Ikatan puji PAS ikhlas bina bangsa Malaysia
Nazri Abdullah, | 07 Jun 2012 |
SERDANG: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa, PAS antara parti yang sekarang ini membina bangsa Malaysia seperti yang diperjuangkan pemimpin-pemimpin awal negara.
Katanya, ianya boleh dilihat dengan slogan 'PAS untuk semua' dan menerima dan mengiktiraf orang bukan Islam sebagai ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
"Parti moden yang ada sekarang yang mahu membina bangsa Malaysia adalah PAS.
"Saya kenal mereka. 'PAS untuk semua' bukan slogan politik semata-mata tapi mereka ikhlas sayangkan rakyat," katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis perasmian Ikatan hari ini.
Majlis perasmian parti itu diadakan di sebuah hotel di Seri Kembangan, pagi ini.
Menurut beliau lagi, perjuangan PAS mempunyai banyak persamaan dengan perjuangan zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Datuk Onn Jaafar yang mahu membina bangsa Malaysia.
Dan sebab itu juga katanya, visi Ikatan adalah berpaksikan kepada "amanat merdeka bapa Malaysia" Tunku Abdul Rahman serta isi kandungan Perlembagaan Malaysia bagi membina bangsa Malaysia.
Antara isi kandungan amanah tersebut adalah rakyat berbilang kaum dan agama - Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan lain-lain mesti ikhlas satu sama lain, jika mahu hidup satu keluarga.
Malah, setiap mereka, tidak boleh kata atau berbuat sesuatu yang menyakitkan hati atau menyusahkan hati setiap kaum.
Katanya, usaha membina bangsa Malaysia itu bagaimanapun gagal diteruskan kerajaan BN pada hari ini yang lebih mementingkan kuasa politik sehingga sanggup menggunakan isu perkauman untuk tujuan itu.
"PAS tolak rasuah sebab mereka ikut apa dinyatakan dalam al-Quran, mereka parti yang bersih, sama macam zaman Tunku," katanya lagi.
Dalam pada itu, kira-kira 200 orang hadir di majlis perasmian parti itu hari ini.
Selain Kadir sebagai presiden, Ikatan dipimpin tiga timbalan presiden iaitu bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, ahli bank Ong Hock Siew dan bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan.
Manakala Presiden Uruskop Datuk Seri Mustafa Kamal Maulut dilantik menjadi setiausaha agung parti ini. Sebanyak enam orang dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi.
Parti itu bakal menggunakan 'tangan bersalam', sebagai logo parti.
Pada sidang media selepas itu, Kadir berkata parti itu tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang memandangkan pendaftaran parti itu belum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Bagaimanapun ia terpulang kepada ahli parti itu untuk bertanding atas tiket individu.
Ditanya kenapa beliau tidak terus sahaja menyertai PAS atau Pakatan Rakyat berbanding menubuhkan parti baru, Kadir berkata parti baru lebih memudahkan beliau merekrut sokongan rakyat kebanyakan.
Beliau juga memberitahu, Ikatan akan bergerak berdasarkan isu yang kadang kala akan sependapat dengan Pakatan Rakyat dan ada kalanya berbeza.
Ucapan TSAKSF semasa pelancaran Parti Ikatan : http://www.youtube.com/watch?v=yO6ZJZiwqec
Sumber HD : 7/06/2012

Kenyataan Ismail Sabri baik tetapi tidak berlaku lagi
Harakahdaily, | 14 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Kenyataan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sudah tidak berlaku lagi.
Bahkan, ia berlaku sebaliknya, kata bekas Menteri Penerangan yang kini menjadi Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar).
"Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya.
"Semua dapat melihat dan faham keadaan ini dan ini menjadi perbualan rata-rata. Keadaan ini jelas semakin hari semakin buruk.
"Oleh itu rakyat sememangnya berhak untuk merasa kecewa dan terdesak untuk bertindak," kata Kadir dalam satu kenyataannya hari ini.
Dalam kenyataannya, Kadir berkata, dia tertarik dengan kenyataan terbuka yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat.
"Saya mengalu-alukan kenyataan berani ini yang dibuat bukan sahaja oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi tetapi juga seorang Menteri penuh.
"Percayalah, perasaan yang sama juga ada kepada ratusan ribu ahli-ahli UMNO, pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat termasuk juga ramai orang kenamaan lain dan ramai bekas Menteri," kata Kadir.
Menurut beliau, di antara cara-cara yang dipilih ini adalah menerusi kontrak-kontrak perundingan terus dan juga projek penswastaan.
Namun, katanya, dalam sistem kontrak tawaran terbuka pun ada cara-caranya untuk memenangi tawaran dari syarikat-syarikat nominee atau kroni pihak-pihak yang berkuasa.
"Akibatnya rakyat telah kerugian berpuluh-puluh billion ringgit disebabkan penipuan, ketirisan dan pembaziran," tambah beliau.
Menurutnya juga, projek-projek tertentu dan projek penswastaan sengaja diada-adakan dan mendapat kelulusan sedangkan projek-projek ini dari segi keutamaan tidaklah begitu penting atau diperlukan.
Sumber HD : 14/06/2012

Ikatan pohon perintah mahkamah lulus pendaftaran
Hazayani Zakaria, | 15 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Abdul Kadir Sheikh Fadzil hari ini memohon perintah mahkamah bagi mengarahkan kerajaan mendaftarkan parti itu.
Permohonan itu dibuat melalui peguamnya, Murni Hidayah Anuar di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta dekat sini.
Menurut Kadir, beliau membuat keputusan untuk ke mahkamah selepas tiada apa-apa jawapan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung permohonan untuk mendaftarkan Ikatan sebagai parti.
"Permohonan dibuat bulan Jun tahun lepas. Saya berjumpa dengan pegawai pendaftar, pendaftaran dibuat mengikut prsedur dan pihak ROS pun tak ada panggil saya nyatakan apa-apa kesalahan.
"Tapi kenapa sampai hari ini tiada sebarang maklum balas berhubung permohonan saya? kata beliau kepada pemberita di lobi mahkamah.
Beliau kesal kerana kerajaan dilihat seolah-olah sengaja melengah-lengahkan pendaftaran Ikatan.
"Saya nampak kerajaan sengaja lengah-lengahkan untuk beri kelulusan.
"Saya kesal kerana Perdana Menteri keluarkan pelbagai kenyataan berkaitan transformasi. Tapi kalau perkara sekecil ini tak mampu nak uruskan, saya tak nampak keikhlasan kerajaan.
"Sedangkan penubuhan parti terkandung dalam perkara 10 Perlembagaan,' kata bekas Menteri Penerangan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu.
Ikatan dilancarkan pada Jun tahun lalu dengan membawa matlamat merapatkan hubungan rakyat Malaysia.
Selain Kadir sebagai Presiden, timbalan-timbalan beliau adalah bekas Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Bujang Ulis, orang kuat Kelab Rotary Ong Hock Swiew dan bekas Presiden Majlis Peguam Regunath Kesavan.
Pengerusi Koperasi Ukhwah Malaysia Datuk Seri Mustafa Kamal Maulud dinamakan sebagai setiausaha agung.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-2-2013
Pusat harus henti zalimi rakyat Kelantan - Kadir
Harakahdaily, | 10 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan harus menamatkan hukuman dan kezalimannya terhadap rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah melebihi 20 tahun semata-mata kerana rakyat negeri itu memilih PAS menerajui kerajaan negeri.
Demikian gesaan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Fadzir sebagai respons kepada keputusan PRU13.
“Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan untuk memastikan Persekutuan bersikap adil kepada kerajaan PR di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sesuai dengan semangat sistem federalism yang kita amalkan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya meminta supaya semua pihak menerima baik keputusan rakyat yang telah dibuat pada PRU13 berlalu bukan sahaja bagi Parlimen Malaysia tetapi juga Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Walaupun terdapat sedikit kecurigaan di sana sini mengenai ketelusan pemilihan tersebut tetapi ianya bukanlah sebesar yang boleh menafikan kemenangan-kemenangan yang telah diistiharkan.
Pihak yang tidak berpuashati masih boleh memohon kepada mahkamah untuk cuba memperbetulkan keadaan.
Saya yakin rakyat sudah jemu dengan politik yang berpanjangan dan saya yakin adalah sebaik-baiknya untuk kita meneruskan kerja kita untuk membangunkan negara dan bangsa.
Keputusan PRU13 tersebut tidak langsung menandakan tamatnya riwayat Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat sendiri telah mendapat sokongan besar dari rakyat (sekitar 51%) dan mereka boleh terus menerus memainkan peranan sebagai pembangkang yang kuat, aktif dan bertanggungjawab.
Semua mengakui memang terdapat berbagai kelemahan di pihak kerajaan seperti rasuah, kronisma, pembaziran yang begitu ketara, ketirisan, ketidakecekapan dan berbagai lagi. Demi untuk masa hadapan, negara, bangsa dan generasi akan datang masalah-masalah pokok ini harus ditentang dan diatasi.
Di sinilah Pakatan Rakyat boleh terus menerus memainkan peranannya secara aktif dan berkesan dan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat yang telah mengundi dalam PRU baru-baru ini.
Di samping itu, Pakatan Rakyat juga harus mengawasi dan memantau agar segala janji-janji Barisan Nasional dalam manifestonya di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri dilaksanakan dengan penuh kejujuran tanpa mengira fahaman politik dan dalam masa sesingkat-singkatnya.
Dalam masa yang sama juga Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan untuk memastikan Kerajaan Persekutuan bersikap adil kepada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sesuai dengan semangat sistem federalism yang kita amalkan.
Khususnya Kerajaan Persekutuan harus menamatkan hukuman dan kezalimannya terhadap rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah melebihi 20 tahun lamanya, semata-mata kerana rakyat negeri itu memilih PAS menerajui kerajaan negeri.
Demikian gesaan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Fadzir sebagai respons kepada keputusan PRU13.
“Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan untuk memastikan Persekutuan bersikap adil kepada kerajaan PR di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sesuai dengan semangat sistem federalism yang kita amalkan,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah.
Saya meminta supaya semua pihak menerima baik keputusan rakyat yang telah dibuat pada PRU13 berlalu bukan sahaja bagi Parlimen Malaysia tetapi juga Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Walaupun terdapat sedikit kecurigaan di sana sini mengenai ketelusan pemilihan tersebut tetapi ianya bukanlah sebesar yang boleh menafikan kemenangan-kemenangan yang telah diistiharkan.
Pihak yang tidak berpuashati masih boleh memohon kepada mahkamah untuk cuba memperbetulkan keadaan.
Saya yakin rakyat sudah jemu dengan politik yang berpanjangan dan saya yakin adalah sebaik-baiknya untuk kita meneruskan kerja kita untuk membangunkan negara dan bangsa.
Keputusan PRU13 tersebut tidak langsung menandakan tamatnya riwayat Pakatan Rakyat. Malah Pakatan Rakyat sendiri telah mendapat sokongan besar dari rakyat (sekitar 51%) dan mereka boleh terus menerus memainkan peranan sebagai pembangkang yang kuat, aktif dan bertanggungjawab.
Semua mengakui memang terdapat berbagai kelemahan di pihak kerajaan seperti rasuah, kronisma, pembaziran yang begitu ketara, ketirisan, ketidakecekapan dan berbagai lagi. Demi untuk masa hadapan, negara, bangsa dan generasi akan datang masalah-masalah pokok ini harus ditentang dan diatasi.
Di sinilah Pakatan Rakyat boleh terus menerus memainkan peranannya secara aktif dan berkesan dan sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat yang telah mengundi dalam PRU baru-baru ini.
Di samping itu, Pakatan Rakyat juga harus mengawasi dan memantau agar segala janji-janji Barisan Nasional dalam manifestonya di peringkat Persekutuan dan di peringkat negeri dilaksanakan dengan penuh kejujuran tanpa mengira fahaman politik dan dalam masa sesingkat-singkatnya.
Dalam masa yang sama juga Pakatan Rakyat boleh memainkan peranan untuk memastikan Kerajaan Persekutuan bersikap adil kepada kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang sesuai dengan semangat sistem federalism yang kita amalkan.
Khususnya Kerajaan Persekutuan harus menamatkan hukuman dan kezalimannya terhadap rakyat dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah melebihi 20 tahun lamanya, semata-mata kerana rakyat negeri itu memilih PAS menerajui kerajaan negeri.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 10-5-2013
No comments:
Post a Comment