Isu mahasiswa dibincang dalam Konvensyen Pakatan |
Muhammad Faizal |
PETALING JAYA, 3 Jan: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa kesal dengan insiden menimpa mahasiswa ketika mengadakan bantahan aman menuntut kebebasan akademik di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Sabtu lalu. Sehubungan itu juga, isu mahasiswa akan dijadikan satu agenda besar pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang akan diadakan di Kedah pada 13 dan 14 Januari ini. "Mesyuarat Pakatan Rakyat hari ini bersetuju ingin menjadikan isu mahasiswa sebagai agenda perbahasan pada konvensyen yang akan diadakah di Alor Setar Kedah nanti. "Perkara ini akan menjadi keutamaan apabila kita melihat kepada insiden yang berlaku dua hari lepas terhadap mahasiswa," jelas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat Keadilan di Tropicana di sini. Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail. Selain insiden di UPSI yang menyebabkan dua orang mahasiswa cedera teruk itu, Pakatan Rakyat juga kata Anwar kecewa melihat kepada beberapa buah universiti yang bertindak mengokong pemikiran mahasiswa serta menghalang wacana bebas ahli akademik. Selain isu mahasiswa, konvensyen Pakatan Rakyat akan datang juga akan membincangkan soal menifesto bersama ketiga-tiga parti atas nama menifesto Pakatan Rakyat bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Agenda lain juga termasuklah isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) ke Bursa Malaysia dan isu Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7385-isu-mahasiswa-dibincang-dalam-konvensyen-pakatan
Sidang Media PR : http://www.youtube.com/watch?v=wnfrkJKEzbI
Pakatan lancar manifesto sempena konvensyen Sabtu ini
Harakahdaily, |
ALOR SETAR, 10 Jan: Pakatan Rakyat akan melancarkan manifesto mereka pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.
Pelancaran tersebut akan dibuat pada program 'Rapat Rakyat Perdana' di sebelah malamnya yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat, lapor Warta Kedah.
“Ceramah umum akan bermula pada pukul 9.00 malam dan serentak dengan itu juga kita akan mengadakan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat pilihanraya umum ke-13,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah, Seri Mentaloon semalam.
Rapat Rakyat Perdana adalah program kemuncak konvensyen kali ini yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.
100,000 dijangka hadir
Dalam pada itu juga, Konvensyen kali ini dijangka akan dihadiri 100,000 rakyat termasuk perwakilan dan pemerhati.
Phahrolrazi (gambar) berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.
Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.
“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.
“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.
Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.
Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Sumber HD : 10/01/2012

100,000 dijangka hadir Konvensyen Pakatan kali ke-3
Harakahdaily, |
ALOR SETAR, 10 Jan: Seramai 100,000 dijangka akan hadir pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar 14 Januari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi merangkap Pengarah Sekretariat Konvensyen berkata, pemilihan Kedah sebagai tuan rumah untuk program itu kali ini sangat bermakna kepada seluruh rakyat negeri itu.
Pada konvensyen tersebut, semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat akan hadir antaranya Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP Lim kit Siang.
“Konvensyen kali ini bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’ dan akan dihadiri oleh semua tokoh-tokoh utama Pakatan Rakyat.
“Ucapan pembukaan akan disampaikan oleh (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sebagai tuan rumah, kemudian diikuti (Ketua DAPSY) Anthony Loke, (Setiausaha Agung PAS) Datuk Mustafa Ali dan (Setiausaha Agung PKR) Saifuddin Nasution," katanya.
Selain mereka, hadirin juga akan mendengar rintihan suara rakyat dalam slot ‘Suara Hati Nurani Rakyat Malaysia’ yang bakal menampilkan Datuk A. Samad Said sebagai wakil Budayawan, Prof. Dr Aziz Bari sebagai wakil Akademik serta lain-lain termasuk wakil Felda, penjawat awam, NGO, Pemuda & Mahasiswa serta wakil dari Sabah dan Sarawak.
Ucapan penggulungan pula akan disempurnakan oleh pimpinan utama parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah Tuan Guru Nik Aziz, Datuk Seri Anwar, Tuan Guru Abdul Hadi, Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Azmin Ali.
Pada sebalah malamnya pula akan diadakan program ceramah 'Rapat Rakyat Perdana' yang akan dihadiri pimpinan utama Pakatan Rakyat.
Ianya adalah program kemuncak yang akan bermula dengan solat maghrib berjamaah, solat hajat, kuliah Datuk Dr. Harun Din sebelum mendengar ceramah dari pimpinan utama Pakatan.
Sumber HD : 10/01/2012
PETALING JAYA, 11 Jan: Pakatan Rakyat akan memasuki pusingan akhir dengan penyusunan agenda khusus dalam usaha membentuk momentum kebangkitan rakyat, ke arah merealisasikan harapan pakatan itu menggantikan BN ke Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dengan tema 'Bersihkan Malaysia', pakatan tersebut akan melakukan pecutan akhirnya di Alor Setar, Kedah pada 14 Januari ini menerusi Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, dengan perlaksanaan pelbagai agenda sebagai hala tuju bersama parti-parti gabungannya.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, pemilihan tema "Bersihkan Malaysia" bagi konvensyen itu merupakan gambaran komitmen yang tinggi di kalangan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku dalam negara sejak BN memerintah.
Menurutnya, dalam hubungan itu, tumpuan utama Pakatan Rakyat adalah terhadap persoalan krisis kepimpinan beramanah yang berlaku di dalam Kerajaan BN sehingga menyebabkan rakyat tertindas dalam pelbagai aspek.
Katanya, akibat krisis kepimpinan beramanah telah mencetuskan pelbagai krisis lain di negara ini termasuk krisis politik, ekonomi dan sosial.
"Semua itu telah menyebabkan negara berada dalam keadaan tidak sihat dan Pakatan Rakyat perlu mengatasinya dengan meletakkan kembali kepimpinan beramanah demi kepentingan negara serta rakyat dengan tindakan-tindakan yang tegas," katanya pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini.
Pemilihan Kedah sebagai tempat konvensyen itu, menurutnya, berdasarkan pusingan, hasil persetujuan bersama parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk mengadakan program tersebut di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan pakatan itu.
"Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-1 telah diadakan di Shah Alam, Selangor pada tahun 2009, kedua di Kepala Batas di Pulau Pinang pada tahun 2010 dan kini tibalah pula ke Alor Setar di Kedah," jelasnya yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menjelaskan, dengan itu dalam masa yang sama, semua pihak akan beralih tumpuan ke Kedah yang berada di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak, untuk dinilai perkembangannya yang jauh lebih baik berbanding negeri itu berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini.
Pada konvensyen tersebut, beberapa kertas kerja akan dibentangkan oleh pembentang-pembentang kertas kerja yang berwibawa meliputi empat aspek terpenting terutama dalam konteks semasa termasuk perkhidmatan awam, federalism, ekonomi dan Felda.
"Kertas kerja mengenai aspek perkhidmatan awam yang melibatkan cadangan kerajaan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibentangkan oleh Datuk Husam Musa dari PAS, kertas kerja mengenai aspek federalism akan dibentangkan oleh Anthony Loke dari DAP.
"Manakala kertas kerja mengenai aspek ekonomi akan dibentangkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR dan kertas kerja mengenai Felda pula akan dibentangkan oleh Haji Suhaimi dari PKR," tegas beliau.
Konvensyen tersebut akan berlangsung di Stadim Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti dengan melibatkan 600 perwakilan bagi setiap parti gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP, bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang, manakala pada sebelah malamnya akan diadakan Rapat Rakyat Perdana.
Pada acara Ucapan Pembukaan Pimpinan yang bermula jam 9.15 pagi, pemimpin-pemimpin yang akan berucap termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Senator Tunku Abdul Aziz, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Mulai jam 10.30 pagi pula, akan bermula acara Ucapan Suara Nurani Rakyat Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul yang turut melibatkan wakil Felda, Siti Khalijah; wakil penjawat awam, Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab; wakil Sabah, Tan Sri Simon Sipaun; wakil Sarawak, Nicholas Mujah; wakil budayawan, Dinsman; wakil akademik, Profesor Dr Nazari Ismail; wakil NGO, Datuk Ambiga dan wakil pemuda atau pelajar, Shukri Razab.
Mulai jam 11.45 pagi akan diadakan perbahasan perwakilan sehingga ke waktu rehat jam 1.15 petang yang akan disambung pula ke jam 2.30 petang dan akan disusuli dengan Pembacaan Ikrar Setia Para Perwakilan pada jam 3.00 petang.
Ini akan disusuli dengan ucapan penggulungan pimpinan yang dipengerusikan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dengan melibatkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Acara Rapat Rakyat Perdana yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bermula jam 7.00 malam dengan solat Maghrib dan Isyak berjamaah dan kemudian disusuli dengan ceramah oleh tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat.
Mereka terdiri daripada Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Seng Giaw, Tan Sri Khalid Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Karpal Singh, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir pada sidang media itu, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Sumber HD : 11/01/2012

'Bersihkan Malaysia' pecutan akhir Pakatan ke Putrajaya
Aziz Muda, |

Ceramah pra Konvensyen Pakatan 13 Jan
Aziz Muda, |
PETALING JAYA, 11 Jan: Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang akan berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah, pada 14 Januari ini, ternyata berbeza berbanding konvensyen pertama dan kedua di Shah Alam dan Kepala Batas pada 2009 dan 2010 lalu.
Jika pada konvensyen pertama dan keduanya tidak terdapat program pra konvensyen, pada kali ini acara tersebut turut disusun oleh pihak penganjur.
Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Induk Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3, Datuk Mahfuz Omar memberitahu, program tersebut akan diadakan pada malam 13 Januari (Jumaat) bermula jam 9.00 malam di setiap kawasan Parlimen di Kedah.
Bercakap pada sidang media di Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat, di sini, hari ini yang turut dihadiri AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad; Naib Presiden PKR, N Surendran dan Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai; beliau menjelaskan, kesemua program yang disusun itu merupakan program ceramah yang melibatkan tokoh-tokoh penting Pakatan Rakyat.
Bagi ceramah di kawasan Langkawi yang akan diadakan di Surau Kuala Melaka, Dun Ayer Hangat, penceramah terbabit terdiri daripada Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli dan Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Di kawasan Jerlun yang akan diadakan di Markas UPU Kerpan, Ayer Hitam, penceramah terbabit terdiri daripada Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Datuk Ir Amiruddin Hamzah dari PAS negeri Kedah.
Bagi kawasan Padang Terap yang akan diadakan di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, penceramah terbabit terdiri daripada Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Manakala ceramah di kawasan Pokok Sena yang akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Baru, Pekan Pokok Sena, penceramah terbabit terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Fuziah Salleh dari PKR.
Ceramah di kawasan Kuala Kedah yang akan diadakan di Markaz PAS Telok Bagan akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Mohamed Hanifa Maidin, Rafizi Ramli dari PKR dan Ngeh Koo Ham dari DAP.
Bagi kawasan Pendang yang melibatkan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, R Sivarasa dari PKR dan Mohamed Hanipa Maidin, program ceramahnya akan diadakan di Tapak Pasar Sehari di Tanah Merah.
Sementara ceramah bagi kawasan Sik yang akan diadakan di MTD Belantik di Pekan Sik pula, penceramah terbabit terdiri daripada Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan, Pengerusi PKR Terengganu, Tuan Azan Ismail dan Ustazah Aishah Ghazali dari PAS negeri Kedah.
Di kawasan Jerai, ceramah yang akan disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan, Dr Xavier Jayakumar dari PKR dan Dr Ismail Salleh dari PKR akan diadakan di Sungai Tok Pawang di Bedong.
Untuk ceramah di kawasan Merbok yang akan diadakan di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, penceramah terlibat terdiri daripada Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Mariah Mahmud, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Nga Kor Ming dari DAP dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, dijadualkan menyampaikan ceramah di Sungai Petani yang akan diadakan di Taman Seri Pinang, Sungai Petani.
Bagi ceramah di kawasan Baling yang akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat, Abdul Wahid Endut, bekas Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng dari PKR dan M Kulasegaran dari DAP, program ceramahnya akan dilangsungkan Malau, Kuala Ketil dan Pekan Baling.
Program ceramah di Padang Serai pula akan diadakan di Dewan Chee Tean Khor di Padang Serai dengan penceramah terbabit terdiri daripada Datuk Husam Musa dan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong dari PKR.
Bagi program ceramah di kawasan Kulim Bandar Baharu yang akan dilangsungkan di Dewan Bandaran Kulim membabitkan tiga orang penceramah yang terdiri daripada AJK PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Tony Pua dari DAP.
Sumber HD : 11/01/2012
Sidang media pimpinan PR : http://www.youtube.com/watch?v=EOoYahh6CWY

Bersihkan Malaysia dari BN
Mohd Rashidi Hasan, | 14 Januari 2012 |
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' berlangsung di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.
Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.
Empat tahun penubuhan Pakatan Rakyat, dengan empat negeri (selepas Perak dirampas Barisan Nasional), selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dengan segala pertuduhan, Pakatan Rakyat dilihat semakin kukuh dan semakin tersemat di hati rakyat, bahawa ia merupakan alternatif terbaik untuk menggantikan BN.
Itulah persepsi rakyat Malaysia kebanyakannya. Rakyat sudah bersedia menolak Umno-BN, selepas segala macam fitnah dan pertuduhan dilemparkan media arus perdana terhadap individu, parti dan kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya terbukti palsu dan tersasar.
Rakyat sudah menyedari bahawa, selama ini Umno-BN sengaja menciptakan kepalsuan, mengaibkan, menghina serta memomok-momokkan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik mereka.
Umno-BN menyangka, dengan memahatkan politik jijik dan lucah, kononnya dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat akan dapat memesongkan sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008, kembali kepada mereka.
Namun mereka ternyata salah perhitungan. Umno-BN tersilap dalam membaca arah pemikiran rakyat. Usaha mereka melaga-lagakan, memecahbelahkan, merampas kerajaan negeri, membeli wakil rakyat dan sebagainya, semuanya ditolak rakyat.
Bukannya rakyat kembali kepada Umno-BN, malah rakyat semakin berpaling jauh daripada seluruh anggota komponen BN, termasuk pemimpin-pemimpin Umno-BN itu sendiri.
Rakyat nampaknya sudah bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat untuk menggantikan Umno-BN. Sama ada dari kalangan pegawai tinggi kerajaan, sehinggalah ke kaum buruh, petani dan nelayan, sebahagian besar mereka sudah sedar, bahawa kerajaan yang didokong sejak sebelum merdeka, merupakan kerajaan yang gagal membela nasib rakyat.
Mereka sudah melihat dan merasakan sendiri, bahawa di bawah kepimpinan PAS di Kelantan sejak 1990 dan Kedah, Pulau Pinang serta Selangor dalam tempoh empat tahun ini, Pakatan Rakyat boleh memerintah, jauh lebih baik daripada 50 tahun di bawah Umno-BN.
Pakatan Rakyat menawarkan kesejahteraan kehidupan kepada rakyat. Pakatan Rakyat membuktikan ia berjaya menyelamatkan wang negeri dan mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara, kerana berjaya menaikkan hasil negeri, sekaligus berbelanja dengan berhemah.
Manakala pemimpin-pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat dilihat bersih dari sebarang pertuduhan salahguna kuasa, bersih dari rasuah dan amalan kronisme, walaupun diserang dan dicaci media pro Umno-BN saban hari.
Dengan amalan islamik, ketelusan dan pertanggungjawab pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, maka golongan di bawah tadbir mereka, sama ada pegawai-pegawai kerajaan dan agensi-agensi berkaitan, mula berusaha membaiki kepincangan kerajaan terdahulu sedikit demi sedikit.
Hasilnya, prestasi kerajaan Pakatan Rakyat diakui dan dipuji Audit Negara, berbanding dengan kerajaan Umno-BN yang penuh dengan kritikan, akibat ketirisan, salahguna kuasa dan amalan rasuah yang berleluasa.
Jika dalam tempoh sesingkat empat tahun Pakatan Rakyat boleh membersihkan kerajaan-kerajaan negeri dari segala kepincangan yang dilakukan Umno-BN selama 50 tahun, maka apakah dalam masa yang singkat juga Pakatan Rakyat tidak boleh membersihkan Malaysia?
Sudah tentu boleh. Sudah tentu Pakatan Rakyat boleh membersihkan segala kepincangan politik, ekonomi dan sosial yang punah akibat kebobrokan pemimpin Umno-BN.
Tidak lain dan tidak bukan, cara yang terbaik untuk membersihkan Malaysia ialah dengan membersihkannya dari terus dikuasai Umno-BN pada PRU akan datang.
Sumber HD : 14/01/2012

Mat Sabu: Pakatan dapat 'kerjasama dari dalam' BN
Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata Pakatan Rakyat kini mendapat "kerjasama daripada dalam" BN untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.
Kerjasama itu diperolehi daripada kakitangan awam termasuk anggota keselamatan dan juga bekas menteri BN, katanya dalam ucapan pembukaan di konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar hari ini.
"Malah yang sedang bertugas dalam jawatan tanya apakah sumbangan yang akan kita beri untuk tumbangkan kerajaan BN," katanya lagi.
[Berita penuh menyusul]

Sumber MK : 14/01/2012
Undi Pakatan Rakyat sebelum Malaysia bankrap
Aziz Muda, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, sebaliknya perlu berbuat demikian pada Pilihan raya Umum ke-13 akan datang.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, tindakan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 amat penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat menyelamatkan negara dari kejadian itu.
Menurutnya, sekiranya undi diberikan kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, ia sudah tidak bermakna lagi kerana tindakan tersebut ternyata telah terlewat
"Jadi untuk menyelamatkan Malaysia, undilah Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 ini. Jangan beri undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap.
"Kalau diberikan undi kepada Pakatan Rakyat setelah Malaysia bankrap, kami pun tak nak sebab kami tak mahu dikatakan kerajaan bankrap," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.
Katanya, setiap rakyat negara ini perlu sedar, menurutnya, kenyataan mengenai Malaysia akan bankrap bukan rekaan tetapi ia diramalkan oleh tokoh ekonomi sendiri, Datuk Idris Jala dan kejadian itu diramalkan berlaku pada tahun 2019 nanti jika langkah-langkah mengatasinya tidak dilakukan.
Ramalan tersebut dibuat berdasarkan realiti yang berlaku di Malaysia sekarang di bawah pemerintahan BN yang penuh rasuah, penyelewengan, pembaziran wang rakyat sehingga hutang negara semakin meningkat melebihi RM450 bilion sekarang.
Mohamad Sabu menambah, ramalan Datuk Idris itu jelas menunjukkan rakyat negara ini sudah tidak boleh lagi memberikan kepercayaan kepada para pemimpin Umno BN untuk memerintah negara ini kerana mereka ternyata gagal menyelamatkan negara dari bankrap.
"Sebaliknya jika BN menang dalam pilihan raya nanti, Malaysia akan bankrap. Kata-kata ini mesti diratib selalu kepada orang ramai bagi menyedarkan rakyat mengenai perkara itu untuk menyelamatkan Malaysia dari kemusnahan jika terus menyokong Umno BN," ujarnya.
Konvensyen tersebut dihadiri kesemua pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
KLIK UNTUK SIARAN LANGSUNG KONVENSYEN PAKATAN KE 3

Pakatan rahsiakan dahulu kandungan manifestonya
Harakahdaily, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Pakatan Rakyat membuat keputusan akan merahsiakan dahulu kandungan manifesto pilihan raya ke 13 mereka sehinggalah Parlimen dibubarkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tawaran Jingga iaitu manifesto Pakatan Rakyat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, langkah ini terpaksa diambil ekoran tanda-tanda pilihan raya ke 13 masih kabur.
Beliau mengumumkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat ke 3 hari ini.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 bertemakan 'Bersihkan Malaysia' bermula di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, bermula hari ini, 14 Januari 2012.
Konvensyen diadakan pada saat Pakatan Rakyat berada di landasan terbaik dan kukuh, selepas semua tohmahan yang melanda kepimpinannya, sama ada yang bersifat peribadi, mahu pun serangan kepada Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, dapat ditepis dengan sebaik-baiknya.
Sebelum pembebasan Datuk Seri Anwar dari fitnah Liwat 11, Pakatan Rakyat merancang untuk melancarkan manifesto bersama mereka malam ini.
Perkara ini dinyatakan oleh Pengarah Konvensyen ini yang juga Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi dalam satu sidang medianya baru-baru ini.

Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’
Harakahdaily, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Negara sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi.
“Justeru itu, rakyat mahu ‘Malaysia Tanpa Umno’,” ujar Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Sehubungan itu, tegasnya Pakatan Rakyat bersedia untuk menggalas amanah itu melalui Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan Buku Jingga.
“Insya Allah rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan akan mengusir Umno dan Barisan Nasional dari Putrajaya,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 di sini, pagi tadi.
Jelasnya, reformasi adalah agenda pembebasan rakyat yang juga agenda memartabatkan ekonomi, pendidikan, kebudayaan dan pemikiran rakyat.
Katanya, agenda reformasi akan memecahkan mitos kononnya hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan memberikan kesejahteraan untuk rakyat.
“Insya Allah, di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat nanti, kita akan kembali memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani oleh negara serantau dan antarabangsa,” jelasnya.
Beliau menambah, Pakatan Rakyat sudah ada Dasar Bersama yang menjadi teras perjuangan, Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat yang akan menjadi agenda Malaysia baru milik rakyat.
Pakatan Rakyat juga, ujarnya sudah ada kepimpinan yang dinamik, berdaya saing serta teruji kesetiaan dan kebolehannya untuk mentadbir negara serta beramanah seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Tuan Guru Hadi Awang dan YAB Datuk Seri Azizan Razak.
“Kita mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Malah, sudah pasti kita mempunyai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai karisma dan pengalaman serta telah dibersihkan dari fitnah dan konspirasi jahat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.
Beliau berkata, Pakatan Rakyat berkonvensyen buat kali ketiga hari ini di saat suara rakyat menuntut reformasi dan perubahan menyeluruh semakin nyaring.
Katanya, konvensyen ini menghimpunkan anggota dan pimpinan Pakatan Rakyat yang komited dan mewakili aspirasi rakyat yang mahu melihat muafakat ini terus dipertahankan dan diperkukuhkan atas prinsip dan Dasar Bersama yang telah disepakati dalam kerangka besar agenda perjuangan Pakatan Rakyat.
“Konvensyen ini membuktikan perpaduan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan mantap. Pakatan Rakyat semakin kebal dengan asakan parti ekstrimis Umno yang kini berada di ambang senjakala,” katanya lagi.
Konvensyen ini, katanya adalah pecutan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke 13. Pakatan Rakyat perlu bersedia untuk menggalas aspirasi rakyat yang menuntut sebuah negara Malaysia yang adil dan sejahtera untuk semua rakyat.
“Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk bersihkan Malaysia daripada gutter politics dan amalan kronisme serta amalan membudayakan rasuah yang diterajui oleh Umno,” ujarnya.
Tegasnya, Pakatan Rakyat perlu memimpin rakyat maju ke hadapan dengan persaingan dasar kepedulian rakyat dan mengangkat martabat rakyat Malaysia.
Pakatan Rakyat, katanya tidak lagi membicara persoalan untuk menafikan majoriti dua pertiga.
“Hari ini kita yakin bahawa Pakatan Rakyat berpotensi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru selepas PRU ke 13. Cita-cita ini bukan lagi diluar pencapaian Pakatan Rakyat,” katanya.
Pakatan Rakyat, tambah beliau merupakan parti yang mempunyai substance, punyai kekuatan dan keupayaan untuk mentadbir di Putrajaya.
Rakyat, katanya sudah tidak sabar lagi untuk melihat pemerintahan demokrasi tulen di Putrajaya berteraskan rule of law dan Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya lagi, rakyat mahu Putrajaya diterajui oleh pemimpin yang bersih dan menyayangi rakyat tanpa mengira ras, agama atau warna kulit.
Tambahnya, rakyat mahu Pakatan Rakyat segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.
“Hutang negara telah mencecah lebih RM450 billion atau 54% daripada KDNK. Hutang ini akan dibebankan kepada rakyat dan generasi akan datang,” katanya.
Setelah itu, ujarnya rakyat tambah derita dengan kenaikan harga barang dan dasar cukai barangan dan perkhidmatan yang bakal diperkenalkan oleh Umno.
Menurutnya lagi, 40% daripada rakyat Malaysia masih hidup dengan pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.
Beliau menambah, anak muda memerlukan pekerjaan dan kadar upah yang manusiawi manakala mahasiswa menuntut kualiti pendidikan yang menjamin kebebasan akademik.
Perkhidmatan awam, ujarnya perlu pemerkasaan melalui latihan dan struktur gaji yang setimpal.
“Kita menolak Skim Baru Perkhidmatan Awam yang tidak menjaga kebajikan majoriti penjawat awam,” katanya.

Kerajaan perlu dedah daftar pengundi warga asing
Aziz Muda, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Seluruh rakyat negara ini diseru menolak politik kotor yang diamalkan di negara ini oleh para pemimpin Umno BN dengan menukar BN kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang.
Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga sehubungan itu menyeru seluruh rakyat negara ini menolak segala ciri yang menyumbang kepada politik kotor termasuk menolak pemimpin-pemimpin yang tidak berintegriti.
Menurutnya, selain itu, orang ramai juga perlu menolak pemimpin-pemimpin yang rasif dan pasif dan pemimpin yang mementingkan diri berbanding kepentingan rakyat.
Berucap pada Acara Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini, beliau berkata, pentadbiran Kerajaan BN ternyata gagal mencegah rasuah, malah indeks rasuah di negara ini terus meningkat dari kedudukan di tangga ke-10 ke tangga ke-6 tahun lalu.
"Aset negara yang telah dikeluarkan ke luar negara juga cukup tinggi sehingga USD291 bilion tahun lalu dan pengeluaran aset secara haram ini mestilah dihentikan," katanya.
Beliau turut mendesak pihak kerajaan dan menteri terbabit mendedahkan akaun petronas untuk pengetahuan seluruh rakyat.
Begitu juga dengan data-data berhubung pendaftaran warganegara asing sebagai pengundi di negara ini yang mesti didedahkan oleh menteri yang bertanggungjawab.
"Kerajaan BN juga mestilah melaksanakan lapan tuntutan Bersih terlebih dahulu sebelum mengadakan PRU Ke-13," ujar beliau.
Kesemua tuntutan itu telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen baru-baru dan ia mestilah dilaksanakan oleh kerajaan sebelum pilihanraya diadakan.
"Kalau tidak tak ada gunanya kerajaan menubuhkan jawatankuasa itu," tegas beliau.
Sumber HD : 14/01/2012
ALOR SETAR, 14 Jan: Para pemimpin Pakatan Rakyat berpuas hati dengan perjalanan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 dengan menyifatkannya sebagai konvensyen yang menepati matlamat diadakan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, matlamat utama konvensyen itu diadakan antara lain untuk mendengar rintihan rakyat dan matlamat tersebut berjaya dicapai setelah acara mengenainya berlangsung dengan jayanya.
"Daripada maklumat yang diperolehi itu, kami akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu rakyat sehingga membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya," katanya pada sidang media yang diadakan bersama dengan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu, turut berpuas hati dengan perjalanan acara perbahasan perwakilan yang ternyata memberikan impuk yang besar bukan sahaja kepada gabungan pakatan itu, tetapi juga kepada rakyat.
Beliau juga berharap agar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan liwat pada 9 Januari lalu sebagai titik mula kebebasan kehakiman di negara ini.
"Kita berharap agar titik mula kebebasan kehakiman itu akan disusuli dengan kebebasan media dan kebebasan rakyat untuk bersuara bagi membolehkan rakyat memperolehi haknya untuk bersuara," tegasnya.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, perbahasan perwakilan memberikan input yang penting kepada rakyat untuk membantu Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.
"Rakyat amat perlu diberikan impuk yang penting bagi membolehkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya bagi membolehkan rakyat menikmati kemerdekaan yang sebenar," tegasnya.
Manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, konvensyen yang diletakkan di bawah Datuk Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Induk kali ini bukan sahaja penting kepada Pakatan Rakyat, tetapi juga seluruh rakyat negara ini.
Beliau menjangkakan PRU Ke-13 mungkin akan menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah pilihanraya di negara ini.
"Jadi tema konvensyen kali ini 'Bersihkan Malaysia' amat bertepatan kerana ia selaras dengan keinginan Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya bagi membolehkan negara ini bebas dari amalan politik kotor BN selama ini," tegasnya.
Turut hadir pada sidang media itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 capai matlamat

Tawaran Jingga Pakatan Rakyat – ‘Bersihkan Malaysia’
Dr Dzulkefly Ahmad, | 14 Januari 2012 |
Di ambang pilihanraya umum ke-13 (PRU 13), negara kembali berdepan dengan pelbagai kemelut dan suasana krisis hasil langsung dari urus-tadbir dan tata-kelola sebuah pemerintahan yang tempang. Sebuah kerajaan yang tidak benar-benar komited untuk mensejahterakan rakyat seluruhnya bahkan meletakkan keutamaannya untuk membela suku-sakat kroni dan membolot kekayaan negara untuk segelintir kelompok penguasa, lazimnya akan berakhir dengan kehidupan rakyat yang serba terhempit dan ternafi dari mengecapi kekayaan dan kemakmuran negara.
Justeru, jurang antara kaya-miskin tampak semakin melebar, kesenjangan pembangunan antara bandar-desa, antara pantai Barat Semenanjung dan negeri pantai Timur-Utara, serta Sabah-Sarawak semakin ketara. Begitu juga hal hutang negara, khasnya hutang awam (Kerajaan Persekutuan) terus membengkak, daya-saing terus menjunam, ‘brain-drain’ tidak mampu disekat, ketirisan akibat rasuah dan salahguna kuasa dalam sistem ‘delivery’ berulang setiap tahun dan ekonomi terdedah kepada ancaman kebankrapan hasil pengurusan dan defisit fiskal yang tidak mematuhi tuntutan amalan terbaik-best practice- dan prinsip tata-kelola kewangan pruden.
Lebih parah lagi kerana krisis ini bukan sahaja menyinggung aspek ekonomi dan kewangan akan tetapi melingkungi seluruh dimensi kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kebrentakan ini terpapar jelas dengan pelbagai pola-pola persengkataan yang semakin tajam dan mendalam, di segi pertentangan ras-perkauman, tuntutan kelompok pendukung agama secara sempit dan kelompangan atau ‘lacuna’ bidang kuasa legal dan perundangan yang kerap disemarakkan api kefanatikan dan kejumudan politik perkauman.
Sementara itu fungsi institusi-institusi kritikal terus terkorban dari berperanan menjadi penyemak-imbang utama yang berkesan kerana terlalu tunduk dan dibelenggui penguasa Eksekutif yang angkuh dan rakus memusatkan dan merampas bidang wewenangan kuasa cabang Judisiari dan Legislatif yang terus dimandulkan.
Tegasnya seteru politik kita, Umno-BN telah merosakkan dan menodai institusi-institusi kritikal negara –“An Assault on the Nation” yang sekaligus telah menatijahkan “Kereputan Sistem” atau “Systemic Rot” secara menyeluruh.
Suasana ini cukup ngeri dan amat menakutkan, andainya ia berterusan kerana pastinya bakal menggagalkan usaha gigih pelbagai pihak untuk mendayakan negara supaya mampu bersaing dalam arus persaingan global dan serantau yang semakin sengit sekaligus mengancam kesinambungan negara sebagai yang bermaruah, berdaulat dan punya daya-juang dan daya saing yang tinggi.
Berdepan dengan lingkaran krisis yang tidak berhujung ini dan setelah menekuni serta mengenalpasti punca-sebab gejala kebrentakan ini, maka Pakatan Rakyat tampil dengan satu ‘Tawaran Jingga’ untuk mengundang seluruh rakyat dan pemilik penting-‘critical stakeholders’ negara ini, agar turut bersama-sama dalam satu gagasan “Membersihkan Malaysia” dari pelbagai kekotoran pengurusan pemerintahan Umno-BN supaya akhirnya kemakmuran dan sumber kekayaan negara mampu dikecapi, dinikmati dan dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di negara bertuah ini.
Inilah ertinya ‘Merakyatkan Kemakmuran Untuk Semua” dalam satu permufakatan mulia, perkongsian murni dan persefahaman mendalam tuntutan kepelbagaian agama dan budaya agar mampu menghayati sunggguh-sungguh slogan - “Sharing The Nation” – “Bersama Mengecapi Kemakmuran Negara” .
Tawaran Jingga – Huraian Pendekatan
Sesungguhnya, pembentangan ‘Tawaran Jingga’ ini hanyalah satu prelude kepada ‘Tawaran Manifesto’ Pakatan Rakyat. Tawaran Jingga ini sekadar menerangkan perbezaan pendekatan Pakatan Rakyat berbanding Umno-Barisan Nasional.
Pendekatan pihak lawan yang bersifat menampilkan ungkapan pelbagai akronim ajaib yang sebenarnya mengusutkan fikiran bermula dengan NKRA, NKEA, PTK (GTP), SRI, NEM (MEB), ETP, EPP dan panjang lagi kalau dimasukkan agensi-agensi pelaksananya MAMPU, Pemandu, Pemudah, kini TERAJU yang kesemuanya boleh dibawa kepada satu lagi yakni ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) ketika sakit dan nazak.
Saya yakin keseluruhan akronim ini dan tindih-tindannya tidak difahami sendiri oleh ramai menteri termasuk YAB PM, kecuali dua menteri pintu belakang (senator) di Jabatan Perdana Menteri itu..yang sentiasa bersedia memberi kuliah yang panjang ketika ditanya sikit oleh Ahli-Ahli Parlimen Pakatan (dan juga BN) di Dewan Rakyat. Inilah dia Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang sangat dihajati oleh PM Najib.
Sesungguhnya tidak akan dapat dilakukan Transformasi kecuali dirancang, dilaksana dan diurus program ‘Reformasi Menyeluruh’ dalam menangani ‘kereputan sistem’ yang dirobek dan dinodai regim Umno-Barisan Nasional.
Tawaran Jingga kami pula merumuskan pendekatan “Political Economy”[1] atau pendekatan yang benar-benar mencerakinkan kembali kebijakan disiplin ekonomi ini dalam menggarap tuntutan Politik.
Ia adalah disiplin atau bidang ekonomi yang membicarakan bagaimana “keputusan politik mempengaruhi bidang ekonomi atau economic outcomes” atau dengan kata lain mudahnya “Perubahan Ekonomi atau ‘Economic Changes’ hanya akan dapat dipacu dan direalisasikan dengan bersekali dilakukan oleh sesebuah kerajaan akan ‘Reformasi Politik’. Sebaliknya pula bagaimana cita-cita “Transformasi Ekonomi” akan gagal dihambat oleh “Kekangan Realiti Politik” sperti yang jelas berlaku dalam pemerintahan Umno-BN.
Ini jelas apa yang telah berlaku dalam pendekatan BN yang masih terus tercari-cari pendekatan yang konsisten. Sebab itu Najib selalu berbolak-balik atau flip-flopping atau ‘zigg-zaging’. Najib hampir dinobatkan sebagai the “Father of Flip-Floppers” justeru kerana sikapnya yang kerap tidak tetap. Terlalu banyak contoh yang boleh dibariskan termasuk hal urusan ekonomi seperti EOC dalam MEB (NEM) atau menangani BERSIH 2.0 dan banyak lagi.
Sebab itu dalam NKRA dan PTK (GTP), Najib tidak langsung memberikan kepentingan kepada asepk reformasi politik. Bila baru celik kepentingan Reformasi Politik dan Perlembagaan? Bila digempur dek BERSIH2.0! Hanya selepas 709 BERSIH2.0, Najib terhegeh-hegeh bercakap tentang menangani tuntutan Politik Baru dan membatalkan 3 Ordinan Dharurat (1966, 1969 & 1977), membatalkan Akta Hukuman Buang Daerah 1959; dan mula bercakap tentang memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tembelang Najib terdedah apabila cakap-cakap menteri JPM mendahului beliau apabila mereka menyebut tentang mengantikan ISA yang dua-kali lima juga akalu tidak lebih drakonian lagi.
Maka sebagai pendekatan Pakatan Rakyat, kami cenderung untuk mengambil pendekatan ini yang mengiktiraf bahawa masalah ekonomi akan hanya dapat digarap bersekali dengan reformasi politik. Seteru politik kita pada asalnya tidak mahu mengiktiraf ini. Hanya mutakhir setelah serik kita berpekik baharulah mereka faham.
Tegasnya ‘Tawaran Jingga’ adalah penyelesaian krisis negara secara bersepadu dan menyeluruh. Tawaran Jingga [2] adalah perumusan penyelesaian komprehensif bagi menangani segala krisis yang juga sifatnya ‘menyeluruh dan sempurna’ bukan sahaja dari aspek kebobrokan pengurusan fiskal dan ekonomi.
Sebab itu kebobrokan rasuah, salahguna kuasa dan segala kebejatan penguasa dan elit bisnes yang rakus mesti ditangani dengan reformasi politik, perundangan serta keinsafan moral dan agama. Umno- BN tidak faham atau buat-buat tidak faham. Sebab itu kebejatan rasuah dan salah guna kuasa kini dilambang dengan NFC-Lembu dalam Kondo persis membayangkan kegagalan Transformasi Kerajaan Najib!
Tawaran Jingga kami berkisar di sekitar mencapai Dasar-Dasar Bersama:
Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat, ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat
Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.
Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.
Alor Star, Kedah.
14 hb Januari 2012.
[1] ‘Political Economy’ bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan ‘seminal-agung’ Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara “Political Economy” begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848).
[2] Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan sebagai “Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.
Sumber HD :: 14//01/2012

- Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat (Reformasi Politik)
- Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mampan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil (Reformasi Ekonomi)
- Keadilan sosial bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh (Reformasi Sosial)
- Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara yang adil-setara (Government-Governance-Federalisme).
Tawaran Jingga bakal didedahkan dari masa ke semasa yang akan memuatkan rencana dasar, polisi dan kebijakan untuk membawa keluar bangsa dan negara dari kemelut yang semakin meruncing ini. Dalam Konvensyen ini, beberapa perkongsian awal tentang i. Dasar FELDA Pakatan Rakyat, ii. Dasar Anti-Monopoli Pakatan Rakyat iii. Dasar Pengukuhan Federalism Pakatan Rakyat iv.Dasar Memperkasakan Perkhidmatan Awam Pakatan Rakyat
Oleh kerana tarikh PRU ke-13 masih sukar diramalkan oleh pundit politik, maka Manifesto Pakatan juga perlu dirahsiakan sehingga ke satu tarikh yang ditentukan kemudian.
Kami bersedia mendengar maklum-balas dari semua pihak agar perumusan penyelesaian kami dalam Tawaran Jingga dan Manifesto PR nanti akan menjadi lebih mentap dan padu lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Jingga Pakatan Rakyat.
Konvensyen Pakatan Rakyat kali-3.
Alor Star, Kedah.
14 hb Januari 2012.
[1] ‘Political Economy’ bukanlah bidang baru bahkan hampir sama usia dengan bidang ekonomi itu sendiri. Adalah diakui bahawa penulisan ‘seminal-agung’ Adam Smith – Wealth of Nation (1776) itu sendiri adalah bicara “Political Economy” begitu juga penulisan John Stuart Mill – Principles of Political Economy (1848).
[2] Tawaran ‘Negara Berkebajikan’ PAS memulakan paksi penyelesaian dengan premis peranan sebagai “Amanah kepada Tuhan sebagai Khalifah Allah di muka bumi dan menganggap segala perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan ketirisan adalah perlakuan dosa terhadap Allah dan kerosakan (Al-Khusraan) yang dilakuan oleh Penguasa yang rakus sebagai perbuatan fasiq dan khianat terhadap Amanah Allah dan Mandat Rakyat.
Sumber HD :: 14//01/2012
Tawaran Jingga: Perkasa perkhidmatan awam negara
Husam Musa, | 14 Januari 2012 |
NABI Muhammad s.a.w bersabda;
“ Mereka (kakitanganmu) adalah saudara (adik beradik) mu, Allah menempatkan mereka di bawah kelolaanmu; sehingga sesiapa mempunyai saudara di bawah kelolaannya maka harus diberinya makan seperti apa yang dimakannya (sendiri) dan memberi pakaian seperti apa yang dipakainya (sendiri); dan tidak membebankan mereka dengan tugas berat di luar kemampuan, dan jika kamu membebankannya dengan tugas seperti itu, hendaklah kamu sendiri membantu mereka.” (HR. Muslim)
Saya ditugaskan berdiri di sini untuk membentangkan Kertas Jingga Tawaran Pakatan Rakyat berkaitan Perkhidmatan Awam Negara.
Pakatan Rakyat telah mencapai kemenangan. Semalam Perdana Menteri telah mengumumkan skim SBPA ditangguhkan.
Pengumuman ini dibuat sehari sebelum Konvensyen Pakatan Rakyat di mana Kertas Jingga kita telah mencadangkan bukan sahaja SBPA ditangguhkan tetapi digubal semula!
Nampaknya Kertas Jingga kita telah dapat dikesan oleh PM.
Tahniah kita ucapkan kepada seluruh kakitangan awam atas kejayaan mereka menangguhkan pelaksanaan skim yang akan melebarkan lagi jurang pendapatan di kalangan kaki tangan awam negara ini.
Selain tidak dirundingi secara lebih menyeluruh, SBPA benar-benar memberikan penekanan kepada lapis atas sektor perkhidmatan awam dan tidak memberikan pembelaan sewajar dengan kenaikan beban hidup kepada 80% lagi kaki tangan yang dimmasukkan dalam kategori pelaksana.
Berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), 40 peratus daripada rakyat negara ini tergolong dalam kategori isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan. Kira-kira 75 peratus daripadanya ialah keluarga Melayu/Bumiputera merangkumi keluarga kakitangan awam yang kononnya dibela oleh Kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
Hakikatnya, masih ramai rakyat Malaysia yang hidup merana. Layanan terhadap golongan rakyat tersebut yang diberikan Kerajaan UMNO-BN dapat disifatkan umpama melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi.
Jika kita merujuk kepada data terkini Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP), 5.3 juta pekerja dengan 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif menerima gaji bulanan tidak melebihi RM5,000. Dengan kata lain, hanya 8 peratus daripada golongan pekerja, termasuk kakitangan awam yang berada dalam kategori berpendapatan melebihi RM5,000.
Anggaran Bank Dunia meletakkan bahawa 34 peratus daripada tenaga kerja masih dibayar kadar RM700 sebulan, bermakna satu pertiga daripada tenaga kerja Malaysia berada di bawah paras kemiskinan. Kakitangan awam juga berdepan dengan situasi sedemikian.
Gaji yang bertepatan dengan keperluan kewangan menampung hidup mengikut kos semasa bukanlah keistimewaan atau kemewahan yang dituntut oleh kakitangan awam, tetapi satu konsep hak asasi manusia yang diterima pakai di seluruh dunia.
Prinsipnya adalah seharusnya menepati maksud hadis yang saya bacakan tadi.
Bahawa setiap manusia wajar menerima upah yang membolehkan dia menampung kos asas kehidupan seperti kediaman, makanan, pendidikan dan perubatan. Oleh yang demikian, kemelut tuntutan gaji minima yang berpanjangan dan tidak berkesudahan melambangkan persepsi Kerajaan UMNO-BN yang memandang remeh kehendak rakyat, termasuk kakitangan awam yang begitu asasi, seolah-olah rakyat menagih dan meminta sedekah.
Hasilnya, sama seperti mahasiswa yang dibelenggu dengan hutang PTPN, kakitangan awam negara kita sebenarnya turut terbelenggu dengan perangkap hutang.
Kerajaan Kelantan pada asasnya bersetuju, Insyaallah jika PR mentadbitr Putrajaya, royalti petroleum yang terhak kepada Kelantan akan dibayar dan semua pinjaman PTPN rakyat Kelantan bermula sejak 2005 akan dijelaskan.
Saya telah mendengar ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim menjelang 901 yang menyebut PR akan menyemak semula kedudukan PTPN seluruh negara jika PR menguasai Putrajaya.
Di bawah SPBA yang dicadangkan, masih terdapat kakitangan awam yang menerima gaji di bawah RM900. Sebagai contoh:
Tangga Gaji Bagi Skim N(Pentadbiran & Sokongan):
Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Prinsip mendekatkan jurang pendapatan akan diguna pakai bagi tawaran alternatif PR kepada perkhidmatan awam negara.
Prinsip lain ialah Pakatan Rakyat mengiktiraf sumbangan kakitangan awam yang telah lama berkhidmat atau ‘seniority’ bagi memastikan kenaikan gaji golongan tersebut adalah sepadan.
Elaun khas profesional akan ditetapkan bagi kakitangan awam yang mempunyai pengiktirafan profesional seperti jurutera (Ir), juru arkitek (Ar), juruukur tanah (Sr) dan seumpamanya.
Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding antarabangsa yang penuh dengan pertikaian dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan.
Tindakan membuka jawatan penting kerajaan kepada lantikan luar juga membuktikan bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kepercayaan kepada kakitangan awam untuk melaksanakan agenda transformasi beliau sehingga terpaksa mengimport tenaga profesional luar seperti yang dilakukan melalui Pemandu di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dan melibatkan syarikat perhubungan antarabangsa seperti APCO dan FBC.
Oleh kerana kertas ini disediakan untuk memberikan pandangan PR terhadap SBPA, izinkan saya melanjutkan sedikit ulasan saya mengenainya.
Kakitangan awam kategori Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dijangka menerima kenaikan hampir 45 peratus pada peringkat permulaan gaji berbanding SSM. Meskipun kumpulan pengurusan premier hanya mempunyai 36 orang di negara ini, tetapi Kumpulan Premier 1 mendapat kenaikan sehingga RM60,000 sedangkan gaji mereka sebelum ini hanya sekitar RM30,000. Sementara itu, kakitangan awam biasa hanya menerima kenaikan gaji 7-13 peratus selepas menerima SBPA.
Sebahagian kakitangan juga menuduh SBPA tidak menghargai kakitangan yang bekerja lama atau warga tua. Sebagai contoh, selepas kenaikan tangga gaji skim SSM kepada skim SPBA, kakitangan awam B hanya mendapat separuh daripada kenaikan kakitangan awam A, masalah sama juga berlaku kepada kakitangan awam C gred gaji N1 yang berkhidmat lebih 20 tahun mendapat kenaikan kurang daripada kakitangan awam A. Padahal kakitangan awam C sepatutnya layak menerima lebih kenaikan berbanding kakitangan awam A.
Oleh sebab peningkatan gaji bergantung kepada peratusan daripada pokok gaji, ini menyebabkan peningkatan gaji kakitangan awam yang rendah tidak mendapat peningkatan yang ketara apabila dilakukan kenaikan daripada SSM kepada SBPA. Mengambil gaji guru sebagai contoh, perbezaan peratusan kenaikan gaji bagi guru di bawah SBPA sangat ketara. Guru DG44/DG1-2 cuma mendapat kenaikan gaji sebanyak RM2.01 atau 0.07% iaitu daripada RM2,982.99 kepada RM2,985 selepas menukar daripada SSM kepada SBPA. Nilai ini terlalu rendah jika dibandingkan dengan kenaikan gaji guru DG54/DG1-6 sebanyak RM1,857.46 (bersamaan 35.94%), daripada RM5,167.64 kepada RM7,025.00.
Gaji guru
Penelitian kami menunjukkan bahawa pengiraan SBPA akan menyebabkan berlakunya peningkatan gaji guru yang tidak adil. Tambahan juga, terdapat guru dalam gred berbeza menikmati gaji yang sama. Contohnya, seorang guru P1T10 yang menikmati gaji bulanan RM2509.90 dalam SSM, selepas menerima SBPA, gajinya sama dengan guru P1T9 sebanyak RM2615 sebulan.
Jika dihayati ucapan Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan Negara 2012, tempoh guru DG41 (DG1-1) dinaik pangkat ke DG44 (DG1-2) adalah tahun ke-8 dan seterusnya tahun ke-16 dikira dari pelantikan DG41 akan dilantik ke DG48 (DG1-4). Tapi mengikut SBPA, pihak yang terlibat harus menunggu tahun ke-9 atau menggenapkan perkhidmatan selama 8 tahun di DG41/DG1-1 sebelum dinaikkan pangkat ke DG44/DG1-2 dan perlu menggenapkan 8 tahun perkhidmatan di DG1-2 sebelum layak dinaikkan pangkat secara ‘time-based’ ke DG1-4.
Pengumuman penangguhan SBPA oleh PM membuktikan terdapat begitu banyaknnya kelemahan dalam skim ini. Soalnya, kenapa kabinet meluluskan pelaksanaannya tanpa benar-benar menelitinya?
Pakatan Rakyat mencadangkan bukan sahaja SBPA ini ditangguhkan bahkan satu tawaran alternatif berasaskan prinsip akauntabiliti dan kecemerlangan perkhidmatan awam dibentangkan dalam tempoh 60 hari dari tarikh konvensyen ini.
Selain dari itu, satu jawatankuasa mengkaji Akta Pekerja yang dicadangkan oleh Kerajaan BN di mana ia lebih menyebelahi majikan berbanding kakitangan terutama kaki tangan kontrak.
Sewaktu menyiapkan kertas ini, kami juga menerima permintaan dari kakitangan MAS yang merasa tidak puas hati dengan kedudukan mereka ekoran ‘share swapping’ antara Air Asia yang mempunyai kakitangan yang sedikit berbanding pesawat dan MAS di mana kaki tangannya lebih besar dengan nisbah pesawat yang lebih kecil.
Di samping itu, dari maklum balas yang kami terima, lebih dari 50% kakitangan awam memihak kepada PR kerana mereka merasakan PR lebih ‘fatherly and motherly’. Simbol ‘fatherly’ PR ada pada tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz dan tokoh ‘motherly’ seperti Datuk Seri Dr. Wan Azizah. Sementara dinamisma yang diperlukan oleh perkhidmatan awam ada pada tokoh seperti YAB Lim Guan Eng.
Dengan itu, PR mempunyai kelebihan bagi memberikan tawaran yang lebih bertepatan dalam rangka meningkat mutu perkhidmatan awam kita yang sebenarnya menjadi kunci ‘delivery and perfomance’ Kerajaan.
Dengan saiz perbelanjaan mencecah 28.7% dari Belanjawan 2012 atau jumlahnya RM 52 billion, seharusnya mutu penyampaian perkhidmatan awam mestilah sangat tinggi dan cemerlang.
Sekian
Husam Musa
Konvensyen Pakatan Rakyat
14 Januari 2012
-------------------------------------------
Kertas cadangan ini dibentangkan penulis dalam Konvensyen Ketiga Pakata Rakyat di Alor Setar pada 14 Januari 2012.

BN adalah masalah sebenar - Guan Eng
Mohd Rashidi Hassan, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan Barisan Nasional adalah masalah sebenar yang harus dibersihkan dari negara.
BN katanya tidak mampu menyelesaikan masalah dalam negara kerana BN itu sendiri adalah parti yang bermasalah.
Berucap di Konvensyen ke-3 Pakatan Rakyat dekat sini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengajak rakyat Malaysia mengubah nasib dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Beliau memberi contoh di mana dibuktikan bahawa prestasi ekonomi bagi empat negeri di bawah tadbir Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari sembilan negeri di bawah BN.
"Kita hanya memerintah empat tahun, tetapi kita tadbir lebih baik daripada 54 tahun BN memerintah.
"Bayangkan jika kita mentadbir Malaysia 50 tahun, kita pasti mampu menyelamatkan Malaysia dari kegejala rasuah dan kebankrapan," tegasnya.
Tegas Guan Eng, memang Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengalaman memerintah, tetapi ia juga tidak mempunyai pengalaman untuk melakukan rasuah sebagaimana yang dilakukan oleh Umno-BN.
Tegasnya, Pakatan Rakyat komited membersihkan Malaysia dari segala bentuk kepincangan ekonomi, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
"Kita yakin jika diberi amanah untuk mentadbir Putrajaya, kita akan memerintah dengan adil, menguruskan ekonomi dengan baik dan berkebajikan," tegas beliau.
Justeru katanya, demi masa depan rakyat, maka Pakatan Rakyat bertekad untuk mengubah dan membebaskan nasib rakyat dengan menewaskan parti bermasalah seperti BN pada PRU akan datang.

Dedah semua projek di bawah JK Impak Besar
Harakahdaily, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana menerima cadangan beliau untuk membekukan semua aset NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan).
Namun begitu, bagi menunjukkan ketelusan sikap Datuk Seri Najib, Husam mendesak agar beliau mendedahkan semua projek yang diluluskan oleh Jawatankuasa Berimpak Besar (High Impack Comittee) serentak dengan projek NFC.
Beliau juga mencadangkan agar Jawatankuasa Khas Parlimen ditubuhkan bagi menyiasat skandal ini.
Husam berkata demikian bagi mengulas tindakan Najib membeku semua aset NFC sehingga penyiasatan ke atasnya selesai.
Najib mengumumkan pembekuan aset NFC sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atasnya.
Najib juga mengarahkan timbalannya, Tan Muhyidin Yassin yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dan Datuk Sri Noh Omar, menteri itu sekarang menjalankan siasatan bagaimana isu ini boleh diselesaikan.
Dua hari lepas, Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Sri Shahrizat Jalil yang dikaitkan dengan skandal ini mengambil cuti selama tiga minggu bagi membolehkan kes ini disiasat dengan adil.
Enam bulan lalu, ketika kes ini baru memuncak, Husam mencadangkan agar aset NFC dibekukan sehingga penyiasatan kes ini selesai.
Langkah ini bertujuan untuk menyelamatkan apa-apa hak kerajaan yang masih tertinggal dalam syarikat itu ekoran salahguna pinjaman kerajaan yang dibuat oleh NFC.
NFC adalah syarikat yang diterajui oleh keluarga Shahrizat. Pengerusi Eksekutifnya adalah suami beliau manakala pengarah-pengarahnya adalah anak-anak beliau.
NFC memperolehi pinjaman mudah kerajaan sebanyak RM250 juta untuk meningkatkan pengeluaran daging negara. Namun begitu, Ketua Audit Negara dalam laporannya memaklumkan projek ini telah gagal akibat penyalahgunaan wangnya.
Pelbagai pihak pula selepas itu, khasnya PKR, mendedahkan NFC telah membeli kondo mewah di Bangsar dan Singapura di samping menguruskan percutian mewah keluarga Shahrizat dan membeli kereta mewah.
"Saya cadangkan Datuk Najib dedahkan semua projek yang diluluskan semasa NFC diluluskan oleh mesyuarat High Impack Comitte yang beliau pengerusikan.
"Ini kerana, kalau perjanjian NFC hanya ditandatangani kerajaan setahun selepas pinjaman diberikan, sudah tentu ada masalah prosedur kepada semua projek yang diluluskan bersama projek NFC ini," kata Husam kepada Harakahdaily.
Husam bersetuju dengan pandangan bahawa bukan Shahrizat sahaja yang patut dipersalahkan dalam kes ini.
"Benar dia mungkin tidak terlibat dengan kelulusan projek ini kerana dia bukan menteri yang berkaitan, namun kalau dia terlibat dalam percutian mewah keluarga yang menggunakan wang NFC, dia sudah terlibat dengan mendapat manafaat darinya," kata Husam.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah dalam skandal ini kerana projek ini terletak di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ketika itu dipimpin oleh Tan Sri Muhyidin Yasin.
Projek ini pula diluluskan oleh Jawatankuasa Impak Besar yang mesyuarat kelulusannya dipengerusikan oleh Datuk Seri Najib.

PAS, DAP, PKR adalah 'kuda perjuangan'
Aziz Muda, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: PAS, DAP dan PKR tidak pernah diperalat, diperkuda dan diperbodohkan antara satu sama lain, sebaliknya ketiga-tiga parti itu adalah 'kuda-kuda perjuangan' untuk merubah landskap politik tanah air.
Hanya dengan kuda-kuda perjuangan itu yang yang akan membolehkan politik kotor yang diamalkan oleh Umno BN di negara ini dibersihkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, oleh itu dakwaan Umno yang mengatakan PAS diperalatkan atau diperkudakan oleh DAP ternyata tidak berasas.
"Kita adalah kuda-kuda perjuangan dan kita tidak sekali-kali boleh diperbodohkan oleh sesiapa, insya Allah," katanya ketika berucap pada sesi Penggulungan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu"adzam Shah, di sini, hari ini.
Berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, beliau berkata, kerjasama erat antara PAS, DAP dan PKR ternyata amat mencemaskan Umno sehingga menyebabkan mereka sanggup membuat dakwaan seperti itu.
Bagaiamanapun, katanya, rakyat tahu realiti yang sebenarnya dan tidak lagi boleh diperbodohkan oleh Umno BN, sebaliknya ingin bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pada PRU Ke-13 nanti.
"Sejak berada di bawah pemerintahan BN, rakyat juga sudah tahu betapa tidak bertanggungjawabnya Umno BN dalam pelbagai perkara termasuk Bahasa Melayu sendiri sebagai bahasa rasmi negara yang dikerdilkan," katanya.
Mereka juga, tambahnya, turut memainkan isu perkauman, pada hal kedudukan Malaysia sebagai negara yang didiami pelbagai kaum dan mempunyai pelbagai budaya boleh mendatangkan kekuatan kepada negara jika ditangani dengan betul.
"Begitu juga dengan permuafakatan yang diadakan oleh PAS dan DAP sebenarnya adalah atas perkara-perkara yang tidak berbeza yang boleh dimuafakati.
"Manakala dalam perkara-perkara yang berbeza pula, kita akan bertasamud," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.
Politik, tegas beliau lagi, adalah amanah Allah yang mesti dijaga dengan baik kerana ia adalah perkara yang baik dan bersih.
"Inilah yang dipraktikkan oleh PAS sejak dulu seperti yang dikehendaki oleh Islam, tetapi Umno BN tidak pernah mempedulikan perkara itu sehingga menyebabkan politik menjadi amat kotor di tangan mereka," ujar beliau.
Ucapan Penggulungan Presiden PAS : http://www.youtube.com/watch?v=-iZYlUW6ozM&list=UUFznwgrJ0SorgTbQlpOKOaQ&index=1&feature=plcp

PAS eratkan hubungan rakyat, lepasi batasan kaum
Aziz Muda, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: PAS ternyata bukan parti yang memecahbelahkan rakyat negara ini khususnya di kalangan orang Melayu, malah semakin mengeratkan lagi perpaduan di kalangan rakyat sehingga melepasi batasan kaum.
Perkara itu antara lain boleh dirujuk oleh pelbagai pihak menerusi buku bertajuk 'Icon Kemurnian Kaum Di Kelantan' yang diterbitkan oleh Kerajaan Kelantan.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, dalam buku itu antara lain dijelaskan tentang perpaduan yang utuh di kalangan kaum-kaum yang terdapat di negeri itu.
Menurutnya, salah satunya melibatkan seorang lelaki yang beketurunan Cina di negeri itu yang menyertai skim Takaful Kifalah yang diadakan oleh Kerajaan Kelantan, dengan memperolehi pulangan sebanyak RM2,500.
Katanya, sebelum meninggal dunia, lelaki itu memberitahu kepada keluarganya bahawa langkah Kerajaan Kelantan itu amat baik dan wajar disokong kerana ia jelas bertujuan untuk membantu rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
"Mendiang turut berpesan kepada keluarganya jika dia meninggal dunia, wang sebanyak RM2,500 itu hendaklah didermakan kepada Masjid Muhammadi di Kelantan.
"Pada hal lelaki itu bukan Islam," katanya ketika berucap pada sesi Ucapan Penggulungan Pimpinan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini.
Manakala dalam perkembangan lain, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, melibatkan seorang lelaki Thailand yang juga bukan Islam yang memberikan derma sebanyak RM10,000 kepada Masjid Ismail di Kelantan pada tahun 2007 lalu.
"Pada tahun lalu pula, lelaki yang sama telah memberikan derma kepada Masjid Ismail dengan jumlah lebih besar sebanyak RM20,000," jelasnya.
Tindakan kedua-dua lelaki bukan Islam itu, tambahnya ketika berucap pada sesi yang dipengerusikan oleh Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah itu, jelas menunjukkan dakwaan Umno BN yang mengatakan PAS memecahbelahkan rakyat tidak berasas.
"Sebaliknya, PAS bukan sekadar disokong oleh orang Melayu, tetapi juga kaum-kaum lain yang juga bukan Islam sehingga turut membantu usaha Kerajaan Kelantan untuk mendaulatkan Islam di Kelantan.
"Perkara itu amat jauh berbeza dengan tindakan orang bukan Islam di Eropah yang dijadikan rujukan Umno BN sehingga sanggup meroboh dan membakar masjid," katanya.
Beliau turut mengingatkan setiap umat Islam khususnya agar menjaga amanah Allah dengan baik dan tidak membuat fitnah terhadap PAS yang berjuang untuk mendaulatkan Islam di negara ini.
Sumber HD : 14/01/2012
Sumber HD : 14/01/2012
Bacaan Ikrar PR : http://www.youtube.com/watch?v=l0CXmQAzYiI
Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.
Keadaan itu menjadikan suasana di padang stadium itu dipenuhi pandangan kopiah yang memutih yang cukup memukau pandangan jika dilihat dari atas tempat duduk di stadium itu.
"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.
Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.
Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.
Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.
Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi.
Sumber HD : 15/01/2012

Peserta konvensyen ikrar bina Malaysia baru
Aziz Muda, | 14 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 14 Jan: Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, hari ini, bergema dengan ikrar para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.
Dengan diketuai Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan ditemani Penolong Setiausaha Agung PKR, Rosli Abdullah dan Teresa Kok dari DAP, mereka bersama-sama membaca Ikrar Pakatan Rakyat yang berbunyi:
"Bahawasanya kami, Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia; Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
"Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan. Dengan ini, kami berjanji:
"Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;
"Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;
"Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti kompenan Pakatan Rakyat.
"Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang menyokong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;
"Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
'Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia".
Sebaik sahaja bacaan ikrar sekitar jam 3.15 itu berakhir, Takiyuddin, Rosli dan Teresa bersama-sama menyerahkan kad bacaan ikrar kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing di pentas utama.
Bagi pihak PAS, kad tersebut diterima oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, manakala PKR oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan DAP diterima oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ketika ikrar dibacakan, puluhan pemuda Pakatan Rakyat turut membentuk barisan tersendiri dengan membawa dan mengibarkan bendera-bendera kesemua negeri di Malaysia.

Lebih 50,000 hadir Rapat Rakyat Perdana
Aziz Muda, | 15 Januari 2012 |
ALOR SETAR, 15 Jan: Lebih 50,000 rakyat di seluruh Kedah hadir pada Rapat Rakyat Perdana yang diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, di sini, malam tadi.
Kehadiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat itu menjadikan padang bola Stadium Sultan Abdul Halim penuh sesak sehingga melimpahi ke luar stadium.
"Macam duduk di Padang Arafah," begitulah reaksi yang dituturkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hendak memulaklan ucapannya.
Dalam ucapannya, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan antara lain mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi perintah Allah sepanjang hidup di dunia ini.
Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap antara lain meminta orang ramai mengekalkan sokongan kepada PAS bagi membolehkan Kerajaan Pakatan Rakyat terus memerintah di negeri itu pada PRU Ke-13 akan datang.
Program yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar itu turut menampilkan beberapa penceramah lain dari PAS dan Pakatan Rakyat, dengan dimulai Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuk Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Azmin Ali.
Manakala dari DAP, Pengerusi dan Timbalan pengerusi parti itu, Karpal Singh dan Tan Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong.
Ceramah pada malam tadi adalah kemuncak kepada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 yang diadakan di stadium tersebut bermula jam 8.00 pagi tadi.
Sumber HD : 15/01/2012
Konvensyen Pakatan Rakyat lambang kebersamaan PR
http://msomelayu.blogspot.com/, | 15 Januari 2012 |
Semasa meninggalkan bandar Alor Star jam 10:30 malam saya memasang angan-angan untuk mengisikan blog dengan memberi ulasan khas kepada konvensyen ke-3 Pakatan Rakyat yang berlangsung di stadium tertutup Sultan Abdul Halim di Suka Menanti Alor Star.
Sapaan para penjenguk kepada saya di sepanjang berada di konvensyen itu memberi semangat dan kekuatan kepada saya untuk berbuat demikian, menyegerakan ulasan dalam blog.
Walhal mana mungkin untuk mengisi blog pada jam 4:20 pagi sebaik setiba dari Alor Star? Tubuh sudah lunyai dan kaki sudah kejap berdenyut. Sementelahan saya tidak dikejar dengan apa-apa tuntutan yang memaksa berbuat begitu kerana berblog semuanya percuma.
Walaupun blog saya tidak perlu dibayar dan boleh dihayati dengan percuma, dan boleh juga di hentam dan maki hamun secara percuma oleh sesetengah individu, tetapi rasa tanggungjawab tetap berdiri dalam hati. Saya tetap menjadikan blog Merah Tinta sebagai blog awal menyiarkan laporan.
Pertanyaan dan semangat yang diberikan oleh para penjenguk khasnya penjenguk tegar menjadikan saya bersalah kalau tidak mengisi blog atau menyegerakan membuat pengeposan apa-apa peristiwa atau pun membuat apa-apa ulasan berhadap sesuatu isu. Saya dapat merasakan betapa penjenguk begitu mengharap kepada laporan dan ternanti-nanti pandangan dari saya.
Setiap kali mengingati itulah kadang kala saya mengorbankan masa untuk tidur dan juga makan. Adakalanya di meja kecil saya tersedia dua tiga gelas teh atau kopi yang sudah kesejukan disiapkan isteri tanpa sempat menjamahnya kerana keasyikan menulis. Benarlah keasyikan menyebabkan kita kepada dunia lain di luar tumpuan kita. Kalau asyik mengejar perempuan maka akan lupa kepada perjuangan!
Realiti ini jarang diketahui oleh rakan-rakan atau penjenguk hanya akan bertanya masa mana MSO menulis. Mereka hanya bertanya itu tetapi tidak cuba memahami kesulitan dan masalahnya. Sebab itu ada kalanya saya jadi bengkeng kepada mereka yang menegur atau mempersoalkan typo yang berlaku dalam catatan saya.
Atas harapan dan penanti penjenguk itu maka saya bertekad dan akan berbuat seperti biasa. Malangnya kadang kala kita ini selalu bersikap egois, tenaga kurang tetapi nafsu kuat. Sebaik sampai rumah belum tanggal baju dan seluar saya terus up-loadkan gambar dari kamera ke dalam laptop sebagai proses awal untuk melapor atau mencatatkan mengenai konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3.
Selepas memerhati gambar yang diup-load tidak begitu mengghairahkan tiba-tiba semangat menjadi kendur dan terpaksa membatalkan niat. Saya merasa bersalah kalau menghidang sesuatu yang tidak bermutu kepada penjenguk. Kalaulah ada kawan-kawan telah merakam gambar di konvensyen itu dan juga ceramah belah malamnya berhajat nak kongsi dengan saya bolehlah kirim kepada saya untuk digunakan.
Sesuatu hasil kerja yang kita lakukan akan menjadi pendorong kepada kita. Disebabkan gambar kurang menarik maka dorongan itu tidak ada, natijahnya laporan dan ulasan mengenai konvensyen itu tidak disegerakan. Mohon maaf kepada pembelek blog Merah Tinta yang kecewa kerana tidak dapat membaca catatan mengenai itu sesegeranya.
Berbalik kepada konvensyen di Alor Star semalam ia memberi beberapa keputusan yang dapat dirumuskan di sini. Apa yang saya nampak konvensyen berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan bukan saja meninggalkan kenangan manis tetapi penuh keghairahan. Mungkin dari segi angka kehadirannya tidak begitu memberangsangkan, sekitar 3,000 itulah sebab ada media kroni dan PB melaporkan ia hambar dan tawar saja.
Kalau orang hanya melalui di hadapan stadium tertutup itu tidak akan dapat membilang angkanya yang sebenar atau merasa gelojak jiwa peserta yang hangat bertepok tangan. Dari luar ia tidak nampak berapa jumlah sebenarnya. Tetapi mengenai konvensyen itu bukan jumlah yang penting, tetapi yang mustahaknya konvensyen itu berjaya memberi satu resolusi terhadap masalah negara dan rakyat pada masa kini.
Kalau hendak melihat atau mengukur berjaya atau tidak konvensyen itu dari segi jumlah kehadiran ialah pada ceramah perdana di sebelah malamnya -- saya akan ulas dan memberi pandangan saya secara berasingan selepas ini.
Konvensyen itu adalah majlis rasmi di mana pesertanya dijemput. Bukan semua orang boleh menghadirinya. Penyertaannya terbatas. Sebab itu peserta diminta mendaftarkan diri. Konvensyen itu bolehlah dianggap forum untuk membincang kesemua masalah rakyat untuk dicerkinkan dan diuruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kelak.
Nilai atau pun keistimewaan lain di sebalik konvensyen itu komponen Pakatan Rakyat, Pas, PKR dan DAP duduk dalam satu majlis untuk memdengar rintihan, kehendak dan harapan rakyat dari semua aspek kehidupan. Konvensyen itu kepada saya ruang untuk mendapat input dan memberi input dari pemimpin kepada rakyat dan sebaliknya.
Dalam konvensyen ini parti-parti itu tidak bercakap hanya dalam lingkungan mereka saja, soal-soal kepentingan kaum, agama dan budaya tetapi membuka ruang untuk kepentingan semua sesuai dengan nilai kesejagatan hidup dan idealisme jihad Pakatan. Majlis seperti ini adalah memberi keyakinan kepada umum bahawa ketiga parti yang berbeza ideologi dan berbeza pendekatan sebelum ini sudah boleh duduk sekali dan sama-sama mengunyah masalah rakyat secara terbuka, telus dan beterus terang -- demi rakyat.
Sebenarnya persepakatan atau kejayaan Pakatan Rakyat mengadakan konvensyen itu sesuatu yang digerumi oleh UBN. Kalau sebelum ini mereka (UBN) mencanangkan Pakatan Rakyat sebagai kahwin mutaah, pakatan yang tidak terikat, gabung bersifat sementara atau pelbagai anologi buruk lagi namun dengan terlaksananya konvensyen berkenaan menunjukkan ketiga-tiga parti itu mempunyai satu komitmen dan mereka dapat membuang sifat mementingkan diri sendiri.
Yang menarik pada setiap konvensyen kesemua pemimpin dan peserta yang terdiri dari tiga fraksi (Islami, Sosial, Demokrat) akan melafazkan ikrar, berjanji sesungguh hati dan semurni jiwa untuk bekerjasama demi rakyat. Ikrar ini saya sifatkan sebagai satu tali besar yang memberkaskan mereka (PR) dalam satu ikatan dibuat semata-mata demi rakyat dan negara. Ia lebih penting lagi apabila ikrar itu diterjemahkan dalam gerak kerja mereka dan menjadi bukti ia diterima rakyat apabila satu demi satu meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan UBN.
Apa yang termasuk dalam ikrar itu dan ini saya kira adalah intipati besar bahawa Pakatan Rakyat berjanji dan berusaha untuk membina Malaysia Baru. Tampaknya semua para pemimpin, ahli dan penyokong PR bersetuju untuk meruntuh Malaysia lama ciptaan UBN dan membina Malaysia Baru yang lebih dituntut oleh rakyat.
Ciri-ciri Malaysia baru seperti mana disebut dalam ikrar itu ialah membina negara yang adil, demokratik serta menjujung beberapa prinsip asas yang dipersetujui bersama antaranya akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat, menumpukan sepenuhnya usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.
Apa tercermin dalam ikrar itu Malaysia sebuah negara baru yang mengutamakan prinsip keadilan sosial, demokrarik dan berkebajikan.
Tidak dapat tidak dalam pemerhatian saya konvensyen itu ada kecacatan dan kekurangan tetapi soal titik bengit itu tidaklah mengagalkan tujuan konvensyen itu diadakan. Ia boleh diperkemaskan di masa akan datang biarlah bersesuaian dengan proses kematangannya.
Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengarah Konveysen Mahfuz Omar, nampaknya beliau berjaya memikul tanggungjawab itu dan sekaligus menunjukkan kemampuannya untuk membantu atau memangku tugas itu yang seharusnya dipikul oleh MB Kedah Azizan Razak.
Sumber HD : 15/01/2012
Bahawasanya kami,
Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;
Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.
Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Dengan berteraskan semangat Ketuanan Rakyat, kami berjanji:
Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;
Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;
Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat;
Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;
Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.
Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia.
-------------------------------------------------
Ikrar dibacakan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan di Konvensyen ke 3 Pakatan Rakyat di Alor Setar pada 14 Januari 2012.
Suara Anak Muda - Ikram Ikrami (GAMIS):
http://www.youtube.com/watch?v=I61nF6Rvdts&feature=g-vrec
Sumber HD : 17/01/2012

Ikrar Pakatan Rakyat
Harakahdaily, | 16 Jan 2012 |

Desak kerajaan benarkan tentera mengundi di luar kem
Aziz Muda, | 16 Jan 2012 |
ALOR SETAR, 16 Jan: Pakatan Rakyat didesak supaya tidak bertolak ansur dalam soal pembuangan undi di kalangan anggota tentera agar mereka tidak lagi dibiarkan membuang undi di dalam kem seperti yang diamalkan oleh Kerajaan BN sejak dulu.
Sekiranya perkara itu dibiarkan, ia pasti akan memberikan keuntungan kepada Umno BN semata-mata kerana gagal dipantau oleh Pakatan Rakyat sepanjang proses pembuangan undi itu berlangsung.
Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab (gambar) berkata, sebaliknya Pakatan Rakyat perlu mencari jalan dan mendesak Kerajaan BN agar membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem seperti juga pengundi-pengundi lain.
Menurutnya, jika anggota tentera terus dibiarkan mengundi di dalam kem, pilihanraya akan datang tetap tidak berubah, malah pasti hanya menguntungkan Umno BN semata-mata seperti yang berlaku selama ini.
"Kini telah tiba masanya bagi Pakatan Rakyat bertindak lebih jauh dalam hal ini, dengan mendesak kerajaan membenarkan anggota tentera mengundi di luar kem kerana perkara itu sebenarnya boleh dilakukan dengan mudah jika dikehendaki oleh kerajaan," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Selain itu, beliau turut mendesak Pakatan Rakyat agar mendesak Kerajaan BN memansuhkan undi pos di kalangan anggota tentera kerana pengundian pos telah dikesani oleh beliau mempunyai pelbagai unsur manipulasi.
"Undi pos itu sebenarnya adalah kuasa penentu bagi kemenangan Umno BN dalam pilihanraya. Jadi Pakatan Rakyat mesti mendesak kerajaan agar mengubah perkara itu agar memansuhkan undi pos dalam pilihanraya akan datang," tegasnya.
Sebelum itu, beliau turut menyuarakan perkara yang sama ketika berucap pada acara Ucapan Suara Nurani Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kelmarin.
Sebagai bekas pegawai tentera, beliau turut kesal kerana negara ini didakwa tidak mempunyai dasar yang jelas berhubung dasar pertahanan negara.
"Jika ada dasar pertahanan negara, di mana letaknya dasar itu? Jika ada dasar, takkan kerajaan boleh beli peralatan tentera dengan sesuka hati tanpa mempedulikan kepentingannya sehingga sanggup membazirkan wang negara?" tegasnya.
Ketika berucap bagi mewakili penjawat awam pada acara yang dipengerusikan oleh Datuk Johari Abdul itu, beliau turut kesal dengan langkah kerajaan untuk melaksanakan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan sistem sedia ada.
"Pihak kerajaan langsung tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan para penjawat awam untuk melaksanakan sistem itu. Kerajaan hanya menjadikan para penjawat awam seperti 'robot' dan 'orang bodoh' sahaja dengan hanya menurut sahaja apa yang diperintahkan," tegasnya.
Penjawat awam di negara ini, tambahnya, berjumlah 1.4 juta orang, tetapi sistem tersebut hanya memberikan keuntungan yang besar kepada segelintir penjawat awam sahaja dan amat merugikan mereka yang lain terutama yang berada dalam kumpulan sokongan.
"Perkara itu amat berbeza berbanding langkah yang akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat seperti yang terdapat dalam Buku Jingga yang akan memberikan keuntungan serta keadilan kepada semua pihak," ujarnya.
Beliau berharap agar 1.4 juta penjawat awam di negara ini sedar mengenai perkara itu dan turut melakukan perubahan dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada PRU Ke-13 akan datang, bagi membolehkan Pakatan Rakyat melangkah ke Putrajaya.

No comments:
Post a Comment