PAS sasar sejuta sukarelawan hadapi PRU13
Salmiyah Harun, | 05 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS mensasarkan paling kurang sejuta sukarelawan bagi membantu parti itu dan Pakatan Rakyat agar berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13 nanti.
Keahlian sukarelawan itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam membantu PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya itu nanti.
Menurut Pengarah Sukarelawan PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi tawaran itu terbuka kepada rakyat Malaysia yang berminat termasuklah yang tinggal di luar negara.
"Keahlian terbuka kepada semua kaum, semua bangsa dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak, pendaftaran adalah percuma dan boleh dibuat secara 'on-line'," katanya kepada Harakahdaily.
Mereka yang berminat boleh mendaftar secara on-line di laman web rasmi PAS iaitu www.pas.org.my/ dan boleh memilih bidang yang bersesuaian.
Antara bidang yang disenaraikan termasuklah kebajikan, keselamatan, pemantau, penerangan, perayu undi, tampal poster serta teknologi maklumat.
Pendaftaran Sukarelawan PRU13 telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam program Himpunan Perdana Ummah Menyokong PAS di sebuah hotel di Ampang, Ahad lalu. (Foto atas oleh Nasir Sudin)

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-2-2013
Sukarelawan PRU13 masih dibuka, latihan malam ini
Anis Nazri, | 20 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) akan menganjurkan siri latihan kepada orang awam yang berminat menjadi sukarelawan Pemantau, hari ini.
Siri latihan itu diadakan di Dewan Perhimpunan China KL dan Selangor, Jalan Maharajalela, bermula jam 7 malam ini.
Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata latihan itu diadakan bertujuan meningkatkan aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihan raya yang bebas dan adil.
Latihan itu, katanya bagi memberikan pendedahan kepada para sukarelawan yang akan berperanan sebagai pemantau pada pilihan raya umum ke-13.
"Malaysia memerlukan mata dan telinga untuk memantau perjalanan sistem pilihan raya bagi mengelakkan atau mencegah dari berlakunya salah laku dan penyelewengan sepanjang kempen pilihan raya.
"Atas sebab itu, para sukarelawan perlu diberi latihan bagi memastikan mereka tahu dan memahami secara jelas peranan penting mereka," kata beliau kepada media.
Pemantau, yang dilancarkan sebelum ini oleh Mafrel, Bersih 2.0 dan Pusat Komas, telah memulakan taklimat dan latihan ke seluruh negara dan telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 2,000 sukarelawan.
Bagaimanapun, kata Syed, Pemantau masih memerlukan lebih ramai sukarelawan menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mendokumenkan insiden-insiden penipuan dan penyelewengan.
Tambah beliau, laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran parlimen begitu membimbangkan dan memerlukan lebih ramai pemantau.
Selain di Dewan Perhimpunan China, siri latihan juga turut diadakan pada 23 Feb di Ipoh, Perak, 24 Feb (Kolej Han Chiang, Pulau Pinang), 27 Feb (Dewan Perhimpunan China) dan 1 Mac (Terengganu).
Bagi orang awam yang berminat untuk menjadi sukarelawan Pemantau, boleh berdaftar di laman web www.pru13.info atau ketika hadir sesi latihan.
Siri latihan itu diadakan di Dewan Perhimpunan China KL dan Selangor, Jalan Maharajalela, bermula jam 7 malam ini.
Pengerusi Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata latihan itu diadakan bertujuan meningkatkan aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihan raya yang bebas dan adil.
Latihan itu, katanya bagi memberikan pendedahan kepada para sukarelawan yang akan berperanan sebagai pemantau pada pilihan raya umum ke-13.
"Malaysia memerlukan mata dan telinga untuk memantau perjalanan sistem pilihan raya bagi mengelakkan atau mencegah dari berlakunya salah laku dan penyelewengan sepanjang kempen pilihan raya.
"Atas sebab itu, para sukarelawan perlu diberi latihan bagi memastikan mereka tahu dan memahami secara jelas peranan penting mereka," kata beliau kepada media.
Pemantau, yang dilancarkan sebelum ini oleh Mafrel, Bersih 2.0 dan Pusat Komas, telah memulakan taklimat dan latihan ke seluruh negara dan telah berjaya mengumpulkan lebih kurang 2,000 sukarelawan.
Bagaimanapun, kata Syed, Pemantau masih memerlukan lebih ramai sukarelawan menjelang pilihan raya umum ke-13 bagi mendokumenkan insiden-insiden penipuan dan penyelewengan.
Tambah beliau, laporan salah laku dan keraguan pilihan raya sebelum pembubaran parlimen begitu membimbangkan dan memerlukan lebih ramai pemantau.
Selain di Dewan Perhimpunan China, siri latihan juga turut diadakan pada 23 Feb di Ipoh, Perak, 24 Feb (Kolej Han Chiang, Pulau Pinang), 27 Feb (Dewan Perhimpunan China) dan 1 Mac (Terengganu).
Bagi orang awam yang berminat untuk menjadi sukarelawan Pemantau, boleh berdaftar di laman web www.pru13.info atau ketika hadir sesi latihan.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-2-2013
Begitu juga apa yang dilakukan oleh aktivis-aktivis anak muda di Kelantan, bahkan seluruh negara hari ini. Ia lahir dari kesedaran betapa pilihan raya yang baik mesti diwujudkan. Ia mestilah dapat dirasai oleh rakyat dengan penyelewengan yang paling minimum jika pun tidak mampu dihapuskan.
Bagi saya selaku aktivis pemantau pilihan raya di Kelantan, kami percaya bahawa sebuah kerajaan yang baik hanya mampu dihasilkan dari pilihan raya yang bebas dari elemen-elemen penipuan, ugutan, penyalahgunaan kuasa, dan pelbagai macam kepincangan.
Kumpulan atau parti politik yang memanipulasikan kelemahan sistem perundangan dengan mengamalkan bermacam penyelewengan untuk menang tentu mengamalkan hal yang sama sebaik memegang kuasa menerajui kerajaan. Justeru, mahu tidak mahu rakyat mesti terlibat langsung dalam memantau, memerhati perjalanan pilihan raya agar keputusan undian kelak benar-benar menggambarkan kehendak majoriti rakyat tanpa penipuan dan tanpa dipengaruhi nilai-nilai yang tidak berpatutan.
Apatah lagi selaku individu muslim, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran itu adalah tanggungjawab yang telah dimaktubkan dalam Al-Quran dan as-Sunnah. Berusaha sedaya mungkin untuk suatu pilihan raya yang bebas dan adil adalah suatu kebaikan dan segala macam penyelewengan adalah kemungkaran yang mesti ditentang.
Aktivis-aktivis pemantau dalam banyak keadaan tidak perlu bertindak semberono. Memadai fahami undang-undang negara dan adukan setiap penyelewengan dan kesalahan yang dilakukan kepada pihak-pihak berkuasa termasuk polis dan SPR. Bahkan itulah yang disaran oleh pihak berkuasa dan yang kami amalkan di Kelantan.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, (Akta 597) menegaskan bahawa semua pihak hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Artikel 21 UDHR telah memberi hak untuk rakyat terlibat secara langsung dalam membentuk kerajaan di negaranya. Penglibatan rakyat tentunya bukan terhad kepada pembuangan undi semata-mata. Ia lebih dari itu.
Aspirasi sebuah kerajaan adalah gambaran kepada aspirasi rakyat. Dengan itu, rakyat berhak memastikan proses pilihan raya berjalan secara adil dan bebas mengikut undang-undang yang sah dan nilai-nilai moral yang sejagat.
Tidak siapa yang boleh lupa bila mana dalam suatu forum PRU13, kuasa dan penglibatan rakyat yang diadakan di Kota Bharu pada 19 Januari lalu telah didedahkan adanya pengundi berdaftar yang bernama Balai Polis Sentul. Pendedahan yang dibuat oleh Datuk Husam Musa tersebut sama sekali tidak dinafikan oleh Ybhg Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mantan Pengerusi SPR.
Tidak boleh kita bayangkan bila manusia seperti ini keluar membawa kad pengenalan dan membuang undi pada 5 Mei 2013 kelak. Wajarlah gesaan Ybhg Tan Sri Abdul Rashid bahawa undang-undang pilihan raya Malaysia mesti melalui suatu proses pembaharuan yang total.
Begitu juga dengan penyalahgunaan tempat-tempat awam yang begitu berleluasa oleh parti penyandang ketika ini. Apakah rakyat boleh terus diperdaya bahawa penggunaan premis-premis awam seperti sekolah dan balai raya oleh Umno dan BN adalah hal biasa? Jika dulu rakyat boleh kata “Oh, itu biasalah. Dia yang perintah”. Hari ini rakyat kian faham prinsip-prinsip sama rata yang mesti wujud dalam proses sebuah pilihan raya.
Bagaimana pula siaran-siaran media kerajan termasuk radio dan televisyen yang saban waktu terus mengamalkan sikap tidak adil dan berat sebelah? Fitnah, tohmahan, kejian kepada pihak lawan menjadi antara agenda utama dalam memomokkan bahawa BN adalah parti terbaik.
Walhal, RTM adalah hak semua rakyat. Ia adalah hak kepada penyokong PAS, Umno dan juga seluruh rakyat yang tidak berparti.
Bagaimana pula dengan kempen-kempen bersifat provokasi kaum dan agama? Tersebarnya risalah jahat seolah-olah direstui oleh pihak-pihak tertentu. Ia dijalankan sebegitu teratur dan licin melalui agensi-agensi awam yang sebenarnya dimiliki oleh rakyat bukannya parti politik.
Bertitik tolak dari faktor-faktor di atas, ia jelas memnuntut kecaknaan seluruh rakyat untuk bertindak sebagai pemantau dan pemerhati kepada PRU13 bagi memastikan kepincangan berada pada tahap yang paling minimum.
Seluruh rakyat adalah bertanggungjawab kepada kelangsungan perjalanan negara ini. Ia tidak sekadar ditentukan oleh kelompok-kelompok kecil parti politik semata-mata. Wajarlah jika hari ini rakyat bangkit menuntut suatu proses pilihan raya yang berwibawa dengan bertindak memantau dan memerhati proses yang akan berjalan sehingga 5 Mei 2013.
Penulis ialah Pengerusi Pemantau Kelantan.
Apabila rakyat memantau pilihan raya
Mohammad Faizal Che Yusof, | 16 Apr 2013 |
SAYA terpanggil untuk memberi pandangan berikutan gesaan pihak Polis Diraja Malaysia supaya tiada individu atau kumpulan mengadakan aktiviti pemantau pilihan raya ketika ini. Suatu hal yang perlu diingat, kerja-kerja pemantauan yang dilakukan oleh kebanyakan gerakan massa hari ini bukanlah mengambil alih tugas agensi-agensi penguatkuasa seperti polis dan SPRM.

Sumber HD - 16-4-2013
(Sekumpulan sukarelawan PAS membuang poster dan banner PAS)
SELAYANG: Selepas dipasang tibalah pula masanya untuk membuang dengan tertib. Itulah yang dilakukan oleh sukarelawan PAS dalam pilihan raya ini.
Tidak di dengar di mana-mana mereka dibayar untuk menaikkan bendera atau banner PAS namun bendera dan banner PAS di mana-mana.
Sebelum ini, mereka sibuk memasang banner dan bendera itu, kini mereka sibuk pula membuangnya untuk mempastikan ia tidak mencacatkan suasana.
Inilah yang dikakukan oleh sekumpulan sukarelawan PAS di Selayang.
(Kereta digunakan untuk mengumpul poster dan banner selepas dipecat dari tepi-tepi jalan)
Perkara ini juga berlaku di seluruh negeri Selangor selepas Pakatan menang besar dalam pilihan raya ini.
PAS menang 15 dari 21 kerusi yang ditandingi, DAP 15 manakala PKR 14 DUN. Ini bermakna Pakatan mendapat 44 kerusi dan BN hanya 12 kerusi DUN sahaja.
Menjelang pilihan raya lalu mereka menjadi petugas pilihan raya termasuk untuk memasang bendera dan banner di DUN Taman Templer, Selayang.
Hasil usaha mereka mendapat hasil yang lumayan apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, PAS menang di DUN Taman Templer, Selayang ini.
Calon PAS Zaidy Abdul Talib menang dengan majoriti besar iaitu 7,467 sedangkan dalam pilihan raya umum 2008 calon PAS disitu kalah kepada calon BN dengan majoriti 613 undi.
Hari ini mereka bergotong royong untuk membuang segala bendera dan banner yang mereka pasang sebelum ini.
(Poster yang dipasang oleh Isma untuk calon mereka tidak terbuang hingga kini...jangan sampai hilang deposit poster pula)
Namun rakan-rakan mereka dari Isma yang bertanding atas tiket Berjasa mungkin masih bersedih atas kekalahan teruk mereka.
Kesemua calon Isma hilang wang pertaruhan mereka dalam pilihan raya ini.
Di Selayang, calon mereka Mohd Hazizi Abdul Rahman hanya mendapat 4, 152 undi sahaja dari 92,315 pengundi yang keluar.
Keputusan ini dengan sendirinya menghilangkan wang pertaruhan mereka.
Jika bendera dan banner tidak ditanggalkan, pihak berkuasa tempatan pula akan mengambil tindakan mengambil wang deposit poster yang mereka letak.
Sudahlah kalah pilihan raya, janganlah sampai wang deposit poster juga hilang.
Kini masa untuk turunkan bendera
Harakahdaily, | 12 Mei 2013 |

Sumber HD - 12-5-2013
No comments:
Post a Comment