Pakatan Rakyat berpotensi besar menang di Johor
Harakahdaily, | 16 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.
Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.
"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.
“Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan,” tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.
Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-3-2013
Tuan Guru Abdul Hadi dan rombongan di hadapan rumah keluarga Afida yang disimbah cat merah.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam turun ke Pengerang untuk melawat Pengerusi NGO Pengerang, Anis Afida Azli yang menerima ugutan daripada pihak-pihak tertentu.
Turut sama dalam rombongan lawatan ke Pengerang itu ialah Naib Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mustafa Ali serta Pesuruhjaya PAS Johor , Datuk Dr. Mahfodz Mohamed bersama kepimpinan PAS negeri yang lain.
Kehadiran Presiden PAS telah menyuntik semangat kepada Anis Afida untuk terus memperjuangkan nasib penduduk Pengerang ekoran pembinaan PICC Pengerang oleh kerajaan, lapor Nusajaya Kini.
Rumah Anis Afida telah disimbah cat merah pagi semalam, dua minggu selepas menerima ugutan pertama berupa batu nisan pada 24 Februari yang lalu.
Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut dibawa melawat kawasan-kawasan yang akan terjejas akibat daripada projek yang akan dijalankan di Pengerang nanti.
Lawatan Presiden PAS suntik semangat Anis Afida
Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |

Sumber HD - 17-3-2013
Tanah: Presiden PAS seru rakyat Johor buat perubahan
Harakahdaily, Foto: Nusajayakini, | 18 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Isu pemilikan tanah di Johor boleh diselesaikan jika rakyat negeri itu membuat perubahan politik pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno telah memerintah negeri itu sudah lebih 50 tahun, namun sehingga kini masalah tanah rakyat masih gagal diselesaikan.
PAS pula katanya mempunyai pengalaman dalam urusan pemberian hak milik tanah, ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.
Beliau yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu berkata, kerajaan negeri dibawah pentadbiran PAS telah berusaha memberi hak milik kepada peneroka yang selama ini dinafikan hak oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran Umno BN.
Antara kejayaan lain juga, kerajaan negeri ketika itu juga telah berjaya mengurangkan karenah birokrasi dalam proses permohonan dan kelulusan tanah.
"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah tanah rakyat di negeri Johor masih lagi tidak dapat diselesaikan. Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat negeri Johor untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.
"Saya menyeru seluruh rakyat negeri Johor membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan rakyat Johor di Himpunan Tanah Rakyat Negeri Johor dan kenduri rakyat di Taman Pulai Utama Skudai semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Abd Karim serta seluruh kepimpinan pakatan rakyat peringkat negeri yang lain.
Majlis tersebut semalam antara program yang dirancang sempena lawatan rasmi presiden PAS itu selama dua hari di negeri itu.
Terdahulu sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman dalam ucapannya turut menawarkan komitmen menyelesaikan masalah tanah jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.
Katanya, penyelesaian hak pemilikan tanah tersebut juga adalah salah satu jaminan dalam tawaran Negara Berkebajikan PAS serta dalam manifesto Pakatan Rakyat.
“Johor negeri kritikal berdepan isu tanah. Isu hak milik contohnya (hingga mencecah) 40 tahun tapi gagal (ditangani kerajaan negeri) kerana karenah birokrasi,” katanya.
Beberapa wakil NGO berkaitan tanah juga turut meluahkan permaslahan rakyat yang diadukan kepada mereka.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, Umno telah memerintah negeri itu sudah lebih 50 tahun, namun sehingga kini masalah tanah rakyat masih gagal diselesaikan.
PAS pula katanya mempunyai pengalaman dalam urusan pemberian hak milik tanah, ketika memerintah Terengganu pada tahun 1999 sehingga 2004.
Beliau yang ketika itu menjadi Menteri Besar Terengganu berkata, kerajaan negeri dibawah pentadbiran PAS telah berusaha memberi hak milik kepada peneroka yang selama ini dinafikan hak oleh kerajaan negeri dibawah pentadbiran Umno BN.
Antara kejayaan lain juga, kerajaan negeri ketika itu juga telah berjaya mengurangkan karenah birokrasi dalam proses permohonan dan kelulusan tanah.
"Sudah 50 tahun lebih Umno BN memerintah, namun masalah tanah rakyat di negeri Johor masih lagi tidak dapat diselesaikan. Pakatan Rakyat menawarkan kepada rakyat negeri Johor untuk menyelesaikan masalah-masalah ini.
"Saya menyeru seluruh rakyat negeri Johor membuat perubahan untuk bersama Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti," ujar beliau.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan rakyat Johor di Himpunan Tanah Rakyat Negeri Johor dan kenduri rakyat di Taman Pulai Utama Skudai semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau, Naib Pengerusi PKR Johor Hassan Abd Karim serta seluruh kepimpinan pakatan rakyat peringkat negeri yang lain.
Majlis tersebut semalam antara program yang dirancang sempena lawatan rasmi presiden PAS itu selama dua hari di negeri itu.
Terdahulu sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman dalam ucapannya turut menawarkan komitmen menyelesaikan masalah tanah jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negeri itu.
Katanya, penyelesaian hak pemilikan tanah tersebut juga adalah salah satu jaminan dalam tawaran Negara Berkebajikan PAS serta dalam manifesto Pakatan Rakyat.
“Johor negeri kritikal berdepan isu tanah. Isu hak milik contohnya (hingga mencecah) 40 tahun tapi gagal (ditangani kerajaan negeri) kerana karenah birokrasi,” katanya.
Beberapa wakil NGO berkaitan tanah juga turut meluahkan permaslahan rakyat yang diadukan kepada mereka.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 18-3-2013
Sewaktu keputusan PRU 12, pada tahun 2008 diumumkan, Dr Syeikh Ibrahim Salleh (Dun Sg Abong) dan Dr Muhamad Taslim (Dun Maharani) menang mewakili PAS. Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, orang yang paling gembira dengan kemenangan PAS di Johor.
Justeru, sambutan kemenangan di Dewan Jubli Intan di Muar, dihadiri sendiri oleh Tuan Guru Presiden PAS. Antara ucapan Tok Guru, menang di Johor tidak sama dengan menang di negeri lain. Johor kubu terkuat Umno di dunia!
Semasa PAS menyertai Kerajaan Campuran bersama BN, negeri2 lain diperuntukkan walaupun satu kerusi kepada PAS melainkan Johor. Menteri Besar Johor waktu itu, Datuk Othman Saat, tidak mengiktiraf PAS, bahkan dengan angkuh menyatakan PAS tidak wujud di Johor.
Keangkuhan Pemimpin Umno Johor berterusan. Anugerah kemenangan Dr Ramli Kari, tanpa bertanding pada tahun 2004, dipandang lekeh dan remeh. Kebangangan mengisi borang calon BN membawa padah. Ia tidak menjadi isyarat kpd Umno bahawa PAS akan mara ke hadapan dengan kemenangan lebih besar.
Pemimpin Umno menghina Dr Ramli, menang betina!
Semasa kempen PRU 12, pemimpin UMNO mengulangi keangkuhan mereka; PAS jangan mimpi di siang hari untuk menang walau satu kerusi di Johor. Sampai kiamat pun tak boleh menang!
Cakap besar mereka meleset sama sekali. Kemenangan bergaya Dr Syeikh Ibrahim dan Dr Muhamad Taslim memadamkan rekod tanpa kalah Umno vs PAS. Calon PAS menang secara jantan!
Prestasi kedua-dua Wakil Rakyat PAS sangat membanggakan. Aksinya sewaktu Sidang DUN dan khidmatnya sebagai ADUN kepada penduduk yg diwakilinya begitu menyerlah.
Dun Sg Abong dan Maharani lebih maju dari kawasan BN sendiri. Kemudahan asas dan pembangunannya bergerak pantas. Dijadikan DUN angkat oleh YAB MB sendiri. Sekaligus menolak dakwaan, DUN Pembangkang mundur.
Kesediaan PAS bersama PKR dan DAP untuk menawan Johor sangat serius, meskipun pemimpin Umno mentertawakan impian Pakatan Rakyat Johor. Ghani Osman kata, angan2 Mat Jenin!
PAS letak sasaran 15 Dun tumpu, manakala DAP 12 Dun. Jika PKR beroleh 7 Dun sahaja, Pakatan Rakyat memiliki 34 Dun untuk membentuk Kerajaan di Nusajaya dengan simple majority!
Apapun persepsi masyarakat, sesungguhnya ia menjadi cabaran yang sedang diusahakan habis2an. Sesudah YB Salahudin mengumumkan tekadnya pulang ke Johor(bertanding), tokoh veteran yang cukup popular, YB Lim Kit Siang dijangka akan membuat pengumuman penting malam ini dalam Majlis Ulangtahun ke 47 DAP di Sutera Mall, Skudai.
Kemungkinan besar, PRU kali ini, beliau akan bertanding di salah satu kawasan Parlimen yg disebut sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai kerusi panas di Johor.
Adakah Gelang Patah atau Kulai?
Lim Kit Siang telah mula berkampung di Johor. Liputan media berbahasa Cina luar biasa. Laporan khas setiap hari dalam warna warni. Setiap lokasi yg dikunjungi, sambutan pengundi Cina tidak berbelah bahagi.
Pemimpin DAP yakin, kombinasi Lim Kit Siang dan Dr Boo Cheng Hau, ia bakal melonjakkan sokongan pengundi Cina pada tahap 80% !!!
Justeru, Lawatan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang ke Johor selama dua hari, Sabtu dan Ahad yg lalu sangat bermakna. Uniknya, kehadiran Tuan Guru dirai oleh pemimpin utama DAP sendiri. YB Lim Kit Siang bersama Tuan Guru dlm majlis makan malam di Pengerang, ceramah di Sg Tiram dan Himpunan Tanah di Taman Pulai Utama Skudai. Sambutan rakyat berbagai bangsa melambangkan keyakinan mereka terhadap Pakatan Rakyat.
Pengakuan YB Anthony Loke ketika ucapan beliau dlm majlis Jamuan Rakyat di Kulaijaya, yg mana beliau begitu menghormati Tuan Guru Presiden PAS bukan sandiwara. Bahkan dia berpesan kepada saya, kalau ada apa2 masalah dalam menjayakan apa2 program bersama kaum Cina, dia selaku Setiausaha Organisasi DAP Pusat sedia membantu.
Alhamdulillah, lawatan Kerja Presiden PAS ke Johor disudahi dengan sokongan dan dokongan rakyat semua kaum. Tuan Guru ceria sepanjang masa, meskipun keletihan dengan program yg padat. Kesediaan Tuan Guru turun padang dari Kuliah Subuh hingga ke Ceramah sebelah malam di lokasi yg diaturkan, PAS negeri Johor sanjung tinggi.
Selaku Pengarah Sambutan, saya dapat merasakan kesungguhan Tuan Guru. Beliau optimis PAS akan melakar sejarah baru di Johor. Beberapa kali beliau bisik kepada saya. Kerja kuat, jaga hubungan dengan rakan2 PR dan tingkatkan munajat kepada Allah. Sangat terharu atas kepercayaan Tuan Guru kepada rakan2 pimpinan PAS Johor....
InshaAllah, kami bertekad untuk mencipta sejarah pada PRU 13. Amanat Tok Guru, kami jadikan azimat untuk melangkah ke tahap yg lebih baik.
Tingkatkan usaha, iltizam, sabar, matang dan paling penting; sentiasa mengingati Allah...
' Masa untuk UBAH '
*Penulis adalah AJK PAS Pusat dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor
Tawan Johor bukan angan-angan Mat Jenin
Mazlan Aliman, | 18 Mac 2013 |

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang diumumkan secara rasmi bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor pada Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
Pengumuman itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Ulang tahun ke-47 DAP di Johor Baharu, malam ini, lapor blog Jalan Pulang.
Turut hadir semasa pengumuman tersebut dibuat ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamad dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Meng.
Kerusi tersebut disandang calon BN daripada MCA, Tan Ah Eng yang mendapat 33,630 undi mengalahkan calon PKR, Zaliha Mustafa yang memperoleh 24,779 undi dengan majoriti 8,851 undi pada pilihanraya umum lalu.
Kit Siang yang merupakan anak jati Batu Pahat kini berusia 72 tahun dan antara pemimpin politik veteran bakal bertanding bagi penggal ketujuh.
Pada PRU12, beliau bertanding di Parlimen Ipoh Timur mendapat 37,364 undi menewaskan calon BN, Liew Mun Hon yang mendapat 15,422 undi dengan majoriti 21,942 undi.
PRU13: Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah
Harakahdaily, | 18 Mac 2013 |

PROGRAM SEMPENA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN DAP KE-47 TAHUN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR.
Sah!!!!! parlimen hanya akan bubar apabila sampai tamat tempoh hayat...Kalau diizinkan oleh Perlembagaan Negara Perdana Menteri mempunyai kuasa PRU boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan, sudah pasti Najib Razak akan menangguhkannya... Omak kau cukup teramat yakin dan percaya.
Mau ke tidak beb!!!!.. Ini macam punya pandangan tidak pernah berlaku di Johor, kubu UMNO paling kuat selain tempat kelahiran UMNO.
Dulu kalau parti pembangkang buat ceramah, tidak kira dari parti apa sekali pun, bilangan penceramah dan petugas lebih ramai dari hadirin...Ini adalah kenyataan dan bukan cerita yang direka-reka.
Sekarang ini jumlah yang hadir setiap program anjuran Pakatan Rakyat di Johor, paling sengkek dan kokak pun ribuan yang hadir.. Puluhan ribu sudah perkara lazim.
Dalam ceramah bersejarah ini, DSAI telah mengumumkan yang Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor mewakili Pakatan Rakyat.
Lagilah kecut senak perut UMNO/BN apabila mendengar pengumuman ini beb!!!!
INI KALILAH UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA...TUMBANGKAN UMNO.
Puluhan ribu hadir ceramah DAP, Umno Johor ketar lutut
http://omakkau.blogspot.com, | 19 Mac 2013 |
BUKTI BERGAMBAR KEHADIRAN PULUHAN RIBU RAKYAT CERAMAH JOM UBAH DAP DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR, BUAT NAJIB DAN SELURUH KEPIMPINAN UMNO JOHOR KETAR KEPALA LUTUT KETAKUTAN!!!!!!
PROGRAM SEMPENA MENYAMBUT HARI KELAHIRAN DAP KE-47 TAHUN DI SUTERA MALL, SKUDAI, JOHOR.
Sah!!!!! parlimen hanya akan bubar apabila sampai tamat tempoh hayat...Kalau diizinkan oleh Perlembagaan Negara Perdana Menteri mempunyai kuasa PRU boleh ditangguhkan sehingga 18 bulan, sudah pasti Najib Razak akan menangguhkannya... Omak kau cukup teramat yakin dan percaya.
Mau ke tidak beb!!!!.. Ini macam punya pandangan tidak pernah berlaku di Johor, kubu UMNO paling kuat selain tempat kelahiran UMNO.
Dulu kalau parti pembangkang buat ceramah, tidak kira dari parti apa sekali pun, bilangan penceramah dan petugas lebih ramai dari hadirin...Ini adalah kenyataan dan bukan cerita yang direka-reka.
Sekarang ini jumlah yang hadir setiap program anjuran Pakatan Rakyat di Johor, paling sengkek dan kokak pun ribuan yang hadir.. Puluhan ribu sudah perkara lazim.
Dalam ceramah bersejarah ini, DSAI telah mengumumkan yang Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah, Johor mewakili Pakatan Rakyat.
Lagilah kecut senak perut UMNO/BN apabila mendengar pengumuman ini beb!!!!
INI KALILAH UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA...TUMBANGKAN UMNO.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 19-3-2013
(Mazlan Aliman memberikan taklimat kepada Presiden dan Setiausaha Agung PAS tentang pemindahan kubur di Pengerang yang menjadi isu penduduk tempatan)
JOHOR BHARU: Tindakan berani ahli-ahli Umno Bahagian Tebrau yang diketuai Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian tersebut, Jayen @ Supaat Taros, menyertai PAS, bukan sahaja memberi tamparan yang cukup hebat kepada Umno Bahagian Tebrau malahan tindakan tersebut juga membuktikan Umno semakin ditolak oleh rakyat.
(Javen [kanan sekali] bergambar kenangan selepas menyertai PAS)
Jayen yang juga Ketua Pemuda Umno Zon Taman Nora Ulu Tiram bersama mantan Ketua Pemuda Umno Zon Bandar Tiram, Azmi Sarmin, telah menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Tiram Ulu Tiram.
Dapatkan laporan penuh lawatan Presiden dan Setiausaha Agung PAS ke Johor dalam Harakah mulai Ahad ini.
AJK Pemuda Umno Bahagian sertai PAS di Johor
Salman Hussin, | 22 Mac 2013 |

Sumber HD - 22-3-2013
Kit Siang ke Johor tingkat sokongan untuk Pakatan
Muhammad Faizal, | 31 Mac 2013 |
SEREMBAN: Lonjakan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina terus meningkat kepada 85 peratus apabila Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang mengumumkan akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.
"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.
Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.
"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ucap beliau lagi.
Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menjelaskan, sebelum ini sokongan bukan Melayu berada pada paras 80 peratus.
"Saya selalu mengatakan bukan senang untuk kita menang di Johor atau tawan kerusi di sana, tetapi perkembangan muktahir ini saya berkeyakinan bahawa Johor akan menjadi milik Pakatan Rakyat," jelasnya pada program ceramah Jelajah Negara Berkebajikan di Paroi, malam tadi.
Malah menurut beliau lagi, perkembangan terkini selain Johor, Sabah dan Sarawak juga akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Tanda-tanda bahawa Barisan Nasional (BN) akan tumbang tidak lama lagi telah ada.
"Kita lihat bagaimana Perdana Menteri masih belum lagi dianugerahkan dengan keberanian untuk bubar parlimen, malah Perdana Menteri juga sanggup memalukan dirinya apabila membiarkan Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri," ucap beliau lagi.
Beliau yang berucap di hadapan kira-kira 1,000 hadirin turut menjelaskan prestasi Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan BN.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-3-2013
(Awang menyerahkan borang menyertai PAS kepada Mazlan Aliman)
JOHOR BHARU: Jangan terkejut jika pilihan raya umum kali ini bakal menukarkan negeri Johor yang menjadi kubu Umno selama ini kepada 'kubur' untuk parti itu.
Ini kerana gelombang perubahan secara besar-besaran sedang berlaku di Johor pada setiap hari.
Kemasukan beramai-ramai pemimpin dan ahli Umno ke dalam PAS dan Pakatan Rakyat sedang rancak mutakhir ini.
Malam tadi 30 orang ahli Umno dari Kampung Sri Aman dalam Parlimen Tebrau menyertai PAS.
Ia diketuai oleh Awang Bakar, 55 tahun, bekas Ketua Cawangan Umno Sri Aman dan AJK UMNO Bahagian Tebrau. Beliau menyertai Umno sejak tahun 1981.
Kampung yang menjadi kubu Umno puluhan tahun telah ditubuhkan Cawangan Penaja PAS.
Baru dua minggu lalu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kemasukan hampir 50 orang ahli Umno dalam majlis ceramah di Sungai Tiram, juga dalam Parlimen Tebrau.
Menurut Awang, Umno bukan lagi membela orang Melayu, sebaliknya hanya memperkayakan pemimpin sahaja.
"Pemimpin korup, salah guna kuasa dan menyeleweng. Sampai bila orang Melayu nak pertahankan pemimpin seperti ini?" katanya.
Beliau juga kesal dengan sikap pemimpin Umno yang mempergunakan ahli bawahan untuk kepentingan peribadi mereka.
"Ahli Umno di bawah kerja separuh mati, pemimpin senang lenang!" jelasnya.
Baginya, PAS adalah pilihan terbaik. Kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi terbukti mendidik rakyat dan memandu kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Beliau menyeru rakan-rakannya agar berhijrah kearah hidup lebih bermakna dengan menyokong perjuangan Islam yg di bawa PAS.
"Alhamdulillah, berbondong-bondong ahli Umno sertai PAS. Tsunami politik secara drastik di Johor. Umpan dan fitnah nampaknya tiada kesan," kata AJK PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Johor ketika mengulas fenomena ini.
Bagi beliau, peluang untuk Pakatan kini semakin cerah dari hari ke hari di Johor.
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong diumumkan akan bertanding di kawasan Parlimen P.152 Kluang dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Beliau menjadi pemimpin tertinggi DAP yang kedua bertandang ke Johor selepas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, diumumkan calon untuk Parlimen P.162 Gelang Patah.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sewaktu satu jamuan anjuran DAP Kluang di Kluang malam tadi, lapor Roketkini. (Gambar atas)
Sewaktu pengumuman dibuat di hadapan ribuan hadirin yang menderma melalui pembelian meja makan malam tersebut, Liew mendapat sorakan dan tepukan gemuruh yang membayangkan sokongan yang bakal diperolehi dalam PRU13 nanti.
Guan Eng yang juga Kerua Menteri Pulau Pinang berkata, Liew juga sudah berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di Pulau Pinang sejak 2008 di mana beliau berperanan membantu kerajaan negeri menggubal dasar-dasar untuk rakyat, khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.
Selepas pengumuman dibuat, Liew yang bergegas ke satu majlis ceramah bersama PAS-DAP yang turut diadakan di Kluang malam tadi, memberitahu hadirin yang kebanyakannya orang Melayu bahawa beliau mahu belajar dari penduduk dan pengundi Kluang untuk membolehkannya memberi perkhidmatan yang terbaik sebagai wakil rakyat.
“Selepas saya diberi mandat oleh rakyat di Parlimen Bukit Bendera dahulu, saya banyak belajar daripada pengundi-pengundi saya yang membolehkan saya faham dan tahu apa yang mereka mahukan. Bukan sahaja isu-isu tempatan, malah pengundi juga meminta saya membawakan isu-isu nasional di Parlimen” katanya kepada Roketkini selepas ceramah itu.
Beliau yakin jika ‘Melayu undi DAP, Cina undi PAS’ pendekatan yang bermaksud pengundi semua kaum tidak takut untuk memilih mana-mana calon Pakatan Rakyat, ia bukan sahaja dapat memenangkan Kluang, malah Pakatan akan Berjaya menubuhkan kerajaan yang baru.
Menurut Liew, beliau sanggup meninggalkan kerusi Parlimen Bukit Bendera yang dimenanginya dengan majoriti 16,000 undi dalam PRU 2008 untuk mengadu nasib di Kluang semata-mata mahu membawa harapan baru ke arah kerajaan yang bersih, prihatin rakyat dan tidak menindas.
“Dalam perjuangan kita tidak boleh memilih yang ‘selamat’ sahaja. Jika kita tak berdepan dengan halangan yang besar dengan strategi dan usaha yang baik, sampai bila-bila kita tak boleh bergerak maju,” katanya.
Parlimen Kluang mempunyai 51 peratus pengundi kaum Cina manakala Melayu 38 peratus dan India hampir 10 peratus dalam kawasan yang mempunyai hampir 83,000 pengundi. BN menguasai kerusi itu sejak lebih 30 tahun lalu.
Kubu bertukar 'kubur' untuk Umno di Johor?
Harakahdaily, | 31 Mac 2013 |

MP DAP tinggal kawasan ‘selamat’ berjuang di Johor

Beliau memberikan tiga sebab, pertama berdasarkan perubahan besar sebelum ini sehingga parti pembangkang bertapak dan tidak mustahil akan memenangi majoriti kerusi dan memerintah Johor, lapor Roketkini.
Katanya, perkara yang sama berlaku di Selangor pada 2008 apabila pembangkang yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP memenangi 17 daripada 22 kerus Parlimen dan 35 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri dan memerintah negeri itu berbanding hanya memenangi enam daripada 48 kerusi negeri pada 1995 hingga 2004.
Bilangan kerusi Parlimen dan Dun yang dimenangi pembangkang (1995-2008)
Justeru, kata Penasihat DAP Kebangsaan itu, tidak ada sebab apa yang berlaku di Selangor pada 2008 tidak boleh berlaku di Johor pada PRU13 nanti.
“Walaupun PR gagal memenangi majoriti kerusi parlimen dan negeri, memadai dengan memenangi sekurang-kurangnya satu pertiga kerusi di negeri itu,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, DAP juga melihat perubahan corak pengundian di Johor sebelum ini (1999 dan 2008), tetapi magnitud perubahan tidak cukup besar, yang pentingnya sokongan terhadap BN di Johor menurun daripada 76% pada 1995 kepada 73% pada 1999 dan jatuh 10% lagi pada 2004 kepada 65% pada 2008.
Menurutnya, rakyat Johor hilang peluang untuk menghantar isyarat jelas kepada BN pada 1999 dan 2008 dan yakin mereka tidak akan mempersiakan peluang ketiga untuk berbuat demikian pada PRU13 nanti.
Katanya, Johor mengalami peningkatan ketara bilangan pengundi baru, kebanyakannya pengundi muda pada PRU 2008 iaitu yang kedua tertinggi jumlah pengundi selepas Selangor.
Peningkatan pengundi baru dan mereka yang berpindah ke Johor selepas ditolak yang meninggal dunia dan yang berpindah dari Johor hampir 300,000 daripada 1.3 juta pada PRU 2008 kepada 1.6 juta sekarang.
“Bilangan pengundi baru berdaftar meningkat sebanyak 450,000 dan mereka akan mengundi mengikut realiti baru politik hari ini yang akan menentukan parti mana yang akan mentadbir di Putrajaya dan memerintah Johor,” katanya.
Beliau yakin majoriti mereka akan mengundi untuk perubahan iaitu Pakatan Rakyat untuk masa depan rakyat Johor dan Malaysia yang lebih baik dan cerah.
Walaupun sudah terlalu lama rakyat Johor membenarkan BN memerintah, beliau yakin pada PRU13 nanti mereka tidak lagi membenarkan BN kekal bertapak di negeri itu.
Johor, negeri kelahiran Kit Siang itu boleh dikatakan negeri yang paling penting di Semenanjung Malaysia pada PRU13 nanti.
Bukan sahaja mempunyai bilangan kerusi Parlimen paling banyak iaitu 26, juga sebuah negeri yang BN tidak lagi boleh menyapu bersih semua kerusi Parlimen dan negeri.
PRU13: Tiga sebab rakyat Johor perlu undi Pakatan
Harakahdaily, | 02 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yakin angin perubahan akan bertiup kencang di Johor sehingga negeri itu tidak lagi menjadi ‘deposit tetap’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Sumber HD - 2-4-2013
“Pemimpin BN begitu bercelaru untuk menghalang aura kebangkitan rakyat terhadap kubu kuatnya sekarang ini,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Justeru, pemimpin BN termasuk Dr Mahathir Mohamad turut turun padang di Johor dengan kata-kata
kesat dan mengeluarkan kenyataan yang tidak begitu baik, antaranya meminta rakyat Johor menamatkan
riwayat politik Lim Kit Siang di negeri kelahirannya itu.
Baginya, kenyataan Mahathir itu nampaknya telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang
Kit Siang dan Salahuddin di Johor.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Sejak kembalinya Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS dan Penasihat DAP Lim Kit Siang ke negeri
kelahiran mereka, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah
membuah satu aura kebangkitan rakyat terhadap BN di Johor. Pemimpin BN begitu bercelaru untuk
menghalang aura kebangkitan rakyat terhadap kubu kuatnya sekarang ini.
Pemimpin BN termasuk pemimpin yang sudah lama bersara yang tidak mahu berhenti politik Dr Mahathir
Mohammad turut turun padang di Johor dengan kata-kata kesat dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan
yang tidak begitu baik dari bekas PM itu. Di antaranya Mahathir meminta rakyat Johor menamatkan

Kenyataan Mahathir itu nampaknya telah menyemarakkan lagi sokongan rakyat di belakang LKS dan
Salahuddin Ayub kerana kenyataan seperti itu seolah-olah Mahathir mahu mengongkong pemikiran rakyat
yang sedang dalam pencarian itu. Malahan yang membuatkan rakyat dalam pencarian itu ialah kerana
kegagalan UMNO untuk mengekalkan identitinya sebagai sebuah parti perjuangan yang sebenarnya.
Mahathir membidas pembangkang seperti DAP kerana katanya negara telah menukar 6 kepimpinannya
tetapi DAP masih tidak menukar kepimpinannya kerana yang berkuasa dalam DAP itu kononnya telah
membentuk budaya kronisme dan sebagainya untuk menekan DAP dari memperluaskan pengaruhnya
di Johor dan seluruh negara.
Kenyataan Mahathir itu sangat mudah untuk dipatahkan jika kita berfikir dan tidak perlu mempunyai
‘intelligence’ yang tinggi untuk mengembalikan kritikan Mahathir itu. Kenyataan Mahathir itu menunjukkan
beliau sangat jauh sekali dari memahami apa yang pihak rakyat maksudkan perubahan itu.
Benar, UMNO telah mengubah kepimpinannya sebanyak enam kali. Tetapi perubahan dari seorang
pemimpin kepada seorang pemimpin yang lain itu bukannya perubahan sebenarnya. Saya sendiri selalu
menyatakan UMNO tidak mahu mengubah kepimpinannya tetapi saya bukan bermaksud mengubah
pemimpinnya. Saya bermaksud perubahan dari Mahathir ke Abdullah dan kini berubah kepada Najib
itu bukannya perubahan. Begitu juga niat dan kemahuan Dr Mahathir yang tidak sabar untuk mengubah
pemimpin dari Najib kepada Muhyiddin itu pun bukannya perubahan kepimpinan.
Apa yang saya maksudkan ialah perubahan kepimpinan atau gaya memimpin. Jika pun Najib memberikan
pimpinan kepada Muhyiddin itu bukan perubahan kerana mereka berdua ini datangnya dari acuan yang
sama. Najib atau Muhyiddin sama saja kepimpinan mereka. Mereka akan terus membiarkan atau tidak
tahu untuk memberhentikan budaya rasuah kerana mereka tidak menganggap rasuah itu adalah racun
kepada rakyat dan negara. Mereka berdua akan terus menyalahgunakan kuasa kerana mereka sudah
dibudayakan hidup dengan menyalahgunakan kuasa dan rasuah.
Kepimpinan mereka sama juga seperti kepimpinan Abdullah Badawi dan bapa kepada segala
kemungkaran politik dan ekonomi, Dr Mahathir Mohammad. Mereka ini jika berjalan mereka akan
sehayun dan selenggang, sama sahaja dan itulah yang saya katakan bertukar pemimpin tidak semesti
bertukar kepimpinan.
Yang dimahukan oleh ramai rakyat sekarang ialah pertukaran kepimpinan bukannya menukar kepimpinan.
Di antara Mahathir, Abdullah Badawi, Najib, serta Muhyiddin dan semua Naib-Naib Presiden UMNO
sekarang ini semuanya sama kepimpinan mereka.
Untuk menukar kepimpinan kita perlu menukar acuannya dan yang ada paling hampir dengan rakyat
sekarang ialah acuan baru Pakatan Rakyat. Kalau ditukar acuannya barulah dinamakan pertukaran
kepimpinan kerana gaya dan kepimpinan mereka adalah berbeza dengan kepimpinan Barisan Nasional.
Jika rakyat benar-benar hendak menukar kepimpinan maka Pakatan Rakyatlah pilihannya. Jika kita masih
memakai acuan BN selagi itulah kepimpinan tidak berubah. Siapa pun di kalangan UMNO mengambil alih
kepimpinan Najib keadaan tetap sama kerana kepimpinannya sama. Kalau setakat hendak memilih
pemimpin lain tetapi masih di kalangan MKT UMNO itu misalnya ia tidak ada pertukaran kepimpinan.
Maka tidak payahlah tukar Najib dengan Muhyiddin dilakukan.
Tetapi rakyat mahu pertukaran kepimpinan. Untuk mendapatkan kepimpinan baru maka Pakatan Rakyat
adalah pilihan mereka. Maka DAP, PAS dan PKR adalah ‘coalition’ yang mantap untuk memberikan
kepimpinan baru itu.
Maka yang dikatakan oleh Mahathir dan Muhyiddin yang UMNO sudah menukar enam pemimpin itu
tidak relevan. UMNO hanya menukar pemimpin tetapi tidak menukar kepimpinan. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 3-4-2013
Pergh!!!! Nampaknya benar sekali apabila para pemimpin MCA dan Gerakan berkata yang kaum
Tionghuia sudah kembali menyokong BN selepas terpegun, tersilau dan kagum dengan gaya kepimpinan
yang dibawa Najib Razak.
Sudah pasti Ahli Parlimennya kini Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat
merangkap Timbalan Menteri Pelajaran,akan tersenyum lebar melihat rakaman gambar-gambar diatas.
Maunya tidak beb!!!!..Langsung tiada orang yang datang...rakyat Batu Pahat berdiri teguh di belakang
UMNO/BN??????
Klik untuk baca ulasan penuh blog Omak Kau
Mahathir semarakkan rakyat Johor bersama PR
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Sejak kembalinya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang ke negeri kelahiran mereka, Pakatan Rakyat mendapat pertambahan sokongan yang besar dan nampaknya sudah membuah satu aura kebangkitan rakyat terhadap BN di Johor.
Apr032013

Batu Pahat kekal di tangan Umno...Ceramah Pakatan hambar
Omak Kau, | 06 Apr 2013 |
Pergh!!!! Nampaknya benar sekali apabila para pemimpin MCA dan Gerakan berkata yang kaum
Tionghuia sudah kembali menyokong BN selepas terpegun, tersilau dan kagum dengan gaya kepimpinan
yang dibawa Najib Razak.
Sudah pasti Ahli Parlimennya kini Dr. Mohd Puad Zarkashi yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat
merangkap Timbalan Menteri Pelajaran,akan tersenyum lebar melihat rakaman gambar-gambar diatas.
Maunya tidak beb!!!!..Langsung tiada orang yang datang...rakyat Batu Pahat berdiri teguh di belakang
UMNO/BN??????
Klik untuk baca ulasan penuh blog Omak Kau
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi
akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi
tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-4-2013
Konvoi Anak Muda Tolak Umno BN di Johor, esok
Harakahdaily, | 06 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Anak muda khususnya di Johor diseru untuk turun
konvoi bersama-sama Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak), esok.
“Sehingga hari ini seluruh negeri sudah bangkit dan bersedia menyahut seruan
Gelombang Anak Muda Umno BN (Tolak) ini, kita harap Johor tidak
terkecuali untuk bersama
dalam arus perubahan ini,” ujar Pengerusi Tolak, Azan Safar kepada
Harakahdaily.
Beliau berkata, sudah sampai masanya Johor melakukan perubahan yang lebih
berani kali ini sebagai harapan baru untuk anak muda Malaysia
Program esok bermula 9.00 pagi iaitu berkumpul di Masjid Tan Sri Ainuddin
Wahid, Taman Universiti, Skudai sebelum bergerak ke City Plaza, Plaza
Angsana, Johor Bharu Central, Kip Mart, Tampoi.
Konvoi Gelombang Anak Muda Umno BN itu mensasarkan 300 orang anak
muda dan berpakaian baju hitam.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini
adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat
komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab
Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik
akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan
bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau
dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-4-2013
JOHOR BHARU: Aktivis Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) yang
menjelajah ke Johor hari ini berdepan
sekumpulan samseng yang menghalang kemasukan mereka untuk bertemu
masyarakat di sini.
Dalam kejadian pagi tadi, samseng-samseng tersebut cuba menahan
kumpulan mereka yang berkumpul di sekitar kawasan Masjid Tan Sri
Ainudin Wahid di sini bagi memulakan programnya.
Salah seorang dari mereka (gambar atas), meninggikan suara dengan
memberi amaran agar aktivis Tolak keluar dari kawasan tersebut atau
kereta mereka akan dirosakkan.
"Kau masuk sini minta kebenaran tak. Sekarang kau belah, aku terajang
kereta ni nanti kan pecah, ko belah sekarang," katanya.
Sekumpulan anggota polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun
segera meleraikan samseng-samseng ini.
Tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku, kumpulan aktivis Tolak tersebut
kemudiannya bersurai.
Johor merupakan destinasi kedua jelajah mereka selepas Melaka semalam.
Bagi meneruskan acara jelajah mereka, kumpulan itu kini ke KIP MART untuk
mengumpul tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan rakyat menolak Umno
BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Samseng UMNO : http://www.youtube.com/watch?v=29ex421URI0&feature=youtu.be
[LIHAT VIDEO]
Aktivis Tolak berdepan samseng di Johor
Harakahdaily, | 07 Apr 2013 |
JOHOR BHARU: Aktivis Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) yang
menjelajah ke Johor hari ini berdepan
sekumpulan samseng yang menghalang kemasukan mereka untuk bertemu
masyarakat di sini.
Dalam kejadian pagi tadi, samseng-samseng tersebut cuba menahan
kumpulan mereka yang berkumpul di sekitar kawasan Masjid Tan Sri
Ainudin Wahid di sini bagi memulakan programnya.
Salah seorang dari mereka (gambar atas), meninggikan suara dengan
memberi amaran agar aktivis Tolak keluar dari kawasan tersebut atau
kereta mereka akan dirosakkan.
"Kau masuk sini minta kebenaran tak. Sekarang kau belah, aku terajang
kereta ni nanti kan pecah, ko belah sekarang," katanya.
Sekumpulan anggota polis yang berada di tempat kejadian bagaimanapun
segera meleraikan samseng-samseng ini.
Tidak mahu insiden yang tidak diingini berlaku, kumpulan aktivis Tolak tersebut
kemudiannya bersurai.
Johor merupakan destinasi kedua jelajah mereka selepas Melaka semalam.
Bagi meneruskan acara jelajah mereka, kumpulan itu kini ke KIP MART untuk
mengumpul tandatangan rakyat sebagai tanda sokongan rakyat menolak Umno
BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Samseng UMNO : http://www.youtube.com/watch?v=29ex421URI0&feature=youtu.be
[LIHAT VIDEO]
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini
adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat
komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab
Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab
pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab
dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 7-4-2013
Maklumat Sehingga Jun 2012, mengikut parlimen
1. Parlimen Segamat:
a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan parlimen Segamat.
2. Parlimen Labis:
a. Dalam DUN Tenang BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir dengan komitmen untuk melebar dan mendalamkan sungai.
b. Dalam DUN Tenang BN gagal menunaikan janji menaiktaraf dan melebarkan jalan.
c. Di seluruh kawasan Parlimen Labis, BN gagal menunaikan janji untuk memberikan bantuan kewangan kepada calon-calon yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM.
3. Parlimen Pagoh:
a. BN gagal menunaikan janji untuk mengatasi masalah banjir akibat limpahan Sungai Muar.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberikan hak milik tanah di Bukit Serampang.
4. Parlimen Ledang:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina masjid baru di Kampung Parit Zain.
5. Parlimen Bakri:
a. Walaupun parlimen ini dimenangi oleh DAP, BN pernah berjanji untuk menaiktaraf atau membina jeti perikanan yang lengkap di Pengkalan dan Bentayan, tetapi gagal ditunaikan.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir di seluruh kawasan dalam parlimen Bakri.
6. Parlimen Muar:
a. Di DUN Sungai Balang, daripada 1980 an sehingga 2012, BN gagal menunaikan janji untuk memberikan hak milik kekal kepada pemilik-pemilik sementara (TOL) dari Sarang Buaya, Menanti sehingga Maharani, yang dianggarkan seluas 1500 ekar.
b. BN gagal menunaikan janji sejak 2006 untuk mendirikan lot-lot kedai untuk keluarga nelayan di perkampungan nelayan, Kampung Jawa.
7. Parlimen Batu Pahat:
a. BN gagal menunaikan janji menyiapkan Projek Pintu Air Bagai Laut yang terbengkalai di Bagan Laut, Rengit.
8. Parlimen Kluang:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina kolej atau institusi pengajian tinggi di parlimen Kluang.
b. BN gagal menunaikan janji untuk menempatkan peniaga-peniaga Melayu di lokasi yang strategic di bandar Kluang.
c. BN gagal menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah di Mahkota.
d. BN gagal menunaikan janji di seluruh kawasan parlimen Kluang yang sering dilanda banjir.
9. Parlimen Gelang Patah:
a. BN gagal menunaikan janji menyiapkan projek-projek terbengkalai, iaitu Kemayan City, Waterfront City dan Plaza Skudai.
b. BN telah gagal menunaikan janji untuk mula membina Kem Tentera Darat Skudai yang masih tertangguh.
c. BN telah gagal menunaikan janji untuk membayar pampas an yang wajar kepada pemilik-pemilik tanah yang tanah mereka diambil untuk pembinaan lebuhraya.
*Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat
Janji BN yang tidak ditepati di Johor
Maklumat Sehingga Jun 2012, mengikut parlimen
1. Parlimen Segamat:
a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir yang sering melanda kawasan parlimen Segamat.
2. Parlimen Labis:
a. Dalam DUN Tenang BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir dengan komitmen untuk melebar dan mendalamkan sungai.
b. Dalam DUN Tenang BN gagal menunaikan janji menaiktaraf dan melebarkan jalan.
c. Di seluruh kawasan Parlimen Labis, BN gagal menunaikan janji untuk memberikan bantuan kewangan kepada calon-calon yang telah berjaya dalam peperiksaan SPM.
3. Parlimen Pagoh:
a. BN gagal menunaikan janji untuk mengatasi masalah banjir akibat limpahan Sungai Muar.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberikan hak milik tanah di Bukit Serampang.
4. Parlimen Ledang:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina masjid baru di Kampung Parit Zain.
5. Parlimen Bakri:
a. Walaupun parlimen ini dimenangi oleh DAP, BN pernah berjanji untuk menaiktaraf atau membina jeti perikanan yang lengkap di Pengkalan dan Bentayan, tetapi gagal ditunaikan.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah banjir di seluruh kawasan dalam parlimen Bakri.
6. Parlimen Muar:
a. Di DUN Sungai Balang, daripada 1980 an sehingga 2012, BN gagal menunaikan janji untuk memberikan hak milik kekal kepada pemilik-pemilik sementara (TOL) dari Sarang Buaya, Menanti sehingga Maharani, yang dianggarkan seluas 1500 ekar.
b. BN gagal menunaikan janji sejak 2006 untuk mendirikan lot-lot kedai untuk keluarga nelayan di perkampungan nelayan, Kampung Jawa.
7. Parlimen Batu Pahat:
a. BN gagal menunaikan janji menyiapkan Projek Pintu Air Bagai Laut yang terbengkalai di Bagan Laut, Rengit.
8. Parlimen Kluang:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina kolej atau institusi pengajian tinggi di parlimen Kluang.
b. BN gagal menunaikan janji untuk menempatkan peniaga-peniaga Melayu di lokasi yang strategic di bandar Kluang.
c. BN gagal menunaikan janji untuk membina rumah kos rendah di Mahkota.
d. BN gagal menunaikan janji di seluruh kawasan parlimen Kluang yang sering dilanda banjir.
9. Parlimen Gelang Patah:
a. BN gagal menunaikan janji menyiapkan projek-projek terbengkalai, iaitu Kemayan City, Waterfront City dan Plaza Skudai.
b. BN telah gagal menunaikan janji untuk mula membina Kem Tentera Darat Skudai yang masih tertangguh.
c. BN telah gagal menunaikan janji untuk membayar pampas an yang wajar kepada pemilik-pemilik tanah yang tanah mereka diambil untuk pembinaan lebuhraya.
*Penulis adalah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-4-2013
MACAI upahan Umno sambil membawa bendera Umno dan Barisan Nasional, meneruskan kempen lucah mereka di Johor baru-baru ini.
Dalam sebuah ceramah Anwar Ibrahim, macai-macai upahan ini menjerit bontot! Bontot! Bontot! berulang kali terutama ketika Datuk Seri Anwar membaca ayat Quran. Bagaikan orang kena rasuk hantu bontot mereka terjerit-jerit bagai orang gila.
Klik untuk lihat video dan ulasan sepenuhnya dari Milo Suam.
Macai jerit bontot! bontot! ketika ayat Al Quran dibaca
Milo Suam, | 08 Apr 2013 |

Sediakah Ghani akhiri karier di Gelang Patah?
Analisis Harakahdaily, | 10 Apr 2013 |
YANG pasti, Ketua ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang akan beraksi di Gelang Patah, mengemudi bahtera Pakatan Rakyat merempuh tembok Barisan Nasional sambil mengumpul kerusi parlimen dari negeri Johor bagi membolehkan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuh kerajaan baru Putrajaya selepas pilihanraya umum ke -13 nanti.
Yang belum pastinya adalah pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan mempertahan Gelang Patah dari jatuh ketangan lawan, walaupun angin bertiup kencang babawa inilah perjalanan politik Abdul Ghani setelah memimpin negeri selatan tanah air sejak 1995.
Abdul Ghani (gambar) tidak disenarai mempertahan kerusi Serom kerana dikatakan kepimpinan Barisan Nasional mahu memberi nafas baru dengan mengemuka calon-calon baru dan lebih muda sedangkan beliau telah memegang jawatan menteri besar sejak 1995 lagi.
Kalangan pemimpin Barisan Nasional, khusus presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek rela menyerahkan kerusi Gelang Patah yang disandang MCA kepada Umno kerana tidak yakin boleh memberi tentangan kepada Kit Siang.
Mereka berpendapat Abdul Ghanilah calon yang paling layak berdepan dengan Kit Siang.
Daripada berundur terus dari politik, lebih baik beliau pertahan Gelang Patah; ditakdirkan berjaya menewaskan pemimpin DAP itu, beliau akan menjadi "hero" dan bolehlah diberi ganjaran besar sekiranya BN kekal memerintah di Johor dan diperingkat pusat selepas pilihanraya umum.
Hari ini rata-rata di kalangan Umno dan BN sibuk bercakap tentang calon menteri besar Johor yang baru.
Nama yang paling popular setakat ini yang disebut-sebut tidak lain dari Datuk Mohamed Khaled Nordin, ahli parlimen Pasir Gudang dan menteri Pengajian Tinggi pada penggal lalu.
Sebenarnya nama Mohamed Khaled telah pun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas, tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.
(Khalid dan Nur Jazlan...siapa calon MB Johor dari BN)
Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pertimbangan yang penting bagi mereka yang menaruh harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor.
Sultan Johor dikatakan lebih condong pada Khaled, yang sama-sama belajar di English College, sekarang ini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, dibanding dengan nama-nama lain yang dicanang sebagai penganti Abdul Ghani.
Walaupun nama-nama seperti ahli parlimen Pulai penggal lalu, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga anak kepada bekas setiausaha agong BN dan Umno Allahyarham Mohamed Rahmat, naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan ADUN Kukup penggal lalu Datuk Md Othman Yusof masih lagi menjadi sebutan di kalangan ahli-ahli parti, Umno Johor, khususnya Abdul Ghani dikatakan lebih berminat dengan Adun Pasir Raja penggal lalu, Datuk Dr Adham Baba.
Ramai diluar Johor masih ingat siapa Dr Adham, walaupun setelah sekian lama arena politik beliau tertumpu di Johor.
Beliau adalah orang yang sama yang ketika menjadi pengerusi biro pendidikan Pemuda Umno pada 2002, telah meminta agar kerajaan bertindak tegas, termasuk menutup semua SRJK(C) dan mewujudkan satu jenis aliran sekolah saja kerana berang dengan pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, yang menuduh pelaksanaan pengajaran Sains and Matematik dalam Bahasan Inggeris bertujuan menghapuskan identiti sekolah Cina.
Cadangan memang boleh diberi tetapi adakah Istana akan perkenan calon yang lain dari Mohamed Khaled?
Pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang sekian lama di terjui oleh Umno/Barisan Nasional.
Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, anak jati Johor dibawa turun dengan meninggalkan parlimen Kubang Kerian di Kelantan dan bertanding kerusi DUN Nusa Jaya, salah satu kerusi negeri di Gelang Patah, serta kerusi parlimen Pulai.

Sumber HD - 10-4-2013
(Seorang lelaki India sedang mengambil gambar banner yang dipasang di DUN Gambir)
JOHOR BAHRU: Para pengundi khasnya Umno mahu DUN Gambir di bawah parlimen Ledang diserahkan kepada calon Melayu dari Umno untuk bertanding.
Untuk itu, mereka membuat silent protest dengan menaikkan kain rentang di beberapa kawasan itu semalam.
Tidak kurang enam banner mendesak wakil rakyat DUN Gambir diwakili oleh wakil umno iaitu Melayu beragama Islam dinaikkan.
BN meletakan calon India dari MIC sejak dua penggal lalu di sini.
Walaupun menang tetapi majoriti telah jatuh dan besar kemungkinan akan kalah kali ini jika tiada perubahan calon dilakukan oleh BN.
"Selama ini tidak pernah ada protest seperti ini di DUN Gambir tetapi perkembangan terbaru ini menunjukan rakyat semakin kecewa dengan pemimpin mereka dan rakyat Gambir mulai matang dan memahami konsep demokrasi," kata seorang penduduk tempatan kepada Harakahdaily.
Bagi beliau, keluhan ini tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin BN.
"Adakah ini juga memberi kelebihan pada wakil PAS?" soal beliau.
Pengundi DUN Gambir mahu Umno jadi calon
Harakahdaily, | 11 Apr 2013 |

Sumber HD - 11-4-2013
PRU13: Alumni pegawai Felda bantu PAS
Hazayani Zakaria, | 11 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai kanan Felda antara calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman membayangkan calon tersebut merupakan anak tempatan dan sudah lama bergerak bersama PAS dalam menangani isu-isu Felda.
Pengumuman calon di Johor akan diumumkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 13 April ini dalam lawatannya ke negeri itu.
"Apa yang menarik kali ialah penglibatan bekas-bekas pegawai Felda membantu PAS di tanah rancangan.
"Pencalonan bekas pegawai Felda ini menunjukkan PAS memilih tokoh-tokoh dari pelbagai segmen masyarakat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Mazlan yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut berkata, alumni pegawai Felda sudah mula berkampung di Felda bagi membantu PAS dan Pakatan Rakyat berkempen di kawasan tersebut.
"Setakat ini alumni ini mempunyai kira-kira 300 ahli dan mereka sudah mula berkempen untuk PAS di seluruh negara.
"Kalau dulu golongan ini merupakan cabaran bagi PAS kerana mereka membantu BN tapi kali ini mereka membantu PAS. Dengan perkembangan ini, saya yakin lebih ramai kakitangan Felda yang akan menyokong PAS," katanya lagi.
Justeru katanya, PAS mempertingkat kempen di kawasan Felda kerana yakin BN akan berusaha mempertahankan kubu kuat mereka.
"Felda ini sejak sekian lama menjadi deposit tetap BN jadi kali ini PAS akan meningkatkan kempen di Felda dengan bantuan alumni pegawai Felda ini," katanya.
Mazlan juga memberitahu, seorang lagi tokoh dari Felda akan mengumumkan untuk menyertai PAS sebelum penamaan calon pada 20 APril ini.
"Seorang lagi tokoh dan orang kuat Felda akan mengisytiharkan untuk bersama-sama PAS," katanya.
Selain itu ujarnya, sokongan anak muda terhadap PAS dan Pakatan Rakyat juga meningkat di kawasan Felda kali ini.
"Ramai anak muda yang menunjukkan sokongan dan membantu PAS menaikkan bendera dan berkempen melalui lama-laman sosial jadi ini satu perkembangan yang baik dan PAS mempunyai harapan yang cerah kali ini," katanya.

(Bulan besar menyambut tetamu ke Simpang Renggam)
JOHOR BAHRU: Jika anda ke selatan tanahair dan masuk ke Simpang Renggam, Johor, anda akan menemui ucapan 'Selamat Datang Ke Simpang Renggam'.
Kini ia lebih menarik lagi kerana di atasnya sudah terlekat satu bendera besar PAS, lambang kehadiran PAS di kawasan itu.
Di situ, Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat akan bertanding untuk kerusi parlimennya.
Bekas pemimpin Pemuda PAS Pusat yang selama ini banyak membongkar penyelewengan dalam perjalanan pilihan raya di negara ini di katakan mempunyai peluang yang cerah di kerusi itu.
"Kita akan menyumbangkan sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen di Johor untuk membolehkan kita ke Putrajaya," kata Salahudin Ayub dalam satu ceramahnya di Taman Melewar.
Walaupun tidak menyatakan kerusi itu, Harakahdaily difahamkan ia adalah Simpang Renggam.
Simpang Renggam berubah wajah
Harakahdaily, | 12 Apr 2013 |

Sumber HD - 12-4-2013
(Tg Nik Aziz bersama para pemimpin Pakatan di Johor)
PULAI: Untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan peruntukkan dan modal yang besar semata-mata, sebaliknya akal fikiran yang lebih berharga dari wang ringgit.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata sewaktu mula menerajui pentadbiran Kelantan, Umno mendakwa kepimpinannya hanya bertahan tiga bulan sahaja.
“Memang betul jika diukur dari segi kewangan, sebab Angkatan (Angkatan Perpaduan Ummah) menang ketika tabung kewangan begitu kecil, tetapi untuk mentadbir negeri atau negara tidak memerlukan wang yang banyak, sebaliknya akal.
“Kalau mentadbir negara tidak guna akal sebaiknya, wang yang banyak tidak ada gunanya, alhamdulillah kita menang di Kelantan hampir 23 tahun lamanya,”ujarnya lagi.
(TG Nik Aziz memberikan ucapan di Pulai)
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi Tea Bersama Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pemimpin Pakatan Rakyat (Johor), semalam.
Pada masa yang sama beliau berkata perjuangan Pakatan Rakyat (PR) bukan hanya untuk membela satu kaum iaitu Melayu sahaja, sebaliknya bangsa lain Cina, India dan sebagainya akan diperjuangkan bersama.
Katanya, semua bangsa perlu memerlukan antara satu sama lain.
Ia seumpama satu anggota pada sebuah badan sekiranya tidak cukup ianya akan menjadi cacat.
“Saya bersyukur masyarakat Cina dan India kini sudah boleh menerima perjuangan PAS,”ujarnya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula berkata orang Cina merupakan satu bangsa yang sejak awal bertamadun.
Kerana itu mereka bijak serta mampu berfikir khususnya dalam politik.
Jelasnya, kerana rekod perjuangan PAS di samping kerajaan yang ditadbir PR tiada rekod penyelewengan, membuatkan mereka semakin yakin dengan Pakatan Rakyat.
Pada masa yang sama Salahuddin turut mengumumkan calon yang bakal dicalonkan pada PRU-13 ini merupakan pemimpin PR yang tiada rekod penyelewengan.
Sama ada di Selangor, Kelantan, Kedah atau Pulau Pinang, keterampilan calon yang berwibawa menjadi pilihan pimpinan untuk mencalonkan mereka.
Katanya, ianya untuk memastikan Johor mendapat perubahan yang sebaiknya sebagaimana di negeri-negeri lain.
“Kerana itu saya sanggup meninggalkan kerusi yang selamat sebelum ini Parlimen Kubang Kerian untuk berpindah ke Johor demi untuk masyarakat negeri ini yang lebih baik,”ujarnya.
Turut hadir dalam majlis berkenaan, Ketua Penerangan PAS Johor, Haji Ghazali Ayob dan Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Akal menjadi keutamaan dalam mentadbir - TG Nik Aziz
Rizal Tahir, | 14 Apr 2013 |

Sumber HD - 14-4-2013
Lakaran sejarah Pakatan Rakyat di Segamat
http://gayapeneroka.blogspot.com, | 15 Apr 2013 |
LAKARAN SEJARAH PR DI SEGAMAT
PR Segamat telah melakar sejarah apabila pihak Majlis Daerah Segamat membenarkan astaka dan padang awamnya untuk himpunan kebangkitan PRU13.

Solat Isyak di depan astaka |
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-4-2013
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Johor kelmarin melancarkan manifesto antara lain menawarkan 10 meter padu air percuma kepada pengguna domestik negeri itu jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.
Manifesto yang dimuatkan dalam buku setebal 24 muka surat itu juga turut menawarkan pengurangan cukai harta bagi kediaman kos rendah dan sederhana serta penurunan kadar cukai tanah.
Manifesto bertemakan Johor Maju dan Berkebajikan itu dilancarkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sebuah hotel di sini.
Turut hadir, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.
Selain itu, turut ditawarkan Skim Takaful Warga Emas sebanyak RM2,500 dengan wang tersebut diberikan kepada waris warga emas yang meninggal dunia.
Bagi anak yang dilahirkan di Johor pula mereka akan diberikan bayaran RM100 dan apabila mencapai usia 18 tahun, mereka akan mendapat bayaran RM1,500.
Tawaran lain yang dikemukakan ialah bantuan RM1,000 untuk anak kelahiran Johor yang layak melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dan menyediakan Tabung Anak Muda Sejahtera bagi program pembangunan belia niaga.
Pakatan juga komited untuk mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan dalam masa dua tahun kepada rakyat negeri ini termasuk mewujudkan projek Ladang Sejahtera.
Gaji minima RM1,100 sebulan untuk kakitangan kerajaan negeri juga akan diperkenalkan, serta menghapuskan kompaun letak kereta tertunggak serta perkhidmatan WiFi percuma di bandar utama.
Tempoh perkhidmatan jawatan Menteri Besar dua penggal akan diperkenalkan dengan mengutamakan aspek keadilan, integriti dan akauntabiliti.
Selain itu, polisi Satu Keluarga Satu Rumah, mewujudkan tabung untuk ibu tunggal dan ibu tinggal dengan menyediakan bantuan modal pusingan dan menawarkan RM1,000 bagi setiap pasangan yang menyertai majlis perkahwinan berkelompok bagi semua kaum.
Air percuma antara tawaran PR kepada rakyat Johor
Harakahdaily, | 15 Apr 2013 |

BN Johor bergolak, jentera Pakatan dinasihat fokus
Anis Nazri, | 16 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS tidak memandang rendah calon yang dikemukakan BN di Johor, biarpun percaya akan ada siri-siri bantahan daripada akar umbi, bermula di parlimen Gelang Patah, semalam.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata barisan calon BN itu perlu dihadapi secara serius oleh calon Pakatan Rakyat dengan menumpukan seluruh gerak kerja semaksima mungkin.
"Walaupun tidak banyak perubahan di kalangan calon BN untuk memanaskan politik Johor, ia tetap menjadikan negeri itu sebagai salah satu negeri yang keputusannya nanti mendebarkan selepas 5 Mei," tegas Salahuddin kepada Harakahdaily, hari ini.
Apa yang penting, kata Salahuddin, kesepaduan Pakatan Rakyat Johor mesti dipertahankan bagi memberi keyakinan kepada rakyat Johor untuk memilih Pakatan Rakyat.
Beliau yang optimis tentang kesepaduan dalam BN yang semakin rapuh di negeri itu, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menawarkan khidmat terbaik kepada pengundi di Johor.
"Saya difahamkan akan ada penolakan dalaman daripada kalangan calon Umno yang tidak terpilih untuk PRU13 ini. Namun, saya nasihatkan jentera parti agar teruskan kerja keras, fokus dengan strategi yang disusun untuk mencapai matlamat Pakatan Rakyat," tegas beliau.
Mengulas lanjut lawannya di parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, Salahuddin mengharapkan satu pertandingan secara 'gentleman' dan demokratik.
Katanya, persaingannya antara Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Dr. Zaini Abu Bakar diharap berlandaskan politik ilmu yang mencerminkan demokrasi sebenar dalam pilihan raya negara.
Selain menyeru jentera Pakatan Rakyat agar berkempen secara berhemah, Salahuddin juga mengajak BN agar meninggalkan dan menjauhi politik kotor dan samseng sepanjang kempen PRU13 ini.
Salahuddin, yang sebelum ini bertanding di parlimen Kubang Kerian, Kelantan bertindak menukar kerusi ke negeri Johor dalam usaha mengasak BN Johor pada PRU13 ini.
Salahuddin akan menentang Nur Jazlan di parlimen Pulai, manakala menentang Dr. Zaini di Dun Nusajaya.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata barisan calon BN itu perlu dihadapi secara serius oleh calon Pakatan Rakyat dengan menumpukan seluruh gerak kerja semaksima mungkin.
"Walaupun tidak banyak perubahan di kalangan calon BN untuk memanaskan politik Johor, ia tetap menjadikan negeri itu sebagai salah satu negeri yang keputusannya nanti mendebarkan selepas 5 Mei," tegas Salahuddin kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang optimis tentang kesepaduan dalam BN yang semakin rapuh di negeri itu, memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menawarkan khidmat terbaik kepada pengundi di Johor.
"Saya difahamkan akan ada penolakan dalaman daripada kalangan calon Umno yang tidak terpilih untuk PRU13 ini. Namun, saya nasihatkan jentera parti agar teruskan kerja keras, fokus dengan strategi yang disusun untuk mencapai matlamat Pakatan Rakyat," tegas beliau.
Mengulas lanjut lawannya di parlimen Pulai dan Dun Nusajaya, Salahuddin mengharapkan satu pertandingan secara 'gentleman' dan demokratik.
Katanya, persaingannya antara Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Datuk Dr. Zaini Abu Bakar diharap berlandaskan politik ilmu yang mencerminkan demokrasi sebenar dalam pilihan raya negara.
Selain menyeru jentera Pakatan Rakyat agar berkempen secara berhemah, Salahuddin juga mengajak BN agar meninggalkan dan menjauhi politik kotor dan samseng sepanjang kempen PRU13 ini.
Salahuddin, yang sebelum ini bertanding di parlimen Kubang Kerian, Kelantan bertindak menukar kerusi ke negeri Johor dalam usaha mengasak BN Johor pada PRU13 ini.
Salahuddin akan menentang Nur Jazlan di parlimen Pulai, manakala menentang Dr. Zaini di Dun Nusajaya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-4-2013
Pergh!!!!!.. Terperanjat juga bila Omak kau dimaklumkan kerusi banyak yang kosong ceramah anjuran DAP di Kulai malam tadi.
Rupa-rupanya kerusi yang kosong itu adalah tempat duduk tetamu khas terdiri dari Sdr Lim Guan Eng, Teo Nie Ching, Sdri Wong Shu Qi yang ketika itu berada dipentas untuk acara memperkenalkan kepada para hadirin mereka adalah calon DAP/PR untuk Parlimen Kulai dan DUN Senai.
Klik untuk lihat laporan penuh.
Kerusi kosong di pengumuman calon DAP Kulai
Omak kau, | 17 Apr 2013 |
Pergh!!!!!.. Terperanjat juga bila Omak kau dimaklumkan kerusi banyak yang kosong ceramah anjuran DAP di Kulai malam tadi.
Rupa-rupanya kerusi yang kosong itu adalah tempat duduk tetamu khas terdiri dari Sdr Lim Guan Eng, Teo Nie Ching, Sdri Wong Shu Qi yang ketika itu berada dipentas untuk acara memperkenalkan kepada para hadirin mereka adalah calon DAP/PR untuk Parlimen Kulai dan DUN Senai.
Klik untuk lihat laporan penuh.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-4-2013
KUALA LUMPUR: Hari ketiga berkempen, calon PAS N50 Bukit Permai, Mazlan Aliman yakin pengundi di kawasan tersebut mahukan kempen secara bersih, tanpa memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Beliau juga tidak menyangka rata-rata pengundi Melayu yang ditemui menyambut beliau dengan baik dan menyatakan sokongan secara terbuka kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
"Setakat ini saya berpuas hati walaupun baru hari ketiga berkempen tapi saya tak sangka sokongan Orang Melayu sangat baik walapun rata-rata mereka menyokong BN pada pilihan raya 2008 dahulu.
"Walaupun risalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat diedarkan, tapi pengundi nampaknya tidak terpengaruh lagi dengan kempen sedemikian," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu juga berkata, beliau akan meneruskan kempen yang bersih dan sihat dengan memberi penerangan mengenai tawaran Pakatan Rakyat.
Katanya, di kawasan Felda, beliau akan menerangkan tawaran Pakatan Rakyat kepada warga Felda seperti perumahan kepada generasi kedua.
"Pas berkempen mengikut kawasan. Bila masuk ke kawasan Felda, saya akan terangkan tawaran Pakatan kepada peneroka dan bila masuk ke kampung-kampung, saya akan ceritakan juga tawaran PAS dan Pakatan Rakyat kepada pengundi," katanya yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Beliau juga berkata, pengundi di Johor semakin bijak dan tidak akan menerima bulat-bulat apa yang disiarkan di televiseyen dan media arus perdana.
"Semua pihak kena ingat, dengan adanya internet, media sosial, orang di kampung tidak lagi boleh menerima politik fitnah. Mereka mahukan politik yang sihat, bertanding secara sihat," katanya.
Mazlan akan melawan calon BN Ali Mazat Salleh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.
Dulu pangkah BN, sekarang terima Pakatan Rakyat
Hazayani Zakaria, | 22 Apr 2013 |

Sumber HD - 22-4-2013
Hu Pang Chaw ajak Melayu buat perubahan
Salman Husein, | 23 Apr 2013 |
BATU PAHAT: Rakyat Johor khususnya orang Melayu, diajak melakukan perubahan, sepertimana berlaku di beberapa negeri lain.
Tindakan berani rakyat negeri berkenaan melakukan perubahan ini telah membawa banyak manfaat termasuk pelbagai kemudahan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.
Keberanian rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang melakukan perubahan ini sewajarnya dicontohi oleh rakyat Johor yang sudah sekian lama dizalimi Kerajaan Umno- BN.
PRU13 pada 5 Mei ini adalah peluang terbaik bagi rakyat Johor melakukan perubahan ini dan peluang tersebut tidak harus dipersia-siakan.
Demikian ditegaskan calon PAS kerusi Parlimen Ayer Hitam, Hu Pang Chaw, di sini, baru-baru ini kepada wakil Harakah.
Ikuti laporan penuh kempen Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS ini di Parlimen Air Hitam, Johor dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini.
Tindakan berani rakyat negeri berkenaan melakukan perubahan ini telah membawa banyak manfaat termasuk pelbagai kemudahan yang tidak pernah dinikmati sebelum ini.
Keberanian rakyat Kelantan, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang melakukan perubahan ini sewajarnya dicontohi oleh rakyat Johor yang sudah sekian lama dizalimi Kerajaan Umno- BN.
PRU13 pada 5 Mei ini adalah peluang terbaik bagi rakyat Johor melakukan perubahan ini dan peluang tersebut tidak harus dipersia-siakan.
Demikian ditegaskan calon PAS kerusi Parlimen Ayer Hitam, Hu Pang Chaw, di sini, baru-baru ini kepada wakil Harakah.
Ikuti laporan penuh kempen Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS ini di Parlimen Air Hitam, Johor dalam Harakah cetak edisi Jumaat ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-4-2013
KUALA LUMPUR: Pemergian seseorang yang disayangi di saat-saat dia diperlukan sebagai pendorong dan tempat bergantung khususnya buat calon Dun Penawar Anis Afida merupakan satu dugaan yang cukup berat.
Ketika calon anak muda PAS ini sedang rancak berkempen menjelang pilihan raya umum 5 Mei ini, Anis dikejutkan dengan pemergian ayahnya semalam kerana mengalami masalah buah pinggang.
"Anis Afida akan kembali dalam masa dua-tiga hari lagi dengan langkah yang lebih ampuh dan semangat lebih kental menggalas tanggungjawab dan amanah abah. Doakan abah dan kami sekeluarga kekal di atas jalanNya!
"Dia telah berkorban segala yang dia ada untuk perjuangan menegakkan keadilan di muka bumi Allah taala ini," ujar Anis melalui laman Facebooknya.
Bagi Anis, arwah bapanya adalah mentornya di mana beliau kini menyambung perjuangan ayahnya yang merupakan aktivis PAS sejak tahun 1986.
Bapa Anis, Mohd Azli Jufri yang juga bekas guru menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, semalam dan selamat di kebumikan jam 9 pagi ini Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi.
Sementara itu Timbalan Pesruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Anis Afida.
Mazlan cukup mengenali Allahyarham bapa Afida sejak 1986 ketika itu Cikgu Azli bergiat aktif dalam Dewan Pemuda PAS Johor bermula ahli biasa sehinggalah dilantik sebagai exco.
"Arwah adalah aktivis parti yg sangat gigih dan berani, meskipun seorang penjawat awam. Jawatan terakhir yg masih disandangnya ialah Setiausaha PAS Kawasan Pengerang. Bakat kepimpinan arwah dan isterinya Wan Rohani Wan Ahmad, diwarisi oleh Anis," kata Mazlan ketika menghubungi.
Semangat abah sentiasa bersama saya - Anis Afida
Salmiyah Harun, | 23 Apr 2013 |

Apabila melihat senarai calon BN yang dibarisi oleh kebanyakan pemimpin UMNO yang pernah dijatuhi hukuman oleh UMNO kerana kesalahan rasuah, saya merasa geli hati dengan ungkapan Datuk Seri Najib yang inginkan “winnable candidate” untuk memenangkan Barisan Nasional pada Pilihanraya Ke13 ini. Agaknya Datuk Sri Najib tak sedar lagi bahawa anak muda sekarang penuh dengan maklumat dan informasi?
Saya tertanya-tanya adakah calon ini yang rata-rata bertukar dari DUN ke Parlimen mampu memenangkan BN dengan majoriti 2/3? Calon seperti Tan Sri Isa Samad, Datuk Sri Mohd Ali Rustam, Khairy Jamaludin dan ramai lagi adalah calon yang pernah terpalit isu rasuah suatu masa dahulu. Saya berpendapat sekiranya mereka ini memenangi pilihanraya dan membarisi Kabinet Datuk Seri Najib, akhirnya Malaysia akan memperoleh Barisan Menteri Kabinet yang paling rasuah dalam sejarah negara.
Saya dan ramai anak muda lain akan pastikan mereka ini ditolak dalam pilihanraya kali ini kerana tidak mahu lagi negara ini ditadbir oleh pelaku rasuah yang akhirnya akan menjahanamkan negara. Bila sebut saja nama mereka ini, semua rakan mengatakan mereka adalah pelaku rasuah. Sekali mereka menceburkan diri dalam rasuah adalah amat sukar untuk diterima mereka telah bertaubat dan insaf dengan begitu mudah dan memberi keyakinan seolah mereka sudah tidak akan melakukan rasuah lagi. Apatah lagi jika mereka diberikan kuasa memerintah sekali lagi, entah apa yang akan dilakukan oleh mereka yang hanya mementingkan diri dan kroni mereka sendiri. Cukuplah pelbagai isu rasuah yang telah meremukkan hati rakyat yang tidak diambil tindakan oleh kerajaan sehingga sekarang seperti isu NFC, PKFZ dan pelbagai isu rasuah yang lain.
Kali ini, anak muda akan menunjukkan jalan demokrasi yang sebenarnya, iaitu BN bukan lagi parti dominan yang mendakwa hanya BN sahaja yang mampu mentadbir negara berbanding Pakatan Rakyat. Kami akan menunjukkan jalan keluar dari masalah rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin BN dan membuktikan bahawa kuasa rakyat adalah kuasa yang tidak boleh disekat dengan apa cara sekalipun walau disogokkan dengan wang ringgit seperti BRIM dan pelbagai lagi.
Sungguhpun demikian, kepada Pakatan Rakyat, buktikanlah kewibawaan dalam mentadbir negara apabila amanah yang berat diberikan oleh rakyat seperti kami ini kepada PR. Kami inginkan negara ditadbir oleh golongan yang ikhlas dan tidak mementingkan diri sendiri serta mampu membawa kesejahteraan kepada keseluruhan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum ini. Ayuh semua anak muda, kita robohkan egoistik pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya Ini Kalilah!!!!…
Muar, Johor.
Anak muda tolak pemimpin Umno rasuah
Ibnu Shahid, |

CALON PAS DUN - GAMBIR: DDRMM:
https://www.youtube.com/watch?v=IL6W8tAqHrA
TVPJ - 23-4-2013
(Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya)
KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat.
Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching.
Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda.
Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka.
Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.
Berikut gambar-gambar menarik sekitar program ini.
(Mohamad Sabu disambut meriah)
(Teo Nie Ching calon Parlimen Kulai)
(Sebahagian lagi orang ramai yang hadir)
Sumber HD - 28-4-2013
CALON PAS DUN - GAMBIR: DDRMM:
https://www.youtube.com/watch?v=IL6W8tAqHrA
TVPJ - 23-4-2013
Pelbagai kaum penuhi ceramah Mazlan Aliman di Kulaijaya
Harakahdaily, | 28 Apr 2013 |
(Pelbagai kaum, Melayu, Cina dan India, mendengar ceramah PAS di Kulaijaya)
KULAI: Orang ramai pelbagai kaum memenuhi perkarangan Pasti Bandar Putra, Kulaijaya malam tadi bagi menyertai ceramah perdana bersama Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.
Mereka memenuhi perkarangan tadika PAS itu dan mendengar ucapan para pemimpin Pakatan dengan penuh minat.
Selain Mohamad Sabu, turut berucap adalah Mazlan Aliman calon PAS Bukit Permai serta calon Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching.
Turut serta adalah Wan Rohimi Wan Daud, Peguam PAS yang mengendalikan isu Felda.
Mazlan dalam ucapannya mengingatkan rakyat Johor, pilihan raya kali ini adalah peluang terbaik untuk mereka mencuba kerajaan baru yang menawarkan manafaat lebih baik untuk mereka.
Beliau yakin, masyarakat Felda khasnya jenerasi kedua akan bersama Pakatan dalam pilihan raya umum kali ini.
Berikut gambar-gambar menarik sekitar program ini.
(Mohamad Sabu disambut meriah)
(Teo Nie Ching calon Parlimen Kulai)
(Sebahagian lagi orang ramai yang hadir)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
PR jamin teliti semula kontrak tanah di Iskandar M'sia
Anis Nazri, | 30 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mempersoalkan bagaimana tanah rizab Melayu di Wilayah Iskandar boleh dijual jauh lebih rendah dari harga pasaran.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata tanah yang dibeli usahawan Robert Kuok itu dijual dengan harga RM 334 sekaki, berbanding harga pasaran yang bernilai RM 720 sekaki persegi.
"Persoalannya, mengapa harga yang dijual jauh lebih rendah dari harga pasaran? Dan adakah ia juga permulaan kepada tergadainya tanah Melayu untuk kepentingan segelintir pemimpin Umno sebagaimana yang dilihat di Penang ketika BN memerintah?" soal beliau pada sidang media, hari ini.
Salahudin yang juga calon Parlimen Pulai dan Dun Nusajaya berkata, umum masih tidak mengetahui bahawa bumiputera telah secara sengaja atau tidak, dipinggirkan dari pembangunan projek mega Wilayah Iskandar.
Tambah beliau, kebanyakan penduduk bumiputera yang menetap di sekitar Iskandar Malaysia kini terpaksa berpindah keluar berikutan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal.
Dalam pada itu, beliau yang juga calon Nusajaya berkata kemasukan dana-dana pelaburan dari luar negara dikhuatiri hanya bersifat 'hot money' atau pelaburan jangka pendek.
"Keadaan ini bakal membuatkan ketidakstabilan kepada pasaran hartanah, sektor di mana kebanyakan pelaburan disalurkan. Pelabur-pelabur bersifat jangka panjang dari luar negara tidak melabur di Iskandar Malaysia, sebaliknya kebanyakan syarikat yang melabur adalah kategori industri kecil dan sederhana," kata beliau.
Mengulangi pendirian dan jaminan Pakatan Rakyat, tegas Salahuddin, PAS berjanji tidak akan menghalang sebarang bentuk pembangunan untuk kesejahteraan rakyat Johor.
Bahkan, tambahnya Pakatan Rakyat menyokong segala bentuk pembangunan jika ia memberi manfaat yang tinggi kepada rakyat Johor.
Ditanya sama ada Pakatan Rakyat akan meneliti semula segala kontrak membabitkan Iskandar Malaysia jika memenangi Johor, Salahuddin berkata Pakatan Rakyat menghormati semua perjanjian yang termaktub, namun menegaskan perlu penambahbaikan mengenainya.
"Pembangunan Iskandar Malaysia akan diteruskan, tetapi beberapa penambahbaikan perlu dilakukan agar ia tidak menjadi "Greater Singapore" semata-mata," tegas beliau.
Beliau turut memberi jaminan sekiranya berlaku pelanggaran dalam kontrak tersebut, pihaknya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak, selain melaksanakan audit pengurusan untuk memastikan projek itu memberi manfaat kepada semua pihak.

Sumber HD - 30-4-2013
Oleh Mazlan Aliman
Pagi subuh ini saya mulakan kembali catatan dan perkongsian dengan rakan2 FB. Meskipun saya kalah dalam PRU 13, ia bukan penghujung perjuangan. Berjuang dan berkorban tetap menjadi rutin hidup sampai mati. Kemanisan dan kepuasan dalam Jamaah Islam!
Alhamdulillah, sahabat baik saya, Ust Abdullah Husin, Ketua Dewan Ulama' PAS Johor menang kali ini. Dia lebih senior dari saya. Bertanding di Dun Puteri Wangsa dalam Parlimen Tebrau, memperolehi 20,357 undi berbanding lawannya, Soorianarayanan A/L Muniandy dari BN, 16,888 dan Ravindaran A/L Doraisamy 973; majoriti 3469, cukup tinggi!
Namun, kesederhanaan hidup beliau saya cukup kagum. Kenderaan beliau, kadangkala buat hal. Kebetulan, 1 Rejab kelmarin, saya dalam perjalanan nak ke KL menghadiri Mesyuarat PAS Pusat, ternampak beliau di tepi lebuhraya, hanya beberapa km selepas Sedenak.
Temperature sangat tinggi. Air kering dalam tangki. Bersama temannya, Azman Md Desa, Ustazah dan anaknya. Sempat bergurau, dah jadi YB boleh le cari kereta baik sikit...seperti biasa, Ust Lah hanya tersenyum sahaja. Penampilan biasa macam dulu2 juga.
Moga2 YB Ust Abdullah Husin, YB Hj Aminulhuda Hassan, YB Dr Syeikh Ibrahim Salleh dan YB Dr Mohamad Taslim dari PAS diberi nikmat kesihatan yg baik dan kekuatan untuk berfungsi sebagai Wakil Rakyat berkesan bersama2 13 lagi ADUN DAP serta seorang ADUN PKR.
Pencapaian luarbiasa PAS di negeri UMNO paling kuat di dunia. Pru 2004, satu kerusi di Senggarang, 2008, meningkat 2 di Sg Abong dan Maharani, kali ini sudah ada 4. Syukur Alhamdulillah...
YB Puteri Wangsa yang dikenali
http://www.selatanonline.net, | 14 Mei 2013 |

Sumber HD - 14-5-2013
KUALA LUMPUR: Pada pagi tadi, pihak Kementerian Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.
Menurut Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa, pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah di adakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.
“Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau turut menceritakan bagaimana dialog tersebut menjadi tegang.
Berikut ialah penjelasan beliau berhubung insiden tersebut.
Pada pagi tadi, pihak Kementerian Alam Sekitar telah mengadakan satu dialog di Dewan Serbaguna Poh Ann Kong.
Pada 12 Mei lepas, satu dialog yang sama telah di adakan di Pusat Informasi di Pengerang namun dialog tersebut telah ditunda pada hari ini.
Ini kerana terdapat bantahan daripada penduduk kampung disebabkan oleh proses pemberitahuan maklumat awal tidak disebarkan dengan meluas.
Dialog ini dipecahkan kepada 2 bahagian, sesi pertama ialah penjelasan dan sesi kedua adalah soal jawab.
Di akhir sesi soal jawab kira-kira jam 12 tengah hari, terdapat 7 orang penduduk kampung yang beratur untuk bertanyakan soalan kepada panel yang hadir.
Namun sikap pihak penganjur yang tidak prihatin terhadap permintaan penduduk telah mewujudkan suasana rundingan antara pihak penduduk dan penganjur untuk memberikan laluan kepada mereka.
Namun tindakan pihak polis yang menghalang sesi perundingan dan menghalau penduduk kampung supaya bersurai telah menimbulkan suasana tegang.
Dalam pada masa yang sama tindakan pihak polis membawa keluar penganjur dengan tergesa-gesa amatlah tidak wajar kerana program masih lagi berjalan.
Tindakan pihak peganjur yang keluar secara terburu-buru telah menyebabkan beberapa orang peserta pergi mendapatkan mereka di luar dewan.
Namun mereka mendapati pihak penganjur telah tiada dan hanya terdapat sebuah kereta yang meluru laju ke arah mereka.
Salah seorang daripada peserta cuba memberi isyarat perlahan kepada kereta tersebut, namun kereta tersebut semakin laju dan menyebabkan tangan peserta tersebut telah terkena cermin sisi.
Kejadian tersebut menyebabkan keadaan bertambah tegang dengan tindakan polis cuba menahan mangsa kemalangan dan berlaku perebutan barang bukti antara pihak polis dan mangsa.
Kejadian ini telah dilaporkan oleh mangsa di Balai Polis Sungai Rengit bersama dengan 3 orang saksi kejadian.
Dialog tegang, penjelasan Ahli Parlimen Bakri
Harakahdaily, | 19 Mei 2013 |

Sumber HD - 19-5-2013
Dun Sg Abong PAS (Dr Syeikh Ibrahim Salleh) 14084 BN 10271 Menang majoriti 3813
Dun Puteri Wangsa PAS(Ustaz Abdullah Husin) 20357 BN 16888 Menang majoriti 3469
Dun Maharani PAS (Dr Mohamad Taslim) 12731 BN 9595 Menang majoriti 3136
Dun Pt Yaani PAS (Hj Aminolhuda Hassan) 11278 BN 10090 Menang majoriti 1188
Dun Gambir PAS (Dato' Dr Mahfodz Mohamed) 8395 BN 8705 Kalah majoriti 310
Dun Mahkota PAS (Khairulfaizi Ahmad Kamal) 18323 BN 19431 Kalah majoriti 1108
Dun Pemanis PAS (Normala Sudirman) 8976 BN 10305 Kalah majoriti 1329
Dun Tenang PAS (Md Zin Johar) 6335 BN 7921 Kalah majoriti 1586
Dun Sg Balang PAS (Malik Mohd Diah) 8081 BN 9716 Kalah majoriti 1635
Dun Senggarang PAS (Dr Ramli Md Kari) 9285 BN 11368 Kalah majoriti 2083
Dun Nusajaya PAS (Salahudin Ayub) 20965 BN 23166 Kalah majoriti 2201
Dun Serom PAS(Azmi Ahmad) 9354 BN 11618 Kalah majoriti 2264
Dun Endau PAS(Ust Azam Abd Razak) 6073 BN 9183 Kalah majoriti 3110
Dun Bkt Permai PAS( Mazlan Aliman) 7867 BN 11236 Kalah majoriti 3369
Dun Buloh Kasap PAS(Firdaus Mas'od) 6078 BN 9448 Kalah majoriti 3370
Dun Pulai Sebatang PAS(Ungku Mohd Noor Mahmod) 10142 BN 13554 Kalah majoriti 3412
Terdapat 12 Dun yang PAS tandingi di Johor kali ini kalah dengan majoriti tipis dan memperolehi lebih 40% undi. Dun Bkt Permai adalah Dun yang peratusan keluar mengundi paling tinggi di Johor iaitu 90.10%.
Sejumlah 292,588 pengundi telah mengundi PAS berbanding 408,776 pengundi mengundi BN. Jumlah ini adalah merangkumi 40.76% keseluruhan pengundi di DUN PAS bertanding. Ini adalah peningkatan sejumlah 7.9% berbanding PRU 12.
Isu perkauman yang dieksploitasi secara terancang dikenalpasti antara punca utama undi melayu menyokong BN.
Menurut Mazlan Aliman, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Postmortem PAS Johor bersama pasukannya akan membentangkan hasil bedah siasat dalam tempoh 1-2 bulan lagi.
Analisis awal Jabatan Pilihanraya PAS Johor PRU13
http://www.nusajayakini.com, | 19 Mei 2013 |

SEGAMAT: PAS Kawasan Segamat membantah sekeras-kerasnya penganjuran tarian separuh bogel oleh wanita-wanita yg dipercayai di bawa dari luar negara di sebuah pasaraya One Segamat pada 1 jun 2013 jam 8.30pm.
(Tarian separuh bogel yang dipersembahkan di sebuah pusat membeli belah di Segamat)
Tarian separuh bogel tersebut telah disaksikan oleh hampir 500 pengunjung yang membawa bersama mereka anak-anak kecil dan diadakan pula pada waktu puncak dan malam minggu.
"Kami amat menyesali penganjuran tersebut diadakan secara terbuka yang ternyata menyalahi tatasusila adat dan budaya masyarakat Malaysia," kata Haji Firdaus Masod, Yang Di Pertua PAS Kawasan Segamat dalam kenyataannya.
Rata-rata yang menyaksikan tarian separuh bogel tersebut merasa agak terkejut dengan hidangan yang dipersembahkan pada malam tersebut.
Mereka lantas mempersoalkan bagaimana pihak berkuasa boleh terlepas pandang membenarkan suatu penganjuran yang menampilkan aksi lucah di pertontonkan kepada umum di daerah Segamat ini.
Pihak peniaga juga merasa kurang selesa dengan penganjuran tersebut kerana bunyi lagu yang diperdengarkan terlalu kuat hingga menyukarkan mereka untuk berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan.
Dari sudut agama pula, PAS Kawasan Segamat kesal dengan apa yang berlaku pada malam tersebut kerana ianya secara terang-terangan adalah persembahan yang haram di sisi agama kerana pendedahan aurat yg melampau dan disaksikan pula oleh orang awam.
"Peristiwa ini jelas telah menghina agama Islam dan menghina institusi Islam di negeri Johor itu sendiri," kata beliau kesal.
Bagi beliau, tarian separuh bogel ala padang pasir yang menggayakan aksi lucah ternyata tidak boleh diterima di negara ini kerana ianya bertentangan dengan norma-norma masyarakat serta berdosa oleh semua yang terlibat samada penonton maupun penganjur itu sendiri.
"Justeru kami PAS Kawasan Segamat mendesak pihak berkuasa sama ada Majlis Daerah Segamat atau pun Pejabat Agama Daerah Segamat segera mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan wanita-wanita yang membuat persembahan lucah di khalayak ramai dengan menggunakan segala peruntukan undang-undang yg sedia ada.
"Kami percaya hanya dengan tindakan tegas daripada pihak berkuasa sahaja yang akan dapat menghalang perkara seumpama ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.
"Kami berdoa semoga daerah Segamat ini dijauhkan dari bala bencana kerana jika Allah ingin menurunkan balanya ianya tidak memilih hanya kepada pelaku maksiat sahaja tetapi keseluruhan penduduk Segamat akan menerima musibahnya," katanya.
Tarian separuh bogel di pusat beli belah Segamat?
Harakahdaily, | 03 Jun 2013 |

Sumber HD - 3-6-2013
No comments:
Post a Comment