Di Semenanjung pun ada kawasan sudah 40 tahun tiada elektrik
http://milosuam.blogspot.com/, | 30 Sep 2012 |
AGAK mengejutkan, sebelum ini kita sangkakan hanya di Malaysia Timur sahaja ada penduduk yang masih tidak menerima bekalan elektrik, terutama Negeri Sabah yang juga merupakan negeri paling miskin di Malaysia.
Rupa-rupanya di Negeri Perak, Kampung Matang 36, daerah Kerian, ada juga keluarga yang sudah 40 tahun tidak menikmati bekalan elektrik. Malah sehingga kini hanya mampu berharap.
Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat.
Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya,
.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2012/09/di-semenanjung-pun-ada-kawasan-sudah-40.html#ixzz27vlZlMPy
Sumber HD : 30/09/2012
Kerajaan digesa sedia rumah lebih selesa
Hazayani Zakaria, | 01 Okt 2012 |
KUALA LUMPUR: Wakil-wakil penduduk ladang, peneroka bandar, penghuni rumah flat dan orang asal hari ini menyerahkan memorandum menuntut kerajaan menyediakan perumahan mampu milik yang lebih selesa sempena Hari Habitat Sedunia.
Memorandum mengandungi enam tuntutan tersebut diserahkan oleh jurucakap Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), R Thevarajan kepada Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM-Sungai Siput) dan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) untuk dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Lima lagi tuntutan adalah:
-Menghentikan ancaman kepada Habitat Rakyat dengan projek seperti Lynas, Lombong Emas di Bukit Koman dan Projek Petrokimia di Pengerang
-Kerajaan harus mengambil alih penyelenggaraan bagi flat kos rendah dan sederhana di seluruh Malaysia
-Menggubal undang-undang Skim Perumahan Sendiri Pekerja Ladang
-Mengiktiraf tanah adat orang asal dan menghentikan rampasan tanah adat.
-Menghentikan pengusiran paksa dan iktiraf hak peneroka bandar.
Wakil-wakil adalah terdiri daripada jawatankuasa (JK) Bertindak Taman Permata Dengkil, JK Bertindak Ladang Bukit Jalil, JK Bertindak Kampung DBI, Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Taman Pertama, JK Peneroka Bandar Kampung Perak Hydro, JK Peneroka Bandar Kampung Gopal, JK Peneroka bandar Kampung Bahar, JK Peneroka Bandar kampung baru Sungai Buloh dan Gabungan Penduduk Green Cow.
Thevarajan berkata, belanjawan 2013 yang dibentangkan Jumaat lalu hanya memberikan insentif sementara tanpa mampu menyelesaikan isu-isu asas khususnya masalah perumahan.
"Akibat harga rumah yang mealmbung tinggi masyarakat miskin bandar tidak dapat memiliki sebuah rumah.
"Masyarakat peneroka bandar pula disumbat dalam flat-flat kos rendah bagaikan sarang burung yang mengundang pelbagai masalah sosioekonomi. Pekerja ladang dihalau dari ladang tanpa sebarang perumahan alternatif," katanya.

Sumber HD : 1/10/2012
PUTRAJAYA: Projek perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di Presint 11 di sini yang kononnya membantu golongan rendah dan sederhana terutamanya kakitangan awam yang dilaung-laungkan kerajaan Datuk Seri Najib menjadi kecoh lagi.
Ini berikutan seramai 560 orang yang berjaya, sebahagiannya telah dipanggil untuk memilih unit rumah sejak isnin lalu hingga ke hari ini tidak berpuashati cara rumah-rumah itu dibahagikan.
Terdapat dua jenis rumah yang ditawarkan iaitu jenis A seluas 1006kp dengan harga RM150,000.00 seunit sebanyak 140 unit dan jenis B seluas 815kp RM120,000.00 seunit sebanyak 420 unit.
Yang menjadi masalahnya, sebelum ini mereka yang telah dipilih untuk membeli rumah PR1MA ini telah dimaklumkan bahawa pemilihan jenis rumah akan dipilih secara cabutan undi yang telus dan adil tetapi hari ini rakyat yang terpilih ini ditipu lagi ia tidak berlaku sebagaimana yang dijanjikan.
Kumpulan yang dipanggil dahulu boleh telah dibenarkan memilih rumah ikut suka mereka menyebabkan rumah jenis A (RM150,000.00) dibolot oleh kumpulan awal.
Kumpulan yang berikutnya hanya tinggal rumah jenis B (RM120,000.00).
Tinjauan pendapat terhadap kumpulan yang dipanggil kemudian ini semuanya menyuarakan rasa yang sangat tidak puas hati bahkan ada yang meninggikan suara hilang pertimbangan dan mengamuk.
Ditambah pula sikap kakitangan yang bertugas yang selalu berkata ‘kami tidak boleh buat apa dan hanya ikut arahan sahaja’ dan kedengaran suara-suara berunsur ancaman ‘kalau tidak pilih unit dan selesaikan hari ini, kelayakan tersebut akan ditawarkan kepada orang lain’ menyebabkan semua yang hadir meneruskan juga menandatangani perjanjian jualbeli (S&P).
Mereka sebenarnya boleh menerima hakikat sekiranya telah ditakdirkan mendapat rumah jenis B tetapi biarlah pemilihan secara adil kerana semua orang inginkan rumah yang berkeluasan 1006 kaki persegi.
Mereka juga mempertikaikan janji PM yang sebelum ini berkata kepada mereka yang layak untuk golongan yang beli rumah murah dan sederhana ini tidak ada wang pendahuluan dan macam-macam kos yang biasa dikenakan apabila beli rumah.
Tetapi hari ini rakyat Putrajaya ini ditindas lagi dengan bayaran 10% (RM15,000.00 atau RM12,000.00) dan wang proses RM450. Ini tidak termasuk lagi yuran guaman dan lain-lain kos tersorok.
Selain itu, apabila rumah ini siap kelak, mereka akan dikenakan yuran penyelenggaraan bulanan yang kadarnya ‘terbaik dipasaran’ iaitu RM252.00 sebulan untuk rumah jenis A (1006kp) dan RM204.00 sebulan untuk rumah jenis B (815kp).
Ini bermakna, jumlah keseluruhan kutipan yuran selenggaraan ialah RM120,960 sebulan.
Sehubungan itu, PM dicadangkan supaya menjadi hero dengan mengarahkan Datuk Abdul Mutalib Alias (CEO PR1MA) untuk untuk mengarahkan pula Putrajaya Homes memanggil semula 560 orang yang terpilih ini dan laksanakanlah cara penyelesaian yang bijak.
“Contohnya buatkan dua jenis cabutan ‘A’ (140) dan ‘B’(420), barang siapa yang cabut undi dapat A pilihlah mana-mana unit rumah jenis A. Barang siapa cabut undi dapat B maka pilihlah mana-mana unit jenis B. semudah 123, kerana orang yang tidak puas hati rata rata bukan tak sudi rumah jenis B tapi biarlah diselesaikan cara bijak dan telus dahulu. Ahli Parlimen Putrajaya (Tengku Adnan Mansur) tunggu apa lagi! Jadilah hero sama. Bantulah mereka ini,” cadang seorang pembeli rumah ini.
Menurut kumpulan yang teraniaya dan tidak puas hati ini sekiranya PM tidak ambil tindakan dan penyelesaian segera mereka mungkin akan berkumpul di hadapan pejabat Perdana Menteri bagi menyerahkan memorandum dan tunjuk rasa mereka.
“Sudahlah tanah ini, menurut sumber Perbadanan Putrajaya sebenarnya telah digazetkan sebagai tapak projek untuk didirikan ‘rumah murah/mampu milik’ (RM45,000.00-RM100,000.00) tetapi telah ditukar kepada projek PR1MA ‘rumah mampu beli’ di mana harga jualan melebihi RM100,000.00,” kata salah seorang dari mereka.
Sumber HD : 11/10/2012
Sumber HD - 23-11-2012
TUMPAT: Setiap kali musim tengkujuh empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur bertukar menjadi seperti “lautan” kerana di mana sahaja air memenuhi kawasan.
Kampung Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong dan Juluk tidak lagi kelihatan daratan, semuanya dipenuhi air hujan dan limpahan Sungai Golok.
Masalah yang berulang sejak sekian lama itu sudah diketengahkan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara sudah melawat kawasan berkenaan.
Susulan itu ada pula lawatan pegawai kanan kerajaan dari kementerian berkaitan. Malangnya sehingga hari ini tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan pusat bercadang membina sistem pintu air bagi menghalang limpahan air Sungai Golok di musim tengkujuh.
“Malangnya sehingga sekarang cadangan projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Pembinaan sistem pintu air penting memandangkan kedudukan empat kampung tersebut begitu rendah.
“Malah dengan adanya sistem kawalan berkenaan boleh menghalang limpahan air masin dari Sungai Golok yang boleh merosakkan tanaman padi,” katanya di sini.
Beliau yang tinggal di Kampung Bendang Pak Yong juga menjadi mangsa banjir, apabila di kawasan rumahnya sudah ditenggelami air di paras pinggang.
Menurutnya juga kesan pembinaan jalan keselamatan di kawasan sempadan yang dikenali jalan Kesban juga menjadi punca air hujan tidak dapat keluar ke sungai.
Kata beliau projek jalan tersebut yang tidak dibina banyak laluan air menyebabkan air hujan bertakung dan ditambah limpahan air sungai menyebabkan kawasan rendah mudah tenggelam.
Sehubungan itu beliau berharap kerajaan pusat menyegerakan projek berkenaan memandangkan banjir yang berlaku mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk surut.
Beliau juga berkata, sehingga pagi tadi seramai 17 keluarga (65 orang) berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur II.
“Saya sudah meninjau kawasan-kawasan yang ditenggelami air dan hari ini bantuan berupa makanan akan diagihkan kepada mereka,” ujarnya.
Sementara itu di Pasir Mas, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud memindahkan penduduk yang terbabit dengan banjir ke pusat pemindahan yang disediakan.
Beliau memandu sendiri bot bagi memunggah penduduk kerana bimbang paras air semakin meningkat disebabkan hujan masih turun di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Golok.
Di Kuala Krai, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman sejak kelmarin menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir termasuk di Kampung Chenulang, Telekong, Pak Jelak dan Bedal.
Begitu juga di Dun Manek Urai, wakil rakyat kawasan berkenaan, Mohd Fauzi Abdullah petang semalam menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Kampung Manek Urai Lama dan Mesek yang ditenggelami air limpahan Sungai Lebir.
Sumber HD - 26-12-2012
|
Penjualan projek PR1MA Putrajaya kecoh
Harakahdaily, | 11 Okt 2012 |

Wajib Baca: Janji Umno Yang Tak Ditepati
http://pejuang-rakyat.blogspot.com, | 23 Nov 2012 |
Sekarang tak henti-henti UMNO BN mencari punca menyalahkan manifesto Pakatan Rakyat yang kononnya tidak menunaikan janji. Oleh itu, maka kaki bodek, cacai UMNO bekerja keras mengangkut sesiapa saja bagi menunjukkan konon rakyat marah tak tunai janji. Terkini, ibu-ibu tunggal di Selangor diangkut oleh puak-puak ini. Sebagai timbal balas, penulis ingin siarkan semula menifesto Barisan Nasional 2008 yang lalu. Slogan utamanya SELAMAT , AMAN, MAKMUR cukup membuatkan kita ketawa gelihati dengan slogan ini. Hahaha.... sekarang korang nilaikan sendiri apa janji yang telah ditunaikan oleh Barisan Nasional tahun 2008. Kalau ada yang tak ditunaikan, boleh ke orang Pakatan Rakyat pula saman Kerajaan UMNO BN ni?....
Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008:
- Menangani kesan kenaikan harga bagi menjamin kualiti hidup rakyat yang bermutu
- Memupuk dan membantu 1 juta syarikat dan usahawan IKS dalam masa 5 tahun
- Menjana lebih 2 juta peluang pekerjaan yang bermutu dalam masa 5 tahun
- Mengurangkan lagi defisit fiskal negara
- Melaksanakan pelan pembangunan lima koridor ekonomi
Keselamatan
- Mengurangkan indeks jenayah negara
- Menangani isu pendatang asing tanpa izin
- Menambah 60,000 anggota polis menjelang 2011 dan membina 150 balai
- Meningkatkan keselamatan di sekolah-sekolah, taman-taman permainan dan tempat-tempat awam
Urus tadbir kerajaan
- Memerangi rasuah tanpa gentar atau pilih kasih
- Mengukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh BPR, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
- Suruhanjaya Aduan Khas bagi menangani aduan berhubung salah laku agensi penguatkuasa
Pendidikan
- Menaikkan tahap kelayakan minima guru dan membanyakkan peluang latihan,
- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan; antaranya meluaskan pengajaran Mandarin dan Tamil
- Memelihara kedudukan sekolah jenis kebangsaan (SJK)
- Lebih banyak biasiswa untuk pelajar peringkat ijazah, dari keluarga miskin, tanpa mengira kaum
Pembangunan
- Mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8% menjelang 2010
- Menyediakan rumah lebih bermutu dengan harga yang mampu dibeli - Akses kepada perkhidmatan kesihatan moden dan bermutu
- Menaik taraf pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan lalu lintas
- Merapatkan jurang digital dan meningkatkan perkhidmatan internet jalur lebar
- Melaksanakan Pelan Induk Pembangunan Kampung-kampung Baru
- Pendekatan ”Kelantan Baru, Kelantan Maju” bagi penduduk negeri itu
Perkhidmatan awam
- Cepatkan pelaksanaan e-kerajaan
- Cepatkan pengeluaran lesen dan permit
- Budaya bertindak dan maklum balas dalam tempoh 3-7 hari bagi semua aduan awam
Agama
- Membina persefahaman lebih baik tentang Islam kepada seluruh rakyat melalui Islam Hadhari
- Meluaskan program J-QAF di lebih banyak sekolah
- Meningkatkan usaha dialog isu-isu antara agama
Di laman web itu, BN turut menggariskan tiga sebab pemilih harus memangkah parti itu, antaranya:
Sistem perkongsian kuasa yang terbukti sejak zaman Perikatan.
Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun kemerdekaan.
Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan
Janji manifesto BN 2008
Bertemakan 'Selamat, Aman dan Makmur', dokumen itu Malaysia 2008:
Laporan Kemajuan dan Manifesto boleh juga diperolehi di laman web rasmi BN untuk pilihanraya umum 2008 di alamat bn2008.org.my.
Manifesto dalam sembilan topik utama itu, antaranya, memuatkan janji-janji berikut:
Ekonomi

# Harakahdaily tidak bertanggungjawab di atas segala info yang ditulis oleh pihak pengendali blog. Pandangan penulis blog tidak mewakili Harakahdaily.
Sumber HD - 23-11-2012
Penduduk Pengkalan Kubur tunggu janji ditepati
Aslani M, | 26 Dis 2012 |
TUMPAT: Setiap kali musim tengkujuh empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubur bertukar menjadi seperti “lautan” kerana di mana sahaja air memenuhi kawasan.
Kampung Simpangan, Kubang Sawa, Bendang Pak Yong dan Juluk tidak lagi kelihatan daratan, semuanya dipenuhi air hujan dan limpahan Sungai Golok.
Masalah yang berulang sejak sekian lama itu sudah diketengahkan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Negara sudah melawat kawasan berkenaan.
Susulan itu ada pula lawatan pegawai kanan kerajaan dari kementerian berkaitan. Malangnya sehingga hari ini tiada usaha dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut.
Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim berkata, sebelum ini kerajaan pusat bercadang membina sistem pintu air bagi menghalang limpahan air Sungai Golok di musim tengkujuh.
“Malangnya sehingga sekarang cadangan projek berkenaan tidak menjadi kenyataan. Pembinaan sistem pintu air penting memandangkan kedudukan empat kampung tersebut begitu rendah.
“Malah dengan adanya sistem kawalan berkenaan boleh menghalang limpahan air masin dari Sungai Golok yang boleh merosakkan tanaman padi,” katanya di sini.
Beliau yang tinggal di Kampung Bendang Pak Yong juga menjadi mangsa banjir, apabila di kawasan rumahnya sudah ditenggelami air di paras pinggang.
Menurutnya juga kesan pembinaan jalan keselamatan di kawasan sempadan yang dikenali jalan Kesban juga menjadi punca air hujan tidak dapat keluar ke sungai.
Kata beliau projek jalan tersebut yang tidak dibina banyak laluan air menyebabkan air hujan bertakung dan ditambah limpahan air sungai menyebabkan kawasan rendah mudah tenggelam.
Sehubungan itu beliau berharap kerajaan pusat menyegerakan projek berkenaan memandangkan banjir yang berlaku mengambil masa dua hingga tiga minggu untuk surut.
Beliau juga berkata, sehingga pagi tadi seramai 17 keluarga (65 orang) berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur II.
“Saya sudah meninjau kawasan-kawasan yang ditenggelami air dan hari ini bantuan berupa makanan akan diagihkan kepada mereka,” ujarnya.
Sementara itu di Pasir Mas, Adun Meranti, Datuk Nasuruddin Daud memindahkan penduduk yang terbabit dengan banjir ke pusat pemindahan yang disediakan.
Beliau memandu sendiri bot bagi memunggah penduduk kerana bimbang paras air semakin meningkat disebabkan hujan masih turun di kawasan hulu dan limpahan air Sungai Golok.
Di Kuala Krai, Adun Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman sejak kelmarin menghantar bantuan makanan kepada penduduk yang terbabit dengan banjir termasuk di Kampung Chenulang, Telekong, Pak Jelak dan Bedal.
Begitu juga di Dun Manek Urai, wakil rakyat kawasan berkenaan, Mohd Fauzi Abdullah petang semalam menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Kampung Manek Urai Lama dan Mesek yang ditenggelami air limpahan Sungai Lebir.
Sumber HD - 26-12-2012
|
'Hospital tak siap-siap, BN tak tepati janji'
Harakahdaily, | 02 Jan 2013 |
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya lima buah hospital yang dijanjikan oleh Barisan Nasional di seluruh negara gagal siap seperti yang sepatutnya.
Ketua Biro Kepenggunaan PKR Yahaya Saari berkata, ianya termasuk hospital yang dijanjikan oleh BN sejak 2006 lalu lagi namun tidak siap hingga ke hari ini.
Malah menurutnya, ada projek yang sampai dipecah tanah sebanyak dua kali menjelang pilihan raya 2008 lalu, namun sehingga sekarang tidak nampak sebarang perkembangan.
"Di Tanjung Karang Selangor, hospital telah dijanjikan sebelum pilihan raya ke-10 lagi iaitu pada tahun 1999.
"Tahun 2004 janji lagi, 2008 janji lagi tapi tak siap-siap sampai sekarang. Tapak dah ada sign board dah ada tapi projek tak jalan-jalan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Projek pembinaan hospital yang turut terbengkalai termasuk Hospital Rembau, Negeri Sembilan, Hospital Dungun, Terengganu dan Hospital Parit Buntar, Perak, Hospital Bera, Pahang dan beberapa hospital di Kedah dan Sarawak.
Menurut beliau lagi, apa yang sedang berlaku ini adalah kegagalan nyata pentadbiran BN di mana sehingga kini dianggarkan RM153,476,989,353 wang negara hilang angkara penyelewengan.
Katanya, jika wang itu diurus dengan betul sudah tentu ianya mampu disalurkan bagi menyiapkan hospital-hospital tersebut bagi kemudahan rakyat di negara ini.
"Lebih 70 peratus pekerja mendapat gaji di bawah RM1500 jadi kalau kerajaan meneruskan cadangan mengasingkan kos konsultansi dan kos perubatan mereka yang berpendapatan rendah akan terbeban.
"Negara kita mampu memberikan perubatan percuma jika kerajaan mengagihkan hasil negara dengan baik," katanya.

Sumber HD - 2-1-2013
Tengok sini wahai macai-macai Umno/BN sekalian... Ini ada jadual bergambar untuk kamu semua pelajari.
Perhatikan dan fahamkan betul-betul....
Lain diminta, lain yang dapat?
http://shalehudin.blogspot.com, | 11 Feb 2013 |
Tengok sini... TENGOK la woii...
Tengok sini wahai macai-macai Umno/BN sekalian... Ini ada jadual bergambar untuk kamu semua pelajari.
Perhatikan dan fahamkan betul-betul....
Masa yang diberikan untuk kamu membuat keputusan sangat singkat sekarang namun belum terlambat untuk berubah.
Ubahlah sebelum pemimpin utama kamu, yang cerdiknya hanya untuk penuhkan poket anak bini sendiri itu umumkan pembubaran parlimen.
Ubah demi keadilan untuk semua rakyat...
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 11-2-2013
Datum Jelatek: Di mana mereka bila flat diroboh dahulu?
Guru Pencen, | 12 Mac 2013 |
Saya adalah salah seorang penduduk asal Keramat dan telah menetap di kawasan ini lebih daripada 40 tahun yang lalu.
Saya melihat anak-anak saya membesar, berkahwin dan kini hidup bersama keluarga mereka sendiri di kawasan ini juga.
Amira dan Nazib, kedua-dua cucu saya yang sering menziarahi membawa keceriaan kepada hidup saya setelah 5 tahun bersara daripada menjadi guru.
Kehidupan saya sedikit terganggu kebelakangan ini akibat polemik yang melanda kawasan Jalan Enggang dan Taman Keramat melibatkan pembinaan projek pangsapuri mewah Datum Jelatek.
Pelbagai tohmahan, fitnah dan cerita dilemparkan oleh kedua-dua belah pihak yang menyokong dan menentang projek ini. Perseteruan ini begitu menjelekkan dan memualkan rakyat yang sebelum ini hidup dengan aman di kawasan ini.
Kawasan Keramat yang lebih 90% dihuni oleh orang Melayu kini dibayangi persepsi bahawa ia akan dibanjiri oleh orang China dan warga Singapura yang diwar-warkan akan membeli pangsapuri tersebut.
Adakah orang Melayu akan terhakis daripada salah satu penempatan awal Melayu di bandar Kuala Lumpur? Atau adakah Melayu akan terhimpit di celah-celah pembangunan pesat seperti mana yang berlaku di Kampung Baru? Apakah dengan projek ini orang Melayu akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah atau adakah ini satu perancangan untuk meminggirkan orang Melayu?
Sebuah organisasi korporat Melayu, PKNS, dituduh oleh pihak yang begitu lantang bersuara, merancang dengan begitu teliti untuk membuang Melayu dari kawasan Keramat.
Manakala, bagi mereka yang teguh mempertahankan PKNS, mendakwa organisasi inilah yang berusaha untuk memperkasakan Melayu di dalam dan luar negeri.
Bagi penduduk setempat, emosi dan sentimen begitu menusuk hati bagai selumbar untuk membenci PKNS dan Kerajaan Negeri Selangor.
Adakah rakyat begitu bodoh untuk menerima tohmah dan fitnah tanpa sebarang usul periksa? Apakah mereka fikir rakyat tidak mempunyai akal dan pertimbangan yang waras untuk membezakan yang mana intan dan yang mana kaca?
Pertama-tama, projek ini bukan baru sahaja dilancarkan, ianya telah dibincangkan dan menjadi buah mulut lebih daripada 10 tahun yang lalu. Malah ada kenalan saya yang gambarnya terpampang di dada-dada akhbar dua tahun lepas menerima pampasan yang lumayan hampir setengah juta ringgit daripada PKNS bagi pembangunan semula kawasan tersebut.
Malah flat empat tingkat asal tersebut bukan baru hendak dirobohkan tetapi telahpun dirobohkan dan kawasan tersebut diratakan. Proses ini bukan baru tetapi sudah mengambil masa beberapa tahun.
Soalan saya kepada Salleh Samad yang menerajui kumpulan anti Datum Jelatek ini, di manakah tuan semasa perbincangan awal dan pendengaran awam projek ini? Dimanakah Salleh Samad yang mendabik dada sebagai wira Melayu, semasa penduduk asal dengan gembira dan berlapang dada menerima pampasan lumayan daripada PKNS? Dimanakah Salleh Samad ini, ketika jentolak dan kren merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu?
Kenapa Salleh dan konco-konco UMNOnya daripada UMNO Bahagian Ampang (Ismail Kijo), GPRS (Sohaimi Shahadan), GAPS (Hamidzun Khairuddin) dan JMM (Azwanddin Hamzah) tidak merantai diri mereka ke jentolak dan kren tersebut untuk menggagalkan rancangan merobohkan flat Jelatek tersebut dua tahun lalu? Kenapa baru kini mereka berkokok nyaring membakar emosi dan sentimen Melayu dipinggirkan? Begitu jelas, motif mereka adalah politik dan mainan mereka adalah emosi rakyat.
Hanya untuk meraih undi politik, mereka terpekik-pekik melolong menjerit Ketuanan Melayu. Adakah Melayu selamat di bawah manusia-manusia hipokrit ini? TIDAK!!!
Orang Melayu bukanlah lembu yang boleh dicucuk hidungnya dan diheret untuk bersama dengan niat serta hati busuk kumpulan lidah bercabang ini.
Usaha ayah dan ibu tanpa mengenal erti penat menyekolahkan saya dan adik-adik, mengajar saya bahawa ilmu cukup penting dan maklumat adalah senjata yang cukup ampuh.
Bagaimana mungkin sebuah organisasi yang 99% warga kerjanya terdiri daripada orang Melayu sanggup menekan bangsa sendiri. Tidak logik dan tidak masuk akal. Setelah diteliti, nilai asal hartanah flat lama Jelatek hanya sekitar RM2.5 juta, manakala pampasan 15 kali ganda bernilsi RM25 juta yang diberikan kepada 144 penduduk asal telah membolehkan ramai Melayu kini memiliki kediaman lain yang lebih selesa seperti banglo, semi-d dan sebagainya.
Kerajaan Negeri yang meletakkan kuota jualan 50% dan diskaun sebanyak 10% kepada Bumiputera terus menjamin kelangsungan Bumiputera di kawasan ini. Malah nilai kasar hartanah yang dimiliki oleh orang Melayu di Datum Jelatek mencecah RM500 juta dan dijangka meningkat kepada RM700 juta selepas projek ini selesai dimuktamadkan.
Daripada nilai pasaran sebanyak RM2.5 juta, nilai milikan hartanah Bumiputera dijangka mencecah sebanyak RM700 juta selepas projek ini disiapkan. Ini merupakan lonjakan paradigma sebanyak 280 kali ganda. Sudah pasti yang untungnya adalah Melayu itu sendiri.
Keluasan asal flat lama Jelatek yang dimiliki Melayu hanyalah sekitar 80,000 kaki persegi dan setelah projek ini disiapkan orang Melayu akan memilki lebih daripada 350,000 kaki persegi haratanah yang bernilai tinggi. Melayu manakah yang akan rugi? Fitnah tidak berupaya mematahkan fakta.
Adakah Melayu akan hilang di kawasan majoriti mereka sendiri? Saya dimaklumkan bahawa PKNS menjual hampir 85% rumah mereka kepada orang Melayu. Projek Alam Nusantara PKNS di Setia Alam yang merupakan kawasan pegangan bebas itu lebih 70% dijual kepada orang Melayu.
Siapa yang mengatakan bahawa Melayu tidak mempunyai kemampuan itu hanya menidakkan dan memperlekehkan Melayu itu sendiri. Organisasi korporat Melayu seperti PKNS inilah yang harus disokong dan terus dibantu oleh orang Melayu itu sendiri.
PKNS seharusnya dipuji dan diangkat kerana menerusi perancangan pembangunan ini, taraf hidup orang Melayu terus dipertingkat dan dilonjak lebih tinggi.
Keuntungan yang bakal dicapai oleh PKNS tidaklah seberapa malah keuntungan ini akan terus disalurkan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik seperti pembinaan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat di Bukit Botak yang melibatkan kerugian RM80 juta kepada PKNS demi untuk melihat orang Melayu hidup dalam keadaan yang lebih selesa.
Mungkin Salleh Samad, Ismail Kijo, Sohaimi Shahadan, Hamidzun Khairuddin dan Azwanddin Hamzah semuanya berang kerana mereka tidak berupaya membolot komisyen daripada projek ini? Mereka tidak mempunyai peluang menjadi orang tengah kerana PKNS melaksanakan tender terbuka.
Bayangkan jika mereka membolot 10% komisyen daripada projek ini RM100 juta ringgit akan masuk kocek mereka tanpa sebarang faedah kepada orang Melayu. Tetapi akibat daripada komisyen yang mereka tidak terima itu, rakyat akan mendapat ribuan rumah mampu milik diseluruh Selangor.
PKNS tidak mengayakan dua tiga kerat pemimpin Melayu elit UMNO yang hidup dengan komisyen dan rasuah. PKNS mementingkan kehidupan rakyat marhaen dan terbanyak.
Melayu harus berubah daripada mentaliti gerai dan menerima gelombang kemajuan dan pembangunan. Kita tidak boleh lagi terus keinggalan.
Penyediaan puluhan ruang-ruang niaga mampu milik untuk manfaat Bumiputera di Datum Jelatek akan memberi peluang kepada orang Melayu terus meningkatkan ekonmi mereka sejajar dengan arus pembangunan. Walaupun Melayu yang berniaga kerepek dan pisang goreng dibantu, sebahagian Melayu juga perlu di lonjakkan untuk berniaga di kompleks niaga seperti di Datum Jelatek. PKNS kini terbuka untuk melatih usahawan-usahawan Melayu tempatan dari Keramat untuk mengisi kekosongan ruang-ruang niaga tersebut.
Salleh Samad dan pembesar UMNO, Ismail Kijo mahu Melayu terus merempat dan kekal sebagai rakyat kelas ketiga walau di tanah sendiri. Mereka tidak mahu Melayu berjaya dalam ilm pengetahuan dan perniagaan.
Untuk mereka jika Melayu itu cerdik dan pandai, maka ia akan menutup peluang mereka untuk rasuah, ia akan menutup peluang mereka untuk memegang tampuk kekuasaan dan mereka tidak akan berupaya untuk membuncitkan perut mereka membolot kekayaan. Dua tiga kerat pemimpin elit UMNO telah lari daripada perjuangan asal membela rakyat, mereka hidup mewah berkereta besar, rumah agam bertingkat-tingkat akibat daripada rasuah dan salah guna kuasa.
Sebelum Ismail Kijo mahu mendabik dada kononnya sebagai calon DUN Bukit Atarabangsa dan meraih undi rakyat Keramat, beliau harus menjawab isu bahawa beliau jualkan tanah rizab sekolah agama kepada Bukan Melayu. Pemimpin fasik sebeginikah yang harus kita percaya? Pemimpin bangsawan UMNO kini menjilat ludah mereka sendiri kerana bersikap anti-pembangunan bukan kerana mereka prihatin dengan nasib rakyat tetapi mementingkan kocek dan saku mereka. Tampuk kuasa menjadi motif utama, wang ringgit menjadi taruhan.
Selamatkan Melayu daripada pembohongan dan fitnah UMNO serta juak-juak mereka!
Saya tidak mahu cucu-cucu saya tinggal di flat lama AU3 yang terbiar dan tidak terurus Itu. Saya mahu mereka hidup selesa tanpa dibebani masalah jenayah dan sosial. Datum Jelatek akan membantu mereka mencapai impian saya untuk kehidupan selesa mereka.
Akhirul Kalam, Wassalamu'alaikum warahmatullah.
Guru Pencen
Taman Keramat

Sumber HD - 12-3-2013
Yang memeranjatkan badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) bukan keputusan rejim pemerintah membenarkan wakil parti oposisi menampirkan diri selama 10 minit di depan kaca televisyen, tetapi tawaran sekadar 10 minit untuk pembentangan sebuah dokumen penting yang melibatkan pembangunan negara pada masa depan.
Apakah kebebasan 10 minit dapat menjamin akses rakyat kepada maklumat sebegitu penting supaya sebagai pengundi, seseorang warganegara dapat membuat penilaian berpandukan akses kepada pelbagai maklumat secara keseluruhan?
Sesungguhnya, “kebebasan 10 minit” menyifatkan secara tepat kawalan terhadap media di Malaysia selama ini. Oleh sebab kawalan media arus perdana ketat sekali, kebebasan 10 minit sudah dianggap sebagai pengkurniaan yang sebegitu tinggi dan rakyat yang dahagakan kepelbagaian maklumat harus berterima kasih kepada pihak kerajaan. Meskipun berada di era internet, tidak memeranjatkan jika sekiranya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak mencorakkan kebebasan 10 minit sebagai pencapaian di bawah retorik kempen Janji Ditepati.
Apabila diimbas kembali, pasca pindaan No.2 Akta Keterangan diluluskan, kegelapan dunia siber atau internet blackout telah dijalankan, penentangan oleh warga Malaysia dan warga dunia siber disuarakan sementara manifesto Pakatan Rakyat (PAKATAN) 2013 menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan media diterbitkan. Apakah kerana kebimbangan pentadbiran Najib kepada penentangan berulang warganegara, pentadbiran beliau telah secara senyap mewartakan pindaan Akta Keterangan?Dan pada 31 Julai 2012, pindaan akta tersebut telahpun mula beroperasi.
Kebebasan bersuara dalam negara menukik pasca pindaan Akta Keterangan. Begitu juga kedudukan Malaysia di tangga Indeks Kebebasan Media 2013 yang menjunam kepada 145 daripada tangga 124 pada tahun 2011/2012.
Graf 1 menunjukkan ketidaktentuan Malaysia dalam memastikan media dan hak bersuara adalah bebas daripada sebarang pengaruh luar khususnya pengaruh politik. Era pasca kelulusan pindaan Akta Keterangan melihatkan bukan sahaja kehilangan kepercayaan warganegara kepada perlindungan hak yang terkandung dalam Perlembagaan negara, ianya juga merupakan suatu indikasi bahawa politik mendahului hak asasi warganegara Malaysia. Dan ianya dapat dilihat bahawa pasca pentadbiran Najib, kebebasan media Malaysia sebenarnya bertambah teruk walaupun dikatakan sebaliknya oleh pentadbiran beliau.
Pasca pindaan Akta Keterangan melihatkan Malaysia jatuh 21 tangga daripada 124 kepada 145. Tahun 2006 mencatatkan kedudukan yang paling tinggi iaitu pada tangga 92. Pasca tahun 2006, kedudukan Malaysia melihatkan kejatuhan dan kejatuhan yang paling tidak membanggakan adalah pada tahun 2013. Walaupun Najib mengeluarkan kenyataan bahawa pindaan Akta Keterangan adalah untuk melindungi rakyat, warganegara Malaysia tidak lagi mudah terpedaya dengan retorik beliau.
Malah, pada Himpunan Kebangkitan Rakyat atau KL112 yang diadakan di Stadium Merdeka pada 1 Januari 2013, hanya satu-satunya akhbar arus perdana berbahasa Melayu Sinar Harian yang memberikan laporan berita positif mengenai perhimpunan tersebut. Laporan berita bertarikh 12 Januari 2013 bertajuk #KL112: Tahniah semua! Berjaya menangkis pendapat bahawa media berbahasa Melayu (tidak termasuk organ parti politik seperti Harakah dan Suara Keadilan) mampu melaporkan berita daripada sudut pendapat berlainan termasuk pihak oposisi dan bukannya hanya berteraskan pendapat rejim pemerintah.
Malah, laporan berita pada hari tersebut juga mengalami kegelapan media atau media blackout terutamanya oleh akhbar pemilikan kerajaan. Akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian tidak melaporkan apa-apa mengenai perhimpunan tersebut, akhbar berita Utusan Malaysia menerbitkan laporan berita negatif, begitu juga akhbar berita The Star dan New Straits Times (NST) pula melaporkan berita negatif mengenai perhimpunan, penganjur serta peserta perhimpunan tersebut, sementara akhbar berita berbahasa Cina memberikan laporan terperinci mengenai perhimpunan tersebut.
Maju ke hadapan pada laporan berita dalam media arus perdana mengenai pencerobohan di Sabah, Malaysia telah dikecam oleh beberapa pihak, termasuklah daripada badan antarabangsa kerana tidak menghormati kebebasan media mengenai pencerobohan di Sabah.
Jadual 1: Kebebasan Media Tercalar Di Sabah
Jadual 1 memaparkan kegagalan pentadbiran Najib untuk menghormati kebebasan media dalam isu pencerobohan Sabah. Malaysia dikritik akan tetapi, kritikan tersebut tidak dihormati oleh pentadbiran Najib. Sebaliknya, kebebasan media di Sabah terus dihalang dan disekang untuk menghalang laporan berita yang tidak mencerminkan kehendak pentadbiran Najib.
Bukan sahaja laporan media di Sabah menghadapi ancaman penapisan dan sekatan, malah sektor penerbitan buku juga mengalami rintangan apabila penerbit buku Irshad Manji menghadapi tiga tuduhan di mahkamah akibat menerbit buku Irshad Manji bertajuk ‘Allah, Liberty and Love’. Sementara blogger seperti Papagomo diberikan kebebasan untuk menerbitkan berita yang bersandarkan fitnah dan penipuan, individu ternama seperti ahli parlimen Batu YB Tian Chua teruskan diserangi secara bertubi-tubi di dalam media arus perdana tanpa belas kasihan dan kekosongan tindakan undang-undang.
Malah menurut laporan Universal Periodic Review 2013 Malaysia pindaan Akta Keterangan telah dikecam kerana ianya merupakan percubaan Kerajaan Malaysia iaitu pentadbiran Najib dalam menapis dunia siber. Bukan sahaja ianya merupakan percubaan untuk menapis media di dunia siber, pada masa yang sama, akhbar seperti Utusan, Berita Harian, Sinar Harian dan Umno online diberikan kebebasan untuk menerbitkan berita yang berat sebelah dan berunsurkan fitnah kepada tokoh politik pembangkang sepertimana yang dilakukan oleh para blogger seperti Papagomo.
Penapisan berita pasca pindaan Akta Keterangan tidaklah melindungi rakyat Malaysia seperti yang dikatakan oleh Najib.Perlindungan tersebut sebaliknya diberikan kepada para blogger dan akhbar berita yang pro-Kerajaan, menjarakkan lagi Malaysia daripada pendemokrasian dan mendekatkan lagi Malaysia kepada autoritarianisme.
Tindakan terbaru pentadbiran Najib dan pengekangan kebebasan media termasuk tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuka siasatan terhadap akhbar Malaysian Insider kerana memetik berita daripada akhbar New York Times yang melaporkan Malaysia sebagai salah satu daripada 25 buah negara yang menggunakan perisian komputer untuk mengintip tindak laku rakyat Malaysia di komputer-komputer mereka.
Menurut Najib, kebebasan media dan keganasan terhadap warga media merupakan dua perkara yang amat berbeza. Beliau juga menyatakan bahawa sehingga laporan media tidak melanggari mana-mana undang-undang yang sedia ada, pihak media mempunyai kebebasan untuk melakukan apa-apa sahaja. Namun, keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan yang dikatakan diluluskan untuk melindungi rakyat Malaysia sebaliknya disangkal dengan keadaan sebelum dan selepas pemindaan akta tersebut.Malah pada tahun 2009, Najib juga telah mengeluarkan kenyataan yang berbunyi beliau percaya terdapatnya tempat dan masa untuk dialog yang bertenaga dan media yang bebas dan sentiasa termaklum.
Jadual 2: Sebilangan Tindakan Anti Media Oleh Pentadbiran Najib Pada Tahun 2012
Adakah pentadbiran Najib masih mahu mengakui adanya kebebasan media apabila keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan, keadaan di Malaysia tidak bertambah baik, sebaliknya, ianya tidak berubah atau mungkin sedikit bertambah teruk? Pada tahun 2012, Najib telah memuji kenaikan tangga kedudukan Malaysia di World Press Freedom Index dengan menyatakan dasar-dasar kerajaan. Adakah Najib ingin mengambil keputusan yang sama untuk mengeluarkan kenyataan terhadap kejatuhan Malaysia di Indeks tersebut dan menggantikan dengan ianya adalah kerana tindak-tinduk kerajaan yang menjadi punca kejatuhan Malaysia di Indeks tersebut?
Persoalan yang timbul adalah di manakah kebebasan media apabila Malaysiakini dijadikan tumpuan prejudis pentadbiran Najib kerana memaparkan berita-berita yang tidak pro- Kerajaan selain berita yang tidak pro-oposisi, sementara media seperti Utusan dan NST diberikan kebebasan untuk melaporkan apa-apa sahaja berita walaupun laporan berita tersebut telah dibukti tidak benar di mata mahkamah? Beberapa kes mahkamah kebelakangan ini menyokong dakwaan bahawa Utusan mempunyai kecenderungan tinggi untuk menfitnah tetapi dibiarkan begitu sahaja di bawah rejim kawalan pemerintah kerana yang menjadi sasaran fitnah saban hari ialah pihak oposisi.
Adakah kebebasan media yang dinyatakan oleh Najib adalah hanya tertakluk kepada media-media yang pro-Kerajaan dan anti-oposisi? Apabila dunia luar melihat kebebasan media yang kononnya didokong oleh Najib sebagai retorik, adakah Najib masih mahu membaluti dirinya dengan kedegilan dan keengganan untuk melihat kehendak rakyat Malaysia untuk kebebasan media tanpa prejudis dan bukannya kehendak pihak-pihak berkenaan?
Sepertimana rakyat diminta untuk menggunakan kematangan apabila berada di dunia siber terutamanya dalam mengedar berita, begitu juga tanggungjawab sebuah kerajaan untuk menggunakan kematangan untuk menerima kritikan dan apa-apa laporan berita mahupun laporan mana-mana institusi yang kritikal terhadap kerajaan.Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak bersuara rakyat Malaysia.Namun, hak itu bersifat retorik apabila pentadbiran Najib mengekang kebebasan bersuara di bawah pentadbiran beliau.
Apabila pentadbiran Najib bercadang untuk memasukkan media di dunia siber di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di manakah kebebasan media yang begitu didokong oleh pentadbiran beliau?
Apabila pentadbiran beliau menghalang para wartawan Filipina daripada memasuki Sabah kerana hendak mengelakkan laporan berita palsu, di manakah prinsip kebebasan media? Apabila seorang yang mempunyai pengalaman lama dalam sektor media menyangkal kehadiran kebebasan media dalam negara sebagai tiada kepastian dalam memastikan kebebasan media dalam negara, adakah pentadbiran Najib masih mahu menyatakan bahawa media dalam negara adalah bebas?
Keganasan Terhadap Pihak Media
Keganasan terhadap wartawan dalam Malaysia adalah jauh dan jarang akan tetapi rekod ini dipecahkan apabila keganasan terhadap wartawan dalam Malaysia memuncak ketika demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu. Antara keganasan yang dialami oleh para wartawan ketika melaporkan demonstrasi tersebut adalah seperti berikut; kamera milik wartawan Al Jazeera dirosakkan oleh pihak polis, wartawan Reporters Without Borders dihalang untuk melaksanakan tugasnya sebagai wartawan, wartawan Merdeka Review diserang pihak polis ketika cuba mengambil gambar dua orang pendemonstrasi dibelasah oleh pihak polis, jurukamera Al-Hijrah dibelasah oleh para pendemonstrasi ketika hendak membantu warga polis yang tercedera, wartawan The Sun dibelasah oleh beberapa pegawai polis, jurugambar Malay Mail ditumbuk ketika cuba mengambil gambar para pendemonstrasi yang ditahan polis dan lain-lain.
Namun keganasan terhadap wartawan tidak terhad kepada para wartawan yang meliputi demonstrasi Bersih. Dua orang wartawan dari surat khabar berbahasa Cina, Kwong wah Jit Poh mengalami kecederaan ketika meliputi demonstrasi menentang pembinaan kilang Lynas ketika demonstrasi tersebut berlangsung di Pulau Pinang.
Seperti mana Kebangkitan Rakyat pada Januari lalu mengalami kegelapan laporan berita, begitu juga ketika Bersih 3.0 pada tahun 2012.Laporan berita BBC ketika Bersih 3.0 ditapis selama 30 saat yang menunjukkan pihak polis memacukan meriam air kepada para pendemonstrasi dan para peserta demonstrasi mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri Najib Tun Razak.Bagi laporan media aliran perdana pula, kegelapan media dirasai apabila Utusan Malaysia hanya menerbitkan sembilan berita yang sebahagian besarnya negatif mengenai Bersih 3.0. NST pula menerbitkan sebanyak lapan artikel yang juga sebahagia besarnya negatif mengenai Bersih 3.0, sementara The Sun menerbitkan sepuluh artikel mengenai Berish 3.0 yang rata-ratanya neutral.
Dalam isu lain pula, pada tahun 2012, blogger Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau nama bloggernya, ‘Uncle Seekers’ ditahan di bawah OSA kerana dikatakan menerbitkan beberapa artikel yang berbaur hasutan. Kartunis Zulkiflee SM Anwar atau Zunar pula memenangi kes mahkamahnya apabila pihak mahkamah memutuskan bahawa penahanan Zunar dan perampasan buku-buku milik beliau sebagai menyalahi undang-undang.
Kebebasan media merupakan suatu hak asasi manusia.Akan tetapi, di Malaysia, hak tersebut adalah terhad kepada liputan berita yang merupakan pro-kerajaan dan anti-oposisi. Apabila seorang wartawan dipecat kerana mengkritik akhbar tidak menerbitkan berita bersifat objektif ketika pilihan raya, harapan terhadap kebebasan media sudah sedia terancam dan aura kegelapan meliputi masa hadapan media menjejaskan masa hadapan kebebasan menuntut kepelbagaian maklumat rakyat.
Begitu juga apabila laman web milik media alternatif seperti Sarawak Report, Radio Free Sarawak, Dayak Baru Blog dan MalaysiaKini diserang DdoS sewaktu pilihan raya kecil Sarawak. Adakah transformasi yang begitu didambakan oleh Najib ketika ucapan ETP/GTP beliau pada 19 Mac 2013 adalah transformasi menghambakan media hingga menjadikan media boneka kerajaan dan politik kotor?
Pendirian Najib bahawa pentadbirannya beliau menghormati merupakan suatu retorik apabila pihak media dihukum kerana melaporkan realiti bukan milik beliau dan rakyat dihukum kerana mempunyai dahaga untuk kebenaran milik mereka.Antara kebenaran yang diliputi media alternatif dan bukannya media aliran perdana adalah laporan berita keluarga Ketua Menteri Sarawak yang terlibat dalam rasuah di mana menurut beliau, laporan berita tersebut dilakukan untuk memerangkap beliau.
Walaupun liputan berita tersebut mendapat liputan meluas di arena media alternatif, media aliran perdana seolah-olah tidak mempedulikan laporan berita tersebut.Ini adalah walaupun kebanyakan rakyat Malaysia hanya bergantung kepada laporan berita arus perdana sebagai sumber berita mereka.Ketidakhadiran media arus perdana dalam melaporkan laporan berita Global Witness ini menidakkan rakyat Malaysia yang bergantung kepada media arus perdana dalam hak asasi mereka kepada maklumat dan kebenaran.
Penutup
Keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan menidakkan kata-kata dusta Najib bahawa pentadbirannya menghormati hak kebebasan media.Kebangkitan dan kesedaran rakyat bahawa mereka tidak lagi boleh ditipu atau dimanipulasi lagi oleh mereka yang berkedudukan tinggi dan berkepentingan sendiri terutamanya oleh mereka yang memegang kuasa.Sehingga mana lagi Najib ingin membelakangi kebenaran ini?
Dunia telah dibuka mata mengenai amalan rasuah yang meresap luas dalam keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Rakyat Malaysia dimalukan oleh kerajaan mereka.Pentadbiran Najib pula bertindak menyalahkan semua pihak kecuali mereka diri sendiri.
Adakah ini legasi yang mahu ditinggalkan oleh Najib? Najib berbangga dengan kejayaan ETP dan GTP pentadbiran beliau akan tetapi pada masa yang sama, kebebasan media dalam negara dikekang, disekang, diugut, dimasuk campur, dan kadang kala dilayan seperti musuh negara, hanya kerana tidak mempunyai pandangan yang sama dengan pentadbiran Najib atau mengkritik tindak tanduk pentadbirannya.
Di manakah kebebasan apabila kebebasan tersebut sentiasa diugut oleh seseorang?Di manakah hak asasi apabila kepentingan politik diletak di atas kepentingan awam dan hak rakyat?Di manakah semangat patriotisme Najib apabila video Global Witness memalukan rakyat?Tuntutan siasatan ke atas keluarga Taib Mahmud selepas liputan berita dunia dan alternatif meluas tidak dihiraukan malah diperkecil-kecilkan oleh pentadbiran Najib.Malah pentadbiran Najib memperkecilkan video tersebut.Begitu juga liputan berita di Sabah.Akses media dihalang terutamanya media dari Filipina kerana pentadbiran Najib tidak mahu berita palsu dari media Filipina.Najib memperkecilkan media Filipina kerana mereka menerbitkan laporan berita yang bersifat anti kerajaan Malaysia.
Tindakbalas Najib terhadap media bersifat hipokrit dan retorik dan pihak media serta rakyat Malaysia sudah tidak boleh dimanipulasi lagi oleh beliau dan pentadbiran beliau.Tindakbalas Najib terhadap media bersifat sentakan lutut dan sudah terbukti keadaan sebelum dan selepas pindaan Akta Keterangan menunjukkan pentadbiran Najib tidak mempelajari apa-apa daripada kesalahan masa lampau dan keengganan pentadbiran beliau untuk mempelajari apa-apa yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada beliau dan pentadbiran beliau.Lantas, pindaan Akta Keterangan tidak membawa sebarang perubahan positif kepada rakyat, atau media.Ianya hanya menunjukkan sifat autoritarianisme pentadbiran beliau. Kini tawaran 10 minit pembentangan manifesto parti politik di RTM memperkukuh dakwaan bahawa “kebebasan 10 minit” merupakan teras kepada Janji Ditepati, retorik baharu sebuah rejim bersifat autoritarianisme.
---------------------------------------------------
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
Kebebasan media 10 minit: Sebuah janji ditepati?
KPRU, | 28 Mac 2013 |
Tawaran 10 minit untuk membentangkan manifesto parti politik di Radio Televisyen Malaysia (RTM)? Tidakkah tawaran ini memeranjatkan rakyat Malaysia pada ketika kita menanti pembubaran Parlimen?

Bil. | Berita |
1. | MalaysiaKini ditolak permohonan lesen surat ahkbar |
2. | Menteri Dalam Negeri dan Menteri Penerangan mengambil peluang untuk menghasut media massa negara untuk menjadi media pro-kerajaan dan pro BN. |
3. | Menteri Penerangan mengeluarkan writ fitnah terhadap blogger-blogger kecil-kecilan. |
4. | Kementerian Pertahanan dengan kerjasama seorang blogger terkenal dengan sewenang-wenangnya menerbitkan sebuah klip video yang memaparkan seorang lelaki yang menyerupai seorang pemimpin pembangkang mengadakan hubungkan seksual bersama seorang wanita yang kononnya pelacur dari Cina. |
5. | Pihak polis menekan seorang blogger muda yang telah membuat suatu kenyataan jenaka mengenai golongan yang berada di tempat berkuasa berasaskan laporan-laporan yang telah dibuat oleh blog-blog lain di mana blogger muda tersebut menjadi mangsa buli oleh para blogger pro- UMNO. |
Adakah pentadbiran Najib masih mahu mengakui adanya kebebasan media apabila keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan, keadaan di Malaysia tidak bertambah baik, sebaliknya, ianya tidak berubah atau mungkin sedikit bertambah teruk? Pada tahun 2012, Najib telah memuji kenaikan tangga kedudukan Malaysia di World Press Freedom Index dengan menyatakan dasar-dasar kerajaan. Adakah Najib ingin mengambil keputusan yang sama untuk mengeluarkan kenyataan terhadap kejatuhan Malaysia di Indeks tersebut dan menggantikan dengan ianya adalah kerana tindak-tinduk kerajaan yang menjadi punca kejatuhan Malaysia di Indeks tersebut?
Persoalan yang timbul adalah di manakah kebebasan media apabila Malaysiakini dijadikan tumpuan prejudis pentadbiran Najib kerana memaparkan berita-berita yang tidak pro- Kerajaan selain berita yang tidak pro-oposisi, sementara media seperti Utusan dan NST diberikan kebebasan untuk melaporkan apa-apa sahaja berita walaupun laporan berita tersebut telah dibukti tidak benar di mata mahkamah? Beberapa kes mahkamah kebelakangan ini menyokong dakwaan bahawa Utusan mempunyai kecenderungan tinggi untuk menfitnah tetapi dibiarkan begitu sahaja di bawah rejim kawalan pemerintah kerana yang menjadi sasaran fitnah saban hari ialah pihak oposisi.
Adakah kebebasan media yang dinyatakan oleh Najib adalah hanya tertakluk kepada media-media yang pro-Kerajaan dan anti-oposisi? Apabila dunia luar melihat kebebasan media yang kononnya didokong oleh Najib sebagai retorik, adakah Najib masih mahu membaluti dirinya dengan kedegilan dan keengganan untuk melihat kehendak rakyat Malaysia untuk kebebasan media tanpa prejudis dan bukannya kehendak pihak-pihak berkenaan?
Sepertimana rakyat diminta untuk menggunakan kematangan apabila berada di dunia siber terutamanya dalam mengedar berita, begitu juga tanggungjawab sebuah kerajaan untuk menggunakan kematangan untuk menerima kritikan dan apa-apa laporan berita mahupun laporan mana-mana institusi yang kritikal terhadap kerajaan.Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menjamin hak bersuara rakyat Malaysia.Namun, hak itu bersifat retorik apabila pentadbiran Najib mengekang kebebasan bersuara di bawah pentadbiran beliau.
Apabila pentadbiran Najib bercadang untuk memasukkan media di dunia siber di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, di manakah kebebasan media yang begitu didokong oleh pentadbiran beliau?
Apabila pentadbiran beliau menghalang para wartawan Filipina daripada memasuki Sabah kerana hendak mengelakkan laporan berita palsu, di manakah prinsip kebebasan media? Apabila seorang yang mempunyai pengalaman lama dalam sektor media menyangkal kehadiran kebebasan media dalam negara sebagai tiada kepastian dalam memastikan kebebasan media dalam negara, adakah pentadbiran Najib masih mahu menyatakan bahawa media dalam negara adalah bebas?
Keganasan Terhadap Pihak Media
Keganasan terhadap wartawan dalam Malaysia adalah jauh dan jarang akan tetapi rekod ini dipecahkan apabila keganasan terhadap wartawan dalam Malaysia memuncak ketika demonstrasi Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu. Antara keganasan yang dialami oleh para wartawan ketika melaporkan demonstrasi tersebut adalah seperti berikut; kamera milik wartawan Al Jazeera dirosakkan oleh pihak polis, wartawan Reporters Without Borders dihalang untuk melaksanakan tugasnya sebagai wartawan, wartawan Merdeka Review diserang pihak polis ketika cuba mengambil gambar dua orang pendemonstrasi dibelasah oleh pihak polis, jurukamera Al-Hijrah dibelasah oleh para pendemonstrasi ketika hendak membantu warga polis yang tercedera, wartawan The Sun dibelasah oleh beberapa pegawai polis, jurugambar Malay Mail ditumbuk ketika cuba mengambil gambar para pendemonstrasi yang ditahan polis dan lain-lain.
Namun keganasan terhadap wartawan tidak terhad kepada para wartawan yang meliputi demonstrasi Bersih. Dua orang wartawan dari surat khabar berbahasa Cina, Kwong wah Jit Poh mengalami kecederaan ketika meliputi demonstrasi menentang pembinaan kilang Lynas ketika demonstrasi tersebut berlangsung di Pulau Pinang.
Seperti mana Kebangkitan Rakyat pada Januari lalu mengalami kegelapan laporan berita, begitu juga ketika Bersih 3.0 pada tahun 2012.Laporan berita BBC ketika Bersih 3.0 ditapis selama 30 saat yang menunjukkan pihak polis memacukan meriam air kepada para pendemonstrasi dan para peserta demonstrasi mengkritik kerajaan dan Perdana Menteri Najib Tun Razak.Bagi laporan media aliran perdana pula, kegelapan media dirasai apabila Utusan Malaysia hanya menerbitkan sembilan berita yang sebahagian besarnya negatif mengenai Bersih 3.0. NST pula menerbitkan sebanyak lapan artikel yang juga sebahagia besarnya negatif mengenai Bersih 3.0, sementara The Sun menerbitkan sepuluh artikel mengenai Berish 3.0 yang rata-ratanya neutral.
Dalam isu lain pula, pada tahun 2012, blogger Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau nama bloggernya, ‘Uncle Seekers’ ditahan di bawah OSA kerana dikatakan menerbitkan beberapa artikel yang berbaur hasutan. Kartunis Zulkiflee SM Anwar atau Zunar pula memenangi kes mahkamahnya apabila pihak mahkamah memutuskan bahawa penahanan Zunar dan perampasan buku-buku milik beliau sebagai menyalahi undang-undang.
Kebebasan media merupakan suatu hak asasi manusia.Akan tetapi, di Malaysia, hak tersebut adalah terhad kepada liputan berita yang merupakan pro-kerajaan dan anti-oposisi. Apabila seorang wartawan dipecat kerana mengkritik akhbar tidak menerbitkan berita bersifat objektif ketika pilihan raya, harapan terhadap kebebasan media sudah sedia terancam dan aura kegelapan meliputi masa hadapan media menjejaskan masa hadapan kebebasan menuntut kepelbagaian maklumat rakyat.
Begitu juga apabila laman web milik media alternatif seperti Sarawak Report, Radio Free Sarawak, Dayak Baru Blog dan MalaysiaKini diserang DdoS sewaktu pilihan raya kecil Sarawak. Adakah transformasi yang begitu didambakan oleh Najib ketika ucapan ETP/GTP beliau pada 19 Mac 2013 adalah transformasi menghambakan media hingga menjadikan media boneka kerajaan dan politik kotor?
Pendirian Najib bahawa pentadbirannya beliau menghormati merupakan suatu retorik apabila pihak media dihukum kerana melaporkan realiti bukan milik beliau dan rakyat dihukum kerana mempunyai dahaga untuk kebenaran milik mereka.Antara kebenaran yang diliputi media alternatif dan bukannya media aliran perdana adalah laporan berita keluarga Ketua Menteri Sarawak yang terlibat dalam rasuah di mana menurut beliau, laporan berita tersebut dilakukan untuk memerangkap beliau.
Walaupun liputan berita tersebut mendapat liputan meluas di arena media alternatif, media aliran perdana seolah-olah tidak mempedulikan laporan berita tersebut.Ini adalah walaupun kebanyakan rakyat Malaysia hanya bergantung kepada laporan berita arus perdana sebagai sumber berita mereka.Ketidakhadiran media arus perdana dalam melaporkan laporan berita Global Witness ini menidakkan rakyat Malaysia yang bergantung kepada media arus perdana dalam hak asasi mereka kepada maklumat dan kebenaran.
Penutup
Keadaan sebelum dan selepas pemindaan Akta Keterangan menidakkan kata-kata dusta Najib bahawa pentadbirannya menghormati hak kebebasan media.Kebangkitan dan kesedaran rakyat bahawa mereka tidak lagi boleh ditipu atau dimanipulasi lagi oleh mereka yang berkedudukan tinggi dan berkepentingan sendiri terutamanya oleh mereka yang memegang kuasa.Sehingga mana lagi Najib ingin membelakangi kebenaran ini?
Dunia telah dibuka mata mengenai amalan rasuah yang meresap luas dalam keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Rakyat Malaysia dimalukan oleh kerajaan mereka.Pentadbiran Najib pula bertindak menyalahkan semua pihak kecuali mereka diri sendiri.
Adakah ini legasi yang mahu ditinggalkan oleh Najib? Najib berbangga dengan kejayaan ETP dan GTP pentadbiran beliau akan tetapi pada masa yang sama, kebebasan media dalam negara dikekang, disekang, diugut, dimasuk campur, dan kadang kala dilayan seperti musuh negara, hanya kerana tidak mempunyai pandangan yang sama dengan pentadbiran Najib atau mengkritik tindak tanduk pentadbirannya.
Di manakah kebebasan apabila kebebasan tersebut sentiasa diugut oleh seseorang?Di manakah hak asasi apabila kepentingan politik diletak di atas kepentingan awam dan hak rakyat?Di manakah semangat patriotisme Najib apabila video Global Witness memalukan rakyat?Tuntutan siasatan ke atas keluarga Taib Mahmud selepas liputan berita dunia dan alternatif meluas tidak dihiraukan malah diperkecil-kecilkan oleh pentadbiran Najib.Malah pentadbiran Najib memperkecilkan video tersebut.Begitu juga liputan berita di Sabah.Akses media dihalang terutamanya media dari Filipina kerana pentadbiran Najib tidak mahu berita palsu dari media Filipina.Najib memperkecilkan media Filipina kerana mereka menerbitkan laporan berita yang bersifat anti kerajaan Malaysia.
Tindakbalas Najib terhadap media bersifat hipokrit dan retorik dan pihak media serta rakyat Malaysia sudah tidak boleh dimanipulasi lagi oleh beliau dan pentadbiran beliau.Tindakbalas Najib terhadap media bersifat sentakan lutut dan sudah terbukti keadaan sebelum dan selepas pindaan Akta Keterangan menunjukkan pentadbiran Najib tidak mempelajari apa-apa daripada kesalahan masa lampau dan keengganan pentadbiran beliau untuk mempelajari apa-apa yang tidak membawa sebarang keuntungan kepada beliau dan pentadbiran beliau.Lantas, pindaan Akta Keterangan tidak membawa sebarang perubahan positif kepada rakyat, atau media.Ianya hanya menunjukkan sifat autoritarianisme pentadbiran beliau. Kini tawaran 10 minit pembentangan manifesto parti politik di RTM memperkukuh dakwaan bahawa “kebebasan 10 minit” merupakan teras kepada Janji Ditepati, retorik baharu sebuah rejim bersifat autoritarianisme.
---------------------------------------------------
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change,政改研究所) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal.KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 28-3-2013
Pemuda Jerantut Feri memasang kain rentang menuntut janji PRU oleh Umno.
JERANTUT: Di sebalik kerancakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelajah sambil mengisytiharkan ‘janji ditepati’ ke seluruh negara, penduduk Jerantut Feri dekat sini pula terkilan dengan janji yang belum ditunaikan sejak dua pilihan raya umum (PRU) yang lalu.
Janji yang dibuat kepada penduduk sejak PRU 2004 itu ialah menyediakan padang bola bagi memenuhi keperluan pemuda beriadah dan dan dewan atau balai raya untuk kegunaan penduduk.
Namun janji yang ditaburkan oleh pemimpin Umno masih tetap janji tinggal janji.
Ahli Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Jerantut Feri, Mohd Jailani Hamdi, 45, (gambar) berkata kawasan naungan JKKK tersebut paling luas dan paling ramai penduduk di Jerantut iaitu 5,000 orang.
“Kariah Jerantut Feri ini termasuk juga Kampung Pedah dan Tanah Nyor dengan hampir 2,500 pemuda, oleh kerana ketiadaan padang bola mereka terpaksa menumpang bermain di padang ko-kurikulum Pusat Kegiatan Guru Pedah tetapi selalu bertembung dengan kegiatan pelajar sekolah.
“Sebab itu kami penduduk mendesak kerajaan supaya dua kemudahan asas iaitu padang dan balai raya hendaklah dibina sebagaimana dijanjikan pemimpin,” katanya.
Jerantut Feri termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tahan. Pada PRU tahun 1999, Dun ini pernah dimenangi PAS melalui Allahyarham Abdul Malik Yusof.
Seorang graduan Ridzuan Idris, 27, kesal kampung lain memiliki padang dan balai raya sendiri sedangkan terdapat dua kawasan perumahan di sini dan termasuk dalam kawasan Majlis Daerah Jerantut.
“Bagi kami pemuda di sini ketiadaan padang dan dewan menyukarkan untuk buat aktiviti, jika tidak kita bimbang pemuda terjerumus ke arah aktiviti tidak sihat seperti dadah dan rempit apabila kemudahan aktiviti yang sepatutnya tidak disediakan,” ujarnya.
Seorang penduduk Zainal Osman, 36, kesal dengan pihak kerajaan kerana esplaned di bawah jambatan boleh dibina sedangkan padang dan balai raya yang lebih banyak manfaatnya gagal dibuat.
“Yang peliknya pihak kerajaan boleh buat balai raya di Kampung Merting dengan kos RM500 ribu sedangkan penduduknya hanya sekitar 1,000 orang. Begitu juga Kampung Sungai Putat yang penduduknya sekitar 1,000 orang tetapi dapat dewan bernilai RM300 ribu.
“Jadi memang tidak munasabah kami tak dapat,” tegasnya.
Zainal berkata, penduduk mendesak siapa-siapa saja jadi calon di Dun Tahan berani berjanji dan penduduk akan memberi undi iaitu padang bola dan balai raya kerana itu merupakan kemudahan asas untuk penduduk kampung.
Umno tak tepati janji buat padang bola dan balai raya
Khairil Abdul Rahim, | 30 Mac 2013 |

Sumber HD - 30-3-2013
Bantuan persekolahan RM100, dapat hanya RM50
IbuBapa Malang, |
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013 di bawah Bajet 2013 telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak September lalu.
Media melaporkan, Kementerian Pelajaran telah mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara secara berperingkat bermula 15 Januari 2013.
Anak kami belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning, Jalan Anggerik Aranda 31/8, Kota Kemuning, juga telah menerima bantuan RM100. Tetapi pihak sekolah telah memaksa semua murid menderma RM50.00 kepada tabung PIBG.
Oleh yang demikian anak kami membawa pulang RM50.00 sahaja. Kami kurang pasti wajarkah pihak sekolah berbuat begitu? Baru ini sekolah juga minta semua murid menderma RM5.00 seorang untuk membeli pasu bunga.
Kami memohon agar tuan dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang Berharap,
IbuBapa Malang
Media melaporkan, Kementerian Pelajaran telah mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh Negara secara berperingkat bermula 15 Januari 2013.
Anak kami belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning, Jalan Anggerik Aranda 31/8, Kota Kemuning, juga telah menerima bantuan RM100. Tetapi pihak sekolah telah memaksa semua murid menderma RM50.00 kepada tabung PIBG.
Oleh yang demikian anak kami membawa pulang RM50.00 sahaja. Kami kurang pasti wajarkah pihak sekolah berbuat begitu? Baru ini sekolah juga minta semua murid menderma RM5.00 seorang untuk membeli pasu bunga.
Kami memohon agar tuan dapat menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Yang Berharap,
IbuBapa Malang
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 1-4-2013
Janji Barisan Nasional yang tidak ditepati
Mohd Zuhdi Marsuki, | 09 Apr 2013 |
Berikut ialah janji BN yang tidak ditepati berdasarkan maklumat sehingga Jun 2012.
NEGERI SEMBILAN
1. Parlimen Rembau:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina Hospital di Chembong, Rembau.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina cawangan UiTM di parlimen Rembau.
2. Parlimen Teluk Kemang:
a. Walaupun parlimen Teluk Kemang dimenangi oleh PKR, tetapi dalam PRU lepas BN telah berjanji menaiktaraf jalan dari Teluk Kemang ke Pasir Panjang, dan ia gagal ditunaikan.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai di Taman Green View, Bagan Pinang dan Taman Anggerik, Teluk Kemang.
c. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina jalan dari Pengkalan Kempas ke Pekan Linggi.
d. BN juga gagal menunaikan janji membina projek PD Water Front.
e. BN juga gagal menunaikan janji membina projek PD International Maritime Gateway.
f. BN juga gagal menunaikan janji untuk memasang penghawa dingin di seluruh masjid Dun Bagan Pinang.
g. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina sekolah baru di Taman Intan, Bagan Pinang.
3. Parlimen Jelebu:
a. BN gagal untuk membantu petani-petani tempatan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.
MELAKA
1. Parlimen Bukit Katil:
a. BN gagal menunaikan janji untuk melebarkan jalan di jalan besar Bukit Baru.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina Projek Tadahan Air berhampiran Kampung Tun Razak, Bukit Baru.
NEGERI SEMBILAN
1. Parlimen Rembau:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina Hospital di Chembong, Rembau.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina cawangan UiTM di parlimen Rembau.
2. Parlimen Teluk Kemang:
a. Walaupun parlimen Teluk Kemang dimenangi oleh PKR, tetapi dalam PRU lepas BN telah berjanji menaiktaraf jalan dari Teluk Kemang ke Pasir Panjang, dan ia gagal ditunaikan.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk menyiapkan projek perumahan yang terbengkalai di Taman Green View, Bagan Pinang dan Taman Anggerik, Teluk Kemang.
c. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina jalan dari Pengkalan Kempas ke Pekan Linggi.
d. BN juga gagal menunaikan janji membina projek PD Water Front.
e. BN juga gagal menunaikan janji membina projek PD International Maritime Gateway.
f. BN juga gagal menunaikan janji untuk memasang penghawa dingin di seluruh masjid Dun Bagan Pinang.
g. BN juga gagal menunaikan janji untuk membina sekolah baru di Taman Intan, Bagan Pinang.
3. Parlimen Jelebu:
a. BN gagal untuk membantu petani-petani tempatan untuk memasarkan hasil pertanian mereka.
MELAKA
1. Parlimen Bukit Katil:
a. BN gagal menunaikan janji untuk melebarkan jalan di jalan besar Bukit Baru.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina Projek Tadahan Air berhampiran Kampung Tun Razak, Bukit Baru.
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.
Sumber HD - 9-4-2013
Maklumat Sehingga Jun 2012
1. Parlimen Cameron Highland:
a. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan isu hak milik tanah di Taman Sedia, Tanah Rata.
b. BN gagal menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah liputan (coverage) telefon di Pos Betau, Jelai.
2. Parlimen Raub:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina sekolah di Sega, Raub.
3. Parlimen Jerantut:
a. BN gagal menunaikan janji kepada hampir 20,000 penduduk untuk membaiki jalan antara Jerantut dan Benta yang dijanjikan sejak 2004. Tempat-tempat yang dibaiki hanya di kawasan-kawasan yang sangat kritikal dan ia kembali rosak.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina kawasan sesuai untuk pemasaran hasil pertanian penduduk di persimpangan ke Pulau Tawar.
c. BN gagal menunaikan janji untuk Pusat Latihan Lanjutan Teknologi (ADTEC) di Pulau Tawar.
d. BN gagal membina jalan masuk ke kubur penganut Hindu di Batu 1, Jerantut.
4. Parlimen Indera Mahkota:
a. BN gagal memenuhi permintaan penduduk supaya membina dewan pelbagai guna di Taman Indera Mahkota.
b. Walaupun parlimen Indera Mahkota dimenangi oleh PKR, BN sejak 10 tahun yang lalu telah berjanji untuk membina gerai-gerai di kawasan rekreasi Pantai Balok, Beserah, dan masih belum tertunai.
c. BN juga gagal menunaikan janji sejak PRU tahun 2004 untuk membina rail keretapi dari Mentakab ke Kuantan yang akan melalui kawasan Indera Mahkota.
5. Parlimen Kuantan:
a. Walaupun parlimen Kuantan dimenangi PKR, dalam PRU yang lalu BN berjanji untuk membina jambatan dari Kampung Cherok Paloh ke Tanjung Kosong yang diperlukan oleh sekitar 15,000 orang penduduk, tetapi gagal ditunaikan.
6. Parlimen Temerloh:
a. BN gagal menunaikan janji untuk membina MRSM di Kampung Lintang berhampiran Lebuhraya Pantai Timur.
b. BN juga gagal menunaikan janji untuk memberi bantuan begi projek pembenihan ikan di seluruh kawasan parlimen Temerloh.
c. BN gagal menunaikan janji menyelesaikan masalah bekalan air yang sering terputus di seluruh kawasan parlimen Temerloh.
7. Parlimen Bentong:
a. BN gagal untuk menunaikan janji membina jalan lurus dari Jalan Karak ke Simpang Pelangai.
b. BN gagal menunaikan janji untuk membina PULAPOL terbesar di negara ini di Simpang Pelangai, Bentong.
8. Parlimen Kuala Krau:
a. BN gagal memenuhi tuntutan rakyat untuk membaiki kualiti perkhimatan Pusat Kesihatan di seluruh kawasan parlimen ini terutama di Pusat Bandar Jengka.
b. BN gagal memenuhi kehendak rakyat menaiktaraf perbekalan air di kawasan ini yang bertekanan rendah.
c. BN gagal memenuhi tuntutan hampir 10,000 belia kawasan parlimen ini untuk peluang pekerjaan dan usahawan pertanian sehingga menyebabkan ramai yang berhijrah.
9. Parlimen Maran:
a. BN gagal menunaikan janji mempercepatkan penyelesaian masalah bekalan air di Chenor disebabkan projek menaiktaraf infrastruktur bekalan air sangat perlahan walaupun telah dimulakan.
b. BN gagal memenuhi tuntutan penduduk di Ulu Luit menyediakan kemudahan bas sekolah terutama bagi kanak-kanak sekolah rendah.
Janji BN yang tidak ditepati di Pahang
Mohd Zuhdi Marsuki, | 10 Apr 2013 |

Sumber HD - 10-4-2013
KUANTAN: “Setiap kali menjelang pilihan raya calon BN berjanji kalau menang akan usahakan tapak rumah, sekarang dah hampir 30 tahun kami duduk di sini, sebutir habuk pun tak ada,” keluh Hasan Daud, 52, (gambar) penduduk Tanjung Punai di sini.
Kampung setinggan pinggir Sungai Kuantan itu hanya terletak dua kilometer dari pusat ibu negeri ini dan didiami 32 keluarga dengan hampir 300 penduduk, seratus peratus Melayu.
Hampir kesemua penduduk ‘hidup kais pagi makan pagi’ bekerja memotong kepala ikan untuk dibuat keropok dengan sebuah syarikat dan ada juga yang bekerja di kebun Cina serta berniaga kecil-kecilan.
“Saya cakap terus terang, dulu memang kami di sini kuat Umno sebab percayakan janji pemimpin. Tetapi sekarang memang tertarik betul dengan tawaran PR (Pakatan Rakyat) Pahang untuk sediakan lot tapak rumah kepada yang layak,” ujarnya ketika ditemui.
Seorang penduduk lagi Amin Bakar, 50, berkata, ada yang mengatakan kawasan penempatan setinggan itu tanah rizab sungai, tetapi yang menjadi persoalan mengapa diluluskan pula projek kilang di atas tanah berkenaan sedangkan penduduk sudah berpuluh tahun memohon tetapi disenyapkan.
“Bayangkan, ada penduduk yang bekerja kilang di tapak tanah yang dia mohon, hati mana tak sedih?,” soalnya.
Meli Ibrahim, 50, pula berkata jika penduduk diberikan lesen pendudukan sementara (TOL) pun sudah cukup untuk membina rumah kediaman supaya tidak tercari-cari tapak kerana penduduk tidak ada tanah langsung. Sekarang untuk bina pondok buruk pun takut dirobohkan.
Sementara itu Laila Taha, 43, kesal pihak kerajaan menganaktirikan penduduk sehingga ada rumah setinggan di situ tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih. (Gambar kiri)
Padang permainan untuk kanak-kanak juga tidak ada menyebabkan mereka terpaksa bermain di pinggir sungai.
Sementara itu calon PAS bagi Dun Inderapura Syed Anis Syed Husain yang turut bersama meninjau penduduk berpendapat, kerajaan BN sengaja membiarkan penduduk terus kekal dalam kepompong kemiskinan supaya terus bergantung dengan parti pemerintah.
Katanya, apabila tiba musim pilihan raya senanglah pemimpin turun membuat tawaran lot rumah walhal perkara itu sudah berpuluh tahun diabaikan.
Derita setinggan ibu negeri, BN tak tepati janji
Khairil Abdul Rahim, | 19 Apr 2013 |

Sumber HD - 19-4-2013
Antara manifesto Barisan Nasional yang dikemukakan menjelang PRU13 yang lalu ialah menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30% secara berperingkat..
Menariknya apabila Najib mengumumkan manifesto yang diciplak tersebut, pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang mengkritik idea menurunkan harga kereta oleh Pakatan Rakyat itu, tiba-tiba menyokong pula idea itu..
Manifesto yang diciplak dari manifesto Pakatan Rakyat itu tidak menjelaskan berapa lamakah masa yang akan diambil untuk melaksanakannya..
Namun begitu dakwa Mukhriz "Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun adalah realistik dan mampu dilaksanakan.".. lagi sila baca di SINI
Itu janji sebelum PRU13, tetapi setelah PRU13 berlalu..
Baca lagi.
Turun harga kereta perlukan masa lebih lama, bukan dalam tempoh lima tahun?
http://darisungaiderhaka.blogspot.com, | 28 Mei 2013 |