Maksud Tok Guru tolak Islam bawa kepada murtad
Muhammad Yusri Amin, | 21 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Tidak timbul dakwaan Umno murtad, sebaliknya sesiapa sahaja yang menolak hukum Islam maka perbuatan itu boleh membawa kepada murtad.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, itu maksud sebenar seperti yang dijelaskan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak sebagaimana disiarkan beberapa akhbar sehari dua ini.
“Tok Guru kata perbuatan-perbuatan yang boleh membawa kepada murtad, tidak dikira dilakukan sesiapa pun termasuk juga kalangan pemimpin Umno.
“Perbuatan dan kenyataan yang menghina hukum Islam, menolak hukum Islam dengan sengaja maka itu perbuatan yang boleh membawa kepada murtad.
“Itu sebenarnya maksud Tok Guru, tetapi kenapa media tiba-tiba menyiarkan berita Tok Guru mengatakan Umno murtad pula,” katanya di sini.
Sebuah akbbar dalam laporan muka depan Isnin lalu mengenakan tajuk “Nik Aziz dakwa Umno murtad”.
Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri berkata, seseorang itu tidak boleh hendak mengatakan orang itu murtad.
“Tetapi seperti kata Tok Guru perbuatan boleh membawa kepada murtad apabila menolak hudud dan hukum-hukam yang ada dalam Islam,” ujarnya.
Sumber HD - 21-11-2012
SUA TG Nik Aziz sahut debat Minda Pondok
Salmiyah Harun, | 22 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran debat Minda Pondok bagi menjernihkan tuduhan yang dilemparkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Cabaran itu, katanya khusus bagi memperbetulkan tuduhan terhadap Tuan Guru khususnya dalam isu doa dan dakwaan memurtadkan Umno.
"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk tampil menyahut cabaran Minda Pondok yang saya kira perlu untuk dilaksanakan.
"Dalam hal ini saya kira samada Minda Pondok boleh merangka program ini ataupun diserahkan kepada mana-mana pihak ketiga untuk menjadi urusetia," katanya dalam kenyataan.
Beliau berharap Minda Pondok boleh menerima cadangan ini sekiranya benar-benar mereka ikhlas untuk menjernihkan suasana.
Bagaimanapun Ahmad Fadhli berkata, dalam isu debat perlulah sekurang-kurangnya panelis yang terlibat dilihat sama kedudukan sama ada dalam parti mahupun kerajaan.
"Selaku Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, adalah tidak munasabah untuk meletakkan Minda Pondok sepentas dengan Tuan Guru dalam apa jua tajuk sekalipun," katanya.
Namun, beliau turut memuji Minda Pondok yang dilihat lebih berani daripada Perdana Menteri dalam hal ini.
Ini kerana katanya, cabaran debat ini agak kontra dengan keputusan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan melayan cabaran debat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas alasan bahawa debat bukan budaya rakyat negara ini.
Beliau memberi respons demikian ekoran cabaran debat oleh satu pertubuhan bukan kerajaan yang menamakan diri mereka sebagai Minda Pondok seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Minda Pondok dilaporkan mencabar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat berdebat dalam isu doa dan dakwaan bahawa UMNO murtad.
Sumber HD - 22-11-2012
PUTRAJAYA: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini mengambil inisiatif mengadakan pertemuan dengan Majlis Fatwa berhubung isu 'Amanat Haji Hadi' yang sedang dimainkan oleh pihak tertentu.
Kunjungan ke Bahagian Pengurusan Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Putrajaya pagi tadi itu diketuai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Khairul Faizi Ahmad Kamil dan disertai beberapa anggota dewan itu.
Menurut beliau, inisiatif tersebut diambil ekoran beberapa mufti telah mengeluarkan 'fatwa' dan komentar berkenaan amanat tersebut.
Kenyataan mereka itu kemudiannya digunakan pihak tertentu bagi menjadikan isu tersebut sebagai polemik demi kepentingan politik mereka.
Dalam kunjungan itu mereka turut menyerahkan surat kepada wakil Majlis Fatwa agar diadakan muzakarah berhubung perkara itu.
Surat tersebut diterima Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Fatwa Jakim Abdullah Mat.
"Maka kita mengambil tindakan melalui saluran yang ada ini bagi memohon Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah berhubung isu tersebut," katanya sambil menyatakan kesediaan pemuda bermuzakarah dengan pihak Majlis Fatwa bila-bila masa.
Jika ianya tidak ditangani segera, ianya akan menjadi bahan mainan politik Umno secara berterusan setiap kali menjelang pilihan raya, ujar Faizi lagi.
"Jadi kita tidak mahu ianya menjadi mainan politik Umno yang seolah-olah menggunakan institusi agama untuk menjayakan agenda politik mereka," katanya.
Sumber HD - 21-12-2012

Amanat Hadi: Majlis Fatwa digesa adakan muzakarah
Harakahdaily, | 21 Dis 2012 |

No comments:
Post a Comment