Setiausaha Agung Umno yang dikatakan berhasrat hendak meletak jawatan kerana sudah berbau Umno akan kalah,
Teuku Adnan Teuku Mansor mengesahkan bahawa Umno bukan parti Islam apabila parti itu tidak mengambil satu potong ayat al-Quran pun untuk dijadikan panduan atau pun ingatan di dalam parti tersebut.
Pengakuan Adnan itu dikira ikhlas dan benar menepati apa yang terserlah di dalam Umno kini, di mana Umno hanya tahu menyebut Islam tetapi tidak tahu berbuat (melaksanakan) kehendak Islam. Pengakuan Adnan itu juga mengesahkan tanggapan sebelum ini yang Umno sebuah parti sekular yang anti kepada Islam.
Mungkin bertolak dari realiti itulah menyebabkan Mursyidul Am Pas
Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bersedia untuk membubarkan Pas sekiranya Umno mengambil Islam sebagai dasar perjuangan.
Nik Aziz sudah tahu bahawa cabaran itu tidak akan tersambut oleh Umno kerana parti itu kering dengan Islam malahan menentang Islam sejati.
Kata Adnan dipetik; “Umno sebagai parti yang menyokong perjuangan kebangsaan Melayu tidak pernah menggunakan walau sepotong ayat al-Quran pun dalam urusan politik kerana apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam."
Kenyataan itu beliau itu dilaporkan oleh portal rasmi Umno,
Umno online.
Pernyataan Adnan itu bagaimana pun berlaku sedikit kesongsangan dan kontra bila mana di hujung pernyatan itu disebut; "apa yang penting adalah asas dan tujuan parti tersebut ditubuhkan selain usaha-usaha untuk terus memelihara akidah umat Islam".
Dengan pernyataan di akhir itu meragukan, macam mana Umno boleh membela dan menjaga akidah umat Islam sedangkan perkara asas iaitu al-Quran yang mengajar segala macam ilmu dan kaedah termasuk menjaga akidah itu tidak diguna pakai? Persoalannya macam mana Umno mampu untuk menjaga akidah umat Islam? Mungkin kaedah yang diambil Umno dalam menjaga akidah umat Islam tidak mengikut kehendak agama, maka itulah dalam masa Umno membangunkan syiar Islam, mereka juga turut membina syiar meruntuhkan Islam.
Dari keadaan inilah dapat dikatakan bahawa Umno hanya berlakon saja untuk membela akidah Umat Islam.
Sebab itu Umno lebih cenderung untuk membina syiar Islam daripada cuba mempraktikkan ajaran Islam sebenar. Kalau bercakap fasal Islam Umno akan bercerita perihal masjid, sekolah agama dan sebagainya sedangkan itu hanya lambang-lambang yang tidak mestinya menepati kebenaran Islam. Bukti paling sahih mengenai silakp dolak dalik dan hipokrasi Umno ini apabila ia menolak hukum Allah (hudud) dengan alasan-alasan yang berbaur kekufuran.
Makanya pengakuan itu seharusnya difahami oleh sekalian orang khasnya orang Melayu yang selama ini menganggap Umno adalah pejuang Islam nombor wahid. Sikap Umno ke belakangan ini yang kononnya mengambil berat terhadap Islam termasuk 'memalu', menghentam mana-mana kenyataan politik oleh pemimpin pembangkang adalah sandiwara dan wayang Cina saja.
Apabila Umno tidak mengambil sepotong ayat Quran untuk urusan politiknya maka jelas politik Umno termasuk apa yang dicerminkan dalam pemerintahan dan pentadbiran tidak berjejak dan berkonsep kepada suruhan Allah. Jadi tidak menghairankan kalau Umno bersikap rakus, kejam, menipu rakyat kerana mereka tidak mendapat taufik dan hidyah al-Quran. Kerana mereka yang menghadam isi-isi al-Quran tidak akan tergamak berbuat begitu kerana azab Allah ke atas apa yang dibuat itu senantiasa bermain di biari matanya.
Pegangan dan politik Umno ini amat berbahaya. Kejahatan dan kerakusan yang boleh dilakukan tanpa pegangan agama itu akan merebak ke dalam pentadbiran atau kerajaan. Situasi inilah menyebabkan berlaku berbagai penyelewengan dan salah guna kuasa dan rasuah di dalam kerajaan hari ini. Skandal-skandal melibatkan kewangan seperti rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, ternakan lembu gemuk di kondo, tanah untuk pembinaan pelabuhan darat (PKRZ), penjualan tanah kerajaan dan sebagainya, adalah cermin atau terilham dari politik yang tidak sujud kepada al-Quran.
Disebabkan kerana Umno tidak mengambil sepatah ayat al-Quran itulah juga menyebabkan jelas berlaku kejahilan di kalangan pemimpinnya termasuk ada yang sanggup menghina Nabi Muhammad dan menyindir segala hukum Allah yang dipancarkan dalam Quran seperti mana hudud. Kesan itu juga menyebabkan ada yang mudah membuat tafsir 'buta' terhadap ayat-ayat Quran yang dibaca oleh pihak lain di mana kerana ianya difahami secara harfiah, dan bukan mencungkil falsah dan makna di sebaliknya.
Justeru mulai hari ini, dengan 'pencerahan' yang diberikan oleh Adnan itu janganlah kita merasa pelik dan aneh kalau Umno tidak menunjukkan keghairahannya kepada Islam termasuk untuk melaksanakan hukum-hakam di dalam Quran. Pencerahan ikhlas Adnan itu juga memberi isyarat jelas kepada orang Melayu untuk menjauh kurafat yang dicipta Umno mengenai Islam.
Disebabkan kesingsangan itu juga tidak pelik juga kalau sesekali pemimpin Umno yang gian hendak bercakap fasal Islam termasuk mentafsir ayat Quran yang dibaca oleh Nurul Izzah Anwar tampak sangat kejahilan dan kesongsangannya. Ini berlaku kerana pemimpin Umno tumpul dengan ajaran Islam sebenarnya.
Memandangkan ini elok kalau Najib Razak turut melakukan transformasi ilmu ke dalam Umno di masa akan datang. Ajar dan dekatkan generasi Umno dengan al-Quran dan suntikan kefahaman Islam yang betul.
Mungkin institusi agama yang berlambak di negeri ini boleh membantu. Institiut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) boleh memain peranan penting. Perseimbangan pengembangan ilmu duniawi dan ukhrawi hendaklah dilakukan bagi mengelak orang Umno terus terjeblos dalam kedurjanaan kejahilan.
Najib jangan saja memperlopari
blue ocean di dalam Umno tetapi hendaknya juga mempelopori
green ocean (Kalamullah) di dalam Umno. Ini penting kerana tidak ada guna kalau Umno dan negara mencapai kemajuan tetapi ianya tidak disertai dengan amali agama. Kemajuan atau apa juga pemodenan yang tidak berohkan Islam - akidah dan pegangan, ia adalah palsu dan akan membawa kemusnahan besar.
Najib dan sekalian orang harus faham bila menyebut soal agama dan Islam, ilmunya terlalu luas. Islam bukan saja setakat kita mendirikan rukun-rukun Islam yang lima perkara tetapi yang penting memahami, menghayati dan mengamali apa yang termasuk di dalam sesuatu rukun itu. Pengajaran atau perintah di dalam rukun Islam itu bukan saja perlu difahami secara zahiriah tetapi hendaklah mencecah kepada hakikat. Islam perlu ditaat bukan dengan fizikal, seperti mengerjakan sembahyang, puasa, haji dan sebagainya, tetapi Islam perlu ditaati dan disujud dengan hati dan jiwa secara istiqamah.
Hari ini Islam di dalam Umno hanya Islam syariat saja itu pun tidak mendasari, manakala Islam
tariqat, hakikat dan
makrifat masih terlalu jauh lagi. Mungkin beberapa orang di kalangan pemimpinnya saja yang mengerti hal ini.
Ahmad Zahid Hamidi yang dikenali berlatar belakang Islam yang mapan boleh membuka pintu ijtihad di dalam Umno melakukan hijrah besar ke atas parti itu. Kalau Umno menerima konsep Islam keseluruhan saya yakin titik temu yang jelas dan nyata parti itu dengan Pas dan segenap Islam lain akan tercapai. Bukan itu saja penerimaan Islam secara syumul menjamin hayat Umno lebih panjang dari usia pemerintahan Firaun. -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 13-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 14 Nov 2012 |
Bukan senang untuk mendisiplin orang politik tidak kira dari relong mana. Mulut orang politik lebih luas dari mulut tempayan dan buasnya lebih lasak dari anak lembu belum baligh. Untuk menang mereka akan melakukan apa saja. Apa lagi politik yang diamalkan di Malaysia ini (politik demokrasi sekular), menyebabkan sesuatu yang mereka lakukan walaupun bersalahan dengan adat dan agama tidak menjadi masalah.
Dalam dunia politik yang haram pun boleh dihalalkan dan yang halal pula boleh diharamkan.
Sebab itu jika diperhatikan orang politik akan mempolitikan apa saja. Politik kita ada stail tersendiri kerana kita tidak terikat dengan mana-mana terma politik, tetapi bebas dengan terma yang kita cipta sendiri; boleh berbohong, boleh memfitnah dan boleh menggunakan apa saja isu. Rukun
4C - (Publisiti, manipulasi, kontroversi dan hipokrasi), tetap praktikal dan
valid dalam politik kita.
Isu-isu bersifat personal dan sensitif seperti agama, budaya, bahasa dan sebagainya sepatut tidak dibangkit kerana ia boleh menimbulkan keburukan dan mudarat, tetapi ia seakan tidak dipedulikan langsung asalkan ia dikira memberi keuntungan dan laba. Malahan isu-isu pula menjadi kegeraman semua kebelakangan ini. Seolah-olah ahli politik kita semuanya tidak bermoral dan sudah tidak mementingkan soal integriti dan moral lagi.
Kerencaman dan 'kebuasan' orang politik ini menjadi lebih teruk lagi apabila media massa yang menjadi alat dan saluran melaporkan kegiatan orang politik juga tidak berdisiplin atau tidak bertanggungjawab terhadap peranan mereka sewajarnya. Media massa yang seharusnya bertanggungjawab tidak bertindak sepertinya. Tanggungjawab sosial diabaikan begitu saja kerana mengejar materialistik. Sikap dan perangai media massa juga sama dengan sikap dan perangai
politician.
Kekalutan atau kurang kerbertanggungjawaban media ini bukan saja terkhusus kepada media massa PB tetapi media masa bebas yang lain juga termasuklah yang pro-oposisi dan
blog. Kerana mengejar
visitor atau
pageview mereka sanggup manipulasikan laporan atau mempolemik isu-isu yang tidak sepatutnya secara rakus.
Kadang-kadang geluk politik kita menjadi riuh disebabkan campur tangan media massa atau media masa terlupa tanggungjawab dan amanah sosialnya. Adakalanya kenyataan orang politik seinci saja tetapi di
make-up sampai sekaki dan sedepa. Inilah menimbulkan kekalutan.
Inilah masalahnya. Ambil saja contoh mengenai isu-isu agama, di mana isu ini tidak sepatutnya dijadikan isu politik dan terheret menjadi polemik berpanjangan. Ia patut disekat, tetapi kerana media massa tidak memahami akan bahaya isu ini maka ia dimainkan. Kenapa ia menjadi teruk apabila media, atau wartawan dan penulis yang mengambil isu itu sebagai subjek tidak memahami secara mendalam apa yang hendak dilapor dan diulaskan itu. Sebab itu berlaku kecelaruan. Isu yang sebesar tahi mata menjadi sebesar tahi gajah.
Tambahan lagi kalau media itu sendiri ada niat dan nawaitu untuk menimbulkan perpecahan dan keretakan maka ia menjadi lebih parah. Ada kalanya isu kecil saja dan dianggap perkara biasa tetapi disebabkan ia dipolish dan dipolemikkan oleh media ia menjadi besar dan kadang-kadang menjadi masalah kepada negara dan bangsa.
Di sini kita tidak mengira media massa itu sengaja atau tidak mahu mensensasikan isu agar mereka mendapat perhatian, tetapi jika diamat-amati ada sesetengah laporan atau 'penimbulan' isu oleh media semasa disengajakan dengan motif tertentu. Selalunya dengan tujuan untuk melaga-laga dua pihak khasnya sesama Melayu di antara Pas dengan Umno. Saya berani mengatakan di samping mereka tampil memperjuang dan melaksanakan kebebasan tetapi secara senyap mereka ada agenda jahat.
Perkara ini tidak akan disedari jika tidak difahami dan dicungkil secara menghalus mengenai seni peperangan oleh media massa. Dalam masa media itu mendabik dada mereka terbuka dan mengamalkan kebebasan bersuara tetapi ianya terselit dengan nawaitu busuk untuk kepentingan mereka atau pihak yang disokongnya secara senyap.
Saya melihat fenomena ini sesuatu yang boleh memburukkan keadaan jika tidak dibatasi. Lama kelamaan ia akan menjadi barah. Mungkin orang politik atas sifatnya yang liar, culas dan mulutnya tidak boleh ditutup, maka tindakan lain wajar diambil. Misalnya media massa perlu mendisplinkan dirinya dan bersikap konstruktif dan bukan khianat. Media massa harus meletakkan diri mereka sebagai pengharmonian (pendamai) politik negara ini bukan mencarik robekkan.
Media harus juga didisiplinkan sebaik mungkin. Media juga bukan diberi kepercayaan kepada kebebasan bersuara, tetapi harus dipantau agenda tersembunyi yang cuba dibawanya. Bukan sukar untuk mengelakan isu-isu sensitif seperti agama misalnya untuk dipantau. Cukup kalau media massa memastikan setiap orang wartawan atau jurnalisnya yang hendak menulis dan melaporkan mengenai agama pastinya ianya benar-benar faham mengenai sesuatu isu atau topik agama itu.
Wartawan mereka harus mengetahui ilmu agama dan tidak melaporkan secara
'harfiah' saja setiap apa dihamburkan oleh orang politik. Mungkin orang politik ada yang jahil mengenai agama dengan menjadikan agama sebagai alat untuk keuntungan mereka, di sinilah wartawan yang bertanggungjawab dan berilmu akan menulis dan melapor dengan baik. Wartawan akan menjadi agen penjernihan keadaan atau bertindak sebagai orang ketiga menjadi pendamai jika ada dua pihak yang bergaduhan.
Seeloknya juga bagi memastikan isu-isu agama tidak terpesong dan menjadi polemik berpanjangan disebabkan salah lapor dan salah cakap oleh orang politik, setiap oragnaisasi media baik cetak atau maya mengadakan penasihat khas agama di dalam oraganisasi mereka. Orang ini yang arif dalam bidang agama dijadikan tempat merujuk oleh para wartawan apabila mereka berdepan dengan isu-isu agama yang agak komplikated.
Apabila ada penasihat ini, maka isu agama itu tidak akan dilapor dan ditulis secara 'gabas' secara sembrono mengikut fahaman mereka, tetapi ditulis mengikut lunas-lunas dan pemahaman yang sebenarnya. Jika ini dilakukan maka tidak ada kekeliruan terhadap isu-isu agama yang dilaporkan.
Sekiranya oragnisasi media massa berat untuk menyediakan penasihat agama di tempat mereka, mungkin Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh mengambil inisiatif untuk menyediakan pegawai-pegawai mereka di badan-badan agensi berkenaan. Tempatkan mereka di situ atau pun Jakim memgadakan Unit Khas mengenai agama untuk dijadikan tempat rujukan para wartawan khas mengenai isu agama. Unit khas ini pula mestilah cekap dalam memberi respons dan menghurai sesuatu permasalahan kerana sifat berita dan maklumat itu perlu disegerakan.
Kalau ini wujud sudah pasti kekeliruan atau kejadian salah lapor dan salah tulis mengenai agama tidak akan berlaku. Sewajarnya juga kalau isu-isu sensitif seperti isu agama, bangsa, budaya dan peribadi diberikan perhatian. Media massa harus berdiri tegap atas falsafahnya sebagai perubahan masyarakat dari negatif kepada positif. Kalau media massa melupai akan falsafah itu, apa lagi ikut terbawa-bawa bermain dengan perkara-perkara negatif merosakkan bangsa, kewujudannya tidak memberi apa-apa makna sedikitpun. Sebaliknya kewujudan mereka bolehlah dianggap atas kehendak syaitan. -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 14-11-2012
Muhammad Adam Lee bin Abdullah, | |
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan petugas HarakahDaily, barisan kepimpinan dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat (PR), saudara-saudari Muslimin dan Muslimat, serta warga Malaysia cemerlang lagi prihatin.
Memulakan ulasan ini, saya ingin sekali mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Ma'al Hijrah 1434 serta selamat bermuktamar kali ke-58 kepada Parti Islam Semalaysia (PAS) seluruh negara yang sedang berlangsung.
Semoga dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, juga dengan berlangsungnya muktamar di saat kritikal ini, bersamalah kita sekalian berdoa agar muktamar ini, khasnya, akan benar-benar menjayakan penghijrahan kita sekalian, termasuk kami, masyarakat OKU ini, ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat sebagaimana yang dituntut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada PAS, khasnya, serta jemaah PR, di atas pelbagai kejayaan cemerlang kalian sejak tsunami kebangkitan rakyat pada pilihanraya lalu walaupun berdepan pelbagai cabaran getir daripada segala penjuru serta kaedah tipu muslihat golongan berkepentingan.
Malah, yang lebih membanggakan saya dan seluruh masyarakat OKU ini ialah dengan kesungguhan PAS merealisasikan hak dan keadilan buat kami dengan tertubuhnya Sekretariat OKU Prihatin pada bulan Mac, 2012 yang lalu di bawah teraju Dr. Siti Mariah Mahmud, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat.
Sejak itu, pada pemerhatian saya, PAS merupakan parti politik terkehadapan dalam memperjuangkan hak dan nasib kami, selaras konsep Negara Berkebajikan yang turut mendapat sokongan parti-parti Pakatan Rakyat lain.
Justeru, kami dengan penuh takzim serta rendah diri memohon agar sekretariat ini mampu berfungsi dengan sewajarnya agar ia tidak hanya sekadar retorik, sebagaimana yang sering berlaku ketika ini.
Untuk sekian lama, sememangnya kehidupan masyarakat OKU di Malaysia ini, ibarat golongan "mustadh'afin" (golongan minoriti yang sering terpinggir lagi dipinggir) dik kesibukan kita mengejar untung dunia nan tak seberapa, walaupun tidak dinafikan, kedapatan juga inisiatif sesetengah ahli masyarakat kita untuk turut mengiktiraf hak kami sebagai warganegara.
Seperti yang disebutkan oleh beberapa orang rakan saya yang menghadiri forum wacana Ke Arah Merancang Pelaksanaan Pembangunan OKU secara menyeluruh di Dewan Datuk Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Shah Alam, baru-baru ini, ternyata layanan terhadap kami ibarat rasa garing goreng pisang semata-mata.
Mana tidaknya? Suatu ketika, Akta Quota 1% pekerjaan untuk OKU digubal dan diluluskan, tetapi, hasilnya, masih ramai lagi di kalangan kami yang menganggur dan terpaksa melakukan pekerjaan sendiri di jalanan yang kemudiannya mengundang persepsi negatif masyarakat sekeliling, kononnya kami hanya tahu menagih simpati ...
Itu, belum disebut lagi akan penempatan kami di sektor pekerjaan yang adakalanya tidak bersesuaian, seperti graduan universiti OKU penglihatan yang menjadi telefonis, bakat kami dalam kesenian dan keagamaan yang dipinggirkan, sikap "double-standard" dalam penyediaan kemudahan prasarana dan akses terhadap milikan awam seperti anak kami yang diminta bayar tambang sedangkan kami percuma, insentif seperti Elaun Pekerja Cacat (EPC) yang statik (RM300.00) dan penguatkuasaan zalim agensi berkaitan terhadap peruntukan bantuan kami, khidmat tidak mesra lagi birokratik sesetengah agensi kerajaan akan permohonan keperluan kami, serta pelbagai masalah lain, yang, rasanya, memadailah, untuk kita renung-renungkan bersama.
Bukankah sejarah sendiri telah membuktikan, bahawa, Allah SWT Yang Maha Segala itupun Maha Menghargai, dengan menegur tindakan Rasulullah SAW di saat Baginda sibuk berdakwah kepada para pembesar Musyrikin Makkah, di mana ketika itu, Baginda bermuka masam apabila Abdullah Ibn Maktum (RA) turut mengunjungi Baginda untuk belajar dan seterusnya memeluk Islam? Bukankah kemudiannya menyaksikan peranan sahabat mulia ini diiktiraf sepanjang dakwah Baginda?
Dengan ini, saya serta sekalian warga OKU benar-benar mengharapkan agar muktamar ini mampu mencetus gelombang ke arah penghijrahan dalam iltizam serta strategi pembangunan buat kami, selaras tema muktamar ini, iaitu "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan".
Semoga dengan itu, kesyumulan Islam turut benar-benar mampu dijelmakan secara praktikal, agar kami bukan sekadar disuap makan dan minum, tetapi turut mampu memasak dan menjamu. Justeru, kami memohon agar muktamar ini turut memasukkan agenda pembangunan masyarakat kami ini sebagai salah satu daripada agenda-agenda penting agar PAS dan PR akan tampil sebagai agen pembela sekalian golongan "mustadh'afin" sebagaimana perjuangan kalian untuk pelbagai golongan lain saban waktu.
Akhirnya, kami mendoakan agar PRU yang akan berlangsung bila-bila masa sahaja dari sekarang ini, benar-benar memihak kita sekalian yang selama ini berhempas-pulas berjuang ke arah kebenaran dan kesaksamaan buat agama, negara dan bangsa tercinta ini daripada penguasaan regim OKS (orang-orang kurang sedar) selama setengah kurun lampau.
Selamat Ma'al Hijrah 1434, selamat bermuktamar, dan salam jihad.
Yang Benar,
(Muhammad Adam Lee bin Abdullah)
Sumber HD - 15-11-2012
Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail, | |
Simpati buat penduduk Gaza setelah seorang demi seorang pemimpin mereka mati syahid dibunuh oleh Zionis Israel. Kehidupan di bandar Gaza itu saperti mimpi yang amat mengerikan iaitu siang dan malam kehidupan sentiasa diburu bedilan peluru dan roket. Mereka bukan sahaja kekurangan makanan dan minuman bahkan terpaksa bergelap pada malam harinya.
Tiada siapa yang berani dan tiada negara Islam yang mampu isytiharkan untuk berjuang bagi membebaskan bumi Palestin. Hal ini kerana umat Islam telah hilang roh dan semangat jihad, lantas tidak bersatu dan takut dengan ugutan konco-konco Zionis Yahudi seperti Amerika dan negara-negara barat yang lain. Kalau ada pun hanya memandang dari jauh sahaja apa yang berlaku tetapi tidak mampu berbuat apa-apa untuk menentang Zionis Yahudi yang sombong dan bongkak ini.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) seolah-olah tidak nampak atau mentutup mata daripada melihat dan kekejaman askar Israel terhadap penduduk Palestin.
Pemimpin Islam dari seluruh dunia jangan berpeluk tubuh sahaja tetapi mesti bertindak segera untuk memastikan bumi Palestin dibebaskan daripada cengkaman Zionis Yahudi yang tidak habis-habis menyusahkan rakyat Palestin dan dunia islam.
Jika 1.5 bilion umat Islam daripada jumlah 7 bilion ini bersatu menentang rejim Zionis Yahudi yang hanya 20 juta sahaja, bumi Palestin terbela. Atau jika negara-negara Islam di sekeliling negara haram Israel berpakat menentangnya habis-habisan sudah tentu Islam akan menang dan negara Palestin akan berdaulat kembali.
Sumber HD - 17-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 17 Nov 2012 |
ULASAN UCAPAN DASAR
Ucapan dasar dan perasmian muktamar tahunan Pas ke 58 yang dibentangkan Presiden Pas
Abdul Hadi Awang bertempat di Putik pagi ini (semalam) adalah satu ucapan yang dapat memenuhi selera di saat menanti ketibaan pilihan raya umum. Ucapan setebal 28 muka surat dan mengambil masa 1 jam setengah itu menyentuh semua aspek; politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Paling bererti ialah ia mendedahkan komitmen Pas dalam perjuangan bersama Pakatan Rakyat.
Ucapan kali ini juga serius dan ia penuh dengan ilmu. Bagi saya ia mantap dan bersemangat sekali. Sesiapa yang ingin mengenali Pas atau pun yang masih keliru dengan Pas terutamanya yang terhasut dengan cucukan dan politik rasis Umno elok menghanyati ucapan berkenaaan. Ucapan Abdul Hadi kali ini mempunyai banyak pencerahan dan mantik-mantik siasah.
Dalam ucapan itu juga Abdul Hadi cuba menafikan tuduhan liar ke atas Pas yang dibuat oleh Umno kononnya Pas sudah hilang hala tuju perjuangan asal sejak permaufakat serangan ke atas Umno dan ingin menumbangkan kerajaan BN bersama DAP dan PKR.
Pengalihan tema perjuangan Pas masa kini yang dikira sesuai dengan kehendak siasah semasa, dari
Negara Islam kepada
Negara Berkebajikan disuluh oleh Umno sebagai penyelewengan Pas dari perjuangan Islam. Perubahan tema atau slogan itu diguna pakai oleh Umno untuk mengelirukan rakyat dan merendah-rendahkan Pas. Secara berseloroh Hadi menempelak Umno dengan tuduhan itu, katanya bahawa selama ini Umno sudah iktiraf yang Pas memperjuangkan Islam sebab itu bila Pas pakai slogan Negara Berkebajikan mereka sibuk.
Beliau menafi tuduhan Umno itu dan menjelaskan Pas tetap istiqamah dengan prinsip dan dasarnya. Tidak bermakna apabila Pas mengambil tema
Negara Berkebajikan, Pas telah tinggal Islam dan melupai matlamat asal penubuhannya. Menurutnya bagi mereka yang memahami erti ayat-ayat Quran tidak mudah menuduh Pas menyeleweng kerana berkebajikan itu juga merupakan tuntutan Islam dan ia menjadi iltizam Pas dan Pakatan Rakyat.
Sekali lagi dalam ucapan penuh bertenaga dan serius itu Abdul Hadi menjelaskan akan komitmen dan pegangan Pas kepada dasar-dasar asalnya. Walaupun Pas sepakat dengan Pakatan Rakyat namun Pas tidak pernah lari dari dasar yang telah dimaktubkan di dalam perlembagaan. Pas akan tetap mempertahankan dasar Islamnya meskipun Pas bermuafakat dengan DAP dan PKR. Permaufakatan itu adalah salah satu tahaluf siyasi demi Islam juga.
Beliau lantas menegaskan perjuangan Pas bersama Pakatan Rakyat akan tetap menjaga kesucian Islam, Islam tetap menjadi agama rasmi negara ini selain membenarkan agama-agama lain. Pas akan tetap menjaga bangsa Melayu, bahasa Melayu dan budayanya. Dan Pas juga tetap memelihara dan mempertahankan institusi raja-raja Melayu. Ternyata tuduhan Umno Pas menggadai maruah bangsa, menyelewengkan agama dan tidak memelihara raja adalah tohmahan dan fitnah mentah semata-mnata. Makanya apa dijelaskan Abdul Hadi hendaklah dijadikan pegangan dan bukti bagi menafikan dakyah Umno.
Keseluruhan isi kandungan ucapan dasar itu perlu dihayati bukan saja oleh para perwakilan tetapi juga rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat serta mereka tidak berparti yang kini sedang membuat penilaian untuk masa depan negara. Mereka yang selama ini masih keliru atau kabur dengan prinsip perjuangan Pas boleh menjadikan ucapan dasar itu sebagai teks pencerahan dan dipegang sebagai bukti atau nas untuk diperhatikan.
Saya rasa semua orang perlu memuji ucapan Abdul Hadi kali ini yang dikira 'kemah kemin' dan ia sangat sesuai dengan semangat pilihan raya yang ada hari ini. Saranan dan gesaan serta arahan demi arahan kepada ahli dan petugas parti di semua peringkat untuk menghadapi pilihan raya sesuatu yang perlu diambil perhatian. Pelaksanaan kepada setiap arahan diperincikan menentukan kemenangan Pas dan juga kemenangan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya kelak.
Dalam ulasan ringkas ini saya sedikit merasa tersentuh sampai ke hulu hati berhubung seruan Abdul Hadi terhadap penulis dan media massa Pas agar mempertingkatkan usaha untuk menangkiskan serangan musuh. Tampaknya Abdul Hadi cukup sedar dan insaf betapa pentingnya peranan media massa untuk membantu perjuangan Pas, khasnya menawan Putrajaya. Beberapa kali beliau meminta supaya media massa (Pas) mempertingkatkan usaha.
Dalam hal ini apa yang beliau boleh sebut ialah peranan
Harakah cetak dan
Harakahdaily. Tidak kurang dua kali beliau menyebut dua media ini. Inilah saja media yang dimiliki oleh Pas. Apabila presiden hanya berputar menyebut dua media massa ini saja sebagai rujukan ahli Pas, tampak betapa miskinnya dan dhaif Pas dalam pemilikin media massa sebagai alat perang dan senjata menangkis serangan lawan.
Harapan yang diletakkan oleh Abdul Hadi ke atas dua media massa itu baik dalam membantu menyebarkan dakwah Islamiyah Pas atau menangkiskan serangan musuh menerusi media massa mereka terlalu besar. Ertinya Pas sangat mengharapkan kepada media massa bagi membantu perjuangan. Pas sudah faham peranan dan fungsi media massa seperti akhbar dan internet. Namun malangnya, dan ini menyebabkan saya rasa sedih, sedar atau tidak sedar Pas hanya memiliki dua media itu saja,
Harakah cetak dan
Harakahdaily dan tidak pernah berusaha untuk menambah bilangan alat sebaran awam itu.
Hanya dengan memiliki dua media itu saja yang edaran dan penyebarannya terhad, ia jauh dari mencukupi untuk berdepan dengan pihak musuh yang mempunyai ratusan media massa pelbagai bentuk dan saiz. Sudah pasti
Harakah dan
Harakahdaily tidak cukup tangan untuk mengawal dan menangani itu semua tanpa ada sokongan dari media
independent lain yang diselanggara oleh ahli parti.
Timbul kemusykilan di kepala saya, kenapa Pas tidak berusaha untuk menambahkan media massanya sendiri. Selama ini Pas hanya bergantung kepada dua media itu saja. Apakah fungsi Lajnah Penerangan di dalam hal ini? Sepatutnya Pas sudah memiliki beberapa media massa lain lagi sebagai mendukung kepada media massa sedia ada. Di zaman ada ruang kebebasan media massa yang dibuka oleh bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi dulu, Pas tidak mengambil kesempatan untuk memohon permit akhbar baru sebagai tambahahan.
Dalam hal ini Pemuda Pas yang mengkritik dan mempersoalkan keberkesanan
Harakah seharusnya berfikir lebih jauh dan bijak dengan memohon permit baru atau pun mewujudkan media alternatif lain sebagai menyaingi
Harakah. Malangnya pemuda yang dianggap sebagai generasi berkebolehan dan lebih profesional hanya tahu mengkritik terhadap apa yang sudah ada di dalam rumah saja. Ketua pemudanya pula asyik membuat kenyataan akhbar tanpa berfikir mahu menubuhkan akhbar.
Sebenarnya untuk menguruskan sebuah akhbar sebesar
Harakah bukan perkara mudah dan segampang yang difikirkan. Saya mencabar pemuda Pas yang mempunyai ramai tenaga muda dan profesional itu terbit akhbar sendiri. Dengan berbuat begitu saja baru kesulitan dan kesukaran dalam mengurus media massa ini dapat diketahui.
Harakah walaupun jauh dari kesyumulan dari petak pemikiran pemuda, tetapi ahli Pas harus berterima kasih kepada mereka yang gigih dan tabah mengendalinya hari ini.
Terlupa untuk menerbit
akhbar baru ini, bagi saya satu kealpaan besar bagi pandangan saya. Cadangan Abdul Hadi supaya diadakan sekretariat menguruskan kemunculan media baru
' blog, twitter, web tv, dan sebagainya sesuatu yang bagus dan perlu diambil tindakan segera. Sebelum ini Pas sudah mengadakan beberapa seminar berhubung perkara ini. Dan sekian banyak blogger sudah pun dikenal pasti untuk dijadikan "cyber trooper" kepada parti. Wang juga dibelanjakan, tetapi sayangnya ia nampaknya kuranng berkesan. Di manakah silapnya?
Kekosongan ini boleh dipenuhi oleh kalangan Pemuda Pas yang mempunyai pelbagai kemahiran dan mempunyai rangkaian yang luas itu. Mereka tidak seharusnya rajin memberi kuliah agama di surau di merata tempat tetapi harus ada projek atau pun
blue print untuk pengembangan parti tersendiri, salah satunya memperluaskan dan memperbanyakkan saluran maklumat atau pun media massa.
Harus dicari di mana kesalahan dan kelemahan dalam perkara ini. Rasanya dengan masa masih tersisa Pas masih ada peluang untuk memperkemaskan media baru mereka dalam usaha untuk menyahut cabaran presiden itu. Harus disedari dalam dunia hari ini, di mana media dan alam siber dijadikan alat dan medan peperangan ia harus dipertingkatkan. Walaupun media baru ini cukup berkesan tetapi kalau tidak diatur dan digunakan secara sistematik ia tidak akan berbekas.
Dan sekiranya Pas ketinggalan di dalam hal ini sedikit sebanyak ia boleh membantutkan cita-cita Pas bersama Pakatan Rakyat untuk menakluki Putrajaya. Sebab seperti kata presiden perang hari ini adalah peperangan menerusi alam siber.
[wm.kl. 12:36 t/hari 16/11/12] - http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 17-11-2012
Semalam (kelmarin) saya terbaca tulisan sahabat saya, MSO di dalam blog beliau dalam mana beliau telah menceritakan kepada umum tentang pertemuan seorang pegawai tinggi PDRM dengan Tok Guru Nik Aziz baru-baru ini. Pegawai tersebut diiringi oleh bekas Naib Canselor UiTM, Ibrahim Abu Shah yang saya kenali sejak bersama di kampus dahulu.
Jika benar kunjungan dan perjumpaan ini ada kena mengena dengan perpaduan Melayu (UMNO dengan PAS) ia merupakan satu usaha yang agak terlambat kerana kebanyakan orang Melayu memangnya mahu perpaduan itu, tetapi perpaduan itu mestilah di luar UMNO. Melayu telah begitu lama berpadu di bawah UMNO tetapi apa yang kita alami sekarang ini menunjukkan yang UMNO bukanlah wadah yang relevan buat masa ini untuk menyatukan orang Melayu.
Bagaimana UMNO mampu untuk menyatukan orang Melayu sedangkan orang Melayu sendiri sedang keluar beramai-ramai dari UMNO. Jika tidak keluar secara rasmi mereka akan keluar melalui sokongan mereka terhadap PR di dalam peti undi semasa pilihanraya nanti. Bagaimana mungkin PAS boleh berbincang dengan UMNO sedangkan tindakan itu akan melemahkan PAS itu sendiri. Tidak ada rasionalnya PAS untuk memikul ‘baggage’ UMNO yang terlalu ‘excessive’, besar dan berat itu.
Jika benar tujuan pegawai-pegawai itu berjumpa TGNA untuk mengusahakan perpaduan Melayu, UMNO sepatutnya menjadi pengikut dan bukannya memberikan syarat-syarat semata-mata untuk memberikan parti yang hampir lumpuh itu nyawa untuk berkuasa lagi. Bagaimana parti yang bertanggungjawab terhadap perpecahan Melayu ini menjadi pemain utama untuk penyatuan ini kerana ia akan hanya memberikan masalah besar bagi pencapaian matlamat itu.
Bagi saya jika PAS tunduk dengan permainan UMNO itu, rakyat akan kecewa kerana rakyat sudah tidak lagi berkeyakinan dengan parti itu. Rakyat yang ramai sedang berusaha untuk merehatkan parti itu buat sementara waktu atau selama-lamanya, bergantung kepada tingkah dan lakunya di hadapan rakyat pada masa-masa yang akan datang.
Apa yang penting sekarang ialah matlamat PR itu sendiri yang bercita-cita kuat untuk mencapai perpaduan kaum yang sedang terjalin dengan kuatnya dalam Pakatan Rakyat sekarang. UMNO yang begitu hipokrit tidak mampu untuk mencapai matlamat yang ‘ultimate’ iaitu perpaduan di antara kaum yang berbilang kaum sekarang ini. UMNO bercakap tentang perpaduan kaum di hadapan rakyat tetapi dalam praktisnya penyokong-penyokongnya masih memainkan isu perkauman yang menebal di peringkat bawahan. UMNO tidak mampu untuk mendisplinkan ahli-ahli dan penyokongnya sedang perpaduan itu amat penting berlaku di peringkat akar umbi.
UMNO mahu kekal berkuasa dengan tipu helah yang keterlaluan tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan sokongan dengan manampilkan sikap dan teladan yang baik kepada rakyat. UMNO tertunduk-tunduk dengan MCA yang
chauvinis perkauman itu dengan membiarkan Islam dan undang-undang hududnya secara terbuka dan rasmi. UMNO tidak termampu lagi untuk memimpin parti-parti dalam BN itu sendiri.
Jadi bagaimana ianya boleh berkemampuan untuk memimpin rakyat dengan baik dan telus? UMNO seperti orang yang hilang akal yang mundar-mandir di jalanan kerana tidak berkesanggupan untuk menerima kekalahan dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang seperti orang yang fasik yang tidak lagi tahu untuk membezakan yang mana satu tangan untuk makan dan yang mana untuk digunakan untuk beristinjak. UMNO tidak lagi mempunyai roh perjuangan kerana terpengaruh dengan bisikan khatir atau iblis, yang sentiasa mahu parti itu sesat-barat dalam perjuangan memimpin rakyat dan negara.
UMNO terlalu banyak perkara yang hendak ditutupinya. Tetapi bak kata perpatah, bagaimana 'UMNO hendak menutupi bangkai gajah dengan nyiru'? Rakyat tidak lagi mengambil hirau tentang UMNO sekarang ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri tidak menghiraukan ‘dignity’ parti itu. Justeru, bagaimana rakyat hendak meneruskan sokongan terhadap parti yang tidak lagi mempunyai harga diri itu? Bagaimana PAS yang merupakan parti politik yang masih mempunyai ‘attribute’ boleh berjuang dengan UMNO yang rakyat mereka sudah memahaminya sebagai parti taukeh-taukeh dari pucuk pimpinan sampailah ke bawah-bawah ini?
Sikap dan sifat UMNO sebagai parti rasuah itu memang membuatkan rakyat naik mual dengannya. Tugas pemimpin-pemimpin UMNO yang berkuasa hanyalah untuk mengambil wang rakyat dalam perbendaharaan dengan sistem rasuah yang halus. Mereka bukan setakat mencuri apa yang ada di dalam perbendaharan kita tetapi mereka juga sedang berusaha untuk mencuri wang yang ada di dalam poket rakyat sekarang ini.
Perlaksanaan AES yang baru dilaksanakan sekarang ini merupakan satu tindakan yang tidak berhati perut.
Sebenarnya rakyat tidak membantah jika saman-saman itu dimasukkan seratus peratus ke dalam perbendaharaan negara tetapi sebahagian besar dari kutipan saman itu masuk ke dalam poket kroni-kroni UMNO yang tamak haloba itu. Bagaimana saman terhadap kesalahan lalulintas itu diambil oleh syarikat kroni kerajaan dan pimpinan kita?
Kerja seperti ini adalah kerja yang dianggap gila kerana terlalu jelas ada pihak di kalangan yang hampir dengan pemimpin kita sedang menggunakan kesempatan untuk mengaut keuntungan yang tidak ada tolok banding jumlahnya. Ini merupakan satu bukti yang amat jelas yang UMNO merupakan parti yang menghimpit rakyat dengan tekanan ke atas semua rakyat yang berkenderaan.
Kita tidak membantah untuk memperbaiki sikap dan kelakuan pemandu-pemandu kita tetapi jika mereka (pemandu-pemandu) bersalah tidak ada di antara mereka membantah jika saman terhadap mereka itu dibayar sepenuhnya kepada perbendahaaran kerajaan. Sekarang rakyat sedang begitu berang dengan kerajaan dalam masa inilah pula, ada wakil-wakil UMNO yang ingin berbaik dan mengusahakan perpaduan Melayu bersama PAS.
Bagaimana kita hendak berbaik-baik dengan manusia yang ‘cepat tangan’ itu. Rakyat sudah letih membina pagar-pagar duri agar pencuri-pencuri tidak akan dapat mendekati perbendaharaan kita. Jika mereka masih ada bersama maka usaha membina pagar untuk menyelamatkan perbendaharaan kita dari didekati oleh pencuri dan perompak itu tidak akan sampai ke matlamatnya.
Rakyat akan terus disamun dan dicuri segala harta benda mereka sampai bila-bila. Kata perbilangan, sekali seseorang itu mencuri dia akan tetap menjadi pencuri. Dalam keadaan terdesak sekarang ini, UMNO akan lakukan apa sahaja. Perasaan malu dan silu sudah tidak lagi wujud di kalangan pimpinan UMNO itu.
Walaubagaimana pun kita berharap jika matlamat perjumpaan pegawai tinggi kerajaan berjumpa dengan TGNA itu tidak akan berjaya untuk memerangkap PAS kali ini. Dengan UMNO kita wajar mempunyai sikap, ‘suspect everybody and trust nobody’.
Bak kata sahabat saya dari Terengganu, “dengan UMNO ini kita tidak boleh berurusan lagi. Nak berniaga durian pun tidak boleh dengan mana-mana pemimpin UMNO ni. Kita akan kena tipu!” -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 17-11-2012
Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU diadakan jika pilihanraya benar-benar akan diadakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.
Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk diikuti dan ditarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.
Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.
UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah dicuri secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah di peringkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.
TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah online. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.
Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.
TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.
UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.
UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka.
Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara ‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk diselesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.
Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.
Sempena muktamar ini juga telah diadakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.
PAS yang difahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu ‘ambience’ politik yang baru itu.
PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik dari BN.
Seperti yang saya sebutkan selalu, ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional’. Yang ‘perfect’ hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 18-11-2012
|
Banyak kritikan terhadap Utusan Malaysia kerana akhbar itu memainkan isu-isu untuk memecah belahkan rakyat. Utusan merupakan akhbar untuk UMNO kerana akhbar itu kepunyaan UMNO. Utusan itu merupakan ‘kuda pelejang’ untuk UMNO dan apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO itu adalah kerja baik dari sudut pandangan Utusan. Utusan sudah hilang kredibiltinya yang tidak mungkin dapat dipulihkan lagi.
Tetapi kalau kita pandang dari sudut yang lain ada caranya untuk menganggap Utusan itu akhbar yang mampu untuk memberikan kita berita dan rencana yang baik untuk kita. TETAPI untuk melakukannya ia bersyarat.
Syaratnya hanya satu: iaitu kita mesti ada formula untuk melakukannya. Seperti matematik formula adalah penting untuk mendapat jawapan yang tepat. Formulanya ialah, kita mesti membacanya dengan terbalik. Membaca dengan terbalik adalah jalan terbaik untuk mendapat kebenaran dari Utusan.
Maksud saya jika Utusan mengatakan yang mereka akan dapat merampas Selangor, P Pinang, Kedah dan Kelantan maka yang benarnya ialah ia tidak mungkin tercapai. Jika Utusan kata Himpunan Kebangkitan Rakyat di Senawang dan Kota Bharu itu tidak berjaya ia bermakna himpunan itu telah berjaya.
Utusan pernah berkata yang BN akan mendapat 140 kerusi parlimen dalam pilihanraya nanti, ia bermakna 140 kerusi itu akan didapati oleh Pakatan Rakyat. Kita juga telah melihat Utusan sentiasa mengatakan yang negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat tidak berkemampuan tetapi yang sebenarnya negeri-negeri inilah yang telah menunjukkan prestasi yang baik dan diakui oleh Ketua Audit Negara.
Utusan mengatakan yang PR tidak berkepimpinan maka yang sebenarnya BN lah yang tiada kepimpinan sehinggakan ahli-ahli UMNO sendiri tertanya-tanya siapa yang akan menjadi MB Selangor jika BN memenangi Selangor. Begitu juga di NS tidak ada siapa yang mampu untuk menggantikan Mohamad Hasan jika BN masih berkuasa dan mendapat mandat sedangkan Mohamad Hasan wajib diganti. Bagaimana Utusan boleh mengatakan UMNO itu sarat dengan kepimpinan. Utusan tidak sedar yang kepimpinan UMNO sudah mula susut sejak Mahathir mengambilalih kepimpinan negara.
Saya menulis isu ini kerana masih ramai yang terpedaya dengan dakyah Utusan yang tidak bertanggungjawab itu. Utusan sekarang sudah hilang matlamat dan tujuan asal penubuhannya. Matlamat Utusan ialah untuk memenjarakan pemikiran rakyat terutamanya orang Melayu. Utusan tidak mampu menyedari yang rakyat boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Utusan masih dengan sifat dan ‘attribute’ lamanya iaitu mengeliru dan menyesatkan pemikiran ramai untuk mengekalkan kuasa.
Saya juga menulis tentang isu ini kerana kita boleh agak apa yang akan dilakukan oleh Utusan dalam pilihanraya nanti. Saya juga pernah menulis tentang TV3 kerana TV3 juga mempunyai ‘attribute’ yang sama seperti Utusan. Itulah sebabnya saluran TV itu sudah mula turun ‘rating’nya dan ia tidak mustahil menghadapi pengalaman yang sama seperti yang dialami oleh Utusan.
Satu lagi formula apabila hendak membaca Utusan itu, dengan membaca ‘auzubillah’ 33 kali sebelum membuka dan membaca akhbar itu.. Jangan lupa apabila membacanya, mesti membacanya dengan terbalik. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 18-11-2012
http://msomelayu.blogspot.com, | 18 Nov 2012 |
ULASAN ISU
Pertanyaan spontan wakil Dewan Ulamak Hairun Nizam Mat Hussein semasa membahas ucapan dasar presiden di muktamar Pas pagi semalam yang berbunyi, siapa lebih baik untuk memimpin Malaysia di masa akan datang kalau bukan Tuan Guru Presiden", disambut kurang senang oleh sesetengah pihak di luar Pas. Pertanyaan spontan itu sudah tentu ia akan disambut dan dimamah oleh media massa PB dengan lazat dan berahi.
|
Abdul Hadi dan Anwar: menerima konsensus. |
Bagaimana pun bagi saya pertanyaan atau pun pernyataan itu tidak perlu disambut dengan rasa terkejut. Memang tepat dan kena pada keadaannya pun, apa dinyatakan oleh ulamak muda Pas itu.
Sebagai presiden parti sewajarnya kalau ahli dan penyokong Pas mengharapkan Abdul Hadi menjadi perdana menteri dan tidak tokoh-tokoh lain. Apa lagi pandangan itu dilontarkan di dalam muktamar Pas, bukannya kongres Pakatan Rakyat. Ia juga bukan melanggar mana-mana peraturan atau terma perjanjian?
Mereka yang merasakan Anwar Ibrahim lebih kompitem sebagai perdana menteri tentu kurang senang dan tidak seronok dengan pernyataan itu. Pernyataan itu seperti mahu mencabar kedudukan Anwar. Tetapi janganlah melatah dan mula membuat tuduhan-tuduahan liar terhadap pernyataan wakil ulamak itu. Pernyataan itu perlu dianggap bersifat peribadi dan bukan satu konsensus dari muktamar untuk didebatkan. Pernyataan itu hanya dari seorang muktamarin saja dan tidak merupa resolusi dari mana-mana dewan.
Seperti saya nyatakan tadi sebagai ahli Pas wajarlah kalau mereka mengharapkan Abdul Hadi jadi perdana menteri. Bengong sangatlah seseorang ahli parti itu tiba-tiba mengangkat orang lain sedangkan parti mereka juga ada tokoh yang layak. Hatta kalau Pas hendak angkat Anwar sebagai perdana menteri sekalipun ia dianggap sebagai songsang. Jadi jangan cuba polimekkan pernyataan itu kerana ia boleh memberikan keadaan buruk.
Justeru orang PKR atau sesiapa saja yang telah menerima Anwar sebagai perdana menteri janganlah mengamuk dan terasa dengan pernyataan itu. Anggaplah ia satu lontaran jenaka dari ahli ulamak itu. Cuba tenang otak dan lihat dulu suasana cadangan itu dikemukakan. Rasionalkan dengan persoalan itu.
Saya kata ini kerana sudah ada dalam Fb yang mempertikaikan pandangan ahli Pas itu. Sudah ada di wall yang cuba menjadikan pandangan individu itu sebagai polimek. Kenapa cepat sangat melatah? Cepat sangat memberi reaksi. Dan kenapa suka sangat menarik sesuatu yang pendek menjadi panjang, dan melebarkan sesuatu yang leper sebesar buah beluru mahu dijadikan sebesar badang.
Sesuatu perkara perlu difaham oleh semua pihak, walaupun konsensus di antara Pakatan Rakyat bersetuju melantik Anwar menjadi perdana menteri walaupun ia bukan satu yang mutlak. Keperluan itu bergantung kepada fakta ataupun keperluan tertentu. Rasanya sama ada Abdul Hadi atau Anwar yang boleh dinobatkan sebagai PM ia akan dinilai sama oleh rakyat. Penilaian dan keperluan itu bukan dari sentimen parti masing-masing tetapi ketokohan.
Sesiapa pun tidak dapat menolak akan kesempurnaan Anwar untuk menjdi PM. Saya sendiri dalam buku terbaru menyebut Anwar "tanggung" menjadi Pedana Menteri berdasarkan kepada beberapa kelebihan dan sejarah yang dilaluinya. Rasanya Abdul Hadi sendiri tidak kecil hati dengan apa yang saya tulis kerana beliau sendiri menyedari hakikatnya.
Bagaimana pun hak dan kemahuan seseorang ahli agar ketua mereka menjadi pemimpin tertinggi tidak boleh dinafikan. Hak itu adalah hak mutlak dan satu tanggungjawab. Begitu juga kalau ada orang DAP yang mahukan Lim Kit Siang menjadi PM tidak siapa dapat menolak itu. Seharusnya sebagai orang DAP mereka mahukan pemimpin mereka memegang jawatan tertinggi itu.
Pendeknya semua orang boleh berangan-angan. Tidak menjadi masalah. Orang didalam parti
Kita juga misalnya boleh berangan-angan untuk meletakkan presidennya sebagai perdana menteri. Orang dalam PPP juga boleh mengigau untuk melantik M Keyeas menjadi perdana menteri. Tetapi apa yang perlu disedari sebelum mengangkat ketua masing-masing menjadi PM, ia harus diukur baju ke badan sendiri.
Memang dari kapasiti Pas layak untuk menuntut jawatan itu. Pas bukan parti baru. Berbanding dengan DAP dan PKR, Pas lebih tua. Begitu juga pengalaman mentadbir dan juga pengaruh. Kalau diukur dari pengalaman tersendiri, Pas memang berhak untuk mendapat jawatan tertinggi itu. Bagaimana pun ukuran untuk layak atau sesuai untuk jadi PM bukan semata-mata terletak disitu.
Ukuran atau realiti siapa yang berhak menjadi perdana menteri nanti, ia bergantung kepada beberapa faktor dan keperluan. Salah satu ialah bergantung kepada parti mana mendapat kerusi banyak dalam pilihan raya kelak. Walaupun konsessus sudah dibuat Anwar akan diangkat menjadi perdana menteri, tetapi kalau keputusan pilihan raya nanti Pas mendapat kerusi lebih dari PKR, adalah tepat kalau Abdul Hadi diangkat menjadi PM.
Adalah tidak logik kalau parti yang mendapat sedikit kerusi pemimpin mereka hendak diangkat menjadi perdana menteri. Tindakan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana dunia sekali pun kecualilah ada sebab-sebab yang sangat tidak dapat dielakkan atas persetujuan bersama.
Untuk menjadi PM bukan setakat berdasarkan kepada situasi dan faktor-faktor itu tetapi banyak lagi perkara yang perlu dinilai. Kemampuan Anwar menjadi mediator di antara Pas dengan DAP, adalah syarat utama meletakkan Anwar sebagai layak jadi PM. Realiti yang perlu difahami semua bahawa sekiranya tanpa ada kerjasama di antara ketiga-tiga parti itu sesiapa pun tidak akan dapat menjadi PM dari parti berkenaan. Dengan ilmu dan kredibiliti Anwar di dalam perkara inilah maka beliau perlu diberi pingat sebagai PM ke-7.
Sekali lagi ditegaskan apa diungkitkan oleh wakil ulamak itu tidak perlu diberi reaksi berlebih-lebihan. Anggaplah ia hanya satu ilusi dari seorang ahli yang sayangkan kepada pemimpinnya. Pihak PKR terutamanya orang yang merindui Anwar menjadi PM jangan terasa hati dengan gelagat ulamak itu. Semua pihak kena
cool dan jangan cuba memberi atau membuat ulasan liar kepada media PB atau pun mengecerkan harapan itu di dalam
blog dan
facebook.
Ingat mulut media PB senantiasa terbuka dan perut mereka sentiasa kosong. Mereka akan melakukan apa saja untuk melaga-lagakan Pas dengan PKR dengan harapan kalau kedua parti ini berlaga ia akan berpecah, manakala perpecahan pula akan memberi kelabaan kepada parti dokongannya Umno.
Jangan bergaduh dan menjadi Mat Jenin dalam merebut jawatan PM ini kerana bimbang semuanya akan jatuh bercelabak di ubi nyiur.
[.....9:46 am 17/11/12] - http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 18-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 18 Nov 2012 |
ULASAN MUKTAMAR
Muktamar tahunan Pas kali ke 58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyah Islamiyah (Putik) di Kelantan selama tiga hari telah pun melabuhkan tirai lewat petang ini dengan sempurna seadanya. Selama empat hari tiga malam ahli, penyokong Pas dan pemerhati berkampung di Kota Bharu Kelantan. Muktamar bermula dengan sidang oleh ketiga-tiga dewan yang merupakan sayap kepada Pas, Dewan Ulamak, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat pada 14 November hingga 15 Novermber.
Muktamar penuh bermula pada 16 November dengan dihadiri oleh hampir 2,000 perwakilan dan 4,000 para pemerhati dari seluruh negara. Turut sama hadir dimajlis perasmian ialah Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw dan lain-lain jemputan kenamaan.
Menambahkan kemeriahan dan 'kesumringahan' muktamar itu juga ialah himpunan rakyat yang diadakan pada sebelah malam 16 November bertempat di Stadium Sultan Mohamad Ke IV. Kehadiran lebih 40,000 dengan menampilkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim memberi petanda sihat yang Pas dan Pakatan Rakyat kian mendapat sambutan.
Saya tidak hadir ke muktamar kali ini dan mengikuti menerusi internet dari jauh. Ramai menduga muktamar kali menjadi perhatian umum memandangkan ia adalah muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Orang ramai khasnya dari kalangan ahli dan pendokong Pas dan Pakatan Rakyat mahu menyaksikan apakah aura yang ada dalam muktamar berkenaan. Pihak musuh pula menanti untuk mengkritik muktamar itu seboleh-bolehnya. Sekiranya maktamar itu lembab dan kurang bermaya maka ia akan digunakan untuk memperlecehkan Pas. Ia akan dijadikan isu kononnya orang Melayu sudah minggat dari Pas. Ada seorang kawan saya yang sinis dan sudah terpesong akidah dengan Pas memberi gambar muktamar Pas kali ini kurang bermaya?
Entah dari sudut mana diperhatikannya. Kalau perhatian itu untuk memberi muka dan satu laporan buat Umno Kelantan ternyata ia adalah satu kesilapan. Mungkin apa yang saya hendak sebut ini perkara kecil saja, tetapi ia salah hakikat. Tanpa sesiapa sedar muktamar itu juga turut diperhati oleh dua rakan saya bergelar sastera dan penyair hebat di Kelantan. Sebelum ini mereka tidak pernah menjejak kaki ke halaman Pas. Manakala dari segi realiti sebenarnya pemandangan kawan saya itu (yang mengatakan muktamar kali ini kurang bermaya) sudah kurang jelas akibat mungkin dibaham kencing manis sampai 25
mmHg ke atas.
Sesuatu yang dicari dan mahu disaksikan dari muktamar itu, ialah sejauh mana kesediaan ahli Pas dalam menghadapi pilihan raya. Mahu melihat sehebat manakah ahli dan penyokong Pas menitiskan peluh untuk memastikan UBN gugur. Justeru ianya mengharap pandangan dan juga idea-idea yang dilontar untuk diguna pakai oleh semua pihak dalam pilihan raya nanti.
Bagaimana pun berlainan pula dengan pihak musuh mereka menanti muktamar itu dengan harapan dapat mencuri sesuatu isu bagi mengocak Pas dan meretakkan kepaduan Pakatan Rakyat. Ada beberapa isu yang diharap dibahas di dalam muktamar itu kemudian akan dikutip menjadi isu sampah, seperti kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama, isu hudud, isu pemecatan Hasan Akidah dan kenyataan-kenyataan 'sumbang berduit' oleh bekas timbalan presiden Pas. Namun isu-isu itu nampaknya tidak terjamah dan terhidu oleh perwakilan muktamar. Tidak ada seorang pun daripada hampir 2,000 yang menjadi perwakilan simpati kepada Hasan Akidah dan juga bekas timbalan presiden Pas. Nampaknya para muktamirin tidak termakan hasutan dan terkena lesetan cenua pangan.
Alhamdulilah nampak para perwakilan muktamar khasnya mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan semuanya matang, dan dapat menghidu apa yang diingini oleh musuh. Perwakilan nampaknya membuat
home work dan dapat membaca mesej presiden. Perwakilan lebih merasakan persediaan untuk menghadapi pilihan raya dengan tidak menimbulkan soal-soal furu' lebih penting dari membincang isu untuk menumbangkan kerajaan UBN yang merupakan isu pokok.
Di sidang mutamar baik dari ketiga dewan dan sidang muktamar penuh tidak ada apa yang menjadi kontroversi dan dapat dicuri oleh pihak musuh khasnya media PB. Semuanya berjalan dengan lendik dan nampak para perwakilan waspada.
Sidang dewan Pemuda yang sangat-sangat diharapkan dapat memberi sesuatu cetusan untuk meretakkan hubungan dengan Pakatan ternyata tidak menjadi. Ada pihak tertentu dan media tertentu mengharapkan sesuatu kejutan berlaku dalam sidang dewan pemuda. Namun malang harapan itu tidak menjadi kenyataan. Bayangan mereka sebelum muktamar menjadi jauh panggang dari api.
Semua isu-isu yang dibahas atau diperkatakan di dalam Pemuda adalah isu yang bersifat untuk memperbaiki dan memperkuatkan dewan berkenaan dan juga Pas keseluruhannya. Begitu juga dengan sidang dewan muslimat. Muslimat juga berhati-hati dalam melontarkan idea dan juga mengkritik pihak lawan. Muslimat tidak mudah dicokek pinggang dan latah dengan mengeluarkan kata-kata penuh emosi yang boleh memberi bahan kepada media. Syabas dan tahniah untuk kedua sidang berkenaan kerana dapat mengharmonikan sidang dan memanfaatkan sidang selama sehari itu demi kepentingan parti.
Kalau pun boleh dianggap kontroveri sedikit ialah dalam sidang dewan ulamak menyentuh hudud. Namun kalau difahami betul-betul apa ditegaskan ketua dewan ulamak Harun Taib mengenai hudud ialah satu kewajiban. Sentuhan itu masih relevan. Satu pengesahan bahawa Pas masih belum melencong atau tergelecah ril seperti tanggapan orang-orang yang kecewa kini berada di luar Pas.
Namun dalam masa sama dewan ulamak meng
endorcekan bahawa Pas masih bersih dan masih sihat. Pas masih Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan dan tidak berubah. Dewan ulamak membuka mata mereka yang termasuk habuk yang nampak Pas sudah menyeleweng setelah mereka mulai merasai enak makan di hotel lima bintang dan tahu mengandar duit dari komisyen 3% daripada kontrak diluluskan semasa mereka berkedudukan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Begitu juga dengan sidang dalam muktamar penuh selama tiga hari bermula 16 hingga 18 November. Tidak ada perwakilan yang degil atau pun menimbulkan apa-apa keributan. Nampaknya semua perwakilan
sporting memahami mesej dan juga semangat muktamar kali ini. Boleh dikatakan kesemua pembahas memahami dan menjaga tata adab masing-masing. Apakah ini wujud selepas tiadanya beberapa pengacau dalam Pas yang bersifat parasit sebelum ini? Mungkin!
Adapun kritikan kecil atau isu mengenai golongan profesional yang cuba hendak mengubah dasar dan prisnip Pas, itu hanya imaginasi atau naluri pembahas yang mungkin termakan teh tarik golongan oportunis. Ia bersifat peringatan dari pembahas itu mungkin kerana beluam sedar hakikat yang berlaku di dalam Pas. Mungkin pembahas itu masih merasakan dia berdiri dalam muktamar semasa dua atau tiga tahun lepas atau pun obses yang dia lebih Islamik?
Namun isu masih wujud konon golongan profesional itu dijelaskan dengan tuntas oleh timbalan presiden Mohamad Sabu dan ketiga-tiga Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Penjelasan itu diterima apabila tidak ada lagi ungkitan selepas itu.
Saya merumuskan, muktamar Pas kali ke-58 ini adalah muktamar terbaik dan penuh bermutu yang jarang dapat disaksikan sebelum ini. Misalnya kemunculan empat muslimat yang mengambil bahagian dalam perbahasan, Siti Zailah Yusuf, Atirah Al Jundi, Cikgu Mala dan wakil dari Temerloh menyerlahkan akan kehebatan dan kepetahan muslimat Pas. Bukan saja daya cakap, tetapi daya fikir mereka juga hebat, bersemangat dan penuh komitmen.
Entah mengapa tatkala mendengar keempat muslimat itu berbahas tiba-tiba ingatan saya melayang kepada arwah Dr Lo' Lo' Ghazali yang telah pergi meninggalkan kita semua. Tercetus di hati saya apakah mereka adalah pokok-pokok yang dibajai oleh Dr Lo' Lo' sebelum ini? Al fatihah untuk serikadi Pas yang hilang di mata namun masih kejap di hati, Allahyarham Dr Lo' Lo'.
Bila berbicara mengenai muktamar kali ini pujian tertinggi tentulah untuk presiden Pas, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Entah kenapa kali ini kehebatan Abdul Hadi terserlah. Paling menonjol ialah isi ucapannya yang padat dan bernas. Seperti saya katakan sebelum ini, isi ucapan Abdul Hadi kali ini sangat berilmu dan sekaligus menjadi matan-matan yang akan menjelaskan sikap, pendirian dan iltizam Pas untuk menang dalam pilihan raya.
Pandangan yang dilontarkan berlandaskan sejarah, sirah, al-Qur'an, al-Hadith. Bukan tidak pernah digunakan sumbr-sumber itu sebelum ini, tetapi kali ini ia mempunyai jiwa dan roh yang berpadu apabila ia dikombinasikan dengan penyampaian yang menarik. Ikhlas saya katakan ucapan Abdul Hadi kali ini menjadikan saya ralik, terhibur dan mempunyai azam yang tinggi.
Kali ini saya tidak mengantuk dan merasakan ucapannya seperti khutbah di masjid. Ia adalah ucapan penuh bersemangat dan bertanggungjawab laksana di medan perang yang mana pendengarnya sedang siapa dengan segala macam senjata untuk meraduk musuh, hanya menunggu peliut perang dari presiden itu saja. Saya tertanya-tanya dari mana Abdul Hadi memperolehi kelebihan sebegitu kali ini.
Beliau yang sebelum ini agak kaku dan kekok untuk berdepan dengan media massa yang meminta ulasan dan jawaban spontan, nampaknya menjadi sangat yakin. Tenguk jawaban beliau berhubung cadangan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri. Kesudiannya hanya sanggup menjadi khadam adalah jawaban yang tepat dalam situasi sebegitu. Kemudian jawaban dan huraian lanjut ke atas pertanyaan itu disimpul dengan 'kemah kemin' semasa ucapan penangguhan yang berbunyi; "cita-cita saya ialah mahu lihat Islam menang, lepas itu kalau saya mati pun tidak apa."
Itulah luahan rasa dari sanubari seorang bernama Tok Guru. Kebendaan bukan cita-cita, pangkat bukan menjadi buruan, tetapi keredhaaan Allah dan kejayaan Islam yang ditagih dan diharapkan. Apa yang ditunjukkan Abdul Hadi sepanjang muktamar ini adalah satu keistimewaan dan keluarbiasaan yang beliau perolehi. Apakah semua kelebihan itu dipacu oleh sebuah keyakinan (khasyafah) yang Islam akan menang sedikit masa nanti?
[wm.kl.7:27 pm 18/11/12] - http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 19-11-2012
Muhammad Yusri Amin, | 19 Nov 2012 |
KOTA BHARU: PAS bukan ‘parti kampung’ bahkan sebuah parti yang kini bersedia untuk mentadbir Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata PAS kini didukung ahli dari pelbagai lapisan termasuk pegawai tinggi kerajaan dan pegawai keselamatan yang telah bersara.
(Gambar: Husam bersama petugas Harakah di muktamar.)
Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan berkata Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-58 meletakkan PAS bukan saja untuk PAS tetapi juga PAS untuk semua.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Muktmar Tahunan PAS ke-58 yang berakhir di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) dekat sini petang semalam.
“Hendak membentuk sebuah kerajaan mesti ada pelbagai aliran kekuatan termasuk pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pegawai dari pasukan keselamatan yang telah bersara.
“Dan ini membuktikan PAS tidak lagi sebuah ‘parti kampung’ tetapi sebuah parti yang bersedia untuk mentadbir kerajaan secara yang baik,” ujarnya.
Katanya,, ucapan penggulungan Presiden PAS menunjukkan beliau seorang pemimpin sudah teruji, bahkan bersedia untuk memimpin rakyat Malaysia pelbagai kaum serta menguasai isu-isu governance dengan cekap.
Beliau turut mengulas isu ‘pengkhianatan Umno’ terhadap Melayu.
Husam mendakwa itu merupakan isu besar yang akan diikuti follow-up program-program yang lain selepas ini.
Ini, ujarnya penting supaya rakyat di luar bandar boleh faham bahawa sebenarnya selama ini mereka adalah terpinggir kerana kecuaian atau pun pengkhianatan Umno.
Mengenai calon PAS untuk PRU13, beliau berharap calon itu mestilah seorang berbudi baik dari perspektif Islam, beriman, bertaqwa dan ada track record serta rapat dan mesra dengan pengundi.
Sumber HD - 19-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 19 Nov 2012 |
Penyangga peluru berpandu dan semua muncung senapang Umno kini berpusing kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dalam kedudukan 90 darjah. Dua tiga hari lepas Umno menghala muncung senapang dan meriamnya terhadap Nurul Izzah Anwar, dan menyerang pemimpin wanita berbakat itu ekoran pandangannya mengenai sepotong firman berbunyi;
tidak ada paksaan di dalam agama.
Bertalu-talu serangan dilemparkan kepada Nurul Izzah, pelurunya bagaikan hujan batu di waktu malam sehingga ahli parlimen Lembah Pantai itu tidak dapat 'mengah'. Ini termasuklah seorang mufti yang melakukan taubat 10 kali sehari dan merasakan dialah paling hebat dan tawaduk menyuruh Nurul Izzah bertaubat.
Walaupun mufti itu tidak menghalusi dan mengkaji dari sudut agama atas empat ilmu
syariat, tarikat, hakikat dan
marifah terlebih dahulu ke atas kenyataan Nurul Izzah itu, tetapi beliau sudah menjatuhkan hukuman bersalah - minta bertaubat.
Begitulah, dan benarlah kata hukama bahawa empat dari hakim itu tiga akan masuk neraka kerana membuat penghukuman tanpa usul periksa dan lebih kepada menggunakan tukul untuk cari makan. Sebab itulah mereka yang beriman dan beramal dengan imannya menolak dari dilantik menjadi hakim atau mufti.
Kalau Nurul Izzah hanya memberi padangan general begitu sudah diserang bertalu-talu apatah lagi dengan Nik Aziz yang
direct menunding kepada Umno seakan sudah murtad itu, lagilah marah orang-orang Umno. Barang kali ada yang naik gila dan melondehkan kain sambil menghala 'anunya" kepada gambar Nik Aziz ekoran kata-kata ulasan Nik Aziz semalam itu.
Para ulamak Umno juga akan 'bercongek ekor' macam murai gila dengan kenyataan Nik Aziz itu. Sudah pasti dari semalam membawa ke Subuh ini, ada ustaz-ustaz Umno yang membelek kitab-kitab baru dan lama mencari hujah-hujah dan nas-nas untuk membaham Nik Aziz balik. Apakah erti dan guna semua itu? Kita bercakap soal perpaduan, soal perlunya ukhwah tetapi bila satu pihak dari kita melakukan kesalahan atas tafsir kita, kita pula membalas kesalahan itu dengan juga kesalahan lebih teruk. Hamlau...
Tidak mustahil juga dalam masa terdekat Majlis Fatwa Kebangsaan akan diperintah bersidang untuk membincang kata-kata Nik Aziz itu. Sebelum itu tentulah para pemimpin NGO-NGO Ubi Kayu, Ubi Keladi atau pun Ikan Ubi akan membuat
report polis kononnya kenyataan Nik Aziz itu boleh menimbulkan huru-hara, memecah perpaduan dan mencemari kesopanan Islam. Tidak mustahil akan berlaku kerana ketumpulan jiwa terhadap agama menyebabkan berlaku apa yang tidak sepatut dilakukan itu.
Semuanya tindakan-tindakan itu bertolak daripada ulasan Nik Aziz berhubung doa yang dibaca oleh adiknya Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu. Adik Nik Aziz di dalam doanya menyebut dan memohon agar Allah menghancurkan Umno, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman dilakukannya.
Umno cukup marah dengan patah-patah doa itu dianggap sebagai melampau. Umno merasakan Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, Namrud, Abu Jalal dan Abu Lahab. Umno sepatutnya tidak hairan kalau Nik Razi melabelkan watak dan karektor itu kepada mereka, kerana bekas presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan;
saya adalah Mahafiraun.
Umno juga kurang cerdik dalam melayan doa berkenaan. Silap bagi Umno memberi respons sebegitu sekali. Dalam hal ini yang paling silap dan celaka sekali ialah media massa, seperti TV3 yang memetik dan menyiarkan audio visual setiap malam. Kalau TV3 tidak
carry berita berkenaan mungkin ia akan lenyap begitu saja dan Umno tidak menghadapi masalah dengannya. Tanggungjawab sosial dan agama stesen tv berkenaan boleh dipertikaikan.
Sebenarnya jalan mudah bagi Umno untuk tidak berserabut dengan doa itu, parti itu lupakan saja. Ia boleh dianggap sebagai doa politik yang biasa dan boleh terjadi lebih dahsyat dari itu. Bahana kepada Umno apabila media menyiarkan doa itu menyebabkan orang ramai yang tidak tahu kaedah berdoa, akan memahami peranan dan juga bentuk-bentuk doa. Gara-gara itu akan ada di kalangan Umno berjumpa dengan guru mursyid bertanya mengenai status doa berkenaan. Lainlah kalau semua orang Umno memperakui Abdullah Samaah dan Harussani Zakaria sebagai guru mursyid mereka. Kalau ini berlaku walhasilnya Umno akan mengalami kerugian.
Itulah saya katakan media-media PB ini kadang-kadang tidak bijak dalam menangani isu. Media terutamanya wartawan dan editor merasakan apa yang dibuatnya sudah hebat dan penuh bijaksana. Sebenarnya ia menjadi liabiliti kepada taukehnya sendiri. Umno sendiri menerusi pegawai sarafnya harus memantau tingkah laku dan peranan media ini. Sepatutnya pegawai saraf Umno tidak mengiya secara buta tuli apa dilakukan oleh media massa PB.
Motif Umno hendak menjadikan doa itu sebagai isu politik ia tidak banyak memberi untung. Bagi mereka yang sudah kemas pengangan Islam, memahami segala ilmu didalam Islam akan melihat ia begitu saja tanpa menganjak hati mereka untuk menumpaskan simpati kepada Umno.
Dalam menghadapi peperangan politik Umno kena tenggelam isu yang dilemparkan oleh pembangkang yang jelas tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ada isu yang boleh diketengahkan sekiranya ia mengalih pandangan dan mendapat sokongan rakyat, ada isu yang perlu didiamkan saja. Misalnya isu doa yang jelas sesuatu yang tepat kena ke atas muka Umno, sepatutnya disembunyikan. Janagan ambil bicara ke atas isu berkenaan. Umno tidak perlu menyelak kainnya untuk isteri sendiri di tengah ramai.
Umno kena faham apa yang berlaku itu ialah bersifat politik. Doa dibaca oleh Nik Razi itu adalah doa politik. Majlis munajat dan doa itu adalah majlis orang-orang politik. Doa politik atau apa-apa doa terserah kepada Tuhan sama ada hendak makbul atau tidak. Sesungguhnya Tuhan Maha Bijaksana menghitungnya.
Dan sebagai badan politik Umno juga boleh berdoa. Panggillah sekalian para ustaz dan ulamaknya berhimpun di Stadium Merdeka atau Bukit Jalail adakanlah solat hajat. Lawan apa yang Pas dan Pakatan Rakyat lakukan. Hujah lawan hujah, doa lawan doa. Solat lawan solat. Dalam kaedah Islam ada istilah "mubahalah". Nah lakukan. Mubahalah
ini boleh dilakukan satu pihak atau kedua-dua pihak serentak. Selalu Umno menolak untuk melakukan kegiatan agama itu kononnya tidak mahu menunjuk-nunjuk dan memperalatkan agama untuk politik. Loya mendengar alasan ini sedangkan Umno tergamak menggunakan perkara lebih jijik dari itu untuk tujuan politik. Gambar lucah yang direkayasa telah digunakan Umno sedangkan ia lebih jijik dari doa Umno KO itu.
Apabila Umno nampak kecut perut dangan doa, nampak sangatlah Umno jahil mengenai agama. Kejahilan Umno takutkan kepada doa samalah ketakutan orang berdosa untuk menunaikan haji ke Makkah. Orang berdosa dikejar bayangan dosanya sendiri dengan membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku tatkala dia memijak laman Kabaah atau tanah haram. Ketakutan sebegitu adalah satu bidaah. Umno sebenarnya sedang berendam dalam lautan mitos dan bidaah.
Pas berbuat begitu kerana ia yakin dengan perbuatan Umno adalah satu kekejaman dan kezaliman. Mereka mengira penarikan balik projek pembinaan lebuh raya, di Kelantan satu kezaliman. Penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum satu kezaliman. Dengan segala macam penafian lagi oleh kerajaan BN yang ditulangi Umno satu pengkhianatan. Dalam kamus Pas wajarlah kalau Umno didoakan agar ditenggelamkan Allah seperti mana Haman, Namrud dan lain-lainnya.
Demikian juga kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai murtad adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak di luar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.
Berdasar takrifan itu tepat kalau Nik Aziz merasakan Umno sudah murtad. Ada beberapa bukti jelas yang Umno menolak Islam. Enggan melaksanakan hudud, malahan memperlecehkan hudud adalah sebahagian tanda-tanda keingkaran kepada agama, ia juga murtad. Tidak menempati janji-janji sebagai pemerintah seperti mana disuruh oleh Quran, adalah ciri-ciri murtad.
Jadi Umno kena akur kepada apa yang Nik Aziz kata. Dengan menyerang Nik Aziz, Umno tidak akan mendapat apa-apa kelabaan, melainkan letih dan lelah semata-mata. Nik Aziz tidak boleh dikalah dengan peluru dan serangan hendap. Tubuh Nik Aziz kalis dengan peluru dan dia sendiri sudah mangli dengan serangan-serangan berbentuk moralis. Dia sudah kebal dan keramat. Kekebalannya bukan dia menuntut ilmu batin tetapi kerana keyakinan dan sokongan rakyat ke atas istiqamahnya dalam beragama.
Jalan keluar bagi Umno dalam berhadapan dengan pembangkang terutamanya Pas ialah, Umno harus mencuba melaksanakan beberapa tuntutan politik yang Pas inginkan yang juga berkebetulan sehasrat dengan Umno. Perkara pokok sekali ialah Umno isytiharkan bahawa Quran dan hadith adalah pegangannya. Tidak salah kalau Umno meralatkan atau bertaubat atas dosanya itu. Jika Umno berbuat demikian, nescaya Nik Aziz dan Pas akan mati akal. Umno juga akan mendapat dua pahala, pahala meninggalkan kemungkaran, pahala kerana menegakkan kebenaran. Di sini relatifnya Umno memperolehi pahala lebih banyak dari Pas?
Percayalah dengan menyerang, memburuk-burukkan Pas ia tidak akan memberi bekas. Apa lagi pemburukan itu dilakukan oleh orang yang ditohok oleh Pas. Pas kini umpama sinar terang yang tidak akan bertambah dengan sinaran bikinan manusia seperti Umno. Carilah lampu yang berkuasa tinggi mana sekali pun sinar yang ada kepada Pas yang terpancar dari langit yang bersalutkan Nur Islam tidak akan terlawan.
Kehadiran Umno dengan membawa cerita-cerita di mulut yang mahukan kepada Islam tidak ubah sebutir mentol kalimantang yang digantung di langit pada waktu siang tatkala mentari 'terik mengeni'. Kehadirannya tidak akan terasa dan dirasai sedikitpun. Tambahan hari ini, bukan saja Melayu yang beriman, tetapi yang kafir; Cina, India, Dayak, Iban dan segala macam juga turut sama mahu tumpang berteduh di bawah lambayung Kaabah bikinan Pas. Soalnya kenapa Umno tidak sudi untuk sama-sama membina Kaabah bersama Pas dan selama mana Umno mahu menjadi tentera Abrahyah? -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 19-11-2012
Saya ingin menyuarakan pandangan dan cadangan kepada para pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya menggunakan peluang dan masa yang ada kini sebelum PRU13 untuk memperkasakan pakatan yang ada di samping menarik keyakinan rakyat.
Janganlah membuang masa pada ketik ini dengan membuat pelbagai kenyataan yang boleh mengundang keuntungan kepada pihak lawan. Bercakaplah perkara yang boleh menguntungkan rakyat terbanyak. Semboyan pilihan raya belum berbunyi dan belum ada keputusan yang pasti di pihak mana yang menang.
Tidak usahlah berbicara siapa yang akan jadi Perdana Menteri. Yang paling penting kini ialah kempen untuk memberi keyakinan kepada rakyat dan merampas putrajaya dulu. Apabila menang barulah boleh berbincang perkara itu. Harus diingat, setiap tutur kata dan kenyataan yang boleh menguris perasaan sesama sendiri dalam pakatan akhirnya boleh membawa kepada terjejasnya hubungan keakraban sesama parti gabungan.
Apabila cerita yag meleret-leret ini dimainkan pula oleh media pihak lawan, rakyat akan memerhatikan dan membuat penilaian siapa yang betul dan boleh dipakai. Penilaian ini pula akan diterjemahkan melalui peti undi. Kalau ada provokasi oleh pihak lawan, jawab lah secara berhemah dan berfakta. Jangan menjawab mengikut rentak pihak lawan, berhati-hati terhadap perangkap mereka. Yang penting kini, perkuat dan pertingkatkan kempen turun padang berjumpa dengan rakyat. Tinggalkan dulu isu-isu yang tidak sepatutnya difikirkan kini.
Lawan tetap lawan. Atas permuafakatan yang iklas dan jujur sesama pakatan, kemenangan pasti akan menjelma. Putrajaya tetap milik kita. "Dari Pakatan Rakyat Untuk Rakyat"
Sumber HD - 19-11-2012
Barisan Nasional tidak dapat meyorokan perasaan gelabah dan runsing mereka apabila rakyat sudah menyedari yang UMNO itu bukanlah sebuah parti yang ‘invincible’ dan tidak boleh di ketepikan oleh sesiapa pun. Malangnya kesedaran mereka (UMNO) sudah agak terlambat kerana selama ini UMNO terlalu lalai dan tidak mengambil tahu yang partinya itu bukannya parti yang tidak boleh di ketepikan oleh rakyat.
Mereka sudah mula sedar yang rakyat sudah lama memerhati dan menilai mereka dan kini sedang berada di saat mereka untuk membuat keputusan yang ‘decisive’ dalam PRU yang akan datang ini.
Maka pimpinan BN buat pertama kali dalam sejarah negara tidak berani mengadakan pilihanraya walaupun ia telah dipimpin oleh pengganti kapada penerima mandat Abdullah Badawi dahulu. Inilah kali pertama kita mempunyai seorang PM yang belum mendapat pengesahan rakyat untuk beliau duduk di kerusi PM itu.
Tidak mungkin Najib tidak memanggil pilihanraya lebih awal itu kerana sebab-sebab yang lain. Beliau tidak berkeyakinan untuk berjaya mempertahankan parti yang baru beliau pimpin itu.
Selain dari masalah kejatuhan sokongan orang Melayu termasuk ahli-ahlinya sendiri, UMNO juga sedang menghadapi masalah dalaman yang semakin hari semakin parah. Keadaan ini sedang berlaku tetapi oleh kerana tumpuan UMNO ialah untuk menyerang parti-parti dalam Pakatan Rakyat maka pergolakan itu tidak terlihat oleh orang ramai secara jelas. Hanya mereka yang terlibat sahajalah yang tahu dan mampu memberikan penjelasan.
Apakah masalah-masalah yang dihadapi UMNO jika kita dapat rumusan semuanya ini?
Pertamanya UMNO terpaksa berhadapan dengan pengaruh PR yang semakin menular di kalangan rakyat. Rakyat sudah sedar, rupa-rupanya bukannya satu tindakan jenayah jika mereka memberikan sokongan kepada pihak lain dari UMNO dan BN itu. Rakyat telah menikmati bukti-bukti yang jelas setelah mereka mencuba-cubanya dengan memberikan ruang dan kesempatan untuk pihak dan parti lain dari UMNO untuk mentadbir negara. Mereka telah nampak apa yang berlaku di empat buah negeri yang ditadbir oleh PR itu mampu untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik, jauh lebih baik dari BN selama ini.
Keduanya, UMNO sendiri bermasalah dalaman yang tidak kurang hebatnya oleh kerana sikap Najib yang ‘flip-flop’ dalam banyak hal serta permainan ‘cah keting’ yang menular di setiap peringkat parti itu. Apabila Najib menunjukan kelemahannya, kesempatan telah diambil oleh kumpulan dan pihak-pihak yang sedang menitik air liur untuk mengambilalih tanggungjawab untuk menjadi PM yang ke-7 itu.
Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah keadaan berpuak-puak dalam parti. Seperti seorang Raja yang sedang gering maka ramailah datang berpusu-pusu untuk memberikan ampuan kepada ‘Raja Muda’ yang mereka sangka akan mengambilalih jawatan tertinggi itu. Saya mempunyai keyakinan dan sedikit ‘authority’ untuk bercakap tentang isu ini kerana saya berada di dalam parti itu selama empat dekad lamanya. Saya dengan mudah sahaja boleh megetahui apa yang sedang berlaku di dalam parti yang sudah uzur itu.
Itulah sebabnya saya sibuk melayani rakan-rakan lama dalam UMNO mendengar rintihan mereka kerana mereka selesa untuk mengadu dengan saya untuk mendengar rintihan mereka. Ramai di antara mereka memberikan kata-kata perangsang kepada saya untuk terus bersama DAP dan Pakatan Rakyat kerana mereka sendiri akan memberikan sokongan secara senyap-senyap kepada PR dalam PRU yang akan datang ini. Hanya mereka ini belum lagi mempunyai kudrat dan keberanian untuk berkata benar secara terbuka.
Tetapi saya tetap berkawan dan bersahabat dengan mereka sebagai rakan yang sudah begitu lama dengan saya. Walaupun saya tidak akan berundur dari keputusan meninggalkan UMNO mereka tetap bersahabat dengan saya dan akan memberikan sokongan kepada saya. Saya bersyukur, di mana sahaja saya pergi dari utara ke selatan begitu ramai sahabat-sahabat lama menunggu saya walaupun mereka masih di dalam UMNO.
Malahan ramai di antara mereka telah mengambil keputusan untuk bertindak dengan ‘decisive’ kali ini dengan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Ribuan telah berjumpa saya selama ini apabila saya melawat mereka sambil-sambil menerima jemputan ceramah di mana-mana. Apa yang dilakukan oleh BN sekarang wajar kita fahami. Mereka (BN) sedang dalam keresahan kerana selama ini mereka menganggap kuasa itu hanya untuk mereka. Mereka baru sedar yang sebenarnya rakyatlah yang berkuasa bukannya mereka (BN).
Oleh kerana rakyat sudah merasa sedikit kenikmatan hasil dari pimpinan PR di empat buah negeri maka pengaruh itu telah menyemarakkan niat dan usaha untuk mereka memberikan mandat kepada PR untuk mentadbir Putrajaya. Menyedari inilah yang membuatkan pimpinan UMNO itu terdesak dan melakukan segala kerja-kerja aib untuk menahan kemaraan PR ke Putrajaya.
Seperti yang saya sebut tadi, UMNO mempunyai masalah dalamannya sendiri yang saya rasa akan terbongkar tidak lama lagi. Najib nampaknya keseorangan sahaja dan tidak ramai pimpinan yang nampak bersama beliau kerana ramai di antara mereka tidak bersetuju dengan tindakan Najib dalam menghadapi tekanan pihak Pakatan Rakyat. Hanya di sebabkan mereka hendak menunjukkan yang mereka bersatu, mereka di antara mereka sebenarnya dalam krisis. Krisis ini melibatkan pimpinan atasan dan kegelisahan di antara pimpinan ini berpaksikan yang mereka sudah hilang keyakinan terhadap Najib.
UMNO berpuak kerana mereka sekarang mahukan Muhyiddin untuk mengambilalih secepat yang mungkin, jika boleh sebelum PRU ini. Mereka percaya yang BN akan menghadapi kekalahan dan mereka mahukan Najib tidak lagi mengetuai pilihanraya ini kerana Najib mempunyai terlalu banyak isu yang ada di hadapannya. Perasaan ini turun sampai ke peringkat bawahan seperti di peringkat negeri. Kebanyakan mereka hanya menunggu untuk ‘Raja Muda’ UMNO untuik menaiki tangga kepimpinan negara.
Banyak di antara isu terhadap Najib itu digembar-gemburkan oleh pihak yang mahu Najib berhenti dan bukannya oleh pihak pembangkang. Itulah sebabnya blog ini selalu menyarankan kepada UMNO supaya membersihkan halaman masing-masing sebelum hendak membersihkan halaman orang. Kerja memperbaiki parti mereka lebih afdal dari menempelak pembangkang. Najib patut perhatikan apa yang sedang berlaku dalam Pemuda juga. Pemuda pun sedang bercelaru dan tidak terperanjat jika ada kejutan berlaku dalam Pemuda tidak berapa lama lagi.
Saya suka mengulangi yang perpecahan dalam UMNO akan lebih jelas sejurus sahaja calon-calon ‘winnable’ UMNO diumumkan dan keadaan perpecahan dalam UMNO itu bukan dilakukan oleh pembangkang. Pendeknya Najib sedang dan akan berhadapan dengan pembangkang di hadapannya tetapi musuh yang paling merbahaya bagi PM ini ialah dari kumpulan dalam UMNO itu sendiri.
Saya tidak tahu bagaimana UMNO boleh ‘survive’ kerana musuhnya terlalu besar dan yang lebih membimbangkan mereka ialah musuh-musuh yang berada di dalam selimut mereka sendiri.
Tentu Dr Mahathir tahu apa yang berlaku dalam UMNO ini dengan lebih terperinci kerana beliau sendiri memainkan peranan untuk menurunkan dan menaikkan satu pihak lain dalam UMNO yang sudah lusuh itu. Beliau tidak akan berhenti berperanan seperti ini kerana itu adalah sikap beliau yang tidak dapat dikawal oleh dirinya sendiri.
Hanya saya berharap dan berdoa tidak ada pemimpin seperti Dr M ini dalam pihak Pakatan Rakyat kerana jika ada tidak akan terjumpa keamanan seperti yang kita cita-citakan itu. Kita tidak mahu berulang apa yang berlaku di dalam UMNO dan BN itu selepas merngambil alih Putrajaya jika di izin Tuhan.
Kita hanya merancang, Tuhan sahajalah yang menjadi penentu terhadap segala-galanya. Kita wajar mengakui hakikat ini jika kita benar-benar berTuhan dan beragama. Kita wajar akur dan mengakui yang kerja Tuhan penuh misteri. Tetapi jika di dasarkan kepada hukum akal Pakatan Rakyatlah yang akan mendapat kemenangan.
Jika DIA berkehendak semuanya boleh berlaku. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 20-11-2012
Pada mulanya tersentak juga penulis apabila membaca kenyataan beberapa pihak akan doa yang dibaca dalam solat hajat anjuran PAS di Kelantan baru-baru ini. Antara yang didoakan ialah minta agar Allah tumbang dan hancurkan Umno kerana kezaliman yang lakukan sudah sampai ke kemuncaknya tanpa boleh dinasihat atau sudah tidak nampak tanda-tanda yang Umno ini akan insaf dan kembali ke jalan Allah dan Rasul.
Tidak timbul PAS mendoakan kehancuran kepada saudara seagama denganya. PAS hanya berdoa terhadap orang yang zalim dan PAS adalah golongan yang dizalimi dan ditindas selama ini. Bukankah Nabi pernah bersabda “takutilah kamu akan doa orang yang dizalimi kerana doa mereka tidak ada hijab dengan Allah”. Hal ini bermakna jika kita dizalimi, kita boleh berdoa kepada Allah untuk dihancurkan golongan zalim itu demi untuk keamanan, keselamatan dan kemakmuran kita.
Islam tidak pernah membenarkan kita melakukan kezaliaman sesama sendiri hatta dengan orang bukan Islam pun kita dilarang melakukan kezaliman. Tetapi Umno tidak peduli semua itu, apatah lagi mereka sentiasa dibela dan dipertahankan oleh ulama upahan, puak mufti dan tok guru mereka sedangkan golongan agama mereka ini tidak pernah pun dilihat menegur Umno melakukan kezaliman dan penindasan terutamanya terhadap PAS dengan merampas royalti dan menafikan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat yang meyokong PAS.
Dalam al-Quran Allah telah memberi amaran “Janganlah kamu cenderung kepada golongan yang zalim, kelak kamu akan disambar api neraka”. Ini bukan sahaja membuktikan bahawa bukan sahaja golong yang zalim akan ke neraka bahkan sesiapa yang cenderung, menyokong dan menjadi sebahagian daripada mereka juga akan disambar api neraka.
Zalim hendaklah dilihat daripada kaca mata Islam, bukan daripada kacamata parti atau menggunakan logik akal. Kazaliman yang paling besar dan nyata ialah apabila sesebuah kerajaan yang mengaku beragama Islam itu tidak melaksanakan syariat Allah sebagai undang-undang tertinggi negara malahan mereka mempersendakan, memperlekeh dan mempermain-mainkan pula syariat Allah itu.
Selain itu, kezaliman dalam menafikan hak rakyat atas alasan tidak menyokong kerajaan yang memerintah juga adalah satu kezaliman. Hal ini kerana apa-apa sahaja rezeki yang ada di muka bumi adalah milik Allah, bukan milik kerajaan yang memerintah. Antaranya menafikan hak royalti minyak yang sudah pun mempunyai perjanjian dan persetujuan bersama tetapi telah dikhianati atas dasar dendam dan iri hati. Dalam Islam, mungkir janji yang telah dibuat melalui lisan sahaja pun sudah dianggap melakukan kezaliman, apatah lagi yang telah pun dibuat perjanjian yang melibatkan hak sejumlah besar rakyat yang berhak ke atas royalti itu.
Bagaimana pula penafian dari segi peruntukan yang telah disahkan dalam undang-undang negara, menafikan hak mendapatkan biasiswa, tanah, rumah dan berbagai-bagai lagi. Semua itu termasuk dalam istilah zalim yang Allah janjikan neraka kepada mereka yang melakukanya. Tidak timbul isu berdoa seperti ajaran sesat atau tidak boleh berdoa untuk kehancuran terhadap saudara seagama kerana doa ini terpaksa dilakukan terhadap golongan yang sudah terlalu jauh sesat dan juga tidak mungkin mereka akan melakukan kezaliman jika mereka merasakan mereka itu adalah saudara seagama.
Apabila sudah banyak nasihat, teguran dan kritikan diberikan agar Umno kembali ke jalan Allah tetapi mereka tetap dengan kesombongan, bongkak dan dengan sikap takburnya, maka tiada jalan lain kecuali berdoa kepada Allah agar Umno ini tumbang dan hancurkan demi untuk menyelamatkan lebih 20 juta rakyat.
Sumber HD - 20-11-2012
Doa untuk menghancur dan menjahanamkan Umno BN yang disebut di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini adalah bermaksud mengalahkan parti dan gabungan tersebut dalam pilihanraya umum akan datang.
Dalam arena politik Malaysia, PAS dan Umno sekian lama bertanding untuk memenangi hati rakyat bagi mendapatkan kuasa pemerintahan.
Dasar sekular dan nasionalis perkauman yang diperjuangkan oleh Umno BN jelas bertentangan dengan dasar PAS yang ingin menegakkan Islam yang syumul dan menyeluruh.
Dasar Umno BN inilah yang telah membawa banyak kerosakan dalam masyarakat dan negara. Keruntuhan akhlak, gejala sosial, pecah amanah, peningkatan jenayah, kehancuran institusi keluarga, dan lain-lain adalah bahana daripada pemerintahan Umno BN selama ini. Umno BN hanya menjadikan Islam sebagai amalan ritual yang dipenjara dalam institusi, program dan majlis agama, bukan sebagai rujukan dan dasar dalam pemerintahan.
Justeru, atas sebab inilah PAS berlawan dengan Umno BN dan bertanding dalam pilihanraya untuk mengalahkan parti dan gabungan tersebut. Ini kerana perjuangan dan dasarnya jauh bertentangan dan menyimpang daripada Islam yang dibawa oleh Nabi Junjungan S.A.W.
Untuk mencapai kemenangan dalam 'peperangan' pilihanraya ini, kehancuran pihak lawan adalah sangat penting. Hancurnya Umno BN bukan bermaksud hancur dan binasa individu yang berada di dalamnya.
Hancurnya Umno BN ialah parti dan gabungan tersebut tidak mampu meneruskan survival dan kelangsungan perjuangan yang berlawanan dengan Islam apabila kalah dalam pilihanraya.
Kehancuran ini adalah agar rakyat Malaysia tidak lagi berada di bawah pemerintahan Umno BN yang telah menyebabkan kerosakan yang parah kepada negara. Malaysia perlu diselamatkan daripada pemerintahan yang seumpama ini.
Doa untuk keburukan dan kehinaan untuk orang lain adalah bukan perkara asing dalam Islam. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. telah menaiki mimbar sambil berkata: "Amin, amin, amin." Dikatakan kepada baginda: "Wahai Rasulullah! Apa yang kamu buat ini?" Baginda menjawab: "Jibril a.s. berkata kepada aku, kehinaan kepada seseorang hamba apabila dia memasuki Ramadhan tidak diampunkan untuknya dosa.
Maka aku berkata amin. Kemudian Jibril berkata, kehinaan kepada seseorang hamba apabila disebut namamu dia tidak berselawat ke atas mu. Maka aku berkata amin. Jibril berkata lagi, kehinaan kepada seseorang hamba yang sempat dengan kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya tetapi tidak boleh memasukkannya ke dalam syurga (kerana tidak berbuat baik kepada mereka) maka aku berkata amin."
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Baihaqi.
Dalam riwayat yang lain malaikat Jibril mendoakan agar dibinasakan atau dijauhkan rahmat daripada Allah bagi ketiga-tiga mereka yang disebutkan di atas.
Penulis ialah Timbalan Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Sumber HD - 20-11-2012
http://aspanaliasnet.blogspot.com, | 20 Nov 2012 |
Siapa akan menjadi PM selepas PRU ini sedang sibuk diperbincangkan selepas muktamar PAS di Kelantan hujung minggu lepas. Kedua-dua belah pihak membahaskan siapa yang paling layak menjadi PM: TGHA atau Anwar Ibrahim? Isu ini masih diperbualkan termasuk oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri. Syed Hamid Albar berkata Anuar lebih layak dari TGHA walaupun perwakilan muktamar mencadangkan Presiden partinya untuk menjadi PM. Ramai di kalangan pemimpin UMNO telah berbelah bagi, samada TGHA atau Anwar yang lebih layak untuk memikul beban tersebut.
Tetapi yang sangat jelas ialah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri seolah-olah telah menerima hakikat yang PR akan memenangi PRU ini. Kalau tidak masakan di antara pimpinan UMNO sendiri berbincang siapa yang lebih layak di antara Anwar dan TGHA. Rupa-rupanya bukanlah saya seorang yang berfikir yang UMNO akan menerima kekalahan malahan mereka yang masih kekal dalam parti itu sendiri berbincang tentang pilihan di antara Anwar dan TGHA.
Ini merupakan kali pertama rakyat bercakap tentang PM dari pihak pembangkang sekarang ini selepas rakyat menukar mandat mereka dalam PRU yang akan datang. Isu ini pastinya satu isu yang akan menjadi hangat dan tidak akan berhenti senyap dalam masa terdekat ini. Bagi saya kedua-duanya layak, tetapi biarlah kita selesaikan PRU ini dahulu. Kadang-kadang ada pihak yang tidak berjaya niat dan tujuan mereka kerana sebelum pun pergi ke hutan sudah membilang buah kerayung.
Tetapi keadaannya ialah PR masih mendahului BN jika PRU diadakan pada minggu ini. Isu siapa Perdana Menteri elok kita ketepikan jauh-jauh dahulu kerana yang penting permaharajalelaan UMNO wajib kita hentikan serta merta selepas PRU ini. Kita mempunyai perlembagaan jelas yang seorang PM itu sepatutnya dipilih di antara ahli-ahli Legislatif yang mendapat sokongan dari ahli-ahli Parlimen walaupun dengan satu undi.
Walau bagaimana pun pihak PR telah bersetuju untuk memberikan kerusi PM kepada Anwar jika PR memenangi pilihanraya yang akan datang ini. Di dalam perlembagaan sesiapa yang mendapat sokongan yang terbanyak di dalam Dewan Legislatif Parlimen maka dialah yang menjadi Perdana Menteri negara ini selepas pilihanraya yang akan datang ini.
Selama ini Presiden UMNO menjadi Perdana Menteri itu hanyalah melalui ‘convention’ dan bukannya melalui cara dan kaedah yang tertulis di dalam perlembagaan negara. Pada dasarnya sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri dari mana-mana parti sekali pun asalkan ia mendapat sokongan dari ahli-ahli Dewan Parlimen walaupun dengan kelebihan ‘simple majority’.
Di atas dasar itu maka Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin, Zaharin Hashim, Bung Mokhtar, Mohamad Aziz mempunyai peluang yang sama untuk menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam pilihanraya parlimen mewakili apa-apa parti atau sebagai calon bebas dalam pilihanraya yang akan datang. Yang perlu mereka mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.
Jika Hasan Ali 'akidah' dicalonkan menjadi ahli parlimen dia juga mempunyai peluang untuk menjadi PM untuk mewakili pertubuhannya yang kalau tidak silap saya namanya JATI. Lagi satu syarat dia tidak bercakap seorang diri selalu kerana mereka yang bercakap seorang diri itu adalah orang gila dan tidak layak menjadi ahli Parlimen.
Oleh itu semua pihak tidak perlu menentukan siapa Perdana Menteri sekarang ini tetapi menumpukan usaha masing-masing untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan UMNO di pihak pembangkang. Saya secara peribadi pun hendak sangat mendengar ucapan-ucapan Muhyiddin Yaasin sebagai ahli pembangkang jika beliau memenangi kerusi pilihanraya Pagoh dalam pilihanraya yang akan datang ini.
Untuk menjadi pemimpin yang baik seseorang itu elok melalui pengalaman menjadi pembangkang untuk melengkapkan pengalaman sebagai seorang pemimpin. Di negara-negara maju ramai pemimpin-pemimpin beralih tempat setiap pilihanraya. Penggal ini mereka menjadi Menteri kerana parti nya menang dalam pilihanraya tetapi penggal yang berikutya mereka menjadi pembangkang kerana partinya kalah dalam pilihanraya yang berikutnya.
Keadaan itu adalah keadaan yang lazim berlaku dan itu bukannya tidak boleh berlaku di negara ini.
Sumber HD - 21-11-2012
Najib masih menyanyikan lagu lama dengan dendangan yang lama. Najib seorang yang sangat terdesak dan kata-kata nya pun sangat tidak bernilai sebagai satu ucapan pemimpin yang setimpal sebagai kata-kata dan ucapan seorang pemimpin kepada rakyat yang sedang dalam pencarian ini. Najib terpaksa menggunakan ‘testimonial’ orang lain untuk mendapat kepujian dan pengiktirafan dan tidak mampu menunjukkan ‘testimonial’ sendiri bagi meyakinkan rakyat.
Najib masih meminta rakyat memberikan sokongan kepada UMNO dan BN kerana memberikan sokongan kepada UMNO khususnya kepada beliau itu tidak akan menjejaskan pelan transformasi beliau yang telah beliau umumkan setiap bulan dan minggu itu. Jika memberikan sokongan kepada pihak lain ia akan menjejaskan pelan pembangunan dan kemajuan negara dan akan membantutkan usaha kerajaan pimpinan beliau untuk menjadikan negara ini sebagai negara yang berpendapatan tinggi dan sebuah negara maju menjelangnya tahun 2020 nanti.
Najib mengambil Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh pandangannya itu. Rakyat AS telah memberikan ‘continuity’ kepada pentadbiran Barack Obama dari Demokrat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini dan rakyat Malaysia perlu mengikut contoh itu dan memberikan sambungan pentadbiran kepada Barisan Nasional. Mendengar ucapan beliau itu, ramai termasuk diri saya hampir jatuh dari kerusi kerana hendak menyamakan beliau sebagai Barack Obama dan beliau tidak nampak bagaimana AS telah melakukan perubahan acapkali dalam pilihanraya Presiden di negara itu.
Di antara Parti Republican dan Demokrat, mereka ini telah bertukar-tukar dan bergilir gilir mentadbir negara kuasa dunia itu sejak negara itu merdeka 200 tahun dahulu. Najib sepatutnya tahu yang Presiden Jimmy Carter adalah dari parti Demokrat dan Presiden George W Bush dan George Bush (senior) adalah dari Republican. Tidak tahu kah Najib yang Presiden Bill Clinton dan Obama adalah dari Demokrat?. Rakyat AS telah menukar parti-parti memerintah negara itu bergilir-gilir puluhan kali sejak kemerdekaannya dahulu.
Sebaliknya di negara kita, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Hussein Onn, our great Dr Mahathir, Abdullah Badawi dan sekarang Najib semuanya dari Barisan Nasional. Rakyat Malaysia belum pernah melakukan perubahan ini. Jika benar-benar hendak jadikan rakyat AS sebagai contoh kita mesti lakukan perubahan sekarang sebagaimana yang selama ini dilakukan oleh rakyat negara ‘Uncle Sam itu’.
Rakyat AS ada sebab untuk mengekalkan pentadbiran Obama kali ini seperti mana kita ada sebab untuk mengubah pentadbiran kita di Malaysia ini. Malahan Obama hanyalah merupakan Presiden dari parti Demokrat yang kedua selepas Clinton dalam beberapa dekad ini yang berjaya mengekalkan pentadbiran mereka buat kali kedua berturut-turut. Selain dari itu setiap Presiden dari parti Demokrat hanya mentadbir satu penggal sahaja.
Oleh itu Najib tidak perlu untuk menempel kejayaan orang lain untuk mencapai kejayaan sendiri. Pimpinan kerajaan sekarang elok elakan dari melihat AS dalam situasi ‘double Standard' kerana UMNO selalunya melihat AS sebagai sebuah negara yang tidak bermoral dan sebagai sebuah negara demokrasi yang tidak boleh kita ikuti. Mahathir berkata kita tidak boleh mengikut jejak AS kerana kita mempunyai demokrasi acuan sendiri. Kenapa kali ini pula dipuji rakyat AS kerana mengekalkan Obama sebagai Presiden buat penggal kedua?
Najib patut bergantug kepada kewibawaan sendiri. Tidak payah menumpang kewibawaan Obama. Bagi Najib untuk menjadikan Obama sebagai ‘equation’ dalam politik beliau ia merupakan satu perkara yang agak terlalu jauh dari yang sepatutnya. Jangan kita hendak samakan buah epal dengan bacang.
Di antara buah epal dengan buah bacang amat jauh perbezaannya. Buah bacang ini sangat kuat baunya dan boleh di hidu dari jauh. Baunya itu memeningkan kepala kita. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 22-11-2012
Ahmad Tajdid, | 22 Nov 2012 |
"Penerima dan pemberi rasuah masuk neraka." (Hadis riwayat At Tirmidzi)
"Allah melaknat mereka yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Hadis riwayat Ahmad)
Ketua penerangan Umno, Dato' Ahmad Maslan baru-baru ini dilaporkan tidak senang hati dengan tuduhan bahawa "Umno sahaja yang terlibat dalam rasuah" sebaliknya berpendapat rasuah boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak kenal siapa.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Dato' Tengku Adnan Mansor beberapa minggu lalu bahawa antara cabaran semasa Umno adalah menangani isu "persepsi rasuah".
"Rasuah tidak boleh dibandingkan antara sesebuah parti, tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu jantina serta tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu bangsa," kata Ahmad.
"Jangan menuduh rasuah hanya berlaku di kalangan orang Umno sahaja. Isu rasuah adalah merentas semua," katanya dalam satu sidang akhbar selepas berkempen di Hentian Jalan Duta, lapor Malaysian Insider.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga mendakwa kerajaan BN tegas dalam membanteras rasuah.
Tidak sesiapa pun yang akan menyanggah pandangan Ahmad Maslan bahawa rasuah itu boleh berlaku merentasi manusia, masa dan ruang. Tidak ada sesiapa juga yang boleh mendakwa bahawa parti yang diwakilinya dijamin seratus peratus bersih daripada penyakit rasuah.
Selagi manusia punyai rasa tamak, ketagih pengaruh dan kemaruk kuasa, rasuah menanti masa untuk bertapak dan menjadi budaya yang sukar dibendung.
Persoalannya, setakat manakah komitmen sesebuah parti politik itu untuk menbanteras rasuah? Sehingga mana komitmen parti itu untuk mengenal pasti, menghukum dan menyisih anggota parti yang terlibat dengan jenayah keji itu?
Prinsip utama dalam menyelesaikan masalah adalah mengakui wujudnya masalah. Bagaimanapun Umno sebagai parti teras BN dilihat enggan mengakui wujudnya rasuah dalam parti itu.
Mempopularkan istilah "politik wang" dalam pemilihan parti adalah bukti wujudnya 'sindrom nafi' (denial syndrome) dalam Umno terhadap gejala rasuah. Ia sebenarnya satu usaha kosmetik bagi menggambarkan bahawa "politik wang" tidaklah seberat kesalahan rasuah.
Oleh kerana itulah ada kalangan pemimpin Umno yang terlibat dalam "politik wang" (atau lebih tepatnya rasuah) diberi pangkat kedudukan selepas tamat menjalani hukuman Lembaga Disiplin parti. Contoh paling menonjol ialah bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Isa Samad yang digantung jawatannya dalam parti dan kerajaan kerana terlibat dalam 'politik wang'. Isa juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan. Selepas bebas dari hukuman gantung jawatan, Isa diberi laluan untuk bertanding dalam PRK Teluk Kemang dan seterusnya dilantik Pengerusi Felda!
Satu lagi contoh tidak seriusnya kerajaan BN pimpinan Umno dalam membanteras rasuah adalah kes suapan rasuah membabitkan calon PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Pasir Raja pada PRU ke-11 (2004), Sanip Isnin.
Sanip mendakwa cuba disogok oleh wakil BN dengan imbuhan RM100,000 sekiranya beliau bersetuju menarik diri dari bertanding. Dua 'orang tengah' iaitu pemimpin Umno Cawangan dan pemimpin Pemuda Umno Kawasan 'ditangkap basah' oleh petugas PAS di rumah Sanip ketika cuba menyerahkan wang pendahuluan berjumlah RM5000.
Kejadian ini berjaya dirakam oleh petugas PAS dan dua orang tengah itu ditahan sehingga pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) tiba. Telefon bimbit yang dimiliki Pemuda Umno terbabit juga mengandungi nombor telefon calon BN, Dato’ Halimah Mohamad Sadique.
Bagaimanapun apa yang berlaku kemudiannya amat mendukacitakan.
Walaupun BPR telah menyiapkan laporan dan fail siasatan dihantar ke pejabat Peguam Negara, namun Peguam Negara enggan membawa kes tersebut ke mahkamah. Keengganan Peguam Negara membawa kes suapan rasuah itu ke mahkamah dicabar bekas calon PAS. Bagaimanapun Mahkamah Tinggi memutuskan menolak permohonan Sanip kerana hakim berpendapat menjadi hak (prerogatif) kepada Peguam Negara menurut Fasal (3) Perkara 145 Perlembagaan untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
Kita juga boleh melihat bagaimana laihnya pihak berkuasa apabila berhadapan dengan salah laku rasuah pemimpin Umno. Di Selangor sebagai contoh, puluhan kes rasuah dan penyelewengan yang didedahkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan Selangor (Selcat) tidak diambil peduli SPRM dan polis.
Pengerusi Selcat, Dato' Teng Chang Khim kesal kerana SPRM dan polis enggan meneruskan siasatan hasil daripada pendengaran awam Selcat sedangkan wujud bukti penyelewengan dan rasuah dalam kes-kes yang diperdengarkan.
Menurutnya, SPRM dan polis tidak seharusnya menunggu laporan daripada mana-mana pihak untuk melakukan siasatan kerana mereka boleh mengikuti pendengaran awam yang dibuat Selcat secara terbuka dan disiarkan secara langsung melalui laman web khas.
"Setakat ini saya belum nampak ada tindakan susulan daripada mereka walaupun ada beberapa kes termasuk penyelewengan Balkis yang dipengerusikan isteri mantan MB, Datin Zaharah Kechik," tegasnya.
Begitu juga dengan peruntukan RM500,000 bagi setiap Adun BN Selangor bagi tahun 2008 yang dihabiskan sebelum Mac tahun yang sama. Pendengaran awam Selcat mendapati peruntukan itu diselewengkan untuk aktiviti parti dan kempen pilihan raya.
Banyak lagi tindakan rasuah pemimpin Umno yang boleh disenaraikan. Namun cukuplah kita memetik tulisan mantan Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad dalam blognya Che Det bahawa "Umno sudah busuk sampai ke perut".
Walaupun pun Dr Mahathir hanya memetik kenyataan seorang veteran Umno terhadap apa yang berlaku dalam parti itu, jelaslah bahawa Umno tidak boleh dipisahkan dengan rasuah dan penyelewengan.
Pendek kata, "Ingat Umno, ingat rasuah!
Sumber HD - 22-11-2012
Salah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agung UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Presiden dan Timbalan Parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu diadakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan Negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya Perhimpunan Agung jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.
Ini adalah budaya biasa dalam UMNO kerana apa yang diucapkan oleh perwakilan itu telah di tentukan oleh pucuk pimpinan. Dalam Perhimpunan Agong itu apa yang akan diucapkan sudah ditentukan dan semasa perhimpunan itu perwakilan hanyalah di tugaskan untuk bertepuk tangan dengan kuat sahaja. Selain dari itu perwakilan hanya membuat lawak jenaka untuk hiburan murahan bagi pimpinan yang berada di atas pentas nanti.
Budaya ini wujud hanya setelah penubuhan UMNO (B) pada tahun 1988 dahulu kerana pucuk pimpinan tidak gemar mendengar rungutan ahli-ahli dan rakyat di akar umbi. Pucuk pimpinanan hanya suka mendengar perkara yang baik-baik sahaja dan jika boleh mendapat pujian dari perwakilan yang berucap dan di ikuti dengan tepukkan gemuruh dari perwakilan yang menyelang-selikan ucapan dengan jenaka dan lawak yang mampu membuat pimpinan di atas ketawa besar sambil mengangkat tangan kegembiraan.
Itulah sebabnya UMNO yang baru berusia 24 tahun itu tidak berkembang kerana pemikiran ahli dan perwakilan telah di penjara oleh pucuk pimpinan. Mereka (perwakilan) hanya di arah untuk menyebut isu yang sedap-sedap sahaja. Perwakilan UMNO akan hanya di arah untuk memberikan kutukan dan cemuhan terhadap pimpinan PR seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, LGE, LKS dan lain-lain. Ini merupakan isu yang sudah dijangka oleh orang ramai dan ia akan menjadi isu yang dianggap sudah basi dan menjemukan.
Kita boleh menjangkakan yang Najib akan berucap bergegar-gegar, sesuai dengan sifat seorang pemimpin yang pengecut dan penakut. Selalunya sesiapa yang bercakap dengan gegaran retorik yang besar-besar mereka ini adalah mereka yang terlalu banyak perkara yag hendak di tutupi. Mereka ini adalah dari gulungan yang penakut, ibarat orang berjalan di dalam gelap di kampung-kampung pedalaman. Di dalam gelap itu mereka selalunya akan menyanyi sekuat hati dari lagu Ahmad Jais, lagu Mat Sentul sehinggalah lagu P Ramlee dan semuanya itu untuk menghilangkan rasa takut dan ngeri mereka berada di dalam gelap itu.
Tetapi dalam pada menyanyi lagu P Ramlee itu, mereka juga merasakan seram sejuk di tubuh mereka kerana takutkan kepercayaan tahayul tentang hantu dan sebagainya yang berkeliaran di dalam gelap itu.. Begitulah juga yang sedang berlaku kepada Najib. Beliau akan berucap bergegar-gegar dengan nada yang tinggi dan kuat untuk menyorokkan perasaan takut beliau menghadapi pilihanraya yang akan datang ini.
Berbalik kepada arahan menutup mulut itu, ia melambangkan kelemahan yang banyak dalam UMNO itu.
Mereka tidak memahami bahawa perwakilan setiap tahun itu adalah untuk perwakilan negeri-negeri menyampaikan masalah-masalah kepada pucuk pimpinan. Semasa Mesyuarat Agung seperti inilah masa yang baik untuk meluahkan perasaan tentang apa yang patut dan tidak patut dilakukan atau yang berlaku di dalam parti yang uzur itu. Dalam Perhimpunan Agung itulah masa untuk melambakkan apa yang perlu diketahui dan dirasakan oleh pucuk pimpinan secara bersama.
Kalau Ahmad Zahid mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut maka tidak salah jika orang ramai menganggapnya sebagai mesyuarat agung orang-orang bisu sahaja. Ahmad Zahid mahukan agar perwakilan hanya ‘buat tidak tahu sahaja’ tentang apa yang berlaku di dalam UMNO. Ada telinga dengar, ada mata pandang dan jangan bercakap apa-apa. Kalau bercakap itu merupakan kesalahan. Maka tidak salahlah apa yang saya katakan selalu, dalam UMNO bercakap benar adalah satu kesalahan besar.
UMNO adalah sebuah parti dalam mana ahli-ahlinya dididik untuk tunduk dan mengangguk sahaja dan di dalam perhimpunan itu adalah tempat untuk mendengar lawak jenaka dan kita akan lihat Utusan Malaysia menyiarkan gambar-gambar Najib dan Muhyiddin ketawa besar dan akan di sertai oleh Khairy Jamaludin dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi parti yang lain.
Inilah kejayaan UMNO yang terbesar, iaitu memenjarakan pemikiran dan perasaan rakyat dan itulah sebabnya ada orang Melayu menganggap UMNO itu lebih tinggi dari agama. Chua Soi Lek boleh menghentam agama suci kita, tetapi jangan menghentam pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Siapa yang berani mengecam pemimpin mereka, yang mengecam itu akan tidak mendapat kedudukan lagi di dalam parti dan kerajaan dan akan segera di sisihkan.
UMNO lebih buruk kerjanya dari penjajah British dahulu. Penjajah British dahulu mahukan orang Melayu untuk mudah berpuas hati dan tidak diberikan peluang untuk memegang jawatan besar-besar dalam kerajaan. UMNO pun begitu. Orang Melayu dididik untuk sentiasa berterima kasih dengan bantuan gigi palsu, dan pemberian lembu dan kerbau pawah kepada petani-petani kecil di kampung-kampung. Jika ada yang bercakap dan mengkritik, UMNO akan mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah berikan walaupun pemberian itu hanyalah sebatang dua gigi palsu.
Jangan mengkitik UMNO kerana UMNO lah yang membawa api letrik ke kampung-kampung dan UMNO jugalah yang menyalurkan air paip ke rumah-rumah rakyat. Tetapi UMNO tidak pula memberi tahu yang semua negara dalam dunia ada api letrik dan bekalan air bersih walaupun di negara-negara tersebut tidak ada parti UMNO. Di Amerika Syarikat (AS) tidak ada parti UMNO. Begitu jugalah di Jepun dan di Britain tidak ada UMNO tetapi mereka ada bekalan air yang lebih baik dari yang ada di negara ini DAN rakyat mereka menggilir-gilirkan parti-parti yang memerintah mereka.
Maksudnya itu adalah tanggungjawab setiap pihak yang dimandatkan oleh rakyat dengan menggunakan sumber kewangan dari rakyat untuk melaksanakan semua projek pembangunan negara. Mereka itu sendiri di bayar gaji dan elaun untuk mentadbir rakyat dan tidak munasabah rakyat pula yang perlu berterima kasih kepada UMNO.
Kepada UMNO kita ucapkan selamat bersidang dan kepada para perwakilan yang berucap sediakan beberapa lawak jenaka untuk hiburan pimpinan di atas pentas itu nanti. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 23-11-2012
Harakahdaily, | 23 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Saman terhadap Utusan Malaysia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.
Demikian pandangan penulis politik, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya Merah Tinta
http://msomelayu.blogspot.com.
Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini yang telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap akhbar
Utusan Malaysia ekoran penyiaran berita berunsur fitnah terhadapnya berhubung pandangan ahli parlimen Lembah Pantai itu mengenai kebebasan beragama di bawah tajuk "Melayu bebas pilih agama: Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.
Saman itu turut sama menamakan Ketua Pengarang akhbar berkenaan Aziz Isak yang dibuat menerusi firman guaman Tetuan Mohamed Hanifa Associates.
Sebelum ini, kata Sayuti sudah berberapa tokoh politik oposisi telah menyaman akhbar berkenaan kerana berbagai bentuk fitnah dan kejelekan.
Katanya, kebanyakan saman itu menyebabkan syarikat akhbar berkenaan diperintah oleh mahkamah membayar ganti rugi bernilai jutaan ringgit.
“Bagaimana pun akhbar berkenaan tidak serik dan terus melakukan fitnah demi fitnah. Seolah-olah Utusan kebal dan sengaja membiarkan dirinya dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Mengenai hal ini sukacita dicadangkan supaya sesiapa yang bermasalah dengan akhbar ini dan difitnah agar mengambil tindakan lebih luas dari itu,” katanya.
Baginya, saman jangan hanya dikemukakan kepada syarikat akhbar berkenaan dan individu bertanggungjawab mengelolakannya; menerbit, mencetak dan mengedar, tetapi ia harus juga dikenakan kepada agen-agen atau vendor yang mengedar akhbar dan menjual akhbar berkenaan.
“Hanya tindakan menyeluruh begini saja boleh memberi kesan ke atas akhbar berkenaan,” ulasnya lagi.
Menurutnya, sudah pasti kalau agen-agen kecil (vendor) dan penjual terdiri dari kedai-kedai besar dimasukkan sama dalam tuntutan ia akan memberi kesan kepada akhbar berkenaan.
“Vendor dan kedai-kedai besar tidak akan berani lagi untuk menjual akhbar berkenaan kerana tidak mahu mengambil risiko. Dengan cara itu saja Utusan akan lingkup dengan cepatnya apabila vendor dan kedai-kedai enggan menjualnya kerana takut berdepan dengan risiko,” katanya.
Sumber HD - 23-11-2012
Assalamualaikum...
Saya mewakili vendor/peniaga surat khabar, amat tidak bersetuju di atas cadangan agar pengedar dan penjual Utusan di saman Di atas beberapa sebab.
1- Kami hanya mencari rezeki di bumi Allah ini, bukanlah hak Umno.Ini bukan penyelesaian .
2-Kami hanya berniaga, bukanlah penfitnah macam umno.
3-ALlah swt mengurniakan akal kepada manusia, agar menimbang sesuatu berita sama ada benar atau fitnah.
4-KAmi adalah peniaga yg mempunyai akaun vendor di dalam setiap akhbar,sama ada Utusan meloya,NSTP,The star,Dan setiap akhbar yg ingin di ambil, perlu menggunakan wang hasil berniaga, harian, bukan dari UMNO. Termasuk Harakah, Keadilan, Roket.
5- Setiap akhbar ada pembaca dan peminat, terserah lah pada pembaca bagi menilai setiap berita atau artikel.
6- Janganlah bersikap macam Umno...mahu menyekat kebebasan bersuara.
7- Kami juga sering mempromosikan akhbar yang dekat di hati kami, ini kerana, setiap pagi, ketika sampai akhbar2 di cawangan negeri2, kami lah yang akan membaca dan menilai ..dah tentu lah kami akan promosi akhbar Harakah, Keadilan dan segala yg berkaitan kebenaran, keadilan ..walaupun keluaran hanya seminggu 2 kali atau sekali..so jangan lah judge kami..
8-Semoga pihak tuan dapat menimbang dan memikirkan cadangan yang diutarakan En Mohd Sayuti Omar, walaupun kami ini hanya rakyat marhen, yang tiada apa2 ..dan hanya mempromosi kan kebenaran di atas setiap laporan akhbar.
9- Untuk pengetahuan pihak Harakah, sejak dari 1998 lagi jualan akhbar Utusan memang telah jatuh dan kalau nak kuburkan, biarlah kuburkan syarikat Utusan sahaja, janganlah sampai dengan vendor2 ...ini kerana, kami juga tak nak sekubur dengan akhbar yg jijik n banyak dosa. Apakah kami juga hendak disingkirkan?
10- Semoga Allah bersama kita di masa susah dan ketika senang.
ABU-ASAL BUKAN UMNO!!!
Sumber HD - 24-11-2012
Ini adalah komen ringkas berkenaan etika media dalam menyampaikan suatu mesej ataupun berita terutama mengenai politik. Bila menyebut tentang etika, ia berkait rapat dengan budaya sesetengah masyarakat. Ianya adalah mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam masyarakat tersebut atas sebab kebiasaan atau ritualnya seperti itu.
Sebagai contoh budaya di negara-negara Barat, kebebasan media adalah dititik beratkan atas faktor demokrasi yang diperjuangkan. Demokrasi yang terdapat padanya amalan kebebasan bersuara atau mengenengahkan pendapat menjadikan negara-negara Barat begitu sensitif terhadap pencabulan hak-hak kebebasan ini. Walaupun secara kasar ianya nampak begitu baik kerana media diberikan tempat yang seluas-luasnya dalam menyampaikan maklumat, tetapi malangnya ia juga menjurus ke arah mencabuli hak individu atau kumpulan yang lain. Kebebasan untuk membuat liputan ini adalah hingga merangkumi aspek peribadi seseorang sampaikan mengkritik keperibadian individu juga dibenarkan. Ia adalah merupakan "kebebasan dalam mencabuli hak privasi orang lain". Sehinggakan seorang ilmuan membawa datang suatu konsep "empowerment" yang mana beliau takrifkan sebagai "kemampuan melakukan sesuatu yang difikirkan baik". Hal ini adalah subjektif kerana belum tentu seuatu yang difikirkan baik oleh seseorang itu adalah juga baik kepada seseorang yang lain.
Kemudian kita lihat pula kepada konsep
"ahimsa" yang dibawa oleh Ghandi dalam memperjuangkan hak masyarakat di India. Bersesuaian dengan adat ketimuran, ia begitu menjaga sensitiviti setiap individu dengan melarang penyerangan peribadi seseorang samada berbentuk fizikal mahupun emosi. Dalam konsep
"ahimsa" ini juga menerangkan bahawa penderaan terhadap seseorang individu itu bukan sahaja berlaku pada apa yang kelihatan sahaja, malah ia juga diambil kira kepada kesan psikologi yang dihadapi seseorang itu jika pencabulan haknya dilakukan. Konsep ini begitu berbeza dengan budaya Barat yang sentiasa menjuarai amalan budaya mereka yang sentiasa dianggap paling betul.
Itulah dua contoh perbezaan budaya yang dapat kita lihat dalam penggunaan media. Saban hari kita sering terlihat laporan media terutama berkenaan politik semasa yang begitu lantang membuat liputan tanpa menghiraukan moraliti atau etika sepertinya tidak wujud satu garis panduan yang jelas dalam membimbing kepada arus yang satu.
Maka Islamlah yang sepatunya dijadikan tempat rujukan utama dalam menyelesaikan hal ini kerana Islam telah pun menggariskan panduan yang bersesuaian dengan semua masyarakat yang wujud. Islam secara moderate-nya tidak menentang amalan demokrasi iaitu kebebasan yang diperjuangkan, malah ia menyokong hak-hak manusia supaya sentiasa terpelihara dan tidak pula dieksploitasi dan dimanipulasi. Maka oleh itu Islam tidak juga menyokong sepenuhnya amalan tersebut seperti pemikiran Barat yang membenarkan apa sahaja yang difikirkan enak.
Tidak juga seperti konsep
"ahimsa" yang langsung tidak membenarkan ruang untuk mengkritik individu kerana ingin menjaga perasaannya, tetapi Islam memperjuangkan keadilan sejagat yang membenarkan melaporkan dan mengkritik amalan-amalan atau tindakan ynag membawa kepada kezaliman dan merugikan umat keseluruhannya. Maka peranan media dalam Islam adalah perlu menghebahkan setiap kecurangan atau perkara sumbang yang dilakukan seseorang individu terutama pemimpin masyarakat.
Ia bukanlah dengan membuka aib tentang sifat buruk individu terbabit seperti suka bersembang, suka bermain video game dan sebagainya. Ia tidak boleh berkaitan dengan tabiat peribadinya, tetapi mestilah berkenaan dengan amalan yang mana jika dibiarkan akan merugikan umat yang lain atau menjahanamkan agama dan bangsa, sebagai contoh laporan mengenai pemimpin yang rasuah, penyelewengan kuasa dan kegagalan dalam mengurus tadbir negara dan kezaliman lain yang dilakukan.
Sebagai kesimpulannya, etika dalam media adalah sangat penting terutama dalam melaporkan tentang aktiviti politik semasa. Tetapi ia mestilah mempunyai suatu garis panduan yang jelas. Bukanlah semata-mata mengikut atau melakukan apa sahaja yang difikirkan baik, atau menutup mata terhadap kecurangan yang berlaku seperti apa yang ditekan dalam konsep
"ahimsa" , tetapi Islam secara jelas membawa konsep Keadilan sejagat dengan menjaga hak-hak manusia yang lainnya dan memperjuangkan kebenaran dengan menolak amalan yang menjatuhkan martabat Islam itu sendiri, wallahua'lam..
Sumber HD - 25-11-2012
Akhir-akhir ini ramai di antara pemimpin-pemimpin BN berkata yang UMNO sudah pulih dan parti itu telah membetulkan kesilapannya. Kata mereka lagi yang UMNO akan berubah dan akan membetulkan kesalahannya. UMNO tidak akan lakukan lagi apa yang mereka telah lakukan selama ini. Oleh itu marilah menyokong UMNO sekali lagi kerana telah berubah.
Begitulah lebih kurang kata-kata mereka di antaranya termasuk apa yang dikatakan oleh Najib dan Muhyiddin Yassin.
Dengan kata-kata itu ia memberi makna yang selama ini mereka mengaku UMNO dan BN telah membuat kesalahan dan UMNO telah mengakui apa yang dituduh oleh pelbagai pihak yang UMNO itu telah melacurkan politik dan siasah negara. Justeru UMNO sememangnya parti yang telah berdosa dan sekarang mahu bertaubat. Saya gembira dengan pengakuan Najib dan pimpinan tertinggi UMNO yang lain yang UMNO telah melakukan kesalahan dan sekarang mahu bertaubat dan meminta diberi lagi peluang untuk memerintah kita rakyat yang sudah begitu lama dalam pencarian ini.
Persoalannya sekarang apa yang mereka telah taubatkan itu? Maaf-memaafkan sesama sendiri itu memang amalan orang mukmin. Tetapi tidak bermakna menjanjikan taubat itu sudah cukup untuk meneruskan penguasaan lagi terhadap rakyat dan negara. Apabila UMNO sudah taubat, parti itu sepatutnya direhatkan untuk melaksanakan apa yang mereka taubatkan itu. Jika RM ratusan billion wang rakyat dicuri dan diambil oleh pimpinan BN secara haram, ia memakan masa untuk melakukan proses pemulangan balik harta-harta curi itu kepada rakyat jelata.
Orang yang telah sedar dan bertaubat tidak boleh lagi melakukan apa-apa kesalahan yang terbesar terutamanya terhadap sesama manusia. Saya selalu katakan rasuah itu merupakan ketagihan tegar yang dihidapi oleh UMNO dan BN itu. Seperti penagih dadah yang hendak kembali berbuat baik dan menjauhi amalan mengambil dadah itu mereka sepatutnya duduk di dalam pusat-pusat serenti yang banyak di sediakan oleh kerajaan sekarang ini untuk beberapa lama yang wajar. Mereka dikawal dan dijaga dengan baik oleh pihak kerajaan supaya merawat ketagihan itu dengan bersistem. Banyak cara untuk merawat penagih ini.
Ada juga yang berjaya dirawat dan menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berbuat baik selepas keluar dari pusat pemulihan serenti itu. Tidak kurang juga yang kembali menagih dan kembali ke pusat-pusat serenti itu. Di dalam pusat-pusat serenti itu panagih-penagih ini akan diberikan bimbingan untuk menjadi insan yang baik dengan kelas agama dan memberikan mereka kegiatan riadah seperti bersenam dan sebagainya untuk memulihkan mereka kembali. Mereka ini perlu bimbingan dan ditunjukkan bagaimana untuk menjadi umat yang baik dan berguna untuk masyarakat dan negara, lebih-lebih lagi untuk agamanya.
Begitu jugalah dengan pimpinan-pimpinan UMNO. Seperti yang kita tahu salah satu dari salah laku pimpinan UMNO ialah rasuah. Rasuah ini merupakan salah satu dari penyakit ketagihan yang boleh merosakkan masyarakat dan negara. Rasuah sepatutnya dijadikan musuh nombor satu negara kerana banyak tamadun telah runtuh oleh kegiatan rasuah pemimpinnya.
Oleh kerana secara terus menerus UMNO telah melakukan ketagihan itu, maka UMNO patut berihat dan melakukan pembaik-pulihan supaya parti itu menjadi parti yang berguna kepada rakyat dan negara dan tidak lagi menjadi penagih rasuah yang telah hampir menjahanamkan negara kesayangan kita ini.
Maka tidak bolehlah UMNO sendiri mengisytiharkan yang mereka telah pulih dari semua penyakit merbahaya untuk manusia itu dan meminta terus memerintah negara ini seperti biasa. Penagih ini tidak semua yang baik dengan sendirinya. Selalunya ia perlu dibimbing dan diatur segala kegiatan kehidupan mereka.
Maka UMNO perlu berihat dan memulihkan penyakit ketagihan ini. Kita tidak mahu penagih rasuah ini kembali melakukan rasuah seperti penagih dadah yang kembali menagih selepas keluar dari pusat serenti itu.
Tetapi yang pentingnya sekarang UMNO sudah mula sedar dan mengakui kesalahannya dan serangan terhadap pembangkang yang menuduh mereka (UMNO) itu rasuah sepatutnya di tarik balik dan di dalam hati meminta maaf kepada mereka yang membuat tuduhan yang benar itu.
Ramai pemimpin-pemimpin UMNO telah mengisytiharkan yang mereka telah berjaya memulihkan kesalahan yang telah mereka lakukan dahulu dan telah mengakui kesilapan dan kesalahan mereka. Mengakui kesalahan itu sudah cukup untuk mengakui yang pihak pembangkang adalah pihak yang benar dan kecenderungan rakyat untuk memberikan mandat kepada mereka (pembangkang) sepatutnya mendapat galakan dan sokongan dari orang ramai.
Buat sementara waktu UMNO biarkanlah mereka duduk berihat sambil memperbaiki diri mereka supaya parti itu pula yang akan menjadi parti alternatif kepada Pakatan Rakyat yang memerintah nanti. Jika Pakatan Rakyat melakukan kesalahan yang sama UMNO yang sudah pulih semasa dalam ‘political confinement’ itu boleh kembali dan menjadi UMNO yang bertenaga dan tidak lagi seperti dahulu. Mungkin semasa itu nanti UMNO akan menjadi bertenaga dan berseri-seri wajah pimpinan mereka setelah melakukan rawatan mereka selama beberapa tahun semasa menjadi pembangkang itu.
Maksud saya ini ialah, menjadikan negara ini sebagai negara demokrasi yang mempunyai sistem dua parti itu akhirnya akan memberikan kenaikan kepada rakyat. Semasa itu nanti barulah rakyat sedar betapa nikmatnya jika kuasa itu sebenar-benar berada di tangan mereka dan bukannya di tangan ‘war lords’ UMNO seperti sekarang ini.
Rakyat yang bermaruah tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengawal hak mereka dengan wang sogokan atau bantuan seperti gigi palsu percuma, BRIM dan sebagainya. Rakyat tidak boleh memberikan hak kepada pihak lain setelah mendapat tayar teksi percuma dan sebagainya.
Harga diri rakyat itu lebih tinggi dari harga tayar dan bantuan BRIM serta pembayaran bonus satu setengah bulan gaji dan sebagainya. Sedangkan kucing belaan kita pun sekarang tidak makan ikan mentah lagi.
Mereka (kucing) sekarang makan Friskies dan Whiskas yang dibeli dari pasaraya. Kucing pun tahu harga diri mereka. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 25-11-2012
Dalam posting saya semalam saya telah menulis tentang beberapa orang pemimpin UMNO mengakui yang UMNO memangnya telah melakukan kesalahan dan akan memulakan perubahan. Semalam semasa berjumpa dengan 1,500 wakil-wakil NGO di seluruh negara Najib mencadangkan supaya jangan mengubah kerajaan kerana perubahan boleh dilakukan oleh BN sendiri.
Kata-kata Najib ini seperti seorang pencuri yang telah mengaku salah tetapi menyeru supaya semua orang jangan mengunci rumah kediaman atau kilang-kilang mereka kerana mereka (pencuri-pencuri) telah berjanji tidak akan mencuri lagi. Kata-kata Najib ini sangat mengaibkan diri beliau dan UMNO itu sendiri. Dalam kepimpinan serta kenegaraan jika seseorang itu telah melakukan kesalahan dia akan berhenti dengan secara sukarela kerana itulah etika kepimpinan dalam sebuah negara yang berdaulat.
Najib sepatutnya belajar apa dia kedaulatan itu. Apa dia negara yang berdaulat itu? Dari mana datangnya kedaulatan itu mesti difahami oleh beliau kerana beliau seorang Perdana Menteri, bukannya kerani kilang padi. Saya begitu hairan etika yang senang difahami itu pun Najib tidak dapat merasakan kepentingannya di dalam sesebuah kepimpinan kerajaan.
Apa perubahan yang Najib hendak lakukan melalui BN itu?
Apa yang dimaksudkan oleh Najib itu tentulah BN sedar yang kerajaan selama ini adalah kerajaan yang rasuah dan selalu menyalahgunakan kuasa. Menyedari itu BN tidak akan melakukan rasuah sebesar itu lagi.
Maka adalah wajar bagi rakyat memberikan mandat itu lagi kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Satu lagi perkara yang BN mesti lakukan untuk berubah ialah dengan mengelakkan dari menjadikan isu agama dan memainkan isu bangsa sebagai modal politik mereka. Inilah salah satu lagi yang akan di ubah oleh BN, mungkin. Banyak lagi isu-isu buruk yang kita sama semua tahu dilakukan oleh BN tidak akan dilakukannya lagi. BN mahu berubah dan jangan ubah kerajaan. Tidak payah ubah kerajaan kerana BN yang melakukan kesalahan dan BN akan berubah menjadi parti yang baik untuk rakyat dan negara.
Satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah tidak lagi membiarkan isteri-isteri pemimpin mempengaruhi suami dalam pentadbiran kerajaan. BN juga mungkin tidak akan lagi membiarkan pemimpin-pemimpinnya menyeludup wang ratusan billion ringgit keluar negara untuk melarikan dari pengetahuan rakyat ATAU satu lagi perkara yang BN akan berubah ialah untuk tidak mengambil komisyen besar dalam pembelian bekalan pertahanan negara. Tidak akan berlaku lagi pembelian Scorpene dan mengambil komisyen yang ratusan juta ringgit.
BN tidak akan lagi mengambil tanah Felda yang sepatutnya dimasukkan 80,000 peneroka dan disenaraikan di pasaran saham untuk pemodal dan kroni yang besar-besar pimpinan dalam dan luar negara kita.
BN juga mungkin tidak lagi memberikan keistimewaan kepada anak-anak Mahathir dengan memberikan anak-anak Mahathir menyandarkan masa depan mereka kepada UMNO. Anak-anak Mahathir tidak payah lagi menggunakan UMNO sebagai modal untuk mereka berniaga dengan besar-besaran. Diharap juga BN tidak akan menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan masalah perniagaan anak-anak pemimpin seperti Mirzan Mahathir dalam jumlah berbillion ringgit.
BN akan berubah dan tidak akan lagi memberikan segala-gala peluang perniagaan kepada Syed Mokhtar dari laut ke darat dan dari darat ke udara seperti yang berlaku sekarang.
Mungkin inilah dia cara BN hendak berubah. Mengaku dengan segala kesalahan ini dan berpura-pura bertaubat dan diberikan lah lagi kuasa kepada mereka. Sekarang mereka benar-benar hendak berubah dan tidak mahu buat jahat lagi. Najib ke hulu dan ke hilir meminta sedekah sokongan rakyat untuk melakukan kebaikan dan tidak hendak buat zalim dan jahat lagi. BN sudah penat membuat jahat, sekarang masanya untuk berbuat baik pula.
Maka berikan lah sokongan kepada BN. Najib sudah berubah dan akan membuat baik pula sekarang ini. Najib ini seperti penagih tegar dadah yang berjanji tidak akan mengambil dadah lagi. Najib meminta rakyat jangan bagi undi kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kali ini kerana mereka (BN) sudah berubah dan berubah.
Dalam jiwa Najib sedang bergelora dan sentiasa menjerit, “tolonglah jangan undi PR…aku dah berubah…aku tidak akan takut kepada isteri aku lagi…akan tidak akan dengar nasihat Mahathir lagi….aku taubat....aku taubat”.
Tetapi boleh kah kita percaya semua janji-janjinya ini?
Jawapannya..jangan sekali-kali! Penagih rasuah dan kuasa tidak akan mampu berubah. Mereka akan tetap melakukannya apabila mendapat kuasa. Air mata yang meleleh dari bibir mata Najib hari ini adalah air mata buaya. Jika BN mendapat mandat lagi yakinlah harta kita akan menjadi harta UMNO. Najib akan meneruskan pemborosan terhadap wang rakyat dan negara. Saya hendak bertanya jika beliau melakukan pemborosan, apa yang kita boleh buat selama 5 tahun itu? Jawapannya…..tidak boleh buat apa-apa lagi.
Rakyat akan akhirnya menderita dan menggigit jari sepanjang masa. Sudah 55 tahun rakyat dikelirukan. Kita belajarlah untuk menjaga maruah diri dan jangan dikelirukan lagi. Percayalah! -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 26-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 26 Nov 2012 |
Tanpa iklan dan publisiti besar-besaran menerusi akhbar arus perdana dan media eletronik No: 1, 2, dan 3 semalam telah berlangsung dua himpunan agak besar juga di ibu negara Kuala Lumpur yang mencecahkan penyertaan lebih 40,000.
Himpunan itu ialah Himpunan Hijau menentang projek nadir bumi (Lynas) di Pahang dan himpunan membantah dasar pendidikan nasional oleh golongan pendidikan Cina Dong Zong bertempat di Petaling Jaya. Ramai yang tidak sedar mengenai kedua-dua himpunan itu sebenarnya. Sebelum ini tidak ada apa-apa publisti dan penguar-uaran di mana-mana media massa seperti mana himpunan
Bersih atau pun himpunan-himpunan lain seperti anjuran Anak dan lain-lain.
Kempen atau panggilan ke himpunan itu seakan berlaku dalam senyap, atau pun sudah ada pengertian dari kalangan mereka yang menyertainya. Mereka tidak perlu dikerah secara fizikal tetapi cukup setakat memberi isyarat dengan satu bunyian ganjil saja.
Yang paling mengejutkan ialah himpunan Dong Zong di Petaling Jaya itu. Tidak kedengaran bahawa kumpulan pendidikan Cina itu menguar-uarkan himpunan berkenaan. Tidak ada pun riak risik mengenainya. Inilah cara orang-orang Cina bekerja dan bertindak, mereka tidak heboh tetapi bertindak dalam senyap. Apa yang mereka lakukan tak ubah seperti api di dalam sekam. Mereka bukanlah ayam yang bertelor sebiji riuh sekampung.
Mustahil kalau pihak pengajur tidak mengetahui akan himpunan Hijau di Dataran Merdeka itu, mungkin mereka sudah sepakat untuk 'menyerang' negara secara serentak dari dua versi berbeza, tanpa disedari 'musuh' - kerajaan UBN.
Kedua himpunan itu membawa maksud dan tujuan berbeza. Ia nampak semacam berlainan tujuan dan matlamatnya. Tetapi jika diamat-amati ia membawa motif dan sasaran yang sama. Himpunan di Dataran Merdeka menentang Lynas, manakala himpunan di Petaling Jaya mengenai bantahan kepada dasar pendidikan nasional. Kedua-duanya membawa konotasi menentang dan membantah.
Satu mengenai alam sekitar satu mengenai pendidikan. Namun kesan ialah kepada kerajaan yang memerintah hari ini. Lynas adalah projek yang dibangunkan oleh kerajaan di Pahang, manakala pendidikan adalah dasar yang digubal oleh kerajaan. Ertinya kedua himpunan itu menyerang kerajaan. Dong Zong membantah dasar pendidikan nasional dan mahu mengekalkan pendidikan vernakular tujuannya mereka mahu diberikan kebebasan mutlak dalam penggunaan bahasa ibunda di sekolah-sekolah Cina.
Orang Cina memang mempunyai iltizam yang tinggi untuk apa-apa juga perkara berhubung hidup mereka. Mereka boleh bergaduh dan mereka akan menjadi kiambang yang bercantum antara satu sama lain apabila ada biduk yang menerpa mengganggu mereka.
Paling ketara ialah kedua-dua penyertaan himpunan itu didominasikan oleh orang-orang Cina. Yang menjadi kepala penentangan terhadap Lynas ialah orang Cina manakala yang menjadi ketua kepada himpunan di Petaling Jaya ialah persatuan pendidikan Cina, Dong Zong. Dalam erti kata lain kedua-dua himpunan itu ada kepentingan dengan orang Cina. Bagaimana pun sedikit menjadi persoalannya ia turut sama dihadiri oleh orang pimpinan politik Melayu dan India. Apakah kehadiran orang Melayu di himpunan Dong Zong itu menandakan mereka menyokong tuntutan itu, mahu memperkasakan bahasa ibunda (Cina)?
Kalau jawabannya tidak ternyata mereka sudah terjerat. Termasuk jerat dengan tanpa digunakan umpan adalah sebodoh-bodoh manusia.
Naluri sebenar kedua-dua himpunan itu adalah untuk menjatuhkan kerajaan UBN. Cuma di dalam hal ini orang-orang Cina cerdik dan bijak kerana mereka melakukan kerja sambil menyelam minum air. Mereka terus mengganyang kerajaan yang semakin lemah hari ini atau pun yang sukar untuk akur kepada kehendak mereka. Mereka tahu menghitung dan mentafsir bahasa alam, apabila kerajaan UBN jatuh dan naik kerajaan baru mereka akan menuntut segala apa yang mereka kehendak itu. Ketika itu kerajaan baru akan memenuhinya kerana sebagai membalas budi mereka yang tidak seberapa itu.
Inilah perlu disedari dan di sinilah menimbulkan sedikit serba salah. Kita bersetuju kerajaan UBN hari ini ditumbangkan kerana sudah banyak sejarah-sejarah kejahatan dan kemungkaran yang dilakukan. Tetapi dalam pada itu apakah boleh dipastikan dengan kejatuhannya nanti tidak akan bangkit sesuatu yang boleh menyedihkan hati? Akan timbul pula satu perubahan menakutkan?
Seandaian tuntutan itu sekadar seperti mana dituntutkan hari ini tidak mengapa; untuk memastikan bahasa ibunda mereka kekal dalam sistem pendidikan negara, ataupun alam sekitar dijaga sebaik mungkin agar tidak membahayakan kehidupan rakyat negara ini. Orang Melayu dan kaum lain juga tidak terlepas dari terganggu dengan bahaya alam sekitar.
Tetapi apa kata kalau tuntutan itu lebih besar dan jauh dari itu? Ini kena difikirkan dan tanda soal ini harus senantiasa ada di kepala. Dan orang Cina sendiri yang ghairah untuk menumbang kerajaan yang ada dengan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat, perlu juga tidak berlebih-lebihan dalam membuka cita-cita mereka. Apa yang mereka harus sedar dan fahami naluri dan perasaan rakyat Melayu negara ini dan hendaklah senantiasa mengenangkan kepada realiti. Sesiapa pun ada apa saja kalau melencong dari realiti ia akan musnah.
Terjemah daripada kedua-dua himpunan semalam adalah penolakan kepada kerajaan UBN secara total. Bahawa berilah apa-apa bantuan dan janjilah bulan dan bintang atau dacing versi baru kepada mereka, mereka tidak akan peduli lagi. Orang Cina tidak akan berpaling lagi ke belakang dan apa yang mereka nampak adalah jong besar di hadapan. Mereka telah mengambil mata lebam untuk melihat harapan mereka di dalam bulan.
Kepada orang Melayu hendaknya jangan terikut-ikut sangat dengan politik chauvenisme orang Cina. Dan dalam konteks perjuangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas, apa yang ditempa ialah bukan soal kepentingan perkauman dan materialistik tetapi perpaduan dan ukhwah yang hendak dibina atas perasaan keagamaan dan keTuhanan. Orang Melayu jangan lari dari paksi ini dan ia perlu diberikan
warning sepanjang masa kepada kaum-kaum lain, bahawa persamaan tindakan politik kita berdasarkan kepada keadilan menurut ajaran agama bukannya bangsa atau kaum jauh sekali duniawi. -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 26-11-2012
Najib telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.
Baiklah, kita ikut bagaimana Obama mengekalkan kuasa di Rumah Putih di Washington. Jika itu kehendak Najib maka kita lakukan apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS). Pertamanya oleh kerana pilihanraya kita sudah hampir maka Najib patut bersetuju untuk melakukan perdebatan terbuka dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim seperti perbahasan di antara Obama dengan Roomney dari Republican semasa pilihanraya Presiden tidak berapa lama dahulu.
Kalau hendak mengikut jejak langkah rakyat AS, kita ikut betul-betul. Tentu ramai bersetuju jika perbahasan ini diadakan secara ‘live’ melalui TV3, RTM, ASTRO dan lain-lain saluran TV yang boleh di lihat di negara ini. Tentukan yang saluran-saluran TV yang besar seperti CNN, Aljazeera dan yang lain-lain menyiarkan secara ‘live’ ke seluruh dunia.
Dalam perbahasan itu Najib boleh membuktikan keburukan Anwar dan Pakatan Rakyat dan biarkan semua masyarakat dunia tahu keadaan sebenarnya. Saya rasa Najib akan mendapat lebih kredibiliti jika semua manusia menonton perbahasan ini dan buktikan segala tuduhan beliau terhadap PR dan Anwar itu betul dan benar.
Najib selalu berkata akhir-akhir ini yang beliau sahaja yang mampu melakukan perubahan, maka tunjukkan bukti dan yakinkan kepada semua pihak melalui perbahasan itu. Sekarang ruang telah terbuka untuk Najib membuktikan kebenaran dan kemampuan beliau dari berkata dan mencemuh Pakatan Rakyat dari belakang dan secara tertutup.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang beliau tidak terlibat langsung dalam isu Altantuya serta isu-isu lain seperti komisyen Scorpene dan banyak lagi yang dikaitkan terhadap beliau dan telah terbenam menjadi persepsi dan stigma buruk terhadap beliau.
Dalam perbahasan itu Najib boleh buktikan yang isu NFC tidak kena mengena dengan unsur rasuah dan unsur salahguna kuasa dan sebagainya. Seorang pemimpin yang telah berucap bergegar-gegar selama ini dan akan berucap dengan gegaran dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 27hb November ini tentunya berkemampuan untuk mempertahankan kewibawaannya melalui perdebatan itu. Seorang yang benar tidak mungkin takut berhadapan dengan rakyat dalam perdebatan ini, malahan perdebatan ini sepatutnya menjadi cadangan beliau untuk menunjukkan apa yang disebut oleh pembangkang itu fitnah semata-mata.
Najib sepatutnya menerima cabaran ini dengan senang hati dan tunjukkan semua program transformasi beliau itu adalah hebat dari mendengar cerita karut-marut dari dirinya sendiri tentang kehebatan program transformasi beliau itu. Najib selalu mengaku yang kerajaan kita telah menjadi contoh bagi banyak negara di dunia ini, maka perdebatan itu akan menaikkan lagi imej dan ‘dignity’ beliau seperti yang beliau mengakui selama ini.
Najib boleh juga mengambil kesempatan ini untuk membuktikan yang kerajaan pimpinan beliau terhindar dari kegiatan rasuah besar-besaran. Dalam perdebatan itu juga Najib boleh memberikan penerangan bagaimana rakyat negara kita ini akan memperolehi pendapatan yang tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang beliau war-warkan ke mana-mana beliau pergi.
Najib tidak perlu gentar berhadapan dengan Anwar. Jika beliau gentar dan menolak cabaran ini, maka jelaslah yang Najib mempunyai banyak perkara yang beliau hendak sorokkan. Jika Najib tidak mahu berdebat dengan Anwar kerana Anwar terlalu tinggi untuk beliau menghadapinya, Najib boleh memilih siapa sahaja dari pihak pembangkang. Rasa-rasanya saya pun berani dan tidak akan berundur jika mendapat cabaran dari pihak Najib itu. Sedap juga jika anak korporal Polis seperti saya berhadapan dengan pemimpin yang dianggap teragung oleh gulungan seperti ini.
Jika begitu keadaannya maka tidak payah kita berfikir panjang. Terus sahaja kita berikan sokongan kepada parti-parti pilihan selain dari BN dan UMNO. Menarik diri dari cabaran ini bermakna apa yang di tuduh oleh rakyat dan pembangkang selama ini tidak ada yang lain selain dari kebenaran belaka.
Apabila kebenaran sudah terbukti maka rakyat sepatutnya tahu apa yang hendak dilakukan dalam pilihanraya yang akan datang. Tidak payah lagi pemimpin-pemimpin pembangkang ke hulu ke hilir untuk menyaingi media perdana yang menyebelahi kerajaan yang berkuasa sekarang ini. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 26-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 27 Nov 2012 |
Ketua pemuda Umno yang tidak diberikan apa-apa jawatan penting dalam Kabinet Najib Razak, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kalah teruk di tangan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hasan dalam satu pengundian bebas yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO. Pengundian itu menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa di antara keduanya.
Dari jumlah 530 rakan Fb Merah Tinta MSO yang mengambil bahagian (mengundi), sebanyak 375 atau kira-kira 83.9% telah mengundi menyokong Nasruddin Hassan sementara sebanyak 35 orang mengundi Khairy kira-kira 7.8% saja.
Keseluruhan yang mengambil bahagian sebanyak 777 undi termasuk yang hanya
like sebanyak 241. Bagaimana pun hanya 530 undi saja dikira. Dari jumlah itu 447 undi yang sah dan selebihnya, 83 undi ditolak kerana rosak.
Yang berkecuali pula sebanyak 38 orang.
Pengundian itu dilakukan semalam dalam tempoh enam jam. Sambutan pengundian sungguh memberangsangkan dan ia menjadi satu mekanisme untuk mengetahui
mood anak-anak muda khasnya yang mesra
IT.
Kemenangan Nasaruddin itu menunjukkan anak muda khasnya yang menyertai Fb Merah Tinta MSO jauh mempercayai dan meyakini Nasruddin sebagai pemimpin anak muda. Ikrar dan tindakan Nasaruddin mengisytiharkan hartanya semasa muktamar Pas baru lalu serta saksiah Islamnya menarik perhatian ahli kelab.
Di kala ini fan page Merah Tinta MSO juga sedang berlangsung pengundian di antara dua tokoh NGO Mazlan Aliman (Anak) dengan Badrulhisham Shahrin (SAMM). Pengundian dibuka jam 7.00 petang tadi dan akan ditutup jam 1.00 pagi nanti.
Selepas ini pengudian akan membabitkan beberapa tokoh ternama NGO, agamawan dan politik selain dari Pas dan Umno ia juga termasuk PKR dan DAP. -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 27-11-2012
Saya baru sahaja selesai mendengar bahagian akhir ucapan Muhyiddin Yassin dalam upacara perasmian Perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka PWTC. Dewan yang penuh sesak itu tidak pula menampakkan kehadiran yang ramai di luar dewan. Ucapan Muhyiddin terganggu sekejap kerana kesampaian Wanita nombor satu negara, Rosmah Mansor, bagi memberikan penghormatan kepada isteri Perdana Menteri yang jelita itu.
Pada keseluruhan ucapan itu, ia tidak ada apa-apa perbezaan dan kelainan dari ucapan-ucapan pada tahun-tahun yang lalu. Hanya yang kita dapati perbezaannya ialah ucapan yang menumpukan hentakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar dan mengejek-ngejek PAS dan DAP.
Itu sememangnya biasa kerana kalau tidak melakukan hentakan kuat terhadap pembangkang ia bukanlah ucapan Muhyiddin atau pun Najib. Kalau tidak menghina pimpinan pembangkang mereka bukannya Najib atau Muhyiddin. Tetapi itu tidak mengapa. Dalam politik masa kini janganlah kita harapkan mereka hendak mengakui kebaikan yang telah dilakukan oleh PR dalam negeri-negeri yang ditadbir oleh pihak Pakatan Rakyat itu.
Apa yang amat mengaibkan sebagai pemimpin parti yang sudah matang dan berusia, ucapan itu dihamburkan kata-kata seolah-olah usaha Pakatan Rakyat untuk mendapatkan mandat itu adalah sebagai usaha jenayah dan seolah-olah pembangkang itu dipenuhi oleh binatang haiwan yang liar dan tidak langsung wajar hidup dan bernyawa di dunia ini. Muhyiddin telah menghina dan memberikan segala keburukan kepada pembangkang sedangkan ucapan itu diselang dan selikan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan hadith-hadith Nabi yang sohih.
Pembangkang dikatakan oleh Muhyiddin sebagai penentang agama, bangsa dan negara dan rakyat perlu untuk memberikan UMNO sekali lagi untuk mentadbir negara ini setelah mentadbir sejak negara mencapai kemerdekaan. Bagi Muhyiddin yang menjaga agama hanyalah UMNO tetapi Muhyiddin tidak pula menyebut bahawa rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan BN khususnya UMNO, sekarang ini merupakan tentangan secara ‘head-on’ dengan kehendak agama dan negara.
Muhyiddin sepatutnya menyeru ahli-ahli dan pimpinan UMNO supaya hentikan rasuah kerana rasuah itu lebih buruk dari membunuh dan disamakan sebagai orang yang memakan daging saudaranya sendiri oleh agama kita. Rasuah adalah perbuatan yang sehina-hinanya, malah rasuah merupakan penyebab utama kejatuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun manusia.
Ancaman Muhyiddin terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang itu menunjukkan yang UMNO begitu ‘desperate’ untuk terus berkuasa dan menganggap sesiapa yang mencuba untuk mengambilalih kuasa itu adalah kumpulan yang beliau anggap seperti binatang dan haiwan ternakan semata-mata, sedangkan parti-parti pembangkang itu adalah parti yang halal dan mempunyai hak untuk mencuba membetulkan apa yang telah di lakukan oleh BN sejak mentadbir negara secara terus-terusan selama ini.
Muhyiddin menuduh PR tidak mengotakan janji-janjinya kepada rakyat tetapi Muhyiddin tidak sedar janji-janji UMNO sejak mencapai kemerdekaan 55 tahun dahulu masih belum tercapai. UMNO masih gagal untuk meletakkan Melayu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa bukan Melayu tetapi Muhyiddin tidak malu-malu menuduh PR tidak melaksanakan janji-janjinya.
Kalau lah UMNO telah melaksanakan janji-janjinya selama ini, masakan orang melayu masih ketinggalan dalam serba serbi. Jika UMNO telah berjaya sebagai parti pemerintah masakan orang melayu masih diharapkan bersandar kepada UMNO untuk mendapatkan sesuap nasi setiap hari. Malahan anak-anak pemimpin besar negara seperti anak-anak Dr Mahathir masih bersandar dan menggunakan UMNO sebagai modal perniagaan sehingga menjadi ‘billionaire’ dan menjadi salah satu keluarga yang terkaya di dalam negara ini.
Jika UMNO benar-benar berjaya masakan Mirzan Mahathir mengambil hampir RM2 billion wang rakyat untuk menyelesaikan kegagalan perniagaannya. Tetapi Mahathir semasa berkuasa memandang hina kepada bangsanya sendiri kerana terlalu lazim menggunakan tongkat. Dr Mahathir meminta orang Melayu supaya berdiri dengan kepandaian sendiri dan membuang tongkat yang di sebut di dalam perlembagaan negara itu. Tetapi kenapa anak-anaknya sendiri menggunakan kuasa dan pengaruh UMNO untuk menjadi kaya raya.
Itulah sebabnya kadang-kadang saya sendiri tidak dapat mengawal emosi saya kerana apa yang diseru oleh Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu semuanya menggunakan tongkat iaitu UMNO. Muhyiddin tidak menyebut ini semua. Sebab apa? Kerana beliau tidak malu seolah-olah rakyat boleh dikotak-katikkan dengan seruan dan ucapan yang beremosi itu.
Muhyiddin seperti Najib juga. Beliau seolah-olah akan menjadi gila jika pembangkang mendapat kuasa dalam PRU ini. Bagi mereka-mereka ini hilang kuasa serupa seperti memasuki neraka sedangkan peralihan kuasa bergilir-gilir itu adalah mainan negara yang demokrasi. Apa yang Muhyiddin sebutkan dalam ucapan itu hanya menandakan sikap dan sifat UMNO yang tidak memahami yang demokrasi ini adalah pusaka bergilir dan bukannya hak kekal UMNO dan BN.
Bagi pimpinan UMNO jika kalah BN ia seperti dunia akan kiamat. Tetapi rakyat sudah memahami hakikat bahawa ada kehidupan selepas UMNO. Momokan yang 'tiada UMNO tiada Melayu' itu hanya terpakai semasa rakyat belum berfikir dan tidak nampak yang ‘there is life after UMNO’. Malahan ia adalah kehidupan yang lebih baik kerana pihak PR akan membina rakyat yang berfikir.
Rakyat yang berfikir sekarang ini faham yang Najib atau UMNO bukan untuk menyatukan orang Melayu tetapi untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang ‘subservient’ kepada UMNO. Penyatuan Melayu kepada UMNO ialah apabila orang melayu hanya tunduk dan menyembah UMNO dan tidak yang lain. Bagi Najib beliau mahukan rakyat menafikan segala-galanya melainkan UMNO, sama seperti orang mukmin yang sebenar-benarnya menafikan segala-galanya melainkan Allah swt. Pemimpin UMNO seolah-olah mahukan orang melayu Islam hanya menzuhudkan UMNO bukannya yang lain-lain.
Bagi pemimpin-pemimpin UMNO seperti Muhyiddin UMNO itu adalah parti yang akan memisahkan semua umat yang bangkit di yaumil mahsyar nanti dengan ahli-ahli UMNO kerana hanya ahli-ahli UMNO itu sahaja yang akan memasukki syurga Allah.
Sepatutnya Muhyddin bercakap tentang permasalahan dalaman yang sedang dihadapi oleh UMNO sekarang ini dalam mana beliau merupakan agen yang memecah belahkan UMNO sekarang. Ramai yang tidak mempercayai keadaan ini, tetapi tunggu sahaja lah apabila calon-calon UMNO diumumkan dalam PRU nanti. Keadaan dan masa akan membuktikannya.
Hanya satu yang perlu kita sedar apabila mendengar ucapan Timbalan Presiden UMNO itu: UMNO begitu gentar dengan Pakatan Rakyat dan kita juga melihat dengan mata hati yang UMNO sendiri sedang berpecah di setiap peringkat.
Bagi pihak Pakatan Rakyat, apa yang perlu dilakukan sekarang hanya beristighfar banyak-banyak semasa menghadapi serangan iblis dan syaitan yang tidak mahu kita bersatu dan berpadu di luar UMNO dan BN ini.
Sumber HD - 28-11-2012
http://msomelayu.blogspot.com/, | 28 Nov 2012 |
ULASAN
Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin alis Udin anak Yassin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.
|
Muhyiddin: Hanya hero Pak Pandir. |
Dirasakan tidak ada masa untuk Udin bersenda ataupun memukul dan memburuk pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Udin juga akan memberi sesuatu buah fikiran, formula untuk menang atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga dibayangkan ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan-keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.
Udin anak Yassin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan di dalam pilihan raya umum kelak. Masing-masing sudah membuat ketetapan parti mana yang hendak dipangkah. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului membuat kesimpulan berbanding orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas dengan adanya internet, tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.
Justeru saya mengira beliau akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang dan apa juga persoalan terhadap kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah, penglibatan anak seorang menteri dengan jenayah, dan macam-macam lagi.
Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan UBN tidak adil atau pun mengkhianti bangsa dan negara. Pendedahan ribuan ekar tanah rezab Melayu yang diambil untuk pembangunan tidak diganti sampai kini, begitu juga dengan pengambilan tanah-tanah kerajaan yang bernilai komersial di ibu kota diberikan kepada syarikat kronis dengan harga murah untuk dimajukan; ia memerlukan penjelasan dan ketegasan dari kerajaan. Mungkin ahli Umno terdiri dari pemuda dan puteri apa lagi wanita yang hanya tahu menyanggup, tidak mempertikaikan itu tetapi macam mana dengan orang atas pagar?
Isu-isu itulah yang perlu diungkit atau dicuit oleh Udin untuk mendapat perhatian dan diberikan reaksi kemudian dibahaskan di dalam sidang masing-masing nanti. Tetapi sayang isu-isu atau perkara pokok yang menyentuh pemikiran umum itu tidak tersebut langsung oleh Udin. Apabila Udin mendiamkan isu-isu itu ia seolah-olah mahu menyembunyikan isu-isu yang sedang menjadi suluhan rakyat itu dari dibahas. Ternyata tindakan itu tidak bijak dan merupakan kelemahan dunia akhirat Udin kerana semua isu itu telah tersumbat kesekian lama dalam kepala orang ramai termasuk juga yang mendengar ucapannya di PWTC dan mereka memerlukan penghuraian secara langsung mengenainya. Apabila ia tidak disentuh orang juga menganggap Udin juga sebahagian orang Umno yang 'berpolot' dengan isu-isu berkenaan.
Begitu juga masalah perubahan besar sokongan orang bukan Melayu khasnya Cina sepatutnya menjadi fokus kepada Udin anak Yassin di dalam ucapannya. Beliau tidak saja setakat mendakwa sokongan Cina dan India sudah pulih tetapi perlu mengemukakan bukti dan faktanya. Tanpa fakta orang hanya boleh mengangguk kepada Udin tetapi tidak mempercayainya.
Lantaran itu beliau perlu mengajak perwakilan Umno bagaimana untuk menyakinkan kepada konsep pembahagian kuasa yang cuba hendak ditonjolkan itu. Setakat menyebut Umno melaksanakan konsep pembahagian kuasa ia tidak mencukupi tanpa dihurai dengan bukti-bukti ataupun bukti dan dalil pengikhtirafan dari orang Cina, India dan kaum ethnik lain.
Orang Cina sudah lama memerhati dan merasai sejauh mana kebermaknaan konsep berkenaan. Konsep berkongsi kuasa yang dijulang Umno itu diperiksa oleh mereka. Kenapa mereka lari dengan menyokong PR dalam pilihan raya lalu ialah kerana kepincangan dan konsep itu yang tidak dapat memenuhi kehendak mereka. Umno hanya pandai menyebut dan mengarapkan konsep yang itu tetapi tidak jujur dalam melaksanakan. Orang Cina juga sedar kalau semasa Melayu Umno tindas dan tipu apa lagi mereka.
Apa yang berlaku ke atas rakyat Kelantan adalah satu dalil besar kepada orang Cina untuk melihat sejauh mana
validnya konsep kongsi kuasa berkenaan dan keadilan kerajaan ditulangi Umno. Penganiayaan dilakukan ke atas Kelantan senantiasa dipantau oleh orang Cina. Selamanya mereka melihat itu sebagai bukti kesadisan dan kesombongan politik Umno.
Lantaran itu apabila Pakatan Rakyat membentang ekonomi yang adil, pemilikan harta dan khazanah negara yang sama rata, bermaufakat untuk masa depan negara tanpa meninggalkan asas-asas utama perjuangan Melayu; membela agama, mempertahankan bangsa dan menjaga negara, orang Cina berduyung-duyung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mereka sudah tentu merasa sangsi kepada Pakatan Rakyat tetapi atas dasar tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, nampaknya mereka sudah nekad.
Peralihan dan kepercayaan orang Cina kepada Pakatan Rakyat juga dijana oleh kekuatan dan politik Pas yang mengambil Islam sebagai dasar. Kesuksesan kerajaan Pas di Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz mengubah persepsi mereka terhadap Pas dan Islam itu sendiri. Di sini mereka mengukur mana yang sahih di antara Islam Pas dengan Islam disebut Udin anak Yassin. Konsep Islam tidak menganiaya, tidak menipu, tidak rasuah sudah mulai difahami oleh orang Cina.
Permasalahan dan fenomena itulah yang sepatutnya dilontarkan Muhyiddin di dalam ucapannya selama lebih satu jam itu. Tetapi malang ucapan beliau tidak membawa apa-apa pembaharuan dan tidak beresipi baru. Walaupun sesekali beliau cuba selitkan dengan jenaka, pantun dan penegasan tetapi ia tidak sedikit pun menyengat dan menggugah minda umum dan sangat longgar.
Bagi mereka yang menanti sesuatu dan ada kejutan amat kecewa dengan ucapan itu. Apa yang dilontar oleh Udin itu adalah isu-isu yang sudah digental dan digumpal oleh media massa PB sejak berbulan-bulan lalu. Udin hanya mengulangi dan membaca perkara yang sama dan sudah pun dijeluaki oleh orang ramai.
Mendengar ucapan Udin membelasah, meremeh dan menyinis Pas dan PKR tadi, khasnya Anwar Ibrahim tak ubah seperti membaca keratan-keratan akhabr lama
Utusan Malaysia dan
Berita Harian yang ditampal di papan kenyataan di ibu pejabat Umno. Semua benda, iaini serangan ke atas Pas dan Anwar itu sudah pun ditulis beribu kali oleh media massa PB. Teks ucapan itu bolehlah dianggap sebagai kompilasi berita-berita fitnah dan liar dari Utusan dan Berita Harian semata-mata.
Menyimpul ucapan Udin anak Yassin itu ia memberikan rasa selesa untuk Pas dan Pakatan Rakyat. Pas dan Pakatan Rakyat boleh tidur lena kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan bentuk idea, fromula serangan baru diberikan Udin. Bagi saya tidak sampai 5% orang yang berdiri di luar dewan PWTC itu tertarik dan merenung apa yang dilontarkan oleh Udin anak Yassin, apa lagi untuk diwacanakan esok harinya. Sebaliknya apabila beliau membelasah Pas, membelasah Anwar, mungkin itulah menyebabkan ada perwakilan menguap dan menggeleng-gelengkan kepala menghalau ngantuk menyebabkan orang akan menyifatkan politik Udin membenih dari politik bapa Mahafirau yang dijadikan idolanya... iaitu berdendam dan mengamalkan politik syaitan.
Pengkahiran ucapannya dengan berdoa dan laungan takbir tiga kali tidak juga menyentuh jiwa dan perasaan dan membuatkan orang merasakan Udin jauh Islamik dari Najib. Bahkan apa dibuat itu nampak janggal dan sumbang kerana ia dilafazkan dengan rasa penuh kemunafikan. Kandati malam ini Udin boleh tarik selimut kerana dia sudah melaksanakan tanggungjawab sebagai timbalan presiden yang ditradisikan itu iaini kena merasmikan perhimpunan tiga sayap parti. Dan malam ini dia telah melakukan tanpa ada apa-apa getaran dan keterujaan kehebatan ideanya sebagai seorang ahli politik harapan masa depan.
Udin hanya sebagai Muhyiddin yang menjadi hero pandir kepada Mahathir kerana sanggup patuh kepada suruhan Mahathir agar membuat kenyataan supaya Abdullah BAdawi berhenti. Itu saja. Lusa kita dengar pula apakah kejutan dan idea baru dari Najib RAzak, atau ianya lebih kurang sama saja nada dan subjek yang akan dilontar.
[wm.kl11:00 pm 26/11/12]
Sumber HD - 28-11-2012
Dr Mujahid Yusof, | 28 Nov 2012 |
Kebangkitan rakyat Mesir menggulingkan Hosni Mubarak dibayar dengan harga yang tinggi. Ramai yang terkorban akibat keganasan saat akhir regim Hosni Mubarak terdesak untuk mempertahankan kuasa.
Setelah berbulan bertahan di Tahrir Square, akhirnya tumbanglah regim Mubarak yang memerintah Mesir hampir 30 tahun.
Namun era baru tidak menjanjikan jalan mudah yang diharapkan kerana cabaran post-revolusi ialah memastikan proses pendemokrasian berjalan dan adalah paling utama revolusi rakyat membuka jalan untuk proses pilihanraya yang adil dan dan bersih.
Setelah melalui berbagai halangan khususnya berhadapan dengan kuasa tentera yang masih menguasai pentadbiran negara Mesir, satu pilihanraya Presiden yang demokratik berjalan dan akibatnya Dr Mohd Morsi telah memenangi pilihanraya tersebut.
PRESIDEN TANPA KUASA
Walaupun Morsi menang bergaya dalam pemilihan yang demokratik, Presiden Mesir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa kerana beliau gagal membentuk Parlimen memandangkan kuasa tentera masih lagi merupakan kuasa tertinggi yang boleh membubarkan Parlimen.
Kuasa kehakiman juga masih terhad dan banyak perkara yang tertunggak dalam tuntutan rakyat tidak dapat dilaksanakan umpamanya penghakiman ke atas pembunuhan demonstran oleh pasukan polis, penghapusan kuasa tentera dan penggubalan perlembagaan baru bagi memberi laluan parlimen berfungsi secara bebas.
Presiden tanpa kuasa adalah jolokan terbaik yang diberi kepada Morsi dan oleh kerana itu Morsi memerlukan mekanisma untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat melalui pendemokrasian sistem pentadbiran negara yang berterusan.
Tapi soalannya bagaimana Presiden Mesir dari Ikhwan itu harus melakukannya?
AMBIL KUASA UNTUK BERI KUASA
Morsi melihat keadaan ini tidak boleh berterusan dan kerana itu beliau terpaksa melakukan sesuatu yang berisiko tinggi dengan mengambil kuasa imuniti dalam mengembalikan dan memudahkan aturcara pendemokrasian berjalan lancar.
Tindakan Morsi terdedah kepada persepsi menyegar semulakan kediktatoran dan mengkhianati revolusi kebebasan rakyat.
Memang benar, hari ini dan minggu sebelumnya Medan Tahrir kembali berdengung dengan bantahan terhadap tindakan yang dibuat oleh Morsi.
Presiden Mesir telah meminta kepada Parlimen supaya diberi kepadanya kuasa imuniti dalam keputusan-keputusan yang dibuatnya untuk tujuan-tujuan berikut.
Pertama, memulakan semula kes-kes mahkamah terhadap penjenayah revolusi rakyat, kedua, kuasa untuk membentuk parlimen baru dan ketiga melantik Peguam Negara dan memberi kuasa kepadanya bagi membentuk jawatankuasa penggubalan perlembagaan.
Setelah selesai semua urusan, Presiden berjanji untuk mengembalikan kuasanya semula kepada Parlimen yang mewakili hasrat revolusi rakyat.
JALAN SUKAR
Ketika Morsi menang, seluruh kelompok dan arus tidak mempertikaikan kemenangannya kerana ia menang melalui peti undi yang berjalan secara telus, bersih dan adil.
Namun hari ini sebahagian besar kelompok liberal-sekular dan hak asasi manusia tidak bersama Morsi dalam langkah berisiko tingginya.
Pesaing calon Presiden beliau seperti Amru Musa dan El Baradai menganggap tindakan Morsi kali ini boleh membawa kepada kediktatoran baru malah ada yang mengatakan beliau mengkhianati revolusi rakyat.
Parti Keadilan dan Kebebasan serta rakan-rakannya dari Parti Nur dan Parti Pembangunan bersetuju dengan hasrat Morsi bagi mengembalikan kuasa rakyat melalui keputusan Presiden yang diberi imuniti sementara.
MESIR TERUS BERGOLAK
Pada saat artikel ini ditulis Medan Tahrir semakin membengkak dengan kehadiran beribu-ribu demonstran.
Ikhwan dan rakyat yang menyokong mulanya mahu mengadakan perhimpunan besar bagi menyatakan sokongan kepada Morsi namun bagi mengelakkan ketegangan, organisasi yang paling berpengaruh dan paling tersusun itu membuat keputusan membatalkan niat tersebut.
Kemelut post revolusi akan terus menghantui usaha pendemokrasian di Mesir dan Morsi ditakdirkan menjadi Presiden pertama yang akan memastikan ianya berlaku, bagi sesetengah pihak mereka belum meyakininya.
*Penulis adalah bekas pelajar di Mesir. Beliau kini adalah anggota Parlimen Parit Buntar.
Sumber HD - 28-11-2012
Mohd Sayuti Omar, | 28 Nov 2012 |
SUSUPAN PETANG
Pendedahan bekas IGP Musa Hassan kononnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein mencampuri urusan polis sesutau yang serius dan patut mendapat perhatian persidangan agung Umno yang bersidang waktu ini.
Pendedahan itu tidak boleh dianggap satu pengkhianatan tetapi maklumat yang wajar didedahkan kerana persidangan Umno yang dalam rangka memperkuatkan partinya untuk menang patut menanganinya bagi menjaga maruah dan air muka kerana dakwaan itu melibatkan pemimpin kanan mereka.
Sekiranya dakwaan Musa itu benar, perbuatan Hihammuddin itu sesuatu yang mencemarkan integriti kerajaan UBN dan menjatuhkan maruah kerajaan itu di muka dunia. Hishammuddin ialah salah seorang naib presiden Umno dan sepupu kepada Najib Razak.
Musa Hassan hari ini dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya ketika menjawab pertanyaan wartawan mendakwa bahawa pasukan polis semasa di bawah pimpinannya berdepan dengan campur tangan Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein.
Menurutnya campur tangan berbentuk arahan dibuat oleh Hishammuddin kepada pegawai junior dan seorang ketua polis daerah tanpa pengetahuannya.
Tindakan Hishamuddin itu menurut Hasan bersalahan dengan Seksyen 4 (1) Akta Polis (1967) yang membenarkan hanya beliau (IGP) saja yang boleh memberi arahan kepada pegawai bawahan.
Katanya dia sudah memberi tahu kesalahan dan percanggahan kepada Hishammuddin tetapi tidak dihirau dan kurang bersetuju dengannya. Menurut Musa salah satu sebab kenapa beliau tidak disambung kontrak sebagai Ketua Polis Negara untuk kali kedua adalah disebabkan keberaniannya menegur menteri dalam negeri itu.
Sangat elok kalau para perwakilan Umno membangkitkan soal tindakan Hishmmuddin itu kerana ia jelas melakukan sesuatu yang bertentangan dengan prinsip dan Akta Polis. Sepatutnya NGO seperti Perkasa(M), Jaringan Melayu dan sebagainya membuat laporan polis dan kepada SPRM apa yang berlaku itu.
Perwakilan Umno yang mengakui partinya sebagai sebuah parti yang telus, berjuang untuk bangsa dan negara tidak boleh mendiamkan perkara ini. Ahli Umno jangan berani dan tahu menuding jari kepada pihak lain saja tetapi hendaklah berani mengambil tindakan sama kepada pemimpin dan ahlinya sendiri.
Kalaupun tidak ada yang berani untuk mendesak Hishammuddin ditangkap tetapi kenalah ada seorang dua yang mendesak ditubuhkan jawatankuasa siasatan khas mengenai dakwaan Musa Hassan itu. Adalah malang lagi kalau campur tangan dimaksukan Musa itu melibatkan soal keselamatan negara misalnya seperti melindung penjenayah negara.
Dalam pada itu Musa Hassan hendaknya tidak setakat memberi maklumat itu, sebaliknya perlu mendedahkan seberapa banyak kesalahan, kes-kes kacau ganggu Polis Diraja semasa beliau menjadi ketuanya. Hanya mendedahkan itu untuk menjustifikasikan kenapa beliau tidak disambung kontrak kurang menyengat.
Pendedahan Musa itu juga sesuatu yang mengejutkan dan membuka isu baru dalam pasukan Polis DiRaja Malayisa yang sering dilemparkan sebagai komponen BN yang ke-17 selepas SPR (15) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN 16). -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 28-11-2012
Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 29-11-2012
Harakahdaily, | 02 Dis 2012 |
(Keputusan bancian antara PAS dan Umno))
KUALA LUMPUR: Hanya 11 peratus dari pembaca laman web Sinar Harian Online yakin Barisan Nasional (BN) akan menguasai kembali 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat selepas pilihan raya umum akan datang.
89 peratus dari pembaca mereka pula memilih PAS dalam pilihan raya umum akan datang berbanding Umno.
Inilah dua keputusan yang dicapai melalui bancian yang dibuat oleh Sinar Harian hari ini.
(Bancian tentang majoriti 2/3 oleh Sinar)
Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) yakin BN akan mendapat kemenangan 2/3 dalam Dewan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang jika ahli Umno bersatu.
Dalam bancian pertama, Sinar Harian bertanya, "Anda yakin Barisan Nasional akan menguasai kembali kerusi 2/3 di Parlimen pada PRU 13?"
Peserta bancian itu menjawab, Saya yakin 11 % (117), Saya tidak yakin 82 % (862) dan saya tidak pasti 6 % (67).
Keputusan ini dicapai ketika jumlah yang menyertai bancian ini adalah 1046.
(Bancian tentang sokongan antara BN dan PR)
Dalam satu lagi bancian, Sinar bertanya, "Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika ada seorang pengundi, parti pilihan anda?:
PAS 89 % (918), Umno 11 % (115). Peratusan ini dicapai ketika jumlah peserta bancian ini adalah 1033 peserta.
Dalam bancian yang dibuat oleh Sinar juga, 88 peratus (951) pesertanya memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional hanya 12 peratus (129).
Keputusan ini dicapai ketika jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam bancian ini adalah 1080 orang.
Sumber HD - 2-11-2012
Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis? Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya. Akan tetapi terdapat beberapa kajian untuk membuktikan kebalikan dari keyakinan orang-orang jahil tersebut.
Dalam al-Quran menyebutkan bahawa menangis adalah sifat yang baik namun dengan syarat bahawa menangis itu kerana rasa takut kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Beberapa pakar psikologi melontarkan satu idea "Perubatan Dengan Menangis"
Seperti dilaporkan dari laman Al-Sofwa, satu penyelidikan dilakukan oleh para penyelidik AS dan Belanda menemui kebaikan di sebalik menangis bahawa kebanyakan orang merasakan bertambah baiknya perasaan mereka setelah menangis dan pada saat yang sama, hanya satu orang dari 10 yang keadaanya adalah buruk selepas itu (selepas menangis ).
Ahli psikologi dari University of South Florida, AS dan Universiti Tilburg, Belanda mendapati bahawa orang yang menangis dan mengeluarkan air matanya merasakan bertambah baiknya perasaan mereka.
Sebaliknya, tercatat bahawa sekitar satu pertiga daripada 3,000 orang yang mengikuti kajian tersebut, perasaan mereka tidak baik selepas menangis. Hasil kajian ini diterbitkan dalam American Journal of Psychology - mengaitkan antara manfaat menangis dengan tempat dan waktu menangis tersebut. Kajian ini melihat bahawa menangis memberikan kesan menenangkan, seperti pernafasan yang menjadi lambat dan hal ini dapat mengurangkan kadar denyutan jantung. Para penyelidik menganggarkan bahawa hal inilah menyebabkan mengapa manusia mengingat perkara yang positif selepas menangis dan menghidari perasaan tegang.
Para penyelidik melakukan penyelidikan mengenai tangisan di makmal dan mereka mendapati bahawa kebanyakan hasilnya adalah perasaan yang buruk. Mereka merumuskan bahawa sebabnya adalah keadaan tegang, imaginasi dan pemantauan. Hal-hal demikian akan menimbulkan perasaan-perasaan negatif yang menghalang kebaikan yang positif berkaitan dengan menangis.
Kajian ilmiah ini menguatkan apa yang ada dalam kajian sebelum ini, tentang manfaat menangis yang dirasakan oleh para penyelidik di bidang psikologi. Namun para penyelidik tersebut tidak mengetahui cara menangis yang betul dan berkesan!
Menangis kadang-kadang boleh menjadi ubat untuk banyak penyakit, tetapi dengan syarat bahawa tangisan tersebut disebabkan rasa takut kepada Allah. Dan itulah yang dikhabarkan al-Quran, dengan firman-Nya ketika menceritakan tentang orang-orang beriman yang khusyuk 'yang hati mereka merasakan pengaruh dari firman Allah, apa reaksi mereka? Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman tentang mereka:
"Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Surah al-Israa' : ayat 109)
Lihatlah bagaimana penjelasan Ilahi ini mengaitkan antara menangis dengan khusyuk. Maka kedua-duanya adalah cara yang terbaik untuk mengubati penyakit mental.
Menangis disebabkan rasa takut kepada Allah menambah kekhusyukan dan ketakutan kepada Allah pada diri seorang yang beriman, dan membuatnya lupa kepada kesedihan, dan kebimbangan-kebimbangan lain.Mengapa hal ini terjadi? Orang yang dipengaruhi oleh firman Allah dan membayangkan kegerian hari kiamat serta mengingat kebesaran Sang Pencipta, nescaya akan dapat menghindari masalah dan kesedihan yang dihadapinya sehingga dia lupa akan masalahnya.
Ini adalah langkah pertama dalam proses menyelesaikan masalah apapun yang dihadapi iaitu dengan melihat masalah ini sebagai sesuatu yang remeh dan boleh diselesaikan sehingga dengan demikian dia akan mudah menyelesaikan masalah tersebut. Perkara ini telah ditegaskan oleh pakar psikologi dan program neuro-linguistic tentang penyelesaian masalah dan kesukarannya.
Oleh itu, Allah menyebutkan berkaitan "menangis" pada beberapa ayat di dalam al-Quran. Dia menjadikannya sebagai tempat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan sebagai indikasi kejujuran seorang mukmin takutnya kepada Sang Pencipta, Yang Maha Berkuasa. Allah berfirman:
“Maka patutkah kamu merasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)? Sedang kamu adalah orang-orang yang sombong angkuh, lagi yang melalaikan kewajipan? Oleh hal yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah (yang telah menurunkan Al-Quran itu) dan beribadatlah kamu kepada-Nya (dengan sepenuh-penuh tauhid).”(Surah An-Najm: ayat 59-62)
Maka dalam nas al-Quran ini, Allah memerintahkan kita untuk menangis kerana takut kepada-Nya dan agar kita menjauhi perkara sia-sia serta menjauhi banyak ketawa. Hal itu tidak menghalang kita daripada tersenyum yang juga tergolong sebagai ubat (untuk mengubati kesedihan dan masalah).
Sesungguhnya menangis,khusyuk dan doa adalah resipi yang bagus untuk mengubati ketegangan jiwa. Kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita termasuk antara golongan yang Allah berfirman tentang mereka:
"... Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami. " (Surah al-Anbiyaa : ayat 90)
Oleh itu, perlunya kita pada zaman ini berdoa, khusyuk, dan tangisan yang disebabkan kerana rasa takut kepada Allah.
Semoga Allah melepaskan kesedihan kita dan memberikan kesabaran kepada kita kerana tidak ada pemberian daripada Allah yang lebih luas berbanding kesabaran sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
http://detikislam.blogspot.com
Sumber HD - 3-12-2012
Harakahdaily, | 03 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: “Saya mendapat puluhan sms dari perwakilan UMNO itu sendiri sambil mengejek-ngejek ucapan pimpinan besar mereka dalam perhimpunan agung itu sendiri,” tulis Aspan Alias di dalam blognya.
Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana orang di luar UMNO hendak meyakini parti itu lagi.
Berikut tulisan penuh beliau di dalam blog
http://aspanaliasnet.blogspot.com/ semalam.
UMNO bercanggah-canggah pemikirannya dan bercelaru arahnya. Perhimpunan agungnya yang tamat semalam akhirnya benar-benar menunjukkan parti itu sudah tidak boleh diterima kata-kata mereka yang bersalah-salahan maksudnya dalam satu ucapan. Pangkal ayatnya lain hujung ayatnya lain.
Pada keseluruhannya UMNO tidak mempunyai perkara baru dalam Perhimpunan Agungnya selain daripada mengugut dan menakut-nakutkan sesama sendiri sambil berucap bergegar-gegar sehingga hampir pecah Dewan PWTC itu. Perhimpunan itu sahajalah tempat UMNO mengumpulkan ahli-ahlinya kerana ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan tidak akan mampu mengumpulkan orang walaupun dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan masing-masing.
Dalam mesyuarat agung cawangan-cawangan parti itu hampir 60% dari mesyuarat itu tidak cukup korum dan minit-minit mesyuaratnya tidak melambangkan keadaan sebenar dalam mesyuarat-mesyuarat tersebut. Seperti biasa perhimpunan itu merupakan medan memaki hamun Pakatan Rakyat dan yang paling hebat dikutuk ialah parti DAP dan PAS. UMNO tidak dapat menerima kerjasama DAP dan PAS serta kehadiran Anwar Ibrahim di dalam politik tanahair yang mengamalkan sistem demokrasi, acuan Dr Mahathir itu.
Perhimpunan itu penuh dan sarat dengan ucapan menakut-nakutkan orang Melayu kononnya jika Pakatan Rakyat mentadbir negara, orang Melayu akan hilang politiknya, akan hilang Raja-Raja Melayu, akan hilang agamanya dan akan hilang segala-galanya. Dalam beretorik mengakui UMNO sebagai parti untuk perpaduan nasional, tidak pula mereka (UMNO) dapat mengenepikan sikap suka memecah-belahkan perpaduan yang sedang giat diusahakan oleh PAS dan DAP serta peranan PKR dalam mencapai cita-cita murni itu.
UMNO masih memainkan lagu lama seperti menyanyikan lagu Momok Latif dari hari pertama sehinggalah hari terakhir perhimpunan itu semalam. Di Perhimpunan ini sahajalah Najib dapat bercakap besar tetapi Najib sendiri tidak berani bercakap dan berbahas dengan pihak pembangkang di ‘common platform’ untuk penyelesaian isu-isu yang berbangkit. Najib hanya bercakap di atas pentas yang PR tidak dapat menjawab isu-isu yang dibangkitkan serta merta. Najib hanyalah sebagai burung yang terbang dan hinggap di dahan kayu buat sementara meninggalkan tahinya di dahan-dahan tempat ia hinggap.
Isu Melayu akan hilang di dunia ini merupakan isu biasa yang disebut-sebut, kononnya Melayu akan hilang di dunia ini jika PR memerintah. Tetapi Najib tidak sedar yang Melayu telah hampir hilang dunianya, dan jika BN terus mendapat mandat, keadaan bangsa Melayu yang sepatutnya menjadi perjuangan UMNO akan hilang segala ‘competitiveness’ sedangkan bangsa lain telah jauh maju tanpa apa-apa masalah besar dengan parti atau badan siasah yang memperjuangkan hak mereka. Melayu akan terus terkongkong dengan penjara UMNO yang tidak mungkin membenarkan Melayu berfikir dan bertindak mengikut kemampuan mereka yang ada.
UMNO telah membunuh Melayu terus-terusan dengan tidak membenarkan Melayu menjadi ‘competitive’ dan hanya diminta mendagu kepada UMNO semata-mata. Najib tidak sedar yang UMNO mempunyai 3.2 juta ahli sedangkan orang Melayu mempunyai jumlah penduduk melebihi 19 juta orang. 15 juta orang Melayu dan Bumiputra tidak menjadi ahli UMNO tetapi mereka hidup juga di dalam dunia ini.
Laungan orang Melayu akan hilang segala-galanya tidak relevan lagi kerana UMNO itu sendiri sudah tidak relevan lagi. Laungan yang Melayu akan hilang tanpa UMNO itu merupakan isu meleset kerana di Kelantan UMNO boleh disifatkan parti yang sudah mati, tetapi orang melayu masih hidup segar bugar dan tidak pula kita mendengar di Kelantan orang Melayu mati bergelimpangan di Kota Bharu, Pasir Mas dan di daerah-daerah lain di negeri itu.
Sekarang di Kedah UMNO boleh dikatakan sebagai mati yang hampir pupus tetapi sejak PAS memerintah negeri itu adalah salah satu negeri yang mendapat pujian dari Ketua Audit Negara sebagai negeri yang ditadbir dengan baik dan orang Melayu masih bernafas malahan lebih lega dari masa UMNO memerintah negeri itu. Tidak payah kita sebut Selangor dan Pulau Pinang kerana semua orang sudah tahu yang kedua-dua negeri itu menjadi negeri yang paling maju dan kedua-dua negeri ini menyumbang 40% dari pendapatan Persekutuan kita ini.
Sebenarnya UMNO sudah kehabisan modal. Justeru yang hanya tinggal yang boleh dijadikan isu hanyalah dengan menakut-nakutkan orang Melayu sahaja.
Saya teringat bagaimana orang tua-tua dahulu menakut-nakutkan anak-anak dan cucu-cucu mereka, kononnya jika bersiar-siar di waktu petang yang menghampiri maghrib, kita akan berdepan dengan syaitan-syaitan dan hantu jembalang. Anak-anak muda semasa itu semuanya percaya. Tetapi hakikatnya orang-orang tua dahulu hanya mahu anak-anak mereka duduk di rumah waktu itu kerana tidak mahu anak-anak mereka meninggalkan solat maghrib. Begitulah UMNO yang menakut-nakutkan orang Melayu dalam perhimpunan agung itu.
Sebenarnya mereka mahukan Melayu tetap mengundi dan menyokong mereka kerana takutkan kuasa yang ada di tangan mereka hilang dan terus merompak dan melanun khazanah negara kita ini. Itu sahaja. Itulah sebabnya dalam posting saya yang sebelum ini saya menyebut yang memisahkan kuasa dari UMNO itu ibarat memisahkan kulit dengan daging kita. UMNO amat perit untuk menerima hakikat yang parti itu akan tumbang dalam pilihanraya kali ini. Mereka tidak dapat menerima semua pihak berhak untuk mentadbir negara ini dengan dasar-dasarnya sendiri.
Maka itu sebabnya di dalam demokrasi rakyat berhak untuk menggilir-gilirkan pentadbiran negara mereka. UMNO tidak mahu rakyat tahu yang jika PR diberikan mandat kali ini, mereka boleh kembalikan kuasa kepada UMNO dalam pilihanraya yang berikutnya. Sebab apa UMNO takut? Jawapannya ialah kerana mereka takut tidak akan mampu untuk bangun kembali jika PR memerintah kerana UMNO merupakan parti pemalas dan tidak mahu berusaha untuk memperbaiki diri mereka walaupun jika parti itu sudah terdampar di hadapan mata rakyat.
UMNO tidak seperti PAS yang mana ahli-ahlinya mampu berdiri di atas kaki sendiri. Itu sebabnya saya menganggap PAS seperti ayam kampung yang boleh mencari makan sendirian. Tetapi sebaliknya UMNO itu ibarat ayam daging yang sentiasa mematukkan makanan siang dan malam dengan senang. Itu sebabnya jika ayam daging dikeluarkan dari reban mereka ia akan mati dalam tempoh dua hari sahaja kerana tidak mampu mencari makanan sendiri.
Tindakan menakut-nakutkan orang Melayu oleh UMNO itu adalah taktik yang sudah tidak laku lagi walaupun di kalangan ahli-ahli UMNO itu sendiri. Saya mendapat puluhan sms dari perwakilan UMNO itu sendiri sambil mengejek-ngejek ucapan pimpinan besar mereka dalam perhimpunan agung itu sendiri. Bagaimana orang di luar UMNO hendak meyakini parti itu lagi?
UMNO mesti bersedia untuk menjadi pembangkang yang baik. Tetapi nampaknya UMNO sudah belajar menjadi pembangkang sekarang ini jika kita ikuti perhimpunan itu. Mereka mengata PR seperti pihak yang membangkang. Kalau sudah berlatih untuk menjadi pembangkang itu, insyaallah mereka akan menjadi pembangkang yang baik. Ciri-ciri sabagai pembangkang itu amat jelas terpapar di dalam perhimpunan agung parti itu dan kita akui yang UMNO akan menjadi pembangkang yang berguna di Dewan Legislatif Persekutuan dan DUN-DUN selepas pilihanraya ini.
Masalahnya UMNO kini dipimpin oleh mereka yang tidak tahu apa-apa tentang UMNO itu. Mereka berfikir inilah cara UMNO yang sebenarnya tetapi itu semuanya salah belaka. UMNO telah mengubah paksi perjuangannya sejak Dr M mengambil alih pimpinan dan acuan itu sudah menjadi acuan yang diguna pakai pada masa ini.
Itulah sebabnya rakyat terpaksa mengubah acuan kali ini kerana acuan itu sudah dimamah zaman dan perlu diubah.
Sumber HD - 3-12-2012
Harakahdaily, | 03 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: 53 peratus akan melompat parti manakala 31 peratus lagi akan sabotaj Umno jika mereka tidak terpilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang.
(Keputusan bancian yang dibuat oleh Sinar pada jam 6.30 petang)
Keputusan ini dicapai dari 7,894 perserta bancian Sinar Harian selepas ditanya soalan yang diandai Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika menggulong perbahasan di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2012 kelmarin.
Dalam bancian itu, Sinar bertanya kepada pelayarnya, "Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda"
Lima pilihan jawapan diberikan sebagaimana diberikan oleh Najib Sabtu lepas.
Solan-soalan itu adalah:
1) Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon: 6 % (473)
2) Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon : 2 % (194)
3) Tidak akan kerja masa PRU13 : 7 % (558)
4) Saya akan sabotaj Umno-BN: 31 % (2482)
5) Saya akan lompat parti: 53 % (4187)
Jumlah Undian: 7894
Semasa membuat ucapan penggulongan semalam, Najib membuat soalan cepumas itu kepada perwakilan Umno.
Ketika itu, tidak ada sikap yang jelas di kalangan perwakilan kerana tidak ada bancian yang dibuat.
Berdasarkan bancian Sinar yang dibuat mulai semalam itu, hanya 6 peratus atau 473 peserta bancian sahaja yang berkata "Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon."
Hanya 2 peratus pula yang berkata "Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon".
Manakala 7 peratus berkata, "Tidak akan kerja masa PRU13".
Kesemua jawapan ini memberikan serangan saikoloji yang kuat kepada Umno khasnya Najib yang membuat semua andaian itu.
Sumber HD - 3-12-2012
Perhimpunan Agung UMNO yang baru selesai pada 1 Disember 2012, mudah bagi kita untuk merumuskannya dan apa yang berlaku dalam perhimpunan itu sangat tepat dengan apa yang kita telah tahu selama ini.
UMNO itu sungguh tertekan dan akan menghadapi pilihanraya yang paling getir dalam sejarah parti itu. Segala apa yang berlaku dalam perhimpunan itu merupakan satu manifestasi yang jelas tentang tekanan yang parti itu hadapi.
Setakat ini UMNO telah melakukan banyak usaha untuk mendapatkan keyakinan rakyat dan salah satu dari perkara yang dilakukan ialah berbai’ah di depan Dr Mahathir supaya ahli-ahli parti tidak melakukan sabotaj terhadap calon-calon BN. ‘Initiative’ yang dilakukan oleh Mahathir memanggil pemimpin-pemimpin Bahagian UMNO di seluruh negara untuk berjanji dan bersumpah tidak mensabotaj parti itu menunjukkan yang sabotaj-mensabotaj calon merupakan masalah yang terbesar dalam UMNO.
Jika berbai’ah itu di jadikan sebagai salah satu usaha besar untuk bertahan, maka itu sekali gus membayangkan kepada kita UMNO sudah terlalu hampir kepada kekalahan. Jika isu sabotaj-mensabotaj itu tidak besar masakan tindakan bersumpah itu di jadikan usaha yang dilakukan oleh pemimpin besar yang pernah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Tindakan bekas PM ini memanggil pimpinan bahagian untuk bersumpah itu juga mengiyakan apa yang di pandang oleh rakyat yang Mahathir merupakan orang yang paling takut jika UMNO itu jatuh. Sebab beliau merasa takut itu boleh lah tuan-tuan agak dan agakan saudara-saudara itu tidak mungkin salah.
Kenapa sampai bersumpah?
Kalau parti itu (UMNO) kuat dan mendapat sokongan, apa yang perlu bersumpah-sumpah itu? UMNO sepatutnya memberikan kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin mereka di peringkat bahagian tetapi sebaliknya UMNO tidak yakin dan tidak mempercayai ahli-ahlinya sendiri. UMNO mempunyai masalah dalaman yang ketara. Orang ramai tidak tahu masalah ini asalnya, tetapi setelah berlakunya angkat sumpah di depan Mahathir itu sudah cukup untuk menyatakan dengan ‘conclusive’ UMNO dalam kesempitan.
“Yang lebih lucunya kami terpaksa angkat sumpah dengan orang yang menjadi penyebab kepada perpecahan kami dalam UMNO ini. Nampak sangat Mahathir terlalu takut dengan masalah beliau jika UMNO tewas dan dia mahu kita jadi pelindung dia setiap masa. Kita di bawah ni hanya diperguna macam lembu saja” kata seorang AJK Bahagian yang saya kenali sebegitu lama.
Lebih banyak bercakap lebih banyak kelemahan kita lihat dalam UMNO ini. Kata Najib dalam perhimpunan itu, “satu undi untuk DAP merupakan satu undi untuk tekanan terhadap orang Melayu”. Kata perpatah ‘bercakap di siang hari pandang-pandang, bercakap malam hari di dengar-dengar’. Najib tidak langsung nampak musuhnya di dalam BN sendiri yang bercakap bertentangan dengan kata-kata pemimpin tertingginya. “Chua Soi Lek pula berkata satu undi untuk DAP itu adalah satu undi untuk tekanan terhadap orang Cina”. Apa maknanya semua ini?
Kata-kata ini sahaja sudah menunjukkan kecelaruan dalam hala tujuan parti-parti dalam BN. MCA ke hulu UMNO pula ke hilir.
Dalam bercakap dengan gegaran tinggi tentang penyatuan kaum-kaum di negara ini UMNO dan Najib masih bercakap isu yang berteraskan elemen rasis yang merbahaya dan ingin melihat rakyat yang berbilang kaum ini untuk mengesyaki di antara satu dengan lain. Ini merupakan manifestasi yang UMNO sedang tersepit apabila Pakatan Rakyat mampu untuk mencari formula penyatuan kaum yang ampuh yang tidak mungkin boleh dicapai oleh BN.
UMNO memusuhi DAP seolah-olah kami dalam DAP ini seperti haiwan dan binatang liar. UMNO tidak mahu mengakui yang DAP lebih di yakini oleh sesiapa yang ikhklas mahu melihat kerjasama di antara kaum itu. UMNO masih menakut-nakutkan orang Melayu dengan mangatakan jika PR memerintah maka DAP dan orang Cina akan berkuasa. DAP hanya akan meletakkan lima puluh calon di dalam PRU ini dan jika calon-calon parti ini menang kesemua kerusi sekali pun, orang-orang Cina tidak akan menguasai politik negara ini.
Lagi pun, adalah di perkatakan yang di antara lima puluh calon-calon DAP itu berkemungkinan ada calon Melayu yang akan menunjukkan yang DAP bukannya parti rasis seperti UMNO dengan Melayunya dan MCA dengan chauvinis Cinanya. Sesungguhnya kemampuan DAP untuk lebih bertanggungjawab terhadap siasah yang realistik dan politik keamanan ini menjadikan BN khususnya UMNO begitu goyah dari hari ke hari kerana yang pasti MCA akan kehilangan undi Melayu dan UMNO juga bertambah kurang sokongan dari orang Melayu itu.
UMNO sekarang ini sedang kehilangan sokongan dari orang Melayu kerana PAS telah menunjukkan kemantapannya untuk menarik sokongan Melayu Islam. Isu ini lebih membuatkan UMNO tidak tentu arah dan menyebabkan pucuk pimpinannya bercakap dengan nada yang tinggi dalam PAU baru-baru ini.
Laungan dan jeritan pucuk pimpinan UMNO itu hanya melambangkan betapa runsingnya UMNO dalam menghadapi pilihanraya kali ini, yang merupakan ibu segala pilihanraya dalam sejarah kemerdekaan negara.
Hanya saya ingin mengingatkan parti-parti dalam PR agar sentiasa bersyukur dengan perkembangan ini dan jangan sekali-kali bersikap takbur dan mendahului Tuhan. Sikap parti-parti dalam PR setakat ini baik dan diharapkan ia akan bertambah baik dari masa ke semasa. Saya sendiri sangat berbesar hati yang PR tidak henti-henti berusaha untuk mencapai matlamat yang satu negara kita, iaitu perpaduan kaum atau yang di sebut selalu sebagai ‘national unity’ ini.
Perjuangan ini merupakan perjuangan ‘ultimate’ rakyat. Rakyat sudah tidak mahu lagi diperguna oleh mana-mana pihak untuk memecahkan perpaduan di antara rakyat berbilang kaum semata-mata kerana sikap ‘desperado’ mereka dalam politik kepartian yang jumud dan merekahkan kesatuan yang sedang kita pupuk sekarang ini.
Apa yang perlu sekarang hanyalah kesedaran rakyat yang orang Melayu khususnya tidak menolak perpaduan tetapi biarlah perpaduan itu berlaku di luar UMNO dan BN. Inilah perubahan yang sedang jelas berlaku di negara ini dan fenomena ini nampaknya akan membuahkan masyarakat yang berpadu walaupun di bawah naungan siasah yang berbeza.
Rakyat wajar melakukan perbezaan ini. Kita sudah muak dan jemu dengan kata-kata yang memecah belahkan kita semua. Ingat! yang rugi hanya kita rakyat di bawah ini jika kita masih mahu berfikir cara yang dikehendakki oleh UMNO.
Kita perlu menolak isu rasis terus-terusan dan ini akan menjamin keamanan negara yang kita cintai ini. Ingat betul-betul, memberikan kepercayaan kepada pihak yang 'desperate' amat merbahayakan negara pada masa yang akan datang.
Sumber HD - 4-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 04 Dis 2012 |
RENCANA KHAS
Tidak siapa tahu apakah
muslihat dan strateginya menyebabkan Najib Razak memperlambat-lambatkan pilihan raya diadakan. Tidak siapa yang tahu apakah sebab musabab dan hambatan sebenar maka ia melanjutkan pilihan raya kemungkinan akan rapat ke dinding, maksudnya sehingga habis tempoh lima tahun.
Parlimen akan terbubar secara automatik 28 April 2013 kerana tempohnya sudah mencukupi. Belum pernah berlaku parlimen dibubarkan sehingga rapat ke dinding. Paling lama pun parlimen akan dibubarkan sebaik saja masuk tahun keempat penggal parlimen ia dibubar. Jadi apabila Najib gagal mencari 'cerlak' dan ketika baik untuk membubarkan parlimen menyebabkan orang tertanya-tanya dan menjadi iseng sendiri dan berbahas apa sudah jadi dengan Najib?
Bahkan ada yang sudah naik bingung dan muak menanti bila tarikh parlimen dibubarkan. Beberapa jangkaan dibuat semuanya meleset. Najib semacam mahu melarikan tarikh itu dan tidak mahu mengiyakan apa yang diagakkan oleh orang lain. Untuk apakah? Namun kali ini teka teki itu tidak timbul lagi, semuanya sudah siap sedia. Bahawa pilihan raya tidak mungkin diadakan selepas April 2013.
Kelewatan Najib membubarkan parlimen memburukkan keadaan dirinya dan UBN. Kelewatan itu menyebabkan timbul persepsi buruk kepada parti berkenaan. Tanyalah sesiapa pun mereka akan mengatakan Najib atau UBN takut bila mana masih bermain-main dengan tarikh pilihan raya. Apa lagi perkara ini ditejel dan dijaja oleh Pakatan Rakyat, kononnya UBN takut, dakyah itu sudah tersendak di kepala orang ramai.
Rakyat menerima eceran berkenaan. Memanglah kalau Najib berani dan yakin dengan kemenangan UBN dia tidak perlu menangguhkan pembubaran parlimen. Beliau tidak mengheretnya sehingga rapat ke mentara. Sebabnya tidak ada alasan lain bagi Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya segera kecuali kerana takut dan bimbang. Kebimbangan itulah menjadikan tarikh pembubaran parlimen menjadi teka teki tidak terjawab.
Waktu paling elok bagi Najib meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan parlimen ialah pada bulan Jun lalu. Ketika itulah keadaan kondusif buat UBN. Isu-isu yang tegang di dalam kerajaan pada masa itu seperti skandal projek lembu gemuk (NFC) dan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) juga sudah selesai. Walaupun isu NFC masih terheret sampai kini tetapi apabila tindakan diambil ke atas syarikat atau individu yang terlibat termasuk perletakan jawatan Shahrizat Jalil, ia dianggap ia diambil tindakan.
Rakyat sudah sedikit berpuas hati atas sikap akauntabiliti Shahrizat itu.
Begitu juga isu SPBA yang sebelum ini menimbulkan kemarahan kakitangan awam atau pegawai kerajaan, selesai apabila sistem saraan baru itu dibatalkan dan orang yang kononnya bertanggungjawab bekas ketua pengarah JPA Abu Bakar Abdullah diambil tindakan. Keredaan isu itu bukan kerana tindakan ke atas ketua pengarah JPA itu tetapi pembatakan sistem berkenaan dikira 'congik cakdung' dan tidak adil kepada semua.
Seretak itu juga penyenaraian saham FVGB telah dilakukan dan para peneroka telah mendapat sedikit nikmat. Di mana nikmat habuan pemberian separuh dari RM15,000 untuk satu keluarga memberi keseronokan kepada para peneroka. Demikian juga dengan sebahagian rakyat turut sama terasa terhibur dengan pemberian BR1M, RM500 satu orang yang berpendapatan di bawah RM2,000. Walaupun pemberian wang umpan dan rasuah undi itu tidak menyeluruh, setidak-tidaknya 15% daripada penerimaannya merasakan mereka dipedulikan oleh UBN.
Namun kondisi itu tidak diambil peluang juga oleh Najib. Inilah menyebabkan timbul 'perselehengan' dan 'perkadasan' fikiran di antara Najib dengan timbalannya Muhyiddin Yassin dan juga bomoh besar dan keramat Umno Mahathir Mohamad. Muhyiddin satu masa mendesak agar pilihan raya diadakan segera memandangkan rakyat sudah sedikit tenang. Desakan Muhyiddin itu sehingga ditafsirkan di antara mereka berdua sedang dilambung masalah.
Tetapi Najib tetap juga tidak terbuka hati untuk mengadakan pilihan raya. Selepas itu 'cerlak' bulan Jun dihinsut ke bulan September. Tetapi ternyata bulan September juga tidak menjelma apa diharapkan. Bahkan September merupakan bulan sakit buat UBN. Keengganan Najib itu menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan Umno sendiri terutamanya mereka yang sudah terasak dan letih dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Kemaraan Pakatan Rakyat menjadi mereka resah dan runsing... kerana semangat PR relatif meninggi.
Orang menyoal kenapa Najib babil untuk membubarkan parlimen tanpa menjawab persoalan itu? Bagi saya Najib ada pedoman dan pemikirannya sendiri. Dia ahli Pak Belalangnya sendiri. Di sini mungkin Najib belum mendapat lampu hijau atau pun kebenaran dari orang yang dipercayainya. Siapakah orang itu? Mungkin ianya pemelihara jin, di mana selagi jin tidak bersedia untuk membantu UBN, isyarat itu tidak akan diberikan.
Sudah pastilah orang itu ahli yang bijak dalam membuat telahan politik dan memperhitungkan kalah dan menang untuk Najib. Ini bererti selagi orang itu tidak merasakan Najib menang dia tidak akan memberi
signal untuk Najib membubarkan parlimen. Kerana Najib meletakkan kepercayaan tinggi kepada orang itu maka beliau tidak mempedulikan berbagai laporan dan analisa termasuk kajian dalaman dibuat oleh parti atau badan bebas sebelum ini yang menyatakan peluang BN baik. Buktinya kalau dia percaya dia sudah pun membubarkan parlimen.
Perhimpunan agung Umno yang ke-66 lalu dilihat sebagai kayu ukur terakhir buat Najib untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Perhimpunan itu juga dijadikan pemupukan semangat para ahlinya. Malang sekali lagi, menjelang perhimpunan agung timbul pula beberapa isu baru yang di luar dugaan dan ianya mencabar dan mengganggu UBN. Isu-isu baru yang meletup secara bom jangkaan itu benar-benar merusut fikiran Najib.
Isu dimaksudkan itu ialah pendedahan oleh bekas IGP Musa Hassan mengenai penyalahgunaan kuasa oleh menteri dalam negeri yang mencampuri urusan politik di raja. Satu lagi ialah pendedahan mengenai tindakan orang Umno melakukan cas keting atau penipuan dalam urusan niaga dan tidak amanah dalam perniagaan. Ini berhubung pendedahan orang bernama Deepak Jaikishan mengenai keterdayaannya oleh pemimpin Umno.
Pendedahan Deepak itu mengenai kenyataannya (SD) kononnya Najib atau isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya benar-benar mendatangkan masalah kepada Najib dan Umno. Pendedahan Deepka itu mengganggu tidur dan mimpi Najib. Pendedahan itu boleh mencairkan segala usaha kerajaan untuk mempengaruhi rakyat sebelum ini. Tragedi yang sudah redha dan habis tersapu di kepala rakyat itu kini 'terbahar', membuka semula apabila ia diungkitkan oleh Deepak secara kronologi.
Memang Umno bercadang untuk menjadikan perhimpunan agung Umno sebagai landasan kekuatan sepenuhnya kepada UBN. Namun dengan pendedahan itu menyebabkan harapan yang diimpikan Najib itu hancur berkecai. Najib benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku itu. Ini terbukti bila mana diarahkan supaya pimpinan Umno tidak menjawab isu-isu berkenaan pada siri penggulungan. Pembisuan terhadap semua isu dibangkitkan itu sekali lagi meletakkan UBN dalam keadaan meragukan.
Bagaimana pun Najib tetap mahu perhimpunan agung Umno lalu dilihat sebagai satu rumusan bahawa ahli Umno sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya. Kajian-kajian dalaman juga menunjukkan ahli Umno dalam bersemangat penuh dan tinggi untuk berdepan dengan pilihan raya. Angka-angka yang aneh dan ganjil dikeluarkan untuk tujuan itu kononnya 74.4% dari lebih 27,000 respondan menyatakan kerajaan BN dan slongan
1Malaysia dalam keadaan diterima umum. Orang Melayu juga didakwa semakin teguh bersama Umno manakala orang bukan Melayu pula dikatakan bertambah menyokong UBN.
Pendeknya semua logistik untuk berhadapan dengan pilihan raya sudah pun lengkap dan siap sedia. Seluruh pemimpin dan ahli Umno juga sudah berjanji dan berikar akan memenangkan parti dan mengelakkan bertempur sesama sendiri. Ahli perwakilan semua berdiri menyatakan kesediaan dan komitmen itu. Umno sendiri melakukan apa saja ikhtiar zahiriah untuk memangkan Umno; berdoa, menyanyi, bersumpah, merayu dan menangis. Asakan
mitosime dan
kurafatisme bahawa hanya Umno saja dapat menyelamatkan Melayu dan agama sudah pun diselam sedalam-dalamnya dalam hati para pemimpin Umno.
Mengukur kesediaan itu seolah-olah pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa saja. Parlimen persis akan dibubarkan sebaik berakhir perhimpunan agung Umno. Melihat semangat berkobar-kobar itu saya sendiri mengirakan Najib mengumumkan hari dan masa dia menghadap Agong untuk menasihati parlimen dibubarkan. Namun itu hanya harapan saja, ia tidak berlaku. Pun begitu tidak dapat dielakkan lagi, masa sudah suntuk waktu sudah tiada, suka tidak suka, perit atau tidak.. parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Saya memfirasatkan ianya akan dibubarkan pada akhir Disember ini atau habis lewat pertengahan Januari pengundian pada Januari atau awal Februari.
Najib dan Umno akan membuat persiapan, tempoh itu ialah tempoh matangnya beberapa janji pemberian untuk rakyat seperti bonus, tambahan BR1M sebanyak RM500 lagi. Semua itu adalah umpan dan modal untuk memancing undi. Sambil menghulurkan wang bantuan itu penerima akan diminta bertaubat mengundi UBN.
Bagaimana pun dalam kesiapsediaan Umno dan BN itu ia tidak memberi apa-apa kejutan atau pun getaran untuk menguatkan UBN lagi. Kelewatan Najib membubarkan parlimen telah menjadi persepsi umum bahawa UBN kini di dalam ketakutan dan akan tewas dalam pilihan raya. Tanggapan umum atas kesilapan UBN mempercepatkan pilihan raya itu memberi penyakit kepadanya. Ia menyebabkan rakyat terus beranggapan UBN tidak akan menang pilihan raya. Dari sudut kejiwaan rakyat melihat ketakutan dan keraguan Najib memilih tarikh untuk diadakan pilihan raya itu ia sudah menjadi tanda-tanda kekalahan UBN.
Dengan tanggapan sebegitu yang mempengaruhi emosi, mereka tidak lagi memilih UBN. Tanpa UBN dan Najib sedari permainannya berteka teki mengenai bila pilihan raya telah memberi impak buruk kepada UBN.
Apa juga kejutan dan keanehan yang UBN akan lakukan dalam pilihan raya ini tidak bererti lagi. Ia tidak boleh merombak ikatan nekad sebahagian besar rakyat yang mahu menukar BN dengan Pakatan Rakyat.
Yang jelas dan nyatanya UBN sudah tertolak dengan sendiri, helah Najib memperlambat-lambatkan pilihan raya menatijahkan kecelakaan kepadanya.
Sumber HD - 4-12-2012
Tragedi keruntuhan Terowong Sasago di Jepun mengorbankan sembilan orang mangsa. Tragedi terowong runtuh ini mengingatkan kita pada keretakan yang muncul di Terowong Penchala Link di Damansara.
Perkara yang menjadi kemusykilan adalah kemunculan sebuah kawasan perumahan yang dibina terlalu dekat dengan Terowong Penchala Link. Kawasan perumahan yang dimaksudkan adalah Kiaraview, Sri Hartamas.
Persoalannya adalah bagaimanakah kelulusan dapat diberikan kepada pemaju Kiaraview bagi membina rumah terlalu dekat dengan Terowong Penchala Link?
Adalah dibimbangi aktiviti pembinaan yang dijalankan terlalu dekat dengan Terowong Penchala Link menjadi antara faktor yang menyebabkan keretakan pada Terowong Penchala Link.
Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan teliti dan mengambil tindakan bagi memastikan Terowong Penchala Link selamat untuk digunakan, demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Kita sudah tentu tidak mahu tragedi seumpama tragedi Terowong Sasago berlaku di Malaysia.
Sekian.
Sumber HD - 6-12-2012
Harakahdaily, | 08 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Semasa tahun akhir pentadbiran BN di Pulau Pinang, peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di negeri itu hanyalah RM12 juta sahaja berbanding dengan RM64 juta sekarang ini.
“Kita ingin melihat dan mendengar reaksi UMNO Pulau Pinang khususnya dari Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri itu yang sentiasa menuduh DAP anti Islam dan anti Melayu itu.
“Apakah jumlahnya peruntukan bagi Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu semasa BN/Gerakan memimpin negeri itu sejak merdeka selama 55 tahun dahulu?” tanya penulis politik, Aspan Alias di dalam blognya
http://aspanaliasnet.blogspot.com.
Berikut tulisan penuh beliau.
Dua hari lepas Teng Chang Yeow, Pengerusi BN Pulau Pinang, menunjukkan sifat rasis Gerakan. Teng telah memainkan isu kaum dan agama yang sangat sempit semata-mata kerana politik sempit BN Pulau Pinang. Kali ini BN sekali lagi menunjukkan sikap bermuka-muka mereka dengan membidas Lim Guan Eng kerana memberikan peruntukan 300% kepada Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu. Dalam pada itu komponen terbesar BN, UMNO pula telah bercakap bergegar-gegar dalam perhimpunan parti itu minggu lepas dengan cuba menonjolkan yang UMNO memperjuangkan Islam dengan serius.
‘Satu undi untuk PAS, adalah satu undi untuk kehancuran Islam’ kata Presidennya, Najib yang akhir-akhir ini cuba melekatkan imej Islam kepada diri beliau sendiri. Kalau benar Najib dan UMNO itu kuat memperjuangkan Islam, Presiden parti itu sepatutnya membuat kenyataan akhbar untuk memberikan pujian terhadap Lim Guan Eng (LGE) kerana peruntukan yang besar untuk kegiatan agama beliau itu. Najib sepatutnya membidas Teng Chang Yeow kerana membantutkan usaha meyakinkan rakyat bahawa BN itu memperjuangkan Islam seperti yang termaktub di dalam Bab 3 Perlembagaan UMNO itu.
BN dan UMNO nampaknya hanya beretorik tentang Islam ini, sebaliknya DAP pula membantu PAS dalam memperkemaskan isu Islam dalam perjuangan Pakatan Rakyat. UMNO hanya sarat dengan slogan. Dulu UMNO berslogan ‘bersih, cekap dan amanah’ tetapi tidak dilaksanakan, tetapi DAP pula yang melaksanakan slogan itu dengan mentadbir P Pinang dengan bersih, cekap dan amanah. Begitu juga di Selangor, Kedah dan Kelantan: apa yang dislogankan UMNO, itulah yang dilaksanakan oleh pimpinan Pakatan Rakyat (PR).
Kadangkala ada juga baiknya BN ini. Itu sebabnya saya pernah mencadangkan supaya BN duduk di pihak pembangkang dan tugas mereka hanya mencipta slogan-slogan yang besar-besar. Biar PR memimpin dan mentadbir kerajaan dan melaksanakan semua slogan ciptaan BN itu. BN tidak pernah menjayakan apa-apa slogan laungannya.
Berbalik kepada kenyataan terang Teng Chang Yeow di Pulau Pinang itu, kita ingin melihat dan mendengar reaksi UMNO Pulau Pinang khususnya dari Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri itu yang sentiasa menuduh DAP anti Islam dan anti Melayu itu. Apakah jumlahnya peruntukkan bagi Hal Ehwal Agama Islam di negeri itu semasa BN/Gerakan memimpin negeri itu sejak merdeka selama 55 tahun dahulu? Semasa tahun akhir pentadbiran BN di P Pinang peruntukan bagi Hal Ehwal Islam di P Pinang hanyalah RM12 juta sahaja berbanding dengan RM64 juta sekarang ini.
Kita tidak tahu, yang mana satu yang betul kerana lain parti dalam BN ini lain perjuangannya. Selama ini yang kita tahu dengan pimpinan UMNO dan BN menuduh Pakatan Rakyat yang tidak sealiran dalam perjuangan parti-parti komponennya. Sekarang ini elok kita minta pimpinan BN duduk di atas satu pentas Kita hendak juga mendengar apa kata Chua Soi Lek dari MCA, Teng Chang Yeow dari Gerakan serta parti-parti komponen yang lain di P Pinang itu.
Dengan kenyataan Pengerusi BN P Pinang itu, kita yakin yang sebenarnya bercanggah perjuangan ialah parti-parti dalam BN itu. Oleh kerana kelemahan setiap parti dalam BN itu maka keluar lah kenyataan yang membingungkan yang susah untuk di fahami rakyat.
Justeru kita tidak nampak bagaimana BN boleh diyakini oleh rakyat di P Pinang khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam di sana. Tidak ada penyatuan matlamat dalam perjuangan BN itu. BN gagal untuk menampilkan pendirian yang satu di antara parti-parti komponennya. Mereka sedang dalam keadaan lemah dan tidak akan dapat menyelesaikan krisis keyakinan yang sedang mereka hadapi.
Sesungguhnya UMNO dan BN tidak mempunyai apa-apa lagi. Yang ada hanyalah saki-baki kuasa yang masih ada kepada mereka dan dalam penantian untuk menghadapi kekalahan buat kali pertama dalam sejarah kemerdekaan kita.
Sumber HD - 8-12-2012
Dr Mahathir berkata di Sik Kedah dua hari lepas, ahli-ahli UMNO mesti menyokong sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan parti. Ahli-ahli UMNO, kata Dr Mahathir mesti memenangkan parti bukannya calon. Kali ini Dr Mahathir mahukan semua menyokong parti dan ini merupakan pendirian yang terbalik jika kita ingat apa yang beliau seru pada pilihanraya yang lalu.
Pilihanraya ke-14 nanti tidak pula kita ketahui apa sikap Dr Mahathir. Mungkin beliau akan kekal dengan seruan menjayakan parti dan ada juga kemungkinan beliau akan membuat seruan untuk menyokong calon bukannya parti.
Kali ini Dr Mahathir berusaha keras untuk memenangkan UMNO dan BN. Beliau telah memanggil pimpinan bahagian seluruh negara untuk berbai’ah dan berjanji tidak mensabotaj calon UMNO dalam pilihanraya ini. Kita telah diberitahu yang kali ini UMNO akan menurunkan calon-calon yang baru untuk menukar imej parti itu dalam menghadapi rakyat dalam pilihanraya kali ini.
Tetapi ramai berpendapat yang usaha ini telah terlambat. Sepatutnya ia dilakukan dua puluh tahun dahulu dengan mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak baik kerana semasa itu keadaan UMNO tidak seteruk sekarang. Tetapi oleh kerana kelalaian pimpinan semasa itu yang hanya memberikan tumpuan kepada kepentingan peribadi dan sokongan padu dari pimpinan bahagian dan cawangan UMNO tidak peduli sama ada mereka itu korap atau pelaku jenayah yang tegar dalam parti itu.
Kita tidak nampak bagaimana sumpah dan bai’ah di depan Dr Mahathir itu boleh membantu BN untuk mengelak dari tindakan sabotaj-mensabotaj dari berlaku dalam pilihanraya kali ini. Kali ini nampaknya UMNO akan menurunkan calon-calon pilihan pucuk pimpinan dan pimpinan di bawah diminta bersumpah untuk memberikan sokongan terhadap calon-calon itu dan tidak mensabotaj mereka (calon-calon). Apa yang tidak di fahami oleh pucuk pimpinan ialah semangat ahli-ahli UMNO telah begitu lemah dan mereka menganggap tindakan pucuk pimpinan untuk tidak menerima bulat-bulat cadangan bahagian-bahagian sebagai satu tindakan yang sudah terlambat.
Mereka menganggap calon-calon boleh menang yang di pilih oleh pucuk pimpinan itu tidak relevan kerana sememangnya UMNO sudah berada diperingkat mati dalam erti dan hakikatnya yang sebenar. Siapa pun yang dipilih oleh pucuk pimpinan tidak akan boleh membantu UMNO lagi. Mereka berkata biarlah mereka yang bersumpah sahaja yang bekerja untuk parti itu. Mereka berkata yang mereka tidak pernah bersumpah kerana melakukan sumpah taat setia terhadap parti itu merupakan tindakan yang keterlaluan yang seolah-olah menganggap parti politik itu lebih penting dari agama kita.
Mereka beranggapan bersumpah itu hanyalah untuk kepentingan mereka yang memimpin yang sedang dalam ketakutan kerana kesalahan jenayah yang banyak dilakukan oleh pimpinan mereka. “Bagaimana kita boleh bersumpah untuk mempertahankan kebathilan yang dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti?” kata salah seorag dari AJK UMNO dan Pemuda Bahagian di Negeri Sembilan semasa beliau terserempak dengan saya di Seremban dua hari yang lepas. “Saya pun sudah tidak ambil peduli dengan parti lagi dah, kerana segala-galanya hanya untuk kepentingan pemimpin yang sedang enak berkuasa dan tidak tahu menahu tentang keresahan kami di bawah ini” sambungnya lagi.
Di sini kita lihat dengan jelas yang UMNO hanya mengambil jalan rigkas untuk menyelesaikan masalah sokongan dari ahli-ahlinya sendiri, dan itu belum lagi bagi rakyat yang tidak menjadi ahli UMNO. Bagi sesebuah parti pemerintah, yang terpenting ialah parti itu mendapat penghormatan rakyat. Jika ahli-ahlinya sendiri bermasalah dengan kepimpinan partinya bagaimana ia boleh memberikan keyakinan ramai terhadap partinya dan dalam kontek ini, UMNO.
Besarnya keahlian UMNO tidak semestinya memberikan kebaikan kepada parti itu. Malahan dalam keadaan sekarang besarnya masalah yang dihadapi oleh UMNO ialah kerana jumlah keahlian yang besar. UMNO terpaksa menumpukan menjaga dan mentadbir ahli-ahlinya dari memberikan tumpuan terhadap dasar perlaksanaan yang bersih yang di hormati masyarakat dan negara.
Banyaknya cawangan-cawangan yang bercambah di setiap bahagian itulah yang menyebabkan terlalu banyak ‘infighting’ di dalam parti itu. Banyak parti dalam dunia ini jatuh kerana keahlian yang terlalu besar. Sesungguhnya parti perlu mendapatkan penghormatan dari rakyat termasuk yang tidak menjadi ahli UMNO. Tetapi UMNO tidak berusaha untuk mendapatkan penghormatan itu kerana parti mengharapkan keahlian ramai yang berpecah belah itu yang besar itu untuk mendapatkan sokongan ramai.
Keadaan sebenarnya tidak begitu. Parti Buruh dan Conservative di Britain tidak mempunyai keahlian yang ramai dan tidak pun sampai satu peratus dari jumlah penduduknya. Parti-parti itu bergilir-gilir mentadbir negeri termaju dunia ini, kerana dalam sesuatu masa rakyat menghormati dasar dan kepimpinan parti-parti itu. Itu sebabnya rakyat di Britain dan negara-negara maju yang lain menentukan nasib sesuatu parti itu, bukannya parti yang berkuasa boleh melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.
Parti-parti itu mengambil kuasa yang dimandatkan sebagai tanggungjawab dan bukannya mendapatkan kuasa semata-mata kerana kuasa. Kita tidak mendengar pemimpin parti Buruh atau Conservative menjerit ke hulu dan ke hilir akan berbuat apa sahaja untuk mempertahankan 10 Downing Street. Pemimpin-pemimpin di sana tidak pula bermuka-muka dengan rakyat dengan memperlekehkan usaha parti lain yang sama-sama sayangkan negara dan rakyat.
Apabila parti Buruh dan Gordon Brown tewas dalam pilihanraya yang lalu tidak ada apa-apa kegemparan di Britain. Gordon Brown terus sahaja mengadap ‘the Queen’ dan peralihan kuasa seperti yang dikehendaki oleh rakyat berlaku dalam tempoh enam jam sahaja. Itu pilihan rakyat Britain dan Gordon Brown akur dengan kehendak rakyat Britain tanpa melakukan perkara-perkara yang tidak baik terhadap David Cameroon.
Tetapi di sini pemimpin yang sedang berkuasa seolah-olah menjadi seperti orang hilang akal menjerit-jerit dan memperlekehkan pihak lain dengan menggunakan kuasa yang ada di tangan mereka. Pimpinan kita masih tidak sesuai dengan demokrasi yang sebenarnya.. Bagi mereka demokrasi ialah kemenangan untuk mereka sahaja dengan cara apa pun yang boleh dilakukan mereka.
Pimpinan UMNO masih berfikir, menggantikan mereka sebagai pemerintah itu adalah satu jenayah besar sedangkan mereka tidak berhenti-henti melakukan jenayah politik dan ekonomi terhadap rakyat dan negara.
Sesungguhnya perubahan adalah perkara yang sudah menjadi kemestian dan tidak ada kompromi lagi dengan UMNO yang sudah tidak mampu untuk berubah kepada kebaikan. Malahan UMNO tidak pun tahu cara untuk berubah kerana parti itu sudah sebati dengan mentadbir negara ini seperti mentadbir sebuah persatuan sepak takraw daerah Pekan atau persatuan penjaja daerah Pagoh dan Kubang Pasu.
Rakyat sudah muak dengan sikap pimpinan UMNO menjadikan parti itu sebagai modal perniagaan dan tempat membina ‘empire’ perniagaan keluarga masing-masing. Segala perniagaan keluarga yang ‘monopolistic’ di kaut oleh semua pimpinan besar-besar, tidak kira oleh mereka yang sedang berkuasa dan yang sudah bersara.
Mengambil kesempatan di atas kekayaan negara merupakan kerja sepenuh masa pimpinan UMNO khususnya dan BN amnya. Rakyat pula dibiarkan berada di dalam keadaan meminta-minta dan menadah tangan di kaki pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa yang besar yang mereka perolehi dari rakyat yang meminta-minta tadi.
Rakyat tidak boleh mengharapkan pihak UMNO untuk merubah nasib mereka. Hanya rakyat sendiri terpaksa melakukan perubahan itu. Cubalah dalam pilihanraya yang akan datang ini. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 10-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 10 Dis 2012 |
Menjadi persoalan kenapa yang muncul di dalam tv tiap-tiap malam berkempen untuk kemenangan UBN hanya Najib Razak manakala pemimpin Umno dan BN lain diam membisu atau hampir sesetengahnya tidak muncul langsung. Najib semacam memonopoli ruang berita di tv. Semua berita mengenai Najib, baik penting atau tidak muncul di waktu puncak (
prime time).
Apakah ada peraturan baru semua telivesyen kena memberi keutamaan kepada berita perdana menteri meskipun tidak penting? Mungkin inilah sifat kewartawanan tv yang baru?
Bukan saja untuk mengumumkan polisi atau dasar-dasar baru kerajaan untuk membantu rakyat, aktiviti Najib berjumpa dengan rakan Fb juga dilaporkan di ruang utama. Kenapa begitu sekali? Kita tahulah tv semua akur dan bersujud sawi kepada perdana menteri, tetapi sampai cerita terjerlus longkang atau isteri keluar dari salon unisex pun dilaporkan melampau sangatlah.
Untuk pemimpin Umno lain jarang-jarang sekali muncul apa lagi mendapat
prime time jauh panggang dari api. Walhal pemimpin lain para wakil rakyat setiap hari berkubang dan 'bertumah" dengan rakyat. Mereka juga mahukan kepada publisiti. Walaupun aktiviti pemimpin lain adakalanya lebih penting dan berbobot dari bual-bual Najib tetapi tetap disiarkan selepas Najib. Semacam ada protokol khas pula cerita Najib kena awal.
Bukan saja pemimpin kecil, tetapi pemimpin nombor dua, Muhyiddin Yassin juga terkebelakangan dan tempohnya semput sekali. Walhal ada kalanya kenyataan atau bual-bual Muhyiddin lebih berkualiti dan bermanfaat daripada apa yang Najib katakan.
Itu tidak kisah, apabila jarang-jarang pemimpin lain seperti Ahmad Zahid Hamidi, Shafei Apdal, Khalid Nordin, Hishamuddin Hussein ataupun Sharizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan ketua puteri yang gemuk lupa nama itu, oh ingat dah.. Rosnah Shirlin, ia menjadi tanda tanya. Adakalanya berita mengenai mereka ini jauh lebih berkurangan berbanding dengan berita mengenai Mahathir. Mahathir lebih acap dan mendapat
prime time berbanding menteri seperti Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain.
Kenapa? Apakah Najib tidak mempercayai mereka ini atau suka memonopoli semua ruang dalam media massa atau tidak mahu mereka menjadi popular? Ataupun ada arahan agar biar Najib seorang bercakap manakala yang lain diam membisu menjadi
yes man saja? Atau pun Najib mengira kata-kata dan kenyataan Mahathir lebih baik dan boleh menarik sokongan Melayu berbanding Zahid Hamidi, Khalid Nordin, Mustapa Mohamed dan lain-lain?
Ini berbeza sekali dengan Pakatan Rakyat di mana semua pemimpin mereka sepakat berkempen untuk kemenangan PR. Nampak kesepaduan di dalam Pakatan Rakyat dan tiada siapa yang menjadi raja ataupun dianggap genius? Semua pemimpin di dalam Pakatan Rakyat mendapat ruang dan kedudukan yang sama rata.
Perhatikan program
Himpunan Kebangkitan Rakyat ketiga-tiga pemimpin utama mereka akan bersama dan duduk sepentas. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang sering kali bersama. Begitu juga dengan timbalan masing-masing, Mohamad Sabu, Mohamed Azmin Ali dan Lim Guan Eng juga bersama.
Begitu juga dengan naib-naib presiden, Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar, Nurul Izzah, Tian Chua, Tan Seng Giaw duduk sekali dan sepentas berceramah dan berkempen untuk Pakatan Rakyat. Tdak ada protokol di dalam Pakatan Rakyat, seperti mana di dalam UBN. Situasi begitu jarang sekali dilihat dalam BN.
Begitu juga dengan pemimpin pemuda, Anthony Loke, Shamsul Iskandar Md Akin sering kali duduk bersama, kecuali ketua pemuda Pas yang bergerak dengan caranya sendiri kerana mereka tinggi merit Islamiknya. Anak-anak muda penggerak NGO seperti Mazlan Aliman (Anak), Badrul Hisaham (SAMM), NGO Lynas dan lain-lain juga bergerak serentak dan sederap, berbeza dengan anak-anak muda NGO yang menyokong Umno dan BN yang membuat kenyataan di studio tv no 3 dan sebagainya.
Apa yang berlaku dan dilakukan Najib itu sya rasa tidak begitu bagus buat BN. Rakyat akan melihat hanya Najib bercakap atau pun menguasai dan monopoli keadaan dan ruang yang ada. Cara Najib tampil dan diberi ruang menunjukkan dia seorang diktator dan menggunakan kuasa veto.
Orang-orang seperti Zahid, Mustapa Mohamed, Ahmad Said, Khairy, atau Saifuddin Abdullah, Khalid Nordin, Md Alwi Che Ahmad, Awang Adek Hussein dan lain-lain juga mahu berkempen untuk diri mereka. Mereka juga mahu menang. Mereka juga teringin ruang dan peluang itu. Tetapi nampaknya mereka dinafikan ataupun tidak dilayan secukupnya. Kalau pemimpin sendiri dinafikan hak dan keinginannya disekat apalah yang boleh diharapkan rakyat?
Tidak ada guna bagi BN dan Umno kalau hanya Najib yang menang besar sampai 10,000 majoriti tetapi orang lain semuanya kalah. Justeru bagilah juga ruang dan peluang kepada pemimpin lain untuk muncul di tv, setidak-tidaknya menampakkan di dalam Umno dan BN kesemua tokoh mereka sepakat sehati dan sejiwa. Dengan persembahan yang dibuat sekarang ini orang hanya melihat dan merasakan hanya Najib saya yang serius manakala orang lain semacam endah tidak endah saja.
Persepsi buruk begitu boleh timbul. Orang akan menganggap pemimpin lain sudah tidak bersemangat kerana mereka sudah dapat menghidu bau kekalahan sudah merata di bawah sana. Justeru selepas ini hendaknya media massa PB turut sama memberi ruang kepada pemimpin Umno dan Melayu lain muncul dan mengemukakan idea di tv kerana orang lain juga ingin mendengar apakah wawasan mereka. Dengan hanya konsentrek kepada Najib ia boleh memburukkan reputasi perdana menteri tersebut. -
http://msomelayu.blogsp
Sumber HD - 10-12-2012
Politik sekarang amat membingungkan kita. Ini disebabkan situasinya sekarang merupakan situasi yang tidak pernah kita lalui sebelum ini. Oleh kerana keadaan politik kali ini terlalu jauh perbezaan maka sudah tentu ia memerlukan cara dan kaedah penyelesaian yang agak ‘unorthodox’: maksud saya ia tidak boleh diselesaikan dengan siapa kalah siapa menang semata-mata. Apa yang penting sekarang ini seperti yang pernah saya sebutkan, penyelesaiannya ialah dengan mewujudkan situasi yang baru dan mewujudkan politik yang baru.
Politik ‘yang menang ambil semua dan yang kalah hilang semua’ seperti yang kita amalkan selama ini sudah agak ketinggalan kerana ia tidak akan membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat dan negara. Pihak yang untung hanyalah pemimpin-pemimpin yang berjaya membaiki kedudukan sosial mereka sahaja. Formula yang baru terpaksa kita wujudkan kerana kita tidak lagi menerima kegagalan untuk pencapaian matlamat yang ‘ultimate’ bagi negara, iaitu perpaduan rakyat semua kaum.
Perpaduan semua kaum ini tidak boleh kekal jika politik itu tidak berada di premis yang adil dan saksama. Pendapat saya yang amat penting sekarang ialah seorang pemimpin yang berstatus Law Maker (bukan dikalangan pemimpin dalam kerajaan sekarang) yang dihormati oleh semua pihak dan diyakini tentang kejujuran dan bersifat ‘magnanimous’ tampil kehadapan untuk memulakan politik dan kepimpinan yang baru. Pemimpin itu mestilah berupaya untuk membawa semua ke meja perundingan terutamanya pimpinan yang mewakili kaum yang terbesar di negara ini.
Keadaan ini pernah berlaku di negara ini semasa negara menghadapi krisis di antara kaum selepas trajedi 13 mei dahulu di mana Tun Razak sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negara (MAGERAN) telah berunding dengan semua pihak untuk mencari formula untuk mendapatkan penyelesaian kepada kemelut ketegangan di antara kaum semasa itu. Hasilnya wujud lah BN dengan beberapa dasar penting yang digubal untuk mencapai matlamat perpaduan kaum di negara ini.
Jika rundingan itu di adakan sekarang perbezaannya hanya satu sahaja. Kalau dahulu usaha penyatuan itu berlaku selepas kejadian berdarah, yang sekarang ia dilakukan sebelum keadaan bertambah parah yang mungkin mewujudkan kecenderungan untuk insiden itu berlaku. Sekarang ini kita nampak jelas ‘pattern’ sokongan rakyat terhadap parti-parti yang sedang bergiat di negara ini.
Jika kita pandang dari sudut sokongan berdasarkan kepada kaum, kita nampak jelas kaum Cina sedang berada di belakang DAP misalnya. Orang Melayu sekarang sedang berada di belakang PAS dan tidak kurang ramainya di belakang PKR. UMNO pula masih berkeyakinan yang mereka juga masih mempunyai saki baki sokongan dari orang Melayu Islam.
Oleh kerana ini keadaannya sekarang amat perlu bagi kita untuk memanggil ketua-ketua parti yang saya sebutkan tadi untuk mewakili kaum-kaum tersebut untuk duduk semeja dalam rundingan yang serius untuk membentuk negara yang baru yang lebih progressif dan memandang kehadapan dengan penuh optimis.
Situasinya sekarang amat bersesuaian bagi DAP, PAS dan UMNO dengan pimpinan yang baru untuk duduk bersama-sama berserta dengan PKR yang juga merupakan sebuah parti yang mempunyai ‘consequence’ yang tidak kurang besarnya di dalam politik dan siasah negara sekarang ini.
Dalam keadaan sekarang Pakatan Rakyat agak mendahului dari sokongan rakyat yang ramai. Kekuatan ini didasarkan oleh keinginan rakyat melakukan perubahan kerana mereka (rakyat) sudah terlalu tidak berkeyakinan dengan segala apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan BN dalam kerajaan sekarang.
Rakyat sudah terlalu sensitif dengan kegiatan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang tidak ada batasnya pada hari ini. Malahan keinginan rakyat untuk melakukan perubahan pada hari ini telah menjadikan pemimpin-pemimpin dalam UMNO terutamanya menjadi begitu kecut perut untuk menghadapi kekalahan di dalam pilihanraya kali ini. Ramai berpendapat tidak ada sebab pimpinan hari ini takut jika kalah dalam pilihanraya kali ini kerana itu adalah kehendak demokrasi yang sebenarnya.
Mana-mana pihak yang berkuasa mesti mempunyai pemikiran dari awal-awal waktu mendapatkan mandat itu bahawa kuasa itu adalah pinjaman dari rakyat dengan izin Tuhan yang Maha Berkuasa ke atas segala-galanya. Banyak parti-parti kerajaan dalam dunia ini mengalami kekalahan kerana penolakan rakyat mereka. Sekarang mungkin sudah sampai masanya giliran UMNO dan BN pula untuk menghadapi kekalahan itu, yang bukannya kejadian yang tidak biasa yang kita lihat dan tontoni sejak dari dulu lagi.
Kelompok ramai ini mempunyai pendapat yang ketakutan yang sepatutnya tidak bersebab ini wujud kerana keresahan dari ‘consequence’ kekalahan itu sendiri, iaitu terbongkarnya banyak perkara sumbang dan jenayah yang telah dilakukan oleh UMNO selama ini, dan itu memang perkara yang biasa berlaku oleh kerana berkuasa terlalu lama. Bukan sedikit di dunia hari ini bekas Presiden dan Perdana Menteri masuk penjara apabila kehilangan kuasa semata-mata kerana banyak kesalahan yang mudah dikenalpasti oleh pimpinan sebelumnya.
Bagi negara kita perkara itu juga tidak mustahil kerana itu pun isu terbesar yang dihadapi oleh pimpinan kita. Adalah mudah bagi pihak yang mengambilalih itu mengenali segala kesalahan yang dilakukan oleh barisan pimpinan UMNO dan BN itu.
Untuk penyelesaian tentang isu ini dendam-mendendam wajar di ketepikan jika kita mahu melihat kerajaan yang bersih dan telus di alami oleh rakyat setidak-tidaknya selama 50 atau enam puluh tahun yang akan datang. Pimpinan yang ada pada hari ini perlu berani menghadapi keadaan ini dengan meletakkan jawatan en bloc dan memberikan usaha melakukan rundingan yang sangat penting ini kepada seorang Law Maker Melayu yang secara relatifnya di hormati oleh Ahli Ahli Dewan Rakyat sekarang ini.
Kalau kita selidik, bukan tidak ada pemimpin yang berkualiti seperti ini di dalam Dewan Rakyat sekarang ini bagi menggalas tanggungjawab itu. Seseorang yang dipertanggungjawabkan itu mestilah tidak ada sifat dendam-mendendam terhadap barisan pimpinan yang dicadangkan untuk berhenti itu dan yang telah mengaku di atas kesilapan yang lalu.
Itu sebabnya saya amat tertarik dengan ucapan YBM Tengku Razaleigh Hamzah di ucaptama beliau di satu Majlis anjuran kelab rotary baru-baru ini supaya di adakan ‘Truth and Reconciliation Commision’ dan suruhanjaya ini di wujudkan untuk mengenal pasti semua kesalahan dan jenayah yang dilakukan oleh pimpinan kerajaan sekarang ini tetapi tidak mengambil tindakan terhadap kesalahan itu, tetapi merundingkan segala penyelesaian terhadap semua kesalahan tersebut.
Misalnya jika ada rasuah wang diambil secara besar-besaran oleh mereka yang terlibat mereka wajar mengembalikan semuanya kepada rakyat dalam jangkamasa tertentu, misalnya selama 6 bulan atau setahun untuk melakukannya. Segala-galanya diurus dan ditadbir oleh suruhanjaya ini. Jika mereka yang terlibat tidak mahu serta enggan untuk melakukannya dalam tempoh yang telah di tetapkan itu, barulah penguatkuasaan undang-undang itu dilaksanakan secara telus dan terbuka di lakukan oleh suruhanjaya ini.
Dengan memberikan tugas kepada seseorang yang berwibawa yang tinggi, maka semua pihak tidak akan menjadi mangsa dendam kecuali mereka ini degil dan tidak sedar-sedar dengan kesalahan yang mereka lakukan itu.
Selain dari itu jika sistem berbagai dan berbilang parti ini sudah tidak boleh bertahan lagi mungkin sistem satu parti perlu di wujudkan dalam negara ini dan dalam sesuatu sistem satu parti wujud negara mesti berwajib untuk mendapatkan dan mencari kepimpinan yang kuat dan ‘magnanimous’ terus-terusan untuk mengambil alih warisan kepimpinan setidak-tidaknya selama 50 atau enam puluh tahun yang akan datang atau lebih lama dari itu.
Masanya sudah sampai untuk semua pihak untuk melakukan usaha penyatuan rakyat yang sudah terlalu berpecah belah oleh kerana politik perkauman yang kini sangat menebal di dalam negara kita ini. Kita sudah nampak ‘pattern’ sokongan politik berdasarkan kepada perkauman.
Seperti yang saya sebutkan di atas wakil-wakil dari berbilang kaum ini sudah dikenal pasti. Kita nampak rakan kita kaum Cina memang tidak syak lagi boleh mewakilkan pimpinan DAP untuk melakukan transformasi politik yang besar-besaran ini. Kaum Melayu yang merupakan penduduk teramai di negara ini ada PAS dan pemimpin gantian di dalam UMNO (lain dari pemimpin-pemimpin kerajaan hari ini) dan India boleh di wakilkan oleh parti yang mewakili kaum itu.
Mulakan politik dan sistem kenegaraan yang baru. Apa yang penting kita mesti mencapai perpaduan kaum yang sejati dalam negara ini dan tanpa penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin kerajaan seperti kegiatan rasuah dan menjahanamkan harta rakyat yang ada di dalam perbendaharaan rakyat itu.
Perkara ini bukan satu usaha yang mudah tetapi ia tetap akan mampu dilakukan dengan baik dan jayanya asalkan sahaja semua pihak jujur dan ikhlas untuk melihat negara kita yang kaya raya dengan anugerah Tuhan ini kekal sebagai negara yang mempunyai daulat dan ‘integrity’ yang tinggi sampai bila-bila.. Apa yang penting ialah kemahuan yang kuat serta sikap berkorban yang tinggi serta tidak ada sifat dendam mendendam lagi.
Jika usaha seperti ini tidak mahu dilakukan maka di dalam pilihanraya yang akan datang ini, peralihan kuasa akan dilakukan dengan sistem perundangan akan terlaksana terhadap mereka yang telah melakukan kesalahan besar terhadap negara ini.
Bagi rakyat mereka mahu melihat perubahan. Jika perubahan boleh dilakukan dengan rundingan semua pihak tidak ada siapa dikalangan rakyat tidak mahu menerimanya. Kita utamakan keharmonian sistem politik negara, dan dalam melaksanakannya banyak pihak wajar berkorban semata-mata untuk negara.
Laksanakan sumpah dan janji untuk berjuang bagi kepentingan negara dan bukan untuk yang lain. Apa yang terpenting sekarang ini rakyat sudah jemu dengan politik retorik dan tipu helah dan membudayakan politik menghina dan memperlekehkan pihak yang ingin menuju kemajuan.
Berfikir dan bertindak lah dalam ketenangan kerana segala masalah akan terlerai hanya dalam keadaan pemikiran kita yang tenteram dan aman.
Let’s go back to basic. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 11-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 12 Dis 2012 |
Luahan rasa marah dan kebencian bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.
Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti korupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbankan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara bangsa.
Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai 'pengkhianat' semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan, tetapi dalam ruang lingkup tertutup secara berhemah.
Dalam satu laporan di akhbar tempat beliau mencari makan dan menjadi bos di situ dulu, Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negara ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.
Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama 1 tahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie.
Input atau analisa dibuat Zainuddin itu sekali lagi menunjukkan kebenciannya dan satu analisa yang dangkal, tohor maklumat dan berunsur jahat. Zainuddin tidak berlaku jujur di dalam hal ini apabila tanpa menyebut bentuk konspirasi menjatuh dan menekan Habibie, tetapi disebut secara general. Kalau beliau jujur Zainuddin kena sebut juga beberapa kepala halian yang menjadi konspiratornya.
Sebaliknya sedikit sebanyak nasib malang diterima Habibie sama dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Malaysia apabila beliau dijatuhkan menerusi satu konspirasi memburuk dan mengaibkan seperti dialami bekas timbalan perdana menteri itu.
Bagi saya kenyataan Zainuddin itu juga tidak profesional dan tidak melambangkan dia seorang tokoh wartawan Melayu sejati. Kalau beliau tidak menerima politik Habibie sekalipun kerana sebab-sebab personal tetapi beliau tidak boleh cuba mempengaruhi orang ramai untuk memberi persepsi buruk kepada Habibie mengikut apa yang nafsunya ingini.
Sebagai tetamu kepada sebuah negara Habibie harus dilayan dengan baik dan sewajarnya. Zainuddin dan kita semua perlu mempamerkan sikap tahu menghormati tetamu selagi ia dibenarkan masuk ke negara ini secara legal. Sekiranya Habibie seorang pengkhianat dan dianggap datang untuk menghasut rakyat negara ini agar menjatuhkan kerajaan BN, Zainuddin tidak boleh membuat kenyataan umum sebaliknya dia harus mengemukakan bukti-buktinya kepada pihak keselamatan negara.
Biarlah pihak keselamatan negara akan menentukan apakah kedatangannya merbahaya kepada negara atau tidak. Sudah tentu kalau dalam penelitian pihak keselamatan negara, kedatangan itu tidak membahayakan kepada negara sebaliknya boleh mengancam Najib ia bukan asas untuk dihalang. Mesti kena ada perbezaan di antara Najib dengan negara.
Dan selagi tidak ada sekatan untuk kemasukan Habibie ke negara ini Zainuddin tidak boleh mengecapkan Habibie sebagai pengkhianat dan kita semua perlu menerima Habibie sebagai seorang tetamu atau pelancong membawa ilmu ke negara ini. Apakah Zainuddin memahami tatacara sesebuah negara berdaulat di dunia ini?
Sedih dan memalukan kenyataan Zainuddin itu, apa lagi dari seorang bernama bekas wartawan dan dinobatkan sebagai tokoh wartawan. Sebagai seorang wartawan kenyataan yang tidak berhati-hati itu juga memalukan profesyen kewartawanan di negara ini. Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh budak-budak Umno Gombak ia tidak menjadi masalah kerana kita tahu sepanjang mana kail mereka.
Dari sisi lain kenyataan Zainuddin itu boleh menimbulkan ketegangan dan rasa kurang baik di antara kedua rakyat Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada rakyat Indonesia yang tidak suka dan bencikan Habibie tetapi masih ada yang mengkaguminya. Mereka pasti akan marah seperti mana marahkan Zainuddin kalau ada rakyat Indonesia mengatakan Mahathir juga makan khinzir.
Atas dosa itu, elok kalau pihak yang menganugerahkan gelaran tokoh wartawan kepada Zainuddin dinilai semula akan kelayakannya. Kita tidak mahu anugerah yang berprestij bertujuan untuk mengangkat martabat wartawan itu diberikan kepada wartawan haprak seperti Zainuddin Maidin. Rasa moleknya juga pertubuhan wartawan dan penerbitan akhbar memprotes kenyataan Zainuddin Maidin itu sebagai satu peringatan.
Hakikatnya baik Zainuddin dan dunia, tidak dapat menolak kehebatan dan pengiktirafan ke atas Habibie sebagai tokoh dan pembangunan teknologi kejuruteraan di Indonesia. Bahawa Hahibie telah dinobat oleh seluruh dunia sebagai orang bertanggungjawab membangunkan industri pesawat di negara itu sehingga mendapat pengiktirafan dunia. Apakah Zainuddin tidak terbaca kehebatan ini atau pun setiap kali menemui akhbar yang menyiarkan berita mengenai Habibie beliau terus mengumpal dan masukkan ke dalam poketnya seluar sapaknya?
Mengenai kebimbangan Zainuddin terhadap mereka yang hadir pada acara pidato Habibie di Universiti Perindustrian Selangor (Unisel) baru-baru ini, beliau tidak perlu sangsi, sambutan hangat sekali dan ia tidak kecukupan masa. Lebih sejam Habibie berucap seperti hanya 10 minit saja.
Begitulah kalau seseorang tokoh berhemah ada wawasan akan berucap dengan fakta, gaya dan fikiran terbuka dengan hujah memecah sempadan minda. Ia berbeza dengan tokoh yang bercakap dengan muka persis beruk 'datang bulan' ataupun yang suka menunjukkan wajah cengeng dan sesekali menyengihkan gigi putih macam beruk mat yeh.
Untuk pengetahuan Zainuddin, yang mendengar pidato Habibie di Unisel tempoh hari bukan orang-orang sejenis dengan Mahathir dan beliau atau seperti Ibrahim Ali yang merasakan hanya merasa diri mereka cerdik manakala orang lain
low class.
Yang hadir itu juga merupakan tokoh politik yang bukan mudah boleh diperbodoh dan mudah tunduk bersujud sawi seperti mana Zainuddin terhadap Mahathir apabila Mahathir membenarkan dia menulis buku
"Mahathir Di Sebalik Tabir" sebagai satu apologetik kepada bekas PM itu atas kesalahannya sehingga dipecat dari menjadi Ketua Pengarang Utusan. -
http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 12-12-2012
http://drmaza.com, | 12 Dis 2012 |
Malang jika modal sesetengah penceramah agama ialah maklumat yang dikutip dari apa sahaja bahan yang sampai kepada mereka. Ibarat kata, ‘
membujur lalu, melintang pukang‘. Mereka tidak mempunyai kekuatan ilmiah dan minda dalam menilai dan menapis fakta. Maka, semua yang dibaca dianggap benar dan disampaikan. Sehingga buku palsu “
Dialog Nabi s.a.w Dengan Iblis” juga dipercayai.
Antaranya, konon baginda Nabi s.a.w bertanya Iblis, “
apakah tempat yang paling engkau suka?”. Jawab Iblis “
panggung wayang”. Walaupun, penceramah mungkin mempunyai tujuan tertentu. Namun kepalsuan adalah musuh agama ini. Kita tahu pada zaman Nabi s.a.w belum ada panggung wayang. Bagaimana mungkin istilah ini muncul? Sudahlah cerita-cerita dalamnya tidak mempunyai
sanad yang diterima, ditambah lagi dengan kebodohan jalan cerita yang boleh menyebabkan generasi yang berakal menolak agama. Padahal itu bukan fakta agama. Al-Quran sendiri tidak menyebut peralatan senjata moden, sebaliknya menyebut kuda, bagi memahamkan senjata terbaik ketika itu. Mana mungkin pula hadis menyebut istilah yang tidak wujud di zaman tersebut.
Tak Logik
Ada pula yang membawa cerita, kononnya wali tertentu bersolat seribu rakaat semalam. Walaupun itu disebut dalam sesetengah karya besar, namun patut dinilai semula. Adakah satu malam mempunyai seribu minit untuk dia bersolat seribu rakaat selaju seminit satu rakaat?!! Jika diambil pukul lapan malam sehingga enam pagi pun, baru sepuluh jam bererti enam ratus minit!!. Mampukah dia melakukan seribu rakaat?. Matematik sekolah rendah pun dapat memikirkan hal ini. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang agung itu, menurut ‘Aisyah r.a. dalam riwayat yang sahih oleh Abu Daud dan al-Nasa’i bahawa solat malam baginda tidak melebihi sebelas rakaat. Benarlah kata sesetengah sarjana hadis:
Apabila engkau melihat sesebuah hadis menyanggahi logik, menyalahi manqul (al-Quran) dan bertentangan dengan usul-usul Islam, maka ketahui ianya hadis yang palsu (Al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, m.s. 182, Beirut: Dar al-Fikr).
Dongeng
Fonomena ini bukan sahaja berlaku dalam TV. Bahkan itulah realitinya di luar TV. Masih ramai ustaz-ustaz kita yang kadang kala bermodalkan cerita dongeng dan kartun. Di samping riwayat Israiliyyat dan hadis-hadis palsu yang dibaca di dalam masjid dan surau, mereka menokok tambah kejadian-kejadian pelik untuk menarik perhatian pendengar. Cerita mayat jadi itu dan ini menjadi modal murahan. Dengan tidak dinafikan Allah mampu melakukan segala-galanya, namun sejarah menunjukkan Allah tidak bertindak demikian kepada umat NabiNya yang akhir. Tidak seperti mana kepada umat yang sebelumnya. Kalau Allah mahu, tentu mayat Abu Jahal, atau Abu Lahab terlebih dahulu akan menjadi contoh. Kedua-dua tokoh kekufuran itu, tidak juga mati terkejut, atau kerana penyakit misteri disebabkan kejahatan mereka. Sebaliknya kaum musliminlah yang berjihad dan menghapuskan keduanya di medan pertempuran. Islam meminta usaha, bukan menunggu tindakan Allah tanpa usaha. Firman Allah mengenai cabaran musyrikin terhadap Nabi s.a.w
(maksudnya): “Dan mereka berkata: Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan bagi kami matair dari bumi. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalirkan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau engkau gugurkan langit berkeping-keping ke atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya.
Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?”. Dan tiadalah yang menghalang orang-orang musyrik itu dari beriman ketika datang kepada mereka hidayah petunjuk, melainkan (keingkaran mereka tentang manusia menjadi Rasul, sehingga) mereka berkata dengan hairan: “Patutkah Allah mengutus seorang manusia menjadi Rasul?” (Surah al-Isra`: 90-94).
Demikian dahsyat cabaran mereka, baginda tidak menyahutnya, kerana bukan itu kehendak Allah. Mereka meminta langit berkeping-keping menimpa kepala mereka, namun baginda menjawab “
Aku hanya seorang insan yang diutuskan menjadi rasul”. Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana tidak pula memusnahkan kaum musyrikin dengan apa yang mereka minta, sebaliknya dijadikan kemusnahan mereka melalui sebab perjuangan golongan yang beriman.
Apa yang pelik sesetengah ustaz atau penceramah agama itu membawa cerita yang jauh berbeza dengan tabiat sirah Nabi dan para sahabah. Kononnya orang ini mayatnya jadi begini kerana tidak datang masjid, atau kerana terlalu kedekut dan seumpamanya. Yang ini pula tangannya lumpuh, atau berpenyakit badan kerana tidak mahu pergi haji. Mereka mengandaikan perkara yang tidak pasti. Boleh jadi seseorang yang sakit itu kifarah Allah ke atasnya kerana dosa tertentu. Namun boleh jadi juga di atas hikmah yang lain. Ramai orang beriman lagi soleh juga sakit.
Adapun cerita mayat jadi itu dan ini, kebanyakannya andaian atau tokok tambah. Apa yang membimbangkan, ada media massa yang mengambil kesempatan lalu menjadikan tajuk-tajuk sebegini sebagai penarik pembaca setiap keluarannya. Sehingga ada orang bukan muslim membaca dan berkata: “
Teruknya orang Islam, mati macam-macam jadi. Kita yang awak katakan cakap kafir pun tidak jadi macam itu. Kalau macam ini takut kita hendak masuk Islam. Bahaya! Nanti tuhan selalu marah, mati pun tak boleh senang”.
Masjid Jadi Pasar
Lebih dukacita lagi, sebahagian penceramah, menjadikan masjid dan surau sebagai platform mengiklankan barang-barang jualan mereka. Atau mengiklan produk-produk mereka yang disokong oleh dalil-dalil yang kebanyakannya tidak benar. Namun masyarakat umum yang telah memberi kepercayaan, ramai yang termakan. Akhirnya masjid menjadi pusat iklan barangan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu. Sedangkan peniaga-peniaga lain tidak ada peluang. Kalau satu syarikat diizinkan, mengapa syarikat yang lain tidak? Jika semuanya diizinkan, jadilah masjid bagaikan ‘
pasar lambak’ tempat peniaga mengiklankan barangan mereka. Barangkali inilah hikmat baginda Nabi s.a.w menyebut:
“Jika kamu melihat seseorang menjual atau membeli di masjid, maka katakanlah: ALLAH tidak akan menguntungkan perniagaanmu..” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
Cuma malangnya masyarakat kita, siapa sahaja yang dinobatkan sebagai ‘
ustaz’, bagi mereka tentulah tahu semua benda dalam agama. Padahal, Islam begitu luas lagi ilmiah. Mana mungkin hanya dengan bergelar ustaz dia menguasai disiplin-disiplin yang hebat itu tanpa mempunyai kajian dan kaedah kajian yang mantap. Apakah dianggap pengkaji Islam jika sekadar mencetuskan beberapa lawak jenaka atau beberapa petua suami-isteri?!!.
Tukang Cerita
Dalam sejarah para ulama hadis sejak dahulu mengingatkan umat Islam tentang bahayanya golongan
qussas dan
wu’adz. Golongan ini adalah antara yang paling berperanan menwujudkan hadis palsu, atau menyebarkannya. Bahkan melalui mereka tersebarnya Israiliyyat, petua-petua khurafat dan cerita-cerita karut yang disandarkan kepada tokoh itu dan ini. Agama tercemar kerana mereka. Secara ringkas kita terjemahkan
wu’adz dan
qussas sebagai para penceramah agama dan tukang cerita.
Mungkin kita akan bertanya, apakah bahaya? Tidakkah mereka ini memberi nasihat di masjid dan surau kepada orang ramai. Orang ramai pula dapat mengambil manfaat daripada mereka?!.Kita katakan, bahayanya bukan kerana mereka memberikan nasihat, tapi bahayanya kerana ada isi kandungan agama yang terkandung dalam ucapan-ucapan mereka banyak yang tidak benar. Orang ramai terseleweng kerana mereka. Walaupun kita sedar bukan semua penceramah begitu. Ramai juga penceramah yang berhati-hati dalam penyampaian maklumat dan hadis-hadis yang dibaca. Namun lebih ramai penceramah yang hanya memikirkan apa yang disukai oleh pendengar semata. Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql:
“Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, Riyadh: Dar al-Watan).
Orang Awam Terpengaruh
Sepatutnya majlis-majlis nasihat mestilah berteraskan ilmu yang tulen. Ayat-ayat al-Quran dan hadis yang dihuraikan mestilah memenuhi disiplin keilmuan yang telah digariskan oleh para sarjana Islam. Kata al-Imam Ibn Jauzi (meninggal 597H) ketika mengulas mengenai tipu daya iblis terhadap
wu’adz dan
qussas ini:
“…maka golongan awam dan wanita begitu suka kepada mereka. Lantas orang ramai tidak lagi sibuk dengan ilmu sebaliknya mereka berpaling kepada cerita-cerita dan perkara yang diminati oleh orang yang jahil. Maka timbullah berbagai bid`ah dalam bidang ini… di kalangan mereka ada yang memalsu hadis-hadis dalam al-targhib (menggalakkan ibadah) dan al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat).
Iblis menipu mereka lalu mereka berkata: “tujuan kami ialah untuk menggalakkan orang ramai kepada kebaikan dan menghalang mereka daripada kejahatan. Ini adalah penambahan mereka terhadap syariat. Justeru dengan perbuatan ini, syariat pada sisi mereka adalah cacat dan berhajatkan kepada penyempurnaan. Mereka lupa sabda Nabi S.A.W: “Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Ibn Jauzi, Talbis Iblis, m.s. 143 , Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).
Ceramah Cari Makan
Adalah menyedihkan jika ada pihak yang menganggap, ceramah agama sebagai sumber mengumpul kekayaan. Tujuan ceramah ialah duit. Maka dia mencetuskan apa yang dirasakan boleh menghasilkan duit. Lalu dia rela mengorbankan ilmu dan fakta hanya kerana harta. Kata al-Syeikh Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib:
“Kebanyakan qussas (tukang cerita) mereka hanya pentingkan orang ramai berkumpul kepada mereka. Maka mereka pun mencipta hadis apa yang boleh disukai dan membangkitkan jiwa orang ramai, menggerakkan perasaan dan memberikan harapan. Di kalangan para qussas ada yang melakukan itu semua demi untuk memperolehi habuan dan faedah dari pendengar.
Kebanyakan bala datang daripada mereka. Mereka berdusta kepada Nabi s.a.w.dan tidak pula menganggap itu sebagai dosa dan pembohongan. Peliknya, -mendukacitakan- mereka memperolehi pula telinga-telinga yang sudi mendengar, membenarkan dan membela mereka. Ini disebabkan kejahilan orang awam yang tidak mementingkan kajian dan penelitian”.( Muhammad ‘Ajjaj al-Khatib, Usul al-Hadith, m.s. 424, Beirut: Dar al-Fikr)
Inilah hakikat yang berlaku sehingga ke hari ini. Entah berapa ramai penceramah tidak meneliti kedudukan fakta-fakta yang dikemukakan. Apa yang mereka pentingkan ialah jempuan orang ramai dan kesudian mereka untuk mendengar. Sebab itulah pada zaman dahulu Ibn `Umar beliau mengarahkan agar pihak berkuasa mengeluarkan mereka dari masjid dan `Umar bin `Abd al-`Aziz pula memenjarakan mereka dan sesiapa yang duduk dalam majlis mereka.( Lihat: Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44.).
Kesalahan mereka bukan kerana mereka memberi nasihat kepada orang ramai. Rasulullah S.A.W. dan para ulama salaf juga memberi ceramah dan nasihat kepada orang ramai. Namun yang salah ialah mereka menyebarkan perkara-perkara palsu.
Menyandarkan maklumat palsu kepada Islam adalah sesuatu yang amat haram. Malangnya perkara yang amat diharamkan syarak ini berlaku di masjid-masjid. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar):
“Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai periwayatan dan teks hadis). Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, Kaherah: Dar al-Fikr al-`Arabi).
Sumber HD - 12-12-2012
Syahir Sulaiman, | 12 Dis 2012 |
“
Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)
Ekonomi rakyat di antara dua pilihan
Ekonomi sangat berkait-rapat dengan keputusan dan pilihan.
Sesebuah ekonomi yang sihat diukur pada tahap permintaan dan penawaran terkumpul yang terbit daripada kerancakan aktiviti keusahawanan dan transaksi perniagaan di antara penjual dan pembeli, manakala pelaksanaan polisi ekonomi sesebuah negara boleh bertindak sebagai pemangkin atau penghalang kepada kerancakan ekonomi tersebut.
Dalam sektor perniagaan, terdapat 2 kategori usahawan iaitu mereka yang berdaya-eksplorasi
(exploration) dan mereka yang berdaya-eksploitasi (exploitation).
Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis usahawan ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai usahawan berdayaeksplorasi.
Di pentas politik pula terdapat 2 kategori ahli politik iaitu mereka yang berdaya-khidmat (serviceoriented) dan mereka yang berdaya-manipulasi (manipulative-oriented).
Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis ahli politik ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai pemimpin berdaya-khidmat berbanding pemimpin khianat yang hidup dengan korupsi, manipulasi dan pembaziran wang rakyat.
Manakala di kalangan rakyat juga terdapat 2 kategori pengguna iaitu pengguna-bijak (smart consumer) dan pengguna-dimanipulasi (manipulated consumer).
Di dalam sesebuah ekonomi, kedua-dua jenis pengguna ini wujud tetapi sebuah ekonomi yang sihat memilih lebih ramai rakyat yang bijak daripada dipijak.
Rakyat penentu kuasa ekonomi dan politik
Pemangkin sebenar pertumbuhan ekonomi terletak di tangan pengguna dan rakyat yang bijak.
Tahap permintaan dan penawaran di dalam negara bergantung pada tahap kecenderungan rakyat untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan (propensity to produce) yang dibalas dengan ganjaran pendapatan, seterusnya kecenderungan untuk berbelanja, menyimpan dan meminjam (propensity to consume, to save, to borrow).
Kita seharusnya hidup mengikut kemampuan, seterusnya berjimat untuk menyimpan dan meminjam hanya untuk perkara yang berkualiti dan diperlukan.
Usahawan berjaya pula adalah mereka yang melaburkan masa dan tenaga dalam mencipta produk yang lebih baik, memberikan khidmat pelanggan yang terbaik, bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar, dan menyokong segmen pekerja untuk meningkatkan komitmen dan produktiviti.
Namun, dari masa ke masa, kebanyakan usahawan berdaya-eksplorasi ini cenderung untuk beralih
menjadi usahawan berdaya-eksploitasi apabila mereka ini ‘terlalu besar untuk gagal’.
Mereka melobi kerajaan untuk mendapatkan pelbagai projek, tender dan insentif cukai, mengurangkan kos dengan memberi tekanan kepada gaji pekerja, bergabung dengan pesaing untuk mewujudkan gergasi monopoli, ketandusan idea baru dan meneruskan penghasilan produk yang sama berbanding membangunkan produk baru, serta memanipulasi harga untuk mengaut keuntungan yang lebih terhadap pengguna dan rakyat.
Sokongan kerajaan sewajarnya dialih daripada membela gergasi korporat kepada usaha penggalakan pertumbuhan industri kecil dan sederhana.
Insentif dan subsidi perlu disalurkan untuk meningkatkan kecekapan dan dayatahan rakyat dan usahawan, manakala polisi cukai dan undang-undang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan iklim pelaburan yang mampan dan produktiviti yang tinggi, bukannya untuk melahirkan generasi ‘kenal-siapa’ (know-who) yang mengatasi kualiti ‘tahu-bagaimana’ (knowhow) di dalam masyarakat.
Dasar ekonomi negara perlu beralih kepada prinsip nilai berbanding terbina di atas prinsip manipulasi yang dipandu rasa tamak dan takut (greed and fear).
Kebergantungan kepada kerajaan dapat dikurangkan dengan membudayakan nilai tanggungjawab bersama di antara kaya dan miskin sebagaimana dianjurkan daripada amalan zakat, sedeqah, infaq dan waqaf bagi menampung pembinaan institusi agama, masyarakat, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur kepada rakyat.
Walaupun kerajaan berbangga dengan kedudukan di tangga ke-54 di kalangan 176 buah negara dalam Indeks Persepsi Rasuah, namun realiti nilai integriti dan tranparensi di Malaysia tidak seindah khabar.
Pemberian tender bernilai jutaan dan bilion ringgit oleh pihak kerajaan terus mengundang persoalan terhadap budaya kronisma dan nepotisma, amalan rasuah dan sogokan terus membiak daripada sebesar-besar nilai hingga ke sekecil-kecil nilai, malah institusi agama dan pendidikan turut tidak dapat lari daripada terdedah kepada bahaya amalan rasuah.
Dasar fiskal yang penuh integriti dan berkebajikan sangat diperlukan oleh negara Malaysia.
* Syahir Sulaiman merupakan EXCO Pemuda PAS. Beliau mendokong usaha membangun Negara Berkebajikan.
12 Disember 2012
Sumber HD - 12-12-2012
Provokasi yang dilakukan oleh samseng-samseng Umno semasa ceramah Pakatan Rakyat di Gombak baru-baru ini amat dikesali. Ia juga menunjukkan bahawa negara kita makin lama makin menjadi Negara Koboi ataupun sudah pun menjadi Negara Koboi.
Antara ciri Negara Koboi adalah:
1. Berleluasanya budaya samseng dalam masyarakat: Selain kejadian di Gombak tempoh hari, sudah banyak kali ceramah Pakatan Rakyat diganggu oleh samseng Umno/Barisan Nasional. Ini baru soal politik. Selain itu, budaya samseng makin menular dalam masyarakat kita, malah sudah pun merebak di peringkat sekolah rendah. Kewujudan budaya ini dalam masyarakat kita terbukti lagi dengan penerbitan makin banyak filem-filem bertema samseng, seperti KL Gangster, PE3, Budak Pailang dan sebagainya.
2. Berleluasanya penggunaan senjata api dalam jenayah ganas: Hampir setiap hari kita membaca atau mendengar berita tentang penggunaan senjata api dalam jenayah ganas yang membabitkan pembunuhan. Ini menunjukkan seolah-olah amat mudah bagi penjenayah mendapatkan pistol di negara ini. Tidak cukup dengan itu, kes jenayah yang melibatkan penggunaan bom juga sudah banyak kali berlaku. Yang terbaru adalah kes pengedar dadah melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis yang mengejarnya.
3. Jenayah berleluasa dan dianggap sebagai perkara biasa: Antara lima dan sepuluh tahun yang lalu, adalah amat sukar bagi kita mendengar siren polis. Tetapi pada hari ini, siren polis sudah menjadi perkara biasa. Kini, jenayah terlalu kerap berlaku, hinggakan ia dianggap sebagai perkara biasa, terutama oleh para penduduk bandar.
4. Penjenayah galak melakukan jenayah: Sudah banyak kes di mana penjenayah tidak takut melakukan jenayah atau seolah kebal dari tindakan undang-undang. Misalnya adalah kewujudan pusat perjudian haram yang dibuka berdekatan balai polis.
5. Pihak berkuasa lepas tangan: Contohnya adalah apabila ceramah-ceramah Pakatan Rakyat diganggu dan diprovokasi, pihak polis membiarkan sahaja dan tidak menangkap samseng-samseng tersebut.
6. Sikap saling mencurigai: Disebabkan berleluasanya jenayah, maka rakyat hidup dalam ketakutan. Suasana takut ini kemudiannya mengakibatkan rakyat kini saling mencurigai antara satu sama lain. Contohnya, sekarang ni, apabila kita sekadar hendak bertanyakan arah jalan, ada orang yang tidak berani melayan kerana menyangka kita adalah penjenayah yang menggunakan pertanyaan itu sebagai helah.
7. Pergantungan pada pengawal swasta dan alat keselamatan: Sekarang ni, jika kawasan perumahan kita tidak membayar syarikat keselamatan swasta bagi melakukan rondaan, maka kita dianggap sebagai ganjil.
Dengan meningkatnya kadar jenayah, banyak kejiranan terpaksa mewujudkan komuniti berpengawal dan berpagar (gated and guarded) bagi memastikan keselamatan kejiranan mereka. Tidak cukup dengan itu, sudah banyak rumah yang memasang penggera dan CCTV. Pergantungan yang kian meningkat pada pengawal swasta dan alat keselamatan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Tidak mustahil bahawa jika kadar jenayah terus meningkat, maka suatu hari nanti, kita terpaksa menggunakan sistem akses kad (card access system) untuk masuk ke dalam rumah kita.
8. Terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah: Kini, sudah semakin banyak pihak, sama ada individu ataupun organisasi yang terpaksa menawarkan ganjaran bagi menangkap penjenayah yang telah melakukan jenayah terhadap mereka. Ini antara lain menunjukkan bahawa rakyat kurang percaya pada keupayaan pihak polis bagi membanteras jenayah.
9. Berleluasanya ketidakadilan: Berleluasanya ketidakadilan adalah satu lagi ciri Negara Koboi. Ramai orang kini sebenarnya lebih percaya dan yakin pada NGO daripada kerajaan. Mereka yakin bahawa NGO lebih mampu membantu mereka menyelesaikan masalah dan mendapatkan keadilan. Antara punca ini berlaku adalah berleluasanya ketidakadilan dalam masyarakat, yang mana kerajaan yang sepatutnya menegakkan keadilan. Maka apabila kerajaan dilihat tidak menegakkan keadilan, maka rakyat yang tertindas terpaksa memohon bantuan daripada NGO.
Sumber HD - 13-12-2012
BN sedang menghadapi zaman getirnya. Lagi hampir pilihanraya sampai, lagi banyak masalah yang timbul. Dalam ingin memenangi pilihanraya UMNO mempunyai masalah berpuak-puak yang berusaha untuk memenangi puak yang mereka sokong untuk ke hadapan. Dalam masa yang sama Najib sedang menghadapi masalah peribadi yang besar hasil dari pembongkaran oleh mereka yang rapat dengan beliau (Najib) dahulu tentang banyak perkara. Isu Altantuya dengan akuan sumpah Bala Subramaniam dan kenyataan-kenyataan Musa Hassan merupakan isu yang mencengkam pemikiran Najib dan keluarga sekarang ini.
Masalah yang dihadapi Najib ini tidak pula mendapat sokongan dari dalam UMNO sendiri kerana terlalu ramai dalam UMNO sendiri mahukan Najib berundur selepas keputusan pilihanraya yang dijangka buruk diumumkan. Ramai di dalam UMNO mahukan UMNO dan BN hanya memenangi jumlah kerusi yang kurang dari apa yang didapati dalam pilihanraya yang lalu. Jika ini berlaku maka mudahlah bagi ‘Raja Muda’ UMNO mengambilalih jawatan yang disandang oleh Najib sekarang ini.
Najib nampaknya kesaorangan kerana dalam UMNO sendiri terlalu ramai yang berkeyakinan UMNO akan tumpas dan jika mendapat kemenangan pun UMNO akan hanya mendapat kemenangan tipis. Dalam kedua-dua situasi ini Najib terpaksa berundur dan melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan. Bagaimana situasi ini boleh berlaku, ia merupakan ulangan sejarah dalam UMNO kerana perkara seperti ini sememangnya biasa berlaku dalam parti itu.
Hanya kali ini perpecahan yang berlaku akan menjahanamkan UMNO buat selama-lamanya kerana kekuatan Pakatan Rakyat yang menonjol dan jelas mendapat dukungan rakyat berbilang kaum sekarang ini.
Najib sebagaimana yang saya sebutkan selalu, mempunyai musuh yang lebih ramai di dalam UMNO itu sendiri daripada musuh di luar parti itu.. Najib sedang berhadapan dengan musuh di hadapan beliau iaitu pihak pembangkang dan musuh yang lebih merbahaya sekali, iaitu musuh beliau yang berada di dalam UMNO itu sendiri.
Ramai di dalam UMNO itu sendiri sudah merasakan yang UMNO itu sudah menjadi parti yang semakin hari semakin kurang mendapat keyakinan dari ahli-ahlinya sendiri. Elemen yang akan menjatuhkan UMNO itu bukannya disebabkan kekuatan pembangkang semata-mata, tetapi yang akan menjadikan UMNO itu kecundang ialah kerana kekurangan keyakinan di kalangan ahli-ahlinya sendiri.
Persoalan yang mesti kita bertanya kenapa UMNO itu semakin hari semakin tidak diyakini oleh ahli-ahlinya sendiri?
Salah satu dari sebabnya ialah kerana pucuk pimpinannya yang mempunyai terlalu besar masalah yang terpaksa memikul ‘baggage’ nya yang terlalu berat. Ahli-ahli UMNO yang pada asasnya tidak mempunyai daya juang yang kuat akan mudah merasa rendah diri apabila mereka melihat kemaraan Pakatan Rakyat yang semakain kuat dan di sebelah diri masing-masing melihat masalah peribadi pucuk pimpinan mereka yang terlalu besar.
Apa yang menjadi masalah lagi ialah, tidak ramai pimpinan UMNO itu sendiri yang bingkas mempertahankan Presidennya sendiri kerana di dalam hati mereka yakin yang isu-isu serta tuduhan terhadap Presidennya itu ada asasnya dan mereka merasakan mempertahankan Najib itu akan mencederakan kredibiliti mereka sendiri. Malahan ramai di antara mereka tidak mahu di‘associate’kan dengan Datuk Najib dan lebih mempunyai kecenderungan untuk mengaku untuk berpihak kepada Muhyiddin Yassin.
Di belakang tabir ramai di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri mahukan banyak kerusi dimenangi oleh pembangkang kerana mereka tidak mempunyai keyakinan yang Najib mampu memulihkan imej UMNO sebagai parti yang mempunyai kredibiliti. Ramai juga di kalangan pemimpin UMNO yang menangguk di air yang keroh untuk kepentingan peribadi mereka.
Menikam pimpinan dari belakang ini merupakan kemahiran ramai pimpinan UMNO. Sekarang sejarah berulang sekali lagi. Datuk Hussein Onn terpaksa mengumumkan tidak mempertahankan jawatan sebagai Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung 1981 selepas beliau di tandingi oleh Sulaiman Palestin pada tahun 1978 dahulu. Sulaiman Palestin telah menandingi jawatan Presiden UMNO pada tahun 1978 di atas permainan “Raja Muda’ UMNO semasa itu untuk menekan Hussein berundur bagi ‘Raja Muda’ itu mengambil alih jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.
Usaha ‘Raja Muda’ UMNO itu berjaya dan kejayaannya membaling batu sembunyi tangan itu menempatkan beliau menjadi Presiden UMNO secara percuma dalam tahun 1981 dan beliau telah mula memecahkan UMNO dengan melagakan Tengku Razaleigh dan Musa Hitam dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO dan inilah cara pemimpin yang saya selalu sebutkan namanya di dalam blog ini bermain politik. Secara sistematik beliau telah menghapuskan semua pemimpin yang berpengaruh dan mempunyai ‘consequence’ kepada negara dalam tempuh kurang dari sepuluh tahun. Tiada siapa yang beliau was-was dan cemburui akan selamat di bawah pimpinan orang ini.
Dalam permainan politik intra UMNO sekarang ini pun, beliau adalah pemain utamanya dan jika diikutkan kehendak hatinya beliau mahukan Najib berhenti dan memberikan kuasa kepada Muhyiddin. Itulah sebabnya saya selalu berkata UMNO tidak perlu berdepan dengan pembangkang untuk tumpas, tetapi UMNO wajar berperang sesama sendiri terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan pembangkang.
Dalam pada Najib terdesak dengan permainan ini beliau terpaksa tunduk juga kepada pengaruh orang ini dan beliau (Najib) telah mengikut telunjuk dan kerenah orang ini sehinggakan banyak kesempatan diambil oleh keluaraga orang ini untuk mendapatkan peluang perniagaan secara monopolistik dalam negara ini.
Selagi orang ini masih bercakap politik dan bercakap pasal UMNO selagi itulah politik negara kita akan berkecamuk kerana keadaan berkecamuk inilah yang di kehendaki beliau kerana situasi berpecah belah UMNO itu akan meletakkan beliau sebagai orang penting kepada semua pihak.
Mungkin UMNO akan selamat apabila beliau berhenti bercakap politik yang membingungkan ramai orang itu. Tetapi apa pun samada beliau masih bercakap politik atau tidak UMNO sudah tidak bermaya lagi untuk maju dan eloklah begitu. Biarkan pihak lain pula yang mentadbir kita. Tidak ada salahnya jika kita lakukan secara serius untuk perubahan itu, kerana demokrasi membenarkannya. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 13-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 15 Dis 2012 |
Orang Islam atau orang Kelantan terkenal dengan sikap terbuka dan 'tasamuh' mereka di dalam politik. Mereka bersedia membuka pintu negeri mereka untuk didatangi sesiapa saja. Sikap keterbukaan ini menunjukkan keramahan orang Kelantan, atau sifat suka meraikan orang ini, baik tetamu atau perantau. Sebab itulah terdengar saja siulan si musafir di kejauhan, suri di dapur sudah menanakkan pulut untuk dihidangkan.
Kerana sikap inilah menyebabkan ada orang luar atau bukan anak Kelantan datang bertanding di Kelantan mencuba nasib untuk jadi wakil rakyat di negeri ini. Tidak perlu disebut nama-nama mereka satu persatu. Kehadiran mereka dan berjaya menjadi wakil rakyat adalah bukti jelas orang Kelantan (dalam hal ini Pas) sedia menerima orang luar dan bekerjasama dengan sesiapa saja.
Tetapi rasanya bukan baik kalau orang luar mengambil kesempatan atas keterbukaan orang Kelantan itu. Jangan salah digunakan sikap rendah diri orang Kelantan sewenang-wenangnya. Sebaliknya hargai sifat rendah diri orang Kelantan selunaknya.
Bak kata orang tua-tua, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita kena berjasa. Dan kenanglah kepada pulut ditanak untuk diberi makan kepada si dagang. Dan ingatlah juga orang Kelantan sama sekali tidak meracun musuh di dalam makanan, jauh sekali bertindak menikam musuh dari belakang kecuali saing sendiri yang melakukan kadas beris dan cah kenting sesama sendiri.
Kedatangan dua tiga orang Cina dari parti Gerakan dari Negeri Sembilan ke negeri ini dua tiga hari lepas dengan tujuan hendak menujuk gedebe dan mencabar Majlis Perbandaraan Kota Bharu (MPKR-BRI) berhubung Undang-Undang Kecil PBT terhadap salun rambut itu, rasanya tidak wajar. Tindakan mereka datang bergunting rambut secara terbuka dengan pendandan rambut wanita Cina itu tidak sepatutnya berlaku dan ia adalah sikap samseng dan aksi melampau.
Benar seperti kata Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hassan, tindakan mereka itu mengilankan hati rakyat Kelantan dan kerajaan sendiri. Belum pernah berlaku sebelum ini ada orang luar yang datang mencabar secara terang-terang terhadap undang-undang dan rukun hidup rakyat negeri ini. Wajar kalau tindakan mereka dikatakan samseng atau lebih teruk dari itu. Orang yang tidak reti budaya dan cuba melakukan sesuatu yang kurang ajar di negeri orang lain patut dikenakan tindakan dan dikutuk.
Apa yang berlaku itu ia bukan satu provokasi yang baik dan merupakan sikap politik yang sihat dan tidak sepatutnya berlaku di negara ini yang masyarakatnya majmuk. Tindakan itu boleh menyebabkan berlaku sesuatu yang tidak baik. Tindakan Cina Gerakan Negeri Sembilan itu boleh difahami ia adalah bermotif politik. Tetapi cara berpolitik begitu adalah tidak baik kerana ia melampau.
Apa kata kalau ada orang Islam gila di Kelantan sewaktu mereka membuat cabaran itu? Di Kelantan ini kena beringat sedikit kerana ramai juga orang Islam gila yang sedia bangkit membela agama dan maruah mereka.
Seperti mana kata Cina itu tujuan mereka berbuat begitu mahu melihat sejauh mana kekuatan undang-undang kecil MPKB-BRI dalam membanteras maksiat atau dalam kata lainnya menyusuri perlembagaan negara. Dengan berbuat demikian - mendandan rambut, mereka berharap akan disaman oleh MPKB. Ekoran itu pula mereka akan membawa kes itu ke mahkamah dan mahu mahkamah membuat pengadilan sejauh mana benar dan betulnya undang-undang berkenaan.
Kalau itulah tujuannya, sebenarnya tidak payah datang ke Kelantan semta-mata untuk mencabar MPKB. Cina Gerakan itu boleh bawa kes yang berlaku sebelum ini ke mahkamah untuk menentukan sejauh mana kebal atau pun tidaknya undang-undang berkenaan. Bukankah sebelum ini MPKB sudah pun menyaman pekedai yang tidak mematuhi peraturannya? Ambil dan bawalah kes itu.
Geng gunting rambut itu tidak payah datang dan menunjuk berani dan henalan di Kota Bharu. Mereka boleh membuat kenyataan akhbar dari jauh saja mengenai isu berkenaan. Apabila mereka datang sendiri ke Kota Bharu menepuk dada dan membuat kenyataan berupa cabaran, ia adalah satu sikap biadap yang boleh ditafsirkan sebagai datang untuk menjual berani, dan perbuatan mereka itu sangat sensitif dan merbahaya kerana orang Kelantan adalah pembeli berani yang mewah.
Kita hendak tanya apakah yang mereka perjuangkan dengan tindakan itu? Apakah mereka hendak membela kelompok Cina yang ada dan hidup di Kelantan? Rasanya kalau itulah tujuannya ia tidak payah kerana kerajaan Kelantan memahami hakikat itu dan sudah lama menjaga kehidupan orang Cina. Orang Cina tidak akan lapar dan papa selama mereka bermukim di Kelantan kerana orang Kelantan sangat toleran berasaskan agama dan budaya mereka. Orang Kelantan tidak payah bagaimana untuk memberi makan kepada musafir sebab mereka sudah terbiasa sangat.
Apa lagi Pas sebagai parti Islam senantiasa mengambil berat kepada keadilan dan hak asasi manusia tanpa mengira warna kulit. Apa yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan ke atas rakyat kaum lain di negeri ini adalah jaminan seperti mana dituntut oleh Islam. Sejarah klasik bagaimana orang Kelantan begitu mesra dan baik dengan orang Cina, semasa berlaku peristiwa 13 Mei 1969 tidak ada setitik darah Cina di Kelantan yang menitis ke bumi, bahkan mereka dilindungi.
Dengan situasi dan keistimewaan itu apa lagi yang orang Cina Kelantan mahukan? Layanan seperti apa lagi yang diingini? Bukan tidak boleh bermain politik, tetapi jangan melampau. Bagaimana pun saya masih percaya Cina di Kelantan memahami apa yang diamal di negeri ini tetapi apa yang menajdi masalah Cina luar yang masih asing atau tidak pernah menikmati budu, ataupun mengenali apa itu kapak jangok.
Berdasarkan itu sepatutnya Geng Gunting Rambut memahami kenapa MPKB-BRI menggubal undang-undang kecil berkenaan. Ia adalah untuk kebaikan dan sama sekali tidak ada niat untuk menganiaya dan berlaku kejam kepada sesiapa. Mudahnya kalau mereka 'bereng' sangat mereka boleh mengajak mana-mana Cina yang tidak betah untuk tinggal dan cari makan di negeri ini kerana kongkong undang-undang dan sebagainya, bawa mereka nyah ke negeri lain. Rasanya kita sedia menyiapkan tongkang.
Dalam hubungan ini kita ingin bertanya kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) yang diketuai oleh Cina Kelantan, kenapa tidak memberi pencerahan kepada geng gunting rambut berkenaan. Mereka tidak sepatutnya membiarkan geng itu datang membuat kacau di negeri ini. Hu Pang Chau seharusnya bertanggungjawab memberi penjelasan. Apakah Pang Chau juga masih berfahaman dan penuh dengan sentimen seperti geng gunting rambut itu?
Sedikit memusykilkan dengan sikap dewan himpunan Pas ini. Mereka mengakui sebagai dewan yang menyokong perjuangan dan kerajaan Pas, tetapi dalam masa sama kadang-kadang menjadi penyala api kepada isu-isu tertentu khasnya berkaitan dengan orang Cina. Kalau beginilah cartanya dengan himpunan berkenaan tidak memberi manfaat langsung kepada kerajaan dalam konteks ini.
Mengenai sikap samseng geng gunting rambut dari Negeri Sembilan itu, mereka perlu memikir kembali kewajaran tindakan mereka. Mereka jangan bertindak lebih sudu dari kuah. Kalau pun ianya dalam wap politik, tetapi jangan wap itu bertukar menjadi bau racun yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik. Mereka kena ingat di Kelantan ini hanya satu kerusi saja yang mana kemungkinan orang Cina boleh menang, manakala 44 kerusi lagi ada majoriti Melayu.
Cara mereka lakukan itu tidak akan memberi benefit kepada rakan mereka Umno. Sebaliknya Umno juga akan terkena tempias bila mana orang akan menganggap kerja geng gunting rambut itu adalah kerja yang disuruh oleh Umno. Persepsi ini tidak boleh dielakkan sebab Gerakan adalah rakan nombor tiga utama kepada Umno.
Selain itu juga dan ini penting, apa yang kena difahami tindakan mereka itu bukan saja mencabar MPKB-BRI dan Pas, tetapi ia mencabar seluruh rakyat Kelantan dan orang Islam yang berada di Kelantan. Orang Kelantan yang selama ini dikenali sebagai orang yang kuat beragama, tentu merasakan kurang enak dengan tindak demikian.
Geng gunting rambut kena memahami perangai dan sikap orang Kelantan. Jangan mereka fikir di sini ada Umno, ada MCA dan Gerakan mereka mengira tindakan mereka disokong. Apa juga keadaan atau suasana yang menyentuh soal sensitivi orang Melayu, seperti agama, adat resam dan budaya mereka boleh bersatu. Orang Kelantan boleh bergaduh mengenai politik tetapi kalau hak mereka disentuh mereka akan bersatu.
Saya percaya orang Umno Kelantan juga terkilan dan marah dengan apa dilakukan geng gunting rambut berkenaan. Setahu saya tidak ada kenyataan dari mana-mana pihak dalam Umno yang menyokong perbuatan dua tiga orang sengket Cina Negeri Sembilan itu. Mereka (orang Umno) diam bermakna menyokong perbuatan itu, tetapi mereka sedang memerhati apa yang akan berlaku seterusnya.
Makanya sebelum terjadi sesuatu yang buruk, isu kedai gunting dan tindakan secara samseng dan 'gedebe' itu dan begitu juga isu tuduhan penguatkuasa MPKB kejam kerana menangkap Cina yang sedang melakukan perbuatan meloyakan di dalam kereta hendak dihentikan. Jangan cuba bermain api di Kelantan, sebab kalau ia terbakar nanti buruk padahnya.
Saya cukup bimbang kalau kedatangan geng gunting rambut sekali lagi dengan jumlah yang ramai, seperti mana dijanjikan, meraka akan disambut bukan dengan pulut tetapi akan dinanti dengan penumbuk. Tidak mustahil ia akan berlaku. Makanya elok semua pihak berusaha menghindarinya.
Elok kalau rakan Gerakan seperti MCA dan Umno menasihati dan memastikan kejadian nak tunjuk gedebe ini tidak akan berlaku. Presiden Umno Najib Razak perlu menegur rakan BN itu. Manakala Mustapa Mohamed juga elok kalau ikut sama memberi tunjuk ajar kepada Gerakan serta memberi tahu bagaimana mengenai warna politik di Kelantan, sikap orang Kelantan yang boleh jadi baik dan boleh juga jadi hodoh. Orang Kelantan ada fiil perangainya sendiri.
Ini penting kerana sedikit sebanyak tindakan Gerakan yang dibuat atas tujuan membela peniaga Cina itu ia akan memberi kesan buruk kepada Umno sendiri. Politik selalunya ditafsir dengan berbagai tafsiran yang dirujuk kepada pelbagai kitab. Ini pun bila Umno tidak menegur perbuatan biadap itu menyebabkan sudah ada dalam fikiran orang, geng gunting rambut itu datangan mungkin kerana Umno yang bagi idea?
Terlanjur berbicara isu saya juga hendak mengulas sedikit berhubung tindakan kerajaan Kelantan yang mengarahkan MPKR-BRI menangguhkan sementara pelaksanaan undang-undang kecil yang sedang menjadi polimek ketika ini. Apakah wajar MPKR mengambil tindakan demikian? Bukankah ia menjejaskan kredibiliti bandaran itu sendiri? Apakah apabila ada orang mengkritik atas tujuan komersial dan politik maka kita kena akur begitu saja?
Dibimbangi kalau sikap bertolak ansur seperti ini diambil dan dijadikan praktis lama kelamaan apa-apa undang-undang dan peraturan yang berunsurkan nilai-nilai Islam yang digubal akan dipertikaikan dan natijahnya ia tidak dapat dilaksanakan. Dalam apa juga keadaan kerajaan Kelantan harus tegas dan berani. Mengenai pelaksanaan peraturan Islam ini jangan sesekali mudah cair disebabkan kerana apa-apa kepentingan termasuk politik. Apa yang perlu dipentingkan setiap tindakan itu mesti mendapat keredhaan Allah bukan kesenangan manusia. Sebab yang bersifat qadimnya adalah Allah s.w.t.
- http://msomelayu.blogspot.com/
Sumber HD - 15-12-2012
Apa yang dibongkar oleh Deepak dan Musa Hassan wajar mendapat jawapan dari Najib, Hishammuddin dan Muhyiddin kerana tuduhan yang dilemparkan oleh kedua-duanya, Deepak dan Musa, adalah tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi UMNO dan amat serius. Isu yang melibatkan kepimpinan negara. Negara kita adalah sebuah negara persekutuan yang berdaulat. Bagi sesebuah negara yang berdaulat Malaysia tidak wajar mempunyai pemimpin yang begitu mudah dikaitkan dengan isu-isu seperti membunuh serta isu-isu yang boleh menjejaskan kewibawaan negara kerana pemimpin besarnya dikaitkan dengan kerja yang amat hina dan menjijikkan itu.
Malaysia bukan letaknya di benua Afrika. Kita berada di rantau yang sedang membangun dan juga menjadi negara yang mengamalkan demokrasi berjiran kepada demokrasi terbesar di dunia ini. Jika di pandang dari sudut etika kepimpinan yang sebenarnya Najib sepatutnya meletakkan jawatan sebagai PM dan jawatan-jawatan dalam parti. Apabila seorang Perdana Menteri itu meletakkan jawatan maka keseluruhan kabinet beliau juga sepatutnya meletakkan jawatan. Begitu juga mereka yang menjadi ahli-ahli Majlis Tertinggi parti. Itulah etika sebenarnya.
Selama ini kita tidak mengamalkan moral demokrasi itu dengan baik dan telus. Kita telah melanggar banyak kali etika kepimpinan bagi negara ini pada masa-masa yang lampau. Itulah sebabnya kita tidak pernah terlepas dari menghadapi masalah moral dalam kepimpinan negara kita. Pihak yang berkuasa tidak mengambil isu moral kepimpinan ini sebagi isu teras bagi kepimpinan negara. Banyak masalah negara sepatutnya telah dapat diselesaikan jika isu moral dan etika ini diambil berat oleh mereka yang sedang berkuasa.
Dalam isu Deepak dan Musa Hassan yang sedang menjadi perbualan ramai sekarang ini, mereka yang dikaitkan, iaitu Najib dan isterinya sepatutnya tampil ke depan dan memberikan penjelasan terhadap isu yang ditimbulkan oleh Deepak terutamanya. Apabila matinya seseorang wanita asing yang dikaitkan dengan orang-orang yang hampir dengan Perdana Menteri, Najib mesti tampil ke hadapan dan memberikan penjelasan secara terbuka kepada rakyat.
Ini sangat penting, kerana Najib itu adalah Perdana Menteri dan Rosmah itu adalah isteri kepada Perdana Menteri. Rakyat ingin tahu kenapa Rosmah mencari Deepak untuk memaksa Bala Subramaniam melakukan ‘retraction’ terhadap akuan bersumpah yang pertamanya dan menyediakan seorang peguam untuk mengadakan akuan bersumpah yang kedua. Ianya tentu ada kena mengena dengan Rosmah dan Najib.
Kalau ia tidak kena mengena dengan suami isteri itu masakan mereka sibuk untuk meminta Deepak mencari Bala Subramaniam.
Jika Najib dan Rosmah tidak tampil ke depan dan memberikan penjelasan, apa yang perlu dilakukan sekarang oleh Najib ialah untuk berundur dan seluruh kabinet patut berundur kerana ini adalah cara demokrasi dan etika kepimpinan negara yang sudah maju mengamalkannya. Itu sebabnya seseorang pemimpin bagi negara yang sedang membangun mesti menjaga kewibawaan mereka dengan tidak terlibat dengan perkara-perkara seperti pembunuhan dan rasuah serta apa jua perkara yang melanggar moral dan etika kepimpinan negara itu.
Di negara barat seperti di Amerika Syarikat dan lain-lain, seseorang yang bersedudukan dengan teman wanita tanpa pernikahan yang sah itu adalah menjadi budaya dan perkara yang biasa. Tetapi Gary Hart seorang calon ‘primary’ dari parti Demokrat telah berundur dari pemilihan itu kerana beliau didapati pernah bersedudukan dengan seorang wanita di luar perkahwinannya. Kehidupan seperti itu adalah kehidupan yang ‘normal’ bagi orang negara barat.
Tetapi apabila isu itu diketahui umum, Gary Hart telah mengundurkan diri dari pertandingan itu kerana semata-mata untuk menjaga etika kepimpinan dan moral negara AS itu. John Terry pernah digugurkan sebagai ketua pasukan bola England apabila beliau di katakan mempunyai hubungan sulit dengan bekas teman wanita sahabatnya sendiri. Tindakan itu ialah untuk menjaga moral dan etika pasukan bola negara England.
Begitulah tingginya nilai moral di mana-mana negara maju jika ia berkaitan dengan kepimpinan. Nilai inilah yang kita tidak pernah mengambil pusing kerana kita menganggap pemimpin itu boleh melakukan apa sahaja yang tidak bermoral dan beretika itu.
Kita perlu ingat yang kita pimpin ini adalah negara, bukannya pemimpin persatuan silat atau persatuan pemandu teksi dan beca.
Sumber HD - 15-12-2012
Harakahdaily, | 17 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: “Kita tidak boleh dibuai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat,” tulis Aspan Alias.
Menulis di dalam blognya
http://aspanaliasnet.blogspot.com/, beliau menyatakan ini kerana Pakatan Rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu dipertahankan oleh BN sekarang ini.
Berikut tulisan penuh beliau.
Media perdana sekarang memainkan isu DAP parti chauvinis dan sebagainya. Media arus perdana memainkan isu DAP sebagai parti Cina kerana tidak ada seorang pun calon Melayu yang bertanding memenangi walau satu kerusi pun. Hanya yang perlu kita ketahui yang DAP tidak seperti UMNO yang telah membentuk mentaliti ‘quota’ dalam mana Melayu mesti diberikan segala keistimewaan dalam semua hal kerana Melayu yang mempunyai negara ini.
Bangsa lain kononnya hanyalah bangsa yang menumpang sahaja sedangkan sekarang ini seorang kaum Cina itu merupakan generasi keempat berada di dalam negara ini. Bangsa Cina yang lahir sekarang ini tidak tahu pun yang mereka itu bukan bangsa Malaysia (seperti yang di katakan oleh pemimpin UMNO) kerana mereka lahir di sini. Mereka (kaum Cina) tidak ada negeri lain seperti juga orang Melayu yang tidak ada negeri lain selain dari Malaysia ini.
Itu sebabnya kita rakyat semua kaum ingin melakukan perubahan kerana jika tidak dilakukan perubahan itu satu-satunya negara yang kita ada ini akan hanyut ditelan masa kerana tidak berkemampuan untuk wujud mengikut kehendak masa dan zamannya. Kita tidak ada negara lain dari negara ini. Bagi mereka yang telah mengaut kekayaan melalui kuasa yang ada kepada mereka boleh duduk dan mendiami negeri lain kerana mereka adalah kaum yang mewah dan boleh hidup di mana-mana sahaja hasil dari rompakan harta rakyat yang telah berlaku sebegitu lama tanpa had itu.
Baik DAP mahu pun PAS dan PKR, mereka mewakili semua kaum yang menuntut perubahan ini. Dalam usaha menuntut perubahan sememangnya satu usaha yang sangat susah tetapi apa pilihan yang ada kepada rakyat ini. Jika tidak diubah rakyat negara kita sendiri akan berubah menjadi rakyat yang hina di sisi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang sedang berubah mengikut kehendak zamannya.
Merata-rata di dunia ini rasuah sudah menjadi perkara yang jelek di sisi mereka. Itulah sebabnya banyak negara dalam dunia sekarang ini telah menolak parti-parti yang memerintah kerana tidak mahu lagi pimpinan yang rasuah. Hanya di negara ini sahaja pemimpin yang rasuah bercakap besar dan menjanjikan kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
Parti Liberal Demokrat Jepun telah disungkurkan oleh rakyat negara itu kerana rasuah. LDP telah menjadi pembangkang dan baru-baru ini LDP telah kembali berkuasa setelah belajar dari pengalaman sendiri Setelah berubah semasa berada di petak pembangkang di parlimennya beberapa tahun baru-baru ini LDP telah kembali memerintah setelah belajar betapa buruk dan hinanya rasuah yang mereka lakukan semasa memerintah selama 50 tahun dahulu.
Jika di Jepun rakyatnya boleh berubah tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh melakukan perubahan itu.
Jika LDP telah belajar yang rasuah itu buruk dan hina semasa dalam pembangkang dahulu, UMNO juga akan belajar perkara yang sama jika kita paksa UMNO belajar seperti pelajaran yang di lalui oleh LDP Jepun itu.
Parti Kongres India tersungkur di hadapan parti Jenata dahulu, kini Kongress India telah kembali berkuasa dengan kepimpinan yang lebih baik. Lama juga tempoh Kongres berada di pihak pembangkang tetapi akhirnya parti Kongres India telah belajar pengajaran yang baik dan kini kembali menerajui pimpinan negara yang mempunyai demokrasi yang terbesar di Asia ini.
DAP bersama dengan PAS serta PKR sedang memainkan peranan memberikan pelajaran kepada kepimpinan UMNO dengan memberikan pimpinan alternatif seperti apa yang diberikan oleh parti Janata kepada rakyat India dahulu. Rakyat terpaksa melakukan ini kerana itu sahaja yang boleh membuktikan kepada kepimpinan yang rasuah dan lalai itu yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu adalah kerja hina di sisi masyarakat, apatah lagi di sisi agama suci kita.
Kesalahan rasuah yang keterlaluan ini tidak boleh ditutupi dengan BRIM. PRIM atau apa-apa yang ‘RIM’ yang lain. Masakan rakyat boleh terpikat dengan imbuhan-imbuhan yang diberikan sejemput itu berbanding dengan berkepuk-kepuk wang mereka (rakyat) yang telah di larikan oleh pimpinan kita untuk kepentingan mereka dan kroni serta keluarga mereka dengan tidak ada segan silu itu.
Isu Melayu kalah dalam pertandingan merebut CEC DAP menjadi isu oleh pimpinan BN termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Melayu baru hendak bertunas di dalam DAP dan dengan kehadiran beberapa orang Melayu dan Bumiputera yang dilantik untuk bersama-sama dalam CEC itu menunjukkan yang DAP serius dalam membawa parti itu menjadi parti ‘multi-racial’. MCA yang begitu lama usianya masih tidak ada seorang pun Melayu atau Bumiputera di dalamnya dan parti yang uzur itu merupakan parti yang sebenar-benarnya ‘chauvinistic’ dengan pandangan anti melayu dan Islamnya yang begitu mendalam.
Baik dari sudut mana pun kita pandang DAP itu ia tetap parti yang lebih ‘multiracial’ jika dibandingkan dengam MCA, rakan kongsi BN yang kedua terbesar itu. Oleh kerana saya belum lagi sampai usia keahlian saya selama 2 tahun maka saya tidak dapat untuk menawarkan apa-apa dalam pemilihan CEC baru-baru ini.
Jika kalau perlembagaan parti itu sudah membolehkan saya bertanding saya akan menawarkan untuk bertanding dalam pemilihan itu.
Kita tidak boleh dibuai oleh permainan media perdana sejak dua hari yang lepas kerana seperti biasa media perdana itu tugasnya sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat memang sudah semakin hampir untuk menghampiri Putrajaya yang tidak mungkin mampu dipertahankan oleh BN sekarang ini.
Tetapi apa yang saya perkatakan ini hanya mengikut kemampuan kita berfikir kerana yang penentu terakhirnya tetap Tuhan yang Maha Kuasa. Itulah sebabnya setiap tindakan kita mesti diiringi dengan doa dan munajat kepada Tuhan kerana Tuhan sahaja yang akan memberikan keputusannya.
Tuhan telah memberikan pesan dan kenyataan kepada kita, ‘apa yang Ku berikan kepada mu itu, adalah yang terbaik bagi mu’. Kita terima sahaja apa-apa ketentuan Tuhan. Itu sebabnya Pakatan Rakyat jangan mengambil alih kerja Tuhan seperti yang dilakukan oleh BN. BN dan pimpinannya selalu berkata “hanya BN dan UMNO sahaja yang boleh menentukan masa depan kamu semua. Kalau kamu pilih Pakatan Rakyat kamu semua termasuk agama kamu akan terhakis dan Melayu akan hilang di dunia ini”.
Tetapi mereka (pimpinan BN) tidak menyedari Melayu telah mula hilang dunianya walaupun mereka (melayu) telah memerintah selama lebih dari 5 dekad. Jangan terpengaruh dengan ungkapan yang merugikan kita dari pimpinan BN kerana kita tidak boleh menerima kata-kata pimpinan yang fasik semata-mata untuk kebaikan kita semua.
Sumber HD - 17-12-2012
Sekarang sudah timbul suara-suara kecil di dalam UMNO sendiri yang perubahan perlu berlaku kalau boleh di dalam UMNO sendiri.
Keadaan ini tentulah disebabkan oleh kenyataan yang pemikiran baru sudah mula wujud dalam parti itu hasil dari pengalaman yang mereka sedang lalui sekarang ini. Sudah ramai di kalangan yang ahli-ahli UMNO, mereka wajar berubah kerana desakan yang begitu kuat dari rakyat.
Ia bermakna UMNO terpaksa menghadapi kekalahan buat sementara bagi menolak mana-mana pemimpin yang di anggap menjadi penyebab kenapa UMNO sudah sampai ketahap yang ada masa ini. Jalan yang terbaik ialah pimpinan yang ada pada masa ini untuk berfikir dan menumpukan usaha untuk memenangi pilihanraya kali ini, walaupun jika terpaksa barisan pimpinan hari ini bersedia untuk berkorban dan mengundurkan diri.
Sesungguhnya tidak hina jika pimpinan hari ini mengundurkan diri dan diberikan tanggungjawab parti dan negara kepada seorang yang lain dari mereka yang berada di dalam Majlis Tertinggi parti atau dalam kerajaan. Kumpulan ini berkata yang UMNO perlukan imej yang baru dan imej yang baru itu akan hanya wujud jika parti dipimpin oleh orang yang baru yang tidak semestinya orang muda.
Di dalam keadaan sekarang ini ramai berpendapat di kalangan ahli-ahli UMNO yang bergiat yang parti itu akan merupakan parti yang akan tewas dalam perebutan mandat rakyat kali ini kerana segala-galanya sudah menjadi bubur. Keadaan tidak mungkin bertambah baik malahan kecenderungan untuk menjadi bertambah buruk adalah besar.
Orang Cina nampaknya sudah selesai dalam pelan melakukan perubahan ini dengan membuat keputusan memberikan sokongan bulat kepada DAP. Kita perlu menghormati apa yang di tentukan oleh kaum Cina kerana mereka tahu untuk membuat keputusan apabila sampai waktunya. Saya selalu berkata orang Melayu memang susah untuk melakukan perubahan walaupun kecenderungan mereka untuk melakukannya kali ini sudah nampak jelas. Maksud saya perubahan oleh orang Melayu seperti yang kita lihat sekarang ini sepatutnya telah dilakukan lama dahulu lagi. Kata perbilangan ‘better late than never’. PAS nampaknya merupakan ‘recipient’ kepada perubahan ini.
Apabila kita mendengar suara-suara yang inginkan usaha untuk memperbaiki UMNO dari dalam, persoalannya isu mempebaiki dari dalam itu memangnya satu kata-kata yang selalu sangat kita dengar dahulu. Tetapi akhirnya yang berniat pada asalnya untuk memperbaiki UMNO dari dalam itu sendiri berubah dan terpengaruh dengan apa yang lazim berlaku dalam parti itu. Malahan mereka pula yang lebih parah sikapnya dari ahli-ahli yang sudah sedia ada di dalam UMNO itu.
Mereka berbuat demikian kerana mereka yang bercita-cita untuk melakukan perubahan dari dalam itu akan diketepikan dan tidak laku dalam budaya parti itu lagi. Pendeknya yang hendak memperbaiki UMNO dari dalam itu kadang kala hanya cara mereka hendak berpolitik bagi mendapat sokongan ramai yang selalunya tidak kesampaian hajat mereka. Di antara yang ingin UMNO untuk belajar secara mahal ini agak ramai.
Mereka sependapat yang UMNO tidak mungkin mampu untuk membuat baik kerana hendak berbuat baik.
UMNO akan hanya menjadi baik jika parti itu benar-benar belajar yang rakyat serius mahu melihat perubahan bukan setakat perubahan malahan transformasi secara total.
Baru-baru ini LDP Jepun telah kembali mendapat mandat setelah beberapa tahun berada di pihak pembangkang setelah memerintah Jepun selama 50 tahun lamanya. Seperti yang saya sebutkan dalam posting semalam saya menunjukkan bukti parti yang membawa kemerdekaan India telah kembali berkuasa setelah dikalahkan oleh parti Janata hampir dua puluh tahun dahulu. Parti Kongress kembali dengan keadaan yang lebih baik dari sebelum ia ditumpaskan oleh Parti Janata dahulu.
UMNO pun terpaksa menghadapi situasi itu juga melainkan barisan pimpinan hari ini dengan segera memberikan laluan kepada seorang yang lain dari barisan MKT atau kabinet hari ini untuk menerajuinya untuk melihat imej dan aura yang baru dalam UMNO itu. Kurang dari itu, UMNO terpaksa menghadapi pelajaran seperti yang dilalui oleh LDP Jepun dan Kongress India.
Cara ini pun tidak mengapa kerana yang penting UMNO mesti belajar dan menjadi parti yang baik setelah melalui proses pembelajarannya, walaupun ia merupakan pembelajaran yang agak mahal. Berubah mesti berlaku.
Asalkan mendapat perubahan lakukanlah mengikut apa cara yang halal yang di benarkan oleh perlembagaan Persekutuan kita yang mapan itu. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com
Sumber HD - 18-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 18 Dis 2012 |
Semua orang patut bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Umno, Shafie Apdal yang mengatakan tidak baik bagi kerajaan sekiranya pembangkang kuat di parlimen.
Katanya walaupun ada tanggapan pembangkang yang kuat akan mewujudkan keadaan
check and balance tetapi ia akan menjadi masalah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia. Apa yang cuba diketengahkan Shafei biarlah kerusi pembangkang di parlimen sekitar 1/3 saja.
Apabila pembangkang kuat seperti hari ini ia menyebabkan kerajaan tidak dapat hendak membuat dasar atau polisi baru yang membabitkan persetujuan di parlimen. Apa lagi bila ia memerlukan pindaan perlembagaan, apabila kerajaan tidak mendapat majoriti 2/3 ia menyulitkan.
Kerajaan yang gagal mendapat majoriti 2/3 juga dianggap sebagai lemah dan tipis.
Hendaknya pandangan Shafei Apdal itu tidak mudah ditolak, sebalik perlu dijadikan panduan di dalam memilih kerajaan akan datang. Para pengundi harus menyematkan di kepala peringatan demikian. Mungkin Shafei sudah memahami bahawa Pakatan Rakyat akan memerintah selepas pilihan raya akan datang, dan biarlah kerajaan itu tidak terjadi seperti kerajaan UBN pada masa ini.
Jadi demi melancarkan kerajaan baru itu, biarlah pembangkang berada di bawah 50 kerusi saja di parlimen. Kerusi sebanyak itu sudah cukup untuk meninggalkan benih buat Umno yang kini menjadi tonggak kepada kerajaan UBN. Umno tidak boleh dilupuskan sama sekali kerana parti itu perlu berada di parlimen untuk menjadi pembangkang tukang semak dan pengimbang.
Memahami peringatan dan hasrat Shafei itu ia seolah menunjukkan naib presiden itu sudah menyedari senario dan hakikat politik hari ini bahawa Umno sudah siap sedia untuk membungkus diri. Ini juga ada hubungan dengan maklumat yang diperolehi Naib Presiden Pas Husam Musa yang mendapat tahu bahawa kemampuan BN hari ini sekitar 80 kerusi saja.
Husam begitu yakin dengan angka itu dan berpandangan peralihan kuasa dari BN kepada PR kini dinanti dengan penuh minat oleh rakyat. Tanpa menyebut apakah tanda-tanda dan isyaratnya diyakini Husam ada rahsia besar yang diperolehinya.
Dengan
figure itu ini bermakna PR akan memperolehi 142 kerusi. Jumlah itu tidak menyelesakan kerajaan PR bakal dibentuk nanti maka adalah munasabah kalau pengundi mengambil kira pandangan diberikan Shafei tadi, iaitu perlu memastikan kerajaan Pakatan kuat. Bagi menyelesakan kedudukan kerajaan Pakatan akan datang, BN hanya perlu diberikan sekitar 55 dan 65 kerusi sahaja.
Terima kasih kepada Shafei Apdal kerana memberi pandangan dan isyarat itu. Apakah beliau juga bakal menjadi 'nomad' politik selepas pilihan raya akan datang? Ada terdengar desas desus itu dari puncak Gunung Kinabalu. Tunggulah perkembangan selanjutnya dari masa ke semasa. -
http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD - 18-12-2012
Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang paling sengit bagi BN dan paling hampir kepada kuasa bagi Pakatan Rakyat. Keadaan graf kemajuan kedua belah pihak sentiasa berubah setiap waktu dan masa. Dalam satu waktu BN mendahului sedikit dan pada waktu yang lain pula Pakatan Rakyat yang mendahulu dari sokongan rakyat.
Bagi saya secara jujur, dan realistik pada hari ini keadaan memerlukan kedua-dua belah pihak berusaha keras untuk mendapatkan undi-undi di atas pagar yang agak besar dan itulah pandangan saya mengikut keadaan sekarang ini. Adalah penting bagi kedua-dua belah pihak memaparkan perjuangan yang betul dan benar. Jangan sekali-kali ada pihak yang melakukan perkara yang boleh menjejaskan sokongan dalam waktu yang kritikal ini.
Rakyat terutamanya pengundi-pengundi di atas pagar sedang menumpukan perhatian terhadap janji-janji masing-masing. Jika kedapatan janji-janji yang tidak mungkin terlaksana, kerana permainan politik peribadi, pihak itu akan hilang sokongan dari gulungan ini. Janji-janji kedua-dua belah pihak adalah dalam perhatian rapi pengundi.
Bagi BN isu-isu besar yang mereka hadapi sudah pasti menjejaskan prestasi mereka. Itulah sebabnya transformasi yang di janjikan BN itu ialah untuk mempastikan yang isu rasuah yang sudah menjadi ‘stigma’ kepada BN itu wajar di hapuskan serta merta. Tetapi untuk menghilangkan ‘stigma’ itu, bagi BN dan UMNO wajib memperlihatkan kepimpinan baru dalam parti itu yang tidak melibatkan mana-mana pemimpin atau individu yang ada di dalam MKT UMNO dan Jemaah Menteri sekarang ini.
Pimpinan BN yang ada tidak mempunyai kredibiliti untuk menunaikan janji-janji bagi memperbaiki keadaan ini kerana tidak mungkin kumpulan yang melakukan rasuah itu akan berkemampuan memperbaiki keadaan rasuah yang mereka lakukan. Dalam sekelip mata ini UMNO wajar menukar imej baik dengan menukar barisan pimpinan yang baru sebelum pilihanraya yang akan datang ini.
Bagi Pakatan Rakyat yang sedang merasakan sedikit nikmat kuasa yang rakyat akan diperhatikan ialah sama ada janji-janji yang menjadi umpan untuk rakyat memberikan sokongan itu betul-betul terlaksana. Bagi PAS tidak nampak apa-apa yang bermasalah kerana PAS merupakan parti yang paling berdisiplin dan oleh kerana ia berlandaskan sedikit sebanyak kepada Islam dan agama itu kita terlihat ia sudah menunjukkan dan membuktikan parti itu telah berjaya mewujudkan kepimpinan yang telah pun terbukti kesahihan dalam penepatan janji-janji selama ini.
Bagi DAP, parti ini telah berjanji untuk melaksanakan pentadbiran yang baik dan terbukti wujud di Pulau Pinang. Janji-janji parti ini untuk menonjolkan calon-calon Melayu sedang menjadi perhatian ramai khusus dari pengundi Melayu di seluruh negara. Jika janji ini tidak di tepati ia akan pasti menjejaskan keyakinan sebahagian rakyat terutamanya dari gulungan yang di atas pagar. Jika janji untuk memaparkan calon-calon Melayu ini tidak terlaksana maka itu akan menjadi tanda awal yang DAP akan tetap dengan persepsi rakyat sebagi sebuah parti yang rasis untuk kaum Cina semata-mata.
‘Convention’ DAP di Pulau Pinang minggu lepas juga telah membibitkan perasaan sedikit kurang senang setengah pihak, bukan sahaja dikalangan kaum Melayu tetapi juga dikalangan kaum India. Tetapi itulah demokrasi. Jika yang tidak mendapat keyakinan perwakilan maka tidak adalah yang menang di dalam pertandingan seperti itu.
Tetapi seperti yang di sebut oleh perwakilan Sekinchan yang mana sudah ada tanda-tanda DAP telah mula di resapi oleh elemen politik wang walaupun belum jelas di lihat. Ramai yang telah memberikan komen dalam senyap-senyap yang mengatakan nampaknya DAP juga sudah mula terasa nikmat kuasa dan di harap apa yang di sebut oleh perwakilan itu tidak benar.
PKR pula, seperti DAP dan PAS telah berjaya menunjukkan prestasi kepimpinan yang jauh lebih bersih dari BN di Selangor dan kini yang perlu bagi kerajaan PKR Selangor untuk terus mentadbir dengan baik seperti yang telah terekod selama empat tahun lebih memerintah kerajaan Negeri Selangor itu.
Pendeknya jika dilakukan pilihanraya hari ini atau esok, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan walaupun sedikit, pihak itu akan menghadapi kekalahan. Oleh itu kedua-dua pihak nampaknya terpaksa berhadapan dengan situasi yang mesti berhati-hati kerana masing-masing sudah tidak ada ruang untuk melakukan kesilapan lagi.
Jika mana-mana pihak melakukan kesilapan sekarang ini masa sudah terlalu suntuk untuk memperbetulkannya. Dalam keadaan sekarang kesilapan tambahan dari pihak BN akan mengakibatkan kehilangan kuasa. Sebaliknya jika Pakatan Rakyat melakukan kesilapan dengan menunjukkan sikap terlalu dahagakan kuasa juga akan mengakibatkan niat untuk ke Putrajaya itu terbengkalai sehingga pilihanraya yang akan datang.
Ingat, mana-mana pihak yang melakukan kesilapan akan menerima padahnya. Kita mesti ingat acapkali terjadi makanan yang sudah hampir masuk ke dalam mulut pun akan terlepas jika rakyat terlihat sikap tamak haloba dan politik peribadi yang keterlaluan.
Kepada yang sedang terlalu takut kehilangan kuasa yang ada sekarang jangan bercakap besar dengan memperlekehkan pihak lain. Kepada pihak yang ingin mengambil alih kuasa pula jangan tunjukkan sangat keghairahan yang keterlaluan untuk mendapatkan kuasa itu kerana ia akan memakan diri masing-masing.
Hidung biar terletak di tempatnya, jangan di letak di dahi. Cara kita menunggu kejayaan untuk mendapatkan kuasa itu akan mudah di baca dan menjadi pertimbangan pihak yang di atas pagar untuk menentukan sikap mereka di dalam peti undi nanti.
Sebenarnya rakyat benar-benar mahu merasakan perubahan nyata dan mereka akan kecewa jika mereka masih mengalami keadaan dan situasi yang sama setelah mereka mengalih dan menganjak kuasa itu di dalam pilihanraya nanti. Sekali rakyat yang mengharap rasa tertipu, ia akan mengambil masa yang panjang untuk memulihkan keyakinan mereka.
Jangan buangkan air dalam tempayan semata-mata kerana terdengar bunyi guruh dilangit. Satu lagi perbidalan yang sangat popular dalam politik negara ialah, ‘jangan membakar jambatan sebelum menyeberang’. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 19-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 19 Dis 2012 |
Cadangan Dr Mohd Asri Zainal Abidin agar Abdul Hadi Awang menarik balik ucapannya yang dijadikan sebagai amanat atas alasan untuk memberi pencerahan dan menghentikan isu itu, saya rasa ia kurang wajar dan langkah itu tidak akan menghentikan isu itu daripada dijadikan isu politik murahan.
Kalaupun Abdul Hadi menarik balik ia tidak menjamin isu itu tidak akan diungkit lagi. Umno dalam keadaan kehabisan modal dan tertekan akan menggunakan perkara itu dan juga perkara-perkara lain yang sudah lama ditutup selagi ia ada keuntungan politik.
Seperti isu 13 Mei ia telah lama ditutup dan menjadi kenangan sejarah, tetapi ia masih juga dibuka dari masa ke semasa mengikut keadaan. Begitu juga dengan 'pensedekahan' Temasik kepada Lee Kuan Yew adalah perkara lama yang sudah diketahui oleh dunia, tetapi pada masa-masa tertentu juga dibangkitkan.
Asri seperti mana dipetik dari laporan menyebut; "Sungguhpun ahli Pas hari ini sudah tidak mengamalkan amanat tersebut, tetapi Hadi wajar membuat penarikan semula sebagai pencerahan kepada masyarakat".
Sekiranya Asri mengharap isu itu tidak akan dibangkit ia adalah satu harapan yang sia-sia. Selagi ada politik di negara ini dan didukung oleh dua kumpulan serumpun dan berbeza ideologi politik ia akan berlaku. Bukan saja dari pihak Umno di pihak lain juga.
Asri sendiri sudah faham bahawa isu (amanat) itu tidak berbangkit lagi. Beliau menerima Abdul Hadi mengucapkan kenyataan itu semasa darahnya masih mendidik tentulah berbeza dengan waktu ini. Hari ini Abdul Hadi sendiri menerima yang amanat itu sudah tidak relevan. Pas juga jauh lebih progresif dan terbuka dan lebih realistik.
Seperti tanggapan Asri persepakatan Pas dengan DAP membuktikan yang politik Pas berbeza dan realistik. Persepakatan itu menunjukkan Pas dan Abdul Hadi sendiri tidak berpegang kepada kata-katanya tahun 1981 itu.
Jadi di mana relevannya bagi Abdul Hadi membuat penarikan atau apologetik. Kepada saya tindakan menarik balik hatta membuat penjelasan perkara itu hanya sia-sia dan ia memberi modal kepada Umno. Bukan saja isu seperti amanat itu isu-isu lain tidak perlu penjelasan walaupun atas tujuan pencerahaan kerana ia tidak akan menyelesaikan masalah.
Atas sifat politik apa saja isu ia boleh dipusing 360 darjah mengikut kesesuaiaan iklim semasa dan juga atas perubahan dalaman manusia itu sendiri. Jadi saranan Asri itu hendaklah diabaikan saja dan biarlah Umno terus memutarbelitkan isu itu semahu mana yang dikehendakinya. -
http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD - 19 -12-2012
Pilihanraya mahu tidak mahu akan sampai juga. Samada penggal kali ini penggal yang penuh atau sebaliknya ia akan sampai juga. Seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, pengundi atas pagar merupakan pengundi yang terpenting untuk diyakini. Isu yang terpenting sekarang ialah bagaimanakah persepsi kumpulan ini terhadap kedua-dua belah pihak yang sedang berebut untuk menguasai Putrajaya itu. Tidak ramai yang begitu minat dengan kerajaan-kerajaan negeri kerana yang terpenting ialah kuasa di Putrajaya itu.
Kalau ada pun minat terhadap kerajaan-kerajaan negeri, yang direbutkan dengan kuat ialah Selangor dan Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri ini menyumbang sebanyak tidak kurang dari 40 peratus dari GDP negara ini. Kebetulan kedua-dua buah negeri ini di bawah tadbiran Pakatan Rakyat dan negeri-negeri ini merupakan negeri yang ditadbir secara relatifnya lebih baik dari zaman pentadbiran BN dahulu.
Banyak dari pembaharuan yang berlaku di kedua buah negeri ini tidak dapat dipersoalkan oleh mana-mana pihak kerana ia telah menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa kalau dinilai dan dibandingkan dengan pentadbiran BN dahulu. Bagi saya untuk BN mengambil alih kembali kerajaan-kerajaan negeri-negeri di bawah Pakatan ini agak ‘impossible’ kerana BN pun bermasalah untuk menonjolkan calon Menteri Besar masing-masing. Baik di Selangor, Pulau Pinang, Kedah mahu pun Kelantan, BN tidak berdaya memberikan pimpinan ‘alternative’ yang berkesan kepada Pakatan Rakyat sekarang ini.
Rakyat sedang berfikir, bukannya setakat menjadi pengikut sahaja sekarang ini. Rakyat sudah mula memahami yang merekalah sebenarnya yang bertanggungjawab jika berlaku perkara-perkara yang berbentuk jenayah dan keburukan moral yang dilakukan oleh pimpinan, tidak kira di pihak BN dan di pihak Pakatan Rakyat. Rakyat sudah tidak lagi berfikir tentang parti atau badan-badan siasah.
Bagi mereka kerajaan mana yang mereka fikirkan telah menunjukkan prestasi yang baik, kerajaan itulah pilihan mereka terutamanya bagi pengundi di atas pagar tadi.
Itulah sebabnya saya telah memaparkan yang kehendak dan selera rakyat kini telah jauh berubah kerana mereka tidak mahu lagi terikat dengan retorik dan ancaman dari pihak yang sedang berkuasa. Rakyat sekarang tahu yang merekalah yang mempunyai hak untuk menjadi penentu kepada masa depan negara.
Kalau kita kaji dan mendengar rintihan rakyat sekarang ini, berbohong adalah satu isu moral yang amat besar kepada mereka. Rakyat tahu, sekali kita berbohong, mereka yang berbohong itu terpaksa berbohong seribu kali untuk menutup bohong yang telah dilakukan mereka terdahulu dari itu. ‘Once a liar, he or she will remain a liar forever’.
Politik bukan lagi perkara yang mudah untuk dikendalikan seperti dahulu. Itulah sebabnya BN sedang menghadapi fenomena dan isu berbohong itu sekarang ini. Setiap pilihanraya BN akan bercakap dan berjanji seperti yang kita dengar sekarang ini. Janji-janji BN sekarang ini adalah janji-janji yang sama seperti dalam pilihanraya-pilihanraya sejak 30 tahun dahulu.
Di antara janji-janjinya ialah untuk membina kemajuan rakyat semua kaum dengan membina kekuatan dan pegangan equiti Melayu dan Bumiputra yang lebih tinggi. Janji-janji inilah yang berulang-ulang kali di buat tetapi sehingga ke hari ini, usahkan hendak mendapatkan pegangan 30 peratus equiti, hendak mendapatkan 20 peratus pun sangat susah dan masih tidak tercapai sehingga ke hari ini.
Apa yang mampu dicapai oleh UMNO dan BN hanyalah mewujudkan kumpulan kecil yang eksklusif yang lazim disebut sebagai kroni semata-mata. Mewujudkan komuniti kronism inilah yang telah membantutkan kemajuan rakyat ramai termasuk orang Melayu kerana segala peluang perniagaan yang besar-besar di kuasai oleh kroni-kroni ini yang mempunyai hubungan yang rapat dengan pimpinan persekutuan dan negeri. Masing-masing pemimpin ada kroni masing-masing.
Justeru perjuangan UMNO khususnya telah gagal sama sekali kerana janji-janji nya untuk membentuk bumiputra yang aktif di dalam bidang ‘commerce dan Industry’ tidak akan tercapai selagi budaya membentuk kronism ini masih berlanjutan. Cita-cita besar Dr Mahathir dahulu untuk membina masyarakat perniagaan Melayu telah gagal kerana perlaksanaan dasar itu telah digagalkan oleh beliau sendiri. Zaman beliau mentadbirlah mula wujudnya budaya kronism ini dan semua di antara kroni ini tidak bersusah payah untuk bersaing kerana mendapat ‘favour’ yang kuat dari pimpinan negara.
Maka wujudlah masyarakat Melayu yang sentiasa bersandar kepada pucuk pimpinan di setiap peringkat dan usaha untuk mewujudkan Melayu yang berdikari seperti yang Mahathir dan pimpinan selepas beliau itu hanyalah merupakan retorik yang biasa kita dengar setiap pilihanraya mendatang. Malahan Mahathir dan pimpinan yang lain sendiri telah bersandarkan kepada UMNO dan kuasa untuk membina ‘empire’ perniagaan keluarga beliau. Itu semua rakyat tahu.
Itulah sebabnya rakyat memberikan tumpuan kepada janji-janji semua pihak termasuk dari mereka yang berdiri di atas pagar. Itulah sebabnya jika ada janji-janji parti-parti dalam Pakatan sendiri yang telah terdengar oleh rakyat, sama ada isu menghadapi pilihanraya atau dari segi prestasi kepimpinan maka adalah penting kepada Pakatan Rakyat untuk mempastikan janji-janji itu dipenuhi.
Jika kedapatan ada janji-janji itu hanyalah janji politik pilihanraya sahaja maka rakyat di atas pagar akan rela mengekalkan pentadbiran yang ada sahaja kerana mereka tidak mahu terperangkap dengan janji-janji dan keadaan yang sama sahaja selepas mereka merubah pemtadbiran negara.
Jika isu 'multi racialism' menjadi janji yang besar kepada Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, pastikan ia nampak terpapar dengan jelas kerana sesiapa sahaja yang mampu membawa sedikit perbezaan yang ‘positive’ dari prestasi dan rekod kepimpinan BN. Pakatan akan menjadi tumpuan untuk rakyat terutama yang duduk di atas pagar itu memberikan mandat dan sokongan mereka.
Jika keterbukaan ini wujud dalam Pakatan maka tidak syak lagi Pakatan boleh lah bersedia untuk menjadi pemimpin di Putrajaya. Jika ada tanda-tanda yang isu rasis wujud dalam penampilan kepimpinannya maka rakyat akan berfikir banyak kali sebelum melakukan perubahan. Rakyat kini dalam ‘desperation’ untuk mencari kepimpinan yang prakmatik dan ‘real’ dalam isu penyatuan kaum yang manjadi impian ‘ultimate’ rakyat zaman sekarang ini.
Dalam isu ini PAS nampaknya tidak menghadapi apa-apa masalah dalam penampilannya di depan mata rakyat. Itu sebabnya PAS di mana-mana sedang mendapat perhatian yang kuat dari rakyat. Baik di kampung-kampung tradisi mahu pun dalam tanah rancangan Felda parti itu sedang hampir kepada menjadi parti ‘alternative’ yang paling ‘viable’ bagi orang Melayu.
Dalam kita sedang berada di penghujung penggal ini, jangan kedapatan elemen-elemen permainan politik peribadi yang keterlaluan kerana jika ada isu-isu politik peribadi yang keterlaluan, takut-takut perubahan tidak akan dapat dilakukan.
Kini rakyat bukan memandang sesuatu perkara itu dengan mata zahir mereka semata-mata. Rakyat juga akan memandang dengan mata hati mereka kerana mata hati lah pandangan yang paling tajam dan merentasi malam yang gelap dan segala halangan yang ada merintasinya.
Itu sebab nya kita wajar yakin dengan pesanan Tuhan ‘tidak ada sezahrah pun gerak, selain dari gerak aku’. Semuanya adalah af’alNya semata-mata. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 21-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 21 Dis 2012 |
KENANGAN
Apabila bercakap fasal berbagai tindakan agresif para pembela dan pejuang bangsa di dalam Umno, kononnya untuk mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara, maka teringatlah beberapa peristiwa besar yang telah dirakam oleh sejarah. Peristiwa dan kejadian itu juga secara tidak langsung menunjukkan akan kerakusan, hilang akal politik orang Melayu khasnya dan politik Malaysia amnya.
Ada beberapa kejadian yang berlaku, sebenarnya amat perit untuk dikenang tetapi terpaksa disebut untuk dijadikan iktibar. Biarlah generasi terkini menilainya sendiri dari perspektif mereka.
Semua peristiwa ini sebagai tanda mata kepada kecederaan politik bangsa Melayu. Kejadian-kejadian yang tidak sepatut berlaku ini jika diukur kepada hakikat sebangsa dan seagama, tetapi ia berlaku dan menjadi bukti betapa sadis politik Melayu yang dilakukan oleh Umno. Umno telah bertindak kejam dan di luar batas-batas demokrasi, dan ada kalanya di luar batas-batas undang-undang dunia sekalipun. Batas agama dan adat tidak perlu dikira lagi kerana Umno parti paling Melayu!
Perbuatan atau kejahatan politik Umno ini bukan sehari dua ini, bukan bermula dengan peristiwa 'menagur' bas PKR, mengganggu ceramah Anwar, atau pun menyerang petugas-petugas di tempat ceramah seperti berlaku di Gombak Selatan, tetapi ia berlaku sejak tahun 1969 lagi kira-kira lebih 40 tahun lalu. Bahkan Umno menubuh skuad khas untuk melakukan pengkhianatan dan gangguan terhadap demokrasi. Bolehlah dikatakan kejahatan Umno bermula sejak di dalam telor lagi.
Di antara peristiwa membuktikan kekejaman dan kezaliman Umno ialah, kejadian membakar jambatan atau gertak di Kampung Gertak No 3 di dalam Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan di kampung saya sendiri. Bolehlah dianggap kejadian ini berlaku di hadapan mata saya sendiri.
Kejadian itu berlaku pada tahun 1969 semasa pilihan raya umum. Menjelang hari mengundi pemuda tahan lasak Umno dari Rantau Panjang telah bertindak membakar jambatan di kampung Gertak 3, yang menghubungkan Kampung Baruh Pial, Kubang Kual dan Bukit Tandak dengan pusat mengundi di Kampung Bakat. Gara-gara pembakaran itu menyebabkan lebih 200 orang pengundi tidak dapat keluar mengundi.
Natijah dari perbuatan itu calon Pas Nawawi Ahmad kalah kepada Hussein Ahmad dengan majoriti tipis. Kemenangan Hussein Ahmad yang disifatkan sebagai kemenangan dengan cara jahat itu memberi peluang pertama kali untuk Hussein menjadi wakil rakyat selepas tewas beberapa kali sebelum itu. Sebenarnya tidak menjadi masalah kalau Hussein menang, tetapi kesan psikologi politik dari peristiwa itu besar dan tambah malang lagi kejadian itu memburukkan kitab sejarah negara.
Dengan kejadian itu juga dunia mengenali akan kejahatan orang politik di daerah sempadan itu.
Semasa balik ke kampung minggu lepas saya mengunjungi lokasi kejadian itu untuk mengingat dan menghimbau kembali peristiwa berkenaan. Jambatan atau pun anak sungai yang dibina jambatan (gertak) itu sudah pun tiada. Jalan yang dulu bertanah merah dan berdebu kini sudah diturap tar. Kesan-kesan puing-puing pembakaran juga sudah tidak ada.
Lama saya berdiri dan memerhati di sekeliling lokasi itu sambil membayangkan bagaimana kecewa dan peritnya penyokong Pas melihat kejadian itu menyebabkan mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi, kerana perhubungan ke tempat mengundi sudah putus. Saya bayangkan tentu adalah mak cik dan pak cik menangis, kegeraman sambil melihat jambatan dimakan api. Namun mereka hanya bisa menangis dan berdoa mengharap Allah memberi petunjuk kepada semua.
Generasi hari ini termasuk di Gual Periok dan Rantau Panjang tidak pernah tahu bahawa di situ pernah berlaku kejadian menyayatkan hati. Buku sejarah di sekolah menengah dan rendah tidak mencatat peristiwa itu sebagai lambang kerakusan politik negara.
Namun bagi generasi yang lahir tahun 50-an dan 60-an yang peka kepada sejarah dan politik tetap akan mengingatkan sesuatu yang pernah terjadi di situ. Peristiwa itu kemas melekat di sanubari mereka. Walaupun api yang membakar jambatan kayu itu sudah padam, asapnya sudah dibawa angin dan dihirup kabus namun nyalaannya masih menyambar mata dan minda orang-orang generasi 60-an seperti saya.
Selamanya peristiwa yang pernah berlaku di lokasi itu akan diingat dan dikenang, bukan saja oleh orang-orang Pas dan rakyat di Gual Periok tetapi orang Pas dan rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi juga, dan oleh mereka yang membenci kerakusan dan kebiadaban si pelakunya. -
http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD - 21-12-2012
Penyelaras BN Selangor Mohamad Zain Mohamad telah meminta supaya DAP tidak mengungkit isu-isu lama terhadap BN Selangor kerana BN telah pun di hukum oleh rakyat SELANGOR pada pilihanraya 2008 yang lalu. Zain berkata “rakyat telah pun menghukum kami dan tidak usahlah mengungkit-ngungkit perkara lama”
Umno begitu ‘defensive’ dalam banyak isu. Malahan isu-isu yang di wujudkan oleh Umno lah yang menjadi penyebab keadaan negara jadi begini. Umno yang memerintah sejak merdeka maka segala isu terhadap kerajaan adalah isu terhadap Umno dan komponennya. Bukan begitu?
DAP tidak mengungkit cerita lama. Cerita Umno ini tidak pernah menjadi tua kerana isunya sama sahaja dari dulu. Isunya ialah isu kegagalan parti itu menjadi parti yang memerintah secara adil dan saksama, parti yang telah menggunakan kuasa yang keterlaluan dan parti yang menjadi penyebab rasuah berlarutan sehingga tidak dapat di kawal lagi.
Umno yang menyebut berulangkali yang DAP itu parti rasis dan Umno tidak rasis. Tetapi hakikatnya Umno lah yang memainkan isu rasis yang tidak ada batasannya sehinggakan menuduh bangsa lain sebagai pendatang dan bermacam-macam lagi.
Umno jugalah yang menjadi parti yang sentiasa menanamkan perasaan takut terhadap bangsa lain dan telah menjadikan orang Melayu itu lesu dan sentiasa mengharap kepada Umno khususnya kepada kepimpinan mereka. Umno lah yang tidak mahu Melayu itu bebas berfikir dan membangunkan kejatian pemikiran mereka kerana Umno mengharapkan ahli-ahlinya menjadi bangsa yang sentiasa mengharap kepada kerajaan dan tidak dari yang lain.
Apa yang lebih menyedihkan lagi Umno lah yang membantutkan matlamat penyatuan dan hidup bersama secara aman denhgan bangsa-bangsa lain. Sebab Umno berbuat demikian ialah kerana UMNO mempunyai kepimpinan yang lemah. Seorang pemimpin yang lemah selalunya akan melakukan perpecahan sesama rakyat yang berbilang kaum agar kaumnya, iaitu Melayu akan sentiasa mengharapkan perlindungan dari partinya, sedangkan mereka tidak ada sebab kenapa mereka mesti takutkan. Akhirnya Melayu menjadi parti yang menyebabkan Melayu itu menjadi bangsa yang penakut dan tidak berani bersaing dalam kehidupan.
Apa yang diperkatakan oleh Mohamad Zain itu adalah perkara yang sudah lama kerana itulah dia isunya dari dulu sehingga sekarang. Isu yang di sebutkan tadi adalah isu yang tidak akan menjadi isu lama kerana semuanya itu masih berlaku sekarang ini. Jika isu 24 bidang tanah yang di beli oleh pimpinan Umno Selangor dan menjualnya kepada agensi kerajaan Selangor sendiri dengan harga yang tinggi itu tidak di keluarkan oleh DAP, siapa pula yang akan menjadikannya isu lagi.
Kita tidak boleh mengharapkan sesiapa di dalam Umno untuk memberitahu rakyat. Sebagai parti yang bertanggungjawab maka tentulah DAP akan memberitahu rakyat supaya ia tidak berulang lagi dilakukan oleh BN. Bukan sahaja DAP, sesiapa juga mesti keluar dan memberi tahu rakyat tentang apa yang dilakukan oleh pimpinan Umno dahulu kerana mereka (Umno) tidak boleh lagi kembali berkuasa di Selangor. Jika mereka kembali berkuasa maka budaya itu pasti akan wujud kembali.
Jika Umno kembali di berikan mandat ia akan tetap di ketuai oleh pemimpin-pemimpin yang dahulu juga, iaitu yang melakukan kerja-kerja tidak baik itu. Umno Selangor bukan ada pun pimpinan gantian kerana yang pandai sudah tidak ada lagi dalam Umnokerana mereka telah disisihkan dari dulu lagi. Mereka kini berada dalam PAS, DAP dan PKR. Umno Selangor hanya mempunyai pemimpin seperti Noh Omar sahaja. Noh sendiri sedang menghadapi berbagai-bagai isu termasuk isu pembekalan benih padi yang berkaitan dengan salah guna kuasa melibatkan puluhan juta ringgit.
Dalam keadaan Umno menghadapi isu-isu berat pemimpin seperti Noh ini masih menggunakan kuasa di Kementeriannya untuk melakukan perkara yang menipu rakyat tani ini. Itu sebabnya saya selalu berkata yang Umno dan pimpinan mereka sedang menghadapi krisis ketagihan rasuah yang merupakan ketagihan yang lebih merbahaya dari ketagihan dadah. Ketagihan ini menghinggapi keseluruhan kepimpinan Umno di setiap peringkat.
Siapa lagi yang ada di kalangan Umno yang menjadi pimpinan gantian bagi menerajui kerajaan Selangor itu? Kalau ada pun tentu lah nama yang baru yang belum tentu baiknya. Ramai juga mereka yang baik-baik dalam Umno yang pernah diberikan tempat oleh parti duduk di dalam kerajaan.
Tetapi yang baik ini pun akan menjadi tidak baik kerana jika mereka mengekalkan sikap baik mereka, pemimpin seperti ini tidak akan kekal dalam kedudukan mereka. Itu sebabnya ramai yang bersetuju jika kita bersedia untuk bersekongkol dengan mereka yang berbudayakan rasuah itu mereka akan kekal dalam jawatan mereka. Bukan kah ini sudah menjadi ‘attribute’ Umno yang tegar?
Oleh itu Dato’ Seri Mohamad Zain mesti faham DAP atau parti-parti lain dalam PR, mereka bukannya mengungkit perkara lama tetapi perkara itu masih manjadi isu yang sentiasa baru. Dato Seri Zain mesti terima kenyataan yang Umno begitu susah untuk kembali berkuasa di Selangor sekarang ini.
Jika Zain sendiri mengaku yang Umno pernah buat salah dan telah menerima hukumannya kenapa pula bersungut-sungut. Jika mengikut etika dan moral demokrasi sebenarnya Umno tidak sepatutnya menyertai pilihanraya kali ini.
Sumber HD - 24-12-2012
Syahir Sulaiman, | 24 Dis 2012 |
Pengumuman oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, bahawa semua calon pilihanraya Barisan Nasional perlu ditapis oleh SPRM disambut dingin di kalangan kebanyakan ahli partinya sendiri.
Pengumuman tersebut dilihat sebagai respon kepada cadangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah supaya setiap parti politik yang bertanding perlu menyerahkan senarai calon untuk dinilai oleh SPRM.
Apa yang saya setuju
Saya bersetuju secara prinsip bahawa setiap calon yang bertanding pada pilihanraya ke-13 yang digelar sebagai ‘mother-of-all election’ ini, terdiri daripada lelaki dan wanita yang beramanah, penuh integriti dan kompetensi.
Ini kerana kekayaan dan khazanah negara dan negeri yang akan diamanahkan pada tiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri adalah amat tinggi nilainya, dan dalam banyak keadaan ianya boleh menggelapkan mata si pemegang amanah tersebut.
Apa yang saya tidak setuju
SPRM tidak perlu dilibatkan dalam proses pra-penilaian ini.
Pertama, SPRM tidak diberikan tauliah dan kuasa untuk menilai calon-calon pilihanraya. Apa yang mereka boleh lakukan adalah untuk menyiasat dan mendakwa dengan bukti yang kukuh terhadap manamana pihak yang terlibat dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah bidangkuasa SPRM.
Timbul persoalan kelak tentang apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon yang mereka telah sahkan terlebih awal sebelum pilihanraya sebagai ‘bersih’, namun selepas itu, mereka menerima bukti kukuh untuk disabitkan dengan kesalahan di bawah akta pencegahan rasuah yang berkaitan.
Kedua, laporan SPRM ini nanti, pastinya mengandungi ayat penafian (disclaimer) yang berbunyi, “Laporan penilaian ini disediakan berasaskan makluman yang dibekalkan oleh pihak calon, sehingga tarikh laporan ini. SPRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan dalam menjalankan prosedur penilaian ini”.
Timbul persoalan tentang kualiti laporan tersebut, samada ianya cukup komprehensif untuk menilai setiap sumber pendapatan dan harta yang terkumpul oleh pihak calon tersebut.
Ketiga, SPRM perlu selesaikan kes-kes tertunggak yang bertimbun, bukan sekadar mendakwa ‘ikan bilis’, tetapi perlu komited untuk mendakwa ‘si jerung’ dan ‘syaitan-syaitan yang dikenali’ daripada terus bermaharajalela.
Apa yang perlu dilakukan
Nilai kebertanggungjawaban terpikul di bahu pihak calon itu sendiri.
Tiap calon perlu membuat pengisytiharan harta secara sukarela untuk rakyat mengukur dan menilai tahap kekayaan yang dikumpul oleh mereka, sebelum dan selepas menjawat jawatan.
Sudah tiba masanya untuk budaya politik baru di Malaysia. Calon-calon bukan sekadar mengisytiharkan janji dan manifesto, tetapi turut mengisytiharkan harta mereka. Tiada alasan untuk mengelak daripada tindakan ini. Seorang yang beramanah dan berintegriti tidak perlu takut pada cadangan ini.
Hanya yang sebaliknya, takut untuk menyahut cabaran ini. Untuk rekod, semua EXCO Pemuda PAS, telah mengisytiharkan harta mereka secara sukarela pada muktamar tahunan baru-baru ini. Walaupun bukan semua akan bertanding, ini adalah satu langkah pencegahan awal agar budaya rasuah tidak menyelinap masuk sesama ahli PAS yang kelak bakal menjadi parti terpenting dalam pakatan kerajaan memerintah.
Ternanti respon daripada Pemuda Umno? Jauh panggang dari api. Apapun, rakyat pasti teruja untuk melihat Datuk Seri Najib menunjukkan tauladan dengan membenarkan SPRM bebas menilai harta-harta yang dikumpul oleh beliau dan Datin Seri Rosmah, untuk dinilai dan diukur oleh rakyat jelata. Integriti berkait rapat dengan tindakan, bukan sekadar ucapan.
Secara peribadi, saya lebih bersetuju untuk pihak SPRM menilai calon-calon untuk jawatan perdana menteri. Itu yang lebih utama. Apa pandangan anda? Ucapan adalah murah, tindakan adalah berharga.
*Penulis adalah Pengarah Kajian Polisi DPPM. Beliau mendokong agenda Mencorak Masa Depan berdasarkan gagasan Membangun Negara Berkebajikan.
Terjemahan daripada tulisan asal di dalam Bahasa Inggeris. 24 Disember 2012
Sumber HD - 24-12-2012
Ahmad Maslan, Ketua Penerangan UMNO Malaysia berkata BN akan merampas dua puluh kerusi Parlimen dari yang dipegang oleh Pakatan Rakyat sekarang ini dan terus memenangi pilihanraya dengan kekuatan 2/3. Telahan Ahmad Mazlan ini amat menggelikan hati banyak pihak.
Mereka hendak bertanya kepada Ahmad Maslan “di mana BN hendak cabutkan 20 kerusi itu?” Di sebaliknya pihak yang inginkan perubahan pula berkata Pakatan Rakyat lah yang akan dapat merampas setidak-tidaknya 20 kerusi dari BN. Masing-masing mempunyai perkiraan masing-masing, tetapi yang jelas UMNO serta BN sedang menghadapi zaman getirnya yang belum pernah dialaminya sejak merdeka.
Buat kali pertamanya pemimpin BN bercakap hendak merampas kembali kerusi dari Pakatan Rakyat, sedangkan sebelum ini untuk pembangkang mendapatkan kerusi dari BN adalah perkara yang sangat mustahil. Keadaan yang mereka alami sekarang ini merupakan fenomena yang sedang menghantui BN khususnya UMNO kerana jika orang Melayu berubah seperti yang kita jangkakan kali ini UMNO akan kehilangan banyak kerusi bukan sahaja di Semenanjung malahan di Sabah sendiri parti itu sedang dalam kemurungan.
Bagi orang Melayu untuk berhijrah menyokong PAS merupakan keberangkalian yang sangat besar. Kegagalan UMNO untuk memperkuatkan kedudukannya sudah menjadi perkara yang sangat susah untuk di lakukan sekarang ini. PAS yang umurnya tidak berapa tahun sahaja muda dari UMNO yang asal dahulu telah melalui segala pahit maung politik dan sekarang parti itu sudah menjadi parti matang dan berpengalaman luas untuk menghadapi rakyat di seluruh negara.
PAS begitu lama terhimpit oleh kuasa BN dan bukan sedikit pemimpin-pemimpin mereka terperosok dalam tahanan politik dalam sejarah kemerdekaan negara. Tahap ‘resilience’ nya begitu tinggi sehinggakan PAS kini menjadi satu parti yang sangat tersusun dalam segala pendekatannya dengan rakyat. Elemen amal yang ada di dalam PAS tidak mungkin dapat di tandingi oleh BN dalam gerak kerja dalam PAS dan parti Islam itu telah berjaya mendekati hati dan jiwa rakyat Melayu Islam dan juga bangsa-bangsa bukan Melayu dan bukan Islam.
PAS begitu berjaya menunjukkan yang kesederhanaan seperti yang dituntut agama itu sememangnya mampu di aplikasi oleh PAS dan ini berkehendakkan pengalaman yang luas. PAS akhirnya berjaya untuk meyakinkan rakyat beragama Islam dan bukan Islam yang semua yang kita lakukan itu mesti ada elemen keagamaannya. Itulah yang dikatakan addin itu. PAS telah menunjukkan sifat rendah diri dan sanggup menghadapi segala tekanan dari pihak berkuasa UMNO sejak dulu sehingga ke hari ini.
Perjalanan parti itu adalah satu perjalanan yang begitu jauh dan mencabar kerana tekanan pihak pemerintah sebegitu lama. Kini PAS telah melepasi segala masalah-masalah lama kerana penerimaan rakyat terutamanya dikalangan orang yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi amat jelas kelihatan. Di komuniti akademik juga begitu ramai yang memberikan sokongan kepada PAS kecuali dari ‘professor-professor’ yang agak kangkung yang memerlukan UMNO sebagai tempat sandaran mereka untuk mengekalkan kedudukan glamour mereka.
Pengaruh PAS telah menular di mana-mana dan penularan pengaruh PAS ini telah menghantui UMNO kerana PAS lah parti yang akan menundukkan UMNO kerana parti itu juga akan berhadapan dengan UMNO dalam kawasan-kawasan yang majoriti Melayu Islam. Itulah sebabnya UMNO telah mula memainkan dan mendendangkan lagu agama di mana-mana walaupun dendangan lagu agama mereka sangat sumbang di dengar tetapi mereka sedang berusaha untuk menandingi PAS dalam hal ke agamaan ini.
Kita patut beritahu Ahmad Maslan yang penting jika UMNO ini sedar ialah untuk menentukan kerusi yang mereka (UMNO) pegang sekarang kekal di tangan mereka. Kerusi-kerusi di tangan mereka (UMNO) pun sedang menghadapi masalah besar untuk dipertahankan. Oleh itu saya tidak nampak di mana letaknya harapan untuk UMNO merampas 20 kerusi dalam pilihanraya kali ini dan terus sahaja mendapat kekuatan 2/3 dalam Dewan Parlimen selepas pilihanraya ini.
Tetapi Ahmad Maslan sememangnya ada hak untuk berangan dan tidak ada siapa yang boleh menahan beliau dari berangan. Berangan itu percuma….tidak payah bayar atau ambil lesen. Beliau boleh berangan sekehendak hati beliau. Beliau boleh berangan dari buka mata sehingga matanya pejam di tengah malam nanti.
Beliau akan sedar yang 66 kerusi yang dipegang UMNO di Semenanjung ini akan kehilangan beberapa banyak lagi. Di Sabah ada 13 kerusi lagi yang ditandingi UMNO. Satu persoalan yang pasti ialah di Sabah itu lebih dari setengah kerusi genggaman UMNO akan jatuh. Oleh itu saya tidak nampak UMNO akan menambah kerusi kali ini. Tetapi yang pasti Ahmad Maslan akan terdiam selepas pilihanraya kali ini.
Sumber HD - 26-12-2012
Sama ada negara itu kekal sebagai sebuah negara yang aman dan sentosa buat selama-lamanya, bergantung kepada rakyatnya. Rakyatlah yang boleh membina dan rakyat jugalah yang boleh memusnahkannya. Setiap negara, apatah lagi negara yang majmuk seperti Malaysia ini, perpaduan semua kaum itu adalah
ultimate dan jika kurang dari itu ia tidaklah sebuah negara yang aman untuk didiami.
Rakyat semua kaum tidak boleh menyalahkan di antara satu dengan lain kerana kewujudan kaum yang berbilang itu adalah kewujudan ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Menyalahkan keadaan itu serupalah menyalahkan Tuhan yang Maha Pencipta. Bukankah kita dicegah dari mengeluh dan murung dengan kejadian Tuhan ini?
Jika kita akui hakikat ketuhanan ini, maka kita wajar berusaha untuk mengenali rakyat senegara yang terdiri dari semua kaum ini dan berusaha untuk menghormati dan hidup bersama-sama dengan aman dan berbaik sangka di antara satu dengan lain. Maka perjuangan untuk bersama-sama hidup dengan aman damai di antara kaum itu merupakan ibadah yang amat besar nilainya di sisi agama dan Tuhan.
Usaha ini bukannya usaha yang mudah kerana politik perkauman yang dijaja oleh setengah pihak menyebabkan tidak dapat tidak kita terpaksa akui yang rakyat masih menyebelahi satu-satu tindakan politik berdasarkan perkauman. Walaupun pada zahiriahnya pimpinan UMNO bercakap lantang tentang perpaduan kaum tetapi bagi pengikut-pengikutnya ia tetap bermain dengan isu perkauman. Tindakan saya menyertai DAP awal tahun ini telah menyebabkan banyak komen-komen dari ahli-ahli UMNO dalam blog saya membidas saya kerana mereka tidak suka saya bersama DAP kerana DAP itu kata mereka adalah parti Cina.
Banyak juga saya menerima e-mail yang membidas saya dan menganggap saya sebagai petualang kepada bangsa Melayu kerana saya menyertai parti yang mereka tuduh sebagai parti yang rasis Cina itu. Saya selalu menjawabnya dengan mudah. Saya perkatakan yang DAP sedang berusaha untuk menjadi parti multi-racial dan ia memakan masa untuk menjayakannya. Tetapi saya selalu memberitahu mereka dalam jawapan saya yang saya tidak akan lari dari berjuang untuk melihat DAP benar-benar sebagai parti yang multi-racial kerana itu adalah janii dan matlamat parti itu dan ia termaktub di dalam perlembagaan sebagai parti muli-racial.
Saya percaya DAP tidak memungkiri janji-janji ini kerana memungkiri janji itu akan membuatkan rakyat khususnya orang bukan Cina tidak mempercayai parti itu pada masa yang akan datang. Saya bersetuju dengan setengah pendapat jika DAP masih lagi mahu menjadi parti untuk orang Cina sahaja maka parti yang selayaknya disokong oleh orang Cina ialah MCA kerana MCA sesungguhnya parti chauvinis Cina. Kalau benar-benar pemimpin-pemimpin kaum Cina mahukan sebuah parti khas untuk dominasi orang Cina maka MCA lah parti yang sesuai.
Segala-galanya ini menjadi perhatian dan tumpuan rakyat terutamanya pengundi di atas pagar yang pada bila-bila masa boleh mengubah haluan dan patern pengundian dalam pilihanraya nanti. Bagi pengundi Melayu pula yang kini sedang bertambah-tambah menyokong DAP sekarang ini adalah disebabkan DAP telah menunjukan keinginannya menjadi sebuah parti multi racial dan jika mereka kedapatan yang janji-janji itu hanyalah janji-janji bohong untuk pilihanraya sahaja maka mereka lebih selesa untuk mengekalkan sokongan terhadap MCA yang sudah biasa dengan mereka. Saya begitu berkeyakinan DAP memahami isu ini dan ia bukannya satu isu yang kecil.
Orang Melayu juga sedang serius berfikir maka itulah sebabnya ramai orang Melayu termasuk ahli-ahli UMNO sendiri sedang beralih sokongan mereka dan sedang memberikan harapan dan sokongan terhadap PAS. Fenomena penghijrahan orang Melayu dari UMNO kepada PAS memang satu fenomena yang jelas dan PAS dijangka akan mendapat sokongan yang besar dalam pilihanraya kali ini dari kaum Melayu. Itulah sebabnya kita hairan bagaimana Ketua Penerangan UMNO begitu yakin yang UMNO akan dapat merampas 20 kerusi dari Pakatan Rakyat kerana penghijrahan sokongan Melayu dari UMNO kepada PAS begitu menggalakkan dan sangat memberangsangkan.
Saya telah memberikan banyak jawapan kepada persoalan ini kepada mereka yang masih was-was dengan usaha DAP itu melalui e-mail. Saya memahami yang sesiapa yang bertanya melalui e-mail dengan serius itu, adalah dari mereka yang benar-benar ingin melihat ada usaha yang bersungguh untuk menamatkan zaman politik yang dilandaskan kepada premis perkauman ini. Mana-mana pihak tidak boleh memandang ringan terhadap pandangan dan persepsi pengundi atas pagar ini kerana jumlahnya bukannya kecil.
Kata perpatah, ‘sekilas ikan di air kita tahu jantan betinanya’. Itulah sebabnya saya tidak henti-henti mengingatkan yang mana-mana pihak yang melakukan sedikit kesilapan dan boleh dibaca oleh ramai dengan mudah, maka pihak itulah yang akan kecundang di dalam pilihanraya ini.
Perkara yang paling pokok ialah tidak ada pihak yang berbohong politik yang mudah dilihat. Rakyat sedang memerhati dengan begitu rapi dan kesilapan UMNO dahulu ialah kerana permainan politik kepimpinannya yang telah dapat dibaca oleh orang ramai dan hasilnya UMNO semakin hari semakin tidak diyakini lagi.
Pilihanraya kali ini bukan seperti pilihanraya-pilihanraya yang lalu kerana ini merupakan ibu kepada semua pilihanraya. Rakyat berkehendakan perubahan dan kepada pihak yang mahu melakukan perubahan itu sendiri mesti melakukannya dengan jujur dan telus.
Asas untuk melakukan perubahan itu semakin kuat. Terpulang kepada pihak yang ingin melaksanakan perubahan itu sahaja untuk menentukan kejayaannya. Jangan melakukan kesilapan dan jangan tunjukkan keghairahan yang keterlaluan untuk mendapatkan kuasa itu.
Kesalahan bukan lagi kesalahan UMNO dan BN kerana BN telah memberikan ruang untuk Pakatan mengambil alih kuasa dengan tindakan parti pemerintah itu yang melakukan banyak kesilapan demi kesilapan setiap waktu dan masa. BN sekarang ibarat memberikan bola tanggung kepada pembangkang.
Tetapi ada kalanya bola tanggung pun tidak dapat dimanfaatkan oleh pihak yang mendapatnya semata-mata kerana kesilapan dan kelalaian sendiri. Keghairahan untuk mengambil bola tanggung itu kadang kala membawa padah. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 27-12-2012
Kadang-kadang terfikir juga mungkin sah BN itu akan sampai usianya dan akan hilang setidak-tidak beberapa tahun dari mentadbir kerajaan kita.
Kalaulah Najib berani memanggil pilihanraya setahun yang lepas keadaan meruncing bagi beliau dan BN tidak akan sampai ke tahap sekarang ini.
Dalam tempoh kurang dari setahun ini terlalu banyak isu yang timbul. Justeru usaha Najib untuk memberikan markah yang tinggi kepada BN telah terkandas kerana isu yang bertimpa-timpa dihadapi oleh parti pemerintah itu sekarang ini.
Jika kita bayangkan pilihanraya diadakan sepuluh bulan dahulu, tidak akan ada isu NFC yang telah menggemparkan rakyat. Jika PRU diadakan empat bulan yang lepas tidak akan timbul isu RM40 juta yang melibatkan Musa Aman dan sebagainya. Jika dipanggil pilihanraya 3 bulan yang lepas tidak akan timbul isu Deepak yang tampil membuat pengakuan penglibatan Najib dan isteri dalam kes Altantuya dan akuan bersumpah Balasubramaniam. Isu Deepak ini adalah isu yang amat sukar bagi Najib untuk menguruskannya kerana ia amat hampir kepada apa yang diperkatakan ramai di mana-mana sejak beberapa tahun dahulu.
Tetapi kita faham keputusan Najib untuk menangguhkan PRU itu ialah untuk menyediakan keadaan yang sesuai dengan pemberian BRIM dan berbagai-bagai imbuhan yang melibat rakyat yang ramai-ramai ini. Seboleh-bolehnya Najib mahu membeli perasaan rakyat dengan bermacam-macam hadiah tawaran untuk menyejukkan hati rakyat yang sudah sampai suhu kepanasannya ke peringkat optima.
Tetapi segala usaha itu telah terencat kerana dalam pada Najib berusaha untuk menunjukkan kebaikan beliau tidak dapat menahan arus isu yang merencat dan merosakkan imej beliau sebagai pemimpin utama negara dan seterusnya menjejaskan prestasi BN dalam menghadapi pilihanraya ini.
Tiga isu yang terakhir ini telah memusnahkan harapan Najib untuk menghadapi pilihanraya kali ini dengan keyakinan yang tinggi.
Tidak tahu kenapa Najib belum lagi mendapatkan apa-apa kejayaan untuk politik UMNO dan BN setakat ini. Perdana Menteri kita ini masih belum mendapatkan keserasian sebagai Perdana Menteri negara. Hasil dari perasaan kurang keyakinan beliau itu maka beliau merupakan seorang ‘unelected Prime Minister’ dan belum lagi mendapat ‘endorsement’ yang sepatutnya beliau perolehi dalam beberapa bulan sahaja selepas beliau mengambil alih kuasa dari Abdullah Badawi. Oleh kerana beliau tidak berani melakukannya secepat yang mungkin maka Najib telah terlepas peluang untuk membuktikan sokongan rakyat kepada beliau.
Keadaan ini berlaku kerana Najib itu sendiri yang berhadapan dengan berbagai-bagai isu terhadap parti dan kerajaan serta isu peribadi yang terlalu besar untuk di selesaikan. Lepas satu isu timbul satu isu lain. maka beliau telah cuba untuk menutupi isu-isu yang beliau hadapi dengan memberikan berbagai-bagai galakan untuk rakyat bagi mendapatkan sokongan mereka (rakyat).
Kerana isu terhadap parti dan kerajaan serta isu-isu peribadi beliau maka kerajaan terpaksa berbelanja dengan wang rakyat yang tidak kurang besarnya dalam keadaan kewangan negara yang kini amat meruncing. Pendeknya untuk mengekalkan kuasa BN ini kosnya adalah terlalu tinggi.
Kalau hendak dikira di bawah pentadbiran Najib hutang negara telah mencecah dua kali ganda semasa beliau mengambil alih dari Abdullah Badawi. Pertambahan ini berlaku hanya dalam tempoh tiga tahun sahaja dan kini hutang negara sudah melebihi RM500 billion. Jumlah ini tidak termasuk hutang-hutang melalui ‘off-budget agencies’ yang berjumlah RM120 billion.
Saya selalu berkata jika pimpinan negara lemah tetapi bernafsu lagi untuk mengekalkan kuasa inilah jadinya. Setiap kelemahan pimpinan itu akan melibatkan kos kerana cara untuk mengekalkan kuasa ialah dengan berbelanja secara ‘lavish’ untuk membeli hati dan jiwa rakyat. Pimpinan tidak disokong kerana kemampuan mereka , tetapi disokong melalui pembayaran hati dan jiwa rakyat. Mereka sanggup berbelanja dengan begitu boros dan itu dikatakan sebagai kerajaan yang mendahului rakyat. Mereka beranggapan wang rakyat itu adalah wang UMNO dan BN.
BN tidak peka dengan tanggungjawab mereka terhadap negara. Jika ditengok dari sudut ekonomi pula hanya mereka yang berjaya menjadi kroni sahaja yang mendapat peluang dengan berniaga secara ‘monopolistic’. Tiada langsung di kalangan kroni yang hampir dengan UMNO sanggup untuk bersaing tetapi mereka mengambil kesempatan untuk berniaga secara ‘monopolistic’ kerana dengan cara itu mereka akan mendapat keuntungan yang besar tanpa bersaing. Hanya kumpulan ini sahaja yang akan maju dan mereka inilah merupakan ‘recipient’ yang terbesar dari gerak dan usaha rakyat yang menyokong UMNO dan BN selama ini.
Orang ramai tetap seperti biasa dan hanya menunggu untuk berbaris menerima wang BRIM yang akan dibahagi-bahagikan oleh pimpinan UMNO dan BN tidak lama lagi. Jumlahnya hanyalah sejemput sebagai upah menyokong UMNO untuk kepentingan pimpinan dan kroni-kroni mereka.
Syed Mokhtar tidak payah bersusah-payah dan beliau hanya mengambil keuntungan dari kepimpinan kita. Begitulah manusia bernama Ananda Krishnan dan beberapa orang yang lain.
Mereka ini tidak payah bersusah-payah untuk berjuang dengan bermasam muka sesama kita di bawah ini. Mereka hanya mengaut segala nikmat perjuangan rakyat termasuk perjuangan ahli-ahlu UMNO sendiri. Pejuang-pejuang UMNO hanya mendapat BRIM sedangkan yang tidak berjuang mendapat segala-galanya. Mereka ini hanya perlu membodek dan mengampu pimpinan sahaja.
Kedudukkan di antara pemimpin serta kroni UMNO jika dibandingkan dengan penyokong-penyokong mereka di bawah yang berjuang ini tidak ubah seperti cerita 'Di Antara Dua Darjat' sahaja.
Kita di bawah hanyalah menjadi mangsa maki hamun pemimpin dan segala apa yang kita buat dan perkatakan di bawah ini dianggap sebagai petualang dan semua ‘superlatives’ yang buruk-buruk ditempelkan kepada kita. Kita hanya dijadikan sebagai keldai yang ditenggek dan ditunggang oleh kroni dan tauke-tauke besar yang diwujudkan oleh UMNO dan BN. Rakyat diperhambakan sedemikian rupa dan hendak bercakap menentangnya tidak dibenarkan.
Sesungguhnya UMNO bersama parti-parti komponennya hanyalah seperti sebuah kelab yang eksklusif semata-mata untuk keuntungan besar bagi mereka yang tidak pernah merasakan susah dan peritnya mempertahankan UMNO selama ini.
Itulah sebabnya orang Melayu tidak akan merasa bersalah jika tidak menjadi ahli dan penyokong UMNO kerana lebih dari lapan juta orang Melayu yang tidak menjadi ahli UMNO tetap hidup subur dan mempunyai keyakinan yang tinggi. Di sebaliknya mereka yang menjadi penyokong tegar UMNO itu pula yang tidak berani bertindak dan tidak mempunyai fikiran yang jelas kerana dikongkong oleh momokan UMNO terhadap parti-parti pembangkang selama ini.
Mereka yang bergiat secara aktif dalam UMNO itu sedang bermasam-masam muka di antara satu dengan lain kerana isu siapa yang akan menjadi calon di tempat dan kawasan masing-masing merupakan isu yang sangat besar sekarang ini. UMNO mati kaku selagi mereka tidak tahu siapa yang akan diturunkan sebagai calon.
Itulah sebabnya saya selalu mencadangkan supaya biarkan sahaja parlimen terbubar dengan sendirinya. Tidak payah Najib membubarkannya. Sama ada Najib membubarkan Parlimen atau terbubar dengan sendirinya ia akan membawa ‘consequence’ yang sama juga……iaitu berkemungkinan kalah buat kali pertamanya.
Penyokong-penyokong UMNO yang tegar tanpa mempunyai pemikiran akan memaki hamun saya kerana kenyataan saya ini, tetapi apakan daya yang benar itu sememangnya perit untuk ditelan. Apa yang benar itu tetap benar dan yang salah itu tetap salah. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 28-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 29 Dis 2012 |
MERABA MALAM
Orang yang menjadi perhatian dunia politik hari ini dan dibimbangi oleh pihak UMNO khasnya, Deepak Jaikishan mendedahkan dia menyumbangkan RM8 juta untuk politik hasil dari penjualan saham dalam syarikatnya Astacanggih.
Perkara didedahkan hari ini dalam satu kenyataan berhubung status syarikatnya itu yang dipaksa dijual kepada sebuah agensi Kementerian Pertahanan.
Hasil dari penjualan saham dalam syarikat itu beliau memperolehi RM30 juta dan wang itu diagihkan kepada Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiah RM13 juta selebihnya sebagai berbagai bayaran termasuk fee guaman.
Yang menjadi pertanyaan kini siapakah yang mendapat ganjaran RM8 juta itu? Umum telah mengetahui Deepak berkawan baik dengan Rosmah Mansor. Dia menganggap isteri perdana menteri itu sebagai kakaknya sendiri?
Deepak perlu menjelaskan siapa gerangan orang politik itu. Beliau tidak boleh menyembunyikan perkara itu kerana akan timbul prejudis. Apakah Deepak baru membuat promo selepas dia akan membuat pendedahan? Apakah Deepak akan memilih waktu sesuai nanti iaitu setelah parlimen dibubarkan?
Ada juga desas desus yang sampai ke telinga saya kononnya ada orang Najib Razak sedang membuat perundingan dengan Deepak. Sejauh mana betulnya dan untuk apa, tidak dapat dipastikan untuk waktu ini. Sesuatu yang berbau itu akan terhidu juga sama ada cepat atau lambat.
[wm.kl.8:55 pm 28/12/12] - http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD - 29-12-2012
Nuruljannah Ismail, | 29 Dis 2012 |
Lebih kurang seminggu yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kepada Perdana Menteri India untuk menerima sejumlah guru yang mahir bahasa Inggeris dari India untuk mengajar di negara kita. Pada dasarnya, kita melihat cadangan ini mampu mewujudkan kerjasama yang pelbagai dan menyeluruh antara Malaysia dan India, namun jika diteliti, masih banyak faktor yang perlu ditekuni demi untuk merealisasikan cadangan ini. Saya di peringkat mahasiswa yang merupakan pelajar daripada Jurusan Pendidikan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, ingin menyuarakan ketidaksetujuan terhadap cadangan ini atas beberapa hujah.
Hujah saya yang pertama ialah, lambakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih menganggur dan masih menunggu untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah untuk mengajar.
Tambahan lagi, baru-baru ini Gerakan Gabungan ISMP mengeluarkan kenyataan bahawa mereka turut menghadapi kesukaran untuk diterima di sektor swasta. Justeru, jika melihat kepada situasi ketika ini, amatlah mustahil untuk kita membawa masuk guru dari India, sedangkan masih ramai lagi graduan ISMP yang terkontang-kanting menunggu panggilan penempatan ke sekolah-sekolah.
Cadangan ini seolah-olah menyempitkan peluang graduan ISMP terutamanya daripada jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL) untuk mendapatkan pekerjaan. Seterusnya, ia akan memburukkan lagi masalah pengangguran dalam kalangan graduan ISMP.
Terdengar juga ura-ura bahawa pengambilan mahasiswa ISMP akan dihentikan buat sementara waktu bermula tahun hadapan kerana peluang pekerjaan yang tersedia tidak mampu menampung graduan ISMP yang sedia ada. Lantas, satu pertanyaan di sini, adakah berbaloi jika pengambilan mahasiswa dihentikan untuk mengatasi masalah pengangguran dan pada masa yang sama kita mengimport masuk guru-guru dari India?
Hujah saya yang kedua ialah, kita sudah mempunyai graduan dari jurusan TESL untuk mengajar dalam bahasa Inggeris. Bahkan, sehingga kini, masih ada ribuan mahasiswa di seluruh Malaysia yang sedang mengikuti kursus TESL dan dijangka akan menamatkan pengajian antara tahun 2013 hingga 2016. Jika diperhati keadaan ini, saya yakin negara kita tidak akan ketandusan guru-guru bahasa Inggeris untuk mengajar anak-anak watan. Atas dasar apa kami diberi latihan selama empat tahun sekiranya peluang untuk mengajar diberikan kepada mereka yang bukan warganegara? Saya yakin dengan kompetensi mahasiswa dan juga graduan TESL di Malaysia kerana proses untuk menjadi mahasiswa ISMP bukan mudah. Untuk mengambil jurusan TESL, kami harus memperoleh sekurang-kurangnya band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
Setelah melepasi ujian tersebut, kami menduduki pula
Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan seterusnya kami melalui proses temuduga. Dengan tapisan sebegini, adakah kerajaan masih belum yakin dengan kemampuan kami mengajar anak watan kami sendiri?
Hujah saya yang ketiga ialah dari sudut ekonomi. Kemasukan guru-guru dari India tidak dapat tidak memerlukan kerajaan untuk melaburkan sejumlah wang yang agak besar yang merangkumi kos yang pelbagai. Kita melihat situasi ini dari sudut kemaslahatan umum. Adakah pengambilan guru-guru dari India merupakan satu keperluan sehinggakan kita rasa berbaloi untuk melaburkan ke arah itu? Atau adakah dengan jumlah dan kualiti guru bahasa Inggeris di Malaysia masih mampu menyediakan servis pengajaran yang terbaik dan dengan ini kerajaan tidak perlu melaburkan banyak wang untuk menampung guru-guru di Malaysia? Saya memilih opsi yang kedua. Saya masih yakin dengan kebolehan dan kompetensi guru-guru bahasa Inggeris di Malaysia untuk mengajar, kerana dengan adanya saya disini pada hari ini adalah dengan hasil tunjuk ajar mereka.
Justeru, lebih wajar kiranya jika wang kerajaan digunakan dan diperuntukkan untuk memperkasakan guru-guru bahasa Inggeris di Malaysia. Tambahan lagi, ketika ini kita sudah mempunyai 75 orang guru dari Amerika Syarikat untuk mengajar di Malaysia. Jadi, saya percaya, kita tidak perlu lagi menokok tambah bilangan guru import yang sedia ada, kerana ia akan meningkatkan kos yang perlu ditanggung kerajaan.
Saya menyokong penuh saranan Kesatuan Perkhidmatan Guru Kebangsaan (NUTP) untuk kerajaan membuat kajian dengan lebih mendalam terhadap isu ini dan juga mengadakan perbincangan dengan professor bahasa Inggeris di Malaysia. Semoga dengan perbincangan tersebut, dapat menghasilkan keputusan yang menguntungkan negara. Saya juga tidak sebulatnya menolak cadangan ini. Jika kerajaan mampu memberi sebab yang memuaskan bukan sekadar untuk membina hubungan, saya dan juga mahasiswa lain mungkin akan mempertimbangkan cadangan ini. Namun, untuk masa ini, saya tetap dengan pendirian saya untuk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Penulis ialah Majlis Perwakilan Pelajar UIAM.
Sumber HD - 29-12-2012
Harakahdaily, | 29 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: Kita berharap Muhyiddin akan berjanji kepada rakyat di Kemaman yang kerajaan BN akan mendalamkan Laut China Selatan bagi air sungai di Kemaman itu mengalir dengan cepat ke laut.
Demikian tulis Aspan Alias di dalam blognya
http://aspanaliasnet.blogspot.com/ hari ini.
Tambahnya, tidak tahu pula jika Muhyiddin boleh mendalamkan Laut China Selatan sehingga ke Sabah dan Sarawak untuk mengelak banjir dan air bah berlaku di negeri-negeri tersebut.
“Dalam keadaan rakyat menghadapi banjir pun, Muhyiddin bermain politik dan janji beliau untuk mendalamkan Sungai Golok jika BN memerintah Kelantan,” tulisnya lagi.
Berikut ialah tulisan penuh beliau.
Sungai Golok akan didalamkan jika BN memerintah negeri Kelantan. Itulah janji Muhyiddin Yassin kepada Kelantan dalam siri lawatan beliau ke pantai Timur Semenanjung yang di landa banjir sejak lima hari yang lalu. Kalau begitulah keadaannya Sungai Golok tidak akan didalamkan selepas pilihanraya yang akan datang ini.
Bagaimana pula janji-janji beliau bagi penduduk Kemaman yang juga tenggelam oleh kerana banjir ini. Di Kemaman air banjir kerana air laut begitu tinggi dan tidak dapat mengalirkan air sungai di Kemaman dan itulah yang menyebabkan Kemaman ditenggelami air bah.
Kita berharap Muhyiddin akan berjanji kepada rakyat di Kemaman yang kerajaan BN akan mendalamkan Laut China Selatan bagi air sungai di Kemaman itu mengalir dengan cepat ke laut.
Tidak tahu pulak jika Muhyiddin boleh mendalamkan Laut China Selatan sehingga ke Sabah dan Sarawak untuk mengelak banjir dan air bah berlaku di negeri-negeri tersebut.
Dalam keadaan rakyat menghadapi banjir pun, Muhyiddin bermain politik dan janji beliau untuk mendalamkan Sungai Golok jika BN memerintah Kelantan melambangkan kepada kita mentaliti pemimpin kedua tertinggi negara itu berfikir dan bagaimana beliau memberikan persepsi terhadap demokrasi. Tidak ada kerja lain selain dari kerja politik walaupun rakyat sedang menghadapi kesusahan kerana banjir itu.
Di Britain sekarang pun banjir juga termasuk di Wales tetapi tidak pula Perdana Menterinya David Cameron atau Timbalannya, Nick Clegg meminta rakyat untuk mengundi kerajaan campuran Conservative dan Liberal Demokrat itu kerana kerajaan campuran iu juga telah membantu rakyat di England dan Wales yang sedang mengalami banjir sekarang ini. Mereka tidak melukah di tempat yang genting seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin terhadap rakyat Kelantan dalam menghadapi banjir besar ini.
Itulah sebabnya saya serta ramai yang lain berharap PAS serta rakan-rakan dalam PR akan sampai ke Putrajaya dan mentadbir kerajaan Persekutuan dengan adil dan saksama. Jika PAS memerintah di Putrajaya kita tahu PAS akan lakukan apa yang sepatutnya untuk memperbaiki keadaan tempat dan negeri yang sering dilanda banjir itu tanpa mengira ‘political inclination’ rakyat.
Jika PAS dan Pakatan mentadbir Putrajaya dan ditakdirkan pula Kelantan di tadbir oleh BN, kerajaan yang di terajui PAS melalui Pakatan Rakyat tidak akan bersikap seperti yang di tunjukkan oleh Muhyiddin yang tidak mempunyai ‘magnanimity’ sebagai pemimpin Persekutuan itu. Kerajaan bertanggungjawab terhadap semua rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka.
Pakatan Rakyat terutamanya PAS wajar memberikan perlindungan dan mentadbir kerajaan rakyat ini seadil yang mungkin. Biarlah perbezaan pendapat dan serang menyerang ini berlaku semasa pilihanraya sahaja untuk masing-masing pihak berkempen dan berusaha mendapatkan sokongan.
Pendeknya perbezaan hanya semasa proses untuk memilih kerajaan sahaja. Untuk menjadi ‘magnanimous’ ini jika kita harapkan UMNO atau BN untuk melaksanakannya adalah ‘impossible’. Maka PAS dan PR sahajalah yang kita harapkan untuk tidak mempolitikkan isu banjir ini jika di izin Tuhan untuk mendapat mandat rakyat nanti.
UMNO sememangnya begitu. Mereka (UMNO) beranggapan yang berhak untuk menang hanyalah BN dan pembangkang layaknya hanya menjadi pembangkang terus terusan. Tetapi Muhyiddin terlalu mudah lupa yang PR itu bukannya parti pembangkang sebaliknya Pakatan Rakyat adalah parti ‘alternative’. Pakatan Rakyat juga berhak untuk mendapatkan kemenangan kerana parti-parti dalam PR itu adalah parti halal dari segi undang-undang.
Kepada Muhyiddin, elok kita ingatkan yang kita tahu UMNO sedang terdesak, tetapi janganlah tunjukkan sangat perasaan itu. Kalau tidak ada perasaan malu kepada orang lain, setidak-tidak adalah sedikit perasaan malu kepada diri sendiri.
Sumber HD - 29-12-2012
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 30 Dis 2012 |
Awal Disember lalu, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan majlis memperkenal dan melancarkan buku biografi Datin Seri Rosmah Mansor di Hotel Grand Hyatt.
Buku setebal 164 muka surat itu dan berharga RM150 senaskhah ditulis oleh Siti Rohayah Attan dan Noraini Abdul Razak. Ia akan dilancarkan dan diedar untuk jualan bulan depan.
Dan menurut Tun Mahathir buku biografi Rosmah Mansor yang bakal berada di pasaran dalam waktu terdekat, merupakan wadah yang betul untuk beliau menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadapnya.
"Beliau (Rosmah) bukannya berprofil tinggi. Hanya orang-orang tertentu menjadikan beliau seorang individu berprofil tinggi dengan melemparkan pelbagai tuduhan dan beliau berhak untuk menjawab.
"Walaupun beliau adalah isteri perdana menteri, ini tidak bermakna yang beliau perlu berdiam diri terhadap pelbagai tuduhan," kata Dr Mahathir.
Itu kata Mahathir yang perlu membodek Rosmah untuk memastikan nama anaknya kekal sebagai calon dalam PRU13 nanti..
Dan ini pula adalah pendapat atau saranan Dr. Maza yang dipetik dari laman Twitter miliknya..
Peringatan penting!
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112
Tarikh: 12 Januari 2013
Tempat: Bandar Kuala Lumpur.
Jom turun! Bersama sejuta rakyat di Himpunan terbesar dalam sejarah negara!
# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 30-12-2012
Khair Mutanazzar Ismail , | 31 Dis 2012 |
Isu kafir mengkafir menerusi ”Amanat Haji Hadi” dihangatkan lagi diambang PRU ke 13. Isu yang berlegar pada tahun 1981 cuba dihangatkan kembali oleh media dan akhbar tertentu. Bayangkan, sudah 31 tahun, ia kembali dihebohkan seolah-olah berlaku baru setahun dua.
Memang ia merupakan isu yang menjadi petanda kepada paluan kompang pilihanraya.
Antara yang terlibat menimbulkannya adalah seorang ustaz muda, Fathul Bari, yang ketika isu ini bermula, baru berusia setahun dua.
Dalam tulisannya dalam akhbar Sinar, beliau menekankan soal tabayyun (memastikan kedudukan sebenar) dalam menangani isu ini.
Dengan membawakan contoh kisah Ammar dan keluarganya, soal takfir perlu disiasat sebelum hukuman dijatuhkan.
Kita bersetuju bahawa soal takfir bukan soal yang boleh dipermudah-mudahkan lantaran ia melibatkan soal batas iman dan kufur.
Oleh sebab itulah, umat Islam perlu sentiasa diingatkan tentang batas-batas akidah. Pada masa yg sama, hukum kafir juga tidak boleh dijatuhkan sewenang-wenangnya.
Justeru, para ulama hanya menekankan soal kaedah dalam batas iman tanpa menentukan secara khusus kepada siapa individu yang telah melanggar batas itu.
Bahkan menjadi kewajipan ulama untuk sentiasa memperingatkan umat supaya batas iman itu sentiasa dipelihara. Adapun yg berhak menjatuhkan hukum kafir atau murtad adalah bidang kuasa qadhi atau hakim di mahkamah.
Ketika sahabat Nabi, Ammar Bin Yasir melafazkan kata kufur, kita tidak ada di sana dan tidak ada pada waktu itu. Sama seperti isu takfir ini bermula 31 tahun dulu, penulis ruang Nasihah pun belum dapat mengikutinya.
Kalau Rasulullah Saw pun bertanya kepada Ammar tentang keadaan dirinya ketika melafazkan kata kufur itu, mengapa kita tidak bertanya kepada ulamak yang didakwa mengeluarkan fatwa takfir tentang keadaan masyarakat ketika itu agar kita memahami situasinya?
Penulis Nasihah boleh bertanya kepada ulama itu kalau dia mahu, atau merujuk kepada beberapa kitab seperta Mustika Hadith terbitan Jabatan Perdana Menteri yang diterbitkan sekitar tahun-tahun isu itu bermula.
Kalau Ammar mengucapkan lafaz kufur kerana terpaksa dan diancam bunuh, ketahuilah bahawa ketika fatwa takfir itu dikeluarkan pelbagai tuduhan terhadap Islam dilemparkan oleh tokoh tertentu.
Ada yang mengatakan Islam sudah ketinggalan. Ada pula yg mengatakan Al Quran sudah lapuk, hukum potong tangan zalim & sebagainya.
Justeru menjadi tanggungjawab seorang ulama, teguran disampaikan melalui ceramah dgn memberikan kaedah tanpa menentukan siapakah orangnya.
Mengapakah masih ada orang yang mahu mempertahankan konsep politik suku, agama suku? Mengapa pula perlu disediakan dalih politik fitnah dan tuduh menuduh? Sedangkan nasihat yg diberi adalah bersifat umum, tanpa menyebut sebarang nama individu.
Mengapa selepas 31 tahun nasihat itu diberi, baru pihak tertentu meminta penjelasan?
Jemputannya terbuka, tetapi sesinya tertutup? Berikanlah ruang terbuka kepada ulama tersebut untuk memberi penjelasan setelah isunya dihangatkan secara terbuka juga.
Ketahuilah bahawa Rasulullah Saw telah mendengar & menerima penjelasan Ammar terlebih dahulu, tanpa menghangatkan ucapannya secara terbuka.
Bukan seperti dilakukan oleh rakan-rakan Penulis An Nasihah Sinar, sejak 31 tahun dahulu. Hari ini baru meminta penjelasannya.
* Penulis adalah Pengerusi Ulamak Pelapis PAS (Pusat).
Sumber HD - 31-12-2012
Mohd Sayuti Omar, | 31 Dis 2012 |
Sebelum kita semua dibawa melangkah ke tahun baru masihi saya ingin melontarkan pertanyaan 'bodoh cerdik' kepada kita semua untuk dijawab secara senyap. Apa yang saya ingin kemukakan begini; kalau orang Umno mempertikaikan apa dinamakan 'Amanat Haji Hadi' dan meminta presiden PAS itu memohon maaf, apakah tidak boleh dipertikaikan tragedi Memali dan meminta orang terlibat dalam tragedi itu juga memohon maaf sama?
Kita tahu kenapa isu amanat ditimbulkan untuk dijadikan modal politik. Isu itu bukan berat seperti mana ditonjolkan kerana ia sudah lama berlaku. Sudah 31 tahun perkara itu timbul tetapi kenapa tidak pernah ambil serius untuk menyelesaikannya.
Barang kali betul apa yang diucapkan oleh bekas seorang ahli Parlimen asal Terengganu kepada saya dua hari lalu tatkala tersebut perkara itu. Katanya isu itu sudah lama berlaku dan tidak diselesaikan kerana ia dijadikan modal politik. Sebab itu bila setiap kali menjelang pilihan raya ia diungkitkan, begitulah ujarnya jujur.
Apa yang diucapkan bekas ahli parlimen pernah menjadi timbalan menteri itu ia menepati apa yang saya jangkakan sebelum ini. Amanat Haji Hadi adalah modal politik Umno.
Di sinilah tampak PAS jauh lebih baik berbanding dengan Umno. PAS lebih
gentlemen dan tidak suka mengungkit-ungkitkan perkara yang sudah berlaku. Kalau PAS hendak berbuat seperti apa Umno lakukan, PAS juga boleh, sebab parti itu juga ada peristiwa yang tidak kurang juga menarik dan boleh menguntungkan parti itu kalau ia ditimbulkan apa lagi dieksploitasikan.
Isu itu ialah tragedi Memali yang berlaku pada 19 November 1985 yang mengakibatkan Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya ditembak mati bersama 12 orang penduduk Kampung Memali. Kejadian yang berlaku itu banyak menimbulkan kemisterian. Banyak perkara yang belum terjawab secara tuntas. Plot-plot yang dihidangkan kepada umum tidak logik dan meninggalkan simpulan tanda tanya besar di kepala dan sejarah.
Kalau diteliti kronologi peristiwa itu menjelaskan akan kesadisan pihak Polis di mana ini adalah tanggungjawab kerajaan UBN. Sebaliknya kalau dilihat dari versi polis yang jahat dan banduknya ialah Ibrahim Libya dan penduduk Memali. Akal manusia yang waras tidak menerima drama yang dinukilkan semula dari kejadian asal di Baling Kedah itu.
Sesuatu kejadian itu boleh diputar belitkan seperti mana video boleh disunting mengikut selera dan kehendak editor dan tuannya (producer). Seperti mana orang boleh bikin video mengenai Anwar Ibrahim melayan pelacur, maka begitu juga video Memali dulu. Ia tidak disiarkan dari versi aslinya terutamanya dramatik saat penduduk kampung dikepung kemudian ditembak.
Mengenai kejadian itu mungkin generasi muda yang baru lahir selepas atau ketika kejadian itu berlaku, tidak mengetahuinya. Mungkin mereka tidak pernah pun mendengar perkataan Memali. Sejarah mengenai Memali ini pun jarang diungkitkan. Ulang tahun kejadian itu tidak diperbesarkan, RTM dan tv nombor tiga tidak pernah memberi liputan. Rancangan dokumentari mengenainya di tv juga tidak menyorot secara jujur dan telus melainkan terus melumurkan lumpur dosa kepada al Syahid Ibrahim Libya dan pengikutnya.
PAS sendiri seakan sudah terlupa dengan tragedi kejam itu. PAS Kedah sendiri sejak menang dan memerintah Kedah rasanya tidak begitu ghairah mengangkat kejadian itu atau merai keluarga mereka yang syahid dalam kejadian itu. Ataupun saya tidak mengetahuinya? Setelah PAS memerintah Kedah rasanya elok kalau kerajaan PAS mendidikan sebuah memorial di tempat kejadian itu sebagai kenangan sejarah.
Masyarakat umum mesti hendak tahu kenapa meletus tragedi itu. Kenapa polis sampai jadi histeria menembak orang kampung yang hanya bersenjata peralatan sawah. Kenapa pembunuhan di Memali itu dilakukan ketika Mahathir Mohamad berada di China. Mesej apa yang hendak ditunjukkan? Apakah Musa Hitam yang ketika menteri dalam negeri sudah merasakan dirinya putih dengan kejadian itu?
Walaupun kertas putih mengenai tragedi itu sudah didedah di Parlimen, namun itu secara formal saja tetapi tidak menjawab persoalan sebenarnya. Saya juga ada sedikit akses dengan kejadian itu. Semasa bertugas dengan akhbar
Minggu Islam, KDN melarangkan media massa membuat liputan mengenai kejadian itu. Semua penerbitan menerima surat larangan dan amaran berkenaan termasuk penerbitan kami.
Kenapa? Kalau kejadian itu ditangani dengan betul mengikut lunas undang-undang kenapa ada larangan dan amaran itu? Sesuatu yang buruk boleh disembunyikan pada masa kejadian tetapi tidak tahun-tahun selepasnya. Ahli sejarahwan akan menggali dan mencari jawaban sebenar.
PAS sebuah parti yang baik. Yang menerima kejadian itu seadanya seperti mana disampaikan kerajaan. Kalau hendak dikira PAS boleh membangkitkan isu berkenaan. Tetapi PAS tidak berbuat begitu.
Jelas berpandukan kepada dua kejadian ini - amanat Hadi dan Memali ia menunjukkan PAS sebuah parti yang baik. PAS tidak suka menjual barang lama dan menggunakan modal usang untuk laba politiknya.
Dari situasi ini sudah menjelaskan kepada rakyat mengenai hakikat politik hari ini. Apabila Umno terpaksa menjual modal lama yang telah basi nyata Umno tidak ada modal baru lagi untuk dijadikan tarikan kepada rakyat.
Tetapi kalau modal usang Amanat Haji Hadi itu terus diecer oleh Umno secara gila-gila PAS juga tidak mungkin boleh berfikir untuk ikut sama mengungkitkan tragedi Memali itu sebagai modal politik. Mungkin generasi lama sudah memaafi di atas pembunuhan itu tetapi generasi baru yang baru tahu akan kesadisan Polis dan kerajaan UBN termakan dengan isu berkenaan.
[wm.kl.10:10 pm 31/12/12] -
http://msomelayu.blogspot.com
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini dan adalah milik peribadi akaun pemilik laman sosial ini. Dengan itu, segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 31-12-2012
Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man meminta Najib dan Rosmah untuk memberikan jawapan kepada semua tuduhan keatas beliau dan isteri oleh Deepak melalui Harakahdaily atau TV PAS. Nampaknya media perdana tidak mahu membuat liputan ke atas isu yang amat serius itu. Isu yang dibangkitkan terhadap Najib suami isteri oleh Deepak ini bukannya isu yang kecil. Ia merupakan isu yang sangat besar kerana ia menjatuhkan imej negara dan rakyat keseluruhannya di mata dunia.
Bagi saya tawaran Tuan Ibrahim itu sangat baik dan elok diambil perhatian oleh Najib suami isteri. Isu yang dilemparkan oleh Deepak ini terlalu berat dan ia sepatutnya mendapat pembelaan dari pimpinan UMNO yang lain, khususnya dari Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan kepada Najib. Sepatutnya semua ahli-ahli jemaah kabinet memberikan kenyataan sokongan kepada Najib tetapi tidak kedengaran perkara itu berlaku dan nampaknya Najib terpaksa berperang sendirian dalam isu ini.
Semua pimpinan UMNO dalam Kabinet mesti faham yang mereka juga mesti berhenti jika apa yang dituduh terhadap Najib itu ternyata benar. Mereka (menteri-menteri) adalah lantikan Perdana Menteri dan jika Perdana Menteri terpaksa berhenti mereka juga mesti berhenti. Ini adalah amalan moral demokrasi yang sebenarnya.
Hanya Zahid Hamidi yang cuba untuk membantu tetapi Zahid membantu Najib dengan cara yang sangat tidak beretika dan bersalahan dengan moral politik dan etika kepimpinan dengan menggunakan harta rakyat dan LTAT serta Kementerian yang beliau ketuai ini. Hasilnya isu bertambah besar dan tidak ada jalan yang lain yang mampu di lakukan oleh Najib lagi selain dari berfikir untuk meletakkan jawatan dengan semua ahli-ahli jemaah kabinet beliau. Adalah tidak patut lagi barisan kabinet yang ada pada hari ini kekal kerana keadaan sudah terlalu buruk dan tidak wajar terus kekal mentadbir kerajaan.
Jika Najib dan keseluruhan kepimpinan serius untuk menjaga UMNO itu maka itu sahajalah jalan yang sesuai untuk dilakukan oleh Perdana Menteri itu. Jika Najib masih mahu mempertahankan politik beliau sahaja maka keseluruhan UMNO dan beliau sendiri akan menghadapi kecenderungan untuk ditewaskan oleh rakyat dalam pilihanraya kali ini. Najib sepatutnya dengan pantas memanggil Perhimpunan Agung Khas UMNO untuk menyelesaikan isu ini dengan semua ahli-ahli MKT berhenti dan membiarkan ahli-ahli dan perwakilan untuk menentukan kepimpinan baru dalam UMNO itu.
Masalah yang dihadapi oleh UMNO kian hari kian dalam dan tidak nampak kecenderungan untuk parti itu pulih kembali. Najib sudah terlalu terbeban dengan masalah dan beliau pun tidak mendapat sokongan dari kabinet beliau sendiri. Semuanya sedang melukah di tempat yang genting dan sempit. Ramai yang sedang menimba di air yang keruh di dalam UMNO dan nampaknya semakin hari semakin sah UMNO akan tamat usianya melainkan kesemua kepimpinan itu ditukar untuk membawa imej dan aura yang baru.
Tetapi keberangkalian untuk Najib berhenti adalah jauh dari jangkaan kerana jika hijab sudah tertutup tidak ada apa dan sesuatu pun mampu untuk membukanya kembali melainkan dengan kehendak Maha Pencipta. UMNO nampaknya semakin hari semakin banyak isu-isu kotor yang menyelubunginya dan tidak ada kemungkinan untuknya pulih kembali.
Tetapi ia tidak mengapa kerana Pakatan Rakyat mampu untuk mengambil alih tanggungjawab besar terhadap negara ini. PAS boleh menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang kesemuanya beragama Islam dan jika orang Melayu melakukan perubahan seperti ini maka mudah bagi rakyat untuk mencari penyelesaiannya.
Rakan-rakan kita kaum Cina sudah lama membuat keputusan untuk tidak bersama BN lagi. Jika orang Melayu memberikan sokongan terhadap PAS, PKR dan DAP maka pertukaran ini akan berlaku dengan ‘decisive’ seterusnya membawa politik dan aura yang baru dalam kepimpinan negara dan kerajaan selepas itu.
Perubahan itu memang perkara biasa dalam mana-mana demokrasi dan jika ia berlaku di sini, ia merupakan satu kejadian yang pertama kali kita alami dan akan melengkapkan proses demokrasi itu untuk kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 2-1-2012
Mohd Sayuti Omar, | 02 Jan 2013 |
RENCAH FIKIR
Menjelang 1 Januari 2013 dengan rasminya Muhyiddin Yassin mengambil alih (kudeta) 'kekuasan' dalam Umno daripada Najib Razak tanpa menukar status jawatan. Ramai yang tidak terperasan transisi secara senyap ini. Malahan di dalam Umno sendiri ramai yang tidak tahu mungkin menafikan kalau diberitakan hal ini. Mereka mengira ketiadaan Najib dalam negara sejak 30 Disember ialah rutin biasa kerana bercuti di luar negeri.
Orang Umno apa lagi di peringkat bawahan begitu naif untuk membaca gerak dan gelombang dalam parti itu. Sebab itulah mereka mudah untuk diperdayakan oleh pemimpin mereka. Bagi tahu apa saja mereka akan percaya dan tidak terliur untuk 'mengogeh-ogehkan' apa saja diberi tahu. Kalau dikatakan ahli Umno taksub sampai peringkat hujung kasut mereka marah.
Selain itu mereka yang menyayangi Najib cuba membuat penjelasan pemergian Najib ke luar negara di akhir tahun adalah kebiasaan, untuk berihat atau
release tension. Lagi pun kebetulan beliau ada misi perdagangan dalam mencari pelabur untuk membahkan pendapatan negara. Indeks perdagangan negara perlu dinaikkan untuk memberi tahu rakyat Najib layak dan ada wibawa sebagai perdana menteri dan menteri kewangan. Najib kena lakukan dan membukti dia hebat dari Anwar Ibrahim kalau tidak dia akan ditolak oleh rakyat.
Setiap kali Najib ke luar negara dan menanda tangani MoU maka akan dihebohkan kononnya pelabur asing meningkat di negera ini. Kalau dihimpunkan jumlah atau nilai pelaburan asing ke negara ini yang dikatakan Najib rasanya negara sudah kelebihan modal dan rizab negara pun sudah lebih dari mencukupi. Anehnya kenapa pula negara memiliki hutang sebanyak RM476.68 billion?
Najib dikesan berada di luar negara pada hari 28 Disember, beliau sempat hadir menziarahi
body Lim Keng Yaik. Sampai hari ini Najib masih lagi belum menampakkan kelibat batang hidung. Sebelum asap pembakaran
body Keng Yaik habis berarak ke udara Najib dan isterinya sudah menghilang.
Ada juga desas desus mengatakan Najib mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Umno di London. Mereka terdiri dari pengerusi perhubungan Umno. Antara yang ke sana ialah Noh Omar, Mustapa Mohamed, Zambry Abdul Kadir dan yang lain-lain. Pertemuan itu kononnya untuk finalis calon-calon Umno. Kok ya pun kenapa sampai ke London tidak bolehkah difinaliskan di dalam negara. Apakah masalahnya?
Biasanya kalau sesuatu bekalan atau bungkusan sylit itu dibawa jauh ke tempat asing besarlah masalah atau pun wap busuk yang ada dalam bungkusan itu pasti memeritkan hidung banyak pihak.
Pun begitu pertemuan itu tidak menjadi isu kerana ia ditenggelami dengan apa yang berlaku di dalam negara. Pemerhati sendiri tidak begitu terfokus kepada Najib tetapi lebih melihat apa yang berlaku dalam negara (Umno). Pemerhati sedang melihat gelagat dan juga tindak tanduk Muhyiddin memenuhi beberapa
slog kenegaraan sementera Najib pulang.
Kemunculan Muhyiddin bersama isterinya, Noraini Abdul Rahman di malam mengira detik 12 malam memberi konotasi tersendiri. Tidak sepatutnya Najib masih berehat di luar negara atau
shoping mega hujung tahun dengan Rosmah Mansor. Apakah shopping mega itu untuk menghabiskan wang yang diterima Rosmah dari pelbagai sumber komisen? Detik 12 malam tidak penting, namun sebagai PM Najib harus bersama rakyat mengobarkan semangat dan menggelombangkan aspirasi tahun baru.
Najib seharusnya mengepalai menanamkan azam untuk tahun 2013. Walaupun ada perutusan rasmi ia tidak mencukupi kerana rakyat mahukan sentuhan langsung. (Katanya perutusan Najib dipotong 15 minit dari time asal).
Atau apakah Najib sudah dapat merasai bahawa rakyat terutamanya generasi muda tidak begitu mengkaguminya jadi kehadirannya tidak dinanti. Mungkin Najib ingin mengelakkan malu sekali lagi seperti berlaku pada tahun lepas.
Countdown detik 12 malam tahun baru yang dihadiri Najib tidak berapa ramai berbanding dengan majlis sama yang dihostkan oleh Azhar Idrus di Shah Alam. Jadi untuk tidak berulang aib itu lebih baik dia tidak bersama detik 12 malam untuk dia tidak dibandingkan sekali dengan Azhar Idrus.
Ketiadaan Najib dan diganti dengan Muhyiddin itu katanya ada sangkut paut dengan perkembangan terbaru di dalam Umno. Laporan terbaru mengenai prestasi UBN dan Najib tidak memihak kepada Najib. Najib yang sebelum ini dilaporkan oleh berbagai pusat penyelidikan yang menjadi pak angguk kepada Umno, memberi nilai dan graf tinggi kepada Najib.
Peratus popularitinya meningkat dari bulan ke bulan, kononnya jauh meninggalkan populariti bakal PM Anwar Ibrahim. Tetapi laporan lain yang boleh dipercayai pula mendapati populariti Najib menurun di bawah 50%. Satu laporan kajian disediakan sebuah Pusat Pengajian Tinggi baru-baru ini katanya palsu dan ia dibuat untuk mempengaruhi pemikiran umum serta menyedapkan hati Najib saja. Najib sendiri tahu akan kebenaran dan result kajian itu. Ada cerita mengatakan pengarah kajian itu kena sepak oleh pegawai Najib.
Penampilan Najib di perhimpunan agung Umno yang tidak begitu memberangsangkan turut memberi kesan kepada UBN. Antara punca utama ialah tiada apa-apa pembaharuan dan lonjakan semangat dilakukan Najib dalam perhimpunan agung Umno lalu. Najib dilihat gagal untuk membangkitkan semangat orang di luar Dewan Merdeka menerusi perhimpunan berkenaan. Perhimpunan ke 60 itu sendiri lunyah dan lemah tanpa bersemangat.
Tindakan Najib dan beberapa pemimpin lain terus menyerang dan menghina pemimpin Pakatan Rakyat tidak mendapat tindak balas memuaskan dari rakyat. Satu kajian sikap selepas itu mendapat kredibiliti Umno di tangan Najib semakin jatuh dan merendah ke bumi hina. Orang ramai yang mengharapkan menjelamanya politik yang
gentleman dan berdasarkan fakta kecewa degan Najib.
Selain itu pendedahan tauke karpet yang baik dengan Rosmah Mansor, Deepak Jaikishan turut memberi kesan buruk kepada Najib. Pendedahan itu menyebabkan rakyat mengenang kembali kepada kejadian yang menimpa jelitawan Altantuya Shaariibuu. Kegagalan Najib untuk menjawab dan menjelaskan menyebabkan rakyat mengesahkan bahawa apa-apa yang didedahkan oleh Deepak.
Najib sendiri terkaku tatkala isu itu didedahkan. Seluruh sendi dan ototnya menjadi lemah gemulai sebaik mendengar pendedahan itu. Orang yang dijadikan pendukung dan hambanya dalam politik, Ahmad Zahid Hamidi yang mula menunjukkan kejantanan beriya untuk menjawab apa yang didedahkan Deepak akhirnya diam membisu. Pembisuan Zahid itu menambahkan kecurigaan orang ramai kepada Najib dan menganggap apa didedahkan Deepak itu benar. Zahid hari ini jadi seperti tak ubah anak burung yang baru tetas yang tergelongsor dari sarangnya yang dibuat atas pokok tinggi. Kepanasan. Dia dikatakan melakukan kesilapan besar bila memberi reaksi terhadap pendedahan Deepak itu. Dalam politik kalau ada reaksi bermakna sesuatu itu ada
prima facie.
Atas prestasi dan perkembangan baru itulah menyebabkan ada olak baru di dalam Umno. Ada konsensus kecil dibuat di kalangan tertentu bahawa Najib tidak mampu untuk mengemudikan pilihan raya umum akan datang. Masalah dan isu yang mengelilingi dirinya dan isterinya menjadi liabiliti kepada Umno. Justeru konsesus itu membuat keputusan orang lain hendak diletak di hadapan bagi mengelirukan rakyat bagi tidak menampakkan Umno bermasalah.
Dalam hal ini Muhyiddin telah diberi tugas dan tanggungjawab. Konsesus itu membuat penilaian kalau Muhyiddin duduk di hadapan menyebabkan rakyat tidak akan nampak Rosmah dan Altantuya serta Deepak. Muhyuddin pula setakat ini tidak ada isu-isu peribadi yang boleh menggeletek hati rakyat untuk diketawakan seperti mana rakyat mentertawakan Najib yang cuba menyembunyikan segala macam isu itu.
Dalam pada itu Mahathir Mohamad direstui memainkan peranan besar. Mahathir kini secara tidak langsung menjadi penasihat kepada pengarah pilihan raya BN, yang disandang oleh Muhyiddin secara kudeta dari Najib. Sebab itulah kini Mahathir bergerak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan juga arahan. Demi untuk menang Mahathir terpaksa menambah beberapa jenis pil suplimen lagi untuk menjadi kesihatannya tidak terganggu. Katanya Mahathir sendiri mengakui kerjanya untuk memastikan UBN menang kali ini adalah paling kuat berbanding dengan kerja yang sama sebelum ini. "Saya tidak sesungguh hari ini untuk memenangkan BN," katanya.
Beberapa siri pertemuan dengan pimpinan bahagian atau pun entiti Melayu dan NGO yang kononya berjuang membela Melayu dan Umno juga diadakan. Hampir setiap hari program untuk Mahathir diatur. Lihat di media PB siapa yang kerap muncul hari ini, Mahathir atau siapa. Kekerapan Mahathir muncul dan ruang yang diperolehinya di tv lebih tinggi berbanding dengan pemimpin kanan Umno yang lain, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafei Apdal dan lain-lain. Mahathir seakan bertindak menjadi ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri! Hebat.
Mengenai Najib di luar negeri, apakah dia sengaja untuk menguji keupayaan Muhyiddin dan Mahathir? Kalau benar seperti yang dijangkakan itu ia adalah satu kesilapan. Mahathir yang kini dianggap sebagai bomoh tua yang mampu mengubati sakit Umno dan menyihirkan orang Melayu tua dengan mitos dan bidaahnya sudah memperolehi momentum untuk bergerak terus mengatur strategi dan agendanya.
Apa dilakukan Mahathir dan Muhyiddin ialah untuk memastikan Najib tidak mengepalai pilihan raya. Sudah ada agenda di sebalik kerjakuat untuk kemenangan UBN itu adalah untuk menyingkir Najib dari menjadi perdana menteri. Mahathir ada perhitungan lain dalam hal ini, bukan dia begitu rindu sangat Muhyiddin jadi PM, tetapi dia mahu anaknya Mukhriz segera menduduki kerusi timbalan perdana menteri.
Kemenangan UBN bagi Mahathir bukan juga untuk menyelamatkan Najib, Rosmah dan lain-lain tetapi utamanya menyelamatkan dirinya sendiri. Kerana sudah pasti kalau UBN jatuh nasib Mahathir akan jadi seperti Hosni Mubarak atau Saddam Hussein ataupun para diktator lain. Yang terbayang di mata Mahathir kini bukan lembaga anaknya berada di kerusi TPM tetapi jerjak-jerjak besi, tirani.
Sesunggunya ketiadaan Najib sehari dua ini bukan satu kebiasaan tetapi ia perlu dilihat dengan penuh misteri.
Ha guana Mat, Mat mana lagi Mat Maslan lah. Fikir Mat... - http://msomelayu.blogspot.com
Sumber HD - 2-1-2012
Najib sekarang diam membisu. Segala tuduhan terhadap beliau dan isterinya tidak mendapat apa-apa jawapan dan beliau terus mendiamkan diri. Seketika ini Najib tidak bercakap bergegar-gegar lagi dan beliau nampaknya duduk diam sahaja sedangkan banyak perkara sedang berlaku yang berkait dengan beliau. Isu Deepak terus mengganas dalam pemikiran rakyat yang ramai. Buku tentang Deepak sedang beredar di mana-mana. Buku setebal dua puluh enam muka itu sedang menjadi bahan telaah ramai. Semuanya berhubung kait dengan Najib dan isteri beliau. Apa yang diperkatakan oleh Deepak membabitkan Altantuya dengan akuan bersumpah satu dan dua menjadi tajuk perbincangan ramai.
Isu Deepak tidak berhenti setakat itu. Ia terus melebar dan sampai pula membabitkan ‘land-scam’ yang melibatkan Kementah, syarikat Deepak dan syarikat Raja Ropiah dan banyak lagi isu yang berkaitan dengannya. Musa Hasan tetap dengan kejutannya dengan membuat beberapa ‘pembongkaran’ dan UMNO nampaknya tidak dapat mengelak dari menghadapi isu-isu ini dengan debaran dan kerunsingan. Najib dan Hisham sedang berada di kedudukan seperi telur di hujung tanduk.
UMNO terpaksa mengalihkan pandangan ramai dengan menimbulkan isu Amanat Haji Hadi yang berusia 32 tahun itu. Nampaknya persepsi buruk rakyat terhadap UMNO dan seluruh kepimpinannya tidak akan membuatkan BN sebagai pihak yang ‘formidable’ lagi dalam siasah negara. Sehari dua ini Najib agak senyap kerana, beliau berada di luar negara bercuti dengan isteri beliau mengikut sumber yang boleh dipercayai.
Di mana beliau bercuti tidak pula saya tahu. Tetapi bercuti itu penting kerana dengan berehat Najib akan dapat merehatkan otak beliau yang terlalu sarat dengan isu beliau dan isteri yang sekali gus telah merosakkan imej negara dan rakyatnya sendiri. Najib terus membisu dan dengan membisu itu ia melambangkan betapa hampirnya kenyataan Deepak dan Musa Hasan itu kepada keadaan yang sebenarnya berlaku yang selama ini dilindungi dari pengetahuan ramai.
Nampaknya Muhyiddin sedang melakukan segala-galanya dan ini mungkin menandakan apa yang dirancang oleh Dr Mahathir Mohamad untuk Najib menjadi PM buat sementara itu semakin hari semakin kelihatan kebenarannya. Betullah apa yang dikatakan oleh setengah pihak dahulu Najib hanyalah diletakkan sebagai PM sementara kerana permainan di dalam UMNO itu akan menjadikan Najib sebagai pemimpin yang tidak berupaya untuk hidup sebagai pemimpin utama negara kerana ‘baggage’nya yang terlalu besar. Penggal Najib menjadi PM hanyalah sebagai memenuhi masa buat sementara Muhyiddin dapat menajamkan kukunya di dalam kepimpinan parti dan negara.
Saya selalu berkata semasa dalam parti itu dulu, sokongan yang didapati oleh seorang tokoh utama negara itu bukannya sokongan yang ‘legitimate’. Ia hanyalah sokongan politik sementara. Mahathir pernah berkata, “there is no permanent friend and enemy in politics’. Nampaknya Najib hanyalah menjadi jambatan sementara sahaja. Najib berguna kepada setengah pemimpin di bawahnya sementara mereka dapat menajamkan kuku untuk menusuk tengkuk beliau (Najib) sahaja.
Masalah yang dihadapi oleh Najib sekarang ini dipergunakan oleh lawannya di dalam parti sendiri sebagai isu yang begitu selesa untuk menjatuhnya. Sekarang Najib keseorangan. Kita tidak tahu siapa yang memerintah sekarang ini. Ramai berpendapat Mahathirlah yang sedang memerintah negara sekarang ini. Inilah kehendak Mahathir sebenarnya. Itulah sebabnya beliau menyampah dengan Abdullah Badawi kerana Abdullah tidak membenarkan beliau masuk campur dalam urusan negara semasa beliau (Pak Lah) menjadi PM.
Saya ulangi yang saya pernah menulis dua tiga kali dalam blog ini yang musuh Najib bukannya parti pembangkang tetapi mereka yang berada di dalam UMNO itu sendiri. Musuhnya di dalam UMNO itu lebih susah untuk beliau kendalikan kerana musuh-musuh itu berada di sekeliling beliau (Najib) sendiri. Kita mesti faham yang harimau yang mengendap itu lebih merbahaya dari serigala yang berhadapan secara berdepan. Sekarang ini harimau itu sedang bersedia untuk menerkam kerana Najib tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri yang kuat. Walaupun harimau yang merancang untuk melakukan penerkaman itu sudah tua tetapi oleh kerana Najib tidak membuat persediaan yang berhati-hati maka Najib akan jatuh tersembam di hadapan mereka ini.
Permainan di dalam UMNO sekarang ini bertambah ‘interesting’ dan kita akan melihat keadaan ini akan semakin hari semakin serius. Inilah akibatnya jika kita memelihara harimau walaupun harimau itu harimau tua. Najib terlalu percaya dengan mereka yang tidak jujur dan membiarkan rakan dan taulan yang jujur terhadap beliau yang sebaliknya beliau anggap sebagai musuh. Najib bermusuh dengan musuh kepada musuh sebenar beliau.
Tidak salah jika saya katakan yang UMNO akan mati sekali lagi walaupun caranya agak berlainan dari cara ia mati pada tahun 1988 dahulu. Kejatuhan UMNO kali ini adalah ‘imminent’ dan jika ia jatuh kali ini UMNO ‘tak akan dapek bongkar laie’.
Bagi Pakatan Rakyat pula janganlah jadi seperti apa yang terjadi dalam UMNO jika di beri mandat oleh rakyat. Bagi orang Melayu samada yang berada di dalam UMNO atau di luar parti itu, bersatulah. Jika tidak mahu menyertai DAP atau PKR sokonglah PAS kerana buat masa ini kerjasama di antara ketiga-tiga parti ini adalah baik.
Jangan pula menjadi UMNO dan BN apabila menjadi kerajaan, kerana rakyat akan kecewa tidak terhingga jika berlaku perkara yang sama apabila mendapat mandat nanti.
Satu perkara yang parti-parti dalam Pakatan Rakyat jauhi dari berlaku ialah berbohong. Pemimpin-pemimpin jangan berbohong seperti pemimpin UMNO. Lidah jangan bercabang macam lidah biawak. Jangan bertindak berlandaskan perkauman. Semua kaum itu adalah kejadian Tuhan. Kalau marah dengan kaum yang lain bermakna kita marah dengan Tuhan yang menjadikannya.
Pemimpin-pemimpin yang bakal diberi mandat ini mesti membuat pengakuan tidak melakukan rasuah terutamanya kerana rasuah itu adalah sehina-hina perbuatan dan jangan bertindak mengikut sentimen parkauman. Kali ini siapa yang melakukan kesilapan oleh kerana permainan politik peribadi akan menerima hukuman dari rakyat.
Harap semua faham dan bacalah perasaan rakyat dengan betul. Untuk membuat keputusan dengan baik elemen yang sangat perlu ialah kebersihan jiwa kita sendiri. Jika jiwa kita di selaputi elemen kotor tidak mungkin kita akan bertindak dengan baik serta jujur. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD - 4-1-2013
Mohd Sayuti Omar, | 04 Jan 2013 |
IKTIBAR
Tindakan Pengarah Pilihan Raya DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu perlu dihormati dan diambil iktibar.
Apa yang dilakukan Weng Keong memberi markah besar kepada DAP. Bahawa anggota parti itu bertanggungjawab dan sedia mengambil risiko atas apa yang berlaku, hatta kesalahan teknik.
Apa dilakukan oleh Weng Keong itu tidak wajar diketawakan atau disinis tetapi patut ditiru oleh semua ahli politik tanpa mengira parti. Walaupun pengakuan itu menjejaskan maruah dirinya, dan boleh menjejaskan partinya, tetapi ia adalah tindakan terbaik demi menjaga maruah dan integriti partinya.
Ekoran salah teknik, salah kira itu menyebabkan seorang calon Melayu yang mendapat undi untuk menduduki salah satu 20 kerusi CEC terkeluar. Ketiadaan wakil Melayu menjadi isu dan kritikan oleh pihak musuh DAP terutamnaya MCA, Umno dan Gerakan. Macam-macam dituduhkan terhadap DAP di mana Umno menyifatkan DAP meminggirkan Melayu.
Kritikan-kritikan seperti itu tidak dapat dihindarkan di dalam dunia politik. Politik itu sendiri tidak sekata dan tidak selari. Semua dilakukan oleh pembangkang tidak betul bagi parti memerintah dan begitu juga sebaliknya. Di sinilah jahat dan jijiknya manusia politik.
Apabila Weng Keong membuat pengakuan dan apolegetik, musuh-musuh DAP membaham parti itu dari sudut lain pula. Direka isu pula isu kononnya ia sengaja dibuat untuk membolehkan wakil Melayu menduduki dalam CEC. Rendah sekali moral mereka yang beranggapan demikian dan tidak dapat menilai diri mereka berbanding dengan DAP.
Tampaknya MCA yang berlebihan mengkritik DAP di dalam isu salah kira ini tetapi tidak Umno. Kenapa? Umno mungkin sedar diri untuk tidak ikut sama mengkritik DAP kerana apa yang berlaku dalam Umno lebih teruk "silap tekniknya" berbanding dengan apa dialami DAP itu. Mungkin Umno dapat menyedari yang dosa mereka dalam proses pemilihan lebih "mukhalazah" dari Umno.
Tahun 1987 semasa berlaku pertandingan merebut jawatan presiden Umno di antara Mahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah telah berlaku silap teknik, salah kira yang sebenarnya tipu kira. Pada mulanya pertandingan itu sudah dimenangi oleh Tengku Razaleigh. Tetapi selepas perkiraan undi dihentikan selama 25 minit, bila dikira semula Mahathir pula yang diisytiharkan menang sebanyak 43 undi.
Tragedi ini tercatat dalam sejarah dan minda orang Umno yang lama. Perkiraan itu terus menjadi tanda tanya dan tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli Umno. Namun Umno sampai ke saat ini belum membuat penjelasan terhadap silap teknik itu. Ertinya di sini Umno sedia membungkus "kesalahan"nya sampai ke bila-bila tidak seperti mana DAP yang lebih bertanggunagjawab telus dan berintegriti.
Hal-hal begini walaupun kecil tetapi ia diperhatikan oleh orang ramai. Mungkin disebabkan integriti atau disiplin DAP lebih mapan berbanding Umnolah maka ada ahli-ahli Umno menyertai parti itu. Antara mereka ialah Aspan Alias, Ariff dan lain-lain.
Tunggu ulasan Mat... Mat mana lagi, Mat Maslanlah. [8:53 pm 04/01/13]
Sumber HD - 4-1-2013
Dalam pilihan raya kali ini rakyat perlu serius dalam membuat penentuan politik kerana kali ini akan membabitkan masa depan negara dan rakyatnya yang amat dahagakan keadaan politik yang berbeza dari yang sedang kita hadapi sekarang. Sekarang ini terlalu banyak isu yang membuatkan rakyat naik mual seolah-olah negara ini adalah negara dalam mana semua rakyatnya bergaduh dan bersengketa kerana politik dan kuasa. Krisis keyakinan yang dihadapi oleh kepimpinan UMNO dan BN sudah sampai ke tahap optima dan adalah malang jika rakyat tidak melakukan pembetulan terhadap hala-tuju kita yang sudah terlalu menyimpang jauh itu.
Semasa negara kita berada di dalam keadaan politik yang terbaik, ramai di antara rakyat yang sekarang ini masih belum lahir atau masih dalam zaman kanak-kanak atau remaja. Mereka tidak akan mudah untuk memahami apakah yang dimaksudkan ‘penentuan politik’ yang baik itu. Bagi mereka yang masih dalam umur bawah dari empat puluh tahun mereka menganggap politik itu adalah politik seperti sekarang. Politik hanyalah membuat pilihan siapa yang menang dan siapa yang kalah.
Siapa yang menang itu, pihak itulah yang benar dan siapa yang kalah itu adalah pihak yang tidak benar. Penulisan dan pertuturan tentang sejarah politik yang benar dan betul hanyalah cerita dan apa yang di perkatakan oleh mereka yang menang sahaja. Penilaian terhadap politik itu terletak kepada asas yang salah. Pertamanya politik yang kita mengaku sebagai politik demokrasi di negara ini sebenarnya terlalu jauh dari kebenaran demokrasi itu sendiri.
Pendirian politik negara kini memerlukan rakyat berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat pilihan. Jika rakyat mahukan kemajuan yang belum dicapai walaupun kita telah dijanjikan kemajuan itu sejak tiga dekad yang lalu. Pendeknya apa yang dijanjikan oleh UMNO dan BN sudah nyata tidak dicapai dan terlaksana dengan baik. Oleh yang demikian membuat pilihan kepada pihak ‘alternative’ merupakan usaha yang paling baik untuk mencari apa yang kita tuntut itu.
Jika ada pihak yang mengatakan melakukan perubahan itu tidak semestinya membawa kebaikan maka kita boleh menjawabnya dengan mudah dan tidak payah berusaha keras untuk jawapannya. Yang pasti pimpinan yang ada pada hari ini terlalu tidak meyakinkan dengan apa yang kita lihat dan dengar sedang berlaku. Bukan tidak ada teguran terhadap kepimpinan tetapi nampaknya keadaan tidak mungkin berubah, malahan bertambah buruk dari masa ke semasa.
Justeru memilih pengganti yang tidak berdaya untuk berubah ini bukan lagi satu ‘option’ tetapi sudah menjadi kemestian. Sama ada ia lebih baik atau sebaliknya belum kita dapat tentukan walaupun ciri-ciri kebaikan yang berlaku di dalam negeri-negeri PR itu nampak dengan agak jelas. Saya mesti meyakinkan saudara yang saya sebut ini adalah dari sudut mentadbir kerajaan bukannya dari sudut permainan politik di dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Daripada tidak berusaha dan mencuba perubahan untuk kebaikan kita semua, elok kita bertukar sikap dengan memandang perubahan itu secara positif. Lagi pun tindakan rakyat untuk melakukan perubahan itu bukannya tidak bersebab. UMNO dan BN sendiri memberikan sebab atau alasan rakyat untuk berusaha melakukan perubahan itu. Agak penat untuk mengulangi sebab-sebab perubahan itu perlu dilakukan. Rakyat sudah tidak mahu lagi sebuah kerajaan yang sedang menghadapi krisis keyakinan yang sebegini besar terus-terusan.
Segala usaha untuk berubah ini bukan untuk kebaikan sesiapa tetapi untuk kebaikan rakyat juga. Jika perubahan itu tidak mencapai matlamat dan kehendak rakyat selepas lima tahun rakyat boleh melakukan perubahan lagi sampai mendapat apa yang di harapkan tercapai. Dari sudut ini, maka perubahan ini akan memberikan bukti bahawa rakyat lah yang berkuasa dan bukannya mereka yang diberikan mandat itu. Perubahan ini akan memberikan isyarat yang jelas bahawa rakyat akan menumbangkan mana-mana parti yang memerintah jika tidak mampu melakukan perubahan itu.
Budaya ini akan membuatkan sesiapa atau mana-mana parti yang memerintah terpaksa bekerja keras untuk memenuhi tuntutan rakyat yang memberi mandat itu. Sebab BN selama ini terus menerus melakukan jenayah rasuah ini ialah kerana mereka (BN) menganggap bagaimana rasuah pun mereka rakyat akan tetap memberikan undi dan mandat. Itulah sebabnya mereka tidak segan dan silu melakukannya terus menerus tanpa had kejahatannya.
Kita telah menempuh badai yang tidak terperi peritnya kerana rasuah ini. Kerana rasuah sistem perundangan kita telah tercemar tidak terperi. Peguam Negara menjadi persoalan, Ketua Polis Negara menjadi bahan politik, Badan Kehakiman sehingga hari ini tidak kebah dari imej buruk dan menjadi bahan ejekan masyarakat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa dan kita sendiri bertanya bagaimana seorang yang tidak ada apa-apa menjadi di antara manusia yang terkaya di dunia ini. Semuanya ini adalah akibah permainan rasuah dan salah guna kuasa dan pengaruh dalam sistem kerajaan kita.
Rakyat bosan dengan sikap pemimpin-pemimpin kita yang mempunyai masalah masing-masing yang berkaitan dengan rasuah dan mengambil kesempatan di atas kedudukan mereka dalam kerajaan. Setiap minggu ada sahaja isu terhadap mereka sampaikan mereka tidak ada masa untuk memberikan khidmat kerana terlalu sibuk mempertahankan diri dari tuduhan-tuduhan yang tidak boleh dianggap palsu dan fitnah.
Kita wajar memberhentikan segala kebobrokan yang dilakukan oleh pimpinan kita hari ini. Masa untuk melakukannya tidak lama lagi….selewat-lewatnya pada penghujung bulan April nanti. Pimpinan kita sudah tidak kenal lagi apa yang baik dan yang buruk. Jiwa dan roh kepimpinan sudah mati.
Rakyat tidak perlu takut melakukannya kerana ramai ahli-ahli UMNO sendiri akan bersama-sama mengubah haluan di dalam peti-peti undi itu nanti. -
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Sumber HD -n 5-1-2013
Saya adalah penternak dan pembekal benih ikan komersial. Di samping itu juga, saya menjual makanan ikan kepada penternak-penternak ikan.
Ternakan ikan komersial seperti tilapia merah, tilapia hitam, keli dan patin adalah ternakan ikan yang sinonim di Malaysia ini.
Begitu juga dengan ternakan ikan air masin seperti siakap, dan kerapu memang menjadi sumber pendapatan penternak di Malaysia.
Pelbagai bangsa menternak ikan samada dalam sangkar terapung seperti di Temerloh, mahupun dalam kolam tanah atau simen konkrit.
Penternakan ikan komersial memang telah lama dijalankan oleh penduduk di Malaysia ini untuk menyara hidup. Begitu juga dengan wujudnya makanan ikan jenis pellet di Malaysia.
Rata-rata makanan ikan yang digunakan ini adalah dari pengeluar antarabangsa seperti Thailand dan US.
Mereka telah lama berada di pasaran Malaysia dan mempunyai kilang pemprosesan di Malaysia. Terdapat juga pengeluar tempatan yang rata-rata bukan beragama Islam.
Apa yang merisaukan saya ialah adakah makanan-makanan ikan ini bebas dari unsur-unsur haram?
Saya ada terbaca di internet tentang bahan-bahan yang haram digunakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ikan seperti penggunaan hormon pembesaran.
Hormon yang digunakan dikhuatiri boleh menyebabkan kanser dan boleh merosakkan sistem tubuh badan dalam jangka masa panjang generasi ke generasi.
Selain itu penggunaan bahan-bahan seperti najis seperti darah dan tulang khinzir juga digunakan sebagai sumber protein dan kalsium dalam makanan ikan.
Bukankah hukumnya haram menggunakan unsur darah dalam diet ternakan kerana pengguna ikan adalah di kalangan pengguna Islam.
Walaupun darah lembu yang disembelih, darah itu tetap najis dijadikan sumber makanan. Bloodmeal atau tepung darah yang digunakan dikhuatiri darah khinzir yang harganya lebih murah jika dibandingkan dengan fishmeal atau tepung ikan.
Kini dilihat ada beberapa produk makanan ikan yang diimport masuk ke Malaysia dari Taiwan, Thailand, Indonesia yang seperti tiada sekatan boleh dibawa masuk dan digunapakai oleh pengguna beragama Islam.
Dimanakah letaknya tanggungjawab Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan JAKIM dalam menangani isu halal dan haram ini?
Saya sebagai umah Islam di Malaysia yang menggunakan makanan ikan untuk ternakan ikan rasa terpanggil untuk menyatakan rasa tidak puas hati kerana tiada makanan ikan yang diyakini kesuciannya.
Diharap Kementerian lebih menitikberatkan isu halal haram dalam pertanian dan perternakan di Malaysia. Ramai pengguna tidak tahu tentang penggunaan hormon, darah dan tulang khinzir dalam bahan-bahan membuat makanan ikan dan lain-lain makanan ternakan. Mereka tidak didedahkan dengan masalah yang telah lama berlaku ini.
Diharap tuan pengarang boleh membentangkan isu makanan ternakan ini kerana ramai pengguna kita adalah umat Islam.
PENGGUNA ISLAM
Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.