Dr Muhammad Khairat perancang utama Ikhwan |
PELBAGAI lapisan masyarakat yang terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, doktor perubatan, jurutera, arkitek, akauntan memperkasa gerakan Ikhwan Muslimin menjadi tulang belakang dengan bekerja secara bersungguh-sungguh bagi memastikan Islam terus berada pada kedudukan tertinggi di persada politik tanah air, khususnya di Mesir. Salah seorang daripada mereka ialah Muhammad Khairat el-Syater yang begitu yakin bahawa Ikhwan Muslimin suatu hari nanti akan memimpin negara berdasarkan prestasi komitmennya dalam mendaulatkan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh yang dipinggirkan sejak puluhan tahun lantaran para pemimpinnya cenderung kepada politik kebangsaan, Sekularisme, Kapitalisme dan lain-lain. Berhadapan dengan segala bentuk tribulasi dalam memperjuangkan Islam bukanlah perkara baru dalam arena politik di Mesir, di mana para pemimpin negara melihat Gerakan Islam sebagai penghalang kepadanya dalam mencapai matlamat kebendaan dan pelaksanaan amalan politik yang tidak Islamik. Justeru, para aktivis di semua peringkat dalam Ikhwan Muslimin merasai liku-liku perjuangan yang penuh dramatik kerana diseksa, dipenjara, dibuang daerah, dibunuh tanpa mengetahui di mana kuburnya, ia dilakukan oleh para pemimpin yang gila kuasa tanpa mengira hukumhukum agama asalkan boleh terus berkuasa. Nama penuhnya ialah Muhammad Khairat Sa’ad Abdel Latif el-Syater, dilahirkan pada 4 Mei 1950M / 17 Rejab 1369H di wilayah ad- Daqahliyyah, telah berkahwin dengan mempunyai 15 anak serta 13 cucu. Mendapat pendidikan rendah dan menengah di kampungnya, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Iskandariyah pada 1974 dan sarjana muda Linguistik dan peradaban di Universiti ‘Ain Syams. Kemudian melanjutkan pengajian di peringkat MA (sarjana) dalam bidang yang sama di Universiti al- Mansoorah, memiliki diploma Pengajian Islam di Institut Pengajian Islam Kaherah, diploma dalam Masyarakat Madani dan Pertubuhan bukan kerajaan di Jabatan Ekonomi dan Sains Politik Universiti Kaherah, diploma Pengurusan Pekerjaan Universiti ‘Ain Syams dan diploma Pemasaran Antarabangsa dari Universiti Helwan, Kaherah. Terlibat dalam pergerakan pelajar ketika masih di sekolah menengah iaitu pada 1966 dan menjadi penggerak amal Islami sejak di bangku sekolah pada 1967, memimpin pergerakan pelajar di peringkat universiti dengan mengasaskan sayap Ikhwan ketika belajar di Universiti Iskandariyah pada awal tujuh puluhan, mengisytihar ahli Ikhwan sepenuhnya pada 1974. Diberi kepercayaan oleh rakan-rakan pelajar sebagai Pengerusi Persatuan Pelajar dengan mengendalikan program berbentuk tarbiyah dan pengurusan pelajar yang dianggap sebagai pergerakan bawah tanah kerana tidak mendaftar secara rasmi sebagai badan pelajar yang sah untuk bergerak di kalangan mahasiswa. Pernah memberi ceramah politik dan agama serta membentang kertas-kertas kerja berhubung pelbagai isu umat Islam di Yaman, Arab Saudi, Jordan, Britain serta beberapa buah negara Eropah dan Asia, atas kebolehan beliau yang amat berbakat dalam kepimpinan, saf kepimpinan Ikhwan Muslimin telah melantik beliau sebagai Naib Musyidul Am kedua di Jabatan berkenaan. Beliau memulakan kerjaya selepas tamat pengajian di peringkat sarjana, sebagai penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan di Universiti al- Mansoorah pada 1981. Beliau hanya beberapa bulan sahaja berkhidmat di situ, akan tetapi mantan Presiden Mesir ketika itu, Anwar Sadat mengarahkan agar beliau dan beberapa pensyarah yang lain ditukarkan ke tempat lain kerana disyaki terlibat dalam Ikhwan Muslimin. Muhammad Khairat disifatkan oleh sebahagian pimpinan Ikhwan sebagai perancang utama gerakan itu kerana pengalamannya yang luas dalam persatuan pelajar serta kekuatan mental dan fizikalnya yang khusus ditujukan kepada Islam, justeru beliau tiada menghadapi masalah walaupun terpaksa dipenjara sebanyak enam kali. Sumber DD : 14/04/2012 Ikhwan minta PAS kerja keras terajui perubahan
KAHERAH: Murshid-Am Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Al-Badie’ berkeyakinan bahawa kepimpinan PAS mampu memimpin perubahan di Malaysia.
(Dr Syed Azman bersama Dr Mohamed Al-Badie’, Murshid-Am Ikhwanul Muslimin) Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS berkerja keras bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja. Pernyataan ini di suarakan oleh beliau ketika menerima kunjungan hormat Dr. Syed Azman Syed Ahmad, Penolong Setiausaha Agong PAS di Markaz Al-Am Ikhwan Muslimin atau ibu pejabat Pusat Ikhwan Muslimin yang berdiri gah di tengah-tengah kota Kaherah. Dr. Syed Azman hadir ke Mesir bagi memenuhi jemputan menjadi pemerhati pilihanraya presiden yang di jangka akan di adakan pada bulan Mei ini. Menurut Dr. Syed Azman, dalam pertemuan itu, beliau telah menyampaikan ucapan tahniah daripada seluruh kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS kepada pimpinan Ikhwan. Ikhwan telah berjaya menang dengan cemerlang dalam pilihanraya Parlimen Mesir beberapa bulan lepas dengan menguasai majoriti kerusi parlimen walaupun hanya baru setahun selepas kejatuhan rejim diktator Mubarak. Dalam pertemuan tersebut Dr. al-Badie’ juga menegaskan bahawa setiap pemimpin dan ahli PAS mestilah peka dan sentiasa meneliti perubahan politik baru yang sedang melanda seluruh Dunia Islam akibat dari kesan ‘Arab Spring’ yang kini merubah peta politik Dunia. Bagi beliau setiap rejim yang menafikan hak asasi rakyat serta rakus membolot khazanah kekayaan negara lambat laun akan dijatuhkan oleh kuasa rakyat yang tidak lagi takut dengan sebarang ugutan dan ancaman ditangkap. Beliau menegaskan bahawa , "PAS mesti mengatur persiapan yang rapi bagi menghadapi pilihanraya kerana kemungkinan akan berlakunya manipulasi dan penipuan pilihanraya di Malaysia seperti mana yang sedang cuba dilakukan oleh saki baki rejim Mubarak di Mesir dalam pilihanraya Presiden sekarang ini dengan menggunakan kuasa tentera. Bagi beliau, yang penting PAS mesti di lihat terkedepan dan komited membela kepentingan rakyat di Malaysia dan sama-sama membangunkan kembali negara berlandaskan kepada keadilan. Dr Mohamed Al-Badie’ juga turut menjelaskan bahawa Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman. Mereka mahu merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah-guna kuasa yang berlaku di sana walaupun kini terpaksa berhadapan dengan tentera yang disokong oleh kuasa besar Barat. Bagi Ikhwan, agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus. Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut. Sementara itu Dr. Syed Azman menyatakan bahawa "PAS akan terus komited menjalinkan hubungan dua hala yang lebih rapat dengan parti politik baru Ikhwan ‘Al-Hurriyat Wal Adalah’ (Parti Kebebasan dan Keadilan). "Kita juga akan bertukar-tukar pengalaman dalam proses demokrasi, persiapan pilihanraya serta bagaimana cara menghadapi manipulasi dan penipuan pilihanraya”. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini. Sumber HD : 20/04/2012 Calon Ikhwan FJP dahului pilihan raya Presiden Mesir
(Dr Syed Azman berdiri di depan barisan rakyat Mesir yang sedang berpesta mengundi buat pertama kalinya) Hari ini merupakan hari kedua Pilihanraya Presiden Mesir. Setakat ini ianya berjalan dengan penuh tenang dan aman dengan undi luar memberikan kemenangan kepada calon Ikhwan dari FJP. Adalah dijangkakan proses pembuangan undi buat lebih 50 juta rakyat Mesir akan terus berjalan lancar bagi memilih Presiden Mesir pertama kali setelah kejayaan revolusi 25 Januari yang yang telah menumbangkan rejim Hosni Mubarak. Pada hari kedua ini saya berada bersama beberapa pemerhati pilihanraya telah melawat tempat membuang undi di kawasan Asyar yang terletak di pinggir Kota Kairo. Proses pengundian yang berjalan selama 2 hari kini semakin menjelaskan pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak. Seramai 13 senarai calon yang bertanding tetapi empat calon yang paling popular setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Shafik. Bekas Presiden Amerika, Jimmy Carter dan pemerhati antarabangsa dari Carter Center kini berada di Mesir untuk menyaksikan pilihanraya bersejarah ini, sepertimana beliau juga ke Gaza untuk menyaksikan Pilihanraya Parlimen Palestin pada 25 Januari 2006 yang berakhir dengan kemenangan HAMAS. Setakat ini proses undian berjalan lancar di mana setiap pengundi di wajibkan ‘celup jari’ bagi meengelakkan ‘pengundi hantu’ dan penipuan. Sementara itu hakim-hakim yang diikitiraf telah dilantik bagi menyelia proses pengundian di tempat-tempat mengundi. Bagi menjaga keamanan dan keselamatan setiap tempat pengundian, puluhan ribu yang terdiri dari kalangan anggota tentera dan polis telah dikerahkan untuk berkawal dalam tempoh dua hari ini. Bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan, Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri, sambil diperhatikan oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yng bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian. Inilah catatan awal perjalanan pilihanraya yang sedang berjalan sekarang ini. Bagi keputusan pilihanraya Presiden bagi rakyat Mesir yang menetap di luar negara, Dr. Mohamad Mursi dari FJP telah mendapat tempat pertama dengan lebih 37% undi dan Dr Abd Mun’im mendapat tempat kedua dengaan 27% undi. Calon-calon lain tidak mendapat undi yang banyak dalam pemilihan ini. Pencapaian awal Dr. Mursi ini mungkin menjadi indikator positif kepada calon Ikhwan Muslimin dalam menentukan keputusan penuh pilihanraya Presiden Mesir yang sedang berjalan ini. ------------------------------------------------------ Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 24/05/2012 Mesir: Undi mula dikira, calon Ikhwan di depan
Setelah tamatnya tempuh mengundi pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi kini sedang berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir dengan calon Ikhwan berada di depan.
Parlimen Mesir baru-baru ini telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. (Penulis di depan poster-poster kempen Presiden Mesir) Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi disepanjang tempoh pengundian. Keputusan awal yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi sedang mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan dari 6661 daerah mengundi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 30.8% undi, calon bebas Dr Mon’im Abol Foutuh mendapat 17.7% undi, calon tajaan bekas rejim Mubarak Ahmed Syafik mendapat 22.5% undi, Hisham Sabahi 20.7% undi dan calon yang mendapat banyak sokongan kuasa Barat Amar Mousa mendapat 11.9% undi. Proses penggiraan undi yang sedang berjalan ini semakin menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak. Setakat ialah Dr Mohammad Morsy dari parti FJP Ikhwan Muslimin, Dr Mon’im Aboul Futuh yang juga merupakan bekas pimpinan Ikhwan Mesir dan dua calon tajaan saki-baki rejim Mubarak iaitu ‘Amru Musa dan Ahmad Shafik sedang bersaing di kebanyakan daerah mengundi. Pada hari ketiga ini saya berada bersama beberapa pimpinan Ikhwan dari Freedom and Justice Party (FJP) di pejabat media Dr. Mohamad Morsi yang terletak di tengah-tengah Kota Kairo. Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang di terima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai para pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP. Ya, keputusan awal ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi di hadapan bakal akan menjadi ‘mimpi nyeri’ bagi kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel yang berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini. (Bertemu dengan Setiausaha Agung FJP, Dr Ahmed Solaiman) Ahmad Syafik dan Amr Mousa telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan Dr. Morsi terutamanya, telah cuba di ‘blackout’ dengan menafikan publisiti kepada beliau. Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin ini telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan mereka banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan facebook. Begitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat Ikhwan di seluruh mesir setakat ini menampakkan hasil yang positif. Keputusan rasmi penuh hanya akan di umumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang di dapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang yang di sanjung Barat. Kemenangan Ikhwan akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. -------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS dan Adun Batu Burok, Terengganu. Hubungi beliau melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 25/05/2012 Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak
KAHERAH: Tempoh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi.
Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian. Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini. (Gambar: Penulis bersama Dr Waleed El-Hadad, jurucakap Hal Ehwal Luar Ikhwan.) Adalah dianggarkan lebih 50 peratus penduduk mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat demikian walaupun Suruhanjaya Pilihanraya belum menyiarkan angka rasmi. Bagi keputusan tidak resmi, Dr. Mohamad Morsi dianggarkan telah memperolehi 27.8% undi, Ahmad Syafik memperolehi 24.6% undi dan di ikuti oleh Hamdeen Sabahi, tokoh berhaluan kiri 18.3% undi dan Dr. Abul Futouh dengan 17.6%. undi. Calon yang banyak mendapat sokongan Kuasa Barat Amar Mousa jauh ketinggalan dengan hanya mendapat kurang dari 10% undi. Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo. Suasana penyokong Ikhwan nampaknya amat ceria dan rata-rata menyatakan bahawa mereka kini cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya Presiden pusingan kedua ini. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Waleed El-Haddad, jurucakap Hal ehwal luar Ikhwan Muslimin dan Dr. Ahmed Hamdy, jurucakap resmi parti FJP. Sementara itu, Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamad Morsi turut menyatakan bahawa FJP kini bersedia untuk memimpin rakyat Mesir ke arah politik baru bagi membangun masa depan Mesir yang lebih adil. Beliau turut mempertegaskan bahawa rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak. Lebih menggembirakan lagi apabila Dr. Moneim Abul Futouh yang merupakan bekas pimpinan Ikhwan Muslimin dalam ucapan awal setelah menerima keputusan kekalahan telah secara terbuka menyeru rakyat Mesir agar memberi sokongan penuh kepada calon FJP Dr. Mohamad Morsi. Dr. Abul Futouh juga mahukan rakyat Mesir menolak terus calon 'Feloul' Ahmed Syafik yang dilihat merupakan rangkaian rejim Mubarak dan tangan beliau penuh dengan darah-darah kekejaman terhadap para pejuang kebangkitan rakyat Mesir. Ya, keputusan tidak resmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi berhadapan dengan calon ‘Feloul’ Ahmad Syafik di jangka akan berlangsung sengit. Libih-lebih lagi Ahmed Syafik disokong penuh oleh pihak tentera dan saki-baki penyokong Mubarak serta Kuasa Besar Barat dan sekutunya Israel. Mereka akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel’ serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak. Keputusan resmi penuh hanya akan diumumkan pada Selasa depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Saya yakin Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah kemenangan awal calon Ikhwan Muslimin. Kemenangan Ikhwan ini jugalah akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada Pas bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. Sumber HD : 27/05/2012 P’raya Presiden melakar masa depan baru Mesir
Setelah tumbangnya kerajaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak pada revolusi Januari 2011, kini rakyat Mesir berpeluang untuk membuat pilihan secara bebas dalam pilihanraya presiden. Ia merupakan ujian yang besar untuk melihat sama ada kebangkitan di Tahrir Square itu benar-benar membuahkan hasil dengan tamatnya riwayat rejim lama yang autokratik dan membina sebuah negara baru yang lebih demokratik.
Keputusan rasmi pilihanraya yang baru diumumkan menunjukkan calon Freedom and Justice Party (FJP), Dr Mohammed Mursi mendahului dengan meraih 24.4% bersamaan 5 764 952 undi manakala calon Pro-Mubarak, Ahmed Shafiq mendapat 23.3% undi. Ia diikuti dengan tokoh sosialis, Hamdin Sabahi daripada Parti al Karamah yang mendapat 23.3% undi manakala calon bebas yang juga merupakan bekas ahli Ikhwanul Muslimin, Abdul Moneim Aboul Futuh pula memperoleh 17.2% undi. Berikutan daripada tidak ada calon yang memperoleh sokongan melebihi 50% maka pusingan ‘run-off’ perlu diadakan. Pertembungan sengit dijangka akan berlaku antara Dr. Mursi dan Shafiq. Keputusan ini agak mengecewakan bagi aktivis pro-demokrasi kerana calon pilihan mereka iaitu Sabahi dan Abdul Moneim gagal ke pusingan seterusnya. Ia juga mengejutkan sesetengah pihak bagaimana Shafiq yang pernah menjawat jawatan Perdana Menteri ketika di hujung pemerintahan Mubarak itu boleh mendapat undi yang besar sekaligus layak ke pusingan penentu pada pertengahan Jun nanti. Pilihanraya presiden yang turut dipantau oleh mantan Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter ini begitu signifikan buat rakyat Mesir kerana ia merupakan titik-tolak untuk mereka memilih Presiden baru yang akan mengetuai negara setelah 30 tahun diperintah oleh diktator daripada kalangan tentera. Hasil daripada revolusi yang berlaku menunaskan harapan yang menggunung tinggi dalam jiwa sanubari rakyat untuk melihat negara Mesir yang baru. Namun, jalan itu penuh berliku dan ia tidaklah seindah yang diimpikan bak kata pepatah “ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari”. Sehingga ke hari ini, Mesir masih ditadbir oleh Supreme Council of the Armed Forces (SCAF), yang diketuai oleh Jeneral Muhammad Hussein Tantawi. Sebagaimana yang diketahui ramai, institusi tentera Mesir merupakan antara saki-baki pewaris Mubarak yang senantiasa berusaha melemahkan kebangkitan rakyat. Keamanan dan kestabilan masih belum dapat diwujudkan dengan sempurna. Kadar jenayah terus meningkat, ekonomi negara masih di tahap merudum dan sistem perkhidmatan awam tidak berfungsi dengan baik. Demonstrasi diadakan bersilih-ganti dan adakalanya berlaku pertempuran antara rakyat dan juga polis atau tentera. Rakyat terus mendesak Jeneral Tantawi agar segera menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat. SCAF terus berdalih dan berjanji kuasa hanya akan diserahkan kepada Presiden yang baru pada 1 Julai nanti. Ironinya, Presiden yang bakal menang kelak masih belum mengetahui kuasa yang akan diberikan mengikut perlembagaan. Hal ini kerana perlembagaan yang baru masih belum disiapkan. Jawatankuasa penggubal perlembagaan yang majoritinya dikuasai oleh blok Islamis itu telah diboikot oleh blok liberalis dan ia telah digantung oleh Mahkamah Agung kerana dikatakan tidak mewakili pelbagai lapisan rakyat. Timbul kerisauan di kalangan umum sekiranya perlembagaan yang baru kelak akan memberi kuasa yang besar kepada golongan tentera. Kebimbangan ini ada asasnya apabila baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri kerajaan sementara telah mengusulkan agar tentera mendapat bajet yang khusus yang tidak boleh disemak oleh parlimen. Antara dua isu penting yang menjadi bahan kempen pilihanraya presiden ini ialah isu ekonomi dan keamanan. Taraf ekonomi Mesir yang sememangnya telah merudum sebelum berlaku revolusi kini masih belum pulih. Hampir separuh rakyat hidup di bawah paras kemiskinan, kadar pengangguran mencecah 25% dan kejatuhan kadar tukaran matawang asing. Timbul juga persepsi bahawa Mesir telah menjadi semakin tidak aman dan huru-hara semenjak revolusi. Demonstrasi mingguan itu kadangkala bertukar ganas seperti yang berlaku pada awal bulan ini di hadapan Kementerian Pertahanan. Kerajaan Sementara juga tidak mendedahkan statistik kadar jenayah yang dikatakan terus meningkat termasuklah kes bunuh, rogol dan rompakan. Walaupun undian umum media Mesir menjangkakan mantan Presiden Liga Arab, Amir Moussa yang akan mendahului dalam pemilihan pusingan pertama ini tetapi keputusan sebenar menunjukkan beliau hanya mampu berada di tempat kelima. Ada yang menganggap Dr. Mursi calon ‘spare part’ dan hanya pengganti kepada calon asal, Khairat Shater namun hasil kerja keras kempen partinya yang bertemakan “Islam is the Solution” telah membuahkan hasil. Sepanjang tempoh kempen Dr. Mursi menjadikan Renaissance Project sebagai agenda utama buat rakyat seandainya dipilih sebagai presiden kelak. Lain pula kisah Shafiq yang digelar ‘feloul’ kerana pernah terlibat sama dalam rejim Mubarak. Shafiq tampil dalam kempen sebagai calon underdog yang lemah dan cuba meraih simpati ramai. Fokus kempennya pula berkisar pada pentingnya untuk mencegah kuasa golongan Islamis daripada terus melebar dan jaminan untuk mengembalikan kestabilan negara. Sokongan besar yang beliau perolehi ialah undi daripada golongan Kristian koptik yang risau akan kebangkitan Islam, golongan kroni Mubarak yang ingin terus mendapat manfaat, golongan polis dan tentera serta masyarakat umum yang sudah keletihan dalam mencari keamanan pasca revolusi. Antara isu lain yang menjadi tumpuan ialah polisi antarabangsa khususnya melibatkan Israel dan Amerika Syarikat. Israel pasti mengalami mimpi ngeri seandai negara jirannya ini diperintah oleh gerakan Islam yang berpengaruh, Ikhwanul Muslimin. Dr. Mursi berjanji untuk mengkaji semula Perjanjian Kem David 1979 manakala Shafiq awal-awal lagi akan terus mengekalkan perjanjian sedia ada. Kemenangan gerakan Islam juga akan turut memancarkan sinar harapan baru buat rakyat Palestin khususnya di Gaza. Manakan tidak, adalah menjadi kewajipan setiap Muslim untuk membantu saudara seakidahnya dan membebaskan kembali tanah suci Masjidil Aqsa daripada Zionis Yahudi yang kejam itu. Masa depan politik Mesir masih belum dapat dijangkakan dengan tepat kerana situasi semasa menunjukkan jalan berliku ini tetap perlu dilalui samada calon Islamis yang menang mahupun pewaris Mubarak yang menang. Berlakunya polarisasi di kalangan pengundi antara dua kepentingan samada menerima calon Ikhwanul Muslimin yang lebih cenderung untuk melaksanakan syariah atau memilih calon yang pernah bersekongkol dengan Mubarak. Kemenangan Shafiq pasti akan meleburkan kembali semua impian mereka yang menginginkan Mesir yang baru. Revolusi 2011 yang telah mengorbankan 1000 nyawa itu tidak sewajarnya berakhir dengan sebegitu rupa. Pengorbanan mereka yang tak ternilai harganya itu tidak sewajarnya dibayar dengan memilih untuk kembali kepada pemerintahan silam. Sesungguhnya cabaran besar sedang menanti Presiden dan kerajaan yang baru untuk menyatukan kesemua rakyat sama ada Muslim, Kristian, liberalis dan golongan kiri di bawah satu lembayung pemerintahan baru Mesir. Kini, amanah besar sedang digalas oleh setiap rakyat Mesir untuk melakar masa depan mereka sendiri. Janganlah pula tersilap langkah kerana buruk padah pasti menanti bak kata pepatah “terlepas mulut harimau, masuk mulut buaya”. Sungguhpun golongan liberalis berpendapat pusingan run-off ini adalah the worst-case scenario yang membuatkan mereka terpaksa memilih antara dua persimpangan namun bagi kita semua yakinlah bahawa hanyalah Islam ad-Din yang akan menjadi penyelamat bukan sahaja di dunia mahupun akhirat sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran ayat 85 yang bermaksud: “Barangsiapa yang mencari agama (ad-Din) selain daripada Islam maka ianya tidak sesekali akan diterima dan di akhirat kelak tergolong dalam golongan yang rugi.” Syed Ahmad Fadhli Syed Mahmad Hadzari ialah mahasiswa tahun 3 jurusan Sains Politik, UIAM. Sumber HD : 29/05/2012 Calon Ikhwan berdepan dengan penipuan di Mesir
(Penulis [kanan] berbincang dengan Setiausaha Agung FJP) KAHERAH: “Keputusan mahkamah hari ini adalah malapetaka besar kepada setiap rakyat Mesir. Revolusi rakyat yang dilakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan kini mahu dirampas kembali oleh saki-baki rejim Mubarak”. Begitulah ungkapan Setiausaha Agong parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin, Dr. Ahmed Solaiman kepada saya apabila mendapat berita bahawa Mahkamah Perlembagaan Mesir membuat keputusan menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bagi bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini. Pada hari ini juga, Mahkamah Perlembagaan Mesir juga telah mengambil keputusan untuk membatalkan keputusan pilihanraya Parlimen di lebih 30 peratus kawasan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini. Pembatalan ini dilakukan keatas kerusi Parlimen yang kebanyakannya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi. (Penulis berbincang dengan anak muda penyokong FJP di Kaherah) Namun setakat ini, walaupun ada ura-ura penarikan diri dari bertanding, calon dari FJP, Dr. Mohamad Morsi masih lagi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua pilihanraya Presiden yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini. Dalam pusingan pertama, adalah dianggarkan hampir 45 peratus penduduk Mesir telah keluar mengundi di kalangan 50 juta pengundi yang layak berbuat dimana Dr. Mohamad Morsi telah memperolehi 24.8% undi dan Ahmad Syafik memperolehi 23.6% undi. Semasa penulis menziarahi Markaz parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin yang terletak di tengah-tengah kota Kairo, suasana agak tenang wlaupun mereka baru sahaja mendapat berita keputusan Mahkamah Perlembagaan itu. Kesempatan ini juga di ambil untuk bertemu dan berbincang dengan Dr. Ahmed Soleiman yang merupakan Setiausaha Agong FJP. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha sedang dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini. Menurut Dr. Ahmed Solaiman lagi; “mereka sedang merancang penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan Ahmed Syafik. Rakyat Mesir mesti menolak calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibat secara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak,” tegas beliau. Keadaan ini lebih genting lagi apabila Ahmed Syafik turut disokong penuh oleh pihak tentera serta kuasa besar Barat dan sekutunya Israel yang begitu bimbang dengan kemungkinan kemenangan calon dari Ikhwan Muslimin. Mereka yang turut dibantu oleh hampir seluruh media antarabangsa seperti BBC, CNN dan Al Arabia sedang merancang dan akan menggunakan apa cara sekalipun bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka akan menang dalam pilihanraya ini. Ini amat penting kepada mereka terutamanya bagi menjamin ‘keselamatan’ Israel serta perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak. Keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini juga adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam. Namun saya yakin Ikhwan bersiap untuk berhadapan dengan apa jua kemungkinan termasuk juga penipuan pilihanraya secara besar-besaran yang sedang dirancang ini. Mereka tetap yakin dengan ‘Kuasa Rakyat’ untuk menumbangkan calon ‘feloul’ ini walaupun berhadapan dengan penipuan ini. Kemenangan calon Ikhwan ini akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU -13 akan datang di negara kita Malaysia. ----------------------------------------------------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS yang kini berada di Mesir sebagai pemerhati pilihan raya. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter: @syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 15/06/2012 Pengundian bermula pilih presiden baru Mesir
(Penulis bersama rakyat Mesir berkempen memilih Presiden baru mereka) Setelah tamatnya tempuh berkempen bagi pilihanraya Presiden pusingan kedua tengah malam semalam, hari ini bermulanya proses pengundian bagi setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir. Adalah dijangkakan lebih 60 peratus penduduk Mesir akan sekali lagi keluar mengundi dari kalangan 50 juta pengundi yang layak mengundi. Proses pengundian pusingan kedua ini meletakkan calon dari Freedom and Justice Party (FJP), Dr. Mohamad Morsi bersaing sengit dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak. Proses pengundian pusingan kedua ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 16 hingga 17 Jun. (Kasut untuk Ahmad Syafik) Namun proses pengundian pusingan kedua ini di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah menerima pencalonan Ahmad Syafik sebagai calon yang ‘sah’ bertanding dalam pilihanraya Presiden yang sedang berjalan ini. Begitu juga dengan keputusan Mahkamah membatalkan pilihanraya Parlimen yang di adakan baru-baru ini di mana majoritinya di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi. Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia dianggap sebagai suatu percubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti hakim-hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak. Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untukmerampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan. Begitu juga pihak tentera SCAF yang melakukan pelbagai usaha dan cara bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka Ahmad Syafik akan menang dalam pilihanraya ini. Syafik juga telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan dari FJP, Dr. Mohamd Morsi pula,telah diberikan pelbagai publisiti negatif dan diserang secara bertubi-tubi. Menurut Setiausaha Agong FJP, Dr. Ahmed Solaiman, akan tetap ada usaha dan perancangan penipuan besar-besaran bagi memastikan kemenangan calon 'feloul' Ahmed Syafik ini yang terlibatsecara langsung dalam jenayah kekejaman sepanjang pemerintahan rejim Mubarak dan turut menjadi sebahagian dari pimpinan rejim Mubarak. (Rakyat Mesir berkempen) Namun beliau yakin bahawa kekuatan jentera pilihanraya dari calon FJP akan dapat menyekat penipuan besar-besaran serta dapat menyaingi jentera Ahmad Syafik yang didokong oleh pihak tenteraSKAF dan saki baki penyokong Mubarak. Pemuda-pemuda FJP kini bersiap menjaga setiap peti undi dari dicemari dan mereka terus berkempen dengan menggunakan media baru seperti Twitter dan facebook mengajak semua pihak termasuk golongon muda revoluser untuk keluar mengundi. Begitu juga dengan kempen dari rumah kerumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh Mesir bagi mengajak rakyat Mesir keluar beramai-ramai untuk mengundi Dr. Mohamad Morsi bagi menolak calon ‘feloul’ Ahmad Syafik. Keputusan tidak resmi hanya dijangka akan dapat diketahui pada malam Ahad ini. Walaupun berhadapan dengan keadaan yang genting, parti FJP tetap berkeyakinan bahawa ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat mengalahkan saki-baki penyokong Mubarak yang masih menguasai hampir setiap institusi di Mesir termasuk polis dan tentera. -------------------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter:@syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 16/06/2012 Mesir: Undi automatik, celup jari jalan lancar
Proses pengundian bagi setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir berjalan tenang bermula pada pagi Sabtu ini. Adalah dijangkakan lebih 60 peratus penduduk seluruh Mesir dari kalangan 50 juta pengundi yang layak mengundi secara automatik setelah melepasi usia 18 tahun akan sekali lagi membuang undi bagi memilih Presiden yang baru selepas jatuhnya rejim Hosni Mubarak.
Secara umumnya proses pendaftaran undi secara automatik ini banyak menyelesaikan pelbagai masalah seperti yang berlaku di negara kita. Rakyat Mesir tidak perlu bersusah payah mendaftar undi melalui SPR. Mereka secara automatik menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun. Setiap pengundi pula hanya perlu membawa kad pengenalan mereka di tempat mengundi dan mereka di periksa pengesahan layak mengundi berpandukan nama yang ada dalam pendaftaran pengundi secara automatik setelah mencapai usia 18 tahun. Walaupun pengundi yang layak mengundi di anggarkan lebih 50 juta, proses pendaftaran undi secara automatik juga banyak menyelesikan masalah seperti yang berlaku di negara kita Malaysia. Ia dapat mengurangkan isu seperti semakan nama pengundi yang terpaksa di buat oleh setiap parti yang bertanding di bawah ‘pondok panas pengundi’, nama pengundi yang hilang dan pendaftaran nama yang bertindih. (Rakyat Mesir dari pelbagai golongan mengundi untuk memilih presiden baru mereka) Begitu juga dengan proses ‘celup jari’ yang dapat memastikan setiap pengundi hanya mengundi satu kali sahaja dan dapat menyelesaikan isu membuang undi dua kali dan pengundi hantu seperti yang sering berlaku di negara kita. Di Mesir, setiap pengundi yang telah membuang undi di wajibkan mencelup jari mereka bagi menandakan bahawa mereka telah selesai membuang undi. Malah, Parlimen Mesir baru-baru ini juga telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian. Namun proses pengundian pusingan kedua ini calon dari Freedom and Justice Party (FJP), Dr. Mohamed Morsi terpaksa berhadapan dengan cabaran besar kemungkinan penipuan yang dilakukan oleh golongan yang setia kepada bekas Presiden Mubarak. Begitu juga pihak tentera SCAF yang melakukan pelbagai usaha dan cara bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka Ahmad Syafik akan menang dalam pilihanraya ini. Syafik juga telah diberikan pelbagai publisiti oleh media barat terutamanya BBC dan CNN ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Namun pimpinan FJP telah mengambil pendekatan ‘kalahkan fuloul saki-baki Mubarak melalui peti-peti undi’. Mereka tetap yakin bahawa kekuatan jentera pilihanraya daricalon FJP akan dapat menyekat penipuan besar-besaran serta dapat menyaingi jentera yang didokong oleh pihak tentera SCAF dan saki baki penyokong Mubarak. Pemuda-pemuda FJP kini menjaga setiap peti undi dari dicemari. Keputusan tidak resmi hanya dijangka akan dapat diketahui pada malam Ahad ini. Walaupun berhadapan dengan penipuan, FJP tetap berkeyakinan bahawa ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat mengalahkan saki-baki penyokong Mubarak yang menguasai hampir setiap institusi di Mesir termasuk polis dan tentera. Sama-sama kita tunggu dan lihat... --------------------------------------------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter:@syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 17/06/2012 Calon Ikhwan menang p'raya Presiden Mesir
KAHERAH: Setelah tamatnya tempoh mengundi pada jam 10 malam, proses pengiraan undi pusingan kedua pilihan raya Presiden terus berjalan di setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir.
Ia berjalan lancar dan tidak ada sebarang kekacauan besar yang dilaporkan berlaku setakat ini di seluruh Mesir. Akan tetapi pertandingan pusingan kedua ini telah menyerlahkan lagi pertembungan sengit antara calon dari gerakan Islam Ikhwan Muslimin dengan calon yang ditaja dari saki-baki pimpinan rejim Mubarak serta pihak tentera SCAF. Proses pengiraan undi berjalan lancar terutama apabila baru-baru ini Parlimen telah mengeluarkan ketetapan bahawa hendaklah dibuat kiraan undi tempat undian itu sendiri bagi lebih menjamin ketelusan dan mengelakkan sebarang penipuan. Proses pengiraan ini dikawal selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding. Salinan keputusan di peti undi tersebut diberi kepada setiap wakil calon dengan ditandatangani sendiri oleh seorang hakim yang memang menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian. Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak rasmi mendapati Dr Mohamad Morsi mendapat 52.5% undi iaitu lebih 12.7 juta undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 47% undi dengan 11.3 juta undi dan ketinggalan lebih satu juta undi di belakang Dr. Morsi. Suasana di pejabat FJP nampaknya ceria dengan berita yang diterima setiap minit tentang keputusan bilangan undi yang banyak memihak kepada calon mereka Dr. Morsi. Pemuda-pemuda Ikhwan yang menjadi tenaga penting sepanjang pilihanraya ini kelihatan amat sibuk menyediakan bahan-bahan media dan juga melayan ramai pemberita-pemberita tempatan dan antarabangsa yang berkumpul di pejabat FJP. Ya, keputusan tidak rasmi ini yang meletakkan calon Ikhwan Dr. Mohamad Morsi menang sebagai Presiden pertama dalam sejarah Mesir yang dipilih secara demokratik oleh rakyat. Kemenangan ini juga bakal menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi Kuasa Barat yang selama ini menjadikan rejim Mubarak sebagai alat bagi melindungi Israel dan menjaga kepentingan strategik mereka di Timur Tengah. Begitu juga dengan saki-baki rejim Mubarak yang masih dapat memperalatkan institusi kehakiman dan polis serta pihak tentera SCAF yang banyak melakukan tindakan bertentangan dengan perlembagaan Mesir sendiri bagi melindungi kepentingan kedudukan mereka. Seperti yang telah dimaklumi, Parlimen Mesir baru sahaja dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Mesir dan pihak tentera SCAF terus membubarkan Parlimen dengan kuasa yang ada pada mereka. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengisytiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF. Dari pengamatan saya sepanjang kempen pilihanraya Presiden berjalan, kuasa-kuasa besar Barat serta sekutunya Israel telah berusaha keras dengan menjalankan pelbagai propaganda jahat bagi memastikan calon ‘tajaan’ mereka menang dalam pilihan raya ini. Ahmad Syafik telah diberikan pelbagai publisiti besar oleh media yang masih dikuasai oleh saki-baki pro-Mubarak. Ia juga turut dibantu oleh media barat terutamanya BBC dan CNN yang melebalkan Syafik ‘sebagai calon penyalamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Calon Ikhwan FJP Dr. Mohamad Morsi pula, telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta. Namun kekuatan jentera pilihanraya dari calon Ikhwan Muslimin perlu diberikan pujian. Mereka telah berjaya menyaingi jentera media barat ini dengan banyak menggunakan kempen melalui media baru seperti Twitter dan Facebook. Bgitu juga dengan kempen dari rumah ke rumah yang dijalankan oleh pemuda dan muslimat ikhwan di seluruh pelosok Mesir tanpa mengenal penat dan lelah telah menampakkan hasil yang positif. Keputusan rasmi penuh hanya akan diumumkan pada Khamis depan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir. Namun keputusan tidak rasmi yang didapati setakat ini menunjukkan bahawa Mesir selepas kejatuhan rejim zalim Mubarak akan terus berubah dengan “Kuasa rakyat’ akan terus memimpin. Masa depan Ikhwan Muslimin dan gerakan Islam adalah cerah setelah mereka kini dapat sedikit bernafas dengan bebas dan telus di medan demokrasi yang disanjung Barat. Kemenangan calon Ikhwan ini juga akan juga menjadi inspirasi dan semangat kepada PAS bagi menghadapi PRU13 akan datang di negara kita Malaysia. Tahniah Dr. Morsi... Sumber HD : 18/06/2012 Morsy tinggal FJP dan Ikhwan, jadi presiden untuk semua
KAHERAH: Presiden baru Mesir, Dr Mohamed Morsy (gambar) meletakkan semua jawatannya dalam FJP dan Ikhwanul Muslimin Mesir bagi membolehkan beliau menjadi presiden kepada semua rakyat Mesir.
Langkah yang disifatkan sebagai satu tindakan berani ini bertujuan membolehkan beliau diterima sebagai pemimpin untuk semua rakyat Mesir tanpa mengira parti atau kumpulan rakyatnya. Di Dataran Tahrir, ribuan rakyatnya meraikan kemenangan Morsy, jurutera yang mendapat pendidikan dari Amerika itu, dengan menyifatkan kemenangan ini sebagai berakhirnya regim Mubarak secara rasmi. Namun, kebimbangan terus disuarakan pelbagai pihak apabila tentera Mesir melalui Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) dua hari sebelum mengundi membuat peraturan untuk menghadkan kuasa ketua negara yang bakal diambil Morsy. Golongan Islam dan Liberal terus menentang tindakan ini dan menyifatkan ia satu "military coup". "Tentera mengalihkan kuasanya kepada tentera," menjadi tajuk muka depan akhbar bebas, al-Masry al-Youm. Dalam pengundian pusingan kedua untuk jawatan presiden ini, Morsy mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir terakhir di era Mubarak, Ahmed Shafik dengan undi 52 berbanding 48 peratus dari kalangan 50 peratus pengundi yang keluar mengundi. (Antara ribuan rakyat Mesir yang memenuhi Dataran Tahrir bagi meraikan kemenangan Morsy) Shafik adalah bekas Ketua Tentera Udara Mesir sebelum dilantik menjadi perdana menteri terakhir oleh Mubarak. Tindakan tentera mengisytiharkan kuasa ketua negara yang terhad adalah satu tindakan yang mencabar demokrasi yang cuba mahu bertunas di negara itu. "Tindakan yang mengganggu demokrasi dan revolusi," kata bekas diplomat dan juga pemenang anugerah Nobel, Mohamed ElBaradei melalui Twitternya. Sementara itu, kemenangan Ikhwan selepas puluhan tahun dibentuk disambut dengan penuh kegembiraan oleh gerakan Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia. (Dr Syed Azman, Penolong Setiausaha Agung PAS yang menjadi pemerhati pilihan raya turut meraikan kegembiraan rakyat Mesir) Namun ia disambut dengan penuh curiga oleh kumpulan sekular termasuk negara-negara barat yang bimbang dengan brand Islam Ikhwan. "Saya mengundi Morsy tetapi saya tidak boleh kata saya gembira dengan kemenangannya, " kata seorang penganggur, Mohamed Mahmoud, 28 sebagaimana dilaporkan Reuters. "Saya masih takut kedua-duanya dan apa yang mereka akan buat. Saya tidak mahu negara Islam atau negara baru Mubarak," kata beliau merujuk kepada Morsy yang mewakili kumpulan Islam dan Shafik yang mewakili Mubarak. Sumber HD : 18/06/2012 P'raya Presiden: PAS ucap tahniah kepada Ikhwan
KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir semalam. Tuan Guru juga turut mengucapkan tahniah kepada pengundi-pengundi Mesir yang memilih calon Ikhwan, sebagai Presiden baru, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin. Kemenangan itu juga turut mencipta rekod baru apabila buat julung kalinya presiden dari Ikhwan memangi pilihanraya itu selepas 83 tahun perjuangannya. “Saya sendiri akan menunaikan solat sunat syukur dua rekaat tengahari ini dan insyaallah malam nanti saya akan meneruskannya pula di rumah. “Saya juga berdoa dan berharap semoga umat Islam di seluruh dunia termasuk pejuang Islam di Malaysia menunaikan solat sunat yang sama bagi melahirkan rasa syukur di atas kemenangan itu,” ujarnya. Katanya, semoga dengan cara itu akan mempertingkatkan lagi hubungan dan kekuatan kepada perjuangan Islam di dunia ini, termasuk Malaysia. Katanya, tidak ada orang Islam di muka dunia ini yang tidak gembira dengan kemenangan Ikhwan Muslimin di bawah partinya (Kebebasan dan Keadilan). Katanya, walaupun selepas 83 tahun Asyahid Hassan Al-Banna meninggal dunia setelah ditembak di siang hari sehingga tidak ada orang yang berani mengangkat mayatnya ketika itu, akhirnya perjuangan itu menang juga. Kata Tuan Guru, usaha ‘juak-juak’ sekular seperti CNN, Reuters, bekerja keras untuk menangkan calon mereka akhirnya tewas juga. Dengan kemenangan Ikhwan, beliau berkeyakinan ianya akan terkesan di Malaysia di mana perjuangan Islam di Negara ini juga akan menemui kemenangan. “Dengan dunia tanpa sempadan ini manusia dapat melihat secara terus apa yang berlaku tanpa ditapis,” jelasnya. Sambungnya, walaupun perjuangan Islam di Malaysia tidak bebas akibat ditekan dan dikongkong, apa lagi tidak mempunyai media, namun dengan langit tanpa sempadan itu, ianya akan membantu kemenangan PAS di Malaysia. Tuan Guru berpendapat kemenangan itu sudah tentu pengundi Mesir mendapat hidayah dari Allah selepas rakyat mereka selama ini dibunuh, dikurung dalam penjara. “Pelbagai seksa di bawah kerajaan Mesir yang terdahulu, Jammal Abdul Nasir, Anwar Saddat, Hosni Mubarak. “Mereka membuat macam-macam pada pejuang ikhwan ada yang dibakar janggutnya supaya janggut hilang dan kulit melecur,” ujarnya. Katanya, tindakan itu tidak ubah seperti zaman firaun yang melakukan kepada pengikut Nabi Musa. Sambungnya kekayaan manusia tidak sama dengan kesempurnaan Allah yang memiliki segala-galanya. Tuan Guru seterusnya berkata, Shah Iran merupakan pemimpin yang terkaya dunia zaman pemerintahannya, namun tidak mempunyai zuriat hasil perkahwinan dengan isterinya Surayya. “Suraya dan Shah Iran tidak mempunyai zuriat walaupun kaya sekalipun kerana tidak mampu membuat zuriat sendiri selain Allah,” ujarnya. Akibatnya, Shah Iran berkahwin lain dengan Farah Debba sehingga mendapat zuriat empat orang anak, tetapi kerajaan Shah diguling kemudiannya oleh komunis. Menurutnya pejuang Islam di seluruh dunia, seperti Ikhwan di Mesir, PAS di Malaysia, Masyumi di Indonesia dan lain-lain lagi pasti akan bertambah kuat dalam memperjuangkan kebenaran Islam walaupun ditentang pelbagai cara di tempat masing-masing. Malah, katanya bukan itu sahaja kebangkitan Islam di Eropah juga semakin meningkat. Sumber HD : 18/06/2012 PRU Mesir: Pertarungan sengit Islam dan tentera
(Penulis bersama rakyat Mesir yang gembira menyambut kemenangan Islam) Sah! Keputusan tidak resmi yang dikeluakan setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi. Keputusan awal tidak resmi mendapati Dr Morsi mendapat 13,254,558 (51.74%) undi manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak, Ahmed Syafik mendapat 12,358,594 (48.25%) undi dengan ketinggalan hampir satu juta undi di belakang Dr. Morsi. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 25,613,152 juta iaitu hampir 46 peratus dari yang layak mengundi. Namun, ramai pemerhati berpandangan bahawa masa depan politik Mesir masih lagi samar-samar dan tidak menentu. Tindakan Mahkamah Perlembagaan Mesir untuk membatalkan semua keputusan awal pilihanraya Parlimen ke atas kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi serta pengisytiharan pembubaran Parlimen oleh pihak tentera Supreme Council of the Armed Forces(SCAF) telah menimbulkan keresahan banyak pihak bahawa telah berlaku ‘rampasan kuasa’ oleh pihak tentera. Dalam pilihanraya Parlimen yang telah diadakan pada tahun lepas kebanyakan kerusi telah dimenangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi. Setakat ini, walaupun ahli Parlimen tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen dan seluruh bangunan Parlimen telah di kawal ketat oleh tentera dengan menggunakan kereta kebal, pilihanraya Presiden peringkat kedua terus berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan yang berlaku. Calon Ikhwan, Dr. Mohaamed Morsi (gambar) dijangka akan di isytihar sebagai pemenang secara rasmi yang juga turut diperakui oleh hampir kesemua media di Mesir dan antarabangsa walaupun dengan majoriti yang agak tipis. Namun Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Al-Badae’ telah menyatakan bahawa pihak tentera SCAF tidak mempunyai kuasa bagi membubarkan Parlimen dan tindakan ini merupakan ‘rampasan Kuasa’ yang bertentangan dengan perlembagaan Mesir. Menurut beliau lagi “keputusan mahkamah Perlembagaan itu tidak bermakna pihak SCAF berkuasa bagi membubarkan Parlimen. Ia telah dipilih oleh seluruh rakyat Mesir dan perlu dihormati oleh semua pihak. Jika ini berterusan berlaku, bermakna tentera SCAF mahu membawa kembali Mesir kepada zaman Diktator dan pemerintahan kuku besi”. Dr. Mohamed Morsi pula menyatakan bahawa tindakan tentera SCAF membubarkan Parlimen adalah amat bahaya dan boleh menimbulkan ketidakstabilan kepada masadepan Mesir. Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha terus dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini. Menurut banyak pihak, pihak tentera SCAF mengambil tindakan drastik ini berpandukan kepada 3 sebab utama yang perlu mereka lindungi; pertamanya menjamin ‘imuniti’ diberikan kepada pihak tentera sekiranya berlaku peralihan kerajaan yang baru. Kedua, terus memberi jaminan agar segala kepentingan ‘ekonomi’ dan perniagaan yang dikuasai oleh pihak SCAF tidak diganggu gugat oleh kerajaan baru. Dan yang ketiganya memastikan bahawa SCAF tetap berkuasa bagi menentukan ‘keselamatan’ dan ‘pertahanan’ negara. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah juga melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir dalam tempuh 24 jam yang juga di lihat adalah untuk terus menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF. Pihak SCAF juga telah secara terbuka menyatakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi menghormati perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak. Perjanjian ini mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya dan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin ‘masadepan dan keselamatan’ Israel. Inilah realiti politik Mesir. Apa sahaja boleh berlaku dalam tempuh beberapa hari dan minggu ini. Apakah ada kemungkinan akan terbentuk sebuah kerajaan yang demokratik selepas pilihanraya Presiden? Atau apakah ada juga kemungkinan akan berlakunya ‘rampasan kuasa tentera’ bagi mengambil alih pemerintahan di Mesir? Namun keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam. Pertarungan di medan demokrasi antara kumpulan Islam dan tentera yang di sokong oleh kuasa Barat kini nampaknya berada di garisan terakhir. Parti Ikhwan FJP bersiap untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan termasuk konspirasi yang terancang bagi menafikan kuasa pada mereka. Mereka tetap yakin hanya dengan ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat berhadapan dengan kedudukan yang genting ini walaupun menghadapi saat yang kritikal ini. Sama-sama kita lihat natijah dan kesudahan penglibatan parti Islam dalam kancah demokrasi di Mesir ini... ------------------------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui Twitter:@syedazman e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk Sumber HD : 18/06/2012 Hormati keputusan majoriti rakyat Mesir
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mengambil maklum tentang kejayaan yang dilakar calon Parti Pembebasan dan Keadilan (FJP), Dr. Muhammad Morsi menerusi peratusan undi melebihi 50 peratus di dalam keputusan Pilihanraya Mesir yang paling mutakhir.
“Kami juga bersama dalam mengucapkan tahniah kepada Dr. Muhammad Morsi yang dipilih majoriti rakyat Mesir dan menyaksikan sokongan menyeluruh kumpulan konservatif dan juga kelompok sekular atas nama demokrasi,” ujar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Bukit Bendera dan Kuala Selangor, Nurul Izzah Anwar, Liew Chin Tong dan Dr Dzulkefly Ahmad dalam kenyataan bersama, hari ini. Kata mereka, keputusan itu dicatat oleh Parti FJP di dalam suasana tegang yang menyaksikan pengumuman Menteri Keadilan lantikan tentera Mesir yang mengumumkan darurat, justeru memberi kuasa penuh kepada Tentera Mesir sekaligus membubarkan parlimen. Pun begitu, ujar mereka dokongan dan undi majoriti yang masih diraih Dr. Morsi membuktikan iltizam warga Mesir untuk memilih kerajaan demokratik, bukannya sebarang regim yang masih berada di dalam genggaman ketenteraan. Menurut mereka lagi, pengumuman tentera Mesir juga tidak membantu kuasa parlimen Mesir untuk melakar deraf perlembagaan baru bagi negara tersebut, yang akhirnya merampas kuasa serta hak yang termaktub dalam mana-mana negara demokrasi. “Sehubungan dengan itu juga, KEADILAN, PAS dan DAP meminta pihak kerajaan Malaysia, Majlis Tertinggi Ketenteraan Mesir (SCAF) dan masyarakat antarabangsa secara keseluruhannya untuk menghormati keputusan majoriti rakyat Mesir dan tidak campur tangan demi memastikan ketenangan dan semangat demokrasi kekal bersinar di Mesir,” ujar mereka. Sumber HD : 20/06/2012 Morsi diisytihar menang Presiden Mesir
(Morsi selepas disytiharkan memenangi pemilihan Presiden Mesir kira-kira jam 10.40 malam waktu Malaysia) KAHERAH: Calon Ikhwanul Muslimin, Mohamed Morsi telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden negara itu. Pengisytiharan itu disambut jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tahrir dan bergemalah sahutan Allahu Akhbar. Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi. Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 million undi. Lebih 800,000 undi diisytiharkan tidak sah. Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir dalam satu ucapannya yang panjang sebelum memberikan keputusan. Beliau mempertahankan intergriti suruhanjaya yang dipengerusikannya. Ucapan Sulong Presiden Mesir : http://www.youtube.com/watch?v=pzs7R3lUeUQ&feature=g-all-lik Sumber HD : 24/06/2012 Malaysia didesak iktiraf Presiden baru Mesir
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak agar Kerajaan Malaysia segera mengiktiraf keputusan rakyat Mesir dan Dr Mohamed Morsi sebagai presiden baru negara itu.
“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada rakyat Negara Mesir setelah dapat melalui satu proses sistem pilihanraya bagi menentukan pemerintah terbaru Mesir kini,” ujar Pengerusi Lajnah Antarabangsa merangkap Naib Ketua DPPM, Dr Raja Ahmad Iskandar. Katanya, sudah tentu Pilihan Raya Umum (PRU) Mesir mencerminkan keyakinan rakyat untuk menentukan pemerintah bagi meneruskan pentadbiran Mesir yang telah bergolak satu ketika dahulu. Beliau juga panjangkan ucapan tahniah kepada calon Ikhwanul Muslimin, Dr Mohamed Morsi yang telah diisytiharkan secara rasmi memenangi pilihan raya Presiden Negara Mesir semalam. “Bagi kami juga, kemenangan tersebut sebagai satu titik permulaan baru bagi melalui kenangan pahit yang telah berlaku di Negara Mesir,” ujarnya dalam satu kenyataan. Tambahnya, dan adalah menjadi harapan DPPM ingin melihat Mesir kembali bagi mengukuhkan sistem demokrasi sedia ada. Beliau berkata, dunia sewajarnya mengiktiraf dan menyokong keputusan pilihanaraya ini yang mengangkat Dr Morsi sebagai Presiden Mesir kini setelah melalui proses sistem demokrasi di sana. Menurutnya, bibit-bibit campur tangan asing kini kedengaran terhadap keputusan rakyat ini dan sewajarnya perlulah dihentikan dengan segera. “Kemenangan calon dari Ikhwanul Muslimin ini juga membuktikan rakyat Mesir sudah bosan dengan ketidakadilan dan kezaliman pemerintahan sebelum ini,” ujarnya lagi. Beliau menegaskan, Islam yang menjadi asas perjuangan Ikwanul Muslimin terbukti berjaya diterima oleh semua lapisan rakyat Mesir tanpa mengira agama dan warna kulit dan perlu dicontohi oleh semua negara termasuk Malaysia sendiri. PDDM juga, katanya yakin rakyat Negara Mesir akan mendokong keputusan tersebut dan merealisasikan pemerintahan yang terbaik kelak. “Kami juga mengharapkan Dr Morsi dapat menzahirkan kemenangan yang telah diperolehi untuk mengembalikan keamanan dan kesejahteraan rakyat di sana kelak. “Kami juga yakin rakyat Malaysia amat bangga dengan rakyat Mesir kerana mampu keluar daripada kemelut yang lalu,” katanya. Sumber HD : 25/06/2012 Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi
(Penulis [tengah] di dataran Tahrir bersama meraikan kemenangan Morsi dengan rakyat Mesir) Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir. Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan. Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan ’kuku besi’. Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir. (Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir) Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi’ Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel’ berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat’ yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara. Dan pada minggu ini, sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu. Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram’ dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap. Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan. Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini. Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin. Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi. Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir. Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas. Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen. Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak. Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan. Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera. (Penulis mengucapkan tahniah kepada jurucakap FJP) Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF. Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji ‘menilai semula perjanjian Camp David’ dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu. Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di ‘White House’ bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel. Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan. Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel. Begitu juga dengan 'Terusan Suez’ yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas. Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah. Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta. Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Namun keputusan resmi yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan ‘Kuasa rakyat’. Seperti ungkapan awal beliau; ‘Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru’. Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir. Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang ‘istemewa’. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia. Tahniah Dr. Morsi... ------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agung PAS yang berada di Mesir baru-baru ini. Beliau boleh dihubungi melalui Email: syedazmans@yahoo.co.uk TWITTER: @syedazman Sumber HD : 25/06/2012 Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan
KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala.
Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu. Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi. Lawannya, Ahmed Shafiq, bekas Perdana Menteri di era Hosni Mubarak mendapat 12.3 juta undi. Keputusan diumumkan oleh Farouq Sultan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Mesir. "Moga kemenangan Ikhwan Muslimin di Mesir menjadi insipirasi pejuang Islam di Malaysia untuk meningkatkan lagi usaha dakwah dan penerangan kepada rakyat. "Dan untuk akhirnya bumi ini ditadbir oleh hamba-hamba yang soleh sebagaimana janji Allah bahawa bumi ini pasti diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh," ujar Khairuddin. Sumber HD : 25/06/2012 Kemenangan Ikhwan guna teknologi 1,400 tahun lalu
Kita renungi bagaimana bermulanya perjuangan Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Banna di Mesir. Dalam keadaan ekonomi umat Islam pada masa itu yang amat menyedihkan, ditambah pula dengan kemiskinan yang merata, maksiat serta jenayah yang berleluasa, dan amalan Islam pula difokuskan kepada beberapa juzuk ibadah sedangkan tiada usaha yang serius untuk membebaskan umat Islam daripada gejala tersebut. Jika ada yang beramal dengan Islam sekalipun, mereka dilihat sebagai kelompok yang terpencil, dipandang rendah dan hina.
Tambahan pula, gerakan Kristian yang menular di kalangan umat Islam menjadikan Syeikh Hasan al-Banna mengambil peranan untuk melakukan perubahan besar dengan menubuhkan Ikhwan Muslimin. Tujuannya adalah untuk menyedarkan umat Islam yang tertanggal diri mereka semangat jihad, dikerumuni musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cinta dunia dan takutkan kematian. Perubahan masyarakat dalam Ikhwan bermula dengan perubahan individu yang ditarbiah untuk mengembalikan kesedaran mereka untuk berjihad, berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat. Jika kita melihat antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah kata Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang mendekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala. “Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesan Syeikh Jum’ah Amin. Ikhwan Muslimin mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran satu juzuk sehari, istighfar 100 kali sehari, qiyamullail minimum dua rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wataala. Mengambil kata-kata hikmah Saiyidina Abu Bakar radiallahuanhu kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.” Usaha-usaha yang pernah dilakukan oleh Syeikh Hassan Al-Banna dalam membangunkan masyarakat antaranya dengan mengkaji cabaran, halangan dan masalah yang membelenggu ummah, mengkaji pengajaran sejarah Islam dan umat terdahulu dan mengkaji sejarah dan pengajaran gerakan kebangkitan di seluruh dunia. Al-Banna turut membahagikan masyarakat kepada empat golongan dengan pendekatan dakwah yang berbeza iaitu golongan yang percaya kepada kebenaran, golongan oportunis, golongan yang teragak-agak dan golongan yang menentang. Kemenangan Presiden baru Mesir, Dr Mohammed Morsi yang mewakili Ikhwan Muslimin menjadi topik yang hangat di bicarakan seluruh dunia termasuk gerakan Islam di Malaysia. Kemenangan yang diperoleh Ikhwan Muslimin setelah 83 tahun memperjuangkannya perlu menjadi pencetus semangat buat seluruh gerakan Islam dunia yang lainnya. Di sebalik kemenangan Ikhwan Muslimin, kita melihat kemenangan itu bukan diraih hanya disebabkan kepakaran strategi politik semata-mata, tetapi pimpinan serta ahlinya sangat pemurah masanya dengan Allah subhanahu wataala dalam perjuangan mereka. Melihat kepada anggota Majlis Parlimen Mesir sekarang terhimpun di dalamnya, lebih dari 140 orang hafal al-Quran. Lebih dari 100 orang hafal dan menguasai 10,000 hadis. Lebih dari 180 orang hafal separuh al-Quran. Lebih dari 170 orang bergelar doktor pakar dari pelbagai bidang dan disiplin ilmu. Lebih dari 50 orang tidak memiliki kereta peribadi. Lebih dari 350 orang adalah bekas tahanan politik berkisar 6-10 tahun penjara dan 4 orang wanita yang bertudung kemas. Jadi, apakah kekuatan atau teknologi yang Ikhwan Muslimin gunakan? Coretan sejarah Salahudin al-Ayubi juga memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin paling hadapan untuk menggempur musuh? Ataupun sehingga Umar Abd Aziz berkata, “ Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat..” Teknologi ini telah wujud 1400 tahun yang lalu dan telah pun dibuktikan kemampuannya untuk menghasilkan superhuman yang mantap dari kaca mata Islam. Teknologi yang dimaksudkan ialah qiamullail. Tahniah saya ucapkan di atas kemenangan calon Ikhwan Muslimin yang bertanding untuk Pilihanraya Presiden di Mesir. Semoga kemenangan Islam akan hadir di bumi Malaysia dengan kemenangan Parti Islam pada PRU-13 akan datang. "Allah subhanahu wataala memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya." Sumber HD : 25/06/2012 Mengenali Ikhwan selepas kemenangan Dr Morsi
(Penulis dengan anak pengasas Ikwanul Muslimin, Saiful Islam) Ramai kalangan yang terpegun dengan kemenangan mengejut calon Presiden dari Ikhwan Muslimin, Dr. Mohamed Morsi dalam pilihanraya Presiden Mesir yang berlangsung baru-baru ini, namun siapakh sebenarnya Ikhwan Muslimin? Beliau dicalonkan bertanding di bawah parti politik yang baru ditubuh oleh Ikhwan, Freedom and Justice Party (FJP) atau ‘Al-Hurriyat Wal Adalah’ sebaik sahaja selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak pada awal tahun lepas. Begitu juga berapa bulan lepas apabila calon-calon FJP telah memenangi lebih dari 40 peratus kerusi parlimen yang dipertandingkan serta memenangi lebih 60 peratus kerusi ‘Majlis Syura’ yang dipertandingkan bagi meneliti penggubalan perlembagaan baru Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak. Akan tetapi, pihak tentera SCAF telah bertindak membubarkan kedua-dua institusi ini beberapa minggu lepas setelah Mahkamah Perlembagaan Mesir mengambil keputusan membatalkan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan itu. Namun, ramai yang masih tidak memahami akan dasar dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Ikhwan Muslimin ini sendiri. Ada yang menuduh ia sebagai sebuah ‘pegerakan yang radikal dan extremis, ada yang melebelkan ia sebagai ‘pertubuhan haram yang amat bahaya’ dan ada juga yang menggangap ia sebagai ‘pergerakan agama yang sesat’. Bagi menanggapi persoalan ini, berikut adalah rumusan pandangan seorang pimpinan Ikhwan Muslimin, Saiful Islam Hassan al-Banna yang juga merupakan putera sulung pengasas pergerakan ini, Hassan Al-Banna sewaktu penulis sempat menziarahi beliau di kota Kairo baru-baru ini. 1. SEJARAH AWAL IKHWAN MUSLIMIN Nama Ikhwan Muslimin amat sinonim dengan pemimpin-pemimpin agung seperti Hassan Al Banna, Syed Qutb, Omar Telmisani, Mehdi Akiff serta pimpinan gerakan Islam yang lain. Ia mempunyai sejarah serta pengaruh yang amat besar di Mesir serta seluruh rantau Arab. Sejak ia mula ditubuhkan oleh Hassan Al Banna pada tahun 1927 Ikhwan telah berkembang di seluruh pelusuk dunia dengan pemikiran ‘tajdid’ atau perubahan terutamanya selepas kejatuhan kerajaan Islam Othmaniah. Pemikiran serta pengaruh yang di bawa oleh Hassan Al Banna telah menggerakkan satu cetusan kebangkitan baru di kalangan masyarakat Arab di rantau tersebut pada waktu itu. 2. CABARAN YANG DI HADAPI Aliran pemikiran serta pendekatan yang di bawa oleh Hassan Al Banna telah mendapat tentangan hebat dari kalangan pemimpin-pemimpin kebanyakan negara Arab sehingga pergerakan ini telah diharamkan dari bergerak aktif di kebanyakan negara. Malah Ikhwan Muslimin telah di tuduh sebagai sebuah pertubuhan ‘bahaya’ yang mahu merampas kuasa secara kekerasan dan membawa pendekatan yang militan. Ramai pimpinan mereka yang di bunuh dengan kejam termasuk pengasasnya Hasan Al Banna. Sebahagian yang lain pula dikenakan hukuman penjara di serata negara Arab pada waktu itu. Walaupun mereka di uji dengan cabaran yang besar ini, pengaruh Ikhwan Muslimin tetap berkembang sehingga sekarang ke seluruh pelusuk dunia. 3. IKHWAN DAN DEMOKRASI Kini Ikhwan Muslimin dipimpin oleh Dr. Mohamed Al-Badie’ (gambar) yang merupakan seorang tokoh gerakan Islam yang tidak asing lagi di benua Arab dan dunia Islam. Di bawah pimpinan beliau, Ikhwan telah mengambil pendekatan politik yang bersifat ‘engagement’ atau berdailog dan bergerak aktif secara terbuka dalam kancah demokrasi di serata dunia Islam. Pendekatan terbuka dan telus yang di ambil ini telah membuahkan hasil yang amat positif. Mereka terlibat secara langsung dalam sistem demokrasi dan pilihanraya Mesir sejak beberapa siri pilihanraya yang telah diadakan walaupun kedudukan Ikhwan Muslimin di Mesir waktu pemerintahan Anwar Sadat dan Hosni Mubarak berstatuskan ‘haram’. Calon-calon Ikhwan Muslimin telah masuk bertanding sebagai calon bebas dan juga menumpang di atas tiket parti lain. Uniknya, ia telah menang besar dalam setiap pilihanraya umum yang diadakan di Mesir walaupun telah berlaku banyak penipuan. 4. PENDEKATAN POLITIK IKHWAN Menurut Saiful Islam, Ikhwan bertekad untuk melakukan perubahan sosial dan politik di Mesir secara aman dan merubah sebarang bentuk penyelewengan dan salah-guna kuasa yang berlaku di sana. Bagi Ikhwan agenda reformasi politik di Mesir adalah amat penting bersesuaian dengan suasana globalisasi dunia yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan telus. Beliau menegaskan bahawa setiap rakyat dan warganegara mempunyai hak mereka untuk bersuara demi kebaikan serta masa depan negara tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berjuang serta komited kepada penglibatan secara demokratik walaupun ianya masih banyak kepincangannya. Beliau juga memberi jaminan bahawa Ikhwan tetap mengambil sikap untuk terus berdialog dengan mana-mana pihak termasuk tentera SCAF serta kuasa Barat seperti Amerika Syarikat, Perancis, Britain dan sekutunya. 5. DASAR UTAMA IKHWAN Ikhwan Muslimin juga turut menggariskan empat polisi penting bagi berhadapan dengan cabaran semasa. Pertamanya, penegasan penglibatan politik parti politk yang diasaskan oleh Ikhwan melalui sistem demokrasi dan menyuarakan setiap pandangan rakyat di Parlimen Mesir. Bagi Saiful Islam, parti-parti politik, badan-badan NGO serta individu-individu sepatutnya dilibatkan dalam membincangkan masa depan negara secara telus. Keduanya, beliau juga menegaskan bahawa sistem kuasa mutlak hanya kepada sebuah parti dan individu sahaja tidak sesuai lagi dengan peredaran zaman globalisasi yang lebih terbuka ini. Ikhwan komited kepada sebuah negara berlandaskan ‘Civil State’ dan bukannya sebuah negara berlandaskan ‘theocracy’. Ketiganya, Ikhwan Muslimin juga berpendirian agar dilaksanakan segera reformasi politik dan perubahan perlembagaan terutamanya bagi menghapuskan segala bentuk perundangan yang bertentangan dengan norma-norma demokrasi dan kebebasan. Yang keempat, beliau menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin mempunyai misi untuk melakukan reformasi politik, sosial, budaya dan ekonomi. Reformasi ini hanya akan berlaku sekiranya ada ketelusan dalam sistem pemerintahan. 6. KEMENANGAN DR. MOHAMED MORSI Saiful Islam menegaskan bahawa kejayaan calon Ikhwan Dr. Mohamed Morsi (gambar) memenangi pilihanraya Presiden Mesir serta menang majoriti kerusi Parlimen tidak sepatutnya menakutkan mana-mana pihak. Ikhwan menghormati hak semua agama serta mana-mana parti politik. Sejarah telah membuktikan bahawa sistem politik yang tidak telus di sesebuah negara akan membawa kepada salah guna kuasa, rasuah serta penyelewengan yang mengakibatkan kehancuran negara tersebut. Beliau juga menyatakan bahawa Ikhwan tidak mempunyai pilihan yang lain kecuali meletakkan agenda reformasi politik dan pendemokrasian sebagai agenda utama. Bagi Ikhwan, tuntutan demokrasi dan kebebasan serta ketelusan pilihanraya adalah merupakan langkah pertama ke arah reformasi yang lebih besar bagi mewujudkan masa depan negara yang lebih positif selepas kejayaan Dr. Morsi sebagai Presiden. Sebagai akhirnya, Saiful Islam turut menegaskan bahawa Ikhwan Muslimin akan terus berperanan kepada mewujudkan sebuah Masyarakat Madani serta bersifat terbuka dan bekerjasama dengan mana-mana pihak bagi mencapai perubahan dan reformasi ke arah mewujudkan keadilan dan kebebasan dan kepada seluruh rakyat dan negara. ------------------------------------------------------------- Penulis adalah Penolong Setiausaha Agong PAS. Beliau boleh dihubungi melalui e-mail: syedazmans@yahoo.co.uk ,Twittter: @syedazman Sumber HD : 3/07/2012 Presiden PAS ke Mesir raikan kejayaan Ikhwan
(Ustaz Hadi dan rombongan berbincang dengan Dr Musa di pejabatnya dekat Kaherah) KAHERAH: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta rombongan tiba di Mesir hari ini dalam rangka lawatan rasmi beliau selepas perubahan tampuk kepimpinan baru di bawah Presiden, Mohammed Mursi. Beliau tiba di sini kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan dan bakal melalui jadual yang sangat padat sepanjang dua hari berada di sini. Turut mengiringi beliau adalah Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat. Lawatan beliau yang pernah belajar di Mesir sehingga ke peringkat master sebelum ini antara lain bagi meninjau perkembangan yang sedang berlaku di sini. Rombongan presiden juga dijangka bertemu pimpinan Ikhwan Muslimin Mesir yang beliau sertai serta pimpinan parti politik Freedom and Justice Party (FJP) yang menguasai kerusi parlimen Mesir selepas pilihan raya lalu. Dalam program pertamanya hari ini, Tuan Guru Abdul Hadi turut diraikan dalam satu pertemuan dengan Dr. Musa Abu Marzouk, Timbalan Ketua Biro Politik Hamas di pejabat pergerakan itu yang terletak di pinggir bandar Kaherah di sini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Fraksi Parlimen Hamas di Gaza Dr. Khalil Al Heyya. (Berbincang dengan Dr Musa, Hamas) Selain bertukar-tukar pandangan, pertemuan hampir sejam itu antara lain turut membincangkan soal perkembangan semasa yang sedang berlaku di Timur Tengah serta perkembang di bumi Palestin. Dalam program lain hari ini, Tuan Guru juga dijangka mengadakan pertemuan dengan Mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif petang ini waktu tempatan. Presiden juga dijadual menghadiri pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di sini malam ini. Sumber HD : 11/07/2012 PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua
(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya) KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia. Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia. "Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai. “Kemenangan ini tidak sama dengan kemenangan gerakan Islam di tempat lain kerana faktor georafinya, politiknya, jumlah kependudukannya yang ramai dan kebergantungan kuasa barat terhadapnya,” katanya. Perkara itu dinyatakan beliau dalam pertemuan dengan mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr Mehdi Akif di kediamannya di sini semalam. (Dr Mehdi Akif bercakap intim dengan Ustaz Abdul Hadi dan Dr Syed Azman) Selain menyampaikan penghargaan dari PAS, pertemuan itu juga bagi mendapat gambaran sebenar perkembangan di Mesir khususnya terhadap laporan media yang menggambarkan sedang berlaku pertembungan antara Mohamed Mursi dengan tentera. Turut serta dalam pertemuan itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat serta wakil rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Speaker Dun Kelantan Datuk Nassruddin Daud. Dalam pada itu, Mehdi Akif berpendapat, kemenangan gerakan Islam di Mesir termasuk Presiden Dr Mohamed Mursi merupakan perancangan dan kekuasaan Allah SWT. Katanya, jika dilihat dari segi logik, memang sangat sukar untuk gerakan Islam Mesir termasuk Mohamed Mursi untuk menang dalam keadaan tekanan dan perancangan jahat dari pihak musuh. “Apa yang berlaku adalah ketentuan Allah yang melangkau semua perancangan pihak-pihak yang tidak mahu gerakan Islam menang di Mesir. “Tiga bulan sebelum pilihan raya presiden, media masa serang Ikhwan sama ada dalam mesir dan luar. Maknanya kalau melihat kepada keadaan, dari segi logiknya memang sukar untuk Ikhwan dan parti Islam menang pilihan raya,” katanya. Mengulas laporan media tentang perkembangan semasa Mesir, Medi Akif berkata keadaan sebenar yang berlaku tidak seteruk apa yang dilaporkan. Sebaliknya, pentadbiran Mohamed Mursi sangat menghormati institusi di bawah kerajaan termasuk tentera, kehakiman dan perlembagaan negara. Sementara itu, pertemuan hari ini adalah bersempena lawatan rasmi Presiden PAS ke sini selepas Ikhwan berjaya mencapai kemenangan dalam pilihan raya lalu. Bertemu pelajar Selain bertemu pimpinan Hamas dan Ihkwan, Tuan Guru Abdul Hadi malam tadi turut dijemput ke program dialog bersama mahasiswa Malaysia di sini. (Antara pelajar Malaysia di Mesir yang mendengar ucapan pemimpin PAS) Hampir 3,000 mahasiswa dari seluruh Mesir hadir dalam pertemuan itu yang disifatkan jarang-jarang berlaku. Malah himpunan mereka semalam juga berjaya mengutip sumbangan lebih RM8,000 yang diserahkan kepada Presiden PAS untuk membantu dana Sumber HD : 11/07/2012 Presiden PAS bertemu pimpinan tertinggi Ikhwan
KAHERAH: Rombongan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut diraikan dalam satu pertemuan bersama pimpinan Ikhwan Muslimin di ibu pejabat baru pergerakan itu di Jabal Muqattam di sini. Rombongan yang juga turut disertai wakil kerajaan Negeri Kelantan itu turut dibawa bertemu dengan seluruh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Ikhwan Muslimin (Maktab Irsyad) yang mengadakan mesyuarat mingguan mereka semalam. Antara pimpinan tertinggi Ikhwan yang ditemui termasuklah mantan Mursyidul Am Dr Mehdi Akif, Mursyidul Am Dr. Muhammad Badi'e, Dr. Mohd Ezzat serta Dr. Khairat Shater, bekas calon Presiden Ikhwan yang dibatalkan pencalonannya. Di kesempatan itu, presiden sekali lagi menyampaikan ucapan tahniah daripada PAS di atas kejayaan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) dalam pilihan raya lalu dan kemenangan Dr Mohamad Mursi sebagai presiden negara itu. Tuan Guru Abdul Hadi kemudian turut diberi penghormatan oleh pemimpin ikhwan mengimami solat Zohor di bangunan itu yang dibuka sejurus kejatuhan bekas presiden Hosni Mubarak ketika revolusi rakyat tahun lalu. (Gambar atas) Selepas itu, Tuan Guru turut dibawa bertemu dengan Saiful Islam iaitu anak kepada pengasas Ikhwan Muslimin, As-Syahid Imam Hassan al-Banna di kediaman beliau di Dokki di sini. Dalam pertemuan hampir sejam itu, Saiful Islam turut melahirkan harapan agar 'tsunami' politik yang berlaku di Mesir turut sampai ke Malaysia khususnya pada pilihan raya umum ke-13 ini. Di akhir pertemuan, beliau menghadiahkan gambar asal Imam Hassan al-Banna kepada Tuan Guru. Pada sebelah malamnya, presiden memenuhi jemputan bertemu dengan anak Kelantan di Wisma Kelantan di Seksyen 7 di sini. Wisma Kelantan atau nama sebenarnya Wisma Sultan Muhammad V merupakan bangunan baru untuk penempatan anak-anak Kelantan di Mesir yang dibina dengan kos lebih RM17 juta oleh kerajaan negeri. Bangunan itu dijadual dirasmikan oleh Sultan Kelantan dalam masa terdekat. Hari ini pula, Tuan Guru Abdul Hadi akan ke Tunisia bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin Parti An-Nahdah, Rashid Ghanoushi. Presiden PAS dan rombongan bersama pemimpin Ikhwan Muslimin. Tuan Guru Abdul Hadi menerima cenderahati gambar Asy-Syahid Hassan al-Banna daripada Saiful Islam. Presiden PAS memenuhi jemputan bertemu dengan anak Kelantan di Wisma Kelantan. Sumber HD : 12/07/2012 Kebangkitan Islam, dunia Arab akan terus berlaku
(Gambar: Abdelilah Benkirane mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul Hadi kerana bersama dengan kemenangan PJD.) RABAT: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berada di Maghribi pada Jumaat dan Sabtu lalu bagi menghadiri Muktamar kali ke-7 Parti Islam Pembangunan dan Keadilan (PJD). Kehadiran Presiden PAS itu adalah atas jemputan rasmi Perdana Menteri Maghribi Abdelilah Benkirane yang juga ketua parti PJD. Muktamar yang diadakan di Kompleks Moulay Abdellah itu turut dihadiri 2,000 perwakilan dan puluhan pemerhati dari negara luar khususnya pemimpin negara Arab dan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia. Muktamar kali ini adalah yang pertama diadakan selepas PJD memenangi pilihan raya parlimen yang diadakan November tahun lalu. Ianya sekaligus menjadi medan meraikan kemenangan parti itu oleh seluruh pemimpin dan ahli PJD. Turut hadir dan diberi penghormatan berucap pada majlis itu adalah pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Pemimpin gerakan Islam yang hadir juga turut mengambil kesempatan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hala tuju negara-negara yang kini dimenangi parti Islam dan juga krisis Asia Barat. Tuan Guru Abdul Hadi juga turut mengadakan pertemuan secara tidak langsung dengan Abdelilah Benkirane sekaligus menyampaikan ucapan tahniah PAS kepada parti PJD pimpinannya itu yang telah memenangi pilihan raya tahun lalu. Abdelilah Benkirane dalam ucapannya sebelum itu berkata kebangkitan Islam yang berlaku merupakan sesuatu di luar jangkaan dan diyakini akan terus berlaku di negara-negara lain. "Apa yang berlaku kepada dunia Arab dan umat Islam sekarang ini adalah sukar untuk dipercayai dan ianya akan terus berlaku di tempat lain," katanya dalam ucapan pembukaan Muktamar. Tuan Guru Abdul Hadi bersama pemimpin Hamas, Khaled Meshaal. Tuan Guru Abdul Hadi ditemubual wakil media Maghribi. Sumber HD : 20/07/2012 Salafi tidak masuk kabinet Morsi
KAHERAH: Apabila Presiden Mohammed Morsi mengangkat sumpah minggu lalu untuk membentuk kerajaan Mesir yang baru, terzahir dengan jelas satu kumpulan yang tidak ada dalam kabinetnya: Puak Salafi.
Ketiadaan puak Salafi dalam Kabinet adalah begitu menonjol sekali, terutamanya selepas kejayaan Salafi dalam pilihanraya parlimen tahun ini, bila satu dari parti politik utamanya, Al Nour, menang seperempat dari kerusi Dewan Rakyat. Ini menjadikan puak Salafi, beserta rakan mereka dari parti naungan Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan (Freedom and Justice Party), sebagai sebuah blok paling berkuasa di dalam jangka hayat pendek badan perundangan Mesir. Namun dalam pemilihan menteri kabinet, Morsi memilih teknorat dan bukannya penyokong ideologi, menolak puak Salafi dan menjadikan mereka sebagai politikus yang terpinggir sekurang-kurangnya buat masa sekarang. Namun apabila Morsi meninjau kembali lanskap politik Mesir, ternyata Sheikh Shaaban Darwish masih tersenyum lebar. Seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi Al Nour berkata, sikap dingin Morsi itu bagaimanapun menyediakan peluang untuk puak Salafi memulakan persiapan untuk bertanding dalam pilihanraya parlimen akan datang yang dijadualkan hujung tahun ini. “Sudah tentu kami berasa tidak gembira dengan perkembangan ini dan dengan keputusan Morsi,” kata Sheikh Darwish, yang mana turut popular sebagai seorang imam di Saft El Laban - kawasan sekitar Giza. “Namun kami patut meredakan kemarahan kami buat masa sekarang. Kami tidak akan berkonfrontasi kerana kalau tidak banyak pihak akan berkata bahawa pejuang Islam bergaduh sesama sendiri.” Dengan penuh keyakinan, Sheikh Darwish menerangkan bahawa baginya dan para Salafi yang lain, tiada perkara seumpama kekalahan, yang ada hanyalah rintangan buat sementara waktu. Dia menegaskan bahawa ini adalah “pilihan” mereka untuk tidak mencabar keputusan Morsi. Mereka lebih fokus kepada perkara yang lebih besar. “Sudah tentu kami mahukan kuasa. Kami telah membentuk parti politik,” ujar beliau. ”Saya boleh berjanji kepada anda, Salafi akan lebih mara ke hadapan.” Sikap optimistik Sheikh Darwish dan para Salafi yang lain berhadapan dengan keputusan Morsi adalah amat mudah, kerana ia disokong oleh sikap pragmatik yang tinggi. Mereka sedar bahawa Presiden baru itu tidak perlu dibebankan dengan banyak bagasi politik kerana pentadbirannya memperjuangkan apa yang dilihat oleh Salafi dan Ikhwan Muslimin sebagai prioriti paling utama: mengembalikan kuasa Presiden dan memujuk pihak tentera supaya berundur dari kancah politik. Tugas pemerintahan menjadi lebih berat sebelum Morsi diisytiharkan menang kerusi Presiden, apabila Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (Supreme Council of the Armed Forces) memberikan kuasa veto untuk menggubal undang-undang kepada dirinya sendiri, dan mengurangkan kuasa pihak eksekutif. Penganalisis berpendapat bahawa pemilihan kabinet Morsi terdiri dari muka-muka baru – ramai dari mereka yang dinaikkan pangkat dalam sistem birokrasi Mesir, - bertujuan untuk mengelakkan pertikaian yang boleh menjejaskan usaha memusnahkan apa yang dipanggil pejuang Islam sebagai kuasa pihak tentera yang melampau. Satu kerusi kabinet, Menteri Hal-Ehwal Agama, dilaporkan akan diberi kepada puak Salafi, tetapi telah ditarik balik kerana protes dari Al-Azhar, insititusi pengajian Islam berusia 1,000 tahun yang dianggap sebagai kuasa golongan sederhana dalam debat berkenaan agama dan demokrasi.
Sumber HD : 9/08/2012
anda Majlis Rakyat Mesir...
Tahukah anda? Majlis Rakyat Mesir (parlimen Mesir) sekarang ini memiliki : - Lebih 140 orang ahli Parlimen yang hafiz Quran. - Lebih 100 orang ahli Parlimen yang hafal lebih 10,000 hadith - Lebih 180 orang ahli Parlimen yang hafal lebih daripada setengah al-Quran. - Lebih 170 orang ahli Parlimen yang memiliki PhD dalam pelbagai bidang kepakaran. - Lebih 50 orang ahli Parlimen tidak memiliki kereta. - Lebih 350 orang ahli Parlimen pernah dipenjarakan bagi tempoh antara 6 bulan sehingga 9 atau 10 tahun.
Sumber HD : 11/08/2012
Serang tentera Mesir: Morsi lawat Sinai lagi
KAHERAH: Presiden Mesir Mohamed Morsi melawat kota el-Arish di utara Sinai untuk kali keduanya selepas berlaku serangan mengejut berhadapan sempadan Rafah lebih kurang seminggu lalu yang membunuh 16 orang tentera Mesir.
Dalam lawatannya Jumaat lalu, Presiden berjanji akan ‘malakukan apa sahaja’ untuk menghentikan jenayah-jenayah tersebut. “Kita tidak akan berehat sehinggalah misi ini diselesaikan,” laung Morsi kepada khalayak yang bersorak, merujuk kepada operasi ketenteraan besar-besaran Mesir di Semenjanjung Sinai sebagai tindak balas terhadap serangan tersebut, yang bertujuan untuk menghapuskan kumpulan – kumpulan musuh. Morsi yang baru dilantik dan Menteri Pertahanan yang telah berkhidmat, Masryal Hussein Tantawo berbuka puasa bersama-sama tentera di utara Sinai sebagai tanda simbolik. Menurut seorang pegawai keselamatan, tentera Mesir dan pihak keselamatan telah menahan beberapa suspek ‘pengganas’ di kawasan yang dipercayai menjadi dalang bagi serangan tersebut. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di utara Sinai, lapor agensi berita nasional MENA. Mereka ditahan ketika patrol bersama polis dan tentera yang mencari penjenayah di wilayah tersebut, lapor agensi itu. Penangkapan itu adalah respon kepada serangan Ahad lalu, di mana satu kumpulan bersenjata api menyerbu titik semakan tentera di sempadan Gaza dan Israel, dan membunuh 16 tentera selepas mereka berbuka puasa. Penyerang-penyerang itu kemudian merampas kereta perisai, yang mana kemudiannya digunakan untuk menyerbu masuk sempadan Israel di mana mereka diserang oleh satu serangan udara Israel yang membunuh enam penyerang. Cerita asal di http://www.aljazeera.com/news/middleeast/2012/08/201281152216581940.html Sumber HD : 12/08/2012 Mesir minta pinjaman USD4.8b dari IMF
KAHERAH: Kerajaan Mesir telah meminta pinjaman sebanyak USD4.8b untuk membantu meningkatkan ekonomi negara tersebut dalam sebuah mesyuarat dengan Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
(Hisham Qandil, Lagarde dan Morsi dalam pertemuan mereka) Lagarde bertemu dengan Presiden Mohammed Morsi dan Perdana Menteri Hisham Qandil Rabu lalu untuk membincangkan berkaitan pinjaman tersebut dan meneliti program reformasi ekonomi Mesir dan pelan ransangan ekonomi Mesir. Televisyen Mesir telah melaporkan permintaan pinjaman oleh Mesir, walaupun Lagarde belum lagi mengesahkannya. "Kami tidak berbincang butir-butir mengenai amaun atau syarat," Lagarde memberitahu sidang akhbar bersama Qandil. "Perdana Menteri mempunyai angka (pinjaman) tertentu, tetapi jumlah itu akan bergantung kepada rundingan antara pasukan Tabung Kewangan Antarabangsa dan pegawai-pegawai Mesir. "Saya sedar tentang strategi dan cita-cita mereka untuk masa depan ekonomi dan sosial di Mesir, dan saya memberi jaminan kepada mereka tentang komitmen yang berterusan daripada pihak kami untuk menyokong Mesir dan rakyatnya dalam tempoh peralihan yang bersejarah ini," ujar beliau. Qandil berkata bahawa Mesir mempunyai kata putus tentang bagaimana wang pinjaman tersebut akan dibelanjakan. Mesir telah membuat satu permintaan pinjaman bernilai USD3.2b awal tahun ini. Perjanjian pinjaman tersebut sepatutnya ditandatangani pada musim bunga, tetapi ia telah ditangguhkan kerana percanggahan pendapat antara parlimen yang kini telah dibubarkan dan bekas kerajaan, yang ditubuhkan oleh majlis tentera sebelum pilihan raya presiden. 'Cabaran yang besar' "IMF masih meneruskan dialog berkaitan dasar ekonomi dengan pihak berkuasa Mesir sejak permulaan peralihan dan menyediakan banyak bantuan teknikal atas permintaan daripada pihak kerajaan," ujar Lagarde dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas sidang akhbar. Pada bulan Januari tahun 2011, Mesir menolak pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia (World Bank) selepas Qatar dan Arab Saudi menghadiahkan Mesir dengan wang tunai yang banyak - 500m USD dari Qatar – untuk menyokong belanjawan Mesir. Satu pasukan teknikal akan tiba di Kaherah awal September untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkenaan program ekonomi Mesir dan membincangkan kemungkinan bentuk-bentuk sokongan kewangan daripada IMF. "Mesir menghadapi cabaran yang besar, termasuk keperluan untuk memulakan semula pertumbuhan ekonomi dan mengurangkan defisit belanjawan dan imbangan pembayaran. Untuk ekonomi Mesir kembali berada di landasan yang betul dan meningkatkan taraf hidup untuk semua rakyat bukanlah satu tugas yang mudah," kata Lagarde. Puluhan penunjuk perasaan berhaluan kiri berkumpul berhampiran ibu pejabat kabinet di tengah bandar Kaherah untuk memprotes lawatan Lagarde dan mengutuk IMF yang mereka sifatkan "meletakkan syarat-syarat yang hanya sesuai dengan ahli perniagaan". Mereka turut menyalahkan IMF dan Bank Dunia untuk program penswastaan yang dilaksanakan oleh rejim Mubarak. Sumber HD : 23/08/2012 Masa Assad sudah tamat - Morsi
(Presiden Mesir, Mohammed Morsi ketika bercakap dengan Reuters di istana Presiden di Kaherah) KAHERAH: Presiden baru Mesir, tampak sudah bersedia untuk membuat penampilan di pentas diplomasi antarabangsa dengan mula mengambil inisiatif terhadap krisis Syria apabila menyeru Isnin lalu supaya para sekutu Presiden Bashar Assad membantu menjatuhkan pemimpin Syria tersebut. "Sekarang adalah masa untuk menghentikan pertumpahan darah ini, dan untuk rakyat Syria mendapatkan kembali hak-hak mereka, dan untuk rejim yang membunuh rakyatnya lenyap dari Syria," ujar Mohammed Morsi dalam temuduga pertama beliau dengan organisasi berita antarabangsa. Morsi, 61 tahun, Presiden Mesir dengan sokongan Ikhwanul Muslimin, sebuah organisasi yang pernah diharamkan, bercakap kepada Reuters sebelum berangkat dalam minggu ini ke China dan Iran, dua negara bersama-sama dengan Rusia, yang setakat ini masih menentang seruan Arab dan Barat untuk mengakhiri pemerintahan Assad. "Tidak ada ruang perbincangan berkenaan reformasi, tetapi perbincangan adalah berkenaan perubahan," Morsi berkata, sambil menambah Mesir telah berulang kali menyebut, “rakan-rakan rakyat Syria di China dan Rusia dan negeri-negeri lain" perlu untuk menyokong rakyat Syria yang biasa. Terus diserang Sementara itu, serangan pesawat pejuang Syria di pinggir bandar timur Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 60 orang Isnin lalu, lapor seorang aktivis kumpulang pembangkang. Mereka berkata serangan udara itu menyasarkan kejiranan Zemalka dan pinggir bandar timur Saqba, kawasan di mana pejuang Tentera Pembebasan Syria telah menyerang dan menakluk beberapa sekatan jalan tentera Syria sebelumnya. Kedua-dua pinggir bandar adalah kawasan miskin dan kebanyakannya adalah Ahlus Sunnah. Ahlus Sunnah telah berjuang selama 17 bulan menentang Assad. "60 mangsa telah direkodkan sebagai terkorban di Zemalka dan terdapat banyak lagi korban di Saqba tetapi bilangan mereka tidak dapat dipastikan," kata Osama al-Dimashqi, seorang aktivis bercakap dari Zemalka dan memberi nama samara kerana takut diambil tindakan. "Kebanyakan mereka yang terbunuh adalah orang awam dan Tentera Pembebasan Syria telah menyerang sekatan jalan kemudian meninggalkannya," katanya. Dimashqi berkata ini adalah serangan udara pertama oleh pesawat pejuang di Damsyik. Sumber HD : 28/08/2012 Morsi bidas Syria dalam sidang NAM
(Morsi bertemu Ahmedinajed di sidang kemuncak NAM) TEHRAN: Presiden Mesir Mohamed Morsi berkata ia merupakan "satu tanggungjawab etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas rakyatnya". Ucapannya pada sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) di Tehran Khamis lalu menyebabkan wakil Syria keluar dari dewan persidangan sebagai tanda protes. "Sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Syria yang menentang rejim yang menindas yang telah hilang kesahan memerintah adalah satu tanggungjawab etika kerana ia adalah keperluan politik dan keperluan strategik," kata Morsi. "Kita semua perlu menyuarakan sokongan padu kita terhadap perjuangan mereka yang menuntut kebebasan dan keadilan di Syria, dan menterjemahkan rasa simpati ini ke dalam wawasan politik yang jelas yang mendokong peralihan pemerintahan secara damai kepada sistem demokrasi yang mencerminkan tuntutan rakyat Syria yang inginkan kebebasan." Ucapan beliau mencetuskan protes oleh delegasi Syria dengan keluar dari dewan persidangan. Menteri Luar Syria Walid Muallem berkata ucapan Morsi "menyokong pertumpahan darah yang berterusan di Syria". Wartawan Al Jazeera, Imran Imran yang melaporkan dari sidang kemuncak NAM berkata: "Komen Morsi telah menyebabkan perasaan yang tidak menyenangkan, terutama bagi Iran yang rapat dengan Syria." Lawatan Morsi ke Iran adalah lawatan yang pertama oleh pemimpin Mesir sejak 1979. NAM ditubuhkan pada tahun 1961 oleh negara-negara yang mahu mengimbangi dominasi Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet semasa Perang Dingin. Ia bermesyuarat sekali setiap tiga tahun tetapi kerelevanan NAM di peringkat antarabangsa telah makin berkurangan dengan begitu ketara setelah berakhirnya Perang Dingin dan kejatuhan Kesatuan Soviet. Krisis di Syria adalah salah satu agenda untuk sidang kemuncak dua hari tersebut, di samping isu hak asasi manusia dan senjata nuklear. Sumber HD : 1/09/2012 Ayatollah Khamenei selar kepemimpinan diktator PBB
TEHRAN: Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Agung Iran (gambar), memulakan sidang kemuncak Pergerakan Negara Berkecuali (Non-Aligned Movement) dengan menyelar "pemerintahan diktator yang jelas" oleh Majlis Keselamatan PBB dalam ucapannya.
"Majlis Keselamatan PBB mempunyai struktur yang tidak rasional, tidak adil dan benar-benar tidak demokratik, dan ini adalah satu pemerintahan diktator yang jelas," katanya. Iran yang sedang dalam proses perbincangan dengan PBB berkenaan program nuklearnya, menghadapi empat set resolusi Majlis Keselamatan yang mengenakan sekatan ke atas Iran kerana meneruskan program pengayaan uranium. Khamenei menyatakan bahawa "bilik kawalan dunia [Majlis Keselamatan] adalah di bawah kawalan pemerintahan diktator oleh sesetengah negara Barat" – merujuk kepada ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Perancis, Britain dan Amerika Syarikat. Televisyen Iran menunjukkan Ban kelihatan terkejut dan bingung ketika mendengar Khamenei menyampaikan ucapannya. NAM telah lama menjuarai isu reformasi dalam PBB dengan mengambil kuasa dari Majlis Keselamatan dan memberi kuasa tersebut kepada Perhimpunan Agung PBB, di mana ahli-ahli PBB diwakili dengan lebih baik. Kritikan Khamenei ke atas pimpinan tertinggi PBB itu adalah berikutan satu mesyuarat yang telah dihadiri beliau dengan Ban pada Rabu lalu di mana pemimpin PBB terus terang memberitahu Iran untuk mengambil langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan isu nuklear. Isu nuklear Khamenei juga memberitahu perwakilan bahawa "Saya menegaskan bahawa Republik Islam Iran tidak pernah mengusahakan senjata nuklear," sambil menggelar senjata nuklear sebagai "dosa besar yang tidak boleh dimaafkan". Tetapi dia berkata Iran "tidak akan melepaskan hak untuk mengusahakan tenaga nuklear yang aman". Ban menggesa Iran untuk mematuhi resolusi PBB dengan membendung aktiviti nuklearnya, mengatakan bahawa retorik antarabangsa yang makin memuncak mengenai isu ini menjadikan isu ini berpotensi tinggi membawa kepada "peperangan". Beliau berkata, Iran perlu membina keyakinan dalam program nuklearnya dengan "sepenuhnya mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB dan bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (International Atomic Energy Agency)." Jika tidak, beliau mengingatkan,"perang mulut ini dengan cepat mampu bertukar menjadi perang keganasan". Beliau tiba di Tehran Rabu lalu dan bertemu Khamenei dan Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran. Ban juga tidak mengelak dari menarik perhatian Iran tentang hak asasi manusia di Iran, menyatakan "kebimbangan serius" berkenaan perkara itu. Iran gesa NAM ambil peranan di Syria
[NAM tidak dapat mencapai persetujuan mengenai krisis yang berterusan di Syria -AFP] TEHRAN: Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata bahawa negara-negara membangun mempunyai hak yang lebih besar daripada Barat atau PBB untuk membantu menyelesaikan perang sivil yang makin mengganas di Syria. Komen tersebut dibuat Jumaat lalu di akhir sidang kemuncak NAM di Tehran, persidangan yang melibatkan 120 negara yang tidak cenderung kepada mana-mana kuasa besar dunia semasa Perang Dingin. Iran berharap untuk menggunakan sidang kemuncak NAM untuk menolak campur tangan asing dalam krisis Syria dan juga untuk menentang usaha Barat menggagalkan program nuklear Iran. "Pergerakan Negara-negara Berkecuali pasti mempunyai hak politik yang lebih dari AS, NATO atau beberapa negara Eropah untuk campur tangan dalam isu Syria," kata Khamenei. Beliau tidak mengulas lanjut mengenai peranan yang sepatutnya dimainkan pergerakan tersebut. Jumaat lalu, Ban Ki-moon, Setiausaha Agung PBB, memberitahu Perdana Menteri Syria, Wael al-Halaqi bahawa peperangan mesti dihentikan di Syria "dengan tanggungjawab utama adalah dari pihak kerajaan untuk berhenti menggunaan senjata berat". Dalam satu mesyuarat di luar sidang kemuncak NAM dengan Halaqi dan Walid Muallem, Menteri Luar Syria, Ban berkata beliau membentangkan "permintaan supaya semua pihak menghentikan segala bentuk keganasan". "Apa yang penting pada masa ini ialah semua pihak mesti menghentikan keganasan. Semua pihak yang terlibat menyediakan senjata kepada kedua-dua pihak ... mesti berhenti," ujar Ban ketika sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen Iran. Tiada perjanjian Wartawan Al Jazeera, Imran Khan, melaporkan dari Tehran, berkata Menteri-Menteri Luar NAM sebelum ini telah bersetuju dengan draf kenyataan untuk menamatkan krisis di Syria, draf yang mengandungi penentangan campur tangan asing dan mengalu-alukan utusan PBB-Liga Arab, Lakhdar Brahimi. Bagaimanapun, Khan berkata draf kenyataan itu tidak menjadi kenyataan rasmi dan tidak disebut langsung selepas mesyuarat tertutup ketua-ketua negara yang berlangsung selepas mesyuarat Menteri-Menteri Luar NAM Jumaat lalu. Khan menegaskan bahawa 'persidangan ini tidak sepatutnya berlegar di sekitar isu Syria ... ia adalah berkenaan resolusi untuk negara-negara membangun ". "Walau bagaimanapun, Syria telah menjadi isu dominan sepanjang persidangan ini dengan komen dari Presiden Mesir Mohamed Morsi dan komen Ban Ki-moon," katanya. Khamis lalu, Morsi berkata ia merupakan "kewajipan etika" untuk menyokong rakyat Syria menentang "rejim yang menindas" di Damsyik. Komen beliau itu mencetuskan protes dari delegasi Syria, apabila mereka melangkah keluar dari dewan persidangan. Pertempuran terus berlarutan Pertempuran sengit terus berlarutan di utara Syria Jumaat lalu dengan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (International Committee of the Red Cross) memberi amaran bahawa situasi kemanusiaan di sana makin merosot dengan cepat. Pertempuran berlaku di bandar Aleppo, yang terletak 50km dari sempadan Turki. Kumpulan penentang pula menyerang pangkalan udara Abu Zohur di wilayah Idlib di mana mereka mendakwa mereka menembak jatuh sebuah kapal terbang perang MiG Khamis lalu, lapor sebuah kumpulan hak asasi. Pertempuran itu antara pertempuran yang paling sengit, melibatkan kumpulan penentang dan askar tentera di Albu Kamal, sebuah bandar di wilayah timur Deir Ezzor, kata Rami Abdel Rahman, pengarah Badan Pemerhati Hak Asasi Syria. "Kumpulan penentang telah merampas beberapa pos kawalan tentera, termasuk satu pangkalan di lapangan terbang tentera Hamdan," Abdel Rahman memberitahu agensi berita AFP. Konflik di Syria telah mengorbankan lebih daripada 26,000 nyawa sejak ia bermula Mac tahun lalu, menurut Badan Pemerhai Hak Asasi Manusia Syria, sebuah kumpulan aktivis yang berpusat di UK. Iran, sekutu utama Presiden Syria Bashar al-Assad, menuduh Amerika Syarikat, Arab Saudi, Qatar dan Turki membekal senjata kepada Syria. Kumpulan penentang Syria dan pegawai-pegawai AS pula mendakwa bahawa Iran memberi bantuan ketenteraan kepada Assad. Sumber HD : 1/09/2012 TV Mesir mansuh larangan bertudung penyampai berita
(Fatma Nabil menjadi wanita pertama negara tersebut untuk menyampaikan berita sambil memakai tudung dalam tempoh setengah abad- AFP) KAHERAH: Stesen televisyen negara Mesir telah menarik balik larangan berusia satu dekad yang menghalang penyampai berita wanita mereka dari memakai tudung. Larangan itu berkuatkuasa di zaman rejim-rejim sebelum ini yang cenderung kepada fahaman sekular. Fatma Nabil yang muncul Ahad lalu dengan memakai tudung berwarna krim dan sut berwarna gelap, menyampaikan berita pada pukul 12 tengah hari. TV Mesir memberitahu ini adalah penampilan pertama seorang penyampai wanita bertudung sejak stesen TV itu ditubuhkan separuh abad lalu. Pegawai stesen TV tersebut, Mohammed Fathi berkata bahawa penampilan Nabil akan menggalakkan pemakaian tudung oleh ramai wanita lain yang ingin memakai tudung tetapi takut kehilangan pekerjaan mereka. TV Mesir mengekalkan dasar larangan pemakaian bertudung kepada penyampai berita sepanjang era Presiden Hosni Mubarak, diktator yang digulingkan dalam kebangkitan Dunia Arab tahun lepas, serta rejim-rejim sebelumnya. Sesetengah penyampai berita menyaman stesen TV tersebut, dan menang kes, tetapi mereka masih dihalang dari muncul di kaca TV. Sumber HD : 3/09/2012 Iktiraf Palestin sebagai negara di PBB - Morsi
KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi, berkata Mesir akan menyokong sebarang inisiatif untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. "Mesir akan terus menyokong sebarang langkah yang diputuskan oleh pemimpin Palestin untuk mendapatkan keahlian penuh dalam PBB," ujar Morsi dalam ucapan pembukaan Liga Arab . Cubaan terdahulu Palestin untuk memperbaiki status rasmi mereka di PBB – ‘entiti’ pemerhati PBB tanpa hak mengundi - telah gagal. Cubaan itu gagal di tengah-tengah sekatan kewangan dan lobi diplomatik dari Israel dan Amerika Syarikat. Menteri Luar Palestin berkata mereka akan meminta supaya Palestin dinaik ke taraf negara pemerhati bukan anggota di Perhimpunan Agung PBB hujung bulan ini. Usaha itu adalah langkah peringkat pertama ke arah pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara. Undi majoriti mudah dalam Perhimpunan Agung yang melibatkan 193 ahli sudah cukup untuk memberi status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin, tanpa melalui Majlis Keselamatan - di mana Amerika Syarikat, sekutu Israel, mempunyai kuasa veto. Keahlian penuh PBB bagaimanapun, memerlukan kelulusan oleh Majlis Keselamatan - dan Washington. Morsi juga menyeru kepada perdamaian antara puak Palestin yang berpecah antara pergerakan Fatah yang diketuai Abbas di Ramallah dan kumpulan Hamas, yang menguasai Gaza. Ketua Liga Arab, Nabil Elaraby berkata Rabu lalu bahawa Liga Arab menyokong usaha Abbas untuk mendapatkan status pemerhati negara bukan anggota dan menambah bahawa ia akan terus mendesak PBB untuk status keahlian penuh bagi Palestin. Israel telah merampas bahagian timur Baitul Maqdis sebagai ibu negara mereka - satu langkah yang tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa - dan berkata ia akan merampas penempatan di Tebing Barat melalui mana-mana perjanjian damai. Israel secara unilateral berundur dari Gaza pada tahun 2005. Rakyat Palestin mengatakan penempatan Israel di Tebing Barat telah memberi halangan kepada prospek perjanjian dua negara. Percanggahan pendapat mengenai isu tersebut menyebabkan rundingan tergendala pada tahun 2010. Israel menuduh kerajaan Abbas mengelak dari membuat rundingan yang akan melibatkan kompromi wilayah dan telah meminta Abbas untuk kembali mentadbir Gaza, wilayah yang terlepas ke tangan Hamas pada tahun 2007. Sumber HD : 7/09/2012 Rakyat Mesir protes filem hina Nabi Muhammad
Penunjuk perasaan Mesir, memanjat dinding kedutaan Amerika Syarikat di Kaherah Selasa lalu, menuju ke halaman kedutaan dan menurunkan bendera Amerika Syarikat, menggantikan ia dengan bendera hitam dengan inskripsi Islam untuk membantah sebuah filem yang menghina Nabi Muhammad.
Ratusan penunjuk perasaan berarak ke kedutaan Amerika Syarikat di tengah bandar Kaherah, berhimpun di luar kedutaan dan melaung-laung membantah filem tersebut, yang menurut laporan diterbitkan Amerika Syarikat. "Katakan, jangan takut: Duta mereka mesti beredar," laung penunjuk perasaan. Berpuluh-puluh penunjuk perasaan kemudian memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera dari tiang di halamannya dan membawa bendera tersebut kepada penunjuk perasaan di luar kedutaan. Penunjuk perasaan mengoyakkan bendera tersebut selepas gagal dalam cubaan awal untuk membakarnya. Penunjuk perasaan di atas dinding kedutaan kemudiannya menaikkan bendera hitam yang tertulis dua kalimah syahadah: "Tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah Rasulullah." Di Washington, jurucakap Jabatan Negera, Victoria Nuland berkata AS sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Mesir untuk memulihkan ketenteraman. Hampir semua kakitangan telah meninggalkan kedutaan sebelum ia diceroboh, lapor seorang pegawai AS. Hanya beberapa kakitangan masih berada di dalam kedutaan, kerana pihak keselamatan kedutaan telah menghantar pulang kakitangan ke rumah mereka lebih awal selepas mendapat maklumat tentang protes yang bakal berlangsung. Keadaan masih tidak stabil, lapor pegawai yang enggan namanya didedahkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercakap secara terbuka mengenai perkara itu. Seorang pegawai di kedutaan AS di Kaherah berkata Duta AS tiada di kedutaan pada hari tersebut. Media Mesir mengatakan filem itu diterbitkan di Amerika Syarikat oleh kumpulan anti-Islam. Filem tersebut, yang kini terdapat di YouTube, menggambarkan Muhammad sebagai penipu, menunjukkan Muhammad melakukan hubungan seks dan menyeru untuk pembunuhan beramai-ramai. Protes meletus selepas media Mesir membuat liputan berkenaan filem itu untuk beberapa hari, dengan ulama-ulama turut muncul di kaca televisyen untuk membantah filem tersebut. Sumber HD : 12/09/2012 Mesir keluar waran tangkap dalang filem hina Nabi
(Pastor Terry Jones memberitahu Associated Press bahawa beliau telah diminta untuk mempromosikan video hina Nabi tersebut) KAHERAH: Pejabat pendakwa raya Mesir telah mengeluarkan waran tangkap untuk tujuh orang Kristian Koptik Mesir dan seorang paderi Amerika dari Florida atas peranan mereka dalam filem yang menghina Nabi yang telah mencetuskan kekacauan dalam dunia Islam. Waran dikeluarkan Selasa lalu, mengarahkan defendan menghadapi perbicaraan atas tuduhan berkaitan filem "Innocence of Muslim", yang menggambarkan Nabi Muhammad sebagai seorang penipu, kasanova, dan pelawak. Rusuhan yang dicetuskan filem tersebut mengakibatkan kematian duta AS ke Libya dan tiga rakannya minggu lepas. Empat lelaki tersebut diserang di bandar timur Libya, Benghazi, tempat bermulanya pemberontakan bersenjata yang menggulingkan Muammar Gaddafi tahun lepas. Banyak protes terhadap filem tersebut telah diadakan di negara Arab dan negara Islam - termasuk Afghanistan, Yaman dan Indonesia - dengan penunjuk perasaan menyeru Amerika Syarikat menghukum dalang di sebalik video tersebut. Tuduhan ini hanyalah simbolik kerana tujuh lelaki dan seorang wanita yang didakwa dipercayai berada di luar Mesir dan tidak mungkin akan ke Mesir untuk menghadapi tuduhan tersebut. Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ini bertujuan menenteramkan kemarahan orang ramai terhadap filem amatur yang trelernya telah menarik puluhan juta tontonan di Youtube. Defendan Utama Antara mereka yang didakwa adalah Nakoula Basseley Nakoula, seorang warga Mesir Koptik yang tinggal di selatan California dan dipercayai menjadi dalang di sebalik filem itu. Mereka yang turut didakwa adalah seorang paderi Amerika, Pastor Terry Jones, yang berkata beliau telah dihubungi oleh pembikin filem untuk mempromosikan filem tersebut dan Morris Sadek, seorang konservatif Kristian Koptik di Amerika Syarikat yang meletakkan video tersebut di laman webnya. Kaitan lima defendan yang lain dengan filem itu bagaimanapun tidak begitu jelas. Nakoula, 55, memberitahu agensi berita AP dalam satu temu bual minggu lepas di luar Los Angeles bahawa dia adalah pengurus syarikat yang menghasilkan filem "Innocence of Muslims”. Jones juga memberitahu AP bahawa beliau telah dihubungi oleh Nakoula untuk mempromosikan filem tersebut. Pejabat pendakwa raya berkata dalam satu kenyataan bahawa tertuduh, termasuk penerbit filem, menghadapi dakwaan merosakkan perpaduan nasional, menghina dan menyerang Islam secara terbuka dan menyebarkan maklumat palsu. Mereka boleh menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan. Tarikh perbicaraan masib belum ditetapkan. Mamdouh Ismail, seorang peguam Salafi, memuji keputusan pendakwa raya. Walaupun menyedari bahawa lapan defendan akan dibicarakan tanpa kehadiran mereka, Ismail berkata mengarahkan mereka ke perbicaraan akan membantu membendung kemarahan orang ramai. "Sekarang ini adalah langkah undang-undang dan bukannya reaksi kemarahan, yang akibatnya tidak dapat ditentukan," katanya. "Ini juga akan menetapkan batasan untuk mereka dan sesiapa sahaja yang mungkin melakukan kesalahan ini”. Kenyataan pendakwa raya, yang mana satu salinannya telah diperolehi oleh AP, dikeluarkan selepas penyiasat filem menentukan bahawa filem tersebut mengandungi adegan yang menghina institusi Islam dan Mesir. Kenyataan itu juga mengatakan bahawa mereka menyoal 10 plaintif sebelum mengeluarkan tuduhan tersebut. Sumber HD : 19/09/2012 Warga Libya yang cuba selamatkan Duta AS
KAHERAH: Duta Chris Stevens masih bernafas apabila warga Libya menjumpai beliau di dalam sebuah bilik di Konsulat Amerika di Benghazi, Libya. (Duta Amerika masih hidup ketika cuba diselamatkan oleh rakyat Libya selepas serangan ke atasnya) Mereka memberi galakan, "Hidup, hidup" dan "Allah Maha Besar" apabila mendapati beliau masih bernafas dan kemudian cuba untuk menyelamatkan beliau selepas serangan maut minggu lalu di bandar timur Libya, sekumpulan saksi memberitahu The Associated Press Isnin lalu. Fahd al-Bakoush, juruvideo bebas, adalah antara orang awam Libya yang merayau bebas di dalam konsulat selepas sekumpulan lelaki bersenjata dan penunjuk perasaan mengamuk di situ Selasa lalu. Al-Bakoush berkata dia mendengar seseorang memanggil-manggil bahawa dia tersadung satu mayat. Sekumpulan orang berkumpul sambil beberapa lelaki menarik orang yang seolah-olah tidak bernyawa dari bilik tersebut. Mereka melihat orang tersebut masih hidup dan warganegara asing, dan tiada siapa yang tahu siapa orang tersebut, kata al-Bakoush. Orang itu masih bernafas dan kelopak matanya berkedip-kedip, kata a-Bakioush. "Dia masih hidup,Tidak syak lagi. Mukanya telah dihitamkan dan dia seperti orang lumpuh." Video yang diambil oleh al-Bakoush dan diposkan di YouTube menunjukkan Stevens sedang dibawa keluar bilik gelap melalui tingkap oleh orang ramai. "Bawa dia keluar," jerit orang ramai. "Beri laluan, beri laluan!" "Hidup, Hidup!" datang teriakan lain, kemudian sorakan "Allah Maha Besar." Adegan seterusnya menunjukkan Stevens berbaring di atas lantai jubin, dengan seorang lelaki menyentuh lehernya untuk memeriksa nadi beliau. Video itu disahkan tulen kerana muka Stevens dapat dilihat dengan jelas dan dia memakai baju putih yang sama yang dilihat dalam gambar yang turut disahkan tulen yang menunjukkan dia dibawa di atas bahu orang lain. Dua rakan al-Bakoush yang turut menyaksikan kejadian tersebut mengesahkan bahawa al Bakoush telah mengambil rakaman itu. Stevens dan tiga rakyat Amerika lain telah terbunuh dalam serangan ke atas konsulat Amerika Syarikat, sebahagian daripada gelombang serangan ke atas misi diplomatik AS di negara-negara Islam kerana membantah filem yang dibuat di Amerika Syarikat yang menghina Nabi Muhammad. Sumber HD : 19/09/2012 Morsi kepada PBB: Syria adalah tragedi era ini
(Mohamed Morsi berkata dalam ucapan sulungnya di PBB bahawa rakyat Timur Tengah tidak lagi akan bertolak ansur dengan pemerintahan diktator) NEW YORK: Mohamed Morsi, berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pemimpin pertama Mesir yang dipilih secara demokratik, menyifatkan perang Syria sebagai "tragedi era ini" di mana seluruh dunia bertanggungjawab ke atasnya - dan menuduh rejim Assad "membunuh rakyat siang dan malam". Presiden Morsi mengajak dunia untuk menggantikan rejim dengan kerajaan demokratik yang mewakili semua etnik dan agama, tetapi perlu dilakukan tanpa campur tangan tentera luar. Sebaliknya, beliau menegaskan inisiatif diplomatik baru yang dimulakan oleh Mesir, Turki dan Iran, dan menyeru negara-negara lain untuk menyertainya. Sebelum membincangkan konflik Syria, Morsi berkata PBB perlu membuat keutamaan menangani nasib rakyat Palestin, mengatakan bahawa ia adalah "memalukan" untuk resolusi PBB yang berturut-turut mengenai penjajahan Israel di wilayah Palestin tidak pernah dikuatkuasakan. "Buah-buah maruah dan kebebasan mesti dikekalkan hampir dengan rakyat Palestin," katanya. Dalam ucapan sulungnya di perhimpunan agung PBB, Morsi berkata rakyat Timur Tengah tidak akan lagi bertolak ansur dengan pemerintahan diktator, mereka juga tidak akan bertolak ansur dengan negara-negara yang tidak menandatangani perjanjian pengawalan senjata nuklear (NPT), secara jelas merujuk kepada Israel, yang dengan senjata nuklearnya memberikan mereka kuasa monopoli di rantau itu. Beliau menyuarakan sokongan kepada persidangan yang dianjurkan oleh PBB yang berakhir hujung tahun ini untuk menjadikan Timur Tengah sebagai rantau yang bebas daripada senjata pemusnah besar-besaran. Israel telah menolak gesaan itu. Morsi juga menegur Iran, mengatakan bahawa semua negara perlu menunjukkan sifat aman oleh program nuklear mereka untuk memuaskan hati jiran-jiran mereka. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berkata bahawa Iran tidak bekerjasama dalam siasatan mereka. Penilaian Morsi berkenaan masalah di rantau ini berbeza dengan apa yang disampaikan oleh presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, yang memberi fokus kepada tema agama dan tidak menyebut berkenaan program nuklear Iran, yang merupakan tumpuan ketegangan yang semakin meningkat di rantau itu - dan juga dalam masyarakat antarabangsa yang lebih luas. Setiausaha Luar Britain, William Hague, baru-baru ini menggesa Kesatuan Eropah untuk mengetatkan lagi sekatan yang sudah sedia ketat ke atas Iran, kerana keengganan Iran untuk tunduk kepada tuntutan majlis keselamatan PBB supaya menghentikan pengayaan uranium. Ucapan Ahmadinejad adalah tidak mudah difahami seperti kebiasaannya untuk satu sesi PBB dan hanya sekali merujuk kepada Israel, apabila beliau mengecam apa yang beliau panggil sebagai "hegemoni keangkuhan" kuasa-kuasa dominan di dunia, dan berkata “ancaman berterusan dari Zionis yang tidak bertamadun yang akan mengambil tindakan tentera terhadap bangsa kami adalah satu contoh yang jelas realiti pahit ini ". Tiada diplomat Amerika di persidangan ketika ucapan Ahmadinejad kerana Washington melihat ucapan pemimpin Iran mengenai Israel awal minggu ini sebagai menyakitkan hati. Britiain dan kebanyakan negara Eropah yang lain telah menghantar wakil junior, yang tidak berjalan keluar memboikot seperti yang telah dilakukan mereka sebelum ini. Dalam ucapannya, Morsi berkata Mesir akan "berdiri teguh" menentang keganasan anti-Amerika yang telah melanda dunia Islam dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang telah dicetuskan oleh kemunculan video menghina Nabi, yang telah diterbit oleh Nakoula Basseley, warga Amerika- Mesir beragama Kristian Koptik. Tetapi Morsi juga mendakwa bahawa penyebaran video itu adalah sebahagian daripada "kempen tersusun" yang didorong oleh Islamofobia. Dalam kenyataan yang nampak seperti menikam balas ucapan Barack Obama berkenaan kebebasan bersuara, Morsi berkata bahawa kebebasan bersuara tidak sepatutnya merangkumi hak untuk menghina agama berjuta-juta manusia. Sumber HD : 28/09/2012 IMF lewatkan rundingan pinjaman Mesir
(Kunjungan Pengarah Urusan IMF Christine Lagarde (tengah) bertemu pemimpin Mesir sebelum ini) KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menangguhkan penghantaran satu pasukan rundingan ke Kaherah bagi membincangkan pinjaman bernilai USD4.8billion (EGP2.9billion), sementara Mesir melengkapkan program reformasi ekonomi Mesir, Menteri Kewangan Mesir dipetik sebagai berkata. Mesir dijadualkan untuk menerima satu pasukan daripada IMF pada akhir bulan September untuk membincangkan terma-terma pinjaman. Mesir amat memerlukan sokongan kewangan untuk membantu keadaan ekonomi yang dilanda kegawatan sejak pemberontakan yang menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tahun lepas. Kerajaan Mesir perlu melengkapkan program tersebut sebelum rundingan pinjaman untuk menunjukkan kepada IMF bahawa Mesir adalah serius, Mumtaz al-Saeed, Menteri Kewangan memberitahu suratkhabar harian al-Borsa. Dua paksi utama program ini adalah penstrukturan subsidi dan cukai, katanya. Kerajaan sedang berusaha keras melakukan kajian dan program reformasi ini akan selesai tidak lama lagi, katanya. Keyakinan bahawa pentadbiran Islamik baru yang bertindak pantas untuk mendapatkan pinjaman dan mengelakkan masalah fiskal telah membuatkan pasaran saham negara melambung tinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasil hutang kerajaan telah jatuh. IMF menuntut Mesir menyediakan satu program yang akan mengecilkan bajet defisit yang telah meningkat sebanyak 11 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sejak pemberontakan menggulingkan Mubarak pada Februari 2011. Kerajaan Presiden Mohamed Morsi berkata ia akan mengehadkan subsidi tenaga, kira-kira satu perempat daripada jumlah perbelanjaan negeri, dengan mensasarkan subsidi hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya. Perdana Menteri, Hisham Kandil berkata bulan lepas bahawa kerajaan merancang untuk memperkenalkan sistem kupon atau kad pintar pada bulan Oktober untuk memastikan bahawa golongan miskin, bukannya semua orang, mendapat subsidi gas memasak butana. Kerajaan menjual kanister butana sebanyak 5 pound Mesir setiap satu, manakala kos pengeluaran sebenar adalah lebih dari 65 pound. Al-Borsa memetik Mumtaz sebagai berkata, pasukan IMF tidak akan datang sehingga selepas mesyuarat tahunan IMF di Tokyo pada Oktober 9-14. Kerajaan juga berusaha keras melobi untuk memulakan pelaburan ke dalam negara yang telah terbantut sejak pemberontakan. Tiada menteri mahupun jurucakap IMF di Washington yang bersedia memberi komen. Sumber HD : 4/10/2012 Mursi bentang rekod 100 hari pertama presiden
(Mursi membentangkan rekod 100 hari sebagai presiden dalam rapat raksaksa) KAHERAH: Presiden Mesir Sabtu lalu mempertahankan prestasi beliau dalam tempoh 100 hari pertama beliau mentadbir - menepis kritikan bahawa tidak banyak yang telah dicapai - namun beliau mengakui bahawa pentadbiran beliau masih belum memenuhi semua janji dan mengatakan masih banyak kerja yang perlu dilaksanakan. Bercakap kepada puluhan ribu rakyat Mesir di stadium sukan terbesar di Kaherah, Mohammed Mursi menggunakan ucapannya yang memakan masa hampir dua jam untuk membentangkan pencapaian beliau sejak mengambil alih pemerintahan pada akhir bulan Jun sebagai presiden Mesir pertama yang dilantik menggunakan pilihanraya bebas. "Negara ini, rakyatnya, tenteranya, pertubuhan-pertubuhannya, presidennya, kanak-kanaknya, kita semua kini bergerak ke arah satu matlamat: Mesir yang baru," ucapnya. (Mursi di arak dalam stadium sempena 100 hari sebagai Presiden yang dipilih secara demokratik) Pengkritik mengatakan tidak banyak pencapaian yang telah dilakukan Mursi sejak memenangi pilihanraya, dan menuduh presiden dari Ikhwan Muslimin itu meniru rejim sebelumnya dengan hanya menyerang pengkritik beliau dan memberi jawatan kerajaan kepada pengikut setianya. Majlis Sabtu lalu selain turut mengandungi satu perarakan tentera sebagai sebahagian dari majlis ulang tahun perang Mesir-Israel pada tahun 1973, adalah juga satu persembahan kekuatan Ikhwan Muslimin, gerakan Islam yang muncul sebagai kumpulan politik paling berkuasa negara itu sejak pemberontakan menggulingkan pemimpin lama Hosni Mubarak. Penyokong Ikhwan Muslimin berdiri memenuhi stadium dan memberikan Praiden sambutan yang sangat meriah. Mursi memberi respon dengan menggenggam kedua-dua penumbuknya ke udara dan melambai kepada orang ramai sambil beliau dibawa mengelilingi trek setibanya beliau ke stadium. Dalam ucapannya, Mursi mengakui bahawa dia tidak mengotakan sepenuhnya janji-janji utama seperti menyelesaikan masalah sampah, masalah trafik dan krisis tenaga. Tetapi dia berkata bahawa banyak isu-isu asas yang telah beliau perbaiki terlebih dahulu dalam tempoh 100 hari pertama beliau di pejabat, seperti mengurangkan kesesakan trafik Kaherah, yang telah menunjukkan peningkatan. Setelah memasuki pejabat lewat Jun lalu, Mursi mewarisi satu senarai panjang krisis domestik, dengan krisis ekonomi negara mendahului senarai tersebut. Industri pelancongan yang merupakan sumber hasil utama negara, jatuh merundum akibat ketidakstabilan politik berikutan kebangkitan Arab, manakala pelaburan asing juga telah berkurangan. Beliau berjanji untuk membaiki program subsidi yang berusia berdekad lamanya yang merupakan bahagian utama bajet. Mesir telah meminta pinjaman USD4.8billion dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) bagi membantu meningkatkan ekonomi, dan pegawai-pegawai IMF telah meminta Mesir untuk menyusun semula sistem subsidi sebagai salah satu syarat untuk pinjaman tersebut. Beliau juga mengulangi bahawa beliau akan mematuhi undang-undang perbankan Islam dan tidak akan menerima riba, memberitahu hadirin yang bersorak bahawa "Kita sanggup berlapar dari memakan riba." Beliau berkata bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai "mafia" yang bekerja di Kementerian Petroleum yang menyebabkan ketirisan berjuta-juta dolar melalui kes rasuah. Beliau berkata beliau masih tinggal di apartmen yang disewa di pinggir Kaherah dan meminta orang ramai untuk menghukumnya jika dia dilihat memandu di dalam kereta baru yang bukan merupakan sebahagian dari perarakan presiden. "Mengapa saya beritahu perkara ini kepada anda? Kerana saya pernah memberitahu diri saya sendiri pada masa lalu, saya tidak mempunyai hak, tetapi hanya kewajipan," ucap Mursi. Penyokong Mursi, hatta lawannnya dari golongan liberal dan sekular, telah memujinya kerana berjaya secara politik mengetepikan pihak tentera sejurus selepas memerintah dengan memaksa beberapa jeneral kanan yang berkhidmat di bawah Mubarak untuk bersara - selepas satu peralihan kuasa tentera yang huru-hara - dan menguatkan pengaruhnya dalam eksekutif negara. Sumber HD : 8/10/2012 Morsi beri pengampunan kepada tahanan politik
Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah memberi pengampunan kepada semua tahanan politik yang ditahan sejak awal pemberontakan yang menggulingkan Hosni Mubarak tahun lepas.
Pengampunan tersebut meliputi mereka yang menghadapi perbicaraan dan yang menjalani hukuman penjara kecuali mereka yang disabitkan kesalahan membunuh, kata jurucakap presiden, namun tidak memberikan jumlah banduan yang mendapat pengampunan. Aktivis berkata ribuan orang awam berhadapan dengan mahkamah tentera dalam vakum keselamatan selepas kejatuhan Mubarak pada tahun 2011. Kumpulan kempen 'Tidak kepada Perbicaraan Tentera' berkata sekurang-kurangnya 5,000 tahanan politik masih dipenjarakan. Ramai dari mereka yang dipenjarakan telah ditangkap semasa tempoh 18 bulan kerajaan tentera interim di Mesir di bawah pimpinan Field Marshal Hussein Tantawi. Hanya sebilangan kecil banduan telah dibicarakan sejak Morsi memerintah Jun lalu. Sumber HD : 9/10/2012 Pendakwaraya kekal selepas perjanjian dengan Morsi
(Pendakwaraya Mesir, Abdel Meguid Mahmud kekal selepas berbincang dengan Morsi) KAHERAH: Pendakwaraya Mesir, Abdel Meguid Mahmud dan Presiden Mohamed Morsi bersetuju Sabtu lalu bahawa Mahmud akan kekal sebagai pendakwaraya, menamatkan krisis keengganan Mahmud untuk berhenti selepas dipecat, ujar pembantu Mahmud. Televisyen Mesir melaporkan bahawa kedua-dua pihak bertemu dan memeterai perjanjian bahawa "pendakwaraya akan kekal dalam jawatannya," kata Timbalan pendakwaraya, Adel Said, dan menyatakan "salah faham atas pencalonan Mahmud sebagai duta ke Vatican." Morsi pada Khamis lalu memecat Mahmud, dan melantik beliau sebagai duta ke Vatican, tetapi Mahmud enggan meletakkan jawatan dan berkata: "Saya kekal dalam jawatan saya. Menurut undang-undang, pihak di badan kehakiman tidak boleh dipecat oleh pihak eksekutif." Morsi cuba untuk memecat Mahmud selepas pembebasan pegawai di zaman Hosni Mubarak dalam perbicaraan minggu ini atas dakwaan serangan maut ke atas penunjuk perasaan semasa pemberontakan 2011. Keputusan mahkamah itu mencetuskan protes Jumaat lalu apabila penyokong Morsi bertempur dengan lawannya di Dataran Tahrir. Kementerian Kesihatan berkata 110 orang tercedera dalam kejadian itu. Aktivis yang memainkan peranan utama dalam protes anti-Mubarak tahun lepas mengatakan bahawa Mahmud bertanggungjawab menyediakan "bukti yang lemah" oleh pihak pendakwaan dalam kes itu dan merupakan orang setia kepada rejim lama. Mahmud Jumaat lalu berkata bahawa dia telah menerima ancaman secara langsung dan tidak langsung daripada seorang hakim kanan dan sekutu Morsi yang memberitahunya dia boleh diserang jika dia tidak berundur. Pertelingkahan antara Mahmud dan Morsi menonjolkan perpecahan yang mendalam antara presiden dan badan kehakiman, yang menuduh pemimpin Islam tersebut cuba untuk mengurangkan kuasa mereka. Mubarak dan Menteri Dalam Negeri, Habib al-Adly dipenjara seumur hidup untuk peranan mereka dalam mengarahkan pembunuhan, tetapi aktivis marah kerana enam ketua keselamatan yang menghadapai perbicaraan dengan mereka telah dibebaskan. Morsi berikrar untuk membicarakan semula Mubarak dan pegawai-pegawai kanan beliau atas peranan mereka dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa pemberontakan, di tengah-tengah kritikan bahawa perbicaraan itu telah diaturkan oleh pejabat pendakwa raya Mesir. Sumber HD : 14/10/2012 Pejuang Sinai rancang serangan ke atas Israel
EL-ARISH: Sumber keselamatan Mesir mendedahkan bahawa beberapa pejuang berpangkalan di Sinai telah hilang sepenuhnya, meningkatkan kemungkinan serangan balas sedang dijalankan terhadap Israel berikutan pembunuhan dua militan Palestin terkemuka di Semenanjung Gaza minggu lepas.
Sumber keselamatan Mesir juga memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa Kaherah memiliki maklumat mengesahkan kehadiran telefon pengganas yang tersembunyi di pergunungan Semenanjung Sinai, menambah telefon tersebut sedang menunggu "detik kosong" untuk melancarkan serangan balas mereka. Sumber keselamatan Mesir, yang bercakap kepada Asharq Al-Awsat dengan syarat namanya dirahsiakan, mendedahkan bahawa pihak berkuasa Mesir kesuntukan masa untuk mendapatkan maklumat tentang operasi tersebut, dan tidak pasti sama ada sasaran mereka adalah ini pelancong Laut Merah atau Israel. Ini datang selepas Ansar Bayt al-Maqdis mengancam untuk menjalankan serangan membalas dendam besar-besaran terhadap Israel selepas serangan udara Israel membunuh Tawhid wal-Jihad Emir Hisham al-Saedini dan Ansar al Sunnah amir Ashraf al-Sabah Sabtu lalu. Sumber keselamatan, yang berpangkalan di utara Sinai, memaklumkan Asharq Al-Awsat bahawa "sehingga kini, kami tidak mempunyai maklumat mengenai operasi ini, tetapi kehilangan sejumlah besar pejuang meningkatkan kemungkinan operasi bersenjata skala besar yang dilancarkan dari Sinai atau dari wilayah Mesir. "Sumber itu berkata bahawa keselamatan Mesir dan agen perisikan melakukan segala-galanya dalam kuasa mereka untuk mendapatkan apa-apa maklumat tentang operasi ini. Beliau menambah bahawa pasukan keselamatan Mesir tidak berniat untuk menjalankan apa-apa operasi pencegahan di Semenanjung Sinai , dengan menekankan bahawa pihak berkuasa Mesir tidak ingin meningkatkan ketegangan di rantau ini atau meningkatkan potensi sebarang konflik. Sumber keselamatan juga mendedahkan bahawa pihak keselamatan Mesir memiliki maklumat yang sah bahawa sebilangan besar pejuang bersembunyi di kawasan pergunungan selatan Sinai. Ia adalah amat sukar untuk tentera dan pasukan keselamatan Mesir untuk sampai ke kawasan-kawasan pedalaman pergunungan, terutamanya tanpa sokongan logistik dari penduduk tempatan. Sumber keselamatan Mesir, mendakwa bahawa pejuang yang telah hilang kemungkinan besar mewakili telefon yang menunggu "detik sifar" untuk melancarkan serangan mereka. Beliau menambah bahawa pasukan keselamatan di Sinai telah berada dalam keadaan berjaga-jaga sejak ancaman mengenai serangan balas dikeluarkan oleh kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis. Sumber juga mengesahkan bahawa terdapat ketegangan antara agen perisikan Mesir dan penduduk Badwi tempatan di Sinai, sambil menambah ini berkemungkinan menjejaskan keupayaan pengumpulan maklumat pihak perisikan Mesir. Penduduk tempatan yang tinggal di sempadan Mesir dan Israel mengesahkan bahawa mereka menyaksikan pergerakan besar-besaran pihak tentera dan keselamatan, terutamanya oleh tentera Israel yang telah meningkatkan rondaan mereka di rantau ini. Ansar Bayt al-Maqdis mengeluarkan kenyataan yang mengancam untuk mengadakan serangan membalas dendam terhadap Israel berikutan pembunuhan pemimpin kanan mereka Sabtu lalu. Kenyataan itu berbunyi "Kami di Ansar Bayt al-Maqdis berkata kepada Zionis bahawa darah saudara kami di Palestin adalah darah kami dan balas dendam mereka adalah balas dendam kami, dan darah Abu al-Walid [Hisham al-Saedini] dan Abu al- Bara'a [Ashraf al-Sabah] tidak akan pergi dengan sia-sia tanpa pembalasan. Ia hanyalah tindak balas dan hukuman ke atas darah dan keselamatan anda, jadi nantikan tindak balas kami”. (Asharq Al-Awsat) Sumber HD - 19-10-2012 Ketua CIA di Mesir bincang isu keselamatan
KAHERAH: Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) David Petraeus berangkat ke Kaherah Rabu lalu untuk lawatan dua hari bagi membincangkan isu keselamatan dan memerangi keganasan, lapor pegawai-pegawai Mesir.
Petraeus akan mengetuai delegasi Amerika Syarikat yang akan bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi keselamatan Mesir untuk bertukar maklumat tentang memerangi keganasan. Para pegawai Mesir bercakap dengan syarat tidak mahu nama mereka didedahkan kerana mereka tidak diberi kebenaran untuk bercakap kepada pemberita. Jurucakap Kedutaan Amerika Syarikat enggan untuk memberi maklumat mengenai lawatan tersebut. Lawatan ini dibuat kerana Mesir mula mengetatkan kawalan ke atas suspek militan. Minggu lalu, pihak keselamatan Mesir mengenal pasti seorang militan dari Libya - yang terbunuh selepas meletupkan bom semasa diserbu – sebagai suspek kes serangan maut ke atas misi Amerika Syarikat di Benghazi 11 September lalu yang mengakibatkan empat warga Amerika mati, termasuk Duta Amerika Syarikat, Chris Stevens. Menurut laporan terperinci Kementerian Dalam Negeri Mesir Rabu lalu, mereka telah menahan 13 militan yang disyaki merancang operasi untuk menjejaskan kestabilan negara dalam beberapa siri serbuan. Serbuan yang dibuat sejak beberapa minggu lalu di beberapa kawasan yang berbeza di Mesir mendapati kebanyakan dari mereka mempunyai bahan letupan dalam jumlah yang besar. Seorang warga Tunisia adalah antara yang ditangkap dalam satu serbuan pada minggu lepas. Selepas kejatuhan Muammar Gaddafi, vakum politik dan keselamatan Libya telah mendorong penyeludupan senjata dan militan merentasi sempadan, melalui wilayah-wilayah Mesir ke Semenanjung Gaza. (asharq-e.com) Sumber HD - 3-11-2012 Tiga polis Mesir ditembak mati di Sinai
Sekurang-kurangnya tiga anggota polis terbunuh selepas sekumpulan penyerang melepaskan tembakan ke atas kereta mereka di rantau el-Arish, Semenanjung Sinai di Mesir, lapor televisyen kerajaan. Seorang pegawai lain turut tercedera dalam serangan Sabtu lalu, yang mungkin dijalankan oleh pihak yang sedang diburu oleh pasukan keselamatan Mesir di rantau tersebut, menurut sumber dari pihak keselamatan. Kumpulan penyerang itu melarikan diri selepas melakukan serangan dan masih belum dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Tentera Mesir melancarkan tindakan keselamatan terbesar di Semenanjung Sinai dalam tempoh beberapa dekad berikutan pembunuhan 16 pengawal sempadan 5 Ogos lalu. Kekacauan telah merebak di Sinai sejak Hosni Mubarak digulingkan dalam pemberontakan tahun lepas, dengan pejuang meningkatkan serangan ke atas pasukan keselamatan berhampiran sempadan Israel. Mohamed Morsi, Presiden Mesir, telah berikrar untuk memulihkan keselamatan di rantau tersebut. (AlJazeera). Sumber HD - 4-11-2012 Morsi jumpa hakim bincang isu rebut kuasa
Presiden Mesir, Mohamed Morsi akan bertemu hakim kanan Isnin ini untuk cuba meringankan krisis rampasan kuasa yang telah mencetuskan protes ganas mirip revolusi tahun lepas.
Aktivis Ahad lalu telah berkhemah di Dataran Tahrir untuk hari ketiga, menyekat trafik dengan penghadang sementara untuk membantah apa yang mereka sifatkan sebagai rebutam kuasa oleh Morsi. Polis rusuhan dan penunjuk perasaan bertempur di kawasan berdekatan. Seorang ahli Ikhwanul Muslimin telah dibunuh dan 60 orang cedera lewat Ahad lalu dalam serangan ke atas pejabat utama Ikhwanul Muslimin di Delta Nil bandar Damanhour, lapor laman web Kebebasan dan Keadilan Parti milik Ikhwanul Muslimin. Lebih daripada 500 orang telah cedera dalam pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan membimbangkan Morsi yang cuba untuk menyatukan kuasa. Membahayakan demokrasi Badan kehakiman tertinggi Mesir membayangkan untuk berkompromi untuk mengelakkan peningkatan krisis, walaupun penentang Morsi mahukan pembatalan penuh dekri yang mereka lihat membahayakan demokrasi. Majlis Kehakiman Agung berkata dekri Morsi hanya sah dalam "perkara berdaulat", menunjukkan ia tidak menolak perisytiharan itu secara terus, dan menggesa hakim dan pendakwa, yang sebahagian daripada mereka mula mogok Ahad lalu, untuk kembali bekerja. Morsi akan bertemu dengan majlis tersebut Isnin ini, lapor media kerajaan. Pejabat Morsi mengulangi jaminan bahawa langkah-langkah tersebut hanyalah untuk sementara waktu, dan berkata beliau mahu mengadakan dialog dengan kumpulan politik untuk mencari "titik persamaan" dalam apa yang perlu diletakkan dalam perlembagaan Mesir, salah satu daripada isu dalam krisis ini. Hassan Nafaa, seorang profesor sains politik di Universiti Kaherah, memahami usaha yang dilakukan oleh presiden dan badan kehakiman untuk menyelesaikan krisis berkenaan, namun menambah kenyataan mereka adalah "kabur". "Ia hanya menuju ke arah yang lebih bermasalah," katanya. Pasaran saham jatuh Ahad lalu sehingga hampir 10 peratus - yang dihentikan hanya oleh sekatan automatik - adalah yang terburuk sejak pemberontakan yang menggulingkan Mubarak pada bulan Februari 2011. (aljazeera.com). Sumber HD - 26-11-2012 Morsi tetap pertahankan dekri
KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberitahu hakim kanan Mesir bahawa dia tidak mencerobohi kuasa mereka apabila dia mengEluarkan dekri baru-baru ini. Seorang pembantu Morsi berkata undang-undang itu terhad kepada "isu-isu berkaitan kedaulatan,'' tetapi kenyataan tersebut tidak memuaskan hati pengkritik beliau. Pendirian tanpa kompromi tersebut diberitahu semasa mesyuarat antara Morsi dan ahli-ahli Majlis Kehakiman Agung Isnin lalu dalam usaha untuk menyelesaikan krisis selama empat hari yang telah meletakkan Mesir dalam pusingan kekacauan yang baru dengan pertempuran antara kedua-dua pihak yang mengakibatkan seorang penunjuk perasaan mati dan ratusan tercedera. Badan kehakiman, sasaran utama dekri Morsi, juga telah mula memberi respons, memanggil dekri tersebut sebagai rebutan kuasa dan serangan ke atas "kebebasan badan tersebut". Hakim dan pendakwa mogok dan tidak hadir ke mahkamah di Kaherah dan bandar-bandar lain pada Ahad dan Isnin lalu. Sementara itu, Ikhwanul Muslimin telah membatalkan demonstrasi besar-besaran di Kaherah, yang dirancang diadakan Selasa ini, "sehingga notis lanjut" bagi "mengelakkan pertempuran". Melindungi Revolusi Pentadbiran Morsi mempertahankan dekri tersebut sebagai usaha untuk mempercepatkan pembaharuan yang akan melengkapkan transformasi demokrasi Mesir. Tetapi seruan beliau untuk berdialog telah ditolak oleh ahli-ahli Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), pakatan pembangkang baru liberal, berhaluan kiri dan lain-lain ahli politik dan parti, yang sukar untuk bersatu sehinggalah pengumuman dekri Morsi. Barisan tersebuk termasuk Sabahy, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei dan bekas ketua Liga Arab, Amr Moussa. Pihak tentera tidak melibatkan diri dengan krisis selepas mengetuai Mesir melalui peralihan selama 16 bulan untuk pilihan raya presiden pada bulan Jun. Penganalisis berkata Morsi telah meneutralkan tentera apabila beliau memecat jeneral tertinggi tentera Ogos lalu, dan melantik satu generasi baru yang kini berhutang budi kepada presiden. Morsi menyatakan keputusan beliau Khamis lalu sebagai keperluan untuk melindungi revolusi yang menggulingkan Mubarak hampir dua tahun yang lalu dan untuk mengukuhkan peralihan negara kepada pemerintahan demokrasi. Morsi juga mengarahkan perbicaraan semula Mubarak dan pembantu kanan beliau atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan. "Dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan negara ini dan melindungi revolusi," ujar Pakinam al-Sharqawi, pembantu Morsi. "Ia adalah satu peringkat utama dalam proses melengkapkan revolusi 25 Januari," katanya merujuk kepada hari bermulanya pemberontakan terhadap Mubarak pada tahun lepas. Beliau juga mencipta badan kehakiman 'perlindungan revolusi' yang baru untuk menjalankan pendakwaan secepat mungkin. Sumber HD - 27-11-2012 Mesir runding gencatan senjata Hamas-Israel
(Pemimpin Hamas, Khaled Meshal mahukan pergerakan yang bebas di Gaza sebagai sebahagian dari perjanjian gencatan senjata..foto Reuters) KAHERAH: Mesir telah memulakan rundingan berasingan dengan Hamas dan Israel untuk memberi butiran lebih lanjut perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui minggu lepas yang mengakhiri konflik lapan hari di Gaza. Seorang pegawai Mesir memberitahu Reuters bahawa rundingan tersebut akan membincangkan permintaan Palestin untuk pembukaan lebih banyak lintasan Israel ke Gaza - satu langkah yang akan membantu mengakhiri sekatan selama enam tahun terhadap enklaf yang diperintah oleh pergerakan Hamas. Beliau juga berkata bahawa Kaherah akan menggesa kedua-dua pihak untuk mengukuhkan lagi komitmen mereka terhadap perjanjian gencatan senjata. Pemimpin kanan Hamas, Mahmoud al-Zahar memberitahu pemberita Sabtu lalu bahawa kumpulan itu mahu melihat pembukaan kesemua empat lintasan barangan dengan Israel yang dulunya beroperasi sebelum tahun 2006. Hanya satu lintasan barangan beroperasi buat masa ini, dengan terminal penumpang kedua dikhaskan untuk segelintir rakyat Palestin dan warga asing yang dibenarkan masuk dan keluar dari wilayah itu. Sumber HD - 27-11-2012 10 juta rakyat Mesir demo sokong Morsi
(Sebahagian rakyat Mesir yang berdemo menyokong Morsi) KAHERAH: Dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Mohammed Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak. Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas. Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator. Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden semalam dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan. Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011. Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican. Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru. Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat. Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dekat sini, merencatkan rancangan pembangkang. Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir. Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan. Sumber HD - 2-12-2012 Asmaa Mahfouz Gadis Ayu di Sebalik Kejatuhan Hosni Mubarak
Dilahirkan di Mesir pada 1 Februari, 1985, Asmaa Mahfouz menjadi pemangkin yang tidak mungkin kepada perubahan di negara yang telah termaktub dalam pemerintahan diktator sejak sebelum dia dilahirkan.
Sebagai pelajar Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kaherah pada tahun 2008, Asmaa terlibat dalam apa yang menjadi Pergerakan Belia pada 6 April 2008. Sekumpulan belia ini mula menyelaras usaha untuk mendapatkan sokongan seluruh negara bagi mengadakan protes di El-Mahalla El-Kubra. Satu mogok umum yang bersatu di bawah tuntutan bagi maruah, keselamatan, kebebasan, gaji yang saksama, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pendidikan. Susulan protes 6 April, ramai blogger, wartawan bebas dan aktivis diganggu, ditahan dan diculik oleh agen kerajaan dan polis berpakaian biasa. Walaupun tindakan keras, usaha-usaha para belia telah berjaya kerana mereka dapat menyediakan peguam dan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi peserta protes. Asmaa menjadikan acara ini sebagai titik perubahan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa dia banyak belajar tentang rangkaian serta teknik mengurus dan mengawal kebimbangan yang berkaitan dengan ptotes. “As long as you say there is no hope, then there will be no hope, but if you go down and take a stance, then there will be hope.” – Asmaa Mahfouz Kumpulan pemimpin belia seperti Ahmed Maher, Mohammed Adel, dan Asmaa Mahfouz terus meningkatkan pengetahuan tentang aktivisme dan perhimpunan aman. Mereka juga menggunakan masa ini memupuk hubungan sosial mereka dan menganjurkan demonstrasi kecil. Belia menggunakan blog dan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk memudahkan perbincangan, perbahasan, pendidikan dan pengurusan. Pada bulan Januari tahun 2011, Asmaa dan rangkaian kawan-kawan telah mendapat cetusan ilham untuk mendapatkan perubahan dalam sistem pemerintahan Mesir apabilaWarga Republik Tunisia, telah berjaya menjatuhan diktator yang telah memerintah selama 23 tahun di negara mereka melalui satu siri demonstrasi jalanan secara aman. Memandangkan Mesir dan Tunisia mengalami masalah yang sama iaitu rejim diktator, orang ramai di Mesir juga memasang cita-cita untuk menjatuhkan rejim diktator mereka pula. Walau bagaimanapun, di negara di mana anggaran 18.000 aktivis telah dipenjarakan dan adalah menyalahi undang-undang untuk berkumpul dalam kumpulan lebih besar daripada lima orang tanpa kelulusan kerajaan, orang Mesir mempunyai halangan utama yang lebih besar iaitu ketakutan dalam diri rakyatnya. Takut kerajaan, takut penculikan, takut gangguan dan penderaan. Kebimbangan ini telah berjaya mengekalkan kuasa rejim selama tiga dekad. Perasaan takut inilah yang menyebabkan bu bapa Asmaa tidak bersetuju dengan usaha beliau untuk mencetuskan perubahan. Kebimbangan ini juga menyebabkan ramai aktivis menggunakan nama anonymous di laman web untuk mengelakkan dikenal pasti dan ditangkap. Namun segalanya berubah pada January 18th, 2011 apabila Asmaa Mahfouz memutuskan untuk mengatasi kebimbangannya dan meminta orang lain untuk menyertai beliau dalam protes. Beliau memuat naik video dirinya dalam talian memaparkan dirinya bercakap di hadapan kamera. Dengan berani beliau memperkenalkan dirinya dan menyeru orang lain untuk menyertai beliau dalam protes di Tahrir Square pada 25 Januari. “I, a girl, am going down to Tahrir Square, and I will stand alone. And I’ll hold up a banner.” “I wrote that whoever is worried about this country should come with me, and that anyone who is worried about me or thinks that I am mentally ill should come in order to protect me.”- Asmaa Mahfouz Videonya telah dikongsi secara meluas di Facebook, blog dan telefon bimbit, keberanian mesej beliau dan telah berjaya menaikkan semangat dan menjadi inspirasi di seluruh negara. Asmaa dan yang lain mula mengedarkan risalah, membuat lebih banyak video untuk menggalakkan orang lain untuk turut hadir pada 25 Januari. Pergerakan Pemuda itu hanya menjangkakan kehadiran beberapa ribu, tetapi lebih daripada satu juta orang Mesir muncul. Sokongan terus-menerus datang daripada seluruh pelosk Mesir. Berjuta-juta orang terus menuju ke Kaherah dalam tempoh dua minggu untuk menyertai protes.Segenap lapisan masyarakat Mesir turut kelihatan dalam protes tanpa mengira usia, agama dan kelas sosio ekonomi, mereka bersatu untuk tujuan yang sama. Pihak polis anti rusuhan menggunakan setiap kaedah yang ada untuk menghentikan demonstrasi tetapi telah ditenggelami oleh jumlah rakyat jelata yang besar. Secara keseluruhannya, penunjuk perasaan kekal komited kepada protes aman walaupun berlaku penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis. “All Egyptians, not only the protestors, have broken through the fear barrier, therefore I expect only one outcome – protests will continue until Mubarak steps down from power.” – Asmaa Mahfouz Menjelang 11 Februari Presiden Mumbarak akhirnya meletak jawatan dan rundingan untuk kerajaan baru bermula.Peletakan jawatannya mengingatkan masyatakat Mesir bahawa kuasa dalam demokrasi adalah milik rakyat.
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily. Sumber HD - 6-12-2012 Israel, AS dan sekutu terancam dengan Morsi
Pada kesempatan berkunjung ke Mesir kali ini, elok juga dinukilkan perkembangan terkini yang berlaku, selepas calon Parti al-Hurriyah wal Adalah, Mohammed Morsi memenangi Pilihan Raya Presiden, Jun lepas.
Sebelum berlepas ke Kaherah, kita mendapat khabar menerusi media bahawa keadaan di Mesir sekarang ini berada di dalam kacau bilau, akibat tentangan puak pembangkang terhadap kerajaan. Malah, dengan melaporkan setiap hari ada demonstrasi beserta laporan mengenai kematian, media seolah-olah mahu menggambarkan kepada kita, kerajaan Presiden Morsi yang ditunjangi gerakan Ikhwanul Muslimin tidak stabil dan bermasalah. Malah ada kalangan rakan-rakan dan sanak saudara yang bimbang berlaku huru-hara sewaktu kunjungan dilakukan. Sebaik penulis menjejakkan kaki di Kaherah, Khamis lepas, Mesir yang baru mengalami cuaca sejuk, berada dalam keadaan aman dan tenteram. Semua berjalan dengan lancar dan baik. Tiada kekacauan, tiada kekecohan. Yang ada cuma pekikan dan hiruk pikuk hon di jalan raya, kerana perangai Arab yang suka menekan hon kenderaan. Mesir bukan tiada masalah. Masalah memang wujud, penentangan terhadap kerajaan Morsi memang berlaku. Tetapi ianya tidaklah seriuh yang digembar-gemburkan. Demonstrasi sentiasa ada. Ada demonstrasi pembangkang. Ada demonstrasi penyokong kerajaan. Televisyen Mesir menyiarkan siaran secara langsung demonstrasi yang diadakan dan kita boleh membuat perbandingan yang jelas, demonstrasi mana yang mendapat sambutan, mana yang tidak. 10 juta rakyat demo sokong Morsi Sabtu lepas, dianggarkan 10 juta rakyat Mesir berhimpun di seluruh Mesir semalam, untuk menyokong pindaan Perlembagaan baru yang diusahakan Presiden Morsi bagi menggantikan Perlembagaan di zaman Hosni Mubarak. Pindaan Perlembagaan diusahakan kerajaan baru Mesir di bawah kepimpinan Ikhwanul Muslimin, melalui Parti Kebebasan dan Keadilan yang menang dalam Pilihan Raya Umum, Jun lepas. Selepas dilantik menjadi Presiden Mesir, Morsi membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi merangka Perlembagaan rakyat untuk menggantikan Perlembagaan lama yang dianggap zalim dan diktator. Draf cadangan Perlembagaan baru tersebut sudah dikemukakan ke pejabat Presiden dan Morsi sudah membuat pengumuman untuk menyerahkan Perlembagaan tersebut kepada rakyat menerusi referendum 15 Disember depan. Bagaimanapun usaha Morsi mendapat tentangan hebat golongan fulul, iaitu saki baki kroni Hosni Mubarak dalam kerajaan diktator yang digulingkan menerusi kebangkitan rakyat 25 Januari 2011. Kumpulan ini menguasai kuasa kehakiman iaitu Peguam Negara, Abdul Majid Mahmoud yang sudah ditukar jawatan sebulan lepas, untuk dihantar sebagai Duta ke Vatican. Namun Abdul Majid menukar persetujuan beliau akibat tekanan pihak pembangkang yang berkepentingan untuk mensabotaj kerajaan baru. Morsi kini berhadapan sekumpulan hakim-hakim tegar yang berusaha menghalang referendum rakyat. Namun, perhimpunan terbesar dalam sejarah Mesir ini tunjangi sekitar 5 juta rakyat yang berhimpun di hadapan Universiti Kaherah, dan selebih di seluruh lokasi strategik seluruh negara, merencatkan rancangan pembangkang. Mahkamah cuba bersidang Ahad lepas untuk menghalang draf Perlembagaan baru, namun berpaksa membatalkan sidang mereka kerana puluhan ribu penyokong-penyokong Morsi berhimpun di mahkamah. Sejurus selepas penangguhan sidang Mahkamah, parti-parti pembangkang yang diketuai Parti Wafd, mengadakan pertemuan dengan Duta Besar Amerika Syarikat di Mesir. Parti pembangkang ini menubuhkan sebuah kumpulan yang dinamakan 'Jabhah lil inqaz al-watani' atauGabungan Penyelamat Negara, yang dipimpin beberapa tokoh pembangkangSeperti Dr Mohamad al-Baradei, bekas calon Presiden Hamdin Sabbahi dan seorang lagi bekas calon PresidenAmr Mousa. Perhimpunan terbesar rakyat Mesir menyokong Morsi bagaimanapun cuba disembunyikan media pro Barat yang hanya menunjukkan ketegaran segelintir penyokong pembangkang di Dataran Tahrir. Setakat ini Mesir berada dalam keadaan yang amat aman, Morsi berjaya mengawal keselamatan dengan baik dan himpunan pembangkang yang ditaja Barat gagal mendapat sambutan. Mengapa Barat dan sekutu cuba tumbangkan Morsi? Umum mengetahui bahawa regim lama Mesir yang dikuasai Hosni Mubarak, merupakan sekutu rapat kepada Amerika dan Israel. Apabila Mubarak ditumbangkan menerusi tsaurah (kebangkitan) rakyat, Mesir termasuk kelompok Arab Spring yang merubah struktur pemerintahan kerajaan, sejak reform dimulakan di Tunisia, Libya dan Maghribi. Mesir merupakan lokasi strategik negara Arab untuk berhadapan dengan Israel. Selama ini, tempoh pemerintah zalim Mesir yang lunak dengan Israel sejak tahun 1960-an, sudah berakhir. Paling ditakuti Amerika, Israel dan sekutu mereka ialah, Mesir kini dikuasai Ikhwanul Muslim, sebuah gerakan Islam yang mempunyai pengaruh yang luas di seluruh jazirah (semenanjung) Arab. Justeru, penganalisis politik Asia Barat berpendapat, ada tiga negara yang hendak menggagalkan pemerintahan Morsi dan tidak mahu melihat kestabilan Mesir di bawah pengaruh Ikhwan. Di Mesir, heboh dengan laporan yang diperolehi perisikan kerajaan bahawa, pembangkang di negara itu mendapat sumbangan kewangan daripada Emirah Arab Bersatu (U.A.E), Arab Saudi dan Kuwait. Penganalisis berpendapat, mereka melakukan demikian, pertama, kerana pengaruh Amerika yang kuat, serta hubungan rapat dengan blok Barat yang jelas mahu melindungi kepentingan Israel. Malah kedangkalan pemimpin-pemimpin negara terbabit diperjelaskan dengan pembelian kelengkapan senjata serta jet-jet pejuang buatan Amerika yang menelan belanja puluhan bilion dollar. Pembelian secara 'paksa' ini dibuat tatkala Amerika menghadapi krisis ekonomi yang meruncing, sedangkan hasilnya kebanyakan jet-jet pejuang terbabit tersadai di padang pasir kerana tidak berfungsi. Faktor kedua, adalah kerana mereka irihati dgn kejayaan Mesir di bawah Morsi setakat ini, sedang memulihkan ekonomi Mesir, serta pengimbang tekanan jahat Israel terhadap Gaza, Palestin. Ketiga, mereka bimbang Arab Spring akan merebak ke negara mereka dan menjatuhkan mereka dari tampuk kuasa, yang selama ini mereka tadbir secara diktator dan menindas rakyat. Apa yang Morsi lakukan untuk Gaza Ketakutan Israel cukup jelas dizahirkan mereka, selepas sahabat paling setia mereka Hosni Mubarak, tumbang di Mesir. Kunjungan pertama kali ketua negara Arab, iaitu Emir Qatar ke Semenanjung Gaza dilihat sebagai ancaman terbuka terhadap kejahatan zionis terhadap umat Islam. Sewaktu kunjungan ke Gaza sebelum serangan Israel, Emir Qatar, Sheikh Hamad Ibnu Jasim dengan jelas mengatakan, beliau dia tidak mungkin berada di Gaza jika tidak kerana tiga perkara. Tanpa menjelaskan secara terperinci, Sheikh Hamad mengatakan, beliau memijak bumi Gaza disebabkan oleh Mesir, Revolusi rakyat Mesir dan kerana Presiden Mesir. Oleh sebab tidak tahan dengan elemen-elemen sokongan terhadap Gaza, Israel mula melakukan serangan selama lapan hari dengan mengebom Gaza sesuka hati. Ada penganalisis berpendapat, selain menyasarkan pimpinan utama Hamas, serangan Israel yang disokong Amerika dan sekutunya di negara Arab, adalah bertujuan untuk memberikan tekanan kepada Presiden Morsi. Langkah mereka ternyata silap. Pada hari pertama serangan dilakukan Israel, Morsi mengarahkan Duta Mesir di Tel Aviv supaya pulang ke Kaherah dan menutup kedutaan. Langkah kedua Morsi di dalam menanggani isu Gaza, ialah pada hari kedua serangan, beliau mengarahkan Perdana Menteri Mesir melawat Gaza, memberikan sokongan dan mengenalpasti apa bentuk bantuan yang harus disalurkan segera. Ketiga, Morsi mengarahkan pintu Rafah yang merupakan sempadan kedua-dua negara dibuka 24 jam untuk membolehkan bantuan dibawa masuk segera dan mangsa yang tercedera dibawa keluar untuk mendapatkan rawatan. Morsi juga mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan dan pemimpin Hamas, Khalid Meshaal di Kaherah bagi menangani krisis tersebut. Setakat ini, Morsi bersama rakan-rakan Ikhwanul Muslimin yang diketuai Mursyidul Am, Dr Mohammed Badie berjaya mengawal situasi dalam dan tekanan luaran Mesir dengan baik. Namun tekanan dan pelbagai lagi ancaman dijangka dilakukan terus menerus oleh para penentang, yang tidak mahu Mesir melaksanakan keadilan dan demokrasi sebenar menurut Islam, yang bakal mengancam masa depan kuasa kuffar. Kita berdoa agar Allah terus memberikan kekuatan kepada Ikhwanul Muslimin untuk menerajui Mesir sebaik-baiknya. Sumber HD - 6-12-2012 Pengalaman solat Asar dekat Medan Tahrir
Sebelum ke Masjid Al-Azhar aku singgah di Medan Tahrir untuk melihat sendiri para anti Morsi berkumpul. Aku ingin lihat dan ingin menyelidik apakah benar para anti Morsi ini adalah para penyokong Morsi ketika Revolusi. Apakah benar para pemuda berkumpul ini berkumpul kerana marah dengan tindakan Morsi atau mereka ini hanyalah pendemostran upahan. Aku berlapang dada dan cuba untuk mencari kebenaran. Aku tidak taksub pada Morsi dan aku hanya mahukan kebenaran. Setibanya aku disana aku lihat beberapa pemuda memegang kayu dan dipercayai ahli keselamatan para pendemostran yang berkhemah disitu. Dari jauh aku cuba mengira bilangan mereka yang masih menduduki dataran Tahrir itu. Jika sebelum ini para anti Morsi pernah berkumpul sehingga mencecah 100 000 pendemo. Namun para kini para anti Morsi di dataran Tahrir sudah berkurangan. Aku anggar 5000 masih belum cukup. Cuma mereka terlalu ganas. Ada yang membakar tayar sehingga berkepul-kepul asap hitam keluar dan ada mat rempit dengan aksi motornya di sekitar medan Tahrir tanpa menghiraukan keselamatan orang lain.
Aku cuba amati khemah-khemah yang mereka dirikan. Kebanyakkan khemah-khemah mereka terlalu baru dan ketika revolusi Mesir sebelum ini khemah-khemah yang didirikan terlalu buruk. Kebanyakkan khemah-khemah terdahulu dibawa para penyokong Morsi sendiri satu ketika dahulu. Aku beranggapan khemah-khemah ini diberi dan siapakah yang memberi khemah-khemah ini?
Aku bersolat asar di masjid berhampiran dengan medan Tahrir. Para anti Morsi tidak turut serta dan masih membuat bising ketika kami sedang bersembahnyang. Mereka tidak menghormati azan bahkan ketika kami solat mereka memasang lagu dengan kuat sehingga menganggu kami bersembahyang. Di dalam masjid pula berpuluh orang sedang tidur dan ketika kami bersolat mereka terus tidur dan aku yakin mereka ini juga kumpulan anti Morsi.
Berbeza dengan kumpulan penyokong Morsi di era Revolusi. Umat islam solat berjemaah dan orang kristian para penyokong Morsi pula berjaga ketika umat islam sembahyang. Bagi aku, mereka yang berkumpul ini bukan penyokong Morsi ketika Revolusi dan aku berpendapat mereka ini adalah pro Mubarak. Dan mereka bukan membenci tindakan Morsi yang melaksanakan kekebalan kuasa tetapi mereka semua tidak mahu Morsi menjadi Presiden dan mahu Ikhawan menjadi seperti di era Mubarak. Oleh yang demikian, kerana sudah ada konspirasi jahat pro Mubarak. Morsi terpaksa melaksanakan polisi tersebut untuk seketika bagi menyelamatkan keadaan dan bukan melaksanakan polisi itu kerana tamatkan kuasa atau dendam.
Seperti mana kita tahu, Morsi sudah pun menjadi Presiden namun media massa Mesir masih menganggap Morsi pembangkang dan tajuk-tajuk akhbar masih menghina beliau. Namun Morsi tidak melayan kerenah-kerenah bodoh itu terus dengan agenda beliau iaitu menyelamatkan Mesir daripada kembali ke zaman rejim. Jika Morsi adalah diktotor, sudah tentu akhbar yang menyiarkan berita-berita yang menghina Morsi itu dikenakan tindakan. Dan jika Morsi itu tidak demokrasi, sudah tentu para pendemo itu dihalau dan ditangkap. Lihat sahaja tindakan Morsi, walaupun beliau mempunyai penyokong sehingga mencecah 6 juta yang pernah berhimpun tanda menyokong beliau, namun beliau tetap tidak mahu bertembung dengan pendemostran yang anti beliau. Buka kerana takut, tetapi menjaga keamanan Mesir.
Oleh yang demikian, maka aku berharap kita semua tidak mudah menerima maklumat dan mempercayai berita-berita di internet, Sedangkan media Mesir sendiri masih mengeluarkan berita palsu apatah lagi media daripada CNN atau TV3. Ayuhlah kita semua berdoa moga-moga konspirasi Zionis dan Amerika tidak akan berjaya. Semoga Mesir akan berjaya seperti mana Turki. Wallahualam.
Sumber HD - 6-12-2012
Morsi tawar konsesi redakan rusuhan
Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberi ucapan malam Khamis lalu, di samping menyeru kepada dialog dan menyatakan simpati ke atas kematian penunjuk perasaan, beliau turut menawarkan beberapa konsesi dan menolak kumpulan pembangkang.
Beliau mencadangkan satu mesyuarat Sabtu ini dengan pemimpin-pemimpin politik, "belia revolusi" dan tokoh-tokoh undang-undang untuk membincangkan hala tuju, tetapi kumpulan aktivis terkemuka menolak tawaran berkenaan, dan memanggil untuk mengadakan demonstrasi baru Jumaat ini. "Pergerakan 6 April", yang memainkan peranan penting dalam menyalakan pemberontakan terhadap Mubarak berkata di halaman Facebook mereka bahawa demonstrasi Jumaat ini akan adalah "kad merah" untuk Morsi. Rusuhan bermula selepas Morsi mengeluarkan dekri pada 22 November memberikan kepadanya kuasa yang lebih besar yang tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. Protes mencapai kemuncaknya Rabu lalu, dengan tujuh mati dan lebih 770 cedera ketika pertempuran di luar istana presiden. "Sebarang kejadian yang menyedihkan ini berlaku kerana perbezaan politik yang perlu diselesaikan melalui dialog," ujar Morsi. "Saya menyeru untuk dialog yang produktif dengan semua tokoh dan ketua-ketua parti, belia revolusioner dan tokoh-tokoh kanan undang-undang untuk bermesyuarat Sabtu ini," kata beliau. (aljazeera.com). Sumber HD - 7-12-2012 Pembangkang Mesir tolak cadangan referendum Morsi
Satu kumpulan pembangkang utama Mesir berkata bahawa keputusan Presiden Mohamed Morsi hanya untuk membatalkan dekri yang memberinya kuasa yang lebih luas dan tidakl membatalkan referendum mengenai draf perlembagaan yang kontroversi adah "tidak menepati jangkaan" yang diperlukan untuk meredakan ketegangan di negara tersebut.
Dalam satu pengumuman Ahad lalu, Barisan Penyelamat Kebangsaan, kumpulan payung utama bagi parti-parti pembangkang, berkata ia menolak rancangan referendum 15 Disember, dan memberi amaran bahawa ia akan membawa kepada "perpecahan dan hasutan." "Kami tidak mengiktiraf draf perlembagaan tersebut kerana ia tidak mewakili rakyat Mesir," kata Sameh Ashour, yang bercakap bagi pihak gabungan itu. Pembangkang merancang perhimpunan besar-besaran Selasa ini untuk memprotes perintah. Penyokong Ikhwanul Muslimin juga menganjurkan perhimpunan mereka sendiri Selasa ini di Kaherah, Iskandariah dan Assiut. Lewat Sabtu lalu Morsi membatalkan dekri 22 November 22 yang membuatkan semua keputusan beliau kebal terhadap semakan kehakiman, tetapi menegaskan bahawa undi akan diteruskan seperti yang dirancang. Pembangkang telah berulang kali mengatakan bahawa perlembagaan tersebut yang digubal oleh konstituen diterajui Ikhwanul Muslimin, tidak menghiraukan hak-hak wanita dan mengabaikan kebebasan peribadi. "Saya tidak dapat bayangkan bahawa selepas apa yang telah berlaku mereka mahu meluluskan perlembagaan yang tidak mewakili semua rakyat Mesir," Ahmed Said, seorang anggota pakatan Barisan Penyelamat Kebangsaan dan ketua Parti Rakyat Mesir Bebas, memberitahu agensi berita Reuters. Beliau berkata pakatan akan bertemu lewat Ahad lalu untuk memberi tindak balas rasmi kepada keputusan pembatalan dekri Morsi. Selim al-Awa, seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat Sabtu lalu antara Morsi dan ahli-ahli politik dari kumpulan pembangkang yang kecil, berkata, menurut undang-undang, Morsi tidak boleh menukar tarikh referendum pada piagam draf. Kumpulan pembangkang utama telah memboikot rundingan tersebut, yang berlangsung selama 10 jam, dan menyeru penyokong mereka untuk meningkatkan protes. (aljazeera.com/). Sumber HD - 10-12-2012 Morsi gesa perpaduan, pulihkan ekonomi Mesir
Presiden Mesir, Mohamed Morsi menggesa semua kuasa politik untuk mengambil bahagian dalam dialog kebangsaan untuk menyelesaikan ketegangan yang berlarutan dan berjanji untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memulihkan ekonomi.
Dalam ucapan pertamanya kepada rakyat Mesir sejak pelaksanaan perlembagaan baru, beliau berkata Rabu lalu bahawa beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan perubahan kabinet dan merancang untuk memperkenalkan insentif demi menjadikan Mesir sebuah destinasi pelaburan yang lebih menarik. "Di masa hadapan kita akan saksikan, Insya-Allah, pelancaran projek-projek baru, dan pakej insentif bagi pelabur untuk menyokong pasaran dan ekonomi Mesir," katanya dalam ucapan yang disiarkan di televisyen. Morsi berucap selepas Majlis Syura Mesir (yang berfungsi seperti Dewan Negara Malaysia) bersidang untuk sesi pertama selepas meluluskan perlembagaan negara yang baru, tindakan pertama oleh institusi kerajaan selaras dengan dokumen yang kesahihannya masih dipersoalkan oleh pembangkang. Majlis Syura mengadakan sesi angkat sumpah untuk 90 ahli baru yang dilantik oleh Morsi. Piagam tersebut, yang diluluskan oleh 63.8% dalam dua pusingan referendum yang berakhir Sabtu lalu, memberikan Mahlis Syura - yang secara tradisinya tidak berkuasa - kuasa perundangan penuh sehingga pilihan raya untuk Majlis Rakyat (berfungsi seperti Dewan Rakyat di Malaysia) dipanggil dalam tempoh dua bulan. Majlis Syura telah mengambil alih dari Morsi, yang telah memberikan dirinya kuasa untuk meluluskan undang-undang yang membawa kepada protes ganas. Morsi menandatangani dekri menguatkuasakan piagam lewat Selasa lalu selepas pengumuman rasmi keputusan referendum yang meluluskan undang-undang asas, perlembagaan pertama Mesir sejak penggulingan bekas Presiden Hosni Mubarak. Presiden dijangka untuk berucap kepada Majlis Syura Sabtu ini. Majlis Syura yang didominasi golongan Islamis dijangka untuk menggubal undang-undang bagi mengawal selia pilihan raya parlimen yang akan datang. Perkara-perkara lain dalam agenda termasuk undang-undang ke atas bantahan dan media. (aljazeera.com) Sumber HD - 27-12-2012 Senat Mesir runding bebas tangkapan 'Ikhwan' di UAE
KAHERAH: Mesir telah menubuhkan sebuah majlis untuk berunding pembebasan warga Mesir yang ditangkap di UAE yang dilaporkan mengintip dan mengumpul dana untuk Ikhwanul Muslimin, lapor media tempatan Khamis lalu.
Majlis, yang ditubuhkan oleh Senat yang mendapat kuasa baru, akan "berusaha ke arah pembebasan doktor-doktor Mesir di Emirates dan menyiasat keadaan tangkapan (mereka)," akhbar-akhbar memetik Presiden Senat Ahmed Fahmi sebagai berkata. Harian Al-Khaleej melaporkan minggu ini bahawa Emiriah Arab Bersatu telah membongkar satu "sel" yang dikaitkan dengan Ikhwan yang merekrut ekspatriat Mesir di negara Teluk, kebanyakannya doktor dan jurutera. Jurucakap Ikhwanul Muslimin, Mahmud Ghozlan (gambar) memberitahu AFP penangkapan itu adalah sebahagian daripada "kempen zalim" terhadap ekspatriat Mesir, dengan Mesir menghantar seorang penasihat presiden ke UAE untuk mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin UAE. Sekurang-kurangnya 10 orang "yang terkandung di dalam sel yang dikaitkan dengan kepimpinan Ikhwan di Mesir" telah ditangkap, ujar Al-Khaleej. Kumpulan tersebut "mengumpul sejumlah besar wang yang mereka hantar secara haram kepada organisasi induk mereka di Mesir," menurut maklumat rahsia pertahanan di UAE, di mana parti-parti politik diharamkan, "dan mengadakan pertemuan rahsia dengan pegawai atasan Mesir." Ia berkata "Ikhwan menawarkan latihan kepada sel tentang bagaimana untuk membawa perubahan rejim di negara-negara Arab." UAE dan lain-lain monarki Teluk Arab sebahagian besarnya terlepas pergolakan yang melanda Timur Tengah selepas kebangkitan di Afrika Utara pada tahun 2011 yang menyaksikan kerajaan Islamis mula memerintah di Mesir dan Tunisia. Pada tahun lepas, Emiriah Arab Bersatu mengumumkan ia telah mempecahkan beberapa sel yang ia dakwa telah berkomplot membahayakan keselamatan mereka. Dewan Senat Mesir yang didominasi Islamis diberikan kuasa perundangan sehingga parlimen baru dipilih dalam tempoh dua bulan, akibat perlembagaan baru yang kontroversi yang telah diluluskan melalui undi popular pada bulan Disember. (asharq-e.com). Sumber HD - 4-1-2013 Terharu: Dr. Mursi melaungkan azan ketika sedang berucap [Mesir]
MASUK WAKTU: Dr.Mursi melaungkan azan ketika sedang berucap (Mesir)
Sedutan video dari ucapan Dr. Muhammad Mursi (Presiden Mesir) yang berlangsung di daerah Iskandariah. Ketika sedang berucap di hadapan rakyat Mesir dan kebetulan masuknya waktu solat fardhu Isyak di kawasan itu, lantas Dr. Mursi menghentikan ucapannya dan terus melaungkan kalimah azan yang suci yang menjadi syiar Islam. Baca lagi
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-6-2013
. |
No comments:
Post a Comment