Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali sertai PAS
Rizal Tahir, | 14 Feb 2012 |
KOTA BHARU, 14 Feb: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.
Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.
Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.
Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.
Abdullah yang juga bekas Pengurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.
“Saya yakin dengan perjuangan PAS yang memperjuangkan Islam, dengan dasar perjuangannya, dengan model yang ditonjolkan oleh pemimpinnya membuatkan saya yakin inilah parti yang wajar diberi sokongan,” ujarnya.
Abdullah juga turut berhasrat untuk turun berkempen pada pilihanraya umum nanti di seluruh negara sekiranya beliau diperlukan oleh parti.
“Insyaallah saya bersedia turun membantu untuk berkempen,” ujarnya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur dengan penyertaan lagenda bola sepak negara itu untuk menyertai PAS.
Tuan Guru berharap, semoga dengan penyertaan Abdullah Ali akan lebih ramai lagi yang akan menyertai PAS memandangkan tidak ada sebab rakyat di negara ini menolak perjuangan yang berlandaskan Islam itu.
“Saya benar-benar berbangga dan bersyukur,” ujarnya sambil tersenyum.
Abdullah menyertai ahli PAS seumur hidup dan borang keahliannya diserahkan terus kepada Takiyuddin untuk diurus segera di peringkat PAS Pusat.
“Insya Allah bulan hadapan permohonan ini akan selesai,” ujarnya ketika ditemui pada majlis itu.
Perspektif : http://www.youtube.com/watch?v=fZOu3mhp5hQ&feature=plcp&context=C407c683VDvjVQa1PpcFPSCmkCZkyWbgeJfu6T7D4qjn0inJq3JXw=
Sumber HD : 14/02/2012
Abdullah Ali bakal tarik sokongan pengundi muda
Harakahdaily, | 24 Mac 2012 |
MARANG, 24 Mac: PAS yakin penyertaan legenda bola sepak negara, Abdullah Ali akan menyemarakkan lagi sokongan kepada parti Islam itu khasnya di kalangan pengundi muda.
(Abdullah Ali bersama Presiden PAS di Rusila...gambar Buletinonline)
“Penyertaan kalangan pengundi muda untuk buat perubahan sangat penting. Dan penyertaan Abdullah Ali ini adalah merupakan suatu kekuatan baru kepada PAS untuk menghadapi pilihan raya akan datang, Insya’Allah,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menerima kunjungan hormat Abdullah Ali di rumahnya baru-baru ini.
Hadir sama pada kunjungan tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Terengganu, Dr Bala Chandran.
Abdullah Ali adalah legenda bola sepak negara di awal 1980an. Pasukan yang disertai beliau telah berjaya melakyakkan diri ke sukan Olimpik Moscow namun tidak menyertainya kerana Malaysia memboikot sukan di Rusia itu.
Abdullah Ali terkenal dengan tendangan inswinger dari tendangan sudut. Beliau menyerahkan borang permohonan menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz di Kota Bharu.
Beliau berjanji akan membantu PAS di Terengganu untuk memenangi hati golongan muda kerana berasal dari negeri itu.
Abdul Hadi menaruh harapan dan berkeyakinan pengundi muda yang ramai menyokong PAS dan Pakatan Rakyat akan mampu mencetuskan satu perubahan politik dan menukar kerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.
Beliau berkata, perubahan memerlukan golongan muda yang dianggarkan menguasai 30 peratus kuasa politiknya.
Bahkan, katanya perubahan pengundi muda sangat penting bukan sahaja di Terengganu tapi seluruh negara sebagai kuasa penentu pilihan raya.
“Apa yang menarik perhatian kita (PAS) ini ialah perubahan memerlukan golongan muda. Kita (PAS) mengharapkan, sebagaimana lawatan saya ke Dun-dun (Dewan Undangan Negeri) di seluruh negeri tidak kurang dari 30 peratus adalah pengundi muda.
“Ini (golongan muda) boleh jadi undi penentu (kemenangan) dalam pilihan raya. Maknanya, perubahan pengundi muda sangat penting dan bukan sahaja di negeri Terengganu bahkan di seluruh negara,” ujarnya.
Menurutnya, Ustaz Abdul Hadi penyertaan golongan muda kembali menyokong perjuangan Islam mengembalikan semula zaman kegemilangan agama tersebut.
Katanya, golongan muda juga mempunyai kepelbagaian minat serta kebolehan seperti ahli sukan, penghibur dan sebagainya.
“Ini (penyertaan orang muda) mengembalikan di zaman kegemilangan Islam. 90 peratus orang muda dan orang muda ini bermacam-macam kebolehan. Orang muda ini banyak ahli sukan, banyak penghibur dan macam-macam.
Sumber HD : 24/03/2012
Ganti kepimpinan FAM dengan yang lebih segar
Harakahdaily, | 05 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 5 April: Anggota Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bersetuju dengan pandangan sesetengah peminat yang mahu kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diganti oleh generasi baru dan lebih segar.
Beliau mengulas tindakan FAM menggantung Pengerusi Kesatuan Bolasepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.
Sebelum kes Annuar Musa, bekas lagenda bolasepak negara, Abdullah Ali juga membuat cadangan yang sama.
Sebelum hukuman dijatuhkan ke atas Annuar Musa, sekumpulan peminat bolasepak Kelantan membuat bantahan tindakan mengheret Annuar ke jawatankuasa disiplin Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).
Menurut rakaman yang disiarkan oleh Astro Awani, mereka juga menuntut Presiden FAM meletakkan jawatan kerana membuat kenyataan Annuar bersalah sebelum dijatuhkan hukuman oleh jawatankuasa disiplin FAM.
Semalam Jawatankuasa Tatatertib FAM memutuskan Annuar digantung 30 bulan atau dua tahun setengah daripada sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri berkuatkuasa serta-merta.
Dengan hukuman itu juga bermakna Annuar tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti badan induk bola sepak negara, serta dalam aktiviti Kafa.
Hukuman itu diputuskan selepas jawatankuasa mendapati Annuar bersalah membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM edisi 2010-2014 pada 12 Feb lepas.
"Apa yang berlaku kepada Annuar walaupun beliau daripada parti berlainan dengan saya tapi saya penuh simpati dan memahami tekanan yang dihadapi oleh beliau seperti mana juga yang dialami oleh Khairy Jamaluddin pernah merasai dahulu.
"Kafa perlu berbincang dan kita harap semoga masih ada jalan keluar agar potensi dan kemampuan Annuar dalam pasukan Kelantan dapat diteruskan, bukan terbantut dalam keputusan yang cukup mengecewakan," kata Wan Abdul Rahim (gambar kiri).
Beliau berpendapatan, masih ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut FAM itu selain menggantung Annuar.
Ini kerana, pengalaman Annuar yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan sangat diperlukan untuk memajukan bola sepak negara.
Nilai semula keputusan
Sementara itu Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar) pula mengharapkan FAM boleh menilai semula hukuman penggantungan Annuar itu.
Menurutnya, hukuman itu sangat berat untuk diterima oleh penyokong bola sepak negara khususnya rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors itu sendiri memandangkan Annuar juga adalah Presiden Kafa.
"Mewakili rakyat Kelantan dan peminat The Red Warriors kita menerima keputusan ini dengan sangat berat.
"Kita rai keputusan jawatankuasa tatatertib. Cuma kita harap ada satu ruang yang lain diberikan kepada beliau untuk memperbetulkan kelemahan," katanya kepada Harakahdaily.
Sumber HD : 5/04/2012
Apa lagi hendak diluahkan perasaan kecewa apabila pasukan bola sepak negara kini berada di ranking ke-156 dunia berdasarkan senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di mana dengan kedudukan sebegini Malaysia kini berada di kedudukan di bawah Pasukan Bola Sepak Bangladesh dan juga di bawah negara kerdil seperti Samoa, New Caledonia dan juga pasukan yang satu ketika dulu pasukan yang dianggap lemah seperti Pasukan Bola Sepak Filipina atau pun Pasukan Bola Sepak Singapura yang tidak mempunyai banyak padang bola sepaknya sendiri itu.
Apa sudah jadi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan apa pula alasan yang logik hendak direkakan untuk menjawab segala persoalan ini. Kalaulah begini jawabnya jangan hendak mimpi atau jangan cuba hendak mimpi untuk pasukan bola sepak kita memakai jersi negara dikejohanan di peringkat antarabangsa seperti sukan Olimpik, Piala Asia atau pun Piala Dunia.
Pasukan bola sepak negara hanya layak digelar jaguh kampung sahaja dimana hanya bermain sesama sendiri sahaja mampu menang dan bersoraklah peminat sesama sendiri bagi meraikan kemenangan diri sendiri.
Selagi sikap tidak berubah dan selagi tidak diubahkan pegawai-pegawai dalam persatuan selagi itulah kita akan berada di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.
Persoalannya mengapa Kementerian Belia dan Sukan tidak ambil alih sahaja pasukan bola sepak negara untuk pastikan pasukan bola sepak kita bersaing kembali dengan Jepun, Korea Selatan sepertimana berlaku 30 tahun yang lalu?
Ampangan, Seremban.
Sumber HD : 14/04/2012
Sumber HD - 29-5-2013

Bola sepak kita di takuk 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'
Syed Abdullah Jamalullail, |

Pemain bola sepak Brazil Kaka pelajari Islam
http://detikislam.blogspot.com, | 22 Jun 2012 |
Bintang bola sepak Brazil, Ricardo Kaka ternyata memiliki perhatian khusus terhadap Islam.
Pemain Real Madrid ini bahkan mengaku tertarik mempelajari lebih dalam tentang dunia Islam dan Arab saat berlibur ke Timur Tengah beberapa waktu lalu.
Awal tahun ini, Kaka bersama isteri dan adiknya, Digão, berkunjung ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dalam bercuti selama 10 hari itu, Kaka melawat bangunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa, Palm Jumeirah, Burj Al Arab, dan Jebel Ali Port.
Selain menyambangi bangunan-bangunan megah itu, pemain bola sepak terbaik dunia 2007 juga menyempatkan diri mampir ke masjid.
Di masjid yang direka khusus untuk para pelancong itu, playmaker 29 tahun tersebut dengan khusyuk mendengar penjelasan tentang cara hidup kaum Muslim dan bangsa Arab pada umumnya.
Pemain berbanderol 65 juta euro saat dibeli Real Madrid dari AC Milan mengaku sangat terkesan dan ingin lebih mendalami penjelasan yang baru didengarnya.
"Dubai adalah bandar yang indah dan salah satu yang paling ramah di dunia. Saya sangat beruntung boleh bercuti ke sini. Saya sangat terkesan dengan sambutan yang saya dapatkan dan saya ingin kembali lagi ke Dubai secepat mungkin, "kata pencetak gol terbanyak Liga Champions 2006-2007 dengan torehan 10 gol itu.
foto Kaka ketika mengunjungi Dubai
Sumber HD : 22/06/2012
Pemain bola Fulham peluk Islam
LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bolasepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV. Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam. Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland. Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola. "Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal. "Jika saya bukan pemain bola, boleh jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya. Sumber HD : 22/06/2012 OKU kesal kenyataan Menteri Belia dan Sukan
KOTA BHARU: Persatuan orang kurang upaya (OKU) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) yang cuba membezakan antara atlet normal dan OKU.
Pengerusi Majlis Persefahaman Pertubuhan OKU Kelantan, Mohamad Faizal Che Yusof berkata, kenyataan menteri terbabit mengguris hati OKU yang dilihat seolah-olah memandang rendah kepada sukan paralimpik. "Perlu diingat juga standard sukan paralimpik dan sukan olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan," katanya di sini. Menurutnya kerajaan dan menteri tentunya sedar sukan paralimpik merupakan sukan terbesar dunia yang melibatkan OKU dan kedudukannya sama tinggi dengan sukan olimpik. Katanya, penyertaan atlet-atlet dari Malaysia tentu sekali membawa nama negara apatah lagi apabila pingat dapat dibawa pulang. Beliau juga berkata, Akta Orang Kurang Upaya 2008 secara jelas mengiktiraf potensi dan sumbangan OKU dalam negara. Selain itu, kesamarataan kepada OKU sebagai warga negara juga diiktiraf akta tersebut. “Layanan yang berbeza kepada atlet-atlet paralimpik adalah jelas suatu perlanggaran kepada penguatkuasaan Akta 2008 sekaligus suatu diskriminasi terhadap OKU. “Kata-kata menteri terbabit selain menggambarkan ketidaksediaan kerajaan mengiktiraf kedudukan sukan paralimpik di peringkat antarabangsa dilihat memperkecilkan sumbangan atlet-atlet paralimpik negara,” katanya yang juga ahli jawatankuasa Hak Asasi Majlis Peguam Malaysia. Oleh itu menurutnya selaku wakil kepada OKU dan atlet-atlet paralimpik beliau berharap kerajaan Malaysia mengkaji sehalus-halusnya layanan yang seharusnya diberikan kepada atlet-atlet paralimpik supaya sama dengan atlet-atlet olimpik negara. Kata beliau persoalan saiz kedua-dua sukan tersebut tidak sepatutnya timbul disebabkan atlet-atlet paralimpik dengan kecacatan mereka masih mampu bersaing di peringkat antarabangsa sehingga mampu membawa pulang pingat untuk negara.\ “Kejayaan membawa pingat perak bukanlah mudah. Tentunya ia diraih setelah usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan. “Pengiktirafan kerajaan dalam sukan kepada OKU tentunya akan membuka ruang kepada tanggapan yang lebih baik terhadap OKU oleh masyarakat,” katanya. Sebelum ini dalam satu kenyataan media Shabry Cheek dilaporkan berkata, kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang berjaya di temasya sukan berkenaan baru-baru ini. Sumber HD : 8/09/2012 Shabery digesa mohon maaf hina atlet paralimpik
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang telah mengguris perasaan golongan orang kurang upaya (OKU).
Ini kerana beliau meletakkan tahap atlet paralimpik negara di kejohanan Paralimpik di London baru-baru ini sebagai ‘kelas kedua’. “Kami juga menggesa agar Datuk Seri Shabery memohon maaf secara terbuka di atas ketelanjuran bahasa yang dinyatakan atau sekiranya ia memang menjadi dasar Kerajaan Pusat merendahkan dan menganggap bahawa atlet paralimpik tidak bernilai di Malaysia,” kata Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar al-Hiss. Katanya, kenyataan Shabery baru-baru ini yang berkata kerajaan tidak akan memberi pencen kepada atlet paralimpik yang memenangi pingat pada temasya di London itu sebagai tidak adil sama sekali. “Kami merasakan OKU seumpama inilah yang sewajarnya diberikan perhatian dan diberikan bantuan yang melebihi orang lain yang cukup sifatnya,” ujarnya dalam satu kenyataan. Ini,katanya ditambah kenyataan pedas Shabery yang mengatakan bahawa ‘perlu diingat juga standard Sukan Paralimpik dan Sukan Olimpik jauh bezanya, jadi kita perlu realistik apabila membuat sebarang keputusan’. Iskandar berkata, kenyataan itu sangat menyinggung perasaan OKU. “Kami amat kesal kenyataan penghinaan yang diberikan oleh Datuk Seri Shabery tersebut yang boleh disifatkan bongkak dan tidak mengadili kekurangan seseorang manusia,” katanya. Oleh yang demikian, ujarnya DPPM mendesak satu tindakan diambil terhadap Shabery dengan segera dan mendesak agar atlet paralimpik juga diberikan pencen yang lebih baik daripada atlet Olimpik negara. “Tidakkah mereka juga telah mengharumkan nama negara?” tanya beliau. Sumber HD : 10/09/2012 Takziah kepada keluarga Abdul Ghani Minhat
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah di atas kematian lagenda bola sepak Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Minhat (gambar) pada pagi ini.
“Bagi DPPM, pemergian Tan Sri Ghani ditangisi kerana negara kehilangan sebutir lagi bintang berharga dan kehilangan beliau sukar dicari ganti,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor. Sesungguhnya, kata beliau sumbangan besar dan jasa beliau dalam dunia sukan khususnya bolasepak amat besar sehingga berjaya mengharumkan nama negara. Di zaman keemasan beliau, ujar Riduan negara banyak menempa kejayaan yang membanggakan di pentas antarabangsa. Malah, tambahnya jarang ada insan hebat mampu mencapai tahap kehebatan seperti mana yang pernah beliau kecapi. “Nama almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat terpahat dalam sejarah sukan bolasepak negara antara pemain yang begitu cemerlang dan terhebat sepanjang zaman di negara ini setanding dengan pemain antarabangsa lainnya. “Bahkan, sumbangan beliau selepas era persaraannya juga besar sehingga berjaya membantu negara dalam mengharungi pelbagai kejohanan peringkat antarabangsa. Sewajarnya pemain generasi muda negara ini mewarisi kehebatan beliau serta mencontohi langkah kejayaan seperti mana yang beliau lalui,” ujarnya kepada Harakahdaily. Justeru, beliau berkata di atas jasa-jasanya yang begitu tinggi ini, DPPM merasakan almarhum Tan Sri Abdul Ghani Minhat wajar diberi penghormatan tertinggi. Tambahnya, DPPM mendoakan semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan insan yang soleh dan diredahi di sisi-Nya. DPPM, ujarnya turut mendoakan semoga keluarga almarhum tabah menghadapi ujian yang berat ini. Alfatihah. Sumber HD : 28/09/2012 Malaysia tidak bersedia untuk AFF?
Pasukan bolasepak Malaysia tidak bersedia menghadapi piala Asean Football Federation (AFF). Itulah ungkapan yang sesuai yang bagi menggambarkan mutu permainan pasukan Malaysia berdasarkan kepada perlawanan pertama menentang Singapura semalam. Jika dilihat kepada corak permainan Malaysia berbanding pasukan Singapura, ternyata pasukan Singapura lebih bersedia pada kali ini. Barang kali mereka ingin menebus kekecewaan pada pertandingan AFF 2010, iaitu tewas kepada pasukan Malaysia. Namun, sejarah itu telah berlalu dan kini lembaran baru bagi Malaysia dan pasukan-pasukan lain yang bertanding.
Apakah punca kemerosotan mutu pasukan Malaysia ketika ini? Persoalan yang amat sukar untuk dijawab oleh semua pihak. Namun, jika kita undur kembali, kita dapat melihat bahawa K Rajagopal terlalu banyak menguji permain dalam membentuk pasukan dengan alasan untuk memastikan permain yang disenaraikan benar-benar layak untuk menyarung jersi pasukan negara. Ternyata, tindakan ini tidak membawa hasil yang dimahukan, malah jika dilihat kepada beberapa perlawanan persahabatan, pasukan Malaysia lebih banyak kalah berbanding menang. Ada yang beranggapan, persiapan pasukan Malaysia menghadapi piala AFF pada kali ini ternyata amat bercelaru dan tidak serius berbanding edisi lepas. Malah sikap K Rajagopal amat sukar menerima kritikan menambahkan lagi kecelaruan persiapan pasukan Malaysia. Namun, saya percaya para penyokong Malaysia tetap menyokong pasukan Malaysia walaupun pasukan Malaysia ketika ini terumbang-ambing dalam mencari kemenangan. Diharapkan ‘Harimau Malaya’ terus garang untuk perlawanan seterusnya. Selamanya Malaysia! Sumber HD - 26-11-2012 Bebaskan Liga M daripada campur tangan politik
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan ATM kerana berjaya mengalahkan Kelantan dan memenangi Piala Sumbangsih. Perlawanan itu menandakan bermulanya Liga-M musim 2013.
Sebagai salah seorang peminat bola sepak, tentunya saya mahu sukan ini berkembang dengan baik dan setanding dengan liga utama lain atau sekurangnya-kurang tidak terlalu jauh ke belakang. Namun, seperti kebiasaannya, sejak diperkenalkan saya mendapati Liga-M masih ketinggalan dalam banyak sudut, terutamanya dari segi pengurusan. Ketika ini, masih lagi timbul isu pemain yang tidak dibayar gaji, pampasan perpindahan yang tidak dibayar, pengurusan yang terus memegang jawatan walupun gagal dalam tugasnya dan sebagainya. Salah satu isu tidak profesional yang terkini ialah yang membabitkan penghijrahan pemain Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo). Walalupun musim baru telah bermula isu bayaran pampasan perpindahan beliau masih menjadi pertelingkahan. Sepatutnya, dalam industri bola sepak profesional perkara ini tidak berlaku. Setiap kelab akan meletakkan harga pada mana-mana pemain yang ingin dijual dan kelab yang mahu membelinya mesti bersedia berunding dan membayar harga yang dipersetujui seperti dalam kontrak, atau jika pemain masih dalam kontrak bayaran mesti dibuat mengikut terma pembatalan kontrak. Namun, kebanyakan pengurusan bola sepak di Malaysia diuruskan oleh bukan mereka yang ahli dalam sukan dan bukan ahli perniagaan. Oleh sebab itulah sukan ini masih ditakuk lama dan pasukan negara hanya masih berlegar sekitar Asia Tenggara. Belajarlah daripada BPL atau La Liga atau setidak-tidaknya daripada Liga J. Mereka menjadikan sukan ini sebagai suatu industri yang menguntungkan negara, syarikat perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan, memajukan bidang sains sukan dan sebagainya.
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Gambar ‘huru-hara’ insiden Piala FA
Berita dari Sinar Harian
Kekecohan para penyokong akhirnya menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (JDT) ditangguhkan ke tarikh lain.
Perlawanan sepatutnya bermula pada jam 8.45 malam namun ditangguhkan apabila penonton melimpahi ke kawasan trek dan padang sebelum pasukan keselamatan mengarahkan mereka berundur dan memasuki kawasan tempat duduk. Meskipun pada mulanya wakil PDRM mengumumkan perlawanan selamat diteruskan, namun kekecohan ditambah pula dengan insiden membaling objek dari luar stadium hingga membahayakan kumpulan penyokong JDT. Kejadian itu menyebabkan beberapa penyokong JDT cedera kerana terkena balingan objek daripada tempat duduk. Akhirnya, pihak pengurusan mengumumkan perlawanan ditunda dan ia jelas menghampakan peminat yang hadir di stadium mahupun yang mengikuti siaran langsung di televisyen. – SinarHarian
Seorang penonton terkena objek terbang
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 29-5-2013
Piala FA: Aksi kucing 'ganti' perlawanan Pahang vs JDT
Piala FA 2013: Siaran langsung kucing berak 'ganti' perlawanan Pahang vs JDT
By Admin - Rabu, 29 Mei 2013
Hariankini.com -- Perlawanan antara pasukan Pahang dengan kelab Johor Darul Takzim (JDT) di separuh akhir kedua Piala FA awal malam tadi di Stadium Darul Makmur terpaksa dibatalkan gara-gara kekecohan hampir 7,000 orang memenuhi kawasan trek stadium akibat limpahan penonton memasuki stadium melebihi kapasiti sebenar.
[Tonton video di bawah artikel] Stadium yang berkapasiti 35,000 itu telah dibanjiri lebih 42,000 penyokong dari kedua-dua pasukan kerana dilaporkan wujud penonton yang memasuki stadium dengan menggunakan tiket palsu yang dijual pihak tidak bertanggungjawab.
Selain itu, ada juga laporan wujud provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sehingga ada beberapa penonton yang tercedera akibat balingan objek keras dari luar stadium. Kerana bimbangkan keselamatan, pihak pengurusan perlawanan terpaksa menangguhkan perlawanan yang dilaporkan akan diadakan di stadium berkecuali tanpa penonton.
Namun apa yang menggelikan hati, para penonton di rumah yang menonton melalui Astro Arena 801 untuk siaran langsung perlawanan berkenaan telah disajikan dengan siaran 'gantian' iaitu aksi seekor kucing sedang melakukan aksi 'akrobatik' membuang najis di tengah padang.
Video di sini
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
|
Sumber HD - 29-5-2013
No comments:
Post a Comment