1. TAWAS (TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR) :
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,MB Selangor pada satu majlis TAWAS.
Kini sudah ada seramai 37,285 orang ahli dan tahun ini Tawas mensasarkan seramai 25,000 orang lagi pendaftaran dengan kadar 2000 orang sebulan. Demikian menurut Exco, Dr Xavier Jayakumar.
2. Skim Mesra Usia Emas (MES) : Skim ini ditujukan kepada warga Selangor yang telah menjangkau umur 60 tahun ke atas. Bila meninggal dunia, waris akan menerima pendahuluan sebanyak RM1000.00 untuk pengurusan jenazah dan kemudian waris akan menerima bakinya RM1500.00 yang berjumlah RM2500.00. Sama seperti Tawas, borang -borang boleh diperolehi melalui Pengerusi MPP di tempat masing-masing.
3. Bantuan Air Percuma 20 meter padu : Telah siap dipotong di dalam setiap bil pada setiap bulan.
4. Bantuan RM1000.00 kepada anak-anak yang masuk menuntut di IPTA/ IPTS.
5. Tabung Pendidikan kepada Anak-anak Pekerja Ladang melalui PIBG.
6. Bantuan Kifalah (Ibu Tunggal) : Bantuan berupa barang-barang dapur - beras,gula,minyak masak, dan sebagainya. Pengerusi MPP akan mengenalpasti ibu-ibu tunggal di komuniti masing-masing untuk diberikan bantuan tersebut. Sebagai contoh di Taman Sri Raya ini bolehlah berhubung dengan Tn Hj Supyan Hj Harun di talian handset : 0132354322 atau datang sendiri ke Surau Assobirien pada solat waktu berjumpa dengan beliau.
7. Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar) bagi membantu golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan mereka.
8. Program Takaful Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM2500.00.
9. Imbuhan guru Kafa sebanyak RM1000.00 dan tambahan RM300.00.
10. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 % dan komersil 10 %.
11. Bantuan RM50.00 seorang kepada murid prasekolah.
12.. Skim Insuran Takaful bernilai RM30 000.00 seorang kepada ketua-ketua kampung tradisi, kampung baru, komuniti India dan kampung orang asal, demikian dinyatakan oleh YB Dr Yaakob Sapari, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Kerajaan Negeri melaksanakan segala janji dalam manifesto secara berperingkat--peringkat mengikut keutamaan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Demikian kenyataan Exco Puan Rodziah Ismail dan disokong oleh YB DUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/3352-borang-mimbar-percuma
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4005-selangor-lancar-tabung-amanah-pembangunan-islam
- Kad Keahlian TAWAS
- Anak-anak yang lahir daripada ibubapa mereka yang merupakan anak Selangor boleh memohon menjadi ahli walaupun lahir di luar Selangor.
- Anak-anak yang lahir selepas pilihanraya Mac 2008 layak memohon.
- Borang juga boleh diisi secara online melalui portal kerajaan Selangor : http://www.selangor.gov.my/
- Borang--borang boleh diminta daripada Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) di taman-taman perumahan.
- Selepas mengisi borang tersebut,borang bolehlah diserah kepada pengerusi MPP atau diserah ke pejabat ADUN yang berkenaan dengan menyertakan salinan mykid,surat beranak, kp ibu dan bapa.
- Anak-anak yang diterima menjadi ahli akan menerima simpanan permulaan RM100.00 melalui Ambank dan apabila telah berumur 18 tahun akan berpeluang menerima RM1500.00 hasil daripada pelaburan Tawas.
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim,MB Selangor pada satu majlis TAWAS.
Kini sudah ada seramai 37,285 orang ahli dan tahun ini Tawas mensasarkan seramai 25,000 orang lagi pendaftaran dengan kadar 2000 orang sebulan. Demikian menurut Exco, Dr Xavier Jayakumar.
2. Skim Mesra Usia Emas (MES) : Skim ini ditujukan kepada warga Selangor yang telah menjangkau umur 60 tahun ke atas. Bila meninggal dunia, waris akan menerima pendahuluan sebanyak RM1000.00 untuk pengurusan jenazah dan kemudian waris akan menerima bakinya RM1500.00 yang berjumlah RM2500.00. Sama seperti Tawas, borang -borang boleh diperolehi melalui Pengerusi MPP di tempat masing-masing.
3. Bantuan Air Percuma 20 meter padu : Telah siap dipotong di dalam setiap bil pada setiap bulan.
4. Bantuan RM1000.00 kepada anak-anak yang masuk menuntut di IPTA/ IPTS.
5. Tabung Pendidikan kepada Anak-anak Pekerja Ladang melalui PIBG.
6. Bantuan Kifalah (Ibu Tunggal) : Bantuan berupa barang-barang dapur - beras,gula,minyak masak, dan sebagainya. Pengerusi MPP akan mengenalpasti ibu-ibu tunggal di komuniti masing-masing untuk diberikan bantuan tersebut. Sebagai contoh di Taman Sri Raya ini bolehlah berhubung dengan Tn Hj Supyan Hj Harun di talian handset : 0132354322 atau datang sendiri ke Surau Assobirien pada solat waktu berjumpa dengan beliau.
7. Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (Mimbar) bagi membantu golongan berpendapatan rendah menambah pendapatan mereka.
8. Program Takaful Orang Kurang Upaya (OKU) sebanyak RM2500.00.
9. Imbuhan guru Kafa sebanyak RM1000.00 dan tambahan RM300.00.
10. Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20 % dan komersil 10 %.
11. Bantuan RM50.00 seorang kepada murid prasekolah.
12.. Skim Insuran Takaful bernilai RM30 000.00 seorang kepada ketua-ketua kampung tradisi, kampung baru, komuniti India dan kampung orang asal, demikian dinyatakan oleh YB Dr Yaakob Sapari, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.
Kerajaan Negeri melaksanakan segala janji dalam manifesto secara berperingkat--peringkat mengikut keutamaan, yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Demikian kenyataan Exco Puan Rodziah Ismail dan disokong oleh YB DUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Borang MiMBAR percuma |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 18 Mei: Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (MiMBAR) dengan tegasnya mengesahkan bahawa semua borang permohonan yang diedarkan kepada oang ramai adalah percuma. “Kenyataan ini dibuat ekoran terdapatnya aduan daripada orang ramai bahawa borang MiMBAR telah dijual pada harga RM50 sekeping,” kata Pengurus Perhubungan Awamnya, Nor’ain Eusoff dalam satu kenyataan. Tambahnya, tindakan itu adalah bertentangan sama sekali dengan konsep MiMBAR yang mengamalkan kebajikan kepada peserta Justeru itu, katanya orang ramai diingatkan jika ini berlaku, mereka dinasihatkan untuk mengambil nama individu yang terlibat dan nombor telefon individu terbabit. Kemudian, ujarnya hendaklah dilaporkan segera kepada pengurusan MiMBAR dengan menelefon pejabat MiMBAR di talian 03-55101455. Namun begitu, katanya maklumat tentang individu yang menjual borang permohonan MiMBAR perlu dibuktikan sebelum panggilan atau aduan dibuat kepada pihaknya. “Perkara ini memang telah dijangkakan kerana pihak MiMBAR percaya ada pihak-pihak yang mungkin mahu program ini gagal,” ujarnya. Namun begitu, jelasnya dalam borang permohonan telahpun dicetak “PERCUMA” secara jelas di atas borang tersebut. Beliau berkata, jika orang ramai mendapat sebarang maklumat tentang individu yang tidak bertanggungjawab itu, ia haruslah dimaklumkan segera kepada pihak pengurusan MiMBAR dan pihak pengurusan akan mengambil langkah segera yang sewajarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/3352-borang-mimbar-percuma
Selangor lancar Tabung Amanah Pembangunan Islam |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 26 Jun: Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor maju selangkah lagi ke hadapan dengan pelancaran Tabung Amanah Pembangunan Islam (Tapis) versi baru, malam tadi. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah berucap dan menyempurnakan acara pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama Masjid Negeri dekat sini. Bertemakan 'Amal Jariah Ummah, Dari Rakyat Untuk Islam', Tapis menjadi wadah amal jariah umat Islam khasnya rakyat Selangor namun terbuka kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia. Tapis menjadi sebuah institusi berwibawa, telus, sistematik dan menyeluruh dan juga wadah membangun modal insan di Negeri Selangor. Menghimbau sejarah, Tapis telah ditubuhkan di bawah Kumpulan Wang Disatukan seksyen 9 (3) Akta Acara Kewangan 1957 dengan tajuk Akuan Tapis berkuatkuasa pada 1 April 1991. Tabung ini dilancarkan oleh Menteri Besar ketika itu pada 22 Mei 1991 di Dewan Jubli Perak Shah Alam. Tapis membawa nilai tersendiri dengan pelancaran versi baru, khususnya dalam membina kualiti umat Islam di Negeri Selangor. Skopnya amat luas dengan memberi keutamaan kepada program dan aktiviti kelangsungan penguasaan ilmu dan peningkatan syariat Islam. Tapis juga menjadi faktor penguat kepada institusi zakat, wakaf serta agenda dan perancangan Jabatan Agama Islam sendiri. Selain itu, Tapis adalah unsur pelengkap yang ditunggu-tunggu hasil ketaatan dan kehambaan seluruh umat Islam di Negeri Selangor. Tapis akan membuka ruang lebih luas ke arah membudayakan keikhlasan menderma selain mengisi tabung-tabung derma di masjid dan surau. Meneliti tema bantuan yang digariskan, ia adalah banyak dan umum, antaranya seperti penguasaan Al-Quran, penguasaan ilmu teras seperti akidah, syariah dan akhlak, ilmu alat, ilmu aini dan kifai, pemimpin dan kepimpinan Islam, mendaulatkan syiar Islam, dakwah dan tarbiah. Ia juga termasuk Islam sebagai cara hidup, pengamalan hukum hakam Islam, budaya menuntut ilmu sepanjang hayat dan lain-lain tema yang difikirkan sesuai oleh jawatankuasa akaun. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Exco Agama negeri dengan enam AJKnya seperti Timbalan Pengerusi (Pengarah Jais), Ahli (SUK, Mufti dan CEO Lembaga Zakat Selangor), timbalan pengarah (Jais) dan setiausaha (Jais). Bentuk sumbangan antaranya untuk Tapis pula seperti kewangan kelengkapan perpustakaan surau, sekolah dan pejabat, pembelian buku Islam, pembaikan dan pengimarahan masjid, surau serta banyak lagi. Selepas majlis pelancaran, diadakan juga forum perdana khas bertajuk MengIsrak-Mikrajkan Rakyat, panelis oleh Ustaz Haslin Bahrim dan Dr Azhar Yaakob, Dr Hasan sebagai moderator. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4005-selangor-lancar-tabung-amanah-pembangunan-islam
No comments:
Post a Comment