Dari Seberang: Tanda-tanda parti 'SBY' bakal KO
Ahmad Muhajir, | 09 Dis 2012 |
Nasib malang yang menimpa Parti Demokrat, dimana ketua dewan pembinanya adalah presiden Dr Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tidak pernah berhenti dan silih berganti.
Apa tidaknya parti yang memimpin koalisi pemerintahan di mana didalamnya ada parti-parti Golkar, PPP, PKS, PAN dan PKB, seorang demi seorang pemimpinnya didapati bersalah.
Ia bermula dengan Muhammad Nazaruddin, bekas Bendahara Parti Demokrat yang sempat melarikan diri sebelum ditangkap oleh Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK-semacam SPRM) di benua Amerika.
Terlibat dengan berbagai kes, terutama dalam pembangunan bangunan sukan, di Palembang yang digunakan untuk Sea-Games lalu dan terkini pembangunan bangunan sukan di Bukit Hambalang, dipinggiran Jakarta.
Dan setelah Nazaruddin terkait pula nama Angeline Sondakh, ahli parlimen dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Demokrat, juga terlibat dengan rasuah dan terbaru minggu lalu adalah Dr Andi Malarangeng, Setiausaha Dewan Pembina Parti Demokrat yang juga menteri belia dan sukan.
Nazaruddin dan Angeline sudah dipenjarakan, Andi sudah dinyatakan sebagai terlibat dengan kes rasuah pembinaan bangunan sukan di Bukit Hambalang yang merugikan negara sekitar RM 7.5 juta.
Bagusnya Andi dengan gentleman dia mengundurkan diri dari jawatan menteri dan setiausaha dewan pembina Parti Demokrat, dan dialah satu-satunya menteri yang masih menjawat dinyatakan rasuah oleh KPK.
Walau tujuannya berundur adalah untuk menjaga nama baik dan imej Parti Demokrat, namun nama Parti Demokrat sudah lama tercoreng.
Bahkan menurut kajian Lembaga Survey Nasional (LSN) kedudukan Parti Dermokrat begitu jauh di bawah hanya menjangkau 10.5%, namun dengan kes Andi ini, Parti Demokrat namanya terus merudum, dan gelaran buat Parti Demokrat sebagai banknya para perasuah semakin melekat.
Slogan Parti Demokrat selama ini bersih, cerdas dan santun, yang semuanya adalah tema-tema akhlak atau moral politik, namun kini tamatlah sudah.
Parti Demokrat yang diasaskan SBY tahun 2004 yang mengantarkannya ke kerusi presiden, tidak lebih sebagai pengganti Parti Golkar yang begitu berkuasa zaman Suharto sampai Mei 1998.
Golkar begitu hebat dengan amalan korupsi, kolusi dan nepotism (KKN)nya, belum lagi kezaliman dan salahguna kuasa, serta penindasan dan kebenciannya kepada gerakan Islam dan pejuang hak asasi serta
demokrasi.
Kini beranikah KPK menyiasat Timbalan Presiden Prof Dr Boediono, yang dikaitkan dengan kes kehilangan wang Bank Century, kes ini berlarut-larut, nampaknya saja ditangguh-tangguh oleh pemerintah, kerana ini juga berkait dengan salahguna kuasa dan rasuah pemimpin tertinggi Parti Demokrat.
Dan adakah juga untuk sementara nama Anas Urbaningrum ketua umum Parti Demokrat, dianggap “bersih” dalam kes Bukit Hambalang, padahal namanya juga banyak disebut terlibat oleh Nazaruddin dalam persidangannya di mahkamah Jakarta.
Anas termasuk dianggap pemimpin masa depan, namun kuasa, harta dan takhta membuatnya lupa diri, padahal dia dulunya adalah bekas ketua umum Himpunan Mahasiswa Islam (HMI), pemimpin intelektual berwatak, salah masuk parti membuatnya berubah kerana berada di persekitaran yang tidak bersih.
Parti Demokrat memang tidak nampak dalam agendanya untuk memartabatkan agama Islam, apalagi untuk melangkah jauh untuk menyentuh pengamalan syariat Islam.
Yang ada hanyalah Parti Demokrat dipenuhi oleh pemimpin dan aktivis Jaringan Islam Liberal (JIL), termasuk nama Ulil Abshar Abdalla, yang merupakan salah seorang ketua biro di kepemimpinan pusat parti Demokrat.
Memang tidak dinafikan Indonesia negara yang dikitari oleh lingkaran api Pacific, tetapi tidakkah kita berfikir bala bencana dan musibah yang tidak henti menimpa Indonesia, adalah merupakan azab dari Ilahi.
Sebagaimana lagu Ebiet G Ade negeri kita penuh bencana, kerana kita sudah tidak bosan dengan dosa-dosa.
Maka pilihanraya umum pada awal April 2014, tidak mustahil Parti Demokrat akan “KO” terus atau kalah teruk, walaupun dia adalah pemenang pilihanraya umum pada PRU April 2009, terlebih lagi nama SBY yang dianggap tidak banyak membawa perubahan dan kemajuan, selama dua penggal menjadi presiden Republik Indonesia sudah tidak boleh lagi dijual, kerana sudah tidak boleh mencalonkan diri lagi menjadi presiden.
Parti Demokrat harus mencermin diri dan bermuhasabah, dan begitu juga dengan parti yang berkuasa di negara mana saja, dengan koalisinya yang memerintah begitu lama dan dianggap sudah berkarat dengan kepalsuan dan kekotorannya.
Hendaknya sedar diri, bahawa kuasa itu tidak selamanya di tangan, tiba masa dan ketikanya akan berpindah tangan, apalagi rakyat sudah muak dengan; kepalsuan, kepuraan-puraan, janji yang tidak ditepati, rakyat jauh sekali diberi keutamaan.
Hati nurani dan dhamir rakyat melihat dan menilai, dapat merasakan yang mana intan dan mana perak atau emas palsu, wujudkanlah pengundi hantu sebanyak manapun, namun majoriti undi rakyat akan tetap merobahnya.
Lebih utama lagi bila doa orang difitnah, dizalimi serta rakyat yang terabaikan, Allah Maha Mendengar dan selalu bersama orang-orang teraniaya dan sesuai janji Allah kemenangan akan diberikan kepada orang yang hatinya tidak pernah berhenti berzikir dan berfikir, pejuang kebenaran dan keadilan.
Sumber HD - 9-12-2012

Habibie: Zainudin dangkal, berprasangka keji
Harakahdaily, | 11 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Zainudin Maidin adalah sosok angkuh (arogan) dan rasis yang merupakan salah satu antara penyebab tercetusnya krisis bilateral membabitkan Malaysia-Indonesia.
“Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie (gambar) seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno,” ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.
Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.
“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.
Sumber HD - 11-12-2012
Rapat paripurna DPR, Selasa (11/12), diwarnai interupsi. Pernyataan mantan Menteri Penerangan Malaysia Zainuddin Maidin yang menjadi soal. Zainuddin menyebut mantan Presiden BJ Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai anjing penjajah. DPR pun akan mengirim surat kecaman kepada Malaysia.
Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi.
“Koran Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperalism,” ungkapnya.
Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN.
“Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia,” kata Teguh.
Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. “Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?,” tanya Pramono.
Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini). Metro News
Sumber HD - 12-12-2012
Sebaliknya parti-parti Islam seperti Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan parti-aprti yang bernuansa Islam diperkirakan akan hilang kerana berada dibawah 5%.
Malah Parti Bulan Bintang (PBB) tidak masuk dalam senarai ini.
Hasil kajian ini boleh saja benar atau tidak tepat, dan juga akan berubah selalu kerana ikut situasi; sosiologi, psikologi politik, isu dan realiti politik semasa.
Namun setidaknya hasil kajian ini bagi para pendukung, aktivis apalagi pimpinan parti-parti Islam hendaknya bermuhasabah dan berfikir ulang, tentang kelemahan atau kekhilafan selama ini.
Memang reformasi Mei 1998 memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mewujudkan parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam, apalagi dibenarkan parti Islam, berdasarkan Islam sedangkan pada awal 1980-an zaman Suharto, parti Islam PPP harus mengganti dasarnya dari Islam kepada Pancasila.
Setelah reformasi di era presiden BJ Habibie, wujudlah dengan banyaknya nya parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam yang wujudnya bagaikan cendawan yang tumbuh subur dan merebak tumbuh di mana-mana.
Umat Islam yang majoriti di negara ini, yang selalu menjadi sengsara dan mangsa kezaliman, baik di zaman Sukarno mahupun di zaman Suharto, umat dan rakyat berharap banyak dan begitu optimis, nasib mereka akan berubah dan kebebasan serta kemerdekaanya akan
dirasakan dan dihargai.
Amien Rais malu-malu mahu asaskan parti Islam kerana baginya parti Islam ibaratkan memakai baju sempit.
Pernyataan Amien Rais ini dikecam dan dikiritik hebat oleh aktivis, ulama dan pimpinan gerakan Islam seolah-olah Amien Rais tidak memahami kekuatan, kebesaran dan kesyumulan Islam itu.
Namun pada masa yang sama dia tidak malu-malu menyebut Parti Amanat Nasional (PAN) yang diwujudkannya bernuansa Islam, namun kini apa sudah jadi dengan PAN?
Gus Dur yang dianggap sangat liberal dan cenderung sekular itu memang partinya Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) tidak berdasarkan Islam, malah sikap Gus Dur itu jelas dikiritik banyak pihak, termasuk dari pertubuhannya sendiri Nahdlatul Ulama (NU).
PKB pun akhirnya tidak kemana dan tidak menjadi parti besar, sikap aneh Gus Dur dan kebiasaannya suka bermusuh dengan banyak orang, membuat Gus Dur menjadi pemimpin yang tidak diterima majoriti umat.
Bila dipilih menjadi presiden dikala dia tidak memenuhi syarat untuk menjadi pemimpin, akhirnya dia pun diberhentikan pada pertengahan tahun 2001, berkuasa hanya selama 19 bulan.
PKS yang menjadi harapan banyak orang dari berbagai kalangan, namun tidak kurang pula kewaspadaan dari para aktivis gerakan Islam, yang sudah lama berjuang merasakan suka-duka tribulasi perjuangan, makan asam-garam kepahitan serta sakitnya onak-duri dalam menegakkan risalah yang suci ini.
PKS pada awal berdirinya, mulanya bernama Parti Keadilan, namun kemudian berubah menjadi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), pada pilihan raya umum 1999 menang hanya 7 kursi parlimen dan pada pilihanraya umum 2004 memenangi 45 kursi parlimen, malahan menang di Jakarta dan beberapa bandar utama di Indonesia.
Pada awalnya pimpinan dan aktivisnya berazam, akan mengamalkan dan menghayati gerakan dakwah 90% dan berpolitik hanya 10%, paling tinggi antara 70:30%.
Dalam pernyataannya beberapa pimpinannya coba memutuskan tali sejarah, dengan mengaku bahwa kami adalah gerakan baru, tidak ada kena mengena dengan sejarah politik Indonesia masa lampau.
Inilah membuat beberapa pimpinan utama pertubuhan dan gerakan Islam kecewa dan terkejut, ternyata harapan umat dan rakyat itu tidak berpanjangan, apabila PKS ikut mendukung pencalonan Dr SBY sebagai presiden dan kemudian ikut kabinet Indonesia Bersatu Jilid Satu.
Alasan pemikir PKS adalah untuk strategi dakwah, terutama dalam melindungi gerakan Islam sebab kita berhadapan dengan presiden yang berasal dari tentera.
Umat bertanya sejauh mana amal soleh PKS dalam mengembangkan dakwah di tengah masyarakat, terutama berdakwah terhadap pemerintah dan para politisi yang menjadi rakan atau sahabatnya dalam kabinet ataupun di parlimen?
2009 PKS kembali ikut mendukung SBY sebagai presiden untuk penggal kedua, yang berpasangan dengan Prof Dr Boediono yang dinilai banyak pengamat dia adalah seorang yang neo liberalis dan sangat berpihak kepada kapitalisme ekonomi yang menjadi acuan Barat.
Malah SBY selalu menyebut dengan bangga bahwa Amerika Syarikat 'is second my country'. Dan presiden PKS masa itu Tifatul Sembiring membela isteri SBY dan Boediono yang tidak bertudung. Memang itu masalah peribadi, tetapi pernyataan Tifatul yang membuat umat marah adalah "apalah ertinya sehelai kain tudung."
Dan 2010 semasa muktamarnya di Bali dengan jelas menyatakan bahwa PKS bukan lagi parti Islam, tetapi menjadi parti terbuka.
Begitu pula dengan PPP yang dianggap parti rojak, kerana dipaksa oleh Suharto untuk ber satu dari empat parti iaitu Parti NU, Parti Muslimin Indonesia (Parmusi), Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII), Parti Islam Persatuan Tarbiyah Islam (Perti) menjadi PPP.
Padahal keempat parti itu sudah dirosak oleh Suharto sebelumnya, kerana para pemimpinnya semua berpihak kepada Suharto. Tahun 1973 berdasarkan Islam dan Pancasila, namun tahun 1983 hanya boleh berdasarkan Pancasila, setelah reformasi dia kembali kepada Islam.
Walaupun dalam perjuangan politiknya, ada juga perjuangan yang bersifat kulit dan tidak mendasar diperjuangkan PPP, malah sebahagian umat Islam yang awam begitu bangga dengan beberapa keberanian PPP, malahan almarhum Pak Natsir menyebut seburuk-buruk PPP katanya masih ada suaranya untuk memperjuangkan Islam.
Malah tahun 1979 ahli parlimen PPP berani keluar sidang parlimen (walk out) membantah
tindakan pemerintah untuk memasukkan ajaran kebatinan dalam polisi pembangunan negara, kemudian melarang demokrasi dan aktiviti mahasiswa di kampus, ini dibantah oleh PPP.
Kini menghadapi pilihanraya umum awal April 2014, parti-parti Islam dan bernuansa Islam bersatu dan bangkitlah, paling tidak berfederasi atau berkoalisi dengan sesama dan parti-parti nasionalis lain, yang saling menghargai dan menghormati dasar kita. Disinilah parti-parti Islam perlu menampilkan figur yang merakyat, jangan berlagak angkuh dan sombong.
Dulu begitu mesra dengan panggilan akhi untuk semua, namun kini bila bersama berkuasa, panggilan akhi hanya untuk orang kita saja, bukan untuk rakyat banyak.
Harus disedari majoriti sekitar 88% rakyat Indonesia adalah beragama Islam, itu adalah kekuatan kita, memang majoriti masih terbelakang, jahil dan belum semuanya cerdas membaca dan berpolitik, tetapi dengan pendekatan psikologi kita yang bijak dan berhikmah, marilah kita memperbanyak kawan dan memperkecil lawan, kawan seribu lebih baik daripada menghadapi musuh yang jumlahnya hanya sepuluh orang.
Dan yang lebih penting lagi aktivis atau pimpinan parti Islam Indonesia, hendaklah menjadi pemimpin bukan hanya sebagai pengikut atau pelengkap, dan lebih parah lagi kita selalu diperangkap.
Sampai bila akan selalu berulang kita membiarkan pisang berbuah dua kali atau
orangtua kehilangan tongkat, nauzubillah.
Sumber HD - 13-12-2012
“Saya dimaklum dan terkesan dengan serangan jelek oleh Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie (gambar) seperti yang diterbit semalam oleh Utusan Malaysia, akhbar milik Umno,” ujar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan.
Tambahnya, tulisan Zainudin sememangnya diketahui dangkal (mediocre) dan beliau mewakili sosok elit Umno yang berprasangka keji terhadap negara Indonesia.
Menurutnya, ramai sedia maklum tentang latar belakang Zainudin; mantan editor akhbar Utusan Malaysia milik Umno, juga mantan menteri penerangan yang sering menuding jari dan melabel kelompok yang tidak sehaluan dengan Umno sebagai ‘pengkhianat’.
“Zainudin merupakan satu-satunya menteri kanan yang tewas dalam pilihan raya umum lalu kepada calon dari Parti Keadilan Rakyat, justeru kita bisa memahami keresahan, dendam dan motif beliau dalam melancar serangan sebegini,” ujarnya yang juga Ketua Pembangkang.
Sumber HD - 11-12-2012
Indonesia kecam kenyataan Zainuddin Maidin
http://idaman78.blogspot.com, | 12 Dis 2012 |
Teguh Juwarno, anggota DPR dari Fraksi Partai Amanat Nasional salah satu yang menginterupsi.
“Koran Utusan Malaysia edisi 10 Desember 2012, seorang menteri penerangan Malaysia Zainuddin Maidin telah menulis dengan sangat vulgar di akhir kalimatnya mengatakan mantan Kepala Negara Indonesia Presiden Habbibie disamakan dengan Anwar Ibrahim sebagai anjing dari imperalisme, a dog of imperalism,” ungkapnya.
Teguh menyatakan pernyataan Zainuddin tidak bisa dibiarkan. Sebab bagaimanapun Habibie pernah menjadi kepala negara yang patut dihormati dalam tata hubungan di ASEAN.
“Ini tindakan yang harus diberi kecaman. Kita sebagai Parlemen perlu mengirim pernyataan keras dan tegas bahwa yang dilakukan seorang pejabat publik sekelas menteri di Malaysia betul-betul sudah menghina bangsa Indonesia,” kata Teguh.
Pimpinan rapat paripurna Pramono Anung sepakat dengan pernyataan Teguh. “Kami usulkan DPR mengirim surat secara langsung pada PM Malaysia untuk memberi teguran dan kecaman sekaligus apakah disetujui?,” tanya Pramono.
Setuju jawab anggota DPR serentak.(Andhini). Metro News
Sumber HD - 12-12-2012
Bangkitlah parti Islam Indonesia, ummah perlukan mu
Ahmad Muhajir, | 13 Dis 2012 |
Hasil kajian terakhir Lingkaran Survey Indonesia (LSI) pada awal Oktober 2012 lalu mendapati sokongan terhadap parti-parti Islam di Indonesia begitu jatuh sekali, dikalahkan oleh parti-parti sekular dan nasionalis.
Paling atas yang diminati rakyat adalah Parti Golkar 21%, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) 17,2 %, Parti Demokrat 14%, Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) 5,2% dan Parti Nasional Demokrat (Nas Dem) 5%.
Paling atas yang diminati rakyat adalah Parti Golkar 21%, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) 17,2 %, Parti Demokrat 14%, Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) 5,2% dan Parti Nasional Demokrat (Nas Dem) 5%.
Sebaliknya parti-parti Islam seperti Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan parti-aprti yang bernuansa Islam diperkirakan akan hilang kerana berada dibawah 5%.
Malah Parti Bulan Bintang (PBB) tidak masuk dalam senarai ini.
Hasil kajian ini boleh saja benar atau tidak tepat, dan juga akan berubah selalu kerana ikut situasi; sosiologi, psikologi politik, isu dan realiti politik semasa.
Namun setidaknya hasil kajian ini bagi para pendukung, aktivis apalagi pimpinan parti-parti Islam hendaknya bermuhasabah dan berfikir ulang, tentang kelemahan atau kekhilafan selama ini.
Memang reformasi Mei 1998 memberi ruang yang seluas-luasnya untuk mewujudkan parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam, apalagi dibenarkan parti Islam, berdasarkan Islam sedangkan pada awal 1980-an zaman Suharto, parti Islam PPP harus mengganti dasarnya dari Islam kepada Pancasila.
Setelah reformasi di era presiden BJ Habibie, wujudlah dengan banyaknya nya parti-parti politik termasuklah parti-parti Islam yang wujudnya bagaikan cendawan yang tumbuh subur dan merebak tumbuh di mana-mana.
Umat Islam yang majoriti di negara ini, yang selalu menjadi sengsara dan mangsa kezaliman, baik di zaman Sukarno mahupun di zaman Suharto, umat dan rakyat berharap banyak dan begitu optimis, nasib mereka akan berubah dan kebebasan serta kemerdekaanya akan
dirasakan dan dihargai.
Amien Rais malu-malu mahu asaskan parti Islam kerana baginya parti Islam ibaratkan memakai baju sempit.
Pernyataan Amien Rais ini dikecam dan dikiritik hebat oleh aktivis, ulama dan pimpinan gerakan Islam seolah-olah Amien Rais tidak memahami kekuatan, kebesaran dan kesyumulan Islam itu.
Namun pada masa yang sama dia tidak malu-malu menyebut Parti Amanat Nasional (PAN) yang diwujudkannya bernuansa Islam, namun kini apa sudah jadi dengan PAN?
Gus Dur yang dianggap sangat liberal dan cenderung sekular itu memang partinya Parti Kebangkitan Bangsa (PKB) tidak berdasarkan Islam, malah sikap Gus Dur itu jelas dikiritik banyak pihak, termasuk dari pertubuhannya sendiri Nahdlatul Ulama (NU).
PKB pun akhirnya tidak kemana dan tidak menjadi parti besar, sikap aneh Gus Dur dan kebiasaannya suka bermusuh dengan banyak orang, membuat Gus Dur menjadi pemimpin yang tidak diterima majoriti umat.
Bila dipilih menjadi presiden dikala dia tidak memenuhi syarat untuk menjadi pemimpin, akhirnya dia pun diberhentikan pada pertengahan tahun 2001, berkuasa hanya selama 19 bulan.
PKS yang menjadi harapan banyak orang dari berbagai kalangan, namun tidak kurang pula kewaspadaan dari para aktivis gerakan Islam, yang sudah lama berjuang merasakan suka-duka tribulasi perjuangan, makan asam-garam kepahitan serta sakitnya onak-duri dalam menegakkan risalah yang suci ini.
PKS pada awal berdirinya, mulanya bernama Parti Keadilan, namun kemudian berubah menjadi Parti Keadilan Sejahtera (PKS), pada pilihan raya umum 1999 menang hanya 7 kursi parlimen dan pada pilihanraya umum 2004 memenangi 45 kursi parlimen, malahan menang di Jakarta dan beberapa bandar utama di Indonesia.
Pada awalnya pimpinan dan aktivisnya berazam, akan mengamalkan dan menghayati gerakan dakwah 90% dan berpolitik hanya 10%, paling tinggi antara 70:30%.
Dalam pernyataannya beberapa pimpinannya coba memutuskan tali sejarah, dengan mengaku bahwa kami adalah gerakan baru, tidak ada kena mengena dengan sejarah politik Indonesia masa lampau.
Inilah membuat beberapa pimpinan utama pertubuhan dan gerakan Islam kecewa dan terkejut, ternyata harapan umat dan rakyat itu tidak berpanjangan, apabila PKS ikut mendukung pencalonan Dr SBY sebagai presiden dan kemudian ikut kabinet Indonesia Bersatu Jilid Satu.
Alasan pemikir PKS adalah untuk strategi dakwah, terutama dalam melindungi gerakan Islam sebab kita berhadapan dengan presiden yang berasal dari tentera.
Umat bertanya sejauh mana amal soleh PKS dalam mengembangkan dakwah di tengah masyarakat, terutama berdakwah terhadap pemerintah dan para politisi yang menjadi rakan atau sahabatnya dalam kabinet ataupun di parlimen?
2009 PKS kembali ikut mendukung SBY sebagai presiden untuk penggal kedua, yang berpasangan dengan Prof Dr Boediono yang dinilai banyak pengamat dia adalah seorang yang neo liberalis dan sangat berpihak kepada kapitalisme ekonomi yang menjadi acuan Barat.
Malah SBY selalu menyebut dengan bangga bahwa Amerika Syarikat 'is second my country'. Dan presiden PKS masa itu Tifatul Sembiring membela isteri SBY dan Boediono yang tidak bertudung. Memang itu masalah peribadi, tetapi pernyataan Tifatul yang membuat umat marah adalah "apalah ertinya sehelai kain tudung."
Dan 2010 semasa muktamarnya di Bali dengan jelas menyatakan bahwa PKS bukan lagi parti Islam, tetapi menjadi parti terbuka.
Begitu pula dengan PPP yang dianggap parti rojak, kerana dipaksa oleh Suharto untuk ber satu dari empat parti iaitu Parti NU, Parti Muslimin Indonesia (Parmusi), Parti Syarikat Islam Indonesia (PSII), Parti Islam Persatuan Tarbiyah Islam (Perti) menjadi PPP.
Padahal keempat parti itu sudah dirosak oleh Suharto sebelumnya, kerana para pemimpinnya semua berpihak kepada Suharto. Tahun 1973 berdasarkan Islam dan Pancasila, namun tahun 1983 hanya boleh berdasarkan Pancasila, setelah reformasi dia kembali kepada Islam.
Walaupun dalam perjuangan politiknya, ada juga perjuangan yang bersifat kulit dan tidak mendasar diperjuangkan PPP, malah sebahagian umat Islam yang awam begitu bangga dengan beberapa keberanian PPP, malahan almarhum Pak Natsir menyebut seburuk-buruk PPP katanya masih ada suaranya untuk memperjuangkan Islam.
Malah tahun 1979 ahli parlimen PPP berani keluar sidang parlimen (walk out) membantah
tindakan pemerintah untuk memasukkan ajaran kebatinan dalam polisi pembangunan negara, kemudian melarang demokrasi dan aktiviti mahasiswa di kampus, ini dibantah oleh PPP.
Kini menghadapi pilihanraya umum awal April 2014, parti-parti Islam dan bernuansa Islam bersatu dan bangkitlah, paling tidak berfederasi atau berkoalisi dengan sesama dan parti-parti nasionalis lain, yang saling menghargai dan menghormati dasar kita. Disinilah parti-parti Islam perlu menampilkan figur yang merakyat, jangan berlagak angkuh dan sombong.
Dulu begitu mesra dengan panggilan akhi untuk semua, namun kini bila bersama berkuasa, panggilan akhi hanya untuk orang kita saja, bukan untuk rakyat banyak.
Harus disedari majoriti sekitar 88% rakyat Indonesia adalah beragama Islam, itu adalah kekuatan kita, memang majoriti masih terbelakang, jahil dan belum semuanya cerdas membaca dan berpolitik, tetapi dengan pendekatan psikologi kita yang bijak dan berhikmah, marilah kita memperbanyak kawan dan memperkecil lawan, kawan seribu lebih baik daripada menghadapi musuh yang jumlahnya hanya sepuluh orang.
Dan yang lebih penting lagi aktivis atau pimpinan parti Islam Indonesia, hendaklah menjadi pemimpin bukan hanya sebagai pengikut atau pelengkap, dan lebih parah lagi kita selalu diperangkap.
Sampai bila akan selalu berulang kita membiarkan pisang berbuah dua kali atau
orangtua kehilangan tongkat, nauzubillah.
Sumber HD - 13-12-2012
BJ Habibie: Dikhianati kawan, berundur dengan senyuman
Ahmad Muhajir, | 16 Dis 2012 |
Mantan presiden ketiga Republik Indonesia Prof Dr Ir Bacharuddin Jusuf Habibie, telah mengukir tinta emas dan sejarah kegemilangan dalam proses transisi reformasi dan demokratisasi di Indonesia.
Dari tahun 1998-1999, dalam masa hanya 18 bulan berkuasa, beliau berjaya membuat perubahan drastik dan besar, yang tidak diduga kebanyakan orang masa itu.
Sebagai orang yang secara zahirnya begitu setia kepada presiden Suharto dari tahun 1973-1998, namun pada akhir kekusaannya Suharto, BJ Habibie boleh berkata kepada Suharto “banyak kehebatan dan jasa-jasa Pak Harto kepada bangsa dan negara Indonesia begitu lama dan panjang, namun bapak adalah seorang otoriter”.
Sejarah panjang Suharto dengan BJ Habibie begitu rapat, dimana tahun 1950-an dikala Suharto berpangkat Mayor Jeneral semasa itu bertugas di Makassar, sebagai panglima Mandala tengah mahu membebaskan Papua Barat (masa itu Irian, kemudian bertukar menjadi Irian Jaya).
Pasukannya bermarkaz berdekatan dengan rumah keluarga BJ Habibie di Makassar, saat kritikal di kala Alwi Habibie, ayah BJ Habibie mendapat serangan jantung, ayah BJ Habibie dipangku oleh Suharto. Masa itulah BJ Habibie panggil Pak Harto dengan Om (Pak Cik).
Maka apabila BJ Habibie berada di Jerman, yang sudah lama tamat perkuliahan serta bertugas di syarikat pembuat kapalterbang (kini membuat kapalterbang jenis Airbus).
Apabila didengar oleh Suharto, masa itu pada awal 70-an, Suharto mengutus Leftenan Jeneral Dr Ibnu Sutowo, masa itu ketua pengarah Pertamina (Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara) semacam Petronas di Malaysia, agar mengajak BJ Habibie agar pulang dan bekarya di Indonesia.
Pada awalnya BJ Habibie tidak mahu pulang, namun berbagai cara dilakukan Suharto, akhirnya hati Habibie lunak dan luluh.
Mulalah dia diberi tugas mengetuai syarikat pembuat kapalterbang masa itu, namanya syarikat Nurtanio dan tahun 1978 BJ Habibie kala itu berumur 42 tahun dilantik menjadi menteri penyelidikan dan teknologi.
Sebelum itu, dia sudah dilantik sebagai ketua pengarah Badan Pengembangan dan Pengamalan Teknologi (BPPT) dan berbagai jawatan lainnya berkaitan dengan industri strategik lainnya.
Berbagai pembaharuan dan kemajuan dibuat dalam pembangunan, apalagi berkaitan dengan keperluan dan penggunaan teknologi baru. Di awal jadi menteri, BJ tidak begitu menonjol dan dia tidak mahu popular, namun diawal tahun 1990-an dia dipilih oleh Muktamar Cendikiawan Muslim Indonesia sebagai ketua umum Ikatan Cendikiawan Muslim Indonesia (ICMI), muktamar ini diusahakan oleh sekumpulan mahasiswa dari Bandar Malang, Yogya, Bandung dan Bogor yang kemudian didokong oleh puluhan sarjana dan cendikiawan Islam terkenal.
Sebagai menteri BJ Habibie minta restu kepada Suharto, presiden Suharto mendukung dengan positif, hanya segelintir cendikiawan yang tidak setuju dengan ICMI apalagi BJ Habibie, termasuk Gus Dur dan juga dipersoal oleh pimpinan negara-negara Barat.
Namun BJ Habibie dengan mantap dan yakin berkata dimana salahnya saya memimpin ICMI, kerana sebagai seorang Islam saya bangga memimpin amanah umat.
Masa inilah BJ Habibie banyak memasuki ranah politik yang diluar jangkaan orang. Dia melakukan islah dengan berbagai pihak terutama dengan orang-orang yang dibenci oleh Suharto, bermula dengan menemui Jeneral (B) Dr Abdul Haris Nasution.
Kemudian dengan kumpulan 50 yang mengkritik berbagai ucapan Suharto yang dianggap fitnah dan merusak bangsa, serta tidak menghargai langsung jasa-jasa para negarawan dan politisi, bahkan kritik ini juga ditujukan terhadap amalan korupsi, kolusi dan nepotism (KKN) keluarga Suharto dan orang-orang dekatnya.
BJ Habibie mendatangi atau menjemput mereka yang dianggap musuh Suharto, diantaranya Leftenan Jeneral (B) Marin Ali Sadikin, dan puluhan tokoh Islam dan pejuang demokrasi lainnya seperti Mohd Natsir, Dr Ali Akbar, dan nama-nama lainnya.
Terjadilah kemuncaknya apabila demontrasi besar-besaran berlangsung diberbagai bandar utama di Indonesia bermula dari Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Surabaya, Medan, Makassar kemudian merebak kebagai bandar kecil.
Ia adalah akibat kemarahan dan kekecewaan rakyat terhadap amalan KKN ini oleh Suharto, keluarga dan orang-orang dekatnya.
Malahan setelah Suharto dipilih kembali menjadi presiden pada Mac 1998, dimana BJ Habibie dipilih sebagai Timbalan Presiden, oleh Sidang Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR), MPR masa itu dianggap sebagai rubber stamp.
Kekecewaan rakyat semakin menjadi-jadi, demontrasi tidak boleh dikawal, kerana Suharto melantik orang dekatnya Muhammad Bob Hasan sebagai menteri perdagangan dan industri serta anaknya Siti Hardianti Hastuti atau Mbak Tutut sebagai menteri sosial.
Khutbah dan ceramah agama diberbagai masjid dan surau pada umumnya menghantam kezaliman, kediktatoran Suharto, bahkan ketika penulis solat Jumaat di kementerian pertanian Jakarta, April 1998 khutbah Jumaatnya tidak kalah hebatnya mengkritik ketamakan dan kebuasan Suharto dan rejimnya, khatib menyampaikannya dengan mantap dan yakin, tanpa ragu dan takut.
Penulis masa itu merasakan dan menilai perubahan itu akan segera terjadi, maka awal Mei 1998 terjadilah kerusuhan terutama kerusakan dan penganiayaan terhadap keturunan Tionghua.
Berdasarkan kajian di tempat kejadian, perbuatan ini dilakukan oleh para provakator yang dibayar oleh orang-orangnya Suharto, sebab rakyat biasa, yang digerakan oleh mahasiswa dan pemuda Islam dan pecinta demokrasi lainnya, melaksanakan demontrasi dengan aman dan terkawal, baik di depan Istana mahupun di bangunan parlimen.
Suharto berundur pada 21 Mei 1998, dengan lesu dan lemah, tanpa berbicara dengan BJ Habibie dia menyerahkan jawatannya kepada timbalannya yang dulunya dianggap sebagai anak emas. BJ Habibie bertindak pantas dan cepat, melepaskan semua tahanan politik tidak kira siapa, termasuk yang membenci BJ Habibie sekalipun.
Media dibebaskan terbit tanpa perlu lagi lesen, yang penting perlu ada syarikat yang berdaftar dengan kementerian undang-undang, membenarkan demontrasi aman, polis hanya mengawal dari jauh, dan tidak ada layanan istimewa kepada presiden.
Seorang wartawan senior dijemput ke Istana oleh presiden BJ Habibie melihat BJ Habibie ikut beratur mengambil makanan serta makan bersama, tanpa pengawalan berbeda jauh di zaman Suharto, yang ini tidak pernah terjadi.
Dikala BJ Habibie dijemput oleh menteri kewangan Malaysia tahun 1991 selaku ketua umum ICMI, dimana penulis ikut masa itu, semasa bertukar pandangan dengan timbalan menteri di jabatan perdana menteri (di Pusat Islam, KL masa itu).
Timbalan menteri itu yang kini sudah arwah, mengkritik dasar Negara Indonesia sebagai musyrik, BJ Habibie dengan pantas menjawab “soal dasar Negara itu masalah kecil, yang penting kerja kuat kita sekarang adalah melahirkan manusia- manusia yang beriman, bertakwa, berakhlak serta menguasai ilmu dan teknologi, agar nantinya mereka bekerja dengan jujur dan tidak rasuah.
"Malaysia apa kurangnya kata BJ Habibie amalan dan politiknya agak kaku dan sangat feudal," katanya dan timbalan menteri ini terus diam dan melongo.
Beberapa bulan kemudian setelah menjadi presiden, dimana diadakan lagi pilihanraya umum, sebelumnya pemerintahan BJ Habibie sudah membetulkan Undang-Undang Pilihanraya agar lebih jujur, adil dan bebas.
MPR yang dikuasai oleh parti PDI-P, Golkar, PKB, PAN,PPP dan PKS masa itu meminta rapor pertanggunganjawab presiden BJ Habibie selama 18 bulan berkuasa.
Golkar yang merupakan partinya BJ Habibie, dimasa itu diketuai oleh Akbar Tanjung yang juga speaker parlimen dan Amien Rais, dari PAN speaker MPR. Akbar Tanjung melakukan konspirasi meminta agar ahli MPR dari Golkar menolak rapor BJ Habibie, ahli MPR dari PDI-P pimpinan Megawati jelas menolak rapor BJ Habibie, kerana sebagai pemenang pilihanraya Megawati ingin menjadi presiden.
Akbar Tanjung, yang bekas ketua umum Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) ini dinaikkan oleh BJ Habibie untuk menjadi ketua umum Golkar, namun akhirnya dia sendirilah yang mengkhianati BJ Habibe.
BJ Habibie sangat tahu semua konspirasi ini, dia melihatnya dengan berlapang dada dan tersenyum. Secara perlembagaan walaupun BJ Habibie masih boleh dicalonkan, namun dengan gagah dan terhormat, dengan senyum keikhlasan beliau merasakan sudah ditolak dan menolak untuk dicalonkan semula.
Disinilah orang banyak melihat elite politik Indonesia masa itu tidak pandai mensyukuri nikmat Ilahi, mencampakkan sebutir mutiara yang tengah bersinar, yang tidak ada duanya bukan hanya di Indonesia, bahkan di Asean dan Asia.
Beberapa jam kemudian di subuh hari jam empat pagi para elite politik berkumpul di rumah BJ Habibie; Hamzah Haz, Akbar Tanjung, Wiranto, Amien Rais dan BJ Habibie sendiri sepakat tiada pilihan lain iaitu mencalonkan Prof Dr Amien Rais sebagai calon presiden untuk dipilih oleh sidang MPR.
Amien Rais masa itu keluar peluh sejuknya, menolak katanya saya tidak berani, rupanya diam-diam sekedar main-main secara bergurau dia sudah mencalonkan Abdurrahman Ad Dakhil Wahid atau Gus Dur sebagai calon. Yang oleh Gus Dur yang masa itu sudah bermasaalah dengan matanya, ini dianggap serius.
Kesempatan itu hanya datang sekali, sebagai pakar ilmu politik Amien Rais, rupanya tidak pandai membaca dan sangat naif bermain politik.
Padahal BJ Habibie, yang cerdas dan bacaan politiknya yang jauh melihat kedepan, semasa mengganti Suharto dan mahu membentuk kabinet sudah menawarkan jawatan menteri kepada Amien Rais, boleh pilih menteri apa saja.
Sebab perancangan BJ Habibie bila sidang MPR 1999, BJ Habibie akan berpasangan dengan Amien Rais untuk menjadi calon presiden dan timbalan, apabila BJ Habibie mundur maka Amien Rais akan naik menggantikannya, Amien Rais menolak katanya dia hanya mahu menjadi calon presiden dan melalui pilihanaya umum presiden.
Buktinya pilihanraya presiden Julai 2004, Amien Rais yang bersuku Jawa dari Solo ini, namun orang Jawa menilainya Amien Rais, bukan seperti orang Jawa yang berbahasa halus, namun seperti orang Batak bersuara keras dan kasar.
Dia hanya berada dikedudukan nombor empat setelah SBY-Jusuf Kalla, Megawati-Hasyim Muzadi, Wiranto-Salahuddin Wahid, Amien rais hanya menang di Jakarta, Sumatera Barat, Aceh dan dari pengundi di luar Indonesia.
Kini apa sudah jadi dengan Amien Rais, dia banyak dilupakan orang dan jarang lagi menyebut namanya, apakah dia juga mengkhianati BJ Habibie pembacalah yang akan menilainya.
Sumber HD - 16-12-2012

Serangan biadab: Rais Yatim wajar pohon maaf
Harakahdaily, | 19 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Serangan dangkal dan biadab Zainudin Maidin ke atas mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie kini merebak kepada Almarhum Gus Dur dan Amien Rais pula.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ternyata Zainudin mewakili sosok pimpinan Umno yang angkuh dan anti-demokrasi.
Justeru, ujarnya Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim sewajarnya tidak berdolak-dalih dan memberi alasan lagi memandangkan perancangan biadab menghina tokoh pimpinan Indonesia ini disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah media yang diketahui dimiliki oleh Umno.
“Justeru, apakah tidak wajar untuk pimpinan Umno mendesak Zainudin dan Utusan Malaysia supaya memohon maaf secara terbuka?
“Saya percaya dan yakin bahawa kebiadaban sebegini tidak sekali-kali mewakili sentimen rakyat malah dibantah keras oleh majoriti rakyat Malaysia yang amat menghormati tokoh-tokoh Indonesia tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sumber HD - 19-12-2012

No comments:
Post a Comment