Presiden PAS terima kunjungan wakil pusat kajian Turki
Muhammad Faizal, | 26 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan Setiausaha Agung Pusat Kajian Sosial dan Ekonomi (ESAM), Prof Dr Arif Ersoy dari Turki.
Pertemuan singkat itu berlangsung di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut petang semalam.
Dalam pertemuan itu, Tuan Guru Abdul Hadi berkongsi perkembangan politik semasa di negara ini.
Ianya termasuk kejayaan PAS selaku parti Islam memerintah di tiga negeri selepas Pilihan Raya Umum 2008 iaitu Kelantan, Kedah dan sementara di Perak sebelum dirampas semula oleh BN pada 2009.
Selain itu, dua lagi negeri iaitu Selangor dan Pulau Pinang juga dimenangi rakan PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.
Sementara itu, Dr Arif Ersoy yang dalam lawatan singkat beliau ke Malaysia melahirkan rasa bangga dengan pencapaian PAS sebagai sebuah parti Islam serta melahirkan keyakinan PAS dan rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia pada pilihanraya yang akan datang.
Dr Arif Ersoy juga melahirkan kegembiraan beliau apabila berpeluang bertemu dengan Abdul Hadi walaupun dalam pertemuan singkat.
Dr Arif Ersoy juga turut menyatakan minat untuk mengunjungi negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat terutamanya PAS pada kunjungan beliau akan datang.
Sumber HD : 26/09/2012
Al Quds Antarabangsa kunjungi Presiden PAS
Salmiyah Harun, | 09 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pengarah Yayasan Al Quds Antarabangsa Ayman Masoud melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, tengah hari tadi.
Kunjungan wakil Yayasan Al Quds yang berpusat di Beirut itu bersempena lawatan dan jemputan rasmi oleh kerajaan Malaysia ke sini.
Turut bersama dalam kunjungan itu, Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia Makram Abu Salam.
Kedatangan mereka ini sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Presiden PAS atas usahanya bersama Sheikh Dr Yusuf Al Qaradhawi mengasaskan Yayasan Al Quds Antarabangsa.
Menurut Ayman Masoud, isu Palestin telah menyatukan semua pihak antara kerajaan dan pembangkang di negara ini.
Beliau menghargai usaha PAS menubuhkan Al Quds dan berharap parti Islam itu terus memberi sokongan kepada yayasan itu.
"PAS berperanan besar dalam penubuhan Al Quds ini, kita berterima kasih," katanya.
Yayasan Al-Quds Malaysia yang dilancarkan pada 18 Jun 2012, adalah cawangan ke-11 bagi Yayasan Al-Quds Antarabangsa selepas Mesir, Afrika Selatan, Yaman, Lubnan, Syria dan beberapa negara lain termasuk Gaza.
Ahli Parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Al-Quds Malaysia.
Yayasan Al-Quds adalah sebuah NGO yang berganding dengan Yayasan Al-Quds Antarabangsa, sebuah yayasan antarabangsa yang ditubuhkan bertujuan memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin.
Antara matlamat penubuhan yayasan ini adalah untuk menghentikan proses pengyahudian Baitul Maqdis, membantu mengekalkan rakyat Palestin di sekitar Baitul Maqdis dan menyatukan umat Islam, dan menghantar mesej yang jelas kepada Israel bahawa Baitul Maqdis adalah milik seluruh umat Islam.
Sumber HD : 9/10/2012
(Sheikh Sabuni kunjungi Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi di Pejabat Agung hari ini)
KUALA LUMPUR: Ketua Kesatuan Ulama Syria Sheikh Dr Ali As Sobuni mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS tengah hari tadi.
Sheikh As Sobuni, 88, sudah 35 tahun hidup dalam buangan di luar negara akibat hukuman rejim Hafiz Asaad ke atas beliau.
Pengarang kepada puluhan kitab tafsir dan hadis ini menjadi rujukan kepada ilmuan-ilmuan Islam seluruh dunia sejak puluhan tahun yang lalu.
Dalam pertemuan tersebut, Sheikh As Sobuni turut berkongsi pandangan terhadap konflik di Syria yang telah pun membunuh ribuan rakyat negara itu.
Mereka bersama-sama bersetuju Presiden Basyar Asaad mesti berundur dan bertanggungjawab terhadap apa yang melanda Syria hari ini.
Dalam masa yang sama mereka sependapat bahawa perlu kebijaksanaan dalam isu Syria khususnya dalam mendepani campur tangan kuasa-kuasa luar yang berkepentingan.
Sheikh As Sobuni juga menyampaikan penghargaan dan terima kasih rakyat Syria kepada PAS yang mengambil berat dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa kekejaman.
Sehingga hari ini PAS sudah menghantar lebih dari lima kali bantuan dan rombongan kemanusiaan ke Syria, bagi membantu rakyat negara itu yang ditindas ekoran konflik ini.
Sheikh As Sobuni sedang dalam rangka lawatan ke Malaysia dan Indonesia.
Turut serta dalam pertemuan itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, dan penolongnya Dr Syed Azman Syed Nawawi serta Setiausaha Akhbar Presiden PAS Mohd Nasaie Ismail.
Sumber HD - 17-12-2012

Ketua ulama Syria kunjungan Presiden PAS
Salmiyah Harun, | 17 Dis 2012 |

No comments:
Post a Comment