Tapis calon: Kewibawaan SPRM jadi pertikaian
Harakahdaily, | 22 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Biarpun menyambut baik saranan agar calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditapis dan bebas rasuah, namun kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan tugas itu masih dipertikai.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution (kanan) berkata, SPRM masih berhadapan dengan "krisis kewibawaan" dan oleh itu, tidak sesuai untuk tujuan tersebut.
"Saya alu-alukan cadangan itu, namun masalahnya siapa yang menjadi badan untuk menapis calon-calon itu?
"SPRM dilihat sekarang ini sedang mengalami krisis kewibawaan dalam melaksanakan tugas, mereka hanya selesaikan kes-kes ikan bilis seperti aduan guru memberi rasuah, namun kes-kes ikan jerung masih belum ada tindakan dibuat, apa jaminan SPRM akan bertindak dengan berwibawa?" katanya dipetik Sinar Harian Online.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali (kiri) pula berpandangan, cadangan itu baik kepada parti yang memerlukan bantuan pihak lain untuk memastikan calon mereka "bersih" daripada rasuah.
Bagaimanapun, beliau berkata, PAS mempunyai mekanisma tersendiri untuk memastikan calon parti itu bebas rasuah dan tidak perlu kepada pihak lain untuk membuat tapisan.
"Kita tak perlukan bantuan luar untuk menilai calon kita, kita juga tak ada masalah itu. Ini mungkin membantu parti lain bermasalah dan mahukan calonnya ditapis supaya tidak terlibat di dalam rasuah.
"Lagipun bila masanya perkara itu akan dibuat... kita tak mahu mendedahkan calon kita," katanya.
Mustaffa juga berkata, cadangan yang dinyatakan itu tidak boleh diwajibkan kepada semua parti untuk menghantar senarai nama calonn bagi melakukan tapisan oleh SPRM.
"Perkara ini tak boleh diwajibkan, terpulanglah kepada parti itu untuk menghantar nama calon atau tak," katanya lagi.
Kelmarin, Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) meminta semua parti menghantar nama calon yang akan bertanding dalam PRU13 untuk ditapis atau melalui proses pemeriksaan SPRM.
Cadangan itu bagi memastikan calon-calon yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah, selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti yang akan bertanding.
Isytihar harta
Dewan Pemuda PAS Malaysia sebelum ini mengambil inisiatif dengan membuat ketetapan bahawa semua anggotanya yang akan bertanding pada PRU13 nanti perlu bersedia membuat pengisytiharan harta.
Sebagai memulakan langkah itu, Ketuanya Nasruddin Hassan telah membuat pengisytiharan hartanya secara terbuka ketika muktamar tahunan dewan itu baru-baru ini.
Menurut Nasruddin (kiri), inisiatif itu sebagai langkah ke arah memperlihatkan integriti calon yang bakal bertanding agar dapat dinilai oleh masyarakat.
Cadangan itu juga turut dipersetujui oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan sewaktu ucapan penggulungan Muktamar PAS Pusat ke-58 di Kelantan baru-baru ini.
Pada masa sama, PAS juga turut mencadangkan pemimpin BN untuk turut membuat ketetapan sama, namun sehingga kini masih belum ada sebarang komen dari kepimpinan parti itu.
Sumber HD - 22-12-2012

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?
Harakahdaily, | 25 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.
Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.
Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.
Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.
Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.
Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.
Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.
Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.
Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.
Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 25-1-2013
KUALA LUMPUR: Biarpun kempen pilihan raya umum belum bermula, Bersih 2.0 mendapati terdapat parti-parti politik yang mula melakukan kempen secara terang-terangan.
Perbuatan tersebut, menurut Bersih, merupakan kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya, tegas koordinatornya, Maria Chin Abdullah, hari ini.
Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina, Maria berkata pihaknya menerima aduan daripada rakyat tentang surat-surat dan bendera-bendera dengan logo parti yang menggesa mereka mengundi parti dan calon tertentu.
"Malah, ada yang turut menjanjikan pemberian kewangan dan lain-lain faedah sebagai tukaran undi. Tindakan ini memerlukan perhatian serius daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tambah Maria, pihaknya sebelum ini mendapati salah satu salah laku yang dilaporkan kepada Bersih merupakan satu bendera parti politik dikibarkan di Jambatan Permas Jaya, Johor Bharu.
Pada bendera tersebut, tegas Maria jelas kelihatan logo dan lambang parti, selain perkataan 'Undilah Barisan Nasional'.
Katanya, jika bendera parti itu hanya meletakkan lambang atau logo parti semata-mata, ia tidak menjadi masalah, sebaliknya kata-kata 'undilah' itu menjurus kepada kempen pilihan raya.
Maria turut menyelar kenyataan SPRM, yang disifatkannya sebagai mengelirukan pelbagai pihak.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, itu dipetik berkata 'sekiranya motif memberi wang atau hdiah oleh clon, ejen atau penyokong kepada pengundi itu adalah untuk meraih kemenangan untuk parti politik tertentu, maka ia bukan satu kesalahan'.
Menurut Maria, laras bahasa akta jelas, semua perbuatan ini merupakan kesalahan, tidak kira siapa melakukannya dan siapa yang mendapat manfaat apabila perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mempengaruhi undi sesiapa.
"Justeru, amatlah mengecewakan apabila SPRM seolah-olah memberi laluan percuma kepada parti-parti politik untuk membeli undi dan mengamalkan rasuah," tegas Maria.
Sehubungan itu, Bersih menyeru orang ramai untuk terus menyumbangkn peranan sebagai pemantau pilihan raya bagi melaporkan segala salah laku yang dilakukan mana-mana parti yang bertanding dalam pilihan raya.
Bersih 2.0, bersama Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komas melancarkan Pemantau Pilihan Raya Rakyat (Pemantau) yang berperanan memerhati proses pilihn raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.
Bagi rakyat Malaysia yang berminat menjadi sukarelawan Pemantau, bolehlah mendaftar di www.pru13.info.
Sidang Media Bersih 2.0 : http://www.youtube.com/watch?v=24ZQY8ixb1o&feature=youtu.be
Sumber HD - 19-2-2013
PRU13: SPRM seolah-olah beri laluan beli undi
Anis Nazri, | 19 Feb 2013 |

No comments:
Post a Comment