Kutuk pembunuhan umat Islam Rohingya
Harakahdaily, | 11 Jun 2012 |
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
Sejak 3 Jun baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.
Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.
Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih memeranjatkan kami, pihak keselamatan, polis dan tenterakini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Dari maklumat terkini semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat ke atas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan, kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiausaha Agung MAPIM
Sumber HD : 12/06/2012
Sumber HD - 27-10-2012
MYANMAR: Penyiasat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru memberi amaran kepada Myanmar supaya tidak menggunakan konflik di sana sebagai alasan untuk menghapuskan minoriti umat Islam Rohingya.
Ini berikutan, kira-kira 89 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara penganut Buddha Rakhines dan umat Islam Rohingya di barat Myanmar sejak 10 hari, menurut angka rasmi terkini.
"Keadaan ini tidak harus menjadi peluang untuk selama-lamanya menghapuskan komuniti yang tidak disenangi," kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Tomas Ojea Quintana, pelapor khas PBB mengenai Myanmar, dan pakar-pakar bebas mengenai isu minoriti dan pelarian.
Mereka menyuarakan "kebimbangan mendalam tentang dakwaan kerajaan dan pihak-pihak lain bahawa Rohingya adalah pendatang haram dan bangsa tanpa kerakyatan".
"Jika negara mahu berjaya dalam proses peralihan demokratik, ia mesti berani dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang wujud," ujar Ojea Quintana.
"Dalam kes negeri Rakhine, ia melibatkan endemik diskriminasi yang telah lama terhadap masyarakat Rohingya yang wujud dalam kerajaan tempatan dan nasional serta masyarakat pada umumnya."
Rohingya mengatakan rumah mereka telah dibakar oleh puak Buddha Rakhines yang bersenjatakan lastik, tongkat kayu, pisau dan petrol.
PBB berkata, lebih daripada 97 peratus daripada 28,108 orang yang telah melarikan diri dari keganasan tersebut adalah umat Islam Rohingya.
Ramai antara mereka kini tinggal di kem, menyertai 75,000 pelarian lain yang kebanyakannya bangsa Rohingya selepas keganasan Jun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang.
(Pelarian yang menggunakan perahu untuk lari pohon dikasihani)
Puak Buddha dan umat Islam yang ketakutan mula melengkapkan diri mereka dengan senjata buatan sendiri, menguji pihak kerajaan yang berazam untuk menghalang gelombang keganasan yang baru.
Rita Izsak, pakar bebas mengenai isu minoriti, berkata Rohingya merupakan minoriti yang mesti dilindungi mengikut standard hak minoriti antarabangsa.
"Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula undang-undang dan prosedur yang berkaitan untuk menyediakan akses yang sama kepada masyarakat Rohingya untuk kewarganegaraan dan menggalakkan dialog dan perdamaian antara masyarakat," katanya.
Agensi pelarian PBB telah menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk mengelakkan pertumpahan darah dan pemindahan lebih lanjut.
Dianggarkan 6,000 orang terkandas di dalam bot atau di pulau kecil di sepanjang pantai barat Myanmar, lapor agensi berkenaan Selasa lalu.
"Kami merayu kepada negara-negara jiran, terutamanya Bangladesh, untuk memastikan sempadan kekal terbuka. Ia adalah penting supya mereka mempunyai akses ke tempat yang selamat," jurucakap UNHCR Adrian Edwards berucap ketika taklimat berita Selasa lalu.
Sumber HD - 8-11-2012

Rohingya: Mapim gesa usul khas Parlimen
Harakahdaily, | 12 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa agar Parlimen yang mulai bersidang semalam mengusulkan isu pelarian Rohingya dan insiden ketegangan sektarian yang sedang berlaku di Myanmar sejak beberapa hari yang lalu.
(Antara mangsa keganasan)
"Kami mengesa isu ini diambil perhatian berat kerana sejak 3 Jun 2012 yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh," kata Mohd Azmi Abdul Hamid, Setiausaha Agong MAPIM
Insiden pembakaran beberapa kampung orang Islam Rohingya dan masjid dilaporkan berlaku dan pihak keselamatan bersekongkol dengan kaum Rakhine Buddha dalam melakukan pembunuhan serta pembakaran perkampungan Rohingya di seluruh wilayah Arakan.
Sehingga kenyataan ini ditulis, sudah 7 buah kampung orang Islam dibakar, sebuah masjid tertua dan sebuah Madrasah yang mempunyai 1400 orang pelajar turut dibakar.
Malangnya berita lengkap tidak dapat disiarkan akibat seluruh komunikasi di sekat oleh pihak keselamatan.
"Kami hanya mendapat maklumat dari pelarian Rohingya di Malaysia yang cuba berhubung dengan keluarga mereka di Arakan," kata Azmi dalam kenyataannya itu.
(Asap tebal kelihatan apabila rumah dibakar dalam keganasan)
Mereka berpendapat jika keadaan ini berterusan , pergolakan di Myanmar akan merebak dan Myanmar akan menambah satu lagi negara yang dicemari oleh pertumpahan darah dirantau ini dan bakal mencetuskan ketidakstabilan serantau.
Umat Islam yang nampaknya menjadi mangsa sepanjang masa kepada kempen yang berbaur rasis dan sektarian ini perlu segera dibendung kerana perasaan marah dan emosional masyarakat Islam boleh meledak dan tindakan yang tidak diingini boleh tercetus di rantau ini, kata beliau bimbang.
Ini tidak mustahil kerana umat Islam yang dizalimi oleh regim tentera Junta Burma sejak 1942 , oleh pemerintahan Siam ke atas umat Islam di Patani sejak 1902 dan ke atas umat Islam Bangsa Moro oleh penjajah Sepanyol, Amerika dan Manila sejak 1521 adalah pengelaman pahit yang dideritai sehingga hari ini, tambah beliau.
"Umat Islam mempunyai kesabaran pada tahap dibenarkan dan jika terus diasak mereka berhak untuk mempertahankan diri dan harta mereka seperti yang berlaku di banyak negara lain," katanya.
"Kerana itu jika tiga negara ini tidak menunjukkan sikap terbuka dan mengiktiraf serta menghormati hak umat Islam minoriti di negara masing-masing, beliau percaya rantau ini akan bergolak terus antara umat Muslimin dengan penganut agama lain," katanya.
(Salah seorang mangsa keganasan)
Oleh itu, beliau mengesa supaya Ahli Parlimen Malaysia mengguna Persidangan kali ini supaya mengangkat isu kezaliman ke atas Umat Islam Rohingya yang sedang diberlaku beberapa hari yang
lalu di Myanmar.
Malaysia tidak boleh mendiamkan diri apalagi Negara ini menampung lebih 40,000 pelarian Rohingya yang tidak boleh pulang ke Myanmar akibat kezaliman tentera dan polis Myanmar, katanya.
Dengan mengenepikan isu Rohingya yang di sebut oleh PBB sebagai antara kaum paling tertindas di dunia, akan menjadikan Malaysia sebagai anggota negara OIC yang tidak bertanggungjawab ke atas Umat Islam di Negara lain, tegasnya.
Sumber HD : 12/06/2012
(Warga Rohingya berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah pembunuhan keluarga mereka di sana)
KUALA LUMPUR: Warga Rohingya telah berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat dekat sini memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar sebelum terlambat.
Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.
Selain menghantar memorandum rayuan bantuan ke kedutaan Amerika Syarikat, mereka juga menghantar memorandum yang sama ke kedutaan British, China, Rusia dan Perancis.
Dianggarkan lebih 1,000 orang warga Rohingya berkumpul bagi menyatakan bantahan mereka sambil memegang pelbagai sepanduk yang mengecam tindakan penghapusan etnik oleh puak Rakhine.
Menurut jurucakap perhimpunan, Abdul Ghani, Timbalan Presiden, Rohingya Society in Malaysia (RSM), sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera.
Angka itu dijangka terus meningkat kerana tiada usaha daripada mana-mana pihak menghentikannya – termasuk pihak polis dan tentera Myanmar.
Beliau bimbang jika pihak antarabangsa lambat bertindak, kemungkinan semua Muslim Rohingya akan lenyap daripada bumi Arakan.
Dalam memorandum tersebut, Muslim Rohingya melalui wakil NGO di Malaysia iaitu NDPHR, MERHROMRSM, RARC dan ERCA mendesak supaya PBB menghantar segera pasukan pengaman agar penghapusan etnik dapat dihentikan.
Mereka meminta PBB menghantar misi segera ke kawasan serius dan menyelamatkan baki Muslim Rohingya yang masih hidup.
Pada masa yang sama meminta agar media antarabangsa dibenarkan masuk dan memantau keadaan di seluruh Arakan.
Di samping itu, bagi membantu mangsa yang tercedara, bantuan kemanusiaan dan bantuan perubatan hendaklah dibenarkan masuk bagi membantu mangsa yang cedera dan kebuluran.
Perhimpunan ini juga menuntut Junta tentera Myanmar memberi maklumat sebenar situasi di wilayah Arakan dan mendesak PBB dan badan penyiasat bebas menjalankan siasatan agar penjenayah dapat didakwa.
Salah seorang peserta perhimpunan yang dikenali sebagai Husin Ahmad bin Jalal Ahmad mendesak agar pihak media dibenarkan masuk ke sana bagi melaporkan keadaan sebenar.
“Ibu dan ayah saya masih di sana dan kami tidak tahu nasib mereka sama ada masih hidup atau sudah dibunuh,” ujarnya yang telah menetap di Malaysia sejak 25 tahun yang lalu bersama isterinya.
Demo Warga Myammar : http://www.youtube.com/watch?v=XJQqbUkisTE
Sumber HD : 12/06/2012
MAUNGDAW: Keadaan beransur pulih di sekitar bandar Maungdaw. Anggota tentera bersenjata kelihatan mengawal keadaan di sana sini.
Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan sedikit rasa selamat di kalangan umat Islam di sini.
Sejak tiga hari yang lalu, aktiviti rampasan barangan secara sistematik atau bersahaja sedang rancak dilakukan.
Pada 9 Jun lalu, pihak polis, dibantu oleh Lun Htin dan Rakhines bertindak merompak semua kedai-kedai di sekitar Bandar Maungdaw, terutama sekali kedai-kedai umat Islam.
(Mangsa kekejaman bergelimpangan)
Antara yang terlibat ialah Kedai Noor Huda, Kedai Noor Bashar (Khin Maung), Kedai Fayaz, Kedai Rafique (Kyaw Htun Sein), Kedai Hafiz Anwar, 3 cawangan Kedai Salimullah dan sekitar 100 buah kedai lain lagi yang dipecah-masuk dan dicuri barangan jualannya.
Kebanyakan dari barangan tersebut telah dipindahkan ke bangunan-bangunan biara untuk disimpan bantuan catuan kepada pelarian-pelarian daripada Rakhine dan Natala.
Jika dilihat dengan mata kasar, rampasan ini adalah satu tindakan terancang dari golongan tempatan Rakhine.
Kini masyarakat Rakhine mempunyai bekalan makanan berlebihan dan juga keperluan lain manakala komuniti umat Islam pula mengalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan.
Keadaan akan semakin meruncing jika tiada bantuan yang datang.
Tindakan rampasan tiada henti dan 11 orang daripada Rakhine ditemani anggota polis dan Lun Htin telah ke perkampungan Bhomu dan membakar 3 rumah umat Islam serta memusnahkan masjid.
Sebelum memulakan pembakaran, anggota polis dan Lun Htin telah memasuki rumah-rumah berkenaan dan mengarahkan penghuninya keluar dengan alasan mahu memeriksa rumah-rumah tersebut.
Pada masa yang sama mereka turut mengambil serta merampas barang-barang berharga.
Ketua rumah dibawa pergi kononnya untuk disoal-siasat. Anggota tentera cuba membantu memadamkan api namun gagal.
Rumah-rumah yang terlibat ialah milik Haji Shamsu, Saveed Hussein dan Noor Alam.
Dalam percubaan lain, puak Rakhine cuba memasuki sebuah rumah lain di Maung Ni untuk cubaan merampas makanan dan barang berharga, namun gagal apabila tindakan mereka berjaya dikesan oleh anggota tentera yang kemudiannya menangkap 6 ahli puak Rakhine tersebut untuk siasatan lanjut.
Ketika ditahan, terdapat beberapa senjata api dan botol-botol yang mengandungi petrol bersama mereka.
Keadaan huru-hara ini merupakan satu kelebihan pagi puak Rakhine kerana boleh dikatakan pihak pentadbiran dan berkuasa kebanyakannya terdiri daripada mereka yang beragama Buddha dan bangsa yang sama.
Hampir dalam semua keadaan, pihak berkuasa menyebelahi puak Rakhine.
Keadaan yang sama juga berlaku di sekitar Arakan, termasuklah Sittwe, Buthidoung, Rathedoung, Kyaukpru, Sandwe dan lain-lain.
Tiada sebab yang pasti dan agak mustahil bagi meminta bantuan daripada pihak berkuasa serta pasukan keselamatan bagi umat Islam di sini.
Sangat jelas keadaan di sini di mana umat Islam Rohingya menjadi mangsa dan dipinggirkan.
Satu konspirasi yang mengatakan mereka ini adalah pendatang dari Bangali telah disebarkan dan berbagai usaha untuk menghalau umat Islam dari bumi Arakan dilakukan.
Puak Rakhine sangat berhati-hati dalam memberikan hak kewarnegaraan kepada umat Islam di Myanmar, mahu pun kepada rakyat tempatan dan orang luar.
Keadaan ini bagaimanapun mungkin akan berubah dan kebarangkalian untuk umat Islam di Myanmar mendapatkan kerakyatan mungkin tiada lagi.
Kini umat Islam berharap agar pihak tentera dapat mengawal secara menyeluruh agar kegiatan rampasan dan rusuhan oleh pihak polis dan Lun Htin terkawal atau tamat sepenuhnya.
Sumber HD : 13/06/2012

Selamatkan saki baki Muslim Rohingya
Majdan Dagang, | 12 Jun 2012 |

Keadaan mula tenang selepas kekecohan melampau
Abdul Matalab, Muangday, Arakan., | 13 Jun 2012 |

PAS desak Myanmar henti bunuh warga Rohingya
Harakahdaily, | 13 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera penganiayaan dan pembunuhan terhadap warga Rohingya yang sedang berleluasa di negara itu.
Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS bersama NGO lain mengecam tindakan tersebut yang dilihat lebih kepada penghapusan etnik.
"PAS memandang berat peristiwa pembunuhan dan keganasan terhadap rakyat di negara itu.
"Kita mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera tindakan itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau turut mendesak negara jiran khususnya Bangladesh memberi bantuan segera dan tidak menambah tekanan dengan menutup sempadan.
"Kita juga meminta kerajaan Malaysia melalui wisma putra segera menggunakan peranan diplomatik dan sebagai anggota negara Asean, menuntut keganasan ini dihentikan," katanya lagi.
Semalam Warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar.
Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.
Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu.
Sumber HD : 13/06/2012
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah An Nahl [16] : ayat 18)
Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan nikmat keaman yang kita peroleh di negara Malaysia ini. Negara Malaysia yang rakyatnya hidup aman damai pada zahirnya, jauh dari peperangan dan persengketaan. Namun sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa Islam, kita wajib cakna dan sedar sebenarnya tentang saudara seislam kita yang masih belum sempat merasai nikmat keamanan lagi sehingga kini. Adakah kita pernah peduli tentang apa yang berlaku terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman!
Sebelum ini, kita telah menyingkap sejarah nakbah Palestin yang merujuk kepada malapetaka atau bencana besar yang terjadi di Palestin, kemudian penyembelihan beramai-ramai umat Islam di Haulah, Syria, Dan terkini seluruh dunia telah digemparkan pula mengenai isu yang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu telah dibunuh dalam sebuah bas yang sedang dalam perjalanan pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine. Mereka telah diserang setelah seorang wanita Rakhine yang dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya. Lanjutan dari itu dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan. Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal. Akibatnya, ketegangan telah tercetus apabila orang Islam Rohingya terus dijadikan sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
Tambahan dari maklumat tersebut, didapati bahawa sebenarnya ramai lagi umat Islam yang telah dibunuh dalam tempoh beberapa hari dan mayat mereka tidak diserahkan kepada keluarga mereka yang berkenaan.
Terkini, dari berita Kaladan Press Network, dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw. Nasib umat Islam di Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan meruncing dan tenat. Selain itu,mereka juga turut menderita dengan perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid ,dan arahan tidak dibenarkan memperbaiki mana-mana Masjid serta ratusan Masjid telah musnah dan diganti dengan Pagoda Buddha. Perkahwinan dan pergerakkan mereka juga dihadkan hanya dengan keizinan tentera. Penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan memasuki agama Budha juga turut berlaku.
Hal ini tidak seharusnya berlaku pada mana-mana agama di dunia. Seperti mana contoh yang diamalkan dalam Islam yang tidak memaksa mana-mana agama untuk memasukinya. Firman Allah swt dalam kitabnya yang mulia,
“Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam)” [Al-Baqarah (2):256].
Begitu juga dengan hak kebebasan dalam beragama sepertimana yang diamalkan oleh Malaysia yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 11 iaitu tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan Agamanya di Malaysia. Tertulis juga dalam Perkara 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang berkait dengan hak seseorang itu untuk menukar agamanya tanpa paksaan.
Maka berbalik kepada isu utama yang terjadi terhadap umat Islam Rohingya, tindakan yang amat zalim telah berlaku ke atas mereka. Di manakah keadilan dan hak yang perlu dibela terhadap mereka? Agama, nyawa, keturunan, harta dan akal mereka harus dijaga dan dipelihara sepertimana yang disebut dalam “maqasid syariah (objektif syariah)” yang wajib dijaga.
Maka dengan ini, kami di peringkat PMIUM berpendirian, semua umat Islam di seluruh dunia kembali bersatu dan menyatakan pendirian yang jelas bagi membela nasib sahabat kita di Arakan Myanmar ini.
Perkara ini harus diselesaikan dengan bijak dan segera tanpa menyebabkan mana-mana pertelingkahan atau pergaduhan antara agama sebelum kesan yang lebih buruk berlaku.
Sebagai anak muda khususnya golongan mahasiswa, peranan yang perlu dimainkan oleh kita pada saat ini bukan sekadar tertumpu kepada segulung ijazah semata-mata., tetapi kita perlu merasai dan menyedari kepentingan sikap pedulisme dan prihatin terhadap nasib saudara-saudara jiran kita di serantau Asia dan dunia amnya. Moga nikmat aman dapat kita kecapi bersama akhirnya. Allahu Akbar!
Penulis ialah Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Zalim dan kejam pembunuhan Muslim Rohingya
Noor Afifah Jamaludin, | 13 Jun 2012 |

Demo di Kedutaan Myanmar selepas solat Jumaat
Harakahdaily, | 15 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS akan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) mengadakan himpunan dan menyerahkan memorandum bantahan ke Kedutaan Myanmar hari ini.
Himpunan tersebut bagi membantah tindakan regim negara itu yang melakukan kekejaman terhadap warga Rohingya.
Himpunan akan bermula sejurus solat Jumaat dan akan berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan itu.
"Seluruh anak muda dan warga perihatin diajak bersama dalam penyerahan memorandum ini.
"InsyaAllah 5000 warga Rohingya akan berarak bersama kita," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.
Selasa lalu hampir 500 warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amerika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar.
Mereka merayu bantuan bagi menangani insiden pembunuhan terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini.
Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu.
Kenyataan Cikgu Azmi A. Hamid (SU Mapim):
http://www.youtube.com/watch?v=qoqSFKHPoXk&feature=youtu.be

Sumber HD : 15/06/2012
Rohingya: Dewan Ulamak minta Malaysia ambil tindakan
Harakahdaily, | 16 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia didesak supaya memainkan peranan yang lebih prihatin sebagai salah sebuah anggota Asean yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi untuk memastikan umat Islam di rantau ini tidak dizalimi oleh mana-mana pihak.
Demikian tegas Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nazmi Nik Din ketika mengulas laporan media antarabangsa mengenai situasi yang menyedihkan yang menimpa umat Islam Rohingya di Myanmar.
Menurutnya, Malaysia sepatutnya menggunakan segala saluran diplomatik untuk mengenakan tekanan kepada kerajaan Myanmar supaya menghentikan konflik itu daripada terus menghimpit umat Islam di sana.
Justeru, ujarnya, Dewan Ulamak PAS mendesak agar kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang segera khususnya mengenakan tekanan secara diplomatik untuk memastikan umat Islam di negara itu dibela dan tidak dizalimi.
"Tidak gunanya kita berbangga sebagai sebuah negara umat Islam tetapi tidak prihatin dengan apa yang berlaku ke atas saudara sesama Islam di rantau yang sama.
"Kita mahu umat Islam di sana dibantu, dan mendesak kerajaan Malaysia jangan hanya berpeluk tubuh, hulurkan tangan persaudaraan sesama Islam untuk membantu umat Islam di sana," ujarnya.
Jelasnya, seluruh umat Islam di dunia seperti satu tubuh seperti mana sabda Rasulullah s.a.w. dan apa yang dirasai oleh umat Islam di Myanmar akan turut dirasai oleh umat Islam di sini.
"Dalam masa yang sama, kita juga menyeru umat Islam di Malaysia turut mendoakan kepada saudara kita di Myanmar dan seluruh dunia agar dipermudahkan urusan mereka serta dikurniakan kesabaran dan seterusnya memperolehi kemenangan di dunia dan di akhirat," ujar beliau.
Semalam, hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.
Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid dengan membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.
Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1,500 muslim Rohingya dan 3,000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.
Himpunan itu adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.
Sumber HD : 16/06/2012
(Etnik Rohingya bergelimpangan mati di Arakan)
KUALA LUMPUR: NGO Islam, Shura dan Mapim mengecam sikap tidak berperikemanusiaan keraJaan Bangladesh yang menyekat pelarian Rohingya untuk menyelamatkan diri masuk ke sempadan Bangladesh.
Ini kerana, etnik Rohingya yang beragama Islam yang menjadi mangsa keganasan oleh pihak keselamatan dan etnik Rakhine di Arakan, Myanmar tidak punya pilihan selain melarikan diri ke Bangladesh.
Sehingga semalam UNHCR telah mengesa agar sempadan Bangladesh dan Myanmar di buka untuk menyelamatkan nyawa etnik Rohingya yang sedang menghadapi genocide yang diancarkan ke atas mereka.
Mengikut UNHCR, terdapat bukti yang kuat bahawa keadaan keganasan yang dilakukan oleh etnik Rakhine dan polis ke atas etnik Rohingya Muslim sangat jelas dan kejam.
"Kami tidak faham kenapa kerajaan Bangladesh tidak mengambilkira keadaan orang Rohingya yang tidak punya pilihan melainkan melarikan diri ke negara yang terdekat," kata Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsudin (gambar).
Mengikut UNHCR, seramai lebih 30,000 pelarian Rohingya sudah keluar dari kampung mereka yang telah diserang dan dibakar.
Keadaan setakat ini tdak menunjukkan keganasan akan reda. Oleh itu tidak ada sebab sempadan ditutup oleh Bangladesh, kata Abdul Ghani.
Katanya, pihak berkuasa Bangladesh sudah tentu tahu keadaan hidup mati yang sedang dihadapi oleh warga Rohingya.
"Kenapakah keselamatan Bangladesh mengambil tindakan yamg sama zalim dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa Myanmar?" soal beliau.
SHURA dan MAPIM, katanya, mengutuk sikap Bangladesh yang tidak menunjukkan sikap persaudaraan yang sepatutnya dengan saudara seagama yang ditindas.
"Malah kami mengecam sekerasnya tindakan pihak keselamatan Bangladesh menghalau bot yang dimuat pelarian yang terdiri dari kanak-kanak, wanita, orang tua serta mereka yang cedera akibat ditembak," katanya.
Keadaan yang sangat meruncing ialah apabila pelarian tersepit di tengah-tengah dua pihak yang sama-sama zalim.
Amat malang, katanya, jika negara anggota OIC terus menonton tanpa berbuat apa-apa untuk menyelamat nyawa etnik Rohingya Muslim yang berhadapan keadaan yang genting.
"Kami menuntut Bangladesh membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan yang sewajarnya kepada pelarian.
"OIC juga perlu campur tangan kerana keadaan sudah terlalu parah bila dalam tempuh 2 minggu sejak rusuhan berlaku, lebih 2000 warga Rohingya telah dibunuh dengan kejam," katanya lagi.
Sumber HD : 17/07/2012

Tutup sempadan: Shura dan Mapim kecam Bangladesh
Harakahdaily, | 17 Jun 2012 |

Shura, Mapim lancar Tabung Bantuan Rohingya
Harakahdaily, | 18 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Persidangan Tergempar Ulama Asean yang bersidang pada 16 Jun di Kuin , Alor Setar dihadhiri oleh wakil ulama dari Malaysia, Kemboja, Indonesia, Thailand telah melancarkan Tabung Bantuan Mustadh'afin Rohingya (TMR) untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan etnik di Arakan.
“Tabung ini adalah di bawah pengendalian Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) dan beberapa NGO Islam yang lain yang bersetuju untuk segera bekerja mengumpul dana kemanusiaan untuk dihantar kepada mangsa Rohingya,” kata setiausaha kedua-dua NGO itu, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Katanya, tabung itu bertujuan untuk mengembleng rakyat Malaysia segera menyumbang bagi membela nasib warga Rohingya yang kini menderita akibat serangan etnik Rakhine yang mendapat sokongan dari pihak keselamatan Myanmar.
Menurutnya, sehingga ini lebih 1,000 rumah di 40 perkampungan Rohingya sudah dibakar, 10 masjid dimusnahkan, 30,000 menjadi pelarian.
Malah, ujarnya testimoni yang diterima langsung dari Arakan Merali telefon ialah keganasan menjadi-jadi sehingga ke tahap memperkosa anak gadis, mencincang mayat dan dicampak ke dalam rumah yang dibakar, menyerbu ke dalam rumah etnik Rohingya, menangkap dan menembak mati seisi rumah.
Katanya, keadaan di sempadan Arakan-Bangladesh semakin meruncing bila pihak keselamatan Bangladesh tidak membenarkan ribuan pelarian Rohingya untuk masuk menyelamatkan diri dari serangan kaum Rakhine dan polis Hluntin Myanmar.
Justeru, ujarnya bot yang dipenuhi kanak-kanak, wanita, orang tua, dan yang cedera ditembak oleh tentera dan polis Myanmar dipaksa berpatah balik ke Arakan.
Mereka, jelasnya lagi menyabung nyawa kerana makanan dan ubatan tidak dibekal oleh mana-mana pihak sekalipun.
Setakat ini, katanya pihak UNHCR telah mengeluarkan petugas dari kawasan Arakan kerana didapati keadaan semakin merbahaya.
“Kami dengan ini mengumumkan bahawa sumbangan untuk TMR boleh disalurkan kepada Akaun Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia BIMB bernombor 12047010037282.
“Sidang ulama Asean ini juga telah memutuskan agar bantuan dari sumbangan orang ramai akan dihantar segera kepada mangsa dikalangan umat Islam Rohingya, Arakan,” jelasnya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, rancangan sedang digerakkan untuk menghantar bantuan melalui kapal laut bagi memastikan pelarian mendapat bantuan makanan, ubatan secepat mungkin.
Justeru, ujarnya seluruh pertubuhan masyarakat yang cintakan kebenaran dan keadilan diseru agar melancarkan kutipan derma untuk pihak sekretariat Mapim dan Shura sampaikan kepada pihak yang beramanah amanah di Arakan.
Sumber HD : 18/06/2012

Rohingya: Mapim usaha misi kemanusiaan ke Arakan
Harakahdaily, | 26 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mengumumkan akan mengusahakan Misi Kemanusiaan ke Arakan secepat mungkin.
Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, maklumat yang diperolehi secara langsung dari Arakan mendapati keadaan semakin tidak reda malah terus meruncing.
Menurutnya, penangkapan, pembunuhan warga Rohingya Muslim serta pembakaran perkampungan dan masjid semakin meningkat manakala pelarian Rohingya yang cuba menyeberang ke Bangladesh walaupun dihalau oleh pihak keselamatan Bangladesh, mencecah puluhan ribu.
Katanya, dalam suatu angka yang tidak rasmi warga Rohingya yang terbunuh mencecah anggaran 20,000 orang manakala yang ditahan adalah 5,000 orang sejak 3 Jun lalu.
Jelasnya lagi, kebuluran berlaku yang mengakibatkan ramai yang mati kerana terputus bekalan makanan sema ada kerana terpaksa melarikan diri mahupun yang terperangkap di dalam rumah selama berhari-hari apabila polis dan tentera menembak mereka yang cuba keluar dari rumah.
“Mapim tidak punyai pilihan kerana kerajaan Myanmar sehingga kini nampaknya membiar keganasan oleh esktrimis Rakhine terus menyerang warga Rohingya,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Lebih malang, ujarnya agensi antarabangsa seperti PBB, OIC dan Asean tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelamatkan warga Rohingya yang menjadi mangsa pembunuhan etnik oleh gabungan esktrimis Rakhine, polis dan tentera Myannmar.
“Mapim juga kecewa terhadap semua pemimpin negara Asean yang tidak menunjukkan sebarang keprihatinan terhadap nasib warga Rohingya yang disembelih dengan kejam sehingga kini,” ujarnya lagi.
Tambahnya, tidak ada seorangpun pemimpin Asean setakat ini yang mengambil initiatif untuk berhubung langsung dengan kerajaan Myanmar agar pemangsaan etnik Rohingya dihentikan.
Sehingga hari ini, jelasnya Mapim telah menulis surat rayuan dan bantahan kepada Presiden Myanmar Thien Sien, Aung San Suu Kyui, Setiausaha Agung Asean, Dr. Surin Pitsawan dan Setiausaha Agung PBB Ban Ki Moon.
Manakala di tanah air, katanya Mapim menghantar surat kepada Perdana Menteri, Menteri Luar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Membiarkan pembunuhan secara extra-judicial (di luar pembicaraan Mahkamah) di Arakan oleh tentera dan polis yang membantu esktremis Rakhine, ditambah tidak ada sebarang agensi kemanusiaan dibenarkan masuk ke dalam Arakan, menyebabkan Mapim bertekad untuk merancang masuk Arakan bukan sekadar untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan tetapi juga untuk menuntut kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan etnik yang sudah mengambil puluhan ribu nyawa warga Rohingya,” katanya.
Menurutnya, Mapim akan mencuba semua laluan sama ada dari laut, darat mahupun udara untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan.
Mapim juga, ujarnya mengambil kira bahawa usaha masuk ke Arakan berkemungkinan akan dihalang oleh kerajaan Myanmar, namun segala saluran rasmi sama ada melalui undang-undang antarabangsa mahupun atas nama agensi serantau akan diguna supaya bantuan dapat disampaikan.
“Bantuan yang akan dibawa adalah makanan, ubatan dan alat khemah. Mapim belum pasti berapa kuantiti yang akan dibawa kerana ia bergantung kepada berapa banyak sumbangan akan dapat diperolehi dari penyumbang,” katanya lagi.
Orang ramai boleh menyumbang kepada Akaun SEKRETARIAT HIMPUNAN ULAMA RANTAU ASIA (SHURA) BIMB 12047010-03-7282 yang telah mewujudkan Tabung Bantuan Mustadh'afin Rohingya.
Sumber HD : 26/06/2012
SONGKHLA (Thailand): Kampung Chenok (Chana) yang mengadap Laut China Selatan didiami majoriti
penduduk Muslim. Kawasan tersebut sebelum ini terkenal dengan perkampungan nelayan.
Ramai penduduk mencari rezeki dengan menangkap ikan di laut. Sumber rezeki itu menjadi mata pencarian utama.
Namun sejak wujudnya projek petroleum, mendaratkan gas daripada perairan sempadan Kelantan-Thailand iaitu di Joint Development Area (JDA), kehidupan masyarakat di kampung tersebut berubah.
Mereka tidak lagi mengharapkan rezeki di laut kerana mendakwa berlaku pencemaran ekoran kewujudan industri berkenaan.
Abdullah Mohammad, 50, sebelum ini bekerja sebagai nelayan, namun sekarang beralih pula kepada menjadi tukang kayu.
“Kalau dahulu pendapatan saya sekitar RM300 sebulan (3,000 Bath), sekarang tidak sampai RM300.
“Industri gas menyebabkan penduduk tidak lagi dapat keluar ke laut,” katanya ketika ditemui semasa lawatan rombongan Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) baru-baru ini.
Rombongan itu diketuai presidennya, Nazri Deraman, turut disertai Naib Presiden, Wan Azimin Wan Adnan serta 36 lagi ahli.
Industri petrokimia tersebut pernah dibantah penduduk tempatan, di mana mereka mengadakan beberapa siri demontrasi sehingga mendapat simpati pertubuhan alam sekitar dari Bangkok.
Malah kawasan itu pernah tegang kerana kemarahan penduduk, namun kerajaan Thailand tetap membenarkan industri petrokimia diwujudkan hasil kerjasama Malaysia.
Paip sejauh 277 kilometer dari pelantar di JDA dipasang ke Kampung Chana, biar pun kosnya begitu tinggi. Sedangkan kedudukan pelantar carigali di JDA lebih dekat dengan Bachok, hanya 140 km.
Projek petrokimia di Songkhla dikendalikan PTT Public Company Limited dengan kerjasama Petronas.
Hasil kerjasama itu membentuk Trans Thai-Malaysia (T) Limited. Kilang memproses gas tersebut bertempat di Talingchan Amphur Chana, Songkhla.
Ketua Kampung Chenok, Anuar Che Mud memberitahu sebelum ada projek petrokimia nelayan tidak menghadapi masalah mencari rezeki.
“Tetapi sekarang sudah berubah kerana ada projek industri gas asli. Selain itu berlaku pencemaran udara dan bunyi. Bunyi bising mengganggu penduduk berhampiran,” katanya.
(Apa kesudahannya, ikuti paparannya dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 5/07/2012

Penduduk dedah kesan industri petrokimia di Songkhla
M Zin, | 05 Jul 2012 |

Munajat Perdana bantah kekejaman atas Rohingya Jumaat ini
Harakahdaily, | 24 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Sempena Ramadhan al Mubarak, seluruh ummat Islam prihatin digesa untuk mengadakan Munajat Perdana dan Bantah Kekejaman ke atas Ummat Islam Rohingya.
Munajat dan bantahan ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri dengan kerjasama ngo - ngo Islam yang lain di setiap masjid negeri masing - masing di seluruh negara.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, program ini akan diadakan serentak di seluruh negara selepas Solat Jumaat
27 Julai 2012 ini di semua masjid negeri seluruh negara.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan seluruh Ummat Islam bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya sekaligus menghancurkan regim zalim yang melakukan pembersihan etnik ke atas ummat Islam Rohingya," kata Nasrudin dalam kenyataannya.
Pemuda PAS, katanya, turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.
Melalui Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia, katanya, memorandum rasmi akan dihantar ke Wisma Putra dan juga kepada pihak bertanggungjawab di peringkat antarabangsa seperti OIC, NAM dan lainnya untuk segera mengambil tindakan menghentikan kekejaman tersebut.

Sumber HD : 24/07/2012
Desak Myanmar beri laluan bantu etnik Rohingya
Salmiyah Harun, | 24 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menggesa supaya agensi antarabangsa mendesak Myanmar memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan di Arakan yang menjadi kawasan etnik Rohingya paling terdedah kepada penindasan sangat kejam.
Wakil jawatankuasa tersebut, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria berkata, penghapusan etnik Rohingya di bumi Arakan oleh pihak berkuasa Myanmar adalah satu kezaliman yang tidak boleh diterima.
Katanya yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, pihak junta Myanmar nampaknya tidak mahu tunduk kepada undang-undang antarabangsa mengenai hak asasi golongan etnik minoriti, oleh itu pihak berkuasa kerajaan Myanmar terus menerus melaksanakan operasi pembunuhan beramai-ramai (genocide) ke atas etnik Rohingya.
Tambahnya, pihak agensi antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan negara Asean gagal bertindak membela dan melindungi ratusan ribu nyawa Rohingya yang ditindas.
Ekoran tindakan rakus junta Mynamar Jawatankuasa Bertindak Antarabangsa-Hentikan Penghapusan Etnik Rohingya menghantar memorandum kepada Setiausaha Pertama Ibu Pejabat PBB H.E Mr Bankimon di Petaling jaya, tengah hari tadi.
"Kita menyesali operasi penghapusan etnik Rohingya di Myanmar sudah berlalu lebih lima dekad yang mengakibatkan ratusan ribu yang terbunuh, puluhan ribu ditahan dan diseksa, ribuan yang dirogol, ratusan perkampungan yang dibakar, ratusan masjid yang dimusnahlan, ribuan dipaksa tukar agama, tanah dan harta etnik Rohingya yang dirampas," katanya ketika ditemui.
Turut bersama dalam penyerahan memorandum itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid. Seramai 13 NGO turut menyokong memorandum itu antaranya, Shura, Sekretariat For Ulamak Assembly Of Asia, dan PKPIM.
Bagaimanapun, jawatankuasa berkenaan turut menegaskan pendirian, supaya sebuah badan bebas antarabangsa dilantik untuk melakukan siasatan ke atas pihak yang bertanggungjawab menjalankan proses 'genocide' ke atas etnik Rohingya dan mereka yang didapati bersalah didakwa di mahkamah antarabangsa manakala segala kerugian harta benda etnik Rohingya dibayar pampasan sewajarnya.
Mereka juga, menyokong perjuangan politik Rohingya di mana sahaja mereka berada di seluruh dunia untuk mendapatkan keadilan dan hak asasi mereka sebagai warga negara yang sah di Myanmar.
Jawatankuasa itu juga menyokong tuntutan etnik Rohingya untuk mendapatkan semula kewarganegaraan dan memperoleh hak yang saksama dari segi politik, ekonomi dan sosial di negara Myanmar.
"Bersedia untuk memberi sokongan semaksimanya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mangsa keganasan penghapusan etnik Rohingya oleh pihak tentera junta Myanmar," tegas mereka.
Justeru, mereka juga menyokong agar penilian semula mengenai kedudukan Myanmar sebagai anggota Asean dibincangkan jika penghapusan etnik Rohingya tidak dihentikan.

Rohingya: Dunia perlu beri tekanan pada Myanmar
Harakahdaily, | 26 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat perkembangan terkini mengenai umat Islam di Rohingnya amatlah menggusarkan.
Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Mustafa berkata penghapusan etnik Islam Rohingnya di Rakhine (Arakan) telah berlaku tanpa campur tangan dunia dan pembunuhan beramai-ramai itu seolah-olah dibiarkan dengan sengaja oleh regim di Myanmar.
Justeru itu, katanya SAMM Wilayah tampil untuk menjayakan sebuah bantahan di hadapan kedutaan Myanmar sekaligus menyerahkan satu memorandum bantahan.
Bantahan dan penyerahan memorandum itu, ujarnya akan diadakan pada 3 Ogos ini di Kedutaan Myanmar, Jalan Ampang Hilir selepas solat Jumaat.
“Semua NGO yang memperjuangkan kemanusiaan dan semua parti politik di dalam negara ini juga diseru untuk bersama membuat bantahan dan turut mengiringi penyerahkan memorandum,” katanya dalam satu kenyataan.
Azmir berkata, ia bukan soal agama tetapi kemanusiaan apabila wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik Rohingnya.
Di atas nama kemanusiaan, tegas beliau dunia harus memberi tekanan kepada Myanmar agar bertindak menghentikan penghapusan etnik Rohingnya.
Menurutnya, Malaysia lebih lagi dikenali sebagai sebuah negara Islam harus lebih peka dan lebih ke hadapan dalam memberi tekanan yang besar ke atas Myanmar yang juga negara serantau.
Beliau menambah, SAMM Wilayah melihat kewajaran untuk rakyat sendiri untuk turun memberi tekanan kepada Myanmar sekiranya kerajaan Malaysia gagal memainkan peranan.
“Tanpa mengira fahaman agama dan warna kepartian, semua wajib bersama menyertai tekanan ke atas negara Myanmar,” tegasnya.
Sumber HD : 26/07/2012
Penindasan Muslim Rohingya Burma - video (alih bahasa)

http://aiyangdisayang.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |
Suku Rohingya adalah muslim minoritas yang tinggal pada daerah utara negara bagian Rakhine (Arakan), Myanmar Burma.
"Di Myanmar kami tidak diberi kesempatan untuk beribadah, jika shalat berjamaah kami ditangkap dan dipenjarakan, masjid kami ditutup. Lebih baik kami mati di tangan orang muslim ketimbang mati di Myanmar," (Rahmat Bin Mohammad Daud, Rohingya Muslim)
Lihat http://aiyangdisayang.blogspot.com/2012/07/penindasan-muslim-rohingya-burma-video.html
Sumber HD : 27/07/2012
Gambar sedih: Masjid dibakar dan rakyat dibunuh di Myanmar, apa sumbangan kita?
Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin.

http://kachipemas.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |
Terkini...peristiwa tragis dan menyayat hati umat Islam Rohingya...Masjid tempat beribadah hangus dibakar!
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...
Kirimkan doamu teman...kita mengadu pd Allah yg Maha Kuasa...
Difahamkan hampir 2.8 juta orang Islam Rohingya telahpun menjadi mangsa penindasan di Myanmar...
Melarikan diri dari kampung halaman untuk mencari tempat yang selamat...hanya doa dan sumbangan kita sahaja yang dapat meringankan beban mereka. amin.
Sumber HD : 27/07/2012
Berikut lokasi himpunan aman Rohingya hari ini
Harakahdaily, | 27 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan mengadakan himpunan aman di beberapa lokasi di seluruh negara hari ini bagi membantah pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Rohingya.
Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.
Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;
1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri
2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani
3. Pahang - Muazzam Shah
4. Selangor dan Wilayah - Masjid al-Syarif, Gombak
5. Johor - Bandar Baru Uda pada 29 Julai jam 5 petang
6. Sabah - Masjid SDA, Kota Kinabalu
Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.
"Ummat Islam harus bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya.
Sumber HD : 27/07/2012
Sumber HD : 27/07/2012
Namun dengan menyebarkan gambar gambar palsu tentang perkara yang benar adalah satu perbuatan yang tidak bermoral dan hanya menangguk di air keruh., dan jika tujuannya semata mata untuk menaikkan rating maka ia adalah satu perbuatan tak bertanggungjawab atas derita orang lain.
Sumber HD : 27/07/2012
Himpunan aman ini akan dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dengan kerjasama NGO Islam yang lain.
Antara negeri yang telah memaklumkan tempat program himpunan aman ini adalah seperti berikut;
1. Melaka - hadapan masjid Al-Azim, Masjid Negeri
2. Kedah - Masjid Bakar Arang Sungai Petani
3. Pahang - Muazzam Shah
4. Selangor dan Wilayah - Masjid al-Syarif, Gombak
5. Johor - Bandar Baru Uda pada 29 Julai jam 5 petang
6. Sabah - Masjid SDA, Kota Kinabalu
Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menggesa agar Kerajaan Malaysia mengambil satu langkah berkesan untuk memastikan ummat Islam Rohingya tidak lagi disembelih dan dibantai sedemikian kejam.
"Ummat Islam harus bangkit berdoa dan bermunajat kepada Allah Azza wa Jalla agar menyelamatkan Ummat Islam Rohingya.
Sumber HD : 27/07/2012
Umat Islam harus bangkit bela saudara Rohingya
Harakahdaily, | 27 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Umat Islam di seluruh dunia harus bangkit menyatakan bantahan terhadap kekejaman Junta Myanmar melakukan kezaliman berterusan terhadap saudara Islam Rohingya di negara itu.
Sehingga kini dianggarkan puluhan ribu maut ditembak, disembelih dan dibakar manakala masjid dan perkampungan turut dibakar, mayat-mayat dicampak ke laut dan gadis-gadis diperkosa sampai mati.
"Apakah kita hanya mahu melihat mereka disembelih, dibakar dan dizalimi sebegitu rupa. Mana pemimpin Islam, mana kekuatan Umat Islam?
"Siapa lagi yang mereka boleh harapkan untuk membela nasib mereka jika bukan kita," kata Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Beliau berkata demikian ketika berucap di himpunan aman Rohingya di perkarangan Masjid Masjid al-Syarif, Gombak sejurus selesai solat Jumaat hari ini.
Hampir 200 orang menyertai himpunan itu bagi membantah tindakan kejam pemerintah Myanmar terhadap kaum Rohingya di negara itu.
Turut berucap pada himpunan itu Pesuruhjaya PAS Wilayah Mohd Noor Mohamad, Pengerusi Shura Abdul Ghani Shamsuddin, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamad, Ketua Penerangan Suhaimi Abdul Aziz serta Setiausaha Dewan Pemuda PAS Selangor Khairul Fahmi Mat Som.
Kamruzzaman berkata, himpunan hari ini juga merupakan tanda sokongan dan solidariti umat Islam Malaysia terhadap warga Rohingya yang dizalimi.
"Atas semangat persaudaraan, kita perlu bangkit menentang kekejaman junta yang menindas rakyat.
"Jika kita bangkit membantah, kita harap kuasa-kuasa besar dunia membuka mata dan mendesak pihak junta menghentikan kezaliman mereka," katanya.
Selain di Kuala Lumpur, himpunan aman Rohingya anjuran Dewan Pemuda PAS hari ini turut diadakan di seluruh masjid terpilih di seluruh negara.
Di Sabah, Kira-kira 200 umat Islam berhimpun secara aman bagi tujuan sama.
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu berkata, umat Islam khusunya di negeri ini perlu bersatu dan menunjukkan kebersamaan terhadap umat Islam di negara-negara lain.
“Kekejaman terhadap umat Islam Rohingya ini merupakan isu sejagat umat Islam yang lain. Kita mesti bersama dengan mereka... menyokong serta menghulurkan apa-apa yang boleh disumbangkan hatta dengan harta sekalipun.
“Kita juga mendesak, kerajaan Malaysia mengambil tindakan sewajarnya. Sebagai sebuah negara Islam seperti mana yang digembar-gemburkan, adalah amat malang sekiranya kerajaan hanya mahu melihat tidak berdaya berbuat apa-apa,” jelasnya.
Katanya, kerajaan Malaysia harus melihat isu ini secara tegas dan matang dengan menyatakan secara tegas terhadap kerajaan Myanmar.
“Kita mahu, kerajaan Malaysia selaku rakan ASEAN dengan Myanmar melihat secara tegas. Katakan secara tegas kepada Myanmar untuk tidak berlaku kekejaman terhadap umat Islam di sana,” ujar Lahirul.
Perhimpunan aman yang berlangsung di Masjid Bandar dekat Kota Kinabalu berakhir dengan beramai-ramai mengaminkan bacaan doa dan doa qunut nazilah yang diketuai oleh Murtaza Othman yang juga Exco Tarbiyah, Pemuda PAS Sabah.

Gambar-gambar bohong yang tersebar tentang Rohingya
http://ghaflah.blogspot.com, | 27 Jul 2012 |
Foto di atas adalah merupakan kejadian benar tapi bukan berlaku di Myanmar sebagaimana yang disebarluaskan dalam internet. Ia adalah peristiwa gempa bumi yang berlaku di negara Tibet dan telah menelan banyak mangsa korban. Rujuk - Tibetan Community | Tibet Times
Foto foto atas ni juga berlegar di antara netizens dengan mengaitkan peristiwa pembantaian ummat Islam Rohingya di Myanmar. Tapi sebenarnya adalah merupakan kejadian di Selatan Thailand - Wilayah Pattani. Peristiwa ini berlaku pada Oktober 2004 di mana Tentera Thailand membantai ratusan warga Muslim Pattani di Takbai yang mengakibatkan sekurang kurangnya 85 orang terbunuh, 60 cedera, dan 59 lainnya dipenjarakan. Sumber artikel & Foto - Hminews.com | The Telegraph | SMH Portal | People's Daily | Frontline
Keterangan Foto : Seorang Muslim Myanmar telah dibakar dan orang disekelilingnya hanya memerhati tanpa ada seorang pon yang bersimpati dan ingin menghulurkan bantuan. (banyak kat fecebook foto ni).
Foto ini sebenarnya adalah foto seorang aktivis Tibet yang bernama Jhampel Yesh yang membantah lawatan Presiden China ke India. Aktivis tersebut merupakan seorang imigran yang sedang memohon suaka politik dari pihak India membuat aksi membakar diri sendiri sebagai bantahan kunjungan oleh Hu Jintao (Presiden China ketika itu) ke India. Sumber - International Business Times | The Guardian UK
Foto : Sami Buddha Mengamuk Di Myanmar. Caption tu memang betul dah, kejadian pun memang di Myanmar tapi berlakunya adalah pada tahun 2007. Foto ni langsung takde kena mengena dengan rusuhan kaum sebab ini adalah demonstrasi yang dilakukan oleh rakyat Myanmar terhadap kerajaan junta tentera yang tertekan dengan kemiskinan akibat dari kenaikan harga barang barang keperluan asas. Sumber Ahrchk | MySinchew
Nota : Pembantaian yang berlaku di Myanmar adalah perkara yang benar benar terjadi dan adalah diseru kepada seluruh ummat Islam bangkit menyatakan bantahan dan turut menghulurkan sumbangan sekadar yang termampu untuk meringankan beban saudara saudara seagama kita disana.
Sumber HD : 27/07/2012
Rohingya: Kerajaan digesa guna saluran diplomatik
Khairul Azlam Mohamad, | 28 Jul 2012 |
MARANG: PAS menggesa kerajaan Malaysia agar dapat menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa bagi menekan kerajaan Myanmar yang disifatkan zalim serta kejam ke atas etnik Rohingya.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan zalim dan kejam pihak pemerintah Myanmar terhadap umat Islam Rohingya yang minoriti dihentikan segera.
“Kita mengajak supaya pihak kerajaan menggunakan saluran diplomatik dan pertubuhan antarabangsa untuk menekan kerajaan Myanmar supaya berhenti dari tindakan yang zalim dan kejam itu.
“Satu tindakan antarabangsa perlu diambil terhadap rejim Myanmar dan pihak pertubuhan antarabangsa perlu melakukan penyiasatan yang bebas dan mereka yang terlibat dengan jenayah kemanusiaan perlu dibawa ke mahkamah antarabangsa,” tegas beliau.
Beliau berkata demikian selepas Ceramah Isu Semasa sempena kepulangannya dari lawatan ke Maghribi, Tunisia dan Mesir di pekarangan Masjid Rusila, semalam.
Ustaz Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang mengajak semua pihak agar menunjukkan rasa simpati terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam Rohingya di Myanmar.
“Di atas nama kemanusiaan dan Islam, PAS mendesak semua pihak supaya menunjukkan simpati yang sesungguhnya terhadap bencana yang dialami oleh penduduk Islam di Burma, yang diperlakukan di luar perikemanusiaan.
“Tindakan yang diambil oleh rejim Burma dengan membunuh, membakar kediaman, meroboh rumah ibadat, menghalang beramal dengan agama adalah satu tindakan yang tidak bertamadun dan tidak patut berlaku di zaman sekarang,” ujarnya.
Hadir sama pada majlis tersebut Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Timbalan Pesuruhjaya (I) dan Setiausaha PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat dan Yahaya Ali.
Sumber HD : 28/07/2012

China larang kakitangan, siswa Uighur berpuasa
Harakahdaily, | 02 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa di wilayah barat laut China yang bergolak, Xinjiang, melarang kakitangan pejabat beragama Islam dan siswa menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan, lapor http://www.tempo.co
Berikut ialah laporan daripada laman web tersebut.
TEMPO.CO , Xinjiang Pihak berwenang di wilayah barat laut Cina yang bergolak, Xinjiang, melarang pejabat Muslim dan siswa untuk berpuasa selama bulan Ramadhan.
Imbauan yang diposting di situs pemerintah banyak meminta para pemimpin Partai Komunis untuk membatasi kegiatan agama Islam selama bulan suci, termasuk puasa dan mengunjungi masjid.
Xinjiang adalah rumah bagi sekitar sembilan juta orang Uighur yang berbahasa Turki dan mayoritas beragama Islam. Banyak yang menuduh pemerintah Cina melakukan penganiayaan agama dan politik atas etnis ini.
Wilayah ini beberapa kali diguncang oleh kekerasan etnis. Namun sejauh ini Cina membantah klaim bersikap represi dan bergantung pada puluhan ribu pejabat Uighur untuk membantu mengatur pemerintahan di Xinjiang.
Sebuah pernyataan dari kota Zonglang di distrik Kashgar mengatakan bahwa "komite daerah telah mengeluarkan kebijakan komprehensif untuk menjaga stabilitas sosial selama periode Ramadhan. Yaitu melarang kader Partai Komunis, pejabat sipil (termasuk mereka yang sudah pensiun) dan siswa untuk berpartisipasi dalam kegiatan keagamaan selama Ramadhan."
Pernyataan itu, diposting di situs web pemerintah Xinjiang, mendesak para pemimpin partai untuk membawa "hadiah" makanan untuk para pemimpin desa setempat untuk memastikan bahwa mereka makan selama bulan Ramadhan.
Perintah serupa untuk membatasi kegiatan Ramadhan juga diposting di website lain pemerintah daerah. Biro pendidikan di Wensu mendesak sekolah-sekolah untuk memastikan bahwa siswanya tidak masuk masjid selama bulan Ramadhan.
Kelompok hak asasi di pengasingan, World Uyghur Congress, memperingatkan kebijakan akan memaksa "orang-orang Uighur untuk menolak (kekuasaan Cina) lebih jauh."
"Dengan melarang puasa pada bulan Ramadhan, Cina menggunakan metode administratif untuk memaksa orang Uighur untuk tak beribadah selama Ramadhan," kata juru bicara kelompok, Dilshat Rexit, dalam sebuah pernyataan.
Xinjiang mengalami kekerasan etnis terburuk beberapa kali. Yang terbesar adalah pada bulan Juli 2009, ketika warga Uighur kelompok etnis Han yang dominan di kota Urumqi saling serang, memicu bentrokan di mana 200 orang dari kedua belah pihak meninggal, menurut pemerintah.
Sumber HD : 2/08/2012

Mana suara kita dalam isu Rohingya?
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, |
Umat Islam etnik Rohingya di Myanmar perlu dibela dan umat Islam seluruh dunia. Jangan berpeluk tubuh sahaja apabila masyarakat Islam minoriti ini bukan sahaja dipinggirkan malahan disembelih hidup-hidup, dibakar dan wanitanya dirogol.
Mana perginya suara dan tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertubuhan hak asasi manusia serta mana menghilangnya orang yang kita selama ini sanjung serta hormati dan simpati terhadapnya iaitu, Aung San Suu Kyi.
Tiada apa-apa tindakan yang boleh masyarakat dunia lakukan termasuk 'Polis Dunia', Amerika Syarikat. Nampaknya Amerika hanya menjaga kepentingan negara haram Israel sahaja tanpa memperdulikan sangat nasib negara-negara lain yang dianggap tidak mendatangkan keuntungan kepada mereka.
Tabiat buruk Amerika dan PBB ialah apabila semuanya mati atau tinggal abu barulah mereka sibuk lantang bersuara dan menghulurkan bantuan itu dan ini. Nampaknya umat Islam global sentiasa dimusuhi. Sempena bulan Ramadan ini doa umat Islam sangat dituntut dan diharapkan semua masjid dan surau di seluruh Malaysia mengadakan solat hajat dan diadakan khutbah khas Jumaat.
Kalau kita berani bersuara dan sanggup membantu saudara kita di Palestin, kenapa tidak juga kita bersuara dan membantu saudara seagama di Myanmar yang kini sedang menderita akibat kekejaman puak Rakhine.
Sumber HD : 3/08/2012
Pembunuhan dan kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar) terutama di Arakan sebenarnya bukan baru-baru ini berlaku, tetapi bermula pada pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan semakin meningkat sehinggakan mengejutkan mata dunia.
Baca http://pulakdah.blogspot.com/2012/08/fakta-pembunuhan-rohingya-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah!%29
Sumber HD : 4/08/2012

Fakta pembunuhan Rohingya yang disembunyikan
http://pulakdah.blogspot.com, | 04 Ogs 2012 |
Pembunuhan dan kekejaman yang berlaku terhadap Muslim Rohingya di Burma (Myanmar) terutama di Arakan sebenarnya bukan baru-baru ini berlaku, tetapi bermula pada pertengahan tahun ini penindasan terhadap Muslim di Arakan semakin meningkat sehinggakan mengejutkan mata dunia.
Baca http://pulakdah.blogspot.com/2012/08/fakta-pembunuhan-rohingya-yang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah!%29
Sumber HD : 4/08/2012
Sekat pembunuhan di Myanmar untuk kestabilan
Harakahdaily, | 10 Ogs 2012 |
PULAU PINANG: Dialog Antara Agama untuk Keamanan Asia Tenggara menyeru supaya kerajaan Myanmar memberhentikan segera pembunuhan umat Islam di negeri itu.
(Dr Mujahid dalam sidang media pagi ini)
Dalam sidang media mereka hari ini, Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof menyeru supaya diberhentikan pembunuhan di Myanmar kerana ia akan merebak menjadi konflik yang akan melibatkan seluruh asia tenggara.
Asean juga didesak supaya campurtangan atas nama kemanusiaan supaya pembunuhan ini diberhentikan segera.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung South East Asia Inter religious Dialogue for Peace Prof Shahrin Harahap.
Beliau menyeru supaya kerajaan Mynmar mengamalkan keterbukaan bagi membuka ruang hubungan damai antara agama dapat digerakkan bagi mengelak konflik berterusan.
Dalam sidang akhbar itu organisasi serantau itu turut menyeru supaya laluan aman diberikan kepada NGO untuk memberi bantuan kepada pelarian yang tersepit antara konflik berdarah ini.
Sumber HD : 10/08/2012
(Sebahagian dari peserta protes yang berlakon mati berlumuran darah menggunakan darah palsu di hadapan kedutaan Myanmar.)
JAKARTA: Satu kumpulan Indonesia yang menggelar diri mereka Keprihatinan Rakyat terhadap Rohingya (People's Care for Rohingya) telah melakukan protes di hadapan kedutaan Myanmar di Jakarta, memprotes keganasan dan diskriminasi yang dialami minoriti Muslim Rohingya di Myanmar.
Peserta demonstrasi membawa poster ‘Hentikan Keganasan’ dan berteriak ‘Allahu Akbar’ sepanjang demonstrasi itu berlangsung Khamis semalam.
Para peserta protes mendesak kerajaan Myanmar untuk menghentikan pertumpahan darah dan keganasan sektarian terhadap warga Rohingya di Myanmar itu.
Pertempuran antara Muslim Rohingya dan penganut Buddha Rakhine di wilayah Barat Myanmar telah berlarutan sejak Jun 2011 dan mengakibatkan kematian 78 orang dan berpuluh –puluh ribu Muslim kehilangan tempat tinggal.
“Kerajaan Myanmar telah melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan,” ujar seorang peserta protes Arya Sandi Yudh.
“Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melaporkan bahawa bangsa Rohingya adalah antara bangsa yang paling banyak ditindas di dunia,” tambah beliau.
Ramai dari penganut Buddha di Myanmar menganggap warga Rohingya sebagai pendatang haram dari negara jiran, Bangladesh.
Laporan mendedahkan isu penganiayaan Rohingya tidak pernah dianggap oleh kerajaan Myanmar sebagai warganegara mereka.
Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan terdapat 800,000 orang Rohingya tinggal di Myanmar.
Laporan terkini sebuah kumpulan hak manusia menjelaskan bahawa, pihak keselamatan Myanmar membunuh, merogol, dan menangkap ramai Muslim Rohingya setelah kekacauan sektarian yang menggila di bahagian Timur Laut Jun lalu .
Pemerhati Hak Asasi Manusia (Human Rights Watch) yang berpusat di New York melaporkan mereka yang ingin membantu dihalang dari masuk dan dalam sesetengah kes ditahan dalam tindakan keras pihak kerajaan terhadap Muslim Rohingya di Asia Tenggara.
Laporan itu keluar seminggu selepas peristiwa pembakaran rumah dan serangan parang oleh penganut agama Buddha terhadap Muslim Rohingya di negeri Rakhine.
Berdasarkan 57 temubual dengan warga Rakhine dan Rohingya, laporan itu memberi keterangan baru tentang konflik yang mendedahkan kemarahan perkauman yang mendalam.
Ia juga menilai kembali prestasi kerajaan baru yang memerintah sejak 2011 yang berjanji untuk melindungi hak manusia selepas pemerintahan kejam pihak tentera yang bertahun lamanya.
“Tentera keselamatan Burma gagal dalam melindungi penduduk Arakan(Rakhine) dan Rohingya dari membunuh satu sama lain dan kemudian melancarkan kempen keganasan dan perhimpunan besar-besaran menentang Rohingnya,” ujar Brad Adams, Pengarah Asia di Pemerhati Hak Manusia.
“Pihak kerajaan mendakwa mereka komited untuk menghentikan persengketaan dan penganiayaan etnik, tetapi insiden terkini di negeri Arakan menunjukkan penganiayaan dan diskriminasi yang ditaja kerajaan sebenarnya masih berterusan.”
Sumber HD : 10/08/2012
Sumber HD : 12/08/2012

Demonstrasi 'berdarah' bantah pembunuhan umat Islam Myanmar
Al Jazeera terjemahan Mohamad Yahya, | 10 Ogs 2012 |

Arakan ibarat 'Gaza Kedua'
Harakahdaily, | 12 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menganjurkan Himpunan Keamanan Umat Islam Rohingya di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kelmarin dengan menjemput wakil-wakil parti politik tanah air, NGO-NGO serta wakil Persatuan Rohingya Sedunia.
Himpunan aman tersebut menampilkan pidato-pidato khas oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Kamaruzzaman Muhammad, Professor dari Institut Pemikiran Rantau Asia Barat Dr. Kamaruzzaman Yusuf, Presiden Union of World Rohingya Organization Rashid Roslan dan Setiausaha Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid.
Himpunan yang dihadiri lebih 200 mahasiswa dari pelbagai kampus di seluruh pelusuk tanah air kelmarin sebulat suara mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan yang dilakukan terhadap umat Islam di Rohingya serta mendesak pihak kerajaan dan organisasi antarabangsa PBB, ASEAN dan OIC agar segera bertindak menghentikan pergolakan yang berlaku di negara Myanmar.
Bercakap dalam pidato perasmian, Akram Ikrami Taib Azamuddin selaku Presiden GAMIS, mahasiswa akan terus konsisten memperjuangkan nasib mangsa kekejaman di Myanmar dan memberi penerangan kepada masyarakat serta mendesak pihak-pihak bertanggungjawab agar segera bertindak bagi menghentikan kekejaman yang berterusan.
Turut sama Exco Pemuda PAS, Kamaruzzaman Muhammad dalam pidato beliau mengemukakan tiga desakan di peringkat PAS iaitu supaya diberi hak kerakyatan kepada etnik Rohingya, ditubuhkan institusi umat Islam di Myanmar bagi membenarkan bantuan ke bumi Arakan, serta diambil tindakan oleh ASEAN terhadap pihak Arakan yang terus menerus melakukan kekejaman.
Tidak terkecuali pidato oleh Nurul Izzah Anwar yang melahirkan rasa kekecewaan beliau terhadap pihak kerajaan Malaysia khususnya Menteri Luar Negeri yang mengambil sikap membisu dalam isu yang melibatkan pembunuhan lebih 300,000 umat Islam tidak berdosa di negara jiran.
“Ke mana hilangnya Tun Dr. Mahathir yang dahulunya mengemukakan cadangan idea untuk menggabungkan Myanmar ke dalam ASEAN?” ujar beliau dalam pidatonya.
Pidato kemuncak oleh Setiausaha MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan betapa situasi kekejaman terhadap umat Islam Rohingya telah berterusan lebih 60 tahun tanpa apa-apa tindakan agresif terhadap penjenayah-penjenayah terbabit oleh mana-mana organisasi besar di seluruh dunia.
Beliau menyifatkan Myanmar sebagai “Gaza Kedua" dengan menjelaskan bahawa Arakan sebagai “Under Siege” yakni disekat perhubungan dari luar dan dalam untuk saluran bantuan kemanusiaan.
“Kami akan melancarkan Flotilla ke-2 dalam masa terdekat, yang akan diwakili oleh masyarakat dari seluruh pelusuk dunia, wakil-wakil NGO, mahasiswa dan parti-parti politik,” tegas beliau dalam pidatonya yang disambut dengan laungan takbir dari hadirin.
Majlis bermula dengan solat tarawikh dan solat hajat berjamaah yang disertai dengan bacaan qunut nazilah yang diimami oleh Rashid Roslan, Presiden Union of World Rohingya Organization. Wakil Umno dan ILMU tidak dapat hadir bersama-sama dalam majlis kelmarin. Himpunan aman berakhir dengan tandatangan wakil-wakil jemputan pada sepanduk putih sebagai simbolik solidariti bantahan dan kesatuan dalam memperjuangkan isu kekejaman terhadap umat Islam Rohingya.

Rohingya: Pakatan kemuka cadangan kepada Najib
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil langkah segera menggunakan ruang diplomatik bagi mencari jalan penyelesaian terhadap isu pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini.
Dalam satu kenyataan hari ini ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata, ini adalah masa yang sesuai untuk Najib membuktikan kenyataannya bahawa Malaysia mempunyai demokrasi terbaik di dunia.
"Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja DS Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai 'Demokrasi Terbaik' di dunia malah ianya sebuah negara contoh dengan Umno sebagai parti pemerintah yang terbesar di dunia untuk membuktikan kenyataan beliau itu benar dan tidak palsu.
"Masa untuk menunjukkan kepimpinan moral sudah tiba," kata mereka dalam satu kenyataan bersama oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong (Bukit Bendera) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).
Bagi memudahkan tindakan itu, mereka turut mengemukakan beberapa cadangan yang wajar diambil Najib selaku perdana menteri Malaysia.
Berikut antara enam cadangan dan gesaan segera yang dikemukakan kepada Najib:
a. Menuntut kerajaan Myanmar mengambil tindakan serta-merta untuk menghentikan pembunuhan kaum dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk memberi bantuan kemanusiaan terus kepada mangsa-mangsa;
b. Menuntut ASEAN mengarahkan kerajaan Myanmar menghentikan pembunuhan kaum ini serta-merta. Malaysia memainkan peranan penting dalam membolehkan Myanmar menjadi anggota ASEAN sejak 1997;
c. Menuntut negara China, yang mana Malaysia telah mempunyai hubungan diplomatik lebih 40 tahun, dan Amerika Syarikat, yang mula melonggarkan sekatan ekonomi kerana reformasi politik di Myanmar, untuk campur tangan dan memberi nasihat kepada Myanmar untuk melindungi semua golongan minoriti dan menghentikan pembunuhan kaum;
d. Menuntut negara Bangladesh yang mempunyai talian diplomatik yang kuat dengan Malaysia termasuklah kehadiran yang dianggarkan lebih 500,000 warga Bangladesh di Malaysia untuk mendesak Myanmar membuka sempadan dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa tersebut;
e. Menuntut OIC di mana DS Najib sedang menyertai perjumpaan di Mekah untuk mengeluarkan kenyataan bersama menggesa Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (di mana Pakistan, Maghribi, Azerbaijan dan Togo adalah ahli Majlis Keselamatan) di bawah Perkara 35 untuk campur tangan dengan serta-merta;
f. Menuntut DS Najib menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan fatwa yang mengatakan mana-mana kerajaan yang gagal melindungi kumpulan minoriti dan menyemarakkan semangat perkauman serta pembunuhan kaum di Myanmar dan seluruh dunia.
"Pakatan Rakyat mengecam pembunuhan kaum Rohingya di Myanmar yang berlaku pada masa ini dan menuntut ia dihentikan serta-merta.
"Masyarakat antarabangsa mesti bertindak pantas dan jangan mengguna alasan diplomatik untuk tidak bertindak kerana dari pengajaran dari pembunuhan kaum di Bosnia dan Rwanda jelas menunjukkan bahawa hanya tindakan pantas masyarakat antarabangsa seawal mungkin akan mendatangkan hasil," katanya.
Sumber HD : 14/08/2012

Rohingya: Pemuda PAS serah memo ke Asean
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia baru-baru ini ke Jakatra, Indonesia bagi menyerahkan satu memorandum bantahan terhadap kekejaman yang dilakukan ke atas masyarakat Islam Rohingya, Myanmar di pejabat Asean di sana.
Penyerahan itu adalah mewakili Kaukus Pemuda Parti Islam Asean, Parti Islam dan NGO Islam Nusantara yang telah membuat resolusi sidang meja bulat di Kuala Lumpur pada 7 Julai lalu.
Delegasi mereka diketuai oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia Dr Raja Ahmad al-Hiss, Setiausaha Pemuda PAS Malaysia Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil, Bendahari Pemuda PAS Malaysia Ir Khairil Nizam, Naib Presiden Antarabangsa Parti Bulan Bintang-Indonesia iaitu Tuan Fathurahman Mahfud, Ketua Pemuda Partai Persatuan Pembangunan Hilman Ismail dan Setiausaha Agung Partai Kebangkitan Nahdatul Ulama Bapak Saifudin.
Resolusi dan serahan memorandum telah di terima oleh Ibu Teresa Mubin selaku Ketua Pegawai Kakitangan Asean yang mewakili Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Patsuwan.
“Antara intipati utama kita ke sana adalah untuk menyeru agar pihak Asean dapat campur tangan dalam kemelut pembersihan etnik yang berlaku di Myanmar sekarang.
“Kami juga berharap agar Asean dapat memainkan peranannya sebaik mungkin. Kami dari Pemuda PAS Malaysia adalah selaku wakil Sekretariat Pemuda Islam Asean yang dianggotai 25 partai politik, NGO dan gerakan mahasiswa seluruh Asean”, kata Raja Ahmad.
Selain Pemuda PAS, kaukus itu turut disertai Pimpinan Pusat Partai Bulan Bintang (DPP PBB), Pimpinan Pusat Generasi Muda Pembangunan Indonesia (PP GMPI), Dewan Pimpinan Nasional Pemuda Partai Kebangkitan Nasional Ulama (DPN Pemuda PKNU), Pimpinan Pusat Gerakan Pemuda Islam (PP GPI), Pengurus Besa Himpunan Mahasiswa Islam (PB HMI).
Mereka juga disertau Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS), Perwakilan Malaysia - Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Thai Muslim Students Society - Young Muslim Association of Thailand (YMAT) dan juga Keluarga Besar Pelajar Islam Indonesia (KBPII) Malaysia.

Etnik Rohingya di Arakan makin kritikal
Harakahdaily, | 14 Ogs 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapat berita terkini dari Arakan berkenaan nasib umat Islam Rohingya tertindas menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut dalam seminggu lagi.
Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid, sejak dari Ramadhan umat Islam di sana tidak boleh solat hampir semua di masjid pada semua waktu terutama di bandar.
“Hanya masjid di kampung sahaja yang dibenarkan solat Zohor dan Asar sahaja. Solat Jumaat tidak dibenar sama sekali.
“Hanya dibenarkan 10 orang sahaja, itu pun perlu bagi senarai nama kepada pihak polis. Solat tarawih tidak dibenarkan sama sekali di semua masjid,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Katanya, di daerah Maungdaw terdapat 178 masjid dan surau sementara di kawasan bandar ada lebih kurang 20 masjid.
Menurutnya, hampir semua harta di rumah etnik Rohingya yang diserang dirampas terutama di kawasan kuarter 5, selatan Maungdaw.
Beliau menjelaskan, kebanyakan mereka tidak dapat berpuasa kerana ketiadaan makanan sama sekali.
Tambahnya lagi, jika ada yang berpuasa hanya memakan nasi sahaja tanpa sebarang lauk dan meminum air telaga dan air hujan kerana sekarang musim hujan.
Menurut Azmi, makanan tidak dapat dibeli kerana tidak selamat untuk membeli di kedai etnik Rakheine dan memang, tidak dibenar menjual makanan kepada orang Islam, jika ada yang menjual dijual dengan harga dua kali ganda.
“Kesengsaraan kaum Rohingya pada bulan Ramadhan kali ini amat meruncing. Laporan yang Mapim terima jelas menunjukkan bahawa mereka tidak akan menikmati Aidil Fitri untuk tahun ini,” ujarnya.
Justeru, kata Azmi, Mapim sangat mengharapkan semua pihak dari kalangan umat Islam di seluruh negara tidak melupakan penderitaan saudara Islam di Arakan.
“Mereka sangat mendambakan sumbangan bantuan dengan kadar segera,” ujarnya.
Sehingga ini, kata Mohd Azmi bantuan makanan sebanyak 5 kontena sudah siap dihantar.
Menurutnya, Mapim hanya menunggu kebenaran masuk ke Arakan dan kesediaan pihak kerajaan untuk kapal kargo masuk ke pelabuhan.
Isteri PM Turkey Melawat Muslim Rohingya :
http://www.youtube.com/watch?v=MEfniqNel0g&feature=g-logo-xre
Sumber HD : 14/08/2012
(Anwar sedang menyampaikan tazkirah Ramadhan di Masjid Taqwa, Bertam Indah, Kepala Batas.)
KEPALA BATAS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut lantang dan berani bersuara mengatakan bantahan terhadap kerajaan Myamar sebagaimana Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang berani berbuat demikian apabila berlakunya penindasan terhadap masyarakat Islam Rohingya.
Demikian kata Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan takzkirah Ramadhan di Masjid Bertam Indah, Kepala Batas semalam.
Beliau mengulas kenyataan PM Turki, Reccep Toyyib Erdogan yang mengecam pembunuhan umat Islam Myanmar di samping menghantar isteri dan menteri luarnya ke sana bagi melihat sendiri penderitaan umat Islam Roghingya.
Ini tidak sambung Anwar, Najib hanya berani berhadapan dengan pembangkang dalam negeri tetapi takut bersuara terhadap negara luar yang bertindak zalim terhadap Umat Islam.
"Malaysia adalah anggota Pertubuhn Persidangan Islam (OIC) serta The Association Southeast Asean Nations (ASEAN) ada hak untuk bersuara sebagaimana Perdana Menteri Turki yang memberi amaran Kerajaan Myanmar agar jangan membunuh Umat Islam di negara itu sekiranya tidak mahu melihat kebangkitan mereka menjatuhkan pemerintah yang ada, "tegasnya.
Sebaliknya, Najib sekadar bersuara tidak boleh masuk campur hal ehwal negara luar dan biarkan pemerintahan di Myanmar berleluasa dalm tindakan mereka.
OIC juga lambat bertindak sehingga pemerintahan di Myanmar tidak gentar untuk mendengar teguran OIC, katanya yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Katanya, peranan OIC seolah tiada sengat lagi bukan sahaja terhadap Myanmar malahan Palestin dan negara Arab lain yang diancam pembunuhan Umat Islam secara berleluasa.
"Jika Malaysia lantang bersuara besar kemungkinan Myanmar sedikit sebanyak akan akur demi memelihara keharmonian, kesejahteraan dan persahabatan yang sudah terjalin sekian lama, " terangnya.
Sumber HD : 16/08/2012

Myanmar: Najib kena belajar dari PM Turki
Mohd Sabri Said, | 16 Ogs 2012 |

Rohingya: Minta kerjasama Malaysia henti keganasan
Salmiyah Harun|Foto: M Nasir, | 20 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia tidak sepatutnya menggunakan alasan dasar tidak mahu campur tangan dalam isu konflik etnik serta agama di barat Myanmar, yang menyaksikan pembunuhan masyarakat minoriti Islam.
Presiden Arakan Rohingya National Organisation (ARNO) Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang merupakan anggota negara Asean sebaiknya melihat konflik yang berlaku lebih kepada pencabulan hak asasi.
Ketika mengunjungi Harakahdaily hari ini, Nurul Islam berkata, kerajaan Malaysia yang majoriti rakyatnya adalah beragama Islam sudah tentu mempunyai autoriti yang berbeza.
"Kita minta kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang konkrit terhadap konflik yang sedang berlaku di Arakan hari ini," katanya.
Beliau juga menggesa kerajaan Malaysia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya menghentikan keganasan yang berlaku di sana yang semakin meruncing.
Selain itu, katanya yang juga meminta kerajaan negara ini memberikan bantuan kemanusiaan bagi penduduk yang kini bakal menghadapi krisis makanan tidak lama lagi.
Bagaimanapun beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang cukup prihatin dengan nasib umat Islam di Arakan dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dan makanan sejak konflik ini berlaku pada Mei lalu.
Justeru katanya, pihaknya mengambil perhatian terhadap bantahan yang dibuat oleh PAS dan NGO berikutan konflik di Arakan dan berharap agar ianya diteruskan pada masa akan datang di samping meminta semua rakyat berdoa untuk umat Islam di sana.
ARNO merupakan gerakan politik yang komited untuk mengikuti penyelesaian secara aman berhubung politik dan masalah Rohingya.
NGO ini bekerjasama dengan kuasa-kuasa demokratik negara dan warganegara etnik untuk membina semula Myanmar Kesatuan Persekutuan yang kuat. Ia menyokong demokrasi dan federalisme di Myanmar.

Sumber HD : 20/09/2012
Sidang Media YB Khalid Samad : Isu Rohingya
http://www.youtube.com/watch?v=Y6_-jOLAoKs
Hasil kutipan itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini, jam 2 petang tadi.
Cek sumbangan telah diterima oleh wakil umat Islam Rohingya di Malaysia, Ustaz Jaber Mohd Subahan yang juga Presiden Majlis Ulama Rohingya.
Tabung Rohingya telah digerakkan beberapa bulan yang lalu oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Adram Musa.
Pada bulan Ramadhan yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 dalam majlis berbuka puasa bersama warga Rohingya yang berada di Malaysia.
Turut hadir dalam majlis itu tadi ialah Dr Shamsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS), Nasrudin Hassan (Ketua DPPM) dan Nurul Islam (Exco DPPM).
Sumber HD : 14/10/2012
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Malaysia juga proaktif membantu mencari penyelesaian damai bukan sahaja di Filipina malah di negara-negara bergolak lain.
Katanya, ia termasuk penyelesaian damai terhadap konflik kaum Rohingya di Myanmar dan umat Islam di selatan Thailand.
"Kita mengahrapkan masalah di negeri lain seperti Myanmar terhadap kaum Rohingya dan suku kaum lain di Myanmar yang mengalami krisis dan berkonflik yang sudah lama, menelan korban yang ramai, diselesaikan secara aman dan adil.
"Itu harapan kita, sama juga di Thailand," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen semalam.
Beliau berkata, jika kerajaan boleh berperanan dalam membantu masalah di Filipina maka ia bukan masalah untuk mengambil pendekatan sama terhadap penyelesaian umat Islam di Myanmar yang terlibat dalam persengketaan konflik untuk diselesaikan secara aman.
Beliau berkata demikian mengulas perjanjian damai yang dimeterai antara Kerajaan Filipina dan MILF bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan negara itu kelmarin.
PAS dan Pakatan Rakyat ujarnya, menyambut baik usaha perjanjian damai itu demi keharmonian masyarakat di negara itu.
“Semoga semua perjanjian yang ditandatangani itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Tambah beliau lagi, PAS bersedia untuk bekerjasama memberi penglibatan jika dibenarkan terbabit dalam usaha damai itu.
Sumber HD : 17/10/2012

Pemuda PAS serah RM100,000 bantu Rohingya
Rosli Yasmin, | 14 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini telah menyerahkan kutipan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membantu umat Islam Rohingya yang kini ditindas di Myanmar.
Hasil kutipan itu telah disampaikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pejabatnya di sini, jam 2 petang tadi.
Cek sumbangan telah diterima oleh wakil umat Islam Rohingya di Malaysia, Ustaz Jaber Mohd Subahan yang juga Presiden Majlis Ulama Rohingya.
Tabung Rohingya telah digerakkan beberapa bulan yang lalu oleh Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diketuai Adram Musa.
Pada bulan Ramadhan yang lalu, Dewan Pemuda PAS Malaysia turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 dalam majlis berbuka puasa bersama warga Rohingya yang berada di Malaysia.
Turut hadir dalam majlis itu tadi ialah Dr Shamsuri Mokhtar (Setiausaha Politik Presiden PAS), Nasrudin Hassan (Ketua DPPM) dan Nurul Islam (Exco DPPM).
Sumber HD : 14/10/2012
Malaysia juga perlu main peranan bantu Rohingya
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Malaysia juga proaktif membantu mencari penyelesaian damai bukan sahaja di Filipina malah di negara-negara bergolak lain.
Katanya, ia termasuk penyelesaian damai terhadap konflik kaum Rohingya di Myanmar dan umat Islam di selatan Thailand.
"Kita mengahrapkan masalah di negeri lain seperti Myanmar terhadap kaum Rohingya dan suku kaum lain di Myanmar yang mengalami krisis dan berkonflik yang sudah lama, menelan korban yang ramai, diselesaikan secara aman dan adil.
"Itu harapan kita, sama juga di Thailand," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di Parlimen semalam.
Beliau berkata, jika kerajaan boleh berperanan dalam membantu masalah di Filipina maka ia bukan masalah untuk mengambil pendekatan sama terhadap penyelesaian umat Islam di Myanmar yang terlibat dalam persengketaan konflik untuk diselesaikan secara aman.
Beliau berkata demikian mengulas perjanjian damai yang dimeterai antara Kerajaan Filipina dan MILF bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan negara itu kelmarin.
PAS dan Pakatan Rakyat ujarnya, menyambut baik usaha perjanjian damai itu demi keharmonian masyarakat di negara itu.
“Semoga semua perjanjian yang ditandatangani itu akan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Tambah beliau lagi, PAS bersedia untuk bekerjasama memberi penglibatan jika dibenarkan terbabit dalam usaha damai itu.
Sumber HD : 17/10/2012
Selamatkan segera etnik Rohingya sebelum terlambat
Harakahdaily, | 25 Okt 2012 |
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Union of World Rohingya Organzation - UWRO (Kesatuan Organisasi Rohingya Seduia ) mendesak semua organisasi antarabangsa UN, OIC, EU dan ASEAN mengambil tindakan segera ke atas perkembangan terbaru yang berlaku di Arakan, Myanmar.
Perkembangan terkini telah menunjukkan pembunuhan, pembakaran ribuan rumah dan serangan bertalu-talu yang amat dahsyat masih berlaku di serata Arakan. Oleh kerana itu badan-badan antarabangsa tidak mempunyai pilihan lain melainkan menempatkan tentera pengaman untuk mengawal keganasan dengan serta-merta.
Gerakan ‘ethnic cleansing’ yang dijalankan sudah mencapai tahap maksima. Kerajaan Myanmar mengambil kesempatan untuk meneruskan dasar mereka untuk menghapuskan etnik Rohingya Muslim di Arakan.
Presiden Thein Sein berjaya mengaburkan mata dunia dengan berjanji untuk mencari penyelesaian bagi konflik ini ketika berucap dalam perhimpunan agung PBB yang lalu.
Laporan membuktikan keganasan yang dilakukan di kawasan minoriti Muslim terutama di Arakan terus giat dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Myanmar tempatan sejak 21 Oktober.
Ketika pemenang anugerah Nobel Suu Kyi disanjung , beliau nampak buntu dan tidak bersuara, adalah tidak rasional bagi organisasi bertaraf dunia seperti UN dan negara-negara ahlinya untuk berpeluk tubuh apabila jelas isu "ethnic cleansing" yang berlaku ini dibiarkan. Walhal suatu angkara kejam terus menerus dilakukan terhadap kaum Rohingya oleh pihak berkuasa di bawah perkenan badan pemerintahan Myanmar itu sendiri.
Laporan yang diterima daripada perkampungan Kyauktaw and Maungdaw , menunjukkan seramai 150,000 penduduk hilang tempat tinggal dan kini terkandas di kem-kem pelarian di sekitar lapan buah kawasan dalam Arakan sejak lebih daripada empat bulan yang lalu.
Hampir sejuta penduduk yang terdiri daripada Rohingya, Kaman dan muslim Rakhine yang lainnya bukan sahaja terus terperangkap malah terpaksa hidup dalam ketakutan dek kerana ancaman yang mereka terima saban hari.
Situasi terbaru melaporkan pekan Taht Minbya dan Mrauk U adalah antara kawasan yang paling teruk dimusnahkan. Rumah-rumah milik Rohingya muslim di kampung Yainetay (Zula Fara) di pekan Mrauk U dan kampung Nagara Pauktaw di pekan Minbya habis musnah dibakar.
Ada sumber dalaman dari Arakan yang melapurkan pihak tentera dan polis tidak mengambil apa-apa tindakan untuk menghentikan kekejaman oleh kaum Rakhine dan mereka maseh menghalau penduduk muslim keluar dari kampung.
Melalui kerjasama UWRO kami telahpun menerima laporan yang menggambarkan jumlah serangan yang kian meningkat. Kesemua laporan diteliti mengikut tarikh, masa, lokasi dan nama mangsa. Sebahagian daripada laporan adalah seperti berikut:
1) Kampung Parein yang mempunyai lebih daripada 500 buah rumah musnah terbakar pada 22 Oktober.
2) Paiketay Rwa (perkampungan nelayan) yang mengandungi sekitar 300 buah rumah, 50 daripadanya dibakar pada 21 Oktober.
3) Tharak Rwa di kampung Pann Mraung yang mempunyai hampir 190 rumah di dalam kawasan yang didominasi orang Rakhine, telah habis rentung dibakar pada 22 Oktober; dan
4) Kampung Sudaine Rwa turut dibakar dan kesemua rumah rentung dibakar pada 22 Oktober
Untuk kedua-dua bandar tersebut, sumber menyatakan anggaran kematian menghampiri 100 orang, namun buat masa ini lebih daripada sepuluh yang dijumpai mati termasuk 3 orang Rakhine.
Di bandar Kyaukpyu, dua buah masjid, Anauk Paikseik (kampung nelayan barat) dan Arashi Quarter telah diserang.
Kini, penculikan, penyiksaan and rampasan harta Rohingya oleh orang Rakhine berkembang di seluruh Arakan yang turut dibantu oleh pihak polis dan sami-sami.
Rumah-rumah orang Rohingya, Kaman dan Rakhine Muslim yang berada di kampung Parien di bandar Mrauk U dan Paiketay Rwa (perkampungan nelayan), Tharak Rwa di kampung Pann Mraung, kampung Sudaine Rwa di bandar Minbya semuanya diserang dengan teruk.
Situasi di Yangon juga tidak dapat dipastikan memandangkan sami-sami telah menyebarkan risalah-risalah yang menyalahkan orang-orang Islam yang didakwa mendominasi perniagaan, pembangunan dan kepimpinan. Sumber maklumat mengesahkan ratusan sami-sami palsu bersedia untuk menyerang orang Islam di bandar Mingaladon dan Tinngangyuan.
Di samping Myanmar kini menikmati pengiktirafan dari negara-negara membangun kerana kononnya ia telah mengubah polisi dari penindasan ke atas rakyatnya sendiri. Namun Presiden Thein Sein masih sewenang-wenangnya meneruskan pelan penghapusannya terhadap etnik Rohingya.
Walaupun diplomat PBB, Nambia dan Quintana baru sahaja mengunjungi Myanmar untuk meninjau krisis ini, PBB tetap membiarkan situasi ini berterusan dan sekadar merujuk kepada boneka Pengurusan Hak Asasi Manusia Myanmar untuk membuat siasatan lanjut. Sehingga hari ini masih tiada apa-apa usaha yang dijalankan untuk menghentikan kekejaman yang berlaku.
Krisis semasa ini mendesak OIC dan PBB untuk mengambil tindakan segera. Tiada kunjungan diplomatik setakat ini yang mampu meredakan krisis yang berterusan di Myanmar.
Kami menyeru Tentera Pengaman Khas PBB diwujudkan segera dan dihatar segera ke Myanamr demi melindungi komuniti Rohingya.
Pengumuman baru-baru ini oleh ketua Muslim di Yangon yang menyatakan keputusan untuk tidak melaksanakan Qurban mencerminkan keterdesakan dan kerumitan yang dihadapi oleh Muslim di Myanmar.
Oleh itu, kami menyeru Muslim di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan kepada orang Rohingya dan mendesak OIC untuk menghantar delegasi khas pada hari Raya Aidul Adha dan menuntut Kerajaan Myanmar untuk melindungi orang Rohingya dari serangan yang berterusan ini.
Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi SHURA
Mohd Azmi Abdul Hamid
Setiusaha Agung MAPIM
Ghiyathudeen Abdul Salam
Setiausha Agung UWRO
Sumber HD - 25-10-2012

Bertindak segera, Islam Rohingya di ambang maut
Harakahdaily, | 27 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan Malaysia segera bertindak melakukan sesuatu, jika etnik Islam Rohingya di Myanmar sekarang mahu diselamatkan.
“Mapim sedang mengikuti perkembangan keganasan terbaru di Myanmar dengan dekat melalui Union of World Rohingya Organization yang menjadi rakan jaringan kami agar maklumat yang sah dan terkini dapat diperolehi,” ujar Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, perkembangan terkini sangat meruncing di beberapa bandar di Arakan dan ada tanda ketegangan akan merebak ke seluruh Myanmar.
“Kami sangat kecewa keganasan yang tercetus terkini yang lebih meruncing dan sangat mengkhuatirkan tidak mendapat perhatian segera untuk menyelamatkan komuniti Muslim Rohingya yang menjadi mangsa serangan oleh etnik Buddha Rakhine.
“Apakah Malaysia sebagai anggota OIC dan Asean hanya mahu menjadi pemerhati kepada keganasan penghapusan etnik yang sangat kejam sedangkan tragedi itu sedang berlaku dirantau ini?” katanya
Kini, jelasnya keadaan sangat meruncing kerana serangan kali ini nampaknya nekad untuk menghabiskan semua penduduk etnik Rohingya dan Kaman Muslim di seluruh Myanmar.
Menurutnya, angka kematian sebenarnya sudah mencecah hampir seribu orang , sedangkan bilangan rumah dan perkampungan orang Rohingya yang dibakar jauh lebih besar jumlahnya.
Sebenarnya, kata beliau dunia sedang menyaksikan pengulangan peristiwa pembunuhan massa kaum Serbia ke atas kaum Bosnia pada 1995.
Katanya lagi, hanya setelah ratusan ribu kaum Muslim Bosnia terbunuh barulah Nato bertindak ke atas Serbia.
“Kami menegaskan bahawa saat ini bukan lagi masanya untuk mengeluarkan kenyataan tetapi hendaklah melakukan tindakan konkrit untuk melindungi mangsa Rohingya Muslim yang menjadi sasaran serangan kaum Rakhine yang dibantu oleh tentera dan polis Myanmar,” ujarnya.
Justeru, katanya Mapim mendesak kerajaan Malaysia menghantar delegasi khas dengan segera untuk menyampaikan mesej tegas bahawa tindakan kerajaan Myanmar tidak boleh diterima sama sekali.
Katanya, pihak kedutaan Myanmar di Malaysia hendaklah dipanggil segera untuk menyampaikan pendirian negara terhadap kekejaman yang sedang berterusan sekarang.

PBB gesa Myanmar lindungi umat Islam
Terjemahan Mohamad Yahya, | 08 Nov 2012 |
MYANMAR: Penyiasat Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyeru memberi amaran kepada Myanmar supaya tidak menggunakan konflik di sana sebagai alasan untuk menghapuskan minoriti umat Islam Rohingya.
Ini berikutan, kira-kira 89 orang telah terbunuh dalam pertempuran antara penganut Buddha Rakhines dan umat Islam Rohingya di barat Myanmar sejak 10 hari, menurut angka rasmi terkini.
"Keadaan ini tidak harus menjadi peluang untuk selama-lamanya menghapuskan komuniti yang tidak disenangi," kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Tomas Ojea Quintana, pelapor khas PBB mengenai Myanmar, dan pakar-pakar bebas mengenai isu minoriti dan pelarian.
Mereka menyuarakan "kebimbangan mendalam tentang dakwaan kerajaan dan pihak-pihak lain bahawa Rohingya adalah pendatang haram dan bangsa tanpa kerakyatan".
"Jika negara mahu berjaya dalam proses peralihan demokratik, ia mesti berani dalam menangani cabaran hak asasi manusia yang wujud," ujar Ojea Quintana.
"Dalam kes negeri Rakhine, ia melibatkan endemik diskriminasi yang telah lama terhadap masyarakat Rohingya yang wujud dalam kerajaan tempatan dan nasional serta masyarakat pada umumnya."
Rohingya mengatakan rumah mereka telah dibakar oleh puak Buddha Rakhines yang bersenjatakan lastik, tongkat kayu, pisau dan petrol.
PBB berkata, lebih daripada 97 peratus daripada 28,108 orang yang telah melarikan diri dari keganasan tersebut adalah umat Islam Rohingya.
Ramai antara mereka kini tinggal di kem, menyertai 75,000 pelarian lain yang kebanyakannya bangsa Rohingya selepas keganasan Jun lalu yang membunuh sekurang-kurangnya 80 orang.
(Pelarian yang menggunakan perahu untuk lari pohon dikasihani)
Puak Buddha dan umat Islam yang ketakutan mula melengkapkan diri mereka dengan senjata buatan sendiri, menguji pihak kerajaan yang berazam untuk menghalang gelombang keganasan yang baru.
Rita Izsak, pakar bebas mengenai isu minoriti, berkata Rohingya merupakan minoriti yang mesti dilindungi mengikut standard hak minoriti antarabangsa.
"Kerajaan mesti mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula undang-undang dan prosedur yang berkaitan untuk menyediakan akses yang sama kepada masyarakat Rohingya untuk kewarganegaraan dan menggalakkan dialog dan perdamaian antara masyarakat," katanya.
Agensi pelarian PBB telah menggesa pihak berkuasa untuk memulihkan undang-undang dan ketenteraman untuk mengelakkan pertumpahan darah dan pemindahan lebih lanjut.
Dianggarkan 6,000 orang terkandas di dalam bot atau di pulau kecil di sepanjang pantai barat Myanmar, lapor agensi berkenaan Selasa lalu.
"Kami merayu kepada negara-negara jiran, terutamanya Bangladesh, untuk memastikan sempadan kekal terbuka. Ia adalah penting supya mereka mempunyai akses ke tempat yang selamat," jurucakap UNHCR Adrian Edwards berucap ketika taklimat berita Selasa lalu.
Sumber HD - 8-11-2012
Pemuda PAS sumbang RM20,000 kepada Rohingya
Muhammad Faeez Azahar, | 28 Dis 2012 |
YANGON: Prihatin dengan nasib yang dihadapi saudara muslim Rohingya di Myanmar, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menyalurkan bantuan kepada etnik tersebut.
Sebanyak RM20,000 berjaya dikumpulkan oleh DPPM hasil sumbangan daripada pelbagai pihak khususnya golongan muda daripada seluruh negara.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss kepada Setiausaha Majlis Persatuan Islam (Ansari), Abdullah Adam di Yangon, Myanmar baru-baru ini.
Raja Iskandar berkata, sumbangan tersebut adalah hasil usaha DPPM yang prihatin dengan nasib yang menimpa orang Islam di Arakan yang dizalimi.
Beliau yang juga Ketua Lajnah Antarabangsa DPPM menjelaskan, Pemuda PAS sentiasa mengambil berat dengan perkembangan serta kesensaraan saudara semuslim tidak kira di mana-mana sahaja.
"Sumbangan ini diharapkan dapat mengurangkan beban etnik Rohingya yang sehingga hari ini masih menganggung kesensaraan," katanya kepada Harakahdaily yang turut bersama dalam misi kemanusiaan tersebut.
Mengulas lanjut, Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, pihaknya akan sentiasa meninjau perkembangan orang Muslim di Rohingya dan terus berusaha untuk membantu mereka.
Keganasan di Rohingya bermula pada Jun lalu setelah beberapa orang daripada etnik itu dituduh merogol seorang wanita etnik Rakhine yang beragama Buddha.
Ianya telah menyebabkan ribuan etnik tersebut meninggal dunia dan ada daripadanya diseksa dengan kejam oleh etnik Rakhine.
Turut bersama dalam misi kemanusiaan tersebut ialah Perak Care yang diwakili oleh Ustaz Isran Fahmi dan Yaseer Ismail.
Sumber HD - 28-12-2012

No comments:
Post a Comment