Apabila teringat Dr Mahathir, teringat pula kepada kelindan lori
UMNO begitu gusar dengan apa
yang berlaku di Stadium Merdeka pada Sabtu lepas. HKR112 sangat berjaya dan
kejayaan perhimpunan itu bukannya kejayaan menghimpunkan seramai ratusan ribu
umat semata-mata, tetapi kejayaan rakyat yang mahukan perubahan menunjukkan
manifastasi mereka hendak mengalih dan menganjak kepimpinan negara dengan
pimpinan dari parti pilihan mereka. Kalau kita ikut hukum akal UMNO telah pun
merudum jika pilihanraya ke 13 di adakan setahun sebelum HKR112 itu atau
bila-bila selepas perhimpunan bersejarah itu.
Tetapi ada seorang bekas
pemimpin kita yang lebih gusar dari pucuk pimpinan yang rakyat hendak ambilalih
ini. Nama pemimpin itu ialah Dr Mahathir Mohammad dan beliau secara deras telah
memberikan reaksi beliau tentang HKR112 itu. Beliau menyamakan himpunan itu
sebagai bukti yang parti-parti pembangkang sedang membina gerakan untuk
menumbangkan kerajaan BN seperti yang berlaku dalam siri Arab Spring di
negara-negara Timur Tengah.
Komen Dr Mahathir itu tidak
melambangkan beliau sebagai seorang pemimpin yang berpuas hati setelah begitu
lama menjadi Perdana Menteri negara ini. Walaupun masyarakat dunia telah
menganggap beliau sebagai bekas pemimpin yang kedua terkaya di dunia ini,
nampaknya masih ada yang merunsingkan bekas PM yang ‘famous’ ini.. Semua tindakan dan pemikiran beliau amat
mudah di baca oleh sesiapa yang berkemampuan untuk berfikir. Rakyat sudah mahir
membaca Dr Mahathir dan rakyat faham apa yang mencelarukan pemikiran beliau.
Kata perpatah, rakyat ‘sudah
dapat menyelam air dalam tunggak’. Apa yang terselindung dalam hati dan benak
beliau itu di fahami oleh rakyat yang ramai dengan mudah. Otak beliau nampaknya
belum bersara lagi walaupun tubuh dan fizik beliau sudah bersara. Pemikiran
beliau lebih kencang berfikir dari semasa beliau dalam jawatan lagi.
Sesungguhnya Mahathir sememangnya sudah terlalu susah untuk bersara seperti
PM-PM lain yang telah tamat perkhidmatannya.
Tetapi itu semua bukannya
dilakukan oleh pembangkang yang bakal mengambilalih pimpinan kerajaan ini,
tetapi itu adalah hasil dari tingkah laku politik beliau sendiri. Bukan tidak
pernah rakyat khususnya ahli-ahli UMNO sendiri pernah berusaha untuk
menyelamatkan beliau menghadapi apa yang beliau sedang hadapi sekarang. Partinya
sendiri pernah cuba untuk merehatkan beliau untuk mengelakkan beliau
terus-terusan untuk merosakkan diri beliau sendiri dengan cara memberhentikan
beliau.
Beliau tidak mahu akur dengan
kehendak sebilangan besar ahli-ahli partinya sendiri dan sebaliknya beliau telah
membunuh partinya itu semata-mata untuk beliau melakukan kerosakkan bukan sahaja
kepada negara tetapi terbukti beliau merosakkan pemikiran dan kehidupan beliau
sendiri.
Kekalahan UMNO itu merupakan
igauan beliau kerana beliau telalu takut dengan perbuatan beliau sendiri.
Menganggapkan himpunan Sabtu lepas sama seperti Arab Spring yang telah
menjatuhkan banyak Ketua Kerajaan di Timur Tengah adalah tidak bermoral. Rakyat
keluar untuk ke Stadium bagi menunjukkan sikap mahu berubah dengan pihak
kerajaan membetulkan sistem pilihanraya kita yang terlalu ‘out moded’ yang berat
sebelah itu. Kita hendak merubah melalui pilihanraya dan kita hendakkan
pilihanraya terlaksanan dengan telus dan adil.
Perarakan ke Stadium Merdeka
itu adalah untuk berkumpul dan tidak boleh menganggap perjalanan ramai-ramai ke
stadium itu sebagai demonstrasi jalanan. Kita telah berarak dengan aman kerana
tiada provokasi dari pihak FRU seperti yang berlaku semasa
perhimpunan-perhimpunan sebelum ini.
Dr Mahathir terlalu banyak
agenda. Selain dari agenda mempertahankan UMNO untuk mempertahankan diri beliau,
beliau juga mempunyai agenda tersendiri di dalam UMNO itu sendiri. Beliau sedang
bertindak untuk menjatuhkan seorang pimpinan UMNO dan di ambilalih pimpinan itu
oleh seorang yang lain. Mahathir telah sentiasa bermain politik ‘intra-parti’
sejak dari dulu sampai lah sekarang.
Tetapi sekarang Mahathir
berhadapan dengan masalah kerana permainan politik intra-parti beliau tidak
pasti menjadi kerana UMNO itu sendiri dijangka akan gugur dalam pilihanraya itu
nanti. Justeru kekuatan PR yang bertambah-tambah itu sangat menggusarkan
Mahathir kerana keadaan itu merupakan ‘spoiler’ kepada rancangan beliau untuk
menaik dan menurunkan pimpinan UMNO sebelum pilihanraya kali ini.
Beliau ini tidak ubah seperti
seorang kelindan lori yang menaikkan dan menurunkan barangan dari lori yang
beliau naiki itu. Itu lah kerja beliau selama ini. Justru adalah penting bagi
rakyat melakukan sesuatu yang baru dalam politik negara khususnya dalam
pilihanraya nanti.
Sumber HD - 16-1-2013
Rakyat Kelantan lebih kaya dari Melayu Johor
Mohd Sayuti Omar, | 16 Jan 2013 |
SUSUPAN PETANG
Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.
Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.
Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.
Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.
Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.
Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."
Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.
PAS Johor yang kini sedang menunjukkan ghairah untuk memerintah Johor mungkin ada angka-angka mengenai berapa jumlah rumah, kedai dan berbagai premis yang menjadi milik Singapura. Kalau rajin anda boleh berdiri di Tambak Johor (cross way) kira sendiri berapa banyak kereta plat Singapura yang pagi-pagi sudah keluar ke Singapura atau duduk petang kira berapa banyak kereta plat Singapura masuk ke Johor untuk tidur dan membuat anak di Johor.
Mereka itu adalah rakyat Singapura yang mendapat manfaat dari dasar tanah dan pembangunan Johor.
Syed Ali juga membayangkan kadar atau jumlah kemiksinan orang Johor akan bertambah dengan ramainya orang asing datang ke kawasan pembangunan baru Iskandar Malaysia. Menurutnya 80% tanah di zon pembangunan Johor Selatan itu (Iskandar) adalah milik orang asing.
Menurutnya lagi pada tahun 1800 orang Melayu Johor paling kaya tetapi hari ini menjadi paling miskin. Tidak mustahil mungkin dalam tidak sampai 100 tahun lagi semua tanah di Johor baru akan menjadi milik orang asing. Johor akan menjadi Palestin yang terpaksa berpawah hidup dengan orang asing seperti mana rakyat Palestin berpawah tanah dengan Israel.
Paling merujakan dan ini paling tidak disenangi oleh Umno ekoran pendedahan Syed Ali itu apabila beliau menyebut, orang Melayu di Kelantan lebih kaya dari di Johor. Beliau memberi contoh kekuatan (nilai ringgit) orang Kelantan mereka boleh membeli rumah sehingga bernilai RM200,000. Nilai rumah yang sama besar di Johor mencecah RM1.5 juta.
Pendedahan Presiden DPMM itu menjelaskan bahawa dasar pembangunan di Kelantan lebih praktikal dalam memelihara hartanah orang Melayu serta memberi pembangunan kepada rakyat.
Hakikat ini tidak dapat ditolak oleh sesiapa pun kecuali Ahmad Maslan akan menafikan dengan sekeras-kerasnya seperti aksinya membela Felda walaupun saham FGVH ternyata merudum tetapi dia masih mengatakan saham itu naik kerana kaedah ukuran Mat Maslan ialah dari bawah ke atas. Songsang.
Perbandingan dibuat Syed Ali ini menjelaskan bahawa PAS yang menjadi pemerintah Kelantan ternyata lebih prihatin dan bersifat membela tanah air - al wataniah. Jadi terbuktilah kini bahawa Umno hanya pandai mendendangkan lagu 'anak kecil main api' tetapi tidak tahu bagaimana hendak memadamkan api yang sedang membakar hartanah Melayu di Johor.
Tidak. Generasi baru dan lama di Johor kena memberi keyakinan dan peluang kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang dibimbing oleh Salahuddin Ayub bersama rakan-rakanya Suhaizan Kayat, Mazlan Aliman dan rakan-rakannya. Menghayati dan bandingkan dasar pemerintah yang bakal dilakukan sekiranya mereka menang. Yang pastinya PR tidak sesekali akan mengguna pakai sistem pentadbiran digunakan pakai Umno sejak 56 tahun lalau kerana ia ternyata gagal. PR akan tinggal sistem itu sebab ia korup.
Sistem atau dasar PR sudah tentu akan mengelakkan rakyat Johor khasnya Melayu terus terjelus dalam lubang maut bikinan Umno.
Apa yang didedahkan oleh Syed Ali itu juga sekaligus menempelak perdana menteri Ha Najib Razak yang begitu arif mengenai perangkaan, di mana sebelum ini mengatakan Kelantan sebagai negeri termiskin. Apakah dengan keadaan Johor yang rakyatnya disahkan sendiri oleh rakyatnya (Syed Ali) yang termiskin itu tidak memungkinkan yang rakyat termiskin adalah negeri sepupu Najib itu sendiri?
Najib kena perbetulkan fakta itu manakala rakyat Johor kena perbetulkan pemerintah. Pastikan sistem rintahan digunakan pakai Umno terbuang dari Johor barulah rakyat Johor akan terkeluar dari zon paling miskin yang dibimbangi itu. -
http://msomelayu.blogspot.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-1-2013
Isu Azrul, Bawani bukti kebejatan Intelek Umno BN
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi, | 16 Jan 2013 |
Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia (Juham) amat terkejut dengan insiden penggantungan ketua ekonomis Bank Islam Azrul Azwar Ahmad Tajudin - yang membuat pembentangan mengenai PRU13 di Singapura minggu lalu - yang jelas bertentangan dengan prinsip asas undang-undang dan kebebasan hak asasi.
Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.
Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini. Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka.
Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara.
Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.
Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah.
Juham amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.
Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal.
Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara. Juham menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan Juham mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen.
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia
Malah, adalah suatu yang ironi apabila berlakunya suatu insiden berasingan melibatkan seorang mahasiswa undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani yang 'berperang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.
Kedua-dua insiden ini bukanlah sesuatu yang baru dan aneh, tetapi ia sebenarnya sudah sinonim dengan sikap UMNO/Barisan Nasional dari dulu lagi yang gemar untuk menyekat suara-suara yang bertentangan dengan indoktrinasi lapuk UMNO/Barisan Nasional bagi mengekalkan tahap pemikiran rakyat di kedudukan jahiliyah demi mengekalkan kuasa di Putrajaya.
Hal ini kerana UMNO/Barisan Nasional khuatir kuasa mereka di Putrajaya akan pupus sekiranya rakyat menjadi cerdik dan celik terhadap kezaliman dan korupsi yang dilakukan mereka selama ini. Oleh itu, UMNO/Barisan Nasional inginkan tahap pemikiran rakyat di tahap jahil dan bodoh yang paling maksimum dengan cara menyekat suara rakyat yang boleh membuka pekung di dada mereka.
Jika dilihat kepada kedua-dua insiden tersebut, Azrul dan Bawani kedua-duanya bersuara berasaskan kepada fakta dan kajian; bukannya berasaskan kepada sesuatu yang retorik. Namun, oleh kerana UMNO/Barisan Nasional dayus dan gagal untuk berhujah balas menggunakan fakta dan khuatir populariti mereka terus menjunam, maka tindakan terbaik yang boleh dilakukan adalah dengan menyekat mereka daripada terus bersuara.
Inilah sikap UMNO/Barisan Nasional yang sebenar. Biarlah rakyat bodoh, asalkan mereka kekal berkuasa. Tindakan UMNO/Barisan Nasional melalui agen-agen mereka ini jelas mencerminkan status pemikiran yang terkongkong dan tahap intelektual yang rendah mutunya serta memalukan imej Negara Malaysia sebagai sebuah Negara membangun. Maka tidak hairanlah Malaysia akan kekal sebagai Negara Membangun, dan bukannya Negara Maju. Tindakan menyekat kebebasan bersuara ini adalah bersifat mengundur ke belakang malah bertentangan dengan aspirasi dan ekspektasi intelektual yang suci.
Ironinya, saudari Bawani dikecam kerana bersikap biadap dan telah mencemarkan nama baik Universiti. Sebaliknya, tindakan Sharifah Zohra Jabeen yang merampas mikrofon dan memaksa Bawani untuk berhenti bercakap itu sendiri sebenarnya amat memalukan dan tidak mencerminkan keintelektualan dirinya yang cukup berbangga kerana mempunyai Ijazah.
Juham amat kesal dengan tindakan ini dan percaya tindakan tidak berintelektual sebegini juga ada diamalkan di kebanyakan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain.
Maka, tidak hairanlah kebanyakan daripada institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal untuk menyaingi institusi-institusi pengajian tinggi di luar negara kerana tindakan UMNO/Barisan Nasional yang gemar melahirkan graduan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata, bukannya berfikiran kritis dan kritikal.
Malah, ia juga menyebabkan lebih ramai rakyat Malaysia yang bijak dan terpelajar akan lari berkerja di luar negara. Juham menggesa Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyiasat perkara ini dan Juham mencadangkan supaya Kementerian Pengajian Tinggi menggubal modul pengajaran dan pembelajaran di seluruh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia agar mutu intelektual graduan di Negara kita tidak seperti Sharifah Zohra Jabeen.
Ahmad Zamri As’ad Khuzaimi
Pengarah Jabatan Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Pusat Malaysia
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 16-1-2013
Berhubung perkara ini, di samping membanteras rasuah, fenomena lain yang berpotensi menjadi pengaliran utama wang negara juga perlu ditangani iaitu mengelak cukai korporat.
Lewat tahun lalu, terdapat bantahan awam yang besar di United Kingdom selepas didedahkan bahawa syarikat gergasi multinasional seperti Starbucks, Google dan Amazon membayar sedikit hingga tidak membayar cukai di negara itu beberapa tahun walaupun mengaut hasil berbilion paun.
Ini hanyalah secebis daripada masalah sebenar, bagi masalah mengelak cukai dan lari dari cukai merupakan satu daripada penyakit yang melanda negara membangun selama beberapa dekad.
Adalah dianggarkan negara miskin kehilangan sehingga US$160 bilion setahun dalam bentuk hasil cukai akibat mengelak cukai korporat. Sumber ini boleh disalurkan untuk kesihatan, pendidikan dan khidmat penting awam yang lain di negara ini.
Korporat mampu untuk mengelak cukai dengan menggunakan pelbagai teknik perakaunan kreatif. Contohnya, firma multinasional boleh mengubah suai harga di mana barangan dan perkhidmatan dipindahkan di antara subsidiari di negara yang berbeza.
Harga ini boleh dinaikkan dan diturunkan dengan itu kebanyakan keuntungan berakhir di negara yang mengenakan kadar cukai yang rendah atau lebih baik bagi firma itu berada di negara yang menjadi syurga bagi cukai.
Oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sebarang kelemahan dalam undang-undang cukai negara kita yang boleh mengawal amalan mengelak cukai itu.
Selain itu Malaysia juga boleh bekerjasama dengan negara lain untuk menetapkan standard perakaunan antarabangsa yang memerlukan ketelusan dalam laporan aktiviti multinasional di setiap negara di mana mereka menjalankan perniagaan. Adalah penting juga untuk mewujudkan satu sistem yang menyediakan pertukaran maklumat cukai secara automatik antara pihak berkuasa negara.
Kita perlu memastikan sektor korporat termasuk syarikat multinasional asing yang melabur di dalam negara membayar bahagian cukai mereka dengan adil.
Ini bukan sahaja meningkatkan sumber untuk membiayai program dan dasar awam tetapi juga menyebabkan keperluan bagi sumber hasil alternatif seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) regresif yang akan menjejaskan pengguna dan golongan miskin.
Orang ramai tidak seharusnya menanggung beban akibat pengelak cukai korporat yang tidak beretika.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Kelemahan undang-undang cukai perlu diperbaiki
SM Mohamed Idris, | 16 Jan 2013 |
Memandangkan keadaan ekonomi dunia tidak menentu pada masa ini, Malaysia perlu bersedia lebih awal bagi menghadapi cabaran ekonomi di masa depan. Untuk melindungi pertumbuhan dalam keadaan yang sukar seperti ini, negara perlu menggunakan semua sumber kewangan yang boleh digunakan dan tidak dapat menanggung sebarang pembaziran atau kebocoran.
Berhubung perkara ini, di samping membanteras rasuah, fenomena lain yang berpotensi menjadi pengaliran utama wang negara juga perlu ditangani iaitu mengelak cukai korporat.
Lewat tahun lalu, terdapat bantahan awam yang besar di United Kingdom selepas didedahkan bahawa syarikat gergasi multinasional seperti Starbucks, Google dan Amazon membayar sedikit hingga tidak membayar cukai di negara itu beberapa tahun walaupun mengaut hasil berbilion paun.
Ini hanyalah secebis daripada masalah sebenar, bagi masalah mengelak cukai dan lari dari cukai merupakan satu daripada penyakit yang melanda negara membangun selama beberapa dekad.
Adalah dianggarkan negara miskin kehilangan sehingga US$160 bilion setahun dalam bentuk hasil cukai akibat mengelak cukai korporat. Sumber ini boleh disalurkan untuk kesihatan, pendidikan dan khidmat penting awam yang lain di negara ini.
Korporat mampu untuk mengelak cukai dengan menggunakan pelbagai teknik perakaunan kreatif. Contohnya, firma multinasional boleh mengubah suai harga di mana barangan dan perkhidmatan dipindahkan di antara subsidiari di negara yang berbeza.
Harga ini boleh dinaikkan dan diturunkan dengan itu kebanyakan keuntungan berakhir di negara yang mengenakan kadar cukai yang rendah atau lebih baik bagi firma itu berada di negara yang menjadi syurga bagi cukai.
Oleh sebab itu adalah menjadi keperluan bagi kerajaan Malaysia memperbaiki sebarang kelemahan dalam undang-undang cukai negara kita yang boleh mengawal amalan mengelak cukai itu.
Selain itu Malaysia juga boleh bekerjasama dengan negara lain untuk menetapkan standard perakaunan antarabangsa yang memerlukan ketelusan dalam laporan aktiviti multinasional di setiap negara di mana mereka menjalankan perniagaan. Adalah penting juga untuk mewujudkan satu sistem yang menyediakan pertukaran maklumat cukai secara automatik antara pihak berkuasa negara.
Kita perlu memastikan sektor korporat termasuk syarikat multinasional asing yang melabur di dalam negara membayar bahagian cukai mereka dengan adil.
Ini bukan sahaja meningkatkan sumber untuk membiayai program dan dasar awam tetapi juga menyebabkan keperluan bagi sumber hasil alternatif seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) regresif yang akan menjejaskan pengguna dan golongan miskin.
Orang ramai tidak seharusnya menanggung beban akibat pengelak cukai korporat yang tidak beretika.
Penulis ialah Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 17-1-2013
Sekarang ini ternyata yang Perkasa itu sedang memainkan isu keagamaan pula dengan seruan untuk membakar kitab Bible yang berbahasa Melayu yang menggunakan nama Allah. Perkasa membuat tuduhan yang pihak Kristian telah mengedarkan kitab Bible kepada murid-murid sekolah dan ini merupakan tuduhan yang bersifat jauh dari kebenarannya. Tetapi permainan politik pertubuhan itu menyebabkan Perkasa telah begitu dibenci oleh orang ramai dan ia sekali gus meruntuhkan saki-baki kuasa dan sokongan rakyat terhadap UMNO itu.
\
Penaung Perkasa, Dr Mahathir juga akhir-akhir ini tidak lagi bersifat sebagai seorang negarawan dan masih bermain api dalam politik negara. Tindakan beliau memalitkan nama baik Tunku Abdul Rahman yang sudah lama meninggalkan kita merupakan satu tindakan Mahathir yang agak keterlaluan dan tidak dapat di terima oleh rakyat yang berterima kasih di atas pengorbanan beliau menyudahkan usaha tuntutan kemerdekaan negara kita dahulu.
Mahathir telah menyamakan beliau seperti Tunku yang juga telah memberikan kerakyatan kepada sejuta orang bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan dahulu. Tidak payah diulangi isu ini kerana saya telah menulis tentangnya dalam posting saya yang lalu. Hanya kalau saya hendak sebut hanyalah perbezaan di antara Mahathir dan Tunku itu ibarat langit dengan bumi jauhnya.
Tunku semasa akhir hayatnya telah terbukti tidak mengambil kesempatan terhadap kekayaan negara dan beliau tidak meninggalkan apa-apa. Begitu jugalah ahli-ahli keluarga beliau yang tidak mempunyai harta bergunung-gunung tingginya. Sebaliknya Mahathir telah menggunakan kuasa dan pengaruh membina ‘empire’ perniagaan anak-anak beliau dan mengambil kesempatan dengan tiada batasnya terhadap peluang perniagaan.
Sebagai seorang yang hidup dalam keluarga istana dan keluarga 'aristocrat' Tunku merupakan seorang yang paling ‘magnanimous’ dan tidak mengambil kesempatan di atas kuasa yang ada ditangan beliau selama 15 tahun beiau menerajui kepimpinan negara. Saya selalu menyebut perbezaan di antara dua manusia itu adalah dari cara seseorang itu dibesar dan dididik oleh keluarga masing-masing. Orang tua-tua dahulu selalu mengingatkan kita untuk memilih latar belakang keluarga dan darah yang mengalir di dalam naluri orang pilihan kita itu.
Walaupun UMNO telah berusaha untuk mengembalikan sokongan ramai terhadapnya tetapi sikap ‘panjang muncung’ Dr Mahathir dan Presiden Perkasa itu sendiri telah menjatuhkan imej UMNO dan BN dengan begitu teruk sekali. Akhirnya Perkasa telah menjadi penyebab UMNO sehari dua ini begitu buruk persepsi rakyat terhadapnya. Kata-kata Dr Mahathir menambahkan lagi kesakitan yang dihadapi oleh UMNO yang sedang terkial-kial untuk mendapatkan sokongan rakyat sekarang ini.
Sepatutnya UMNO menganggap Dr Mahathir ini sebagai garam sahaja. Garam ini penting, tetapi tidak boleh digunakan dengan banyak. Jika dibubuh garam terlalu banyak ia akan merosakan masakan kita. Garam ini hanya perlu di gunakan setakat secukup rasa sahaja tidak boleh banyak-banyak. Tetapi Dr Mahathir bercakap terlalu banyak sehinggakan segala usaha yang dibuat oleh UMNO untuk memulihkan imejnya telah jatuh dengan teruknya di mata rakyat.
Tetapi apakan daya. UMNO tidak boleh menguasai Dr Mahathir kerana Dr Mahathir yang sedang berusaha untuk menguasai UMNO. Dr Mahathir tidak akan sihat tubuhnya kalau tidak bercakap. Semua kata-katanya menyebabkan UMNO jatuh kredibilitinya dan membawa musibah kepada parti yang telah uzur itu.
Sesungguhnya sifat celupar yang berlebihan oleh Dr Mahathir dan Ibrahim ini memberikan faedah yang besar kepada Pakatan Rakyat. Dalam keadaan pilihanraya sudah begitu hampir ia terlalu suntuk untuk BN memperbetulkan segala kesalahan Dr Mahathir dan Ibrahim Ali terhadap UMNO.
Masalah yang ditimbulkan oleh Perkasa dan kata-kata Mahathir akhir-akhir ini mendapat tentangan dari komponen Barisan Nasional sendiri. MIC begitu lantang membidas Ibrahim Ali dan Dr Mahathir.
Pemuda MIC telah mendesak agar Ibrahim Ali di tahan untuk dibicarakan di atas berbagai-bagai isu yang merbahayakan keselamatan negara yang disebabkan oleh Ibrahim Ali. Gerakkan dan berbagai-bagai lagi pertubuhan NGO yang mengeluarkan kenyataan meminta tindakan undang-undang terhadap Presiden Perkasa ini.
Hakikatnya BN akan diselubungi oleh masalah dalamannya sendiri serta masalah-masalah yang di timbulkan oleh pertubuhan-pertubuhan dan individu-individu yang berpihak kepada BN itu sendiri.
Selama ini BN telah memasang terlalu banyak jerat untuk memerangkap Pakatan Rakyat tetapi oleh kerana terlalu banyak jerat-jerat itu dipasang maka mereka (BN) terjerumus ke dalam jerat-jerat itu sendiri.
Pendeknya apa yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu lakukan hanyalah membuat persediaan rapi bagaimana hendak mentadbir negara dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekian lama itu. Berikanlah persekitaran politik yang baik dan nyaman untuk rakyat yang sudah terlalu lama menghadapi kecelaruan yang dilakukan oleh BN selama ini.
Pakatan rakyat khususnya kepada kepimpinan tertingginya mesti sedar yang BN sedang melakukan apa sahaja untuk memecahkan parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya di antara PAS dan DAP.
Bagi BN apabila pecah sahaja perhubungan di antara PAS dan DAP maka BN akan mendapat kemenangan walaupun kemenangan yang tipis. Jagalah perhubungan di antara PAS dan DAP dengan baik kerana perpecahan di antara dua parti ini merupakan resepi yang paling baik untuk BN dalam menghadapi pilihanraya ini.
Jauhi diri dari membuat kenyataan yang mudah dimainkan oleh UMNO terutamanya. Insyaallah UMNO tidak akan berjaya untuk menyempurnakan niat buruknya terhadap Pakatan Rakyat itu dan Pakatan akan menjadi kerajaan buat kali pertamanya dalam sejarah kemerdekaan negara kita. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Isu ganas Perkasa membunuh harapan BN
Aspan Alias, | 25 Jan 2013 |
Saya mempunyai pendapat yang akhirnya Dr Mahathir dan Perkasa lah menjadi penyebab lunturnya sokongan rakyat terhadap BN khususnya UMNO. Saya ingin mengambil kesempatan untuk menjawab persoalan yang dikemukakan kepada saya kenapa saya tidak pernah memberikan komen terhadap Perkasa sedangkan Perkasa itu bukannya NGO yang sejati tetapi ia merupakan cabang UMNO pada hakikatnya. Ia sesungguhnya badan politik yang aktif.

Sumber HD - 25-1-2013
“Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu taktik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya ke seluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas di antara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita.
Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedarkah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu? Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat dibuang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
Pendidikan Percuma: Tapi dibebankan bayaran tambahan
Bapa Kecewa, |
Berhubung dengan perkara di atas,saya ingin mengambil perhatian tentang hal tersebut yang sedang kecoh dan telah menimbulkan rungutan dari berbagai-bagai pihak terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai bersekolah. Terima kasihlah kepada bekas kerajaan yang memerintah yang mana telah melupuskan bayaran Yuran Sekolah tetapi telah mengubahnya kepada Bayaran Tambahan - bagi saya lebih membebankan daripada Yuran Sekolah.
Kalau dulu masa kita sekolah ,kita cuma dikenakan apa yang dipanggil Yuran Sekolah tetapi sekarang ini cuma diubah sedikit perkataannya, hakikatnya maksudnya adalah sama, malah ada sekolah-sekolah yang mengenakan Bayaran Tambahan yang kadang kalanya agak tidak masuk akal, seolah-olah ada unsur-unsur perniagaan dalam hal tersebut.
Bagaimana pula halnya kalau ada ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah, tentulah tidak mampu lebih-lebih lagi bagi yang bapa atau ibu sahaja yang bekerja. Demikianlah juga halnya sebagaimana yang terjadi bagi saya sendiri,tentulah perit untuk membayar Bayaran Tambahan, bayaran tambang bas sekolah dan perbelanjaan sekolah harian lagi. Untuk bayaran Yuran PIBG pula, saya rasa tidaklah perlu di pertikaikan sangat kerana ia perlu untuk kegunaan PIBG, tetapi yang di persoalkan Bayaran Tambahan dan bayaran Kelas Tambahan untuk pelajar-pelajar UPSR2013 yang saya rasa amat membebankan. Persoalannya adakah Kementerian Pendidikan tidak menyalurkan peruntukan untuk peningkatan UPSR kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diagih-agihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah?
Sewaktu anak-anak saya belajar di sebuah sekolah di utara Semenanjung (dikuasai oeh Pakatan Rakyat) kami ibu bapa hanya perlu menjelaskan Bayaran Tambahan lebih kurang dalam RM60.00 sahaja manakala untuk bayaran Kelas Tambahan sekolah hanya dalam RM80.00 sahaja untuk kelas Tambahan sehinggalah sampai ke peperiksaan sebenar UPSR, tetapi berlainan pula dengan apa yang terjadi di sekolah juga di utara Semenanjung yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang mana setiap ibu bapa dikenakan dengan Bayaran Tambahan hampir RM100.00 dan bayaran untuk Kelas Tambahan sekolah hampir RM50.00 (di bayar tiap-tiap bulan sehinggalah sampai ke peperiksaan sebenar).
Bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja dan tidak mempunyai anak yang lebih dari dua orang bersekolah, saya rasa tidak menjadi beban bagi mereka. Tapi bagaimana pula halnya bagi mereka yang mempunyai anak yang lebih dari tiga orang yang bersekolah seperti saya dan mempunyai pendapatan daripada satu sumber sahaja. Perit rasanya untuk mencari dana bagi membayar Bayaran-bayaran tersebut. Pada pendapat saya, sepatutnya hal-hal ini perlu dibincangkan semasa mesyuarat PIBG untuk mendapat kata putus yang memenangkan semua pihak. Mungkin ada ibu bapa yang tidak dapat hadir semasa mesyuarat tersebut atas urusan kerja atau sebagainya. Sepatutnya pihak pentadbiran sekolah perlulah membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum terus membuat keputusan.
Tentang bayaran tambahan mungkin dapat dibayar secara beransur bagi yang tidak mampu membayar secara sekali gus. Tetapi bagaimana pula halnya bayaran Kelas Tambahan yang difaham bermula bayarannya dari bulan Februari 2013 sedangkan masuk awal bulan April 2013 baru dimaklumkan kepada ibu bapa itupun tanpa mengeluarkan sebarang surat khas bagi memaklumkannya. Hanya arahan lisan kepada pelajar untuk disampaikan kepada ibu bapa. Mungkin inilah Pendidikan Percuma yang diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan timbalannya?
Kalau dulu masa kita sekolah ,kita cuma dikenakan apa yang dipanggil Yuran Sekolah tetapi sekarang ini cuma diubah sedikit perkataannya, hakikatnya maksudnya adalah sama, malah ada sekolah-sekolah yang mengenakan Bayaran Tambahan yang kadang kalanya agak tidak masuk akal, seolah-olah ada unsur-unsur perniagaan dalam hal tersebut.
Bagaimana pula halnya kalau ada ibu bapa yang mempunyai ramai anak yang bersekolah, tentulah tidak mampu lebih-lebih lagi bagi yang bapa atau ibu sahaja yang bekerja. Demikianlah juga halnya sebagaimana yang terjadi bagi saya sendiri,tentulah perit untuk membayar Bayaran Tambahan, bayaran tambang bas sekolah dan perbelanjaan sekolah harian lagi. Untuk bayaran Yuran PIBG pula, saya rasa tidaklah perlu di pertikaikan sangat kerana ia perlu untuk kegunaan PIBG, tetapi yang di persoalkan Bayaran Tambahan dan bayaran Kelas Tambahan untuk pelajar-pelajar UPSR2013 yang saya rasa amat membebankan. Persoalannya adakah Kementerian Pendidikan tidak menyalurkan peruntukan untuk peningkatan UPSR kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk diagih-agihkan kepada Pejabat Pendidikan Daerah?
Sewaktu anak-anak saya belajar di sebuah sekolah di utara Semenanjung (dikuasai oeh Pakatan Rakyat) kami ibu bapa hanya perlu menjelaskan Bayaran Tambahan lebih kurang dalam RM60.00 sahaja manakala untuk bayaran Kelas Tambahan sekolah hanya dalam RM80.00 sahaja untuk kelas Tambahan sehinggalah sampai ke peperiksaan sebenar UPSR, tetapi berlainan pula dengan apa yang terjadi di sekolah juga di utara Semenanjung yang dikuasai oleh Barisan Nasional yang mana setiap ibu bapa dikenakan dengan Bayaran Tambahan hampir RM100.00 dan bayaran untuk Kelas Tambahan sekolah hampir RM50.00 (di bayar tiap-tiap bulan sehinggalah sampai ke peperiksaan sebenar).
Bagi ibu bapa yang kedua-duanya bekerja dan tidak mempunyai anak yang lebih dari dua orang bersekolah, saya rasa tidak menjadi beban bagi mereka. Tapi bagaimana pula halnya bagi mereka yang mempunyai anak yang lebih dari tiga orang yang bersekolah seperti saya dan mempunyai pendapatan daripada satu sumber sahaja. Perit rasanya untuk mencari dana bagi membayar Bayaran-bayaran tersebut. Pada pendapat saya, sepatutnya hal-hal ini perlu dibincangkan semasa mesyuarat PIBG untuk mendapat kata putus yang memenangkan semua pihak. Mungkin ada ibu bapa yang tidak dapat hadir semasa mesyuarat tersebut atas urusan kerja atau sebagainya. Sepatutnya pihak pentadbiran sekolah perlulah membuat kaji selidik terlebih dahulu sebelum terus membuat keputusan.
Tentang bayaran tambahan mungkin dapat dibayar secara beransur bagi yang tidak mampu membayar secara sekali gus. Tetapi bagaimana pula halnya bayaran Kelas Tambahan yang difaham bermula bayarannya dari bulan Februari 2013 sedangkan masuk awal bulan April 2013 baru dimaklumkan kepada ibu bapa itupun tanpa mengeluarkan sebarang surat khas bagi memaklumkannya. Hanya arahan lisan kepada pelajar untuk disampaikan kepada ibu bapa. Mungkin inilah Pendidikan Percuma yang diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan timbalannya?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Umno sudah ada ciri-ciri sebagai pembangkang
Harakahdaily, | 28 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Umno akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang, tulis Aspan Alias.
“Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Strategi terakhir UMNO dan BN untuk memenangi pilihanraya kali ini ialah dengan memisahkan PAS dengan DAP dan telah saya sebut dalam posting saya yang lepas. BN menggunakan isu agama, siapa yang mengudakan dan dikudakan di antara PAS dengan DAP dan juga isu kononnya kaum Cina akan menguasai kerajaan jika PAS dan DAP mendapat mandat bersama Parti Keadilan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang.
Tetapi cara ini tidak berkesan lagi kerana kali ini. Buat pertama kalinya hampir keseluruhan rakyat bercakap dan mentelaah tentang politik. Rakyat tahu yang tuduhan orang Cina dan DAP akan menguasai politik dan kerajaan itu ialah untuk menakutkan orang Melayu untuk bersama DAP dalam memperjuangkan kerajaan yang bersih dan matlamat PAS yang mahukan sebuah kerajaan yang mampu untuk mengaddinkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.
Matlamat BN untuk memecahkan DAP dangan PAS itu adalah satu taktik yang berkesan dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu tetapi isu itu tidak lagi diterima oleh rakyat sekarang kini. PAS pula telah membuktikan bahawa parti itu mampu untuk menjadi pilihan yang menggantikan UMNO sebagai parti Islam yang dikuasai oleh orang Melayu.
DAP pula merupakan parti yang diminati oleh orang Cina dan kaum-kaum lain kerana sifatnya sebagai parti berbilang kaum dan bangsa. Lagi pun jika DAP memenangi semua kerusi pun ia tidak akan mampu untuk membentuk kerajaan sendirian seperti yang dimomokkan oleh BN dalam siri kempennya ke seluruh negara. DAP tetap mengakui bahawa orang Melayu merupakan kaum yang terbesar dan perlu mendapatkan sokongan kaum Melayu untuk menjadi parti yang berkesan di dalam kerajaan setelah Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya nanti.
Itulah sebabnya urusan untuk mendapatkan pembaharuan politik hanya boleh dilakukan oleh kedua parti ini dengan sokongan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat ini merupakan premis terbaik bagi rakyat bersatu dengan kuat kerana kegagalan UMNO membina budaya hidup bersama dalam sebuah negara yang majmuk seperti negara ini. BN telah gagal kerana sifat parti-parti di dalamnya yang merupakan parti-parti yang berdasarkan kepada keahlian mereka mengikut kaum dan bangsa.
Masa berubah dan pemikiran rakyat turut berubah mengikut masa dan zamannya. Pemikiran yang betul tidak datang dengan cepat tetapi apa yang berlaku dalam BN hari ini membuatkan rakyat berfikir dan melakukan tehakik yang jelas di antara rakyat untuk memberikan persepsi buruk yang sedang dialami oleh BN sekarang ini. BN sebenarnya bermusuhan dengan rakyat yang berfikir. BN lebih suka kepada rakyat yang tumpul pemikiran mereka kerana ketumpulan pemikiran itu memudahkan UMNO untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan itulah sebenarnya cara BN selamat selama ini.
Dalam usaha lain, BN khususnya Perdana Menteri berkata yang BN akan memperbetulkan apa yang telah salah dilakukan oleh BN serta semua kelemahan BN semasa mentadbir negara kita.
Tetapi mereka lupa yang BN telah diberikan mandat itu setiap pilihanraya sebalum ini. Kenapa tidak juga berlaku apa yang mereka janjikan sekarang ini. Sedarkah atau tidak janji BN sekarang ini merupakan janji-janji yang telah di buat sejak puluhan tahun dahulu? Jika selama ini BN tidak berjaya melakukannya malahan menjadi penyebab pula kepada masalah yang kita hadapi hari ini, apa yang boleh meyakinkan kita yang BN tidak akan gagal seperti dahulu lagi?
Sesungguhnya UMNO dan pimpinannya tidak akan dapat lagi menghilangkan persepsi rasuah sebagai isu yang terbesar dalam pilihanraya kali ini. Isu ini sememangnya isu dan stigma yang melekat kuat terhadap UMNO dan rasuah itu merupakan isu sinonim dengan UMNO. Rakyat tahu rasuah itu adalah faktor terbesar yang menyebabkan rakyat terutamanya yang masih berada diatas pagar dalam pilihanraya kali ini.
Itulah sebabnya segala usaha BN untuk mendapatkan dukungan rakyat itu sentiasa gagal. Selagi persepsi rakyat yang UMNO itu rasuah tidak dapat dibuang dari pemikiran rakyat kegagalan itu tetap berterusan sehingga BN benar-benar berada dipetak pembangkang di dalam dewan-dewan legislatif persekutuan dan negeri-negeri dalam persekutuan ini.
Pendeknya UMNO dan BN perlu menerima hakikat yang setiap parti politik dalam sebuah demokrasi itu tetap akan melalui proses turun naik itu. Bagi BN, ia telah mendapat mandat yang berterusan sejak merdeka dan kali ini ia tetap akan melalui proses yang biasa dalam sesuatu demokrasi itu, iaitu giliran untuk menjadi pembangkang pula.
Lagi pun sikap dan sifat UMNO akhir-akhir ini sudah menunjukkan ‘attribute’ sebagai parti pembangkang dengan jelas. Oleh kerana sudah terbentuk ‘attribute’ sebagai pembangkang maka tidaklah susah lagi UMNO untuk menjadi pembangkang yang diharapkan sebagai pembangkang yang baik selepas pilihanraya nanti.
UMNO akan lebih baik sebagai pembangkang kerana parti itu akan membentuk pemimpin yang berfikir setelah menjadi pembangkang. Selama ini pimpinan parti itu melakukan kerja tanpa berfikir dan hanya bertindak mengikut nafsu dan kemahuan individu pemimpin mereka sahaja, bukannya mengikut kemahuan rakyat yang ramai.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-1-2013
Pilihanraya 'predictable'. Umno pembangkang yang baik
http://aspanaliasnet.blogspot.com, | 28 Jan 2013 |
Keputusan pilihanraya 'predictable'. UMNO menjadi pembangkang yang baik
Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan menamakan bakal menjadi Menteri Besar Selangor lebih awal.. Dalam temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Sinaran Harian on-line melapurkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal menjadi Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan kecewa jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir.
Tan Sri Aziz mengingatkan ini sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan.
Sememangnya isu siapa yang bakal dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih ‘efficient’ dari pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang di capai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang.
Menteri Besar Selangor ini merupakan satu jawatan yang banyak memberi masalah kepada BN selama ini dan masa akan datang. Ramai yang berebut hendak menjadi MB Selangor dan banyak pemimpin yang kecundang politiknya kerana berebut jawatan itu dan gagal untuk mendapatkannya.
Dr Hasan Ali yang mendapat nama ejekan sebagai Hasan Akidah itu menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sesungguhnya yang menjadi penyebab beliau menjadi celaru hari ini ialah kerana kegagalan beliau menjadi Menteri Besar dan tidak pula berjaya menahan perasaan kecewa beliau apabila tindakan dan usaha beliau untuk mendapatkan jawatan itu gagal.
Bagi BN jika kita lihat senarai pemimpin BN yang sibuk bekerja untuk memenangi Selangor itu, tidak nampak pun seorang yang mampu untuk menyaingi Khalid Ibrahim. Itu kenyataan dan sangat tidak adil untuk dinafikan oleh mana-mana pihak dan oleh sesiapa pun. Jika Khalid diperlukan untuk dipusat PK tetap ada pengganti yang sukar di saingi oleh mana-mana calon BN untuk mengetuai kerajaan Selangor itu.
Kalau ada pun nama yang jelas berkemungkinan yang terbaik bagi BN untuk di calonkan sebagai MB, ialah Noh Omar yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor Tetapi Noh Omar tidak mampu untuk menaikkan imej beliau sebagai pemimpin bersih kerana terlalu banyak isu yang sedang menyelaputi diri beliau sekarang ini. Isu-isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa di Kementerian Pertanian menjadi sebutan orang ramai dimana-mana, bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh negara.
Mohamad Zain Mohamad, orang Melaka dan beliau merupakan calon MB yang akan ‘jatuh sebelum berlepas’ jika beliau dinamakan sebagai MB untuk menyaing Khalid Ibrahim. Untuk menamakan Mohd Zain merupakan tindakan yang akan membuatkan rakyat Selangor tertawa dan memudahkan rakyat untuk mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor tanpa berfikir lagi setidak-tidaknya sepenggal lagi.
Selain dari nama-nama tadi siapa yang bakal di berikan tanggungjawab yang teramat besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim atau sesiapa yang menggantikan beliau (Khalid) jika Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya nanti. UMNO ketandusan kepimpinan dimana-mana. Bagi UMNO, parti menghadapi masalah untuk meletak dan menamakan calon MB nya.
Keadaan rumit ini bukan sahaja dialami oleh Selangor malahan ia juga di alami di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. UMNO tidak mempunyai pimpinan untuk menjadi peneraju dalam kerajaan di negeri-negeri tersebut.
Oleh itu cadangan yang dikemukakan oleh MUBARAK itu ada sedikit kebenarannya. Tetapi jika dinamakan calon itu lebih awal pun ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana UMNO sudah kepupusan kepimpinan yang mampu mendapatkan penghormatan rakyat kerana pimpinan UMNO sejak 3 dekad yang lalu tidak pernah memberikan tumpuan untuk membina barisan kepimpinan yang bakal mewarisi kepimpinan yang sudah tidak lagi di terima rakyat keseluruhannya.
Bagi saya dan ramai yang lain Selangor akan tetap berada di tangan Pakatan Rakyat malahan beberapa negeri lain juga bakal dipimpin oleh Pakatan selepas pilihanraya nanti.
UMNO sudah terlalu lewat untuk memperbetulkan keadaan dan jika ada pun cara lain, caranya ialah untuk kesemua pimpinan UMNO diperingkat tertinggi berhenti dan digantikan dengan seorang yang lain yang tidak pernah terlibat dengan apa yang berlaku di dalam parti itu. DAN jika ia hendak dilakukan ia terpaksa dilakukan dalam tempoh sebulan ini.
Jika tidak dilakukan keputusan pilihanraya adalah ‘predictable’….UMNO akan kecundang…..
Seperti yang saya nyatakan dalam tajuk posting saya semalam, ciri-ciri sebagai pembangkang itu sudah mula terbina di dalam BN. Maka lebih elok dilangsungkan sahaja ciri-ciri itu dan jadilah pembangkang yang baik selepas ini.
Selama ini pun UMNO menuduh PAS dan DAP serta PKR itu sebagai pembangkang yang tidak baik, maka elok BN dan UMNO mengambilalih tugas sebagai pembangkang kali ini dan berikan tugas untuk menjadi kerajaan kepada Pakatan Rakyat.
Sememangnya keadaan begitu. Pakatan Rakyat layaknya menjadi kerajaan dan BN pula layaknya menjadi pembangkang yang baik pula. Kerja bergilir ini adalah amalan yang baik. Apabila kerja dan tugas di gilirkan maka akhirnya kita akan dapat mempastikan yang mana satu yang lebih baik diantara dua atau lebih pihak yang ditugaskan menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Mahu jadi YB yang negarawan, hartawan atau jual beli demokrasi!
Ahmad Muhajir, | 29 Jan 2013 |
Pilihan Raya Umum Indonesia tinggal lima belas bulan lagi tepatnya pada lima April 2014 dan pilihan raya presiden dan timbalannya pada bulan Jun 2014. Namun, dari sekarang sudah mulai kasak kusuk dan hiruk pikuk politik berskala nasional, bahkan banjir besar yang melanda Jakarta minggu lalu, dijadikan peluang oleh parti politik terutama para aktivisnya untuk memasang bendera partinya, memberikan bantuan yang tidak seberapa namun tetap ada nuansa dan iklan politiknya.
Dari 16 parti yang lolos tahap awal dari sudut pentadbiran dan fakta di lapangan tentang keahlian serta aktivitinya, akhirnya hanya 10 parti yang dibenarkan bertanding oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU-semacam SPR), Namun enam parti yang tidak dibenarkan itu, membawa kesnya ke Dewan Kehormatan KPU dan DK KPU ini boleh juga mempertimbangkan untuk membenarkan mereka bertanding atau tidak. Jika tidak parti politik itu boleh membawa kesnya ke mahkamah perlembagaan, kenapa dia tidak dibenarkan bertanding.
KPU yang dipilih sepenuhnya oleh parlimen (DPR), dan tidak ada sedikitpun campurtangan pemerintah di dalamnya dan kesepuluh parti yang bertanding, berhak sepenuhnya menerima dana daripada kerajaan, berkempen di Radio dan TV dengan bebas tanpa sekatan, dan boleh bicara apa sahaja tanpa takut, dengan ugutan dan caci maki, yang penting perlu menjaga adab, jauh daripada memfitnah, apalagi konspirasi dan manipulasi.
Kesepuluh parti itu adalah Parti Demokrat-partinya presiden SBY yang kini dikenal sebagai banknya parti para kuroptor, parti lama Golongan Karya (Golkar) dan Parti Demokrasi Indonesia – Perjuangan (PDI-P), parti Islam dan bernuansa Islam PPP, PKS, PAN dan PKB, parti nasionalis Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Hati Nurani Rakyat (Hanura) serta Parti Nasionalis Demokrat (Nasdem), parti ini dikhuatiri dibelakangnya adalah keluarga Suharto, kerana sudah tidak mendapat tempat dalam Golkar.
Tidak menghairankan kini diiklankan siapa yang bersedia menjadi calon-calon legislatif, untuk duduk di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR-parlimen), Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Tingkat Satu (DPRD 1-DUN) pada peringkat Provinsi (negeri) dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Tingkat Dua (DPRD 2-DUN) untuk daerah atau bandar. Iklan dibuat kerana kurangnya calon untuk parti berkenaan, atau sebaliknya tanpa iklan sudah ramai berebut untuk menjadi calon.
Apa tidaknya menjadi calon dan menang, majoritinya akan mendapat peluang yang besar untuk mencari kekayaan, untuk diri, keluarga dan kroni. Di sinilah masalahnya yang dipertanyakan apakah nawaitunya menjadi wakil rakyat, betul-betul mewakili rakyat berbuat apa sahaja untuk kepentingan rakyat banyak, jadilah dia menjadi Yang Berhormat yang negarawan atau mencari harta dan kekayaan sebanyak dan seboleh mungkin, maka dia akan menjadi hartawan.
Makanya menurut penyair dan sasterawan terkenal Kyai Mustafa Bisri, dalam sindirannya menyebut, ramai yang berebut menjadi “wakil bupati/wakil walikota (penolong pegawai daerah/timbalan datuk bandar), nanti dia akan naik menjadi DO atau datuk Bandar, jadi wakil gabenur/wakil menteri atau wakil presiden (timbalan menteri besar/timbalan menteri atau timbalan presiden) nanti boleh naik jadi gabenur, menteri atau presiden, tetapi terlalu ramai yang terus mahu menjadi wakil rakyat, tetapi tidak mahu membuang wakilnya untuk menjadi rakyat biasa.
Maka di sinilah akan terjadi kongkalingkong atau terjadinya membeli wakil rakyat atau memperjualbelikan demokrasi. Namun perundangan Indonesia jelas menyebut siapa wakil rakyat yang berpindah ke parti lain, maka automatik dia wajib meletak jawatan sebagai wakil rakyat dan tidak ada yang namanya wakil rakyat bebas. Maka pengundi yang semakin kritis dan sensitif, memang mereka betul-betul mengharapkan calon yang ditampilkan oleh parti-parti politik yang bertanding, hendaklah mereka yang cerdik, cerdas, berpendidikan, mempunyai agama dan akhlak yang baik, yang diharapkan betul-betul mewakili nasib rakyat, dan bukan memperjualkan kerusi yang disandangnya, atau mempermainkan demokrasi dan aspirasi rakyat yang mengundinya.
Jadi tidak seperti selama ini, sebagai wakil rakyat baru jumpa pengundi setahun lima kali, ataupun kalau muncul di media dan kaca TV sibuk memperagakan kekayaan dan kemewahannya yang selama ini mereka tidak mempunyainya, jauh dari sikap sebelumnya yang begitu rapat dengan rakyat, tetapi bila sudah menjadi wakil rakyat, segalanya berubah, jauh dari kawan, meninggalkan kenalan lama, dan merenggangnya persahabatan.
Makanya tidak hairan hari ini, rakyat sudah pandai memilih lebih mengutamakan figur, sebagaimana yang ada pada peribadi gabenur Jakarta yang baru Ir Joko Widodo dan timbalannya Basuki Tjahaja Purnama (Ahok). Siang malam ikut mengharungi banjir bersama penduduk Jakarta yang terkena banjir, dan memimpin langsung perbaikan Empangan Latuharhary ditengah Bandar Jakarta, yang pecah penyebab terjadinya banjir besar, padahal Empangan ini sudah terlalu lama tidak diperbaiki, sejak zaman gabenur Ali Sadikin lagi (tahun 1966-1977). Anehnya bajet banjir untuk Jakarta ini, begitu besar namun ke mana wangnya, sedangkan sudah enam kali ganti gabenur setelah almarhum Ali Sadikin.
Jadi selama ini yang diselesaikan bukan “Masalah Banjir” tetapi kerana rasuah, penyalahgunaan kekuasaan yang datang justeru adalah “Banjir Masalah” terhadap rakyat, bangsa dan negara.

Sebelum ini banjir tidak pernah selesai, tetapi wang negara dikuras sebanyak yang boleh, terutama wang rehabilitasi banjir.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-1-2013
PRU13: Gerakan siswa perlu fikir ‘what next’
Syukri Razab, | 29 Jan 2013 |
Banyak pandangan yang mengatakan bahawa gerakan mahasiswa perlu mencontohi kegemilangan mahasiswa 60 dan 70-an yang menggempur regim secara revolusi. Contoh yang diberikan adalah seperti revolusi mahasiswa Iran menggulingkan Shah Reza Pahlevi dan juga kebangkitan mahasiswa Indonesia menghambat regim Suharto.
Saya tidak sesekali berani untuk menafikan peranan mahasiswa sebagai penggempur kepada sebuah reformasi. Kerana Gerakan Mahasiswa sememangnya dibarisi pejuang muda yang cukup ideal untuk bersifat radikal dan berani. Bahkan saya tetap yakin hanya mahasiswa mampu memimpin aksi-aksi berani dalam memimpin sebuah reformasi. Berbaring di jalanan, berkhemah di tempat awam, membenteng diri dan menelan sepak terajang balaci regim, semuanya alah bisa tegal biasa bagi aktivis mahasiswa.
Namun pada penulisan ini saya tidak memilih untuk mengenang sejarah. Apa yang lebih penting ialah anak muda mahasiswa perlu memikirkan kaedah untuk memanfaatkan masa depan. Ya, PRU13 semakin hampir. Saya kira sudah tiba masanya mahasiswa memikirkan satu bentuk gerakan konstruktif ke arah pembinaan dan bukan lagi sekadar kritikan. Dalam membicarakan masalah institusi pengajian tinggi negara yang tidak kunjung selesai, mahasiswa perlu tampil dengan satu solusi bersepadu untuk diusulkan kepada kerajaan yang memerintah.
Maka atas faktor inilah mahasiswa perlu berdiri secara lantang dalam parlimen bersama sebuah solusi yang menjamin masa depan pengajian tinggi yang lebih baik. Jika mahasiswa mampu mengetengahkan idea baru ini, maka tidak ada alasan yang boleh meremehkan keinginan mahasiswa untuk menjadi sebahagian daripada anggota penggubal dasar di parlimen.
Oleh itu agenda yang ingin dibawa merupakan pokok pangkal yang perlu dinilai terlebih dahulu sebelum mahasiswa memutuskan sama ada ingin bertanding dalam PRU atau tidak. Sekiranya mahasiswa berjaya mempamerkan agenda yang benar-benar konstruktif, maka idea untuk bertanding dalam PRU akan dilihat relevan.
Sekiranya agenda yang diketengahkan benar-benar konstruktif dan realistik, saya kira mahasiswa perlu menggunakan apa sahaja ruang yang ada untuk menjadi sebahagian daripada anggota parlimen. Saya tidak melihat ada masalah sekiranya mahasiswa terpaksa bertanding atau menumpang di atas tiket parti politik sama ada parti kerajaan ataupun pembangkang. Tidak ada salahnya jika mahasiswa menjalin kerjasama dengan parti yang memiliki agenda sepunya seperti mana yang telah berlangsung sekian lama.
Dalam banyak isu yang diperjuangkan, Gerakan Mahasiswa sering dilihat seiring dengan parti oposisi walaupun tidak pernah wujud hubungan sturuktural antara kedua-dua organisasi ini. Bahkan Gerakan Mahasiswa juga sering berkongsi pentas dengan parti oposisi dalam proses memberi penerangan kepada masyarakat umum. Saya melihat ini bukanlah satu pencabulan kepada konsep Non-Partisan yang menjadi prinsip asas kepada Gerakan Mahasiswa, tetapi ini merupakan satu kematangan Gerakan Mahasiswa dalam menjalinkan kerjasama strategik. Dalam masa yang sama, Gerakan Mahasiswa masih konsisten memberi kritikan secara adil kepada semua pihak tanpa mengira kecenderungan politik.
Banyak pandangan yang meragui kemampuan Gerakan Mahasiswa untuk terlibat secara langsung pada Pru yang akan datang. Antaranya ialah, jika pun mahasiswa menang, wakil mahasiswa hanya seorang berbanding 221 wakil parlimen lain yang memiliki agenda kepartian. Lebih parah apabila parti yang ditumpangi mahasiswa hanya menjadi pembangkang di parlimen. Biarpun begitu, keadaan ini jauh lebih baik berbanding keadaan sekarang. Tanpa wakil di parlimen, Gerakan Mahasiswa hanya menjadi sekelompok kecil yang mampu bersuara namun belum pasti suaranya didengar oleh kepimpinan Negara. Bahkan ahli parlimen sebelum ini juga masih tidak mampu mewakili suara mahasiswa secara serius apabila isu yang dibahaskan dalam parlimen bersifat selektif dan tidak menyeluruh. Sebagai contohnya, agenda memansuhkan Auku masih menjadi idea picisan dalam parlimen yang hanya berbunyi apabila berlaku sesuatu isu melibatkan mahasiswa.
Begitu juga perjuangan menuntut kebebasan akademik yang sehingga ke hari ini belum ada sebarang deklarasi atau rang undang-undang yang dibahaskan di parlimen untuk melindungi kebebasan intelektual.
Menurut pusat kajian demokrasi UMCEDEL, PRU13 akan memperlihatkan tidak akan ada lagi parti yang menguasai 2/3 kerusi di parlimen. Keadaan ini sudah pasti akan merintis kepada ruang demokrasi yang sedikit terbuka apabila parti pemerintah tidak lagi boleh melaksanakan pemerintahan secara wewenangan. Ini dapat dilihat melalui perkembangan politik Barisan Nasional pasca PRU12.
Pemansuhan ISA dan Ordinan Darurat, pindaan AUKU, pindaan Akta Polis dan beberapa transformasi politik yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional merupakan hasil daripada kematangan rakyat dalam memilih wakil di parlimen. Keadaan parlimen yang menghampiri keseimbangan ini secara logiknya akan membuka kepada pengamalan politik baru yang lebih menggalakan perkongsian idea berteraskan kepentingan Negara.
Oleh itu di celah peralihan budaya politik ini, mahasiswa boleh mengambil kesempatan untuk turut mengemukakan idea reformasi sistem pengajian tinggi yang menjadi agenda mahasiswa. Perkara ini turut diakui oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Saifuddin Abdullah. Beliau menyifatkan PRU13 akan menyemarakkan elemen politik baru yang dinamakan beliau sebagai New Conversation yang mendorong kepada perkongsian idea demi memajukan Negara, sekaligus memansuhkan budaya kepartian yang sempit.
Ada stigma yang mengatakan jika Gerakan Mahasiswa bertanding di bawah tiket mana-mana parti politik, maka Gerakan Mahasiswa akan terpesong daripada peranan asal sebagai gerakan Non-Partisan yang menjalankan semak dan imbang kepada politik negara. Kerisauan ini ada asasnya sekiranya dirujuk kepada sejarah Gerakan Mahasiswa Indonesia pasca pemerintahan Presiden Soekarno. Tetapi lebih sesuai jika stigma itu dihalakan tepat kepada kerisauan yang sebenar iaitu salah guna kuasa apabila mahasiswa lupa pada objektif asal.
Oleh itu kurang tepat jika stigma ini dijadikan sumber hujah untuk menafikan hak mahasiswa yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Umum. Sekiranya disusun dengan agenda dan perancangan yang teliti, saya pasti Gerakan Mahasiswa akan lebih bersedia untuk menjadi wakil rakyat yang berpendirian, sekaligus menafikan risiko untuk dipergunakan parti politik.
Saya optimis dengan kemampuan Gerakan Mahasiswa untuk terlibat secara langsung dalam PRU13 seterusnya membuka lembaran baru kepada pendidikan politik rakyat. Rakyat perlu dididik bahawa peranan semak dan imbang masih boleh berjalan biarpun mahasiswa menjalin hubungan strategik dengan sesebuah parti politik. Hal ini sama seperti situasi Gerakan Mahasiswa bersetuju dengan agenda Buku Jingga tetapi dalam masa yang sama Gerakan Mahasiswa mengkritik hebat penggunaan Auku di Kolej kelolaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Oleh itu tidak ada masalah sekiranya dalam hal tertentu Gerakan Mahasiswa mengambil pendirian berbeza atau mengkritik parti politik yang dalam masa yang sama menjalinkan kerjasama atas agenda sepunya. Inilah corak Non-Partisan matang yang sepatutnya ditonjolkan kepada rakyat dan bukannya stigma Non-Partisan yang salah sehingga mendorong rakyat benci kepada politik dan parti politik. Pendidikan demokrasi matang sebegini bukan sahaja akan melahirkan lapis rakyat yang partisipatif dalam agenda politik, bahkan akan melahirkan masyarakat yang kritikal dan vokal walaupun terhadap parti sendiri.
Secara kesimpulannya, saya melihat penglibatan mahasiswa dalam PRU13 bergantung kepada sejauh mana mahasiswa mampu menghadirkan idea yang besar dan rialistik. Idea ini akan merasionalkan sebarang langkah yang diambil oleh mahasiswa sama ada idea tersebut diketengahkan melalui pilihanraya mahupun jalan raya. Jika tidak ada pilihanraya dalam masa terdekat, maka sudah pasti jalan raya menjadi pilihan untuk Gerakan Mahasiswa mengetengahkan idea reform ini.
Namun hakikatnya PRU13 sedang menanti di hadapan dengan hamparan peluang dan manfaat yang boleh digunakan oleh Gerakan Mahasiswa. Dengan menyertai PRU13, Gerakan Mahasiswa berpeluang untuk melonjakkan agenda reformasi pengajian tinggi di samping menyemarakkan proses pendidikan politik rakyat. Dalam masa yang sama, penyertaan dalam PRU juga akan membuktikan kesungguhan Gerakan Mahasiswa dalam menolak kaedah pemerintahan negara oleh Barisan Nasional.
Penulis merupakan Penyelaras Hak Untuk Dibicarakan,Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Sekretariat ,Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Demikian tulisan Aspan Alias di dalam blognya ;
http://aspanaliasnet.blogspot.com
“Semasa duduk sebagai pembangkang itu Umno akan lebih mudah untuk menolak pimpinan yang selama ini dianggap tidak baik untuk perjuangan parti itu,” tulisnya.
Menurutnya, semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhyiddin dan menurunkan Najib kerana menaikkan dan menurunkan pimpinan itu adalah ‘forte’ dan kekuatan Dr Mahathir.
Di bawah adalah tulisan penuh beliau.
Usaha mengenepikan Najib dan menggantikan pimpinan UMNO dengan Muhyiddin nampakya semakin diketahui umum. Kepulangan Najib dari luar negara dengan sambutan yang agak besar itu adalah usaha pihak penyokong Najib bagi menunjukkan yang beliau (Najib) mempunyai sokongan kuat. Kehadiran ramai itu juga adalah untuk menunjukkan kepada pihak yang mahu mengalih dan menganjak kepimpinan dalam UMNO itu supaya jangan cuba-cuba untuk melakukan apa-apa terhadap beliau.
Dalam ramai-ramai ahli UMNO yang menunggu itu ada juga beberapa orang yang datang dari kalangan yang melakukan usaha mengenepikan Najib kerana tidak mahu tindakan mereka dihidu oleh pihak yang mempertahankan Najib. Yang jelasnya kumpulan yang datang beramai-ramai menunggu kepulangan Najib itu termasuklah mereka yang telah membaling batu terhadap Najib dan menyorokkan tangan mereka dengan hadir bersama dalam perhimpunan itu.
Itulah yang berlaku di dalam UMNO menjelangnya pilihanraya ini dan persediaan sudah nampak berlaku untuk melakukan apa yang telah dilakukan terhadap Abdullah Badawi dahulu. Jika BN memenangi pilihanraya kali ini dengan majoriti yang lebih kecil dari apa yang di perolehi oleh Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu maka Najib akan diminta mengundurkan diri dan memberikan pimpinan itu kepada TS Muhyiddin Yassin. Itulah caranya di dalam UMNO selagi ada seorang yang masih dibiarkan aktif dan menyibuk dalam politik UMNO itu sekarang.
Tetapi kali ini strategi itu akan memudharatkan UMNO itu sendiri. Pilihanraya kali ini akan mengakibatkan bukan sahaja kumpulan Najib terpaksa berundur tetapi yang berkehendakkan Najib berundur itu pun akan diundurkan oleh rakyat. Jika usaha setengah pihak dalam UMNO hendak mengenepikan Najib itu hanyalah untuk mengambilalih peranan sebagai Ketua Pembangkang sahaja kerana keseluruhan UMNO itu nampaknya akan menjadi pihak pembangkang tidak berapa lama lagi.
Sebenarnya jika Pakatan Rakyat mendapat mandat rakyat ia merupakan satu hikmah bagi UMNO kerana semasa menjadi pembangkang itulah UMNO berkesempatan untuk melakukan introspeksi diri dan melihat ke dalam kenapa mereka diketepikan oleh rakyat negara ini. Semasa itu nanti UMNO bolehlah mengambilalih kepimpinan Najib itu dan membetulkan UMNO seperti yang sepatutnya.
Itu sebabnya ulamak yang muktabar sentiasa mengingati kita supaya jangan menerkam yang cantik itu kerana di sebalik kecantikan itu mungkin ada kecelakaannya. Di sebaliknya jika datang musibah dan yang buruk jangan terus ditolak kerana mungkin ada kebaikan di sebaliknya.
Dalam kes UMNO ini mereka (UMNO) mesti jangan gusar menerima kekalahan kerana di sebalik keburukan itu sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.Hikmah bukannya dalam bentuk kuasa yang ada di tangan, tetapi hikmah yang sebenarnya ialah berkesempatan bagi memperbaiki diri untuk menjadi parti yang lebih baik dan mempunyai perjuangan yang betul.
Ramai manusia yang takut kepada mati, tetapi apabila mereka mati dalam keimanan mereka akan tahu bahawa hidup di alam yang selepas mati itu adalah kehidupan yang enak dan dan menyejukkan. Itu kata-kata ramai alim ulamak yang mempunyai makam yang tinggi, bukannya kata-kata dari saya.
Jangan berasa terlalu kecewa jika kali ini UMNO mengambil giliran untuk membangkang, kerana membangkang itu boleh membina pemikiran dan menajamkan perjuangan mereka. Semasa duduk sebagai pembangkang itu UMNO akan lebih mudah untuk menolak pimpinan yang selama ini dianggap tidak baik untuk perjuangan parti itu. Semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhyiddin dan menurunkan Najib kerana menaikkan dan menurunkan pimpinan itu adalah ‘forte’ dan kekuatan Dr Mahathir.
Semasa itu nanti Dr Mahathir bolehlah menaikkan Muhkriz untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO untuk membantu Muhyiddin mengambil kembali mandat rakyat dalam pilihanraya yang berikutnya. Itu pun jika rakyat mahu UMNO kembali menjadi parti kerajaan.
Tetapi mungkin semasa itu nanti UMNO akan dapat merasakan nikmatnya sebagai parti pembangkang.
Umno akan rasa nikmat jadi pembangkang
Harakahdaily, | 29 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Jangan berasa terlalu kecewa jika kali ini Umno mengambil giliran untuk membangkang, kerana membangkang itu boleh membina pemikiran dan menajamkan perjuangan mereka.

Perjuangan Islam sentiasa ada keajaiban
Rossem, | 31 Jan 2013 |
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Tengku Razaleigh Hamzah merupakan tokoh politik Umno yang berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS di era pemerintahan Datuk Asri Haji Muda. Putera raja berjiwa rakyat itu menggunakan pengaruh, kekuatan, kebijaksanaan dan tipu daya yang licik akhirnya pada tahun 1978 kerajaan PAS Kelantan tumbang setelah memerintah selama 16 tahun. Lalu putera raja itu disanjung sebagai wira penyelamat Kelantan.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21 Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau akrab Ku Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang bangsawan itu keluar Umno kerana berselisih faham dengan Presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat 46, kemudian membentuk gabungan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno BN. Gelombang tsunami politik Kelantan yang ditiup Ku Li itu memberi pikulan KO kepada Barisan Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan pendukung PAS menyerang kembali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan awal Anwar ialah merampaskan Dun Semerak dari tangan PAS dalam satu pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang ada pada Anwar bisa mengancam masa depan politik PAS.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda. Dan sekarang sedang menuju destinasi idaman, Putrajaya.
Keajaiban dalam perjuangan Islam insya Allah akan berlaku lagi selepas ini!
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada, hanya orang Melayu mudah lupa! Tepat jam 1.05 pagi, Ahad, 21 Oktober 1990 tokoh yang merampas Kelantan iaitu Tengku Razaliegh atau akrab Ku Li mengembalikan semula Kelantan kepada PAS, setelah sang bangsawan itu keluar Umno kerana berselisih faham dengan Presiden Umno ketika itu Dr Mahathir Mohamad, lalu menubuhkan Partai Melayu Semangat 46, kemudian membentuk gabungan bersama PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) untuk melawan parti lamanya Umno BN. Gelombang tsunami politik Kelantan yang ditiup Ku Li itu memberi pikulan KO kepada Barisan Nasional (BN) tanpa meninggalkan sebarang kerusi buat mereka.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Keresahan pemimpin dan pendukung PAS menyerang kembali apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan Presiden ABIM dan sertai Umno. Dalam konteks Kelantan, kejayaan awal Anwar ialah merampaskan Dun Semerak dari tangan PAS dalam satu pilihan raya kecil. Lalu PAS menilai kekuatan yang ada pada Anwar bisa mengancam masa depan politik PAS.
Keajaiban dalam perjuangan Islam sentiasa ada! Krisis politik dalam rumahtangga Umno kembali bergelora (1998/1999) dengan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dipecat Dr Mahathir. Anwar lalu bersama PAS dalam Pakatan Rakyat (PR). Kekuatan PAS jadi berganda. Dan sekarang sedang menuju destinasi idaman, Putrajaya.
Keajaiban dalam perjuangan Islam insya Allah akan berlaku lagi selepas ini!
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-1-2013
SAHARA: Dakwah Islamik yang tidak kena cara
Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri, |
Tidak dinafikan industri perfileman kini menunjukkan perkembangan positif dari semasa ke semasa. Filem dan drama berunsurkan Islam semakin banyak dihasilkan, ini adalah sesuatu yang harus dipuji. Namun sejauh manakah kualiti drama Islamik tersebut dapat memberi impak yang benar-benar berkesan kepada penonton.
Penghasilan sesebuah drama Islamik perlulah menepati syariat yang betul dan selari dengan panduan yang telah digariskan dalam Islam. Namun, apa yang dilihat kini, drama-drama Islamik yang dihasilkan tidak memperlihatkan ciri-ciri Islam tetapi menggambarkan imej Islam yang tidak sempurna di mata masyarakat. Promo Drama Islamik berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam apabila didapati terdapat unsur-unsur yang tidak selari dan bertentangan dengan syariat Allah swt. Ia seolah-olah menimbulkan persepsi bahawa wanita muslimah yang berhijab dan berpurdah juga ‘sama’ seperti wanita lain apabila berdating dan berpegangan tangan.
Drama ini benar-benar merosakkan imej wanita muslimah yang berhijab lebih-lebih lagi berpurdah. Perlulah difahami bahawa imej wanita ditonjolkan melalui pemakaian dan sikapnya. Ia sebenarnya mencerminkan Islam itu sendiri. Jadi, sekiranya imej itu telah dicalari, ia sebenarnya mencalarkan imej Islam itu sendiri.
Penghasilan sesebuah filem dan drama yang berunsurkan Islam wajib didasari dengan pelbagai cabang ilmu. Akibat daripada kejahilan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan sesebuah filem atau drama, maka terhasillah drama sebegini yang secara terang-terangan telah mencemarkan nilai-nilai Islam. Pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya menguatkuasakan pantauan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan dari segenap aspek.
Berikut merupakan tuntutan kami kepada pihak-pihak yang berkenaan:
1. Desakan ke atas pihak Astro supaya menghentikan tayangan drama tersebut dengan serta-merta.
2. Gesaan terhadap pihak yang berautoriti supaya menapis dan memantau semula keseluruhan skrip, adegan dan babak yang terkandung di dalam drama Sahara.
Kami juga ingin menyeru seluruh masyarakat yang beragama Islam khususnya mahasiswa supaya bersama-sama mempertahankan kesucian Islam dengan membantah tayangan drama Sahara kerana drama tersebut bukan sahaja telah menimbulkan fitnah tehadap pembawa imej Islam bahkan kepada agama Islam itu sendiri.
Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri
Spirituality & Islamization Secretariat,
Students’ Representative Council 2012/2013,
International Islamic University Malaysia.
Penghasilan sesebuah drama Islamik perlulah menepati syariat yang betul dan selari dengan panduan yang telah digariskan dalam Islam. Namun, apa yang dilihat kini, drama-drama Islamik yang dihasilkan tidak memperlihatkan ciri-ciri Islam tetapi menggambarkan imej Islam yang tidak sempurna di mata masyarakat. Promo Drama Islamik berjudul “Sahara” yang sedang ligat ditayangkan di Astro Prima telah mendatangkan kesan negatif kepada masyarakat Islam apabila didapati terdapat unsur-unsur yang tidak selari dan bertentangan dengan syariat Allah swt. Ia seolah-olah menimbulkan persepsi bahawa wanita muslimah yang berhijab dan berpurdah juga ‘sama’ seperti wanita lain apabila berdating dan berpegangan tangan.
Drama ini benar-benar merosakkan imej wanita muslimah yang berhijab lebih-lebih lagi berpurdah. Perlulah difahami bahawa imej wanita ditonjolkan melalui pemakaian dan sikapnya. Ia sebenarnya mencerminkan Islam itu sendiri. Jadi, sekiranya imej itu telah dicalari, ia sebenarnya mencalarkan imej Islam itu sendiri.
Penghasilan sesebuah filem dan drama yang berunsurkan Islam wajib didasari dengan pelbagai cabang ilmu. Akibat daripada kejahilan individu-individu yang terlibat dalam penghasilan sesebuah filem atau drama, maka terhasillah drama sebegini yang secara terang-terangan telah mencemarkan nilai-nilai Islam. Pihak yang bertanggungjawab seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) seharusnya menguatkuasakan pantauan sesebuah filem dan drama yang dihasilkan dari segenap aspek.
Berikut merupakan tuntutan kami kepada pihak-pihak yang berkenaan:
1. Desakan ke atas pihak Astro supaya menghentikan tayangan drama tersebut dengan serta-merta.
2. Gesaan terhadap pihak yang berautoriti supaya menapis dan memantau semula keseluruhan skrip, adegan dan babak yang terkandung di dalam drama Sahara.
Kami juga ingin menyeru seluruh masyarakat yang beragama Islam khususnya mahasiswa supaya bersama-sama mempertahankan kesucian Islam dengan membantah tayangan drama Sahara kerana drama tersebut bukan sahaja telah menimbulkan fitnah tehadap pembawa imej Islam bahkan kepada agama Islam itu sendiri.
Siti Fatimah Azzahra Mohd Nazri
Spirituality & Islamization Secretariat,
Students’ Representative Council 2012/2013,
International Islamic University Malaysia.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-1-2013
Kalau dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat
Harakahdaily, | 03 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya.
“Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Menurutnya, di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.
Berikut adalah tulisan penuh beliau.
UMNO sedang berusaha dan mungkin telah dapat menyenaraikan ‘winnable candidate’ untuk pilihanraya kali ini. Itulah yang disebut-sebut setiap kali dalam mesyuarat dan perbincangan tentang pemilihan calon dalam UMNO sekarang ini. Tujuannya ialah untuk mendapatkan sokongan dan keyakinan rakyat untuk memperbaiki prestasi UMNO yang sudah merudum sekarang ini.
Semalam Mahathir berlainan pula pandangannya. Beliau meminta semua rakyat mengundi UMNO dan jangan memilih calon. ‘Siapa sahaja yang diturunkan oleh UMNO sebagai calon kita mesti undi’ katanya. Apa yang dikehendaki Dr Mahathir ialah rakyat tidak payah menggunakan otak dan pemikiran. Bagi Mahathir apabila rakyat memilih itu ikut sahaja siapa yang dicalonkan dan tidak payah berfikir banyak. Mahathir sudah biasa dengan membuat arahan sahaja dan arahan beliau mesti diterima.
Tidak berapa lama dahulu dia juga yang menyatakan UMNO itu sudah busuk sampai ke ususnya, tetapi semalam beliau juga yang meminta kita mengundi parti yang beliau katakan busuk itu. Beliau juga yang mengatakan beberapa bulan dahulu UMNO sudah tidak ada apa-apa lagi, kerana yang pandai masuk PAS, yang baik sertai PKR dan yang bijak sudah menyokong DAP. Oleh itu jelas Mahathir ini tidak boleh diikuti langsung kerana kita akan diperbodoh-bodohkannya sepanjang masa. Sesungguhnya Mahathir ini mudah lupa, bukannya Melayu yang mudah lupa seperti yang beliau katakan dahulu.
Apa yang paling menariknya lagi, pada pilihanraya yang lalu Mahathir telah meminta rakyat jangan mengundi mengikut parti. Beliau mahukan rakyat memilih calon kerana jika parti menurunkan calon yang tidak baik maka ia tidak akan memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara termasuk parti-parti yang menurunkan calon-calon itu. Semasa itu Mahathir berkata yang negara perlukan calon-calon yang baik dan mengikut kehendak masa dan zamannya.
Memang sikap Mahathir suka membodoh-bodohkan orang lain. Kita bukan tidak faham, tujuan beliau meminta rakyat mengundi calon bukannya parti dalam pilihanraya yang lalu, ialah untuk menjatuhkan Abdullah Badawi kerana beliau terlalu sakit hati dengan penggantinya itu kerana terlalu degil dan tidak mahu bertindak mengikut kehendak beliau. Semasa berkempen di Kedah dalam pilihanraya itu beliau hanya pergi ke Jerlun untuk membantu anaknya Mukhriz.
Tujuannya ialah untuk melemahkan keputusan pilihanraya itu. Dengan jatuhnya prestasi kemenangan BN maka mudahlah beliau untuk melakukan dan membantu sesiapa yang hendak mengambilalih Badawi itu dengan mudah dan kehendak beliau telah berjaya dilakukannya. BN menang tetapi hilang sokongan 2/3 dalam Parlimen. Maka mudahlah mendesak Abdullah untuk berundur. Najib pun naik setakuk lagi dan menjadi Perdana Menteri sekarang ini, tetapi mempunyai terlalu banyak dan besar ‘baggage’ nya untuk menjadi seorang PM yang diyakini rakyat.
Walaupun Mahathir sudah membayangkan agar Najib perlu meletakkan jawatan jika keputusan PRU nanti lebih teruk dari keputusan PRU yang lalu. Tetapi kali ini Mahathir tidak boleh lagi meminta rakyat memilih calon dan bukannya parti. Jika itu masih menjadi saranannya maka UMNO akan kalah terus dan Mahathir sudah barang tentu memahami keadaan sekarang . Mahathir bukannya tidak faham keadaan sekarang. Beliau tahu UMNO sedang tenat dan imej UMNO begitu buruk dan parti itu sudah dianggap parti usang oleh majoriti rakyat termasuk orang Melayu sendiri.
Memahami keadaan itu sekarang lah yang menyebabkan Mahathir terpaksa mendesak semua pihak memberikan undi terhadap sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh UMNO nanti. Mahathir terlupa yang rakyat yang ramai-ramai ini pergi juga ke sekolah sikit-sikit dan rakyat mampu untuk memberikan pertimbangan yang wajar untuk kebaikan negara. Lagi pun Mahathir sudah disedari oleh ramai yang beliau merupakan seorang yang terlalu mahir memutar belitkan kata-katanya sendiri serta keadaan politik negara. Mahathir mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika UMNO kalah.
Mahathir sudah sedar yang orang Melayu sudah memahami yang tanpa UMNO Melayu akan tetap boleh bertahan dan wujud dalam negara dengan kemajuan mengikut waktu dan zamannya. Dulu-dulu bolehlah Mahathir kelentong rakyat terutamanya orang Melayu yang tanpa UMNO Melayu akan mati dan pupus. Di Kelantan, rakyat sedar UMNO sudah berada di pinggiran tetapi tidak pula kita mendengar Melayu di situ mati bergelimpangan di jalan-jalan raya.
Malahan rakyat sudah sedar jika mahukan kemajuan, pemikiran rakyat tidak boleh dikongkong.
Mereka sekarang ini sedar jika pemikiran rakyat dikongkong, orang melayu tidak mampu untuk maju kerana pemikiran dan otak yang tidak pernah mempunyai pemikiran sendiri. Selama ini mereka hanya mengharapkan UMNO untuk melakukan pemikiran bagi pihak mereka. Akhirnya mereka sedar yang UMNO itu hanya lah menjadi alat kepada ‘warlords’ yang tidak pun membantu UMNO untuk kepentingan rakyat ramai. Rakyat sudah sedar yang UMNO yang memperlakukan rakyat sebagai lembu dan kaldai mereka sahaja untuk kepentingan segulungan kecil rakyat semata-mata.
Menolak UMNO itu merupakan satu tindakan yang mulia kerana membiarkan UMNO menggunakan kita sebagai kaldai itu adalah satu tindakan yang menzalimi diri sendiri. Rakyat mesti melakukan sesuatu yang memberikan kebaikan kepada rakyat yang ramai, bukannya untuk kebaikan Dr Mahathir dan konco-konconya sahaja. UMNO itu bukan kepunyaan Mahathir sahaja malahan UMNO sudah tidak disegani oleh banyak pihak kini.
Apa yang UMNO tahu hanyalah membeli perasaan rakyat dengan BRIM RM500 sahaja. Murah betul nilai jiwa rakyat ini dari pandangan UMNO terutamanya dari pandangan Najib.
Cukup-cukuplah rakyat diperkudakan oleh pimpinan UMNO selama ini. Kalau tidak kesian kepada rakyat yang ramai, setidak-tidak kesian lah kepada diri kita sendiri.

Sumber HD - 3-2-2013
KUALA LUMPUR: “Sekali lagi aku nak ulang, filem ni sangat-sangat perlu ditonton oleh semua orang kononnya peduli pasal masalah negara, 36 minit 45 saat yang bagi aku cukup berbaloi,” tulis blogger Cenangau Politik Daun Kari.
Petikan tulisan beliau seperti di bawah.
Yang pertama pasai filem Indonesia yang bertajuk "Alangkah lucunya negeri ini". Satu filem masyarakat yang bagi aku cukup unik yang mengisahkan mengenai isu pencopet dari kacamata seorang sarjana ekonomi. Aku boleh ulang 3 kali tengok dalam minggu tu.
Yang kedua posting mengenai filem pendek "Ana ikut enta" yang Dewan Pemuda PAS buat untuk mempromosikan program "Ijtima Tarbawi". Bukan bagus sangat pun filem pendek tu tapi aku sokong pasai 'keberanian' DPP untuk cuba buat sesuatu yang baru dan berusaha 'mendefinasikan' 'hiburan' versi PAS.
Baca lagi di sini.
Filem yang semua orang patut tengok
Harakahdaily, | 04 Feb 2013 |

Sumber HD - 4-2-2013
Malah menurut beliau lagi, BN juga turut gagal untuk memahami budaya anak muda sekarang yang lebih memerlukan kepada bentuk pembangunan kesedaran rohani, dakwah, kebajikan mahupun pembangunan ummah.
"Kita melihat BN sehingga sekarang tidak pernah lari dari bentuk kelalaian dalam program yang mereka anjurkan terutama mendekati anak muda.
"Bagi mereka (BN) hanya pentingkan berseronok dalam menyajikan sesuatu untuk anak muda tanpa memikirkan kesannya, anak muda sekarang lebih memerlukan pembangunan minda dan kesejanteraan rohani dalam menghadapi masa akan datang," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, budaya yang diterap oleh Pakatan Rakyat amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN apabila segala aktiviti yang diadakan kepada golongan tersebut lebih kepada sudut ilmiah dan juga pembangunan rohani.
Katanya lagi, perkara ini telah terbukti apabila Selangor dan juga negeri-negeri Pakatan Rakyat setiap kali sambutan tahun baru mahupun kemerdekaan walaupun terdapat sedikit hiburan tetapi unsur keagamaan diterap bersama.
"Sebelum ini kita melihat kepada sambutan hari belia di Putrajaya, tidak ada kesan langsung yang boleh diterap dalam minda anak muda.
"Walaupun mengetahui perkara tersebut tetapi mereka tetap meneruskannya di Pulau Pinang, melalaikan anak muda terus menjadi agenda mereka dengan harapan mereka terus mendapat sokongan dari golongan anak muda," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Jerai itu turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas selama 60 minit penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari ini semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang yang baginya adalah satu pembaziran.
"Bagi saya dengan jumlah yang sebesar itu, kerajaan sepatutnya membelanjakan kepada seluruh kaum Cina yang berada di Pulau Pinang apatah lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
"Adakah BN ini tidak mengetahui ataupun tidak mahu mengetahui bahawa masih ramai kaum Cina yang memerlukan bantuan untuk mereka menyambut perayaan mereka, jadi bagi mereka (BN) lebih baik berbelanja untuk hiburan dari diberikan kepada rakyat," kata beliau lagi.
Hiburan: Agenda BN untuk melalaikan anak muda
Muhammad Faizal, | 04 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar menegaskan Barisan Nasional (BN) menjadikan hiburan sebagai candu untuk mendekati rakyat terutamanya golongan anak muda.
Malah menurut beliau lagi, BN juga turut gagal untuk memahami budaya anak muda sekarang yang lebih memerlukan kepada bentuk pembangunan kesedaran rohani, dakwah, kebajikan mahupun pembangunan ummah.
"Kita melihat BN sehingga sekarang tidak pernah lari dari bentuk kelalaian dalam program yang mereka anjurkan terutama mendekati anak muda.
"Bagi mereka (BN) hanya pentingkan berseronok dalam menyajikan sesuatu untuk anak muda tanpa memikirkan kesannya, anak muda sekarang lebih memerlukan pembangunan minda dan kesejanteraan rohani dalam menghadapi masa akan datang," jelas beliau kepada Harakahdaily.
Tambah beliau lagi, budaya yang diterap oleh Pakatan Rakyat amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN apabila segala aktiviti yang diadakan kepada golongan tersebut lebih kepada sudut ilmiah dan juga pembangunan rohani.
Katanya lagi, perkara ini telah terbukti apabila Selangor dan juga negeri-negeri Pakatan Rakyat setiap kali sambutan tahun baru mahupun kemerdekaan walaupun terdapat sedikit hiburan tetapi unsur keagamaan diterap bersama.
"Sebelum ini kita melihat kepada sambutan hari belia di Putrajaya, tidak ada kesan langsung yang boleh diterap dalam minda anak muda.
"Walaupun mengetahui perkara tersebut tetapi mereka tetap meneruskannya di Pulau Pinang, melalaikan anak muda terus menjadi agenda mereka dengan harapan mereka terus mendapat sokongan dari golongan anak muda," sambung beliau lagi.
Ahli Parlimen Jerai itu turut mempertikaikan jumlah perbelanjaan sekitar USD300,000 hingga USD400,000 (RM932,100 hingga RM1,242,800) untuk persembahan ringkas selama 60 minit penyanyi pop Psy - yang popular dengan lagu Gangnam - pada 11 Februari ini semasa majlis rumah terbuka BN Pulau Pinang yang baginya adalah satu pembaziran.
"Bagi saya dengan jumlah yang sebesar itu, kerajaan sepatutnya membelanjakan kepada seluruh kaum Cina yang berada di Pulau Pinang apatah lagi sempena sambutan Tahun Baru Cina.
"Adakah BN ini tidak mengetahui ataupun tidak mahu mengetahui bahawa masih ramai kaum Cina yang memerlukan bantuan untuk mereka menyambut perayaan mereka, jadi bagi mereka (BN) lebih baik berbelanja untuk hiburan dari diberikan kepada rakyat," kata beliau lagi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-2-2013
Jika dahulu ramai dalam kalangan kita setiap pagi berpusu-pusu membeli akhbar untuk mengetahui isu negara, namun hari ini masyarakat lebih gemar membaca berita menerusi internet dan laman-laman blog. Era kebangkitan teknologi maklumat sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia sejak awal 80-an lagi, namun fungsi dan pengamalannya amat terhad yang mana ketika itu pendedahan masyarakat terhadap kemudahan internet dan sistem komunikasi seperti telefon bimbit masih lagi belum meluas.
Namun, hari ini suasana negara amat berbeza berbandingan 20 atau 30 tahun yang lalu. Telefon bimbit bukan hanya sekadar berfungsi sebagai medium untuk komunikasi semata-mata malah telefon bimbit masa kini telah dilengkapi dengan pelbagai aplikasi bercorak IT seperti kemudaan akses internet, kemera, permainan digital, aplikasi 3G dan sebagainya. Kemudahan sistem pesanan ringkas atau bahasa Inggerisnyashort message service (SMS) antara aplikasi yang disediakan oleh syarikat penyedia telekomunikasi. Para pengguna berpeluang menyampaikan mesej atau maklumat kepada teman, ibu bapa mahupun insan tersayang dengan mudah dan pantas.
Pada awal kemunculannya, komunikasi menerusi SMS hanya melibatkan komunikasi bersifat dua hala iaitu pengirim dan penerima, dan boleh dibaca melalui layar telefon bimbit. Perubahan globalisasi pada abad ini dan ledakan kuasa IT telah mengubah fungsi SMS bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada teman-teman rapat sahaja tetapi diperluaskan fungsinya sebagai medium perhubungan yang lebih kompleks merentasi benua. Ditambahkan lagi, tidak dinafikan juga dengan adanya kemudahan SMS ini membuka ruang dan peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
Hal ini dapat kita lihat dengan adanya pelbagai pertandingan yang menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan tetapi menghendakkan para peserta menghantar SMS untuk menyertai pertandingan tersebut, kadar caj akan dikenakan bagi setiap SMS yang dihantar. Benarlah bahawa kemudahan SMS bukan sahaja untuk fungsi perhubungan namun lebih daripada itu.
Perkembangan pesat sistem telekomunikasi negara ditambahkan pula pelbagai pakej yang ditawarkan oleh syarikat penyediaan telekomunikasi menjadikan kemudahan SMS salah satu trend penduduk Malaysia sejak awal kemunculannya pada tahun 1995.
Pada awal kemunculan telefon bimbit di pasaran Malaysia, kemudahan telekomunikasi ini hanya terhad untuk kemudahan perhubungan melalui dail terus atau khidmat SMS. SMS secara mudah untuk difahami adalah satu sistem kemudahan untuk menghantar maklumat daripada pengirim kepada penerima dengan menggunakan ayat-ayat yang ringkas dan padat.
Namun, harus dibezakan SMS dengan e-mel. Hal ini disebabkan e-mel diperkenalkan menghendakkan para penggunanya menghantar maklumat dengan menggunakan ayat lebih tersusun dan teratur, tetapi SMS pula maklumat yang dihantar kepada penerima menggunakan ayat yang lebih ringkas tetapi mencapai makna yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, sehingga hari ini perkhidmatan SMS masih diperlukan oleh segenap pengguna telefon bimbit untuk berhubung atau menghantar pesanan ringkas.
Penyakit menggunakan singkatan kata yang tidak mengikut standard yang telah ditetapkan membawa satu cabaran baru kepada keutuhan bahasa Melayu. Suatu penyakit yang kian parah melanda pengguna SMS ketika ini membuatkan fenomena ini semakin hari semakin menjelikkan mata para pencinta bahasa Melayu. Persoalannya adalah, adakah bahasa SMS membina atau menghakis bahasa Melayu?
Walaupun isu bahasa SMS bukanlah isu baru, namun fenomena ini masih kurang mendapat perhatian daripada golongan cendekiawan bahasa mahupun golongan autoriti yang mempunyai kuasa untuk membincangkan hal ini. Ditambahkan lagi, menurut Rubiah di dalam jurnal Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih menyatakan bahawa terdapat penggunaan bahasa ringkasan secara berleluasa berbanding dengan bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa utama diyakini bahasa Melayu.
Daripada kenyataan ini dapat fahami bahawa perkembangan sesuatu bahasa itu adalah disebabkan penerimaan golongan penuturannya menyebabkan sesuatu kod bahasa itu diterima pakai dan diserapkan di dalam bahasa tersebut. Walaupun bahasa Melayu terkenal dengan sifat dinamisnya, dan adakah bahasa SMS juga boleh dikategorikan sebagai di damika bahasa yang mana boleh digunakan di dalam acara-acara rasmi.
Pasti ramai menyatakan tidak kerana bahasa SMS adalah sesuatu bahasa hanya bersifat peribadi dan kata yang digunakan sering mengalami potongan ejaan dan kata sehinggakan sesuatu kata itu di tidak difahami daripada maksud kata aslinya. Hal ini selari dengan pendapat Supyan Husain dalam makalahnya Bahasa SMS Bahasa Dinamis? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 yang menyatakan bahasa teknologi maklumat dan komunikasi mengwujudkan bahasa sistem mesej singkat (SMS) bagi memudahkan komunikasi.
Dalam makalah yang sama, Supyan Husain telah memetik pendapat daripada Hansson dan Sylvia yang mana berpendapat bahawa bahasa SMS yang wujud dan berleluasa dalam kalangan masyarakat tatkala ini disebabkan beberapa faktor antaranya ruang paparan telefon bimbit, masa dan juga kewangan.
Hal ini dapat dijelaskan bahawa ruang paparan telefon yang terhad yang hanya dapat menerima aksara yang terhad mendesak para pengguna SMS meringkaskan perkataan dengan melanggar prinsip sistem nahu dan juga sistem ejaan sesuatu bahasa dan diyakini bahasa Melayu. Contoh kata yang popular yang sering menerima ringkasan daripada pengguna SMS seperti “daripada” ditulis dpd, “semalam” menjadi smlm,“tidak” ditulis dengan simbol xatau x mao dan sebagainya.
Ditambahkan lagi, tidak nafikan bahawa faktor masa juga antara faktor penyumbang kepada berlaku singkatan kata di dalam SMS.
Hal ini disebabkan, di dalam dunia yang penuh cabaran dan persaingan yang sengit faktor masa amat dititik beratkan, bak kata pepatah “masa itu emas”. Lantas para pengguna SMS hanya menggunakan singkatan dalam menyampaikan maklumat seperti contohnya “Saya tidak hadir makan malam. Saya demam” dan digantikan Sy xgi mlm ni. Dmam. Malah, faktor kewangan juga antara penyebab mendorong berlakunya singkat kata di dalam SMS. Hal ini disebabkan walaupun SMS yang dikirimkan panjang mahupun pendek kadar caj yang dikenakan oleh penyedia kemudahan telekomunikasi yang dilanggan adalah sama. Bagi menjimatkan kos, para pengguna SMS lebih gemar menggunakan SMS yang lebih pendek untuk menjimatkan kos perkhidmatan.
Ditambah beliau lagi, bahasa SMS tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi tetapi memungkinkan komunikasi menjadi lebih pantas. Tidak dinafikan juga di dalam dunia yang penuh cabaran ini setiap daripada kita sentiasa berkejar mendahului masa untuk mencapai sesuatu yang dikehendaki. Namun kita perlu sedari bahawa kepantasan itu bukanlah lesen untuk mengwujudkan bahasa “baharu” yang melanggar konvensi, seperti peraturan nahu dan ejaan.
Bahasa SMS menjejaskan sistem Bahasa Melayu
Adakah bahasa SMS menjejaskan nilai dan sistem Bahasa Melayu? Satu persoalan pokok yang perlu mendapat pencerahan yang maksimum daripada cerdik pandai bahasa supaya masyarakat tidak terkeliru dengan isu ini. Hal ini disebabkan, ramai dalam kalangan masyarakat yang membahasakan isu ini di dalam medan media massa dan menyatakan bahawa bahasa SMS akan menjejaskan keaslian bahasa Melayu. Benarkah dakwaan ini? Jika ditinjau dari sudut nahu, jelas kepada kita bahawa komunikasi bahasa SMS ini tidak mengikut binaan ayat yang ditetapkan iaitu subjek dan predikat.
Menurut Jyh Wee Sew dalam makalahnya Komunikasi Kreatif SMS? Terbitan Dewan Bahasa Edisi Mei 2005 menyatakan gabungan subjek dan predikat tidak diperlukan dalam komunikasi SMS kerana proses saling rujuk bersemuka diwujudkan dalam komunikasi telefon bimbit. Tambah beliau lagi, di dalam komunikasi SMS tidak memerlukan kata panggilan atau kata ganti nama yang sopan kerana segala rujukan penerima SMS diubahsuai ke dalam ruang bersemuka yang diwujudkan dalam komunikasi digital.
Di samping itu, bahasa SMS juga sering menggugurkan kata panggilan demi tujuan pragmatik yang pantas dan berkesan. Perkara in selari dengan penggunaan SMS yang mahukan pesanan atau mesej yang disampaikan seringkas mungkin, tetapi mengekalkan maksud yang ingin sampaikan oleh pengirim.
Dalam erti kata mudahnya bahasa SMS ini lebih mementingkan isi pesanan yang ingin disampaikan oleh pengirim dan bukannya kesantunan serta nahu seperti mana di dalam bahasa bertulis. Memetik pandangan sarjana barat di dalam makalah Bahasa SMS Dinamis tulisan Supyan Husain. Henrik Hansson dan Syliva van de Bunt - Kokhuis dalam tulisan mereka “E-learning and Language Change: Observation, Tendencies and Refections” berpendapat bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi perubahan sesuatu bahasa, iaitu keperluan untuk berkomunikasi secara cepat dan penyampaian lebih banyak maklumat pada setiap masa.
Pandangan ini amat bertepatan dengan kehendak pengguna SMS yang mahukan setiap pesanan yang dihantar penuh dengan maklumat dan cepat. Namun kita kembali kepada persoalan pokok, adakah bahasa SMS menjejaskan bahasa Melayu? Menurut Supyan Hussin di dalam blognya menyatakan bahawa bahasa SMS tidak boleh dinyatakan sebagai menjejaskan bahasa Melayu.
Beliau memberikan contoh setiap bahasa mempunyai kod terdiri daripada simbol seperti Kod Morse yang digunakan untuk telegraf, Kod Braille untuk mereka yang cacat penglihatan dan Kod trengkas yang digunakan oleh setiausaha dan terakhir sekali Kod military yang sering digunakan oleh tentera.
Supyan Hussin juga menyatakan bahawa bahasa SMS juga mempunyai kod seperti mana kod-kod yang disebutkan di atas dan masyarakat tidak pernah mendakwa kod-kod berkenaan merosakkan nahu serta struktur bahasa Melayu. Hal ini disandarkan kepada beberapa sebab, pertamanya tidak ramai dalam kalangan kita tahu membaca kod berkenaan.
Kedua, kod berkenaan tidak digunakan dalam paparan umum seperti dalam media massa dan media elektronik. Ketiga, kod berkenaan hanya digunakan dalam konteks komunikasi yang terhad dan tujuan tertentu sahaja. Supyan Hussin menegaskan bahawa kod berkenaan tidak bersalahan dan tidak merosakkan bahasa baku, situasi yang sama juga jika dilihat kepada bahasa SMS.
Walaupun bahasa SMS ditulis dalam kod singkatan dan simbol yang digunakan bersifat peribadi dan bukan awam, maka bahasa SMS yang kelihatan bercampur aduk dengan bahasa Melayu dan Inggeris, salah nahunya tidak boleh dihukum sebagai salah atau merosakkan bahasa kebangsaan.
Namun, perlu diingatkan kepada pengguna SMS, supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab terhadap nilai bahasa yang digunakan diyakini bahasa Melayu. Hal ini disebabkan pengguna SMS perlulah sedar supaya menggunakan bahasa SMS secara beretika dan dapat membezakan situasi formal dan tidak formal.
Perkara ini turut ditekan oleh Supyan Hussin seupaya kita tidak sewenang-wenangnya terbawa-bawa tabiat bahasa SMS ke dalam situasi formal seperti mana dalam urusan-urusan rasmi seperti surat-menyurat, minit mesyuarat, memo peringatan dan sebagainya. Ditambahkan lagi, pengguna SMS juga perlulah sebaik mungkin mengekalkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan kod-kod yang tidak melampau batas seperti dier (dia),ialebiu (l love you), dan mndelete (memadam) (Supyan Hussin, 2011). Selain itu, apabila kita berkomunikasi secara formal dengan mana-mana pihak, maka perlulah kita menggunakan bahasa baku menuruti nahu dan ejaan yang betul dalam SMS kita supaya kita dapat membezakan hubungan formal dan hubungan sosial rakan taulan.
Bahasa SMS dalam jawapan peperiksaan
Tidak dinafikan bahasa SMS yang pada mula hanya digunakan sebagai medium peribadi untuk menyampaikan maklumat telah disalah gunakan oleh sebilangan besar pengguna SMS itu sendiri.
Hal ini disebabkan sikap tidak keprihatinan kita terhadap bahasa dan tidak tahu membezakan situasi formal dan tidak formal menyebabkan fenomena ini sering berlaku. Contoh yang terdekat adalah menggunakan bahasa SMS semasa menjawab soalan peperiksaan peringkat menengah mahupun institusi pengajian tinggi.
Kebimbangan ini turut diluahkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap penggunaan bahasa SMS dalam kalangan calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) serta peperiksaan peringkat universiti.
Fenomena ini turut mendapat perhatian Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Dr Awang Sarian yang mana berpendapat situasi pelajar menjawab soalan peperiksaan menggunakan bahasa SMS adalah satu petanda bahaya penularan bahasa dalam kalangan masyarakat (Berita Harian 13/12/2012). Ditambahkan lagi, perkara yang sama turut dikongsi oleh Chong Seck Ching dalam tulisannya “All about Texting, SMS and MMS” yang mana meluahkan rasa kebimbangannya terhadap anak muda yang kini menjadi pakar dalam mencincang perkataan dan frasa sehingga menjejaskan pencapaian akademik mereka. Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia mengakui bahawa agak sukar untuk mengawal penggunaan bahasa SMS dalam kalangan pelajar ketika menjawab soalan peperiksaan, ia bukanlah alasan kepada kita untuk menghalalkan penggunaan bahasa SMS ini.
Justeru, bagi mengawal penggunaan bahasa SMS yang semakin meluar dalam kalangan masyarakat terutama generasi muda, kerjasama semua pihak terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran dan Dewan Bahasa dan Pustaka adalah perlu, dalam merangka satu polisi, bagi memastikan tabiat bahasa SMS ini tidak menjejaskan kemurnian bahasa Melayu. Ditambahkan lagi, pengamal media juga terutama media cetak mahupun elektronik perlu diingatkan supaya SMS yang dihantar oleh penonton yang menggunakan singkatan tidak siarkan.
Hal ini, sebagai satu didikan sosial kepada masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam menghantar mesej SMS terutama yang melibatkan urusan rasmi. Penglibatan semua pihak dalam menangani isu ini adalah sangat perlukan dan tidak dibebankan di bahu sesetengah pihak sahaja. Oleh yang demikian, dengan adanya komited semua pihak diharapkan bahasa Melayu terus dijulang sebagai bahasa ilmu yang merentasi zaman.
Rujukan:
Bahasa SMS membina atau menghakis Bahasa Melayu
Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong, | 05 Feb 2013 |
Ledakan komunikasi teknologi maklumat pada masa kini telah memungkinkan pelbagai maklumat mahupun berita dapat disalurkan kepada pengguna dengan begitu pantas dan mudah. Hal ini disebabkan, perkembangan teknologi maklumat yang kian membangun telah merubah cita rasa masyarakat untuk menerokai alam maya sebagai medium mendapatkan maklumat, merapatkan hubungan rakan taulan dan medan berdiskusi.

Majalah
Jyh Wee Sen.2005.Komunikasi Kreatif SMS. Dewan Bahasa,Mei:36-41
Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa,Mei:42-48
Ma’aroff Abd.Rahman.2005. Bahasa Baharu Teknologi Maklumat. Dewan Bahasa,Mei:50-52
Akhbar
Zamani Othman.(2012)Bahasa SMS tidak ancam bahasa Melayu asli. Utusan Malaysia, 30 Oktober
Trend bahasa ringkasan SMS pengaruhi pelajar membimbangkan. Utusan Malaysia, 21 Oktober 2012
M Jasni Majed.(2011) Bendung bahasa SMS dalam urusan rasmi. Harian Metro, 26 Jun
Sukar Kawal bahasa SMS. Berita Harian,13 Disember 2012
Nik Nur Zakia Abdullah.(2012) Jawab periksa guna bahasa SMS. Berita Harian, 13 Disember
Rujukan Elektronik
P.Ari Subagyo.2007. Ciri-ciri Kreatif Bahasa SMS.(atas talian) http:www.usd.ac.id/lembaga/lppm/f113/Jurnal
Sintesis/vol5no2oktober2007/10 Ari.pdf (10 Disember 2012)
Supyan Hussin.2011. Isu bahasa SMS kembali semula. (atas talian) suphussin.wordpress.com(10 Dismber 2012)
Sumber Jurnal
Tay Meng Guat.(2011). Analisis Linguistik Terhadap Penggunaan Bahasa SMS Dalam Kalangan Guru Pelatih. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang , Jilid 10
Lampiran
Perkataan SMS
|
Maksud
|
Perkataan SMS
|
Maksud
|
Perkataan SMS
|
Maksud
|
ahd
|
ahad
|
gmbar,gmbr
|
gambar
|
skolah
|
sekolah
|
akum
|
assalamualaikum
|
isn
|
isnin
|
slamber
|
selamba
|
amek
|
ambil
|
je,jer
|
sahaja
|
slipar
|
selipar
|
ari
|
hari
|
jgn
|
jangan
|
slmt
|
selamat
|
bdk
|
budak
|
jgak,gak
|
juga
|
smpi
|
sampai
|
bg
|
bagi
|
jln
|
jalan
|
smyang
|
sembahyang
|
bgn
|
bangun
|
jmpa
|
jumpa
|
sorang
|
seorang
|
blk
|
bilik
|
jom
|
mari
|
spt
|
seperti
|
badar
|
bandar
|
jum
|
Jumaat
|
ko
|
kau
|
bngga
|
bangga
|
kabo
|
Khabar
|
kompt
|
komputer
|
brknlan
|
berkenalan
|
kahwin
|
Kahwin
|
korang
|
kamu
|
cam
|
macam
|
keje
|
Kerja
|
kpd
|
kepada
|
clik
|
balik
|
kham
|
khamis
|
kreta
|
kereta
|
Sumber: Supyan Hussin.2005.Bahasa SMS Dinamik?.Dewan Bahasa, Mei: 42-48
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 5-2-2013
Pemimpin ibarat seorang pengembala
Mohd Nurhadi Hamsar, | 05 Feb 2013 |
Salah satu sebutan yang Rasulullah SAW gunakan untuk menggambarkan kepemimpinan adalah kata ra’in, yang membawa konotasi pada makna pengembala. Sebutan ini bukan untuk merendahkan posisi seorang pemimpin, tetapi lebih untuk mengingatkan peranan dan tanggungjawab yang perlu ada pada seorang pemimpin.
Dari Ibnu Umar ra, katanya: “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: ‘Tiap seorang dari engkau semua adalah pengembala dan setiap seorang dari engkau itupun akan ditanya perihal pengembalaannya. Pemimpin adalah pengembala dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Seorang lelaki adalah pengembala dalam keluarganya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Seorang wanita adalah pengembala dalam rumah suaminya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Buruh adalah pengembala dalam harta majikannya dan akan ditanya perihal pengembalaannya. Jadi setiap seorang dari engkau itu adalah pengembala dan tentu akan ditanya perihal pengembalaannya” (Muttafaq’alaih)
Selain itu, para nabi yang diutuskan oleh Allah SWT semuanya adalah seorang pengembala kambing. Allah swt memberi latihan kepemimpinan kepada para nabi melalui pekerjaan sebagai seorang pengembala kambing.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda: “Tiada seorang nabi pun yang diutus oleh Allah, melainkan ia tentu mengembala kambing”. Para sahabat bertanya, “Dan tuan?” Baginda saw menjawab, “Ya, saya juga mengembala kambing iaitu di Qararith. Kambing itu kepunyaan penduduk Makkah” (HR Bukhari)
Sosok pengembala menjadi pilihan Rasulullah SAW dalam menggambarkan watak kepemimpinan kerana mencerminkan sifat-sifat yang patut menjadi pelajaran, iaitu:
1. Seorang pengembala boleh dipercayai mengurus begitu banyak haiwan ternakan bukan kerana tahap pendidikannya yang tinggi dan pengalamannya yang luas, akan tetapi seseorang majikan mempercayai untuk menyerahkan ternakannya itu kepada seorang pengembala kerana sifat amanah dan jujur yang ada padanya.
Seorang pengembala tidak akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjual haiwan milik tuannya kepada orang lain tanpa pengetahuan tuannya. Sifat ini tergambar dalam kisah Abdullah bin Umar bersama dengan seorang pemuda pengembala kambing di pinggiran Madinah. Abdullah ibn Umar ingin membeli kambing yang digembala pemuda tersebut. Tetapi pemuda itu tidak dapat menjualnya kerana kambing itu bukan miliknya. Abdullah ibn Umar mendesak untuk membelinya dan meminta pemuda tersebut mengatakan kepada tuannya bahawa kambing itu telah dimakan serigala. Lantas, pemuda pengembala itu mengatakan bahawa walaupun tuannya itu tidak tahu dan dia boleh menipu akan tetapi tuan kepada tuannya iaitu Allah SWT mengetahui akan perbuatannya.
Kekaguman Abdullah Ibn Umar terhadap kejujuran dan sifat amanah pemuda pengembala ini menyebabkan beliau membeli pemuda tersebut beserta seluruh kambing daripada tuan pemuda tersebut. Kemudian beliau memerdekakan pemuda yang amanah itu dan diberikan seluruh kambing gembalaannya itu sebagai hadiah kejujurannya.
Dari Abu Ya’la iaitu Ma’qil bin Yasar ra, katanya; “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
“Tiada seorang hamba pun yang diserahkan oleh Allah SWT untuk mengembala suatu pengembalaan (memimpin sesuatu umat atau bangsa), lalu ia mati pada hari kematiannya sedang dikala itu ia dalam keadaan menipu pada pengembalaannya, melainkan Allah SWT mengharamkan padanya untuk masuk syurga” (Muttafaq’alaih)
2. Seorang pengembala juga adalah seorang yang rajin dan bekerja keras. Pengembala yang baik akan bangun pada awal pagi dan membawa haiwan gembalaannya untuk mencari rumput yang terbaik dan air yang segar. Dia tidak kisah dengan halangan mendaki gunung-ganang dan merentasi gurun demi memastikan haiwan gembalaannya mendapat makanan dan sumber air yang terbaik.
Alangkah malangnya haiwan gembalaan yang diuruskan oleh seorang pengembala yang malas dan culas. Dia tidak berusaha untuk membawa haiwan gembalaanya untuk mencari sumber makanan yang terbaik sebaliknya dia tidak ingin bersusah payah dan hanya membiarkan haiwan gembalaan tersebut yang bekerja keras merayau mencari makanan sehingga menganggu tanaman oranglain.
“Sesungguhnya seburuk-buruk pengembala ialah orang-orang yang tiada belas kasihan pada pengembalaannya. Maka dari itu janganlah engkau termasuk golongan mereka itu” (Muttafaq’alaih)
3. Pengembala yang baik akan sentiasa melindungi haiwan gembalaannya daripada sesuatu yang boleh mengancam keselamatannya. Pengembala akan berusaha untuk melindungi dan melawan haiwan-haiwan buas lain yang datang menyerang haiwan gembalaannya.
Hal ini adalah antara tanggungjawab yang sangat besar bagi seorang pengembala bagi memastikan haiwan gembalaannya selamat dan tidak menjadi habuan makanan haiwan buas. Pengembala akan memastikan dan memantau sentiasa pada haiwan gembalaannya daripada segala kemungkinan yang boleh mengancam nyawa haiwan gembalaannya.
Tidak sekadar itu, seorang pengembala juga akan sentiasa melindungi haiwan gembalaannya daripada berbuat salah. Ia akan berusaha untuk mencegah haiwan gembalaannya daripada memasuki pagar tanaman dan memakan tanaman oranglain. Apabila haiwan gembalaannya itu mendekati tanaman oranglain, dia akan menghalaunya.
Seorang pengembala itu tidak ingin melihat haiwan gembalaannya melakukan kesalahan sehinggakan dia melakukan pendekatan mencegah dan pengawasan yang terus menerus terhadap haiwan gembalaannya. Dia akan memastikan haiwan gembalaannya hanya berada pada kawasan yang sepatutnya tanpa memasuki kawasan tanaman oranglain dan merosakkannya.
“Dan barangsiapa yang telah jatuh dalam kesyubhatan, maka jatuhlah ia dalam keharaman, sebagaimana halnya seorang pengembala yang mengembala di sekitar tempat yang terlarang, hampir saja haiwan ternaknya itu makan dari tempat larangan tadi” (Muttafaq’alaih)
4. Pengembala juga akan mengusahakan sesuatu yang bermanfaat daripada haiwan gembalaannya untuk kegunaan makhluk lain. Jika haiwan yang digembalanya adalah kambing, maka susu dan dagingnya bermanfaat untuk digunakan. Sekiranya lembu atau kerbau, boleh digunakan untuk membajak sawah, membawa barang dan daging yang bermanfaat untuk digunakan.
Oleh itu, seorang pemimpin itu laksana seorang pengembala yang mengembala haiwan gembalaannya yang mana apabila ia tidak melaksanakan tugasnya sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, maka haiwan ternak itu lebih baik dan bermanfaat daripada dirinya.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, "Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT akan menanya kepada para khalifah perihal cara pengembalaan mereka kepada umatnya” (Muttafaq’alaih)

Persoalannya, bagaimana sebuah negara yang telah merdeka selama 56 tahun masih berjuta-juta rakyat yang susah dan terpaksa memberikan bantuan RM500 bila pilihanraya tiba? Kalau lah keadaan sebegini, bagaimana pimpinan kerajaan kita begitu bangga mengaku yang negara kita sudah menghampiri ketahap negara maju? Bagaimana kah wang sejumput itu boleh menukar taraf hidup rakyat keseluruhannya? Inikah dia Program Transformasi Ekonomi Najib dan UMNO? Sampai bila budaya ini akan dilakukan oleh kerajaan dan apakah benar bantuan ini boleh menaikkan pendapatan per kapita rakyat seperti yang di gembar-gemburkan oleh Najib dan UMNO nya?
Itu sebabnya rakyat lebih berkeyakinan cara yang hendak dilakukan oleh Pakatan Rakyat jika mandat itu adalah cara yang lebih baik, malahan jauh lebih berfaedah dari apa yang di amalkan oleh UMNO dan BN ini. Kalau ditanyakan apakah pandangan pihak pimpinan UMNO tentang bajet ‘alternative’, PR itu mereka sudah tentu akan menghinanya kerana mereka tidak mahu PR memerintah dan melaksanakan apa yang dihajati oleh pihak Pakatan Rakyat itu.
Saya tidak mahu menyentuh tentang semua yang bakal dilakukan oleh Pakatan Rakyat setelah diizinkan Tuhan untuk membentuk kerajaan nanti kerana masa dan ruang terlalu suntuk untuk dimuatkan ke dalam blog ini. Tetapi biarlah saya sentuh dengan ayat dan bahasa yang mudah bagi memudahkan rakyat yang membaca blog ini untuk memahaminya. Pihak UMNO yang bakal menjadi pembangkang ini akan membidas apa yang saya perkatakan ini. Mereka akan memulakan kritikannya terhadap apa yang saya perkatakan ini sebagai tindakan yang akan mengbankrapkan negara dan sebagainya.
Menghapuskan tol lebuhraya yang telah lama seperti lebuhraya Utara Selatan itu sememangnya satu niat yang baik dan boleh terlaksana jika Pakatan ingin melakukannya setelah mendapat mandat rakyat nanti. Lebuhraya yang berharga RM6 billion itu telah mengutip hampir RM30 billion dan tidak ada sebab untuk pihak yang mendapat konsesi itu tidak boleh menurunkan harga tol atau pihak kerajaan memansuhkan kutipan tol itu sama sekali.
Jika janji yang satu ini sahaja terlaksana sudah cukup untuk memberikan keringanan kepada rakyat, malahan lebih jauh berfaedah dari rakyat beratur di tengah panas terik menerima baucer RM500 yang tidak tentu berapa kali kita akan menerimanya. Jika kutipan tol ini dihapuskan satu perjalanan dari Johor ke Perlis sahaja sudah menghampiri 50 peratus dari wang BRIM yang Najib dan UMNO bahagi-bahagikan itu. Jika Pakatan Rakyat memerintah tidak payah berikan wang BRIM ini kerana adalah lebih baik memberikan laluan perjalanan secara percuma kerana perjalanan kita ke utara ke selatan dan balik itu lebih kerap dan faedah secara terus terhadap rakyat itu adalah lebih praktikal untuk kesenangan mereka.
Jika dihapuskan PTPTN pula ia akan lebih memberikan faedah kepada semua keluarga kerana setiap keluarga mesti berbelanja untuk anak-anak mereka belajar sampai ke tahap menara gading.
Pengapusan PTPTN ini merupakan satu perkara yang amat menyentuh jiwa dan perasaan semua rakyat kerana keseluruhan rakyat kita menghadapi masalah pembiayaan pelajaran untuk anak-anak mereka. Apa yang susah sangat hendak menghapuskan PTPTN ini seolah-olah PTPTN ini sudah wujud sejak merdeka. PTPTN ini hanya wujud di zaman Dr Mahathir sahaja kerana dalam pentadbiran beliau wang ringgit kerajaan di gunakan untuk membina ‘empire’ perniagaan kroni dan suku-sakat mereka sahaja. Selain dari itu wang rakyat yang ‘bertrillion’ telah digunakan untuk melaksanan projek yang tidak mendatangkan hasil kepada rakyat.
Sebelum pemerintahan Dr Mahathir tidak ada pun PTPTN dan semua anak-anak yang pergi belajar ke peringkat universiti semuanya di biayai oleh biasiswa yang puncanya datang dari berbagai pihak. Sehingga pengakhir tujuh puluhan, mahasiswa masih berbincang sesama sendiri bertanyakan biasiswa mana mereka dapat untuk masuk universiti. “You scholarship mana?” itu merupakan soalan popular di antara mahasiswa semasa itu. Jawapannya banyak. Ada yang kata mereka mendapat ‘state scholarship’, ada yang menjawab ‘Bank Bumi Scholarship’ atau ‘federal scholarship’ dan berbagai-bagai lagi.
Semasa itu pendapatan negara tidaklah sebesar mana pun tetapi rakyat mendapat biasiswa dengan mudah. Tetapi di samping menjerit dan mengaku negara kita sebuah negara yang sudah hampir ke tahap negara maju, rakyat tidak dapat lagi biasiswa dan disebaliknya rakyat diberikan pinjaman PTPTN yang akhirnya telah menjerumuskan rakyat yang masih muda terbeban dengan hutang yang bertimbun. Belum pun mendapat pekerjaan hutang sudah menanti dan surat saman pun mula datang berulang kali.
Kita telah mendengar cemuhan dari pihak UMNO dan pimpinannya terhadap cadangan Pakatan Rakyat ini. Berbagai-bagai macam jawapan dikeluarkan untuk meremehkan niat Pakatan Rakyat itu dengan mengungut rakyat yang negara akan menjadi muflis jika Pakatan melaksanakan niat mereka ini. Pimpinan BN selalu meletakkan kemampuan orang lain sama rendahnya dengan tahap kemampuan pihak lain. Mereka menganggap cita-cita Pakatan Rakyat itu tidak praktikal kerana mereka menyamakan kemampuan orang lain dengan kemampuan yang terbatas di kalangan mereka.
Sebenarnya BN bukan tidak mampu melakukan apa yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat itu, tetapi oleh kerana di dalam BN itu ada elemen rasuah dan ketidak jujuran maka ia tidak mungkin dapat dilaksanakan. Untuk melaksanakan usaha dan niat Pakatan Rakyat itu ia memerlukan usaha gigih tanpa mempunyai unsur rasuah. Jika pemimpin mengamalkan budaya rasuah sesiapa pun yang memimpin itu tidak akan berdaya untuk membuat keputusan yang baik kerana ada kepentingan peribadi.
Di kesebelasan negara Scandinavia dan beberapa negara di Eropah, pelajaran adalah percuma sedangkan negara-negara itu bukannya negara kaya yang dilimpahi dengan penghasilan minyak dan sebagainya. Tetapi oleh kerana kerajaan mereka merupakan kerajaan yang bersih dan tidak berbelanja wang rakyat seperti wang datuk atau nenek mereka, maka dapatlah mereka memberikan pelajaran dan pendidikan percuma sehingga ke peringkat yang tinggi.
Tetapi di Malaysia ini rakyat sebaliknya terpaksa berkorban kerana kerenah dan sikap pembaziran pemimpin serta keluarga mereka menggunakan kesempatan untuk memberikan tumpuan bagi kepentingan kroni dan keluarga mereka. Maka pemimpin-pemimpin tidak akan memberikan tumpuan untuk memberikan hak rakyat itu. Untuk memberikan hak rakyat itu ia memerlukan pimpinan yang serius serta kerajaan yang peka terhadap keperluan rakyat itu dengan pelan pembangunan untuk mereka (rakyat) yang berkesan.
Kita perlu mengenepikan pemimpin-pemimpin yang terlalu joli dengan wang rakyat tanpa rasa bersalah itu dan kebetulannya pemimpin jenis ini semuanya dari UMNO dan MCA. Budaya bersukaria menggunakan kemudahan dan wang rakyat ini sudah di budayakan dan adalah menjadi dosa yang begitu besar jika rakyat membiarkan perkara ini berterusan berlaku. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Najib melukah di tempat yang genting
Aspan Alias, | 05 Feb 2013 |
BN sudah mula membahagi-bahagikan Bantuan Rakyat 1Malaysia. BRIM buat kali kedua dan inilah dia senjata terakhir UMNO serta BN untuk menentukan hidup matinya parti pemerintah selama 56 tahun itu. Bantuan RM500 itu menjadi kebanggaan Najib dan pimpinan BN kononnya begitu prihatin terhadap rakyat yang susah dan tidak berkemampuan. UMNO terutamanya Najib mengesahkan persepsi ramai yang UMNO sentiasa bergantung kepada kesusahan rakyat dengan menitiskan setitik dua air ke tekak mereka yang dahaga. Najib kini sedang melukah di tempat yang genting dan sempit.

Kerajaan adil datangnya daripada pemimpin yang adil
Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad, | 07 Feb 2013 |
Artikel ini merupakan pemenang saguhati pertandingan menulis esei berdasarkan ayat al-Quran Surah an-Nisa ayat 58.
Keadilan merupakan suatu perkara yang amat dititikberatkan oleh agama Islam. Keadilan merupakan tiang utama yang mengukuhkan sesebuah pemerintahan. Keadilan juga merupakan ikatan yang dapat menautkan rukun dan kasih antara pemerintah dan yang diperintah. Keadilan juga menjadi jaminan utama sesebuah negara itu kekal aman, damai dan harmoni di bawah lembayung rahmat Allah SWT.
Terdapat banyak ayat al-Qur’an yang menegaskan tentang konsep keadilan agar manusia dapat merasakan kepentingannya. Allah menggunakan pelbagai istilah untuk mengungkapkan makna keadilan seperti kalimah ‘al-Adl’, ‘al-Qisth’, ‘al-Wajnu’, ‘al-Wasth’ dan ‘al-Mizan’. Hal ini kerana keadilan yang dituntut oleh al-Quran mempunyai konteks yang lebih luas, bukan hanya dalam proses menetapkan hukuman atau menyelesaikan perselisihan sahaja. Bahkan al-Quran menuntut keadilan terhadap diri sendiri, baik dalam penulisan, pertuturan atau amal perbuatan.
Keadilan tidaklah patut ditafsirkan dengan kesamarataan atau kesaksamaan semata-mata. Keadilan juga tidak bermakna semua individu diberikan kebebasan sepenuhnya. Memahami definisi keadilan secara dangkal dan semberono mengakibatkan kita tenggelam di dalam pola pemikiran yang bersandarkan logik akal dan tenggelam dalam kemahuan hawa nafsu semata-mata.
Dalam merungkaikan definisi keadilan, kita perlulah menjadikan wahyu Allah SWT sebagai rujukan utama untuk memandu kita memahami konsepnya yang sebenar. Firman Allah SWT, maksudnya:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (Surah an-Nisa; Ayat 58)
Berdasarkan ayat tersebut, dapatlah kita rumuskan bahawa definisi yang paling tepat untuk merungkaikan maksud ‘Keadilan’ adalah, proses meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya, serta menyerahkan amanah kepada orang yang berhak menerimanya serta menjatuhkan hukuman dengan adil berpandukan syariat.
Melalui definisi ini, kita perlu memahami bahawa konsep keadilan memerintahkan agar amanah diserahkan kepada yang pihak berhak. Keadilan tidaklah bererti semua rakyat jelata mendapat hak yang setara. Ada perkara-perkara yang perlu sentiasa dipertimbangkan dan diperhalusi. Sebagai contoh; Seorang bapa mempunyai dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Satu hari, dia mahu menghadiahkan mereka pakaian. Untuk bersifat saksama, dibelikan kedua-dua mereka baju Melayu dan songkok. Adakah tindakan ini adil? Sudah pastilah tidak. Hal ini kerana si bapa menzalimi hak anak perempuan yang sewajarnya memakai baju kurung sebagai lambang kewanitaannya.
Islam amat menitik beratkan soal memilih pemimpin yang adil. Hal ini kerana soal kepimpinan mempunyai kaitan yang amat besar dengan dosa dan pahala dan akan dipersoalkan oleh Allah SWT terhadap kita pada hari kiamat. Di dalam kitab ‘al-Jami’ Li Ahkam al-Quran', Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa, "Bagi umat Islam, dalam memilih pemimpin mestilah daripada golongan yang adil, ihsan dan mulia. Adapun yang fasiq dan zalim mereka tidak layak menjadi pemimpin".
Di dalam al-Qur’an juga Allah menyuruh kita agar menjauhi pemimpin yang zalim. Sebagaimana dikisahkan tentang Nabi Musa yang lari dari kezaliman Firaun dan pembesarnya:
“Dan datanglah seorang laki-laki dari hujung kota bergegas-gegas seraya berkata: Hai Musa, Sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang memberi nasihat kepadamu. Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut dan waspada, dia berdoa: "Ya Tuhanku, selamatkanlah Aku dari orang-orang yang zalim itu". (Surah al-Qasas: Ayat 20-21)
Umat Islam juga perlu menjaga keimanan mereka dan melindungi diri mereka daripada kesesatan. Allah menukilkan kisah Ashab al-Kahfi yang gigih mempertahankan akidah dan keimanan mereka dengan melarikan diri daripada kezaliman Maharaja Decius:
“Dan oleh sebab kamu telah mengasingkan diri daripada mereka dan daripada sembahan-sembahan yang disembah mereka selain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di dalam gua nescaya Allah, Tuhan kamu melimpah kurniaan rahmat-Nya ke atas kamu dan menyediakan pertolongan terhadap urusan kamu”. (Surah al-Kahfi ; Ayat 16)
Allah SWT juga menegaskan bahawa urusan kepimpinan itu tidak akan diserahkan kepada orang yang zalim sekalipun mereka daripada keturunan yang mulia. Suatu ketika, Nabi Ibrahim berdoa memohon kepada Allah agar urusan kepimpinan diserahkan kepada zuriat baginda:
“Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam bagi umat manusia. Ibrahim berdoa: (Dan saya mohon juga) daripada keturunanku. Allah berfirman: (Permohonanmu diterima tetapi) janji-Ku ini tidak mengenai orang yang zalim.” (Surah al-Baqarah : Ayat 124)
Sejarah Nabi Muhammad SAW yang berhijrah ke Madinah dari Makkah juga mempunyai kaitan yang amat signifikan. Perjalanan baginda sejauh 320 km yang penuh dengan ujian dan cubaan itu merupakan manifestasi kepada kepentingan membentuk sebuah kerajaan yang adil dan saksama yang dikehendaki Allah SWT :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surahal-Baqarah : Ayat 218)
Cuai memilih pemimpin boleh menyebabkan seseorang itu dimurkai Allah SWT, maka urusan memilih pemimpin bukanlah perkara main-main. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati. Tersalah pilih boleh menyebabkan kita terperangkap di dalam kesesatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak pada hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari)
Untuk membuatkan kita tidak memilih pemimpin yang salah, terlebih dahulu kita perlu memahami apakah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang pemimpin yang adil di sisi Islam:
1. Pemimpin yang adil wajib mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah. Dia seharusnya insaf bahawa mereka diciptakan oleh Allah SWT untuk menjadi hamba-Nya serta menggalas amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Prinsip ubudiyyah perlu diterapkan di semua peringkat pemerintahan. Firman Allah SWT:
“Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan semata-mata untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah az-Zariyat : Ayat 56)
Kepimpinan yang adil wajib bersandarkan kepada al-Quran dan as-Sunnah sebagai teras utama pentadbiran dan panduan untuk menggubal undang-undang negara. Dia juga hendaklah tegas dan berpegang teguh kepada prinsip masuliyyah di dalam melaksanakan amanah. Hal ini termasuklah mengambil tindakan sewajarnya dalam hal-hal berkaitan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak yang bersalah, sekalipun melibatkan ahli keluarga, kawan mahupun lawan. Hadis daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri nescaya aku akan memotong tangannya." (Riwayat al-Bukhari)
Seseorang pemimpin itu perlulah menjadikan tuntutan Allah lebih diutamakan daripada tuntutan majoriti rakyat. Sebagai contoh, tuntutan golongan Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) supaya hak mengamalkan gaya hidup songsang diperakui atas dasar hak asasi manusia tidak perlu dilayan . Hal ini kerana jika dituruti, akan mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan, mendatangkan kecelaruan pemikiran dan gangguan psikologi, tersebarnya penyakit berjangkit dan yang paling ditakuti, mendatangkan kemurkaan Allah SWT.
2. Kekuatan fizikal, spiritual dan mental yang kuat juga amat penting. Hal ini kerana kekuatan fizikal dapat memastikan kepimpinannya sentiasa teguh dan tidak diganggu gugat oleh sesiapapun. Kekuatan spiritual juga penting untuk menjadikan pemimpin itu kental menghadapi segala fitnah dan cubaan yang melanda terutamanya dalam era teknologi dan maklumat hari ini.
Rakyat juga perlukan pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi agar rakyat yakin bahawa mereka sentiasa dipandu dengan wawasan, misi dan visi yang jelas. Pemimpin juga perlu pandai menggunakan segala peluang yang ada, bijak berdiplomasi dalam urusan antarabangsa, membuka ruang perdagangan, perusahaan dan pertanian serta mentadbir hasil mahsul negara dengan efisien.
Ciri-ciri ini ada pada Nabi Yusuf AS seperti diceritakan oleh Allah SWT:
“Jadikanlah aku pengurus perbendaharaan hasil negara (Mesir), sesungguhnya aku sedia menjaganya sebaik-baiknya lagi mengetahui cara mentadbirnya. Dan demikianlah caranya Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; dia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat kepada yang Kami kehendaki, dan kami tidak menghilangkan balasan baik bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.” (Surah Yusuf : Ayat 55-56)
3. Seseorang pemimpin itu mestilah menjadikan kemaslahatan ummah sebagai perkara utama yang perlu difikirkan di dalam setiap tindakan yang diambil. Kemaslahatan ummah pula dapat dipelihara dengan menjadikan Maqasid al-Syariah sebagai landasan utama pentadbiran. Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'al-Mustashfa', terdapat lima perkara penting yang perlu dipelihara dalam Maqasid al-Syariah iaitu agama (akidah), nyawa, akal, nasab keturunan dan harta.
Maqasid al-Syariah ini jika dipelihara akan menyebabkan kebajikan disebarkan kepada rakyat dan mengelakkan kesusahan daripada menimpa mereka. Firman Allah SWT, maksudnya:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul daripada golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang mengambil berat atas sebarang kesusahan yang menimpa kamu, yang sangat menginginkan kebaikan bagi kamu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang yang beriman." (Surah at-Taubah : Ayat 128)
4. Perbuatan pilih kasih perlu dijauhi oleh pemimpin yang adil. Para pemerintah dilarang untuk membeza-bezakan rakyatnya berdasarkan pangkat, darjat, keturunan, warna kulit, atau agama, bersesuaian dengan perintah Allah SWT, maksudnya:
“Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.” (Surah al-Ma’idah : Ayat 8)
Dunia hari ini menyaksikan kepincangan ekonomi yang maha dahsyat akibat pendekatan pilih kasih yang diamalkan kerajaan Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat memastikan kepentingan golongan ultra-kaya dipelihara dengan menubuhkan Federal Reserve pada tahun 1913.
Federal Reserve memastikan agar bank gergasi yang mengamalkan riba sentiasa dilindungi dengan menyediakan kecairan aset sekiranya krisis kewangan berlaku. Kuasa yang ada pada Federal Reserve untuk mencetak wang juga menyebabkan golongan ini begitu berkuasa, terutamanya apabila standard ekonomi berasaskan emas dihapuskan oleh Presiden Richard Nixon pada tahun 1971.
Akibatnya, krisis kewangan yang teruk berlaku apabila hanya golongan kaya dibantu dan golongan marhaen dipinggirkan. Inflasi dan deflasi terus menerus menjadi wabak. Abad ke-21 menjadi saksi keruntuhan sistem yang berat sebelah ini. Tahun 2007-2008 menyaksikan Great Recession berlaku di Amerika Syarikat hingga 2 juta orang kehilangan pekerjaan. Krisis itu juga menjadi kesan domino apabila merebak ke Eropah malahan di China juga dilaporkan sebanyak 6.7 juta orang telah kehilangan pekerjaan. Hingga kini, kesannya masih gagal dipulihkan.
5. Segala janji yang diucapkan perlulah ditunaikan. Pemimpin yang mengotakan janji adalah pemimpin yang disenangi dan dipercayai oleh kawan dan lawan. Sifat berdusta menyebabkan masyarakat akan hilang kepercayaan kepadanya. Sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu dia mati. Pada hari dia mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, maka Allah telah mengharamkan syurga untuknya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sikap jujur dan amanah amat penting dalam pentadbiran. Pemimpin yang menipu rakyatnya tidak layak untuk dihormati. Apatah lagi jika pemimpin itu mempergunakan segala kelebihan yang ada padanya untuk kekal berkuasa. Mengawal media massa agar sentiasa memaparkan kebaikannya dan menutup kelemahannya juga adalah satu bentuk penipuan. Hal itu juga boleh dianggap sebagai suatu proses membodohkan rakyat secara terancang.
Kejatuhan rejim yang rakus mengekalkan kuasa haruslah dijadikan iktibar. Nama-nama seperti Raja Louis XVI, Tsar Nikolay Alexandrovich Romanov, Raja Farouk I, Mohammad Reza Shah Pahlavi, Ferdinand Marcos, Jeneral Soeharto, Saddam Hussein, Zine El Abidine Ben Ali, Hosni Mubarak dan ramai lagi adalah contoh bahawa bangkai gajah tidak dapat disembunyikan dengan nyiru dan kemenangan mutlak akan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.
6. Akhlak dan budi pekerti yang baik adalah permata insan. Pemimpin perlu menjadi teladan yang baik dalam semua tindak tanduknya. Seperti yang disebut dalam al-Quran, maksudnya:
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedangkan kamu lupa kan diri kamu sendiri. Padahal kamu semua membaca kitab Allah. Tidakkah kamu berakal?” (Surah al-Baqarah : ayat 44)
Secara logiknya, nasihat seorang pemimpin kepada rakyatnya untuk tidak boros dan berjimat cermat adalah lebih mudah diterima jika pemimpin itu terlebih dahulu mengamalkannya. Slogan “Kepimpinan melalui teladan” ini perlu dijiwai oleh golongan pemerintah, bukan hanya sekadar meniti di tepian bibir. Uswah hasanah ini akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat yang dipimpinnya. Selain daripada itu, tindakannya akan turut membuatkan rakyat kasih kepadanya.
Kesimpulannya, tuntutan membentuk kerajaan yang adil adalah tanggungjawab semua. Kerajaan yang adil akan membuka pintu kepada segala kebaikan dan ketaatan, menegakkan hak dan kebenaran, menghapuskan kebatilan dan kezaliman, memakmurkan semua lapisan masyarakat, menjanjikan sokongan rakyat yang berterusan, menyebabkan pemerintahan Islam dihormati disegenap pelosok alam dan yang paling penting, menyebabkan pemimpin dan yang dipimpin mendapat redha Allah SWT. Oleh sebab itu, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Huzaifah RA :
"Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan menemuiku di haudh.” (Riwayat Imam Ahmad)
Muhammad Fakhrurrazi Bin Ahmad berasal dari Kampung Sungai Petai, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman.

Sumber HD - 7-2-2013
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidakadilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan pembelaan? Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka kepada ampuan sahaja dan tidak boleh ditegur dan dikritik. Mengkritik beliau atau kerajaan yang disokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan ke atas seorang jaga yang telah dibelasah dan dibunuh oleh pasukan polis semasa jaga itu masih digari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang diikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya Mahathirlah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau telah memecahbelahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini. Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini sedang menuju ke arah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan bernegara. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Mahathir sudah tidak mampu berfikir lagi
Aspan Alias, | 10 Feb 2013 |
Dr Mahathir semakin hari semakin tidak berpedoman dengan meminta supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan kepada peguam-peguam seperti Ambiga, Pengerusi Bersih dan yang lain-lain. Ini disebabkan Mahathir tidak selari dengan pemikiran manusia yang bertamadun dan selari dengan kehendak masa dan zaman rakyat dan negara. Mereka dianggap sebagai penentang kerajaan oleh Dr Mahathir. Sikap Dr Mahathir semakin hari semakin mencacau dan tidak lagi menampakkan ciri-ciri seorang yang berkepimpinan untuk sebuah negara demokrasi yang beliau pernah pimpin ini.
Dengan sikap Dr Mahathir ini maka semakin hari semakin jelas membuktikan yang bekas PM ini merupakan orang yang bertanggungjawab menjadikan minda rakyat beku khususnya orang Melayu yang beliau pimpin melalui UMNO selama dua dekad itu. Bagi Mahathir memberikan tekanan untuk meningkatkan ketelusan dan kebersihan di dalam pilihanraya negara. Memberikan pandangan yang berbeza dan mendesak untuk mendapatkan hak rakyat itu adalah salah kepada pemimpin yang sudah lama bersara ini.
Elok kita bertanya kepada Dr Mahathir apa kesalahan yang telah dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir bermain dengan pandangan yang Ambiga layak dilucutkan kerakyatannya kerana meminta diadakan pilihanraya yang bersih. Bukankah kita sedang melihat ketidakadilan pihak berkuasa dalam menghadapi pilihanraya ini?
Bukankah kita melihat dan menonton saluran TV yang hanya di kuasai oleh UMNO dan BN dan tidak memberikan peluang kepada pihak pembangkang untuk pemimpin-pemimpinnya mendapatkan peluang untuk berhubung dengan rakyat? UMNO boleh menggunakan saluran-saluran TV yang ada untuk membidas pihak pembangkang tetapi dalam sebuah demokrasi pembangkang berhak untuk di berikan peluang yang sama untuk menjawab tuduhan dan tohmahan pihak kerajaan melalui saluran-saluran TV itu.
Bukankah Bersih dan Ambiga menuntut keseimbangan peluang untuk kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan liputan masing-masing. Apakah salah bagi sesiapa yang tertekan untuk mendapatkan pembelaan? Kenyataan Mahathir ini memaparkan kepada kita yang Mahathir hanya berani melawan musuh yang diikat dan saya selalu mengatakan bahawa sesungguhnya Mahathir merupakan seorang pengecut dari dulu sehingga sekarang. Mahathir bijak menutup sikap pengecutnya kerana beliau pandai menggunakan orang lain untuk menyokongnya dengan memelihara politik dan kepentingan kroni dan pengampu beliau selama ini.
Mahathir telah membentuk kumpulan kepimpinan di sekeliling beliau yang tugas mereka hanyalah untuk menghiburkan beliau semata-mata. Hanya mereka yang berjiwa kecil dan fakir sahaja yang suka kepada ampuan sahaja dan tidak boleh ditegur dan dikritik. Mengkritik beliau atau kerajaan yang disokong beliau dianggap sebagai pengkhianat dan layak di lucutkan kerakyatan mereka. Bagi Dr Mahathir sesiapa yang membangkang itu adalah pengkhianat negara dan rakyat selayaknya hanya untuk menjadi pengangguk dan pengampu sahaja.
Semasa Dr Mahthir sehingga sekarang ini demokrasi tidak terlaksana dengan adil. Bagi pimpinan UMNO dan BN itu mengadakan pilihanraya itu merupakan satu-satunya ciri demokrasi, tetapi cara pilihanraya itu diadakan sesungguhnya jauh dari demokratik. Pihak pembangkang selama ini diikat dan digari dan UMNO membelasah mereka yang tergari ini. UMNO tidak berani bermain di atas padang yang rata. Bagi UMNO digari dahulu barulah mereka berani berlawan.
Sifat UMNO yang di tonjolkan oleh Mahathir itu telah pun sama-sama kita lihat seperti yang dilakukan ke atas seorang jaga yang telah dibelasah dan dibunuh oleh pasukan polis semasa jaga itu masih digari baru-baru ini. Mayatnya masih tergari semasa sampai di bilik mayat hospital. UMNO begitulah sikapnya. UMNO hanya berani berlawan apabila pembangkang diikat tangan mereka. Hendak berlawan secara demokrasi yang tulin sampai sekarang UMNO belum berjaya membuktikannya kepada rakyat tempatan dan masyarakat antarabangsa.
Sesungguhnya dari segi moralnya Mahathirlah yang sepatutnya dilucutkan kerakyatan beliau kerana kerenah beliau telah memecahbelahkan rakyat berbilang kaum yang dahuluinya hidup dalam situasi muhibbah dan bersatu. Mahathir telah pun mengaku yang beliau terlibat dalam pemberian kerakyatan kepada pendatang Filipina dan ini merupakan satu pengkhianatan terhadap negara dan selayaknya dilucutkan kerakyatan beliau sebaliknya.
Mahathir sudah sebegitu lama menganggap kesabaran rakyat menahan kerenah beliau itu sebagai kelemahan rakyat. Beliau terlalu biasa mengambil kesempatan terhadap rakyat dan sanggup membekukan pemikiran rakyat dan befikir dengan nilai yang terbalik dari nilai manusia yang biasa. Mahathir telah cuba untuk mengalihkan pusingan dunia ini. Mahathir cuba untuk membuatkan matahari terbit dari barat dan terbenam di timur. Mahathir mahu menjadi malam itu siang dan siang itu dijadikan malam.
Mahathir sesungguhnya tidak bersikap seperti seorang negarawan seperti yang dilabelkan oleh penyokong beliau terhadapnya. Negara selalunya tidak merapek dan merapu bila memberikan pandangan terhadap sesuatu isu. Semakin hari semakin jelas siapa Mahathir sebenarnya.
Beliau hanya sebagai seorang yang tidak berpendirian yang selari dengan tamadun dan kehendak negara yang kini sedang menuju ke arah perubahan dan pembaharuan dalam semua bidang kehidupan bernegara. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-2-2013
Bagi penulis politik, Aspan Alias, Najib percaya kepada strategi ‘kau undi aku akan aku berikan kamu ini’.
“Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata ‘lu tolong gua, gua tolong lu’. Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN,” tulisnya.
Tulisan penuh Aspan di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com seperti di bawah.
Beberapa hari yang lepas saya telah menulis tentang sikap Najib dan sikap biasa BN yang mereka hanya menggunakan strategi melukah di tempat yang sempit dan genting. Mereka menggunakan strategi memulas tangan dan memaksa rakyat memilih UMNO dalam setiap pilihanraya. UMNO selama ini tidak mampu untuk kekal jika manusia di negara ini sedang dalam kesenangan.
Hari ini Najib melakukannya sekali lagi di Pulau Pinang. Kalau di Kelantan isu bekalan air bersih menjadi umpan, di Pulau Pinang pula Najib menggunakan isu kesesakan lalu lintas di negeri itu menjadi umpan mereka pula. Ke sana ke sini Najib berjanji bulan dan bintang asalkan sahaja mereka mendapat undi dan terus memerintah secara rasuah dan tidak berintegriti itu. Masakan rakyat Pulau Pinang mahu memberikan sokongan jika mereka tahu UMNO dan BN akan terus melakukan rasuah dalam pentadbirannya tanpa had dan rakyat hanya di berikan sistem LRT.
BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalah gunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya. Najib percaya kepada strategi ‘kau undi aku akan aku berikan kamu ini’. Dulu dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu dia bernah berkata “lu tolong gua, gua tolong lu”. Di sini kita dapat memberikan andaian yang Najib mempunyai kepercayaan yang harta benda serta wang untuk pembangunan itu dipunyai oleh UMNO atau BN.
Kenapa Najib tidak menyedari yang rakyat Pulau Pinang merupakan penyumbang terbesar kepada kantung Persekutuan. Pulau Pinang dan Selangor menyumbang 44 peratus dari perolehan negara dan kebetulannya kedua-dua negeri ini adalah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat.
Sikap tidak malu Najib ini membosankan dan inilah tahap pemikiran seorang pemimpin yang mengaku memimpin negara yang sudah menghampiri tahap negara maju. Di Kelantan rakyatnya telah menandatangani perjanjian dengan Petronas untuk mendapatkan 5 peratus dari hasil minyak dalam perairan Kelantan.
Bayaran itu adalah secara tunai dua kali setahun, itu setiap 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun. Tetapi setakat ini Kelantan masih tidak menerima bayaran royalti minyak itu. Kerana apa tidak ditunaikan? Jawapannya ialah kerana rakyat Kelantan menolak UMNO yang rasuah dan penyalah guna kuasa itu.
Najib dan BN seolah-olah bersifat seorang pencolek. “Kau undi aku, aku kembalikan wang kamu!”. Ini satu tindakan pencolekan yang tidak terkira hinanya apatah lagi ia dilakukan oleh pemimpin yang mengaku diri pemimpin sebuah negara maju. UMNO tidak sedarkan diri siapa mereka itu. Mereka terlupa yang kuasa yang ada kepada mereka itu adalah kuasa pinjaman dan pilihanraya itu hanyalah satu perjalanan untuk memilih siapa yang rakyat yakini.
Maka tidak salah lagi tindakan rakyat hari ini membuat keputusan untuk menolak pimpinan yang berlagak seperti pencolek ini. Sampai bila kita hendak dipaksa membuat itu dan ini oleh kumpulan pencolek yang zalim dan tidak berhati perut itu?
Kita selesaikan masalah ini dalam pilihanraya yang akan datang ini. Selepas pilihanraya nanti saya berharap Pakatan Rakyat tidak akan melakukan apa yang lazim dilakukan oleh BN seperti sekarang ini.
Kita pilih pimpinan dan kerajaan yang lebih ‘magnanimous’ serta mempunyai unsur keadilan di dalamnya. Buat sementara ini rakyat wajar bersabar sementara menunggu hari keramat itu.
Kita iringi doa dengan usaha yang kita lakukan ini untuk mendapatkan pemimpin yang mengambil kesempatan di atas keresahan rakyat. Rakyat Pulau Pinang tidak sebodoh seperti yang dianggapkan oleh Najib dan pimpinan UMNO itu.
Kita tolak pencolek dan pelukah yang selama ini tidak berhenti memulas tangan rakyat pengundi semua.
‘Kau undi aku akan aku berikan kamu ini’
Harakahdaily, | 11 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: BN akan melakukan apa sahaja asalkan dapat terus melakukan rasuah dan menyalahgunakan kuasa melalui kerajaan yang ditadbirnya.

Sumber HD - 11-2-2013
Umno patut bersyukur jika jadi pembangkang
Aspan Alias, | 12 Feb 2013 |
Lawatan Najib ke Pulau Pinang merupakan lawatan yang membazir bagi dirinya dan partinya. Lawatan beliau itu adalah lawatan politik dan kali ini beliau diiringi oleh penyanyi pop terkenal Psy dari negeri Korea dan berbelanja sebanyak RM2 juta untuknya. Saya tidak tahu berapa pula bayaran yang dibayar kepada penyanyi tempatan, Shila Hamzah. Psy menyanyi tidak lebih dari 10 minit itu merupakan orang yang diharapkan oleh Najib untuk meniupkan ‘mood’ bagi mendapatkan sokongan terhadap beliau dan BN dalam pilihanraya nanti. Najib sedang berusaha untuk merampas Pulau Pinang dari DAP dan Pakatan Rakyat.
Najib tidak membawa dirinya sebagai pemimpin utama secara betul dan tidak ada siapa di kalangan kabinetnya mampu membawa diri mereka sebagai pemimpin yang baik lagi. Najib telah dimalukan oleh orang ramai semasa berada di Pulau Pinang di hadapan tujuh ribu orang yang diangkut beramai-ramai itu.
Beliau dimalukan oleh orang ramai dengan jeritan ‘NO!’ apabila beliau bertanya sama ada sudah bersedia untuk BN atau tidak. Laungan ‘NO’dengan spontan dan gemuruh telah ditunjukkan oleh orang ramai di situ. Sebelum itu pertanyaan Najib sama ada mereka bersedia untuk Psy, orang ramai dengan gemuruh menjawab YES apabila Najib bertanya sama ada sudah bersedia untuk Psy atau pun belum.
Keadaan seperti ini sepatutnya memberikan kesedaran kepada semua pemimpin UMNO BN bahawa rakyat sudah tidak mahu lagi memberikan sokongan atau dukungan terhadap BN pimpinan Najib dan barisan kepimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu. Rakyat terpaksa berhimpun dan menyatakan secara berdepan yang mereka tidak mahukan lagi BN untuk memerintah mereka.
Dalam perhimpunan CNY itu sepatutnya memberikan Najib kesedaran yang rakyat tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan hiburan yang mengasyikkan lagi. Rakyat mahukan kerajaan yang serius dan berani berubah. Tetapi rakyat tahu pimpinan hari ini tidak berani berubah sikap dan perangainya kerana berubah bermakna tidak rasuah dan tidak menyalahgunakan kuasa.
Kini elok kita bertanya, mampukah BN meyakinkan rakyat yang mereka tidak akan rasuah lagi? Rakyat sedar yang ketagih rasuah seperti pimpinan UMNO tidak mampu mahu berubah dan tidak akan mampu untuk berubah. Stigma kotor yang melekat kepada batang tubuh pimpinan BN dan UMNO itu tidak dapat di bersihkan lagi. Itu sebab saya katakan yang UMNO perlu mencari orang lain untuk memimpin bagi menukar imejnya yang terlalu busuk dan buruk itu.
Jika keburukan imej yang dihadapi oleh UMNO itu tidak dapat diubah, berikanlah sepuluh kali BRIM, TRIM dan apa-apa RIM yang lain rakyat perlukan perubahan. Kalau UMNO masih menerajui negara, ia bukannya perubahan. UMNO tidak boleh menggantikan Muhyiddin sebagai gantian kepada Najib. Begitu juga Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Afdal. Mereka mereka ini tidak boleh menggantikan Muhyiddin dan begitulah seterusnya.
Menggantikan Najib dengan Muhyiddin tidak akan membawa apa-apa kebaikan malah ia akan meruntuhkan lagi UMNO dan akan mati lebih cepat. Kesemua pemimpin dalam Majlis Tertinggi itu tidak boleh menggantikan Najib. Yang boleh menggantikan Najib hanya lah sesiapa yang berada di luar barisan pimpinan itu untuk membawa imej dan aura yang baru bagi parti itu. Tetapi itu tidak juga berlaku. Maka perubahan parti pemerintah merupakan jalan dan satu-satunya kaedah untuk membetulkan yang salah, menyambung yang putus dan menampal yang koyak hasil perlakuan UMNO dan BN itu.
Tetapi rakyat masih bernasib baik kerana jika UMNO dan BN tidak mampu berubah maka kita ubah, kita boleh tukar BN itu dengan parti-parti yang lain yang telah lama wujud secara halal dalam negara ini. UMNO boleh kembali memerintah mungkin sepuluh tahun lagi apabila mereka memperbaiki imej mereka semasa berada sebagai pembangkang nanti.
Di India parti Kongress telah kembali berkuasa setelah ditumpaskan oleh parti Janata dahulu. Parti Kongress telah mencapai kemerdekaan negara India dan telah ditumpaskan oleh rakyat kerana isu yang sama seperti yang dihadapi oleh UMNO di negara ini. Di Jepun juga parti Liberal Demokrat telah kembali berkuasa setelah berada sebagai parti pembangkang beberapa ketika kerana ditolak oleh rakyat Jepun pada awal tahun 2000 dahulu sedangkan Liberal Demokrat merupakan parti yang telah membawa Jepun menjadi kuasa ekonomi ketiga besarnya dalam dunia ini.
UMNO perlu melalui proses introspeksi kerana parti itu sudah tidak lagi tahu mana yang baik dan mana yang buruk. Yang buruk dianggap baik dan yang baik dianggap buruk. Itulah sebabnya rakyat negara ini wajar melakukan perubahan itu sedaya upaya kerana jika rakyat tidak mampu mengubahnya maka kesalahan itu akan terletak di bahu rakyat sendiri.
Jika UMNO menjadi pembangkang masa itu boleh digunakan untuk melakukan pembaikan kepada kualiti kepimpinan parti itu dan pemimpin-pemimpinnya boleh belajar berfikir kerana pengalaman sebagai pembangkang itu perlu untuk melatih pemimpin-pemimpin parti itu untuk berfikir dengan baik. Apabila UMNO sudah bersedia menjadi parti yang baik, mungkin Hishammuddin tidak akan bercakap seperti orang yang hilang akal lagi.
Mungkin Najib akan lebih matang dan memahami perasaan rakyat dan tidak lagi bercakap memperbodoh-bodohkan rakyat lagi. Mungkin semasa itu Mahathir akan lebih baik dan tidak lagi melakukan hasutan dan memecahbelahkan pimpinan UMNO lagi. Semasa itu nanti mungkin Rais Yatim tidak lagi menunjukkan sikap mengampu dan membodek pucuk pimpinan semasa itu. Satu lagi kemungkinan ialah UMNO akan sedar yang melakukan rasuah itu kerja hina dan boleh menjatuhkan tamadun rakyat.
Dengan meletakkan UMNO sebagai pembangkang maka UMNO akan tahu samada tuduhan Pakatan Rakyat mampu mentadbir negara. UMNO boleh memantau samada pimpinan Pakatan Rakyat melakukan apa yang mereka (UMNO) lakukan semasa memerintah selama 56 tahun itu. UMNO boleh memantau sama ada PAS, DAP dan PKR akan menaikkan harga bekalan alat pertahanan negara berlipat kali ganda atau tidak.
Yang terlebih penting untuk UMNO semasa menjadi pembangkang itu ialah bahawa memberikan pendidikan percuma itu boleh dilakukan. Menghapuskan tol itu juga boleh dilakukan dan tidak akan membankrapkan negara. Pakatan Rakyat juga akan mengajar bagaimana Badan Kehakiman yang bebas itu boleh membina negara dengan baik. UMNO juga boleh melihat sama ada berlaku pembunuhan wanita asing yang melibatkan pimpinan negara semasa itu nanti.
UMNO juga akan belajar dan mengetahui yang rupa-rupanya pemimpin boleh mentadbir negara tanpa rasuah dan belajar yang ketagihan rasuah itu boleh dielakkan jika usaha menolaknya dibuat pada awal pentadbiran kerajaan baru itu.
UMNO juga akan belajar bagaimana untuk menjadikan media massa yang lebih adil dan terbuka itu akan membina minda dan sikap rakyat keseluruhannya.
Pendeknya jika UMNO menjadi pembangkang ia lebih menguntungkan UMNO lagi kerana ia memberikan kesempatan bagi parti itu memperbaiki diri mereka untuk menjadi parti yang bertanggungjawab dan berdisiplin yang tinggi.
Yang terpenting lagi bagi UMNO belajar semasa menjadi pembangkang itu ialah mengakui yang negara ini rakyat yang punya, bukannya Mahathir, Najib atau pun mana-mana pemimpin dari partinya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber HD - 12-2-2013
Mempertahan Umno seperti menzalimi diri sendiri
Harakahdaily, | 13 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Kita lupakan Umno buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk Umno, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Beliau menyatakan demikian ekoran di Hutan Melintang semalam, Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang.
Baginya, Zahid bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan Umno sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.
Berikut ulasan penuh beliau.
Di Hutan Melintang semalam Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO mengingatkan Pakatan Rakyat tidak membuat huru hara jika kalah dalam pilihanraya yang akan datang. Beliau bercakap senada dengan apa yang diperkatakan oleh Najib dan beberapa orang pimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini seolah-olah Pakatan Rakyat akan melakukan keganasan seandainya kalah dalam PRU nanti.
Kata-kata ini seolah-olah hendak mempersediakan pemikiran rakyat yang huru hara akan berlaku jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya kali ini. Tetapi sebaliknya UMNO lah yang mempunyai kecenderungan untuk melakukannya jika kalah dalam pilihanraya nanti. UMNO dan BN sebelum ini tidak pernah merasakan kekalahan dalam mana-mana pilihanraya, maka kekalahan mereka kali ini terpaksa kita berhati-hati menghadapi sentimen buruk yang akan ditunjukkan oleh UMNO itu nanti.
Pakatan Rakyat dan pembangkang telah biasa dengan kekalahan setiap kali pilihanraya dan tidak pernah melakukan huru hara kepada negara. Hanya kali ini pembangkang akan menerima giliran untuk memenangi PRU ini. Sebaliknya dalam rekod sejarah negara huru-hara hanya berlaku jika BN kalah atau hampir kalah seperti yang berlaku pada tahun 1969 dahulu. Kejadian 13 Mei adalah hasil dari keputusan pilihanraya yang mengejutkan Perikatan semasa itu apabila parti-parti dalam Perikatan telah banyak yang kalah.
Semasa Zahid menyeru supaya Pakatan Rakyat tidak melakukan huru hara, di Pekan, kawasan Najib sendiri, seorang mahasiswa Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong UMNO kerana mengedarkan risalah untuk persediaan mahasiswa bertanding di kawasan itu menentang Najib. Oleh itu kita mesti ingat jika BN kalah lah yang memungkinkan huru hara itu akan berlaku kerana yang kalah (BN) akan berada di dalam ketakutan.
Saya membuat komen ini kerana tidak ada sesiapa di pihak pembangkang berniat untuk melakukan keresahan tetapi yang mempunyai kebarangkalian untuk melakukan huru hara itu ialah UMNO dan BN.
UMNO mahukan kesempatan untuk membawa dan memaksa semua pihak bersatu dan UMNO tidak ditinggalkan dalam perbincangan untuk memulakan politik baru dalam negara ini.
UMNO telah menunjukkan bukti berkali-berkali mereka lebih beruntung jika ada kekecohan dalam negara. UMNO selama ini kekal di atas perpecahan rakyat. UMNO sekarang ini tidak seperti UMNO asal dahulu dalam mana parti yang asal itu diasaskan kerana penyatuan umat Melayu sedangkan UMNO baru ini terasas di atas perpecahan parti itu pada tahun 1987 dahulu.
Itu sebabnya saya dan ramai yang lain selalu menasihatkan orang ramai supaya jangan berbuat apa-apa selepas mengundi kerana UMNO hanya menunggu alasan untuk melakukan kerja yang tidak baik bagi membawa negara ke arah pembentukan pentadbiran ala MAGERAN dahulu.
Bagi saya, jika ada kekecohan ia akan datang dari pihak UMNO. UMNO adalah parti yang tidak ‘gentleman’ dan amat takut dengan kehilangan kuasa. Kita mesti ingat dan jangan mudah lupa yang Najib pernah berkata yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa di Putrajaya, itu milik BN.
Dan salah satu peristiwa awalan yang akan berlaku telah pun berlaku apabila Ali Ashraf telah dibelasah oleh penyokong Najib di Pekan semalam.
Apakah itu bukan bayangan apa yang BN akan lakukan jika mereka kalah dalam pilihanraya nanti? Pandai-pandailah berfikir siapa yang akan melakukan jenayah jika kalah dalam pilihanraya ini nanti.
Tetapi kita wajar melaksanakan tugas kita dengan memberikan sokongan kali ini terhadap Pakatan Rakyat, kerana kecelaruan pimpinan BN tidak boleh kita biarkan berlarutan.
Kita lupakan UMNO buat kali ini kerana jika kita masih memberikan sokongan dan undi untuk UMNO, kita sesungguhnya sedang menzalimi serta memusuhi diri kita sendiri.

Sumber HD - 13-2-2013
Di seluruh dunia, perdagangan ubat tiruan semakin menguntungkan. Pengeluar-pengeluar ubatan tiruan mengembangkan operasi mereka dari bentuk pengeluaran kecil-kecilan dalam rumah kedai kepada pengeluaran berskala perindustrian. Ubat-ubatan tiruan berjaya menembusi rangkaian pembekalan farmasi di Asia, membawa kepada peningkatan masalah kemerosotan daya penerimaan penghidap batu kering dan malaria terhadap ubat untuk kedua-dua penyakit berkenaan, kerugian dari segi ekonomi bagi para pesakit dan juga sistem penjagaan kesihatan secara amnya, serta peningkatan kadar kematian kerana pesakit tidak mendapat penawar yang tepat.
Masalah ubat tiruan semakin besar. Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar 10 hingga 30 peratus ubat-ubatan yang terdapat dalam negara-negara membangun adalah tiruan. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula, 50% ubat-ubatan yang dibeli melalui internet (daripada laman-laman web tidak sah yang tidak mendedahkan alamat surat-menyurat mereka) adalah tiruan.
Asia paling terdedah kepada ubat tiruan. Menurut Pharmaceutical Security Institute, Asia memiliki angka jenayah farmaseutikal tertinggi untuk tahun 2011. Masalah utama bagi benua Asia Tenggara ialah meluasnya pengedaran ubat pencegah malaria tiruan, di mana 50% daripada sampel yang diteliti mengandungi kadar ramuan aktif yang tidak tepat.
Malah, Malaysia yang telah mempunyai peraturan dan sistem perundangan yang agak baik tidak terlepas daripada masalah ini apabila sekitar 3–5% daripada ubat-ubatan yang beredar dalam pasaran negara ini adalah tiruan.
Peratusan ubat tiruan yang beredar di negara-negara jirannya yang lebih miskin adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, International Pharmaceutical Manufacturers Group (IPMG) di Indonesia menganggarkan ubat tiruan meliputi 25% daripada ubat-ubatan yang terdapat dalam pasaran farmaseutikal di Indonesia yang nilainya mencecah US$2 bilion. Angka ini menunjukkan adanya krisis besar dalam sistem penjagaan kesihatan di negara itu.
Ubat-ubat generik paling banyak menjadi sasaran peniruan di negara-negara Asia yang miskin: lima daripada ubat yang paling banyak ditiru di Indonesia dan Filipina adalah ubat-ubatan biasa dan murah yang telah luput tempoh hak dagangnya, seperti ubat penahan sakit dan anti-lelah.
Ini menunjukkan bahawa para pengeluar ubat tiruan yang menjadikan negara-negara Asia sebagai sasaran lebih gemar mengeluarkan jenis-jenis ubat yang besar pasarannya, berbanding jenis-jenis ubat yang lebih mahal, iaitu ubat-ubat yang hak dagangnya masih sah (dan biasanya mempunyai pasaran lebih kecil).
Bagaimanapun ada juga pengecualian bagi hal ini, misalnya apabila sebuah kajian yang dibuat pada tahun 2005 di Malaysia menunjukkan bahawa 8.5% ubat mati pucuk di Malaysia adalah tiruan.
Walaupun kadar pengedaran ubat tiruan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara-negara ASEAN yang lain, beberapa pihak menimbulkan kebimbangan tentang mutu dan integriti banyak ubat-ubatan tradisional yang dijual secara meluas dalam negara ini. Pada tahun 2012, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan telah menasihatkan orang ramai agar berhenti membeli produk tradisional Mymen Plus setelah ia didapati mengandungi bahan yang disenaraikan sebagai racun, manakala pada tahun 2005 sebanyak 14% daripada produk Akarbanar yang diuji mengandungi tahap merkuri melebihi had yang dibenarkan.
Jadi, apa yang boleh dibuat untuk mengekang masalah yang sedang merebak ini? Memandangkan perdagangan ubat tiruan berkembang menerusi globalisasi rangkaian pembekalan farmaseutikal, banyak pakar dasar penjagaan kesihatan dan pakar perundangan mendesak agar diwujudkan satu perjanjian baru di peringkat antarabangsa untuk menyelaraskan usaha membasmi ubat-ubatan tiruan.
Menurut kalangan yang menyokong usaha ini, tanpa perjanjian antarabangsa kita tidak dapat menentukan secara sepakat dan jelas ubat mana yang tidak sah. Selain itu, tanpa perjanjian antarabangsa polis tidak akan bekerjasama dengan rakan sejawat mereka di negara lain untuk menjalankan penyiasatan di peringkat antarabangsa, manakala para pendakwaraya pula tidak dapat diwajibkan untuk berkongsi bukti atau memberi respons terhadap tuntutan ekstradisi untuk menghadapkan pihak yang disyaki terlibat ke mahkamah.
Perjanjian antarabangsa dapat membuka jalan penyelesaian terhadap masalah-masalah sedemikian dengan menyediakan bagi negara-negara penandatangan definisi antarabangsa yang dipersetujui untuk pelbagai jenis ubat tiruan; menjelaskan jenayah jenis baru ke atas kesihatan orang awam menurut undang-undang antarabangsa berkaitan pengeluaran dan perdagangan ubat tiruan; dan menyediakan sumber-sumber baru untuk menguatkan keupayaan keperaturan di negara-negara yang memiliki peraturan-peraturan yang longgar.
Perjanjian berkaitan ubat tiruan akan membantu usaha memerangi perdagangan ubat-ubatan tiruan antarabangsa secara perundangan. Bagaimanapun, masa yang panjang diperlukan untuk mengatasi masalah ini kerana ia melibatkan kepentingan pelbagai pihak dalam negara-negara yang sektor perindustriannya sedang berkembang.
Pada masa yang sama, kerajaan di setiap negara dan sektor swasta perlu meneruskan usaha mereka untuk mengatasi masalah ubat tiruan. Kerajaan Malaysia misalnya telah melangkah lebih maju dalam hal ini dengan memperkenalkan skim Meditag, manakala syarikat-syarikat farmaseutikal telah mula meneroka teknologi baru untuk melindungi mereka daripada kegiatan peniruan, misalnya menerusi penggunaan kod bar jenis 3D dan nombor bersiri jenis mass serialization.
Lebih penting, orang awam perlu sentiasa berjaga-jaga dan memastikan ubat-ubatan dibeli hanya daripada pembekal-pembekal yang mempunyai nama baik.
Penulis adalah pengarah eksekutif Emerging Markets Health Network, Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS), Kuala Lumpur.
Masalah ubat tiruan di Asia semakin meningkat
Philip Stevens , | 13 Feb 2013 |
Mungkin banyak pengguna yang tidak terlalu kisah jika mereka terbeli beg tangan atau kasut tiruan. Lain halnya kalau ubat yang mereka beli ternyata adalah ubat tiruan. Kalau bernasib baik, ubat tiruan cuma akan membuatkan orang yang menelannya tidak sembuh; kalau bernasib buruk, ubat tiruan boleh membunuh, terutama jika ia mengandungi bahan beracun seperti arsenik atau bahan anti-sejuk beku.

Secara terus terang Deepak mahukan Najib bersara dan digantikan dengan Muhyiddin Yassin untuk membina imej baru bagi BN sebelum pilihanraya kita tiba. Tetapi oleh kerana Deepak menjadi isu politik sekarang ini maka Deepak seolah-olah menjadi orang penting dalam politik atasan yang melibatkan Najib dan Muhyiddin. Isu Deepak dan Rosmah Mansor serta Najib ini diandaikan dilakukan oleh pihak pembangkang tetapi lama kelamaan ia menunjukkan kecenderungan yang isu ini datang dan diperbesarkan oleh UMNO sendiri dan yang menjadi ‘suspect’ nya ialah Muhyiddin Yassin sendiri.
Deepak mula merasakan jemu dan marah terhadap Najib dan isteri apabila beliau merasakan tertipu dengan segala urusan perniagaan beliau sehinggakan beliau mendapatkan kerugian besar. Isu ini telah diketahui umum dan ruang terlalu sempit untuk dimuatkan dalam posting ini. Orang ramai memahami keadaan yang menimpa Deepak apabila beliau diperguna oleh Najib dan isterinya ke tahap optima untuk menutup kejahatan yang dilakukan oleh Najib dan isteri.
Deepak telah menulis surat terbuka kepada Dr Mahathir yang beliau anggap mempunyai sama keturunan itu kerana saranan Dr Mahathir agar Najib hanya membiarkan dan tidak melayan tuduhan Deepak yang bermacam-macam terhadap Najib. Deepak bertanyakan jika Dr Mahathir berada di dalam situasi beliau apa yang Dr Mahathir akan lakukan dan lain-lain lagi. Deepak merasa tersentuh dengan komen Dr Mahathir itu kerana sememangnya Mahathir merupakan seorang yang terlalu biasa mengambil kesempatan di atas keadaan seperti sekarang ini.
Tidak ada siapa yang menyalahkan Deepak dalam isu ini kerana imej Najib itu sememangnya tidak mengejutkan jika perkara seperti yang dialami oleh Deepak itu dilakukan oleh Najib terhadap sesiapa termasuk Deepak.
Tetapi apa yang tidak betulnya Deepak memberikan ulasan politik dan beliau terjun dalam politik yang beliau tidak memahami latar belakangnya sekarang ini. Bagaimana Deepak boleh memberikan pandangan yang Najib mesti berhenti dan digantikan dengan Muhyiddin? Apakah Deepak sudah terlalu yakin yang Muhyiddin boleh memperbaiki imej parti sedangkan tiada siapa yang ada di dalam barisan majlis tertinggi parti UMNO itu layak untuk mengambil alih kepimpinan Najib.
Bagi pandangan saya dan ramai yang lain jika Muhyiddin menjadi pengganti kepada Najib elok dicadangkan supaya kekalkan Najib sahaja kerana Muhyiddin tidak mampu untuk membawa perbezaan dengan tadbiran dan politik Najib. Jauh sekali jika Najib digantikan dengan tiga orang Naib Presiden parti itu kerana mereka tidak mempunyai sisik untuk menjadi pemimpin utama negara.
Pendeknya Muhyiddin serta kesemua Naib-Naib Presiden UMNO tidak mempunyai kelayakan untuk mengambil alih kepimpinan Najib walau seburuk mana pun tahap kepimpinan Najib. Ini di sebabkan kerana semua mereka yang duduk di dalam Majlis Tertinggi itu merupakan mereka yang datang dari acuan yang sama sahaja. Jika Muhyiddin mengambil alih mungkin yang beruntung hanyalah Dr Mahathir kerana itu kehendak beliau sebenarnya. Mahathir tidak ada perasaan sayang kepada partinya dan apa yang beliau mahu hanyalah keuntungan untuk diri beliau dan kroni beliau semata-mata. Beliau hanya mahu dilihat sebagi orang penting dalam segala-galanya.
Saya bukan mengatakan yang Najib itu layak dan berkepimpinan. Malahan itulah sebabnya rakyat menolak UMNO dan BN sekarang ini. Yang saya katakan ialah tiada siapa yang ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sekarang ini termasuk Najib akan mampu mempertahankan arus perubahan yang sedang berlaku di kalangan rakyat dan Pakatan Rakyat akan menjadi pilihan rakyat dalam pilihanraya ini.
Pandangan ini tentu tidak akan diterima oleh penyokong membuta tuli UMNO atau pun Najib tetapi hakikatnya UMNO akan tumpas dengan kepimpinan yang ada sekarang ini. Blog ini telah berulang kali manyatakan yang rakyat tidak menghormati barisan kepimpinan UMNO itu lagi dan parti itu akan menjadi parti tunggal yang akan memenangi sedikit kerusi dalam BN di Semenanjung ini. Ia akan menjadikan BN itu UMNO, UMNO itu BN. Itu shaja. Parti-parti komponen yang lain boleh di anggap tiada lagi selepas pilihanraya nanti.
Saya memberikan reaksi ini kerana saya hanya mempunyai satu keyakinan. UMNO sudah begitu terlewat untuk memperbaiki diri kerana parti itu dikuasai oleh mereka yang tamak haloba yang sanggup melihat parti itu jatuh bergelimpangan dalam pilihanraya kali ini.
Pihak pembangkang dan penyokong-penyokongnya wajar berterima kasih kepada Dr Mahathir kerana beliau (Mahathir) telah lama melakukan kerja yang akhirnya memusnahkan parti yang ditubuhkan oleh beliau sendiri itu. Sehingga ke saat ini Mahathir masih lagi melakukan kerja yang membinasakan parti itu sehinggakan UMNO sudah tidak dikenali lagi oleh rakyat termasuk ahli-ahlinya sendiri.
Rakyat lebih mengenali Pakatan Rakyat. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Rakyat tidak berselera lagi dengan Umno
Aspan Alias, | 14 Feb 2013 |
Kalau kita menganggap isu Deepak dan Perdana Menteri serta isterinya ini secara ringan, ia merupakan satu isu yang sangat seronok dijadikan kajian semua kerana Deepak sudah jadikan isu ini sebagai satu isu politik besar untuk negara. Deepak bukannya seorang ahli politik tetapi apa yang dilakukan ke atas beliau oleh Rosmah dan suaminya Najib itu secara terus menjadikan Deepak menjadi orang penting dalam politik negara sekarang ini.

Sumber HD - 14-2-2013
Ketidakpuasan hati terhadap UMNO memimpin negara sebenarnya sudah lama dirasakan oleh rakyat khususnya bagi mereka yang boleh berfikir dan menilai sesuatu isu itu dengan baik, telus, ikhlas dan rasional.
Hanya mereka tidak perasan yang ketidakpuasan mereka itu sudah bersemi di dalam diri mereka sebegitu lama.
‘Sub conscience’ mereka yang inginkan perubahan itu sudah berada di dalam diri mereka sebegitu lama.
Hanya setelah mereka nampak ketidaktelusan dan elemen-elemen negatif sudah menjadi sebegitu jelas berlaku maka barulah mereka menzahirkannya melalui parti-parti politik dan NGO-NGO dan berbagai-bagai saluran yang lain. Mereka kini menzahirkan rasa tidak puas hati itu dengan terbuka, lebih-lebih lagi zaman komunikasi yang canggih yang menjadi cara hidup rakyat di zaman kemajuan ini.
Di dalam sesebuah negara demokrasi elemen terpenting yang penyaluran ‘informasi’ yang aktif dan terbuka dan elemen ini sudah menjadi begitu maju sehinggakan kerajaan yang selama ini menekan dan menutup segala ‘avenue’ untuk rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku itu tidak lagi berdaya untuk membendungnya.
Di negara ini, jika penyaluran maklumat itu berlaku dengan baik dua puluh tahun dahulu gerakan perubahan yang sekarang ini sepatutnya berlaku dalam tempoh itu untuk memberikan semangat melakukan gerakan perubahan itu. Semasa itu orang ramai sudah merasakan keadaan ini tetapi tidak terzahir kerana tidak mempunyai saluran maklumat yang bebas, salah satu dari elemen penting di dalam sesebuah demokrasi itu.
Keadaan itu sudah berubah. Apa-apa maklumat pun dari serata pelosok dunia boleh diketahui oleh semua asalkan sahaja seseorang itu tekun dan tidak ketinggalan menerima dan membaca semua maklumat itu setiap waktu. Tidak banyak perkara buruk yang dilakukan oleh sesiapa dan semua pihak itu boleh disorokkan dengan mudah dan tidak juga mudah bagi sesiapa yang melakukan kebaikan itu dapat dilindungi dari pengetahuan umum.
Di negara kita perasaan gusar rakyat sudah begitu lama dirasakan tetapi seperti yang saya katakan tadi ia tidak terzahir dengan jelas dan perasaan itu terpendam di dalam jiwa rakyat sebegitu lama. Apabila timbul sahaja alasan dan sebab yang datang maka dengan sendirinya segala perasaan itu terluah dan selalunya ia akan menjadi isu siasah dan politik yang besar jika perasaan yang terpendam itu adalah perasaan yang terlalu menekan ramai rakyat jelata.
Perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan sudah mula dirasakan semasa kerajaan ini dipimpin oleh Dr Mahathir Mohammad apabila beliau telah mengubah segala-gala nilai pentadbiran dan politik yang menusuk perasaan banyak pihak. Beliau merasakan perkara itu tidak menjadi kudis kepada kerajaan dan parti pimpinannya kerana UMNO tidak pernah berusaha untuk merasakan denyut nadi dan jantung perasaan ramai. UMNO merasakan apa sahaja yang mereka lakukan itu akan di terima oleh rakyat dan tidak akan ada rakyat menentang terhadap perlakuan kerajaan UMNO itu.
Waktu itu rakyat terpaksa melihat dan berdiam diri sahaja dengan tindakan kerajaan yang menswastakan keperluan asas seperti air, elektrik, kemudahan perjalanan dan perkhidmatan kenderaan awam dan berbagai-bagai lagi. Rakyat sudah merasakan keresahan melihat kerajaan memberikan keistimewaan kepada orang-orang dan individu tertentu untuk berniaga secara monopolistik. Sekarang gula diniagakan secara monopoli oleh Syed Mokhtar, misalnya. tepung juga mempunyai kepentingan Syed Mokhtar lagi. Proton dan berbagai-bagai lagi peluang perniagaan secara monopoli itu di perolehi oleh orang kuat pemimpin besar negara.
Air yang merupakan keperluan yang paling asas untuk manusia dipeniagakan oleh nama besar dan kroni kepada parti kerajaan persekutuan dan mendapat gaji melebihi setengah juta ringgit sebulan sedangkan rakyat dibiarkan menjadi mangsa politik oleh pimpinan persekutuan. Tidak cukup ruang untuk menyenaraikan salah laku pimpinan sejak tiga dekad dahulu.
Apabila berlaku pertelingkahan di antara pemimpin dan memecahkan parti dan kesatuan di antara mereka selama ini maka wujud puak-puak yang melakukan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan. Maka keadaan dan perasaan yang ada di ‘sub conscience’ mereka tadi mula terzahir dan terburai. Segala yang tersorok menjadi terbuka dan segala kerja hina yang selama ini terlindung sudah mula terbuka dan menjadi pengetahuan umum. Rakyat mula menilai semua pihak dan kita rakyat sudah pun hampir 'conclusive' persepsi mereka terhadap kewibawaan kerajaan pimpinan parti pemerintah selama ini.
Pendeknya tindakan pihak rakyat melakukan tentangan terhadap kerajaan pimpinan UMNO pada hari ini merupakan manifestasi sebenarnya dari rakyat. Mereka (rakyat) sudah begitu lama berfikir dan terasa diperdaya oleh kerajaan terhadap mereka yang selama ini telah memberikan sokongan begitu kuat terhadap kerajaan ini. Rakyat sudah begitu kecewa, kerana kebaikan dan kelembutan mereka selama ini diambil sebagai kelemahan oleh pihak pemerintah. Kerajaan dan pimpinan terus-terusan melakukan segala kerja hina seperti rasuah yang keterlaluan tanpa had itu dan banyak lagi penindasan yang telah dilakukan secara sistematik itu. Jiwa dan pemikiran rakyat memberontak kerana dikecewakan oleh parti yang di berikan kepercayan secara total selama ini.
Kini keseluruhan rakyat terbabit dengan politik sama ada secara aktif atau pun pasif. Rakyat tidak sabar-sabar menunggu hari membuat pilihan itu. Rata-rata rakyat sama ada yang sudah dewasa atau pun yang muda-muda, tidak sabar menunggu bagi melunaskan tanggungjawab untuk menyertai kegiatan dan tindakan untuk perubahan itu. Satu lagi yang ada di ‘sub conscience’ rakyat ialah tentang cengkaman media perdana yang terlalu berat sebelah yang digunakan oleh parti pemerintah untuk menghina dan menistakan usaha rakyat untuk melakukan perubahan terhadap negara yang mereka sayangi ini.
Di mana-mana pun kita akan ditanya oleh sesiapa sahaja yang kita berjumpa, ‘bila pilihanraya?’
Sememangnya secara psikologinya, jika rakyat biasa menunggu dengan kurang kesabaran untuk mengundi itu, ia akan membawa perubahan yang drastik. Di mana-mana kita mendengar rakyat berkata, “Letih menunggu pilihanraya ini”. Ini sahaja sudah cukup untuk memberikan keputusan awalan pilihanraya itu.
Itulah sebabnya saya selalu berkata keputusan pilihanraya kali ini adalah ‘predictable’. Hanya hendak menunggu kenyataan dan keputusan rasminya sahaja.
Sudah menjadi bisikan biasa kita dengar di mana-mana, “Let’s change! It’s now or never!” kata mereka. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Keinginan untuk berubah sudah lama terpendam di hati rakyat
Aspan Alias, | 15 Feb 2013 |

Sumber HD - 15-2-2013
Demokrasi apakah ini?
Abu Umar, |
Tidak pernah terlintas di fikiranku seorang Perdana Menteri yang dipilih atas landasan demokrasi boleh mengugut dan merasuah rakyatnya di atas pentas kerajaan. Seolah-olah kerajaan ini parti dia yang punya. Seolah-olah kakitangan awam itu semuanya dibayar gaji dan pencennya oleh Barisan Nasional. Seolah-olah dunia ini akan kiamat jika bukan BN yang menang? Demokrasi apakah ini?
Sewaktu belajar di Ireland, aku melihat integriti dan professionalisme yang tinggi. Ireland mempunyai sejarah hitamnya yang tersendiri. Fanatik Kristian Protestan dan Katholik membawa kepada implikasi sosiopolitik yang hakikatnya merumitkan demokrasi. Namun, isu-isu kepartian hanya menonjol sewaktu pilihanraya dan isu-isu yang ditonjolkan melambangkan idea dan gagasan yang diperjuangkan, jauh sekali slogan ataupun janji-janji manis jalanraya ataupun stadium apatah lagi serangan peribadi mahupun ugutan-ugutan yang tidak dapat diterima oleh akal-akal yang memahami hak dan kebebasan individu yang dibela oleh prinsip demokrasi.
Demokrasi menekankan hak dan kebebasan individu untuk memilih. Hari ini, hak dan kebebasan tersebut dikawal sepenuhnya oleh Barisan Nasional. Rakyat diberitahu berulang-ulang kali bahawa mereka sahajalah yang membawa pembangunan, mereka sahajalah yang berjuang demi kemerdekaan, mereka sahajalah yang bertungkus lumus menjana ekonomi negara, mereka sahajalah yang bekerja di agensi kerajaan. Rakyat tidak diberi pilihan yang seluasnya, media arus perdana dilacur habisan sehinggakan timbul satu kefahaman di mana yang baik itu datangnya dari Barisan Nasional dan yang lemah serta pincang itu datangnya dari parti selainnya. Demokrasi apakah ini?
Harus difahami konsep demokrasi yang sebenarnya adalah untuk membentuk sebuah pemerintahan yang membawa keuntungan kepada pemilih iaitu rakyat. Demokrasi tidak memberi sebarang pemberat kepada parti politik sebaliknya penekanan utama adalah rakyat diberi kebebasan maklumat dan hak untuk memilih. Hari ini, kebebasan tersebut dicabul oleh BN dengan sewenangnya. Ahli politik lebih berkuasa daripada pegawai kerajaan walhal seharusnya tugas ahli politk adalah mewakili rakyat dan menggubal dasar dan bukannya mencampuradukkan urusan tadbir negara demi kepentingan mereka ataupun parti.
Oleh itu, bukan tugas ahli politik untuk menentukan di mana jalanraya perlu dibina, kerana kalau lah sememangnya tugas ahli politik, maka BN seharusnya dibuang jauh-jauh dari peta politik Kelantan. bancian penggunaan jalan raya oleh kementerian kerja raya telah berkurun menunjukkan bahawa rakyat Kelantan berhak kepada lebuhraya, namun diketepikan oleh pemimpin BN untuk dijadikan rasuah pilihanraya. Demokrasi apakah ini?
Sistem pendidikan negara adalah mangsa kerakusan BN. Sekolah-sekolah umpama bilik gerakan BN, digunakan sewenangnya untuk terus menguasai fikiran rakyat. Polemik PPSMI yang tidak berkesudahan hanya menunjukkan kelemahan BN untuk merancang agenda pendidikan yang utuh demi rakyat. Sebaliknya BN tidak mahu rakyat yang berilmu, berfikiran terbuka, kritis, analitikal ataupun sekurang-kurangnya faham apa itu demokrasi. BN hanya mahu rakyat yang boleh ditipu oleh pembaca berita Buletin Utama dan boleh diperkuda sebagaimana BN memperkuda warga pendidik untuk hadir ke program-program mereka. Aku cukup sedih dengan warga pendidik yang merupakan kakitangan awam paling ramai di Malaysia tetapi seringkali dipergunakan oleh BN sehinggakan permohonan tukar tempat kerja pun memerlukan sokongan BN. Walhal, BN yang sepatutnya menagih sokongan mereka. Demokrasi apakah ini?
Di universiti, kebebasan ahli akademik dibataskan hanya pada dewan kuliah dan makmal sahaja. Pelantikan professor dikawal sepenunya oleh ahli-ahli politik. Di barat, aku melihat ahli akademik disanjung atas kredibiliti dan integriti mereka, muncul dengan bebasnya di media dengan kemantapan idea dan hujah tanpa mengira pendirian parti yang memerintah . Malangnya, di tanah tumpah darah ini, hanya ahli akademik yang mereka golongkan sebagai "orang kita" sahaja yang ditonjolkan. Natijahnya, lahirlah yang mahasiswa yang kaku, menunggu untuk disuapkan, tiada kreativiti mahupun inisiatif dan mandulnya dunia akademia.
Di Kementerian Kerja Raya pula, mesyuarat mereka umpama mesyuarat parti. Projek hanya dijalankan di kawasan BN dan pencalonan kontraktor perlu mendapat restu wakil rakyat BN. Natijahnya, projek dianugerah kepada konco BN yang tidak pernah membina sebatang jalan ataupun sebuah rumah pun sebelum ini, inikan pula nak bina jambatan atau bangunan sekolah. Tengok sahaja pada projek makmal komputer, berapa peratuskah yang berjaya tetapi berapa keratkah yang dipanggil spr? Tengok sahaja pada Jambatan Sultan Yahya Petra, berapa tahun baru siap? Itupun setelah beberapa kali tukar kontraktor dan berapa juta kos meningkat? Namun, atas sebab PRU semakin dekat, diseparuhsiapkan juga.
Terkini, para pemimpin BN dengan bangganya menjaja pemberian BR1M sebagai usaha BN walhal wang tersebut adalah wang rakyat. Cukup meloyakan apabila tanpa segan silu mereka berdiri di atas pentas-pentas kerajaan, mengakui pemberian tersebut adalah daripada BN sempena pilihanraya. Kewajaran pemberian tersebut tidak dipersoalkan sama sekali. Di Ireland, pemberian sebegini termaktub sebagai hak rakyat dan bukannya pada simpati mana-mana parti. Malah, pemberian tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan mereka membebaskan rakyat daripada kemiskinan. Berbeza dengan BRIM yang bersifat once off, BN sekali lagi menonjolkan kerakusan mereka kepada kuasa seolah mereka tidak akan mati. Mereka hanya mahukan undi, mereka tidak mahukan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Mereka hanya mahu pulang tidur lena memikirkan duit rakyat yang telah ditabur untuk undi yang mereka tidak pernah layak
Tulisan ini mungkin tidak berkesudahan, sebagai penjawat awam aku sudah muflis kosa kata untuk dicoretkan bagi menggambarkan betapa hancur luluhnya hati ini melihat BN yang selama pemerintahannya telah gagal mengurus tadbir negara ini dengan baik. Harus diingat segala pencapaian negara selama ini, di sebalik kelemahan dan ketamakan BN, hanya menunjukkan betapa besarnya potensi yang kita miliki untuk maju. Oleh itu, aku menyeru atas nama demokrasi, buanglah BN daripada kerajaan. Jauh di lubuk hati, penjawat awam terutamanya menyedari hakikat kezaliman BN terhadap rakyat Malaysia. Oleh itu, marilah kita bersama bangkit melawan kejahilan BN terhadap prinsip dan nilai demokrasi. This is it!

Aspan di dalam blognya semalam menyebut terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor kelmarin di mana Timbalan Perdana Menteri itu telah menjanjikan BR1M akan di tambah menjadi RM1,000 selepas ini.
Muhyiddin dilaporkan berkata jika menolak BN dan Umno, itu merupakan penolakan terhadap rezeki.
Ulasan penuh Aspan di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/ seperti di bawah.
Muhyiddin Yassin yang diura-urakan oleh sebahagian pimpinan UMNO untuk mengambil alih kepimpinan dari Najib itu adalah seorang pemimpin yang lebih lagi tidak menggunakan alat untuk berfikir (otak) anugerah Tuhan untuk digunakan dengan sebaik-baiknya. Itulah sebabnya saya tidak berhenti-henti berkata bahawa siapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu adalah mereka yang tidak sempurna akal fikiran politik mereka. Mereka tidak tahu apa yang baik untuk disebut dan yang sepatutnya dihindari untuk terkeluar dari mulut seorang yang bercita-cita tinggi untuk mengambil alih kepimpinan negara kita yang kita sayangi ini.
Saya terpaksa memberikan komen terhadap kata-kata Muhyiddin di Johor semalam di mana beliau telah menjanjikan BRIM akan di tambah menjadi RM1,000 selepas ini. Beliau berkata jika menolak BN dan UMNO itu merupakan penolakan terhadap rezeki. “Kalau hendak rezeki yang seribu itu terpaksa lah kekalkan kepimpinan BN dalam pilihanraya ini” kata beliau lebih kurang kepada orang-orang yang menyambut ketibaan beliau dan disiarkan dalam saluran-saluran TV arus perdana malam tadi. Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu.
Kalau inilah contoh kata-kata seorang yang berselera untuk menjadi PM, beliau akan menjadi seekor tikus membaiki labu. Tiada apa yang beliau boleh perbaiki dalam kerajaan malahan beliau akan menjadikan nilai kepimpinan kerajaan bertambah buruk dan nesta lagi. Ayat yang saya acap kali sebut dalam blog ini ialah sesiapa sahaja dalam kepimpinan tertinggi UMNO itu merupakan jenis yang sama kerana mereka adalah dari acuan yang sama. Acuan ini adalah acuan yang di bentuk oleh Dr Mahathir sebaik sahaja beliau mengambil alih kerajaan pada 1981 dahulu.
Muhyiddin dalam keadaan tertekan beliau telah berkempen dengan terang dan jelas serta disiarkan dalam media perdana yang beliau melakukan pujukan secara rasuah dan ini merupakan satu tindakan yang amat buruk dilakukan oleh seorang pemimpin kerajaan yang semakin hari semakin lemah itu. Apa eloknya menggantikan Najib dengan Muhyiddin ini? Jika Najib berkata kepada orang Cina dan rakyat “Lu tolong gua. Gua tolong lu”, Muhyiddin pula ‘kalau hendak BRIM lebih besar undilah BN dan kekalkan kuasa BN’.
Inikah jenis kepimpinan yang kita hendak letakkan harapan untuk menjamin masa depan anak-anak dan generasi kita yang akan datang? Pernahkah kita mendengar kerajaan dan parti-parti di negara-negara maju menjanjikan wang tunai kepada rakyat mereka jika mereka dipilih untuk memerintah negara? Bagaimana kah caranya negara kita hendak menjadi negara maju jika mentaliti pimpinan yang memerintah tidak lebih dari mentaliti pemimpin zaman kuno atau zaman batu dahulu.
Apa yang menyebabkan mereka sanggup melutut begitu rendah semata-mata untuk mendapatkan serta menguasai kerajaan yang mereka telah lama menguasainya. Inikah dia hasil dari didikan parti yang telah lama memerintah. Tidakkah mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan orang lain atau dari kesalahan diri sendiri yang begitu banyak mereka lakukan itu? Baik Najib mahu pun Muhyiddin, mereka adalah dari kumpulan dan bermentaliti yang sama, iaitu membeli perasaan dan undi rakyat dengan menggunakan wang rakyat itu sendiri?
Kita merasakan amat mual dan menjelekkan mendengar kata-kata Muhyiddin yang mengatakan mengundi pembangkang itu adalah mengundi untuk menolak rezeki kerana hanya BN boleh memberikan BRIM kepada rakyat. Dalam pada mereka ini berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat mereka memalui proses berkempen itu dengan menghina orang ramai seolah-olah hanya BN yang boleh memberikan rezeki sedangkan kita tahu rezeki itu datangnya dari mana.
Itulah sebabnya janji-janji Pakatan Rakyat itu lebih menepati kehendak ramai kerana dengan hanya menghapuskan tol dan penghapusan PTPTN itu sahaja sudah jauh melebihi keuntungan dari menerima BRIM seribu dua itu. Dengan hanya mendapatkan BRIM rakyat masih terpaksa membayar kos pendidikan anak-anak serta perjalanan orang ramai yang semakin hari semakin tinggi itu.
Dengan penghapusan bayaran tol dan PTPTN ini sahaja sudah menguntungkan rakyat puluhan ribu ringgit jumlahnya setahun. Lebih penting lagi rakyat tidak akan mendengar ungkitan-ungkitan seperti yang dilakukan oleh Najib setiap malam melalui TV semasa melawat seluruh negara sekarang ini. Beri rakyat sejemput tetapi diungkit setiap malam dalam ucapan-ucapan mereka setiap hari. Wang yang diberikan itu seolah-olah wang Barisan Nasional, tetapi mereka terlupa wang itu adalah wang rakyat sendiri yang tidak putus-putus membayar cukai kepada kantung negara setiap tahun itu.
Sesungguhnya negara mesti bermula dengan politik dan negara yang baru. Rakyat sudah tidak berdaya menahan cemuhan dan penghinaan dari pimpinan setiap hari. Marilah kita berusaha mencari jalan kearah pembaharuan ini. Kata Muhyiddin itu jelas membuktikan yang pemimpin UMNO mahu membuktikan bangsanya boleh dijual beli dengan wang ringgit mereka sendiri yang sejemput.
Kepada kedua-dua pimpinan UMNO ini orang Melayu rendah darjatnya.....beli undi mereka dengan empat lima ratus ringgit sahaja sudah cukup untuk memenangi pilihanraya.Pemimpin-pemimpin ini sudah hilang hidayah dan tidak pun merasakan yang orang Melayu sudah tidak mahu lagi dipujuk dengan wang ringgit.
Mereka mahukan sebuah kerajaan yang bermoral dan berdisiplin dan faham tentang tanggungjawab terhadap negara dan rakyat.
Kita mulakan pencarian ini dengan menolak BN dalam pilihanraya kali ini. Insyaallah secara beransur-ansur kita akan dapat memperbaiki mentaliti kerajaan dan rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Masanya pun sudah hampir tiba. Lakukanlah pembaharuan itu tanpa was-was. Selari dengan usaha-usaha kita itu, kita berdoa dengan intensif agar kita berada di dalam sepenuh keredhoan Allah SWT.
It’s now or never.
Rezeki: Terkejut dengar ucapan Muhyiddin
Harakahdaily, | 16 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: “Mendengar kata-kata ini membuatkan saya hampir terjatuh dari kerusi kerana terkejut dengan taraf pemikiran seorang yang bergelar Timbalan Perdana Menteri itu,” tulis Aspan Alias.

Sumber HD - 16-2-2013
Terjumpa Najib peniaga petai
Aspan Alias, | 16 Feb 2013 |
Najib dan pimpinan UMNO menyelenggarakan kempen pilihanraya seperti orang menjual petai dan jering yang saya pernah kenali.
Kebetulan namanya ialah Najib dan beliau menjual petai itu di salah sebuah tempat pasar sehari di Selangor. Najib penjual petai ini akan menunggu petai yang dipesannya dari Orang Asli di sekitar tempat perniagaan pasar sehari itu.
Saya pernah duduk dengan si Najib penjual petai ini di sebuah warung di tempat beliau berniaga itu dan saya bertanya kepadanya apa yang dia sedang tunggu di warung itu.
Dia berkata dia menunggu petai yang dia pesan dari salah seorang Asli yang akan menghantar petai itu kepadanya setiap hari pasar sehari itu beroperasi. Saya berseloroh dengannya sambil bertanya siapa yang memberi nama ‘Najib’ itu.
Dia menjawab sambil tersenyum, “kebetulan bang, nama ayah saya pun Razak, dan dialah yang memberi nama ini kepada saya. Saya sebenarnya berasal dari Tanjung Malim tetapi pindah ke sini mengikut arwah bapa saya yang bertugas sebagai anggota Polis di sini”. Saya menjawab sambil berseloroh, “bagus nama tu, itu nama Perdana Menteri tu!” Dia lantas menjawab, “tak sama bang, saya beli petai untuk dijual, Najib yang satu lagi tu membeli undi dari orang dengan harga RM500 sekali beli untuk dijual juga”.
Dalam hati saya ternyata Najib pembeli dan penjual petai dan jering ini seorang yang agak ‘witty’ juga. Saya tidak menjangka seorang pembeli dan penjual petai ini prihatin dengan apa yang berlaku di sekelilingnya.
Najib penjual petai ini ramah orangnya seperti Najib PM juga. Najib penjual petai ini bercerita yang beliau telah membayar Orang Asli itu dengan bayaran pendahuluan yang banyak. Jadi Orang Asli itu akan menghantar sahaja petai itu setiap hari pasar sehari ini beroperasi. Kadang kala dia menghantar selama dua bulan petai tanpa dibayar kerana saya telah membayar pendahuluan dengan penuh dahulu. Dengan cara itu dia dapat petai dengan murah, iaitu lebih kurang RM0.20 sahaja sepapan kalau dikira secara pukul rata.
Saya pun menjawab, “pandai kau ni Najib, terhutang Orang Asli itu kerana pembayaran secara advance itu”.
Dia pun manjawab, “Nak hidup bang, kena pandai-pandai sikit. Najib ini pun pandai juga bang!” katanya.
“Duit BRIM nanti kau nak buat apa dengannya?” tanya saya. Dia jawab, “Saya nak bayar saman trafik bang dengan duit BRIM tu. “Saya disaman kerana membawa petai berlebihan di jalan raya bang. Ada dua saman.
Duit BRIM tu balik balik ke kerajaan bang!” katanya pantas.
Itu sahajalah cerita pendek yang benar-benar saya alami dua minggu lepas. Rupa-rupanya orang bernama Najib ini pandai orangnya....pandai menekan orang susah. Bezanya Najib penjual petai ini menekan Orang Asli sahaja, Najib yang PM itu menekan orang ramai yang miskin termasuk Orang Asli serta Najib pembeli dan penjual petai itu sekali. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sesiapa pun yang mempunyai pemikiran yang sedikit waras akan faham yang penahanan beliau itu merupakan tindakan politik sempit dan sedikit sebanyak menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa yang negara kita tidak mengambil kisah tentang kewibawaan hubungan antarabangsanya. Kenyataan Hishammuddin Hussein semalam membayangkan yang beliau mempunyai ‘diplomatic language’ yang begitu rendah dan memalukan.
Senator ini telah menjadi mangsa politik negara kerana bercakap benar tentang keadaan demokrasi negara kita. Kesalahan Senator ini sebenarnya sangat besar. Kesalahannya ialah kerana bercakap benar dan tidak mahu berbohong. Mungkin sebelum ini Senator ini belum memahami undang-undang negara ini. Beliau tidak memahami yang di negara ini bercakap benar itu adalah dicegah (forbidden).
Berjuang untuk menghapuskan rasuah itu salah. Sesiapa yang memperjuangkan untuk diadakan pilihanraya bebas itu lebih salah sehingga ada seorang bekas Perdana Menteri menyarankan supaya dipinda perlembagaan supaya membolehkan Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga dilucutkan kerakyatannya. Senator ini mungkin menganggap demokrasi itu semuanya sama seperti yang wujud di semua negara maju yang lain di dunia ini.
Beliau tidak tahu yang Malaysia mempunyai demokrasi acuannya tersendiri. Sepatutnya Senator ini belajar tentang latar belakang demokrasi di negara ini sebelum berbuat apa-apa dalam negara ini.
Apa yang kerajaan Malaysia marahkan Xenophon itu mudah sahaja. Sebabnya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana komen beliau tentang cara Bersih dikendalikan oleh pihak berkuasa Polis Malaysia pada 28hb April tahun lepas. Xenophon berada di sini semasa itu untuk melihat sendiri bagaimana ‘rally Bersih’ itu berjalan.
Xenophon sepatutnya jangan bercakap benar yang pihak Polislah yang memulakan keganasan itu yang dimulakan dengan beberapa orang anggota Polis yang menyamar dan menjadi sebagai agen ‘provocateur’ bagi mencetuskan pertempuran di antara Polis dengan peserta rally itu..Di sini bukan tempatnya untuk memberikan pandangan yang adil. Di sini ialah tempat di mana hanya pihak kerajaan sahaja yang benar.
Kenyataan Xenophon yang memberikan kenyataan yang lebih dari dua ratus ribu peserta adalah salah.
Xenophon sepatutnya memberikan angka yang sama seperti yang diberikan oleh Rais Yatim, iaitu 22,700 orang sahaja. Senator itu mesti juga memahami yang berjalan beramai-ramai ke tempat rally itu dianggap sebagai demonstrasi jalanan di sini. Kerajaan pimpinan UMNO mahukan semua peserta rally itu terbang dan terus sahaja mendarat di tempat rally itu diadakan.
Sesiapa bercakap yang tidak disukai oleh pimpinan UMNO itu dianggap sebagai musuh negara. Jika kita tutup tindakan rasuah yang dilakukan oleh pimpinan UMNO barulah boleh datang ke sini. Sesiapa juga yang membawa berita yang anak seorang Perdana Menteri suatu ketika dahulu telah mengambil wang rakyat hampir RM2 billion itu amat salah kerana anak dan keluarga pimpinan BN diberikan keistimewaan menggunakan wang rakyat untuk menyelesaikan masalah perniagaan mereka.
Menjaga maruah dan integriti bukan perkara penting bagi pimpinan kita. Yang penting ialah kuasa dan kali ini kuasa itu mahu dikekalkan untuk menutup dan menjauhi segala kesalahan mereka diketahui oleh rakyat negara ini dan masyarakat antarabangsa.
Xenophon telah melanggar semuanya ini, maka terpaksalah beliau kembali ke negara beliau serta merta. Kalau setakat hendak sampai ke LCCT itu bolehlah. Xenophon jangan sekali-kali datang ke sini lagi kerana jika beliau berada di sini beliau akan menjadikan negara kita ini tidak selamat lagi. Bercakap sahaja perkara yang tidak disukai oleh pihak parti pemerintah, maka orang itu akan dikurung dan dijadikan ‘banduan’ sementara.
Xenophon mesti memahami kenyataan yang rakyat Malaysia tidak akan bercakap tentang segala ketidakadilan tidak lama lagi, kerana mereka akan bertindak dan berusaha untuk menolak pimpinan dan parti yang sedang berkuasa ini dalam pilihanraya yang akan datang. Sesungguhnya kerajaan kita bukannya mengurung Xenophon atau sesiapa. Sebenarnya mereka sedang mengurung diri mereka sendiri untuk mengelak diri mereka dikenali sebagai pemimpin otokratik yang berselindung di sebalik demokrasi acuan kita sendiri itu.
Setelah parti yang berkuasa sekarang sudah tidak diberi mandat lagi Xenophon bolehlah datang kembali ke sini. Semasa itu nanti barulah beliau boleh bercakap apa yang benar tanpa was-was. Bukannya lama untuk menunggu perubahan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Xenophon tidak tahu di sini demokrasi acuan sendiri
Aspan Alias, | 17 Feb 2013 |
Seorang Senator bebas Australia Xenophon yang mendarat di Kuala Lumpur pada jam 6.40 pagi semalam ditahan oleh pihak Immigresen negara dan dihantar pulang ke Australia setelah ditahan selama 14 jam di lapangan terbang LCCT. Kerajaan BN telah menyenarai hitamkan nama beliau dan negara menganggap beliau sebagai musuh negara Malaysia yang 'demokratik' ini.

Sumber HD - 17-2-2013
Dr Mahathir seperti biasa menggunakan isu membalas budi untuk mendapatkan sokongan peneroka bagi UMNO yang kian hari kian menipis sokongan dari rakyat termasuk orang Melayu sendiri. Kalau selama ini peneroka Felda menjadi kubu untuk UMNO tetapi kali ini arus perubahan yang sedang berlaku di negara sekarang sudah menular ke dalam penempatan peneroka di rancangan Felda.
Isu menggigit jari pihak yang memberi makan itu tidak timbul dalam politik kerana peneroka juga merasakan tanggungjawab mereka terhadap negara yang mereka cintai itu. Mereka sudah tidak mahu terikut-ikut dengan nasihat lapuk dari pimpinan UMNO dan BN sekarang kerana peneroka juga bertanggungjawab terhadap keselamatan masa depan anak-anak dan generasi mereka.
Nasihat Dr Mahathir itu satu nasihat yang terbalik arahnya. Sepatutnya nasihat itu datangnya dari peneroka kepada pimpinan UMNO yang telah menggunakan kebaikan hati peneroka selama ini sebagai satu kelemahan yang boleh diambil kesempatan dan dijadikan sebagai dahan-dahan bengkok untuk kera-kera liar meniti.
Peneroka juga mempunyai hati dan budi yang tinggi dan kerana hati budi yang tinggi terhadap negara itulah mereka sudah ramai keluar bertindak untuk menolak satu kerajaan yang tidak boleh menjamin masa depan rakyat dan generasi mereka. Peneroka terutamanya bagi generasi kedua sekarang ini mengambil tanggungjawab untuk bersama membanteras kelakuan pimpinan yang rasuah dan menggunakan kesempatan keatas rakyat termasuk peneroka yang baik hati selama ini.
Negara yang memberikan mereka tanah dan ladang dan mereka telah bersetuju untuk membayar segala apa yang mereka telah dapati. Mereka tahu dan memahami yang kerajaan telah mengambil segala kesempatan ke atas mereka untuk keuntungan golongan kapitalis besar yang menjadi kroni kepada kerajaan dan parti yang memerintah. Letih rasanya untuk mengulangi apa yang UMNO telah lakukan terhadap mereka.
Hanya peneroka tahu dan faham yang mereka mula bertindak untuk melakukan perubahan itu di atas sebab-sebab dan alasan yang kukuh. Lagipun sememangnya tanggungjawab mereka untuk bersama rakyat yang lain untuk menukar kerajaan yang sedang ketagih rasuah dan gila kuasa sekarang dengan kerajaan yang baru yang lebih meyakinkan.
Masakan kerana budi kerajaan itu perlu dibalas dengan sokongan berterusan walaupun kerajaan itu telah melakukan segala gejala yang buruk terhadap negara sekarang ini. Memberikan sokongan terhadap mereka yang telah menyeleweng itu adalah satu fardu kifayah dan ia wajib dilakukan dalam pilihanraya ini. Kita ada kata-kata dan perbidalan bagi menguatkan alasan untuk menukar kerajaan hari ini, iaitu ‘raja yang adil raja disembah, raja yang zalim raja disanggah’.
Apa yang benar-benar merosakkan negara serta siasahnya ialah kerana sikap kita menggunakan nilai berterima kasih itu tanpa berlandaskan kepada moral yang betul. Apa yang sedang dan telah pun ditanam oleh pihak kerajaan ialah untuk mereka terus menerima terima kasih kepada mereka walaupun mereka sudah hilang kelayakkan moralnya untuk mentadbir negara kerana perlakuan buruk yang terbentuk oleh kerana kuasa yang mereka (UMNO) tidak rela melepaskannya.
Bagi Dr Mahathir isu ini sememangnya isu yang paling mudah bagi beliau dan beliau tidak mempunyai alasan lain untuk memberikan sebab kenapa mereka mesti terus berkuasa. Nilai membalas budi ini pun tidak ada dalam diri Dr Mahathir itu sendiri. Mahathir telah menggigit tangan Hussein Onn dengan secara halus kerana mahukan jawatan yang dipegang oleh orang yang melantik beliau itu sendiri.
Mahathir telah meninggalkan UMNO ciptaan beliau semasa menghadapi pilihanraya yang lalu. Yang terlebih besarnya Mahathir telah menggigit parti UMNO yang telah menaikkan beliau dengan mengharamkan parti itu pada tahun 1988 dahulu. Mahathir telah membuang secara sistematik semua rakan-rakan seperjuangannya dalam kerakusan kuasa yang beliau telah nikmati dengan sokongan rakan-rakan beliau sendiri.
Orang yang baru dua puluh tahun menyertai UMNO ini tidak akan memahami siapa Dr Mahathir ini sebenarnya. Tetapi kenaifan mereka tidak boleh menghalang sesiapa yang telah melalui sejarah dari awal politik negara kita. Mahathir bukannya menjadi Perdana Menteri kerana kekuatan beliau, tetapi kerana pengorbanan rakan-rakan seperjuangan beliau yang akhirnya beliau ketepikan secara sistematik itu.
Bagaimana Dr Mahathir hendak menyorokkan sifat menggigit tangan yang memberikan beliau makan kepada mereka yang sudah lama terlibat dengan politik negara kita ini? Dr Mahathir boleh temberang sekehendak hati beliau tetapi kepada yang mampu untuk mentelaah kejadian-kejadian yang berlaku di dalam UMNO itu sendiri tidak akan dapat lari dari mengakui yang hampir kesemua gejala buruk yang terbentuk di dalam UMNO itu adalah hasil tangan Mahathir sendiri.
Sekarang orang yang telah menggigit tangan dan jari semua orang yang memberikan beliau segala-galanya ini menasihatkan orang lain supaya jangan menggigit tangan yang memberi itu. Entah apa sebabnya Mahathir sedang begitu kelam kabut dengan pertukaran pemikiran rakyat kali ini hanya beliau sahaja yang tahu.
Tetapi hukum akal mengatakan Mahathir merupakan orang yang terlalu takut kepada perbuatan dan kesalahan yang telah beliau lakukan sendiri. Beliau takut kepada demokrasi dan beliau tidak mahu menerima ‘consequence’ kepada demokrasi itu.
Itulah sebabnya demokrasi itu bukan semata-mata untuk memenangi pilihanraya tetapi demokrasi itu wajar selari dengan moral demokrasi itu sendiri. Dr Mahathir tidak mampu untuk melaksanakan demokrasi selari dengan moralnya sekali.
Kepada penoroka Felda, tuan-tuan semua berhak memantau kelakuan dan sikap pimpinan yang ada sekarang. Apa yang saudara lakukan dalam pilihanraya nanti mestilah berdasarkan kepada moral kepimpinan yang ada pada hari ini dan tidak semata-mata mengenang jasa pihak yang telah menjadikan negara kita ini tidak mempunyai siasah dan politik yang bermoral.
Kalau hendak mengenang jasa itu kenanglah jasa negara, bukannya kepada parti yang sedang dalam ketagihan dan kerakusan kuasa itu. Tidak wajar kita mempercayai laungan UMNO yang orang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO hilang kuasa.
Malahan jika orang dan pemimpin UMNO yang ada pada hari ini terus mendapat mandat, Melayu akan hilang dunianya dan segala-gala yang ada pada mereka sekarang ini. Peneroka mesti ingat UMNO telah diberi isyarat sejak dua puluh tahun lebih dahulu untuk memperbetulkan keadaan tetapi mereka tidak melakukan apa yang wajar.
Sekarang ini UMNO melutut pula untuk terus mendapatkan sokongan ramai. Janji-janji mereka untuk memperbetulkan keadaan ini telah kita dengar setiap kali pilihanraya mendatang, tetapi kita lihat sendiri tiada apa yang dilakukannya untuk memperbaiki imej dan moral mereka walaupun masa yang banyak telah diberikan kepada mereka untuk berubah.
UMNO sudah hilang segala-galanya. Jika benar UMNO itu parti yang bertanggungjawab selama ini masakan negara kita berada dalam situasi yang kita alami sekarang ini. Ingat, UMNO tidak akan berubah. Jika ada pun perubahan ia adalah perubahan yang seperti kata perbilangan Inggeris, perubahan ‘from bad to worst’.
Kita kena berubah. ‘It’s now or never!’. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Siapa gigit tangan yang memberi, Mahathir atau...
Aspan Alias, | 19 Feb 2013 |
Kali ini peneroka Felda pula yang menjadi sasaran kempen Dr Mahathir dalam siri lawatan beliau berkempen pilihanraya yang akan datang ini.
Peneroka Felda merupakan satu golongan besar yang mampu melakukan perubahan kepada struktur politik negara kerana kumpulan ini merupakan kumpulan yang besar dan berkelompok dan menjadi rebutan kepada semua pihak yang bersaing dalam setiap kali pilihanraya.

Sumber HD - 19-2-2013
Toleh semula di sebalik 13 Mei 1969
Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar, | 21 Feb 2013 |
Pada pilihan raya 1969, Tun Dr Mahathir tewas kepada calon PAS dan seterusnya dipecat daripada parti Umno oleh Perdana Menteri ketika itu YM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selepas surat tulisannya kepada Tunku menimbulkan kemarahan Tunku. Demikian menurut Tunku, di dalam satu temu ramah sekitar awal tahun 1990, yang salinannya dihantar kepada pemimpin Umno seluruh Malaysia.
Dr Mahathir dilaporkan akan ditahan di bawah ISA ketika beliau berlepas dari stesen keretapi Kuala Lumpur menuju Seremban dan ramai anggota polis sedang menunggu untuk menahan Dr Mahathir.
Namun, ditakdirkan sahabat baik Dr Mahathir dari Istana Negeri Sembilan iaitu Tunku Abdullah menyelamatkan Dr Mahathir dengan menurunkan beliau di hutan Nilai seterusnya menyembunyikan Dr Mahathir di Istana Melewar. Tunku yang dimaklumkan polis tentang isu ini telah membuat keputusan untuk tidak mengizinkan polis ke istana. Hal ini kerana, Tunku tidak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Istana.
Allahyarham Tun Razak Hussein akhirnya membawa Dr Mahathir kembali ke dalam Umno dan beliau menjawat pelbagai jawatan kabinet sehinggalah beliau menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, sekalipun beberapa hari sebelum perlantikannya, seorang setiausaha akhbarnya ditahan ISA atas tuduhan terlibat dengan gerakan komunis. Kemudiannya penahanan setiausaha akhbar itu disifatkan sebagai agenda Allahyarham Ghazali Shafie cuba menyekat perlantikan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Dalam Pilihan Raya 1969 juga menyaksikan kaum Cina mula mendapat lebih kerusi yang seterusnya mencetuskan rasa tidak senang hati segolongan penyokong Umno yang dilaporkan menyebelahi Tun Abdul Razak Hussein. Mereka menggesa beliau supaya menggantikan Tunku secepat mungkin sebagai PM. Walau bagaimanapun, Tun Razak tidak rasa perlu untuk tergesa-gesa menjadi Perdana Menteri sekalipun didesak oleh para penyokongnya.
Sebab utama kenapa Tunku ditentang ialah kerana Tunku dilihat lebih menyebelahi kaum Cina, ini tidak menghairankan kerana Tunku dibesarkan dan juga bekerja dalam kerajaan yang persekitaran yang di kelilingi oleh kaum Cina. Malah Tunku juga berjaya mengadakan Rundingan Baling dengan Chin Peng pada tahun 1955 secara aman dan selamat yang mungkin ketika itu dilihat secara berhati hati dan was was oleh segolongan penyokong Umno.
Dokumen serta saksi saksi lisan mengesahkan kampung halaman Chin Peng di Sitiawan Perak namun dinafikan Mahkamah negara kita dengan alasan yang amat lemah iaitu ketiadaan surat beranak. Persoalannya berapa ramaikah rakyat tanah melayu ketika itu mempunyai surat beranak selepas melaporkan kelahiran di rumah pasung (balai polis) berdekatan.
Jika dikaji secara terbuka, Chin Peng menentang penjajah British manakala Umno yang tunduk pada British atas alasan tidak perlu pertumpahan darah. Lantas membiarkan saja British mengaut keuntungan besar daripada hasil bijih timah, getah dan lain-lain. Wang hasil bijih timah dan getah yang begitu substantial jumlahnya disimpan oleh Kerajaan British Tanah Melayu di bank bank di Singapura dan kemudiannya dilaporkan diberikan sebagai pinjaman pada Amerika dengan dikenakan faedah untuk membiayai peperangan di mana-mana Amerika mengambil bahagian.
Tunku Abdul Rahman pernah diserang hendap di stesen kereta api Tanjung Malim. Komunis menyangka kerata api ini dinaiki Persuruh Jaya Tinggi British, Sir Henry Gurney. Komunis memohon maaf pada YM Tunku serta merta setelah mendapati tiada Persuruhjaya British, cuma YM Tunku dan rombongannya.
Henry Gurney kemudiannya dibunuh oleh komunis di Bukit Fraser. Beliau adalah orang yang bertanggungjawap membantu Israel apabila Israel mula merampas tanah rakyat Palestin serta membunuh rakyat Palestin. Henry Gurney diberi tugas menasihati Israel tentang isu-isu keselamatan semasa menceroboh Palestin atas arahan majikannya kerajaan British yang berpusat di London. Namun asasnya, komunis cuma membunuh Sir Henry Gurney sahaja dan membiarkan pemandu serta isteri Henry Gurney terus hidup.

Pembunuhan Henry Gurney dilakukan komunis atas alasan risalah yang mahukan Chin Peng hidup atau mati dengan ganjaran 250 ribu Pound Sterling yang bersamaan RM1 juta. Ketika itu jumlah RM1 juta amat benilai sekali kerana sebungkus nasi lemak boleh dibeli dengan wang 1 sen (RM0.01).
Dengan sedikit penerangan di atas, maka nampak jelaslah sedikit hubungan baik Tunku dengan kaum Cina yang sentiasa berterusan semenjak zaman persekolahan sehinggalah zaman Tunku berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan hinggalah menjadi Perdana Menteri yang pertama.
Berbalik pada malam 12 Mei menuju ke tengah malam iaitu awal pagi 13 Mei 1969. Seperti yang diceritakan pada saya oleh seorang persara polis yang kini berkhidmat sebagai pemandu teksi. Kejadian yang membuatkan kaum Melayu marah (mengikut kefahamannya sebagai anggota polis ketika itu) ialah pembunuhan wanita mengandung di luar panggung Capitol Kuala Lumpur.
Namun dengan merujuk kepada beberapa bahan yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan British sebagai tidak lagi sulit, kita akan dapati kacau bilau mula dicetuskan oleh kaum Melayu di Kampung Baru. Mereka adalah penyokong Umno yang turut melibatkan Dato’ Harun.
Jelas, kekecewaan penyokong Umno yakni penyokong Tun Razak yang mahukan Tun Razak segera menggantikan Tunku Abdul Rahman yang di lihat mereka sebagai pro-Cina. Namun, Tun Razak tetap dilaporkan tidak bersetuju dengan idea untuk menjatuhkan Tunku Abdul Rahman. Maka dengan ringkasnya, untuk kefahaman yang mudah, provokasi serta huru hara 13 Mei dimulakan oleh segolongan penyokong Umno sendiri yang seterusnya mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa semata-mata atas prinsip Michaevelli – “end justify the means” untuk mencapai matlamat mereka sekalipun caranya salah dianggap mereka sebagai munasabah.
Amat malang bagi rakyat pelbagai bangsa di Tanah Melayu. Mereka tertipu oleh British yang memerintah dengan memecahbelahkan kaum Melayu dan Cina hinggakan kaum Cina menentang British dari dalam hutan sebagai komunis (dasar pecah dan perintah). Dalam hal ini saya amat bersimpati dengan terkorbannya begitu ramai anggota pasokan keselamatan Tanah Melayu termasuk pasukan polis bantuan dan sebagainya semasa menentang komunis.
Jika dikaji perbuatan Umno menakut-nakutkan antara kaum kini, saling tak tumpah seperti British dahulu. Jadi, pihak pasukan keselamatan kini terutamanya PDRM dan ATM patut lebih bijak melihat senario ini dan tidak termakan umpan hasutan Umno pada saat akhir sebelum PRU.
Pasukan keselamatan patut melihat semula nama beberapa individu dan pertubuhan yang telah pun dikategorikan oleh Cawangan Khas sebagai satu kumpulan samseng Melayu. Amat menghairankan saya apabila PM dan pemimpin Umno berjawatan menteri berkongsi pentas dengan pertubuhan tersebut. Apakah Cawangan Khas cuma mampu melihat sahaja situasi ini atau telah menasihatkan PM sebelum hadir ke majlis berkenaan berdasarkan maklumat awal kain kain pemidang yang PM dijemput hadir?
Namun, ulangan episod berdarah 13 Mei amat mustahil untuk berlaku pada zaman ini. Hal ini kerana jika di rancang sebagai lakonan, akhirnya akan terbongkar hanya dalam beberapa minit dengan visual di internet.
Maka rakyat serta merta dapat membuat kesimpulan perkara itu 'distage' yang seterusnya. Lantas menjadikan rakyat tidak terpengaruh dengan apa-apa provokasi palsu. Tunku Abdul Rahman mungkin tidak dapat dijatuhkan oleh penyokong Umno sendiri jika kewujudan internet sudah meluas seperti hari ini.
Dalam suasana hari ini, perlu satu Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan untuk menyiasat punca sebenar huru hara 13 Mei 1969. Tragedi yang jelas mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa berdasarkan kertas kertas Sulit Kerajaan British yang kini di klasifikasi semula sebagai tidak lagi sulit agar dapat menjadi teladan dan sempadan supaya dapat dielakkan daripada berulang lagi.

Sumber HD - 21-2-2013
Mahasiswa perlu fikir semula tanding PRU
Bekas graduan, |
Kejadian samseng Umno mengepung pelajar universiti yang berkempen di Pekan, Pahang bukanlah kes terpencil. Sebelum itu, telah banyak kali kejadian yang hampir serupa berlaku dan selagi Umno-BN berkuasa kejadian yang sama mungkin berulang.
Parti pembangkang khususnya PAS telah melalui kejadian seumpama ini sejak sebelum merdeka lagi. Malah dengan pelbagai bentuk dan rupa termasuklah diugut, ditukar tempat kerja dan sebagainya.
Perlu diingatkan bahawa sebaik sahaja anda mengisytiharkan untuk menjadi oposisi kepada kerajaan khususnya Umno-BN, maka bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Oleh sebab itulah, PAS pernah melarang muslimatnya terbabit sebagai calon kerana wujudnya ancaman dan tiada jaminan keselamatan. Dalam hal ini, saya berpendapat, amat wajar mahasiswa menangguh dulu hasratnya untuk menentang Datuk Seri Najib dalam PRU yang akan datang. Dibimbangi akan berlaku kejadian yang lebih buruk lagi.
Dalam suasana politik yang tidak matang pada hari ini, adalah lebih elok mahasiswa menumpukan usaha membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno-BN. Suasana pilihan raya yang matang dan aman hanya bakal diperoleh jika Umno-Bn berjaya ditumbangkan dan kerajaan baru membetulkan kembali segala macam pencabulan demokrasi yang berlaku sebelum ini.
Parti pembangkang khususnya PAS telah melalui kejadian seumpama ini sejak sebelum merdeka lagi. Malah dengan pelbagai bentuk dan rupa termasuklah diugut, ditukar tempat kerja dan sebagainya.
Perlu diingatkan bahawa sebaik sahaja anda mengisytiharkan untuk menjadi oposisi kepada kerajaan khususnya Umno-BN, maka bersedialah dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan.
Oleh sebab itulah, PAS pernah melarang muslimatnya terbabit sebagai calon kerana wujudnya ancaman dan tiada jaminan keselamatan. Dalam hal ini, saya berpendapat, amat wajar mahasiswa menangguh dulu hasratnya untuk menentang Datuk Seri Najib dalam PRU yang akan datang. Dibimbangi akan berlaku kejadian yang lebih buruk lagi.
Dalam suasana politik yang tidak matang pada hari ini, adalah lebih elok mahasiswa menumpukan usaha membantu Pakatan Rakyat menumbangkan Umno-BN. Suasana pilihan raya yang matang dan aman hanya bakal diperoleh jika Umno-Bn berjaya ditumbangkan dan kerajaan baru membetulkan kembali segala macam pencabulan demokrasi yang berlaku sebelum ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 21-2-2013
Justeru, tulis Aspan Alias, jika terbukti pembangkang tidak boleh mentadbir, barulah Umno dapat membuktikan tuduhan mereka itu benar.
“Barulah Umno boleh kembali untuk berkuasa jika direstui rakyat dan diizin Tuhan,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/, sebagaimana di bawah.
Tali hayat UMNO sudah begitu halus dan bila-bila masa boleh putus dan menjatuhkan parti itu. Kalau hendak dikira dari sudut politiknya, tidak ada sebab kenapa UMNO itu mesti wujud lagi dan akan di ketepikan oleh rakyat kali ini. UMNO hanya bergantung kepada kuasa wang dengan pembelian undi melalui BRIM dan berbagai-bagai kaedah lagi. Parti itu hanya bergantung kepada kekeliruan rakyat dalam membuat pemilihan kerana inilah kali pertama membuat keputusan untuk memberikan sokongan kepada parti-parti alternatif negara.
Menghadapi tekanan rakyat ini amat merunsingkan UMNO kerana parti itu belum berpengalaman menjadi pembangkang. Tidak seperti parti-parti yang ada di negara demokrasi yang maju, UMNO belum pernah di jatuhkan dan berasa amat perit untuk menanti saat-saat masuk ke Dewan-Dewan Legislatif sebagai pembangkang. Dalam demokrasi setiap parti wajar bersedia untuk ditewaskan dalam pilihanraya. Kalah dalam pilihanraya ini seperti manusia yang wajib menghadapi mati. Mati itu wajib dan begitu juga lah parti-parti yang berada di dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.
Parti Labour Britain dan Parti Conservative negara itu telah bergilir-gilir mentadbir negara mengikut kemahuan dan kehendak rakyat nya. Begitu juga di Amerika Syarikat di mana parti Demokrat dan Republican telah hampir seratus kali bertukar-tukar tempat duduk di dalam Dewan Legislatif mereka.
Di Malaysia oleh kerana inilah kali pertama parti pemerintah merasakan mereka akan mengambil giliran untuk duduk di petak pembangkang, mereka merasakan ketakutannya. Bebagai-bagai cara untuk berkubu dari serangan dan pengaruh parti pembangkang dilakukan oleh UMNO dan BN. Kekalahan kepada UMNO dan pemimpin merupakan saat-saat masuk neraka dan memisahkan UMNO dengan rakyat yang mengundi itu ibarat memisahkan kulit dari daging. Masih ada sedikit lagi sikap dan kepercayaan orang ramai khususnya orang Melayu yang kekalahan UMNO itu merupakan nasib malang yang menimpa negara dan rakyat.
Momokan ini sudah ditanam sejak setengah abad dan ia sebati dalam benak orang Melayu terutamanya di kalangan yang dewasa dan tua. Kebobrokkan UMNO begitu tebal sehinggakan orang yang cerdik dan pandai pun menjadi bingung setelah menyertai UMNO kerana pengaruh budaya songsang yang terbentuk dalam parti itu sudah se begitu lama. Mereka yang pandai berfikir pun akan hilang kemampuan untuk berfikir secara rasional apabila aktif dalam UMNO.
Bukan sedikit di antara mereka yang berpelajaran tinggi yang terikut-ikut dengan budaya buruk UMNO itu. Rupa-rupanya pelajaran dan pendidikan tidak dapat menyaingi sikap mengampu dan membodek yang telah terbentuk dalam parti itu selama ini. Kita melihat melalui kaca TV hampir setiap hari dalam mana ahli-ahli akademik yang bergelar Professor dan Vice Chancellor Universiti di negara ini bersama-sama menyanyikan lagu lama yang dinyanyikan oleh UMNO selama ini.
Professor-professor ini di berikan ruang dalam saluran TV tempatan menyanyikan lagu-lagu yang bersenikata ciptaan UMNO. Di antara nya ialah ‘tidak ada UMNO negara akan berkecai dan Melayu akan hilang di dunia ini’. Lagu yang akhir-akhir ini yang dinyanyikan oleh Mahathir ialah pembangkang tidak berpengalaman untuk memerintah dan bermacam-macam lagi yang membayangkan kesombongan pimpinan UMNO yang beranggapan hanya UMNO mampu mentadbir negara.
Dr Mahathir lebih tahu yang Pakatan Rakyat telah berjaya mentadbir negeri-negeri yang ditadbirnya dan inilah yang menyakitkan Dr Mahathir. Mahathir tidak ada sayangnya kepada negara tetapi beliau hanya mahukan rakyat mendengar nasihat beliau untuk kepentingan beliau sendiri. Beliau sedaya upaya mengarahkan segala kesalahan kepada Abdullah Badawi sedangkan Abdullah adalah pilihanan beliau sendiri.
Sekarang ternyata Abdullah Badawi lebih berhemah setelah bersara dan tidak membuka mulut busuknya untuk memberikan racun yang berbisa kepada rakyat. Abdullah tidak bercakap semborono sahaja sedangkan Mahathir masih berleter sedangkan leteran beliau itu hanya di anggap seperti leteran orang tua yang sedang sakit terlantar sahaja. Mahathir sentiasa berada di dalam kerugian kerana beliau sudah tidak lagi menjadi seorang yang bergelar negarawan negara. Ciri-ciri seorang negarawan sudah hilang dari beliau. Beliau tidak akan mendapatkan ciri-ciri negarawan itu sampai bila-bila.
Seorang yang berjiwa bersih tidak akan merasa gusar seumur hidupnya. Seorang yang tidak melakukan kesalahan tidak akan merasa resah dan gundah gulana dan sebagai seorang rakyat negara demokrasi beliau tidak seharusnya merasakan kehilangan kuasa dari rakyat itu akan menjadikan beliau hidup dalam kesedihan. Sampai masa untuk menjadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik. Mahathir sendiri pernah menasihatkan kita semua, untuk menjadi pemimpin yang baik, perlu merasakan dan mengalami sebagai pengikut yang baik.
UMNO mesti ikut contoh-contoh yang baik.yang kita lihat di rantau kita sahaja. Liberal Demokrat Jepun telah kembali berkuasa setelah diketepikan oleh rakyat Jepun beberapa ketika. Congress Party of India telah kembali berkuasa setelah parti itu diketepikan oleh rakyat negara demokrasi terbesar di Asia itu. Apa yang boleh menghalang UMNO untuk berkuasa kembali setelah Pakatan Rakyat memerintah barang sepenggal dua. Tetapi perbaikilah moral parti itu dahulu semasa berada di petak pembangkang.
Jadilah parti yang tidak boleh di persepsikan oleh rakyat sebagai parti yang rasuah. Selagi UMNO tidak berundur buat sementara, UMNO tidak mungkin akan mampu untuk memperbaiki diri. Lagi pun sememangnya sampai masanya untuk pembangkang pula menjadi kerajaan. Jika Mahathir mengatakan pembangkang tidak mempunyai pengalaman untuk memerintah negara, nah…kali ini kita beri peluang. Kita boleh tengok sendiri sama ada tohmahan Mahathir, Najib dan lain-lain terhadap pembangkang itu benar atau tidak.
Apa yang kita hendak resahkan. Yang akan mengganti pentadbiran kerajaan ialah parti PAS, DAP dan PKR, bukannya parti komunis dari mana-mana negara. Sebaliknya pula UMNO perlu membuktikan yang parti itu mampu menjadi pembangkang yang baik untuk menyuburkan demokrasi negara dengan lebih baik dan menjadi ikutan masyarakat antarabangsa.
Saya selalu membuat anologi memimpin negara ini biarlah ibarat kita bermain gasing. Orang bermain gasing akan memusing dan memangkah gasing itu secara bergilir-gilir. Selama ini hanya pembangkang terutamanya PAS dan DAP sahaja yang memusing gasing untuk dipangkah. Sekarang UMNO ambillah giliran untuk memusing gasing untuk PAS, DAP dan PKR pula mengambil giliran untuk memangkah. Baru kita tahu pihak mana yang lebih baik sebagai pemangkah dan pihak mana yang lebih baik sebagai pemusing gasing.
Sepatutnya pemimpin-pemimpin UMNO beriya-iya untuk memberikan pembangkang peluang untuk mentadbir negara ini bagi membuktikan pembangkang itu tidak tahu mentadbir negara.ini. Jika terbukti pembangkang tidak boleh mentadbir, barulah UMNO dapat membuktikan tuduhan mereka itu benar. Barulah UMNO boleh kembali untuk berkuasa jika direstui rakyat dan diizin Tuhan.
Apabila UMNO menjadi pembangkang semasa itu barulah UMNO sedar yang selama ini mereka berkuasa hanyalah kerana bergantung kepada rakyat yang keliru (confused) oleh momokan mereka (UMNO) selama ini. Semasa itu nanti barulah UMNO dapat memperbaiki sikap mereka dan tahu yang sebuah parti itu tidak boleh melakukan rasuah dan berniaga di atas sokongan rakyat.
Selama ini pemimpin UMNO hanya memperniagakan rakyat dengan bermodalkan rakyat yang memberikan mereka mandat itu. Semasa itu nanti barulah UMNO tahu yang pemimpin tidak boleh mengambil wang rakyat untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak mereka yang gagal seperti yang berlaku ke atas Mirzan Mahathir dahulu.
Dalam waktu UMNO duduk di petak pembangkang, barulah UMNO akan tahu bahawa kos projek yang dinaikkan kerana hendak komisyen itu menjadikan harga pembekalan alat peperangan tentera itu menjadi mahal dan di bayar oleh rakyat. Masa itu nanti barulah UMNO tahu bahawa memberikan pelajaran percuma dan menghapuskan tol lebuhraya seperti yang ingin dilakukan oleh Pakatan Rakyat itu benar-benar boleh dilaksanakan.
Perlaksanaan pendidikan percuma dan menghapuskan tol itu tidak membankrapkan negara. Menghapuskan tol itu hanya akan memberhentikan kutipan yang dilakukan oleh pemegang ‘konsessioner’ lebuhraya yang telah mengutip wang rakyat ramai hampir-hampir RM30 billion bagi lebuhraya utara selatan sahaja. Setiap keluarga akan beruntung kerana dapat menggunakan sumber kewangan mereka dalam jumlah ribuan ringgit setahun untuk perbelanjaan yang lain.
Pemberian BRIM itu tidak membawa apa-apa erti kerana RM500 atau seribu ringgit sekali sekala yang rakyat terima itu akan digunakan untuk membayar saman AES sahaja. Tetapi pemberian pelajaran percuma melibatkan setiap rakyat yang belajar merasakan nikmatnya sedangkan BRIM yang sejemput itu hanyalah untuk satu keluarga sahaja.
Itu sebabnya penting pemimpin UMNO duduk di petak pembangkang kerana mereka selama ini tidak tahu yang pengurusan kewangan yang baik dan telus itu boleh memberi faedah kepada rakyat ramai.
Dalam masa menjadi pembangkang itu juga UMNO boleh belajar yang pemimpin tidak payah membawa penyanyi pop antarabangsa untuk berkempen. Semasa itu juga UMNO akan tahu jika negara ditadbir dengan baik, maka rakyat tidak perlu menanggung beban perbelanjaan besar untuk pemimpin berkempen keseluruh negara dengan kos yang tinggi. UMNO akan tahu kewibawaan pimpinan dan kebersihan pimpinan itu sendiri akan berkempen untuk kerajaan yang berkuasa.
Semasa itu nanti barulah UMNO sedar yang selama ini parti mereka itu sepatutnya menjadi pembangkang lebih lama dahulu. Mana-mana pemimpin UMNO yang sedar dan mahu memperbaiki diri mereka akan sedar dan mengakui bahawa selama ini UMNO tidak sepatutnya berada sebagai kerajaan sebegitu lama.
Tetapi bak kata perpatah Inggeris, ‘better late than never’. Jika kita tidak lakukannya dalam pilihanraya ini, ia akan terlalu lewat untuk memperbaikinya. Kita lakukan sekarang ‘and it’s now or never’.
Umno jadi pembangkang untuk kebaikan negara
Harakahdaily, | 21 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Sepatutnya pemimpin-pemimpin Umno beriya-iya untuk memberikan pembangkang peluang untuk mentadbir negara ini bagi membuktikan pembangkang itu tidak tahu mentadbir negara ini.

Sumber HD - 22-2-2013
Bubar Parlimen: Hari ini atau bila pun apa bezanya?
Aspan Alias, | 22 Feb 2013 |
Hari ini telah dispekulasikan sebagai hari pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri. Ramai telah menghubungi saya sama ada berita itu benar atau tidak. Jawapan saya standard, “saya tidak tahu, tanya Najib atau Rosmah”. Siapa kita untuk mengetahui perkara penting itu. Terpenting bagi kita ialah dengan memberikan perimbangan serta berfikir sejenak sebelum memangkah semasa dalam bilik mengundi itu nanti.
Bagi saya sama ada pembubaran itu dilakukan pada hari ini tidak penting. Yang penting kita sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk negara kita. Kita jangan tertipu dengan dakyah karut yang kita ikuti selama ini. Di negara ini kita boleh mengundi sesiapa sahaja dan tidak seperti apa yang didakyahkan yang negara kita ini hanya selamat jika UMNO memerintah. Sememangnya pimpinan UMNO sedang mendagu dan merayu supaya diberikan peluang sepenggal lagi seperti yang diminta oleh Najib di Kuching semalam.
Najib merayu untuk BN di berikan sepenggal lagi seolah BN telah memerintah hanya sepenggal yang lalu. Beliau terus merayu agar diberikan sepenggal lagi walaupun telah di beri peluang sejak merdeka dahulu memerintah negara ini. Sepatutnya yang merayu untuk meminta sepenggal itu adalah pihak pembangkang bukannya pihak kerajaan. Tetapi tidak mengapalah, kerana rakyat ramai yang membuat keputusan sama ada untuk memberikan BN sepenggal lagi walaupun telah berpenggal-penggal mentadbir kita.
Sebenarnya Najib masih belum berkeyakinan untuk membubarkan Parlimen, tetapi oleh kerana penggal Parlimen sudah sampai ke penghujung nya maka beliau akan terpaksa membubarkannya juga atau dibiarkan sahaja penggal ini terbubar dengan sendirinya pada 28hb April nanti. Itu tidak ada apa-apa salahnya jika Najib memilih untuk berbuat demikian.
Tidak ada sebab untuk Najib tergesa-gesa untuk membubarkan Parlimen itu sedangkan jika beliau membubarkan Parlimen pada hari ini Najib tetap mencatat rekod seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih oleh rakyat. Persepsi itu tidak dapat di hilangkan jika Najib membubarkan Parlimen hari ini atau besok. Sudah alang-alang tunggu sahaja sampai penghujung bulan April nanti.
Tindakan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tidak juga menjadi kesalahan kerana sebagai sebuah negara Persekutuan, Dewan Legislatif Negeri itu adalah hak negeri untuk menentukan tarikh pilihanraya bagi kawasan-kawasan Undangan Negerinya. Jangan kita persoalkan tindakan itu kerana ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Negeri Selangor dan Persekutuan kita. UMNO tidak payah sibuk dengan urusan kerajaan Negeri Selangor kerana UMNO sudah ditolak oleh rakyat Selangor.
Kerja dan tugas UMNO yang penting sekali sekarang ialah untuk menentukan yang mereka melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang negara. UMNO sendiri mempunyai masalah besar. Biarkan PAS, DAP serta PKR dengan urusan mereka kerana mereka juga mempunyai tanggungjawab untuk mempastikan perancangan untuk melakukan perbezaan dengan BN jika mereka diberi peluang untuk mentadbir Putrajaya selepas PRU ini.
Tidak salah untuk UMNO bertahan, tetapi untuk bertahan UMNO sendiri tidak berkeyakinan. Ramai di antara pemimpin mereka menzahirkan perasaan mereka kepada saya sehari dua ini. UMNO mempunyai banyak ‘factions’ dan mempunyai ‘warlords’ mereka termasuk Dr Mahathir sendiri. UMNO sedang menghadapi tekanan dari rakyat dan dalam pada menguruskan tekanan rakyat itu, parti itu sendiri wujud tekan menekan sesama sendiri.
Puak Dr Mahathir memberikan sokongan kepada Muhyiddin dan jika boleh mereka mahukan Najib berhenti untuk memberikan Muhyiddin peluang menerajui PRU ke13 ini. Serba salah puak Mahathir ini nampaknya. Begitu juga puak Muhyiddin. Kalau hendak berkeras untuk menekan Najib, pilihanraya sudah hampir dan akan menjejaskan keputusannya nanti. Tidak berkeras pun tidak boleh kerana UMNO sedang dalam keadaan telur di hujung tanduk.
Satu isu yang terbesar akan mereka (UMNO) hadapi ialah masalah calon pilihanraya untuk UMNO dan BN. Jika Najib biarkan Muhyiddin menentukan calon UMNO ia serupa lah memberikan parang tajam kepada Muhyiddin untuk Timbalannya itu gunakan untuk memenggal politik Najib seperti yang di kehendaki oleh Mahathir. Setakat yang saya tahu sudah berbelas Ketua Bahagian yang dulunya adalah pengikut totok Najib dengan senyap-senyap telah berpihak kepada Muhyiddin.
Tidak tahu lah kita sama ada Najib maklum tentang perkara ini tetapi yang pastinya mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib. Mereka ingin bergantung kepada dahan yang baru tetapi tidak tahulah kita sama ada mereka terasa bahawa dahan yang baru ini pun akan tumbang bersama pokok besarnya (UMNO) dalam pilihanraya nanti. Bagi UMNO, parti ini sudah sampai ke persimpangan.
UMNO tidak mempunyai jalan selain dari mengakui kesulitan mereka dalam pilihanraya kali ini. Itu pun tidak mengapa kerana dalam demokrasi sememangnya UMNO boleh di jatuhkan seperti yang dialami oleh mana-mana parti di dalam mana-mana negara demokrasi. Tetapi UMNO tidak rela menghadapi kekalahan kerana masing-masing ‘warlords’ dalam UMNO itu mempuyai rekod buruk masing-masing yang mereka takutkan jika parti itu tidak berkuasa lagi.
Mahathir tersangat takut jika Pakatan Rakyat menang dan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mahathir bukan sedikit masalah yang beliau lakukan terhadap diri beliau sendiri semasa memegang kuasa dahulu. Itulah yang menyebabkan beliau bermatian menegakkan benang basah UMNO hari ini. Najib pun begitu. Beliau takut jika Pakatan menang dan terpaksa menghadapi Anwar jika Pakatan menang.
Jika UMNO menang dengan tipis sekali pun, Najib terpaksa menghadapi hari akhir kepimpinan beliau dan ini juga menakutkan beliau sendiri. Apakah Muhyiddin mampu untuk tidak mengambil tindakan terhadap Najib jika beliau mengambil alih kuasa? Najib tahu dalam UMNO tiada siapa yang mempunyai ‘allegiance’ terhadap pemimpin yang mereka sokong sebelumnya. Najib akan menangis keseorangan. Itu sudah banyak berlaku dalam UMNO kerana setiap pemimpin dalam UMNO itu adalah pimpinan yang lemah dan mereka hanya diikuti oleh mereka yang berkepentingan peribadi. Semua mereka itu akan mengikut dan bersama-sama mengutuk pimpinan yang telah pergi yang pernah mereka dukung dahulu.
UMNO sudah tidak ada lagi pemimpin yang ‘magnanimous’ seperti dahulu. Dendam mendendam sudah menjadi amalan mereka. Kata perpatah Melayu, ‘mati ayam mati tungau’ Berhenti sahaja Najib maka Najib akan terpaksa menghadapi zaman gelap beliau sampai akhir hayat.
Najib sekarang memang tidak boleh bertahan lagi. Hanya jika beliau ada sedikit kemampuan untuk berfikir sahaja boleh menyelamatkan beliau dari menghadapi zaman gelap beliau nanti.
Najib tahu Mahathir tidak akan membela beliau dan Muhyiddin jauh sekali untuk melakukannya. Apa tah lagi jika UMNO yang sekarang mempunyai kecenderungan untuk tewas dalam pilihanraya kali ini bersama parti komponennya MCA dan MIC yang sudah pasti akan tewas kali ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Raja Nazrin: Antara PAS dan Umno
Arifin Mohamad, |
Ditakdirkan Allah penulis dijemput hadir ke majlis wacana perpaduan ummah anjuran DBP pada 19 Februari 2013 dengan acara kemuncaknya ialah titah Diraja DYMM Dr.Raja Nazrin.
Apa yang ingin sangat penulis kongsikan maklumat kepada masyarakat di Malaysia ialah mengenai inti titah Diraja DYMM Raja Dr. Nazrin yang jujur dan berpandangan jauh dalam isu perpaduan ummah yang membabitkan UMNO dan PAS sebagai dua kuasa politik Melayu di negara ini.
Antara mesej titah baginda ialah;
i) PAS kini bukan lagi parti tok lebai dan guru pondok tapi parti yang dipimpin dan dianggotai oleh golongan ulamak, professional, teknokrat dan pelbagai kategori masyarakat yang kini berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan UMNO.
ii) Kehebatan PAS yang tidak ada pada UMNO ialah ketinggian peribadi pimpinan dan ahli-ahli PAS yang membudayakan hidup dengan masjid dan surau serta tazkirah dan syarahan agama dan tidak berpoya-poya.
iii) Kekuatan PAS sebagai wadah kepimpinan ummah kini setanding dengan UMNO dari segi kemampuan mentadbir Negara dan kedua-dua parti politik ini sama-sama mempunyai peluang menjadi juara ummah di Malaysia.
iv) Pendekatan kerjasama PAS dengan non muslim merupakan kemantangan pimpinan PAS dan merupakan strategi ampuh PAS dalam menyaingi UMNO khususnya dalam PRU 13.
v) Dalam menghadapi PRU 13 PAS dilihat lebih selesa kerana berada pada posisi offensive berbanding UMNO yang terpaksa defensive kerana dilingkari pelbagai isu kepimpinan, kronisme rasuah dan penyelewengan.
vi) UMNO dititahkan sebagai kurang berintegriti dalam menerajui pentadbiran negara kerana berlaku salah urus tadbir, kronisme,penyelewegan dan rasuah.
vii) UMNO dititah sebagai parti yang salah mendidik golongan muda yang kini diajar dan diasuh dengan budaya politik samseng yang mencemar demokrasi, menghakis keyakinan massa dan menjejaskan perpaduan di Negara ini.
viii) UMNO diititah telah melanggar dan membelakangi semangat perlembagaan persekutuan kerana menafikan prinsip dan tuntutan federalism atas negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang, walhal negeri-negeri tersebut di pilih oleh rakyat melalui demokrasi yang sah.
Berdasarkan mesej titah DYMM Raja Dr. Nazrin yang lahir dari kesucian hati baginda seperti senarai di atas, penulis mentafsirkan bahawa baginda DYMM Raja Dr.Nazrin menaruh keyakinan akan kemampuan PAS sebagai parti yang berpedomankan agama dalam mengurus Negara, memelihara dan memartabatkan ummah.
Justeru, maka kerapkali dalam titah baginda disebut PAS sebagai parti islam.
Selain itu, penulis mentafsirkan bahawa sikap dan pendirian PAS yang konsisten menolak kerjasama dengan UMNO serta membentuk wadah baru bersama PKR dan DAP adalah tindakan bijak, berpandangan jauh dan berada di atas landasan yang betul khususnya dalam menghadapi PRU 13.

Sumber HD - 23-2-2013
Bala pulang: Ingatkan Najib ada, TV3 buat liputan
Harakahdaily, | 25 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu.
“Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam,” tulis Aspan Alias di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com/ sebagaimana di bawah.
PI Balasubramaniam telah kembali ke tanah air petang semalam. Beliau disambut oleh lebih kurang 50 orang di lapangan terbang KLIA. Beliau dikatakan telah kembali dari India di mana beliau dan keluarga telah menetap semasa menghilangkan diri dari negara ini.
Di antara yang datang menyambut beliau kembali itu ialah Sivarasa, seorang Ahli Parlimen PKR serta Cikgu Bard dan beberapa wakil NGO. Tidak pula nampak kelibat Najib Razak atau Razak Baginda berada di lapangan terbang untuk menyambut kepulangan Balasubramaniam itu. Dulu Bala ini menjadi orang penting dan Najib telah mengupah orang tengah untuk mencari PI ini, tidak kira malam atau siang. Ingatkan adalah Najib datang menyambut kepulangan Bala semalam.
Tetapi tidak ada pula liputan besar-besaran dari pihak media massa perdana seperti TV3 dan lain-lain. Dulu TV3 membuat liputan tentang akuan bersumpah kedua Bala ini secara besar-besaran tetapi kali ini apabila kembali menyatakan yang akuan bersumpahnya yang pertama yang betul dan benar, tidak pula diliputi oleh TV3 dan media perdana yang lain.
Bala telah bersumpah dengan kitab sucinya Bhagavad Gita yang akuan bersumpahnya yang pertama adalah yang benar dan akuan bersumpah kedua itu adalah yang tidak benar. Akuan bersumpah kedua itu adalah didesak oleh keadaan semasa itu kerana tekanan dan sebagainya yang dilakukan oleh Najib dan Rosmah. Bala berkata apa yang telah diperkatakan oleh Deepak itu semuanya benar dan betul belaka.
Tetapi Bala akan mengadakan ‘road show’ nya tetapi tidak akan bersama Deepak kerana beliau akan melakukannya sendiri tanpa Deepak. Bala akan melakukan ‘road show’ nya tidak lama lagi dan akan membongkar segala-galanya berhubung dengan isu Altantuya dan berbagai-bagai lagi yang melibatkan Najib serta Rosmah.
Apabila ditanya oleh pemberita sama ada beliau tidak takut untuk melakukan pembongkaran isu ini, beliau berkata beliau tidak takut kerana beliau percaya yang tidak mungkin pihak itu membunuh lagi. Kepulangan Bala ini akan mengundang banyak lagi berita yang hangat di negara kita ini. Isu yang terlalu banyak sekarang ini akan bertambah-tambah banyak lagi dalam masa kita menghadapi pilihanraya ini.
Apa pun yang akan berlaku, yang pasti ia akan memberikan impak yang besar terhadap kewibawaan Najib dan keluarga tetapi ia juga membawa padah kepada pihak-pihak yang menyokong Najib dan pimpinan beliau. Sesungguhnya aura Najib tetap merudum dan aura buruk yang melekat kepada Najib itu akan membawa kejatuhan kepada parti dan kerajaan yang di pimpin beliau.
Itu sebab nya saya tidak dapat menidakkan hakikat yang UMNO sedang menghadapi isu yang tidak dapat diuruskan oleh mereka lagi. Tidak ada ruang yang tidak bermasalah dan tentunya keadaan ini akan menjejaskan segala urusan kerajaan dan imej negara. Bagaimana kerajaan hendak menumpukan usaha untuk membina negara sedangkan mereka sendiri sedang menghadapi masalah mereka sendiri. Tidak mungkin mana-mana pentadbiran itu akan menjadi pentadbiran yang baik jika yang mentadbir itu sendiri mempunyai masalah sendiri yang terlalu besar.
Selalu kita berfikir bagaimanakah UMNO hendak memperbaiki diri kerana pimpinannya tidak tahu dan mengenali yang mana satu yang baik dan yang mana yang tidak baik. Mereka ditekan oleh budaya buruk yang telah terbina begitu lama oleh pimpinan UMNO sejak hampir tiga puluh tahun dahulu.
Dr Mahathir telah menanamkan budaya dan kepercayaan yang membina negara ini ialah pembinaan bangunan yang tinggi-tinggi, jambatan yang terpanjang di dunia atau pun tiang bendera yang tertinggi dalam dunia dan sebagainya. Dr Mahathir telah membina pemikiran rakyat yang negara maju itu adalah negara yang rakyatnya yang kaya raya dan pembangunan fisikal yang boleh dijadikan tempat pelancungan.
Dr Mahathir sendiri tidak tahu yang pembangunan negara (nation building) bukan setakat pembangunan fisikal yang hebat dan besar tetapi juga membina mentaliti yang mempunyai kelas yang baik secocok dengan keadaan waktu dan zamannya. Sikap dan mentaliti orang ramai sudah punah ranah kerana isu ini tidak dibina oleh Mahathir yang memerintah kita selama 22 tahun. Malahan sikap dan mentaliti yang baik dahulu sudah terhapus dan nilai budaya kita telah terhakis dengan begitu teruk sekali.
Tidak ada salahnya untuk sesiapa membina ‘empire’ perniagaan yang besar-besar tetapi apa yang salahnya rakyat telah terbina satu persepsi yang kekayaan itu hanya boleh diperolehi dengan melakukan peniagaan yang bersifat ‘monopolistic’ seperti yang dibina oleh Dr Mahathir dan semua pemimpin yang mewarisi kepimpinan beliau sehingga ke hari ini.
Kita boleh saksikan yang Syed Mokhtar itu tidak ada apa yang boleh dibanggakan kerana beliau mendapat sokongan dari pihak kerajaan melalui pengaruh Dr Mahathir untuk mendapatkan segala-galanya tanpa bersusah payah seperti ‘corporate captains’ yang lain. Segala kepunyaan rakyat yang ada di laut dan di darat diberikan kepada Syed Mokhtar dan sekarang sedang mengintai untuk mengambil alih Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pula.
Tidak ada perniagaan yang beliau bina sendiri dan diperbesarkan. Syed ini hanya menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan apa yang sudah sedia terbina. Budaya ini sudah tertanam dalam benak rakyat kita dengan begitu dalam sekali. Apabila seseorang itu mendapat memiliki harta dan kepunyaan rakyat, orang sebegini dianggap sebagai orang yang berjaya.
Itulah sebabnya untuk memperbetulkan keadaan ini tidak mungkin boleh dilakukan oleh kumpulan yang membinanya. Oleh yang demikian adalah wajib dan penting sekali untuk merubah pimpinan negara secara ‘total’ dan menyeluruh.
Ada seorang rakan saya mempunyai pandangan yang ‘conclusive’ terhadap UMNO sekarang ini. Beliau berkata, “If you want to break anything, give it to UMNO, and if you want to make it worst give it to UMNO to fix it back”.
Sampai ke hari ini saya teringat dengan kata-katanya itu.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman
Sumber HD - 25-2-2013
Awasi penyambung lidah syaitan
Abdul Mu’izz bin Muhammad, | 26 Feb 2013 |
Penerangan merupakan satu sektor yang amat kritikal bagi sesebuah peperangan. Ia diberi jolokan pelbagai nama, sesuai dengan peranannya yang amat berpengaruh sehingga dikenalpasti dalam dunia moden hari ini sebagai “senjata yang boleh meruntuhkan sesebuah negara”. Apatah lagi medium tersebut sangat mudah diperoleh seperti facebook, youtube, twitter, what apps di mana segala info yang terkandung di dalamnya boleh dikenali sebagai laporan, berita, propaganda, saraf dan bermacam-macam lagi istilah yang merujuk kepada dunia maklumat tanpa sempadan.
Oleh itu, Islam telah meletak garis panduan yang absah sepanjang zaman sejak ia diturunkan. Al-Quran menekankan bahawa tugas penerangan merupakan tugas yang amat mulia. Orang yang dipilih oleh Allah untuk menyampaikan wahyu diberi gelaran Nabi yang bererti pembawa berita dan Rasul bermaksud utusan. Malah Syeikh Sa’id Hawwa menegaskan bahawa 90 peratus dari kerja dakwah merupakan tugas berbentuk penerangan.
Begitu pun juga syaitan turut berusaha menggagalkan kerja para Nabi dan Rasul, memilih sektor penerangan sebagai modal utama menyesatkan manusia.
“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh daripada Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.” (Surah al-Ana’am : ayat 112)
Kerja-Kerja Syaitan Memanipulasi Pemberitaan
Apabila dirujuk sirah Nabi SAW, kita mendapati terdapat sejarah keterlibatan syaitan dalam bidang kewartawanan secara langsung. Syaitan secara terlibat menyebarkan berita jahat yang tujuannya memporak-perandakan saf pejuang-pejuang Islam.
Lihat bagaimana sejarah perang Uhud yang menyaksikan kekalahan umat Islam. Antara faktor yang menyebabkan tentera Islam kalah, adalah kerana mereka termakan dengan berita palsu. Propaganda itu diusahakan oleh syaitan yang ‘turun padang’ mencetuskan konflik menjejaskan motivasi pejuang Islam ketika itu. Dalam klimaks mendepani peperangan, syaitan menyebarkan berita palsu bahawasanya Nabi SAW telah wafat terbunuh.
Berita palsu yang dianggap sensasi tersebut jelas telah menjejaskan motivasi percaya dan setia antara satu sama lain. Maka lemahlah ketumbukan tentera Islam dek kerana termakan dengan berita palsu syaitan. Ada golongan sudah mula menunjukkan rasa berminat menyertai kem Bapa Munafik Abdullah Bin Ubai yang tugasnya tidak lain mengganggu konsentrasi tentera Islam dengan fitnah dan ejekan. Semakin disegarkan berita-berita sensasi yang belum pasti. Sudah sememangnya ciri munafik yang menyertai saf tentera Islam hanya sebagai pembakar obor sengketa dan persepsi negatif sesama sendiri.
Sejarah terus berulang. Jika dahulu syaitan terlibat secara langsung dalam menyebarkan berita palsu. Begitu juga kini zaman langit terbuka segala maklumat berada di hujung jari, kita lebih terdedah dengan berita-berita palsu. Jika yang menyebarkan fitnah terdiri daripada musuh, itu bukanlah perkara yang pelik. Kerana syaitan sememangnya konsisten dengan kerjanya. Cuma yang dibimbangkan ada dalam kalangan saf pejuang Islam yang turut terlibat dan termakan dengan berita yang memporak-perandakan kesatuan berfikir dan keselarasan bertindak.
Lebih malang dari itu, wujud penyakit spastik yang tidak seimbang memberi kepercayaan. Secara ‘default’ kita diajar supaya jangan mempercayai media laporan dari pihak musuh. Tiba-tiba muncul liputan dari mereka tentang perihal sahabat seperjuangan kita, tiba-tiba kita percaya. Maka porak-perandalah saf perjuangan. Hasilnya kita ketagih menanti berita sensasi dari pihak musuh, pada masa yang sama kepercayaan sesama kita kian terhakis. Akhirnya hilanglah nilai kemanisan dalam berjuang, lenyaplah nikmat ukhwah.
Kepada Siapa Harus Kita Berikan Kepercayaan?
Imam Hasan al-Banna telah menggariskan bahawa ‘kepercayaan’ – thiqah – merupakan antara sikap yang menunjangi perjuangan. Kata beliau (maksudnya), “Apa yang saya maksudkan berkenaan ‘percaya’, ialah setiap aktivis gerakan Islam mestilah percaya kepada pengorbanan dan keikhlasan pemimpin mereka. Sikap kepercayaan yang dipupuk kuat bakal mencambahkan rasa sayang, hormat dan taat.”
Mungkin terlalu ghairah menyambut era kemenangan, ramai dalam kalangan kita yang sudah mula hilang kewarasan. Lebih percaya blog yang bertugas sebagai batu api berbanding pimpinan sendiri. Seolah-olah rela melahap hidangan berita syaitan berbanding mempercayai kalam pimpinan sendiri. Ini adalah bala seperti yang telah diingatkan oleh Nabi SAW (maksudnya), “Tidak sesat sesuatu kaum setelah beroleh hidayah, melainkan mereka diasyikkan dengan kontroversi persengketaan.” (Riwayat Tirmizi).
Budaya terbaru yang kian membarah kini adalah menuduh orang-orang tertentu akan khianat dengan perjuangan ini sebentar lagi. Ironinya batang tubuh yang diacukan fitnah tersebut, telah bersama dengan perjuangan ini sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’.
Mereka bukan calang-calang orang. Mereka konsisten dengan perjuangan ini sejak zaman kalah. Tiba-tiba muncul zaman hampir mencapai kemenangan, mereka akan lompat parti. Bukankah itu satu dakwaan yang kelakar?
Namun malangnya cakap-cakap itu dipercayai ramai kerana telah dijadikan sebagai propaganda syaitan. Jika diamati, usaha ini amat jelas digerakkan oleh mereka yang ghairah dengan kemenangan. Sewaktu kalah kita tidak nampak muka-muka ini beria-ia bersama perjuangan ini. Tiba-tiba di waktu menang kita lihat merekalah yang sibuk menuduh orang yang berjuang sejak ‘zaman bertanding hilang deposit’ akan khianat.
Oleh itu, Tuan Guru Harun Taib telah mengingatkan kita, "Menyayangi ahli kita adalah satu tanggungjawab syar'ie dan kita hendaklah berusaha agar mereka tidak lari daripada ikatan jemaah Islam, usaha ke arah menyayangi mereka dan mengekalkan mereka dalam jemaah adalah satu yang wajib dilakukan dalam hidup berjemaah, ini adalah prinsip perjuangan PAS yang bersandarkan kepada ajaran Islam. Kita telah berusaha sedaya upaya untuk mencari ahli untuk menambahkan keahlian PAS, maka sudah tentu kita bertanggungjawab di sisi Allah untuk menjaga ahli dan menyayangi mereka sebagai ahli jemaah sepertimana yang terkandung dalam dalam prinsip perjuangan kita yang berdasarkan kepada tuntutan Islam."
Sila Bersikap Waras, Jangan Jadi Bodoh
Penulis pernah diajukan soalan-soalan kontroversi yang diasaskan dengan persepsi negatif, bahawa si fulan dan si fulan dilihat akan khianat masuk Umno. Penulis berpesan agar bersabar dan bersangka baik. Selagi mereka bersama dalam saf perjuangan kita, mereka tetap sahabat dan saudara seperjuangan yang perlu diperuntukkan kepercayaan untuk mereka. Si penanya masih tidak berpuas hati dengan terus mendesak agar penulis menghemburkan laknat dan ‘harapan’ agar apa yang diperkatakan biar benar-benar terjadi. Biar ‘cakap-cakap’ itu benar-benar berlaku. Biar orang itu benar-benar masuk Umno.
Penulis menjawab, “Kita terlibat dengan perjuangan ini semata-mata inginkan ganjaran dari Allah. Saya sedikit pun tidak merasa dapat pahala dengan kita mendoakan pengkhianatan kepada orang yang masih bersama kita. Dengan mengulang-ulang ratib si fulan dan si fulan akan masuk Umno, saya sedikit pun tidak yakin perbuatan itu beroleh pahala. Boleh jadi dosa fitnah. Boleh jadi dosa sangka buruk. Sebaliknya saya amat yakin jika kita mendoakan diri kita dan semua sahabat seperjuangan agar konsisten dengan jalan ini, kita berolah pahala.”
Biarlah dalam perjuangan ini, kita waras dalam berfikir. Mengapa kita terlibat? Semua akan menjawab ingin mendapatkan ganjaran redha dari Allah Taala. Namun terkadang, kita lupa asas dosa dan pahala menyebabkan kita buat ‘gaya bebas’ sewenang-wenangnya berperangai buruk serta berakhlak jahiliah. Hasilnya kita hilang fokus dengan melakukan kerja yang tidak beroleh pahala. Menganggap ‘tidak mengapa’ menjadi agen separuh masa menyebarkan fitnah dan prasangka buruk terhadap sahabat seperjuangan. Budaya ini menyebabkan hilang roh dakwah dalam perjuangan ini. Akhirnya kita jadi penghalau, bukan penyeru.
Mencari Solusi Permasalahan
Marilah kita kembali kepada etika yang telah ditetapkan oleh al-Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa sesuatu berita, maka periksalah dengan teliti. Agar kamu tidak mengenakan sesuatu hukuman kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu.” (Surah al-Hujurat : ayat 6)
Di ambang pertembungan yang bakal meletus, sepatutnya kita merapatkan saf bukan mencipta jurang. Hati-hati dengan mainan syaitan yang dikenali mahupun syaitan yang tidak dikenali. Seperti sirah ketika klimaks perang Uhud, syaitan ‘turun padang’ menyebarkan berita palsu yang memecahkan kesatuan tentera Islam dan melunturkan motivasi mereka. Begitu juga sekarang di ambang PRU, tidak mustahil kerja syaitan itu dilancarkan kembali.
Kita pupuk kasih sayang bukan menanam syak wasangka. Seseorang itu tidak akan bersalah selagi tidak dikemuka bukti kukuh yang mensabitkan kesalahannya. Diam lebih baik dari menyesal selepas dakwa. Hidupkan budaya dosa dan pahala di dalam perjuangan ini, mudah-mudahan kita tidak tersasar. Ingat, kita adalah penyeru dan pemelihara, bukan penghalau!
http://blog.tarbawi.my

Sumber HD - 26-2-2013
Lagi lambat pilihanraya di adakan lagi kuat bukti yang penangguhan yang begitu lama itu adalah disebabkan ketakutan UMNO dan BN menghadapi kekalahan. Seperti yang di sebut selalu di sini Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri yang tidak dipilih sampai penghujung penggal pilihanraya. Selalunya mana-mana Perdana Menteri yang baru mengambil alih jawatan itu tidak akan sabar-sabar untuk mengadakan pilihanraya bagi mendapatkan mandat yang terus dari rakyat.
Seorang Perdana Menteri itu mahu tahu sejauh mana sokongan orang ramai dan itulah yang menyebabkan semua Perdana Menteri sebelum Najib telah memanggil pilihanraya sejurus selepas mengambil alih jawatan itu. Ramai orang berkata Abdullah Badawi itu lemah dan tidak ‘effective’ tetapi apa pun orang kata terhadap beliau, Abdullah telah memanggil pilihan raya selepas empat bulan mengambil alih jawatan PM itu dari pemimpin yang boleh berjalan di atas air, iaitu Dr Mahathir Mohammad.
Abdullah telah mendapatkan ‘endorsement’ dari rakyat dan beliau telah mendapat mandat yag begitu besar, iaitu kedua terbesar selepas pilihanraya tahun 1955 dahulu. Dalam pilihanraya 1955 itu hanya seorang wakil Perikatan yang kalah iaitu Sulaiman Palestin di Pulau Pinang Selatan. Tetapi sehebat-hebat Najib seperti yang diwar-warkan oleh UMNO pada hari ini, hendak memanggil pilihanraya pun takut dan tidak berani menghadapi risiko politiknya.
Beberapa hari yang lepas Najib memberitahu kita yang beliau sengaja menangguhkan pilihanraya ini kerana hendak menunggu hasil Program Transformasi Ekonomi (PTE) yang telah beliau lancarkan itu. Kalau begitulah alasan beliau maka pilihanraya mungkin tidak di adakan dalam tempoh empat atau lima tahun lagi kerana apa-apa program kerajaan yang baru itu akan hanya mendatangkan hasil, jika ada, selepas tempoh yang panjang.
Mengikut perlembagaan tempoh tamat penggal ini ialah 28hb April nanti. Tidak mungkin hasil transformasi ekonomi beliau itu akan kita dapati dalam masa sesingkat itu. Alasan itu amat dangkal sekali dan tidak boleh diterima akal walau pun kepada mereka yang buta huruf. Najib lupa yang seorang insan itu mempunyai mata hati yang amat mudah untuk melihat siapa yang berbohong dan siapa yang di bohongi.
Apa yang diperkatakan Najib itu tidak siapa yang akan mempercayainya. Hanya kepada yang mahukan beliau berbohong sahaja yang akan memberikan anggukan kepada kenyataan Najib itu. Isu sebenarnya ialah isu ketidakyakinan beliau terhadap sokongan ramai terhadap UMNO itu dan juga masalah yang mungkin beliau hadapi di dalam UMNO itu sendiri.
Kemenangan besar adalah wajib bagi Najib perolehi tetapi harapan itu tidak akan menjadi kenyataan kerana ramai rakyat telah membuat ketetapan di hati masing-masing untuk meninggalkan UMNO dalam pilihanraya ini dengan memberikan undi kepada pihak pembangkang. Saya selalu bercakap dan ramai lagi manusia telah menunjukkan apa yang bakal dihadapi oleh Najib jika beliau tidak dapat memperolehi kemenangan besar dalam pilihanraya nanti. Bagaimana Najib hendak mendapatkan kemenangan besar sedangkan untuk mendapatkan sedikit lagi sokongan untuk mendapat kemenangan kecil pun tidak akan dapat beliau perolehi.
Bagi saya Pakatan Rakyat hanya perlu untuk menjaga dan mengawal keadaan yang sedang memihak kepada mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh melakukan sedikit kesilapan dalam tindakan mereka menghadapi pilihanraya ini. Pakatan perlu ingat yang mempertahankan sokongan rakyat terhadap mereka sekarang lebih payah dari mendapatkannya. Mana-mana parti dalam PR jangan sekali melakukan kesilapan. Pakatan tidak boleh melakukan kesilapan yang disengajakan atau pun kesilapan yang tidak disengajakan.
Alasan Najib yang mengatakan penangguhan pilihanraya ini disebabkan untuk menunggu hasil PTE beliau itu adalah bukti kukuh yang Najib tidak berkeyakinan untuk memenangkan BN dalam pilihanraya ini. Najib sedang berperang untuk mempertahankan kewibawaan palsu beliau di mata rakyat. PI Balasubramaniam telah kembali untuk membantu apa yang sedang dilakukan oleh Deepak dan lain-lain yang menuduh Najib dengan berbagai-bagai isu yang ganas itu. Isu terhadap Najib datang bertimpa-timpa.
Tetapi isu yang bakal dihadapi oleh lain-lain pemimpin dalam UMNO tidak kurang ganasnya. Jika Muhyiddin mengambil alih sekali pun isu terhadap beliau pun bukannya kecil. Begitu juga isu terhadap lain-lain pimpinan kanan UMNO sekarang ini. Mereka terlalu kaya dengan isu-isu negatif dan tidak siapa pun di kalangan pimpinan UMNO dalam Majlis Tertinggi parti itu tidak mempunyai isu yang tidak mempunyai moral untuk mentadbir negara. Mereka, seperti yang saya selalu katakan itu, adalah dari acuan yang sama.
Pendeknya formula yang paling baik untuk menyelamatkan negara dan kerajaan kita ialah untuk melakukan perubahan dan kita tinggalkan pentadbiran dan politik yang tersangat menghimpit pemikiran rakyat yang dahagakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab seperti UMNO ini.
Jika benar Najib seorang yang bertanggungjawab beliau tidak akan melakukan apa yang sedang beliau lakukan hari ini. Inilah dia hasil dari didikan kepada petualang politik negara khususnya orang Melayu Dr Mahathir Mohammad. Kata perpatah, ‘keruh air di hulu maka keruh di hilir’.
Kekeruhan politik negara bermula dari permainan politik Mahathir selama 22 tahun dan budaya politik kini masih dipengaruhi oleh isu Dr Mahathir.
UMNO tidak akan kekal sebagai UMNO parti orang Melayu tetapi ia akan terus menjadi parti untuk segelintiran Melayu yang tamak kuasa dan mempunyai mentaliti ‘migrant’ yang tidak akan dapat ditanggalkan dari imej ini buat selama-lamanya.
Kita tidak tahu bagaimana lagi UMNO hendak menyelamatkan diri mereka untuk masih menjadi parti yang relevan untuk rakyat yang terlalu dahagakan pimpinan yang telus dan jujur untuk menempa hari muka yang mencabar. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tangguh p’raya: Alasan Najib tidak munasabah
Aspan Alias, | 27 Feb 2013 |

Sumber HD - 27-2-2013
Orang kemudian lebih mulia...?
Mohd Azmir bin Maideen, | 28 Feb 2013 |
Peperangan Yarmouk adalah pertempuran sengit yang berlaku antara Islam dan Rom Timur (Byzantine) selama enam hari pada tahun 636 M. Pertempuran tersebut merupakan salah satu pertempuran penting dalam sejarah dunia, kerana ia menandakan penguasaan kerajaan Islam di luar Tanah Arab, dan kemasukan Islam ke Palestin, Syria dan wilayah yang pernah menjadi perkembangan tamaddun Mesopotamia, di mana majoriti rakyatnya adalah penganut agama Kristian.
Pertempuran ini terjadi semasa pemerintahan Umar al-Khattab, khalifah Islam ke-II. Pertempuran ini juga merupakan salah satu kemenangan bagi Khalid al-Walid yang paling gemilang, dan mengukuhkan lagi reputasinya sebagai salah seorang panglima yang berkebolehan. Berdasarkan hal itu, ada pendapat mengatakan Umar mengambil keputusan memecat Khalid dari jawatan panglima perang kerana khuatir ketokohannya, kehebatannya, pengalamannya yang disanjung setiap kali pertempuran didakwa orang sebagai punca segala sebab kemenangan Islam. Pemecatan yang dilakukan oleh Umar itu kemudiannya disambut penuh redha oleh Khalid al-Walid tanpa sebarang bantahan.
Begitupun sejarah tidak dapat menafikan kehebatan seorang tokoh pejuang Islam yang tersohor dengan gelaran "Saifullah" ini, terutama sekali sewaktu peperangan Yarmouk. Khalid al-Walid telah mengendalikan perang ini dengan bertahan (defensive) dan kemudian melakukan serangan balas (counter attack) secara mengejut. Selama enam hari peperangan berlangsung akhirnya Rom berjaya dikalahkan pada hari itu juga. Kejayaan ini juga antara siri-siri kejayaan al-Quds dikembalikan ke tangan umat Islam.
Antara keistimewaan lain yang turut berlaku dalam perang tersebut ialah, kerajaan Islam yang dipimpin Khalifah Umar pada waktu itu mempertaruhkan sejumlah pasukan tentera yang jauh lebih kecil iaitu seramai 30 000 orang + 10 000 ekor kuda, berbanding tentera Rom seramai 240 000 orang. Namun pasukan Islam mampu bertahan, bahkan menang melawan pasukan yang sangat besar jumlahnya.
Peperangan Yarmouk ini membuktikan jumlah tentera yang ramai bukan elemen sebenar mengalahkan musuh. Kejayaan peperangan itu mesti dibuktikan dengan keazaman, ketaqwaan dan semangat jitu untuk mempertahankan agama Allah dan menyebarkan dakwah Islam.
Di sebalik kemenangan itu, turut tercatat bagaimana Islam begitu menghormati hak musuh. Mereka yang ditawan tidak sewenang-wenangnya dilayan seperti hamba abdi, sebaliknya hak mereka dipelihara menurut syariat. Apabila prinsip dan akhlak ini dijaga, hal itu membuatkan musuh yang menentang Islam menerima agama Allah ini dengan hati yang redha.
Dalam peperangan Yarmouk, seorang panglima Rom bernama George memeluk agama Islam setelah mendapat penjelasan daripada Khalid al-Walid mengenai Islam. George yang pada awalnya mengetuai unit serangan sayap kanan tentera Rom, meluru mara di hadapan pasukan tentera Islam dan melaung-laung nama Khalid Saifullah, seolah-olah ingin mencabarnya bersemuka satu lawan satu.
Taktik itu kemudiannya digunakan George sebagai peluang untuk bertemu Khalid al-Walid, tokoh panglima Islam yang digelar pedang Allah itu dan bertanya:
"Wahai Khalid, aku meminta kamu berbicara dengan jujur dan jangan berdusta, jangan kamu menipu dan kerana sesungguhnya orang yang budiman (orang yang beriman kepada Allah seperti kamu) itu tidak berdusta. Adakah benar bahawa Allah telah memberikan kepadamu sebilah pedang dari syurga kepada Nabi-mu? Kemudian pedang tersebut diserahkan pula kepadamu? Maka, atas sebab itu setiap kali pertempuran kamu tidak pernah tewas, bahkan kamu-lah yang menewaskan musuh (dengan pedang itu)?"
Khalid tersenyum menjawab, "Tidak. Kenyataanmu itu tidak benar."
"Lalu apakah sebabnya kamu dikenali Saifullah (Pedang Allah)?" George bertanya sambil merenung perdu mata Khalid yang dalam.
Khalid kemudian menjawab, "Ketika Allah mengutus Nabi Muhammad, seluruh kaumnya kerabatnya sangat memusuhinya, termasuklah aku. Aku adalah orang yang paling membencinya. Namun, selepas Allah memberikan hidayah-Nya kepadaku, maka aku pun masuk Islam. Ketika aku masuk Islam Rasulullah SAW menerimaku dan memberi gelaran kepadaku `'Saifullah' (pedang Allah). Bukanlah gelaran itu ku galas untuk berperang dengan orang bukan Islam, tetapi ingin mengajak kamu menjadi saksi..."
"Apa yang kamu panggil kepadaku tadi?," tanya George.
"Untuk menjadi saksi...," Khalid menyambung jawapannya, "Untuk menjadi saksi... bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah utusan-Nya. Kami juga ingin mengajak kamu supaya mempercayai bahawa segala apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah benar (memahami dan mendekati ajaran Islam)."
"Kalau aku tidak mahu menerimanya?" George bertanya lagi.
"Kamu diharuskan membayar jizyah, dan selama kamu membayar jizyah - nyawamu, hartamu dan segala milikmu berada di dalam pengawasan umat Islam. Selama kamu membayar jizyah, kami tidak akan membiarkan sesiapapun menumpahkan darahmu dan merosakkan harta bendamu, bahkan kamilah yang akan menuntut bela dan mempertahankan kamu dari segala ancaman."
"Bagaimana jika aku tetap tidak mahu membayarnya?," George cuba mencungkil jawapan yang lebih mendalam dari mulut panglima Islam itu.
"Apa jua perkara yang menimpamu, kami tidak akan membela dan memangku apa-apa tanggungjawab ke atas hal itu," kata Khalid.
"Bagaimanakah kedudukan seseorang jika ada yang memeluk Islam pada hari ini? Adakah keislaman orang itu sia-sia kerana tiada ganjaran pahala yang diterima olehnya di sisi Allah," George mengharap jawapan yang mencerahkan persoalannya.
Khalid menjawab, "Di hadapan Allah, kita sama semuanya, sama ada dia orang yang kuat, orang yang lemah, yang terdahulu atau yang terkemudian masuk Islam. Orang yang datang kemudian lebih tinggi kedudukannya daripada orang yang terdahulu memeluk Islam, kerana kami yang terlebih dulu masuk Islam, yakni menerima Islam ketika Rasulullah masih hidup dan kami dapat menyaksikan turunnya wahyu kepada Baginda SAW. Sedangkan orang yang masuk Islam kemudian, tidak menyaksikan apa-apa yang kami saksikan. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memeluk Islam yang datang terakhir, maka dia akan lebih mulia kedudukannya, malah lebih besar pahalanya kerana dia memeluk Islam tanpa menyaksikan bukti yang lebih meyakinkannya terlebih dulu."
Kemudian George berkata, "Jika begitu, mulai saat ini aku bertaubat untuk tidak lagi memusuhi Islam dan aku menyatakan diri masuk ke dalam agama Islam, wahai Khalid tolonglah ajarkan aku mengenai Islam."
Dengan wajah gembira Khalid mengajak George masuk ke dalam khemah dan mengajarnya menyebut 'syahadatain', kemudian Khalid mengajar George berwuduk dan mengerjakan solat dua rakaat bersamanya. Apabila tentera Rom mendapati George tidak keluar-keluar dari khemah tersebut, mereka mengira bahawa George telah dibunuh oleh Khalid al-Walid lantas mereka terus melancarkan serangan besar-besaran terhadap pertahanan umat Islam.
Selepas selesai mengerjakan solat, Khalid, George bersama tentera-tentera Muslimin meneruskan peperangan sehingga dalam pertempuran tersebut, George yang menyertai barisan kaum Muslimin terbunuh dan syahid di medan peperangan. Mulanya kafir, kemudiannya Mukmin dan diakhir hayatnya syahid.
Kisah ini mengenangkan kembali lembaran hadis tentang pertanyaan Rasulullah SAW kepada para sahabatnya, "Siapakah yang paling menakjubkan imannya?"
"Para Malaikat," jawab Sahabat.
"Tentu sahaja keimanan Para Malaikat dikagumi, kerana mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah menyatakan jawapan para sahabat kurang tepat.
Para Sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka menjawab lagi, "Para Nabi".
"Tentu sahaja Para Nabi itu hebat imannya, bukankah wahyu diturunkan kepada mereka?" Baginda mempersoalkan jawapan Sahabat.
"Mungkin kami (para sahabat Nabi)," celah seorang Sahabat.
"Masakan tidak, sedangkan kamu berada bersamaku," pintas Rasulullah SAW menyangkal hujah sahabatnya.
"Jika begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang Sahabat lagi, mengakui jawapan mereka yang tidak menepati kehendak Rasulullah.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka, mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membenarkan al-Quran dan beriman (melaksanakan) semua isi kandungannya (berjihad dengan harta dan nyawa). Merekalah orang yang paling menakjubkan imannya," jelas Rasulullah SAW. (Riwayat al-Bazzar)
Adakah kita termasuk dalam hadis yang dibicarakan oleh Baginda Rasulullah SAW di sini?
http://blog.tarbawi.my
Sumber HD - 28-2-2013
Zaman kini merupakan zaman yang amat mencabar. Kejahatan diberikan kedudukan istimewa, kebaikan dilihat janggal. Gejala ini nyata terlihat dalam sinema Melayu yang lebih mengagungkan tajuk-tajuk filem Juvana, KL Gangster, Karlos dan sebagainya seolah-olah watak-watak itulah yang seharusnya menjadi inspirasi anak-anak muda. Budaya-budaya ini akibatnya bekal menjadi simbol panutan generasi muda yang bakal menggantikan kepimpinan di masa akan datang.
Ketika itu kejahatan subur melata kerana sang penguasa terdiri di kalangan penganut politik 'kuku besi', hasil dari paparan pembudayaan golongan autokrat terhadap generasi muda.
Makna Kuku Besi
Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi mendifinisikan kuku besi bermaksud sifat ghairah mencengkam manusia supaya menuruti segala kemahuannya. Amat benci mendengar nasihat dan pandangan. Sifat ini lebih sinonim dikaitkan dengan pemerintah kerana mereka yang paling berkuasa menaja segala kejahatan.
Pemerintah kuku besi bakal memangsakan semua lapisan manusia yang berada di bawah mereka. Sama ada rakyat biasa, penentang, bahkan pengikut dan pembodek. Sama ada sedar atau tidak, semua menerima nasib yang sama. Sentiasa ditindas dan dinafikan hak.
Siapakah Mereka?
Mari kita menyelak lembaran wahyu, bagaimana Islam membayangkan sifat-sifat penguasa kuku besi. Nabi Muhammad SAW telah menyenaraikan enam perbuatan jahat yang bakal menghancurkan manusia :
“Naiknya kepimpinan yang bodoh, banyaknya polis, berjual beli soal hukum, mudah menumpahkan darah, memutuskan hubungan kekeluargaan, mengambil al-Quran hanya sebagai lagu sedangkan hanya sedikit dalam kalangan mereka yang benar-benar faham hak al-Quran.” - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani.
Pemimpin yang bodoh dengan istilah sufaha’ bermakna mereka yang buta membezakan antara hak dan batil. Kebodohan ini menyebabkan mereka akan bertindak dengan penuh zalim. Malah kebodohan itu dibiaskan kepada rakyat akhirnya semua lapisan masyarakat buta antara hak dan batil. Maka kekallah sang zalim dipilih terus berkuasa dengan rela oleh rakyat yang telah dibodohkan.
Banyaknya polis bukan bermakna bertambah makmur. Bukan untuk menjaga keselamatan rakyat. Sebaliknya diperbanyakkan polis semata-mata untuk berkhidmat menjaga tampuk kuasa penguasa. Digambarkan kejahatan jenayah yang paling besar adalah apabila rakyat tidak bersetuju dengan kerajaan. Dalam pada masa yang sama mereka melaung-laungkan konsep demokrasi yang dibangga-banggakan. Rakyat hidup dalam keadaan penuh ketakutan, bimbang didakwa tanpa bukti. Akhirnya terbentuklah "negara polis" tanpa disedari.
Berjual beli soal hukum dengan mengkhianati undang-undang sendiri yang telah diaktakan. Mereka bersifat dengan sifat yang ultra jahat apabila setelah mereka menetapkan undang-undang, mereka juga yang melanggar undang-undang. Hal ini disokong lagi dengan hadis lain yang menyatakan faktor sesebuah masyarakat hancur musnah kerana wujudnya amalan diskriminasi; berdasarkan sebuah hadis (bermaksud), “Sesungguhnya hancurnya generasi sebelum kamu kerana apabila golongan bangsawan yang mencuri mereka biarkan. Apabila golongan lemah yang mencuri, mereka kenakan hukuman.” - Riwayat Muslim
Mudah menumpahkan darah kerana mereka dirasuk sifat tamak kuasa. Golongan kuku besi bersedia bila-bila masa menyeksa sehingga membunuh demi mengekalkan kuasa. Asalkan dapat kekalkan kuasa, sanggup melakukan apa sahaja. Perangai jahat ini saling tidak tumpah dengan jenayah golongan jin yang asalnya dilantik oleh Allah sebagai khalifah di atas muka bumi. Oleh sebab mereka ketagih memporak-perandakan dunia dan menumpahkan darah, maka Allah melucutkan jawatan mereka sebagai khalifah. Jawatan khalifah tersebut kini disandang oleh manusia. Bermakna penguasa kuku besi sedang mengulang kegagalan jin untuk memakmurkan dunia.
Sanggup memutuskan hubungan kekeluargaan. Jika sanggup menumpahkan darah, apalah sangat memutuskan hubungan sosial dengan saudara dan taulan. Itu merupakan soal yang sangat kecil bagi mereka.
Hanya tahu al-Quran sebagai puisi yang dilagukan, novel yang dibaca bersempena dan seni kaligrafi yang indah. Mereka menilai al-Quran hanya sebagai seni. Mereka buat-buat tidak faham bahawa al-Quran merupakan perlembagaan yang perlu didaulatkan. Jika ada golongan yang menyeru agar dilaksanakan al-Quran, maka tindakan yang keras akan dikenakan. Mereka Islam tetapi memerangi kitab orang Islam.
Faktor Mengapa Mereka Berkuku Besi
Mengapa manusia yang fitrahnya inginkan kebaikan dan keharmonian tiba-tiba berubah menjadi makhluk perosak yang tamak haloba merampas hak rakyat? Hal ini dijawab oleh Nabi SAW di dalam hadis, bermaksud,
“Sesungguhnya roda Islam berputar, ikutlah putaran roda Islam. Sampai satu ketika antara al-Quran dan pemerintahan akan dipisahkan. Jangan kamu pisahkan diri kamu dengan al-Quran. Kamu akan dapati penguasa kamu hanya bekerja untuk diri mereka bukan untuk diri kamu. Sekiranya kamu taat, kamu sesat. Sekiranya kamu lawan, kamu akan dibunuh.” - Riwayat Tabarani
Baginda Nabi SAW menjawab bahawasanya berlakunya kebejatan kuku besi apabila manusia membakulsampahkan Islam. Dengan memisahkan Islam dengan sistem pemerintahan, akhirnya melahirkan golongan penguasa yang mementingkan diri. Sehingga Nabi SAW menyebutkan ciri utama mereka hanya bekerja demi keuntungan diri sendiri, bukan untuk kepentingan rakyat.
Ciri ini amat sesuai dengan perangai penguasa kuku besi seperti yang dijelaskan oleh Syeikh Abdul Rahman al-Kawakibi (maksudnya), “Golongan kuku besi memerintah rakyat ikut kehendaknya, bukan ikut kehendak rakyat. Mereka memerintah dengan nafsu bukan dengan syariat. Merekalah penentang kebenaran. Musuh kepada kebebasan.”
Dalam erti kata yang lain sekiranya kita merelakan golongan yang membakulkansampahkan Islam dalam hidup mereka sebagai pemimpin, maka sebenarnya kita sedang melahirkan penguasa kuku besi. Segala urusan bergantung kepada kepentingan mereka bukan kepentingan rakyat.
Merenung Kesalahan Kita
Timbul satu persoalan lain, mengapa kuasa kuku besi boleh kekal mencengkam hingga kini? Jawabnya, ini semua merupakan salah orang-orang yang mengangkat dan terus memilih mereka untuk terus kekal menjadi penguasa tanpa serik. Selagi ada golongan yang menyokong kejahatan, selagi itu kekallah penguasa kuku besi berkuasa menindas rakyat.
Nabi SAW telah menyenaraikan 15 dosa yang mengundang bala. Perkara ini telah direkodkan oleh Imam Tirmizi melalui sunannya, di dalam hadis yang bernombor 2210. Penulis meneliti, dosa-dosa yang disenaraikan adalah berkaitan salah laku politik yang menyebabkan munculnya penguasa kuku besi. Antaranya adalah:
“Apabila aset negara berlegar dalam kalangan orang-orang tertentu”. Allah mengurniakan perbendaharaan negara untuk dinikmati oleh semua. Malangnya ia dibolot oleh gerombolan penguasa kuku besi untuk terus menaja kejahatan mereka. Harta negara milik rakyat dijadikan sebagai modal untuk terus menipu dan menindas.
“Apabila amanah dijadikan sebagai keuntungan”. Di dalam bahasa wahyu, Allah dan Rasul SAW menggunakan istilah amanah dengan maksud jawatan dan kuasa. Islam mengajar bahawa jawatan merupakan tanggungjawab yang maha berat akan disoal di akhirat. Namun golongan penguasa kuku besi ghairah mencengkam kuasa. Hal ini kerana bagi mereka amanah kuasa sebagai peluang untuk memenuhkan tembolok sendiri seterusnya dikongsi oleh seisi kroni.
“Pemimpin mereka adalah dalam kalangan yang paling jahat dalam kalangan mereka”. Hal ini merupakan faktor utama mengapa penguasa kuku besi boleh kekal berkuasa. Mereka dipilih sendiri oleh rakyat yang buta kebenaran. Manusia telah disesatkan dari fitrah mereka yang mahukan orang yang paling baik diangkat sebagai pemimpin.
Gerakan menyesatkan minda manusia telah dibentangkan oleh Theodore Herzl di dalam Protokol Zionis yang menggariskan:
“Politik sama sekali tiada persamaan dengan moral. Pemimpin yang bermoral adalah pemimpin yang lemah dan kurang mahir. Orang yang mahu menjadi pemimpin perlu memiliki sifat licik dan pandai menyakinkan orang lain (walaupun dalam perkara batil).”
Amat jelas racun pemikiran yang telah disuntik oleh zionis. Hingga kini kita mudah mendengar pandangan ramai bahawa orang yang berakhlak dan bermoral adalah lemah dan tidak pandai mentadbir. Sedangkan Islam melihat akhlak dan kejujuran merupakan kekuatan utama seorang pemimpin. Kemahiran mengurus boleh diasah. Manakala amanah dan kejujuran tidak boleh dibuat-buat. Sangat pelik manusia boleh beriman dengan cara berfikir ‘tidak mengapa pilih orang yang jahat sedikit asalkan dia pandai mengurus’.
Maka disebabkan kecacatan dalam berfikir dan memilih, menyebabkan manusia terus melantik orang yang paling jahat dalam kalangan mereka sebagai penguasa.
Allah telah merakamkan kesalahan rakyat yang tidak serik memilih manusia yang jahat sebagai pemimpin mereka menyebabkan mereka turut dihumban ke dalam neraka:
“Dimuliakan seseorang kerana takut akan kejahatannya”. Apabila penguasa kuku besi terus diberi peluang berkuasa, mereka terus membuat onar yang menyebabkan rakyat terdidik dengan kejahatan lalu takut untuk melawan akhirnya lali dengan kejahatan. Semakin merasuah, semakin zalim, semakin menipu, semakin diberi ‘kurnia’ oleh rakyat agar kekal berkuasa.
Baginda Nabi SAW tegas tidak mengaku sebagai umat terhadap golongan yang takut menyatakan pendirian di hadapan penguasa yang zalim,“Apabila engkau melihat umatku takut untuk menyatakan penegasan terhadap orang yang zalim ‘Wahai orang zalim’. Maka diterima ucapan selamat tinggal buat mereka.” - Riwayat Imam Ahmad dan Tabarani
Berdasarkan apa yang telah dipesan oleh Nabi SAW, penguasa yang zalim akan terus berdiri kukuh selagi rakyat memilih mereka. Selagi kejahatan mereka diberi kerjasama oleh rakyat, selagi itulah mereka megah berkuasa.
Oleh itu, Allah turut menyeksa golongan pengundi yang memilih penguasa kuku besi atas kesalahan bersubahat dengan kezaliman.
“Mereka berkata wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami hanya mentaati pemimpin dan penguasa kami. Maka dengan sebab itulah mereka menyesatkan kami.”
“Wahai Tuhan kami, timpakanlah mereka azab yang berganda dan laknatlah mereka dengan laknat yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 67-68)
Maka tidak hairanlah Nabi SAW menyenaraikan antara dosa yang mengundang bala Allah adalah dengan memilih golongan jahat sebagai pemimpin. Hakikat yang perlu disedari, penguasa kuku besi itu sendiri merupakan bala bencana dari Allah. Bahana untuk semua.
Solusi
Islam mengajar kita supaya berani dan bertekad. Untuk menumbangkan penguasa kuku besi, tiada jalan lain melainkan dengan nekad. Ganjaran syahid antara cara Allah memotivasikan penolong agamanya supaya nekad menentang penguasa kuku besi yang memiliki segala kekuatan iblis.
Ya, memang mereka mampu lakukan apa sahaja. Tetapi jika kita tidak takut dengan mereka, apa yang mereka mampu buat? Inilah bagaimana kuasa-kuasa kuku besi dunia runtuh menyembah bumi apabila ‘kuasa nekad’ telah menguasai rakyat.
Oleh itu Nabi SAW telah menyatakan nekad merupakan satu-satunya jalan menumbangkan kuasa kuku besi dengan sabdanya (bermaksud), “Jadilah seperti pengikut setia Nabi Isa. Walaupun mereka tubuh mereka digergaji, walaupun tubuh mereka dipaku dengan kayu. Mati dalam ketaatan Allah lebih mulia dari hidup melawan Allah.” - Riwayat Tabarani.

Pemerintah kuku besi, rakyat derita
Abdul Mu’izz bin Muhammad, | 04 Mac 2013 |

Mencari negara impian
Nik Azri bin Nik Mohamed Arriff, | 04 Mac 2013 |
Setiap detik tanpa disedari, kita sebenarnya hidup dalam impian khusus dan tersendiri sama ada sekadar datang di kotak pemikiran kemudian berlalu pergi atau harapan tersebut diterjemahkan secara realistik melalui tindakan yang konstruktif. Mungkin salah satu impian murni itu termasuklah keinginan untuk melihat negara tercinta, Malaysia berada di landasan negara suci bersyariat, dipayungi barisan saf pemimpin beramanah yang sentiasa bahu-membahu dengan sekalian rakyat jelata ke arah cita-cita memenangi wawasan duniawi selain memiliki kejayaan ukhrawi. Impian ini sentiasa hidup, subur dalam hati nurani warganegara malaysia. Sejarah serta nostalgia, andai dibuka lipatan khazanahnya satu per satu, tentu sekali akan memaparkan kisah agung sewaktu kegemilangan Rasulullah SAW menyebarkan kalimah tauhid di kota tamadun umat Islam, Madinah al-Munawwarah. Di situlah, lahirnya bumi subur untuk tanaman dan ternakan, ditunjangi oleh akidah rakyatnya yang kental. Khalifah-khalifah sejati pun telah mewarnai rekod unggul kepimpinan Islam sehingga memberi contoh terbaik kepada manusia sejagat. Mereka mentadbir menggunakan sifat amanah dan timbang tara keadilan.
Dalam konteks ini, sifat amanah dan keadilan dibicarakan sangat jelas dalam kalam suci al-Quran. Firman Allah SWT, surah an-Nisa ayat-58 yang bermaksud:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil. Sesungguhnya, Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.”
Hakikatnya, kekuatan sesebuah negara bukan semata-mata tergambar kepada hasil-mahsul yang dimiliki atau sejauh mana wilayah taklukan tetapi lebih penting ditandai oleh kefahaman warganegaranya terhadap falsafah tauhid, serta memahami tugas besar selaku khalifah Allah di muka bumi dalam misi siginifikan memartabatkan ad-din.
Menurut Dr Hamka dalam Tafsir al-Azhar, asbabun nuzul bagi ayat tersebut mempunyai kaitan amat rapat dengan peristiwa penerimaan kunci Kaabah daripada Uthman ibn Talhah kepada Rasulullah SAW. Simbolik penerimaan itu merupakan sifat amanah, prinsip keadilan, dan ciri luhur seorang pemimpin. Latar belakang yang sama ditafsirkan oleh para mufassirin yang lain. Oleh itu, perspektif adil tidak patut dilihat pada sudut yang kecil malahan merangkumi kesemua aspek daripada sebesar-besar kehidupan bernegara sehinggalah ibadah harian.
Asbabun nuzul yang serupa dijelaskan oleh Ibnu Kathir dalam tafsirnya iaitu Tafsir al-Quran al-Azim. Ibnu Kathir menambah bahawa Rasulullah SAW selepas itu memasuki Baitullah sewaktu Fathu Makkah dan membaca ayat, “Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).” Sejurus itu, Rasulullah SAW menyerahkan kunci Kaabah kepada Uthman ibn Talhah kembali. Bagi ayat “... dan apabila kamu menetapkan hukum antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menetapkan hukum dengan adil ...,” Muhammad bin Ka’ab, Zaid bin Aslam, dan Syahr bin Hausyab menyatakan, “Sesungguhnya ayat ini diturunkan untuk para umarak iaitu para pemutus hukum antara manusia.”
Bertepatan dengan surah an-Nisa ayat 58 ini, maka sewajarnya seluruh umat Islam mengambil pengajaran dan iktibar tentang realiti politik semasa, mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW semasa memimpin ummah. Rakyat yang celik siasah pasti mempengaruhi tata cara bernegara. Akhlak mulia mengatasi politik ketakutan (politics of fear) termasuk sindrom penafian (denial syndrome). Bagi membentuk negara yang berdaya saing tetapi mematuhi akar keimanan dan hukum Allah SWT, pasak kepimpinan sendiri perlu utuh mengimani dan meyakini ayat-ayat al-Quran dan melaksanakannya dengan sedaya hati.
Secara sosiologi, hal ini melibatkan pilihan rakyat terhadap corak pemerintahan yang ingin dibina dalam negara. Rakyat keseluruhan perlu memahami jenis kerajaan bakal dibentuk melalui sistem yang dirangka dan diguna pakai dalam sesebuah negara. Di Malaysia, sejak pascamerdeka, sistem demokrasi berparlimen dilaksanakan untuk memilih tonggak kepimpinan atau kerajaan dalam tempoh lima tahun. Melalui wadah berikut, rakyat yang bijaksana sentiasa mengikuti perkembangan isu-isu paling berpengaruh bagi landskap politik terkini tanpa emosi berlebihan ataupun menolak semangat partisan melampau sebelum memutuskan suatu pilihan terbaik untuk masa depan generasi mendatang Malaysia.
Secara langsung, rakyat perlu diterapkan dengan pemikiran sihat dan budaya politik matang supaya mereka faham tentang keperluan menuntut kerajaan adil dan saksama di negara ini. Kefahaman terhadap sesuatu perkara amat diperlukan agar pertimbangan dapat terlaksana mengikut lunas-lunas syariat. Sekiranya masyarakat diterapkan dengan konsep siasah syar’iyyah dan kesan-kesan kebaikan melaluinya, sudah pasti komuniti akan lebih cakna serta prihatin mengenai peristiwa yang berlaku di sekeliling, dasar yang digubal, malah model politik negara. Siasah syar’iyyah menurut Ibnu ‘Aqil merupakan apa-apa sahaja tindakan pemerintah yang membawa manusia kepada kebaikan dan menjauhkan keburukan walaupun tidak ditetapkan oleh Rasulullah SAW atau tidak terkandung dalam wahyu. Segala nilai makruf yang dibawa harus disokong dan diberikan penilaian sewajarnya.
Analogi Imam al-Ghazali selaku hujjatul Islam yang masyhur tentang siasah syar’iyyah amat menarik dan membawa kepada persoalan besar untuk didiskusikan secara akademik. Imam al-Ghazali merujuk syariat kepada dasar atau asal sesuatu perkara manakala kerajaan itu sebagai pengawal atau penjaga. Secara implisitnya, sesuatu yang tidak mempunyai dasar, pasti akan runtuh dan sesuatu yang tidak ada pengawal, pasti mudah hilang. Masyarakat perlu bertanya, apakah kerajaan telah berfungsi sebagai pengawal dan penjaga? Apakah negara tercinta ini sudah miliki dasar kukuh yang menegakkan kalimah tauhid?
Pertanyaan-pertanyaan seperti ini membuka ruang intelektual dalam kalangan rakyat apabila mereka mula tahu untuk membezakan kerajaan yang adil dan sebaliknya. Setiap Mukmin yang kental mesti berusaha untuk menentukan pemimpin yang mengamalkan pentadbiran berkesan dan berwibawa (good governance) melalui proses maqasid syariah. Tujuan paling utama adalah untuk memastikan keselamatan masyarakat dari semua aspek seperti nyawa, akal, agama, kehormatan diri, dan harta-benda. Rakyat tidak boleh sekali-kali berada dalam zon selesa atau galak mencanangkan kegemilangan silam tetapi secara mendasar perlu menapis ideologi, persepsi, dan mentaliti mengikut sukatan syariah. Anak-anak muda perlu cega dengan permasalahan sosial yang berleluasa seperti jenayah, hedonisme, atau lebih bejat penyakit akidah.
Contoh terbaik yang mesti diteladani oleh warganegara Malaysia pastinya gerakan pemuda Ashabul Kahfi yang memilih dengan iman bukannya perasaan, melawan dengan tauhid bukan sewenang-wenangnya bertaklid. Dikisahkan tujuh orang pemuda yang tumbuh sebagai belia beriman, mempertahankan akidah serta akhlak daripada dirosakkan oleh Dikyanus, pemerintah zalim. Mereka melarikan diri ke gua sambil melontarkan prinsip yang jitu seperti dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya:
“... dan Kami telah meneguhkan hati mereka sewaktu mereka berdiri lalu berkata: Rabb kami ialah Rabb langit dan bumi, kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain-Nya, jika kami menyembah selain daripada-Nya Nya bererti kami telah mengatakan penyelewengan yang sangat jauh’ ....” (Surah al-Kahfi : ayat 13)
Inilah falsafah unggul yang diwahyukan oleh Allah SWT khususnya untuk para pemuda supaya bangkit mempertahankan hak dan konsisten menentang kebatilan. Allah SWT menunjukkan kekuatan rohaniah yang dimiliki oleh gerakan Ashabul Kahfi sebagai manifestasi pentingnya masyarakat untuk berada di hadapan bagi membuat pilihan setepat mungkin. Di Malaysia, natijah kepada pilihan tersebut dijelmakan melalui polisi-polisi dalam ekonomi, pendidikan, dan kebajikan rakyat. Sesudah lima dekad merdeka, penilaian perlu dibuat segera sama ada roh Islam benar-benar disuburkan atau masih tenggelam bersama-sama retorik indah yang dilaung-laung untuk pihak tertentu. Ruang demokrasi mesti digunakan setulus-tulusnya oleh kita semua, rakyat Malaysia bagi meletakkan indikator kemajuan selari dengan barisan kepimpinan berintegriti.
Seterusnya, rakyat perlu menilai tentang kebajikan rakyat yang diamanahkan kepada pemimpin negara. Kita tidak mahu jurang antara rakyat terlalu besar malah menguntungkan para kapitalis sehingga ekonomi masyarakat miskin terus-menerus didaifkan tetapi dalam masa yang sama pemilik syarikat besar mengutip harta kekayaan. Indeks rasuah meningkat, integriti pemimpin sering dipersoalkan, sosial kacau-bilau, dan kemajuan pendidikan juga merosot merupakan sejumlah petanda kepada rakyat supaya berfikir tentang masa depan yang lebih baik. Rakyat miskin perlu diberikan perhatian sewajarnya supaya negara kekal aman dan tidak ditimpa musibah akibat perbuatan sendiri sebagaimana yang pernah dinukil oleh pemikir besar, Raja Ali Haji dalam Syair Nasihat:
Kehidupan rakyat janganlah lupa
Fakir, miskin, hina, dan papa
Jangan sekali tuan nan alpa
Akhirnya bala datang menerpa.
Walau bagaimanapun, untuk melakukan sesuatu keputusan, tindakan tidak boleh dibuat berdasarkan emosi dan kecenderungan tertentu. Dalam hal ini, rakyat perlu menyelami mutiara-mutiara naqli yang dititipkan melalui mukjizat agung dan wahyu unggul iaitu al-Quran. Hal ini sesuai dengan sifat al-Quran yang syumul, merentasi semua tempat dan zaman. Di sinilah keperluan rakyat untuk mengakrabi kandungan sucinya, belajar berhujah secara matang berdasarkan dalil dan nas. Jika fenomena ini tidak berlaku, sudah tentu umat Islam tidak akan proaktif dan sering dipandang rendah oleh para orientalis. Padahal seawal wahyu pertama lagi, Islam mengajar manusia dengan falsafah ilmu yang cukup besar - Iqra’.
Dasar ilmu dan metodologinya mesti menyerap ke dalam jiwa supaya pilihan terbaik dalam semua aspek seperti politik, ekonomi, dan sosial dilaksanakan dengan berkesan. Budaya membaca dan meneroka ilmu patut menjadi prioriti supaya masyarakat tidak terus terkebelakang diserapi racun modenisasi ciptaan Barat. Sejarah pada 300 Masihi menjelaskan segala-galanya tatkala runtuhnya jagat intelektual di Mesir apabila Perpustakaan Iskandariah dibakar oleh Julius Caesar sehingga inti pengetahuan dan peradaban bertukar wajah. Umat Islam hilang identiti, susut akhlak, malah lebih menyedihkan apabila politik Islam menjadi lemah. Penyelesaiannya, kerangka al-Quran merupakan nadi yang bakal menghidupkan kelangsungan hayat sesebuah negara termasuk Malaysia kerana berfungsi sebagai tunjang dan dustur umat. Isi kandungannya telah melewati segenap penjuru kehidupan merangkumi cara hidup bernegara, disokong oleh hadis dan pandangan ulama. Rakyat yang dekat dirinya dengan al-Quran bertindak sebagai modal insan dalam negara, mengemudi tenaga kerja dengan efektif di samping memberi pendapat mengikut hujah-hujah al-Quran yang komprehensif.
Syed Qutb dalam adikaryanya Ma’alim fit Thariq menyarankan masyarakat agar membentuk generasi Qurani bagi mengembalikan kejayaan umat pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat. Generasi Qurani yang unik inilah merupakan senjata paling ampuh dan selayaknya ditempatkan sebagai pengemudi negara tanpa rasa syak wasangka lagi. Syed Qutb menyebut bahawa mereka dapat diapungkan ideanya kerana menjadikan al-Quran sebagai pedoman hidup, panduan kehidupan, dan penanda aras paling besar dalam hayat mereka. Kini, tidak dapat dinafikan lagi betapa realiti di Malaysia sangat membimbangkan terutamanya apabila golongan yang mengalirkan ideologi mengelirukan kian menyusup masuk tanpa segan-silu.
Faham asing dari Barat yang membenci Islam dibiarkan menular dalam kalangan umat Islam sehingga mencabar kepimpinan Islam. Maka, setiap individu Mukmin perlu bertindak sebagai daie yang menyebarkan ayat-ayat al-Quran kepada kelompoknya sehingga hidayat al-Din atau hidayat Ilahi tersebar luas di pelosok alam. Untuk mendekatkan diri kepada al-Quran, umat Islam perlu membenarkan pengertian al-Quran sebagaimana takrifnya, mematuhi suruhan al-Quran dan meninggalkan tegahannya, memahami dan mengenali isi kandungan, menghayati dan menyebarkan ajarannya, memelihara kesucian dan mempertahan kemuliaan al-Quran, dan terakhir, membaca ayat-ayatnya sebagai ibadah kepada Ilahi selain membenarkan seluruh kandungannya. Semua pihak di Malaysia perlu tampil ke hadapan mengoptimumkan pembudayaan al-Quran supaya tertegaknya kekuatan ummah dan mampu menepis cemuhan terhadap Islam menggunakan ayat suci al-Quran.
Tanpa persoalan lagi, seluruh rakyat perlu kembali kepada ajaran al-Quran. Di tangan rakyat Malaysia sendiri, terletaknya pilihan sama ada untuk melihat dan menghayati generasi baharu yang tumbuh dengan teras agama atau tumbuh subur bersama-sama pendidikan seimbang dari segi material dan spiritual. Demokrasi unggul tidak boleh dijadikan sebagai cogan kata yang dicanang-canangkan secara keterlaluan sedangkan masalah semakin serius, namun dapat dijadikan alat yang berfungsi sebagai medium untuk masyarakat memilih apa yang terbaik untuk diri mereka sendiri.

Masa depan yang terjamin, akidah yang suci, dan taraf kehidupan lebih teratur amat diimpi-impikan oleh semua rakyat Malaysia. Masyarakat yang datang daripada pelbagai lapisan termasuk ilmuwan, guru, penjawat awam, polis, tentera, peniaga kecil serta besar, mahasiswa, dan lain-lain bangkit membina ketetapan: mahukan keadilan buat semua! Dari desa ke bandar, masyarakat menjadi celik siasah. Mereka kini memahami erti amanah dan makna keadilan, secara serius mengetahui betapa perlunya kita kembali dipimpin oleh nur al-Quran. Tidur atau jaga, bangkit atau lena, rehat atau bekerja, segala-galanya kini terpusat kepada kekuatan pimpinan yang saksama melalui pilihan-pilihan terbaik yang akan diputuskan oleh kita semua.
Kesimpulannya, masalah umat Islam bukanlah terletak kepada kekurangan komoditi atau kemahiran tenaga kerja tetapi banyak diruntuhkan oleh insan-insan haloba dan tidak memahami gagasan besar dalam Surah an-Nisa ayat 58 kerana mereka diberikan amanah tetapi tidak menyempurnakannya, apabila menetapkan hukum, mereka tidak berlaku adil terhadapnya. Oleh itu, rakyat mesti berusaha mencari kebenaran dan menegakkan keadilan sosial berdasarkan pola politik mengikut syariat selain meniti landasan al-Quran. Ternyata, kehidupan ini amat sementara; pemimpin negara datang dan pergi, generasi lahir dan tersebar, namun akhirnya kebenaran Islam tetap unggul di persada. Benarlah firman Allah SWT dalam, maksudnya:
“Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji sesiapa antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk : ayat 1-2)
Semoga impian untuk menghidupkan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, negara yang aman, makmur, serta mendapat keampunan Allah SWT dapat direalisasikan dan terus subur di hati manusia bergelar Mukmin.
* Nik Azri bin Nik Mohamed Arriff berasal dari Kampung Raja, Terengganu. Nik Azri kini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.
Kesimpulannya, masalah umat Islam bukanlah terletak kepada kekurangan komoditi atau kemahiran tenaga kerja tetapi banyak diruntuhkan oleh insan-insan haloba dan tidak memahami gagasan besar dalam Surah an-Nisa ayat 58 kerana mereka diberikan amanah tetapi tidak menyempurnakannya, apabila menetapkan hukum, mereka tidak berlaku adil terhadapnya. Oleh itu, rakyat mesti berusaha mencari kebenaran dan menegakkan keadilan sosial berdasarkan pola politik mengikut syariat selain meniti landasan al-Quran. Ternyata, kehidupan ini amat sementara; pemimpin negara datang dan pergi, generasi lahir dan tersebar, namun akhirnya kebenaran Islam tetap unggul di persada. Benarlah firman Allah SWT dalam, maksudnya:
“Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji sesiapa antara kamu yang lebih baik amalannya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk : ayat 1-2)
Semoga impian untuk menghidupkan baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, negara yang aman, makmur, serta mendapat keampunan Allah SWT dapat direalisasikan dan terus subur di hati manusia bergelar Mukmin.
* Nik Azri bin Nik Mohamed Arriff berasal dari Kampung Raja, Terengganu. Nik Azri kini belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 4-3-2013
Cubaan Umno-BN melalui medianya TV3 dan Utusan Malaysia yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan pembangkang Pakatan Rakyat dengan isu pencerobohan di Sabah bukan suatu tindakan yang bijak. Hal ini kerana, tindakan itu menambahkan lagi persepsi penyokong PR bahawa kejadian kejadian itu adalah sandiwara Umno-BN demi kelangsungan politiknya.
Hakikatnya, saya bersangka baik bahawa pencerobohan ini tidak ada kena mengena dengan kehangatan rakyat menanti pembubaran parlimen dan berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Apatah lagi ketika semua pihak memberi tumpuan 100 peratus kepada persiapan dan kempen PRU13.
Tambahan pula Pakatan Rakyat (PR) dalam kedudukan menyerang dengan pelbagai fakta dan isu. Sementara Umno-BN pula dilihat dalam kedudukan bertahan dan hanya mampu menyerang balas PR melalui isu-isu emosi seperti ketuanan Melayu, kalimah Allah dan beberapa lagi. Umno-BN juga sedar bahawa mereka tidak mampu menjawab apatah lagi menangkis pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh PR.
Dalam suasana bertahan ini, isu pencerobohan sekumpulan tentera Sulu dilihat oleh sesetengah pihak dapat meredakan tekanan yang diterima oleh Umno-BN dan seterusnya menenggelamkan beberapa isu penyelewangan termasuklah salahguna dana LTAT serta manifesto PR.
Namun, di sebalik semua ini timbul lebih banyak persoalan daripada jawapan. Apabila difikir-fikirkan, bagaimana sekumpulan tentera bersenjata boleh menerobos negara dengan begitu mudah dan menduduki suatu kawasan. Adakah kawalan pasukan keselamatan di Sabah begitu rendah tahapnya? Atau tentera sultan Sulu ini begitu cekap dan licik serta canggih teknologi sehingga berjaya menyelinap masuk tanpa disedari pasukan keselamatan?
Jika dengan sepasukan kecil dan peralatan terhad seperti itu dengan mudah memasuki negara, bagaimana pula jika yang datang itu dengan kelengkapan yang besar? Adakah kita bersedia menghadapinya?
Benarkah tujuan mereka mahu menuntut Sabah sebagai milik mereka? Apa perlunya mereka menghantar sejumlah kecil jika hendak berperang dan merampas sabah?
Sesungguhnya, banyak lagi persoalan yang bersarang di kepala. Namun, akibat sumber berita dan maklumat yang begitu terhad dan rahsia maka rakyat telah membuat pelbagai andaian. Tidak cukup dengan itu, pelbagai berita dan khabar angin yang cuba dieksploitasi bagi memburukkan musuh politik – bagi saya, sesuatu yang patut dielakkan.
Jika isu ini benar-benar suci dan bersih dan tidak kena-mengana dengan mana-mana pihak, amat wajar pihak kerajaan awal-awal lagi menyekat sebarang berita yang cuba mengaitkan pencerobohan ini dengan pihak PR dan menghalangnya daripada dipergunakan ke arah politik oleh mana-mana pihak sama ada kerajaan mahupun pembangkang.
Yang berlaku sekarang, selepas berita yang mengaitkan pemimpin pembangkang disiarkan dalam media utama tersebut, maka secara automatik pihak PR juga akan membalas tindakan itu dan segera mendakwa Umno-BN dalang di sebalik kejadian di Lahad Datu ini.
Pihak rakyat terutamanya penyokong PR akhirnya semakin sangsi dengan kejujuran kerajaan dalam isu ini apatah lagi banyak berita yang tidak jelas kesahihannya telah digunakan untuk memburuk-burukkan pembangkang.
Akibatnya, sebahagian rakyat kini sedang mencari-cari, apakah apakah ada udang di sebalik mi, yakni ada sesuatu yang dirancang oleh Umno-BN demi mengekalkan kuasanya? Saya berharap isu ini tidak dilakukan demi kelangsungan hidup Umno-BN. Bukan untuk mengambil kesempatan menangguhkan PRU yang sepatutnya diadakan. Hentikan apa-apa tuduhan yang cuba mengaitkan mana-mana pemimpin dengan pencerobohan ini.
Mari kita bersama-sama berfikir dan bersatu untuk menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan asing. Jangan biarkan rakyat dalam suasana keliru dan kita kehilangan anggota keselamatan seorang demi seorang. Segeralah selesaikan isu pencerobohan ini dan kembalikan keamanan di Sabah dan Malaysia amnya. Saya yakin tiada rakyat yang waras mahu menimbulkan huru-hara di negara ini atau mengambil kesempatan politik atas konflik semasa.
Biarlah tiada udang di sebalik mi. Mi tetap sedap dimakan tanpa udang jika dimasak dengan ikhlas dan cukup segala rencah lainnya. Tambahan pula, udang yang sedap dan besar agak mahal harganya.
Mencari udang di sebalik mi
Majdan Dagang, | 05 Mac 2013 |

Sumber HD - 5-3-2013
Tetapi dalam keadaan sekarang rakyat berhak untuk memberikan komen-komen kerana negara ini adalah hak rakyat dan merasakan keresahan dengan tahap keselamatan negara kita yang tercinta ini. Rakyat yang begitu lantang mengkritik tentang kelalaian kerajaan tentang pendatang asing ini tidak digemari oleh mereka yang membawa masuk mereka (pendatang asing) ini dahulu.
Rakyat merasakan tindakan membawa masuk pendatang asing itu sebagai satu pengkhianatan kepada negara tidak disukai oleh pihak yang mahukan pendatang asing itu berada di sini kerana politik dan kepentingan peribadi mereka. Bak kata perpatah ‘sudah terantuk baru hendak mengadah’ itu benar-benar terjadi. Tidak salah lagi pandangan orang ramai yang tindakan pimpinan negara memberikan kad pengenalan kepada ratusan ribu rakyat asing di Sabah dahulu merupakan satu isu keselamatan kepada negara kita.
Pencerobohan yang dilakukan oleh pengikut Sultan Sulu itu adalah pencerobohan yang dilakukan oleh mereka yang kita kenali. Malahan ketua kumpulan penceroboh itu adalah anak menantu kepada salah seorang ketua cawangan UMNO di Sabah dan seorang lagi penceroboh itu adalah besan kepada seorang lagi ketua cawangan UMNO di Negeri Bawah Bayu itu.
Pasukan polis kita tidak pula kemampuan untuk berhadapan dengan kumpulan bersenjata ini mungkin kerana tidak ada pengalaman berhadapan dengan situasi sebegini. Setakat ini PDRM hanya berpengalaman berhadapan dengan rakyat sendiri yang tidak berenjata seperti peserta rally Bersih dahulu sahaja. Kalau dengan rakyat sendiri yang lemah dan tidak bersenjata Polis kita menunjukan garang mereka yang hebat-hebat.
Penceroboh ini mungkin mempunyai kad pengenalan negara kita juga dan tempat mereka mendarat itu merupakan tempat yang mereka begitu ‘familiar’ dan bukannya tempat yang asing bagi mereka. Mereka begitu mengenali selok belok Lahat Datu, Kunak mahupun Semporna dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk bergerak secara mudah jika mereka melakukan pencerobohan.
Apabila ‘incursion’ ini berlaku satu perkara yang menjadi kehairanan bagi banyak orang awam yang memerlukan perlindungan pihak keselamatan kita bertanya, ‘kenapa Polis pula yang mengendalikan isu ini, kenapa tidak tentera kerana ini melibatkan ‘invasion’ orang asing dan kenapa begitu mudah nyawa anggota keselamatan kita melayang?’ Rakyat bertanya lagi kenapa tunggu sampai hampir tiga minggu untuk bertindak?
Apakah sebabnya begitu ramai anggota kita yang mati untuk berhadapan dengan hanya 200 orang penceroboh ke negara kita ini? Berapakah jumlah korban yang terpaksa kita alami jika seribu orang yang menceroboh? Secara matematiknya jika dua ratus orang penceroboh kita terpaksa mengorbankan 8 orang maka jika seribu orang yang menceroboh adakah kita terpaksa mengorbankan 40 orang?
Kenapa Najib tunjukkan sangat kenaifan beliau semasa memberikan sidang media tentang kematian anggota kita sedangkan beliau telah menjadi Menteri Pertahanan selama banyak tahun dulu? Kenapa Najib boleh berani bercakap yang anggota kita telah tertipu oleh musuh yang telah mengangkat bendera putih (menyerah) dan menembak anggota kita semasa anggota kita menghampiri mereka yang sudah mengangkat bendera putih itu?
Kata-kata Najib itu menampakkan sangat kenaifan beliau dan kata-kata beliau itu didengar oleh orang ramai, samada orang tempatan atau masyarakat antarabangsa. Tahukah Najib jika musuh itu yang mengangkat bendera putih adalah satu SOP (Standard Operation Procedure) yang pihak yang mengangkat bendera putih itu meletakkan senjata dan bergerak kepada pihak kita, bukannya kita yang bergerak kepada mereka?
Tetapi dalam kes ini Najib mengatakan yang anggota kita yang pergi menghampiri mereka yang mengangkat bendera putih itu. Bukankah ini membayangkan yang kita tidak mampu untuk memahami perkara yang mudah dan persoalannya bagaimana kita hendak mempertahankan negara kita jika kita diserang oleh musuh yang mempunyai senjata yang banyak dan bersama dengan persenjataan yang canggih?
Salahkah kita rakyat awam ini merasakan yang kita akan ‘crash even before taking off’ jika kita diserang oleh negara jiran yang mempunyai persenjataan yang canggih? Jika kita tidak tahu untuk mengendalikan kumpulan musuh yang menyerah diri bagaimanakah pihak kita hendak berperang dalam peperangan yang besar jika ia berlaku kepada negara kita?
Sekarang baru kita sedar yang selama ini pihak musuh telah bersedia untuk melakukan serangan terhadap negara kita dan kelalaian kita selama ini tidak membolehkan kita menyalahkan pihak mana-mana selain dari menyalahkan diri kita sendiri. Walaupun ramai rakyat merasakan yang mereka tidak mempunyai tahap keselamatan yang kukuh, tetapi kita setiap hari dijanjikan dengan jaminan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang baik oleh pimpinan kita.
Sesungguhnya apa yang dirasakan oleh ramai rakyat kita selama ini sudah kita rasakan sekarang ini. Kita tidak mempunyai tahap keselamatan yang sebenarnya. Itulah sebabnya jika orang ramai mengkritik tentang bahayanya di sempadan negara itu jangan dituduh rakyat dipergunakan oleh pihak lain kerana politik. Sekarang jelas isu rakyat Sabah yang mempunyai dua kad pengenalan ini benar-benar memakan diri kita sendiri. Jika rakyat asal sendiri mempunyau perasaan tidak sayang kepada negara kita masakan kita boleh menyandar harapan kita kepada pendatang yang kita berikan kad pengenalan itu?
Sekarang semua pihak yang bertanggungjawab cuba mengelak dari mengambil ‘accountability’ terhadap kelalaian pimpinan selama ini. Mereka yang bertanggungjawab hanya bermain politik dan menuduh Ketua Pembangkang yang mendalangi pencerobohan ini dengan mengambil kononnya ada laporan yang diterima dari pihak asing, khususnya di Filipina.
Pihak kerajaan hari ini menggunakan kesalahan sendiri untuk mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak pembangkang dan mereka masih ada masa untuk bermain politik kotor semasa kita sedang menunggu kedatangan pilihanraya umum ini.
Itulah sebabnya kita sepatutnya tidak memberikan keyakinan kepada mereka yang bercakap bergegar-gegar dan mereka yang siang malam mencium keris untuk menunjukkan kepahlawanan mereka sedangkan sekarang terbukti yang selama ini kita ditadbir oleh ‘faked leadership’ yang penuh dengan kepalsuan dan kekeliruan.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah sekarang ini akan membawa implikasi yang besar jika kita tidak mengendalikannya dengan betul. Kita tidak boleh lagi leka mendengar janji-janji keselamatan untuk kita lagi. Kita sendiri wajar melakukan usaha keselamatan ini. - http://aspanaliasnet.blogspot.com
Benarkah negara kita selamat?
Aspan Alias, | 05 Mac 2013 |
Kalau difikirkan sedalam-dalam apa yang berlaku di Sabah sejak tiga minggu yang lepas dan hasilnya (kematian lapan orang anggota keselamatan) yang kita terima, kita sedang berada di dalam keadaan yang begitu ‘crucial’. Masalah bagi kita pula dalam menghadapi isu seperti ini, kita tidak dapat memberikan komen kerana pihak kerajaan akan menjawab yang isu keselamatan seperti ini bukannya orang awam seperti kita untuk membuat komen.

Siapa luluskan Festival Future Music Asia Sepang?
Benci hendonisme, |
Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dengan perkembangan muda – mudi masa kini saya hairan kenapa dibenarkan berlangsungnya konsert parti “rave” berkonsepkan konsert terbuka dengan persembahan utama ialah DJ memutarkan lagu untuk pesta tarian sambil diselang seli dengan persembahan artis yang melibatkan budaya muzik house dan techno yang membawa budaya arak, dadah, dan pergaulan bebas.
Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema utama sebegini melibatkan pihak syarikat arak. Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan ransangan sesama mereka. Untuk durasi 6 – 8 jam apa-apa boleh berlaku.
Yang paling mengejutkan penaja utama ialah Pelancongan Malaysia yakni Kementerian Pelancongan Malaysia.
Adakah Majlis Perbandaran Sepang dan kerajaan Malaysia yang berteraskan konsep 1 Malaysia akan membenarkan menularnya pengaruh sosial bebas ini? Kenapa diluluskan acara sebegini?
Apakah kerana hiburan lantas dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?
Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan. Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk di anjurkan dikhayalak umum?
Tambah pula, dengan pengalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras?
Inginkah pihak yang meluluskan kosert terbuka ini menjadi pencetus budaya tidak sihat dikalangan muda-mudi generasi 1Malaysia yang akan datang?
Juga bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras? Penaja dan tema utama sebegini melibatkan pihak syarikat arak. Bayangkanlah juga muda-mudi kita penuh penghayatan sambil di kelilingi oleh arak dan pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang sudah pasti menimbulkan ransangan sesama mereka. Untuk durasi 6 – 8 jam apa-apa boleh berlaku.
Yang paling mengejutkan penaja utama ialah Pelancongan Malaysia yakni Kementerian Pelancongan Malaysia.
Adakah Majlis Perbandaran Sepang dan kerajaan Malaysia yang berteraskan konsep 1 Malaysia akan membenarkan menularnya pengaruh sosial bebas ini? Kenapa diluluskan acara sebegini?
Apakah kerana hiburan lantas dibenarkan lalu membelakangi dan mengabaikan lunas asas sebuah negara Islam malah mana-mana jua amalan ajaran agama yang menentang budaya hidup negatif sedemikian?
Muzik budaya DJ juga berteraskan arak, dadah dan pil mengkhayalkan. Tidak cukupkah kerajaan membenarkan kelab-kelab malam dan disko (yakni tempat tertutup) menjadi medan hiburan penggemar muzik dan kini diberi kebenaran untuk di anjurkan dikhayalak umum?
Tambah pula, dengan pengalakkan amalan minuman keras sambil berhibur di medan awam yang terbuka. Bukankah pengharaman promosi di tempat awam terbuka diharamkan kepada jenama minuman keras?
Inginkah pihak yang meluluskan kosert terbuka ini menjadi pencetus budaya tidak sihat dikalangan muda-mudi generasi 1Malaysia yang akan datang?
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 6-3-2013
Akhirnya kita bertemu 8 Mac kelima, dan parlimen masih di situ
Edy Noor Reduan, | 08 Mac 2013 |
Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanah air berlaku. Tarikh 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional.
Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa 'clue' atau 'leads' atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan 'wayang' seorang Mr Clean yang tidak berapa clean iaitu Pak Lah. Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz - modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Pak Lah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac.
Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac.
Saya masih ingat pada malam pengiraan undi itu awalnya dapat dilihat satu 'backdrop' besar yang tertera perkataan "Tahniah Paklah Kerana Berjaya Mengekalkan Majoriti 2/3" terpapar di dewan utama PWTC. Namun 'backdrop' tersebut hilang dari pandangan ditutup oleh kain hitam yang besar. Peristiwa penutupan 'backdrop' ini adalah satu semiotik menifestasi kekalahan Barisan Nasional, namun rakyat masih belum cukup menang walaupun jumlah pengundian seluruh negara menghampiri 50-50 dari sudut undi popular. Keputusan ini amat mengejutkan, lantas ia juga mengejut rakyat dari 50 tahun tidur yang tidak berapa lena. Rakyat terjaga terus dengan mata yang buntang memerhati perkembangan politik tanah air secara lebih serius.
Selepas Tsunami 8 Mac sehingga bertemu 8 Mac yang kelima iaitu hari ini, begitu banyak peristiwa yang berlaku dan seterusnya memberi impak kematangan kepada hampir semua rakyat Malaysia untuk bersama menyertai pertembungan era baru sistem dua parti. Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak mampu mengolah semua peristiwa yang berlaku di antara 'lima kali 8 Mac', namun cukuplah jika saya katakan rata-rata rakyat Malaysia hari ini telah mengambil tahu hal politik tanah air berbanding sebelum 8 Mac yang pertama. Setiap dari mereka tidak melepaskan peluang untuk celik politik dan ingin menjadi sebahagian dari sejarah perubahan negara dengan peranan masing-masing, ia perkembangan yang sangat sihat kepada Pakatan Rakyat dan sangat sakit kepada Barisan Nasional. Mengapa?
Saya jelaskan, pertembungan kali ini amat berbeza dari pertembungan terdahulu. Jika dulu mereka yang menyokong pembangkang dikatakan menongkah arus tetapi hari ini ia bukan lagi menongkah arus, sebaliknya ia adalah menyusuri arus kerana arus perubahan itu sangat deras dan tidak mampu lagi dibendung.
Lima kali 8 Mac menyaksikan sorotan isu-isu besar yang menarik perhatian umum, daripada kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah, penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan, ini semua berlaku ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga petrol dan barangan asas keperluan harian. Ketika rakyat tidak cukup duit nak makan dengan gaji seterusnya lambat lagi, ketika yang sama juga duit rakyat RM setengah juta digunakan untuk 'kenduri' pertunangan anak Perdana Menteri. Ini semua punya kesan yang mempengaruhi kederasan arus perubahan.
Lima kali 8 Mac juga menyaksikan keangkuhan, keganasan dan kezaliman pemerintah. Jangan sesiapa pun antara kita lupa bagaimana angkuhnya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78 sen per liter, ada yang bertumbuk di stesen minyak malam yang zalim itu. Bagaimana angkuhnya kerajaan memonopolikan pelbagai keperluan asas seperti harga gula yang naik dari RM1.20 hingga RM2.30 dalam lingkungan masa setahun setengah.
Lagi, kematian Kugan yang mati dalam lokap, Beng Hock dan Sarbini yang mati di bawah jagaan SPRM, adik Aminulrashid yang mati kononnya sebagai penjenayah dan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Malah dalam kes Aminulrashid, polis yang melepaskan 21 das tembakan akhirnya didapati tidak bersalah dan minggu yang sama seorang lagi anak bangsa terkorban apabila motornya ditendang polis berpakaian preman. Rakyat terkesan dan sedia untuk menyertai perubahan dengan persoalan yang bermain di minda "nasib yang sama akan diharungi jika ia berlaku di kalangan keluarga sendiri", maka adalah tidak selamat untuk terus memberi mandat kepada kerajaan yang mengamalkan 'negara polis' ini. Belum saya cerita apa yang berlaku pada Bersih 2 dan Bersih 3, rakyat jadi saksi.
Lima kali 8 mac juga menyaksikan negara ini dijual sehabisnya. Tanah rezab Melayu terus layu jumlahnya, Batu Putih lesap, Tanjung Pagar tergadai. Lagi, isu PKFZ tiada hujung pangkal, hilang berbelas bilion wang rakyat. Isu kapal selam scorpene yang melibatkan penyelewengan komisyen separuh bilion walhal kapal selam yang sama tidak mampu menyelam dan pembeliannya juga tanpa pakej torpedo menjadikan tambahan RM900juta wang rakyat perlu dihabiskan untuk sistem peluru berpandu, rakyat terus ditongongkan. Jet pejuang tanpa enjin, stadium runtuh bukan sekali malah dua kali runtuh, jambatan runtuh, makmal komputer runtuh. Saya tak mampu sebut semua, hanya yang terlintas sahaja yang sempat ditulis tetapi kesimpulannya tetap sama - rasuah penyelewengan cukup berleluasa dan rakyat menilai.
Dalam masa yang sama, lima kali 8 Mac juga memberi satu gambaran yang tidak mampu dipadam kebenarannya iaitu pentadbiran yang cekap dan amanah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mampu melakukan penjimatan yang menguntungkan rakyat. Prestasi cemerlang negeri Pakatan Rakyat bukan omongan syok sendiri tetapi diiktiraf sendiri oleh Jabatan Audit Negara lantas ia menjadi testimoni yang penting betapa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir malah Pakatan Rakyat punya pakej jauh lebih baik. Justeru itu, timbul faktor keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk mentadbir negeri, malah sedia untuk menerajui Putrajaya.
Semua ini rakyat Malaysia sudah tahu, sudah khatam, sudah hafal dan ada yang sudah jelak lagi muak. Rakyat sudah bersedia seutuhnya demi perubahan ini tidak sabar untuk menolak Barisan Nasional setelah habis mandatnya sejak 8 Mac lima tahun yang lalu. Namun malangnya sudah masuk lima kali 8 Mac rakyat masih tidak berpeluang untuk melaksanakan menifestasi yang bakal menamatkan pemerintahan 56 tahun Umno Barisan Nasional. Buat kali pertama dalam sejarah, parlimen belum dibubarkan selepas 5 tahun pilihan raya lalu, berlalu. Mengapa?
Ura-ura pembubaran Parlimen sudah kedengaran sejak suku keempat tahun 2011, ketika itu kita menjangkakan tidak sempat bertemu 8 Mac keempat tetapi hanya 'false alarm'. Dalam tempoh yang sama, Najib beberapa kali menyatakan hasrat untuk bubar namun sudah mencecah 8 Mac kelima, masih belum bubar. Daripada BR1M asalnya adalah 'one-off' yang bermaksud sekali bayar, kini sudah 'two-off' dan dijanjikan BR1M ketiga dengan rasuah yang lebih besar walaupun berbentuk 'janji', parlimen masih belum dibubar. Mengapa?
Persoalan mengapa parlimen belum dibubar untuk memberi laluan PRU-13 juga rakyat sudah tahu apa sebabnya - Umno Barisan Nasional akan kalah. Umno BN juga tahu mereka akan kalah, maka atas sebab yang sama parlimen belum mampu dibubarkan. Percayalah, sudah sampai satu tahap di mana jika Umno dan Barisan Nasional menipu pilihan raya sekalipun, mereka tetap tumbang di atas kebangkitan luar biasa rakyat Malaysia mencebur perubahan. Apa lagi yang mampu 'mereka' lakukan?
Baru-baru ini peristiwa besar melanda tanah air, peristiwa ini hadir 'tepat' pada masanya. Telah berlaku tuntutan ke atas negeri Sabah oleh 'Kesultanan Sulu' yang menyaksikan pencerobohan Lahad Datu dan mengundang kematian 8 orang perajurit negara setakat ini. Seperti yang pernah saya ulas sebelum ini, kematian berlaku di atas kelalaian pemerintah dalam membuat keputusan. Mengikut bacaan umum, hasil daripada tragedi Lahad Datu ini bakal menyaksikan Umno Barisan Nasional akan tumbang lebih besar dari jangkaan, malah jika isu Lahad Datu ini tidak mencelah pun Umno Barisan Nasional tetap akan tumbang menyembah bumi. Tetapi cuba fikir baik-baik, bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak tumbang kalau pilihan raya tidak menjadi pilihan untuk dilaksana dalam masa terdekat?
Tidak mustahil akan berlaku darurat dan pilihan raya akan ditangguh sehingga 'mereka' rasa selamat untuk masuk gelanggang pilihan raya, hanya selepas itu darurat dihentikan dan parlimen dibubar. SPR sendiri akui bahawa pilihan raya boleh ditangguh jika kemelut Lahad Datu dan Sabah berpanjangan.
Andainya peristiwa ini dikatakan sandiwara maka ramai yang akan melatah. Saya ingin berterus terang, tembakan yang berlaku adalah benar, letupan bom adalah benar, mereka yang terkorban adalah benar terkorban, tidak timbul soal hidup kembali bila dikait dengan perkataan 'sandiwara'. Jujurnya mereka yang terkorban adalah wira yang mempertahankan kedaulatan negara. Namun begitu, bagaimana terjadinya pencerobohan, bagaimana askar sulu tembus dan berkampung selama tiga minggu di Kampung Tandou tanpa tindakkan tegas pemerintah negara, bagaimana begitu banyak hal tidak masuk logik berlaku - ini menjadi tanda tanya yang sangat penting hingga timbul soal "apakah ia satu konspirasi"? Konspirasi ini dibaca oleh sesetengah pihak dengan bunyi 'plot' dan juga 'sandiwara'.
Konspirasi terancang seperti ini boleh disusun bermacam cara bergantung kepada objektif yang hendak dihasilkan, sama ada untuk satu polemik baru bagi menutup polemik sedia ada, atau untuk membeli masa, atau pelbagai lagi. Kesimpulannya, hampir semua isu semasa berjaya dilitupi dengan 'kanvas' Lahad Datu. Walau bagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu menjadi mengikut apa yang dirancang. Plot ini akhirnya tidak berjaya menjadikan Najib Razak seorang 'hero' baru kerana kegagalan Najib dan Kerajaan Malaysia mengendalikan konflik Lahad Datu dengan baik. Malah percaya dan yakinlah konspirasi yang menggugat kedaulatan negara ini gagal memberi bekalan positif untuk kempen Umno Barisan Nasional. Hanya yang Umno dan Barisan Nasional mampu lakukan ketika ini ialah, terus membeli masa dengan mengheret pertembungan pilihan raya ke masa tambahan semaksimum yang mungkin.
Mungkin esok berlaku pembubaran parlimen, kerana kebetulan esok adalah 8 Mac yang jatuh pada hari Jumaat. Tetapi harus diingat walaupun parlimen bubar esok (atau tarikh lain terdekat) kononnya kerana telah lama dirancang bubar pada sekian tarikh, masih tidak mustahil pilihan raya tidak menjadi pilihan dalam masa terdekat di atas alasan - keselamatan negara belum terjamin. Jangan lupa, plot masih berjalan.
Akhir sekali ingin saya rumuskan bahawa inilah nasib rakyat Malaysia, walaupun telah melampaui lima kali 8 Mac, dari 8 Mac 2008 bertemu 8 Mac 2013, keghairahan untuk menggapai perubahan masih tertangguh. Namun saya optimis mengatakan walau bila pun pilihan raya, rakyat akan tetap dengan istiqomah menolak Umno dan Barisan Nasional demi sebuah kerajaan rakyat yang baru bersama PM baru yang segak dan lulus pelbagai ujian.
Inilah masanya, inilah zamannya. Kita menjadi bukan sekadar menjadi saksi perubahan, tetapi menjadi sebahagian daripada agenda perubahan itu. Ingatlah, perubahan itu tidak boleh ditunggu, tetapi harus dituntut dengan segala kudrat dan kebijaksanaan.

Sumber HD - 8-3-2013
Bagaikan bermimpi, sudah 5 tahun berlalu rupanya PRU12 yang lepas. Saat dan detik yang pasti tidak dapat dilupakan dalam lembaran sejarah Malaysia. Pada 8 Mac 2008, 'tsunami' politik telah melanda tanah air ini sehingga merubah lanskap politik Malaysia. BN hampir tumbang pada saat itu, hilang majoriti 2/3 di parlimen, hilang kuasa di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, gagal menawan Kelantan serta kehilangan banyak kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ibu negeri yang lain.
Rakyat khususnya di Semenanjung memberi isyarat dan amaran yang tegas kepada BN. "Tak selamanya kamu boleh tipu kami dengan gula-gula yang ditaburkan tiap kali menjelang pilihanraya. Kami ingin ajar kamu bahasa peti undi dan kuasa rakyat.."
Menyorot kembali keputusan PRU lepas, ia menunjukkan pembangkang (PR belum ditubuh ketika itu) berpotensi besar di kerusi-kerusi urban, dan separa bandar. Antara faktornya ialah akses media baru sebagai alternatif kepada rakyat untuk membuat pilihan. Ia berbeza bagi BN yang mempunyai kelebihan sebagai kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya media arus perdana termasuklah TV, radio dan surat khabar.
Maka, tak menghairankan BN lebih berkubu di kawasan kampung, pedalaman, Felda dan juga 'fixed deposit' di Sabah & Sarawak. Pengundi di kawasan sebegini kurang terdedah kepada sumber maklumat alternatif dan mempercayai seboleh mungkin segala propaganda Utusan, Berita Harian, RTM & TV3. Sebagai bukti, PR mampu menang di negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan hampir kesemua ibu negeri di Malaysia.
Mengikut pecahan kaum pula, PRU12 menunjukkan ketika itu kaum Cina dan India bangkit membuat perubahan manakala kaum Melayu agak kurang yang membuat perubahan. Maka hasilnya, PKR yang bertanding di kerusi campuran kaum dan DAP yg bertanding di kerusi majoriti kaum Cina mendapat kerusi yang lebih banyak berbanding PAS. Contoh yang paling mudah, kes di Perak di mana DAP mendapat kerusi DUN paling banyak manakala PAS mendapat paling sedikit.
Mengikut faktor geografi pula, arus 'tsunami' ini deras melanda di sebelah Pantai Barat dan Utara sahaja. Di sebelah Pantai Timur dan Selatan pula hanya tempias sahaja yang melanda. Maka hasilnya, BN masih kekal berkuasa di Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu. Di Negeri Sembilan pula, BN gagal mendapat 2/3 kerusi Dun kerana kerusi campuran telah dimenangi DAP dan PKR.
Di Sabah dan Sarawak pula jelas menunjukkan ketika itu, mereka sebagai penyelamat kerana berjaya menyumbangkan 55 kerusi parlimen kpd BN berbanding pembangkang hanya mendapat 2 kerusi (Kuching dan Kota Kinabalu). Di Semenanjung, BN hanya menang 85 kerusi manakala pembangkang pula mendapat 81 kerusi. BN juga gagal mendapat undi popular di Semenanjung iaitu 49% berbanding 51% dimiliki pembangkang.
Episod baru politik Malaysia ini tak terhenti di situ. PM, Pak Lah gagal untuk memimpin kerajaan baru pada 2008 ini dengan teguh sepertimana PRU 2004. Beliau ditekan daripada segenap sudut, dari dalam mahupun luar. Antara yang utamanya ialah drama "Kerajaan Baru 16 September" tajaan Anwar dan juga konspirasi kudeta rampasan kuasa di Perak. Akhirnya beliau berundur dan menyerahkan baton PM kepada penggantinya, Najib Razak. Senario politik Malaysia terus berwarna-warni dengan kemunculan NGO tajaan Umno iaitu Perkasa dan deretan NGO lain yang atas namanya pelbagai tapi hakikatnya ia dimiliki BN mahupun PR.
Setelah itu, giliran Pembangkang pula diuji iaitu 'katak-katak' pun muncul melompat ke seberang. Walaupun mereka tidak menyertai BN secara terus tetapi hakikatnya mereka adalah 'bebas' yang pro BN. Antara aktor utamanya ialah Ibrahim Ali, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, dan Zulkifli Nordin.
PRU13: "Harapan baru untuk rakyat atau perubahan yang membawa padah..?"
Kini, pada bila-bila masa sahaja PM, Najib akan mengumumkan pembubaran parlimen dan sekaligus PRU13 akan dilangsungkan.Buat pertama kalinya, kelihatan PM begitu takut untuk membubarkan parlimen sedangkan mandat yang diberikan oleh rakyat secara moralnya tamat pada hari ini 8 Mac setelah genap 5 tahun. Tidak dapat dipastikan mengapa kali ini parlimen begitu lambat dibubarkan..? Mungkin sebab PM masih mencari masa yang terbaik pada ketika sekalian rakyat jelata merasai manisnya gula-gula yang diberikan itu atau mungkin juga PM belum yakin akan kemampuan BN utk kembali ke Putrajaya setelah kuasa yang ada sekarang diserahkan kepada rakyat.
Antara faktor lain yang menarik untuk kita perhatikan pada PRU13 ini ialah kecenderungan rakyat untuk membuat perubahan. Setakat ini, kelihatannya kaum Cina begitu kuat dan bersemangat untuk menukar kerajaan baru, kaum India sebahagian besarnya sudah mula berpatah balik kepada BN manakala kaum Melayu..? Kaum Melayu masih dalam dilema kerana mereka yang di pedalaman mahupun golongan intelektual ada yang termakan dengan momokan ‘jika PR menang, habislah nasib kita orang Melayu, Islam akan diketepikan, Raja akan hilang kuasa’ dan bermacam lagilah igauan mimpi ngeri yang cuba ditanam dalam minda orang Melayu. Maka usahlah dihairankan apabila munculnya Third Force, arus baru yang mengaku mereka tak berpihak kepada mana-mana tetapi hakikatnya mereka adalah penyelamat kepada BN antaranya ialah Jati dan juga Isma.
Di samping itu, PRU13 ini adalah "perang alam siber". Jika PRU 2008 dahulu, ruang vakum internet ini dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang melalui blog, Youtube dan portal berita kini, BN telah pun menyedari kealpaan mereka dahulu. Maka medan pertempuran maklumat di alam maya ini sama ada melalui Facebook,Twitter, Youtube dan Blog menjadi persaingan hebat antara PR vs BN. Pelbagai kaedah dan strategi digunakan sehingga kadangkala ia melampaui batas seperti sebaran fitnah dan gambar yang diubah suai sesuka hati mengikut selera kecenderungan parti masing-masing. Begitu hebatnya penangan media baru ini begitu jelas dapat dilihat seperti contoh fenomena "Listen, Listen, Listen", "Ini semua salah Anwar", dan bermacam lagi virus maklumat yang begitu cepat tersebar dengan adanya fungsi button "share" di FB.
Sebagai akhirnya, PRU13 ini adalah cabaran getir buat kedua-belah pihak. BN akan berusaha dengan begitu bersungguh seperti mana amanat Presiden Umno, Najib pada 2010 iaitu "walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!".
PR pula yang dikemudi oleh Anwar seboleh mungkin memacu bersama PKR, PAS dan DAP ke mercu kuasa Putrajaya. PAS dilihat memikul cabaran yang paling getir kerana secara tradisinya akan bertanding di kerusi majoriti Melayu sedangkan kelihatannya setakat ini arus perubahan dalam kalangan kaum Melayu masih belum cukup kuat untuk mendayung bahtera ke Putrajaya.
Impian PR untuk sampai ke Putrajaya hanya akan menjadi realiti sekiranya berlaku perubahan besar di Sabah dan Sarawak, serta kaum Melayu dan India turut sama dengan arus perubahan. Dan sememangnya, faktor pengundi muda khususnya Generasi Y yang sifatnya kritikal dalam menilai juga akan menjadi salah satu faktor utama penentu dalam PRU 13 ini. Pengundi lain juga secara umumnya sudah semakin bijak dalam menilai dan membuat pilihan dengan syaratnya akses media yang adil sampai ke segenap lapisan masyarakat.
SPR pula sebagai pengadil perlawanan perlulah menunjukkan kesungguhan dan komitmen mereka dengan berani, telus dan adil untuk mengendalikan the mother of all election yang dijangka paling sengit dalam sejarah Malaysia ini.
Sebagai Muslim, kita tetap yakin dan percaya bahawa tiada kerajaan yang mampu kekal berkuasa selamanya kerana kuasa itu sebenarnya adalah milik Allah. Pemimpin yang dipilih itu perlu melaksanakan amanah dengan panduan dan suluhan wahyu Al Quran dan As Sunnah. Segala perancangan dan tipu daya yang dibuat manusia yang angkuh untuk kekal di puncak kuasa takkan mampu untuk melawan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Yang Maha Berkuasa.
Selamat mengundi. Laksanakanlah hak anda untuk memilih pemimpin dengan pertimbangan akal dan iman demi masa depan baru tanah air Malaysia kita yang tercinta ini.
Penulis ialah mahasiswa tahun akhir jurusan Sains Politik UIAM.
PRU12 dalam kenangan, PRU13 di persimpangan
Syed Ahmad Fadhli, | 08 Mac 2013 |

Penulis merujuk ayat 41 Surah Ar-Rum yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”
Kita akui bahaya ancaman itu, tetapi sayangnya amaran daripada kitab suci itu hanya ditujukan kepada Kedah dan Kelantan sahaja, kenapa tidak Pahang yang sinonim dengan penebangan balak dikaitkan?
Saya faham tulisan yang dibangkitkan itu semata-mata untuk menyokong isu-isu menjelang pilihan raya umum yang sedang dibangkitkan oleh media-media Umno, namun seelok-eloknyanya apabila menghukum biarlah adil. Itu juga tuntutan al-Quran.
Sebagai anak Pahang dan tinggal di negeri ini, saya sendiri masih ingat sejak kecil dan kini meniti ke usia separuh tua, tidak pernah putus-putus melihat deretan lori balak di jalan raya. Maka saya tidak dapat bayangkan sudah berapa ribu juta batang balak yang sudah ditebang.
Sebenarnya amaran yang disebutkan itu mungkin baru ditemui penulis, sedangkan amaran al-Quran itu sudah lama dibangkitkan termasuk daripada PAS. Masih ingatkah tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993 dan tanah runtuh Bukit Antarabangsa 6 Disember 2008?
Pada ketika itu ‘kegilaan’ kerajaan Umno-BN ialah menarah dan membangunkan perumahan mewah di kawasan bukit bukau terutama di pinggir ibu negara.
Ketika itulah para ulamak terutamanya daripada PAS, ke hulu ke hilir menerangkan betapa bahayanya apabila alam sekitar dinoda dan dimusnahkan. Tapi ada pemimpin Umno kisah?
Peliknya, kenapakah penulis menghalakan amaran itu kepada Empangan Pedu sahaja, sedangkan kerosakan yang berlaku di Tasik Chini, Pekan lebih kritikal lagi. Penulis tidak wajar mengkritik berdasarkan emosi dan prasangkanya sahaja sedangkan Tasik Chini telah disahkan oleh penyelidik akan lenyap musnah menjelang 2030.
Akhbar yang sama (Berita Harian) sebelum ini melaporkan, betapa Tasik Chini yang diiktiraf sebagai kawasan Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bakal musnah pada 2030 akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan tidak terkawal di sekitarnya.
Perkara tersebut didedahkan oleh Felo Intelektual Awam Asia (API), Dr Hezri Adnan yang berkata tasik tersebut sedang ‘nazak’ hanya menunggu masa menjadi kering akibat pemendapan dasar tasik.
Barangkali Reeja Arbee tidak menemui artikel tersebut.
Bahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tasik lagenda itu akan musnah lebih awal lagi akibat pencerobohan hutan dan pelombongan yang tidak terkawal. PAS percaya berdasarkan realiti, kemusnahan akan berlaku lebih cepat daripada itu (2030) jika terus dibiarkan kawasan tadahan air di sekitar Tasik Chini terus diceroboh dengan penebangan balak yang melanggar Akta Alam Sekitar.
Apa lagi 1,000 penduduk Orang Asli di sekitarnya juga bakal pupus kerana kehilangan sumber pemakanan, ubat tradisional dan kesan penggunaan air tercemar.
PAS berpandangan, bukan sahaja Tasik Chini malah Tasik Bera dan Tasik Paya Bungor juga akan mengalami nasib yang sama kerana ternyata kerajaan negeri kurang prihatin. Sedangkan khazanah alam ini merupakan kurniaan Allah yang tidak ada di tempat lain.
Begitu juga dengan pencerobohan tanah tanpa kawalan di lereng bukit Cameron Highlands. Betapa lemahnya kerajaan Pahang dan kerajaan pusat membendung penyangak-penyangak alam sekitar yang merosakkan tanah tinggi di Cameron Highlands. Terdapat dua lokasi yang telah digondolkan oleh mereka iaitu berdekatan dengan Kampung Pos Terisu dan Sungai Palas yang berdekatan dengan ladang Teh Boh.
Jenayah alam sekitar tanah tinggi di Cameron Highlands bukanlah satu isu baru. Malah pernah disiarkan berita warga tanah tinggi itu tidak berpuas hati dengan kawalan pihak berkuasa lalu berdemonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Pahang.
Penebangan hutan simpan Lembah Klau, Raub untuk projek saluran air ke Selangor iaitu Loji Rawatan Air Langat 2 oleh kejaaan BN, lebih teruk lagi. Rata-rata berpendapat ia boleh menenggelamkan kawasan beribu hektar Hutan Simpan Kekal Lakum. Kesannya boleh mengorbankan kepentingan rakyat Pahang, selain menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Akibatnya, spesies habitat hidupan liar di sana pupus. Turut bakal terkorban, perkampungan Orang Asli suku Temuan di Bentong dan Orang Asli Sungai Temir kerana terpaksa ditenggelamkan bagi pembinaan Empangan Klau.
Sebab itu pembinaan empangan tersebut dianggap pemusnahan alam sekitar yang dahsyat sehingga dikritik hebat oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pencinta alam tempatan mahupun dan luar negara.
Begitu juga dengan pencerobohan hutan dara di sepanjang jalan ke Taman Negara, Jerantut.
Pembalakan haram dah lama berlaku sama ada melalui Padang Piol mahupun jalan darat yang masuk ikut Felda Lepar. Isu tersebut pernah didedahkan dalam akhbar Harakah dan didedahkan juga oleh Tv3, namun tiada tindakan dibuat.
Pendek kata, jenuhlah pencinta alam sekitar dan para ulamak berteriak memberi amaran namun tiada dari pihak kerajaan yang menganggapnya serius ketika itu.
Perkara yang sama terjadi di hutan Bukit Ibam Rompin, hutan Lepar di Maran dan hutan Bebar, Pekan. Sebenarnya banyak pembalakan haram di kawasan tadahan air dan hutan simpan kekal di Pahang, malangnya berita tersebut tidak barangkali tidak ditemui oleh kolumnis ini.
Terbaru, rombongan PAS Pahang menyaksikan sendiri kerakusan pencerobohan Hutan Simpan Kemasul dalam Dewan Undangan Negeri Pelangai, Bentong iaitu dalam kawasan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob sendiri.
Tidak cukup dengan itu, ada satu lagi kegilaan kerajaan BN sekarang iaitu meluluskan begitu banyak operasi lombong besi. Mungkin ia tidak salah, tetapi tanpa pemantauan rapi boleh memusnahkan alam sekitar.
Harakahdaily pernah menyiarkan rungutan penduduk di Luit dan Sri Jaya, Maran yang terpaksa menghirup abuk debu-debu besi yang bertaburan sepanjang jalan menyebabkan ramai penduduk mengalami batuk-batuk, rumah mereka berhabuk selain terpaksa berdepan dengan pencemaran bunyi setiap hari termasuk pada hari.
Kegiatan melombong berhampiran rumahnya menyebabkan aliran sungai di kawasan tersebut musnah dan kesannya, penduduk kampung terdedah kepada banjir besar dan pencemaran air yang menjadi sumber minuman penduduk jika bekalan air terputus.
Sebenarnya terlalu banyak kes pencerobohan alam sekitar di Pahang tetapi ditangani begitu lemah oleh kerajaan dan pihak berkuasa.
Berbalik kepada artikel kolumnis tadi, saya fikir sesiapa sahaja akan berkongsi rasa terancam dengan pembalakan yang tidak terkawal sebagaimana disebutkan. Tetapi berdasarkan laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jabatan Alam Sekitar, pembalakan di Kedah dan Kelantan masih diakui mengikut piawaian.
Kita harap pada masa akan datang, kolumnis yang sama akan mengulas juga isu-isu alam sekitar di negeri-negeri bawah pentadbiran BN termasuk Pahang.
Balak: Kenapa Kelantan dan Kedah, Pahang bagaimana?
Khairil Abdul Rahim, | 09 Mac 2013 |
Tiba-tiba seorang kolumnis di akhbar Berita Harian, dalam tulisannya yang bertajuk “Pemimpin PAS undang bala amaran al-Quran”, teringatkan amaran al-Quran yang melarang kerakusan manusia melakukan pembalakan tidak terkawal sehingga memusnahkan hutan dan alam sekitar.

Sumber HD - 9-3-2013
Antara 'kelemahan' Pak Lah dan 'keberanian' Najib
Syarhan Humaizi Halim, | 10 Mac 2013 |
Ketika artikel ini ditulis, baru sahaja seminit melepasi 8 Mac 2013. Rakyat Malaysia meraikan 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.
Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembanagkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.
Mengimbau 5 tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau pengganti Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.
Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Clean lantaran perwatakannya yang lemah lembut dan dilihat bersih dari sebarang masalah politik dan salah guna kuasa. Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej 'diktator' yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.
Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakangkan agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang. Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.
Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.
Beliau hanya mengambil masa 5 bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.
Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN. Ternyata strategi Umno / BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!
Namun, Pak Lah kemudiannya mula dilihat seorang PM yang lembut dan 'lembik" serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang dari luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008. Gambar-gambar beliau yang 'selalu tidur' menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.
Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa 5 bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.
Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira 4 tahun selepas itu yag menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.
Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.
Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Razak, PM Malaysia ke-6.
Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.
Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.
Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir 4 tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap 4 tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.
Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib. Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.
Namun sehebat-hebat Najib, sudah 4 tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.
*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Gombak

Sumber HD - 10-3-2013
Sejak Disember 2012, Australia menjadi negara pertama di dunia sejak suku akhir 2012 yang mengarahkan semua produk tembakau dijual dalam bungkusan kosong untuk kotak rokok tanpa sebarang bentuk jenama seperti warna, imej, logo korporat dan tanda perniagaan.
Walaupun ia pertama kali dicadangkan di New Zealand pada 1989 dan kemudiannya di beberapa negara, pihak berkenaan teragak-agak mengenai cadangan kotak rokok kosong itu sehinggalah Australia mengambil langkah pertama. Sikap teragak-agak ini berikutan cabaran besar dan ancaman terbuka yang dibuat oleh syarikat tembakau terhadap kerajaan.
Kerajaan Australia tidak terkecuali. Syarikat tembakau mengancam untuk menurunkan harga. Mereka juga turut mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman kerajaan.
Bagaimanapun, kerajaan Australia memberikan keutamaan yang tinggi kepada kesihatan awam dan sanggup berdepan dengan semua cabaran daripada industri tembakau, yang semuanya gagal satu demi satu. Ketika kritikan awal menganggap cabaran daripada industri tembakau akan menjejaskan kerajaan Australia, realiti adalah sebaliknya.
Kejayaan ini telah menggalakkan Kerajaan Turki, India, New Zealand, United Kingdom, Kesatuan Eropah, Kanada, Norway dan Perancis turut melaksanakan kotak rokok kosong. Negara seperti New Zealand mungkin akan melaksanakan sebelum akhir tahun ini.
Malaysia perlu menjadi negara yang seterusnya melaksanakan pembungkusan kosong untuk kotak rokok sebelum akhir tahun. Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kesihatan mestilah melaksanakannya sebelum akhir tahun dan segera melakukan kerja ke arah itu. Ini adalah janji pilihan raya yang penting memandangkan ia akan menentukan berapa banyak nyawa yang akan diselamatkan dan berapa banyak tahun kesakitan yang akan dikurangkan bagi perokok di negara di mana separuh daripada lelakinya merokok.
Kotak rokok terbukti mempengaruhi golongan muda untuk merokok. Di negara seperti Malaysia di mana 50 remaja di bawah usia 18 tahun merokok setiap hari, dasar baru ini akan memperlahankan aktiviti merokok. Perokok juga berpendapat kotak rokok kosong mencegah mereka daripada merokok. Memandangkan Malaysia merupakan salah sebuah antara negara yang mempunyai perokok yang tertinggi di dunia, mestilah terdapat dasar yang kuat untuk mengurangkan kadar wabak merokok secara drastik.
Sehingga ke hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak mempunyai keyakinan bahawa dasar ini boleh dicapai dalam tempoh dua dekad, menjadikan kita terkejut dan bertanya apakah gunanya dasar merokok kebangsaan pada masa ini jika ia tidak memberikan hasil. Pembungkusan kosong untuk kotak rokok bukanlah penyelesaian ajaib tetapi satu penyelesaian yang kuat dan amat diperlukan oleh Malaysia dengan segera.
Pembungkusan kosong untuk kotak rokok
SM Mohamed Idris, |

Sumber HD - 12-3-2013
Apabila pemerintah kurang waras...
Abdul Mu’izz bin Muhammad, | 12 Mac 2013 |
Secara umumnya, sesebuah negara memerlukan empat (4) asas utama yang menjadi tunjang melayakkannya diiktiraf sebagai negara yang berdaulat:
1. Rakyat
2. Tanah air
3. Kerajaan yang mengurus tadbir
4. Undang-undang
Tanah Air Yang Berdaulat
Tidak logik sekiranya wujud negara yang rakyatnya tidak mempunyai wilayah. Kriteria ini bermakna ia merupakan unsur yang amat penting supaya menjadi tempat penjanaan fasiliti bagi kehidupan bermasyarakat, kemudian kehidupan mereka diurus tadbir oleh kerajaan seterusnya sistem pentadbiran dilaksanakan menjadi asas kerukunan negara tersebut.
Untuk menjaga tanah air, ia memerlukan pemimpin yang amanah dan bertanggungjawab. Syeikh Sa’id Hawwa menegaskan bahawa karakter utama seseorang pemimpin ialah mesti mempunyai akal pertimbangan yang rasional lagi waras. Supaya kita tidak memilih mereka yang membuat keputusan dangkal yang merugikan rakyat dan negara.
Baghdad Jatuh Kerana Pemerintah Kurang Waras
Imam Ibnu Kathir merakamkan detik kejatuhan Baghdad, yang dikenali sebagai kota ilmu kebanggan kerajaan Abbasiyyah. Ketika kemaraan tentera Tatar, pemerintah ketika itu mengambil ringan soal kedaulatan negara. Mereka telah dibudayakan supaya tenggelam dalam kemewahan dan keseronokan. Budaya tersebut sekaligus menghakis rasa tanggungjawab mempertahankan kewibawaan negara.
Tatkala tentera Tatar mengepung kota khilafah, mereka menyerang di segenap penjuru. Sedangkan ketika itu, pemerintah masih bersuka-ria menikmati persembahan tarian gundik-gundik istana. Ditakdirkan sebilah anak panah yang masuk melalui tingkap istana telah membunuh salah seorang dari gundik yang sedang menari. Lantas menyebabkan pemerintah berang lalu memerintahkan pegawai-pegawainya menutup tingkap-tingkap istana supaya dapat diteruskan acara hiburan tanpa gangguan tentera Tatar.
Pada anak panah tentera Tatar tertulis, “Apabila Tuhan mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan yang berdaulat, sudah tentu Tuhan akan menghilangkan akal orang yang sepatutnya berakal (pemerintah).”
Pemikir dan Pakar Sejarah Islam, Dr Raghib al-Sarjani meluahkan rasa pelik di mana perginya kewarasan akal pemerintah ketika itu? Ibu negara sedang dikepung, hanya beberapa langkah untuk mati, senjata tentera Tatar sedang menggila mencabul kedaulatan negara, rakyat sedang ketakutan, tiba-tiba pemerintah masih boleh bersuka ria.
Jangan Ulangi Sejarah Hitam
Siapa yang buta sejarah, dia akan jadi "mangsa" sejarah. Dengan makna lain dia akan mengulangi kegagalan generasi terdahulu. Oleh itu, Allah Taala telah menegaskan kepentingan sejarah dengan firmannya yang terkandung di dalam petikan surah Ali Imran ayat 140 (maksudnya), “Itulah hari-hari yang Kami gantikan dalam kalangan manusia...”
Bahkan jika diperhatikan, sebahagian besar isi kandungan al-Quran adalah fakta sejarah. Supaya kita mengambil pengajaran. Itulah bagaimana al-Quran mencerdikkan manusia.
Kita masih belum sampai ke tahap seperti yang terakam sejarah kejatuhan Baghdad. Tetapi jangan kita rasa selesa tanpa sedar, sedangkan keadaan kita sekarang menuju ke arah itu. Tiada kompromi soal kedaulatan negara.
Mari kita belajar dan ambil iktibar daripada sejarah supaya tidak mengulangi kegagalan generasi terdahulu. Seperti sejarah Tatar meleburkan kerajaan Islam, umat Islam ‘dikurniakan’ pemerintah yang kurang waras dan asyik dengan kehidupan mereka yang penuh dengan nafsu haloba. Sehingga kedaulatan negara berada di tahap merah, mereka masih bersuka-ria. Serangan yang mengenai mereka hanya dianggap pengacau kepada gaya hidup mereka. Pemimpin jenis ini sedikit pun tidak mengambil kira perasaan dan harapan rakyat kepada mereka.
Jika dahulu pemerintah menutup tingkap menggambarkan betapa tidak endahnya mereka terhadap ancaman kedaulatan negara. Kini yang berlaku, mereka menutup ruang liputan berita supaya rakyat tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku di Lahad Datu. Hanya diberitakan kempen dan kejayaan yang menutup bangkai busuk kegagalan mereka. Sedangkan Nabi Muhammad SAW telah berpesan antara tanda kehancuran sesebuah umat antaranya adalah apabila memilih orang yang tidak waras berfikir sebagai pemimpin. Hadis tersebut penulis telah terangkan dalam artikel lepas yang bertajuk ‘Gejala Pemerintah Berkuku Besi’.
Ketidakwarasan mereka sampai ke tahap memberikan kerakyatan percuma kepada pendatang. Semata-mata ingin memanjangkan hayat cengkaman mereka dengan bantuan undi dari warga asing. Perbuatan mementingkan diri sendiri ini akhirnya menyulitkan lagi pengendalian kes pencerobohan Lahad Datu. Bahkan ia merupakan perbuatan menggadai tanah air secara halus. Ini masih lagi belum diperbahaskan teori-teori konspirasi yang memberatkan kepala rakyat, bahawa tragedi yang berlaku semata-mata ingin menangguhkan Pilihanraya Umum ke-13.
Solusi
Baginda Nabi SAW telah berpesan antara tanda kiamat adalah (maksudnya), “Apabila diserahkan urusan pemerintahan kepada orang yang tidak layak, tunggulah saat berlakunya kiamat.” - Riwayat Bukhari
Nabi SAW telah menegaskan bukan sekadar negara yang hancur. Bukan sekadar kedaulatan negara diceroboh. Bahkan dunia dan seisinya bakal hancur apabila kita memilih mereka yang tidak layak dari sudut agama, akal dan akhlaknya sebagai pemimpin. Begitu juga Nabi SAW menyuarakan kebimbangan kepada umatnya (maksudnya), “Sesungguhnya aku takut menimpa ke atas umatku, pemimpin-pemimpin yang menyesatkan.” - Riwayat at-Tirmizi
Tindakan mereka tidak waras dari sudut akal, sesat dari sudut agama dan rosak dari sudut akhlak. Zaman siapa lagi kalau bukan zaman kita? Tugas kita, memadamkan kuasa mereka supaya ketidakwarasan mereka tidak berjangkit kepada rakyat jelata. Ingat apa yang tertulis di anak panah tentera Tatar:
“Apabila Tuhan mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan yang berdaulat, sudah tentu Tuhan akan menghilangkan akal orang yang sepatutnya berakal (pemerintah).”
http://www.tarbawi.my

Labelkan juga botol arak
Syed Abdullah Syed Osman, |
Bagi penghisap rokok yang tegar, sudah tentu kita dapati setiap kotak rokok ada dicatatkan amaran tegas bahawa merokok akan menjuruskan diri untuk mendapat berbagai penyakit kronik saperti jantung tersumbat dan kanser yang boleh membawa maut.
Saya cadangkan supaya setiap botol arak yang dijual dipasaran juga diletakkan label amaran saperti, meminum arak boleh mendatangkan berbagai penyakit terutama jantung dan limpa. Di samping itu, letakkan juga bahawa arak adalah diharamkan oleh agama Islam serta catatkan juga bahawa arak adalah umpama kencing syaitan dan sesiapa juga umat Islam yang meneguknya, tidak diterima segala amalannya selama 40 hari serta dalam masa yang sama hilang imannya semasa meneguknya.
Dalam pada itu, diharap pihak JAKIM yang mengendalikan hal-ehwal logo Halal hendaklah lebih serius lagi apabila memantau dan membuat penyelidikan untuk memastikan segala makanan sama ada yang diimport atau makanan tempatan yang diproses din egara ini benar-benar halal. Hal ini kerana banyak kali saya terbaca dan mendapat sumber maklumat daripada Persatuan-Persatuan Pengguna Islam di negara ini bahawa masih lagi banyak makanan yang diragui halal haramnya kerana mengandungi lemak babi.
Saya cadangkan supaya setiap botol arak yang dijual dipasaran juga diletakkan label amaran saperti, meminum arak boleh mendatangkan berbagai penyakit terutama jantung dan limpa. Di samping itu, letakkan juga bahawa arak adalah diharamkan oleh agama Islam serta catatkan juga bahawa arak adalah umpama kencing syaitan dan sesiapa juga umat Islam yang meneguknya, tidak diterima segala amalannya selama 40 hari serta dalam masa yang sama hilang imannya semasa meneguknya.
Dalam pada itu, diharap pihak JAKIM yang mengendalikan hal-ehwal logo Halal hendaklah lebih serius lagi apabila memantau dan membuat penyelidikan untuk memastikan segala makanan sama ada yang diimport atau makanan tempatan yang diproses din egara ini benar-benar halal. Hal ini kerana banyak kali saya terbaca dan mendapat sumber maklumat daripada Persatuan-Persatuan Pengguna Islam di negara ini bahawa masih lagi banyak makanan yang diragui halal haramnya kerana mengandungi lemak babi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
Kebangkitan rakyat untuk berubah bertambah jelas
Harakahdaily, | 13 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Situasi sekarang akan diterjemahkan kepada undi dan nampaknya Umno sudah hampir pasti menjadi sejarah, tulis Aspan Alias (gambar) di dalam blognya.
Beliau sudah berada di Kedah sejak tiga hari yang lepas dalam siri ceramahnya bersama Pakatan Rakyat.
Kedah merupakan negeri yang selalu beliau kunjungi untuk berceramah dan bertemu muka dengan orang ramai.
“Dari lawatannya sebulan yang lalu dengan lawatan kali ini amat banyak kemajuannya,” katanya.
Beliau telah berceramah dan bertemu di beberapa peti undi sejak dua hari yang lepas sebagai lanjutan kepada lawatan yang lalu.
Kali ini, ujarnya pertambahan sambutan amat memberangsangkan kerana tempat yang kurang sambutan dahulu telah berubah dengan drastik dan menampakkan sokongan baru yang lebih jelas sekali.
Menurutnya lagi, aura kebangkitan rakyat di tempat-tempat yang beliau lawati mendapat sambutan yang luar biasa, terutamanya di kawasan Parlimen Padang Terap dan Baling.
“Malam ini pihak PAS telah menguruskan lawatan saya ke Jitra. Insya Allah akan mendapat sambutan lagi,” katanya.
Beliau sudah berada di Kedah sejak tiga hari yang lepas dalam siri ceramahnya bersama Pakatan Rakyat.
Kedah merupakan negeri yang selalu beliau kunjungi untuk berceramah dan bertemu muka dengan orang ramai.
“Dari lawatannya sebulan yang lalu dengan lawatan kali ini amat banyak kemajuannya,” katanya.
Beliau telah berceramah dan bertemu di beberapa peti undi sejak dua hari yang lepas sebagai lanjutan kepada lawatan yang lalu.
Kali ini, ujarnya pertambahan sambutan amat memberangsangkan kerana tempat yang kurang sambutan dahulu telah berubah dengan drastik dan menampakkan sokongan baru yang lebih jelas sekali.
Menurutnya lagi, aura kebangkitan rakyat di tempat-tempat yang beliau lawati mendapat sambutan yang luar biasa, terutamanya di kawasan Parlimen Padang Terap dan Baling.
“Malam ini pihak PAS telah menguruskan lawatan saya ke Jitra. Insya Allah akan mendapat sambutan lagi,” katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-3-2013
Pengalaman UMNO yang terbesar ialah untuk memusnahkan daya pemikiran rakyat khususnya orang Melayu. Oleh kerana terlalu lama mendapat mandat UMNO sudah percaya parti itu telah mengajak rakyat berfikir hanya UMNO sahajalah yang boleh menjamin segala-galanya. Tiada UMNO maka tiada apa-apa yang ada di negara ini. Nilai kekufuran yang dibina dan dibentuk oleh UMNO ini sememangnya tiada apa yang boleh dibandingkan dengannya.
UMNO pula membentuk keyakinan yang dalam UMNO sendiri tidak ada siapa yang boleh berfikir. Orang yang boleh berfikir di dalam UMNO itu hanya Dr Mahathir seorang sahaja. Semua ahli tidak perlu berfikir kerana semuanya telah difikirkan oleh Dr Mahathir bagi pihak semua ahli-ahlinya termasuk Perdana Menteri yang mewarisi kepimpinan dari beliau. Ahli dan pemimpin-pemimpin UMNO di setiap peringkat tidak payah bersusah-susah untuk memikirkan apa yang baik dan buruk untuk negara. Terima sahaja fikiran dan kehendak Dr Mahathir, dan mereka percaya negara akan selamat.
Bercakap benar dan berterus terang dalam UMNO adalah satu dosa dan kesalahan besar. Kalau bercakap benar maka orang itu akan diketepikan dan disingkirkan oleh UMNO. UMNO tidak perlu orang pandai dan bijaksana. UMNO hanya memerlukan ahli-ahli yang hanya setia kepada pucuk pimpinan dan jangan sekali cuba untuk menunjukkan pandangan dan tindakan yang berbeza.
Siapa yang masih berdegil untuk memberikan pandangan membina dan berbeza, mereka ini terpaksalah keluar parti dan menyertai parti-parti dalam Pakatan Rakyat atau berehat sahaja dari memikirkan hal dan keadaan negara dan generasi kita yang akan datang. UMNO bukan sahaja telah membunuh benih pimpinan dalam parti itu sejak sekian lama tetapi telah menaikkan mereka yang tidak selayaknya duduk di dalam kepimpinan dan menghampiri ‘corridor of power’. Itulah penyebab kenapa UMNO sudah tidak berkempimpinan lagi, maka pimpinan negara diambil alih pemimpin yang keliru seperti Najib serta barisan pimpinan tertinggi UMNO itu sendiri.
Apabila kepimpinan itu lemah maka mereka ini (pimpinan) dengan sendiri bersandar kepada ‘war lords’ yang menghampiri mereka dan terbentuklah budaya kronism yang kronik dan tidak lagi dapat dipisahkan dengan kepimpinan itu. Sudah menjadi kelaziman jika pimpinan itu lemah maka kelemahan itu terpaksa di tutupi dengan perkara-perkara lain dan di negara ini cara untuk menutupinya ialah untuk membangunankan pembangunaan mewah besar-besaran dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat itu sendiri.
Itu sebabnya kita masih terdengar suara kroni dan pengikut pimpinan lemah ini meletakkan pembangunan fisikal yang besar-besar sebagai testimonial kepimpinan mereka. Masih terdapat mereka yang mempertahankan Dr Mahathir dengan pembinaan menara berkembar tertinggi dalam dunia satu ketika dahulu sebagai testimonial kepimpinan Dr Mahathir. Pembinaan Putrajaya sebagai tanda yang Dr Mahathir seorang Perdana Menteri yang paling hebat dan sebagaiya. Kita bangga dengan tiang bendera tertinggi dalam dunia dan suatu ketika dahulu gong yang terbesar di dunia dalam perkarangan Angkaspuri itu pun telah menjadi modal kempen UMNO dalam pilihanraya.
Rakyat dikelirukan dengan pembangunan seperti ini, tetapi sebenarnya pembangunan fisikal ini hanya merupakan segelumit dari apa yang di katakan sebagai ‘nation building’ itu. ‘Nation building’ itu sesungguhnya melingkupi definasi yang lebih luas termasuk pembinaan nilai manusia dan sebagainya. Di negara Scandinavia tidak ada bangunan yang tinggi-tinggi tetapi rakyat negara itu mempunyai pendapatan perkapita jauh lebih tinggi dari rakyat negara G8 itu sendiri.
Di Britain kita akan melihat pejabat Perdana Menteri di Downing Street itu hanyalah merupakan bangunan yang bersambung dengan rumah kedai sahaja. Di dalamnya hanya menempatkan apartment kediaman Perdana Menteri yang hanya mempunyai bilangan bilik yang sedikit sahaja. Apabila Perdana Menteri nya keluar dari pejabatnya, beliau akan terus ke jalan Downing itu.
Tetapi di situlah letaknya kuasa dunia terbesar. Britain tidak perlu ada kompleks pentadbiran seperti Putrajaya dan kerajaan Britain tidak payah membazir wang rakyatnya. Tetapi di sebaliknya di Malaysia, puluhan billion ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk membina kompleks pentadbiran yang paling mahal dalam dunia ini. Rumah kediaman Perdana Menteri sahaja terpaksa menanggung sewaan hampir RM20 ribu sebulan tidak termasuk kos bekalan air serta elektrik dan sebagainya.
Di Britain adalah perkara biasa bagi rakyatnya melihat ahli parlimen mereka menaiki keretapi bawah tanah (tube) sahaja untuk bergerak termasuk pergi ke Dewan Parlimen mereka. Tetapi di sini seorang ahli parlimen atau Menteri, mereka akan menaiki kereta mewah dan tidak kurang dari itu. Memanglah itu sikap pimpinan yang baru merasakan kehidupan. ‘Everything is new to them’.
Nilai itu nampak jelas ada di dalam budaya kepimpinan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan DAP. Tok Guru Nik Aziz hidup secara simple di rumah beliau yang serba sederhana dan begitu juga rumah Tok Guru Haji Hadi. Saya sudah sampai kesemua rumah pimpinan ini. Pimpinan DAP seperti LGE dan LKS hanya mendiami rumah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjuk. Inilah nilai dan budaya pemimpin yang sebenarnya.
Pimpinan yang menunjuk-nunjuk ini adalah pimpinan yang lemah dan terpaksa menduduki rumah yang sebesar istana untuk melindungi kelemahan mereka yang pernah mendiami kediaman yang tidak lebih dari kediaman saya yang tidak mempunyai apa-apa ini. Pendeknya kita tidak lagi mempunyai kepimpinan yang ‘cultured’ dan memperlihatkan budaya dan pemikiran sebagai pemimpin rakyat.
Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pula ternampak dengan cerut-cerut besar dan panjang seperti pimpinan UMNO yang baru mendapat kekayaan itu. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Kalau tidak pandai jangan marah pada yang pandai
Aspan Alias, | 15 Mac 2013 |
UMNO dan BN dalam bahasa yang paling mudah, boleh dikatakan sebagai puak yang sangat cemburu dan sakit jiwa dengan kemampuan orang lain. UMNO tidak boleh tidur apabila terfikir tentang apa pihak Pakatan Rakyat boleh lakukan selepas memenangi pilihanraya nanti (jika diizin Tuhan). UMNO telah diberikan mandat mentadbir negara sejak merdeka tetapi inilah hasil pengalaman mereka mentadbir selama lebih dari setengah abad itu. Apa pengalaman UMNO sejak tiga dekad yang lalu itu?

Sumber HD - 15-3-2013
Rakyat Kelantan kena kelentong lagi
Harakahdaily, | 16 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai UMNO sedangkan UMNOlah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan, tulis Aspan Alias.
Menurutnya, janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.
“Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri-negeri di Semenanjung yang lain,” ulasnya lagi.
Malangnya, kata beliau rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.
Tulisan penuh beliau sebagaimana di bawah.
Najib ke Kelantan lagi semalam dan masih cuba untuk mengelentong rakyat di Negeri yang telah persendakan oleh Najib selama ini. Seperti dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu UMNO berjanji dan berjanji sampaikan tidak ada lagi janji yang tidak dibuatnya. Bagi orang Kelantan elok mereka (orang Kelantan) meminta Najib membuka mulutnya lebar-lebar untuk rakyat Kelantan melihat apakah jenis lidah yang ada di dalam mulut Najib, Mahathir dan kepimpinan UMNO yang besar-besar itu.
Bagaimana rakyat Kelantan hendak mempercayai UMNO sedangkan UMNO lah yang membohongi rakyat Kelantan terang-terangan. Janji Kerajaan Persekutuan melalui Petronas untuk mengotakan perjanjian Vestine pada bulan Mei 1975 tidak langsung ditepati sehinggakan rakyat Kelantan dinafikan punca kewangan untuk membangunkan negeri itu.
Perjanjian itu sudah dimeterai hampir 40 tahun dahulu tetapi sehingga hari ini kerajaan Persekutuan masih melakukan rampasan wang dan harta rakyat Kelantan yang berjumlah lebih dari RM7 billion itu. Dalam perjanjian itu telah termeterai yang rakyat Kelantan berhak mendapatkan 5 peratus dari minyak yang dijumpai dan di keluarkan sama ada dalam persisiran atau di luar persisiran negeri Kelantan mengikut harga FOB. Pembayarannya pula dibuat dua kali setahun secara tunai kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan pada 1hb Mac dan 1hb September setiap tahun.
Perlu diingat perjanjian ini dimeterai di antara Petronas yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan semasa itu, Dato Mohammad Nasir dari PAS. Tunggakkan pembayaran itu bukan nya kecil tetapi melebihi RM7 billion sekarang ini. Janji yang satu ini pun tidak ditunaikan sekarang Najib datang dan mundar mandir ke Kelantan memberikan janji-janji lagi. Janji-janji BN kepada rakyat Kelantan adalah janji-janji yang tidak ditepati.
Kalaulah perjanjian itu ditepati Kelantan merupakan negeri yang paling kaya, malahan lebih kaya dari banyak negeri-negeri di Semenanjung yang lain. Malangnya rakyat Kelantan mempunyai pemimpin dari UMNO yang berkait rapat dengan pimpinan UMNO, tetapi mereka memilih untuk menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menghimpit rakyat Kelantan.
Selain dari Tengku Razaleigh Hamzah, semua pimpinan UMNO Kelantan memihak kepada Persekutuan untuk menekan rakyat mereka sendiri. Mereka seperti Mustapa Mohamad, Awang Adek tidak memihak kepada rakyat negeri nya sendiri. Ibrahim Ali yang sedang mencuba-cuba untuk menjadi pemimpin itu sendiri menyebelahi pimpinan Persekutuan untuk menekan dan menghimpit rakyat Kelantan.
Itu sebabnya selalu saya katakan, bagi rakyat Kelantan cara untuk mendapatkan hak mereka ialah untuk terus menolak pihak yang melakukan kezaliman terhadap mereka itu. Menolak UMNO habis-habisan merupakan perjuangan yang suci untuk melindungi rakyat Kelantan dari terus di tipu dan dianiayai oleh pimpinan UMNO Persekutuan.
Jika pemimpin seperti Mustapha dan Awang Adek itu melakukan konspirasi penekanan terhadap rakyat Kelantan, adalah tidak wajar mereka ini dijadikan ayam tambatan untuk rakyat Kelantan. Mereka ini sepatutnya dinyahkan dari memimpin rakyat Kelantan kerana mereka ini adalah penghalang kepada rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka.
Walaubagaimana pun tekanan terhadap rakyat Kelantan oleh pimpinan UMNO itu, hakikatnya kita wajar percaya yang kebenarannya akan tetap terserlah. Kebenaran itu rasanya akan dapat diperolehi dalam pilihanraya yang akan datang ini. Jika diizinkan Tuhan, PAS akan menjadi parti dalam kerajaan, maka mudahlah bagi rakyat Kelantan untuk mendapatkan hak mereka yang telah dinafikan oleh UMNO selama ini…insyaallah.
Mohonlah keredaan Tuhan tanpa henti-henti dan secara intensif.. Tuhan akan tetap bersama mereka yang benar, lebih-lebih lagi bagi mereka yang dizalimi oleh puak pemerintah ini.
Doa orang yang dizalimi adalah doa yang mudah dimakbulkan Tuhan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/

Sumber HD - 16-3-2013
Dalam program Malam Seni Untuk Perubahan pada 16 Mac lalu di Kampung baru, Ustaz Azhar Idrus menyentuh suatu perkara yang amat penting bagi saya. Ingatan tersebut asalnya sebagai jawapan kepada soalan yang dikemukakan oleh Nurul Izzah, namun ingatan yang disampaikan oleh Ustaz Azhar itu melangkaui semua pendokong perjuangan Islam dan Pakatan Rakyat.
Uztaz Azhar mengingatkan supaya jangan berasa selesa melihat sokongan rakyat yang ramai setiap kali ceramah diadakan. Jangan jadikan perkara itu sebagai ukuran bahawa kita kuat dan boleh mencapai kemenangan. Jangan rasa ujub, hebat serta rasa kehilangan pertolongan Allah atau dengan kata lain kita boleh menang mela
lui usaha sendiri.
Saya sangat-sangat bersetuju dengan ingatan itu bahawa para pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat khususnya yang beragama Islam supaya sentiasa tidak lupa penggantungan kita kepada Allah. Jangan sesekali kita lalai dan lupa akan hal ini. Kita menang bukan sebab kita kuat dan mendapat sokongan ramai tetapi kita menang sebab Allah nak bagi kita menang.
Apabila kita sentiasa berpegang dengan hakikat ini, barulah kemenangan itu mendapat berkat dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Marilah kita sama-sama menghadapi PRU kali ini dengan penuh tawaduk dan berserah diri kepada Allah.
PRU13: Setuju pandangan Ustaz Azhar Idrus
Ajai Sentul, |

Sumber HD - 18-3-2013
Kalau dikira dari sudut mana pun Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah seorang Perdana Menteri yang ‘legitimate’ kerana mandat yang beliau arak ke hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Badawi.
Semalam Najib meminta rakyat memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib, kita boleh membuat persepsi yang ‘conclusive’ yang beliau akan kempunan untuk mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.
Rayuan beliau itu memberikan bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihanraya lebih awal ialah kerana takut kepada kekalahan. Najib tersalah langkah dari awal lagi. Oleh kerana beliau menangguhkan pilihanraya itu sampai ke penghujung penggal maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah-tambah dan bercambah-cambah sehinggkan beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk meyakinkan rakyat yang beliau dan UMNO itu masih relevan.
Penangguhan pilihanraya ini telah menyebabkan beliau tertekan dari rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih menyakitkan beliau lagi ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO sendiri. Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam dari memandang jauh keluar dan menganyang parti-parti pembangkang di setiap ucapan beliau setiap hari. Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah di dalam partinya sendiri.
Najib ibarat panglima perang yang besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri. Beliau adalah panglima perang yang tidak mendapat dukungan dari kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah dari bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti-bukti yang ramai di antara tentera beliau yang beliau pimpin akan mengacukan senjata terhadap beliau dari belakang apabila sampai waktunya.
Masalah besar UMNO akan bermula pada hari pengumuman calon dan selepas masing-masing calon mendapat surat watikah untuk bertanding mewakili UMNO itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar dalam UMNO semasa pilihanraya nanti.
Seruan Najib meminta beliau di berikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan pilihanraya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah kehilangan keyakinan yang lebih teruk lagi. Penangguhan itu memberi makna UMNO takut menghadapi pilihanraya dan ketakutan itu membuatkan rakyat ramai tidak berkeyakinan lagi terhadap parti itu. Rakyat tidak akan memberikan mandat kepada kepimpinan dan parti yang takut menghadapi pilihanraya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai ‘self confidence’ ia bermakna parti itu tidak akan berani membuat keputusan dengan baik dalam isu penting yang lain.
Perasaan takut yang menghantui UMNO inilah yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila menghadapi rakyat yang berbilang kaum. Pimpinan UMNO tidak berani bercakap dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar pimpinan UMNO terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal akhir-akhir ini.
Nampaknya kali ini UMNO hanya menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu sahaja yang juga sedang lari kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan kaum Cina dan akhir-akhir ini saya mendapat banyak respons dari orang Melayu untuk memberikan dukungan kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.
Pendeknya apa yang di hadapi oleh UMNO itu sekarang ini amat serius dan yang tinggal hanyalah sokongan dari penggiat tegar UMNO yang tidak tahu apa-apa. Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program parti-parti Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Terbinanya budaya samseng yang bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat UMNO semakin hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah. Inilah budaya mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya satu ‘attribute’ bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.
Apa yang dirayu oleh Najib semalam adalah manifestasi kepimpinan UMNO yang sebenarnya. Mereka dalam ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda-tanda jelas yang usia UMNO sebagai parti pemerintah itu sudah semakin hampir.
Seperti seorang yang nazak di hospital, UMNO sedang menghadapi ‘brain death’ dan pembubaran Parlimen itu ibarat mencabut mesin tali hayat dari pesakit yang tidak dapat diselamatkan lagi.
Najib sedang berhadapan dengan pembangkang yang kuat di hadapannya. Di belakangnya pula beliau berhadapan dengan ahli-ahli UMNO beliau sendiri yang menunggu masa untuk mengenepikan beliau.
Najib dalam keadaan serba-salah yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan keizinan Tuhan sahaja mampu menyelesaikannya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Umno sedang mengalami 'brain death'
Aspan Alias, | 18 Mac 2013 |
Setengah pendapat sekarang ini Parlimen sepatutnya telah terbubar jika di kira dari tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan sendirinya jika dikira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama selepas pilihanraya tahun itu.

“Bahaya kejawen” dan prahara politik Indonesia
Ahmad Muhajir, | 18 Mac 2013 |
Kejawen adalah agama Jawa Kuno, yang generasi hari ini tidak banyak tahu, apalagi kalau di Malaysia, agama penuh tahyul, khurafat dan kemusyrikan ini sudah ada jauh sebelum kedatangan agama Budha dan Hindu ke Pulau Jawa dan Nusantara ini, namun dalam kenyataannya mereka boleh menumpang dengan kemegahan dan kebesaran kerajaan Hindu Majapahit, sebelum Majapahit dikalahkan oleh kerajaan Islam Demak.
Mereka begitu bangga dengan leluhur dan falsafahnya Sabdo Palon Pandito Ratu. Dan kekalahan Majapahit dengan Demak itu, membuat mereka dendam dan marah sampai ke hari ini, dan bagi mereka majoritinya umat Islam di Indonesia yang kini berjumlah 88 peratus dari seluruh penduduk Indonesia adalah kekeliruan fakta sejarah yang harus diputar kembali, bagaimana mahu menjadikan umat Islam minoriti.
Kejawen ini yang kemudian diubah di zaman Suharto berkuasa menjadikan Aliran Kebatinan, yang pada persidangan Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) yang memilih presiden dan timbalannya pada tahun 1978 dan juga ingin menetapkan dasar pembangunan negara yang disebut Garis-garis Besar Haluan Negara (GBHN).
Suharto dan orang-orangnya ingin memasukkan Kebatinan ke dalam bidang pembangunan agama namun ditentang oleh Majlis Ulama Indonesia (MUI) dimana ketua umumnya masa itu Prof Dr Hamka, Dewan Dakwah Dakwah Islamiyah Indonesia (DDII) ketua umumnya Dr M ohd Natsir, Muhammadiyah, Nahdlatul Ulama (NU) serta hampir semua pertubuhan dan gerakan Islam serta Parti Perrsatuan Pembangunan (PPP).
Akhirnya ditetapkan Kebatinan sebagai kebudayaan. Namun Suharto dan konco-konconya begitu marah, apakah Suharto masa itu sudah penganut kebatinan kerana dia percaya dengan klenik dan perdukunan sebagaimana Sukarno, dan kemudian jauh sesudahnya Gus Dur. Ratusan pemimpin dan aktivis gerakan Islam ditangkap termasuklah Dr Andi Mappatehang Fatwa, Abdul Qadir Jaelani dan lain-lainnya di daerah-daerah.
Namun bila kita telusuri sejarah kebelakang zaman perjuangan kemerdekaan tokoh Kejawen yang terkenal adalah seperti Dr Radjiman Widiodinigrat, Wongsonegoro, nama-nama inilah yang banyak
mempengaruhi polisi, dasar dan falsafah pemikiran Sukarno, tidak mustahil juga dibuatnya dasar negara Pancasila, kerana inspirasi daripada tokoh-tokoh ini, yang kemudian disusun dengan begitu lihai dan cerdik oleh cendikiawan sekular dari Minangkabau Prof Dr Muhd Yamin.
Gonjang-ganjing politik atau prahara politik Indonesia sangat dimanipulir oleh kalangan Kejawen dengan lihai dan halus, memang ulama dan pendakwah Islam dengan sabar terus mendakwahi mereka untuk kembali kejalan Islam yang betul, namun dendam dan kebenciannya terus membara sampai ke hari ini. Makanya sejarah politik dan demokrasi Indonesia, walaupun masa itu zaman revolosi antara tahun 1945 sampai 1956, berjalan begitu indah, damai dan mengkagumkan, namun apabila komunis (Parti Komunis In donesia-PKI) serta Kejawen ini, suasana politik Indonesia mulai berubah.
Dr Mohd Hata, cendekiawan, negarawan yang jujur dan sangat intelektual, serta penganut Islam yang baik berhenti menjadi timbalan Sukarno sebagai timbalan presiden tahun 1957. Kerana Sukarno sudah mulai menjadi diktator dan mulai menunjukkan kebencian kepada gerakan Islam serta mengamalkan “demokrasi terpimpin”. Sampai kemuncaknya dengan memaksa pembubaran Parti Islam Masyumi, hanya kerana alasan dicari-cari dengan tuduhan pimpinan Masyumi terlibat dalam pemberontakan melawan pemerintahan pusat.
Padahal yang ikut melawan dengan Jakarta, adalah Mohd Natsir, Sjafruddin Prawiranegafra, Burhanuddin Harahap, Haji Abdul Malik Ahmad. Sedangkan mereka itu sudah tidak berada lagi dalam kepengurusan parti, namun “ijtihad politik” Mohd Natsir dan para sahabatnya, baru dirasakan dan diakui pada hari ini, kerana alasan yang sangat rasional kenapa Natsir bergabung dengan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia (PRRI), kerana ingin mengingatkan Sukarno yang sudah mesra dengan komunis dan melupakan nasib dan pembangunan daerah-daerah di luar Pulau Jawa.
Berapa ribuan orang Sumatera dan Sulawesi mati, kerana pemboman tentera Jakarta. Masa itulah jeneral Dr A Haris Nasution dan jeneral Ahmad Yani “tangannya berlumur darah” membunuh orang tidak berdosa, rakyat Sumatera dan Sulawesi memberontak kerana mengingat Sukarno yang cenderung kek iri, namun sejarah membuktikan kemudian jeneral Yani mati dipotong-potong oleh PKI dan anak Nasution terbunuh oleh PKI pada pemberontakan PKI yang gagal di Lubang Buaya, pinggiran Jakarta dan insya-Allah ini sejarah hitam yang terakhir. PKI hancur, Yani terbunuh, Nasution disingkirkan Suharto, Sukarno juga jatuh dalam keadaan hina, dan 32 kemudian diktator yang tirani dan zalim Suharto juga jatuh dalam keadaan hina tahun 1998.
Presiden Indonesia mulai dari Sukarno, Suharto, Gus Dur, Megawati dan kini SBY penuh bergelumang kurafat dan tahyul, percaya klenik dan keris sakti, bahkan mengamalkan ruwatan (dimandikan air limau dan sebagainya). Yang rasional hanyalah Prof Dr Ir BJ Habibie, seorang ilmuwan-teknokrat, yang rajin berpuasa sunat Isnin dan Khamis dan mesra dengan amalan tahajud. Hebatnya SBY baru dua minggu pulang dari umrah, terus terbang ke Gunung Slamet Jawa Tengah, meminta restu leluhur dan hyang saktinya, agar presiden Indonesia setelah dia adalah keluarganya juga.
Amalan Kejawen sembahyangnya cukup eling menggelengkan kepala saja boleh dibuat di mana saja, di tandas atau di jalan dan tempat tidur. Kitab sucinya dikenal dengan serat Hidayat Jati, Dr Simuh bekas rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Kalijaga Yogyakarta, tesisnya mengenai Hidayat Jati ini, yang menggambarkan seseorang yang khusuk beribadah, bagaimana nikmat hubungan suami isteri, agak lucah memang, tetapi itulah yang tersurat dalam Hidayat Jati.
Prahara politik hari ini, kenapa Luthfi Hasan Ishak bekas presiden PKS ditangkap mungkin dia ikut makan 10 peratus wang keuntungan impot lembu, namun kenapa Kyai Haji Helmi Aminuddin Ketua Majlis Syura PKS dan anaknya Ridwan Mansur yang disyaki mempunya villa mewa di Lembang Bandung dan punya ladang lembu yang luas, dibiarkan begitu saja, apakah kerana dia dekat dengan SBY. Begitu pula Anas Urbaningrum, mantan ketua umum Parti Demokrat partinya SBY disuruh meletak jawatan sebagai ketua umum dan dijadikan pesalah kerana terlibat rasuah pembangunan gedung sukan Hambalang dekat Bogor.
Tidak mustahil Anas terlibat, kerana walaupun dia bekas ketua umum Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), namun dia sudah memasuki wilayah atau samudera flamboyan dan fatamorgana. Tetapi Anas ini cerdas dan pintar, rasuah Hambalang mungkin dia makan 10 peratus tetapi dia akan bongkar kerugian bank Century, yang kesnya terlunta-lunta sampai hari ini, yang merugikan rakyat dan negara sekitar RM 6.7 juta. Yang memakannya adalah mereka yang berada di sekitar istana presiden.
Kwelompok Kejawen memang tidak suka Anas, yang berasal dari kalangan Islam, dan Kejawen kini ingin menonjolkan calon presiden seperti Prof Dr Mahfud MD, kini ketua mahkamah perlembagaan atau Dahlan Iskan, bos Jawa Pos group yang kini menteri yang menguruskan syarikat GLC.
Keduanya orang Islam yang baik, namun boleh dikendalikan oleh Kejawen. Lain pula dengan Leftenan Jeneral (B) Prabowo Subianto, seorang jeneral yang cerdas dan pandai, bekas menantu Suharto, dan satu-satunya anak arwah Prof Dr Sumitro Djoyohadikusumo, yang Islam ikut Sumitro yang tiga orang lagi kakak dan adiknya beragama Katholik ikut ibunya yang berasal dari Manado,Sulawesi Utara. Prabowo memang tidak bersimpati sepenuhnya dengan perjuangan Islam, namun dia figur calon presiden yang tidak disukai oleh Kejawen.
Begitu pula antara Ir Hatta Radjasa, ketua umum Partio Amanat Nasional (PAN) dan menteri penyelaras ekonomi dan Taufik Kiemas, suami Megawati yang kini ketua MPR. Namun Hatta yang keluarga Muhammadiyah dan Masyumi sedangkan Taufik Kiemas adalah keluarga Masyumi dan Parti Nasional Indonesia (PNI), PNI adalah partinya Sukarno yang sangat anti dengan Islam. Makanya kumpulan Kejawen lebih suka kepada Taufik Kiemas daripada Hatta, walaupun Hatta adalah besan presiden SBY. Bagaimanapun SBY tidak terlalu terang-terangan memusuhi Islam dan gerakan Islam, malah memberi ruang yang agak selesa.
Tinggal sejauh mana gerakan Islam, ulama dan pendakwah menggunakan peluang ini dan para aktivis, ulama serta pendakwah ini mampu dan sabar berdakwah kepada elit politik serta penguasa, contohnya siapa ulama Jakarta yang sabar dan diam-diam berdakwah kepada gabenur Jakarta Ir Joko Widodo, seorang muslim yang baik perlu didampingi, juga timbalannya Basuki Tjahaya Purnama, seorang Katholik, namun tidak suka anjing dan keluarganya tidak makan babi, siapa yang akan “mengetuk” hatinya, kerana kini yang ramai adalah pendakwah yang pandai “mengutuk”, tidakkah psikologi dakwah mengajarkan sebagai keteladanan Baginda Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW tidak pernah mengutuk dan menghardik orang yang didakwahinya, dengan lemah lembut dan senyum serta penuh kesabaran menyampaikan seruannya, namun ada masa apabila Islam dihina dan dimaki Rasulullah akan keluar izzah dan wibawanya, bersedia melawan orang yang tidak sopan apalagi kurang hajar dengan Allah, Islam dan Rasul-Nya.

Sumber HD - 20-3-2013
Wujudkah kerjasama air di Malaysia?
Piarapakaran S., | 20 Mac 2013 |
Hari Air Sedunia disambut setiap 22 Mac. Ia adalah untuk menandakan kepentingan air dalam hidup kita dan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti Dekad Air oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2005 - 2015). Pada tahun ini, tema sambutan adalah 'Kerjasama Air' dan mewakili kepentingan kerjasama dalam menggunakan sumber air untuk tamadun manusia. Tahun ini juga telah dinamakan sebagai Tahun Kerjasama Air Antarabangsa oleh UN Water.
Walaupun masyarakat antarabangsa memberi tumpuan kerjasama antara negara-negara dan sempadan, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) ingin memberikan beberapa Anjakan Paradigma berkenaan dengan Kerjasama Air dalam perspektif Malaysia.
Adakah Manusia dan Alam Sekitar bekerjasama untuk Penggunaan Air?
Walaupun penggunaan air per kapita semakin meningkat setiap tahun, pengurusan sumber air mencecah rekod terburuk. Kita cenderung untuk menjadi pengecut dalam pengurusan sumber air. Kitamenggunakan sumber air dan apabila ia sudah tercemar, kita meninggalkannya dan cari sumber yang baru. Ini adalah modus operandi biasa pihak berkuasa di Malaysia. Tingkah laku sebegini membunuh kehidupan di sungai, tasik, air bawah tanah dan sumber air yang lain. Pemusnahan sumber-sumber air adalah berleluasa di negeri-negeri seperti Pahang, Kelantan dan Sarawak tetapi ia tidak mengecualikan negeri-negeri lain. Manusia dan alam sekitar mesti hidup dalam keseimbangan untuk memastikan terdapat kesinambungan dan kelestarian. Apabila kita mengambil banyak daripada alam sekitar, kita secara tidak langsung merancang bencana kepada diri kita sendiri. Kemarau, kepupusan hutan, banjir, tanah runtuh dan banyak lagi bencana ini adalah sebahagian daripada ciptaan kita sendiri dan jangan sesekali salahkan pemanasan global. Kita mesti menyemat pengajaran yang penting dalam minda bahawa dalam alam semula jadi segala-galanya adalah terhad dan kita perlu belajar di mana had kita!
Adakah Kerajaan Negeri bekerjasama dalam pengurusan air mentah?
Air tidak mempunyai identiti atau memilih mana-mana kumpulan tertentu. Ia mengalir dengan bebas. Berapakah kerajaan negeri di Malaysia sebenarnya bekerjasama untuk memastikan sumber air dilindungi? Jika kawalan pencemaran dalam satu sempadan diabaikan, negeri jiran perlu mengeluarkan lebih kos untuk tujuan merawat air. Adakah manusia di sebelah lain sempadan kurang penting? Mengapa tidak kita tidak berkongsi tanggungjawab untuk hidup sebelah menyebelah secara lestari?
Adakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Bekerjasama untuk memastikan Jaminan Air di Malaysia?
Kita perlu bersyukur kerana air bukan ahli mana-mana parti politik. Ia adalah neutral dalam politik serta dalam ciri-ciri kimia. Walau bagaimanapun, apabila anda mencairkan bahan kimia lain dalam air, anda mula untuk menukar ciri-ciri air. Ini adalah situasi yang sama apabila penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor dan beberapa negeri lain masih dipolitikkan. Di samping itu, masalah bekalan air yang berterusan dan bersih di Sabah dan Sarawak adalah satu isu yang serius. Penstrukturan semula perkhidmatan air di Sabah dan Sarawak dilihat sebagai Kerajaan Persekutuan menghapuskan kuasa kerajaan negeri. Mujurlah, semua negeri semenanjung yang telah distruktur semula masih mempunyai kuasa mereka dan dalam jangka masa yang panjang akan memberi manfaat kepada orang ramai dan perniagaan. Mengapa faedah seperti ini sedang dinafikan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, mereka adalah rakyat Malaysia seperti saya juga? Meminum air daripada sistem penuaian air hujan mempunyai kesan negatif jika aspek kebersihan tidak di jaga.
Bolehkan kita masih bekerjasama atau ia sudah terlalu lewat?
Air adalah isu keselamatan negara. Kerjasama bermula daripada kerajaan tempatan, sektor perniagaan, orang awam, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Terdapat perbezaan dalam pelaksanaan seperti pencegahan pencemaran, perlindungan kawasan tadahan air, memastikan bekalan air terawat yang berterusan, air untuk pengairan serta industri, dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kita masih boleh bekerjasama. Ketepikan perbezaan politik dan agenda peribadi. Kerjasama yang padu hanya akan memberikan output yang lebih baik dan akan membawa Malaysia ke arena antarabangsa. Jika sembilan negara yang berlainan dengan fahaman politik yang berbeza boleh bekerjasama untuk menghidupkan semula Sungai Rhine di Eropah, saya yakin bahawa 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan di Malaysia boleh memberikan contoh yang lebih baik. Keutamaan adalah untuk mewartakan semua kawasan tadahan air adalah tanah rizab kekal menjelang tahun 2015. Ini adalah tarikh akhir yang ditetapkan oleh AWER kepada semua kerajaan negeri. Mungkin sesuatu yang boleh difikirkan oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri masa depan. Kegagalan untuk berbuat demikian, AWER akan mengusulkan untuk satu referendum awam bagi menghapuskan kuasa kepada sumber air daripada kerajaan negeri dan menempatkannya di bawah kuasa Parlimen.
Apa akibat daripada kegagalan untuk bekerjasama?
Ia hanya memberikan penderitaan, krisis makanan, pergolakan sosial dan kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada status negara maju bagi Malaysia. Jaminan air adalah prasyarat bagi pembangunan dan kita masih jauh daripada mencapainya. Rakyat Malaysia akan mula memilih pemimpin masa depan negara ini, pastikan mereka mempunyai 'isi' yang diperlukan untuk melindungi keperluan air negara.
Apabila anda dahaga, alam sekitar akan dahaga juga. Fikirkan tentang ini setiap kali anda membuka pili anda.
Piarapakaran S, Presiden, Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

Teguran buat presiden CUEPACS
Syed Abdullah Jamalullail, |
Sebagai seorang pemimpin Kesatuan yang besar saperti CUEPACS, Datuk Omar Osman yang terkenal dengan dedikasinya untuk berjuang hak kakitangan Perkhidmatan Awam terutama sekali memperjuangkan gaji sektor awam itu, tidak sepatutnya mencela pesara Kerajaan yang menyokong parti pembangkang. Hal ini kerana itu adalah hak individu yang tidak boleh dipertikaikan, tambahan pula mereka tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan. Sebagai sebuah negara yang berpandukan kepada prinsip sistem demokrasi adalah wajar sekali untuk pesara-pesara ini memilih jalannya sendiri atau memberikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang mereka rasa mereka suka.
Menyokong parti pembangkang sebenarnya bukannya bererti kita anti Kerajaan. Berkemungkinan mereka mahukan suara mereka didengar dengan meluas lagi dan bukan setakat didengarkan diwarung atau kedai kopi atau pun hanya diluahkan kepada rakan dan taulan yang sama-sama pencen sahaja tetapi mesti disampaikan kepada rakyat yang cintakan negara dan mahukan keadilan.
Kebenaran dan luahan yang membina seharusnya diberikan tempat untuk Pegawai-Pegawai Kanan yang telah pun bersara. Hal ini kerana pendapat dan pandangan mereka perlu sekiranya ada kepincangan untuk didedahkan demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya juga.
Oleh hal yang demikian saya berpendapat bahawa Presiden CUEPACS ini buatlah kerja hanya dalam lingkungan jawatannya sahaja dan jangan pedulikan hal-hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kuasa beliau, walaupun mungkin tujuan menyebelahi kerajaan bagi kepentingan kenaikan gaji lagi untuk sektor awam.
Menyokong parti pembangkang sebenarnya bukannya bererti kita anti Kerajaan. Berkemungkinan mereka mahukan suara mereka didengar dengan meluas lagi dan bukan setakat didengarkan diwarung atau kedai kopi atau pun hanya diluahkan kepada rakan dan taulan yang sama-sama pencen sahaja tetapi mesti disampaikan kepada rakyat yang cintakan negara dan mahukan keadilan.
Kebenaran dan luahan yang membina seharusnya diberikan tempat untuk Pegawai-Pegawai Kanan yang telah pun bersara. Hal ini kerana pendapat dan pandangan mereka perlu sekiranya ada kepincangan untuk didedahkan demi kebaikan negara dan rakyat keseluruhannya juga.
Oleh hal yang demikian saya berpendapat bahawa Presiden CUEPACS ini buatlah kerja hanya dalam lingkungan jawatannya sahaja dan jangan pedulikan hal-hal orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kuasa beliau, walaupun mungkin tujuan menyebelahi kerajaan bagi kepentingan kenaikan gaji lagi untuk sektor awam.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 20-3-2013
Rakyat sedang menunggui tarikh pilihanraya untuk membuat penentuan dan isu ini sudah tentu menjadi isu yang boleh mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi ini. Sejak akhir-akhir ini BN sedng menghadapi terlalu banyak isu yang bakal membawa mala petaka kepada kerajaan yang diterajui BN ini.
Dalam pilihanraya negeri tahun lepas Najib telah berjanji akan menyediakan pelan persaraan Taib Mahmud tetapi sekarang janji-janji beliau itu tetap tinggal janji dan Taib masih melakukan apa yang sangat dibenci dan disukai oleh rakyat sekian lama. Apa yang berlaku yang terlihat di dalam video Global Witness itu adalah satu perkara yang tidak mengejutkan sesiapa. Video itu hanyalah menambah keyakinan dan bukti yang tuduhan rakyat terhadap BN sebagai parti yang terlalu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu seratus peratus benar.
Di mana-mana Ketua Kerajaan demokrasi di seluruh dunia mengambil etika dan nilai demokrasi itu sebagai elemen terbesar dalam sesuatu pentadbiran kerajaan. Jika tahap demokrasi sebuah negara itu tinggi pemimpin seperti Taib ini sewajarnya berhenti secara sukarela dan jika tidak berhenti, maka kuasa yang lebih besar wajar memaksa Taib untuk berundur sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.
Sesungguhnya Taib sudah tidak wajar lagi untuk menjadi Ketua Menteri lebih lama dan beliau sepatutnya mempunyai maruah dan berhenti sahaja dari jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. Jika Najib tidak mampu untuk meminta Taib berhenti dan bersara, maka Najib pula lah yang terpaksa membuktikan kesungguhan beliau dalam isu memerangi rasuah ini.
Jika Taib masih berada ditampuk kuasa dan tidak mahu berundur maka Najib terpaksa mengambil ‘accountability’ dan beliau sendiri wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini bukannya isu kecil dan Najib perlu menentukan tindakan terhadap Taib dilaksanakan. Isu Taib ini sudah terlalu banyak dan tidak boleh dibendung lagi. Kerajaan negara ini tidak boleh ditadbir seperti mentadbir persatuan sepak takraw Pekan, Pahang.
Negara ini negara berdaulat dan pencerobohan terhadap khazanah negara dan rakyat itu adalah satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap negara dan kita boleh takrifkan sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong. Ia lebih bahaya dari pengganas yang telah memasuki persempadanan kita di Lahad Datu dan Semporna lima minggu yang lepas. Pencerobohan pengganas asing boleh diselesaikan dengan tindakan peperangan dengan pasukan keselamatan kita, tetapi dalam isu rasuah ia memerlukan ‘political will’ yang sungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Seperti yang sudah lama dirasai umum, keadaan dan perlakuan seperti Taib ini sudah menjadi budaya pemerintah bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain dalam Persekutuan ini. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah di‘institutionalized’kan dan membudayakan rasuah ini sudah tidak menjadi kesalahan lagi.
Inilah saat bagi kita melihat setakat mana kemampuan Najib sebagai pemimpin yang memegang amanah rakyat. Najib mempunyai satu piihan sahaja, iaitu untuk melakukan sesuatu bagi Taib meletakkan jawatan dalam kadar yang serta merta. Seandainya Najib tidak berani melakukannya maka Najib pula lah yang terpaksa meletakkan jawatan serta merta. Najib mesti menerima ‘accountability’ kepimpinan sebuah negara demokrasi ini.
Jika kita mendengar rakyat ramai bercakap, mereka tidak yakin boleh memaksa atau memberitahu Taib yang beliau (Taib) tidak boleh lagi mengetuai pilihanraya umum Sarawak nanti dan beliau (Taib) wajar menyelesaikan isu moral beliau yang sangat besar ini serta merta. Rakyat sudah tidak tertahan lagi melihat pimpinan BN terlibat dalam isu rasuah yang tidak kunjung padam ini.
Tetapi pandangan dan persepsi rakyat terhadap kekurang-mampuan Najib menyelesaikan isu ini mungkin banyak kebenarannya. Isu Najib seperti pimpinan Sarawak itu juga banyak yang sedang dipersoalkan oleh rakyat. Bagaimana Najib hendak memberitahu Taib untuk berhenti kerana isu rasuah sedangkan Najib sendiri sedang berperang menghadapi isu yang sama terhadap beliau.
Najib juga dikaitkan dengan pembelian Scorpene yang sangat besar isunya. Najib sendiri mempunyai rangkaian masalah sendiri. Takut-takut jika Najib menasihati Taib supaya berhenti, Taib akan memberikan ‘middle finger’ beliau terhadap Najib. Bukan mudah untuk meminta Najib menasihati Taib untuk berhenti. Itu sebabnya saya selalu menulis dalam blog ini yang hanya rakyat sahaja yang mampu untuk memberhentikan semua pimpinan BN yang sama seperti Taib dan Najib itu.
Jika Najib mengundurkan diri siapa yang agak ‘viable’ untuk menggantikan beliau kerana jika diikutkan cara pengambilalihan jawatan Perdana Menteri yang bersara ia selalunya diambil alih oleh Timbalannya, yang sekarang iaitu Muhyiddin Yassin. Jika Muhyiddin Yassin dikehendaki mengambil alih kepimpinan Najib, Muhyiddin akan melompat kegirangan kerana boleh menjadi Perdana Menteri.
Tetapi pula Muhyiddin adalah pemimpin yang datang dari acuan yang sama, maka beliau tidak akan ada perbezaan dan kelainan dengan Najib dan masalah yang sama akan berlarutan. Stigma buruk terhadap semua kepimpinan UMNO dan BN itu adalah menyeluruh dan hanya segelintiran pemimpin sahaja yang terlepas dari dihinggapi oleh stigma yang sama itu.
Tiada siapa dalam kabinet Persekutuan sekarang yang tidak sama dengan Najib dan Muhyiddin itu lebih-lebih lagi dengan Taib Mahmud. BN dan rasuah 'berpisah tiada', saling menyandar di antara satu dengan lain. Ia ibarat aur dengan tebing. Tiada BN kurang rasuah, tiada rasuah BN tidak akan kekal.
Sekarang ini kita perlu memerhatikan apa yang bakal berlaku dan bagaimana pucuk pimpinan negara menyelesaikan masalah yang gila ini. Kita tunggu… - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Siapa yang berhenti dulu, Najib atau Taib?
Aspan Alias, | 23 Mac 2013 |
Najib sedang berhadapan dengan satu lagi tekanan, iaitu berhubung dengan isu rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Pembenterasan rasuah merupakan salah satu dari NKRA yang dilaung-laungkan oleh pentadbiran Najib sejak beliau mengambil alih jawatan dari Abdullah Badawi. Video Global Witness yang tersebar luas tidak boleh menyorokkan apa yang sedang berlaku dalam pentadbiran Taib Mahmud, dan itu pun persepsi lama rakyat terhadap Ketua Menteri tertua dan terlama sekali mentadbir sesebuah kerajaan negeri itu.
Rakyat sedang menunggui tarikh pilihanraya untuk membuat penentuan dan isu ini sudah tentu menjadi isu yang boleh mempengaruhi sikap pengundi dalam pilihanraya yang akan datang tidak lama lagi ini. Sejak akhir-akhir ini BN sedng menghadapi terlalu banyak isu yang bakal membawa mala petaka kepada kerajaan yang diterajui BN ini.
Dalam pilihanraya negeri tahun lepas Najib telah berjanji akan menyediakan pelan persaraan Taib Mahmud tetapi sekarang janji-janji beliau itu tetap tinggal janji dan Taib masih melakukan apa yang sangat dibenci dan disukai oleh rakyat sekian lama. Apa yang berlaku yang terlihat di dalam video Global Witness itu adalah satu perkara yang tidak mengejutkan sesiapa. Video itu hanyalah menambah keyakinan dan bukti yang tuduhan rakyat terhadap BN sebagai parti yang terlalu sarat dengan rasuah dan salah guna kuasa itu seratus peratus benar.
Di mana-mana Ketua Kerajaan demokrasi di seluruh dunia mengambil etika dan nilai demokrasi itu sebagai elemen terbesar dalam sesuatu pentadbiran kerajaan. Jika tahap demokrasi sebuah negara itu tinggi pemimpin seperti Taib ini sewajarnya berhenti secara sukarela dan jika tidak berhenti, maka kuasa yang lebih besar wajar memaksa Taib untuk berundur sehingga penyiasatan ke atas beliau selesai.
Sesungguhnya Taib sudah tidak wajar lagi untuk menjadi Ketua Menteri lebih lama dan beliau sepatutnya mempunyai maruah dan berhenti sahaja dari jawatan beliau selaku Ketua Menteri Sarawak. Jika Najib tidak mampu untuk meminta Taib berhenti dan bersara, maka Najib pula lah yang terpaksa membuktikan kesungguhan beliau dalam isu memerangi rasuah ini.
Jika Taib masih berada ditampuk kuasa dan tidak mahu berundur maka Najib terpaksa mengambil ‘accountability’ dan beliau sendiri wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini bukannya isu kecil dan Najib perlu menentukan tindakan terhadap Taib dilaksanakan. Isu Taib ini sudah terlalu banyak dan tidak boleh dibendung lagi. Kerajaan negara ini tidak boleh ditadbir seperti mentadbir persatuan sepak takraw Pekan, Pahang.
Negara ini negara berdaulat dan pencerobohan terhadap khazanah negara dan rakyat itu adalah satu pembelotan dan pengkhianatan terhadap negara dan kita boleh takrifkan sebagai memerangi Yang di-Pertuan Agong. Ia lebih bahaya dari pengganas yang telah memasuki persempadanan kita di Lahad Datu dan Semporna lima minggu yang lepas. Pencerobohan pengganas asing boleh diselesaikan dengan tindakan peperangan dengan pasukan keselamatan kita, tetapi dalam isu rasuah ia memerlukan ‘political will’ yang sungguh-sungguh untuk menyelesaikannya.
Seperti yang sudah lama dirasai umum, keadaan dan perlakuan seperti Taib ini sudah menjadi budaya pemerintah bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di negeri-negeri lain dalam Persekutuan ini. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa sudah di‘institutionalized’kan dan membudayakan rasuah ini sudah tidak menjadi kesalahan lagi.
Inilah saat bagi kita melihat setakat mana kemampuan Najib sebagai pemimpin yang memegang amanah rakyat. Najib mempunyai satu piihan sahaja, iaitu untuk melakukan sesuatu bagi Taib meletakkan jawatan dalam kadar yang serta merta. Seandainya Najib tidak berani melakukannya maka Najib pula lah yang terpaksa meletakkan jawatan serta merta. Najib mesti menerima ‘accountability’ kepimpinan sebuah negara demokrasi ini.
Jika kita mendengar rakyat ramai bercakap, mereka tidak yakin boleh memaksa atau memberitahu Taib yang beliau (Taib) tidak boleh lagi mengetuai pilihanraya umum Sarawak nanti dan beliau (Taib) wajar menyelesaikan isu moral beliau yang sangat besar ini serta merta. Rakyat sudah tidak tertahan lagi melihat pimpinan BN terlibat dalam isu rasuah yang tidak kunjung padam ini.
Tetapi pandangan dan persepsi rakyat terhadap kekurang-mampuan Najib menyelesaikan isu ini mungkin banyak kebenarannya. Isu Najib seperti pimpinan Sarawak itu juga banyak yang sedang dipersoalkan oleh rakyat. Bagaimana Najib hendak memberitahu Taib untuk berhenti kerana isu rasuah sedangkan Najib sendiri sedang berperang menghadapi isu yang sama terhadap beliau.
Najib juga dikaitkan dengan pembelian Scorpene yang sangat besar isunya. Najib sendiri mempunyai rangkaian masalah sendiri. Takut-takut jika Najib menasihati Taib supaya berhenti, Taib akan memberikan ‘middle finger’ beliau terhadap Najib. Bukan mudah untuk meminta Najib menasihati Taib untuk berhenti. Itu sebabnya saya selalu menulis dalam blog ini yang hanya rakyat sahaja yang mampu untuk memberhentikan semua pimpinan BN yang sama seperti Taib dan Najib itu.
Jika Najib mengundurkan diri siapa yang agak ‘viable’ untuk menggantikan beliau kerana jika diikutkan cara pengambilalihan jawatan Perdana Menteri yang bersara ia selalunya diambil alih oleh Timbalannya, yang sekarang iaitu Muhyiddin Yassin. Jika Muhyiddin Yassin dikehendaki mengambil alih kepimpinan Najib, Muhyiddin akan melompat kegirangan kerana boleh menjadi Perdana Menteri.
Tetapi pula Muhyiddin adalah pemimpin yang datang dari acuan yang sama, maka beliau tidak akan ada perbezaan dan kelainan dengan Najib dan masalah yang sama akan berlarutan. Stigma buruk terhadap semua kepimpinan UMNO dan BN itu adalah menyeluruh dan hanya segelintiran pemimpin sahaja yang terlepas dari dihinggapi oleh stigma yang sama itu.
Tiada siapa dalam kabinet Persekutuan sekarang yang tidak sama dengan Najib dan Muhyiddin itu lebih-lebih lagi dengan Taib Mahmud. BN dan rasuah 'berpisah tiada', saling menyandar di antara satu dengan lain. Ia ibarat aur dengan tebing. Tiada BN kurang rasuah, tiada rasuah BN tidak akan kekal.
Sekarang ini kita perlu memerhatikan apa yang bakal berlaku dan bagaimana pucuk pimpinan negara menyelesaikan masalah yang gila ini. Kita tunggu… - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-3-2013
Bapa bantah MUET ada tarikh luput
Bapa Prihatin, |
Assalamualaikum,
Saya sebagai seorang bapa, baru-baru ini dikejutkan oleh keputusan pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang telah mengeluarkan pekeliling bahawa sesiapa (pelajar) yang telah mengambil MUET sebelum tahun 2009 perlu mengambil peperiksaan semula.
Ini menunjukkan bahawa ianya mempunyai tarikh luput. Apakah relevannya semua ini? Adakah berunsurkan wang semata-mata?
Bukankah pihak MPM sendiri berperanan untuk memartabatkan mutu pendidikan di Malaysia? Tambahan pihak pembangkang sendiri telah mewar-warkan bahawasanya pendidikan mampu diberi secara percuma.
Isu keputusan MPM menjadikan MUET mempunyai tarikh luput tidak masuk akal dan dapat dilihat di sini ianya isu untuk MPM sendiri mengaut keuntunngan semata-mata dan bukannya menaiktaraf Bahasa Inggeris.
Tambahan lagi, bukankah peranan MPM di bawah pucuk pimpinan Barisan Nasional berusaha mencari idea untuk menambahbaikan sistem pendidikan negara setanding luar negara, seperti Singapura contohnya.
Jika keadaan ini berterusan nyata sekali anak-anak generasi kini akan ditinggalkan dengan satu masalah negara yang meruncing, ditambah dengan isu rasuah yang begitu bernanah dewasa ini.
Jika MUET mempunyai tarikh luput, tidakkah Ijazah, STPM, SPM, PMR dan sebagainya juga perlu ada tarikh luput? Di mana hala tuju MPM itu sendiri?
Ia membebankan rakyat semata-mata, bukannya sama-sama berusaha untuk menaik dan menjadikan Malaysia sebagai negara yang mempunyai sistem pendidikan bertaraf internasional dan berjaya melonjak nama negara dari segi pendidikannya yang diiktiraf dunia.
Langkah MPM ini merupakan langkah kebelakang yang dilihat merugikan anak bangsa terutama anak Melayu. MPM juga nampaknya seperti tidak mempunyai satu dasar yang mantap dan berkesan dalam menangani isu ini.
Mengapa MPM sendiri sejak dari awal tidak menetapkan prosedur bahawa MUET mempunyai tarikh luput. Ini tidak, MUET sudah berbelas tahun, sekarang baru ianya diheboh-hebohkan.
Saya berharap Menteri Pelajaran mengambil serius tentang masalah ini kerana ia melibatkan masa dan wang, terutama pelajar senior.
Sekian, terima kasih.
Bapa Prihatin.

Sumber HD - 27-3-2013
Cadangan untuk PR jika menang
Syed Abdullah Syed Osman , |
Alhamdullillah, nampaknya dengan tarbiah dan kesedaran ummah serta kekuatan kumpulan dakwah para ulama yang benar-benar mahukan Islam ditegakkan di negara ini maka berlakulah apa yang dikatakan mengembalikan hak-hak Islam kepada asalnya. Walaupun baru dianggap asasnya sahaja tetapi sudah ada kesedaran apabila ramai wanita Muslimin kini sudah menutup aurat dan tidak ada lagi pekerja beragama Islam di tempat-tempat premis perjudian atau menjadi tauke judi.
Kita mesti memperjuangkan pula hak-hak pekerja yang berkerja sebagai pramugari dan pramugara yang beragama Islam. Mereka bukan sahaja kena berpakaian menjolok mata dan tiada ciri-ciri Islamnya, tetapi juga mereka dikenakan membuat kerja-kerja saperti melayan pelanggan dengan minuman arak semasa penerbangan. Begitu juga ada antara pekerja wanita yang berkerja di hotel bertaraf lima bintang dan restoren makanan segera diwajibkan memakai pakaian seragamnya yang tidak menutup aurat.
Saya juga mencadangkan supaya tiap-tiap pintu masuk hotel di negara ini diletakkan tanda amaran bagi umat Islam yang menginap di situ untuk tujuan maksiat akan dicekup dan dihukum mengikut perundangan Islam. Tanda amaran itu juga wajar ada di semua taman bunga dan taman rekreasi.
Adalah dicadangkan juga agar kaki tangan yang akan diambil bekerja dalam perkhidmatan awam akan diuji dengan soalan berkaitan dengan agama yang asas saperti berkaitan dengan fardhu ain dan sekurang-kurangnya boleh pula membaca ayat-ayat lazim yang mudah dan ringkas dari al-Quran. Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja dari kalangan umat Islam itu sekurang-kurangnya tidak terlalu jahil agama dan tahu garis panduan di mana halal haramnya.
Kita mesti memperjuangkan pula hak-hak pekerja yang berkerja sebagai pramugari dan pramugara yang beragama Islam. Mereka bukan sahaja kena berpakaian menjolok mata dan tiada ciri-ciri Islamnya, tetapi juga mereka dikenakan membuat kerja-kerja saperti melayan pelanggan dengan minuman arak semasa penerbangan. Begitu juga ada antara pekerja wanita yang berkerja di hotel bertaraf lima bintang dan restoren makanan segera diwajibkan memakai pakaian seragamnya yang tidak menutup aurat.
Saya juga mencadangkan supaya tiap-tiap pintu masuk hotel di negara ini diletakkan tanda amaran bagi umat Islam yang menginap di situ untuk tujuan maksiat akan dicekup dan dihukum mengikut perundangan Islam. Tanda amaran itu juga wajar ada di semua taman bunga dan taman rekreasi.
Adalah dicadangkan juga agar kaki tangan yang akan diambil bekerja dalam perkhidmatan awam akan diuji dengan soalan berkaitan dengan agama yang asas saperti berkaitan dengan fardhu ain dan sekurang-kurangnya boleh pula membaca ayat-ayat lazim yang mudah dan ringkas dari al-Quran. Tujuannya adalah untuk memastikan pekerja dari kalangan umat Islam itu sekurang-kurangnya tidak terlalu jahil agama dan tahu garis panduan di mana halal haramnya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-3-2013
Ramai yang keliru tentang isu ini termasuk mereka yang memimpin. Oleh itu kita melihat cara negara kita ditadbir urus tidak seperti sebuah negara Persekutuan. Kita seolah-olah ditadbir oleh kerajaan yang cuba dibentuk oleh British dahulu, iaitu kerajaan Malayan Union dalam mana negara kita hendak ditadbir seperti sebuah negara ‘unitary’.
British hampir berjaya membentuk dan melaksanakan Malayan Union terhadap Semenanjung ini. Brtitish telah merangka Semenanjung ini sebagai sebuah negara ‘unitary’ tanpa mempunyai sempadan di antara kesemua negeri dalam Semenanjung ini. Kuala Lumpur merupakan pusat pentadbiran Malayan Union itu. Tidak ada lagi Selangor, tidak ada lagi Negeri Sembilan dan semua negeri-negeri yang kita ada sekarang ini. Raja-Raja Melayu dirancang untuk menjadi penasihat-penasihat kepada Malayan Union itu dalam bentuk ‘ceremonial’ sahaja.
Tetapi semuanya itu dapat ditolak sehinggakan kita berjaya membentuk sebuah negara Persekutuan pada bulan Februari 1948 dan kerajaan Persekutuan itulah yang meneruskan perjuangan kemerdekaan sehingga kemerdekaan itu tercapai pada bulan Ogos 1957. Raja-Raja Melayu telah mendapat semula negeri-negeri jajahan baginda semua dengan mempunyai Legisltifnya sendiri dan Ketua Eksekutif sendiri, walaupun Ketua Eksekutif itu dilantik oleh British.
Justeru dalam pemahaman kita yang mudah, negeri-negeri ini adalah negeri-negeri berdaulat di bawah naungan Raja-Raja Melayu dan dalam perjanjian Persekutuan pada Februari 1948 itu. Negeri-negeri ini bersetuju untuk bergabung dalam sebuah negara Persekutuan yang dinamakan Persekutuan Tanah Melayu. Kedaulatan negeri-negeri inilah sumber kedaulatan negara persekutuan yang baru terbentuk itu.
Oleh itu perhubungan Putrajaya dengan kerajaan negeri-negeri di dalam persekutuan itu mestilah perhubungan dengan negeri-negeri yang berdaulat dan merdeka. Persekutuan mesti melayani negeri-negeri dalam persekutuan itu dengan hormat seperti negara kita menghormati kerajaan negara lain yang berdaulat itu. Tetapi ini tidak berlaku di negara kita di mana Persekutuan telah menentukan segala-galanya dan negeri-negeri di dalam persekutuan ini terpaksa tunduk kepada kehendak Putrajaya seratus peratus.
Ramai merasakan terbubarnya Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan sendiri itu adalah disebabkan keadaan dan masalah yang ada di peringkat persekutuan. Itu masalah persekutuan. Tetapi jika Negeri Sembilan ditadbir politiknya oleh Negeri Sembilan sendiri, Mohamad Hasan sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan itu dahulu sebelum DUN itu terbubar dengan sendirinya. Biarlah Negri Sembilan mengadakan pilihanrayanya dahulu kerana seperti yang kita dengar selalu, Menteri Besar NS selalu berkata, “kito dah ready bilo-bilo maso untuk pilihanrayo”.
Sebagai sebuah negeri yang berdaulat dalam persekutuan ini Negeri Sembilan sepatutnya memanggil pilihanraya DUN dahulu. Jika kita terpaksa menunggu pimpinan persekutuan untuk menyelesaikan masalahnya di Putrajaya sebelum kita memanggil pilihanraya untuk DUN Negeri inilah masalahnya yang timbul. Terbubarnya DUN Negeri Sembilan secara sendiri itu telah memberikan persepsi jelas yang UMNO dan BN itu sesungguhnya sedang menghadapi masalah.
Jika benar Negeri Sembilan bertindak sebagai sebuah negeri yang berdaulat membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar itu adalah satu kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Menteri Besarnya yang telah diberi kuasa untuk menentukan pembubaran itu tidak melakukannya kerana masalah pimpinan Persekutuan yang belum bersedia itu. Putrajaya tidak menghormati nilai sebuah negara persekutuan seolah-olah kita masih terikat dengan budaya mentadbir ala Malayan Union dahulu. Tiada kebebasan barang sedikit untuk negeri-negeri dalam persekutuan itu.
Bukannya salah untuk memahami dan membantu masalah yang dihadapi oleh pimpinan persekutuan itu, tetapi tidak lah sampai membiarkan Dewan Undangan Negeri yang berdaulat dan mulia itu terbubar begitu sahaja kerana kehendak Persekutuan itu. Nampaknya Johor pun sudah menunjukkan tanda-tanda DUN akan terbubar dengan sendiri itu.
Nampaknya satu demi satu DUN-DUN negeri-negeri yang menganggotai persekutuan kita ini akan terbubar secara ‘automatic’ semata-mata kerana kelalaian dan kelemahan pimpinan Persekutuan. Mereka lebih mementingkan politik kepartian walaupun parti yang memerintah itu sudah hampir kepada penamat usianya.
Mungkin keadaan ini terjadi kerana untuk memberikan kesedaran kepada semua, yang perubahan kepada negara sudah menjadi fardhu kifayah yang sangat penting kita lakukan. Parti pemerintah negara ini sudah terlalu uzur dan berusia untuk terus mentadbir kita.
Tengok sahajalah, Dewan Undangan Negeri pun terbubar dengan sendirinya. Apa lagi alasan yang ada yang bagi kita mempertahankan kerajaan yang sudah uzur ini? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Negara Persekutuan tetapi ditadbir ala Malayan Union
Aspan Alias, | 29 Mac 2013 |
Apabila Negeri Sembilan terpaksa membiarkan Dewan Legislatifnya terbubar dengan sendiri itu, maka saya hendak menyebut semula isu Persekutuan sekali lagi. Membiarkan Dewan Undangan Negeri terbubar dengan sendiri itu merupakan petanda jelas yang negara kita seolah-olah sedang ditadbir seperti Malayan Union yang ingin dibentuk oleh British dahulu.

Saya pun tertunggu-tunggu untuk mendengar pengumuman itu dan saya tidak berhenti-henti menerima sms dari rakan-rakan memberitahu saya yang PM akan membuat ‘press conference’ untuk pembubaran Parlimen tetapi sampai ke malam hari tiada juga pembubaran itu. Pada malamnya dalam perjalanan ke Sekinchan untuk berceramah, saya telah mendapat berita apa yang dikatakan oleh juruhebah radio itu tidak berlaku dan pihak berwajib telah menafikan berita pembubaran itu.
Pagi tadi saya telah difahamkan yang BN masih mempunyai masalah besar yang belum dapat diselesaikan. Masalah ‘inter-party’ dan ‘intra-party’ masih menyelubungi BN dan pengumuman itu terpaksa ditunda lagi. Seorang sahabat saya dari UMNO memberitahu saya, “jangan susah, pilihanraya akan diadakan juga, percayalah. Selewat-lewatnya sebelum dunia kiamat Najib akan umumkan tarikh pilihanraya itu” dalam mood menyindir.
Saya selalu menulis tentang isu ini dalam penulisan saya sejak setahun yang lalu. BN sesungguhnya mempunyai masalah pembahagian kerusi. MCA terlalu meminta-minta kerusi yang lebih sedangkan parti itu tidak mendapat sokongan lagi. UMNO sebenarnya sudah menganggap MCA ini sebagai ‘baggage’ yang besar dan tidak boleh mendapat kerusi yang terlalu banyak. Malahan mengikut pandangan ramai ahli-ahli UMNO sendiri berpendapat membawa MCA bersama merupakan satu beban yang besar.
UMNO sendiri sudah tidak berdaya menanggung bebannya sendiri, tetapi ditambah pula dengan bebanan yang diberikan lagi oleh MCA dan rakan-rakan kongsi yang lain dalam BN itu. Itu masalah ‘inter-party’.
Bagaimana pula dengan masalah ‘intra-party’ dalam UMNO dan MCA itu sendiri? Apa yang saya jangkakan dahulu sudah terbit buktinya. Dulu saya selalu mengatakan kalau hendak tengok macam mana seriusnya perpecahan dalam UMNO itu.
Saya telah memberitahu yang sejurus sahaja nama-nama calon diumumkan UMNO akan berpecah lagi. Sabotaj terhadap parti oleh ahli-ahli dan pekerja pilihanraya mereka sendiri akan memainkan peranan untuk menjatuhkan calon parti mereka. Mensabotaj parti itu merupakan budaya yang tegar dalam UMNO sejak sepuluh tahun dahulu sekurang-kurangnya. Kalau apa yang saya katakan ini tidak benar, masakan Dr Mahathir telah memanggil pimpinan peringkat bahagian seluruh negara datang secara bergilir-gilir untuk mengangkat sumpah tidak mensabotaj parti dalam pilihanraya kali ini.
Apa semuanya ini? Kalau terpaksa mengangkat sumpah di depan Dr Mahathir yang mereka tidak akan sabotaj parti, itu menunjukkan yang UMNO sudah pada hakikatnya sudah mati keseluruhan semangatnya. Jika UMNO menghadapi masalah di kalangan ahli-ahlinya sendiri, bagaimana parti ini diberikan mandat pula? Jangan sekali-kali memberikan sokongan kepada parti yang bermasalah kerana mereka tidak akan mentadbir dengan betul jika mendapat mandat nanti.
Isu pemilihan calon masih tidak dapat diselesaikan bagi setengah kawasan yang di wakili oleh UMNO dalam pilihanraya ini. Sedangkan masalah UMNO di Perlis, negeri yang terkecil dalam negara itu pun tidak dapat diselesaikan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah UMNO di seluruh negara? Selagi pimpinan UMNO takut kepada ‘war lords’ yang sedang mengambil kesempatan semasa UMNO dalam krisis ini, masalah tidak akan selesai walaupun pilihanraya sudah di umumkan.
Blog ini selalu menasihatkan agar UMNO menumpukan terhadap masalah dalaman mereka sendiri daripada menumpukan tenaga untuk ‘mengerjakan’ pihak pembangkang. Masalah dalam pembangkang tidak menghadapi banyak masalah seperti yang dihadapi oleh UMNO. Lim Kit Siang hendak berpindah ke Gelang Patah dalam pilihanraya kali ini tidak menghadapi masalah.
Penghijrahan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS ke Johor itu menunjukkan yang pemimpin pembangkang berani menghadap risiko semata-mata untuk mementingkan demokrasi untuk kebaikan rakyat dan negara.
Menang kalah bukan ‘ultimate’bagi pemimpin-pemimpin ini. Yang terpenting ialah untuk mendidik rakyat untuk melangsungkan demokrasi dengan sepenuhnya. Salahuddin Ayub sanggup meninggalkan kawasan selamat di Kelantan untuk memperjuangkan semangat demokrasi itu.
Kalau dahulu pemimpin-pemimpin dari negeri lain berhijrah ke Kelantan tetapi sekarang keadaan sudah terbalik. Pemimpin dari Kelantan pula yang kembali ke Johor untuk meningkatkan perjuangan seperti juga yang dilakukan oleh Lim Kit Siang. PAS dan DAP adalah parti yang hidup dan berkesan. Di sebaliknya UMNO menghadapi masalah-masalah yang masih tidak selesai kerana kali ini merupakan krisis keyakinan yang paling besar mereka hadapi dalam sejarah kemerdekaan negara.
Kedua-dua parti ini telah mengalami puluhan tahun zaman susah mereka kerana tekanan parti pemerintah. Sekarang ini PAS dan DAP sedang menghadapi zaman mudahnya untuk mendekati rakyat dengan lebih hampir lagi. Hanya media perdana sahaja yang belum lagi membuat perubahan untuk lebih terbuka dalam menghadapi demokrasi yang kian hari kian menjadi tuntutan rakyat. PAS dan DAP sedang mengecapi apa yang di sebut dalam peribahasa, ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’.
Walau bagaimana pun kehendak rakyat kali ini adalah ‘predictable’. Sama ada Parlimen dibubarkan besok atau penghujung bulan April nanti keputusannya tetap sama. Rakyat mahukan perubahan dan mahukan kerajaan yang baru. Tindakan untuk melakukan perubahan ini, bukannya satu jenayah.
Dalam pada itu UMNO juga boleh mencuba untuk melakukan perubahan tetapi semasa mereka berada di luar kerajaan. UMNO akan merasakan nikmat menjadi pembangkang kerana semasa menjadi pembangkang parti itu akan berkesempatan untuk meningkat jati diri mereka dan menjadi parti yang mempunyai perjuangan yang betul.
PAS dan DAP mengalami berada di luar kerajaan puluhan tahun lamanya. Itulah sebabnya parti-parti itu lebih mantap dari segi perjuangan mereka.
UMNO akan tetap menjadi parti yang lebih baik jika parti itu melalui proses memperbaiki diri dengan berada di luar kerajaan buat satu atau lebih baik dua penggal pilihanraya. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
BN berpeluang baiki diri, jadi pembangkang
Aspan Alias, | 30 Mac 2013 |
BN masih dalam kegelisahan. Hari Jumaat yang lepas saya telah mendengar apa yang dikatakan oleh juruhebah radio yang mereka sedang menunggu pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri pada bila-bila masa sahaja semasa itu.
Dalam hati saya “at last, Najib is brave enough to dissolve the Parliament”. Saya terus sahaja berhenti di tempat makan untuk makan tengah hari. Jam semasa itu sudah 3 petang kerana agak teruk juga keadaan di jalan raya selepas solat Jumaat itu.

Sumber HD - 30-3-2013
Hari ini sudah genap setahun Kak Ani menunggu untuk mendapatkan mesin dialisis tersebut. Sudah sebulan Kak Ani tidak ke hospital. Kali terkahir perutnya ditebuk ialah 5 minggu yang lepas.
Kak Ani lihat kakinya semakin bengkak, tegang berkilat, mengening macam buah labu air. Dadanya juga mula terasa sempit. Nak bernafaspun agak tersekat-sekat. Macam orang kelemasan, macam ikan kekurangan oksigen. Tekak Kak Ani juga menjadi loya. Sekejap-sekejap dia muntah, tapi yang keluar hanyalah lender-lendir sahaja, sudah tiga hari dia tidak berselera untuk makan. Hanya minum air dan biskut kering. Badan terasa sungguh lemah dan kepalanya juga mula terasa pening. Kak Ani tahu, air dan toksin di dalam tubuhnya sudah berada pada paras yang bahaya. Sudah menjadi racun di dalam badannya. Sudah mengalir ke saraf dan otak. Paru-parunya juga mungkin sudah dipenuhi air. Doktor selalu pesan, kalau Kak Ani rasa macam itu kena cepat-cepat pergi ke hospital. Perutnya perlu ditebuk, darahnya perlu dicuci. Air perlu dimasukkan bersilih ganti di dalam rongga perutnya. Itu Kak Ani tahu kerana sudah berbelas kali perutnya di tebuk. Kulit perutnya sudah berkematu akibat parut-parut tebukan itu. Kadang-kadang luka tebukan lama belum sembuh sudah di buat tebukan baru pula.
Tapi kali ini Kak Ani nekad, walapun Senah telah berhari-hari memujuknya untuk ke hospital, Kak Ani masih berdegil. Senah cukup takut kalau-kalau Kak Ani pengsan macam dahulu. Kak Ani sawan, kakinya dan tubuhnya mengejang, mulutnya berbuih-buih. Kak Ani diserang sawan dan hampir pengsan. Tapi lepas perutnya ditebuk, selepas darahnya dicuci Kak Ani sihat semula. Inilah yang benar-benar merungsingkan Senah. Senah tak mahu Kak Ani mati, Senah sayangkan ibunya.
“Jomlah Mak kita ke hospital” rayu senah, Senah risau dan takut ibunya sawan dan tak sedar macam dahulu”
“Biarlah dahulu Senah, emak rasa emak sihat lagi, lagipun esokkan hari mengundi, emak nak mengundi, lima tahun sekali Senah, bukannya selalu,” sahut Kak Ani. Senah diam dia tahu ibunya sukar dipujuk. Kalau putih katanya putihlah. Kalau hitam katanya hitamlah. Ibunya memang seorang yang keras pendirian.
Kak Ani memang seorang warganegara yang setia, tidak pernah sekalipun dia melepaskan peluang untuk mengundi. Sejak negara merdeka sehingga sekarang beliau tidak lupa untuk mengundi setiap kali pilihan raya. Dan setiap kali mengundi memang parti Bintang Nasional lah yang menjadi pilihannya. Beliau sering diingatkan bahawa kerajaan Bintang Nasional lah satu satunya kerajaan yang boleh mentadbir negara. Yang membawa pembangunan, yang memberi kesejahteraan dan menjadi pembela rakyat. Sebab itulah hanya kerajaan Bintang Nasional lah yang menjadi pilihan hatinya.
Tapi kali ini Kak Ani sudah sedar, kerajaan yang dipilihnya selama ini ialah kerajaan yang tidak berhati perut, kerajaan yang zalim, kerajaan yang menyeksa kehidupannya. Kerajaan yang menyambung derita Pak Berahim suaminya. Kerajaan yang tidak mengenang budi. Kerjaaan yang tidak boleh disandarkan harapan dan impian. Kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan suku sakat mereka. Kerajaan yang mengihrup derita rakyat untuk kebahagiaan pemimpin-peminpin dan anak beranak mereka sahaja.
Kak Ani sudah bertekad, kerajaan hari ini mesti diajar. Parti Bintang Nasional harus ditunjukkan jalan keluar. Biar mereka sedar, biar mereka tahu, betapa selama ini rakyat tertipu dengan janji manis mereka. Rakyat sudah kecewa. Mereka sudah cukup menderita.
Kak Ani ingat kata-kata Ustaz Fuad calon wakil rakyat yang baru semasa menziarahinya beberapa hari lepas.
“Kalau Kak Ani mengundi nanti undilah parti yang membela rakyat, parti yang mahu menegakkan negara berkebajikan, parti yang akan meletakkan rakyat sebagai agenda perjuangannya.”
“Kalau dapat kerajaan baru kita harap, nasib kita akan lebih terbela, mudah-mudahan orang sakit macam Kak Ani akan dapat perhatian,” sambung Ustaz Fuad sambil menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban Kak Ani.
Sebab itulah Kak Ani bulatkan tekad, walau apapun terjadi dia akan tetap mengundi, dia akan bertahan, dia akan pergi ke pusat mengundi esok. Biarpun diusung dia akan tetap jalankan tanggungjawabnya. Dia akan pastikan, kali ini undinya akan pergi kepada kerajaan baru. Kerajaan yang diharap dapat membawan sinar baru dalam kehidupannya. Inilah perjuangannya dan kalau ditakdirkan ini kali terakhir dia mengundi dia mahu menjadikannya sebagai bakti terbesar kepada negaranya. Dia mahu generasi yang mewarisi negara ini tidak lagi menderita sepertinya. Dia mahu segala keangkuhan kerajaan yang ada sekarang ini dileburkan.
Pagi itu awal-awal lagi Kak Ani sudah bersiap-siap. Dia sudah berpesan kepada Senah supaya datang pagi-pagi ke rumahnya. Dia mahu pergi ke pusat mengundi awal-awal pagi, sebelum orang bertambah ramai. Sekolah Bukit Ketapang yang menjadi pusat pembungan undi tidaklah berapa jauh dari rumahnya. Agak-agak dalam seratus ela sahaja.
“Senah, pimpin emak Senah,” Kak Ani cuba bangun dan berjalan ke muka pintu. Sudah dua hari Kak Ani menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja. Badannya benar-benar lesu dan tidak terdaya tambahan selera makannya juga sangat berkurangan. Kak Ani gagahkan juga dirinya untuk pergi membuang undi. Ini sahajalah peluangnya untuk mengubah nasibnya sendiri. Selama ini apa yang dia tuntut sebagai seorang rakyat yang taat tidak mendapat simpati.
“Boleh ke emak pergi ni?” tanya Senah sangsi.
“Kalau emak tak larat, tak payah pergi,” cadang Senah lagi.
Senah tidak yakin yang ibunya mampu untuk pergi mengundi. Di rumahpun sudah dua hari dia tidak bangun.
“Insya-Allah, emak rasa sihat hari ini,” jawab Kak Ani ringkas.
Dalam keadaan yang lemah, Kak Ani duduk di atas kerusi roda dan dengan sudah payah Senah menolak kerusi roda itu ke jalan menunju ke sekolah Bukit Ketapang, pusat pembungan undi.
Sepanjang perjalanan itu, kepala Kak Ani menjadi bertambah pening, dadanya sesak, sukarnya dia mahu menyedut nafas, jantungnya seolah-olah mahu putus. Tapi dia gagahkan dirinya. Biar apa yang terjadi dia tetap akan mengundi. Dia sudah bertekad.
“Ini kertas undi puan,” pegawai pengurus pilihan raya menghulurkan kertas undi pada Kak Ani setelah dia berpuas hati dan membandingkan maklumat kad pengenalan Kak Ani dengan daftar pemilih.
“Pegawai itu kemudiannya menolak kerusi roda Kak Ani ke tempat mengundi, dengan susah payah dan separuh sedar Kak Ani membuat pilihan. Kak Ani dengan yakin memangkah Parti Pakatan Rakyat, parti yang diharap dapat membela nasib rakyat sepertinya. Parti yang akan membenam segala keangkuhan, segala kezaliman kerajaan yang ada sekarang. Parti yang akan menghancurkan segala kroni dan kepentingan anak bini. Itu tekad Kak Ani. Dan dia akan pastikan tekad itu terlaksana hari ini.
Dengan tangan yang terketar-ketar Kak Ani masukan kertas undi yang telah dipangkahnya ke dalam peti undi. Dada Kak Ani terasa lapang, dia terasa beban kerana tersalah memilih kerajaan selama ini terangkat. Dia rasa cahaya penuh di sekelilingnya. Dia mahu negaranya berubah, menjadi negara yang lebih baik. Dia mahu nasibnya lebih terbela. Dia mahu anak cucunya tidak lagi diperkotak-katik kan seperti dirinya. Dia mahu pesakit sepertinya terbela. Itu hasratnya, itu cita-citanya.
Sebaik sahaja kerusi rodanya di tolak keluar dari bilik mengundi Kak Ani rasa tiba-tiba matanya menjadi kelam, fikirannya terapung dan kemudian dia tidak sedar apa-apa lagi.
Petugas-petugas pilihana raya kelam kabut kerana Kak Ani pengsan. Badan Kak Ani terkejang-kejang, mata Kak Ani terbeliak, mulut Kak Ani berbuih-buih dan giginya terkancing rapat. Badan Kak Ani menggelunsur jatuh daripada kerusi roda, kaki dan tangan Kak Ani terkejang-kejang. Kak Ani sawan, toksin-toksin sudah sampai ke otak, sampai ke saraf-saraf. Senah yang sedang beratur menunggu giliran mengundi menerpa ke arah Kak Ani. Nafas Kak Ani berbunyi seperti lembu kena sembelih, Senah lihat ada darah mengalir daripada mulut emaknya, lidah Kak Ani terkancing di antara giginya. Senah pangku Kak Ani tapi badan Kak Ani masih terkejang-kejang, mulutnya masih berbuih-buih, Senah sapu air pada muka Kak Ani, tepuk-tepuk badan Kak Ani dan panggil nama Kak Ani tapi tiada tindak balas.
Kak Ani dikejarkan ke hospital dengan ambulan. Kak Ani dimasukkan di Unit Rawatan Rapi. Doktor kata keadaan ibunya kritikal, aras toksin di dalam darah ibunya sangat tinggi, ada pendarahan dalam perutnya. Paru-parunya juga penuh dengan air dan mungkin ada jangkitan kuman. Sedih sungguh Senah melihat keadaan ibunya terlantar, pengsan dan kini hayatnya bergantung kepada mesin pernafasan Segala wayar dan tiub berselirat di tubuh Kak Ani. Macam-macam ubat doktor berikan dan perut Kak Ani ditebuk lagi untuk mencuci toksin-toksin dan racun dalam darahnya. Darah, air dan ubat bersilih ganti dimasukkan ke dalam tubuh Kak Ani. Kak Ani sedang berjuang antara hidup dan mati.
Senah dan Pak Berahim bergilir-gilir menemani Kak Ani, sambil usap-usap tangan Kak Ani, Senah bacakan yasin untuk ibunya itu. Senah harap Allah sembuhkan ibunya semula dan kalau Allah mahu mengambil nyawa ibunya, ambilah dalam keadaan yang mudah. Senah benar-benar pasrah. Senah tahu kedegilan ibunya, Senah tahu betapa ibunya begitu kecewa pada kerajaan yang sedia ada. Bantuan yang dia harapkan tidak kunjung tiba. Setahun ibunya menderita, berbelas kali perutnya ditebuk. Segala permohonan dan rayuannya untuk mendapatkan khidmat mesin dialisis hanya dibakul sampahkan sahaja. Sebab itulah ibunya benar-benar nekad untuk mengundi. Untuk mengubah kerajaan yang ada dan untuk masa depannya dan juga rakyat yang senasib dengannya.
Kini giliran Pak Berahim pula menemani isterinya. Senah pula mengambil peluang berehat sebentar di ruang menunggu. Senah melihat ramai orang berkumpul di depan televisyen. Rupanya keputusan Pilihan Raya ke-13 sedang diumumkan. Satu-satu keputusan pilihan raya seluruh negara sedang dikeluarkan. Senah membulatkan matanya, dia tengok betul-betul keputusan yang sedang di paparkan. Itu kawasan tempatnya mengundi, Dato’ Rumzi wakil rakyat kawasannya sejak tiga penggal lalu daripada parti Bintang Nasional tewas kepada Ustaz Fuad. Parti Bintang Nasional tumbang. Tepat pukul 2.00 pagi, gabungan parti Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan baru. Cita-cita ibunya tercapai. Senah sungguh gembira, alangkah baiknya kalau ibunya dapat bangun dan sama-sama meraikan kejayaan itu. Tentu ibunya akan gembira dan senyum melebar. Mungkin selepas ini nasib rakyat seperti ibunya akan lebih terbela. Tiada lagi orang yang mengemis simpati di negaranya sendiri.
Perlahan-lahan Senah pergi ke pintu Wad Rawatan Rapi, dia mahu membisikan berita gembira itu kepada ibunya, biarlah... walaupun ibunya koma, Senah tetap mahu berkongsi kegembiraan itu. Dia mahu ibunya tahu pengorbanannya kini sudah terbalas.
(III)
Hampir sebulan Kak Ani koma, hidup hanya bergantung kepada mesin bantuan sahaja. Siang malam Senah dan Pak Berahim menjaga Kak Ani. Sungguh-sungguh Pak Berahim berdoa agar Allah panjangkan umur Kak Ani. Pak Berahim mahu agar Kak Ani sihat semula. Pak Berahim mahu tunjukkan negara Malaysia yang sudah berubah, Pak Berahim mahu biar Kak Ani dapat menghirup nikmat sebuah pemerintahan baru. Nikmat pemimpin yang adil dan perihatin. Pak Berahim mahu Kak Ani tahu bahawa pengorbanan benar-benar berguna.
“Inilah keajaiban, jarang kita dapat jumpa pesakit sebegini sedar kembali, syukurlah Kak Ani telah sedar semula.”
“Keadaan tubuhnya juga semakin baik,” terang Dr Ashraf kepada Pak Berahim semasa Kak Ani mula membuka matanya dan bangkit dari koma yang panjang itu.
Pak Berahim benar-benar bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan sebuah keajaiban. Membangkitkan isterinya dari koma. Tiada siapa yang menyangka bahawa Kak Ani akan sedar semula. Doktor sendiri terkejut kerana biasanya pesakit seperti Kak Ani tidak dapat diselamatkan. Dengan keadaan buah pinggangnya yang rosak, paru-parunya dipenuhi air dan kuman serta perutnya yang berdarah, Kak Ani mampu bertahan. Ia memang benar-benar sebuah keajaiban.
Selepas dipindahkan ke wad biasa keadaan Kak Ani semakin baik, tubuhnya juga semakin berisi, setiap dua hari sekali Kak Ani akan menjalani hemodialisis. Kak Ani lihat banyak perubahan di Unit Rawatan Dialisis di hospital itu, banyak mesin-mesin baru sampai. Sebahagian kawan-kawannya yang menunggu giliran sudahpun mula menjalani hemodialisis di situ.
“Selepas ini Kak Ani boleh buat heamodialisis di sini,” Dr Ashraf memberitahu Kak Ani sebelum dia dibenarkan keluar daripada wad tersebut.
“Pihak hospital telah mendapat 10 mesin baru dan semua pesakit buah pinggang boleh menjalani haemodialisis percuma di sini,” terang Dr Ashraf dengan penuh gembira. Semua perbelanjaan termasuk pengangkutan Kak Ani untuk mendapatkan rawatan di sini akan ditanggung dibawah skim Dana Sihat iaitu satu skim baru yang diwujudkan oleh kerajaan baru kita.
“Puan tak perlu susah susah lagi, Setiap dua hari puan datang ke sini.”
“Kita juga dalam perancangan untuk membina pusat dialisis baru di tempat puan, Kalau semuanya berjalan lancer dalam masa enam bulan lagi pusat tersebut siap, jadi tak perlulah lagi puan datang ke sini lagi,” terang Dr Asharaf panjang lebar.
“Alhamdulillah” hanya itulah kata-kata yang mampu diucapkannya.
Kak Ani benar-benar bersyukur. Dia benar-benar berterima kasih kepada kerajaan baru yang begitu perihatin. Dia benar-benar gembira kerana diberikan harapan baru. Tidak sia-sia dia menggadai nyawa, bagi memastikan kerajaan lama yang zalim dan angkuh itu dapat ditumbangkan. Dia benar-benar bersyukur kerana derita pesakit sepertinya akhirnya bernoktah. Terima kasih Pakatan Rakyat bisik hati Kak Ani.
Harga sebuah penantian
Dr Myhar Abdullah, | 01 Apr 2013 |
(I)
Kak Ani merasa tubuhnya lemah sekali, badannya terasa begitu lesu, tak terdaya dia mengangkat tangannya. Sendi-sendinya terasa benar-benar tidak bermaya. Kak Ani pasti bahawa pada masa ini segala toksin dan racun sudah berkumpul hingga ke ubun-ubun kepalanya. Doktor kata, kalau orang sakit buah pinggang sepertinya, toksin dan racun berkumpul di dalam darah, berhimpun di dalam daging-dagingnya dan kalau darahnya tidak dicuci, toksin dan racun itu akan berkumpul di otaknya, akhirnya dia boleh pengsan, boleh sawan dan boleh mati.
Kak Ani cukup takut kalau dia mati, siapalah yang akan jaga Pak Berahim, suaminya. Pak Berahim bukanlah sihat sangat. Kakinya kudung sebelah akibat jerangkap samar semasa menjadi anggota tentera simpanan dahulu dan kini pergerakannya hanya bergantung kepada kaki palsu sahaja. Hanya kepada Kak Ani lah tempat dia bergantung harap. Tambahan pula, akhir-akhir ini Pak Berahim sendiri semakin tidak sihat iaitu sejak beliau disahkan mengidap penyakit kencing manis, tubuhnya menjadi kurus kering, cepat penat dan tangannya mudah kebas. Matanya juga semakin kabur dan ingatannya juga mulai merosot. Banyak benda yang dia tidak ingat lagi. Kadang-kadang waktu sembahyang pun dia lupa. Kalau Kak Ani kirim beli barang pun banyak yang dia lupa dan kadang-kadang Pak Berahim balik begitu sahaja tanpa membeli barang-barang yang Kak Ani pesan.
Inilah yang merisaukan Kak Ani, siapalah yang akan jaga Pak Berahim jika ditakdirkan beliau mati. Tapi tubuhnya sendiri semakin lemah, badannya yang dahulu gempal semakin kurus, kudratnya benar-benar semakin hilang. Susah sungguh untuk dia buat kerja-kerja rumah seperti dahulu. Kak Ani tidak ramai saudara-mara. Suaminya orang Utara dan adik-beradik Kak Ani semuanya sudah berhijrah ke bandar.

Senah lah satu-satunya waris Kak Ani yang masih ada, dahulu adik Senah, Halim meninggal dunia kerana dilanggar oleh budak-budak muda yang sedang merempit. Senah pun sudah tinggal berasingan dengan Kak Ani iaitu sejak dia mendirikan rumah tangga. Nasib baik rumahnya tidak jauh daripada rumah Kak Ani, jadi bolehlah dia tengok-tengokkan Pak Berahim jika Kak Ani terpaksa masuk wad kerana mendapatkan rawatan.
“Ya Allah sihatkan aku. Sembuhkan aku, aku nak jaga suami aku”doa Kak Ani setiap hari. Kalau boleh dia mahu Allah sembuhkan penyakitnya, berikan dia kesihatan semula, jadikan dirinya seperti dulu dulu, boleh jaga makan dan minum suaminya. Dia mahu biarlah hari-hari akhir suaminya berada dalam keadaan yang bahagia. Dia mahu jaga Pak Berahim yang sering sakit-sakit sekarang.
Namun, makin hari keadaan tubuh Kak Ani sendiri makin lemah, mukanya bertambah pucat dan kulitnya menjadi kekuningan. Dr Ashraf. doktor yang sering merawat Kak Ani kata, sel-sel darah merah Kak Ani kurang. Orang sakit buah pinggang macamnya memang selalu kurang darah. Kaki Kak Ani juga selalu bengkak. Adakalanya mukanya juga bertukar sembab bila air di dalam tubuhnya berlebihan. Walaupun usianya baru mencecah 57 tahun tetapi semenjak sakit wajahnya seperti orang yang berusia 70-an. Mukanya menjadi kehitaman, berkedut-kedut, mungkin akibat kesakitan yang dideritainya atau mungkin juga penderitaan jiwanya, mungkin juga sebab toksin dan racun yang bersarang dalam tubuhnya.
Termasuk bulan lepas, sudah 12 kali perutnya ditebuk. Di masukkan air. Doktor kata, nak cuci darahnya, nak buang segala toksin dan air yang berlebihan di dalam tubuhnya kerana buah pinggangnya sudah tidak berfungsi lagi. Racun dan toksin yang biasanya dikeluarkan mengikut buah pinggang dan air kencing kini berkumpul dalam darahnya. Buah pinggangnya sudah tidak berfungsi, tidak boleh menapis segala toksin dan bahan kumuhan lagi. Semua bahan tersebut akan berkumpul perlahan-lahan di dalam darah, di dalam tisu-tisu badannya juga di dalam otaknya. Buah pinggangnya tidak dapat mengeluarkan air lagi. Air kencingnya menjadi sangat sedikit. Kalau Kak Ani terlebih minum, air akan berkumpul dalam tubuhnya, badannya akan membengkak. Air tadi akan berkumpul di paru-parunya. Nafasnya menjadi sesak dan semput dan dia akan jadi macam orang kelemasan.
Kak Ani cukup takut setiap kali perutnya mahu ditebuk, sakitnya bukan kepalang, ngeri melihat jarum sebesar penyedut air dicucuk ke kulit perutnya. Dan selepas itu beliau akan terlantar dua atau tiga hari di katil hospital. Air akan dimasuk dan dikeluarkan secara bergilir-gilir ke dalam rongga perutnya. Dia tidak boleh bergerak ke mana-mana, berak dan kencingpun di atas katil. Biasanya 40 hingga 60 beg air akan dimasuk dan dikeluarkan secara bergilir-gilir ke dalam rongga perutnya sehinggalah air di dalam tubuhnya berkurangan dan toksin dalam darahnya menurun.
Hancur rasanya urat-urat dan salur darah di tubuhnya. Hampir setiap hari doktor akan mencucuk salur darahnya untuk pemeriksaan darah bagi memastikan toksin di dalam tubuhnya berkurangan. Begitulah keadaan Kak Ani, walaupun sakit, Kak Ani tidak ada pilihan. Pernah dia cuba membantah dan bertegas, tidak mahu rongga perutnya ditebuk tetapi akhirnya dia terpaksa mengalah. Apabila toksin dan racun yang ada dalam darahnya telah sampai ke otak, kepalanya menjadi pening, muntah-muntah, dan tubuhnya menjadi letih yang bukan kepalang. Badannya membengkak dan nafasnya menjadi sesak. Dia hampir-hampir pengsan. Akhirnya, Kak Ani terpaksa bersetuju untuk di tebuk rongga perutnya, dicuci toksin dan racun yang ada dalam darahnya.
“Puan sebenarnya cara yang paling baik untuk mencuci darah puan ialah dengan menggunakan mesin haemodialisis,” terang doktor Ashraf yang merupakan doktor pakar nefrologi di situ.
“Tapi buat masa ini puan kena tunggu giliran, kerana pihak kami tidak mempunyai mesin haemodialisis yang mencukupi,” sambung Dr Ashraf lagi.
“Jadi, bila saya boleh cuci darah saya dengan mesin tersebut,” Tanya Kak Ani penuh mengharap.
“Saya tak boleh bagi jaminan puan, kerana pada masa ini kita ada 30 orang pesakit yang sedang menunggu giliran untuk menggunakan mesin tersebut.”
“Itupun kita akan beri keutamaan kepada kakitangan kerajaan atau mereka yang ada anak berkerja dengan kerajaan,” sambungnya lagi.
“Jadi macamana nasib saya doktor,” tanya Kak Ani dengan nada cemas.
“Saya bukanya ada anak yang berkerja dengan kerajaan. Suami saya dahulupun hanya pesara tentera simpanan sahaja,” balas Kak Ani.
“Tolonglah doktor, suami saya kudung, dan sekarang ni tidak sihat.”
“Tak ada siapa nak jaga dia kalau saya sendiri tidak sihat, tolonglah saya doktor,” rayu Kak Ani penuh mengharap.
“Saya sendiripun rasa tak larat, letih sangat kalau darah saya tidak dicuci.”
“Tolonglah saya doktor,” rayu Kak Ani lagi dalam nada suara yang sangat sebak.
“Saya tak boleh buat apa-apa puan, itu sahajalah mesin dialisis yang kami ada, sudah bertahun-tahun kami memohon untuk mendapat tambahan mesin dialisis yang baharu tetapi masih tidak dapat, mungkin kerajaan tiada peruntukan agaknya,” jelas doktor Ashraf.
Itulah jawapan yang sering Kak Ani terima setiapa kali dia bertanyakan bilakah dia boleh mendapatkan perkhidmatan mesin haemodialisis di hospital itu.
Sudah hampir setahun dia berulang alik ke hospital itu, sebahagian besar kawan-kawannya yang mengidap penyakit sepertinya telah pun menyahut seruan Ilahi. Minggu lepas Kak Nab yang duduk di kampong Semberong, selang dua kampong dari kampung tempat Kak Ani tinggal juga meninggal dunia kerana sesak nafas dan pengsan. Kak Nab pun sama sepertinya. sudah hampir setahun menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan hamodialisis. Sebelum itu Pak Kasim, pesakit yang biasa Kak Ani jumpa semasa mendapatkan rawatan di klinik juga mati akibat jangkitan kuman selepas dia menjalani proses tebukan rongga perut. Ramai lagi kawan-kawan yang pernah ditemuinya semasa di dalam wad telah pergi buat selama-lamanya. Seingatnya sudah lebih 10 orang orang yang menunggu giliran untuk mendapatkan perkhidmatan hemodialisis ini meninggal dunia.
Kak Ani sendiri takut, Kak Ani sendiri risau, hatinya benar-benar resah. Apakah yang akan berlaku pada dirinya. Dia seolah-olah membilang hari kematiannya sendiri. Harapannya untuk mendapatkan kemudahan haemodalisis begitu samar dan kelam. Dia tidak nampak jalan. Dia tak tahu kepada siapa lagikah dia mahu sandarkan harapannya. Usahanya selama ini masih tidak berhasil.
Kadang-kadang Kak Ani terfikir. Takkan kerajaan tak ada duit, kenapa kerajaan tak beli mesin haemodialisis lagi. Sampai bila dia kena menunggu. Takkan kerajaan tidak kasihan pada orang sepertinya. Dia bukan tak ada sumbangan pada negara. Dulu suaminya seorang perwira, berjuang menggadai nyawa sehingga kakinya sendiri putus akibat jerangkap samar demi mempertahankan negara. Mustahil kerajaan tak kenang jasa suaminya. Walaupun suaminya tentera simpanan sahaja tapi perjuangan Pak Berahim besar, perjuangan untuk mempertahankan tanah air, perjuangan menjaga keamanan negara bagi memastikan negara aman makmur seperti sekarang. Takkan tiada sekelumit rasa simpati kerajaan pada mereka sekeluarga.
Kak Ani tengok beruntungnya nasib Pak Man, selepas dia dapat mengguna mesin haemodialisis, dia nampak lebih sihat. Dia boleh pergi ke mana-mana, kalau hari dia tidak pergi buat haemodialisis dia boleh bawa teksi, boleh pergi pasar sendiri. Bertuah Pak Man. Kak Ani juga mahu sihat macam Pak Man. Kak Ani mahu masak, mahu pergi ke kedai, mahu jaga Pak Berahim suaminya macam dulu-dulu. Sementelahan sejak sakit ini lagilah banyak bantuan yang perlu Kak Ani berikan kepada suaminya.
Kak Ani bukan tak berusaha, sudah puas dia merayu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan peruntukan, akhirnya dia cuma diberikan belanja sara hidup sahaja. Itupun hanya cukup-cukup untuk dia membayar duit kereta sewa untuk berulang-alik ke hospital setiap bulan. Rumahnya terletak hampir 60 km daripada Hospital Besar yang terdekat. Dia kena bayar hampir seratus ringgit untuk kereta sewa setiap kali dia ke hospital. Mujurlah Senah ada membantunya sikit-sikit, bolehlah dia meneruskan kehidupannya. Kalau hanya berharap dengan duit bantuan kerajaan mungkin sudah lama dia berkubur.
“Pihak kami tak beri untuk bantuan haemodialisis mak cik,” terang pegawai tersebut.
“Cuba Mak cik pergi ke Pejabat Zakat Negeri, mungkin mereka ada peruntukan untuk orang sakit seperti mak cik,” saran pegawai itu lagi.
Kak Ani dan Senah bersusah payah dan penuh harapan pergi pula ke Pejabat Zakat Negeri.
“Peruntukan untuk tahun ini sudah habis mak cik, cuba mak cik datang semula tahun hadapan”.
“Pihak kami hanya menaja 20 orang pesakit sahaja dan kuotanya sudah penuh, peruntukan kitapun terhad.”
Hampa dan luruh hati Kak Ani mendengar penerangan pegawai tersebut.
Tapi Kak Ani tidak putus harap. Dia ajak Pak Berahim pergi ke rumah Haji Hishm. Haji Hisham adalah ketua kampung dan pengerusi JKK kawasan itu. Hubungannya dengan Dato’ Rumzi, wakil rakyat kawasan situ amat rapat, Kak Ani selalu nampak kereta Dato’ Rumzi di depan rumah Haji Hisham. Kalau ada majlis keraian di kampung itu, Haji Hisham mesti bergandingan dengan Dato’ Rumzi. Orang kata, Haji Hisham orang kepercayaan Dato’ Rumzi. Senang nak dapat bantuan kerajaan kalau Haji Hisham rekomen.
“Haa..., bila dah sakit baru kau pandai cari aku... baru pandai cari wakil rakyat, baru pandai cari kerajaan,” Dulu, masa kau sihat kau lawan kerajaan,” tempelak Haji Hisham sebaik sahaja Kak Ani menyuarakan hasratnya mahu mendapatkan pertolongan kerajaan negeri bagi mendapatkan bantuan pembiayiaan melakukan dialisis di pusat hemodialisis swasta.
Memang Kak Ani dan beberapa orang penduduk kampong pernah menyuarakan bantahan mereka apabila kerajaan bercadang untuk mengambil tapak sekolah agama rakyat dan masjid di situ bagi tujuan membina pusat penapisan minyak sedangkan kerajaan ada banyak lagi tanah yang tak digunakan dan boleh digunakan untuk membangunkan projek itu. Orang kampung menentang kerana jasa sekolah itu besar, masjid itu pula berusia ratusan tahun. Sekolah itulah yang menjadi tempat mereka menghantar anak-anak mereka belajar agama. Hampir semua orang-orang kampong itu termasuk Haji Hisham sendiri pernah belajar di sekolah itu.

Sekarang inipun lebih 400 pelajar sedang belajar di sekolah itu. Mereka cukup terkilan jika sekolah dan masjid yang penuh jasa itu terpaksa dikorbankan demi pembinaan loji penapis minyak itu. Bukan tiada tanah lain yang sesuai, cuma tanah tersebut milik saudara mara Haji Hisham. Walaupun pada mulanya kerajaan mahu membuat pengambilan tanah tersebut tetapi selepas mendapat bantahan mereka dan dengan pengaruh Haji Hisham maka kerajaan menukar rancangan dan menjadikan tapak sekolah dan masjid yang berusia ratusan tahun itu sebagai tapak baru. Inilah yang menjadi kemarahan penduduk kampong. Kerajaan seolah-olah tidak peka. Kepentingan orang ramai diketepikan, kepentingan individu pula yang dijaga. Itulah punca ketidakpuasan hati mereka.
“Takkan tak boleh beri bantuan kepada saya, tentu kerajaan ada peruntukan Tuan Haji,” rayu Kak Ani.”
“ Ada memang ada, tapi apa guna bantu orang macam kau.”
“Kalau kau sihat nanti, kau lawan kerajaan balik,” jerkah Haji Hisham.
“Saya bukan lawan kerajaan, saya cuma nak pertahankan warisan kampong kita, kami semua sayangkan kampong kita. Kan sekolah dan masjid tua tu banyak jasanya kepada kita,” jawab Kak Ani perlahan.
Memang itulah hujahnya sejak dahulu. Tiada sekelumitpun niat hatinya untuk menentang kerajaan atau menganggu pembangunan yang dirancang. Dia cuma mahu kerajaan lebih rasional, menghormati perasaan rakyat, menghargai institusi yang sudah banyak berjasa kepada mereka. Tambahan pula kerajaan masih ada banyak pilihan lain.
“Oklah Kak Ani, saya nak ke bandar, nak jumpa Dato’ Rumzi, ada mesyuarat, kalau Kak Ani benar-benar sesak, juallah tapak rumah tu pada saya supaya duitnya boleh digunakan untuk berubat,” cadang Haji Hisham sinis sambil berlalu meninggalkan Kak Ani termanggu-manggu.
Walaupun Kak Ani kecewa, dia minta Senah tulis sendiri surat kepada Dato’ Rumzi untuk memohon bantuan tersebut, mana tahu kalau nasibnya baik Dato’ Rumzi bersimpati dan menghulurkan bantuan kepadanya. Namun surat-surat permohonannya tidak pernah mendapat balasan. Mungkin suratnya hanya dibakul sampahkan. Ini menyebabkan Kak Ani benar-benar kecewa dan tertekan.
“Entahlah, apalah malang nasibku ini,”rintih hati Kak Ani.
Dia seolah-olah bukan rakyat di negaranya sendiri. Kerajaan yang diharap dapat melindunginya seolah-olah lepas tangan. Slogan “Rakyat Didahulukan” yang sering berkumandang radio dan televisyen hanya gula-gula untuk membodohkan rakyat sepertinya. Bukan dia seorang, malah mungkin berpuluh dan mungkin beratus atau beribu orang yang sakit sepertinya terpaksa menunggu dan terus menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik. Janji-janji kerajaan kini menjadi sembilu yang menikam hatinya. Pedihnya seperti jarum-jarum yang mencucuk urat sarafnya, bisanya seperti racun dan toksin yang menusuk otak dan organ-organ tubuhnya. Apalah malangnya dia kerana memilih kerajaan seperti ini. Kerajaan yang hanya pandai berjanji tetapi tidak mahu menepati. Hatinya tiba-tiba menjadi begitu mual, meluat dan benci kepada kerajaan yang menjadi sanjungannya selama ini.
Kak Ani tidak kisah kalau dia tinggal negara miskin macam Kongo, macam Somalia atau macam Burundi. Duit yang kerajaannya ada mungkin hanya cukup untuk membeli makanan rakyat dan menyediakan pasarana asas. Tapi Malaysia negara kaya, pendapatan purata rakyatnya lebih dua puluh kali ganda lebih tinggi daripada negara-negara tadi. Hasil negara berjumlah ratusan billion. Kita ada minyak, kita ada gas, kita negara pengimport kelapa sawit dan getah terbesar di dunia. Hasil mahsul negara kita banyak. Kerajaan pula selalu sebut negara kita sedang bergerak ke arah negara maju. Kak Ani tengok pemimpin-pemimpin besar negara, berjalan ke sana sini menaiki jet peribadi. Kereta mereka besar-besar. Banglo-banglo mereka mewah dan tersergam indah seperti istana. Belanja elektrik dan air rumah mereka sahaja mencecah ratusan ribu ringgit sebulan. Isteri-isteri mereka pula sangat mewah. Ratusan ribu ringgit dihabiskan untuk membeli pakaian, beg tangan, kasut dan pakaian dalam. Barang kemas termasuk cincin pula mencecah puluhan juta. Itu tandanya negara kita kaya, banyak duit. Hasil buminya melimpah ruah.
Tak kan untuk membeli mesin dialisis yang hanya berharga puluhan ribu ringgit mereka tidak mampu. Tak kan kerajaan tidak ada peruntukan untuk membantu orang sakit sepertinya. Kak Ani bingung dan memang dia benar-benar bingung.
Kalau dahulu memang negara kita miskin, orang cuma tanam getah dan padi. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Hasil negara pun tak seberapa. Hidup pemimpin pun sangat sederhana. Tetapi sekarang khabarnya pendapatan kerajaan ratusan billion. Cukai Duit hasil minyak sahaja berpuluh billion setiap tahun, itu belum tambah duit cukai-cukai lain. Tetapi ke mana semua duit itu pergi, ke mana semua duit itu mengalir. Kak Ani tengok hospital masih sesak seperti dahulu juga. Nak jumpa doktor punyalah payah.

Kalau di klinik-klinik kerajaan, yang ada hanyalah pembantu pegawai kesihatan sahaja. Jarang-jarang dapat jumpa doktor. Tambah-tambah kalau mahu jumpa doktor pakar. Kadang-kadang sehari suntuk menunggu belum tentu dapat bertemu mereka. Kalau dapat berjumpapun kadang-kadang tak sampai sepuluh minit kerana masih ramai lagi pesakit yang masih menunggu giliran.
Tempat menunggu pula sesak. Kadang-kadang Kak Ani terpaksa berdiri atau duduk bersesak-sesak semasa menunggu doktor. Di dalam wad pun keadaannya sama, ada kalanya penuh macam ikan sardin. Kak Ani tengok katil hospital pun sangat uzur, lif di hospital pula selalu rosak. Ada sekali Kak Ani rasa macam mahu putus nyawa kerana terpaksa menaiki tangga untuk naik ke wad yang berada di tingkat enam kerana lif rosak. Sudahlah dia sakit, terpaksa pula naik tangga. Seksa betul.
Menurut cerita kawan Kak Ani, mesin dialisis pun cuma ada 10 buah sahaja di hospital besar itu. Itupun sebahagian besarnya sudah uzur dan kerap rosak. Sedangkan pesakit buah pinggang berjumlah ratusan orang. Semakin hari bilangan mereka semakin bertambah sedang jumlah mesin dialisis sama seperti 10 tahun dahulu. Entahlah Kak Ani hairan, apa sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan. Semakin hari, rakyat sepertinya semakin menderita. Itu tidak masuk harga ubat-ubatan yang semakin mahal dan ada kalanya kehabisan stok pula. Kerap kali juga Kak Ani terpaksa membeli ubat sendiri kerana kerajaan tidak membekalkan ubat tersebut ke hospital itu lagi.
(II)
Tempat menunggu pula sesak. Kadang-kadang Kak Ani terpaksa berdiri atau duduk bersesak-sesak semasa menunggu doktor. Di dalam wad pun keadaannya sama, ada kalanya penuh macam ikan sardin. Kak Ani tengok katil hospital pun sangat uzur, lif di hospital pula selalu rosak. Ada sekali Kak Ani rasa macam mahu putus nyawa kerana terpaksa menaiki tangga untuk naik ke wad yang berada di tingkat enam kerana lif rosak. Sudahlah dia sakit, terpaksa pula naik tangga. Seksa betul.
Menurut cerita kawan Kak Ani, mesin dialisis pun cuma ada 10 buah sahaja di hospital besar itu. Itupun sebahagian besarnya sudah uzur dan kerap rosak. Sedangkan pesakit buah pinggang berjumlah ratusan orang. Semakin hari bilangan mereka semakin bertambah sedang jumlah mesin dialisis sama seperti 10 tahun dahulu. Entahlah Kak Ani hairan, apa sebenarnya yang dibuat oleh kerajaan. Semakin hari, rakyat sepertinya semakin menderita. Itu tidak masuk harga ubat-ubatan yang semakin mahal dan ada kalanya kehabisan stok pula. Kerap kali juga Kak Ani terpaksa membeli ubat sendiri kerana kerajaan tidak membekalkan ubat tersebut ke hospital itu lagi.
(II)
Hari ini sudah genap setahun Kak Ani menunggu untuk mendapatkan mesin dialisis tersebut. Sudah sebulan Kak Ani tidak ke hospital. Kali terkahir perutnya ditebuk ialah 5 minggu yang lepas.
Kak Ani lihat kakinya semakin bengkak, tegang berkilat, mengening macam buah labu air. Dadanya juga mula terasa sempit. Nak bernafaspun agak tersekat-sekat. Macam orang kelemasan, macam ikan kekurangan oksigen. Tekak Kak Ani juga menjadi loya. Sekejap-sekejap dia muntah, tapi yang keluar hanyalah lender-lendir sahaja, sudah tiga hari dia tidak berselera untuk makan. Hanya minum air dan biskut kering. Badan terasa sungguh lemah dan kepalanya juga mula terasa pening. Kak Ani tahu, air dan toksin di dalam tubuhnya sudah berada pada paras yang bahaya. Sudah menjadi racun di dalam badannya. Sudah mengalir ke saraf dan otak. Paru-parunya juga mungkin sudah dipenuhi air. Doktor selalu pesan, kalau Kak Ani rasa macam itu kena cepat-cepat pergi ke hospital. Perutnya perlu ditebuk, darahnya perlu dicuci. Air perlu dimasukkan bersilih ganti di dalam rongga perutnya. Itu Kak Ani tahu kerana sudah berbelas kali perutnya di tebuk. Kulit perutnya sudah berkematu akibat parut-parut tebukan itu. Kadang-kadang luka tebukan lama belum sembuh sudah di buat tebukan baru pula.
Tapi kali ini Kak Ani nekad, walapun Senah telah berhari-hari memujuknya untuk ke hospital, Kak Ani masih berdegil. Senah cukup takut kalau-kalau Kak Ani pengsan macam dahulu. Kak Ani sawan, kakinya dan tubuhnya mengejang, mulutnya berbuih-buih. Kak Ani diserang sawan dan hampir pengsan. Tapi lepas perutnya ditebuk, selepas darahnya dicuci Kak Ani sihat semula. Inilah yang benar-benar merungsingkan Senah. Senah tak mahu Kak Ani mati, Senah sayangkan ibunya.
“Jomlah Mak kita ke hospital” rayu senah, Senah risau dan takut ibunya sawan dan tak sedar macam dahulu”
“Biarlah dahulu Senah, emak rasa emak sihat lagi, lagipun esokkan hari mengundi, emak nak mengundi, lima tahun sekali Senah, bukannya selalu,” sahut Kak Ani. Senah diam dia tahu ibunya sukar dipujuk. Kalau putih katanya putihlah. Kalau hitam katanya hitamlah. Ibunya memang seorang yang keras pendirian.
Kak Ani memang seorang warganegara yang setia, tidak pernah sekalipun dia melepaskan peluang untuk mengundi. Sejak negara merdeka sehingga sekarang beliau tidak lupa untuk mengundi setiap kali pilihan raya. Dan setiap kali mengundi memang parti Bintang Nasional lah yang menjadi pilihannya. Beliau sering diingatkan bahawa kerajaan Bintang Nasional lah satu satunya kerajaan yang boleh mentadbir negara. Yang membawa pembangunan, yang memberi kesejahteraan dan menjadi pembela rakyat. Sebab itulah hanya kerajaan Bintang Nasional lah yang menjadi pilihan hatinya.
Tapi kali ini Kak Ani sudah sedar, kerajaan yang dipilihnya selama ini ialah kerajaan yang tidak berhati perut, kerajaan yang zalim, kerajaan yang menyeksa kehidupannya. Kerajaan yang menyambung derita Pak Berahim suaminya. Kerajaan yang tidak mengenang budi. Kerjaaan yang tidak boleh disandarkan harapan dan impian. Kerajaan yang hanya mementingkan kroni dan suku sakat mereka. Kerajaan yang mengihrup derita rakyat untuk kebahagiaan pemimpin-peminpin dan anak beranak mereka sahaja.
Kak Ani sudah bertekad, kerajaan hari ini mesti diajar. Parti Bintang Nasional harus ditunjukkan jalan keluar. Biar mereka sedar, biar mereka tahu, betapa selama ini rakyat tertipu dengan janji manis mereka. Rakyat sudah kecewa. Mereka sudah cukup menderita.
Kak Ani ingat kata-kata Ustaz Fuad calon wakil rakyat yang baru semasa menziarahinya beberapa hari lepas.
“Kalau Kak Ani mengundi nanti undilah parti yang membela rakyat, parti yang mahu menegakkan negara berkebajikan, parti yang akan meletakkan rakyat sebagai agenda perjuangannya.”
“Kalau dapat kerajaan baru kita harap, nasib kita akan lebih terbela, mudah-mudahan orang sakit macam Kak Ani akan dapat perhatian,” sambung Ustaz Fuad sambil menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan beban Kak Ani.
Sebab itulah Kak Ani bulatkan tekad, walau apapun terjadi dia akan tetap mengundi, dia akan bertahan, dia akan pergi ke pusat mengundi esok. Biarpun diusung dia akan tetap jalankan tanggungjawabnya. Dia akan pastikan, kali ini undinya akan pergi kepada kerajaan baru. Kerajaan yang diharap dapat membawan sinar baru dalam kehidupannya. Inilah perjuangannya dan kalau ditakdirkan ini kali terakhir dia mengundi dia mahu menjadikannya sebagai bakti terbesar kepada negaranya. Dia mahu generasi yang mewarisi negara ini tidak lagi menderita sepertinya. Dia mahu segala keangkuhan kerajaan yang ada sekarang ini dileburkan.
Pagi itu awal-awal lagi Kak Ani sudah bersiap-siap. Dia sudah berpesan kepada Senah supaya datang pagi-pagi ke rumahnya. Dia mahu pergi ke pusat mengundi awal-awal pagi, sebelum orang bertambah ramai. Sekolah Bukit Ketapang yang menjadi pusat pembungan undi tidaklah berapa jauh dari rumahnya. Agak-agak dalam seratus ela sahaja.
“Senah, pimpin emak Senah,” Kak Ani cuba bangun dan berjalan ke muka pintu. Sudah dua hari Kak Ani menghabiskan masanya dengan berbaring sahaja. Badannya benar-benar lesu dan tidak terdaya tambahan selera makannya juga sangat berkurangan. Kak Ani gagahkan juga dirinya untuk pergi membuang undi. Ini sahajalah peluangnya untuk mengubah nasibnya sendiri. Selama ini apa yang dia tuntut sebagai seorang rakyat yang taat tidak mendapat simpati.
“Boleh ke emak pergi ni?” tanya Senah sangsi.
“Kalau emak tak larat, tak payah pergi,” cadang Senah lagi.
Senah tidak yakin yang ibunya mampu untuk pergi mengundi. Di rumahpun sudah dua hari dia tidak bangun.
“Insya-Allah, emak rasa sihat hari ini,” jawab Kak Ani ringkas.
Dalam keadaan yang lemah, Kak Ani duduk di atas kerusi roda dan dengan sudah payah Senah menolak kerusi roda itu ke jalan menunju ke sekolah Bukit Ketapang, pusat pembungan undi.
Sepanjang perjalanan itu, kepala Kak Ani menjadi bertambah pening, dadanya sesak, sukarnya dia mahu menyedut nafas, jantungnya seolah-olah mahu putus. Tapi dia gagahkan dirinya. Biar apa yang terjadi dia tetap akan mengundi. Dia sudah bertekad.
“Ini kertas undi puan,” pegawai pengurus pilihan raya menghulurkan kertas undi pada Kak Ani setelah dia berpuas hati dan membandingkan maklumat kad pengenalan Kak Ani dengan daftar pemilih.
“Pegawai itu kemudiannya menolak kerusi roda Kak Ani ke tempat mengundi, dengan susah payah dan separuh sedar Kak Ani membuat pilihan. Kak Ani dengan yakin memangkah Parti Pakatan Rakyat, parti yang diharap dapat membela nasib rakyat sepertinya. Parti yang akan membenam segala keangkuhan, segala kezaliman kerajaan yang ada sekarang. Parti yang akan menghancurkan segala kroni dan kepentingan anak bini. Itu tekad Kak Ani. Dan dia akan pastikan tekad itu terlaksana hari ini.
Dengan tangan yang terketar-ketar Kak Ani masukan kertas undi yang telah dipangkahnya ke dalam peti undi. Dada Kak Ani terasa lapang, dia terasa beban kerana tersalah memilih kerajaan selama ini terangkat. Dia rasa cahaya penuh di sekelilingnya. Dia mahu negaranya berubah, menjadi negara yang lebih baik. Dia mahu nasibnya lebih terbela. Dia mahu anak cucunya tidak lagi diperkotak-katik kan seperti dirinya. Dia mahu pesakit sepertinya terbela. Itu hasratnya, itu cita-citanya.
Sebaik sahaja kerusi rodanya di tolak keluar dari bilik mengundi Kak Ani rasa tiba-tiba matanya menjadi kelam, fikirannya terapung dan kemudian dia tidak sedar apa-apa lagi.
Petugas-petugas pilihana raya kelam kabut kerana Kak Ani pengsan. Badan Kak Ani terkejang-kejang, mata Kak Ani terbeliak, mulut Kak Ani berbuih-buih dan giginya terkancing rapat. Badan Kak Ani menggelunsur jatuh daripada kerusi roda, kaki dan tangan Kak Ani terkejang-kejang. Kak Ani sawan, toksin-toksin sudah sampai ke otak, sampai ke saraf-saraf. Senah yang sedang beratur menunggu giliran mengundi menerpa ke arah Kak Ani. Nafas Kak Ani berbunyi seperti lembu kena sembelih, Senah lihat ada darah mengalir daripada mulut emaknya, lidah Kak Ani terkancing di antara giginya. Senah pangku Kak Ani tapi badan Kak Ani masih terkejang-kejang, mulutnya masih berbuih-buih, Senah sapu air pada muka Kak Ani, tepuk-tepuk badan Kak Ani dan panggil nama Kak Ani tapi tiada tindak balas.
Kak Ani dikejarkan ke hospital dengan ambulan. Kak Ani dimasukkan di Unit Rawatan Rapi. Doktor kata keadaan ibunya kritikal, aras toksin di dalam darah ibunya sangat tinggi, ada pendarahan dalam perutnya. Paru-parunya juga penuh dengan air dan mungkin ada jangkitan kuman. Sedih sungguh Senah melihat keadaan ibunya terlantar, pengsan dan kini hayatnya bergantung kepada mesin pernafasan Segala wayar dan tiub berselirat di tubuh Kak Ani. Macam-macam ubat doktor berikan dan perut Kak Ani ditebuk lagi untuk mencuci toksin-toksin dan racun dalam darahnya. Darah, air dan ubat bersilih ganti dimasukkan ke dalam tubuh Kak Ani. Kak Ani sedang berjuang antara hidup dan mati.
Senah dan Pak Berahim bergilir-gilir menemani Kak Ani, sambil usap-usap tangan Kak Ani, Senah bacakan yasin untuk ibunya itu. Senah harap Allah sembuhkan ibunya semula dan kalau Allah mahu mengambil nyawa ibunya, ambilah dalam keadaan yang mudah. Senah benar-benar pasrah. Senah tahu kedegilan ibunya, Senah tahu betapa ibunya begitu kecewa pada kerajaan yang sedia ada. Bantuan yang dia harapkan tidak kunjung tiba. Setahun ibunya menderita, berbelas kali perutnya ditebuk. Segala permohonan dan rayuannya untuk mendapatkan khidmat mesin dialisis hanya dibakul sampahkan sahaja. Sebab itulah ibunya benar-benar nekad untuk mengundi. Untuk mengubah kerajaan yang ada dan untuk masa depannya dan juga rakyat yang senasib dengannya.
Kini giliran Pak Berahim pula menemani isterinya. Senah pula mengambil peluang berehat sebentar di ruang menunggu. Senah melihat ramai orang berkumpul di depan televisyen. Rupanya keputusan Pilihan Raya ke-13 sedang diumumkan. Satu-satu keputusan pilihan raya seluruh negara sedang dikeluarkan. Senah membulatkan matanya, dia tengok betul-betul keputusan yang sedang di paparkan. Itu kawasan tempatnya mengundi, Dato’ Rumzi wakil rakyat kawasannya sejak tiga penggal lalu daripada parti Bintang Nasional tewas kepada Ustaz Fuad. Parti Bintang Nasional tumbang. Tepat pukul 2.00 pagi, gabungan parti Pakatan Rakyat telah berjaya membentuk kerajaan baru. Cita-cita ibunya tercapai. Senah sungguh gembira, alangkah baiknya kalau ibunya dapat bangun dan sama-sama meraikan kejayaan itu. Tentu ibunya akan gembira dan senyum melebar. Mungkin selepas ini nasib rakyat seperti ibunya akan lebih terbela. Tiada lagi orang yang mengemis simpati di negaranya sendiri.
Perlahan-lahan Senah pergi ke pintu Wad Rawatan Rapi, dia mahu membisikan berita gembira itu kepada ibunya, biarlah... walaupun ibunya koma, Senah tetap mahu berkongsi kegembiraan itu. Dia mahu ibunya tahu pengorbanannya kini sudah terbalas.
(III)
Hampir sebulan Kak Ani koma, hidup hanya bergantung kepada mesin bantuan sahaja. Siang malam Senah dan Pak Berahim menjaga Kak Ani. Sungguh-sungguh Pak Berahim berdoa agar Allah panjangkan umur Kak Ani. Pak Berahim mahu agar Kak Ani sihat semula. Pak Berahim mahu tunjukkan negara Malaysia yang sudah berubah, Pak Berahim mahu biar Kak Ani dapat menghirup nikmat sebuah pemerintahan baru. Nikmat pemimpin yang adil dan perihatin. Pak Berahim mahu Kak Ani tahu bahawa pengorbanan benar-benar berguna.
“Inilah keajaiban, jarang kita dapat jumpa pesakit sebegini sedar kembali, syukurlah Kak Ani telah sedar semula.”
“Keadaan tubuhnya juga semakin baik,” terang Dr Ashraf kepada Pak Berahim semasa Kak Ani mula membuka matanya dan bangkit dari koma yang panjang itu.
Pak Berahim benar-benar bersyukur kepada Allah yang telah menganugerahkan sebuah keajaiban. Membangkitkan isterinya dari koma. Tiada siapa yang menyangka bahawa Kak Ani akan sedar semula. Doktor sendiri terkejut kerana biasanya pesakit seperti Kak Ani tidak dapat diselamatkan. Dengan keadaan buah pinggangnya yang rosak, paru-parunya dipenuhi air dan kuman serta perutnya yang berdarah, Kak Ani mampu bertahan. Ia memang benar-benar sebuah keajaiban.
Selepas dipindahkan ke wad biasa keadaan Kak Ani semakin baik, tubuhnya juga semakin berisi, setiap dua hari sekali Kak Ani akan menjalani hemodialisis. Kak Ani lihat banyak perubahan di Unit Rawatan Dialisis di hospital itu, banyak mesin-mesin baru sampai. Sebahagian kawan-kawannya yang menunggu giliran sudahpun mula menjalani hemodialisis di situ.
“Selepas ini Kak Ani boleh buat heamodialisis di sini,” Dr Ashraf memberitahu Kak Ani sebelum dia dibenarkan keluar daripada wad tersebut.
“Pihak hospital telah mendapat 10 mesin baru dan semua pesakit buah pinggang boleh menjalani haemodialisis percuma di sini,” terang Dr Ashraf dengan penuh gembira. Semua perbelanjaan termasuk pengangkutan Kak Ani untuk mendapatkan rawatan di sini akan ditanggung dibawah skim Dana Sihat iaitu satu skim baru yang diwujudkan oleh kerajaan baru kita.
“Puan tak perlu susah susah lagi, Setiap dua hari puan datang ke sini.”
“Kita juga dalam perancangan untuk membina pusat dialisis baru di tempat puan, Kalau semuanya berjalan lancer dalam masa enam bulan lagi pusat tersebut siap, jadi tak perlulah lagi puan datang ke sini lagi,” terang Dr Asharaf panjang lebar.
“Alhamdulillah” hanya itulah kata-kata yang mampu diucapkannya.
Kak Ani benar-benar bersyukur. Dia benar-benar berterima kasih kepada kerajaan baru yang begitu perihatin. Dia benar-benar gembira kerana diberikan harapan baru. Tidak sia-sia dia menggadai nyawa, bagi memastikan kerajaan lama yang zalim dan angkuh itu dapat ditumbangkan. Dia benar-benar bersyukur kerana derita pesakit sepertinya akhirnya bernoktah. Terima kasih Pakatan Rakyat bisik hati Kak Ani.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-4-2013
Fitnah berterusan punca perpecahan
Ahmad Baei Jaafar, | 02 Apr 2013 |
Walaupun parlimen belum dibubarkan, kempen pilihan raya sudah mula rancak di sana sini. Menariknya pendekatan yang diambil kini ialah dengan menggunakan stand agama. Di tempat saya baru-baru ini dianjurkan Dialog 1Malaysia menolak fitnah. Tahniah Umno/BN atas pendekatan baru ini, cuma sedih juga saya apabila melihat sambutannya tidak begitu membanggakan.
Saya tidak pasti mengapa majlis ini tidak mendapat sambutan. Adakah kerana mereka tidak berminat dengan program agama, atau kerana mereka tercium bau politik. Yalah tokoh agamawan mudah Umno itu sudah tersuhur namanya. Sah mereka tidak berminat dengan politik.
Saya sempat bersama program itu dan merakamkan gambar majlis tersebut. Namun perbincangannya agak hambar. Kupasannya tidak menarik, malah penceramah juga tidak ada gaya penarik. Sebenarnya rakyat Malaysia terutama rakyat Selangor keliru, dengan tajuk itu, siapa yang patut menolak fitnah dan siapa pula yang membuat fitnah. Oleh sebab mereka tidak tahu kedudukan itu maka lebih baik tidak terlibat langsung.
Kalau tidak mereka turut terpalit dengan dosa fitnah pula.
Supaya lebih jelas mari kita kupas maksud fitnah terlebih dahulu. Pada bahasa, fitnah bermaksud huru hara. Maka orang yang buat fitnah ialah orang yang mencetuskan huru hara dalam masyarakat. Orang yang menyebarkan fitnah ialah orang yang memanjangkan keadaan hubu hara itu kepada pengetahuan umum.
Terjadinya huru hara ini apabila seseorang manusia dengan secara sedar berniat jahat untuk membangkitkan ketegangan dalam masyarakat, lalu mereka cerita kisah yang berkaitan.
Berdasarkan maksud ini, siapa dalam kalangan rakyat Malaysia yang benar-benar tahu isu yang dibangkitkan itu. Saya percaya jurucakap mengenai isu ini pun tidak tahu punca isu sebenar. Bayangkan kalau mereka tidak tahu, tidakkah mereka termasuk dalam membuat fitnah atau menyebarkan fitnah.
Tetapi katalah dalam kalangan mereka ada yang tahu isu sebenar. Dan dia bercakap kepada umum isu yang sebenar sebagaimana dia tahu, tentulah sebaran yang disampaikan itu dikira mengumpat. Sedangkan fitnah dan mengumpat di dalam Islam adalah dosa besar.
Jelas di sini, ustaz yang bercakap dalam majlis itu adalah pembawa fitnah atau mengumpat. Hadirin di dalam majlis itu jika terpengaruh dengan penjelasan itu, mereka turut mendapat sahamnya. Di sini beruntunglah mereka yang tidak datang.
Selain itu, perbincangan awal lebih tertumpu kepada kalimah Allah. Sedangkan isu itu sudah lama diselesaikan. Orang Kristian sudah bersetuju menamatkan tuntutan mereka. Manakala orang Islam sudah sedar bahawa Kalimah Allah itu milik orang Islam. Bahkan orang bukan Islam juga sudah akur dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sehubungan itu saya sedih dengan keterampilan tokoh agama dalam Umno yang mereka didatangkan kepada masyarakat untuk sekadarkan menjelaskan perkara yang sudah basi. Sepatutnya mereka datang untuk membangunkan jiwa orang Melayu bagaimana berpolitik secara profesional, bagaimana orang Melayu harus menguasai ilmu, bagaimana orang Melayu harus menguasai ekonomi. Dan yang paling penting tokoh ini patut diberi peluang merancang bagaimana memartabatkan Islam di negara ini.
Dalam majlis lain saya agak kagum iaitu forum rakyat yang bertajuk; Malapetaka Perpecahan Ummah, Apa Sudahnya? Dalam poster yang disebarkan tidak disebut tokoh yang terlibat. Barangkali kerana tajuk yang memang menarik, kehadiran amat menggalakkan.
Alhamdulillah perbincangan agak ilmiah. Cuma sebelum forum bermula, dalam ucapan alaun daripada tokoh politik tempatan yang antara lain menyebut tentang pepercahan orang Melayu yang bermula daripada PAS keluar daripada Umno sebelum pilihanraya pertama. Kemudian orang Melayu berpecah lagi dengan tertubuhnya Parti Semangat 46, dan yang terakhir wujud pula Parti Keadilan Rakyat.
Menurutnya beliau sedih dengan perpecahan yang amat serius itu. “Haruskan kita biarkan perpecahan ini terus berlaku dalam masyarakat Melayu,” soalnya.
Persoalan ini kalau diajukan kepada orang Umno tentu mereka kata, tak patut dan mereka yang keluar itu mesti kembali kepada Umno atau sekurang-kurangnya semua orang Melayu tidak patut memberi sokongan kepada mereka yang berpecah itu. Tetapi kalau soalan itu diajukan kepada lawannya tentu mereka akan mentertawakan sahaja. Kenapa?
Tahukah kita bagaimana tertubuhnya PAS? Sebenarnya seawal penubuhan Umno dianggotai oleh ulama tetapi mereka keluar daripada Umno dan menubuhkan PAS. Tentulah tidak wajar mereka keluar Umno kalau pertubuhan Melayu itu sempurna dan baik dasarnya.
Jelas di sini mereka keluar Umno kerana dasar yang dibawa oleh Umno tidak serasi dengan ulama tersebut. Ulama masuk Umno adalah untuk sama-sama memperjuangkan Islam, meninggikan kalimah Allah di bumi ini. Tetapi apabila tidak berlaku maka lebih baik mereka keluar dan menubuhkan PAS.
Jadi, wajarkan Umno salahkan PAS kerana berpecah daripada induk? Umno kalau sayangkan rakannya, betulkan dasarnya sebagaimana yang diharapkan iaitu dengan memasukkan perjuangan Islam. Dengan itu barulah mereka akan kembali kepada Umno. Kalau begitu, yang salah dalam hal ini ialah Umno kerana tidak dapat menjaga hati rakan kongsinya.
Kenapa pula timbul parti Semangat 46? Bolehlah disalahkan S46 sebagai berpecah daripada induknya? Tahukah anda wujudnya S46 kerana Umno diharamkan oleh ROS. Jadi, S46 ditubuhkan untuk menyelamatkan Umno yang sudah hilang kuasanya. Sepatutnya semua orang Umno masuk S46 bukan menubuhkan Umno (baru). Kalau begitu kedudukannya, yang berpecah ialah Umno (baru) sebab mereka tidak mahu menyokong orang yang menyelamatkan orang Melayu.
Kemudian tertubuh pula Parti Keadilan Rakyat (PKR). Wajarkah penubuhan parti ini dikatakan berpecah daripada Melayu? Tahukah anda penubuhan parti ini selepas Anwar Ibrahim dilucutkan daripada Umno dan dipenjarakan beberapa tahun. Penyokongnya yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia akhirnya menubuhkan PKR demi untuk menyelamatkan orang Melayu dan Malaysia daripada terus dizalimi pemerintah. Mereka menuntut keadilan undang-undang dan pemerintahan kerana pada mereka Anwar Ibrahim tidak diadili secara betul.
Oleh sebab yang menyokong penubuhan itu terdiri daripada bukan sahaja orang Melayu yang menyokong Umno malah bangsa lain wajarkah kita cap mereka sebagai penyebab perpecahan ummah atau orang Melayu? Tentulah tidak wajar. Perkara ini perlu difahami oleh semua orang Melayu terutama yang menganggotai Umno. Jangan sampai mereka tersalah fahami lalu menjadi pak turut yang membawa kepada neraka Allah.
Bagi menghilangkan keraguan umat Islam Melayu, suka saya jelaskan di sini bahawa isu yang menjadikan orang Melayu berpecah bukan kerana banyak parti politik orang Melayu. Malah wujudnya boleh mencantikkan lagi demokrasi di Malaysia. Tetapi yang menjadikan perpecahan itu ialah wujudnya orang-orang parti politik yang terus bercakap, buat fitnah dan caci maki orang daripada parti politik lain walaupun selepas tamat pilihan raya.
Sebenarnya amalan ini menjadi budaya pemimpin politik sehinggalah kepada ahli biasa, malah yang paling tidak terkawal ialah ahli biasa. Tuduh menuduh terus berlaku dalam setiap ucapan mereka terutama dalam persidangan parlimen. Manakala orang ramai pula terus berdebat di kedai-kedai kopi apabila bertemu muka. Inilah punca perpecahan sebenarnya.
Jelas di sini kalau kerajaan berniat baik untuk menyelamatkan orang Melayu daripada perpecahan perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah isytiharkan perdamaian setelah selesai pilihan raya. Pemerintah hendaklah menghulurkan tangan kepada pembangkang dan parti-parti yang bertanding mohon kemaafan dan bertaubat kepada Allah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Nasr ayat 1-3.
Maksudnya:
1. Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau Wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah),
2. Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai,
3. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, Sesungguhnya Dia amat menerima taubat.
Percayalah dengan pengisytiharan perdamaian mereka boleh saling membantu dalam memajukan negara. Pembangkang patut diberi hak untuk membantu kerajaan tertutama dalam hal-hal yang kerajaan terlepas pandang. Dengan cara ini, insya-Allah tidak akan berlaku perpecahan lagi dalam kalangan orang Melayu.
http://baei.blogspot.com/

Sumber HD - 2-4-2013
Sekarang kita benar-benar berada dalam minggu-minggu pilihanraya yang ditunggu begitu lama.
Pengumuman pilihanraya oleh Perdana Menteri menjadi isu hangat di merata tempat. Di mana-mana sahaja orang ramai bercakap tentang pilihanraya dan masing-masing mempunyai andaian dan telahan masing-masing tentang keputusannya. Apa pun tidak berapa minggu sahaja lagi rakyat akan melakukan tanggungjawab besar iaitu untuk memberikan mandat untuk mentadbir negara dan rakyat seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan negara kita.
Rakyat adalah ‘boss’ kepada pimpinan dan mereka boleh melakukan apa sahaja mengikut selera dan cita rasa masing-masing. Rakyat mesti bertanggungjawab untuk memberikan ‘verdict’ yang tepat terhadap pemimpin dan kepimpinan masing-masing. Perdana Menteri telah meminta agar peralihan kuasa jika ia terjadi, dilakukan dengan aman dan tertib dan inilah kenyataan yang pertama kali saya dengar sebagai kenyataan yang ‘magnanimous’ dari Najib Tun Razak sejak akhir-akhir ini.
Walau bagaimanapun yang penting semua pihak mesti akui yang pihak pembangkang sekarang ini tidak akan melakukan kerja yang tidak baik kerana mereka adalah pihak yang telah mengalami kekalahan di setiap pilihanraya dan tidak pernah pula mereka melakukan kerja-kerja yang tidak baik terhadap sesiapa setiap kali tewas dalam pilihanraya.
Kita mesti akui yang dalam demokrasi sifat ‘gentleman’ itu adalah asas kepada sistem itu. Kita mesti tengok contoh yang berlaku kepada Britain dalam pilihanraya umumnya dua tahun yang lalu. Setelah parti pemerintah, Parti Buruhnya telah ditewaskan oleh parti ‘Conservative dan Liberal Demokrat’ peralihan kuasa berlaku secara aman dalam tempuh enam jam sahaja.
Walaupun Gordon Brown dan partinya merupakan parti yang terbanyak kerusi tetapi tidak cukup untuk membentuk kerajaan. Sebagai parti yang terbesar jumlah kerusi yang dimenanginya, parti itu diberikan keistimewaan untuk menubuhkan kerajaan. Itulah sistem yang dipakai di mana parti yang terbesar dalam Dewan Legislatif itu ditawarkan untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi Parti Buruh tidak berdaya untuk menubuhkan kerajaan kerana kekurangan jumlah kerusi maka Parti ‘Conservative’ dan ‘Liberal Demokrat’ telah bersatu untuk menubuhkan kerajaan.
Ketua Parti Conservative David Cameroon telah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Parti Liberal Demorat, Clegg menjadi Timbalan Perdana Menteri. Tetapi yang penting untuk kita jadikan contoh, peralihan kuasa telah berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Gordon Brown telah menghubungi David Cameroon dan mengucapkan tahniah diatas kejayaan parti itu membentuk kerajaan campuran itu dan itu adalah etika kepimpinan yang perlu dicontohi oleh pimpinan BN jika tertewas dalam pilihanraya kali ini.
Saya menyebut isu ini kerana kecenderungan untuk parti pemerintah tewas dalam pilihanraya ini cerah tetapi yang maha penentu adalah Allah SWT jua. Jika berlaku peralihan kuasa, ini adalah kali pertama berlaku di negara kita. Itulah sebabnya elok kita mencari contoh yang baik bagi melakukan peralihan kuasa ini. Bagi saya peralihan kuasa di Britain dua tahun lalu adalah contoh yang paling baru yang ada dalam ingatan saya.
Percayalah menukar kerajaan itu adalah hak rakyat dan ia bukannya satu tindakan jenayah. Oleh kerana itu bukannya tindakan jenayah dan ia adalah perkara biasa berlaku dalam sesebuah demokrasi itu, maka kita hormati keputusan itu. Tidak perlu mana-mana pihak untuk melakukan perkara yang boleh menjahamkan ketenteraan negara. Kita yang mengaku sebagai sebuah negara yang hampir kepada status negara maju melakukan jenayah di jalanan itu adalah contoh dari negara mundur dan negara ketiga sahaja.
Kita bukannya Uganda semasa pemerintahan Idi Amin dahulu. Pemimpin kita semuanya berpelajaran tinggi dan diharapkan pelajaran tinggi mereka itu akan membawa kita kepada kepimpinan yang beretika dan bermoral.
Kita akan melakukan kehendak demokrasi dalam beberapa minggu sahaja lagi dan kita tunjukkanlah kepada dunia yang kita juga sudah menghampiri tahap kepimpinan negara maju….yang mengambil alih kuasa itu secara demokrasiyang halus dan menyerahkan kuasa itu pun melakukan penyerahan itu secara halus dan beradab juga.
Bukankah itu budaya dan cara hidup serta masyarakat timur kita? - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Menukar kerajaan itu bukan jenayah
Aspan Alias, | 04 Apr 2013 |

Sumber HD - 4-4-2013
Betul tidak mesti menang tapi silap akan kalah
Harakahdaily, | 09 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Kewarasan pemimpin mana-mana parti untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap rakyat dalam siri kempen sekarang menjadi salah satu dari elemen penentu dalam pilihan raya kali ini.
Menurut penulis Aspan Alias, jika kedua-dua pihak tidak melakukan kesilapan di saat-saat akhir ini, Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kejayaan kerana geraf sokongan yang bertambah dari hari kehari.
“Pendeknya dalam pilihanraya kali ini, bukannya siapa yang betul yang akan menerima kemenangan sebaliknya ia bergantung kepada pihak mana yang melakukan kesilapan yang akan kalah dalam mother of all elctions ini,” tulis beliau di dalam blognya http://aspanaliasnet.blogspot.com, sebagaimana di bawah.
Dengan kuasa yang begitu besar dan otot yang besar, UMNO masih tidak mampu mengekang kemaraan Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihanraya kali ini. BN mempunyai media massa arus perdana yang canggih sedangkan Pakatan Rakyat hanya mempunyai media alternatif yang sama-sama dipergunakan oleh pihak BN. Jalan yang sebenarnya ada kepada pihak Pakatan hanyalah majlis ceramah yang diadakan setiap hari di seluruh negara.
Sekarang kekuatan Pakatan Rakyat adalah sama dengan kekuatan BN. Pakatan Rakyat walaupun menghadapi kesukaran untuk berhubung dengan rakyat melalui saluran TV perdana mereka (rakyat) tetap jelas memberikan sokongan. Ini adalah bukti yang rakyat berkendakkan pembaharuan yang besar kepada kehidupan bernegara. Keadaan 50/50 kali ini mencemaskan BN khususnya UMNO sehinggakan BN hanya membubarkan Parlimen pada 3hb April yang lalu kerana mereka (BN) dalam keadaan terdesak.
Apabila keadaan seperti ini wujud, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan kecil akan menghadapi kekalahan. Jika BN terus-menerus melakukan kesalahan lagi ia akan mempastikan BN itu kalah. Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat. Jika PR melakukan kesilapan kecil dan ditarik balik sokongan oleh hanya segelintir masyarakat yang mengundi maka Pakatan akan menghadapi kekalahan. Mana-mana pihak tidak boleh mengambil ringan tentang isu ini.
Tetapi apabila keadaan 50/50 seperti yang berlaku sekarang ini, kewajaran untuk Pakatan Rakyat untuk mendapat undi kemenangan itu lebih mudah kerana graf sokongan rakyat terhadap PR sedang meninggi. Ini ditambah pula dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh BN dalam banyak perkara selalu terjadi sekarang ini. Bagi PR kenaikan geraf inilah yang perlu dipertahankan untuk menghindar geraf itu mendatar atau menurun. UMNO akan menghadapi masalah untuk mengumumkan calon di setiap kawasan kerana sedikit permainan ‘cah keting’ di kalangan ahli-ahlinya sudah pasti membawa mudharat terhadap UMNO itu.
Kesalahan yang dilakukan di satu kawasan dalam beberapa isu penting akan memberikan kesan kepada kawasan-kawasan lain. Mencalonkan seorang yang ‘winnable’ di satu kawasan itu tidak semestinya membawa kebaikan jika calon ‘winnable’ di kawasan itu adalah pimpinan besar tetapi mempunyai masalah besar kepada diri mereka dari sudut persepsi rakyat seluruh negara.
Contohnya, jika Ibrahim Ali terpaksa menjadi calon BN di Pasir Mas dan disokong oleh Dr Mahathir dan mendapat kemenangan, ia akan menjejaskan UMNO di seluruh negara kerana Ibrahim dipersepsikan sebagai seorang yang terlalu ‘controversial’ bagi seluruh rakyat terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi dari berbilang kaum.
Keadaan yang serupa akan dialami oleh mana-mana parti sama ada dari pihak BN atau pun dari pihak pembangkang. Meletakkan calon di suatu tempat itu akan mempengaruhi kawasan-kawasan lain kerana pemilihan calon-calon di satu kawasan itu menunjukkan sikap parti itu sendiri.
Jika sikap yang ditunjukkan itu memberikan gambaran yang tidak selari dengan apa yang dijanjikan oleh sesuatu parti itu, maka rakyat akan berfikir banyak kali untuk terus menyokong parti-parti tersebut. Isu ini menjadi isu besar apatah lagi keadaan sama kuat di antara pihak pemerintah dan pembangkang sekarang.
Kesilapan yang kecil akan memberikan impak yang besar terhadap keputusan pilihanraya, lebih-lebih lagi dari kumpulan atas pagar yang agak besar kali ini. Rakyat perlu ingat parti-parti dalam Pakatan Rakyat kini bukan lagi parti-parti pembangkang tetapi sebaliknya parti-parti ini adalah parti-parti ‘altenative’ yang mempunyai ‘consequence’ besar dalam pilihanraya kali ini.
Kedua-dua pihak akan menghadapi masalah yang sama, iaitu untuk mendapatkan pengundi di atas pagar.
Selalunya pengundi di atas pagar ini akan mementingkan kredibiliti sesebuah parti itu. Kredibiliti sesebuah parti akan dinilai dari kesungguhan parti parti itu melakukan apa yang mereka janjikan dalam hal politik negara sekarang ini.
‘Communal politics’ sudah menjadi elemen yang telah ‘outmoded’ buat generasi sekarang ini. Jika ada bayangan yang sesebuah parti itu masih terbelenggu dengan ‘communal politics’ ini pengundi di atas pagarlah yang akan menentukan ke mana arah ‘pattern’ pengundian semasa hari mengundi itu nanti. Bayangan itu tentulah mudah dilihat dari senarai calon-calon yang diturunkan oleh parti-parti itu.
Sebenarnya isu-isu dalam masa berkempen sekarang sudah difahami oleh ramai rakyat dan itu bukan lagi menjadi isu untuk diperbesar-besarkan. Yang menjadi pemerhatian rakyat sekarang bagaimana seriusnya sesebuah parti itu benar-benar melaksanakan perjuangan sesebuah parti itu.
Pihak mana yang membuat kesilapan akan mendapat kerugian dan inilah yang selalu terjadi dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu. Peralihan 2% atau 3% undi sahaja akan menentukan menang kalah mana-mana pihak kali ini.
Bagi rakyat yang penting bagi mereka sekarang ini ialah perubahan, bukan sahaja dari perubahan parti politik yang memerintah, tetapi juga berusaha untuk memilih perubahan suasana dan sikap politik yang boleh memantapkan pengurusan negara dan negeri.
Mana pihak yang berkemampuan untuk menjadikan rasuah sebagai sejarah dan tidak menunjukkan sikap politik komunal parti itulah yang akan mencapai kejayaan. Parti itulah yang akan berjaya menambat hati rakyat yang sedang dalam pencarian ini.
Kita lihat dan telah banyak membaca sejarah, kuasa yang besar yang disandang sebegitu lama akan hilang kerana kerakusan pimpinannya dan kufur terhadap nikmat yang mereka dapat sekian lama.
Ada juga sejarah yang membuktikan kuasa yang hampir diperolehi terlepas dari genggaman mereka semata-mata kerana kesilapan kecil dan sikap yang menakutkan rakyat terpancar pada saat-saat matlamat mereka tercapai.
Kewarasan pimpinan mana-mana parti untuk membayangkan apa yang mereka katakan dalam paparan mereka terhadap rakyat dalam siri kempen mereka sekarang ini menjadi salah satu dari elemen penentu dalam pilihanraya kali ini.
Jika kedua-dua pihak tidak melakukan kesilapan di saat-saat akhir ini Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kejayaan kerana geraf sokongan yang bertambah dari hari kehari.Pendeknya dalam pilihanraya kali ini, bukannya siapa yang betul yang akan menerima kemenangan sebaliknya ia bergantung kepada pihak mana yang melakukan kesilapan yang akan kalah dalam mother of all elections ini.

Sumber HD - 9-4-2013
Turkey dan PRU 13 Malaysia
Analisa Syafiq Shafii, | 10 Apr 2013 |
Mengikuti perkembangan politik di Republik Turkey dan Malaysia adalah suatu yang cukup menarik.Turkey dan Malaysia adalah di antara negara contoh bagi negara Muslim terutamanya selepas Arab Spring yang berlaku di tanah Arab.
Kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan telah membuktikan kejayaan mereka di dalam dan luar negara. Kurangnya gejala rasuah, sistem pengurusan yang semakin baik, kurangnya konflik dalaman dan ekonomi yang semakin kukuh.
Dari tahun 2002,ekonomi Turkey telah meningkat dari tangga 26 kepada tangga 16 dunia sekarang. Malah di dalam misi 2023,Turkey telah meletakkan target untuk menjadi diantara 10 kuasa ekonomi terkuat dunia.
Polisi Luar Turkey
(Kanan, Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu bersama Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan)
Setelah beberapa kali percubaan Turkey untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU), kerajaan Turkey telah menukar pandangannya kepada negara-negara selatan (Afrika dan Amerika Latin), dan negara-negara Timur (Asia Tengah, Timur Tengah, Cina dan India).
Jika sebelum ini, Turkey yang hanya melihat kepada Barat telah mengubah polisinya dengan membuat hubungan yang baik dengan negara-negara Arab,sebagai contoh dengan menambah penerbangan setiap hari ke negara-negara seperti Yaman dan juga Lubnan, menghapuskan visa dengan Republik Syria dan juga telah menandatangani projek keretapi laju Istanbul-Madinah yang akan merentasi Republik Syria dan Jordan.
Antara misi 2023 Turkey adalah misi menghapuskan visa bagi passport Turkey ke seluruh dunia. Sejak tahun 2002, terdapat 46 negara yang tidak diperlukan visa bagi warga Turkey(visa percuma) dan telah meningkat kepada 64 negara pada tahun 2012. Malah angka itu akan ditingkatkan kepada 196 negara yang wujud di dunia sekarang sehinggalah menjelang tahun 2023.
Polisi 'tiada konflik' dengan negara-negara jiran yang diperkenalkan oleh Menteri Luar Turkey, Ahmet Davutoglu juga memberikan kesan yang begitu baik. Setelah berlakunya kebangkitan Arab pada 2010, Turkey adalah di antara negara yang terawal menyokong kebangkitan rakyat samada di Tunisia, Libya, Mesir dan turut tidak ketinggalan Republik Syria.
Pada September 2011, Perdana Menteri Erdogan di dalam siri lawatannya ke negara Tunisia, Mesir dan juga Libya,setelah berlakunya revolusi arab,telah berjaya membawa 200 orang usahawan Turkey untuk mengukuhkan ekonomi di negara-negara ini di dalam pelbagai bidang seperti petrolium, telekomunisasi, pengangkutan, perkhidmatan dan juga pendidikan.
Di dalam persaingan dengan dunia luar seperti AS, Perancis dan IMF, Republik Turkey telah menjalinkan hubungan yang cukup baik di dalam jangka masa yang panjang.
Perjuangan dalam isu Palestin
Tambahan pula, Turkey turut membuktikan usaha mereka dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin. Bermula dengan kisah 'one minute' di Davos pada Januari 2009, semasa perdebatan diantara Perdana Menteri Erdogan dengan Presiden Israel Shimon Peres yang berakhir dengan Perdana Menteri Erdogan bangun dan meninggalkan ruang perdebatan itu.
PM Erdogan juga dengan lantang sekali mengutuk kekejaman dan pembunuhan yang telah berlaku di Gaza.
Setiap kali berlangsungnya persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Erdogan dan Ahmet Davutoglu berulang kali mendesak untuk diberikan satu kerusi kepada Palestin di dalam PBB.Dan hasilnya,pada Februari 2013,usaha mereka telah berjaya, Palestin telah diberikan pengiktirafan dengan diberikan satu kerusi di dalam PBB.
(Erdogan memalukan PM Israel di Davos)
Selain itu, Turkey turut mendesak Israel untuk menarik embargo (sekatan) terhadap Gaza yang dikepung, sehinggalah Israel akhirnya terpaksa akur dengan menarik balik sekatan ekonomi itu. Dan yang terbaru, pada awal April, Israel juga telah memohon maaf kepada Turkey dalam isu serangan kapal Flotilla Mavi Marmara yang telah mengakibatkan kematian 9 warga Turkey.
Biasiswa kepada pelajar luar
Turkey merupakan diantara negara yang memberikan pendidikan secara percuma kepada seluruh warganegaranya. Malah, setiap tahun, kerajaan Turkey akan menyediakan biasiswa penuh kepada orang luar untuk belajar di Turkey bermula di peringkat sarjana muda sehinggalah PhD.
Projek biasiswaTurki ini akan menaja lebih 3000 hingga 4000 orang pelajar luar Turkey setiap tahun. Misi utama mereka dalam projek ‘pelaburan’ ini adalah untuk mengembangkan bahasa Turkey ke seluruh dunia.
Malah yang terbaru, Perdana Menteri Erdogan telah mengumumkan untuk memberikan perkhidmatan percuma kepada warga asing yang berada di Turkey tidak kira samada pelajar, pekerja ataupun pelancong dengan menganggap mereka ini adalah musafir.
Misi dan projek yang dirancang secara rapi oleh Turkey ini adalah satu misi yang cukup besar untuk satu jangka masa yang panjang. Negara luar sedang melihat apa yang dilakukan oleh Turkey. Turkey merupakan negara contoh bagi negara Arab yang baru mahu membangun dalam acuan demokrasi. Apakah misi ini akan berjaya untuk membentuk satu empayar Othmaniah baru (the new Ottoman) ?
Malaysia pada 5 tahun lepas dan PRU 13
Malaysia juga merupakan sebuah negara yang dipandang tinggi oleh warga dunia terutamanya dari dunia Islam. Malaysia adalah di antara negara yang pesat membangun dan kaya dengan sumber-sumber asli.
Pada tahun 1992, Malaysia adalah negara yang terlibat secara langsung di dalam usaha menangani isu Kosovo. Malaysia juga lantang dalam membincangkan isu Palestin.Dalam bidang ekonomi pula, Malaysia juga ke hadapan di dalam memperkenalkan ekonomi Islam.
Namun itu dulu
Menjelang Pilihanraya Umum 13 ini, saya sebagai rakyat marhaen yang memerhati dari jauh perkembangan politik tanah air juga ingin memberikan komentar selama pemerintahan kerajaan 5 tahun yang lepas di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak. Di manakah Malaysia di mata dunia?
(Erdogan dalam pertemuannya dengan Najib)
Bermula dengan isu pembelian kapal selam “scorpene” dan isu pembunuhan Altantuya Sharibuu yang merupakan warga Mongolia sehinggalah melibatkan mahkamah Perancis. Isu fitnah liwat Datuk Sri Anwar Ibrahim yang berakhir di mahkamah menunjukkan ia adalah fitnah.
Malahan yang terbaru, isu kekayaan negeri Sarawak yang telah diboloti oleh satu keluarga yang dibongkarkan oleh satu badan berkecuali dari luar negara, Global Witness. Isu-isu seperti ini telah memberikan pandangan buruk kepada warga dunia yang mengenali Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang pesat membangun.
Malaysia turut mempunyai hubungan yang kurang baik dengan negara-negara jiran seperti Filipina dengan isu yang terbaru,iaitu pencerobohan pengganas di Lahad Datu yang tidak ditangani dengan bijak selain daripada isu-isu dengan kerajaan Singapura dan Indonesia.
Kalau kita melihat dengan lebih jauh, Malaysia kelihatan lemah dan lembap di dalam beberapa isu kemanusiaan seperti isu pembunuhan umat Islam Rohingya di Arakan, malahan Malaysia juga masih belum memberikan apa-apa respon terhadap isu Syria.
Selain daripada rakyat Malaysia, warga dunia juga sedang memerhati secara dekat PRU 13 ini dengan mengharapkan satu perubahan yang akan berlaku. Oleh itu, menjelang PRU 13 ini, kami rakyat Malaysia mahu mendengar apakah polisi-polisi luar yang akan di bawa oleh parti-parti yang akan bertanding dan seterusnya akan menerajui Malaysia.
Dengan polisi-polisi inilah, rakyat Malaysia akan memilih untuk mengundi siapa. Kami tidak mahu taburan wang, politik fitnah menfitnah, dan manifesto murahan. Kami rakyat Malaysia sudah matang dan bijak.
Salam PRU 13 dari Turkey.
*Penulis merupakan pelajar Master (Falsafah dan Agama) di Universiti Necmettin Erbakan, Turkey.

Sumber HD - 11-4-2013
Mengenali ulama ‘dalam semak’
Syed Abdullah Syed Osman , |
Bezanya antara Ulama 'dalam semak' dengan Ulama yang ikhlas berjuang untuk Islam dapat diperhatikan dengan mata hati kita. Antaranya ialah apabila beliau bercakap berlainan nada seperti kalau di Masjid pedalaman kampung nadanya agak keras sedikit. Apabila berceramah di masjid di kota dan ada tokoh pemimpin tertentu hadir, nadanya mulai kendur dengan menyembunyikan kebenaran Islam itu sendiri dan apabila memberikan kuliah di TV pula nadanya ambil jalan selamat dan tidak sekali-kali menyentuh tentang akidah atau perkara sensitif apabila menceritakan hal-hal lain yang menyentuh tentang hak di dalam Islam itu sendiri.
Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.
Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.
Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka.
Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.
Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.
Ulama saperti ini mengelirukan minda kita yang tidak konsisten tentang apakah yang hendak disampaikan - sekejap dihukumkan haram dan sekejap dihukumkan halal dan selepas itu dihukumkan harus di dalam tajuk yang sama apabila berada ditempat-tempat berlainan mengikut keadaan semasa. Pendirian tidak tetap ini boleh mengelirukan umat Islam tetapi anehnya mereka ini pandai menyusun kata-kata yang berbelit-belit apabila isu tentang halal haramnya seolah-olah tidak tegas pendirian mereka.
Sayang seribu kali sayang apabila bertungkus lumus belajar sampai ke Universiti Azhar atau Universiti Islam di luar negara yang kadangkala mengambil hingga 10 tahun pengajian tetapi apabila pulang ke tanah air sanggup menjual agama dengan hanya kerana sayangkan jawatan atau pun apabila sudah terasa keselesaan sedikit dan mempunyai kuasa sudah mula berubah hingga tergamak tinggalkan amanah yang dipertanggungjawabkan.
Mereka ini sepatutnya menjaga Islam dan menegakkan agama dalam keadaan apa sekali pun kerana mereka tahu dan arif tentang tuntutan agama itu sendiri tetapi malangnya berlaku disebaliknya pula. Mereka pandai mengolah kehebatan riwayat Rasulullah SAW dan para Sahabat tetapi malangnya mereka sendiri tidak mengikut jejak langkah sebagaimana para Sahabat kerjakan saperti turun ke padang bersama-sama membuat kerja amal atau membersihkan masjid atau membina masjid dengan kudrat mereka sendiri. Jangan hanya pandai bercerita dan membuat komen tetapi hakikatnya tidak mahu bersama jemaah melakukan kerja-kerja kebajikan serta menjaga jemaah di sekeliling.
Sepatutnya golongan ulamalah yang sepatutnya menjadi pembimbing kepada umat yang dianggap sebagai perwaris Nabi atau pun diibaratkan sebagai bintang-bintang dilangit yang memberikan cahaya dan penunjuk jalan dan bukannya menunjukkan jalan atau lorang yang salah untuk menuju kepada alam akhirat. Benar-benarlah mereka ini cuba menempah azab yang disediakan diakhirat kelak jika sekiranya menyembunyikan yang hak dan tonjolkan yang batil sebagai pegangan mereka.
Sudahlah tidak mahu ikut ajaran Islam yang sebenarnya tergamak pula meminda sana dan sini tentang hukum hakam yang ditetapkan itu seolah-olah dia lebih bijak dari Allah dan Rasul itu sendiri.
Apabila Allah menceritakan dalam Al-Quran tentang bagaimana Iblis laknatullah engkar perintah Allah yakni tidak mahu sujud kepada Nabi Adam AS, Iblis telah diusir dari syurga serta dilaknati – maka kisah ini bukannya untuk diceritakan untuk suka-suka tetapi manusia perlu mengambil ikhtibar bahawa hukum Allah mesti dipatuhi dan tiada kompromi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-4-2013
Suara rakyat atau suara pemerintah?
Dr Sven Alexander Schottmann & Jufitri Joha , | 12 Apr 2013 |
Kelahiran Bangladesh pada 1971 merupakan satu peristiwa yang traumatik untuk Negara itu yang sebelumnya dikenali sebagai Pakistan Timur. Wilayah Pakistan Timur yang berbahasa Bangali dipisahkan wilayah Pakistan Barat dalam perang saudara yang berlangsung hampir 9 bulan dan meragut sekurang-kurangnya 300 000 jiwa. Kesan peperangan dan keganasan yang berlaku secara umumnya menjadi igauan ngeri, trauma berpanjangan dan dendam kesumat rakyat Bangladesh terhadap Pakistan khususnya tentera Pakistan yang telah membunuh saudara-mara, sahabat handai dan ahli keluarga kepada pejuang pemisah Bangladesh dan rakyat yang menyokong pemisahan Bangladesh dari Pakistan.
Bangladesh melalui hari-hari yang sukar semenjak penubuhannya. Politik dalam Negaranya bersifat polarisasi dan kadang-kadang disifatkan sebagai ‘dysfunctional’. Kerana motif politik Perdana Menteri Bangladesh, Puan Sheik Hasina, menubuhkan sebuah Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk menyeret “penjenayah perang” yang terdiri dari pimpinan pembangkang daripada parti Jamaat-e-Islami Bangladesh dan Bangladesh Nationalist Party. Mereka dituduh bersekongkol dengan Pakistan. Pimpinan Jamaat-e-Islami pada ketika itu menentang pemisahan Bangladesh daripada Pakistan atas alasan khuatir ia akan melemahkan kesatuan dan perpaduan umat Islam di rantau Asia Selatan. Tribunal tersebut mempunyai banyak kelemahan dalam mengikut ukuran dan standard antarabangsa. Cara Tribunal dikendalikan dikhuatiri akan menafikan tertegaknya keadilan seperti yang dijanjikan bahkan lebih malang akan menyebabkan orang yang tidak bersalah terpalit dengan hukuman Tribunal.
Pada Disember 2012, majalah ‘The Economist’ telah berjaya membongkarkan bukti melalui 230 e-mel dan 17 jam perbualan telefon yang bocor antara Ahmed Ziauddin, seorang Peguam Bangladesh yang berpengkalan di Belgium dengan Mohammed Nizamul Haq, Pengerusi Tribunal yang akhirnya membawa kepada perletakan jawatan beliau kemudiannya. Perbualan dan komunikasi antara kedua-dua tokoh tersebut membawa kepada kesimpulan bahawa wujudnya campurtangan langsung Kerajaan Bangladesh dalam Tribunal yang membawa kepada perbicaraan yang berat sebelah. Ia diburukkan lagi apabila Kerajaan Bangladesh melaksanakan ‘retroactive legislation’ atau diundurkan tarikh selepas penghakiman yang diberikan oleh Tribunal tidak menyebelahi pihak Kerajaan Bangladesh. Beberapa tindakan pelik ini sebenarnya telah melanggar peraturan dan garis panduan yang termaktub di bawah undang-undang antarabangsa.
Dengan perlanggaran ini ditambah pula dengan rekod pencabulan hak asasi yang tercemar, seolah-olah masa depan Bangladesh diperjudikan. Bangladesh sebelum ini telah menunjukkan pencapaian ekonomi yang progresif dan dikategorikan sebagai salah satu daripada ‘next eleven most promising’ Negara pembangun. Pertumbuhan ekonomi tahunan sekitar 5 ke ke-6 peratus semenjak pertengahan 1990-an. Dengan apa yang berlaku sekarang disifatkan oleh pembangkang sebagai agenda Kerajaan Bangladesh untuk menyekat dan membuang suara-suara yang tidak sehaluan dengannya dikhuatiri akan memberikan kesan dan risiko langsung kepada perkembangan demokrasi dan pertumbuhan ekonomi Bangladesh.
Para wartawan yang kritis dengan Kerajaan Bangladesh telah hilang dan dihilangkan. Aktivis politik pembangkang khususnya daripada Jamaat-e-Islami dan BNP telah diugut dan digertak. Kerajaan juga telah menyebabkan kemerosotan dan penghakisan prinsip kedaulatan undang-undang dan menyebabkan negara tidak stabil. Seorang blogger terkenal sebagai contoh dikatakan telah dibunuh di rumahnya di Dhaka pada pertengahan Februari yang lepas. Tidak kurang juga ratusan pemprotes jalanan yang membangkan tribunal telah terbunuh dan tercedera. Semua yang terjadi ada kaitan langsung dengan Tribunal yang kontroversi ini. Kelemahan Tribunal dengan kecacatan prosedur perbicaraan telah pun secara jelas disuarakan oleh pelbagai pihak berautoriti termasuk pimpinan Negara asing, pertubuhan perderma antarabangsa dan pertubuhan masyarakat madani antarabangsa. Pakar hak asasi manusia daripada PBB juga turut mempersoalkan aspek berat sebelah dan sikap partisan hakim Tribunal serta ‘judiciary’ daripada eksekutif.
Berbanding Tribunal Jenayah Perang yang lain seperti Kambodia dan Ruanda, peliknya Tribunal Jenayah Antarabangsa Bangladesh ditadbir dan diselia oleh mahkamah tempatan. Stephen J. Rapp, Duta Amerika Syarikat, memberikan reaksi kecewanya selepas cadangan dan saranan beliau untuk memastikan perjalanan prosiding Tribunal berjalan secara ‘adil dan terbuka’ telah diabaikan oleh pihak pentadbir Tribunal. Dalam kenyataan bertulis Kementerian Luar Negara Amerika Syarikat mengingatkan secara tegas kepada Kerajaan Bangladesh seperti berikut: “to adhere to the due process standards that are part of its treaty obligations and to fully respect the rule of law”.
Tribunal baru-baru ini telah memutuskan penghakiman kedua pada pertengahan Februari di mana Abdul Kader Mollah, pemimpin senior pembangkang Bangladesh telah didapati bersalah atas 5 daripada 6 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup. Juga penghakiman ketiga terhadap Naib Ameer Jamaat-e-Islami, Allama Delawar Hossain Sayedee yang juga pernah menjadi Ahli Parlimen Bangladesh (1996-2008) telah dijatuhkan hukuman mati atas dakwaan bersekongkol dengan Pakistan sebagai pengganas yang telah membunuh rakyat yang menyokong pemisahan Bangladesh dari Pakistan.
Siri penghakiman ini telah membangkitkan kemarahan rakyat khususnya penyokong dan simpatisan Jamaat-e-Islami dengan mereka telah keluar ke jalanan untuk memprotes penghakiman yang ternyata terlalu banyak keraguan dan tidak mengikut standard antarabangsa. Mereka juga terpaksa bertembung dengan penyokong Kerajaan Sheikh Hasina yang sudah lama menuntut keadilan atas kematian keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang terkorban ketika perang saudara 1971.
Selepas melalui 42 tahun perjalanan kemerdekaan, sudah sampai masanya untuk menamatkan keadaan ‘limbo’ politik dan ketidakstabilan negara yang berterusan dengan menyeret penjenayah sebenar. Jika Kerajaan Bangladesh pimpinan Sheikh Hasina benar-benar serius dan ikhlas untuk mencari penjenayah sebenar, mereka tidak wajar meneruskan ‘setting’ Tribunal yang diragui sebegini yang dipenuhi dan dicemari dengan motif dendam politik.
Sebagai jalan keluar, Tribunal baru wajar dibentuk dengan diletakkan di bawah badan antarabangsa yang bebas dengan mengambil model Tribunal Jenayah Khmer Rouge sebagai contoh ikutan. Usaha jitu sebegini adalah ke arah membebaskan individu yang tidak bersalah daripada tuduhan seperti yang dituntut oleh sekelompok manusia yang simpati dengan pimpinan Jamaat-e-Islami dan dalam masa yang sama mencari penjenayah sebenar seperti mana yang dituntut oleh sekelompok lagi manusia yang memenuhi Medan Shahbagh yang mahukan mangsa perang 1971 mendapat keadilan. Dengan adanya Tribunal baru yang lebih adil dan mengikut standard antarabangsa bakal menamatkan kekacauan dalaman yang berlarutan. Namun keadilan tidak akan tertegak jika prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan sivil dan hak asasi manusia dikorbankan. Semoga Bangladesh kembali tenang.
Dr Sven Alexander Schottmann (La Trobe University, Melbourne) & Jufitri Joha (Naib Presiden Antarabangsa ABIM)