Himpunan 901 bukan kerana Anwar - Pemuda PAS |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan (gambar) menjelaskan himpunan aman di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari ini bukan kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi mesej menentang ketidak adilan kerajaan Umno BN. Beliau juga menjelas, perhimpunan bukan bertujuan mempertikaikan keputusan mahkamah tetapi menentang tindakan BN yang telah menghukum Anwar melalui media mereka sebelum mahkamah membuat keputusan. "Kita turun bukan kerana batang tubuh Anwar, tetapi ini mesej daripada rakyat bahawa sistem yang diamal BN tidak boleh diterima. Kebetulan kali ini kena kepada Anwar. "Kalau (Datuk Seri) Najib Razak kena zalim macam tu pun, kita akan turun demo," katanya kepada Harakahdaily. Sementara itu beliau turut berkeyakinan himpunan akan datang itu nanti akan berlangsung aman jika tidak diprovokasi mana-mana pihak lain. "Rekod kita tak pernah ada provokasi dari pihak kita, kalau ada saya boleh jamin ia dari pihak lain," katanya merujuk beberapa perhimpunan aman sebelum ini. Ditanya jumlah anggota pemuda PAS yang akan dikerahkan ke himpunan tersebut, Nasruddin berkata mobilisasi sedang digerakkan. "Pemuda PAS beri komitmen untuk capai sasaran 100,000 orang yang ditetapkan oleh penganjur," jelasnya. PKR sebelum ini menyatakan hasrat untuk menghimpunkan 100,000 peserta hadir pada himpunan Bebaskan Anwar 901 itu. Setakat ini kesemua kepimpinan parti dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan komitmen untuk hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes tersebut. Ianya termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7409-himpunan-901-bukan-kerana-anwar-pemuda-pas
Penjara tidak patahkan semangat Pemuda PAS |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) bertekad meneruskan perjuangan meskipun sekiranya ada pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dipenjarakan hatta keluar meninggalkan perjuangan. “Malah DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat akan menggerakkan perjuangan menuntut keadilan dan perubahan terhadap rejim yang korup dengan lebih bersemangat bagi memastikan kebangkitan rakyat dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke 13,” kata naib ketuanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss Bagi DPPM, katanya doktrin perjuangan PAS dengan meletakkan matlamat perjuangan yang lebih besar iaitu menegakkan Islam di negara ini dengan tidak menjadikan seseorang individu pemimpin sebagai tempat pergantungan sebagai bekal untuk meneruskan perjuangan sekalipun berhadapan dengan kemungkinan akan kehilangan pemimpin. “Bagi ahli dan pendukung PAS, Islam adalah keutamaan dalam perjuangan dan pemimpin sebagai penggerak bagi mengemudi perjuangan ini,” ujarnya kepada Harakahdaily. Malah, jelasnya PAS pernah diuji dengan pemimpin yang meninggalkan perjuangan di tengah jalan namun ia tidak meninggalkan kesan sedikitpun kepada PAS. Menurutnya, dalam keadaan Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhadapan dengan risiko dipenjarakan dengan kes mahkamahnya memasuki fasa terakhir menunggu keputusan, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat telah mempersiapkan segala perancangan bagi menghadapi risiko sekiranya mahkamah tidak menyebelahi beliau. Katanya lagi, jadual dan aktiviti Pemuda Pakatan Rakyat padat seperti biasa, bahkan mungkin lebih penuh dengan siri penerangan kepada rakyat. “Adalah suatu kesilapan sekiranya ada pihak menjangka jika pemenjaraan mana-mana individu akan melemahkan semangat ahli-ahli dan pendokong PR, sebaliknya ia sebagai pemangkin bagi meningkatkan motivasi dan gerak kerja semua pihak bagi menghadapi PRU ke 13,” ujarnya. DPPM, katanya percaya kes yang berlaku terhadap Anwar menjadi tanda aras tersungkurnya Umno BN dalam PRU ke 13. Beliau menegaskan, suhu kemarahan rakyat sudah tidak dapat dibendung bagi memastikan kerajaan zalim dan angkuh akan dihukum. Rakyat, katanya sudah muak dengan politik fitnah secara lucah dan melampau yang direka acap kali sebagai jerat terhadap pemimpin rakyat. Tambahnya, rakyat mahukan gaya politik baru yang bersih dan dinamik merwarnai lanskap politik negara. Akhirnya, kata beliau lagi DPPM meyakini jika sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan, maka lebih ramai pemimpin hebat akan tampil memimpin perjuangan rakyat. “Malahan, DPPM bersama Pemuda Pakatan Rakyat sanggup memikul amanah kepimpinan ini jika diberikan kepercayaan oleh pemimpin Pakatan Rakyat demi memastikan kejayaan rakyat keluar penderitaan panjang yang membelenggu mereka selama ini,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7414-penjara-tidak-patahkan-semangat-pemuda-pas
Perhimpunan 901 aman jika tiada provokasi |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Perhimpunan aman 901 pasti aman dan teratur jika orang-orang jahat tidak melakukan kekacauan dan provokasi, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Malah, beliau mengingatkan, jika berlaku sebarang kekacauan dan kekecohan dalam perhimpunan untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, pihak yang bertanggungjawab ialah pihak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein sendiri serta parti yang turut dipimpinnya, Umno. "Seperti semua perhimpunan yang kita adakan sebelum ini, keadaan kucar-kacir dan huru-hara hanya terjadi apabila orang-orang tertentu yang berhati jahat melakukan kekacauan dan provokasi. "Jika tidak diganggu oleh orang-orang jahat, buktikan walau satu pun perhimpunan atau ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang mengakibat keadaan kucar-kacir dan huru-hara," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika diminta mengulas kenyataan Hishammuddin yang mahu perhimpunan tersebut berjalan dengan teratur dan aman. Menurut beliau, dengan lagak kononnya untuk menjaga keamanan, alat perkakas parti tertentu juga sering melakukan kekacauan dan kekerasan ke atas perhimpunan atau ceramah PR. "Malah kebelakangan ini, gerombolan dari parti itu sendiri yang melakukan provokasi dan kekacauan sehingga mengakibatkan kejadian berdarah," kata Mahfuz. Beliau yakin, penganjur perhimpunan itu telah melakukan persediaan yang secukupnya untuk memberitahu rakyat yang berhimpun dalam perhimpunan itu bahawa sebarang provokasi dan kekacauan hanya dilakukan oleh gerombolan parti berkenaan. "Saya juga ingin berpesan kepada semua yang menyemarakkan perhimpunan aman 901 bahawa apa sahaja kekacauan dan provokasi, perkara itu tidak mungkin dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang juga mahu behimpun dengan aman. "Jika anda melihat sebarang kekacauan dan provokasi, ia pasti dilakukan gerombolan parti yang gilakan kekacauan itu atau agen-agen serta alat perkakas mereka," kata Mahfuz. Beliau meminta semua pihak mengambil iktibar dari peristiwa yang berlaku dalam Revolusi Islam Iran dahulu. Menurut beliau, pada waktu waktu itu sebuah panggung wayang dibakar oleh polis rahsia Shah Iran dan mereka yang menonton wayang dalam panggung itu mati. "Selepas itu, kerana yakin orang lain juga bodoh seperti mereka, jentera propaganda Shah Iran menuduh rakyat yang berjuang dalam revolusi tersebut yang membakar panggung itu," katanya. Dalam protes rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak di Mesir baru-baru ini pula, kata Mahfuz lagi, pihak polis yang berkerja di bawah regim Mubarak telah memecah dan mencuri di sana-sini terutama di kedai-kedai dan kemudiannya menuduh rakyat yang menentang kekejaman diktator itu yang melakukan perkara tersebut. "Di Malaysia juga bekali-kali kita melihat orang-orang yang mengajak rakyat yang berdemonstrasi melakukan tindakan yang lebih agresif tetapi apabila berlaku kekecohan, merekalah yang menangkap dengan ganas rakyat yang berdemonstrasi itu. "Sudah berkali-kali kita melihat perkara seperti itu berlaku," katanya. Beliau mengulangi pesanan kepada seluruh rakyat bahawa Umnolah yang mesti dipersalah dan dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang kekecohan dan kekacauan dalam perhimpunan 901 itu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7412-perhimpunan-901-aman-jika-tiada-provokasi
Menjelang 901: Anwar beri tumpuan kepada keluarga |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga beliau menjelang 9 Januari ini apabila mahkamah akan membuat keputusan kes perbicaraan beliau pada tarikh tersebut. (Anwar memberikan lebih tumpuan kepada keluarganya sehari dua ini) Namun, apapun keputusan 9 Januari ini, Anwar berkata, keluarganya sudah bersedia untuk menghadapi sebarang keputusan mahkamah. "Ya..kita kena hadapi dengan sepenuhnya, saya tumpu kepada keluarga dalam dua tiga hari ini, dan mereka cukup bersedia," kata Anwar dalam wawancara khas dengan Harakah 3 Januari lepas. Pengarang Berita Harakah, Mohd Rashidi Hassan, wartawan kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaakub serta jurugambar Harakah, Wan Zahari Salleh membuat wawancara khas di pejabat PKR itu. Bagi Anwar, jika berdasarkan fakta dan hukum, kes ini tidak perlu kepada sebarang pendakwaan pun terhadap beliau. "Jika berdasarkan fakta, tak perlu ada pendakwaan pun (dalam kes liwat kedua membabitkan bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan), dan saya harus dibebaskan, tetapi apa yang kita lihat (setakat ini) keputusan mereka (Umno-BN) selalunya ikut nafsu serakah mereka. "Tetapi insya-Allah bagi saya, saya sedia apakah penjara atau bebas, sebarang rayuan, jika bebas program kita boleh berjalan, jika terpenjara kita akan terus lawan. "Apa jua keputusannya, ia bakal menjadi titik noktah kepada masa depan Umno pada Pilihan Raya Umum akan datang," kata Anwar dalam wawancara itu. Ikuti wawancara penuh dalam Harakah cetak esok. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7415--menjelang-901-anwar-beri-tumpuan-kepada-keluarga
901: Tujuh 'kalau' Kadir Jasin |
KUALA LUMPUR, 5 Jan: Bekas Ketua Pengarang kumpulan NSTP, Datuk Kadir Jasin memberikan tujuh kalau menjelang 9 Januari ini dan yang menarik semuanya menyukarkan kedudukan Umno. "Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan (Gambar logo 'About me' (mengenai saya) Kadir Jasin dalam blognya) "Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999," tulis Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin: Banyak Kalau Dalam Keputusan 9. Kadir yang terkenal dengan sikap 'loyal'nya kepada Umno khasnya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menulis, Pakatan Rakyat telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini. Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata: “Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.” tulis Kadir. Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga, tulisnya lagi. Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu. Berikut adalah kalau-kalau yang terlintas di fikiran Kadir. 1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini; 2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani; 3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah; 4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum; 5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000; 6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan 7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999. Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7411--901-tujuh-kalau-kadir-jasin
901: Saya akan hadir, ahli terserah - Presiden PAS |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/7430-901-saya-akan-hadir-ahli-terserah-presiden-pas
901: Polis benar himpun, PKR jamin kerjasama |
Muhammad Faizal |
KUALA LUMPUR, 6 Jan: PKR memberi jaminan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis berhubung Himpunan 901 yang akan diadakan 9 Januari ini, tegas Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali. (Polis dan Azmin bersetuju perhimpunan ini diadakan dengan aman...berita Astro Awani) Beliau berkata demikian selepas sesi pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dan beberapa wakil penganjur dan pegawai tertinggi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pagi ini. "Kita mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang telah membenarkan himpunan tersebut. "Pada 9 Januari nanti kita akan memberi kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis bagi memastikan himpunan tersebut berlangsung dengan amam tanpa ada sebarang provokasi yang tidak diingini," jelasnya kepada media selepas pertemuan tersebut. Sidang media khas Bagaimanapun ujarnya, maklumat berkaitan tempat berhimpun dan perkara teknikal lain hanya akan dinyatakan pada sidang media khas jam 3.30 petang ini di Ibu Pejabat PKR. "Secara rasmi kita akan nyatakan pada petang ini mengenai tempat himpunan dan segala maklumat teknikal. "Secara ringkas pihak polis membenarkan himpunan tersebut," jelasnya. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, semalam menyatakan pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Tedahulu, turut hadir pada pertemuan tersebut adalah beberapa pimpinan PKR termasuk Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden PKR N.Surendran yang sebelum ini dipanggil pihak polis berhubung himopunan yang akan dianjurkan itu. Pertemuan hari ini dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7431-901-polis-benar-himpun-pkr-jamin-kerjasama
Saya tidak akan tinggalkan negara ini - Anwar |
Aslani M Foto: M Yarisman |
MACHANG, 6 Jan: Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikkan. “Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang begitu rupa. “Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini. “Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim,” katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang. Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR. Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan. Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab. Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik. “Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki,” ujarnya. Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya. Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia. (Ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7428-saya-tidak-akan-tinggalkan-negara-ini-anwar
Rakyat tetap bangkit walau pemimpin PR dipenjara |
Abdul Aziz Mustafa |
KUALA LUMPUR, 6 Jan: Kalau semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dipenjarakan sekalipun, rakyat akan tetap bangkit menyelamatkan negara ini dari cengkaman kekuasaan Umno, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menegaskan perkara itu ketika pelbagai ramalan menyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan. "Kebencian terhadap Umno yang semakin berapi-api dengan laungan bersama 'asal bukan Umno' tidak peduli lagi sama ada pemimpin atau tidak ada pemimpin. "Zaman telah berubah dan 'asal bukan Umno' menjadi pembakar semangat bersama dan faktor kepimpinan hanya faktor nilai tambah dan bukan lagi penyebab utama kebangkitan rakyat hari ini," kata beliau. Dengan kes masing-masing yang biasanya dikaitkan dengan apa yang didakwa sebagai perhimpunan haram, kata Mohamad, ramai pemimpin PR kini menghadapi perbicaraan di mahkamah. "Saya sendiri menghadapi pelbagai perbicaraan berkaitan dakwaan kononnya menghadiri perhimpunan haram dan apa sahaja mungkin berlaku termasuk hukuman penjara. "Tetapi sama ada saya bebas di luar untuk berjuang bersama rakyat atau dipenjarakan, semua itu tidak relevan lagi kepada sebahagian yang amat besar rakyat yang terlalu sakit hati dan bencikan Umno dan mahu menghancurkan segera cengkaman kekuasaan parti yang semakin sebati dengan panggilan parti perasuah itu," kata beliau. Beliau juga memberi contoh peristiwa yang berlaku ketika Operasi Lallang pada tahun 1987 dahulu. "Walaupun ramai pemimpin barisan hadapan ditangkap, tetapi semangat dan gerakan rakyat melawan Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak mampu dipadamkan malah semakin geram dan membara," kata beliau. Contoh diluar negara pula, kata Mohamad, ialah kebangkitan rakyat di Tunisia yang berjaya menggulingkan pemerintah kejam di negara itu baru-baru ini. "Ramai pemimpin pembangkang yang terpaksa lari keluar negara dan rakyat tidak mempunyai 'central figure', tetapi seperti yang diakui sendiri oleh Rashid Ghannushi yang memimpin parti An-Nahdhah yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya negara itu baru-baru ini, kebangkitan tanpa pemimpin itulah yang berjaya menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang kejam itu," tegas beliau. Beliau yakin, impian Umno untuk melihat lumpuhnya kebangkitan rakyat dengan keputusan perbicaraan Anwar itu akan hangus terbakar dengan berapi-apinya semangat 'asal bukan Umno' yang tidak lagi bergantung kepada mana-mana pemimpin. Mengenai perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini, beliau menegaskan: "Ahli dan penyokong PAS boleh mengiringi Presiden dan Timbalan Presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini". |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7434-rakyat-tetap-bangkit-walau-pemimpin-pr-dipenjara
901: Kejayaan awal Pakatan Rakyat |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini. Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini. "PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita. "Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya. Dalam pada itu beliau memberitahu pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan PKR hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mendatangkan hasil yang baik. "Kita telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. "Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade. "Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi. Jelasnya lagi, PKR mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang istiqamah memperjuangkan hak mereka berhimpun secara aman bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan selama ini. Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui sebelum sidang media tersebut memberitahu seluruh ahli PAS boleh hadir pada hari tersebut dalam memberi sokongan menentang terhadap sistem keadilan yang pincang selama ini. "Himpunan telah diberi kebenaran, maka ahli-ahli PAS boleh hadir kerana ia bukannya merupakan kesalahan, tidak perlu ada kenyataan dari PAS kerana ia telah dibenarkan. "PAS sentiasa menyokong terhadap kempen tersebut prinsip kita selari dengan apa jua dasar yang telah dipersetujui bersama," katanya. Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook menyatakan DAP menyokong himpun kempen 901 dan juga akan turut serta bersama pada hari tersebut. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7435-901-kejayaan-awal-pakatan-rakyat
BN anggap saya bahaya dibiar ‘di luar’ - Anwar |
Mohd Sabri Said |
PERMATANG PAUH, 7 Jan: Ribuan orang ramai mendirikan solat hajat bersama Ketua Umum Parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dataran Kompleks An-Nahdhoh, Penanti, Bukit Mertajam pagi tadi menjelang keputusan hukuman liwat 2 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari ini. Solat hajat yang diimamkan oleh pengerusi kompleks tersebut, Ustaz Mutalib Maarof bermula jam 8.30 pagi turut dihadiri kepimpinan PKR negeri dan keluarganya. Selesai solat hajat beliau diserbu oleh orang ramai untuk bertanya khabar, berpeluk, bersalaman dan tidak kurang ada yang menitiskan air mata apabila bertentangan muka sambil menasihatinya agar bersabar dengan dugaan yang bakal ditempuh. Semasa berucap beliau menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hasrat yang tersembunyi bukan kerana dirinya 'Anwar' tetapi kerana pembongkaran yang membolehkan rakyat lebih celik dan tahu siapa kepimpinan Barisan Nasional (BN) sebenarnya. "BN anggap saya terlalu bahaya jika dibiarkan di luar, maka mereka mencari kaedah yang membolehkan saya dipenjarakan terus buat kali ke dua. Mereka dah kena pada pilihanraya kecil Permatang Pauh di mana majoriti jauh lebih baik dari dulu sedangkan waktu itu saya baru dibebaskan," ujarnya ringkas. Apa pun tambahnya, keluarga dan sanak saudara telah bersedia dengan segala kemungkinan. Katanya, jika dipenjarakan perasaanya tidak lemah sebaliknya ‘lawan tetap lawan’ sementara perjuangan tetap akan diteruskan oleh rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Tegasnya, perjuangan untuk menjatuhkan BN merupakan satu kewajipan kerana kepimpinan yang ada semuanya rosak dan tenggelam. "Sebenarnya penjara atau bebas semua tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat yang terlalu resah dengan penekanan yang tidak disangka-sangka, lagi lama berada di bawa pemerintahan yang tidak adil selagi itulah rakyat terus menderita," jelasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7439-bn-anggap-saya-bahaya-dibiar-di-luar-anwar
901: Ikram beri kebebasan kepada ahli |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Jan: Ahli-ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) bebas untuk melibatkan diri dalam perhimpunan 901, Isnin ini berdasarkan penglibatan politik mereka. Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata, pihaknya amat prihatin terhadap perkembangan terkini yang berkaitan dengan Himpunan 901. “Dalam membuat pendirian ini, Ikram dipandu oleh prinsip-prinsip syariat yang yang menuntut agar keadilan diberikan kepada semua pihak. Katanya, Ikram menghormati keluhuran Perlembagaan, mendokong prinsip-prinsip keadilan, memperjuangkan kesaksamaan dalam proses perbicaraan serta hak rakyat berhimpun mengikut peruntukan Perlembagaan. Menurutnya, Ikram berpendapat bahawa kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah kes berprofil tinggi kerana melibatkan individu penting dalam percaturan politik tanahair. “Maka, sebarang kemungkinan tentang wujudnya tekanan dan gangguan berunsur politik tidak dapat dinafikan dan apatah lagi ditambah dengan isu integriti terhadap badan kehakiman Malaysia yang sering dipersoalkan,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru itu, kata beliau tidak hairanlah sekiranya rakyat mempunyai persepsi negatif dalam kes ini. Lantaran itu, ujarnya Ikram menyeru pihak berkewajipan supaya memastikan agar semua pihak yang terlibat dalam kes ini diberi hak untuk mendapat keadilan sepenuhnya dalam proses perbicaraan dan penghakiman. Disamping itu, katanya tahap pembuktian beyond reasonable doubt “melampaui keraguan yang munasabah” mestilah dilaksanakan dan konsep pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan legaslatif dan badan eksekutif wajib berlaku dengan jelas. “Ikram juga menyeru para penganjur dan polis untuk berkerjasama dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semasa perhimpunan terjamin,” katanya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7440-901-ikram-beri-kebebasan-kepada-ahli
Anwar bersedia terima keputusan Isnin ini |
Abd Shukur Harun |
SUBANG JAYA, 7 Jan:Tidak sampai 60 jam menjelang keputusan kes liwatnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu di sini bahawa beliau sudah bersedia di segi mental dan fizikal untuk menerima apa saja keputusan mahkamah tersebut. Memberitahu lebih 10,000 orang yang hadir di majlis ceramah anjuran PKR/Pakatan Rakyat di stadium mini di sini, Anwar berkata, beliau bersedia menerima sebarang kemungkinan. Tetapi, katanya, dengan nada tegas: “kes lewat saya ini dan keputusannya tidaklah penting, yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU Ke-13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya. “Ertinya kita mesti meneruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan segala kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau apapun keputusan mahkamah,” kata beliau yang disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum. Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu bahawa beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara. Oleh itu, katanya, rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil mestilah meneruskan perjuangan ini. Beliau memberitahu bahawa beberapa pemimpin negara di Asia Barat, termasuk dari kerajaan baru Tunisia dan Perdana Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di salah sebuah negara tersebut, tetapi beliau menolak. “Insya-Allah, saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya. Bagaimanapun minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar, termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi. Dengan nada tegas, Anwar berulang kali menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sama ada beliau berada dalam penjara atau di luar penjara untuk membebaskan negara ini dari kancah rasuah, menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat yang kurang berada. Katanya, beliau pernah mengalami pelbagai penyiksaan, dihina, dipukul, dipenjara dan pelbagai lagi. Tetapi, semuanya, katanya tidak sedikitpun mengurangkan semangat perjuangannya menegakkan untuk keadilan dan membela rakyat. “Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” katanya. Jika diukur dari kehadiran di majlis ceramah Anwar malam semalam, ada isyarat jelas bahawa majoriti penduduk Subang Jaya yang terdiri dari pelbagai kaum menyokong Pakatan Rakyat. Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh dari DAP yang turut berucap malam itu adalah antara Adun Pakatan di Selangor yang mendapat majoriti besar dalam PRU Ke-12, 2008 yang lalu. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Rani Othman yang turut berucap menyeru ahli PAS Selangor supaya datang beramai-ramai ke kawasan letak kereta di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur dengan aman pagi Isnin ini, untuk memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim. “Kita menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar menentang kezaliman dan menegakkan keadilan. Ini bukan persoalan peribadi beliau, tetapi perjuangan Anwar,” kata Dr. Rani. Turut berucap di majlis tersebut, pemimpin PKR Selangor, Syed Shahir, bekas Speaker Perak, V. Sivakumar. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7441-anwar-bersedia-terima-keputusan-isnin-ini
Ahli PAS diarah patuhi persetujuan polis dan PKR |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengarahkan ahli dan penyokong agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901 esok. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar. "Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan esok agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," katanya kepada Harakahdaily. Azmin, Timbalan Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok. Mahkamah dijangka akan menjatuhkan hukuman kepada Anwar esok dalam pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Pihak polis telah menyatakan persetujuan untuk memberikan kebenaran mengadakan perhimpunan tersebut berdasarkan akta perhimpunan awam yang baru diluluskan Parlimen. Polis membenarkan peserta perhimpunan berhimpun di tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta. Polis telah menetap syarat untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan termasuk perhimpunan hanya boleh dibuat di padang kereta itu sahaja. Jika padang itu sudah penuh, mereka yang selebihnya hendaklah bersurai dari kawasan mahkamah. Mereka juga dikehendaki jangan sesekali mengganggu persidangan mahkamah dan hendaklah bersurai sejam selepas mahkamah membuat keputusan. Azmin dalam sidang mediannya berkata, pihaknya telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta. "Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak. Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade. "Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7442-ahli-pas-diarah-patuhi-persetujuan-polis-dan-pkr
Sidang Media TP/PKR : www.youtube.com/watch?v=IVXHcYGo-Ms
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7451-fayyad-ada-minta-ais-sebelum-tidak-sedarkan-diri
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7454-dap-tetap-bersama-anwar
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7455-menjelang-901-zaid-anwar-saling-bermaafan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7456-himpuan-901-ipt-perlu-seiring-dengan-menteri
Fayyad ada minta ais sebelum tidak sedarkan diri |
Mohd Sabri Said |
BUKIT MERTAJAM, 8 Jan: Pengawal peribadi presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Fayyadh Afiq Al Bakqry pada mulanya menganggap darah yang keluar di telapak tangan kirinya hanya cedera biasa. Menceritakan hal itu, Pengarah LANG GAR 901, Zulkifli Saad berkata, pada mulanya juga Fayyad tidak memberitahu sesiapa tentang kecederaannya termasuk kepada Wan Azizah. Fayyad katanya ada meminta seorang rakan yang lain mendapatkan ais untuk diletakkan ditangannya bagi menghentikan darah yang keluar. "Semua orang di atas pentas tidak tahu menahu telapak tangan kiri Fayydh berdarah kerana beliau sendiri menggangapnya perkara biasa kemungkinan terkena apa-apa objek tajam seperti jarum," katanya. Beliau mengulas kejadian yang menimpa Fayyad malam tadi pada satu ceramah presiden PKR itu sempena pelancaran LANG-GAR 901 di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun Pulau Pinang. Ketika itu Fayyadh mengiringi Wan Azizah meredah melalui kesesakan orang ramai yang hadir di ceramah berkenaan pada kira-kira jam 9 malam apabila kejadian itu dikatakan berlaku. Sambung Zulkifli lagi, selepas ceramah tersebut Fayyadh Afiq kemudiannya mengiringi Wan Azizah ke satu lagi ceramah di Parit Buntar, Perak tetapi dia mula berasa sakit dan akhirnya tidak sedarkan diri sewaktu dalam perjalanan dipercayai terkena objek tajam beracun. "Semasa Pengerusi Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Cikgu Bard sedang berucap tiba-tiba saya dapat panggilan dari Kak Wan dengan nada menanggis memberitahu Fayyadh pengsan dan tidak bermaya ketika berhenti mengisi minyak di salah sebuah stesen di sekitar Nibung Tebal ketika perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, " terangnya lagi. Rombongan tersebut kemudiannya diarah kembali ke Hospital Seberang Jaya untuk menerima rawatan kecemasan. Sehubungan itu juga satu laporan polis di buat di Balai Polis Seberang Jaya oleh Saudara Mohd Nurol Sayah sekitar jam 2.00 pagi. Pengadu dalam laporanya menegaskan, semasa perjalanan mengantar Datin Seri Dr Wan Azizah, Nurul Ilham, Fayyadh dan Mohd Reza ke ceramah di Jalan Kilang Ubi, Tok Kun tiba-tiba Fayyadh mengadu kepadanya bahawa tanganya teras kebas dipercayai terkena suntikan beracun. "Apa pun kami tunggu tindakan polis berhubung perkara itu. Kami minta pihak polis menyiasat perbuatan yang kotor berkemungkinan ada kaitanya dengan hari keputusan penghakiman membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin ini, " kata Zulkifli. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7451-fayyad-ada-minta-ais-sebelum-tidak-sedarkan-diri
DAP tetap bersama Anwar |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 8 Jan: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan para pemimpin DAP akan berada bersama rakyat di Kompleks Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur esok bagi memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, beliau tetap dengan pendirian bahawa Anwar adalah pemimpin Pakatan Rakyat, lapor Roketkini.com. “Kalau Anwar menang (kes mahkamah) tentu sudah tentu beliau ada peluang menjadi Perdana Menteri (bila Pakatan menang PRU13)” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan DAP 2012 di sini hari ini.
Dalam ucapan perasmiannya, Guan Eng menegaskan sekali lagi komitmen dan semangat kesetiakawanan DAP dengan Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Pembangkang.
”Kita berdiri teguh di belakangnya sebagai Perdana Menteri alternatif, walau apa pun keputusan perbicaraan esok, kita akan terus menyokongnya,” katanya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tumpuan harus diberi bukan kepada Anwar, tetapi kepada PRU13 akan datang. “Kita harapkan beliau berjaya esok dan semoga beliau dapat mengecapi Impian Bangsa Malaysia bersama kita,” katanya. DAP hari ini mengemukakan Deklarasi Shah Alam bertemakan ‘Impian Bangsa Malaysia’ bagi mengukuhkan lagi iltizam menghadapi PRU13 akan datang. Guan Eng berkata, setelah 46 tahun DAP tidak pernah ‘tertinggal’ dan kekal teguh dengan dengan aset utamanya iaitu menolak rasuah dan kronisme. ”Untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia untuk sebuah negara yang maju, kita mahu negara berpolisi, bukan negara polis, kita memberi jaminan buat rakyat Malaysia bahawa kita tidak akan sama sekali menjual martabat kita kepada BN. “Dalam usaha untuk merealisasikan Impian Bangsa Malaysia kita tidak mahukan kemenangan berdasarkan kekuatan tetapi kemenangan berdasarkan kebenaran. Marilah kita mengecapi Impian Bangsa Malaysia!,” katanya.
Sehubungan itu bagi memperkasakan Impian Bangsa Malaysia, fokus utamanya ialah dengan menaikkan ekonomi rakyat, meningkatkan mutu hidup serta pengurangan kos sara hidup.
”You ingat ‘kawan baik’ saya (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri) Koh Tsu Koon akan tanggung kah?” katanya menjelaskan di Kerajaan Pakatan Pulau Pinang telah mengurangkan 95 peratus hutang negeri dalam tempoh empat tahun memerintah. Tambah Guan Eng lagi, sudah sampai masanya untuk memperkenalkan konsep “solidariti ekonomi” dalam membentuk gagasan Impian Bangsa Malaysia. ”Konsep ini bermaksud solidariti antara yang kaya dengan yang miskin, antara bandar dengan luar bandar, antara yang kuat dengan yang lemah.” Justeru, Guan Eng menjelaskan lapan langkah untuk mencapai gagasan Impian Bangsa Malaysia iaitu: 1. Pelaksanaan gaji minima. 2. Menghubungkan terus kadar kenaikan gaji minima dengan kadar inflasi. 3. Memupuk penyertaan tenaga kerja wanita. 4. Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. 5. Melonjakkan ekonomi melalui teknologi dan automasi. 6. Membanteras korupsi, rasuah dan ketirisan melalui pentadbiran berteraskan prinsip CAT (Cekap, Akauntabel, Telus). 7. Meluhurkan undang-undang; dan 8. Mempertahankan hak-hak sah pekerja. Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, dan Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim, dan Pengerusi PRM, Dr Rohana Ariffin. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7454-dap-tetap-bersama-anwar
Menjelang 901: Zaid – Anwar saling bermaafan |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim yang satu ketika dulu meninggalkan PKR dengan kritikan keras terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil inisiatif untuk bermaaf-maafan dengan Ketua Umum PKR, hari ini, sehari sebelum tarikh 901. Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas. Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. “Anwar, I have said some harsh things about you. I am sorry. Politics sometimes bring the worst in us. I hope you will be fairly treated. (Anwar, saya telah mengatakan sesuatu yang amat kasar pada anda. Saya mohon maaf. Politik ini kadang-kadang membuat kita melakukan benda terburuk. Saya harap anda akan dilayan dengan adil),” tulis Zaid di Twitter. Dalam jawapannya, Anwar menjawab, “Thank you and continue to support the reform agenda (Terima kasih, dan teruskan menyokong agenda reformasi).” Tahun lepas, Zaid meninggalkan parti PKR selepas pertarungan sengit dengan Azmin Ali, untuk jawatan timbalan presiden parti, yang dimenangi Azmin pada akhirnya. Akhirnya Zaid menubuhkan parti Kita. Zaid mula berbaik dengan pembangkang semula sejurus perhimpunan agong Umno selesai dan mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebaliknya akan memberikan sokongan kepada parti pembangkang. Zaid menyifatkan ucapan-ucapan pemimpin Umno semasa perhimpunan agong sebagai merbahaya dan tidak bertanggungjawab, dan oleh itu, bagi menunjukkan perpaduan kita kepada rakyat Malaysia, dan penolakan Kita kepada apa jua idea fasis dan berkuku besi, Zaid menyatakan bahawa Kita akan terus menyokong platform pembangkang dengan harapan untuk membawa perubahan sebenar. Selasa lepas, Zaid mempertahankan Pakatan Rakyat daripada kutukan dan perbuatan Raja Petra Kamaruddin, yang disifatkan ramai sebagai kawan akrabnya, yang mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat dengan tuduhan tidak berasas pada January 1, di semua media Umno. Menulis di blognya ketika itu, Zaid berkata walaupun ada perkara yang beliau berbeda dengan Anwar, tapi beliau mengakui jasa Anwar dalam menguatkan barisan pembangkang negara. Dalam temubual bersama Malaysiakini, Anwar berkata tiada siapapun, termasuk Zaid yang patut dikutuk untuk seumur hidup dalam politik. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7455-menjelang-901-zaid-anwar-saling-bermaafan
Himpuan 901: IPT perlu seiring dengan Menteri |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) menasihatkan pihak Institut Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di negara ini berpendirian selari dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang membenarkan mahasiswa menyertai himpunan 901 esok. Sambil menyambut baik kebenaran oleh menteri itu, Presidennya Akram Ikrami Taib Azamudden dalam satu kenyataan berkata, ianya sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. "Gamis menyarankan kepada seluruh pentadbiran universiti agar menyambut kenyataan dari KPT berhubung kebenaran untuk menyertai himpunan 9 Januari nanti. "Ini sejajar dengan semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971. Sepatutnya pentadbiran universiti menunjukkan kebersamaan dengan KPT," katanya. Semalam, Datuk Seri Khaled Nordin dilaporkan berkata mahasiswa IPT dibenarkan untuk menyertai himpunan 901 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin ini. Katanya, jika perhimpunan tersebut dibenarkan pihak polis dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah. “Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam. Sebelum ini, pentadbiran Universiti Malaya telah mengeluarkan notis amaran akan mengambil tindakan tegas kepada pelajar mahupun kakitangan kampus itu yang menyertai himpunan tersebut. . "Di peringkat Gamis kami merasakan inilah ruang yang terbaik bagi mahasiswa untuk menilai sistem perundangan dan institusi kehakiman negara dalam masa yang sama, mereka turun ke perhimpunan tersebut bukan atas ‘tiket’ mahasiswa tetapi atas ‘tiket’ rakyat Malaysia yang mempunyai hak untuk mengundi dalam pilihanraya," tegas Akram. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7456-himpuan-901-ipt-perlu-seiring-dengan-menteri
Anwar arah pastikan perhimpunan aman
Hazayani Zakaria, Mohamad Faizal, Aziz Muda dan Nazri Abdullah, | 09 January 2012 |
LINTAS LANGSUNG DARI MAHKAMAH
8.55 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyokongnya agar memastikan perhimpunan hari ini berjalan dengan aman sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau.
Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.
8: 36 pagi: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. Sebelum itu, AJK PAS, Datuk Seri Nizar sudah sampai.
8.23 pagi: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyampaikan ucapan di tempat berhimpun iaitu di tempat letak kereta mahkamah.
8.22 pagi: Anwar tiba di mahkamah dengan laungan reformasi. Sambutan luar biasa diberikan kepada Anwar.
8.10 pagi: Datuk Seri Anwar Ibrahim mula bergerak dari rumahnya bersama keluarga. Dilaporkan ribuan penyokong beliau sudah memenuhi perkarangan mahkamah.
8.00 pagi: Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor juga kelihatan memasuki Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
7.58 pagi: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bersama pimpinan PKR dan keluarganya tiba di perkarangan mahkamah.
7.30 pagi: Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.
6.00 pagi: Orang ramai memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke perkarangan mahkamah tinggi jalan Duta.
4.00 pagi: Sejak jam 4 pagi orang ramai sudah mula berkumpul di masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
(Anwar melambai tangan kepada penyokongnya semasa tiba ke mahkamah)
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.
Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.
Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.
Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.
Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.
Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah.
Anwar antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kepada kepimpinan PAS yang hadir sepenuhnya termasuk presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan," kata Anwar.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.
"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.
Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.
"Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula," kata Anwar disambut terikan reformasi oleh semua yang hadir.
Sumber HD : 9/01/2012

Anwar arah supaya himpunan sentiasa aman
Hazayani Zakaria, Mohamad Faizal, Aziz Muda dan Nazri, |
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua penyokongnya agar memastikan perhimpunan hari ini berjalan dengan aman sebelum, semasa dan selepas hukuman dijatuhkan ke atas beliau.
Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.
Anwar yang tiba ke perkarangan mahkamah kira-kiran jam 8.22 pagi disambut oleh para penyokongnya dengan laungan reformasi dan takbir.
Turut bersama beliau adalah isteri serta anak-anaknya.
Selain Anwar, yang telah berada di mahkamah adalah para pemimpin PAS, PKR dan DAP.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. Sebelum itu, AJK PAS, Datuk Seri Nizar sudah sampai.
Nizar sempat menyampaikan ucapan di tempat berhimpun iaitu di tempat letak kereta mahkamah.
Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.
Sebelum itu, mereka memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke perkarangan mahkamah tinggi jalan Duta.
Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 4 pagi.
Perhimpunan di perkarangan mahkamah dikatakan mencecah 20 ribu orang walaupun jangkaan awal hanya sekitar 5,000 sahaja.
Kedatangan Anwar di sambut dengan laungan reformasi dan jurukamera dan orang ramai berebut-rebut untuk mengambil gambar.
Walaupun kawal rapi oleh pasukan marshal dari PKR tetapi semangat orang ramai untuk mendekati Anwar menjelang hukuman dijatuhkan tidak dapat dikawal.
Sumber HD : 9/01/2012Arahan ini dikeluarkan Anwar kepada penyokongnya semasa beliau memberikan ucapan ringkas sebelum memasuki mahkamah untuk mendengar keputusan ke atasnya.
Anwar yang tiba ke perkarangan mahkamah kira-kiran jam 8.22 pagi disambut oleh para penyokongnya dengan laungan reformasi dan takbir.
Turut bersama beliau adalah isteri serta anak-anaknya.
Selain Anwar, yang telah berada di mahkamah adalah para pemimpin PAS, PKR dan DAP.
Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar antara pimpinan utama PAS yang awal tiba di mahkamah. Sebelum itu, AJK PAS, Datuk Seri Nizar sudah sampai.
Nizar sempat menyampaikan ucapan di tempat berhimpun iaitu di tempat letak kereta mahkamah.
Padang letak kereta Mahkamah Jalan Duta mula dipenuhi oleh para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mula berkumpul di situ sejak jam 6.15 pagi sebaik sahaja selesai solat subuh.
Sebelum itu, mereka memenuhi Masjid Wilayah Persekutuan untuk sembahyang Subuh sebelum bertolak ke perkarangan mahkamah tinggi jalan Duta.
Mereka mula berkumpul di situ sejak jam 4 pagi.
Perhimpunan di perkarangan mahkamah dikatakan mencecah 20 ribu orang walaupun jangkaan awal hanya sekitar 5,000 sahaja.
Kedatangan Anwar di sambut dengan laungan reformasi dan jurukamera dan orang ramai berebut-rebut untuk mengambil gambar.
Walaupun kawal rapi oleh pasukan marshal dari PKR tetapi semangat orang ramai untuk mendekati Anwar menjelang hukuman dijatuhkan tidak dapat dikawal.
Anwar bebas, mahkamah ragu kesahihan bukti
Hazayani Zakaria, Mohamad Faizal, Aziz Muda dan Nazri Abdullah, | 09 January 2012 |
(Anwar melambai tangan kepada penyokongnya semasa tiba ke mahkamah)
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendapatinya tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini tanpa keraguan.
Hakim Mohd Diah Zabidin berkata, mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel telah dikompromikan.
Beliau hanya membaca dua minit sahaja keputusan itu.
Pengumuman ini disambut dengan penuh linangan air mata kegembiraan oleh para penyokongnya.
Turut berada dalam mahkamah adalah keluarganya disamping para pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sebaik sahaja keputusan diumumkan, Anwar dipeluk oleh anaknya yang juga anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah.
Puluhan ribu penyokongnya yang berada di luar mahkamah juga menyambut keputusan mahkamah ini dengan penuh kegembiraan dan laungan reformasi bergema.
Anwar Ibrahim selepas dibebaskan telah memberikan ucapan kepada puluhan ribu penyokongnya di perkarangan mahkamah.
Anwar antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kepada kepimpinan PAS yang hadir sepenuhnya termasuk presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Saya ucap terima kasih kepada (Datuk Seri Dr Wan) Azizah dan keluarga, barisan peguam yang hebat, pimpinan Keadilan, pimpinan PAS yang datang dengan penuh kekuatan," kata Anwar.
Beliau turut ucapkan terima kasih kepada para pemimpin DAP dan PKR serta semua yang hadir.
"Saya dibebaskan oleh mahkamah kerana didapati tidak bersalah," kata Anwar.
Beliau juga berkata, kemenangan ini adalah kemenangan rakyat, tetapi perjuangan mesti diteruskan.
"Tugas kita sekarang bebaskan rakyat rakyat pula," kata Anwar disambut terikan reformasi oleh semua yang hadir.
Sumber HD : 9/01/2012
Tiga letupan berlaku di sekitar mahkamah
Mohamad Faizal, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Tiga letupan berlaku di sekitar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mendengar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga letupan itu dikatakan berlaku dari dari kon lalulintas dan dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian yang pertama, sebuah kereta telah rosak manakala seorang cedera terkena serpihannya.
Letupan kedua pula berlaku di dalam kawasan ibu sawat TNB manakala letupan ketiga di sekitar bangunan persekutuan.
Pihak polis telah mengarahkan orang ramai agar beredar dari tempat-tempat yang disyaki menjadi lokasi kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Polis juga didapati menggunakan anjing pengesan untuk menyiasat kawasan letupan berkenaan.

Tahniah, permulaan baik keadilan di Malaysia - Presiden PAS
Nazri Abdullah, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pembebasan beliau hari ini dan harap ia permulaan baik untuk proses keadilan di Malaysia.
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap, keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat.
(Gambar: Kartun AMN yang membayangkan permerhatian beliau terhadap keputusan mahkamah hari ini)
Kenyataan itu disampaikannya ketika ditemui para wartawan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Abdul Hadi berada di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bersama dengan puluhan ribu rakyat nyang berhimpun bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar.
Anwar dibebaskan oleh mahkamah selepas pihak pendakwa gagal memberikan bukti tanpa keraguan dalam kes ini.
Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah berkata, pihak mahkamah tidak dapat menolak kemungkinan kesahihan sampel yang dikemukakan telah dikompromikan.
"Kita harapkan keputusan ini menguatkan lagi Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya akan datang," kata Abdul Hadi.
Beliau juga bagi pihak PAS melahirkan rasa shukur kepada Allah dan "kita ucap tahniah kepada Datuk Seri Anwar di atas pembebasan ini."
(Gambar: Ustaz Hadi ketika tiba bersama pemimpin PAS di perkarangan mahkamah hari ini)
Beliau berharap, ini permulaan baik kepada proses keadilan di Malaysia melalui sistem pemisahan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehaikaman yang di amal dalam negara demokrasi.
Bukan sahaja mahkamah ini, mahkamah rakyat juga perlu diberi keadilan dalam pilihan raya, katanya.
Ketika ditanya wartawan, adakah mahkamah sudah dilihat adil, Abdul Hadi berkata, "Masih terlalu awal, beribu-ribu kes lagi banyak lagi kes yang kita perlu tengok."
Sumber HD : 9/01/2012
Pimpinan PAS bersyukur : http://www.youtube.com/watch?v=oQjNDIvr5l0
Komen Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=U6a8qJ_or2o
DSAI berterima kasih : http://www.youtube.com/watch?v=p97bYiU-jjI
KPP Desak DSNR letak jawatan : http://www.youtube.com/watch?v=515IZwFmMvc
Ulasan TGNAANM : http://www.youtube.com/watch?v=f9hpEyDSGis
Sumber HD : 9/01/2012
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berharap keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes-kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyatakan demikian sebagai respons kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang telah memutuskan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan.
Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
“Ikram percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar dan keluarga.
Ikram juga, katanya mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.

Jangan lupa perjuangan anak muda
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pakatan Rakyat diingatkan bahawa ini bukannya masa untuk bergembira dan berseronok dengan pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu liwat kerana permainan politik Umno BN bersimpang siur dan tidak mampu dibaca.
Pengerusi Majlis Politik Nasional (MPN) Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, Umno BN boleh berbuat apa sahaja bagi memastikan kemenangan dalam PRU-13.
“Anwar sudah bebas, jangan lupa perjuangan anak muda.
“Mahasiswa merupakan antara suara terbesar dalam pentas politik tanah air,” ujarnya.
Justeru, ujarnya Auku mesti dimansuhkan dengan segera dan bebaskan mahasiswa daripada ditangkap oleh pihak pentadbiran universiti.
Katanya, dalam pada isu 5 mahasiswa KUIN masih tidak selesai, mahasiswa UPSI pula menjadi mangsa.
Baginya, pentadbiran UPSI telah mengambil keputusan 'gopoh' apabila ingin mengambil tindakan terhadap Adam Adli, sedangkan kerajaan sedang berusaha untuk meminda Auku.
“Saya kira UPSI sangat tidak bijak dan telah menjatuhkan kredibiliti sebagai institut pendidikan kerana dipengaruhi oleh beberapa pihak khususnya Umno,” ujarnya lagi.
Kebelakangan ini, katanya Aspirasi semakin lantang untuk bersuara.
“Saya desak Aspirasi jangan 'menyalak' lagi. Tindakan Aspirasi hanyalah memberi kerugian kepada negara,” katanya.
Tegasnya, anak muda boleh menilai dengan sendiri, tidak perlu mengikut tunjuk ajar Umno.
Menurutnya, mahasiswa jelas bahawa kerajaan akan datang bukan lagi milik Umno BN, perubahan besar mesti dilaksanakan.
Justeru, ujarnya pilihan raya akan datang pastinya akan memberi nafas baru kepada Malaysia dan rakyat setelah berpuluh-puluh tahun berada dalam propaganda Umno.

Ikram harap integriti kehakiman negara pulih
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) berharap keputusan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu petanda positif kepada pemulihan integriti sistem kehakiman negara yang melaksanakan amanahnya sebagai institusi yang adil, bebas dan berintegriti dalam menangani semua kes-kes mahkamah sama ada yang berprofil tinggi atau biasa.
Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad menyatakan demikian sebagai respons kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang telah memutuskan Anwar tidak bersalah dalam tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah telah mengarahkan Anwar Ibrahim dibebas dan dilepaskan.
Kes tersebut bagaimanapun boleh dirayu di Mahkamah Persekutuan.
“Ikram percaya hanya dengan sikap demikian kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman akan dapat dipulihkan,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Anwar dan keluarga.
Ikram juga, katanya mengucapkan tahniah kepada pihak polis dan penganjur Perhimpunan 901 yang bekerjasama memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta sepanjang perhimpunan.
Kemenangan rakyat yang cinta keadilan
Aziz Muda, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari sabitan kes liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, membuktikan kebenaran akan tetap mengatasi kebatilan.
Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (gambar) berkata, keputusan itu juga turut membuktikan segala tuduhan dan tohmohan para pemimpin Umno BN terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini ternyata palsu dan fitnah semata-mata.
"Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya di atas keputusan itu setelah melalui pelbagai liku dan cabaran getir sejak bertahun-tahun lalu," katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Menurutnya, keputusan tersebut bukan sahaja kemenangan bagi Anwar dan keluarganya, tetapi merupakan kemenangan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, setelah Anwar dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah hari ini, seluruh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat perlu melipatgandakan lagi usaha untuk menumbangkan Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
"Ini adalah satu permulaan yang baik dan kuasa rakyat akan menjadi penentu bagi menjamin kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 nanti," katanya yang juga Adun Batu Buruk, Kuala Terengganu, Terengganu.
Dengan kemenangan rakyat pada hari ini, beliau turut yakin landskap politik tanah air akan berubah pada PRU Ke-13 nanti sehingga membolehkan Pakatan Rakyat akan melangkah dengan bergaya ke Putrajaya dengan kuasa rakyat.
Sementara Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Tuan Azan Ismail pula ketika ditemui berkata, keputusan mahkamah hari ini jelas membuktikan tiada sebarang kes atau isu mengenai liwat yang boleh disabitkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari awal lagi.
"Segalanya ternyata hanyalah konspirasi para pemimpin Umno BN untuk menyekat Datuk Seri Anwar mara ke hadapan bersama Pakatan Rakyat, sehingga mereka melakukan pelbagai cara termasuk menggunakan DNA yang amat meragukan, tetapi akhir mereka tetap juga tidak berjaya," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, keputusan tersebut turut membuktikan niat jahat Umno itu tidak diterima oleh seluruh sistem di negara ini termasuk kehakiman, ekonomi, sosial dan pendidikan.
"Ini juga petanda Umno BN kini sudah berada di paku terakhir kehancuran. 9 Januari 2012 ini merupakan lambang kebangkitan rakyat bagi melakukan perubahan terhadap pentadbiran negara untuk digantikan dengan pentadbiran baru," tegasnya.
Lebih jauh dari itu, ia juga turut diyakini akan menyebabkan Kerajaan BN tidak berani untuk mengadakan PRU Ke-13 dalam masa terdekat, khususnya pada bulan March atau April ini seperti yang dijangka pelbagai pihak.
"Apa pun, kita turut berharap agar keputusan hari ini akan turut menyedarkan para pemimpin Umno BN sehingga turut bersama-sama melakukan perubahan ke arah yang lebih baik bagi negara kita," tegasnya.
PAS, DAP dan PKR yang berada dalam Pakatan Rakyat, tambah beliau, sekarang ternyata telah terlalu mantap dengan kesemua pemimpin dan penyokongnya ingin melakukan perubahan ke arah yang lebih baik bagi negara.
"Kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turut berjuang ke arah itu tanpa sebarang dendam terhadap para pemimpin Umno BN walaupun mereka telah melakukan pelbagai penganiayaan terhadap beliau.
"Jadi sekarang tibalah masanya untuk para pemimpin Umno BN juga turut melakukan tindakan yang sama bagi kepentingan negara," ujar beliau.

Khalid: Pembebasan Anwar rancakkan reformasi ekonomi
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dari tuduhan liwat hari ini bakal merancakkan agenda reformasi pentadbiran dan politik negeri itu.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khalid berkata, keputusan itu juga memberi lonjakkan moral kepada Pakatan Rakyat Selangor untuk bekerja lebih keras.
“Dengan Anwar sebagai Penasihat Ekonomi, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor akan meneruskan agenda reformasi pentadbiran dan politik demi kebaikan rakyat,” tambah beliau lagi.
“Bagi Pakatan Rakyat, keputusan ini menjadi lonjakan moral kepada kami untuk bekerja lebih keras bagi merealisasikan agenda reformasi. Masih banyak yang perlu dilakukan kerana politik di Malaysia masih tidak sekata,” kata Khalid.
Dalam pada itu beliau juga menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi itu sebagai satu langkah positif ke arah sistem kehakiman yang bebas.
Katanya, keputusan ini jua membuktikan kematangan sistem kehakiman namun masih banyak yang perlu diperbaiki ke arah badan kehakiman yang benar-benar bebas.
Beliau juga mengucapkan tahniah kepada penyokong Pakatan Rakyat kerana sekali lagi berjaya mengadakan perhimpunan secara aman dan bertanggungjawab selain berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal perhimpunan dengan berhemah.
Beliau bagaimanapun kesal dengan kejadian letupan di luar Kompleks Mahkamah yang menyebabkan beberapa individu cedera.
“Saya berharap polis menyiasat kejadian ini secara adil dan telus. Penjenayah yang terlibat dalam kejadian ini perlu menerima hukuman yang setimpal,” katanya.

901: Kebangkitan rakyat tidak boleh dibendung lagi
Hazayani Zakaria, |
KUALA LUMPUR, 9 Jan: Gelombang kebangkitan rakyat untuk menuntut keadilan ternyata tidak dapat dibendung lagi meskipun diganggu dengan pelbagai halangan.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman (gambar) berkata, ianya jelas digambarkan melalui perhimpunan 901 yang dihadiri ribuan rakyat dari seluruh negara hari ini.
"Himpunan hari ini bagi signal bahawa apa sahaja halangan yang dibuat, tetapi akhirnya suara rakyat yang memutuskan untuk turun ke perhimpunan ini," kata beliau ketika ditemui di perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.
Dr. Rani yang juga Adun Meru sekali lagi menegaskan, rakyat bukan menyertai perhimpunan 901 kerana peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kerana ingin menujukkan rasa tidak puas hati terhadap kepincangan sistem kehakiman di negara ini.
"Seperti yang kita katakan sebelum ini, sama ada keputusan Anwar bebas atau sebaliknya, perjuangan ini diteruskan.
"Ini bukan perjuangan membebaskan Anwar Ibrahim tetapi di belakangnya, perjuangan menegakkan keadilan dan ini dituntut oleh Islam," katanya.
Tambah beliau, gelombang seperti ini diharap dapat dikekalkan sehingga pilihan raya umum ke-13.
"Momentum inilah kita harap dikekalkan sehingga pilihan raya akan datang," katanya.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, bebas daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium, empat tahun lalu.
Mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujudnya elemen tiada integriti dalam sampel DNA.
Keputusan itu diterima dengan rasa syukur oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, perhimpunan 901 mendapat tentangan hebat daripada Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dipimpin ahli Parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.
Perkasa yang juga mensasarkan ribuan ahlinya hadir menentang perhimpunan 901 bagaimanapun tidak kelihatan pagi tadi.

Penyebar fitnah tidak boleh lepas tangan
Muhammad Faizal, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: "Kita sebagai sebuah negara yang berjiran antara Indonesia dan Malaysia, kita perlu hidup dalam kerangka demokrasi yang adil serta jujur demi kepentingan rakyat untuk maju bersama-sama," jelas Naib Presiden Partai Bulan Bintang Indonesia, Fathur Rahman.
Beliau yang ditemui sejurus keputusan fitnah II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam menyifatkan keputusan tersebut tidak hanya kepada Anwar sahaja tetapi adalah tuntutan rakyat.
"Saya melihat ia bukannya keputusan yang dilakukan kepada seorang pemimpin bernama Anwar tetapi kepada tuntutan rakyat yang mahukan pengadilan yang telus dan adil, bukan untuk kepentingan peribadi Anwar.
"Saya berharap bahawa sistem pengadilan di Malaysia terus berkembang dan konsisten dalam merangka menjaga hak asasi manusia dan menegak keadilan, itu yang paling penting," jelasnya.
Tambahnya lagi, ketika ditanya tentang kenyataan fitnah yang diperkatakan sebelum ini, beliau mengharap persoalan tersebut perlu diperjelaskan oleh pihak yang bertanggungjawab dalam penyebaran tersebut.
"Tentang isu fitnah yang telah dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, saya rasa ia perlu dijelaskan kepada rakyat dan pihak tersebut tidak boleh lepas tangan begitu sahaja setelah mereka memburukkan imej seorang pemimpin yang dihormati negara-negara luar.
"Sistem pengadilan di Malaysia perlu bersih dari campur tangan pihak luar agar segalanya berlaku secara telus, dengan cara ini sahaja rakyat akan kembali menghormati sistem keadilan sesebuah negara," sambungnya lagi.
Tambahnya, di Indonesia sistem pengadilan telah dilakukan sepenuhnya di mana rakyat akan menjadi pemantau kepada sistem pengadilan agar ia dilakukan secara adil dan jujur.
Sebelum itu, Fathur telah datang ke negara ini sejak hari Ahad lagi bagi mengikuti perjalanan keputusan isu Fitnah II.
Dalam pada itu, hubungan baik Anwar bersama Partai Bulan Bintang itu telah lama dan sering kali perbincangan diadakan apabila Anwar berkunjung ke Indonesia.
Sumber HD : 10/01/2012

Bebas Anwar, kemenangan awal Pakatan Rakyat
Muhammad Faizal, |
SHAH ALAM, 10 Jan: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menyifatkan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar semalam merupakan tamparan awal kepada Umno BN menjelang Piliham Raya Umum ke-13 nanti.
Dengan keputusan membebaskan Anwar itu ujarnya, Umno terpaksa mencari skrip baru untuk menutup malu selepas terlebih dahulu meletakkan hukuman bersalah terhadap ketua pembangkang itu sebelum mahkamah membuat keputusan.
"Umno terpaksa menerima keputusan ini dalam keadaan yang sabar kerana keadilan akhirnya terbukti walaupun mereka sebelum ini telah membuat keputusan awal terhadap Anwar.
"Sebelum PRU-13 Umno telah kalah dalam politik kotor mereka yang telah dirancang hampir tiga tahun dan saya pasti hukuman sepenuhnya pada Umno adalah pada PRU13 nanti," jelasnya.
Kamaruddin yang juga AJK PAS Pusat itu juga berkata, hakim menolak pertuduhan fitnah yang dimainkan oleh Umno hanya menggunakan empat hingga lima ayat sahaja walaupun pelbagai perkara telah ditimbulkan.
"Saya harap ini harus menjadi kes politik kotor yang terakhir dalam sejarah negara ini dan rakyat sendiri pun sudah mula muak kepada politik sedemikian," sambung beliau lagi.
Sementara itu beliau berkata, sesi penerangan akan diteruskan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha memberi maklumat sebenar kepada rakyat berhubung kes itu.
"Kita akan terus memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku sebab kita pasti Umno akan memutar belit kenyataan mereka," jelasnya.
Tanpa gangguan, perhimpunan jadi aman
Dalam pada itu, Kamarudin berkata, tindakan polis membenarkan perhimpunan itu berjalan tanpa gangguan membuktikan ia boleh berjalan dengan aman.
Berbanding dengan perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini, perhimpunan 901 berjalan dengan baik tanpa kekecohan dan kesusahan orang ramai.
"Tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya dan tangkapan di seluruh negara sebelum, semasa dan selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menyebabkan kesusahan orang ramai. Tetapi apabila polis bagi kerjasama, ia berjalan dengan baik tanpa kekecohan," kata beliau.
Kamarudin mengulas suasana aman yang berlangsung sepanjang perhimpunan 901 semalam.
Sumber HD : 10/01/2012
(Kain rentang Pakatan Rakyat jadi mangsa di Seberang Temerloh)
TEMERLOH, 10 Jan: Mungkin kerana marah dengan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, banner yang memaparkan janji Pakatan Rakyat untuk pilihan raya akan datang menjadi mangsa.
Banner atau kain rentang yang memaparkan tawaran Pakatan Rakyat di Seberang Temerloh telah diconteng oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Gambar conteng ini dipaparkan oleh blog selamatkanpahang.
Dalam banner itu, Pakatan Rakyat menjanjikan harga minyak diturunkan serta merta manakala elaun guru dinaikkan RM500.
Jenerasi kedua Felda pula ditawarkan menjadi peneroka untuk tanah Felda Plantation yang hendak dicagarkan oleh Felda untuk Felda Global Venture Berhad (FGVB).
Turut ditawarkan menjadi peneroka atas tanah itu adalah pesara tentera.
Namun, mereka yang tidak berpuashati telah menconteng janji ini dengan dakwat merah dan hitam.
Mereka menulis perkataan "Tipu" di atas banner itu.

Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa

Hakim bebas cengkaman politik, bukan kehakiman
Aziz Muda, |
KUALA LUMPUR, 10 Jan: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan kes liwat, bukan bermakna bidang kehakiman di negara ini bebas dari campur tangan politik para pemimpin Umno BN.
Sebaliknya, ia jelas melambangkan keberanian hakim untuk membebaskan diri dari cengkaman politik bagi mengembalikan semula era kegemilangan bidang kehakiman di tanah air.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, berdasarkan beberapa fakta jelas menunjukkan bidang kehakiman di negara ini telah sekian lama dicabuli oleh pihak-pihak yang berkepentingan.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan para hakim di negara ini menjadi begitu terkongkong dan tertekan dalam menjalankan tugas mereka.
Katanya, realiti itu sudah diketahui dengan jelas oleh seluruh penduduk negara ini, terutama di kalangan masyarakat sivil, parti-parti politik pembangkang dan NGO.
"Perkara itu sudah tidak dapat dinafikan lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan para pemimpin Umno BN, walaupun cuba disembunyikan dengan pelbagai cara.
"Malah disebabkan perkembangan yang tidak sihat itulah yang memaksa seluruh rakyat negara ini bangkit menyuarakan pandangan bagi membebaskan bidang kehakiman dari campur tangan politik," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.
Najib dalam kenyataannya seperti yang dilaporkan media tempatan malam tadi berkata, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar dari kes liwat semalam membuktikan bidang kehakiman di negara ini bebas dari campur tangan politik.
Dengan itu, dakwaan para pemimpin pembangkang mengenai perkara itu selama ini, katanya, jelas tidak berasas dan semata-mata ingin mengelirukan orang ramai.
Kenyataan beliau turut disokong oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang dilaporkan TV3 menerusi slot Buletin Utama malam tadi.
Menurut Salahuddin, kenyataan Najib dan Mahathir itu sebenarnya bukan boleh membersihkan imej para pemimpin Umno BN, malah ia mengesahkan lagi realiti itu pada pandangan orang ramai.
Selama ini, tegas beliau, sememangnya berlaku campur tangan politik yang melampau dalam bidang kehakiman di negara ini, sehingga memaksa seluruh rakyat termasuk Bersih bangkit menyuarakan pandangan dengan bangkangan yang kuat.
"Jadi keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan kes liwat semalam adalah hasil dari kesedaran baru di kalangan hakim untuk mengubah keadaan, bagi memulihkan kembali imej institusi kehakiman di negara ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.
Keputusan tersebut, tambah beliau, adalah hasil dari keberanian hakim untuk membebaskan diri dari cengkaman politik bagi melakukan perubahan seperti yang didesak oleh rakyat.
"Manakala ucapan Datuk Seri Najib itu pula adalah manifestasi dari perkembangan yang berlaku di negara kita sekarang yang bukannya berlaku kerana tiada campur tangan politik, tetapi kerana iltizam para hakim ke arah itu," tegas beliau.

Letupan: Utusan dicabar dedah ‘sumber polis’
Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR, 11 Jan: Pihak AMK akan menulis surat rasmi kepada Ketua Polis Kuala Lumpur bagi memohon diumumkan hasil siasatan dan pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta kelmarin yang menyebabkan beberapa orang peserta perhimpunan 901 mengalami kecederaan.
Sehubungan itu, ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengecam sekeras-kerasnya laporan berita bertajuk ‘Bom milik peserta perhimpunan’ yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada hari ini.
Baginya, laporan itu mendakwa kononnya dengan memetik ‘sumber polis’ bahawa tiga butir bom buatan sendiri yang meletup kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.
“Laporan berita ini jelas bersifat jahat dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej penyokong Anwar Ibrahim,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, berdasarkan pemantauan pihak AMK pada pagi tersebut, peserta perhimpunan hanya dibenarkan masuk ke kawasan kompleks mahkamah seawal jam 6.30 pagi dengan dikawal ketat oleh pihak polis.
Jelasnya, pihak polis turut memeriksa beg setiap peserta perhimpunan yang masuk ke perkarangan kawasan sekitar kompleks mahkamah dan kemudiannya meneruskan kawalan sehingga perhimpunan bersurai.
“AMK berpandangan bahawa insiden letupan bom ini adalah percubaan jahat pihak tertentu untuk mencemarkan imej polis kerana difahamkan bahawa bom tersebut telah diletakkan di bawah kon keselamatan pihak polis sendiri,” ujarnya.
Di samping itu, kata beliau ianya juga bertujuan untuk memburukkan imej peserta perhimpunan yang jelas berjaya menurut semua arahan polis dan memberikan kerjasama penuh dalam memastikan perhimpunan tersebut berjalan dalam situasi aman dan selamat.
“Kita semua sedia maklum bahawa penyokong-penyokong Saiful Bukhari Azlan yang dikatakan terdiri daripada beberapa orang ahli Perkasa turut berada berhampiran dengan lokasi di mana letupan bom tersebut berlaku,” katanya lagi.
Sebelum daripada itu, ujar beliau lagi, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901.
“Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?” soalnya.
Sehubungan dengan itu, tegasnya AMK ingin mencabar Perkasa supaya menafikan sebarang penglibatan mereka dalam insiden letupan tersebut.
AMK juga, tegasnya lagi mendesak akhbar Utusan Malaysia supaya mendedahkan identiti ‘sumber polis’ yang dikatakan mendakwa bahawa tiga butir bom yang meletup kelmarin adalah milik peserta perhimpunan Bebas Anwar 901.
“Adalah cukup pelik kerana pihak polis sendiri masih belum mengumumkan hasil siasatan berhubung insiden tersebut tetapi akhbar Utusan Malaysia telah melaporkan ‘hasil siasatan’ mereka sendiri yang kemudiannya diolah menjadi berita fitnah dan propaganda jahat,” katanya.
Sumber HD : 11/01//2012

Exco Selangor antara mangsa letupan 901
Harakahdaily, | 12 January 2012 |
SHAH ALAM, 12 Jan: Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong berkata, beliau adalah antara mangsa kejadian letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini.
(Gambar: Polis memeriksa kawasan letupan di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 9 Januari lepas)
Sehubungan itu, beliau meminta polis memberi keutamaan kepada kes ini kerana pihak bertanggungjawab memasang bom boleh dianggap sebagai pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.
"Letupan yang pertama berlaku bersebelahan dengan kenderaan saya, mengakibatkan kereta tersebut mengalami kerosakan manakala kereta milik Zakaria Abdul Hamid, pengarah PKOM Selangor, yang diletak di belakang, juga mengalami kerosakan," kata Elizabeth dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.
Beliau juga mengecam sepenuh-penuhnya laporan palsu oleh pihak media tidak bertanggungjawab yang menuduh peserta perhimpunan Bebas Anwar 901 melepaskan bom-bom tersebut.
"Tuduhan tersebut tidak masuk akal, memandangkan kawasan sekeliling mahkamah berada di bawah kawalan ketat oleh kehadiran polis yang ramai. Saya menyeru pihak polis memberi keutamaan kepada siasatan kes ini. Pihak yang bertanggungjawab melepaskan letupan-letupan bom tersebut mesti dibawa ke muka keadilan dengan segera," katanya.
Bagi beliau, pelepasan bom-bom ini boleh dianggap sebagai tindakan pengganas yang bertujuan untuk mencetuskan keadaan huru-hara.
Kaedah pengganas ini tidak boleh dibenarkan berulang, katanya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Negeri Selangor
Dalam pada itu, seorang lagi Exco kerajaan negeri Selangor, Dr. Xavier Jayakumar juga mendesak polis menyiasat sumber yang diperolehi oleh akhbar Utusan Malaysia melalui berita bertajuk “Peserta Bawa Bom” yang disiarkan di muka depan akhbar tersebut semalam.
"Kita menganggap laporan tersebut mendahului hasil siasatan polis sedangkan pihak polis masih menjalankan siasatan. Adalah sangat wajar pihak polis ‘mengheret’ wartawan atau editor akhbar berkenaan untuk siasatan lanjut.
"Kita menganggap isu letupan yang berlaku Isnin lepas semasa ‘Himpunan 901’ sebagai amat serius dan memerlukan siasatan terperinci dan segera dari pihak polis," katanya.
Bagi beliau, kejadian tiga letupan ini sangat mengejutkan memandangkan himpunan tersebut adalah dibawah pengawasan ketat pihak polis sehinggakan sebuah helikopter polis dilihat berlegar-legar mengawasi pergerakan perhimpunan tersebut.
Beliau juga menganggap beratus-ratus anggota polis berseragam atau berpakaian preman berada di situ dan percaya ramai anggota polis berpakaian preman berada di kalangan orang ramai di kawasan tersebut.
Namun, katanya, yang lebih meragukan ialah letupan berlaku bukan SATU tetapi TIGA berselang beberapa minit antara satu sama lain.
"Tanpa membuat sebarang spekulasi kita beranggapan bahawa kejadian letupan ini telah di ‘orkestra’ kan dan telah dirancang terlebih awal (well- planned) oleh pihak-pihak tertentu. Dalam kata lain ianya bukan boleh dibuat oleh orang-orang biasa," tegasnya.
Bagi beliau, kejadian letupan ini harus pandang dengan amat serius kerana pada hari tersebut hampir seluruh media antarabangsa dan tempatan bertumpu untuk membuat liputan kes mahkamah tersebut.
Ini kerana, letupan tersebut memberi gambaran negatif terhadap tahap keselamatan orangramai dan hartabenda dan sekaligus ‘merobek’ kredibiliti dan ‘ketidak upayaan’ pihak polis dalam aspek mengawasi keselamatan orang ramai dan kawasan persekitaran (surveillance) dalam sesuatu perhimpunan atau keramaian di tempat awam.
Ini juga sedikit sebanyak menghakis tanggapan pelabur-pelabur asing terhadap ‘keupayaan’ pihak Polis menjaga serta menjamin keselamatan aset pelaburan mereka di negara ini, katanya.
"Harus dingat selain kes kematian Altantuya yang mati dengan penggunaan bahan peledak C4, kita jarang sekali mendengar penggunaan sebarang bom atau bahan letupan terhadap orang perseorangan atau orang ramai di negara kita sejak Merdeka.
"Kita juga mempertikaikan sikap membisu Datuk Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam isu ini kerana orangramai mula meragui ‘kecekapan’ pihak polis dalam ‘menjamin’ keselamatan Negara," kata Xavier.
Sumber HD : 12/01/2012

Letupan di hari 901, polis tawar RM10,000
Harakahdaily, | 12 January 2012 |
KUALA LUMPUR, 12 Jan: Polis menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat sehingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab dalam insiden letupan dalam perhimpunan 901 baru-baru ini.
Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Demikian tulis PDRM dalam facebook mereka hari ini.
Tulisan itu berbunyi:
TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Tawaran ini dibuat polis ekoran kejadian tiga letupan yang berlaku di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 9 Januari lepas, ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga letupan itu dikatakan berlaku dari dari kon lalulintas dan dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian yang pertama, sebuah kereta telah rosak manakala seorang cedera terkena serpihannya.
Letupan kedua pula berlaku di dalam kawasan ibu sawat TNB manakala letupan ketiga di sekitar bangunan persekutuan.
Pihak polis telah mengarahkan orang ramai agar beredar dari tempat-tempat yang disyaki menjadi lokasi kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Polis juga didapati menggunakan anjing pengesan untuk menyiasat kawasan letupan berkenaan.
Sumber HD : 12/01/2012
Sebarang maklumat hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya B. Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Demikian tulis PDRM dalam facebook mereka hari ini.
Tulisan itu berbunyi:
TAWARAN RM 10,000 : Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut.
Tawaran ini dibuat polis ekoran kejadian tiga letupan yang berlaku di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin 9 Januari lepas, ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketiga-tiga letupan itu dikatakan berlaku dari dari kon lalulintas dan dipercayai dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Dalam kejadian yang pertama, sebuah kereta telah rosak manakala seorang cedera terkena serpihannya.
Letupan kedua pula berlaku di dalam kawasan ibu sawat TNB manakala letupan ketiga di sekitar bangunan persekutuan.
Pihak polis telah mengarahkan orang ramai agar beredar dari tempat-tempat yang disyaki menjadi lokasi kejadian itu untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Polis juga didapati menggunakan anjing pengesan untuk menyiasat kawasan letupan berkenaan.
Sumber HD : 12/01/2012
Pejabat Peguam Negara fail rayuan kes liwat
Harakahdaily, | 20 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.
Rayuan itu difailkan pada jam 4.30 petang ini di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur iaitu minit terakhir pada hari terakhir kes ini boleh dibuat rayuan.
9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Ini kerana, keraguan mahkamah terhadap intergriti sampel DNA yang diambil polis dari Saiful.
Semalam Saiful menghantar surat rasmi kepada pejabat Peguam Negara agar kes beliau itu dibuat rayuan oleh pihak pendakwa.
"Sehingga ke hari ini tiada maklum balas terhadap permohonan terbuka saya dan bapa dari Peguam Negara sama ada beliau akan memfailkan rayuan atau tidak. Masa juga semakin suntuk.
"Rayuan ini penting kerana ia membabitkan maruah dan masa depan saya. Saya hanya menuntut hak saya sebagai warganegara Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan di mana setiap aduan itu berhak didengar dan diadili sehingga ke peringkat Mahkamah Tertinggi dan saya berdoa agar Peguam Negara mempertimbangkan permohonan saya ini," kata Saiful melalui blognya berkenaan suratnya kepada pejabat Peguam Negara itu.
Tindakan politik
Bagi peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), rayuan tersebut dilihat lebih cenderung kepada tindakan politik semata-mata biarpun Peguam Negara mempunyai hak dari sudut undang-undang untuk merayu.
Katanya, dengan pelbagai persoalan yang membelenggu kes tersebut sepanjang perbicaraan di Mahkamah Tinggi sebelum ini, kes tersebut seharusnya selesai dan ditutup sejak 9 Januari lalu lagi.
"Apabila rayuan dibuat, saya kira ianya lebih kepada tindakan politik.
"Kenapa kes yang membabitkan Razak Baginda dulu tidak rayu, sekarang rayu? Saya kira kes Razak Baginda dulu itu lagi besar kerana melibatkan maruah negara di mata dunia," katanya kepada Harakahdaily.
Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan merayu itu juga hanya akan memberi pandangan negatif kepada Peguam Negara yang seolah-olah menjadi alat politik kepada Umno BN.
"Apapun pada saya rayuan ini akan menguatkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat pada masa yang sama menambah kebencian mereka kepada Umno BN," tegasnya.
Sumber HD : 20/01/2012

Kempen 901: Polis siasat wartawan Harakahdaily
Harakahdaily, | 14 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Wartawan Harakahdaily, Muhammad Faizal diambil keterangan polis ekoran berita yang ditulisnya mengenai kempen bebas Anwar 901 yang disiarkan pada 16 Disember 2011 lepas.
Keterangan diambil oleh ASP Qoi Wei Seng dari IPD Sentul di pejabat Harakahdaily di sini, bermula kira-kira jam 4.30 sehingga 6.20 petang ini.
Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong turut diambil keterangan selepas itu.
PETALING JAYA, 16 Dis: Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.
"Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.
"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.
Sumber HD : 14/02/2012

Pemuda PKR kempen bebas Anwar 901, sokong himpunan siswa
Muhammad Faizal, | 16 Dis 2011 |
PETALING JAYA, 16 Dis: Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akim (gambar) berkata pihaknya menyokong penuh himpunan yang akan diadakan oleh Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) esok di samping melancar kempen bebaskan Anwar.
"Kita menyokong himpunan tersebut dan AMK juga akan turut serta semasa himpunan yang diadakan dari Sogo ke Dataran Merdeka itu.
"Dalam pada itu kita menyambut baik usaha mahasiswa yang berani menuntut hak mereka dan kita lihat ini adalah satu perkembangan yang bagus dalam suasana politik sekarang serta bantahan kepada AUKU ini," jelasnya.
Sumber HD : 14/02/2012
Fail rayuan kes Anwar sudah dijangka
Salmiyah Harun, | 11 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Tindakan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat sudah dijangka.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, tindakan rayuan itu sekali gus disifatkan sebagai rayuan terpilih.
Beliau juga percaya, kerajaan akan berterusan mengasak Anwar untuk memastikan Ketua Pembangkang itu tidak berada di pentas politik.
"Mereka akan asak Anwar dan mereka sanggup membuat rayuan walaupun Mahkamah Tinggi mendapati tidak ada bukti kukuh di mana ia tidak perlu lagi dilanjutkan kes itu," katanya kepada Harakahdaily.
Januari lalu, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).
Semalam, Ketua bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Kamaluddin Md Said mengesahkan petisyen rayuan telah difailkan kelmarin.
Pihak Pendakwaan mempunyai sehingga hari ini untuk memfailkan rayuan selepas semua pihak telah memperolehi penghakiman bertulis oleh hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah.
Zabidin mengeluarkan penghakiman bertulis Isnin lalu dan pendakwaan mempunyai 10 hari untuk memfailkan rayuan.

Sumber HD : 11/07/2012
No comments:
Post a Comment