Presiden PAS dapat taklimat Ketua Pengarah Pertanian
Harakahdaily, | 28 Nov 2012 |
(Presiden PAS dan isteri mendapat taklimat dari Ketua Pengarah Pertanian mengenai MAHA 2012)
SERDANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2012) petang kelmarin.
Turut serta bersama adalah isteri beliau Datin Seri Hajjah Zainab Awang Ngah.
Dalam kunjungan tersebut, beliau sempat mendengar taklimat dari Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, Mustafa Kamal b. Baharuddin mengenai MAHA kali ini.
Presiden PAS juga mengunjungi pameran MAHA sebelum ini yang diadakan dua tahun lepas.
MAHA 2012 berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang. Pameran ini mensasarkan kunjungan 3 juta orang tahun ini.
Sehingga hari kedua pameran ini, 600,000 pengunjung telah dicatatkan oleh pameran dwi tahunan ini.
Kuliah Maghrib
(Ustaz Hadi bergambar dengan Unit Amal, Zaidi serta AJK yang bertugas)
Malam tadi, Presiden PAS itu sempat memberikan Kuliah Maghrib di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang.
Selepas tazkirah itu, beliau sempat berbincang dengan pimnpinan PAS tempatan termasuk dengan Yang Dipertua PAS kawasan Selayang, Haji Zaidi Abdul Talib yang baru pulang dari menunaikan haji.
Beliau juga sempat bergambar kenangan dengan anggota Unit Amal yang bertugas.
TGHH Bersama Rakyat : http://www.youtube.com/watch?v=G4OppMSef8w
Sumber HD - 28-11-2012
Presiden PAS ziarah Ustaz Taib Azamudden
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
BAYAN BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Md Taib di sebuah hospital swasta di sini hari ini.
Dalam kunjungan itu, Ustaz Taib kelihatan beransur pulih dan berbual-bual dengan Ustaz Abdul Hadi dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri.
Ustaz Taib Azamuden sudah stabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak menunaikan solat Dhuha pada 23 Januari lalu di rumahnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-1-2013
Presiden PAS kunjungi Jamaah Tabligh
Nazri Abdullah, | 21 Feb 2013 |
(Tuan Guru Abdul Hadi berbual dengan pemimpin Jamaah Tabligh dalam kunjungannya hari ini. Dari kiri, Ustaz Abd Hamid, Tuan Guru Abd Hadi, Ustaz Muhd Razi)
SRI PETALING: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan bersejarah ke markas Jamaah Tabligh hari ini.
Dengan ditemani wakil Dewan Pemuda dan Dewan Ulama, Ustaz Hadi meluangkan masa bersama pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.
Beliau tiba di Masjid Jamek Sri Petaling yang juga markaz jamaah Tabligh terbesar negara ini kira-kira jam 4.40 petang ditemani Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Ketibaan beliau disambut Pengerusi Masjid Tuan Haji Zaid Abdullah, imam masjid Ust Abdul Halim Chin yang juga Mudir Madrasah Miftah Ai-'Ulum serta ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah yang berada di situ.
Turut serta dalam kunjungan itu juga termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Ust Nazmi Nik Din, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad serta Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia Adram Musa.
Sejurus tiba, Tuan Guru Abdul Hadi menunaikan solat Asar berjemaah.
Beliau kemudian mengambil peluang beramah-mesra dengan para jemaah sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi bertanya khabar dan jamuan.
Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, mereka antara lain saling bertukar-tukar pandangan berhubung perkembangan dakwah Islam di negara ini.
Pertemuan itu berakhir kira-kira jam 5.30 petang dengan Tuan Guru menghadiahkan kitab agama kepada imam dan juga pengerusi masjid tersebut sebagai tanda kenang-kenangan.
DS TGHH : http://www.youtube.com/watch?v=BofyegnPceg&feature=youtu.be
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-2-2013
(Presiden PAS disambut oleh para pelajar Madrasatul Quran, Kubang Bujuk - gambar Facebook Yahaya Ali)
MARANG: Selepas membuat kunjungan hormat ke pusat kegiatan Jamaah Tabligh di Sri Petaling Kuala Lumpur, Presiden PAS berkunjung pula ke pusat pendidikan yang dimiliki jamaah itu dekat sini.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kunjungan hormat ke Madrasatul Quran, Kubang Bujuk yang dimiliki Jamaah Tabligh semalam.
(Berdoa untuk guru-guru yang telah meninggal. - gambar Facebook Yahaya Ali)
Ketibaan beliau bersama Yang Dipertua PAS Marang Haji Yahaya Ali disambut oleh mudir madrasah itu, Haji Ramli.
Rombongan juga disambut oleh para pelajar sekolah itu yang menumpukan pengajian mereka untuk menghafaz Al Quran.
Sepanjang kunjungan hormat ini, Presiden PAS yang juga anggota Parlimen Marang itu bertukar-tukar fikiran dengan Haji Ramli dan guru-guru lain di madrasah itu.
Tuan Guru sempat berdoa di kubur para pengajar dan pimpinan jamaah Tabligh yang ada di situ.
(Ketibaan Presiden PAS disambut oleh pimpinan Madrasatul Quran, Kubang Bujuk. - gambar Facebook Yahaya Ali)
Presiden PAS ziarah Madrasatul Quran milik Jamaah Tabligh
Harakahdaily, | 14 Mac 2013 |

Sumber HD - 14-3-2013
Presiden PAS kunjungi keluarga Sarjan Sabarudin
Muhammad Faizal, | 23 Mac 2013 |
SABAK BERNAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menghulurkan bantuan kepada keluarga anggota polis yang terkorban di Lahad Datu, Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud.
Pemberian tersebut sempena program beliau di Sabak Bernam dan Sungai Besar hari ini.
Sumbangan yang berupa duit dan barangan keperluan harian telah diterima oleh abang allahyarham, Mad Sam Daud di rumah keluarganya di Sungai Lias. Turut serta ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Ustaz Salehin Muhyi.
Nurunnisa Abu Bakar, isteri kepada anggota polis yang terkorban itu tidak dapat hadir sewaktu pemberian sumbangan kerana ada urusan lain.
Sebelum pemberian sumbangan, Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan majlis tahlill buat allahyarham. (Gambar atas)
Program yang dianjurkan PAS Kawasan Sungai Besar dan Sabak Bernam sempena lawatan Presiden PAS turut diisi dengan kuliah subuh di Masjid Makmuriah Sungai Besar selepas solat subuh tadi.
Beliau turut bersarapan di Sungai Besar sebelum bertolak ke Sungai Lias bagi memberikan sumbangan kepada keluarga allahyarham Sabarudin.
Ahli Parlimen Marang itu turut mengadakan program dialog di Dewan Tun Razak, Sabak Bernam dan menjelaskan isu semasa, antaranya hubungan PAS di dalam Pakatan Rakyat dan isu yang ditimbulkan oleh Barisan Nasional terutamanya kalimah Allah.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-3-2013
Presiden PAS bertemu anak Terengganu hari ini
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama dengan pimpinan PAS Terengganu akan bertemu dengan pengundi Terengganu di Lembah Klang hari ini.
Pertemuan itu akan diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad, Taman Melewar jam 10.30 pagi hari ini.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali, pertemuan itu bertujuan untuk beramah mesra di samping dapat mendekatkan pimpinan dengan penduduk Terengganu di Kuala Lumpur.
"Presiden dijangka akan memberika amanat penting menjelang pilihan raya umum ini," kata Yahya.
Sehubungan itu, semua rakyat Terengganu yang berada di Lembah Klang dijemput untuk menyertai majlis ini.
Pertemuan itu akan diadakan di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Mohamad, Taman Melewar jam 10.30 pagi hari ini.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Yahya Ali, pertemuan itu bertujuan untuk beramah mesra di samping dapat mendekatkan pimpinan dengan penduduk Terengganu di Kuala Lumpur.
"Presiden dijangka akan memberika amanat penting menjelang pilihan raya umum ini," kata Yahya.
Sehubungan itu, semua rakyat Terengganu yang berada di Lembah Klang dijemput untuk menyertai majlis ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-4-2013
Presiden PAS di Bicara Minda Sinar petang ini
Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan muncul di program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian jam 2.30 petang ini.
Beliau akan mengupas tajuk 'Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti' dan akan berdepan dengan soalan yang bakal dilontar hadirin berhubung isu itu dan juga isu politik semasa.
Program ini juga akan disiar secara langsung menerusi laman sesawang mobTV.
Ini adalah kali pertama Tuan Guru Abdul Hadi dipelawa muncul di program anjuran Sinar Harian setakat ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam juga pernah dijemput berkongsi pengalaman di pentas sama.
Beliau akan mengupas tajuk 'Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti' dan akan berdepan dengan soalan yang bakal dilontar hadirin berhubung isu itu dan juga isu politik semasa.
Program ini juga akan disiar secara langsung menerusi laman sesawang mobTV.
Ini adalah kali pertama Tuan Guru Abdul Hadi dipelawa muncul di program anjuran Sinar Harian setakat ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Tun Musa Hitam juga pernah dijemput berkongsi pengalaman di pentas sama.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-4-2013
Lepas 50 tahun baru tahu cara turun harga kereta?
Muhammad Faizal, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoal kenapa baru sekarang BN mahu berjanji itu dan ini dalam manifesto mereka, sedangkan parti itu telah memerintah negara sudah lebih 50 tahun.
Bercakap dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian petang ini beliau berkata, janji dalam menifesto terbaru BN itu sepatutnya sudah selesai lama dahulu kerana mereka mempunyai kuasa untuk melaksanakannya.
"Manifesto ini benda yang belum buat lagi. Masalahnya dia (BN) dah perintah 50 tahun lebih, kenapa tak buat lagi.
"Kenapa dah memerintah 50 tahun lebih baru nak turun harga kereta, bila kita (Pakatan Rakyat) nak buat baru dia janji nak buat, dulu dia tak tahu macam mana nak turunkan harga kereta?," soalnya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat pula katanya, biarpun baru berusia empat tahun lebih, namun telah berusaha membuat perubahan memenuhi kepentingan rakyat setakat kemampuan dan kuasa yang ada pada kerajaan negeri.
Malah dalam banyak perkara, negeri-negeri Pakatan Rakyat dilihat lebih mendahului BN dalam memperkenalkan perubahan dalam memberi bantuan kepada rakyat.
Sehubungan itu rakyat ujarnya boleh menilai kemampuan dan keikhlasan kedua-dua parti dalam manifesto masing-masing dan tidak tertipu dengan 'pancingan undi' menjelang pilihan raya.
"Masa pilihan raya kecil Kuala Berang dulu dia boleh kempen nak buat lapangan terbang di Kuala Berang pada hal lapangan terbang Kuala Terengganu ada dah," katanya lagi.
Dalam dialog yang membicangkan tajuk 'Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan Realiti' itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut ditanya adakah pemerintahan BN selama ini boleh dikira sebagai berkebajikan kepada rakyat.
Abdul Hadi dalam jawapannya berkata, berkebajikan bukan sahaja soal membangunkan negara secara fizikal tetapi lebih penting dari itu adalah bagaimana mengurus hasil negara secara amanah dan adil.
Masalah yang berlaku sekarang ini katanya apabila pemimpin yang dilantik tidak amanah dalam menguruskan hasil negara sehingga berlaku kebocoran dan salah guna kuasa.
"Saya tidak nafikan apa yang dibuat kerajaan ini ada nilai berkebajikan, infrastrukturnya, elektriknya, jalan rayanya, itu kebajikan, tapi bagaimana menguruskannya.Yang 2 bilion jadi 4 bilion. Negeri Terengganu negeri darul iman, tapi sekarang jadi darul runtuh.
"Masalahnya bocor, tangkap ikan letak dalam bubu, dapat sekor masuk, dapat sekor masuk, tapi bila angkat bubu, ikan ada sikit, tengok bawah bubu bocor," katanya memberi analogi.
Dialog hari ini dipengerusikan oleh Kolumnis Sinar Harian Tan Sri Abdullah Ahmad.
Pada awal program tadi turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana menjadi presiden parti politik pertama tampil ke pentas Bicara Minda Sinar Harian.
"Untuk rekod, saya tulis surat kepada semua parti termasuk parti pemerintah, tetapi yang paling cepat jawab adalah Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.
TGHH : http://www.sinarharian.com.my/
BICARA PRESIDEN PAS ANJURAN SH: 8-4-2013:
BAHAGIAN 1 : http://www.youtube.com/watch?v=R29zpFdxyig&feature=youtu.be
BAHAGIAN 2 : http://www.youtube.com/watch?v=nsw9nCSGoTU&feature=youtu.be
BAHAGIAN 3 : http://www.youtube.com/watch?v=OfywcaWCN84&feature=youtu.be

(Ustaz Hadi ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media selepas bicara Sinar semalam)
SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abd Hadi Awang mengulangi pendirian beliau yang rela menjadi khadam rakyat dan bersedia menjadi nelayan asalkan kebajikan rakyat terus terbela di bawah Pakatan Rakyat.
Beliau menjelaskan ketika sidang media sejurus selesai program Bicara Minda, Negara Berkebajikan: Persepsi atau Realiti anjuran akhbar Sinar Harian semalam.
"Saya rela menjadi khadam kepada rakyat, bersedia untuk balik kampung menjadi nelayan asalkan rakyat terbela kebajikannya di bawah Pakatan Rakyat.
"Siapa juga calon itu bukan perkara besar tetapi ia mestilah beragama Islam dan mengikut perlembagaan persekutuan serta mendapat mandat rakyat," kata beliau.
Hadi yang turut memberitahu beliau tidak boleh mendahului adat selagi hak belum ditentukan oleh kuasa rakyat untuk memilih.
"Isu saya sebagai Perdana Menteri itu tidak perlu ditimbulkan, saya tidak boleh mendahului adat.
"Kita ada rakyat, kita ada perlembagaan dan kita ada Yang Di Pertuan Agong, biarlah kesemuanya menentukan siapa calon Perdana Menteri yang penting kuasa rakyat memilih kita terlebih dahulu," jelasnya.
Beliau yang juga turut menyatakan PAS akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) pada pilihanraya nanti, namun kawasan dan calon belum diputuskan lagi.
Menurut beliau lagi, perkara itu tidak timbul apa-apa masalah kerana DAP boleh meletakkan calon Melayu begitu juga PKR, dan PAS turut boleh melaksanakannya, ia bukan perkara yang perlu dipersoalkan oleh Umno-Barisan Nasional.
Presiden PAS ulangi rela jadi khadam rakyat
Muhammad Faizal, | 09 Apr 2013 |

Sumber HD - 9-4-2013
Berkebajikan: Pemimpin beriman, budiman dan adil
Harakahdaily, | 09 Apr 2013 |
SHAH ALAM: Konsep paling penting dalam sebuah negara berkebajikan, adalah dipimpin oleh individu yang yang beriman kepada tuhan dan memiliki akhlak yang baik dan bersifat budiman.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan Tuhan mampu menggalas amanah dengan jujur khususnya dalam menjaga kebajikan rakyat.
"Pemimpin yang dilantik perlu mereka yang tidak memisahkan politik dan agama. Membuat perkiraan dosa pahala.
"Bukan pemimpin yang buat salah, lepas itu pergi umrah nak tunjuk semua selesai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian semalam atas tajuk Negara Berkebajikan : Persepsi dan Realiti.
Dalam program itu semalam, Tuan Guru Abdul Hadi membentangkan taarif, konsep serta teras asas dalam pembentukan sebuah negara berkebajikan yang mahu diperkenalkan PAS.
Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam negara berkebajikan juga pemimpinnya harus adil dalam menunaikan amanah.
"Adil kepada orang Islam dan juga bukan Islam. Adil kepada semua rakyat. Tak kira yang menyokong ataupun yang tak menyokong kita.
"Nabi ajar kita, pemimpin tak boleh berlagak seperti Tuhan," katanya lagi.
Pada masa yang sama, negara berkebajikan juga menggunakan konsep zakat iaitu mengambil dari kumpulan orang kaya untuk diberi kepada orang miskin.
Ianya termasuk sistem percukaian di mana orang kaya dikenakan cukai, dan orang miskin tidak dikenakan cukai.
Ini penting katanya, supaya hasil negara dapat diagih kepada rakyat dan tidak berlegar di kalangan kelompok tertentu dan orang-orang kaya sahaja.
"Waktu kita perintah Terengganu, kita hapuskan tol, kita naikkan cukai balak dan industri. Oarang tanya tak bankrap ke? Tak, malah meningkatkan pendapatan negeri.
"Pembalak pun tak ada bantahan bila kita tinggikan cukai balak sebab dia kata bayar rasuah lagi tinggi dari bayar cukai," katanya.
Selain itu katanya, pemimpin negara berkebajikan juga harus mengamalkan konsep amar ma'ruf dan nahi mungkar iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti yang dituntut agama.
Mengulas realiti semasa, presiden PAS tiu berkata, semua menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara yang masyarakatnya majmuk dan berbilang kaum di mana Melayu adalah teras negara ini.
Maka kepelbagaian tersebut harus dimanfaatkan dalam usaha untuk membina tamadun dan Malaysia yang lebih gemilang tanpa meminggirkan mana-mana sektor kaum.

(Presiden PAS berucap di Kepala Batas mengajak semua bekerja keras bagi memastikan kegemilangan PAS)
KEPALA BATAS: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu PAS mengambilalih Parlimen Kepala Batas daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum ke 13 ini untuk mengembalikan kegemilangan PAS sepertimana di awal penubuhanya dulu.
Kepala Batas bagi PAS adalah satu lokasi yang sukar dipadamkan kerana di sinilah perbincangan bermula bagaimana untuk wujudkan PAS setelah Umno gagal melaksanakan tanggungjawab menjaga hak Islam pada tahun 1951.
"Kemenangan Kepala Batas nanti merupakan kemenangan untuk Islam. Dulu Kepala Batas merupakan tempat lahirnya PAS apabila pendukung Islam berkumpul mencari jalan bagaimana untuk mengwujud dan mengerakkan Islam agar lebih terurus tidak sebagaimana yang dibuat oleh Umno ketika itu," ujarnya ketika berucap di majlis Hi Tea di Kampung Padang Benggali, Teluk Air Tawar, Butterworth semalam.
Menurut beliau lagi, hasrat gerakan itu mesti diiringi gerak kerja yang bersungguh kerana PAS dari dulu belum pernah menang di Parlimen Kepala Batas apatah lagi ia ditandingi oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu cucu kepada Abdullah Fahim yang juga turut serta dalam gerakan penubuhan awal PAS.
Apabila penubuhanya, PAS berhadapan dengan onak dan duri yang berpanjangan sehinggalah sekarang.
(Anak muda membuat konvoi bermotor sambil membawa bendera PAS)
Bagi mencapai kamatangan sepertimana sekarang PAS terpaksa pula mengalami kehilangan beberapa orang kepimpinan samada yang meninggal dunia atau lari meninggalkan perjuangan.
Maka, lahirlah satu lebel yang mengatakan PAS parti kampungan yang tidak boleh ke mana sebaliknya berlegar untuk berdakwah serta 'syok sendiri' sahaja.
Tetapi sambung beliau, PAS kini nyata jauh meninggalkan apa yang dikatakan oleh kepimpinan Umno.
Ia sudah sebaris dengan gerakan Islam dunia cuma di Malaysia ia diremehkan oleh pucuk pimpinan pentadbiran Malaysia.
"Biarlah kepimpinan Umno dan gabungan mereka perkecilkan peranan dan imej PAS tetapi kita disanjung di mata luar. Oleh itu, seandainya Pakatan Rakyat menang merampas Putrajaya, PAS yakin kita akan semakin disanjungi, " katanya yang juga mantan Menteri Besar Trengganu.
Mengingati sejarah kemenangan Kelantan dan Trengganu selepas zaman penjajah ujarnya, PAS berjaya muncul sebagai sebuah negeri yang agak ke hadapan namun jatuh kembali apabila ia dikepung oleh Umno yang tidak senang dengan petadbiran yang dibawa.
Inilah terangnya, wajah sebenar Umno, mereka tidak senang duduk bila ada kerajaan yang lebih berjaya membawa perubahan.
Ada sahaja rekaan dan ciptaan jahat yang membuatkan rakyat termakan sehinggalah dua buah kerajaan Islam tumbang beberapa tahun kemudian, jelas Ustaz Hadi.
Berucap sama dimajlis berkenaan ialah calon PKR Dewan Undangan Negeri (Dun), Telor Air Tawar, Norhayati Jaafar, Calon PAS Parlimen Kepala Batas, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamudin, Calon Penaga, Rosidi Husain dan tokoh agamawan, Ustaz Zakaria Haji Ahmad.
Untuk kegemilangan, Kepala Batas mesti menang - Presiden PAS
Mohd Sabri Said, | 30 Apr 2013 |

Sumber HD - 30-4-2013
Presiden PAS lawat Ustaz Azizan
Mohd Sabri Said, | 09 Mei 2013 |
GEORGETOWN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad CCU Hospital Besar Pulau Pinang petang tadi.
Selain beliau, turut kelihatan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahazir Khalid.
Menurut bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid, kesihatan bekas ketuanya itu dalam keadaan stabil dan memerlukan pembedahan di bahagian kaki.
Ustaz Azizan masuk ke hospital berkenaan kerana masalah kencing manis dan ginjal yang telah dialami sekian lama.
Selain beliau, turut kelihatan ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahazir Khalid.
Menurut bekas Setiausaha Akhbarnya, Helmi Khalid, kesihatan bekas ketuanya itu dalam keadaan stabil dan memerlukan pembedahan di bahagian kaki.
Ustaz Azizan masuk ke hospital berkenaan kerana masalah kencing manis dan ginjal yang telah dialami sekian lama.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-5-2013
KOTA BHARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Awang, mengunjungi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaacob, di pejabat Menteri Besar pagi tadi.
Tuan Guru ditemani Setiausaha Politiknya Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu Menteri Besar baru itu.
Kunjungan itu antara lain bagi merakamkan tahniah kepada Ahmad atas perlantikan beliau serta kepada kerajaan Kelantan yang masih mengekalkan kemenangannya masuk tahun ke 23.
Selepas itu, Tuan Guru Ahbdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan dengan anggota exco kerajaan negeri yang baru di bilik mesyuarat Menteri Besar.
Pada pertemuan itu beliau mengingatkan kerajaan Kelantan supaya berhati-hati dengan permainan kerajaan pusat yang semakin lemas selepas PRU 13 lalu.
Menurutnya, Umno BN akan memaut sesiapa saja untuk menyelamatkan diri mereka sebagaimana orang yang lemas di laut mencari tempat bergantung agar tidak terus dibawa arus.
“Apa yang penting dasar kebajikan serta pentadbiran berasaskan kasih sayang perlu diteruskan.
"Biar rakyat sayangi kerajaan PAS kerana kebaikkannya dan bukannya takut kerana kerajaan yang garang," katanya.
Sehubungan itu beliau juga mengucapkan tahniah pada anggota-anggota exco baru yang dilantik.
“Saya harap dokongilah kerajaan negeri sebaik mungkin dengan mewujudkan semangat kerja berpasukan dan penuh rasa kasih bersama-sama,”ujarnya.
DSTGHH/PP :http://www.youtube.com/watch?v=dOexmZLU36M&feature=youtu.be
Presiden PAS kunjungi MB dan Exco Kelantan
Salmah Mat Husain, | 13 Mei 2013 |

Sumber HD - 13-5-2013
No comments:
Post a Comment