PRU13: Presiden PAS sedia bertanding di Pekan
vs
Khairul Azlam Mohamad, | 02 Nov 2012 |
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membuat kejutan apabila menyatakan kesediaannya bertanding di Parlimen Pekan, kawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
Beliau akan mengikut keputusan parti sama ada dikekalkan bertanding di Parlimen Marang atau Pekan, Pahang pada pilihan raya akan datang.
“Saya ikut keputusan parti. Saya serah kepada parti dan partilah yang akan buat keputusan. Parti hendak suruh bertanding Marang ke… atau Pekan, termasuklah, jika parti suruh saya bertanding di Pekan, saya bertanding di Pekan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media sama ada kekal bertanding dua kawasan, Dun dan Parlimen selepas Majlis Pelancaran Dana Pilihan Raya Umum (PRU13) Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu di Dewan Tok Guru Rusila, hari ini.
(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi menerima sumbangan untuk dana pilihan raya Muslimat PAS Terengganu.)
Menurutnya, jawapan muktamad terserah kepada parti yang akan menentukan kawasan yang bakal ditandingi kelak.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut menyatakan kesediaan jentera PAS pada bila-bila masa diadakan pilihan raya kerana persiapan telah dibuat sejak setahun lalu.
“Saya sudah melawat keseluruhan kawasan pilihan raya sejak setahun lalu. Saya buat jadual melawat dan keseluruhannya kerja telah dibuat sejak setahun untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa.
“Bahkan, kebanyakan Dewan Undangan Negeri (Dun) telah membuat culaannya yang terperinci. Ini termasuklah, persediaan jentera pilihan raya secara menyeluruh. Cuma kita menunggu tarikh pilihan raya pada bila-bila masa sahaja,” ujarnya.
Sumber HD - 2-11-2012
Syabas Abdul Hadi Awang
Mohd Sayuti Omar, | 02 Nov 2012 |
Kesediaan Presiden Pas Abdul Hadi Awang untuk bertanding di Pekan dalam pilihan raya akan datang bagi menentang Ha Najib Razak rasanya perlu dihormati dan difikirkan sebagai anjakan keberanian baru dari Pas oleh kepimpinan Pas dan seluruh ahli jemaah itu. Saya tidak merasakan Abdul Hadi berseloroh dengan kesanggupan itu sebalik ianya satu komitmen yang baik dan serius.
Sewajarnya ketua sebuah parti berdepan dengan ketua sebuah parti yang bertentangan. Jangan persoalkan apakah Pekan itu kawasan lawan atau tidak, yang pentingnya Abdul Hadi ke situ bagi menumbangkan ketua parti yang dimusuhinya.
Walaupun mungkin kenyataan itu lebih kepada gimik, tetapi ada kebenarannya di situ. Mungkin Abdul Hadi memberi mesej untuk berdepan dengan Umno beliau sanggup pergi ke mana-mana saja kawasan yang sekaligus menyerlahkan beliau sudah hilang sabar dalam berdepan dengan kerenah Umno.
Cara itu juga membuktikan bahawa Pas bukan berjuang di dalam lopak sendiri tetapi perjuangannya universal.
Bagi Abdul Hadi kemenangan kerusi dan memenanginya bukan yang mutlak. Baginya kesediaan melawan seorang ketua parti yang ditolak atau dianggap sebagai jahat, khianat adalah satu tanggungjawab dan kewajiban. Kalau perjuangan Pas benar dan apa digagaskan Abdul Hadi adalah haq kenapa harus takut membiarkan dia ke Pekan.
Tidak timbul kalau ada mengatakan Abdul Hadi sengaja mencari nahas. Bagi perjuangan Pas dan beliau sendiri, kemenangan itu bukan bermakna memenangi kerusi tetapi kemenangan itu adalah berlawan dengan musuh secara mendada. Tidak juga perlu soal bukankah kalau kalah Abdul Hadi tidak boleh memegang jawatan? Persoalan itu hanya bagi mereka yang jahil dan naif dalam memahami erti perjuangan.
Saya berharap kenyataan dan kesediaan Abdul Hadi itu menjadi realiti. Kalau hasrat Abdul Hadi itu menjadi kenyataan, sayalah orang pertama akan menjunjung duli kepada presiden Pas itu dan menerimanya sebagai seorang pejuang tulen yang berani, ikhlas dan bertepatan dengan prinsip perjuangan Islam ala Pas. Bahawa Abdul Hadi bukan seorang politician sekular dan munafik seperti kebanyakan yang lain yang juga pengecut untuk mengejar musuh ke hingga ke laman rumah.
Syabas kepada Abdul Hadi Awang atas keberanian melemparkan hasrat itu. Dan Pas perlu mencuba strategi berkenaan. - http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 2-11-2012
Hadi lawan Najib, Nik Aziz juga sokong
http://msomelayu.blogspot.com, | 04 Nov 2012 |
GENU PAGI
Muryidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sependapat dengan saya bersetuju kalau Abdul Hadi Awang bertanding di Pekan untuk menentang Najib Razak. Nik Aziz juga berpegang kepada alasan sama dengan saya, tidak timbul kalau Abdul Hadi kalah. Beliau mengalu-alukan langkah Abdul Hadi itu kerana menentang orang yang berjuang menegakkan semangat nasionalisme adalah satu kewajiban.
Dalam keyakinan Pas Umno adalah pejuangan kebangsaan, di mana satu perjuangan yang batil sebab perjuangan menegakkan kaum tidak merupakan perjuangan mutlak dalam kehidupan seorang manusia sebagai hamba Tuhan.
Dari sudut lain saya melihat tindakan Abdul Hadi itu boleh membersihkan fikiran sesetengah pihak yang mengatakan beliau (Abdul Hadi) masih lagi menyimpan hasrat untuk mewujudkan unity government. Jadi dengan beliau menentang Najib, sampah UG itu boleh dibersihkan. Tindakan Abdul Hadi itu sebagai membuktikan bahawa hasrat untuk menubuhkan UG sudah tidak ada lagi.
Sedar atau tidak masih ada di kalangan kecil baik di dalam Pas maupun PKR dan DAP sebelum dapat menerima sepenuhnya kerjasama Pas dengan PKR dan DAP. Ada yang beranggapan Pas masih menaruh harapan akan wujud kerjasama dengan Umno. Ada suara-suara dan nada kebimbangan yang Pas akhirnya akan berpelukan dengan Umno.
Tanggapan negatif itu membahayakan Pakatan Rakyat di mana timbul perasaan curiga di antara satu sama lain. Jadi sekiranya Abdul Hadi mendada dengan Najib di Pekan ia boleh menyapu perasaan itu. Semangat di kalangan Pakatan Rakyat juga akan meningkat serta merta. Tindakan Hadi itu akan menampakkan iltizam Pas dengan Pakatan Rakyat tinggi.
Kesimpulannya Pas perlu melepaskan Abdul Hadi untuk ke Pekan. Atau Abdul Hadi boleh menggunakan kuasa proregatifnya sebagai presiden untuk berbuat demikian. Sebagai presiden Abdul Hadi boleh endorce jemaahnya sendiri. Yakinlah tindakan Abdul Hadi itu - Presiden bertempur dengan presiden akan dicatat dalam sejarah politik tanah air. Seperti dikatakan tadi soal sejarah itu tidak penting yang penting menunjukkan komitmen perjuangan.
Hendaknya apa disuarakan presiden Pas itu akan turut dibangkit didalam muktamar tahunan Pas yang akan berlangsung di Kota Bharu minggu depan. Dan saya juga percaya Abdul Hadi bukan sengaja melontarkan idea itu kecuali untuk mendapat pandangan dari akar umbi. [wm.kl.9:19 am 04/11/12].
Sumber HD - 4-11-2012
Jika benar Haji Hadi mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding di Pekan menentang Najib pada PRU 13 akan datang jika kepimpinan parti menghendakinya, pasti tindakan ini adalah satu tindakan stunt politik. Apakah pula strategi PAS dan Haji Hadi dalam isu ini? Adakah ia sekadar gimik atau memang benar-benar mahu mempertimbangkan idea gila ini?
Jika ia benar-benar terjadi pastinya ia akan menjadi medan perjudian nasib dan masa depan politik kepada kedua-dua calon heavyweight ini. Pada masa itu, pastinya Najib akan terpasak di kawasannya untuk memastikan setiap kerja kempennya tidak putus. Ini akan merantai kaki Najib dari menjelejah ke seluruh negara berkempen untuk UMNO dan BN.
Sedangkan Haji Hadi pula, pastinya akan dapat bekerja dan berkempen secara effisien dengan hanya menfokus dalam kawasan Pekan sambil memerhatikan Najib berpeluh dalam setiap kempennya.
Perlu diingat, dalam perjudian ini, dari segi psikologinya Haji Hadi lebih baik kerana beliau ada pengalaman kalah dalam pilihanraya berbanding Najib yang belum pernah kalah. Ini akan memberi tekanan kepada Najib selaku calon pilihan untuk menang. Bukankah ini adat berlawan, lihat sajalah bolasepak. Bebanan psikologi ini pastinya memberi advantage buat Haji Hadi dan PAS.
Dalam masa yang sama, jika pergerakan Najib terkekang dek kerana mengawal kawasan parlimennya, Tan Sri Muhyiddin pula akan bergerak seperti panglima garang atau jeneral perang dalam kempen UMNO BN di peringkat Nasional. Ini juga boleh memberi tanggapan buruk kepada kem UMNO dan BN apabila timbalan presiden akan dilihat lebih tangkas dan aktif dalam kempen nasional. Adakah Najib bersedia untuk ini?
Dari segi Pakatan pula, jika Haji Hadi bertanding di Pekan, kempen di peringkat Nasional tidak akan terjejas sama sekali kerana faktor Anwar dan barisan kepimpinan utama lain. Namun, jika ditakdirkan Haji Hadi menang ke atas Najib, apakah mungkin kedudukan Anwar Ibrahim selaku calon PM akan mula dipersoalkan kerana status kemenangan Haji Hadi lebih bernilai berbanding Anwar?
Jika Haji Hadi kalah, pastinya beliau tidak terkilan kerana beliau sudah memberi isyarat untuk mengendur dalam politik dan ingin menumpukan perhatian kepada partinya. Atau mungkinkah ini juga (bertanding di Pekan) menjadi isyarat bahawa Haji Hadi mahu bersara dengan penuh kesan kepada politik beliau dan Malaysia.
Terlalu banyak jika dalam politik.. jika itu tidak berlaku, maka politik Malaysia pastinya tiada imaginasi.-editor.
Sumber HD - 6-11-2012
(TG Abdul Hadi bersama saf kepimpinan PAS dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: "Kalau pimpinan PAS mengarahkan saya bertanding di Sabah atau Sarawak pun, saya akan pergi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) hari ini.
"Saya tidak boleh buat keputusan sendiri, kita terima senarai calon kemudian bincang bersama dan mesti patuh kepada keputusan parti.
"Kalau parti kata tidak bertanding, maka tidak bertandinglah. Kalau bertanding maka bertandinglah.
"Dan di mana sahaja bertanding sekalipun, kalau bertanding di Pekan, Pekan lah. Kalau bertanding di Sabah, Sarawak, maka di Sabah Sarawaklah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.
Barisan pimpinan tertinggi PAS Pusat yang turut bersama di dalam sidang media itu terus ketawa sebaik sahaja wartawan meminta Abdul Hadi memberi respons berhubung hasratnya untuk bertanding di Pekan.
Abdul Hadi mendapat perhatian media ekoran beliau menyatakan kesediaan untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di parlimen Pekan dalam pilihan raya nanti.
Menurut Ahli Parlimen Marang itu, kenyataanya untuk bertanding di Pekan adalah sebagai mesej kepada ahli dan parti bahawa beliau bukan seorang diktator.
"Kenyataan itu adalah mesej kepada seluruh ahli-ahli parti yang menyokong parti supaya yang pertama, saya bukan diktator dalam parti," katanya.
Pilihan raya
Sehubungan itu, Abdul Hadi juga memberitahu PAS sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya ke-13 pada bila-bila masa.
"Daripada taklimat diberikan dalam mesyuarat hari ini, kita sudah siap 90 peratus dari keperluan pilihan raya," katanya.
Antara perkara utama yang dibincangkan adalah persiapan Muktamar PAS kali ke-58 yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 November di Kota Bharu Kelantan.
Mesyuarat kali ini turut membincangkan beberapa perkara penting di peringkat antarabangsa termasuklah konflik yang dihadapi oleh umat Islam Rohingya, masalah di Filipina dan kezaliman terhadap rakyat Syria.
Turut bersama dalam sidang media petang tadi, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Penolongnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Laporan penuh menyusul.

Jika benarlah...
http://kldailyblog.wordpress.com, | 06 Nov 2012 |

Kalau parti putus tanding di Sabah saya ok
Salmiyah Harun, | 06 Nov 2012 |

PAS Sarawak cadang Presiden tanding di Miri
Harakahdaily, | 07 Nov 2012 |
MIRI: PAS Sarawak menyambut baik kesediaan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk bertanding di mana-mana yang parti fikirkan wajar termasuk di Sabah dan Sarawak.
Timbalan Pesuruhanjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata, kesediaan itu wajar diberi perhatian oleh pemimpin Pakatan Rakyat.
"Kita juga sangat tertarik dengan hasrat beliau untuk bertanding di Sarawak, sekiranya parti yang mengarahkan beliau melakukannya.
"Kalau beliau diberi kesempatan untuk bertanding di Sarawak, kita cadang beliau bertanding di parlimen Miri kerana Miri adalah kawasan yang majoritinya Cina dan bukan Islam," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi pada sidang media semalam bahawa beliau sedia diletakkan bertanding di mana-mana termasuk Sabah dan Sarawak.
Sebelum ini beliau juga pernah menyatakan kesediaan untuk bertanding di Pekan, Pahang iaitu tempat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mengulas lanjut, Jofri yang juga Yang DiPertua PAS Miri berkata, kesediaan Tuan Guru Presiden itu mempamerkan keberanian seorang pemimpin menghadapi risiko walaupun semua tahu kawasan yang beliau hendak bertanding adalah tempat yang sukar untuk Pakatan menang.
"Beliau tidak hanya memilih tempat yang selamat seperti yang biasa pemimpin BN lakukan.
"Tiada yang mustahil untuk beliau memenangi atau menumbangkan pihak lawan sekiranya rakyat di tempat tersebut dapat menerima beliau sebagai penganti pemimpin utama negara," katanya.
Sumber HD - 7-11-2012

No comments:
Post a Comment