Serasi Bersama Wanita Pakatan Rakyat 7 Mei |
Hazayani Zakaria | |||||||||||||||||||||||||||
KUALA LUMPUR, 27 April: Empat pimpinan utama Wanita Pakatan Rakyat akan bertemu di atas satu pentas dalam program Ladies Night "Serasi Bersama Wanita Pakatan Rakyat" pada 7 Mei ini, jam 8 malam.
Ustazah Nuridah Mohd Salleh - Ketua Muslimat PAS
YB Pn Zuraidah Kamaruddin - Ketua Wanita PKR / AP Ampang
YB Teresa Kok - Pengerusi DAP Selangor / AP Seputeh
YB Dr Lo'lo' Datuk Mohd Ghazali - AP Titiwangsa / AJK DMPP
Dr Rosni Adam - Moderator / Pengarah Nisa' Malaysia
Program anjuran Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan (DMPWP) itu akan dihadiri Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Ustazah Nuridah Salleh, AJK PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga ahli Parlimen Ampang dan wanita DAP, Teresa Kok yang juga ahli Parlimen Seputeh. Bertempat di Restoran Nelayan,Titiwangsa, keempat-empat mereka akan membincangkan isu-isu berkaitan peranan wanita di Malaysia dan Pengarah Nisa' Malaysia, Dr Rosni Adam sebagai moderator. Menurut pengarah program, Dr Hani Ali, objektif utama program ini adalah untuk mengukuhkan ikatan dan keserasian di kalangan Wanita Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan di samping untuk mengumpul dana pembanguann tabung Sumaiyyah, satu projek DMPP. "Kita menjemput semua wanita tidak kira latar belakang dan peringkat umur untuk hadir ke program ini," kata beliau kepada Harakahdaily. Selain forum, persembahan kebudayaan juga bakal menyerikan program ini dengan kehadiran penyanyi popular tanah air, Aisyah selain cabutan bertuah. Kupon sudah mula dijual dengan harga RM40 dan kepada individu yang berminat beoleh menghubungi Norhafizah Fadzil di talian 019-3561841/014-8114255. Program ini juga bersempena muktamar DMWP yang akan berlangsung pada sebelah siangnya. Sementara itu, menurut Setiausaha DMPP, Kartini Ahmad yang dihubungi Harakahdaily hari ini, muslimat telah selesai mengadakan mesyuarat agung di semua kawasan iaitu sebanyak 156 kawasan. Manakala muktamar muslimat di peringkat negeri akan bermula pada 30 April ini dan dijangka selesai pada 17 Mei. "Dewan Muslimat Negeri Sabah akan mengadakan muktamar mereka pada 30 April ini manakala tarikh terakhir pada 17 Mei," katanya. Muktamar DMPP akan berlangsung pada 2 Jun di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Selangor di Shah Alam. http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=3004:serasi-bersama-wanita-pakatan-rakyat-7-mei&catid=82:wilayah-persekutuan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/82-wilayah-persekutuan/3158-nuridah-kekal-ketua-muslimat-pas-wilayah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3285-muslimat-perlu-sedia-pelan-untuk-ke-putrajaya
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6635-wanita-pakatan-lancar-kempen-anti-pecah-amanah Muslimat PAS sertai himpunan 10 ribu wanita
KUALA LUMPUR, 7 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan bersama-sama dalam himpunan 10 ribu wanita 'Suara Untuk Perubahan' pada 18 Mac ini di Petaling Jaya.
Himpunan anjuran aktivis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan wanita parti-parti politik itu mempunyai slogan yang jelas iaitu 'Kerajaan yang bersih. Mereka mempunyai enam tuntutan yang akan dibacakan pada perhimpunan itu iaitu kerajaan yang bebas daripada rasuah dan penyelewengan, akta gaji minima, kualiti kehidupan yang lebih baik, hapuskan keganasan terhadap wanita dan semua jantina, batalkan akta perhimpunan aman dan pilihan raya yang bebas dan adil. Ketua Penerangan DMPP, Aiman Athirah Al Jundi (gambar) berkata, mereka percaya enam tuntutan tersebut merupakan keutamaan untuk diperjuangkan oleh wanita di seluruh negara. "Bersempena Hari Wanita di peringkat antarabangsaKami berasa begitu terpanggil untuk menganjurkan satu perhimpunan wanita yang kita percaya ianya telah lama ditunggu-tunggu oleh ramai pihak. "Malah situasi sekarang, himpunan ini sangat relevan, khususnya bila kita melihat begitu banyak masalah yang langsung menyinggung kepada kehidupan seorang wanita itu telah gagal diurus dengan sebaiknya khasnya oleh pihak berkuasa," kata beliau kepada Harakahdaily. Ahli Jawatankuasa Wanita Suara Perubahan itu juga berkata, DMPP sebelum ini tidak pernah gagal menunjukkan solidariti dalam perhimpunan bagi menyuarakan isu rakyat. "Perjuangan rakyat yang selama 60 tahun yang turut disertai PAS, kini telah pun sampai kepada kemuncak kerjasamanya. Kita telah melibatkan diri dengan kerjasama padu ini dalam beberapa siri himpunan aman rakyat. "Baik untuk memprotes kenaikan harga minyak dan tol yang mengakibatkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, himpunan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, himpunan menuntut pemansuhan PPSMI, himpunan menuntut pemansuhan ISA dan seumpamanya," katanya. Sehubungan itu, DMPP menyeru seluruh wanita tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik bersama-sama menjayakan himpunan ini demi masa depan yang lebih baik dan terjamin untuk generasi akan datang. "Kita insafi bahawa kita berbeza dalam beberapa perkara, tetapi untuk masa depan, kita semua mahukan yang terbaik untuk kita semua apatah lagi anak cucu kita insyaAllah," katanya. Perhimpunan tersebut dijadualkan bermula jam dua dan berakhir jam lima petang di Padang Angkasa 1, Seksyen 14, Petaling Jaya, Selangor. Sumber HD : 7/03/2012 Wanita Pakatan sambut baik titah Agung
KUALA LUMPUR, 12 Mac: Ahli Parlimen Wanita Pakatan Rakyat menyambut baik titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mengiktiraf penyertaan kaum wanita dalam pelbagai sektor sama ada sektor awam atau swasta.
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, peranan wanita tidak boleh dinafikan untuk memastikan keseimbangan dalam sesebuah kerajaan yang memerintah. "Tuanku sultan meletakkan harapan 30 peratus pencapaian wanita dalam peringkat pembuat keputusan sama ada sektor korporat atau sektor awam. Ini adalah satu penghormatan dan kepercayaan yang diberi kepada kaum wanita. "Wanita mengharapkan dengan harapan yang cukup tinggi, ucapan yang begitu menyeluruh seolah-olah satu persiapan kerajaan yang bakal ditubuhkan selepas PRU 13 nanti adalah kerajaan yang bersih, amanah, berintegriti, telus dan mengambil kira kepentingan semua pihak," kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat itu ketika ditemui selepas istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-12 di Dewan Rakyat hari ini. Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula berpandangan, kerajaan tidak perlu menunggu 2015 untuk melaksanakan sasaran penyertaan 55 peratus wanita dalam tenaga kerja. ini kerana katanya, ianya boleh dilaksanakan sekarang jika semua dasar untuk memudahkan penglibatan wanita dalam sektor profesional dilaksanakan. "Alhamdulillah, isu wanita dijadikan salah satu isu utama dalam titah Yang di-Pertuan Agong. Hanya kita sedia maklum ianya masih tinggal dasar yang masih belum meluas pelaksanannya. Justeru kita tekankan dalam mana-mana usaha pengumuman kerajaan mesti berlandaskan pelaksaan. "Pada saya bila disebut Tuanku sultan tentang penyertaan 30 peratus wanita ini, kita perlu buat sekarang dan pastikan semua pimpinan dan Ahli Parlimen tidak mengira parti melaksanakannya. "Tak perlu tunggu 2015. Kita boleh laksanakan sekarang dengan memastikan semua dasar yang memudahkan wanita bekerja khususnya tempat jagaan anak-anak, tempat menyusu anak-anak yang baru lahir dan juga cuti bersalin 90 hari dibaut sekarang," katanya yang juga Naib Presiden PKR. Yang di-Pertuan Agong dalam titahnya menyebut bahawa kerajaan akan memulakan inisiatif untuk menarik lebih ramai wanita yang berkelayakan profesional kembali ke pasaran pekerjaan bagi mencapai sasaran penyertaan 55 peratus wanita dalam tenaga kerja pada tahun 2015. Tuanku Sultan juga percaya kaum wanita mampu menyahut cabaran dan meningkatkan potensi diri untuk memberi sumbangan lebih besar yang akan memancarkan sinar kecemerlangan masa depan negara.
Sumber HD : 12/03/2012
Wanita PR lancar Agenda Wanita Malaysia
KUALA LUMPUR: Wanita Pakatan Rakyat hari ini melancarkan Agenda Wanita Malaysia (AWM) merangkumi dasar bersama mencakupi aspek perundangan, kelangsungan hidup yang berkualiti, ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan sosial dan agenda wanita muda.
AWM menekankan tiga elemen utama iaitu pemberdayaan, pengiktirafan dan pelaksanaan. Bagi mencapai matlamat ini, AWM berhasrat menubuhkan Pusat Sokongan Wanita Bersepadu (PADU) di peringkat nasional bagi merealisasikan keberkesanan undang-undang yang merangkumi penubuhan baru dan pemberdayaan pusat krisis sedia ada, penambahan pusat kaunseling dan pemberdayaan NGO yang mendokong usaha ini. Dalam satu kenyataan bersama yang ditandatangani Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng, mereka berkata, penubuhan Pusat Wanita Berdaya ( PWB ) sangat penting bagi melahirkan golongan wanita yang berkemahiran, berilmu dan berdaya saing dalam masyarakat. Wanita Pakatan Rakyat juga berhasrat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional sebanyak RM50 sebulan daripada Pakatan Rakyat khusus sebagai pengiktirafan terhadap peranan wanita di dalam masyarakat. "Kita mempercayai bahawa bantuan jika diberi tidak boleh berbentuk sekali sekala tetapi bantuan perlu bersifat membina dan berterusan," kata kenyataan itu. Selain itu, caruman sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana, kemalangan atau kematian. "Sesungguhnya, AWM yang kita lampirkan ini adalah cerminan harapan dan pelan bertindak Wanita Pakatan Rakyat melihat perlu dilaksanakan kelak diperingkat persekutuan. "Kelak agenda yang kita mahu warwarkan bukan setakat pelan dan dasar yang menggubal tetapi kita mahu agenda yang menerapkan falsafah dan membudayakan agenda wanita di peringkat nasional dengan jelas," kata kenyataan itu.
Sumber HD : 17/07/2012
Wanita PR sedia jelajah Agenda Wanita Malaysia
KUALA LUMPUR: Agenda Wanita Malaysia (AWM) "Wanita Berdaya Negara Sejahtera" yang dirangka wanita Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP berjaya dilancarkan secara gilang gemilang malam tadi.
AWM mengandungi tujuh tumpu iaitu dasar pendidikan - celik dan cerdik, kelangsungan kesihatan dan hidup berkualiti, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, pemberdayaan dan penguatkuasaan undang-undang, agenda wanita muda. Tanpa membelakangkan dasar-dasar dalam Buku Jingga, AWM menekankan falsafah hormat wanita yang memartabatkan dan memberikan keadilan kepada wanita. AWM yang dibukukan menyerupai Buku Jingga itu turut diedarkan kepada kira-kira 1,000 tetamu yang hadir ke majlis yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor itu. Tetamu terdiri daripada anggota muslimat PAS dari seluruh negeri, wanita PKR dan wanita DAP serta badan bukan kerajaaan (NGO) wanita dari seluruh negara. Pelancaran dirasmikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ucapan ketiga-tiga ketua Wanita iaitu Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang), Ketua Wanita PKR (Ahli Parlimen Ampang), Zuraida Kamaruddin dan Ketua Wanita DAP, Chong Eng(Ahli Parlimen Bukit Mertajam) . Hadir sama memberi sokongan, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Pengerusi DAP Selangor serta pimpinan-pimpinan utama ketiga-tiga parti. Sementara itu,bercakap pada sidang media selepas itu, Zuraida berkata, siri jelajah akan dilakukan ke seluruh negara bagi menyebarkan AWM kepada seluruh masyarakat termasuk di luar bandar. "Hanya wanita yang mengenali wanita jadi Agenda Wanita Malaysia ini dirangka setelah memahami keperluan dan kehendak wanita. "Bagi memastikan apa yang dirangka ini menjadi kenyataan, Wanita Pakatan Rakyat akan mengadakan road show ke seluruh negara agar semua masyarakat tahu kewujudan tujuh tumpu ini," katanya. Sumber HD : 14/09/2012 Wanita Pakatan perlu tangkis propaganda media
SHAH ALAM: Wanita Pakatan Rakyat diseru meneruskan kerja kuat untuk menangkis laporan bersifat jahat media arus perdana.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, media arus perdana solah-olah tidak lagi menjalankan tanggungjawab mendidik masyarakat sebaliknya menggalakkan penyebaran berita bersifat jahat. Mohamad membandingkan insiden remaja menunjuk punggung kepada gambar Perdana Menteri dengan senanam punggung yang dilakukan sekumpulan veteran tentera di hadapan rumah Pengerusi Bersama gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga. Katanya, media membesarkan-besarkan isu remaja tersebut tetapi membiarkan kelakuan tidak sopan terhadap seorang wanita. "Kita kena bekerja dengan labih kuat. Banyak yang kita kena lakukan untuk menangkis media yang cukup jahat kebelakangan ini. "Kita tak bersetuju adegan seperti itu (tunjuk punggung) tapi media pemerintah membiarkan bahkan menggalakkan bila orang membuat tarian punggung depan rumah Ambiga. "Lebih dasyat lagi timbalan ketua polis negara kata boleh tarian punggung itu dilakukan," katanya sewaktu berucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi. Mohamad berkata, media perlu mendidik rakyat agar peka dengan isu semasa, bukan melalui perbuatan menghina mana-mana pemimpin. "Kita harap melalui media dan kementerian pendidikan, didiklah rakyat supaya kita berlawan atas isu rakyat, amar ma'ruf nahi mungkar, bukan lawan dengan cara pijak-meijak gambar," katanya di hadapan kir-kira 1,000 tetamu yang hadir
Sumber HD : 14/09/2012
Wanita PR perlu tumpu wanita pedalaman
SHAH ALAM: Wanita Pakatan Rakyat disaran mendekati golongan wanita pedalaman dengan menyediakan program yang lebih berkesan bagi meraih sokongan mereka.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Wanita Pakatan perlu menyediakan "blue print" agar agenda mendekati golongan ini lebih jelas. "Saya sarankan pimpinan Wanita Pakatan berikan blue print (kertas kerja) untuk dipertimbang majlis pimpinan supaya ada program menembusi kawasan desa. "Mendekati wanita di bandar tidak sama dengan wanita di kawasan desa dan pedalaman. Dan cabaran kita yang besar adalah di kawasan desa dan pedalaman," kata beliau ketika beucap di majlis pelancaran Agenda Wanita Malaysia di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor malam tadi. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga yakin Pakatan Rakyat dapat menguasai Putrajaya sekiranya semua pihak dalam gabungan itu berjaya mendapatkan sokongan wanita di pedalaman dan luar bandar. "Saya percaya ini masa dan ketikanya, rakan kita dalam DAP, PAS dan Keadilan bersama, untuk melihat, kalau kita mahu menawan Putrajaya, Insya-Allah, saya yakin kita dapat tawan Putrajaya. "Tetapi kita perlu sedikit 'push' di kalangan masyarakat pedalaman dan desa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita," katanya. Kira-kira 1,000 tetamu terdiri daripada wanita pakatan seluruh negara termasuk NGO wanita hadir di majlis malam tadi. Buku Agenda Wanita Malaysia turutt diedarkan kepada mereka.
Sumber HD : 14/09/2012
Shahrizat tak usah sibuk agenda wanita Pakatan
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail (gambar) mengingatkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya tidak mencampuri dasar Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Ini kerana kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi Inovasi dan Kebudayaan Selangor itu, Umno BN hanya mampu merancang tetapi gagal melaksanakan agenda wanita termasuk meletakkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita di peringkat pembuat keputusan, lapor KeadilanDaily. “Berapa ramaikah wanita yang dicalonkan untuk menjadi Ahli Parlimen di kalangan BN? Malah Umno BN juga gagal meletakkan 30 peratus wanita untuk menjadi Ahli Parlimen. “Menteri Wanitapun diletakkan di bawah Datuk Seri Najib Razak. Tidak adakah wanita dalam BN yang layak untuk memangku jawatan itu?” sindirnya ketika dihubungi. Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Shahrizat kononnya pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu sebagai ketinggalan zaman. Shahrizat mendakwa semua yang ingin diperjuangkan Pakatan Rakyat sudah dilakukan BN sejak merdeka lagi. Mengulas lanjut, Rodziah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mencabar bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menyenaraikan kejayaan mengangkat martabat wanita di bawah pemerintahan Umno BN. “Tidak ada pencapaian yang dilakukan oleh mereka! Cuma perancangan tetapi implementasinya gagal. Setiap perancangan itu sepatutnya disusuli dengan tindakan,” ujarnya. Beliau berkata, dalam memperjuangkan wanita, Pakatan Rakyat lebih ke depan termasuk meletakkkan lebih ramai calon sebagai Ahli Parlimen. Menurutnya lagi, Kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memberi lebih peranan kepada golongan itu untuk menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco). “Di Selangor, kita mempunyai hampir 40 peratus bilangan wanita dalam barisan exco dan juga sebagai Adun. Ia melebihi indeks yang disasarkan BN,” katanya. Pakatan sasar 40 peratus Menteri Wanita Menurut Rodziah, Indeks Global Jurang Gender menunjukkan wanita Malaysia menduduki tangga paling bawah jika dibandingkan dengan negara-negara Asean lain membuktikan Umno BN mendiskriminasikan wanita. Dalam Indeks Global Jurang Gender sedunia 2012, Malaysia di tangga 97 daripada 135 negara, lebih rendah dari Filipina di tangga 28, Afrika Selatan, (14), Cuba (20), Mozambik (26), Argentina (28), Sri Lanka (31), Kazakhtan (49), Thailand (60), Bangladesh (69), Brunei (76), Indonesia (90). Beliau berkata, wanita perlu diletakkan setaraf dengan kemampuan mereka dalam menyumbang secara signifikan kepada politik, sosial dan ekonomi di Malaysia. “Dalam hal-hal tertentu, wanita patut diberi peluang untuk membuat keputusan tanpa diskriminasi. Sebab itu kalau kita berjaya memerintah, Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan 40 peratus wanita sebagai menteri penuh,” katanya. Sumber HD : 18/09/2012 Menteri wanita tidak faham kehendak wanita
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang teruk hari ini ekoran kenyataannya bahawa Malaysia tidak memerlukan pejuangan hak wanita.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disifatkan tidak sensitif dengan isu gender dan wanita ekoran kenyataannya itu. Najib ketika berucap di Hari Wanita berkata, Malaysia tidak memerlukan perjuangan hak untuk wanita kerana semua hak mereka telah diberikan oleh kerajaan. Ia termasuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang diberikan sejak dari awal lagi. Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood (gambar) dalam kenyataannya berkata, dalam Islam hak wanita telah diberi 1433 tahun yang lalu. Tetapi ia tidak bermakna perlaksanaan dan pemberian hak menjadi otomatik. "Masih perlu diperjuangkan," kata beliau melalui Twitternya. Beliau menyifatkan Najib dibesarkan dalam lingkungan elit dan tidak berupaya memahami masalah wanita diakar umbi. Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh pula menyifatkan Menteri yang menjaga urusan wanita ini tidak sensitif dengan isu gender. Pagi tadi, Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan hasrat mereka untuk membelanjakan sehingga RM4.5 bilion setahun untuk kesemua program wanita yang merupakan 10 kali ganda lebih daripada apa yang ditawarkan oleh Umno BN. Bagi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isu-isu wanita adalah luas dan pelbagai kerana wanita membentuk separuh daripada penduduk Malaysia, tetapi penglibatan wanita di sektor pekerjaan dan politik, adalah masih terhad. Jelasnya, Wanita Pakatan Rakyat yang diketuai bersama oleh Zuraidah daripada PKR, Chong Eng (DAP) dan Siti Zailah (PAS) telah berjaya menerbitkan satu polisi yang dipanggil “Agenda Wanita Malaysia”. Katanya, dokumen itu mempunyai 7 teras yang komprehensif untuk meningkatkan dan memberdayakan wanita: dasar pendidikan yang lebih baik, kelangsungan kesihatan dan kualiti hidup, penglibatan dan peluang ekonomi, kesejahteraan sosial, pendemokrasian politik, penguatkuasaan undang-undang daripada diskriminasi dan memupuk agenda Wanita muda.
Sumber HD : 2/10/2012
|