Dari seorang penjual kelapa salai, akhirnya menjadi MB Selangor
http://greenboc.blogspot.com, | 22 Sep 2012 |
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.
Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.
Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.
Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.
Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).
Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.
Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulongnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.
Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid hari ini.
Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.
Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.
Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.
Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.
Sumber HD : 22/09/2012
MB S'gor kongsi perjalanan hidup dalam buku
Selangorku, | 22 Sep 2012 |
PETALING JAYA: Memandang dengan wajah yang sayu, anak itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan rumah salai kelapa yang dibina bersama neneknya dari rentung dijilat api.
Pada hari itu, bukan sahaja salah satu punca pendapatan keluarganya hilang, malah dia harus mencari jalan melangsaikan upah yang perlu dibayar kepada beberapa orang perkerja.
Tertekan dengan kejadian itu, semangatnya tidak patah, malah dia mampu berdiri di hadapan keluarganya bagi menyatakan kesediaannya untuk bertanggungjawab atas kejadian tersebut, sedangkan ketika itu dia cuma berusia 12 tahun.
Akibatnya, anak itu kehilangan biasiswa persekolahan dan terpaksa membuat kerja sambilan dengan mengajar matematik kepada anak-anak seorang tauke Cina yang bersekolah di darjah tiga dan empat.
Akhirnya, hasil titik peluh anak kampung itu, beliau berjaya meringankan bebanan yang ditanggung oleh keluarganya.
Peristiwa kebakaran rumah salai itu memberi kesan sangat mendalam di hati kecil anak itu dan masih kekal dalam ingatanya.
Pada 1979, 21 Tahun selepas kejadian kebakaran rumah salai neneknya, anak kecil yang pernah menjual kelapa salai itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Permodalan Nasional Berhad.
Dua tahun kemudiannya, nama penjual kelapa salai itu menjadi sebutan masyarakat dan korporat antarabangsa.
Ini atas kejayaan mengetuai operasi ‘dawn raid’ di Bursa Saham London dengan ‘membawa pulang’ syarikat ladang kelapa sawit gergasi Malaysianized Guthrie (kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd).
Dua puluh tujuh tahun selepas kejayaan ‘dawn raid’, anak itu dinobatkan pula sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.
Demikian antara liku-liku kehidupan pernah ditempuhi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sempat dirakamkan beliau dalam buku sulungnya, ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’.
Buku tersebut dilancarkan oleh isteri Menteri Besar Selangor, Puan Sri Salbiah Tunut dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Sunway Pyramid kelmarin.
Selain menceritakan pengalaman beliau ketika meningkat dewasa, Abdul Khalid turut menyelitkan tips-tips berguna dalam mengejar impiannya untuk dikongsikan bersama masyarakat.
Antara pengajaran penting yang dikongsikan Khalid dalam buku setebal 76 halaman ini, beliau amat menitikberatkan sikap bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Selain isi kandungan yang padat dengan pengalaman perit dan lucu buku ini bertambah menarik kerana dipersembahkan dengan gaya penyampaian seolah-olah Abdul Khalid berkomunikasi secara intim dan mesra dengan pembaca.
Ketika ditemui semasa pelancaran, Abdul Khalid memberitahu, buku yang dihasilkannya ini merupakan perintis kepada penulisan bacaan yang lebih berat.
“Banyak kali rakan-rakan saya minta saya tulis buku pengalaman saya sebagai ahli korporat.
“Jadi saya hasilkan buku ini dahulu sebagai permulaan kepada penulisan yang lebih berat, lebih bersifat akademik,” katanya kepada media selepas pelancaran buku tersebut.
Menurut Abdul Khalid, hasil jualan buku yang berharga RM25 senaskhah ini akan disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan.
Buku ini sudah pun berada di pasaran dan boleh didapati di kedai-kedai terkemuka.
Sumber HD : 22/09/2012
Beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bercakap dengannya serta membaca buku terkininya ‘Fearless: From Kampung Boy To CEO’, saya mendapat kesan bahawa sosok ini adalah paduan seorang intelektual, tokoh korporat dan pemimpin politik yang memberi harapan.
Memang tepat pemilihan Pakatan Rakyat kepadanya untuk memimpin Selangor pada tahun 2008 setelah Pakatan Rakyat menawan Selangor bersama empat negeri yang lain dalam PRU Ke-12.
Selangor negeri terkaya dan ternama di Malaysia yang dianggap ‘Permata Mahkota’ negara ini. Oleh itu kejayaan Pakatan Rakyat menawan Selangor adalah pukulan paling memedihkan bagi Umno/BN. Sejak itu Tan Sri Khalid antara tokoh menjadi fokas utama dunia politik justru ia diserahkan amanah memimpin Selangor.
(Datin Seri Salbiah semasa berucap melancarkan buku Khalid Ibrahim)
Buku terbaru Tan Sri Khalid yang saya baca itu mengandungi falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya, begaimana menyesuaikan diri sebagai pemimpin rakyat walaupun puluhan tahun berada di tengah pusat dunia korporat yang penuh glamour.
Bagi saya buku ini sangat mengesankan, bagaimana seorang ‘Kampung Boy’ dari Ijok Selangor yang kehidupan awalnya dilatari kehidupan kampung, pohon kelapa, air sungai, rumah dan tradisi kampung serta kedua orang tuanya yang taat beragama. Dari desa itu Tan Sri Khalid tumbuh sebagai anak kampung hingga menjadi Menteri Besar Selangor.
Bukunya itu mengisikan falsafah hidupnya, pesan-pesannya, bagaimana cara menjadi ahli korporat yang berjaya dan menjadi pemimpin politik yang berada di tengah rakyat, walaupun puluhan tahun pernah berada di tengah dunia korporat yang mewah dan penuh glampur.
Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim lahir pada 14 Disember 1946 di Kampung Jalan Raja Abdulah, Jeram, Kuala Selangor, Selangor. Tan Sri Khalid belajar di Sekolah Melayu Jeram pada 1956 dan menduduki Special Malay Class. Seterusnya belajar di Sekolah Inggeris Kampung Kuantan. Beliau mendapat ijazah BA.Hons dalam jurusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975.
Beliau adalah Menteri Besar Selangor ke-14, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri, Belia Dan Sukan, Hal Ehwal Islam, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tan Sri Khalid telah berkahwin dengan Puan Sri Salbiah Tunut dan dikurniakan empat orang anak, satu lelaki dan tiga perempuan.
Beliau pernah bekerja sebagai guru, pensyarah universiti, pegawai kredit, pegawai kewangan korporat dan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Kemudian, melangkah ke dunia korporat dan berada dalam kedudukan CEO dari 1979-1994 di bawah firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan, Permodalan Nasional Berhad (PNB). Pada 1981, beliau menjadi terkenal setelah menyelesaikan ‘dawn raid’ di London Stock Exchange, di mana PNB mencatat agihan 51% saham di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd, dari 1995 hingga 2003.
Beliau kemudian meninggalkan lapangan korporat dan menyertai dunia parti pembangkang iaitu PKR. Ketika Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bertanding bagi kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri N11 Ijok dan berjaya menguasai kedua-kedua kerusi yang beliau tandingi.
Pada 15 Disember 1998, beliau dianugerah sebagai CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times anjuran Business Times Sdn. Bhd. dan The American Express Corporate Services. Khalid Ibrahim juga menerima Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001.
Pada 10 Julai 2003 menerima anugerah ‘AAAB Captain of Industry Award 2002’ (First Asian Academy of Applied Business) dari Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Seterusnya menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford .
(Peminat Khalid meminta beliau menandatangani bukunya semasa pelancaran di Sunway Pyramid)
Seperti saya katakan bahawa kejayaan sosok ini adalah paduan dari didikan dan kasih sayang orang tuanya di kampung, semangatnya untuk belajar dan meneroka kehidupan yang sukar, kesungguhannya bekerja, banyak membaca, teguh memegang amanah, caranya bekerja amat berstrategi, kebijaksanaannya meletakkan orang-orang yang layak di tempat yang sesuai dan meneliti hasil kerja yang diamanahkan kepada orang bawahannya.
Beliau mempunyai falsafah supaya mencuba dan terus mencuba walaupun gagal di peringkat permulaan.
Antara pesannya yang sangat menarik dalam buku itu ialah:
When people depend on you, you must be trustworthy.
Trust. You must earn it.
Appreciate all your experiances, good or bad. Be creative, very creative, and of course be prepared for the worth.
Mengenai politik Tan Sri Khalid berpesan:
Sometimes your staff can really be from another planet. Learn about them, from them and with them.
The role of the goverment is that of a costodian of natural recources, taxes, royalties and other incomes, and proceeds from the disposal of public assets shoud be keep in special fund, as in the Islamic Bait Al-Maal concept. The custodian acts in trust for, and in the interest of the entire nation.
How do i cope with the up and downs of leadership? I have a supportive family and work team.
Ini sebahagian kata-kata Menteri Besar Selangor itu.
Negeri berprestij seperti Selangor ini sedang menjadi tumpuan pihak Umno/BN untuk merampasnya kembali dalam PRU akan datang. Namun Tan Khalid menghadapinya dengan tenang, tetapi penuh waspada dan mengatur strategi bersama pasukannya untuk menghadapinya.
Kesimpulannya, siapapun yang membaca bukunya ini dengan fikiran rasional akan mendapati bahawa tokoh ini memang sangat sesuai memimpin negeri Selangor. Sosok ini, adalah kombinasi kepintaran seorang ahli korporat dan kebijaksanaan seorang pemimpin politik arus perdana yang berinteraksi dengan pelbagai golongan khalayak.
Memang sebagai bekas tokoh korporat beliau sentiasa mengira ringgit dan sen setiap wang kerajaan negeri yang masuk dan keluar justru beliau berpegang kepada amanah yang diberikan rakyat. Namun ini sama sekali tidak memisahkan hati nuraninya dengan rakyat yang sentiasa dekat dengannya. Itulah Tan Sri Abd Khalid Ibrahim pemimpin yang sangat menjanjikan.
Sumber HD : 23/09/2012
Di benak saya sekarang adakah semangat dan kesungguhan Mohd Yusmadi yang selama ini membela penduduk di Parlimen Balik Pulau akan berkubur begitu sahaja selepas tidak tercalon? Atau beliau masih akan membela penduduk Balik Pulau atas dasar beliau merupakan penduduk tempatan di situ?
Jarang kita dapat melihat seorang wakil rakyat yang begitu berkobar-kobar membela apabila melibatkan hak penduduk ke atas tanah mereka. Mungkin kerana latar belakang Yusmadi yang merupakan seorang Peguam maka bagi beliau adalah satu kemestian kepada beliau untuk memastikan hak penduduk di bawah jagaan beliau tidak tertindas.
Yusmadi yang telah membela nasib hampir 100 keluarga yang terlibat dalam kemelut hak pendudukan tanah di Kampung Binjai, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Kuala Jalan Baru, Bukit Kechil dan terbaru Kampung Pondok Upeh.
Sepanjang prosiding perundangan berlangsung beliau tidak mengenakan apa-apa caj guaman kerana bagi beliau adalah tanggungjawab beliau untuk memastikan penduduk di bawah jagaannya tidak tertindas. Segala perbelanjaan sepanjang kes berlangsung bagi memastikan penduduk di bawah jagaan beliau terbela adalah ditanggung oleh beliau sendiri.
Berbalik kepada topik utama, perbezaan politik antara “orang muda” dan “orang lama” amat jelas apabila melihat kebanyakan wakil rakyat terutama daripada parti kerajaan mempunyai banyak wang untuk ditaburkan kepada rakyat maka semakin dekat dengan pilihanraya rakyat akan di berikan pemberian berbentuk wang dan kebendaan.
Berbeza dengan corak politik “orang muda” yang salah seorang daripadanya yang saya ikuti perkembangan ialah Yusmadi Yusoff, mereka lebih bersemangat untuk memastikan tiada yang tertindas dengan memastikan hak-hak asas penduduk seperti hak untuk mempunyai tempat tinggal, hak untuk mendapat pendidikan, hak untuk mendapat peluang pekerjaan , hak mendapat nasihat perundangan dan hak-hak asas yang lain wajib dipenuhi terlebih dahulu.
Dua pendekatan ini amat berbeza dan ianya bergantung kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon yang mana dapat memenuhi hasrat dan impian mereka. Sebagai orang muda, saya pilih cara pimpinan “orang muda” yang bukan sekadar menabur wang tetapi mempunyai satu kesungguhan untuk memastikan nasib rakyat terbela untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
Sumber HD - 5-4-2013

Jalur pemikiran Khalid Ibrahim
Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com, | 23 Sep 2012 |

Politik ‘Orang Muda’ dan ‘Orang Lama’
Budak kampung
Saya menulis sebagai orang muda yang gemar melihat corak kepimpinan orang muda dan sedang menilai perbezaan antara kepimpinan “orang muda” dan “orang lama”. Salah seorang pemimpin “orang muda” yang sedang hangat diperbincangkan sekarang ialah mantan ahli Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff yang juga digelar “Kampung Boy”.
Apr052013
Di benak saya sekarang adakah semangat dan kesungguhan Mohd Yusmadi yang selama ini membela penduduk di Parlimen Balik Pulau akan berkubur begitu sahaja selepas tidak tercalon? Atau beliau masih akan membela penduduk Balik Pulau atas dasar beliau merupakan penduduk tempatan di situ?
Jarang kita dapat melihat seorang wakil rakyat yang begitu berkobar-kobar membela apabila melibatkan hak penduduk ke atas tanah mereka. Mungkin kerana latar belakang Yusmadi yang merupakan seorang Peguam maka bagi beliau adalah satu kemestian kepada beliau untuk memastikan hak penduduk di bawah jagaan beliau tidak tertindas.
Yusmadi yang telah membela nasib hampir 100 keluarga yang terlibat dalam kemelut hak pendudukan tanah di Kampung Binjai, Kampung Teluk Kumbar, Kampung Kuala Jalan Baru, Bukit Kechil dan terbaru Kampung Pondok Upeh.
Sepanjang prosiding perundangan berlangsung beliau tidak mengenakan apa-apa caj guaman kerana bagi beliau adalah tanggungjawab beliau untuk memastikan penduduk di bawah jagaannya tidak tertindas. Segala perbelanjaan sepanjang kes berlangsung bagi memastikan penduduk di bawah jagaan beliau terbela adalah ditanggung oleh beliau sendiri.
Berbalik kepada topik utama, perbezaan politik antara “orang muda” dan “orang lama” amat jelas apabila melihat kebanyakan wakil rakyat terutama daripada parti kerajaan mempunyai banyak wang untuk ditaburkan kepada rakyat maka semakin dekat dengan pilihanraya rakyat akan di berikan pemberian berbentuk wang dan kebendaan.
Berbeza dengan corak politik “orang muda” yang salah seorang daripadanya yang saya ikuti perkembangan ialah Yusmadi Yusoff, mereka lebih bersemangat untuk memastikan tiada yang tertindas dengan memastikan hak-hak asas penduduk seperti hak untuk mempunyai tempat tinggal, hak untuk mendapat pendidikan, hak untuk mendapat peluang pekerjaan , hak mendapat nasihat perundangan dan hak-hak asas yang lain wajib dipenuhi terlebih dahulu.
Dua pendekatan ini amat berbeza dan ianya bergantung kepada pengundi-pengundi untuk memilih calon yang mana dapat memenuhi hasrat dan impian mereka. Sebagai orang muda, saya pilih cara pimpinan “orang muda” yang bukan sekadar menabur wang tetapi mempunyai satu kesungguhan untuk memastikan nasib rakyat terbela untuk mencapai taraf hidup yang lebih baik.
Sumber HD - 5-4-2013
No comments:
Post a Comment