GCC iktiraf pakatan baru pembangkang Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 13 Nov 2012 |
Majlis Kerjasama Teluk (GCC) berkata enam negara anggotanya memutuskan untuk mengiktiraf pakatan yang baru ditubuhkan pembangkang Syria sebagai "wakil rakyat Syria yang sah".
Langkah GCC tersebut hadir setahun selepas Liga Arab menggantung keahlian Syria, dan di waktu pakatan baru berkenaan bertemu dengan menteri-menteri luar Arab di Kaherah Isnin lalu.
"Negara-negara majlis mengumumkan pengiktirafan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria (National Coalition for the Forces of the Syrian Revolution and Opposition) sebagai wakil rakyat Syria yang sah," ujar Ketua GCC, Abdullatif al-Zayani dalam satu kenyataan Isnin lalu.
Blok yang kaya dengan minyak itu, yang terdiri daripada Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Oman, Qatar dan Kuwait, akan menyokong pakatan tersebut "untuk mencapai aspirasi rakyat Syria dengan harapa ia akan menjadi satu langkah ke arah pemindahan kuasa politik yang lebih cepat, "kata Zayani.
Beliau berharap penubuhan pakatan tersebut akan menamatkan pertumpahan darah dan menjadi "kongres kebangsaan umum yang membuka jalan untuk membina sebuah negara yang diperintah oleh undang-undang dan bersikap terbuka kepada semua rakyatnya".
Wartawan Al Jazeera, Jacky Rowland, yang melaporkan dari Kaherah berkata, "Pakatan yang baru ditubuhkan kini mula mendapat pengiktirafan yang diperlukan dari badan-badan lain."
"Tetapi Liga Arab tidak mengiktiraf ia sebagai wakil tunggal rakyat Syria," ujar Rowland. "Sebaliknya, ia mengiktiraf pakatan tersebut [sebagai mewakili] 'aspirasi' rakyat Syria."
"Pakatan berkenaan telah diberi status pemerhati [di Liga Arab]. Mereka belum ditawarkan lagi kerusi yang dibiarkan kosong sejak Assad tidak lagi dialu-alukan. Jadi status pemerhati adalah langkah pertama yang baik."
'Pengiktirafan Penuh'
Qatar, yang menjadi tuan rumah kepada rundingan selama empat hari yang berakhir dalam perjanjian perpaduan Ahad lalu, melalui Perdana Menterinya, Sheikh Hamad bin Jassim al-Thani berkata dia akan mendapatkan "pengiktirafan penuh" untuk pakatan tersebut.
Menteri Luar Qatar, Khaled al-Attiya, berkata pengiktirafan akan menghapuskan semua halangan kepada pembangkang untuk mendapatkan senjata bagi kumpulan penentang.
Ketua Pakatan Kebangsaan yang baru dilantik, Mouaz al-Khatib, memberitahu Al Jazeera mereka sudah mendapat janji untuk diberikan senjata, tetapi tidak memberitahu dari pihak mana.
Di bawah perjanjian Ahad lalu, pembangkang bersetuju untuk menubuhkan majlis tentera tertinggi yang baru untuk mengawal keseluruhan kumpulan penentang - dan menangani kebimbangan Amerika Syarikat berkenaan senjata yang diperoleh kumpulan yang cuba mengancam kumpulan penentang.
Washington telah mengisytiharkan sokongan untuk struktur baru tersebut. (aljazeera.com).
Sumber HD - 13-11-2012

Perancis iktiraf pakatan pembangkang Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 14 Nov 2012 |
Perancis menjadi kuasa Barat yang pertama mengiktiraf pembangkang Syria yang baru sebagai wakil tunggal rakyat Syria.
"Perancis mengiktiraf Pakatan Kebangsaan Syria (Syrian National Coalition) sebagai wakil tunggal rakyat Syria dan dengan itu sebagai kerajaan masa depan sementara untuk negara Syria yang demokratik," Presiden Perancis, Francois Hollande memberitahu sidang akhbar di Paris Selasa lalu.
Persoalan untuk membekalkan kumpulan penentang dengan senjata akan dibincang sejurus selepas pakatan pembangkang membentuk sebuah kerajaan peralihan, ujar Hollande.
"Berkenaan pembekalan senjata, Perancis tidak akan menyokong selagi ia tidak jelas ke mana senjata-senjata ini pergi," ujar Hollande.
"Perkara ini akan dibincang selepas pakatan ini menjadi sebuah kerajaan Syria yang sah, bukan sahaja oleh Perancis, tetapi juga oleh semua negara yang mengiktiraf kerajaan ini."
Pengumuman itu dibuat selepas kumpulan pembangkang bersetuju Ahad lalu di Doha untuk bersatu menentang rejim Presiden Bashar al-Assad. (aljazeera.com).
Langkah Perancis datang 24 jam selepas pakatan itu diiktiraf oleh enam negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) - Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Oman.
Sumber HD - 14-11-2012
(Ahmet Davutoglu bersama para pemimpin OIC berhimpun di Djibouti sebelum mesyuarat mereka)
DJIBOUTI: Menteri Luar Turki telah memanggil negara-negara Islam untuk mengiktiraf pakatan baru pembangkang Syria dan berkata bahawa Turki mempunyai keazaman dan kemampuan untuk mempertahankan sempadan jika keganasan terus merebak.
Berucap di mesyuarat menteri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Djibouti Khamis lalu, Ahmet Davutoglu memuji pembentukan Pakatan Kebangsaan Syria sebagai "pencapaian penting" dan dan berkata bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad kini di ambang kejatuhan .
"Turki sekali lagi mengulangi pengiktirafan Pakatan Kebangsaan Syria sebagai wakil sah rakyat Syria dan panggilan kepada semua saudara-saudara kita dalam OIC untuk berbuat demikian," katanya.
Ahli-ahli pembangkang Syria, termasuk kumpulan penentang, pembangkang veteran dan minoriti etnik dan agama, membentuk sebuah pakatan Ahad lalu untuk cuba menamatkan perbalahan yang telah menghalang perjuangan mereka menentang Assad.
Perancis dan beberapa negeri-negeri Teluk Arab telah mengiktiraf sepenuhnya Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria, tetapi Amerika Syarikat, Liga Arab dan kebanyakan negara Eropah mengambil pendekatan lebih berhati-hati.
Turki, yang menempatkan 120,000 pelarian Syria, telah mengetuai panggilan untuk mewujudkan zon penampan untuk melindungi orang awam di Syria namun semakin kecewa kerana kekurangan konsensus antarabangsa.
Turki telah menambahkan bilangan tentera di sepanjang sempadan 900km dengan Syria, menyerang balas untuk peluru mortar yang dilancarkan ke wilayahnya, dan sedang berunding dengan NATO tentang penempatan peluru berpandu Patriot, yang berpotensi menjadi permulaan kepada penguatkuasaan zon larangan terbang.
"Kami tidak mahu konflik menjadi semakin buruk. Tetapi semua orang perlu sedar bahawa Turki mempunyai kemampuan dan keazaman untuk melindungi rakyat dan sempadannya," kata Davutoglu.
"Keselamatan sempadan Turki telah terjejas. Pekan-pekan kami di sempadan telah disasarkan oleh tentera Syria."
Jet pejuang Turki meronda sempadan tenggara negara dengan Syria untuk hari kedua Khamis lalu, berikutan serangan udara minggu ini oleh pasukan Syria di bandar sempadan, Ras al-Ain yang dikawal kumpulan penentang.
Sumber HD - 16-11-2012
(Aktivis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 106 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria pada hari Jumaat)
PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande dan pemimpin pakatan pembangkang Syria telah mengumumkan rancangan untuk melantik duta baru untuk mewakili Syria di Perancis.
Langkah itu dibuat selepas perbincangan Sabtu lalu di istana presiden di Paris di antara Hollande dan Ahmad Mouaz al-Khatib, ketua pakatan pembangkang Syria yang baru ditubuhkan.
Perancis adalah satu-satunya negara Barat yang telah mengiktiraf secara rasmi pakatan pembangkang tersebut sebagai wakil rakyat Syria.
Duta baru Syria ke Perancis adalah Mounzir Makhous, seorang ahli akademik.
Sumber HD - 18-11-2012
Ahad dua minggu lalu, Khatib, seorang imam, penulis dan aktivis, telah dipilih untuk mengetuai Pakatan Kebangsaan Syria, kumpulan pembangkang yang baru bersatu bertujuan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Seorang bekas jurutera yang menghabiskan puluhan tahun dekad bekerja sebagai Imam di masjid-masjid di seluruh Damsyik, termasuk masjid berprestij, Masjid Umayyah, Khatib telah menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong revolusi anti-Assad.
Walaupun tokoh agama lain menyokong kerajaan Assad, Khatib adalah antara mereka yang pertama untuk mengumumkan sokongan bagi revolusi berkenaan.
"Ia seperti satu suntikan keyakinan telah disuntik ke rakyat Syria selepas beliau diumumkan sebagai ketua Pakatan Kebangsaan Syria," kata Maha, seorang aktivis pembangkang di Homs yang tidak memberi nama penuh beliau kerana takut dikenakan tindakan. "Kami akhirnya mempunyai seseorang yang benar-benar mewakili kami dan mewakili semangat revolusi."
Bercakap untuk kebebasan
Hanya 20 hari selepas meletusnya protes anti-rejim di seluruh negara pada 15 Mac, 2011, Khatib telah dilihat di pinggir bandar Damsyik, Douma, di pengebumian seorang penunjuk perasaan anti-kerajaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan.
"Kami bercakap untuk kebebasan setiap manusia di negara ini, untuk setiap Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismailiah, Kristian, bagi setiap Arab dan setia Kurd," ucap beliau pada hari tersebut di atas sebuah platform yang tinggi.
Penunjuk perasaan di pengebumian berkenaan memberi tindak balas dengan bersorak: "Orang-orang Syria adalah satu."
Dua hari berikutnya, Khatib di pengebumian penunjuk perasaan lain yang terbunuh di pinggir bandar Damsyik, Madimiyyah.
"Mereka yang bebas merasakan kesakitan orang lain, menijwai perasaan mereka, menangis dengan mereka dan menuntut hak mereka," katanya kepada mereka yang sedang berkabung di Madimiyyah.
Khatib telah ditangkap beberapa kali kerana penglibatan beliau dalam gerakan, termasuk pemenjaraan yang terbaru pada bulan April 2012.
Dalam satu temu bual dengan Al Jazeera Ogos lalu, Khatib berkata bahawa seorang ahli dalam lingkungan kecil Assad telah menghubungi beliau pada bulan Februari untuk meminta beliau tampil dengan inisiatif untuk menamatkan pertumpahan darah di negara ini kerana "kapal sedang karam dan kita semua berada di dalamnya".
Khatib berkata pegawai-pegawai kerajaan memberinya jaminan dan "ruang kebebasan" untuk menghubungi tokoh pembangkang dan mencadangkan draf inisiatif. Tetapi sebaik sahaja selepas beliau mengemukakan draf itu, yang memanggil untuk peralihan kuasa yang lancar, Khatib telah ditahan selama 11 hari. Dia melarikan diri ke Kaherah, Mesir, sejurus beliau dibebaskan dari penjara.
Ibrahim al-Assil, seorang penyelidik Syria berusia 28 tahun, yang menghadiri masjid di tempat Khatib mengajar berkata: "Menggunakan platform masjid, Khatib sentiasa mengkritik kesilapan rejim, beliau enggan menjadi seorang yang hipokrit dan memuji presiden dan enggan untuk membaca ucapan yang disediakan untuknya oleh pegawai-pegawai kerajaan. "
Khatib telah dipindahkan dari satu masjid ke masjid yang lain di Damsyik, sehingga pegawai rejim mengharamkan beliau daripada mengajar pada tahun 1994.
Pada tahun 2003, pihak berkuasa mengharamkan abangnya dari mengajar, dipercayai kerana dia adalah pengkritik lantang pilihan raya parlimen dan pencerobohan AS ke atas Iraq.
"Saya melihat Sheikh Mouaz Khatib membantah berseorangan di Masjid al-Huda. Beliau mempunyai kertas yang tergantung di dadanya dan satu lagi yang di belakangnya yang tertulis 'Kenapa mengharamkan abang saya, Menteri khazanah?'," ujar Assil.
"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya untuk melihat protes di Syria."
Perjuangan untuk kebebasan bersama-sama pendekatan seorang beliau menjadikan beliau seorang tokoh yang popular dalam kalangan kebanyakan rakyat Syriak. Beliau telah menulis puluhan buku dan artikel mengenai agama dan masyarakat, menyokong kesaksamaan antara lelaki dan wanita, hak minoriti dan kemajmukan politik.
Sikap terpuji
"Saya mengenali beliau secara peribadi selama dua puluh tahun. Saya selalu menghadiri khutbah Jumaat beliau di masjid dengan kawan-kawan saya di Universiti Damsyik, kami semua liberal tetapi sangat berbangga dengan Islam dan mendapati beliau seorang tokoh yang bagus. Dia sangat berfikiran terbuka dan bersedia untuk bercakap dengan kami tentang apa-apa perkara, "ujar Rim Turkmani, astrofizik kelahiran Syria di Imperial College London" Sikap beliau terhadap wanita juga adalah sangat terpuji."
Khatib Adalah seorang yang merendah diri, ujar Assil. "Apabila kami melawat beliau di rumahnya, dia pasti akan melayan kami."
"Saya tidak suka memuja seseorang individu, tetapi beliau adalah seorang yang benar-benar istimewa."
Khatib mampu menjadi seorang tokoh konsensus dalam kalangan pembangkang. Tetapi beberapa pihak di Syria melihat kekurangan pengalaman politik beliau sebagai satu masalah. Pihak yang lain pula berpendapat pemilihan tokoh agama untuk memimpin Pakatan Kebangsaan Syria adalah tidak sesuai.
"Walaupun Sheikh Mouaz adalah seorang yang luar biasa, saya tidak fikir seorang pendakwah agama perlu terlibat dalam politik. Kami mahu mengekalkan sifat sekular Syria dan membina sebuah negeri sivil, di mana politik dan agama adalah berasingan, "ujar Randa, seorang aktivis dari Damsyik Syria.
Tetapi Fadi Salem, seorang penyelidik Syria yang berpangkalan di Dubai melihat Khatib sebagai "Islamis moderat" yang mempunyai banyak sokongan dalam kalangan konservatif Ahlus Sunnah wal Jamaah di bandar. Dia mampu menjadi tokoh untuk menangani ekstremisme.
"Rakyat Syria kini mempunyai pemimpin yang berkarisma dan berwibawa untuk berbincang dengan revolusioner, termasuk pejuang pembangkang, berlawanan dengan demagog yang sentiasa dahagakan darah," kata Salem.
Kemahiran pemimpin baru ini akan diuji serta-merta, dengan dia cuba mengemudi pihak asing dan domestik yang berkepentingan yang meminta membentuk masa depan Syria, Salem katanya.
Ramai rakyat Syria yang takut bahawa Khatib mungkin kehilangan legitimasi beliau dalam kalangan rakyat Syria jika keadaan buntu dengan pihak tentera berterusan dan bantuan antarabangsa tidak tiba.
"Mouaz Khatib adalah bunga. Saya takut ia ditanam dalam tanah yang masin, "tweet Ahmad Bakdash, seorang blogger Syria,.
Tetapi Khatib dengan terus terang memberitahu rakyat Syria Jumaat lalu: "Jika anda mendapati saya berbuat kebaikan maka bantulah saya, dan jika anda mendapati saya berbuat kejahatan maka pecatlah saya." (aljazeera.com).
Sumber HD - 19-11-2012
Gambar: Pakatan Kebangsaan Syria, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabat [Reuters]
Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka melihat Pakatan Kebangsaan Syria sebagai "wakil yang sah" untuk rakyat Syria.
Satu kenyataan dari 27 menteri EU pada Isnin lalu mengalu-alukan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria yang dibentuk 11 November lalu dan berkata: "EU menganggap mereka wakil yang sah untuk aspirasi rakyat Syria".
"Perjanjian ini merupakan satu langkah utama ke arah perpaduan yang diperlukan oleh pembangkang Syria."
Pakatan Kebangsaan, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabatnya.
Perancis, yang menjadi negara Barat pertama untuk mengiktiraf Pakatan Kebangsaan minggu lepas sebagai wakil tunggal rakyat Syria, telah menggesa rakan-rakan negara EU untuk melakukan perkara yang sama.
Kenyataan Isnin lalu bagaimanapun tidak sejelas dengan pendirian yang dibuat Perancis.
Itali, bagaimanapun, menyertai Perancis Isnin lalu dan Britain dijangka untuk menjelaskan kedudukannya dalam perbahasan parlimen Selasa ini.
Pakatan Nasional telah ditubuhkan di Qatar selepas konflik selama 20 bulan dengan aktivis mengatakan seramai 39,000 orang telah terkorban.
Laurent Fabius, Menteri Luar Perancis, berkata semua rakan-rakan sejawatan beliau di EU telah menyatakan "simpati terhadap pakatan tersebut".
"Saya fikir kami akan menjemput pemimpin Pakatan ke mesyuarat kami yang akan datang [Disember] untuk membolehkan mereka bercakap kepada semua menteri-menteri luar, yang mana akan menjadi sangat simbolik," katanya.
Kenyataan menteri-menteri EU menggesa Pakatan Kebangsaan untuk terus "bekerja untuk semua pihak" sambil menghormati hak asasi manusia dan demokrasi dan terlibat dengan semua kumpulan pembangkang dan bahagian-bahagian masyarakat Syria.
"EU bersedia untuk menyokong usaha pakatan baru ini dan hubungan pakatan dengan masyarakat antarabangsa," katanya.
William Hague, Setiausaha Luar British, yang telah berkata beliau perlu mengetahui lebih lanjut mengenai pembangkang baru sebelum menawarkan pengiktirafan penuh, berkata beliau menghadiri sebuah "mesyuarat yang bagus" dengan pembangkang baru Syria Jumaat lalu di London.
Dia merancang untuk bercakap kepada Parlimen British Selasa ini mengenai bagaimana untuk meningkatkan sokongan bagi pakatan tersebut.
"Saya kagum dengan objektif mereka, dengan kejelasan mereka, dengan keluasan sokongan mereka, dengan kesungguhan mereka untuk menjadi inklusif terhadap semua masyarakat dan kumpulan di Syria," kata Hague di luar mesyuarat Brussels. (aljazeera.com).
Sumber HD - 20-11-2012

Turki gesa iktiraf pakatan pembangkang Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Nov 2012 |

Pembangkang Syria lantik duta baru ke Perancis
Terjemahan Mohamad Yahya, | 18 Nov 2012 |
(Aktivis mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 106 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh Syria pada hari Jumaat)
PARIS: Presiden Perancis, Francois Hollande dan pemimpin pakatan pembangkang Syria telah mengumumkan rancangan untuk melantik duta baru untuk mewakili Syria di Perancis.
Langkah itu dibuat selepas perbincangan Sabtu lalu di istana presiden di Paris di antara Hollande dan Ahmad Mouaz al-Khatib, ketua pakatan pembangkang Syria yang baru ditubuhkan.
Perancis adalah satu-satunya negara Barat yang telah mengiktiraf secara rasmi pakatan pembangkang tersebut sebagai wakil rakyat Syria.
Duta baru Syria ke Perancis adalah Mounzir Makhous, seorang ahli akademik.
Sumber HD - 18-11-2012
Mouaz Al-Khatib: Pemimpin pembangkang baru Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 19 Nov 2012 |
DOHA: Dalam soal percampuran politik dan agama, Sheikh Ahmad Mouaz al-Khatib, pemimpin baru pakatan pembangkang Syria mempunyai pepatahnya sendiri: "Ia adalah lebih baik untuk agama mencapai seseorang yang mempunyai kedudukan, daripada seseorang yang beragama mencapai kedudukan. "
Ahad dua minggu lalu, Khatib, seorang imam, penulis dan aktivis, telah dipilih untuk mengetuai Pakatan Kebangsaan Syria, kumpulan pembangkang yang baru bersatu bertujuan menggulingkan Presiden Bashar al-Assad.
Seorang bekas jurutera yang menghabiskan puluhan tahun dekad bekerja sebagai Imam di masjid-masjid di seluruh Damsyik, termasuk masjid berprestij, Masjid Umayyah, Khatib telah menyeru masyarakat antarabangsa untuk menyokong revolusi anti-Assad.
Walaupun tokoh agama lain menyokong kerajaan Assad, Khatib adalah antara mereka yang pertama untuk mengumumkan sokongan bagi revolusi berkenaan.
"Ia seperti satu suntikan keyakinan telah disuntik ke rakyat Syria selepas beliau diumumkan sebagai ketua Pakatan Kebangsaan Syria," kata Maha, seorang aktivis pembangkang di Homs yang tidak memberi nama penuh beliau kerana takut dikenakan tindakan. "Kami akhirnya mempunyai seseorang yang benar-benar mewakili kami dan mewakili semangat revolusi."
Bercakap untuk kebebasan
Hanya 20 hari selepas meletusnya protes anti-rejim di seluruh negara pada 15 Mac, 2011, Khatib telah dilihat di pinggir bandar Damsyik, Douma, di pengebumian seorang penunjuk perasaan anti-kerajaan yang dibunuh oleh pasukan keselamatan.
"Kami bercakap untuk kebebasan setiap manusia di negara ini, untuk setiap Ahlus Sunnah wal Jamaah, Alawiah, Ismailiah, Kristian, bagi setiap Arab dan setia Kurd," ucap beliau pada hari tersebut di atas sebuah platform yang tinggi.
Penunjuk perasaan di pengebumian berkenaan memberi tindak balas dengan bersorak: "Orang-orang Syria adalah satu."
Dua hari berikutnya, Khatib di pengebumian penunjuk perasaan lain yang terbunuh di pinggir bandar Damsyik, Madimiyyah.
"Mereka yang bebas merasakan kesakitan orang lain, menijwai perasaan mereka, menangis dengan mereka dan menuntut hak mereka," katanya kepada mereka yang sedang berkabung di Madimiyyah.
Khatib telah ditangkap beberapa kali kerana penglibatan beliau dalam gerakan, termasuk pemenjaraan yang terbaru pada bulan April 2012.
Dalam satu temu bual dengan Al Jazeera Ogos lalu, Khatib berkata bahawa seorang ahli dalam lingkungan kecil Assad telah menghubungi beliau pada bulan Februari untuk meminta beliau tampil dengan inisiatif untuk menamatkan pertumpahan darah di negara ini kerana "kapal sedang karam dan kita semua berada di dalamnya".
Khatib berkata pegawai-pegawai kerajaan memberinya jaminan dan "ruang kebebasan" untuk menghubungi tokoh pembangkang dan mencadangkan draf inisiatif. Tetapi sebaik sahaja selepas beliau mengemukakan draf itu, yang memanggil untuk peralihan kuasa yang lancar, Khatib telah ditahan selama 11 hari. Dia melarikan diri ke Kaherah, Mesir, sejurus beliau dibebaskan dari penjara.
Ibrahim al-Assil, seorang penyelidik Syria berusia 28 tahun, yang menghadiri masjid di tempat Khatib mengajar berkata: "Menggunakan platform masjid, Khatib sentiasa mengkritik kesilapan rejim, beliau enggan menjadi seorang yang hipokrit dan memuji presiden dan enggan untuk membaca ucapan yang disediakan untuknya oleh pegawai-pegawai kerajaan. "
Khatib telah dipindahkan dari satu masjid ke masjid yang lain di Damsyik, sehingga pegawai rejim mengharamkan beliau daripada mengajar pada tahun 1994.
Pada tahun 2003, pihak berkuasa mengharamkan abangnya dari mengajar, dipercayai kerana dia adalah pengkritik lantang pilihan raya parlimen dan pencerobohan AS ke atas Iraq.
"Saya melihat Sheikh Mouaz Khatib membantah berseorangan di Masjid al-Huda. Beliau mempunyai kertas yang tergantung di dadanya dan satu lagi yang di belakangnya yang tertulis 'Kenapa mengharamkan abang saya, Menteri khazanah?'," ujar Assil.
"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya untuk melihat protes di Syria."
Perjuangan untuk kebebasan bersama-sama pendekatan seorang beliau menjadikan beliau seorang tokoh yang popular dalam kalangan kebanyakan rakyat Syriak. Beliau telah menulis puluhan buku dan artikel mengenai agama dan masyarakat, menyokong kesaksamaan antara lelaki dan wanita, hak minoriti dan kemajmukan politik.
Sikap terpuji
"Saya mengenali beliau secara peribadi selama dua puluh tahun. Saya selalu menghadiri khutbah Jumaat beliau di masjid dengan kawan-kawan saya di Universiti Damsyik, kami semua liberal tetapi sangat berbangga dengan Islam dan mendapati beliau seorang tokoh yang bagus. Dia sangat berfikiran terbuka dan bersedia untuk bercakap dengan kami tentang apa-apa perkara, "ujar Rim Turkmani, astrofizik kelahiran Syria di Imperial College London" Sikap beliau terhadap wanita juga adalah sangat terpuji."
Khatib Adalah seorang yang merendah diri, ujar Assil. "Apabila kami melawat beliau di rumahnya, dia pasti akan melayan kami."
"Saya tidak suka memuja seseorang individu, tetapi beliau adalah seorang yang benar-benar istimewa."
Khatib mampu menjadi seorang tokoh konsensus dalam kalangan pembangkang. Tetapi beberapa pihak di Syria melihat kekurangan pengalaman politik beliau sebagai satu masalah. Pihak yang lain pula berpendapat pemilihan tokoh agama untuk memimpin Pakatan Kebangsaan Syria adalah tidak sesuai.
"Walaupun Sheikh Mouaz adalah seorang yang luar biasa, saya tidak fikir seorang pendakwah agama perlu terlibat dalam politik. Kami mahu mengekalkan sifat sekular Syria dan membina sebuah negeri sivil, di mana politik dan agama adalah berasingan, "ujar Randa, seorang aktivis dari Damsyik Syria.
Tetapi Fadi Salem, seorang penyelidik Syria yang berpangkalan di Dubai melihat Khatib sebagai "Islamis moderat" yang mempunyai banyak sokongan dalam kalangan konservatif Ahlus Sunnah wal Jamaah di bandar. Dia mampu menjadi tokoh untuk menangani ekstremisme.
"Rakyat Syria kini mempunyai pemimpin yang berkarisma dan berwibawa untuk berbincang dengan revolusioner, termasuk pejuang pembangkang, berlawanan dengan demagog yang sentiasa dahagakan darah," kata Salem.
Kemahiran pemimpin baru ini akan diuji serta-merta, dengan dia cuba mengemudi pihak asing dan domestik yang berkepentingan yang meminta membentuk masa depan Syria, Salem katanya.
Ramai rakyat Syria yang takut bahawa Khatib mungkin kehilangan legitimasi beliau dalam kalangan rakyat Syria jika keadaan buntu dengan pihak tentera berterusan dan bantuan antarabangsa tidak tiba.
"Mouaz Khatib adalah bunga. Saya takut ia ditanam dalam tanah yang masin, "tweet Ahmad Bakdash, seorang blogger Syria,.
Tetapi Khatib dengan terus terang memberitahu rakyat Syria Jumaat lalu: "Jika anda mendapati saya berbuat kebaikan maka bantulah saya, dan jika anda mendapati saya berbuat kejahatan maka pecatlah saya." (aljazeera.com).
Sumber HD - 19-11-2012
EU iktiraf pakatan pembangkang Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 20 Nov 2012 |
Gambar: Pakatan Kebangsaan Syria, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabat [Reuters]
Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU) berkata mereka melihat Pakatan Kebangsaan Syria sebagai "wakil yang sah" untuk rakyat Syria.
Satu kenyataan dari 27 menteri EU pada Isnin lalu mengalu-alukan Pakatan Kebangsaan untuk Angkatan Revolusi dan Pembangkang Syria yang dibentuk 11 November lalu dan berkata: "EU menganggap mereka wakil yang sah untuk aspirasi rakyat Syria".
"Perjanjian ini merupakan satu langkah utama ke arah perpaduan yang diperlukan oleh pembangkang Syria."
Pakatan Kebangsaan, yang diketuai oleh Ahmad Mouaz al-Khatib, akan menjadikan Kaherah sebagai ibu pejabatnya.
Perancis, yang menjadi negara Barat pertama untuk mengiktiraf Pakatan Kebangsaan minggu lepas sebagai wakil tunggal rakyat Syria, telah menggesa rakan-rakan negara EU untuk melakukan perkara yang sama.
Kenyataan Isnin lalu bagaimanapun tidak sejelas dengan pendirian yang dibuat Perancis.
Itali, bagaimanapun, menyertai Perancis Isnin lalu dan Britain dijangka untuk menjelaskan kedudukannya dalam perbahasan parlimen Selasa ini.
Pakatan Nasional telah ditubuhkan di Qatar selepas konflik selama 20 bulan dengan aktivis mengatakan seramai 39,000 orang telah terkorban.
Laurent Fabius, Menteri Luar Perancis, berkata semua rakan-rakan sejawatan beliau di EU telah menyatakan "simpati terhadap pakatan tersebut".
"Saya fikir kami akan menjemput pemimpin Pakatan ke mesyuarat kami yang akan datang [Disember] untuk membolehkan mereka bercakap kepada semua menteri-menteri luar, yang mana akan menjadi sangat simbolik," katanya.
Kenyataan menteri-menteri EU menggesa Pakatan Kebangsaan untuk terus "bekerja untuk semua pihak" sambil menghormati hak asasi manusia dan demokrasi dan terlibat dengan semua kumpulan pembangkang dan bahagian-bahagian masyarakat Syria.
"EU bersedia untuk menyokong usaha pakatan baru ini dan hubungan pakatan dengan masyarakat antarabangsa," katanya.
William Hague, Setiausaha Luar British, yang telah berkata beliau perlu mengetahui lebih lanjut mengenai pembangkang baru sebelum menawarkan pengiktirafan penuh, berkata beliau menghadiri sebuah "mesyuarat yang bagus" dengan pembangkang baru Syria Jumaat lalu di London.
Dia merancang untuk bercakap kepada Parlimen British Selasa ini mengenai bagaimana untuk meningkatkan sokongan bagi pakatan tersebut.
"Saya kagum dengan objektif mereka, dengan kejelasan mereka, dengan keluasan sokongan mereka, dengan kesungguhan mereka untuk menjadi inklusif terhadap semua masyarakat dan kumpulan di Syria," kata Hague di luar mesyuarat Brussels. (aljazeera.com).
Sumber HD - 20-11-2012
Pembangkang Syria rayu bantuan USD60 bilion
Terjemahan Mohamad Yahya, | 22 Nov 2012 |
Pembangkang Syria berkata mereka memerlukan bantuan sebanyak USD60 bilion untuk mengelakkan ekonomi negara daripada runtuh jika mereka berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan dari rejim Presiden Bashar al-Assad.
Gambar: Berjuta-juta orang awam telah dipindahkan akibat pengeboman rejim di kawasan perumahan seluruh Syria [Reuters]
George Sabra, pemimpin pembangkang terkemuka, memberitahu pemberita Rabu lalu di Dubai, ibu negara Emiriah Arab Bersatu, bahawa ekonomi Syria boleh runtuh dalam tempoh enam bulan jika tidak mempunyai wang.
Sabra juga menggesa perwakilan di mesyuarat "Perkongsian untuk Melabur dalam Masa Depan Syria" (Partnership to Invest in Future Syria) di Dubai untuk segera melancarkan Rancangan Marshall untuk negara Arab, sama seperti program pemulihan besar-besaran bagi Eropah selepas Perang Dunia Ke-Dua.
Syria telah menyaksikan pertempuran bersenjata dalam konflik yang bermula dengan pemberontakan terhadap Assad pada Mac 2011 tetapi telah bertukar menjadi perang saudara yang mengakibatkan lebih daripada 38,000 orang terbunuh, menurut aktivis.
Untuk "tempoh enam bulan pertama kita memerlukan USD60billion" untuk pembiayaan segera bagi pembinaan semula negara, beritahu Sabra kepada pemberita di luar mesyuarat.
Syria telah musnah terutamanya oleh penggunaan pengeboman udara dan tembakan meriam oleh kerajaan dalam usaha untuk menghancurkan pemberontakan.
Sabra berkata wang mesti datang dalam bentuk bantuan daripada "saudara-saudara Arab kita dan masyarakat antarabangsa yang kami berharap akan memenuhi tanggungjawab mereka dalam krisis kemanusiaan yang negara kami hadapi".
Pembiayaan diperlukan untuk "menyelesaikan isu-isu yang paling sensitif dan jelas," bermula dengan "menyediakan perumahan untuk rakyat selepas 2.5 juta rumah telah dimusnahkan" dalam konflik itu, kata Sabra, Presiden Majlis Kebangsaan Syria.
"Apa yang digambarkan sebagai 'Rancangan Marshall untuk Syria" tidak boleh ditangguhkan sehingga rejim Assad jatuh. Ia mesti dimulakan dengan segera," Sabra memberitahu perwakilan di mesyuarat itu.
Beliau menyeru untuk "sokongan perniagaan masyarakat Arab dan antarabangsa sepenuhnya atau hampir sepenuhnya" untuk membebaskan di bandar-bandar utara Syria Aleppo, Idlib dan Tal Abyaḑ.
"Rejim sedang jatuh dan tidak akan bertahan lama," katanya kepada agensi berita AFP. (aljazeera.com).
Sumber HD - 22-11-2012
(Sheikh Ahmad Moaz al-Khatib, presiden yang dipilih mengetuai pakatan pembangkang baru di Syria, Pakatan Kebangsaan Syria untuk pembangkang dan Angkatan Revolusi - foto Today's Zaman)
ANKARA: Sheikh Ahmad Moaz al-Khatib, presiden pakatan pembangkang baru Syria, meminta Turki untuk menyediakan lebih sokongan ketenteraan kepada penentang yang berjuang menghadapi rejim Syria, dan berkata keperluan yang paling mendesak adalah peluru berpandu anti-pesawat.
"Cabaran utama untuk kumpulan penentang adalah pesawat. Mereka menyerang orang di mana-mana. Jika ada sesuatu yang boleh membantu kami menghalang mereka, ia adalah sangat bagus dan kami akan meminta secara khusus untuk perkara tersebut," kata al-Khatib.
Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan Today's Zaman selepas mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan dan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoglu semasa lawatan ke Turki.
Beliau yang menyatakan sokongan ketenteraan yang bermula pada awal serangan selama 20 bulan tidak mencukupi, turut menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan bantuan ketenteraan yang lebih cepat untuk menghalang kemenangan rejim Presiden Bashar al-Assad.
"Sokongan ketenteraan tidak mencukupi. Masyarakat antarabangsa mengabaikan pejuang Syria sendirian selama dua tahun tanpa sokongan yang sebenar.
"Kami masih menunggu, tetapi masa adalah begitu singkat. Jika tiada sokongan yang cepat, mungkin terdapat perubahan di setiap kawasan [menjejaskan kawasan pembangkang bersenjata], " ujar al-Khatib lagi.
Al-Khatib juga menyatakan bahawa pembangkang Syria berterima kasih kepada Turki atas bantuan yang disediakan dalam semua bidang, termasuk bantuan ketenteraan yang menyokong pemberontakan menentang tindakan keras ketenteraan Assad yang telah membunuh lebih 38,000 orang.
"Apa yang saudara Turki kami telah lakukan adalah sangat baik. Mereka telah melakukan yang terbaik, "ujar al-Khatib, sambil menambah, "Kami [pembangkang Syria] inginkan bantuan yang lebih banyak, daripada Turki dan daripada masyarakat antarabangsa."
Sumber HD - 26-11-2012

Moaz al- Khatib minta sokongan ketenteraan dari Turki
Terjemahan Mohamad Yahya, | 26 Nov 2012 |

Pembangkang Syria dapat sokongan antarabangsa
Terjemahan Mohamad Yahya, | 13 Dis 2012 |
Lebih daripada 100 negara telah mengiktiraf pakatan pembangkang Syria yang baru, membuka jalan untuk bantuan yang lebih besar kepada pasukan yang berjuang untuk menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, termasuk bantuan tentera.
Sokongan terhadap Pakatan Kebangsaan Syria, yang diasaskan di Qatar November lalu, telah diberikan ketika persidangan antarabangsa "Friends For Syria" di Maghribi Rabu lalu.
Pembangkang mendapat tekanan antarabangsa untuk mewujudkan satu badan yang lebih teratur dan wakil untuk menerima apa-apa bantuan yang diberikan oleh negara-negara asing.
Walaupun pakatan pembangkang mengalu-alukan langkah itu, mereka berkata mereka sedang mencari sokongan politik dan kewangan yang lebih nyata dan mereka mahu ahli-ahli kerajaan Assad dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Pengiktirafan antarabangsa kepada pembangkang Libya memberi rangsangan yang besar dalam pertempuran menentang Muammar Gaddafi tahun lepas, yang kemudiannya disokong oleh serangan udara Barat.
Campur tangan ketenteraan berkemungkinan tidak wujud dalam kes Syria, di mana Syria mempunyai sokongan yang kuat dari Rusia, China dan Iran.
Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius berkata mesyuarat di Marrakesh menunjukkan "kemajuan yang luar biasa".
Beliau berkata bahawa Kesatuan Eropah kini memperbaharui embargo senjata ke atas Syria setiap tiga bulan, bukannya setiap tahun, untuk menjadi lebih fleksibel seiring dengan apa yang berlaku di medan pertempuran.
"Hakikat bahawa pakatan, yang meminta hak untuk mempertahankan dirinya, kini diiktiraf oleh seratus negara - dengan semalam Amerika Syarikat menyokong selepas Perancis memulakannya - Saya rasa ini adalah sesuatu yang amat penting." (aljazeera.com).
Sumber HD - 13-12-2012

Ketua Polis Tentera Syria sertai pembangkang
Terjemahan Mohamad Yahya, | 27 Dis 2012 |
Jeneral Abdel Aziz Jassem al-Shallal (gambar) dilaporkan berkata dalam video dalam talian bahawa dia telah menyertai pembangkang.
Ketua Polis Tentera Syria telah berpaling tadah daripada kerajaan Presiden Bashar al-Assad dan menuduh tentera kerajaan telah bertukar menjadi "geng pembunuh", menurut satu sumber keselamatan dalam sebuah video dalam talian.
Dalam video yang diedarkan oleh aktivis pembangkang Rabu lalu, beliau yang berpakaian lengkap tentera berkata: "Saya, Jeneral Abdel Aziz Jassem al-Shallal, komander Polis Tentera Syria, mengumumkan bahawa saya berpaling dari tentera rejim kerajaan, untuk menyertai revolusi rakyat”.
"Pihak tentera telah menyimpang dari misi asalnya, iaitu untuk melindungi negara, dan telah berubah menjadi kumpulan pembunuh dan perosak," dakwa Shallal dalam video yang disiarkan di laman web perkongsian video, YouTube.
"Kemusnahan bandar-bandar dan kampung-kampung, dan perbuatan jenayah pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri, orang-orang awam yang tidak bersenjata, yang membuat demonstrasi jalanan meminta kebebasan" mendorong Shallal untuk menyertai pembangkang, katanya.
Pengumuman beliau dibuat ketika rejim semakin mendapat tekanan, dengan pengkalan-pengkalan kerajaan jatuh kepada serangan pemberontak berhampiran ibu kota Damsyik dan di tempat lain di seluruh negara.
Satu sumber keselamatan Syria mengesahkan pengumumam Shallal tersebut tetapi meremehkan kepentingannya, berkata bahawa Shallal akan bersara dan berpaling tadah untuk "dianggap sebagai wira".
Wartawan Al Jazeera, Mohamed Vall dari Beirut berkata: "Sejak penyertaan Perdana Menteri Syria Ogos lalu, pengumuman ini mungkin adalah yang terpenting."
"Terdapat corak pegawai kerajaan Syria cuba untuk meremehkan isu berpaling tadah. Mereka berkata beliau di ambang persaraan dan pengumuman beliau adalah tidak penting.
"Kes seperti ini biasanya berlaku apabila rejim dan pertahanannya mulai goyah," katanya. (aljazeera.com).
Sumber HD - 27-12-2012
SYRIA: Dua letupan berlaku di Universiti Aleppo di utara Syria, membunuh lebih daripada 80 orang, lapor sumber-sumber rasmi dan aktivis pembangkang.
Terdapat laporan yang bercanggahan tentang punca sebenar letupan Selasa lalu, dengan kerajaan dan puak pembangkang menyalahkan antara satu sama lain.
Letupan tersebut membakar kereta-kereta dan meruntuhkan dinding luar asrama.
Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di UK memetik pelajar dan pegawai perubatan sebagai berkata bahawa 83 orang terbunuh dalam letupan berhampiran asrama universiti.
Lebih daripada 150 orang cedera, beberapa daripada mereka dalam keadaan kritikal, lapor kumpulan itu, tanpa memberikan butiran mengenai punca letupan.
Aktivis anti-rejim yang lain pula berkata peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet kerajaan menyebabkan letupan tersebut.
Seorang saksi memberitahu Al Jazeera bahawa beliau melihat bom-bom dijatuhkan di tempat kejadian.
Sementara itu, televisyen kerajaan berkata dua roket disasarkan ke universiti, membunuh pelajar-pelajar dan mereka yang melarikan diri dari berjuang di tempat lain dan mengambil perlindungan di kawasan kampus.
Televisyen kerajaan menyalahkan kumpulan pejuang untuk serangan tersebut.
Sumber HD - 22-3-2013

Puluhan terbunuh dalam letupan di Universiti Aleppo
Terjemahan Mohamad Yahya, | 16 Jan 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-1-2013
Khidmat kesihatan percuma untuk rakyat Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 23 Jan 2013 |
Timbalan Perdana Menteri Turki, Beşir Atalay Selasa lalu berkata semua rakyat Syria boleh menerima perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan sama ada mereka sedang ditempatkan di kem-kem pelarian atau tinggal di bandar-bandar tanpa berdaftar.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Atalay berkongsi maklumat mengenai situasi terkini pelarian Syria yang berlindung di Turki.
Lebih daripada 150,000 pelarian telah ditempatkan di Turki dan tinggal di kem-kem di berhampiran sempadan. Turki juga telah memberikan rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Syria yang cedera, termasuk kepada kumpulan penentang yang melawan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.
Atalay menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan bagi mereka yang berada di kem-kem pelarian, rakyat Syria yang datang ke Turki tanpa berdaftar dan memilih untuk tinggal di pangsapuri di bandar-bandar di selatan Turki juga boleh mendapat perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.
Atalay menafikan laporan berita menyebarkan bahawa wabak sedang merebak di kem-kem pelarian Syria ketika menjawab soalan dari wartawan.
"Isu ini tidak wujud. Perkhidmatan kesihatan berfungsi seperti biasa. Terdapat satu masalah, tetapi ia telah diselesaikan. Masalah tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan rakyat Syria yang tinggal di beberapa wilayah Turki. Sekarang, mereka juga boleh pergi ke hospital kerajaan [untuk menerima rawatan perubatan],"ujar Atalay.
Turki mengamalkan "dasar pintu terbuka" dan menerima beratus-ratus, sehingga beribu-ribu pendatang baru dari Syria setiap minggu. Selain pelarian Syria yang berdaftar, terdapat puluhan ribu rakyat Syria yang menetap di Turki tanpa berdaftar. (todayszaman.com)
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Atalay berkongsi maklumat mengenai situasi terkini pelarian Syria yang berlindung di Turki.
Lebih daripada 150,000 pelarian telah ditempatkan di Turki dan tinggal di kem-kem di berhampiran sempadan. Turki juga telah memberikan rawatan perubatan kepada beribu-ribu rakyat Syria yang cedera, termasuk kepada kumpulan penentang yang melawan rejim Presiden Syria Bashar al-Assad.
Atalay menyatakan bahawa sebagai tambahan kepada perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan bagi mereka yang berada di kem-kem pelarian, rakyat Syria yang datang ke Turki tanpa berdaftar dan memilih untuk tinggal di pangsapuri di bandar-bandar di selatan Turki juga boleh mendapat perkhidmatan kesihatan percuma di hospital-hospital kerajaan.
Atalay menafikan laporan berita menyebarkan bahawa wabak sedang merebak di kem-kem pelarian Syria ketika menjawab soalan dari wartawan.
"Isu ini tidak wujud. Perkhidmatan kesihatan berfungsi seperti biasa. Terdapat satu masalah, tetapi ia telah diselesaikan. Masalah tersebut berkaitan dengan penjagaan kesihatan rakyat Syria yang tinggal di beberapa wilayah Turki. Sekarang, mereka juga boleh pergi ke hospital kerajaan [untuk menerima rawatan perubatan],"ujar Atalay.
Turki mengamalkan "dasar pintu terbuka" dan menerima beratus-ratus, sehingga beribu-ribu pendatang baru dari Syria setiap minggu. Selain pelarian Syria yang berdaftar, terdapat puluhan ribu rakyat Syria yang menetap di Turki tanpa berdaftar. (todayszaman.com)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-1-2013
"Mereka yang terlalu memanjakan Israel seperti kanak-kanak tidak harus mengharapkan apa-apa dari mereka, pada bila-bila masa," kata Erdogan pada hari Ahad.
"Seperti yang saya tegaskan berulang kali, Israel mempunyai mentaliti melancarkan keganasan kepada negara. Sekarang, kita tidak dapat menjangka apa yang mereka lakukan dan di mana mungkin mereka melakukannya," katanya kepada pemberita.
Erdogan, pengkritik vokal terhadap Israel, berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan bahawa mereka telah merancang pengeboman Rabu lalu yang Damsyik laporkan mensasarkan kompleks tentera berhampiran ibu negara.
"Kita tidak boleh menganggap pencerobohan ruang udara sebagai sesuatu yang boleh diterima. Apa yang Israel lakukan sememangnya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia perbuatan yang adalah di luar kutukan," kata Erdogan.
"Saya bimbang dengan situasi seperti ini, mana-mana senario mungkin akan muncul pada masa hadapan."
Terdahulu, pada hari Ahad, Barak mengelak dari membuat pengesahan penglibatan secara langsung ketika menyebut tentang isu tersebut di Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
"Saya tidak boleh menambah apa-apa maklumat kepada anda berkenaan apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," Barak memberitahu para peserta.
Namun beliau menambah: "Ia adalah satu lagi bukti bahawa apabila kami menyebut sesuatu bermakna kami memaksudkannya. Kami katakan bahawa kami fikir tidak seharusnya dibenarkan membawa sistem senjata yang canggih ke Hizbullah Lubnan dari Syria, apabila [Presiden Syria Bashar al- ] Assad jatuh. "
Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan Rabu lalu itu melanda konvoi senjata anti-pesawat Syria untuk kumpulan Hizbullah Lubnan tetapi Israel tidak mengakui serangan udara tersebut secara terbuka .
Tentera Syria berkata sasaran jet Israel adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik. Kemudahan berkenaan terletak dalam kawasan Jamraya, barat laut ibu negara. (aljazeera.com)
Di dalam situasi berperang yang masih berlarutan, serangan tidak henti-henti dilakukan oleh rejim Assad ke Halab, rakyat Syria di Halab telah menjalankan satu pilihanraya bagi memilih dan membentuk Majlis Tempatan Wilayah Halab, pilihanraya pertama selepas revolusi Syria dua tahun lepas.
(Ibrahim paling kiri, antara yang mendapat undi paling banyak)
Pada 1 hingga 3 Mac, saya telah dijemput untuk menghadiri satu konferans dan pilihanraya Local Administration Council of Aleppo sebagai tetamu khas dari Malaysia dan pemerhati pilihanraya mewakili Malaysia Lifeline for Syria.
Konferans dan pilihanraya ini telah diadakan di Gaziantep, Turkey 40 kilometer dari sempadan Syria berikutan isu keselamatan iaitu serangan terbaru yang dilakukan oleh tentera Assad, meggunakan roket Skud.
Seramai 225 wakil daripada setiap kawasan Halab, yang datang dari dalam Syria untuk menghadiri konferens ini seterusnya membuang undi pada pilihanraya kecil Halab.
Perjalanan pilihanraya
Wilayah Halab dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Utara Halab, Selatan Halab, Timur Halab, Barat Halab dan Bandar Halab.
Wakil yang terdiri daripada 224 orang itu akan mengundi bagi memilih 25 orang bagi kerusi Bandar Halab dan 29 orang bagi kerusi Wilayah Halab.
Daripada 54 orang yang memenangi kerusi ini akan memilih seorang gabenor dan 10 orang exco yang akan memegang badan masing-masing seperti badan kesihatan, pendidikan, kecemasan, kejuruteraan, perkhidmatan air dan elektrik, kebersihan dan ekonomi.
4 kuasa yang terpisah daripada majlis ini adalah badan kehakiman, media, Free Syria Army dan pihak pengaman polis.
Jelasnya, Majlis Tempatan Halab ini bukannya mewakili mana-mana pihak seperti tentera pembebasan Syria (FSA), ianya adalah daripada rakyat awam Syria sendiri.
Kepentingan pilihanraya dan majlis tempatan
Walaupun pilihanraya ini tidak begitu sempurna dan masih jauh daripada proses demokrasi kerana tidak mewakili seluruh penduduk Halab dan tiada masa untuk calon berkempen, namun ini adalah satu langkah awal ke arah proses pendemokrasian Syria.
Halab telah memulakan langkah ini, dan seterusnya akan diikuti oleh wilayah-wilayah lain di Syria.
Di dalam situasi yang teruk di Halab akibat peperangan yang masih berterusan, mereka memerlukan satu majlis untuk mengurus proses kehidupan harian mereka.
Sampah yang merata-merata yang tidak diurus dengan baik, sehingga telah tersebar satu wabak yang baru bagi penduduk Halab terutamanya kanak-kanak.
Elektrik telah terputus selama lebih 6 bulan, dan mereka terpaksa menggunakan generator yang memerlukan petrol yang agak mahal.
Ekonomi juga telah lumpuh, dan mereka memerlukan pusingan duit untuk meneruskan kehidupan. Bantuan-bantuan yang datang dari luar tidak diurus dengan baik disebabkan tiada kesatuan.
Masalah-masalah seperti inilah yang terpaksa diuruskan dengan telus oleh Majlis Tempatan Halab selepas ini, malah seribu satu masalah lagi yang terpaksa mereka selesaikan.
Selain itu, proses pilihanraya ini juga bagi menolak tangkisan penganilis politik yang mengatakan bahawa sekiranya rejim Assad jatuh, Syria juga akan menghadapi masalah kerana perpecahan yang berlaku di dalam tentera dan tiada pengalaman demokrasi sebelum ini.
"Pilihanraya ini adalah mesej kepada Basyar Assad dan seluruh dunia bahawa rakyat Syria sudah sedia ke arah negara yang demokrasi.
"Jika sebelum ini kami mampu hidup tanpa diskriminasi, tak pernah ada masalah di antara Islam dan Kristian, Arab dan Kurdi.
(Penulis bersama Muaz Khatib)
"Kami tidak mahu negara kami diperintah oleh rejim yang hanya tahu memusnahkan dan merosakkan negaranya sendiri.
Kami sudah sedia untuk memerintah," kata Muaz Khatib, presiden National Coalition for Opposition force and the Syrian Revolution.
"Kami hanya mahu tidur tanpa rasa takut," tambahnya lagi, merujuk kepada rakyat Syria sebelum ini di dalam ketakutan dan tiada kebebasan setelah diperintah lebih 40 tahun oleh Assad.
Tahniah saya ucapkan kepada rakyat Syria yang telah berjaya menjalankan pilihanraya telus yang pertama setelah lebih 40 tahun mereka ditipu di dalam pilihanraya.
Jikalau sebelum ini, pilihanraya presiden yang berlaku, Bashaar Assad telah memenangi 99 peratus undi daripada calon-calon palsu yang lain.
Kata pensyarah saya "Jikalau Nabi sekalipun yang bertanding, tidak akan menang dengan 99 peratus undi".
* Penulis merupakan seorang sukarelawan Save Syria dan Malaysia Lifeline For Syria. Sedang menuntut di Necmettin Erbakan University (M.A Philosophy and Religion), Turkey.
Erdorgan kutuk serangan Israel ke atas Syria
Terjemahan Mohamad Yahya, | 04 Feb 2013 |
Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan telah menuduh Israel melancarkan "keganasan ke atas negara" dengan mengutuk serangan udara ke atas Syria sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang tidak boleh diterima.
"Mereka yang terlalu memanjakan Israel seperti kanak-kanak tidak harus mengharapkan apa-apa dari mereka, pada bila-bila masa," kata Erdogan pada hari Ahad.
"Seperti yang saya tegaskan berulang kali, Israel mempunyai mentaliti melancarkan keganasan kepada negara. Sekarang, kita tidak dapat menjangka apa yang mereka lakukan dan di mana mungkin mereka melakukannya," katanya kepada pemberita.
Erdogan, pengkritik vokal terhadap Israel, berkata demikian selepas Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengesahkan bahawa mereka telah merancang pengeboman Rabu lalu yang Damsyik laporkan mensasarkan kompleks tentera berhampiran ibu negara.
"Kita tidak boleh menganggap pencerobohan ruang udara sebagai sesuatu yang boleh diterima. Apa yang Israel lakukan sememangnya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Ia perbuatan yang adalah di luar kutukan," kata Erdogan.
"Saya bimbang dengan situasi seperti ini, mana-mana senario mungkin akan muncul pada masa hadapan."
Terdahulu, pada hari Ahad, Barak mengelak dari membuat pengesahan penglibatan secara langsung ketika menyebut tentang isu tersebut di Persidangan Keselamatan Munich di Jerman.
"Saya tidak boleh menambah apa-apa maklumat kepada anda berkenaan apa yang berlaku di Syria beberapa hari lalu," Barak memberitahu para peserta.
Namun beliau menambah: "Ia adalah satu lagi bukti bahawa apabila kami menyebut sesuatu bermakna kami memaksudkannya. Kami katakan bahawa kami fikir tidak seharusnya dibenarkan membawa sistem senjata yang canggih ke Hizbullah Lubnan dari Syria, apabila [Presiden Syria Bashar al- ] Assad jatuh. "
Menurut pegawai Amerika Syarikat, serangan Rabu lalu itu melanda konvoi senjata anti-pesawat Syria untuk kumpulan Hizbullah Lubnan tetapi Israel tidak mengakui serangan udara tersebut secara terbuka .
Tentera Syria berkata sasaran jet Israel adalah sebuah pusat penyelidikan saintifik. Kemudahan berkenaan terletak dalam kawasan Jamraya, barat laut ibu negara. (aljazeera.com)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-2-2013
Syria ke arah demokrasi
Syafiq Shafii, dari Halab, Syria, | 11 Mac 2013 |
Di dalam situasi berperang yang masih berlarutan, serangan tidak henti-henti dilakukan oleh rejim Assad ke Halab, rakyat Syria di Halab telah menjalankan satu pilihanraya bagi memilih dan membentuk Majlis Tempatan Wilayah Halab, pilihanraya pertama selepas revolusi Syria dua tahun lepas.
(Ibrahim paling kiri, antara yang mendapat undi paling banyak)
Pada 1 hingga 3 Mac, saya telah dijemput untuk menghadiri satu konferans dan pilihanraya Local Administration Council of Aleppo sebagai tetamu khas dari Malaysia dan pemerhati pilihanraya mewakili Malaysia Lifeline for Syria.
Konferans dan pilihanraya ini telah diadakan di Gaziantep, Turkey 40 kilometer dari sempadan Syria berikutan isu keselamatan iaitu serangan terbaru yang dilakukan oleh tentera Assad, meggunakan roket Skud.
Seramai 225 wakil daripada setiap kawasan Halab, yang datang dari dalam Syria untuk menghadiri konferens ini seterusnya membuang undi pada pilihanraya kecil Halab.
Perjalanan pilihanraya
Wilayah Halab dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Utara Halab, Selatan Halab, Timur Halab, Barat Halab dan Bandar Halab.
Wakil yang terdiri daripada 224 orang itu akan mengundi bagi memilih 25 orang bagi kerusi Bandar Halab dan 29 orang bagi kerusi Wilayah Halab.
Daripada 54 orang yang memenangi kerusi ini akan memilih seorang gabenor dan 10 orang exco yang akan memegang badan masing-masing seperti badan kesihatan, pendidikan, kecemasan, kejuruteraan, perkhidmatan air dan elektrik, kebersihan dan ekonomi.
4 kuasa yang terpisah daripada majlis ini adalah badan kehakiman, media, Free Syria Army dan pihak pengaman polis.
Jelasnya, Majlis Tempatan Halab ini bukannya mewakili mana-mana pihak seperti tentera pembebasan Syria (FSA), ianya adalah daripada rakyat awam Syria sendiri.
Kepentingan pilihanraya dan majlis tempatan
Walaupun pilihanraya ini tidak begitu sempurna dan masih jauh daripada proses demokrasi kerana tidak mewakili seluruh penduduk Halab dan tiada masa untuk calon berkempen, namun ini adalah satu langkah awal ke arah proses pendemokrasian Syria.
Halab telah memulakan langkah ini, dan seterusnya akan diikuti oleh wilayah-wilayah lain di Syria.
Di dalam situasi yang teruk di Halab akibat peperangan yang masih berterusan, mereka memerlukan satu majlis untuk mengurus proses kehidupan harian mereka.
Sampah yang merata-merata yang tidak diurus dengan baik, sehingga telah tersebar satu wabak yang baru bagi penduduk Halab terutamanya kanak-kanak.
Elektrik telah terputus selama lebih 6 bulan, dan mereka terpaksa menggunakan generator yang memerlukan petrol yang agak mahal.
Ekonomi juga telah lumpuh, dan mereka memerlukan pusingan duit untuk meneruskan kehidupan. Bantuan-bantuan yang datang dari luar tidak diurus dengan baik disebabkan tiada kesatuan.
Masalah-masalah seperti inilah yang terpaksa diuruskan dengan telus oleh Majlis Tempatan Halab selepas ini, malah seribu satu masalah lagi yang terpaksa mereka selesaikan.
Selain itu, proses pilihanraya ini juga bagi menolak tangkisan penganilis politik yang mengatakan bahawa sekiranya rejim Assad jatuh, Syria juga akan menghadapi masalah kerana perpecahan yang berlaku di dalam tentera dan tiada pengalaman demokrasi sebelum ini.
"Pilihanraya ini adalah mesej kepada Basyar Assad dan seluruh dunia bahawa rakyat Syria sudah sedia ke arah negara yang demokrasi.
"Jika sebelum ini kami mampu hidup tanpa diskriminasi, tak pernah ada masalah di antara Islam dan Kristian, Arab dan Kurdi.
(Penulis bersama Muaz Khatib)
"Kami tidak mahu negara kami diperintah oleh rejim yang hanya tahu memusnahkan dan merosakkan negaranya sendiri.
Kami sudah sedia untuk memerintah," kata Muaz Khatib, presiden National Coalition for Opposition force and the Syrian Revolution.
"Kami hanya mahu tidur tanpa rasa takut," tambahnya lagi, merujuk kepada rakyat Syria sebelum ini di dalam ketakutan dan tiada kebebasan setelah diperintah lebih 40 tahun oleh Assad.
Tahniah saya ucapkan kepada rakyat Syria yang telah berjaya menjalankan pilihanraya telus yang pertama setelah lebih 40 tahun mereka ditipu di dalam pilihanraya.
Jikalau sebelum ini, pilihanraya presiden yang berlaku, Bashaar Assad telah memenangi 99 peratus undi daripada calon-calon palsu yang lain.
Kata pensyarah saya "Jikalau Nabi sekalipun yang bertanding, tidak akan menang dengan 99 peratus undi".
* Penulis merupakan seorang sukarelawan Save Syria dan Malaysia Lifeline For Syria. Sedang menuntut di Necmettin Erbakan University (M.A Philosophy and Religion), Turkey.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-3-2013
Kematian Ramadhan Al-Buti kehilangan buat umah
Harakahdaily, | 22 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Kematian ulama tersohor, Sheikh Said Ramadhan Al-Buti disifatkan PAS sebagai satu kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, biarpun berbeza pandangan dalam beberapa perkara, namun penghormatan terhadap ilmu dan keperibadian ulama itu sangat disanjung tinggi.
"Saya banyak mengambil manfaat dari kitab-kita karangan beliau khususnya Fiqh Sirah yang saya jadikan teks dalam kuliah pengajaran saya sejak dahulu.
"Sekalipun ada sedikit perbezaan pemikiran dlm beberapa isu dengannya, ia tidak mengurangi kasih sayang kita semua kepada ulama agung ini.
"Semoga Allah SWT mengampuni beliau dan dimasukkan di kalangan hamba-hamba-Nya yang soleh," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Sheikh Mohammed Said Ramadan al-Buti, 84, dilaporkan terbunuh dalam serangan bom penyerang berani mati semalam di Masjid Al-Iman Dimasyq, Syria.
Beliau terkenal dengan siri buku-buku dakwah tulisannya termasuk Fiqh Sirah yang menjadi rujukan ahli gerakan Islam seluruh dunia.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Dewan Ulamak PAS kutuk pembunuhan Syeikh al-Buti
Harakahdaily, | 22 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan takziah kepada keluarga tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti atas pembunuhan beliau menerusi serangan bom semalam.
Serangan itu disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria.
“Moga Allah menempatkan beliau di kalangan syuhada,” ujar Setiusaha DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Tegasnya, DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut.
Katanya, pembunuhan tokoh ulama merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.
Tambahnya lagi, DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.
Menurutnya, meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.
Dr Said Ramadhan al-Buti menerima cenderahati daripada Dr Halimah Ali dalam satu program anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada 29 Novermber 2010.
Serangan itu disasarkan kepada beliau ketika sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria.
“Moga Allah menempatkan beliau di kalangan syuhada,” ujar Setiusaha DUPP, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Tegasnya, DUPP mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan tersebut dan menuntut satu siasatan dibuat untuk mencari dalang di sebalik pembunuhan tidak bertamadun tersebut.
Katanya, pembunuhan tokoh ulama merupakan satu jenayah besar yang tidak boleh dipandang ringan.
Tambahnya lagi, DUPP juga bimbang sekiranya pembunuhan Syeikh dilakukan oleh tangan-tangan ghaib tertentu bertujuan merosakkan imej para pejuang bersenjata yang sedang menentang kezaliman rejim Asad yang telah membunuh dan menyembelih ribuan umat Islam di Syria.
Menurutnya, meskipun Syeikh Dr. Buti antara yang berpendirian bahawa krisis di Syria tidak sewajarnya diselesaikan secara penentangan bersenjata, namun terdapat laporan bahawa beliau dalam majlis-majlis peribadi mengutuk kekejaman yang dilakukan oleh golongan yang bersama rejim Asad dan mendoakan kehancuran mereka.
Dr Said Ramadhan al-Buti menerima cenderahati daripada Dr Halimah Ali dalam satu program anjuran Kerajaan Negeri Selangor pada 29 Novermber 2010.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-3-2013
Ramadhan al-Buti, ulamak pencerah ummah
Harakahdaily, | 22 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pemergian tokoh ulama terkenal Syria, al-Syeikh al-Allamah Dr. Said Ramadhan al-Buti sebagai kehilangan besar buat umat Islam seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kematian ulamak itu tentunya dirasai oleh ummah yang dahagakan ilmu dari insan sepertinya.
"Kitabnya dan muridnya berjumlah jutaan di seluruh dunia. Lebih setengah abad usianya dimanfaatkan kepada ilmu dalam mencerahkan ummah di seluruh dunia.
"Pemergian beliau adalah satu kehilangan mutiara ummah. Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh ummat Islam di atas pemergiannya," katanya kepada Harakahdaily.
Difahamkan Dr. Said Ramadhan al-Buti terbunuh dalam satu serangan bom ketika beliau sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria semalam.
Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan pendirian PAS mengecam sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan terhadap ulamak itu semalam.
"PAS mengecam pembunuhan yang berlaku. Ia merupakan satu tragedi yang sukar dilupakan seumpama pembunuhan Assyahid Sheikh Ahmad Yasin pada tarikh yang sama tahun 2004 yang lalu.
"Semoga seluruh ahli keluarga beliau dan ummat Islam seluruh dunia bersabar di atas kematian ini. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh yang berjuang bagi menegakkan agamanya," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kematian ulamak itu tentunya dirasai oleh ummah yang dahagakan ilmu dari insan sepertinya.
"Kitabnya dan muridnya berjumlah jutaan di seluruh dunia. Lebih setengah abad usianya dimanfaatkan kepada ilmu dalam mencerahkan ummah di seluruh dunia.
"Pemergian beliau adalah satu kehilangan mutiara ummah. Bagi pihak PAS, saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan seluruh ummat Islam di atas pemergiannya," katanya kepada Harakahdaily.
Difahamkan Dr. Said Ramadhan al-Buti terbunuh dalam satu serangan bom ketika beliau sedang menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Iman, Damsyik, Syria semalam.
Dalam pada itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut menyatakan pendirian PAS mengecam sekeras-kerasnya pihak yang terlibat dalam serangan terhadap ulamak itu semalam.
"PAS mengecam pembunuhan yang berlaku. Ia merupakan satu tragedi yang sukar dilupakan seumpama pembunuhan Assyahid Sheikh Ahmad Yasin pada tarikh yang sama tahun 2004 yang lalu.
"Semoga seluruh ahli keluarga beliau dan ummat Islam seluruh dunia bersabar di atas kematian ini. Semoga Allah SWT menempatkan beliau bersama dengan orang-orang yang soleh yang berjuang bagi menegakkan agamanya," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-3-2013
Tiada siapa menyangka Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti akan meninggal dunia dengan cara dibom tetapi penuh misteri.
Pelbagai cerita, berita, pandangan diberi. Macam-macam pendapat tentang siapa yang mengebom atau membunuhnya dan mereka di dalam masjid Iman dengan pelbagai versi. Namun, hakikatnya taqdir Allah jua yang mengatasi. Barangkali ada hikmah tersembunyi. Boleh jadi juga niat Dr Bouti yang benar dengan Ilahi. Tiada siapa yang mengetahui. Namun, kebenaran tetap akan terbongkar nanti.
Saya tidak yakin pengeboman dibuat oleh anasir FSA atau aktivis revolusi. Kalau masih ada iman di dalam dada tidak tergamak membunuh diri dan membunuh ulama sedang mengajar dan muridnya yang mengaji.
Tidak mustahil kalau diandaikan talibarut regim Basyar yang membuat operasi. Tidakkah Dr Bouti berada dalam kawalan ketat di Damsyik yang tidak mudah anasir FSA menyelinap masuk membawa bom pada diri?
Apatah lagi apabila dikatakan Dr Bouti sudah mempunyai kecenderungan untuk tidak menyokong Bashar lagi.
Saya kenal Dr Muhammad Said Ramadhan al-Bouti melalui buku dan karyanya yang dibaca dan dibeli.
Pelbagai kitabnya dalam pelbagai jurusan masih banyak tidak dibaca disimpan dalam almari. Kitab Fiqh Sirahnya diterjemah dalam bahasa Melayu saya jadikan teks kuliah Maghrib di Masjid Sultan Mizan, Kerteh dan dikupas selama 7 tahun menelusuri sirah Nabi. Ketika belajar di Jordan, saya sentiasa menonton TV Syria yang boleh dicapai dari Jordan mengikuti kuliah Dr Bouti di TV. Dalam kesempatan ke Syria (Kembara Ilmu 14), saya pernah solat Jumaat di masjid berhampiran rumahnya mendengar khutbah Jumaat dari mulutnya sendiri. Di Masjid Jenghiz Khan di tengah Damsyik, beliau mengajar kitab Fiqh Sirahnya dengan kehadiran melimpah dan Alhamdulillah saya pernah hadiri. Keset syarah kitab Hikam saya beli berjumlah lebih 200 buah dan sehingga kini masih tersimpan tak habis dengar lagi. Barangkali dari keset itu kemudiannya jadi kitab berjilid sekarang yang boleh dibaca dengan huraian menarik dan mudah sekali.
Beliau pernah ditanya tentang bentuk jihad yang dilalui oleh Ibn Taimiyyah dan beza jalan yang dilalui oleh Imam Ghazali. Huraiannya ilmiah dan menarik untuk diteliti. Ketika itu mereka yang mendengar kuliahnya di Damsyik itu ramai juga anak muda dari Algeria yang menurut jalan Salafi jihadi. Banyak juga ilmu dari Dr Bouti yang saya jadikan dalil dan hujah bahan ilmiah dalam disertasi.
Dalam konteks politik, suasana Syria menguji para alim ulama, pendokong gerakan Islam termasuk Dr Bouti. Sheikh Said Hawa dari Hama kalau tak silap tapi anaknya Ahmad, Muaz dan lain-lain berada di Jordan kerana tak dapat kembali.
Ramai para ulama dan pendokong Islam dipenjara, dibunuh semenjak zaman ayah Basyar iaitu Hafiz Asad lagi. Ikhwan tidak dapat bergerak malah terpaksa aktif dari luar negeri. Setiap rumah di Syria ada mukhabarat (SB), tak terkecuali majlis ilmu ada yang sentiasa memerhati.
Pada pandangan Dr Bouti dan ijtihadnya, pendekatan silmiyyahnya membuahkan beberapa hasil seperti alim ulama yang dapat dikeluarkan dari penjara dan balik dari luarnegeri. Di zaman Basyar yang muda ini, Dr Bouti sudah begitu tua dan barangkali mengharapkan anak muda ini tidak sama dengan bapanya yang sudah pergi. Namun, sangkaan meleret kerana Dr Basyar yang merupakan seorang doktor perubatan ini juga tak ubah seperti kata peribahasa ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’. Malah fitnah di zaman pemerintahan Basyar ini kelihatan lebih dahsyat lagi.
Dr Bouti dalam kuliahnya banyak sebut ‘nastalihu maaAllah’ (kita mesti sentiasa kembali dan perbetulkan diri dengan Ilahi). Mudah-mudahan ijtihadnya dalam politik penuh fitnah di Syria-walaupun kita tidak bersetuju dengan pandangannya-diberi satu pahala dan beliau diampunkan Allah, sebelum melihat fitnah lain yang entah besar mana lagi.
Kemaman, Terengganu.
Sumber HD - 24-3-2013
Catatan peribadi mengenali Dr Bouti
Oleh Nik Nasri Nik Malek
Mar242013

No comments:
Post a Comment