RCI: BN kerajaan haram yang perlu dijatuhkan
Hazayani Zakaria, | 04 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan BN boleh disifatkan sebagai 'kerajaan haram' kerana menang melalui penipuan di Sabah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Beliau berkata, pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah pada tahun 90-an dahulu secara jelas bertujuan memenangkan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU).
Justeru tegasnya, rakyat mesti menjatuhkan kerajaan BN melalui PRU 13 dan memastikan tida berlaku penipuan dalam proses pilihan raya.
"Skandal beri kad pengenalan dan daftar pemilih (di Sabah) betul-betul untuk memenangkan BN. Kalau satu juta orang didaftar di Sabah untuk memenangkan BN, ertinya kerajan BN sekarang ini kerajaan haram kerana menang secara haram di Sabah.
"Oleh sebab itu rakyat Malaysia mesti menjatuhkan kerajaan haram ini dalam pilihan raya akan datang," kata beliau sewaktu berucap di Majlis Minum Petang Pasca Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) KL112 anjuran Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju semalam.
Mohamad juga berkata, akibat skandal pemberian kad pengenalan itu, beberapa orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana tidak mahu ia terbongkar.
"Kalau ikutkan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah orang yang paling khianat kerana terlibat dalam skandal pemberian kad pengenalan ini.
"Masa saya ditahan di Kem Kamunting dahulu, ada beberapa orang ditahan di bawah ISA kerana membuat kad pengenalan.
"Sepatutnya mereka didakwa di mahkamah kerana mengkhianati negara. Tapi kenapa di bawah ISA? Sebab kalau diakwa di mahkamah akan terbongkar skandal buat kad pengenalan ini," katanya.
Rakyat jadi Pemantau
Sementara itu, dalam majlis yang sama, ahli jawatankuasa Bersih, Hishamuddin Rais berkata, semua orang berperanan sebagai pemantau sewaktu hari mengundi bagi mengenal pasti kewujudan pengundi hantu.
"Pemantau memang memerlukan bantuan semua orang. Hari mengundi nanti semua pakai baju kuning, hijau dan merah, keluar dan perhatikan pengundi hantu yang hadir dengan pelbagai cara," katanya.
Katanya, jika masih berlaku penipuan pada PRU 13, rakyat akan turun ke jalan raya sekali lagi bagi membantah pilihan raya yang tidak telus.
"Kerajaan hari ini kerajaan haram kerana undi popular adalah di Semenanjung. BN hanya menang besar di Sabah. Jadi Najib jangan cakap besar dan kalau mereka tipu lagi, kita akan turun lagi ke jalan raya," katanya.
Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad, Yang DiPertua PAS Kawasan Wangsa Maju, Dr Rainey, Penyelaras Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-2-2013
Sumber HD - 25-4-2013
WARGA EXPRESS : http://www.youtube.com/watch?v=0CNLYDgTe44&feature=youtu.be
TVP - 3-5-2013
KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.
(Mohamad Sabu yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih...inilah yang beliau bimbangi selama ini dan beliau menjadi salah satu mangsanya.)
Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.
Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.
Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.
Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai.
"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.
Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.
Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.
Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.
Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.
Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.
'This is KL, not Dhaka' video rakyat Malaysia mesti tonton
http://sozcyili.blogspot.com, | 11 Feb 2013 |
Harap kita elakkan dari menyalahkan sesama kita. Tumpu kepada penyelesaian masalah. Lepas tu kalau boleh, cuba faham dan jangan la asyik nak hentam orang Melayu dalam isu ni. Minta fahamkan suasana. Kesan buruk yang akan timbul kalau perkara ini tidak disekat.
Lihat http://sozcyili.blogspot.com/2013/02/video-yang-rakyat-malaysia-mesti-tonton.html

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-2-2013
(Gambar kad pengenalan warga Pakistan yang diambil dari video)
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 5,000 warga asing yang mendapat taraf warganegara sewaktu projek IC Sabah kini didakwa telah dipindahkan ke Kuala Selangor untuk tujuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Difahamkan usaha perpindahan itu dibuat sejak beberapa tahun lalu dan melibatkan beberapa kawasan di negara ini khususnya Selangor.
Seorang warga Pakistan, Nasib Parwali (gambar) yang mendapat taraf kewarganegaraan dalam projek IC Sabah, mengaku beliau telah ditukar alamat dari Sabah ke Kuala Selangor dua tahun lalu.
"Ini buat dekat Sabah dulu, tapi sekarang alamat sudah tukar sini (Kuala Selangor) lah.
"Sekarang undi di sini Insya Allah," katanya dalam satu rakaman video yang diserahkan satu sumber kepada Harakahdaily.
Dalam video itu juga menunjukkan My Kad Nasib, yang beralamat di Jalan Kuala Selangor, Batt 8, Kampung Ijok Batang Berjuntai.
Beliau juga mendakwa setiap warga asing perlu membayar RM300 untuk mendapatkan borang memohon kad pengenalan itu daripada ejen.
Selepas itu, sejumlah RM6000 hingga RM10000 lagi perlu dibayar apabila mahu mengambil kad pengenalan tersebut.
"Dulu IC hitam, sekarang dah tukar (My Kad) dekat Putrajaya," katanya.
Sebelum ini, bekas menteri, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, 200,000 pendatang asing yang mendapat kad pengenalan di Sabah dipindah ke Semenanjung dan kebanyakannya ke Selangor.
Mereka dijangka akan mengundi dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Kesan pilihan raya
(Cetakan dari laman web SPR selepas dimasukkan nombor kad pengenalan Nasib)
Semakan Harakahdaily dengan laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga mengesahkan, Nasib akan mengundi di Ijok dalam pilihan raya umum akan datang ini.
Beliau didaftarkan untuk mengundi di Pekan Ijok, dalam DUN Ijok di bawah Parlimen Kuala Selangor.
Ijok adalah DUN yang diwakili oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Beliau menang dengan majoriti 1920 undi dalam pilihan raya ke 12 lalu.
Parlimen Kuala Selangor pula diwakili oleh AJK PAS Pusat Dr Dzulkefli Ahmad. Beliau menang dalam pilihan raya umum lalu dengan majoriti 862 undi.
Jika apa yang dibuat ini benar-benar berjaya, kedua-dua calon Pakatan ini bakal kalah dalam pilihan raya umum nanti.
5,000 dari projek IC Sabah pindah ke K. Selangor?
Harakahdaily, | 19 Feb 2013 |

Sumber HD - 19-2-2013
RCI: Pemastautin tetap undi dalam 3 pilihanraya
Harakahdaily, | 23 Feb 2013 |
KOTA KINABALU: Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat (RCI) pendatang di Sabah diberitahu hari ini.
Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin, lapor Malaysiakini.
"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.
Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.
Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.
Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.
"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.
Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.
Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin, lapor Malaysiakini.
"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.
Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.
Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.
Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.
Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.
"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.
Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-2-2013
Agenda menyekat pendatang asing perlu
Dr Rajiee Hadi, |
BARISAN Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) patut menyebut dalam akujanji atau manifesto masing-masing bagaimana mahu membendung kemasukan menggila pendatang asing ke negara kita. Kemasukan pendatang asing ke Malaysia ada yang dikategorikan pendatang tanpa izin/haram (PATI), pendatang tanpa permit, pendatang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pendatang yang menyalahi peraturan-peraturan lain imigresen.
BN sebagai kerajaan yang memerintah lebih 55 tahun sepatutnya ada pelan pembangunan yang terkawal dan tidak amat bergantung kepada pendatang asing.
Mencontohi Singapura negara maju yang membangun era 1970-an adalah wajar. Singapura telah 'menghalau atau mengusir' pekerja-pekerja asing yang membanjiri republik itu suatu ketika dahulu. Apabila negara tersebut tidak lagi bergantung sangat kepada pekerja asing separuh mahir maka Singapura dapat membendung pelbagai gejala sosial yang kita sedia maklum.
Kini difahamkan jika kita meninjau di beberapa lokasi hospital kerajaan contohnya Hospital Serdang, Selangor , saban hari akan adanya kelahiran anak-anak pekerja lndonesia, Vietnam, Myanmar, lndia, Bangladesh, Filipina bahkan Afrika! Itu hanya contoh kelahiran di sebuah hospital. Dan bagaimana pula kelahiran di luar hospital dan seumpamanya?
Tidakkah ini memberi impak masalah dan beban sosial pada masa akan datang.? Bak kata seorang teman; bukan mustahil pula 20-30 tahun akan datang pendatang asing contohnya pendatang Vietnam ini akan menzahirkan tanpa segan-silu keperluan bahasa Vietnam akan diajukan pula di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan macam-macam perkara yang bukan mustahil kelak.
Justeru adalah bukan cerita lawak jika dikatakan pendatang asing kini telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah.
Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka kian ramai sudah pun ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Itu belum termasuk pendatang asing yang lain. Mereka kini bebas ke mana-mana. Seolah-olah mereka telah ‘menawan’ negara kita .Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang asing termasuk pati bekerja di sektor yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu penggunaan frasa 'menawan' bagaikan mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tidak begitu berkesan lagi menangani pelbagai karenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengakui penguat kuasa Dewan Banda Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang berniaga di gerai-gerai, pasar awam dan sebagainya. Ini baru kesalahan kecil yang belum lagi termasuk jenayah besar dan sofistikated.
Maka negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang berbagai-bagai kategori pendatang dari seluruh dunia. Dan kita dapati semakin hari semakin galak kehadiran dan jumlahnya makin bertambah.
Pelbagai berita jenayah oleh pendatang yang serius tersiar dalam media elektronik dan media cetak hampir setiap hari bagaikan sudah menjadi semacam fiksyen hiburan.
lsunya kini dalam kempen-kempen PRU 13; baik BN mahupun PR adakah mana-mana pihak mahu membangkitkan isu membendung kebanjiran pendatang asing ini? Apakah isu seperti ini tidak disedari oleh parti-parti politik yang bertanding? Adakah pihak berkenaan tidak menyedari bahawa ini boleh memberi banyak kredit patriotik kepada parti mereka pada masa berkempen sekarang? Terserahlah kepada mereka.
DR RAJIEE HADI,
Bandar Bukit Mahkota, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
BN sebagai kerajaan yang memerintah lebih 55 tahun sepatutnya ada pelan pembangunan yang terkawal dan tidak amat bergantung kepada pendatang asing.
Mencontohi Singapura negara maju yang membangun era 1970-an adalah wajar. Singapura telah 'menghalau atau mengusir' pekerja-pekerja asing yang membanjiri republik itu suatu ketika dahulu. Apabila negara tersebut tidak lagi bergantung sangat kepada pekerja asing separuh mahir maka Singapura dapat membendung pelbagai gejala sosial yang kita sedia maklum.
Kini difahamkan jika kita meninjau di beberapa lokasi hospital kerajaan contohnya Hospital Serdang, Selangor , saban hari akan adanya kelahiran anak-anak pekerja lndonesia, Vietnam, Myanmar, lndia, Bangladesh, Filipina bahkan Afrika! Itu hanya contoh kelahiran di sebuah hospital. Dan bagaimana pula kelahiran di luar hospital dan seumpamanya?
Tidakkah ini memberi impak masalah dan beban sosial pada masa akan datang.? Bak kata seorang teman; bukan mustahil pula 20-30 tahun akan datang pendatang asing contohnya pendatang Vietnam ini akan menzahirkan tanpa segan-silu keperluan bahasa Vietnam akan diajukan pula di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan macam-macam perkara yang bukan mustahil kelak.
Justeru adalah bukan cerita lawak jika dikatakan pendatang asing kini telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah.
Pendatang Myanmar yang tidak kita sedar kehadiran mereka kian ramai sudah pun ditangkap di Kuala Lumpur dan di Johor Bahru. Itu belum termasuk pendatang asing yang lain. Mereka kini bebas ke mana-mana. Seolah-olah mereka telah ‘menawan’ negara kita .Bahkan ada syarikat yang menggunakan pendatang asing termasuk pati bekerja di sektor yang menyalahi undang-undang.
Oleh itu penggunaan frasa 'menawan' bagaikan mereka sudah 'menguasai kita' sehingga jabatan penguat kuasa pun tidak begitu berkesan lagi menangani pelbagai karenah jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengakui penguat kuasa Dewan Banda Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap pendatang asing yang berniaga di gerai-gerai, pasar awam dan sebagainya. Ini baru kesalahan kecil yang belum lagi termasuk jenayah besar dan sofistikated.
Maka negara kita yang aman makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi', mengundang berbagai-bagai kategori pendatang dari seluruh dunia. Dan kita dapati semakin hari semakin galak kehadiran dan jumlahnya makin bertambah.
Pelbagai berita jenayah oleh pendatang yang serius tersiar dalam media elektronik dan media cetak hampir setiap hari bagaikan sudah menjadi semacam fiksyen hiburan.
lsunya kini dalam kempen-kempen PRU 13; baik BN mahupun PR adakah mana-mana pihak mahu membangkitkan isu membendung kebanjiran pendatang asing ini? Apakah isu seperti ini tidak disedari oleh parti-parti politik yang bertanding? Adakah pihak berkenaan tidak menyedari bahawa ini boleh memberi banyak kredit patriotik kepada parti mereka pada masa berkempen sekarang? Terserahlah kepada mereka.
DR RAJIEE HADI,
Bandar Bukit Mahkota, Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-4-2013
WARGA EXPRESS : http://www.youtube.com/watch?v=0CNLYDgTe44&feature=youtu.be
TVP - 3-5-2013
Saya kalah dengan kad pengenalan palsu - Mohamad Sabu
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: "Bayangkan ada saluran dalam kawasan pilihan raya saya, orang keluar mengundi 99 peratus," kata Haji Mohamad Sabu menceritakan bagaimana beliau boleh kalah dalam pilihan raya ini.
(Mohamad Sabu yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih...inilah yang beliau bimbangi selama ini dan beliau menjadi salah satu mangsanya.)
Ekoran itu, beliau yakin, modus operandi Terengganu 2004 digunakan untuk mengalahkan beliau dalam pilihan raya kali ini.
Dalam pilihan raya 2004, kerajaan negeri Terengganu di bawah PAS berjaya dijatuhkan selepas satu penggal memerintah.
Puncanya adalah kenaikan mendadak peratusan keluar mengundi sehingga 90 peratus untuk sesetengah DUN dan kawasan Parlimen.
Mohamad Sabu berkata, beliau kalah dengan besar di DUN Sungai Tiang iaitu di kawasan orang Thai.
"Saya kalah dengan undi orang Thai kali ini. Saya mengesyaki mereka diberikan kad pengenalan untuk mengundi atau penggunaan kad pengenalan palsu. Sebab itulah jumlah keluar mengundi di kawasan mereka meningkat kepada 99 peratus," kata Mohamad.
Dalam pilihan raya ini, Mohamad kalah di Parlimen Pendang dengan majoriti 2,638 undi. Beliau tewas di tangan calon BN Datuk Othman Abdul.
Walaupun menang di DUN Tokai dengan majoriti 5,833 undi, calon PAS tewas dengan majoriti 6, 994 undi di DUN Sungai Tiang.
Di Sungai Tiang, ramai pengundi Siam yang tinggal dan mengundi di sini.
Mohamad yakin, banyak kad pengenalan palsu di keluarkan untuk mengalahkan beliau kali ini.
Peratusan keluar mengundi di Sungai Tiang adalah 89.31 peratus, satu angka yang sangat besar dalam sejarah pilihan raya umum di negara ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013
No comments:
Post a Comment