Program K-Fiqh pindah ke Auditorium MBSA
Harakahdaily, | 14 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Selepas menerima pembatalan saat akhir dari pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) semalam, pihak penganjur Konvensyen Fiqh Ummah 2012 bertungkus lumus mencari tempat baru.
Dalam satu kenyataan terbaru pagi ini, pihak penganjur memaklumkan program K Fiqh Politik Islam Semasa esok akan dibuat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Penganjur juga memaklumkan, program yang akan bermula pada jam 8 pagi hingga 11 malam itu hanya untuk peserta berdaftar sahaja.
Kesemua peserta yang berdaftar akan disediakan makanan serta kertas kerja 'hard copy'.
Memandangkan Auditorium MBSA lebih besar dengan kapasiti 1,400 orang berbanding Audi Utama UIAM yang hanya memuatkan 850 orang, maka pihak penganjur masih bersedia menerima penyertaan.
"Justeru, pendaftaran boleh dipertimbangkan jika sempat diuruskan oleh urusetia yang sedang super sibuk sekarang.
"Namun pendaftaran yang dilakukan pada hari ini (14 Sept 2012) atau walk in esok, tiada makanan dan kertas kerja. Hanya diberikan dalam bentuk soft copy," kata penganjur dalam satu kenyataan di Facebook.
Bagi yang ingin mendaftar walk in esok, yuran bagi kumpulan ini adalah RM 150 sementara untuk pelajar pula adalah RM 80 sahaja.
Semalam, isu penganjuran K-Fikq anjuran NGO Murshid ini menjadi perhatian banyak pihak apabila pihak pentadbiran UIAM tiba-tiba membatalkan tempahan dewan yang dibuat sejak dua bulan lalu.
Pembatalan yang dibuat oleh PRO UIAM itu dikatakan dari arahan rektor UIAM tanpa apa-apa sebab.
Konfrens tersebut bakal dihadiri oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran dan mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Selain mereka, turut terlibat dalam forum yang bakal dianjurkan anjuran Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) adalah Dr Dzulkefly Ahmad (anggota Parlimen Kuala Selangor), Rafizi Ramli (Pengarah Strategi PKR) dan Dr Mohamad Abu Bakar (Universiti Malaya).
Turut membentang kertas kerja di konfren ini juga adalah Dr Zaharudin Abdul Rahman (UIAM), Dr Marslee Malek (UIAM), Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Ustaz Fauwaz Fadzil, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sumber HD : 14/09/2012
Mahasiswa kecewa UIA batalkan tempat K-Fiqh
Harakahdaily, | 15 Sep 2012 |
KUALA LUMPUR: Terkejut dengan pembatalan tempat program Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa (K-Fiqh) yang bertempat di Main Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mahasiswa berasa sangat kecewa dengan pihak pentadbiran universiti.
Program yang berlangsung pada hari ini, Sabtu telah dibatalkan tempatnya dalam tempoh 36 jam oleh UIA.
Setelah kecewa dengan UIA, pihak penganjur, K-Fiqh Sdn Bhd dengan kerjasama Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) telah menempah tempat baru dalam masa sehari sebelum program yang bertempat di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mampu memuatkan sehingga 1,400 peserta.
"Kami di peringkat mahasiswa membantah sekeras-kerasnya tindakan UIA yang bertindak secara tidak professional," kata Pengerusi WUFI UIA, Saiful Mat Amin.
Sebelum ini, katanya WUFI pernah menganjurkan himpunan Tolak 1.0 kerana membantah campur tangan politik daripada luar yang menyebabkan 4 isu besar iaitu tekanan UIA terhadap Prof Aziz Bari, penukaran tempat ceramah Ustaz Azhar Idrus, pembatalan program bersama Datuk Saifudin Abdullah dan pembatalan keterlibatan Presiden MPP UIA dalam program di TV9.
Selain itu, ujarnya masyarakat juga kesal dengan Rektor UIA, yang telah mengeluarkan arahan pembatalan tersebut yang menggunakan alasan bercanggah dengan semangat AUKU walhal UIA tidak tertakluk di bawah AUKU.
"Kami mendapat maklumat dan percaya bahawa isu pembatalan tempat program K-Fiqh ini mendapat campur tangan politik luar dan ‘tangan ghaib’ yang cuba mencemari kebudayaan ilmu di Taman Ilmu dan Budi," ujarnya.
Tambahnya, pihak mahasiswa juga sangat bimbang bahawa kemungkinan untuk berlakunya manipulasi sistem E-Undi dalam pilihanraya kampus (PRK) yang akan berlaku pada 25 September adalah sangat tinggi.
Menurutnya, mengikut kajian terkini, PRK kali ini adalah paling sengit kerana ia menjadi cerminan kepada PRU-13 dan telah mendapat campur tangan khusus daripada pihak Perdana Menteri.
"Justeru, kami menegaskan kepada seluruh pihak khususnya pentadbiran UIA supaya menjaga nama baik dan memelihara kesucian UIA sebagai Taman Ilmu dan Budi," katanya lagi.
Sumber HD : 15/09/2012
SHAH ALAM: Ikatan Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid) bersedia memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menasihati parti politik Pakatan Rakyat dan BN.
Pengerusi Murshid Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, mereka bersedia menasihati kedua-dua kerajaan BN atau Pakatan Rakyat sekiranya didapati tidak merealisasikan kehendak syarak (maqasid syariah) melalui pelaksanaan siyasah syariyyah.
"Kita akan nasihat kedua-duanya. Kalau kita tidak bersetuju dan bercanggah dengan syarak dan tidak adil, kita akan tegur Pakatan Rakyat dan BN," katanya dalam sidang media di Dewan Auditorium MBSA.
Katanya, Murshid turut menjelaskan konsep politik berteraskan syariah sebagai asas pentadbiran dan pemerintah menurut ajaran Islam.
Katanya konsep ini baik untuk semua termasuk orang bukan Islam kerana ia mendokong asas utama keadilan.
Zaharuddin juga menjelaskan mereka akan membincangkan satu-satu perkara tanpa berpihak mana-mana parti politik misalnya soal garis panduan pelaksanaan pilihan raya.
Tambahnya, garis panduan itu mesti bertepatan dengan konsep wasatiyyah di dalam politik berteraskan hujah dan dalil di samping bersikap berkecuali.
"Kita tidak pengaruhi orang untuk undi satu-satu parti. Kita tidak pegang tangan pengundi untuk pangkah parti tetapi kita hanya bagi "tools" untuk rakyat pilih parti mana mereka suka," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak menolak akan timbul persepsi orang politik terhadap Murshid yang dilihat berbaur pembangkang.
"Terpulang pada persepsi orang, kita mahu berkongsi apa yang rasa terbaik," katanya.
Kehadiran anak muda di luar jangkaan dalam Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa yang julung kalinya diadakan hari ini cukup membanggakan, kata Zaharuddin.
Malah dengan kehadiran lebih 1000 peserta hari ini, bagi Zaharuddin ia memberi petunjuk akan berlaku perubahan lanskap politik selepas ini.

K-Fiqh: Murshid sedia tegur parti politik
Salmiyah Harun, | 15 Sep 2012 |

Negara Berkebajikan: PAS hapus curiga bukan Islam
Hazayani Zakaria, | 16 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Pendekatan strategik yang menepati dasar dan prinsip Islam seharusnya disokong oleh semua pihak khususnya orang Islam.
Merujuk kepada Negara Berkebajikan PAS, ahli akademik, Prof. Datuk Paduka Mohamad Abu Bakar berkata, istilah yang digunakan tidak penting asalkan kandungannya memartabatkan Islam dan masyarakat.
"Seandainya namanya Negara Berkebajikan ataupun Negara Kebajikan atau apa sahaja, kalaulah kandungannya, isinya berteraskan dan berprinsipkan Islam selari dengan tuntutan Ilahi maka ia seharusnya disokong oleh kita semua khasnya orang Islam," kata beliau dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Mohamad berkata, Rasulullah SAW sendiri pada zaman pemerintahannya tidak memperincikan istilah negara Islam tetapi kandungannya menjurus ke arah perubahan ke arah negara Islam.
"Dalam perjuangan Rasulullah SAW sendiri tak ada istilah yang lengkap memperincikan negara Islam tetapi kandungannya menjurus kepada satu perubahan negara yang diredai Allah yang mendapat pengampunan Ilahi," katanya.
Tambah beliau, dengan slogan Negara Berkebajikan, PAS sudah berjaya menghapuskan rasa curiga orang bukan Islam terhadap Islam yang disifatkannya sebagai halangan psikologi.
Namun katanya, PAS menghadapi cabaran besar untuk menterjemahkan idealisme yang terkadung dalam dokumen Negara Berkebajikan.
"Ini cabaran yang besar sama ada di Kelantan, Selangor, Kedah dan sebagainya dan yang penting kita buang istilah yang menakutkan sehinggalah halangan psikologi tadi dapat diatasi dan bagaimana (PAS) dapat menterjemahkan (Negara Berkebajikan) menjadi peradaban sehingga orang tersentuh dengan Islam," katanya lagi.
Transformasi biar ikhlas
Sementara itu beliau juga berkata, kerajaan yang berkuasa seharusnya mengambil berat soal keikhlasan dalam menjaga kebajikan rakyat.
Merujuk kepada transformasi yang disebut seorang lagi ahli panel, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr. Puad Zarkashi, Mohamad berkata, Umno BN harus ikhlas dalam memenuhi permintaan rakyat, bukan sekadar untuk memancing undi dalam pilihan raya umum.
"Benar kata Dr. Fuad tadi dalam program transformasi banyak beri deviden itu ini tapi apakah itu ikhlas atau adakah kerana Umno makin lemah, rakyat makin diperkasa maka Umno jadi takut kepada rakyat maka ikut sahaja apa yang diminta rakyat.
"Apakah kerana takut kepada rakyat maka perdana menteri harus tunduk dan memberi apa sahaja yang diminta sampai ke Sabah dan Sarawak?
"Kita harap ada keikhlasan pada pemimpin Umno dalam mengkebajikan program-programnya," katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.
Sumber HD : 16/09/2012

Pemuda PAS bukan anti hiburan
Hazayani Zakaria, | 16 Sep 2012 |
SHAH ALAM: Media hanya menggambarkan perjuangan pemuda PAS sebagai "anti konsert" sedangkan perjuangan mereka lebih daripada itu.
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkifly Ahmad berkata, pemuda PAS terdiri daripada ramai profesional yang bersiap sedia dengan polisi sebagai model kepada seluruh generasi muda di negara ini.
"Bila pemuda buat demontrasi menghalang kehadiran artis-artis barat ke Malaysia, itulah yang dipaparkan dalam The Star, The sun, seolah-olah kerja pemuda ini anti konsert sahaja. Itu yang mereka momokkan kepada imej pemuda.
"Dalam pemuda ada ramai profesional dalam bidang perubatan, banking, finance, pengurusan, semua menjalankan kerja di samping menubuhkan NGO mereka yang berkhidmat kepada rakyat, juga ada polisi studi yang memberi input yang begitu baik," kata beliau.
Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Negara Berkebajikan: Analisa, Realiti dan Praktikaliti di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.
Ianya sebagai menjawab soalan audien yang ingin tahu sama ada pemuda PAS boleh menjadi model kepada pemuda-pemuda di Malaysia atau tidak.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata, banyak program pemuda PAS yang tidak ditonjolkan media walaupun sebahagian besarnya membantu penghijrahan golongan tertentu.
"Pemuda PAS punya aktivisme yang cukup baik. Kebanyakan penghijrahan selebriti-selebriti atas usaha pemuda PAS sebenarnya.
"Awal-awal lagi mereka punya jabatan kesenian, sukan dan rekrasi dan mereka punya aktivisme yang cukup baik walaupun tak ditonjolkan media,"katanya.
Turut menjadi panel forum sempena Konvensyen Fiqh Politik itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkely Ahmad yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli manakala ahli akademik, Dr. Maszlee Malik sebagai moderator.
Sumber HD : 16/09/2012
KUALA LUMPUR: Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali yang lebih dikenali sebagai Dr Takiri telah mengumumkan penarikan dirinya daripada menganggotai Multaqa Asatizah dan Du'at (Murshid), sebuah NGO Islam yang menghimpunkan para pendakwah dari pelbagai latar belakang.
Demikian menurut kenyataan ringkas dalam facebook beliau http://www.facebook.com/DrKhairuddinTakiri awal pagi ini tanpa menjelaskan sebarang sebab penarikan diri.
Kenyataan beliau adalah seperti berikut: "Saya dengan ini mengumumkan penarikan diri daripada menjadi ahli MURSHID ( Multaqa Asatizah dan Du’at ). Moga MURSHID lebih maju dalam arena dakwah membawa mesej Islam. Saya bersedia untuk bersama MURSHID dalam apa sahaja program ilmu dan dakwah yang dianjurkan insyAllah”.
Dr Khairuddin merupakan seorang ahli perniagaan dan pendakwah yang cergas menyampaikan ilmu dan dakwah di samping penulisan buku serta artikel di majalah dan akhbar.
Beliau juga menjadi pengasas serta pengerusi bagi pusat pendidikan Islam Darul Fuqaha di Bangi, Selangor. Berkelulusan Bachelor dan Master dari dua universiti di Jordan dan PhD dari UKM, beliau sebelum ini merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa sebelum meletakkan jawatan pada tahun 2008.
MURSHID yang diasaskan setahun lebih yang lalu oleh sekumpulan pendakwah diketuai Dr Zaharuddin Abd Rahman mendapat perhatian ramai akhir-akhir ini kerana kontroversi pembatalan tempahan dewan oleh Universiti Islam Antarabangsa untuk seminar politik anjuran MURSHID dua hari sebelum program pada 15 September lalu yang memaksa pemindahan lokasi seminar ke Dewan MBSA, Shah Alam.
Seminar tersebut menampilkan beberapa pimpinan parti pembangkang dan kerajaan dalam forum akademik.
Antara ahli-ahli MURSHID:
1. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Penasihat)
2. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
3. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman ( Setiausaha)
4. Dr. Zahazan Mohamed
5. Dr. Maszlee Malek
6. Dr. Abd Basit Abd Rahman
7. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
8. Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
9. Dr. Mohd Sukki Othman
10. Ustaz Roslan Mohamed
11. Ustaz Mohd Zamri Mohd Zainuldin
12. Ustaz Muhammad Nidzam Abd Kadir
13. Ustaz Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan
14. Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
15. Ustaz Mohd Aizam Mas’ud
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Dato’ Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisyam Tuan Padang
18. Ustaz Muhd Ramadhan Fitri Elias
19. Ustaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Abd Naser Abd Rahman
Sumber HD : 22/09/2012

Dr Khairuddin tarik diri daripada Murshid
Harakahdaily, | 22 Sep 2012 |

Murshid: Doa hancurkan organisasi tidak salah
Harakahdaily, | 26 Nov 2012 |
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid) berpandangan berdoa untuk menghancurkan sesebuah organisasi tidak salah, jika ia membawa kebaikan.
Pengerusinya Dr Zaharuddin Abdul Rahman (gambar) berkata, doa yang menjurus kepada organisasi, bukan individu, tidak melanggar adat berdoa.
“Sekiranya doa itu dari individu yang dizalimi, maka doa untuk menghancurkan organisasi tertentu (yang bertanggungjawab) dibenarkan.
“Doa seperti menunjukkan mangsa meluahkan kekecewaan yang sudah sampai ke puncak akibat sering dizalimi,” katanya dipetik Sinar Harian.
Bagaimanapun, katanya, lebih baik mendoakan agar individu atau sesebuah organisasi itu mendapat petunjuk, dan ampunkan kesalahan mereka.
Isu doa sebelum ini timbul ekoran doa pada program Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV sempena Muktamar PAS ke-58 baru-baru ini.
Doa yang dibaca Nik Razi Nik Mat semasa mengimamkan solat hajat itu antara lain menyebut 'Hancur BN' dan 'KO BN' pada pilihan raya akan datang.
Sementara itu, akhbar berbahasa Melayu itu juga turut memetik pandangan Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa umat Islam boleh memohon doa kehancuran jika merasa diri mereka ditindas dan juga dizalimi.
Beliau berkata, secara umumnya sesiapa sahaja boleh memohon doa kehancuran sekiranya merasakan diri dizalimi.
“Misal kata ada orang menganiaya atau menzalimi kita, boleh ke kita berdoa kepada mereka?
"Jawapannya boleh, tidak timbul isu tidak boleh mendoakan kehancuran sesama Islam,” katanya dipetik akhbar itu lagi.
Asri berkata, doa memohon kehancuran ini bukan suatu yang baru, malah wujud sejak zaman Rasulullah lagi apabila terjadi kepada para sahabat, tetapi dilakukan secara berkias (berlapik).

Sumber HD - 26-11-2012
No comments:
Post a Comment