Tanya siapa PM bukti Pakatan ke Putrajaya
Aziz Muda, | 08 January 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Pertanyaan seluruh rakyat negara ini sekarang mengenai siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan esok, membuktikan Pakatan Rakyat akan melangkah ke Putrajaya pada PRU Ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, daripada pertanyaan itu jelas membuktikan rakyat negara ini kini ternyata amat berminat dengan perkembangan Pakatan Rakyat yang terrnyata mempunyai harapan yang cerah untuk ke Putrajaya pada PRU Ke13 nanti.
Katanya, mereka tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya tersebut.
"Jadi jika Datuk Seri Anwar akan dipenjarakan, mereka secara automatik menjadi tertanya-tanya siapakah pula yang akan menjadi Perdana Menteri," katanya pada program Kempen Bebaskan Anwar 901 di padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini, malam ini.
Pada program yang dihadiri ribuan orang ramai itu, beliau menegaskan, perralihan rakyat daripada BN kepada Pakatan Rakyat berpunca dari kezaliman Kerajaan BN yang ditunjangi Umno itu sendiri terhadap rakyat sejak BN memerintah negara sejak sekian lama.
"Namun rakyat bukan lembu, malah semakin cerdik dan mereka telah bersama-sama bangkit untuk melepaskan diri dari kezaliman Umno BN," katanya.
Realiti di negara ini sekarang, tegasnya, samalah seperti di Tunisia yang telah sekian lama berada di bawah pemerintahan zalim Ali Zainal Abidin, sehingga memaksa rakyat terutama golongan muda bangkit di jalan-jalanraya untuk menggulingkan pemerintahan Ali Zainal Abidin.
Katanya, punca kezaliman Ali Zainal Abidin terhadap rakyat disebabkan sikap isterinya, Laila yang begitu gelojok mengumpulkan jongkong emas dan kekayaan keluarganya.
Manakala di negara ini, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Rosmah Mansor pula turut bersikap seperti itu apabila begitu berminat mengumpulkan cincin dan permata.
Selain itu, rakyat juga semakin sedar, hutang negara kini semakin meningkat sehingga melebihi RM400 bilion, manakala indek rasuah yang melibatkan para pemimpin kerajaan turut meningkat setiap tahun.
"Jika beberapa tahun lalu indeks rasuah negara ini sekitar 5.10 peratus, tahun lepas meningkat kepada 4.9/10 dan tahun lalu kepada 4.8/10.
"Ini menunjukkan negara ini pasti akan bangkrap jika dibiarkan terus diperintah oleh BN," tegasnya.
Beliau menegaskan, walau apa pun yang berlaku terhadap Anwar esok, PAS dan Pakatan Rakyat tetap bersama pemimpin tersebut.
Oleh itu, beliau menyeru supaya seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir di kaeasan perhimpunan di kawasan parking kereta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur esok bagi menyatakan kebersamaan dengan Anwar walaupun dalam pelbagai keadaan.
Turut hadir pada program tersebut, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR , Datin Dr Wan Azizah Ismail; Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Tan Seng Giaw dari DAP; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan lain-lain kepimpinan Pakatan Rakyat.
Pada perhimpunan tersebut, wakil-wakil parti dari Australia, Fiipina dan Indonesia turut hadir.
Sumber HD : 8/01/2012
(Sidang media Tunku Aziz di rumahnya semalam)
PETALING JAYA: Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berpandangan selari dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa Perdana Menteri negara ini seharusnya beragama Islam tanpa mengira kaum.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menyuarakan pendirian beliau untuk melihat seorang calon bukan Melayu jika pembangkang mendapat mandat memerintah negara.
“Mana-mana kaum di Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri, asalkan beragama Islam. India Muslim, Cina Muslim sekalipun boleh memerintah, yang penting agama mesti Islam,” kata beliau pada sidang media di rumahnya semalam.
Karpal baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa Perlembagaan Negara tidak menetapkan apa-apa peraturan yang menetapkan hanya orang Melayu yang boleh menjadi Perdana Menteri.
DAP juga mendakwa, kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia tidak benar apabila melaporkan Karpal berkata sampai mati beliau akan memperjuangkan agar seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri.
Sumber HD : 29/05/2012
Baru-baru ini kita dihebohkan di media arus perdana berkenaan dengan satu isu kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh yang mana berikrar akan terus berjuang supaya seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia dengan alasan tiada undang-undang yang diperuntukkan untuk menghalang bukan Melayu menjawat jawatan tersebut. Kenyataan beliau ini boleh kita ditafsirkan sebagai sensitif dan boleh membawa kepada keresahan dalam kalangan masyarakat khususnya, masyarakat Melayu.
Hal ini disebabkan, kenyataan-kenyataan seumpama ini bukanlah kali pertama dikeluarkan oleh beliau. Sebagai contoh, ketika PAS bercita-cita ingin mengujudkan sebuah negara pemerintah Islam beliaulah orang yang kuat menentang saranan tersebut sehinggakan cita-cita PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam terpaksa diketepikan bagi menjaga hubungan antara DAP dan PAS.
Malah, kenyataan beliau ini yang mahu seorang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri, merujuk kepada Lim Guan Eng telah membawa pelbagai persepsi berbeza dalam kalangan mahasiswa, parti politik, mahu pun masyarakat umum. Ternyata kenyataan ini sudah tentu memberi impak yang besar kepada orang Melayu khususnya. Hal ini disebabkan kenyataan seumpama ini boleh mengubah kuasa politik, terutama kuasa politik orang Melayu dan juga hala tuju pemerintahan negara antara 10 atau 20 tahun akan datang. Hal ini disebabkan dari awal kemerdekaan negara sehingga sekarang, Perdana Menteri Malaysia adalah dalam kalangan orang Melayu sendiri, dan sejarah belum lagi tercipta yang mana bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.
Persoalannya adakah orang Melayu sanggup berperdana menterikan seorang yang bukan Melayu? Penulis boleh menjangkakan jawapannya tidak. Hal ini melibatkan beberapa faktor, salah satunya ialah pengaruh sejarah politik negara dan juga suasana negara yang mana majoriti masyarakatnya adalah orang Melayu.
Mengapa isu Perdana Menteri bukan Melayu timbul?
Walaupun di dalam Perlembagaan Malaysia dengan telah terang mengatakan bahawa tiada peruntukan yang menyebut hanya orang Melayu sahaja yang boleh dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kaum-kaum lain juga turut berpeluang dilantik sebagai Perdana Menteri jika mendapat undian yang cukup dari anggota parti yang membentuk kerajaan. Namun, perlu difahami bahawa kondusi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan majoritinya adalah masyarakat Melayu. Justeru, adalah wajar jika ketua eksekutif atau kerajaan dilantik dalam kalangan Melayu sendiri, yakin boleh membawa aspirasi dan perpaduan negara. Tetapi mengapa isu ini timbul? Persoalan ini dapat penulis kaitkan dengan isu muzakarah antara pimpinan PAS dan UMNO yang dicadangkan sebelum ini, namun amat mendukacitakan apabila muzakarah yang dirancang sekian lama terkubur di tengah jalan, disebabkan beberapa perkara.
Jika kita ingin membincangkan berkenaan isu permasalahan UMNO dan PAS, perbezaan pandangan, hala tuju perjuangan melibatkan kedua-dua parti politik ini ia, terlalu panjang untuk dibincangkan di dalam ruang yang terhad ini. Namun, sejarah telah menceritakan bahawa kedua-dua kuasa politik ini amat liat untuk menemui titik persefahaman.
Jika ada usaha sekali pun untuk menyatupadukan kedua-dua parti politik ini ia pasti menemui kegagalan. Namun, apa yang dapat penulis katakan berkenaan isu Perdana Menteri bukan Melayu adalah gambaran kepada keresahan dan kebimbangan DAP jika umat Melayu bersatu, melalui landasan UMNO dan PAS. Hal ini disebabkan jika Melayu bersatu melalui kedua-dua parti politik ini ia cukup ampuh, dan sudah pasti memberi satu kelebihan, dan nilai kekuatan kepada bangsa Melayu itu sendiri.
Mengapa Melayu berat menerima Perdana Menteri bukan Melayu?
Faktor utama mengapa orang Melayu amat berat menerima Perdana Menteri bukan Melayu adalah kerana ia berkait rapat berkenaan peruntukan Perlembagaan Persekutuan 153 yang mana bersangkut paut dengan hal-hal berkaitan hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, dan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Menurut pandangan penulis isu hak keistimewaan Melayu, bahasa Melayu, dan agama Islam inilah menjadi punca utama keresahan orang Melayu apabila Karpal Sing menimbulkan isu yang mana akan terus berjuang supaya seorang Perdana Menteri yang akan dilantik dari kalangan bukan Melayu selagi beliau masih hidup. Walaupun Pakatan Rakyat (PR) berulang-ulang kali menyatakan bahawa sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan pusat pasca PRU 13, hak keistimewaan orang Melayu akan terus terpelihara dan terjamin menurut perlembagaan.
Namun, persoalannya benarkah ia betul-betul terjamin sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan persekutuan kelak. Perkara inilah masih menjadi igauan dalam benak fikiran orang-orang Melayu itu sendiri. Hal ini disebabkan, orang Melayu melihat bangsa Melayu masih bertatih di dalam menguasai pelbagai sektor terutamanya pegangan ekonomi.
Jika Perdana Menteri dilantik dalam kalangan bukan Melayu menurut Karpal Singh, orang Melayu menganggap ia satu lesen besar kepada DAP untuk mewujudkan konsep kesamarataan dalam apa juga sektor, ekonomi, pendidikan, perniagaan, pegangan saham dan sebagainya. Secara tidak langsung ia menjarakkan lagi jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu, yang kaya terus mengaut kekayaan, manakala yang miskin akan terus tertindas. Mungkin kita tidak melihatnya secara kasar atau melalui pembentuk dasar-dasar negara, namun ia boleh berlaku dalam bentuk yang lebih halus sehinggakan orang Melayu tidak sedar apa yang sedang berlaku.
Ditambahkan lagi, sekiranya Perdana Menteri yang bakal dilantik sekali pun dalam kalangan Melayu Islam sekiranya PR menang dalam PRU 13 nanti dan berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Namun, timbul pula persepsi dalam kalangan Melayu bahawa Perdana Menteri yang dilantik hanyalah Perdana Menteri boneka semata-mata seperti yang digambarkan kepada Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak suatu ketika dahulu.
Walaupun Datuk Seri Nizar sebagai Menteri Besar Perak namun orang di kiri dan di kanan beliau adalah orang-orang DAP yang boleh mempengaruhi beliau membuat keputusan. Sama juga situasinya di peringkat pusat jika Perdana Menteri yang dilantik dalam kalangan Melayu, namun ia tidak ubah hanya sebagai simbol semata-mata bagi mengelakkan kemarahan orang Melayu.
Hal ini disebabkan orang Melayu melihat parti DAP lebih bersifat rasis berbanding MCA kerana orang Melayu melihat DAP adalah parti yang mewarisi semangat Malaysia Malaysia dari parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew. Setelah Singapura berpisah dengan Malaysia pada 1963, DAP dikatakan sebagai parti sapihan daripada PAP dan yang mana membawa ideologi yang hampir sama yang pernah diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu.
Bagaimana Perdana Menteri bukan Melayu beragama Islam?
Hal ini dapat kita sandarkan kepada kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Azizi Nik Mat yang mana meletakkan syarat bahawa Perdana Menteri yang bakal dilantik sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya mestilah beragama Islam, manakala soal kaum yang bakal dilantik beliau tidak kisah asal Perdana Menteri tersebut beragama Islam. Beliau menambah lagi, negara ini adalah negara umat Islam maka Perdana Menteri yang bakal dilantik sebagai pemimpin utama negara mestilah dalam kalangan pemimpin beragama Islam supaya orang Islam boleh memimpin orang Islam dan bukannya orang bukan Islam memimpin orang Islam.
Malah idea ini juga, turut dikongsi oleh bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang mana senada dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Perdana Menteri mestilah beragama Islam tetapi tidak mengira kaum. “Mana-mana kaum di Malaysia boleh menjadi Perdana Menteri, asalkan beragama Islam. India Muslim, Cina Muslim sekali pun boleh memerintah, yang penting agama mesti Islam” (Sinar Harian 28 Mei 2012).
Apabila kita melihat komen dan pandangan kedua-dua tokoh ini dapat disimpulkan bahawa syarat utama Perdana Menteri yang bakal dilantik mestilah beragama Islam tanpa mengira kaum di Malaysia. Namun, harus kita ingat bahawa kaum majoriti di Malaysia adalah Melayu dan kita perlu mengambil semangat ini untuk menetapkan bahawa orang Melayulah yang lebih layak dilantik mengisi kerusi Perdana Menteri sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya kelak.
Sumber HD : 11/06/2012

PM: Tunku Aziz selari dengan Nik Aziz
Harakahdaily, | 29 Mei 2012 |

Perdana Menteri Malaysia mesti Melayu Islam
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, | 11 Jun 2012 |

No comments:
Post a Comment