12 PERKARA JANJI PAS :
SHAH ALAM, 19 Feb: PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.
YB Dato' Mahfuz Omar - Naib Presiden PAS
PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:
1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;
2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;
3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;
4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;
5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;
6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;
7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;
8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;
9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;
10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;
11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;
12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa - Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.
"Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita'arafu yakni Politik Saling Menghormati.
"Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - Mursyidul Am PAS / MB Kelantan
Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.
Turut mendapat undangan :
Turut mendapat undangan :
YB Lim Guan Eng - KM Pulau Pinang
Professor Emiritus Dr Abu Bakar Hamid
Sdr Mohd Azmi Abdul Hamid - Presiden Teras
YB Saifudin Nasution Ismail - SUA PKR
Dr Wong Chin Huat - Pakar Sains Politik & Aktivis Sosial
YB Dato' Kamaruddin Jaafar - AJK PAS Pusat / AP Tumpat
Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.
Pakatan sertai piket MTUC 3 November |
Hazayani Zakaria |
SHAH ALAM, 23 Okt: Pakatan Rakyat akan bersama-sama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dalam piket besar-besaran serentak di seluruh negara, 3 November depan. Piket tersebut bagi membantah Akta Kerja (Pindaan) 2000 yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum pembentangan Belanjawan 2012 baru-baru ini. Akta ini membolehkan majikan mengambil pekerja secara kontrak melalui agensi yang dilantik sebagai orang tengah di antara majikan dan pekerja. Agensi yang membekalkan pekerja secara kontrak akan dilembagakan dan dikitiraf kerajaan. Bercakap pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, dekat sini hari ini, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, PAS menyokong penuh tindakan MTUC menganjurkan piket tersebut kerana nasib pekerja bawahan semakin tidak terbela apabila semakin banyak pekerja kontrak diambil.
Hj Mohammad Sabu - Timbalan Presiden PAS
"Penentangan MTUC memang ada asas dan PAS sokong MTUC supaya hak dan kedudukan pekerja lebih terjamin pada masa hadapan. "Majikan lebih suka ambil pekerja secara kontrak bagi mengelak tanggungjawab dan pembekal kontrak dilembagakan dan diktiraf kerajaan," kata beliau. Pengerusi Biro Pekerja PKR, Abdullah Sani pula berkata, kerajaan BN mahu menghidupkan kembali perhambaan pekerja seperti pada tahun 1955 dahulu.
YB Abdullah Sani - Pengerusi Biro Pekerja PKR
"Isyaratnya pindaan akta ini akan membunuh generasi akan datang. "Umno menghalalkan perhambaan moden yang akan menyaksikan pekerja terus menjadi hamba kepada syarikat korporat. "Sebanyak 277 agensi yang bergerak secara bebas dalam negara dan 42 peratus mereka merupakan kontrak yang bukan digajikan oleh syarikat utama, hampir 5,000 pekerja terlibat. "Dengan adanya agensi perjanjian di antara majikan dan pekerja tidak ada yang banyak mengabaikan nasib pekerja termasuk tiada pemotongan Socso," katanya. Mengulas lanjut mengenai Piket, beliau yang juga Ahli Majlis Am MTUC, berkata di Selangor piket akan diadakan di Seksyen 15 dan Teluk Panglima Garang. Manakala di Wilayah Persekutuan kemungkinan akan diadakan di Jalan Raja Laut. "Ini juga termasuk di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga Ahli Paelimen Kuala Langat. Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pekerja PAS Pusat, Anuar Tahir berkata, pihaknya akan memobilisasi ahli agar turun bersama-sama pekerja dalam piket ini.
Sdr Anwar Tahir - Pengerusi Lajnah Pekerja PAS
Menurutnya juga, siri penerangan kepada masyarakat akan bermula malam ini dengan ceramah di Ipoh, Perak. Di peringkat Wilayah Persekutuan akan diadakan ceramah di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (Kuiszm), Taman Melewar pada 28 Oktober. "Kita akan bagi sokongan penuh kepada MTUC seperti piket Nation White menuntut gaji minima tahun lalu. "Pilihan raya umum akan datang, rakyat akan memilih samaada nak pilih pemimpin yang menghambakan pekerja atau memerdekakan pekerja," katanya. |
Anwar ramal ‘kebangkitan Malaysia’, Pakatan ganti BN PRU-13
Oleh Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 3 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan satu “kebangkitan Malaysia” pada pilihan raya umum ke-13 sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).
“Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan,” kata beliau dalam satu temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.
Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.
Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan. Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.
Susulan perhimpunan itu, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.
Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain.
Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.
Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang “sudah pun pasti.”
Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad, katanya, akan berakhir dalam pilihan raya umum ke-13.
Anwar memberitahu Bloomberg bahawa PR akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.
“Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini),” kata Anwar yang juga Ketua Umum PKR.
Bloomberg membangkitkan bahawa tiada sebarang peristiwa yang pemimpin Asia Tenggara digulingkan daripada kuasa sedangkan gerakan sivil semakin kuat di rantau ini.
Anwar menjawab: “Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu.”
“Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang,” kata Anwar.
“Harap-harap, kami akan melakukan (giliran) kami menerusi proses demoktratik yang aman,” katanya lagi.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 dan kemudian menghadapi tuduhan liwat dan salah guna kuasa.
Beliau dibebaskan pada September 2004 dan mengetuai kerjasama PR pada pilihan raya umum Mac 2008 dan memperoleh balik kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada tahun yang sama.
Sumber MI : 4//11/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6571-pergi-jahanam-dengan-perkauman
Malaysia, pada sekilas pandang boleh dikatakan sebagai negara yang cukup bertuah kerana ada pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara-negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini. Itu mungkin telahan mereka yang memandang negara ini secara "surface" tanpa menilai secara kritikal dan rasional.
Seringkali saya mengutarakan dalam banyak-banyak perbincangan yang kami adakan, bahawa setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang dan mempunyai cita-cita mereka tersendiri buat negara yang dicintai ini.
Orang akan bertanya, apa lagi yang tidak cukup di Malaysia?
Bangunan tertinggi?
Lapangan terbang yang tercanggih?
Pengeluaran hasil minyak yang berjuta-juta sehari?
Tidak bersyukur lagikah kamu dengan nikmat yang pelbagai ini?
Ya, saya bersyukur. Namun itu tidaklah menyebabkan saya buta pada hal-hal yang lain yang lebih kritikal dan mampu membawa kepada kesan buruk pada masa jangka panjang.
Tahun 2012 sahaja telah mencatat pelbagai isu dan konflik yang besar sehingga bukan sahaja saya, malah sesiapa sahaja pun turut mempersoalkan tentang perkara ini iaitu di manakah letaknya bangsa Malaysia pada 50 tahun akan datang jilalau hal-hal sebegini berterusan.
Maka hal ini menjadi kebimbangan dan kegusaran terbesar dalam diri saya secara jujurnya sehingga saya merasakan bahawa perlunya ada tindakan secara progresif bagi mencapai 2-3 perkara dalam tempoh 10 tahun akan datang demi memastikan mandiri bangsa Malaysia dari sudut budaya, sahsiah dan jati diri terus wujud di dunia ini.
Rejuvenisasi Sistem Pendidikan Secara Menyeluruh
Saya merasa amat yakin bahawa, apa yang terbentuk dalam diri saya dan rakan-rakan segenerasi ini pada waktu sekarang adalah hasil didikan dan proses pembentukan yang saya lalui sepanjang berada di alam persekolahan dan universiti (sekarang) oleh guru-guru saya yang mungkin lahir pada dalam era akhir 60-an sehingga 80-an.
Mereka menjadi guru, ibu bapa dan orang-orang berkepentingan dalam masyarakat (penggubal dasar) dan kemudiannya mereka inilah yang membentuk generasi sekarang sehingga anda sendiri boleh menilai wajah dan identiti generasi kelahiran 1990 dan ke atas sekarang.
Jikalau kita jemu dengan berita buang anak hampir setiap hari pada hari ini oleh generasi saya, berita menteri dan bijak pandai rasuah sana sini, berita politikus bercakaran hampir setiap masa dan ketika, berita pelajar cemerlang tetapi rosak moralnya dan pelbagai bentuk berita lain yang memualkan, tidak pernahkah kita bertanyakan soalan - kenapa boleh menjadi begini wajah bangsa Malaysiaku?
Dari faktor inilah, saya merumuskan bahawa, generasi saya sekarang terbentuk dengan wajah sebegini kerana memang kami dibentuk dengan acuan sebegini oleh sistem pendidikan yang bertanggungjawab membentuk kami sejak kami lahir lagi.
Maksud secara jelas ialah, sistem pendidikan yang generasi kami terima dari ibu bapa, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah di universiti, pemimpin-pemimpin masyarakat, dan suasana di sekeliling kami membesar inilah yang menjadi tukang ketuk dan bina dalam sistem ini.
Mereka di atas adalah orang yang bertanggungjawab membentuk kami. Saya tidak menyalahkan mereka secara keseluruhan, kerana mereka membentuk kami ini dengan cara seperti itu adalah juga merupakan hasil didikan yang mereka terima.
Dalam hal ini, mereka yang diberi amanah menggubal sistem pendidikan negara adalah bertanggungjawab untuk menjawab persoalan ini. Sudah tentu mereka mempunyai alasan untuk membentuk generasi bangsa Malaysia dengan cara sebegini, samada alasan itu mempunyai kaitan dengan kepentingan periuk nasi mereka atau hayat politik mereka maka hal itu saya serahkan kepada mereka untuk dijawab di hadapan ALLAH kelak.
Cuma, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya memandang bahawa perlunya saya menyatakan pandangan dan komentar ini. Mungkin ia sama sekali tidak akan dibaca oleh para menteri (blog sebegini daif, mana mungkin menteri boleh tergugat) atau mereka yang berada di peringkat atasan, tetapi saya optimis bahawa rakan-rakan segenerasi dengan saya yang membaca artikel ini dan memahaminya, maka itu sudah menjadi suatu benih yang cukup baik untuk menimbulkan ketumbukan kesedaran dalam diri generasi akan datang mengenai hal ini.
Kita perlu berusaha mengubah kelaziman sistem pendidikan negara yang tidak mampu membentuk manusia menjadi manusia ini. Wajib untuk rakan-rakan pembaca sedar hakikat bahawa, kita sekarang dibentuk dan dididik adalah untuk memegang amanah membentuk dan mendidik generasi akan datang.
Dalam keadaan kita telah dibentuk dengan acuan yang salah, menjadi suatu produk yang tidak cukup sifatnya, tetiba kita mengharapkan generasi akan datang yang dibentuk oleh kita agar menjadi lebih baik, sudah tentu jawapannya sukar!
Mudahnya, sistem pendidikan sekarang masih gagal membentuk manusia menjadi manusia.Bagi saya, gagalnya sisitem pendidikan maka sudah pasti bangsa tersebut bakal menuju saat kehancurannya.Kerajaan di Putrajaya sekarang begitu berhak dan berkuasa untuk mengkaji dan mengubah kembali hal ini.Ini pilihan yang mereka ada.
Pilihan kami adalah cuma memilih siapa yang bakal menduduki pejabat di Putrajaya itu.
Perubahan Politik Negara - Perubahan Tahap Pemikiran Masyarakat
Saya yakin pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa tidak meletakkan perubahan politik itu di tempat yang pertama?
Bagi saya, kerajaan yang sedia ada lebih dari mampu untuk merealisasikan hasrat di atas.Mereka ada kuasa dan diberi amanah untuk membentuk bangsa Malaysia sekarang. Jika mereka benar-benar amanah, sudah pasti mereka akan memikirkan persoalan di atas.
Jika mereka keras kepala, maka pilihan yang kami ada ialah menukarkan mereka dengan orang yang lagi baik untuk berada di tempat itu dan menjalankan amanah ini.
Kenapa Malaysia wajib melalui perubahan suasana politik?
Hal ini berkait rapat dengan tahap pemikiran masyarakat. Jikalau saya diberi peluang untuk migran ke negara lain, maka saya akan memilih negara yang pernah melalui prubahan politiknya secara menyeluruh dan matang. Contoh yang mudah ialah, Jepun dan Korea.
Masyarakat mereka begitu matang dalam hal politik sehingga mereka tidak lansung terkongkong dengan stigma bahawa cuma parti itu sahaja mampu membimbing negara mereka, dan yang lain tidak.
Seingat saya, Jepun mengalami tsunami politik secara besar-besaran dalam 3-4 tahun yang lepas apabila parti yang sudah memerintah negara itu puluhan tahun akhirnya tumbang kepada sebuah parti lain yang membawa harapan baru kepada penduduk negara matahari terbit tersebut.
Mungkin isu yang dihadapi oleh rakyat mereka tidak sama seperti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Namun, nilai utama di sini ialah mereka berani dan matang dalam membuat keputusan sehingga rakyat Jepun sanggup mengubah kelaziman dengan suatu yang begitu mengejutkan.
Hal ini jelas menggambarkan tahap pemikiran rakyat mereka jauh lebih matang dan mereka memahami konsep patriotik secara jelas.Begitu juga hal yang berlaku di Taiwan dan Korea Selatan.
Maka, rakyat mereka tidak akan senang dikongkong dan ditipu oleh pemerintah. Mereka yakin dengan kuasa mereka sebagai rakyat yang berhak memilih siapa pemimpin mereka.Berbanding di Malaysia, kita masih tidak dapat mengelak dari stigma bahawa, dulu kini dan selamanya hanyalah UMNO/BN sahaja mampu menyelamatkan bangsa Malaysia.
Ini yang menjadi barah dalam masyarakat terutamanya kepada lapisan yang tidak mampu untuk mencapai maklumat dalam pelbagai isu secara tepat.Mudahnya mereka di felda-felda dan pedalaman masih kuat memegang stigma ini.
Saya tidak mengatakan semua dari mereka masih berkeadaan sebegitu, cuma sebahagian besarnya adalah begitu.Maka tidak hairanlah kenapa UMNO/BN masih mengharapkan felda-felda sebagai kubu kuat mereka untuk meraih undi dalm pilihan raya.
Berbanding di kawasan yang mempunyai akses maklumat secara meluas, kebanyakan rakyat Malaysia di kawasan-kawasan bandar sudah berani mengubah kelaziman ini.Buktinya, PRU-12 jeas menunjukkan UMNO/BN tergugat di kawasan-kawasan bandar.
Namun begitu, hal ini sepatutnya tidak menyebabkan Pakatan Rakyat merasa selesa kerana tugas menjernihkan stigma ketakutan kepada perubahan ini wajib terus dilaksanakan demi mencapai cita-cita berlakunya perubahan politik secara menyeluruh di Malaysia.
Saya sendiri kecewa, dengan kenyataan berupa ketakutan yang tidak berasas oleh rakan-rakan saya berkenaan dengan "ruler party", kedudukan Islam dan orang Melayu, Cina menguasai politik, dan sebagainya yang asalnya merupakan kesan daripada didikan yang mereka terima bahawa cuma UMNO/BN sahaja yang terbaik dulu kini dan selamanya.
Jikalau masyarakat Malaysia ingin melihat bangsa ini terus maju ke hadapan, adalah menjadi kewajipan untuk kita menghapuskan stigma ini dan melakukan sebuah perubahan politik secara besar-besaran dengan harapan ini akan membuka minda sesetengah rakyat yang masih terkongkong pemikiran mereka dengan ketakutan-ketakutan tersebut.
Secara asasnya, hal ini juga merupakan kesan daripada sistem pendidikan di Malaysia yang tidak pernah berhasrat melahirkan warga yang benar-benar matang politiknya secara jujur.Maka, untuk mencapai taraf yang lebih baik dan melihat negara dan bangsa Malaysia semakin maju, maka mereka perlu berani melakukan perubahan ini.
Media Yang Membina, Bukan Meruntuhkan
Kekadang, masyarakat boleh berubah kerana peranan yang media mainkan secara progresif dan konsisten.Peranan media adalah untuk membentuk suasana dalam masyarakat. Jika media sifatnya membina, maka masyarakat yang positif akan terbina.
Namun, jika medianya bersifat meruntuhkan, maka masyarakat pasti akan runtuh sepertimana yang ditunjuki oleh media tersebut.
Media juga merupakan medan pendidikan kepada masyarakat, malah mungkin memainkan peranan besar dalam membentuk rakyat Malaysia selama 54 tahun kemerdekaan ini. Jika kita merenung kembali mengenai peranan media di Malaysia, kita akan dapati bahawa wajah generasi Malaysia menjadi sebegini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh media selama ini.
Saya ada menulis mengenai media di Malaysia semasa memberi komentar mengenai isu iklan Ramadhan 8TV tahun lepas, iaitu perlunya media di Malaysia bergerak ke hadapan mengubah paradigma yang menyelubungi mereka selama ini.
Dalam artikel tersebut, saya mempertegaskan bahawa media Malaysia cuma menjadi alat propaganda sesetengah pihak berbanding mereka cuba berperanan mendidik masyarakat melalui penyiaran mereka. Sambil mengambil kira faktor tekanan politik, saya merumuskan bahawa inilah rupa media di Malaysia yang begitu meruntuhkan masyarakat.
Dalam pemerhatian saya terhadap rakan-rakan di kampus dan corak penyiaran media di Malaysia, saya merasa bimbang dengan generasi saya yang bakal memegang amanah kepimpinan masa hadapan dibentuk dengan cara sebegini. Ia seolah-olah telah menjadi suatu ukiran kekal bahawa anak-anak muda atau remaja di Malaysia pada waktu sekarang begitu mandul dalam mengambil tahu tentang isu yang kritikal dan berat yang sedang berlaku berbanding mereka lebih senang terbuai-buai dengan isu-isu sensasi seperti gosip artis, sukan, filem bapa rogol anak, bola sepak dan pelbagai lagi.
Ini hakikat yang mungkin menteri penerangan pun tidak sedar. Media di Malaysai telah berperanan mendidik masyarakat di negara ini supaya suka dan terbiasa dengan isu-isu sensasi yang akhirnya menyebabkan generasi kami terutamanya gagal untuk bertindak secata effektif sebagai warganegara yang demokratik dalam apa jua isu lain hyang lebih kritikal.
Walaupun mereka berada di kampus-kampus pengajian yang di atas bahu mereka sudah jelas bebanan amanah untuk membentuk generasi selepas mereka, namun lansung tiada kesedaran dalam diri mereka untuk mengambil tahu isu-isu yang lebih kritkal dan berkait rapat dengan pembentukan generasi akan datang untuk dibicarakan berbanding lebih mudah bersenang-lenang dengan isu-isu sensasi.
Saya tidak akan salahkan mereka, kerana setiap pagi apabila mereka menyelak halaman surat khabar sudah pasti mereka akan membaca tajuk berita utama yang kebanyakannya berbunyi, "Artis A Kahwin Lari Di Siam", "Bapa Bersifat Iblis Rogol Anak Gadisnya", "Angkara Cinta Terlarang, Artis Bunuh Diri" dan pelbagai lagi tajuk berita yang begitu memualkan!
Maka, suasana media yang sebeginikah yang mahu kita harapkan demi membentuk jiwa generasi di Malaysia?
Sampai bila hal ini mahu diteruskan oleh pengamal-pengamal media di Malaysia?
Tidakkah mereka memikirkan tentang kesan negatif yang begitu dahsyat akibat penularan paradigma sebegini terhadap seluruh bangsa ini?
Maka tidak hairanlah ramai rakan-rakan saya di kampus, juga di halaman sosial seperti Twitter, blog dan Facebook lebih selesa mengisi masa mereka dengan perbincangan isu-isu yang sensasi dan remeh-temeh sebegini.
Timbul persoalan dalam benak saya, mampukah generasi saya yang terbiasa dengan keadaan ini mahu mengambil alih tampuk amanah mentadbir negara pada masa hadapan dan menjadi lebih baik dari sekarang jika hal ini berterusan.
Rakan saya yang belajar di UK memberitahu, sebelum dia pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, antara perkara yang dia lakukan ialah dia menyusun dan mengumpulkan surat khabar di sana menjadi bahan rujukan atau "buku teks" kerana isi kandungan akhbar berkenaan yang begitu analitik dan berfakta.
Hampir keseluruhan akhbar berkenaan menyiarkan artikel yang berkualiti, membicarakan isu-isu kenegaraan secara kritikal, menyiarkan komentar kolumnis yang berwibawa, dengan cuma memberi ruang yang sedikit untuk isu-isu hiburan semasa dan memberi maklumat secara jujur kepada pembaca.Ini yang diperkatakan oleh rakan saya, kini dia sedang menjawat jawatan peguam di sebuah firma di Malaysia.
Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad masyarakat di UK dibiasakan minda dan pembacaan mereka dengan suasana media sebegini.Dan kita melihat hasilnya sekarang yang mungkin menerbitkan perasaan cemburu dalam hati kita kepada mereka.
Begitu juga dalam hal penghasilam filem, drama, majalah, dan pelbagai lagi bentuk media, Malaysia perlu mengubah hakikat ini.
Saya mempersoalkan kenapa Filem Gadoh (2009) diharamkan penyiarannya secara rasmi sedangkan filem berkenaan begitu bagus dan penuh dengan nilai mendidik mayarakat Malaysia. Jikalau pihak kerajaan memberi alasan filem tersebut diharamkan kerana penggunaan dialog yang kasar dan berterus terang, saya ingin bertanyakan pula apakah babak-babak ranjang dalam Ombak Rindu dan pelbagai filem melayu sebelum ini begitu baik nilainya untuk tontonan umum?
Atau filem itu diharamkan semata-mata filem tersebut membawa idea bahawa kesilapan terbesar dalam proses pembentukan pelajar di sekolah adalah SISTEM yang menyebabkan semangat perkauman begitu tinggi, pergaduhan antara para pendidik dan sebagainya.
Secara halusnya, filem tersebut dianggap mengkritik kerajaan. Maka saksikanlah kejujuran media di Malaysia yang cuma menjadi medan mengaut keuntungan dan menjaga kepentingan politik sesetengah pihak.
Maka, lahirlah generasi Malaysia sepertimana yang kita saksikan di kampus-kampus, kampung, jalan raya, pusat serenti, pasar raya dan sebagainya.
Jika masyarakat Malaysia mahu melihat generasi ini berubah, maka lihat dulu bagaiman rupa media kita.
Bulatkan Tekad, Pilihan Di Tangan Kita
Pilihan di tangan kita. Saya cuma mengutarakan 3 perkara utama ini sebagai pemain utama yang perlu diubah oleh semua rakyat Malaysia sekiranya kita bercita-cita mahu melihat generasi akan datang yang lahir di tanah bekas jajahan British ini akan terus mampu mandiri dengan jati diri, budaya dan sahsiah yang begitu tinggi.
Kalau kita menghisabnya secara teliti, sudah pasti pelbagai masalah lagi yang perlu diubah.Itu tidak dinafikan.Namun, perlu kita sedar bahawa bukan semua perubahan yang kita harapkan dapat dilaksanakan dalam sekelip mata.
Dalam perbincangan ini, tiada istilah silap mata. Masing-masing perlu berperanan secara progresif menimbulkan kesedaran demi cita-cita Malaysia lebih baik pada masa akan datang. Kerana itulah saya meletakkan tempoh selama 10 tahun dari sekarang untuk melihat perubahan ini benar-benar berlaku.
Kerajaan yang sedia ada sekarang, lebih dari mampu untuk melaksanakan perubahan-perubahan di atas, Maka, ini juga merupakan teguran kami di peringkat rakyat terhadap kepimpinan negara ini.
Kalian punya kuasa untuk mengubahnya menjadi lebih baik.Kalian diberi amanah mentadbir dan membentuk kami di peringkat rakyat untuk menjadi manusia yang bersifat seperti manusia.
Tugas kami yang kalian sedia maklum, ialah memilih siapa yang berhak untuk berada di Putrajaya.Jika kalian enggan mengubah keadaan, kami bersedia mengubah kalian dengan orang yang lagi beramanah untuk mengubah keadaan masyarakat sekarang.
Dalam isu ini, saya tidak akan mengajak pembaca untuk menyokong sesiapa baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Buatlah pilihan sendiri secara bijak.Namun, saya masih yakin bahawa, PR adalah pilihan yang lagi baik untuk rakyat Malaysia pada PRU-13 daripada BN.
Namun itu tidak bermakna mereka adalah yang terbaik!
Cuma, di peringkat kita teruskanlah usaha memberi kefahaman dan pencerahan kepada masyarakat di luar sana. Itu tanggungjawab hakiki.Seperti saya katakan di atas, perkara ini tiada istilah silap mata di dalamnya.Ia merupakan suatu proses, sudah tentu ianya akan memakan suatu tempoh masa yang lama.
Wallahualam.
Sumber HD : 24/01/2012

YB Datuk Seri Anwar Ibrahim - Ketua Pembangkang / Ketua Umum PKR

Pergi jahanam dengan perkauman |
Syad Adzman |
Sifat perkauman adalah parut paling hodoh yang mencacatkan ‘wajah’ sebuah masyarakat sivil. Perkauman juga merupakan racun paling berbisa yang akan melumpuhkan ‘tubuh’ masyarakat itu sendiri, ‘tubuh’ - dalam konteks ini ialah sistem kemasyarakatan yang menjadi penggerak kepada semua bentuk pembangunan yang relevan untuk sesebuah masyarakat itu. Sifat perkauman yang jelik ini juga bisa meletakkan masyarakat dalam sebuah daerah kebodohan yang penuh dengan prejudis dan buruk sangka antara satu sama lain, biarpun sudah 54 tahun berkongsi langit yang sama. Saya juga musykil dengan persekitaran yang kita sedang hadapi. Apakah yang membuatkan kita terlalu sukar untuk meruntuhkan tembok perkauman ini? Mengapa masih kedengaran dari mulut-mulut kita bahawa bangsa itu dan ini adalah pendatang? Mengapa masih terdengar celuparnya perkataan kita bangsa selain Melayu harus dihantar pulang ke negara asal mereka? Mengapa ada yang biadab mengaku bangsa mereka menjadi tuan kepada satu bangsa yang lain? Apakah ini yang kita cerminkan selaku sebuah masyarakat yang mengaku melalui proses tamadun yang ulung? Tidak salah untuk kita mengakui dan berbangga dengan kehebatan bangsa masing-masing. Saya seorang Melayu, secara peribadi saya berbangga sebagai Melayu. Cuma, yang menjadi masalah kepada negara ini ialah apabila segelintir daripada kita mendokong ideologi yang berorientasikan ekstrem dan taksub kepada bangsa. Ideologi sampah beginilah yang akhirnya membenihkan barah assabiyah yang kronik. Ideologi sampah berteraskan ketaksuban kepada bangsa telah membuatkan kita lupa bahawa Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Isu bangsa itu dan ini sebagai pendatang tidak pernah timbul. Setengah abad telah berlalu dan kita semua tahu, semua bangsa yang lahir di tanah ini, adalah warganegara dan mereka yang terus memainkan isu pendatang ini nyata defisit ilmu serta berfikiran tumpul. Tidak ada walau seorang pun daripada mereka yang bergelar warganegara Malaysia perlu dihantar pulang atau dihalang dari menetap di sini. Ini adalah rumah mereka. Rumah yang kita kongsi tanpa mengira jenis baka atau keturunan. Selain itu, lahir juga sebahagian pelampau yang tanpa segan silu mengaku bangsa mereka sebagai tuan di bumi bertuah ini. Ketahuilah, tidak ada satu pun bangsa di dunia ini layak mengangkat diri mereka menjadi tuan kepada bangsa yang lain. Tuhan yang Maha Menciptakan telah menjadikan kita semua setaraf dan sedarjat. Tidak seorang pun daripada kita mempunyai kelebihan ke atas seorang yang lainnya. Justeru, sesiapa yang masih tegar memperjuangkan Ketuanan Bangsa, nyata telah melawan ketetapan yang ditetapkan Allah. Jelaslah bahawa, konsep Ketuanan Bangsa yang digembar-gemburkan kepada kita selama ini adalah jijik dan sangat terhina di sisi agama yang dibawa oleh utusan-Nya yang benar. Saya nukilkan artikel ini setelah melihat elemen perkauman yang semakin membarah dalam negara kita. Ya, mungkin saya dilabel pengkhianat bangsa tetapi saya percaya kepada prinsip kesaksamaan dan berdiri teguh di belakang prinsip tersebut. Jadi, tugas yang terpikul di atas bahu kita sekarang ialah untuk memecahkan tembok kedinginan yang telah lama meletakkan kita dalam keadaan berpecah dan saling merasa prejudis antara satu sama lain. Saya tekankan, Malaysia ialah tanah milik anak semua bangsa. Inilah masa untuk kita bersatu tanpa mengira bangsa mempertahankan bumi bertuah ini daripada petualang-petualang sebenar yang telah sekian lama berselindung di sebalik topeng pejuang. Malaysia perlukan nafas perubahan yang segar. Nafas perubahan segar itu hanya dapat ditiup jika kita sebagai rakyat dan anak semua bangsa bersatu dan menjadikan ia satu realiti. Pergi jahanam dengan perkauman! |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6571-pergi-jahanam-dengan-perkauman
Apa Malaysia perlu ubah 10 tahun dari sekarang
http://ata-timetochange.blogspot.com, | 24 Jan 2012 |
Malaysia, pada sekilas pandang boleh dikatakan sebagai negara yang cukup bertuah kerana ada pelbagai bantuan alam kepadanya yang tiada di negara-negara lain. Sekilas pandang juga, orang akan menyangka bahawa rakyat Malaysia sudah tentu amat beruntung dilahirkan dan dibesarkan di negara ini. Itu mungkin telahan mereka yang memandang negara ini secara "surface" tanpa menilai secara kritikal dan rasional.
Seringkali saya mengutarakan dalam banyak-banyak perbincangan yang kami adakan, bahawa setiap individu yang merasa nikmat sebagai rakyat Malaysia wajib berfikir dengan lebih matang dan mempunyai cita-cita mereka tersendiri buat negara yang dicintai ini.
Orang akan bertanya, apa lagi yang tidak cukup di Malaysia?
Bangunan tertinggi?
Lapangan terbang yang tercanggih?
Pengeluaran hasil minyak yang berjuta-juta sehari?
Tidak bersyukur lagikah kamu dengan nikmat yang pelbagai ini?
Ya, saya bersyukur. Namun itu tidaklah menyebabkan saya buta pada hal-hal yang lain yang lebih kritikal dan mampu membawa kepada kesan buruk pada masa jangka panjang.
Tahun 2012 sahaja telah mencatat pelbagai isu dan konflik yang besar sehingga bukan sahaja saya, malah sesiapa sahaja pun turut mempersoalkan tentang perkara ini iaitu di manakah letaknya bangsa Malaysia pada 50 tahun akan datang jilalau hal-hal sebegini berterusan.
Maka hal ini menjadi kebimbangan dan kegusaran terbesar dalam diri saya secara jujurnya sehingga saya merasakan bahawa perlunya ada tindakan secara progresif bagi mencapai 2-3 perkara dalam tempoh 10 tahun akan datang demi memastikan mandiri bangsa Malaysia dari sudut budaya, sahsiah dan jati diri terus wujud di dunia ini.
Rejuvenisasi Sistem Pendidikan Secara Menyeluruh
Saya merasa amat yakin bahawa, apa yang terbentuk dalam diri saya dan rakan-rakan segenerasi ini pada waktu sekarang adalah hasil didikan dan proses pembentukan yang saya lalui sepanjang berada di alam persekolahan dan universiti (sekarang) oleh guru-guru saya yang mungkin lahir pada dalam era akhir 60-an sehingga 80-an.
Mereka menjadi guru, ibu bapa dan orang-orang berkepentingan dalam masyarakat (penggubal dasar) dan kemudiannya mereka inilah yang membentuk generasi sekarang sehingga anda sendiri boleh menilai wajah dan identiti generasi kelahiran 1990 dan ke atas sekarang.
Jikalau kita jemu dengan berita buang anak hampir setiap hari pada hari ini oleh generasi saya, berita menteri dan bijak pandai rasuah sana sini, berita politikus bercakaran hampir setiap masa dan ketika, berita pelajar cemerlang tetapi rosak moralnya dan pelbagai bentuk berita lain yang memualkan, tidak pernahkah kita bertanyakan soalan - kenapa boleh menjadi begini wajah bangsa Malaysiaku?
Dari faktor inilah, saya merumuskan bahawa, generasi saya sekarang terbentuk dengan wajah sebegini kerana memang kami dibentuk dengan acuan sebegini oleh sistem pendidikan yang bertanggungjawab membentuk kami sejak kami lahir lagi.
Maksud secara jelas ialah, sistem pendidikan yang generasi kami terima dari ibu bapa, guru-guru di sekolah, pensyarah-pensyarah di universiti, pemimpin-pemimpin masyarakat, dan suasana di sekeliling kami membesar inilah yang menjadi tukang ketuk dan bina dalam sistem ini.
Mereka di atas adalah orang yang bertanggungjawab membentuk kami. Saya tidak menyalahkan mereka secara keseluruhan, kerana mereka membentuk kami ini dengan cara seperti itu adalah juga merupakan hasil didikan yang mereka terima.
Dalam hal ini, mereka yang diberi amanah menggubal sistem pendidikan negara adalah bertanggungjawab untuk menjawab persoalan ini. Sudah tentu mereka mempunyai alasan untuk membentuk generasi bangsa Malaysia dengan cara sebegini, samada alasan itu mempunyai kaitan dengan kepentingan periuk nasi mereka atau hayat politik mereka maka hal itu saya serahkan kepada mereka untuk dijawab di hadapan ALLAH kelak.
Cuma, sebagai seorang rakyat Malaysia, saya memandang bahawa perlunya saya menyatakan pandangan dan komentar ini. Mungkin ia sama sekali tidak akan dibaca oleh para menteri (blog sebegini daif, mana mungkin menteri boleh tergugat) atau mereka yang berada di peringkat atasan, tetapi saya optimis bahawa rakan-rakan segenerasi dengan saya yang membaca artikel ini dan memahaminya, maka itu sudah menjadi suatu benih yang cukup baik untuk menimbulkan ketumbukan kesedaran dalam diri generasi akan datang mengenai hal ini.
Kita perlu berusaha mengubah kelaziman sistem pendidikan negara yang tidak mampu membentuk manusia menjadi manusia ini. Wajib untuk rakan-rakan pembaca sedar hakikat bahawa, kita sekarang dibentuk dan dididik adalah untuk memegang amanah membentuk dan mendidik generasi akan datang.
Dalam keadaan kita telah dibentuk dengan acuan yang salah, menjadi suatu produk yang tidak cukup sifatnya, tetiba kita mengharapkan generasi akan datang yang dibentuk oleh kita agar menjadi lebih baik, sudah tentu jawapannya sukar!
Mudahnya, sistem pendidikan sekarang masih gagal membentuk manusia menjadi manusia.Bagi saya, gagalnya sisitem pendidikan maka sudah pasti bangsa tersebut bakal menuju saat kehancurannya.Kerajaan di Putrajaya sekarang begitu berhak dan berkuasa untuk mengkaji dan mengubah kembali hal ini.Ini pilihan yang mereka ada.
Pilihan kami adalah cuma memilih siapa yang bakal menduduki pejabat di Putrajaya itu.
Perubahan Politik Negara - Perubahan Tahap Pemikiran Masyarakat
Saya yakin pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa tidak meletakkan perubahan politik itu di tempat yang pertama?
Bagi saya, kerajaan yang sedia ada lebih dari mampu untuk merealisasikan hasrat di atas.Mereka ada kuasa dan diberi amanah untuk membentuk bangsa Malaysia sekarang. Jika mereka benar-benar amanah, sudah pasti mereka akan memikirkan persoalan di atas.
Jika mereka keras kepala, maka pilihan yang kami ada ialah menukarkan mereka dengan orang yang lagi baik untuk berada di tempat itu dan menjalankan amanah ini.
Kenapa Malaysia wajib melalui perubahan suasana politik?
Hal ini berkait rapat dengan tahap pemikiran masyarakat. Jikalau saya diberi peluang untuk migran ke negara lain, maka saya akan memilih negara yang pernah melalui prubahan politiknya secara menyeluruh dan matang. Contoh yang mudah ialah, Jepun dan Korea.
Masyarakat mereka begitu matang dalam hal politik sehingga mereka tidak lansung terkongkong dengan stigma bahawa cuma parti itu sahaja mampu membimbing negara mereka, dan yang lain tidak.
Seingat saya, Jepun mengalami tsunami politik secara besar-besaran dalam 3-4 tahun yang lepas apabila parti yang sudah memerintah negara itu puluhan tahun akhirnya tumbang kepada sebuah parti lain yang membawa harapan baru kepada penduduk negara matahari terbit tersebut.
Mungkin isu yang dihadapi oleh rakyat mereka tidak sama seperti yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Namun, nilai utama di sini ialah mereka berani dan matang dalam membuat keputusan sehingga rakyat Jepun sanggup mengubah kelaziman dengan suatu yang begitu mengejutkan.
Hal ini jelas menggambarkan tahap pemikiran rakyat mereka jauh lebih matang dan mereka memahami konsep patriotik secara jelas.Begitu juga hal yang berlaku di Taiwan dan Korea Selatan.
Maka, rakyat mereka tidak akan senang dikongkong dan ditipu oleh pemerintah. Mereka yakin dengan kuasa mereka sebagai rakyat yang berhak memilih siapa pemimpin mereka.Berbanding di Malaysia, kita masih tidak dapat mengelak dari stigma bahawa, dulu kini dan selamanya hanyalah UMNO/BN sahaja mampu menyelamatkan bangsa Malaysia.
Ini yang menjadi barah dalam masyarakat terutamanya kepada lapisan yang tidak mampu untuk mencapai maklumat dalam pelbagai isu secara tepat.Mudahnya mereka di felda-felda dan pedalaman masih kuat memegang stigma ini.
Saya tidak mengatakan semua dari mereka masih berkeadaan sebegitu, cuma sebahagian besarnya adalah begitu.Maka tidak hairanlah kenapa UMNO/BN masih mengharapkan felda-felda sebagai kubu kuat mereka untuk meraih undi dalm pilihan raya.
Berbanding di kawasan yang mempunyai akses maklumat secara meluas, kebanyakan rakyat Malaysia di kawasan-kawasan bandar sudah berani mengubah kelaziman ini.Buktinya, PRU-12 jeas menunjukkan UMNO/BN tergugat di kawasan-kawasan bandar.
Namun begitu, hal ini sepatutnya tidak menyebabkan Pakatan Rakyat merasa selesa kerana tugas menjernihkan stigma ketakutan kepada perubahan ini wajib terus dilaksanakan demi mencapai cita-cita berlakunya perubahan politik secara menyeluruh di Malaysia.
Saya sendiri kecewa, dengan kenyataan berupa ketakutan yang tidak berasas oleh rakan-rakan saya berkenaan dengan "ruler party", kedudukan Islam dan orang Melayu, Cina menguasai politik, dan sebagainya yang asalnya merupakan kesan daripada didikan yang mereka terima bahawa cuma UMNO/BN sahaja yang terbaik dulu kini dan selamanya.
Jikalau masyarakat Malaysia ingin melihat bangsa ini terus maju ke hadapan, adalah menjadi kewajipan untuk kita menghapuskan stigma ini dan melakukan sebuah perubahan politik secara besar-besaran dengan harapan ini akan membuka minda sesetengah rakyat yang masih terkongkong pemikiran mereka dengan ketakutan-ketakutan tersebut.
Secara asasnya, hal ini juga merupakan kesan daripada sistem pendidikan di Malaysia yang tidak pernah berhasrat melahirkan warga yang benar-benar matang politiknya secara jujur.Maka, untuk mencapai taraf yang lebih baik dan melihat negara dan bangsa Malaysia semakin maju, maka mereka perlu berani melakukan perubahan ini.
Media Yang Membina, Bukan Meruntuhkan
Kekadang, masyarakat boleh berubah kerana peranan yang media mainkan secara progresif dan konsisten.Peranan media adalah untuk membentuk suasana dalam masyarakat. Jika media sifatnya membina, maka masyarakat yang positif akan terbina.
Namun, jika medianya bersifat meruntuhkan, maka masyarakat pasti akan runtuh sepertimana yang ditunjuki oleh media tersebut.
Media juga merupakan medan pendidikan kepada masyarakat, malah mungkin memainkan peranan besar dalam membentuk rakyat Malaysia selama 54 tahun kemerdekaan ini. Jika kita merenung kembali mengenai peranan media di Malaysia, kita akan dapati bahawa wajah generasi Malaysia menjadi sebegini adalah kerana peranan yang dimainkan oleh media selama ini.
Saya ada menulis mengenai media di Malaysia semasa memberi komentar mengenai isu iklan Ramadhan 8TV tahun lepas, iaitu perlunya media di Malaysia bergerak ke hadapan mengubah paradigma yang menyelubungi mereka selama ini.
Dalam artikel tersebut, saya mempertegaskan bahawa media Malaysia cuma menjadi alat propaganda sesetengah pihak berbanding mereka cuba berperanan mendidik masyarakat melalui penyiaran mereka. Sambil mengambil kira faktor tekanan politik, saya merumuskan bahawa inilah rupa media di Malaysia yang begitu meruntuhkan masyarakat.
Dalam pemerhatian saya terhadap rakan-rakan di kampus dan corak penyiaran media di Malaysia, saya merasa bimbang dengan generasi saya yang bakal memegang amanah kepimpinan masa hadapan dibentuk dengan cara sebegini. Ia seolah-olah telah menjadi suatu ukiran kekal bahawa anak-anak muda atau remaja di Malaysia pada waktu sekarang begitu mandul dalam mengambil tahu tentang isu yang kritikal dan berat yang sedang berlaku berbanding mereka lebih senang terbuai-buai dengan isu-isu sensasi seperti gosip artis, sukan, filem bapa rogol anak, bola sepak dan pelbagai lagi.
Ini hakikat yang mungkin menteri penerangan pun tidak sedar. Media di Malaysai telah berperanan mendidik masyarakat di negara ini supaya suka dan terbiasa dengan isu-isu sensasi yang akhirnya menyebabkan generasi kami terutamanya gagal untuk bertindak secata effektif sebagai warganegara yang demokratik dalam apa jua isu lain hyang lebih kritikal.
Walaupun mereka berada di kampus-kampus pengajian yang di atas bahu mereka sudah jelas bebanan amanah untuk membentuk generasi selepas mereka, namun lansung tiada kesedaran dalam diri mereka untuk mengambil tahu isu-isu yang lebih kritkal dan berkait rapat dengan pembentukan generasi akan datang untuk dibicarakan berbanding lebih mudah bersenang-lenang dengan isu-isu sensasi.
Saya tidak akan salahkan mereka, kerana setiap pagi apabila mereka menyelak halaman surat khabar sudah pasti mereka akan membaca tajuk berita utama yang kebanyakannya berbunyi, "Artis A Kahwin Lari Di Siam", "Bapa Bersifat Iblis Rogol Anak Gadisnya", "Angkara Cinta Terlarang, Artis Bunuh Diri" dan pelbagai lagi tajuk berita yang begitu memualkan!
Maka, suasana media yang sebeginikah yang mahu kita harapkan demi membentuk jiwa generasi di Malaysia?
Sampai bila hal ini mahu diteruskan oleh pengamal-pengamal media di Malaysia?
Tidakkah mereka memikirkan tentang kesan negatif yang begitu dahsyat akibat penularan paradigma sebegini terhadap seluruh bangsa ini?
Maka tidak hairanlah ramai rakan-rakan saya di kampus, juga di halaman sosial seperti Twitter, blog dan Facebook lebih selesa mengisi masa mereka dengan perbincangan isu-isu yang sensasi dan remeh-temeh sebegini.
Timbul persoalan dalam benak saya, mampukah generasi saya yang terbiasa dengan keadaan ini mahu mengambil alih tampuk amanah mentadbir negara pada masa hadapan dan menjadi lebih baik dari sekarang jika hal ini berterusan.
Rakan saya yang belajar di UK memberitahu, sebelum dia pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, antara perkara yang dia lakukan ialah dia menyusun dan mengumpulkan surat khabar di sana menjadi bahan rujukan atau "buku teks" kerana isi kandungan akhbar berkenaan yang begitu analitik dan berfakta.
Hampir keseluruhan akhbar berkenaan menyiarkan artikel yang berkualiti, membicarakan isu-isu kenegaraan secara kritikal, menyiarkan komentar kolumnis yang berwibawa, dengan cuma memberi ruang yang sedikit untuk isu-isu hiburan semasa dan memberi maklumat secara jujur kepada pembaca.Ini yang diperkatakan oleh rakan saya, kini dia sedang menjawat jawatan peguam di sebuah firma di Malaysia.
Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad masyarakat di UK dibiasakan minda dan pembacaan mereka dengan suasana media sebegini.Dan kita melihat hasilnya sekarang yang mungkin menerbitkan perasaan cemburu dalam hati kita kepada mereka.
Begitu juga dalam hal penghasilam filem, drama, majalah, dan pelbagai lagi bentuk media, Malaysia perlu mengubah hakikat ini.
Saya mempersoalkan kenapa Filem Gadoh (2009) diharamkan penyiarannya secara rasmi sedangkan filem berkenaan begitu bagus dan penuh dengan nilai mendidik mayarakat Malaysia. Jikalau pihak kerajaan memberi alasan filem tersebut diharamkan kerana penggunaan dialog yang kasar dan berterus terang, saya ingin bertanyakan pula apakah babak-babak ranjang dalam Ombak Rindu dan pelbagai filem melayu sebelum ini begitu baik nilainya untuk tontonan umum?
Atau filem itu diharamkan semata-mata filem tersebut membawa idea bahawa kesilapan terbesar dalam proses pembentukan pelajar di sekolah adalah SISTEM yang menyebabkan semangat perkauman begitu tinggi, pergaduhan antara para pendidik dan sebagainya.
Secara halusnya, filem tersebut dianggap mengkritik kerajaan. Maka saksikanlah kejujuran media di Malaysia yang cuma menjadi medan mengaut keuntungan dan menjaga kepentingan politik sesetengah pihak.
Maka, lahirlah generasi Malaysia sepertimana yang kita saksikan di kampus-kampus, kampung, jalan raya, pusat serenti, pasar raya dan sebagainya.
Jika masyarakat Malaysia mahu melihat generasi ini berubah, maka lihat dulu bagaiman rupa media kita.
Bulatkan Tekad, Pilihan Di Tangan Kita
Pilihan di tangan kita. Saya cuma mengutarakan 3 perkara utama ini sebagai pemain utama yang perlu diubah oleh semua rakyat Malaysia sekiranya kita bercita-cita mahu melihat generasi akan datang yang lahir di tanah bekas jajahan British ini akan terus mampu mandiri dengan jati diri, budaya dan sahsiah yang begitu tinggi.
Kalau kita menghisabnya secara teliti, sudah pasti pelbagai masalah lagi yang perlu diubah.Itu tidak dinafikan.Namun, perlu kita sedar bahawa bukan semua perubahan yang kita harapkan dapat dilaksanakan dalam sekelip mata.
Dalam perbincangan ini, tiada istilah silap mata. Masing-masing perlu berperanan secara progresif menimbulkan kesedaran demi cita-cita Malaysia lebih baik pada masa akan datang. Kerana itulah saya meletakkan tempoh selama 10 tahun dari sekarang untuk melihat perubahan ini benar-benar berlaku.
Kerajaan yang sedia ada sekarang, lebih dari mampu untuk melaksanakan perubahan-perubahan di atas, Maka, ini juga merupakan teguran kami di peringkat rakyat terhadap kepimpinan negara ini.
Kalian punya kuasa untuk mengubahnya menjadi lebih baik.Kalian diberi amanah mentadbir dan membentuk kami di peringkat rakyat untuk menjadi manusia yang bersifat seperti manusia.
Tugas kami yang kalian sedia maklum, ialah memilih siapa yang berhak untuk berada di Putrajaya.Jika kalian enggan mengubah keadaan, kami bersedia mengubah kalian dengan orang yang lagi beramanah untuk mengubah keadaan masyarakat sekarang.
Dalam isu ini, saya tidak akan mengajak pembaca untuk menyokong sesiapa baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. Buatlah pilihan sendiri secara bijak.Namun, saya masih yakin bahawa, PR adalah pilihan yang lagi baik untuk rakyat Malaysia pada PRU-13 daripada BN.
Namun itu tidak bermakna mereka adalah yang terbaik!
Cuma, di peringkat kita teruskanlah usaha memberi kefahaman dan pencerahan kepada masyarakat di luar sana. Itu tanggungjawab hakiki.Seperti saya katakan di atas, perkara ini tiada istilah silap mata di dalamnya.Ia merupakan suatu proses, sudah tentu ianya akan memakan suatu tempoh masa yang lama.
Wallahualam.
Sumber HD : 24/01/2012
Merintis Debat Malaysia Baru
Dr Dzulkefly Ahmad, | 27 Mei 2012 |
Debat ‘Pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) Dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi’ di antara Rafizi Ramli (RR)-Khairy Jamaluddin (KJ) berjaya dianjurkan di Kompleks Media Karangkraf dan dipancarkan oleh Astro Awani dan Bernama 24 secara langsung pada malam bersejarah 22 Mei lalu.
Sekaligus ia menandakan bahawa ‘Politik Baru’ di Negara ini akan terus subur dan tidak lagi mampu dibendung oleh kuasa pemerintah. Sifat utama Politik Baru yang memberi capaian maklumat kepada pengundi terus memerdekakan mereka untuk berani membuat pilihan dalam pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
Justeru, persoalan siapa menang atau kalah dalam perdebatan itu bukan tujuan utamanya. Sebaliknya, matlamat pencerahan minda penonton dengan penyajian maklumat secara debat sangat diminati. Sorakan atau tepukan juga mungkin sahaja menandakan persetujuan tetapi belum tentu bersabitan langsung dengan tajuk perdebatan. Ledakan emosi penyokong tegar ketika sesuatu diucap ‘menjatuhkan lawan’ tidak semestinya mematahkan hujah lawan.
Mungkin sahaja ia menangkis hujah lawan tetapi ternyata kemudiannya ia tidak benar samasekali. Kerapkali juga penonton teruja dengan nada dan gaya kedua-dua pendebat meskipun ia bukanlah ukuran sebenar kemantapan penghujjahan mereka. Kesemua gelagat dan pemerhatian ini berlaku dalam perdebatan malam tersebut.
Apa pun syabas kepada kedua pendebat muda ini yang nyata sama hebat, sama petah dan sama pintar. Keberanian mereka telah merintis pelbagai ‘wajah mendatang’ dalam politik negara. Debat yang didakwa sesetengah pimpinan politik kerajaan BN bukan sebagai budaya kita telah pun ditelan dek debat perintis ini.
Sekaligus juga kelompok politikus ‘senior’ dari kedua belah semakin gusar. Paling tertekan tentunya ialah Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
Pun begitu, secara lebih serius, mampukah Debat Pemansuhan PTPTN malam tersebut menjadi kayu ukur, yang dengannya penonton (dibaca Pengundi) membuat keputusan untuk menyebelahi samada Barisan Nasional (BN) yang diwakili KJ atau menyokong Pakatan Rakyat yang cita-citanya diwakili RR?
Lebih sukar lagi, mampukah penonton membuat keputusan samada untuk menyokong BN atau sebaliknya PR dalam PRU ke-13 nanti, atas kejelasan mereka tentang aspek kedua tajuk Debat yakni : Hala Tuju Pendidikan Tinggi?
Setelah usai tepok-sorak dan gegak gempita suasana yang menggamat Dewan malam itu, Jemaah Hakim yang berkebetulan adalah seluruh Rakyat-Pengundi yang menonton, kini terpaksa membuat keputusan.
Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi Negara adalah antara isu-isu teras dalam PRU ke-13 akan datang.
Nah, kalau umum telah pun membuat pelbagai penilaian positif atau sebaliknya, penulis ini juga turut mahu nyatakan komentarnya.
Sebelum itu penulis ingin tegaskan bahawa debat ‘Pemansuhan PTPTN’ mudah difahami oleh semua sebagai juga berjodol “Pendidikan Percuma”. Dengan kata lain, mudahnya PR sokong usul Debat yakni untuk memberikan “Pendidikan Percuma” sementara BN tolak “Pendidikan Percuma”di peringkat IPT.
Tugasan RR adalah untuk yakinkan penonton-rakyat supaya menyokong Pemansuhan PTPTN lantas mewujudkan Pendidikan Percuma. Tugasan KJ adalah sebaliknya.
RR perlu yakinkan rakyat ia mampu dilakukan, sementara KJ mesti ‘menghasut’ rakyat ia tidak wajar dilakukan. Mudahnya, kalau dilakukan juga negara akan ditimpa kemudaratan! Maka begitulah jalan hujjah KJ sepanjang debat – negara tidak mampu dan akan bakal bankrap kalau hapus PTPTN.
Menarik disebutkan wawancara Pengerusi PTPTN, sejurus selepas Debat dalam warta RTM, bahawa anak Melayu akan menghadapi masalah kerana mereka memerlukan PTPTN untuk belajar. Mereka bakal menjadi mangsa ketika PTPTN dimansuhkan oleh PR, tegas beliau.
Sah! Pengerusi PTPTN ini jelas tidak fahami tajuk Debat malam itu. Mangsa apa pulak kalau Pendidikan Percuma! Apakah ini membayangkan kegagalan pendebat? Tentunya tidak. Tetapi itulah jenis pembohongan yang ditaja media kongkongan kerajaan Umno-BN seperti didakwa ramai. Kerap memutarbelit atau ‘spin’ isu-isu politik nasional! Mangsanya penonton yang tidak ada maklumat alternatif. Amat Malang.
Wajar diingatkan 19 negara di dunia memberi ‘pendidikan percuma’ dalam pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan di peringkat universiti. Dari jumlah itu 8 negara yang tidak langsung mengenakan yuran universiti: Argentina, Brazil, Finland, Germany, Iran, Mexico, Sweden dan Arab Saudi.
RR jelas sandarkan hujjah beliau bahawa negara ini kaya. Benar, Bank Dunia mengiktiraf bahawa Malaysia adalah antara negara terkaya di dunia diukur di segi ‘sumber per kapita’. Sudah tentu sama atau lebih kaya dari kebanyakan negara tersenarai tadi.
Tegasnya RR berhujah bahawa negara yang menjana RM181 bilion pendapatan setahun ini mampu memberikan pendidikan percuma, seandainya rasuah dapat dikekang, ketirisan dikurangkan dan prioriti diperbetulkan.
Lebih baik kalau RR tegaskan bahawa Pendidikan Percuma lebih mampu kita lakukan ketika seluruh “Belanjawan Kerajaan Persekutuan” di susun dan dirangka semula berdasarkan satu “Perhitungan Keutamaan” atau “Fiqh-Awwaliyat” dalam satu pencernaan belanjawaan baru oleh sebuah kerajaan baru yakni Pakatan Rakyat.
Segala keutamaan disusun dan dilaksanakan belanjawaan itu dalam satu ‘delivery system’ yang juga ditambahbaik. Pendidikan Percuma pasti tidak mampu dilakukan dalam kerangka ‘paradigma’ belanjawaan yang tidak benar-benar “Mengutamakan Kemakmuran Rakyat” sebaliknya “Mengutamakan Pengkayaan Kroni” dengan memacu projek mega-mewah untuk ‘Pertumbuhan KDNK’ semata-mata. Akhirnya wujud ‘infrastruktur yang kelas dunia’ tapi ‘mentaliti kelas ketiga’ seperti diulangi RR kenyataan seorang mantan PM. Lebuhraya dan menara terus dibina dan modal insan jauh keciciran.
‘Pendidikan Percuma’ adalah satu juzuk dari pelbagai pendekatan program memakmurkan rakyat yang bakal dilaksanakan Pakatan Rakyat ketika diberi mandat mentadbir Negara dalam satu ‘trajektori pembangunan’ yang berbeza. Ia tidak boleh dilakukan secara runcit atau ‘piece-meal’ dan semestinya juga tidak mengulangi pelbagai kepincangan lama.
Ia adalah dalam rangka besar sebuah ‘Kerajaan Berkebajikan’ yang mengambil alih tanggungjawab membekalkan ‘essential services’ di segi Pendidikan, Kesihatan dan Pengangkutan, sementara mengizinkan rakyat hidup bermaruah dengan pendapatan boleh berbelanja (disposable income) yang munasabah dengan penurunan kos sara hidup ketika ‘perkhidmatan utama’ tidak diperdagangkan kepada pihak konsesi atau kroni.
Ia memberi peluang yang saksama dan lumayan untuk rakyat bersaing dan merealisasikan potensi membangunkan diri dan ‘enterprises’ mereka serta menjana kekayaan tanpa kekangan oleh kerajaan yang ‘turut bersaing’ dengan rakyat dan pihak . Lebih buruk dengan segala bentuk ‘monopoli’ dan amalan kronisme yang membawa kepada ketidakefisienan bahkan pengherotan (distortion) pasaran.
Desakan RR dilihat semacam membuat serangan peribadi ketika mendesak KJ menjawab tentang kehilangan dana Petronas, NFC dan juga pelupusan hutang seorang tokoh korporat dalam kes MAS. Kesemuanya contoh menghilangkan daya dan dana kerajaan memberi Pendidikan Percuma. Berbilion ringgit lagi hangus dengan rasuah dan ‘bailout’ GLCs dan syarikat kroni.
RR juga mengemukakan unjuran hutang yang cukup mengerikan tentang peminjam PTPTN sejak ia diperkenalkan. Kadar bayaran balik yang rendah sebanyak 10% itu beliau samakan dengan senario satu ‘implosion’ atau ‘letupan hutang’ yang semacam ’time-bom’ seperti yang berlaku di Amerika Syarikat dan negara lain yang menggunakan kaedah pinjaman yang sama seperti PTPTN.
Penulis tentunya tidak adil kalau tidak membuat komentar kepada hujjah-hujjah KJ yang dilihat juga meyakinkan penyokong tegarnya dan mungkin juga mereka yang ‘atas pagar’. Namun angka-angka yang beliau kemukakan banyak yang tersasar. Dakwaan pemansuhan PTPTN itu akan menjadikan negara bankrap adalah mengejutkan.
Sedikit sangat singgungan Debat yang membicarakan tentang ‘Hala Tuju Pendidikan Tinggi’. Penulis memahami kekangan kedua-dua pendebat untuk mematahkan hujjah lawan, ditambah pula kaedah Debat agak rumit dan masa cukup terhad. Pelbagai aspek pendidikan tinggi wajib dperdebatkan.
Untuk pengetahuan umum, PTPTN juga adalah saluran kroni mendapat habuan menjalankan IPTS. Paling mutakhir adalah tuntutan sebuah kolej swasta yang menuntut PTPTN membayar RM15 bilion untuk membiayai pelajar jururawat dan perubatannya. Kolej ini mengenakan RM90,000 kepada pelajar jururawat yang belum pasti akan mendapat pekerjaan setelah tamat. Apakah ini wajar diteruskan? Apakah penyelesaiannya? Apakah pula konsep Pendidikan Tinggi Negara yang wajar diorientasikan PR?
Pun begitu kedua-dua pendebat muda ini akan terus menjadi ‘benchmark serta ikon’ kepimpinan politik generasi muda di negara bertuah ini. Debat ini dibantu dengan moderator yang bertindak cemerlang dan berkesan dalam mengemudi setiap saat perdebatan.
Terima Kasih kepada penganjur dan semua media yang membudayakan Politik Baru yang bakal menjadi wahana paling penting dalam melonjakkan pendewasaan politik serta akumen keupayaan kepimpinan dan akhirnya nanti mendaya pembinaan ‘human capital’ serta dayasaing negara.
Penulis ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor.
Sumber HD : 27/05/2012
SEJAK Malaysia merdeka, generasi anak bangsanya mengimpikan sebuah negara yang harmoni dan damai dalam kepelbagaian masyarakatnya.
Kita tidak dapat menafikan bahawa Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada rakyat dengan pelbagai ciri nuansa budaya, sama ada merupakan penduduk peribumi atau warisan dasar-dasar penjajah.
Namun, persoalan yang mendasar kini, mengapakah hubungan antara kaum tidak seharmoni yang diimpikan dalam pelbagai dasar yang kita gubal? Seolah perselisihan antara kaum sememangnya menjadi sebuah takdir buat anak bangsa kita.
Sejak Pemasyhuran Kemerdekaan 1957, kita hidup bersama sebuah aspirasi untuk membina sebuah negara yang melindungi hak serta kebebasan seluruh warganya. Namun persoalannya kini, perkara yang terjadi ialah sikap perkauman semakin melebar – yang saya perhatikan melalui sikap politik terutamanya – sehingga seakan-akan orang yang berbeda kaum dengan kita dianggap sebagai ‘yang lain’ atau ‘orang asing’.
Benar, salah satu faktor yang menyumbang kepada kepada kesukaran untuk menerima kepelbagaian terletak pada skeptisisme masyarakat pada kasus ‘masyarakat plural’, ‘kesetaraan hak asasi’ dan sebagainya. Makalah ini akan cuba meninjau beberapa factor yang menyumbang kepada perselisihan yang kompleks di Malaysia – yang saya lihat banyak berakar daripada kekeliruan atas identiti.
Mereka Orang Asing!
Sikap politik, terutamanya parti politik berasaskan kaum di Malaysia (terutamanya UMNO, MCA, MIC, dan adakalanya PAS, walaupun PAS bukan berasaskan kaum) menzahirkan sikap melihat orang yang berbeda sebagai ‘orang asing’[1].
Sikap sebegini akan membawa kepada beberapa masalah yang serius dalam mendepani kontekstual masyarakat yang wujud pada hari ini, umpamanya (1) merendahkan martabat identiti hanya kepada satu kasus sahaja, iaitu ‘bangsa’ atau ‘kaum’ atau ‘kepercayaan’, (2) mengelirukan masyarakat daripada hakikat bahawa setiap anggota masyarakat ‘berbeza secara berbeza’[2], lantas akhirnya menjadi penyebab kepada (1) stereotaip masyarakat sesama kaum yang berbeda, (2) penghalang ke arah perubahan dasar berasaskan kebebasan serta kesetaraan yang sepatutnya menjadi milik semua, dan paling teruk, (3) sokongan terhadap propaganda politik murahan yang berasaskan laras bahasa perkauman.
Melalui makalah ini, saya akan berhujah mengenai perkara di atas satu-persatu, serta akan menyimpulkan bahawa masa depan hubungan kaum yang lebih padu berasaskan kesetaraan serta dialog bersama adalah tidak mustahil.
Menurut Amartya Sen, kekeliruan terhadap identiti akan menimbulkan rasa tidak senang terhadap ‘yang lain’, lantas berpotensi mencambahkan keganasan.
Amartya Sen vs. Samuel Huntington
Melalui buku Identity and Violence: The Illusion of Destiny, Amartya Sen membawa satu kes yang saya kira berani; menentang tesis Samuel Huntington dalam The Clash of Civilizations and the Remaking of World Order. Sen telah berhujah (dan saya kira bidasan Sen ini penting untuk memahami strata kaum di Malaysia) bahawa Huntington telah menurunkan martabat identiti dengan hanya bergantung kepada apa yang disebut sebagai ‘ketamadunan’ atau civilizationsyang berbeza sahaja, tanpa mengambil kira bahawa setiap tipologi sedemikian telah menimbulkan beberapa masalah klasifikasi.
Antara permasalahan yang timbul ialah Huntington gagal menganalisis kepelbagaian masyarakat yang wujud dalam satu tamadun, dan analisis yang cetek berkenaan perbezaan (atau persamaan?) masyarakat yang wujud antara tamadun yang berbeda – lantas menghalang pemahaman yang lebih dalam melalui hubungan antara tamadun yang berbeda.
Hal ini juga saya kira penting untuk ditelusuri di Malaysia. Masyarakat mudah sekali melihat kumpulan yang berbeda sebagai ‘Melayu’, ‘Cina’, ‘India’, dan sebagainya. Hal ini telah melahirkan stigma bahawa orang yang ‘bukan kalangan kita’ merupakan orang yang ‘berbeza’. Perkara inilah yang saya katakana pada awal tadi, iaitu merendahkan pemahaman mengenai identiti hanya kepada kasus bangsa – atau kepercayaan.
Walaupun saya tidak menafikan bahawa ada kalangan rakyat Malaysia yang hidup secara harmoni dan bergaul dengan baik antara kaum yang berbeda, namun majoriti rakyat Malaysia masih belum mencapai tahap sebegini.
Pemahaman cetek ini mungkin sekali merupakan hasil pendidikan sejak dari awal melalui ejen-ejen sosial – primary socializationmenurut istilah ahli sosiologi terkenal Talcott Parsons, atau melalui pergaulan sesama rakan, atau melalui ejen sosial yang sangat berpengaruh, iaitu media massa.
Perkara ini perlu kita ambil perhatian, terutamanya para pembuat dasar, bahawa selama ini kita punyai dasar-dasar yang menyasarkan perpaduan, umpamanya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, serta Akta Bahasa Kebangsaan, namun masih gagal menampakkan hasil yang berjaya.
Kedua, kekeliruan masyarakat terhadap hakikat bahawa walaupun manusia yang ‘digolongkan’ dalam satu tipologi, namun mereka masih bersifat ‘berbeza secara berbeza’. Sebagai contoh, mengikut tipologi piawai di Malaysia, saya boleh digolongkan sebagai seorang bangsa Melayu.
Namun, saya tidak boleh sama sekali merendahkan pemahaman identiti saya untuk mengandaikan bahawa saya pasti mempunyai identiti yang sama dengan ‘orang Melayu’ yang lain.
Sebagai contoh, saya merupakan seorang yang percaya kepada demokrasi dan pluralisme atau seorang yang mencintai puisi, namun orang Melayu yang lain pastinya akan berbeza daripada saya dalam segenap aspek.
Hal inilah yang sangat penting untuk difahami oleh masyarakat Malaysia, bahawa penggolongan manusia kepada tipologi-tipologi dangkal seperti bangsa atau kepercayaan hanya akan membawa falasi logik yang lebih besar, iaitu kekeliruan terhadap hakikat identiti yang pelbagai itu sendiri.
Bertitik tolak daripada kekeliruan besar yang digariskan di atas, saya melihat beberapa masalah yang akhirnya timbul akibat perkara ini.
Kecenderungan untuk melihat identiti melalui lensa yang sempit merupakan antara penyebab kekeliruan.
Sikap Masyarakat dan Perkauman Sempit
Kerisauan pertama yang timbul akibat masalah yang berakar daripada retorik identiti sebegini ialah stereotaip dalam masyarakat yang berbeda kaum dan kepercayaan.
Melihat bangsa atau penganut agama lain sebagai satu entity asing merupakan satu hasil daripada sikap sebegini. Hal ini bukan sahaja menyebabkan sukarnya kasih sayang untuk berputik, namun boleh juga sehingga menyebabkan keganasan berlaku.
Lihat sahaja laras bahasa yang digunakan organisasi berasaskan kaum seperti PERKASA, seolah-olah identiti ‘Melayu’ (saya meragui idea ‘Melayu’ yang dibawa oleh PERKASA yang langsung gagal memahami falsafah di sebalik makna diri Melayu.
Melayu jadi-jadian, mungkin?) itu merupakan identiti manusia yang bersifat ‘ultimate’, sehingga menafikan nilai-nilai yang universal yang lebih bermakna untuk diperjuangkan seorang manusia.
Nilai kemanusiaan, kadang kala boleh luntur akibat kekeliruan menanggapi identiti. Dasar-dasar afirmatif, terutamanya apabila melibatkan pembahagian kek ekonomi, sering sekali dicemari wacananya dengan rona-rona perkauman. Hal ini jelas dapat kita lihat melalui ungkapan seperti ‘kita nak jaga orang Melayu!’, ‘ini hak Melayu, Cina jangan ambil!’, dan sebagainya.
Namun, sejak 30 tahun DEB terlaksana, kita lihat lompong-lompong yang wujud digunakan sebaiknya untuk penguasa mengayakan kroni masing-masing serta melindungi monopoli atas nama ‘melindungi hak Melayu’ (dengan tidak menafikan kebaikan yang dibawa oleh dasar ini seperti peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, peluang pekerjaan, peningkatan industri dan sebagainya).
Dari sinilah, saya simpulkan bahawa kekeliruan terhadap identiti mempunyai kebarangkalian untuk menjadikan kita gagal menanggapi nilai universal seperti keadilan serta kebebasan – hanya kerana satu kasus identiti yang sempit seperti kaum dan bangsa.
Masalah seterusnya yang timbul ialah sokongan kepada slogan-slogan perkauman dengan menafikan nilai-nilai yang sepatutnya diangkat. Perkara ini saya kira jelas pada hari ini menjelang PRU-13 di Malaysia. Bahasa-bahasa seperti ‘sokong parti itu, habis orang Melayu!’ dan sebagainya sangat kuat bergema sebagai propaganda yang popular kini.
Namun, persoalan yang penting untuk kita ajukan di sini ialah; pernahkah (dan mampukah) kita untuk pergi lebih jauh daripada persoalan identiti yang hanya berdasarkan satu dimensi semata-mata? Bukankah lebih jauh daripada identiti yang melatari masyarakat, adanya nilai-nilai yang tiada siapa pun akan pertikaikan – tidak kisahlah sama ada ia beragama, agnostik, atau ateis sekalipun – iaitu keinginan kepada kebebasan, keadilan, kemuliaan insan, serta kesetaraan di bawah undang-undang?
Malangnya, ramai rakyat Malaysia masih memilih pendefinisian identiti yang sempit untuk menghadapi pelbagai isu yang kompleks. Mana mungkin slogan perkauman mampu menyelesaikan masalah rasuah atau salah guna kuasa, yang hanya mampu diselesaikan melalui keadilan serta penguat kuasaan undang-undang yang telus?
Maka, ayuhlah kita bergerak menuju sebuah Malaysia yang lebih berani.

Perkauman: Melihat dari perspektif lebih luas
Pandangan Hazman Baharom, | 21 Apr 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-4-2013
No comments:
Post a Comment