Ahli Parlimen Jerantut tak keluar UMNO la..
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 10 Dis 2012 |
Menurut sumber, cerita mengenai bermula Tengku Azlan keluar UMNO initelah bermula bila beliau ditemuramah oleh Makkal Osai beberapa hari yang lalu.
Dalam temuramah tersebut, dia tidak langsung menyentuh soal keluar parti atau menyertai parti Pakatan Rakyat.
Apa yang beliau nyatakan ialah dia akan bersara terus dari politik dan tidak akan bertanding lagi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.
Hasratnya untuk bersara telah dinyatakan sebaik saja dia menolak jawatan Timbalan Menteri Luar semasa Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi mahu melantiknya dahulu.
Beliau juga telah memaklumkan perkara ini kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Maknanya tidak timbul soal "keluar parti" seperti yang dihebohkan sebenarnya.
Ini laporan dari Free Malaysia Today
PETALING JAYA: Ahli parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar tidak meninggalkan Umno sebagaimana dilapor akhbar berbahasa Tamil dan beberapa blog.
Sebaliknya beliau hanya menyertai NGO iaitu Angkatan Amanah Merdeka pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah.
Perkata ini disahkan oleh Adun Tahan Ahmad Jaafar yang juga naib ketua Umno bahagian Jerantut ketika dihubungi hari ini.
“Saya telah mengesahkan perkara ini dengan orang kuatnya. Datuk Seri Tengku tidak keluar parti, beliau hanya sertai Amanah.
“Tetapi beliau masih ahli parlimen Jerantut dan ketua Umno bahagian ini,” katanya lagi.
Ahmad juga menjelaskan, Tengku Azlan beberapa kali memberitahu tidak berminat untuk bertanding lagi dalam pilihan raya umum ke 13.
Bagaimanapun, bekas menteri pengangkutan itu dikatakan mahu terus menjadi ketua Umno bahagian Jerantut.
Tengku Azlan menjadi ahli parlimen dan ketua Umno Jerantut sejak tiga penggal lalu. Sebelum itu beliau pernah menyertai parti Melayu Semangat 46 apabila parti itu dithubuhkan oleh Tengku Razaleigh selepas kalah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan jawatan presiden Umno pada tahun 1987.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka kembali semula ke pangkuan Umno.
Ini pula laporan dari Keadilandaily..
KUALA LUMPUR 10 Dis: Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan Rakyat (Pakatan).
Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.
Tengku Azlan “Mereka (Pakatan) cuba terangkan apa yang boleh diberikan kepada rakyat dan negara jika menang dalam pilihan raya. Ini tak ada masalah,” katanya kepada Keadilan Daily.
Perkembangan terbaru ini tentunya menggerunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berikutan Tengku Azlan adalah ahli parlimen di negeri kelahirannya.
Dalam pada itu, Tengku Azlan menafikan dakwaan akhbar berbahasa Tamil dan laporan beberapa blog menyatakan beliau keluar Umno dan menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Amanah Merdeka Rakyat (Amanah).
Sumber HD - 10-12-2012# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Tengku Azlan keluar Umno?
Harakahdaily, | 10 Dis 2012 |
JERANTUT: Sebuah akhbar Tamil, Makkal Osai melaporkan, anggota Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar akan keluar meninggalkan Umno.
Beliau dilaporkan tidak berpuashati dengan parti itu dan akan aktif dengan Amanah, NGO yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Makkal Osai melaporkan, Tengku Azlan akan menjadi Pengerusi Amanah negeri Pahang.
Sebelum ini, media melaporkan, Tengku Azlan tidak akan bertanding di parlimen Jerantut, dalam pilihan raya umum akan datang.
Namun begitu, menurut seorang blogger, Mohd Sayuti Omar dalam blognya, Tengku Azlan bukan mahu keluar Umno tetapi akan bersara dari politik sahaja.

Sumber HD - 10-12-2012
Polis rampas komputer riba pendakwah bebas
Salmiyah Harun, | 06 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Pihak polis bertindak merampas komputer riba milik seorang pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussien kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi, ekoran kritikannya terhadap seorang sultan beberapa minggu lalu.
Beliau yang dihubungi Harakahdaily, berkata dua orang polis masing-masing berpakaian uniform dan biasa menyerbu rumahnya.
"Ketika itu saya sedang baca buku, mereka datang dan merampas komputer riba katanya untuk menjalankan siasatan berhubung kritikan saya lepas," katanya.
Oktober lalu, beliau telah dipanggil ke balai Shah Alam, Seksyen 9 untuk memberikan keterengan ekoran dakwaan menghina sultan dalam satu 'posting' di Facebooknya.
Beliau disiasat, atas dakwaan berkaitan dengan isu kebebasan bersuara.
Sebelum ini, polis juga telah merampas telefon bimbitnya.

Sumber HD - 6-12-2012
MB Selangor: Noh berdepan 2 tokoh Umno
Analisa Anis Nazri, | 02 Nov 2012 |
(Adun Sekincan berucap dalam perhimpunan membantah Noh)
Biarpun gendang pilihan raya umum belum dipalu, dendangannya tetap kedengaran di mana-mana, sementelah ia memang dijangka akan dipalu bila-bila masa sahaja.
Sama ada parti pemerintah, BN mahupun Pakatan Rakyat, masing-masing cuba menawarkan yang terbaik untuk para pengundi.
Di negeri-negeri Pakatan Rakyat memerintah, sudah tentu bahangnya begitu terasa, lebih-lebih lagi kepada pihak pembangkang di negeri terbabit iaitu BN.
BN kini sedang mengintai-intai peluang di Selangor yang merupakan lubuk emas kepada negara. Lebih-lebih lagi apabila melihat kejayaan Pakatan Rakyat menerajui Selangor melalui menteri besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Lantaran itu, kerusi menteri besar Selangor memang menjadi tumpuan puak-puak di dalam BN, khususnya Umno, lebih-lebih lagi setelah bekas menteri besar yang terpalit dengan tuduhan rasuah, Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dikatakan tidak mungkin dicalonkan sebagai menteri besar.
Beberapa nama disebut-sebut sebagai pengganti Khir Toyo. Malah, terdapat pemimpin Umno yang cuba menonjolkan diri masing-masing bagi membuktikan keupayaan mereka menerajui Selangor.
Terdapat pimpinan di peringkat pusat dan juga pimpinan peringkat negeri berminat memenuhi kerusi tersebut sekiranya BN berjaya merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Umum mengetahui, nama Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar turut disebut-sebut sebagai calon menteri besar, yang akan mengintai ruang di Dun-dun tertentu untuk tujuan tersebut.
Selain Noh, Bendahari Umno Selangor, Tan Sri Rozali Ismail yang juga peneraju Syabas, turut dikatakan mengintai peluang sama dengan menjadikan Dun Sungai Panjang sebagai platform beliau.
Ternyata, Noh yang juga ahli parlimen Tanjung Karang bukan bakal berdepan dengan Rozali seorang, malah dikatakan Adun Sungai Burung, Datuk Mohd Shamsuddin Lias juga disebut-sebut akan 'menentang' Noh.
Shamsuddin, wakil rakyat di bawah parlimen Tanjung Karang itu sendiri dikatakan sudah 'terpisah' dengan Umno Tanjung Karang.
Maka, sudah tentu apabila gendang dipalu, suasana menjadi semakin membara dengan beberapa puak dalam Umno Selangor berlumba-lumba untuk mencapai matlamat mereka.
Sudah tentu juga terdapat nama pemimpin-pemimpin lain di seluruh bahagian di Selangor tidak akan ketinggalan untuk mengintai ruang dan peluang tersebut.
Sejauh mana nama-nama tersebut benar-benar bakal dicalonkan sebagai menteri besar, hanya Umno Selangor yang akan menentukan.
Soalnya, mampukan ahli-ahli BN, khususnya Umno Selangor mengambilalih pentadbiran negeri itu daripada Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum kelak?
Lebih-lebih lagi bagi Noh Omar yang dirundung pelbagai kontroversi yang melingkari beliau sepanjang beliau menjadi wakil rakyat di Tanjung Karang.
Bagaimana penduduk Tanjung Karang yang begitu terkesan dengan skandal kolam udang di Tanjung Karang dapat mengangkat Noh sebagai menteri besar mereka?
Noh, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikatakan memiliki tanah seluas 30 ekar yang disewakan kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn. Bhd. pada tahun 1995.
Tanah itu, yang pada mulanya dikatakan berstatus tanah komersial, dan kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian pada 2011 bagi tujuan projek penternakan udang.
Bagaimanapun, sudah tentu Noh yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor itu akan berjuang habis-habisan bagi memastikan BN berjaya menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.
Pada pilihan raya umum ke-12 lalu, Noh memenangi kerusi Tanjung Karang dengan memperoleh undi sebanyak 16 073, berbanding calon PAS, Mohamed Hanipa Maidin yang memperoleh undi sebanyak 12 253.
Kedua-dua Dun di bawah parlimen Tanjung Karang, iaitu Permatang dan Sungai Burung turut dimenangi calon BN iaitu Sulaiman Razak dan Datuk Mohd Shamsudin Lias, yang merupakan kawasan pendudukan orang Melayu.
Sumber HD - 2-11-2012
Pusat khidmat MP Serdang dipecah masuk
Harakahdaily, | 31 Okt 2012 |
BALAKONG: Pusat Khidmat Balakong Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching di Taman Dutamas di sini dipecah masuk hari ini.
Menurut Nei Ching, insiden itu hanya disedari seorang kakitangannya yang datang ke pejabat awal pagi ini.
"Apabila Miss Loh, kakitangan saya datang ke pejabat kira-kira 10:45 pagi ini, dia menyedari bahawa pejabat telah dipecahkan, kedua-dua komputer dan pencetak telah diambil," katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media hari ini.
Pejabat tersebut turut dikongsi dengan Ahli Majlis Perbandaran Kajang Bryan Lai.
Katanya, kemungkinan kejadian berlaku antara malam tadi sehingga pagi tadi dan laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu.
"Bagaimanapun pencuri tersebut tidak mengambil wang tunai lebih RM400 yang disimpan dalam laci meja komputer.
Ianya merupakan insiden kedua menimpa beliau dalam masa empat bulan selepas keretanya turut dicuri di Kajang pada April lalu.
Sumber HD - 31-10-2012
Jalan Duta dan Jalan Kuching ditutup sementara
Harakahdaily, | 31 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan akan menjalankan kerja-kerja pembinaan three tier extruded kerb di sepanjang Jalan Duta dan Jalan Kuching.
Sehubungan itu, sebahagian jalan tersebut (lorong laju) akan ditutup secara berperingkat-peringkat kepada pengguna, kata Pengurus Perancangan Korporat DBKL, Dr Ismail Stapa.
Katanya, kerja-kerja itu di Jalan Duta bermula 1 November 2012 hingga 19 Jun 2013 mulai jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang (peringkat pertama) dan 9.00 malam hingga 5.00 pagi (peringkat kedua).
Bagi Jalan Kuching pula, ujarnya kerja bermula 31 Oktober 2012 hingga 14 Mei 2013 mulai jam 9.30 pagi hingga 4.00 petang (peringkat pertama) dan 9.00 malam hingga 5.00 pagi (peringkat kedua).
“Pengguna diminta berhati-hati dan mematuhi papan tanda lalu lintas semasa kerja-kerja pembinaan dijalankan. Segala kesulitan adalah amat dikesali,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Sumber HD - 31-10-2012
Amstrong - manusia pertama ke bulan meninggal dunia
Harakahdaily, | 02 Apr 2012 |
HULU LANGAT, 2 April: Kejadian ribut di Kampung Lubuk Kelubi yang berlaku kira-kira jam 4.45 petang semalam telah menyebabkan 17 buah rumah terjejas termasuk dua rumah yang dihempap pokok tumbang.
(Penduduk dan Unit Amal berusaha membersihkan kawasan akibat ribut)
Ianya bermula dengan hujan lebat selama 10 minit dan disusuli ribut kencang kira-kira 5 minit sahaja.
Ekoran ribut itu, bermula jam lima petang para petugas Jabatan AMAL DUN Dusun Tua dan Hulu Langat telah memulakan tugas membantu kerja-kerja membersih terutama memotong pokok tumbang yang menghempap rumah.
Mereka juga membantu pihak Bomba dan Bomba Sukarelawan Hulu Langat membersihkan kawasan dan membantu mangsa ribut itu.
Antara yang turut hadir membantu, Sofian Othman Ketua Majlis Pemuda DUN Dusun Tua, Shahmior Kosim Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Langat, Haji Ramli Yunan Ketua Kampung Batu18 yang turut hadir membantu rakan sejawat En. Zulkifli Lajis Ketua Kampung Padang yang ditimpa kejadian ribut ini.
Operasi pembersihan ditangguhkan jam 10.00 malam oleh pihak bomba atas sebab keselamatan.
Sumber HD : 2/04/2012

Ustaz Hadi tinjau perkembangan Mediu
Harakahdaily, | 26 Mac 2012 |
SHAH ALAM, 26 Mac: Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mengadakan lawatan ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu) di sini, hari ini.
Lawatan tersebut bertujuan bagi mengenali dengan lebih lanjut berhubung perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah serta pengajian yang telah diperkenalkan.
Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mediu, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi pihak pengurusan tertinggi universiti.
Dr Muhammad Khalifa amat mengalu-alukan kehadiran beliau dan menyatakan rasa gembiranya di atas lawatan tersebut.
Seterusnya Tuan Guru Abdul Hadi telah diberi penerangan oleh Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat, Sirag El Nour berkenaan sistem pengajian yang digunapakai di Mediu yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia.
Pada sesi taklimat tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi telah didedahkan berhubung perkembangan terbaharu Mediu yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada lebih 4,000 pelajar daripada 90 buah negara dengan tawaran pengajian yang merangkumi 70 kursus melalui Fakulti Sains Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kewangan dan Fakulti Kejurutaraan.
Ustaz Abdul Hadi juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran Mediu yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa.
Sejurus selepas lawatan, beliau menyatakan rasa kagum dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh Mediu khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah memberi kemudahan untuk pelajar memilih bidang masing-masing beserta kaedah pengajian yang telah digunapakai.
“Lebih membanggakan, selain daripada pengajian secara di dalam kampus, Mediu juga memperkenalkan bentuk pengajian yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada,” ujar beliau.
Beliau dengan penuh harapan menyatakan kewujudan Mediu akan membuka peluang kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi serta membantu usaha menyalurkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berhubung agama Islam.

Air di Malaysia diguna untuk kayakan individu
Harakahdaily, | 15 Mac 2012 |
(Khalid berucap dalam Forum Air Sedunia di Marseille)
MARSEILLE, Perancis, 15 Mac: Menteri Besar Selangor memberitahu Forum Air Sedunia kali keenam hari ini bahawa penswastaan perkhidmatan air di Malaysia gagal kerana telah disalahgunakan untuk memanfaatkan golongan rentier menggunakan kos yang ditanggung pengguna.
Bercakap pada sesi Pihak Berkuasa Tempatan dan Serantau sempena Forum Air Sedunia kali keenam di Marseille, Perancis, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,walaupun terdapat kes kejayaan penswastaan air di peringkat antarabangsa, namun keadaan sedemikian tidak berlaku di Malaysia.
"Ini adalah contoh klasik kegagalan percubaan menswastakan kemudahan awam yang diburukkan dengan dua faktor iaitu pertembungan antara politik dan perniagaan di mana keuntungan kepada individu diutamakan di samping konflik kepentingan politik," kata Menteri Besar.
Beliau menegaskan teori penswastaan tidak salah kerana antara lain bertujuan menggurangkan beban kerajaan dan meningkatkan kecekapan sekali gus menambahkan daya saing,
"Namun di Selangor, syarikat konsesi swasta yang dipilih untuk merawat dan menyalurkan air kepada pengguna tidak mahir dan tidak berpengalaman dalam industri perkhidmatan air. Tanpa suntikan kewangan, syarikat-syarikat ini mula berkompromi dengan kualiti air dan penyampaian perkhidmatan air, memaksa tarif air yang tinggi kepada pengguna," katanya.
"Separuh daripada 13 negeri berdepan kewangan defisit dalam operasi air yang dianggarkan berjumlah RM1 bilion. Melantik pihak luar untuk menguruskan perkhidmatan industri air bukan saja mengurangkan kecekapan malah soal pembiayaan tidak ditangani sebaiknya," katanya yang menambah, kelemahan syarat perjanjian konsesi juga antara punca kegagalan penswastaan air.
"Perjanjian ini sepatutnya memasukkan fasal secara spesifik dan terperinci mengenai denda kepada konsesi yang gagal mematuhi syarat. Dalam kes kita, penjanjian konsesi sangat lemah. Apabila syarikat konsesi berdepan masalah kewangan, Kerajaan Pusat akan menanggung hutang-hutang ini,” katanya.
Beliau berkata, perjanjian antara negeri dan syarikat swasta sepatutnya mengandungi klausa yang melindungi kedua-dua pihak selain butiran terperinci bahawa perbelanjaan modal oleh kerajaan dengan peraturan jelas serta telus berhubung pemberian kontrak untuk projek-projek utama.
“Jelas penswastaan perkhidmatan air di Malaysia banyak silapnya. Persoalan dihadapi kerajaan negeri adalah sama ada penswastaan berkesan dan jika ya, bagaimana melakukannya? Di Malaysia, perkhidmatan air digunakan oleh golongan rentier, pelopor penswastaan tempatan dan pembuat dasar politik menggunakan hubungan yang sedia ada.
Beliau berkata, jalan penyelesaian ialah dengan merawat air secara holistik dan Kerajaan Negeri telah berusaha melakukannya seperti termaktub dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang digubal untuk menggabungkan industri air di mana pembubaran penswastaan merupakan satu kemungkinannya.
Walaupun akta ini diluluskan peringkat persekutuan, Kerajaan Persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional keberatan melaksanakannya ekoran kemenangan mengejut Pakatan Rakyat pada Mac 2008.
"Apabila tiba masa Kerajaan Negeri membeli saham syarikat konsesi (seperti yang ditetapkan dalam akta), Kerajaan Pusat bertindak balas dengan menunjukkan sikap bermusuhan," katanya.
Menteri Besar menjelaskan Kerajaan Negeri telah membuat tawaran rasmi melalui tiga kali rundingan, tetapi syarikat konsesi menuntut pampasan tinggi bagi penjualan saham serta ekuti dan keadaan ini tiada perubahan sehingga kini.
Beliau menekankan bahawa kepentingan politik menjadi faktor penghalang kepada perubahan ini. Kerajaan Pusat mendesak kerajaan negeri segera membeli syarikat konsesi air sebagai cara penyelesaian holistik, tetapi pada masa sama melanjutkan tempoh pajakan kepada syarikat konsesi ini.
"Walaupun atas nama Persekutuan, kuasa kerajaan negeri telah dinafikan sejak sekian lama. Ini kerana Kerajaan Persekutuan di Malaysia mengawal polisi utama dan ini menambah kesukaran kepada kami sebagai sebuah kerajaan negeri untuk membuat keputusan terhadap sumber yang menjadi milik kami," katanya.
Menteri Besar antara tujuh ketua negeri yang dijemput menyampaikan ucapan pada sesi itu yang bertemakan 'Towards Better Water Governance' yang dihoskan Region United (FOGAR) sempena Forum Air Sedunia.
Ini kali pertama Kerajaan Negeri membangkitkan isu air di peringkat antarabanga selepas lebih dua tahun berunding untuk mengambil alih industri perkhidmatan air. Menteri Besar dijangka berucap mengenai isu yang sama ketika berada di London pada Jumaat ini.
Harakahdaily, | 08 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dilema yang ditanggung oleh akhbar The Star ekoran penyiaran gambar Erykah Badu bertatu nama Allah pada dadanya yang terlanjang tidak selesai semalam.
Ini kerana, Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih tidak berpuashati dengan penjelasan akhbar MCA itu dan mahukan jaminan yang lebih konkrit ia tidak akan berulang di masa depan.
Malam tadi, The Star menerima surat dari KDN yang meminta penjelasan yang lebih baik sebelum hukuman dijatuhkan ekoran penyiaran gambar itu.
Ekoran itu, esok, Jumaat 9 Mac, para editor kanan mereka buat kali ketiganya dipanggil ke pejabat KDN.
Ini kerana, mereka diarahkan memberikan penjelasan dan tindakan yang lebih baik kerana penjelasan sebelum ini tidak meyakinkan KDN.
Kali pertama, mereka dipanggil sebaik sahaja gambar itu disiarkan manakala kali kedua pula bagi menjawab surat tunjuk sebab dan pengakuan salah mereka.
Isu The Star sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam, namun Harakahdaily dimaklumkan ia tidak berlaku.
Siasatan dalaman
Sementara itu, sumber bahagian sumber manusia The Star memaklumkan, akhbar itu buat pertama kalinya dalam sejarah akan membuat siasatan dalaman dengan diketuai oleh pihak luar.
Seorang bekas hakim mahkamah tinggi akan mengetuai penal siasatan kes ini yang akan berlangsung esok.
"Biasanya bahagian kami (HR) sahaja yang kendalikan kes siasatan dalaman ini tetapi oleh kerana kami perlu kewibawaan dalam siasatan kes ini, pihak luar terpaksa dipanggil," kata sumber itu.
Sumber itu juga memaklumkan, kes ini juga mencipta sejarah baru dalam akhbar ini apabila terpaksa mengumumkan nama pihak yang terlibat dalam membuat kesilapan ini.
"Biasanya kami rahsiakan pihak yang bersalah untuk menjaga kepentingan mereka misalnya untuk mendapatkan pekerjaan yang lain, tetapi oleh kerana kes ini terlalu besar, kami terpaksa umumkan nama mereka," kata sumber itu.
The Star sebelum ini mengumumkan pergantungan dua editornya yang bertugas dengan Star 2 yang bersalah menyiarkan gambar Erykah Badu yang bertatu nama Allah di dadanya yang terlanjang itu.
Dalam satu kenyataan disiarkan di laman webnya, pengurusan akhbar itu berkata, pihaknya telah menggantung editor kanan Star2, Lim Cheng Hoe dan timbalan editor, Daryl Goh, yang dilaporkan telah meluluskan penggunaan foto dalam Star2 edisi Isnin lalu.
Kedua-dua mereka digantung tugas dengan serta-merta.
Pada masa yang sama, pengurusan The Star berkata, Editor Bersekutu, Rozaid Abdul Rahman dan Shah A. Dadameah telah diminta menyelia dan membimbing akhbar itu dalam isu-isu berkaitan dengan sensitiviti agama.
Sumber yang sama juga memaklumkan, pihak pengurusan kanan akhbar itu menjangka hukuman yang berat dikenakan kepada akhbar itu.
"Namun kami yakin, tidaklah berat sangat hingga gantung sampai mati kerana kehadiran kami perlu untuk pilihan raya nanti," katanya.
The Star yang dimiliki oleh MCA adalah akhbar harian berbahasa Inggeris paling laris di Malaysia. Sebelum ini, ketika Operasi Lalang, The Star bersama Watan dan sebuah akhbar Cina digantung permit mereka sehinggalah di lepaskan semula.
Akhbar ini menjadi antara media utama yang menyerang lawan MCA khasnya PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Masa tunggu ke IPT terlalu lama
Tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diumumkan dan hampir 500 ribu calon sedang menunggu dengan penuh debaran kerana SPM dan STPM akan menentukan nasib mereka sama ada layak atau pun tidak untuk menyambungkan pengajian yang lebih tinggi nanti.
Difahamkan mulai tahun ini semua pelajar yang layak mendapat tempat ke IPTA dan IPTS hanya akan bermula sesi pengajian mereka pada bulan September nanti dan sebelum ini pelajar bermula sesinya pada bulan Jun atau pun Julai.
Kalau sekiranya keputusan SPM dan STPM diumumkan pada pertengahan bulan Mac dan begitu juga mereka yang telah pun tamat pengajian di kolej matrikulasi pada bulan Mac, mengapakah perlu menunggu selama 5 bulan untuk mendapatkan tempat di mana-mana pusat pengajian tinggi kerana ianya tidakkah akan merugikan masa dan membiarkan masa terluang begitu sahaja dan dalam masa 5 bulan penantian agak terlalu lama bagi belia-belia kita itu menunggu dan berbagai masalah sosial akan timbul apabila terdedah dengan dunia di luar sekolah nanti.
Diharap Kementerian Pengajian Tinggi dapat mengkajikan semula hasrat untuk menganjakkan sesi sambung belajar ke pusat-pusat pengajian tinggi ini supaya tidak terlalu lama seperti yang dicadangkan untuk tahun ini dan sebaik-baiknya mengikut prosedur lama yang ditetapkan sebelum ini iaitu bermula sesi hanya pada bulan Jun atau Julai sahaja.
Ini memandangkan sistem komputer yang canggih yang boleh mengendalikan pengisian borang melalui internet sahaja itu sudah cukup dapat menjimatkan masa bagi pengambilan pelajar baru ke pusat-pusat pengajian tinggi di negara kita ini.
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,
Ampangan, Seremban.
Sumber HD : 20/02/2012

Kuliah dhuha dan usrah Perantau 11 Feb
Harakahdaily, | 09 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 Feb: Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (Perantau) akan menganjurkan semula program Kuliah Dhuha dan Usrah (KDU) umum pada hari Sabtu, 11 Februari ini bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Fuqaha, Sungai Merab, Bangi.
Menurut Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong, sebelum ini Perantau telah beberapa kali mengadakan sesi makan nasi dagang dan keropok lekor pada tahun-tahun yang lepas tetapi tidak disertai dengan kuliah dan usrah.
Katanya, program kuliah dan usrah umum seperti itu telah tertangguh sejak tahun 2008 lagi kerana sebab-sebab teknikal.
Tambahnya, tujuan majlis itu diadakan bagi merapatkan tali silaturahim dan kekeluargaan di kalangan anak-anak Terengganu yang berada di perantauan di samping mendapatkan ilmu keagamaan secara tidak formal dari penceramah-penceramah agama yang bercakap dalam loghat Terengganu.
“Saya bagi pihak penganjur menjemput anak-anak Terengganu di perantauan untuk menghadiri majlis ini yang dijangka bermula jam mulai jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi mengeratkan tali silaturahim dan ukhuwah kekeluargaan di kalangan Perantau disamping menikmati makanan tradisi rakyat Terengganu nasi dagang dan keropok lekor,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau berharap, mana-mana pihak yang berminat untuk hadir dapat menghubungi pihak sekretariat Perantau supaya pengajur dapat membuat persiapan untuk menempah nasi dagang dan keropok lekor yang secukupnya.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berhubung majlis itu boleh menghubungi atau sms kepada Zulhilmi Abdul Rahman di talian 012-9283560.
Sumber HD : 9/02/2012
Bubar parti KITA pandangan peribadi Zaid
Mohamed Mazlan, | 08 Feb 2012 |
Kenyataan akhbar ini bertujuan memperjelas pendirian rasmi parti mengenai saranan Ketua Parti, Datuk Zaid Ibrahim, untuk membubarkan parti, yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media.
Parti KITA ditubuhkan bagi mengubah jenis politik di Malaysia kepada sebuah politik yang lebih sesuai demi mewujudkan sebuah masyarakat yang betul-betul demokratik, moden, berpendidikan dan progresif. Parti ini ditubuhkan bagi menyediakan rakyat Malaysia sebuah parti politik alternatif yang menggalakkan prinsip demokrasi, kesederhanaan, toleransi serta menyediakan langkah-langkah yang berkesan untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan yang lebih tinggi di pentas global. Matlamat ini hendak dicapai dengan cara mempromosikan dan menggalakkan dialog yang terbuka, bermakna dan membina yang memfokuskan isu. Parti ini TIDAK MEMBENARKAN taktik kotor dan politik jijik
(gutter politics).
Malangnya, apabila keahlian parti bertambah, ada sesetengahnya yang menyusup masuk menjadi ahli parti dengan satu-satunya agenda mereka iaitu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Walaupun kami mengalu-alukan ahli-ahli yang benar-benar ingin bertanding dalam pilihan raya demi memperjuangkan manifesto dan prinsip parti, kami tidak akan meletakkan calon-calon yang objektifnya adalah untuk "merosakkan undi", Parti juga tidak akan sekali-kali meletakkan calon yang diperalatkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang hendak bertanding untuk mencapai matlamat politik mereka. Tindak-tanduk seperti itu adalah keji dan ia bertentangan dengan prinsip parti. Sudah tentu kami tidak akan membenarkan parti diperalatkan seperti itu.
Kenyataan ketua parti Datuk Zaid Ibrahim untuk membubarkan parti merupakan pandangan peribadi beliau dan adalah antara pilihan yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti akhir bulan ini. Sekiranya parti boleh dibebaskan daripada serangan anasir-anasir yang tidak diingini dan oleh mereka yang menyusup masuk tanpa perlu membubarkan parti, maka itu adalah satu pilihan yang akan diberi keutamaan. Akan tetapi jika kepimpinan parti berpendapat bahawa jalan terbaik untuk menghalang parti daripada dijadikan alat atau tunggangan bagi menyalahgunakan proses pilihan raya adalah dengan menutup parti, maka keputusan itulah yang bakal diambil kelak.
Sumber HD : 26/03/2012
Mohamed Mazlan Abdul Manaf,
Ketua Penerangan Pusat Parti KITA

Angpau merah dan angpau putih
Khairul Faizi Ahmad Kamil, | 31 Jan 2012 |
Salam perjuangan,
Uniknya kita di Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama yang hidup bersama sejak kemasukan pelbagai kaum ke Tanah Melayu hasil daripada usaha penjajah untuk membangunkan ekonomi negara dan ekonomi penjajah. Kaum Cina di bawa masuk untuk mengusahakan industri perlombongan dan kaum India di bawa masuk untuk mempergiatkan industri perladangan. Hari ini, Malaysia dikenali sebagai negara bermasyarakat majmuk yang perlu saling memahami di antara satu sama lain untuk mewujudkan suasana harmoni dan rukun damai.
Sebagai usaha untuk mengeratkan hubungan di antara kaum adalah dengan memahami adat resam sesuatu kaum. Sebagai contohnya, kaum Melayu adatnya adalah seperti membuka kasut sebelum masuk ke rumah, berjabat tangan ketika bertemu dan ketika hendak berpisah dan makan menggunakan suapan tangan. Kaum Cina dan kaum India juga mempunyai adat resam yang tersendiri sama ada ketika hari kebiasaan dan hari perayaan.
Saya terpanggil untuk menulis tentang pemberian sampul angpau berwarna putih yang menimbulkan kontroversi oleh Perkasa. Perkasa yang dikenali sebagai sebuah NGO ultra-Melayu sebelum ini pernah menimbulkan beberapa kronologi isu yang tidak berkenan di hati masyarakat Cina. Mungkin di atas pandangan negatif itu maka Perkasa cuba untuk membuktikan bahawa apa yang diperkatakan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan Perkasa buktikan dengan menganjurkan majlis Sambutan Tahun Baru Cina.
Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpau menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan banyak pihak termasuklah daripada parti komponen BN.
Angpau sering diberikan pada majlis sosial dan keluarga seperti jamuan perkahwinan Cina atau ketika perayaan seperti Tahun Baru Cina. Warna merah sampul ini melambangkan tuah. Pada perayaan Tahun Baru Cina, angpau biasanya diberi oleh yang sudah berkahwin kepada yang belum berkahwin. Sesiapa yang belum berkahwin layak menerimanya tanpa mengira usia. Namun, isu yang timbul baru-baru ini bukanlah kerana penerima layak ataupun tidak tetapi ia timbul kerana Perkasa menggunakan sampul yang berwarna putih.
Jika difikirkan oleh akal maka rasanya tidak wajar warna sampul angpau dijadikan satu isu yang besar namun seperti yang saya nyatakan di atas tadi bahawa perlunya kita memahami adat resam sesuatu kaum untuk membina keharmonian sesama kita. Perkasa yang pendekatannya ultra-Melayu akan dilihat seperti mempermain-mainkan kaum Cina kerana tidak sensitif dengan perkara yang berkaitan dengan warna.
Pernah dalam satu program mengedar kad Tahun Baru Cina dan buah limau mandarin bersama PAS kawasan, saya menegur petugas yang menggunakan sampul plastik berwarna hitam untuk membungkus limau-limau tersebut sebelum diserahkan kepada masyarakat Cina. Begitu juga dengan buah limau yang perlu diberikan sebanyak dua biji pada setiap penerima.
Apapun, peristiwa ini perlu kita lihat juga sebagai satu pengajaran yang berguna kepada semua agar lebih memahami adat resam sesama kita yang tinggal dalam sebuah negara bermasyarakat majmuk.
Kepada Perkasa, tidak salah jika permohonan maaf dibuat secara terbuka.
Wassalam.
Sumber HD : 31/01/2012
| Print |
Kumpul dana untuk runtuhkan tembok Putrajaya
Harakahdaily, | 30 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 30 Jan: PAS Putrajaya akan menganjurkan majlis makan tengah hari sempena Maulidur Rasul bersama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada 5 Februari ini bertempat di Dewan Kondominium Saujana Aster, Jalan P11H/1, Presint 11, Putrajaya.
“Program ini diadakan bertujuan menyemai cinta dan kasih kepada Rasulullah s.a.w. dengan menjadikan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiulawal setiap tahun sebagai syiar,” kata Ketua Pemuda PAS Putrajaya, Mohd Khoirol Anwar Mat Zuki.
Beliau berkata, sesungguhnya Rasulullah adalah insan termulia di antara semua makhluk dan baginda adalah ikon yang wajib dicintai oleh setiap umat Islam.
Katanya, sebagai insan teladan dan teragung, peribadi, tingkah laku, akhlak, watak kehidupan dari sudut peribadi, keluarga, masyarakat dan kepemimpinan Nabi Muhammad s.a.w. merupakan sunnah yang perlu dicontohi.
Justeru, ujarnya program itu menjadi suatu wadah umat Islam melahirkan kecintaan dan kasih terhadap Rasulullah s.a.w.
Selain daripada itu, kata beliau program makan tengah hari itu disasarkan untuk mengutip dana bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke 13 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa.
PAS Putrajaya, katanya mensasarkan kutipan sebanyak RM50,000 akan berjaya dikutip dengan program yang dianjurkan itu.
Tambahnya, tiket berharga RM20 seorang dijual dengan harapan penyertaan daripada pelbagai peringkat.
Tiket boleh didapati dengan menghubungi Dr Hairul di talian 013-3680182.
Katanya, sebagai simbolik kepada kemenangan rakyat pada PRU ke 13, Putrajaya sering kali disebut di bibir rakyat oleh mereka yang dambakan sebuah kerajaan baru yang adil, bersih, berkebajikan, telus dan amanah yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.
“Impian ini tidak akan terlaksana melainkan ‘diruntuhkan’ tembok Putrajaya terlebih dahulu dalam PRU ke 13 dan PAS Putrajaya sedang bersedia menghadapinya,” ujarnya.
Sumber HD : 30/01/2012

Pengharaman mercun memperolokkan undang-undang
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menarik semula pengharaman yang dikenakan ke atas mercun kerana ia seolah-olah memperolokkan undang-undang jika tiada penguatkuasaan.
Permainan mercun telah diharamkan sejak 1978; namun dentuman mercun yang bertalu-talu jelas kedengaran di seluruh Pulau Pinang pada malam Tahun Baharu Cina.
Bunga api dan mercun telah meragut banyak nyawa dan kemusnahan harta benda. Jika penguatkuasanya tidak dilaksanakan dengan tegas, kita seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada musibah ini.
Tragedi terbaru berlaku di Kota Kinabalu apabila seorang lelaki berusia 26 tahun maut dalam nahas letupan bunga api. Ahli keluarga mangsa yang berada di tempat kejadian melihat dengan ngeri mangsa terjatuh ke tanah dan tidak bermaya selepas bunga api yang dipasangnya tidak menyala dan tiba-tiba meletup lalu terkena pada mukanya apabila beliau cuba memeriksanya.
Bunga api dan mercun yang berleluasa di pasaran jelas menunjukkan kelemahan pihak Jabatan Kastam melakukan pemeriksaan teliti di pintu masuk. Jika Jabatan Kastam lebih berhati-hati sewaktu menjalankan tugas, dagangan yang merbahaya ini tidak akan beredar di pasaran.
Pada masa ini hanya mercun diharamkan di bawah Akta Bahan Letupan. Namun begitu, peraturan ini masih belum mencukupi. Bunga api juga mengandungi bahan letupan; oleh itu ia turut mendedahkan bahaya kepada penggunanya.
Selanjutnya, pengharaman sepenuhnya ke atas kedua-dua mercun dan bunga api akan memudahkan tugas penguatkuasaannya kerana tidak ada benda yang terselindung. Pada ketika ini, pegawa-pegawai penguatkuasa berasa sukar hendak menjalankan tugas jika mercun disembunyikan di sebalik timbunan bunga api. Pengharaman mercun dan bunga api bukan saja memudahkan tugas penguatkuasaan lebih mudah, malah orang ramai lebih mudah mengenal pasti mereka yang melakukan kesalahan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
Sejak bertahun-tahun CAP telah menggesa ke arah penguatkuasaan mercun dan bunga api. Malangnya, gesaan itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa. Pihak polis dan Jabatan Kastam gagal memeriksa apa yang dianggap sebagai perilaku yang memperolokkan undang-undang.
CAP berasa dukacita kerana pihak berkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang tidak bertindak tegas terhadap mereka yang secara terang-terangan melanggar undang-undang.
Setiap tahun ramai kanak-kanak yang terbunuh atau tercedera dan mengalami kecacatan apabila bermain bunga api. Jika kita benar-benar mengambil berat terhadap kebajikan mereka, kita sepatutnya mengharamkan semua permainan mercun dan bunga api tanpa sebarang alasan lagi. Hanya dengan cara ini saja anak-anak kita akan terselamat daripada tragedi yang berlaku setiap tahun ini.
Kita memahami bahawa permainan bunga api dan mercun memeriahkan lagi sambutan sesuatu perayaan. Namun akibat dan kosnya terlalu tinggi untuk ditanggung.
Memandangkan pihak berkuasa seolah-olah tidak berupaya menguatkuasakan undang-undang yang ada, adalah lebih baik sekiranya pengharaman ke atas mercun ditarik balik, daripada memberikan jaminan palsu bahawa keadaannya selamat.
Sudah terlalu lama Akta Bahan Letupan menjadi bahan sendaan.
S.M. Mohamed Idris
Presiden CAP

Sumber HD : 27/01/2012| Print |
Portfolio agama: Zaid beri amaran kepada anak buahnya
Harakahdaily, | 19 Jan 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Jan: Presiden parti Kita, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata, beliau telah memberikan amaran kepada pemimpin partinya di Kedah yang selalu memperlekehkan Pakatan Rakyat.
Zaid melalui satu kenyataan yang dibuat melalui twitternya berkata, "Amaran telah diberi, tunggu dan lihat."
Zaid dipercayai mengulas kenyataan Ketua Penerangan Kita Kedah, Wan Rosli Omar yang mendakwa PAS telah tunduk kepada PKR.
Dakwaan itu dibuat Wan Rosli ekoran tindakan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih portfolio Hal Ehwal Agama yang sebelum ini disandang oleh Exco dari PAS, Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Dalam rombakan portfolio semalam, Khalid mengumumkan exco yang baru dilantik, Dr Ahmad Yunus Hairi menjaga portfolio Adat Melayu, Belia dan Sukan.
Ekoran itu, satu laman web melaporkan, Wan Omar mempertikaikan sikap PAS itu.
“PKR dilihat merampas tugas EXCO Agama yang selama ini dipegang oleh PAS. Tidakkah ahli PAS nampak perkara ini,” kata Ketua Penerangan Wan Rosli Omar.
Khalid dalam twitter berkata, "KITA Kedah selalu memperlekeh Pakatan, FMT (Free Malaysia Today) beri ruang. Langsung tak sentoh BN. Amaran diberi , tunggu dan lihat."
Sebelum ini, para pimpinan PAS Selangor menjelaskan, susunan portfolio ini sudah dibincangkan dengan MB sebelum pengumuman itu dibuat.
Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Othman dilaporkan berkata, perkata itu sudah dibincangkan dan jaminan telah diberikan untuk berbincang dengan PAS jika ada isu-isu besar yang membabitkan Islam.
"Itu jaminan diberikan kepada kami, jadi tidak menjadi satu masalah," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad pula berkata, langkah itu perlu untuk membolehkan kerajaan negeri mengendalikan portfolio itu dengan baik.
“Kalau diletakkan orang baru, kita khuatir dia mungkin akan dipermainkan oleh Umno yang akan menggunakan Jais dan Mais untuk kepentingan mereka dan itu akan menimbulkan masalah tetapi kalau Menteri Besar yang pegang, baru bertemu buku dengan ruas," kata Khalid Samad dalam satu kenyataannya kepada media.
Seorang lagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco kerajaan negeri, Iskandar Samad berkata, langkah MB memegang portfolio itu hanya sementara sahaja.
PEMUDA PAS MAHU JUMPA KHALID
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) akan mengunjungi Menteri Besar Selangor bagi mendapatkan penjelasan berhubung hal ini.
"Kami berhasrat untuk bertemu dengan Tan Sri Khalid berikutan perubahan portfolio daripada Ahli MMKN yang diwakili oleh PAS dan untuk mendapat penjelasan bagi portfolio baru yang diamanahkan kepada PAS Selangor.
"Dalam masa yang sama juga kami ingin mendapat gambaran penyusunan semula portfolio dan skop kerja bagi pimpinan Kerajaan Negeri Selangor selepas ini setelah berlakunya rombakan kecil portfolio yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata Naib Ketua Pemuda PAS, Dr Raja Ahmad Al-Hiss.
Pemuda PAS mengucapkan tahniah atas pelantikan Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN).
"Kami turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADUN Meru, Dr Abd Rani Osman yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dilantik sebagai Pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (Skimsel).
"Manakala ADUN Bandar Baru Bangi, Dr Shafie Abu Bakar yang turut dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) yang baharu yang telah diumumkan oleh Tan Sri Khalid," kata beliau dalam kenyataan itu.
Sumber HD : 19/01/2012Zaid melalui satu kenyataan yang dibuat melalui twitternya berkata, "Amaran telah diberi, tunggu dan lihat."

Awer kesal SPAN bercanggah dengan realiti
KUALA LUMPUR, 8 Jan: Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) amat kesal dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kerana mengeluarkan kenyataan penuh mengelirukan berhubung Non-Revenue Water (NRW) atau Air Tidak Terhasil, sehingga kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM4.99 billion bagi tahun 2008, 2009 dan 2010.
Sumber HD : 8/01/2012Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran (gambar) berkata, lebih dikesali lagi apabila kenyataan yang juga jawapan balas daripada pihak SPAN berhubung perkara itu yang ditimbulkan oleh pihaknya, ternyata bertentangan sama sekali dengan penstrukturan semula industri air negara yang digariskan oleh Kerajaan Persekutuan. Menurutnya, kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPAN seperti yang dilaporkan media perdana semalam menyebut bahawa nilai sasaran NRW akan dikaji semula dari semasa ke semasa selepas penstrukturan semula industri perkhidmatan air selesai. Katanya, kenyataan itu membuktikan kaedah operasi mereka adalah secara 'ad-hoc', sedangkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air negara telah mengalami kelewatan dan sepatutnya siap dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-9 (tahun 2006 hingga 2010). "Kelewatan tersebut kini telah memasuki tahun kedua dan ia pasti akan menyebabkan kerajaan mengalami kerugian lebih besar jika tidak diatasi segera," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini. Harakahdaily pada 5 Januari lalu atas tajuk 'Pendapatan NRW Hilang RM4.99B Sejak 2008' melaporkan Malaysia telah kehilangan pendapatan disebabkan Non-Revenue Water (NRW) atau Air Tidak Terhasil dengan angka amat mengejutkan sebanyak RM4.99 billion bagi tahun 2008, 2009 dan 2010. Daripada angka itu, kehilangan pendapatan bagi tahun 2010 sahaja dianggarkan RM1.74 billion, ekoran kegagalan Kerajaan BN menguruskan NRW secara holistik. Presiden Awer, S Piarapakaran berkata, data tersebut diperolehi oleh Awer dengan menjalankan pemodelan NRW berdasarkan statistik tahun 2010 yang dilaporkan di Malaysia Water Industry Guide 2011. Awer masih berpendirian tegas bahawa cadangan sasaran nilai NRW kebangsaan patut ditetapkan pada 20 peratus menjelang tahun 2020 dan mesti dijadikan indikator kebangsaan bagi industri air negara seperti yang diumumkan oleh persatuan itu tahun lalu. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), tambahnya, telah menyangkal sasaran 20 peratus itu sebagai tidak boleh dicapai dan tiada pulangan ekonomi. "Malangnya, tiada sebarang pengiraan atau pemodelan telah dijalankan oleh SPAN untuk membuktikan perkara itu. Apatah lagi, baru-baru ini SPAN telah melaporkan bahawa sasaran 25 peratus NRW dapat dicapai lebih awal daripada tahun 2020. Adakah pengawalselia ini menetapkan sasaran yang mudah dicapai secara ad-hoc?" ujarnya. Mengulas perkara itu, beliau berkata, SPAN telah ditubuhkan untuk mencegah industri perkhidmatan air daripada mengalami kegagalan disebabkan oleh prestasi tidak memuaskan, masalah kewangan dan nilai NRW yang tinggi. Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta SPAN) telah menggariskan fungsi suruhanjaya itu dengan jelas, dengan Seksyen 15 (d) menyatakan bahawa SPAN perlu menambah usaha bersepadu ke arah meningkatkan kecekapan pengendalian industri perkhidmatan air dan secara khususnya pengurangan Air Tidak Terhasil melalui program-program jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Ini turut disokong oleh Seksyen 15 (b) dan (c). "Jika SPAN tidak dapat menyediakan ‘Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan’ seperti yang dicadangkan oleh Awer, bagaimana mereka dapat menjalankan fungsi mereka yang ditetapkan dalam Seksyen 15 (d)? Jika tidak ada sasaran spesifik yang ditetapkan bagi setiap negeri, apa yang SPAN ingin capai?" katanya. Garis panduan teknikal, piawaian (standard) dan perancangan yang holistik, tegasnya, adalah sebahagian daripada fungsi-fungsi SPAN dan mereka tidak boleh melepaskan tugas itu kepada operator perkhidmatan air (syarikat air) untuk melakukannya. "Pada hal, SPAN telah ditubuhkan untuk mengurangkan NRW seperti yang termaktub dalam Akta SPAN. Ini dikukuhkan lagi oleh Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) di mana semua industri perkhidmatan air perlu mematuhinya kecuali di Sabah dan Sarawak. "Seksyen 29, 36, 41, 132, 134, 135, 138, 139, 177, 178, 179, 180 dan banyak lagi bahagian-bahagian dalam WSIA memberi kuasa langsung kepada SPAN dalam menjalankan fungsinya," tambahnya. Sebagai contoh, ujarnya, pengawalan tekanan air adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh syarikat air pada waktu permintaan bukan puncak (non-peak demand), tetapi disebabkan oleh masalah NRW, terdapat kawasan-kawasan dalam sistem paip yang boleh menyedut air dari luar sistem perpaipan dan mencemarkan air yang telah dirawat. "Ini juga adalah berdasarkan prinsip Bernoulli. Sebagai pengawalselia teknikal, SPAN perlu menetapkan prosedur dan garis panduan untuk memastikan kualiti air terawat tidak terjejas. "Bagi merealisasikan ini, SPAN perlu menyediakan Pelan Tindakan Pengurangan NRW Kebangsaan dan mesti tidak boleh membiarkan syarikat air untuk memberitahu SPAN apa yang perlu dilakukan," tegasnya. Contoh kedua, menurut beliau lagi, semua paip dan meter ditebus (dibayar) melalui tarif, manakala semasa penggantian paip dan meter serta kerja-kerja baikpulih kebocoran lain, banyak bahan-bahan berasaskan polimer dan logam akan digantikan yang kesemua kos mengalihkan bahan-bahan itu adalah sebahagian daripada kos penyelenggaraan. "Bahan-bahan itu mempunyai nilai ekonominya. Di bawah WSIA, segala kos yang dipulih perlu dikira semula dalam penetapan tarif. Ia bukan keuntungan langsung untuk industri. "Apa yang telah berlaku kepada kos-kos pemulihan bahan-bahan ini? Berapa banyak wang yang telah diperoleh oleh syarikat-syarikat air setakat ini? Adakah SPAN mempunyai maklumat ini kerana mereka mempunyai kuasa di bawah WSIA untuk mendapatkan perangkaan ini?" tanya beliau. Pengerusi dan ahli-ahli SPAN, katanya, mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap fungsi-fungsi yang diamanahkan kepada mereka dan bukan hanya memberikan alasan. "Awer akan menulis secara rasmi kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sri Peter Chin Fah Kui, untuk mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan itu yang dikeluarkan oleh SPAN," ujar beliau. Pekan Kajang dilanda banjir kilat |
Harakahdaily |
KAJANG, 2 Dis: Hujan lebat beberapa jam sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Kajang di sini dilanda banjir kilat. Paling terjejas teruk pekan Kajang yang dinaiki air sekaligus merosakkan barangan di dalam beberapa buah kedai. Selain itu beberapa kenderaan juga turut terkandas ekoran air yang naik secara mendadak. Kejadian banjir teruk di Kajang pernah berlaku pada tahun 2008. Berikut antara gambar-gambar yang dirakam orang ramai. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6830-pekan-kajang-dilanda-banjir-kilat
PAS Pahang gesa patuhi arahan berpindah |
Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 25 Nov: PAS kawasan seluruh Pahang diarah bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dalam masa terdekat dengan membuka bilik gerakan dan pengurusan bencana banjir di tempat masing-masing. Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pahang, Hassanuddin Salim (gambar) berkata, ini disebabkan hujan yang berterusan di negeri ini serta paras air sungai kini berada di paras bahaya. “PAS kawasan dan Dewan Pemuda melalui Unit Amal di seluruh negeri Pahang diminta bersiap sedia dan membuka bilik gerakan untuk menghadapi kemungkinan banjir dalam masa terdekat bagi menghulurkan bantuan sebarang bantuan diperlukan. “Berdasarkan amaran hujan lebat peringkat merah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi bagi beberapa daerah di negeri ini iaitu di Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin, bencana banjir kemungkinan tidak dapat dielakkan. “Begitu juga dengan paras air di beberapa buah sungai pula dilaporkan sudah melepasi keadaan bahaya. Dengan itu penduduk yang berada di kawasan rendah dikehendaki berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kemungkinan buruk,” katanya dalam kenyataan medianya. Hassanuddin turut menasihatkan penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan jika terdapat arahan pihak berkuasa supaya berpindah mereka hendaklah mematuhinya supaya tidak berlaku peristiwa yang tidak dingini. Tambahnya lagi, PAS kawasan juga disarankan menganjurkan solat hajat dan munajat memohon rahmat Allah agar seluruh negeri Pahang dan rakyatnya dipelihara daripada sebarang musibah jika banjir melanda pada tahun ini. Sementara itu, seramai 11 orang daripada dua keluarga dari kampung Chendor Baru, Kuantan telah dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan semalam berikutan limpahan air menenggelamkan sebahagian rumah mereka. Beberapa pihak sebelum ini meramalkan Pahang akan mengalami banjir. Kali terakhir Pahang dilanda banjir ialah pada tahun 2007 yang mengakibatkan banyak kemusnahan dan kerugian berlaku. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/81-negeri-pahang/6711-pas-pahang-gesa-patuhi-arahan-berpindah
BN acuh tak acuh memartabat Bahasa Melayu |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Kerajaan BN dibidas pada persidangan Dewan Rakyat hari ini kerana didakwa seperti bersikap acuh tidak acuh dalam usahanya untuk memartabatkan Bahasa Kebangsaan di tanah air. Disebabkan keadaan itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terpaksa mengambil usaha mengadakan beberapa kempen penggunaan Bahasa Kebangsaan seperti kempen Bulan Bahasa dan Minggu Bahasa, tetapi tetap gagal mencapai matlamatnya. Ahli Parlimen Sik, Che Uda Che Nik berkata, kejadian tersebut berpunca dari sikap Kerajaan BN sendiri yang hanya mengambil tindakan untuk memantapkan Bahasa Kebangsaan pada ketika tertentu sahaja. Menurutnya, bagaimanapun tindakan kerajaan untuk memantapkan Bahasa Kebangsaan itu hanyalah untuk sementara waktu sahaja kerana pada ketika lain ia tidak pula diberikan penekanan seperti yang sepatutnya. Katanya, keadaan tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan negara kita telah mencapai kemerdekaan sejak lebih 53 tahun lalu. "Bahasa Melayu telah dijadikan Bahasa Kebangsaan sejak tahun 1957, tetapi amat menyedihkan kerana sehingga sekarang Bahasa Kebangsaan kita ternyata belum mantap," katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Keadaan tersebut, menurut beliau, amat jauh berbeza berbanding negara-negara lain apabila bahasa kebangsaan mereka menjadi begitu mantap. Dalam hubungan ini, beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan apabila menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi subjek Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah-sekolah sejak beberapa tahun lalu. "Sekarang kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran telah memansuhkan PPSMI dan pemansuhan itu akan dilaksanakan tidak lama lagi. Langkah ini memang kita sokong," ujarnya. Bagaimanapun, beliau bimbang jika suatu masa nanti PPSMI akan dilaksanakan semula oleh kerajaan setelah pemansuhannya dilaksanakan tidak lama lagi, terutama apabila berlaku pertukaran Menteri Pelajaran atau Perdana Menteri dalam Kerajaan BN "Sehingga sekarangpun, benda ini tak jelas. Setelah ditarik balik dah jadi kucar kacir. Nanti jika dilaksanakan semula pasti akan menjadi lebih kucar kacir," katanya. Sebelum itu, beliau menyuarakan kekesalannya dengan pihak Kementerian Pelajaran kerana gagal memantapkan jati diri di kalangan pelajar. Selain itu, beliau turut kesal kerana pihak kerajaan turut gagal melahirkan graduan-graduan yang bermutu dalam sesuatu bidang, sehingga menyebabkan mereka terpaksa dilatih semula setelah memasuki alam pekerjaan. Beliau turut menyarankan pihak kementerian agar membayar elaun khas kenderaan kepada guru-guru yang membawa murid-murid keluar ke destinasi tertentu berhubung aktiviti kokurikulum. "Guru-guru yang terbabit itu berada dalam DG41. Jika pegawai-pegawai kerajaan lain naik kapal terbang untuk laksanakan tugasnya di luar, guru-guru ini pula hanya naik teksi. "Jadi tak patutlah jika elaun kepada mereka tidak diberikan untuk bayar teksi," tegasnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/6548-bn-acuh-tak-acuh-memartabat-bahasa-melayu
SAMM sertai piket MTUC 3 Nov |
Yaser Sh.Abd.Rahman |
Kenyataan Terbuka Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) 31 Okt 2011 Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan dan akan turut bersama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang akan berpiket di seluruh negara pada 3 Nov untuk membantah pindaan Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat yang lalu. Memetik kenyataan MTUC kepada Malaysian Insider, mereka menegaskan bahawa pihaknya tidak menentang pindaan Akta Kerja 1955 jika membawa kebaikan tetapi membangkang elemen yang boleh menghakis perlindungan terhadap pekerja. Antara yang ditentang adalah mengenai pentakrifan subkontraktor untuk tenaga kerja kepada kontraktor bagi tenaga kerja di bawah Seksyen 2 Akta Kerja 1955. SAMM melihat perkara ini serius memandangkan pindaan ini akan menghapuskan sistem perlindungan, yang secara langsung akan menjadikan sistem 'hamba' zaman sebelum negara merdeka. Kita menentang sistem kontraktor tenaga buruh pihak ketiga kerana kesannya akan menjadikan soal kebajikan pekerja dan kedudukan kesatuan sekerja tidak diendahkan. Kesan jangka panjang pula adalah menjadikan jurang pendapatan semakin meningkat dan tekanan ke atas hak-hak pekerja yang boleh menyebabkan kesan buruk ke atas sistem ekonomi, sosial dan politik di negara ini. Kontraktor tenaga buruh juga akan memperolehi keuntungan berlipat-ganda berbanding apa yang bakal diperolehi oleh pekerja kontrak di bawah jagaannya. Seharusnya sesebuah syarikat / perniagaan perlu menggaji seseorang pekerja secara langsung dan bukan menerusi kontraktor yang merupakan pihak ketiga. Tiada alasan rasional yang membolehkan kontraktor menggaji seseorang pekerja dan kemudian dibekalkan untuk tujuan-tujuan komersial. Dengan peruntukan membenarkan sistem kontroktor bagi tenaga kerja, sesebuah organisasi atau syarikat pengeluar perkhidmatan dan barangan tidak perlu mengambil berat tentang soal pengurusan pekerja masing-masing. Pekerja-pekerja akan berhadapan dengan situasi yang sukar untuk menuntut hak ke atas kejayaan yang seharusnya mereka terima dan kesan paling buruk ialah tahap pendapatan akan ditekan dan kualiti kehidupan pekerja akan dihakis oleh kumpulan kapitalis ini. Sesungguhnya dengan bacaan rang undang-undang (RUU) pindaan akta seperti ini, rakyat Malaysia khususnya golongan pekerja akan dilayan seperti kuli sepenuhnya setaraf buruh asing malah mungkin lebih rendah tarafnya. Juga dikhuatiri melibatkan soal implikasi terhadap pekerja yang diberhentikan secara VSS tetapi tidak diwajibkan dihulur sebarang pampasan. Demi rakyat yang sudah terhimpit lagi dihempuk dengan akta pekerjaan yang menyebelahi konglomerat dan syarikat-syarikat besar yang telah mengaut keuntungan berlipat ganda dari bumi Malaysia, kami SAMM menyeru agar semua golongan pekerja terutamanya anak muda untuk turut sama berpiket di seluruh negara pada tanggal 3 November 2011. Untuk masa depan karier pekerjaan, ayuh bangkit menyertai demo yang akan diadakan di venue 'hotspot' setiap negeri. Mengimbas kembali sambutan Hari Hartal ke 64 beberapa hari lalu, regim seharusnya mengambil iktibar atau menghadapi Hari Hartal versi melenium jika regim masih tidak mengendahkan nasib golongan pekerja ini. SAMM mengecam Kementerian Sumber Manusia yang bergantung kepada rujukan pihak-pihak tertentu tanpa menangani isu semasa dengan mendengar suara yang membangkang perkara tersebut. Sebagai penggerak anak muda radikal, SAMM sentiasa menjadi frontline kepada sejumlah 11juta golongan pekerja tanpa membenarkan golongan sederhana ini terus dipijak kerajaan pemerintah. Penyelaras Segmetasi Golongan Pekerja Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6287-samm-sertai-piket-mtuc-3-nov
PAS gesa lanjut tempoh skim pembiayaan Ujrah |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 1 Okt: Jawatankuasa Isu PTPTN (JIP) PAS mencadangkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh permohonan berkaitan tawaran penukaran Ujrah yang berakhir semalam (30 September). Pengerusinya, Mohamad Taufek Abd Ghani (gambar) berkata, tawaran penukaran Ujrah itu telah ditawarkan oleh PTPTN di mana pihak peminjam PTPTN ditawarkan pertukaran pinjaman sedia ada (3% atau 5%) kepada pembiayaan Ujrah 1%. “Ramai pihak peminjam PTPTN menghubungi JIP melalui telefon dan melalui Facebook Jawatankuasa Isu PTPTN memohon supaya JIP memperjuangkan hasrat mereka supaya tempoh permohonan pembiayaan Ujrah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2011,” ujarnya dalam satu kenyataan. Justeru, ujarnya pihak JIP akan mengadakan sidang akhbar khas pada hari Isnin ini, jam 11 pagi di Seremban bersama beberapa orang peminjam PTPTN yang terlibat bagi mengemukakan pandangan JIP berkaitan dengan isu itu. Sebagai langkah persediaan, katanya pihak JIP memohon supaya mana-mana peminjam PTPTN yang terlibat supaya memberi maklumat kepada pihak JIP melalui Facebook atau menghubungi Sekretariat JIP di talian 019-6506540. “Pihak JIP juga memohon supaya mereka yang melayari Facebook JIP juga membuat undian dalam referendum yang dianjurkan oleh pihak JIP berkaitan isu PTPTN ini,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan Adun Paroi. Menurutnya, pihak JIP turut berjanji bahawa semua isu berkaitan akan dibangkitkan oleh ahli parlimen-ahli parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang akan diketuai oleh Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/5712-pas-gesa-lanjut-tempoh-skim-pembiayaan-ujrah
PAS akan buka 5 kawasan baru di Sabah |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 Julai: PAS akan membuka lima kawasan baru di Sabah, tambahan kepada lapan kawasan berdaftar sedia ada. Penubuhan lima kawasan baru itu sedang berjalan dengan baik, manakala jumlah ahli PAS yang berdaftar dan bergerak aktif di lapan kawasan berdaftar sedia ada itu kini seramai 11,000 orang. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS bersedia menggantikan Umno dan bersama Pakatan Rakyat untuk memimpin negeri Sabah. Menurut beliau, selaras dengan tema muktamar PAS tahun ini, Membangun Negara Berkebajikan, PAS akan memastikan kebajikan rakyat terbela di Sabah dan pemimpin yang akan memerintah juga mempunyai ciri-ciri berkebajikan iaitu pemimpin berwibawa, bersih, tidak rasuah dan menjadikan kuasa pemerintahan sebagai amanah untuk menjaga kebajikan rakyat. Katanya, oleh itu, rakyat Sabah perlu melakukan perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat. "Rakyat Sabah pernah membuat beberapa kali perubahan politik daripada Usno kepada Berjaya, PBS dan Umno. Maka giliran kali ini ialah Pakatan Rakyat untuk memerintah Sabah," katanya ketika merasmikan bangunan baru PAS Kawasan Putatan, Sabah semalam. (Gambar) Setiausaha akhbar beliau, Mohd Nasaie Ismail yang turut mengikuti rombongan beliau dalam rangka lawatan kerja ke Sabah menjelaskan, pada majlis itu, Abdul Hadi turut menyentuh tentang tangkapan terhadap orang ramai yang memakai baju berlambang Bersih termasuk di Sabah yang menunjukkan kegelabahan BN dan tidak bijaksana dalam menangani isu. "Barisan Nasional gelabah berdepan kuasa rakyat yang akan menumbangkan mereka dalam pilihanraya akan datang. Ini kerana banyak kerosakan dan penyelewengan yang dilakukan sehingga menyebabkan mereka takut untuk kalah," katanya. Presiden PAS dalam rangka lawatan kerja ke Sabah selama tiga hari. Selain merasmikan bangunan PAS Putatan, beliau juga menemui rakyat di sekitar Masjid Negeri dan kawasan bandar di Asia City. Pada sebelah malamnya, beliau melancarkan borang tanah Felda Plantation yang ditawarkan kepada anak-anak Sabah di majlis bersama rakyat di Kota Belud. Turut bersama beliau AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Aminudin Aling, Pengerusi DAP Sabah, Dr Liew dan Setiausaha PKR Sabah serta pemimpin-pemimpin PAS negeri. Menurut Nasaie, seramai 500 penduduk setempat yang kebanyakannya anak muda hadir ke majlis di Kota Belud. Hari ini, rombongan beliau akan melawati kawasan Keningau dan Persiangan. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4187-pas-akan-buka-5-kawasan-baru-di-sabah
Tanah runtuh: Umno jangan berlagak hero
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat menasihatkan pemimpin Umno tidak mendabik dada berlagak kononnya mereka 'hero' dan paling awal membantu mangsa tanah runtuh di rumah anak-anak yatim Batu 14 Hulu Langat.
YB Dr Che Rosli Che Mat - AP Hulu Langat
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=S0oFG2vBIqA
Ketika menceritakan kembali suasana sebenar hari kejadian beliau berkata, bantuan mula tiba seawal jam 3 petang iaitu kira-kira setengah jam selepas kejadian berlaku.
Sdr Mohd Jan Sulong - Penyelaras MTD Dusun Tua
Antara yang terawal tiba di sana menghulur bantuan katanya adalah penyelaras PAS bagi Dun Dusun Tua, Mohd Jan Sulung bersama beberapa rakannya yang mengeluarkan mangsa pertama jam 3.15 petang. Beliau yang tiba kira-kira jam 3.30 petang kemudiannya turut membantu mangsa bersama Unit Amal dan Briged Amal PAS dengan kehadiran pihak bomba. "Yang ditonjol media (Adun Semenyih) (Datuk) Johan (Abdul Aziz). Padahal dia datang dah pukul 4 dan tak boleh masuk pun. "TV3 datang ambil gambar dia seolah-olah Umno lah buat semua," katanya pada sidang media sempena pelancaran Tabung Kemanusiaan Harakah untuk mangsa tanah runtuh tersebut. Turut serta pada sidang media itu, Pengarah Urusan Harakah, Datuk Kamarudin Jaffar. Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang Sabtu lalu 25 pelajar serta warden Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat tertimbus oleh runtuhan tanah ketika sedang berlatih kompang dan nasyid di khemah bersebelahan cerun bukit. Ekoran kejadian itu, sembilan daripada pelajar yang terlibat selamat dan 16 lagi terkorban. "Dari segi senarai yang membantu itu tidak nampak la di mana-mana Briged Amal dan Unit Amal. "Sedangkan petugas kita hampir 250 orang dan paling ramai," katanya sedikit kesal. Menurutnya lagi, sepanjang tempoh menyelamat itu, petugas PAS antara paling menonjol sehingga mereka lah juga terlibat semasa proses pengkebumian mangsa yang terkorban. Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal kerana sumbangan dari pihak PAS seperti dikesampingkan. Pihak polis juga semasa memberi taklimat tidak menyebut penglibatan Unit Amal dan Briged Amal dan hanya menyebut agensi-agensi lain yang hanya sebilangan kecil terlibat. Bagaimanapun, beliau memberitahu, isu publisiti itu bukanlah perkara besar bagi mereka, namun sekadar memberi respon terhadap media yang menonjolkan BN kononnya 'hero' dalam isu itu. "Saya bagitahu dengan sahabat-sahabat di sana, ini bukan masa nak cari publisiti, tapi masa untuk kita buat kerja selamatkan nyawa seramai mungkin," jelasnya. |
3 pemimpin PAS dibicara hari ini dan esok |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 18 Mei: Tiga pemimpin PAS bersama 42 yang lain sedang dibicarakan hari ini dan esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dalam kes himpunan Protes kenaikan harga minyak.
YB Dr Dzulkefli Ahmad - AJK PAS Pusat
Tn Hj Mohamed Sabu - AJK PAS Pusat
YB Dr Mohd Hatta Ramli - Bendahari PAS Pusat
Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Mohamad Hatta Ramli serta 42 yang lain dituduh menyertai himpunan membantah kenaikan harga barang pada bulan Januari 2008 di perkarangan KLCC.
Tn Hanipa Maidin - AJK PAS Pusat / Pengerusi Lajnah Undang-undang
Ketiga-tiga mereka dibela oleh peguambela Mohamed Hanipa Maidin. Perbicaraan yang sudah berjalan selama tiga tahun, namun sehingga kini ia masih di peringkat pendakwaan. Seramai 36 saksi pendakwa telah memberi keterangan di mahkamah.
YB Tian Chua - Naib Presiden PKR
YB Dr Nasir Hashim - Presiden PSM
Sdr Arutcchelvan - SUA PSM
Sdri Aiman Athirah Al Jundi - AJK DMPP
Dr Badrul Amin Baharon - Ahli MPP PKR
Selain ketiga-tiga mereka, turut didakwa adalah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Presiden PSM Dr Nasir Hashim, Setiausaha Agung PSM Arutchelvam, Exco Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan Dr Badrulamin Baharon dari PKR. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3340-3-pemimpin-pas-dibicara-hari-ini-dan-esok
Guru diseru berjuang bersama Pakatan Rakyat |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Mei: Muslimat PAS Pusat menyeru guru-guru yang menghadapi tekanan pemerintah supaya meneruskan perjuangan bersama PAS dan Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Salbiah Abd Wahab berkata, pihaknya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2011.
Ustazah Salbiah Abdul Wahab - Ketua Penerangan DMPP
“Kepada semua yang bergelar pendidik yang terdiri daripada guru-guru di sektor awam dan swasta di semua peringkat persekolahan, Pasti, tadika, sekolah rendah dan menengah, institusi tinggi, kakitangan pejabat-pejabat pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta semua yang terlibat dengan profession perguruan,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, golongan pendidik adalah merupakan golongan perkhidmatan awam yang terbesar di negara ini yang dianggarkan seramai 520,000 orang termasuk pegawai pendidikan dan pentadbir. Tambahnya, guru-guru berada di seluruh pelosok negara dan menjadi nadi yang menghidupkan ekonomi setempat dan pembangunan modal insan. Menurutnya, mereka tekad menjalankan tugas rasmi dan tidak rasmi profesyen perguruan tanpa mengira dan mengenal penat-lelah. “Mereka jugalah yang diamanahkan untuk mempersiapkan dan menyediakan generasi pemimpin pelapis, yang berkebolehan dan berkeupayaan menyumbang tenaga dan bakti untuk kesejahteraan ummah dan ekonomi negara di masa hadapan negara,” ujarnya. Oleh itu, tambahnya guru-guru mesti bersifat cekal dan anjal serta istiqamah dan bertaqwa kerana proses pendidikan sambung-menyambung dalam dunia yang semakin mencabar. “Didiklah anak-bangsa tanpa mengira ras keturunan, insya Allah pengorbanan dan khidmat bakti anda akan membuahkan hasil apabila Pakatan Rakyat mengambil teraju kepimpinan negara di dalam PRU13 akan datang,” katanya. Beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat komited akan menawarkan kepada guru-guru elaun khas perguruan sebanyak RM500 seorang untuk mengangkat martabat perguruan dan seterusnya menarik lebih ramai cerdik-pandai menyertai profesyen perguruan.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Katanya, dengan tema Hari Guru 2011 tahun ini, ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’, Dewan Muslimat berharap ia bukan transformasi retorik pemerintah BN Umno. “PAS dan Pakatan Rakyat akan mempastikan ia benar-benar transformasi pendidikan ke arah kesejahteraan, keunggulan dan kecemerlangan ummah dan negara dunia dan akhirat,” ujarnya. |
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3318-guru-diseru-berjuang-bersama-pakatan-rakyat
Bukti kukuh fitnah zalim terhadap Anwar |
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 5 April: “Video tersebut bukti paling kukuh sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini fitnah zalim dan palsu,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR
Beliau mengulas mengenai video seks yang mula-mula disiarkan di Carcosa Seri Negara baru-baru ini telah ditayangkan sebahagiannya di laman web-laman web tukang sorak Umno, semalam. |
Harakahdaily |
PETALING JAYA, 4 Mac: Keluarga Kadir Hashim, Orang Kelainan Upaya (OKU) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, menyifatkan penahanan tersebut sebagai zalim dan mahu pihak berkuasa membebaskan Kadir dengan segera. Kadir, 42, yang cacat sebelah tangan sejak berusia 12 tahun, sebelum ini menjalankan perniagaan tomyam di rumahnya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur. Beliau ditahan mengikut Seksyen 73 (1) ISA pada 1 April lalu oleh pihak polis tanpa sebarang sebab dan alasan. |
AHLI PKR OKU DITAHAN ISA :
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 2 April: Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditahan polis mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kampung Kerinchi di sini, petang semalam. Kadir Hashim, 42, adalah seorang ahli PKR ditahan dalam serbuan melibatkan 20 anggota polis berpakaian preman di rumahnya kira-kira pada jam 6.50 petang, lapor KeadilanDaily. |
PETROL RON 97 NAIK 20 SEN :
Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 dijual dengan harga baru pada RM2.70 seliter, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Feb: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mendesak Najib supaya meminta maaf secara terbuka kepada Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Ikhwanul Muslimin kerana menuduh tokoh dan gerakan Islam itu sebagai pengganas dan mendokong keganasan. Naib ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz merasa kecewa kerana ucapan tersebut lahir dari mulut Perdana Menteri Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah umat Islam. |
Sdr Mohd Suhaimi Abdul Aziz - Naib Ketua DPPWP
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tn Abdul Razak - PM Malaysia / Presiden UMNO
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas. |
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang - Presiden PAS
Al Syeikh Yusof Al Qaradawi - Tokoh Ma''al Hijrah Malaysia 2009 (1430H)
YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak - PM Malaysia / Presiden UMNO
IKHWANUL MUSLIMIN TUBUH PARTI HURIYA WA ADALA 'PARTI KEBEBASAN DAN KEADILAN'
Kaherah,23-o2-2011- Al Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammadd Badei telah mengumumkan Majlis Syura telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti politik. Parti politik itu akan menyertai pilihanraya menjelang tempoh enam bulan seperti yang dijanjikan oleh pihak tentera yang memerintah sekarang.
Aziz Muda |
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Ikhwan Muslimin Mesir berikrar akan terus berjuang bagi mengembalikan hak dan kebebasan seluruh rakyat negara itu yang sejak sekian lama telah dinafikan oleh rejim Mubarak. Ikhwan turut berjanji akan memberikan pembelaan kepada semua penganut agama termasuk penganut Kristian di Mesir, di samping melindungi dan memberikan hak kepada mereka, bersesuaian dengan keadilan yang terdapat dalam Islam sendiri. |
Nik Aziz nafi mahu debat Majlis Fatwa
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau mengeluarkan kenyataan mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) mengenai kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah.
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8734463.asp
Kaedah Umno di Perak tak berjaya di Selangor |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 7 Feb: “Apakah tindakan ini merupakan fasa kedua dalam usaha BN merampas balik Negeri Selangor?” tanya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30724:kaedah-umno-di-perak-tak-berjaya-di-selangor&catid=1:utama&Itemid=50
DEBAT DENGAN MEREKA YANG BERKUASA DAN BERPRINSIP - MURSYIDUL AM :
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau hanya menyahut cabaran untuk berdebat dengan individu yang mempunyai kuasa dan berprinsip.
Profesor Madya Mohd Nor Deris
http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8718468.asp
Dr Mahathir seorang yang bijak - Nik Aziz |
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 3 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang bijak dan mencadangkan kebijakasanaan beliau itu digunakan untuk Islam. "Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT," kata Nik Aziz dalam satu tulisan khasnya bertajuk "Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir." Beliau menjawab serangan Mahathir kepada beliau ekoran keengganan Nik Aziz turut menyerang Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam mengurangkan keislaman mereka. "Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew," kata Nik Aziz dalam tulisannya itu. Berikut adalah tulisan Nik Aziz sepenuhnya. Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata. Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24 Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew. Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka. Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2) Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh? Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu. Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36) Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka! Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO. Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir? Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali! Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan? Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..) HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu. Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011 |
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30679:-dr-mahathir-seorang-yang-bijak-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Islam Mahathir dengan Islam Nik Aziz |
Analisa Harakahdaily |
Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew. |
Lee Kuan Yew - Menteri Mentor Singapura
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30652:islam-mahathir-dengan-islam-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
DUN SELANGOR KEKURANGAN UNDI MAJORITI UNTUK MELULUSKAN PINDAAN :
SHAH ALAM, 24 Jan : Pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah tidak mendapat majoriti 2/3 undi daripada ahli-ahli DUN Selangor. Kerajaan Pakatan Rakyat Adun-adunnya berjumlah 34 orang lawan Adun-adun Pembangkang seramai 20 orang. Seorang Bebas mesra BN. Untuk lulus pindaan tersebut mestilah mendapat 38 undi. Berikutan keputusan itu, MB akan membawa perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan untuk mendapat keadilan.
You Tube 1 : http://www.youtube.com/watch?v=MaunbCMbRPo
You Tube 2 : http://www.youtube.com/watch?v=lAQmr6z6mM8
You Tube 3 : http://www.youtube.com/watch?v=-Y-FQY8VwtY
Pakatan Selangor tekad dapatkan majoriti 2/3 |
Ismail Hashim |
SHAH ALAM, 24 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, walaupun sidang Dewan Negeri Selangor hari ini gagal untuk meluluskan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri, namun keputusan itu tidak mematahkan semangat Pakatan Rakyat. |
1. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30523:pakatan-selangor-tekad-dapatkan-majoriti-23&catid=1:utama&Itemid=50
2. You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=74tA7GWDKr0
Umno rosakkan demokrasi, Raja Berperlembagaan |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 24 Jan: Persidangan Dun Selangor hari ini akan menulis semula sejarah berdasarkan fakta dan ilmu, kata Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali. |
YB Sdr Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR AP Gombak
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30518:umno-rosakkan-demokrasi-raja-berperlembagaan&catid=1:utama&Itemid=50
APABILA SUDAH MENJADI PEMBESAR NEGERI :
Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-83 di istana Anak Bukit
pada 16.01.2011: Dari Kanan - YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak,MB,
Tan Sri Osman Aroff,Mantan MB dan Dato' Mahadzir Khalid,Mantan MB.
Tan Sri Mohd Sidek Hassan - KSN
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30353:suk-10000-akan-berhimpun-desak-ksn-tarik-balik&catid=1:utama&Itemid=50
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30335:kenyataan-media-dr-hasan-ali&catid=96:fokus-khas&Itemid=134 23 Januari 2011, Kelana Jaya - Himpunan Hormati Suara Rakyat Selangor (HSRS) telah membariskan pemidato-pemidato:
Puan Faekah Husein - SU Politik MB Selangor
Puan Datuk S. Ambiga - Presiden Bersih 2.0
Prof Abdul Aziz Bari - Pensyarah Undang-undang UIAM
YB Ir Khalid Samad - ahli Parlimen Shah Alam
YB Teresa Kok - Exco Selangor
YB Datuk Ir Mohd Nizar Jamaludin - MB PR Perak
You Tube : http://www.youtube.com/watch?v=Ue5_SnPycAg&NR=1
Sdr Haris Ibrahim - Presiden HSRS
|
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 13 Jan: DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno. |
YB Lim Kit Siang - Ketua Ekskutif DAP
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - Presiden PKR
Harakahdaily
|
KUALA LUMPUR, 12 Jan: PAS memberikan ingatan kepada pimpinannya di Selangor supaya tidak bertindak atau membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian yang telah diputuskan oleh PAS seperti yang dinyatakan oleh presidennnya baru-baru ini.
|
YB Dato' Seri TG Hj Abdul Hadi Hj Awang - Presiden PAS
Tn Hj Mustafa Ali - Setiausaha Agung PAS
YB Dato' Hassan Ali - Pesuruhjaya PAS Selangor
SUK: Sidang khas Dun Selangor 24 Jan |
Harakahdaily |
SHAH ALAM, 11 Jan: Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor akan bersidang pada 24 Januari ini untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Dalam kenyataan pejabat speaker Dun Selangor hari ini, Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan setiausaha DUN supaya memaklumkan perkara itu kepada semua Adun Selangor. |
YB Datuk Teng Chang Khim - Speaker DUN Selangor
Banyak SUK lawan kerajaan rakyat |
M Faqih (mfaqihfikri@yahoo.com ) |
KALAU di kampung orang yang buat salah akan kecut perut apabila tahu pak lebai solat hajat. Cerita orang tua-tua, ada si pencuri jadi buncit perut selepas pak lebai solat hajat. Cerita itu bukan sekadar mitos, namun ada realitinya. Dan malam tadi puluhan ribu rakyat Selangor solat hajat di Stadium Malawati. |
SELANGOR :: MEREKA TUNJUK LAGI 'PERANGAI ITU'-HJ HADI
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30259:selangor-mereka-tunjuk-lagi-perangai-itu&catid=1:utama&Itemid=50
Kenapa bertahan, lawan tetap lawan
You tube : http://www.youtube.com/watch?v=RbhA9ZieHmQ&feature=related
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30266:kenapa-bertahan-lawan-tetap-lawan&catid=1:utama&Itemid=50
SOLAT HAJAT PERDANA, 12 RIBU HADIR - MALAYSIAKINI
Tidak kurang 12 ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
http://www.malaysiakini.com/news/152932
30 RIBU HADIR SOLAT HAJAT MEMENUHI STADIUM MALAWATI
Oleh Ismail Hashim |
TG DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT - ALMURSYIDUL AM You tube : http://www.youtube.com/watch?v=kS_WpZCl8wY
Dato' Dr Haron Din - Timbalan Mursyidul Am
Datuk Seri Anwar Ibrahim - Kertua Umum PKR
TG DATO' SERI ABDUL HADI HJ AWANG - PRESIDEN PAS
Ustaz Nasharuddin Mat Isa - Timbalan Presiden PAS
Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Dato' Mahffuz Omar - Naib Presiden PAS
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
Youtube :
SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.
|
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30253:solat-hajat-penuh-sesak-di-stadium-malawati-&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
Politik Umno Hamba -BN bakal terima hukuman |
Mohd Rashidi Hasan |
MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my |
NEGARA jadi susah apabila pegawai-pegawai kerajaan, sudah mempamerkan diri mereka menjadi balaci orang-orang politik, sama ada untuk kepentingan peribadi mereka mahupun untuk kepentingan orang-orang politik. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan boleh menafikan pelantikan Dato' Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dibuat kerana politik
Tan Sri Sidek Hassan - Ketua Setiausaha Negara
|
Dato' Muhammad Khusrin Munawi - Mantan Pengarah JAIS
Dato' Munir Bani - Setiausaha Sulit Sultan Selangor
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30249:hamba-politik-umno-bn-bakal-terima-hukuman&catid=90:mohd-rashidi-hasan&Itemid=128
Rakyat Selangor mahu kembalikan kuasa Raja- Umno setuju tak? |
Aspan Alias |
KALAU benar Umno itu mendaulatkan Raja-Raja Melayu parti itu patut membetulkan apa yang telah dirosakannya sejak krisis perlembagaan yang dilakukan pada tahun 1993 dahulu. Itulah cabararan yang diberikan oleh TS Khalid Ibrahim kepada Umno semasa berucap di Subang Jaya semalam.
Khalid meminta Umno menunjukkan bukti dengan menyokong pindaan perlembagaan secara retrospektif yang akan diusulkan dalam persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor hujung bulan ini. Kerajaan PR Selangor akan mengusulkan pindaan itu untuk mencari penyelesaian ‘once and for all’ dalam isu kuasa melantik pegawai tertinggi Selangor yang menjadi Ex- Officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri itu. |
YAB Tan Sri Khalid Ibrahim - MB Selangor
BN parti tunggal: Umno sudah sampai di jalan mati
Harakahdaily, | 25 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal menandakan Umno kini sudah berada di jalan mati.
Menurutnya, sambutan baik Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap cadangan itu membuktikan BN mengakui bahawa perjuangan berasaskan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh komponen parti itu sudah tidak relevan lagi di Malaysia.
"PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, Umno akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang," kata bekas menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan melalui laman facebooknya hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan. Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.
Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia. Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar. Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.
PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana. Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang. Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa. Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka. Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka? Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.
Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya. Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong.
Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990? Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.
Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO? Cukup-cukuplah membohongi rakyat.
Sekian.
Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-5-2013
No comments:
Post a Comment