JILID 1 : http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=387164894783883753#editor/target=post;postID=606364434357559238;onPublishedMenu=allposts;onClosedMenu=allposts;postNum=305;src=link
Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 pacu kebangkitan memimpin perubahan
Nasrudin Hassan, | 11 Mac 2013 |
1. Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir, menongkah cabaran menentang penjajah British sehingga Hizbul Muslimin akhirnya diharamkan.
2. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis Dewan Ulama PAS Malaysia bekerjasama menganjurkan Xpresi Ulama Muda Haraki [ yang akan bermula perasmiannya pada jam 9.00 pagi 16 Mac 2013 ], kearah memantapkan sendi – sendi utama organisasi PAS sebagai sebuah Gerakan Islam, bergandingan dengan rakan tahaaluf siasi [ kerjasama politik ] dalam Pakatan Rakyat untuk membawa pulang tropi kemenangan melalui pilihanraya umum ke 13 kelak demi merealisasikan sebuah perubahan.
3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menganjurkan Xpresi Hijau Anak Muda pada tahun lepas bermula di Stadium Darul Aman Kedah dan kemudian menjelajah ke seluruh negara. Xpresi Hijau Anak Muda mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan aktivis muda PAS, artis yang berhijrah, mat motor, pekerja kilang dan sebagainya.
4. Xpresi Profesional Muda menyusul tidak lama kemudian, disertai oleh anak muda professional dari pelbagai disiplin dan kepakaran. Siri pertama berlangsung di kediaman Menteri Besar Selangor dan siri kedua di sebuah resort di Kuala Terengganu. 2 siri Xpresi Profesional Muda Berjaya mengumpulkan lebih 1000 tenaga professional yang siap memberi komitmen untuk membantu PAS mencapai dan mengisi kemenangan.
5. 16 Mac 2013 pula bakal berlangsung Xpresi Ulama Muda Haraki yang dijangka mengumpulkan sekitar 5000 peserta insyaallah, guna melengkapkan kombinasi mantap sumber tenaga atau modal insan yang dimiliki oleh PAS iaitu Aktivis + Profesional + Ulama. Kombinasi mantap ini akan memacu kebangkitan rakyat sekaligus memimpin perubahan yang meletus agar mendapat restu Allah swt. Sekaligus menjawab bahawa tiada dikotomi ulama + Profesional + aktivis di dalam PAS, sebaliknya ia menjadi enjin yang menjana kehebatan, kewibawaan dan kemuliaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang contemporary.
6. Xpresi Ulama Muda Haraki akan dan boleh disertai oleh para asatizah, mahasiswa dan alumni Timur Tengah, mahasiswa dan alumni fakulti pengajian Islam di Universiti luar dan dalam negara, penuntut ilmu di kolej Islam, Madrasah atau Pondok [ pasentran ], para huffaz, imam, guru J- Qaf, aktivis ngo – ngo Islam dan terbuka kepada semua yang bersungguh mahu mendalami ilmu Islam samaada terdiri dari kalangan muslimin begitu juga dari kalangan muslimat, semuanya sangat dialu – alukan penglibatan dan penyertaan mereka.
7. Insyaallah, Xpresi Ulama Muda Haraki ini juga bakal menyaksikan beberapa orang tokoh Ulama Muda akan mengisytiharkan diri mereka bersama PAS dan bergandingan dalam memperjuangkan Islam di bumi bertuah ini.
8. Sejarah Gunung Semanggol adalah inspirasi kebangkitan Ulama Muda untuk menyatakan komitmen mereka mendokong perjuangan Islam dan membantu parti sebagai wadah perjuangan menggapai kemenangan dalam pilihanraya umum kelak. Bukan hanya berekspresi tetapi mengatur strategi dan memantapkan motivasi, bagaimana memperkukuhkan parti melalui sendi Ulama Muda guna menggalas amanah dan tanggungjawab bersama rakan – rakan pejuang yang lain.
9. Bulan ogos tahun 2007 sebelum menjelang Pilihanraya Umum ke 12, Himpunan dan sambutan 50 tahun merdeka peringkat kebangsaan telah diadakan di Gunung Semanggol. Semangatnya dibawa ke gerbang pilihanraya umum ke 12, lalu hasilnya 5 buah negeri berjaya dimenangi oleh gandingan PAS + PKR dan DAP termasuk negeri Perak Darul Ridhuan selaku tuan rumah sebelum ianya dirampas secara tidak demokratik. Insyaallah Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 akan meledakkan momentum baru sekaligus menyertai pilihanraya umum ke 13 dengan bergaya membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.
10. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah Jalla wa A’la agar sejarah gemilang 14 Mac 1948, [Himpunan Ulama dan Cendikiawan Islam dari seluruh negara di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol yang digerakkan oleh Al Marhum ustaz Abu Bakar Al Baqir dan akhirnya menjadi inspirasi tubuhnya Gerakan Islam pertama Negara Hizbul Muslimin dan ia turut menjadi asas yang membawa kepada tertubuhnya Parti islam Se Malaysia [PAS] pada 23 Ogos 1951 ], kembali berulang selepas genap 65 tahun dengan momentum dan gelombang baru kebangkitan ulama yang dipacu dan dihasilkan dari Xpresi Ulama Muda Haraki pada tanggal 16 Mac 2013 di tapak yang sama, lalu memimpin perubahan yang sedang digerakkan oleh rakyat.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-3-2013
Xpresi Ulamak Muda persiapan akhir ulamak untuk PRU13
Harakahdaily, | 12 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru seluruh ulamak PAS dan ulamak pelapis di seluruh negara untuk hadir Himpunan Xpresi Ulamak Muda Haraki 2013 yang kan diadakan pada 16 Mac 2013 di Markaz PAS Gunung Semanggol, Madrasah Ehya' As-Syarif, Perak.
Setiausahanya, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali berkata, ini kerana program tersebut adalah perhimpunan yang paling penting kepada jentera para ulamak untuk melumpuhkan kebatilan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Gesaan saya, ini adalah arahan kepada semua para ulamak PAS untuk hadir ke Xpresi Ulamak Muda Haraki.
"Keutamaan hendaklah diberikan kepada Himpunan ini sekiranya wujud sebarang pertembungan dengan program lain," katanya.
Menurutnya lagi, program ini bakal meyaksikan gabungan kekuatan dan semangat yang kental di antara Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat dengan Dewan Pemuda PAS Pusat berdepan PRU13.
Beliau juga menegaskan, PRU13 adalah medan yang terbaik untuk menggarap segala usaha ke arah menumbangkan kezaliman yang telah sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.
"Sudah tiba masanya para ulamak khususnya daripada ulamak pelapis generasi muda melakukan satu perubahan besar dengan memobilasikan rakyat Malaysia yang sememangnya amat arif dengan kezaliman yang berlaku di negara ini, dengan membawa alternatif keadilan Islam untuk dipersembahkan kepada mereka," katanya.
Setiausahanya, Dr. Mohd Khairuddin A. Razali berkata, ini kerana program tersebut adalah perhimpunan yang paling penting kepada jentera para ulamak untuk melumpuhkan kebatilan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Gesaan saya, ini adalah arahan kepada semua para ulamak PAS untuk hadir ke Xpresi Ulamak Muda Haraki.
"Keutamaan hendaklah diberikan kepada Himpunan ini sekiranya wujud sebarang pertembungan dengan program lain," katanya.
Menurutnya lagi, program ini bakal meyaksikan gabungan kekuatan dan semangat yang kental di antara Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat dengan Dewan Pemuda PAS Pusat berdepan PRU13.
Beliau juga menegaskan, PRU13 adalah medan yang terbaik untuk menggarap segala usaha ke arah menumbangkan kezaliman yang telah sekian lama membelenggu rakyat Malaysia.
"Sudah tiba masanya para ulamak khususnya daripada ulamak pelapis generasi muda melakukan satu perubahan besar dengan memobilasikan rakyat Malaysia yang sememangnya amat arif dengan kezaliman yang berlaku di negara ini, dengan membawa alternatif keadilan Islam untuk dipersembahkan kepada mereka," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-3-2013
Tahlil perdana buat perajurit di program Xpresi Ulama Muda
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 yang akan berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol pada 16 Mac ini, penganjur juga akan mengadakan tahlil perdana buat prajurit negara yang terkorban di Lahad Datu.
"Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah selepas solat Maghrib di tapak Xpresi Ulama Muda Haraki insyaallah.
"Semoga ruh para pejuang itu dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan.
Sehingga kini 10 orang dari anggota pasukan keselamatan Malaysia telah terkorban sepanjang mengendalikan operasi menentang penceroboh bersenjata di Sabah sejak beberpa minggu lalu.
Terbaru semalam dua anggota tentera gugur iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Roslan.
Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakalaAhmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.
Berikut adalah nama-nama wira negara yang telah gugur sepanjang operasi tersebut setakat ini:
1- ASP Zulkifli Mamat
2- Sjn Sabaruddin Daud
3- ACP Ibrahim Lebar
4- ASP Michael Padel
5- Sjn Abdul Azis Sarikon.
6- L/Kpl Mohd Azrul Tukiran
7- Sjn Detektif Baharin Hamit
8- Kpl Salam Tugiran
9- Prebet Ahmad Hurairah Ismail
10- Kpl Ahmad Farhan Roslan
"Tahlil perdana ini akan dipimpin oleh Al Fadhil Sohibus Samahah Tuan Guru Hj Salleh Sik Kedah selepas solat Maghrib di tapak Xpresi Ulama Muda Haraki insyaallah.
"Semoga ruh para pejuang itu dirahmati oleh Allah swt dan dikurniakan pahala syahid di sisiNya," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Nasruddin Hassan.
Sehingga kini 10 orang dari anggota pasukan keselamatan Malaysia telah terkorban sepanjang mengendalikan operasi menentang penceroboh bersenjata di Sabah sejak beberpa minggu lalu.
Terbaru semalam dua anggota tentera gugur iaitu Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Roslan.
Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Kampung Sungai Nyamuk, Lahad Datu, awal pagi semalam manakalaAhmad Farhan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Cenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan Op Daulat.
Berikut adalah nama-nama wira negara yang telah gugur sepanjang operasi tersebut setakat ini:
1- ASP Zulkifli Mamat
2- Sjn Sabaruddin Daud
3- ACP Ibrahim Lebar
4- ASP Michael Padel
5- Sjn Abdul Azis Sarikon.
6- L/Kpl Mohd Azrul Tukiran
7- Sjn Detektif Baharin Hamit
8- Kpl Salam Tugiran
9- Prebet Ahmad Hurairah Ismail
10- Kpl Ahmad Farhan Roslan
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
Ayuh ke Xpresi Ulamak Muda Haraki
Khirul Muntanazzar , | 14 Mac 2013 |
Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Ulamak Pelapis PAS (Pusat) akan menganjurkan Xpresi Ulamak Muda bertempat di Markaz PAS Cawangan Gunung Semanggol pada 16 Mac 2013. Program yang julung-julung kali diadakan ini tidak lain adalah bertujuan untuk memugar semangat dan daya juang Ulamak Muda Haraki mendepani ujian getir dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Umum menjangkakan bahawa PRU ke 13 ini adalah yang paling sengit dan genting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Pastinya ia akan dipenuhi dengan pelbagai rencam dan liku yang menuntut semangat juang dan ketahanan yang sangat tinggi. UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan berdiam diri begitu sahaja dan akan bertindak lebih agresif untuk mengekalkan kuasa yang berada di hujung tanduk. Wang, media, saraf dan jentera kerajaan akan digunakan semaksima mungkin untuk menggapai hasrat tersebut. Tidak mustahil juga keganasan dan kekacauan akan ditimbulkan untuk menakutkan pengundi agar terus mendokong mereka.
Golongan Ulamak khususnya daripada generasi muda seharusnya memahami akan realiti perjuangan ini. Â Sejarah perjuangan para Nabi dan Rasul yang diteruskan oleh Salafussoleh tidak pernah lekang daripada perancangan jahat pihak musuh. Kapal Nabi Nuh dibuang najis ke dalamnya, Nabi Soleh disembelih untanya, Nabi Zakaria digergaji tubuhnya, Nabi Yahya dipenggal kepalanya dan Nabi Muhammad hampir sahaja dihempapkan dengan batu yang besar di atas kepala. Semua contoh ini memberi erti yang besar dalam makna sebuah perjuangan.
Kemenangan dalam PRU ke 13 menuntut iltizam yang sangat tinggi daripada para Ulamak Muda Haraki. Kejayaan dalam PRU ke 13 menagih kudrat dan tenaga yang optimum daripada generasi pelapis warisan Anbiya'. Kecemerlangan dalam PRU ke 13 mengarah persiapan rohani yang rapi daripada golongan cendikiawan muda Islam. Merekalah yang seharusnya berada di saf hadapan perjuangan mewarisi semangat juang para Nabi dan Rasul menongkah arus kebejatan musuh.
Justeru, Xpresi Ulamak Muda Haraki ini adalah jambatan untuk memperteguhkan saf, meningkatkan ketahanan, mengentalkan jiwa, mengatur strategi, mempersiapkan diri dan mempertautkan rohani kepada Allah.
Ayuh sahabat! Kita banjiri segenap sudut dan ruang dengan lautan Ulamak Muda Haraki, generasi pelapis warisan Anbiya'. Ayuh pejuang! Kita daki Gunung Semanggol bersama semangat dan keringat Ustaz Abu Bakar Bakir. Ayuh Ansarullah! kita kembalikan kegerunan dan ketakutan Dato' Onn terhadap "Bahaya dari Gunung". Inilah tempat ayah-ayah kita bermula dan disinilah kita menyambung rantai-rantai perjuangan mereka.
ULAMAK HARAKI BENTENG IZZAH ISLAM
*Penulis adalah Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat)
Umum menjangkakan bahawa PRU ke 13 ini adalah yang paling sengit dan genting dalam sejarah pilihanraya di Malaysia. Pastinya ia akan dipenuhi dengan pelbagai rencam dan liku yang menuntut semangat juang dan ketahanan yang sangat tinggi. UMNO dan Barisan Nasional sudah pasti tidak akan berdiam diri begitu sahaja dan akan bertindak lebih agresif untuk mengekalkan kuasa yang berada di hujung tanduk. Wang, media, saraf dan jentera kerajaan akan digunakan semaksima mungkin untuk menggapai hasrat tersebut. Tidak mustahil juga keganasan dan kekacauan akan ditimbulkan untuk menakutkan pengundi agar terus mendokong mereka.
Golongan Ulamak khususnya daripada generasi muda seharusnya memahami akan realiti perjuangan ini. Â Sejarah perjuangan para Nabi dan Rasul yang diteruskan oleh Salafussoleh tidak pernah lekang daripada perancangan jahat pihak musuh. Kapal Nabi Nuh dibuang najis ke dalamnya, Nabi Soleh disembelih untanya, Nabi Zakaria digergaji tubuhnya, Nabi Yahya dipenggal kepalanya dan Nabi Muhammad hampir sahaja dihempapkan dengan batu yang besar di atas kepala. Semua contoh ini memberi erti yang besar dalam makna sebuah perjuangan.
Kemenangan dalam PRU ke 13 menuntut iltizam yang sangat tinggi daripada para Ulamak Muda Haraki. Kejayaan dalam PRU ke 13 menagih kudrat dan tenaga yang optimum daripada generasi pelapis warisan Anbiya'. Kecemerlangan dalam PRU ke 13 mengarah persiapan rohani yang rapi daripada golongan cendikiawan muda Islam. Merekalah yang seharusnya berada di saf hadapan perjuangan mewarisi semangat juang para Nabi dan Rasul menongkah arus kebejatan musuh.
Justeru, Xpresi Ulamak Muda Haraki ini adalah jambatan untuk memperteguhkan saf, meningkatkan ketahanan, mengentalkan jiwa, mengatur strategi, mempersiapkan diri dan mempertautkan rohani kepada Allah.
Ayuh sahabat! Kita banjiri segenap sudut dan ruang dengan lautan Ulamak Muda Haraki, generasi pelapis warisan Anbiya'. Ayuh pejuang! Kita daki Gunung Semanggol bersama semangat dan keringat Ustaz Abu Bakar Bakir. Ayuh Ansarullah! kita kembalikan kegerunan dan ketakutan Dato' Onn terhadap "Bahaya dari Gunung". Inilah tempat ayah-ayah kita bermula dan disinilah kita menyambung rantai-rantai perjuangan mereka.
ULAMAK HARAKI BENTENG IZZAH ISLAM
*Penulis adalah Ketua Ulamak Pelapis PAS (Pusat)
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 14-3-2013
TG Nik Aziz seru ahli PAS ke Xpresi Ulamak Muda
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru seluruh ahli PAS hadir ke program Xpresi Ulamak Muda Haraki yang akan diadakan di Gunung Semanggol, esok.
Katanya, ahli PAS tidak wajar melepaskan peluang menadah mutiara ilmu yang akan disampaikan alim ulama yang selama ini memandu PAS agar berada pada landasan perjuangan Islam.
“PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia telah berjaya menjadikan landasan perjuangannya bertepatan dengan Islam.
"Ini semuanya adalah hasil panduan dan bimbingan dari para alim ulamak yang berada di dalam PAS," katanya melalui satu perutusan khas.
Program 16 Mac ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat menerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dengan tema “Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan” program ini juga bakal dihadiri oleh para alim ulama dari seluruh tanah air.
Sehubungan dengan itu, seluruh ahli PAS diseru turun bersama-sama memberikan komitmen dan hadir ke program ini.
Katanya, ahli PAS tidak wajar melepaskan peluang menadah mutiara ilmu yang akan disampaikan alim ulama yang selama ini memandu PAS agar berada pada landasan perjuangan Islam.
“PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia telah berjaya menjadikan landasan perjuangannya bertepatan dengan Islam.
"Ini semuanya adalah hasil panduan dan bimbingan dari para alim ulamak yang berada di dalam PAS," katanya melalui satu perutusan khas.
Program 16 Mac ini adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat dan Dewan Ulamak PAS Pusat menerusi Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis Dewan Ulamak PAS Pusat.
Dengan tema “Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan” program ini juga bakal dihadiri oleh para alim ulama dari seluruh tanah air.
Sehubungan dengan itu, seluruh ahli PAS diseru turun bersama-sama memberikan komitmen dan hadir ke program ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-3-2013
Wacana memperingati perjuangan Hizbul Muslimin
Harakahdaily, | 15 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Sempena program Xpresi Ulama Muda Haraki yang akan berlangsung di Gunung Semanggol esok, Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan wacana memperingati Hizbul Muslimin.
Wacana tersebut yang akan diadakan hari ini akan melibatkan tiga panel pembentang iaitu Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Riduan Mohamad Nor serta Ustaz Zawawi Hassan.
"Program akan bermula jam 9 malam dan terbuka kpd seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran sejarah emas perjuangan islam negara ini," ujar Riduan yang juga ketua penerangan DPPM.
Berikut sedikit sinopsis perjuangan Hizbul Muslimin:
Tiga tujuan dasar penubuhan Hizbul Muslimin (HM) yang digariskan iaitu Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan, mencipta masyarakat berdasarkan islam dan menjadikan Tanah Melayu sebagai darul Islam.
HM berusaha menginsafkan umat Islam Malaya tentang kesedaran politik dan ikatan agama dalam satu ideologi mengikut ajaran islam serta bekerjasama dengan semua pihak yg bersesuaian dasarnya.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah dilantik sebagai Ketua Umum HM, Ir Ariffin Alian dan Daud Jamil sebagai ketua satu dan ketua dua.
Wacana tersebut yang akan diadakan hari ini akan melibatkan tiga panel pembentang iaitu Dr Zuhdi Marzuki, Ustaz Riduan Mohamad Nor serta Ustaz Zawawi Hassan.
"Program akan bermula jam 9 malam dan terbuka kpd seluruh rakyat Malaysia yg cintakan kebenaran sejarah emas perjuangan islam negara ini," ujar Riduan yang juga ketua penerangan DPPM.
Berikut sedikit sinopsis perjuangan Hizbul Muslimin:
Tiga tujuan dasar penubuhan Hizbul Muslimin (HM) yang digariskan iaitu Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan, mencipta masyarakat berdasarkan islam dan menjadikan Tanah Melayu sebagai darul Islam.
HM berusaha menginsafkan umat Islam Malaya tentang kesedaran politik dan ikatan agama dalam satu ideologi mengikut ajaran islam serta bekerjasama dengan semua pihak yg bersesuaian dasarnya.
Ustaz Abu Bakar al-Baqir telah dilantik sebagai Ketua Umum HM, Ir Ariffin Alian dan Daud Jamil sebagai ketua satu dan ketua dua.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-3-2013
KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.
Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.
Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)
Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.
Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.
6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS
Harakahdaily, | 16 Mac 2013 |

Sumber HD - 16-3-2013
PAS ubah lanskap bukan Islam hormati amalan Islam
Salmiyah Harun, | 16 Mac 2013 |
GUNUNG SEMANGGOL: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam pilihan raya kali ini untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Xpresi Ulamak Muda yang sedang berlangsung di Markaz PAS Cawangan Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
"Kemenanganan Islam yang tulen dengan pelaksanaan Islam seperti dituntut al-Quran bukan hanya membimbing ke Putrajaya semata-mata," katanya di hadapan kira-kira 1,000 ulama muda yang menyertai xpresi itu.
Katanya, perhimpunan hari ini memperlihatkan kebangkitan ulama muda haraki yang akan membimbing manusia hingga ke syurga.
Malah katanya, PAS hari ini sudah diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa malah perkara ini turut dikagumi oleh parti Ikhwan yang mengatakan mereka tidak pernah melihat parti Islam tetapi mendapat sokongan bukan Islam seperti PAS.
"Umno pula mengkhususkan Islam hanyan untuk Islam, sedangkan rahmat adalah untuk semua. Umno hari ini diperkuda MCA," katanya.
Jelasnya perjuangan PAS yang dibawa hari ini telah mengubah lanskap kehidupan manusia apabila bukan Islam sudah boleh menghormati amalan umat Islam.
"Kisah benar di mana bukan Islam masukkan agenda solat Zuhur dalam program mereka," katanya.
Justeru, katanya, pilihan raya kali ini adalah detik-detik yang semakin hampir untuk Islam mencapai kemenangan, jadi anak muda yang ada pada hari ini adalah aset yang sangat penting.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Xpresi Ulamak Muda yang sedang berlangsung di Markaz PAS Cawangan Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
"Kemenanganan Islam yang tulen dengan pelaksanaan Islam seperti dituntut al-Quran bukan hanya membimbing ke Putrajaya semata-mata," katanya di hadapan kira-kira 1,000 ulama muda yang menyertai xpresi itu.
Katanya, perhimpunan hari ini memperlihatkan kebangkitan ulama muda haraki yang akan membimbing manusia hingga ke syurga.
Malah katanya, PAS hari ini sudah diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa malah perkara ini turut dikagumi oleh parti Ikhwan yang mengatakan mereka tidak pernah melihat parti Islam tetapi mendapat sokongan bukan Islam seperti PAS.
"Umno pula mengkhususkan Islam hanyan untuk Islam, sedangkan rahmat adalah untuk semua. Umno hari ini diperkuda MCA," katanya.
Jelasnya perjuangan PAS yang dibawa hari ini telah mengubah lanskap kehidupan manusia apabila bukan Islam sudah boleh menghormati amalan umat Islam.
"Kisah benar di mana bukan Islam masukkan agenda solat Zuhur dalam program mereka," katanya.
Justeru, katanya, pilihan raya kali ini adalah detik-detik yang semakin hampir untuk Islam mencapai kemenangan, jadi anak muda yang ada pada hari ini adalah aset yang sangat penting.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-3-2013
Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi.
GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.
Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).
Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.
“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.
Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
Bekas penerbit rancangan Ikim.fm umum sertai PAS
Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |

Sumber HD - 17-3-2013
No comments:
Post a Comment