbukti gagal dalam membawa kemakmuran, kemajuan dan kedaulatan Islam di Negeri Terengganu.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapannya berkata, PAS sangat mengharapkan undi Perantau pada PRU13 kerana Terengganu berperanan penting memperkasa politik Melayu Islam.
"Dalam memperkasa politik Melayu Islam Terengganu memainkan peranan besar.
"Kita perlu sedar Terengganu merupakan negeri yang diperkasa dengan Islam melalui dengan kewujudan batu bersurat.
"Terengganu juga merupakan negeri yang paling akhir dijajah," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.
Ustaz Hadi turut melancarkan kempen 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan'.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
Terdahulu, program diisi dengan diskusi 'Terengganu Maju: Impian dan Harapan Rakyat yang dibarisi lima ahli panel.
Mereka ialah Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan Dalam Negeri, Datuk Ismail Hamzah, Pengerusi Amanah Terengganu, YM Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad, Anggota GLC Selangor, YM Raja Idris Raja Kamaruddin, Pengarah Institut Kajian Polisi (IKP) PAS, Prof Dr Mohd Khazani Abdullah dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Mastura Mohamad.
Sebelum itu, YM Raja Kamarul Baharin juga membentangkan kertas kerja 'Harapan Orang Terengganu' (Hot).
Manakala Prof Dr Mohd Khazani membentangkan kertas kerja 'Terengganu Maju: Harapan dan Cabaran.
PRU13: 'Perantau Pulang, Pakoh Pakatan' dilancar
Hazayani Zakaria, | 03 Mac 2013 |

Sumber HD - 3-3-2013
Sahabatku Perantau, perjuangan ini milik bersama
Dr Azman Ibrahim, |
Saya mulakan bingkisan terbuka ini dengan ucapan tahniah kepada Persatuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) atas kejayaan penganjuran Himpunan Anak-Anak Terengganu 2013 (HAT13) di Shah Alam, Ahad lepas. Tentunya penganjuran ini dalam rangka untuk mendokong hasrat bersama menyumbang ke arah kemenangan PAS dan PR khususnya di negeri Terengganu tercinta dalam pilihanraya umum nanti.
Di samping saya hadir dengan matlamat untuk bertemu mata, bersapa khabar dengan anak-anak Jabi di perantauan, saya juga amat berminat untuk memetik buah-buah bernas dan bernilai serta lontaran idea anak-anak perantau Terengganu yang sebahagian besarnya telah membina base yang stabil dan kukuh di rantauan.
Mendengar sahabat-sahabat perantau meluahkan idea dan pendapat, tak salah rasanya sebagai salah seorang pimpinan Badan Perhubungan PAS Terengganu untuk saya turut sama berkongsi komentar membina.
Yang pertama, berkenaan luahan anak-anak perantau tentang hasrat mereka untuk turut sama menyumbang, tetapi kepulangan mereka seolah-olah tak dihargai dan dialu-alukan sehingga tidak ada program khusus yang diatur bagi mengisi jadual kepulangan sedangkan mereka sendiri mencanangkan kehebatan mereka di luar sehingga boleh muncul di kaca televisyen, tetapi kenapa tidak diperlukan di negeri sendiri?
Untuk mereka yang berpandangan sebegini, suka saya berkongsi rasa…
Wahai sahabatku para perantau, perjuangan ini adalah milik kita bersama, tanggungjawab kita bersama, amanah yang dipikul bersama, berada dalam perjuangan Islam adalah kebanggaan kita bersama. Tiada siapa menjadi tuan dan tiada siapa menjadi tetamu dalam perjuangan ini. Di medan ini kita bergelumang dengan segala macam kepayahan, suka, duka, tawa menangis semuanya kita lalui, ada ketikanya kita perlu menjadi tempoyak yang digaul di dalam budu, ada ketikanya kita diletakkan di atas par hantaran yang dihias indah. Matlamatnya hanya satu, demi mencari redha Ilahi!
Pulanglah wahai sahabatku atas keinginan kita ingin bersama mencemarkan duli di medan ini, membasahkan baju dengan peluh perjuangan, menipiskan poket dengan sumbangan di jalan Allah, menahan mata untuk bersama memerah otak mencari kaedah terbaik bagaimana Islam boleh dimenangkan, mengalirkan air mata bersama berkongsi susah senang masyarakat, jangan bercita-cita untuk selalu berada di atas pentas dan mimbar setiap kali bumi kampung halaman dijejaki kerana medan dan tugas perjuangan ini sangat luas dan pelbagai, pulanglah… pulanglah…
Sahabatku perantau, jangan beranggapan setiap kepulanganmu akan disambut sebagai tetamu, segalanya tersedia, senarai program untukmu telah siap disusun, dan tentunya keinginanmu biarlah program bertaraf berprestij, bukannya program debek atau cabuk, jangan… jangan…
Tak akan rendah nilai ijazahmu sekalipun kamu merendahkan diri. Nilai pengalaman, kemahiran, kepandaian yang sahabat semua miliki amat kami perlukan. Di lapangan ini, kadang-kadang ustaz lulusan SPM pun kami manfaatkan demi untuk mengisi program, apatah lagi sahabatku perantau yang memiliki ijazah berjela. Buangkan jauh-jauh rasa bahawa kepulanganmu tidak dialu-alukan dan disambut hangat.
Maafkan kami kalau ada ketikanya mungkin kami terlepas pandang, ada ketikanya memang kami tidak mendapat maklumat, ada ketikanya kami juga telah beberapa malam belum berkesempatan merasai nikmat empuknya batal tidur, ada ketikanya kami menangis merasai sama kesusahan rakyat walaupun sebenarnya anak-anak dan isteri kami di rumah juga mencatu keperluan harian mereka lantaran kesuntukan belanja, ada ketikanya kereta kami tersadai di tepi jalan lantaran kehabisan petrol, ada ketikanya kami hampir-hampir tidak memiliki wang yang cukup untuk membayar tol, Ada ketikanya… ada ketikanya…
Air mata saya selalunya akan mengalir tanpa diundang apabila menghadiri majlis pecah tabung buluh di cawangan. Tabung dari sebatang buluh, di dalamnya disimpan ‘samah’ sehari oleh ahli-ahli di peringkat cawangan, dibelah 2 atau 3 bulan sekali beramai-ramai, keluarlah pitih syiling bersekali dengan habuk batang buluh, disusun syiling ini dan dikira… bila ditanya kepada cawangan, duit ini nak buat apa, jawab mereka untuk biaya anak-anak rantau pengundi luar yang akan balik mengundi nanti… Saya tidak malu sedikit pun untuk menyatakan hakikat ini khususnya kami di Jabi.
Harap anak-anak rantau kita yang pulang mengundi nanti sudi untuk menerimanya walaupun ia hanyalah duit dari tabung buluh! Kamu semua sangat berharga di mata kami wahai sahabatku…
Yang kedua, ada perantau yang meluahkan kekesalan dengan gaya kepimpinan PAS Terengganu yang didakwa sombong, sehingga sukar untuk menerima orang luar. Terima kasih atas teguran dan kami tentunya terbuka untuk sentiasa mengoreksi diri kerana terpilih berada di saf memikul amanah kepimpinan bukannya tugas mudah. Cuma elok dan lebih fokus kalau sekiranya dapat diperincikan butirannya untuk menyokong dakwaan ini supaya lebih mudah tindakan pembetulan diambil.
Kami terima hakikat ada ketikanya kita tidak dapat menilai diri sendiri dan kalau ada sahabat yang boleh memberitahu kekurangan kita, tentunya kita sangat berterima kasih. Harapan kami ia bukanlah sekadar dakwaan rambang tanpa fakta dan perincian.
Yang ketiga, saya melihat ada kecenderungan sahabat-sahabat perantau untuk membuat kesimpulan mudah terhadap suasana politik dan gerak kerja yang sedang berlangsung. Tak bijak kalau sekiranya kita pulang jarang-jarang sekali, bertemu dengan seorang dua orang kampung dan mendapati mereka tidak tahu tentang sesuatu isu lantas terus kita membuat kesimpulan bahawa kerja-kerja penyebaran maklumat dan isu tidak dibuat oleh jentera parti.
Sebab itulah saya suka mengingatkan sahabat-sahabat perantau untuk kita tidak syok seorang diri, mencongak dari dalam bilik pejabat berhawa dingin tanpa kita terjun ke medan sebenar.
Dalam politik ada ketikanya 2 + 2 jawapannya bukan 4! Kami tidak menyatakan bahawa gerak kerja yang telah kami lakukan adalah terbaik dan kami tidak memerlukan apa-apa pandangan dan kritikan lagi, tetapi membuat kesimpulan terlalu mudah tanpa fakta adalah suatu kebodohan!
Dengan maaf…
Yang keempat, memerhatikan cadangan-cadangan dan saranan-saranan yang dikemukakan, kelihatan ianya masih lagi rentak dan irama sama yang diulang siar, ada juga yang mengambil tempo bercakap untuk mempromosi diri, dengan ucapan terima kasih kepada beberapa sahabat yang bercakap berpijak di bumi nyata, realistik mengfokuskan kepada peranan yang seharusnya dimainkan perantau.
Apakah ramai perantau sebenarnya tidak peka dengan perkembangan negeri sendiri lantaran saya menilai dengan maaf,majoriti mereka bercakap dalam konteks ‘out of date’. Bersemangat memberikan idea dalam perkara yang sebenarnya sudah sedia difahami hatta oleh ahli kita di peringkat cawangan, memberikan cadangan-cadangan gerak kerja yang telah lama kami buat, dengan lain perkataan… ‘nothing new..’ Nasihat saya, pulanglah lebih kerap wahai sahabatku.
Point-point akhir mungkin berupa komentar yang agak keras dari saya, tapi kita semua inginkan kebaikan supaya peranan Perantau terus relevan dan dihormati.

Sumber HD - 5-3-2013
Sejak beberapa minggu lepas, media perdana Umno/BN telah menumpukan sepenuh serangan terhadap kerajaan-kerajaan dibawah pentadbiran negeri Pakatan Rakyat terutamanya di Kelantan dan Kedah.
Pelbagai tuduhan tentang kelemahan pengurusan balak yang dikatakan berlaku telah didedahkan melalui media arus perdana hampir setiap hari.
Pada minggu lepas juga saya telah menerima 2 dokumen mengenai urusan pembalakan Skim Kilang Papan (SKP) yang di kendalikan oleh kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said. Dua dokumen tersebut adalah;
1) Salinan surat kelulusan membalak SKP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu kepada syarikat- syarikat membalak.
2) Salinan Penama dan syarikat yang terbabit di dalam urusniaga pembelian saham (Share Sale Agreement) yang dikendalikan melalui sebuah syarikat guaman yang beralamat di Shah Alam, Selangor.
Menurut dokumen tersebut, pada pertengahan 2012, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan surat kelulusan membalak kepada 12 syarikat pembalakan di negeri Terengganu. Keputusan itu diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan negeri Terengganu.
Syarikat-syarikat tersebut telah ditawarkan perjanjian SKP untuk tempuh 5 tahun dan kawasan pembalakan seluas 405 hektar (1,000 ekar) setiap syarikat dengan pembayaran premium pembalakan RM3,700 sehektar kepada kerajaan Terengganu yang mana jumlah sebenarnya adalah mengikut sukatan sebenar di atas tanah.
Selain, membayar secara rasmi premium kepada kerajaan negeri Terengganu, syarikat-syarikat pembalak tersebut juga dikehendaki membayar sejumlah RM2.5 juta setiap syarikat melalui pembelian saham dengan menggunakan khidmat sebuah syarikat guaman yang tidak ada sebarang kaitan dengan kerajaan Terengganu.
Setelah meneliti kedua-dua dokumen, modus operandi bagaimana pengurusan balak SKP di Terengganu di jalankan adalah seperti berikut;
Syarikat-syarikat yang ditawarkan kawasan pembalakan dikehendaki memeterai satu perjanjian pembelian saham (Share Sale Agreement) dengan seorang penama/proksi untuk membeli saham sebuah syarikat yan telah disediakan.
Syarikat yang dipunyai penama/proksi yang dijual ini selalunya hanyalah berharga RM2 sahaja.
Syarikat ini dijual pada harga yang cukup tinggi dan tidak berpadanan dengan aset dan kedudukan syarikat tersebut yang tidak mempunyai sebarang aktiviti perniagaan.
Secara kebetulan, syarikat-syarikat yang terpaksa membeli saham syarikat dormant pada harga yang tinggi ini dianugerahkan hak membalak di kawasan-kawasan yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.
Wang dari jualan tersebut disyaki disalurkan kembali kepada orang-orang tertentu yang mempunyai pengaruh untuk menentukan hak membalak.
Namun kini timbul tanda-tanya banyak pihak apabila syarikat-syarikat terbabit di dalam urusniaga pembelian saham (Share Sale Agreement) seperti mana di atas bukan sahaja dikehendaki membayar ‘premium resmi kerajaan Terengganu’, tetapi mereka juga terpaksa membayar RM2.5 juta untuk membeli syarikat dormant, yang sebahagiannya hanya mempunyai saham berbayar RM2 sahaja.
Persoalannya, apakah pembayaran RM2.5 juta setiap syarikat ini juga mempunyai kaitan dengan ‘premium pembalakan’ kepada kerajaan negeri Terengganu?
Atau apakah ini merupakan ‘premium pembalakan kedua’ yang terpaksa dibayar oleh syarikat-syarikat pembalakan kepada individu-individu tertentu bagi mendapat kelulusan kawasan pembalakan SKP ini?
Bayangkanlah, apabila sejumlah RM2.5 juta wang ‘under-table’ di kutip dari setiap syarikat oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini.
Dalam skim SPK ini sahaja, hasil khazanah kekayaan negeri Terengganu sejumlah RM30 juta boleh ‘hilang’ begitu sahaja di tangan mereka-mereka yang rasuah dan tidak beramanah.
Kenapakah ini boleh berlaku dalam pentadbiran Menteri Besar Terengganu yang berslogankan ‘Merakyatkan Pentadbiran’?
Inilah nasib malang negeri Terengganu ‘Darul Iman’ ini. Negerinya amat kaya dan makmur. Akibat salah-urus dan penyelewengan ini, rakyatnya terpaksa menanggung segala bebanan.
Rata-rata rakyat bawahan terpaksa hidup ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dan masih terus terperangkap dalam kemelut kemiskinan yang amat menyanyatkan hati.
Namun inilah realiti negeri Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar Dato Seri Ahmad Said.
Walaupun telah berbelanja lebih RM 10 bilion sepanjang 4 tahun pentadbirannya, hampir setiap bulan akan ada sahaja isu-isu yang mengejutkan banyak pihak; dari kerugian ratusan juta stadiumnya runtuh, kepada kegagalan ratusan juta ‘Taman Ilmu’ di Besut sehingga membawa kepada persoalan tidak beramanah dalam memguruskan hasil dan khazanah negeri.
Ya, siapakah yang akan menjadi pembela kepada rakyat Terengganu yang amat mengharapkan pembelaan dan keadilan ini? Mungkinkah ‘kuasa rakyat’ akan menjadi penentu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang ini?
--------------------------
Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS Pusat. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: syedazman.
Skandal pembalakan di Terengganu
Dr.Syed Azman Syed Ahmad, | 05 Mac 2013 |

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, berkata Pasar Besar Kedai Payang merupakan Seni Warisan Sejarah Negeri Terengganu yang perlu dipertahankan oleh rakyat.
Beliau turut memberi jaminan awal kepada rakyat jika kerajaan Pakatan Rakyat dan PAS diberi mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, cadangan meroboh pasar tersebut akan dibatalkan.
“Kita bukan menentang pembangunan dan kemajuan yang hendak dibawa tetapi tidak bersetuju warisan seni kita (Terengganu) dihapuskan, hilang identitinegeri Terengganu Darul Iman.
“Saya beri jaminan kepada tuan-tuan jika PAS dan kerajaan Pakatan Rakyat diberi semula mandat memerintah pada PRU13 ini, kita akan batalkan perjanjian dan cadangan roboh pasar dan buat hotel,” tegasnya yang juga Penolng Setiausaha Agung PAS.
Menurutnya, jika seni warisan itu mahu dipertahankan maka kerajaan Umno BN wajib dijatuhkan pada pilihan raya akan datang.
Sejumlah 39 buah badan bukan kerajaan (NGO) bersama hampir 1,000 peniaga di Pasar Besar Kedai Payang berhimpun di pekarangan Bazar Warisan Pasar Payang, di sini bagi membantah cadangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu merobohkan pasar tersebut.
PR batal roboh Pasar Payang jika diberi mandat
Khairul Azlam Mohamad, | 09 Mac 2013 |

Sumber HD - 9-3-2013
35 ahli PAS Jabi sertai Umno hanya 'Umno masuk Umno'
Harakahdaily, | 10 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Setiu menganggap laporan kemasukan ahli PAS ke dalam Umno adalah drama sinetron biasa disiarkan setiap kali menjelang pilihan raya umum (PRU).
Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim (gambar) yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.
“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan.
Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.
Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.
“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.
“Hairan bukan?” ujarnya.
Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.
Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.
“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.
“Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'.
Demikian ditegaskan Naib Yang Dipertuanya, Dr Azman Ibrahim (gambar) yang merujuk laporan akhbar hari ini kononnya 35 ahli PAS dari Cawangan Tok Dor dalam Dun Jabi diketuai seorang bernama Ali Bakar menyertai Umno.
“Plot ceritanya sudah basi, dan skripnya sudah hilang daya tarikan.
Kesian kepada yang ditipu dan tertipu,” ujarnya yang juga Pengarah MTD Jabli kepada Harakahdaily.
Justeru, beliau hanya memohon mereka mengemukakan dua perkara mudah sahaja sebelum mengulas lebih lanjut.
Yang pertama, katanya mereka perlu menyatakan nombor keahlian PAS, parti sesat yang didakwa oleh Ali Bakar yang telah disertainya selama 20 tahun.
“Yang kedua, beliau ahli PAS cawangan mana lantaran agak pelik masakan di sebuah kampung seperti Tok Dor yang dikategorikan bersaiz kecil, jawatankuasa PAS Cawangan Tok Dor tak mengenali beliau malah tak pernah bersua sebelum ini.
“Hairan bukan?” ujarnya.
Jelasnya, 35 ahli PAS cawangan Tok Dor menyertai Umno bermakna akan terbubarlah cawangan tersebut sedangkan pada malam sebelumnya, beliau menghadiri satu program di UPU Tok Dor yang disifatkan berjaya.
Tambahnya, tiada angin dan ribut pun tentang kemasukan ahli PAS ke dalam Umno.
“Ramlan dan mereka yang menjadi dalang di belakang kerja bodoh ini, sila kemukakan dahulu dua perkara yang diminta tadi.
“Kegagalan bermakna kamu adalah penipu dan pemutar belit fakta yang tak boleh dipercayai,” katanya.
Sehubungan itu, tambah beliau ini bermakna lebih tepat dinamakan majlis itu sebagai 'Majlis Ahli Umno Masuk Umno'.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-3-2013
(Antara dua darjat di Terengganu)
KUALA TERENGGANU: Antara dua darjat atau antara parti kerajaan dan parti pembangkang.
Inilah nasibnya apabila keadilan bertombok dan sayang tidak merata.
Di Kemaman, Majlis Perbandaran Kemaman membuang semua bendera yang di psang oleh petugas PAS di atas satu jambatan.
Namun di Kuala Terengganu, bendera dacing BN sudah berminggu-minggu di pasang di situ tetapi tidak diendahkan.
Yang membezakan kedua-duanya adalah satu di bawah Majlis Bnadaraya Kuala Terengganu dan satu lagi di bawah Majlis Perbandaran Kemaman tetapi kedua-duanya bermenteri besarkan seorang sahaja iaitu Datuk Seri Ahmad Said.
Mungkin kerana Ahmad Said bertanding di Kijal, Kemaman maka perkara ini dilakukan, ia tidak dapat dipastikan.
Antara dua darjat
Harakahdaily, | 11 Mac 2013 |

Sumber HD - 11-3-2013
Rasuah balak T'ganu: Pakatan dedah cek, resit bayaran
Hazayani Zakaria, | 12 Mac 2013 |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat hari ini menampilkan bukti berhubung dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam pengurusan balak di Terengganu di bawah pentadbiran Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan bukti berupa cek dan resit bayaran daripada syarikat yang terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.
Akhir Februari lalu Rafizi dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendedahkan skandal melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.
"Sebelum ini saya dan Dr Syed Azman mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.
"Hari ini saya tunjukkan cek dan resit bayaran yang dibuat kepada penama yang merupakan syarikat yang terlibat dalam urusniaga pembelian saham," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.
Menurut Rafizi juga, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telah menjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau turut menunjukkan dokumen rasmi SPRM yang mengesahkan kes tersebut telah disiasat oleh badan itu.
"Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu," katanya.
Tambah beliau juga, Ahmad sendiri sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan itu.
"Saya tidak mendapat apa-apa maklum balas pun daripada Datuk Ahmad Said sendiri mengenai skandal balak ini yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dan banyak keputusannya ditentukan beliau sendiri," katanya lagi.
Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 405 hektar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian dimeterai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.
Wang jualan itu disyaki disalurkan kembali kepada individu tertentu yang berpengaruh menentukan hak membalak kepada syarikat terbabit.
Sidang Media Rafizi Ramli : http://www.youtube.com/watch?v=O8Oyar0RvBk
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menunjukkan bukti berupa cek dan resit bayaran daripada syarikat yang terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili kepentingan politik Umno di Terengganu.
Akhir Februari lalu Rafizi dan Adun Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendedahkan skandal melibatkan satu modus operandi menggunakan sebuah syarikat yang diberi kelulusan membalak oleh kerajaan negeri.
"Sebelum ini saya dan Dr Syed Azman mendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.
"Hari ini saya tunjukkan cek dan resit bayaran yang dibuat kepada penama yang merupakan syarikat yang terlibat dalam urusniaga pembelian saham," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, dekat sini hari ini.
Menurut Rafizi juga, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telah menjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau turut menunjukkan dokumen rasmi SPRM yang mengesahkan kes tersebut telah disiasat oleh badan itu.
"Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaan walaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yang ditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengan tender mengeluarkan hasil balak di Terengganu," katanya.
Tambah beliau juga, Ahmad sendiri sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan itu.
"Saya tidak mendapat apa-apa maklum balas pun daripada Datuk Ahmad Said sendiri mengenai skandal balak ini yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dan banyak keputusannya ditentukan beliau sendiri," katanya lagi.
Difahamkan projek membalak tersebut diluluskan Mesyuarat Lembaga Mengambil Hasil Hutan Negeri pada 17 Julai 2012 yang dipercayai dipengerusikan Ahmad, melibatkan kawasan seluas 405 hektar di Hutan Simpan Hulu Setiu.
Namun pada 28 Disember 2011 iaitu enam bulan sebelum kelulusan membalak dikeluarkan, satu perjanjian dimeterai supaya syarikat terbabit membayar RM2.5 juta untuk membeli sebuah syarikat proksi yang hanya mempunyai saham berbayar RM2.
Wang jualan itu disyaki disalurkan kembali kepada individu tertentu yang berpengaruh menentukan hak membalak kepada syarikat terbabit.
Sidang Media Rafizi Ramli : http://www.youtube.com/watch?v=O8Oyar0RvBk
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-3-2013
Kerajaan akan tumbang bila tiba ajalnya
Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |
KUALA TERENGGANU: Sesebuah kerajaan itu pasti berakhir apabila sampai masanya sebaliknya akidah Islam akan terus berkembang, kata Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.
"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.
"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.
Menurut beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat.
Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13.
"Sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,
Mereka bagi duit, duit akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan, mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya.
Berucap di Majlis Makan Malam Dana PRU-13 Parlimen Kuala Nerus kelmarin, beliau berkata, PAS yakin Islam yang diperjuangkan parti itu akan kekal.
"Setiap kerajaan itu ada tempoh masanya, ada ajalnya, sampai umur akan mati, walau pun dijaga dengan rapi, kerajaan ini sampai masanya akan jatuh, walau pun mereka mempertahankan dengan habis-habisan, habis tenaga, habis kekuatan, habis kewangan, apabila sampai masanya dia akan tumbang.
"Kita (PAS) yakin akan diberi kemenangan sebagaimana yang dijanjikan Allah dan Nabi (Muhammad SAW) telah mengingatkan kepada kita, Islam akan berkembang dimana sahaja adanya matahari dan bulan," katanya.
Menurut beliau, PAS tidak memberikan wang ringgit kepada rakyat agar mereka mengundi PAS seperti yang dilakukan oleh Umno BN sebaliknya PAS memberikan keyakinan serta menanmkan akidah ke dalam hati rakyat.
Oleh itu, katanya, PAS tidak gentar dengan persiapan yang dilakukan oleh musuh dalam menghadapi PRU 13.
"Sebab itu kita tidak gentar dan takut dengan persiapan oleh lawan kita, setiap kali kita menghadapi pilihanraya bukan dengan kewangan yang cukup, tetapi kita berbeza dengan mereka,
Mereka bagi duit, duit akan habis, kita tak bagi duit (tapi) kita bagi idea, bagi pandangan, mantap akidah (dan) keyakinan (kerana) sebanyak mana kita beri pun (modal) kita tak habis, tidak akan habis apa yang kita sampaikan,"ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-3-2013
Mohd Fauzi menunjukkan poster penyerahan memo pada 20 Mac ini di Wisma Darul Iman.
KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu sebenarnya telah dibohongi oleh pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sebanyak tiga kali, dalam isu mahu mengembalikan semula hak royalti yang dinafikan sejak tahun 2000.
Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata mengikut perkiraan pihaknya sudah tiga kali rakyat negeri ini ditipu dengan janji-janji mahu mengembalikan hak royalti tersebut.
Namun begitu, katanya janji tersebut belum ‘ditepati’ pemimpin Umno BN yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
“Janji hanyalah tinggal janji. Janji yang tidak ditepati untuk mengembalikan semula hak royalti kepada negeri Terengganu,” ujarnya pada satu sidang media di kediaman Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail, dekat sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua.
Penipuan pertama, kata Mohd Fauzi pada 14 Jun 2008 oleh Abdullah, diikuti pada 13 Disember 2008 oleh Najib sendiri ketika pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dan penipuan ketiga pada 11 Mac 20011 oleh Ahmad.
Menurutnya, lebih malang lagi apabila Terengganu menarik balik kes saman kerajaan negeri terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012 yang lalu.
Sehubungan itu, kata Mohamad Fauzi, satu memorandum bersama tandatangan rakyat Terengganu akan diserahkan kepada MB Terengganu berkait dengan penarikan balik saman royalti oleh kerajaan negeri.
Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Terengganu yang prihatin dan bermaruah agar bersama-sama dengan kumpulan NGO berkenaan pada 20 Mac di Wisma Darul Iman.
“Kami akan hantar memorandum bersama tandatangan rakyat Terengganu, yang akan diketuai oleh YM Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim di Wisma Darul Iman pada jam 9.30 pagi, insya Allah,” tegasnya.
Tengku Ibrahim menyediakan makanan minum petang kepada wakil media.
KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail mengajak seluruh rakyat Terengganu agar turun pada Perhimpunan Jom Bersama Tuntut Royalti Kita, Pulangkan Royalti pada 20 Mac ini di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Katanya, pada perhimpunan tersebut satu memorandum bersama dengan tandatangan rakyat Terengganu akan diserahkan kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Menurutnya, memorandum tersebut bagi menuntut penjelasan ke atas penarikan balik saman royalti terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan yang genap setahun.
Malah, beliau turut menyifatkan tindakan MB Terengganu itu merupakan satu kesilapan besar yang dibuat tanpa perbincangan dengan Exco Kerajaan Negeri sendiri.
“Saya percaya Menteri Besar telah membuat satu kesilapan yang besar iaitu menarik balik saman royalti minyak ini,” jelas beliau pada satu sidang media di kediamannya, Batu Burok, dekat sini, hari ini.
Menurutnya, isu penafian hak royalti petroleum dan gas Terengganu itu berlaku sejak tahun 2000 lagi ketika negeri di bawah pemerintahan kerajaan PAS.
Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanggol menyifatkan royalti sebagai isu besar rakyat Terengganu yang belum selesai.
“Sekarang kes (saman) ini telah ditarik balik tetapi penyelesaiannya tidak ada apa-apa secara hitam-putih antara Ahmad Said (MB Terengganu) dengan pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan.
“Apakah terma-terma yang dipersetujui secara bersama hingga saman itu ditarik balik oleh kerajaan negeri sedangkan, hutang (kerajaan pusat kepada negeri) masih banyak hingga mencecah berbilion atau ribu juta,” dakwanya.
Royalti: 3 kali Umno BN bohongi rakyat T’ganu
Khairul Azlam Mohamad, | 18 Mac 2013 |

Sumber HD - 18-3-2013
Mampat ajak rakyat Terengganu tuntut royalti

Bertindak terhadap imam, dangkalnya MB T'ganu
Harakahdaily, | 18 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyifatkan gesaan Menteri Besar Terengganu agar Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengambil tindakan terhadap imam yang menjadi penceramah kepada parti pembangkang sebagai tidak wajar.
Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu hanya menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Ahmad Said yang memisahkan antara agama dan politik.
"Kalaulah ini menjadi matlamatnya, maka jelas bahawa kurangnya kefahaman yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin negeri.
"Alangkah baiknya jikalau seorang yang bergelar Menteri Besar menyatakan tindakan akan diambil terhadap imam jika ucapannya menyalahi hukum syarak dan tidak membetuli hukum hakam Islam," katanya kepada Harakahdaily.
Ahmad Said hari ini dilaporkan mengarahkan Maidam mengambil tindakan terhadap imam yang berceramah mewakili pembangkang.
Katanya, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan, dibayar gaji oleh kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Mengulas lanjut Khairuddin berkata, apa yang peliknya, setiap kali imam-imam dihimpunkan oleh kerajaan, tanpa segan silu boleh pula Umno BN menyuapkan dakyah kepartian kepada imam-imam tersebut.
"Jangan jadikan imam dan pendakwah yang bersifat “Amfusana Amfusuni” sehingga hilangnya “Haibah” seorang ulama," katanya.
Menurut beliau lagi, sejarah Islam pernah menukilkan bagaimana al-Hasan al-Basri seorang penasihat yang berani menyatakan kebenaran berdepan pemimpin yang zalim.
Sejarah Terengganu pula menunjukkan keberanian Tok Ku Paloh berdepan dengan penjajah Inggeris, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi.
Perjuangan Islam katanya ibarat air bah yang besar, jika disekat dengan benteng yang kukuh sekalipun, sudah pasti ia merempuhnya dan memecahkan benteng tersebut bagi meneruskan perjalanan aliran air itu mengikut ketentuan Illahi.
"Sepatutnya pemimpin perlu menegakkan kebenaran bukan hanya mengisi tembolok dan perut mereka untuk menyelamatkan kerusi yang mereka pegang semata-mata sehingga sanggup mengadaikan agama.
"Sementelahan lagi dengan hampirnya PRU13, jelas nampak betapa gelabahnya pemimpin Umno untuk mempertahankan saki baki kuasa yang akan hilang," tegasnya.
Setiausahanya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan itu hanya menunjukkan kedangkalan pemikiran pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Ahmad Said yang memisahkan antara agama dan politik.
"Kalaulah ini menjadi matlamatnya, maka jelas bahawa kurangnya kefahaman yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin negeri.
"Alangkah baiknya jikalau seorang yang bergelar Menteri Besar menyatakan tindakan akan diambil terhadap imam jika ucapannya menyalahi hukum syarak dan tidak membetuli hukum hakam Islam," katanya kepada Harakahdaily.
Ahmad Said hari ini dilaporkan mengarahkan Maidam mengambil tindakan terhadap imam yang berceramah mewakili pembangkang.
Katanya, perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan, dibayar gaji oleh kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri.
Mengulas lanjut Khairuddin berkata, apa yang peliknya, setiap kali imam-imam dihimpunkan oleh kerajaan, tanpa segan silu boleh pula Umno BN menyuapkan dakyah kepartian kepada imam-imam tersebut.
"Jangan jadikan imam dan pendakwah yang bersifat “Amfusana Amfusuni” sehingga hilangnya “Haibah” seorang ulama," katanya.
Menurut beliau lagi, sejarah Islam pernah menukilkan bagaimana al-Hasan al-Basri seorang penasihat yang berani menyatakan kebenaran berdepan pemimpin yang zalim.
Sejarah Terengganu pula menunjukkan keberanian Tok Ku Paloh berdepan dengan penjajah Inggeris, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Limbong dan ramai lagi.
Perjuangan Islam katanya ibarat air bah yang besar, jika disekat dengan benteng yang kukuh sekalipun, sudah pasti ia merempuhnya dan memecahkan benteng tersebut bagi meneruskan perjalanan aliran air itu mengikut ketentuan Illahi.
"Sepatutnya pemimpin perlu menegakkan kebenaran bukan hanya mengisi tembolok dan perut mereka untuk menyelamatkan kerusi yang mereka pegang semata-mata sehingga sanggup mengadaikan agama.
"Sementelahan lagi dengan hampirnya PRU13, jelas nampak betapa gelabahnya pemimpin Umno untuk mempertahankan saki baki kuasa yang akan hilang," tegasnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-3-2013
Raja Bahrin berucap pada satu majlis bersama muslimat di Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU: Arkitek terkenal dari Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mencabar kerajaan agar mendakwa beliau ekoran keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.
"Sekarang ini tersebar dalam internet bahawa saya terlibat dalam merekabentuk stadium yang runtuh ini.
"Saya mengaku memang saya terlibat dalam merekabentuk stadium ini. Tetapi suka saya sebut bahawa kami telibat dalam mereka bentuk stadium ini tetapi hingga konkrit saja.
"Untuk bumbung, design dan build, ia dibuat terus oleh syarikat dari Korea," kata Raja Bahrin.
Beliau memberi jaminan akan mendedahkan sepenuhnya projek ini dalam mahkamah (jika didakwa) kerana di luar sebagai pihak yang terikat dengan kontrak, beliau tidak boleh mendedahkan segala dokumen yang terlibat.
"Saya telah beberapa kali menghantar surat meminta pihak kerajaan memberitahu siapakah orang yang terlibat membuat rekabentuk bumbung yang memang dibawa dari Korea ini sampai sekarang,” ujarnya.
Raja Bahrin kesal dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mempersalahkan semua pihak yang terlibat dalam keruntuhan bumbung stadium ini.
(Raja Bahrin menunjukkan surat-surat yang beliau terima yang menyatakan beliau tidak bersalah ekoran runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan, Gong Badak)
"Yang runtuh bumbung, bukan bangunannya. Jadi tidak boleh pakai borong," katanya.
Beliau memberikan contoh sebuah kapal berlanggar di tengah lautan tidaklah boleh dipersalahkan semua pihak yang ada dalam kapal itu.
"Yang salahnya kapten kapal bukan tukang masak yang juga berada dalam kapal itu," katanya.
Raja Bahrin menjelaskan perkara ini dalam satu majlis dengan Muslimat PAS Bukit Besar, Kuala Terengganu menjelang pilihan raya umum ke 13 ini apabila ditanya oleh seorang yang hadir di majlis itu.
Raja Bahrin disebut-sebut bakal menjadi calon PAS untuk Parlimen Kuala Terengganu. Turut serta di majlis itu adalah isteri beliau Toh Puan Noryn Aziz.
Selepas majlis itu, beliau menunjukkan surat-surat yang beliau terima dari Persatuan Arkitek Malaysia dan beberapa pihak lagi yang membebaskan beliau dari kesalahan akibat keruntuhan bumbung stadium itu.
Surat-surat itu dikeluarkan oleh Pertubuhan Arikitek Malaysia (PAM) yang diterima pada 1 Ogos 2010, Lembaga Arkitek Malaysia yang diterima pada 11 November 2010 dan Warta LAM yang disiarkan pada Disember 2010.
Ketiga-tiga dokumen ini menyatakan Raja Bahrin selaku arkitek yang merekabentuk stadium ini tidak bersalah.
Sejak mula
Menurut Raja Bahrin, pihaknya selaku arkitek yang merekabentuk stadium itu telah dapat mengesan masalah pada bumbungnya sejak ia mula siap dibina lagi.
"Kami nampak bumbungnya lenduk (melengkung ke bawah) dan senget sejak ia siap dipasang lagi. Kami telah membuat laporan kepada pihak berkenaan tetapi ia tidak diambil tindakan," katanya.
Ketika itu, katanya, alasan yang diberikan ialah untuk membolehkan ia digunakan untuk Sukma.
(Bumbung stadium yang runtuh bukan bangunannya)
Selepas runtuhan berlaku, pihaknya juga meminta pihak berkenaan menyatakan siapakah orang yang bertanggungjawab merekabentuk bumbung itu.
"Mereka hanya kata orang Korea. Sampai sekarangpun namanya tidak diberikan," kata Raja Bahrin.
Katanya, runtuhan kedua yang berlaku baru-baru ini akibat dari pekerja tempatan tidak memahami sistem yang digunakan oleh syarikat dari Korea itu.
"Sepatutnya syarikat dari Korea itulah yang membuka balik bumbung itu kerana mereka yang memahami sistem pemasangannya.
"Ini tidak, selepas mendapat 3 - 4 juta ringgit, mereka senyap berada di Korea," katanya yang memaklumkan syarikat yang dipilih oleh kerajaan negeri untuk membuat bumbung itu syarikat kecil sahaja.
Beliau mengakui, ketika perancangan pembinaannya, Exco kerjaraya Terengganu pada masa itu berulang alik ke Korea bersama dengan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri yang berkaitan.
"Inilah bahagian yang perlukan penyiasatan mendalam," katanya.
Raja Bahrin juga mempertikaikan kontrak merekabentuk dan memasang bumbung tidak dibuat secara langsung antara kerajaan negeri sebagai pemilik dengan syarikat Korea berkenaan.
Ia dibuat antara kontraktor induk yang dikatakan kroni Umno dengan syarikat Korea itu.
"Macam kita buat rumah. Kontraktor induk buat rumah tetapi untuk penghawa dingin (aircond) garentinya diberikan oleh pembuat aircond itu bukan kontraktor rumah. Kalau rosak aircond, pembuat aircond yang salah bukan kontraktor rumah itu," katanya.
Menurut Raja Bahrain lagi, ketika timbul masalah ini, beliau meminta kerajaan negeri menyelesaikannya dengan syarikat Korea itu.
"Apabila timbul masalah, saya dah kata saman syarikat Korea itu tetapi tidak. Yang dipersalahkan adalah seorang jurutera tempatan yang nenandatangani kontraknya.
"Bagi saya dia hanya kambing hitam sahaja bukan pihak yang bersalah sebenarnya," beritahu Raja Bahrin.
Stadium runtuh: Kerajaan dicabar dakwa Raja Bahrin
Zulkifli Sulong, | 18 Mac 2013 |

MB Terengganu takut kepada imam-imam masjid?
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, | 19 Mac 2013 |
Sikap ‘gelabah’ dan ‘ketakutan’ Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said terserlah sekali lagi apabila beliau bertindak mengecam imam-iman masjid yang dikatakan menyokong Pakatan Rakyat. Ketika berucap di majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Kemaman, beliau berkata perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku kerana imam terbabit bertugas dengan kerajaan dan sepatutnya mengikut dasar kerajaan negeri. Beliau juga berkata, imam adalah orang yang sepatutnya menjadi contoh dan jika mereka terpengaruh dengan sikap pembangkang seperti PAS, ia akan menjurus kepada lebih banyak perpecahan kerana parti itulah menyebabkan umat Islam berpecah-belah ketika ini.
Sehubungan dengan itu, beliau juga telah mengarahkan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana imam di bawahnya yang dikenal pasti menyokong pembangkang. Beliau berkata; "Kita harap Maidam dapat ambil tindakan kepada imam yang terlibat…Imam yang bekerja dan mendapat gaji daripada kerajaan, dan pada masa yang sama menentang kerajaan dengan berceramah di pihak pembangkang, adalah satu perbuatan yang keterlaluan".
Amaran dan kecaman Menteri Besar Terengganu terhadap imam-imam yang tidak menyokong pimpinan beliau bukanlah suatu yang mengejutkan. Beliau juga kini dilihat terlalu gelabah dan amat bimbang dengan sikap ramai kalangan penjawat awam yang secara terbuka mengkritik kepimpinan beliau. Ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Pegawai Tadbir Negeri (TCS) pada tahun lepas, beliau berkata; “Penjawat awam dilantik oleh kerajaan yang memerintah pada hari ini. Mereka perlu menghormati dan melaksanakan amanah yang diberikan dengan tanggungjawab, bukan bertindak hentam kerajaan...dan wujudnya kerajaan hari ini adalah hasil kejayaan Umno/BN dan bukannya bergantung kepada mana-mana
pihak”.
Ya, memang menjadi etika setiap Penjawat Awam termasuk para Imam-imam dalam sistem demokrasi di mana-mana negara sekalipun agar mereka menjalankan tugas secara telus dan beramanah kepada ‘government of the day’ atau ‘kerajaan yang memerintah’. Akan tetapi, para-para Imam juga bertanggungjawab melaksanakan tuntutan ’amar makruf nahi mungkar’ dengan menolak kemungkaran, salah guna kuasa dan rasuah lebih-lebih lagi yang dilakukan oleh mereka-mereka yang diberikan amanah untuk memimpin.
Namun yang lebih penting, mana-mana kerajaan yang memerintah tidak boleh sekali-kali memaksa mana-mana Imam dan Penjawat awam untuk menyokong dan mengundi mereka dalam pilihanraya. Mereka mempunyai hak dan kebebasan untuk memilih mana-mana parti dan wakil rakyat yang
diyakini boleh memimpin menjadi kerajaan. Ini adalah hak ‘berpolitik’ mereka yang tidak boleh diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk Menteri Besar sendiri.
Cuma di negeri Terengganu ‘Darul Iman’ ini, timbul persoalan besar, apakah Imam-imam yang dilantik oleh kerajaan Umno/BN sahaja yang diminta untuk menjalankan tugas secara telus dan beramanah? Bagaimanakah pula dengan pemimpin-pemimpin Umno/BN yang telah diberikan amanah untuk memimpin kerajaan Terengganu dan dilantik oleh rakyat setiap empat atau lima tahun melalui peti undi dan pilihanraya? Apakah mereka juga tidak terlepas daripada menjalankan tugas dengan telus dan beramanah?
Di Terengganu, semua kalangan kini sedang menilai dengan teliti corak kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said serta kerajaan Umno/BN yang memerintah. Setiap Imam dan Penjawat Awam Terengganu mampu membuat pertimbangan dengan jelas prestasi dan legasi kepimpinan Menteri Besar Ahmad Said dan kerajaan Umno/BN yang memerintah sekarang.
Lihat sahajalah bagaimana kehidupan golongan rakyat bawahan yang rata-rata miskin dan hidup bergantung kepada ‘subsidi’. Sebaliknya hasil kekayaan Terengganu banyak mengalir kepada mereka yang berkepentingan dan pembaziran yang amat ketara. Sebagai contohnya, pembangunan ‘tempang’ yang hanya mementingkan ‘untung’ semata-mata telah mengakibatkan satu demi satu perkampungan tradisi masyarakat Melayu di bandar seperti di Tanjung, Paya Keladi, Ladang dan kini di Cabang Tiga hilang dalam sekelip mata. Rasuah dan salah-tadbir juga telah mengakibatkan Stadium Sultan Mizan yang bernilai hampir RM300 juta runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.
Begitu juga dengan perbelanjaan tahunan di bawah kepimpinan Menteri Besar Ahmad Said yang dilihat ‘berbelanja mewah’ dengan perbelanjaan tahunan memelihi RM2 bilion setiap tahun. Apakah bajet besar ini telah banyak memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata miskin dan masih mengharapkan bantuan kebajikan dann dana khas? Pada waktu yang sama mereka-mereka yang miskin ini juga terpaksa menanggung bebanan kos kehidupan harian yang amat memeritkan mereka dan keluarga.
Ya, setiap empat atau lima tahun ‘rakyat’ yang akan menjadi penentu. Pilihanraya dan demokrasi jugalah yang akan menentukan siapa dan parti manakah yang akan memegang tapuk pemerintahan negeri Terengganu ‘Darul Iman’ ini. Saya yakin setiap penjawat awam termasuk imam-imam yang
mempunyai sifat terpuji seperti amanah dan bertanggungjawab tidak akan menyokong dan memilih mereka yang korup, angkuh, bobrok, dan rakus dalam kepimpinan dan pentadbiran mereka.
Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung PAS merangkap Adun Batu Burok.

Sumber HD - 19-3-2013
MARANG: Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang telah melancarkan sebuah kenderaan khas pacuan empat roda jenis Toyota Landcruiser 4x4 yang akan digunakan sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pelancaran kenderaan tersebut dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah pada majlis Ceramah Penerangan Isu-isu Terkini di Markaz Pemuda Unit Peti Undi (UPU) Tebakang, Kampung Pak Madah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Alor Limbat, semalam. (Gambar atas)
Kenderaan khas berwarna hijau muda itu akan digunakan mulai sekarang hingga PRU13.
Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohammad Khalil Abdul Hadi berkata pelancaraan kenderaan khas itu merupakan inisiatif kalangan Pemuda PAS kawasan.
Ini, katanya membuktikan jentera Pemuda PAS Marang bersungguh-sungguh dalam gerak kerja bagi mempastikan keempat-empat Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Parlimen Marang kembali kepada PAS.
“Kami akan pastikan Parlimen Marang kekal di tangan PAS dan empat Dun iaitu Rhu Rendang, Pengkalan Berangan, Bukit Payong dan Alor Limbat ini boleh kita tawan, insya Allah,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Timbalan DHPP Terengganu, Jefri Chua.
PRU13: Pemuda Marang lancar kenderaan khas
Khairul Azlam Mohamad, | 19 Mac 2013 |

(Kampung Ladang Tok Pelam yang bakal lenyap)
KUALA TERENGGANU: Sebut saja apa kraftangan tradisi yang tidak dihasilkan di Kampung Ladang Tok Pelam, Kuala Terengganu.
Dari pertukangan keris, emas, tembaga, perak hinggalah songket boleh diperolehi di kampung tradisi yang terletak di bandaraya Kuala Terengganu ini.
Namun, kini tragedi besar sedang melanda kampung tradisi ini. Ia sedang dihancurkan oleh kerajaan negeri Terengganu kononnya demi pembangunan.
Terletak di pinggir pusat Bandaraya Warisan Pesisir air @ Kuala Terengganu.
Kampung yang dibina di tanah wakaf dan juga tanah persendirian menjadi rebutan di kalangan pelbagai pihak kerana kedudukannya yang strategik.
Sejak 80-an, kampung berkenaan dirancang untuk dibersihkan tetapi rancangan tersebut selalu gagal dan sehingga kini, rancangan untuk merobohkan kampung telah berjalan.
Itu sahajalah kampung Melayu yang kekal di bandaraya ini (bandaraya ke?). Terengganu telah menyaksikan beberapa kepupusan kampung tradisi seperti Kampung Keling dan Kampung Putera di kawasan Bazar Warisan yang tersergam indah tetapi tidak ada orang yang mahu ke sana.
Kampung terbabit dirobohkan kerana pembinaan tempat letak kenderaan. Bazar Warisan dibina menggantikan tempat letak kenderaan berkenaan.
Kampung Paya Bunga juga tiada kini kerana memberi laluan kepada pembinaan asas Bandaraya Warisan Pesisir Air ini.
Kehilangan mereka tidaklah dititikberatkan kerana sememangnya mereka berada di tapak asas bandaraya ini.
Namun, apabila cadangan perobohan Kampung Ladang Tok Pelam diutarakan, ini menimbulkan rasa tidak puas hati. Johor Bahru ada Majidee dan Kuala Lumpur ada Kampung Baru. Bolehkah Kuala Terengganu mengekalkan Kampung Ladang Tok Pelam?
Rumah tradisi mereka dirobohkan dan mereka dipindah ke rumah flat yang dinamakan Ladang Gemilang.
Namun, flat 18 tingkat ini nama saja gemilang. Tiada tempat buangan sampah, tiada surau dan tangganya yang amat sempit. Lif pula selalu saja rosak.
Pernah berlaku, apabila seorang penghuninya meninggal, mayatnya terpaksa didokong hingga ke bawah akibat lifnya rosak.
Ketika dijanjikan, penduduk di sini dijanjikan mereka akan menduduki flat ini dengan sewa beli sebanyak RM165 sebulan.
Namun selepas diduduki, mereka dikenakan sewa RM300 dan terbaru dinaikkan lagi ke RM350 sebulan. Soal sewa beli sudah hilang kerana yang tinggal sewa selepasa tiga tahun berlalu.
Terbaru mereka dijanjikan selepas September nanti ia akan diserahkan kepada penduduk dan menjadikan sewa mereka RM300 sebulan itu sebagai deposit. Namun ia hanya berlaku selepas pru-13.
Orang yang sedang memperjuangkan nasib mereka kini adalah arkitek terkenal, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Di mana-mana beliau berucap, Raja Bahrin akan menceritakan penderitaan dan kemusnahan warisan budaya di bandaraya Kuala Terengganu ini.
"Sepatutnya sebagai sebuah kerajaan, kita menggalakkan rakyat untuk berdikari dan membantu mereka untuk maju. Namun, sikap kerajaan yang ada tidak begitu, mereka mahu rakyat sentiasa bergantung kepada mereka," kata Raja Bahrin (gambar kanan) dalam satu pertemuan dengan penduduk Bukit Besar, 2 kilometer dari kampung Ladang Tok Pelam ini.
Bagi Raja Bahrin, cerita-cerita sedih yang berlaku kepada penduduk asal kampung ini amat menyayat hati.
"Bayangkan tuan-puan. Dulu mereka mengukir keris, tembaga dan perak. Sekarang di atas flat yang serba kekurangan ini, di mana mereka nak menempa barang-barang ini semua.
"Kat mana mereka nak letak peralatan membuat batek mereka. Kat mana mereka nak tempa dan bakar keris mereka. Semuanya tidak akan ada lagi.
"Akhirnya mereka terpaksa kerja di Mydin dan pasaraya yang lain. Dari hidup berdikari kini terpaksa makan gaji. Inilah yang dikehendaki kerajaan," cerita Raja Bahrin.
Raja Bahrin menegaskan beliau bukan anti pembangunan tetapi meminta kerajaan membuat pembangunan yang terancang.
"Di bandaraya kita ini banyak tanah kosong yang belum dibangunkan. Kenapa kita nak musnah kampung tradisi orang kita.
"Bagi saya ini bukan Ladang Gemilang tetapi Ladang yang malang," kata beliau kesal.
Raja Bahrin juga antara pihak yang sangat vokal menentang perobohan Pasar Payang Kuala Terengganu yang dicadangkan kerajaan BN.
Pasar itu hendak dirobohkan bagi membolehkan sebuah hotel lima bintang dan kondo mewah di bina di atas tapak itu.
Kononnya dibawahnya akan dibina pasar yang berhawa dingin.
"Kalau sudah pasar berhawa dingin, siapa yang akan berniaga di situ...pasaraya besarlah bukan lagi peniaga ikan, buah atau kuih muih Melayu lagi," katanya.
Bukan gemilang tetapi Ladang yang malang
Zulkifli Sulong, | 19 Mac 2013 |

(Antara rakyat Terengganu yang berarak ke pejabat Ahmad Said di Wisma Darul Iman hari ini - Gambar Yahya Ali)
KUALA TERENGGANU: Ribuan rakyat Terengganu hari ini turun bagi membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan negeri menarik balik saman terhadap Petronas berkaitan royalti minyak negeri itu.
Mereka berarak kira-kira setengah kilometer dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Terengganu hinggalah ke perkarangan Wisma Darul Iman.
Perarakan ini dibuat sempena genap setahun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad said menarik balik saman yang dikemukakan oleh kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap Petronas dan Kerajaan Pusat dahulu.
20 Mac 2012 lalu, Ahmad Said mengumumkan kerajaan negeri Terengganu menarik balik saman ke atas Petronas dan Kerajaan Pusat yang dikemukakan kerajaan negeri sebelum itu.
Kerajaan Pusat pimpinan Tun Dr Mahathir telah memansuhkan royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu.
Ia digantikan dengan wang ehsan dari kerajaan Pusat kepada Terengganu yang tidak lagi disalurkan kepada kerajaan negeri tetapi Umno atau pihak-pihak yang dikehendaki olehnya.
Ekoran itu, hari ini kumpulan yang menuntut royalti untuk Terengganu, 'R' mengadakan perhimpunan dan menyerahkan memorandum kepada Ahmad Said.
Perhimpunan ini dipimpin oleh Bapa Saudara kepada Sultan Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ismail.
Ribuan rakyat Terengganu bantah tarik balik saman Petronas
Harakahdaily, | 20 Mac 2013 |

Sumber HD - 20-3-2013
(Ribuan rakyat Terengganu yang turun menyerahkan memo kepada Ahmad Said)
KUALA TERENGGANU: Hari ini dalam sejarah, apabila keluarga sendiri turun padang memimpin ribuan rakyat untuk menyerahkan ‘Memorandum Rakyat’ kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said.
Himpunan aman dan serahan memorandum tersebut dipimpin oleh Penaung Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
(Tengku Paduka menyerahkan memo kepada wakil MB)
Kata Tengku Seri Paduka, kerajaan Terengganu yang diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan hak rakyat dan wajar disingkirkan pada pilihan raya akan datang.
Katanya, rakyat perlu tahu kenapa saman kerajaan terhadap pihak Petronas dan kerajaan Persekutuan ditarik-balik secara ‘senyap’ tanpa perbincangan dan persetujuan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu.
“Royalti ini hak kita, hak rakyat dan hak negeri Terengganu yang ‘dirampas’ semasa kerajaan PAS memerintah Terengganu, dan kerajaan PAS saman pihak Petronas dan kerajaan pusat.
“Hari ini, tiba-tiba kerajaan ‘Mat’ (Ahmad) Said tarik balik secara senyap-senyap, dia buat keputusan sendiri dan ini satu kesilapan besar yang dia (MB) buat…kita (rakyat) kena tukar (kerajaan) pada pilihan raya (PRU13) tidak lama lagi,” tegasnya kepada Harakahdaily.
Tengku Seri Paduka diiringi oleh Pengerusi Sekretariat Royalti Terengganu, Mohamad Fauzi Abu Samah, Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Presiden Gabungan Anak Terengganu (Gate), Ahmad Amzad Hashim, Pengerusi dan Timbalan DHPP Terengganu, Dr Bala Chandran dan Encik Jefri Chua.
Memorandum berkenaan mewakili 45 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di negeri ini yang diselaraskan oleh Sekretariat Royalti Terengganu atau ‘R’ turut membuat desakan terhadap empat perkara kepada kerajaan negeri Terengganu.
(Doa dibaca untuk mengadu kepada Allah tentang kezaliman yang dibuat)
Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah menegaskan Sekretariat ‘R’ mendesak empat perkara bagi memastikan kerajaan negeri Terengganu kekal mendapat hak royalti serta memelihara maruah dan kedaulatan negeri Terengganu Darul Iman.
“Pertama, kerajaan negeri Terengganu perlu memfailkan kembali saman untuk menuntut royalti Petroleum dan ‘R’ komitmen akan bersama dengan Menteri Besar (Ahmad Said) dalam memperjuangkan hak royalti tanpa berbelah bagi.
“Kedua, tidak menerima sebarang istilah lain yang menggantikan ‘royalti’ kerana lain-lain istilah akan membawa maksud yang tidak tepat serta merendahkan hak, maruah dan kedaulatan rakyat negeri Terengganu sebagaimana termaktub dalam perjanjian Petroleum 1974, dan kegagalan menyerahkan royalti kepada rakyat dan negeri Terengganu adalah satu ‘pencabulan’ semangat federalisma.
“Ketiga, menuntut Royalti Petroleum dinaikkan kepada 20 peratus sebagaimana kerajaan Aceh menerima royalty dari Indonesia sebanyak antara 30 hingga 70 peratus.
“Dan keempat, mendesak Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu menarik balik secara keseluruhan (en-bloc retraction) pada ‘Usul Menghentikan Royalti Petroleum’ kepada kerajaan Terengganu dalam ucapan perbahasan Perhimpunan Agung Umno tahun 2000, yang menjurus kepada penamatan bayaran Royalti Petroleum kepada kerajaan Terengganu pada tahun yang sama dan digantikan dengan Program Pembiayaan Wang Ehsan pada 27 Oktober 2000,” jelasnya pada satu sidang media di tempat parkir Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, dekat sini.
Menurut beliau, pihak Sekretariat Royalti Terenggnau turut melahirkan rasa dukacitanya di atas penarikan balik saman kerajaan negeri Terengganu terhadap Petronas dan kerajaan Persekutuan pada 21 Mac 2012, sedangkan tuntutan hak royalti belum selesai.
(Muslimat turut turun untuk menyokong penyerahan memorandum)
Katanya, MB Terengganu dibawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Said juga mungkir janji serta mengkhianati harapan rakyat bagi memastikan royalti Petroleum itu dipulangkan sebagaimana dijanjikan pada 11 Mac 2011, lalu.
Malah, kata beliau yang lebih mengejutkan banyak pihak bagaimana saman royalti yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ditarik balik tanpa persetujuan Dun Terengganu.
Penyerahan Memorandum Rakyat itu hanya diterima oleh Setiausaha Politik MB Terengganu iaitu Dato’ Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid di pintu masuk Wisma Darul Iman pada jam 10.30 pagi.
Sebelum itu, orang ramai mula berkumpul seawal jam 9.00 pagi di tempat parkir kenderaan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan berarak sejauh 500 meter ke Wisma Darul Iman.
Kesempatan itu, diambil oleh beberapa orang pimpinan NGO turut berucap dihadapan hampir 5,000 hadirin bagi menyatakan bantahan masing-masing terhadap kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung isu royalti tersebut.
Hadir sama pada perhimpunan tersebut pimpinan PAS Terengganu, Parti KeADILan Rakyat (PKR) Terengganu dan DAP Terengganu.
Keluarga Diraja pimpin rakyat serah memorandum
Khairul Azlam Mohamad, | 20 Mac 2013 |

Wacana Intelektual dan Profesional malam ini
Harakahdaily, | 23 Mac 2013 |
KUALA TERENGGANU: Setiausaha Pertubuhan Kemajuan Rakyat Terengganu Darul Iman (Pekerti), Zulhilmi Abdul Rahman memaklumkan tempat cadangan awal wacana Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan seperti yang diiklan di Surau al Iman, Losong Panglima Perang di sini telah bertukar di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan tetapi masa dan ahli panel adalah kekal.
Program ini dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam ini di Masjid Titian Baru, Bukit Payong.
Moderator wacana adalah Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan barisan ahli panel terdiri daripada Zaharuddin Mohamad (pakar ekonomi Islam), Abd Rahman Taib (mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Raja Datuk Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad (gambar).
“Pekerti memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan pertukaran tempat ini dan berharap wacana ini berjalan lancar serta dapat memberikan manfaat yang berguna kepada penduduk,” kata Zulhilmi.
Program ini dijadualkan bermula pada jam 8.00 malam ini di Masjid Titian Baru, Bukit Payong.
Moderator wacana adalah Prof Madya Dr Kamarulzaman Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia dengan barisan ahli panel terdiri daripada Zaharuddin Mohamad (pakar ekonomi Islam), Abd Rahman Taib (mantan Pengarah Kanan Lembaga Pertubuhan Peladang) dan Raja Datuk Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad (gambar).
“Pekerti memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dengan pertukaran tempat ini dan berharap wacana ini berjalan lancar serta dapat memberikan manfaat yang berguna kepada penduduk,” kata Zulhilmi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-3-2013
(Husam menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari Mat Bidi)
BESUT: Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.
Bekas Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi), 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam semalam.
Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat dekat sini.
31 ahli, aktivis Umno Besut keluar parti
Buletinonline, | 24 Mac 2013 |

Sumber HD - 24-3-2013
PAS berulang kali kata wujud pengundi hantu, Papagomo kes terbaru
Buletinonline, | 24 Mac 2013 |
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu telah menegaskan, berlaku manipulasi dalam daftar pemilih dan wujud fenomena 'pengundi hantu' yang telah mengalahkan PAS pada pilihanraya umum kali ke 11 pada tahun 2004.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.
Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.
Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
Semakan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.
Oleh yang demikian, Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR diminta memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.
Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, adalah cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Teregganu telah berulang kali menyatakan perkara tersebut dan kali terakhir, beliau menegaskannya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Dana PRU PAS untuk Parlimen Kuala Nerus pada 15 Mac lalu.
Sehubungan itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.
Seperti yang dilaporkan oleh portal berita The Malaysian Insider hari ini, Tan Sri Aziz memberi jaminan bahawa jika semakan SPR dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 adalah orang yang sama, SPR akan membatalkan pendaftaran undi menggunakan kad pengenalan (polis) bagi mengelakkan undi dua kali.
Semakan Sistem Semakan Daftar Pengundi SPR menunjukkan bahawa rekod yang didaftarkan dibawah RF142863 telah pun dibuang dari daftar pengundi seperti yang dibuktikan oleh paparan skrin.
Ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris @ Papagomo adalah individu yang sama dan telah didaftarkan sebagai pengundi hantu, oleh sebab itulah rekodnya dibuang dari senarai undi pos.
Oleh yang demikian, Tan Sri Aziz sebagai Pengerusi SPR diminta memberi jawapan yang lebih meyakinkan dalam usahanya membersihkan daftar pengundi yang beliau sendiri akui wujud pendaftaran berganda yang membawa kepada fenomena pengundi hantu.
Alasan beliau bahawa SPR tidak dimaklumkan mengenai rekod perkhidmatan anggota keselamatan yang telah meninggalkan perkhidmatan tidak boleh diterima, seolah-olah beliau cuba menyalahkan PDRM apabila tanggungjawab memastikan daftar undi itu bersih adalah tanggungjawab beliau.
Untuk menyelesaikan masalah pengundi hantu dari kalangan anggota/bekas anggota keselamatan seperti Papagomo, adalah cadangkan beliau mengarahkan satu pasukan SPR untuk duduk dengan PDRM tiap-tiap hari dan meneliti rekod setiap pengundi yang didaftarkan di bawah kad pengenalan polis dan tentera.
Satu senarai lengkap bekas anggota keselamatan yang didaftarkan secara berganda hendaklah disiapkan secepat mungkin, bilangannya diumumkan kepada rakyat dan nama-nama mereka dikeluarkan serta merta dari daftar pengundi.
Sekiranya SPR masih berdolak dalih dari melaksanakan perkara yang mudah ini, sudah tentu spekulasi dan tuduhan bahawa SPR tidak telus semakin menebal di kalangan rakyat.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-3-2013
Kuala Nerus: Peluang PAS sangat cerah
Harakahdaily, | 25 Mac 2013 |
Kuala Nerus disambungkan dengan Kuala Terengganu melalui Jambatan Sultan Mahmud yang merentas Sungai Terengganu.
Setiap kali rakyat Terengganu mahu melalui jambatan ini, mereka dikenakan tol 50 sen. Namun itu kisah lama. Pada malam keputusan pilihan raya umum diumumkan pada tahun 1999, tol 50 sen itu telah dimansuhkan.
Ia berlaku sebagaimana janji PAS dalam pilihan raya itu, mahu menghapuskan tol di atas jambatan itu. Sebaik saja PAS menang dalam pilihan raya 1999, belum lagi kerajaan dibentuk, tol di situ sudah dimansuhkan melalui arahan pentadbiran. Kini yang tinggal hanya rumah tol sahaja.
50 sen bagi orang berada mungkin tidak besar tetapi bagi peraih ikan, petani atau nelayan, RM1 pergi dan balik melalui jambatan itu satu nilai yang besar.
30 hari atau sebulan bermakna RM30 mereka belanjakan untuk tol sahaja. Sebab itu selepas ia dimansuhkan, ia menjadi satu perkara yang melegakan banyak pihak.
Apabila naik ke jambatan ini dari Kuala Terengganu, kita boleh melihat arca-arca menarik yang dibina oleh bekas MB Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh dengan menggunakan wang ehsan.
Namun ianya semua arca sahaja yang tidak boleh digunakan. Masjid kristal nama sahaja masjid tetapi tidak dibuat solat Jumaat di situ.
Kini pembangunan di Terengganu tertumpu kepada kawasan Parlimen Kuala Nerus. Banyak bangunan menarik dibina di sini termasuklah Stadium Sultan Mizan yang roboh itu.
Kini stadium itu tinggal bahagian konkrit sahaja kerana bumbungnya yang runtuh sudah mula dibuang (gambar). Pelik juga, bahagian konkrit hingga ke bawah gagah berdiri tetapi bumbungnya sudah hilang.
Rupa-rupanya, konkrit direkabentuk oleh arkitek terkenal Terengganu Datuk Raja Bahrin manakala bumbungnya direkabentuk dan dipasang oleh pihak lain iaitu syarikat Sohwon dari Korea.
Selain stadium, di Kuala Nerus juga ada dua universiti, Institut Pendidikan Guru (IPG) pusat latihan Petronas dan lain-lain. Pendekata Kuala Nerus bergerak laju bersama arus pembangunan negara.
Pilihan raya
Dalam pilihan raya 1999 juga, PAS buat pertama kali menang di Parlimen Kuala Nerus. Ia dimenangi oleh Mohd. Shukrimun Shamsuddin mengalah calon Umno.
Namun pada pilihan raya 2004 dan 2008, Shukrimun yang kini Yang Dipertua PAS Kuala Nerus gagal mempertahankan kerusi itu.
Pada amalan biasa PAS, mereka yang kalah dua kali berturut-turut jarang diletakkan sekali lagi sebagai calon. Jadi besar kemungkinan PAS akan meletakkan calon baru di kerusi itu dalam pilihan raya ini.
Nama yang paling popular adalah Dr Khairudin Aman Razali (gambar kiri) atau lebih dikenali dengan nama Khairudin At-Takiri. Beliau adalah Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat.
At-Takiri adalah sempena dengan nama kampung kelahirannya Seberang Takir, sebuah kampung yang terletak di kawasan Kuala Nerus. Seberang Takir terkenal dengan nelayannya dan keropok lekornya yang sedap.
Dewan Undangan Negeri
Di bawah Parlimen Kuala Nerus ada empat kawasan DUN iaitu Bukit Tunggal, Tepoh, Teluk Pasu dan Seberang Takir.
Kini PAS hanya menang di Bukit Tunggal melalui Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak. Dalam pilihan raya umum 2008, Dr Alias menang dengan majoriti 336 undi mengalahkan calon BN, Tuan Arif Sharibu Fadilah Tuan Ahmad.
Menurut desas desus di Pekan Batu Enam, Dr Alias akan kekal bertanding di Bukit Tunggal. Begitu juga calon PAS di Teluk Pasu pada tahun 2008, Ridzuan Hashim.
Dalam pilihan raya akan datang ini, seorang jurutera JKR, Mohamad Yasin dikatakan menjadi calon yang paling popular dari Umno untuk merampas kerusi Bukit Tunggal dari Dr Alias.
Calon PAS di Tepoh dikatakan akan bertukar kepada calon baru. Seorang tokoh baru yang merupakan Exco Pemuda PAS Terengganu, Hishamudin Abdul Karim (gambar bawah kanan) dilihat banyak memimpin program-program PAS di Tepoh.
Jika benar, beliau bakal bertembung dengan Ustaz Ramli Nuh, Timbalan Exco Agama Terengganu yang lebih dikenali Adun 10 peratus ini. Sudah beberapa kali Ramli Nuh mencabar tokoh muda ini berdebat melalui ceramah-ceramahnya.
Namun apabila dihantar surat rasmi untuk berdebat, Ramli tidak pula menerimanya. Beliau hanya diam dalam rumah besarnya sahaja. Yang pasti sejak itu, tidak ada lagi cabaran berdebat dari Ramli.
Jika benar ada dua muka baru PAS di Kuala Nerus ini, bermakna sasaran untuk mencalonkan 40 peratus muka baru PAS di Terengganu, ia bakal menghampiri kenyataan. Di Kuala Nerus saja, dua muka baru akan bertanding iaitu Tepoh dan Kuala Nerus.
Berdasarkan persetujuan 2008, DUN Seberang Takir akan ditandingi oleh calon PKR. Namun, sehingga kini tidak ada sebarang kelibat siapakah akan bertanding di Seberang Takir dari PKR.
"Jika PKR tidak bersedia, PAS sedia untuk mengambil alih tempat ini," kata Penyelaras DUN Seberang Takir dari PAS, Zakaria Dagang.
Sejak dari dulu, Seberang Takir adalah kubu Umno. Ini kerana, di situ ada sebuah kem tentera yang selama ini menjadi 'deposit tetap' untuk BN.
Namun senario kebelakangan ini agak berubah. Tentera tidak lagi akan mengundi secara tertutup di dalam kem masing-masing. Wakil calon (polling agent) parti-parti yang bertanding kini dibenarkan memerhatikan proses pengundian.
Menurut Zakaria, undi tentera di kem itu kini hanya kira-kira 1,600 sahaja kini berbanding dengan hampir 2,000 sebelum ini.
Dalam pilihan raya 2008, calon PKR Muzafeq Affyuzaifuzan Mamat kalah kepada calon BN Ahmad Razif Abdul Rahman dengan majoriti 2,430 undi.
Prospek Kuala Nerus
Menurut Dr Briget Welsh, pengkaji sains politik Asia Tenggara, PAS hampir pasti menang di Parlimen Marang manakala BN hampir pasti menang di Kemaman, Besut dan Setiu di Terengganu.
Ini bermakna, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Dungun dan Hulu Terengganu masih kelabu. Ia boleh pergi ke PAS atau kepada Umno dalam pilihan raya umum kali ini.
Bagi satu kajian lain pula, PAS hampir pasti akan menang di Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Namun semuanya boleh berlaku dalam pilihan raya kali ini.
"Saya yakin kita (PAS) boleh menang dengan majoriti lebih 1,000 undi di Parlimen Kuala Nerus," kata Zakaria Dagang (gambar kiri), petugas veteran di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu.
Di samping itu, Zakaria juga menjangkakan PAS akan menang di DUN Tepoh, Telok Pasu dan sudah pasti di Bukit Tunggal dalam pilihan raya ini.
LAPORAN BERKAITAN

P36 K Terengganu: Kawasan politik bergelora
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-3-2013
[Gambar - Idris walaupun menafikan, namun kelihatan amat sedih ketika Ahmad said dilantik Menteri Besar selepas PRU-12 tahun 2008]
Gelombang Biru 'direka' mengaburi mata rakyat
Buletin Online, | 25 Mac 2013 |
KUALA TERENGGANU: Program 'Gelombang Biru' yang mula diperkenalkan Umno dan Barisan Nasional semasa zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu, bukanlah kebangkitan sebenar rakyat.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), program tersebut sengaja di reka Umno-BN kerana mahu mengaburi mata rakyat daripada 'kerja kotor' memanupulasi daftar pemilih dan mendaftarkan 'pengundi hantu' dari negeri Selangor.
"Dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu, dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004.
"Dia mari mengundi di Terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam).
"Kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-kononnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas Datuk Husam.
Beliau berkata, program gelombang biru tersebut dibuat supaya kelihatan di seluruh negara bahawa orang-orang Terengganu mahu berubah, pada hal ia tidak berlaku sedemikian.
Datuk Husam berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Hulu Besut baru-baru ini, bagi meraikan seramai 31 orang ahli dan aktivis Umno keluar dari parti itu dan menyerahkan borang permohonan seumur hidup menjad ahli PAS.
Menurutnya, takdir Allah SWT, Idris Jusoh yang menjadi 'dalang' penipuan tersebut telah menerima nasib buruk, dan tidak dilantik Menjadi Menteri Besar walaupun Umno-BN menang pada tahun 2008.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), program tersebut sengaja di reka Umno-BN kerana mahu mengaburi mata rakyat daripada 'kerja kotor' memanupulasi daftar pemilih dan mendaftarkan 'pengundi hantu' dari negeri Selangor.
"Dia ambil orang-orang (Umno) Selangor puluh-puluh ribu, dia bawa mari daftar di Terengganu, naik daftar (undi) Terengganu berlipat kali ganda, bila mari pilihan raya tahun 2004.
"Dia mari mengundi di Terengganu, waktu petang balik mengundi di Selangor, SPR khusus untuk Selangor sahaja sambung waktu mengundi sampai pukul tujuh (malam).
"Kerana tu Umno menang di Terengganu, bukan sebab anak Terengganu yang lahir di Terengganu nak tukar kerajaan, (ketika itu) dia start (mula program gelombang biru, konon-kononnya orang (ramai) masuk Umno,"jelas Datuk Husam.
Beliau berkata, program gelombang biru tersebut dibuat supaya kelihatan di seluruh negara bahawa orang-orang Terengganu mahu berubah, pada hal ia tidak berlaku sedemikian.
Datuk Husam berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Hulu Besut baru-baru ini, bagi meraikan seramai 31 orang ahli dan aktivis Umno keluar dari parti itu dan menyerahkan borang permohonan seumur hidup menjad ahli PAS.
Menurutnya, takdir Allah SWT, Idris Jusoh yang menjadi 'dalang' penipuan tersebut telah menerima nasib buruk, dan tidak dilantik Menjadi Menteri Besar walaupun Umno-BN menang pada tahun 2008.
[Gambar - Idris walaupun menafikan, namun kelihatan amat sedih ketika Ahmad said dilantik Menteri Besar selepas PRU-12 tahun 2008]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-3-2013
Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 ini, suasana politik negara kembali menjadi hangat dengan pelbagai isu dan spekulasi tentang kalah menang parti-parti yang bertanding.
Begitu jugalah dengan suasana di negeri Terengganu yang secara tradisinya merupakan antara negeri yang paling sengit pertarungan politik berlaku khususnya di antara dua parti Melayu terbesar iaitu Pas dan Umno. Timbul kembali persoalan, apakah suasana arus dan perubahan dalam politik negara sekarang akan kembali berjaya memacu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) di negeri ‘Penyu Bertelur’ ini?
Persoalannya, apakah ‘faktor penentu’ kepada perubahan landskap politik tanah air akan juga mempengaruhi pengundi-pengundi dalam pilihan raya yang dianggap sebagai "ibu kepada segala pilihan raya" ini?
Begitu juga dengan persoalan, apakah rakyat Terengganu juga telah bersedia untuk melakukan perubahan besar dalam pilihan raya ini dengan pelbagai isu nasional dan tempatan yang boleh mempengaruhi pengundi?
Namun persoalan besar di Terengganu adalah, apakah isu yang akan dapat mempengaruhi sebahagian besar pengundi Melayu untuk memberi undi dan sokongan kepada mana-mana parti yang bertanding dalam pilihanraya akan datang ini?
Apakah ianya menyentuh persoalan ekonmi dan kemiskinan rakyat; apakah ia akan menyentuh persoalan rasuah dan salah-tadbir parti yang memerintah; atau apakah isu kewibawaan calon dan ketelusan memimpin akan menjadi faktor penentu di negeri Terengganu ini?
Bagi saya, kini pada umumnya rakyat Terengganu mahukan kepada perubahan. Warga Terengganu di perantauan khususnya golongan intelek dan koperat juga amat mengharapkan perubahan besar berlaku di Terengganu dalam PRU ke 13 akan datang.
Rasa tidak puas hati terhadap gaya pentadbiran Menteri Besar Datuk Sri Ahmad Said di kalangan Penjawat Awam di Terengganu juga adalah amat ketara.
Beliau dilihat gagal mentadbir dengan baik dan telus serta gagal memacu perkembangan ekonomi negeri sepanjang penggal pemerintahan beliau sebagai Menteri Besar walaupun negeri ini kaya dan terkenal dengan hasil kekayaan minyak dan gas.
Yang nyata, kelemahan kerajaan negeri pimpinan beliau kini sedang menjadi perbualan umum kebanyakan rakyat termasuk dikedai-kedai kopi.
Begitu juga dengan pembelaan kepada rakyat khususnya golongan termiskin yang dihimpit dengan kenaikan kos kehidupan harian yang amat ketara di seluruh Terengganu.
Kenaikan harga barangan keperluan harian seperti minyak, gula, beras dan tepung amat membebankan rakyat terutamanya golongan miskin.
Malahan jika dibuat perbandingan, sesetengah barangan keperluan harian termasuk ikan dan ayam jauh lebih murah di Kuala Lumpur berbanding dengan di Terengganu.
Negeri yang dianggap negeri kaya tetapi rata-rata dilihat rakyat hidup dalam paras kemiskinan dengan kehidupan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.
Isu tanah di Kuala Terengganu juga menjadi perbualan semua pihak. Kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan ’pembangunan’ dan tiada perancangan rapi yang dibuat.
Lebih malang lagi perkampungan tradisi Melayu satu persatu ’hilang’, dari Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung serta Kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu Terengganu ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’.
Yang terbaru, Menteri Besar Ahmad Said merancang untuk merobohkan Pasar Payang Kuala Terengganu yang merupakan pasar warisan puluhan tahun orang-orang Melayu berniaga dengan menggantikannya dengan Hotel lima bintang bernilai lebih RM400 juta.
Di bawah pentadbiran Ahmad Said, projek-projek membazir seperti Monsoon Cup, Kawasan Bebas Cukai di Tasik Kenyir dan Mini Zoo Bukit Tekal, Kemaman yang tidak banyak memberi manfaat kepada kehidupan harian rakyat Terengganu diteruskan.
Begitu juga dengan projek mega yang gagal seperti isu runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai lebih RM300 juta, kegagalan Taman Ilmu di Besut yang bernilai lebih RM200 juta dan kelewatan projek lebuhraya LPT 2 yang benilai lebih RM5 bilion yang juga dikaitkan dengan salah urus dan rasuah.
Namun apakah semua faktor ini sudah cukup untuk merubah selera pengundi Terengganu untuk melakukan perubahan dalam PRU 13 akan datang?
Apakah tren dan aliran nasional yang mahukan perubahan besar dalam PRU akan datang juga akan dituruti oleh pengundi-pengundi di Terengganu?
Bagi saya, rakyat kini amat arif dengan isu-isu yang di hadapi di negeri ‘penyu bertelur’ ini. Yang penting perubahan mesti berlaku. PAS mempunyai potensi besar untuk merampas kembali Terengganu dan menggantikan Umno.
Yang penting, kepimpinan PAS mesti keluar dari ‘kepumpung sendiri’ untuk menyebar-luaskan maklumat dan penerangan. Sentimen ‘politik kekitaan yang sempit’ mesti diketepikan dan tumpuan bukan sahaja harus diberikan dikalangan ahli-ahli dan penyokong PAS, tetapi semua lapisan masyarakat Terengganu khususnya golongan remaja dan mereka yang tidak berparti.
Ya, inilah juga realiti yang sedang menjadi luahan ramai kalangan warga Terengganu kini. Perubahan hanya akan berlaku sekiranya rakyat bersedia melakukan revolusi besar dalam PRU ke 13 ini.
Seluruh warga Terengganu yang sayangkan ‘negeri cantik budaya menarik’ ini mesti berusaha keras supaya perubahan besar dapat dilakukan.
Tiada pilihan melainkan rakyat Terengganu menolak secara ‘total’ Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang ini…
Sumber HD - 26-3-2013
Zakaria menyerahkan bendera PAS kepada Timbalan Ketua Pemuda Dun Seberang Takir, Hamidi Jusoh.
KUALA NERUS: PAS telah lama masuk politik dan berkecimpung dalam pilihan raya seawal tahun 1959 yang konsisten dengan dasar perjuangan Islam.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata pilihan raya merupakan satu cara bagi rakyat memilih pemerintah.
Sebab itu, katanya politik tidak dapat dipisahkan dengan agama yang akan menjadi pengawal serta pemandu sesebuah kerajaan.
“PAS masuk politik dan terlibat dengan pilihan raya. Kita (PAS) telah terlibat dengan pilihan raya seawal tahun 1959. PAS tetap konsisiten dan tidak berubah dasarnya.
“Pilihan raya satu cara untuk kita pilih pemerintah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Politik tidak dapat dipisahkan dengan agama,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Ceramah Perdana di Markas Besar Pemuda Dun Seberang Takir, Kampung Bukit Tok Beng, malam tadi.
Justeru, katanya, pilihan raya menjadi penting kepada orang Islam kerana melibatkan kuasa pemerintahan negara.
Beliau turut menyeru kepada rakyat dan pengundi agar dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kepimpinan negeri dan negara.
“Saya minta orang (pengundi) Seberang Takir buat keputusan yang baik dalam memilih pemimpin. PAS pernah diberi mandat memerintah Terengganu tahun 1999-2004 dan banyak perkara yang PAS buat sebagai kerajaan.
“Walau pun, Umno BN diberi kuasa yang panjang (lama) memerintah tetapi gagal dan tidak berjaya untuk gubal undang-undang Islam (Enakmen Hudud dan Qisas) di Terengganu,” jelasnya.
Katanya, perjuangan PAS selama ini menentang Umno kerana mahu membetulkan banyak kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan BN.
Tambahnya, inilah peluang dan ruang terbaik bagi rakyat untuk membuat perubahan ke arah sebuah pemerintahan yang lebih baik pada pilihan raya umum akan datang.
Hadir sama pada majlis tersebut Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang dan mantan Penerbit & DJ Radio Ikim, Ustaz Zamri Zainal Abidin.
PAS perlu keluar untuk bersama masyarakat
-, | 26 Mac 2013 |

PRU13: Peluang terbaik rakyat buat perubahan
Khairul Azlan Mohamad, | 28 Mac 2013 |

Sumber HD - 28-3-2013
KUALA LUMPUR: "Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud.
"Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999," tulis Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim di dalam blognya.
Menurutnya, sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
"RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah," tulisnya lagi. Tulisan penuh seperti di bawah.
“Janji kosong belaka tu…” Begitulah bunyi nada sinis pemimpin Umno Terengganu di atas pentas politik mereka apabila mengulas tentang tawaran-tawaran dalam manifesto PAS Terengganu.
“Selama ni ngetoh (memerintah) tak wat (buat) mende (benda) satu pun! Acu (cuba) kabor (beritahu) mende apa yang PAS doh buat!”
Menjawab perkara ini, saya berhajat nak mengajak pembaca meletakkan diri pada tahap pemikiran umum masyarakat untuk kita membuat beberapa analisa mudah dan ringkas.
Yang pertama, penghapusan tol Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Kadarnya 50 sen untuk perjalanan pergi dan 50 sen untuk perjalanan balik.
Katakan dalam setahun sebanyak 250 kali seseorang pengguna berulang-alik ke tempat kerja dan pebagai urusan lain dengan melalui Jambatan Sultan Mahmud. Kira-kira mudah, dia telah berjaya menjimatkan RM250 setahun hasil dari pemansuhan tol semenjak tahun 1999.
Sekarang tahun 2013, congak mudah sama ada rakyat sedar atau tidak, sebenarnya telah berlalu hampir 14 tahun pengguna melalui jambatan dengan menyaksikan plaza tol telah menjadi monumen sejarah.
RM250 setahun untuk 14 tahun, sejumlah RM3,500 telah berjaya dijimatkan. Lumayan bukan, berbanding kerajaan Umno yang hanya memberikan BR1M berjumlah RM500 setelah lebih 50 tahun memerintah.
Yang kedua, penghapusan cukai pintu rumah kediaman. Ambil contoh kadar puratanya sebanyak RM150 setahun. Sepanjang lebih kurang 4 tahun pemerintahan PAS dari 1999 hingga 2004, bermakna rakyat telah berjimat RM600 setahun sebelum ianya kembali dibebankan kepada rakyat apabila Umno/BN kembali ke Wisma Darul Iman pada 2004.
Bayangkan kalau tindakan pengecualian cukai pintu dikekalkan sehingga sekarang tahun 2013, bermakna selama 14 sekitar RM2,100 telah terselamat dalam poket rakyat.
Penghapusan cukai pintu rumah kediaman menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sekitar RM12j setahun. Tapi tak menjadi masalah asalkan beban rakyat boleh dikurangkan.
Yang ketiga, kenaikan hampir 100% elaun imam/bilal dari RM180 sebulan kepada RM350 sebulan. Bermakna pertambahan pitih yang masuk ke poket imam dan bilal RM170 sebulan bersamaan RM2,040 setahun, selama 14 tahun dari 1999 hingga 2013 menjadikan jumlah RM28,560.
Itupun lantaran Kerajaan Umno Terengganu tak tergamak untuk menurunkan semula elaun yang telah dinaikkan oleh Kerajaan PAS. Sebahagian besar para imam dan bilal pula adalah ahli dan penyokong Umno.
Yang keempat, menaikkan bantuan fakir/miskin melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM). Bantuan untuk golongan fakir dinaikkan dari RM150 kepada RM200 sebulan.
Ertinya pertambahan RM50 sebulan atau sebanyak RM600 setahun menjadikan pertambahan bantuan untuk golongan fakir selama 14 tahun berjumlah RM8,400. Itu pun kerana Umno sekali lagi tak tergamak untuk menurunkan semula bantuan yang telah dinaikkan oleh kerajaan PAS dulu.
Bantuan untuk golongan miskin pula dinaikkan dari RM120 kepada RM150 sebulan. Pertambahan RM30 sebulan atau RM360 setahun.
Sekali lagi selama 14 tahun apabila Kerajaan Umno mengiktiraf keputusan Kerajaan PAS dulu menjadikan jumlah pertambahan yang telah diterima oleh seorang miskin sebanyak RM5,040.
Maafkan saya kerana mengajak pembaca semua menjadi orang kampung, menghintung setiap sen dan ringgit. Mafhum mukhaalafah (makna di sebaliknya) saya ingin mendedahkan betapa rendahnya IQ pemimpin Umno yang menjaja ke sana-sini, “PAS tak dok buat gapo satu pun!”
Kalau mereka boleh buta untuk melihat perkara mudah sebegini, saya keliru, apakah mereka mampu untuk melihat sesuatu yang lebih besar?
PAS Terengganu janji kosong?
Harakahdaily, | 01 Apr 2013 |

Sumber HD - 1-4-2013
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu akan bertanding tujuh kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Pesuruhjayanya, Mohd Abdul Wahid Endut mengumumkan perkara tersebut paad sidang media di Pejabat PAS negeri, hari ini.
Katanya, PAS membuat keputusan tersebut setelah dipersetujui dalam perbincangan Pakatan Rakyat di peringkat pusat.
“Saya juga ingin maklumkan bahawa kita telah membuat keputusan setelah dipersetujui oleh Pakatan Rakyat, kita (PAS) akan bertanding di Terengganu ini tujuh kerusi parlimen daripada lapan kerusi parlimen.
“Insya Allah, jika tidak ada aral melintang pada 11 April 2013 ini, hari Khamis malam Jumaat bertempat di Dewan Tok Guru, Rusila, Marang kita akan umumkan secara rasmi calon-calon kita yang mewakili parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” jelasnya di hadapan 15 wakil media.
Menurutnya, pengumuman calon PAS itu akan diadakan bersekali dengan PKR yang bertanding pada pilihan raya tersebut.
Beliau turut mengumumkan 40 peratus daripada calon PAS adalah muka baru yang bakal mewarnai pentas politik PAS.
Bahkan, katanya terdapat juga calon di kalangan wanita yang bertanding atas tiket PAS sebagai tanda penghargaan parti terhadap golongan berkenaan.
“Insya Allah, jika tidak ada apa-apa masalah akan dikemukakan calon di kalangan wanita. Ini sebagai semangat untuk kaum wanita,” ujarnya.
PRU13: PAS Terengganu tanding 7 kerusi Parlimen
Khairul Azlam Mohamad, | 04 Apr 2013 |

Sumber HD - 4-4-2013
KUALA LUMPUR: PAS Terengganu akan menganjurkan Dialog Manifesto Terengganu PRU13 bersama anak-anak Terengganu di perantauan pada 7 April mulai jam 9.30 pagi di Dewan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Gombak.
Program itu adalah adalah kesinambungan kepada program dialog bersama Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) berhubung ‘10 Tawaran Awal Manifesto PAS Terengganu’ di Kajang pada 25 Mac tahun lepas.
Menurut Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Arifin Deraman, pihaknya telah bersedia untuk membentangkan manifesto PAS dan Pakatan Rakyat Terengganu yang bertemakan ‘Terengganu Maju: Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’ sebaik sahaja Parlimen dibubarkan awal minggu ini.
Sehubungan itu, beliau menjemput anak-anak Terengganu di perantauan hadir ke program tersebut yang akan turut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut serta timbalan-timbalannya sebagai ahli panel utama.
Sebarang pertanyaan berhubung dengan program itu boleh menghubungi dengan Wan Faizul Wan Abas (013-9277330) atau Zulhilmi Abd Rahman (012-9283560).
Sumber HD - 5-4-2013
(Mohd Nor bersalam dengan Ustaz Azhar Idrus)
KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS Terengganu telah melantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang (kempen) PRU-13,"beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.
Dalam pilihanraya ini, naib ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah akan bertanding di peringkat parlimen.
Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.
Timbalan ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangannya di DUN Teluk Pasu yang ditandingi beliau sebelum ini.
Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program 'Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus' di sini semalam, Jumaat 5 April.
Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.
Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran 'Anak Muda Berkebajikan' ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.
"Kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya
PRU13: Dialog Manifesto Terengganu 7 April di KUIZM
Harakahdaily
Apr052013

Pemuda PAS lantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
(Mohd Nor bersalam dengan Ustaz Azhar Idrus)
KUALA TERENGGANU: Pemuda PAS Terengganu telah melantik Ustaz Azhar Idrus sebagai duta mereka dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Menurut laman Buletinonline, Ustaz Azhar (akan) menjadi 'Duta' Pemuda PAS di sepanjang (kempen) PRU-13,"beritahu ketuanya, Ustaz Mohamad Nor Hamzah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu bagi DUN Bukit Payong.
Dalam pilihanraya ini, naib ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzzaman Abdullah akan bertanding di peringkat parlimen.
Ustaz Mohd Nor Hamzah sendiri dijangka akan mempertahankan kerusi DUN Bukit Payong.
Timbalan ketua Ustaz Ridzuan Hashim pula, InsyaAllah akan meneruskan perjuangannya di DUN Teluk Pasu yang ditandingi beliau sebelum ini.
Beliau memberitahu perkara ini ketika ditemui Buletinonline selepas program 'Gatih Bersama Ustaz Azhar Idrus' di sini semalam, Jumaat 5 April.
Sehubungan itu, beliau berkata, DPPNT akan berusaha keras bagi memastikan calon-calon di kalangan pemuda yang diberi amanah untuk bertanding dalam PRU-13, memperolehi kejayaan dan menang.
Oleh itu, menurutnya, DPPNT akan akan melancarkan secara rasmi tawaran 'Anak Muda Berkebajikan' ke Wisma Darul Iman dan Putrajaya dalam masa terdekat.
"Kita akan lancarkan (manifesto) tawaran anak muda berkebajikan ke wisma (Darul Iman) dan Putrajaya, dan kita mahu anak-anak muda tahu dan merasai, sesungguhnya kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat, (di) Terengganu dan Pusat, ambil cakna kebajikan dan agenda kehidupan mereka,"tambahnya
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-4-2013
(Antara yang menyertai himpunan anak Terengganu dengan Presiden PAS)
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua anak Terengganu di perantauan pulang mengundi dalam pilihan raya ke 13 ini.
Ini kerana, pilihan raya ini amat penting untuk mempastikan hala tuju negara dan mempastikan kepentingan Islam terjaga dengan baik selepas pilihan raya nanti.
Beliau berkata demikian ketika berucap di perjumpaan Anak-anak Terengganu di Perantauan yang diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.
(Pimpinan PAS Terengganu dengan Presiden PAS)
Hampir 500 anak-anak Terengganu di perantau menyertai majlis itu.
Turut serta adalah para pimpinan PAS Terengganu para Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu iaitu Dr Alias, Saiful Bahri Mamat dan Muhyidin Abdul Rashid.
Turut serta adalah Haji Yahaya Ali, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Dalam majlis itu para peserta perjumpaan itu berdialog dengan Presiden PAS serta para pimpinan PAS Terengganu itu.
Pastikan anda pulang mengundi nanti - Presiden
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |

Sumber HD - 7-4-2013
Suasana politik di negeri Terengganu kembali menjadi ‘panas’ dengan pelbagai spekulasi tentang calon dan parti yang akan memacu kepimpinan negeri selepas pilihanraya umum (PRU) akan datang ini. Datuk Seri Ahmad Said telah awal-awal lagi menolak spekulasi dan khabar angin kencang bahawa beliau tidak lagi akan dicalonkan dalam PRU13 ini.
Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, berkata; "Takkanlah saya nak serah tanpa bubuh (letak) nama sendiri. Perkara ini tidak logik sebab saya sendiri sudahpun berbincang dengan PM…".
Namun cakap-cakap politik kebanyakan rakyat Terengganu bahawa Ahmad Said akan digugurkan pada PRU ke 13 ini terus bertiup kencang. Mantan Adun Kijal itu telah diberikan mandat untuk memimpin kerajaan negeri sejak lima tahun lalu setelah berlakunya krisis kepimpinan Umno dengan pihak istana bagi melantik menteri besar. Beliau dianggap sebagai mantan menteri besar paling ‘kontroversi’ dalam sejarah Malaysia kerana perlantikan jawatan MB ini.
Rakyat Terengganu kini boleh menilai sendiri 5 tahun pentadbiran Terengganu di bawah kepimpinan beliau. Ramai yang menimbulkan persoalan, apakah beliau akan terus diberikan lagi kepercayaan mentadbir Ganu Kite sekiranya Umno/BN dapat memenangi majoriti kerusi DUN? Bagaimanakah bentuk ‘report card’ beliau sepanjang 5 tahun menjadi MB ini? Adakah beliau patut diberikan markah ‘cemerlang’, ‘lulus’, atau ‘gagal’ untuk pretasi sepanjang pentadbiran beliau ini? Mari kita amati fakta-fakta di bawah;
1. Negeri Terengganu sepanjang 5 tahun di bawah pentadbiran Ahmad Said, telah melaksanakan ‘perbelanjaan amat luar biasa’. Bajet kerajaan negeri telah mencecah hampir RM10 billion dengan defisit tahunan hampir RM200 juta setiap tahun. Bermula dari tahun 2008, negeri Terengganu telah mencatatkan bajet tertinggi berbanding seluruh negeri di Semananjung Malaysia dengan perbelanjaan lebih RM2 bilion setiap tahun. Perbelanjaan ini jauh mengatasi negeri-negeri maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Persoalannya, apakah ini telah memberi manfaat kepada rakyat Terengganu yang rata-rata masih terpaksa bergelut dengan kehidupan harian yang amat mencabar?
2. Antara perbelanjaan yang dilakukan oleh beliau, bermula dari tahun 2009 ribuan warga Terengganu diberikan kotak-kotak kurma dan air zam zam secara percuma yang diedar melalui JKKK setiap kampong. Program ini melibatkan kos berjumlah hampir RM 8 juta setiap tahun dimana kontraknya diberikan kepada kroni. Persoalannya apakah pemberian buah kurma dan air zam zam ini suatu yang wajar sedangkan masih terdapat keutamaan lain seperti membantu golongan miskin di negeri Darul Iman ini. Di kalangan adun-adun UMNO sendiri ada bersungut akan kosnya yang terlalu tinggi dan pembaziran yang ketara.
3. Kerajaan negeri telah membeli stesen Radio Manis FM yang berpengkalan di Kota Bahru berharga RM 7 juta. Stesen radio ini pada asalnya merupakan stesen Radio KADA milik Tan Sri Hussein Ahmad yang diberi lesen radio melalui Husa Network Sdn Bhd. Proses mengambilalih stesen berkenaan telah dilakukan oleh Lembaga Tabung Amanah Terengganu (LTAT) pada pertengahan tahun 2009. Ramai di kalangan rakyat Terengganu mempersoalkan apa rasional kerajaan negeri membeli stesen radio ini, sedangkan ia tidak memberi manfaat kepada rakyat.
4. Kerajaan negeri telah membina projek tempat letak kereta bertingkat menggunakan sistem putaran di Jalan Batas Baru hasil teknologi yang dibawa masuk dari China yang dikatakan yang projek pertama di Malaysia telah menelan belanja hampir RM10 juta. Namun projek ini menimbulkan kesangsian rakyat Terengganu. Apa tidaknya, selain tidak praktikal, kos pembinaannya yang menelan belanja hampir RM10 juta serta kos pengoperasian yang terlalu tinggi sehinggakan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terpaksa menghantar kakitangannya ke negara China bagi menguasai pengendalian operasi sistem itu kelak.
5. Projek Pembangunan Tasik Kenyir yang melibatkan kos lebih RM300 juta dengan perbelanjaan yang melibatkan pembinaan seperti;
- Taman Anggur – RM 3 juta
- Taman Rambutan – RM2 juta
- Taman Orkid – RM 4 juta
- Pusat Santuari Gajah Sungai Deka – RM40 juta
- Kenyir Water Theme Park – RM80 juta
- Pusat Bebas Cukai – RM80 juta
Bagi projek Taman Burung pula, seekor itik yang diimport dibeli dengan harga RM1,700 manakala seekor angsa berharga RM5,600. Peruntukkan untuk Taman ini menelan belanja lebih RM6 Juta. Lebih melucukan lagi, sebanyak 5 ekor itik teah mati semasa dalam penjagaan di Kolam rekreasi Rawit, Kenyir. Bukankah lebih baik RM6 juta dibelanjakan untuk rakyat Terengganu berbanding untuk beberapa ekor itik dan angsa? Siapa sebenarnya yang mendapat habuan daripada projek ini?
6. Taman Rekreasi dan Mini Zoo di Bukit Takal Kemaman yang bernilai hampir RM100 juta dan dikendalikan oleh sebuah syarikat konsultan Global Wildlife Immersion Sdn Bhd, yang beribu pejabat di Kuala Lumpur. Setakat in kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM50 juta bagi membeli dan menjaga binatang seperti gajah, harimau, kerbau serta monyet-monyet yang berkeliaran. Persoalannya, mengapa begitu banyak dibelanjakan untuk binatang-binatang ini, sedangkan ianya boleh digunakan untuk menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk anak-anak negeri Terengganu.
7. Stadium Sultan Mizan yang runtuh bersama lebih RM300 juta duit rakyat Terengganu. Projek Mega ini adalah hasil warisan bekas mantan Menteri Besar Dato Seri Idris Jusuh, dan telah diserahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. yang didatangkan khas dari Korea Selatan. Proses baikpulih yang mengambil masa begitu lama dianggarkan akan menelan belanja lebih RM120 juta.
Namun, persoalan besar yang kini menjadi tanda-tanya semua rakyat Terengganu kini adalah, pihak manakah yang akan menanggung kos baikpulih yang sangat membebankan ini? Ke manakah pula perginya kontraktor-kontraktor kroni yang rapat dengan pimpinan Umno Terengganu setelah mereka mengaut keuntungan berjuta hasil dari pembinaan Stadium yang runtuh ini? Apakah jumlah keseluruhan RM120 juta ini telah termasuk kos membeli semula kelengkapan stadium yang dianggarkan bernilai RM50 juta yang telah dicuri pada awal tahun 2012?
8. Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di bina walaupun kosnya telah melambung dari RM2.7 bilion kepada hampir RM5 bilion. Rakyat Terengganu terpaksa menanggung bebanan kenaikan kos yang sangat tinggi bagi menyiapkan projek LPT 2 yang tertangguh ini. Bayangkanlah berapa kos tambahan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan negeri dengan kelewatan yang berlanjutan dari tahun 2012 kepada tahun 2014? Persoalan besar yang timbul adalah, kenapa projek yang pada asalnya menelan belanja lebih RM2.7 billion ini amat jauh tersasar dari tarikh jangka siap iaitu pada tahun 2010 lagi. Pihak manakah pula yang akan menanggung semua kos tambahan akibat kelewatan yang amat ketara ini?
9. Isu tanah di Kuala Terengganu juga menjadi perbualan semua pihak. Kini satu demi satu tanah dan perkampungan Melayu terhakis dek kerana kerakusan ’pembangunan’ dan tiada perancangan rapi yang dibuat. Lebih malang lagi perkampungan tradisi Melayu satu persatu ’hilang’, dari Kampung Paya Keladi, Kampung Tanjung serta Kampung Ladang yang terus meletakkan orang-orang Melayu Terengganu ’ibarat menjadi pelarian di bumi sendiri’. Lebih mencabar lagi, kerajaan UMNO amat berani membahagikan-bahagikan tanah kepada wakil-wakil rakyat UMNO menjelang PRU13 ini, sedangkan pada waktu yang sama ribuan lagi rakyat Terengganu yang miskin masih tidak mempunyai sebarang tanah walau sekangkang kera!
10. Kerajaan Terengganu secara senyap-senyap telah menggugurkan saman dan tindakan undang-undang terhadap Petronas bersabit bayaran royalti minyak yang difailkan 11 tahun yang lalu. Bagaimanapun, hingga kini tiada butiran lanjut mengenai penyelesaian luar mahkamah yang dicapai antara kerajaan Terengganu dengan Petronas dan kerajaan Persekutuan dalam permohonan yang difailkan 21 Mac tahun 2012.
Jelas, penarikan royalti minyak oleh Kerajaan Pusat daripada kerajaan Terengganu itu merupakan satu pencabulan kepada prinsip demokrasi, konsep federalisma serta melanggar perlembagaan negara ini. Wang royalti yang merupakan hak rakyat Terengganu ini diletakkan di bawah ‘Program Tabung Pembiayaan Wang Ehsan’ dan disalur terus kepada pemimpin Umno negeri. Sepanjang Terengganu di’ehsankan’, mereka telah berbelanja semewah-mewahnya dengan pelbagai projek membazir seperti Monsoon Cup, Masjid Kristal, pembinaan Stadium yang runtuh serta pelbagai pembaziran lain yang dilakukan.
11. Terbaru, Mantan Menteri Besar Ahmad Said merancang untuk merobohkan Pasar Payang Kuala Terengganu yang merupakan pasar warisan puluhan tahun orang-orang Melayu berniaga dengan merancang untuk menggantikannya dengan Hotel lima bintang dan kondominium bernilai lebih RM400 juta. Projek ini diserahkan kepada sebuah syarikat bukan bumi yang juga kroni yang beroperasi di Kuala Lumpur.
Apakah kesemua projek-projek ’pembangunan rakyat’ ini benar-benar untuk kepentingan rakyat atau untuk terus memperkayakan kroni-kroni Umno? Rakyat Terengganu bolehlah menilai sendiri prestasi Ahmad Said sebagai Menteri Besar. Ternyata prestasi Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar adalah di grade ’F’ atau gagal terus. Kini kuasa adalah ditangan rakyat untuk melakukan perubahan yang besar. Marilah kita sama-sama tiupkan semangat rakyat Terengganu dengan berslogankan ’UBAH TERIK NI, Selamatkan Ganukite’.
*Penulis Penolong Setiausaha Agong PAS yang juga Adun Batu Burok, Terengganu. Email: syedazmans@yahoo.co.uk Twitter: @syedazman
Menilai 5 tahun kepimpinan Ahmad Said
-, | 08 Apr 2013 |

Sumber HD - 8-4-2013
“Apa yang mengecewakan kami adalah sikap angkuh dan berdolak dalik Ahmad Said yang masih menggunakan kuasanya menyekat hak mahasiswa untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun biasiswa,” kata Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Safwan Anang dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Mewakili mahasiswa dan anak negeri Terengganu saya tampil kali ini bagi membidas sikap angkuh dan sombong Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said. Terbaru seminggu yang lalu beliau telah menerima anugerah Bapa Tranformasi Terengganu Anjung Ilmu dalam sebuah majlis iaitu Majlis Apresiasi dan Resepsi Kecemerlangan Pendidikan Terengganu negeri Anjung Ilmu yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak.
Memetik apa yang diucapkan beliau semasa majlis berkenaan adalah berbunyi: "Komitmen dan kesungguhan kepimpinan kerajaan negeri telah mengangkat martabat pendidikan negeri dan berada di tangga teratas khususnya dalam keputusan peperiksaan awam di negara ini.
"Dan beberapa langkah kerajaan negeri menjadi ikutan pihak Pusat termasuk mengagihkan e-Book secara percuma kepada pelajar Tahun Empat, Lima dan Enam, menubuhkan Kelas Maya, mengadakan pertukaran Guru Bahasa Inggeris, menaja pelajar perubatan keluar negara dan menaja pelajar cemerlang ke-10 buah universiti terkemuka dunia.
Saya harap anak Terengganu terus melangkah ke depan mengejar impian menjadikan sebuah Negeri Anjung Ilmu demi membina bangsa yang berjaya dan membentuk keluarga bahagia".
Persoalan yang saya cuba timbulkan adalah apabila seperti mana yang kita sedia maklum nasib 9 rakan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di Mesir masih belum terbela sehingga ke hari ini apabila pembiayaan pinjaman daripada Yayasan Terengganu masih disekat sehingga ke hari ini. Alasan pinjaman mereka disekat adalah hanya kerana menyatakan sokongan terhadap Himpunan Menuntut Pilihanraya Bersih dan Adil 3.0 yang lalu.
Dan salah seorang daripada 9 mahasiswa tersebut terpaksa akur dan terdesak bagi meneruskankan semula pembiayaan yang berjumlah lebih RM300,000 akhirnya membuat rayuan sehingga menafikan penglibatannya dalam perhimpunan tersebut yang secara sah dan tidak melanggar apa-apa peruntukan dalam perlembagaan. Bahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2012 mengisytiharkan bahawa badan gabungan Bersih adalah sah dan tidak boleh diisytihar haram seperti kata Menteri Keselamatan Dalam Negeri.
Apa yang mengecewakan kami adalah sikap angkuh dan berdolak dalik Ahmad Said yang masih menggunakan kuasanya menyekat hak mahasiswa untuk mendapatkan pembiayaan pendidikan sama ada dalam bentuk pinjaman mahupun biasiswa. Ternyata bekas MB Terengganu pasca pembubaran parlimen dan Dun keseluruhannya ini masih menggunakan taktik politik lapuk iaitu politik ugut.
Bahkan perkembangan kes 8 mahasiswa Terengganu yang masih belum selesai ini pernah mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang lanjut dan menyelesaikannya secepat mungkin. Namun perkara ini langsung tidak pernah terlintas dalam kepala bekas MB ini apabila beliau sendiri menolak permintaan kesemua mahasiswa serta ahli keluarga yang mahu bertemu dan berbincang secara 'gentlemen'.
Sikap dan pendirian bekas MB ini jelas menunjukkan beliau sama sekali tidak layak menerima apa jua anugerah terutama dalam hal meningkatkan mutu pendidikan anak negeri Terengganu. Bahkan saya merasakan slogan tranformasi yang dilaungkan hanyalah retorik dan tinggal slogan semata-mata. Hak mahasiswa dan anak negeri Terengganu adalah mendapatkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti seperti sedia maklum bahawa negeri Terengganu kaya dengan sumber petroleum yang akan dijadikan sumber pendapatan kerajaan negeri dari hasil royalti. Namun perkara tersebut tidak akan terlaksana di bawah pemerintahan Barisan Nasional.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda mesti pulang menunaikan tanggungjawab mengundi nanti serta membuat perubahan besar dalam arus politik di Terengganu yang ternyata gagal di bawah pentadbiran bekas MB Ahmad Said.
Anak muda Terengganu perlu buat perubahan
Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Ternyata bekas MB Terengganu pasca pembubaran parlimen dan Dun keseluruhannya masih menggunakan taktik politik lapuk iaitu politik ugut.

Transformasi: Rakyat bayar untuk Umno menang lagi?
Buletin Online, | 11 Apr 2013 |
Melihat pada iklan-iklan propaganda Umno-BN di kaca telivisyen, menjadikan kita tercari-cari di manakah yang dimaksudkan dengan 'transformasi' sebagaimana yang diwar-warkan, satu usaha dipimpin oleh Perdana Menteri.
Kalau yang dipamerkan sebagai sebuah premis yang memberikan pelbagai khidmat itu sebuah transformasi, ia masih jauh dari makna sebenarnya suatu pembaharuan yang kononya telah dilakukan.
Empat puluh tahun yang lalu telah ada pusat pelbagai perkhidmatan di kampung-kampung yang memberikan rakyat pelbagai kemudahan seperti membayar bil air, bil elektrik, menjual stem dan menyediakan kemudahan dan lain-lain lagi, semuanya dibuat di satu lokasi, dipusat kecil pihak berkuasa tempatan yang diuruskan oleh seorang kerani.
Skala besarnya, apa yang ada sekarang, seperti mana dipamerkan dalam iklan propaganda Umno-BN, urusan kerajaan yang dibuat pada satu pusat.
Jadi, di mana transformasinya?
Lagu dengan nada 'terima kasih' yang dikumandangkan bertujuan supaya rakyat menyanjung tinggi kerajaan telah mula diputarkan sejak hampir setahun lalu. Dengan memaparkan sketsa masyarakat luar bandar, dan temubual dengan orang-orang kampung, yang cuba menonjolkan puji-pujian kepada kerajaan.
Iklan propaganda ini, sebenarnya telah diulang-ulang oleh arwah Tun Ghaffar Baba sewaktu berkempen lebih tiga puluh tahun dahulu. Kita masih tidak lupa dengan kata-kata yang sering kedengaran, "kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan, bekalan air, bekalan elektrik, jalan raya dan pengangkutan".
Manipulasi suatu tanggungjawab kerajaan yang wajib dilaksanakan oleh mana-mana jua kerajaan pun di dunia ini, telah dijadikan bahan kempen Umno-BN.
Ia wajib ditolak, kerana ia bukan sebuah transformasi, ia cuma proses biasa pembangunan yang dilaksanakan.
Sebelum Najib mememegang tampuk kuasa, mantan Mentei Besar Terengganu Dato' Seri Idris Jusoh, telah pun 'beridea' mendahului Najib, cuba untuk menukar (transform) negeri Terengganu menjadi sebuah 'Impian Yang Menjadi Realiti'.
'Masih kah kau ingat' tentang bahan propaganda kartun 'Awang' yang pernah diterbitkan pada zaman Idris Jusoh, memaparkan betapa terkejutnya, seorang anak Terengganu yang bernama 'Awang' apabila pulang dari luar negara melihat pembangunan 'hebat' negeri Terengganu.
Kalau 'karektor' Awang itu benar-benar wujud, dan Awang anak Terengganu itu masa kini, akan benar-benar terkejut, sekiranya beliau kembali ke negeri Terengganu setelah lapan tahun berlalu.
Apa tidaknya?
Awang yang turun di lapangan terbang 'impian' Idris sebagai lapangan terbang antarabangsa Sultan Mahmud pasti hairan, lampu-lampu lapangan terbang hanya dinyalakan dua kali pada waku malam, sekali untuk pesawat MAS mendarat dan berlepas. Sekali lagi untuk pesawat AirAsia mendarat dan berlepas, kedua-duanya adalah pesawat domestik, bukan antarabangsa.
Awang juga akan terkejut apabila melihat dari udara, sewaktu pesawat mahu mendarat, betapa hebatnya pembangunan 'yang tidak pernah dilihat', Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bernilai RM292 juta yang pertama di dunia dibangunkan tanpa tiang, benar-benar kini menjadi realiti, sudah tidak bertiang lagi!
Awang juga pasti terkejut dengan kehebatan pembangunan negeri Terengganu, apabila memandu pulang ke kampung halaman dari lapangan terbang menuju ke Kertih, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang diimpikan hanya setakat Bukit Besi dan terpaksa meniti jalan lama untuk sampai destinasinya.
Lalu, Awang pun pasti keliru, mana satu impian dan mana satu realiti?
Transformasi itu bukan sebagaimana iklan-iklan propaganda yang dipaparkan di kaca televisyen kerana lagu 'terima kasih' yang didendangkan cuma adalah untuk memuji-muji, tetapi bukan realiti.
Pembangunan Lapangan terbang termasuk pemanjangan landasan terbang telah meningkat harganya sehingga hampir RM1 bilion dan ditambah dengan harga RM50 juta menampung belanja hakisan pantai akibat penambakan untuk pemanjangan landasan terbang.
Stadium yang berharga RM292 juta kini pelu diperbaiki dengan harga RM120 juta dan pembinaan LPT dari harga RM2 bilion kini sudah mencecah kepada RM5 bilion.
Belum dikira kehilangan wang royalti begitu sahaja dengan pembangunan yang tidak memberikan sebarang sumber ekonomi kepada negeri Terengganu dengan perbelanjaan RM300 juta menganjurkan Lumba Perahu Layar Piala Monsun dan membuat binaan-binaan RM1 juta sebuah untuk Taman Tamadun Islam, yang semakin malap!
Ditambah pula dengan angan-angan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said yang mempunyai 'pemikiran terbalik', membangunkan kawasan bebas cukai di dalam hutan di Tasik Kenyir dengan belanja hampir RM300 juta dan membina zoo di kawasan bandar dengan harga hampir RM100 juta.
Transformasi apa yang Najib bawa? Transformasi menjadikan pemimpin Umno-BN kaya raya!
Rakyat membayar cukai untuk pembangunan negara dan kontrak pembinaan diberikan kepada pemimpin Umno, lalu mereka mendabik dada sebagai usahawan berjaya.
Wang royati hak rakyat Terengganu digunakan untuk membina lapangan terbang, menganjurkan Piala Monsun dan membina lebuh raya, lalu tendernya diagihkan kepada pemimpin Umno sehingga mereka menjadi tidak sedar diri.
Iklan-iklan propaganda yang dipamerkan di kaca-kaca TV juga dibayar oleh rakyat, menjadi kempen Umno supaya Umno menang lagi? - http://buletinonline.net

Sumber HD - 11-4-2013
(Papan tanda gergasi UMT yang runtuh)
MARANG: Runtuhan demi runtuhan menimpa Terengganu sejak akhir-akhir ini. Yang terbaru papan tanda gergasi Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang runtuh.
Papan tanda Pusat Penyelidikan UMT yang runtuh itu menjadikan Terengganu benar-benar sinonim dengan Darul Runtuh.
Sebelum ini bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak runtuh dan bumbung sekolah di Wakaf Tapai runtuh.
Begitu juga terminal bas di Kuala Brang dan juga bumbung masjid.
Runtuh lagi di Terengganu, kali ini papan tanda UMT
Harakahdaily, | 11 Apr 2013 |

KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu tidak rasa tergugat dalam menghadapi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini, kerana parti itu mempunyai ramai calon winnable candidate di negeri ini.
Pesuruhjaya PAS negeri, Mohd Abdul Wahid Endut berkata, mana-mana calon pilihan PAS yang boleh menang akan diketengahkan pada pilihan raya nanti.
Katanya, kategori tersebut akan diutamakan tanpa mengira bakal calon berkenaan anak siapa atau pimpinan mana asalkan berkelayakan dan boleh menang.
Malah, kata Abdul Wahid, PAS mempunyai ramai calon bersifat demikian dari pelbagai latar belakang untuk bertanding pada PRU13 ini.
“Jadi tidak timbul soal calon ‘warisan’ sebab orang itu bersama dengan kita, layak dan boleh menang,” ujarnya mengulas pengumuman calon baru PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pusat Media PAS PRU13, di Pejabat PAS Terengganu di sini, hari ini.
Menurutnya, PAS mempunyai bakal-bakal calon bersifat demikian termasuk di kalangan 40 peratus muka baru.
Beliau turut mengumumkan Pakatan Rakyat Terengganu akan mengisytiharkan nama calon-calon yang bertanding pada 18 April ini.
Katanya, majlis diisi dengan solat hajat dan kuliah maghrib yang akan dipimpin oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan satu acara majlis baiah diadakan bersama dengan semua calon yang bertanding PRU13.
PAS T’ganu tak tergugat, ramai calon boleh menang
Khairul Azlam Mohamad, | 11 Apr 2013 |

Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terdesak
Harakahdaily, | 13 Apr 2013 |
DUNGUN: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.
Dalam ceramah itu beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.
Umno sehingga kini gagal untuk menyelesaikan calon-calonnya walaupun kononnya sudah memutuskannya sebelum ini.
Usaha untuk membuang beberapa tokohnya akibat tekanan kem Tun Dr Mahathir mendapat tentangan dari kumpulan yang diketuai Datin Seri Rosmah Mansor yang masing-masing mempunyai senarai calon.
Pemuda Umno pula hilang terus dari media apabila mendapat 'gap order' dari pemimpin Umno tertentu yang berpengaruh dan menguasai Umno dan medianya.
Sejak sekian lama nama dan gambar Khairy Jamaludin tidak tersiar dalam media ekoran arahan ini.
MCA pula dalam keadaan paling parah sehingga presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya ini.
Media melaporkan, MCA terpaksa menyerahkan kerusi-kerusi tradisinya kepada Umno ekoran tekanan dari Umno kononnya calon mereka lebih berpeluang menang.
Antaranya kerusi Kuantan, Wangsa Maju dan juga Gelang Patah. Kuantan adalah kubu MCA sejak sekian lama apabila diwakili timbalan presidennya, Datuk Lim Ah Lek.
Poll yang dibuat oleh Sinar Harian juga menunjukkan rakyat menolak moneyfesto Umno. 81 peratus dari peserta memilih manifesto Pakatan berbanding moneyfesto BN.
Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media itu.
“Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.
Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan DVD lucah yang dikaitkan dengan dirinya.
“Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai Setiausaha Agung kerana isu video ini.
“Saya hidup lagi ni, (masih) Setiausaha Agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar,” katanya.
Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata “sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen.”
Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Sumber HD - 13-4-2013
Beliau hairan dengan keputusan ini sedangkan rata-rata rakyat dan berbagai NGO membantah keputusan tersebut.
“Selaku mantan Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, saya juga ingin merayu kepada pihak Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terenganu agar mengkaji semula keputusan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Pasar Payang di Kuala Terengganu bersama Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru adalah 2 kompleks ikonik dan bersejarah dan merupakan imej yang hebat mengenai kekayaan warisan dan budaya bukan sahaja Kota Bharu dan Kuala Terengganu tetapi juga bagi seluruh negeri Terengganu dan Kelantan dan rakyatnya.
“Semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dahulu saya telah meluluskan berbagai peruntukkan untuk membaiki dan menaikkan taraf kedua-dua kompleks bersejarah ini agar ianya bukan sahaja lebih selesa kepada peniaga-peniaga di situ tetapi juga kepada ribuan pelancong yang datang melawatnya sepanjang masa,” jelasnya.
Katanya, Terengganu dan Kelantan memang terkemuka dari segi ‘Program Cuti-Cuti Malaysia’, dan antara tarikan utamanya adalah Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.
Katanya lagi, kedua-dua kompleks warisan itu menjadi sebutan khususnya di kalangan rumpun Melayu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Selatan Thailand dan Indonesia.
Sehingga sekarang, ujarnya beliau sendiri apabila berada di Kuala Terengganu atau di Kota Bharu akan mencari masa untuk bersiar-siar di kedua-dua pasar besar itu.
Tambahnya, di seluruh dunia pasar-pasar seperti itulah yang menjadi tarikan utama kepada pelancong-pelancong dari luar negara.
Katanya lagi, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah pun berbelanja beratus juta ringgit untuk menambak tanah sekitar pantai dan kuala Sungai Terengganu.
“Pada pandangan saya tempat ini adalah yang lebih sesuai untuk membina sebarang kompleks-kompleks baru termasuk hotel, kondominium dan juga kompleks perniagaan moden dan berhawa dingin.
“Oleh itu, bagi pihak seluruh rakyat Malaysia dan juga industri pelancongan negara dan juga dari sudut usaha kerajaan hendak memelihara dan mempertahankan warisan-warisan negara saya inginlah merayu agar Pasar Payang di Kuala Terengganu ini jangan dirobohkan dan sebaliknya ianya boleh diperbaiki agar lebih selesa kepada semua,” ujarnya.
Pasar Payang: Robohnya tarikan Cuti-Cuti Malaysia
Harakahdaily, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berasa sangat sedih dengan tindakan Kerajaan Terengganu masih hendak meneruskan keputusan merobohkan Pasar Payang di Kuala Terengganu dan digantikan dengan kompleks perniagaan yang moden.
Beliau hairan dengan keputusan ini sedangkan rata-rata rakyat dan berbagai NGO membantah keputusan tersebut.
“Selaku mantan Menteri Kebudayaan dan Kesenian Malaysia, saya juga ingin merayu kepada pihak Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terenganu agar mengkaji semula keputusan tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, Pasar Payang di Kuala Terengganu bersama Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru adalah 2 kompleks ikonik dan bersejarah dan merupakan imej yang hebat mengenai kekayaan warisan dan budaya bukan sahaja Kota Bharu dan Kuala Terengganu tetapi juga bagi seluruh negeri Terengganu dan Kelantan dan rakyatnya.
“Semasa saya menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dahulu saya telah meluluskan berbagai peruntukkan untuk membaiki dan menaikkan taraf kedua-dua kompleks bersejarah ini agar ianya bukan sahaja lebih selesa kepada peniaga-peniaga di situ tetapi juga kepada ribuan pelancong yang datang melawatnya sepanjang masa,” jelasnya.
Katanya, Terengganu dan Kelantan memang terkemuka dari segi ‘Program Cuti-Cuti Malaysia’, dan antara tarikan utamanya adalah Pasar Payang dan Pasar Siti Khadijah.
Katanya lagi, kedua-dua kompleks warisan itu menjadi sebutan khususnya di kalangan rumpun Melayu bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Selatan Thailand dan Indonesia.
Sehingga sekarang, ujarnya beliau sendiri apabila berada di Kuala Terengganu atau di Kota Bharu akan mencari masa untuk bersiar-siar di kedua-dua pasar besar itu.
Tambahnya, di seluruh dunia pasar-pasar seperti itulah yang menjadi tarikan utama kepada pelancong-pelancong dari luar negara.
Katanya lagi, pihak Kerajaan Negeri Terengganu telah pun berbelanja beratus juta ringgit untuk menambak tanah sekitar pantai dan kuala Sungai Terengganu.
“Pada pandangan saya tempat ini adalah yang lebih sesuai untuk membina sebarang kompleks-kompleks baru termasuk hotel, kondominium dan juga kompleks perniagaan moden dan berhawa dingin.
“Oleh itu, bagi pihak seluruh rakyat Malaysia dan juga industri pelancongan negara dan juga dari sudut usaha kerajaan hendak memelihara dan mempertahankan warisan-warisan negara saya inginlah merayu agar Pasar Payang di Kuala Terengganu ini jangan dirobohkan dan sebaliknya ianya boleh diperbaiki agar lebih selesa kepada semua,” ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-4-2013
Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong ketika dihubungi sebentar tadi berhubung dengan calon-calon PAS yang diumumkan malam tadi berkata, Perantau mengalu-alukan tindakan PAS meletakkan gabungan muka-muka baru dan lama yang pernah bertanding sebelum ini.
“Bagi kami, perantau tak kisah siapapun yang bertanding, tetapi yang penting adalah mampu untuk mendukung perubahan dan dilihat mampu untuk menjana tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’, ” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Perantau katanya, bersedia membantu Pakatan Rakyat untuk turun berkempen bagi membantu dan meyakinkan rakyat Terengganu untuk sekali lagi membuat perubahan untuk lima tahun akan datang.
Justeru itu, katanya kali ini Perantau telah mendukung satu moto, Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) yang dilancarkan pada awal bulan Mac lepas.
Perantau sokong gabungan calon di Terengganu
Harakahdaily, | 19 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu Di Perantauan (Perantau), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Lembah Klang menyokong calon-calon yang diputuskan Pakatan Rakyat dalam PRU13 ini.
Setiausaha Perantau, Shuhaimi Embong ketika dihubungi sebentar tadi berhubung dengan calon-calon PAS yang diumumkan malam tadi berkata, Perantau mengalu-alukan tindakan PAS meletakkan gabungan muka-muka baru dan lama yang pernah bertanding sebelum ini.
“Bagi kami, perantau tak kisah siapapun yang bertanding, tetapi yang penting adalah mampu untuk mendukung perubahan dan dilihat mampu untuk menjana tema ‘Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan’, ” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Perantau katanya, bersedia membantu Pakatan Rakyat untuk turun berkempen bagi membantu dan meyakinkan rakyat Terengganu untuk sekali lagi membuat perubahan untuk lima tahun akan datang.
Justeru itu, katanya kali ini Perantau telah mendukung satu moto, Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) yang dilancarkan pada awal bulan Mac lepas.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-4-2013
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar parti lawan yang menyalahgunakan demokrasi termasuk jentera kerajaan dan media dalam tempoh pilihan raya ini.
Justeru, tegasnya, PAS berusaha memperbetulkan banyak kesilapan daripada pemerintahan Umno dan Barisan Nasional dengan memenangkan Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 ini.
“Demokrasi yang diamalkan di barat hari ini, memberi kebebasan sepenuhnya. Media, surat khabar, radio, tv melaporkan semuanya.
“Masa pilihan raya tidak boleh bagi duit, tidak boleh bagi projek, tidak boleh salahgunakan jentera kerajaan. Jentera kerajaan guna selepas pilihan raya…ini maknanya demokrasi yang diamalkan di negara-negara yang lain.
“Tetapi, di negara kita ini masih tidak mengamalkan demokrasi yang sebenar. Kita terpaksa membuat pembetulan,” jelas Ustaz Abdul Hadi di hadapan ribuan hadirin ketika berucap pada majlis Ceramah Pengisytiharan Calon Pilihan Raya Umum Ke-13 PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru, Rusila, malam tadi.
Beliau turut menjelaskan, dalam pemerintahan negara yang majoritinya terdapat orang Islam mesti dipimpin oleh orang Islam.
Namun, katanya, Islam membenarkan pula dilantik menteri-menteri atau ahli exco sesebuah kerajaan itu dari kalangan orang bukan Islam.
Menurutnya, pelantikan menteri atau exco dalam kerajaan tersebut dibenarkan bagi mengambil kepakaran dalam pelbagai bidang ilmu.
“Dalam pemerintahan negara yang majoritinya orang Islam, pemimpinnya orang Islam. Negara yang melaksanakan Islam pemimpinnya mesti orang Islam.
Perbetul kesilapan BN dengan memenangkan PR
Khairul Azlam Mohamad, | 19 Apr 2013 |

PKR Terengganu beri laluan kepada calon PAS
Muhammad Faizal, | 22 Apr 2013 |
KUALA TERENGGANU: Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail mengumumkan memberi laluan kepada kesemua calon PAS untuk bertanding di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.
Beliau juga turut memberitahu perkara itu telah dimaklumkan kepada calon PKR dan ia disambut baik oleh ketiga-tiga mereka iaitu Mohd. Shamsul Mat Amin (Bukit Besi), Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (Kota Putera) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (Seberang Takir).
"Saya telah menerima keputusan ini pada jam 11 pagi tadi dan bersetuju memberi laluan kepada PAS untuk terus bertanding di ketiga-tiga Dun yang bertindih, ketiga-tiga calon PKR menyambut baik keputusan tersebut.
"Perkara ini diambil bagi memastikan jalinan kesepakatan di dalam Pakatan Rakyat itu di utamakan dan bukannya berbentuk agenda peribadi serta memastikan Barisan Nasional (BN) dapat kita kalahkan," jelas Azan (gambar) kepada Harakahdaily.
PAS telah meletakkan calonnya Roslan Ismail (Bukit Besi), Adam Mat Said (Kota Putera) dan Zakaria Dagang (Seberang Takir).
Pada sidang media di Pejabat Agung Pas pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut memberitahu, PAS akan menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.
Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.
Pertindihan kerusi antara PAS dan PKR melibatkkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dun, perkara itu diselesaikan dengan kerjasama dari parti-parti di dalam Pakatan Rakyat.

3 DUN T'ganu kepada PAS, Labuan, Sg Aceh, Panti kepada PKR
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-4-2013
CALON PAS KUALA NERUS : DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ATTAKIRI:
Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=295VP9XJfUU&feature=youtu.be
Sumber TVP - 23-4-2013
KUALA LUMPUR: Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara Perantau Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.
”Konvoi ini adalah kesinambungan kepada konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada kali ini kita akan adakan konvoi Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula,” kata setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd Rahman.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik dan mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan kembara P3P kali ini.
”Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei sempena cuti hari pekerja,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.
CALON PAS KUALA NERUS : DR KHAIRUDDIN AMAN RAZALI ATTAKIRI:
Siri 1 : http://www.youtube.com/watch?v=295VP9XJfUU&feature=youtu.be
Sumber TVP - 23-4-2013
Abby Abadi sertai konvoi Kembara Perantau 1 Mei
Harakahdaily, | 25 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Abby Abadi akan menyertai konvoi Kembara Perantau Ganukite jelajah Terengganu mulai 1 Mei ini.
”Konvoi ini adalah kesinambungan kepada konvoi Kembara PAS Ganti Umno (PGU6) ke Paka pada hujung tahun lepas. Tetapi pada kali ini kita akan adakan konvoi Perantau Pulang Pakoh Pakatan (P3P) pula,” kata setiausaha penganjur konvoi, Zulhilmi Abd Rahman.
Setakat ini, katanya penyertaan adalah menggalakkan dan pendaftaran awal telah melebihi 10 buah kenderaan dan dijangka mencecah lebih 40 buah kerana tidak ada yuran pendaftaran yang dikenakan.
Tambahnya, pihak sekretariat juga sedang menghubungi dan mengalu-alukan tokoh-tokoh akademik dan mahasiswa yang berasal dari Terengganu untuk bersama-sama memeriahkan kembara P3P kali ini.
”Program konvoi ini dinaungi oleh Tengku Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Sultan Ismail akan bermula jam 8.00 pagi 1 Mei sempena cuti hari pekerja,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian sekretariat, Zulhimi 012-9283560 atau Hafizul Muda 019-9506457.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-4-2013
(Hilmi [kanan sekali] bertemu dengan pengundi di kawasan DUN Manir)
KUALA LUMPUR: Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) telah melancarkan satu 'fanpage' di Facebook bagi membantu jentera PAS di DUN Manir, Terengganu.
Menerusi laman itu PRC WA akan berkempen melalui maya serta memberikan tenaga pemikir sepanjang tempoh berkempen ini.
Presiden PRC WA, Abdullah berkata pemilihan DUN N22 Manir itu berasaskan kepada sokongan penuh kepada calon PAS di kerusi tersebut, Ustaz Hilmi Harun.
Sokongan itu juga, katanya diterjemahkan dengan mengambil Dun Manir sebagai 'Dun Angkat' bagi memberikan fokus untuk berkempen bagi pihak Hilmi.
Justeru, katanya biarpun jarak yang memisahkan mereka untuk berkempen di Manir, penubuhan 'fanpage' itu akan digerakkan semaksima mungkin dari Western Australia yang berpusat di Perth.
Menurut Abdullah, PRC WA mempunyai pengalaman peribadi dengan Hilmi yang pernah mengikuti pengajian di peringkat ijazah kedoktoran dalam bidang sains politik di Perth, Australia.
Mengimbau kembali saat bersama Hilmi di Perth, Abdullah berkata ketabahan dan kecekalan Hilmi dipandu dengan keazaman dan keyakinan diri yang cukup tinggi untuk membawa perubahan kepada bangsanya.
Ketika di Perth, tambah Abdullah, Hilmi sering ditemui pada aktiviti kemasyarakatan, malah sering membantu komuniti Melayu yang berada dalam kesusahan.
Justeru, atas pengalaman peribadi yang dilalui bersama Hilmi, PRC WA menyatakan sokongan penuh ke atas pencalonan Hilmi di Manir sebagai penerus mata rantai perjuangan Islam di tanah air.
'Fanpage' Facebook itu, kata Abdullah boleh dicapai melalui http;//facebook.com/manirkite.
Calon PAS Manir dapat pasukan kempen dari luar negara
Anis Nazri, | 25 Apr 2013 |

PAS Terengganu lancar 33 klip video ‘soal jawab’ isu
Buletin Online, | 26 Apr 2013 |
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu meningkatkan penerangan kepada para pengundi menjelang PRU13 dengan melancarkan 33 klip video 'soal dan jawab' berkaitan isu-isu semasa.
Setiausahanya, Yahaya Ali berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri yang menjawab 33 persoalan semasa termasuk yang berkait dengan isu kalimah Allah dan isu Amanat Haji Hadi.
"Insya Allah, isu-isu semasa yang berabngkit, Tuan Guru (Presiden PAS) akan menjawab," katanya pada sidang media di pejabat Perhubungan PAS Terengganu, di sini semalam.
Hadir sama ialah Ketua Dewan Ulamak dan bendahari PAS negeri, Datuk Husain Awang dan Shukrimun Shamsuddin.
Di bawah adalah tajuk dan pautan klip-klip video tersebut:
1. PR menang, DAP PM? http://youtu.be/TKBQMAXNbnw
2. PAS keldai DAP? http://youtu.be/9uV1lT_vhPA
3. Isu hudud di Kelantan dan Kedah http://youtu.be/6wg1-tlzzC8
4. Tolak Umno tapi bersama DAP? http://youtu.be/haa19uzyiuE
5. Isu Tabung Memali http://youtu.be/2xEgyAIlBpc
6. Negara bankrap kalau PR menang? http://youtu.be/90wYClPzQ84
7. Isu sembahyang 2 masjid http://youtu.be/Pizwthl5SzE
8. Isu kafirkan orang Umno 1983 http://youtu.be/9zbpHMjnTc8
9. Batalkan projek BN Terengganu? http://youtu.be/gYsCfNQqbY4
10. Peranan Tok Guru di Marang http://youtu.be/qpkco6N4N0o
11. Tol dalam pemberian tanah http://youtu.be/m-60wxCzyws
12. Dasar hiburan dan siaran TV http://youtu.be/lYHCvzBi7d4
13. Islam PAS for all? http://youtu.be/rYa5wKm00tM
14. Hanya BN mampu memerintah? http://youtu.be/U5szyW6c4Vw
15. Ekonomi dan kesejahteraan PR http://youtu.be/4ZkoMoIJ-Js
16. Hudud di Terengganu http://youtu.be/DgMw-EHSwNc
17. Kilang arak Selangor http://youtu.be/spzP_eFLeL8
18. Judi Genting Highland http://youtu.be/spzP_eFLeL8
19. Projek membazir Terengganu http://youtu.be/IHfbdSTm0yk
20. Projek bermasalah dan membazir di Terengganu? http://www.youtube.com/watch?v=IHfbdSTm0yk
21. Isu media seperti Utusan Malaysia, TV1, TV2 dan TV3, http://www.youtube.com/watch?v=gwSulHa613k
22. Isu 5 buah kontraktor bumiputera projek LPT yang dinafikan Umno http://www.youtube.com/watch?v=nVprduaO2CE
23. Isu pegambilan balik 60 ribu lot tanah oleh kerajaan http://www.youtube.com/watch?v=iycFOvwVN84
24. Perancangan hospital perubatan percuma http://www.youtube.com/watch?v=GcOUzmvekx8
25. Pelan segera dalam masa 30 hari kerajaan PAS. http://www.youtube.com/watch?v=j7eVPpuDyPk
26. Adakah BR1M akan dilakukan oleh kerajaan PR? http://www.youtube.com/watch?v=yepPFIoQbgQ
27. Penubuhkan tribunal bagi rakyat yang dizalimi BN membuat aduan? http://www.youtube.com/watch?v=bXZ-G_0q8VM
28. Adakah PAS dan PR akan mengenakan tol di LPT? http://www.youtube.com/watch?v=FCdvGgc-ZJo
29. Penentuan siapa PM? http://www.youtube.com/watch?v=jder6IDX4jM
30. Khidmat JKKK akan ditamatkan? http://www.youtube.com/watch?v=Cvarl1pz7UQ
31. Apakah hukum mengundi? http://www.youtube.com/watch?v=oGwsAXCrpZU
32. Apakah hukum cerita keburukan calon semasa kempen? http://www.youtube.com/watch?v=F3wsovUzNeE
33. Isu bersumpah mengundi BN ketika terima bantuan? http://www.youtube.com/watch?v=vuCYQWjFU0U

Sumber HD - 26-4-2013
Antara lembu RM250 juta dan runtuhnya stadium RM290 juta
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, | 29 Apr 2013 |
Antara Projek Lembu NFC RM250 juta dan skandal runtuhnya Stadium Sultan Mizan bernilai RM290 juta. Ikan bilis ditangkap, Jerung-jerung masih bebas:
Isu NFC mula mendapat perhatian ramai selepas Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang di bentangkan di parlimen menyatakan pusat itu gagal memenuhi matlamat penubuhannya. Isu tersebut menjadi semakin panas selepas beberapa ahli Parlimen serta pimpinan Pakatan Rakyat telah mendedahkan bukti wujudnya penyelewengan terhadap peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta yang disalurkan kepada NFC.
Sementara itu, dalam kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang runtuh pada pada 2 Jun 2009, seorang jurutera perunding Wan Manan Wan Ali telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. Beliau didakwa atas tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.
Isu Stadium Sultan Mizan yang dianggap 'tercanggih' di Pantai Timur telah siap dibina pada tahun 2008 menjelang berlangsungnya sukan SUKMA yang diadakan di negeri Terengganu. Perasmiannya disempurnakan oleh Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008 dalam satu upacara yang gilang gemilang. Malangnya baru hanya setahun digunakan stadium tersebut telah runtuh dan tidak dapat digunakan sehingga sekarang.
Secara faktanya, projek ’kebanggaan’ kerajaan negeri di bawah kepimpinan Umno/BN ini pada mulanya dijangka siap pada tahun 2007 dengan kos asal projek berjumlah RM191 juta. Namun akibat daripada berlakunya kelewatan siapnya projek ini lebih dari setahun, kosnya telah melambung naik kepada lebih RM 292 juta.
Projek Mega ini telah di serahkan perlaksanaannya kepada 3 ’kontraktor kroni’ utama iaitu Bina Struktur, Emarcon dan Genggam Mercu Sdn. Bhd. Manakala pembekal utama bumbung stadium berbentuk ’Space Frame’ ini adalah syarikat SOWON PTE. LTD. dari Korea Selatan.
Namun pada 2 Jun 2009 trajedi yang amat memalukan seluruh rakyat Terengganu telah berlaku. Sebahagian daripada bumbung utama stadium kebanggaan ini telah runtuh. Mujurlah tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dalam insiden ini. Semasa kejadian, projek ini masih lagi dalam ’Tempuh Tanggungan Kecacatan’ dan pihak kontraktor sedang melaksanakan kerja-kerja membaiki kecacatan.
Satu Jawatankuasa Khas Penyiasatan telah ditubuhkan oleh Kementerian Kerjaraya (JKR) untuk menyiasat punca berlakunya keruntuhan bumbung stadium ini. Hasil dari penyiasatan yang telah dijalankan ini telah ditaklimatkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bawah Parlimen Malaysia. Semua punca keruntuhan telah dikenalpasti olh pihak JKR semasa taklimat kepada PAC dan telah diserahkan juga kepada kerajaan negeri.
Namun sehingga kini, ramai kalangan yang tertanya-tanya, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab terhadap skandal keruntuhan yang memalukan ini? Walaupun begitu banyak laporan telah dibuat kepada pihak Polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), hanya seorang konsultan bertaraf ’jutera Perunding’ yang boleh dianggap sebagai ’bilis kecil’ telah diseret ke mahkamah. ’Jerung-Jerung besar’ yang telah mengaut laba berganda dari projek pembinaan stadium yang bernilai hampir RM300 juta ini masih lagi bebas berfoya-foya dengan keuntungan yang mereka dapat.
Sekurang-kurangnya dalam kes projek lembu NFC, setelah diasak dengan laporan kepada pihak polis dan SPRM serta pelbagai ’pendedahan’ akhirnya ’jerung besar’ yang beristerikan seorang Menteri terpaksa dikorbankan pihak Peguam Negara dan diseret ke mahkamah. Berbeza dengan kes skandal Sultan mizan, walaupun semua punca keruntuhan telah dikenalpasti oleh pihak Kementerian Kerjaraya (JKR) dan telah ditaklimatkan kepada PAC Parlimen, namun setelah lebih 3 tahun laporan lengkap telah disiapkan oleh pihak JKR, kenapakah masih belum ada ’Jerung-Jerung Besar’ yang didakwa dan diseret ke Mahkamah?
Bayangkan stadium Sultan Mizan yang runtuh yang nilainya jauh lebih besar dari skandal lembu NFC. Semua pihak seolah-olahnya mahu ’cuci tangan’ dan meletakkan seluruh bebanan kesalahan kepada seorang jurutera ‘bilis kecil’ yang dikambing-hitamkan’. Apakah tragedi akan hanya tinggal satu kenangan yang terus menjadi ’titik hitam’ dalam sejarah negeri Terengganu Darul Iman sendiri? Ke mana perginya ’kontraktor kroni’ dan kepimpinan Bekas Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said? Yang nyata, stadium tersebut jelas merupakan satu lagi ‘Projek Kebanggaan Kerajaan Barisan Nasional’.
UBAH TERIK NI. SELAMATKAN GANUKITE. SELAMATKAN MALAYSIA.

Sumber HD - 29-4-2013
Dr Syed Azman menunjukkan dokumen berkenaan kepada pihak media.
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu mendedahkan satu dokumen mengenai kos perbelanjaan bagi pembinaan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman, yang mencecah hampir RM100 juta.
Calon PAS bagi Dun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata pendedahan mengenai dokumen pembinaan Zoo Bukit Takal tersebut bukti dakwaan PAS selama ini benar dan berfakta.
Ini katanya, sekaligus menyangkal dakwaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sering kali menuduh PAS membuat fitnah mengenai projek tersebut.
Menurutnya, dokumen mengenai Mini Zoo berkenaan jelas memaparkan projek tersebut menelan belanja hampir RM100 juta.
“Selama ini Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah buat penafian dan menuduh PAS-Pakatan Rakyat berbohong tentang fakta mengenai pembinaan Mini Zoo itu.
“Ini bagi menjawab apa yang menjadi tohmahan Menteri Besar yang kata, kita (PAS) bohong dan menipu kepada rakyat di negeri Terengganu selama ini,” katanya yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS.
Jelasnya, projek itu sahaja dari segi phasing and construction schedule yang mempunyai beberapa fasa dan kosnya sahaja sebanyak RM94,949,373.
“Inilah yang kita (PAS) sebut selama ini pembaziran yang dilakukan oleh MB Terengganu,” jelasnya pada satu sidang media di Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, di pejabat PAS negeri, di sini, semalam.
Dokumen tersebut diedarkan kepada semua pihak media yang terkandung maklumat terperinci mengenai semua kos pembinaan Mini Zoo Bukit Takal termasuk kos pembelian haiwan peliharaannya.
Hadir sama pada sidang media itu ialah calon PAS bagi Parlimen P.036 Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ketua Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Ahmad dan Timbalan Pengerusi DHPP Terengganu, Jefri Chua.
Pas Dedah dokumen Mini Zoo cecah RM100 juta
Khairul Azlam Mohamad, | 01 Mei 2013 |

Sumber HD - 1-5-2013
KUALA TERENGGANU: PAS Terengganu menyangkal dakwaan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Mohd Najib Razak jika rakyat memilih PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ke-13, seolah-olah negeri ini kembali ke zaman kegelapan.
Calon PAS bagi N.16 Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata dakwaan kononnya jika kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat memerintah Terengganu akan kembali ke zaman ‘kegelapan’ itu bersifat dangkal.
Menurutnya, kenyataan pemimpin nombor satu Umno dan Barisan Nasional (BN) itu cukup-cukup dangkal serta tidak benar.
“Rakyat Terengganu menyokong PAS-Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 ini adalah untuk masa depan rakyat Terengganu yang lebih baik, lebih cerah dan lebih telus.
“Kita (PAS) akan membawa ‘zero’ (kosong) salah guna kuasa, ‘zero’ terhadap penyelewengan. Maka, jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di negeri Terengganu ini, kita akan mentadbir negeri dengan lebih baik dan akan menguruskan hasil sumber minyak untuk kebaikan rakyat Terengganu,” jelasnya ketika berucap pada satu majlis di Kampung Cina, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bandar, di sini, kelmarin. (Gambar atas)
Beliau menjelaskan, apa yang berlaku waktu pemerintahan kerajaan PAS Terengganu hasil royalti disekat dan dirampas oleh kerajaan BN di peringkat Persekutuan.
Namun, katanya kerajaan PAS Terengganu masih boleh mentadbir negeri dengan baik serta melaksanakan pentadbiran yang lebih telus tanpa rasuah.
“Walau pun tanpa royalti minyak kita (PAS) dapat memberi balik (pulangan) kepada rakyat negeri Terengganu seperti kita beri tanah, kita menghapuskan cukai pintu rumah kediaman kepada isi rumah rakyat Terengganu.
“Kita dapat juga memberi bantuan kebajikan kepada rakyat yang miskin,” ujarnya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS turut menempelak sikap kepimpinan Umno Terengganu yang lebih mengkayakan kroni-kroni dalam kalangan pemimpin BN dengan hasil minyak negeri ini.
Menurutnya, kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat berjanji jika diberi mandat memerintah semula segala kekayaan negeri akan dikembalikan bagi kepentingan rakyat Terengganu.
“Bukan sebagaimana yang berlaku sekarang. Hasil minyak (petroleum) yang ada sekarang tidak menjamin kepada rakyat negeri Terengganu.
Royalti: PR untuk rakyat, BN kayakan kroni
Khairul Azlam Mohamad, | 03 Mei 2013 |

Sumber HD - 3-5-2013
(Mahkamah memberikan hak kepada para pelalajr sekolah rendah Islam Darul Bayan ini)
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini membenarkan permohonan semakan kehakiman Sekolah Rendah Islam Darul Bayan ke atas Kerajaan Trengganu dan Pejabat Tanah Dungun bagi membatalkan keputusan Kerajaan Trengganu yang memberikan tanah yang diduduki oleh sekolah itu.
Ini ekoran tindakan kerajaan negeri memberikan tapak sekolah yang diberikan kepada mereka sebelum ini kepada lima individu yang berkait rapat dengan Umno iaitu ahli-ahli dan kroni JKKK Kg Cacar dan Kg Limbung.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Haji Mohd Yazid bin Haji Mustafa dalam keputusannya dalam perbicaraan hari ini.
5 individu tersebut adalah Ibrahim bin Abdullah (ahli JKKK Kg Limbung), Abd Ghani bin Muda (suami Setiausaha JKKK Kg Limbung), Muhamad bin Idris (ahli JKKK Kg Limbung), Rosli bin Hashim (Ahli JKKK Cacar) dan Suhaini binti Abd Karim (isteri Naib Pengerusi JKKK Kg Limbung).
Pada tahun 2003 Kerajaan Terengganu melalui Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah meluluskan pemberian hartanah yang dikenali sebagai PT 15024, Kolam Mak Tegar, Mukim Paka, Dungun kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan.
Hasil kelulusan tersebut pihak sekolah telah mendirikan bangunan sekolah dan asrama bagi anak anak yatim.
Bagaimanapun pada sekitar tahun 2012 melalui semakan di pejabat tanah di Dungun didapati pada tahun 2011, hartanah tersebut telah diberikan kepada 5 orang individu yang mempunyai hubungan dengan Umno.
Carian juga menunjukkan saiz hartanah yang diberikan kepada Sekolah Rendah Islam Darul Bayan juga dikecilkan saiznya iaitu dari saiz asalnya seluas 14,827 kaki persegi kepada hanya 9,172 kaki persegi sahaja.
Akibat tidak berpuashati dengan keputusan Kerajaan BN Terengganu itu, pihak sekolah telah melantik peguam iaitu Tetuan Mazwan & Nasar untuk mencabar pemberian hakmilik hartanah kepada 5 individu Umno itu agar di batalkan oleh Mahkamah.
Setelah mendengar hujah-hujah lisan dan bertulis peguam pihak sekolah tersebut iaitu Encik Mohamed Hanipa Maidin dan Encik Nasar Khan dan hujah Peguam Kanan Persekutuan dari Pejabat Penasihat Undang Undang Negeri Trengganu, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustapa hari ini memutuskan memihak kepada Sekolah Islam Darul Bayan.
(Hanipa...peguam yang kini anggota Parlimen Sepang)
Hakim Mohd Yazid mengisytiharkan keputusan Kerajaan Terengganu memberi hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu yang dikaitkan dengan Umno itu adalah tidak sah dan terbatal.
Hakim juga memerintahkan perintah certiorari dikeluarkan bagi memadamkan kesemua nama 5 individu tersebut dari rekod pendaftaran di Pejabat Tanah.
Dalam keputusan bertulisnya yang dibaca hari ini, hakim juga menyatakan beliau bersetuju dengan hujah peguam pihak sekolah tersebut iaitu pemberian hakmilik hartanah tersebut kepada 5 individu tersebut tanpa kelulusan yang diberikan oleh Kerajaan PAS dibatalkan terlebih dahulu adalah keputusan yang tidak adil, tidak munasabah dan tidak rasional.
Keputusan itu juga, menurut Mahkamah, meranapkan jangkaan sah (legitimate expectation) Sekolah Islam Darul Bayan untuk diberikan hak untuk didengar atas alasan apakah hartanah itu diberikan kepada 5 individu tersebut.
Dalam piliharaya umum ke 13 baru-baru ini kerusi Dun Paka dan Parlimen Dungun telah dirampas oleh Pakatan Rakyat dari BN.
Mahkamah batal beri tanah kepada 5 JKKK
Harakahdaily, | 08 Mei 2013 |

Sumber HD - 8-5-2013
(Inilah rupanya rahsia kenapa Umno kalah di Terengganu...Mok kite maroh pakoh Umno)
Semua pihak tertanya-tanya apakah puncanya Umno teruk dalam pilihan raya ini di Terengganu.
Dari analisis yang dibuat serta diakui sendiri oleh MB Terengganu kemenangan amat tipis UMNO di Terengganu disebabkan para pengundi anak-anak muda memihak kepada PAS/PR dan tolak UMNO/BN.
Majoriti anak-anak muda dan pengundi baru memberikan sokongan padu kepada PAS/PR pada PRU kali ini.
Klik untuk lihat laporan penuh blog ini.
Rahsia kenapa Umno kalah banyak di Terengganu pecah
Omak Kau, | 10 Mei 2013 |
(Inilah rupanya rahsia kenapa Umno kalah di Terengganu...Mok kite maroh pakoh Umno)
Semua pihak tertanya-tanya apakah puncanya Umno teruk dalam pilihan raya ini di Terengganu.
Dari analisis yang dibuat serta diakui sendiri oleh MB Terengganu kemenangan amat tipis UMNO di Terengganu disebabkan para pengundi anak-anak muda memihak kepada PAS/PR dan tolak UMNO/BN.
Majoriti anak-anak muda dan pengundi baru memberikan sokongan padu kepada PAS/PR pada PRU kali ini.
Klik untuk lihat laporan penuh blog ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013
Ucapan Ahmad Said berbaur politik dendam
Salmiyah Harun, | 11 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Adun Batuk Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi menyifatkan ucapan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berbaur politik dendam.
Sebaik selesai majlis angkat sumpah Menteri Besar dan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu di Istana Maziah, Ahmad enegaskan mereka tidak bercadang meneruskan khidmat Pegawai Pembangunan di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang BN kalah dalam pilihan raya umum ke-13 Ahad lepas.
Jelas Ahmad Said, rakyat di kawasan Parlimen dan Dun berkenaan perlu meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Mengulas perkara itu, Syed Azman begitu kecewa dengan kenyataan sedemikian daripada mulut seorang menteri besar kerana di dalam kerajaan setiap menteri besar bukan mewakili parti dan harus membela ke semua rakyatnya tidak kira parti mana sekali pun.
"Misalnya saya mewakili rakyat di Dun Batu Buruk, saya perlu mewakili seluruh penduduk saya, semua kena bagi sama rata, kena bagi pembelaan tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
"Begitu juga MB, dia (Ahmad Said) bukan mewakili MB Umno, dia adalah MB Terengganu sepatutnya berjiwa besar berikan pembelaan kepada seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira parti dan agama. Ucapan Ahmad Said menyerlahkan siapa dirinya sebenar," tegas Syed Azman kepada Harakahdaily.
Katanya, PAS membantah tindakan yang kontra daripada apa yang diamalkan oleh kepimpinan Terengganu.
Lebih-lebih lagi keputusan PRU13 di Terengganu, katanya lebih menampakkan satu referedum rakyat kepada Ahmad yang dilihat gagal mentadbir negeri itu.
"Misalnya, perbelanjaan lebih RM10 billion antara yang paling tinggi dalam Semenanjung malaysia, sehingga kini beliau masih gagal membela nasib rakyat negerinya," katanya.
Bagaimanapun, tegas Syed Azman PAS Terengganu akan terus berjuang memberi pembelaan kepada rakyat khususnya perjuangan anak muda yang begitu menyerlah pada PRU kali ini.
Tegasnya, PAS akan terus memberi khidmat tanpa mengira parti berbeza dengan Ahmad yang lebih utamakan politik.
"PAS Terengganu akan menjadi pembangkang yang kuat dan akan sentiasa membuka pintu seluasnya tanpa mengira parti, dengan segala kekurangan yang ada kita sedaya upaya akan memberi khidmat yang terbaik.
"Bagi kita rakyat Terengganu wajar dibela tanpa kira parti hatta kita perintah tidak ada diskriminasi kepada rakyat Terengganu," katanya.
Syed Azman yang mendapat 13,679 undi pada PRU13 berjaya mempertahankan Dun Batu Buruk dengan majoriti 2,273 berbanding 1,162 pada PRU12.

Sumber HD - 11-5-2013
Politik balas dendam bermula
Dr Azman Ibrahim, |
Belum sampai 24 jam mengangkat sumpah sebagai MB bagi penggal ke 2, Ahmad Said tak tertangguh lagi untuk melempiaskan kemarahannya kepada rakyat yang telah memilih PAS sehingga mereka hanya mampu terus berada di Wisma Darul Iman dengan kelebihan 2 kerusi sahaja.
Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!
Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.
Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.
Datuk Seri MB... Lupakah Tuan bahawa negara kita ini demokrasi. Bila Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai MB, tentunya Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi negeri Terengganu Darul Iman, bukannya MB bagi orang Umno!
Rakyat Terengganu adalah rakyat Datuk Seri sama ada mereka Pas atau Umno. Jangan Datuk Seri menggali lubang untuk memendekkan lagi hayat kerajaan Umno yang telah sedia berada di hujung tanduk.
Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa.
Sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita Bernama, tiada lagi projek perumahan mampu milik di kawasan Dun dan parlimen yang dimenangi pembangkang. Kononnya selama ini kerajaan BN telah banyak mengambil alih tugas-tugas wakil rakyat PAS. Mana-mana rakyat di kawasan pembangkang yang berhajat kepada pembangunan, mereka diminta mengajukan kepada wakil rakyat pembangkang yang telah mereka pilih!
Saya sangat bersetuju dengan arahan ini kalau kenyataan ini turut disertakan dengan ketetapan bahawa mulai dari sekarang rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang tidak lagi perlu membayar sebarang cukai sebagaimana yang dikenakan kepada rakyat yang mendiami kawasan BN. Barangan di kawasan yang diwakili pembangkang juga akan menjadi lebih murah kerana cukainya telah dikecualikan. Harga kereta, harga petrol merudum di kawasan pembangkang. Alangkah seronoknya.
Saya juga boleh bersetuju kalau jawatan pegawai pembangunan dun atau parlimen dimansuhkan dengan syarat peruntukan pembangunan dun dan parlimen berkenaan disalurkan kepada yang berhak. Siapa lagi kalau bukan wakil yang dipilih oleh rakyat.
Datuk Seri MB... Lupakah Tuan bahawa negara kita ini demokrasi. Bila Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai MB, tentunya Datuk Seri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi negeri Terengganu Darul Iman, bukannya MB bagi orang Umno!
Rakyat Terengganu adalah rakyat Datuk Seri sama ada mereka Pas atau Umno. Jangan Datuk Seri menggali lubang untuk memendekkan lagi hayat kerajaan Umno yang telah sedia berada di hujung tanduk.
Berlaku adillah kerana keadilan itu lebih dekat dengan taqwa.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-5-2013
Ahmad Said memalukan rakyat Terengganu lagi
Muhammad Hanif Ali, |
Kenyataan Datuk Seri Ahmad Said setelah sahaja selesai majlis angkat sumpah sebagai Menteri Besar mungkin mengejutkan banyak pihak. Ia nampak angkuh dan meroyan tak sedarkan diri. Tetapi ia mungkin sesuatu perkara yang biasa bagi rakyat Terengganu sentiasa mengikuti perkembangan serta kenyataan MB Terengganu tersebut.
"Development will continue as promised, nonetheless construction of affordable houses will not be built in the state constituencies we lost, we will build in the areas won by BN,"-Bernama
Ia kenyataan politik berbaur provokasi dan sombong malah tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar MB. Tugas yang sepatutnya memastikan urus tadbir kerajaan negeri berjalan lancar dan kesemua rakyat dapat menikmati keharmonian secara bersama bertukar kepada kerelaan untuk rakyat membenci kerajaan dan bersedia menghadapi kejatuhan kerajaan yang hanya mendapat majoriti dua kerusi itu.
Jauh sekali berbeza dengan sikap serta kenyataan yang dikeluarkan oleh MP Kuala Nerus, YB Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS). Beliau mengucapkan tahniah kepada MB Terengganu yang selamat mengangkat sumpah serta mengajak seluruh wakil rakyat di negeri tersebut menunaikan amanah kepada seluruh rakyat tanpa mengira parti.
Dengan keyataan Datuk Seri Ahmad Said itu, dalam tidak sedar itu telah melukakan hati mereka yang setia bersama BN dan berada di kawasan yang dimenangi PAS. Seramai 139,729 orang! ‘Berita gembira’ pula untuk penyokong PAS yang berada di kawasan yang dimenangi BN seramai 111,630 orang.
Beliau jelas masih gagal untuk memahami perbezaan antara tugas kerajaan dan tugas parti. Sikap susah faham atau malas nak cuba faham ini mungkin boleh diterima jika ia datang dari seoarang pentaasub parti, tetapi ia sangat memalukan apabila keluar dari mulut seorang MB.
Hakikat sebuah parti politik hanyalah satu badan mereka yang bersatu untuk bersama membina kepentingan negara melalui prinsip-prinsip tertentu yang telah dipersetujui secara kolektif. Kerajaan yang dibentuk pula menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan. Ianya dengan seruan Islam yang mewajibkan pemerintah paling tidak menyediakan tiga keperluan asas untuk rakyat iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Keengganan beliau untuk meneruskan pembinaan rumah mampu milik di kawasan yang tidak dimenangi oleh BN jelas menunjukkan bahawa beliau gagal memahami konsep KEADILAN yang merupakan tema paling utama di dalam Al-Quran. Saya merasakan sangat elok jika para ‘alim ulama dan NGO yang komited membela ‘Melayu Islam’ mengadakan talaqqi (pengajian) khusus untuk Datuk Seri MB berkaitan Tafsir Surah Al-Maidah, ayat 8 serta Tasir Surah An-Nisa’, ayat 58. Kalau tak faham juga, maka ia merupakan ‘zaman gelap’ untuk rakyat Terengganu, dipimpin oleh MB yang susah faham.
Bagaimana mungkin bagi rakyat di bawah dapat memenuhi semangat ‘rakyat mengasihi kerajaan’ jika pemerintah di atas sendiri yang meniupkan api kebencian dan politik balas dendam. Politik matang membentuk sistem politik dwi-parti yang berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang. Rakyat hanya perlu memilih antara parti yang lebih baik dan parti yang baik. Tetapi politik Datuk Seri Ahmad Said masih jauh ketinggalan di belakang yang menganggap sistem dwi-parti sebagai mekanisme balas-budi dan dendam kesumat lantas memaksa rakyat untuk membuat keputusan memilih antara parti yang bodoh sombong dan parti yang berfikiran terbuka.
Saya bahkan seluruh rakyat Terengganu sangat mengharapkan beliau lebih berfikir secara praktikal. Politik kepartian sudah masanya untuk dihentikan. Beliau yang mewakili BN perlu melanggani konsep parti mengusai kerajaan secara lebih cermat dan teliti supaya urusan kerajaan negeri dan urusan rakyat dapat dilaksanakan dengan baik.
Berhentilah dari mengeluarkan kenyataan dan melakukan tindakan yang jelas menggugat kewibawaan dan profesionalisma beliau sebagai Menteri Besar. Sikap sebegini jika diteruskan hanya menguatkan lagi semangat kem Idris Jusoh untuk mengatakan, ‘Mat Said memang tak layak jadi MB!’.
Biarlah ikhlas dalam berbakti, barulah kebencian rakyat dapat dihenti.
Rakyat Terengganu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-5-2013
Ahmad Said MB terbaik untuk menangkan PAS
., |
Ke hadapan MB,
Kami warga pengundi N25 Bukit Besi meyokong penuh usaha MB Terengganu, DS Ahmad Said yang tidak menyenaraikan kawasan-kawasan BN kalah dalam projek perumahan rakyat seperti mana dirakam dalam sidang media selaku MB, ehem. DS sungguh kacak dengan gaya bahasa yang sungguh lunak by-the-way.
Sewajarnya usaha ini mendapat dokongan segenap penyokong BN di seluruh Terengganu, termasuklah Dun yang kalah supaya sedar dan insaf supaya dalam PRU14 mereka berusaha dengan lebih gigih untuk bagi memenangkan BN di tempat tersebut. Ini merupakan satu proses tamrin, agar ahli BN di Dun yang kalah mendapat pengajaran. Benar sungguh teori DS, orang yang kalah tidak wajar diberi muka.
Jarang ada ahli BN yang berfikiran jauh seperti DS, sewajarnya pihak berwajib mengusahakan untuk ditubuhkan Institut Pemikir Ahmad Said (iPAS) bagi melahirkan lebih ramai orang yang berdaya-fikir tinggi seperti DS. Tidakkah DS terlintas untuk membuat ujian IQ, manalah tahu mungkin DS sudah termasuk di kalangan ahli genius dunia setaraf dengan Stephen Hawking?
Begitupun Datuk Seri, bukankah di kawasan yang BN menang pun terdapat penyokong PAS? Sepaptutnya DS menyaring dengan sungguh-sungguh agar orang PAS langsung tidak mendapat apa-apa sepanjang pemerintahan legasi DS. Ini amat penting sementelah mereka bukan pengundi BN dan pengundi PAS yang ramai inilah asbab kegagalan BN Terengganu mengekalkan 2/3 dewan.
Dalam pada itu, tidaklah kami terlupa untuk bersyukur kepada BN, kerana walaupun YB kami biasa-biasa sahaja, namun DS tetap memberikan beliau peluang untuk menjawat salah satu Exco Negeri. Ternyata, fitnah media alternatif yang menyifatkan DS tidak prihatin dan samseng adalah tidak berasas sama sekali.
Kami berazam dalam PRU14, kami akan menjadi key-player dan bukan lagi pemain import bagi memperhebatkan usaha bersama sekalian petugas Bukit Besi bagi menggiatkan dakyah betapa DS adalah MB yang terbaik untuk memenangkan PAS selepas ini.
Hidup 'Id !! Hidup 'Id !! Hidup 'Id !!
Sekian daripada saya.
Izzat Ghazali dan kawan-kawan.
Pengundi Dun Bukit Besi Luar Kawasan.

Janji: MCA lepas tangan terhadap Cina bandar
Harakahdaily, | 12 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Ahmad Shah (gambar) menempelak sikap MCA yang menarik diri dan berlepas tangan dengan janji-janji mereka kepada orang Cina Kuala Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-13 minggu lalu.
Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina di bandar bertemu dengannya dan Adun Bandar, Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.
Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.
"Nampak gayanya MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia yang buat janji, dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia yang menyelesaikannya.
"Bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi insya Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipersetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya," jelasnya dipetik Buletin Online.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah kedai KFC berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Pada 9 Mei lalu, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mendapatkan khidmat bermula hari ini, 12 Mei.
Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu, Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas daripada Pakatan Rakyat.
Justeru, menurut beliau, orang Cina di bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau, walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.
Beliau dukacita dengan tindakan MCA mengarahkan orang-orang Cina di bandar bertemu dengannya dan Adun Bandar, Azan Ismail bagi menyelesaikan janji yang dibuat oleh MCA sendiri.
Katanya, sikap MCA menutup pejabatnya itu 'tidak comel', kurang sabar dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat, sedangkan MCA masih merupakan komponen BN yang masih memerintah negeri dan negara.
"Nampak gayanya MCA telah bertindak untuk menakut-nakutkan kaum Cina, padahal dia yang buat janji, dia dah tutup pejabat, sepatutnya dia yang menyelesaikannya.
"Bagaimana pun kita tidak menolak, walau pun dia yang membuat janji asalnya, tapi insya Allah kita akan ambil tindakan apa-apa yang dipersetujui oleh MCA dengan orang-orang Cina, tapi kita tidak dapat penuhi semuanya," jelasnya dipetik Buletin Online.
Oleh itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka sebuah pusat khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu di sebelah kedai KFC berhadapan dengan Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Pada 9 Mei lalu, beliau telah menubuhkan Sekretariat Pusat Khidmat tersebut, menyiapkan keperluan pejabat dan orang-orang Cina bandar boleh mendapatkan khidmat bermula hari ini, 12 Mei.
Menurutnya, pusat tersebut akan beroperasi pada waktu pejabat, lima hari seminggu, Ahad hingga Khamis dan setiap aduan rakyat akan ditangani oleh seorang petugas daripada Pakatan Rakyat.
Justeru, menurut beliau, orang Cina di bandar Kuala Terengganu tidak perlu resah dan risau, walaupun wakil MCA tidak ada kerana telah kalah dalam PRU13, wakil-wakil masyarakat Cina dari Pakatan Rakyat khususnya DAP akan memberikan khidmat mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-5-2013
Antara Ahmad Said dan Abdullah Qulliam
Dr Firdaus Rahim, | 13 Mei 2013 |
“Pembinaan rumah mampu milik tidak akan dibina di kawasan Dun yang kita (Barisan Nasional) kalah”.
Demikian tutur Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang telah heboh seantero negara, setelah beliau diberikan mandat oleh rakyat Terengganu untuk mengemudi bumi Darul Iman. Itu pun setelah direstui perlantikannya oleh Sultan Terengganu yang kita hormati. Apa reaksi Tuanku Sultan, saya tidak pasti.
Kami sayang Ahmad Said selaku seorang pemimpin Muslim. Namun sayang sekali jika sebagai seorang Muslim, kenyataan di atas benar-benar diutarakan beliau.
Ahmad Said mengingatkan saya kepada Abdullah Quilliam.
Nama mereka mungkin bermula dengan aksara ‘A’ yang sama, namun pendekatan mereka jauh berbeza, bahkan lebih jauh antara aksara ‘A’ dan ‘Z’.
Siapakah gerangan Abdullah Quilliam ini?
Abdullah Quilliam merupakan seorang peguam tersohor di kepulauan British pada penghujung abad ke-19. Abdullah, setelah memeluk Islam pada tahun 1887, telah membuka masjid pertama di Britain, di kota raya metropolitan Liverpool yang merupakan bandaraya kedua dalam Empayar British selepas London.
Abdullah Quilliam merupakan seorang tokoh masyarakat dan ulama’ yang sangat dihormati oleh penduduk Liverpool, sehingga Khalifah Turki Uthmaniyah, Sultan Abdul Hamid II menggelar beliau sebagai ‘Sheikhul Islam of British Isle’.
Makanan percuma
Pada tahun 1888, beliau telah memulakan pendekatan menghidangkan sarapan pagi percuma kepada kanak-kanak miskin yang kelaparan, tanpa mengira batasan ras, agama dan keturunan.
Walaupun Islam merupakan agama minoriti di Liverpool pada zamannya (dan masih sehingga kini), beliau tidak membutakan matanya kepada anak-anak kecil yang majoritinya berbangsa Inggeris dan beragama Kristian.
Demi kanak-kanak miskin Kristian dan Muslim. Sama-sama disuap, sama-sama diusap.
Namun sayang sekali di Terengganu, hanya 17 kerusi yang ingin ‘disuap’.
Semasa sambutan hari Natal pula, Abdullah Quilliam akan menggandakan sesi pemberian makanan. Akhbar tempatan melaporkan antara 200 ke 400 orang kanak-kanak Inggeris dijamu makanan pada waktu pagi dan antara 400 ke 600 orang kanak-kanak Inggeris disuapkan sandwic daging dan menghirup teh panas, untuk mengatasi kedinginan musim sejuk yang mencengkam anak-anak kecil.
Berlaku adil dan berkasih sayang kepada rakyat yang susah, lebih-lebih lagi semasa sambutan hari Krismas, menjadikan Abdullah Quilliam lebih dekat dengan ajaran Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w.
Abdullah Quilliam berlaku adil tatkala Muslim merupakan etnik minoriti.
Apa susah sangatkah untuk Ahmad Said berlaku adil semasa memimpin kumpulan majoriti?
Guru hebat, murid sama hebat
Lord Stanley of Alderley Edge merupakan salah seorang tokoh bangsawan yang telah memeluk Islam di hadapan Abdullah Quilliam. Semasa beliau meninggal dunia pada Disember 1903, penyempurnaan jenazah beliau menjadi konflik antara Abdullah dan paderi-paderi gereja.
Paderi-paderi gereja menyangka Lord Stanley masih seorang Kristian. Hujah mereka ialah beliau berterusan menyumbang perbelanjaan menyenggara gereja-gereja sedia ada dan membina gereja gereja baru di tanah-tanah milih beliau. Justeru mereka berpendapat bahawa jenazah Lord Stanley mesti diuruskan mengikut tatacara agama Kristian.
Namun Abdullah Quilliam menunjukkan surat wasiat Lord Stanley yang meminta agar jenazah beliau disemadikan berdasarkan tatacara Islam. Ini membuktikan beliau memang meninggal dunia sebagai seorang Muslim. Sungguh menarik apabila Abdullah berhujah bahawa beliau terus membiayai penyenggaraan dan pemulihan gereja-gereja di atas tanah beliau yang luas itu kerana itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab Lord Stanley sebagai seorang Muslim.
Indah sekali apabila ‘orang kita’ dibiaya, ‘orang mereka’ turut sama merasa.
Islam mendidik keadilan
Biarpun fizikal Abdullah Quilliam dan Lord Stanley lahir sebagai seorang Kristian, Islam telah membangunkan ruh mereka menjadi pemimpin yang adil. Mereka bertindak sebagai ‘khadimul ummah’, iaitu pelayan kepada ummah, melangkaui sempadan bangsa dan agama agar rakyat harmoni dan bahagia.
Nama ‘Said’ itu sendiri secara literalnya sudah bermaksud ‘kebahagiaan’.
Justeru, kami mengharapkan keadilan Datuk Seri memancarkan sinar kebahagiaan dalam kehidupan kami selaku rakyat.
Adilkah jika pada tahun 2008 wakil rakyat Barisan Nasional daripada ‘team B’ berterusan memulaukan Ahmad Said walaupun setelah diperkenaan Tuanku Sultan?
Adilkah jika seorang Menteri Besar digaji oleh seluruh rakyat namun hanya berkhidmat dengan syarat?
Adilkah jika rakyat di 15 Dewan Undangan Negeri tersebut menolak untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah?
Adilkah apabila royalti hasil minyak negeri Terengganu pernah dinafikan kepada rakyat Terengganu oleh orang Terengganu sendiri?
Bibir kita boleh mengetap, namun hati kita pasti boleh menjawab.
Rakyat, samada yang memangkah atau tidak memangkah BN pada 5 Mei lalu, mesti bersikap adil dengan menghormati Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Demikian juga Ahmad Said mesti berlaku adil kepada sekalian rakyat Terengganu. Simbiosis keadilan ini yang akan mewujudkan kebahagiaan dan kemajuan.
Legasi keadilan
Setelah seribu tahun, Khalifah Umar Abdul Aziz terus diingati walaupun hanya memerintah selama dua tahun.
Selepas seratus tahun, Abdullah Quilliam meninggalkan kesan di hati orang Melayu walaupun beliau seorang Inggeris.
Selepas lima tahun, kami yakin Ahmad Said boleh bersifat lebih adil daripada kata-katanya.
Legasi ketokohan seorang pemimpin bukan pada tempoh pemerintahan mahupun pada bangsanya.
Wibawa seorang pemimpin itu terletak kepada keupayaan melimpahkan keadilan untuk dinikmati seluruh rakyat jelata.
Orang Melayu, Cina dan India akan terus makmur dan sejahtera andai legasi Abdullah Quilliam dirasai bersama!

Sumber HD - 13-5-2013
Apa kata Mat Said?
Khairy tibai Mat Said?
http://kerabubersuara.blogspot.com, | 13 Mei 2013 |
Apa kata Mat Said?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-5-2013
Adun disiasat kes rasuah dilantik Exco Terengganu?
Harakahdaily, | 13 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Terengganu, Ariffin Deraman mengkritik pelantikan barisan Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah jawatan pada 11 Mei lalu, kerana menurutnya tiada portfolio khusus berkaitan dengan agama.
"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.
"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.
"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
"Yang pertama sekali kita melihat tiada Exco agama, pelik, banyak Exco ni seorang pegang beberapa portfolio, tetapi kita lihat, dan kita cari juga, mungkin juga kerana Ustaz Ramli Nuh kalah di Dun Tepoh, lepas tu mereka tiada calon untuk melantik Exco Agama.
"Jadi kami persoalkan di mana letaknya, yang kata Umno ini memberi keutamaan agama Islam sehingga Exco Agama pun tidak ada," katanya dipetik Buletin Online yang meminta Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said memberikan penjelasan terhadap perkara tersebut.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Alor Limbat mempersoalkan kredibiliti Exco kerana ada yang dilantik masih disiasat terlibat dengan rasuah.
"Isu perlantikan Exco ini isu rasuah, masih terdapat Exco yang dilantik yang masih disiasat terlibat dengan rasuah, melemahkan integriti kerajaan Terengganu yang ada pada hari ini," tegasnya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Terengganu, Kuala Terengganu semalam.
Beliau juga menyifatkan tindakan Ahmad tidak mahu membangunkan rumah mampu milik dalam Dun yang dimenangi oleh PAS sebagai satu diskriminasi dan kezaliman.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-5-2013
Katanya, kenyataan itu amat mendukacita dan memalukan rakyat Terengganu.
"Ini menunjukkan dan menggambarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu amat tidak berwibawa dan cetek di dalam pemikiran beliau sebagai pemimpin yang baru dilantik semula sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dikunjungi wakil Harakahdaily.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya menggunakan wang royalti minyak kepada projek-projek yang akan menaikkan taraf hidup rakyat dan bukannya projek-projek membazir seperti apa yang berlaku sebelum ini.
"Dengan pendapatan wang royalti minyak yang begitu lumayan pada tiap-tiap tahun seharusnya dibelanjakan untuk rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
“Kita tak mahu lagi mendengar panggilan ‘Terengganu Kaya Rakyat Miskin’," ujar bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu.
Katanya lagi, para nelayan, petani dan penoreh getah dan mereka yang bekerja di kampung-kampung masih perlu kepada pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka.
Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya pemimpin-pemimpin Umno negeri ambil iktibar dengan perangai tidak rasional yang diambil oleh Ahmad itu.
Di samping iru, ujar beliau Umno BN yang hanya menang 17 kerusi Dun dapat mengawasi projek-projek yang diberikan pada masa hadapan dilakukan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh Ahmad mengikut kehendak dan seleranya sahaja.
Beliau menegaskan, Terengganu berkehendakkan seorang Menteri Besar yang baru yang dapat memberi nafas kepada seluruh rakyat, bukan kepada 17 Dun yang dimenangi oleh BN sahaja serta cara pentadbiran yang lebih matang untuk membangunkan negeri ini.
Kerajaan minoriti buat perangai
Harakahdaily, | 14 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketika pemimpin Umno bercelaru dengan apa yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia iaitu kerajaan minoriti, Umno melalui agen-agennya menghulurkan tangan kononnya demi perpaduan.
Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar kiri) menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu.
"itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam.
"Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) mengulas isu ini.
Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%, DAP- 15.4% dan PKR-20%).
Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.
Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.
Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.
Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.
Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.
Dengan rasminya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar kiri) menolaknya manakala sebelum ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencela usaha yang disifatkan beliau berniat tidak baik itu.
"itu orang tengah lemas, saya orang tepi laut tahulah. Orang tengah lemas tidak boleh pergi dekat, kalau pergi dekat dia raba (tarik) kita tenggelam sekali," kata Tuan Guru Abdul Hadi kepada media di Kota Bharu semalam.
"Ini adalah kerajaan minoriti yang pertama dalam sejarah Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kanan) mengulas isu ini.
Dalam pilihan raya umum baru-baru ini, BN mendapat undi popular sebanyak 47 % manakala Pakatan Rakyat 49.9 peratus (PAS - 14.5%, DAP- 15.4% dan PKR-20%).
Selain itu, Pakatan juga berjaya menambah bilangan kerusi Parlimen dalam pilihan raya ini dari 82 ke 89 kerusi Parlimen.
Walaupun berkurang dari segi bilangan anggota Parlimen tetapi terbukti majoriti rakyat negara ini bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Memang kita bersyukur dan menerima takdir yang ditetapkan Allah SWT tetapi kita tidak akan redha dengan penipuan yang dilakukan," kata Dr Dzulkefly yang kalah dengan majoriti 460 undi sahaja.
Sehubungan dengan itu, katanya, PAS akan mengkaji semua penipuan ini dan akan membuat pendedahan mengenainya.
Dr Dzulkefly telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi JK Post Mortem yang dibentuk oleh PAS untuk mengkaji prestasi PAS dalam pilihan raya umum ke 13.
Pengerusi JK ini adalah Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS.
Dr Dzul berkata, tindakan Umno menggunakan pendekatan perkauman sekarang amat tidak wajar dan perlu dicela.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-5-2013
Mampat gesa tukar Menteri Besar Terengganu
Harakahdaily, | 14 Mei 2013 |
KUALA TERENGGANU: Penaung Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail kesal dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bahawa tiada rumah mampu milik di kawasan BN kalah seperti dilaporkan Bernama, kelmarin.
Katanya, kenyataan itu amat mendukacita dan memalukan rakyat Terengganu.
"Ini menunjukkan dan menggambarkan Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu amat tidak berwibawa dan cetek di dalam pemikiran beliau sebagai pemimpin yang baru dilantik semula sebagai Menteri Besar,” katanya ketika dikunjungi wakil Harakahdaily.
Beliau berkata, kerajaan seharusnya menggunakan wang royalti minyak kepada projek-projek yang akan menaikkan taraf hidup rakyat dan bukannya projek-projek membazir seperti apa yang berlaku sebelum ini.
"Dengan pendapatan wang royalti minyak yang begitu lumayan pada tiap-tiap tahun seharusnya dibelanjakan untuk rakyat miskin yang hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.
“Kita tak mahu lagi mendengar panggilan ‘Terengganu Kaya Rakyat Miskin’," ujar bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu.
Katanya lagi, para nelayan, petani dan penoreh getah dan mereka yang bekerja di kampung-kampung masih perlu kepada pembelaan kerajaan bagi menaikkan taraf hidup mereka.
Beliau berharap rakyat Terengganu khususnya pemimpin-pemimpin Umno negeri ambil iktibar dengan perangai tidak rasional yang diambil oleh Ahmad itu.
Di samping iru, ujar beliau Umno BN yang hanya menang 17 kerusi Dun dapat mengawasi projek-projek yang diberikan pada masa hadapan dilakukan secara kolektif dan bukannya ditentukan oleh Ahmad mengikut kehendak dan seleranya sahaja.
Beliau menegaskan, Terengganu berkehendakkan seorang Menteri Besar yang baru yang dapat memberi nafas kepada seluruh rakyat, bukan kepada 17 Dun yang dimenangi oleh BN sahaja serta cara pentadbiran yang lebih matang untuk membangunkan negeri ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-5-2013
Adun Alor Limbat beri kek hargai jasa jururawat
Buletin Online, | 14 Mei 2013 |
MARANG: Walau pun baru seminggu bergelar 'YB' Adun Alor Limbat, Ustaz Ariffin Deraman tidak henti-henti berputar di kawasan Dun itu menemui para pengundi dan pihak lain termasuk mengunjungi pusat kesihatan.
Bukan sekadar mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' melalui laman sosial atau melalui kad ucapan, Ariffin yang menganggap dirinya sebagai 'budak baru belajar' menghantar sendiri kek ke pusat kesihatan yang terdapat dalam Dun Alor Limbat.
"Saya hantar sendiri kek untuk menghargai jasa-jasa 'misi' (jururawat) sempena Hari Jururawat Sedunia, kebetulan ada empat buah klinik dalam Dun Alor Limbat, saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya, maklumlah 'saya budak baru belajar'," ujarnya.
Pusat kesihatan yang dilawati beliau adalah Pusat Kesihatan Kepong, Pusat Kesihatan Gelugor, Pusat Kesihatan Rawai dan Pusat Kesihatan Tasek.
Menurutnya, kek tanda ingatan itu telah diterima oleh ketua jururawat pusat kesihatan terbabit dan beliau sangat sukacita kerana para jururawat sudi dan gembira menerima pemberiannya sempena hari jururawat itu.
Ariffin turut menyeru semua pihak supaya menghargai kesihatan kerana ia adalah faktor yang penting dalam kehidupan dan sumber kekuatan produktiviti dan pembangunan insan.
Katanya, Rasulullah SAW adalah contoh seorang tokoh yang mengutamakan kesihatan dalam kehidupannya.
"Sebagai contoh, untuk mengelakkan obesiti yang boleh membawa pelbagai penyakit, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak.
"Rasulullah menjaga kesihatan dengan selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, ke medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar," ujarnya.
Pada PRU13 ini, beliau berjaya menewaskan penyandang kerusi Dun Alor Limbat daripada BN, Alias Abdullah dengan majoriti 645 undi. Alias menang pada PRU12 dengan majoriti 799 undi.
Bukan sekadar mengucapkan 'Selamat Hari Jururawat' melalui laman sosial atau melalui kad ucapan, Ariffin yang menganggap dirinya sebagai 'budak baru belajar' menghantar sendiri kek ke pusat kesihatan yang terdapat dalam Dun Alor Limbat.
"Saya hantar sendiri kek untuk menghargai jasa-jasa 'misi' (jururawat) sempena Hari Jururawat Sedunia, kebetulan ada empat buah klinik dalam Dun Alor Limbat, saya ambil kesempatan untuk memperkenalkan diri saya, maklumlah 'saya budak baru belajar'," ujarnya.
Pusat kesihatan yang dilawati beliau adalah Pusat Kesihatan Kepong, Pusat Kesihatan Gelugor, Pusat Kesihatan Rawai dan Pusat Kesihatan Tasek.
Menurutnya, kek tanda ingatan itu telah diterima oleh ketua jururawat pusat kesihatan terbabit dan beliau sangat sukacita kerana para jururawat sudi dan gembira menerima pemberiannya sempena hari jururawat itu.
Ariffin turut menyeru semua pihak supaya menghargai kesihatan kerana ia adalah faktor yang penting dalam kehidupan dan sumber kekuatan produktiviti dan pembangunan insan.
Katanya, Rasulullah SAW adalah contoh seorang tokoh yang mengutamakan kesihatan dalam kehidupannya.
"Sebagai contoh, untuk mengelakkan obesiti yang boleh membawa pelbagai penyakit, Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak.
"Rasulullah menjaga kesihatan dengan selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, ke medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar," ujarnya.
Pada PRU13 ini, beliau berjaya menewaskan penyandang kerusi Dun Alor Limbat daripada BN, Alias Abdullah dengan majoriti 645 undi. Alias menang pada PRU12 dengan majoriti 799 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-5-2013
(Seorang penyokong BN sedang memasang sepanduk anti Mat Said)
KUALA LUMPUR: Menjelang perlantikan MB Terengganu, Datuk Ahmad Said untuk penggal keduanya, pelbagai peristiwa berlaku termasuklah ugut mengugut dan sebagainya.
Harakah turut mengesan beberapa sepanduk yang dipasang oleh ahli dan menyokong Umno-BN Terengganu kerana tidak berpuas hati dengan perlantikan Adun Kijal itu ke jawatan Menteri Besar.
Antara tulisan protes yang dibuat "Kami Serik Doh Mat Said..5 Tahun Jadi MB", "Apa Ertinya MB Setahun Sahaja Duhai Najib", "Daulat Tuanku, Kami Tak Mahu Mat Said Jadi MB", "Mat Said Jadi MB Hilang Balok Terengganu", "Mat Said Jadi-jadilah Jadi MB", "Orang Mude Tak Mahu",yang dipasang di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
Ikuti ulasan Harakah mengenai isu ini dalam edisinya Jumaat ini.
Ugut mengugut akhirnya Ahmad Said kekal MB
Harakah, | 14 Mei 2013 |

Pilihanraya sebagai medan perlaksanaan sistem demokrasi bukan hanya bermakna memangkah kertas undi, tapi demokrasi juga bermakna pengundi yang ingin memilih perlu diberikan hak dan kebebasan, tanpa tekanan, tanpa ugutan serta tanpa sogokan walau atas nama apa sekalipun pemberian tersebut.
Kempen pilihanraya adalah pertandingan agenda parti melawan agenda parti, idea melawan idea, manifesto melawan manifesto. Kalau inilah makna dan amalan demokrasi di Malaysia, mungkin lanskap politik Malaysia sudah lama berbeda. Tapi hakikatnya kita belum sepenuhnya mencapai tahap kematangan demokrasi.
Kalah menang sesuatu parti dalam pilihanraya faktornya pelbagai. Ianya lumrah dalam sesuatu perjuangan. Tiada ada yang perlu ditangisi dan dikesalkan bagi yang kalah.
Postmortem adalah proses untuk meneliti semula segala faktor, data, maklum balas, kritikan, pujian, cadangan, penambahbaikan dan sebagainya dalam rangka untuk membentuk pelan bertindak yang lebih mantap bagi menempuh hari depan perjuangan yang tentunya lebih mencabar, berstrategi dan bergerak pantas.
Ketika gelombang penolakkan terhadap Umno BN terlalu ketara, ramai yang terkejut dan terkedu akan ketidakmampuan Jabi dikembalikan kepada PAS. Diketika mood rakyat serta suasana kempen berada di pihak kita, natijah akhirnya berbeza walaupun dengan sedikit peningkatan.
Postmortem lanjut mendapati, antara faktor utamanya, masyarakat Melayu luar bandar seperti Jabi masih longlai dengan wang. Taburan wang dengan jumlah yang sangat besar terutamanya menjelang 3 hari terakhir kempen berhasil menaikkan graf sokongan kepada Umno BN secara mendadak. Dengan jumlah antara RM350 – RM500 seorang yang diagihkan secara berleluasa, kita meyakini jumlah keseluruhan yang diperuntukkan mencecah jutaan ringgit.
Terima pitih bukan terima saja. Kena pulak sumpah taklik.
“Ambo ambik pitih ni dan ambo bersumpah dengan nama Allah akan pakoh BN dalam pilihanraya ni. Kalu ambo dok pakoh BN, jatuh talak terhadap isteri ambo.”
Ternyata sumpah ini mengikat ramai orang. Suka atau tidak, ambo mesti pakoh BN! Kita menerima hakikat ini dengan kesedaran bahawa tahap kefahaman dan penghayatan agama masyarakat Jabi masih di tahap sederhana.
Ini suatu cabaran besar yang perlu ditempuh dalam rangka untuk membangunkan jiwa pengundi yang mantap, kebal dan kukuh dengan prinsip dan keyakinan terhadap kebenaran lantas mereka tidak mampu dibeli dengan mudah.
Bukti pengagihan wang dengan jumlah yang sangat banyak dikukuhkan lagi apabila suara-suara tidak berpuas hati di kalangan Umno kedengaran di sana-sini. “Dok padan dengan pitih hok kito bui, menang banyok ni jah!”
“Sepatutnya kito kena menang paling kurang 1,500,” itulah antara ungkapan yang kedengaran umpama rumah siap, pahat berbunyi. Bermakna dengan majoriti 782 yang diperolehi, ramai di kalangan ‘kepala-kepala’ Umno Jabi merasakan meraka kalah dalam menang. Apatah lagi ketika Dun-Dun lain dalam Setiu menunjukkan peningkatan ketara majoriti kemenangan BN, Jabi adalah sebaliknya.
Di samping mengucapkan tahniah dan mengucapkan selamat memikul amanah kepada YB Mohd Iskandar Jaafar yang saya anggap sebagai rakan walaupun kita berbeda wadah perjuangan, suka saya memberikan pandangan bahawa masalah sosial anak-anak muda Jabi adalah antara cabaran terbesar yang perlu ditempuh. PRU13 sudah berakhir. Rakyat sudah membuat keputusan. Walau dengan apa pun faktor, YB telah diangkat sebagai wakil rakyat Jabi.
Masalah dadah dan pil khayal adalah antara barah perosak di bumi Jabi yang kita cintai ini. YB perlu melihat dengan serius dakwaan beserta bukti bagaimana mudahnya dan berleluasanya bekalan pil khayal diperolehi sepanjang tempoh kempen PRU baru-baru ini. Siapa yang mengagihkannya? Dari mana dana diperolehi? Penerimanya juga tentunya bukan pengundi PAS.
Walaupun medan demokrasi memperuntukkan hanya satu undi untuk seorang pengundi, walau siapa pun status mereka, saya tetap melihat tindakan membiarkan orang muda hanyut asalkan mereka mengundi BN adalah suatu kesilapan besar jangka pendek dan jangka panjang.
Saya tidak menuduh dan menyalahkan sesiapa atas gejala yang sangat mendukacitakan ini, biarlah ianya disiasat sedetailnya oleh pihak berkuasa.
Bagi PAS, kita bekerja bukan hanya untuk mendapat undi sahaja, tetapi juga untuk membina manusia. Kita tidak beramal dengan kaedah, apa nak jadi pun biarkanlah, asalkan dapat undi! Walau jalannya mungkin jauh dan sukar…
Penulis ialah Naib Yang Dipertua PAS Setiu dan calon PAS di Dun Jabi pada PRU13.
Sumpah taklik, pil khayal warnai kempen PRU?
Dr Azman Ibrahim, | 15 Mei 2013 |
PRU telah menjangkau kali yang ke-13, jika bagi seseorang manusia, usia 13 tahun adalah usia baligh atau menghampiri baligh. Usia menuju tempoh kematangan. Usia peralihan fasa hidup seorang manusia.

Sumber HD - 15-5-2013
Ahmad Said tidak layak jadi Menteri Besar - Mustafa
Muhammad Faizal, | 15 Mei 2013 |
SHAH ALAM: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyelar tindakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang menyatakan pembinaan rumah mampu milik hanya akan dibina di kawasan Dun yang dimenangi Barisan Nasional (BN) sahaja.
“Sebagai Menteri Besar kita jangan meletakkan diri kita setaraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar, tindakan tersebut juga menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar.
"Membina rumah kos rendah ini adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi tanggungjawab dia bagi memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi.
Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini.
"Semua ini disebabkan oleh sikap balas dendam dan peribadi, sepatutnya sebagai sebuah negara maju politik sedemikian sudah tidak ada lagi dalam negara ini," kata beliau mengulas kenyataan Ahmad yang meminta rakyat di kawasan Parlimen dan Dun dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Mustafa berkata, jika cukai yang diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan Rakyat yang menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan masalah.
"Duit yang diambil dari cukai rakyat jika dikembalikan kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk kita meneruskan menyediakan kemudahan kepada rakyat.
"Tapi ini tidak berlaku, kerajaan jangan ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa yang menjadi kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat bukannya kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih.
"Ahmad ini tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih, hentikan politik balas dendam serta bersifat peribadi tetapi jika ini yang beliau tekankan saya rasa beliau tidak layak menjadi seorang Menteri Besar," jelasnya.
Beliau yang berharap sebagai rakyat yang perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh kerajaan.
Ini, katanya proses demokrasi apabila pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab untuk semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun BN.
Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu).
SUA PAS : http://www.youtube.com/watch?v=j0kAe3eGUSM
“Sebagai Menteri Besar kita jangan meletakkan diri kita setaraf Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab.
"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh seorang Menteri Besar, tindakan tersebut juga menunjukkan beliau tidak layak menjadi Menteri Besar.
"Membina rumah kos rendah ini adalah tanggungjawab kerajaan yang dipilih, siapa pun kerajaan menjadi tanggungjawab dia bagi memberi kemudahan kepada rakyat," ujar beliau kepada Harakahdaily.
Katanya lagi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad itu merupakan politik balas dendam serti bersifat peribadi.
Beliau berkata, politik balas dendam intu tidak sepatutnya berlaku di dalam negara ini.
"Semua ini disebabkan oleh sikap balas dendam dan peribadi, sepatutnya sebagai sebuah negara maju politik sedemikian sudah tidak ada lagi dalam negara ini," kata beliau mengulas kenyataan Ahmad yang meminta rakyat di kawasan Parlimen dan Dun dimenangi Pakatan Rakyat meminta bantuan daripada wakil rakyat yang mereka pilih.
Mustafa berkata, jika cukai yang diperolehi dari rakyat dikembalikan kepada calon Pakatan Rakyat yang menang di sesebuah kawasan parlimen, ia tidak menimbulkan masalah.
"Duit yang diambil dari cukai rakyat jika dikembalikan kepada Pakatan Rakyat pasti tidak timbul masalah untuk kita meneruskan menyediakan kemudahan kepada rakyat.
"Tapi ini tidak berlaku, kerajaan jangan ingat itu duit Barisan Nasional atau Umno, dan siapa yang menjadi kerajaan ia bertanggungjawab sepenuhnya kepada rakyat setempat bukannya kepada mereka yang menyokong sahaja," tegasnya.
Beliau mengulangi bahawa kerajaan Terengganu tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih.
"Ahmad ini tidak faham apa itu tanggungjawab sebuah kerajaan yang dipilih, hentikan politik balas dendam serta bersifat peribadi tetapi jika ini yang beliau tekankan saya rasa beliau tidak layak menjadi seorang Menteri Besar," jelasnya.
Beliau yang berharap sebagai rakyat yang perihatin seharusnya tahu bahawa tindakan seperti itu tidak wajar dilakukan oleh kerajaan.
Ini, katanya proses demokrasi apabila pilihanraya selesai, maka siapa yang dipilih bertanggungjawab untuk semua rakyat tanpa mengira mereka menyokong Pakatan Rakyat ataupun BN.
Pada PRU13 ini, BN Terengganu kekal memerintah apabila memenangi 17 kerusi daripada 32 Dun manakala PAS (14) dan PKR (satu).
SUA PAS : http://www.youtube.com/watch?v=j0kAe3eGUSM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD -15-5-2013
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menafikan Kerajaan PAS yang memerintah dari tahun 1999 sehingga 2004 tidak memberi peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang menjadi pembangkang ketika itu.
Justeru, beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memeriksa rekod-rekod kewangan semasa kerajaan PAS memerintah untuk mendapat maklumat sebenarnya, lapor Buletin Online.
"Saya nak nafi, bila disebut (oleh Ahmad) dikatakan semasa kita (PAS) memerintah dulu kita tak pernah bagi (peruntukan Adun kepada wakil BN) tidak betul, kita bagi.
"Boleh tengok rekodlah, boleh check (semak) rekod dengan pejabat kewangan, dengan pejabat SUK, tengok rekod masa kita memerintah dulu, ada peruntukan itu dan kita bagi melalui saluran-saluran yang telah ditetapkan," tegasnya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS negeri, semalam.
Beliau berkata, apabila PAS memberi peruntukan tersebut kepada empat wakil rakyat pembangkang (BN) pada masa itu, ia telah menjadi 'ancaman politik' kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).
Beliau yang menjadi Exco kerajaan ketika itu berkata, apabila mereka merasa terancam dan wakil Umno Terengganu telah mengusulkan dalam Perhimpunan Agung Umno supaya royalti minyak ditarik dari kerajaan negeri ketika itu.
Menurutnya, selepas kerajaan Persekutuan merampas wang royalti minyak itu, kerajaan PAS Terengganu tidak lagi memberikan peruntukan kepada wakil-wakil pembangkang.
Oleh itu, beliau mahu kerajaan baru Terengganu selepas Pilihan raya Umum ke-13 lalu agar mengamalkan politik yang lebih matang dan tidak berpolitik secara 'kampungan'.
Sewaktu kerajaan PAS memerintah negeri pada 1999-2004, Ahmad tidak menjadi wakil rakyat kerana tewas kepada calon PAS di Dun Kijal.
PAS beri peruntukan, Ahmad Said boleh semak
Harakahdaily, | 17 Mei 2013 |

Sumber HD - 17-5-2013
Bila hospital baru Kemaman akan dibina
Buletin Online, | 19 Mei 2013 |
KEMAMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Chukai, Hanafiah Mat (gambar) meminta kerajaan menjelaskan kedudukan Hospital Kemaman yang dilaporkan mahu dibina baru bagi menggantikan hospital sedia ada di Jalan Da' Omar, di sini.
Menurutnya, hospital tersebut yang mula dibina pada tahun 1946 walau pun dipertingkatkan kemudahannya dengan bangunan baru pada tahun 1998, masih belum menampung jumlah penduduk daerah ini.
Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sudah berjanji akan pembinaan hospital baru dimulakan pada akhir tahun 2012, namun janji tersebut belum dilaksanakan.
"Bekas Adun Chukai sudah berkali-kali minta dipercepatkan pembinaan hospital baru, sekarang saya selaku Adun Chukai menggesa ianya disegerakan memandangkan pertambahan penduduk dan keperluan semasa.
"MB pada bulan Ogos tahun lalu kata Hospital Kemaman bernilai RM200 juta akan dibina akhir tahun itu apabila semua proses siap dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, tapi sebatang tiang hospital baru pun tak nampak," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi para pesakit yang terlantar di wad Hospital Kemaman, kelmarin.
Menurut Hanafiah lagi, kerajaan juga perlu memutuskan kedudukan hospital sedia ada kerana beliau dimaklumkan hospital baru yang akan dibina itu bukan dalam Dun Chukai, tetapi dalam kawasan Dun Kijal.
Justeru itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan mengekalkan hospital sedia ada walaupun hospital baru siap kelak.
"Saya minta kementerian mengekalkan hospital ini, mungkin boleh dijadikan Hospital Chukai kalau hospital baru bagi daerah Kemaman siap kelak kerana ia akan jadi satu pembaziran sekiranya bangunan dan peralatan yang ada dilupuskan begitu sahaja," ujarnya.
Menurutnya, hospital tersebut yang mula dibina pada tahun 1946 walau pun dipertingkatkan kemudahannya dengan bangunan baru pada tahun 1998, masih belum menampung jumlah penduduk daerah ini.
Katanya, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said sudah berjanji akan pembinaan hospital baru dimulakan pada akhir tahun 2012, namun janji tersebut belum dilaksanakan.
"Bekas Adun Chukai sudah berkali-kali minta dipercepatkan pembinaan hospital baru, sekarang saya selaku Adun Chukai menggesa ianya disegerakan memandangkan pertambahan penduduk dan keperluan semasa.
"MB pada bulan Ogos tahun lalu kata Hospital Kemaman bernilai RM200 juta akan dibina akhir tahun itu apabila semua proses siap dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya, tapi sebatang tiang hospital baru pun tak nampak," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi para pesakit yang terlantar di wad Hospital Kemaman, kelmarin.
Menurut Hanafiah lagi, kerajaan juga perlu memutuskan kedudukan hospital sedia ada kerana beliau dimaklumkan hospital baru yang akan dibina itu bukan dalam Dun Chukai, tetapi dalam kawasan Dun Kijal.
Justeru itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan mengekalkan hospital sedia ada walaupun hospital baru siap kelak.
"Saya minta kementerian mengekalkan hospital ini, mungkin boleh dijadikan Hospital Chukai kalau hospital baru bagi daerah Kemaman siap kelak kerana ia akan jadi satu pembaziran sekiranya bangunan dan peralatan yang ada dilupuskan begitu sahaja," ujarnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD 19-5-2013
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut menyifatkan kehadiran 'tenaga muda' tersebut akan memberikan 'orang lama' sepertinya sedikit masa untuk berehat kerana lebih banyak ruang berhujah dan berdebat akan diberikan kepada mereka, lapor Buletin Online.
Beliau berharap 'pemikiran orang muda' daripada Adun PAS akan meningkat kualiti perbahasan Dun kepada lebih baik dan mengubah trend politik masa depan kepada 'politik bermaklumat'.
“Insya Allah, kita (PAS) ada ramai suara orang muda yang jadi Adun dan saya boleh berehat sikitlah. Cuma saya harap peluang yang diberikan ini digunakan sebaik mungkin dan mereka perlu berkhidmat dengan baik.
“Mereka mesti jadi Adun yang baik dan wakil rakyat yang baik. Ini tugas mereka sebagai Adun dan peranan mereka dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) nanti. Di kawasan masing-masing, saya harap mereka dapat menjalankan tugas dengan baik dan berkesan,” ujarnya ketika berucap pada majlis kesyukuran di Pengkalan Berangan, Marang, kelmarin.
Pada PRU13 baru-baru ini, empat daripada lima calon Dewan Pemuda PAS negeri berjaya memenangi kerusi yang ditandingi.
Mereka terdiri daripada ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah selaku Adun Bukit Payong, timbalan, Ustaz Ridzuan Hahim (Teluk Pasu) dan dua exco, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim (Tepoh) dan Ustaz Hilmi Harun (Manir).
Suara pemuda PAS akan gegar Dun Terengganu
Harakahdaily, | 20 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Kehadiran ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kalangan orang muda PAS akan menjadikan persidangan Dun Terengganu penggal ini lebih menarik dan panas.