Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
KLANG, 2 April: Seramai tujuh tukang urut warganegara China dan seorang Thailand di tahan dalam satu operasi rumah urut yang diadakan sekitar Bukit Tinggi, semalam.
(MPK merampas tilam rumah urut di Bukit Tinggi, Klang)
Pengarah Jabatan Komunikasi Dan Pengaduan Awam (JKPA), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, premis berkenaan dipercayai menyediakan perkhidmatan seks kepada pelanggan dan ia menjadi tumpuan pengunjung di situ sejak kebelakangan ini.
Menurutnya,seramai 20 anggota diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid menjalankan operasi yang turut disertai Jabatan Pelesenan MPK.
“Tindakan sita diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Kecantikan Dan Penjagaan MPK 2007 kerana beroperasi secara haram dan pelbagai barangan dirampas antaranya bantal, tilam dan kain langsir di situ.
“Malah kejayaan operasi ini adalah hasil risikan bersama kesemua jabatan terlibat dan maklumat awam yang banyak membantu majlis dalam melakukan operasi membanteras gejala tidak bermoral di kawasan ini,”katanya.
Norfiza berkata, selain daripada rumah urut, MPK juga memperhebatkan operasi terhadap premis warga asing, pusat siber dan gerai-gerai haram yang mengganggu ketenteraman setempat dan menjejaskan imej Bandar di Raja ini.
Menurutnya, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan premis haram terutama rumah urut kerana ia akan memberi kesan negatif khususnya kepada masyarakat setempat.

Pecat Anwar: Nalla dedah dirinya 'bapa ayam'?
Harakahdaily, | 01 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 1 April: Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad menempelak Senator S. Nallakarupan yang mahu mengusulkan pelucutan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Sedangkan kata Dzulkefly, pengakuan Nalla mengenai aktivitinya yang kononnya 'menyusun segala kegiatan sumbang Anwar', tidak ubah seperti seorang "bapa ayam".
"Nalla sebelum ini mengakui dia yang menyusun segala kegiatan sumbang yang kononnya dilakukan oleh Anwar.
"Bermakna dia sendiri ialah bapa ayam yang tugasnya mengatur kegiatan-kegiatan sumbang," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mempersoal BN yang melantik Nalla sebagai Ahli Dewan Negara yang disifatkan sebagai menjatuhkan imej Dewan Negara.
"Lebih malang lagi apabila Umno BN boleh melantik "bapa ayam" dalam Dewan Negara.
"Adakah BN sudah bankrap tokoh-tokoh akademik dan profesiaonal atau dalam bidang-bidang lain yang berwibawa dan berkelayakan? Dalam ramai-ramai tokoh di Malaysia, kenapa lantik orang seperti Nalla jadi senator?" soalnya.
Beliau menambah, tuduhan terbaru Nalla terhadap Anwar dan cadangan pelucutan jawatannya merupakan usaha berterusan untuk menjatuhkan kredibiliti Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.
"Mutakhir ini memang kita nampak usaha yang bertubi-tubi untuk terus menjatuhkan kredibiliti Anwar," katanya.
Justeru beliau menyeru semua pihak khususnya parti politik mengamalkan politik bersih dan matang serta mengutamakan persaingan polisi, prestasi, dan kepimpinan.
"Sudah sampai masanya negara kita mengamalkan politik bersih dan bebas daripada politik jatuh menjatuhkan melalui fitnah," katanya.
Hasrat Nalla dan peguam Umno Datuk Shafee Abdullah itu bagaimanapun dilihat sukar dan mungkin mustahil kerana tiada peruntukan untuk usul melucutkan jawatan atas persoalan peribadi dan bukan salah laku beliau di Dewan Rakyat samada dari segi pertuturan dan tindakan.
Sumber HD : 2/04/20

Menari 10 minit dapat RM250, denda cuma RM25
Harakahdaily, | 29 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 29 Mac: Hukuman RM25 yang dikenakan kepada tiga pesalah wanita atas tuduhan melakukan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam di bawah akta Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 adalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka.
Sehubungan itu, Persatuan Belia Islam National (Pembina) berasa kesal dengan hukuman yang tidak setimpal dikenakan kepada si pesalah memandangkan nilai hanya RM25 adalah nilai yang sangat sedikit sedangkan mereka boleh menerima bayaran sehingga RM250 dalam masa 10 minit.
“Hukuman yang benar-benar setimpal harus dikenakan terhadap perbuatan yang sangat keji ini, ditambah dengan persembahan yang mengghairahkan bahkan berpakaian sangat seksi,” kata Naib Presiden II Pembina, Abdul Hakim Adzman.
Pembina juga, tegasnya mahu hukuman yang keras dan setimpal juga perlu dikenakan kepada pengusaha premis dan servis tarian, pengunjung yang beragama Islam yang mengunjungi premis tarian itu dan pihak-pihak yang mengeksploitasi wanita sebagai objek seks sama ada untuk mengaut keuntungan mahupun untuk memuaskan nafsu.
Beliau dalam satu kenyataan menegaskan, kesemua perbuatan itu dilarang keras oleh agama Islam.
“Dengan itu, diharapkan pihak berkuasa agar mengambil tindakan serius termasuk mengambil tindakan undang-undang kepada pengusaha premis seperti menarik balik lesen perniagaan dan hukuman yang setimpal dan hukuman yang lebih berat perlu dikenakan kepada penari-penari tiang agar selepas ini mereka yang beragama Islam tidak lagi berani melakukan aksi ini lagi.
“Diharapkan dengan hukuman tersebut, mereka benar-benar insaf dan kembali ke jalan yang lurus. Semoga Allah sentiasa memberikan hidayah kepada mereka yang benar-benar bertaubat,” ujarnya.
Akhir sekali, kata beliau Pembina juga menyeru kepada golongan beliawanis supaya mengukuhkan pegangan agama dan jati diri serta memelihara maruah diri.
Beliau menambah, masyarakat juga harus mempertingkatkan usaha memberi kesedaran kepada anak-anak gadis agar tidak terjebak dengan gejala-gejala yang merosakkan diri demi hidup mewah.

NGO Beras Kampit turut tanding PRU?
Mohd Sayuti Omar, | 16 Mac 2012 |
Ada seorang kawan yang bergerak cergas dalam Ngo beras kampit memberi tahu presidennya sedang mengenal pasti beberapa buah kerusi Dun di Selangor yang akan diganggu oleh Ngo itu dengan cara ikut bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.
Kesemua kerusi itu dimenangi Pas.
Kata kawan itu Ngo itu akan memastikan sekurang-kurang lima kerusi yang mereka ganggui untuk memastikan kerusi itu tewas bagi membolehkan UBN menang dan seterusnya membentuk kerajaan di Selangor.
Di antara kerusi yang disebut kepada saya yang menjadi perhatian Ngo beras kampit itu ialah Gombak Setia yang kini disandang presidenya yang menang atas tikit Pas, Hulu Klang, Lembah Jaya, Meru, Bangi, Sejangkang dan Chempaka. Dari tujuh kerusi itu dua kerusi mungkin tidak akan diganggu. Kerusi itu, Sijangkang yang dimenangi Ahmad Yunus dan Chempaka dimenangi Iskandar.
Bentuk gangguan menurut kawan itu Ngo beras kampit akan menurunkan orangnya untuk bertanding atas tikit bebas. Mereka menghitung calon mereka akan dapat menarik 500 hingga 1,000 undi.
Kalau ini menjadi kenyataan kerusi-kerusi Pas yang dimenangi dengan majoriti 1,048 hingga 5,513 undi itu mungkin akan jatuh kepada UBN sekiranya formula itu menjadi kenyataan.
Kata kawan itu kalau Ngo beras kampit itu berjaya membantu UBN menumbangkan Pas beberapa orang pemimpin utama mereka akan diberi ganjaran termasuk dilantik menjadi pengerusi atau pengarah dalam syarikat GLC. Salah seorang dari mereka katanya akan dilantik menjadi senator kononnya untuk dilantik menjadi menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam. [wm.kl.7:43 pm 15/03/12]ttp://msomelayu.blogspot.com/2012/03/senggang-masa.html

Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
(Imam Hoslan ketika diwawancara Harakahdaily)
PUTRAJAYA, 8 Mac: Imam Haji Hoslan Hussin yang membaling kasut kepada barisan hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara setahun dan dijangka akan dibawa ke penjara Kajang.
Beliau kini di tempatkan di lokap Balai Polis Putrajaya, kata isterinya.
Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Hoslan atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan lelaki itu membaling selipar ke arah panel hakim.
Hakim, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin ketika menyampaikan hukuman berkenaan berkata, hukuman setimpal bagi kes berkenaan adalah penjara setahun.
Beliau sebelum itu berkata, tindakan membaling alas kaki itu boleh menggugat kuasa mahkamah dan menjatuhkan maruh mahkamah sekiranya tiada tindakan dilakukan untuk kesalahan seperti itu.
"Kesalahan yang dilakukan kamu adalah serius di sisi undang-undang," katanya yang menambah, tindakan seperti itu tidak boleh dibiarkan tanpa dibendung sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Beliau yang mengetuai panel tiga hakim, menyampaikan hukuman tersebut selepas mendengar hujahan daripada wakil Peguam Negara, Suzana Atan dan juga wakil Majlis Peguam, Arthur Wong.
Hoslan minta maaf
Terdahulu mahkamah turut mendengar permohonan maaf daripada Hoslan, 46 berhubung tindakan membaling selipar itu.
Hoslan turut menjelaskan bahawa beliau keliru dengan perjalanan kes melibatkan dirinya dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan diputuskan di mahkamah tersebut pada 22 Februari lalu.
Hoslan berkata, beliau keliru dengan perjalanan kes tersebut "bermula daripada awal."
Menurut isterinya, sepanjang setahun ketiadaan suaminya, beliau terpaksa menyara tujuh orang anak yang sedang membesar.
LAPORAN BERKAITAN
Institusi kehakiman rosak punca imam baling kasut
Imam perjelas kenapa baling kasut
Sumber HD : 8/02/2012
Saman: Kayveas berdepan kemungkinan bankrap
KUALA LUMPUR, 13 Jan: Ahli Parlimen Segambut dari DAP, Lim Lip Eng hari ini mendedahkan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Seri M Kayveas sedang berdepan kemungkinan jatuh bankrap.
Beliau berkata, Kayveas dan isterinya, Datin Seri Blanche O' Leary pernah disaman oleh sebuah syarikat kontraktor, Peninsular Concord Sdn Bhd pada tahun 1997 kerana gagal membayar ganti rugi bernilai RM470,000 kepada syarikat tersebut. "Pada 1 Februari 1997 Peninsular Concord bayar RM470,000 kepada Kayveas dan isteri sebagai 'stakeholder' untuk satu projek. "Tapi projek itu terbengkalai dan Peninsular minta balik duit tersebut tapi kayveas enggan bayar balik," kata beliau pada sidang media di pejabat khidmat masyarakat Parlimen Segambut, hari ini. Pada 28 Julai tahun lalu, mahkamah memutuskan Kayveas mesti membayar balik wang tersebut berserta interest dan tiada perintah mahkamah menyebut kes ini ditangguh. Walaupun Kayveas dan isteri mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan, namun kes ini masih dalam perbicaraan. "Kayveas kena bayar balik walaupun telah failkan rayuan. "Peninsular Concord pula telah memfailkan notis bankrapsi terhadap Kayveas," jelasnya. Semalam, Kayveas yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan bahawa namanya tidak terdapat dalam senarai bakal calon PPP untuk pilihan raya umum ke-13. Menjelaskan perkara itu, Kayveas seperti dilaporkan media berkata, beliau menyerahkan keputusan sama ada bertanding atau tidak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional. PPP telah mengemukakan hasrat bertanding di empat kawasan Parlimen dan 12 kawasan Dewan Undangan Negeri kepada Najib. Pada pilihan raya umum lalu, PPP diperuntukkan dua kerusi di Perak iaitu kawasan Parlimen Taiping dan kawasan DUN Pasir Bedamar. Di Taiping, Kayveas tewas kepada calon DAP Nga Kor Ming dengan 11,298 undi manakala bagi kerusi Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada Seah Leong Peng daripada DAP dengan 7,914 undi. Sumber HD : 13/01/2012
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7449-pengiring-anwar-terkena-suntikan-beracun-
Berikan kontrak MRT pada syarikat tempatan
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau lebih suka sekiranya syarikat tempatan yang mengendalikan kerja-kerja penggerekan terowong Transit Aliran Massa (MRT) kerana ia boleh meningkatkan keupayaan dan kepakaran kejuruteraan tempatan.
Dilaporkan yang beberapa syarikat asing telah membida untuk kerja-kerja terowong MRT termasuklah syarikat dari China, Korea Selatan dan Jepun serta konsortium tempatan MMC-Gamuda, yang telah menunjukkan keupayaan mereka dalam pembinaan terowong-terowong Smart dan Lingkaran Pencala. Pembuatan terowong ialah sesuatu yang baharu dan kompleks, dan memberikan kontrak itu kepada syarikat tempatan akan menyediakan syarikat tempatan dengan kepakaran kejuruteraan, kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Latihan Penerowongan MMC-Gamuda di Kota Kemuning di Shah Alam hari ini. Beliau berkata beliau faham yang jika syarikat tempatan mendapat kerja-kerja itu, ia turut memainkan peranan dalam pembinaan mesin penggerekan dan ini akan memberikan peluang yang baik untuk memiliki pengetahuan kejuruteraan dalam bidang yang biasanya tidak ada di Malaysia, dan tidak banyak negara mempunyai kemampuan ini. Ditanya mengenai peluang MMC-Gamuda mendapatkan kerja-kerja ini, beliau berkata: "Syarikat-syarikat ini adalah antara syarikat yang mempunyai pengalaman membina terowong SMART serta Pencala, saya rasa Pencala adalah antara terowong rekaan terbaik, malah, apabila mendekatinya, ia nampak amat cantik. "Jadi, saya rasa mereka mempunyai peluang baik." Beliau menambah: "Mengenai siapa yang akan membinanya, itu akan diputuskan oleh kerajaan, tetapi jika saya ada cara saya, sudah pasti, saya ingin lihat ianya dilakukan oleh rakyat tempatan." Beliau berkata jika kontrak itu diberikan kepada kontraktor asing, rakyat Malaysia tidak akan belajar apa-apa dari projek ini. Dr Mahathir berkata: "Tetapi jika berinya kepada kontraktor tempatan, mungkin harganya akan lebih tinggi atau mungkin terdapatnya penangguhan dan sebagainya. "Malah, jika kita berikan kepada orang asingpun, tiada jaminan tidak berlakunya sebarang penangguhan ataupun gangguan. Jadi, kita perlu ambil risiko, dan jika kita berminat dalam mendapatkan kepakaran, kita perlu tanggung juga risikonya." Sementara itu, pengarah urusan Gamuda, Datuk Lin Yun Ling memberitahu pemberita yang kerajaan mungkin mengumumkan pembida yang berjaya untuk kerja-kerja terowong itu pada bulan April atau Mei tahun depan. "Kami akan buat yang terbaik, kami akan cuba kemukakan dengan satu cadangan yang berdaya saing dan terbaik yang boleh kami lakukan," kata beliau. Dalam pada itu, diiminta mengulas mengenai beberapa pihak di dalam Felda yang menentang penyenaraian cabang komersil lembaga itu, Dr Mahathir berkata sepanjang 22 tahun beliau di dalam kerajaan, mesti adanya golongan mereka yang dalam kerajaan yang membantah cadangannya, tetapi sekiranya dirasakan ia baik, maka eloklah diteruskan. Beliau berkata: "Seperti yang kita tahu, apabila kita teruskan dan hasilnya pula baik. Beberapa pihak dalam lingkungan kerajaan tidak suka akan pembinaan Jambatan Pulau Pinang, tidak suku Transit Aliran Ringan dan macam-macam lagi, tetapi kita perlu mengambil pandangan mereka yang menyokongnya dan alasan-alasan untuk menjayakannya. Sementara itu, Akademi Latihan Terowong MMC-Gamuda yang dirasmikan hari ini adalah sekolah latihan pertama dunia yang melahirkan tenaga berkemahiran yang tinggi untuk industri penerowongan. Sasaran akademi yang bernilai RM10 juta itu ialah melatih 1,000 pekerja profesional dan berkemahiran untuk laluan MRT Sungai Buloh-Kajang, dan kumpulan pertama pelatih telah memulakan latihan bulan ini. - Bernama/MK : 15////12/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6631-tahniah-harimau-malaya-persahabatan-terjalin-baik
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6629-nik-aziz-ucap-tahniah-pertahan-pingat-emas
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6633-syabas-pasukan-negara-razali-lempar-fitnah
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6485-kereta-ketua-srikandi-pkr-dicuri
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6397-penduduk-terus-bantah-laluan-lrt
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/6396-henti-ptptn-rakyat-didahulukan-atau-dibebankan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/6347-kes-hasan-ali-tak-perlu-dipolemik
Isu Jais: Satu pandangan bersangka baik
Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan "sangka baik" kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.
Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G". Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut. "Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya. Terdapat dua pengajaran di sebalik peristiwa ini, Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk - apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu. Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak. Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu. Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut? Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih. Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren. Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah. Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah. Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas. Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas paraturan dan prosedur yang ada. Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campur tangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan. Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan. Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak. Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan - laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan/bukti apa dakwaan itu perlu disiasat. Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima - jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan. Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang elemen buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam. Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas. Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.
Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.
*Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) ialah Ketua Penerangan PAS Pusat.
Sumber : Merdeka Review - 5/08/2011
Umno Pasir Puteh terdesak cipta gimik murahan |
PASIR PUTEH, 2 Ogos: “Saya tidak hadir pada majlis Selamat Tinggal PAS dianjurkan Umno, bagaimana pula akhbar menyiarkan saya yang bercakap di majlis itu. “Macam mana akhbar boleh melaporkan saya yang mengeluarkan kenyataan di majlis berkenaan sedangkan saya tidak ada di situ,” kata Zakaria Mat Husin, 53. Zakaria diminta menjelaskan laporan sebuah akhbar harian yang mendakwa beliau bersama 20 pengikut menyertai Umno pada majlis dihadiri Ketua Umno Pasir Puteh, Zawawi Othman di Kampung Alor Pasir baru-baru ini. Lebih aneh lagi Zakaria dilaporkan bercakap kepada pemberita di majlis berkenaan sedangkan beliau tidak berada di situ. Akhbar terbabit dalam laporannya menyebut Zakaria kononnya mendakwa PAS sekarang seolah-olah tidak yakin dengan perjuangan dan dasarnya sentiasa berubah-ubah. Sebaliknya Zakaria ketika dihubungi menjelaskan beliau pernah didatangi Zawawi di rumahnya bagi menariknya menyertai Umno sebelum ini. “Saya mengakui dikunjungi Zawawi untuk mengajak menyertai Umno dan pada masa yang sama ada orang mengambil gambar saya. ”Dia juga ada tanya perhimpunan anjuran Bersih dan peguam Ambiga. Saya pun tak sangka pemimpin Umno itu mendedahkan pula kepada media kehadirannya ke rumah saya kononnya saya mahu masuk Umno. “Saya tidak jadi penghulu, PAS sokong Ambiga demontrasi Bersih, masalah PAS sendiri antara beberapa soalan yang ditanya Zawawi,” ujarnya. Oleh itu Zakaria berkata, beliau tidak pasti sama ada program ‘Selamat Tinggal PAS Kami Kecewa PAS Sokong Ambiga’ benar-benar wujud atau rekaan ketua Umno itu semata-mata. Malah katanya pada pertemuan di rumahnya beliau menegaskan kepada Ketua Umno terbabit sekiranya beliau sertai Umno sudah tentu hanya akan menjadi seperti kain buruk kerana sudah banyak berlaku kepada orang lain. Sementara itu Setiausaha PAS Kawasan Pasir Puteh, Drs Zainuddin Awang Hamad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan berita berunsur fitnah terhadap Zakaria. Menurutnya, tindakan Zawawi dianggap sebagai terdesak untuk meraih sokongan sehingga perkara yang tidak pernah berlaku direka demi politik murahannya. Dalam laporan akhbar terbabit juga ketua Umno Pasir Puteh itu mendakwa lebih 3,000 penyokong PAS menyertai Umno kebelakangan ini. Zawawi yang juga bekas guru sebelum ini dikatakan memperalatkan Pejabat Pelajar Daerah bagi memaksa guru-guru hadir pada perlancaran gelombang merah di Pasir Puteh. Malah dalam banyak laporan media proUmno sebelum ini, di mana sahaja beliau pergi tentunya ada program penyokong PAS menyertai Umno. Ramai melihat Zawawi terpaksa mempopular dirinya memandangkan kedudukannya sebagai ketua bahagian tergugat dijangka dicabar pemimpin lain yang lebih berwibawa dan berpendidikan tinggi. Seorang penyokong Umno yang rapat dengan Timbalan Ketua Baagian Pasrr Puteh, Rujhan Salleh mengakui Zawawi hanya lulusan Maktab Perguruan tidak sesuai berada di kedudukan sekarang. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4680-umno-pasir-puteh-terdesak-cipta-gimik-murahan
Anak Exco ditikam: Siasat juga dari sudut politik |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 2 Julai: Pihak polis digesa menyiasat dari segala sudut di dalam kejadian serangan ke atas anak Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, Iskandar Abdul Samad di Pulau Pinang awal pagi Rabu lalu.
YB Ir Iskandar Abdul Samad - TPJ 1 PAS Selangor
Anak Iskandar, seorang pelajar semester kedua sebuah IPTA telah ditumbuk, disepak dan ditikam bertubi-tubi di sebuah pangsapuri di Seberang Jaya yang disewanya bersama 2 orang pelajar lain. Menurut Iskandar, pada lebih kurang jam 3 pagi, lima orang lelaki berjaya memasuki pangsapuri itu setelah mengaku diri mereka anggota Polis. Katanya, setelah dibenarkan masuk, mereka telah menggari 2 orang rakan anak beliau dan terus menyerang dan menikam anaknya. "Selepas mencederakan beliau, mereka telah membawa lari komputer riba, telefon bimbit dan dompetnya," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Pada pendapat beliau, menurutnya, kejadian itu bukan kes rompakan biasa kerana ia boleh didasarkan kepada tiga sebab. "Pertama, mereka datang ke pangsapuri itu bertujuan untuk mencari anak saya dengan memanggil nama penuhnya. "Kedua, mereka hanya menyerang anak saya dan tidak rakan-rakannya. "Ketiga, mereka hanya membawa lari barang-barang anak saya dan tidak rakan-rakannya," katanya. Beliau yang juga Adun Chempaka mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan. "Saya amat menghargai akan kerjasama pihak polis yang memaklumkan kepada saya status penyiasatan yang sedang berjalan," ujarnya. Walau bagaimanapun, beliau berharap pihak polis akan menyiasat dari semua sudut termasuk sudut politik. "Lebih-lebih lagi kita berada di dalam suasana di mana pihak media setiap hari meniup api permusuhan di kalangan rakyat dengan pembohongan bahawa terdapat pihak yang mahu mencetuskan huru hara. "Mereka juga sentiasa berusaha untuk melaga-lagakan rakyat dengan hasutan-hasutan yang meracuni fikiran mereka," tegasnya. Walau apa sekalipun motif serangan tersebut, beliau berharap mereka yang bertanggung jawab akan ditahan dan didakwa secepat mungkin demi keselamatan pelajar-pelajar lain dan masyarakat di Seberang Jaya amnya. Beliau bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah menyelamatkan anaknya dari kecederaan yang lebih parah. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu anak saya ketika saat yang mencabar ini terutamanya kakitangan institut pengajian tinggi beliau, pihak hospital, pihak polis, rakan-rakan beliau dan orang ramai yang telah sudi membantu," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4138-anak-exco-ditikam-siasat-juga-dari-sudut-politik
23, Jun 2011 - Ketua Pemuda PAS mengarahkan semua pemuda di seluruh Malaysia agar mengadakan demontrasi aman selepas solat Jumaat esok.
Memperingati Mala Petaka Rakyat Malaya 18 Jun |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 17 Jun: PAS Kawasan Batu akan mengadakan satu majlis khas pada malam esok, 18 Jun, mulai jam 9.00 malam, di Markas PAS Kawasan Batu di Taman Melewar, di sini, bagi memperingati hari mala petaka bagi rakyat Malaysia yang berlaku pada 18 Jun 1948 lalu. Sehubungan itu, para pencinta sejarah dan orang ramai dijemput hadir ke majlis itu yang akan diisi dengan pengkisahan tentang mala petaka yang melanda seluruh rakyat negara ini, ekoran kekejaman pihak British dengan kerjasama Umno. Cikgu Ishak Surin - YDP Kawasan Batu Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batu, Ishak Surin menjelaskan, mungkin ramai yang tidak menyedari, esok, 18 Jun, adalah hari amat malang bagi rakyat Malaysia kerana pada hari esoklah pihak British yang menjajah negara kita telah mengisytiharkan darurat di negara kita. Menurut beliau, setelah pengisytiharan darurat pada 18 Jun 1948 itu, semua parti-parti politik di negara kita telah diharamkan, tokoh-tokoh politik di seluruh negara ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. Bagaimanapun, katanya, catatan sejarah hitam itu mungkin tidak disedari oleh sesetengah rakyat negara ini terutama generasi muda, sehingga membangkitkan kesedaran kepada beliau untuk mengadakan majlis tersebut. Katanya, selain beliau, majlis itu akan melibatkan dua lagi ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Arkib PAS, Fadli Abdul Ghani dan Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif dari Jabatan Penyelidikan PAS Pusat. "Selepas ini, saya bercadang untuk mengembangkan lagi peringatan kita terhadap hari mala petaka bagi rakyat Malaysia ini dengan menyarankan kepada PAS agar menubuhkan Badan Penyelamat Maruah Bangsa pula," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Majlis Memperingati Mala Petaka Terhadap Rakyat Malaya yang akan diadakan malam esok, menurut beliau, diharapkan akan menjadi pencetus bagi penubuhan badan tersebut untuk membolehkan PAS mengatur langkah-langkah lain yang lebih jauh, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. "Penubuhan badan itu pada saya merupakan sesuatu yang penting kerana selepas itu bolehlah kita menuntut pihak British meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kekajaman yang dilakukan oleh mereka kepada kita dulu. "Permohonan maaf dari pihak British itu penting kerana mereka tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kepada kita kerana jika tidak mereka akan dikutuk oleh sejarah," katanya yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat. Menurutnya, majlis yang akan diadakan pada malam esok merupakan yang julung-julung kali diadakan di negara ini dan ia merupakan satu majlis yang penting bagi membolehkan rakyat negara ini mengingati kembali detik hitam sejarah negara. "Selain itu, ia akan membolehkan kita mengetahui lebih jauh tentang Umno yang sememangnya sentiasa berusaha menghalang kebangkitan rakyat. "Umno bukan sahaja bertindak seperti itu sekarang, tetapi sejak negara kita berada dalam penjajahan British dulu lagi dengan bersekongkol dengan British dalam mengatasi kebangkitan rakyat," katanya. Beliau yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat berkata, dengan persekongkolan Umno itu telah memudahkan pihak British memburu pejuang-pejuang kemerdekaan di tanah air, sehingga menyebabkan mereka teraniaya, ditangkap, dipenjarakan dan dibunuh. "Sekarang Umno berkokok dengan mengatakan merekalah yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Pada hal kemerdekaan tanah air ini bukanlah dicapai kerana perjuangan para pemimpin Umno, tetapi terhasil dari perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan sebenar yang dizalimi dulu. "Orang ramai perlu tahu kejahatan Umno itu. Jadi tidak hairanlah jika Umno terus berusaha mengatasi kebangkitan rakyat sekarang. Sebab itulah saya hendak mengadakan majlis itu pada malam esok supaya rakyat sedar dan terus berjuang bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air," ujar beliau. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/82-wilayah-persekutuan/3856-memperingati-mala-petaka-rakyat-malaya-18-jun
Nik Aziz tarik balik saman, selesai luar mahkamah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik saman terhadap Utusan Malaysia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah.
YAB Dato' Bentara Setia TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan, ia berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu. Beliau menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian hari ini.
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari - SU Akhbar MB
Berikut penjelasan beliau. Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini 14 Jun 2011 di halaman 20 di bawah tajuk 'Kes Nik Aziz Saman Utusan RM20j Selesai Luar Mahkamah'. Laporan yang sama juga disiarkan oleh Sinar Harian hari ini di halaman N4. Sukalah saya mengesahkan laporan tersebut dengan sedikit penambahan berdasarkan kronologi berikut: Pada 12 Jun 2009, Utusan Malaysia telah menyiarkan satu artikel dengan petikannya di muka hadapan di bawah tajuk “Nasihat Saya Mesti Didengar” dengan beberapa isi kandungan yang memfitnah YAB Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan. Antaranya menyebut, “Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai ‘ilham’ UMNO.” Artikel tersebut mengundang kepada beberapa pandangan balas yang mengecam YAB Tuan Guru, antaranya ialah seperti yang tersiar di dalam akhbar yang sama di muka surat 12 bertarikh 16 Jun 2009. Artikel yang ditulis oleh Ramli Abdul Halim itu mengecam YAB Tuan Guru dengan mendakwa tindakan tersebut bercanggah dengan Islam. YAB Tuan Guru telah menafikan kenyataan yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada 12 Jun 2009 dan penafian ini disiarkan oleh akhbar yang sama di muka surat dua pada 18 Jun 2009. Setelah melalui proses rundingan di antara kedua-dua pihak bersama dengan peguam yang dilantik, Utusan Malaysia telah memohon maaf kepada pihak YAB Tuan Guru di atas laporan yang salah tersebut dan permohonan maaf ini disiarkan di muka hadapan Utusan Malaysia 29 Julai 2009. Memandangkan laporan tersebut yang dianggap begitu tersasar dan mendatangkan kesan khususnya kepada keputusan pilihanraya kecil Dun Manek Urai, pihak YAB Tuan Guru tetap meneruskan usaha untuk memfailkan saman sebanyak RM20 juta ke atas Utusan Malaysia. Pada 10 Jun 2011, pihak Utusan Malaysia melalui peguam yang dilantik telah menghantar notis tawaran penyelesaian di luar mahkamah dengan sejumlah bayaran ganti rugi kepada pihak YAB Tuan Guru. Justeru pada prosiding mahkamah yang bermula pada 13 Jun 2011, berasaskan kepada notis yang dihantar tersebut, YAB Tuan Guru telah berbesar hati untuk menarik balik saman dengan sejumlah bayaran yang ditawarkan oleh pihak defendan. Justeru, sukalah saya mengulangi sekali lagi bahawa apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada hari ini 14 Jun 2011 iaitu YAB Tuan Guru telah menarik balik saman RM20j adalah benar namun perlu disebut bahawa ia dilakukan berdasarkan tawaran penyelesaian di luar mahkamah oleh pihak defendan berdasarkan sejumlah bayaran yang tertentu. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3787-nik-aziz-tarik-balik-saman-selesai-luar-mahkamah
Tun M wajar mohon maaf pada PAS, Anwar |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 9 Jun: Nasihat segera bertaubat Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dilihat sangat tepat pada masanya.
YB Ng Swee Lim - TSU DAP Selangor
Timbalan Setiausaha DAP Selangor, Ng Swee Lim (gambar) berkata, nasihat itu sewajarnya diikuti baik oleh Mahathir memandangkan beliau seorang perdana menteri selama 22 tahun yang banyak melakukan kesilapan.
Tun Dr Mahathir Mohamed - Mantan PM ke-4
Menurut Swee Lim, Tun Mahathir mestilah menerima nasihat itu kerana sebagai seorang beragama Islam, beliau wajib percaya kepada konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka. Katanya, jika Mahathir tidak menerima nasihat bertaubat itu, nescaya di akhirat nanti, beliau akan disiksa dengan azab pedih ekoran kesalahan besar yang dilakukan semasa hidup di dunia. “Antara kesalahan paling besar adalah memfitnah PAS dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat yang tidak dapat dibawa saksi yang adil dan mencukupi. Swee Lim yang juga Adun Sekinchan, Selangor berkata, sekiranya Tun Mahathir sudi bertaubat, maka selepas itu beliau hendaklah memohon maaf kepada PAS, Anwar serta keluarganya secara terbuka. “Saya seorang bukan Islam tetapi saya menerima konsep halal haram, dosa pahala dan syurga neraka apatah lagi agama Islam (Allah SWT) itu Maha Pengampun. “Semua orang pernah melakukan kesalahan, jangan berdegil, wajib dan sudah sampai masanya untuk beliau bertaubat serta memohon maaf sesama umat kerana jika enggan, ada bara api neraka menunggu di akhirat kelak,” tegasnya. Adun dua penggal itu berkata, Mahathir pernah menulis surat kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menghalang dilaksanakan Kanun Jenayah Syariah II dan hari ini, tiba-tiba beliau pula yang sukakan hukum Islam itu. Sekiranya masih tidak mahu bertaubat, Swee Lim berkata, tunggulah satu hari nanti Mahathir terpaksa menjawab di akhirat kelak kerana sebagai manusia biasa, tiada apa yang rakyat boleh lakukan terhadapnya. Dalam pada itu, Swee Lim berkata, apa yang dilakukan Mahathir adalah bertolak dari perasaannya yang kesunyian sekarang dan tidak dipedulikan lagi, lalu keluarkan berbagai kenyataan merapu. Terbaru, Mahathir mengulas keputusan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar Tahunan ke 57 dari 3 hingga 5 Jun lalu yang disifatkannya sebagai kemenangan kepada Karpal.
YB Karpal Singh a./l Ram Singh - Pengerusi DAP
Ini ekoran tema ucapan dasar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Membangun Negara Berkebajikan yang pada Mahathir, PAS membuang perjuangan tegakkan Negara Islam yang ditentang Karpal.
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Bertindak balas dari jawapan itu, Karpal pula menasihatkan Mahathir agar segera bertaubat. Sementara itu, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, pihaknya masih menyimpan surat ancaman daripada Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri yang menghalang Kelantan melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II termasuk Hukum Hudud. |
YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat - MB Kelantan
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3713-tun-m-wajar-mohon-maaf-pada-pas-anwar
Lagi ditangkap bawah ISA
Satu lagi tangkapan dicatatkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadikan jumlah yang menjadi mangsa kezaliman undang-undang tanpa perbicaraan itu seramai sembilan orang tahun tahun ini.
Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Abdul Haris Syhuhadi, 63, ditangkap pada petang Ahad di rumahnya di Klang, Selangor. Beliau didakwa terbabit dengan “aktiviti keganasan”.
GMI dalam satu kenyataan media berkata NGO berkenaan mengetahui tangkapan itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa.
“Abdul Haris ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Belah, Klang. Kami diberitahu bahawa beliau adalah seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah. Kami amat prihatin dengan keadaan dan keselamatan Abdul Haris,” kata E Nalini dari GMI.
Beliau juga mahu kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarganya melawat Abdul Haris pada kadar segera, sambil menambah penggunaan ISA ke atas lelaki itu adalah bercanggahan dengan hak asasi manusia, keadilan dan salah guna kuasa.
“GMI menghargai keselamatan negara yang perlu diutamakan tetapi hak bagi mendapatkan perbicaraan yang adil juga tidak harus diketepikan tanpa sebarang asas... Kami gesa kerajaan untuk membicarakan mangsa di mahkamah terbuka. Jika tidak beliau perlu dibebaskan tanpa lenggah lagi ataupun sebarang syarat.”
Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/166257
BN takut, 'rayu' belia pertahan Putrajaya |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 29 Mei: Permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belia Malaysia membantu untuk mempertahankan Putrajaya bukti Umno BN takut berdepan Pilihan Raya Umum ke -13, kata Idris Ahmad.
Ustaz Idris Ahmad - Ketua Penerangan PAS
Ketua Penerangan PAS itu mendakwa, permintaan Najib itu hanya sia-sia kerana yakin belia pada zaman ini matang membuat penilaian dengan pendedahan maklumat yang pelbagai dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana yang dikawal Umno BN. "PAS yakin belia Malaysia bukan hidup zaman gua yang terputus maklumat. Belia Malaysia yang merupakan orang aktif dengan media baru yang sentiasa terdedah dengan maklumat sebenar. "Umno hanya boleh mendapat sokongan daripada rakyat yang buta maklumat, belia bukan tergolong dalam kategori rakyat yang buta maklumat. Kebetulan pula yang datang di dalam perhimpunan ini bukan dengan kerelaan hati," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Mengulas himpunan setuja belia yang diadakan di Putrajaya itu, Idris berkata PAS tidak menganggap kehadiran belia ke sana petanda sokongan mereka kepada Umno BN, apatah lagi kehadiran mereka secara paksa rela. "PAS tidak hairan kerana perhimpunan yang Umno BN anjur semuanya bukan sukarela tetapi paksa rela, berbeza dengan himpunan anjuran PAS yang datang dengan belanja sendiri. "Rakyat tentu masih ingat ketika Umno tersepit maka mereka akan menghimpun rakyat. Sewaktu bergaduh dengan Raja-raja Melayu tahun 1983 mereka ajak rakyat untuk tunjuk kepada Raja-raja Melayu dengan mengadakan perhimpunan bahawa rakyat di belakang Umno," tambahnya lagi. Sehubungan itu, beliau yakin belia yang matang tidak akan bersama dengan kerajaan yang boros, korup dan tidak berhemah kepada negara dan rakyat. Belia jelasnya sedar mereka kini sedang dibebankan dengan kos kenaikan harga barangan termasuk beban pinjaman pengajian, beban sara hidup, pengangguran dan sebagainya. "Mereka tidak boleh terima, rakyat negara ini semakin merempat walaupun hasil mahsul negara begitu banyak," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3527-bn-takut-rayu-belia-pertahan-putrajaya
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/3522-jatuhnya-putrajaya-bukan-kerana-berhimpun Berita kematian Osama Bin Laden palsu? |
Huzir Sulaiman |
Berita CNN sendiri mengesahkan gambar yang dipaparkan dikebanyakan suratkhabar di seluruh dunia adalah palsu malah jurugambar dari New York yang dirujuk oleh CNN sendiri mengesahkan kepalsuan gambar itu kerana pelbagai kelemahan yang sedia ada. “Dari pixel yang terdapat pada gambar itu, jelas ia adalah palsu,” kata-kata dari Kenna Lindsay, jurugambar yang berpengalaman dalam imej komposit. Gambar yang sama juga telah dianalisis oleh Makmal Agensi Akhbar Perancis dan pengesahan telah diterima bahawa ia juga palsu khususnya di bahagian jambang dan bawah muka yang jelas kelihatan seolah-olah ditampal dari imej individu yang lain. Tidak pasti kenapa Amerika Laknatullah cukup beriya-iya untuk memaparkan berita ‘kematian’ itu di akhbar utama dunia sedangkan kita tahu, negara barat seperti mereka yang dilengkapi dengan teknologi yang cukup canggih mampu mengesahkan ketulenan gambar itu. Kenapa terlalu mendesak untuk melaporkan berita kematian itu? Adakah dengan kematian itu, Al-Qaeda khususnya akan menghentikan segala gerakan mereka? Adakah Osama Bin Laden cukup cuai dalam gerakan beliau sehingga tiada barisan pengganti yang sedia untuk diganti serta merta selepas ketiadaan beliau? Adakah itu jaminan keselamatan yang pasti kepada seluruh penduduk dunia dengan tiadanya Osama memimpin Al-Qaeda? Jika segala soalan itu tiada pasti jawapannya dan ditambah pula dengan penafian oleh sesetengah pihak di Amerika Syarikat, kenapa perlu Datuk Seri Najib Razak bersorak dengan pengumuman itu? Tiada apa yang sepatutnya disorakkan khususnya dari pemimpin Negara OIC itu yang seharusnya melihat dari pelbagai aspek atau sudut kenapa gerakan Al-Qaeda itu mula ditubuhkan kalau bukan kerana keganasan atau provokasi yang sebenarnya mula dicetuskan oleh Amerika Syarikat sendiri khususnya sekutu rapatnya Israel terhadap dunia umat ISLAM. Pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang tua cukup ketara di Palestin, Iraq dan Afghanistan oleh Amerika Syarikat dan tentera sekutunya. Kenapa perlu kita bersorak menyokong pengumuman itu kalau mereka sendiri yang sebenarnya menjaja keganasan di seluruh dunia malah menjadi penyebab utama provokasi kepada beberapa pertubuhan seperti Al-Qaeda untuk melancarkan serangan balas. Saya melihat, tekanan dari rakyat Amerika dan sekutu mereka sendiri telah mendesak berita itu untuk disegerakan kerana setelah hampir 10 tahun mereka mencabuli semua kedaulatan negara tertentu termasuk membelanjakan berjuta sehingga berbillion ringgit wang rakyat mereka untuk mengesan pimpinan Al-Qaeda itu, hasil ditagih segera. Amerika dan sekutunya khususnya Israel adalah sebenarnya pengganas dunia yang berselindung disebalik ciptaan ‘keganasan’ Al-Qaeda untuk menghalalkan kezaliman mereka meragut dan merampas kedaulatan umat ISLAM di abad moden ini melalui apa sahaja yang dirasakan perlu demi memenuhi dendam kesumat mereka sejak zaman berzaman. Bersorak keriangan dengan berita kematian itu seolah-olah menyokong segala matlamat mereka yang tidak menghalalkan cara khususnya pencabulan kepada hak asasi manusia, dan kedaulatan negara atas nama memerangi keganasan. Wallahua’lam. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/3103-berita-kematian-osama-bin-laden-palsu
Selangor tak restui perobohan kediaman secara paksa |
Aziz Muda |
SHAH ALAM, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak pernah merestui perobohan secara paksa sebarang kediaman warganegara Malaysia, kecuali setelah mencapai satu penyelesaian hasil rundingan yang diadakan.
YB Ir Iskandar Samad - Exco Selangor / ADUN Chempaka
|
Harakahdaily |
TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak? “Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS. “Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang. “Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain. “Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang. “Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur. “Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya. Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat. “Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif. |
|
YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak - MB Kedah
NURUL IZZAH - LAPORAN POLIS BERHUBUNG KOMIK LUCAH MENYERUPAI BAPANYA
KUALA LUMPUR 29 MAC : Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tampil membuat laporan polis berhubung pengedaran komik kartun lucah, 16 muka surat, yang menyerupai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
YB Nurul Izzah Anwar - AP Lembah Pantai
Komik berjudul 'Kisah Juara Raja Lawak' itu, memaparkan aksi lucah pelbagai posisi, dikatakan diedarkan dikawasan Lembah Pantai semalam melalui saluran pos.
Izzah berkata pengedaran komik yang tidak bermoral itu membayangkan UMNO BN seolah- olah menghalalkan politik lucah dalam meraih sokongan rakyat.
“Saya dimaklumkan oleh pengundi Lembah Pantai khususnya pengundi baru yang mendapat salinan berserta dengan pendaftaran pengundi mereka satu majalah komik berjudul “Kisah Juara Raja Lawak” 16 muka surat dengan gambaran seakan-akan menyerupai Ketua Pembangkang dalam bentuk yang begitu lucah.
Izzah berkata beliau akan menghantar laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malasiya (SPRM) dan mendesak agar dijalankan siasatan terhadap konspirasi mahu menjatuhkan reputasi dan kreadibiliti bapanya, Anwar dan beliau sendiri sebagai anak sulung tokoh politik tersohor itu.
"Saya akan hantar laporan kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menyiasat perkara ini kalau benar Kerajaan Barisan Nasional memang tidak menyokong dan menolak politik lucah durjana maka saya fikir tindakan tegas wajib diambil,” katanya.
Nurul Izzah membuat laporan polis itu di Ibu pejabat polis Dang Wangi kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Turut mengiringi beliau empat orang termasuk Ketua Pemuda PKR cabang itu Abdullah Izhar Yusof dan seorang peguam.
Izzah senada dengan pemimpin Pakatan rakyat yang lain, menolak politik kotor yang kini dimainkan pemimpin UMNO BN.
Penyebaran komik lucah ini dikesan selepas pendedahan video lucah oleh 'Datuk T' yang cuba mengaitkan Anwar.
'Datuk T' dibarisi bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Syazryl Eskay Abdullah dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.
Rahim dan Eskay menafikan mereka ditahan polis sebaliknya hanya ke balai polis untuk memberi keterangan dan bahan bukti berupa video seks tersebut dan sebuah jam tangan Omega.
Pimpinan Pakatan Rakyat mempetikai tindakan polis yang tidak menahan mereka berikutan memiliki dan menayangkan video lucah kepada awam menyalahi undang- undang.
'Datuk T' sebelum ini menayangkan rakaman video lucah tersebut kepada sekumpulan wartawan disebuah bilik di Hotel Carcosa Seri Negara.
3. Sumber berita : http://www.tvsnews.net/
PROJEK MRT DITERUSKAN TETAPI MELALUI JALAN GRAND SAGA KAJANG-CHERAS
25.09.2011 - YB Tuan Lee Kim Sin, ADUN Bandar Kajang telah mengumumkan bahwa Projek MRT seperti yang dirancang Kerajaan Persekutuan tetap diteruskan dari Sungai Buluh ke Bandar Kajang.
Penduduk Pekan Suntex, Taman Sri Raya dan penduduk-penduduk Tanah Warisan daripada nenek moyang seharusnya bergembira jalur laluan MRT itu akan dibina di atas Lebuhraya Grand Saga tanpa memindahkan para rumah penduduk-penduduk di sepanjang Jalan Cheras-Kajang. Persetujuan telah dicapai setelah beliau berbincang dengan pihak SPAD dan GAMUDA, pihak yang diberi kontrak membina laluan tersebut.
Pengumuman itu telah diumumkan oleh beliau ketika berucap pada Majlis Merdeka Raya Himpunan Rakyat di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras pada pagi ini.
Turut berucap pada majlis yang sama adalah YB Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Hulu Langat.
Turut disampaikan pada majlis tersebut ialah bantuan wang dan beras kepada ibu-ibu tunggal dan fakir miskin. Turut menerima hadiah duit raya ialah kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Orang ramai bertali arus hadir yang bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.
Majlis yang sama turut diadakan di Dewan Datuk Nazir Batu 14, Hulu Langat. Ahli Parlimen berkejar ke situ selepas beliau menyampaikan ucapan dan memberi duit raya kepada kanak-kanak.
MAJLIS DIALOG PROJEK MRT ANTARA SPAD DENGAN PENDUDUK-PENDUDUK YANG TERLIBAT DENGAN LALUAN MRT :
TARIKH : 10 MAC 2011 (KHAMIS)
JAM : 8.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN BESAR MPKj, KAJANG.
TURUT HADIR :
ADUN KAJANG - YB CIKGU LEE KIM SIN
SEMUA WARGA PENDUDUK TAMAN-TAMAN YANG TERLIBAT DIPERSILAKAN HADIR BERAMAI-RAMAI.
ULASAN :
Orang ramai memenuhi dewan hingga ada yang tidak dapat duduk kerana tidak kecukupan kerusi. Kata-kata aluan telah disampaikan oleh ADUN Kajang,YB Cikgu Lee Kim Sin dan diikuti oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Dr Che Rosli Che Mat. Dalam ucapannya YB Dr Che Rosli menyetujui projek MRT tersebut dijalankan untuk menyuraikan masalah lalulintas dan mengelakkan kesesakan. Nampaknya pendirian Ahli Parlimen Hulu Langat ini kurang disetujui oleh orang ramai yang hadir. Berbanding dengan ucapan YB Cikgu Lee yang lebih dekat dengan rakyat di mana pihak kerajaan mesti memikirkan kesusahan rakyat yang terlibat dengan jajaran laluan MRT ini.
Pihak ahli Majlis MPKj juga memaklumkan bahawa mereka sendiri mendapat taklimat daripada SPAD hanya selama 10 minit sahaja tanpa dapat mengemukakan cadangan-cadangan balas. Jadi bila YB Cikgu Lee bertanya kepada hadirin berapa orang yang bersetuju dengan projek ini maka tidak ada yang mengangkat tangan. Tetapi bila beliau bertanyakan berapa ramai yang mahu menunjuk perasaan bagi membantah maka suara ramai meneyetujuinya.
Beberapa orang telah mengemukakaan soalan dan pandangan tentang projek MRT ini. Tetapi malangnya wakil SPAD dan kontraktor-kontraktor yang berkenaan tidak menghadirkan diri walaupun mereka telah berjanji dengan YB ADUN Kajang untuk hadir pada malam itu.
Dalam jawapan-jawapannya, YB Cikgu Lee telah mengaambil perhatian terhadap beberapa cadangan daripada orang ramai :
- Satu panel guaman perlu dibentuk untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan guaman.
- Borang -borang aduan yang diterima akan dibawa ke Peringkat Negeri untuk dibincangkan di peringkat Exco.
- Orang ramai diminta mengisi borang bantahan di mana satu salinan dimasukkan ke dalam kotak di ruang lobbi MPKj dan satu salinan diserahkan ke pejabat beliau di Kajang.
- Satu perjumpaan lain akan diadakan sekali lagi dengan penduduk-penduduk yang terlibat seperti malam ini.
MAJLIS DIALOG PEMILIK RUMAH TAMAN SRI RAYA DENGAN WAKIL SPAD
Satu majlis perjumpaan di antara pemilik-pemilik rumah di Taman Sri Raya yang mana rumah-rumah mereka terlibat dengan jajaran laluan Projek MRT dan pemilik-pemilik tanah warisan penduduk Batu 10, Cheras akan diadakan pada 7 April 2011 jam 8.00 malam di Kompleks Penghulu Batu 10. Wakil SPAD dijangka akan hadir bagi menjawab berbagai persoalan yang bakal dimajukan oleh penduduk kepada mereka.
Kos pembinaan MRT Lembah Klang diketahui Mei ini
Kos pembinaan Projek Aliran Transit Mass (MRT) Lembah Klang akan diketahui penghujung Mei ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
http://www.malaysiakini.com/news/158684
10 000 MAHU MRT BAWAH TANAH - TTDI
You tube : http://www.malaysiakini.tv/video/21759/10000-penduduk-mahu-mrt-bawah-tanah.html
MRT uji kerjasama pusat dan kerajaan Selangor
Cadangan projek Aliran Transit Massa (MRT) yang membabitkan laluan Kajang - Sungai Buluh sepanjang 60 kilometer akan menjadi ujian getir kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Katanya, ini berikutan projek menaiktaraf pengangkutan awam yang akan menelan kos sebanyak RM40 bilion itu meliputi sebahagian besar kawasan Selangor selain cadangan laluan melibatkan kawasan penempatan penduduk.
Justeru, Khalid bertegas akan mengambil sikap proaktif berbincang dengan kerajaan persekutuan bagi memastikan kepentingan rakyat di Selangor tidak diabaikan.
"Kerajaan negeri bukan lihat sebab komersial tapi usaha kerajaan untuk selesaikan masalah kesesakan jalan raya. Ini adalah satu ujian antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri agar dapat berbincang secara profesional bagaimana untuk mencapai satu perbincangan untuk kebaikan rakyat. Kita perlu proaktif," jawab beliau pada sidang DUN Selangor pagi tadi.
Menjawab soalan yang dikemukakan ADUN Bangi, Khalid berkata taklimat proses pemetaan lokasi stesen MRT telah diwartakan untuk perbincangan.
Elakkan ketidakadilan
Justeru katanya, pembabitan secara langsung kerajaan negeri dalam usaha mencari penyelesaian aliran laluan MRT penting bagi mengelakkan sebarang ketidakadilan kepada rakyat tempatan.
Sebelum ini, 30 pemilik kedai di Kajang membantah cadangan laluan MRT yang turut melibatkan premis mereka.
"Yang penting kuasa yang ada pada tangan kerajaan negeri adalah proses pengambilan tanah. Jika kerajaan negeri mendapati pengambilan untuk aliran tidak adil kepada rakyat dalam pembangunan, kita berhak untuk tidak meluluskan.
"Saya akan mengambil sikap proaktif tapi tidak akan membelakangi rakyat negeri selangor. Kita telah mengumumkan bercadang untuk menempatkan exco dalam perbincangan supaya hampir dengan rakyat dan mengetahui keadaan sebenar. Pampasan yang adil perlu diberikan," kata Khalid.
Namun menurutnya setakat ini tiada sebarang pembangunan diluluskan di kawasan aliran yang terlibat.
Katanya lagi, kerajaan negeri melalui pejabat-pejabat tanah daerah telah mengeluarkan notis awal kepada penduduk yang terlibat bagi mengelakkan sebarang spekulasi harga tanah.
Justeru, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan boleh mengemukakan perkara tersebut di mahkamah.
Khalid kemudian menjelaskan kerajaan negeri masih sangsi dengan pendekatan kerajaan persekutuan berhubung kos pembinaan MRT. Justeru beliau menyarankan agar badan penilaian bebas diwujudkan bagi menilai kos sebenar sejajar dengan konsep nilai berpatutan.
"Tidak semestinya Gamuda akan mendapat kontrak tersebut. Kontrak tersebut perlu ditender. Pasukan penilaian bebas akan menilai sebenar kos tersebut. Kita masih sangsi dengan kerajaan persekutuan dan saya rasa ini adalah satu cara memastikan kos terlibat memberi konsep nilai berpatutan," jelasnya lagi.
Petikan dari Malaysiakini : 31.03.2011 http://www.malaysiakini.com/news/160183
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2970:sokong-sambung-lrt-tetapi-jaga-kepentingan-rakyat&catid=34:primary&Itemid=56
Sumber MK : 13/10/2011
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6517-mrt-jangan-jadi-projek-membazir

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor

YB Dr Shafie Abu Bakar - ADUN Bangi

Sokong sambung LRT tetapi jaga kepentingan rakyat |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 25 April: Kerajaan Selangor menyokong penuh projek penyambungan sistem aliran ringan (LRT) bagi meningkatkan mutu perhidmatan pengangkutan awam yang akan merancakkan pembangunan ekonomi negeri Selangor.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata penyediaan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak menyeluruh telah memperlahankan atau membantutkan pembangunan di kawasan tertentu dan senario ini tidak sihat kepada pembangunan ekonomi negeri. Bagaimanapun beliau menegaskan, setiap projek pembangunan yang dirancangkan perlulah mengambil kira kepentingan rakyat dan kesannya kepada kehidupan rakyat sekitar kawasan projek. “Kerajaan Selangor menyokong usaha-usaha kerajaan Pusat ini tetapi kita juga perlu mengambil kira keluhan dan bantahan penduduk yang terlibat dengan projek ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke beberapa tapak yang dimasukkan sebagai laluan LRT. Pada lawatan itu, Menteri Besar dibawa melawat sekitar Shah Alam oleh Persatuan Penduduk Taman Subang Alam yang membantah cadangan laluan LRT antara Kelana Jaya dan Shah Alam. Antara yang dilawati ialah sebuah rumah di Taman Subang Alam yang mendakwa rumahnya dalam bahaya kerana laluan LRT yang dicadangkan berdekatan dengan tasik sekali gus menyebabkan paras air tasik lebih tinggi. Penduduk taman itu juga membawa Menteri Besar melawat ke laluan alternatif yang didakwa mereka lebih sesuai dijadikan sebagai laluan LRT. Tan Sri Abdul Khalid berkata, kerajaan Selangor akan mengajukan bantahan penduduk itu kepada syarikat Prasarana Negara Berhad sebelum membuat keputusan muktamad.
YB Dr Mariah Mahmud - AP Kota Raja
YB Shuhaimi Mat Shafie - ADUN Sri Muda
Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan - Datuk Bandar Shah Alam
Dalam lawatan itu, Menteri Besar diiringi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Mat Shafie dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2970:sokong-sambung-lrt-tetapi-jaga-kepentingan-rakyat&catid=34:primary&Itemid=56
SPAD: Ubah laluan MRT bukan kerana politik
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi menegaskan bahawa personaliti atau pertimbangan politik tidak pernah menjadi faktor dalam menentukan perubahan laluan MY Rapid Transit (MRT) melalui satu lot tanah di Jalan Damansara.
Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar berkata suruhanjaya itu telah mempertimbangkan semua cadangan untuk mengubah laluan berkenaan berdasarkan fakta dan merit setiap kes dengan memastikan kepentingan awam terjamin.
"Kami amat prihatin terhadap maklumat yang salah yang disebarkan mengenai laluan semula di lokasi itu. Kami harap ini tidak dilakukan dengan sengaja untuk mengelirukan rakyat yang telah menyuarakan harapan mereka untuk melihat projek MRT siap," katanya dalam kenyataan media.
SPAD dalam kenyataan pada 6 Okt menjelaskan tindakan meluruskan landasan MRT di Jalan Damansara dekat Jalan Duta bukan untuk menyelamatkan banglo milik seorang kenamaan seperti didakwa pihak pembangkang.
"Fakta yang betul tidak berubah iaitu banglo berkenaan tidak pernah terjejas dan bukan punca di sebalik sebarang perubahan laluan seperti yang didakwa," katanya.
Syed Hamid juga berkata tiada perubahan kepada kerja pembinaan terowong memandangkan tender baru dibuka dan pemberian tender akan dibuat pada suku pertama 2012.
Pada 5 Oktober lalu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mempersoalkan sikap dwi-standard SPAD dalam pelarasan semula terowong MRT Lembah Kelang berhampiran jajaran Damansara dengan dakwaan tindakan itu bagi mengelakkan rumah seorang kenamaan menjadi laluan projek berkenaan.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata rumah mewah kepunyaan orang kenamaan dari Umno itu, mengikut pelan projek asal, berada di laluan projek MRT itu tetapi secara misteri telah "diselamatkan".
"Plan asal jelas menunjukkan sebuah terowong akan melalui di bawah banglo VIP... Bagaimanapun atas alasan yang hanya diketahui oleh pihak berkuasa, kerja-kerja di tapak asal telah dihentikan dan portal terowong dilencongkan,” katanya.

- TRENDING
- Sodomy II
- Anwar Ibrahim
- YourSay/VoxPop
- PKR
- PAS
Projek MRT: Pemilik tanah di Jalan Sultan diberi kata dua
Jabatan Tanah dan Galian telah memberi kata dua kepada pemilik tanah di Jalan Sultan - sama ada mencapai persetujuan dengan MRT Corps menjelang 30 Januari atau akan kehilangan tanah mereka.
Ini didedahkan kepada pengerusi Jawatankuasa bagi Pemuliharaan Jalan Bukit Bintang dan Jalan Sultan, Yong Yew Wei semalam.
Bercakap dalam satu taklimat dengan tuan tanah terlibat malam tadi, Yong berkata, surat bertarikh 4 Januari itu, telah dihantar ke pejabatnya baru semalam.
Dalam surat itu, Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Persekutuan Azemi Kasim memberi amaran bahawa jabatan itu boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk pengambilan balik tanah di sepanjang Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT.
Menurut surat itu lagi, sekiranya 'persetujuan bersama' tidak
ditandatangani sebelum 30 Januari 2012, jabatan itu akan meneruskan proses pengambilan tanah.
Yong (kanan) menganggapnya sebagai "hadiah Tahun Baru Cina" untuk pemilik tanah di Jalan Sultan.
"Berapa hari lagi yang tinggal sebelum tarikh akhirnya? Perayaan Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi, dan pemilik tanah tidak akan boleh tidur menyambut Tahun Baru Cina," katanya.
Beliau juga difahamkan bahawa Stesen Bas Klang, yang terletak di
Jalan Sultan, juga akan dirobohkan dalam tempoh tersebut.
"Ini adalah masa yang terbaik untuk merobohkannya ketika rakyat meninggalkan bandar tersebut."
Bagaimanapun, beliau menggesa pemilik tanah terbabit supaya jangan berputus asa dan terus berjuang walaupun ia terpaksa dibawa ke mahkamah.
Katanya, beliau akan menjawab surat jabatan tanah untuk menerangkan tiga perkara.
Satu di antaranya adalah untuk meminta jabatan itu menjelaskan mengenai kenyatan bercanggah MRT Corp sebelum ini, yang mengatakan bahawa tanah di Jalan Sultan tidak akan diambil.
Taklimat itu dihadiri kira-kira lima puluh pemilik tanah yang terlibat, termasuk dari Jalan Sultan, Jalan Bukit Bintang, TTDI dan Gombak.
Seorang wakil dari Kampung Banda Dalam di Gombak mencadangkan supaya semua penduduk Kuala Lumpur memasang bendera hitam pada hari ulangtahun Wilayah Persekutuan pada 1 Februari sebagai tanda bantahan terhadap projek MRT.
Sumber MK : 13/01/2012

Jamil Khir minta PAS henti main isu syurga dan neraka
March 04, 2011
TEMERLOH, 4 Mac — Kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) sentiasa mendoakan agar PAS insaf dan kembali ke perjuangan Islam sebenar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan umat Islam.
Datuk Seri Jamil Khir Baharom - Menteri di JPM
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perbuatan PAS mengeluarkan kenyataan berupa fatwa yang melibatkan syurga dan neraka dilihat semakin melampau lebih-lebih lagi jika ada pilihan raya.
“Ketika suasana pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan Merlimau ini misalnya, tindakan pemimpin PAS yang mengatakan sokongan kepada mereka akan dijanjikan syurga sebaliknya jika menyokong BN, pengundi akan berhadapan balasan perlu dihentikan.
“Kita sentiasa berdoa dan berharap mereka (PAS) akan insaf dan kembali semula ke pangkal jalan memperjuangkan Islam yang sebenar bukannya dengan cara begini.
“Mana mungkin pilihan raya politik disamakan dengan konsep syurga dan neraka yang sama sekali berbeza dengan politik dan perbuatan ini boleh mengelirukan rakyat,” katanya kepada pemberita di Felda Jengka 23 dekat sini malam tadi.
Jamil turut bertahlil dan membaca surah Yasin bersama peneroka Jengka 23 sebelum melawat Jengka 25 dan berceramah di sana.
Cerita pasal syurga & neraka ni aku nk Jamil Khir tlg baca & paham pasal ayat nie termasuk pencacai sekali..
"Sesungguhnya kami telah menurunkan kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya (yang menjelaskan hukum-hakam). Dengan kitab itu, nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang Yahudi dan (dengannya juga) “ulama” mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum daripada kitab Allah itu dan mereka pula adalah menjadi saksi terhadap kebenarannya. Oleh itu, janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu dan janganlah kamu menukar ayat-ayatku dengan harga yang sedikit (berupa harta duniawi imbalan daripada menyembunyikannya). Sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang yang kafir" (terhadapNya).terjemahan surah Al-Maidah ayat 44. Aku nk tanya ni kalau orang tu kafir dia boleh masuk syurga ker??
Petikan dari DD : 4/03/2011
Teruskan bersahabat dengan Muzammil |
Harakahdaily |
TEMERLOH, 5 Mac: PAS meminta ahli-ahlinya di Felda Jengka 25 terus bersahabat dengan Muzammil Alif yang dilaporkan kembali menyertai Umno setelah tiga hari meninggalkan parti itu. |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31226:teruskan-bersahabat-dengan-muzammil-tuan-ibrahim&catid=1:utama&Itemid=50
PENGASAS UMNO JENGKA 25 BERSAMA 11 YANG LAIN MENYERTAI PAS :
TEMERLOH, 2 Mac: Bekas Ketua Umno yang juga Pengasas Umno Jengka 25 telah meninggalkan Umno dan menyertai PAS bersama 11 ahli Umno yang lain malam tadi.
Muzamil Mualip, yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 ahli Umno yang lain telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di rumah beliau sendiri.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31158:pengasas-umno-jengka-25-masuk-pas&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
ANAK ALLAHYARHAM KHIR JOHARI, PENGASAS UMNO JADI ORANG KUAT DAP - SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI PULAU PINANG :
Sdr Zairil Khir - Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang
DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS KAWASAN HULU LANGAT TAMAN SUNTEX BATU 9 CHERAS :
Tn Hj Razaly Hassan - YDPPKHL sedang berucap merasmikan DPPPHL
Ehsan : http://mtddusuntua.blogspot.com/
Sertai Umno: 1,800 atau 18 orang |
M Faqih |
PASIR PUTEH, 27 Feb: Seramai 1,800 orang atau 18 orang bekas penyokong PAS yang dikatakan menyertai Umno. Inilah gimik yang berjaya dicetus ketua Umno bahagian ini, Zawawi Othman. |
Wan Hassan Wan Ibrahim - Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Puteh
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31093:sertai-umno-1800-atau-18-orang-&catid=1:utama&Itemid=50
SEKALI LAGI : 113 sertai Umno hanya satu gimik
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 27 Mac: "Itu hanya gimik politik Umno" demikian reaksi Naib Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Wan Hassan Wan Ibrahim berhubung laporan kononnya anggota PAS dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno semalam. Sambil menyifatkan Umno bahagian itu ketandusan idea Wan Hassan mendakwa selain itu mereka sanggup melakukan pelbagai taktik untuk membayangkan kekuatan parti itu kepada umum. Sedangkan katanya, semua tindakan itu sebenarnya tidak ubah bak kata pepatah 'indah khabar dari rupa.' "Kami tahu hakikat sebenar. Sandiwara penyertaan begini sudah masak bagi kami, jadi bila ada laporan-laporan sedemikian rupa ia tidak menjadi tamparan buat kami. "Sepanjang tahun ini saja entah berapa kali dah berita mengenai ahli PAS masuk Umno disiarkan oleh pelbagai media tapi apa yang pasti hasil dari siasatan kami tiadapun identiti mereka yang terbabit itu menunjukkan ahli PAS," katanya dihubungi Harakahdaily lewat malam tadi. Portal berita Malaysiakini memetik Bernama semalam melaporkan 113 anggota PAS cawangan Gong Tinggi dalam kawasan DUN Semerak bertindak menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Wan Hassan yang juga AdunN Semerak berkata, tindakan Umno tersebut sebagai satu taktik kotor serangan saraf bagi mewujudkan persepsi buruk di kalangan penyokong serta ahli PAS yang lain terhadap parti yang mendokong dasar Membangun Bersama Islam selama ini. "Bagaimanapun taktik itu sedkitpun tidak membimbangkan PAS kawasan Semerak khususnya. "Bahkan kita percaya selepas ini akan ada lagi gimik seperti itu akan dilakukan Umno," ujarnya. Sent via BlackBerry from Maxis |
PAS ambil tindakan pada 'anggota' keluar parti
YB Nasir Mustafa - ADUN Kubang Rotan / NYDP PAS Kuala Kedah
Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa berkata PAS bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pihak tertentu daripada mengaku sebagai anggota parti itu apabila mengisytiharkan keluar parti.
Bercakap pada sidang akhbar di Alor Setar, Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, berkata laporan mengenai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyerahkan borang untuk menyertai Umno bahagian Kuala Kedah itu adalah kurang tepat.
Sementara itu, Naib Ketua Umno bahagian Kuala Kedah Datuk Abdul Muthalib Haron, ketika dihubungi Bernama berkata kumpulan tersebut adalah penyokong PAS dan sebahagian daripadanya merupakan anggota PAS berdaftar.
"Kita turut menyelidik mereka yang memohon menyertai Umno, bukan menerima dan membuat kenyataan tanpa usul periksa," katanya.
YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak - MB Kedah
Semalam, 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno.
Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah.
Sumber : MK - 2/05/2011
|
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3508--nik-aziz-akan-raikan-200-ahli-umno-sertai-pas
Sumber HD 27-5-2012
Ummi Hafilda model produk kulit gebu persis bayi
Milo Suam, | 10 Mei 2013 |
BARANGKALI Ummi Hafilda sudah insaf dan tak mahu lagi menjaja fitnah untuk menyara hidupnya maka dia dan suami Pakistan yang baru dikahwini kini memulakan perniagaan produk memutihkan kulit.
Lebih menarik Ummi Hafilda sendiri menjadi model produk tersebut. Salah seorang sahabat memaklumkan iklan produk itu ada disiarkan di akhbar. Gua tertarik dengan tagline "Gebu persis bayi" yang digunakan.
Eloklah meniaga sebab kalau Ummi nak berceramah menyerang Anwar lagi macam dulu pun sudah tidak ada orang nak dengar cerita dia.
Klik untuk baca laporan penuh
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013