Dendam pemimpin Umno punca DEB gagal
Idris Ahmad, | 24 Feb 2012 |
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru berpunca daripada sikap dendam dan diskriminasi pemimpin Umno terhadap sesama bangsa.
Walaupun dasar ini telah tamat pada tahun 1990, yakni hampir 22 tahun. Namun objektif DEB untuk membolehkan ekuti Bumiputera sebanyak 30% gagal, ia hanya mencapai 18% sahaja ketika dasar ini tamat.
Kegagalan ini telah menarik perhatian Raja Muda Perak Dr Raja Nazrin Tun Azlan menegur kegagalan DEB berpunca daripada orang yang melaksanakannya, bukan salah dasarnya.
Kenapa DEB gagal?. Kenapa hendak salahkan bangsa lain? Kenapa hendak salahkan Pakatan Rakyat?Sedangkan 2/3 daripada anggota kabinet ialah orang melayu.
Hampir 80 peratus pegawai kerajaan yang mengendalikan urusan orang Melayu ialah orang Islam.
Apakah kegagalan DEB suatu yang dirancang dan membiarkan orang Melayu merempat. Dengan ini ia boleh dijadikan modal pemimpin negara memenuhi tembolok mereka dengan alasan untuk mendapat projek bagi membela Melayu. Walaupun hakikatnya projek ini tidak sampai kepada sasaran.
DEB tidak akan berjaya jika sikap pilih kasih dan sikap politik dendam yang tidak menghormati kebebasan untuk memilih kerajaan yang demokratik.
Kelantan adalah kayu ukur bagaimana Umno yang mendakwa parti Melayu telah menindas orang Melayu.
Apa dosa rakyat Kelantan sehingga sanggup diketepikan kerana mereka memilih Pas untuk menerajui negeri mereka.
Sejak 1991 terdapat 118 projek pusat disekat, antaranya ialah Lebuh raya Kota Bharu ke Kuala Kerai yang diluluskan sejak Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990.
Pihak kerajaan Kelantan telah mengambil iniasitif sendiri untuk membina lebuhraya dengan anggaran kos RM1.5-RM1.8 bilion. Tender telah ditutup pada 9 Februari 2012.
Perkara yang sama berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat di kampung yang dinafikan hak mereka untuk mendapat baja, tanah, bantuan kewangan,tapak niaga, kontrak kecilan.
Sekiranya Pas dan PR diberi mandat ia mampu untuk membela rakyat termiskin. Kelantan yang serba kekurangan mampu mengurangkan tahap kemiskinan nombor dua pada tahun 1990 kepada nombor enam.
Rahsia kejayaan ini ialah pemimpin yang amanah dan tidak pilih kasih berdasarkan kepada fahaman ideologi.
Kayu ukur yang ditunjukkan oleh kerajaan BN terhadap kerajaan Kelantan yang dipilih secara sah sejak 1990 adalah contoh politik dendam yang tidak berkesudahan.
Jika sikap yang ada, rancanglah apa sahaja dasar untuk orang Melayu ia akan menemui kegagalan, jika yang memerintah ini ialah Umno BN.
Sumber HD : 24/02/2012
Merit apa Din, merit mata dacing ke?
http://www.msomelayu.blogspot.com/, | 09 Mac 2012 |
Pemberian projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion kepada seorang peguam Umno kata Udin anak Yassin ianya berdasarkan merit. Projek berkenaan diberikan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd di mana ahli lembaga pengarah kepada kedua-dua syarikat berkenaan ialah orang bernama Mohd Hafarizam Harun yang dikenali sebagai peguam Umno.
Kata Udin anak Yassin ia diberikan berdasarkan penilaian wajar berdasarkan kertas kerja yang dibuat oleh syarikat itu kepada kerajaan.
Bolehkah kita percaya apa yang Udin anak Yassin katakan itu. Berdasarkan merit, merit apa Din, apakah merit mata dacing?
Mudah sahaja kalau benar kata-kata timbalan perdana menteri itu, dedahkan nama-nama syarikat lain yang ikut sama mengemukakan tander untuk projek berkenaan. Biar semua orang tengok dan rakyat juga tengok.
Rasanya ada di kalangan rakyat yang tahu menilai sejauh mana kebolehana dan kemampuan syarikat-syarikat yang membuat tander (kertas kerja) untuk projek berkenaan?
Kalau setakat ucap saja ia tidak boleh dipercayai. Tetapi kalau ia berdasarkan merit dacing mungkin boleh. Soalnya apakah syarikat lain yang ikut tander atau buat kertas kerja itu bukan bermerit dacing? Yang pastinya syarikat bermerit bulan, mata dan roket awal-awal lagi tidak mengemukakan cadangan kerana mereka sudah tahu keputusannya.
Yang menjadi tanda tanda selain daripada peguam Umno itu menjadi ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan isteri bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi juga adalah ahli lembaga pengarahnya. Kerana kewujudan nama isteri bekas Ketua Hakim itu menyebabkan ada tanggapan pemberian projek itu sebagai mengenang budi.
Isteri itu pula yang mana adakah yang dikahwinkan di sebelah Siam itu?
Selagi Udin anak Yassin tidak menampalkan nama-nama syarikat yang ikut sama tander projek berkenaan untuk tatapan umum maka selama itu pemberian projek itu boleh dianggap sebagai pemberian untuk mengenang budi atau membalas jasa.
Sumber HD : 9/03/2012

Batal MAS-AirAsia: Lagi bukti transformasi Najib gagal
Harakahdaily, | 10 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 Mac: Cadangan menghentikan penggabungan MAS-Air Asia adalah satu lagi bukti kegagalan program transformasi ekonomi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, seperti Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA), penggabungan MAS-Air Asia gagal kerana Najib tidak mengambilkira hasrat dan kemahuan rakyat, iaitu pemegang-pemegang saham dan pengguna.
"Cadangan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia itu sekali lagi dengan jelas membuktikan bahawa Najibnomics hakikatnya adalah Najibcomic.
"Apa yang dimegahkan sebagai Najibnomic oleh pembodek-pembodek Perdana Menteri itu hakikatnya adalah polisi-polisi ekonomi separuh masak, flip flop dan tidak ada pemikiran yang jelas sebelum dilaksanakan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz juga menyifatkan apa yang berlaku itu adalah simptom orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan yang diangkat oleh Umno untuk menjadi Perdana Menteri.
"Orang yang tidak tahu pengurusan dan kepimpinan tidak layak jadi Perdana Menteri.
"Setakat jadi promoter artis, peragawati atau model mungkin boleh...," kata beliau.
Mahfuz mempersoalkan, apa pelabur asing akan kata dengan "tindakan u-turn itu".
"Selepas tindakan u-turn dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Felda, SBPA, kini u-turn dalam penggabungan MAS-Air Asia pula?" katanya.
Mahfuz menyifatkan semua itu berlaku akibat tidak ada pemikiran yang jelas di pihak Perdana Menteri sendiri dalam apa jua inisiatifnya, sama politik, ekonomi dan sosial.
Perdana Menteri juga, kata beliau, selalu benar dilihat tidak mengambilkira sokongan orang bawahan terhadap sesuatu inisiatifnya.
Malaysian Insider melaporkan, Putrajaya sedang menimbangkan pembatalan penggabungan MAS-Air Asia kerana gagal menunjukkan sebarang pembaikan.
Penggabungan itu juga gagal menaikkan moral 20,000 kakitangan MAS malah mereka dilaporkan diam-diam menentang penggabungan itu dan tidak memberikan sebarang sokongan ke arah itu.
Syarikat penerbangan nasional itu mengalami kerugian RM2.52 bilion dalam tahun 2011.
Sumber HD : 10/03/2012

DEB gagal angkara pemimpin Umno tak amanah |
penambaikkan pentadbirannya biarpun teguran tersebut datangnya dari orang kuat istana, ujar Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Beliau megulas kegusaran Raja Muda Negeri Perak, Raja Dr Nazrin Shah menegur kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal mencapai sasaran kerana kemungkinan terdapat penyelewengan di peringkat perlaksanaanya. “Saya sifatkan teguran itu sangat bertepatan. Orang politik sudah lama tegur, Ketua Audit juga selalu dan sekarang orang istana pula yang memberi teguran kepada kerajaan. “Kita berharap dengan teguran ini dapat membawa penambahbaikan dalam perlaksanaan dasar kerajaan,” tegasnya. Bagaimanapun, beliau meragui teguran ini akan diberi perhatian ekoran segala teguran yang berlandaskan fakta dan angka sekalipun tidak pernah diperduli oleh Umno-BN malah segala teguran itu sering diperlekehkan mereka. “Sebaliknya kita memerlukan transformasi politik dan juga perubahan sikap di kalangan kepimpinan negara. “Sebagai contoh pemimpin Pakatan Rakyat telah terbukti dan teruji mentadbir negeri yang diperintah dengan baik,” ujar Ustaz Idris yang turut menjelaskan Pakatan berjaya mentadbir walaupun terdapat kekangan sumber kewangan daripada Kerajaan Pusat. Beliau bersetuju dengan kenyataan Raja Dr Nazrin bahawa kegagalan DEB merupakan kesan daripada pemimpin yang tidak amanah mentadbir dana yang seharusnya disalurkan untuk kebaikan dan keuntungan rakyat. Katanya, selain amalan rasuah, amalan kronisme, sogokan dan salah guna kuasa telah menjadi budaya di kalangan pemimpin dan pentadbiran Umno-BN sehingga tidak lagi mampu dibendung. “Sejak dari RMK1 hingga ke RMK10, kerajaan sudah memperuntukkan kira-kira RM1.2 trilion dan setiap RMK diberi dana besar untuk membela rakyat yang susah yang kebetulan majoritinya Melayu. “Malangnya DEB sentiasa gagal akibat pemimpin yang korup. Mereka hanya ingat rakyat menjelang PRU dan selepas menang mereka lupa rakyat dan berpaling mengutamakan kroni-kroni mereka,” jelas Ustaz Idris kesal. Bagaimanapun, beliau yakin rakyat kini sudah mampu memilih antara pentadbiran yang telus membela rakyat dan kerajaan yang hanya bekerja mengikis harta dan khazanah milik rakyat. “Kita lihat sahaja negeri Kelantan yang mana pada tahun 1990 berada di tangga ke-dua kedudukan negeri termiskin. Namun kini, Kelantan sudah menurun kedudukannya dan menduduki tangga keenam. Sumber DD : 24/03/2012 Unjuran ekonomi Najib tersasar - Dzulkefly
SHAH ALAM: Kegagalan kerajaan mencapai unjuran ekonomi dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.0 – 5.5 peratus untuk 2011 dan 5 – 6 peratus pada 2012 jauh tersasar kerana kerajaan tidak mengambil kira faktor-faktor ekonomi global ketika merancang unjuran tersebut.
“Pakatan Rakyat telah mengingatkan Najib Razak sebagai Menteri Kewangan supaya jangan membuat unjuran setinggi itu,kerana dalam tahun lalu lagi. “Kita telah bercakap bagaimana ekonomi dunia akan mengalami penguncupan dan kelembapan ekonomi kerana krisis-krisis seperti Euro Zone,krisis ekonomi Amerika dan China yang kini telahpun disebut akan mengalami krisis,” kata Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor. Dr Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor berkata unjuran ini tidak akan tercapai disebabkan negara yang berasaskan eksport mengalami kesan lantaran pertumbuhan dan pemintaan yang berkurangan daripada negara-negara pengimport disebabkan kemeruduman ekonomi global. “Permintaan global akan mengucup maka ekonomi negara akan mengalami impak itu. “Kritik kami pada tahun lalu terbukti benar,kita sedar dalam keadaan ekonomi yang lembab tetapi Najib Razak membuat unjuran ekonomi yang tinggi itu hanya kerana untuk mewujudkan keadaan ‘Good Feel Factor’ kepada rakyat,” ujar Dr Dzulkefly. Dr Dzulkefly berkata tindakan kerajaan melaksanakan projek-projek bersaiz mega yang berjumlah berbilion ringgir hanya untuk menaikkan unjuran ekonomi namun ianya tidak bersifat mapan dan baik kepada pertumbuhan ekonomi. “Dan jelas apa yang dipacu oleh ekonomi negara kita adalah apa yang dipacu oleh satu permintaan domestik dan perbelanjaan besar kerajaan dalam infrastruktur projek mega,” katanya. Katanya, bagi memantapkan dan memacu ekonomi yang lebih mapan sewajarnya kerajaan menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mempunyai nilai tambah dalam pengeluaran sesuatu sumber ekonomi dan tidak hanya mengharapkan kepada pengimportan sumber-sumber alam. “Kita memerlukan pengurusan ekonomi yang cekap yang meletakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih mapan dan jangan dibuat perbelanjaan kerajaan yang tidak bersifat sustanaible dan juga pada akhirnya perbelanjaan seperti ini tidak akan membawa kepada ekonomi berpendapatan tinggi,” Tambah Dr Dzulkefly,perbelanjaan yang besar dan kadar KDNK yang tinggi tidak boleh ditafsirkan sudah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi. “Negara berpendapatan tinggi hanya akan berlaku apabila industri dan sektor pembuatan dan segala kegiatan ekonomi itu bersangkut kepada ekonomi yang mempunyai nilai tambah. “Seperti contohnya pembalakan sahaja,kita mesti mampu mengeluarkan perabot-perabot dan bukan hanya kayu sahaja yang tidak mempunyai nilai tambah ekonomi,” Jelas Dr Dzulkefly,perbelanjaan boros dengan tidak meletakkan perbelanjaan kepada keutamaan seperti projek-projek mega meletakkan keadaan ekonomi dalam keadaan yang tidak menentu. “Keutamaan yang sepatutnya diberi kerajaan adalah pembangunan yang seimbang di seluruh negeri-negeri khususnya negeri miskin,” katanya. Ujar Dr Dzulkefly,Pakatan Rakyat dalam pembangunan ekonomi bukan sahaja untuk menaikkan kadar KDNK tetapi lebih kepada penumpuan kepada pendapatan yang boleh belanja rakyat, pembahagian ekonomi yang adil dan kecekapan ekonomi serta menghentikan monopoli ekonomi. Sebelum ini, i,Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaan agar Belanjawan 2012 dibentangkan semula dan dibahaskan dalam Parlimen pada sesi Jun ini. Menurut Anwar, pertumbuhan ekonomi yang lembap pada kadar 4.7 peratus dalam suku tahun pertama 2012 seperti yang diumumkan oleh Bank Negara baru-baru ini memberikan kesan serius terhadap kewangan negara. Ini adalah kali kedua pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak gagal untuk mencapai sasaran penting ekonomi berdasarkan Belanjawan 2012. http://www.selangorku.com/?p=8885 Sumber HD : 3/06/2012 |
No comments:
Post a Comment