Perkom bantu rakyat dapatkan lesen memandu
Harakahdaily, | 17 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor Dan Kuala Lumpur (Perkom) mencipta kejayaan apabila menjadi NGO pertama yang menjalankan program bantuan lesen memandu kepada ahli-ahli dan masyarakat yang berpendapatan rendah melalui tajaan badan-badan korporat.
Perkom berjaya mendapatkan tajaan dana dari beberapa badan korporat yang ingin membantu masyarakat miskin bandar dan berpendapatan rendah melalui Program Khidmat Sosial Masyarakat (CSR).
Dengan kerjasama Akademi Memandu Imkeda, Perkom mengadakan Majlis Pelancaran Lesen Tajaan Dana CSR korporat yang dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zairi Mat Ali, di Kajang minggu lalu.
Menurut Pengerusi Perkom, Mohd Solleh Ibrahim, program itu bertujuan mendidik rakyat agar lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang di jalan raya ekoran masalah kesalahan jalan raya yang semakin meningkat.
"Program ini juga bertujuan meningkatkan ekonomi rakyat di mana dengan adanya lesen memandu dapat membantu masyarakat mendapat pekerjaan dan menjalankan perniagaan secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan keluarga ke arah yang lebih baik.
"Jika dilihat banyak program yang dijalankan oleh pihak berkuasa bagi menyedarkan masyarakat tentang kesalahan jalan raya tetapi tiada program sebegini dilakukan bagi menyelesaian dan menangani masalah kesalahan jalan raya," kata beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau juga menegaskan, Program Lesen Tajaan Dana CSR Korporat ini tidak boleh disamakan dengan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M).
Perkom jelasnya memberi bantuan sepenuhnya kepada ahli-ahli dan tidak mendapat sebarang dana dari pihak kerajaan, tetapi BL1M mengenakan bayaran sebanyak RM199 kepada penerima bantuan.
"Bagaimanapun program lesen memandu ini bergantung kepada dana tajaan yang diterima bagi meneruskan bantuan kepada ahli-ahli dan masyarakat berpendapatan rendah serta golongan miskin Bandar.
"Sehubungan itu Perkom berharap program yang dijalankan ini mendapat perhatian dari pihak Kerajaan dan badan-badan korporat yang berhasrat ingin meyalurkan bantuan secara terus kepada golongan yang memerlukan melalui Perkom dan menyeru agar semua ahli-ahli menyokong penuh dengan segala usaha murni yang dijalankan oleh persatuan," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-3-2013
Assalamualaikum,
ReplyDeleteSaya , fauzeah Mohd Arief, ingin membuat pertanyaan dan juga tawaran sekiranya ada anak-anak yang lepasan PMR/SPM dan juga orang-orang yang memerlukan bantuan untuk bekerja di HAJI ISMAIL GROUPS SDN BHD.
Kami kini sedang membuka peluang untuk semua perantis yang berminat dan yang mahu berhijrah demi meningkat kan pendapatan keluarga.
email saya : ummirosslyn08@gmail.com
website : www.hajiismailgroup.com.my
Kami kini mempunyai 4 buah kedai, satu shopping mall dan sebuah hotel bertaraf 3 bintang.
Kami memerlukan pekerja seramai 50 orang sebagai Promoter
20 orang sebagai Cashier
Syarikat milik Islam sepenuhnya dan hanya menerima pekerja beragama Islam. Kami juga menyediakan hostel bagi pekerja luar dari langkawi.
Gaji yang kami tawarkan RM650 + RM150 (elaun kedatangan dan kerajinan) bagi 3 bulan pertama.
Apabila telah di naik taraf kan sebagai pekerja maka gaji adalah RM 900.00 sebulan.
Gaji yang tersebut tidak lagi termasuk overtime dimana buat masa ini setiap pekerja kami lebih kurang akan membawa pulang gaji sebanyak RM1200.00 setiap bulan.
Sekiranya ada sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi saya terus di talian : 010 4081182 atau HR Asst En. Ezuwan di pejabat 04 967 2714.
Kami berharap agar dapat membantu anak-anak dan penduduk miskin yang memerlukan bantuan.
Sekian. Terimakasih.