Putrajaya: Lumpuhkan BN di 3 negeri dulu
Nazri Abdullah, |
14 Jun 2012
|
(Salahudin semasa berceramah malam tadi)
BANGI: Jika rakyat mahu pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Rakyat, mereka perlulah melumpuhkan BN sekurang-kurangnya di tiga negeri, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.
Bercakap dalam ceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi beliau berkata, tiga negeri itu adalah Johor, Sabah dan Sarawak.
"Jika kita bercakap hari ini nak ke Putrajaya, saya nak bagitahu ada tiga tempat kita kena lumpuhkan Umno BN.
"Lumpuhkan separuh mereka di Sarawak, ambil separuh di Sabah dan separuh lagi di Johor.
"Kalau tiga negeri ni boleh menyumbang dalam kemenangan Pakatan pada pilihan raya akan datang, kita boleh ambil Putrajaya," katanya.
Menurutnya lagi, pada pilihan raya umum akan datang, Pakatan Yakin mampu mengekalkan kesemua negeri yang sedang diperintah iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Pada masa sama juga, Pakatan Rakyat juga yakin mampu mengambil semula Terengganu dan Perak.
Jika sasaran tersebut berjaya dicapai, maka katanya, hasrat rakyat untuk menukar kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.
Sementara itu hanpir 1000 orang hadir pada ceramah anjuran PAS Putrajaya itu malam tadi.
Turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof.
Turut hadir malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya.
Sumber HD : 14/06/2012
'Umno! tunggu saya di Johor' - Salahuddin
Nazri Abdullah, | 14 Jun 2012 |
BANGI: Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusannya untuk balik bertanding di negeri kelahirannya di Johor pada pilihan raya akan datang.
Menurutnya, biarpun Umno mendakwa ianya sebagai 'tindakan bunuh diri', namun demi perjuangan katanya, beliau tidak akan berpatah balik.
"Siapa terbunuh, siapa dibunuh, tunggu saya di Johor," tegasnya yang juga Naib Presiden PAS.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi.
Selepas beliau mengumumkan akan balik bertanding di Johor, banyak pihak khususnya rakyat negeri itu menerima baik kepulangan beliau ke negeri itu.
Ianya sekaligus menggusarkan Umno apatah lagi dengan desas-desus beliau akan dicalon sebagai menteri besar jika Pakatan berjaya di negeri itu.
Dan terbaru ada yang mengatakan beliau ibarat membunuh diri kerana kerusinya di Kubang Kerian dilihat kerusi selamat untuk beliau.
Mengulas perkara itu, Salahuddin menujukan pantun berikut kepada Umno.
"Buah Salak masak sepiring, dibawa orang dalam perahu, seekor si jalak seekor si biring, ayuh bertarung kalah menang belum tahu.
"Limau Bantan masak di tingkap, budak-budak melempar tempurung, harimau di hutan sedang kita tangkap, inikan pula cicak mengkarung," katanya.
Sementara itu turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain.
Hadir juga malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya.

No comments:
Post a Comment