KUALA LUMPUR: Pengerusi Lajnah kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud bertindak pantas melancarkan tabung khas bagi membantu mangsa-mangsa banjir di tiga negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tabung khas itu akan disampaikan segera kepada mangsa-mangsa banjir melalui jentera kebajikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung akibat banjir.
Selain sumbangan kewangan lajnah kebajikan turut mengalu-alukan sumbangan makanan, pakaian, lampin pakai buang dan apa sahaja yang boleh membantu mangsa-mangsa banjir yang tinggal di penempatan sementara.
Golongan korporat, individu, NGO dan sesiapa sahaja dialu-alukan menyalurkan sumbangan kepada Tabung Khas lajnah untuk disampaikan segera kepada mangsa banjir.
Sumbangan boleh dihantar terus ke akaun Dana Kami Prihatin ke akaun Bank Islam “DANA KAMI PRIHATIN” di nombor 12113010026150 atau hubungi Haji Zainal 012-3135471.
Sumber HD - 27-12-2012
Lihatlah perbezaan pemimpin BN dan PR
http://batuvskayu.blogspot.com, | 27 Dis 2012 |
Banjir punya penangan....habis semua orang kuat politik turun padang redah "ayor bah". Maka masa inilah orang politik berlumba lumba menunjuk bakti kepada pengundi.
Cuma sini ada kelainan sikit ....
Lihatlah photo di bawah dan tak perlu saya menulis cukup sekadar gambar berbicara...
Di antara dua darjat...
Pemimpin rakyat dengan pemimpin anak bangsawan..
Pemimpin Rakyat redah "ayor bah" tetapi pemimpin Parti Bangsawan tengok banjir dari awan awangan. kah kah kah......
Sumber HD - 27-12-2012
MB kecewa Pusat lambat bina tebatan banjir
Harakahdaily, | 27 Dis 2012 |
RANTAU PANJANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas kelewatan kerajaan Pusat membina tebatan banjir yang telah dirancang sejak sekian lama.
Menurutnya, walaupun berulang kali perkara itu dipohon, namun pembinaannya masih tidak dilakukan hingga hari ini.
Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Kedai Tanjung, dekat sini petang semalam. (Gambar)
Katanya, akibat kelewatan berkenaan rakyat menanggung sengsara kerana terpaksa berpindah apabila musim banjir tiba.
Jelasnya, jumlah hujan yang lebat bukan sahaja sungai tidak mampu menampung jumlah air yang banyak, sebaliknya tebatan yang telah dibina di Sungai Golok menyebabkan air dari sebelah sana mengalir masuk ke jajahan ini.
“Kerajaan Pusat dah tahu perkara ini dan berulang kali kita meminta supaya tebatan itu dibina, namun sampai sekarang ianya masih belum dilaksanakan.
“Saya dapat menyaksikan bagaimana susahnya mangsa banjir ini terpaksa berpindah di pusat perlindungan kerana rumah mereka telah ditenggelami air,” ujarnya.
Pada masa yang sama beliau mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak mereka sebaik mungkin terutama di musim ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Bagaimanapun saya faham mereka telah menjaga anak-anak mereka dengan baik, tetapi itulah kadang-kadang terlepas juga,” ujarnya.
Turut mengiringi dalam lawatan itu, Ketua Jajahan Pasir Mas, Mohd Ghazali Mohamad, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rosdi Abdullah dan Setiausaha Akhbar, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari.
Hadir sama Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Sumber HD - 27-12-2012
(Petugas PAS Seksyen 18 Barat, Shah Alam yang di ketuai setiausaha cawangan Faizul Yusuf menyiapkan barangan keperluan untuk di hantar)
SHAH ALAM: Harakah dengan kerjasama pencetaknya, Angkatan Edaran Sdn Bhd serta bantuan Muslim Care dan PAS kawasan Shah Alam berjaya mengumpulkan RM25,000 bagi membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan sekarang.
Mereka telah membeli segala keperluan berupa makanan ringan, air mineral dan lain-lain untuk dihantar kepada mangsa banjir tersebut.
"Lori-lori ini akan bertolak malam ini ke Pahang, Terengganu dan Kelantan untuk menghantar barangan itu," kata seorang petugas PAS Shah Alam yang menjadi sekretariat bantuan ini.
Selain barangan, mangsa juga akan diberikan sedikit wang untuk kegunaan mereka, katanya.
Selain itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga mengumpulkan dana untuk membantu mangsa banjir ini.
Kepada yang ingin menyalurkan bantuan sila masukkan ke Tabung Kemanusiaan Pemuda di akaun Maybank 564025400100.
Sumber HD - 29-12-2012
KUALA LUMPUR: PAS menyeru semua jenteranya dan orang ramai memberikan bantuan kepada mangsa banjir kerana masalah mereka belum selesai dengan surutnya air banjir ini.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP), Dr Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, walaupun ramai yang telah dapat pulang ke rumah masing-masing, cabaran yang bakal dihadapi pasca banjir seperti memperbaikii kerosakan rumah dan menggantikan barangan serta peralatan rumah yang rosak sudah tentu menuntut perbelanjaan yang banyak.
Tambahan pula bagi keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, semua persediaan peralatan dan buku sekolah juga mungkin sudah tidak dapat dipakai langsung.
Mengikut anggaran yang diberi oleh pihak kerajaan dan media jumlah mangsa yang terpaksa dipindahkan sudah melebihi daripada 6,000 orang dan mungkin akan mencecah 7,000 orang.
Walaupun ada pelbagai pihak telah memberi sumbangan melalui NGO dan sebagainya, Dr Siti Mariah meminta ahli PAS khasnya untuk menyumbang melalui Dana Kami Prihatin, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat supaya bantuan dapat disalurkan dan diagihkan kepada mangsa melalui petugas-petugas parti dinegeri-negeri yang terlibat.
Ini juga dapat memastikan pengagihan yang lebih merata dapat dilakukan oleh PAS kawasan atau DUN dan tidak tertumpu kepada tempat-tempat tertentu sahaja.
Dengan cara ini juga ahli-ahli dapat menyumbang kepada amal jamaie yang dipelopori PAS.
Laporan yang diterima beliau memberitahu, ada kampung atau tempat yang tidak mencukupi dana untuk turut membantu mangsa banjir.
Sumber HD - 31-12-2012
(Muka Mimie yang jernih ini menyimpan seribu derita)
KLANG: Keletahnya sama seperti rakan-rakan seusianya. Bermain, bergurau malah bergaduh sesama abang-abangnya, tampak biasa di mata ramai orang.
Di sebalik kelincahan dan keriangannya, anak kecil 6 tahun itu menanggung penderitaan dan kesakitan yang hanya dia tahu dan menghadapinya.
Nur Soffiea Shamimie, disahkan mengidap penyakit Idiophatic thrombocytopenic purpura's (ITP Chronic) atau kurang darah kuning sejak dua tahun lalu.
Keluarganya mula mengesan kesakitannya apabila dia mengalami demam, yang kemudiannya berlarutan beberapa hari.
Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ibu bapanya mendapati dua kesan lebam di kakinya.
Pelbagai prosedur dijalankan bagi mengesan punca lebam tersebut, dan akhirnya dia disahkan ITP Chronic dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut bapanya, Mohamad Nasseri Nasron, 32, penyakit Mimie itu membimbangkan keluarga kerana risikonya jika jatuh ketika bermain, ia memberikan kesan yang sangat buruk.
(Bapa Mimie, Nasseri menunjukkan dokumen berkaitan perubatan yang diperlu Mimie kepada wartawan Harakahdaily)
"Sekiranya dia terjatuh ketika bermain dan berdarah, maka darahnya akan mengalir tidak henti-henti dari setiap rongganya. Dia akan lemah apabila kekurangan darah," cerita beliau kepada Harakahdaily.
Keluarga Nasseri dari Pulau Pinang menghubungi Harakahdaily bagi memberitahu cerita Mimie.
Mulanya, Nasseri sendiri mahu datang ke pejabat Harakahdaily dari Klang dengan menyewa kereta bagi menceritakan hal Mimie kepada Harakahdaily.
Namun menyedari hal keluarga yang sangat memerlukan bantuan ini, crew Harakahdaily telah datang sendiri ke rumah sewa keluarga malang ini di Klang.
Emosi adik Mimie yang kami temui sentiasa berubah-ubah. Ada ketikanya ketika dia bergembira dengan adik-beradiknya yang lain, tiba-tiba dia berubah menjadi sensitif.
Situasi itu dapat dilihat krew Harakahdaily ketika berkunjung ke rumah sewanya apabila Mimie enggan merakamkan gambarnya, selain merenung tajam ketika ibu bapanya bercerita mengenai penyakitnya.
Bercerita tentang rawatan yang diperlukan Mimie, Nasseri berkata pihak pakar memberikan tiga pelan rawatan untuk diikuti.
"Rawatan pertama, perlu memasukkan ubat untuk Mimie, iaitu Methylprednisolone. Jika platlet darahnya naik, ok. Namun, tiada sebarang perubahan positif, lalu pelan kedua pula memasukkan ubat lain, Rituximab," cerita Nasseri.
Namun, setelah kedua-dua rawatan itu dilakukan, keadaan Mimie tidak berubah, malah keputusan platletnya mencapai bacaan '1' yang jauh dari kadar normal.
(Ibu dan bapa Mimie berkongsi penderitaan dengan Harakahdaily)
Justeru, pihak pakar PPUM mengesyorkan agar Mimie menjalani pelan rawatan terakhir bagi menyelamatkan nyawanya, iaitu pembedahan bagi membuang keseluruhan limpanya.
Memandangkan tiada pillihan lain untuk menyelamatkan nyawa Mimie, maka ibu bapanya bersetuju untuk menjalani pembedahan yang dianggarkan menelan belanja sebanyak RM50,000 hingga RM100, 000.
Walaupun Nasseri telah berhenti kerja sebagai juru kimpal, kira-kira dua bulan lalu kerana terpaksa menjaga Mimie yang ditahan di wad ketika itu, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan demi nyawa Mimie.
"Duit boleh dicari, tapi nyawa Mimie lebih utama. Biarpun, tiada jaminan pembedahan ini dapat menyembuhkan Mimie dari penyakitnya, kami perlu berusaha untuk mengelakkan penyakitnya semakin parah. Yang kami tahu, selepas pembedahan ini, Mimie perlu meneruskan mengambil ubat-ubatan," kata Nasseri dengan wajah suram.
Ketika berita ini ditulis, keluarga Mimie baru mengumpul kira-kira RM5,000 bagi pembedahan itu, hasil sumbangan orang ramai yang prihatin dengan nasib mereka sekeluarga.
Selain terpaksa menanggung isterinya, Nor Zalinda Ramli yang tidak bekerja, Nasseri juga turut menanggung empat lagi anaknya, Mohd Alif Ikhram, 10, Mohd Zahrul Hakim, 8, Nor Soffiea Shamil, 4, dan Nor Soffiea Syawalni, 6 bulan.
Mimie, akan dimasukkan ke PPUM pada Khamis, 14 Feb ini dan akan menjalani pembedahan dalam tempoh terdekat.
Sehubungan itu, orang ramai yang simpati dan prihatin dengan nasib Mimie, bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun ibu bapa Mimie 06190003801207 (CIMB) atas nama Nor Zalinda Ramli atau 06190003800204 (CIMB) atas nama Mohamad Nasseri Nasron.
----------------------------
Cerita Talian Rakyat Harakahdaily ini bertujuan untuk berkongsi penderitaan masyarakat dengan pembaca Harakahdaily. Jika anda mempunyai cerita sebegini, jangan segan hubungilah kami. Mungkin kami dapat membantu meringankan bebanan anda. Cerita berkaitan masalah rakyat di tempat anda juga boleh dikongsikan. Call kami di 03- 40233275 atau email kepada talianharakahdaily@gmail.com .

Harakah kumpul RM25,000 bantu mangsa banjir
Harakahdaily, | 29 Dis 2012 |

PAS arah jentera bantu mangsa banjir
Harakahdaily, | 31 Dis 2012 |

Talian Rakyat: Hentikan derita adik Mimie
Anis Nazri, | 13 Feb 2013 |

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 13-2-2013
Talian Rakyat: Adik Mimie masih perlukan bantuan
Anis Nazri, | 14 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Nur Soffiea Shamimie Mohammad Nasseri, 6 tahun telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi persediaan menjalani pembedahan membuang limpa, pagi ini.
Shamimie atau Mimie yang mengidap penyakit Idiophatic Thrombocytopenic Purpura's Chronic (ITP Chronic) dijadualkan akan menjalani pembedahan tersebut, 19 Februari ini.
Ketika dihubungi Harakahdaily, bapa Mimie, Mohammad Nasseri Nasron, berkata Mimie berada dalam keadaan stabil, yang membolehkn pembedahan dilakukan ke atasnya.
"Dia masih ceria macam biasa. Aktif bermain dengan adik-adiknya sementara menunggu ditempatkan di wad, biarpun tangannya sudah dicucuk untuk memasukkan ubat nanti," kata beliau ketika ditanya perkembangan kesihatan Mimie.
Tambah Nasseri, ketika ini sumbangan yang diterima daripada orang ramai yang prihatin terhadap Mimie sudah menjangkau RM18,000.
Namun, kos anggaran pembedahan tersebut, katanya sekitar RM50,000 hingga RM100,000.
"Alhamdulillah, sehingga hari ini kami mendapat bantuan sebanyak itu. Terima kasih kepada semua pihak yang bermurah hati memberikan sumbangan kepada anak saya, sama ada bantuan kewangan mahupun doa," kata beliau lagi.
Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita berkenaan penyakit adik Mimie, selain merayu bantuan kewangan bagi membolehkan pembedahan membuang limpa dijalankan ke atasnya.
Adik Mimie disahkan mengidap ITP Chronic atau kurang darah kuning itu sejak dua tahun lalu.
Keluarganya mula mengesan kesakitannya apabila dia mengalami demam, yang kemudiannya berlarutan beberapa hari.
Ketika mendapatkan rawatan di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah, Klang, ibu bapanya mendapati dua kesan lebam di kakinya.
Pelbagai prosedur dijalankan bagi mengesan punca lebam tersebut, dan akhirnya dia disahkan ITP Chronic dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Menurut Nasseri, penyakit Mimie itu membimbangkan keluarga kerana risikonya jika jatuh ketika bermain, ia memberikan kesan yang sangat buruk.
Nasseri berkata pihak pakar memberikan tiga pelan rawatan untuk diikuti.
"Rawatan pertama, perlu memasukkan ubat untuk Mimie, iaitu Methylprednisolone. Jika platlet darahnya naik, ok. Namun, tiada sebarang perubahan positif, lalu pelan kedua pula memasukkan ubat lain, Rituximab," cerita Nasseri.
Namun, setelah kedua-dua rawatan itu dilakukan, keadaan Mimie tidak berubah, malah keputusan platletnya mencapai bacaan '1' yang jauh dari kadar normal.
Justeru, pihak pakar PPUM mengesyorkan agar Mimie menjalani pelan rawatan terakhir bagi menyelamatkan nyawanya, iaitu pembedahan bagi membuang keseluruhan limpanya.
Sementara itu, Nasseri turut memaklumkan keluarga turut menerima bantuan daripada Pusat Zakat Selangor, selain Adun Selat Kelang, Dr. Halimah Ali yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Kepada para pembaca yang prihatin dengan nasib adik Mimie, bolehlah menyalurkan bantuan ke akaun ibu bapa Mimie 06190003801207 (CIMB) atas nama Nor Zalinda Ramli atau 06190003800204 (CIMB) atas nama Mohamad Nasseri Nasron.
-------------------------------------------------
Cerita Talian Rakyat Harakahdaily ini bertujuan untuk berkongsi penderitaan masyarakat dengan pembaca Harakahdaily. Jika anda mempunyai cerita sebegini, jangan segan hubungilah kami. Mungkin kami dapat membantu meringankan bebanan anda. Cerita berkaitan masalah rakyat di tempat anda juga boleh dikongsikan. Hubungi kami di 012-9060475 atau email ke talianharakahdaily@gmail.com .

Sumber HD - 14-2-2013
Talian Rakyat: Adik Mimie stabil selepas pembedahan
Anis Nazri , | 19 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Keadaan adik Nur Soffiea Shamimie atau Mimie bertambah stabil, selepas menjalani pembedahan membuang limpanya, tengahari tadi.
Bapanya, Mohamad Nasseri Nasron, ketika dihubungi, berkata Mimie sudah mula sedar selepas dua jam melalui pembedahan, di Pusat Peubatan Universiti Malaya (PPUM), pagi tadi.
Bagaimanapun, Mimie masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak bagi tujuan pemantauan selama 24 jam di pusat perubatan berkenaan.
"Mimie masih lemah, dan sudah minta untuk minum ketika mula sedar tadi. Tapi, doktor belum membenarkan dia minum lagi. Malah, kedua-dua belah matanya juga membengkak. Mungkin alahan, namun kini tinggal sebelah kiri yang masih bengkak," kata Nasseri kepada Harakahdaily.
Tambah Nasseri, selepas pembedahan, tiga beg darah telah dimasukkan bagi membantu meningkatkan platlet darahnya.
"Alhamdulillah, platlet darahnya kini mendapat bacaan 104. Doktor akan terus memantau bagi memastikan ia terus stabil," katanya sambil memaklumkan Mimie hanya boleh menerima tetamu mulai minggu hadapan.
Ketika pembedahan berlangsung kira-kira dua jam itu, ibu bapa Mimie serta sanak-saudaranya turut berada di pusat perubatan tersebut sebagai tanda sokongan.
Berhubung bantuan kewangan yang diperolehinya, Nasseri berkata setakat ini bantuan orang ramai sudah mencecah RM30 000.
Bagaimanapun, kos ubat-ubatan yang digunakan Mimie sebelum menjalani pembedahan bernilai RM3,800 sebotol, dan Mimie memerlukan 16 botol.
"Saya masih memerlukan bantuan kewangan kerana memang banyak lagi yang diperlukan untuk Mimie. Selepas ini, saya tidak tahu apa jenis ubat yang diperlukan. Belum lagi kos wad dan sebagainya," kata beliau.
Sebelum ini, Harakahdaily pernah menyiarkan cerita berkenaan penyakit adik Mimie, selain merayu bantuan kewangan bagi membolehkan pembedahan membuang limpa dijalankan ke atasnya.
Adik Mimie disahkan mengidap ITP Chronic atau kurang darah kuning itu sejak dua tahun lalu.
Kos pembedahan yang dianggarkan berjumlah
RM50 000 hingga RM100 000.

No comments:
Post a Comment