Kelantan sedia RM5 juta untuk aktiviti sukan
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 26 Apr 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM5 juta untuk aktiviti kesukanan di negeri itu, melalui Urusetia Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, memandangkan ianya aktiviti penting yang perlu didedahkan pada masyarakat.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata ianya bagi memenuhi keperluan anak muda Kelantan khususnya peminat sukan agar terus aktif dalam bidang itu.
Katanya, lagipun aktiviti sukan yang tidak bercanggah dengan Islam digalakkan seperti berenang, memanah, menunggang kuda atau berlari kerana ianya dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan.
“Murninya kegiatan sukan ini, Rasulullah s.a.w. sendiri pernah mengadakan pertandingan larian dengan isterinya Aisyah.
“Ianya bukan sahaja membuktikan kepada kita aktiviti itu boleh dilakukan, sebaliknya mengukuh kasih sayang antara suami isteri,” ujarnya.
Bagaimanapun, tambahnya ianya mesti selari dengan tuntutan syariat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian watiqah jemputan kerajaan Kelantan ke Sukma ke-14.
Kunjungan Kerajaan Pahang yang diketuai Exco Pahang Datuk Mohammad Sahfri Ab.Aziz untuk menjemput peserta Kelantan turut menyertai Sukma ke-14 yang bakal diadakan di negeri itu
Hadir sama pada majlis itu, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Katanya, Kelantan memberi perhatian khusus terhadap kesukanan kerana ianya penting untuk kesihatan tubuh manusia, apa lagi ianya juga menjadi minat Rasulullah.
“Bagi merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri akan menyediakan Kompleks Sukan di Pasir Putih bagi menempatkan masyarakat bersukan,” ujarnya.
Turut hadir dalam siri jelajah negeri sempena Sukma itu, peserta motosikal berkuasa tinggi yang memakai baju berwarna kuning
Sumber HD : 26/04/2012

BR1M diguna beli lembu kenduri masuk PAS
Salmah Mat Husain, | 26 Apr 2012 |
KOTA BHARU: Belum pun Umno sempat menuai hasil daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ada penerima bantuan sudah membelanjakan wang yang diperolehi bagi menganjurkan kenduri kesyukuran menyertai PAS.
Baru-baru ini beberapa penduduk yang menerima BR1M berpakat menggunakan wang yang diperolehi untuk membeli lembu bagi majlis kesyukuran di Rantau Panjang.
Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, keadaan sebaliknya berlaku apabila habuan BR1M sebanyak RM500 yang diharap BN dapat memancing undi dijadikan modal untuk program PAS.
“Pada mulanya BR1M bertujuan memancing undi dengan harapan rakyat terus menyokong BN, namun lain pula jadinya di Bukit Tuku.
"Tak sangka pula ada penerima berpakat sesama mereka membeli lembu sempena majlis kesyukuran menyertai PAS,” ujarnya pada perasmian penutup Ijtima’ Almala’ di Kota Darulnaim baru-baru ini.
Hampir 800 peserta menghadiri program berkenaan. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Perupok, Datuk Omar Mohamed dan Pegawai Fatwa Jabatan Mufti Kelantan, Ustaz Saibon Ismail.
Sumber HD : 26/04/2012
Perjuangan Kelantan mendapatkan hak royalti petroleumnya kecundang sekali lagi di Mahkamah Rayuan di hadapan tiga Hakim, Khamis, 26 April 2012.
Walaupun perjuangan belum berakhir dan perbicaraan sebenar belum bermula, keputusan Mahkamah itu terasa luka.
Isnin sebelumnya, The Edge Financial Daily dalam laporan muka depannya menyebut Kerajaan Terengganu telah menarik balik saman yang sama terhadap Petronas dan Kerajaan Malaysia yang difailkan semasa Terengganu diterajui oleh TG Hj Abdul Hadi Awang, tepatnya pada tahun 2001.
Sebelas tahun berlalu, penyelesaian luar Mahkamah dikatakan telah dimeterai. Saman itu ditarik balik. Namun, terma sebenar penyelesaian itu tinggal sebagai teka teki.
Bertolak dari laporan itu, Peguam Kerajaan Kelantan - sehari selepas laporan itu keluar - menfailkan afidavit tambahan memohon Mahkamah mengarahkan terma penyelesaian Terengganu-Petronas-Persekutuan didedahkan dan penyelesaian serupa dilakukan oleh Petronas-Persekutuan terhadap Kelantan.
Mahkamah menolak permohonan ini. Pilu terasa menusuk dada. Aduhai, Malaysiaku!
Petronas menfailkan afidavit balas menerusi Naib Presiden Bahagian Perundangan Petronas, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin. Dalam afidavit balas itu, Petronas mengesahkan saman Kerajaan Terengganu telah ditarik balik.
Namun, kata Petronas, penarikan balik itu berlaku tanpa sebarang penyelesaian direkodkan antara Petronas dan Kerajaan Terengganu.
Pada masa yang sama, sepanjang perbicaraan semalam (Khamis, 26 April 2012) Peguam Negara yang mewakili Kerajaan Malaysia tidak pula menfailkan sebarang afidavit balas. Wakil Peguam Negara mengambil sikap berdiam diri dalam isu ini dan langsung tidak menyentuh mengenainya.
Apa yang dilakukan ialah trik penyelesaian tiga segi - Kerajaan Malaysia, Kerajaan Terengganu dan Petronas secara sembunyi. Penyelesaian langsung antara Kerajaan Terengganu dan Petronas tidak dilakukan, antara lain bagi mengelakkan ia digunakan dalam kes Kelantan.
Sebaliknya, Kerajaan Persekutuan mengambil alih tugas dan beban kontrak Petronas dengan Petronas membuat pembayaran kepada Terengganu melalui Kerajaan Persekutuan. Petronas seakan tidak tahu menahu ke mana wang 10% yang dibayarnya kepada Kerajaan Persekutuan digunakan.
Kerajaan Persekutuan bersetuju membayar semula royalti atau bayaran tunai wajib kepada Kerajaan Terengganu, bagi pihak Petronas. Petronas membayar 10% bayaran royalti kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Persekutuan menggunakan bahagian 5% untuk dibayar kepada Terengganu dan 5% lagi adalah kekal sebagai bahagian Kerajaan Persekutuan.
Dengan cara ini, Petronas seolah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan penyelesaian yang dicapai dan dengan itu, boleh mengelakkan penyelesaian yang sama dengan Kelantan.
Trik ini mendedahkan;
a. Pihak yang berkaitan tidak jujur kepada sebahagian rakyatnya, dalam hal ini, rakyat Negeri Kelantan. Pada waktu Terengganu yang dikuasai oleh BN, bayaran dibuat dengan cara pengaturan segitiga itu, rakyat Kelantan terus dinafikan haknya.
Jika pihak-pihak ini jujur, kenapa tidak penyelesaian itu dilakukan secara telus dan straight forward kerana sememangnya perjanjian adalah antara Kerajaan Negeri-Negeri dan Petronas dan bukannya antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Kenapa ia tidak diumumkan?
Kenapa semua pihak berdiam diri?
b. Tindakan pembatalan royalti selama ini, dalam kes Terengganu dan penafiannya, dalam kes Kelantan, menunjukkan ia adalah satu tindakan yang salah, silap dan membelakangkan undang-undang sehingga akhirnya, bayaran dibuat semula kepada Terengganu.
3. Slogan One Malaysia adalah kosong. Adanya amalan diskriminasi antara negeri, seperti Kelantan. Waktu yang sama, negeri yang lain dilayan lebih istimewa.
4. Sekalipun Petronas menafikan ia sedar adanya penyelesian itu, kelak, penyata akaunnya akan menunjukkan jumlah bayaran yang dilakukan bagi tujuan itu, melalui jumlah yang terlibat, sekalipun terlebih dahulu disalurkan melalui Kerajaan Persekutuan. Adakah integriti Petronas sebegitu murah di mata dunia?
5. Petronas bercakap benar menerusi afidavitnya bahawa ia tidak tahu menahu sebarang penyelesaian dibuat? Apa implikasinya jika afidavit itu tidak benar dan mengelirukan Mahkamah?
5. Di manakah hati perut dan perasaan bertimbang rasa atas apa yang terakru mengikut undang-undang dan semangat good governance yang sewajibnya dijunjung pihak-pihak ini?
Semoga Allah memberikan ketabahan hati kepada rakyat Kelantan dan hak mereka terus diperjuangkan sehingga keadilan berjaya ditegakkan. Lambat atau bangat. Serta bumi Malaysia melindungi semua penguninya dengan penuh saksama dan berkasih sayang.
--------------------------------------------------------------------------
Penulis adalah Exco kerajaan negeri Kelantan yang mengendalikan urusan petroleum. Beliau juga adalah Naib Presiden PAS.
Sumber HD : 27/04/2012

Royalti: Kenapa Kelantan dilayan berbeza?
Husam Musa, | 27 Apr 2012 |

Baju T Gerak 2012 Silat juga warna kuning
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal, | 28 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 28 April: Sama ada dirancang atau satu kebetulan, namun hampir 2,000 peserta pesilat Kelantan menyertai Gerak 2012 Silat memakai kemeja T berwarna kuning.
Cuma bezanya, kemeja T yang mereka pakai bukannya bertulis Bersih 3.0 (Duduk Bantah), sebaliknya Kelantan TMK@2012, simbolik kepada tahun ini sebagai Tahun Melawat Kelantan.
Lebih menarik, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak hadir Bersih 3.0 kerana masalah kesihatan turut memakai kemeja T berkenaan sambil menunjukkan isyarat ‘bagus’, serentak itu peserta silat bersorak sambil melaungkan takbir.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu berkata, sekiranya ingin menegakkan perjuangan Islam, setiap umat perlu mempertahankannya dengan akidah.
“Dengan akidah umat Islam mempertahankan kesucian Islam apa lagi setiap kali ianya dilabelkan dengan perkara buruk terhadap agama suci kita.
“Begitu juga dengan ilmu mempertahankan diri, untuk menjaga keselamatan diri, perlu mempunyai ilmunya agar tidak mudah diambil kesempatan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bagaimanapun setiap peserta silat perlu mengikut ajaran Islam dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pesilat.
“Kalau boleh setiap kali menunaikan solat khususnya pada program tertentu, solatlah dengan memakai pakaian pesilat sebagai seorang pendekar,” ujarnya.
(Gambar: Tuan Guru Nik Aziz menunaikan solat berimamkan pesilat.)
Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa syukur kerana persatuan-persatuan pesilat di negeri itu mengutamakan solat selain tatatertib yang tinggi dan berdisiplin.
Gerak 2012 Silat diadakan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan bertempat di Padang Perdana.
Antara pertubuhan yang mengambil bahagian dalam program ini, Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Terlak Empat Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Fattani Kelantan.
Selain itu Seni Silat Terlak Asli Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Tiga Kalimah Kelantan, Pertubuhan Seni Silat Gayung Segerak Kelantan dan lain-lain lagi.
Sumber HD : 28/04/2012
KOTA BHARU, 29 April - Artis terkenal zaman 60-an dan 70-an, Datuk A. Rahman Hassan dan Hail Amir melahirkan rasa gembira kerana diundang untuk membuat persembahan di negeri ini.
Hail Amir atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, ketika ditemui malam tadi melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk membuat persembahan.
Hail yang terkenal dengan lagu duetnya bersama Uji Rashid ‘Hujan Oh Hujan’ juga tidak pernah menduga masih ramai yang meminati beliau.
“Kebetulan malam ni hujan, namun mereka tetap setia tidak berganjak untuk mengikuti persembahan kami.
“Pada masa yang sama, katanya pengiring band Kelab Suara Muda begitu teratur dapat bermain alat muzik dengan baik, syukur,” ujar anak kelahiran Pulau Mutiara itu.
A Rahman Hassan, ketika ditemui mengakui kali pertama menerima undangan kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 22 tahun, walaupun sering hadir untuk membuat pesembahan di negeri ini.
Katanya, beliau sering mendapat undangan menyanyi anjuran badan-badan NGO, kelab dan sebagainya, namun ini kali pertama undangan khas dari kerajaan negeri.
“Saya memang rasa terharulah, terima kasih banyaklah kerana sudi mengundang saya,” ujarnya.
Beliau mendendangkan empat buah lagu, antaranya Kerana Fitnah, Hanya Untukmu dan Tak Mengapa lagu hitsnya.
Hail juga mendendangkan empat buah lagi antaranya Kau Datang Lagi, Inginku Milik Kasih, sebuah lagu Kumpulan Flybeats ‘Kenangan Lalu’ dan sebuah lagu joget ‘Ketipak ketipung’.
Program berkenaan dianjurkan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan yang diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan TMK@2012 .
Selain jemputan khas, turut membuat persembahan artis tempatan termasuk Azman Mohd Daham.
Sumber HD : 29/04/2012
TANAH MERAH: Sehingga kini hampir 24,000 warga emas yang meninggal dunia di Kelantan menerima pampasan daripada Takaful Kifaalah Sdn Bhd yang berjumlah lebih RM46 juta.
Skim kebajikan untuk warga emas tersebut dilancarkan pada 2006 di mana pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.
Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia.
Keluarga peserta juga bukan sekadar menerima cek pampasan sebaliknya turut diadakan tahlil perdana yang bermula 30 April lalu di Masjid Kampung Peria, Dun Manek Urai.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, program tahlil perdana dan penyampaian cek kepada wasi (keluarga) akan diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, yang dijangka berakhir 31 Mei ini.
Katanya, program berkenaan yang bermula selepas Asar diadakan jamuan rakyat, kemudian kuliah agama selepas Maghrib, tahlil dan penyampaian cek kepada wasi.
“Keluarga warga emas yang meninggal dunia dijemput menghadiri program berkenaan bagi menerima cek, menyertai tahlil dan menikmati jamuan yang diadakan,” katanya di sini semalam.
Program berkenaan diadakan di Masjid Tepi Sungai, program bermula selepas Asar. Selepas solat Maghrib diadakan kuliah agama disampaikan imam masjid terbabit, Mohd Nor Said. Selepas itu diadakan sembahyang hajat.
Selepas solat Isya’ diadakan majlis penyampaian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.
Hadir sama Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa. Setiap wasi menerima cek berjumlah RM1,000.
Sementara itu, seorang penerima Mohd Soffi Mat Nor dari Kampung Sat melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan skim berkenaan.
Sumber HD : 2/05/2012
(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)
PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.
Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.
Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.
Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.
"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?
"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.
Sumber HD : 2/05/2012
(Abdul Fatah berucap di majlis makan malam NGO Kelantan)
KOTA BAHRU: Hanya ‘duit’ talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini setelah kehabisan modal untuk memancangi rakyat.
Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jika diukur dari pretasi, kedudukan parti itu semakin teruk pada kacamata rakyat.
“Kalau tak ada duit, menipu, lama dah Umno ‘bungkus’ di Malaysia ni,” katanya yang juga Adun Bukit Panau.
Menurut Fatah lagi, Umno hanya pandai ‘mengula-gulakan rakyat’ dengan kebendaan apa lagi bila semakin hampir dengan pilihanraya.
Sehubungan itu, beliau berharap Badan Bukan Kerajaan (NGO), menerangankan senario yang berlaku sekarang kepada rakyat agar mereka lebih memahami situasi yang sebenar.
“NGO kena jelaskan suasana yang berlaku kepada rakyat agar mereka memahami keadaan semasa khususnya megenai penyelewangan pilihanraya,” ujarnya.
Katanya lagi, badan ngo harus menjadi sebagai pendorong dan pengerak massa dalam melakukan perubahan.
Beliau berkata demikin sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Badan NgO Negeri Kelantan, di sini, malam tadi.
Turut sama dalam majlis berkenaan, Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof.
Sumber HD : 3/05/2012

A Rahman, Hail Amir gembira undangan Kelantan
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal, | 29 Apr 2012 |
KOTA BHARU, 29 April - Artis terkenal zaman 60-an dan 70-an, Datuk A. Rahman Hassan dan Hail Amir melahirkan rasa gembira kerana diundang untuk membuat persembahan di negeri ini.
Hail Amir atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir, ketika ditemui malam tadi melahirkan rasa terkejut dan terharu kerana diundang oleh kerajaan negeri untuk membuat persembahan.
Hail yang terkenal dengan lagu duetnya bersama Uji Rashid ‘Hujan Oh Hujan’ juga tidak pernah menduga masih ramai yang meminati beliau.
“Kebetulan malam ni hujan, namun mereka tetap setia tidak berganjak untuk mengikuti persembahan kami.
“Pada masa yang sama, katanya pengiring band Kelab Suara Muda begitu teratur dapat bermain alat muzik dengan baik, syukur,” ujar anak kelahiran Pulau Mutiara itu.
A Rahman Hassan, ketika ditemui mengakui kali pertama menerima undangan kerajaan negeri Kelantan dalam tempoh 22 tahun, walaupun sering hadir untuk membuat pesembahan di negeri ini.
Katanya, beliau sering mendapat undangan menyanyi anjuran badan-badan NGO, kelab dan sebagainya, namun ini kali pertama undangan khas dari kerajaan negeri.
“Saya memang rasa terharulah, terima kasih banyaklah kerana sudi mengundang saya,” ujarnya.
Beliau mendendangkan empat buah lagu, antaranya Kerana Fitnah, Hanya Untukmu dan Tak Mengapa lagu hitsnya.
Hail juga mendendangkan empat buah lagi antaranya Kau Datang Lagi, Inginku Milik Kasih, sebuah lagu Kumpulan Flybeats ‘Kenangan Lalu’ dan sebuah lagu joget ‘Ketipak ketipung’.
Program berkenaan dianjurkan sempena Karnival Kebudayaan Kelantan yang diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan TMK@2012 .
Selain jemputan khas, turut membuat persembahan artis tempatan termasuk Azman Mohd Daham.
Sumber HD : 29/04/2012
24,000 waris warga emas terima manfaat takaful
M Zin, | 02 Mei 2012 |
Skim kebajikan untuk warga emas tersebut dilancarkan pada 2006 di mana pada tahun pertama sebanyak RM12.9 juta dibayar membabitkan kematian seramai 5,195 warga emas.
Manakala pada tahun kedua pula pampasan dibayar sebanyak RM13.2 juta melibatkan seramai 5,264 warga emas yang meninggal dunia.
Keluarga peserta juga bukan sekadar menerima cek pampasan sebaliknya turut diadakan tahlil perdana yang bermula 30 April lalu di Masjid Kampung Peria, Dun Manek Urai.
Pengurus Besar Kifaalah Sdn Bhd, Abdul Shakur Sharrie berkata, program tahlil perdana dan penyampaian cek kepada wasi (keluarga) akan diadakan di seluruh kawasan parlimen di Kelantan, yang dijangka berakhir 31 Mei ini.
Katanya, program berkenaan yang bermula selepas Asar diadakan jamuan rakyat, kemudian kuliah agama selepas Maghrib, tahlil dan penyampaian cek kepada wasi.
“Keluarga warga emas yang meninggal dunia dijemput menghadiri program berkenaan bagi menerima cek, menyertai tahlil dan menikmati jamuan yang diadakan,” katanya di sini semalam.
Program berkenaan diadakan di Masjid Tepi Sungai, program bermula selepas Asar. Selepas solat Maghrib diadakan kuliah agama disampaikan imam masjid terbabit, Mohd Nor Said. Selepas itu diadakan sembahyang hajat.
Selepas solat Isya’ diadakan majlis penyampaian cek kepada keluarga warga emas yang meninggal dunia.
Hadir sama Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Adun Kemahang, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusoff Wan Mustafa. Setiap wasi menerima cek berjumlah RM1,000.
Sementara itu, seorang penerima Mohd Soffi Mat Nor dari Kampung Sat melahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana mewujudkan skim berkenaan.
Sumber HD : 2/05/2012
Hari ini dalam sejarah: PM guna tandas ini
Harakahdaily, | 02 Mei 2012 |
(Penyataan pada tandas yang digunakan oleh PM. Ia dibuat oleh BN Pasir Puteh)
PASIR PUTEH: Mungkin kerana terlalu ingin membodek, maka berlakulah dengan apa yang berlaku ini.
Ia berlaku di Pasir Puteh, Kelantan apabila sebuah tandas telah direkodkan sebagai bersejarah hanya kerana ia telah digunakan oleh Perdana Menteri.
Menurut satu laman, Ohtidak.com, mereka sendiri tak tahu nak cakap apa sampai tandas yang PM gunakan turut dijadikan sebgai tempat bersejarah.
Ini pertama kali kami lihat kes seperti ini dan nampak taksub sangat pun ye juga ni, kata laman itu.
"Tapi mestilah bangga klau PM gunakan tandas di tempat kita kan?
"Bukan senang nak jumpa seorang insan bernama Datuk Srri Najib Tun Abdul Razak," tulis laporan dalam laman itu.
Sumber HD : 2/05/2012
Hanya 'duit' selamatkan Umno dari 'bungkus'
Rizal Tahir, | 03 Mei 2012 |
(Abdul Fatah berucap di majlis makan malam NGO Kelantan)
KOTA BAHRU: Hanya ‘duit’ talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini setelah kehabisan modal untuk memancangi rakyat.
Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jika diukur dari pretasi, kedudukan parti itu semakin teruk pada kacamata rakyat.
“Kalau tak ada duit, menipu, lama dah Umno ‘bungkus’ di Malaysia ni,” katanya yang juga Adun Bukit Panau.
Menurut Fatah lagi, Umno hanya pandai ‘mengula-gulakan rakyat’ dengan kebendaan apa lagi bila semakin hampir dengan pilihanraya.
Sehubungan itu, beliau berharap Badan Bukan Kerajaan (NGO), menerangankan senario yang berlaku sekarang kepada rakyat agar mereka lebih memahami situasi yang sebenar.
“NGO kena jelaskan suasana yang berlaku kepada rakyat agar mereka memahami keadaan semasa khususnya megenai penyelewangan pilihanraya,” ujarnya.
Katanya lagi, badan ngo harus menjadi sebagai pendorong dan pengerak massa dalam melakukan perubahan.
Beliau berkata demikin sewaktu Majlis Makan Malam Bersama Badan NgO Negeri Kelantan, di sini, malam tadi.
Turut sama dalam majlis berkenaan, Pengerusi Gabungan NGO Kelantan, Dr Abdul Halim Yusof.
Sumber HD : 3/05/2012
5 tuntutan sempena Najib lawat Kelantan esok
Salmah Mat Husain, | 03 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 3 Mei: Kerajaan Kelantan menuntut lima perkara sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke negeri ini bermula esok.
Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu meluluskan tuntutan kerajaan negeri berhubung pemberian royalti petroleum.
Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan Pusat juga amat wajar menyediakan bajet pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang dan lebuh raya Pantai Timur yang telah ditarik balik pembinaannya.
Beliau berkata demikian pada sidang media khasnya, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.
Selain itu, katanya kerajaan Pusat juga perlu membantu kerajaan negeri untuk pembinaan stadium bagi menggantikan yang sedia ada memandangkan sokongan rakyat terhadap bidang sukan di negeri itu semakin meningkat.
“Kerajaan Pusat juga seharusnya menunaikan permohonan kerajaan negeri untuk menaik taraf lapangan terbang di samping menyediakan bantuan untuk pembinaan pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa,” ujarnya.
Sambungnya, Perdana Menteri sendiri pernah mengisytiharkan negeri ini paling miskin di Malaysia, sewajarnya bantuan dan perhatian diberi secara khusus.
“Walau bagaimanapun kami percaya lawatan Perdana Menteri kali ini ada misi politik disebalik persiapan Umno ingin merampas Kelantan.
“Sudah pasti terlalu banyak umpan, madu dan gula akan ditawar kepada rakyat di negeri ini sebagai cagarannya,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS negeri.
Beliau bagaimanapun berharap rakyat di negara ini lebih matang menilai pentadbiran kerajaan negeri dalam tempoh 22 tahun ini walaupun difitnah pelbagai agenda buruk oleh pihak lawan.
Sumber HD : 3/05/2012
GUA MUSANG: Mengambil kira kepentingan rakyat kerajaan negeri menyerah tanah seluas 500 ekar untuk dibangunkan program Agropolitan di bawah projek Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) di Rantau Manis.
Tanah tersebut termasuk dibangun projek perumahan untuk rakyat miskin sebanyak 1,000 unit, dan sehingga kini 315 unit daripadanya sudah siap dibina.
Dan mengikut persetujuan bersama antara kerajaan negeri, ECER, Kesedar dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) senarai rakyat yang dipilih mendapat rumah tersebut dibuat secara bersama.
Dan pada awal tahun ini seramai 174 penduduk dipanggil temuduga untuk memiliki rumah tersebut yang bernilai setiap sebuah kira-kira RM60,000.
Bagaimanapun Penyelia Parlimen Gua Musang, Abdullah Husain berkata, pada 18 April lalu hanya seorang sahaja daripada senarai kerajaan negeri berjaya, dan selebihnya senarai dikemukakan Umno.
“Kita difahamkan senarai yang diangkat kerajaan negeri telah hilang selepas temuduga diadakan. Kita kesal mereka telah mempermainkan persetujuan yang sudah dicapai sebelum ini.
“Sedangkan tanah tersebut sebelum ini dilulus kerajaan negeri kepada Pusat Pembangunan Pondok Bhd, namun telah ditarik balik dan diberi pula kepada ECER bagi kepentingan orang ramai.
“Harapan kerajaan negeri melalui kerjasama itu membolehkan lebih ramai lagi rakyat miskin memiliki kediaman sendiri,” katanya di sini.
Projek Agropolitan tersebut yang terletak di jalan raya Gua Musang-Kuala Krai dijangka dirasmi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan rasmi ke Kelantan esok.
Sebelum itu Perdana Menteri difahamkan akan merasmikan Karnival Komuniti 1 Malaysia di padang Pusat Sivik Gua Musang.
Oleh itu Abdullah berharap kerajaan negeri dan ECER memainkan peranan memastikan persetujuan bersama sebelum ini benar-benar dipatuhi.
Menurutnya hanya Abas Osman dari RPT Limau Kasturi daripada senarai dikemukakan kerajaan negeri mendapat rumah tersebut bagi fasa pertama, sedangkan 173 lagi senarai Kesedar daripada penyokong Umno.
“Sekiranya dibiarkan pengagihan dilakukan secara berat sebelah, tentunya 1,000 unit rumah yang akan dibina di Rantau Manis diboloti Umno, sedangkan persetujuan asal 50-50,” ujarnya kesal.
Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Gua Musang berkata, kedatangan Presiden Umno esok bukan sahaja disambut bendera dacing dan Umno, sebaliknya Bandar Gua Musang dipenuhi bendera PAS sejak sebulan lalu.
Katanya, 800 helai bendera dipasang memandangkan Umno juga sudah banyak menaikkan bendera dacing.
Beliau juga meluahkan rasa kesal tiga sepanduk yang ditulis “Terima Kasih Ku Li Kerana Menyokong Royalti Minyak” yang dinaikkan awal pagi tadi sudah dibuang pihak tertentu.
“Banner tersebut dinaikkan di bandar lama dan berhampiran Pasar Raya Econjaya dibuang pagi ini. Kita bukannya pasang di tempat berlangsung program Perdana Menteri,” ujarnya.
Sumber HD : 3/05/2012
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam.
Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.
Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.
Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.
Sumber HD : 4/05/2012
SHAH ALAM: Majlis Makan Malam Pimpinan Pakatan Rakyat 2012 yang dianjur Pemuda PAS Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila turut diadakan lelongan barang-barang milik Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antaranya jam tangan, baju, jaket, kasut dan potret-potret terkini beliau. Paling menarik seutas jam yang mengandungi cop kerajaan negeri dibida dengan harga RM2,700 oleh seorang pengunjung, Rushdan Mustafa.
Program itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw diadakan di I-City dekat sini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
Pengarah program, Ahmad Fadhli Shaari berkata, program tersebut diadakan bertujuan mengutip dana pilihan raya Dewan Pemuda PAS Kelantan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Katanya, Pemuda PAS mensasarkan penderma di sekitar Lembah Klang terutamanya anak-anak Kelantan yang berada di perantauan untuk sama menyumbang bagi mempertahankan kerajaan Kelantan.
Sementara itu Menteri Besar berkata, rakyat cukup matang membuat penilaian sebenar ketika berdepan dengan serangan bertali arus Umno dan BN menggunakan media massa yang mereka kuasai.
“Saya cukup optimis serangan bertalu-talu pemimpin Umno dan BN terhadap Kelantan dan Pakatan Rakyat tidak akan mendatangkan kesan kerana rakyat dapat menilai apa sebenar yang berlaku,” katanya di majlis tersebut.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Pemuda PAS Kelantan menganjurkan program berkenaan sehingga mendapat sambutan memberangsangkan.
Oleh itu beliau berharap semua pihak bekerja lebih keras demi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU-13.
Pada majlis itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz menurunkan tandatangan di atas potretnya yang berjaya dijual.
Sumber HD : 6/05/2012
RANTAU PANJANG: Mungkinkah harapkan sokong, sokong membawa rebah benar-benar berlaku apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diumpan bagi memancing undi rakyat menjadi perkara di sebaliknya.
Ini dibuktikan apabila tiga penerima BR1M di Chicha Tinggi dekat sini menggunakan sebahagian wang bantuan tersebut bagi membeli lembu untuk mengadakan majlis kesyukuran menyertai PAS.
Pengasas Umno cawangan Kampung Rengas, Chicha Tinggi, Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman mengakui dua isterinya yang mendapat wang BR1M menggunakan wang tersebut bagi membeli lembu.
Selain itu kata beliau adiknya, Zakaria (gambar) juga turut menyumbang wang BR1M ketika membeli lembu bagi jamuan orang ramai sempena ceramah mereka menyertai PAS awal April lalu.
Pada ceramah tersebut Che Seman mewakili ahli keluarga dan rakan-rakan menyerah 152 borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhanjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama di majlis itu Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periok, Mohamad Awang serta jawatankuasa PAS Rantau Panjang.
Ketika ditemui baru-baru ini Che Seman berkata, beliau tidak menerima wang RM500 BR1M, sebaliknya dua isterinya mendapat wang tersebut.
Begitu juga adiknya Zakaria merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Rengas menerima wang BR1M.
“Wang tersebut kami kumpul untuk membeli lembu yang disembelih bagi jamuan orang ramai sempena meraikan kemasukan saya dan kawan-kawan bersama PAS pada 7 April lalu,” ujarnya.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 6/05/2012
BACHOK: “Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.
“Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya,” kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.
Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di Kelantan.
Di sebelah jalan utama di hadapan Masjid Bandar Bachok sehingga ke tepi pantai penuh dengan orang ramai tanpa menghiraukan hujan yang turun rintik-rintik.
Hadir sama pada ceramah isu semasa tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad.
Pada sebelah pagi Abdul Kadir menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim dan sebelah petang bersembang bersama rakyat di Kedai Kok Lanas.
Abdul Kadir bekas anggota jawatankuasa Pemuda Umno Kampung Air Tawar, Baling pada 1956 juga berkata, suasana begitu berbeza zaman kepemimpinan Umno di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak berbanding sekarang.
Katanya, masa itu pemimpin Umno benar-benar berjuang secara ikhlas dan jujur untuk rakyat.
“Mereka tiada perangai buruk seperti pemimpin Umno la ni. Sekarang pemimpin Umno tidak perlu susah-susah kempen bagi menarik sokongan rakyat, hanya perlu hulur duit sahaja.
“Politik sekarang we need money. Hendak jadi ketua Umno tidak payah kempen hanya guna duit. Begitu juga hendak menang pilihan raya hanya guna duit.
“Umno letak orang depa dalam semua agensi penting kerajaan seperti SPR, SPRM, polis, mahkamah dan tentera. Sebab itulah depa tidak takut untuk melakukan penyelewengan dan pembaziran kerana semuanya orang kita,” katanya.
Menurutnya tindak tanduk pemimpin Umno sekarang secara jelas mahu merosakkan negara kerana semua benda menggunakan umpan wang.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 8/05/2012

Penyokong Umno bolot rumah projek ECER
M Faqih , | 03 Mei 2012 |

Sultan Kelantan jalan kaki 7 Km
Rizal Tahir, | 04 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telah berjaya berjalan sejauh 7 kilometer sekitar Bandar Kota Bharu sempena program ‘Walk Whith Me 2012’ yang bermula selepas solat Asar semalam.
Baginda berkenan berjalan kaki bersama peserta kenamaan dan pimpinan selepas majlis pelepasan dilakukan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kira-kira 6.05 petang.
Terdahulu baginda membuat pelepasan untuk peserta 40 tahun ke bawah.
Turut bersama baginda hampir 30,000 peserta lain yang terdiri dari pemimpin kerabat D’Raja Kelantan, kerajaan negeri, Persekutuan, individu serta pelajar sekolah pelbagai bangsa termasuk masyarakat Orang Asli di negeri itu.
Program ini semakin mendapat sambutan selepas kejayaannya yang mula diadakan pada tahun lalu yang dianjurkan Persatuan Kerabat Di Raja Al Muhammadi.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohammad, anggota-anggota exco kerajaan negeri dan lain-lain pimpinan negeri dan Persekutuan.
Sumber HD : 4/05/2012
Lelong barangan MB di majlis makan malam Pakatan
harakahdaily, | 06 Mei 2012 |
SHAH ALAM: Majlis Makan Malam Pimpinan Pakatan Rakyat 2012 yang dianjur Pemuda PAS Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila turut diadakan lelongan barang-barang milik Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Antaranya jam tangan, baju, jaket, kasut dan potret-potret terkini beliau. Paling menarik seutas jam yang mengandungi cop kerajaan negeri dibida dengan harga RM2,700 oleh seorang pengunjung, Rushdan Mustafa.
Program itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw diadakan di I-City dekat sini dihadiri kira-kira 1,000 tetamu.
Turut hadir Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dan anggota Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad.
Pengarah program, Ahmad Fadhli Shaari berkata, program tersebut diadakan bertujuan mengutip dana pilihan raya Dewan Pemuda PAS Kelantan sebagai persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Katanya, Pemuda PAS mensasarkan penderma di sekitar Lembah Klang terutamanya anak-anak Kelantan yang berada di perantauan untuk sama menyumbang bagi mempertahankan kerajaan Kelantan.
Sementara itu Menteri Besar berkata, rakyat cukup matang membuat penilaian sebenar ketika berdepan dengan serangan bertali arus Umno dan BN menggunakan media massa yang mereka kuasai.
“Saya cukup optimis serangan bertalu-talu pemimpin Umno dan BN terhadap Kelantan dan Pakatan Rakyat tidak akan mendatangkan kesan kerana rakyat dapat menilai apa sebenar yang berlaku,” katanya di majlis tersebut.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan Pemuda PAS Kelantan menganjurkan program berkenaan sehingga mendapat sambutan memberangsangkan.
Oleh itu beliau berharap semua pihak bekerja lebih keras demi kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat pada PRU-13.
Pada majlis itu juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz menurunkan tandatangan di atas potretnya yang berjaya dijual.
Sumber HD : 6/05/2012
Guna wang BR1M anjurkan kesyukuran sertai PAS
Yaakub Dasan, | 06 Mei 2012 |
RANTAU PANJANG: Mungkinkah harapkan sokong, sokong membawa rebah benar-benar berlaku apabila wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang diumpan bagi memancing undi rakyat menjadi perkara di sebaliknya.
Ini dibuktikan apabila tiga penerima BR1M di Chicha Tinggi dekat sini menggunakan sebahagian wang bantuan tersebut bagi membeli lembu untuk mengadakan majlis kesyukuran menyertai PAS.
Pengasas Umno cawangan Kampung Rengas, Chicha Tinggi, Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman mengakui dua isterinya yang mendapat wang BR1M menggunakan wang tersebut bagi membeli lembu.
Selain itu kata beliau adiknya, Zakaria (gambar) juga turut menyumbang wang BR1M ketika membeli lembu bagi jamuan orang ramai sempena ceramah mereka menyertai PAS awal April lalu.
Pada ceramah tersebut Che Seman mewakili ahli keluarga dan rakan-rakan menyerah 152 borang menyertai PAS kepada Timbalan Pesuruhanjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama di majlis itu Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun dan Adun Gual Periok, Mohamad Awang serta jawatankuasa PAS Rantau Panjang.
Ketika ditemui baru-baru ini Che Seman berkata, beliau tidak menerima wang RM500 BR1M, sebaliknya dua isterinya mendapat wang tersebut.
Begitu juga adiknya Zakaria merupakan Ketua Umno Cawangan Kampung Rengas menerima wang BR1M.
“Wang tersebut kami kumpul untuk membeli lembu yang disembelih bagi jamuan orang ramai sempena meraikan kemasukan saya dan kawan-kawan bersama PAS pada 7 April lalu,” ujarnya.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 6/05/2012
Sejarah politik paling kotor sejak merdeka – Kadir
M Faqih, | 08 Mei 2012 |
BACHOK: “Sepanjang 56 tahun bersama Umno saya tidak pernah tengok lagi politik yang paling kotor dan tidak adil berlaku sejak negara mencapai kemerdekaan, berbanding sekarang.
“Sekarang sudah tidak ada negara yang mengamalkan demokrasi menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan dalam kempen pilihan raya,” kata bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Ahmad.
Perkarangan pejabat PAS di Pantai Irama dekat sini penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mendengar ceramah sulung bekas veteran Umno terbabit di Kelantan.
Di sebelah jalan utama di hadapan Masjid Bandar Bachok sehingga ke tepi pantai penuh dengan orang ramai tanpa menghiraukan hujan yang turun rintik-rintik.
Hadir sama pada ceramah isu semasa tersebut Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Yang Dipertua PAS Bachok, Datuk Omar Mohamad.
Pada sebelah pagi Abdul Kadir menemui Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Kota Darulnaim dan sebelah petang bersembang bersama rakyat di Kedai Kok Lanas.
Abdul Kadir bekas anggota jawatankuasa Pemuda Umno Kampung Air Tawar, Baling pada 1956 juga berkata, suasana begitu berbeza zaman kepemimpinan Umno di bawah Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak berbanding sekarang.
Katanya, masa itu pemimpin Umno benar-benar berjuang secara ikhlas dan jujur untuk rakyat.
“Mereka tiada perangai buruk seperti pemimpin Umno la ni. Sekarang pemimpin Umno tidak perlu susah-susah kempen bagi menarik sokongan rakyat, hanya perlu hulur duit sahaja.
“Politik sekarang we need money. Hendak jadi ketua Umno tidak payah kempen hanya guna duit. Begitu juga hendak menang pilihan raya hanya guna duit.
“Umno letak orang depa dalam semua agensi penting kerajaan seperti SPR, SPRM, polis, mahkamah dan tentera. Sebab itulah depa tidak takut untuk melakukan penyelewengan dan pembaziran kerana semuanya orang kita,” katanya.
Menurutnya tindak tanduk pemimpin Umno sekarang secara jelas mahu merosakkan negara kerana semua benda menggunakan umpan wang.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 8/05/2012
Mualaf rujuk 2 perintah kes ke Mahkamah Persekutuan
Aslani M, | 08 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 8 Mei: Usaha saudara baru, Muhammad Riduan Abdullah, 43 menyelamatkan akidah anaknya berdepan kesukaran setelah Mahkamah Rayuan menolak rayuan hak penjagaan tiga anaknya.
Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 17 April lalu diketuai Hakim Datuk Zaharah Ibrahim menolak dengan kos permohonan Riduan bagi melanjutkan masa untuk memfail rekod rayuan.
Tiga panel hakim sebulat suara memutuskan tidak ada sebab dan keadaan istimewa untuk memberi kebenaran memfail rekod rayuan di luar tempoh masa ditetapkan.
Sebelum itu pada 11 Mac 2010 Riduan memfail notis rayuan dan diperlukan memfail rekod rayuan dalam tempoh lapan minggu daripada tarikh memfail notis, namun peguamnya terdahulu tidak bertindak demikian.
Ekoran itu plaintif melantik peguam lain, Anas Fauzi bagi menyediakan rekod rayuan, namun ditolak Mahkamah Rayuan ekoran tamat tempoh ditetapkan.
Bagaimanapun Riduan berkata, beliau sedang berusaha membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan menyentuh isu perlembagaan memandangkan wujud dua perintah dalam satu kes.
“Ini kerana Mahkamah Tinggi Syariah Perak pada 29 September 2009 telah memberi hak penjagaan kekal ke atas anak saya dan mengisytiharkan keislaman ketiga-tiganya dikekalkan.
“Malangnya Mahkamah Tingg Ipoh pada 11 Mac 2010 memberi pula hak penjagaan anak kepada bekas isteri saya, Indira Ghandi menggunakan unsur dan fakta yang tidak benar,” katanya di sini.
Tiga anaknya iaitu Ummu Habibah (Prasana Diksa), 4; Abu Bakar (Karan Dinish), 14 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 15. Hanya Ummu Habibah yang berada di bawah jagaan sekarang, manakala dua lagi di bawah Indira, 37 di Ipoh.
Riduan atau nama asal K Patmanathan memeluk Islam pada 11 Mac 2009. Kemudian pada 2 April 2009 beliau mengislamkan ketiga-tiga anaknya.
Bagaimanapun bekas isterinya mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Ipoh untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam ketiga-tiga anaknya pada 25 Oktober 2009.
Riduan berkata, anak bongsu kini dibesarkan dalam suasana Islam dan sudah mampu menghafal ayat-ayat suci al Quran.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pembaca Harakah kerana menyumbang bantuan sehingga RM10,000 untuk menampung kos guaman dan lain-lain urusan berkaitan.
Beliau juga sekali lagi merayu sokongan orang ramai bagi membolehkan kesnya dibawa ke Mahkamah Persekutuan. Orang ramai boleh menghubungi talian 09 744 6736 (peguam Mustafa Kamal Mat Hassan) atau akaun Bank Islam 3018010036250.

Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini
Salmah Mat Husain, | 10 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.
Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.
Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.
“Selepas ianya disemak oleh jawatankuasa berkenaan kerajaan negeri bersetuju memilih dua syarikat untuk menguruskan projek sebagai peneraju utama.
“Tempoh pembinaan lebuh raya ini dua tahun setengah yang dibina atas tanah kerajaan.
“Bagi baki pembinaan di atas tanah milik orang ramai, kerajaan negeri menyerahkan pada JKR untuk menguruskan pengambilan balik tanah,” ujarnya.
Menurutnya, konsep yang dipakai untuk lebuh raya itu berkonsepkan lebuhraya negeri yang tidak akan melibatkan pembayaran tol oleh rakyat.
Katanya, ianya berkonsepkan bebas tol dan akan dibiayai oleh kerajaan negeri sepenuhnya.
Tambahnya, kerajaan negeri berharap cita-cita rakyat Kelantan untuk melihat sistem perhubungan yang cepat, selamat dan selesa akan terlaksana.
Katanya, kedua-dua kontraktor berkenaan akan bertanggungjawab kepada sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang dilantik khusus oleh exco untuk memantau serta mengendalikan pembiayaan lebuh raya itu.
“Syarikat Baldah Toyyibah (Prasarana Kelantan Sdn Bhd) telah ditubuhkan untuk memantau projek ini dan seluruh prasarana di negeri itu pada masa akan datang,” ujarnya.
Menurutnya, syarikat itu diilhamkan sendiri oleh Menteri Besar.
Katanya, pembinaan lebuh raya itu akan membuka minda dan usaha sedemikian boleh dilakukan oleh kerajaan negeri dan sekatan yang dilakukan oleh pihak lain terhadap negeri ini akan terhenti.
Dengan cara itu, katanya rakyat di negeri ini akan dapat menikmati kemudahan asas sebagaimana di negeri-negeri lain.
Jelasnya, lebuh raya itu melibatkan tiga fasa, di mana fasa pertama melibatkan tanah-tanah kerajaan.
Sumber HD : 10/05/2012

Najib tidak lena tidur dengan Bersih 3.0
Muhammad Yusri Amin, | 10 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak kini tidak lena tidur lantaran berdepan isu Bersih 3.0 28 April lalu.
Ini kerana beliau tidak menduga jumlah orang keluar (menyertai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 itu) begitu ramai hingga mencecah bilangan 300 ribu orang.
(Nik Amar menyampaikan sumbangan CSR kepada salah seorang penerima dengan diperhatikan CEO PMBK)
“Jadi ketakutan dia menghadapi kesedaran dan kebangkitan rakyat inilah menyebabkan dia menganggap ini (himpunan Bersih 3.0 itu) adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri bercakap kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Skim Bantuan Imam Al-Ghazali Siri Ke-4 kepada pelajar baru sesi 2012/2013 (Corporate Social Responsibility) di Nilam Puri dekat sini petang semalam.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir Mustapha Salleh, Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK) Tengku Azmi Tengku Jaafar, Pengetua dan guru-guru YIK.
“Memang kita nak tukar kerajaan (yang ada sekarang) tetapi melalui kaedah pilihan raya, sebab itu kita nakkan pilihan raya itu adil dan bersih," katanya.
Beliau mendakwa, pilihan raya di Malaysia ini memang tidak adil.
“Dan selagi penambahbaikan (sistem pilihan raya) ini tidak dibuat, maka selama itulah pilihan raya itu berlangsung dalam keadaan yang tidak adil. Itu bendanya," jelas beliau.
Jadi, kata Nik Amar, perkara itulah PAS dan Pakatan Rakyat (PR) meminta supaya diperbetulkan keadaannya.
Kini Bersih 3.0 diadakan dengan harapan pihak kerajaan (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan perubahan bagi menghadapi pilihan raya termasuk PRU-13.
“Sebab itulah kita meminta pilihan raya ini tidak diadakan sehinggalah pembetulan dan penambahbaikan sistem pilihan raya itu dilaksanakan," tegas beliau.
Beliau mendakwa PAS melihat sejak awal lagi bahawa pilihan raya mestilah adil dan bersih.
Dan mana-mana pihak yang nak menang, mestilah menang dengan mendapat sokongan melalui cara yang betul.
“Kalau orang ini (rakyat) sokong kerajaan dengan cara yang salah, cara tidak betul, memang tidak menjadi kerajaan yang baik.
“Sebab itulah kita mempertikaikan termasuk bagi duit (memberi wang kepada rakyat) terutama dekat dengan pilihan raya.
“Kalau nak tolong rakyat, kenapa tidak dibuat lebih awal. Kenapa masa (hampir dengan) pilihan raya baru dibuat (diberi wang kepada rakyat),” tegasnya.
Sumber HD : 10/05/2012
PASIR MAS: Ketika Umno menyambut ulangtahun ke-66 hari ini, seramai 33 pelajar kelas Tadika Kemas di Kampung Kubang Chenok hilang tempat belajar gara-gara Kemas enggan membayar sewa kepada pemilik bangunan.
Tunggakan sewa sebanyak RM16,800 gagal dijelaskan kepada pemilik bangunan dan tanah sejak 1 Januari 2008 sehingga sekarang.
Lebih memeranjatkan lagi perjanjian baru yang cuba diajukan kepada pemilik premis terbabit, Hanifah Jusoh, 54 ternyata erat sebelah.
Antaranya pemilik premis perlu membayar bil air dan elektrik setiap bulan, mengecat bangunan, membaik pulih, melakukan kerja-kerja pembersihan dan menginsuranskan bangunan.
Tadika Kemas Haji Wan Fuad itu dibina pada 1995 dan memulakan sesi pengajian pada awal Januari 1996.
“Saya selaku pemilik tanah menandatangani perjanjian dengan Kemas untuk membolehkan bangunan tadika dibina di atas tanah tersebut.
“Segala kos bangunan sebanyak RM45,000 ditanggung Kemas dan dalam tempoh 10 tahun iaitu sehingga 25 Julai 2007 bangunan itu boleh diduduki secara percuma.
“Dan selepas 10 tahun bangunan itu menjadi milik saya sepenuhnya. Dan mulai Januari 2008 saya menjadi pemilik bangunan tadika seperti dipersetujui dalam perjanjian awal,” katanya ketika ditemui semalam.
Pada awal 2010 Kemas menghantar surat bersetuju membayar sewa sebanyak RM500 sebulan dan Hanifah menyatakan persetujuan lisan.
Tidak lama kemudian Kemas menghantar surat kedua meminta dikurangkan sewa kepada RM350 sebulan dan tanpa menyatakan jumlah tunggakan dua tahun yang belum dibayar.
Bangunan Tadika tersebut terletak di lot 3481 GM 277 Mukim Chetok.
Hanifah berkata, Kemas menghantar dokumen perjanjian baru untuk tempoh tiga tahun bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2014 dengan kadar sewa RM350 sebulan.
“Dokumen baru itu meminta saya membayar bil elektrik, air dan sebagainya. Jadi dengan sewa RM350 apabila ditolak segala kos tersebut hanya tinggal berapa sen untuk saya.
“Lagi pun empat tahun bermula 2008, Kemas tidak pula menyatakan jumlah tungggakan RM16,800 yang sepatutnya dibayar tidak disebut. Jadi bagaimana saya mahu tandatangani perjanjian yang berat sebelah itu,” ujarnya.
Ekoran sikap degil Kemas, Hanifah menghantar notis supaya premis dikosongkan dalam tempoh seminggu pada 16 April lalu.
Menurutnya selepas hampir tiga minggu Kemas gagal menyelesaikan tuntutan tersebut menyebabkan beliau mengunci bangunan berkenaan pada 7 Mei lalu.
Ekoran itu Kemas mengarahkan pelajar bercuti sehingga sekarang. Tindakan Kemas ternyata menimbulkan rasa resah di kalangan ibu bapa.
“Saya telah lama berlembut namun Kemas masih berdegil, jadi saya terpaksa mengambil tindakan mengunci bangunan ini,” katanya.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 11/05/2012
KOTA BHARU: Bagi orang Melayu golongan ulama begitu disanjung dan dihormati kerana ilmu dan amalan mereka. Setiap kata-kata ulama dipegang dan dijadikan panduan.
Begitu juga dalam situasi sekarang orang ramai melihat peluang kerajaan baru menguasai Putrajaya begitu cerah berdasar kepada banyak petunjuk yang muncul hari ini.
“Saya nampak peluang untuk kerajaan lain menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 begitu cerah sekali. Namun kalau tidak berlaku seperti dijangka itu tidak tahulah saya hendak kata apa lagi.
“Lagi pun Perdana Menteri seperti memberi petunjuk PRU-13 makin hampir sekarang,” kata Datuk Mohamed Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan di majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Kelantan kali ke-53 di Dewan Utama Syabab Point di sini hari ini.
Perasmiannya disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Hadir sama Exco Pemuda PAS Pusat, Mohd Khalil Abdul Hadi, Ketua AMK Kelantan, Azihan Che Seman dan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Syabab Point merupakan bekas bangunan milik Umno Kota Bharu dan dibeli PAS Kelantan pada 2010 dengan harga RM4.5 juta. Sebelum ini bangunan itu dimiliki atas nama Ombak Baru dijual oleh bekas Ketua Umno Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Oleh itu Mohamed yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, pemuda hendaklah mempersiapkan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu sehingga ke peringkat PhD.
Katanya, kalau dahulu golongan pemuda tidak ramai yang memiliki ijazah, namun sekarang keadaan sebaliknya berlaku.
“Pemuda kena membuat persiapan kerana pada masa hadapan bukan sekadar menjadi pemimpin di Kelantan sebaliknya mengisi jawatan penting di peringkat pusat.
“Jadi kena ada persiapan ilmu sebagai persediaan. Tidak boleh berpuas hati dengan kemampuan yang ada sekarang,” ujarnya.
Mengenai kehadiran begitu ramai pada perhimpunan sempena sambutan 66 tahun Umno di Bukit Jalil malam tadi, katanya Umno mampu mengerah orang ramai hadir kerana mereka ada kuasa di peringkat persekutuan.
Timbalan Presiden PAS berkata, banyak negara sekarang berubah pemerintahannya akibat kebangkitan rakyat menggunakan pentas jalan raya bagi menukar kerajaan yang zalim.
Katanya, tidak banyak negara yang berubah teraju pemerintah melalui saluran demokrasi pilihan raya kecuali India dan negara-negara di barat sahaja.
“Misalnya Indonesia pada 1998 berubah melalui jalan raya, begitu juga Filipina, Thailand dan tahun lepas di Tunisia, Libya serta Mesir.
“Bagaimanapun di Malaysia kita tetap mahu menggunakan saluran pilihan raya bagi mengubah kerajaan,” katanya.
Beliau juga melahirkan rasa kagum sokongan masyarakat bukan Islam kepada PAS sekarang, di mana sebelum ini ia tidak pernah terfikir.
Katanya, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memulakan perubahan itu dengan mengajak orang Cina dan bukan Islam mendekati program yang diadakan di masjid.
“Dahulu orang Cina yang tinggal di sebelah masjid pun kita tidak ajak datang, namun sekarang sudah jauh berubah apabila pemimpin masyarakat Cina sudah banyak memahami mengenai Islam,” katanya.
Sementara itu sempena muktamar tersebut Pemuda PAS Machang memenangi anugerah pengurusan terbaik keseluruhan, manakala Pemuda PAS Kubang Kerian (Pengurusan Pasti terbaik).
Pemuda Kota Bharu (Penambahan Ahli UKJ) dan Pemuda PAS Pasir Puteh menerima anugerah Pengurusan Jabatan Pilihan Raya Terbaik. Kesemua hadiah disampaikan Timbalan Presiden.
Sumber HD : 12/05/2012
KOTA BHARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali yang ke 53 pada hari ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya berjaya dilaksanakan di bangunan sendiri iaitu bangunan Syabab Point yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad bin Sabu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah pembelian bangunan ini daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang menghadapi banyak halangan khususnya daripada pihak UMNO Bahagian Kota Bharu.
Namun berkat usaha bersungguh-sungguh termasuklah pembelian syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, akhirnya usaha ini menjadi kenyataan apabila ia diserahkan secara rasmi kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 20 Oktober 2010 iaitu genap 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS di negeri Kelantan Darul Naim.
"Ini merupakan detik yang perlu dirakamkan dan diingati oleh semua pemuda pendokong perjuangan Islam di mana kejayaan mendapatkan bangunan yang asalnya dimiliki oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang turut merupakan satu kemenangan moral kepada kita.
"Jika di Barat, banyak gereja bertukar menjadi masjid merupakan kemenangan kepada Islam, maka di Malaysia, kejayaan memiliki bangunan Umno ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Islam," katanya.
Manakala Mohamad bin Sabu pula di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah perjuangan pemuda PAS ketika zaman kejatuhan kerajaan Kelantan apda tahun 1978 sehinggalah pada saat ini ketika saat-saat kemenangan dilihat semakin hampir.
Beliau juga tidak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang berjaya mengadakan muktamar di bangunan sendiri pada hari ini.
Sumber HD : 12/05/2012
TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.
Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.
Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar kanan) berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.
Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.
“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.
Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.
Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.
Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.
Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.
Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang.
Sumber HD : 12/05/2012
KOTA BHARU: Anak muda yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan jenayah kini bergabung membentuk sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Benteng Negara Dari Jenayah (Benar Malaysia).
Matlamatnya memperkukuhkan Benar Malaysia sebagai “smart partner” yang kritikal, kreatif dan konstruktif membantu mana-mana pihak membanteras gejala jenayah.
Pengerusi bersama, Firdaus Jaafar berkata, Benar Malaysia juga berusaha mendidik dan memberi kefahaman secara menyeluruh kepada masyarakat tentang bahaya jenayah.
“Selain itu menjalankan kajian-kajian strategis berkaitan kegiatan bagi menangani gejala jenayah,” katanya selepas pelancaran Benar Malaysia peringkat kebangsaan di Medan Ilmu semalam.
Pelancaran disempurnakan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Pada malam sebelumnya program jelajah pertama Benar Malaysia di Tanah Merah dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Seorang lagi pengerusi bersama Benar Malaysia iaitu Naib Ketua AMK Pusat, Nazree Yunus. Anggota sekretariat iaitu Ramlan Roes, Kamarul Nizam, Pendi Malek, Yuzi Azhar, Fadhil Othman dan Nkamariyah Hamzah.
Benar Malaysia ditubuh pada April lalu merupakan sebuah NGO yang berjuang menentang gejala jenayah di negara ini.
Firdaus yang juga anggota parlimen Jerai berkata, jenayah bukan sekadar tertumpu kepada mencuri, samun, merogol dan sebagainya sebaliknya merangkumi semua kegiatan manusia termasuk politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Kata beliau juga Kelantan dipilih sebagai tapak pelancarannya kerana kadar jenayah di negeri ini kecil berbanding negeri-negeri lain.

33 pelajar Tadika Kemas hilang tempat belajar
M Faqih | Foto Yusri Amin, | 11 Mei 2012 |

Ulama lihat ada petunjuk Putrajaya diterajui kerajaan baru
M Faqih, | 12 Mei 2012 |

Muktamar Pemuda PAS Kelantan di bangunan sendiri
Harakahdaily, | 12 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali yang ke 53 pada hari ini mencatat sejarah yang tersendiri apabila buat julung-julung kalinya berjaya dilaksanakan di bangunan sendiri iaitu bangunan Syabab Point yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan.
Ia dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad bin Sabu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah pembelian bangunan ini daripada bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang menghadapi banyak halangan khususnya daripada pihak UMNO Bahagian Kota Bharu.
Namun berkat usaha bersungguh-sungguh termasuklah pembelian syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, akhirnya usaha ini menjadi kenyataan apabila ia diserahkan secara rasmi kepada Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan pada 20 Oktober 2010 iaitu genap 20 tahun pentadbiran kerajaan PAS di negeri Kelantan Darul Naim.
"Ini merupakan detik yang perlu dirakamkan dan diingati oleh semua pemuda pendokong perjuangan Islam di mana kejayaan mendapatkan bangunan yang asalnya dimiliki oleh UMNO Bahagian Kota Bharu yang turut merupakan satu kemenangan moral kepada kita.
"Jika di Barat, banyak gereja bertukar menjadi masjid merupakan kemenangan kepada Islam, maka di Malaysia, kejayaan memiliki bangunan Umno ini merupakan satu kejayaan kepada perjuangan Islam," katanya.
Manakala Mohamad bin Sabu pula di dalam ucapannya mengimbau kembali sejarah perjuangan pemuda PAS ketika zaman kejatuhan kerajaan Kelantan apda tahun 1978 sehinggalah pada saat ini ketika saat-saat kemenangan dilihat semakin hampir.
Beliau juga tidak lupa untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang berjaya mengadakan muktamar di bangunan sendiri pada hari ini.
Sumber HD : 12/05/2012
TPM tanggung malu pondok tolak bantuan RM100,000
Wartawan Kita, | 12 Mei 2012 |
TUMPAT: Belum pun sampai sebulan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, Pondok Berangan yang turut disenaraikan menolak tawaran itu.
Perkembangan itu memalukan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang mana sebelum ini mengharap dapat mempengaruhi institusi pondok bagi mendapat sokongan percuma.
Anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar kanan) berkata, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.
Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu.
“Semua orang tahu pemberian sumbangan itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri ketika menjelang pilihan raya umum ke-13 dan tentunya mereka mengharap ada balasannya,” kata beliau di sini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat kerana pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lampau.
Lagi pun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya.
Pada 25 April lalu Muhyiddin ketika lawatan ke Tumpat mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok termasuk Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.
Pengumanan itu dibuat di Pondok Geting di Pengkalan Kubur yang diasas Abdullah Saamah, kini menjadi tenaga penceramah Umno.
Kamaruddin berkata, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.
Oleh itu katanya sebahagian besar institusi pondok di Kelantan menjadi benteng mempertahankan Islam dan tetap utuh sehingga sekarang.
Sumber HD : 12/05/2012
Anak muda bergabung tentang gejala jenayah
Aslani M, | 12 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Anak muda yang prihatin terhadap isu-isu berkaitan jenayah kini bergabung membentuk sebuah badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Benteng Negara Dari Jenayah (Benar Malaysia).
Matlamatnya memperkukuhkan Benar Malaysia sebagai “smart partner” yang kritikal, kreatif dan konstruktif membantu mana-mana pihak membanteras gejala jenayah.
Pengerusi bersama, Firdaus Jaafar berkata, Benar Malaysia juga berusaha mendidik dan memberi kefahaman secara menyeluruh kepada masyarakat tentang bahaya jenayah.
“Selain itu menjalankan kajian-kajian strategis berkaitan kegiatan bagi menangani gejala jenayah,” katanya selepas pelancaran Benar Malaysia peringkat kebangsaan di Medan Ilmu semalam.
Pelancaran disempurnakan Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud. Pada malam sebelumnya program jelajah pertama Benar Malaysia di Tanah Merah dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Seorang lagi pengerusi bersama Benar Malaysia iaitu Naib Ketua AMK Pusat, Nazree Yunus. Anggota sekretariat iaitu Ramlan Roes, Kamarul Nizam, Pendi Malek, Yuzi Azhar, Fadhil Othman dan Nkamariyah Hamzah.
Benar Malaysia ditubuh pada April lalu merupakan sebuah NGO yang berjuang menentang gejala jenayah di negara ini.
Firdaus yang juga anggota parlimen Jerai berkata, jenayah bukan sekadar tertumpu kepada mencuri, samun, merogol dan sebagainya sebaliknya merangkumi semua kegiatan manusia termasuk politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
Kata beliau juga Kelantan dipilih sebagai tapak pelancarannya kerana kadar jenayah di negeri ini kecil berbanding negeri-negeri lain.
Sumber HD : 12/05/2012
Piala FA: Kelantan isytihar 20 Mei cuti peristiwa
Mohd Nor Yahya, | 13 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 13 Mei: Kelantan mengisytiharkan 20 Mei adalah cuti peristiwa sempena perlawanan akhir bola sepak Piala FA antara pasukan negeri itu dengan Sime Darby pada 19 Mei ini.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood pada sidang media di bilik MMKN, Kota Darulnamin di sini, petang ini.
Ini, katanya bagi memberi sokongan dan memastikan keselamatan penyokong The Red Warriors menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Sime Darby itu.
Jelasnya, Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersetuju untuk memberi cuti peristiwa pada Ahad, 20 Mei di mana perbincangan awal telah diadakan antara beliau dan Tuan Guru.
“Tuan Guru begitu prihatin terhadap perkembangan sukan bolasepak Kelantan dan di atas faktor keselamatan beliau telah bersetuju untuk memberi cuti peristiwa pada Ahad, 20 Mei nanti,” ujar beliau.
Abdul Fattah juga berkata walaupun perlawanan tersebut akan diadakan Sabtu ini, namun bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat Kelantan yang ingin ke Kuala Lumpur sudah boleh membuat perancangan awal tanpa tergesa-gesa kerana kerajaan telah mengisytiharkan cuti tersebut lebih awal lagi.
Mengulas harga tiket yang agak mahal jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, Abdul Fattah berkata kerajaan juga telah menyarankan kepada FAM dalam hal itu, namun ia terpulang kepada pihak berkenaan untuk menaikkan harga tiket atau mengekalkannya.
“Kita sedar, minat rakyat Kelantan terhadap sukan bolasepak amat mendalam dan kenaikan harga tiket tersebut sedikit sebanyak terjejas juga, namun kerajaan amat menggalakkan rakyat negeri ini datang beramai-ramai ke Kuala Lumpur menyaksikan Piala FA ini,” katanya lagi.
Sementara itu, sebagai tanda sokongan media Kelantan terhadap perlawanan akhir tersebut, pihak Exco sukan turut menyampaikan jersi dan beg kepada petugas media yang hadir di sidang akhbar tersebut.
Sumber HD : 13/05/2012
(Husam dan pemimpin persatuan di majlis perasmian)
KOTA BHARU: Pembayaran royalti petroleum pada kerajaan Kelantan di samping perbelanjaan yang tidak boros oleh pemimpin di setiap negeri terutama di negeri pengeluar minyak, akan menyelesaikan masalah kebajikan rakyat yang tidak pernah selesai.
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kerana Kerajaan Pusat menggelapkan bayaran royalti kerajaan Kelantan, kebajikan rakyat tidak boleh di atasi sebaik mungkin kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang besar.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat agung Majlis Persatuan Kebajikan Semenanjung Malaysia Ke-61, di sebuah hotel di sini tengahari tadi.
Husam juga turut mempersoalkan bayaran zakat dengan cukai kesemuanya dibayar untuk tujuan kebajikan.
“Cuma yang berbeza zakat pembayarannya mesti meliputi lapan kumpulan sasar yang telah ditentukan oleh syarak,”ujarnya lagi.
Menurut Husam lagi, dengan hasil keuntungan Petronas setahun mencecah RM80 billion, sudah tentu bayaran zakatnya sebanyak RM2 juta.
Tambahnya, dengan wang zakat tersebut kerajaan mampu menyalurkan sumbangan kepada rakyat miskin di seluruh negeri melalui pelbagai peruntukan sama ada pembinaan rumah, bantuan persekolahan dan lain-lain lagi.
Husam seterusnya menambah kata, jika ia berlaku, isu kemiskinan, masaalah ekonomi di kalangan rakyat, kenaikan harga barang dengan sendirinya secara automatik dapat di atasi.
“Tetapi malangnya, apa yang berlaku adalah sebaliknya wang zakat dari Petronas tidak dikeluarkan, royalti untuk kerajaan Kelantan juga tidak dibayar dan negeri-negeri pengeluar minyak juga tidak membantu rakyat yang miskin sepenuhnya,”ujarnya.
Tegasnya, apabila pentadbiran berlandaskan Islam, segala kekusutan akan terlerai dengan mudah termasuk bukan Islam yang turut bernaung di bawah negeri-negeri berkenaan.
Sehubungan itu, beliau memberitahu kerajaan Kelantan membelanjakan sejumlah RM54 juta kepada wasi Takaful Kifaalah setelah pencarumnya meninggal dunia sejak ianya diperkenalkan tahun 2007.
Sambungnya, bantuan RM1,500 setiap keluarga yang dinamakan ke atas wasi masing-masing telah dapat menyelesaikan masalah pengurusan jenazah khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.
Husam berkata demikian dipercayai menjawab persoalan yang dibangkitkan Yang Dipertua majlis berkenaan, Datuk Mastika Junaidah Husin, yang meminta pendapat bagaimana untuk mencari dana yang besar untuk membantu masyarakat khususnya warga emas yang dhaif.
Junaidah berkata demikian dalam ucapan aluannya sempena mesyuarat agong majlis tersebut.
Katanya, dengan dana yang begitu berkurangan, ditambah pula kepeluang masyarakat yang semakin meningkat di seluruh negara, menyebabkan bantuan pihaknya untuk golongan itu terbantut.
“Sekiranya sebelum ini majlis tersebut mendapat dana yang besar dari Loteri Kebajikan Masyarakat, namun selepas ianya dimansuhkan kerana bertentangan dengan syariat, dana semakin berkurangan.
“Jadi kita perlu pandangan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan semula peruntukkan untuk membantu golongan yang amat memerlukan ini tanpa mengharapkan pihak lain,”ujarnya.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua MPKSM Kelantan, Datuk Ismail Hassan, lain-lain pimpinan MPKSM peringkat pusat dan negeri.
Sumber HD : 14/05/2012

Zakat dan royalti mampu selesaikan isu kebajikan
Salmah Mat Husain, | 14 Mei 2012 |

Doa Tok Guru Nik Aziz iringi The Red Warrior
Harakahdaily, | 15 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan semua penyokong dan peminat The Red Warrior menjaga tatatertib mereka pada pertandingan akhir Piala FA menentang Sime Darby Sabtu ini.
Beliau berkata, selain menjaga keselamatan sepanjang perjalanan, rakyat negeri itu yang akan berkunjung ke Stadium Nasional Bukit Jalil nanti juga perlu menjaga nama baik negeri Kelantan sesuai dengan nama jolokannya sebagai 'Serambi Mekah'.
"Mudah-mudahan Allah selamatkan pemain kita. Sentiasa ingat kepada Allah. Dalam permainan kita jangan tinggal sembahyang.
"Jaga tata tertib, mudahan Allah selamatkan kita semua baik pemain mahupun penonton," katanya dalam satu rakaman video yang dimuatkan di Facebooknya hari ini.
Sebelum ini, mengambil kira faktor keselamatan penyokong dari Kelantan yang akan membanjiri stadium nasional itu nanti, kerajaan negeri juga telah mengumumkan hari Ahad sebagai cuti peristiwa.
Pada masa yang sama, Tuan Guru turut mendoakan pasukan Kelantan agar berjaya membawa pulang piala FA itu nanti.
"Semoga The Red Warrior dapat pulang dengan kejayaan unggul menggenggam piala FA 19 Mei ini... yang penting permainan biarlah bersemangat, penonton pula jagalah akhlak dan peribadi sesuai dengan semangat kesukanan," katanya lagi.
Sumber HD : 15/05/2012
KOTA BHARU: Janji 2004 belum ditunai dan sekarang membuat janji lagi. Inilah gaya politik Datuk Dr Awang Adek Hussin yang pernah menguar-uarkan dirinya sebagai calon Menteri Besar Kelantan pada kempen pilihan raya umum lalu.
Kali ini Ketua Umno Bachok itu mahu memasuhkan yuran pengajian dan mempertingkatkan sekolah agama rakyat (SAR) pula.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, rakyat Kelantan tidak pernah lupa kezaliman Umno/BN terhadap sekolah agama sebelum ini.
“Jangan nak bermuka-muka dan berlagak baik semata-mata nak mendapat sokongan rakyat Kelantan menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Tun Dr Mahahtir pernah menyekat segala bantuan kepada SAR sehingga banyak sekolah agama ditutup akibat masalah kewangan. Isu berkenaan masih lagi sedar dalam ingatan rakyat Kelantan,” katanya di sini.
Beliau juga melahirkan rasa kesal kenyataan politik mirip peras ugut pemimpin Umno terhadap rakyat Kelantan.
“Kalau ikhlas nak bantu rakyat Kelantan, kenapa perlu letak syarat mesti bantu Umno rampas Kelantan dahulu?
“Inilah demokrasi songsang amalan pimpinan Umno Kelantan. Rakyat masih ingat, Umnolah yang memusuhi sekolah agama dan pernah mendakwa tempat melatih pengganas,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi.
Pada kempen pilihan raya umum 2004 Awang menjanjikan Bachok Baru dan pembangunan pesat yang lengkap dengan pelabuhan serta hospital.
Malah pada kempen tersebut juga beliau mahu menjadikan Pantai Irama sebagai tempat persembahan kebudayaan setiap minggu. Selepas menang ketika itu segala manifestonya hilang begitu sahaja.
Sumber HD : 15/05/2012
KOTA BHARU: Sepatutnya setiap isu yang timbul di kalangan umat Islam diselesaikan secara muzakarah bagi mendapat gambaran lebih jelas dan bukan pandangan sebelah pihak sahaja.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, isu muzakarah sebenarnya berlaku sejak PAS diketuai Dato’ Asri Muda lagi.
“Tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.
Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, muzakarah merupakan fitrah manusia sejak usia kecil lagi.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain beliau meminta rakyat tidak pedulikan tentang tarikh pilihan raya kerana ia tetap akan berlaku juga.
“Sama juga seperti tarikh mati. Tak tahu tapi mati tetap berlaku. Lepas mati itu syurga ke neraka. Begitu juga selepas pilihan raya kerajaan Islam atau toghut.
“Tarikh pilihan raya usah fikir siang atau malam, yang penting mati esok syurga ke neraka sebab ia bergantung kepada aktiviti kita di dunia sekarang,” katanya.
Jadi kata beliau rakyat negara ini hendaklah memastikan kerajaan yang ada di bumi berdasarkan syariat Islam.
Beliau berkata, Kelantan sudah 22 tahun bergerak atas dasar Islam dan mendapat sokongan padu pelbagai pihak.
Sumber HD : 16/05/2012
KOTA BHARU: Selepas disisih sejak Rancangan Malaysia (RMK) Ke-5, akhirnya kerajaan Kelantan memutus membina sendiri lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu membabitkan kos awal sebanyak RM500 juta.
Dan pada 28 Mei ini akan mencatat satu sejarah baru negara apabila majlis pecah tanah pembinaan lebuhraya tersebut akan diadakan berhampiran Felcra Berangan Mek Nab, Machang.
Jajaran lebuhraya pertama di Kelantan itu akan melalui Hutan Lipur Bukit Bakau.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, projek sepanjang 33 kilometer tersebut dikendalikan Menta Contruction Sdn Bhd dan Konsortium Temokin Vila Jelas JV Sdn Bhd.
Katanya, projek berkenaan akan dimulakan di seksyen III dari Bukit Tiu, Machang sehingga ke Dusun Damar, Kuala Krai merupakan tanah milik kerajaan negeri.
“Projek itu dimulakan di seksyen III sebagai langkah untuk menjimatkan masa kerana ia tidak perlu melakukan pengambilan balik tanah rakyat.
“Manakala jajaran bertingkat dari Wakaf Che Yeh ke Kota Bharu ditangguhkan sementara bagi menjimatkan kos,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim hari ini.
Selain itu katanya, kos pembinaan dapat dikurangkan dengan memperkenalkan pendekatan gotong royong, di mana orang ramai yang berminat boleh menderma iaitu batu kuari, pasir dan sebagainya.
Kata Husam konsep gotong royong diperkenalkan bukan bererti kerajaan negeri tidak berkemampuan, sebaliknya bagi menanam semangat kerjasama di kalangan rakyat.
“Syarikat yang terbabit dengan aktiviti kuari di sepanjang lebuh raya akan juga memperolehi manfaat,” ujarnya.
Beliau berkata, sebelum ini orang ramai hanya terdedah menderma untuk pembinaan masjid dan madrasah sahaja, manakala derma bagi pembinaan jalan raya masih agak asing.
Beliau juga berharap syarikat yang terbabit dengan industri minyak di Kelantan juga dialu-alukan untuk menyumbang.
Katanya, projek lebuh raya berkenaan dijangka siap dalam tempoh lebih dua tahun selepas mengambil kira musim tengkujuh.
“Kerajaan negeri berhasrat menjemput bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi hadir pada majlis pecah tanah kerana beliau pernah menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya itu dalam RMK-9,” ujarnya.
Husam juga memberitahu lebuh raya tersebut akan mempunyai laluan khas untuk binatang liar di sepanjang laluannya.
“Kerajaan negeri mengutamakan konsep mesra alam dan mengambil kira keperluan makhluk lain,” tambahnya.
Katanya juga apabila ia siap sepenuhnya, Kelantan menjadi negeri pertama membina sendiri lebuh raya sendiri dengan kos yang lebih menjimatkan.
Sumber HD : 16/05/2012
PASIR PUTEH: Belum pun tarikh pilihan raya umum ke-13 diumumkan, sehingga sekarang seramai 31 pemimpin Umno di bahagian ini bertembung sesama mereka melobi dipilih sebagai calon.
Pertembungan tersebut bukan lagi menjadi rahsia apabila ada di kalangan mereka sudah rancak keluar masuk kampung bagi menabur umpan awal kepada rakyat.
Malah ada juga di antaranya tidak dikenali langsung, namun tiba-tiba muncul dengan mendakwa mereka mendapat restu pemimpin atasan sebagai calon PRU-13 di Pasir Puteh.
Persaingan begitu ramai calon menjadi sengit memandangkan hanya ada lima tempat di kawasan parlimen tersebut iaitu kerusi parlimen, Dun Gaal, Dun Semerak, Dun Limbongan dan Dun Selising.
Kehadiran ramai calon membuat Ketua Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dikatakan dilanda gelisah memandangkan beliau hanya sekadar bekas guru lepasan maktab.
Antara nama lain yang disebut-sebut iaitu Datuk Dr Khaisan Abdul Rahman; bekas anggota parlimen penggal 2004-2008, Datuk Che Min Che Amat; bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Yazid Othman.
Selain itu timbalan ketua bahagian, Rujhan Salleh, veteran Umno iaitu Datuk Wan Mohamad Najib Mohamed dan Tuan Mustafa Tuan Mat. Muka baru pula Azmi Mohd Noor, Ridhuan Setapa, Dr Sumardi Hassan, Karimah Md Noor serta Kapt (B) Wan Marzudi Wan Omar.
Lebih memeningkan apabila masing-masing ada strategi tertentu bagi mematahkan lawan terutamanya menggunakan “kabel” presiden dan timbalan presiden Umno.
Dr Khaisan sebelum ini tidak pernah dikenali tiba-tiba saja muncul dengan slogan “Bersatulah Kita Ahli Umno”. Manakala ketua bahagian pula dengan projek gelombang merah.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 17/05/2012

Janji 2004 belum dikota, Awang Adek buat janji baru
Rossem, | 15 Mei 2012 |

Sudah lama PAS tunggu muzakarah – TG Nik Aziz
Salmah Mat Husain, | 16 Mei 2012 |

Pecah tanah projek lebuh raya Kelantan 28 Mei ini
Rizal Tahir, | 16 Mei 2012 |

31 calon Umno rebut kerusi di Pasir Puteh
Fuad Hadinata, | 17 Mei 2012 |
PASIR PUTEH: Belum pun tarikh pilihan raya umum ke-13 diumumkan, sehingga sekarang seramai 31 pemimpin Umno di bahagian ini bertembung sesama mereka melobi dipilih sebagai calon.
Pertembungan tersebut bukan lagi menjadi rahsia apabila ada di kalangan mereka sudah rancak keluar masuk kampung bagi menabur umpan awal kepada rakyat.
Malah ada juga di antaranya tidak dikenali langsung, namun tiba-tiba muncul dengan mendakwa mereka mendapat restu pemimpin atasan sebagai calon PRU-13 di Pasir Puteh.
Persaingan begitu ramai calon menjadi sengit memandangkan hanya ada lima tempat di kawasan parlimen tersebut iaitu kerusi parlimen, Dun Gaal, Dun Semerak, Dun Limbongan dan Dun Selising.
Kehadiran ramai calon membuat Ketua Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dikatakan dilanda gelisah memandangkan beliau hanya sekadar bekas guru lepasan maktab.
Antara nama lain yang disebut-sebut iaitu Datuk Dr Khaisan Abdul Rahman; bekas anggota parlimen penggal 2004-2008, Datuk Che Min Che Amat; bekas wartawan Utusan Malaysia, Datuk Yazid Othman.
Selain itu timbalan ketua bahagian, Rujhan Salleh, veteran Umno iaitu Datuk Wan Mohamad Najib Mohamed dan Tuan Mustafa Tuan Mat. Muka baru pula Azmi Mohd Noor, Ridhuan Setapa, Dr Sumardi Hassan, Karimah Md Noor serta Kapt (B) Wan Marzudi Wan Omar.
Lebih memeningkan apabila masing-masing ada strategi tertentu bagi mematahkan lawan terutamanya menggunakan “kabel” presiden dan timbalan presiden Umno.
Dr Khaisan sebelum ini tidak pernah dikenali tiba-tiba saja muncul dengan slogan “Bersatulah Kita Ahli Umno”. Manakala ketua bahagian pula dengan projek gelombang merah.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 17/05/2012
PPP Riau harap layanan adil pembangkang di M'sia
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 17 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Indonesia memberi layanan sama rata kepada semua parti-parti pembangkang di negara terbabit bukan hanya kepada parti yang mendokong pemerintah.
Ketua Dewan Perwakilan Wilayah PPP, Provinsi, Riau, H. Azis Zaenal SH MM, berkata walaupun hanya partinya satu-satu yang memperjuangkan Islam di Indonesia, namun kerajaan memberi layanan sama adil.
Beliau berkata demikian ketika ditemui bagi mengulas berhubung perkara itu di negaranya selepas mendengar taklimat dari Timbalan Speakar Dun, Ahmad Zaki Ibrahim, di JKR 10, di sini tengahari tadi.
Seramai 46 orang rombongan dari parti itu di mana 26 orang daripadanya wakil rakyat melakukan lawatan rasmi ke negeri ini selama dua hari bermula hari ini.
Tanpa menyebut secara jelas parti yang memerintah negara ini, beliau seterusnya mengharapkan layanan yang adil juga diberikan kepada pembangkang di negara ini dalam segala bidang demi untuk rakyat.
“Tidak adil kiranya kerajaan pembangkang dianaktirikan, sebab yang menghadapi masaalahnya adalah rakyat,” ujarnya.
Sambungnya sebagai pemerintah negara, mereka perlu melihat lebih jauh ke hadapan adakah tindakan yang diambil itu wajar atau sebaliknya kerana bimbang menerima kesan yang tidak pasti masa hadapan.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut berhubung pentadbiran Kelantan yang dinafikan haknya sejak 22 tahun lalu kerana kurang mendapat penjelasan berhubungnya.
Namun baginya PAS adalah sebuah parti Islam yang wajar dihormati kerana ianya dipimpin oleh ulama’.
Sementara itu, Seketariat DPC PPP. KAB Kampar, Hendra Yani, mengakui sepanjang sehari berada di negeri ini begitu aman sehingga menganggap negeri ini begitu hebat.
Sambungnya, perjuangan yang telah dilalui oleh PAS hingga memenangi Kelantan sejak 22 tahun lalu akan dijadikan contoh untuk partinya di Riau Indonesia.
Sebelah pagi rombongan ini dibawa melawat pentadbiran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam dan petangnya pula mendengar taklimat khas dari Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, Wan Nik Yusof.
Sumber HD : 18/05/2012
(Tuan Guru Nik Aziz berucap dalam perhimpunan isteri pemimpin dan muslimat Kelantan)
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyarungkan selendang tanda cinta yang tidak berbelah bagi pada isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Tuan Guru menyarungkan selendang berkenaan sempena majlis Himpunan Isteri Pimpinan dan Muslimat Kelantan – Gempur PRU 13, di Pusat Tarbiah Islamiah PAS Kelantan (PUTIK) tengahari tadi.
(Tuan Guru Nik Aziz menyarungkan selendang cinta untuk isterinya, Tuan Sabariah)
Sebelum ini Tuan Guru menghadiahkan bunga kepada isterinya yang tercinta itu, namun hari ini ianya agak berlainan menjadikan majlis bertambah ceria.
Program sehari itu anjuran Dewan Muslimat PAS negeri Kelantan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Pengkalan Chepa.
Tuan Guru ketika merasmikan majlis ini mengingatkan para isteri mencontohi isteri-isteri pimpinan terdahulu yang telah banyak mengorbankan masa, kewangan dan sebagainya untuk perjuangan Islam.
Sambungnya, apa yang penting para isteri atau muslimat wajib mengikut perintah Allah kerana akan memperolehi hasil yang manis masa depan.
“Bonda Nabi Musa diperintahkan Allah membuang anaknya itu ke laut selepas disusukan hingga kenyang, walaupun hati begitu pilu berpisah dengan anak apa lagi mesti dibuang ketika masih bayi, namun kerana perintah Allah, dia berbuat demikian.
“Akhirnya Nabi Musa membesar dalam istana Firaun yang dibesarkan oleh ibu angkatnya sendiri Asiah,”ujarnya.
Ketika berucap pada majlis penutup, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, Siti Zailah Yusof, juga turut menyeru para isteri mengambil contoh para isteri pimpinan khasnya yang dikenakan tahanan ISA.
Menurutnya, walaupun hidup mereka sengsara sepanjang suami mereka tiada, namun kekentalan jiwa mereka sentiasa kukuh.
Program separuh hari itu turut dihadiri Normah Alwi (isteri timbalan Presiden PAS) dan beberapa orang pimpinan muslimat PAS Pusat yang lain, selain Timbalan Purnama, Siti Zubaidah Abdul Hamid dan lain-lain pimpinan.
Sumber HD : 18/05/2012
(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.
Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.
Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.
Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.
Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".
Sumber HD : 19/05/2012

Nik Aziz sarung selendang cinta untuk isterinya
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 18 Mei 2012 |

Piala FA: Penyokong Kelantan tiba di Bukit Jalil
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
(Sebahagian penyokong Kelantan yang tiba di Stadium Bukit Jalil pagi ini)
KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Kelantan mula tiba di ibu negara sejak awal pagi tadi bagi menyaksikan pasukan negeri mereka menentang Sime Darby pada aksi final Piala FA malam ini.
Biarpun wisel permulaan dijangka hanya akan dibunyikan tepat jam 8.45 malam, namun sebahagian penyokong skuad 'The Red Warriors' itu sudah mula berkampung di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sejak awal pagi.
Kebanyakan mereka yang tiba pagi ini adalah yang menaiki bas sewa khas yang bertolak dari Kelantan malam tadi.
Dijangkakan seramai 50,000 penyokong 'The Red Warriors' dijangka hadir menyaksikan perlawanan penuh bersejarah malam ini, manakala sekurang-kurangnya 15,000 dari Sime Darby atau 'Giant Killer'.
Turut berangkat meyaksikan perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra.
Bagi kerajaan negeri pula akan diwakili Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakub serta Exco Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa yang kini dalam penggantungan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), juga mengesahkan akan hadir.
Beliau yang juga Timbalan Presiden FAM sebelum ini menegaskan, beliau tetap akan hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai "penyokong biasa".
Sumber HD : 19/05/2012
Piala FA: Tuan Guru Nik Aziz ucap tahniah
Harakahdaily, | 19 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 19 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negeri itu yang berjaya merangkul Piala FA pada perlawanan akhir, malam ini.
“Tahniah diucapkan atas kejayaan pasukan The Red Warriors yang telah berjaya menjuarai Piala FA sebentar tadi,” tulisnya dalam Facebook beliau.
Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan Sime Darby 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol kemenangan pasukan Red Warriors itu dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar pada minit ke-59 menerusi sepakan penalti.
Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan juga mengucapkan tahniah kepada Kelantan di atas kejayaan itu.
“Tahniah Kelate atas tropi yang dimiliki malam ini setelah menewaskan Sime Darby. Sime Darby cuba lagi tahun depan,” tulisnya juga melalui Facebook.
Sumber HD : 19/05/2012
(Anuar Musa menandatangani kain pemidang kempen menuntut royalti minyak untuk Kelantan)
KUALA LUMPUR: Pengerusi Kesatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Anuar Musa menambahkan lagi garam pada luka Umno apabila turut menurunkan tandatangan pada kempen menuntut royalti minyak untuk kerajaan negeri Kelantan.
Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu darinya adalah dari Anwar musa sendiri (gambar atas).
Anuar berada di Stadium Bukit Jalil malam tadi untuk bersama-sama memberikan sokongan kepada pasukan Red Warior Kelantan. Mereka berjaya mengalahkan Sime Darby untuk menjadi juara Piala FA.
Kembalikan Royalti Kelantan adalah kempen untuk menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.
Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS yang sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari Umno.
Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno yang di sertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas.
Sebagaimana yang berlaku di Terengganu, Umno menyekat pemberian royalti untuk kerajaan negeri Kelantan.
Di Terengganu, kerajaan pusat pimpinan Umno menarik balik pemberian royalti untuk kerajaan negeri selepas enam bulan PAS memimpin negeri itu pada tahun 1999.
Anuar Musa pula kini dalam keadaan tersepit apabila digantung dari sebarang kegiatan bola sepak selepas mengkritik FAM.
Kini ia menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus didalam polemik isu royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan?
Sumber HD : 20/05/2012

Anuar Musa tuntut royalti minyak untuk Kelantan
Harakahdaily, | 20 Mei 2012 |

Annuar Musa dipecat dari Umno?
http://batuvskayu.blogspot.com, | 20 Mei 2012 |
20/05/12
Ahh !! kasar bunyi tajuk ini...
Tetapi ia ada berkemungkinan beliau di pecat atau menghadapi jawatan kuasa disiplin Umno ..kerana sekeping gambar ini memperlihatkan Tan Sri Anwar telah menyertai satu kumpulan NGO (Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan ) semalam dalam usaha menyokong kerajaan negeri menuntut duit royalti dari Petronas.Lebih 20,000 tanda tangan telah berjaya di perolehi termasuk salah satu dari Anwar musa sendiri ( gambar atas) .
Dengan menandatangani sokongan ini seolah olah Anwar Musa menyokong usaha kerajaan negeri yang di terajui oleh Parti Pas, sudah tentu akan menimbulkan kemarahan dari puak puak Umno ( kita tunggu dan lihat ) . Umum mengetahui dalang di sebalik kemelut duit royalti minyak ini datangnya dari Umno Parti yang disertai oleh Anwar Musa bukannya dari Petronas. Sebagai yang terjadi dan apa yang pernah berlaku di Terenganu bila mana perjanjian dicabuli oleh Kerajaan Pusat (UMNO) apabila mereka tewas pada Pru ke 10 pada tahun 1999 dengan merampas hak kerajaan baru Terengganu di bawah Pas pada masa itu.
Menjadi tanda tanya adakah Anuar Musa menongkah arus di dalam polemik isu Royalti di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan ? Sedangkan kita mengetauhui bahawa Anwar Musa adalah di antara orang kuat Umno Kelantan dan pernah menjadi Adun Melor serta pernah memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan serta pernah menjawat jawatan ahli majlis tertinggi Umno.
Adakah tindakan Anwar Musa benar benar ikhlas atau hanya sekadar dia menagih sokongan dari peminatnya di Bukit Jalil ,kerana kerana kita tahu pada 5 april 2012 beliau telah di gantung oleh FAM selama 30 bulan dari bergiat dalam bola sepak negara. Ianya menjadi satu tanda tanya buat diri saya . Jika Anwar Musa benar benar ikhlas menanda tangani saya ucapkan syabas kepada beliau.
Sebaiknya Tan Sri Anwar Musa sebagai anak jati negeri Kelantan sepatutnya mengenepikan sentimen parti dalam isu tuntutan ini, Umno atau Pas yang memerintah yang penting kembalikan wang kepada yang hak . Jangan kamu (Umno Pusat ) mencabuli perjanjian yang dimenterai demi dendam kesumat serta berpolitik sempit. Kerana esok apa yang dilakukan akan di persoalkan oleh Allah di Akhirat kelak. Di akhir kata apa yang berlaku di Bukit Jalil semalam akan membuka lembaran baru di dalam kemelut ini tuntutan royalti antara negeri dan pusat.
** Taniah Kelantan kerana menjadi juara piala FA semalam.
wallahualam..
Sumber HD : 20/05/2012
TANAH MERAH, 20 Mei: Sekeluarga 28 ahli Umno Tanah Merah, menyertai PAS di Kampung Kelewek, Bukit Panau, Kelantan dan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kelmarin.
Borang tersebut diserahkan oleh anak perempuan Arifin Awang atau lebih dikenali dengan panggilan Abe Pin.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Speaker Dun, Mohd Zaki Ibrahim, Adun Bukit Panau, Datuk Abdul Fatah Mahmood, Adun Gual Ipoh, Wan Yusuf Wan Mustapha, Ketua Sukarelawan PKR, Nik Mahmod Nik Hasan, dan aktivis dan pengerak utama Pakatan Rakyat Tanah Merah, Datuk Dr Nik Saidina.
Sumber HD : 20/05/2012
28 ahli keluarga sertai PAS di Tanah Merah

100 peneroka Kesedar Chalil isytihar keluar Umno
Mijie Yusoff, | 21 Mei 2012 |
GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.
Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.
Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.
Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Dun Galas, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.
Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.
“Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.
“Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.
Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.
Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.
Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.
“Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.
“Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah,” ujarnya.
(Ikuti pelbagai pendedahan peneroka dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 21/05/2012

Hadiah untuk Red Wariors: Exco akan rujuk MB
Salmah Mat Husain, | 21 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood (gambar), akan berbincang dengan Menteri Besar berhubung dengan imbuhan untuk pasukan Red Wariors yang menang piala FA baru-baru ini.
Buat masa sekarang, katanya, kerajaan negeri belum membuat sebarang keputusan berhubung imbuhan yang bakal diberikan kepada skuad bola sepak Kelantan itu.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diajukan soalan sedemikian dalam sidang medianya berhubung program Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2012.
Menurutnya, beliau tidak mahu mendahului Tuan Guru sebagaimana keputusan pengistiharkan cuti pada 20 Mei lalu selepas kejayaan Kelantan ke peringkat akhir menentang Sime Darby.
“Saya yakin tentu sudah ada sesuatu hadiah untuk skuad Kelantan berikutan kejayaan yang telah lama hilang 22 tahun lalu kini dapat ditebus oleh Kelantan,”ujarnya.
Apa yang penting kini, tegasnya biarlah kejayaan itu menjadi titik kepada kemenangan masa hadapan memandangkan bola sepak menjadi kebangkitan baru pada negara bukan hanya di Kelantan.
“Kebangkitan bola sepak Kelantan melalui The Red Wariors seolah-olah satu kebangkitan di seluruh negara,”ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berharap kemenangan piala FA menjadi semangat untuk merebut piala Liga Super dan Piala Malaysia musim ini.
Sabtu lalu Kelantan Berjaya menewaskan Sime Darby 1-0 melalui tendangan panalti yang disumbangkan Mohammed Mahmoud Ghaddar.

Tunggang motosikal 3 jam datang temui MB
Aslani M | Foto Mijie Yusoff, | 22 Mei 2012 |
GUA MUSANG: Agak luar biasa kehadiran masyarakat pelbagai kaum pada program penyampaian surat hak milik tanah, dividen Ladang Rakyat dan bantuan sosial yang diadakan di Dewan Sivik hari ini.
Sebelum ini jarang dapat dilihat rakyat pelbagai kaum termasuk Orang Asal, Cina, India dan Melayu bersama memenuhi dewan dan kawasan sekitarnya sejak pagi lagi.
Lebih 300 masyarakat Orang Asal termasuk yang datang menaiki motosikal selama tiga jam dari Pos Tuil bertolak jam 6 pagi melalui jalan pembalakan sebelum sampai ke jalan raya Lojing – Gua Musang.
Kesukaran itu tidak mematah semangat Zaman Kavi bersama rakan-rakan datang untuk bertemu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang berada di Gua Musag sejak malam tadi.
Seramai 140 penduduk termasuk keluarga masyarakat Cina yang tinggal di Kampung Pulai menerima surat hak milik tanah. Mereka meluah rasa begitu gembira kerana impian mendapat hak milik tanah akhirnya menjadi kenyataan.
Ng Nget Fah dari Kampung Pulai mendapat surat milik tanah kebun getahnya seluas 2.5 hektar yang diusahakan sejak berpuluh tahun lalu.
“Tentunya saya rasa gembira yang amat sangat kerana mendapat surat hak milik tanah kebun yang diusahakan keluarga saya selama ini,” katanya sambil menunjukkan geran yang baru diterima daripada Menteri Besar.
Dua keluarga India iaitu Bhaskaran A/L Rengasamy dan R Parimala A/P Ramachandran masing-masing menerima cek sebanyak RM1,000 di majlis berkenaan ekoran kematian ibu mereka yang merupakan peserta program skim Takaful Kifaalah.
Hadir sama pada majlis yang penuh bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Che Abdullah Mat Nawi dan Wan Ubaidah Omar.
Turut hadir Ketua Jajahan Gua Musang, Mat Jusoh Hussin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Mohamad, Penyelia Dun Galas, Abdullah Hussin dan Penyelia Paloh, Shah Amiruddin dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.
Abdullah melahirkan rasa syukur di atas kehadiran begitu ramai rakyat Gua Musang yang terdiri daripada pelbagai kaum sehingga memenuhi dewan sivik dan kawasan sekitarnya.
“Sokongan rakyat pelbagai kaum begitu hebat sekali. Saya terharu di atas sambutan yang luar biasa hari ini,” katanya pada ucapan mewakili tuan rumah. Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan bagi jamuan orang ramai.
Pada 4 Mei lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga melakukan lawatan kerja ke Gua Musang merasmikan Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang Majlis Daerah Gua Musang. Sehingga hari ini padang tersebut tidak dapat digunakan kerana rosak.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap orang ramai yang mendapat geran tersebut tidak menjualnya kepada orang lain sehingga habis tempoh masa yang ditetapkan kerajaan.
Katanya juga tanah menjadi rebutan rakyat kerana bilangan manusia semakin ramai sedangkan keluasan tanah tidak berubah.
Pada lawatan kerja itu juga sebelah petang Menteri Besar melawat kolam penternakan ikan kelah milik Mohd Saiful Basri Mat Yaakub di Kampung Lepan Jaya.
Sumber HD : 22/05/2012

Tanah: Kelantan dah lulus, Jakoa pula bermasalah
Aslani M, | 23 Mei 2012 |
GUA MUSANG: Bekas juruhebah RTM pada 1980-an mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kurang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi membolehkan penduduk Orang Asli memiliki tanah sendiri.
Ajong Alang, 60 pernah berkhidmat di RTM bagi rancangan Orang Asli selama 14 tahun berkata, sepatutnya Jakoa memberi kerjasama penuh bagi membolehkan tanah disukat sebelum dapat dikeluarkan geran.
“Saya hairan mengapa agensi berkenaan tidak mahu mengeluarkan peruntukan bagi kerja-kerja mengukur sempadan bagi membolehkan geran hak milik dikeluarkan kerajaan negeri.
“Saya difahamkan isu ini sudah lama dibangkitkan, namun sekarang Jakoa seperti tidak serius. Sedangkan kerajaan negeri sudah bersetuju untuk memberi hak milik kepada kami.
“Cuma sekarang mengapa Jakoa tidak mahu membayar upah ukur. Kalau hendak kata tiada peruntukan tidak lojik langsung, setiap tahun Jakoa mendapat geran daripada kerajaan pusat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sebelum ini Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob memberitahu Jakoa sehingga kini tidak memberi kerjasama bagi membayar upah ukur sempadan membolehkan geran hak milik tanah dikeluarkan kepada penduduk Orang Asli beberapa tempat termasuk di Kuala Betis.
Ajong yang kini tinggal di Kuala Betis berkata, kerajaan negeri sudah lama bersetuju meluluskan surat hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli, namun Jakoa pula bermasalah.
“Sekarang sangkut kat Jakoa. Isu tanah sudah lama dibangkitkan ketika BN memerintah Kelantan lagi. Namun selepas PAS memerintah baru kelulusan tanah dipersetujui,” katanya.
Bagaimanapun kata beliau Pos Jedip sudah diluluskan kerajaan negeri untuk diberi hak milik kepada Orang Asli. Begitu juga penempatan di Kuala Betis, Sendrop, Sigar dan Tuai.
Yaakub Busu, 49 dari Pos Tuai pula mempertikaikan segelintir Orang Asli yang didalangi Jaringan Orang Asli Semenanjung mendakwa kerajaan negeri merampas tanah adat Orang Asli.
Katanya, sehingga kini tidak ada tanah yang dirampas seperti didakwa mereka.
“Kelantan bukan macam Sarawak ada tanah adat. Mereka seperti terikut-ikut dengan perjuangan peribumi di sana.
“Mana ada tanah adat Orang Asli yang dirampas. Kami malu dengan tindakan segelintir Orang Asli yang berdemontrasi di Kota Bharu baru-baru ini,” ujarnya.
(Ikuti luahan hati penduduk Orang Asli dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang).
Sumber HD : 23/05/2012

Pasar Kota Jembal bakal tarik pelancong
Rizal Tahir, | 23 Mei 2012 |
KOTA BHARU, 23 Mei: Pasar Kota Jembal yang dahulunya dikenali Pasar Kedai Lalat akhirnya berjaya dibina setelah ianya dirancang sejak tahun 1990-an.
Dengan kos peruntukan keseluruhan termasuk pembelian tanah, Pasar Kota Jembal yang penuh lagenda itu bernilai RM3.2 juta, kesemua peniaga seramai 423 orang dapat berniaga dengan selesa.
Bersesuaian dengan keturunan Raja Jembal, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diberi penghormatan untuk merasmikan pasar yang bakal menjadi tarikan pelancong itu.
Dengan diiringi 22 orang hulubalang simbolik pentadbiran kerajaan Kelantan ditadbir oleh seorang ulama sejak 22 tahun lalu, Tuan Guru menaiki kereta kuda bermula dari kediamannya di Pulau Melaka.
Pasar ini mula dibena pada 2 Disember 2010 dan ianya siap mengikut jadual yang ditetapkan.
Ianya bukan hanya sebuah pasar, sebaliknya pembinaan sebuah tempat perniagaan di kawasan yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri sejak sekian lama khususnya sejak kegemilangan Raja Jembal.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu mendedahkan pasar berkenaan sebelum ini mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Sambungnya, di kawasan berkenaan diduduki oleh golongan ulama dan di situ juga tempat peniaga yang masyhur ketika itu antaranya kedai Cik Timah Nasi Dagang.
“Di sini juga terkumpulnya pengusaha mencari etak, udang yang merupakan kerja utama masyarakat di sini ketika itu,” ujarnya.
Sementara itu, Adun Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Abdullah, berkata pasar berkenaan bakal menjadi tarikan pelancong.
Katanya, ini kerana pelancong luar termasuk dari negara barat telah datang ke pasar berkenaan untuk meninjau keunikkannya walaupun ianya belum dirasmikan lagi.
“Apa yang penting, saya cadangkan pihak bertanggungjawab perlu menyediakan sejarah Kota Jembal yang ada kaitan dengan Raja Jembal sebelum ini untuk didedahkan kepada umum.
“Saya yakin, sekiranya sejarah Kota Jembal diletakkan dalam satu galeri di sini, ianya akan dapat membantu masyarakat di negeri ini, jika tidak sejarah itu akan hilang begitu sahaja,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis itu, Yang Dipertua MPKB_BRI, Fauzi Mat.
Turut hadir, isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, anggota exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Wan Ubaidah Omar serta lain-lain pimpinan.
Walaupun pasar ini baru dirasmikan hari ini, namun ianya telah beroperasi sejak 24 Januari lalu.

Piala FA: Kelantan setuju beri hadiah
Salmah Mat Husain, | 24 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju pada dasarnya untuk memberi hadiah kepada skuad bola sepak Kelantan yang berjaya menjulang piala FA baru-baru ini selepas menewaskan Sime Darby.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebelum ini kerajaan negeri pernah memberi wang sagu hati termasuk membawa pemain mengerjakan umrah.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan bentuk hadiah yang bakal diberikan oleh kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian Pasar Kota Jembal, Pulau Melaka, dekat sini semalam.
Dua hari lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood, ketika memberitahu media tidak mahu mendahului Tuan Guru dalam menyatakan keputusan itu.
Katanya, ada baiknya kenyataan berhubung perkara itu diumumkan sendiri oleh Tuan Guru.
Fattah ketika ditemui pada majlis yang sama berkata, beliau sudah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kelmarin supaya dapat membawa Piala FA dalam majlis perasmian Sambutan Hari Anak Muda Kelantan 2012 di Pantai Irama, Bachok pagi tadi.
Sambungnya, majlis perasmian program itu akan diadakan pada petang esok (ini) oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau berharap pihak Kafa dapat memenuhi permintaan kerajaan negeri supaya ia dapat ditunjukkan kepada Tuan Guru pada majlis itu.
"Setakat ini belum ada jawapan daripada pihak Kafa berhubung surat yang dihantar pagi tadi (semalam), tetapi kita harap mereka dapat membawa Piala FA itu pada majlis sambutan Hari Anak Muda Kelantan di Bachok nanti.
Jelasnya, tidak ada sebab piala itu tidak boleh dibawa ke majlis Himpunan Anak Muda Kelantan, kerana ianya milik semua pihak, terutama anak muda dan bukannya milik individu.
"Saya harap Piala FA yang dimenangi pasukan Kelantan itu dapat dilihat secara dekat oleh anak muda Kelantan yang hadir dalam program bersama Tuan Guru,” ujarnya.
Beliau tidak menafikan, kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat pada majlis itu.
Pada 19 Mei lalu, Kelantan berjaya membawa pulang Piala FA selepas kemarau selama 22 tahun setelah The Read Warriors berjaya menewaskan Sime Darby menerusi tendangan penalti oleh Mohammed Mahmoud Ghaddar pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sumber HD : 24/05/2012
(Tuan Guru Nik Aziz mencuba sukan memanah anjuran Yik)
KOTA BHARU: Tindakan Kerajaan Pusat yang masih membisu tentang permohonan Kelantan untuk mendapatkan lesen stesyen radio sendiri disifatkan sebagai pemikiran lapuk.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kerajaan negeri memohon surat untuk mendapatkan kebenaran itu ketika Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat menjadi Menteri Penerangan lagi.
Katanya, tindakan berdiam diri tanpa sebarang jawapan itu tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan Pusat sehingga sekarang.
“Tindakan ini masih berfikiran kekampungan dan amat tidak wajar dilakukan oleh menteri-menteri di peringkat pusat.
“Mereka menganggap seolah Malaysia ini milik nenek moyang mereka, ini suatu kecelakaan yang menimpa pemikiran orang Melayu,”ujarnya.
Berikutan kegagalan kerajaan Pusat menyediakan ruang itu, kerajaan negeri katanya telah melancarkan radio sendiri RTV melalui saluran internet.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis perasmian Sukan Memanah Peringkat sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) di Maahad Muhammadi.
Turut hadir anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood dan Datuk Mohd Amar Abdullah serta pengetua-pengetua sekolah agama Yik.
Tambahnya, radio dan televisyen ini akan digunakan sebaiknya oleh kerajaan negeri untuk menyiarkan program serta aktiviti kerajaan negeri.
Sempena majlis ini, Tuan Guru menunjukkan kebolehan memanah.
Sebanyak Sembilan buah sekolah Yik menerima peralatan memanah dari Tuan Guru.
Sumber HD : 24/05/2012
(Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura, menandatangani buku pelawat dengan diperhatikan Menteri Besar dan Husam)
KOTA BHARU: Duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura, mengakui menerima penerangan yang sama berhubung Islam dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin Islam di Arab Saudi.
Katanya, sewaktu menjadi duta ke Saudi sebelum ini, beliau pernah diberi penerangan oleh pemimpin Islam di negara itu bahawa Islam bukan agama kekerasan sebagaimana yang didakwa oleh pihak tertentu.
Beliau berkata demikian ketika mendengar penjelasan Tuan Guru Nik Aziz di pejabat Menteri Besar itu dalam lawatan rasminya pagi tadi.
“Penjelasan tuan yang mendakwa Islam bukan agama ganas, sama sebagaimana yang pernah diterangkan oleh pemimpin Arab sewaktu saya mengunjungi mereka ketika menjadi duta di sana,”ujarnya.
Terdahulu Tuan Guru berkata orang Eropah begitu bermusuh dengan Islam sehingga membuat fitnah Islam agama ganas dan lain-lain lagi dengan tuduhan yang tidak benar.
Tuan Guru turut menjelaskan umat Islam mesti berpegang teguh pada ajarannya apa lagi sebagai seorang pemimpin.
“Kerana berpegang teguh pada ajaran itu, alhamdulillah syukur setakat ini tiada lagi pemimpin dan pegawai kerajaan negeri yang ditangkap kerana rasuah,”ujarnya.
Pada masa yang sama Duta Jepun itu juga turut mengakui hubungan antara negaranya dengan Malaysia begitu harmoni.
Sambungnya, ianya merangkumi kerjasama yang melibatkan pendidikan, budaya dan lain-lain.
Pada masa yang sama beliau yang hadir bersama isterinya memuji kraftangan rakyat Kelantan begitu cantik dan halus terutama sekali batek.
Selama tiga hari negeri ini, mereka dibawa melawat Pantai Kuala Pak Amat tempat pendaratan tentera Jepun, beberapa buah muzium dan lain-lain lagi.
Turut hadir dalam pertemuan itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar, Rusdi Abdullah.
Sumber HD : 24/05/2012
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.
Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.
“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.
“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
Sumber HD : 24/05/2012
MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.
Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.
Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.
Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.
“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.
Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.
Sumber HD : 27/05/2012
RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.
Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak terhadap Kelantan.
“Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas,” katanya pada ceramah di Kampung Pulai, Chica Tinggi malam kelmarin.
Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini.
Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti.
Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, perjanjian tersebut ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir.
Menurutnya kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah penipuan duit rakyat apabila melelapkan wang royalti milik Kelantan.
“Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala,” katanya disambut laungan takbir orang ramai yang hadir.
Sementara itu, pelawak terkenal, Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman memberitahu beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjaya lama kerana tidak mahu terus terjebak dengan maksiat dan aktiviti melalaikan.
Menurutnya pada 19 Februari 2011 beliau meninggalkan Umno cawangan Subang dan menyertai PAS kerana yakin parti Islam membawa perjuangan lebih jelas dan nyata bagi mendaulatkan agama.
Turut hadir pada program tetsebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
Sumber HD : 27/05/2012
TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS.
Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya.
Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain.
“Jangan ada di antara mana-mana rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini.
Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak.
Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan.
Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah.
Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam.
(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 27/05/2012
MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.
(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)
Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.
“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.
“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.
"Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13.
Sumber HD : 28/05/2012
(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)
MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.
"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
(Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah)
Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Sumber HD : 29/05/2012

Bila lagi lesen radio untuk Kelantan?
Rizal Tahir, | 24 Mei 2012 |

Islam dari Nik Aziz sama dengan Arab - Duta Jepun

Mana-mana bangsa boleh jadi PM asalkan Islam
Mohd Nor Yahya, | 24 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.
Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.
“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.
“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Menerima Pakai dan Pelaksanaan Rancangan Tempatan di sebuah hotel di sini, hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberitahu beliau akan terus berjuang memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya tidak termaktub dalam perlembagaan yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
Sumber HD : 24/05/2012
Nik Aziz sebak pelajar Yik solat berlantai tanah
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 27 Mei 2012 |
MACHANG: Di saat pihak tertentu yang tidak sebulu dengan perjuangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menuduh sebagai ‘bapa kafir’, beliau terus menunaikan solat sunat rutin hariannya tidak kira di mana sahaja berada.
Semalam Tuan Guru menunaikan solat sunat syukur sebaik sahaja melihat pelajar menunaikan solat sunat dhuha di bawah pokok tanpa sejadah dan hanya berlantaikan tanah di hujung dewan Madu bersebelahan khemah masing-masing.
Tuan Guru tidak dapat membendung perasaan sedih gembiranya apabila melihat pelajar sekolah aliran Yayasan Islam Kelantan (Yik) menunaikan solat sunat dhuha.
Lebih 1,000 pelajar Yik menghadiri program Muqayyam Tarbawi di Kompleks Tarbiah Islam Ulama (Madu), dekat sini pagi semalam, antara pengisiannya menunaikan solat sunat dhuha.
Tuan Guru yang kebetulan melalui laluan itu untuk merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di dewan besar Madu, tidak dapat menahan sebak kerana syukur anak didik rakyat Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan negeri begitu tekun menunaikan solat sunat itu.
Kerana sebak dan terharu yang amat sangat, menyebabkan bacaan solatnya sesekali teresak dan terganggu.
Tuan Guru mendedahkan perkara itu sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan.
“Di saat-saat anak muda merempit di jalan-jalan, di tengah anak-anak muda lepak di pasaraya, di tengah anak-anak muda leka bersama teman masing-masing di luar Kelantan, tetapi pelajar Yik, anak muda Kelantan tekun menunaikan solat.
“Saya tidak dapat menahan sebak, saya begitu terharu, ya Allah ini hasil yang telah kami dapat hasil pentadbiran kami selama 22 tahun lalu, subhanallah,” ujarnya sekali lagi lagi menahan sebak.
Hampir seluruh pelajar Yik mewakili program yang diadakan setiap tahun selama tiga hari itu.
Selain seminar, turut diadakan slot solat berjemaah, riadah, qiamullail dan lain-lain lagi.
Sumber HD : 27/05/2012
Nafi royalti: Umno tidak layak dipilih jadi ketua
Yaakub Dasan, | 27 Mei 2012 |
RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.
Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
“Orang ramai tidak perlu lagi berfikir panjang kerana sudah terbukti pemimpin Umno dan BN tidak pernah tunai janji berhubung royalti minyak terhadap Kelantan.
“Sedangkan pihak yang merangka undang-undang perjanjian itu masih lagi ada iaitu bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas,” katanya pada ceramah di Kampung Pulai, Chica Tinggi malam kelmarin.
Ketika berlangsung pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat membayar royalti minyak kepada Kelantan selepas beberapa telaga minyak ditemui di perairan negeri ini.
Ekoran itu Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan, namun tidak lama kemudian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membayar wang ehsan melalui Umno menggantikan royalti.
Nasuruddin yang juga Adun Meranti berkata, perjanjian tersebut ditandatangani wakil Petronas ketika itu, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir.
Menurutnya kerajaan pusat yang diketuai Umno lebih condong ke arah penipuan duit rakyat apabila melelapkan wang royalti milik Kelantan.
“Sekarang dia putar belit dan melesapkan royalti minyak kita, tapi bila dibangkitkan semula di akhirat nanti orang-orang ini akan dipanggil Allah memikul tong minyak dan gas atas kepala,” katanya disambut laungan takbir orang ramai yang hadir.
Sementara itu, pelawak terkenal, Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman memberitahu beliau mengambil keputusan meninggalkan kerjaya lama kerana tidak mahu terus terjebak dengan maksiat dan aktiviti melalaikan.
Menurutnya pada 19 Februari 2011 beliau meninggalkan Umno cawangan Subang dan menyertai PAS kerana yakin parti Islam membawa perjuangan lebih jelas dan nyata bagi mendaulatkan agama.
Turut hadir pada program tetsebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff dan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.
Sumber HD : 27/05/2012
Kelantan selesai isu tanah wat Siam di Tumpat
Azman Mustafa, | 27 Mei 2012 |
TUMPAT: Isu tanah wat Siam milik penganut agama Buddha di sini yang berlarutan sejak zaman kerajaan Barisan Nasional (BN) kini diselesaikan kerajaan PAS.
Sebelum ini pemimpin masyarakat Siam meluahkan rasa bimbang berhubung status tanah rumah ibadat mereka yang tidak selesai.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mana-mana tanah milik kaum Siam di kawasan ini yang pernah dilelong suatu ketika dahulu akan dipulangkan kepada tuan asalnya.
Katanya, bagi mewujudkan keharmonian di antara kaum di Kelantan setiap bangsa perlulah menghormati kebudayaan kaum lain.
“Jangan ada di antara mana-mana rakyat di negeri ini memaksa kaum minoriti supaya ikut budaya hidup mereka,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Kaum Siam di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar Darat baru-baru ini.
Menurutnya sikap seperti itu boleh mencetuskan rasa tidak puas hati dan permusuhan yang akan merugikan semua pihak.
Menteri Besar berkata, dalam usaha meningkatkan syiar Islam, kepentingan dan hak kaum-kaum lain tidak pernah diabaikan memandangkan mereka juga rakyat Kelantan.
Hadir sama anggota Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Wat Buddha, Prak Kru Vitidthamanat, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan Ketua Pemuda PAS, Mohd Rosli Abdullah.
Pada program tersebut yang dianjur Majlis Daerah Tumpat sebanyak 200 hamper diberi kepada ketua-ketua wat dan warga emas kaum Siam.
(Ikuti berita lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 27/05/2012
Lebuh raya: Pihak luar lebih baik diam
Salmah Mat Husain, | 28 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Kelantan meminta pihak luar memberi peluang kepada kerajaan negeri membina ‘lebuh raya rakyat’ tanpa mengeluarkan persoalan negatif apa lagi berbaur tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebaiknya berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan negatif berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian kepada media semalam ketika mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Datuk Fathmi Che Salleh, yang mendakwa pembinaan lebuhraya oleh kerajaan negeri tidak akan berjaya.
Pada sidang medianya itu Husam seterusnya berkata, kerajaan negeri telah memilih lima daripada sembilan syarikat yang berhasrat untuk membina lebuhraya ini.
“Kita buat saringan akhirnya daripada lima syarikat dan hasil daripada pemerhatian itu, kita telah memilih dua daripada sembilan syarikat yang memohon.
“Syarikat ini kebetulan pula syarikat yang terkenal dan mana-mana pihak yang meraguinya boleh menyemak track recordnya sebelum ini,” ujar Husam lagi.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan negatif pihak berkenaan, adakah munasabah sebuah syarikat besar tiba-tiba ingin menyerah diri untuk melaksanakan projek yang tidak ada jaminan pembayaran.
“Kalau saya adalah pemilik syarikat itu, saya tidak akan menerima projek besar ini yang langsung tidak dijamin pembayarannya.
“Kerana dia yakin kerajaan negeri akan membayar berdasarkan strategi yang kita aturkan dengan syarikat berkenaan,” ujarnya.
Atas keyakinan itu katanya, syarikat berkenaan menawarkan diri, ia bukan syarikat tepi jalan yang tidak ada pengalaman iaitu Menta Contraction untuk fasa pertama.
Jadi katanya, Fathmi boleh menyemak latarbelakang kemampuan syarikat itu sebelum ini.
“Pilihanraya dijangka tidak akan diadakan pada tempoh yang terdekati ni, jadi kita ada peluang untuk melihat lebuhraya ini ada progress ataupun tidak,” ujarnya.
Beliau turut mengambil contoh Jambatan Sultan Yahya Petra yang pernah disindir akan pembinaannya oleh pihak Umno dan akhirnya dengan sokongan rakyat, ianya berjaya dibina.
“Andainya Jambatan Sultan Yahya dianggap satu perkara mustahil, lebihraya ini juga bukan suatu yang mustahil. Sebagai sebuah kerajaan negeri, kita mempunyai cara, kemudahan, untuk melaksanakan projek sperti itu.
“Ia akan menjadi tunggak kepada kejayaan pembinaan pembangunan yang lain pada masa akan datang termasuk pendaratan gas dan minyak,” katanya.
Menyentuh ada pihak yang membandingkan pelabuhan darat di Kuala Krai dan jambatan di Palekbang, Tumpat yang tidak berjaya dilaksanakan, Husam mendakwa ianya bukan projek kerajaan negeri.
Katanya, Jambatan Palekbang dicadangkan oleh sebuah syarikat swasta yang juga bakal memajukan Hotel River View yang ada sekarang.
Menurut Husam lagi, Hotel River View telah beroperasi kecuali jambatan kerana telah berlaku kegawatan ekonomi pada tahun 1997, di mana syarikat Ardona dari Pulau Pinang itu telah membatalkan projek berkenaan.
“Perkara ini dipersetujui bersama dengan Kerajaan Persekutuan dan ini bukan projek kerajaan negeri, sebaliknya projek swasta,” ujarnya.
Sambungnya, berlainan pula dengan projek pembinaan Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai yang diusahakan oleh kerajaan negeri, begitu juga pelabuhan darat.
Katanya, pelabuhan darat dicadangkan oleh pihak swasta di atas tanah mereka sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.
Menurutnya, kegagalan itu kerana masalah kegawatan ekonomi menyebabkan tanah syarikat tesebut terpaksa dilelong.
“Kerajaan negeri hanya bekerjasama dalam beberapa perkara khususnya berhubung kelulusan bagi membolehkan pelabuhan darat itu diadakan sebahagiannya pula dari kementerian di peringkat Pusat,” ujarnya lagi.
Sambungnya, antara kerajaan dan syarikat suatu yang berbeza.
Katanya, pembinaan lebuhraya ini 100 peratus diusahakan dan milik kerajaan negeri.
“Tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, fokus kita insyaallah kita akan buat apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Husam seterusnya menambah, pihak di luar sana diharap memberi peluang pada kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat rakyat tanpa sebarang kenyataan negatif.
Apa yang penting sekarang ini, jelas Husam peluang amat wajar diberikan pada kerajaan negeri untuk meneruskannya dan bukannya membuat sebarang spekulasi.
Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mula dirasmikan pembinaan pecah tanah hari ini oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sebaik sahaja majlis pelancarannya dilakukan, kerja-kerja membina lebuhraya sepanjang 65 kilometer itu akan bermula.

Banyak bukti Umno cetus suasana tegang
Salmah Mat Husain , | 27 Mei 2012 |
MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.
(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)
Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.
“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.
“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.
"Apa ni.. tindakan mengadakan senaman tonggeng itu bukan budaya orang Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini budaya liar yang dibawa Umno,” ujarnya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan Ke-41, di Kompleks Dewan Ulama (Madu), di sini pagi semalam.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan mendakwa pembangkang akan mencetuskan demontrasi ganas sehingga PRU-13.
Sumber HD : 28/05/2012
MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau.
"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5
"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mustapha selepas majlis perasmian pembinaan Lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai di Felcra Berangan Meka Nab dekat sini pagi ini.
Lebuhraya sejauh 64 km akan dibuat oleh kerajaan negeri berasaskan sumbangan kerajaan negeri, anak-anak syarikat dan orang ramai.
Semalam Mustapha mendakwa Kelantan membuat lebuhraya ini sebagai gimik pilihanraya semata-mata.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya hari ini untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Menurutnya, sepanjang 22 tahun mentadbir Kelantan, beliau sudah dituduh dengan pelbagai fitnah "termasuk buat jalan pun akan hadapi masalah yang sama."
Exco kerajaan negeri yang menerajui projek lebuhraya ini, Datuk Husam Musa berkata, Kelantan telah dipinggirkan dalam pembangunan negara sejak sekian lama.
Antara projek yang menjadi mangsa adalah projek lebuhraya dan lapangan terbang.
"Anak Kelantan di luar bagaikan didera apabila kepulangan kereka ketika cuti sekolah dan hariraya terpaksa melalui jalan yang sukar kerana kesesakan," kata Husam.
Mustapa risau apabila Kelantan buat lebuhraya

TG Nik Aziz yakin lebuh raya rakyat dapat disiapkan
Harakahdaily, | 29 Mei 2012 |
(TG Nik Aziz menandatangani plak perasmian pembinaan Lebuh raya rakyat Kota Bharu - Kuala Krai semalam)
MACHANG: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin projek pembinaan Lebuh Raya Rakyat dari Kuala Krai ke Kota Bharu bernilai RM1.8 bilion akan dapat disiapkan mengikut jadual.
Mursyidul Am PAS itu berkata pembiayaan kos projek itu akan turut melibatkan sumbangan wang daripada rakyat, lapor Malaysiakini.
"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan projek lebuh raya itu di Kampung Berangan Mek Nab di Machang, hari ini.
Nik Aziz mengulas kenyataan sesetengah pemimpin politik, termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang sangsi dengan kemampuan kerajaan PAS Kelantan membina lebuh raya melibatkan kos besar dan menyifatkannya sebagai gimik politik.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
(Ladang Sungai terah menyumbangkan RM1 juta untuk pembinaan lebuh raya bagi meringankan kesusahan rakyat Kelantan yang pulang ke kampung pada setiap hari raya dan cuti sekolah)
Katanya lebuh raya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC)," katanya.
Tok Guru Nik Aziz sendiri menyumbangkan RM5,000 wang peribadinya semalam untuk menjayakan projek ini.
Anak syarikat kerajaan negeri, Ladang Sungai Terah menyumbang RM1 juta manakala syarika Ufuk Budiman menyumbang RM100,000 kepada projek ini.
Di majlis itu, Tok Guru Nik Aziz menyeru semua lapisan masyarakat turut derma atas rasa tanggungjawab dan rasa hak bersama.
"Iapun bertepatan dengan Islam derma yang menggalakkan kita buat jalan selain masjid dan kita akan dapat pahala berpanjangan," katanya.
Sumber HD : 29/05/2012
Kelantan minta Soi Lek jangan prejudis
Salmah Mat Husain, | 29 Mei 2012 |
KOTA BHARU: Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek diminta tidak bersikap prejudis terhadap kerajaan Kelantan kerana kesannya amat tidak baik baginya sebagai seorang pemimpin besar bangsa Cina di negara ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata Soi Lek seharusnya tidak begitu emosional dalam membuat kenyataannya yang berkaitan kerajaan Kelantan kerana ideologi politik yang berbeza.
Beliau berkata demikian dalam sidang medianya semalam ketika menjawab kenyataan bekas menteri itu dua hari lalu yang mendakwa kerajaan Kelantan telah menolak permohonan Persatuan Buddhist Kelantan yang ingin membuat rumah ibadat di bandar Kota Bharu.
Soi Lek dalam kenyataannya yang disiarkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris itu juga mendakwa persatuan berkenaan kini sedang membuat rayuan pada kerajaan negeri agar permohonan mereka dipertimbangkan.
Jelas Takiyuddin lagi, tidak timbul kerajaan negeri menolak dan tidak timbul persatuan terbabit membuat rayuan pada kerajaan negeri memandangkan persatuan itu tidak pernah membuat permohonan dari kerajaan negeri.
Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam bagi mengulas kenyataan Chua Soi Lek dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris.
“Andainya pihak persatuan tidak pernah membuat sebarang permohonan pada kerajaan negeri, bagaimana ianya boleh timbul penolakan.
“Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan itu, kerana ianya berbaur fitnah, tetapi rasanya cukup dengan pejelasan itu dan biarlah rakyat yang menentukannya,” ujarnya.
Sambungnya lagi, beliau baru selesai mengadakan pertemuan dengan beberapa orang anggota jawatankuasa persatuan itu untuk mendapatkan penjelasan.
Tambahnya, pihak mereka mengakui tidak pernah membuat sebarang permohonan sebagaimana yang berkaitan, bagaimanapun hanya berhasrat untuk membina sebuah dewan komuniti sahaja.
Kerajaan Kelantan, katanya sentiasa bersikap toleransi dengan pelbagai anutan agama walaupun kerajaan negeri dipimpin oleh bukan Islam.
“Kerajaan negeri sejak awal lagi telah menetapkan bangunan sebegini tidak akan disyaratkan mengikut cirri-ciri Islam, kerana ianya rumah ibadat atau komuniti masyarakat bukan Islam,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pihak lawan tidak mengambil kesempatan terhadap kenyataannya sebelum ini yang mengingatkan pihak PBT atau individu yang ingin membena bangunan baru diminta menerapkan seni bina Islam.
Katanya, di bawah penyeragaman pembenaan bangunan perniagaan hanya gedung perniagaan sahaja yang terlibat dengan seni bina Islam, bagaimanapun bagi pembinaan rumah ibdat, ianya langsung tidak ada kaitan ciri-ciri itu.
Sumber HD : 30/05/2012
KOTA BHARU: Pada 1959 kerajaan PAS memohon kepada kerajaan pusat bagi membina jambatan merentangi Sungai Kelantan. Ketika itu jurutera perunding menganggarkan kosnya RM5 juta.
Selepas tiga tahun tidak dihiraukan kerajaan pusat, kerajaan negeri mengambil keputusan membina sendiri pada 1962. Pembinaannya dimulakan pada 1963 dan siap pada 1965 dengan kos RM6.7 juta.
Sebelum itu Umno menjanjikan mahu membina jambatan berkenaan, namun selepas tewas pada 1959 peruntukan projek Jambatan Sultan Yahya Petra dibawa Pahang.
Begitu juga projek rancangan tali air Kemubu melibatkan kos RM45 juta yang diperolehi kerajaan PAS daripada pinjaman Bank Dunia.
Semua projek itu dianggap mustahil bagi pemimpin Umno ketika itu, namun akhirnya menjadi kenyataan. Begitu juga projek lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai juga dinafikan Umno.
Senator Mumtaz Mohd Nawi berkata, lebuh raya rakyat akan menjadi kenyataan dengan sokongan semua pihak.
“Kita boleh lihat sendiri pada majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya berkenaan lebih RM1 juta derma berjaya dipunggut daripada orang ramai.
“Rakyat simpati selepas kita didera begitu lama bagi mendapat kemudahan seperti negeri-negeri lain,” katanya di sini.
Menurutnya sejak Rancangan Malaysia ke-5 (RMK-5) hingga RMK-10 kerajaan Persekutuan tidak menyenaraikan pembinaannya dalam Rancangan Malaysia.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed menyifatkan lebuh raya rakyat sebagai gimik politik dan menganggap kerajaan negeri tidak mampu membinanya.
Anggota Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit hanya menutup aib mereka sendiri kerana meminggirkan rakyat Kelantan sejak sekian lama.
Adun Tanjung Mas, Rohani Ibrahim berkata, biar pun sumber kewangan kerajaan negeri terbatas, namun demi kepentingan pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu tetap diteruskan.
“Kerajaan negeri mengambil tanggungjawab itu ekoran masalah yang ditinggalkan Umno,” katanya.
Bekas pegawai kanan kerajaan Ubaidah Yaakub berkata, lebuh raya yang dicadangkan di Kelantan bagi manfaat rakyat dan bukannya bertujuan mendapat keuntungan seperti lebuh raya di tempat lain.

Kelantan dipinggirkan Umno sejak 1959
Muhamad Yusri Amin, | 30 Mei 2012 |

Lebuhraya rakyat, Umno makin gelisah
Abdul Aziz Mustafa, | 30 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai adalah tamparan hebat kepada kerajaan Umno setelah sekian lama mendera rakyat Kelantan, kata Datuk Mahfuz Omar.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, jika dibandingkan, sudah 18 tahun Lebuhraya Utara-Selatan disiapkan dan sepanjang masa itu juga pelbagai lebuh raya dibuat di sana sini, tetapi di Kelantan ianya dinafikan.
"Sudah 55 tahun perintah negara, tetapi tetap tidak mahu buat lebuh raya untuk rakyat Kelantan.
"Bila kerajaan dan rakyat Kelantan berpadu tenaga hendak buat sendiri lebuh raya itu itu, Umno begitu sakit hati dan marah," katanya.
Mahfuz menyifatkan pelbagai ejekan Umno terutama oportunis-oportunis politiknya terhadap projek itu sebagai bukti bahawa mereka begitu marah dan gelisah terhadap projek itu.
"Buruk sungguh perangai mereka. Sudahlah begitu keras hati tidak mahu membina lebuh raya untuk kemudahan rakyat Kelantan, bila kerajaan negeri itu berpadu tenaga dengan rakyat mahu membinanya, mereka marah-marah pula dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan kata-kata yang semakin membuktikan lagi akhlak buruk mereka," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Mahfuz melihat projek Lebuhraya Rakyat Kota Bharu - Kuala Krai itu menjadi tamparan yang lebih menyakitkan hati para pemimpin Umno apabila kosnya hanya RM1.8 bilion.
"Mereka meracau-racau dan mendakwa jumlah itu tidak cukup untuk membina lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu.
"Maklumlah, projek kerajaan Umno hebat-hebat belaka harganya. Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) umpamanya, dari anggaran asal RM1.1 bilion melambung kepada RM12.5 bilion seperti kata PricewaterhouseCoopers (PwC)," kata beliau sinis.
"Itu belum lagi ambilkira projek Scorpene yang melambung luar biasa harganya sampai tak berani hadiri inkuiri mahkamah Perancis yang menyiasat urusniaga itu," katanya lagi.
Kerajaan PAS Kelantan terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan.
Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion.
Bertentangan dengan dakwaan Umno yang memperlekehkan pembinaan lebuh raya tersebut, Jawatankuasa Teknikal dan Kewangannya telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat.

Lebuhraya Rakyat: Mustapha Kamal turut menyumbang
Muhammad Faizal, | 03 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Pelakon Mustapha Kamal Mohd Daud atau lebih dikenali sebagai Mustapha Kamal turut memberi sumbangan kepada pembinaan lebuhraya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu yang sedang diusahakan kerajaan negeri.
Sumbang secara terus itu diberikan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sewaktu program dialog anak Kelantan di perantauan anjuran urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu kota semalam.
Ketika ditanya tentang sumbangan tersebut beliau memberitahu sebagai anak jati Kelantan adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk membantu dalam usaha melancarkan pembinaan lebuhraya tersebut bagi kemudahan seluruh rakyat negara ini terutama rakyat Negeri Kelantan.
Sementara itu, ketika memberi ucapan Tuan Guru Nik Aziz menjelaskan konsep yang dibawakan dalam pembinaan lebuhraya ini adalah melalui konsep menderma untuk kebaikan.
"Apa yang kita ingin lakukan adalah melalui konsep menderma dan derma ini adalah untuk kebaikan.
"Setiap apa yang kita lakukan mestilah memilih syurga dipenghujungnya, hanya orang yang tidak berakal menolak syurga dalam setiap apa yang mereka lakukan," jelasnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa memberitahu, memang peringkat awal beliau ada kebimbangan berhubung soal kewangan untuk menjayakan projek lebuhraya itu.
"Pada mulanya saya ingat duit yang menjadi masalah utama tetapi apabila kita telah laksanakannya segalanya menjadi mudah dan duit bukannya masalah utama.
"Kuasa kerajaan negeri yang lebih kuat dalam pembinaan lebuhraya iaitu dalam urusan pemgambilan tanah dan sebagainya, kerajaan negeri membenarkan kita mengambil segala hasil bumi ini seperti pasir mahu pun batu bagi kegunaan pembinaan lebuhraya tersebut jadi segala urusan itu dapat kita laksanakan,' jelasnya.
Tambah beliau lagi, sumbangan derma yang diperolehi akan diumumkan jumlah kutipannya setiap hari bagi menunjukkan ketelusan kerajaan negeri dalam memastikan ia tidak menjadi isu kepada pihak lain.
"Kita akan umumkan jumlah sumbangan yang kita perolahi dan untuk makluman sumbangan ini akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan lebuhraya sahaja dan ia tidak termasuk untuk urusan-urusan operasi syarikat," katanya.
Menurut beliau lagi, sebuah syarikat dari Iran telah bersetuju untuk membekalkan minyak tar dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan harga di dalam negara ini.
Sumber HD : 3/06/2012
KOTA BHARU: “Sudahlah royalti minyak yang dikaut dari bumi Kelantan dinafikan hak, tiba-tiba usaha Kelantan mahu membina lebuh raya rakyat pula cuba diperkecilkan.
“Watak seperti Awang Adek bukan sahaja memperkecilkan niat baik kerajaan negeri bahkan sering melontar tohmahan berniat buruk,” kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar).
Kata beliau sewajarnya Timbalan Pengerusi Umno Kelantan itu merenung kembali apakah usaha yang dilakukannya untuk memastikan projek lebuh raya yang telah diluluskan sejak 1986 dilaksanakan di negerinya sendiri.
Beliau berkata, biar pun projek berkenaan tidak mudah dilaksanakan, namun tiada lagi pilihan yang ada setelah Kelantan dinafikan hak dalam tempoh begitu lama.
“Mengharapkan pemimpin Umno yang berjawatan menteri dan timbalan menteri nampaknya jauh sekali, bahkan ada yang lebih berminat untuk mengisi akaun peribadi atas nama sumbangan kebajikan,” katanya di sini.
Baru-baru ini Datuk Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri membina lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai, bahkan disifatnya sebagai helah mengaut balak yang terdapat di sepanjang kawasan laluan dirancang.
Abdul Latiff yang juga Adun Mengkebang berkata, kenyataan pemimpin Umno terbabit langsung tidak mencerminkan sebagai seseorang yang berjawatan Timbalan Menteri.
Menurutnya tidak sepatut beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan projek lebuh raya berkenaan bagi manfaat seluruh rakyat.
“Adalah lebih baik pemimpin Umno Kelantan menutup mulut daripada memperkecilkan projek lebuh raya rakyat kalau sekadar mengeluarkan kenyataan bersifat persepsi yang tidak membina,” ujarnya.
Sumber HD : 4/06/2012

Royalti dikaut, lebuh raya pula dipersenda
Aslani M, | 04 Jun 2012 |

Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno
Muhammad Yusri Amin, | 06 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).
Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz memohon perkenan Sultan Muhammad V mencemar duli melawat gerai ekspo pertanian.)
Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.
Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.
"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS),” katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.
Mengulas muzakarah itu, beliau hanya menyokong cadangannya adalah atas cadangan Presiden PAS, namun apabila cadangan itu ditarik balik, beliau pun menarik balik.
Tuan Guru Nik Aziz bercakap demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Ekspo Pertanian Negeri Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini semalam.
Ekspo bertemakan 'Bertani Satu Ibadah, 'Kelantan Ke Arah Pertanian Organik' bermula semalam hingga 10 Jun itu disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Muhammad V.
Sumber HD : 6/06/2012

Sultan tandatangani plak tuntutan royalti
Harakahdaily, | 06 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.
Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com
Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.
Ini juga menunjukkan bahawa perjuangan tersebut perlu disokong semua rakyat Kelantan.
Beliau mengulas tindakan Sultan Muhammad V yang menurunkan tandatangan pada plak semasa kempen tersebut diadakan di Ekspo Pertanian Kelantan 2012 yang berlangsung selama lima hari dari 5 Jun hingga 10 Jun 2012.
“Tindakan sokongan baginda yang merupakan ekspresi rakyat Kelantan atas dasar baginda Sultan sebagai pemimpin rakyat Kelantan.
Perjuangan Gegar tidak mengira sentimen politik kerana kami menuntut hak rakyat Kelantan yang dinafikan,” Hisahmuddin mengulas.
Gegar meneruskan kempen tandatangani kain rentang selepas beberapa siri diadakan berjaya mengumpul lebih 50,000 tandatangan.
Gegar akan terus bergerak untuk menyemarakkan lagi kempen sehingga tuntutan rakyat ini berjaya.
Kerajaan Negeri Kelantan membuat tuntutan royalti berdasarkan perjanjian di bawah Akta 144 Petroleum Development Act 1974 yang ditandatangani oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa cari gali petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti lebih RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 hingga kini.
Sumber HD : 6/06/2012
KOTA BHARU: Kegagalan Umno mengota janji sejak 1986 kini cuba diselesaikan kerajaan PAS apabila melakukan upacara pecah tanah membina lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.
Ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) menyenaraikan projek pembinaan lebuh raya berkenaan dalam Rancangan Malaysia Ke-5, malangnya sehingga sekarang gagal dilaksanakan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, janji Umno sejak 26 tahun lalu gagal dilaksanakan sehingga kerajaan negeri sekarang terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut.
“Kita buat lebuh raya bagi menunaikan janji yang ditinggalkan Umno sejak 1986.
“Namun malangnya sehingga RMK-10 projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Inilah isu sebenar, bukannya soal PAS mahu berjanji kepada rakyat,” katanya selepas perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini hari ini.
Perasmian tersebut disempurnakan Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya, Dato’ Ahmad Yakob dan wakil-wakil rakyat.
Pusat penerangan tersebut beroperasi di tingkat bawah Pejabat Perhubungan PAS Kelantan, mempunyai dua petugas tetap bagi menyalur pelbagai maklumat kepada orang ramai.
Pagi tadi sebuah NGO Umno yang dikenali sebagai Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) mengadakan demontrasi di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa cangkul dan peralatan pembinaan usang.
Demontrasi itu disifatkan sebagai mempersendakan projek lebuh raya rakyat disertai beberapa pemimpin Umno. Mereka turut menyerah memorandum kepada kerajaan negeri.
Dr Fadzli yang juga Ketua Penerangan PAS Kelantan berkata, lebuh raya rakyat diletak batu asas baru-baru ini sebagai langkah kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah rakyat.
Katanya, lebuh raya tersebut apabila siap kelak dilalui semua rakyat dan ia dianggap satu keperluan mendesak bagi menyelesaikan kesesakan lalu lintas.
“Bukan bermakna kita sampai meminta sedekah apabila membina lebuh raya tersebut. Apa yang kita tekankan ialah konsep berkebajikan bagi membolehkan semua pihak mengambil bahagian.
(Laporan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 6/06/2012
KOTA BHARU: Kenyataan Senator John McCain dari Amerika Syarikat kononnya Malaysia negara Islam contoh di mata dunia, disifatkan seumpama membiar harimau menjadi gembala kambing.
“Semua orang tahu Amerika Syarikat bermusuh dengan umat Islam sejak sekian lama, bagaimanapun pula mereka boleh mengatakan Malaysia negara Islam contoh.
“Samalah seperti membiarkan harimau menjadi gembala kambing. Kita malu dengan kenyataan seperti itu,” kata Mursyidul Am PAS pada reaksinya terhadap kenyataan McCain seperti disiarkan media hari ini.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sejak dahulu lagi masyarakat dunia sudah kenal negara terbabit yang memusuhi orang Islam, tiba-tiba pula menganggap Malaysia negara Islam contoh.
McCain yang juga bekas calon Presiden Amerika dilapor mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia yang mengamalkan sistem demokrasi dan kemajuan ekonomi menakjubkan.
Kenyataan itu dikatakan dibuat selepas tokoh terbabit dan Senator Joseph Lieberman mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya bulan lepas.
Berucap pada perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di Jalan Dato Pati Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, ada pihak sekarang sibuk mempamerkan sikap rasis seumpama seperti budak tadika.
“Sekarang mereka sibuk memperjuangkan bangsa sehingga pandangan Islam yang lebih jauh tidak dipakai.
“Mengapa mereka tidak menjadikan al Quran sebagai panduan dan mengikut segala suruhan Nabi Muhammad saw. Sedangkan baginda menjadi pengantara antara manusia dengan pencipta-Nya.
“Kalau kita tolak Islam bermakna kita tolak Rasul dan dengan sendirinya juga tolak Allah Taala,” katanya.

Lebuhraya: Umno tabur janji sejak 1986
Aslani M, | 06 Jun 2012 |

Musuh Islam gambarkan Malaysia negara contoh
M Faqih, | 06 Jun 2012 |

Peranan kuasa ketiga dalam forum di Balai Islam
Harakahdaily, | 07 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Peranan kuasa ketiga dalam pilihan raya umum ke 13 nanti bakal dibedah sempena program bual bicara bersama Facebookers 15 Jun ini.
Program yang akan diadakan di Balai Islam Lundang, tapak pelbagai program wacana sebelum ini itu, akan menampil empat penal hebat.
Mereka adalah Exco kerajaan negeri, Datuk Nik Mohamad Amar, Dr Yusri Mohamad (bekas Presiden Abim), Dr Maszlee Malik (Pensyarah UIA) dan Ustaz Fauzi (Isma).
Di samping mereka, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dijangka akan memberikan ucapan dan amanatnya di majlis ini.
Dua moderator akan mengendalikan forum ini iaitu Adun Pasir Tumbuh, Ustaz Baihaqi Atiqullah dan Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong.
Isu kuasa ketiga selain BN dan Pakatan Rakyat menjadi sebutan pelbagai pihak sebelum ini.
Namun siasapakh mereka masih menjadi tandatanya.
Yang disebut-sebut adalah para NGO yang bergerak di negara ini.
NGO pula ada yang ditubuhkan oleh parti pemerintah untuk menjadi jurucakap dan kumpulan pendesak bagi pihak mereka di samping NGO yang bebas dari parti politik.

Sumber HD : 7/06/2012
Teruskan, jika ini cara Umno akhiri hayat mereka’
Harakahdaily, | 07 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: “Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau menyatakan demikian menerusi twitter berhubung laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai demonstrasi sekumpulan NGO di Kota Darulnaim semalam.
“Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro Umno di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.
“Saya katakan, jika Umno merasakan dengan budaya seperti ini, mereka akan mendapat sokongan, teruskanlah,” tulis beliau.
Tetapi beliau yang juga Mursyidul Am PAS ingin mengingatkan, selepas tarian punggung, hadiah 'najis' di Pulau Pinang, demonstrasi kepala lembu dan sebagainya, hari ini dengan perbuatan seperti itu, semuanya hanya menjatuhkan maruah bangsa Melayu yang kononnya diperjuangkan oleh Umno.
Percayalah, tegasnya Umno sendiri akan malu dengan perbuatan itu satu hari nanti.
Teruskanlah dengan budaya politik seperti ini jika inilah cara Umno ingin mengakhiri hayat mereka.

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz
Rizal Tahir, | 07 Jun 2012 |
KOTA BHARU, 7 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.
Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).
Beliau berkata demikian kepada media selepas menziarahi kedai menjual kereta terpakai milik anggota jawatankuasa Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Kasuadinata Dollah, 46, di sini hari ini.
Katanya, bangsa lain akan lebih menjauh dari Islam apabila melihat hanya ini taraf pemikiran orang Melayu yang berniat untuk memalukan sesama mereka.
“Tanpa mereka sedari akhirnya akan memalukan diri mereka sendiri malah akan menimbulkan bangsa lain berasa benci untuk berkawan dengan orang Melayu kerana sikap sedemikian,” katanya lagi.
Menurutnya, orang Melayu yang tidak begitu mengetahui pegangan agama sendiri, tidak begitu kaya, tetapi berperangai pulak tidak senonoh di mata masyarakat.
“Insya Allah benda-benda begini akan terkena diri mereka sendiri akhirnya,” ujarnya.
Sementara itu, Tuan Guru melahirkan rasa syukur kerana berpeluang menziarahi mangsa kereta terpakai yang terbakar, Kasuadinata.
Pada kejadian 20 Mei lalu, tiga buah kereta terpakai yang akan dijual untuk pelanggan terbakar kira-kira jam 1.00 pagi dipercayai perbuatan khianat.
Tafsir kerugian tiga buah kereta jenis Mercedes, Honda Jazz dan Myvi, bernilai RM250,000.

Lebih 100 rumah, kedai akan dibina di Gua Musang
Rizal Tahir, | 08 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Bandar Gua Musang bakal berubah wajah apabila beberapa buah projek yang membabitkan pembangunan bercampur bakal dibangunkan bermula tahun ini.
Projek yang mengandungi dua fasa itu dimajukan sebuah syarikat swasta True Impression Sdn Bhd dengan Majlis Daerah Gua Musang yang membabitkan tanah seluas 16.7 ekar di Bandar Lama Gua Musang.
Majlis menandatangani perjanjian antara kedua-dua pihak itu disaksikan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di sebuah hotel, di sini semalam.
Majlis Daerah Gua Musang diwakili Yang Dipertuanya, Mohd Yusof Hussin dan Ketua Whip MDGM, Hussin Embong.
Manakala syarikat berkenaan diwakili dua orang Pengarah Urusannya, Rusnifa Wahid an Tan May Wee.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 33 buah unit rumah, 18 unit rumah kedai akan dibangunkan untuk fasa pertama ini.
Tambahnya, manakala fasa kedua pula akan dibina 73 unit rumah teres disamping beberapa lagi pembangunan lain bagi menampung keperluan masyarakat di situ.
“Gua Musang sebagai sebuah jajahan pintu masuk ke negeri ini perlu disediakan pembangunan yang teratur memandangkan ianya menjadi tarikan pelancong,”ujarnya.
Sumber HD : 8/06/2012

MB S’gor kunjungi Nik Aziz sempena lawatan rasmi
Rizal Tahir, | 08 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertemu Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena lawatan rasminya ke negeri itu hari ini.
Pertemuan itu diadakan tertutup di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, selepas tuan guru selesai mengadakan kuliah di dataran ilmu sebentar tadi.
Selain melakukan lawatan ke beberapa cabang dan ranting petang ini, Khalid akan menyampaikan ceramah Malam Merdeka Rakyat peringkat negeri Kelantan.
Ceramah berkenaan akan di adakan di padang Majlis Perbandaran Ketereh bersama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut dijangka menyampaikan ceramah yang akan bermula 9 malam ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Pengarah Strategi Rafizi Ramli dan peguam scorpine Fadiah Nadwa Fikri.
Sementara itu turut hadir mengiringi Khalid, Timbalan PKR Negeri Abdul Aziz Kader dan Setiausaha Mohd Hisomuddin Bakar.

Lelaki tawar 10 dinar beli plak royalti Kelantan
Harakahdaily, | 08 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Belum sampai dua hari plak asal Sokongan Tuntutan Pendaratan Minyak dan Gas ditandatangani Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, sudah ada individu yang menawarkan harga yang tinggi untuk memilikinya.
Menurut aktivis Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan (Gegar), Mohd Fauzi Mohd Azmi, seorang lelaki menawarkan 10 dinar (RM7,990) untuk membeli plak tersebut sewaktu berkunjung ke gerai pameran Gegar hari ini.
Bagaimanapun kata Fauzi, plak itu tidak akan dijual kepada sesiapa pun kerana mempunyai nilai sejarah bagi rakyat Malaysia khususnya rakyat Kelantan sendiri.
"Plak itu tak akan dijual kepada sesiapa pun kecuali kalau boleh ditukar dengan royalti petroleum rakyat kelantan," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Beliau juga berkata, plak tersebut terpaksa disimpan 'di tempat yang selamat' kerana ia mula menarik perhatian pihak-pihak tertentu.
"Pagi tadi saya terima penggilan yang kata dia dari pihak istana, nak ambil plak itu untuk cop mohor sultan.
"Tapi saya hubungi kawan yang bekerja di istana, dia kata tak ada. Kalau ada, istana mesti keluarkan surat terlebih dahulu. Jadi kami risau ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dapatkan plak itu kemudiaan menghancurkannya," katanya lagi.
Sementara itu, beliau berkata, Gegar meneruskan usaha mendapatkan tandatangan orang -orang kenamaan dari pelbagai parti politik untuk menyokong usaha NGO itu mendapatkan hak rakyat Kelantan.
"Kita sedang kumpul tandatangan VIP tak kira aripada Umno, PAS, PKR, DAP atau dari mana-mana pun untuk menadapatkan sokongan mereka.
"Sekarang kita bukan fokus kepada royalti rakyat Kelantan sahaja tapi kita nak hasil minyak didaratkan di Kelantan, bukan di Thailand, bukan di tempat lain." tegasnya.
Kelmarin, Tuanku Sultan Muhammad ke-V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum itu bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV.
Sumber HD : 8/06/2012
RANTAU PANJANG: “Himpunan Janji Tun Razak Dimungkiri Anaknya” dicadang diadakan di Kelantan dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui janji-janji Tun Razak Hussien dipersia-siakan anaknya sendiri.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, rakyat Kelantan perlu didedah terhadap keengganan anak Tun Razak membayar royalti petroleum kepada Kelantan.
“Himpunan tersebut perlu diadakan untuk mendedahkan lebih meluas kepada masyarakat tentang penyelewengan dilakukan seorang anak kepada janji bapanya sendiri.
“Kita kena dedah dan hebohkan penyelewengan yang dilakukan mereka sehingga ke akar umbinya,” katanya ceramah perdana di Pusat Tarbiyah PAS Rantau Panjang malam semalam.
Turut hadir Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, timbalannya, Datuk Nasruddin Daud, Naib YDP, Mohamad Awang dan anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff.
Pada 10 November tahun lepas kerajaan Kelantan menyerahkan kenyataan Tun Razak Hussein di Dewan Rakyat mengenai hak Kelantan ke atas royalti minyak kepada seorang menteri kabinet sebagai mewakili perdana menteri.
Ketika itu Tun Razak memberitahu royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir seperti terkandung dalam Akta Petroleum 1974. Jawapan itu sebagai menjawab soalan anggota parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena berkata, perhimpunan seperti itu boleh dijadikan penggerak utama dalam usaha menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Beliau turut melahirkan rasa yakin kemampuan kerajaan Kelantan menyiapkan lebuh raya rakyat tanpa tol antara Kota Baru-Kuala Krai sepanjang 73 km.
Menurutnya projek berkenaan tidak boleh lagi diharapkan kepada Umno memandangkan ia tidak dilaksanakan biar pun sudah dijanjikan sejak 1986.
“Serupalah apa yang diungkitkan pada tahun 1960-an mengenai kemampuan kerajaan PAS ketika di bawah Datuk Mohd Asri Muda mahu membina jambatan Sultan Yahya Petra.
“Ketika itu ada pemimpin Umno memberitahu akan berlari berbogel di atas jambatan terbabit kalau berjaya disiapkan. Tapi setelah jambatan berkenaan siap, tak ada seorang pun yang lari berbogel di situ.
“Sekarang bila lebuh raya Kota Baru-Kuala Krai siap nanti siapa pula pemimpin Umno yang akan berlari sambil berbogel. Saya boleh sifatkan mereka seperti bermulut longkang,” katanya.
Pada ceramah itu Mahfuz turut mencabar Najib berdebat dengannya memandangkan Perdana Menteri enggan berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau tak mahu berdebat dengan Anwar dengan saya pun tak apa supaya rakyat dapat nilai apakah Perdana Menteri seorang yang benar-benar bijaksana,” katanya.
Sumber HD : 10/06/2012
KOTA BHARU: Pihak yang tidak ada maruah sahaja mempersendakan usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bagi menyelesaikan masalah lalu lintas.
Bekas Setiasuaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, siapa sebenarnya yang menipu rakyat bagi membina kemudahan asas bagi manfaat orang ramai di Kelantan.
“Sedangkan semua orang tahu projek lebuh raya itu pernah dijanjikan mahu dibina sejak 1986 oleh pemimpin Umno, namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan.
“Jadi siapa sebenarnya yang tipu rakyat. Tengok jambatan Sultan Yahya Petra kedua sampai sekarang belum siap selepas masuk tahun kelima.
“Saya difahamkan sudah berapa kali bertukar kontraktor yang membina jambatan itu. Sedangkan di China jambatan yang merentangi laut dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun,” katanya pada ceramah di Lembah Sireh malam tadi.
Ceramah terbabit diadakan sempena program Cakna Rakyat Dun Bunut Payong. Hadir sama Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Adun Bunut Payong, Datuk Takiyuddin Hassan.
Pelbagai acara diadakan pada sebelah pagi sehingga petang. Biar pun hujan sebelah petang namun ia tidak menghalang orang ramai datang mengikuti ceramah.
Rabu lalu sekumpulan pemuda yang didalangi Umno mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim dengan membawa peralatan binaan yang buruk, seperti mempersendakan kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat.
Lau yang juga bekas guru besar berkata, lebuh raya berkenaan diyakini dapat disiapkan mengikut jadual memandangkan bahan mentah seperti pasir dan batu banyak terdapat di lokasi lebuh raya yang akan dibina.
Beliau juga yakin pemimpin Umno Kelantan menjadi penghalang kepada Kelantan mendapat hak ke atas royalti petroleum.
“Saya yakin Perdana Menteri tidak ada masalah untuk membayar royalti tersebut, namun masalahnya ada pemimpin Umno di Kelantan sendiri yang menghalangnya,” ujar beliau.
Salahuddin pula memberitahu dua menteri kabinet yang berasal dari Kelantan tidak memainkan peranan untuk memastikan negeri ini mendapat hak ke atas royalti.
“Mereka tahu kalau Kelantan mendapat royalti, Umno buat selama-lamanya tidak bermimpi untuk menawan Kelantan,” ujarnya.

Adakan himpunan anak mungkiri janji bapa
Yaakub Dasan, | 10 Jun 2012 |

Tiada maruah pihak persenda lebuh raya rakyat
Aslani M, | 10 Jun 2012 |

Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak di Bachok
Salmah Mat Husein foto Rizal Tahir, | 10 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan itu.
(Sidang media Royalti)
Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.
“Ini bererti, kegagalan mendaratkan gas dan petroleum itu seumpama mengingkari baginda yang juga Timbalan Yang di Pertuan Agong.
“Ini kerana baginda juga turut bersetuju dan menuntut perkara yang sama kepada kerajaan Pusat disamping menandatangani plak yang turut tertera titah baginda,”ujar Nazri lagi.
Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya tengahari tadi, di khemah Ekspo Pertanian.
Menurut Nazri, kerajaan Persekutuan seharusnya memberi perhatian terhadap titah baginda berhubung sokongan baginda berhubung pendaratan gas disamping menuntut royalti oleh kerajaan dan rakyat di negeri itu.
Pada 5 Jun lalu, Sultan Muhammad ke-V berkesempatan menandatangani plak sokongan menuntut pendaratan gas di zon industri petroleum Pantai Bachok, di bawah titah baginda sendiri sempena sidang Dun Kelantan baru-baru ini.
Plak berkenaan disediakan gabungan Royalti yang turut tertera potret dan titah baginda.
Pada masa yang sama Nazri memberitahu pihaknya akan mensasarkan lebih 150,000 tandatangan rakyat Kelantan untuk tujuan yang sama disamping menuntut royalti.
“Sehingga kini kami telah memperolehi lebih 60,000 tanda tangan rakyat negeri ini,”ujarnya.
Bagaimanapun katanya, selain Sultan Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tengku Razaleigh Hamzah, Presiden Kafa, Tan Sri Anuar Musa juga telah menandatangani tuntutan itu baru-baru ini.
Tambahnya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemain bola sepak Kelantan, ikon anak muda negara Ustaz Azhar Idrus adalah antara kenamaan yang turut menandatangani menyokong tuntutan yang sama.
Nazri seterusnya memberitahu, Walk for Royalti akan diadakan pada 7 Julai ini bermula di Stesyen Bas Kota Bharu bermula jam 2.00 petang.
“Acara santai berjalan kaki ini akan melibatkan perjalanan sejauh tiga kilometer sambil mengedarkan risalah berkaitan tuntutan royalty.
“Pada masa yang sama logo khas ‘R’ akan dilancarkan sebagai simbolik kepada Royalti,”ujarnya.

Kelantan benarkan balik qari wanita sertai tilawah
Salmah Mat Husain, | 11 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan negeri Kelantan akan memberi laluan semula kepada qari wanita (qariah) untuk menyertai tilawah membaca Al- Quran bermula tahun depan.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkata, ketika ia disekat 22 tahun lalu, ia hanya disekat sementara bukannya diharamkan.
Langkah ini, katanya diambil memandangkan banyak hasrat disampaikan melalui pertemuan dan surat agar membenarkan ianya diadakan semula "akhirnya ikatan sekatan itu dibuka semula bermula tahun hadapan."
Beliau berkata, kebenaran ini diberikan berdasarkan pendekatan serupa yang diambil Rasulullah dalam isu menziarahi kubur.
"Ketika itu, ada yang menangis, jilat kubur, cium dan lain-lain lagi," katanya.
Begitu juga di Kelantan, peringkat awal dahulu masyarakat tidak begitu berpegang pada syariat khususnya dalam menjaga aurat, berpakaian menjolok mata hingga tidak ada perbezaan lelaki dan wanita.
Sedangkan Allah jadikan ianya berbeza antara lelaki dan wanita, katanya.
"Kini banyak dah tutup aurat, amalan hidup juga berbeza banding dulu," katanya.
Beliau berkata kepada media selepas majlis makan tengahari bersama MB untuk meraikan johan tilawah Al-quran peringkat kebangsaan Anuar Ghazali.
Anuar yang mewakili Kelantan menjadi johan dalam tilawah itu dengan mendapat pencapaian tertinggi iaitu 93.6 peratus dan juga johan paling muda, 36 tahun.
Beliau bakal mewakili negara ke peringkat antarabangsa.
Ketika ditanya, tidakkah ia bakal menjadi isu, Nik Aziz menjawab, Kelantan sudah sentiasa menjadi isu dan tidak putus-putus.
"Lagipun dulu hanya kita sekat bukan haram terus," katanya.
Sumber HD : 11/06/2012

Padang rosak teruk gara-gara program PM
Mohd Hussin Ibrahim, | 11 Jun 2012 |
GUA MUSANG: Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) kini menanggung kos kira-kira RM200,000 kerana padang tempat berlangsung program dihadiri Datuk Seri Najib Razak rosak teruk.
Dan akibat kerosakan itu padang milik MDGM tersebut tidak lagi dapat digunakan untuk sebarang aktiviti sukan sehingga sekarang.
Pada awal April lalu Perdana Menteri datang ke Gua Musang merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia yang diadakan di padang berhampiran Pusat Sivik.
Lebih malang lagi Kesedar dan Kementerian Penerangan merupakan penganjur program difahamkan masih membisu sehingga sekarang biar pun notis peringatan dihantar MDGM.
Ahli Majlis MDGM, Amran Abdullah berkata, majlis daerah membenarkan penggunaan padang tersebut selepas dimohon Kesedar.
Bagaimanapun katanya, pihak penganjur tidak menghormati kebenaran yang diberi dan menggali lubang bagi mendirikan khemah besar sehingga menyebabkan padang rosak teruk.
“Isu ini sudah dibincang di peringkat ahli majlis bersama Yang Dipertua. Mesyuarat memutuskan Kesedar perlu menanggung kos kerosakan padang.
“Namun tuntutan awal yang dibuat tidak dihiraukan. Oleh itu kami bersetuju menghantar tuntutan sebanyak RM200,000 bagi menampung kos kerja-kerja membaiki kerosakan padang,” katanya di sini.
(Tunggu pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 12/06/2012
KOTA BHARU: Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Dato’ Foo Chow Yong.
Sedangkan kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar 1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam.
Namun generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu.
Inilah nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di tengah-tengah pekan Tumpat. Di situlah mereka membesar dan menumpang berteduh dengan membina kediaman sendiri.
Dan setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1 kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70 setahun, bergantung kepada saiz rumah.
Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan.
Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat.
Jurucakap kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA.
“Datuk nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi.
“Saya difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981 di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu,” katanya ketika ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham Fauzi di sini petang semalam.
Beliau bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.
Pada 1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu.
Semasa pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco kerajaan negeri.
Difahamkan dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.
Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan.
Azizah juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing sekarang.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 12/06/2012
KOTA BHARU: Pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat berpeluang untuk mendapatkan ‘ubat’ yang dihasilkan oleh perubatan negara Iran yang diakui antara yang terhebat dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata golongan berkenaan berpeluang mendapatkannya di samping khidmat nasihat sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam Berasaskan Dinar Dirham.
Katanya, majlis ini akan bermula 15 hingga 18 Jun ini bertempat Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam.
Husam memberitahu, sebanyak 10 buah negara akan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan antaranya, Iran, Uzbekistan, Khazastan, mesir, Taiwan, China, Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan merasmikan majlis berkenaan pada 15 Jun ini jam 9.00 malam.
Beliau turut memberitahu, dengan adanya ekspo bertaraf dunia ini, Kelantan bakal menjadi ‘jambatan’ penghubung antara dunia-dunia luar untuk peluang ekonomi.
“Rakyat Kelantan khususnya usahawan dapat menjadikan ekspo ini sebagai platform untuk mereka terus memajukan ekonomi dalam bidang perniagaan,”ujarnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi.
Husam seterusnya berkata, pelbagai program menarik telah diatur sepanjang ekspo terbabit, antaranya ’ The Best Wall Ice-cream’ produk Iran yang telah diiktiraf dunia sebagai ice-cream tersedap.
Selain itu, seorang ‘hafiz genius’ dari Iran berusia 10 tahun akan menunjukkan kemahirannya dalam membaca al-Quran disamping menerima ‘uji’ bakatnya.
“Hafiz ini mampu membaca surah yang diminta oleh sesiapa sahaja disamping membaca al-Quran secara terbalik,”ujarnya.
Katanya, sebanyak 12 booth antarabangsa disediakan untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya bagi menikmati juadah istimewa dari 10 negara terbabit.
Katanya, Iran sahaja akan membawa 60 syarikat pengeluar dari negara berkenaan termasuk pengusaha motosikal yang mampu menawarkan harga murah.
(Antara barangan yang bakal dipamirkan adalah motor dari Iran)
Katanya, pameran ini juga turut menerima tempahan dari orang ramai.
“Pada masa yang sama syarikat berkenaan akan membuka kilang pemasangannya sendiri di negeri ini untuk kepentingan masa panjang,”ujarnya.
Beliau seterusnya memberitahu, antara acara menarik yang akan menemui pengunjung, kebudayaan Islam, pameran kaligrafi Islam, Konvensyen Halal Sedunia, tayangan filem Islam, animasi dan lain-lain lagi turut diadakan.
Sumber HD : 13/06/2012

Tanah rizab Melayu dimiliki keluarga pemimpin MCA
M Faqih | Foto Rizal Tahir, | 12 Jun 2012 |

Anda belum mendapat zuriat, ada ubatnya
Salmah Mat Husain, | 13 Jun 2012 |

PAS yakin dapat kekal Kelantan
Rizal Tahir, | 13 Jun 2012 |
KUBANG KERIAN: Biarpun PAS berhadapan dengan pelbagai tentangan sengit dengan isu pengundi hantu, BR1M dan lain-lain lagi, namun PAS Kelantan ‘optimis’ parti itu akan dapat mempertahankan kemenangannya Pada PRU13.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata kenyataannya sebelum ini yang membayangkan beberapa kerusi PAS akan jatuh di negeri itu hanya ‘motivasi’ untuk jentera parti akan lebih aktif.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semalam bagi mengulas kenyataannya sebelum ini yang ‘membayangkan’ beberapa kerusi PAS akan jatuh pada pihak lawan sekiranya tidak mempertingkatkan usaha perjuangan lebih berganda.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Maahad Ar-Rahmah Kenali, serta perasmian bangunan baru sekolah berkenaan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pada majlis itu juga, hampir 50 pelajar cemerlang menerima cenderahati dari pihak sekolah oleh Nik Amar yang mewakili Tuan Guru.
Amar seterusnya memberitahu, mengikut kajian yang dibuat PAS berpeluang mengekalkan kemenangannya memandangkan kerajaan negeri sentiasa melaksanakan kebajikan untuk rakyat.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan pihak lawan sentiasa berusaha untuk menawan negeri ini mengikut cara mereka.
Menyentuh tentang kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, yang mencadangkan haji ditangguhkan tahun ini kerana ‘rahsia’ pilihanraya umum belum diketahui hanya bersifat peribadi.
Bagaimanapun, katanya ibadat haji memang boleh ditangguh tidak seperti solat yang wajib dilakukan hari itu dan waktu itu juga.
“Walaupun ibadat haji wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, tetapi ianya boleh ditangguhkan,”ujarnya.

2. Lebuh Raya Rakyat :
2.1 http://www.youtube.com/watch?v=ugJAg9AuFIU&feature=autoplay&list=UUP3YyVzA-XAd2436vFg9cuw&playnext=1
2.2 http://www.youtube.com/watch?v=FLWOn9PzG-M&NR=1&feature=endscreen
2.3 http://www.youtube.com/watch?v=IQameJH7rNM&feature=endscreen&NR=1
KOTA BHARU: Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tan Sri Annuar Musa disifatkan cuba menyembunyi kegagalan projek menyiapkan benteng sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah.
Sebaliknya melalui kenyataan media baru-baru ini beliau menyalah pula aktiviti perlombongan pasir sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah.
Sedangkan kerja-kerja pembinaan benteng di hadapan rumah pam di Kemubu gagal disiap mengikut jadual dikenal pasti antara punca utama.
Anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, berdasar kepada penjelasan pegawai KADA, benteng sepatutnya siap dibina pada Jun lalu, namun terpaksa dilanjut pula kepada Oktober.
“Fungsi benteng untuk menahan air sungai supaya boleh dipamkan ke tali air KADA seterusnya dialirkan ke sawah padi di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu,” katanya ketika melawat projek berkenaan hari ini.
Lawatan itu turut dihadiri Adun Kadok, Azami Mohd Nor, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri, Mat Rahim Ismail dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Sebelum ini Annuar dilaporkan mendakwa paras air Sungai Kelantan semakin rendah disebabkan aktiviti perlombongan pasir secara besar-besaran, pembalakan dan penerokaan tanah berleluasa di kawasan hulu.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 10/07/2012
(Mohamad Sabu lancar kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar)
KUALA LUMPUR: Dengan inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Kelantan kini mempunyai sebuah perlabuhan yang baik iaitu Perlabuhan Tok Bali.
Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam ucapannya dekat sini berkata, kini Kelantan mengeksport 40,000 ton besi seminggu ke China melalui perlabuhan ini.
"Insya Alllah sebulan lagi, kadar ini akan meningkat kepada 100,000 ton seminggu," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.
Husam berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Dewan KUIZM, Taman Melewar baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan disertai oleh para seniman dan artis yang bersama PAS.
Antara yang ada di majlis itu adalah Datuk A Samad Said, Dinsman, Hairie Hashim dan lain-lain.
Dinsman dan Hairie (gambar) telah turun dari pentas dan membawa uncang wang untuk memungut sumbangan dari orang ramai.
3 projek mega
Menurut Husam, kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyenaraikan tiga projek besar untuk dilaksanakan di negeri itu namun ditolak oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.
Projek itu adalah menaikkan taraf lapangan terbang yang ada ke taraf antarabangsa, membuat spine road atau jalan tulang belakang di Kelantan dan perlabuhan.
"Ketiga-tiganya ditolak oleh Tun Dr Mahathir. Tetapi atas inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Perlabuhan Tok Bali berjaya dibina," kata Husam.
(Tuanku Sultan Kelantan [pemandu jentera] ketika majlis pecah tanah Perlabuhan Tok Bali 29 Mac lalu)
Menurut Husam, Kelantan negeri kecil sahaja untuk membebaskan dirinya sendiri tetapi ia cukup besar untuk membebaskan ummah dari kongkongan.
Lebuhraya Rakyat, menurut Husam akan mempunyai dana yang cukup untuk pembinaannya kalau kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk membinanya.
Husam juga berkata, dia ditanya bagaimana Kelantan mahu menyelenggarakan lebuhraya ini setelah siap nanti kerana belanjanya juga tentu besar.
Husam menjelaskan, antaranya dengan mengenakan caj tertentu kepada lori-lori besi yang hendak ke Tok Bali yang akan melalui lebuhraya rakyat ini.
"Insya Allah penyelenggaraan kita selesai dengan caj ini. Dengan itu, rakyat yang marhain bolehlah melaluinya dengan percuma," kata Husam.
Husam juga berkata, kenapa kutip derma untuk pembinaan lebuhraya ini?
"Kenapa wakaf dikutip kalau dah ada cara-cara pembiayaannya?
"Kita kutip wakaf kerana nakkan lebuhraya ini tidak sama dengan lebuhraya Plus.
"Kita nak sambungkan lebuhraya ini ke akhirat juga," jelas Husam.
Sumber HD : 11/07/2012
KOTA BHARU: PAS Kelantan menyifatkan Umno terlalu terdesak sehingga sanggup mengupah bloggers menyebarkan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui gambar super impose.
Selain itu Umno juga menggunakan sepenuhnya ruang melalui akhbar harian yang dimiliki untuk memaparkan setiap berita negetif mengenai Kelantan, biar pun dalam banyak keadaan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, Umno kini menggunakan sepenuhnya ruang media baru bagi memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan soal moral dan maruah.
“Kami amat kesal terhadap tindakan bloggers Umno yang semakin ganas sehingga cuba memaparkan gambar Menteri Besar di luar normal akar yang waras.
“Ini secara jelas menggambarkan mereka tidak menghiraukan langsung soal dosa dan pahala. Mereka mahu mempersendakan seorang ulama yang diiktiraf di peringkat dunia,” katanya di sini.
Kebelakangan ini kerap dipaparkan melalui blog yang dimiliki penyokong Umno bagi memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan melakukan super impose.
Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebagai seorang Islam mereka seharusnya sedar fitnah tersebut akan menjadi senjata makan diri sendiri.
“Setiap wartawan perlu ingat apa pun berita atau penulisan dibuat akan dipersoalkan di akhirat nanti,” katanya.
Sementara itu beliau juga menafikan kononnya artis yang menyertai program anjuran PAS menuntut bayaran.
“PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Artis yang menyertai PAS tentunya faham kedudukan tersebut. Mereka datang dengan kehendak sendiri selepas memahami perjuangan Islam ada kelebihannya,” ujar beliau.
Sumber HD : 11/07/2012
“Curi royalti”: Pemimpin Umno wajar dikena hudud
Mijie Yusoff, | 13 Jun 2012 |
KUALA KRAI: Pemimpin Umno antara pihak pertama yang wajar dikenakan hukuman di bawah hudud kerana mencuri wang royalti minyak milik rakyat Kelantan.
Pengerusi PKR Johor, Dato’ Chua Jui Meng berkata, royalti sebanyak 5 peratus yang wajib dibayar kepada Kelantan setiap tahun dinafikan pemimpin Umno sehingga sekarang.
“Kalau hukum hudud sudah dapat dilaksanakan di Kelantan merekalah orang pertama yang boleh dikenakan hukuman potong tangan kerana 'mencuri' wang royalti.
“Kalau ramai pemimpin Umno hilang tangan nanti ia sudah tidak pelik lagi kerana kesalahan mencuri duit royalti rakyat Kelantan,” katanya pada ceramah menuju Putrajaya di sini malam tadi.
Hadir sama anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah, Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria dan wakil-wakil kaum.
Orang ramai termasuk penduduk Tionghoa dan India memenuhi sekitar tempat ceramah berlangsung di perkarangan Dewan Sri Guchil.
Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan berkata, beliau pernah ditawarkan MCA jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan dengan bayaran gaji lumayan sebelum menyertai PKR.
“Tetapi saya menolak. Apa guna emas dan perak yang banyak kalau akan tinggalkannya juga akhirnya.
“Lagi pun semua orang tahu Umno dan BN banyak terpalit dengan isu rasuah. Sedangkan ada hadis yang menyebut ‘orang yang memberi dan menerima rasuah akan masuk neraka’,” katanya.
Beliau juga meluahkan rasa hairan rakyat negara ini seperti ditipu kerana harga kereta nasional di Malaysia jauh lebih mahal berbanding yang dipasarkan di luar negara.
Misalnya kereta Proton Waja dijual di Malaysia dengan harga RM70,000 tetapi di Arab Saudi kereta sama hanya berharga RM33,000. Begitu juga harga kereta di Langkawi lebih murah berbanding di tempat lain di negara kita.
“Ini kerana kerajaan mengenakan cukai yang tinggi terhadap kereta nasional biar pun rakyat sendiri terbeban,” katanya.
Oleh itu beliau berharap pengundi di kawasan parlimen Kuala Krai mengekalkan kemenangan yang ada sekarang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ada pihak ugut juru ukur Lebuhraya Rakyat
Salmah Mat Husain, | 14 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Ekoran tindakan pihak tertentu ‘mengugut’ juru ukur asal yang bertanggungjawab untuk membina Lebuhraya Rakyat sejauh 73 kilometer itu, kerajaan negeri terpaksa melantik tujuh juru ukur yang baru bagi melicinkan perjalanan pembinaan lebuhraya itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan danKebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat, termasukjuru ukurnya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco semalam ketika mengulas perjalanan pembinaan Lebuhraya Rakyat.
Jelasnya lagi, kontraktor yang dilantik masih lagi kuat dengan ikatan perjanjian walaupun pihak tertentu cuba untuk ‘menghasut’ agar tidak terlibat dengan pembinaan lebuhraya itu.
Mengulas mengenai kritikan sinis pihak tertentu yang meragui usaha pembinaan tersebut, Husam berkata, beliau tidak akan memberi banyak reaksi sebaliknya menunjukkan usaha itu melalui tindakan.
“Saya tak akan jawab lisan, sebaliknya melalui tindakan, kita buat insyaallah biar sampai berjaya. Kita juga sudah melantik kontraktor,” katanya.
Husam juga turut mendedahkan sambutan masyarakat Kelantan termasuk di luar untuk turut menderma pembinaan lebuh raya ini begitu membanggakan.
“Mereka sedar betapa pentingnya dalam Islam mengenai konsep wakaf yang diperkenalkan mendapat sambutan baik bukan sahaja dari segi kewangan malah perkhidmatan,” ujarnya.
Husam juga turut berkata, pihaknya akan melelong perkakasan pembinaan yang diserahkan kepada Kerajaan Negeri oleh peserta perhimpunan baru-baru ini.
“Kalau ada orang nak beli kita lelong, sekarang ni kita dah tak guna canggkul, sikul lagi dah, zaman dah semakin moden guna jentolak terus,”ujarnya dengan nada sinis.
Beliau dipercayai mengulas tindakan sekumpulan penyokong Umno yang berdemo depan Kota Darulnaim yang menyerahkan peralatan pembinaan kepada kerajaan negeri.
Beliau juga turut melahirkan rasa hairan usaha dibuat kerajaan negeri diganggu, diejek, sedangkan cadangan pembinaannya ditarik balik sebelum ini.
Lebuh raya sepanjang 73 kilometer itu bertujuan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terutama di musim perayaan dan cuti sekolah apabila rakyat Kelantan dari luar pulang ke kampung halaman masing-masing.
Lebuhraya ini dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
Lebuhraya tanpa tol, dengan empat lorong (dua lorong sehala) itu turut dilengkapi dengan kawasan rehat dan rawat (R&R).
Sumber HD : 14/06/2012

Lebuh raya Rakyat wajar disokong, bukan sebaliknya
Harakahdaily, | 14 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Pembinaan Lebuh raya Rakyat merupakan inisiatif kerajaan negeri setelah cadangan yang dikemukakan sejak Rancangan Malaysia Ke-5 masih ‘tidak ditunai/ditangguh’ sehingga sekarang sekarang tanpa sebarang alasan dan sebab yang munasabah.
Justeru, Persatuan Anak Kelantan Darulnaim Di Selangor & Kuala Lumpur (Persada) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan amat mengalu-alukan inisiatif dan langkah proaktif kerajaan negeri sebagai usaha yang amat murni demi melihat kepentingan dan kesejahteraan rakyat melebihi kepentingan lain.
"Persada menyokong penuh inisiatif ini dan bersedia sebagai ‘duta kecil Kelantan’ untuk membantu kerajaan negeri dalam memastikan usaha murni ini berjalan lancar dan semoga Lebuh raya Rakyat tanpa tol ini dapat direalisasikan di Kelantan dengan jayanya," ujar Presiden Persada, Ali Hanafiah Mohamed dalam satu kenyataan.
Katanya, berdasarkan pengalaman Persada sebagai anak Kelantan perantauan, kesesakan jalan raya merupakan satu isu yang seringkali ditimbulkan oleh para pelancong yang melawat Kelantan dan sering kali menjadi rungutan warga Kelantan perantauan apabila pulang ke kampung.
Tambahnya, kemudahan rangkaian jalan raya yang baik juga antara faktor utama yang menentukan para pelabur untuk membuat pelaburan di Kelantan.
Justeru, ujar beliau pembinaan lebuh raya ini sudah tentu amat menggembirakan kami sebagai anak Kelantan perantauan dan akan memberi imej yang baik kepada kami sebagai ‘duta kecil Kelantan’ dalam kehidupan bermasyarakat di perantauan.
Menurutnya lagi, ia juga akan merungkai ‘kekusutan’ utama para pelabur sejak sekian lama, mudahan dengan terbina lebuhraya ini negeri Kelantan akan menjadi tumpuan para pelabur dan para pelancong dari dalam dan luar negara.
"Idea mengusahakan pembinaan secara waqaf dan kerjasama antara kerajaan dan rakyat amat meruntun jiwa kami dan kami percaya bahawa masyarakat Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya yang percayakan konsep amal jariah akan menyokong dan bersedia mengambil bahagian dalam hal ini," ujarnya.
Ini, tegasnya membuktikan kebijaksanaan dan kehebatan sebuah kerajaan yang diurus berpaksikan Islam.
"Kami menyeru pihak-pihak yang mempertikaikan serta memperkecilkan hasrat murni kerajaan negeri supaya insaf dan bersedia memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka," katanya lagi.
Beliau menambah, seharusnya usaha yang baik ini perlu disokong bahkan seharusnya bersama-sama berganding bahu membantu kerajaan negeri untuk merealisasikanya bukan sebaliknya.
"Kami juga menyeru kepada warga Kelantan khasnya dan rakyat Malaysia amnya supaya mengambil peluang ini dan bersama-sama memberi sumbangan bagi merealisasikan lebuh raya tanpa tol ini terbina dengan jayanya.
"Insya Allah, keberkatan daripada sumbangan rakyat akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. usaha pembinaannya dan semoga sumbangan yang dihulurkan menjadi amal jariah yang berkekalan," katanya.
Pada 28 Mei 2012 bersamaan 7 Rejab 1433, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz telah mengadakan upacara pecah tanah merasmikan pembinaan Lebuhraya Rakyat tanpa tol dari Kota Bharu ke Kuala Krai sejauh 73 Kilometer untuk manfaat rakyat dengan anggaran kos RM1.8 bilion.
Sumber HD : 14/06/2012
KOTA BHARU: Peninju dari 12 negara akan bertarung merebut tali pinggang di kejohanan Royal Kelantan International Boxing Challenge 2012 pada 1 hingga 3 Julai ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.
Peninju terbabit dari Myanmar, Australia, Algeria, China, Thailand, Belanda, New Zealand, Iran, Costa Rica, England, Ireland dan tuan rumah.
Program berkenaan diadakan sempena sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012, dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Kelab Boxing Sentosa Jaya.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sebanyak 17 regu akan dipertandingkan dalam tiga kategori iaitu Super Fight, Title Belt dan Special Fight.
Katanya, peninju akan merebut tiga tali pinggang iaitu malam pertama (Tali Pinggang Kejohanan YTM
Tengku Mahkota Kelantan), malam kedua Tali Pinggang Kejohanan KDYMM Sultan Muhammad V.
Dan pada malam ketiga peninju akan merebut Tali Pinggang Tok Guru Menteri Besar Kelantan.
“Tuanku Al-Sultan Kelantan dijangka berangkat menyaksikan perlawanan itu pada malam kedua,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood dan Pengerusi Kelab Boxing Sentosa Jaya, Datuk Rozali Daud.
Tahun lepas kerajaan negeri menganjurkan kejohanan boksing Siam di Rantau Panjang yang juga disertai peninju luar negara.
Takiyuddin berkata, pada setiap malam pertandingan diadakan hadiah wang tunai sebanyak USD500 akan diberi kepada peninju terbaik.
“Kita akan dapat saksikan perlawanan antara peninju terkemuka dari Thailand yang pernah menyertai perlawanan sebanyak 350 dan 300 kali iaitu Oron Sumalee dan Pit Thaksin.
“Mereka akan merebut Piala Exco Sukan, Datuk Abdul Fattah Mahmood. Manakala dua lagi peninju Thailand iaitu Jom Buniyarit dan Sikapirt akan bertarung merebut Piala Exco Pelancongan,” katanya.
Beliau juga berkata, setiap peserta akan dipastikan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan kawalan keselamatan diperketatkan.

Peninju 12 negara rebut Tali Pinggang Tok Guru
Mohd Nor Yahya, | 14 Jun 2012 |
(Takiyudin bersama dengan peninju kanak-kanak)

Saya sokong PAS kerana Islam - Aishah
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 14 Jun 2012 |
TUMPAT: Selagi perjuangan Islam yang didokongi PAS tetap berlandaskan syariat dan hadis, beliau tetap akan memberikan sokongan terhadap parti yang memperjuangkan Islam itu.
Wan Aishah Wan Ariffin atau nama glamournya Aishah , artis kesayangan ramai yang baru menyertai PAS baru-baru ini berkata demikian ketika ditanya oleh salah seorang peserta yang ingin mengetahui tindakannya menyertai parti itu baru-baru ini ingin bergiat politik pula.
Menurut Aishah, beliau berhasrat untuk menyertai parti itu secara senyap, bagaimanapun tidak menjadi mungkin kerana beliau seorang artis.
“Tapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk kebaikan diri saya sendiri serta dua orang anak-anak saya.
“Prinsip saya mudah, saya akan menolak mana-mana yang tak betul, perjuangan sekular, banyak kemungkaran yang berlaku di hadapan kita yang wajib kita tentang,”ujarnya.
Menurutnya, pengalaman hidupnya membuatkan beliau tercari-cari hala tuju kehidupan sebenar.
Beliau juga turut menolak akan aktif dalam politik, Cuma mengambil kesempatan untuk memberi pandangan sebagai seorang artis berhubung pandangannya sebagai seorang artis terhadap perjuangan Islam.
“Pengalaman yang berlaku selama ini boleh kita membawanya ke pentas untuk dikongsi bersama masyarakat, tidak ada salahnya asalkan ianya baik untuk Islam,”ujarnya.
Terdahulu beliau menyeru golongan pendakwah tidak terus membiarkan golongan dibelakang tabir seperti komposer, penulis lirik, pemuzik dan sebagainya agar mereka tidak lari dari landasan Islam sebenar.
(Aishah [kanan] dalam majlisnya di Pantai Sri Tujoh, Tumpat)
Menurutnya, golongan berkenaan juga memerlukan bimbingan golongan ‘ustaz’ agar mereka berkarya tidak lari dari landasan Islam.
“Andainya lagi begitu sedap didegar, namun liriknya tidak menyeru pada kebaikan, kemasyarakatan apa lagi Islam, tidak ada gunanya,”ujarnya lagi.
Kerana itu, tambahnya para ustaz seharusnya bertemu golongan ini agar mereka dapat menciptakan hasil seni bertambah baik.
Pada masa yang sama, beliau menyeru orang ramai yang memiliki gambarnya sewaktu tidak bertudung menyerahkan semula padanya atau lupuskan sahaja.
Jelasnya, beliau tidak mahu gambar berkenaan menambahkan lagi dosa dan azab di akhirat kelak.
“Saya serulah pada semua mana-mana yang ada gambar saya, serahkan pada saya untuk tatapan anak-anak.
“Saya pun rasa pelik lagi kita berubah, lagi kita dah bertaubat, gambar-gambar macam ni lagi didedahkan pulak,”ujarnya.
Aishah, sewaktu menceritakan kisah hidupnya, menitiskan air mata mengenangkan kisah silamnya.
Sumber HD : 14/06/2012
KOTA BHARU: Kelantan sekali lagi mencatat sejarah apabila menganjurkan ekspo perdagangan antarabangsa berasaskan transaksi matawang syariah Dinar Dirham yang disertai sembilan negara.
Negara terbabit iaitu Indonesia, Uzbekistan, Iran, India, Turki, Palestin, Thailand, Singapura dan tuan rumah. Ekspo berkenaan bermatlamat mata wang syariah manyatukan ummah.
Ekspo tersebut diadakan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV bermula hari ini sehingga 21 Jun.
Perasmiannya akan dilakukan Menteri Besar malam ini.
Jurucakap urusetia ekspo Zailani May berkata, Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Seduania 2012 itu melibatkan penyertaan antarabangsa.
Katanya, malam ini sempena majlis perasmian akan diadakan pelancaran Dinar Dirham yang menggunakan teknologi hologram.
“Ekspo bermula jam 10 pagi hingga 11 malam diisi dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan antarabangsa termasuk nasyid serta bacaan al Quran qari dan qariah dari Iran pada malam esok,” katanya ketika ditemui di sini.
Selain itu ihtifal 20 tahun Pajak Gadai Islam dan Pelancaran Minggu Pelaburan Pajak Gadai pada 17 Jun pada jam 10 pagi.
Pertunjukan kebudayaan antarabangsa Al-Baladi dan hadrah (zanji dan muzik) pada sebelah malam 17 Jun.
Konvensyen halal berasaskan Dinar Dirham pula akan diadakan di Kelantan Trade Centre (KTC) pada 18 Jun pada sebelah pagi. Demontrasi seni kaligrafi dan khat antarabangsa di KTC pada jam 4 petang 18 Jun.
Manakala pertunjukan kesenian tradisional Kelantan termasuk kertuk, rebana ubi, silat tari esok pada sebelah petang. Pertunjukan wayang kulit pula pada 18 Jun bermula jam 9 malam.
Zailani berkata, selain itu diadakan demontrasi ukiran permata pada 19 Jun (10 pagi – 12 tengahari), persembahan nasyid Ewan dan Rahmat serta Ekamatra pada malam 19 Jun.
Ceramah kepenggunaan produk halal kepada kaum ibu dan demontrasi masakan Uzbekistan pula pada 20 Jun jam (10 pagi hingga 12 tengahari).
Pada 16 Jun juga akan diakan pertandingan kapal terbang kawalan jauh, demontrasi permotoran, ukiran tembikar dan seni pertukangan kayu.
Di lokasi sama minggu lepas diadakan Ekspo Pertanian Kelantan 2012 bermula 5 hingga 10 Jun.
Sumber HD : 15/06/2012
KOTA BHARU: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan peserta qariah dilarang menyertai tilawah al Quran sebelum ini memandangkan ia merupakan perkara khilaf.
Menteri Besar menjelaskan suara perempuan adalah aurat dengan merujuk kepada Rasulullah saw pernah melarang wanita daripada menziarahi kubur kerana ada yang menangis.
“Namun setelah manusia sudah mulai faham menziarahi kubur tidak berkelakuan seperti dahulu, termasuk tiada lagi pemujaan, maka Nabi saw membenarkan semula orang perempuan menziarahi kubur.
“Jadi oleh kerana barang itu khilaf saya pegang balik hak yang memberi manfaat kepada Islam,” katanya selepas perasmian Program ‘Mass-CPR’ (bantuan pernafasan) 2012 Peringkat Negeri Kelantan di KB Mall petang semalam.
Program berkenaan dianjur St. John Ambulance Malaysia. Turut hadir anggota-anggota Exco, Wan Ubadah Omar dan Che Abdullah Mat Nawi. Hadir sama Pemerintah St. John Ambulans Malaysia Kelantan, Ismail Dollah dan pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat.
Baru-baru ini Menteri Besar mengumumkan qariah boleh menyertai tilawah al Quran selepas ia dilarang sejak 1990.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, mengambil kira perkara itu khilaf maka kerajaan negeri bertindak menyekatnya dahulu.
“Kita tidak mengharamkan penyertaan qariah sejak 1990 sebaliknya larangan bersifat teknikal sahaja. Dan apabila dilihat keadaan sudah berubah, ramai tutup aurat, kita benarkan semula.
“Banyak benda yang kita buat di Kelantan sekarang rakyat sudah faham. Sekarang tidak lagi berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan pada sesuatu program yang diadakan,” katanya.
Sementara itu Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Mohamad Awang bagaimanapun berkata, garis panduan membenarkan qariah menyertai tilawah akan diperincikan.
Katanya juga kerajaan negeri sebenarnya sudah membenarkan qariah menyertai tilawah al Quran peringkat negeri mulai tahun lepas secara tertutup di kalangan mereka sahaja.
“Di mana pengadil dan penonton hanya di kalangan wanita yang diadakan secara tertutup dan ia mendapat sambutan mengggalakkan.
“Bagaimanapun pemenangnya tidak dibenarkan mewakili Kelantan bagi menyertai pertandingan peringkat kebangsaan,” ujarnya.

Ekspo antarabangsa guna transaksi Dinar Dirham
Muhamad Yusri Amin, | 15 Jun 2012 |

Garis panduan qariah sertai tilawah diperinci

Umat Islam perlu cipta sesuatu yang baru
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 16 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Ekspo Perdagangan Dunia Islam dan Konvensyen Halal Dinar Dirham bermula malam tadi apabila majlis perasmiannya telah dilakukan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Acara penuh meriah apabila kesemua peserta dari luar Negara yang berhasrat untuk menyertai program itu turut hadir untuk mempamerkan barangan jualan mereka termasuk Iran yang paling banyak membuat tempahan gerai jualan.
Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru umat Islam di negara ini, mencipta sesuatu yang baru hingga boleh terkenal ke seluruh dunia.
Katanya, ianya amat penting bagi mengembalikan kegemilangan orang Islam yang telah masyhur di zaman silam dalam mereka cipta sesuatu yang baru.
“Sekarang ni pelbagai alat canggih berada di pasaran, tetapi ianya dicipta oleh golongan barat yang tidak beragama Islam,” ujarnya.
Turut berucap pada majlis perasmian itu, Gabenor Wilayah Qom Iran, Mohamed Hussien dan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa.
Sementara itu, Tuan Guru berkesempatan menaiki motosikal buatan Iran sempena majlis ekspo terbabit disamping merasmikan logo tuntutan Royalti ‘R’.
Ekspo berkenaan bermula semalam 15 Jun dan dijangka berakhir 21 Jun ini.
Pelbagai pameran dan jualan disediakan untuk orang ramai, termasuk motosikal keluaran Iran yang bakal menjadi tarikan masyarakat di negeri ini.
Ekspo ini terbuka kepada orang ramai yang bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam.
Sumber HD : 16/06/2012

PAS beri banyak manfaat kepada wanita Kelantan
Anis Nazri, | 16 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR: Tiada yang merugikan wanita Kelantan apabila kerajaan negeri tidak membenarkan wanita negeri itu menyertai tilawah al-Quran sejak 20 tahun lalu.
Sebaliknya wanita Kelantan mendapat manfaat dengan kelas-kelas pengajian al-Quran yang berada di setiap peringkat negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.
Malah, tegas Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar), mereka dapat mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran untuk diamalkan sebagai bekalan ke akhirat yang abadi.
"Banyak kelas pengajian al-Quran di Kelantan. Kita kena faham, al-Quran ini bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan, tetapi ia untuk difahami dan dihayati agar kita berpegang dengannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed yang mengatakan wanita Kelantan kerugian selama 20 tahun kerana tidak dibenarkan menyertai tilawah al-Quran.
Selain menyatakan pendirian kerajaan negeri Kelantan yang memberi penghormatan yang tinggi terhadap wanita, ahli parlimen Rantau Panjang itu juga keadaan itu tidak dapat dikecapi ketika BN memerintah negeri itu.
Katanya, kerajaan negeri Kelantan begitu mengiktiraf peranan wanita dengan melantik mereka sebagai penghulu wanita, pegawai armalah, tanpa meminggirkan peluang wanita Kelantan untuk ke Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri (Dun).
"Selain itu, wanita Kelantan juga rasa terhormat apabila banyak program-program kerajaan negeri yang menjurus kepada kewanitaan, projek kebajikan, cuti bersalin 90 hari, skim armalah, yang semuanya tidak ada ketika BN memerintah," tegas beliau yang juga Ketua Muslimat PAS Kelantan.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan mana-mana pihak yang menyatakan wanita Kelantan kerugian hanya kerana tidak menyertai tilawah al-Quran, agar kembali memahami tujuan al-Quran itu diturunkan.
"Al-Quran diturunkan untuk difahami serta dihayati, dan kemudiannya diamalkan. Bukan sekadar dibaca, diperdengarkan di khalayak, dan dipertandingkan. Tidak rugi apa-apa wanita Kelantan tidak menyertai tilawah sekiranya kandungan al-Quran itu difahami keseluruhannya," tegas beliau.
Sumber HD : 17/06/2012

Kempen R: ADUN BN hina OKU
Salmah Mat Husain, | 18 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.
(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)
(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)
Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang turut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Adun Nenggiri yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengangkat dua jari sebagai simbol kristian.
Adun Nenggiri itu berkata Nik Aziz menunjukan simbol tangan sebagai tanda salib sebagaimana posting yang ditulis dalam Umno-tumPAS.
“Ia adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan ke atas seorang ulama apa lagi simbol tangan yang ditunjukkan oleh Tuan Guru adalah simbol 'R' bukannya simbol salib," kata Hisyamuddin.
Katanya, simbol berkenaan diguna pakai oleh golongan berkenaan di seluruh negara dan mungkin dunia bagi menghubungkan sesama mereka.
"Sebagai seorang Adun yang dipilih oleh rakyat, sepatutnya yang berhormat perlu lebih peka simbol bahasa yang digunakan oleh golongan OKU yang juga ada di kalangan pengundi yang berhormat.
“Tindakan Adun itu telah menghina kelompok OKU yang juga turut bersama berjuang dalam usaha tuntutan ini,”ujarnya.
Sehubungan itu, katanya tindakan fitnah berkenaan adalah satu tindakan yang tidak wajar dan akan diambil tindakan undang-undang sekiranya Adun Nenggiri itu tidak menarik balik kenyataan tersebut.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Hak Asasi, Majlis Peguam Malaysia, Mohammad Che Yusoff, menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Royalti untuk menuntut bayaran royalti oleh kerajaan Kelantan.
Katanya, sebagai penggerak kempen Gerakan Bersama Kebangkitan OKU Tahun 2012, beliau menyifatkan penafian pembayaran royalti kepada kerajaan negeri satu penghinaan jelas terhadap rakyat yang selama ini akur kepada sistem demokrasi berparlimen.
“Katanya, pembayaran royalti Petronas kepada kerajaan Kelantan bukan sekadar memenuhi kontrak yang telah ditandatangani pada 1974 yang lalu.
“Namun ianya suatu tindakan yang perlu disempurnakan sebagai memenuhi tanggungjawab oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri dalam amalan federalism yang Malaysia amalkan selama ini," tegas beliau.
Apatah lagi dalam usaha membangunkan OKU, tuntutan mengembalikan pembayaran royalti tersebut tentunya akan menambah keupayaan kerajaan negeri dalam membangunkan golongan OKU di negeri ini ke arah yang lebih sempurna.
“Sebagai mewakili kumpulan OKU, saya amat kesal dengan sikap dangkal pihak-pihak tertentu yang saya difahamkan telah memberi tanggapan salah kepada penggunaan simbul (R) dalam kempen menuntut royalti,”ujarnya.
Tambahnya, mereka seolah-olah tidak cakna kepada OKU apabila mempertikaikan penggunaan isyarat itu yang dikaitkan sebagai lambang agama lain.
“Justeru, saya menyeru untuk seluruh rakyat Kelantan terus sama-sama menyokong dan berpadu suara dalam menuntut hak rakyat Kelantan dalam isu pembayaran royalti oleh Petronas kepada kerajaan rakyat di Kelantan,”ujarnya.
Sumber HD : 18/06/2012
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan mengatakan seorang pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) terbabit dengan salah laku sebagai tidak berasas.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, berita tersebut jelas berniat jahat dan menyebarkan dakwaan yang bohong.
“Tindakan pihak terbabit secara jelas berniat jahat dan satu pembohongan yang cuba disebarkan kepada orang ramai,” katanya pada reaksi awal berhubung dakwaan kononnya KGT diselubungi skandal seperti dilaporkan media milik Umno hari ini.
Akhbar terbabit dalam laporan muka hadapan mendakwa KGT milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat terbabit.
Husam ditemui selepas perasmian Konvensyen Halal Berasaskan Dinar dan Dirham di Kelantan Trade Centre hari ini. Program berkenaan diadakan sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012.
Hadir sama Speaker Dewan Rakyat Indonesia, Dr Marzuki Ali, Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud, anggota Exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malek Kasim, anggota parlimen Punjab, Pakistan, Humairah Sheikh.
Selain itu pakar ekonomi, Dr Borjayai Bardai, President of World Islamic Mint, Prof Umar Vadillo, wakil Persatuan Muslim China, wakil Thailand dan Iran.
Sementara itu pihak pengurusan KGT menjelaskan laporan Utusan Malaysia kononnya syarikat itu dilanda skandal tidak berasas sama sekali.
Katanya, dakwaan itu yang cuba mengaitkan KGT dengan seorang bekas pegawai kanan KGT tidak boleh diterima memandangkan beliau sekarang hanya bertindak sebagai penasihat syarikat sahaja.
“Dakwaan berlaku penipuan seperti dilaporkan tiada kaitan langsung dengan KGT,” katanya di sini.

Dakwaan KGT terbabit skandal tak berasas – Husam
Aslani M, | 18 Jun 2012 |

Nik Aziz ziarah keluarga kanak-kanak tertembak
Salmah Mat Husain|Foto: Rizal Tahir, | 18 Jun 2012 |
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pagi tadi melawat kanak-kanak yang tertembak diri sendiri.
Ketika mengunjungi keluarga allahyarham, Tuan Guru berharap mereka bersabar menerima ujian Allah yang sememangnya cukup memilukan hati.
Beliau berkata demikian kepada bapa allahyarham adik Mohd Fais Faizal, Hisham Ghazali, di rumahnya, di Ketereh.
Mohd Fais Faizal Hisham, 7, pelajar Sekolah Rendah Kebangsaan Pohon Tanjong, Pasir Mas, Sabtu lalu meninggal dunia apabila tertembak diri sendiri menggunakan pistol bapa saudara yang disangka pistol mainan.
Kejadian itu berlaku pada hari Sabtu kira-kira 9.00 malam sewaktu bapa saudaranya ke masjid dan beberapa jam selepas menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-7.
Fais dikatakan bertemu pistol berkenaan yang diletakkan di bawah meja.
Akibat kesan tembakan sendiri, seorang lagi bapa saudara adik Fais, Helmi, yang berada di belakangnya turut terkena serpihan itu.
Tuan Guru yang memahami perasaan keluarga berkenaan seterusnya memberitahu, ianya satu ujian besar yang memerlukan kesabaran yang tinggi.
“Kita hidup ni pasti berakhir dengan kematian,” ujarnya.
Sementara itu, Hisham melahirkan rasa terharu di atas kesudian Tuan Guru menziarahinya.
“Terima kasih banyak tok guru,” ujarnya.
Ibu mangsa, Fadhilah Rifa’in, 27, redha dengan ketentuan Ilahi untuknya.
Baginya, Fais seorang anak yang baik serta pintar memandangkan allahyarham dapat membaca ketika berusia lima tahun.
Sumber HD : 18/06/2012
Sumber HD : 2/07/2012

Petronas kurang hasil kalau beri royalti kepada Kelantan?
http://yongsukakuning.blogspot.com, | 19 Jun 2012 |
PETRONAS BANKRAP KALAU BERI ROYALTY MINYAK PADA KELANTAN
Bertahun rakyat Kelantan menuntut royalty minyak. Kali ini Sultan Muhammad ke V (Sultan Kelantan) turut sama menyokong tuntutan royalty.
SUMBER HARAKAHDAILY |
Bertahun Kerajaan Persekutuan menafikan hak rakyat Kelantan tanpa alasan munasabah. Adakah Petronas akan berkurang hasilnya kalau Kelantan diberi royalty minyak? Sudah tentu tidak. Cuba lihat jadual prestasi Petronas dari tahun 2007 - 2011 di bawah.
Ranking Petronas meningkat, asset meningkat dan stakeholders equity meningkat. Petronas takkan bankrap asalkan diurustadbir dengan amanah.
Kita nak tanya kemana pergi semua duit tu? (Catatan dalam dollar US).
BN DERHAKA KEPADA SULTAN KELANTAN KALAU MASIH MENGHALANG ROYALTY MINYAK UNTUK KELANTAN.
SUMBER CNN MONEY
Sumber HD : 19/06/2012
Pesuruhjaya Tinggi Pakistan rasa tenang di Kelantan
KOTA BHARU, 19 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pesurujaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Masood Khalid.
Perjumpaan penuh mesra itu berlangsung selama 50 minit turut dihadiri oleh Exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Ustaz Abdullah Ya'kub. Tuan Guru yang menggunakan bahasa Urdu (bahasa utama di Pakistan) sewaktu berbual dengan, mencuri perhatian Masood. Pelbagai perkara yang dibincangkan mereka berdua seperti pencerobohan Amerika Syarikat ke Afghanistan yang menggunakan sempadan Pakistan. Sementara itu, Masood memuji negeri Kelantan dengan memberitahu bahawa beliau merasa tenang berada di negeri ini kerana pengalaman Islam yang baik seperti penutupan aurat oleh penduduk wanita. Beliau juga berjanji akan memberi kerjasama bagi memudahkan mendapat visa untuk pelajar-pelajar yang mendapat tawaran belajar di Pakistan.
Sumber HD : 19/06/2012
Tuduh seleweng: KGT kaji tindakan perundangan
KUALA LUMPUR: Anak syarikat kerajaan Kelantan, Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd. (KGT) sedang mengkaji tindakan perundangan terhadap pihak yang membuat laporan fitnah kononnya wujud salah laku pengurusan kewangan membabitkan seorang pegawai kanan syarikat itu. (Exco Kelantan, Datuk Husam Musa menunjukkan laporan fitnah terhadap KGT sebelum ini) Dalam satu kenyataan penafian hari ini Pengurus Besar KTG Mahadi Mokhtar berkata, sepanjang pengetahuan pihaknya, tidak ada laporan polis pernah dibuat ke atas mana-mana pegawai syarikat itu, khususnya KGT sendiri sebagai sebuah syarikat. "Bilangan pegawai KGT juga adalah kecil. "Sukacita jika nama pegawai berkenaan disebut, supaya KGT tidak secara liar dikaitkan dengan gambaran yang salah," katanya. Beliau berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam kononnya KGT terlibat dengan skandal penyelewengan membabitkan pegawai kanan syarikat itu. Mengulas lanjut Mahadi berkata KGT juga tidak pernah melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti lain selain menempa, mengedar dan menjual koin-koin dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan. "Saya berharap pihak-pihak berkenaan lebih teliti dan professional dalam laporan dan kenyataan mereka serta tidak sewenang-wenangnya merosakkan nama baik KGT. "Kami sedang mendapatkan nasihat perundangan bagi melindungi integriti dan reputasi KGT terhadap dakwaan-dakwaan yang tidak benar," tegasnya. Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa semalam turut mencabar pihak yang membuat tuduhan mendedahkan nama pegawai yang didakwa terlibat dalam skandal berkenaan. Beliau juga tidak menolak kemungkinan tuduhan terbaru itu merupakan agenda politik kotor pihak tertentu. Dalam pada itu Husam berkata beliau sedia disiasat pihak polis berhubung dakwaan itu bagi membersihkan namanya dan syarikat terbabit. Sumber HD : 19/06/2012 Kamaruddin Kachar malukan ahli akademik
KOTA BHARU: Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar dianggap terlajak mengampu sehingga sanggup mendakwa Kelantan mundur 40 tahun kerana ditadbir kerajaan PAS.
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia itu tidak berfikir secara matang setaraf dengan gelaran yang dimiliknya. “Barangkali beliau hanya membaca akhbar-akhbar pro Umno tanpa cuba menyelidiki fakta sebenar. Seharusnya seseorang bergelar profesor mendalami sesuatu fakta sebelum berhujah. “Kami sangsi bagaimana gelaran prosefor boleh diperolehi kalau sedemikianlah pemikirannya. Bukankah boleh memalukan ahli akademik lain,” katanya di sini. Pada kenyataan akhbarnya 18 Jun lalu Dr Kamaruddin yang dilihat ramai taksud Umno mendakwa rakyat Kelantan rugi berada di bawah kerajaan PAS dan menganggap mundur 40 tahun. Fadhli yang juga Setiausaha Akhbar Menteri Besar berkata, apa yang tidak ada di Kelantan sekarang hanya kedai nombor ekor dan rumah urut, sedangkan aspek lain setanding negeri diterajui BN. “Saya ingin mengajak profesor meneliti web Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Lihat Jadual 6 yang mengandungi fakta Insiden Kemiskinan Mengikut Etnik, Strata dan Negeri, Malaysia, 1970-2009. “Indeks kemiskinan di Kelantan ialah 4.8 berbanding Perlis mencatat lebih tinggi iaitu 6.0, Kedah (5.3), Sarawak (5.3) dan Sabah (19.2),” ujarnya. Atau profesor boleh meninjau Jadual 7 yang mengandungi indeks kemiskinan tegar yang mencatat indeks Kelantan sebanyak 1.0 berbanding Sabah (4.7). Menurutnya profesor terbabit mungkin lupa tanggungjawab membina lebuh raya adalah di bawah kerajaan pusat. Katanya, tidak ada mana-mana kerajaan negeri di Malaysia membina sendiri lebuhraya tanpa bantuan kerajaan pusat, kecuali di Kelantan seperti apa yang sedang diusahakan sekarang. Projek lebuhraya Kota Bharu-Gua Musang dijanjikan kerajaan BN sejak Rancangan Malaysia Ke-6 pada 1986 dan sehingga kini belum menjadi kenyataan. “Kenapa profesor tidak menyalahkan kerajaan pusat kerana gagal melaksanakan projek tersebut. Atau mungkin profesor berhujah pula ramai rakyat Kelantan berhijrah. “Sedangkan fakta dalam Pelan Induk WIlayah Ekonomi Pantai Timur yang dikeluarkan pada Oktober 2007 mencatat pada 2003, penghijrahan masuk ke Kelantan seramai 24,460 orang berbanding penghijrahan keluar 21,950 orang,” tambahnya. Oleh itu katanya beliau bimbang Dr Kamaruddin Kachar dianggap pula seorang profesor yang layak menjadi pelakon lawak jenaka. Sumber HD : 20/06/2012 Bonda saudara sultan sokong tuntutan royalti
KOTA BHARU: Bonda saudara Sultan Kelantan, Datuk Tengku Salwani Sultan Yahya Petra dan Datuk Tengku Rozan hari ini turut menurun tanda tangan sebagai sokongan tuntutan royalti dan pendaratan gas di Kelantan.
Baginda berdua yang diiringi anggota Jawatankuasa Purnama meluangkan masa lebih satu jam melawat pameran di Ekspo Dunia Islam dan Konvensyen Halal Dinar dan Dirham, di sini tengah hari tadi. Turut mengiringi kerabat Diraja Kelantan itu, isteri Menteri Besar Kelantan dan timbalannya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Datin Siti Zubaidah Abdul Hamid, Datin Rohana Abdul Rahman yang turut menurunkan tanda tangan sebagai sokongan yang sama. Mereka juga turut menurunkan tanda tangan sokongan menuntut royalti dan pendaratan gas di Bachok, Kelantan. Sementara itu, Tengku Salwani mengakui begitu seronok melihat barangan yang dipamerkan di ekspo tersebut sambil menyifatkan ianya begitu hebat. “Memang seronok, hebat ekspo ni,” ujar Tengku Salwani. Pelbagai program menarik diadakan di pameran ekspo antaranya demonstrasi masakan luar negara. Sumber HD : 20/06/2012 Duta New Zealand pula kunjungi Kelantan
(Husam, Tok Guru Nik Aziz dan David Gregory Pine dalam pertemuan mereka pagi tadi) KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak akhir-akhir ini banyak menerima kunjungan tetamu dari luar negara sama ada dari pejabat kedutaan. Hari ini Tuan Guru menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, David Gregory Pine di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini pagi tadi. Beliau yang tidak dapat meneruskan pertemuan dengan duta itu hanya mewakilkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa. Turut hadir dalam pertemuan itu, anggota exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah. Dalam pertemuan sejam itu, pelbagai isu dibincangkan bersama dalam meningkatkan tahap ekonomi di tempat masing-masing. Antara lain, kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pemeliharaan hutan dan memajukan hutan lipur sebagai ekonomi. New Zealand minat padi organik Gregory juga turut berminat berhubung kaedah penanaman padi dan sayuran cara organik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang sememangnya lebih baik dari menggunakan baja kimia yang lain. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian kerajaan negeri menerima kunjungannya. “Saya ucapkan terima kasih kerana kesudian menerima kunjungan ini dan banyak perkara dapat dibincangkan bersama,”ujarnya. Sumber HD : 20/06/2012 Kemarau di hulu punca gangguan bekalan air
KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menjelaskan ketiadaan hujan di hulu Sungai Kelantan semenjak 25 Mei lalu antara punca gangguan bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat sekarang. Selain itu kedudukan bulan yang mempengaruhi tarikan graviti air laut mewujudkan air laut pasang menyebabkan berlaku penurunan air di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Kelar, Pasir Mas. Pengurus Besar AKSB, Ir Mohamad Hanapi Mahmud (gambar) berkata, aras air Sungai Kelantan di muka sauk LRA Kelar pada 20 Jun lepas menurun kepada 0.63 meter iaitu antara terendah sejak tujuh tahun loji itu beroperasi. Loji Rawatan Air Kelar dibina pada 2003 dan beroperasi pada 2005. Punca air mentah ialah dari Sungai Kelantan melalui muka sauk yang dibina dengan aras air Sungai minima 1 meter. “Keadaan itu menyebabkan kuantiti air mentah yang dipam tidak mencapai sepertimana rekabentuk iaitu pada kadar 2,700 m³/jam. “Pada satu tahap air mentah hanya mampu dipam pada kadar 1,500 sejam. Keadaan biasanya berlaku pada waktu air laut surut iaitu sekitar jam 9.30 malam sehingga 2.30 pagi,” katanya di sini. Kebelakangan ini media sering kali melaporkan aduan penduduk mengenai masalah gangguan bekalan air di Pasir Mas dan Tumpat. Media juga melaporkan operasi pam saliran KADA di Kemubu, Machang dan Lemal, Pasir Mas tidak dapat beroperasi kerana fenomena penurunan paras air sungai. Hanapi berkata, sekiranya tiada hujan di hulu Sungai Kelantan dalam masa beberapa hari, aras air Sungai Kelantan dijangka lebih serius, tambahan pula tarikan graviti terhadap air laut masih lemah. Sedangkan pada Mei lalu purata pengeluaran air bersih ialah 62.9 juta liter sehari (JLH), Bagaimanapun katanya, AKSB melaksanakan pelbagai cara bagi mengatasi masalah tersebut termasuk mengubah rekabentuk operasi pam air bersih serta pemasangan peralatan elektrikal. Tiga pam dipasang berserta variable speed drive (VSD) dalam sungai bagi pemindahan air sungai ke muka sauk. Pemasangan VSD bagi membolehkan pam air mentah beroperasi dengan kadar alir yang lebih tinggi semasa air pasang. “Kesemua kerja-kerja itu siap sepenuhnya semalam yang melibatkan kos hampir RM300,000. Melalui usaha tersebut AKSB berjaya mengelak daripada menutup operasi LRA Kelar sehingga boleh menjejaskan bekalan air bersih. “Tidak dinafikan beberapa kawasan terjejas bekalan air bersih akibat pengurangan pengeluaran air bersih dari LRA Kelar,” ujarnya. Oleh itu Hanapi menasihatkan pengguna terutamanya di Pasir Mas dan Tumpat supaya lebih berjimat menggunakan air ketika musim kemarau sekarang. Menurutnya fenomena berkenaan dijangka berterusan dalam masa sebulan lagi sekiranya tiada hujan di kawasan hulu. Sumber HD : 21/06/2012 Dinar dan dirham pecah rekod jualan
KOTA BHARU: Walaupun dituduh dengan pelbagai perkara, Kelantan Golden Trade (KGT) Sdn Bhd mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menjual hampir setengah juta ringgit dalam tempoh enam hari sahaja. KGT berjaya menjual dinar dan dirhamnya hampir RM500,000 dalam tempoh enam hari beroperasi sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 dan Konvensyen Halal berasaskan dinar dan dirham bermula 15 Jun lalu. Pengarah Ekspo Zulkifli Mamat mendakwa rekod jualan terbaru (sehingga petang semalam) membanggakan berbanding jualan pada Ekspo Cheng Hoo yang lalu kira-kira RM200,000. “Mungkin bertambah RM100 ribu lagi menjelang saat akhir penutupan pada malam semalam melalui ‘wakalah-wakalah’ (ajen-ajen) dinar dan dirham. “Ini bermakna masyarakat kini tahu dan biasa dengan dinar dan dirham," kata beliau. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri bercakap kepada pemberita menjelang penutupan rasmi Ekspo itu di Perkarangan Stadium Sultan Mohd IV petang semalam. Beliau melahirkan harapan agar negeri lain khususnya negeri Pakatan Rakyat (PR) turut meningkatkan penggunaan dinar dan dirham di kalangan rakyatnya khususnya dalam transaksi urusan jualbeli. “Diharapkan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor akan mencetak dinar dan dirham masing-masing menggunakan standard yang sama. “Walaupun memakai cop negeri masing-masing, namun dengan amalan konsep dan standard yang sama, negeri berkenaan boleh mengadakan persefahaman untuk bertukar-tukar dinar dan dirham itu," katanya. Kelantan tidak memonopoli dalam pengeluaran mata wang syariah itu, namun menjadi penekanan ialah ‘standard’ digunakan. Justeru dinar dan dirham Kelantan menggunakan ‘hologram’, yang bererti satu piawaian untuk standard dan penyelarasan umumnya. Hologram itu yang pertama dan terbaru seperti mana dilancarkan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 15 Jun baru-baru ini. Dinar dan dirham yang berhologram pertama itulah juga dibida lima pembida termasuk pembida dari rakyat Selangor dan Pulau Pinang. Menurut Zulkifli, jumlah jualan dinar sepanjang tempoh ekspo, bahkan sehingga petang tadi sebanyak 419 keping dinar bernilai RM330,172, manakala jumlah jualan dirham pula 4,500 keping dirham bernilai RM112,500. Pengarah Ekspo turut mengumumkan pemenang bidaan dua dinar berhologram. Pemenang pertama, Mat Husin Mamat (Kuala Krai, Kelantan) (dengan bidaan 100 dirham). Wan Muhammad Azim Wan Mohd Azlan (Kota Bharu) dan Ab Halim Mahmod (Selangor) masing-masing diisytihar pemenang kedua dan ketiga (75 dirham). Pemenang keempat Mohd Farid Ibrahim (Kota Bharu, 71 dirham) dan kelima Bashir Ismail (Pulau Pinang, 70 dirham). Turut hadir pada upacara itu Pengurus Besar KGT Mahadi Mokhtar. Sumber HD : 22/06/2012 Kenapa gas Kelantan naik ke Terengganu?
(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu) KUALA LUMPUR: Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu. Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan. Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. "Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka. Pihak Royalti mencadangkan agar pembinaan hab pengumpulan, pemprosesan dan pengangkutan gas serta pembinaan paip saluran dibina bagi didaratkan ke negeri Kelantan kerana jarak blok PM301 yang berada dalam perairan Kelantan adalah lebih dekat berbanding ke Kerteh. Menurut Setiausaha Royalti, Mohd Hishamuddin Ghazali, jarak kawasan carigali yang dinyatakan (PM302, PM325 & PM326B) ke Pantai Senok, Bachok (kawasan yang dirizab untuk pendaratan gas oleh Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 1990-an) hanya sekitar 140 hingga 160 kilometer sahaja berbanding ke Kerteh sejauh lebih kurang 300 kilometer. Langkah itu katanya, secara tidak langsung dapat menjimatkan kos yang sangat tinggi dan impak ekonomi yang sangat baik kepada pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan. "Dimana sekiranya gas didaratkan di negeri ini ia dapat membuka peluang pekerjaan yang bukan sedikit bagi golongan profesional dan juga separa profesional," katanya dalam satu kenyataan. Justeru katanya, mengambil kira contoh projek pembangunan Loji Pemprosesan minyak dan gas yang di rancang pembinaannya di Pengerang, Johor, dijangkakan akan membuka peluang pekerjaan kepada hampir 4500 golongan profesional. Manakala, tambahnya bagi golongan separa profsional pula, sekurang-kurangnya 8500 berpeluang untuk berkongsi manfaat hasil dari peluang pekerjaan dalam bidang minyak dan gas dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan KDNK negeri Kelantan selari dengan Konsep Federalisme Negara. Sementara itu, Royalti yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (Geram), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (Cabar) dan Cakna UT akan menganjurkan “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”. Program tersebut diadakan pada 26 Jun ini bermula jam 9:00 di Kompleks Darul Naim untuk menyerahkan memorandum tuntutan dan plak royalti yang telah ditandatangani oleh Tuanku Sultan Muhammad ke-V dan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada pihak kerajaan negeri Kelantan. Sumber HD : 24/06/2012 Ulama Umno akui PAS konsisten, Ridhuan emosi
KOTA BHARU: Ulama Muda Umno, Fathul Bari memberitahu PAS sangat konsisten di mana politik tidak boleh dipisah dengan agama. “Saya setuju di mana PAS sangat kosisten dalam isu tersebut. Saya pertegaskan ketaatan di atas perkara yang makruf. “Apabila timbul segala masalah hendaklah kita rujuk kepada al Quran dan Hadis,” katanya pada Wacana Perdana anjuran kerajaan negeri di Balai Islam malam tadi. Emosi Wacana siri ke-11 mencatat sejarah apabila seorang lagi ahli panel, Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dapat mengawal emosinya apabila hujahnya mendapat respon negatif penonton. Ada ketikanya selepas diberi peluang moderator, Amin Idris, pengacara TV9 Dr Ridhuan tidak mahu menjawab soalan mungkin terkilan dengan gelagat penonton. Malah beliau dua kali bangun berdiri ketika menjawab soalan moderator dan penonton. Amalan itu tidak pernah berlaku sejak siri wacana diadakan tiga tahun lalu. Penalis lain bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan anggota Exco kerajaan negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan. Penuh sesak Wacana itu juga mencatat sejarah apabila kehadiran luar biasa sehingga ramai terpaksa mengikuti dengan menonton melalui skrin besar di luar dewan. Fathul juga berkata, sejak lebih setahun menyertai Umno beliau telah memberi nasihat kepada pemimpin Umno secara tertutup dan bukan terbuka. Selain itu beliau menganjurkan program usrah di Masjid PWTC dan merangka modul usrah. Beliau yang agak petah membaca ayat-ayat al Quran dan Hadis serta membawa sirah-sirah pada awalnya menerima terjahan penonton apabila berkata, kalau hendak bercakap politik hendaklah keluar daripada kepompong agama. “Antara PAS dan Umno sebenarnya bukan berpecah sebaliknya hanya berselisih pandangan. Maka saya datang ke sini malam ini untuk mencari kaedah membincangkan Islam dan bukan untuk berpecah,” ujarnya. Orang Islam terancam Dr Ridhuan Tee pula meluahkan rasa bimbang kerana baginya kekuatan orang Islam dan bukan Islam sekarang 50-50. Menurutnya, orang bukan Islam tidak boleh hendak harapkan untuk selamatkan Islam. “Saya juga tidak nampak agenda Islam lebih baik dengan apa yang dilakukan kerajaan sekarang atau kerajaan akan datang. “Saya takut kita hanya menang sorak kalau tidak mahu berubah,” katanya, yang disifatkan penonton hujahnya mewakili kelompok Umno. Beliau dilihat ramai cuba mengheretkan idea supaya PAS dan Umno bersatu bagi memperkuatkan orang Melayu dan Islam. Umno khianati orang Melayu Bagaimanapun hujah itu ditolak Dr Fadzli dengan menceritakan sejarah Umno merosakkan orang Melayu ketika pakatan dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuh pada 17 Oktober 1945. Parti tersebut merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu. “Semua pemimpin Melayu bernaung di bawah PKMM, namun pemimpin Umno secara senyap-senyap berunding dengan penjajah sehingga ditinggalkan PKMM selepas diberi habuan oleh Inggeris. “Umno sekali lagi mengkhianati PAS apabila parti itu mulai mendapat sokongan selepas mendapat mandat besar pada pilihan raya 1974. “Sedangkan semasa menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 Umno mengharapkan kerjasama PAS bagi memperkuatkan orang Melayu, namun selepas menang selepas PAS ditendang keluar,” ujarnya. Dr Asri pula meluahkan rasa hairan apa ancaman sebenarnya yang akan dihadapi orang Islam sekiranya ada perubahan pentadbiran negara selepas PRU-13 nanti. “Adakah masjid akan diruntuhkan, orang Islam tidak boleh solat lagi, jadi kita hendak tahu apa yang terancamnya apabila orang Melayu membuat perubahan politik baru,” katanya. Sumber HD : 25/06/2012 NGO Umno ganggu himpunan sokong royalti esok?
KOTA BAHRU: Ketika rakyat Kelantan mahu menganjurkan pra-himpunan royalti bagi menjunjung Titah Sultan Muhammad V di hadapan Kota Darulnaim pagi esok, NGO yang didalangi Umno juga dfahamkan mahu berhimpun di lokasi sama. Aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan itu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. “Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. “Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya ketika mengutarakan soalan pada wacana perdana di Balai Islam malam tadi. Sementara itu Presiden Royalti, Nazri Deraman berkata, pra-himpunan tersebut diadakan bertujuan menyerahkan Memorandum Tuntutan dan juga Plak Royalti yang ditandatangani Sultan Kelantan dan Menteri Besar kepada pihak kerajaan negeri. “Mereka yang berminat menyertai pra himpunan tersebut diminta berpakaian warna merah, putih atau merah putih mengambil kira warna bendera Kelantan. “Peserta dilarang membawa bendera mana-mana parti politik atau bahan yang mempunyai logo mana-mana parti politik. Hanya bendera negeri, organisasi NGO atau lambang “R” sahaja dibenarkan,” katanya di sini. Beliau berharap setiap peserta berhimpun dalam keadaan aman dan tidak cuba menimbulkan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik. Program berkenaan akan bermula jam 9. Katanya juga Royalti menghantar seorang wakil dan dua peguam bagi memaklumkan himpunan tersebut kepada pihak polis. “Pihak polis bersetuju untuk memberi kerjasama bagi melancarkan perjalanan program pagi esok. Kami mengucapkan ribuan terima kasih. “Kami juga menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya program pra himpunan royalti tersebut tidak mengikut prosedur ditetapkan pihak berkuasa," katanya. Nazri berkata, kerajaan negeri difahamkan bersetuju menerima memorandum dan plak royalti tersebut. Dalam perkembangan lain Royalti menyifatkan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak dapat membezakan di antara royalti dan wang ihsan. Setiausaha Royalti, Hishamuddin Ghazali berkata, apakah Ketua Pemuda tidak tahu pembayaran royalti kepada Kelantan tidak pernah dibuat Petronas sejak minyak dan gas disedut keluar dari bumi Kelantan pada 2005. Katanya, dari manakah Khairy mendapat maklumat kononnya Kelantan menerima royalti. Baru-baru ini Khairy dalam laporan media baru mendakwa Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui jawatankuasa diketuai Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin. Sumber HD : 25/06/2012 Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka
KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam. Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa. “Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan. “Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi. “Umno memadamkan nama tokoh-tokoh pelopor kemerdekaan. Itulah pengkhianatan awal dilakukan Umno terhadap orang Melayu,” kata anggota Exco kerajaan negeri Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar). Bercakap pada Wacana Perdana di sini malam tadi katanya, kerajaan BN yang didominasi Umno tidak menambah jumlah kerusi di kawasan majoriti Melayu dan memecah populasi antara kaum. Menurutnya kerusi Melayu sepatutnya ditambah sejak 1986 selaras dengan pertambahan jumlah penduduk. Kelantan yang mempunyai 95 peratus orang Melayu tidak ditambah kerusi parlimen dan sejak PRU 2004. Begitu juga Terengganu, Kedah dan Perlis tiada tambahan kerusi Parlimen dan Dun sejak 1986. Kata beliau tujuan Umno tidak melakukan pertambahan kerusi di kawasan majoriti Melayu kerana dibimbangi dimenangi PAS, memandangkan senario politik orang Melayu pada 1999 tidak memihak kepada Umno. Beliau juga meluahkan rasa hairan Umno pernah mendapat kerusi majoriti di Pulau Pinang, namun jawatan Ketua Menteri diserahkan kepada Gerakan. Oleh itu Dr Fadzli mengajak orang-orang Melayu bersatu bersama wadah perjuangan Islam kerana PAS ada cara tersendiri menyelesaikan umat manusia. Wacana Perdana siri ke-11 itu turut menampilkan mantan Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, ulama muda Umno, Fathul Bari dan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia. Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Manakala Amin Idris bertindak sebagai moderator. Sumber HD : 25/06/2012 'R' serah memo, ada pihak baling kayu
KOTA BHARU: Ketika Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Nazri Deraman menyerahkan memorandum sokongan terhadap tuntutan royalti kepada Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa pada jam 10.45 pagi di hadapan pagar pejabat SUK, ada pihak yang membaling kayu. Pihak polis sempat merampas kayu berkenaan. Semasa pihak kumpulan Royalti (R) membacakan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ikhwan, kumpulan MTRK memasang muzik. Ramai yang duduk dan mengaminkan doa tersebut sementara kumpulan satu lagi hanya asyik menyebut 'air' dan 'rakyat'. Begitupun, suasana terkawal dan himpunan menyokong tuntutan royalti berakhir kira-kira jam 11.00 pagi. Ada pihak melepaskan asap kuning di tepi jalan sebelum itu. Pada sebelah pagi tadi, suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK). Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK yang diketuai adik Ibrahim Ali. Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno. Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat. Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis. Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah. Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. “Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. “Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya. Kekecohan di depan SUK : http://www.youtube.com/watch?v=wUPZdyGVcyA&feature=g-logo-xit Sumber HD : 26/06/2012 Himpunan R: Gambar 'tukang pukul' diedarkan
KOTA BHARU: Ekoran tragedi berdarah dalam perhimpunan aman 'R' di depan Kota Darul Naim baru-baru ini, para penyokong 'R' mula mengedar foto pihak yang memukul.
(Penyokong R dipukul) "Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages," tulis mesej yang dihantar melalui Facebook itu. (Dua keping gambar yang disiarkan berhubung dengan tukang pukul dalam Himpunan R di Kota Bharu) Isnin lalu, Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (ROYALTI) atau ringkas 'R" menganjurkan majlis penyerahan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan. Namun majlis itu diganggu oleh kumpulan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) yang dipimpin Ibrahim Ali dan NGO Sedar. Ekoran pertembungan itu, seorang blogger, Aduka Taruna telah dipukul sehingga mukanya berdarah. Empat lagi aktivis R juga didakwa dipukul dan mereka telah membuat laporan polis mengenainya. Naib Pengerusi R, Abu Samah Hassan, salah seorang yang dipukul memberitahu media, beliau dipukul ketika rundingan dengan polis dibuat untuk menentukan kawasan himpunan antara mereka dengan kumpulan lawan mereka. Dalam keadaan tegang dan bising itulah beliau mendakwa dipukul oleh orang yang tidak dikenali. Sumber HD : 27/06/2012 Memo tuntut Royalti kepada MB Kelantan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani MEMORANDUM GABUNGAN PROFESIONAL TUNTUT ROYALTI, PENDARATAN MINYAK DAN GAS KE NEGERI KELANTAN (ROYALTI) Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang Amat Berhormat Dato’ Bentara Setia. Dengan hormatnya, ini adalah MEMORANDUM kepada Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan dengan isu Tuntutan Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan. Bahawa isu Pengeluaran Petroleum sebagai Hasil Bumi Negeri Kelantan adalah satu isu yang amat serius dan harus diselesaikan secara melampaui Batasan Kepentingan Politik yang sempit. Pertama; Kami mewakili NGO-NGO Negeri Kelantan mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas kesungguhan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan dalam memikul Amanah dan Tanggungjawab yang telah diberikan oleh Majoriti Rakyat Negeri Kelantan terutamanya didalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah dinafikan oleh PETRONAS. Kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana telah mengambil tindakan bijak, membawa isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan untuk dibicarakan didalam Mahkamah yang Sah mengikut lunas Undang-Undang yang telah ditetapkan mengikut Perlembagaan Negara Malaysia yang kita cintai. Kami percaya, Majoriti Rakyat Negeri Kelantan sentiasa memberi sokongan Padu yang Tidak Berbelah bagi atas usaha Kerajaan Negeri Kelantan dalam isu Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan dan sokongan itu dapat dilihat hari ini dan juga melalui Kempen mengumpul Tandatangan Sokongan kepada Tuntutan Royalti Minyak dan Gas Negeri Kelantan yang telah kami jalankan sebelum ini yang setakat ini telah berjaya mengumpul hampir 70,000 tandatangan Rakyat Negeri Kelantan Pelbagai lapisan Masyarakat dan Umur. Kedua; Seperti yang dimaklumi oleh Pihak Kerajaan Negeri, Tanah Tumpah Darah kita, Negeri Kelantan Darul Naim yang lebih dikenali sebagai “Serambi Mekah” adalah sebuah Negeri yang kaya Buminya baik di Daratan yang penuh dengan Sumber Alam Semula jadi termasuk Mineral dan Lautannya yang penuh dengan Galian Minyak dan Gas. Perairan Negeri Kelantan menyimpan sebanyak 17 Trillion Gas Asli yang pada masa ini sudah mula diterokai dan dituai hasilnya oleh Syarikat Carigali Minyak Malaysia PETRONAS semenjak awal 1980-an dan setakat hari ini, 5 blok yang kaya dengan Minyak Mentah, Gas Asli dan Condensate telah ditemui iaitu dari Blok MTJDA (Malaysia – Thailand Joint Development Area), PM301, PM302, PM325 dan PM326. Pihak kami ingin mengambil contoh Negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu yang juga dianugerahkan oleh Allah dengan Hasil Bumi yang bukan sedikit seperti juga Negeri Kelantan. Masing-masing Negeri tersebut dikenali sebagai Negeri Pengeluar Minyak dan Gas dan masing-masing Negeri tersebut juga diberi kelebihan mempunyai lokasi Pendaratan Minyak dan Gas yang dikeluarkan dari Perairan Negeri masing-masing ke Daratan Negeri masing-masing. Malangnya ini tidak berlaku kepada Tanah Tumpah Darah kita Negeri Kelantan yang kita sayangi. Merujuk kepada apa yang berlaku semasa Majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Dewan Penggal ke-5 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-12, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V telah bertitah; “Beta berharap, Gas ini dapat didaratkan di Negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan Zon Industri Petrolium di Bachok seluas 4000 ekar sejak tahun 1990-an lagi” Kami dengan ini Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V menyokong sepenuhnya Hasrat dan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V supaya Hasil Bumi yang disedut dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri ini supaya Manfaatnya dapat dinikmati oleh Seluruh Rakyat Negeri Kelantan yang amat-amat kita sayangi dan cintai. Kami juga berharap supaya pihak Kerajaan Negeri Kelantan lebih bersungguh dalam membuat Tuntutan Pendaratan Gas di Negeri Kelantan supaya Hasil dan Manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai Golongan, Kaum, Bangsa, Agama dan peringkat umur. Pihak kami mencadangkan supaya Kerajaan Negeri Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Tuntutan Pendaratan Gas yang dianggotai oleh Pelbagai Profesional dalam bidang berkaitan bagi mengkaji kesan-kesan Sosio-Politik keatas Negeri Kelantan sekiranya Hasil Bumi dari Perairan Negeri Kelantan didaratkan di Negeri Kelantan dan hasil kajian tersebut perlu dibentangkan kepada Rakyat Kelantan melalui apa sahaja cara sebagai bahan umum supaya seluruh Rakyat Negeri Kelantan dari Pelbagai peringkat lebih faham akan Nikmat dan Manfaat yang akan sama-sama kita berkongsi di kemudian hari Hasil dari Perut Bumi Negeri Kelantan sendiri. Ketiga; Kami juga mencadangkan supaya Plak Royalti yang telah ditandatangani oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V dibuat salinan, digantung dan dipamerkan di permis-permis Kerajaan sebagai simbolik Menjunjung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kelantan. Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Memorandum ini bertarikh 26hb. Jun, 2012 Haji Nazeri bin Deraman Pengerusi Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) http://royaltikelantan.com/ Sumber HD : 27/06/2012 Elok MTRK intai ketua lebih berwibawa
KOTA BHARU: Dakwaan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) kononnya ada jenazah tidak dapat dimandikan kerana tiada bekalan air menjadi bahan ketawa orang ramai. Ramai melihat NGO Umno itu seperti hilang arah perjuangan, tanpa mampu mempamerkan kekuatan sebenar kuasa ketiga yang diuar-uarkan kebelakangan ini. Malah sebelum ini dalam beberapa kenyataan diulang-ulang MTRK yang diketuai adik Presiden Perkasa, Azmi Ali mendesak kerajaan negeri menyerahkan pengurusan bekalan air kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Sedangkan SPAN hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada pengendali perkhidmatan air dengan mengeluarkan lesen kemudahan dan lesen perkhidmatan. “Jadi MTRK mahu Kelantan menyerahkan pengurusan air kepada SPAN yang hanya bertanggungjawab mengeluarkan lesen. “Mereka perlu belajar sikit untuk mengetahui apa perbezaan dengan SPAN dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) yang menjadi pemegang lesen untuk sistem bekalan air di Semenanjung Malaysia. “Eloknya MTRK melantik Presiden yang lebih berwibawa dan bukan bercakap sembrono sehingga diketawakan orang ramai,” kata seorang guru pencen yang menyertai pra himpunan menyokong tuntutan royalti di hadapan Kota Darulnaim semalam. Pada perhimpunan anjuran MTRK yang diketuai Azmi semalam, mereka melaungkan kononnya keadaan bekalan air bersih di Kelantan begitu kritikal sehingga jenazah pun tidak dapat dimandikan. Malah mereka mendakwa Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) menyeleweng dan mahu kerajaan negeri menyenaraikan semua kontraktor yang mendapat projek meningkatkan bekalan air bersih. Biar pun deretan senarai nama kontraktor dan projek dikeluarkan AKSB melalui siaran akhbar, namun MTRK masih membangkitkan isu sama. Lebih memalukan lagi apabila AKSB menjelaskan semua kontraktor ditentukan kerajaan pusat, di mana sebahagian besar difahamkan merupakan syarikat kroni pemimpin Umno. “MTRK tuduh kononnya wujud penyelewengan dalam peruntukan RM600 juta yang diluluskan kerajaan pusat, sedangkan pemilihan kontraktor ditentukan kerajaan pusat. “Peruntukan melalui pinjaman mudah yang diluluskan melalui RMK-8 hingga RMK-10 sebanyak RM547 juta, di mana semua pinjaman itu perlu dibayar kembali,” kata AKSB dalam risalah yang diedar pada perhimpunan tersebut. Lebih melucukan lagi apabila ramai peserta himpunan MTRK meminum air berjenama Darul Naim yang dikilang oleh AKSB di Pengkalan Chepa, diedar percuma semalam. Sumber HD : 27/06/2012 Judi: MB syukur Mah Rayuan tolak saman MCA
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari MCA yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.
(Tuan Guru Nik Aziz memanjatkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Rayuan) Menurut Setiausaha Akhbar MB, Fadhli Shaari, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini berada di Kuala Lumpur beranggapan keputusan ini satu kejayaan yang besar ertinya kepada kerajaan Kelantan. Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas. Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Hakikatnya, dasar ini dilaksanakan dengan tujuan menjaga kemaslahatan semua pihak dan ia secara umumnya diterima dengan baik kecuali anasir-anasir yang bersifat minoriti yang dipercayai berpunca daripada dakyah pihak-pihak tertentu. "Tuan Guru Menteri Besar juga menyuarakan rasa kesal teramat sangat di atas tindakan saman yang difailkan yang dipercayai direstui oleh parti MCA berdasarkan kehadiran anggota jawatankuasa pusatnya semasa proses saman tersebut difailkan," kata Fadli dalam kenyataannya. Persoalannya, kata beliau, di manakah suara Umno yang selama ini mendakwa sebagai juara membela agama dan bangsa? "Kenapakah langsung tidak bersuara dalam isu ini yang sekaligus dilihat sebagai menyokong tindakan menyaman kerajaan Kelantan?" soal beliau. Justeru, katanya, menjadi harapan Tuan Guru Menteri Besar agar keputusan ini diterima baik oleh semua pihak dan tidak lagi bertindak menggugat dasar-dasar yang telah diputuskan sekian lama. Dasar ini pula selaras dengan dasar Membangun Bersama Islam yang menjadi tunjang pentadbiran kerajaan Kelantan semenjak tahun 1990. Sumber HD : 28/06/2012 Belum ada pegawai KGT disiasat polis
KOTA BHARU: Anehnya ada pihak mendakwa terdapat laporan polis mengenai penyelewengan membabitkan pegawai Kelantan Golden Trade (KGT) sejak Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai di syarikat berkenaan disiasat. Lebih pelik pula laporan polis itu didakwa dibuat Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad. Beliau hanya meletak jawatan pada 17 Mei lalu. Laporan media sebelum ini menyebut laporan polis dibuat Nik Mahani berhubung salah laku membabitkan seorang pegawai kanan KGT. Ketika itu juga pegawai kanan di KGT hanya Nik Mahani, kerana Prof Umar Vandillo hanya bertindak sebagai penasihat syarikat berkenaan sejak Disember 2011. Nik Mahani juga merupakan seorang daripada lapan lembaga pengarah KGT. Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar berkata, biar pun dakwaan polis dilapor dibuat pada 31 Januari lalu, namun sehingga hari ini tiada pegawai atau kakitangan di KGT disiasat. “Kebiasaannya kalau ada laporan polis pastinya ada siasatan dilakukan. Pihak polis juga tidak menghubungi kami sampai sekarang. Jadi kita hairan bagaimana ada pihak mendakwa ada laporan polis dibuat terhadap pegawai KGT. “Ini menjadi satu persoalan, mungkin laporan akhbar sebelum ini semata-mata mahu memburukkan imej KGT yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat sekarang,” katanya di sini. Sebelum ini akhbar milik Umno mendakwa polis sedang menyiasat tiga laporan polis terhadap pegawai kanan KGT yang mengeluarkan Dinar dan Dirham Kelantan. Laporan itu mendakwa kononnya KGT berdepan dengan kemelut salah laku seorang pegawai kanan. Mahadi juga berkata, berdasar siasatan audit dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK) tidak ditemui sebarang penyelewengan urus tadbir atau kewangan anak syarikatnya, KGT. Katanya, kalau benar ada penyelewengan dan salah urus sudah tentu ditemui dalam laporan audit dalaman dan luaran yang dibuat sebelum ini. “Jadi kita tidak tahu di mana asas didakwa berlaku penyelewengan membabitkan KGT kerana pihak polis pun belum datang menemui kami. “Kita bimbang isu sengaja ditimbulkan kerana konflik individu tertentu sahaja dan cuba melepaskan perasaan terhadap KGT dengan mencipta tuduhan,” ujarnya. Sumber HD : 28/06/2012 Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh Kelantan
Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri). BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain. Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara. Ini kerana, bagi mereka, dakwaan tersebut merupakan satu yang serius dan melibatkan seorang yang berjawatan di dalam kabinet Malaysia dan disebut-sebut akan bertanding sekali lagi di Palimen Bachok didalam pilihanraya yang akan datang. Menurut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, penjelasan ini akan diadakan secara menyeluruh agar rakyat dapat menilai intergriti pemimpin utama UMNO Negeri Kelantan. Ini kerana hari ini beliau dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk merampas negeri Kelantan daripada PAS. Marzuk berkata demikian di dalam sidang media yang diadakan selepas satu majlis ceramah umum di Pasar Jelawat, Bachok malam tadi yang turut melibatkan penampilan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Rafizi Ramli. Di dalam sidang media tersebut, Rafizi turut menyerahkan beberapa dokumen yang menyenaraikan secara terperinci hubungan di antara Awang Adek dengan Chung Hon Cheong serta beberapa transaksi yang dilakukan semasa Awang Adek menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Turut hadir di dalam sidang media itu ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli bin Shaari. "Dalam pada Awang Adek hari ini sibuk menyerang kerajaan negeri Kelantan yang didakwanya melakukan penyelewengan dalam penjualan dinar dan dirham, kita minta agar Awang Adek menumpukan perhatian untuk menjawab isu ini terlebih dahulu. "Tambahan pula, Awang Adek sehingga hari ini masih belum menyahut cabaran ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa untuk berforum secara terbuka dalam isu dinar dan dirham," ujar Ahmad Marzuk. Dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Awang Adek timbul ekoran pendedahan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail kelmarin yang berkata, banyak keraguan timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan antara Awang Adek dan Hon Cheong. Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat Sun Prestige Sdn Bhd didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut. Menurut Saifuddin, pada tahun 1999, Awang Adek menjual rumahnya di Damansara kepada Vertex United Sdn Bhd yang dimiliki HonCheong pada harga RM550,000 iaitu melebihi harga pasaran. Manakala Hon Cheong menerusi Ultimate Holidays Sdn Bhd membuat pembayaran penerbangan Awang Adek keTokyo untuk trip penerbangan 28 Jun 1999 hingga 1 Julai 1999. Selain itu, HonCheong turut juga dikatakan membayar ansuran bulanan kereta Honda Civic 1.6 milik isteri Awang Adek sebanyak RM2,122 sebulan. Ahmad Marzuk juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa satu laporan akan dibuat kepada pihak polis dan SPRM memohon agar dilakukan siasatan terhadap Awang Adek berhubung dakwaan ini dalam masayang terdekat. Sumber HD : 30/06/2012 Kelantan akan terus terajui perubahan - Nik Aziz
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu agar kekal memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya akan datang supaya nilai dan budaya Islam dapat terus disuburkan. Menurutnya, sejak PAS mentadbir negeri itu pelbagai perkara baru diperkenalkan kerajaan negeri untuk memberi kebaikan rakyat yang selari dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Beliau memberi contoh sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang bukan sahaja bebas riba malah memberi keadilan kepada rakyat dan kini ditiru pula pihak lain. Selain itu banyak lagi perkara lain yang Kelantan menjadi perintis perubahan termasuk peraturan papan iklan yang mensyaratkan wanita menutup aurat. "Kelantan boleh buat macam itu kerana ada kerajaan. Kenapa ada kerajaan? Kerana ada undi. "Bila orang undi kita parti PAS yang dasar kita Islam, maka kita boleh buat banyak lagi benda-benda baik," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis Temu Mata Anak Rantau Panjang D'Perantauan yang diadakan di dewan Wisma PKPS di sini semalam. Gambar: YAB Tuan Guru sejurus tiba di Dewan Orkid, WISMA PKPS, Seksyen 14 Shah Alam. Sejak memerintah negeri pada tahun 1990, lebih 100 perubahan besar telah dilakukan kerajaan negeri khususnya program yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Sehubungan itu katanya, rakyat Kelantan perlu terus bersama kerajaan negeri bagi membolehkan banyak lagi perkara-perkara baik dicetuskan pada masa akan datang. "Orang lain tiru benda baik yang kita buat, dapat pahala. "Kerajaan dapat pahala, orang yang undi kerajaan yang buat baik itu pun dapat pahala," katanya. Dalam pada itu lebih 200 anak Rantau Panjang di perantauan hadir dalam majlis pertemuan itu semalam. Selain Tok Guru, turut hadir adalah Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Yusof, Adun Gual Periok Ustaz Mohamad Awang, Adun Meranti Nusuruddin Daud dan Adun Bukit Tuku Abd Fatah Haron. Zailah ketika mengulas program semalam mengucapkan tahniah atas kehadiran anak-anak Rantau Panjang ke program itu. "Saya ucap tahniah dan terima kasih kepada yang hadir. Rata-rata yang saya jmpa itu saya kenal keluarga mereka dan majoriti di sini anak Rantau Panjang. "Ramai antara mereka ini beritahu saya dah tak sabar nak mengundi," katanya. Terdahulu pelbagai aktiviti dijalankan pada sebelah paginya termasuk perlawanan futsal anjuran Dewan Pemuda PAS Rantau Panjang. Pasukan 'IR Land' menjadi juara apabila menewaskan pasukan 'Tepi Sungai' 2-0. Pasukan 'Suara Anak Muda RP' pula di tempat ketiga menewaskan pasukan 'Batu 10B' untuk tempat keempat. Juara membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan piala, tempat kedua RM500, ketiga RM300 dan keempat RM100. Turut menarik perhatian semalam pertandingan memakai serban ala ulama tersohor Kelantan, Tok Kenali. Uniknya, pertandingan itu dimenangi seorang anak muda yang hanya berbaju t-shirt dan berseluar jeans yang mengenakan serban paling menyerupai serban Tok Kenali. Pemenang adalah dipilih sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Sumber HD : 1/07/2012 Guru di Kelantan dipaksa dengar ceramah Hasan Ali
Guru-guru Di Kelantan Dipaksa Hadir Untuk Dengar Ceramah Hassan Ali?Ramai guru yang marah apabila mereka kena paksa untuk hadir ke program Hassan Ali. Inilah malang apabila umno telah mengamalkan dasar paksa memaksa ini. Guru Kelantan sudah lama tolak UMNO BN! Abd Razak Mak kwn saya adalah salah seorang yg di'wajib'kan hadir program ni...so rsnya lebih 90% yg di'wajib'kan hadir...kalau x hadir tindakan akan diambil...sbb tu hasan akidah konfiden nk bg ucapan...sbb dh ada bantuan kn... Kerepek Ubi kesian kat cikgu.. udah ler kena paksa pegi... kena paksa dengar lak... |
Sumber HD : 2/07/2012
Peguam dilantik Senator baru wakili Kelantan
Mohd Nor Yahya, | 02 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Pegawai Undang-Undang Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB BRI), Khairiah Mohamed, 38, (gambar) hari ini dilantik sebagai anggota Dewan Negara baru menggantikan Mumtaz Mohd Nawi.
Khairiah sebelum ini berkhidmat selama 11 tahun di MPKB BRI berasal dari Kubang Kerian, kini menetap di Kampung Sabak Pengkalan Chepa.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa dan Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya. Mempunyai lima anak. Suaminya, Nik Baharom Nik Abdullah juga seorang peguam.
Namanya dicadangkan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada persidangan Dun hari ini.
Kemudian ahli-ahli Dewan menyatakan sokongan ketika diminta undi secara lisan oleh Speaker, Datuk Nasuruddin Daud.
Khairiah ketika ditemui pemberita berkata, beliau akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan Senator terdahulu Kalthom Ahmad, Hunaizah Mohd Nor, Siti Jamilah Ibrahim, Wan Ubaiah Omar dan Mumtaz.
“Pelantikan oleh Dewan Negeri adalah satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab. Insya-Allah saya akan mengenengah suara-suara rakyat Kelantan di Dewan Negara nanti.
“Malah dasar Membangun Bersama Islam dan Negara Berkebajikan yang dipopularkan di Kelantan juga akan menjadi fokus perbincangan saya.
“Saya berlatar belakang undang-undang dan syariah. Saya berhasrat mengenengahkan dasar-dasar Islam yang dilaksanakan di Kelantan sekarang ke peringkat nasional,” ujar beliau.
Sementara itu Dewan Muslimat PAS negeri merakamkan ucapan tahniah di atas kepercayaan kerajaan negeri kepada wakil muslimat kekal menduduki kerusi Senator mewakili Kelantan.
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan Wan Ubaidah Omar berkata, pelantikan Khairiah bertepatan dengan masanya bagi menyemarakkan lagi suasana politik di Kelantan.
“Kami percaya Khairiah dapat membawa suara rakyat Kelantan ke Dewan Negara dalam pelbagai aspek berdasarkan pengalaman beliau sebagai pengamal undang-undang,” ujar beliau.
Khairiah juga Timbalan Pengerusi Tetap Dewan Muslimat PAS Negeri. Seorang lagi Senator iaitu Datuk Dr Johari Mat juga mewakili Kelantan.
Sumber HD : 2/07/2012
KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri bagi mengekang gejala sosial kurang mendapat kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) apabila anggota Exco dilarang mengadakan program di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) berkata, sebagai pengerusi Pemadam Negeri beliau tidak mendapat kerjasama PPD bagi mengadakan program di sekolah di bawah kerajaan pusat.
“Saya tidak boleh masuk ke sekolah di bawah kementerian bagi mengadakana program kempen gejala sosial. Malah PPD juga melarang guru-guru hadir pada mesyuarat agung Pemadam di Kuala Lumpur.
“Sedangkan Pemadam peringkat kebangsaan dipengerusikan Perdana Menteri. Kita hanya melaksanakan program di sekolah-sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan sahaja.
“Bilangan pelajar di sekolah agama hanya sekitar 40,000 orang sahaja. Kita hendak adakan program di sekolah lain tidak boleh,” katanya menjawab soalan Mohamad Awang (PAS-Gual Periuk) pada persidangan Dun hari ini.
Sementara itu anggota Exco, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, mereka yang berjuang untuk mendaulatkan Islam sudah tentu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Taala.
Katanya, kenyataan yang menyebut undi PAS mendapat pahala dibuat berdasar kepada hujah-hujah daripada nas-nas al Quran dan Hadis.
“Undi mendapat pahala berdasar kepada konsep dalam agama sesuatu yang baik akan diberi ganjaran pahala,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas).
Sebelum itu Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) mahu kerajaan negeri menjelaskan pihak yang mempersendakan konsep wakaf dalam pembinaan lebuh raya rakyat.
Mohd Amar berkata, tidak dapat dinafikan masih ada lagi anggota masyarakat yang tak faham kerana mereka dipengaruhi unsur-unsur moden yang mendakwa agama hanya urusan peribadi semata-mata.
“Sebab itulah kita tetap mempertahankan sekolah agama di bawah Yik bagi memberi kefahaman lebih mendalam mengenai agama kepada pelajar-pelajar,” katanya.
Persidangan Dun hari ini juga meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Tubuh (Perlembagaan Negeri) berkaitan Suruhanjaya Perkhimatan Awam Negeri (SPN).
Rang Undang-Undang tersebut dikemukakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.
Pindaan itu mendapat kelulusan dengan sokongan dua pertiga, di mana 34 anggota Dewan bersetuju dan sembilan tidak hadir.
Pindaan dibuat antara lain menambah bilangan anggota SPN daripada enam kepada lapan orang. Selain itu angkat sumpah pelantikan ahli hanya perlu dilakukan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi dan bukan lagi Hakim Mahkamah Persekutuan.
Sumber HD : 2/07/2012
KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.
Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.
Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.
“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.
Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.
Menurutnya daripada hasil royalti besi sekurang-kurangnya dapat menampung bayaran tertunda projek lebuh raya berkenaan yang ditetapkan dalam masa 25 tahun.
“Kita telah berusaha memecahkan benteng kongkongan dan halangan oleh kerajaan pusat sebelum ini. Idea yang dicetus Menteri Besar bagi mengamalkan konsep wakaf sebagai satu nilai tambah.
“Usaha itu ternyata mendapat sambutan menggalakkan biar pun promosinya belum dilakukan secara meluas, namun dana yang disumbang secara online sekarang sebanyak RM430,000,” ujarnya.
Kata beliau kerajaan negeri akan mewujudkan dana amanah di bawah Perbendaraan Negeri bagi mengurus sumbangan orang ramai.
Malah pada 7 Julai ini artis-artis yang menyertai PAS akan mengadakan program khusus bagi menyokong projek lebuh raya rakyat.
“Pada Ramadan nanti kita juga akan lancarkan kutipan dana di Kuala Lumpur bagi membolehkan orang ramai turut sama menyumbang,” ujarnya.
Husam juga memberitahu lapan juruukur yang mengambil alih peranan juruukur awal menyiapkan jajaran projek lebuh raya rakyat sudah berjaya menyiapkan kerja-kerja ukur sepanjang 30 km.
Kata beliau kerja-kerja mengukur jajaran jalan raya tersebut sebenarnya sudah disiapkan pada 2007, namun juruukur yang terbabit tidak dbenarkan menyerahkan laporan kepada kerajaan negeri.
Bagaimanapun katanya, kerja-kerja pembinaan lebuh raya tersebut dijangka akan dimulakan selepas mendapat kelulusan mesyuarat Exco kerajaan negeri dalam masa terdekat ini.
Menurutnya jentera berat milik syarikat juga sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja-kerja pembinaan.
“Kita akan laporkan setiap minggu perkembangan projek pembinaan lebuh raya tersebut selepas ini bagi pengetahuan rakyat,” katanya.
Sumber HD : 2/07/2012
source: http://milosuam.blogspot.com/2012/07/gila-perkasa-lapor-polis-kerana-sultan.html#ixzz1zVjAuWXo
Sumber HD : 3/07/2012

Exco dilarang masuk ke sekolah kementerian
Aslani M, | 02 Jul 2012 |

Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui
M Faqih, | 02 Jul 2012 |

Gila! Perkasa lapor polis kerana sultan sokong Royalti
http://milosuam.blogspot.com, | 03 Jul 2012 |
GILA memang gila, barangkali ini berita paling gila dan lucu minggu ini berkaitan isu Royalti Minyak Kelantan.
Gara-gara tidak dapat menerima hakikat bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V menyokong gerakan menuntut Royalti Minyak Negeri Kelantan, Pertubuhan Super Rasist, PERKASA membuat laporan polis.
Perkasa mendakwa nama Sultan Kelantan digunakan dalam gerakan politik Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Kelantan, Royalti [Utusan].
Perkasa bimbang bila Sultan Kelantan sudah menyokong Gerakan Menuntut Royalti, maka mereka yang kuat menentang gerakan itu terpaksa pula menyokong bagi mengelakkan dianggap penderhaka kah kah kah.
Barangkali PERKASA Kelantan tidak melakukan "research" sebelum mereka membuat laporan Polis. Lantaran itu mereka tidak tahu bahawa memang benar bahawa Sultan Kelantan menyokong gerakan menuntut Royalti.
Sultan Muhammad V sebelum ini telah menyatakan sokongannya terhadap gerakan itu melalui satu acara simbolik menandatangani plak tuntutan Royalti [HD].
Berikut gambar di saat baginda Sultan Kelantan sedang menurunkan tandatangan disaksikan oleh aktivis Royalti dan Menteri Besar Kelantan.
Wahai PERKASA, Sultan Kelantan berjiwa rakyat, sentiasa memikirkan kebaikan untuk rakyat Kelantan, sebab itulah baginda sokong tuntutan Royalti, bukan macam kamu sibuk menentang Royalti sebab nak mengampu Regime Umno dan Barisan Nasional.
ReJaM© "Kalau tak sokong derhaka kah kah kah... "

Aktivis Royalti terus kempen walau dibelasah
Harakahdaily, | 03 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Biarpun berdepan tentangan dari pihak tertentu sehingga beberapa aktivis Royalti cedera dipukul minggu lalu, Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) tetap meneruskan desakan dan kempen mereka.
Pada 7 Julai ini, satu lagi program yang dinamakan 'Berjalan untuk Royalti' akan diadakan pihak mereka.
Menurut setiausahanya Hisyamuddin Ghazali, program itu akan diadakan di sekitar Stesen Bas Bandar Kota Bharu termasuk Pasaraya Giant dan Pasar Siti Khadijah bermula jam 2 hingga 4 petang.
"Tujuan program ini dibuat kerana mahu mengumpulkan aktivis royalti dan menyebarkan maklumat kepada rakyat di negeri ini.
"Setakat ini kita tidak mendapat liputan yang baik dari media cetak mahupun media elektronik, dan kami terpaksa bertemu sendiri dengan masyarakat," katanya kepada harakahdaily.
Pada himpunan di hadapan pejabat SUK 26 Jun lalu, enam aktivis royalti cedera didakwa dipukul oleh pihak tertentu ketika bertembung dengan kumpulan NGO pro Umno Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).
Himpunan Royalti yang memakai logo 'R' untuk royalti, bertujuan menjunjung titah baginda Sultan Kelantan yang menyokong pendaratan minyak dan gas ke negeri itu.
Mengulas lanjut himpunan Sabtu ini, Hisyamuddin berkata pihaknya telah memaklumkan kepada pihak polis untuk tujuan keselamatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Hisyamuddin memberitahu pihak Royalti akan mendedahkan hasil kajian impak ekonomi Pendaratan Gas di Songkla, Thailand yang dijalankan mereka baru-baru ini.
Seramai 28 orang deligasi aktivis Royalti telah pergi ke negara Gajah Putih itu minggu lalu bagi melihat kesan sosio ekonomi kawasan yang terlibat dengan pendaratan petroleum itu.
"Di sana kita telah membuat kajian lapangan, kita bertemu masyarakat setempat, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan serta pihak universiti di sana.
"Banyak penemuan-penemuan penting yang kita perolehi dan kita akan dedahkan dalam masa terdekat," katanya.

Samseng: Royalti beri tempoh 7 hari minta maaf
Salmah Mat Husain, | 03 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti) memberi tempoh tujuh hari kepada ‘samseng’ yang bertanggungjawab memukul lima orang aktivis Royalti baru-baru ini memohon maaf secara terbuka.
Presidennya, Mohd Nazri Deraman, berkata permohonan maaf itu perlu dinyatakan secara terbuka atau rasmi kepada lima orang mangsa yang dipukul mereka termasuk ‘R’ minggu lalu.
“Pada masa yang sama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) selaku penganjur program himpunan di hadapan Kota Darulnaim baru-baru ini juga perlu meminta maaf secara terbuka atau rasmi kepada Royalti dalam tempoh tujuh hari bermula semalam (2 Julai),” ujarnya.
Katanya, kegagalan kedua-dua pihak terbabit untuk memohon maaf dalam tempoh yang ditetapkan, mereka bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily semalam selepas membuat laporan polis berhubung lima orang aktivis R yang cedera dipukul pada perhimpunan 26 Jun lalu di hadapan Kota Darulnaim.
Nazri seterusnya memberitahu, selepas membuat laporan polis, pihaknya mendapat pengesahan bahawa pihak lawan tidak mengikut arahan yang ditetapkan untuk berhimpun antara 9.00 hingga 11.00 pagi.
Katanya, pihak mereka datang lebih awal berbanding aktivis ‘R’.
“Syarat itu telah dipersetujui bersama dan pihak kami telahpun mengikutinya termasuk mempunyai permit yang sah untuk berhimpun di hadapan Kota Darulnaim.
“Saya juga mencabar MTRK turut menunjukkan saliran permit sebagaimana pihak kami kepada media dan R sebagai bukti mereka memenuhi syarat yang ditetapkan,” ujarnya.
Nazri turut memberitahu pihaknya menyiapkan ‘bunting’ khas berhubung mereka yang dikehendaki kerana telah memukul lima orang aktivis ‘R’.
Setakat ini, katanya beliau mendapat maklum mereka yang terlibat telah melarikan diri.
Mereka yang menjadi mangsa dalam kejadian itu ialah Khairul Nizam Abdul Ghani, Mohd Zulhazmi Hassan, Abu Samah Hassan, Khairol Aswan Mohd Maidin dan Zulkifli Mohammad.
Sumber HD : 4/07/2012
KOTA BHARU: Pemuda Umno bolehlah dianggap sebagai dayus jika terus berdiam diri ekoran ejekan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar) kepada seorang Adunnya di Johor.
Sehubungan itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Fadli Shaari berpandangan, Umnokhususnya pergerakan pemudanya tidak wajar berdiam diri sahaja apabila tuduhan sebegini dilontarkan kepada ADUN Umno hanya kerana mencadangkan hukum hudud di Johor.
"Di manakah maruah pemimpin Umno yang sanggup melihat sebegini hina label yang diberikan kepada pemimpin mereka?" kata Ahmad Fadli dalam kenyataannya hari ini.
Menurut beliau, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menggesa Umno khususnya kepimpinan pemudanya agar tidak menjadi dayus dengan berdiam diri terhadap label yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu.
Ini ekoran kenyataan Chua Soi Lek kepada salah seorang ADUN Umno Johor sebagai out of his mind atau hilang akal.
Ia berikutan cadangan ADUN tersebut, Datuk Ayub Rahmat yang disuarakan di dalam Dewan Undangan Negeri Johor minggu lalu agar Johor menjadi negeri yang pertama melaksanakan hudud mendahului Kelantan.
Perkataan hilang akal, katanya, juga boleh diertikan sebagai gila dan kurang siuman itu merupakan satu perkataan yang sangat serius dan ia dilontarkan oleh presiden sebuah parti secara terbuka dan disiarkan di dalam akhbar The Star melalui laman webnya pada 3 Julai 2012.
Bahkan di dalam masa yang sama Chua Soi Lek menyebut dengan tegas bahawa 'MCA will definitely object' (MCA dengan pastinya akan membantah).
Fadli (gambar) bertanya, di mana pula NGO-NGO pro Umno yang selama ini mendakwa kuat menyokong perjuangan memartabatkan Melayu, Islam dan Raja?
"Kenapa tidak diadakan perarakan dan tunjuk perasaan besar-besaran membantah kenyataan Chua Soi Lek ini?" soal beliau.
Bagi pihak PAS, katanya, kenyataan-kenyataan telah dikeluarkan oleh pemipin utama PAS menyokong cadangan ADUN Umno Johor ini.
"Namun di pihak Umno, kelihatan pemimpin-pemimpin utama diam menikus 'dijerkah' oleh Presiden MCA," sindir Fadli yang juga Setiausaha Akhbar MB Kelantan.
Beliau seterusnya bertanya, di mana keris tajam Umno yang sering dijulang ke udara dengan penuh semangat perwira mempertahankan maruah Melayu itu?
"Sudah tumpul berkarat atau hilang kudrat untuk dijulang lagi?" terjah beliau.
Jika Umno khususnya pergerakan pemudanya terus berdiam diri dalam isu ini, DPPNK berpandangan amat sesuai Umno dan seluruh kepimpinannya disifatkan sebagai dayus dan tidak bermaruah.
Sumber HD : 4/07/2012
(Orang ramai memenuhi Pantai Irama, Bachok)
PENGKALAN CHEPA: Tekanan terus diberikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein dan ia terus berkaitan dengan rakannya, Chung Hon Cheong.
Tekanan kali ini diberikan oleh Cikgu Bard atau Badrul Shahrin, ahli Majlis Pimpinanan Tertinggi PKR.
Selain persoalan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, Cikgu Bard menambah dua lagi persoalan untuk dijawab oleh Awang Adik.
"Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?
"Siapakah yang membiaya pembelian rumah banglo dua tingkat di Tropicana?" soal Cikgu Bard, yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SMM) itu.
Peyelewangan ini bermula semenjak beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Gabenor bank Negara, kata Cikgu Bard.
Beliau membuat desakan itu di majlis pidato perdana dan karnival Euro bersama selebriti anjuran Dewan Pemuda PAS Bachok.
Program itu berjaya menggamit ribuan penonton membanjiri tapak pasar malam di Pantai Irama Bachok.
Pelakun Abby Abadi turut serta di majlis itu.
Di samping itu, Bendahari Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary dan Datuk Omar Muhammad, Adun Perupok turut serta.

Adun hilang akal: Mana keris pemuda Umno?
Harakahdaily, | 04 Jul 2012 |

Awang Adek terus didesak jawab dakwaan

Tanah Felda: Kelantan tunggu keputusan peguam
Rizal Tahir, | 04 Jul 2012 |
KOTA BHARUi: Kerajaan Kelantan telah meluluskan pemberian hak milik tanah sebanyak 22,700 hektar kepada pengusaha Felda.
Bagaimanapun 64 hektar tanah dari kumpulan yang sama belum dikeluarkan geran sehingga ianya mendapat keputusan panel guaman berhubung perkara itu.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kelulusan geran keluasan 64 hektar itu terpaksa ditangguhkan seketika.
Menurutnya, mesyuarat exco terpaksa menangguhkan pengeluaran geran itu sementara bagi mendengar keputusan panel guaman sama ada penyenaraian Felda berkenaan masih bertepatan dengan akta Felda atau sebaliknya.
“Andainya ia masih menepati syarat insyaallah, geran berkenaan akan dikeluarkan,”ujarnya.
Husam mengeluarkan kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, yang mendakwa kerajaan negeri sebagai angkuh kerana tidak mahu menyelesaikan masaalah pemilikan tanah oleh Felda.
Pada masa yang sama Adun BN itu dalam sidang Dun Kelantan semalam mendakwa, kerajaan negeri dilihat cuba mengambil kesempatan daripada permasalahan yang berlaku termasuk membabitkan penyenaraian syarikat Felda Global Venture Berhad (FGV).
Husam berkata, masalah hak milik tanah telah dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1990-an dan seterusnya selepas itu hingga tahun lalu.
Sambungnya, ianya berjaya diselesaikan di tanah Felda Gua Musang dan Tanah Merah.

Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan
Salmah Mat Husain, | 04 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah meluluskan (menggezetkan) fasa pertama pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bermula dari Machang sejauh 29 kilometer dari 73 kilometer keseluruhannya.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.
Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur.
“Pembinaan lebuhraya ini akan dimulakan di tanah kerajaan terlebih dahulu dan kemudiannya akan diteruskan pada tanah milik peribadi,”ujarnya.
Tambahnya, tanah-tanah individu yang terlibat dengan pengambilan untuk pembinaan lebuhraya itu akan dibekukan kegiatannya.
Pada masa yang sama Husam memberitahu kerajaan negeri akan membuka satu akaun khas bagi memungut sumbangan daripada orang ramai untuk pembinaan lebuhraya di Islamic Maybank dan Bank al-Rajhi.
“Apabila kita mendapat nombor akaun ini kita akan membuat hebahan secara umum bagi membolehkan masyarakat di negara ini khususnya Kelantan menderma,”ujarnya.
Katanya, sebelum ini akaun ini dibuka di Bank Muamalat di bawah seliaan syarikat Baldah Toyyobah sebagai perantara untuk disalurkan dana kepada kerajaan.
Sambungnya, petugas khas atau agen bakal dilantik di seluruh negara untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan atau menyalurkan terus kepada Maybank dan Al-Rajhi.
Katanya, sehingga kini sumbangan sebanyak RM430,000 diterima dari orang ramai di seluruh negara termasuk penderma di seluruh negara.
Tidak cerdik
Sementara itu, ketika menjawab tuduhan tidak bertanggugjawab oleh bloger Umno yang mengkritik tindakannya memegang jawatan dalam pembinaan lebuhraya itu sebagai pengerusi, Husam berkata, ia tidak cerdik.
Husam mendakwa jawatan yang disandangnya sebagai pengerusi tidak bersalahan dengan undang-undang walaupun beliau seorang anggota exco kerajaan negeri.
Menurutnya, amalan itu diterima pakai sejak sekian lama sebagai contohnya Menteri Besar Kelantan sendiri mempengerusikan PKINK.
“Saya sendiripun sebagai Pengerusi Tunjung Development termasuk anggota exco kerajaan negeri yang lain turut mempengerusikan anak syarikat kerajaan negeri yang lain,”ujarnya.
Katanya, tidak perlu mempertikaikan beliau diberi tanggungjawab mempengerusikan pembinaan lebuhraya kerana ianya tidak menjadi kesalahan.
“Jadi saya fikir keluarga Umno ni tidak memahami perkara itu, kecuali jawatan eksekutif itu yang tidak boleh dipegang oleh anggota exco kerajaan negeri, namun sebagai ahli lembaga pengarah pula tidak menjadi kesalahan,”ujarnya.
Beliau turut menyindir blogger Umno yang tidak mengetahui perkara itu mempelajarinya dari pihak yang lebih tahu sebelum memuatkan perkara yang mereka tidak ketahui.
Majlis Pelancaran Kutipan Derma Lebuhraya Rakyat :
1. http://www.youtube.com/watch?v=gZ62S4vhEcE
2. http://www.youtube.com/watch?v=TQwAgAt1pDw
Sumber HD : 4/07/2012
KOTA BHARU: Perjuangan PAS bukan sahaja menjadi ikutan masyarakat pelbagai kaum dan rakyat peringkat usia, sebaliknya golongan selebriti dan artis juga turut berminat menyertai parti itu kerana wadah perjuangannya berteraskan Islam.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar), berkata perkembangan itu dapat dilihat bukan hanya PAS memperjuangkan Islam, sebaliknya parti itu turut mengamalkan dasar terbuka untuk semua termasuk menerima golongan itu untuk bersama.
Beliau yang juga anggota exco kerajaan negeri, seterusnya berkata penyertaan golongan itu lebih meyakinkan lagi perjuangan PAS yang berlandaskan Islam tidak akan menghalang karektor mereka sama ada sebagai penyanyi atau seumpamanya.
Beliau berkata demikian kepada media semalam selepas mesyuarat exco ketika diminta mengulas perkembangan artis yang kini semakin berminat untuk menyertai PAS atau berada di pentas PAS.
“Mungkin selama ini mereka tidak mendapat maklumat yang jelas berhubung perjuangan PAS, namun selepas mereka memahami pada masa yang sama mereka boleh beribadat melalui karier masing-masing selagi tidak bercanggah dengan syariat,”ujarnya.
Husam mendakwa sebarang perkara yang boleh membawa manusia kepada kebaikan merupakan ibadah termasuk kerjaya artis sama ada melalui filem, drama, hiburan yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Tambahnya, kerana kesedaran golongan insan seni juga, mereka telah menganjurkan program khas untuk dana pembinaan Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar yang membabitkan beberapa orang artis.
“Mereka semakin sedar dan semakin didedahkan dengan kebenaran,”ujarnya.
Sebelum ini, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas perkara yang sama berkata penghijrahan artis untuk bersama PAS membuktikan perjuangan ini terbuka untuk semua lapisan masyarakat.
Katanya, pengijrahan artis yang kini menjadi satu fenomena baru perlu dihargai sebaik mungkin.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Hari Yayasan Islam Kelantan (Yik), di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini beberapa hari lalu.
“Lt Adnan (Hairie Othman), datang bertemu saya sewaktu di Kuala Lumpur, makan tengahari bersama yang selama ini artis begitu takut untuk bersama kita, wal hal kita bersedia menerima sesiapa saja,”ujar Tuan Guru lagi.
Sumber HD : 5/07/2012

Penyertaan pelbagai pihak bukti PAS untuk semua
Salmah Mat Husain, | 05 Jul 2012 |

Tahniah Red Warrior - Nik Aziz
Muhammad Faizal, | 08 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan 'The Red Warrior' kerana berjaya mempertahankan kejuaraan juara Liga Super untuk kali kedua.
Beliau yang melahirkan ucapan tahniah itu melalui laman sosialnya 'facebook' turut bangga dengan kemenangan besar pasukan Kelantan ketika menentang Perak malam tadi.
"Tahniah saya rakamkan kepada pasukan The Red Warriors yang telah disahkan sebagai juara Piala Liga Super 2012 sebentar tadi setelah menewaskan pasukan Perak dengan kemenangan yang besar.... Tahniah!" jelasnya melalui laman sosial itu sebaik sahaja Kelantan menang ke atas Perak.
Sebelum itu Kelantan yang sebelum ini pada tahun 2011 telah dinobatkan sebagai juara liga super untuk kali pertama dan pada tahun 2012 Kelantan telah berjaya mempertahankan apabila menewaskan Perak dengan jaringan 6-0 di Kota Bharu malam tadi.
Kelantan yang sebelum ini telah membawa balik Piala FA dan dengan kemenangan kali ini piala kedua Juara Liga Super turut berada di Negeri Kelantan.
Pasukan Kelantan akan meneruskan cabaran memburu juara Piala Malaysia dan juga Juara Piala AFC.

Sumber HD : 8/07/2012
Jawapan YB Dato' Husam Musa di DUN Kelantan :
1. FGV : http://www.youtube.com/watch?v=WaFY2mmqZiI&list=UUP3YyVzA-XAd2436vFg9cuw&index=4&feature=plcp
Jawapan YB Dato' Husam Musa di DUN Kelantan :
1. FGV : http://www.youtube.com/watch?v=WaFY2mmqZiI&list=UUP3YyVzA-XAd2436vFg9cuw&index=4&feature=plcp
2. Lebuh Raya Rakyat :
2.1 http://www.youtube.com/watch?v=ugJAg9AuFIU&feature=autoplay&list=UUP3YyVzA-XAd2436vFg9cuw&playnext=1
2.2 http://www.youtube.com/watch?v=FLWOn9PzG-M&NR=1&feature=endscreen
2.3 http://www.youtube.com/watch?v=IQameJH7rNM&feature=endscreen&NR=1
Pengerusi Kada cuba sembunyikan isu sebenar
Attif Idris, | 10 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Tan Sri Annuar Musa disifatkan cuba menyembunyi kegagalan projek menyiapkan benteng sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah.
Sebaliknya melalui kenyataan media baru-baru ini beliau menyalah pula aktiviti perlombongan pasir sebagai punca air tidak dapat dialirkan ke sawah.
Sedangkan kerja-kerja pembinaan benteng di hadapan rumah pam di Kemubu gagal disiap mengikut jadual dikenal pasti antara punca utama.
Anggota Exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi berkata, berdasar kepada penjelasan pegawai KADA, benteng sepatutnya siap dibina pada Jun lalu, namun terpaksa dilanjut pula kepada Oktober.
“Fungsi benteng untuk menahan air sungai supaya boleh dipamkan ke tali air KADA seterusnya dialirkan ke sawah padi di Bachok, Pasir Puteh dan Kota Bharu,” katanya ketika melawat projek berkenaan hari ini.
Lawatan itu turut dihadiri Adun Kadok, Azami Mohd Nor, anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri, Mat Rahim Ismail dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).
Sebelum ini Annuar dilaporkan mendakwa paras air Sungai Kelantan semakin rendah disebabkan aktiviti perlombongan pasir secara besar-besaran, pembalakan dan penerokaan tanah berleluasa di kawasan hulu.
(Ikuti pendedahan lanjut dalam Harakah edisi cetak keluaran akan datang)
Sumber HD : 10/07/2012
Perlabuhan Tok Bali hasil inisiatif Sultan - Husam
Harakahdaily, | 11 Jul 2012 |
(Mohamad Sabu lancar kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Taman Melewar)
KUALA LUMPUR: Dengan inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Kelantan kini mempunyai sebuah perlabuhan yang baik iaitu Perlabuhan Tok Bali.
Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dalam ucapannya dekat sini berkata, kini Kelantan mengeksport 40,000 ton besi seminggu ke China melalui perlabuhan ini.
"Insya Alllah sebulan lagi, kadar ini akan meningkat kepada 100,000 ton seminggu," kata Husam yang juga Naib Presiden PAS.
Husam berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kutipan dana Lebuhraya Rakyat di Dewan KUIZM, Taman Melewar baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS dengan disertai oleh para seniman dan artis yang bersama PAS.
Antara yang ada di majlis itu adalah Datuk A Samad Said, Dinsman, Hairie Hashim dan lain-lain.
Dinsman dan Hairie (gambar) telah turun dari pentas dan membawa uncang wang untuk memungut sumbangan dari orang ramai.
3 projek mega
Menurut Husam, kerajaan Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menyenaraikan tiga projek besar untuk dilaksanakan di negeri itu namun ditolak oleh Tun Dr Mahathir ketika beliau menjadi perdana menteri dahulu.
Projek itu adalah menaikkan taraf lapangan terbang yang ada ke taraf antarabangsa, membuat spine road atau jalan tulang belakang di Kelantan dan perlabuhan.
"Ketiga-tiganya ditolak oleh Tun Dr Mahathir. Tetapi atas inisiatif Tuanku Sultan Kelantan, Perlabuhan Tok Bali berjaya dibina," kata Husam.
(Tuanku Sultan Kelantan [pemandu jentera] ketika majlis pecah tanah Perlabuhan Tok Bali 29 Mac lalu)
Menurut Husam, Kelantan negeri kecil sahaja untuk membebaskan dirinya sendiri tetapi ia cukup besar untuk membebaskan ummah dari kongkongan.
Lebuhraya Rakyat, menurut Husam akan mempunyai dana yang cukup untuk pembinaannya kalau kerajaan negeri berusaha bersungguh-sungguh untuk membinanya.
Husam juga berkata, dia ditanya bagaimana Kelantan mahu menyelenggarakan lebuhraya ini setelah siap nanti kerana belanjanya juga tentu besar.
Husam menjelaskan, antaranya dengan mengenakan caj tertentu kepada lori-lori besi yang hendak ke Tok Bali yang akan melalui lebuhraya rakyat ini.
"Insya Allah penyelenggaraan kita selesai dengan caj ini. Dengan itu, rakyat yang marhain bolehlah melaluinya dengan percuma," kata Husam.
Husam juga berkata, kenapa kutip derma untuk pembinaan lebuhraya ini?
"Kenapa wakaf dikutip kalau dah ada cara-cara pembiayaannya?
"Kita kutip wakaf kerana nakkan lebuhraya ini tidak sama dengan lebuhraya Plus.
"Kita nak sambungkan lebuhraya ini ke akhirat juga," jelas Husam.
Sumber HD : 11/07/2012
Umno terdesak upah bloggers burukkan PAS
Mohd Nor Yahya, | 11 Jul 2012 |
KOTA BHARU: PAS Kelantan menyifatkan Umno terlalu terdesak sehingga sanggup mengupah bloggers menyebarkan fitnah terhadap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui gambar super impose.
Selain itu Umno juga menggunakan sepenuhnya ruang melalui akhbar harian yang dimiliki untuk memaparkan setiap berita negetif mengenai Kelantan, biar pun dalam banyak keadaan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan berkata, Umno kini menggunakan sepenuhnya ruang media baru bagi memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat tanpa menghiraukan soal moral dan maruah.
“Kami amat kesal terhadap tindakan bloggers Umno yang semakin ganas sehingga cuba memaparkan gambar Menteri Besar di luar normal akar yang waras.
“Ini secara jelas menggambarkan mereka tidak menghiraukan langsung soal dosa dan pahala. Mereka mahu mempersendakan seorang ulama yang diiktiraf di peringkat dunia,” katanya di sini.
Kebelakangan ini kerap dipaparkan melalui blog yang dimiliki penyokong Umno bagi memburukkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan melakukan super impose.
Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, sebagai seorang Islam mereka seharusnya sedar fitnah tersebut akan menjadi senjata makan diri sendiri.
“Setiap wartawan perlu ingat apa pun berita atau penulisan dibuat akan dipersoalkan di akhirat nanti,” katanya.
Sementara itu beliau juga menafikan kononnya artis yang menyertai program anjuran PAS menuntut bayaran.
“PAS sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Artis yang menyertai PAS tentunya faham kedudukan tersebut. Mereka datang dengan kehendak sendiri selepas memahami perjuangan Islam ada kelebihannya,” ujar beliau.
Sumber HD : 11/07/2012
Pemuda PAS tuntut Awang Adik jelas cek RM80,000
Salmiyah Harun, | 12 Jul 2012 |
KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.
Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.
Pemuda PAS juga meminta Awang Adik menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT).
Berita lanjut menyusul.

Sumber HD : 12/07/2012
KOTA BHARU: Belum pun berjaya menawan Kelantan, Umno kini mempamerkan sikap sebenar, menghidupkan kembali program hiburan dengan mengundang artis wanita membuat persembahan di tempat terbuka.
Tanpa mengendahkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Ketua Umno Kota Bharu, Dato’ Mohd Fatmi Che Salleh menjemput artis tersohor, Siti Nurhaliza.
Program yang dikenali sebagai Jamuan Perdana Hari Guru Parlimen Kota Bharu 2012 diadakan di padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab malam kelmarin.
Menurut sumber pada program berkenaan penyanyi terbabit mendendangkan lima lagu di khalayak ramai terutamanya guru-guru yang diarah hadir.
“Ketika anggota penguatkuasa dan pegawai Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) datang program terbabit hampir berakhir. Namun program itu dikawal ketat dengan pengawal keselamatan yang diupah.
“Malah ada dalam kalangan mereka dilihat membawa senjata, kemungkinan bagi mengelakkan program berkenaan diserbu kerana tiada permit,” kata satu sumber di sini.
Difahamkan guru-guru yang mengajar di kawasan parlimen Kota Bharu diarah hadir dengan memberi nama lebih awal kepada pengetua atau guru besar.
Beberapa guru yang ditemui memberitahu mereka diarah pengetua menulis nama sama ada hendak hadir atau tidak pada program berkenaan.
“Ramai guru menjadi serba salah kerana dipaksa hadir. Ada guru besar sebut kalau tulis tidak mahu hadir mereka dilabel sebagai penyokong PAS,” kata mereka.
Sementara itu jurucakap MPKB BRI memberitahu program berkenaan memang tidak mempunyai permit kerana tidak ada permohonan yang diajukan.
Bagaimanapun kata beliau kalau ada permohonan sekali pun program persembahan artis wanita yang melebihi usia 12 tahun tidak dibenarkan.
“Jelas berlaku perlanggaran Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998,” katanya di sini.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Abdullah Abdul Razak berkata, Umno sudah mempamerkan sikap sebenar menghidupkan kembali program hiburan sebelum menang dalam pilihan raya.
Katanya, kalau Umno memerintah Kelantan, hampir pasti program maksiat dan segala bentuk perlanggaran hukum agama yang dimansuhkan kerajaan PAS dihidupkan kembali.
“Umno tidak mampu menafikan lagi perkara itu kerana tindak tanduk mereka sekarang jelas menuju ke arah landasan tersebut,” katanya.
Sumber lain memberitahu Umno Kota Bharu menghabiskan kira-kira RM50,000 bagi membayar artis terbabit datang membuat persembahan.
Kata beliau ada guru besar menyebut Ketua Umno Kota Bharu mahu mendedahkan guru-guru kepada program motivasi bentuk baru.
Sumber HD : 15/07/2012
Umno Kota Bharu undang artis hiburkan guru
Aslani M, | 15 Jul 2012 |

Harakahdaily, | 14 Jul 2012 |
TANAH MERAH: Buku Senyumlah yang dikarang oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam telah diserahkan kepada Musyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mereka bertemu di Tanah Merah pada majlis ceramah.
Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyerahkan buku tersebut di pentas utama ketika Tuan Guru Nik Aziz tiba di majlis ceramah.
Sempat juga Nik Aziz membincangkan sesuatu mengenai catatan di muka belakang buku tersebut bersama Tuan Ibrahim, yang juga anak saudaranya.
Buku Senyumlah itu telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya, Peringkat Negeri Pahang pada 1 Julai yang lalu.
Buku berbentuk motivasi itu juga merupakan buku sulung karangan Tuan Ibrahim.
Antara yang menarik di dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang bakal membuka dimensi baru dalam konteks pemahaman agama.
Tuan Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa selain bernafas, manusia juga menelan air liur dalam keadaan tidak sedar – seperti bernafas, untuk meneruskan kehidupan, air liur yang ditelan juga berperanan menentukan kehidupan manusia.
Air liur yang ditelan ketika sembahyang, beristighfar, berzikir adalah tidak sama ketika kita mengumpat – dan semua itu diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Tuan di dalam bukunya.
Buku ini berharga RM17 untuk Semenanjung and RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian, sila rujuk ke pautan ini: http://on.fb.me/MrWRjA
Sumber HD : 14/07/2012

Rizal Tahir, | 14 Jul 2012 |
KOTA BHARU: Peminat setia filem 'Ketika Cinta Bertasbih' (KCB), berpeluang bertemu watak utamanya Abdullah Khairul Azam atau Mas Azam pada 18 Julai ini bertempat di Balai Islam Lundang.
Mas Azam atau nama sebenarnya Kholidi Asadil Alam, akan menjayakan Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam (Hai) yang ke-5.
Program berkenaan akan membariskan dua orang artis lagi, iaitu Ana Rafali dan Yat Hamzah di samping seorang pendakwah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Pengarah program, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika memberitahu Harakahdaily berkata, program yang akan diadakan pada jam 9.00 malam itu akan dipengerusikan persenoliti TV3, Amin Idris.
Menurutnya, jika sebelum ini penganjur menjemput watak utama filem yang sama Oki Setiana Dewi, namun atas permintaan ramai, menjemput Mas Azam pula.
“Insyaallah, kita mengharapkan program siri ke lima ini mendapat sambutan orang ramai untuk mendengar sembang hiburan dalam bentuk dakwah dan pada masa yang sama kita juga akan disajikan dengan bicara dakwah,”ujarnya.

Juara tilawah jadi inspirasi anak Kelantan
Harakahdaily, | 14 Jul 2012 |
KOTA BHARU, 14 Julai: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul AbAziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada anak jati Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali (gambar kiri) yang telah memenangi tempat pertama di dalam pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 tahun 1433H.
Menulis di laman Facebook beliau, Nik Aziz berharap kejayaan Ustaz Muhamad Anuar akan menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.
“Semoga kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak Kelantan khususnya dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk terus mendalami ilmu tarannum al-Quran dan mengamalkan isi kandungan al-Quran di dalam kehidupan.. tahniah!” tulis beliau.
Muhammad Anuar Ghazali, 36, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara kategori qari di Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-54 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang berakhir malam tadi.
Muhammad Anuar memperdengarkan bacaan Surah al-Hud, memperoleh markah 95.33 peratus. mengalahkan qari Iran Amin Pouya dengan 91.67 peratus dan qari Indonesia menerusi Raden Harmoko Baharudin (90.16 peratus).
Bagi kategori qariah (wanita) dimenangi peserta Maghribi Hasnae Khoulali, 19, yang memperdengarkan bacaan Surah al-Israk memperoleh 94 peratus sama seperti markah yang diperoleh naib johan dan pemenang ketiga.
Hasnae menewaskan qariah Indonesia, Rahmawati Bakri Hunawa dan qariah Malaysia, Che Aminah Che Awang menerusi cara bacaan, tajwid, kefasihan serta suara dalam menentukan perkiraan markah mereka.
Penyampaian hadiah kepada qari disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sementara Raja Permaisuri Agong pula kepada qariah Juara mendapat hadiah wang tunai RM40,000 serta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan.
Sumber HD : 14/07/2012
TANAH MERAH: Pelajar Universiti Al-Azhar, Mesir yang terselamat dalam kejadian rompakan di Kaherah baru-baru ini, Muhaimin Yahya (gambar) melahirkan rasa syukur kerana terselamat pada insiden tersebut.
Bagaimanapun beliau terkilan seorang rakannya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25 maut selepas terjatuh dari sebuah van ketika cuba menyelamatkan diri.
Mereka merupakan pelajar tahun akhir Maahad Qiraat Shoubra, dirompak dua lelaki tempatan, awal pagi Rabu lalu ketika dalam perjalanan pulang ke kediaman di Shoubra.
Sebelum itu mereka menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud, di pinggir Kaherah.
Abdul Muhaimin, 25 ketika ditemui petang semalam berkata, beliau dan Allahyarham berdepan dengan detik cemas ketika menaiki sebuah van untuk pulang ke kediaman di Shoubra.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi. Saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila pemandu membuat pusingan. Sepatutnya tidak perlu berbuat demikian.
“Sebelum itu ada satu keluarga lain dalam van, namun mereka turun awal sebaik melalui sebuah terowong. Arwah memberitahu dia agak risau sebelum tiba-tiba lelaki yang duduk di sebelah pemandu mengacukan pisau lipat.
“Lelaki itu cuba menyeluk saku seluarnya tetapi tidak berjaya dan dia sempat menepis. Arwah kebetulan duduk dekat pintu van.
“Sebaik perompak di sebelahnya berpindah ke belakang, dia terus membuka pintu dan keluar menyelamatkan diri,” katanya yang pulang ke tanah air, beberapa hari lalu.
Bagaimanapun ketika itu van dipandu laju menyebabkan Abdul Khafiz cedera parah di kepala selepas terjatuh.
Katanya, selepas van bergerak perlahan beliau terjun ke luar dan berlari meluru ke tempat arwah jatuh.
“Abdul Khafiz dihantar ke Hospital Maahad Nasir di pinggir Kaherah. Kemudian dipindah ke Hospital Amal, Ain Shams. Mangsa koma 24 jam sebelum disahkan meninggal dunia,” ujarnya.
Mangsa berasal dari Kampung Asam Kumbang, Benut, Johor. Jenazahnya disembahyang di Dataran Hayyu A’syir dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Hayyu Asir pada petang Rabu.
Muhaimin yang hanya cedera ringan dalam kejadian tersebut juga memberitahu mangsa sering menyuarakan hasrat untuk menetap di Kaherah.
Beliau merupakan anak kepada Ketua Urusan Ulamak PAS Tanah Merah, Yahya Daud yang juga Imam Masjid Mukim Alor Pasir, Dun Kemahang.
Pagi semalam keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Alor Pasir juga menerima kunjungan anggota Exco, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.
Muhaimi yang pulang bercuti selepas selesai menduduki peperiksaan juga memberitahu beliau akan meneruskan pengajian di Kaherah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pelajar dedah detik cemas ketika dirompak di Mesir
M Zin, | 16 Jul 2012 |

Sumber HD : 16/07/2012
BACHOK: Tindakan nekad pemuda Umno menyertai PAS secara beramai-ramai telah memberi kekuatan baru kepada kebangkitan PAS di Bachok.
Majlis ceramah di Kampung Cherang, Kuchelong malam tadi yang dihadiri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudi menerima borang keahlian daripada seramai 262 orang yang terdiri daripada pemuda-pemuda Umno yang diketuai Che Azmi Che Ibrahim.
Che Azmi dalam ucapannya menyatakan bahawa sebab mereka bertindak meninggalkan Umno yang telah berpuluh tahun sebagai ahli telah melihat kepincangan dan penyelewengan pemimpin Umno dan BN yang mementingkan peribadi masing-masing bukan untuk membela kebajikan rakyat.
Majlis ceramah juga diserikan dengan kehadiran Ketua Srikandi PKR, Siti Aisyah Sheikh Ismail yang membuat beberapa pendedahan terbaru yang hangat diperkatakan termasuk kes Scorpene.
Beliau turut mengulangi desakan supaya Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin disiasat secara telus dan adil terhadap beberapa penyelewengan yang didedahkan sebelum ini.
Turut hadir ialah kepimpinan PAS kawasan iaitu Yang Dipertua, Datuk Omar Mohamed, Ustaz Hassan Mahmud (timbalan) dan Abdul Aziz Kadir (naib).
Ketua Pemuda PAS Bachok, Ahmad Marzuk Shaary ketika dihubungi mengulas perkara itu melahirkan kesyukuran.
“Saya mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan kejayaan program ceramah pemuda Umno masuk PAS ini dan selepas ini kita akan adakan lagi program penyerahan borang seperti ini dari masa ke semasa, kerana ramai lagi yang jumpa dengan saya kalangan pemuda Umno yang menyatakan hasrat menyertai PAS,” katanya
Apabila ditanya apa reaksi pemuda PAS terhadap gelombang kesedaran dalam kalangan pemuda, beliau berkata pihaknya memandang positif.
“Kita memandang positif tentang perkara ini dan menyeru kepada semua para pemuda khususnya, untuk bersama-sama dengan PAS dan PR bagi melangkah bersama membentuk sebuah kerajaan baru di Putrajaya.
“Ini juga petanda yang kita insya Allah boleh kekalkan kemenangan di ketiga-tiga Dun dan juga boleh pertahankan kemenangan PAS di Parlimen Bachok,” tegasnya.
Sumber HD : 17/07/2012
KOTA BHARU: Majalah korporat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) siri ke-11 kini berada di pasaran sejak seminggu lalu.
Edisi terbaru keluaran Jamadil Akhir – Ramadan 1433 memfokuskan pembangunan tamadun Kelantan (Developing Kelantan Civilization).
Majalah setebal 98 muka surat warna dengan kulit keras memaparkan pelbagai kisah menarik bermula dengan tamadun awal Islam di Kelantan.
Turut dimuatkan personaliti tersohor iaitu Ustaz Pak Yazid (gambar) dengan kisah pernah diancam bunuh pada peringkat awal menyebarkan dakwah. Sekarang masih menetap di Kampung Baru Kuala Lumpur.
Selain itu turut dikongsi kejayaan anak Kelantan, Tan Sri Tengku Zainal Tengku Mohamood, kini nama besar dalam industri pelancongan di Sabah.
Tengku Zainal pernah berkhidmat sebagai juruterbang terlatih pada 1959. Dan jawatan akhir di Kelantan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri 1962-1967.
Sekarang beliau merupakan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah.
Turut disentuh keluaran kali ini tokoh politik yang dikenali ramai iaitu bekas Menteri Besar pertama kerajaan PAS, Alllahyarham Datuk Ishak Lotfi Omar.
Ketua Pegawai Eksekutif PMBK, Ir Mustafa Salleh berkata, Qiadah keluaran terbaru cuba memaparkan kembali apa yang dinamakan sebagai tamadun Kelantan.
“Mulai abab ke-18 institusi pondok berkembang di Kelantan. Pendidikan Islam bertambah mantap apabila Sultan Muhammad IV menubuhkan Majlis Agama Islam Kelantan pada Disember 1914.
“Hari ini sejarah lama berputar kembali, Ketuanan Islam berputik semula tanggal Oktober 1990. Islam menjadi teras pentadbiran negeri. Al Quran dan Hadis menjadi sumber rujukan,” katanya pada nota Ketua Editor majalah tersebut.
Malangnya majalah korporat berkenaan tidak boleh ditemui di pasaran kerana diedarkan secara percuma.
Mereka yang berminat atau mahu mengiklan produk serta perkhidmatan boleh menghubungi di talian 09 747 4082 atau www.pmbk.gov.my
Sumber HD : 17/07/2012
(Adun Semerak, isteri dengan Rohani serta keluarganya)
KOTA BHARU: Dia seorang wanita yang bijak, seorang isteri dan ibu yang mampu menguruskan keperluan kepada seorang suami dan anak walaupun dia adalah golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Kerana keistimewaannya, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim, menjadikan insan istimewa ini sebagai anak angkatnya.
Rohani Hassan, 31, yang cacat anggota kakinya iaitu antara paras lutut ke bawah, menjadi perhatian masyarakat kerana keistimewaannya itu.
Walaupun bersekolah hanya sampai darjah 6, namun kemampuannya bercakap seumpama ‘pakar motivasi’, lantang bersuara, penuh dengan fakta seumpama orang yang terpelajar.
Wan Hassan ketika ditemui memberitahu beliau bercadang untuk mengambil anak angkatnya itu sebagai penceramah untuk memberikan motivasi kepada rakan-rakan yang senasib dengannya agar mereka sentiasa tabah menghadapi ujian hidup.
Jelasnya, sepanjang lima tahun beliau mengenali Rohani sehingga akhirnya gadis itu berkahwin, Wan Hassan menilai gadis itu mempunyai keunikannya yang tersendiri.
“Tambahan pula dia gemar membaca, khususnya buku motivasi khususnya bagaimana untuk menjadi insane yang berani, rajin dan sebagainya,”ujar Wan Hassan lagi.
Rohani (gambar) yang menetap di Kampung Pachakan Dalam Rhu, bersama bapanya dilahirkan cacat, di mana betisnya bukan sahaja agak pendek, sebaliknya mempunyai tapak kaki yang tidak normal.
Keadaan itu membuatkan beliau tidak mampu berjalan secara normal sehingga beliau sering dibantu oleh allahyarham ibu dan ayahnya untuk bergerak.
Kerana tidak mahu menyusahkan ayahnya yang terpaksa menghantar dan menjemputnya pulang dari sekolah, beliau mengambil keputusan untuk tidak mahu belajar lagi.
Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu, ketika meningkat remaja, Rohani tiba-tiba mampu berjalan dan akhirnya mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
Tentu ramai yang tidak mengetahui kisah hidupnya yang menarik ini, di mana beliau telah dilamar oleh seorang jejaka dari Sabah yang dikenalinya hanya melalui telefon.
Setelah berkenalan lebih empat tahun dengan jejaka berkenaan yang kebetulan juga sahabat abang kandungnya, akhirnya beliau mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup mereka, dikurniakan seorang cahayamata.
“Saya bersyukur walaupun saya cacat, saya tidak bersekolah, saya mampu melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu juga sebagai seorang anak kepada ibubapa saya,”ujarnya.
Sumber HD : 17/07/2012
262 pemuda Umno Bachok sertai PAS
Harakahdaily, | 17 Jul 2012 |

Kisah Pak Yazid diancam bunuh dalam Qiadah terbaru
Aslani M, | 17 Jul 2012 |

Pendek kaki tetapi panjang akalnya
Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir, | 17 Jul 2012 |

Enakmen hiburan: Amaran Kelantan susulan persembahan Siti Nurhaliza
http://lagiberita.blogspot.com, | 17 Jul 2012 |
KOTA BHARU - Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggarEnakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 yangdikuatkuasakan di negeri itu.
Kenyataan tegas itu disuarakan berikutan kehadiran penyanyi terkemuka negara, Datuk Siti Nurhaliza ketika mengadakan persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012 peringkat Kota Bharu, Sabtu lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pihak yang gagal mengikut undang-undang di bawah yang ditetapkan Kerajaan Negeri.
“Bagi kes tersebut kita memberi amaran, namun selepas ini kita tidak akan berkompromi lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Majlis Daerah Ketereh-Perbandaran Islam Sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 di sini, hari ini.
Takiyuddin mengingatkan penganjur atau individu termasuk ahli politik yang ingin membawa penyanyi-penyanyi atau selebriti di Kelantan perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Sebelum ini kita terima maklumat daripada penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi, namun di sebalik majlis itu mereka membawa penyanyi wanita tersohor menghiburkan penonton dengan persembahan nyanyian secara terbuka.
“Ini memang satu tindakan yang menyalahi undang-undang di negeri ini, namun kita harap selepas ini perkara seumpama ini tidak berulang lagi,” katanya.
Beliau berkata, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan tindakan undang-undang dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawahEnakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.
Baru-baru ini majlis sambutan hari guru yang diadakan di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar dan guru-guru sekitar Kota Bharu.
Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Husin Awang ketika dihubungi enggan mengulas mengenai kenyataan exco isu tersebut.
KAWALAN PERSEMBAHAN HIBURAN
3.1. Hiburan Yang Dilarang
Nama, Jenis dan kelas hiburan yang dilarang ialah Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional), Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang. Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.
3.2. Hiburan DiKawal Selia
Semua jenis dan kelas hiburan lain sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut :
(i) Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.
(ii) Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.
(iii) Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.
(iv) Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.
(v) Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.
(vi) Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.
(vii) Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.
(viii) Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.
(ix) Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.
(x) Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.
(xi) Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.
(xii) Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan. - SH
Sumber HD : 18/07/2012
KOTA BHARU: PAS diharap menjadi sebuah parti Islam yang disegani di rantau ini kerana parti itu yang memperjuangkan Islam sebagai sumber kekuatan umat Islam di negara lain.
Ahli Dewan Perwakilan Aceh, Ramli Sulaiman berkata semoga PAS yang telah lama mentadbir Kelantan terus maju kerana parti itu menjadi contoh umat Islam di negara lain.
Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili anggota rombongan Dewan Perwakilan Aceh, di Bilik Gerakan, di Kota Darulnaim, di sini semalam.
Seramai 14 orang anggota rombongan tersebut melakukan lawatan muhibah ke Kelantan selama empat hari.
Dalam tempoh itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah yang mewakili Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Amar ketika berucap pada majlis itu memberitahu Aceh dan Kelantan merupakan dua buah negeri yang mendapat jolokan Serambi Makkah di Malaysia dan Indonesia.
“Kita ni serumpun walaupun di negara lain, mempunyai persamaan dalam banyak perkara, budaya, makanan, percakapan,” ujarnya.
Sumber HD : 26/09/2012
KOTA BHARU: Biar pun masih berehat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, namun Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersemangat menyokong anak-anak muda menuntut hak ke atas royalti minyak.
Petang tadi beliau memakai t-shirt R sebagai menyokong dan menghargai kegigihan anak-anak muda berjuang menuntut royalti.
Baju tersebut dibawa aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R) diketuai Naib Presiden, Dr Syed Khalid Abdullah ketika menziarahi Menteri Besar.
Kelihatan sama di wad, anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.
Dr Syed Khalid berkata, sokongan padu Tuan Guru Nik Abdul Aziz menaikkan semangat anak-anak muda berjuang menuntut royalti minyak.
“Biar pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.
“Malah kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,” katanya di sini.
Program tersebut akan menampilkan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Selain itu Penasihat DAP, Lim Kit Siang, anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin.
Wakil-wakil dari Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sabah dijemput menghadiri program berkenaan. Rombongan R dari Kelantan akan bertolak pagi 2 Oktober.
Dr Syed Khalid berkata, Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga meminta rakyat Kelantan hadir beramai-ramai pada program berkenaan sebagai memberi sokongan kepada perjuangan menuntut royalti.
“Kata Tok Guru kalau mereka tidak ada peluang hadir hendaklah doakan semoga perjuangan menuntut royalti menjadi kenyataan.
“Selain itu beliau juga menyarankan orang ramai mengibar bendera R atau tampal sticker pada kenderaan masing-masing,” katanya.

Wakil Aceh harap PAS jadi parti disegani serantau
Rizal Tahir, | 26 Sep 2012 |

Royalti: TG Nik Aziz hargai usaha anak muda
Aslani M, | 26 Sep 2012 |

150,000 referandum tuntut royalti untuk PM
Aslani M, | 27 Sep 2012 |
KOTA BHARU: Anak-anak muda yang berjuang menuntut royalti petroleum akan menyerah memorandum dan 150,000 referandum rakyat Kelantan kepada Perdana Menteri, 3 Oktober ini.
Mereka yang bernaung di bawah Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI – R)) berharap Datuk Seri Najib Razak menerima sendiri memorandum tersebut.Semalam R melalui presidennya, Nazri Deraman menghantar surat kepada Perdana Menteri yang dialamatkan bangunan Perdana Putra bagi memaklumkan perkara itu.
Setiausaha R, Hisyamuddin Ghazali berkata, penyerahan memorandum dan referendum tersebut akan diadakan jam 2 petang bertempat di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Katanya, program berkenaan diadakan sempena perbicaraan kes Kelantan menyaman Petronas di Istana Kehakiman, Putrajaya.
“Memandangkan ramai pemimpin NGO, kerajaan negeri dan ahli politik yang dijangka hadir, kami turut mengadakan program penyerahan memorandum dan 150,00 Referandum Rakyat Kelantan Tuntut Royalti kepada Perdana Menteri.
“Justeru itu pihak kami memohon jasa baik Datuk Seri sudi menerima memorandum dan referandum tersebut,” katanya di sini.
R turut disertai 58 NGO di Kelantan digerakkan anak-anak muda yang diketua Nazri. Hampir kesemua aktivisnya anak muda terdiri kalangan profesional, blogger dan facebooker.
Di Kelantan juga terdapat sebuah lagi NGO yang mempelopori perjuangan menuntut royalti dikenali sebagai Gerakan Bertindak Kembali Royalti Rakyat (Gegar) diketuai Dr Abdul Halim Yusof.
Hisyam juga berharap Perdana Menteri memberi komitmen bagi menyelesaikan isu tuntutan royalti dan hak pendaratan minyak serta gas di Kelantan kerana ia berlarutan sejak sekian lama.
Menurutnya perkara itu boleh diselesaikan segera tanpa melalui sebarang Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai dan sebagainya.
“Ini selaras dengan slogan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-55, Janji Ditepati, maka R dan seluruh Rakyat Kelantan mahu YAB Perdana Menteri dapat tunaikan janji yang telah dimanterai Tun Abdul Razak yang juga ayahanda Datuk Seri,” ujarnya.
Sumber HD : 27/09/2012
PASIR MAS: Biar pun Menteri Kerjaraya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor meminta kerajaan Kelantan menghentikan kutipan derma dana lebuh raya rakyat, sebaliknya orang ramai tetap tampil menghulurkan sumbangan.
Semalam Masjid An-Nur Kubang Bemban menganjurkan jamuan laksa bagi mengutip derma dana lebuh raya rakyat menghubungkan Kota Bharu-Kuala Krai yang dirancang kerajaan negeri.
Pengerusi program tersebut, Che Pa Che Jid berkata, kira-kira 200 kilogram laksa disediakan bagi jamuan lebih kurang 1,000 orang untuk mengisi dana wakaf projek berkenaan.
“Program bermula selepas solat Zohor sehingga waktu Isya. Sambutan orang ramai Alhamdulillah begitu menggalakkan sekali.
“Adun Pengkalan Pasir, Haji Hanifa Ahmad, penghulu-penghulu mukim dan orang ramai hadir memberi sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan untuk rakyat.
“Orang ramai tidak putus-putus datang. Mungkin kami masjid mukim pertama di Kelantan menganjurkan program seumpama ini,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.
Menteri Kerjaraya sebelum ini dilapor meminta kerajaan Kelantan memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah bekalan air bersih, berbanding mengutip derma membina lebuh raya rakyat.
Sebelum ini wat-wat Siam di seluruh Kelantan menganjurkan kutipan derma bagi mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat. Majlis penyampaian sumbangan itu diadakan di Wat Machimmaran, Tumpat.
Lebih RM60,000 dikumpul masyarakat Siam dalam bentuk pokok duit. Wakil-wakil wat kemudian menyerahkan pokok duit tersebut kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Che Pa berkata, usaha dilakukan itu sebagai aspirasi kepada pihak-pihak lain untuk turut sama mengadakan program serupa bagi sama-sama mengisi dana wakaf lebuh raya rakyat.
“Sedekah jariah digalakkan Islam terutamanya perkara yang memberi manfaat kepada orang ramai seperti lebuh raya. Projek itu dinafikan kerajaan pusat jadi kita sebagai rakyat perlu mengambil inisiatif sendiri,” ujarnya.
Menurutnya jumlah kutipan disasarkan kira-kira RM20,000. Kutipan juga akan dilakukan secara berterusan selepas ini.
Kata beliau juga wang kutipan derma itu akan diserah kepada kerajaan negeri.
Penghulu Mukim Kubang Bemban, Abdul Aziz Che Yusoff berkata, biar pun keadaan hujan dan cuaca mendung, namun orang ramai tetap datang menjamu selera sambil menderma.
Sumber HD - 25-10-2012
PASIR PUTEH: Kemunculan semula bekas ketua Umno bahagian Pasir Puteh, Datuk Kamaruddin Mohd Noor dengan agenda keluar masuk kampung difahamkan tidak disenangi kepimpinan Umno sekarang.
Malah mereka dikatakan cuba menghalang pergerakan Kamaruddin dengan menghantar “orang suruhan” mengganggu bekas pemimpin terbabit.
Pada 12 Oktober lalu rombongan Kamaruddin cuba dihalang empat lelaki ketika menziarahi penduduk di Kampung Panggong, Dun Limbongan Pasir Puteh.
Pada kejadian itu beberapa saksi memberitahu pembantu bekas Adun Semerak itu didatangi empat lelaki ketika Kamaruddin makan pagi bersama penduduk kampung di sebuah kedai kopi.
"Salah seorang terus mendekati pembantunya dan cuba menarik tangan supaya masuk ke dalam sebuah kereta jenis Perdana V6 dengan alasan untuk berbincang.
“Saya mendengar pembantu itu menolak dengan baik pelawaan tersebut. Bagaimanapun salah seorang lelaki berteriak dengan keras supaya pembantu itu pergi juga berbincang dalam kereta.
"Tiba-tiba lelaki itu menendang di bahagian depan kaki pembantu berkenaan sambil menghamburkan pelbagai cemuhan. Dia juga mengeluar kata-kata kesat kepada Kamaruddin,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau yang enggan dikenali berkata, ekoran insiden itu Kamaruddin bersama isterinya Datin Siti Fatimah Iskandar dan pembantunya beredar meneruskan ziarah warga emas di Kampung Bukit Tanah, Selising.
Bagaimanapun menurutnya tidak lama kemudian empat lelaki tadi sampai di mana seorang daripadanya cuba merampas kamera dipegang pembantu tadi, namun gagal.
"Bila dia gagal merampas kamera lelaki itu mahu menumbuk pembantu Kamaruddin tetapi gagal kerana sempat ditepis beberapa kali,” dakwa beliau.
Bagaimanapun pembantu terbabit yang juga enggan dikenali ketika dihubungi berkata, kejadian itu tidak dilaporkan kepada polis.
Beliau juga memberitahu sebelum kejadian berlaku Kamaruddin dan isteri menziarahi seorang penduduk yang hendak menunaikan ibadat haji di Kampung Gong Serai.
Kamaruddin difahamkan mempunyai hubungan rapat dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, disebut-sebut bakal calon BN di kerusi parlimen Pasir Puteh.
Bagaimanapun kelibat Kamaruddin dikatakan tidak disenangi ketua bahagian sekarang, Zawawi Othman, seorang bekas guru yang dianggap mencabar kedudukannya.
Menurut sumber lain pula kemunculan semula Kamaruddin yang dilihat ramai lebih rapat dengan akar umbi membuatkan Umno Pasir Puteh sekarang bergolak semula.

Jamuan laksa kutip dana lebuh raya rakyat
Yakub Dasan, | 25 Okt 2012 |

Kemunculan semula bekas ketua bahagian dihalang
Fuad HadiNata, | 25 Okt 2012 |

MB cadangkan banyakkan kursus kemahiran
Salmah Mat Husain Foto: Rizal Tahir, | 22 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyarankan Limkokwing Academy serta kolej-kolej lain memperbanyakkan kursus kemahiran di tempat masing-masing.
Katanya, ianya bertujuan untuk memudahkan golongan muda memilih bidang yang mereka minati untuk dipelajari.
Menurutnya, selain memberi peluang pada golongan muda meningkatkan ilmu kemahiran mereka dalam bidang yang diminati, ianya juga dapat ‘menyejukkan’ hati pelajar yang tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
“Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan setiap kali kita akan berhadapan dengan pelajar yang kecewa kerana tidak memperolehi keputusan yang cemerlang.
“Kerana itu hasrat untuk melanjutkan pengajian di IPT begitu sukar, kerana itu saya sarankan supaya Limkokwing menyediakan banyak peluang untuk berbanding yang telah sedia ada,”ujarnya.
Beliau seterusnya berkata, untuk menjadi seorang insan yang berjaya tidak semestinya mempunyai pendidikan yang tinggi.
“Andainya kita rajin berusaha, mengikuti kursus kemahiran di mana-mana insyaallah kita akan berjaya di suatu hari nanti,”ujarnya.
Namun apa yang penting, tambahnya ilmu untuk mengenali Allah perlu diterapkan pada apa yang dipelajari, khususnya sains.
Tuan Guru berkata demikian ketika berucap pada majlis taklimat Limkokwing kepada Tuan Guru, di akademik itu tengahari tadi.
Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Pengarah Akademinya, Haji Zainal Rahman, memberitahu sejak ianya ditubuhkan, akademi telah berjaya ditubuhkan cawangannya sama ada dalam dan luar negara.
Menurutnya, selain Melaka cawangan terbarunya, Bali, Indonesia dan Kemboja.
Katanya, selain kursus komputer, pihaknya turut memperkenal kursus warisan tempatan, keusahawanan dan perniagaan juga kraf.
“Ianya memberi peluang anak muda memilih mana-mana kursus yang mereka minati.
“Selepas memperolehi diploma, mereka berpeluang membuka perniagaan sendiri, bekerja atau melanjutkan pengajian di Universiti Limkokwing,”ujarnya.

Sumber HD - 22-11-2012
Blogger diarah bayar ganti rugi kepada Husam
Aslani M, | 25 Nov 2012 |
KOTA BHARU: Seorang blogger, Salahuddin Hisham diarah Mahkamah Tinggi di sini membayar gantirugi kepada Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berhubung satu artikel yang diangggap memfitnahnya.
Tulisan tersebut dimuatkan dalam blog www.anotherbrickinwall.blogspot.com yang bertajuk “Husam: A moral for PAS delegates” diterbitkan pada l Jun 2011, yang mana secara jelas menyebut berita tidak benar dan tak berasas dikaitkan terhadap plaintif.
Penghakiman tersebut dikeluarkan setelah blogger terbabit gagal hadir pada perbicaraan kesnya.
Peguam plaintif, Hisham Fauzi berkata, blogger berkenaan gagal hadir walaupun saman dan tuntutan ke atas beliau telah diserah dengan berbagai cara termasuk melalui iklan dalam suratkhabar harian.
Husam dalam tuntutan samannya menuntut gantirugi sebanyak RM5 juta, bagaimanapun mahkamah mengarahkan agar gantirugi ditaksirkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu.
Salahuddin, 52 yang tinggal Taman Setiawangsa merupakan pemilik dan penulis ruangan blog http://anotherbrickinwall.blogspot.com.
Dalam blog berkenaan defendan antara lain menulis, “Husam secara terbuka mengkritik pemimpin-pemimpin parti tertentu dan menyalahkan mereka bagi idea UG. Ini tidak berjalan secara baik dengan perwakilan. Apa-apa pun, UG adalah secara halus subjek perbincangan di Muktamar 2008 dan dalam jawatankuasa parti politik.
“Akibatnya beliau telah dibiarkan di padang belantara politik. Pada tahun yang sama, calon Kelantan sepenuhnya dihapuskan dalam pemilihan parti.”
Husam dalam tuntutannya menyifatkan tulisan tersebut tidak benar sama sekali, bertujuan memburuk-burukkan plaintif sebagai pimpinan PAS.
Sumber HD - 25-11-2012

No comments:
Post a Comment