Pakatan Rakyat rangka usul batal ISA
Muhammad Faizal, | 09 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 9 April: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan satu usul sedang dirangka untuk dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan bagi tujuan pembatalan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau yang menerima memorandum dari Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh turut menyatakan bahawa dua undang-undang yang akan dibentangkan oleh kerajaan tidak akan terpakai sehingga ia dirujuk kepada rakyat.
"Apa sahaja alasan untuk kita memperkenalkan undang-undang baru walhal sudah ada undang-undang yang cukup ketat untuk kita kawal kegiatan jenayah termasuk pengganas.
"Namun tindakan memperkenalkan undang-undang baru tidak akan terpakai sekiranya ia tidak merujuk kepada rakyat (rundingan awam)," jelasnya.
Tambahnya lagi, apa yang akan dibentangkan olehnya di Parlimen nanti berkenaan pemansuhan ISA tidak memerlukan rundingan awam.
"Kita nak mansuh maka tidak memerlukan pendengaran awam, kalau kita nak pinda baru perlu rundingan awam sebab itu hak rakyat," sambungnya lagi.
Sementara itu, Syed Ibrahim turut berharap Pakatan Rakyat dapat mengenengahkan perkara tersebut di Parlimen.
Dalam pada itu beliau turut menyatakan sehingga sekarang GMI mahupun badan bukan kerajaan (NGO) yang lain tidak menerima apa-apa maklumat dari kerajaan mahupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung pemansuhan ISA.
"Pada sesi Parlimen yang lepas Najib telah menyatakan bahawa usul untuk memansuhkan ISA hanya akan dibentangkan pada Mac 2012 iaitu sesi Parlimen kali ini.
"Namun sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa maklumat dari Najib berhubung perkara tersebut termasuk juga rundingan awam tentang dua akta penganti ISA, apatah lagi untuk pemansuhan ISA," katanya.
Sebelum itu, GMI turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Pembangkang untuk diberikan kepada Perdana Menteri yang menuntut tujuh perkara dalam janji Najib terhadap memansuhkan ISA.
Malah GMI akan meneruskan desakan sehinggalah Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri mengotakan janji untuk memansuhkan ISA.
Sumber HD : 9/04/2012

Akta baru masih 'berwajah' ISA?
Harakahdaily, | 10 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 10 April: Ahli Parlimen PAS akan memberi perhatian khusus berhubung undang-undang pencegahan baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dibentangkan di Parlimen hari ini.
Ketua Whip PAS di Parlimen, Salahuddin Ayub berkata, pihaknya akan mengambil bahagian sewajarnya dalam sesi perbahasan nanti.
"Bagi saya ianya masih lagi mengandungi unsur-unsur pelanggaran secara tersirat dan perlu dibahas dengan teliti sebelum kita buat keputusan menerima atau menolak.
"Sehingga kini kita melihat kerajaan masih lagi tidak memberi satu jaminan bahawa undang-undang ini berbeza dengan ISA dan kita akan bahaskan," katanya yang juga ahli parlimen Kubang Kerian.
Beliau diminta mengulas pembentangan rang undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang dibentangkan menteri hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.
Ianya juga diluluskan untuk bacaan kali kedua dan akan dibahaskan pada Isnin ini.
Pembentangan ini dibuat selepas ISA dikritik hebat ekoran sifatnya yang membolehkan mangsa ditahan tanpa bicara yang disifatkan zalim dan melanggar hak asasi manusia.
Perdana menteri dalam perutusan khas Hari Malaysia pada 15 September lalu juga mengumumkan pemansuhan ISA dan memaklumkan dua undang-undang baru akan digubal bawah semangat Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.
"Kita juga lihat masih ada lagi kuasa-kuasa menteri yag boleh mengambil tindakan atas nama keselamatan, untuk menahan seseorang di bawah akta baru ini.
"Tidak ada masalah sama ada kuasa kepada polis atau menteri, cuma perlu jelas apa beza wajahnya dengan ISA," soalnya.
Sumber HD : 10/04/2012

ISA: Kerajaan akan tunduk kepada tekanan rakyat
Abdul Aziz Mustafa, | 11 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 11 April: Negara akan menyaksikan sejarah Isnin ini apabila kerajaan tunduk kepada tekanan rakyat supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).
"Apa yang jelas ialah kerajaan Umno terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat yang mahu ISA dihapuskan.
"Tidak ada orang yang waras yang percaya cakap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang mendakwa kononnya kerajaan menghapuskan ISA dengan inisiatif sendiri," katanya.
Mahfuz yakin semua pihak tidak lupa tindakan ganas dan zalim kerajaan Najib sendiri ke atas rakyat yang berdemonstrasi menuntut penghapusan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu.
Dalam demonstrasi bersejarah yang disertai puluhan ribu rakyat itu, bukan sahaja alat perkakas kerajaan Najib menzalimi dan mengganasi mereka yang berdemonstrasi itu, malah kira-kira 589 orang telah ditangkap termasuk wanita dan kanak-kanak.
"Kalau sedemikian ganas dan zalim tindakan kerajaan Najib terhadap rakyat yang menuntut penghapusan ISA, hanya orang gila sahaja yang percaya dakwaan Najib kononnya ISA dihapuskan atas inisiatif kerajaannya sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Bukan itu sahaja, kata Mahfuz, menjelang perhimpunan memprotes ISA itu, gerakan mansuhkan ISA difitnah habis-habisan oleh para pemimpin dan media-media Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berkeras mempertahankan undang-undang kejam itu.
"Memang itulah pekerjaan tetap mereka, memfitnah rakyat yang menuntut keadilan.
"Apa yang mereka tidak kata, pengkhinatlah, monyetlah.
"Isnin ini adakah yang akan memansuhkan ISA itu bapak monyet?" sindir beliau.
Mahfuz bagaimanapun melahirkan kesyukuran kerana pengorbanan rakyat yang menentang kezaliman ISA itu berjaya dan diiktiraf oleh kerajaan dengan tindakan menghapuskan ISA itu.
"Penghapusan undang-undang kejam adalah kejayaan perjuangan rakyat dan pengiktirafan terhadap tuntutan dan protes mereka, walaupun kita tidak berpuas hati sama sekali terhadap undang-undang yang menggantikan ISA," kata beliau yang pernah meringkuk dalam Kem Tahanan Kamunting setelah ditangkap di bawah undang-undang zalim itu.
Para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyifatkan Rang Undang-Undang yang menggantikan ISA tidak memberi sebarang erti dan makna kepada demokrasi.
Mereka juga membidas akta baru yang menggantikan ISA itu yang diakui kerajaan sebagai kekal bersifat tahanan tanpa bicara.
Semua itu, kata mereka, menyerlahkan pembohongan apa yang didakwa sebagai transformasi Najib yang digembar-gembur oleh media-media Umno.
Sumber HD : 11/04/2012

Akta ganti ISA lebih keras - Anwar
Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April: Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) namun membantah pindaan Rang Undang-undang (RUU) yang disifatkan sebagai lebih keras.
Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa perkara dalam RUU Keselamatan 2012 bercanggah dengan prinsip menghormati demokrasi.
Beliau merujuk kepada fasal 4 RUU tersebut yang menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan.
Ia ada menyebut bahawa mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan.
Kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan.
"Apa yang kita bantah ialah cadangan pindaan peruntukan yang memperkenalkan peruntukan yang lebih keras daripada sebelum ini.
"Sekarang (RUU baru) kita rujuk ke mahkamah tapi semua mandatori. Pendakwa hanya bangun dan katakan tahanan perlu ditahan semula. Hakim tidak ada pilihan.
"Apa beza dengan ISA? ISA guna Jabatan Peguam Negara dan polis untuk tahan orang tetapi sekarang guna mahkamah tapi mahkamah tak ada peranan seperti mahkamah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum itu, sewaktu berbahas di dalam dewan, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membawa RUU itu kepada Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum dibahaskan.
Katanya, masa sehari yang diperuntukkan untuk membahaskan RUU tersebut tidak mencukupi kerana banyak isu-isu yang berbangkit.
"Saya mengusulkan Perdana Menteri menimbangkan secara serius dalam jawatankuasa khas sebelum kita luluskan dalam waktu yang cukup terbatas.
"Kalau ada semangat nak memperjuangkan demokrasi apa salahnya dirujuk supaya diteliti dan tidak diserahkan hanya kepada kerajaan dan peguam negara untuk diputuskan dan diluluskan dalam masa sehari," katanya.
Terdahulu, RUU Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 dibacakan kali kedua oleh Perdana Menteri.

Sumber HD : 16/04/2012
Mansuh ISA, tidak perlu akta baru - GMI
Hazayani Zakaria, | 16 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 16 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap berpendirian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dimansuhkan terus tanpa diganti dengan akta baru.
(Syed Ibrahim [kiri] dalam sidang medianya di Parlimen hari ini)
Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) tidak perlu kerana Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada 2006.
Beliau berkata, akta baru ini sama dengan ISA yang terdedah kepada ruang penyalahgunaan oleh pihak berkuasa.
"Walaupun tempoh masa penahanan oleh polis telah dipendekkan dari 60 hari di bawah ISA kepada 28 hari dan ia boleh dikaji semula setiap lima tahun serta tidak dipakai melainkan pelanjutannya diluluskan oleh Parlimen, namun terdapat beberapa masalah besar yang perlu ditimbulkan," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, tafsiran 'Kesalahan Keselamatan' itu terlalu luas dan samar.
"Penahanan seseorang sehingga 28 hari tanpa dibawa ke mahkamah hanya atas dasar syak wasangka bahawa seseorang itu terlibat dalam kesalahan keselamatan akan membenarkan ruang penyalahgunaan kepada polis dan membawa kepada penahanan sewenang-wenangnya sebelum siasatan benar-benar dilakukan," katanya yang ditemani Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution.
Tambahnya, hak kepada polis untuk menangguhkan akses kepada peguam sehingga tidak melebihi 48 jam juga membuka ruang penyalahgunaan kuasa.
Selain itu katanya,penggunaan peralatan pengawasan elektronik walaupun seseorang telah dibebaskan adalah bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi seseorang warganegara dan prinsip seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.
GMI juga mengingatkan rakyat bahawa ISA masih belum dimansuhkan dan tertakluk kepada kelulusan rang undang-undang baru.
"GMI amat berharap akta baru tersebut didebatkan dengan sewajarnya di Parlimen dengan mengambilkira pendirian GMI dan badan-badan hak asasi antarabangsa," katanya.
Sumber HD : 16/04/2012
Ucapan Ketua Pembangkang tentang usul RUU:
http://www.youtube.com/watch?v=peGJbrz477o

Ibrahim Ali dicabar demo bantah ISA depan Najib
Harakahdaily, | 17 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 17 April: Datuk Ibrahim Ali dicabar agar membantah tindakan Datuk Seri Najib Razak kalau ingin sangat mempertahankan ISA.
Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari berkata, jika Ibrahim betul-betul berani, beliau dan Perkasa patut membuat demonstrasi bantahan secara besar-besaran terhadap Najib di Putrajaya untuk membuktikannya.
Cabaran ini dibuat Zairil dalam kenyataannya bagi mengulas cadangan Ibrahim yang meminta DAP meminta Singpaura memansuhkan ISA.
Bagi beliau, kenyataan terbaru Ibrahim Ali yang mencabar DAP untuk mencadangkan supaya Kerajaan Singapura memansuhkan ISA adalah sesuatu yang sukar untuk difahami.
"Pertama sekali, bukankah dasar negara kita adalah untuk tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain, apatah lagi negara jiran yang juga ahli ASEAN?" kata beliau.
Seterusnya, apakah sebenarnya yang ingin disindir oleh Datuk Ibrahim? soal beliau.
Menurut Zairil, umum mengetahui bahawa DAP adalah sebuah parti yang senantiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kebebasan, kesaksamaan dan hak asasi manusia.
Katanya, DAP tidak pernah teragak-agak untuk membantah dan menentang undang-undang zalim dan mencabul hak asasi seperti ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
DAP menentang penggunaannya bukan sahaja di Malaysia, bahkan di mana-mana negara di dunia ini. Ini adalah selaras dengan pendirian DAP yang memartabatkan hak asasi dan kebebasan setiap insan, katanya.
"Saya rasa jika Datuk Ibrahim ingin sangat untuk mempertahankan ISA yang dikatakannya sebagai 'berjaya mengekalkan keamanan', beliau sepatutnya membantah pemansuhan ISA di negara kita.
"Kenapakah beliau tidak membuat demikian? Apakah beliau hanya berani untuk mencabar orang dari jauh dan tidak berani untuk mempertahankan pendiriannya di negara sendiri?" soal beliau.
Beliau menegaskan bahawa DAP tidak ada kena mengena dengan Singapura atau mana-mana negara lain kerana DAP adalah parti untuk rakyat Malaysia sahaja.

Sumber HD : 17/04/2012
Selamat tinggal, ISA; selamat datang, ISA |
Sesuatu itu sering dikaitkan dengan nilai yang terkandung di dalamnya. Contohnya apabila kita mengatakan seseorang itu “macam firaun”, kita bukan bermaksud rupanya tetapi amalan kezaliman yang dilakukan oleh seseorang kerana Firaun adalah lambang kezaliman. Sesuatu atau seseorang itu diumpamakan kerana sinonim akhlak perilaku dan perangainya. Apabila kita mahu menggambarkan seorang yang cukup baik hati budinya pula, kita akan katakan “macam malaikat” kerana malaikat adalah lambang kemuncak segala kebaikan. Demikianlah bahasa memainkan peranan penting dalam hidup kita bagi menggambarkan luahan seseorang terhadap nilai-nilai terpuji dan nilai yang terkeji. Ada juga perumpamaan itu dilokalkan kerana sesuai dengan pengetahuan masyarakat setempat terhadap sesuatu yang diumpamakan. Contohnya kalau di kampong, kita akan menggambarkan betapa lurus dan bodohnya seseorang dengan dikaitkan sifat itu yang ada pada peribadi orang kampong seperti Man atau Said. Contohnya: “Kamu ni lurus macam Man” atau “Bodoh macam Said”. Dalam konteks Malaysia kita ada satu perumpamaan kepada kezaliman melalui perumpamaan dengan satu akta zalim iaitu ISA. Contohnya kita akan kata: “Zalim macam ISA” walaupun bagi sesetengah tidak tahu bahwa ISA itu adalah dalam Bahasa Inggeris iaitu Internal Security Act, mereka tidak pula mengatakan “zalim macam AKDN” begitulah bagaimana perumpamaan itu berhasrat untuk menggambarkan sesuatu nilai negatif dengan mengaitkan apa yang mereka terima selama ini sebagai satu kezaliman. Tidak pula kita kedengaran ada yang mengatakan: “Baik macam ISA” Namun demikian tulisan ini bukan untuk kelas Bahasa Malaysia bab perumpamaan, tulisan ini adalah tentang perbahasan di Parlimen kelmarin (16 April) iaitu tentang satu Rang Undang-Undang Baru yang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. RUU ini bertujuan menggantikan ISA yang selama ini menghantui rakyat Malaysia kerana amalan tahan tanpa bicaranya. Ia juga mengambil kuasa dan hak untuk tertuduh daripada pendengaran di mahkamah kerana Kementerian Dalam Negeri punya kuasa yang mutlak dengan hanya menurunkan tandatangan bagi mengenakan hukuman dua tahun dalam tahanan. ISA digubal tahun 1960 adalah untuk menangani ancaman komunis yang masih bertapak di negara kita. Namun setelah komunis menyerah diri dan meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 di Haatyai, Thailand, ISA diteruskan tetapi kini menghala kepada musuh politik yang bergerak secara berperlembagaan dan tidak lagi kepada anasir subversif yang bergerak secara haram. Matlamat asal ISA untuk memelihara negara dari ancaman komunis dan anasir terror yang lain kini menjadi alat Umno dan BN untuk mengukuhkan kedudukan mereka dari ancaman politik. Ramai yang terperosok di dalam kem tahanan yang sifatnya adalah politik terdiri daripada aktivis PAS, DAP, PSRM dan lain NGO yang dituduh tanpa terbukti pertuduhan itu hingga hari ini. Penentangan terhadap ISA bermula sejak ia disalahgunakan sehingga mencapai tahap mobilisasi rakyat dengan GMI iaitu Gerakan Memansuhkan ISA. Kemenangan Pakatan Rakyat (PR) tahun 2008 menjadi pemangkin di Parlimen untuk mendesak supaya ISA dihapuskan. Minggu ini sudah secara resminya ISA dihapuskan untuk digantikan dengan satu akta baru bagi menyahut perkembangan baru negara dengan memperkenalkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas) 2012. Fakta yang mengatakan kerajaan hari ini telah menggantikan akta baru dari pemansuhan ISA menjadi isu yang utama sehingga mereka lupa untuk meneliti apakah isi kandongan akta baru ini. Perbahasan oleh Ahli Parlimen Umno dan BN seolah-olah lebih berminat untuk menonjolkan kesediaan BN menyahut kehendak rakyat daripada bertitik tolak atas kesedaran yang tulen untuk menggarap persoalan ketelusan dan keadilan menegakkan prinsip hukum. Tidak mengherankan kita dalam perbahasan kelmarin, isu pokok diabaikan malah usaha Ahli Parlimen PR yang lebih menyentuh tentang fundamental isu RUU ini dipatahkan hujah dengan sentimen serangan ke atas batang tubuh DSAI. Hampir kesemua wakil Umno dan BN berucap menjadikan fakta hujahnya di atas alasan yang mesejnya ialah : “Kami dah ganti, apa lagi yang hendak ditentang oleh PR?” Inilah kunci kelemahan RUU ini, ia dilakukan di atas desakan dan bukan kesedaran. Jika ia dilakukan atas kesedaran sudah tentu prinsip hukum akan terbela, tetapi kerana ia dibuat atas desakan untuk kepentingan tertentu RUU ini menjadi tunggang-terbalik dan tidak konsisten dengan prinsip keadilan hukum. Pembuktian yang menjadi asas kepada proses penghakiman masih disyaratkan dengan klausa kuasa Menteri dalam pentakrifan “maklumat sensitif” di mana hakim “terpaksa” menerima pengklasan sesuatu maklumat sensitif itu tidak boleh dijadikan bahan bukti. Walaupun kuasa menetapkan hukuman ada di tangan Menteri dalam ISA kini kuasa Menteri berpindah kepada pengklasan “maklumat sensitif” yang akan digunakan sebagai bukti. Bukankah pembuktian itu asas untuk hakim terhadap sesuatu penghakiman? Di sini asas itu telah “dirompak” oleh Menteri dan hakim diminta untuk memperakui “rompakan” ini siang-siang hari. Lagipun dalam OSA (Official Secrets Act) telahpun berlaku salahguna dimana maklumat yang mendedahkan rasuah dan salahguna kuasa boleh dilabelkan sebagai rahsia resmi kerajaan untuk menutup skandal kerajaan sedangkan OSA adalah untuk melindungi maklumat rahsia tentang keselamatan dan pertahanan negara. Apakah jaminan klausa ini tidak akan disalahgunakan? Mungkinkah pembuktian pembela memerlukan sesuatu bukti yang mungkin mendedahkan sesuatu tentang skandal atau kelemahan kerajaan lalu pendakwa menggunakan klausa menteri untuk menghalang pembelaan? Konsep Al Bayyinah atau evidence yang menjadi asas pendakwaan dan pembelaan seolah-olah sengaja disabotaj terhadap tertuduh dalam RUU ini. (Bahagian I, Tafsiran 3, “maklumat sensitif”, berhubungan dengan Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau kedaulatan, keselamatan negara, pertahanan, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa) Walaupun amalan tanpa bicara sudah dihapuskan namun tahanan terhadap tertuduh dikekalkan dalam tahanan sehingga segala usaha rayuan mahkamah dibuat walaupun pendakwaan gagal membuktikan kesalahan tertuduh dalam perbicaraan. Pihak pendakwa hanya perlu memohon rayuan dengan lisan sahaja untuk hakim menerimanya. Walaupun dalam keadaan biasa rayuan keputusan memerlukan bukti baru untuk diterima oleh hakim. Dalam RUU tidak disyaratkan demikian. Kalau dahulu seseorang ditahan dua tahun dengan kuasa Menteri, kini walaupun ada perbicaraan di mahkamah seseorang terrtuduh boleh kekal dalam tahanan sehingga proses rayuan sampai ke penghujungnya dan itu boleh memakan masa dua tahun juga. Walaupun elemen terpenting ISA dihapuskan namun elemen baru dipasang untuk menidakkan hak seseorang itu dibebaskan sementara menunggu segala proses rayuan dibereskan (Fasal 30 (1)-(7)) Kuasa kehakiman “dirompak” dan diberikan kepada polis melalui hak masa soal-siasat selama 28 hari. Walaupun masa soal-siasat dikurangkan dari 60 hari, namun kuasa menahan selama itu tidak boleh dicabar kerana polis menentukan keperluan tersebut setelah tertuduh ditahan 24 jam. Kalau dahulu polis terpaksa minta lanjutan tahanan dari majestrit tetapi kini Polis boleh membuat keputusannya sendiri jika dirasakan perlu untuk tahan selanjutnya. Ini amat membimbangkan dalam suasana imej PDRM sering dikaitkan dengan salahguna kuasa dan kes kematian dalam lokap terus menghantui tahanan-tahanan reman. Apa jaminan siksaan dalam tahanan reman dan siksaan saikologi yang tidak berperikemanusiaan tidak dilakukan? Apatah lagi keputusan polis untuk menggunakan peranti pengawasan yang boleh dipasang ke atas tertuduh setelah tahanan lanjut tidak diperlukan, sekali lagi menunjukkan kemungkinan salahguna kuasa berlaku. (Kuasa Penangkapan dan Penahanan 4 (4)-(6).) Setiap kali kami dari PR memberi ingatan kepada potensi salahguna kuasa dalam RUU ini dilakukan, hujahan ahli Parlimen BN ialah RUU ini terjamin kerana ia adalah lain dari ISA. Dulu pun semasa ISA digubal pada tahun 1960, Prof Zulkifli Muhammad dari Ahli Parlimen Bachok memberi amaran yang sama tentang salahguna kuasa ISA untuk menahan tahanan politik dan bukan musuh negara tetapi terbukti jaminan itu tidak dapat dipertahankan, kini amaran yang sama oleh kami diulangi. Apakah jaminan itu akan ditunaikan? Melihat kepada latarbelakang amalan selama ini, kami tidak yakin kerana RUU itu sendiri memberikan ruang untuk dislahgunakan. Lagipun asakan rakyat untuk melihat perubahan regim di negara ini semaikn meningkat, apakah jaminan BN tidak akan menggunakan RUU ini untuk mendakwa desakan politik yang mahukan perubahan regim? Kami juga mencadangkan supaya RUU ini dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti bagi mengambilkira isu-isu prinsip keadilan yang dikemukakan. Sebab itulah tulisan ini mengandaikan seolah-olah suasana kita hari ini umpama keluar dari mulut harimau untuk masuk ke mulut buaya! Selamat tinggal ISA; selamat datang ISA? Sumber DD : 17/04/2012 RUU GST ditarik balik buat kali ke-3
KUALA LUMPUR, 19 April: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussin hari ini memohon kepada Dewan Rakyat untuk menarik balik pembentangan usul Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2009 untuk bacaan kali kedua.
Jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang disebut-sebut Jun ini benar-benar berlaku, bermakna RUU itu masuk tiga kali ditangguhkan untuk dibentangkan kali kedua di Dewan Rakyat sejak 2009 lalu. Ini kerana hari ini merupakan hari terakhir Sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kedua Belas. Semalam, Datuk Mahfuz Omar (PAS Pokok Sena) yang juga Naib Presiden PAS, membayangkan kerajaan tidak akan membentangkan RUU itu pada hari terakhir hari ini. Jika RUU itu dibentang sebelum PRU, Mahfuz menyifatkan ianya umpama BN 'sembelih diri'. Sumber HD : 19/04/2012 Akta baru tidak boleh atasi mudarat ISA
KUALA LUMPUR, 19 April: "Akta baru ini memberi ruang kepada pelanggaran-pelanggaran tersebut untuk berulang," kata Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan. Begitupun, katanya, Ikram menyambut baik inisiatif untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) seperti yang telah dibentangkan di Parlimen. Seharusnya, kata beliau ISA dimansuhkan lama dahulu oleh kerana pelanggarannya terhadap prinsip-prinsip keadilan, kebebasan dan kemanusiaan sejak ia diluluskan 52 tahun yang lalu. "Namun Ikram kesal dengan kelulusan rang undang-undang baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang dikatakan lebih baik daripada ISA," ujarnya. Beliau menambah, Ikram juga kesal dengan kegagalan pihak kerajaan mengadakan ruang rundingan awam yang munasabah sebelum rang undang-undang tersebut dibentangkan dan diluluskan di Parlimen. Menurutnya, walaupun terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan seperti tempoh penahanan 60 hari dipendekkan kepada 28 hari namun ternyata melalui bantahan yang dibuat oleh pelbagai pihak, khususnya oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), badan-badan bukan kerajaan dan Pakatan Rakyat, ternyata masih terdapat beberapa masalah besar berhubung akta baru berkenaan. "Antaranya ialah kuasa tahan tanpa bicara 28 hari kepada polis, kesamaran tafsiran kesalahan keselamatan, peruntukan ikat jamin yang tidak dibenarkan, penahanan yang boleh terus dilakukan sehingga semua prosedur rayuan selesai dan penggunaan peranti pengawasan elektronik yang bercanggah dengan hak kebebasan bergerak dan privasi," katanya lagi. Justeru, ujarnya Ikram berpendapat soal memelihara keselamatan dan menangkis ancaman keganasan kepada negara adalah penting namun ia tidak sama sekali boleh membenarkan apa sahaja tindakan termasuk penyalahgunaan kuasa, penyeksaan dan kezaliman, apatah lagi yang bercanggah dengan prinsip keadilan yang dituntut oleh Islam. Katanya, kaedah fiqh menyatakan bahawa sesuatu mudarat tidak boleh diatasi dengan suatu mudarat yang lain. "Malah, Ikram menentang mana-mana akta yang membuka pintu kezaliman dalam semua keadaan di setiap masa," ujarnya lagi. Menurutnya, amatlah nyata berlakunya banyak pelanggaran berkenaan dalam ISA jika diteliti testimoni, dokumentasi, laporan dan pendedahan yang telah dibuat oleh bekas tahanan ISA dan ahli keluarga mereka. Sumber HD : 19/04/2012 Latihan DBKL bercanggah RUU himpunan aman
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Latihan bagi penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menghadapi perhimpunan haram hanya dilihat sebagai bercanggah dengan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman.
Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamed (gambar), berkata ini kerana dengan RUU tersebut, tiada istilah perhimpunan haram, sebaliknya sesiapa yang ingin berhimpun hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis. "Sekiranya penguatkuasa DBKL ditambah tugas, itu dalam bidang kuasa mereka. Tetapi apabila sebut tentang perhimpunan haram, ia bercanggah dengan RUU perhimpunan aman yang tiada istilah perhimpunan haram dan sebagainya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Tambah beliau, sekiranya penguatkuasa DBKL diberikan tugas atau latihan tentang pemantauan dan pengawalan sebarang perhimpunan, perkara itu memang disokong pihaknya. Namun, katanya jika latihan itu hanya untuk menggalakkan sebarang bentuk kekasaran dan keganasan seperti pihak polis sebelum ini, perkara tersebut tidak boleh diterima. "Lebih baik sekiranya anggota penguatkuasa ini diberi latihan bagaimana tugas mereka untuk memastikan sesuatu perhimpunan itu dapat dilangsungkan dengan aman, seperti mengawal dan memberi kerjasama sewajarnya bagi sesebuah perhimpunan itu," tambah Kamaruzzaman lagi. Sebelum itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan penguatkuasa DBKL akan dilatih secara khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan. Beliau dilaporkan berkata latihan secara khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur. Menurut Raja Nong Chik, perbincangan tentang latihan khusus itu telah diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Sumber HD : 14/05/2012 Sosma akta kuno, tidak perlu semasa pilihan raya
KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) berpendirian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma bukan sahaja tidak perlu digunakan semasa pilihanraya, bahkan Sosma merupakan akta konservatif yang langsung tidak diperlukan oleh negara.
Penyelarasnya, Syukri Razab berkata, takrifan kesalahan keselamatan di bawah Sosma terlalu luas sehinggakan polis boleh melakukan tangkapan secara wewenangan. “Bagi urusan pilihanraya, sudah wujud undang-undang yang boleh menangani salah laku berkaitan Pilihanraya seperti Akta Kesalahan pilihanraya,” ujarnya dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. Suaram berpendirian Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) Sosma bukan sahaja tidak perlu digunakan semasa Pilihanraya, bahkan Sosma merupakan akta konservetif yang langsung tidak diperlukan oleh negara. Takrifan kesalahan keselamatan di bawah Sosma terlalu luas sehinggakan polis boleh melakukan tangkapan secara wewenangan. Bagi urusan pilihanraya, sudah wujud undang-undang yang boleh menangani salah laku berkaitan Pilihanraya seperti Akta Kesalahan pilihanraya. Polis dilihat cuba mengambil jalan mudah dengan menggunakan Sosma bagi menakut-nakutkan orang ramai memandangkan akta tersebut memberi kuasa besar kepada pihak Polis untuk membuat tangkapan. Risiko berlakunya tangkapan sewenang-wenangnya semasa pilihanraya Sosma memberi peruntukan yang sama seperti ISA iaitu pihak Polis boleh menahan sesorang hanya berdasarkan syak wasangka bahawa seseorang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan. Berdasarkan kajian kes yang berlaku, terdapat bukti yang menunjukkan pihak Polis melakukan tangkapan secara arbitrari menggunakan Sosma. Tangkapan yang dibuat ke atas Yazid Sufaat, Hilmi Hasim dan Halimah Hussein, pada Februari lalu jelas dilakukan tanpa bukti yang mencukupi. Sehingga ke hari ini, pihak Polis masih mencari bukti bagi menyokong tangkapan tersebut. Sekiranya diteladani daripada kes yang berlaku, maka dikhuatiri Polis akan menggunakan Sosma secara sewenang-wenangnya semasa Pilihanraya. Mangsa yang ditangkap di bawah Sosma akan berdepan dengan proses undang-undang yang terlalu rumit bermula dengan ditahan selama 28 hari tanpa dibicarakan dan kemudian terpaksa mendekam didalam penjara sepanjang proses perbicaraan sekiranya dituduh di mahkamah. Hal ini sekiranya berlaku akan mencemarkan proses pilihanraya di samping menafikan hak orang yang ditahan untuk terlibat dengan pilihanraya. Risiko berlaku tangkapan bermotif politik Sekiranya Sosma digunakan semasa Pilihanraya, maka dikhuatiri akan berlaku tangkapan bermotif politik demi kepentingan pihak tertentu. Lebih merisaukan ialah pihak Polis boleh menahan sesiapa sahaja menggunakan Sosma walaupun kesalahan belum atau tidak pernah berlaku. Merujuk kembali sejarah ISA, ramai ahli politik pembangkang pernah menjadi mangsa akta zalim berkenaan. Walaupun Sosma memperuntukkan klausa khas mengenai tidak akan ada penahanan bermotif politik, namun Klausa 12 itu terlalu kecil berbanding kuasa Polis yang boleh membuat tangkapan berdasarkan takrifan kesalahan yang terlalu luas di bawah Sosma. Sosma bukan sahaja memberi kuasa besar kepada Polis untuk melakukan tangkapan secara sesuka hati, tetapi Sosma juga akan menyebabkan penafian hak asasi kepada mangsa yang ditahan. Oleh itu pihak polis sewajarnya tidak menggunakan Sosma bagi mengelakkan berlakunya lebih banyak pencabulan hak asasi. Akta ini harus dimansuhkan dengan segera oleh mana-mana kerajaan yang akan menang dalam Pilihanraya Umum akan datang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 12-4-2013
Tian Chua, Haris Ibrahim ditahan
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Batu Tian Chua serta aktivis NGO Asal Bukan Umno (ABU) Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.
Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan. "20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang. "Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya. Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan. Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut. Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari ini.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-5-2013
Tamrin juga kena tahan
KUALA LUMPUR: Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
"Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya. Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan akhtivis Asal Bukan Umno, peguam Haris Ibrahim. Laporan lanjut menyusul.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-5-2013
|
No comments:
Post a Comment