Tahun baru 2012 tercemar |
Nasrudin Hassan |
1. Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [saat artikel ini ditulis] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak. 2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala. 3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River. 4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ? 5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [5 jam dari sekarang] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/ketua-pemuda-pas/7331-tahun-baru-2012-tercemar
Jika Najib jadi mangsa, wajib tentang kezaliman |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 6 Jan: “Jika mangsa itu adalah Datuk Seri Najib Abd Razak sekalipun, kita wajib menentang kezaliman dan penganiayaan yang dilakukan,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan at-Tantawi. Katanya, kebetulan hari ini insan yang menjadi mangsa hukuman sebelum hukuman mahkamah ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Justeru, katanya jika beliau turun pada perhimpunan 901 kelak, bukan turun untuk Anwar dan kerana Anwar. “Tetapi kerana saya mahu membawa mesej kepada kerajaan Umno dan BN bahawa rakyat menolak cara pemerintahan dan pentadbiran yang merosakan maruah orang sebelum ia dibuktikan bersalah, menghukumnya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atasnya,” tulis beliau di dalam blognya. Ini, katanya adalah satu kezaliman dan penganiayaan. Menurutnya lagi, adalah tidak baik membiarkan pemerintahan sebegitu mengurus negara dan rakyatnya. Sementara itu, Polis Kuala Lumpur membenarkan penganjuran perhimpunan Bebas Anwar 901 di tempat letak kereta luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin ini dengan syarat ia berlangsung dalam keadaan aman dan teratur. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. pagi tadi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7433-jika-najib-jadi-mangsa-wajib-tentang-kezaliman
Hukum penggunaan wang Zakat
Nasrudin bin Hassan, | 13 Januari 2012 |
1. Golongan yang berhak menerima harta zakat telah ditentukan Allah, ianya tidak diserahkan kepada pilihan manusia atau pemerintah semata-mata. Setiap yang telah ditentukan Syarak perlulah dilaksanakan sebagaimana dikehendaki Syarak. Ini menjadi amanah penting yang dipikul oleh individu atau institusi yang bertanggungjawab menguruskan harta zakat; memungut dan mengagihkannya.
Menjadi satu kaedah yang disepakati oleh para Fuqahak bahawa;
تَصَرُّفُ الإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ“Tidak tanduk pemimpin dalam perkara yang berkait dengan rakyat terikat dengan maslahah (untuk rakyat)”
(al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti).
Mengulas kaedah ini, Imam Ibnu Nujaim berkata;
إذا كان فعل الإمام مبنيا على المصلحة فيما يتعلق بالأمور العامة لم ينفذ أمره شرعا إلا إذا وافقه،
فإن خالفه لم ينفذ
“Oleh kerana perlakuan/tindakan pemimpin bagi urusan-urusan awam mesti terbina di atas maslahah, tidak dilaksanakan arahannya –dari segi Syarak- melainkan jika arahan itu menepati maslahah. Maka jika ia menyalahai maslahah, tidak harus dilaksanakan”
(al-Asybah wa an-Nazair, Imam Ibnu Nujaim, halaman 138).
2. Khusus bagi pengurusan kewangan, Saidina ‘Umar pernah menegaskan;
إني أنزلت نفسي من مال الله تعالى بمنزلة ولي اليتيم.
“Sesungguhnya aku meletakkan diriku dalam pengurusan harta Allah sama seperti kedudukan penjaga harta anak yatim”.
Penjaga harta anak yatim adalah adalah pemegang amanah. Tidak harus ia membelanjakan harta itu sewenang-wenang seolah-olah harta itu miliknya, sebaliknya ia hendaklah menguruskan harta itu bagi pihak orang lain dengan penuh kejujuran agar ancaman Allah dalam ayat berikut tidak berlaku ke atasnya;
إِنَّ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ أَمْوَالَ الْيَتَامَى ظُلْماً إِنَّمَا يَأْكُلُونَ فِي
بُطُونِهِمْ نَاراً وَسَيَصْلَوْنَ سَعِيراً(Surah an-Nisa’, ayat 10)
Menyentuh tentang pengurusan harta zakat, Imam an-Nawawi menegaskan; “Adalah dituntut ke atas pemerintah dan individu yang ditugaskan memungut zakat apabila diserahkan kepadanya urusan pengagihan harta zakat untuk memberi perhatian kepada memastikan dengan tepat orang-orang yang berhak terhadap harta tersebut, mengetahui bilangan mereka, kadar keperluan mereka dan kadar hak mereka”
(al-Majmu’, kitab az-Zakah, bab Qism as-Sadaqaat, 6/188).
3. Golongan yang berhak menerima zakat
Allah telah menghadkan orang-orang yang berhak menerima harta zakat kepada lapan golongan;
1. Untuk golongan fakir
2. Untuk golongan miskin
3. Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
4. Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
5. Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
6. Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
7. Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
8. Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan.
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَاِبْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ“Sesungguhnya sedekah-sedekah (yakni zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hokum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(at-Taubah: 60)
4. Oleh kerana orang-orang yang berhak menerima zakat telah ditetapkan oleh Allah, tidak boleh sewenang-wenangnya kita harta zakat digunakan kecuali kepada kepada aspek-aspek yang ditentukan Syarak. Para ulamak menegaskan; Jika seorang telah tersalah memberikan zakatnya di mana ia membayar zakatnya kepada orang yang tidak layak menerima harta zakat, maka zakatnya tidak sah dan wajib diulangi.
(al-Fiqhul Wadhih, jil. 1, hlm. 514).
Kerana itu, amat penting diperhatikan kepada siapa kita salurkan zakat kita?
5. Pengertian Sabilillah
Jumhur ulamak terdahulu (termasuk ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie) mengkhususkan Fi Sabilillah hanya kepada tentera-tentera Islam yang berperang di jalan Allah. Ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam as-Syirazi dalam al-Muhazzab;
“Bahagian Fi Sabilillah diberikan kepada tentera-tentera yang berperang secara bersunguh-sungguh jika mereka tidak diberi gaji. Adapun tentera-tentera yang dibayar gaji oleh pemerintah, maka mereka tidak diberikan zakat kerana rezki dan keperluan mereka ditanggung oleh harta Negara (al-Fai’)”
(al-Muhazzab, Kitab az-Zakah).
6. Berkata Imam Nawawi ketika mensyarahkannya;
“Mengikut mazhab kami (yakni mazhab Syafi’ie), habuan fi Sabilillah yang disebut dalam ayat ialah dibelanjakan kepada tentera-tentera yang tidak diperuntukkan bagi mereka harta dari jabatan kerajaan di mana mereka berperang secara sukarela. Perdapat yang sama diutarakan oleh Abu Hanifah dan Malik”
(al-Majmu’, Imam an-Nawawi).
7. Namun terdapat para ulamak yang memperluaskan pengertian Fi Sabilillah ini kepada semua aktiviti dan usaha untuk kemaslahan Islam dan umat Islam. Di antara mereka, Imam al-Kasani yang menyebutkan dalam kitabnya yang terkenal (بدائع الصنائع):
Adapun firman Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه): ia adalah ungkapan bagi semua usaha yang mendekatkan diri kepada Allah. Maka termasuk di dalamnya semua orang yang berusaha melaksanakan ketaatan kepada Allah dan berusaha di jalan kebaikan jika ia seorang yang memerlukan (harta zakat)”.
8. Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi; Imam al-Qaffal telah menaqalkan dalam tafsirnya dari beberapa Fuqaha’ yang mengharuskan dibelanjakan zakat untuk semua bentuk kebaikan/kebajikan seperti membina benteng-benteng pertahanan, membangunkan masjid dan sebagainya kerana ungkapan Allah (وَفِي سَبِيلِ اللَّه) itu adalah umum”.
(Tafsir ar-Razi: 16/113, Lihat Fiqh az-Zakat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, jil. 2, hlm. 689).
9. Apa yang jelas dari kalimah yang digunakan Allah “Fi Sabilillah”, penggunaan harta zakat bagi tujuan ini hendaklah yang ada kaitan dengan agama dan ummah, bukan semata-mata kepentingan bersifat individu. Ini sebagaimana disentuh oleh Syeikh Rasyid Ridha dalam tafsirnya al-Manar; “Setelah dibuat kajian jelaslah bahawa yang dimaksudkan dengan Fi Sabilillah di sini ialah segala urusan kepentingan umum kaum muslimin yang dengannya tertegak urusan agama dan Negara. Ia bukan urusan kepentingan individu….”.
(Fiqhu az-Zakah, jil. 2, hlm. 692).
10. Ditegaskan juga oleh Syeikh Abdurraziq Nasir Muhammad (salah seorang ulamak al-Azhar, Mesir) dalam buku Fiqh Zakatnya; “Maksud kalimah Sabilillah ialah maslahah-maslahah umum yang melata manfaatnya kepada sekelian kaum muslimin, bukan yang khusus kepada individu tertentu sahaja”
(Fiqh az-Zakah Fi al-Mal wa al-Badan, halaman 139)
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 13/01/2012
1. Saya menulis saat ramai orang sedang enak tidur di buai mimpi. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur sebentar tadi, jam menunjukkan 2.30 am. Bukan sahaja saya tidak mampu melelapkan mata tetapi juga resah mengenang masa depan yang tentunya menjanjikan 1001 cabaran buat diri saya dan perjuangan Islam yang saya dokong ini.
2. Antara yang benar - benar mengganggu keselesaan dan mengusik jiwa muda saya buat masa ini ialah isu KUIN dan AUKU. Sekian lama saya berlunak dengan semua pihak bagi menjernihkan suasana dan meredakan keadaan. Sebelah kanan saya ialah bapa yang banyak membekal ilmu, hikmah dan pengalaman berjuang sementara sebelah kiri saya ialah adik - adik yang meronta mohon diadili selayaknya. Sementara saya masih berdiri digaris tengah dengan tetap mempertahankan prinsip perjuangan suci yang saya galas sejak sekian lama.
3. Sebahagian prinsip yang saya maksudkan itu ialah pendirian saya dan pendirian Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap AUKU. Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Sebagaimana saya pernah ke lokap, bermandi air asid dan bersimbah gas pemedih mata memperjuangkan pendirian Mansuhkan ISA, maka demikianlah saya dan rakan - rakan pemuda konsisten berjuang untuk mansuhkan AUKU bukan memindanya seperti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan UMNO dan BN.
Terbaru saya telah meminta agar JUHAM DPPM menghantar memorandum bantahan AUKU dan RUU Himpunan Aman kepada kementerian yang terbabit, tetapi tertangguh atas faktor kesesuaian masa dan pertembungan program. Insyaallah ia akan di"proceed" dalam tempoh terdekat.
4. Pendirian ini bukan kepada kes - kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah Kerajaan Negeri Kedah dan ianya ditadbir oleh Pakatan Rakyat sementara Menteri Besarnya dari PAS. Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali telah saya kemukakan samaada di hadapan YAB Menteri Besar sendiri, mahupun melewati kenyataan media yang menggesa agar KUIN bertindak wajar dan tidak menggantung 5 orang mahasiswanya.
5. Namun, cara dan pendekatan saya mungkin berbeza dengan pihak lain termasuk sebahagian mahasiswa sendiri. Ianya berasaskan khibrah atau pengalaman, sedang saya pernah melalui alam kemahasiswaan. Saya telah merayu dan meminta jasa baik KUIN agar mengkaji semula tindakan yang diambil dan saya telah merancang untuk pergi mengadap pihak tertinggi dalam pentadbiran KUIN. Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.
6. Saya mengambil sikap, jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik - adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak pentadbir KUIN tersebut, maka saya akur dan mendoakan agar mereka beroleh kejayaan. Buat pengetahuan umum, saya sendiri telah bertemu dengan adik - adik mahasiswa yang telah diambil tindakan ini dan mendengar suara serta penegasan mereka, malah saya masih ingat lagi kata - kata saya kepada mereka dengan disaksikan oleh Sdr Sabki Yusuf Naib Ketua DPPM pada waktu itu, YB Ust Nasir Zakaria selaku Exco DPPM dan Ust Ahmad Yahya selaku Ketua DPP Negeri Kedah. Apa yang saya tegaskan ialah, jika antum rasa ini adalah satu kebenaran maka antum mesti mempertahankan pendirian antum dan hadapinya sehingga berjaya. Inilah idealisme mahasiswa dan perjuangkannya.[ Itu penegasan saya dan itu prinsip saya dan tidak perlu saya ulang sebut acap kali seperti ia bukan suatu yang penting dan muktamad sedang ia prinsip dan muktamad sifatnya. Saya pun tidak suka bercakap perkara yang sama berulang kali. ]
7. Sepanjang tempoh itu pula, saya tidak meninggalkan kes ini berlalu begitu sahaja. Saya minta jasa baik JUHAM pula untuk meneruskan apa jua usaha yang boleh DPPM hulurkan kepada mahasiswa tersebut. Bermula di zaman Dr. Zulqarnain menjadi pengarah JUHAM dan dibantu sdr Abdullah Karim selaku Exco DPPM pada waktu itu yang juga merupakan seorang lawyer sehinggalah sekarang, JUHAM bersama pengarah barunya sdr Zamri terus mewakili DPPM menghulurkan apa jua bantuan yang dirasakan perlu.
8. Ertinya saya tegaskan di sini bahawa DPP Malaysia terus komited dengan gerakan Mansuhkan AUKU dan tentunya kita harapkan mahasiswa sendiri yang "lead" atau terajui gerakan mansuhkan AUKU justeru itulah perjuangan agar mereka bebas dari cengkaman AUKU yang membelenggu mereka sejak lebih 40 tahun lalu. DPPM bersama dengan gerakan mahasiswa sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang.
9. Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa vs KUIN ini. Kerana pastinya kedua - dua belah pihak mempunyai hujjah masing - masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ianya diambil. Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.
10. Akhirnya saya berharap adik - adik mahasiswa bersabar mendepani dugaan ini. Andai kalian di pihak yang benar, pasti sahaja kebenaran itu akan terserlah jua. Kerana Allah bersama hambanya yang benar dan sabar. Saya jua senantiasa mendoakan kejayaan kalian. Teruskan perjuangan membebaskan mahasiswa dari kepungan AUKU, biar siapa yang terpaksa didepani. Namun nasihat saya selaku ketua DPPM, berjuanglah dalam kawalan adab dan akhlak yang diajar oleh Islam, agar tidak emosi menguasai diri tetapi kebijaksanaan, kewibawaan dan kematangan mahasiswa kelak akan membuka mata semua pihak.
Selamat berjuang dari saya
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 20/01/2012

Kuin dan Auku
Nasrudin Hassan, | 20 Jan 2012 |

Wang zakat akan beli hotel MS Garden?
Harakahdaily, | 25 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta.
Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini.
"Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta.
"Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dalam negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu.
Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun.
Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan.
Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat diselamatkan dari kerakusan sang penguasa.
"Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu.
Sumber HD : 25/01/2012

Sambutan Hari Kekasih
09 Feb 2012 |
1. Memadu kasih antara dua insan lelaki dan perempuan adalah antara nikmat anugerah Allah swt kepada ummat manusia. Malah kasih dan cinta yang berputik lalu berbunga dan berbuah inilah menjadikan bumi ini meriah dengan penghuninya. Namun Islam tidak menetapkan hari-hari tertentu untuk meraikannya.
2. Adam dan Hawa pernah memadu kasih. Sunnah mereka berdualah menjadi fitrah ummah yang tidak mungkin boleh dipadam. Lantas Islam dibawa datang dari tuhan yang sama dengan tuhan yang telah mencipta manusia lalu menyatukannya dengan kasih dan cinta, malah tuhan yang sama jua telah menyusun kehidupan ini dengan penuh sistematik agar cinta tidak bernoda dan kasih tidak menjadi tragedi.
3. Islam mensyariatkan institusi perkahwinan untuk meluruskan kasih dan cinta. Justeru itu, Islam mengizinkan lelaki dan perempuan saling membina perasaan, memupuk rasa kasih serta memekarkan bunga cinta antara mereka selama mana mereka tidak membiarkan syaitan dan iblis menjadi perantara yang menjerumuskan hubungan mereka ke lembah maksiat dan mungkar.
4. Anak-anak muda muslim dan muslimah boleh meraikan kekasih hati mereka terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, samaada sempena hari kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam. Antaranya :
a] pastikan tidak berdua-duaan, sebaliknya ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang agama
5. Mereka mungkin perlu bertemu pada saat-saat tertentu dengan memelihara adab dan akhlak yang telah saya nyatakan tadi, bagi mereka saling mengenali dan menyelami isi hati mereka sebagaimana mereka perlu membincangkan rancangan masa depan dan persiapan mereka menghadapi gerbang perkahwinan.
6. Namun anak-anak muda muslim perlu elakkan budaya asing dan syiar agama lain dibawa masuk mewarnai corak dan gaya kehidupan mereka. Lantaran Islam sudah lengkap dengan tatacara dan gaya hidup yang indah dan mendamaikan. Islam tidak pernah menghalang kemahuan dan keperluan manusia tetapi Islam memurnikan kemahuan dan mengurus keperluan mereka agar tidak terhindar dari redha Allah swt Tuhan yang mencipta mereka.
7. Meraikan kekasih hati tidak terhad kepada anak-anak muda yang belum berumahtangga, bahkan terlebih wajar ianya diraikan oleh pasangan yang sudah berumahtangga, samaada yang baru dibina ataupun yang sudah lama. Keraian tersebut boleh menyuburkan rasa kasih dan cinta yang sekian lama bersemi. Hubungan suami isteri bertambah intim dan keluarga kian erat. Terutama seorang pejuang, terlebih aula ia memiliki rumahtangga yang mendamaikan agar aksi di medan juang lebih berkesan.
8. Saya mengesyorkan, sempena hari kekasih ataupun apa jua nama hari lebaran yang membawa maksud serupa, diraikan dengan hadiah dan ziarah. Jika melibatkan pasangan yang belum diijab kabul, pastikan 3 adab dan akhlak yang telah saya tegaskan tadi laksanakan.
9. Tidak susahkan? hanya perlu ditemani mahram seperti adik beradik ataupun ibubapa serta berpakaian menutup aurat. Ianya untuk keselamatan anda juga. Ingat, kita hidup di zaman yang sangat terdedah kepada kemungkinan maruah kita dicalar dan diragut dengan begitu mudah dan rakus jika kita tidak mengambil langkah berhati-hati.
10. Saya ucapkan selamat meraikan kekasih hati anda dengan akhlak Islami. Semoga rumahtangga anda, samaada yang bakal dibina atau yang telah lama dibina akan senantiasa dirahmati dan diberkati Allah swt.
Nota: sempena sambutan Maulidur Risaalah, saya juga mengharapkan semua khasnya anak-anak muda muslim/ah meletakkan rasa kasih dan cintanya kepada Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw. mengatasi cinta dan kasih kita kepada manusia yang lain.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 9/02/

Sambutan Hari Kekasih . vol 2
Nasrudin bin Hassan, | 09 Feb 2012 |
[ pencerahan ]
1. Valentine's Day bukan dari ajaran dan syiar Islam. Menetapkan 14 Feb saban tahun sebagai hari sambutannya juga tiada dalam Taqwim Islam. Justeru itu tidak berbangkit langsung soal keharusan ummat Islam menyambutnya saban tahun. Lagikan sambutan Maulud Nabi saw terdapat khilaf yang besar di dalam Islam, inikan pula sambutan Valentine's Day.
2. Apa yang saya tulis di Sambutan Hari Kekasih adalah mengenai cara meraikan kekasih hati, samaada bagi mereka yang berada di ambang perkahwinan atau yang telahpun mendirikan rumahtangga.
Meraikan kekasih hati dengan syarat , adab dan akhlak yang saya nyatakan adalah dibenarkan oleh Islam. Inilah juga antara modul yang terdapat dalam Lajnah atau biro Baitul Muslim Jamaah Islam.
3. Justeru, ia tidak kena mengena dengan Valentine's Day. Saya juga telah tegaskan Islam tidak menetapkan tarikh tertentu untuk meraikan kekasih hatinya. Ia boleh dilakukan pada bila - bila masa dengan memastikan 3 adab dan akhlak Islami dilaksanakan iaitu :
a] tidak berdua - duaan kecuali ditemani mahram
b] tidak mendedahkan aurat apatah lagi berpakaian seksi
c] tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama.
4. Ertinya saya sedang mengemukakan alternatif agar anak - anak muda muslim tidak perlu terpengaruh dengan budaya dan syiar agama lain. Sebaliknya Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam membina rasa cinta dan menyemai benih kasih.
5. Matlamat tidak menghalalkan cara sebagaimana cara yang salah tidak boleh dilakukan biarpun untuk mencapai matlamat yang baik. Justeru itu, cara jangan bertentangan dengan syariat dan matlamatnya pula mestilah berasaskan syariat Allah swt.
---------------------------------------------------------------
Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 9/02/2012

Sesat: Pemuda PAS pula mahu saman Ahmad Said
Hazayani Zakaria, | 11 Feb 2012 |
GOMBAK, 11 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Isnin ini akan menyerahkan notis meminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataannya bahawa PAS "parti ajaran sesat".
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kenyataan itu sangat biadab dan menghina kira-kira 1 juta ahli PAS.
"Pemuda PAS sangat kesal dengan kenyataan melampau dan menghina orang Islam dari seorang menteri besar.
"Datuk Ahmad Said perlu meminta maaf kepada ahli dan pemimpin PAS khasnya dan orang awam amnya," kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan DPPM dekat sini, hari ini.
Nasrudin berkata, DPPM memberi tempoh seminggu untuk Ahmad berbuat demikian dan jika gagal, DPPM akan mengambil tindakan undang-undang.
"Pemuda beri tempoh seminggu dan jika tak minta maaf dan tarik balik kenyataan itu, kita akan faikan saman kerana perkara ini satu penghinaan.
"Kalau dia kata PAS parti ajaran sesat, bermakna dia samakan dengan ajaran Ayah Pin dan lain-lain.
"Ini sangat menghina tokoh-tokoh agama dan golongan profesional yang bersama PAS," katanya.
Ahmad, ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada Rabu lepas, dilaporkan berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar dan menyifatkan PAS sebagai "parti ajaran sesat".
Sementara itu, bercakap pada sidang sama, Nasrudin memberitahu DPPM akan membuat pendedahan ekslusif juga pada Isnin ini berhubung penyalahgunaan wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Sebelum ini beberapa siri pendedahan telah dibuat termasuk penyalahgunaan wang Yayasan Takwa untuk program politik di Parlimen Jerai.
Turut bersama pada sidang media ialah Naib Ketuanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Raja Iskandar Al-Hiss serta setiausaha, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Sumber HD : 11/02/2012

Baitulmal: Jamil Khir mohon, dia sendiri lulus?
Muhammad Faizal, | 13 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.
Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.
"Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.
"Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta," jelasnya.
Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.
"Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.
"Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul," katanya lagi.
Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.
"Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.
"Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak," sambungnya lagi.
Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

Sumber HD : 13/02/2012
Sumber HD : 21/02/2012
PAS: 10 tahun akan datang
21 Feb 2012 |
1. PAS adalah sebuah parti yang kukuh dengan prinsip perjuangan yang bertunjangkan Islam. Sebagaimana kukuhnya Islam agama yang diwahyukan oleh Allah swt maka begitulah kukuhnya prinsip perjuangan yang dipangku oleh PAS menongkah 1001 macam halangan, rintangan dan cabaran sejak hari tubuhnya.
2. Meredah masa depan, selama PAS berpegang teguh dengan perjuangan Islam, ia tetap unggul biarpun menggapai usia 100 tahun lagi justeru Islam adalah agama dari Allah swt yang sesuai sepanjang zaman sehinggalah dunia digulung kiamat kelak.
3. Sebagai sebuah Gerakan Islam, PAS adalah alternatif untuk menggagas masa depan negara yang sejahtera, menepati sebuah pemerintahan good governence, bebas korupsi dan diredhai oleh Allah swt. Dunia semakin kosong dan gersang tanpa Islam sebagai petunjuk Allah swt. Inilah yang difirmankan oleh Allah swt:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
4. Menyedari harapan ini, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan ummah mesti dipersiapkan agar hadhir dan tampilnya menepati tuntutan semasa. PAS selayaknya mula menguasai polisi ke arah mempersiapkan dirinya untuk menjadi kerajaan yang mengurus tadbir negara, bukan lagi terjerat dalam kelompok pembangkang yang hanya tahu membangkang tanpa solusi yang efektif.
5. Bermula dengan menyusun saff kepimpinan parti yang terdiri dari kalangan figure mampu dan layak menggalas amanah kepimpinan, bukan sahaja kepimpinan parti tetapi juga kepimpinan negara. Andai sukar untuk memiliki figure kepimpinan sedemikian, mungkin juga boleh mengambil kaedah 2 line up kepimpinan, iaitu kepimpinan yang mengurus parti dan satu lagi ialah kepimpinan yang mengurus negara. Namun kedua-dua line up kepimpinan berada di dalam satu majlis pemesyuaratan parti.
6. Usaha pengkaderan mesti kemas dan diberi perhatian utama oleh parti untuk melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang komited dengan dasar perjuangan sekaligus mampu mendokong aspirasi parti. Parti mesti bijak serta pantas mengurus masaalah, konflik dan tekanan agar tidak membuang terlalu banyak masa melayan karenah masaalah atau konflik yang timbul sedang perkara fundamental seperti melahirkan anggota dan kepimpinan parti yang berkualiti tinggi terabai.
7. Menuju cabaran 10 tahun akan datang, antara lain PAS perlu menumpukan kepada 2 skim kualiti.
Pertama kualiti pada figure samaada anggota atau pemimpin yang mampu serta layak menyandang amanah di mana posisi ia ditugaskan. Bukan figure yang hanya melakar publisiti melalui kepetahan berpidato tetapi lemah dalam tindakan.
Kedua ialah kualiti pada organisasi dan penstrukturannya agar dilihat lebih kemas, sistematik dan menepati piawaian sebuah organisasi moden yang mampu menangani saingan gerakan semasa.

Penyenaraian Felda dan cadangan balas Pemuda PAS
Nasrudin Hassan & Mohd Syahir Sulaiman, | 23 Feb 2012 |
1. Usaha mencari rezeki dan memakmurkan tanah sebagai sumber pendapatan
yang halal adalah sebahagian daripada tuntutan agama Islam dan dikira sebagai
salah satu daripada cabang ibadah. Di dalam lipatan sejarah Islam, banyak
riwayat yang mencatitkan penglibatan nabi-nabi terdahulu di dalam
aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan di samping melaksanakan tugasan
utama mereka iaitu menyampaikan risalah dakwah kepada manusia agar mentauhidkan
diri kepada Allah s.w.t.
2. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. dikenali sebagai penggembala kambing yang paling dipercayai ketika di usia remaja, Nabi turut menggalakkan aktiviti pertanian dijalankan oleh para sahabat sebagai sumber pendapatan utama. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, Baginda telah menganjurkan agar usaha pertanian dipertingkatkan di bumi Madinah yang pada ketika itu sememangnya sebuah lembah wadi yang subur. Malah kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah di dalam usaha-usaha pertanian.
"Dari Jabir r.a. berkata: Kami biasa menyewa tanah dengan mendapatkan sebagai dari hasil (mukhabarah), kemudian kami mendapat hasil tanah itu begini dan begini. Maka sabda Rasulullah s.a.w:”Barangsiapa memiliki tanah, maka tanamilah sendiri atau suruhlah saudaranya untuk menanaminya, kalau tidak, tinggalkanlah." (Riwayat Ahmad dan Muslim)
3. Dalam konteks di Malaysia, inisiatif yang diambil oleh Almarhum Tun Abdul Razak dalam memperkenalkan skim tanah rancangan FELDA yang bertujuan memberi pemilikan tanah kepada rakyat sebagai sumber aktiviti ekonomi yang mampan amatlah dihargai. Dasar yang penuh berwawasan ini adalah amat signifikan dalam menjayakan agenda peningkatan tahap sosia-ekonomi rakyat di luar bandar, khususnya kepada golongan belia dan yang kurang berkemampuan.
4. Namun, tujuan asal penubuhan FELDA ini sedikit sebanyak mula terhakis dek peredaran zaman dan campurtangan politik yang menjejaskan hak dan masa depan peneroka dan generasi seterusnya.
Polemik Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)
5. Pihak Dewan Pemuda PAS Malaysia (Pemuda PAS) menyambut baik perintah injunksi interim oleh Mahkamah Tinggi Kuantan dan notis pembatalan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari 2012, serta mengucapkan sekalung tahniah kepada Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang gigih menyedarkan rakyat dan peneroka akan kesan buruk natijah cadangan penyenaraian ini.
6. Pemuda PAS berpendapat cadangan penyenaraian FGVH ini perlu ditolak atas empat premis berikut:
i. Hak tanah - Penyerahan hak tanah peneroka kepada FGVH adalah bertentangan dengan tujuan asal penubuhan FELDA dan merugikan peneroka dalam jangka masa panjang;
ii. Peneroka membuat keputusan tanpa nasihat kewangan – Tatkala penganalisis dan pengurus dana pelaburan masih menunggu butiran cadangan penyenaraian, adalah tidak munasabah untuk perwakilan KPF untuk membuat keputusan menyokong atau membantah cadangan ini, tanpa nasihat kewangan yang menyeluruh berkenaan impak untung-rugi, seterusnya memberi mandat kepada Lembaga Pengarah untuk merunding dan memutuskan terma penyenaraian. Setiap ahli dan perwakilan KPF berhak mendapat nasihat dan butiran terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan yang bernilai berbilion ringgit ini;
iii. Imbuhan ‘durian runtuh’ – Laba keuntungan jangka pendek kepada peneroka yang masih belum pasti nilainya, malah tidak setimpal dengan risiko yang diambil oleh peneroka yang menggadaikan pemilikan tanah masing-masing;
iv. Tiada keperluan ekonomi untuk penyenaraian – Lazimnya, sesebuah entiti perniagaan akan disenaraikan sebagai langkah menambah modal untuk menampung keperluan perniagaan yang lebih besar. Dalam keadaan Felda Holdings dan KPF yang mencatatkan keuntungan hasil daripada perniagaan perladangan, adalah tidak ekonomikal untuk mereka dipaksa menampung risiko dan kerugian yang ditanggung oleh FGVH.
7. Pemuda PAS mengulangi komitmen untuk berganding-bahu dengan semua pihak khususnya ANAK serta rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan NGO-NGO untuk menggerakkan program penerangan dan kesedaran melalui penganjuran aktiviti santai bersama generasi belia FELDA yang telah dan akan kami laksanakan di peringkat Pemuda PAS Kawasan, antaranya siri jelajah Jom Ubah dan program ‘Orang Muda Geng Kita’.
8. Di samping program-program turun padang, Pemuda PAS berpendapat sudah tiba masanya pihak-pihak yang prihatin ini duduk semeja untuk mencari formula terbaik bagi membantah cadangan penyenaraian FGVH dengan mengemukakan cadangan balas (counter-offer) untuk dikemukakan kepada golongan peneroka sebagai pilihan untuk menolak cadangan yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.
9. Pemuda PAS dengan berbesar hati tampil dengan enam gagasan berikut sebagai kerangka awal perbincangan ‘Cadangan Balas Pakatan Rakyat Terhadap Cadangan Penyenaraian FGVH’:
i. Penstrukturan korporat - Kekalkan status 51% sedia ada (status-quo) KPF yang menjamin hak peneroka sebagai pemilik mutlak terhadap tanah, operasi, dan keuntungan FELDA;
ii. Penstrukturan model perniagaan – Melupuskan perniagaan-perniagaan bukan teras (divestment of non-core business) yang mengalami kerugian atau menyumbangkan keuntungan yang kecil berbanding kos pengurusan yang tinggi. Ini sebagaimana yang telah diambil oleh Sime Darby dan Khazanah Nasional sebagai langkah mengoptimakan agihan modal (capital allocation) dan memaksimakan keuntungan (profit maximization) kepada pemegang saham. FELDA boleh mengambil model strategi perniagaan “more upstream, profitable downstream” (peningkatan hasil di huluan, peningkatan keuntungan di hiliran) dan langkah ini diunjurkan mampu meningkatkan 15% keuntungan dalam tempoh tiga tahun;
iii. Partisipasi peneroka dalam aktiviti ekonomi FELDA – Keutamaan diberi kepada pihak koperasi dan anak peneroka dalam aspek peluang pekerjaan dan pemberian kontrak seperti perbekalan baja, kerja tanaman semula, perbekalan pekerja, penyelenggaraan ladang peneroka, projek landskap, penyelenggaraan aset, penternakan haiwan, tanaman kontan dan seumpamanya. Selain mampu menjana pendapatan sampingan kepada peneroka, diunjurkan hampir 300 peluang pekerjaan mampu dihasilkan di setiap 300 gugusan rancangan FELDA yang membawa kepada angka 90,000 peluang pekerjaan kepada golongan belia seluruhnya;
iv. Sistem pewarisan – Menggantikan sistem penama pewaris yang digunapakai sekarang kepada sistem pewarisan Islam seperti wasiat, faraidh, dan waqaf. Agensi Amanah Raya boleh dilantik untuk memberi khidmat nasihat kepada pihak FELDA dan peneroka bagi memastikan 100% pemilikan tanah peneroka tidak terlepas tangan kepada pihak tidak bertanggungjawab;
v. Etika urus tadbir dan professionalisma – Amalan tender terbuka dan penglibatan wakil peneroka di dalam jawatankuasa tender, sistem gred perahan minyak (OER) yang telus, pembudayaan etika urus tadbir dan amanah yang tinggi di peringkat pembuat keputusan dan pengurusan, memperkenalkan skim penjawatan dan gaji yang lebih kompetitif, serta mengurangkan campurtangan politik di dalam pengurusan FELDA. Keuntungan FELDA sedia ada diunjurkan mampu meningkat 25% dalam tempoh 5 tahun jika diurus tadbir dengan penuh amanah (governance);
vi. Amalan operasi lestari (sustainability) – Mengemaskini manual kerja di ladang kelapa sawit mengikut piawaian antarabangsa RSPO dan amalan terbaik yang digunapakai oleh pemain industri perladangan yang lain seperti Sime Darby, IOI dan KLK.
10. Sekali lagi kami Pemuda PAS tegaskan, jangan dikhianati tujuan asal penubuhan FELDA dan bersamalah kita membela hak peneroka FELDA.
------------------------------------------
1) Nasrudin Hassan adalah Ketua Pemuda PAS Malaysia. Beliau sendiri merupakan seorang anak peneroka yang membesar di rancangan FELDA Keratong, Pahang.
2) Mohd Syahir Sulaiman adalah Pengarah Institut Polisi Studi DPPM.
Sumber HD : 24/02/2012

Umno cabul konsep wasathiyyah
Nasrudin Hassan, | 24 Mac 2012 |
1. Dewasa ini, istilah wasathiyyah itu telah diselewengkan pengertiannya dan perlaksanaannya oleh kerajaan UMNO-BN. Saya melihat penggunaan slogan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia ini bagai mengetuk tin yang kosong.
2. Bahkan amatlah malang sekiranya penggunaannya adalah demi tujuan yang batil sehingga berlakunya penyelewengan pada konsep sebenar Islam wasathiyyah.
3. Wasathiyyah ini adalah bertitik tolak dari apa yang telah Allah subhanahu wa ta’ala firmankan di dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang berbunyi :
وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا
“Dan demikianlah (sebagai mana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil…”
4. Para ulamak dahulu dan sekarang telah membincangkan mengenai pengertian wasathiyyah ini dengan panjang lebar menurut kaca mata Islam. Apa yang kita kesal adalah kerajaan UMNO-BN melaksanakan konsep wasathiyyah 1 Malaysia yang menatijahkan kecelaruan kepada pemikiran umat Islam di Malaysia akan erti sebenar wasathiyyah.
5. Imam al-Asfahani rahimahullah membawakan pengertian wasatha dengan pengertian yang ringkas dan mudah untuk kita fahami. Beliau menjelaskan bahawa dengan hakikat wasatha [tidak berlebih-lebih] itu ada di antara dua perkara yang madzmumah [tidak baik]. Seperti sifat kemurahan hati, ia adalah satu sifat pertengahan di antara dua sifat yang buruk iaitu bakhil dan boros.
6. Adapun wasathiyyah yang telah disebutkan oleh Allah subahanahu wa ta’ala di dalam ayat di atas telah ditafsirkan oleh Imam Ibnu Jarir al-Thobari rahimahullah. Beliau berpendapat Allah subhanahu wa ta’ala memilihi sifat wasathiyyah untuk menyifatkan ehwal umat Islam adalah hanya kerana sifat tersebut merupakan sifat perantaraan kepada agama [Islam]. Maka, dengan sifat tersebut umat Islam tidak akan menjadi ahlu al-Ghulu / ahlu al-Ifrath [orang yang berlebih-lebih] ataupun ahlu al-Taqshir / ahlu al-Tafrith [orang yang meringan-ringankan].
Kata Imam Ibnu Jariri al-Thobari rahimahullah :
"ولكنهم أهل توسّط واعتدال فيه، فوصفهم الله بذلك، إذ كان أحبّ الأمور إلى الله أوسطها"
7. Tuntasnya, wasathiyyah yang dikehendaki di dalam Islam boleh disimpulkan sebagai, “al-I’tidal (Kesederhanaan) , al-khairiyyah (kebaikan), al-Qisth (keadilan) dan al-Rif’ah (ketinggian) dengan sebab sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang tidak terlalu rigid (ifrath) dan tidak terlalu longgar (tafrith).
8. Apabila istilah wasathiyyah disandarkan kepada umat Islam, maka ia membawa maksud : Umat Islam yang mencapai sifat-sifat mahmudah yang terbit daripada kedudukan syariat Allah dalam kesederhanaan, kebaikan, keadilan dan ketinggian yang menjadikannnya penghulu segala umat.
9. Peristiwa yang menjelaskan kedudukan wasathiyyah ini telah diperjelaskan oleh Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam seperti yang tercatat di dalam hadits :
وعن أنس ـ رضي الله عنه ـ قال : جاء ثلاثة رهط إلى بيوت أزواج النبي صلى الله عليه وسلم ، يسألون عن عبادة النبي صلى الله عليه وسلم، فلما أخبروا كأنهم تقالوها وقالوا : أين نحن من النبي صلى الله عليه وسلم قد غفر له تقدم من ذنبه وما تأخر ؟! قال أحدهم : أما أنا فاصلي الليل أبداً ، وقال الآخر : وأنا أصوم الدهر ولا أفطر ، وقال الآخر : وأنا أعتزل النساء فلا أتزوج أبداً ، فجاء رسول الله صلى الله عليه وسلم إليهم فقال : ( أنتم الذين قلتم كذا وكذا ؟! أما والله إني لأخشاكم لله وأتقاكم له ، لكني أصوم وأفطر ، وأصلي وأرقد ، وأتزوج النساء ، فمن رغب عن سنتي فليس مني) - متفق عليه
Daripada Anas bin Malik radhiyallahu `anhu berkata: Tiga orang lelaki datang ke rumah isteri-isteri Nabi saw bertanyakan tentang ibadah Nabi saw. Tatkala dikhabarkan kepada mereka, mereka bagaikan menganggap ianya sedikit.
Lantaran itu mereka berkata: “Di manakah kita berbanding Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan telah diampunkan untuk baginda dosa-dosa terdahulu dan terkemudiannya”. Berkata salah seorang mereka: “Adapun saya pasti akan mengerjakan solat sepenuh waktu malam selama-lamanya”. Berkata pula yang lain: “Saya akan berpuasa setahun penuh tanpa berbuka”. Berkata lagi seorang lagi: “Saya pula akan mengasingkan diri daripada wanita-wanita dan tidak berkahwin selama-lamanya”.
Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam lalu datang menemui mereka lantas bertanya: “Kamukah yang berkata demikian-demikian? Adapun saya demi Allah merupakan orang yang paling takut dan paling bertaqwa kepada Allah di kalangan kamu tetapi saya berpuasa dan berbuka, saya solat dan tidur dan saya mengahwini wanita-wanita. Oleh itu sesiapa yang bencikan sunnahku maka dia bukan di kalanganku.”
10. Sekiranya melakukan ibadah sebagaimana di atas juga telah ditegur oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, bagaimana pula kerajaan UMNO-BN yang berlebih-lebih di dalam belanja sehingga menjadikan ianya fitnah, penyelewengan, korupsi dan lain-lainya menterjemahkan wasathiyyah di dalam sistem pemerintahannya ?
11. Wasathiyyah dalam pentadbiran dapat dinilai apabila sesebuah kerajaan itu ditadbir oleh Islam dan bukannya mentadbir Islam. Saya ingin menegaskan bahawa konsep wasathiyyah yang dilaungkan oleh UMNO menerusi YAB Perdana Menteri adalah bersalahan dengan makna wasathiyyah yang sebenar.
12. Laungan dan perlaksanaan wasathiyyahnya adalah bercanggah dari apa yang difahami dan yang terdapat di dalam ajaran Islam. Sesungguhnya kerajaan UMNO-BN telah mencabul pemahaman wasathiyyah yang sebenar dan mengambil perkataan tersebut untuk membenarkan segala tindakan mereka.
Kata Saidina ‘Ali radhiyallahu ‘anhu :
كلمة حق أريد بها باطل
Kalimahnya yang benar dikehendaki dengannya maksud yang batil.
13. Antara pencabulan UMNO-BN ke atas prinsip sebenar wasathiyyah :
a] . Isu perbelanjaan majlis hari jadi Perdana Menteri dan kos majlis pertunangan anaknya.
Sebagai seorang pemimpin yang melaungkan slogan Islam Wasathiyyah, perlakuan ini jelas menafikan kefahaman beliau di dalam tindakan dan amalannya. Walaupun benar, sekiranya majlis tersebut menggunakan duit beliau dan beliau mampu untuk membiayai kos tersebut tetapi persoalannya bagaimanakah sanggup seorang pemimpin yang kononnya menjulang prinsip wasathiyyah di dalam Islam melakukan pembaziran sedangkan masih ada di antara rakyatnya yang hidup secara gelandangan ?
Adapun kos majlis hari jadi beliau dikatakan mencecah kepada RM 79,053.
Makluman yang diterima majlis seorang pemimpin rakyat yang mencecah kepada puluhan ribu ringgit itu hanya dihadiri oleh golongan yang bergaji besar dan berpangkat tinggi. Di sini sahaja sudah timbul pertanyaan di mana wasathiyyahnya ?
Andaikan sahaja dari jumlah tersebut digunakan untuk membantu rakyatnya yang masih bergelandangan.
Bukan itu sahaja, kos yang dilaporkan untuk mengadakan majlis pertunangan anak seorang pemimpin Islam wasathiyyah berjumlah RM 409,767.
Inikah cara terbaik seorang pemimpin Islam wasathiyyah mempraktikkan wasathiyyahnya di hadapan rakyatnya iaitu bermegah dengan kekayaan dan pembaziran?
Bukan kemampuan yang menjadi persoalan tetapi di mana konsep wasathiyyah yang menjadi tanda tanya.
b] . Isu royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan. Isu ini bukan isu baru untuk diperbahas atau diperbincangkan. Sebagai pemimpin yang menjadikan wasathiyyah sebagai prinsip di dalam sistem pemerintahannya, kerajaan UMNO-BN perlu berlaku adil dengan memberikan hak kepada mereka yang berhak.
Hak rakyat Kelantan disekat kerana kerajaan negeri Kelantan tidak ditadbir oleh sekutunya atau yang sebulu dengan kerajaan pusat.
Justeru itu, hak tersebut tidak diberikan secara lansung kepada kerajaan PAS yang memerintah di Kelantan.
Hal yang sama juga pernah berlaku di Terengganu ketika negeri tersebut diperintah oleh Tuan Guru Presiden PAS Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang hafidzhohullah.
Sekira inilah perangai mereka yang kononnya melaungkan konsep wasathiyyah di hadapan rakyat maka sesungguhnya inilah perbuatan khianat ke atas sifat mulia yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Islam.
c] . Ketelusan di dalam Pilihan Raya dan sistem Pilihan Raya
Kerajaan yang mengamalkan konsep wasathiyyah yang sebenar pasti memastikan pemilihan rakyat dalam pembentukkan kerajaan dilakukan dengan adil dan telus.
Ini kerana sebagai kerajaan yang memerintah dengan konsep wasathiyyah mereka sedar dan tahu bahawasanya mereka ini adalah lantikan dari rakyat untuk bekerja demi maslahah rakyat dan negara.
Tanggungjawab yang begitu besar ini hanya difahami oleh pemimpin yang memiliki sifat wasathiyyah ini.
Perbuatan khianat di dalam pembentukan kerajaan mahupun proses-proses Pilihan Raya termasuklah daftar pemilih adalah perkara yang akan diperangi oleh kerajaan Islam Wasathiyyah.
Isu yang menimpa Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini sangat mengejutkan kita dan membuatkan kita bertanya-tanya adakah sampai begitu terdesak kerajaan wasathiyyah cara UMNO-BN ini memindahkan pengundi demi Pilihan Raya Umum yang ke 13 nanti.
Tindakan sebegini hanyalah mencabul kemuliaan wasathiyyah umat Islam.
14. Belum selesai kerajaan UMNO-BN mentarbiyyah rakyatnya apa itu Islam Hadhari, kini muncul pula Islam Wasathiyyah cara UMNO-BN.
15. Impaknya masyarakat hanya akan bertambah pening dan semakin tidak memahami apakah dia sebenarnya Islam. Rakyat berteka-teki Islam apakah pula yang akan dijadikan slogan oleh pimpinan UMNO-BN akan datang. Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan Islam yang dislogankan oleh mereka. Ini kerana mereka sendiri tidak memahami erti kata wasathiyyah di dalam Islam bahkan tidak pernah cuba untuk mengamalkannya di dalam sistem pentadbiran mereka.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 24/03/2012
Sumber HD - 26-3-2013
1. Politik negara kita kian cemar dan rosak apabila fitnah menjadi senjata utama untuk membunuh karektor dan potensi pemimpin lawan politik.
2. Lebih sadis apabila fitnah itu berlegar dengan modus operandi yang sama berteraskan skrip dan skrin lucah pula memangsakan tokoh-tokoh politik lawan mereka.
3. Tamadun negara dan peradaban manusia kian runtuh dengan style politik gila yang rakus tanpa peduli sempadan neraka yang dirempuh membabi buta.
4. Ternyata sejak fitnah seks ke atas Aisyah Ummul Mukminin Rha, dunia ini tidak pernah aman dari fitnah angkara bejad manusia munafik.
5. Hanya kita wahai ummah! Hanya kita wahai anak muda! Untuk kita corak skil politik baru. Bukan politik fitnah, bukan politik lucah dan bukan politik mafia. Politik kita ialah politik hujjah dan politik kasih sayang.
Ayuh saudara! Kita gerakkan gelombang perubahan! Persetan pada fitnah!
Sumber HD - 14-4-2013
Puisi Perubahan
Nasrudin Hassan, | 29 Mac 2012 |
Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan
Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah
Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas
Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal
Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat
jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan
khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah
Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.
Hujan emas di negeri orang
tanah lombong tidak bertuan
ajak berubah bukan berperang
ayuh semua sahut seruan
Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
jangan kelak rindu rinduan
apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan
Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah
Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas
Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal
Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat
jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan
khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah
Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.
Hujan emas di negeri orang
tanah lombong tidak bertuan
ajak berubah bukan berperang
ayuh semua sahut seruan
Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 29/03/2012
Revolusi Facebook semarak kebangkitan anak muda
Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 03 Apr 2012 |
Karamah (kemuliaan) sebuah perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan yang menepati manhaj perjuangan Islam ialah pertolongan Allah swt yang tidak pernah putus. Biarpun ia cuba disekat oleh musuhnya dari segenap arah, namun senantiasa ada lorong yang membawa perjuangan ini ke mercu jaya melepasi segala halangan yang dirintang.
Malaysia antara sebuah negara pengamal "demokrasi songsang" apabila kerajaan yang memerintah mengongkong dan menguasai media tanpa memberi laluan seimbang kepada parti bukan kerajaan untuk menyampaikan maklumat atau risalah perjuangan menerusi media arus perdana, samaada cetak atau elektronik.
Dunia maklumat menjadi sempit dan terhad. Masih segar dalam ingatan saya bagaimana seketika dulu, rutin ceramah PAS akan di adakan padang awam atau kawasan penempatan. Sementara tidak banyak cawangan PAS yang mempunyai markaz atau Pusat Tarbiyah sendiri. Seringkali PAS menganjurkan ceramah atau rapat umumnya di kawasan awam dan terbuka.
Malangnya selepas itu, pemerintah mengeluarkan pekeliling bahawa PAS tidak boleh mengadakan ceramah dikawasan awam tanpa permit kecuali di markaz atau kawasan persendirian. Akhirnya kita boleh lihat sendiri hari ini, bahawa hampir tiada cawangan dan kawasan PAS yang tiada markaz atau pusat tarbiyahnya sendiri dalam keadaan PAS bukan parti pemerintah kecuali hanya di Kelantan sebelum daripada ini. Fenomena ini adalah salah satu daripada karamah perjuangan .
PAS terus bergerak aktif melalui penganjuran pelbagai aktiviti luaran dan dalaman di markaz atau pusat tarbiyahnya, biarpun tidak lagi dibenarkan penganjuran di kawasan terbuka. Lebih menarik apabila perkembangan ini secara tidak langsung mendekatkan PAS dan aktiviti markaznya kepada masyarakat awam. Orang ramai yang ingin tahu mengenai PAS terpaksa datang sendiri ke markaz dan pusat tarbiyahnya setelah PAS dikekang dan ditohmah dari segenap arah. Ini satu lagi karamah perjuangan.
PAS juga disekat suaranya melalui media sebagaimana parti bukan kerajaan yang lain. Hanya berpada dengan Harakah yang terbitannya terhad kepada ahli sahaja untuk hanya 2 kali seminggu berbanding parti pemerintah yang boleh menguasai segala jenis chanel di televisyen dan radio. Pula menguasai pelbagai jenis akhbar cetak. Siang malam, pimpinan dan aktivis parti terpaksa bersengkang serta mengurangkan waktu rehat dan tidur bagi memikirkan jalan keluar agar maklumat semasa dan risalah perjuangan ini dapat menembusi setiap pintu rumah dan hati rakyat.
Sebagaimana yang telah saya tegaskan tadi bahawa perjuangan suci ini, selama ia berlandaskan syariat Allah swt. nescaya senantiasa ada pertolongan Allah swt lalu membuka jalan keluar dari segala bentuk kekangan. Era ini Allah swt menghantar teknologi kepada kita. Antaranya ialah jaringan sosial yang terkenal iaitu facebook. Ia juga sebahagian dari karamah perjuangan.
Pengguna Facebook di Malaysia kini mencecah hampir 12 juta orang, dengan kadar penembusan 69.91 peratus pengguna internet. Laman socialbakers.com melaporkan, Malaysia kini berada di tangga ke-17 pengguna Facebook paling ramai di dunia. 53 peratus adalah pengguna lelaki dan 47 peratus pula wanita. Rata - rata dari kalangan mereka ialah anak muda.
Terdapat penambahan 200 ribu account baru setiap hari. Lebih dari 25 juta pengguna dari seluruh dunia yang aktif menggunakan Facebook setiap hari. Rata-rata pengguna menghabiskan waktu sekitar 19 minit setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti di Facebook. Realiti ini meluaskan lagi potensi ziarah dan dakwah di talian cyber.
Memanafaat kekuatan medium facebook yang mempunyai jumlah pengguna berdaftar lebih 200 juta di seluruh dunia inilah, gerakan perubahan dan pengislahan meletus sebagai satu gelombang besar yang melanda negara Arab dan akhirnya menjatuhkan regim Ali Zainal Abidin di Tunisia, Husni Mubarak di Mesir, Muammar Ghadaffi di Libya. Kini facebook mencetus fenomena serupa di Syria yang menyemarakkan kebangkitan rakyat tertindas sejak puluhan tahun yang lalu.
Rangkaian sosial yang popular seperti facebook ini telah mengatasi populariti rangkaian My Space. Saya melihatnya dari aspek positif tanpa menafikan sebahagian manusia gagal memanfaatkan facebook untuk kebaikan. Samaada mereka buta teknologi atau kerana mereka mengurus teknologi dengan nafsu dan syahwat bukan wahyu dan aqal.
Facebook boleh menjadi medium perjuangan yang baru selepas medium ceramah sekian lama menjadi aktiviti tradisi kita menyampaikan maklumat. Justeru itu, saya menegaskan bahawa menjadi satu ke"wajib"an bagi setiap anggota parti samaada pimpinan atau ahli biasa untuk memiliki sekurang - kurangnya satu akaun facebook yang aktif.
Setiap anggota parti mesti celik facebook atau twitter dan sebagainya, justeru kita hidup di zaman teknologi maklumat. Bukan sahaja kita tidak boleh memusuhinya malah kita mesti menangani dan menguasainya. Langkah bijak ialah seorang ahli satu facebook yang aktif.
Buka dan miliki akaun facebook, kemudian aktifkannya dengan ilmu yang benar dan maklumat yang tepat. Jauhkan fitnah dan maki hamun, sebaliknya tampilkan fakta dan figur serta perbahasan yang mudah dan jelas. Kuasai bahasa anak muda kemudian bimbing mereka dengan ilmu dan maklumat yang betul berpandukan petunjuk Rabbul Izzati.
Saya jangkakan revolusi facebook bakal tercetus mendepani pilihanraya umum akan datang dan anak muda adalah penggerak serta pemangkin kepada revolusi tersebut. Menyedari perkembangan penting ini, saya meletakkan para alim ulama' , cendikiawan dan intelektual di senarai paling atas yang "wajib" menjadi aktivis facebook sebagai facebookers yang istiqamah dan berhikmah. Pimpin dan bimbing anak muda menuju cita - cita perubahan agar gelombang perubahan ini terarah dan tidak melewati batas akhlak pula gelincir dari sempadan moral.
Sebagaimana cabaran dan rintangan [ tribulasi ] yang kita hadapi sewaktu mengurus perjuangan di dunia ini , maka begitulah mehnah [ ragam ] dan ibtila' [ ujian ] serupa yang terpaksa kita depani di arena facebook. Jika dipentas perjuangan ini kita berdepan dengan pemuda tahan lasak, samseng politik, FRU, SB dan lainnya, maka tidak kurangnya di arena facebook kita berdepan cybertrooper, penyamar 1001 wajah, pengganas moral, pengacau, hackers dan lainnya.
Mulakan dengan bismillah, sertai medium baru ini dan sabar depani segala karenah serta tabah menyerap segala cabarannya.
Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 3/04/2012

Harga Sebuah Perjuangan
Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 19 Apr 2012 |
1. Sungguh kesal dan memalukan negara ! Itulah realiti yang boleh diungkap apabila University of Dataran Merdeka terancam angkara perbuatan ganas dan tidak bertamadun dari sekumpulan samseng yang tidak bertanggungjawab.
2. Saya tidak tahu apakah sentimen yang membuatkan samseng itu mengganas melainkan ianya adalah episod malang yang menimpa iklim sosial negara kita. Ertinya negara kita tidak selamat untuk berkumpul dan berkhemah. Berkhemah di tempat terbuka seperti Dataran Merdeka pun tidak terlepas dari ancaman keganasan samseng, apa jaminan untuk rakyat selamat di ceruk kampung dan desa yang jauh dari balai polis dan ibu pejabatnya.
3. Tahap kesedaran demokrasi pada sebahagian anggota masyarakat masih terlalu rendah justeru kerajaan sendiri sebelum ini terlalu banyak menunjukkan tauladan buruk kepada masyarakat dalam perkara ini yang membawa kepada pencabulan demokrasi seperti menggunakan polis, FRU dan water cannon untuk membelasah rakyat sendiri yang berhimpun secara aman. Saya tidak hairan apabila ada segelintir anggota masyarakat bertindak samseng ala-ala polis dan FRU menyurai perhimpunan aman anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini.
4. Lebih malang apabila pihak polis yang balai mereka tidak jauh dari Dataran Merdeka seperti tidak mampu berbuat apa-apa untuk memberi keselamatan kepada masyarakat awam dari gangguan samseng dan pengganas. Sekaligus memberi gambaran buruk kepada masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia tidak selamat! Dataran Merdeka amnya adalah kawasan tumpuan pelancong. Jika kawasan tumpuan pelancong seperti ini, samseng boleh bermaharajalela, ertinya tahap keselamatan negara dalam keadaan parah!
5. Himpunan Mahasiswa adalah aman. Mereka berkhemah dan duduk santai menyuarakan tuntutan mereka kepada awam amnya dan kepada kerajaan khasnya. Kenapa mereka mesti dilayan sedemikian rupa? Atau siapakah yang mengupah samseng ini? Atau mereka mahu menarik lebih ramai lagi mahasiswa berkampung dan berkhemah di Dataran itu?
6. Asalnya mereka berkumpul dalam jumlah yang kecil sekadar untuk menyatakan tuntutan mereka. Apakah kerana jumlah mereka yang berkumpul itu kecil , maka mereka boleh dibuli sedemikian? Itu hanyalah warm up kepada Himpunan Besar pada 28 April ini! Atau memang mereka mengumpan agar mahasiswa seluruhnya turun berkampung di Dataran Merdeka? Jangan hairan jika selepas ini, himpunan ini makin bertambah ramai.
Saya harap mahasiswa dapat bersabar mendepani cabaran provokasi ini. Teruskan dengan tuntutan anda! Jangan mengalah dengan cabaran kecil ini.

Sumber HD : 19/04/2012
Tinggalkan Perkara Yang Tidak Berfaedah
Nasrudin Hassan, | 08 Mei 2012 |
1. Segar dalam ingatan ini bagaimana naqib usrah saya semasa belajar di Mesir dulu, selalu mengungkapkan kalimah yang dipopularkan oleh Imam Hassan al Banna iaitu al waajibat aksara minal awqaat, iaitu kewajipan jauh lebih banyak dari masa yang ada kepada kita.
2. Justeru itu , kita diajar supaya tidak membazirkan masa dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Sabda Nabi saw:
من حسن اسلام المرء تركه ما لا يعنيه
Sebahagian dari keindahan Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
Hadis Hasan Riwayat Imam Tarmizi, Ibnu Majah dan Imam Malik
3. Perkara yang tidak mendatangkan manafaat ini tidak semestinya hanya dari perkara haram semata-mata tetapi juga dari perkara-perkara halal menurut hukum syara' namun ia tidak mendatang manafaat kepada kita. Contoh mudah ialah berbual kosong di kedai kopi , tidur hingga mencecah 7 atau 8 jam sehari termenung dan berangan-angan. Sungguhpun perbuatan ini tidak membawa kepada haram tetapi ia telah mengambil banyak dari masa kita yang sememangnya terhad.
4. Fenomena ini masih membelenggu sebahagian dari anggota jamaah kita. Akhirnya banyak tugasan jamaah dan tanggungjawab atau amanah tidak berjaya dilaksanakan dengan baik. Kalau pun siap, ianya disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa mengejar waktu dan akhirnya tidak menghasilkan kualiti yang tinggi dalam prestasi kerja sebagai seorang yang bergelar pejuang.
5. Sebagai seorang pejuang, kita sewajarnya peka dalam perkara seperti ini, kerana fail kita masih bertimbun di pejabat dan ianya belum disemak. Frame work kita telah berhabuk kerana belum diterjemah dalam tindakan. Lebih malang jika pejabat kita juga telah bersawang kerana lama kita tidak beroperasi. Kita seperti tidak ada masa untuk bertindak. Tidak tahu ke mana habisnya masa kita. Namun apa yang pasti, matahari terbit dan tenggelam dengan begitu pantas sedang tanggungjawab dan amanah masih terlalu banyak yang belum dilunaskan.
6. Cuba kita hitung sejenak bagaimana masa kita berlalu sementara tugas kita sebagai pejuang menuntut komitmen terhadap masa yang begitu tinggi daripada kita. Termenung di bilik air, khayal di kusyen empu , asyik di kaca TV, berbual kosong di kedai kopi, berangan di meja makan, leka berchatting , tidur melewati batas , alpa bermain game, melayari blog-blog yang tidak mendatangkan faedah dan maklumat, bergayut di telefon dan berSMS dalam perkara yang tidak penting .
7. Sayugianya wahai sahabat seperjuangan, Tinggalkanlah perkara yang tidak mendatangkan manafaat kepada diri mu ! demikian itu sebahagian dari keindahan dan kecantikan Islam seseorang. Begitulah terlebih wajar bagi seorang muslim meninggalkan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt lantaran ia pasti tidak mendatangkan manfaat.
8. Sementelah pula kita semakin hampir ke tarikh pembubaran parlimen. Semakan kerja-kerja teknikal pilihanraya melalui pemantauan Jawatan Kuasa Harian DPPM dan Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Malaysia menunjukkan masih banyak tugasan yang perlu diselesaikan. Harapan saya, seluruh jentera membuat pecutan akhir tanpa lengah dan menoleh ke belakang lagi.
9. Penuhi piawaian sebuah Organisasi utuh dan Jentera boleh menang sebagaimana yang telah digariskan oleh pimpinan jamaah. Jangan terlalu asyik dengan isu yang sengaja di creat oleh musuh untuk menyibukkan kita serta mengalih penumpuan kita. Fokus gerakkerja pilihanraya, kenal pasti keutamaan kerja yang perlu ditunaikan segera dan elakkan tabiat bertangguh.
10. Kemenangan adalah anugerah Allah. Justeru itu, apa yang paling penting ialah hubungan kita dengan Allah swt. mestilah akrab. Kerja pilihanraya kita adalah untuk Allah swt dan Islam agama yang diwahyukanNya. Janganlah sekali-kali kita pernah mengabaikan perintahNya seperti solat dan sebagainya, begitu juga jangan sekali-kali membiarkan diri terjebak dalam kancah maksiat dan mungkar, kerana kelak ia menghalang kemenangan yang telah dijanjikan.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]

Sumber HD : 8/05/2012
Media arus perdana semakin durjana
Harakahdaily, | 08 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mei: Hanya kerana haloba pengaruh dan kesumat politik, media arus perdana turut ‘merusuh’ lalu menyerang Pakatan Rakyat dan pemimpinnya tanpa mempedulikan lagi batas dan etika kewartawanan.
Ketua Pemuda Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, politik lucah dan fitnah terus menjadi ‘senjata terdesak’ mereka untuk menghadapi kebangkitan rakyat mendepani pilihanraya umum kelak.
“Menyedari kedudukan mereka yang semakin hilang pengaruh dan pembaca, hanya lucah dan fitnah sebagai headline yang dilihat mereka boleh menyelamatkan reputasi yang telah menjunam,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tanpa mereka sedar bahawa itulah menjadikan politik lucah dan fitnah sebagai bahan yang meletakkan mereka semakin jauh dari hati dan naluri rakyat.
Sebelum ini, katanya Utusan Malaysia dengan politik lucah dan fitnahnya yang melampau dan hari ini New Straits Times pula dengan provokasi yang keterlaluan tanpa asas menghilangkan kepercayaan dan menjatuhkan kredibiliti mereka di mata rakyat apabila menyiarkan kenyataan mantan Ketua Polis Negara yang mengkafirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz apabila memuatkan artikel bertajuk Nik Aziz is Father of Kafir.
“Anak muda pastinya semakin mual dan muak dengan politik tanpa panduan akal dan politik di bawah sedar seperti ini,” ujarnya.
Apa yang pasti, katanya mereka kembali menggunakan taktik dan teknik yang sama sewaktu mendepani pilihanr aya umum 2008 yang membuatkan mereka jatuh teruk.
Menurutnya lagi, mereka agak benak untuk belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu atau mereka memang bermaksud mahu jatuh lagi.
Sumber HD : 8/05/2012
Kami difahamkan Irshad Manji , seorang ikon 'Islam' liberal dan lesbian juga merupakan pejuang hak homoseksualiti (LGBT) akan bertemu peminat beliau di Borders Bookstore Petaling Jaya pada 12 Mei ini.
[ https://www.irshadmanji.com/Borders-Bookstore-Gardens-Mall ]
Kami berharap pihak Kerajaan dan pihak berkuasa agama menyiasat segera perkara ini dan jika didapati benar ianya akan dianjurkan, maka kami mendesak supaya pihak berkuasa tegas menghalang program seperti ini kerana ia jelas membawa ideologi yang boleh memudharatkan pemikiran, akhlak dan gaya hidup masyarakat awam. Ideologi ini dibawa oleh beliau atas nama agama. Buku yang akan dipromosi beliau adalah pandangan songsang tentang Islam dan hak kebebasan. Buat pengetahuan semua, buku Irshad Manji sebelum ini pernah ditegah untuk sebaran di Malaysia.
Irshad Manji berpendapat agama Islam menerima homoseksualiti dan meraikan perbezaan orientasi seks yang pelbagai. Ini merupakan tema projek liberal beliau yang dibawa ke setiap negara. Kehadiran Irshad Manji sedang dirancang oleh golongan LGBT (gay dan lesbian) di merata-rata laman sosial untuk diraikan.
Irshad Manji telah diangkat sebagai tokoh agama beridentiti lesbian: http://www.huffingtonpost.com/2011/10/20/lgbt-religious-leaders-most-inspiring_n_1022043.html#s399318&title=Irshad_Manji
Irshad Manji menentang amalan agama di sekolah dan pengasingan lelaki-wanita waktu solat berjemaah: http://www.xtra.ca/public/National/Irshad_Manji_on_gaystraight_alliances-10838.aspx
Kata Irshad Manji, "A speech that I gave several years ago about why I believe God and gays are compatible. In this speech, I take an ecumenical perspective, not just an Islamic one." : https://www.irshadmanji.com/support
Irshad Manji & tafsir Quran reformis beliau: https://www.irshadmanji.com/reformist-quran
Beberapa hari lepas berlaku rusuhan dan protes di Indonesia berikutan kehadiran beliau untuk tujuan yang sama. Program beliau dibatalkan serta merta termasuklah yg dirancang utk diadakan di universiti:
http://www.youtube.com/watch?v=iQAlWOWfUoA
http://www.youtube.com/watch?v=W6z6CfNtVZk&feature=relmfu
http://www.youtube.com/watch?v=6y9mwaaOgZE&feature=relmfu
http://www.tempo.co/read/news/2012/05/08/214402313/Polisi-Dua-Hotel-Menolak-Irshad-Manji
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150787346274578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150821025664578&set=a.149753894577.111183.7903274577&type=1&theater
Sebelum itu, di Belgium Irshad Manji turut dikecam:
http://www.youtube.com/watch?v=NJS6IypEVR8&feature=related
https://www.irshadmanji.com/Muslim-extremists-order-Irshads-execution
Irshad Manji dan gagasan lesbian Islam beliau:
http://www.xtra.ca/public/National/Taking_notice_of_Irshad_Manji-10595.aspx
http://insistnet.com/index.php?option=com_content&view=article&id=134%3Airshad-manji-idola-kaum-liberal&catid=1%3Aadian-husaini
Irshad Manji pembela Salman Ruhdie yang menghina Rasulullah SAW. Beliau juga mengaku lesbian secara terbuka dan menggalakkan Muslim untuk ada keberanian beridentiti homoseksual (beliau akan memperkata tentang Moral Courage di Malaysia).
Kami berharap pihak berkuasa khasnya pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan tegas menghalang anasir subversif sosial serta ideologi berbahaya ini daripada merebak di Malaysia. kehadiran beliau bukanlah untuk sesi debat atau wacana kritis. Beliau dipercayai sekadar hadir untuk menyampaikan amanat 'Islam' reformis songsang.
Membenarkan kehadiran beliau untuk bertemu peminatnya pada 12 Mei ini bermakna membenarkan agenda mungkar ini merebak dalam negara kita dan kelihatan seperti mengiktiraf kegiatan mereka. Ini sudah tentu amat bercanggah dengan nilai agama dan budaya yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat dan bernegara di atas tanahair tercinta ini.

Cegah kemungkaran ini!
Nasrudin Hassan, | 09 Mei 2012 |

YouTube - Videos from this email
Sumber HD : 9/05/2012
Sumber HD : 16/09/2012
Hidup di landasan perjuangan Islam ini tidak mudah. Hakikatnya, tiada siapa kata perjuangan Islam ini mudah. Dengan berbekalkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah, ramai yang cuba menempuh perjuangan ini.
Namun, tanpa ketaqwaan dan keimanan kepada Allah yang kuat beserta kemahiran memotivasikan diri sendiri, ramai yang tersungkur.
Ramai yang menarik diri di pertengahan jalan.
Ramai yang terpengaruh dengan kesenangan duniawi, dan mengatakan kepada diri sendiri, ada orang lain yang bakal meneruskan perjuangan ini.
Ada pula yang menggunakan jalan terpesong untuk memperjuangkan agama Allah, yang akhirnya bukan dia saja yang tersungkur malah Islam terpalit dengan nama buruk akibat “perjuangan” beliau.
Ada ramai yang menyatakan mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila ditanya apakah perjuangan Islam? Jawapan yang didengari cukup berbeza.
Bagi Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, inilah tujuan perjuangan Islam:
“Perjuangan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah. Justeru itu pastikan aksi dan ucapan kita tidak mencetus kemurkaan Allah.
Perjuangan kita untuk memenangi hati manusia. Justeru itu usahakan dakwah dan kempen kita tidak meliarkan mereka.
Perjuangan kita adalah untuk memelihara kesucian Islam. Justeru itu pastikan kita tidak melakukan maksiat dan mungkar.
Perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Islam. Justeru itu, pastikan kita menepati pra syarat kemenangan dariNya.”
Bagi beliau, perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Allah.
Ustaz Tantawi sentiasa mengingatkan diri bahawa:
“Kemenangan adalah anugerah Allah. Namun untuk menang syaratnya mestilah berjuang.
Pun begitu berjuang tidak semestinya menang. Jadi, berjuanglah kerana Allah s.w.t.”
Berbekalkan ini, jarang kita melihat motivasi Ustaz Tantawi luntur meskipun berdepan dengan pelbagai mehnah perjuangan.
Setiap pemahaman, kesedaran dan ilmu yang diperoleh beliau dicatatkan dengan gigih dalam laman Facebook beliau.
Beliau memahami dalam perjuangan Islam, musuh utamanya bukan musuh yang ingin menggagalkan hasrat Islam, tetapi diri sendiri yang mudah tewas di medan juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh.
Ketika berjuang, Ustaz Tantawi juga menekankan kepentingan menjaga akhlak dan siasah supaya nama Islam tidak dicemari dengan tindakan-tindakan yang tidak melambangkan Islam sebenarnya.
Bagi beliau, Islam mesti dimenangi dengan cara menawan dengan kebaikan dan bukannya kemungkaran, maksiat dan segala yang Allah murkai.
Mutiara kata-kata beliau di Facebook cukup berharga bagi para pejuang agama Allah sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.
Nasihat, motivasi dan teguran beliau bukan sahaja merangkumi cara menghadapi musuh – tapi juga cara menjaga tingkahlaku sendiri, menguruskan pemikiran terhadap sahabat dan keluarga dan perangkap duniawi yang boleh melemahkan semangat perjuangan.
Kini, semuanya dibukukan dalam Buku Catatan Seorang Pejuang yang selamat dilancarkan pada 14 September 2012 di KUIZM, Taman Melewar di Majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat bersama pengamal media dan selebriti.
Selain motivasi perjuangan, buku ini turut memaparkan nota dakwah yang mudah difahami mengenai Hukum Hudud yang disalah-faham oleh segenap lapisan masyarakat.
Bakat penulisan Ustaz Tantawi dalam berpuisi dan bersajak dalam beberapa catatannya ketika mengharungi cabaran perjuangan turut dibukukan.
Buku kedua terbitan VI Venture, selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kini dijual pada harga pasaran RM22.
Bagi pembaca Harakahdaily yang ingin membeli secara online – ini butirannya:
Untuk pembelian online:
Harga Buku: RM20 (Harga pasaran: RM22)
Kos Penghantaran: RM5
Jumlah: RM25
Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami :
Bank: Malayan Banking Berhad
Nama Akaun: VI Venture
No Akaun: 5-14075-01255-5
SMS atau email kepada kami butir pembayaran :
0192313658 ( viventure2012@gmail.com )
Format SMS/Email:
Nama Penuh
Jumlah Buku
RMxxx
Tarikh
Masa
Alamat POS
NO HP
Nota 1: Sila simpan slip urusniaga sehingga barang yang dibeli sampai
Nota 2: Bagi pengedar, minumum order 30 buah buku.
Nota 3: 15% daripada hasil jualan akan disumbangkan ke tabung dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.
Boleh layari http://viventure2012.blogspot.com untuk keterangan lanjut.
Sumber HD : 17/09/2012
Justeru, katanya Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat, 21 September (esok) adalah aman dan bebas provokasi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012 ini adalah aman dan bebas provokasi. [sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia]
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.
3. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas Nabi SAW dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif. Say No kepada apa jua bentuk provokasi.
4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW sekali-kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.
5. Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalanraya.
6. Elakkan diri dari melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan AMAL atau pasukan Peguam DPPM [JUHAM] yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang berada di situ.
7. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke Kedutaan Amerika mengiringi pimpinan PAS [Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan DPPM] menyerahkan memorundum Bantahan DPPM terhadap filem jijik menghina Nabi SAW yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang.
8. Kepada peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaikiLRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.
9. DPPM mengundang dan mengharapkan semua warga prihatin khasnya NGO-NGO Islam dan bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW.
10. Malam ini [Khamis 20 Sept], DPPM menyarankan agar seluruh ummat Islam bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah swt di seluruh masjid dan pusat tarbiyah yang berhampiran untuk ummat Islam berdepan dengan ujian bertali arus dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah kenal penat dan lelah.
Sumber HD : 20/09/2012
Sumber HD - 6-3-2013
Warkah Buat Ibu
Nasrudin Hassan, | 15 Mei 2012 |
1. Penghuni dunia yang bergelar manusia ini dilahirkan oleh insan bergelar ibu kecuali Adam dan Hawa. Siapapun manusia itu dengan segala derajat dan pangkat yang dimiliki adalah lahir dari rahim seorang ibu yang telah berkorban separuh mati untuk mengandung dan melahirkannya. Tidak ralat jika syurga ter"letak" di bawah telapak kaki ibu.
2. Apa yang telah ditanggung oleh ibu berkait perasaan dan segala elemen kudratnya untuk mengandung, melahir dan membesarkan seorang insan bukan suatu yang perlu dikenang dan dihargai tetapi ia adalah ibu yang wajib ditaati, disayangi dan dijagai dengan segala ketundukan dan kepatuhan kita kepada apa yang telah diperintah Allah swt. terhadap tanggungjawab kita kepada insan bergelar ibu.
3. Tanpa ibu, dunia ini kosong dan hilang segala fungsi serta strukturnya. Justeru itu, tidak keterlaluan jua ungkap kata bahawa tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia.
4. Cerdik pandai, gagah perkasa, cantik menawan, bijak bistari, kaya raya, segak bergaya dan pangkat derajat semuanya bermula dari rahim ibu sebelum dilepas besar dan panjang di muka alam buana ini.

Begitulah pula ibu yang menjadi madrasah pertama membekal ilmu hayat kepada kita semua yang bergelar manusia. Sebagaimana ibu jualah yang pertama menitis susu membekal kompenan sumber tenaga hayat.
5. Ibu ! sungguh istemewa kata nama itu. Tiada yang layak menyandang status kata bernama ibu melainkan dialah yang mengandung dan melahirkan kita. Keupayaan tinggi yang dimiliki oleh ibu untuk bertahan 9 bulan kandungan dan kemudiannya bersabung nyawa untuk melahirkan kita adalah bergantung kepada nilai kasih dan sayang yang tiada tolok bandingnya.
6. Kasih dan sayang inilah pula menjadi nilai terpenting untuk manusia meneruskan hidup di dunia yang penuh cabaran dan pancaroba ini. Tanpa kasih dan sayang manusia terperangkap dalam persengketaan sengit tanpa noktah. Keamanan ternoda dengan pertempuran dan peperangan yang kejam. Kedamaian terancam dengan jenayah dan khianat yang tidak berhati perut. Hubungan silaturrahim terputus angkara fitnah dan hasad. Iklim sosial rosak dan binasa ekoran lupa daratan dan angkuh. Pentas politik menjadi cemar dan kotor kerana benci dan marah. Segalanya berpunca dari hilangnya kasih dan sayang.
7. Sempena Hari Ibu, saya mengutus warkah mewakili seluruh anak - anak ibu yang menjadi warga Dewan Pemuda PAS Malaysia agar institusi ibu hari ini menyemarakkan nilai kasih dan sayang ke setiap sendi dan nadi manusia untuk membina semula sebahagian struktur dunia kini yang mengalami kerosakan teruk akibat hakisnya sifat serta nilai kasih dan sayang.
8. Tiada ibu yang mahu anaknya jahat. Tiada ibu yang mahu anaknya bodoh. Tiada ibu yang mahu anaknya hina. Tiada ibu yang mahu anaknya bangsat. Tiada ibu yang mahu anaknya diperalat sebagaimana tiada ibu di dunia ini yang mahu anaknya digelar haram jadah. Maka ibulah harapan kami kini untuk menyusun semula dan membina kembali tamadun atau peradaban manusia sebelum ia rosak teruk dan musnah binasa.
9. Ibulah yang mempunyai keupayaan untuk memastikan generasi ini terdidik dengan kasih dan sayang. Menyelamatkan mereka dari terus hanyut dalam arus budaya songsang tanpa tunjuk ajar ibu untuk mematuhi suruhan agama dan pedoman tuhan yang Maha Pencipta. Membimbing mereka untuk mencorak masa depan yang baik, bahagia dan berjaya.
10. Terima kasih ibu! justeru air tangan ibulah menjadikan kami kenal erti rindu, kasih dan sayang lalu memungkinkan kami berjuang untuk mengembalikan semula izzah ummah yang bersendikan kasih sayang setelah sebahagiannya rosak teruk angkara perlanggaran syariat yang ketara dan pemujaan nafsu yang melampau. Tidak lupa juga buat semua ibu kepada anak-anak kami yang tekun mendidik dan membesarkan mereka sebagai generasi pewaris perjuangan yang kami dokong, meskipun mereka sering ditinggalkan kerana urusan kami di medan juang mahu pun di lapangan mencari rezeki.
Semoga semua insan bergelar ibu dirahmati dan diberkati Allah Jalla wa A'la Tuhan yang Maha Mencipta Lagi Maha Memelihara.

Sumber HD : 15/05/2012
BR1M: Rakyat bukan ikan tilapia
Hazayani Zakaria, | 09 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Jun: Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 tidak akan dapat 'menyucikan dosa' kerajaan melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Nasrudin Hassan (gambar).
Sambil menyifatkan BR1M sebagai hak rakyat, Nasrudin berkata, bantuan itu memang wajar diberikan kepada rakyat yang memerlukan tetapi bimbang ianya dijadikan umpan pilihan raya.
"Kita tak pernah mempertikai hak rakyat untuk dapatkan bantuan daripada kerajaan tapi bukan bermaksud bantuan itu boleh mencuci penyelewengan, rasuah, dosa yang dilakukan oleh kerajaan.
"Lambat laun rakyat sedar juga kes-kes rasuah seperti NFC dan sebagainya dan rakyat akan sedar bagaimana kerajaan menguruskan wang negara," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada Kabinet kelmarin, supaya kerajaan memberi BR1M kedua kepada rakyat.
Nasrudin berkata, jika kerajaan benar-benar ikhlas membantu rakyat, bantuan seperti ini bukan sahaja diberi menjelang pilihan raya tetapi sepanjang masa.
"Yang timbul kenapa jadi gula-gula pilihan raya kerana seringkali diberi kepada rakyat menjelang musim pilihan raya. Kenapa tidak daripada awal dulu dan tidak dijadikan dasar kerajaan. Menjelang pilihan raya macam-macam diberikan," katanya.
Namun ujarnya, rakyat khususnya golongan muda yang celik maklumat tidak akan terpengaruh dengan umpan sedemikian sebaliknya tahu berfikir untuk memilih kerajaan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang.
"Anak-anak muda yang mendapat maklumat jelas, mereka tidak mudah untuk dipengaruhi kerana prinsip perjuangan bukan berharga RM500 untuk menentukan corak pemerintahan negara melalui pilihan raya umum akan datang.
"Rakyat dapat membuat pilihan yang tepat dalam pilihan raya, bukan berdasarkan siapa yang boleh beri umpan kepada mereka kerana rakyat bukan ikan tilapia untuk dibuat demikian tapi rakyat manusia yang ada akal, ada agama dan boleh berfikir," katanya.
Sumber HD : 9/06/2012

Umno nak menang percuma PRU musim haji, no way
Harakahdaily, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jun: “Kenapa Umno menjadi sempit akal? Jangan buat pilihanraya musim haji, selesailah masalah. Kalut ribut ni kenapa? Umno cadang nak buat pilihanraya dalam musim haji ker?”
Itulah soalan yang terpapar di minda Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi apabila terbaca berita utama akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia hari ini.
Akhbar tersebut cuba memutarbelitkan arahan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada ahli PAS yang terlibat terus dalam pilihanraya umum ke-13 untuk menangguhkan ibadah haji mereka sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkeras untuk membubarkan parlimen di musim haji seperti yang diwar-warkan.
Nasrudin berkata kalau betul Umno hendak mengadakan pilihanraya dalam musim haji, maknanya Umnolah yang menghalang orang yang hendak menunaikan ibadah haji kerana fatwa Mufti Pahang menyatakan bahawa mengundi adalah wajib.
“Kerajaan pun kempen bagai nak suruh orang mengundi, jadi mana satu ni?
Nak mengundi ke nak buat haji? Kalau nak suruh rakyat buat dua-dua haji dan mengundi, maka jangan buat serentak! Mudahkan berfikir?” sindir beliau di laman Facebooknya.
Nasrudin berkata kalau PRU13 dibuat pada musim haji, sudah pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon parlimen dan Dun tidak boleh mengerjakan haji.
“Habis tu, kalau pergi haji juga... Nak bagi Umno menang percuma? Supaya banyak lagi rasuah, salah guna kuasa dan mungkar berlaku dalam negara kita? No way man!” tegas beliau.
Sumber HD : 12/06/2012

Kroni lagi, apa jaminan kepada penumpang LRT?
Nasrudin Hassan, | 05 Jul 2012 |
Mengikut perancangan, kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Datuk Sri Mohd Najib Razak mahu menambah perkhidmatan LRT Ampang yang sedia ada sekarang ini dengan nilai RM1.012 bilion pada kadar tambahan sebanyak 17 kilometer.
Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan jumlah yang diperuntukkan ini sangat besar dan projek ini seharusnya dinilai, ditapis dan diteliti sedalam mungkin kerana ianya melibatkan jumlah yang besar daripada perbendaharaan negara.
Menurut sumber yang dikeluarkan oleh beritasemasa.com terdapat 8 syarikat terkemuka daripada seluruh dunia termasuklah dari Perancis, Britain dan Korea Selatan yang masuk di dalam senarai tender dan berusaha untuk membuktikan kemampuan dan kekuatan masing-masing.
Menurut lampiran yang disertakan di dalam beritasemasa.com, badan penilai iaitu perunding kejuruteraan Halcrow membuat keputusan memilih untuk mencadangkan kepada Kementerian Kewangan satu syarikat dari Britain, Konsortium Balfour Beatty-Invensys bagi melaksanakan projek LRT Ampang ini.
Rasional cadangan ini adalah berdasarkan rekod Balfour Beatty-Invensys yang cukup terkenal di peringkat antarabangsa di dalam industri pembinaan landasan keretapi dan LRT di seluruh dunia.
Sumber juga memberitahu cadangan daripada badan penilai ini telah dibawa kepada Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam Kementerian Kewangan. Jawatankuasa ini dipengerusikan sendiri oleh Menteri Kewangan, Dato Sri Mohd Najib Razak.
Antara ahli di dalam jawatankuasa ini adalah Menteri Kewangan II iaitu Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara sendiri iaitu Tan Sri Wan Aziz.
Sekiranya diperhatikan, ketiga-tiga nama ini merupakan nama-nama yang berada pada kedudukan yang tertinggi dalam Perbendaharaan Negara.
Berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan pada 25 Januari 2012 telah meluluskan cadangan daripada badan penilai iaitu memilih konsortium Balfour Beatty-Invensys.
Akan tetapi, laporan yang dibuat oleh akhbar Business Times yang bertarikh 22 Jun 2012 [Jumaat] yang bertajuk “George Kent-led consortium tipped to win Ampang LRT job” sememangnya mengejutkan.
Justeru pada 29 Jun 2012, Sinar Harian telah melaporkan bahawa PKR telah membuat laporan polis kerana terdapat bukti campur tangan kerajaan di dalam pemberian kontrak bernilai hampir RM1.1 bilion kepada syarikat tersebut.
Pada tarikh 3 Julai 2012 sebagaimana yang telah dilaporkan oleh antarapos.com, satu siri pendedahan telah dibuat oleh Saudara Rafizi Ramli yang menyatakan George Kent gagal dalam penilaian bidaan.
Menurut beliau, hasil daripada laporan penilaian merupakan bukti bahawa George Kent sememangnya tidak layak untuk meneraju projek ini. Berikut adalah hasil dari keputusan penilaian bidaan yang telah didedahkan oleh beliau.
1. Mukasurat 14 – pembida George Kent dirumuskan tidak memahami kehendak teknikal projek (terutamanya dari segi koordinasi dan integrasi dengan sistem sedia ada), apatah lagi berkemampuan mengendalikan projek seperti ini;
2. Mukasurat 17 – pembida George Kent dirumuskan tidak mampu meyakinkan perunding bahawa mereka mempunyai kepakaran menjalankan projek ini secara sistematik dan disokong oleh sistem audit projek yang memuaskan;
3. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah mengendalikan projek besar, apatah lagi berpengalaman di dalam projek sebesar ini. Berbanding dengan pembida lain yang hampir kesemuanya pernah menyiapkan projek bernilai lebih RM1 bilion, projek terbesar pernah dikendalikan George Kent hanyalah bernilai RM40 juta, sedangkan pakej kerja-kerja tambahan LRT Ampang ini dianggarkan bernilai lebih RM1 bilion;
4. Mukasurat 24 – pembida George Kent didapati tidak pernah terlibat di dalam projek melibatkan rel atau LRT;
5. Mukasurat 64 – pembida George Kent dirumuskan berada di tempat ketiga tercorot dari segi kemahiran dan pengalaman teknikal. Markah yang diperolehinya adalah lebih rendah dari purata markah keseluruhan pembida-pembida; dan
6. Mukasurat 72 – Halcrow merumuskan bahawa Panel Penilai Teknikal tidak yakin George Kent boleh mengendalikan projek itu dengan jayanya.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Datuk Sri Mohd Najib untuk menyelesaikan isu ini segera kerana ianya turut melibatkan keselamatan rakyat dan juga pengaliran keluar sejumlah wang rakyat yang besar.
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, pemberian kontrak ini perlu dinilai secara telus. Bukan itu sahaja, bahkan kontrak yang sebegini penting perlu diberikan kepada yang selayaknya iaitu mereka yang memenuhi kriteria yang telah dinilai oleh panel penilai kerana ianya melibatkan duit rakyat dan keselamatan rakyat.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana boleh berlakunya pemberian kontrak tersebut kepada sebuah syarikat lain yang bukannya syarikat yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan Menteri Kewangan.
Campur tangan yang wujud di dalam pemberian kontrak ini mengiyakan lagi bahawa memang wujud kronisme yang diamalkan oleh kerajaan sekarang. Sekiranya ini benar-benar berlaku di dalam sistem kerajaan sekarang di manakah rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ?.
Sekiranya keselamatan rakyat dipertaruhkan hanya untuk melansungkan survival kroni, Dewan Pemuda PAS Malaysia yakin, slogan tersebut hanya seperti bertanam tebu di bibir mulut.

Sumber HD : 5/07/2012
Himpunan besar-besaran desak bebas tahanan ISA

Anis Nazri, | 14 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan satu himpunan besar-besaran bagi mendesak pembebasan 45 mangsa tahanan ISA, September ini.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan, berkata himpunan mendesak pembebasan itu diadakan memandangkan sehingga kini kerajaan tidak membebaskan semua tahanan yang masih merengkok di dalam tahanan.
"Biarpun akta itu sudah (dikatakan) dimansuhkan, masih ada lagi di kalangan rakyat Malaysia yang tidak dibebaskan. Mana-mana di kalangan tahanan yang ada bukti kesalahan mereka, buktikannya di mahkamah," tegas beliau pada sidang media, di PejabatAgung PAS, Jalan Raja Laut, tengahari ini.
Tambah beliau, inilah masanya kerajaan membuktikan slogan 'Janji ditepati' dengan segera membebaskan kesemua tahanan.
"Jika tidak, slogan 'Janji ditepati' itu, hanya menjadi 'Janji dimungkiri' semata-mata. Untuk perhimpunan itu, kita akan kerahkan tenaga seramai mungkin bagi mendesak kerajaan berhubung isu ISA ini," tegas beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata satu himpunan di hadapan Kem Tahanan Kamunting (Kemta) akan diadakan esok, jam 11 pagi yang turut disertai Pemuda.
Malah, tambah beliau Pemuda PAS akan meneruskan kempen mengenai ISA sepanjang Ramadan ini bagi memastikan kerajaan memberi respons segera berkaitan isu ini.
"Selain kempen roadshow kesedaran kepada rakyat berhubung isu ini, kita bercadang mengadakan majlis berbuka puasa bersama keluarga tahanan beserta sumbangan. Kita juga akan 'join' kempen bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)," kata Nasruddin lagi.
Turut serta pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Setiauaha Pemuda, Khairul Faizi Ahmad Kamil.
Sumber HD : 14/07/2012

Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 25 Jul 2012 |
Ramadhan Kareem! Sahabat semua ....
1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.
2. Justeru itu , saya harap sangat-sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk: PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa? baru-baru ini.
3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch u...p' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa-masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru-baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani]
5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati-hati. Dengan ini, saya merayu agar gambar yang memaparkan sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.
Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa.
Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.
Sumber HD : 25/07/2012
1. Kurangkan cukai ke atas rakyat marhaen, jika perlu mansuhkan cukai yang jelas membebankan rakyat menengah ke bawah, sebaliknya perkasakan sistem percukaian ini secara adil dan telus kepada pihak yang layak dan wajar membayar cukai. Sistem zakat ke atas ummat Islam adalah terbaik selaku produk Tuhan yang Maha Mencipta yang juga perlu diperkasakan perlaksanaannya dalam negara kita.
2. Malaysia antara negara yang banyak mengenakan cukai ke atas rakyat dan tinggi pula nilai cukai tersebut berbanding negara - negara jiran seperti Thailand. Antara cukai yang dikenakan seperti :
a] Cukai pendapatan
b] Cukai pintu rumah kediaman
c] Cukai bakul penjaja kecil dan juga
d] Cukai jalan
e] Cukai kenderaan import
f ] Cukai stamp dan pelbagai cukai lain yang dilihat membebankan rakyat.
3. Malaysia sedang menghadapi 2 keadaan yang tidak membangunkan rakyat .
Pertama : Hasil mahsulnya yang banyak, tetapi kekayaan itu masih berlegar dikalangan orang - orang kaya dan elit tertentu. sedang inilah yang dilarang oleh syara'. Firman Allah swt :
مَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.
Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Al Hasyr : 7
Kedua : Ialah ketirisan dana perbelanjaan awam yang banyak merugikan demikian juga pembaziran dengan melakukan projek mega yang tidak membawa impak maksima kepada rakyat.
4. Antara contoh yang boleh saya tunjukkan di sini ialah :
a] Laporan Ketua Audit Negara baru - baru ini menjelaskan ketirisan dalam perbelanjaan dana awam sebanyak RM 28 bilion.
b] Dakwaan Global Financial Integrity [ GFI ] bahawa RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh 8 tahun [ 2000 - 2008 ]
c] Menurut laporan Majalah International Living tahun 2010 : Kos hidup di Malaysia adalah ke 21 paling tinggi di dunia.
5. Kos hidup meningkat antaranya kerana :
a] kenaikan harga barang keperluan termasuk harga rumah dan tanah. sedang pendapatan masih perlahan ditambah pula terpaksa membayar pelbagai kadar cukai.
b] Statistik Bank Negara Malaysia pada akhir Nov 2010 menjelaskan mengenai :
Hutang Isi Rumah rakyat Malaysia : RM 577 bilion
Ia bersamaan 74 % dari Keluaran Dalam Negara Kasar [ KDNK ] sekaligus ia menampakkan keupayaan berbelanja rakyat sangat rendah.
6. Realiti ini tentunya menekan rakyat terutama generasi muda. Saya tertarik dengan hasil kajian Pemuda BN sendiri [ melalui Makmal Pemuda BN ] menampakkan trend serupa mengenai suara anak muda :
40 % : anak muda bimbang masa depan negara
48 % : Kualiti hidup mereka di Malaysia tidak terjamin
39 % : hidup di Malaysia sukar & hanya cukup keperluan
9 % : sangat sukar & tdak cukup keperluan.
81 % anak muda pernah habis wang sebelum dapat gaji berikutnya.
10 % anak mudankerap mengalami situasi tersebut iaitu habis wang sebelum dapat gaji bulan berikut.
7. Malaysia bukan negara gersang tanpa hasil mahsul. Malaysia memiliki bijih, minyak, gas, emas, getah, sawit, balak, padi, ikan dan sebagainya. Gamat pun banyak . Semuanya adalah amanah Allah swt dan selayaknya diurus oleh kerajaan yang TELUS dan AMANAH.
8. Kekayaan negara yang berlonggok dikalangan tertentu, bukan sahaja melebarkan jurang kaya miskin, tetapi sering menjadikan mereka angkuh dengan kekayaan dan kuasa yang mereka miliki. Persis rakaman kisah yang disebut oleh Allah dalam al Quran :
إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَىٰ فَبَغَىٰ عَلَيْهِمْ وَآتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).
وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".
قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ الْقُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Surah al Qasas : 76 - 78
9. Mengurangkan kadar dan jumlah cukai yang dikenakan keatas rakyat akan banyak membantu rakyat membina kehidupan yang lebih baik dan selesa. Sekaligus berpotensi menjana kitaran ekonomi yang sihat melalui tahap upaya rakyat berbelanja.
10. Negara dan pemimpinnya juga mesti yakin pada berkat dan rahmat Allah swt tuhan yang memberikan rezeki. Pastikan negara bertaqwa dan tidak derhaka kepada Allah swt dengan tidak melakukan mungkar samaada dalam sosial, politik mahupun ekonomi, nescaya negara akan diberkati dan dirahmati Allah swt. Pastinya rezeki atau pendapatan negara akan bertambah tanpa perlu bergantung dengan pelbagai cukai yang disedut daripada rakyat.
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.
Surah Al A'araf : 96
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Sumber HD : 29/07/2012

Kurangkan cukai yang membebankan rakyat
Nasrudin Hassan, | 29 Jul 2012 |

"Hudud" Alamat Kubra PRU 13
Nasrudin Hassan, | 31 Jul 2012 |
1. Apabila gendang hudud dipalu sekuatnya, maka ia antara tanda - tanda pilihanraya umum semakin hampir. UMNO terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman insyaallah.
2. Pakatan Rakyat telah beberapa kali bincang perkara ini dan simpul ringkasnya ialah kami "setuju untuk tidak bersetuju" atau dalam dalam bahasa lebih mudah ialah : DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.
3. Kedudukan ini jauh lebih baik daripada UMNO dan BN. Bukan sahaja parti kompenan mereka yang biadab terhadap Islam, malah UMNO sendiri bersetuju untuk tidak melaksanakan syariat Islam di Malaysia termasuk undang - undang jenayah syariat. Malah UMNO menikus dihadapan MCA apabila Presiden MCA 'menengking' Adun UMNO Kemelah sebagai pemimpin yang hilang aqal tatkala Adun itu mencadangkan perlaksanaan hudud di negeri Johor sedang rata - rata pimpinan PAS memberikan sokongan terbuka kepada Adun Kemelah.
4. Tidak hairan jika perlaksanaan hudud belum mendapat kata sepakat dari kalangan parti kompenan Pakatan Rakyat yang hanya baru dibentuk pada tahun 2008, kerana ia sekali lagi jauh lebih baik daripada UMNO dalam BN yang gagal melaksanakan syariat Islam ini sejak lebih 50 tahun memegang mandat rakyat sebagai pemerintah meskipun mereka sering mendabik dada kononnya mereka adalah parti dominan dalam BN.
5. Sewaktu debat Sinar Harian baru - baru ini, saya telah qoute kenyataan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang berlangsung pada tahun 2010 yang lalu, bahawa kenyataannya "langkah mayat saya dulu" untuk menubuhkan Islamic State sebagai ucapan yang disebut 20 tahun yang lalu [ 1990 ] pula ia dipetik di luar konteks. Malah Karpal Singh sendiri menyebut perkara ini boleh dibincangkan.
6. Lantaran itu, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini. Sebahagian dari keputusannya sebagaimana yang saya catat pada point ke 2 di atas. Selebihnya menjadi dakwah berterusan PAS untuk memahamkan masyarakat terhadap hukum syariat Islam. Saya doakan semoga Karpal Singh diberikan hidayah oleh Allah swt. sebagaimana doa saya buat yang lain juga.
7. Hudud adalah undang - undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah swt. Satu realiti yang tidak boleh siapa nafikan bahawa ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam. Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [ baiah ] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.
8. Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya. Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam.
9. Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [ melalui proses demokrasi ] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang - undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang - undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.
10. Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.
11. Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli UMNO dan atas pagar mengundi PAS. Maksudnya, UMNO perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus. [ bebas korupsi dan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana negara ]
12. Penegasan ini saya buat kerana untuk PAS menyertai UMNO bagi melaksanakan syariat Allah swt sukar menjadi kenyataan.
Pertama : PAS pernah dikhianati oleh UMNO sewaktu PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama UMNO.
Kedua : UMNO pernah menang banyak dan menjadi kuasa besar sejak sekian lama termasuk kemenangan mereka pada tahun 2004 tetapi mereka tidak pernah berhasrat untuk mendaulatkan syariat Allah swt sebaliknya memperkayakan kerajaan pimpinan mereka dengan rasuah , penyalahgunaan kuasa dan penyelewangan dana rakyat dan negara.
Ketiga : Sehingga saat ini, hanya PAS yang konsisten sebagai salah satu parti besar dalam negara yang berhasrat mahu melaksana dan mendaulatkan syariat Islam. Cuma keterbatasan kuasa dan mandat rakyat meletakkan PAS masih belum memiliki keupayaan sebenar bagi membangunkan negara bersama syariat Allah swt. [nota ini memerlukan ahli UMNO menyokong PAS untuk melaksanakan Islam jika mereka juga mahu melihat Islam tegak di atas tanahair kita]
12. UMNO pula konsisten membelasah PAS dan menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Disamping itu UMNO terus dengan legasi mereka, bergelumang dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa serta menyeleweng dalam mengurus dana rakyat dan negara. Lalu PAS mengadakan kerjasama politik [Tahaaluf Siasi] dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR lalu membentuk Pakatan Rakyat untuk mendepani UMNO dan BN.
13. Kerjasama ini adalah kerjasama politik bukan kerjasama agama dan ideologi perjuangan. Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti - parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran dalam projek mega negara, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi.
14. Apabila kerjasama politik [tahaluf siasi] ini berjaya dan hampir menumbangkan kerajaan UMNO dan BN dalam tsunami politik 2008, barulah UMNO kenal rabu dan khamis, lalu mereka pantas mendendangkan lagu perpaduan pada setiap hari jumaat, sabtu, ahad, isnin dan selasa. UMNO desprate lalu mencari PAS untuk bersatu padu. Kita tidak menolak mentah tetapi kita meletakkan syarat Islam sebagai tali pengikat untuk bersatu padu, justeru Islam mengajar kita sedemikian. UMNO tidak bersedia dengan syarat itu, maka PAS mohon jalan dulu . Tinggallah UMNO dengan lagu lamanya.
15. ما لا يدركه كله ، لا تتركه كله Tidak boleh laksanakan semua [kandungan Islam] maka jangan tinggalkan semua [ ertinya, laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu ]. Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan subtance kepada ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence" . Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini.
Nasrudin Hassan

Sumber HD : 31/07/2012
Lailatul Qadar, mencari kemuliaan taqarrub
Nasrudin bin Hassan at-Tantawi, | 09 Ogs 2012 |
Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5)
Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .
Sabda Rasulullah SAW:
وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .
“Dan barangsiapa yang mendirikan (ibadah) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan (mengharapkan redha Allah) nescaya diampunkan baginya segala dosa-dosanya yang telah lalu.”
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Al-Imam an Nawawi rhm menyebut, “Lailatul Qadar adalah seafdhal-afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah (qiamullail) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat-alamat Lailatul Qadar, nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”
Rebutlah Peluang Taqarrub ini.
Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad SAW dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Rasulullah saw pernah bersabda:
عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .
“Daripada A’isyah RA berkata : Adalah Rasulullah SAW selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan Baginda SAW bersabda; Rebutlah bersungguh-sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam-malam sepuluh akhir Ramadhan.”
(Riwayat Imam Bukhari)
Rasulullah SAW melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah SWT pada 10 malam akhir bulan Ramadhan. Hal ini dapat dilihat dalam satu hadis yang diriwayat dari A’isyah RA:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .
“Dari A’isyah RA berkata: adalah Nabi SAW apabila memasuki 10 akhir Ramadhan, Baginda bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya (agar bangun beribadah)”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah
Golongan yang hampir dan dikasihi Allah SWT sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.
Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah Ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah SWT .
“Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan (di sisi Allah) , (tinggal menetap) di dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.” (Surah al-Waaqia’h : Ayat : 10 – 12)
Sumber HD : 9/08/2012

Mahathir: Pastikan Umno bentang Hudud di Parlimen
Nasrudin Hassan, | 18 Ogs 2012 |
1. Dr Mahathir sekali lagi cuba mencuri tumpuan umum dengan kenyataan terbarunya bahawa UMNO boleh melaksanakan hudud tetapi bukan hudud PAS sebaliknya hudud Islam. Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadhan al Mubarak tahun ini.
2. Saya sangat simpati dengan Dr Mahathir. Beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri. Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama. [22 tahun]
3. Sebetulnya UMNO tidak mahu melaksanakan hudud! ini satu realiti. Lihat sahaja cadangan ADUN Kemelah Johor untuk melaksanakan hudud di Johor, bukan sahaja diketepikan malah dikecam. Lebih parah apabila Chua Soi Lek selaku Presiden MCA menuduh pemimpin UMNO itu hilang aqal [mabuk atau gila], seluruh pemimpin UMNO termasuk Dr Mahathir, bungkam sejuta bahasa.
4. Kuasa kerajaan federal berada ditangan UMNO, retorik apa lagi yang mahu UMNO paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "PAS" kononnya, mana hudud UMNO? sila kemukakan! Sekurang-kurang 2 negeri yang ditadbir oleh PAS sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Qanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri UMNO mana? Mana hudud UMNO? atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?
5. PAS sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud. Sementara UMNO pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, PAS sertai UMNO kah? atau UMNO yang wajib sertai PAS untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanahair tercinta ini.
6. Sekurang-kurang PAS telah siapkan draf Qanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. UMNO sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu PAS menyertai UMNO, sepatutnya UMNO dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai PAS bagi mendukung cita-cita perlaksanaan Islam di Malaysia.
7. Saya cabar UMNO siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh Allah swt, saya yakin ahli parlimen PAS akan menyokongnya . Jika UMNO tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, UMNO hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti.
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [API]
Sumber HD : 18/08/2012

Kelab Umno: Satu lagi kaedah hukum mahasiswa
Harakahdaily, | 28 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: “Tidak ada apa yang baru dan menghairankan. Sebenarnya Umno telah lama campur tangan secara langsung terutamanya setiap kali menjelang pilihanraya kampus,” kata Ketua Pemuda Malaysia, Nasrudin Hassan (gambar).
Beliau menyatakan demikian sebagai merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang akan menubuhkan Kelab Umno atau penyokong Umno di kampus IPT.
Katanya, telah didedahkan sebelum ini penglibatan menteri secara langsung mencatur strategi politik mahasiswa pro Umno (pro Aspirasi) dan melibatkan pihak Hal Ehwal Pelajar/mahasiswa kampus IPTA yang berfungsi sebagai suruhanjaya pilihan raya kampus.
Bahkan, ujar beliau sebahagian daripada siri pertemuan ini diadakan di Menara Datuk Onn, PWTC, yang menempatkan Ibu Pejabat Umno Malaysia.
Terbaru, tambahnya Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Perdana Menteri dikatakan diberi tanggungjawab untuk memenangkan Umno dalam pilihan raya kampus 2012.
“Walaupun pendedahan demi pendedahan dibuat berkaitan komplot ini, Umno hanya buat pekak badak seolah-olah mengiyakan apa yang didakwa,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Pun begitu, kata Nasrudin golongan pro Aspirasi tetap gagal menawan kampus-kampus IPT perdana seperti UM, UKM, UIAM dan sebagainya.
Katanya, ini membuktikan walaupun ditekan hebat oleh HEP dan Umno, golongan mahasiswa tetap menolak calon-calon tajaan Umno kerana muak dengan politik sempit parti itu.
Pihak Pemuda PAS, jelas beliau sejak awal telah berpandangan bahawa mahasiswa dan dunia akademia perlu diberi ruang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan gerak kerja berasaskan kepada tuntutan ilmu dan kebebasan akademik (academic freedom) termasuk dalam aktiviti berpolitik.
“Selagi ruang yang luas dan segar tidak diwujudkan, Pemuda PAS melihat bahawa penubuhan Kelab Umno kampus adalah satu lagi kaedah menghukum mahasiswa yang tidak bersedia menjadi ahli dan penyokong Kelab Umno tersebut,” ujarnya lagi.
Sumber HD : 28/08/2012

Adilkah perogol dilepas bebas?
Nasrudin Hassan, | 31 Ogs 2012 |
1. Kes Noor Afizal Azizan yang baru sahaja terlepas dari hukuman penjara sangat memeranjatkan majoriti rakyat Malaysia terutama mereka yang mengikuti perkembangan kes ini. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga sangat terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonannya bagi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk membebaskannya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur memandangkan dia mempunyai masa depan yang baik.
2. Melalui bon jaminan berkelakuan baik atas kesalahan merogol bawah umur, seorang lagi pesalah rogol telah dibebaskan dari hukuman penjara. Chuah Guan Jiu, 22 seorang juru elektrik yang didapati bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun sebanyak dua kali pada tahun lepas tetapi pesalah ini juga turut dibebaskan dengan ikat jamin RM25,000 dengan bon jaminan berkelakuan baik.
3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, hukuman yang dijatuhkan ke atas pesalah laku jenayah rogol ini terlalu ringan. Maqasid atau tujuan hukuman dijatuhkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pesalah laku dan juga masyarakat lain agar tidak melakukan jenayah yang sama.
4. Impak dari keputusan mahkamah yang membebaskan dua penjenayah ini dari hukuman penjara sangat-sangat membimbangkan kerana ianya mungkin menjadi sumbangan kepada kejatuhan sosial yang buruk terutama di kalangan mereka yang mempunyai duit dan “masa depan yang baik”.
5. Apabila kedua penjenayah ini dibebaskan hanya dengan membincangkan masa depan kedua mereka. Bagaimana pula dengan mangsa ? keadilan bagaimana diberikan kepada mangsa ?
Antara perkara yang dibimbangi oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia adalah ;
1) Selepas ini adakah sekiranya individu yang mempunyai masa depan yang baik dan dia didapati bersalah, mereka ini akan hanya dikenakan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin RM25,000 untuk kesalahan pertama kali?
2) Apakah jaminan pesalah pertama kali yang diperintahkan untuk berkelakuan baik akan benar - benar berkelakuan baik dalam tempoh tersebut berbanding dengan pemantauan rapi seperti di dalam penjara ?
Keputusan seperti ini sangat membimbangkan kerana ianya akan ditafsirkan oleh masyarakat bahawa mereka yang mempunyai wang yang banyak untuk diikat jamin dan melakukan jenayah rogol buat pertama kalinya tidak akan dikenakan hukuman penjara.
Jadi apa bezanya si penjenayah yang mengupah budak bawah umur untuk melakukan zina dengannya lalu dibayar padanya RM 25,000 ?
Apa jaminan terhadap masa depan mangsa setelah sabit kesalahan ke atas perogolnya?
6. Dalam Islam Rogol ialah satu jenayah yang hina serta dilarang oleh semua agama. Malah tiada insan yang normal boleh menerimanya. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai keji dan mengenakan hukuman paling berat keatasnya. Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.
7. Keganasan jenayah ini diperjelaskan melalui penggunaan kalimah bahasa arab yang menyebut rogol sebagai ightisab iaitu mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan.
8. Menurut Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Syariah Islamiyyah di Universiti Kaherah, "Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, jika tiada pengakuan dari perogol itu sendiri".
"Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati".
"Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya".
9. Perogol pula tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senjata api . Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman di dalam surah al-Maidah ayat 33 yang bermaksud,
"(Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh seksaan yang besar)"
10. Justeru, bagaimanakah kes Noor Afizal Azizan yang mengaku di mahkamah beliau bersalah tetapi masih dibebaskan daripada dikenakan hukuman yang setimpal ? Adakah hanya semata-mata dia seorang atlit yang kononnya beliau memiliki masa depan yang cerah untuk mengharumkan negara ? Harumkah nama negara bila ia diperjuangkan oleh penjenayah ?
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Salam Perjuangan dari ~ Aku Pejuang IsLam ~ [ API ]
Sumber HD : 31/08/2012
Nasrudin menegaskan bahawa kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.
Namun, semua itu tidak perlu diendahkan jika sistem pengendalian pilihan raya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi kerana ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara.
“Maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa - apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan… Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah,” kata beliau di blognya.
Antara isu utama yang perlu ditekan oleh semua pihak ialah memastikan kebebasan media, pemansuhan undi pos, dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti.
Bagi isu berkaitan dengan kehidupan rakyat seperti masalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni., Nasrudin berkata boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.
Baru-baru ini, Nasrudin mengetengahkan idea untuk memberikan lesen memandu seumur hidup tanpa perlu diperbaharui manakala Rafizi Ramli daripada PKR pula mengemukakan cadangan untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan duti eksais kereta.
Nasrudin berkata selain itu penekan harus diberikan kepada pendedahan penyelewengan berkait kepentingan umum supaya rakyat mempunyai bukti kukuh dan maklumat jelas bahawa penyelewengan itu berlaku.
“Siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat,” tegas beliau.
Namun apa yang jauh lebih penting, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah pendidikan politik. Katanya, ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.
“Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan,” tambah beliau.
Sumber HD : 1/09/2012
[http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/12953--melayu-wajib-kuatkan-pas-dalam-pr]
Saya menyokong sepenuhnya penegasan Tuan Guru Presiden yang mewajibkan orang-orang Melayu memberi sokongan dan mengukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat, jika selama ini mereka diselubungi rasa bimbang kedudukan dan masa depan orang Melayu hasil momokan Umno dan BN.
1. Secara umumnya, Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam. Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh umatnya bersatu padu dan jangan berpecah_belah. Antaranya, yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103 - 105.
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [Islam] dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah nikmat Allah SWT kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam], maka jadilah kamu dengan nikmat Allah SWT itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk-Nya.”
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan, menegakkan yang makruf [syariat] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.”
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”
2. Mengambil iktibar daripada ayat di atas, kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berjuang, berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [Islam] yang kukuh dan utuh. Tanpanya umat akan binasa. Justeru, saya tidak nampak sebab kenapa orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam tidak boleh berjuang dan bersatu atas nama Islam dan memberi sokongan padu kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
3. Orang Melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya. Tinggalkanlah faham nasionalis [perkauman] dan berhijrahlah jasad, pemikiran dan akidah [keyakinan] kepada Islam, agama yang dianuti bersama. Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat. Tanpa Islam, maka apalah ertinya Melayu . Aslim Taslam [Islamlah nescaya kamu selamat]
4. Perjuangan yang dibina atas premis kebendaan, perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perjuangan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah SWT, Tuhan yang mencipta kita. Ambillah premis Islam sebagai asas perjuangan yang dicari agar kita kukuh, hebat dan berdaulat serta Allah meredhai kita. Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia, sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam. Lihat bagaimana penegasan Allah SWT di dalam firman-Nya dalam surah al Anfaal, Ayat 64:
“Dan dialah yang menyatupadukan antara hati-hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka. Akan tetapi, Allah telah menyatukan padukan antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, lagi Maha bijaksana.
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita, malah Nabi SAW juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya, namun yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi tapak perjuangannya.
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [PAS] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya. Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan. Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain, saya turut menyeru kepada seluruh umat Melayu dalam negara ini, marilah kita bersama-sama dan bersatu dengan perjuangan Islam [Tali Allah] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah SWT. Ingatlah Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 258:
“Tiada paksaan untuk menganut agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah SWT , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus. dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .”
7. Perjuangan umat Melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar. Melanggar perintah Allah SWT lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, serta penindasan terhadap golongan yang lemah. Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah SWT. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.
8. Persoalannya, kenapa susah sangat orang Melayu untuk kembali kepada Islam? Apakah kerana kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi daripada wahyu Allah SWT ? Lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk umat Melayu, agar melayu menjadi hebat, mulia dan terpandang maka satu-satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.
9. Hari ini, ada orang pertikaikan ke mana hilangnya kuasa politik orang Melayu? Bagaimana nasib orang Melayu yang kian terpinggir di kampung-kampung? Kenapa Melayu mesti bercakaran sesama sendiri? Apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu? Menjawab kepada semua persoalan itu, saya menggesa kepada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu khasnya, supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam, agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu, Kitab yang satu, Nabi yang satu, kiblat yang satu.
10. Apabila umat Melayu bersatu dan berjuang di atas premis yang kukuh ini iaitu Islam, maka perpaduan dan perjuangan itu menjadikan mereka kuat dan utuh. Mereka akan memiliki kuasa politik. Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam. Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka. Mereka akan bersatu dan berdamai dengan pelan ukhuwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam. Ertinya Islam menjadikan Melayu hebat dan mulia.

Fokus isu pilihan raya bersih, kos hidup rakyat
Harakahdaily, | 01 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi menyeru agar Pakatan Rakyat menumpukan kepada dua isu utama untuk Pilihan raya Umum ke-13 iaitu isu memastikan pilihan raya bersih dan adil dan juga isu berkaitan dengan kehidupan rakyat.
Nasrudin menegaskan bahawa kegagalan mempengaruhi dan menakluki hati, pemikiran dan minda pengundi membawa maksud kecundang dan tewas dalam saingan pemilihan pemimpin yang diadakan.
Namun, semua itu tidak perlu diendahkan jika sistem pengendalian pilihan raya diselia tanpa nilai integriti dan semangat responsibiliti yang tinggi kerana ia membuka ruang manipulasi dan ketidaktelusan yang ketara.
“Maka pola pemikiran pengundi tidak memberi apa - apa makna kepada keputusan pilihanraya yang bakal diumumkan… Tiada makna skil individu atau pasukan yang hebat dan menarik jika padang tidak rata dan pengadil berat sebelah,” kata beliau di blognya.
Antara isu utama yang perlu ditekan oleh semua pihak ialah memastikan kebebasan media, pemansuhan undi pos, dakwat kekal dan seumpamanya mestilah menjadi realiti.
Bagi isu berkaitan dengan kehidupan rakyat seperti masalah kos hidup, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan dan jaminan kesejahteraan hidup mereka yang harmoni., Nasrudin berkata boleh dibangkitkan secara seimbang antara bongkar dan dedah masaalah yang sedang dihadapi oleh rakyat dengan tawaran dan perlaksanaan polisi yang akan dilaksanakan jika diberi mandat mentadbir dan memerintah.
Baru-baru ini, Nasrudin mengetengahkan idea untuk memberikan lesen memandu seumur hidup tanpa perlu diperbaharui manakala Rafizi Ramli daripada PKR pula mengemukakan cadangan untuk menurunkan harga kereta dengan menurunkan duti eksais kereta.
Nasrudin berkata selain itu penekan harus diberikan kepada pendedahan penyelewengan berkait kepentingan umum supaya rakyat mempunyai bukti kukuh dan maklumat jelas bahawa penyelewengan itu berlaku.
“Siapakah pemimpin yang wajar diberikan mandat untuk mengurus, mentadbir dan memerintah. Salah pilih membawa risiko besar kepada masa depan negara dan rakyat,” tegas beliau.
Namun apa yang jauh lebih penting, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang itu ialah pendidikan politik. Katanya, ia menjadi asas utama yang meluruskan sikap dan tindakan agar isu yang dibawa tidak berunsur fitnah dan berniat jahat sebaliknya berasaskan kesedaran yang sempurna untuk membawa kebaikan kepada agama, rakyat dan negara.
“Politik baru yang memiliki nilai hemah yang tinggi, mampu mengurus isu dengan berkesan. Mengutamakan yang hak dan menolak kebathilan,” tambah beliau.
Sumber HD : 1/09/2012
Melayu: sokonglah perjuangan Islam
Nasrudin bin Hassan at Tantawi, | 10 Sep 2012 |
Muqaddimah : Saya sangat tertarik membaca artikel terkini YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. Sila rujuk di :
[http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/12953--melayu-wajib-kuatkan-pas-dalam-pr]
Saya menyokong sepenuhnya penegasan Tuan Guru Presiden yang mewajibkan orang-orang Melayu memberi sokongan dan mengukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat, jika selama ini mereka diselubungi rasa bimbang kedudukan dan masa depan orang Melayu hasil momokan Umno dan BN.
1. Secara umumnya, Melayu adalah bangsa yang menganut ajaran Islam. Islam pula adalah ajaran yang mengajar supaya seluruh umatnya bersatu padu dan jangan berpecah_belah. Antaranya, yang difirmankan oleh Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 103 - 105.
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah [Islam] dan janganlah kamu berpecah-belah dan ingatlah nikmat Allah SWT kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan diantara hati kamu [sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam], maka jadilah kamu dengan nikmat Allah SWT itu bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di jurang api neraka lalu Allah menyelamatkan kamu daripada neraka itu . Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk-Nya.”
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang mengajak ke arah kebaikan, menegakkan yang makruf [syariat] dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kejayaan.”
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang berpecah belah dan berselisih setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata. mereka yang bersifat demikian akan beroleh azab seksa yang besar.”
2. Mengambil iktibar daripada ayat di atas, kita sewajarnya insaf bahawa Allah menyuruh kita berjuang, berpegang teguh dan bersatu padu dengan Tali Allah [Islam] yang kukuh dan utuh. Tanpanya umat akan binasa. Justeru, saya tidak nampak sebab kenapa orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam tidak boleh berjuang dan bersatu atas nama Islam dan memberi sokongan padu kepada perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
3. Orang Melayu mesti kembali kepada agama Islam dengan segala syariat dan syiarnya. Tinggalkanlah faham nasionalis [perkauman] dan berhijrahlah jasad, pemikiran dan akidah [keyakinan] kepada Islam, agama yang dianuti bersama. Islamlah yang menjadikan kita mulia dan hebat. Tanpa Islam, maka apalah ertinya Melayu . Aslim Taslam [Islamlah nescaya kamu selamat]
4. Perjuangan yang dibina atas premis kebendaan, perkauman yang sempit dan pengaruh serta kuasa adalah perjuangan yang rapuh dan tidak mendapat restu Allah SWT, Tuhan yang mencipta kita. Ambillah premis Islam sebagai asas perjuangan yang dicari agar kita kukuh, hebat dan berdaulat serta Allah meredhai kita. Harta dan kuasa tidak boleh menyatukan manusia, sebaliknya hati manusia hanya boleh diikat dengan Islam. Lihat bagaimana penegasan Allah SWT di dalam firman-Nya dalam surah al Anfaal, Ayat 64:
“Dan dialah yang menyatupadukan antara hati-hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala harta benda yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan antara hati mereka. Akan tetapi, Allah telah menyatukan padukan antara hati mereka. Sesungguhnya Allah Maha berkuasa, lagi Maha bijaksana.
5. Islam tidak pernah menghalang kita berbangga dengan bangsa dan bahasa kita, malah Nabi SAW juga sangat menyintai bangsa dan bahasanya, namun yang penting ialah bangsa dan bahasa itu ditegakkan di atas nilai Islam yang suci sebagai agama yang diturunkan oleh Allah dan Islam menjadi tapak perjuangannya.
6. Negara kita Malaysia hanya mempunyai sebuah platform atau parti [PAS] yang berjuang untuk menegakkan Islam dan mendaulatkannya. Objektif perjuangannya adalah untuk menegakkan keadilan, kesejahteraan dan kedamaian sebagaimana ia menjadi sebahagian dari nilai Islam yang diperjuangkan. Tanpa saya menafikan kebaikan orang lain, saya turut menyeru kepada seluruh umat Melayu dalam negara ini, marilah kita bersama-sama dan bersatu dengan perjuangan Islam [Tali Allah] ini sebagai platform yang kukuh dan diredhai oleh Allah SWT. Ingatlah Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah, ayat 258:
“Tiada paksaan untuk menganut agama Islam, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran Islam daripada kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang mengkufurkan [tidak percayakan] thaghut dan ia beriman pula kepada Allah SWT , maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh dengan simpulan tali Allah yang kukuh yang tidak akan putus. dan ingatlah , Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui .”
7. Perjuangan umat Melayu yang tidak berasaskan Islam hanya akan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat dan mungkar. Melanggar perintah Allah SWT lalu terperangkap dalam penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, serta penindasan terhadap golongan yang lemah. Lantaran mereka tidak mempunyai pertimbangan dosa dan pahala, mereka senantiasa dijurang kemurkaan Allah SWT. Tanpa segan silu dan rasa bersalah, mereka melakukan rasuah, berjudi, minum arak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, berzina, menggelapkan wang, peras ugut dan 1001 kefasadan.
8. Persoalannya, kenapa susah sangat orang Melayu untuk kembali kepada Islam? Apakah kerana kita meletakkan ideologi yang dicipta oleh manusia itu lebih tinggi daripada wahyu Allah SWT ? Lalu sayang untuk meninggalkan ideologi tersebut? Jika semua pihak ikhlas dan jujur mahu mencari masa depan yang baik untuk umat Melayu, agar melayu menjadi hebat, mulia dan terpandang maka satu-satu jalan yang ada dihadapan kita hari ini ialah Islam.
9. Hari ini, ada orang pertikaikan ke mana hilangnya kuasa politik orang Melayu? Bagaimana nasib orang Melayu yang kian terpinggir di kampung-kampung? Kenapa Melayu mesti bercakaran sesama sendiri? Apakah selamanya mereka tidak boleh bersatu? Menjawab kepada semua persoalan itu, saya menggesa kepada seluruh pemimpin-pemimpin Melayu khasnya, supaya kembali kepada ajaran dan amalan Islam, agama yang dianuti oleh mereka dan agama yang mempunyai Tuhan yang satu, Kitab yang satu, Nabi yang satu, kiblat yang satu.
10. Apabila umat Melayu bersatu dan berjuang di atas premis yang kukuh ini iaitu Islam, maka perpaduan dan perjuangan itu menjadikan mereka kuat dan utuh. Mereka akan memiliki kuasa politik. Nasib mereka akan terbela dengan amalan kebajikan dan takaaful yang disyariatkan oleh Islam. Mereka akan menjadi mulia dengan kemulian akhlak Islam yang menghiasi diri mereka. Mereka akan bersatu dan berdamai dengan pelan ukhuwah serta toleransi yang disyariatkan oleh Islam. Ertinya Islam menjadikan Melayu hebat dan mulia.
Sumber HD : 10/09/2012
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan At Tantawi berkongsi segala pengalaman perjuangannya melalui buku terbarunya berjudul "Catatan Seorang Pejuang".
Buku setebal 230 muka surat itu mengandungi lima bahagian iaitu catatan memotivasi seorang pejuang, coretan asam garam perjuangan, nota dakwah, warkah dan puisi perjuangan.
Ianya juga merupakan siri dari Facebook ke buku, di mana sebahagian besar isi kandungannya adalah kompilasi tulisan Nasruddin di laman sosial Facebook dan blog peribadinya iaitu Episod Perjuangan.
Ianya diterbitkan syarikat VI Venture dengan harga jualan RM22 untuk semenanjung dan RM25 Sabah dan Sarawak.
"Buku adalah karya saya yang kelapan yang menjelaskan tentang motivasi perjuangn kepada anak muda termasuk himpunan mutiara kata yang boleh dijhadikan panduan kepada pembaca.
"Saya juga menjelaskan melalui buku ini tentang pendirian PAS dalam menghadapi cabaran politiknya, serta tulisan ringkas menjawab polemik isu hudud," kata Nasrudin ketika melancarkan buku itu di Dewan Datuk Fadzil Noor di KUIZM malam tadi.
Majlis pelancaran itu dibuat sempena Jamuan Santai Tertutup Dewan Pemuda PAS sempena Aidilfitri.
Menurut Nasruddin, 15 peratus daripada harga jualan buku itu nanti akan disumbangkan ke tabung dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.
Sementara itu, majlis jamuan malam tadi turut meraikan para artis, selebriti, rider ARC serta petugas media.
Antara artis dan selibriti yang hadir termasuklah pelakon Khairl Anwar Aman, pengarah muda Adam Hamid serta bekas penyanyi kumpulan rock Gamma, Blank.
Kesemua mereka juga diberi kesempatan untuk memberi ucapan sempena jamuan itu.
Kira-kira 60 orang hadir pada majlis malam tadi termasuk saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Selain Nasruddin, turut hadir termasuklah Timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Naib Ketua Dr Raja Ahmad Iskandar, Bendahari Ir Khairil, Pengarah Program Adram Musa serta exco-exco yang lain.
Sumber HD : 15/09/2012
Nasrudin kongsi pengalaman dalam buku terbaru
Harakahdaily, | 15 Sep 2012 |

Nasrudin lancar buku pertamanya
Harakahdaily, | 16 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Buku terbaru Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan – ‘Tiada Siapa Kata Perjuangan Islam ini Mudah – Catatan Seorang Pejuang’ telah selamat dilancarkan bersama para pengamal media dan selebriti di majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat malam Jumaat.
Majlis yang dihadiri kira-kira 70 pengamal media dan selebriti bersama para pimpinan exco DPPM termasuk Nasrudin sendiri, ustaz Nik Abduh dan Ustaz Ridhuan Md Noor itu diadakan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) Taman Melewar.
Antara tetamu selebriti yang hadir memeriahkan majlis ialah XPDC, pengarah Adam Hamid dan Khairul Anuar.
Buku kedua terbitan VI Venture ini selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man juga bertujuan untuk mengumpul dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.
Minggu lepas, Nasrudin turut berkongsi buku terbaru beliau dengan para pemimpinan DPPM ketika mesyuarat bulanan.
Berikut adalah sinopsis buku yang turut diterima Harakahdaily:
“Perjuangan Islam bukan hanya berdepan musuh yang mahu menggagalkan hasrat kita, tetapi halangan utama kita adalah datangnya dari dalam diri sendiri. Inilah faktor terbesar manusia sering tewas di meda juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh. Buku ini diterbitkan sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.”
Maklumat pembelian boleh didapati di laman Facebook Harakahdaily
(https://www.facebook.com/harakahdaily ) dan juga Ustaz Nasrudin Hassan
(https://www.facebook.com/pages/Nasrudin-Hassan/303331692311)

Bedah buku: Tantawi, motivasi dan akhlak perjuangan
Harakahdaily, | 17 Sep 2012 |
Hidup di landasan perjuangan Islam ini tidak mudah. Hakikatnya, tiada siapa kata perjuangan Islam ini mudah. Dengan berbekalkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah, ramai yang cuba menempuh perjuangan ini.
Namun, tanpa ketaqwaan dan keimanan kepada Allah yang kuat beserta kemahiran memotivasikan diri sendiri, ramai yang tersungkur.
Ramai yang menarik diri di pertengahan jalan.
Ramai yang terpengaruh dengan kesenangan duniawi, dan mengatakan kepada diri sendiri, ada orang lain yang bakal meneruskan perjuangan ini.
Ada pula yang menggunakan jalan terpesong untuk memperjuangkan agama Allah, yang akhirnya bukan dia saja yang tersungkur malah Islam terpalit dengan nama buruk akibat “perjuangan” beliau.
Ada ramai yang menyatakan mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila ditanya apakah perjuangan Islam? Jawapan yang didengari cukup berbeza.
Bagi Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, inilah tujuan perjuangan Islam:
“Perjuangan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah. Justeru itu pastikan aksi dan ucapan kita tidak mencetus kemurkaan Allah.
Perjuangan kita untuk memenangi hati manusia. Justeru itu usahakan dakwah dan kempen kita tidak meliarkan mereka.
Perjuangan kita adalah untuk memelihara kesucian Islam. Justeru itu pastikan kita tidak melakukan maksiat dan mungkar.
Perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Islam. Justeru itu, pastikan kita menepati pra syarat kemenangan dariNya.”
Bagi beliau, perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Allah.
Ustaz Tantawi sentiasa mengingatkan diri bahawa:
“Kemenangan adalah anugerah Allah. Namun untuk menang syaratnya mestilah berjuang.
Pun begitu berjuang tidak semestinya menang. Jadi, berjuanglah kerana Allah s.w.t.”
Berbekalkan ini, jarang kita melihat motivasi Ustaz Tantawi luntur meskipun berdepan dengan pelbagai mehnah perjuangan.
Setiap pemahaman, kesedaran dan ilmu yang diperoleh beliau dicatatkan dengan gigih dalam laman Facebook beliau.
Beliau memahami dalam perjuangan Islam, musuh utamanya bukan musuh yang ingin menggagalkan hasrat Islam, tetapi diri sendiri yang mudah tewas di medan juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh.
Ketika berjuang, Ustaz Tantawi juga menekankan kepentingan menjaga akhlak dan siasah supaya nama Islam tidak dicemari dengan tindakan-tindakan yang tidak melambangkan Islam sebenarnya.
Bagi beliau, Islam mesti dimenangi dengan cara menawan dengan kebaikan dan bukannya kemungkaran, maksiat dan segala yang Allah murkai.
Mutiara kata-kata beliau di Facebook cukup berharga bagi para pejuang agama Allah sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.
Nasihat, motivasi dan teguran beliau bukan sahaja merangkumi cara menghadapi musuh – tapi juga cara menjaga tingkahlaku sendiri, menguruskan pemikiran terhadap sahabat dan keluarga dan perangkap duniawi yang boleh melemahkan semangat perjuangan.
Kini, semuanya dibukukan dalam Buku Catatan Seorang Pejuang yang selamat dilancarkan pada 14 September 2012 di KUIZM, Taman Melewar di Majlis Hari Raya Dewan Pemuda PAS Pusat bersama pengamal media dan selebriti.
Selain motivasi perjuangan, buku ini turut memaparkan nota dakwah yang mudah difahami mengenai Hukum Hudud yang disalah-faham oleh segenap lapisan masyarakat.
Bakat penulisan Ustaz Tantawi dalam berpuisi dan bersajak dalam beberapa catatannya ketika mengharungi cabaran perjuangan turut dibukukan.
Buku kedua terbitan VI Venture, selepas buku Senyumlah tulisan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man kini dijual pada harga pasaran RM22.
Bagi pembaca Harakahdaily yang ingin membeli secara online – ini butirannya:
Untuk pembelian online:
Harga Buku: RM20 (Harga pasaran: RM22)
Kos Penghantaran: RM5
Jumlah: RM25
Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami :
Bank: Malayan Banking Berhad
Nama Akaun: VI Venture
No Akaun: 5-14075-01255-5
SMS atau email kepada kami butir pembayaran :
0192313658 ( viventure2012@gmail.com )
Format SMS/Email:
Nama Penuh
Jumlah Buku
RMxxx
Tarikh
Masa
Alamat POS
NO HP
Nota 1: Sila simpan slip urusniaga sehingga barang yang dibeli sampai
Nota 2: Bagi pengedar, minumum order 30 buah buku.
Nota 3: 15% daripada hasil jualan akan disumbangkan ke tabung dana pembinaan Kompleks Tarbiyyah Islamiah Al-Makmur di Kerdau, Pahang.
Boleh layari http://viventure2012.blogspot.com untuk keterangan lanjut.
Sumber HD : 17/09/2012
Hina Nabi: Provokasi bukan daripada Pemuda PAS
Harakahdaily, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: “Sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia,” tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.
Justeru, katanya Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat, 21 September (esok) adalah aman dan bebas provokasi.
Berikut kenyataan penuh beliau.
1. Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang akan berlangsung di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pada Jumaat 21 September 2012 ini adalah aman dan bebas provokasi. [sebarang tindakan provokasi atau mencetus kekacauan, maka ia bukan dari Dewan Pemuda PAS Malaysia]
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah memberi amanah penuh kepada Jabatan AMAL untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal. Justeru itu, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW mestilah mematuhi setiap arahan semasa dan panduan keselamatan oleh pihak Jabatan AMAL Malaysia.
3. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW adalah himpunan aman untuk membantah penghinaan ke atas Nabi SAW dan ia akan dilangsungkan dengan akhlak Islami yang tinggi , beradab dan terkawal tanpa kenyataan dan tindakan provokatif. Say No kepada apa jua bentuk provokasi.
4. Peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW sekali-kali tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan mengancam keselamatan peserta jua orang ramai.
5. Semua peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi saw yang beragama Islam digalakkan hadir dalam keadaan berwudhu' dan berarak dalam saf yang terkawal tanpa mengganggu keselamatan dan ketenteraman pengguna jalanraya.
6. Elakkan diri dari melayan dan terpengaruh dengan apa jua bentuk provokasi dari pihak yang tidak bertanggungjawab dan segera melaporkan apa jua aksi yang berpotensi mencetus kekacauan kepada Jabatan AMAL atau pasukan Peguam DPPM [JUHAM] yang bertugas atau terus kepada pimpinan PAS yang berada di situ.
7. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan bermula sejurus selesai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke Kedutaan Amerika mengiringi pimpinan PAS [Timbalan Presiden PAS, Naib Presiden PAS dan DPPM] menyerahkan memorundum Bantahan DPPM terhadap filem jijik menghina Nabi SAW yang diterbitkan di Amerika Syarikat. Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan berakhir dan bersurai dengan aman pada jam 4.00 petang.
8. Kepada peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW yang menggunakan pengangkutan awam boleh menaikiLRT Putra dan turun di stesen Ampang Park.
9. DPPM mengundang dan mengharapkan semua warga prihatin khasnya NGO-NGO Islam dan bukan Islam untuk bersama menyertai Himpunan Aman Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW.
10. Malam ini [Khamis 20 Sept], DPPM menyarankan agar seluruh ummat Islam bermunajat memohon pertolongan dan kekuatan dari Allah swt di seluruh masjid dan pusat tarbiyah yang berhampiran untuk ummat Islam berdepan dengan ujian bertali arus dari musuh-musuh Islam yang tidak pernah kenal penat dan lelah.
Sumber HD : 20/09/2012
Arahan, peraturan Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW
Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 20 Sep 2012 |

Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~

Tahniah pencinta Nabi, terima kasih menjayakan
Nasrudin Hassan, | 21 Sep 2012 |
Xpresi Hijau Kasih Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendapat respon positif daripada seluruh rakyat Malaysia. Xpresi rasa cinta kepada Junjungan Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam telah dizahirkan di hadapan Kedutaan Amerika usai solat Jumaat di Masjid Tabung Haji hari ini.
Ekspresi ini ternyata memberikan satu semangat kepada umat Islam untuk mempertahankan agama Islam dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dari dijadikan bahan mainan oleh musuh-musuh Allah.
Tahniah kepada ribuan peserta “Xpresi Cintakan Nabi” yang hadir. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, semua peserta yang hadir mempunyai satu pendirian yang jelas dan menyatakannya dengan tegas kepada mereka yang cuba menghina Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam dan Islam.
Isu penghinaan ini ternyata bukanlah satu sifat dan sikap yang bertamadun. Justeru, penghinaan yang dihamburkan oleh Sam Bacile ini mendapat kutukan dari seluruh rakyat Malaysia termasuklah daripada Cina dan India.
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih kepada YB Tian Chua [PKR] yang mewakili rakyat Cina di Malaysia dan juga Saudara N Surenden [PKR] yang mewakili rakyat India di Malaysia. Di samping itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Xpresi Hijau Himpunan Aman Cintakan Nabi antaranya:
Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.
Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada Jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.
Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.
Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah
Disediakan oleh;
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 21/09/2012
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 27/09/2012
Sumber HD : 27/09/2012
2. Oleh yang demikian, pemacu ekonomi negara perlu diperkaya dengan keutuhan nilai dan spiritual. Jika pengurus dan pemacu ekonomi negara tidak cakna dosa dan pahala dalam mengusahakan pendapatan dan perbelanjaan negara, belanjawan sebaik manapun tiada guna, apatah lagi satu belanjawan yang berPhD dalam berbelanja tapi masih bertadika dalam meningkatkan hasil negara.
3. Berlakunya rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah adalah berpunca dari rendahnya nilai modal insan yang dimiliki oleh negara. Sebagaimana berlakunya jenayah, salah laku moral dan aneka kemungkaran adalah berpunca juga dari tandusnya agenda atau program membina spiritual sepantas pembinaan material yang mencakar langit. Jangka panjang, segala gejala negatif tersebut akan meruntuhkan peradaban negara dan tamadun kemanusiaan.
4. Belanjawan yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan undi adalah sangat tidak sihat dalam pertumbuhan ekonomi negara. Candu hari ini adalah racun pada generasi yang akan datang. Ini mengkhianati Allah swt Tuhan yang menurunkan rezeki. Fenomena ini akan berterusan tanpa pembangunan spiritual yang mantap selari dengan pertumbuhan material. Jesteru, negara terus akan mengalami kepincangan ketara kerana sumber manusia atau modal insan adalah faktor terpenting untuk memastikan pengurusan ekonomi terlaksana dengan baik dan gemilang.
5. Lebih menyedihkan, Belanjawan 2013 terus mengenepikan pertumbuhan spiritual rakyat – yang penting untuk membina benteng kepada menularnya gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah yang telah menjadi budaya pemerintah masa kini.
6. Sebagai negara yang diterajui oleh pemerintahnya yang majoritinya beragama Islam, perlu ditegaskan institusi membina kefahaman, kesedaran dan penghayatan Islam kepada rakyat harus diberi penekanan mulai sekarang demi pembangunan negara masa hadapan. Negara perlu melahirkan generasi yang berintegriti untuk menggantikan generasi pemerintah kini yang sudah sebati dengan gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah.
7. Atas sebab itu, sayugia pembangunan Islam mesti dijadikan agenda terpenting sebagai sebahagian dari "mesin" yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan sumber manusia yang mempunyai kredibiliti.
8. Sehubungan itu, amat dikesali sehingga kini tiada usaha berkesan dan peruntukan wajar untuk Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang bertaburan dalam negara kita untuk membangun minda dan jiwa anak bangsa. SAR terus dianak tirikan dan terus menjadi mangsa dendam politik yang tidak memulangkan kebaikan kepada rakyat khasnya ummat Islam.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 30/09/2012
Sumber HD : 4/10/2012
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar. Apakah kegagalan hampir 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?
3. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah [KBSM] Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 5 yang diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd [203370-D] dan dicetak oleh Percetakan Rina Sdn Bhd [31964-X].
4. Kesilapan ketara seperti ini sewajarnya tidak berlaku. Bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi. Justeru itu pihak kami Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengetahui berapakah jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya? Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat.
5. Sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para saterawan negara dan cerdik pandai. Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 5/10/2012

- YB Salahuddin Ayub
- Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
- YB Dr Dzulkifli Ahmad
- Ustaz Idris Ahmad
- Saudara Hanipa Maidin
- YB Nurul Izzah Anwar [PKR]
- Wakil Angkatan Muda Keadilan [AMK]
- Cikgu Azmi [MAPIM]
- Wakil Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir [ILMAM]
- Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia [GAMIS]
- Angkatan Belia Islam Malaysia [ABIM]
- Abby Abadi [Artis]
- Pihak Polis
- Wartawan [Media]
Juga terima kasih tidak terhingga dari Dewan Pemuda PAS Malaysia mewakili sekalian peserta Xpersi HIjau Cintakan Nabi kepada Jabatan Amal yang sedaya upaya mengawal himpunan kali ini dari sebarang provokasi dan juga kekecohan.
Seterusnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta setiap negeri untuk mengadakan munajat dan kempen “Cinta Nabi” pada Jumaat depan untuk memupuk kecintaan setiap ahli kepada batang tubuh Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam.
Tahniah buat sekalian pencinta Nabi yang berakhlak di medan. Teruskan perjuangan di landasan yang telah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tinggalkan. Mari kita semarakkan rasa cinta dan rindu terhadap Baginda. Mudah-mudahan Allah akan membuka jalan dan memberikan kemenangan terhadap Islam.
Bi al-Ruuh, bi al-Daam nafdiika Ya Rasulallah
Disediakan oleh;
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 21/09/2012
Belanjawan PR 2013 ke arah Negara Berkebajikan
Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 27 Sep 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan pembentangan Belanjawan PR 2013 yang bertemakan "Ekonomi Rakyat Negara Berkat". Ianya dengan tepat memberi penekanan kepada tiga agenda memacu kebajikan rakyat;
a] meningkatkan pendapatan sebenar rakyat dan mengurangkan tekanan kos sara hidup,
b] membina kumpulan rakyat berkeusahawanan dengan daya saing kompetitif dan
c] mendaya masyarakat untuk mencapai keadilan dengan kemuliaan dan rasa penuh bangga.
Belanjawan PR ini menjadi satu lagi bukti kemampuan Pakatan Rakyat di dalam merangka strategi alternatif ekonomi nasional yang amat relevan untuk diangkat sebagai tawaran yang membawa pembaharuan sebenar untuk Malaysia.
Kelak UMNO-BN dan pengampu-pengampu mereka tidak boleh lagi berhujah bahawa Pakatan Rakyat cuma pandai beretorik dan membuat omongan kosong kerana Belanjawan PR ini buat kesekian kalinya telah menjelaskan tawaran kita secara objektif, profesional dan bijaksana tanpa bersikap apologetik terhadap cabaran ekonomi yang seolah-olah cuba disembunyikan oleh pemerintah.
Belanjawan ini tidak membuaikan rakyat dengan gula-gula politik dan strategi perbelanjaan melampau seperti Bajet kerajaan pada 2012 yang telah disifatkan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri sebagai suatu rasuah politik.
Sebaliknya belanjawan setebal 98 mukasurat ini menyusun program perbelanjaan konstruktif untuk membina jaringan keselamatan sosial bagi golongan miskin dan kelas ekonomi menengah secara mapan dengan penekanan terhadap aspek perumahan, belanja isirumah, pemilikan kenderaan dan pendidikan tinggi percuma tanpa bebanan dari PTPTN.
Di dalam hal ini, kita juga komited untuk merungkai monopoli UMNO-BN yang terus menerus menjerut dan menghambat potensi sebenar sistem ekonomi kita, sama ada di dalam soal bayaran tol sehinggalah amalan kolusi syarikat-syarikat besar yang menjadi penyumbang dana kepada kelangsungan politik wang pemerintah yang telah membarah.
Belanjawan ini penting sebagai bukti kepada rakyat bahawa amalan korupsi, kolusi dan nepotisme UMNO-BN ini boleh ditamatkan dengan langkah-langkah jitu dan realistik bersandarkan kemahuan politik kuat pemerintah yang cuma akan hadir melalui Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pasca PRU ke13 nanti insyaallah.
Agenda-agenda besar Belanjawan PR ini juga boleh dicapai berdasarkan kepada kebijakan yang terjana hasil dari pengalaman mentadbir negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang pastinya berguna untuk diaplikasikan di peringkat nasional.
Rakyat telah menyaksikan prestasi kepimpinan PR yang telah berjaya mengekalkan integriti bebas rasuah di samping kompeten, telus dan berhemat di dalam urusan pentadbiran walau terus dimomok dengan pemberitaan berat sebelah dan layanan tidak adil dari kerajaan pusat.
Malah kerendahan hati dan kesederhanaan pemimpin menyantuni rakyat menjadi pembeza kepada gaya mewah pimpinan UMNO-BN dan keluarga mereka. Atas dasar ini jugalah, kita yakin dengan aspirasi untuk meningkatkan hasil mahsul negara sehingga 18% sebagai sesuatu yang realistik bersandarkan kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan PR untuk mendepani isu ketirisan, rasuah dan kecekapan di dalam urusan negara.
Dewan Pemuda PAS melihat Belanjawan PR ini sebagai suatu lagi terjemahan kepada konsep Negara Berkebajikan yang dicadangkan oleh PAS bagi memastikan kekayaan negara tidak lagi berkisar di kalangan penguasa dan pemodal semata-mata, sedang ianya adalah merupakan satu bentuk kezaliman.
Belanjawan ini menjadi satu manifestasi strategi untuk merakyatkan kekayaan negara secara adil dan saksama agar rezeki yang ada dirasakan cukup untuk semua orang dan semua urusan sekaligus membebaskan rakyat dari cengkaman mafia ekonomi.
Bermula dari nurani tersebut, timbul kesungguhan untuk terus berusaha mencambah kekayaan negara dan lahir pula keikhlasan dari rakyat untuk memanjat doa dan pengharapan kepada tuhan agar kebajikan dan kesejahteraan ini berpanjangan. Inilah kitaran keberkatan yang cuba dicapai, bermula dengan perbentangan strategi Belanjawan PR ini.
Aspek rububiyyah inilah yang tidak mungkin dapat difahami oleh pemerintah yang terus menerus merasakan penguasaan terhadap kekayaan negara adalah hak istimewa mereka secara tradisi.
Dewan Pemuda PAS dengan ini mengucapkan syabas dan tahniah di atas pembentangan belanjawan rakyat ini. Kita akan melangkah penuh yakin untuk ke lapangan bagi menjelaskan visi dan strategi Pakatan Rakyat membawa kemakmuran kepada rakyat.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 27/09/2012
PRK: Gantung keputusan, bentuk jawatankuasa bebas
Harakahdaily, | 27 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak supaya semua keputusan Pilihanraya Kampus (PRK) di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanraya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan.
Sehubungan itu, DPPM merakamkan rasa kesal terhadap kekecohan yang berlaku di dalam PRK sesi 2012/2013 yang berlaku kelmarin khususnya di Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ketuanya, Nasrudin Hassan menyatakan demikian ekoran Pilihan raya Kampus yang berlangsung kelmarin telah menyaksikan penyelewengan dan penindasan ke atas hak demokrasi mahasiswa.
Katanya, kekecohan, bantahan dan pengundian semula yang berlaku ini berpunca dari pengendalian PRK oleh pihak Hal Ehwal Pelajar yang memang sejak dari dulu lagi dipertikaikan kewibawaan dan keberkecualiannya dilihat mengambil sikap memihak kepada kumpulan pelajar tertentu terutamanya dari kumpulan Pro Aspirasi.
DPPM, ujarnya buat kesekian kalinya ingin menegaskan bahawa soal pemilihan kepimpinan mahasiswa seharusnya ditentukan sendiri oleh mereka secara bebas dan terbuka tanpa campurtangan pihak yang berkepentingan.
Beliau berkata, budaya mengugut dan memaksa mahasiswa untuk hanya mengundi sesuatu kumpulan adalah pencabulan terhadap kedudukan mahasiswa selain dari mencabul hak asasi mereka.
Begitu juga, katanya sikap memihak yang amat ketara yang ditunjukkan oleh kebanyakan pentadbir universiti samada daripada HEP atau pentadbir Kolej Kediaman yang menyokong kumpulan pro Aspirasi hingga hanya kumpulan tersebut diberi ruang yang luas untuk berkempen dan mendekati pelajar dan pada masa yang sama menafikan hak tersebut kepada kumpulan pro Mahasiswa.
“DPPM mendesak supaya semua keputusan PRK di kampus-kampus yang mahasiswanya mempertikaikan proses perjalanan pilihanrayanya digantung buat sementara dan sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyiasat segala aduan ketidakadilan dan penipuan yang berlaku dalam PRK sesi ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Di samping itu, katanya para mahasiswa yang bertanding hendaklah diberi hak sama rata untuk berkempen serta melantik agen-agen mereka bagi memantau dan mengikuti dari dekat proses pembuangan undi dan pengiraan undi.
Selain itu, ujar beliau aturan dan peraturan perjalanan pilihanraya hendaklah diperkemaskan dan digubal selaras dengan standard universal perjalanan pilihanraya yang adil dan telus.
“Para pegawai universiti, pengetua-pengetua kolej kediaman, felo-felo dan juga para dekan dan pensyarah dilarang sama sekali menggunakan pengaruh dan kedudukan mereka untuk memaksa para mahasiswa menyokong mana-mana calon yang bertanding.
“Pemantau pilihanraya dari luar seperti dari Suhakam dan Majlis Peguam hendaklah dibenarkan untuk memantau seluruh perjalanan PRK.
Tambahnya, DPPM juga mendesak supaya menolak perlaksanaan kaedah pengundian secara online (e-voting) kerana system tersebut membuka ruang kepada penyelewengan lantaran pula sistem tersebut sudah tentu dikawal oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP).
Selain itu, juga, katanya pengendaliaan PRK di kampus-kampus tidak diletakkan secara eksklusif pengendaliannya di bawah HEP, tetapi di bawah satu Suruhanjaya Pilihanraya Kampus yang dilantik oleh Senat Universiti.

Negara perlu peruntukan bina generasi berintegriti
Nasrudin Hassan, | 30 Sep 2012 |
1. Masalah utama ekonomi negara ialah pada mereka yang menguruskan kewangan negara yang sebati dengan budaya ketirisan, kebocoran, pembaziran dan diancam gelaja rasuah yang berleluasa. Memacu pertumbuhan ekonomi tidak hanya dilihat pada nilai dan jumlah angka yang ditabur kepada rakyat untuk mengembirakan penerimanya tetapi mesti juga memastikan operasi kawal aliran serta kitaran ekonomi yang telus, saksama dan adil.
2. Oleh yang demikian, pemacu ekonomi negara perlu diperkaya dengan keutuhan nilai dan spiritual. Jika pengurus dan pemacu ekonomi negara tidak cakna dosa dan pahala dalam mengusahakan pendapatan dan perbelanjaan negara, belanjawan sebaik manapun tiada guna, apatah lagi satu belanjawan yang berPhD dalam berbelanja tapi masih bertadika dalam meningkatkan hasil negara.
3. Berlakunya rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah adalah berpunca dari rendahnya nilai modal insan yang dimiliki oleh negara. Sebagaimana berlakunya jenayah, salah laku moral dan aneka kemungkaran adalah berpunca juga dari tandusnya agenda atau program membina spiritual sepantas pembinaan material yang mencakar langit. Jangka panjang, segala gejala negatif tersebut akan meruntuhkan peradaban negara dan tamadun kemanusiaan.
4. Belanjawan yang dibuat semata-mata untuk mendapatkan undi adalah sangat tidak sihat dalam pertumbuhan ekonomi negara. Candu hari ini adalah racun pada generasi yang akan datang. Ini mengkhianati Allah swt Tuhan yang menurunkan rezeki. Fenomena ini akan berterusan tanpa pembangunan spiritual yang mantap selari dengan pertumbuhan material. Jesteru, negara terus akan mengalami kepincangan ketara kerana sumber manusia atau modal insan adalah faktor terpenting untuk memastikan pengurusan ekonomi terlaksana dengan baik dan gemilang.
5. Lebih menyedihkan, Belanjawan 2013 terus mengenepikan pertumbuhan spiritual rakyat – yang penting untuk membina benteng kepada menularnya gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah yang telah menjadi budaya pemerintah masa kini.
6. Sebagai negara yang diterajui oleh pemerintahnya yang majoritinya beragama Islam, perlu ditegaskan institusi membina kefahaman, kesedaran dan penghayatan Islam kepada rakyat harus diberi penekanan mulai sekarang demi pembangunan negara masa hadapan. Negara perlu melahirkan generasi yang berintegriti untuk menggantikan generasi pemerintah kini yang sudah sebati dengan gejala rasuah, penyalahgunaan dana awam, ketirisan, pembaziran dan pecah amanah.
7. Atas sebab itu, sayugia pembangunan Islam mesti dijadikan agenda terpenting sebagai sebahagian dari "mesin" yang berkualiti tinggi untuk menghasilkan sumber manusia yang mempunyai kredibiliti.
8. Sehubungan itu, amat dikesali sehingga kini tiada usaha berkesan dan peruntukan wajar untuk Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang bertaburan dalam negara kita untuk membangun minda dan jiwa anak bangsa. SAR terus dianak tirikan dan terus menjadi mangsa dendam politik yang tidak memulangkan kebaikan kepada rakyat khasnya ummat Islam.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 30/09/2012
Pemuda PAS alu-alukan kedatangan Dr Zakir Naik
Harakahdaily, | 04 Okt 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan kedatangan tokoh ilmuan perbandingan agama tersohor Dr. Zakir Naik (gambar) ke Malaysia. Kehadiran beliau buat julung-julung kalinya adalah untuk memenuhi undangan bagi satu siri jelajah ceramah bertempat di Shah Alam, Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Lumpur bermula dari 29 September sehingga 7 Oktober 2012.
Latarbelakang Dr. Zakir sangat menarik untuk disoroti. Sebelum mengasaskan Islamic Research Foundation (IRF), beliau merupakan seorang profesional perubatan. Pertemuan beliau dengan almarhum Syeikh Ahmad Deedat telah menaikkan semangat beliau untuk mendalami ilmu perbandingan agama. Sebagai presiden IRF, beliau telah mengasaskan Peace TV yang beribu pejabat di Dubai dan sebuah sekolah Islam di Mumbai. Beliau seorang yang aktif menulis dan berucap di sirkit syarahan di seluruh dunia.
Ibarat patah tumbuh hilang berganti, Ummah sebenarnya cukup bertuah kerana kekosongan yang wujud dari pemergian Syeikh Ahmad Deedat ke rahmatullah telah dapat diisi dengan peranan yang dimainkan oleh Dr. Zakir.
Tidak seperti sesetengah pemimpin yang takut untuk berdebat lalu beralasan bahawa debat bukan budaya kita, Dr. Zakir telah mengangkat budaya perdebatan sebagai satu kaedah dakwah yang berkesan. Antaranya ialah debat beliau dengan Dr. William Campbell yang bukan sahaja melonjakkan namanya di dalam arena dakwah tetapi yang lebih penting telah mendekatkan masyarakat khususnya di Barat kepada mesej Islam sebagai sebuah agama fitrah, perdamaian dan saintifik.
Penyampaian beliau yang tepat dan tajam kadangkala diertikan sebagai ekstrem dan prejudis. Hakikatnya beliau bukanlah individu yang partisan dan petah pula berasional dengan sumber al-Quran dan sains di dalam nada bukan apologetik bagi mempertahankan maruah Islam khususnya apabila ada pihak yang cuba menyogokkan persepsi mengenai Islam secara salah. Sebagai personaliti dakwah, adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila ada pihak yang mengaitkan komentar tajam beliau sebagai justifikasi jalur pemikiran kumpulan tertentu. Maka di atas alasan-alasan ini, timbul pula sangkaan buruk pihak lain termasuk di Malaysia ketika ini yang tidak senang dengan kehadiran Dr. Zakir ke tanahair lalu bercadang untuk menggagalkan aturcara beliau di sini.
Dewan Pemuda PAS menggesa semua pihak khususnya rakan-rakan kita dari kalangan bukan Islam untuk mengetepikan rasa curiga dan mendengar sendiri universaliti mesej yang dibawa oleh Dr. Zakir. Islam bukanlah satu agama paksaan dan itu jugalah yang sering ditegaskan oleh Dr. Zakir sendiri. Memaksa idea dan sesuatu pendapat sebenarnya adalah satu penghinaan kepada dayaupaya intelektual manusia dan berlawanan pula dengan hikmah dakwah yang bersandarkan kepada prinsip keikhlasan dan kemahuan diri sendiri untuk berubah.
Kami juga berharap generasi muda dapat meluangkan masa untuk hadir sendiri dan mendengar hujah dan pandangan Dr. Zakir secara langsung. Generasi pelapis kita sedang melalui zaman yang amat mencabar dengan kebanjiran hiburan dan amalan budaya hedonisme barat yang menghakis jatidiri dan keunggulan akhlak. Ambil peluang ini untuk mendekati sosok ikon antarabangsa ini, berdialog dan berhujah secara terbuka dengan beliau bagi memantapkan keyakinan diri dan membina kesungguhan untuk berubah dan melakukan perubahan dalam keluarga, masyarakat dan negara.
Dewan Pemuda PAS ingin mengucapkan tahniah di atas usaha pihak penganjur dan penaja yang telah berusaha membawa Dr. Zakir Naik ke Malaysia. Semoga usaha dakwah anda semua diberkati Allah dan akan membawa kita semua lebih dekat kepada Islam dan taqwa.
Maklumat lanjut mengenai siri syarahan Dr. Zakir Naik boleh didapati di http://www.facebook.com/DrZakirNaikMalaysiaTour2012.
Nasrudin Hassan – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Nik Abduh Nik Abdul Aziz – Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Buku teks lebih 200 kesilapan
Nasrudin Hassan, | 05 Okt 2012 |
1. Sungguh memeranjatkan! Bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan sebuah buku teks Bahasa Arab Tingkatan 5 yang menjadi silibus Sijil Pelajaran Malaysia [SPM] mengandungi lebih 200 kesalahan utama. Kesalahan yang melibatkan nahu tatabahasa, methodologi bahasa dan susunatur bahasa dan ejaannya.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] mahu Menteri Pelajaran bertanggungjawab penuh di atas kecuaian melampau yang merisikokan masa depan pelajar. Apakah kegagalan hampir 50% pelajar yang menduduki peperiksaan kemasukan ke Universiti di Timur Tengah khasnya Mesir adalah berpunca dari silibus yang salah?
3. Terlalu banyak kesilapan dan kesalahan buku teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah [KBSM] Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mata pelajaran Bahasa Arab Tingkatan 5 yang diterbitkan oleh Cerdik Publication Sdn Bhd [203370-D] dan dicetak oleh Percetakan Rina Sdn Bhd [31964-X].
4. Kesilapan ketara seperti ini sewajarnya tidak berlaku. Bukan sahaja ia merosakkan masa depan pelajar yang gagal menguasai bahasa arab dengan baik tetapi juga melibatkan pembaziran dengan kos yang tinggi. Justeru itu pihak kami Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengetahui berapakah jumlah cetakan buku tersebut dan berapa pula kos percetakannya? Jangan hanya kerana kelalaian atau kecuaian yang didiamkan, mengorbankan wang rakyat.
5. Sebelum ini negara telah gempar dengan sedikit kesilapan pada novel Interlok yang akhirnya mencetuskan perdebatan para saterawan negara dan cerdik pandai. Malang Kementerian Pelajaran tidak mempelajari kesilapan lalu. Akhirnya mempertaruhkan masa depan pelajar.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD : 5/10/2012
Dasar PAS tetap Islam
Nasrudin Hassan, | 09 Okt 2012 |
1. Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Malah kita konsisten dengan perjuangan Islam. Pendekatan dan strategi dihalusi dengan penuh tekun dan hikmah. Rujukan kita ialah al Quran dan sunnah serta ijmak dan qias. Sungguhpun zahir tindakannya serupa dengan perlakuan pihak lain seperti golongan nasionalis dan demokrat, bukan bermakna PAS menjadi penganut faham nasionalis dan beriman dengan demokrasi, sebaliknya nilai tindakan adalah pada sandaran objektif yang menepati syara' dan asas hukum syariat yang betul.
2. Sebagai contoh pada perbuatan tidur. Si A tidur dengan tujuan untuk rehat dan membolehkan ia bangun lalu menunaikan solat malam, maka tidurnya diterima syarak malah hukumnya sunat [dapat pahala] berbanding si B juga tidur tetapi dengan maksud meninggalkan solat Isyak sedang ia tidur selepas masuknya waktu Isyak, maka hukumnya haram dan berdosa besar kerana meninggalkan solat dengan sengaja.
3. Justeru itu, perbandingan antara dua pihak tidak terhenti atas persamaan pada zahir tindakan semata-mata, tetapi perlu dilihat pada asas tindakan tersebut, apakah bersandarkan kehendak syarak atau hanya secara kebetulan ia melakukannya [tanpa ilmu dan asas syarak] atau bertujuan yang bertentangan dengan kehendak syarak.
Sumber HD : 9/10/2012
Muqaddimah.
1. Mari kita baca satu ayat dari surah An Nisa’ ayat 76 sebagai muqaddimah siri Perangi Syaithan Yang diKenali ini. Firman Allah swt :
الذِيْنَ آمَنُوْا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيْلِ اللهِ
وَ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا يُقَاتِلُوْنَ فِي سَبِيْلِ الطَّاغُوْتِ
فَقَاتِلُوْا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ
إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيْفًا
Maksudnya :
Orang yang beriman mereka berperang [ berjuang ] di Jalan Alah swt sementara orang yang kufur [ ingkar ], mereka berperang [ berjuang ] di jalan Toghut. Maka perangilah penolong – penolong syaithan, sesungguhnya tipu daya syaithan adalah terlalu lemah.
2. Ayat diatas menjelaskan kedudukan bagaimana dua kategori manusia berjuang , iaitu mereka yang beriman kepada Allah swt dan mereka yang kufur kepada Allah swt. Hanya ada dua landasan perjuangan yang dipilih. Pertama landasan Allah swt [ سبيل الله ] dan kedua ialah landasan Toghut [ سبيل الطاغوت ]
3. Landasan Allah swt adalah jalan perjuangan orang yang beriman sementara mereka yang kufur kepada Allah swt pastinya berada diatas Landasan Toghut. Toghut secara umumnya mempunyai banyak definisi. Antaranya ialah taarif yang disebut oleh Saiyidina Umar al Khattab Rha bahawa Toghut ialah طروق الشياطين iaitu jalan – jalan tajaan syaithan.
4. Ertinya, Toghut ialah jalan syaithan. Mereka yang berjuang diatas Landasan Toghut aka Jalan Syaithan maka mereka pula adalah [ أولياء الشيطان ] iaitu penolong – penolong syaithan. Penolong syaithan inilah yang diperintah oleh Allah swt. dalam ayat di atas supaya kita orang yang beriman memeranginya habis – habisan.
فَقَاتِلُوْا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ
[ Perangilah olehmu akan penolong – penolong Syaithan ]
5. Penolong syaithan tidak boleh dibiarkan bermaharajalela melangsungkan hasrat dan cita – cita syaithan yang dikenali untuk merosakkan ummah dan masa depan mereka.
6. Asasnya penolong syaithan ini akan bekerja keras untuk melunaskan apa jua agenda syaithan dan prinsip utama agenda syaithan ialah melakukan kekejian dan kemungkaran. Samaada kemungkaran sosial, kemungkaran ekonomi mahupun kemungkaran politik. Ianya merangkumi perbuatan keji seperti zina, liwat, rogol, pergaulan bebas, rasuah, penyalahgunan kuasa, penipuan, pecah amanah, penindasan dan kezaliman.
Firman Allah swt. surah an Nuur ayat 21 :
يَأيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تَتَّبِعُوْا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ
وَ مَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَ الْمُنْكَرِ
Wahai orang yang beriman ! Jangan kamu ikut jejak langkah syaithan dan barangsiapa yang mengikut jejak langkah syaithan maka sesunguhnya syaithan itu mengajak melakukan perbuatan keji dan mungkar.
7. Orang beriman usah gentar berdepan dan menghadapinya, sungguhpun penolong - penolong syaithan yang dikenali ini adalah ‘orang besar’ dan berjawatan tinggi seperti berpangkat dato seri, tan sri pula berjawatan menteri dan sebagainya. Seorang yang beriman, ia pasti yakin, mampu dan berani berjuang untuk menumpaskan syaithan yang dikenali ini termasuk segala jenis juaknya. Justeru Allah telah menegaskan bahawa tipu daya dan perancangan mereka adalah terlalu lemah. Firman Alah swt :

[ Sesungguhnya tipudaya syaithan adalah lemah ]
Sumber HD : 12/10/2012

Perangi Syaitan yang dikenali. Siri 1
Nasrudin bin Hassan at Tantawi, | 12 Okt 2012 |

MCA Anti Islam
Nasrudin Hassan, | 14 Okt 2012 |
1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya. Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.
2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah:
• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.
3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA pernah menyebut:
• “What’s so great about knowing Muslim values?”
“Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?”
4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.
• “Normala will not come here to Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS”
“Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS”
5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)
6. Akhbar MCA Hina Islam: “Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan” The Star.
7. “MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan”- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : “Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti”
8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012
9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.
10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)
11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.
12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :
• Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)
• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.
13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.
14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sumber HD : 14/10/2012

Audit 2011: Selamatkan amanah yang hilang
Nasrudin Hassan, | 18 Okt 2012 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyeru seluruh rakyat khususnya golongan muda supaya bersikap cakna dan prihatin terhadap kualiti urustadbir kewangan negara dan negeri sebagaimana yang dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.
Peranan yang dimainkan oleh pihak Ketua Audit Negara adalah sangat penting di dalam menjunjung prinsip keadilan dan hisbah (ombudsman) yang menuntut pihak kerajaan supaya mengamalkan dasar dan sistem pengurusan khazanah negara dengan amanah dan akauntabiliti yang tinggi demi menjaga dan mengawasi kemaslahatan seluruh rakyat.
Laporan ini juga adalah selaras dengan peruntukan yang telah ditetapkan di dalam Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan yang mengkehendaki Ketua Audit Negara untuk mengaudit penyata kewangan, pengurusan kewangan, aktiviti kementerian serta agensi kerajaan, dan mengemukakan laporan mengenainya kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk mendapatkan perkenan supaya laporan itu dibentangkan di Parlimen.
Menarik untuk diketahui bahawa secara keseluruhannya bagi tahun 2011, kerajaan Persekutuan telah menerima hasil berjumlah RM185 bilion, peningkatan sebanyak 16% berbanding hasil pada tahun 2010 yang berjumlah RM159.65 bilion dan ianya merupakan hasil yang tertinggi dalam tempoh 5 tahun sejak tahun 2007.
Walaubagaimanapun, tahap disiplin pengurusan fiskal kerajaan memerlukan komitmen reformasi yang serius dari semua peringkat. Laporan Ketua Audit Negara telah mencatatkan kerajaan telah meluluskan peruntukan mengurus berjumlah RM178 bilion yang juga merupakan peruntukan tertinggi diluluskan dalam tempoh 5 tahun, namun peruntukan tersebut tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan yang berjumlah RM183 bilion dan memerlukan peruntukan tambahan yang telah diluluskan oleh Parlimen pada 30 Mei 2012 bagi menampung defisit peruntukan tersebut.
Kerajaan Persekututan terus merekodkan kadar defisit berturut-turut sejak 1998 dan pada tahun 2011 mencatatkan defisit berjumlah RM42.5 bilion dengan nisbah kepada KDNK pada paras 4.82%, yang mana kurangan ini telah ditampung dengan pinjaman dari dalam dan luar negeri yang berjumlah RM113 bilion.
Menurut pemerhatian yang dibuat oleh Institut Polisi Studi DPPM, rakyat sewajarnya bimbang terhadap paras hutang awam yang menunjukkan graf kenaikan yang tidak sihat. Pada akhir tahun 2011, hutang kerajaan persekutuan adalah berjumlah RM456 bilion yang terdiri daripada hutang dalam negeri berjumlah RM438 bilion dan hutang luar negeri yang berjumlah RM18 bilion.
Ini menatijahkan nisbah hutang kerajaan persekutuan kepada KDNK pada paras 51.7%, peningkatan sebanyak RM49 bilion (12%) berbanding hutang pada tahun 2010 yang berjumlah RM407 bilion. Lebih membimbangkan, jika kadar hutang persekutuan ini ditambah dengan kadar pinjaman yang dijamin berjumlah RM116 juta, nisbah hutang sebenar kepada KDNK telah pun melepasi paras kritikal 65%, dan ini menuntut kepada urustadbir yang telus dan mampan untuk mengelakkan negara terjerumus ke kancah kelembapan ekonomi dan belenggu hutang.
Justeru, Pemuda PAS di semua peringkat diseru untuk menggerakkan usaha-usaha kempen dan penerangan secara tersusun di peringkat nasional dan lokal supaya rakyat dan generasi muda bangkit memperjuangkan keadilan bagi menyelamatkan amanah yang semakin hilang di tangan segelintir pemimpin yang alpa dan leka di dalam negara kita. Selamatkan Malaysia!
Disediakan oleh:
NASRUDIN HASSAN
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber HD - 18-10-2012
Sumber HD - 26-2-2013

Chua Soi Lek liabiliti kepada BN
Nasrudin Hassan, | 18 Okt 2012 |
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semakin meracau apabila beliau hari ini sekali lagi mengulangi pendirian kolotnya mengenai hukum hudud.
Jelas beliau seperti terdesak untuk menjadi ‘hero kartun’ apabila bangkit mengemukakan dakwaan yang bukan-bukan hanya berdasarkan satu SMS yang diterima dari individu yang tidak dikenali.
Bagaimana seorang presiden sebuah parti besar dalam kompenan BN boleh bersikap tidak professional malah sangat memalukan. Bukan sahaja bercanggah dengan nilai akademi dalam membina satu-satu pendirian, tetapi saya melihat ia juga satu kenyataan yang melucukan dan langsung tidak berasas apabila beliau mendakwa perlaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat dalam negara ini.
Selain daripada sumber yang sangat lemah dan tidak masuk aqal justeru hanya bersandarkan satu SMS dari individu yang tidak dikenali, Dr Chua Soi Lek juga sangat dangkal dalam mengambil tindakan sedemikian tanpa memahami konsep sebenar hukum hudud di dalam Islam. Apakah Dr Chua Soi Lek telah dirasuk syaithan yang dikenali sehingga lantang mempersoalkan hukum hudud hanya berdasarkan SMS yang dikirim oleh individu yang tidak dikenali.
Sehingga kini belum kedengaran teguran atau kritikan tegas dan berkesan dari pemimpin Umno demikian juga Ulama Muda Umno. Kesemua mereka secara tiba-tiba menjadi susut nilai berdepan Dr Chua Soi Lek.
Saya mengharapkan para mufti juga segera bangun untuk membuat teguran sebelum keadaan semakin parah justeru MCA adalah kompenan BN yang sedang menerajui pemerintahan Negara ini. Apakah para mufti juga terpaksa tunduk kepada kemahuan syaithan yang dikenali? Saya harap tidak berlaku demikian. Bangun untuk membela Islam dan syariatnya.
NGO-NGO Islam juga jangan berpeluk tubuh. Saya menyeru supaya bersatu dan bangkit menolak penghinaan bersiri yang dilakukan oleh sekutu rapat Umno dalam BN iaitu MCA dan presidennya.
NGO-NGO Melayu juga selayaknya berperanan. Terutama Jati dan Perkasa agar tidak bersikap double standard menjadikan PAS sebagai sasaran apabila bertahaaluf siasi [melakukan kerjasama politik] dengan DAP.
Ke mana hilangnya jati diri dan keperkasaan mereka saat berdepan Chua Soi Lek?
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menawarkan kelas percuma tahap pertama buat Dr Chua Soi Lek untuk memahami dan mendalami hukum hudud seraya memberi peringatan agar segera berhenti dari menghina, mempersenda, merendah-rendahkan hukum Allah swt. Tuhan yang Mencipta manusia dan sekelian alam ini.
Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mendesak agar Chua Soi Lek segera memohon maaf kepada ummat Islam khasnya dan kepada seluruh rakyat di atas kenyataan beliau yang tidak berasas sekaligus mencetus keresahan kepada masyarakat terhadap Islam. Ini adalah fitnah yang melampau. Sedang rakyat yang beragama Islam wajib menerima hukum Alah swt ini, sementara non muslim pula tidak perlu bimbang dan resah justeru perlaksanaan hukum Islam justeru ia tidak dipaksa ke atas mereka.
Rakyat diseru agar bijak memilih pemimpin masa depan negara sekaligus menolak Syaithan yang dikenali bersama kompenannya yang semakin meracau di usia lewat. Tanpa mereka sedari saat ghairah mereka menentang hudud, mereka dilihat membela penjenayah bukan membela mangsa penjenayah.
Mereka membela aktiviti tidak bermoral tanpa mengambil kira kesan langsung yang mencetus kerosakan moral dalam masyarakat ekoran aktiviti mungkar yang berleluasa itu.
Penulis ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Di sebalik Laporan Ketua Audit Negara 2011
Nasrudin Hassan, | 19 Okt 2012 |
1. Pihak bertanggungjawab seperti Perbendaharaan, SPRM dan PAC sewajarnya melakukan penyiasatan rapi terhadap isu-isu yang dibangkitkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2011.
2. Juga perhatian mestilah diberikan kepada apa yang dibimbangi oleh orang ramai mutaakhir ini iaitu kebimbangan terhadap kes-kes berprofil tinggi yang mungkin dengan sengaja tidak dibawa ke perhatian umum ekoran tapisan awal pemerintah bagi mengelak liabiliti seperti yang berlaku dalam kes NFC dan penyalahgunaan wang zakat.
3. Sebagai contohnya, Laporan Audit 2011 ini menyebut terdapat kajian Jabatan Audit Negara di dalam isu pertukaran saham MAS - AirAsia dan projek Pelabuhan Pendaratan yang gagal dan bermasalah. Namun demikian laporan audit tidak membuat sebarang rujukan terhadap kes-kes tersebut, sedang masyarakat awam menuntut suatu ketelusan. Begitu juga dengan isu penyelesaian luar mahkamah Tan Sri Tajudin Ramli yang melibatkan ratusan juta ringgit dana awam? Di manakah laporan auditnya?
4. Laporan Audit juga membisu mengenai 1MDB, sebuah syarikat “super GLC” walaupun Jabatan Audit Negara ada melakukan kajian ditambah pula ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan keraguan mengenai pengurusan syarikat tersebut. Sepanjang tempoh 2011, sekurang-kurangnya 2 kali Kementerian Kewangan telah membuat pembentangan mengenai 1MDB sekaligus membuktikan wujudnya isu tertentu yang sepatutnya dilaporkan di dalam laporan audit ini.
5. Dewan Pemuda PAS Malaysia berpandangan sudah tiba masanya Jabatan Audit Negara diangkat sebagai satu suruhanjaya bebas. Memang benar, perjawatan Ketua Audit Negara adalah dijamin di bawah Perlembagaan setara dengan bidang kehakiman bagi memastikan kebebasannya. Namun demikian terdapat jurang perbezaan yang luas di antara kuasa Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara yang bajet dan operasinya berada di dalam bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri lalu menimbulkan keraguan mengenai statusnya sebagai agensi pemantau yang bebas.
6. Semangat perlaksanaan Akta Audit 1957 juga menetapkan bahawa Ketua Audit Negara perlu bekerjasama dengan Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan bagi memastikan perbelanjaan kerajaan adalah telus dan betul. Kewibawaan akta ini bergantung kepada keutuhan peranan yang dimainkan Kementerian Kewangan selaku pengawalselia perbendaharaan negara yang neutral dari pengaruh agensi eksekutif yang lain.
7. Namun demikian risiko sistemik dalam pengurusan kewangan negara menjadi semakin ketara apabila Perbendaharaan turut menjadi agensi pelaksana manakala tugasan Menteri Kewangan kini digalas oleh Perdana Menteri (yang juga turut mengepalai 2 birokrasi terbesar lain di dalam kerajaan - JPM dan KWKPM). Kuasa moral dan akauntabiliti Kementerian Kewangan telah terhakis apabila ia tidak lagi berkecuali dalam agih-kawalan perbendaharaan negara manakala Ketua Audit Negara pula tidak lagi mempunyai pegawai pengawal atasan yang neutral yang boleh mengambil tindakan pembetulan perbelanjaan kerajaan secara telus.
8. (Lihat sahaja statistik laporan siasatan yang lambat diserahkan kepada Perbendaharaan berkaitan perbelanjaan Arahan Perbendaharaan (AP) 59 yang melibatkan Jabatan Perdana Menteri yang merupakan kes terbanyak direkodkan sebanyak 241 kes dengan kelewatan sehingga 957 hari. Itupun Jabatan Audit Negara masih memberikan penarafan akauntabiliti ‘amat baik’ kepada JPM!)
9. Oleh itu bagi kita, laporan audit yang sengaja lambat dikeluarkan dan kes seperti yang disebutkan ini bukan sekadar menonjolkan amalan kewangan di luar kebiasaan pemerintah tetapi merupakan tanda jelas peningkatan risiko sistemik tersebut. Ianya meningkatkan ersepsi bahawa agensi kerajaan yang bermasalah mempunyai peluang untuk berkolusi di dalam menyisihkan proses audit.
10. Walaupun ditegur oleh Ketua Audit Negara, mereka boleh pula beralasan dengan jawapan-jawapan picisan kerana mereka tahu tindakan mereka terlindung oleh kecelaruan birokrasi yang disengajakan pemerintah.
Nasrudin Hassan,
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API~
Sumber HD - 19-10-2012

TRW vs ATM
Nasrudin bin Hassan at Tantawi, | 19 Okt 2012 |
1. Menjelang Final Piala Malaysia edisi 2012 malam esok di Stadium Shah Alam, yang mempertemukan pasukan Kelantan Darul Naim dan Angkatan Tentera Malaysia, membuatkan iklim bolasepak tanah air semakin membara ledaknya. Pastinya Stadium Shah Alam akan menjadi tumpuan semua peminat bolasepak tanah air yang akan menyaksikan pertarungan sengit antara dua pasukan merebut gelaran juara dalam kejohanan paling berprestij negara ini.
2. Kelantan yang lebih dikenali sebagai The Red Warriors turun dengan reputasi sebagai penyandang Piala Malaysia edisi 2010 dan aksi malam esok adalah penampilan keempat The Red Warriors di pentas perlawanan akhir. Pasukan kendalian Bojan Hodak itu turun ke gelanggang final apabila berjaya menumpaskan pasukan Selangor di peringkat separuh akhir dengan agreget 3 – 0.
3. Sementara Angkatan Tentera Malaysia mengesahkan laluan mereka ke Final di bawah tunjuk ajar sifu B Sathianathan setelah berjaya menidakkan Lions XII menerusi sepakan penalti 5 – 4 selepas terikat dengan kedudukan jaringan 2 – 2. ATM hanya tinggal selangkah untuk menamatkan kemarau 46 tahun sebelum pulang menjulang Piala Malaysia.
4. Pasukan ATM tentunya turun dengan semangat yang tinggi diperkuat pula oleh Marlon Alex James dan Bruno Marteloto. Gandingan mantap Hai-O dan Aidil juga dijangka menjadi cabaran besar kepada The Red Warriors yang terpaksa berentap memburu juara tanpa ayam tambatan mereka Mohamed Ghaddar dan Mohd Norfarhan Muhammad yang terlepas peluang beraksi di pentas final kerana menjalani proses penggantungan ekoran menerima dua kad kuning.
5. Apakah misi The Red Warriors untuk merangkul kejuaraan treble musim ini menjadi kenyataan dan kemarau panjang 46 tahun ATM bakal berakhir, sama – samalah kita saksikan malam esok jam 8.45 malam sejurus selesai kuliah maghrib dan solat Isyak.
6. Saya memilih The Red Warriors untuk merangkul kejuaraan Piala Malaysia edisi ini berasaskan reputasi dan prestasi mereka disepanjang musim. Sungguhpun ketiadaan Mohamed Ghaddar dan Mohd Norfarhan, pertahanan TRW semakin berkualiti dan mantap. Sementara pemain tengah seperti Badri Radzi, Norshahrul dibantu Chanturu dan Obinna Nwaneri masih berkeupayaan tinggi untuk meledakkan idea sekaligus menghasilkan karya gol kemenangan.
7. Sungguhpun begitu, prestasi mendadak ATM tidak boleh diperkecilkan. Mereka mara dengan semangat juang yang tinggi. Memandang rendah pada kemampuan ATM bakal mengundang padah. Rentak permainan mereka agak kaya dengan taktikal .
8. Paling penting kepada saya dan Dewan Pemuda PAS Malaysia malah semua peminat sukan bolasepak tanah air dalam menyaksikan kemeriahan Final Piala Malaysia malam esok ialah mutu penganjuran, perlawanan dan permainannya. Malaysia semestinya keluar daripada kelompok terendah kualiti penganjuran, perlawanan dan permainan bolasepak ini. Bukan sahaja merujuk kepada skil individu dan berpasukan mengawal rentak permainan tetapi juga pada disiplin dan semangat kesukanan yang tinggi. Termasuklah sistem kawalan keselamatan yang baik dan berkesan.
9. Penonton yang terdiri dari penyokong kedua-dua pasukan juga selayaknya mempamerkan kematangan yang hebat dan disiplin yang tinggi dengan mematuhi segala arahan, peraturan dan undang-undang tanpa didorong oleh elemen ganas, emosional dan keterlaluan dalam tindakan. Sebaliknya menjadikan sukan ini meriah dan menguntum nama baik negara di persada antarabangsa kerana saya percaya bukan sahaja seluruh rakyat negara kita menonton kejohanan ini tetapi tidak terlepas peminat bolasepak antarabangsa turut memberi perhatian kepada perlawanan akhir nanti.
10. Justeru, pesanan saya khasnya kepada anak-anak muda, biarpun pasukan mana yang mereka sokong agar:
a] menjaga akhlak,
b] jangan tinggalkan solat,
c] tidak berpeleseran,
d] elakkan berkelakuan tidak sopan serta ganas.
Sebaliknya... cool man cooool!

Umno mesti keluar BN
Nasrudin Hassan, | 21 Okt 2012 |
1. Semakin jelas “MCA anti Islam”. MCA terlalu prejudis terhadap Islam malah berani menentangnya secara terbuka. Tidak hanya Presiden MCA Dr Chua Soi Lek sebelum ini mengambil posisi lantang mempertikai perlaksanaan hukum Islam, tetapi kini Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow dan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendedahkan sikap dan wajah MCA yang sebenar.
2. Pengerusi Wanita MCA Yu Chok Tow melahirkan kebimbangan MCA terhadap Ahli Parlimen Islam khasnya daripada UMNO dan BN akan menyokong perlaksanaan hudud di Malaysia berasaskan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
3. Satu kecelaruan yang parah sedang berlaku dalam Barisan Nasional hari ini khasnya melibatkan kedudukan UMNO dan MCA. Selama ini UMNO telah cuba menunjuk sikap bahawa mereka menentang hasrat PAS untuk melaksanakan hukum Allah swt. tetapi kelantangan UMNO itu belum cukup meyakinkan sekutunya MCA untuk menerima UMNO sebagai rakan “sebantal” dalam menentang Islam dan perlaksanaan syariatnya di Negara ini.
4. UMNO terpaksa “menutup mata” dan “menyumbat mulut” terhadap apa jua kenyataan dan tindakan MCA demi mencari sepangkah dua undi dari non muslim yang rata – rata pada hari ini telah menolak Barisan Nasional yang penuh dengan kurap dan kudis rasuah.
5. Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie pula secara terbuka memfitnah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Mursyidul AM PAS sekaligus mempersendakan hukum Allah apabila beliau menyebut :
"Pakatan menipu kita untuk percaya bahawa hudud PAS tidak akan menjejaskan hak bukan Islam kerana (berdasarkan hujah Nik Aziz) tiada undang-undang untuk menghalang orang Islam daripada merogol bukan Islam.
"Jika kamu tonton klip Youtube, kamu tahu bahawa Nik Aziz berkata berkata, wanita patut tutup aurat, jika tidak mereka patut dirogol.
"Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?"
6. Saya mendesak supaya Heng meminta maaf di atas keceluparan dan kebiadabannya terhadap Islam dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tuduhan yang tidak masuk aqal dan berniat jahat.
7. UMNO dan MCA sangat terdesak berdepan scenario iklim politik mutaakhir yang menyaksikan peralihan undi ketara kalangan non muslim dari Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka terpaksa mengamalkan “politik biawak” apabila bercabang lidah dalam kempen mereka.
8. Berdepan pengundi melayu, mereka berkempen supaya jangan sokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan kuasa politik dan ekonomi akan jatuh ke tangan non muslim. DAP akan jadi Perdana Menteri dan sebagainya.
9. Lidah yang sama terus bercabang apabila mereka berkempen pula di kawasan pengundi non muslim supaya jangan menyokong PR kerana kemenangan PR akan menyebabkan hukum hudud terlaksana di Malaysia. Sokong PR ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya sokong hudud. Begitulah nada dan bahasa kempen mereka.
10. Kini MCA melahirkan pula keraguan mereka kepada UMNO. Selayaknya mereka berpisah apabila “bersekedudukan” tanpa mempercayai antara satu sama lain. Selayaknya UMNO keluar dari Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat kepercayaan daripada MCA. Orang melayu sewajarnya membuka mata melihat apa yang berlaku hari ini untuk mreka membuat pilihan yang tepat.

Sumber HD : 21-10-2012
Kritik, mengkritik & dikritik
Nasrudin Hassan, | 28 Okt 2012 |
a] Terima kasih pada semua kerana konfiden bahawa PAS akan berjaya memerintah negara kelak [insyaallah] berbanding dulu, hampir tidak ada orang luar nak bincang pasal PAS dan memang sukar nak cari orang luar yang mahu bantu PAS berjuang menghadapi kuasa "besar" UMNO dan BN yang penuh dgn korupsi. Sebahagiannya selesa dikerusi empuk dan bilik berhawa dingin dengan jawatan yang selesa pula.
b] Budaya tidak boleh ditegur alhamdulillah TIDAK berlaku dalam PAS. Jika seorang dua dikesan begitu, maka itu kes terpencil dan dia bukan budaya dalam PAS. Kepimpinan PAS ialah kepimpinan yang berteraskan Islam sesuai dengan Islam sebagai asas perjuangan PAS.
c] PAS dan kepimpinannya senantiasa terbuka dan berlapang dada dalam menerima pandangan dan kritikan justeru itu akhlak Islami yang salayaknya dimiliki oleh setiap pemimpin dan individu muslim. Kita mengalu - alukan teguran dan kritikan yang membina dari semua pihak. Kita senantiasa responsif namun tidak semestinya 100 peratus teguran atau kritikan yang kita terima perlu dipakai. Sebaliknya teguran atau kritikan yang diterima itu akan dipertimbangkan dan disorot dengan penuh cermat serta mengambil kira semua aspek sebelum sesuatu keputusan diambil.
c] kita harus sedar, teguran dan kritikan yang dihamburkan kepada PAS banyak jenis dan kategori.
* Ada yang perlu dilayan dan diterima. Sebagai contoh, kritikan itu disampaikan dengan baik dan membina. Tambahan jika ianya lengkap dengan fakta dan maklumat yang benar.
*Ada yang perlu ditangani dengan bijaksana. Sebagai contoh , kritikan dari seseorang atau ahli parti yang keliru terhadap keputusan yang diambil oleh parti secara jamaei.
*Ada yang perlu ditolak dan ditempelak kembali. Sebagai contoh kritikan yang memalukan atau kritikan yang menjatuhkan pula dibina berasaskan maklumat yang salah, persepsi yang negatif dan fitnah yang jahat. Tidak kurang juga kritikan yang hanya menguntungkan musuh Islam.
*Ada yang perlu didengar tapi tidak perlu dilayan dan diambil pusing. Biasanya berlaku pada kritikan bebas tanpa ilmu dan pengkritiknya sendiri tidak konsisten dengan kritikannya. Satu kritikan yang datang dari pengkritik bebas yang tidak mempunyai sifat tanggungjawab terhadap setiap kritikan. Seperti melontar batu ke air tenang lalu lari menyembunyikan tangannya.
d] Kalau kita lihat al Quranil Karim, diantara method al Quran ialah membalas dan menjawab kritikan pihak lain khususnya musyrikin terhadap Islam disamping Al Quran yang sama mengajar kita menerima dan berlapang dada terhadap teguran, kritikan dan nasihat.
e] seringkali teguran dan kritikan yang dilemparkan kepada PAS perlu dipertimbang dengan mengambil kira realiti, maklumat dan asas yang tepat. Justeru terlalu banyak kritikan yang sampai adalah bersumber dari fitnah dan maklumat atau persepsi yang salah. Kritikan yang hanya datang dari perasaan geram dan dendam.
f] Tanpa dinafi bahawa banyak juga kritikan yang membina malah sebahagiannya lengkap dengan fakta dan kajian teliti. Kita menerima kritikan sedemikian dan memakainya sebagai satu yang peluang untuk membina PAS.
g] Apa yang membanggakan saya ialah kini PAS telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif. Tinggal lagi pimpinan PAS harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita - cita perjuangan Islam.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Salam dari :

Sumber HD - 28-10-2012
Himpunan bantah Nurul Izzah, fitnah - Nasrudin
Harakahdaily, | 08 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan fitnah berhubung himpunan membantah Nurul Izzah menginsafi dan memuhasabahkan diri.
Ketuanya, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan menegaskan pihaknya menafikan kenyataan mengenai himpunan itu dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau.
“Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan satu perhimpunan aman dan penyerahan memorandum membantah kenyatan YB Nurul Izzah berhubung isu menyamakan Islam dengan agama-agama lain dan tindakan beliau menyokong LGBT….”
Dewan Pemuda PAS Malaysia menerima beberapa panggilan dan pertanyaan dari pihak media berkenaan kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] kepada wartawan-wartawan.
Untuk pengetahuan semua, kenyataan di atas yang disebarkan melalui pesanan ringkas [SMS] adalah sama sekali tidak benar dari Dewan Pemuda PAS Malaysia. Sesiapa jua individu yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini adalah merupakan individu yang tidak bertanggungjawab.
Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya ianya merupakan satu usaha daripada pihak-pihak tertentu yang cuba menangguk di air yang keruh untuk menyerang YB Nurul Izzah bahkan cuba mengeruhkan hubungan parti kompenan di dalam Pakatan Rakyat.
Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia, individu yang mencetuskan fitnah ini bahkan yang menyebarkan fitnah ini adalah individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak mempunyai akhlak yang mulia. Membuat satu-satu kenyataan dengan menggunakan nama orang lain itu adalah satu penipuan manakala menyebarkan kenyataan tanpa bertanya kepada sumber itu pula adalah kesalahan dan kedua-duanya termasuk di dalam perkara mungkar yang dimurkai Allah.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta agar individu yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini untuk beliau menginsafi dan memuhasabahkan diri. Tanyalah kepada diri, apakah keuntungan yang diperolehi sekiranya kamu berjaya menimbulkan persengketaan?
Sekali lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia menafikan kenyataan tersebut dan mengecam individu yang bertanggungjawab membuat dan menyebarkan fitnah tersebut dengan menggunakan nama Dewan Pemuda PAS Pusat.
Sumber HD - 8-11-2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia, di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja bertarikh 14 November 2012 telah bersetuju untuk mengambil ketetapan berkenaan langkah pengisytiharan harta di kalangan pemegang jawatan dalam parti politik seperti berikut:
Justeru pada detik 1 Muharam 1434H yang penuh mulia, seluruh EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan borang deklarasi pengisytiharan harta kepada saya selaku Ketua Pemuda untuk disimpan dan dinilai dari semasa ke semasa, dan sebagai tanda komitmen kami dalam menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti, saya telah mengambil langkah pertama dengan mengemukakan deklarasi pengisytiharan harta saya secara terbuka pada majlis penutup Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Mencorak Masa Depan.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS
18 November 2012
Sumber HD - 19-11-2012
Pada masa yang sama, semua pihak mesti mengiktiraf usaha bakti yang telah dicurahkan oleh para guru untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kita. Kita sedia maklum akan bebanan tugas guru yang amat berat. Maka sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan penyelesaian segera di atas keluhan warga guru yang rata-ratanya merasa terbeban dengan perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Di bawah Transformasi Pendidikan yang dicanangkan kerajaan, warga guru kini bukan sekadar mentaksir keupayaan akademik pelajar di peringkat sekolah malah diminta untuk membuat taksiran sumatif peringkat pusat di samping pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan ko-kurikulum.
Tidak cukup dengan tambahan skop pentaksiran yang perlu dilakukan, segala urusan merekodkan data pentaksiran juga dilakukan oleh warga guru. Bayangkan berapa ratus data yang harus dimasukkan oleh para guru! Lebih menambahkan stres apabila sistem atas-talian Kementerian yang mesti digunakan oleh para guru untuk membuat input data seringkali gagal diakses pada waktu kritikal.
Apa yang membimbangkan kita, dengan sebegitu banyak kerja yang dibebankan ke atas warga guru dan sebegitu banyak pula maklumat yang dikumpulkan melalui PBS, adakah wujud usaha profesional berterusan untuk mengolah data yang diperolehi bagi tujuan menambahbaik sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah?
Yang pasti, tumpuan warga guru terhadap usaha pengajaran menjadi terjejas akibat dari sistem yang dipaksakan oleh pihak Kementerian akibat dari para guru kini menumpukan lebih banyak masa untuk urusan perkeranian dan pentadbiran. Mengambil kira apa yang berlaku, ternyata usaha memperkasa profesion perguruan dan menginsankan pentaksiran (humanizing assessment) cumalah sekadar slogan kosong.
Sekiranya benar telah wujud projek rintis yang melibatkan 500 buah sekolah sebelum PBS dilaksanakan, maka seharusnya masalah-masalah ini telah pun dikenalpasti dan diselesaikan. Hakikatnya, strategi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Kementerian gagal menanggapi realiti perlaksanaan di peringkat sekolah-sekolah dan cuma nampak gah di atas kertas.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 21-11-2012

Pengisytiharan harta langkah pertama
Nasrudin Hassan, | 19 Nov 2012 |
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Dewan Pemuda PAS Malaysia, di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja bertarikh 14 November 2012 telah bersetuju untuk mengambil ketetapan berkenaan langkah pengisytiharan harta di kalangan pemegang jawatan dalam parti politik seperti berikut:
- Secara prinsipnya, DPPM berpegang kepada nilai amanah dan integriti yang tinggi di kalangan pimpinan dan ahli dalam melaksanakan agenda siyasah, dakwah dan tarbiah;
- Amalan pengisytiharan harta di kalangan penjawat awam adalah sangat baik supaya unsur pecah amanah dan salahguna kuasa dapat dihalang dan dihapuskan, dan DPPM berpendapat amalan ini wajar dipraktikkan oleh pemegang jawatan parti politik yang bertanding untuk memegang tampuk pemerintahan kerajaan;
- Seluruh kepimpinan DPPM bersetuju untuk melaksanakan amalan pengisytiharkan harta secara sukarela demi menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti dengan mengambil langkah-langkah berikut:
- Menggunakan format yang digunapakai oleh Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai kriteria minima pengisytiharan harta oleh setiap pemimpin dan ahli keluarga;
- Pengisytiharan harta oleh setiap AJK DPPM diserahkan kepada Ketua Pemuda untuk disimpan dan dipantau oleh sebuah Badan Hisbah dalaman dan akan diserahkan kepada Presiden Pas dan Mursyidul Am PAS mengikut keperluan semasa;
- Selesai proses pemilihan calon pilihanraya, DPPM secara sukarela akan mempamerkan borang deklarasi pengisytiharan harta milik AJK DPPM yang dimanahkan oleh parti sebagai calon pilihanraya, untuk dinilai oleh rakyat keseluruhannya.
Justeru pada detik 1 Muharam 1434H yang penuh mulia, seluruh EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menyerahkan borang deklarasi pengisytiharan harta kepada saya selaku Ketua Pemuda untuk disimpan dan dinilai dari semasa ke semasa, dan sebagai tanda komitmen kami dalam menjaga nilai amanah dan integriti peribadi dan parti, saya telah mengambil langkah pertama dengan mengemukakan deklarasi pengisytiharan harta saya secara terbuka pada majlis penutup Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-53 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Mencorak Masa Depan.
Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS
18 November 2012
Sumber HD - 19-11-2012
Antara kejayaan UPSR dengan beban PBS
Nasrudin Hassan, | 21 Nov 2012 |
Pemuda PAS ingin merakam ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada murid-murid yang berjaya di dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan baru-baru ini. Syukur Alhamdulillah kita panjatkan ke hadrat Ilahi di atas nikmat kejayaan yang diberikan. Kepada mereka yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, peperiksaan ini bukanlah penamat segala-galanya. Tanamkan iltizam baru dan terus belajar dengan gigih untuk lebih berjaya di masa akan datang.
Pada masa yang sama, semua pihak mesti mengiktiraf usaha bakti yang telah dicurahkan oleh para guru untuk memastikan kecemerlangan anak-anak kita. Kita sedia maklum akan bebanan tugas guru yang amat berat. Maka sewajarnya pihak Kementerian Pelajaran mengambil tindakan penyelesaian segera di atas keluhan warga guru yang rata-ratanya merasa terbeban dengan perlaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Di bawah Transformasi Pendidikan yang dicanangkan kerajaan, warga guru kini bukan sekadar mentaksir keupayaan akademik pelajar di peringkat sekolah malah diminta untuk membuat taksiran sumatif peringkat pusat di samping pentaksiran psikometrik dan pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan ko-kurikulum.
Tidak cukup dengan tambahan skop pentaksiran yang perlu dilakukan, segala urusan merekodkan data pentaksiran juga dilakukan oleh warga guru. Bayangkan berapa ratus data yang harus dimasukkan oleh para guru! Lebih menambahkan stres apabila sistem atas-talian Kementerian yang mesti digunakan oleh para guru untuk membuat input data seringkali gagal diakses pada waktu kritikal.
Apa yang membimbangkan kita, dengan sebegitu banyak kerja yang dibebankan ke atas warga guru dan sebegitu banyak pula maklumat yang dikumpulkan melalui PBS, adakah wujud usaha profesional berterusan untuk mengolah data yang diperolehi bagi tujuan menambahbaik sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah?
Yang pasti, tumpuan warga guru terhadap usaha pengajaran menjadi terjejas akibat dari sistem yang dipaksakan oleh pihak Kementerian akibat dari para guru kini menumpukan lebih banyak masa untuk urusan perkeranian dan pentadbiran. Mengambil kira apa yang berlaku, ternyata usaha memperkasa profesion perguruan dan menginsankan pentaksiran (humanizing assessment) cumalah sekadar slogan kosong.
Sekiranya benar telah wujud projek rintis yang melibatkan 500 buah sekolah sebelum PBS dilaksanakan, maka seharusnya masalah-masalah ini telah pun dikenalpasti dan diselesaikan. Hakikatnya, strategi pembaharuan yang dilakukan oleh pihak Kementerian gagal menanggapi realiti perlaksanaan di peringkat sekolah-sekolah dan cuma nampak gah di atas kertas.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 21-11-2012
Peraturan am penceramah Pemuda PAS
Nasrudin Hassan, | 28 Nov 2012 |
a] Muqaddimahkan ucapan saudara dengan lafaz salam serta diiringi dengan ucapan Tahmid dan Tasbih [memuja dan memuji Allah Jalla wa A'la] seterusnya Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi kita Muhammad saw.
b] Uruti ucapan saudara dengan menyusun tertib protokol dengan takrim [menghormati tetamu dan pimpinan melalui sebutan atau gelaran yang baik berasaskan kedudukan ranking protokol dan kepimpinannya]
c] Mempertegaskan dasar dan prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS serta menjelaskan matlamat dan objektif perjuangan yang mahu dicapai . [sebaiknya saudara mengambil satu atau dua nas untuk memperkukuhkan hujjah saudara]
d] Mengemukakan isu semasa yang sesuai dengan suasana dan kedudukan politik semasa serta mengupasnya dengan baik berlandaskan fakta dan figure yang benar dan tepat.
e] Mengemukakan Tawaran PAS kepada rakyat menerusi Dokumen Negara Berkebajikan dan Tawaran Anak Muda menerusi Maqalah Ucaptama Ketua Pemuda 2012 "Mencorak Masa Depan"
f] Selingan dengan membawa pelbagai contoh yang diambil dari sejarah mahupun perkara semasa untuk menyegarkan ulasan atau kupasan ceramah saudara serta pastikan ia dipersembah dengan baik dan tersusun. Saudara boleh membawanya melalui nada bersahaja dan humor tanpa perlu menyinggung perasaan audien dan tidak keterlaluan sehingga menjejaskan kredebilliti serta akhlak saudara sebagai seorang pejuang Islam .
g] Menutup ucapan atau ceramah saudara dengan memujuk, merayu dan mengharapkan agar audien mendengar, menilai dan mengkaji kandungan ucapan saudara dengan tenang, saksama dan adil. Saudara tidak perlu memaksa dan mendesak audien untuk menerima pandangan dan hujjah yang dilontarkan. Sebaiknya saudara juga menutup ucapan dengan doa mengharapkan petunjuk Allah swt dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang serba sukar ini.
[jika saudara adalah penceramah terakhir dan penganjur tidak menyediakan individu khas untuk membacakan doa penutup]
Nota : 5 Rukun Ceramah :
1. Muqaddimah [ a ]
2. Protokol [ b ]
3. Dasar Perjuangan [ c ]
4. Isu Semasa dan Polisi [ d & e ]
5. Penutup [ f ]
Pantang Larang AM ceramah Pemuda PAS :
a] Elakkan fitnah dan dusta. jangan kemukakan fakta dan figure yang tidak sohih atau tidak benar serta tidak diketahui sumber ambilannya.
b] Jangan sekali - kali memaki hamun serta mencaci nista mana - mana pihak termasuk pihak lawan politik saudara. Sebaliknya ambil pendekatan yang lunak dan baik. [ بشروا و لا تنفروا ]
c] Pastikan saudara tidak menidakkan daya intelektual audien yang hadhir mendengar ceramah saudara apatah lagi memperbodoh dan mempersendakan mereka. Sebaliknya hargai mereka dan hormati tahap keintelektualan mereka.
d] Elakkan penampilan yang angkuh dan berlagak dalam gaya bahasa ucap dan juga bahasa badan.
Untuk mendapatkan Nilai Tambah AM buat Penceramah Pemuda PAS, saudara perlu mempelajari skil pidato awam dan juga berguru dengan veteran atau otai yang mahir serta mempelajari bagaimana penampilan di khalayak. Saudara juga sewajarnya
i] memiliki ilmu dan maklumat lengkap dalam sesuatu isu atau ilmu yang mahu disampaikan
ii] Menguasai bahasa dan laras penggunaannya pada hari ini menepati kedudukan serta tahap audien
iii] Persiapan spiritual, mental dan fizikal adalah pakej yang perlu ada pada saudara sebelum tampil di khalayak.
iv] Menghormati protokol majlis dan menepati masa kehadhiran sebagaimana yang dijadualkan agar audien tidak menanti lama.

Sumber HD - 28-11-2012
Satu pengundi, satu Harakah
Nasrudin Hassan, | 30 Nov 2012 |
1. Bahang Pilihanraya Umum ke 13 kian terasa sungguhpun tarikh pembubaran kabinet masih belum diketahui umum. Tempoh 3 atau 4 bulan ini pastinya adalah period pilihanraya umum ke 13.
2. Saya melihat pilihanraya adalah medan tarung untuk sarana maklumat masing - masing, justeru pengundi memerlukan maklumat yang benar dan cukup sebelum membuat keputusan, parti mana dan siapakah calon yang akan diundi.
3. Tentunya manifesto parti, tawaran dan polisi parti serta cara dan seni mengulas isu semasa akan menjadi ramuan utama membentuk minda dan pola fikir pengundi sekaligus melahirkan satu keputusan yang baik dan tepat untuk diterjemah pada kertas undi.
4. UMNO dan BN mempunyai terlalu banyak sarana dan medium maklumat mereka. Samaada medium cetak mahupun elektronik. Sementara apa yang dimiliki oleh PAS hanyalah Harakah cetak dan online sebagai lidah rasmi dan dibantu oleh media parti rakan dalam kompenan Pakatan Rakyat.
5. Sebelum ini ngo BERSIH telah memperjuangkan kebebasan media dan hak yang saksama dalam menggunakan media awam seperti televisyen dalam memasarkan matlamat dan objektif parti kepada pengundi. Malangnya sehingga kini penindasan media sangat ketara dan parti politik bukan kerajaan seperti PAS dan lainnya terpaksa berpada dengan secebis naskhah rasmi untuk menggarap pendidikan politik baru dan mengulas isu semasa serta mengemukakan pelbagai polisi dan agenda perjuangan.
6. Saya mengharapkan pertolongan Allah swt berpihak kepada golongan tertindas dan golongan yang dinafikan haknya. Sehubungan dengan itu, kita tidak pernah kenal erti putus asa terhadap cabaran dan tekanan yang dihadapi.
7. Saya mengarahkan seluruh jentera pemuda di semua peringkat iaitu negeri, kawasan dan cawangan supaya memperkukuhkan Harakah cetak, satu - satunya media parti dengan membeli dan mengedarkannya kepada seluruh pengundi secara manual iaitu dari tangan ke tangan disamping memasyhurkan Harakah edisi online untuk diakses oleh semua.
8. Meningkatkan keberkesanan Harakah sebagai lidah rasmi parti, saya juga berharap agar Harakah terus peka dengan teguran dan penambahbaikan dari semua pihak agar senantiasa segar, pantas, benar dan mesra semua golongan sasar tanpa memudarkan prinsip perjuangan yang didokong dan meminggirkan agenda teras parti iaitu Islam untuk di hantar kepada pengundi sekaligus membina aqidah, fikrah dan syakhsiyah mereka.
9. Mekanismenya saya serahkan kepada kebijaksanaan Dewan Pemuda PAS negeri - negeri untuk memastikan polisi "Satu Harakah - Satu Pengundi" dapat dilaksanakan dengan baik , lancar dan berkesan. Dewan Pemuda PAS Negeri boleh melanggan Harakah secara alangsung dari bahagian pemasaran di pejabat Harakah ataupun melalui pengedar Harakah di negeri masing - masing.
10. Pendekatan ini juga akan menjadi peluang dan ruang pemuda turun padang bertemu pelbagai segmen pengundi khasnya pengundi muda "face to face" dan menyerahkan Harakah "by hand" kepada mereka sekurang - kurangnya seminggu sekali.
Mencorak Masa Depan

Sumber HD - 30-11-2012
Ke Timur Tengah Pemuda UMNO bakal berjalan,
Mencari Ulama' muda tambah keahlian,
Sekarang zaman Islam, assabiyyah ditinggalkan,
Gunalah ilmu bezakan kaca dari intan.
Ulama muda UMNO dah keluar pandangan,
Perang Palestin bukan Jihad perjuangan,
Hah! Tu wakil Hamas kan ada dalam dewan,
Kalau berani pergilah cakap depan-depan!
Tiada lembu tiada juga kandang,
Duit NFC lesap hasil negara berkurang,
Bicara Ketua Wanita menakutkan orang,
BN kalah, 13 Mei berulang?
Tak payahlah Kak Ijat takutkan orang,
Rakyat nak tukar cara aman,
Tak nak gaduh, tak nak perang,
Cuma lembu tumbang tanda kesyukuran.
RM40 juta ke kantung Musa Aman,
Kononnya untuk UMNO dibuat sumbangan,
Jangan hanya ampu wahai perwakilan,
Bangkitlah soal tuntut penjelasan!
RM40 juta bukannya sikit wahai cik abang,
Duit marhaen tu bukannya hak korang,
Rakyat dah bising, dah mula bosan, "Ini kalilah!" Sabah kita tukar kerajaan.
GTP, ETP transformasi ekonomi,
Dulu sedikit kini hutang dah tinggi,
"Menteri Kewangan terbaik!" PM bangga diri,
Ibarat masuk bakul, angkat sendiri.
Deepak mengeluh Rosmah lupakan kawan,
Tugas polis dikacau orang kementerian,
Najib,Hishammudin jadilah "gentleman",
Letak jawatan jawablah tuduhan.
Najib, Hishammudin tak duduk senang, Deepak, Musa Hassan, loyar Perancis semua dah bagi amaran,
Khairy, Muhyiddin nampak girang, Baling batu, sorok tangan
Kapal selam timbul tenggelam,
Kah Mah pula joget Hindustan,
Masa depan UMNO nampak kelam, PAS ganti UMNO,kita corak masa depan.
Nukilan Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 1-12-2012
Pantun seloka PAU 2012
Nasrudin Hassan, | 01 Dis 2012 |
Anak muda disaji pelbagai tawaran, Turunkan harga kereta, lesen motor nak dikurang,
Kalau tak kerana PR mula langkah kanan,
Agak-agaknya Khairy sibuk nak bagi peluang?

Ugutan 13 Mei dan budaya politik samseng
Nasrudin Hassan, | 06 Dis 2012 |
1. Dewasa ini kerap kedengaran di bibir-bibir berita dan akhbar budaya ‘politik kotor’ dan ‘politik samseng’ dalam dunia politik Malaysia. Sungguh memalukan ! Inikah budaya yang diamalkan di dalam sebuah negara yang demokrasi ?
2. Sebelum ini pada 14 Febuari 2012 pernah berlaku insiden ‘Tumbuk menumbuk di ceramah Datuk Seri Anuar Ibrahim’ di Felda Tun Ghafar, Alor Gajah, Melaka.
3. Pada 17 Julai lalu, ceramah YB Nurul Izzah di Pagoh juga turut diganggu. Kalau kita masih ingat insiden yang menimpa mahasiswa yang mendiami Dataran Merdeka pada 19 April yang lalu, mereka diserang dan banyak kerugian yang mereka alami hasil dari tindakan dan perbuatan politik yang tidak bertamadun ini.
4. Terbaru adalah ‘tragedi berdarah’ yang berlaku di Gombak pada 5 Disember semalam, apabila ceramah Jelajah Merdeka Rakyat diganggu dan mengakibatkan seorang petugas ditikam dibahu.
5. Inikah keterbukaan dan sifat berlapang dada UMNO dalam menerima kepelbagaian parti di Malaysia. Sungguh berdegar-degar Datuk Seri Shahrizat Jalil mengata PAS di dalam Persidangan Wanita Umno, adakah ini gambaran sifat keterbukaan Umno?
6. Sebelum ini beliau juga cuba menakut-nakutkan rakyat Malaysia dengan tragedi 13 Mei jika Umno kalah di dalam PRU akan datang. Pemuda PAS menyimpulkan Umno telah lama berkecimpung dengan budaya ‘politik samseng’ demi mengekalkan kekuasaan mereka.
7. Pemuda PAS sendiri tertanya-tanya, adakah ugutan Ketua Wanita Umno seakan-akan signal kepada ‘bala samseng’ Umno untuk keluar dan membuat kekacauan di tempat-tempat ceramah pihak pembangkang?
8. Sekiranya benarlah Umno sebuah parti Islam, kami di peringkat Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin mengingatkan bahawa budaya samseng di dalam politik bukanlah budaya dan ajaran Islam. Budaya kotor dan jijik di dalam dunia politik ‘kuku besi’ ini adalah dikecam oleh semua rakyat.
9. Mungkin rakyat tiada daya untuk melawan ‘samseng-samseng‘ ini dan jangan pula mereka yang mengamalkan politik sebegini menganggap rakyat takut dengan budaya ini. Ingat kekuatan rakyat pada fikirannya dan kuasa rakyat pada suaranya.
10. Tragedi di Gombak baru-baru ini hanya menyatukan kekuatan rakyat iaitu pemikiran Umno mesti ditolak dalam PRU 13 akan datang dan rakyat akan menterjemah kuasa mereka dalam PRU ke 13 kerika memilih kerajaan mana yang perlu dan layak mentadbir urus negara ini kelak.
Umno hanya akan terus dikecam oleh rakyat kerana budaya ‘samseng’ yang mereka tunjukkan.
Sekian.
Mencorak Masa Depan
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Sumber HD - 6-12-2012
Indeks rasuah: Malaysia masih memalukan
Nasrudin Hassan, | 07 Dis 2012 |
Indeks persepsi rasuah yang baru diumumkan, Malaysia naik 6 anak tangga ke tangga 54 daripada 183 negara. Walaupun saya agak gembira dengan peningkatan ini, kegembiraan itu terbantut apabila melihat markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.
Kalau dinisbah kepada pencapaian anak-anak kita dalam peperiksaan 49/100 belumpun mampu meraih markah C! Pencapaian itu, Malaysia berada di belakang negara membangun yang lain seperti:
Rwanda (tangga 50),
Botswana (tangga 30)
Bhutan (tangga 33),
Taiwan (tangga 37) dan
Brunei (tangga 46).
Negara jiran, Singapura berada di tempat ketiga keseluruhan.
Pada saya, berdasarkan markah 49/100 yang diperolehi, rata-rata rakyat berpandangan bahawa rasuah masih membelenggu sektor awam negara kita.
Maknanya rakyat masih cenderung berpandangan bahawa kebarangkalian berlakunya rasuah yang melibatkan jentera pentadbiran adalah tinggi. Pendapat ini sememangnya bukan semata-mata perpepsi atau ilusi, sebaliknya urus tadbir negara khususnya berkait dana awam sememangnya sangat membimbangkan.
Saban tahun laporan Audit mendedahkan berbillion ketirisan daripada kes-kes kecil sehinggalah skandal spt PKFZ, NFC dan lain-lain.
Saya juga menyokong saranan yang dibuat oleh pihak Transparency International Malaysia (TI-M) untuk memperkenalkan akta ketelusan maklumat bagi menjamin ketelusan dalam urus tadbir negara. Antara lain akta ini memperuntukkan hak untuk rakyat tahu dan semak dokumen-dokumen berkaitan supaya sebarang ketirisan dan penyelewengan duit rakyat tidak boleh diklasifikasikan ‘rahsia kerajaan’.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mencadangkan kepada Perdana Menteri dan para menteri yang melaungkan politik baru pada PAU supaya mengisytiharkan harta masing-masing. Tidak lupa juga kepada rakan sejawat saya dalam Pemuda Umno, Sdr YB Khairy Jamaludin.
'Mencorak Masa Depan'
NASRUDIN HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 7-12-2012

Tampas dan Protapas
Nasrudin Hassan at-Tantawi, | 11 Dis 2012 |
1. Dewan Pemuda PAS adalah kilang untuk memproses sumber manusia. Samaada kategori "aset nilai semasa", begitu juga "aset simpanan masa depan". Keduanya adalah "aset tetap" parti ini sebagai sebuah Gerakan Islam.
2. Mencorak masa depan adalah tugas dan tanggungjawab yang besar dan sukar. Bermula dengan mencetak dan mengkualitikan sumber manusia sehinggalah berpencak di medan mendepani musuh bagi memastikan objektif dan matlamat perjuangan dapat dicapai, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggalas semua amanah ini dengan penuh sedar dan insaf.
3. Kerancakan pemuda PAS menggerak langkah dan menyusun atur strategi memenangi pilihanraya umum ke 13 di pelbagai peringkat, ianya tidak menghentikan kilang memproses sumber manusia agar sepanjang masa aset ini terus dibina, dikader dan ditarbiyah sehingga keperluan dan tuntutan jamaah atau parti dapat disediakan pada setiap detik dan ketika ianya diperlukan.
4. Antara Produk DPPM yang diberi nafas baru dalam sektor "Binaan Sumber Manusia" ialah Tamrin Mega Pengkaderan Anak Pimpinan PAS [TAMPAS] dan Program Tarbiyah dan Pengkaderan Anak Ahli PAS [PTOTAPAS]. Kedua-dua produk tersebut kini terhangat di pasaran.
5. Sedang berlangsung di Kem Rekreasi D' Congkak Forest Sungai Congkak Selangor ialah TAMPAS. 40 orang peserta berdaftar sedang mengambil skima khusus TAMPAS yang bermula jam 4.00 petang kelmarin dan dijangka berakhir jam 2.00 pm pada 12 Disember kelak.
6. TAMPAS adalah projek musim cuti sekolah, sekurang-kurangnya ia berlangsung pada kadar 3 kali setahun dengan modul yang sangat menarik dikendalikan oleh Jabatan Pengkaderan Pelajar [JPP] Dewan Pemuda PAS Malaysia.
7. Sasaran TAMPAS ialah anak - anak EXCO Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM], Dewan Ulama' PAS Malaysia [DUPM], Dewan Muslimat PAS Malaysia [DMPM] dan anak AJK PAS Pusat.
8. Sementara PROTAPAS pula diadakan di negeri masing - masing sepanjang musim cuti sekolah ini. Ia juga projek yang dilaksana pada kekerapan yang sama dengan memanafaatkan jumlah musim cuti persekolahan. Jadual telah dikeluarkan dan rujukan ahli PAS untuk menghantar anak-anak mereka di lokasi yang sesuai ialah dengan menghubungi Dewan Pemuda PAS negeri masing-masing.
9. Matlamat utama TAMPAS dan PROTAPAS ialah [melahirkan seramai mungkin generasi pelapis kepimpinan parti yang menepati piawaian kepimpinan Gerakan Islam yang dicorak dan dicetak mengikut acuan Islam]. Saya mengharapkan ianya dapat dilaksanakan secara terancang di semua peringkat parti saban musim cuti persekolahan.
10. Sementara TAMPAS dan PROTAPAS berjalan di atas track yang telah ditetapkan, sektor-sektor lain seperti kebajikan, penerangan, pilihanraya dan strategi yang melibatkan pelbagai lajnah dan jabatan termasuk undang - undang akan terus mainkan peranan masing-masing, terutama untuk memastikan parti menang dalam pilihanraya umum kelak.
Mencorak Masa Depan
Selamat berjuang dari saya
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari:
Aku Pejuang Islam ~API
Sumber HD - 11-12-2012

RM20 juta: Road to London atau Road to...
Nasrudin Hassan, | 13 Dis 2012 |
1. Umum mengetahui bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengakui bahawa projek sukan berprestasi tinggi Road To London untuk membawa pulang emas pertama negara dari sukan temasya Olimpik 2012 telah gagal. Dari 28 atlet yang bertanding, kontinjen negara hanya membawa pulang pingat gangsa dan perak di dalam acara badminton dan terjun.
2. Menteri bertanggungjawab Dato Seri Ahmad Shabery Cheek telah berjanji untuk segera mempersembahkan laporan penuh termasuk perbelanjaan peruntukan RM20 juta kepada tatapan umum. Namun demikian dalam satu keputusan "flip flop" yang begitu sinonim dengan era pentadbiran Najib, Pengarah MSN Dato' Zolkples Embong mengumumkan baru-baru ini bahawa laporan tersebut tidak akan dibentangkan untuk santapan umum.
3. Sekilas pandang, ianya menampilkan situasi yang cukup janggal apabila kenyataan seorang Menteri telah dinafikan oleh orang bawahan beliau sendiri.
4. Yang lebih penting, ianya turut menjurus kepada persoalan utama adakah KBS kini menklasifikasi laporan projek itu sebagai dokumen Akta Rahsia Rasmi (OSA) apabila ianya tidak dibentangkan kepada umum? Apakah yang ingin disembunyikan oleh Menteri dan KBS?
5. Sekira itu keadaannya, aspek kerahsiaan laporan projek Road To London bernilai RM20 juta tersebut kini berada pada kelas kerahsiaan yang setara dengan penganugerahan projek LRT kepada George Kent bernilai RM1.1 billion, penyalahgunaan dana awam RM250 juta projek NFC dan wang komisyen RM600 juta dalam projek kapal selam Scorpene yang semuanya kini di"kunci" atas alasan rahsia rasmi kerajaan.
6. Keputusan ini menjadi satu lagi bukti ketidakseriusan kerajaan mengambil pertanggungjawaban dalam soal janji yang telah dibuatnya. Ironinya, ianya turut menimbulkan kelucuan kerana KBS tanpa sebarang alasan munasabah telah mencipta kontroversi dari isu yang sebegini mudah.
7. Kita juga tidak bersetuju dengan kenyataan berulangkali orang-orang penting KBS yang mengganggap jumlah RM20 juta sebagai kecil. Hakikatnya negara seperti Ethopia (3 pingat emas, 7 pingat keseluruhannya) yang jelas tidak mempunyai wewenang seperti Malaysia masih mampu mwmbawa pulang pingat secara konsisten. Apa yang penting bukanlah jumlah tetapi kebijakan di dalam perbelanjaan.
8. Kita berharap Pesuruhjaya Sukan selaku arbiter bebas akan membetulkan keadaan ini dengan menggunakan kuasa yang ada untuk menekan pihak berwajib membentangkan laporan penuh Road To London demi kepentingan awam khususnya apabila kini pihak Kementerian kelihatannya cuba menyembunyikan sesuatu.
9. Pada masa yang sama kita ingin mengajak semua pihak - para penulis dan peminat sukan, individu dan komuniti sivil yang cakna dengan perbelanjaan kerajaan untuk menggunakan ruang sedia; artikel, surat dan media baru bagi mendesak KBS supaya telus di dalam membincangkan projek Road To London.
10. Dengan tambahan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi projek Road To Rio di dalam Bajet 2013, masyarakat perlu tahu di manakah kesilapan kita di dalam Olimpik 2012 agar kesilapan itu tidak diulangi di dalam persediaan kita menghadapi sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro kelak. Sukan untuk semua. Majulah sukan untuk negara.

Sumber HD - 13-12-2012
1. Saya menyokong penuh saranan YAB Tuan Guru Mursyidul Am PAS yang menyarankan kepada penceramah PAS supaya menggunakan al Quran dalam ceramah mereka sebagai sumber rujuk dan hujjah dalam apa jua bidang dan fokus ucapan.
2. Al Quran adalah wahyu Allah yang diturunkan untuk menjadi pedoman dan sandaran hujjah merangkumi semua aspek termasuk soal aqidah, ibadah, muamalah dan jinayah. Menggunakan Al Quran dengan betul dan benar akan meletakkan kenyataan dan ucapan kita betul dan benar pula. Sebagai penceramah yang mewakili sebuah Gerakan Islam seperti PAS sayugianya menjadikan al Quran sebagai rujukan dan hujjah.
3. Ada pihak cuba menempelak kononnya salah PAS menggunakan al Quran demi kepentingan politik. Suka saya tegaskan bahawa menggunakan al Quran demi kepentingan politik adalah satu langkah yang wajar dan selayaknya begitu. Justeru politik yang diperjuangkan oleh PAS ialah politik Islam dan sumber ambilan Islam pula ialah Al Quranul Karim.
4. Langkah yang salah ialah menggunakan nafsu demi kepentingan politik. Sikap yang hina ialah menyalahgunakan al Quran untuk kepentingan politik.
5. Analogi yang boleh saya gunakan ialah bagaimana kita menggunakan ubat batuk untuk merawat penyakit batuk. Itu adalah langkah yang betul. Apa yang perlu ditempelak ialah apabila berlaku penyalahgunaan ubat batuk sehingga membawa kesan sampingan yang memudaratkan penggunanya
6. Negara kita juga mempunyai "pesakit politik", "pesakit ekonomi" dan "pesakit ideologi". Ada yang menganut ideologi yang bertentangan dengan Islam, mengamalkan aliran politik yang kejam dan menindas serta ekonomi monopoli dan menekan golongan marhain. Islam datang membawa al Quran sebagai "ubat" untuk merawat pesakit dan membebaskan mereka dari aneka penyakit tersebut.
7. Namun sebagai peringatan kepada penceramah PAS sebelum menggunakan al Quran, terlebih dahulu mereka mestilah menguasai dan memahami al Quran dengan baik agar tidak berlaku penyalahgunaan al Quran. Bacaan mestilah betul demikian juga ulasan atau tafsirannya mestilah tepat. Penceramah selayaknya memiliki ilmu justeru politik yang kita bawa adalah politik berteraskan ilmu. Bukan politik nafsu yang bersendikan fitnah dan penyelewengan fakta.
8. Ceramah yang berlandaskan al Quran dan sunnah pula dengan tafsiran yang tepat serta menyesuaikannya dengan isu semasa dalam konteks yang betul adalah ceramah yang berkualiti dan ia mesti dimiliki oleh penceramah PAS di semua peringkat.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Guna Al Quran dalam ceramah
-, | 17 Dis 2012 |

Sumber HD - 17-12-2012
Wang Haram 200b: Najib Menteri Kewangan 'terbaik' negara
Nasrudin Hassan, | 20 Dis 2012 |
1. Pendedahan yang dibuat oleh Global Finance Integrity (GFI) bahawa Malaysia mencatatkan pengaliran keluar modal haram berjumlah USD 64.38 billion pada tahun 2010 adalah sesuatu yang sangat mengejutkan ramai pihak. Jumlah ini meletakkan Malaysia pada tangga ketiga jumlah wang haram terbesar di belakang China dan Mexico.
2. Apa yang tidak mengejutkan kita ialah usaha kerajaan menyekat media arus perdana dari membuat pendedahan lanjut. Ianya adalah satu tindakan sia-sia apabila mengambilkira pandangan PM sendiri di dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa masyarakat kini didorong oleh teknologi ICT dan menjadikan mereka khususnya golongan muda lebih bermaklumat.
3. Kita juga boleh menjangkakan bahawa kerajaan akan segera menempelak angka GFI ini sebagai menyimpang. Ianya berdasarkan kenyataan dangkal PM tahun lepas yang menyangkal angka GFI tahun 2000 - 2009 sebanyak RM 662.6 billion lalu mendedahkan angka rasmi kerajaan yang kononnya jauh lebih kecil iaitu sebanyak RM 135.4 billion bagi tempoh yang sama.
4. Variasi tersebut adalah dijangkakan kerana perbezaan pada kaedah pengiraan tetapi pertikaian angka ini telah menjadi akademik semata-mata. Sama ada angka Kerajaan yang betul atau pun angka GFI, hakikatnya PM sendiri telah mengakui wujudnya modal haram yang berbilion ringgit nilainya.
5. Pendedahan ini adalah signifikan kerana ianya membuktikan wujudnya wang komisyen rasuah yang besar berlegar di dalam ekonomi kita. Ianya juga membuktikan usaha tidak sah kumpulan penyangak ekonomi untuk mengelak cukai dan membawa keluar hasil negara melalui kaedah pelaburan hartanah, deposit akaun luar pesisir dan sebagainya bagi menokok kekayaan peribadi mereka.
6. Contoh kekayaan kumpulan penyangak ekonomi ini antara lainnya terbongkar melalui kes perceraian anak Ketua Menteri Sarawak yang membenarkan kekayaan luar biasa keluarga Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Jumlah tuntutan perceraian menantunya sahaja menjangkau RM 100 juta ringgit! Maka tidak hairan sekiranya jumlah wang haram ini menjangkau nilaian berbilion ringgit.
7. Laporan GFI setebal 94 mukasurat ini mendedahkan beberapa petunjuk penting mengenai punca pengaliran wang haram tersebut. Antaranya ketidaktelusan akaun firma dana kekayaan berdaulat (SWF), pengaruh petro-dolar dan penipuan dalam inbois dagangan.
8. Secara langsung petunjuk-petunjuk ini mendorong kita untuk mempersoalkan kredibiliti Khazanah, Petronas dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Ianya sekaligus mengukuhkan persepsi bahawa institusi-institusi ini telah dipergunakan secara sistematik untuk menambah kekayaan ahli-ahli politik pemerintah UMNO-BN, ahli keluarga mereka dan kroni.
9. Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Suruhanjaya Syarikat dan LHDN sebenarnya cukup berupaya menjejak transaksi meragukan melalui instrumen forensik audit di samping keupayaan pihak SPRM dan PDRM membina kes jenayah komersil ke atas pihak-pihak terlibat.
10. Malah Ketua Audit Negara boleh mengambil pendekatan lebih aktif dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepadanya melalui Perkara 5(d) Akta Audit 1957 yang membolehkan beliau memperinci akaun-akaun syarikat swasta yang menggunakan dana awam (GLC seperti Khazanah dan Petronas) bagi mewujudkan sikap kebertanggungjawaban.
11. Teguran yang diberikan ibarat mencurah air ke daun keladi. Cara terbaik kini ialah menggunakan kesedaran tersebut untuk menukar rejim korup sedia ada pada PRU ke-13 dengan kepimpinan baru yang jujur dan adil.
12. Antara langkah awal yang pasti ialah dengan membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang telah dipelopori oleh saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi menjamin ketelusan kepentingan ahli politik dan penjawat awam.
13. Pada masa yang sama, PAS dan Pakatan Rakyat mestilah komited untuk memberdaya mekanisme semak imbang negara agar ketirisan dapat segera dihentikan dan kekayaan negara dapat dipulangkan kembali kepada rakyat.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Sumber HD - 20-12-2012
1. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di PERAK tlh dibuka, hbngi sdr arif shaarani 013-4213636 utk tindakan lanjut
2. Bilik Gerakan banjir Pemuda di TERENGGANU tlh dibuka, hubungi Us Saiful Anbiya 0199229158 utk tindakan lanjut,
3. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS di KELANTAN tlh dibuka, hbgi sdr Nik Asmawi +60129289859 utk urusan di Kelantan
4. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di JOHOR, Penyelia sdr Faizul Salleh 0136263800 sila hbgi utk tindakan lanjut
5. Pemuda PAS tlh buka bilik Gerakan Banjir di negeri KEDAH sila hbgi ust Zelani 0194156624 utk tindakn lanjut
6. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di MELAKA, sila hbgi sdr Mohd Puhat 012-242-8942 utk tindakan lanjut,
7. Bilik Gerakan Pemuda PAS tlh dibuka di WILAYAH PERSEKUTUAN sila hubungi sdr Shidi 012-2428942 utk tindakn lanjut
8. Bilik Gerakan Banjir Pemuda PAS tlh dibuka di Perlis, hbgi sdr Mior Hassan 0194575605 utk tindakan lanjut
9. Bilik Gerakan Banjir tlh dibuka di PULAU PINANG, hbgi sdr Norazman 0134076770 utk tindakan lanjut
10. Bilik gerakan banjir Pemuda PAS telah dibuka di PAHANG, sila hubungi sdr Sharudin 0139191721 Fadli 0199111163 untuk info & bantuan.

Bilik Gerakan Banjir DPP di seluruh negara
Nasrudin Hassan, | 24 Dis 2012 |

Sumber HD - 25-12-2012
1. Hari demi hari malah detik demi detik sangat berharga dan bernilai buat hidup dan perjuangan suci yang didokong ini. Sementelah Allah swt bersumpah demi masa bahawa manusia umumnya terperangkap dalam kerugian kecuali mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan kebenaran dan juga berpesan dengan kesabaran.
2. Tahun 2012 telah melabuhkan tirainya dengan 1001 kenangan buat diriku, pula membungakan 1001 keinsafan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia dan juga amanah sebagai khalifah Allah di bumi bertuah ini.
3. Segalanya menjadi pelajaran yang sangat berharga dan sukar diperolehi. Saya mengharapkan tahun 2013 ini akan menjadi lebih baik berbanding 2012 yang telah berlalu dengan pahit getir dan suka duka perjuangan bersama rakan - rakan saff kepimpinan dan seluruh warga DPPM [seluruh saff kepimpinan dan anggota pemuda PAS disemua peringkat].
4. Saya mengambil kesempatan sedetik menyambut tahun baru untuk saya dedikasikan ucapan setinggi - tinggi penghargaan buat seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM yang begitu cekal meredah tribulasi demi menyahut seruan perjuangan. Sabar menyerap tekanan saban masa dan matang membuat perkiraan tatkala berdepan fitnah. Tanpa saya nafi masih terdapat kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki, namun mereka telah melakukan yang terbaik. Saya bangga memiliki rakan dan sahabat seperjuangan seperti mereka malah mereka jualah sumber inspirasi saya untuk terus sabar dan tabah mengharungi leliku dan selekoh tajam sepanjang saya diamanah memimpin DPPM.
5. Berbekal pengalaman bermutu tinggi yang dipungut dan dikutip sepanjang 360 hari yang lalu, saya berharap DPPM akan bertambah baik. Semangat juang dan kesungguhan jitu dari seluruh saff kepimpinan dan warga DPPM akan membentuk team pejuang yang kental dan mantap sekaligus membantu parti memenangi PRU 13 kelak.
a] Peliharalah hubungan dengan Allah swt dan jangan sekali - kali biarkan ia retak dan putus justeru kemenangan yang diimpi adalah ketentuan muktamad dari Allah swt.
b] Tingkatkan kualiti diri dengan menambah ilmu pengetahuan, koleksi ibadah kepada Allah dan skill kepimpinan yang baik dari masa ke semasa.
c] Laksanakan arahan jamaah dan patuhi segala disiplin yang telah ditetapkan dengan benar dan sabar.
d] Dekati dan santuni masyarakat khasnya anak - anak muda dengan adab dan akhlak Islami yang terpuji.
e] Bina ukhuwwah sesama anggota jamaah. Elakkan berburuk sangka dan membuat tohmahan serta berwaspadalah senantiasa agar jamaah tidak ditembusi fitnah yang merobohkan kekuatan kita.
Salam perjuangan dari saya buat semua pemuda dan saya menyeru semua anak - anak muda di luar sana, jom sokong perjuangan suci ini. Orang Muda Geng Kita !
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
Gerbang 2013
-, | 01 Jan 2013 |

Sumber HD - 1-1-2013
Demikian kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan.
Fasa terakhir ini, katanya bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu, 12 Januari dari jam 2.00 hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Kenyataan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.
Fasa terakhir ini bermula dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 yang akan diadakan pada hari Sabtu - 12 Januari 2013, dari jam 2.00 pm hingga 5.00 petang di Stadium Merdeka.
Dari soal Lynas, Felda, Royalti, Pengerang, tuntutan Bersih, pembelian kapalselam dan banyak lagi isu rasuah dan penyelewengan; himpunan gergasi ini akan menjadi tanda jelas penolakan rakyat terhadap kejelekan dan sikap semberono pemerintah Umno BN merompak hak Rakyat. Penolakan ini kita akan muktamadkan dalam PRU13 kelak.
Saya juga percaya terdapat usaha sistematik pemerintah dan media arus perdana dengan membangkitkan isu-isu lapuk seperti Amanat Haji Hadi yang telah berusia lebih 30 tahun bagi mengalih perhatian masyarakat dari acara terbesar dalam sejarah tanah air kita ini.
Memandangkan kerajaan takut untuk menjemput Tuan Guru Presiden untuk bermuzakarah secara live, kami berpandangan isu ini telah gagal dieksploitasi oleh Umno dan boleh diisytihar sebagai game over.
Saya ingin mengajak semua pihak untuk meninggalkan permainan media pemerintah, kembali fokus kepada PRU13 dan menggunakan semua ruang yang ada - facebook, twitter, emel, banner dan sebagainya untuk merancakkan hebahan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 ini lantas melipat-gandakan penyertaan.
Dewan Pemuda PAS Malaysia telah pun mengeluarkan arahan kepada seluruh saf pemuda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Kita menjangkakan sekurang-kurangnya 50,000 pemuda PAS untuk bersama-sama warga Malaysia yang lain membanjiri dataran Stadium Merdeka kelak. Suara Sejuta Rakyat akan bergema merayakan perubahan, Insya Allah!
Sehingga setakat ini kami dimaklumkan rakyat Malaysia di London, Taiwan dan Sydney telah pun bersedia untuk mengadakan himpunan yang sama bagi meraikan himpunan rakyat di Kuala Lumpur ini. Oleh itu, kita juga telah meminta pendokong PAS luar negara di lokasi-lokasi utama lain untuk mengadakan himpunan yang sama sebagai tanda sokongan.
Pada masa yang sama, DPPM telah pun menjemput wakil-wakil kepimpinan pemuda di dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan mesyuarat koordinasi. Ianya bertujuan untuk memperhebat promosi dan menjayakan himpunan ini sebagai himpunan terbesar dan paling aman di dalam sejarah Malaysia.
Unit Amal Malaysia juga telah siap siaga untuk memainkan peranan penting mengawalselia perhimpunan itu kelak. Pada masa yang sama, kita berharap pihak keselamatan khususnya PDRM dapat menghalang mana-mana anasir jahat yang cuba untuk membuat provokasi bagi mengganggu kesusilaan himpunan.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan muda untuk turun beramai-ramai menjayakan himpunan ini. Ayuh kita jadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 suatu pengalaman yang menakjubkan lalu mencatat lakaran penting dalam lipatan sejarah negara untuk menuntut perubahan. Mari bersama kita mencorak masa depan yang lebih gemilang untuk Malaysia.
Sumber HD - 8-1-2013
Hujahnya kerana kos sara hidup di Johor semakin meningkat ekoran ramainya orang asing datang ke negeri itu dan menduduki Iskandar Malaysia sehingga lebih 80 peratus.
Katanya Orang Melayu Johor sudah ketinggalan dari sudut ekonomi dan tidak mampu lagi untuk menetap di kawasan terbabit kerana harga rumah melambung tinggi.
Dakwaan Datuk Syed Ali seharusnya dipandang serius kerana faktanya berasas. Kerajaan perlu melihat semula dasar mereka selama ini terhadap Iskandar Malaysia.
Ternyata tindakan mereka membuka Iskandar Malaysia kepada warga asing merugikan rakyat tempatan di negeri itu. Ibarat senjata makan tuan, akhirnya Iskandar Malaysia memundurkan ekonomi umat Melayu sendiri.
Jika selama ini, negeri Kelantan sering ditohmah sebagai negeri paling mundur dan miskin, kini negeri yang dimilik sepenuhnya oleh UMNO (sehingga dijuluki sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia) pula merudum jatuh.
Kalaulah Kelantan dipinggirkan kerana ia dipimpin PAS dan pembangkang, Johor yang dipimpin sepenuhnya oleh UMNO juga terpinggir. Apa sudah jadi?
Di manakah perjuangan UMNO yang membela nasib orang Melayu selama ini? Jika orang Melayu di negeri UMNO sendiri sudah menjadi Melayu paling miskin, Melayu manakah menjadi asas pembelaan perjuangan UMNO? Bumiputera atau UMNO Putera?
Dakwaan Datuk Syed Ali Alattas membuka tembelang UMNO sebenarnya. Suara mereka yang berdegar-degar selama ini dengan slogan “Hidup Melayu” hanyalah bersifat retorik. Hakikatnya orang Melayu jauh terpinggir, daripada negeri di Borneo membawa ke negeri semenanjung termasuk di Johor.
Nampaknya semakin lama UMNO memerintah negara ini, nasib orang Melayu semakin kelam. Apa yang dibimbangkan nanti adanya pendedahan lain dari cendikiawan Melayu bahawa umat Melayu akan ketinggalan di semua segi, dan tenggelam dibuminya sendiri.
Lihatlah apa yang terjadi kepada kampung-kampung Melayu di bandar-bandar, daripada Kuala Lumpur sehingga ke negeri-negeri. Kampung Bharu yang menjadi satu-satunya mercu tanda keberadaan umat Melayu di tengah bandaraya juga menerima nasib yang sama dan orang Melayu juga menjadi mangsanya.
Tidak ada pilihan kedua bagi orang Melayu yang melihat kenyataan ini melainkan mereka perlu berubah. PRU 13 adalah masa yang terbaik untuk menghukum UMNO yang terbukti gagal membela bangsanya sendiri.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Himpunan 12 Jan: ‘Game over’ untuk Umno BN
Harakahdaily, | 08 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Dengan ketibaan tahun baru 2013 maka kita telah memasuki fasa pecutan terakhir di dalam persiapan PRU13 untuk mempertahan dan meluaskan kemenangan khususnya bagi menawan Putrajaya.

Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Melayu Johor paling miskin, Melayu mana kaya?
Nasrudin Hassan, | 18 Jan 2013 |
Kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Syed Ali Alattas yang menyifatkan Melayu Johor paling miskin di Malaysia menarik perhatian ramai.
Hujahnya kerana kos sara hidup di Johor semakin meningkat ekoran ramainya orang asing datang ke negeri itu dan menduduki Iskandar Malaysia sehingga lebih 80 peratus.
Katanya Orang Melayu Johor sudah ketinggalan dari sudut ekonomi dan tidak mampu lagi untuk menetap di kawasan terbabit kerana harga rumah melambung tinggi.
Dakwaan Datuk Syed Ali seharusnya dipandang serius kerana faktanya berasas. Kerajaan perlu melihat semula dasar mereka selama ini terhadap Iskandar Malaysia.
Ternyata tindakan mereka membuka Iskandar Malaysia kepada warga asing merugikan rakyat tempatan di negeri itu. Ibarat senjata makan tuan, akhirnya Iskandar Malaysia memundurkan ekonomi umat Melayu sendiri.
Jika selama ini, negeri Kelantan sering ditohmah sebagai negeri paling mundur dan miskin, kini negeri yang dimilik sepenuhnya oleh UMNO (sehingga dijuluki sebagai negeri UMNO paling kuat di dunia) pula merudum jatuh.
Kalaulah Kelantan dipinggirkan kerana ia dipimpin PAS dan pembangkang, Johor yang dipimpin sepenuhnya oleh UMNO juga terpinggir. Apa sudah jadi?
Di manakah perjuangan UMNO yang membela nasib orang Melayu selama ini? Jika orang Melayu di negeri UMNO sendiri sudah menjadi Melayu paling miskin, Melayu manakah menjadi asas pembelaan perjuangan UMNO? Bumiputera atau UMNO Putera?
Dakwaan Datuk Syed Ali Alattas membuka tembelang UMNO sebenarnya. Suara mereka yang berdegar-degar selama ini dengan slogan “Hidup Melayu” hanyalah bersifat retorik. Hakikatnya orang Melayu jauh terpinggir, daripada negeri di Borneo membawa ke negeri semenanjung termasuk di Johor.
Nampaknya semakin lama UMNO memerintah negara ini, nasib orang Melayu semakin kelam. Apa yang dibimbangkan nanti adanya pendedahan lain dari cendikiawan Melayu bahawa umat Melayu akan ketinggalan di semua segi, dan tenggelam dibuminya sendiri.
Lihatlah apa yang terjadi kepada kampung-kampung Melayu di bandar-bandar, daripada Kuala Lumpur sehingga ke negeri-negeri. Kampung Bharu yang menjadi satu-satunya mercu tanda keberadaan umat Melayu di tengah bandaraya juga menerima nasib yang sama dan orang Melayu juga menjadi mangsanya.
Tidak ada pilihan kedua bagi orang Melayu yang melihat kenyataan ini melainkan mereka perlu berubah. PRU 13 adalah masa yang terbaik untuk menghukum UMNO yang terbukti gagal membela bangsanya sendiri.
Nasrudin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-1-2013
Janji ditatah permata janji
Lidah menutur bibir mengukir
Arakian janji berganti janji
Dulu tagih kini mungkir
UMNO janji berganti janji
Dulu janji sekarang janji
Pak Lah Badawi berjanji
Najib Tun Razak berjanji
Muhyidin Yassin pun berjanji
Janji buat jambatan
Janji bina rumah kos rendah
Janji kawasan wifi percuma
Janji lapangan terbang
Janji lebuhraya
Janji tak nak buat janji palsu
Janji tiada projek mee segera
Janji nak tepati janji
Namun realiti janji tinggal janji
Hanya sambung legasi janji
Mengumpul tambah koleksi janji
Berjanji untuk terus berjanji
Berjanji tidak henti berjanji
Berjanji senantiasa berjanji
Seminggu tujuh hari berjanji
Sehari tujuh kali berjanji
Sejam tujuh perkara berjanji
Janji lama belum dikota
Janji baru menyumbat telinga
Janji Bagan Pinang janji yang hilang
Janji Tenang hanya untuk dikenang
Janji Manek Urai belum terurai
Janji Galas pun tidak tergalas
Sifat munafik suka mungkir janji
Islam benci tabiat mungkir janji
Rakyat tolak pemimpin mungkir janji
Banyak sungguh berjanji
Siang berjanji
Malam berjanji
Perdana Menteri berjanji
Timbalannya berjanji
JKKK pun nak berjanji
Asal cakap berjanji
Asal pidato berjanji
Asal ceramah berjanji
Asal melawat berjanji
Asal jumpa orang berjanji
Asal masuk tv berjanji
Asal dekat pilihanraya berjanji
Asal berjanji pilihanraya dekat
Nukilan
Nasrudin bin Hassan
Bangun Malam (Tazkirah) : http://www.youtube.com/watch?v=3dx7rV67ZSk
Hikayat 7 Janji
-, | 21 Jan 2013 |

Sumber HD - 21-1-2013
5 program berimpak tinggi (S.M.A.R.T) DPPM
Nasrudin Hassan, | 29 Jan 2013 |
1. Tempoh penantian countdown 100 hari menjelang PRU13 kian berakhir.
2. Semua pihak semakin rancak mengatur strategi dan langkah untuk menawan hati pengundi yang kini telah melepasi paras 13 juta yang berdaftar dengan anggaran lebih 50% merupakan pengundi muda dan pengundi baru, samada dengan agenda menerang mahupun menyerang.
3. Hasil dapatan beberapa kajian lapangan memberikan isyarat positif terhadap potensi Pakatan Rakyat dalam PRU13 di samping menuntut komitmen dan iltizam semua peringkat untuk mengekalkan momentum yang ada, khususnya dengan mengemukakan pakej pemulihan terbaik terhadap permasalahan ekonomi dan sosial rakyat, serta memperjuangkan tuntutan rakyat seperti Bersih, Royalti, Anak, Rapid dan seumpamanya.
4. Kajian yang dijalankan oleh pihak UMCEDEL merumuskan 42% rakyat menjangkakan BN akan menang, 37% pula yakin kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala 21% masih tidak berpihak, dan majoriti golongan pengundi atas pagar ini adalah golongan berumur di antara 21-30 tahun.
5. Merdeka Center pula melaporkan, hasil tinjauan yang dibuat mendapati isu ekonomi dan jenayah merupakan kebimbangan utama pengundi dan menyatakan permasalah rasuah adalah masalah utama yang perlu diselesaikan oleh kerajaan.
6. Saya tegaskan di sini, kita menyertai PRU13 dengan tujuan untuk mencapai kemenangan, insyaAllah. Hasrat ini bukanlah mustahil walaupun tembok penguasaan BN di Putrajaya masih tebal untuk ditembusi, namun kita berkeyakinan berkat usaha yang penuh iltizam, PAS dan PR mampu mendapat mandat dan kepercayaan rakyat untuk memenangi sekurang-kurangnya 100 kerusi parlimen daripada 165 kerusi Semenanjung dan meningkatkan penerimaan kita di Sabah dan Sarawak.
7. Justeru, jentera Pemuda PAS di semua peringkat WAJIB menumpukan semua aktiviti lajnah dan jabatan dalam tempoh kritikal ini untuk memenangi PRU13 dengan melaksanakan Program Berimpak Tinggi yang dapat melonjakkan undi gologan muda dan pengundi baru kepada PAS & Pakatan Rakyat.
8. Program berimpak tinggi yang saya maksudkan adalah program-program yang memenuhi kehendak kumpulan sasar dan menepati objektif parti, dengan apa yang disimpulkan sebagai S.M.A.R.T, iaitu:
a) SENTUH
Saya mengajak semua jentera Pemuda PAS merancakkan program "Sentuh Pengundi" melalui aktiviti citra anak muda seumpama kegiatan [ contoh ] :
~ sukan dan rekreasi
(futsal, badminton, permotoran, kayuhan basikal, fotografi, kembara),
~ makanan
(BBQ santai, sembang teh tarik)
~ kebajikan
(ziarah kemanusiaan, bantuan bencana).
Secara psikologi, sentuhan merupakan kaedah terbaik untuk menambah keyakinan pihak lain terhadap kita, dan ia merupakan medan terbaik menyantuni kumpulan sasar kita, merentas segmentasi agama, bangsa, dan fahaman politik. Tiada jentera Pemuda PAS yang terkecuali dalam program sentuhan ini, dan pastikan setiap sentuhan disusuli dengan bisikan keramat, “Jom Ubah, Undi Pakatan Rakyat, Selamatkan Malaysia” dan sebagainya yang telah diputuskan oleh parti.
b) MAKLUMAT
Saya mengarahkan semua jentera Pemuda PAS melipatgandakan peranan Penerangan & Maklumat Segar kepada kumpulan sasar, samada secara media tradisi (kuliah agama, wayang pacak, ceramah kelompok, ceramah umum dan sebagainya) mahupun dengan memaksimakan saluran media baru (Facebook, Whatsapp, Twitter, Youtube, blog dan lain - lain).
Fokus utama aktiviti kempen dan penerangan dalam tempoh kritikal ini adalah untuk memberikan kefahaman terhadap agenda Negara Berkebajikan, Buku Jingga dan Agenda Anak Muda Berkebajikan.
i. Sasaran kita ialah: Satu Kawasan = Satu Akaun Twitter, Facebook dan Laman Web yang aktif dan dikemaskini;
ii. Perbanyakkan kumpulan Whatsapp anak muda sebagai saluran maklumat pantas dan bual santai (chatting). Ia bagaikan ‘ceramah kelompok kontemporari’ yang dilunaskan pada laluan siber maya. Sasaran kita bagi setiap pemimpin Pemuda PAS di semua peringkat hendaklah menyertai 5 hingga 10 kumpulan Whatsapp, samaada bertindak sebagai pengendali (admin) atau ahli dalam kumpulan tersebut.
c) AGENDA
Agenda Anak Muda Berkebajikan adalah manifestasi dari dasar dan prinsip Islam yang didokong selama ini. 7 agenda anak muda berkebajikan adalah agenda Islam untuk memelihara agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.
7 Agenda Anak Muda Berkebajikan.
i - Pendapatan boleh guna
ii - Keupayaan sara hidup
iii - Keusahawanan belia
iv - Pendidikan berkebajikan
v - Rumah mampu milik
vi - Capaian pengangkutan
vii - Kesejahteraan hidup
Penjelasan setiap satu dari agenda Anak Muda Berkebajikan ini akan di edarkan kepada jentera pemuda dan juga masyarakat awam selepas tarikh pelancarannya pada awal febuari kelak.
d) RIBAT
Saya mengarahkan semua jentera pilihanraya Pemuda di Unit Pengundi Muda (JPRU, JPRD, JPRK, JPRN, JPRP) perlu mantap, bersatu, erat dan tangkas bergerak mengikut perancangan serta strategi yang telah disusun, khususnya aktiviti daftar & semak, jejak & khidmat, serta atur & jemput. Di samping kelancaran gerakkerja, dana yang diperlukan untuk mempersiapan kekuatan bagi menggerunkan pihak lawan amat menuntut kepada budaya Infaq dan Sedeqah yang tinggi.
Jentera Pemuda PAS perlu banyak bersabar dan kekal bersiap sedia walaupun terganggu oleh strategi BN melambat-lambatkan PRU, di samping memerangkap kita dengan serangan isu yang menggugat konsentrasi. Teguhlah Bersama Jamaah, nescaya kita akan terus selamat dan mampu menghadapi cabaran ini. Pihak yang paling sedikit melalukan kesilapan akan memenangi pilihanraya umum kali ini, dan pastikan kita adalah golongan tersebut.
d) TAWAKKAL
Saya menyeru semua jentera Pemuda PAS, marilah sama-sama kita mengeratkan Ukhuwwah sesama kita, sentiasa bertemu dalam sesi usrah dan ziarah, terus memperkukuhkan Hablun Minallah (hubungan dengan Allah) sebagai senjata yang akan menguatkan semangat berjuang, tidak mundur, dan memohon pertolongan dari Allah SWT serta bertawakkal kepada-Nya. Suasana menghadapi pilihanraya janganlah menjadi penghalang daripada memperbanyakkan amal ibadat, solat berjemaah di masjid, mathurat setiap pagi dan petang, puasa sunat dan iftar jama’ie setiap minggu, berqiyamullail, bermunajat dan berdoa dengan penuh pengharapan dan penyerahan. Ini adalah senjata dan benteng paling ampuh dalam perjuangan kita dan yakinlah wahai saudara, Kemenangan Islam adalah kurniaan Allah SWT kepada golongan yang layak menerimanya.
9. Tahun 2013 bakal menjadi medan penentu kepada golongan muda untuk mencorak peta masa hadapan Malaysia. Justeru, ia bukan lagi suatu pilihan tetapi merupakan satu kewajipan yang sangat mendesak bagi setiap individu Pemuda PAS untuk meyakinkan kepada rakan sebaya betapa ‘malaikat tidak dikenali’ (the unknown angel) ini benar-benar mampu untuk diberikan amanah mencorak masa depan negara.
10. Selamat berjuang saya ucapkan pada semua. Jangan tangguh kerja, dan bekerjalah dengan S.M.A.R.T. [Sentuh, Maklum, Agenda, Ribat, Tawakkal]

Sumber HD - 29-1-2013
Pelaksanaan Caretaker Government [Kerajaan Sementara]
Nasrudin Hassan, | 03 Feb 2013 |
1. PRU13 yang digelar sebagai ‘ibu segala pilihanraya’ (mother of all elections) bakal menjadi penanda aras terhadap tahap kematangan sistem demokrasi di Malaysia. Cadangan pelaksanaan konsep kerajaan sementara (caretaker government) yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) dan bakal dikemukakan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam masa terdekat adalah sangat bertepatan dan wajib dilaksanakan oleh pihak kerajaan, bagi menjamin pilihanraya yang bakal berlangsung, berjalan secara adil dan aman.
2. Pemuda PAS berpendapat, konsep kerajaan sementara (caretaker government), atau lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘kerajaan pemegang amanah’, adalah sebuah kerajaan yang mengambil alih peranan kerajaan yang memerintah (incumbent government) secara sementara, bermula daripada tempoh pembubaran parlimen dan sepanjang tempoh kempen pilihanraya, berakhir dengan tempoh kerajaan baru terbentuk (new government), dengan memenuhi kriteria tidak-berpihak (neutral), bebas-politik (apolitical) dan berwibawa (competent).
3. Prinsip ini adalah bertepatan dengan prinsip kepemimpinan (siyadah) dalam Islam yang menekankan ketinggian nilai integriti dan amanah dalam proses perlantikan pemimpin dan peralihan sesebuah kuasa, berpaksikan kepada pengiktirafan terhadap hak ahli mesyuarat dan rakyat dalam membuat keputusan melantik pemimpin secara adil dan telus. Rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan pemegang amanah (caretaker government) ini adalah bagi menghormati prinsip peluang samarata (level playing field) bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihanraya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan (life goes on) dalam menjaga kepentingan awam, di samping prinsip pemisahan kuasa (separation of power) di antara entiti kerajaan dan parti politik.
4. Memandangkan konsep ini tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri wajar mengambil model kejayaan sistem kerajaan sementara (caretaker government)di beberapa negara Komenwel seperti di Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU13 ini. Antara amalan terbaik yang wajar dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut adalah dengan penekanan terhadap tanggungjawab halangan (negative obligation) sepanjang tempoh kempen pilihanraya, antaranya tiada penggubalan dasar dan keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender dan kontrak besar, dan yang paling utama, tiada penyalahgunaan kewangan, jentera dan media ataupun 3M (Money, Machinery, Media) oleh pihak kerajaan memerintah (incumbent government).
5. Bagi memperincikan konsep kerajaan pemegang amanah ini, Pemuda PAS telah menjalankan kajian yang diselia oleh Institut Kajian Polisi DPPM, dengan mengambil kira pandangan ahli akademik dan pengamal undang-undang serta konsultasi awam bersama beberapa NGO-NGO, untuk menerbitkan nota cadangan ke arah pelaksanaannya. Dokumen polisi tersebut bertujuan untuk mengemukakan syor dan kaedah terbaik pelaksanaan di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam aspek siapa (who) dan bagaimana (how) dalam konteks pengamatan terhadap ruang dan implikasi undang-undang bagi menjunjung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
6. Pemuda PAS menjangkakan pilihanraya kali ini bakal dicemari oleh pihak UMNO/BN yang terdesak untuk mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka, di samping tidak menolak kemungkinan situasi parlimen tergantung (hung parliament) dalam PRU13 ini, iaitu kebarangkalian keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara mutlak. Seluruh anak muda Malaysia menolak sebarang taktik kotor dan jahat, sepanjang tempoh kempen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan pasca PRU13.
7. Pemuda PAS sentiasa komited untuk berpatisipasi dalam proses pilihanraya secara berakhlak dan berstrategi, menghormati etika dan prinsip undang-undang, mengiktiraf hak rakyat untuk memilih secara bijak, dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh rakyat. Sejarah telah menjadi saksi terhadap keikhlasan PAS.
Mencorak Masa Depan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
2. Pemuda PAS berpendapat, konsep kerajaan sementara (caretaker government), atau lebih tepat diterjemahkan sebagai ‘kerajaan pemegang amanah’, adalah sebuah kerajaan yang mengambil alih peranan kerajaan yang memerintah (incumbent government) secara sementara, bermula daripada tempoh pembubaran parlimen dan sepanjang tempoh kempen pilihanraya, berakhir dengan tempoh kerajaan baru terbentuk (new government), dengan memenuhi kriteria tidak-berpihak (neutral), bebas-politik (apolitical) dan berwibawa (competent).
3. Prinsip ini adalah bertepatan dengan prinsip kepemimpinan (siyadah) dalam Islam yang menekankan ketinggian nilai integriti dan amanah dalam proses perlantikan pemimpin dan peralihan sesebuah kuasa, berpaksikan kepada pengiktirafan terhadap hak ahli mesyuarat dan rakyat dalam membuat keputusan melantik pemimpin secara adil dan telus. Rasional untuk melaksanakan konsep kerajaan pemegang amanah (caretaker government) ini adalah bagi menghormati prinsip peluang samarata (level playing field) bagi semua pihak yang berpatisipasi dalam proses pilihanraya dan prinsip kelangsungan perkhidmatan kerajaan (life goes on) dalam menjaga kepentingan awam, di samping prinsip pemisahan kuasa (separation of power) di antara entiti kerajaan dan parti politik.
4. Memandangkan konsep ini tidak pernah dilaksanakan secara komprehensif di Malaysia, pihak kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri wajar mengambil model kejayaan sistem kerajaan sementara (caretaker government)di beberapa negara Komenwel seperti di Australia dan Bangladesh untuk dilaksanakan dalam tempoh PRU13 ini. Antara amalan terbaik yang wajar dicontohi untuk dijadikan kod etika sepanjang tempoh tersebut adalah dengan penekanan terhadap tanggungjawab halangan (negative obligation) sepanjang tempoh kempen pilihanraya, antaranya tiada penggubalan dasar dan keputusan besar, tiada perlantikan jawatan utama, tiada kelulusan tender dan kontrak besar, dan yang paling utama, tiada penyalahgunaan kewangan, jentera dan media ataupun 3M (Money, Machinery, Media) oleh pihak kerajaan memerintah (incumbent government).
5. Bagi memperincikan konsep kerajaan pemegang amanah ini, Pemuda PAS telah menjalankan kajian yang diselia oleh Institut Kajian Polisi DPPM, dengan mengambil kira pandangan ahli akademik dan pengamal undang-undang serta konsultasi awam bersama beberapa NGO-NGO, untuk menerbitkan nota cadangan ke arah pelaksanaannya. Dokumen polisi tersebut bertujuan untuk mengemukakan syor dan kaedah terbaik pelaksanaan di peringkat kerajaan Persekutuan dan Negeri, khususnya dalam aspek siapa (who) dan bagaimana (how) dalam konteks pengamatan terhadap ruang dan implikasi undang-undang bagi menjunjung prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia.
6. Pemuda PAS menjangkakan pilihanraya kali ini bakal dicemari oleh pihak UMNO/BN yang terdesak untuk mempertahankan kuasa dan survival politik demi kepentingan peribadi dan periuk nasi mereka, di samping tidak menolak kemungkinan situasi parlimen tergantung (hung parliament) dalam PRU13 ini, iaitu kebarangkalian keputusan pilihanraya yang tidak memihak kepada pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang untuk mendapat mandat membentuk sebuah kerajaan secara mutlak. Seluruh anak muda Malaysia menolak sebarang taktik kotor dan jahat, sepanjang tempoh kempen sehinggalah kepada pembentukan kerajaan pasca PRU13.
7. Pemuda PAS sentiasa komited untuk berpatisipasi dalam proses pilihanraya secara berakhlak dan berstrategi, menghormati etika dan prinsip undang-undang, mengiktiraf hak rakyat untuk memilih secara bijak, dan menghormati sebarang keputusan yang dibuat oleh rakyat. Sejarah telah menjadi saksi terhadap keikhlasan PAS.
Mencorak Masa Depan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Mencorak Masa Depan
Salam dari :
Aku Pejuang Islam ~API~
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 3-2-2013
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS menyifatkan, tindakan Datuk Seri Najib Razak membayar kira-kira RM1 juta untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy ke Malaysia sebagai satu contoh dasar wasatiyyah (Kesederhanaan) beliau.
Bagi ketuanya, Nasrudin Tantawi, daripada membawa seorang artis popular ke Malaysia dengan persembahan hanya semalam, sebaiknya wang tersebut disalurkan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat di negara ini.
"Masih ramai rakyat di negara ini yang hidup di bawah paras kemiskinan," kata Nasrudin dalam kenyataannya.
BN melakukan cubaan terkini untuk meraih undi daripada masyarakat kaum Tionghua dengan membawa artis popular Psy dari Korea ke Majlis rumah Terbuka BN Pulau Pinang pada 11 Februari 2013.
Sebelum ini, Najib membawa artis wanita Korea yang dibawa untuk memikat anak muda dengan gaya K-Pop dan pertunjukan paha dan betis mereka.
(Sebelum ini artis wanita K-Pop yang dibawa)
"Begitu terdesak BN mahu mengembalikan populariti mereka yang jatuh menjunam dengan melakukan apa sahaja hatta terpaksa mengimport artis lain sebagai umpan tarikan mereka," kata Nasrudin.
Kos membawa artis Psy - yang popular dengan lagu Gangnam Style dikatakan bernilai USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas dengan lagu yang dirakam dan juga beberapa orang artis iringan.
Sekalipun BN menafikan program itu anjuran mereka dengan mendalihkan syarikat swasta gergasi Mega Ultimate yang membayarnya, rakyat tetap melihat ia merupakan suatu pembaziran.
"Apalah malang sebuah syarikat digunakan sebagai proksi untuk membelanjakan duit sejumlah itu hanya untuk menghiburkan rakyat," katanya.
Mungkin inilah nilai Wasatiyyah pada fikiran Najib dan semua pemimpin UMNO yang beragama Islam, kata beliau lagi.
Membelanjakan RM 1 juta bukan suatu nilai yang kecil untuk satu malam dan hanya untuk seorang artis popular.
"Bagi mereka politik dan populariti lebih penting daripada segala-galanya. Biarkan juga para rakyat daripada lelaki dan perempuan, beragama Islam dan bukan Islam bersama-sama menontonnya. Maklumlah, wasatiyyah!" sindir Nasrudin.
Beliau kesal kerana tiada pula respons daripada ulama’, cendikiawan dan golongan pembela agama daripada kalangan mereka yang membantah penganjuran konsert ini.
Jika selama ini ada sahaja isu dimainkan terutama yang berkaitan dengan isu agama Islam dan pasti ianya diperbesarkan sehingga berminggu-minggu lamanya dibualkan di media.
Pantang ada ruang pasti ada dua tiga kerat ‘umat Islam prihatin’ bangkit berdemonstrasi, getusnya.
Banyak lagi manfaat dari RM1 juta untuk PSY - Nasrudin
Harakahdaily, | 08 Feb 2013 |

Sumber 8-2-2013
Ketua Pemuda PAS Malaysia
Segera Hentikan Keganasan Kempen Politik
Nasruddin Hassan, | 16 Feb 2013 |
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal dan dukacita dengan insiden ganas yang dihadapkan kepada kumpulan aktivis siswa di Pekan, Pahang baru-baru ini. Kejadian ini memperlihatkan sikap tidak matang sebahagian masyarakat yang memilih jalan kekerasan di dalam mendepani agenda politik yang sepatutnya berlangsung secara santun dan sentosa.
2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU.
3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara.
4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13.
5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka?
6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik.
7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat.
8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa.
9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt.
10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt.
Nasrudin Hassan
2. Mahasiswa sejak sekian lama menjadi kuasa semak-imbang di dalam proses demokrasi negara kita maka seharusnya keputusan mereka untuk menyertai proses pilihanraya dihormati oleh semua pihak. Amat malang sebenarnya kerana insiden seperti ini menimbulkan persoalan sejauh mana kerajaan komited kepada perlaksanaan pindaan di dalam AUKU.
3. Pada masa yang sama, komitmen kami di Dewan Pemuda ialah untuk melupuskan terus AUKU bagi mnggalakkan aktivisme mahasiswa di dalam mencorak masa depan negara.
4. Kita berharap pihak polis supaya menyegerakan siasatan dan membawa individu-individu terbabit ke muka pengadilan supaya ianya menjadi teladan kepada orang ramai bahawa sikap sebegini tidak diberi sebarang toleransi khususnya menjelang PRU 13.
5. Turut penting ialah respon pihak parti pemerintah untuk memastikan para penyokong mereka tidak melampaui batas apabila berada di medan berkempen. Apakah mereka sudah kehabisan hujah dan tinta sehingga sanggup bertindak ganas ke atas seteru politik mereka?
6. Memandangkan kejadian ini berlaku di dalam kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri, maka seharusnya Perdana Menteri mengambil tanggungjawab kepimpinan dalam soal ini dengan menegaskan tatacara madani di dalam soal berpolitik.
7. Namun demikian seperti biasa Perdana Menteri terus membisu seolah meredhai insiden yang berlaku sekaligus memberikan petunjuk yang membingungkan kepada masyarakat.
8. Hakikatnya ini bukanlah kejadian ganas yang pertama berlaku setelah siri keganasan kempen politik yang semakin kerap berlaku akhir-akhir ini. Sebelum ini ANAK diserang dan dihalang memasuki kawasan Felda. Kini Mahasiswa pula menjadi mangsa politik ganas. bukan sahaja siswa diugut, dipukul malah siswi di sentap tudungnya sehingga menampakkan aurat. satu pencabulan yang sangat biadap. Ditambah pula dengan kenyataan-kenyataan provokasi yang dicanangkan oleh pemimpin-pemimpin parti pemerintah yang menggambarkan keadaan huru hara selepas PRU kelak. Taktik politik intimidasi sebegini kelihatannya menjadi modus operandi parti pemerintah untuk kekal berkuasa.
9. Di dalam berdepan dengan kerancakan kempen, maka saya menyeru kepada semua petugas pillihanraya PAS khususnya pemuda PAS untuk menjaga batas-batas wajib, haram, dosa dan pahala serta menggandakan amalan qiyamunlail memohon pertolongan dari Allah swt.
10. Para petugas PAS juga harus kekal tenang dan melakukan gerakkerja secara berjamaah agar tidak terperangkap di dalam politik provokasi parti lawan. Ingat resam Rasullulah saw yang bersabar walau dakwah baginda dibalas dengan batu dan cacian. Biarlah kemenangan kita di dalam PRU 13 kelak mendapat sanjungan rakyat dan beroleh keredhaan dari Allah swt.
Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-2-2013
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.
“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.
Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.
“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.
‘Saya kesal apa dilakukan ke atas Dr Fadzilah’
Harakahdaily, | 20 Feb 2013 |

Sumber HD - 20-2-2013
Muhasabah buat umang-umang dalam jamaah
Ustaz Nasrudin bin Hasan Tantawi, | 23 Feb 2013 |
Rehlah adalah sebahagian daripada ekspedisi yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik. Apatah lagi jika aktiviti tersebut diatur dan disusun oleh insan yang berjuang, mencari ruang dan medan mendekati diri kepada Allah Taala, Tuhan Yang Maha Mencipta.
Rehlah ‘bergenre' seperti ini biasanya disebut Rehlah Tarbawi. Selain menyatu diri dengan keindahan alam semesta, meredakan ketegangan saraf yang hampir kejang setelah bergelut di medan guna mempertahankan Islam dan usaha mendaulatkannya, rehlah ini juga menenangkan minda dan mendamaikan jiwa.
Lebih bermakna apabila rehlah disertai oleh rakan seperjuangan. Saling memahami malah saling melengkapi. Perkara benar disokong dan dibantu sementara perkara salah, tanpa silu diperbetul dan dipandu. Indah! sungguh indah dunia ini andai semuanya adalah sahabat seperjuangan kita.
Tetapi realitinya tidaklah sebagaimana apa yang saya sebutkan tadi. Ada sahabat yang bersedia menjadi sahabat kita tanpa mengira suka atau dukanya. Saat perlu ia hadir, saat buntu ia mampir. Susah kita resah dia, sakit kita letih dia, sukar kita payah dia, senang kita tenang dia, bahagia kita gembira dia. Demikianlah indahnya bersahabat.
Namun, ada kalanya kita berdepan dengan musuh. Sering mencari salah dan silap kita, justeru itulah pelurunya untuk menembusi jantung hati kita. Bukanlah sukar mereka mahu memahami kita tetapi sengaja buat-buat tidak faham lalu bertindak melulu dan mempertikai apa jua yang lahir dari kita. Tidak tergaris wajah sayang dan kasih sebaliknya apa yang terhambur ialah kebencian dan dendam kesumat.
Lebih malang, kita bertemu kawan atau sahabat pada nilai pertamanya tetapi pantang mendapat kesempatan, segala kepercayaan diragut dan segala kesetiaan dinodai tanpa rasa simpati biarpun sekelumit. Dia boleh tipu kita tanpa berkerut kening. Dia tergamak menikam kita walau dari arah belakang.
Sahabat saya kata, orang macam ini tidak ubah seperti umang-umang. Mulanya kelihatan seperti berkawan dengan kerang atau spesis siput kemudiannya rumah (cengkerang) siput atau kerang itu akan diambil setelah ia dibunuh. Hal ini lebih jelas lagi keyakinan kita jika kita menonton tabiat spesies umang-umang ini di siaran National Geographic, BBC Discovery dan sebagainya.
Saya tidak pernah melihat secara "real" umang-umang merampas rumah siput atau kerang tetapi yang saya pasti cengkerang umang-umang itu saling tidak tumpah milik spesies siput atau kerang. Firman Allah Taala, bermaksud:
"Katakanlah (wahai Muhammad): Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Surah an-Naml : ayat 69)
"Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik." (Surah Rum : ayat 42)
Harapannya tiadalah sahabat-sahabat ku menjadi umang-umang atau tidaklah pula aku menjadi umang-umang kepada sahabat-sahabatku. Rehlah tarbawi mengajar erti pengukuhan dalam bersahabat biar pun tiada modul khusus yang lakukan. Hanya melalui rehlah dan mukhayyam, persahabatan kian erat dan ukhuwwah kian bersemadi. Apa lagi jika rehlah itu lengkap dengan agenda tarbawi yang baik dan dibimbing pula oleh sang murabbi yang hebat dan berkat.
Rehlah tarbawi sangatlah baik dilakukan di semua peringkat pemuda. Sesekali kita keluar dari ruang pejabat kita, jauh ke tengah pulau yang tiada liputan telefon untuk dihambat oleh wartawan, tiada pula bot yang menanti untuk beralasan lari meninggalkan tapak rehlah. Kita sesama kita, hadapi segala pancaroba dan tempuhi bersama suka duka biarpun dua atau tiga hari namun ia satu simbolik untuk kekal persahabatan kita tanpa khianat bagi tempoh rehlah kedua menyusul pula akan datang.
Sungguh indah hari-hari yang dilalui dengan ketenangan. Kemudiannya menjadi modal dan tenaga baru untuk turun semula ke medan berdepan dengan musuh-musuh Islam, lalu menjulang panji perjuangan.
http://blog.tarbawi.my

Sumber HD - 232-2-2013
Kita penat mereka tenat
Nasrudin bin Hassan, | 26 Feb 2013 |
1. Dingin sungguh dinihari tadi. Hujan pula turun selebatnya. Semalaman sukar untuk melelapkan mata. Meskipun penat sangat terasa setelah melalui tiga program besar yang mengambil jarak pemanduan yang jauh.
2. Meninggalkan sempadan Kuantan, kami berlabuh seketika di pantai Terengganu. Sejurus selesai perasmian Majlis Xpresi Profesional Muda 2.0 di Qurrata Inn Riverside Resort Kuala Terengganu, saya terus berkejar ke Peringat Kota Bharu untuk Kuliah Perdana di Masjid Syuhada Kampung Bechah Mulong sebelum menyampai ceramah isu semasa di Lundang.
3. Merentas tiga negeri Pantai Timur dalam tempoh sehari dengan jadual program yang padat telah menjadi rutin. Segalanya dilaku untuk mencari mardhatillah dalam perjuangan suci ini. Tambahan pula amanah yang digalas sangat berat dan besar. Ia terpaksa ditunai biarpun bertatih dan bertongkat paruh.
4. Rakan-rakan pimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia jua mengalami situasi serupa. Cadang saya semalam, boleh bersapa rindu pada sahabat seperjuangan yang juga Timbalan saya dalam DPPM biar hanya baru tiga hari berpisah. Malangnya beliau telah bergegas ke Kuala Lumpur untuk menghadiri satu program di sana sebelum memimpin delegasi DPPM ke konvensyen Pakatan Rakyat pada Isnin ini.
5. Kelihatan maklumat yang di kemas kini dalam kumpulan whatsapp DPPM petang kelmarin, sahabat saya, Naib Ketua DPPM yang baru sahaja sihat setelah seminggu lebih terlantar dipembaringan, kini telah berlepas ke Sabah untuk melangsaikan tanggungjawab perjuangan. Masing-masing dalam orbit tersendiri guna melunaskan amanah perjuangan sekaligus menepati roadmap DPPM membantu jemaah memenangi PRU 13 kelak.
6. Sambil memaksa mata lelap, jari jemari ini terus merekodkan memori bersulam emosi mengharungi karenah perjuangan ini. 1001 rasa terbit dari sebuah kepenatan dalam mengharungi pancaroba hidup sebagai seorang pemegang amanah perjuangan.
7. Terubat segala duka, terasa tenang dan lapang apabila menyaksikan betapa musuh-musuh Islam juga terkial-kial mencari rentak bagi menyaingi usaha gigih para pejuang Islam yang tidak pernah bosan dan jemu menjulang agamanya. Ternyata musuh Islam juga jauh lebih penat menghabiskan tenaga dan keringat untuk menyekat perkembangan Islam yang kian menyinar di bumi bertuah ini. Malah kepenatan mereka bertambah tenat apabila setiap usaha mereka untuk memadam cahaya hidayah hanya berdepan kemurkaan Allah SWT saban ketika.
8. Bukan sahaja tenaga, bahkan musuh Islam terpaksa menghabiskan jutaan harta mereka bagi "membeli" hati manusia dengan penuh yakin pada "kuasa" harta yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa Allah SWT adalah pemilik mutlak hati manusia. Akhirnya mereka terpaksa akur dengan segala kepedihan bahawa harta mereka habis namun gagal untuk menyekat kesedaran dan kebangkitan khasnya dari generasi muda. Semakin tenat apabila mereka menyedari bahawa "umpan" mereka serba tidak menjadi kerana ummah kini sedar bahawa sandiwara tahap "drama bersiri" itu, telah diketahui plot dan kesudahannya.
9. Mengenang realiti ini, ia bagaikan terapi yang menghilangkan tekanan emosi dan meregangkan urat saraf yang kepenatan mengharungi kepadatan jadual rutin seharian. Sebagaimana sukar dan payah kita redah "sahara" perjuangan demi mencari sebuah kemenangan buat Islam, begitulah tidak mudah dan senang bagi musuh menafikan gelombang perubahan yang sedang melanda negara.
10. Kedudukan mereka semakin hari semakin tenat. Apalagi yang mereka tidak buat untuk sekat kebangkitan ummah bersama angin perubahan yang kian marak? Harta telah ditabur, janji telah dihambur, projek telah dihulur, KPop sudah dianjur, Gangnam Style sudah diatur. Apalagi yang belum disusur? Kecuali hanya mereka kini bagaikan buah yang menanti gugur.

Jangan biarkan api fitnah menyala
Ustaz Nasrudin bin Hasan, | 06 Mac 2013 |
Fitnah adalah salah satu malapetaka yang membinasakan umat manusia. Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti, prasangka tanpa asas dan persepsi yang salah. Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain.
Fitnah juga seperti harimau yang sedang tidur. Sesiapa sahaja yang mengejutkannya daripada tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas bangun dan menerkam. Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah, ia akan menyala dan menyambar.
Fitnah juga boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi. Lantaran itu, berhati-hatilah kerana fitnah adalah agenda syaitan yang pastinya ingin melihat umat manusia berantakan sesama sendiri.
Hari ini fitnah masih dikenali sebagai senjata paling tua ia terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman. Isteri Nabi SAW, 'Aisyah turut pernah difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mu'attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan sehingga sebahagian sahabat Rasulullah SAW mencadangkan agar Nabi menceraikan 'Aisyah sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Nabi SAW diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira-kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah SAW daripada belenggu fitnah yang direka.
Allah Taala berfirman, bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat)." (Surah an-Nuur : ayat 11)
Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri (fitnah) ini untuk menjatuhkan lawan mereka sama ada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pertembungan politik.
Umumnya objektif pelaku dan penyebar fitnah adalah untuk menolak kebenaran yang gagal disangkal dengan hujah mereka. Fitnah menjadi senjata yang paling murah dan mudah dihasilkan untuk memerangi kebenaran. Ia juga adalah senjata yang digunakan sejak berzaman termasuk untuk menolak kebenaran yang diperjuangkan oleh Nabi SAW. Firman Allah Taala, bermaksud:
"Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai-bagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka benci kepada kebenaran." (Surah at-Taubah : ayat 48)
Sifat Orang Mukmin Menghadapi Angkara Fitnah
Sebagai insan yang beriman dan bertakwa kepada Allah, selayaknya kita menjauhkan diri, malah memerangi perbuatan fitnah agar ia tidak menjadi amalan yang berleluasa dalam kalangan masyarakat di dalam negara kita.
Semoga kita dipelihara oleh Allah Taala daripada kebinasaan ini. Jauhi fitnah, malah jangan sekali-kali berjinak-jinak dengan amalan memfitnah. Jika ingin membuat tuduhan, pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas. Kerana setiap tuduhan mestilah diakhiri dengan hukuman, bukannya dijaja untuk menjatuhkan maruah yang tertuduh. Jika mahu mengandai atau menyangka, pastikan andaian atau sangkaan itu baik. Jika mahu membentuk persepsi, bentuklah persepsi yang tepat dan benar.
Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan. Meskipun wujud perbezaan pandangan dan kelainan tindakan di kalangan anggota jamaah, ia tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah. Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam.
Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali-kali membentuk sikap dan fikiran semata-mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula.
Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara. Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak, sebaliknya jamaah akan binasa, anggota jamaah akan berpecah, masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah Taala akan murka.
Atas nama Allah kita bersyahadah, kitab suci al-Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita, maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini. Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada ejen-ejen musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam.
Marilah kita menghayati kembali roh berjemaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim. Jangan pula kita seronok melihat jemaah retak dan hubungan kita rosak. Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya. Ia tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam.
Nasihat Kepada Pemerintah
Nasihat saya juga kepada mereka yang berkuasa dan mengelola kuasa media agar memberi perhatian serius terhadap perkara ini. Jangan sekali-kali membenarkan fitnah menjadi amalan dalam politik kita. Kerana politik sedemikian hanyalah politik kotor lagi jijik pula berdepan dengan kemurkaan Allah Taala.
Insya Allah bagi pihak saya, segigihnya saya mahu membina para pemuda PAS agar mewarnai perjuangan suci untuk menegakkan Islam di atas tanah air ini dengan membentuk medan politik yang disinari hidayah atau petunjuk Allah Azza wa Jalla. Sebagaimana kita tidak mahu orang lain memfitnah maka demikianlah kita tidak mahu kita turut terjebak dalam budaya fitnah. Justeru kita mesti mulakan dari diri kita dan parti kita.
Namun, tidak bermakna PAS dan para pemudanya akan diam membenarkan segala kemungkaran dan kefasadan yang berlaku di pentas politik tanah air. Membongkar penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah selaku pemegang amanah rakyat mestilah dilaksanakan asal sahaja ia bertunjangkan bukti yang kukuh, maka ia bukan fitnah malah ia adalah satu kewajipan.
Semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah. Jika ada pertuduhan, silakan namun, lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu.
Marilah kita berdoa kepada Allah Taala agar menghindarkan diri kita daripada menjadi mangsa fitnah dan dalam masa yang sama, kita juga berdoa agar kita tidak memfitnah orang lain. Sungguhpun antara kita berbeza fahaman politik, namun berpolitiklah dalam batas yang tidak mengundang kemurkaan Allah. Berpolitiklah dalam suasana yang sihat dan saling berlumba untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Berpolitiklah dengan maksud untuk membebaskan rakyat dan negara dari kemungkaran, penyelewengan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan.
Berpolitiklah untuk mencari redha dari Allah Taala, bukan dengan cara menyuburkan budaya fitnah menjatuhkan pihak lawan.

Projek IC Sabah lebih bahaya dari cadangan Tun M
Nasrudin Hassan, | 19 Mac 2013 |
Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya ‘Kampung air’, rangkaian rumah yang dibina di atas di atas batang kayu di pantai Sabah diharamkan. Alasannya kerana ia boleh digunakan untuk pencerobohan asing dan menyumbang kepada pencemaran.
Cadangan Tun Dr Mahathir amat baik, kerana ia berusaha mengelakkan kejadian serupa di mana anggota keselamatan yang diserang hendap dan dibunuh di kawasan kampung air berulang. Aspek keselamatan negara perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan kerajaan perlu mengambil iktibar dari kes yang berlaku di Semporna tempohari. Kesan dari rumah air mewujudkan perkampungan haram serta penceroboh dengan mudah menyusup masuk melalui kenalan dan rakan-rakan mereka di kampung tersebut. Ia juga merosakkan pantai dan menyebabkan perairan negara tercemar.
Namun demikian, sebenarnya ancaman yang paling berbahaya adalah dengan adanya projek rahsia pemberian kad pengenalan kepada warga asing seperti yang didedahkan oleh beberapa individu kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing.
Projek tersebut dijalankan pada tahun 1980an dengan penglibatan pegawai tinggi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta beberapa pegawai kerajaan yang lain. Lebih memeranjatkan ianya juga melibatkan bekas pemimpin tertinggi negara. Motif mereka adalah untuk membolehkan pendatang asing mendapat hak kerakyatan dan sekaligus membolehkan mereka mengundi dalam pilihanraya umum. Untuk memenangkan sebuah gabungan parti politik, mereka sanggup menggadaikan kedaulatan negara. Berbaloikah tindakan mereka? Soalnya, siapakah Perdana Menteri ketika itu jika tidak Tun Dr Mahathir Mohamad?
Mengapa sekarang baharu Tun Dr Mahathir Mohamad melenting dan menggelabah dengan mencadangkan pelbagai perkara sedangkan apa yang berlaku di era beliau menjadi PM jauh lebih berbahaya dari cadangannya sekarang? Apa tindakan beliau tatkala mengetahui projek tersebut berlaku dan mengapa beliau tidak mencegahnya dari awal lagi?
Sepatutnya Tun Dr Mahathir merasa kesal dan insaf terhadap projek yang pernah dilakukan di zamannya dahulu. Ibarat senjata makan tuan, projek IC kepada pendatang asing menjadi sebab mengapa penceroboh sukar dikenalpasti atau ditangkap. Kebanyakan daripada pengganas tersebut kini telah mempunyai kad pengenalan yang sah dan mereka boleh bergerak merata-rata tempat di Sabah bahkan di Semenanjung Malaysia. Tidak mustahil pula suatu hari nanti akan ada serangan di kawasan lain yang gagal ditangkis oleh pasukan keselamatan kerana sukar membezakan antara rakyat tempatan dengan warga asing.
Melihat kepada kerosakan besar yang ditanggung oleh pasukan keselamatan negara, menangisi pasukan tentera dan polis yang terkorban, ahli keluarga yang kehilangan insan tersayang, anak dan isteri kehilangan tempat bergantung, serta ketenteraman awam rakyat di Sabah yang semakin terancam, amat wajar petualang yang sanggup menjual kedaulatan negara melalui projek pemberian IC dahulu dihukum dengan hukuman yang berat. Ia termasuk bekas-bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan serta pemimpin negara.

Sumber HD - 19-3-2013
Pembentangan Laporan Tahunan Pelan Transformasi Nasional (NTP) 2012 yang merangkumi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) dan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) menjadi satu lagi bukti kelemahan kerajaan mengurustadbir ekonomi negara. Angka-angka besar yang dicanangkan ibarat tong kosong, kuat bunyinya, isinya tiada – sekadar mengabui mata rakyat mengenai prestasi sebenar kerajaan.
Hakikatnya, laporan tersebut melalui pengesahan firma audit terkemuka PriceWaterhouseCoopers (PWC) yang dilantik kerajaan sendiri menunjukkan penurunan ketara dalam unjuran jumlah Pendapatan Negara Kasar (GNI) tahun 2020 dari RM 129.5 billion pada tahun 2011 kepada RM 6.6 billion sahaja pada 2012.
Jumlah penempatan kerja baru dari projek-projek ETP pula turun mendadak dari 313, 741 pada tahun 2011 kepada 94,702 tahun lepas. Hatta jumlah penempatan kerja baru 2011 tersebut boleh dipertikai memandangkan KWSP cuma mencatat 224,182 pencarum baru bagi tempoh yang sama. Apatah lagi angka-angka 2011 ETP tidak pernah disahkan oleh PWC.
Maka timbul persoalan sejauh mana ETP relevan dalam pembangunan ekonomi negara? Dengan prestasi ETP yang sebegitu lemah, Keluaran Negara Kasar (GDP) negara terus meningkat dari 5.1% kepada 5.6% tahun lepas. GNI juga dilaporkan meningkat dari USD 9,900 pada tahun 2011 kepada USD 9,970.
Malah cukup sukar untuk mengaitkan peningkatan hasil negara kepada RM 207 billion berpunca dari perlaksanaan ETP memandangkan cuma 39 projek dilaksanakan sepanjang tempoh tahun lepas berbanding 129 projek tahun 2011.
Laporan 2012 ini bukan sekadar menunjukkan kerajaan semakin kehabisan punca untuk memajukan negara malah wajar untuk kita mempersoalkan kecekapan PEMANDU di dalam mengemudi ETP. Ini belum lagi mengambilkira jumlah hutang negara yang terus meningkat semata-mata untuk memastikan kelangsungan pelan transformasi kosong ini.
Apa yang pastinya, Laporan NTP 2012 ini menunjukkan pengaruh dorongan ETP di dalam memacu ekonomi negara semakin mengecil dan telah hilang relevannya. Maka untuk apa kita berbelanja RM 40 juta setahun bagi membiayai PEMANDU dan inisiatif-inisiatif syok sendirinya?
Memandangkan PM Dato Seri Najib Tun Abd. Razak sering mendakwa bahawa mandat beliau bergantung kepada prestasi transformasi yang beliau megahkan ini, maka laporan 2012 ini menjadi satu lagi bukti bahawa mandat beliau telah gagal.
Satu-satunya tindakan transformasi yang tinggal sekarang ini adalah pelan penukaran kerajaan secara aman dari BN-UMNO kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke13 yang segera mendatang.
* Penulis adalah Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Malaysia
Sumber HD - 20-3-2013
Sumber HD - 23-3-2013
Laporan NTP bukti kerajaan hilang punca
-, | 20 Mac 2013 |

Semakin Lambat Bubar, BN Semakin Tidak Popular
Nasrudin Hassan, | 23 Mac 2013 |
1. Seketika dulu YAB Perdana Menteri dan BN mungkin beranggapan bahawa langkah melengah - lengahkan pembubaran kabinet adalah meletihkan pembangkang dan menguntungkan mereka. Saya juga berpandangan demikian pada awalnya. Setelah lebih 11 kali meramal tarikh bubar kabinet sejak tahun lepas, semuanya tidak menjadi. Terasa bodoh pula diri, menunggu saban fajar bilakah detik kabinet atau parlimen dibubarkan. Pastinya pihak BN girang mempersenda PR yang termangu - mangu menanti tarikh bubar seperti pengantin menunggu detik imam tiba untuk aqad nikah.
2. Lebih menarik, PM sanggup melanjutkan tarikh pembubaran tanpa sebarang pengumuman atau penetapan tarikh melepasi period 5 tahun tempoh antara 2 pilihanraya iaitu 8 Mac 2008 hingga 23 Mac 2013 [sehingga kenyataan ini ditulis].
3. Negara kini dilanda demam bubar. Ia bukan lagi satu persendaan tetapi rakyat mendesak dan menuntut supaya PM berani membubarkan kabinet secepat mungkin untuk rakyat memperbaharui mandat kepimpinan dan pemerintahan negara. Jika anda rajin belayar di laut cyber, 1001 jenaka, tuntutan, xpresi, rayuan dan permohonan supaya kabinet dibubarkan dan PRU 13 dipanggil segera.
4. Selesema bubar ini bukan hanya membuatkan penyokong Pakatan Rakyat berair hidung tetapi penyokong Barisan Nasional juga mula bersin tidak menentu. Mereka pun naik hairan kenapa PM masih "keras kepala" tidak mahu membubarkan kabinet dan lebih penting tidak mahu mengisytiharkan tarikh pembubaran itu lebih awal.
5. Menurut pengamatan saya, semakin lama keadaan ini berlangsung, rakyat makin bosan dan muak dengan sikap PM. Tanda tanya terus bersarang dalam kepala mereka, kenapa PM masih tidak mahu membubarkan kabinet ? Apakah PM hilang keberanian ? atau PM tidak bersedia menghadapi kemungkinan ? Apakah UMNO masih lemah ? masih kronik kah pertelagahan dalaman BN ? Makin lama, makin banyak tanda tanya itu timbul dibenak rakyat.
6. Fenomena ini sebenarnya menguntungkan Pakatan Rakyat. Di mana rakyat seperti mula menghidu kelemahan besar yang sedang dilindungi oleh Barisan Nasional menyebabkan PM sehingga kini dilihat tidak bersedia mengisytiharkan tarikh pilihanraya meskipun terdapat beberapa buah negeri terpaksa bubar secara automatik kerana tamat tempoh.
7. Mahu saja saya mencadangkan agar PM juga tidak perlulah isytihar tarikh bubar sebaliknya biarlah ia bubar sendiri secara automatik menjelang 28 April nanti. Sementara itu PM boleh cipta sejarah. Malah ia sangat baik untuk Pakatan Rakyat terus menghimpit Barisan Nasional ketepian gelanggang dan rakyat akan terus meng"booo" mereka atas kegagalan membubarkan kabinet pada masa yang tepat dan sesuai.
8. Saya sendiri tidak tahu, kesempatan bagaimana lagi yang ditunggu oleh PM setelah pelbagai langkah popular telah diambil oleh beliau untuk memenangi dan membeli hati rakyat. Apa lagi yang lebih besar dari BR1M yang menelan kos puluhan jutaan ringgit. Himpunan ulamak dan umarak telah selesai, Himpunan sejuta belia pun sudah. Terbaru himpunan wanita juga sudah diselesaikan. Buku Rosmah juga telah dilancar. Ilham apa lagi agaknya yang ditunggu oleh PM, melainkan rakyat semakin cuak dan give up menunggu dan menanti. Penantian itu satu penyeksaan.
9. Saya kira, Rabu depan bersamaan 27 Mac 2013, YAB PM bolehlah memanggil mesyuarat terakhir kabinet seperti rutinnya dan sebelum itu, YAB PM naik mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan tarikh bubar kabinet. Sejurus selesai mesyuarat kabinet, PM boleh segera umumkan kepada rakyat pembubaran kabinet bagi membolehkan SPR menetapkan tarikh PRU ke 13. Saya kira, rakyat masih mampu bersabar menanti tarikh 27 Mac ini.
10. Jika 27 Mac 2013 ini, YAB PM masih tidak bersedia untuk bubarkan kabinet. Saya boleh gambarkan wajah - wajah rakyat negara ini yang semakin cuak dan muak dengan game UMNO dan BN. Wajah kusam yang tension dalam penantian. Mungkin penyokong BN sendiri akan boring dengan situasi seperti itu. Sehari dua ni pun sudah ada gerakan kempen BP1M [Bubar Parlimen 1 Malaysia]. Andai ia masih berlarutan, kempen ini akan membesar dan saiznya akan mencetus gelombang baru yang menghakis kepercayaan rakyat terhadap BN dan PM sebagai kerajaan dan pemerintah yang tiada keyakinan diri. Justeru itu, kepada YAB Perdana menteri, dengarlah nasihat saya, bubarlah segera dan paling lewat 27 Mac ini. Jika tidak, YAB PM akan berdepan dengan situasi yang lebih sukar. Percayalah !

Hilangnya tiga butir permata ummah
Nasrudin Hassan, | 26 Mac 2013 |
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga tiga orang ulama’ besar di negara ini yang telah menghembuskan nafas mereka semalam. Tiga orang ulama’ terbabit adalah Tuan Guru Haji Ali Kedah, Tuan Guru Hj Muhammad Abdullah- Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah dan Dr Uthman El Muhammady, Tokoh Maal Hijrah 2005.
Tarikh 25 Mac 2013 tidak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan sejarah ekoran kembalinya ketiga-tiga ulama’ tersebut ke rahmatullah. Ketika umat Islam merasa pilu dengan syahidnya ulama’ besar dunia, Almarhum As Syahid Syeikh Dr Sa'id Ramadhan Al-Buti yang mati dibunuh di Masjid Iman, Dimasyq, Syria beberapa hari yang lepas, negara ini pula kehilangan serentak ketiga-tiga ulama’.
Bagi DPPM, pemergian ketiga-tiga ulama’ ke rahmatullah merupakan suatu kehilangan besar kepada umat Islam dan negara ini. Hilangnya ulama’ bererti hilangnya cahaya yang akan memandu ummah ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Tuan Guru Haji Ali adalah seorang ulama’ ternama yang sering menyampaikan ilmunya di kawasan sekitar Kedah. Dengan ilmunya, beliau menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dan hasil didikan beliau telah melahirkan ribuan pemimpin masyarakat.
Umat Islam khususnya di negeri Kedah juga menangisi pemergian Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah, Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah ke rahmatullah semalam. Selain memimpin Dewan Ulama’ PAS Kedah, beliau juga adalah mudir bagi pusat ilmu terkenal di Kedah iaitu Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Langgar, Alor Setar.
Sebagai pemimpin gerakan Islam, beliau gigih, istiqomah dan sabar dalam menghadapi pelbagai ujian yang melanda. Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemimpin PAS Kedah, menjadikan gerakan Islam terutama di negeri Kedah semakin diterima masyarakat. Sehingga kini, PAS menjadi semakin berkembang manakala ahli-ahli PAS semakin bertambah. Beliau adalah segelintir pemimpin PAS yang awal bergelumang bersama-sama Presiden PAS, Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor membina landskap politik sehingga menjadi begitu berpengaruh di negeri tersebut. Kehilangan beliau amat dirasai dan sukar bagi PAS mencari ganti kepemimpinan seperti almarhum.
Selain beliau, negara juga dikejutkan dengan pemergian almarhum Dr Uthman El Muhammadi petang semalam. Dengan keluasan ilmunya, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2005, menjadi intelektual Islam puluhan tahun serta menghasilkan ratusan penulisan yang menjadi rujukan penting umat Islam. Dengan jasa dan sumbangan beliau yang terlalu besar terhadap dunia Islam, wajarlah kerajaan mengangkat beliau sebagai insan ulama’ yang disegani dan dihormati di rantau Asia.
DPPM mendoakan semoga roh almarhum ketiga-tiga ulama’ besar tersebut ditempatkan disisi Allah sebagai insan soleh jua. DPPM juga mengharapkan semoga keluarga almarhum tabah dan sabar menghadapi ujian yang melanda.
Nasrudin Hassan,
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Tarikh 25 Mac 2013 tidak mungkin dapat dilupakan dalam lipatan sejarah ekoran kembalinya ketiga-tiga ulama’ tersebut ke rahmatullah. Ketika umat Islam merasa pilu dengan syahidnya ulama’ besar dunia, Almarhum As Syahid Syeikh Dr Sa'id Ramadhan Al-Buti yang mati dibunuh di Masjid Iman, Dimasyq, Syria beberapa hari yang lepas, negara ini pula kehilangan serentak ketiga-tiga ulama’.
Bagi DPPM, pemergian ketiga-tiga ulama’ ke rahmatullah merupakan suatu kehilangan besar kepada umat Islam dan negara ini. Hilangnya ulama’ bererti hilangnya cahaya yang akan memandu ummah ke jalan yang diredhai Allah SWT.
Tuan Guru Haji Ali adalah seorang ulama’ ternama yang sering menyampaikan ilmunya di kawasan sekitar Kedah. Dengan ilmunya, beliau menjadi insan yang disegani oleh masyarakat dan hasil didikan beliau telah melahirkan ribuan pemimpin masyarakat.
Umat Islam khususnya di negeri Kedah juga menangisi pemergian Almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Abdullah, Ketua Dewan Ulama’ PAS Negeri Kedah ke rahmatullah semalam. Selain memimpin Dewan Ulama’ PAS Kedah, beliau juga adalah mudir bagi pusat ilmu terkenal di Kedah iaitu Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak Langgar, Alor Setar.
Sebagai pemimpin gerakan Islam, beliau gigih, istiqomah dan sabar dalam menghadapi pelbagai ujian yang melanda. Dengan pengalaman luas beliau sebagai pemimpin PAS Kedah, menjadikan gerakan Islam terutama di negeri Kedah semakin diterima masyarakat. Sehingga kini, PAS menjadi semakin berkembang manakala ahli-ahli PAS semakin bertambah. Beliau adalah segelintir pemimpin PAS yang awal bergelumang bersama-sama Presiden PAS, Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor membina landskap politik sehingga menjadi begitu berpengaruh di negeri tersebut. Kehilangan beliau amat dirasai dan sukar bagi PAS mencari ganti kepemimpinan seperti almarhum.
Selain beliau, negara juga dikejutkan dengan pemergian almarhum Dr Uthman El Muhammadi petang semalam. Dengan keluasan ilmunya, beliau pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 2005, menjadi intelektual Islam puluhan tahun serta menghasilkan ratusan penulisan yang menjadi rujukan penting umat Islam. Dengan jasa dan sumbangan beliau yang terlalu besar terhadap dunia Islam, wajarlah kerajaan mengangkat beliau sebagai insan ulama’ yang disegani dan dihormati di rantau Asia.
DPPM mendoakan semoga roh almarhum ketiga-tiga ulama’ besar tersebut ditempatkan disisi Allah sebagai insan soleh jua. DPPM juga mengharapkan semoga keluarga almarhum tabah dan sabar menghadapi ujian yang melanda.
Nasrudin Hassan,
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-3-2013
Politik fitnah makin berleluasa
Nasrudin Hassan, | 14 Apr 2013 |
1. Politik negara kita kian cemar dan rosak apabila fitnah menjadi senjata utama untuk membunuh karektor dan potensi pemimpin lawan politik.
2. Lebih sadis apabila fitnah itu berlegar dengan modus operandi yang sama berteraskan skrip dan skrin lucah pula memangsakan tokoh-tokoh politik lawan mereka.
3. Tamadun negara dan peradaban manusia kian runtuh dengan style politik gila yang rakus tanpa peduli sempadan neraka yang dirempuh membabi buta.
4. Ternyata sejak fitnah seks ke atas Aisyah Ummul Mukminin Rha, dunia ini tidak pernah aman dari fitnah angkara bejad manusia munafik.
5. Hanya kita wahai ummah! Hanya kita wahai anak muda! Untuk kita corak skil politik baru. Bukan politik fitnah, bukan politik lucah dan bukan politik mafia. Politik kita ialah politik hujjah dan politik kasih sayang.
Ayuh saudara! Kita gerakkan gelombang perubahan! Persetan pada fitnah!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-4-2013
Saifuddin kekal kawan baik saya - Nasrudin
Anis Nazri, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: "Kita bertanding bukannya melawan batang tubuh calon itu, sebaliknya berhadapan dengan Barisan Nasional," tegas Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hassan.
Beliau yang merupakan calon PAS di Parlimen Temerloh pada PRU13 berkata demikian sebagai mengulas keputusan BN mencalonkan semula penyandang kerusi tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sambil menyifatkan keputusan BN itu tidak mendatangkan masalah kepada beliau dalam usaha menarik undi penduduk Temerloh, Nasrudin berkata Saifuddin kekal sebagai kawan baik beliau.
"Saya tidak mempunyai masalah berhadapan dengan beliau, kerana saya berhadapan dengan BN, bukan batang tubuh calon itu sendiri. Dan dia kekal sebagai kawan baik saya," tegas beliau.
Dalam masa sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Saifuddin kerana terpilih sekali lagi di kerusi tersebut.
Beliau mengharapkan pertandingan antara beliau dengan Saifuddin ini berlangsung dalam suasana sihat, serta berpaksikan kepada politik matang, dan bukannya politik kasar.
Mengakui Saifuddin merupakan seorang tokoh yang disenangi lawan dan kawan, Nasrudin tidak sesekali merendah-rendahkan keupayaan Saifuddin.
"Namun saya tetap optimis Pakatan Rakyat mampu untuk mengatasi BN, lebih-lebih lagi ketika negara berada di ambang 'mood' untuk membuat perubahan," tambah beliau.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Saifuddin memperolehi 21,381 undi, menewaskan calon daripada PKR, Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti 2,441.
Pada pilihan raya itu, jumlah pemilih yang berdaftar di parlimen tersebut sebanyak 54,010 pengundi.
Beliau yang merupakan calon PAS di Parlimen Temerloh pada PRU13 berkata demikian sebagai mengulas keputusan BN mencalonkan semula penyandang kerusi tersebut, Datuk Saifuddin Abdullah.
Sambil menyifatkan keputusan BN itu tidak mendatangkan masalah kepada beliau dalam usaha menarik undi penduduk Temerloh, Nasrudin berkata Saifuddin kekal sebagai kawan baik beliau.
"Saya tidak mempunyai masalah berhadapan dengan beliau, kerana saya berhadapan dengan BN, bukan batang tubuh calon itu sendiri. Dan dia kekal sebagai kawan baik saya," tegas beliau.
Dalam masa sama, beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Saifuddin kerana terpilih sekali lagi di kerusi tersebut.
Beliau mengharapkan pertandingan antara beliau dengan Saifuddin ini berlangsung dalam suasana sihat, serta berpaksikan kepada politik matang, dan bukannya politik kasar.
Mengakui Saifuddin merupakan seorang tokoh yang disenangi lawan dan kawan, Nasrudin tidak sesekali merendah-rendahkan keupayaan Saifuddin.
"Namun saya tetap optimis Pakatan Rakyat mampu untuk mengatasi BN, lebih-lebih lagi ketika negara berada di ambang 'mood' untuk membuat perubahan," tambah beliau.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Saifuddin memperolehi 21,381 undi, menewaskan calon daripada PKR, Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti 2,441.
Pada pilihan raya itu, jumlah pemilih yang berdaftar di parlimen tersebut sebanyak 54,010 pengundi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-4-2013
Sumber HD - 16-4-2013
TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan yang bertanding di Parlimen P.088 Temerloh, bertekad menjadikan daerah bersejarah ini sebagai pangkalan ilmu dan berkebajikan jika diberi mandat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, hasrat tersebut muncul setelah turun menyelami hati budi rakyat di daerah kedua terbesar di negeri Pahang ini apa lagi setelah mendengar kegagalan BN menunaikan janji pada PRU lepas untuk membawakan sebuah universiti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
“Tetapi setelah meninjau, saya dapati kebajikan kepada rakyat yang amat perlu diletakkan keutamaan ialah pendidikan percuma semua peringkat, bersesuaian dengan tawaran yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) Pusat dan PR negeri Pahang.
“Seandainya diberi mandat saya akan usaha dan ikhtiarkan semua itu dapat dilaksanakan kerana tidak patut sekadar dilabelkan Temerloh Bandar Ikan Patin, tetapi lebih realistik Temerloh Bandar Ilmu dan Berkebajikan.
“Saya lihat Temerloh ini unik kerana ada pusat pengajian Islam tradisional, Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malangnya menderita kerana dinafikan bantuan perkapita,” katanya dalam sidang media di bilik operasi P.088 semalam.
Tambah Nasruddin, beliau percaya bantuan yang cukup akan memartabatkan pusat pendidikan. Selain daripada itu, beliau menawarkan sebuah Maahad Tahfiz Sains jika PR mendapat mandat membetuk kerajaan.
Begitu juga dengan tuisyen percuma untuk peringkat rendah dan menengah sebagai bantuan supaya dapat peluang pendidikan terbaik menjadikan pelajar di sini setanding dengan pelajar-pelajar di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.
“Buku jalanan, idea yang baik beri idea kepada saya wujudkan perpustakaan mobile, penambahan ilmu secara percuma untuk rakyat teramai,” katanya.
Dalam sidang media yang sama Nasruddin turut membantah penggunaan balai raya sebagai premis pilihan raya oleh BN.
Katanya, bangunan tersebut adalah premis awam yang tidak sepatutnya digunakan dan yang dapat dikesan setakat ini ialah Kampung Bangau dan Kampung Paya Keladan.
“Pihak PAS telahpun kemukakan bantahan kepada pemantau SPR, polis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ini salah guna kuasa dan bertentangan demokrasi.
“Sepatutnya bertandinglah secara sihat dan matang, hormati etika demokrasi. Sepatutnya di padang sama rata jangan guna padang awam dan jentera kerajaan,” katanya.
Menjawab satu pertanyaaan, Nasruddin berkata hasratnya ingin melihat 40 peratus calon daripada golongan muda pada PRU kali ini, tercapai.
Katanya, itu penting bagi menghormati lebih 50 peratus pengundi muda seluruh negara.
Sumber HD - 30-4-2013
Temerloh di hati kome...
Nasrudin Hassan, | 16 Apr 2013 |
Temerloh di hati Kome .. Bhg 1
Temerloh Bandar Ilmu
1. Kesedaran dan keinsafan tinggi terhadap amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin, saya sangat memerlukan petunjuk dan kekuatan daripada Allah swt untuk melunaskannya dengan sebaik mungkin.
2. Antara apa yang boleh saya cetuskan sementara ia adalah sebahagian dari jiwa saya, saya bercita-cita besar untuk menjadikan Temerloh ini selain dari Bandar Ikan Patin ia juga adalah Bandar Ilmu yang terkemuka di negeri Pahang khasnya dan Malaysia amnya.
3. Justeru itu, saya jua memerlukan sokongan dan dokongan dari semua saf kepimpinan PR dan rakyat di kawasan Temerloh untuk sama-sama kita jayakan hasrat murni dan besar ini. Semoga bandar yang telah ramai melahirkan pejuang kemerdekaan, alim ulama', tokoh intelektual, ahli politik dan pemimpin negeri serta negara dapat diangkat menjadi Bandar Ilmu bagi negeri Pahang Darul Makmur. Insyaallah ia menjadi mercu tanda gerakan pembaharuan di negeri Pahang tercinta ini.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Calon P.088 Temerloh

BN gagal tunai janji wujudkan MRSM di Temerloh
Khairil Abdul Rahim, | 26 Apr 2013 |
TEMERLOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasrudin Hassan yang bertanding di Parlimen P.088 Temerloh, bertekad menjadikan daerah bersejarah ini sebagai pangkalan ilmu dan berkebajikan jika diberi mandat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Katanya, hasrat tersebut muncul setelah turun menyelami hati budi rakyat di daerah kedua terbesar di negeri Pahang ini apa lagi setelah mendengar kegagalan BN menunaikan janji pada PRU lepas untuk membawakan sebuah universiti dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
“Tetapi setelah meninjau, saya dapati kebajikan kepada rakyat yang amat perlu diletakkan keutamaan ialah pendidikan percuma semua peringkat, bersesuaian dengan tawaran yang termaktub dalam manifesto Pakatan Rakyat (PR) Pusat dan PR negeri Pahang.
“Seandainya diberi mandat saya akan usaha dan ikhtiarkan semua itu dapat dilaksanakan kerana tidak patut sekadar dilabelkan Temerloh Bandar Ikan Patin, tetapi lebih realistik Temerloh Bandar Ilmu dan Berkebajikan.
“Saya lihat Temerloh ini unik kerana ada pusat pengajian Islam tradisional, Maahad Tahfiz dan Sekolah Agama Rakyat (SAR). Malangnya menderita kerana dinafikan bantuan perkapita,” katanya dalam sidang media di bilik operasi P.088 semalam.
Tambah Nasruddin, beliau percaya bantuan yang cukup akan memartabatkan pusat pendidikan. Selain daripada itu, beliau menawarkan sebuah Maahad Tahfiz Sains jika PR mendapat mandat membetuk kerajaan.
Begitu juga dengan tuisyen percuma untuk peringkat rendah dan menengah sebagai bantuan supaya dapat peluang pendidikan terbaik menjadikan pelajar di sini setanding dengan pelajar-pelajar di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur.
“Buku jalanan, idea yang baik beri idea kepada saya wujudkan perpustakaan mobile, penambahan ilmu secara percuma untuk rakyat teramai,” katanya.
Dalam sidang media yang sama Nasruddin turut membantah penggunaan balai raya sebagai premis pilihan raya oleh BN.
Katanya, bangunan tersebut adalah premis awam yang tidak sepatutnya digunakan dan yang dapat dikesan setakat ini ialah Kampung Bangau dan Kampung Paya Keladan.
“Pihak PAS telahpun kemukakan bantahan kepada pemantau SPR, polis Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ini salah guna kuasa dan bertentangan demokrasi.
“Sepatutnya bertandinglah secara sihat dan matang, hormati etika demokrasi. Sepatutnya di padang sama rata jangan guna padang awam dan jentera kerajaan,” katanya.
Menjawab satu pertanyaaan, Nasruddin berkata hasratnya ingin melihat 40 peratus calon daripada golongan muda pada PRU kali ini, tercapai.
Katanya, itu penting bagi menghormati lebih 50 peratus pengundi muda seluruh negara.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-4-2013
Semaikan semangat ukhuwwah sekalipun berbeza pemikiran
Ustaz Nasrudin bin Hasan, | 30 Apr 2013 |
Apabila saya menegur dan mengkritik bukan sahaja saya mesti bersedia untuk menerima respon balas (dalam bentuk penghujahan positif atau negatif) daripada pihak yang dikritik, tetapi saya juga mestilah jujur dan benar dalam teguran dan kritikan yang bakal dilontarkan. Malah saya jua mesti terikat dengan etika mengkritik sekalipun berhadapan dengan kemungkinan hujah balas yang tidak beretika dan berdisiplin.
Tidaklah bermakna hanya saya yang benar. Berkemungkinan besar, saya salah dan silap dalam mengemukakan pandangan dan setiap kali saya berbeza pendapat dengan pihak lain, apa yang saya harapkan agar Allah menunjuk jalan-Nya yang benar. Inilah prinsip yang akan terus saya "genggam" bersama sedikit nikmat ilmu anugerah Allah.
Tidak senang sebenarnya untuk mengkritik, justeru kritikan adalah melahirkan rasa tidak setuju terhadap pihak lain yang berkemungkinan boleh mengguris perasaannya dan mungkin juga boleh mengendurkan tali persahabatan yang telah lama terjalin.
Namun begitu, selamanya saya tidak boleh berdiam diri terhadap suatu yang saya tidak bersetuju dengannya. Terutama dalam perkara yang melibatkan penyelewengan fakta, kekeliruan maklumat, tuduhan tanpa bukti, fitnah tanpa asas dan keangkuhan yang berpanjangan.
Lantaran itu, sebagaimana saya mesti tabah, terbuka dan berhati-hati dalam menatah kalimah bernada kritikan, saya juga sangat mengharapkan pihak lain (yang dikritik) tidak cepat melatah, berjiwa besar, jujur dalam menilai dan apa yang paling penting ialah, tidak menganggap kritikan itu sebagai satu peluru yang membunuh nilai persahabatan dan juga nilai keintelektualan atau kesarjanaan.
Saya percaya jika yang dikritik itu bertaraf sarjana, sebagaimana ia tidak mudah tewas hujah begitulah seharusnya ia tidak mudah terpengaruh dengan elemen-elemen yang mengheretnya ke medan pergaduhan atau perbalahan yang menimbulkan rasa benci di hati dan kecewa di jiwa.
Sebaliknya ia mestilah sangat menghormati kritikan dan pandangan pihak lain biarpun ia menganggap kritikan itu hanyalah hujah picisan atau pandangan yang dangkal (sebab kita boleh tidak menerimanya), justeru menghormati pandangan dan kritikan pihak lain adalah suatu sikap terpuji dan selayaknya itulah penampilan seorang sarjana apatah lagi jika dia seorang ahli politik.
"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna." (Surah az-Zumar : ayat 18)
Sikap tidak menghormati hujjah dan kritikan pihak lain hanya mempamerkan keangkuhan dan keegoan diri yang mungkin "teruja" dengan pencapaian ilmunya atau anugerah kesarjanaannya. Soalnya, apakah hujah dari pihak kita sahaja menepati ciri-ciri ilmiah sedang hujjah dari pihak lain dinilai picisan biarpun sarat dengan hujjah dan dalil?
Saya suka membawa pendekatan para sarjana agung dalam sejarah peradaban Islam. Ternyata mereka sangat tinggi disiplin dalam menangani khilaf dalam apa jua isu, terutama dalam isu-isu yang tidak menjejaskan akidah.
Ilmu dan tawaduk (merendah diri) menjadi asas disiplin tersebut di samping mereka mengetengahkan adab-adab ikhtilaf yang cukup wibawa dan berkualiti.
Lihat sahaja bagaimana imam-imam mazhab mengendalikan khilaf dalam kalangan mereka. Biarpun mereka menafikan sekeras-kerasnya hujah pihak lain, tidak sedikit pun mencalarkan penghormatannya terhadap orang yang mereka kritik apatah lagi meremehkan hujjah pihak lain. Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii, “Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.” (Lihat : Tarikh at-Tasyri’ al-Islami. hlmn:312.)
Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut dalam rujukan yang sama, “Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii.”
Walapun masing-masing membentuk mazhab, mereka berkhilaf di atas pentas ilmu yang dihiasi dengan keikhlasan dan ketakwaan bukan semangat menegakkan benang basah dan bersikap prejudis terhadap pihak lain.
Wajarnya disiplin mereka dalam menangani medan perbahasan dan penghujahan ini diterima pakai dalam setiap pertikaian antara kita dewasa kini.
Saya akur, bahawa khilaf tidak mungkin boleh dihapuskan. Terlalu banyak punca dan sebab yang menghela ke arah khilaf. Perbezaan latar belakang menuntut ilmu sudah cukup meletakkan para ilmuwan ini berkhilaf antara mereka. Tahap pencapaian ilmu, perbezaan manhaj dan method, jurang usia, perbedaan zuruf (suasana), perbedaan kefahaman dan (maslahah) kepentingan turut menjadi penyumbang penting berlakunya khilaf.
Kita tidak perlu sempit dada dan sesak nafas dengan fenomena ini. Ia sihat, malah terlalu sihat andainya para ilmuwan Islam ini dapat menanganinya dengan disiplin khilaf yang tinggi dan baik.
http://www.tarbawi.my

Nasrudin syor seorang hafiz setiap keluarga
Sekretariat Parlimen Temerloh, | 12 Mei 2013 |
TEMERLOH: Kehadiran Ahli Parlimen Temerloh yang baru, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia pada setiap program dan aktiviti bersama rakyat di Temerloh mendapat sambutan yang amat memberangsangkan, tanpa mengira usia dan bangsa.
Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.
Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.
Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.
Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.
Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.
Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.
Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.
Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.
Memulakan khidmat sebagai wakil rakyat sejurus diumumkan memenangi kerusi P.088 Parlimen Temerloh, beliau melahirkan rasa syukur dan merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi serta ucapan penghargaan kepada jentera PAS dan PR yang gigih menjayakan misi Pakatan Harapan Rakyat.
Pada Jumaat lepas, beliau meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu dengan masyarakat Temerloh.
Bermula dengan mengimami solat Jumaat dan menyampaikan khutbah di Masjid Felda Lakum, dengan kehadiran melebihi kebiasaan daripada masyarakat Temeroh dan daerah sekitar, ia turut disusuli ddengan sesi bual bicara 'Tanyalah Ustaz' secara santai bersama jemaah.
Beliau juga sempat beramah-mesra dengan anak muda di pekan Temerloh, sebelum menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan kuliah perdana di Masjid Tanjung Besar, Temerloh.
Dengan limpahan hadirin yang datang dari kawasan sekitar, Nasrudin membicarakan iktibar daripada peristiwa perang Badar, Isra' Mikraj, Hijrah dan saranan untuk sentiasa mendekatkan diri kepada Allah melalui martabat taqwa, sabar dan tawakkal sebagai pra-syarat kemenangan, di samping turut menyarankan setiap ibu bapa dan kampung di Temerloh untuk 'menginfaqkan' seorang daripada anak-anak untuk mendalami dan menghafal Al-Quran.
Majlis tersebut disusuli dengan jamuan kesyukuran bersama masyarakat setempat.
Sejurus selepas itu, beliau menghadiri mesyuarat bersama PAS Kawasan Temerloh untuk merangka sinergi perancangan dan penyelarasan agenda Membangun Temerloh Berkebajikan secara efektif dan tersusun.
Ramai yang berkesempatan berjumpa dengan beliau melahirkan rasa syukur dan bertuah mempunyai seorang wakil rakyat yang mudah didekati dan mampu mendidik masyarakat, khususnya generasi muda, yang pastinya akan membawa kebaikan untuk seluruh warga Temerloh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-5-2013
Pemuda: Susun Saff, Atur Langkah dan Kukuhkan Tarbiyah
1. Pilihanraya umum ke 13 baru saja berlalu. Keputusannya sangat memberangsangkan meskipun kita belum berjaya capai target ke Putrajaya apabila 53 peratus undi atau sokongan rakyat adalah bersama kita Pakatan Rakyat.
2. Jelasnya perjuangan kita belum selesai. Perjuangan kita belum tamat. Kejayaan yang kita buru dan kemenangan yang kita dambakan bukan hanya sekadar Putrajaya yang terhenti di sempadan dunia tetapi apa yang kita buru dan dambakan ialah Syurgajaya yang melepasi hingga ke sempadan akhirat.
3. Justeru itu raikanlah kemenangan atau kejayaan dengan sederhana. Penuh tawadhu' dan insaf terhadap amanah kepimpinan yang terbeban ke atas kita. Raikan kemenangan dengan bertasbih kepada Allah dan istighfar mohon ampun kepadaNya. Jangan biar kelekaan mempengaruhi dan kelalaian menguasai diri kita. Kita adalah pejuang !
4. Tiada lagi masa rehat. Perjalanan kita masih jauh. Bangkit segera untuk melunaskan amanah perjuangan dan tanggungjawab kepimpinan ini. Berjuang untuk daulatkan syariah Allah swt dan tinggikan izzah ummah serta makmurkan muka bumi ini dengan akhlak mulia, keadilan dan nilai murni merentas kaum, bangsa, warna kulit dan bahasa lidah.
5. Susunlah saff kita dengan rapat tanpa beri peluang kepada musuh masuk menyelinap.
Aturlah langkah kita dengan mantap dan pantas mendepani cabaran dan tribulasi tanpa mengeluh dan gelisah.
Kukuhkan pembinaan tarbiyah Amal Islami pada setiap anggota dan kepimpinan pemuda sebagai pelapis perjuangan ini tanpa culas dan mengelak diri dari proses pembentukan aqidah yang soheh [ benar ], syakhsiah yang soleh [ baik ] dan fikrah yang soreh [ jelas ].
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPPM
Susun saf, atur langkah dan kukuhkan tarbiah
Nasrudin Hassan, | 19 Mei 2013 |

Sumber HD 19-5-2013
'Mabruk' tahniah Calvin Thoo
., | 20 Mei 2013 |
1. Dewan Pemuda PAS Malaysia merafakkan segunung syukur ke hadhrat Qadhi Rabbul Jalil dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat Calvin Thoo yang merupakan seorang pereka fesyen terkemuka di Malaysia kini menjadi saudara baru setelah beliau memeluk ajaran Islam di hadapan Al Fadhil Ustaz Dato' Ismail Kamus petang semalam.
2. Calvin sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri fesyen dan memiliki jenama sendiri. Terkenal sebagai pereka fesyen artis dalam program seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL.
3. Semoga Calvin Thoo terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus bergantung kepada Allah Azza wa Jalla. Kami para pemuda Islam insyaallah akan senantiasa bersedia untuk menjadi saudara seaqidah dan berperanan sebaik mungkin untuk support saudara Calvin Thoo dalam menghadapi cabaran dunia baru beliau.
4. Kehadhiran Calvin Thoo bersama kalimah Toiyyibah atau Syahadah ini insyaallah memberi warna dan wajah baru terutamanya dalam dunia reka fesyen. Mudah-mudahan selepas ini, negara kita akan terus dicorak oleh pelbagai seni fesyen yang patuh syariah melalui sentuhan pakar reka fesyen tersohor ini.
5. Saya juga mengharapkan semua pihak menerima baik sekaligus menunjukkan teladan kelas tertinggi buat saudara baru Calvin Thoo. Ini akan memberikan ketenangan dan kebaikan buat beliau dalam menghadapi hari-hari yang penuh bermakna dalam hidupnya. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Calvin Thoo kerana memilih untuk hidup bersama Islam, sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang Maha mengurniakan rezeki kepada seluruh makhlukNya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
2. Calvin sudah lebih 17 tahun berkecimpung dalam industri fesyen dan memiliki jenama sendiri. Terkenal sebagai pereka fesyen artis dalam program seperti ABPBH, Minggu Fesyen Kuala Lumpur, Anugerah Fesyen Antarabangsa Malaysia, Festival Fesyen Islam KL.
3. Semoga Calvin Thoo terus tabah menghadapi ujian hidup dan terus bergantung kepada Allah Azza wa Jalla. Kami para pemuda Islam insyaallah akan senantiasa bersedia untuk menjadi saudara seaqidah dan berperanan sebaik mungkin untuk support saudara Calvin Thoo dalam menghadapi cabaran dunia baru beliau.
4. Kehadhiran Calvin Thoo bersama kalimah Toiyyibah atau Syahadah ini insyaallah memberi warna dan wajah baru terutamanya dalam dunia reka fesyen. Mudah-mudahan selepas ini, negara kita akan terus dicorak oleh pelbagai seni fesyen yang patuh syariah melalui sentuhan pakar reka fesyen tersohor ini.
5. Saya juga mengharapkan semua pihak menerima baik sekaligus menunjukkan teladan kelas tertinggi buat saudara baru Calvin Thoo. Ini akan memberikan ketenangan dan kebaikan buat beliau dalam menghadapi hari-hari yang penuh bermakna dalam hidupnya. Sekali lagi saya ucapkan tahniah buat Calvin Thoo kerana memilih untuk hidup bersama Islam, sebuah agama yang diturunkan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia dan Tuhan yang Maha mengurniakan rezeki kepada seluruh makhlukNya.
Nasrudin bin Hassan
Ketua DPP Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-5-2013
Jawatan menteri KDN bukan tiket tunjuk kuasa
Harakahdaily, | 21 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan kenyataan amaran dari Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terhadap himpunan 'Black505' membantah penipuan pilihan raya sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.
Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3 berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap.
"Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan tenteram.
"Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.
Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh politik beliau.
"Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan.
"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan," katanya.
Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, amaran keras Ahmad Zahid itu seperti membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.
Nasrudin berkata, pemuda PAS tidak mahu insiden Bersih 2 dan 3 berulang di mana peserta perhimpunan ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap.
"Mengapa Menteri Dalam Negeri mahu tindakan keras diambil sedangkan sepanjang perhimpunan yang diadakan selama ini dalam keadaan aman dan tenteram.
"Penganjur dan peserta patuh kepada peraturan yang ditetapkan, tidak ada insiden yang mengeruhkan suasana, tidak ada kenderaan yang dirosakkan, harta atau premis awam yang dimusnahkan," katanya.yang juga Ahli Parlimen Temerloh.
Menurut Nasrudin lagi, mengambil tindakan keras bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat, dan mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.
Sambil mengingatkan supaya menunaikan amanah sebaiknya, beliau juga mahu Ahmad Zahid sedar bahawa jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri bukan tiket untuk menunjukkan kuasa dengan tindakan kekerasan terhadap musuh politik beliau.
"Rakyat bukan mahu bermusuh dengan beliau (Zahid), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) serta kerajaan.
"Rakyat hanya suarakan rasa tidak puas hati terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta perjalanan pilihanraya yang dilihat mencurigakan," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-5-2013
Riwayat: (Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Hadith:
Dari Ibnu Abbas r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda (bermaksud): Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku dari umatku akan kesilapan dan kelupaan dan apa yang dipaksakan mereka atasnya.
Huraian Hadith:
1. Perbuatan manusia adakalanya disertai dengan niat dan ikhtiar dan ada pula yang berlaku dengan sebab tersalah (tidak sengaja), terlupa atau dipaksa.
2. Ketiga-tiga perkara tersebut tidak dihukumkan sebagai satu kesalahan sebagaimana yang disebut dalam hadith kerana ia berlaku bukan di atas niat dan kerelaan oleh orang yang melakukannya dan oleh itu hukumannya berbeza dengan orang yang melakukannya dengan niat (disengajakan).
3. Sesungguhnya tiap-tiap perbuatan yang dihukum tidak sahaja dilihat kepada zahirnya tetapi ditinjau juga sampai ke dalam hati orang yang melakukannya. Ini memberi erti bahawa Islam mengambil berat terhadap kesedaran hati manusia dalam melaksanakan sesuatu perbuatan yang dikehendakinya kerana kesedaran itu menjadi bukti tanggungjawab seseorang atas perbuatannya di mana salah atau tidak perbuatan itu adalah dalam pengetahuannya dan dialah yang menanggung akibat atau dosanya kelak.
Tidak disengajakan
Nasrudin Hassan, | 28 Mei 2013 |

Sumber HD - 28-5-2013
(Laporan Utusan hari ini yang mendakwa Nasrudin pilih kasih)
TEMERLOH: Anggota Parlimen Temerloh, Nasrudin Hasan memberitahu, orang yang pertama datang meminta bantuan dari beliau adalah seorang ahlu MIC manakala orang yang pertama beliau ziarahi adalah penyokong Umno.
Beliau mengulas demonstrasi yang dibuat Umno dengan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd Nordin Mohd Sham yang mendakwa bantuan hanya beliau berikan kepada ahli PAS dan PKR dan penduduk yang tidak menyokong diketepikan.
Hari ini, akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan satu demo yang mendakwa kononnya ahli parlimen Temerloh yang baru Ustaz Nasrudin Hassan, pilih kasih dalam membantu mangsa ribut pada 15 Mei yang lalu.
Nasrudin berkata beliau berlapang dada dan hati terbuka terhadap aneka ragam rakyat mengekspresi sikap dan suara mereka.
“Saya sambut dan layan mereka dengan kasih dan sayang kerana saya adalah pemimpin mereka. Jika dakwaan mereka benar, boleh datang ke Pejabat PAS Kawasan Temerloh [buat sementara waktu sebelum Pusat Komuniti Parlimen Temerloh siap dalam tempoh sebulan ini] untuk mengemukakan aduan atau laporan dan pihak kami akan pastikan laporan itu benar dan layak menerima bantuan, maka saya akan usahakan untuk membantu sedaya mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Nasrudin berkata sejak beliau menjadi ahli parlimen Temerloh, beliau tidak pernah memilih dalam memberi bantuan kepada sesiapa yang memintanya.
Bahkan dalam 14 hari yang pertama, orang pertama yang berjumpa Nasrudin ialah penyokong MIC.
"Saya hulurkan bantuan. Orang pertama saya ziarah mangsa ribut dan menghulurkan bantuan ialah penyokong Umno. Dalam tempoh itu juga, sekitar 50 buah rumah telah saya sendiri menziarahinya dan menghulurkan bantuan kemanusiaan sementara sebahagiannya saya hulurkan bantuan menerusi PAS Kawasan Temerloh yang mewakili saya,” terang beliau.
Nasrudin (gambar) berkata bahawa beliau tidak suka untuk membangkitkan perkara ini, tapi terpaksa untuk memberi pencerahan kepada mereka yang melemparkan tuduhan kepadanya.
“Walaubagaimana pun saya ucap terima kasih kepada pihak Utusan Malaysia yang menyiarkan perkara ini dan terima kasih jua saya ucapkan kepada penganjur himpunan aman bagi menyatakan bantahan dan suara mereka terhadap saya,” kata beliau.
Pihak Harakahdaily boleh menjadi saksi kepada kenyataan Nasrudin, bahawa beliau terpaksa "merayau" ke serata ceruk mencari sumbangan orang ramai dan para dermawan untuk membantu insan yang memerlukan di Parlimen Temerloh sejak memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
“Keadaan ini berlaku ekoran tradisi pemerintahan Barisan Nasional tidak memberi peruntukan pembangunan dan kebajikan parlimen kepada MP bukan pemerintah,” kata Nasrudin.
Ekoran itu, Nasrudin hari ini menyarankan kepada penganjur himpunan aman itu dan Pengerusi JKKK Megat Segama supaya mengadakan sekali lagi himpunan aman yang serupa untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional memberikan geran peruntukan wajib bagi pembangunan dan kebajikan rakyat Temerloh walaupun Ahli Parlimennya bukan dari Barisan Nasional.
“Hormati pilihan rakyat dan jangan pilih kasih dan mendiskriminasikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat justeru hakikatnya ini adalah penderaan ke atas rakyat yang diwakili oleh Ahli Parlimen bukan pemerintah. Jadilah sebuah kerajaan yang adil dan matang.
"Malah mereka juga mesti mendesak pihak kerajaan Barisan Nasional membela nasib mereka yang terbiar dan hidup dalam kedaifan pula tertekan dalam isu perumahan Sri Kemuning yang tidak selesai sejak sekian lama,” terang beliau lagi.
Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat itu, beliau telah memanjat tangga di 6 blok rumah pangsa Sri Kemuning untuk meninjau kerosakan yang dialami oleh penduduk di situ dan menghulurkan bantuan.
“Saya dimaklumkan oleh penduduk di situ bahawa inilah Ahli Parlimen pertama yang sudi datang menziarahi kehidupan kami yang sangat daif dan terbiar di blok - blok rumah pangsa yang uzur di Sri Kemuning.
"Sekian lama mereka diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional negeri Pahang malah mereka luahkan keresahan berikutan ada tekanan supaya mereka keluar dari blok kediaman mereka kini.
"Saya berjanji tiada pilih kasih dan tiada ketidakadilan dalam kepimpinan saya buat seluruh rakyat Temerloh sekali pun terhadap mereka yang tidak menyokong Pakatan Rakyat,” tegas Nasrudin yang memetik Surah al-Maaidah: 8 sebagai pegangan prinsipnya.
Surah al Maaidah : 8 berbunyi:
"Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. "
Kepada para dermawan dan warga prihatin boleh bantu kami Sekretariat Parlimen Temerloh untuk berbakti kepada rakyat yang memerlukan. Salur kepada :
Maybank Islamic
5560 5720 3711
Tabung Prihatin Rakyat
Atau taip Temerloh dan sms ke : 019 3000 088
Yang pertama datang MIC, yang pertama ziarah Umno - Nasrudin
Harakahdaily, | 29 Mei 2013 |

Atau taip Temerloh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-5-2013
No comments:
Post a Comment