Pengorbanan cipta kemenangan tanpa terburu-buru
Datuk Harun Taib, | 26 Okt 2012 |
Assalamualaikum wbt..
Saudara-saudari muslimin muslimat yang dihormati sekalian..
Sempena dengan hari raya korban @ Aidil Adha ini, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan kepada saudara-saudari sekalian, bagaimana contoh perjuangan untuk menegakkan hukum Allah, dari kalangan mereka yang terdahulu daripada kita terutamanya para nabi dan para rasul a.s.
Dalam peristiwa Aidiladha ini, ada 3 watak yang selalu disebut-sebut, yang telah menunjukkan betapa komitmennya mereka terhadap perintah Allah SWT, iaitu Nabi Allah Ibrahim a.s, anaknya Ismail dan isterinya Siti Hajar.
Allah SWT telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s supaya meninggalkan anak dan isterinya yang tercinta berduaan di Mekah, tempat yang kering kontang dan panas terik.
Nabi Ibrahim lantas meninggalkan isteri dan anaknya tanpa mengendahkan panggilan isterinya.
Sehinggalah isterinya bertanyakan kepadanya: "Adakah ini adalah perintah dari Allah?". Lantas Nabi Ibrahim berpaling dan menjawab: "Ya". Siti Hajar menjawab dengan tenang: "Pergilah dengan urusan Tuhanmu itu".
Ini adalah satu pengorbanan demi agama Allah SWT. Maka dengan sebab itu, kita yang datang selepas dari para anbiya itu, hendaklah mencontohi mereka dari sudut prinsip dasar dan perjuangan.
Dalam memperjuangkan Islam ini, kita perlu sabar dan tidak perlu gopoh untuk mendapat kejayaan yang terburu-terburu, tetapi kita hendaklah berwaspada dalam pergerakan kita ini. Ianya adalah supaya kita tidak melencong dan terseleweng daripada landasan yang telah digariskan oleh Allah SWT.
Kita tidak boleh mengatakan bahawa apa yang dilakukan oleh para anbiya itu adalah perkara-perkara lapuk yang tidak dapat kita menggunakan pada masa atau zaman ini.
Malahan kitab-kitab Allah dan Hadis-hadis Nabi itu terus berkuatkuasa selagi mana adanya manusia di atas muka bumi ini. Syariat Islam berkuatkuasa sepanjang zaman dengan keadaan bahawa ianya dikenali dengan satu keistemewaan bahawa Islam itu adalah bersifat 'As-Sabat wal Murunah'. Ianya tetap, tetapi anjal. Tetap itu bermakna, kita tidak boleh keluar dari landasan Islam walaupun ianya bersifat anjal.
Maka saudara-saudara sekalian, kita hendaklah berpegang teguh kepada prinsip dan ajaran Islam, sehingga kita berjaya ataupun mati syahid di dalam perjuangan Islam. Wallahu a'lam.
Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, walillahilhamd
Datuk Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Sumber HD - 26-1-2012 (10 zulhijjah 1433H)
Bekas timbalan menteri jangka BN tewas PRU13
Nazri Abdullah, | 30 Okt 2012 |
KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.
Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)
82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.
20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.
Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.
Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.
Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.
Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.
Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.
Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.
Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.
Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.
"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya.
Sumber HD - 30-10-2012

Perpindahan kuasa selepas PRU13 paling aman
Harakahdaily, | 18 Dis 2012 |
KUALA LUMPUR: PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.
"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka.
"Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.
Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.
Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.
"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.
80 kerusi
Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.
Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.
"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.
"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.
Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.
Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.
Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.
Sumber HD - 18-12-2012
KUALA LUMPUR: Pilihan raya sebenarnya bukanlah hak milik parti pemerintah sekalipun mereka bertanggungjawab mentadbir dan menguruskan kerajaan, kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Muhammad Ismi Mat Taib.
Sebaliknya, kata beliau pilihan raya adalah hak rakyat, maka menjadi tanggungjawab setiap pentadbir dan pemimpin dalam negara untuk menghormati dan menguruskan hak rakyat dengan sebaik mungkin.
“Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya itu sendiri sudah dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Justeru, ujar beliau kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar.
“Beliau seharusnya sedar bahawa penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Mungkin, katanya Muhyiddin terlupa bahawa ada yang sanggup menangguhkan ibadah haji, menunda tarikh kenduri, dan pelbagai aktiviti tergendala sepanjang tahun 2012 gara-gara tindakan Umno BN yang tidak demokratik kerana menyembunyikan tarikh pilihan raya.
Tambahnya, seolah-olah mereka mempunyai kuasa mutlak dalam mengawal dan menentukan pilihan raya.
Sehubungan itu, beliau berkata Muhyiddin seharusnya menarik balik kenyataan tersebut.
Menurutnya, sekalipun Umno BN begitu takut untuk menghadapi pilihan raya kali ini tetapi dengan menjadikan tarikh pilihan raya sebagai teka-teki adalah mempersendakan rakyat.
Sumber HD - 28-12-2012

Teka-teki tarikh pilihan raya, Muhyiddin persenda rakyat
Harakahdaily, | 28 Dis 2012 |

PAS persiap semua ahli melalui munaqasyah
Harakahdaily, | 23 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS membuat persiapan akhir menghadapi pilihan raya di semua peringkat ahlinya melalui Munaqasyah (perbincangan) ucapan dasar Presiden PAS muktamar lalu.
Melalui munaqasyah ini, tiga perkara pokok dibincangkan iaitu isu pilihan raya, isu semasa dan memperincikan arahan Presiden PAS kepada semua ahlinya.
Munaqasyah (perbincangan) merupakan program tradisi PAS bagi memastikan segala ucapan dasar Presiden dapat dihayati dan difahami seluruh kepimpinan ahli parti.
Sepanjang bulan Januari ini setiap negeri dijadualkan mengadakan munaqasyah bermula 19 Januari baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Lujnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat Misbahul Munir Masduki (gambar atas), munaqasyah kali ini lebih menekankan persiapan akhir seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke-13 yang dianggap Pilihanraya paling hebat dan penting dalam sejarah politik Malaysia.
"Munaqasyah menjadi medan bagi kepimpinan parti di semua peringkat bagi mendapat penjelasan berhubung pelbagai isu yang dimainkan oleh media perdana di samping menjadi medan membina semangat bekerja di kalangan anggota parti," katanya kepada Harakahdaily.
Beberapa negeri yang akan mengadakan munaqasyah pada hujung minggu ini antaranya, Terengganu, Kelantan, Melaka, Perak, johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Wilayah dan Selangor.
Masing-masing akan mendengar tiga pembentangan kertas kerja daripada Ajk PAS Pusat.
Beliau berharap, munaqasyah ini akan memantapkan kefahaman peserta terhadap pelbagai isu semasa yang dimainkan oleh media arus perdana dan memahami beberapa stategi dalam memenangkan perjuangan Islam.
"Rasulullah S.A.W berpesan " Dengar dan taatlah di waktu kamu senang atau susah", marilah kita jadikan pertemuan ini suatu 'taklimat ke medan perang' bagi melicinkan perjuangan kita bagi menegakkan agama Allah di muka bumi," katanya.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 23-1-2013
KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 pemimpin PAS dari seluruh negara berhimpun di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini bagi menyertai Konvensyen Pilihan raya parti itu.
Tema seminar ini adalah Mara Dengan Keberkatan Menuju Putrajaya.
Himpunan besar yang menghimpun kesemua jentera pilihan raya PAS ini membawa slogan Negara Berkebajikan Demi Rakyat.
Ia telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekejap tadi.
Perhimpunan ini bakal menjadi panduan utama kepada jentera PAS di seluruh negara dalam PRU13 akan datang.
1,000 jentera PAS sertai Konvensyen Pilihan raya
Harakahdaily, | 02 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Hampir 1,000 pemimpin PAS dari seluruh negara berhimpun di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini bagi menyertai Konvensyen Pilihan raya parti itu.
Tema seminar ini adalah Mara Dengan Keberkatan Menuju Putrajaya.
Himpunan besar yang menghimpun kesemua jentera pilihan raya PAS ini membawa slogan Negara Berkebajikan Demi Rakyat.
Ia telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sekejap tadi.
Perhimpunan ini bakal menjadi panduan utama kepada jentera PAS di seluruh negara dalam PRU13 akan datang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-2-2013
PRU13: PAS berpantang 90 hari
Hazayani Zakaria, | 02 Feb 2013 |
SERI KEMBANGAN: PAS berada dalam tempoh berpantang selama 90 hari sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata Naib Presidennya, Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13.
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia.
"Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti.
Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN.
"Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera.
"Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir.
Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13.
Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah.
"Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik.
"Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya.
Beliau berkata, dalam tempoh berpantang ini, PAS tidak boleh melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan keyakinan rakyat untuk memilih PAS pada PRU13.
"Kalau orang perempuan berpantang selepas bersalin, kita berpantang sebelum bersalin. Kandungan kita ialah harapan perubahan rakyat Malaysia.
"Jadi sewaktu berpantang ini, kita tidak boleh melakukan satu pun kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan di Konvensyen Mara Bersama Keberkatan Menuju Putrajaya di sebuah hotel dekat sini hari ini.
Husam juga berkata, PAS tidak boleh mengabaikan pengundi-pengundi yang sangat penting untuk membantu kemenangan parti.
Undi yang dimaksudkan ialah undi tentera dan peneroka Felda yang sebelum ini berpihak kepada BN.
"Kali ini kita mensasarkan 45 peratus undi tentera. Kita tak boleh abaikan undi tentera.
"Begitu juga undi Felda. Sebab itu kita memberikan fokus khas kepada Felda dengan program-program yang diatur," katanya di hadapan kira-kira 1,000 jentera dari setiap negeri yang hadir.
Jentera yang hadir merupakan wakil dari 60 Parlimen yang disasarkan bertanding pada PRU13.
Tambah Husam juga, ahli khususnya jentera harus mendekati pengundi dengan komunikasi yang paling baik selain menjaga hubungan dengan Allah.
"Dalam tempoh ini kita mesti berhubung dengan manusia lain dengan komunikasi paling baik.
"Hubungan kita dengan Allah juga harus diperbaiki dengan memperbanyak doa dan munajat kepada Allah," katanya.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 2-2-2013
Umno akan jatuh walau tanpa keganasan
Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, | 15 Feb 2013 |
Begitu bimbang pemimpin UMNO-BN terhadap perjalanan pilihanraya umum ke 13 nanti. Pelbagai persepsi dan andaian seperti igauan buruk yang bermain di fikiran mereka sehingga membuat kenyataan yang pelik. Begitu beriya-iya pemimpin-pemimpin negara mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan kekerasan terhadap kerajaan sekiranya BN menang dalam PRU 13.
Jika terdahulu, Tun Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya kononnya Pakatan Rakyat akan mencetuskan keganasan jika kalah dalam PRU ke 13, diingatkan pula oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diulangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang menghairankan, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan beramaran supaya rakyat tidak melakukan kekerasan dalam membuat perubahan di negara ini. Tidak percayakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN terhadap Pakatan Rakyat? Bukankah telah berbelas kali pilihanraya kecil berlangsung sepanjang tempoh 2008-2013 ini dan adakah terdapat kekerasan berlaku sepanjang itu?
Seakan-akan ada sesuatu yang mereka jangkakan akan berlaku dalam PRU ke 13. Biasanya orang yang bersalah akan merasa takut. Soalnya, apa yang mereka takutkan sangat? Adakah sesuatu muslihat yang mereka selindungkan dari pengetahuan rakyat sehingga merasa takut jika rakyat marah atau bangkit?
Saya ulangi bahawa pendirian Pakatan Rakyat adalah memastikan pertukaran kerajaan berlaku dalam PRU ke 13 secara aman dan melalui pilihanraya. PR tidak sesekali menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan. PR akan menghormati keputusan rakyat jika mereka memilih PR sebagai kerajaan dan begitu pula sebaliknya.
Namun kenyataan ini pula perlu dibayar dengan sikap jujur dan adil oleh kerajaan serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menguruskan pilihanraya. Amaran keras pula perlu diberikan kepada UMNO-BN serta SPR supaya mereka benar-benar menghormati keputusan rakyat. Jangan pula ada elemen penipuan, penyelewengan dan pengkhianatan dalam sistem pilihanraya ini. Ketelusan dan kejujuran menjamin keamanan manakala penipuan dan penyelewengan akan mengundang kemarahan. Kemarahan ini pula bukan PR yang cipta, tetapi lahir dari lubuk hati rakyat.
Sebenarnya, rakyat tidak perlu kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan BN. BN ibarat kayu reput yang hanya menanti untuk rebah. Rakyat di mana-mana sudah mudak dengan politik BN dan tidak sabar menanti menjatuhkan kerajaan BN melalui peti-peti undi. Buktinya lihatlah sambutan rakyat di mana-mana terhadap PR, dari Perlis sehingga ke Sabah. Bandingkan pula dengan sambutan rakyat terhadap program BN. Dari konsert PSY di Pulau Pinang sehinggalah ke ceramah kelompok yang mereka anjurkan. Lihatlah pula isu dan skandal yang berjela-jela ada hampir setiap pemimpin BN dan lihatlah pula tawaran yang PR berikan kepada rakyat. Pemimpin BN ada hati dan boleh menilainya dari sudut hati yang dalam!
*Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Pengarah Juham DPPM
Jika terdahulu, Tun Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya kononnya Pakatan Rakyat akan mencetuskan keganasan jika kalah dalam PRU ke 13, diingatkan pula oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, diulangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Yang menghairankan, mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi kenyataan beramaran supaya rakyat tidak melakukan kekerasan dalam membuat perubahan di negara ini. Tidak percayakah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemimpin BN terhadap Pakatan Rakyat? Bukankah telah berbelas kali pilihanraya kecil berlangsung sepanjang tempoh 2008-2013 ini dan adakah terdapat kekerasan berlaku sepanjang itu?
Seakan-akan ada sesuatu yang mereka jangkakan akan berlaku dalam PRU ke 13. Biasanya orang yang bersalah akan merasa takut. Soalnya, apa yang mereka takutkan sangat? Adakah sesuatu muslihat yang mereka selindungkan dari pengetahuan rakyat sehingga merasa takut jika rakyat marah atau bangkit?
Saya ulangi bahawa pendirian Pakatan Rakyat adalah memastikan pertukaran kerajaan berlaku dalam PRU ke 13 secara aman dan melalui pilihanraya. PR tidak sesekali menggunakan jalan raya untuk menggulingkan kerajaan. PR akan menghormati keputusan rakyat jika mereka memilih PR sebagai kerajaan dan begitu pula sebaliknya.
Namun kenyataan ini pula perlu dibayar dengan sikap jujur dan adil oleh kerajaan serta Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menguruskan pilihanraya. Amaran keras pula perlu diberikan kepada UMNO-BN serta SPR supaya mereka benar-benar menghormati keputusan rakyat. Jangan pula ada elemen penipuan, penyelewengan dan pengkhianatan dalam sistem pilihanraya ini. Ketelusan dan kejujuran menjamin keamanan manakala penipuan dan penyelewengan akan mengundang kemarahan. Kemarahan ini pula bukan PR yang cipta, tetapi lahir dari lubuk hati rakyat.
Sebenarnya, rakyat tidak perlu kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan BN. BN ibarat kayu reput yang hanya menanti untuk rebah. Rakyat di mana-mana sudah mudak dengan politik BN dan tidak sabar menanti menjatuhkan kerajaan BN melalui peti-peti undi. Buktinya lihatlah sambutan rakyat di mana-mana terhadap PR, dari Perlis sehingga ke Sabah. Bandingkan pula dengan sambutan rakyat terhadap program BN. Dari konsert PSY di Pulau Pinang sehinggalah ke ceramah kelompok yang mereka anjurkan. Lihatlah pula isu dan skandal yang berjela-jela ada hampir setiap pemimpin BN dan lihatlah pula tawaran yang PR berikan kepada rakyat. Pemimpin BN ada hati dan boleh menilainya dari sudut hati yang dalam!
*Penulis adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan merangkap Pengarah Juham DPPM
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 15-2-2013
Seminar Antarabangsa P’raya Malaysia 4, 5 Mac
Harakahdaily, | 26 Feb 2013 |
PETALING JAYA: Parlimen Malaysia melalui pejabat Ketua Pembangkang akan menganjurkan Seminar Antarabangsa Pilihan raya Malaysia pada 4 dan 5 Mac ini.
Ia diadakan ekoran kegagalan SPR melaksanakan sepenuhnya cadangan JK Terpilih Parlimen yang hanya melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.
Persidangan ini akan diadakan di bangunan Parlimen.
Ia diadakan ekoran kegagalan SPR melaksanakan sepenuhnya cadangan JK Terpilih Parlimen yang hanya melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.
Persidangan ini akan diadakan di bangunan Parlimen.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 26-2-2013
KUALA LUMPUR: PAS tidak menolak jangkaan bahawa Pakatan Rakyat mendahului BN sekurang-kurangnya 120 kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 serta dapat menguasai sembilan negeri.
Itu adalah unjuran PAS.
Laporan daripada strategis ‘war room’ Umno pula mendedahkan BN akan hilang 20 kerusi sebaik Parlimen dibubar kerana masalah calon dan perebutan kerusi yang meruncing.
Perkembangan ini benar-benar mencemaskan Najib Tun Razak dan BN seluruh negara.
Itulah laporan muka depan Harakah edisi Isnin. Dapatkan naskah anda mulai esok.
Pakatan dapat 120 Parlimen, 9 negeri
Harakah, | 06 Apr 2013 |

Sumber HD - 6-4-2013
PRC WA seru rakyat di luar negara pulang mengundi
Harakahdaily, | 08 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: PAS Representative Council of Western Australia (PRC WA) menyeru seluruh rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan Australia khususnya untuk pulang menunaikan tanggungjawab kepada tanah air pada PRU13 yang akan datang.
Presidennya, Haji Abdullah berkata, ini sebagai membuktikan cinta kepada tanah air, yang peduli akan kebajikan rakyat Malaysia, anak-anak, ibu bapa, masa hadapan mereka dan yang paling penting masih percaya adanya harapan untuk merubah Malaysia ke arah yang lebih baik walaupun perjuangan dan liku-likunya telah mengambil masa yang sangat panjang.
“Kini sudah tiba masanya kita meneruskan perjuangan yang telah dipikul pejuang-pejuang terdahulu.
“Mesej kita kepada semua parti yang bertanding adalah jelas – hormati hak kami sebagai rakyat, hormati undi kami dan pulangkan hak kami selayaknya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, desakan terhadap proses pengundian undi yang bersih, bebas dan telus terus menerus dicabar.
Katanya, akses kepada media terus disekat dan Barisan Nasional secara tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa menggambarkan keadaan mereka yang cukup terdesak.
Beliau berkata, dengan langsung tidak tahu malu, Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib menelan ludah mereka dengan menciplak manifesto yang telah dibentangkan terdahulu oleh Pakatan Rakyat.
Pun begitu, tanya beliau apakah dengan segala sekatan yang dilakukan, kita akan hanya menyerah kalah dan pulang dari medan perjuangan sebagai orang yang kecewa.
“Kita rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk badan NGO, orang perseorangan, parti politik yang sebelum ini telah berusaha keras menyeru, mengadakan dialog bagi membentuk lanskap yang lebih baik untuk PRU akan datang. Kini tibalah giliran kita rakyat Malaysia meneruskan perjuangan.
“Setiap daripada kita harus bangkit melawan penipuan dengan menyatakan mesej jelas di peti undi. Kepulangan dan kehadiran anda di tempat pengundian setidak-tidaknya akan membantu meminimakan kesan penipuan yang bakal dilakukan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya PRC WA turut menyeru semua rakyat Malaysia di luar negara agar menyampaikan seruan untuk pulang mengundi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.
“Semoga perjuangan kita akan membuka lembaran baru bagi merealisasikan Negara Berkebajikan. Ini Kalilah!” katanya.
Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan professional Malaysia yang menetap di Australia berpusat di Perth. PRC WA telah dirasmikan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada Januari 2012.
Presidennya, Haji Abdullah berkata, ini sebagai membuktikan cinta kepada tanah air, yang peduli akan kebajikan rakyat Malaysia, anak-anak, ibu bapa, masa hadapan mereka dan yang paling penting masih percaya adanya harapan untuk merubah Malaysia ke arah yang lebih baik walaupun perjuangan dan liku-likunya telah mengambil masa yang sangat panjang.
“Kini sudah tiba masanya kita meneruskan perjuangan yang telah dipikul pejuang-pejuang terdahulu.
“Mesej kita kepada semua parti yang bertanding adalah jelas – hormati hak kami sebagai rakyat, hormati undi kami dan pulangkan hak kami selayaknya,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, desakan terhadap proses pengundian undi yang bersih, bebas dan telus terus menerus dicabar.
Katanya, akses kepada media terus disekat dan Barisan Nasional secara tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa menggambarkan keadaan mereka yang cukup terdesak.
Beliau berkata, dengan langsung tidak tahu malu, Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib menelan ludah mereka dengan menciplak manifesto yang telah dibentangkan terdahulu oleh Pakatan Rakyat.
Pun begitu, tanya beliau apakah dengan segala sekatan yang dilakukan, kita akan hanya menyerah kalah dan pulang dari medan perjuangan sebagai orang yang kecewa.
“Kita rakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak termasuk badan NGO, orang perseorangan, parti politik yang sebelum ini telah berusaha keras menyeru, mengadakan dialog bagi membentuk lanskap yang lebih baik untuk PRU akan datang. Kini tibalah giliran kita rakyat Malaysia meneruskan perjuangan.
“Setiap daripada kita harus bangkit melawan penipuan dengan menyatakan mesej jelas di peti undi. Kepulangan dan kehadiran anda di tempat pengundian setidak-tidaknya akan membantu meminimakan kesan penipuan yang bakal dilakukan,” ujarnya.
Sehubungan itu, katanya PRC WA turut menyeru semua rakyat Malaysia di luar negara agar menyampaikan seruan untuk pulang mengundi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka.
“Semoga perjuangan kita akan membuka lembaran baru bagi merealisasikan Negara Berkebajikan. Ini Kalilah!” katanya.
Majlis Perwakilan PAS Western Australia (PRC WA) merupakan organisasi yang terdiri daripada kumpulan professional Malaysia yang menetap di Australia berpusat di Perth. PRC WA telah dirasmikan oleh Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS pada Januari 2012.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 8-4-2013
TEMERLOH: Hanya 21 hari sahaja lagi sebelum hari mengundi pada 5 Mei nanti.
Justeru itu, Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru agar warga internet membantu menjayakan misi ‘Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.’
Menulis di Facebooknya, Tuan Ibrahim menyeru setiap posting yang di’Like’ haruslah disharekan kepada rakan-rakan yang lain.
Ini adalah mesej beliau:
“Assalamualaikum.
Mohon kerjasama untuk 21 hari akan datang, setiap posting yang kita 'Like' - kita 'Share' kan juga kepada rakan-rakan kita yang lain.
Biar rakyat mengundi dalam keadaan cukup maklumat.
"Senyum,” tulis beliau.
Ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi, Tuan Ibrahim juga menyeru anak-anak muda menjadi agen perubahan dan agen membawa maklumat balik ke kampung masing-masing.
“Jadilah jurucakap dan memberi penjelasan mengenai sesuatu isu dari dimensi lain selain apa yang diceritakan kepada masyarakat kampung melalui media tradisional. Balik mengundi dan pastikan maklumat mengenai penyelewengan negara yang ditutup di media massa sampai ke tangan ahli-ahli keluarga sebelum mengundi,” tegasnya lagi.
Tuan Ibrahim berkata membuat rakyat bermaklumat adalah satu proses pen-demokrasian yang penting dalam pilihanraya kali ini.
“12 pilihanraya yang lalu, masih terdapat sebahagian besar rakyat tidak mendapat cukup maklumat sebelum mengundi. Di PRU13, diharap dengan tenaga-tenaga anak-anak muda dan warga yang celik internet, kita berharap sungguh majoriti rakyat kali ini dapat mengundi dalam keadaan cukup maklumat, demi keadilan keseluruhannya,” katanya lagi.
21 hari saja lagi, bantu rakyat cukup maklumat
Harakahdaily, | 14 Apr 2013 |

Sumber HD - 14-4-2013
Tokoh masuk PAS kuatkan gelombang kebangkitan rakyat
Harakahdaily, | 30 Apr 2013 |
KUALA LUMPUR: Gelombang kemasukan tokoh-tokoh masyarakat serta bekas pemimpimpin Umno ke dalam PAS mutakhir ini satu perkembangan baik untuk mengemudi gelombang kebangkitan rakyat menjelang pembuangan undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei ini.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa PAS terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama untuk memperjuangkan prinsip keadilan seperti dituntut agama Islam.
"Kemasukan bekas-bekas pimpinan Umno ke dalam PAS amat dialu-alukan, saya mengucapkan syabas kepada bekas pimpinan umno yang berani membuat keputusan untuk melakukan perubahan untuk masa depan umat Islam dan rakyat Malaysia.
"Ianya merupakan petanda baik untuk gelombang rakyat menjelang hari pengundian 5 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemasukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang telah menyerahkan permohonan menjadi ahli kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang minggu lalu.
Selepas daripada itu seorang lagi tokoh masyarakat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion, bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menyerahkan borang keahlian permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Dalam sejarah Islam, Khalid ibnu Walid dianggap sebagai wira walaupun sebelum itu mempunyai haluan dan prinsip akidah yang berbeza dengan Rasulullah s.a.w.
"Akhirnya beliau memberikan sumbangan yang besar kepada Islam, itulah Islam yang sebenarnya yang senantiasa berlapang dada dengan tangan yang terbuka menerima sesiapa sahaja yang bersedia untuk berkhidmat untuk Islam," tegas beliau.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Datuk Harun Taib berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa PAS terbuka menerima sesiapa sahaja yang mahu bersama untuk memperjuangkan prinsip keadilan seperti dituntut agama Islam.
"Kemasukan bekas-bekas pimpinan Umno ke dalam PAS amat dialu-alukan, saya mengucapkan syabas kepada bekas pimpinan umno yang berani membuat keputusan untuk melakukan perubahan untuk masa depan umat Islam dan rakyat Malaysia.
"Ianya merupakan petanda baik untuk gelombang rakyat menjelang hari pengundian 5 Mei nanti," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kemasukan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang telah menyerahkan permohonan menjadi ahli kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang minggu lalu.
Selepas daripada itu seorang lagi tokoh masyarakat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ir. Ismail Samion, bekas Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) menyerahkan borang keahlian permohonannya kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
"Dalam sejarah Islam, Khalid ibnu Walid dianggap sebagai wira walaupun sebelum itu mempunyai haluan dan prinsip akidah yang berbeza dengan Rasulullah s.a.w.
"Akhirnya beliau memberikan sumbangan yang besar kepada Islam, itulah Islam yang sebenarnya yang senantiasa berlapang dada dengan tangan yang terbuka menerima sesiapa sahaja yang bersedia untuk berkhidmat untuk Islam," tegas beliau.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 30-4-2013
Pengajaran dari medan Tabuk
Mohammad Faizal Che Yusof, | 04 Jun 2013 |
BANYAK peristiwa sirah yang boleh kita pelajari dari bulan Rajab. Selain himpunan pengajaran dalam peristiwa Israk Mikraj, peperangan Tabuk adalah antara medan yang turut berlaku dalam bulan Rajab.
Peperangan Tabuk adalah medan terakhir yang disertai oleh baginda Rasul Allah S.A.W sejurus sebelum kewafatan baginda. Selain medan Tabuk itu sendiri, peristiwa-peristiwa sebelum dan sesudah peperangan tersebut baik untuk diambil iktibar sebagai pedoman.
Perjanjian Hudaibiah telah memberi ruang yang cukup luas kepada baginda Rasul Allah S.A.W dan para sahabat menyusun gerakan dakwah di seluruh tanah Arab. Satu demi satu utusan telah dihantar keluar dari Madinah sebagai duta kerajaan Islam menyampaikan risalah.
Dalam usaha tersebutlah, seorang utusan Rasulullah S.A.W yang bernama Harith Ibn Umair telah dibunuh semasa membawa risalah Islam di kawasan jajahan Rom. Pembunuhan ini telah menjadi antara faktor kepada gerakan tentera Mu’ta yang dipimpin oleh tiga panglima Islam iaitu Zahid Bin Harithah, Ja’far Abi Talib dan Abdullah Bin Rawahah.
Dalam masa melepaskan tentera pimpinan Zahid Bin Harithah ini, baginda Rasul Allah S.A.W telah memberi pesan yang amat bermakna. Antara pesanan baginda termasuklah betapa mereka perlu menjaga adab-adab peperangan seperti tidak memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tidak membunuh mereka yang lemah, dan tidak sewenang-wenangnya membakar rumah atau kediaman.
Antara yang paling penting, pesanan Rasulullah S.A.W kepada tentera Mu’ta, ialah maranya mereka bukanlah kerana membalas dendam atas kematian Haris Ibn Umair. Lebih dari itu misi mereka hanya satu iaitu meletakkan kalimah tauhid sebagai matlamat. Demikianlah betapa umat Islam perlu mampu berhadapan dengan pengkhianatan dalam menyatakan kebenaran.
Sebagaimana Rasulullah S.A.W mendidik para sahabat untuk tidak tunduk dengan Ghassan yang membunuh utusan baginda, demikianlah perjuangan mendaulatkan Islam mesti sentiasa beriringan dengan ketegasan dan kebijaksanaan. Tegas dalam menyatakan pendirian atas dasar kebenaran dan bijak dalam mengatur gerakan.
Sesungguhnya peperangan Mu’ta telah memberi kesan psikologi yang mendalam kepada penduduk setempat yang dikuasai Rom. Rakyat yang selama ini ditindas oleh kekuasaan Rom telah mempunyai satu persepsi baru bahawa kekuasaan Rom tidak selamanya kekal dan keadilan Islam telah dilihat sebagai kuasa yang mampu menggantikan kezaliman kerajaan Rom.
Rom tidaklah dikatakan mengalami kekalahan mutlak dalam medan Mu’ta. Pun begitu ia telah menjadi faktor utama kepada tindakan Rom mengatur gerombolan tentera yang lebih besar.
Kebijaksanaan Khalid Al-Walid semasa mengakhiri medan Mu’ta cukup meninggalkan kesan yang memalukan kepada pemerintah Rom. Hasil risikan itulah, mendorong Rasulullah S.A.W dan para sahabat mengatur gerakan tentera untuk ke Tabuk.
Suasana peperangan Tabuk cukup mencabar. Selain jarak perjalanan yang jauh, waktu itulah pohon-pohon kurma mula berbuah dengan cuaca yang cukup panas. Pada saat itulah wajah-wajah sebenar mereka yang berjuang kerana Allah dan Islam diperlihatkan. Sejarah perjuangan telah membuktikan bahawa setiap cabaran kesusahan akan memperkuatkan penyatuan.
Dalam menempuh perjalanan jauh ke Tabuk, tentera muslimin telah juga melalui pelbagai peristiwa aneh. Paparan kejadian-kejadian tersebut banyak memaparkan bukti-bukti kerasulan Muhammad S.A.W dan membuktikan pertolongan Allah sentiasa beriringan dalam usaha mendaulatkan Islam.
Tabuk turut memaparkan betapa dalam perjuangan akan ada saja mereka yang culas. Ada yang digugat dengan rasa ragu dan tidak yakin, degil tidak mematuhi arahan, dan bermacam sikap yang menguji keteguhan setiap mereka yang berada dalam medan.
Medan Tabuk jugalah yang mencetuskan peristiwa tiga sahabat besar yang tidak menyertai peperangan. Sikap bertanggungjawab Kaa’b bin Malik, Murairah dan Hilal yang tidak berdalih apabila ditanya Rasul Allah S.A.W bukan calang-calang.
Apa yang nyata, hanya mereka yang dipandu iman dan keyakinan kepada janji-janji Allah sahajalah mampu berada dalam suasana yang cukup getir sebagaimana ditempuhi para sahabat. - 25 Rajab 1434H.

Sumber HD - 4-6-2013
No comments:
Post a Comment