PAS Titiwangsa terus berbakti walau tanpa MP
Hazayani Zakaria, | 08 Feb 2012 |
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Komitmen PAS Titiwangsa dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai tidak pernah padam walaupun selepas kematian Ahli Parlimennya (MP), Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali pada Julai tahun lalu.
Tanpa wakil rakyat, PAS Titiwangsa dilihat tidak tenggelam dalam mengenengahkan isu-isu penduduk di Parlimen tersebut khususnya isu pemilikan hartanah Kampung Baru yang telah berlarutan sejak bertahun-tahun lalu.
Selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo', Parlimen Titiwangsa dijadikan 'parlimen angkat' oleh tiga Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.
Mereka bertiga bertanggungjawab memantau perkembangan di Titiwangsa termasuk meneruskan perjuangan Allahyarmuha Dr. Lo' Lo' membawa suara penduduk Kampung Baru ke Dewan Rakyat.
Organisasi PAS Titiwangsa dimantapkan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru dipastikan terus berperanan sebagai tempat rujukan penduduk di parlimen itu.
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad diamanahkan sebagai Penyelaras Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa, ahli jawatankuasa Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Mohd Yusoop Abd Hamid sebagai Pengurus Pusat Khidmat dan di bawahnya ketua pemuda dan muslimat serta setiausaha perhubungan Wilayah Persekutuan.
Menurut Mohd Yusoop atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Yusoop, Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa di Kampung Baru tidak pernah sunyi menerima kedatangan orang ramai atas pelbagai urusan.
Sehubungan itu, pejabatnya beroperasi seperti biasa dan dijaga oleh petugas tetap setiap hari.
"Pusat khidmat masih beroperasi seperti biasa dan orang ramai datang seperti biasa bagi mendapatkan bantuan seperti mendapatkan pengesahan borang-borang tertentu walaupun tanpa wakil rakyat di sini," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Beliau juga berkata, wakil-wakil di empat zon iaitu Pandan, Dato Keramat, Desa Rejang dan Kampung Baru masih komited dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan termasuk wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS hasil hubungan yang baik dengan Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' dahulu.
"Setiap zon masih aktif dengan program masing-masing malah semakin rancak.
"Wakil bukan Islam pun masih setia bersama PAS dan banyak membantu dalam menyalurkan maklumat mengenai masalah-masalah orang bukan Islam di parlimen ini," katanya.
Tambahnya, PAS Titiwangsa juga meningkatkan fokus terhadap program pendaftaran pemilih dengan membuka kaunter semakan dan pendaftaran pemilih pada setiap hujung minggu secara bergilir-gilir mengikut zon.
Selain itu, PAS Titiwangsa juga menjadikan program Sebersih iaitu pemberian bantuan barang keperluan dapur sebagai program berkala di setiap perumahan awam (PPR) yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
"PAS bekerjasama dengan sebuah NGO menjalankan program Sebersih kepada golongan memerlukan kebanyakannya di PPR.
"Di kawasan Titiwangsa banyak PPR yang perlu diberi perhatian, jadi memerlukan komitmen yang tinggi dari sudut tenaga dan kewangan," katanya.
Isu PPR agenda penting selain Kampung Baru
Cikgu Yusoop berkata, masalah pemilikan PPR masih menjadi masalah utama di kalangan penduduk walaupun isu ini telah berkali-kali dibawa kepada kerajaan.
Kebanyakan penduduk masih menyewa dan tidak mampu memiliki unit sendiri kerana harganya yang tinggi.
"Isu Kampung Baru memang PAS ada sekretariat sendiri tapi selain itu isu PPR masih menjadi masalah utama dan kita sering terima aduan.
"Contohnya di Desa Rejang, penduduk dipindahkan ke PPR dari flat Pekeliling yang kononnya untuk dibangunkan tapi sehingga hari ini masih belum selesai," katanya.
Beliau juga berkata, peniaga di Dato Keramat juga membuat aduan mengenai perniagaan kian merosot setelah berpindah ke Keramat Mall.
Selain tempat yang tidak strategik, DBKL juga mengenakan sewa yang mahal.
"Peniaga barang basah di Keramat Mall mengadu perniagaan mereka bermasalah.
"Tempat tak strategik dan reka bentuknya juga kurang sesuai untuk jualan barang basah seperti ikan dan sayur-sayuran," katanya sambil menambah, peniaga lebih selesa berniaga di Pasar Keramat yang mempunyai kedudukan yang strategik iaitu berhampiran stesen LRT dan masjid.
Perbezaan sebelum dan selepas pemergian Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo'
Meskipun PAS Titiwangsa tetap aktif selepas ketiadaan Allahyarhamuha, Cikgu Yusoop tidak menafikan Allahyarhamuha memiliki kelebihan tersendiri yang sukar dicari ganti.
"Memang Allahyarhamah mempunyai sentuhan peribadi yang berbeza dengan masyarakat.
"Sampai sekarang pun orang ramai yang biasa berurusan dengan dia akan cakap mereka rasa kehilangan dan mahukan wakil rakyat seperti itu," katanya.
Tambah beliau, selepas pemergian Allahyarhamuha, PAS Titiwangsa mengalami sedikit kesukaran berurusan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana tiada suara yang kuat.
"Hubungan dengan DBKL susah sikitlah sekarang ini sebab kita tak ada suara yang kuat untuk berbincang dengan DBKL.
"Kalau dulu Allahyarhamah berurusan terus dengan DBKL, kalau nak minta khemah ke peralatan untuk program senanglah," katanya lagi.
Namun begitu katanya, perkara itu bukanlah satu halangan untuk PAS Titiwangsa bekerja kuat bagi mempertahankan kemenangannya pada pilihan raya umum ke-13.
Sumber HD : 8/02/2012

(Gambar: Cikgu Yusoop bersama pimpinan PAS Titiwangsa santuni warga marhaen.)

Pertahan Titiwangsa, hi-tea kumpul dana 11 Mac
Salmiyah Harun, | 07 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 7 Mac: Dewan Pemuda PAS
Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mengajak seluruh rakyat di kawasan Parlimen
Titiwangsa khususnya penduduk Kampung Baru untuk hadir ke majlis hi-tea bersama
pimpinan PAS Pusat seterusnya memberi sumbangan dana bagi melancarkan gerak
kerja pilihan raya.
Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, Parlimen Titiwangsa merupakan satu-satunya kerusi PAS yang akan tetap dipertahankan dan memastikan ia menjadi miliik PAS pada PRU-13 nanti.
"DPPKT bertekad untuk mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa yang telah dimenangi oleh allahyarhamuha Dr. Lo’ Lo’ Ghazali walaupun beliau sudah pergi, kita akan meneruskan legasinya," katanya kepada Harakahdaily.
Dr Lo' Lo' kembali ke rahmatullah pada 17 Julai 2011 akibat menghidap penyakit kanser, beliau antara yang cukup lantang dalam membela nasib penduduk Kampung Baru.
Kutipan dana ini, katanya, sebagai kesinambungan perjuangan yang ditinggalkan oleh almarhumah dalam usaha mendekati penduduk setempat yang kurang bernasib baik di samping memperjuangkan beberapa isu utama penduduk Titiwangsa, terutama usaha mempertahankan hak pemilikan orang Melayu ke atas tanah di Kampung Baru.
Tambah Suhaimi, dana itu akan digunakan sepenuhnya untuk gerak kerja Pemuda dalam kempen PRU bagi mengekalkan kerusi Parlimen Titiwangsa yang diwakili oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.
"Di ambang Pilihanraya Umum (PRU) yang ke-13 yang dijangka diadakan dalam masa terdekat, DPPKT mengambil inisiatif ini untuk menghimpun para dermawan bagi membuka peluang untuk menyumbang ke dalam tabung PRU," katanya.
Beliau berharap sasaran untuk mendapatkan dana kira-kira RM25,000 pada hari tersebut berjaya agar dapat diagihkan kepada enam unit peti undi Kampung Baru.
Majlis hi-tea yang akan berlangsung pada 11 Mac, iaitu Ahad ini bermula jam 5.00 petang, merupakan anjuran bersama PAS Zon Kampung Baru dengan kerjasama Gerakan Anak Muda Titiwangsa (Geram).
Bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Kampung Baru, Kuala Lumpur, majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Idris Ahmad.
Orang ramai yang berminat untuk menyumbang ke dana pilihan raya ini, dikehendaki membeli kupon berharga RM20 dengan menghubungi Suhaimi Abdul Aziz di talian 019 6039187.

Sumber HD : 7/03/2012
PAS rakam takziah buat keluarga Nurul Nadhirah
Harakahdaily, | 13 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 13 Mac: PAS merakam ucapan takziah kepada keluarga adik Nurul Nadhirah Abdullah (gambar) yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu.
"Saya rakamkan simpati dan takziah kepada keluarga mangsa, semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran di atas musibah yang dihadapi," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui Facebooknya.
Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.
Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
Sambil menyelar perbuatan kejam itu, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan berkata, punca kepada jenayah yang berlaku sekarang ini adalah kerana manusia sudah hilang rasa takut kepada Allah SWT.
Ekoran itu mereka berani melakukan apa sahaja termasuk membunuh orang yang tidak berdosa.
"Sesungguhnya punca kepada jenayah seperti ini ialah kerana manusia tidak takutkan Allah SWT,"
"Sesungguhnya ketakutan kepada Allah WT itulah yang akan mencegah manusia melakukan jenayah, bukannya undang-undang buatan manusia," katanya.
Sumber HD : 13/03/2012

PAS Wilayah lancar operasi jejak pengundi ragu
Harakahdaily, | 22 Mac 2012 |
KUALA LUMPUR, 22 Mac: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) akan mengadakan operasi menjejak pengundi ragu di seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Ketua penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, ini berikutan pendedahan daripada Ahli Jawatankuasa Pemilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mendedahkan seramai 79,098 dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mempunyai alamat sama.
Justeru itu, jelasnya PAS WP akan menggerakkan seluruh jentera pilihanraya PAS WP untuk mengumpulkan maklumat jumlah pengundi ragu di Wilayah Persekutuan dan akan mendedahkannya selepas itu.
“Antara tindakan yang akan dilakukan ialah menjejak pengundi-pengundi ini sehingga ke rumah mereka bagi menyiasat dan mendapatkan gambaran sebenar,” katanya.
Tambahnya, tindakan itu bagi memastikan tidak ada pengundi luar atau yang tidak berkaitan dalam parlimen terbabit turun mengundi dalam PRU13 nanti.
“Ia seperti suatu pengkhianatan terhadap pengundi yang sah di parlimen tersebut.
“Ia juga menunjukkan bahawa ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada SPR untuk membersihkan daftar pemilih seperti yang diharapkan rakyat selama ini,” ujarnya.
Ternyata, kata beliau imej SPR tidak pulih dengan jumlah daftar pemilih yang masih belum dibersihkan sepenuhnya.
Menurutnya, PAS WP percaya, rakyat di negara ini mahukan sebuah piliha nraya yang adil, bersih dan telus dijalankan dalam PRU13.
“Biarkan pilihan raya ditentukan sendiri oleh pengundi yang sah di negara ini dan membuat perubahan atas kehendak mereka sendiri, bukan ditentukan oleh pengundi-pengundi ragu yang bertebaran di merata tempat,” katanya.
Sumber HD : 22/03/2012

Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM
Khairil Abdul Rahim, | 30 Jun 2012 |
BANDAR JENGKA: Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU).
(Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.)
“Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya.
“Propaganda dibuat termasuk menyiarkan drama cerita Guru Yahya yang sesat dan disamakan dengan ajaran Ibrahim Libya. Apabila Umno guna melalui RTM sangat hebat tiap-tiap malam hinggakan PRU selepas itu kita hanya menang satu kerusi parlimen di Pengkalan Chepa.
“Bersih 3 macam itulah juga Rais Yatim nak buat, ditunjukkan perusuh himpunan mengganas termasuk peserta himpunan menterbalikkan kereta polis tapi tak cerita kereta polis sebelum itu langgar empat orang. Bila anak-anak muda tengok Youtube tiada siapa lagi yang percayakan RTM,” katanya.
Tambah Mohamad, itulah nasib Rais yang masih main lagu lama pada tahun 2012 sehingga klip rakaman video polis yang dijanjikan terus tidak disiar setelah sedar peranan media baru.
Mohamad berkata demikian ketika berceramah di Rantau Perintis dekat sini, semalam. Turut berceramah Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda PAS Pahang Ustaz Shahril Azman Abdul Halim.
Sebelum itu beliau merasmikan pejabat baru PAS Kawasan Kuala Krau.
Sumber HD : 30/06/2012

Zailah guna lori hantar bantuan banjir
Hazayani Zakaria, | 26 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rantau Panjang mengambil inisiatif mengagihkan keperluan asas kepada mangsa banjir menggunakan lori.
Sejak Kelantan dilanda banjir bermula Isnin lalu akibat air Sungai Golok merentasi Daerah Tanah Merah dan Rantau Panjang melimpah, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof tidak menang tangan menghulurkan bantuan kepada mangsa yang memerlukan.
Hari ini beliau mengagihkan bantuan mangsa banjir di 18 pusat pemindahan banjir antaranya di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi, Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang 2, Sekolah Kebangsaan Kubang Kual, Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang dan Dewan Rukun Tetangga Lubok Setol.
"Keadaan banjir di sini masih lagi buruk dan hari ini Parlimen Rantau Panjang sediakan satu lori bekalan makanan seperti beras, telur, sardin, biskut dan lain-lain keperluan termasuk tempat tidur untuk mangsa-banjir di 18 pusat pemindahan," kata beliau ketika dihubungi hari ini.
Beliau yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat meminta orang ramai berdoa agar tiada sebarang kejadian buruk berlaku sepanjang bencana alam ini.
"Di samping menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita berdoa agar semua urusan dipermudahkan dan tiada kejadian buruk menimpa kita sepanjang menghadapi musim tengkujuh ini," ujarnya.
Sementara itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaporkan jumlah mangsa banjir di Kelantan setakat ini ialah 4010 orang.
Manakalan enam jalan masih ditutup kepada kenderaan ringan iaitu Jalan Machang-Pkl Meleret-Wakaf, Jalan Pengkalan Rakit Bata, Jalan Pangkal Meleret-Limau Hantu, Jalan Pangkal Gong - Kemubu, Jln Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang dan Jln Cabang 4/Kg Jambu/Meranti.

Sumber HD - 26-12-2012
Dun Gombak Setia adalah antara kawasan yang dimenangi PAS pada PRU 12 lalu.
KUALA LUMPUR: Selebriti Farah Asyikin Zulkifli akan berkongsi pentas dengan kolumnis Majalah Muslimah, Ustazah Teh Izanuri di majlis 'Hi Tea Anak Muda' pada 31 Mac ini.
Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa itu akan diadakan di pekarangan Blok E Flat Sungai Baharu, Kampung Baru bermula jam tiga hingga lima petang.
Mereka akan mengupas topik hangat berkaitan wanita iaitu 'Wanita Di Ceruk Dapur?'.
Justeru, orang ramai khususnya wanita dijemput hadir ke majlis ini bagi mendengar sendiri kupasan menarik mengenai kemampuan dan peranan wanita dalam zaman serba mencabar ini.
Hadiah misteri dan cabutan bertuah turut menanti tetamu yang hadir.
Penyelaras Parlimen Titiwangsa yang juga peguam, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi akan bersama-sama dalam program tersebut.
Penduduk terharu terima sumbangan PAS Gombak Setia
Harakahdaily, | 06 Feb 2013 |
GOMBAK: "Pucuk dicita ulam mendatang" begitulah diibaratkan buat penduduk di flat Pinggiran Batu Caves setelah menerima sumbangan barangan keperluan harian daripada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia.
Antara barangan keperluan yang disumbangkan termasuk beras dan beberapa barangan dapur yang sememangnya diperlukan setiap isi rumah.
Setiap hari sebanyak lima hingga tujuh keluarga akan dipilih oleh PKM Dun Gombak Setia untuk menerima sumbangan tersebut.
Salah seorang penduduk, Alang Mat Isyah, 58, antara penerima pertama hari ini.
Beliau yang mengalami sakit buah pinggang cukup terharu dengan keprihatinan penyelaras Dun Gombak Setia yang menghulurkan sumbangan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanya.
“Alhamdulillah, dengan barangan keperluan yang diberikan ini dapat meringankan sedikit sebanyak beban kami sekeluarga," kata beliau ketika ditemui.
Begitu juga dengan seorang lagi penerima berbangsa India, Subramaniam, 76, yang sudah uzur berterima kasih kepada PAS Gombak Setia yang sudi menghulurkan bantuan kepada beliau sekeluarga.
“Kami sangat-sangat berterima kasih atas bantuan diberikan. Kami juga berasa terharu apabila penyelaras Dun Gombak Setia sendiri sudi menziarahi rumah kami. Bantuan ini sekurang-kurangnya meringankan beban perbelanjaan yang kami tanggung,” katanya yang juga tinggal di flat Pinggiran Batu Caves.
Turun menyantuni dan menziarahi masyarakat merupakan aktiviti harian yang akan dipenuhi sendiri oleh penyelaras Dun Gombak Setia Saleh Huddin Nasir dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Gombak yang diketuai Syarhan Humaizi Halim bagi melihat sendiri kesusahan dialami oleh penduduk sekitar.
Usaha ini, jelas Saleh Hudin bukan sahaja dapat menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan bahkan dapat merapatkan hubungan dengan rakyat.
"Kerjasama yang diberikan amat menggalakkan dan kita berasa bertanggungjawab untuk melawat dan membantu rakyat yang memerlukan," kata beliau kepada Harakahdaily.
Dalam pada itu, Syarhan Humaizi turut menangkis tomahan dari pihak-pihak tertentu usaha mereka itu sebagai gula-gula pilihanraya.
"Progam ziarah ini adalah program bulanan pemuda yang sudah bermula beberapa tahun yang lalu dan bukan hanya menanti hampir tarikh pilihanraya sahaja," ujar beliau yang juga PKM DUN Gombak Setia.
Turut serta dalam ziarah kebajikan hari ini beberapa wakil AJK dari PAS Gombak dan juga pemuda PAS Gombak.
Ziarah kebajikan pada minggu ini telah bermula semalam di Gombak Utara dan seterusnya bersambung di Kampung Sungai Chinchin pada hari Khamis ini.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Bual bicara 'Wanita di ceruk dapur' 31 Mac
Hazayani Zakaria, | 28 Mac 2013 |
KUALA LUMPUR: Selebriti Farah Asyikin Zulkifli akan berkongsi pentas dengan kolumnis Majalah Muslimah, Ustazah Teh Izanuri di majlis 'Hi Tea Anak Muda' pada 31 Mac ini.
Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa itu akan diadakan di pekarangan Blok E Flat Sungai Baharu, Kampung Baru bermula jam tiga hingga lima petang.
Mereka akan mengupas topik hangat berkaitan wanita iaitu 'Wanita Di Ceruk Dapur?'.
Justeru, orang ramai khususnya wanita dijemput hadir ke majlis ini bagi mendengar sendiri kupasan menarik mengenai kemampuan dan peranan wanita dalam zaman serba mencabar ini.
Hadiah misteri dan cabutan bertuah turut menanti tetamu yang hadir.
Penyelaras Parlimen Titiwangsa yang juga peguam, Ahmad Zamri As'ad Khuzaimi akan bersama-sama dalam program tersebut.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-3-2013
“Ianya bertujuan untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen yang akan dibuat kelak,” kata Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap kepada Harakahdaily.
Menurutnya, ia meliputi sama ada hak mereka dinafikan (diundi oleh pihak lain), ditukar tempat mengundi tanpa pengetahuan, nama hilang dalam senarai daftar pemilih sedangkan sebelum ini ada, melihat warga asing mengundi, alamat rumah digunakan oleh mereka yang tidak dikenali, sogokan wang, nama didaftarkan di dua tempat mengundi dan lain-lain lagi.
Beliau berkata, aduan itu hendaklah diserahkan kepada pihak PAS Titiwangsa sebelum 10 Jun depan sebelum pintu mengadakan petisyen di mahkamah ditutup.
Katanya, untuk sebarang aduan, pengundi boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di talian 03-26980025 atau berhubung dengan Josri Syafawi, Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa di talian 019-2285454.
Tambahnya, pengadu juga boleh tampil ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di alamat No 10, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.
“Diharapkan pengadu akan tampil dengan mengemukakan sebarang dokumen untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen ini kelak,” katanya.
Pada PRU13 baru-baru ini, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang mendapat 22,168 undi tewas dengan majoriti 866 undi.
PAS Titiwangsa buka aduan salah laku PRU13
Harakahdaily, | 22 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Kawasan Titiwangsa membuka kepada sebarang aduan pengundi mengenai salah laku serta penyelewengan dalam Pilihan raya Umum ke-13.
“Ianya bertujuan untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen yang akan dibuat kelak,” kata Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa, Khairul Anuar Abdul Manap kepada Harakahdaily.
Menurutnya, ia meliputi sama ada hak mereka dinafikan (diundi oleh pihak lain), ditukar tempat mengundi tanpa pengetahuan, nama hilang dalam senarai daftar pemilih sedangkan sebelum ini ada, melihat warga asing mengundi, alamat rumah digunakan oleh mereka yang tidak dikenali, sogokan wang, nama didaftarkan di dua tempat mengundi dan lain-lain lagi.
Beliau berkata, aduan itu hendaklah diserahkan kepada pihak PAS Titiwangsa sebelum 10 Jun depan sebelum pintu mengadakan petisyen di mahkamah ditutup.
Katanya, untuk sebarang aduan, pengundi boleh menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di talian 03-26980025 atau berhubung dengan Josri Syafawi, Setiausaha Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Titiwangsa di talian 019-2285454.
Tambahnya, pengadu juga boleh tampil ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Titiwangsa di alamat No 10, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, dari jam 10 pagi hingga 5 petang setiap hari.
“Diharapkan pengadu akan tampil dengan mengemukakan sebarang dokumen untuk dijadikan bahan kes dalam petisyen ini kelak,” katanya.
Pada PRU13 baru-baru ini, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang mendapat 22,168 undi tewas dengan majoriti 866 undi.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 22-5-2013
No comments:
Post a Comment