Selamat menyambut Maulidul Rasul: Mari kita ikut Nabi
Nik Abdul Aziz Nik Mat, | 24 Jan 2013 |
PERUTUSAN MAULIDUR-RASUL 1434H
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT yang bermaksud :
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana masih lagi berpeluang untuk berada di dalam bulan Rabiul Awwal tahun 1434 Hijrah ini.
Sekali lagi kita sama-sama berada dalam suasana menyambut Maulidur-Rasul yang merupakan satu rutin tahunan kepada umat Islam bukan sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia.
Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik untuk manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sengaja Allah SWT, melantik rasulNya dari kalangan manusia agar boleh dicontohi dan dijadikan tauladan.
Allah SWT tidak melantik rasulNya dari kalangan malaikat kerana malaikat ialah makhluk yang tidak mempunyai nafsu. Bagaimana manusia yang mempunyai nafsu mahu menjadikan malaikat yang berlainan fitrah sebagai tauladan?
Sesungguhnya, apabila Rasulullah SAW menjadi tauladan, ia bukan sahaja contoh di dalam ibadat tetapi dalam semua aspek kehidupan.
Aspek rumahtangga sebagai contoh, Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang suami yang suka bergurau dengan isterinya.
Gurauan ini tidak pernah melunturkan nilai nubuwwah yang ada pada diri Baginda bahkan ia merupakan penyeri kepada kehidupan berumahtangga yang diperlukan oleh setiap manusia.
Kadang-kadang sudut ini yang dicuaikan oleh sebahagian daripada kita yang menjadikan kehidupan kita kaku dan beku tanpa gurau senda.
Demikian juga dalam aspek muamalat dengan rakyat. Rasulullah SAW terkenal sebagai seorang yang gemar menuturkan kata-kata manis sehingga menyenangkan pendengar.
Bahkan terdapat juga situasi Rasulullah SAW bergurau dengan gurauan yang benar sehingga menjadikan dirinya lebih dikagumi dan disayangi.
Apa yang lebih penting ialah kejayaan Rasulullah SAW merubah paradigma pemikiran masyarakat jahiliyyah yang tebal dengan tradisi karut dalam tempoh perjuangan baginda selama 23 tahun.
Sekalipun baginda merupakan seorang nabi yang juga kekasih Allah SWT, tetapi tempoh yang diambil oleh baginda untuk menjayakan misi dakwah di Mekah dan Madinah tidak mengambil masa sekelip mata.
Sirah inilah yang mengajar kita bahawa setiap perjuangan memerlukan tempoh masa yang tersendiri. Inilah lumrah dalam perjuangan yang wajib diterima oleh semua pendokong perjuangan Islam hari ini.
Hakikatnya, maulidur-rasul bukan hanya setakat meraikan kelahiran baginda Rasulullah SAW tetapi juga menjunjung tinggi syariat yang dibawa olehnya.
Syariat ini perlu diletakkan di tempat yang tertinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Jika semangat ini dipupuk, insya-allah kita akan melihat suasana sambutan Maulidur-rasul yang benar-benar bermakna akan wujud di negara ini, Insya-Allah.
Sekian.
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434H
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 12 Rabiul Awwal 1434H
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 24-1-2013
Mahu tidak mahu, suka atau tidak, urusan pilihan raya tidak boleh dipisahkan dengan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Baginda bukan sekadar pendakwah biasa, Baginda adalah segala-galanya.
Demikianlah dalam hal kenegaraan, Baginda telah menunjukkan contoh terbaik bagaimana Islam perlu dimartabatkan di mana saja seorang pemerintah Islam itu berada.
Saya akan menfokuskan perbincangan kita dalam suasana yang ada ini bagaimana Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat memberi teladan yang amat hebat dalam membangunkan OKU. Sesungguhnya teladan itulah menjadi aspirasi untuk saya mengenengahkan apakah model pembangunan OKU yang perlu di Malaysia.
Mari kita telusuri, apakah yang telah dibentangkan dalam perjalanan sirah Islam yang amat mengkagumkan itu.
Sikap meraikan keperluan OKU di kalangan sahabat-sahabat telah mula dilakukan sejak zaman awal Islam, di kota Mekkah lagi. Antara kisah yang dapat dikesan bagaimana Saidina Abu Bakar Al-Sidiq telah diberi suatu jaminan oleh keluarga Ad-Daghna seorang terhormat di Mekah.
Dalam satu tempoh, Ad-Daghna telah memberi jaminan keselamatan kepada Saidina Abu Bakr As-Sidiq untuk beliau melakukan ibadat sebebasnya tanpa gangguan dari kaum Quraisy Mekah.
Jaminan tersebut telah diberikan kerana sikap Saidina Abu Bakar yang amat penyantun kepada golongan daif termasuk OKU. Dalam suasana umat Islam ditindas oleh kaum Quraisy, Saidina Abu Bakar masih utuh menjaga keperluan-keperluan OKU yang ada di Mekah ketika itu.
Sikap Saidina Abu Bakar ini diteruskan hinggalah ke akhir hayatnya. Bagaimana sebaik kewafatan Baginda Rasulullah SAW, beliau telah menanyakan kepada anaknya Saidatina Aishah RA adakah lagi yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW yang masih belum beliau kerjakan.
Aishah RA telah menceritakan bagaimana setiap hari Baginda Rasulullah SAW telah menziarahi seorang Yahudi yang buta dan memberikan beliau makanan dengan menyuapkan langsung ke mulut Yahudi itu. Walhal Yahudi yang buta mata itu tidak pernah berhenti dari mencaci Baginda Rasulullah SAW tanpa disedari bahawa orang yang dicacinya itulah yang memberikan beliau makan.
Saidina Abu Bakar kemudiannya bergegas ke tempat yang diceritakan oleh anak perempuannya itu dan membuat sebagaimana dikhabarkan oleh Aishah RA. Sebaik beliau menyuapkan Yahudi yang buta itu, berkatalah sibuta itu “Siapakah kamu?”. Saidina Abu Bakar menjawab, “Akulah orang yang biasa menyuapi kamu”. Yahudi itu lalu membentak, “Bukan, bukan. Kamu bukan yang biasa itu. Dia menyuapkan aku dengan amat lembut tidak macam kamu”.
Mendengar kata-kata Yahudi yang buta itu, Saidina Abu Bakar terus mengalir air matanya mengenangkan hebatnya jasa Rasulullah SAW. Kemudian Saidina Abu Bakar menceritakan siapakah beliau dan kewafatan Rasulullah SAW. Si Yahudi itu lalu menangis dan merasa kesal atas sikapnya yang tidak henti-henti mencaci orang yang sebenarnya menyuapinya setiap hari.
Yahudi yang buta itu akhirnya memeluk Islam atas kehebatan sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar As-Sidiq.
Dua contoh di atas cukup memberi pengajaran bagaimana pemerintah perlu menyantuni OKU dari aspek kebajikan dan keperluan asasinya.
Jika nak dibincangkan, masih banyak contoh yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah dan para sahabat dalam menjaga kebajikan OKU hinggakan mereka cukup senang dalam menempuh kehidupan sebagai hamba Allah yang cacat.
Jika Rasulullah SAW dan para sahabat telah menyediakan satu teladan hebat dalam aspek kebajikan, demikianlah juga dalam aspek hak-hak asasi OKU.
Bagaimana sikap Rasulullah SAW kepada seorang buta yang masyhur iaitu Abdullah Ibn Ummu Maktum? Beliau yang buta telah diberikan kepercayaan yang cukup besar setelah dibekalkan ilmu oleh Baginda Rasulullah SAW. Bermula sebagai pendakwah ke Madinah sebelum era hijrah, hinggalah imam solat menggantikan Rasulullah SAW, muazin dan penjaga kota Madinah ketika Rasulullah SAW keluar berperang. Bahkan di zaman khulafah al-Rasyidin kedua, Saidina Umar RA telah membenarkan untuk beliau menyertai tentera Islam dan beliau akhirnya syahid dalam pertempuran tersebut.
Selain itu, Ammar Ibn Jumuh yang seorang OKU anggota telah dibenarkan untuk menyertai tentera dalam Perang Uhud. Beliau sekali-kali tidak menjadikan kecacatannya sebagai helah untuk tidak berjihad. Bahkan beliau menyebut bila ditanya apakah beliau ingin berperang dengan keadaannya yang cacat itu, beliau menjawab “Kaki aku yang cacat inilah akan mendaki tangga-tangga syurga”. Ammar ibn Jumuh kemudiannya telah syahid di Medan Uhud.
Lebih dari itu, Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat mampu melihat potensi setiap OKU di Madinah untuk digilap demi perjuangan Islam.
Jika dunia hari ini membicarakan betapa OKU perlu dibangunkan dari aspek kebajikan dan hak, Islam telah awal mengiktiraf prinsip-prinsip tersebut dengan ditunjukkan sendiri oleh Rasulullah SAW dan para sahabat radhiallahuanhum.
Nah, apa lagi yang perlu kita tunggu? Kehebatan tamadun Islam dalam membangunkan OKU kini terus diamalkan oleh dunia barat hari ini. Pelbagai dokumen telah diadakan sebagai komitmen mereka kepada golongan dhaif yang sengaja dicipta Allah SWT guna menunjukkan kekuasaan-Nya yang Maha Agung.
Kini terpulanglah kepada kita untuk menteladani apa yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat. Impian itulah menjadi cita-cita saya bersama Malaysia baru pasca PRU13, Insya Allah.
Penulis ialah Sekretariat Prihatin OKU LKKP.
Rasulullah gilap OKU demi perjuangan Islam
Mohammad Faizal Che Yusof, | 24 Jan 2013 |
SEBAGAIMANA biasa setiap kali tibanya 12 Rabiul Awal akan dianjurkan pelbagai acara memperingati lahirnya seorang rasul junjungan, pembawa rahmat sekalian alam. Sambutan tahun ini seharusnya lebih bermakna kerana umat Islam turut berhadapan dengan suatu pilihan raya yang penuh sejarah di Malaysia.

Cinta Nabi, Saranan al-Quran Yang Ditinggalkan
Abdul Muizz bin Muhammad , | 29 Jan 2013 |
Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan baik yang berlaku dalam kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari kaedah yang tepat bagaimana menyintai Rasulullah SAW. Sehingga kita terlupa al-Quran telah membicarakan soal ini secara jelas dan langsung.
Manhaj Al-Quran
Dalam surah Ali Imran, Allah Taala telah menyatakan ciri-ciri golongan yang layak bersama dengan Rasulullah SAW;
“Dan berapa banyak Nabi yang berjuang bersama-samanya sejumlah besar pengikut yang bertakwa. Sifat mereka tidak menjadi lemah dengan ujian yang menimpa mereka di jalan Allah, dan mereka tidak lesu dan tidak pula menyerah kalah. Allah menyintai golongan yang sabar.” (Surah Ali Imran: ayat 146)
Secara jelas Allah menyatakan sifat utama pencinta Nabi SAW seperti berikut :
i. Al-Quran telah menggazetkan bahawa golongan yang layak bersama dengan Nabi SAW adalah daripada kalangan mereka yang sangat sensitif terhadap maruah Islam. Mereka tidak akan membiarkan Nabi SAW berjihad seorang diri, sedangkan mereka duduk sebagai pemerhati.
Sebaliknya mereka ada rasa tanggungjawab terhadap cinta Nabi SAW sebagaimana ikrar para sahabat "Pergilah Engkau SAW bersama Tuhanmu berjuang, sesungguhnya kami bersama-sama denganmu turun berjuang."
ii. Mereka mestilah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Iman mereka dibuktikan dengan gigih berjuang menegakkan agama Allah. Kembali kepada tugas asal manusia sebagai khalifah iaitu ‘Mendirikan Islam, Memelihara Islam dan Mentadbir Dunia Dengan Islam’.
iii. Jatidiri mereka gagah perkasa, kalis tekanan. Apabila mengisytiharkan diri mereka untuk menyertai jihad perjuangan Islam, mereka bersedia berhadapan dengan risiko serta bersungguh-sungguh menongkah arus kejahilan manusia. Manakala golongan yang bacul dan penakut, Nabi SAW tidak sudi mengaku sebagai umatnya (maksudnya), “Apabila kamu melihat umatku kecut untuk menyatakan kepada sang zalim “Wahai Si Zalim”. Sesungguhnya diucap selamat tinggal kepada mereka” HR Tabarani.
iv. Bahkan di dalam Ayat 142 sebelumnya, Allah SWT mencabar pendukung-pendukung agama Nabi SAW agar jangan mudah perasan masuk syurga selagi mana tidak berjihad. Ingatan itu disertakan isyarat daripada Allah bahawa pencinta-pencinta Nabi SAW mestilah meletakkan misi mati syahid sebagai cita-cita yang tertinggi di dalam ayat 143.
“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?” (Surah Ali Imran: ayat 142)
“Dan sesungguhnya kamu telah mengharap-harapkan mati Syahid (dalam perang Sabil) sebelum kamu menghadapinya. Maka sesungguhnya kamu (sekarang) telahpun menyaksikannya dan kamu sedang melihatnya (dengan mata kepala sendiri).” (Surah Ali Imran: ayat 143)
v. Golongan pencinta Nabi SAW mempunyai daya tahan yang kuat. Sedikit pun tidak menyerah kalah berhadapan dengan musuh. Dalam konteks realiti Malaysia sekarang yang ujiannya adalah perang pemikiran, mereka mestilah tidak menyerahkan kepercayaan mereka kepada ideologi lain selain Islam.
Cinta Nabi SAW Gaya Sahabat
Kita perlu kembali meneladani gaya para sahabat menyintai Nabi SAW. Hal ini kerana, mereka merupakan generasi yang diasuh daripada air tangan Nabi SAW. Kelebihan tersebut menjadikan mereka merupakan golongan yang paling menyintai Nabi SAW dan yang paling faham terhadap mesej-mesej wahyu daripada Baginda SAW.
Seperti yang telah dikisahkan oleh Imam Ibnu ‘Asakir di dalam karyanya Tarikh Dimasyq, bagaimana manifestasi cinta Saidina Bilal Bin Rabbah terhadap Rasulullah SAW adalah dengan jihad. Setelah kewafatan Baginda SAW, Bilal tidak mampu meneruskan tugasnya sebagai juru azan. Apabila disebut sahaja nama kekasihnya Muhammad SAW, suara Bilal tersekat dan menangis.
Maka bermulalah riwayat hidup Bilal Bin Rabbah berendam air mata sepanjang berada di Madinah selepas kewafatan Baginda SAW. Untuk menyelesaikan derita kerinduan yang amat menebal, akhirnya Bilal meminta izin Abu Bakar untuk keluar dari Madinah menuju ke Syam bergabung dengan tentera Islam dalam misi membebaskan Baitul Maqdis. Bilal pergi berjuang demi mendapatkan cintanya kepada Rasulullah SAW.
Begitu juga kisah dua kanak-kanak yang amat ghairah menyintai Nabi SAW. Ketika perang Badar, Abdul Rahman Bin ‘Auf ditemui oleh dua orang kanak-kanak yang melapor diri lantas menyuarakan hasrat ingin mencari Abu Jahal yang telah mencaci Nabi SAW. Mereka bertekad sekiranya terserempak dengan Abu Jahal, mereka akan pastikan si bedebah tersebut segera dibunuh. Akhirnya misi tersebut berjaya dan dipuji oleh Nabi SAW.
Begitu juga cinta Khubaib yang diseksa teruk kerana mempertahankan Islamnya. Sehingga musyrik yang menyeksanya menawarkan pelepasan dari seksaan dengan syarat, Khubaib dapatkan Rasulullah SAW sebagai galang gantinya. Maka Khubaib membenarkan cintanya kepada Nabi SAW dengan penegasannya, “Demi Allah, aku benci bersama bersenang-lenang di dunia dengan keluargaku dan anak-anakku sedangkan Rasulullah SAW ditinggalkan diseksa oleh kamu semua...” al-Bukhari
Di sini kita lihat, cara para sahabat berinteraksi dengan cinta Nabi SAW adalah dengan perlaksanaan. Bukan dengan puji-pujian lisan semata-mata. Lebih dari itu, mereka jadikan jalan jihad sebagai cara menterjemahkan rasa cinta kepada Baginda SAW.
Muhasabah
Berdasarkan ayat al-Quran surah Ali Imran ayat 142 hingga 146, kita perlu meneliti dengan penuh insaf di mana kita. Bahkan kita perlu tanya pada diri kita sepanjang kempen Cinta Nabi SAW, adakah kita telah menjalankan beberapa kempen berikut :
i. Syurga tidak diperoleh semata-mata dengan memuja memuji Nabi SAW sahaja. Sebaliknya syurga hanya boleh dicapai apabila seseorang terlibat dalam perjuangan menegakkan Islam sebagai aqidah dan syariat.
ii. Umat Nabi SAW mesti bercita-cita untuk mati syahid sebagai tanda benar-benar cinta kepada Nabi SAW. Barulah cita-cita tersebut memotivasi umat Baginda SAW supaya gagah mendepani cabaran mendatang.
iii. Tidak ada guna jika setelah kewafatan Nabi SAW, kita hanya merintih dan mengadu nasib bersedih akan pemergian Baginda SAW sedangkan tugas-tugas Baginda SAW kita tinggalkan. Lihat di dalam al-Quran, Allah menegur umat Islam agar jangan berpaling meninggalkan kerja Nabi SAW setelah kewafatannya. Begitu juga Bilal, bukti rindu dan cinta beliau adalah dengan jihad. Ingat, umat Islam sifatnya membina dan maju. Bukan statik dan mandom.
Sekiranya tidak dijumpai kempen-kempen tersebut sepanjang menyambut program Maulid al-Rasul atau seumpamanya, maka sedarlah bahawasanya kita masih gagal memenuhi piawaian Allah SWT dalam menyintai Rasulullah SAW dalam erti kata yang sebenar. Apakah cukup dengan mengingati tanpa melaksana? Cinta adalah tanggungjawab.
http://tarbawi.my

No comments:
Post a Comment